Skip to main content

HARI KE-5 PETANG

For Informational Purposes Only

4HB MAC 2024 PETANG

info

Help needed with Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.

Disclaimer

The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.

Yang Mulia Jurutulis

Sila berdiri. Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Ke-20 Majlis Mesyuarat Negara berasidad pada hari kelimat pada hari ini Isnin, 23 Syaaban 1445 bersamaan 4 Mac 2024, didahului dengan Doa Selamat.

DOA SELAMAT

Doa Selamat dibacakan oleh Yang Dimulaiakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Awang Suhaili bin Haji Metali Al-Hafiz (Imam Masjid Jame’ Asr Hassanil Bolkiah).

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ اَلْحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ الْعٰلَمِيْنَ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ مٰلِكِ يَوْمِ الدِّيْنِ اِيَّاكَ نَعْبُدُ وَاِيَّاكَ نَسْتَعِيْنُ اِهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيْمَ صِرَاطَ الَّذِيْنَ اَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوْبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّآلِّيْنَ برسكوت ke hadrat Allah سبحانه وتعالى kerana dengan limpah rahmat dan izin-Nya juga kita dapat bersama-sama hadir pada petang ini dan bersidang bagi hari yang kelima di Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Ke-20 Majlis Mesyuarat Negara. Selawat serta salam ke atas junjungan besar kita نبي محمد صلى الله عليه وسلم, kaum kerabat, para sahabat serta pengikut-pengikut Baginda yang taat lagi setia hingga ke akhir zaman.

Ahli-Ahli Yang Berhormat, Persidangan Majlis Mesyuarat Negara masih lagi membincangkan mengenai Rang Undang-Undang (2024) Perbekalan, 2024/2025 yang telah dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi III.

Maka bagi membolehkan kita meneliti tajuk-tajuk yang terdapat dalam Rang Undang-Undang tersebut, saya tangguhkan permesyuaratan Majlis Mesyuarat Negara ini dan persidangan ini akan diadakan di Peringkat Jawatankuasa.

(Majlis Mesyuarat ditangguhkan)

(Mesyuarat bersidang sebagai Jawatankuasa)

Yang Berhormat Pengerusi

أَفْضَل الْحَمْدُ لِلَّهِ الْعَلِيِّ الْقَدِيرِ Ahli-Ahli Yang Berhormat, Majlis sekarang bersidang di Peringkat Jawatankuasa sepenuhnya bagi menimbangkan Rang Undang-Undang (2024) Perbekalan, 2024/2025 yang telah dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II.

Pada Mesyuarat Jawatankuasa yang diadakan pada hari Sabtu yang lepas, kita telah mulai membahaskan dan meneliti Belanjawan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan jabatan-jabatan di bawahnya.

Bersama saya di sini masih terdapat senarai Ahli Yang Berhormat yang suka untuk turut serta dalam membahaskan Tajuk Kementerian yang berkenaan ini. Senarai ini agak panjang jadi saya minta kalau dapat Ahli-Ahli Yang Berhormat mengehadkan pertanyaan-pertanyaan kepada perkara-perkara yang terdapat dalam tajuk-tajuk yang berkenaan agar kita tidak terkeluar daripada perbincangan yang sebenarnya.

Yang keduanya, saya minta soalan-soalan yang sudah pun ditanyakan terdahulu dan dijawab dengan jelas dan terang oleh menteri yang berkenaan pada hari yang lalu tidaklah perlu dibawa lagi semula. Ini akan membolehkan kita memanfaatkan masa dan kita akan dapat progress dengan lebih rancak lagi untuk meneliti tajuk-tajuk berikutnya iaitu kementerian-kementerian yang berkenaan.

Saya persilakan sekarang Yang Berhormat Awang Zainol bin Haji Mohamed. Silakan Yang Berhormat.

Yang Berhormat Awang Zainol bin Haji Mohamed

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ, الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ, وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ, وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ. Terima kasih Pengerusi, lebih dahulu kaola ingin merekamkan ucapan penghargaan dan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri atas pembentangan Belanjawan 2024/2025 dan menyambut baik dalam segala perancangan dan kemajuan yang semakin meningkat dalam sosioekonomi serta kepimpinan di peringkat akar umbi mukim dan kampung.

Kaola ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan penghargaan yang setinggi-tingginya kepada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri atas inisiatif yang berhormat Menteri dalam menganjurkan dan ikut terlibat secara aktif bermuzakarah bersama penghulu mukim dan ketua kampung, agensi-agensi yang tertentu dan bagi kempen-kempen serta acara-acara yang melibatkan akar umbi seperti kelmarin bagi kempen membersihkan kubur yang diadakan di kawasan Sengkurong, Daerah Brunei dan Muara.

Acara seperti ini menjadikan pemimpin-pemimpin lebih bersemangat untuk menjalankan tanggungjawab tugas kami dan menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap tanggungjawab sosial serta memberikan contoh yang baik.

Semoga usaha ini memberikan manfaat yang besar kepada masyarakat dan menjadi inspirasi untuk amalan-amalan positif yang lain. Kaola ingin menyuarakan beberapa cadangan berkaitan dengan Skim Perkhidmatan Penghulu Mukim dan Ketua Kampung. Menurut skim tersebut, perkhidmatan penghulu mukim dan ketua kampung boleh berjalan sehingga 10 tahun tertakluk kepada penilaian prestasi kerja bagi perkhidmatan 5 tahun pertama.

Walau bagaimanapun, selepas tempoh perkhidmatan 10 tahun, penghulu mukim dan ketua kampung tersebut akan dikehendaki untuk melalui proses pencalonan dan pengundian jika sekiranya mereka mahu meneruskannya. Tidak dinafikan perlu ini baik ke arah mempelbagaikan pemimpin di dalam kampung dan memberi peluang kepada yang lain untuk memimpin.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian terhadap career progression penghulu mukim dan ketua kampung kerana mereka perlu merancang kerjaya mereka jika sekiranya mereka tidak dipilih. Terutamanya dalam hal kewangan untuk komitmen peribadi dan sebagainya. Manfaat yang dinyatakan dalam skim tersebut juga kurang jelas kerana terdapat manfaat atau benefit yang berbeza untuk perkhidmatan yang berlainan yang menjadikan agak sukar untuk merancang kewangan untuk komiten peribadi mereka sendiri.

Dalam hal ini, kaola ingin mengemukakan beberapa cadangan sebagai contoh bagi pemohon di bawah umur 40 tahun perkhidmatan selama 20 tahun atau lebih boleh dipertimbangkan agar mereka dapat merancang persaraan mereka dengan lebih baik dan dengan pengalaman yang luas dan lebih lama ini sekurang-kurangnya mereka boleh mencari peluang kerjaya lain di bawah kementerian atau jabatan lain. Pemimpin dalam kalangan belia merupakan masa depan kita dan walaupun mereka kurang pengalaman melalui mentorship perkara ini masih lagi boleh dipertimbangkan.

Kita dapat melihat banyak peningkatan daripada penghulu mukim dan ketua kampung dari kalangan belia pada masa ini dengan penyertaan aktif mereka dan tindakan yang diambil untuk menjadikan kampung mereka lebih baik dan selesa bagi penduduk kampung. Kita juga mengetahui bahawa memang susah untuk mendapatkan penyertaan dari golongan belia yang sebenarnya merupakan pemimpin masa depan bagi negara ini.

Kerana mereka berfikir mengenai masa depan kerjayanya selepas menjadi penghulu mukim atau ketua kampung. Malahan sehingga tiada calon yang dapat dipilih kerana ketidakan pemohon untuk menjadi ketua kampung menyebabkan banyak keskosongan ketua kampung pada masa ini sehingga ketua kampung lain terpaksa mengaku jawatan tersebut.

Oleh itu, diharapkan dengan skim yang dirancang dengan lebih baik dan latihan yang sewajarnya pemimpin masa depan ini dapat dilengkapi untuk menjaga kampung-kampung dengan lebih baik. Di samping itu juga, boleh berpindah ke jabatan lain selepas pengalaman yang lebih lama memegang jawatan itu dengan kelayakan dan latar belakang yang sesuai. Sekian dan terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri

يا بيرهرمت منتري هل اهل دم نيري

Sukacita saya mengucapkan terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Terima kasih Yang Berhormat atas cadangan-cadangan yang baik untuk diterima pakai di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri berkenaan dengan Skim Perkhidmatan Penghulu Mukim dan Ketua Kampung. Insya'allah perkara ini akan diteliti di peringkat kementerian sebagaimana juga hasrat untuk menarik para belia untuk menjawat jawatan penghulu mukim dan ketua kampung. Buat masa ini, itu sahaja yang dapat koala jawab Yang Berhormat Pengerusi pekerja ini akan diteliti di peringkat kementerian. Terima kasih.

Yang Berhormat Pengerusi

Saya persilakan Yang Berhormat Awang Amran bin Haji Maidin.

Yang Berhormat Awang Amran bin Haji Maidin:

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. يا بيرهرمت بينڬروسي dan salam sejahtera.

(missing Jawi words)

Yang Berhormat Pengerusi. Koala merakamkan ucapan penghargaan dan tahniah yang setinggi-tingginya atas mukadimah Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri yang sangat jelas tentang tindakan, perancangan dan hala tuju Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri pada hari Sabtu yang lepas.

Yang Berhormat Pengerusi, يا بيرهرمت بينڬروسي koala menyambut baik penjelasan Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri mengenai adanya peruntukan pembaikan jambatan-jambatan di Kampung Air dan juga akan dinaik taraf menjadi jambatan konkrit.

Koala juga merasa sudah tiba masanya perkara tersebut dilaksanakan kerana dengan pembinaan jambatan-jambatan konkrit itu nanti akan lebih memberi kes keselasaan kepada penduduk-penduduk Kampung Air dan juga kepada para pelancong yang datang. Koala juga mencadangkan agar jeti-jeti juga perlu diperbaiki kerana sebahagian besar sudah rosak dan sebahagiannya tidak dapat digunakan.

Selain itu, dengan membina jambatan konkrit itu nanti akan dapat menampung beban yang berat iaitu paip-paip air yang besar, kabel-kabel eletrik dan sebagainya berbanding dengan kekuatan jambatan kayu yang ada sekarang.

Yang Berhormat Pengerusi, kaola juga ingin menyentuh mengenai dewan kemasyarakatan di mukim-mukim yang pada dulunya dengan tujuan untuk memberi kemudahan kepada penduduk-penduduk mukim dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti kampung dan mukim seperti aktiviti perekonomian, kesukanan dan kemasyarakatan. Dewan-dewan tersebut sering disewa bagi majlis-majlis perkahwinan sehinggakan ada yang terpaksa menempah lebih awal, ada yang mamakan masa selama lebih daripada setahun untuk mendapatkan dewan tersebut.

Sehubungan itu, apakah pihak kementerian mempunyai perancangan untuk terus membina dewan-dewan kemasyarakatan di mukim-mukim yang belum memiliknya. Melihat kepada permintaan penduduk mukim yang begitu memerlukan, kaola cadangkan supaya pembinaan-pembinaan dewan kemasyarakatan dilaksanakan mengikut keutamaan kepada mukim-mukim yang mempunyai penduduk yang lebih ramai dan yang telah mempunyai gazette tanah bagi pembinaan dewan tersebut.

Yang Berhormat Pengerusi, sebagaimana juga yang kita maklum, salah satu tugas ketua-ketua kampung ialah melaksanakan Pembayaran Pencen Umur Tua dan Bantuan Kebajikan. Setentunya, mereka membawa dan menyimpan wang yang berjumlah besar mengikut jumlah keramaian penerima di kampung masing-masing dan pembayaran biasanya dilaksanakan sehingga berhari-hari. Jadi, keadaan ini sering menimbulkan perasaan tidak tenteram kerana bimbang akan keselamatan wang yang diterima termasuk keselamatan diri. Oleh itu, apa yang ingin kaola tanyakan di sini, apakah inisiatif Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri bagi menjaga keselamatan dan keselamatan mereka ini? Sekian, terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Sekian, (ريشار رشدي عبدالله بن حاج حسن)

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi dan terima kasih juga Yang Berhormat.

Berkenaan jambatan konkrit, itu adalah salah satu daripada perancangan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri melalui jabatan-jabatan daerah untuk memastikan keselesaan penduduk kampung Air dan juga untuk memastikan perancangan long term. Kalau 'kitani' lihat, untuk membina jambatan kayu itu, setelah sekian tahun mungkin akan 'mumut' dan terpaksa diganti. Itu perancangan jangka masa panjang Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan jabatan-jabatan daerah.

Berkaitan dewan kemasyarakatan, perkara ini pernah dibangkitkan semasa Majlis Mesyuarat Negara yang ke-19, adalah keperluan untuk membina dewan-dewan kemasyarakatan ini, memang diambil maklum bahawa keperluan dewan kemasyarakatan ini diperlukan oleh penduduk mukim dan kampung.

Jadi, perkara ini akan diteliti sehalus-halusnya. Kalau 'kitani' lihat juga, ada business community memang menyediakan dewan-dewan untuk majlis-majlis perkahwinan. Jadi perkara ini perlu juga disesuaikan keadaannya, bukan 100% supply oleh kerajaan, entrya this community ada income ‘bisdiorang’ juga. Terima kasih atas cadangan Yang Berhormat.

Berkenaan pembayaran Pencen Umur Tua dan apa perancangan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, yang pertama, perkara ini telah dibincangkan dengan saleh sebuah Jabatan Keselamatan untuk membekalkan beg-beg kepada penghulu mukim dan ketua kampung. Pada masa ini, 10 beg untuk penghulu mukim dan ketua kampung telah dibekalkan dan selebihnya akan dibekalkan nanti. Yang kedua, berkenaan pembelian insurans berkelompok ini juga untuk memastikan penghulu mukim dan ketua kampung yang membawa duit dari segi keselamatan dan juga insurans ‘bisdiorang’ akan insured dengan insurans berkelompok bagi setiap penghulu mukim dan ketua kampung pada Tahun Kewangan yang akan datang.

Itu sahaja yang dapat kaola sampaikan. Terima kasih.

Yang Berhormat Pengerusi

Seterusnya saya persilakan sekarang Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Suyoi bin Haji Osman.

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Suyoi bin Haji Osman

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

(missing jawi words) dan dalam sejahtera. Kaola mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri atas pembentangan peruntukan Tahun Kewangan 2024/2025 bagi Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan dengan panjang lebar mengongsikan tindakan dan pencapaian Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri melaksanakan tugas dan tanggungjawab secara keseluruhannya dengan penuh penekanan kepada tiga fokus utama iaitu Keselamatan dan Keesejahteraan, Transformasi Pembangunan Bandar dan Daerah dan Tadbir Urus yang Baik.

Yang Berhormat Pengerusi, sebagai sebuah kementerian yang bertanggungjawab menjaga kesejahteraan rakyat dan penduduk sama ada di bandar atau di kampung-kampung, setentunya memerlukan satu network hubungan yang efisien melalui institusi mukim dan kampung yang mana apa juga perkara mengenai penduduk dan rakyat di mukim dan kampung dapat disalurkan.

Selain daripada melantik penghulu mukim dan ketua kampung yang berwibawa dan mempunyai kualiti kepimpinan, perlu juga mereka diperkasa dengan keupayaan untuk menangani masalah keperluan mukim dan kampung dan permasalahan anak buah tanpa menunggu respons yang lama daripada mana-mana pihak yang berkenaan. Banyak masalah orang ramai yang dimaklumkan kepada 'abiskaola' dan dinasihatkan untuk merujuk kepada ketua kampung dan ketua kampung telah pun mengambil tindakan yang bersesuaian menghadapkan ke pihak-pihak tertentu, tetapi setakat itu sahaja.

Apa yang dihadapkan seperti permohonan bantuan kewangan bagi keluarga yang miskin, kadang-kadang ada yang melaporkan tidak ada duit dapur untuk keperluan seharian, keperluan tempat tinggal dan membaiki rumah, tempat tinggal yang tidak yang selamat, hampir runtuh, ada yang senget rumahnya dan sebagainya. Tidak ada yang tindakan setegar dari pihak yang berwajib. Kadang-kadang, begitu lama menunggu giliran untuk rumah dibangunkan sedangkan membangun rumah dalam beberapa buah sahaja dalam setahun, jadi menunggu memang lama. Mungkin perlu diwujudkan mekanisme yang mana bantuan dapat disalurkan segera. Jika belanja dapur bolehlah same day tetapi kalau bantuan-bantuan lain mungkin dipertimbangkan dalam waktu yang sederhana panjangnya tanpa menunggu lama agar masalah yang mereka hadapi tidak berlarutan.

Kaola rasa kesegeraan (expediency) kita menangani masalah ini adalah sebagai litmus test kejayaan kita menjaga kesejahteraan rakyat. Setentunya mesti ada accountability agar tidak disalahguna oleh mana-mana pihak.

Yang Berhormat Pengerusi, dalam pembentangan Yang Berhomrat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, kaola kurang pasti di bawah peruntukan mana, transformasi bandar dan masalah bangunan-bangunan kerajaan yang kosong, yang tidak selamat dan terbiar, boleh ditangani. Sebagai usaha untuk mencantikan kawasan bandar, kaola rasa bangunan kerajaan seperti ini perlu dihapuskan untuk memberi ruang kepada pembangunan baru.

Kaola juga mendapati, tidak jelas di bawah mana peruntukkannya, perkara-perkara ini boleh ditangani. Adakah bangunan-bangunan yang terbiar dan tidak selamat ini akan menjadi tempat pemandangan yang kekal (permanent sights) di keempat-empat daerah? Setentunya ini tidak membawa imej yang baik kepada negara dan satu kerugian dari segi nilai penggunaan tanah (land use) di kawasan yang boleh di consider sebagai prime area.

Kaola berpendapat whole of nation dan whole of government approach boleh menyelesaikan masalah ini dan juga secara langsung tanah-tanah yang terbiar. Banyak potensi untuk tanah-tanah yang terdapat bangunan-bangunan seperti ini boleh dimajukan oleh pelaburan asing (_Public Private Partnership). Mungkin perlu jika belum ada, satu _task force terdiri daripada pihak kerajaan dan swasta untuk meneliti penggunaan tanah-tanah seperti ini untuk memberi nilai ekonomi yang lebih tinggi.

Kaola juga ingin bertanya jika undang-undang dan peraturan yang mengawal penggunaan tanah di kawasan bandar dapat dikaji dan dipermudahkan untuk tujuan-tujuan komersial. Jika kita tinjau pembangunan atau pun transformation yang kita bicarakan dan bincangkan ini, di kawasan-kawasan bandar tidak banyak yang berkembang.

Juga kaola rasa, dasar ease of doing business belum nampak dilaksanakan secara nyata untuk membantu perkembangan bandar sebagai kawasan komersial. Apa yang kita maklum, disebaliknya adalah semakin sukar untuk berurusan dengan pihak kerajaan. Jika syarikat tempatan mendapati sedemikian, apa lagi syarikat-syarikat atau pelabur-pelabur dari luar negeri akan kurang memahami undang-undang dan peraturan tata kerja di negara ini.

Seterusnya, kaola ingin menyentuh mengenai Anggaran Perbelanjaan Kemajuan di bawah Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan, kaola mengambil maklum bahawa peruntukkan sebanyak $12 juta telah pun disediakan di bawah RKN-12 untuk menaik taraf pos-pos kawalan Imigresen di Sungai Tujuh, Labu, Kuala Lurah dan Ujung Jalan. Kaola kurang pasti sama ada peruntukan ini mencukupi untuk mendirikan bangunan kekal, tetapi alhamdulilah kaola berpendapat sekarang-kurangnya dapat menaik taraf bangunan yang sedia ada.

Sementara itu kerja-kerja kecil tentu dapat dibuat bagi membaiki dan mencantikkan bangunan yang ada sekarang daripada nampak terbiar dan seolah-olah tidak 'dipedulikan' keadaannya dan ini termasuklah jendela tempat menyerah pasport untuk dicop. Bagi yang selalu melalui melintasi sempadan mungkin tahu keadaan pos-pos kawalan tersebut.

Jadi kaola merasakan ini bukanlah satu perkara yang sukar untuk 'membisaikan', hanya memerlukan peruntukan yang kecil bagi 'mengusainya'. Perkara ini mungkin remeh dilihat, hari-hari 'kitani' melintas dibiarkan sahaja tetapi jika dibiarkan, ia akan memberikan black eye kepada negara. Ini termasuklah kemudahan tandas awam yang tidak bersih dan sering rosak. Kaola juga berharap masalah queue yang panjang disempadan-sempadan negara dapat diatasi bagi 'kelicinan' Pos Imigresen Negara Brunei Darussalam.

Mungkin ini dapat diatasi dengan menambah Pegawai Imigresen semasa peak season yang tidak dapat dielakkan jika orang ramai membuat perbandingan akan perkhidmatan dan kemudahan yang diberikan oleh pos-pos kawalan di Negeri Sarawak dan Negeri Sabah Malaysia.

Yang Berhormat Pengerusi. Kita tidak harus membiarkan orang awam mengatakan isu-isu negatif dan mempersendakan perkhidmatan yang kita berikan. Kredibiliti dan kewibawaan kerajaan mesti dipertahankan daripada cemuhan orang ramai.

Sebab-sebab orang- 'kitani' banyak berkunjung di negara jiran apabila musim ataupun hujung minggu sudah 'kitani' ketahui tapi apakah usaha pihak kerajaan untuk menarik orang berbelanja di negara sendiri. Apa pula usaha pihak kerajaan untuk menarik orang asing ke Negara Brunei Darussalam? It should be a two-way traffic.

Yang Berhormat Pengerusi. Mungkin kita perlu menelitinya secara strategik di peringkat national dengan pendekatan Whole of Nation atau Whole of Government untuk mengawalnya sebelum keadaan semakin merugikan kita. Yang Berhormat Pengerusi. Mungkin kita perlu menelitinya secara strategik di peringkat national dengan pendekatan Whole of Nation atau Whole of Government untuk mengawalnya sebelum keadaan semakin merugikan kita.

Dulu kita pernah mengatakan mengenai push and pull factor. Dengan perbembangan yang semakin rancak di negara jiran, the pull factor menyebabkan rakyat Negara Brunei Darussalam ke luar negara semakin kuat. Kita sudah sepatutnya bertindak kerana ini adalah issue of nation's concern yang perlu penyelesaian segera. Kalau tidak, negara kita akan berterusan contributing kepada kemajuan dan pertumbuhan negara lain tanpa timbal balik dan we keep on contributing, minta maaf Yang Berhormat Pengerusi, berbahasa Inggeris sedikit, we keep on contributing to the growth of neighbouring areas sedangkan our own places become sepi semasa musim cuti.

Yang Berhormat Pengerusi. Sekian sahaja yang ingin koala sentuh mengenai perbincangan tajuk ini. Koala harap apa sahaja yang koala nyatakan diambil positif untuk kita sama-sama memikirkan dan bertindak bagi menyelesaikan masalah-masalah yang masih ada dan juga mendukung tema "Bersatu Membina Masa Depan yang lebih Makmur".

Sekian, (missing jawi words)

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri

Temira Kasih Yang Berhormat Pengerusi atas terima kasih kepada Yang Berhormat atas soalan dan saranan-saranan yang koala fikir memang menuju ke pendekatan Whole of Government, Whole of Nation Approach Yang Berhormat Pengerusi.

Jadi salah satu soalan yang dikemukakan itulah adalah satu habungan yang efisien. Memang tugas penghulu mukim dan ketua kampung ini adalah orang yang awal sekali di'aga' oleh orang kampung jika ada masalah termasuk golongan yang susah. Jadi, perkara ini juga turut memerlukan bantuan daripada rakan koala yang lain sebagai contoh Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan dari segi pembangunan hal-ehwal masyarakat untuk menerangkan dari segi bantuan-bantuan ini. Sebagai contoh, terdapat penghulu mukim dan ketua kampung yang menghulurkan duit sendiri untuk 'membelanjai' orang-orang kampung masing-masing.

Itu adalah sebagai ihsan daripada penghulu mukim dan ketua kampung sendiri juga. Jadi, itulah yang dapat dilaksanakan oleh penghulu mukim dan ketua kampung dan أن شاء الله jawapan tambahan akan ditambah oleh rakan kaola.

Berkenaan dengan peruntukan transformasi bangunan sebenarnya bangunan-bangunan kerajaan yang kosong ini memang ada satu jawatankuasa yang dipengerusikan bersama Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II dan Yang Berhormat Menteri Pembangunan. Jadi mana-mana bangunan kosong akan diserahkan kepada kerajaan bagi kegunaan lain. Jadi, Yang Berhormat Menteri Pembangunan boleh jua membantu untuk menjawab.

Dari segi peruntukkannya sebagaimana yang pernah ditanyakan semasa pada hari Sabtu, berkenaan dengan BSB Masterplan sudah kaola terangkan seperti di Bandar Seri Begawan, kebanyakannya adalah tanah-tanah milik sendiri, sama seperti di tempat-tempat yang lain.

Jadi, itu sahaja yang Berhormat Pengerusi dari segi transformasi bandar sama ada 'kitani' mahu bandar 'kitani' vibrant ia melibatkan juga business community untuk memajukan bandar-bandar ini seperti contoh Bandar Seri Begawan, 'pembisaian' di tebing Sungai Brunei sudah dilaksanakan sama ada _business community _untuk mengembangmajukan dan mengadakannya sebagai business center atau pun tapak restoran-restoran yang boleh 'diaga' oleh pelancong-pelancong.

Personalannya tadi itu macam mana 'kitani' boleh attract orang-orang pelancong asing ke Negara Brunei Darussalam adalah 'kitani' harus lihat macammana mereka attract rakyat 'kitani' ke negeri 'bisdiorang' dari segi restorannya, dari segi apa yang boleh 'diagai' oleh orang-orang yang berkenaan.

Soalan ketiga, berkenaan dengan Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan. Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan ini memang akan diperuntukkan sebanyak $12 juta أن شاء الله. Perkara ini sepertimana yang kaola terangkan semasa mukadimah, perkara ini telah dibincangkan awal dengan Kementerian Pembangunan untuk membuat spesifikasinya.

Yang Berhormat mengatakan berkenaan dengan 'tabuk-tabuk' ataupun jendela-jendela untuk menyerahkan passport ini sebenarnya internal, iaitu kebersihan secara dalaman dari pos-pos kawalan memang sudah ada contract pembersihan diadakan di pos-pos kawalan tersebut.

Jadi bermula 1 April akan diadakan Facility Management kepada 2 pos kawalan yang sedang diberikan meningkatkan dari segi-segi kebersihan yang ada di pos-pos kawalan berkenaan. Memang Yang Berhormat Pengerusi, secara adhoc, mana-mana kerosakan yang terdapat di pos-pos kawalan memang dibaiki mengikut peruntukan-peruntukan yang telah disediakan. Insya'allah peruntukan di bawah Rancangan Kemajuan Negara untuk revamp kawalan itu untuk lebih kondusif dan ada Yang Berhormat tadi masalah queue panjang. Queue panjang ini kalau 'kitani' lihat semasa bulan Disember semasa cuti sekolah, kaunter-kaunter pekhidmatan memang ditambah kuantitinya tetapi proximity antara pos-pos kawalan dengan negera jiran memang hampir, jadi queue itu memang sampai 6 ke 7 jam. Perkara ini memang dipantau dari masa ke masa pada hari itu juga Yang Berhormat Pengerusi, jadi erinya kalau sudah bertemu kereta itu sebelah sebelah, tidak dapat lagi dilaksanakan, tapi kaunter yang dibuat ditambah di pos-pos kawalan itu 6 ke 7 counter exit ertinya keluar, ertinya ikut keperluan keperluan semasa itu, kalau sekiranya masa orang masuk ramai, then counter untuk ketibaan itu akan ditambah.

Jadi mungkin soalan yang lain, berkenaaan dengan usaha pihak kerajaan untuk menarik orang belanja di negara sendiri, apakah pihak kerajaan untuk menarik orang luar? Dari segi kalau ia whole of government, dari segi pendekatan menyeluruh kerajaan dan juga dari segi imigresen, memang imigresen dari segi untuk memudahkan orang masuk ke Negara Brunei Darussalam memang sudah dibagi fasilitinya dari segi visa waiver, pos-pos kawalannya sebagai contoh di lapangan terbang dan juga di equip dengan e-gate.

Jadi apa yang menarik mereka kemari adalah salah satunya macam tempat-tempat yang boloh mereka lawat sebagai contohnya taman-taman peranginan dan juga keda-kedai komersial dan sebagainya Yang Berhormat Pengerusi.

Jadi ini memerlukan juga pendekatan dengan kerjasama daripada pihak swasta, bisnis komuniti dan juga kerajaan. Dari segi dasar, kalau dari segi imigresen yang dapat kaola sebukian tadi itu ialah untuk kemasukan mereka ini dipermudahkan. Jadi insya'allah perkara ini akan diteliti dari segi program ini juga Yang Berhormat Pengerusi.

Mungkin itu sahaja daripada kaola, Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusi

Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan

اللهم صلي على محمد وآل محمد Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi kerana memberi laluan dan terutama sekali kaola ini mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Pengerusi Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Suyoi bin Haji Osman atas soalan-soalan simbat yang diutarakan tadi.

Pertama, kaola ingin menekankan, pihak abiskaola Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan bersama-sama dengan agensi-agensi yang berkenaan sudah setentunya akan terus memberikan bantuan-bantuan yang diperlukan.

Salah satu tata cara yang disediakan adalah dengan menyediakan iaitu panggilan hotline iaitu panggilan kebajikan 141 yang disediakan oleh JAPEM adalah bertujuan untuk memberikan ruang perkhidmatan yang lebih baik dan efisien serta bantuan kepada klien-klien atau pelanggan-pelanggan yang bermasalah khususnya dalam kes-kes penderaan, pengabaian, perlindungan, ekploitasi, khidmat nasihat, masalah-masalah keluarga termasuklah isu-isu yang melibatkan hal-hal keperluan makanan dan juga pemohonan bantuan segera kewangan bagi keluarga yang miskin.

Kepelruan tempat tinggal dan membaiki rumah adalah beberapa perkara yang sering diterima oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan melalui JAPEM dan ia ditanggani dengan jawatankuasa-jawatankuasa yang telah pun sudah diadakan untuk meneliti pemohonan-pemohonan seperti ini. Namun demikian, di mana ada keperluan-keperluan yang mendadak dari segi keperluan perumahan, dari segi bantuan kewangan, bantuan makanan, ia tetap disediakan.

Sebagai contoh, apabila mangsa-mangsa terlibat dalam kebakaran atau rumah roboh, alternatif tempat tinggal disediakan dengan seberapa segera di tempat-tempat yang dipanggil rumah tumpangan atau pun rumah sementara dan bantuan-bantuan kewangan akan segera dihulurkan kepada mangsa-mangsa yang memerlukan bantuan seperti ini.

Dalam pada itu, bantuan makanan secara ration juga disediakan bagi mangsa-mangsa yang memerlukan bantuan seperti ini. Kaola bercadang untuk memberi penerangan yang lebih jelas lagi sewaktu Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan peluang kaola menerangkan dengan lebih jelas.

Tapi ini adalah sebagai satu makluman awal mengenai dengan perkara-perkara yang diharpap dapat menjawab sebara sedikit persoalan yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat tadi. Untuk itu, terima kasih, itu sahaja dulu.

Yang Berhormat Pengerusi

Saya persilakan Yang Berhormat Menteri Pembangunan.

Yang Berhormat Menteri Pembangunan

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

الحمد لله ربّ العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين Yang Berhormat Pengerusi memberi laluan kepada kaola untuk menambah penjelasan yang telah disampaikan oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dari soalan yang dibangkitkan tadi oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Suyoi bin Haji Osman memanggil dibenarkan bangunan-bangunan kerajaan yang kosong.

Secara umumnya, dalam memberikan maklumat penjelasan daripada persoalan tadi itu, satu seperti yang dijelaskan tadi ada satu jawatankuasa untuk menangani bangunan-bangunan kerajaan yang kosong. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Ke II dan kaola sendiri, dan urus setia jawatankuasa ini terdiri daripada Jabatan Kerja Raya.

Salah satu diantara term of reference, terma rujukan jawatankuasa ini adalah untuk menangani bangunan-bangunan kerajaan yang kosong. Daripada perikiraan terdapad dalam 5,639 bangunan-bangunan kerajaan yang ada dan tidak kurang daripada 1,000 daripada bangunan-bangunan ini yang sudah kosong termasuklah barek-barek, rumah-rumah pangsa dan juga rumah-rumah banglo kerajaan ada yang sudah lama terbiar dan tidak dihuni lagi.

Dan daripada penilaian dan pertimbangan jawatankuasa sejauh ini, sebanyak 639 bangunan-bangunan kerajaan yang kosong ini telah dirobohkan dan pada masa ini, sebanyak 213 buah bangunan sedang diperiksa di dalam penelitian untuk dibuatkan keputusan sama ada ia masih lagi utuh untuk dibaik pulih atau pun sebaliknya adalah untuk diroboh.

Daripada persoalan tadi, tidak juga jelas any specific bangunan-bangunan tertentu yang dimaksudkan dalam persoalan Yang Berhormat tadi mengenai dengan bangunan-bangunan yang ada di kawasan bandar atau pun khususnya kalau merujuk kepada Bandar Seri Begawan.

Tapi kalau dapat, kaola menambah sedikit daripada persoalan tadi sebagai satu contoh ada juga terdapat beberapa bangunan-bangunan seperti bangunan-bangunan kedai yang sudah lama terbiar di antaranya ialah satu bangunan di Jalan Temancha di berlakang Grand Stand Pemancha Sultan Omar 'Ali Saiffuddien itu yang telah diroboh pada tahun lepas 2023 kerana bangunan itu sudah didapati lama dan usang dan tidak ada pertimbangan untuk memulihkan bangunan itu untuk diperbaiki. Satu jua bangunan-bangunan ini, tanah-tanahnya ialah daripada tanah-tanah leased yang sudah mansuh dan tidak ada pembaharuan yang dibuat. Jadi keputusan telah dibuat untuk meroboh bangunan-bangunan tersebut.

Dan selain daripada itu, di satu lokasi yang lain di kawasan Bandar Seri Begawan, ada satu bangunan yang sudah disasarkan untuk diroboh kerana dilihat bukan sahaja ianya kitani an eyesore, kerana teliti dilihat membahayakan kerana telah berlaku kebakaran sebelum ini. Bahagian urus setia jawatankuasa ini telah merujuk perkara ini mencari siapa tuan punya rumah bangunan itu dan bangunan itu telah dihantar surat notis dan amaran supaya mengambil tindakan untuk meroboh bangunan itu.

Namun, atas beberapa sebab yang difikirkan menjadi satu kesulitan ialah tidak ada respons yang positif daripada pemilik bangunan itu untuk meroboh. Perkara ini telah dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara bagi melihat dari segi undang-undang, kalau dapat dibolehkan dan pihak JKR sendiri akan mengambil tindakan untuk meroboh bangunan itu dan kos untuk merobohkan itu akan dihadapkan kepada pemilik bangunan tersebut. Itu adalah antara usaha yang dibuat melalui jawatankuasa untuk menangani bangunan-bangunan yang usang, roboh dan mencemarkan pandangan 'kitani' di kawasan bandar.

Penjelasan ini bukanlah satu penyelesaian keseluruhan, cuma untuk mengongsikan secara umum usaha yang dibuat oleh pihak kerajaan melalui jawatankuasa. Itu sahaja yang kaola dapat sampaikan. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Menteri Pembangunan. Sekarang saya persilakan Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan.

Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi dan terima kasih juga Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Suyoi bin Haji Osman Berkenaan dengan soalan mengenai usaha kerajaan untuk menarik orang tempatan dan juga orang asing untuk berbelanja di dalam negara dan juga untuk melancong di dalam negara.

Bagi Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, terdapat beberapa inisiatif telah pun diungkayahkan bagi menarik lebih ramai orang Brunei untuk berbelanja di samping menarik pelancong asing ke negara ini. Antaranya ialah dengan adanya penganjuran ‘Kenali Negara Kitani’. Sebenarnya ini kaola akan present semasa mukadimah kaola nanti, tapi secara ringkasnya, Program Kenali Negara Kitani ialah bagi mempromosikan dan meningkatkan kesedaran akan produk-produk pakej tempatan di negara ini.

Pihak Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan dengan kerjasama dengan Kementerian Kewangan dan Ekonomi dan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri mengungkayahkan Brunei December Festival termasuk Brunei Local Products Expo yang selalunya diadakan pada hujung tahun Disember masa cuti sekolah. Mengadakan Mid-Year Conference and Exhibition yang dianjurkan pada pertengahan bulan Jun.

Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan juga mengadakan kerjasama dengan restoran-restoran dan hotel-hotel sekarang mengadakan Brunei Gastronomy Festival 2024.

Di samping itu, pihak Kementerian Kewangan dan Ekonomi juga mengadakan Salesbration pada hujung tahun dan juga SME Festival yang masa ini dianjurkan di sini semata-mata untuk menarik orang ramai berbelanja sendiri di sini. Di samping untuk mempromosikan produk-produk tempatan yang ada. Itulah antara sebahagian daripada usaha baik kerajaan bagi menarik lebih ramai lagi orang Brunei ini berbelanja di sini di samping, mengenali negara 'kitani' dengan domestic tourism dan seterusnya akan lebih menarik pelancong-pelancong asing ke negara ini.

Ini akan di elaborate further semasa mudakimah. إِنْ شَاءَ ٱللَّهُ esok atau lusa. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan. Sekarang saya persilakan Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan.

Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ , اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. إِنْ شَاءَ ٱللَّهُ kaola merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri berkenaan dengan mudakimah yang cukup padat dengan informasi tentang hala tuju dan perancangan ke arah kemajuan yang diharap-harapkan.

Namun dalam perkara ini, kaola sukacita menyentuh berkenaan dengan permohonan hiburan awam menurut Akta Hiburan Awam, Penggal 181, yang mana antara lain bertujuan mengawal aktivit-aktiviti hiburan di tempat-tempat hiburan orang ramai mengikut garis panduan yang dikeluarkan daripada agensi-agensi kerajaan yang berkepentingan dan peraturan-peraturan pentadbiran yang digunakan dari masa ke masa.

Terdapat beberapa kekeliuran daripada orang ramai berkenaan dengan perkara ini terutama sekali apabila menyentuh dengan acara-acara atau aktiviti-aktiviti yang diadakan oleh pihak kerajaan mahupun pihak swasta dan orang ramai dalam satu-satu masa. Ini termasuklah persembahan kebudayaan untuk tujuan pelancongan, persembahan akustik dan dan bunyi-bunyian dengan tempat terbuka seperti 'Bandarku Ceria' dan lain-lain.

Dalam hal ini, kaola sukacita mengharapkan agar pihak-pihak berkenaan dapat mengemaskinikan peraturan-peraturan di dalam permohonan hiburan awam dengan mengambil kira kesesuaian serta perubahan semasa tanpa mengetepikan perkara-perkara penting menurut ugama Islam seperti hiburan terbuka di tempat awam yang bertujuan bagi membantu meningkatkan sosiokonomi dan aktiviti perniagaan dan seumpamanya.

Kaola sangat menyambut baik dengan usaha pihak kementerian di dalam menguatkan kualiti, produktiviti produk-produk 1K1P dan kapasiti para pengusaha dengan menyediakan beberapa inisiatif dan usaha ini bukanlah baharu malah ia sudah dilaksanakan dengan pelbagai cara dengan akidah termasuklah bekerjasama dengan pihak-pihak yang berkepentingan. Terbaharu bersama dengan pihak Ghanim Enterprise.

Kaola berterima kasih atas usaha murni pihak kementerian ini. Namun pada itu, kita perlu bepijak kepada bumi yang nyata dan memahami situasi sebenar para pengusaha 1 Kampung 1 Produk serta kepasti yang mereka ada. Perkara ini telah juga dinyatakan oleh Yang Berhormat Menteri tentang cabaran dan rintangan ke arah merealisasikan hasrat yang diharapkan.

Dalam hal ini, kaola suka memberi sedikit pandangan jika ia sesuai dan baik di mata pihak-pihak berkenaan. Dalam kita mengharungi era evolusi industry 4.0 serta cabaran pendekatan ekonomi baru kita memerlukan pemikiran dan idea baharu dalam mengangkat jenama produk 1 Kampung 1 Produk. Ini termasuklah melahirkan para pengusaha baru yang lebih berkaliber, berani pergi jauh hingga ke peringkat global.

Kaedah inovasi antara pendekatan yang digunakan oleh negara-negara maju dan mengkomersialkan produk-produk yang sedia ada agar lebih kompetitif. Sehubungan dengan ini, kaola mencadangkan inisiatif dan usaha bagi mengujudkan program-program atau projek-projek inovasi berimpak sederhana dan tinggi di bawah Program 1K1P bagi mengetengahkan pengusaha dan usahawan baru bagi menghasilkan produk baru 1K1P bukan hanya disasarkan kepada makanan sahaja tetapi produk perkhidmatan, pembuatan dan kraftangan 1K1P adalah langkah yang wajar agar jenama 1 Kampung 1 Produk terus berkembang mengikut perubahan pasaran semasa كَمْلَ ومَنّْهى mohon pencerahan daripada Yang Berhormat Dato mengenainya.

Selain, (missing jawi words)

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat atas soalan dan cadangan yang diberikan.

Sebelum itu, kaola ingin menambah perosalan daripada Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Suyoi bin Haji Osman berkenaan dengan bangunan. Kaola menambah jawapan daripada rakan sejawat kaola iaitu ada 3 bangunan yang di bendar, satu daripadanya bangunan parking bertingkat, rest house dan Bangunan Pusat Komersial yang masih dalam perundingan dengan Brunei Economic Development Board, Kementerian Kewangan dan Ekonomi untuk dikomersialkan.

Bebalik kepada soalan daripada Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan berkenaan dengan hiburan awam.

Kaola pun kurang pasti apakah kekeliruan dari segi sama ada membuat persembahan kebudayaan tidak diberikan. Jadi, kaola menerangkan saja garis panduan hiburan awam ini ada dimuatkan dalam laman sesawang Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan dalam garis panduan itu ada juga dimasukkan mana-mana tarikh yang tidak bersesuaian untuk mengadakan hiburan- hiburan awam yang dianggap black out date. Dalam black out date ini mana-mana bulan yang difikirkan tidak bersesuaian sebagai contoh bulan Syaaban, bulan Ramadhan dan juga aktiviti pada malam-malam Jumaat, sepanjang hari Jumaat dan sebagainya. Jadi di sana dalam aktiviti-aktiviti itu, dalam garis panduan itu, juga ada dimasukkan mana yang tidak dibenarkan, mana yang tidak digalakkan, mana yang boleh dipertimbangkan. Itu yang dapat kaola sampaikan memandangkan garis panduan ini memang digunapakai sama ada permohonan yang dipohonkan oleh pihak kerajaan ataupun pihak swasta.

Yang kedua, berkenaan dengan pandangan daripada Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdam, mengenai new product, new economy, memang kaola benar-benar menghargai cadangan berkenaan. Salah satu daripada hasrat kementerian, menandatangani dengan salah satu syarikat iaitu Ghanim adalah untuk mengeluarkan produk-produk yang berimpak tinggi ertinya sama ada 'kitani' akan membuat produk baru atau atuapan yang ada pada masa ini memang sahaja boleh dipakai. Dari segi yang berimpak tinggi ini, dari segi komersialnya, dari segi jumlahnya (volume) itu yang akan diusahakan. Satu daripada perkara yang kaola suarakan semasa permuzakarahan bersama penghulu mukim dan ketua kampong, yang bukan sahaja ada saranan daripada Yang Berhormat Awang Abdul Aziz itu tadi, berkenaan dengan selain daripada produk-produk makanan, perkhidmatan sebagai contoh retail, kedai-kedai runcit mungkin dipelopori oleh anak-anak tempatan yang boleh dinamakan sebagai 1K1P dan sebagainya. Ada juga dipersoalkan semasa di dewan ini berkenaan dengan pengkorporatan bagi penduduk-penduduk kampong juga boleh dilaksanakan. Kementerian memang sangat menghargai apa sahaja yang 'kitani' usahakan untuk penduduk mukim dan orang kampong untuk memastikan dan menaik taraf ekonomi mereka. Itu saja Yang Berhormat Pengerusi. Terima kasih.

Yang Berhormat Pengerusi

Saya persilahkan sekarang Yang Berhormat Awang Haji Mohamad Danial @ Tekpin bin Ya'akub.

Yang Berhormat Awang Haji Mohamad Danial @ Tekpin bin Ya'akub

Terima kasih Yang Di-Pertua.

نَهاَيه الكُليِّ بِالخَيِّ آمِينَ يَارَبَّ العَالَمِينَ

Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.

أحبكما, kaola merakamkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri di atas muadahmadh berkenaan dengan perancangan strategik kementerian sebelumnya ke arah kemajuan Negara Brunei Darussalam.

Sehubungan dengan itu, kaola sukacita ingin menyentuh berkenaan dengan keselamatan dan kesejahteraan asset-asset kerajaan seperti balai raya, dewan kemasyarakatan dan seumpamanya. Kerajaan telahpun menanggung perbelanjaan dan menghadap kerugian disebabkan perka-perka berkaitan dengan isu-isu keselamatan seperti kecurian, pemusnahan dan seumpamanya. Pekara ini terjadi disebabkan beberapa perkara, anting faktor kelembaan dan keselamatan seperti bangunan tidak dipagar dan tidak dilengkapi dengan ciri-ciri kawalan keselamatan dan seumpamanya.

Dalam pada itu, kaola mencadangkan agar usaha dan perancangan menaik taraf bangunan-bangunan perlulah mengutamakan ke arah meningkatkan kualiti keselamatan dan kesejahteraan bangunan berada dalam kaedah yang baik dan selamat. Selain daripada itu, kaola juga mengharapkan penggunaan teknologi terkini yang berkonsepkan maintenance free dan cost effective untuk memiminumkan perbelanjaan pihak kerajaan.

Selanjutnya kaola bercakap mengenai dengan kebersihan persekitaran dan penguatkuasakan terutama sekali di kawasan pembandaran. Di dalam mukadimah Yang Berhormat Menteri ada juga menyentuh berkenaan dengan topik ini. Namun pada itu, kaola juga mengambil perhatian berkenaan dengan perkara-perkara supaya setiap pihak kementerian merangka pelan-pelan strategik jangka pendek, sedeharana dan panjang di dalam mewujudkan persekitaran bandar yang lebih kondusif dengan mengambil kira aspek-aspek antaranya:

Pertama, sistem pengurusan dan kemudahan kebersihan yang lebih efektif yang juga mengambil kira halatuju kemajuan bandar dan inisiatif-inisiatif perubahan iklim. Yang kedua, ialah menguatkuasakan undang-undang berkaitan dengan isu sampah sarap dan kawalan binatang perkeliaraan kemasukaln akta-akta penguatkuasakan bagi melindungi kakitangan awam untuk melaksanakan tugas mereka dengan sempurna tanpa diganggu gugat oleh pihak-pihak tertentu. Memohon pencerahan daripada Yang Berhormat Menteri mengenainya.

Sekian, وبث والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Terima kasih Yang Berhormat Awang Haji Mohammad Dainal @ Tekpin bin Ya'akub. Ada dua cadangan, kaola tidak akan mengulas panjang tentang mengenai cadangan itu, memang dari segi cadangan yang baik bagi menjaga keselamatan sebagai contoh balai raya dan sebagainya. Perkara ini perlu dibincangkan dengan pejabat-pejabat daerah. Kaola mengambil baik cadangan itu Yang Berhormat Pengerusi.

Yang kedua, berkenaan perbandaran, ada juga sistem pengurusan kebersihan, memang itu cadangan yang baik. Hanya memang pada masa ini bandaran dengan bidang kuasanya memang melaksanakan proses kebersihan di kawasan bandaran di kawalan masing-masing. Pada masa ini juga untuk makluman Yang Berhormat Pengerusi dan Yang Berhormat Awang Haji Mohamad Danial berkenaan dengan Jabatan Bandaran juga dari segi teknologi akan menggunakan mesin-mesin yang berteknologi sebagai contoh untuk membersihkan di kawasan-kawasan, sama ada menggunakan vacuum pump atau sebagainya. Itu salah satu daripada inisiatif yang akan dilaksanakan oleh Jabatan Bandaran.

Berkenaan dengan penguatkuasaan undang-undang, memang kalau kita lihat juga dari segi penguatkuasaan undang-undang dari segi sampah, kita ada mendengar daripada berita mengenai mereka yang dikenakan denda yang membuang sampah, jadi koala juga sukacita memaklumkan di sini di bawah Section 186 Penal Code Chapter 22, mana-mana orang yang menghalang kakitangan kerajaan menjalankan tugas-tugasnya adalah salah dan boleh dihukum penjara sehingga 3 bulan dan didenda sehingga $2000 atau kedua-duanya sekali. Jadi alhamdulilah pada masa ini ada sebahagian sahaja yang diterima terkenaan dengan menghalang tugas-tugas pegawai kerajaan melaksanakan tugas mereka. Itu sahaja yang dapat disampaikan Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusi

Saya persilakan Yang Berhormat Awang Mohammad bin Abdullah @ Lim Swee Ann.

Yang Berhormat Awang Mohammad bin Abdullah @ Lim Swee Ann

(missing Jawi words)

Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. اشكر الله تعالى منقعناكن kaola mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri atas mukadimah yang cukup padat, penuh dengan informasi tentang halatuju belanjawan kementerian bagi Tahun Bajet 2024/2025. Kaola ingin menyentuh mengenai di bawah Tajuk SE05A - Jabatan Buruh.

Dalam memperkatakan berkenaan pekerja asing yang semakin bertambah di Negara Brunei Darussalam ketika ini, keberadaan mereka ini memang tidak dapat dinafikan dan sedikit sebanyak merangsang kemajuan dalam beberapa sektor. Penduduk tempatan juga mendapat manfaat dari segi penyediaan perkhidmatan yang cepat dan murah. Selain itu, ia dapat meningkatkan produktiviti disebabkan kemampuan mereka untuk bekerja dalam bidang perladangan dan perikanan. Namun, koala berpendangan situasi ini perlu diberi perhatian dengan sedalam-dalamnya untuk memberi keutamaan kepada anak-anak tempatan.

Pertanyaan kaola, apakah perancangan pihak kementerian bagi mengawal kemasukan warga asing dan apakah pelan-pelan strategik yang akan dilaksanakan bagi mengimbangi situasi dan dalam masa yang sama memberi keutamaan kepada anak-anak tempatan untuk menceburi bidang-bidang tertentu?

Sekian,

بنتانغ بولاية وندانغ، ولاية بانغار، مجليس مشورة ولاية

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri

Terima kasih Yang Berhormat Pengurus dan terima kasih Yang Berhormat Awang Mohammad bin Abdullah @ Lim Swee Ann.

Berkenaan soalan perancangan kementerian, sebagaimana yang koala terangkan dalam mudahkan kaola berkenaan National Labour Management System. National Labour Management System ini, sebelum lesen pekerja asing diberikan, ia akan mengikut proses-proses tertentu. Sebagai contoh, Job Centre Brunei untuk memastikan anak-anak tempatan boleh mengisikan satu-satu jawatan berkenaan sebelum ia diberikan kepada warga asing. Jadi, inilah yang memberikan peluang pekerjaan kepada anak-anak tempatan. Itu sahaja Yang Berhormat Pengerusi yang dapat kaola sampaikan, memandangkan sistem ini sudah dilaksanakan awal dan kolaborasi dengan agensi-agensi yang berkenaan. Banyak lagi perkara yang boleh 'abiskaola' terangkan. Sebagai contoh, nisbah tempatan dan asing boleh juga diterangkan. Itu sahaja Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusi

Saya persilakan sekarang Yang Berhormat Haji Awang Sulaiman bin Haji Nasir.

Yang Berhormat Haji Awang Sulaiman bin Haji Nasir

شيه بنتانغ بولاية وندانغ، ولاية بانغار، مجليس مشورة ولاية

Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. شكرًا لكم سيدي كاولا kaola merekamkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri atas mukadimah yang disampaikan tentang hala tuju kementerian ke arah memastikan semua agenda pembangunan direalisasikan dengan jayanya. شكرًا لكم سيدي

Yang Berhormat Pengurus. Apa yang akan kaola bahaskan ini sebenarnya sudah pun disentuh oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri. Walau bagaimanapun, izinkan kaola untuk meneruskan apa yang akan kaola sampaikan ini iaitu mengenai pintu masuk sempadan yang merupakan first impression atau pandangan pertama kepada orang luar atau pelancong untuk mengenali keunikan dan keindahan Negara Brunei Darussalam, tidak kira sama ada melalui lapangan terbang atau pos-pos kawalan. Ini termasuklah kemudahan-kemudahan awam yang disediakan seperti tandas, surau dan sebagainya. Kaola menyuarakan berkenaan beberapa pos kawalan sempadan yang kelihatan tidak begitu terurus dan memerlukan perhatian yang sewajarnya. سكايلا, koala menyambut baik tentang perancangan menaik taraf pos-pos kawalan sempat yang dinyatakan dalam mukadimah Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri kelmarin. Namun, perkarar-perkara penting juga perlu diambil perhatian segera.

Penggunaan teknologi terkini seperti paparan LCD bagi menggantikan poster-poster kertas, papan-papan tanda dan seumpamanya mampu menambah nilai bangunan pos-pos kawalan yang sedia ada. Selain itu, ia mampu menyebarkan maklumat dan informasi secara berterusan dan efektif berkenaan pelancongan, peraturan dan maklumat lain yang diperlukan oleh orang ramai.

Sehubungan itu, koala ingin mencadangkan adalah baik jika perancangan-perancangan django penekanan dapat disediakan dan dilaksanakan oleh pihak kementerian untuk menaik taraf bangunan pos-pos kawalan dengan memberi tumpuan kepada perkara-perkara penting yang menjadi keperluan orang ramai. Apakah ada usaha-usaha strategik hubungan dua hala dengan negara jiran ke arah meningkatkan kualiti perkhidmatan di pos-pos kawalan dalam usaha mengurangkan kesesakan dan kenderaan berbaris panjang, terutama sekali apabila menghadapi keramaian pengguna pada waktu cuti awam dan persekolahan?

Selanjutnya, koala sukacita menyentuh berkenaan Pekan Bangar, Daerah Temburong. Memandangkan Pekan Bangar telah pun membangun dengan pesatnya, adalah menjadi harapan agar suatu hari nanti Pekan Bangar akan menjadi sebuah bandar yang serba maju dan mampu menarik para pelabur tempatan dan luar negara. Justeru, apakah ada perancangan atau menaik taraf Pekan Bangar sebagai sebuah perbandaran dan ditadbir di bawah Jabatan Bandaran? Mohon pencerahan daripada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri mengenainya.

Sekian,

وبليه وتيمه وتحياتي

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi dan terima kasih kepada Yang Berhormat dengan soalan dan cadangan.

Koala tidak akan menenangkan panjang lebar berkenaan pos kawalan, sudah koala terangkan tadi. Perancangan kementerian untuk menaik taraf dari segi jangka masa pendek, jangka masa panjang dan kebersihannya, memang dibuat dari semasa ke semasa. Yang kedu, penggunaan papan seraman LCD itu, سي ديلياك akan dilhat keperlunyaanya.

Berkenaan soalan kedua iaitu mengenai Pekan Bangar, Autoriti Kemajuan Daerah Temburong yang adalah diundailkan oleh Kementerian Kewangan dan Ekonomi dengan Kementerian Pembangunan jika koala tidak silap, telah diserahkan ke kementerian di bawah Jabatan Daerah Temburong. Jadi, sebagaimana dalam mukadimah koala berkeanannan BSB Masterplan yang akan dilaratkan kesemua daerah yang akan menjurus kepada pembangunan daerah-daerah dengan kerjasama Kementerian Pembangunan dengan Jabatan Perancang Bandar dan Desa, Kementerian Pembangunan.

Sama ada boleh untuk dijadikan Perbandaran Pekan Bangar, itu belum dapat dinyatakan di sini sama ada keperluannya menjadi bandar atau sebagainya. Jadi, ان شاء الله nanti jika ada perkembangan-perkembangannya akan dikongsikan dari masuk ke masa Yang Berhormat Pengerusi. Jadi buat pada masa ini, apa yang dilaksanakan oleh kementerian adalah untuk pembangunan daerah-daerah dengan melibatkan perancangan dan pendekatan whole of government dan whole of nation. Itu sahaja Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusi

Saya persilakan Yang Berhormat Awang Haji Md. Salleh bin Haji Othman.

Yang Berhormat Awang Haji Md. Salleh bin Haji Othman

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ kaola mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri atas mukadimah yang memberangsang usaha dan perancangan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dalam mengurus belanjawan Tahun Kewangan 2024/2025.

Walau bagaimanapun, diharapkan bantuan ini dapat digunakan dengan lebih tulus dan transparent agar perancangan yang dirancang dan akan dilaksanakan dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya. ان شاء الله

Dalam kesempatan ini, koala sukacita menyentuh berkenaan dengan hala tuju dan fungsi rumah-rumah persinggahan (rest house) di bawah pengurusan Jabatan Bandaran dan Jabatan Daerah.

Nama rest house bukanlah asing pada satu ketika dulu kerana ia adalah merupakan tempat penginapan pegawai-pegawai kerajaan apabila bertugas di luar daerah. Selain daripada itu, rest house juga menjadi pilihan kepada orang ramai untuk menginap sementara. Namun pada itu, sekarang rest house kurang mendapat sambutan, malah ada yang tidak berfungsi lagi. Mungkin disebabkan oleh beberapa faktor, antaranya tidak mampu bersaing dengan keberadaan tempat-tempat penginapan lain seperti hotel ataupun homestay.

Koala menyuarakan perkara ini kerana sudah tiba masanya rest house ini dapat dipromosikan sebagai tempat pengingapan alternatif kepada orang ramai dengan menawarkan harga yang competitive, kaedah rebranding melalui usaha sama dengan pihak berkepentingan seperti Majlis Perundingan Kampung (MPK), boleh saja dijadikan asas kepada program-program keseusahawanan dan seumpamanya.

Persoalannya, adakah usaha dan perancangan pihak Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri berkenaan bangunan-bangunan rest house agar ia dapat berfungsi mengikut perubahan masa, dan berapakah jumlah bangunan rest house yang ada sekarang?

Dalam mukadimah Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri ada menyatakan tentang peruntukan untuk kerja-kerja membaik pulih bagi dewan-dewan dan seumpamanya. Namun, koala mohon agar pihak kementerian melalui jabatan-jabatan berkenaan memberikan perhatian kepada dewan-dewan dan infratruktur yang memerlukan perbaikan segera seperti Dewan Serbaguna Kampung Merangking, Dewan Serbaguna Kampung Rampayoh yang difahamkan telah disumbangkan oleh pihak swasta dan telah diserahkan kepada pihak kerajaan. Seterusnya, pentas persembahan di Taman Jubli Perak dan pemasangan jeti di Mukim Sukang.

Akhirnya, koala sukacita menyentuh dengan Jabatan Penjara, perkara-perkara berkenaan dengan banduan-banduan. Persoalannya, apakah SOP (Standard Operating Procedure) yang digunakan oleh pihak Jabatan Penjara bagi membawa banduan-banduan ke Pusat Kesihatan atau hospital-hospital kerajaan termasuk laluan, tempat menunggu bagi mendapatkan rawatan ke arah memastikan keselamatan dan keselamatan banduan dan orang ramai diberi keutamaan.

Sekian, وبالله التوفيق والهداية وصلى الله على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه أجمعين

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Terima kasih pada Yang Berhormat Awang Haji Md. Salleh bin Haji Othman berkenaan soalan-soalan yang diajukan.

Hala tuju rest house memang disediakan oleh Jabatan Daerah, tapi ia berbentuk subsidi untuk orang ramai tinggal ataupun untuk pegawai-pegawai kerajaan tinggal. Jadi competitiveya adalah hotel dan sebagainya Yang Berhormat Pengerusi, jadi rest house ini memang masih ada di bawah kawalan Jabatan Daerah. Mengenai jumlah rest house, kalau di Bandar Seri Begawan tidak ada rest house, di Daerah Tutong ada 2 buah untuk menempatkan pegawai kerajaan tapi itu untuk Pegawai Pentadbir dan Penolong Pegawai Daerah. Di Daerah Temburong terdapat sebuah yang diserahkan semula oleh KDT. Jadi memang rest house ini digunakan untuk pegawai-pegawai kerajaan yang akan meningap dari Bandar Seri Begawan ke Kuala Belait (tempat persinggahannya).

Jadi, yang kedua, berkenaan membaik pulih dewan-dewan, koala nyatakan ada 12 buah dewan yang sudah dibaiki dan jua yang pembaikan ini mengikut prioritynya, ikut keutamaannya seperti yang dinyatakan oleh Yang Berhormat tadi sebagai contoh, Dewan Serbaguna Kampung Merangking, memang perkara ini sudah pun dilawat bersama Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara dan tentu berkenaan, jadi kesesuaian untuk 'mengusai' ataupun dan sebaliknya perlu dilihat dari segi kosnya sendiri sama ada ia akan digunakan sebaik-baiknya. Perkara ini akan dibincangkan bersama Ahli-Ahli Yang Berhormat yang berkenaan mengenai keperluan untuk memperbaiki dewan ini. Memang dalam perancangan Jabatan Daerah, terdapat senarai dewan-dewan untuk diperbaiki dan akan 'diusai', Yang Berhormat Pengerusi. Juga ada dimasukkan tadi jeti di Mukim Sukang, pentas persembahan di Taman Jubli Perak itu juga sudah dalam perancangan Jabatan Daerah termasuk Jabatan Daerah Belait.

Berkenaan dengan SOP membawa banduan untuk ke klinik ataupun pusat-pusat kesihatan memang ada. Jadi, SOP ini sebagai contoh pegawai pengiring kepada banduan berkenaan dan keluar daripada penjara, masuk kepada klinik-klinik kesihatan memang dikawal secara ketat, dari segi keselamatan public juga diambil kira.

Itu sahaja yang dapat kaola terangkan, Yang Berhormat Pengerusi. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusi

Saya perisilakan Yang Berhormat Awang Lau How Teck.

Yang Berhormat Awang Lau How Teck

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi, selamat petang dan salam sejahtera. Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, menyentuh mengenai One MOHA System, yang dibentangkan di bawah RKN-12 untuk menjadikan transformasi digital dalam kerajaan telah menunjukkan kepentingan sistem itu kerana perkara sedemikian mempunyai peranan penting ke arah mewujudkan perkhidmatan awam yang lebih cekap, responsive dan memudahkan pengesanan dan penyampaian perkhidmatan kepada orang ramai.

Pada pendapat kaola, sistem ini merupakan sebuah inisiatif yang baik untuk memperkemaskan proses dan meningkatkan perkhidmatan awam serta menjadi sebuah mercu tanda untuk mendukung transformasi digital dalam kerajaan. Selain itu, keupayaan One MOHA System ini juga dapat dilihatdapat memperkemaskan proses pentadbiran dan menjadikannya lebih mudah serta lebih mesra pengguna (user friendly) untuk orang awam.

Pengendalian dokumentasi melalui transformasi pendigitalan ini juga memberi sebuah gambaran transformative dan progressive dari pihak kerajaan selaras dengan perkhidmatan e-Kerajaan untuk memudahkan workflow malahan inisiatif One MOHA System ini turut memperlihatkan keutamaannya sebagai sebuah pendekatan yang proaktif dan menangani perubahan demi kesenangan dan kesejahteraan orang awam.

Namun demikian, koala ingin menyentuh satu perkara di bawah tajuk SE10A Kod Akaun 002/000. Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, dalam hal ini sepertimana yang dikongsikan oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dalam mukadimahnya mengenai Program IT dan Digitalisme Pelancaran Aplikasi Digital akan dilakukan secara berperingkat untuk immigration dan national registration system seperti border management system dan sistem pendaftaran kad pengenalan serta visa dan passes, kelahiran dan kematian warganegara dan lain-lain.

Dalam hal ini, koala ingin mencadang agar pihak-pihak berkaitan supaya dapat meningkatkan user friendliness untuk memudahkan transformasi digital ini yang mesti diselaraskan dengan menyediakan panduan step by step yang berseusiaan dengan friendly interface terutama yang berperingkat warga emas atau senior citizen sebagai pemudahcara untuk penggunaan dan perkhidmatan yang lebih lancar.

Sehubungan dengan itu, koala mengambil maklum bahawa terdapat inisiatif bermakna dalam membantu membungkuskan kecekapan digital untuk individu termasuk warga emas seperti program latihan kemahiran digital untuk senior citizen yang dikendalikan oleh Pihak Berkuasa Industri Teknologi Info-Komunikasi (AITI) di Negara Brunei Darussalam sejak Januari 2020 disokong oleh Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, Kementerian Pendidikan, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan dan sektor swasta.

Program tersebut telah membantu lebih 100 warga emas untuk menjadi sebahagian daripada digital ready untuk menawarkan latihan kemahiran asas teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) termasuk e-dagang, kawalan keselamatan serta perbankan dalam talian.

Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, dengan mengambil kira faktor friendly interface dalam aplikasi itu nanti, sistem tersebut tentunya akan dapat meningkatkan lagi nilai inclusiveness dan mesra pengguna untuk semua peringkat umur terutama bagi senior citizens yang selaras dengan pihak kerajaan untuk menjadikan kemajuan teknologi dalam kalangan masyarakat sebagai smart nation. Sekian, terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat berkenaan dengan satu saranan yang amat baiat baik berkenaan dengan user friendly bagi warga emas,. Untuk makluman, walaupun kementerian akan melaksanakan digital transformation dengan memperlihatkan sistem-sistem nasional seperti Immigration National Registration System, National Labour Content System, Visa and Passes, Kelahiran, kematian warganegara dan sebagainya dan juga di bawah One MOHA sistem akan dimasukkan National Emergency Response System, Safe BN, data consolidation, smart analysis ini memang warga emas tidak akan diketepikan dan memang warga emas ini diambil berat layanan-layanan tertentu. Sebagai contoh juga, pada masa ini counter service di Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan berkenaan dengan warga emas memang disediakan bersaingan supaya mereka tidak lama menunggu dan perkhidmatan yang diberikan itu khusus untuk warga-warga emas dan orang yang berkeperluan khas. Terima kasih di atas cadangan Yang Berhormat Awang Lau How Teck dan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan juga jabatan-jabatan didalamnya akan memastikan keperluan warga emas ini akan diambil kira.

Sebagai contoh, jika tidak pandai menggunakan aplikasi ataupun sistem baharu yang diperkenalkan, boleh menggunakan counter services yang ada di jabatan-jabatan yang ada di kementerian ini. Itu sahaja Yang Berhormat Pengerusi. Terima kasih.

Yang Berhormat Pengerusi

Saya persilakan sekarang Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin.

Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin

تقديم الشكر Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat (missing jawi words) dan salam sejahtera.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri atas pencerahan dan penerangan Yang Berhormat berkaitan dengan perkembangan dan hala tuju tumpuan dan keutamaan kementerian ditahun 2024/2025.

Kaola ada beberapa soalan, pandangan dan sebahagiannya adalah susulan dari isu-isu yang pernah koala bangkitkan dan isu-isu yang berbangkit sekarang dan beberapa isu semasa yang disampaikan oleh Rakyat kepada koala untuk disampaikan.

Yang Berhormat Pengerusi, isu pengangguran di kalangan belia dan graduan dan ketidaksamaan (mismatch) kelulusan dengan pekerjaan adalah agenda kebangsaan yang membinggungkan yang perlu ditangani secara fokus dan berterusan. Inisiatif kerajaan memberikan latihan kemahiran post education upskilling yang diperlukan untuk menggantikan pekerjaan yang sedang dilakukan oleh pendatang-pendatang asing dan sektor swasta kerana terdapat lebih 60 ribu pengang pembenci kerjaan banding dengan 11 ribu pencari pekerjaan warga tempatan.

Pada sesi dewan di tahun lepas, kaola memohon untuk analisis terperinci mengenai dengan katergori work permit dilakukan dengan segera untuk menentukan kemahiran dan disiplin pekerjaan yang dilakukan oleh pemegang permit kerja warga asing yang boleh diberikan kepada belia atau graduan warga tempatan dan latihan yang sewajarnya. Dengan terdapat analisis terperinci ini, agensi kerajaan seperti Majlis Perancangan Tenaga Manusia dan Pekerjaan (MPEC) dan Manpower Industry Steering Committee akan dapat membuat ramalan permintaan tenaga kerja bagi panjang (manpower demand forecast) dan dapat membuat persediaan awal untuk menyediakan tenaga pekerja tempatan dengan latihan-latihan upskilling yang diperlukan untuk mengambil alih kerja yang akan habis tempoh kerja permit apabila dia mansuh.

Dari data analysis ini, insya'allah kaola pasti akan dapat membantu MPEC dan MISC dan mana-mana agensi kepentingan membuat rancangan penggantian iaitu succession planning yang lebih teratur lagi jelas mengambil kira tarikh tamat tempoh permit kerja untuk menyediakan tenaga tempatan yang berkemahiran untuk diambil ganti. Kalau anak kitani cerdik pandai dengan hanya berkelulusan akademik 2 atau 3 subjek 'A' Level dapat memperoleh degree sarjana dan master's degree sarjana muda dalam pelbagai bidang teknikal, kewangan, sains dan pentadbiran dalam 3 atau 4 tahun di university, menjadi kemuskilan kenapa mereka dikatakan tidak boleh membuat kerja setelah mengikut latihan dalam kerja.

Insya'allah dengan adanya demand forecast dan structured succession planning, MPEC dan MISC akan dapat membuat perubahan lonjakkan ketara (step changes) dari mode sekarang iaitu reactive menunggu permintaan kepada proactive dalam menyediakan anak tempatan supaya work-ready dan insyaa Allah akan menyumbangkan kadar pengangguran menurun yang lebih aggressive lagi.

Kalau ada agensi mengatakan anak kitani tidak tahan bekerja, terlalu mudah dan lumrah membuat andaian menyalahkan anak kitani memilih kerja atau malas untuk bekerja tanpa selidikan menyeluruh tapi tanyalah pada majikannya, kenapa anak Brunei tidak tahan bekerja di tempatnya dan apa yang telah pihak majikan atau agensi berkenaan usahakan untuk anak tempatan untuk bertahan di tempatnya. Kadang-kadang disebabkan keniakan gaji atau tambahan elaun $50 sebulan, anak kitani sanggup pindah kerja sebab tambahan $50 tersebut memang besar (it is such a big deal) bagi pekerja yang bergaji $500 - $800 sebulan. Janganlah mudah membuat andaian anak 'kitani' memilih kerja tapi tanya kepada mereka kenapa mereka berhenti kerja atau tukar kerja. Apa yang lebih penting, tanyakan kepada majikan apa yang telah mereka lakukan untuk membuat anak-anak muda 'kitani' tidak berhenti atau pindah kerja dan terus berkereja dengan mereka.

Yang Berhormat Pengerusi. Soalan Kedua, dalam sesi tahun lepas kaola membuat cadangan untuk Kementerian menilai mekanisme untuk membantu menurunkan perbelanjaan kerajaan dalam menyediakan latihan dalam kerja dan upskilling dan mengadakan dana Human Development Fund yang dibantu dibiayai oleh majikan yang menggunakan tenaga-tenaga asing di dalam negara. Kaola membuat cadangan untuk mengadakan levy untuk pengambilan warga asing, levy yang berpatutan bagi setiap work permit bagi kategori tertentu tanpa membebankan rakyat dan industri. Levy itu bolehlah direbiu untuk dinaikkan atau diturunkan sebanyak dipohonkan dan pembaharuan sebagai insentif mengambil anak tempatan daripada memohon untuk menyambung permit kerja asing.

Tahap cukai atau levy yang akan bergantung kepada kategori kerja di mana pekerja kelas atas akan dikenakan cukai yang lebih tinggi dan cukai boleh dinaikkan apabila tempoh pemegang permit kerja yang sama atau kategori dalam organisasi yang sama dipohonkan untuk dipanjangkan. Ini akan memberikan insentif kepada majikan untuk menggantikan pemegang permit dengan kakitangan tempatan yang terlatih. Dana yang dikutip levy ini hendaklah keseluruhannya disalurkan di dalam Dana Pembangunan Kemahiran yang dikendalikan oleh satu agensi berkanun yang boleh dianggotai oleh wakil-wakil industri. Dana ini semata-mata untuk digunakan untuk melatih anakn-anak tempatan memenuhi work demand forecast dan analisi terperinci yang telah di buat tentang work permit order masa itu. Dengan penubuhan dana ini, levy itu bukan saja dengan meningkatkan malah mempercepatkan upskilling anak-anak tempatan 'Kitani' tetapi juga أن شاء الله akan menurunkan perbelanjaan negara.

Yang Berhormat Pengerusi. Isu Ketiga, mohon pemerhatian status action plan untuk memastikan petak perniagaan dalam bangunan khusus bagi peniagaan-peniagaan bumiputera yang rata-rata kini diuruskan oleh bukan orang tempatan agar ia digunakan oleh bumiputera dan orang tempatan seperti asal tujuan kompleks itu dibina. Adakah pelan tindakan untuk memantau dengan tujuan mengendong sebahagian kecil pemegang-pemegang lesen peniagaan yang menyewakan lesen peniagaan mereka kepada warga asing dan juga menyewakan kuota pekerja asing supaya menjadi free-agent membuat pekerjaan tanpa lesen. Memantau supaya rental atau 'alibaba' syndrome di sebahagian kecil pemegang lesen dan work permit sebelum ia membiak tanpa kawalan.

Isu Ketempat, mohon status action plan tentang tempat-tempat dan tapak perniagaan di bawah kawalan bandaran yang kosong atau disewa tetapi tidak beroperasi berpanjangan dengan sewa tetunggak sampai bertahun lama. Lembaga bandaran hendaklah berlagak sebagai landlord bertanggungjawab memastikan tapak-tapak dan petak-petak perniagaan sentiasa mendatangkan hasil yang diharapkan dengan Lembaga bandaran terasa tergugat apabila bangunan kosong, lenggang, tidak dikunjungi dan takut akan dikosongkan. Kaola cadangkan ada KPI bagi Lembaga bandaran setiap daerah membuat inventori tapak-tapak perniagaan di bawah kawalan yang kosong yang tidak mendatangkan hasil dan menunjukkan kejayaan mereka mengutip revenue sewa dari petak-petak perniagaan yang kosong.

Isu kelima, mohon pencerahan action plan yang telah digubal untuk menceriakan kawasan-kawasan perniagaan di bawah Lembaga bandaran sebagai landlord supaya ia lebih vibrant dan aktiviti-tiviti semua penghuni serta promosi pop-up stall yang boleh menarik pengunjung-pengunjung ke tempat itu. Bukan saja membantu ekonomi tempatan tapi juga memberi peluang anak-anak tempatan menceburi bidang perniagaan.

Isu Keenam, terima kasih penerangan sepintas lalu dari Kementerian Pembangunan status pelan tindakan yang menginventori, memantau dan membaiki rumah-rumah dan flat kerajaan dalam kawasan bandaran yang masih kosong dan ada sebahagian di dalam keadaan amat menyedihkan dan memalukan. Kaola maklum ada jawatankuasa atau agensi yang telah ditugaskan untuk mengenani isu ini Kaola berpendapat asset kerjaan yang tidak bertuan di daerah-daerah atas dalam bodong kuasa pemantauan District Officer (DO) sebagai wakil kerajaan yang tertinggi di daerah. jadi, Kaola berpendapat adalah berkepentingan jika DO mengetahui status project pembaikan. Kaola syorkan satu KPI diperkenalkan ditiap daerah untuk memantau kecepatan dan keberkesanan kerja-kerja ubahsuai pulih semula, rumah-rumah dan flat kerajaan yang terbiar untuk dipakai semula.

Kaola menyahut seruan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk Ahli-Ahli Yang Berhormat yang berpengalaman dalam taskforce atau working committee. Justeru kaola menawarkan pengalaman kaola dalam project management dalam sebagai ahli dalam mana-mana jawatankuasa yang ditugaskan untuk memantau pelaksanaan kerja ubahsuai rumah aset-aset kerajaan yang terbiar di Daerah Belait. It's an offer, it's up to you to take it.

Isu Ketujuh, mohon penerangan atas status pemegang jawatan Pegawai Daerah, Penghulu dan Ketua Kampung yang masih dalam kategori memangku jawatan. Adakah ada time frame yang ditentukan dalam Akta Perkhidmatan Awam, seorang pegawai berstatus memangku jawatan. Kaola berpendapat, kaola ada, dipohonkan supaya tempoh memangku jawatan dipendekkan agar mereka aka cepat bermastautin di tempat mereka berkerja untuk menangani masalah pihak-pihak setempat. Mohon juga pencerahan action plan untuk memastikan jumlah pengundi yang turun untuk membuat pemilihan penghulu dan ketua kampung itu adalah mewakili jumlah pendukuk. Kadang kalakalau terdengar yang hadir turun mengundi hanya berpuluh orang rahul penduduk kampung itu beribu-ribu.

Isu Kelapan, kekosongan jawatan Ketua Rumah Panjang di pedalaman disebabkan faktor usia dan kematian. Kaola dihafamkan kekosongan ini tidak dapat diisi jika penghuni rumah panjang kurang dari lima orang, jawatan rumah panjang tiada berketua dan terputuslah tali penghubung antara rumah panjang dan Pejabat Daerah dan agensi Kerajaan. Kaola menyampaikan cadangan dari rumah-rumah panjang yang tidak berketua kampung untuk pihak kementerian menilai keperluan mengisikan kekosongan ini secepatnya. Jika perlu juga mengisi kuota 50 orang, untuk didudukan ketua kampung mungkin boleh 2 atau 3 rumah panjang dicantumkan dan bolehlah di antik ketua bagi mewakili rumah-rumah panjang yang tidak berketua itu lagi.

Isu Kesembilan, dalam RKN-12, ada penurukan dana $50 juta untuk pemilihan semula Kampung Air dan IT System - menaiktaraf pos kawalan, mungkin sudah diperkatakan kaola berharap bahawa ada projek untuk menaik taraf di sempadan itu termasuk prasarana untuk keselesaan orang awam seperti ruang rehat, kedai bebas cukai dan amenities yang bersesuaian. Kaola juga tidak nampak projek membuat prasarana di daerah-daerah dan di luar bandar untuk membantu menjadi ekonomi micro cottage industry seperti membantu meningkatkan dan mempercepatkan industri dari dapur, dari rumah ke tahap mass production community project, walhal inisiatif 1K1P adalah merupakan brainchild MOHA.

Kita tidak boleh mengharapkan individu, orang kampung atau luar bandar untuk membuka hutan, untuk memajukan pertanian untuk sumber bahan 1K1P tapi mereka akan menunggu inisiatif kementerian untuk membuka prasarana untuk membantu mass production di luar bandar, bukan saja akan menaikkan ekonomi orang di luar bandar tapi juga boleh mengurangkan penghijrahan anak muda mencari pekerjaan ke bandar. Sekian, kaola sampaikan keluhan rakyat yang disampaikan kepada kaola untuk perhatian dan pencerahan Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri (missing jawi words).

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri

(missing jawi words) Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Ada beberapa soalan, pertama berkenaan dengan analisis dalam Labour Force Survey memang diadakan setiap tahun yang mana hasilnya memajang dikongsikan kepada pihak-pihak kerejaan sebagai contoh pada tahun 2022, 65,000 pekerja asing dan juga di-breakdown dari segi sektor pembinaannya berapa orang, 17,000 orang, diikuti dengan sektor perdagangan borong dan runcit, pembaikan kenderaan dan motosikal, 13,391 orang, sektor aktiviti penyediaan tempat tinggal perkhidmatan. Jadi analisis-analisis ini memang dikaitkan dengan JobCentre Brunei dan Manpower Planning and Employment Council . Sebagaimana yang kaola nyatakan tadi setiap permohonan lesen pekerja asing memang melalui proses-proses untuk memastikan orang Brunei, anak temaptan bekerja di sektor-sektor swasta.

Dan berkenaan dengan Human Development Fund sama ada memang di bawah MPEC mungkin, nanti Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II sebagai pengerusi Manpower Planning and Employment Council boleh menghuraikan berkenaan dengan dana-dana yang disediakan tetapi itu untuk upskilling anak-anak tempatan untuk memastikan mereka ini job ready sebagai contoh SPIN Program untuk memastikan accountancy, program-program akauntun untuk orang Brunei dapat mengendalikan perkara-perkara berbentuk akauntan.

Berkenaan dengan levy, memang perkara ini sudah dirundingkan dengan pihak-pihak yang berkenaan dan دانا أسن ساجا hasil dari keputusannya nanti akan dikongsikan di platform yang bersesuaian. Kaola juga ingin menarik perhatian berkenaan dengan kenapa orang Brunei tidak tahan, tapi salah satu daripada inisiatif kerajaan adalah mengenakan minimum wage. Bagi Minimum Wage ini sudah diperkenalkan di dua sektor dan دانا أسن akan dilaratkan di sektor lain, in diantlah untuk membantu pekerja-pekerja untuk mendapatkan gaji yang berpatutan.

Berkenaan dengan contract agreement, memang setiap majikan adalah dimestikan untuk menandatangani perjanjian sama ada pekerja asing atau pekerja tempatan supaya mereka ini berdasarkan pada undang-undang dari segi employment mereka. Jadi yang ketiga, petak-petak perniagaan bumiputera memang kalau dilihat kedai bumiputera di Kuala Belait pada masa kini kontrak penyewaan di tingkat 2 dengan Syarikat Brunei Shell Company Sdn Bhd baru saja tamat dan دانا أسن Jabatan Bandaran, Kuala Belait akan membukakan tawaran. Jadi isunya berkenaan dengan peniaga-peniaga asing, kita perlu lihat juga pemilik lesen itu sama ada orang Brunei, memang dikendalikan oleh orang asing tetapi pemilik syarikat, pemilik lesen itu adalah orang Brunei sendiri.

Perkara ini perlu ditanggani secara holistic, bukannya keberadaan orang asing di sana, mengambil ahli kedai-kedai bumiputera itu. Yang keempat berkenaan dengan cadangan Status Action Plan petak nabgunan dalam bangunan khusus bumiputera sudah kaola bincangkan tadi, ada beberapa petak sebagai contoh di kawasan Dermaga Diraja Bandar Seri Begawan ada dua bangunan kosong memang sudah dirundingkan dengan pihak-pihak yang tertentu seperti kementerian-kementerian lain. Ini usaha untuk memastikan anak tempatan melaksanakan ataupun "menjelamai" bangunan itu untuk bisnes mereka. Memang diutamakan anak-anak tempatan dan sudah berunding dengan Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan untuk penjualan tiket penumpang perahu, itu masih dalam perundingan.

Jadi ini adalah salah satu inisiatif Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dengan kolaborasi Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan untuk memudahkan pelancong-pelancong ataupun orang-orang kita sendiri untuk domestic tourism. Menceriakan kawasan lembaga bandaran memang hasrat, sebagai contoh Bandarku Ceria, KB ku Ceria, Seria, Temburong Bisai, itu adalah usaha-usaha di peringkat jabatan daerah untuk menceriakan bandar di daerah masing-masing. Di Tutong baru-baru ini diadakan Tutong Satay Festival, ada saja aktiviti ini bekerjasama dengan penghulu mukim dan ketua kampung, Ahli-Ahli Yang Berhormat untuk memastikan daerah masing-masing vibrant sama ada di hujung minggu ataupun hari-hari yang tertentu.

Membalik pulih bangunan kosong ini memang tadi yang koala nyatakan bangunan-bangunan kosong ini memang ada satu jawatankuasanya jadi kalau sekiranya bangunan itu memang tidak lagi diperlukan, akan diserahkan kepada jawatankuasa tersebut untuk keperluan-keperluan sama ada dikomersialkan ataupun dirobohkan seperti yang diterangkan oleh Yang Berhormat Menteri Pemberangan tadi, jadi keperluan-keperluan ini memang sudah dinilai sama ada ia diperlukan ataupun tidak.

Terima kasih juga kepada Yang Berhormat Awang Haji Saleh Bostam bin Haji Zainal Abidin untuk menawarkan kepakaran dari segi project management. Berkenaan dengan memangku, mengenai timeline, memang tidak ada, yang penting mereka memenuhi syarat-syarat untuk ditetapkan jawatan dan itu di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam, dan

تـلكـذا, tindakan-tindakan yang tertentu sudah diambil untuk pengisian jawatan yang mereka pangku tetapi tidak semestinya mereka yang memangku ini tidak tinggal di daerah seperti yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Awang Haji Saleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin tadi. Ini memang dari tahun lepas sudah disuarakan kenapa pegawai daerah ini tidak tinggal di daerah-daerah, memang pegawai daerah ini tugas meraka seperti koala terangkan dalam job description mereka, mungkin jarang berjumpa dengan Yang Berhormat Awang Haji Saleh Bostam bin Haji Zainal Abidin. Dari segi memiliki pengundian, ada juga Yang Berhormat Awang Haji Saleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin memaklumkan tadi dari segi kekosongan penghulu mukim dan ketua kampung, ini ada hubung kaitnya dengan memastikan jumlah pengundi. Memang undian penghulu mukim dan ketua kampung ini akan diadakan dalam masa seminggu. Ia tutup pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, kemudian hari Ahad barulah mengundi. Ia dibukakan kepada orang kampong untuk datang mengundi dan jumlah orang untuk datang mendaftar itulah yang dikira. Kalau 'kitani' ikut ratio penduduk sesebuah kampung itu, tidak berisi jawatan ketua kampungnya Yang Berhormat Pengerusi. Kalau 'kitani' lihat dari segi jumlah penduduknya dengan berapa peratus pengundiannya. Sebab itulah diberlakukan dalam masa seminggu untuk mereka mendaftar sebagai pengundi dan hari Ahad itu dibuat cabutan undi.

Berkenaan kekosongan jawatan ketua rumah panjang, ada 3. Kalau jawab dulu soalan berkenaan RKN $50 juta Kampung Air, ini merupakan projek membuat prasarana mikro cottage industry. Jadi, walaupun tidak ada satu-satu permohonan projek, sebagai contoh kalau kita lihat di sepanjang Sungai Brunei dan demaga, memang cottage industry boleh dibangunkan di sana. Ini bekerjasama dengan the business community. Yang kedua seperti di Kuala Belait. Memang sudah ada usaha usaha menghidupkan pasar Seria. Jadi, sudah dirundingkan dengan peniaga-peniaga yang bertamu di Tutong, lepas itu boleh bertolak ke Seria, lepas itu di Belait pada hujung minggu. Itu sudah dirundingkan dan usaha-usaha telah dilaksanakan. Jadi, terpulang kepada pengusaha-pengusaha ini untuk mengambil peluang-peluang yang diberikan oleh kerajaan.

Berkenaan rumah panjang, pada masa ini terdapat 3 orang di kalangan ketua rumah panjang Daerah Belait yang perkhidmatan mereka diteruskan dalam mana tempoh perkhidmatan mereka boleh dilanjutkan tertakluk keadaan kesihatan mereka. Walau bagaimanapun, pemerintah memantau keutamaan ranking ini sama ada jawatan ini dikeluarkan. Ada juga jawatan ketua-ketua rumah panjang di Daerah Tutong dan Temburong telah diadakan yang mana pentadbiran nahi ewhal penduduk yang tinggal di rumah panjang telah pun diberikan tanggungjawab kepada ketua-ketua kampung di mana kedudukan rumah-rumah panjang tersebut di kampung yang berkenaan.

Itu sahaja yang dapat kaola terangkan Yang Berhormat Pengerusi. Jadi, kalau Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostan bin Haji Zainal Abidin ingin mengetahui dengan lebih dekat berkenaan data analisis dari segi perburuhan berapa jumlahnya, boleh 'abiskaola' mengalu-alukan untuk berjumpa dengan 'abiskaola' dan akan membuat sebarang perbincangan mengenainya.

Itu sahaja Yang Berhormat Pengerusi yang dapat kaola sampaikan. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri. Sekarang saya persilakan Yang Berhormat Awang Haji Daud bin Jihan.

Yang Berhormat Awang Haji Daud bin Jihan

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Alhamdulillah Waskafta Wassahtiu Wassahtim Masrifata Wasalli Atu Wassabihu Wamanih Tuda. Ama Bakdih. Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. (missing jawi words) dan salam sejahtera. tahniah dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri atas mukadimah yang telah diberikan mengenai hala tuju yang difokuskan kementerian kepada belanjawan Tahun Kewangan 2024/2025. Semoga ia akan menjadi kenyataan dan diredai oleh Allah S.W.T.

Taman Rekreasi Tasek Lama yang tidak lagi asing bagi penduduk Negara Brunei Darussalam adalah satu destinasi pelancongan di negara ini bagi pencinta flora dan fauna. Juga, salah satu destinasi bagi penduduk negara untuk beriadah.

Malah, tetamu-tetamu negara juga pernah ke taman ini. Di dalam taman ini, banyak disediakan kemudahan kemudahan atau prasarana seperti pondok dan jambatan yang mana bahanbahan binaannya adalah terdiri daripada kayu. Ada sebilangan pengunjung yang membuat aduan mengenai kemudahan kemudahan ini banyak yang sudah rosak dan kurang selamat untuk digunakan.

Kaola ingin pencerahan sahaja, adakah tindakan-tindakan ataupun perancangan untuk membaik pulih kemudahan-kemudahan ini? Itu sahaja.

Sekian semoga bermanfaat.

(missing jawi words)

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Terima kasih Yang Berhormat Awang Haji Daud bin Jihan berkenaan soalan Taman Rekreasi Tasek Lama. كما ذكرت سب قلما sebagaimana Yang Berhormat maklum bahawa Jabatan Bandaran ada peruntukan-peruntukan yang tertentu. Jadi, tahun lepas sudah dibaiki beberapa pantaran dan jambatan-jambatan yang ada di Taman Rekreasi Tasik Lama. Jadi itu, termasuk membersihkannya itu, bajet yang akan digunakan bagi Tahun Kewangan 2024/2025 ini akan diusahakan untuk membaiki dua pantaran yang rosak dan satu jambatan, kalau koala tidak silap Yang Berhormat Pengerusi. Perkara ini akan dibuat pembaikan dari semasa ke semasa mengikut tahum-tahun kewangan. Jadi, apa yang koala harapkan juga pihak feedback selain daripada pemantauan dari Jabatan Bandaran. Feedback daripada orang ramai, penghulu mukim dan ketua kampung juga berguna untuk memastikan keselasaan pada tempat-tempat peranginan ini. Itu sahaja Yang Berhormat Pengerusi. Terima kasih.

Yang Berhormat Pengerusi

Sekarang saya mersilakan Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin. Sudah lama kita tidak mendengar daripada Yang Berhormat Pengerusi Haji Isa, silakan.

Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi yang bijaksana. احب ان اتقدم بجزيل الشكر و الامتنان الى القائمين على تاني النظةة والتطرق والتعاطي مع هذة القضية المهمة الى قلبي وانا اشكرهم على ما قدموه في الماضي و اتمنى ان يستمر Pertama-tama, izinkan kaola mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri kerana telah berjaya mengeluarkan isteri dan anakanda istimewa kaola daripada kenderaan yang remuk semasa mendapat kemalangan jalan raya di Daerah Belait pada Khamis lepas, semasa pembentangan Rang Undang-Undang 2024 Perbekalan 2024/2025. Juga, terima kasih kepada perkhidmatan ambulas Kementerian Kesihatan, Pasukan Polis Diraja Brunei, Jabatan Perdana Menteri dan juga orang ramai 'kitani' yang bersifat prihatin. (missing jawi words) Tahniah kepada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dengan penyampaian mukadimah yang terperinci dalam menyediakan belanjawan serta halal tuju Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri bagi Tahun Kewangan 2024/2025. Merujuk kepada keratan akhbar Pelita Brunei bertarikh 21 Rabiulawal 1444 bersamaan 17 Oktober 2022, muka surat 1 hingga 3, mengenai Memorandum of Understanding (MoU) antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Rakyat Bangladesh. MoU ini bertujuan untuk mewujudkan satu mekanisma yang berkesan bagi memantau peluang pekerjaan serta pengambilan pekerja daripada Republik Rakyat Bangladesh. Ia juga memastikan hak dan kewajipan kedua-dua pekerja dan majikan dikuatkuasakan mengikut undang-undang Negara Brunei Darussalam, itu isu pertama.

Kalola juga merujuk kepada siaran akhbar Jabatan Buruh baru-baru ini walaupun baru sebulan tempoh pemeritaan tersebut. Pada 2 Rejab 1445 bersamaan 24 Januari 2024, Jabatan Buruh telah mengeluarkan siaran akhbar mengenai pelaksanaan proses yang baru ini adalah untuk memastikan proses pengambilan pekerja daripada negara tersebut adalah telus dan tertatur teruma sekali bagi mencegah kes penipuan dan isu pendergaan manusia (human trafficking).

Kalola akan membangkitkan isu mengenai dengan tangga gaji minima yang telah ditetapkan oleh negara tersebut melalui kedutaanya. Untuk makluman Yang Berhormat Pengurus, kedutaan tersebut menggariskan dan menetapkan syarat-syarat yang penting bahawa gaji minima ialah $20.00 sehari atau $600.00 sebulan dan ada juga kedengaran $22.00 sehari. Pekerjaan tersebut ialah skilled labour, iaitu baru kasar, bangunan dan banyak lagi. Syarat gaji minima ini mestilah direkodan dalam borang lesen Pekerja Asing (LPA) yang dikeluarkan oleh Jabatan buruh, Negara Brunei Darussalam.

Selepas itu baharulah disahkan oleh pihak kedutaan mereka di negara ini. Satu kemusykilan dan tanda tanya, mengapa 'kitani' orang-orang tempatan 'pulang' gajinya $450.00 ini belum lagi ditolak bagi TAP dan SCP. 'kitani' pulang belum ada sehingga sekarang tangga gaji minima. Walhal bertunan dengan tangga gaji ini, sepatutnya ditetapkan atas persetujuan antara majikan dan pekerja melalui perjanjian pekerjaan dan bukan kedutaan atau rancangan tersebut. Ini basic di seluruh dunia. Tambahan pula, MoU ini dikuatkuasakan mengikut undung-undang Negara Brunei Darussalam. Tambahan pula, MoU ini seperti yang disebut tadi antar lain tujuannya, izinkan kaola sekali lagi menyebutnya, adalah bagi mencegah kes penipuan dan isu pemerdagangan manusia. Apa kena mengena ini dengan tangga gaji minima?

Persoalannya, mengapa pekerja tangga gaji minima ini ditentutkan oleh mereka, 'jangan tah disebut ah'. Adakah Jabatan Buruh membiarkannya atau adakah jabatan tersebut lemah untuk menangani perkara ini? Di manakah kedaulatan kita dalam menangani isu ini? Jika diperhatikan negara-negara lain mana-mana institusi-institusi perburuhan mereka tegas mengikut kehendak yang dimahukan, itu soalan seterusnya.

Soalan yang kedua Yang Berhormat Pengerusi, koala ingin merujuk kepada mukadimah yang telah disampaikan oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri semasa hari Sabtu lalu, 22 Syaban 1445 bersamaan 2 Mac 2024 yang antara lain menyentuh kesalahan tertinggi yang dilakukan oleh majikan di bawah Bab 10, iaitu majikan tidak menyediakan kontrak perkhidmatan kerja dan Bab 112 (2), iaitu melanggar syarat-syarat lesen pekerja Asing (kesalahan penempatan kerja dan bekerja tidak mengikut jawatan yang diluluskan). Koala ingin tahu berapa jumlah kes kesalahan yang tertinggi ini, adalah ia melibatkan kesalahan-kesalahan yang dikenakan denda compound atau yang didakwa di mahkamah?

Sekiranya denda compound, berapakah jumlah keseluruhan kutipannya? "Fiskal nya kitani". Kalau di mahkamah pun berapakah jumlah yang didakwa kerana 'jarang-jarang' atau 'kadang-kadang' mendengar daripada Jabatan Buruh ini membuat pendakwaan di mahkamah.

Isu ketiga yang koala ingin sentuh adalah keluhan orang ramai mengenai dengan ejen 'amah' (pembantu rumah). Didapati terdapat ejen yang mengenakan caj bayaran $2,000.00 setiap satu transaksi, setiap seorang. Ada yang mengenakan sampai $4,000.00. Kebanyakan agen tersebut menetapkan deposit atau pembayaran pendahuluan kepada majikan. Jika $2,000.00 depositnya $1,000.00 Kalau sekiranya deposit 10% sahaja tetapiini separuh bayaran.

Namun segelintir ejen 'amah' tersebut tersebut tidak mendatangkan pembantu rumah dengan memberi bermacam-macam alasakan kepada majikan. Majikan-majikan yang menjadi mangsa ini telah membuat laporan kepada agensi-agensi yang relevan namun tidak ada tindakan atau lambat diambil ke atas ejen yang terbabit. Di sini koala ingin memberi cadangan, ejen yang berdaftar hendaklah mempunyai modal atau capital sebelum diberikan perlesenan ejen yang sah. Cadangan ini disebabkan supaya mengelak ejen ini tidak mengenakan deposit daripada majikan, 'biar menaka usinnya pasal ia company. Pasalnya sudah tah majikan membayar deposit, lepas itu 'amah' pun belum lagi sampai-sampai.'

Isu keempat, berkenaan dengan permohonan baru pekerja asing melalui Lesen Pekerja Asing. Penyambungan dan sebagainya ke Jabatan Buruh mendapat 'sungatan' juga, yang tadi itu 'sungutan' orang ramai, ini sungutan daripada syarikat-syarikat dan pengusaha-pengusaha. Mereka mengatakan bahawa termasuk sekali sendiri Yang Berhormat Pemresu, ia memakan masa yang agak lama. Memang anticpated bagi Jawatan standard, iaitu screening keselamatan. Contoh, 'barangkali' penjenayah atau sebagainya hingga akhirnya proses itu 'batah'.

Ada masanya, permohonan Lesen Pekerja Asing tersebut memakan masa lebih dari 4 bulan. Impak dari memakan masa terlalu lama ini untuk diluluskan membuatkan pekerja asing yang dipohon tersebut akan bertukar fikiran dan memilih ke negara-negara lain seperti Timur Tengah. Akibatnya, sekiranya sektor tersebut datang pengeluaran seperti pertanian, maka secara automatic produktiviti akan menurun. Semakin canggih permohonan secara online semakin lama 'terpulang' kebenaran diperolehi. Inilah rungutan-rungutan daripada syarikat-syarikat dan pengusaha.

Yang Berhormat Pengerusi. Sekarang kaola akan berpindah kepada Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan. Soalan pertama, tahniah kepada Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan terutama Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang kerana telah melaksanakan sebanyak 1,166 pemeriksaan dan membuat operasi dan pemertahanan sebanyak 338 pada tahun 2023. Ini bermakna kalau ditolak hari Ahad, 338 dibahagi dengan 365 jawapannya 312, iaitu operasi dibuat seolah-olah setiap hari.

Kadang-kadang kalau mereka menangkap semasa waktu malam sampai ke siang, selepas itu waktu siang membawa ke makhamah lagi. Tahniah kepada Bahagian Pengurusan Undang-Undang.

Sekali lagi, minta maaf kaola ingin merujuk kepada mukadimah yang telah disampaikan oleh Wakil Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri pada Sabtu lalu, yang mana 285 orang telah dikenakan denda kompaun. Soalan kalo, adakah semuanya orang yang di kompaun ini membayar denda tersebut? Seterusnya berapa jumlah hasil kutipan dari denda kompaun? Kaola percaya ada pesalah imigresen ini yang gagal untuk membayar denda kompaun. Apakah tindakan tegas jabatan ini? Adakah mereka terus dipulangkan ke negara mereka?

Seramai 41 orang telah dihadapkan ke mahkamah pada tahun lepas. Apakah mereka semua disabitkan kesalahan? Kaola berpendapat supaya pesalah-pesalah impresen di bawah kesalahan kompaun supaya akan dapat diseranai hitamkan untuk masuk ke Brunei, apa lagi kalau kesalahan yang sabit itu di makhamah. Kesalahan-kesalahan mereka ini seperti lebih masa tinggal, lari dari majikan kerana ada lagi gaji lumayan, menyalah gunakan pas kerja. Bagi kaola yang Berhormat Pengerusi, kesalahan ini adalah kesalahan yang sengaja dilakukan. Ini bermakna tidak menghormati dan seolah-olah mencabar kedaulatan kita.

Kedua, kaola ingin merujuk Perlembagaan Negeri Brunei Darussalam, Perlembagaan 1, Peraturan-Peraturan Mesyuarat bagi Majlis Mesyuarat Negara mengenai dengan tajuk bahagian kecil iaitu isi kandungan ucapan, Bab 12(2) - Mempertuntukkan kaola nukil, "Ahli tidak boleh menyebut dalam ucapannya walaupun soalan, apa-apa perkara yang telah dibawa ke mahkamah dan yang belum lagi diputuskan oleh mahkamah jika (Itulah yang paling penting), pada Yang Di-Pertua atau Pengerusi, penyebutannya akan menjelaskan kepentingan pihak-pihak dalam perkara ini. Kaola ingin memohon di atas kebijaksanaan dan kebenaran untuk menyebut ucapan yang berbentuk soalan kes rasuah yang telah berlaku di 3 tahun kebelakangan ini yang melibatkan pegawai-pegawai di Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan yang telah dibawa ke mahkamah.

Yang Berhormat Pengerusi

Oleh sebab perkara ini barangkali ada terkandung dalam standing order kita dan perkara ini telah pun ditangani oleh institusi kerajaan, maka saya kira ada bahkya kita menghormati undang-undang yang berjalan ketika ini. Jadi biarkanlah di sana sahaja dulu dengan tidak membabitkan kita di sini. Saya tidak mahu perkara ini menjadi satu perkara yang dihebohkan dalam mesyuarat kita sehingga menjadikan ia sebagai perkara yang dinilai tarafkan sebagai perkara nasional seperti yang terdapat dalam jedaan yang dihadapi di negara-negara jiran kita. Ada baiknya perkara seperti ini kita tinggalkan kepada umahkamah kebajikansan mereka untuk melaksanakan tugas mereka masing-masing.

Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi, kerana menunjuk ajar kaola dalam perkara ini. Terima kasih banyak.

Yang ketiga, mengenai dengan special pass (pas khas). Secara amnya, special pass immigration ini adalah permit sementara yang membolehkan individu memasuki tinggal di negara ini atas sebab-sebab tertentu yang mungkin termasuk disebabkan perkara undang-undang seperti akan didakwa atau menjadi saksi di mahkamah atau menunggu pemprosessan visa atau dipulangkan ke negara asal.

Tempoh pas khas ini selalunya di antara 1 bulan hingga ke 3 bulan. Tetapi apa yang kaola dapat, special pass ini telah digunakan sewenang-wenangnya yang mana tempoh ini disampung bertahun-tahun lamanya. Setiap kontrak orang pekerja asing adalah 2 tahun tetapi special pass ini yang hanya sekeping kertas yang selalu ditandatangani oleh pegawai-pegawai imigresen yang bertugas, maka ia kadang-kadang lebih daripada 2 tahun.

Kaola maklum dengan muhdakmah Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri mengenai dengan Immigration and National Registration System (INRS) yang mana semua status ini akan dikemasinkan. Persoalannya, mengapa hal ini terjadi, dikeluarkan oleh pegawai-pegawai biasa? Untuk mempelkakan penyahgunaan pas tersebut, ada baiknya ia dikeluarkan atas desakbumng oleh pegawai-pegawai tertentu contohnya semakim tinggi, lebih bagus misalannya pengarah. Kerana perkara ini adalah penting untuk mengawal selia penyalahgunaan pas dan juga adalah lebih baik ia diteliti secara perlahan tetapi orang asing tidak berkelaran.

Amatlah mendukacitakan apabila ada pegawai atasan delegate kepada pegawai bawahan untuk menandatangani special pass ini. Kaola mencadangkan supaya ditelakan yuran di dalam keadaan tertentu sebagai contoh kalau pekerja tersebut hilang passport, tinggal lebih masa dan kesalahan kompaun. Ini tidak termasuk oleh permohonan-permohonan agensi kerajaan seperti menjadi saksi di mahkamah, kerana dengan yuran ini, pekerja-pekerja asing akan berhati-hati dan memperceptakan mereka untuk pulang ke negara mereka.

Sekian Yang Berhormat Pehin Pengerusi. Sekali lagi terima kasih di atas tunjuk ajar mengenai dengan Perlembagaan yang telah dilakukan. اللهم اكفنيهم بما شئت

Yang Berhormat Pengerusi

Mengenai dengan perkara yang ditubuhkan tadi, saya ingin memberahui bahawa adalah menjadi dasar kepada Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bahawa kita mempunyai zero tolerance towards corruption dalam apa juga bentukwertajuannya bagi pegawai-pegawai kerajaan yang diajgnakan untuk menjalankan tugas masing-masing menurut KPI yang terdapat dalam tugas yang berkenaan itu.

Jadi dengan sebab itu kita mempunyai beberapa mekanisme yang tertentu seperti Biro Mencegah Rasuah, mahkamah-mahkamah dan mempunyai undang-undang tertentu bagi perkara-perkara tersebut. Jadi, perkara seperti itu ada baiknya barangkali dijalankan menurut undang-undang dan hukuman-hukuman ditjalankan menurut lunas undang-undang. Jadi, 'ketirat' tidak payah turut campur dalam perkara seperti itu.

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin dan segolongan katri dimuludjn daripadah beberapa bencana dan jangkitan kasika juga kendang Yang Berhormat di atas ucapan terima kasih kepada Pauskan Bomba dan Penyelamat. Itu memang tugas mereka. اللهم اشرح لي صدري dan anak Yang Berhormat di aku juga apa-apa.

Jadi, berkenaan dengan soalan-soalan yang diajukan oleh Yang Berhormat. Berkenaan dengan MOU Brunei-Bangladesh berkenaan dengan penetapan gaji minima. Dalam siaran akhbar memang dinyatakan tetapi bermula pada 1hb February memang sudah dilaksankan memorandum of understanding berkenaan setelah perbincangan secara terperinci. Jadi, untuk makluman sahaja Bangladesh Overseas and Employment Services Limited (BOESL) itu merupakan agensi pekerjaan di Brunei untuk menandatangani memorandum of cooperation dengan mereka yang mana pada masa ini sebanyak 19 agensi pekerjaan telah menandatanganinya.

Berkenean dengan demand letter bagi pengambilan pekerja asing, pihak Kedutaan Republik Bangladesh telah menerima permohonan demand letter pertama yang berkuatkuasa pengambilan pekerja Bangladesh. Jadi, dari segi jumlah gaji minima yang dibayakan adalah sebanyak $400.00 senantian di tempat mengada facalitinya seperti itu. Ini tertakluk kepada majikan, jika majikan menentukan seikan gaji yang dilettukan, itu akan dimasukkan di dalam contract agreement bagi warganegara berkenaan itu.

Yang Kedua, berkenaan dengan jumlah kes yang tertinggi. Kemudian kaola akan membawa berkenaan dengan jumlah kes yang tertinggi.

Yang Ketiga, berkenaan dengan keluhan orang ramai berkenaan ejen bagi mendatangkan pembantu rumah. Jadi inilah penaran kita sebagai orang Brunei yang memerlukan pekerja-pekerja asing termasuk pembantu rumah. Jadi, Jabatan Buruh telah mengeluarkan satu siaran akhbar berkenaan dengan had maksima untuk mendatangkan tenaga pekerja asing tidak melebihi $2,000 ringgit. Jika didapati, ada ejen-ejen yang mengeieihakan lebih daripada $2,000, ia boleh dikenakan kepada jabatan Buruh untuk diambil tindakan kepada ejen-ejen berkenaan.

Itu adalah dasar kerajaan untuk menentukan had maksima berkenan. Yang kedua adalah berkenaan dengan cadangan untuk mengenakan deposit.

Sememangnya mereka ini sebelum menjadi ejen pekerjaan diperlukan untuk membayar deposit, ada yang $10 ribu atau$15ribu mengikut kategori masing-masing. Jadi, jika ada ejen-ejen pekerjaan yang tidak menikuti peraturan yang dikenakan oleh kerajaan `kitani,' boleh dihadapkan Jabatan Buruh dan Jabatan Buruh akan membatalakan lesen agensi pekerjaan.

Yang ketiga, berkenaan dengan permohonan baharu pekerja asing dan penymbangan, sungutn syarakat kerana memakan masa. Berkenaan dengan masa ini sebagaimana yang kaola nyatakan dan Yang Berhormat maklum berkenaan dengan tapisan-tapisan yang tertentu dalam mana sememangnya memerlukan masa-masa yang tertentu untuk membuat sebarang screening. Jika kita lihat proses sebelumnya permohonan diluluskan dan diberankan, semasa memohon visa, ada 'menyangkut,' jadi perlu dihadapkan lagi semua. Inilah proses `abisukala' mahu semlease process, maksudnya orang yang akan disubmit itu adalah orang yang tidak ada jamil di dan juga setelah mendapatkan visa dan kebenaran bagi lesen pekerja asing diberankan dan visa pekerja-pekerja berkenaan akan dikeluarkan.

Jadi, jika ia berkenaan dengan memakan masa sehingga 4 bulan, setakat ini kaola akan menyiasat lagi nanti. Menang awal-awal sebelum semasa National Labour Management System diperkenalkan, ada satu features semasa submission, itu yang tidak membolehkan ejen-ejen berkenaan untuk submit semula. Jadi proses sebelum ini, setiap satu permohonan itu diselesaikan barulah permohonan yang baharu dapat disubmit.

Jadi, dengan adanya features baharu yang diperkenalkan dalam National Labour Management System ia boleh dipanggil multiple submission. Ini yang membuatkan ejen-ejen terdahulu 'menunggu' di mana untuk memproses another application, ia mesti diselesaikan dahulu.

Sebagaimana yang kaola nyatakan tadi, semua permohonan-permohonan ini memerlukan agensi-agensi yang tertentu sebagai contoh JobCentre Brunei, agensi-agensi keselamatan. Tetapi maklumat yang 'abisokal' terima berkenaan dengan proses permohonan sampai 4 bulan kecuali yang dibekukan yang tidak diproses, itu mungkin mengambil masa 4 bulan.

Soalan yang kelima, bukan 285 orang yang dikenaikan kompaun tetapi 2,285 orang yang dikenakan kompaun pelbagai kesalahan iaitu tinggal lebih masa, menyimpan pasport mengigga menyebabkan pas imigresen mansuh, seperti dalam mukadimah kaola.

Jadi, saranan daripada Yang Berhormat untuk di blacklist. Bagi proses menyenaraikan ini, terdapat proses-proses berkenaan. Tidak semestinya orang yang dikompaun ini boleh diblacklist, ada juga yang di index, ada disanarikan mengikut senarai-senarai yang tertentu yang ada di Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan. Jadi, kadang-kadang mereka ini dikenakan kompaun, jika sekiranya mereka ini tidak mahu membayar kompaun, memang di bawa ke mahkamah. Proses mengoffer kompaun ini ertinya, di offer kompaun kepada mereka jika mereka menerima untuk membayar kompaun, mereka akan membayar. Jika mereka tidak menerima untuk membayar kompaun, mereka akan dibawa ke mahkamah untuk tindakan undang-undang.

Berkenaan dengan yang tertinggi itu iaitu menggaji pekerja asing tanpa lesen yang mana jumlahnya adalah seramai 496 orang.

Yang keenam, cadangan untuk blacklist sudah kaola sediakan Special Pass Special Pass ini memang kaola tidak akan mainkan sebarang sama sekali yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Pengiran Haji Isla bin Pengiran Haji Aliuddin, kenapa kadang-kadang sampai 2 ke 3 tahun. Ini adalah sebabnya daripada Special Pass yang diberikan oleh agensi-agensi berkenaan. Sepanjang contoh, sebab pekerjaan dan segala ini adalah yang akan disambung.

Berkenaan pegawai-pegawai yang menyambung, sama ada dari peringkat Pengarah memang sudah dikemas kini, Yang Berhormat Pengarah. Di peringkat Ketua Bahagian dan Timbalan Ketua Bahagian sahaja yang akan membenarkan. Tidak lagi orang-orang dibawah yang membenarkan. Segi bawah Yang Berhormat juga nyatakan tadi berkenaan sistem yang ada di Immigration National Registration System, memang sana salah satu daripada modulnya, Yang Berhormat Pengerusi. Pada masa ini, memang salah satu yang menjadi bahan bualan kegurangan tetapi perhatian 'absikola' adalah permainan Special Pass yang dibuat secara manual dan (Jawi) dengan sistem ini, jumlah Special Pass yang dikeluarkan pada masa ini dikemas kini oleh Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang dan bila mula dibagi dan tarikh mansuhnya untuk dipantau.

Yang kedua, Special Pass ini juga untuk memberi masa kepada majikan untuk menyediakan tiket mereka atau untuk memulangkan mereka. Sebagai utama yang koala mabukkan tadi, Ketua Bahagian dan Timbalan Ketua Bahagian untuk menandatangani dan pengesahan sendang dikanselkan. 'Absikola' memang sudah memantau, cagangan beromat Pengurus. Bagi cadangan yang itu adalah satu cadangan yang baik untuk difikirkan oleh 'absikola' untuk mengelurkan Special Pass ini. Koala rasa semua sudah koala jawab ataupun mungkin belum, Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin. Kalau tidak ada apa, itu sahaja Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusi

Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin namanya 'terkudum'. Jadi, sudah cukup jawaban yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri. Dari sana kita beralih kepada Yang Berhormat Awang Mohamad Ali bin Tanjong.

Yang Berhormat Awang Mohamad Ali bin Tanjong

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. وَالْحَمْدُلِلّهِ ٰرَبِّ الْعَالَمِينَ

Terima kasih koala ucapan dan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri atas mukadimah yang disampaikan pada hari Sabtu lepas, yang begitu komprehensif

Di sini koala memetik satu daripada aspirasi kementerian iaitu Tadbir Urus yang Baik dan Penyampaian Perkhidmatan yang Berkualiti. Koala menyambut baik aspirasi ini terutama kepada pemimpin akar umbi bagi memastikan kesejahteraan penduduk .dan perusahannnya

Apa yang koala maksudkan di sini adalah bagi memudahkan untuk mendapatkan data dan statstik penduduk kampung. Koala cadangkan pihak kementerian menyediakan satu aplikasi atau sistem online bkan penduduk yang boleh diakses oleh ketua-ketua kampung dan pihak yang berkekenaan yang mana di boleh diakses pada bila-bila masa dan di mana juga mengikuti keperluan serta mengurangkan penggunaan kertas seperti yang dibuat pada masa ini. Selain daripada itu, ini juga dapat mengenal pasti keberadaan warga asing yang tinggal di sesuatu kampung itu.

Seterusnya, koala mengemukakan penerangan daripada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri mengenai pelaksanaan pembaharuan dan mengganti sebanyak 700 unit pilik bomba. Setakat ini, sebanyak 120 unit pilik bomba telah selesai dilaksanakan penggantian dan pembaikan. Soalan koala, apakah ini termasuk pembaikan jana kuasa yang mersembakkan tenaga dan keupayaan saluran air ke pili bomba tersebut tertumpu di kawasan Kampung Air? Perkara ini koala bangkitkan kerana koala difahamkan pernah terjadi semasa kejadian kebakaran di Kampung Air yang mana jana kuasa tersebut didapati rosak dan ia didapati rosak semasa kebakaran tersebut.

Selanjutnya, seperti yang diterangkan oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri mengenai keberadaan bangunan Pusat Komersial dan Letak Kereta Bertingkat di Bandar Seri Begawan. Semenjak penutupan Letak Kereta Bertingkat tersebut pada bulan Mei 2022, adakah bangunan tersebut akan dibuka pulih untuk digunakan semula? Jika ya, bilakah ia akan dikosankan untuk digunakan? Ini kerana tempat penhentian bas yang terletak di Jalan Kianggeh dan Jalan McArthur sekarang sepertinya digunakan untuk perkhidmatan mengambil (pick-up) dan menurunkan (drop-off) sahaja. Akan tetapi, pemandu-pemandu bas awam tersebut menggunakananya sebagai tempat menunggu yang menyebabkan kesesakan lalu lintas di kawasan tersebut. Sekian, Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Terima kasih kepada Yang Berhormat berkenaan dengan soalan yang diajukan.

  1. Berkenaan dengan online banci penduduk, sebagaimana semasa sesi muzaakarah yang mana dalam Immigration National Registration System ada bahagian nombor kad pengenalan, tempat-tempat tinggal orang kita ikut kampung atau mukimnya. Itu boleh dikongsikan, akan tetapi adalah menjadi peranan penghulu mukim dan ketua kampung untuk memastikan keberadaan orang yang tinggal di sana dan dimatai-matai juga. Berkenaan perkongsian maklumat, tidak ada masalah Yang Berhormat Pengerusi, boleh sahaja dikongsikan kepada penghulu mukim dan ketua kampung mengikut keperluannya.

  2. Berkenaan dengan pili bomba, adalah termasuk dalam 'jana kuasa'? Tidak termasuk, Yang Berhormat Pengerusi, memandangkan pembekalan air adalah di bawah Jabatan Perkhidmatan Air, Jabatan Kerja Raya.

  3. Keberadaan Pusat Komersial Letak Kereta, memang sebagaimana yang koala nyatakan sudah di peringkat akhir ataupun sudah diserahakan kepada potential proponent ataupun yang akan mengendalikan bangunan-bangunan komersial berkenaan dan telah diserahakan kepada Darussalam Aset. Untuk mengetahui bila ia akan diusia, mungkin nanti rakan koala di Kementerian Kewangan dan Ekonomi II boleh menerangkan Yang Berhormat Pengerusi. Itu sahaja yang dapat kaola sampaikan. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusi

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Saya kira kita sudah pun sampai ke penghujung Mesyuarat Jawatankuasa pada petang ini dan nampaknya Ahli-ahli Yang Berhormat juga sudah pun menyuarakan banyak soalan kepada Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.

Maka, ada baiknya Tajuk SE01A - SE12A ini sekarang kita undi. Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju, sila angkat tangan.

(Semua Ahli mengangkat tangan tanda bersetuju)

Terima kasih. Nampaknya semua Ahli Yang Berhormat bersetuju. Maka Tajuk SE01A - SE12A ini diluluskan.

Yang Mulia Jurutulis

Tajuk SE01A - SE12A dijadikan sebahagian daripada Jadual.

Yang Berhormat Pengerusi

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Saya rasa ada baiknya Mesyuarat Jawatankuasa ini kita tangguhkan dahulu dan kita bersidang semula dalam Persidangan Majlis Mesyuarat Negara.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua:

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kita sekarang bersidang semula di Persidangan Majlis Mesyuarat Negara. Saya rasa cukup kita bersidang pada petang ini. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Mesyuarat Negara ini dan kita akan bersidang semula pada hari Selasa, 24 Syaaban 1445 bersamaan 5 Mac 2024 mulai pukul 9.30 pagi.

Sekian, مجلس مسورات ديتانغوكن

(Majlis Mesyuarat ditangguhkan)

YANG DI-PERTUA

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib, P.S.B., S.L.J., P.H.B.S., P.J.K., P.K.L., Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara, Negara Brunei Darussalam.

AHLI RASMI KERANA JAWATAN (PERDANA MENTERI DAN MENTERI-MENTERI)

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Perdana Menteri, Menteri Pertahanan, Menteri Kewangan dan Ekonomi dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri, Negara Brunei Darussalam.

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, D.K.M.B., D.P.K.T., King Abdul Aziz Ribbon, First Class (Saudi Arabia), The Order of the Renaissance (First Degree) (Jordan), Grand Cross of Crown Order- G.K.K., (Netherlands), Medal of Honour (Laos), D.S.O (Singapore), Order of Lakandula With The Rank of Grand Cross (Philippines), The Order of Prince Yaroslav the Wise, Second Class (Ukraine), Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pankat Pertama (Johor), D.S.O (Military) (Singapore), P.H.B.S., Menteri Kanana di Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam.

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Di-Raja Dato Laila Utama Haji Awang Isa bin Pehin Datu Perdana Manteri Dato Laila Utama Haji Awang Ibrahim, D.K., S.P.M.B., D.S.N.B., P.H.B.S., P.B.L.B., P.J.K., P.K.L., Penasihat Khas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam. (Tidak Hadir atas urusan rasmi)

Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, P.S.S.U.B., D.P.M.B., P.H.B.S., P.B.L.I., P.J.K., P.K.L., Menteri Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam.

Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, D.P.K.T., S.M.B., P.H.B.S., Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II, Negara Brunei Darussalam. (Tidak Hadir atas urusan rasmi)

Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar, P.S.N.B., D.P.M.B., Menteri Kesihatan, Negara Brunei Darussalam. (Tidak Hadir atas urusan rasmi)

Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah, P.S.N.B., S.P.M.B., Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Negara Brunei Darussalam. (Tidak Hadir atas urusan rasmi)

Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd. Yusof, P.S.N.B., S.P.M.B., P.J.K., P.L.I.K.B., Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II, Negara Brunei Darussalam. (Tidak Hadir atas urusan rasmi)

Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmad bin Haji Abdul Rahman, P.S.N.B., S.P.M.B., P.S.B., P.I.K.B., Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Negara Brunei Darussalam.

Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Abd. Manaf bin Haji Metussin, P.S.N.B., S.P.M.B., S.N.B., S.M.B., P.S.S.B., P.K.L., Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Negara Brunei Darussalam.

Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abd. Rashid, P.S.N.B., D.P.M.B., P.I.K.B., Menteri Pembangunan, Negara Brunei Darussalam.

Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr. Dayang Hajah Romaizah binti Haji Md. Salleh, P.S.N.B., S.P.M.B., P.J.K.B., P.K.L., Menteri Pendidikan, Negara Brunei Darussalam. (Tidak Hadir atas urusan rasmi)

Yang Berhormat Pengeran Dato Seri Setia Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha, P.S.N.B., P.S.B., Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi, Negara Brunei Darussalam.

Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Nazmi bin Haji Mohamed, P.S.N.B., S.M.B., P.I.K.B., Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Negara Brunei Darussalam.

AHLI YANG DILANTIK ORANG-ORANG YANG BERGELAR

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abd. Rahman bin Haji Ibrahim, P.S.N.B., D.P.M.B., P.H.B.S., P.I.K.B., P.K.L.

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Mohd. Yusuf, P.S.N.B., D.P.M.B., P.H.B.S., P.J.K., P.I.K.B., P.K.L.

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Suyoi bin Haji Osman, P.S.N.B., D.P.M.B., P.J.K., P.I.K.B., P.K.L.

AHLI YANG DILANTIK ORANG-ORANG YANG TELAH MENCAPAI KECEMERLANGAN

Yang Berhormat Dayang Hajah Sufiah binti Sheikh Haji Abd. Salam, S.U.B., P.I.K.B., P.K.L.

Yang Berhormat Awang Lau How Teck, P.S.B.

Yang Berhormat Dayang Chong Chin Yee, P.I.K.B.

Yang Berhormat Dr. Awang Haji Mahali bin Haji Mohimin, S.M.B., P.I.K.B., P.K.L.

Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin, S.N.B., S.M.B., P.I.K.B.

Yang Berhormat Dayang Hajah Rosmawaty binti Haji Abdul Mumin, S.M.B., P.S.B.

Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin, P.I.K.B.

AHLI YANG DILANTIK MEWAKILI DAERAH-DAERAH

Yang Berhormat Awang Amran bin Haji Maidin, P.I.K.B., P.K.L., Penghulu Mukim Lumapas -Daerah Brunei dan Muara.

Yang Berhormat Awang Lawi bin Haji Lamat, P.K.L., Ketua Kampung Subok - Daerah Brunei dan Muara.

Yang Berhormat Awang Zainol bin Haji Mohamad, Ketua Kampung Putat - Daerah Brunei dan Muara.

Yang Berhormat Awang Mohamad Ali bin Tanjong, P.K.L., Ketua Kampung Lumapas "B" – Daerah Brunei dan Muara.

Yang Berhormat Awang Haji Daud bin Jihan, P.I.K.B., P.K.L., Ketua Kampung Belimbing – Daerah Brunei dan Muara.

Yang Berhormat Awang Haji Md. Salleh bin Haji Othman, P.I.K.B., Penghulu Mukim Bukit Sawat – Daerah Belait.

Yang Berhormat Awang Mohammad bin Abdullah @ Lim Swee Ann, Ketua Kampung Bukit Sawat – Daerah Belait.

Yang Berhormat Awang Haji Mohamad Danial @ Tekpin bin Ya'akub, P.I.K.B.,

Penghulu Mukim Ukong – Daerah Tutong.

Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan, Ketua Kampung Sengkarai – Daerah Tutong.

Yang Berhormat Haji Awang Sulaiman bin Haji Nasir, P.S.B., P.I.K.B., P.K.L.P., Ketua Kampung Labu Estet dan Piasau-Piasau – Daerah Temburong.

HADIR BERSAMA

Yang Mulia Dr. Dayang Hajah Huraini binti Pehin Orang Kaya Setia Jaya Dato Paduka Awang Haji Hurairah, P.S.B., P.I.K.B., P.K.L., Jurutulis Majlis Mesyuarat Negara, Negara Brunei Darussalam.

Yang Mulia Dayangku Hajah Zaidah binti Pengiran Haji Petra, Penamgku Timbalan Jurutulis Mesyuarat Negara, Negara Brunei Darussalam.

(Mesyuarat mulia bersidang pada pukul 2.00 petang)

info

The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.