HARI KE-14 PAGI
18HB MAC 2024 PAGI
Help needed with Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Yang Mulia Jurutulis
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Ke-20 bagi Majlis Mesyuarat Negara bersidang pada hari keempat belas pada hari ini Isnin, 7 Ramadhan 1445 bersamaan 18 Mac 2024, didahului dengan Doa Selamat.
DOA SELAMAT
Doa Selamat dibacakan oleh Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Awang Suhaili bin Haji Metali Al-Hafiz (Imam Masjid Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah).
Yang Berhormat Yang Di-Pertua
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ الحَمْدُ لِلّٰهِ الَّذِی اَنْعَمَ عَلَيْنَا بِنِعْمَتِهِ وَفَضْلِهِ وَكَرَمِهِ ونُحْمِدُهُ وَنَشْكُرُهُ syukur ke hadrat الله مِنْ اَجْلِِ فَضْلِهِ وَرَحْمَتِهِ وَكَرَمِهِ kerana dengan limpah rahmat dan izin-Nya jua kita dapat bersama-sama hadir pada pagi ini bagi bersidang pada hari yang keempat belas dalam Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Ke-20 Majlis Mesyuarat Negara.
Selawat serta salam ke atas Junjungan Besar kita مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ kaum kerabat, para sahabat serta pengikut-pengikut Baginda yang taat lagi setia hingga ke akhir zaman.
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Persidangan Majlis Mesyuarat Negara masih lagi membincangkan mengenai dengan Rang Undang-Undang (2024) Perbekalan, 2024/2025 yang telah dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II.
Maka bagi membolehkan kita untuk menyambung penelitian ke atas Rang Undang-Undang ini satu per satu dengan lancar dan teratur, saya tangguhkan Persidangan Majlis Mesyuarat Negara
ini dan kita bersidang semula di Peringkat Jawatankuasa sepenuhnya.
(Majlis Mesyuarat ditangguhkan)
(Mesyuarat bersidang sebagai Jawatankuasa)
Yang Berhormat Pengerusi
بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْم Ahli-Ahli Yang Berhormat. Majlis ini sekarang bersidang di peringkat Jawatankuasa sepenuhnya bagi menimbangkan Rang Undang-Undang (2024), Perbekalan 2024/2025 yang telah dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II.
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Mesyuarat Jawatankuasa pada hari Sabtu yang lalu, telah pun beralih kepada tajuk-tajuk di bawah Kementerian Pembangunan dan kita telah pun mendengar pembentangan mukadimah mengenai perancangan dan hala tuju Kementerian Pembangunan daripada Yang Berhormat Menteri Pembangunan sendiri.
Maka, sekarang saya bukakan Tajuk SK10A sehingga Tajuk SK08A untuk dibahaskan. Saya akan menjemput beberapa orang Ahli Yang Berhormat Yang Dilantik untuk mengemukakan soalan-soalan mereka dan seterusnya saya akan mempersilakan Yang Berhormat Menteri Pembangunan untuk memberikan jawapan ataupun responsnya sama ada untuk dijawabnya sekarang ataupun akan dijawabnya secara bertulis kemudian nanti.
Sekarang untuk memulakannya, saya mempersilakan Yang Berhormat Awang Haji Mohamad Danial @ Tekpin bin Ya'akub.
Yang Berhormat Awang Haji Mohamad Danial @ Tekpin bin Ya'akub
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِ السَّلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَةٌ Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Pembangunan di atas usaha dan perancangan strategik ke arah tadbir urus belanjawan bagi Tahun Kewangan 2024/2025. Apa yang kaola harapkan agar ia dapat dilaksanakan sesuai dengan hasrat dan matlamat pihak kementerian.
Merujuk kepada mukadimah projek-projek di bawah RKN-12 yang memperuntukkan $261 juta disediakan bagi melaksanakan projek menaik taraf dan membaiki sistem loji dan kolam rawatan air bersih di semua daerah. Kaola sangat-sangat menyambut baik usaha ini memandangkan isu air sering dibangkitkan oleh orang ramai.
Ini termasuklah masalah tekanan air rendah, kualiti air yang tidak konsisten, kerap kali berlaku kerosakan dan kebocoran pada paip-paip utama yang memerlukan penukaran paip-paip air yang baharu.
Keadaan ini memaksa penduduk untuk menyediakan sistem rawatan dan pam air sendiri di rumah. Dari sudut lain, ia juga memberikan keuntungan kepada syarikat pengeluaran system rawatan air berkenaan disebabkan permintaan yang tinggi bagi mendapatkan air bersih.
Yang Berhormat Pengerusi. Ini bukanlah satu perkembangan yang tepat ke arah meningkatkan kualiti hidup rakyat. Kaola sangat-sangat mengharapkan dengan sejumlah peruntukan yang disediakan ini ia sebagai sukat-sukat ke arah meningkatkan sistem air bersih di Negara Brunei Darussalam, sekurang-kurangnya setanding dengan negara-negara maju yang mempunyai air paip terbaik dan boleh terus diminum.
Sehubungan dengan ini, kaola ingin pencerahan dari pihak Kementerian Pembangunan, apakah sasaran kualiti air bersih di Negara Brunei Darussalam menjelang tahun 2035, iaitu keterjaminan air bersih kepada pengguna?
Selanjutnya kaola menyuarakan tentang kebimbangan orang ramai berkenaan dengan sistem pembetungan yang menggunakan tangki septic melalui soak away system atau sistem penyerapan di dalam tanah sepertimana yang kita sedia maklum. Sistem ini kerap digunakan di kawasan-kawasan yang tanahnya berpasir serta tidak mempunyai longkang-longkang utama.
Ini termasuklah kawasan-kawasan di Daerah Tutong seperti berlakunya di kawasan Kampung Danau dan Kampung Telesai. Sistem ini didapati tidak berkesan dan menyebabkan penduduk terpaksa mendapatkan perkhidmatan swasta untuk mengosongkan tangki septic masing-masing secara regular dan memakan kos yang terlalu tinggi.
Dalam hal ini, apakah pihak kerajaan mempunyai perancangan untuk menyediakan sistem pembetungan di kawasan-kawasan tertentu khususnya di kawasan kampung-kampung yang kaola nyatakan tadi.
Itu sahaja yang dapat kaola sampaikan Yang Berhormat Pengerusi.
Sekian,
وبالله التوفيق والهداية والسلام عليكم ورحمة الله وبركته
Yang Berhormat Pengerusi
Saya persilakan Yang Berhormat Awang Zainol bin Haji Mohamed.
Yang Berhormat Awang Zainol bin Haji Mohamed
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Saya berhasrat untuk menarik diri daripada menyertai perbahan kerana perkara yang sama telah pun dibawakan oleh Yang Berhormat Awang Haji Mohamad Danial @ Tekpin bin Ya'akub. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Pengerusi
Terima kasih. Saya persilakan Yang Berhormat Awang Haji Md. Salleh bin Haji Othman.
Yang Berhormat Awang Haji Md. Salleh bin Haji Othman
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
بِسْمِ اللهِ الرَحْمٰنِ الرَحِيْمِ الحَمْدُ لِلهِ رَبِّ الْعٰلَمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ آلِهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْنَ
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kaola tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid, Menteri Pembangunan di atas mukadimah, hala tuju dan perancangan Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya di dalam mengurus dan merancang belanjawaan bagi Tahun Kewangan 2024/2025.
Kaola menyentuh berkenaan kualiti standard bahan-bahan binaan di Negara Brunei Darussalam. Terdapat pelbagai jenis bahan binaan telah pun dijual di kedai-kedai hardware mahupun kedai-kedai runcit.
Memang sukar untuk menilai kualiti barang-barang berkenaan tambahan lagi ia mempunyai tidak banyak berbeza dengan satu jenama dengan yang lain dari segi spesifikasi, pembuatan dan kualiti.
Selain daripada itu, pengguna boleh saja tertipu dengan barang-barang binaan tiruan yang tidak kurang hebatnya. Namun pada itu, isu-isu ketahanan jangka hayat cepat rosak dan seumpamanya adalah terkait dengan keselamatan pengguna apabila barang yang tidak diketahui kualitinya digunakan dalam projek-projek pembinaan.
Produk-produk yang mempunyai label atau cop keselamatan adalah merupakan pilihan terbaik pengguna. Sebagai contohn, label SIRIM bagi produk-produk keluaran Malaysia adalah dijamin dari segi kualiti dan keselamatan pengguna.
Sehubungan dengan ini, kaola mencadangkan satu organisasi yang diiktiraf perlu diwujudkan untuk menilai dan meneliti kualiti produk-produk keluaran tempatan mahupun yang diimport dari luar negara.
Mana-mana produk yang mempunyai label jenama keselamatan adalah selamat serta memenuhi piawaian yang ditetapkan oleh pihak-pihak kerajaan.
Apakah usaha-usaha dan kaedah yang diguna pakai oleh pihak Kementerian Pembangunan di dalam memastikan projek-projek kerajaan menggunakan bahan-bahan yang bermutu tinggi?
Selanjutnya, kaola sukacita menyuarakan berkenaan dengan isu rumah panjang Kampung Teraja, Mukim Labi di Daerah Belait. Rumah panjang Kampung Teraja sudah wujud sejak tahun 1950 dan kini masih dihuni serta menjadi destinasi pelancongan di Daerah Belait.
Rumah panjang ini dibina berdekatan dengan sungai. Keadaan tebing sungai yang mengalami kikisan, menimbulkan kebimbangan kepada penghuni-penghuni rumah panjang berkenaan.
Tindakan segera sangat-sangat diperlukan terutama sekali kerja-kerja pembaikan tebing-tebing sungai bagi memastikan keselamatan penghuni rumah panjang terjamin.
Sehubungan dengan ini, kaola memohon agar pihak-pihak berkenaan dapat memberikan perhatian yang sewajarnya. Sekian, itu sahaja yang dapat kaola sampaikan.
بسم الله الرحمن الرحيم والصلاة والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Yang Berhormat Pengerusi
Saya persilakan Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan.
Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. بسم الله الرحمن الرحيم Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Syukur الحمد لله apabila mendengar mukadimah pada hari Sabtu yang lalu yang disampaikan oleh Yang Berhormat Menteri Pembangunan, kaola optimis mengharapkan agar semua yang dirancang akan dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Dalam masa yang sama, ianya memberikan kesan yang positif ke arah meningkatkan kesejahteraan rakyat dan kemajuan negara.
Dalam kesempatan ini, kaola sukacita mengemukakan beberapa perkara. Pertama, berkenaan dengan isu pencemaran alam sekitar yang disebabkan aktiviti mengambil pasir di kawasan Sungai Paku, Telisai, Daerah Tutong. Perkara ini bukanlah isu baru malahan ianya telah menjadi buah mulut penduduk tempatan di media sosial tentang kesannya terhadap muka bumi dan persekitaran penduduk setempat serta ekosistem alam semula jadi.
Isu kejadian banjir kerap terjadi disebabkan keadaan sungai dan parit-parit utama yang cetek disebabkan kelodak pasir. Keadaan Sungai Pepakan dan Sungai Danau yang dulunya tempat penduduk menangkap ikan, kini menjadi saliran lumpur sehingga mewujudkan pulau pasir di Sungai Danau sekaligus merosakkan ekosistem sungai-sungai berkenaan.
Kejadian ini tidak dapat 'ditapuk-tapuk' lagi, ianya jelas di depan mata. Ini bukanlah masa untuk kita menuding jadi kepada pihak-pihak berkenaan, isu alam sekitar adalah isu bersama. Namun pada itu, jika tidak ditangani ianya akan menimbulkan kesan buruk kepada muka bumi Negara Brunei Darussalam.
Sehubungan dengan ini, kaola ingin tahu apakah langkah-langkah yang telah dilaksanakan oleh pihak kementerian dalam memastikan aktiviti-aktiviti mengambil pasir ini menepati syarat-syarat yang disediakan khususnya di dalam menjaga ekologi persekitaran?.
Kedua, bercakap berkenaan dengan sistem-sistem pernomboan rumah-rumah kediaman. Ada beberapa rumah yang tidak mempunyai nombor dan perkara ini telah menimbulkan kesukaran kepada pihak-pihak berkenaan terutama sekali jika berlaku kecemasan seperti ambulans dan sebagainya.
Perkara ini pernah berlaku di Kampung Penabai, Kuala Tutong apabila pihak paramedic terpaksa pergi ke rumah Ketua Kampung kerana gagal mencari rumah pesakit disebabkan rumah tidak bernombor.
Dalam pada itu, kaola mencadangkan agar pihak-pihak berkenaan dapat mengemaskinikan nombor-nombor rumah di Negara Brunei Darussalam.
Ketiga, berkenaan dengan kawasan Tatangan Persiaran Sungai Tutong, Pekan Tutong yang mana kawasan ini telah siap dan dirasmikan pada 22 April 2012. Dengan terbinanya kawasan waterfront ini, ianya telah mengubah lanskap tebing Sungai Tutong sebagai kawasan riadah yang menarik.
Sudah 12 tahun berlalu, terdapat beberapa struktur tebing sungai sudah mulai rosak serta lampu-lampu yang tidak berfungsi sedikit sebanyak telah menjejaskan keindahan kawasan berkenaan dan memerlukan perhatian segera. Tatangan Persiaran Sungai Tutong sewajarnya memerlukan transformasi dari semua aspek, ini termasuklah sebagai ikonik mempunyai nilai kepada tarikan pelancong.
Sehubungan dengan ini, kaola mengharapkan agar perkara ini dapat diberi perhatian, ini termasuklah menyediakan pelan-pelan transformasi kawasan mengikut tempoh beberapa tahun ke hadapan agar Pekan Tutong tidak terpinggir dari arus perubahan.
Kaola sukacita menyuarakan keluhan orang ramai berkenaan dengan kesesakan lalu lintas di jalan lampu isyarat Lebuhraya Tutong Telisai pertemuan antara Jalan Enchi Awang dan Jalan Kuala Tutong iaitu di kawasan Kampong Sengkarai, Daerah Tutong. Keadaan kesesakan lalu lintas akhir-akhir ini dan semakin teruk lagi apabila pada waktu-waktu puncak disebabkan pertembungan pengguna-pengguna jalan raya di semua arah.
Sehubungan dengan ini, kaola ingin tahu, apakah pihak kerajaan mengambil maklum tentang perkara ini dan apakah ada perancangan untuk menaik taraf jalan berkenaan dengan membangun flyover bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas yang dihadapi oleh pengguna jalan raya?.
Sekian,
وبالله التوفيق والهداية، والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Yang Berhormat Pengerusi
Saya persilakan Yang Berhormat Dayang Chong Chin Yee. Tetapi sebelum itu saya ingin memberi komen sedikit sebelum 'barangkali' nanti menjemput Yang Berhormat Menteri Pembangunan untuk memberi reaksinya ataupun responsnya.
Saya hairan ada perkara-perkara yang dibawa tadi, ada beberapa soalan perkara yang dikemukakan nampaknya boleh diselesaikan oleh pegawai-pegawai daerah masing-masing.
Saya kira tidak payah perkara-perkara itu kita angkat sebagai perkara-perkara nasional. Perkara-perkara daerah biarlah ia ditinggalkan dalam daerah dan terpulang kepada pegawai-pegawai daerah untuk melaksanakan ataupun menuntut kepada pihak-pihak yang berkenaan supaya ia dapat dilaksanakan dengan teratur.
Sekiranya tidak dapat dilaksanakan oleh mereka, maka saya kira perkara itu boleh dibawa 'barangkali' kepada Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dalam perundingan tahunan yang biasanya diadakannya.
Perkara itu saya kira dengan lebih mudah diselesaikan di sana oleh kitani sebab ditimbulkan dalam sini, 'kitani' pun selalu tertanya-tanya "Di mana tempatnya ni?". Jadi derail perhatian 'kitani' yang sebenarnya, harus kita tumpukan pada perkara-perkara yang kita rundingkan ketika ini.
Walau bagaimanapun, saya persilakan sekarang Yang Berhormat Dayang Chong Chin Yee.
Yang Berhormat Dayang Chong Chin Yee
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Terlebih dahulu, kaola ingin mengucapkan terima kasih di atas mukadimah yang disampaikan oleh Yang Berhormat Menteri Pembangunan.
Kaola mengambil baik ROC Brunei kerana telah memperkemas pendaftaran syarikat dari bulan ke hari dan pertumbuhan serta perkembangan dalam sektor bukan minyak dan gas.
Di sebalik kemajuan ini, beberapa pengusaha perniagaan telah menghadapi kelambatan dalam mendapatkan Occupational Permits untuk pengubahsuaian dan memulakan operasi sehingga menjejasikan break-even time mereka sekaligus memberi beban tambahan kepada pengusaha.
Panduan rasmi di laman web business.gov.bn telah menggariskan 6 langkah dan selama 38 hari timeline process bagi permohonan Construction Permit, sedangkan Occupational Permit yang sepatutnya mengambil masa 7 hari sahaja. Namun, terdapat maklum balas yang didapati bahawa proses permohonan tersebut telah melebihi timeline yang dijangkakan.
Soalan kaola, bolehkah pihak kementerian mengongsikan jumlah peratus permohonan yang memenuhi sasaran 38 hari ini. Dengan mengambil kira kelambatan ini, apakah terdapat rancangan untuk menambah baik jangka masa bagi proses Occupational Permit ini?.
Kemudian, kaola juga ingin mengambil perhatian tentang syarat khusus yang terikat berkaitan pemilik tanah yang menghadkan aktiviti perniagaan sampingan atau side business ke tingkat bawah sahaja.
Memandangkan kesesuaian lokasi dan berdekatan dengan kedai-kedai kawasan komersial dan kediaman, kaola mencadangkan agar dipertimbangkan semula dasar ini bertujuan bagi menyokong Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana untuk menggunakan tingkat atas yang selalunya mempunyai kadar sewa yang lebih kompetitif.
Adalah signifikan untuk menekankan kepentingan penyelarasan yang berkesan antara Kementerian Pembangunan, Kementerian Kewangan dan Ekonomi dan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri bagi meningkatkan ekosistem perniagaan di Brunei.
Soalan kaola, bolehkah kementerian mengongsikan maklumat tentang langkah-langkah yang diambil untuk menambah baik kerjasama antara kementerian ini?.
Hal ini akan memastikan bahawa dasar ini bukan sahaja sejajar dengan matlamat secara kolektif tetapi juga dapat mengelakkan daripada sebarang usaha yang tidak produktif dan kurang efisien.
Seterusnya, perkara yang ketiga ialah mengenai perancangan bandar. Perancangan bandar adalah sangat penting untuk memastikan pertumbuhan yang mampam, memperbaiki dan meningkatkan kehidupan dan pembangunan masa hadapan.
Walau bagaimanapun, berdasarkan pemerhatian, telah didapati dan mendedahkan kekurangan infrastruktur untuk pejalan kaki, pertimbangan bagi transit pengangkutan awam seperti bas dan kemudahan untuk orang berkeperluan khas dan OKU.
Di kawasan-kawasan perumahan atau residential. Hal ini juga ada disebut dalam Bengkel ASEAN Sustainable Urbanization Strategy pada Jun lalu iaitu lorong berbasikal dan laluan pejalan kaki di Brunei dibangunkan secara sporadic dan tambah ada strategi yang cohesive.
Ini menimbulkan persoalan tentang mengapa elemen kritikal ini diabaikan dalam perancangan awal bandar kita. Selain itu apakah kemajuan yang telah dicapai sejak bengkel tersebut dijalankan?.
Seterusnya, melihat kepada sebahagian besar jumlah peruntukan untuk skim perumahan negara pada setiap tahun adalah sangat penting untuk menangani maklum balas penduduk mengenai amenities atau kemudahan bagi penduduk serta komuniti.
Amenities merupakan heartbeat dalam hidup bermasyarakat bagi penduduk serta signifikan untuk mengwujudkan suasana yang riang, bersatu dan inclusive.
Mereka bukan sahaja dapat memantapkan kesejahteraan penduduk tetapi juga meningkatkan kesihatan fizikal dan ekonomi. Walau bagaimanapun, sangat jelas bahawa banyak kawasan rancangan perumahan negara tidak dan kurang lengkap dengan kemudahan-kemudahan asas dan amenities ini.
Walaupun Kementerian Kesihatan memberi penekanan yang berterusan untuk sentiasa menjaga dan mengawal kesihatan dan didapati ramai penduduk telah mematuhinya iaitu dengan menjalankan senaman fizikal seperti jogging serta kanak-kanak yang bermain di kawasan motorist.
Hal ini jelas memperlihatkan kurangnya orang selamat dan khas untuk aktiviti luar bagi para penduduk di kawasan-kawasan tersebut. Pengawasan ini telah menimbulkan kebimbangan mengenai dengan keselamatan kanak-kanak di samping menggalakkan gaya hidup yang sihat.
Di samping itu, terdapat kekurangan infrastruktur yang sejajar untuk perkembangan sepenuhnya dalam mendorong keusahawanan seperti yang dinyatakan dalam inisiatif 1K1P.
Kemunculan gerai di tepi-tepi jalan dan homebase businesses telah semakin meningkat dan ini memperlihatkan akan semangat keusahawanan dalam masyarakat dan penduduk kita.
Walau bagaimanapun, dengan ketiadaan tapak strategik yang bersesuaian serta kawasan high traffic, bagaimanakah agensi-agensi lain di bawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Kementerian Kewangan dan Ekonomi II berinisiatif untuk menyokong pertumbuhan dan perkembangan perniagaan-perniagaan tersebut secara berkesan?.
Berdasarkan pemerhatian ini, seberapa kerapkah pihak kerajaan menerima dan mengambil berat input orang awam ke dalam proses perancangan dan apakah langkah-langkah diambil untuk memastikan skim perumahan negara dan perancangan komuniti yang bukan sahaja mencerminkan keperluan dan aspirasi rakyat kita tetapi juga menyediakan infrastruktur yang diperlukan untuk menyokong kehidupan masyarakat yang sihat, entrepreneurial dan sejahtera?
Sekian daripada kaola, terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi
Saya persilakan sekarang Yang Berhormat Awang Mohammad bin Abdullah @ Lim Swee Ann.
Yang Berhormat Awang Mohammad bin Abdullah @ Lim Swee Ann
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ. اَلْحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ الْعٰلَمِيْنَ. وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْنَ. Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. kaola mengucapkan terima kasih di atas mukadimah Yang Berhormat Menteri Pembangunan berkenaan dengan perbelanjaan Belanjawan 2024/2025 berkenaan dengan hala tuju dan perancangan Kementerian Pembangunan mengikut tempoh dan sasaran yang ditetapkan.
Penghijrahan warga kampung ke kawasan penempatan baru seperti kawasan perpindahan perumahan negara ataupun rakyat jati adalah merupakan fenomena yang perlu kita terima dengan hati terbuka. Ini disebabkan kawasan penempatan baru menjadikan prasarana yang serba lengkap dan lokasi yang strategik untuk semua kemudahan. Perkara ini lazim berlaku bukan hanya di negara kita mahupun negara-negara maju yang lain.
Sehubungan dengan ini, apakah pihak kementerian melalui Jabatan Perancang Bandar Dan Desa mempunyai pelan-pelan strategik ke arah mempelbagaikan kawasan kampung termasuklah mengazet kawasan-kawasan tanah status komersial dan seumpamanya?
Di dalam menangani isu tempat pembuangan sampah yang tidak mencukupi serta berjauhan di kawasan-kawasan kampung, ingin pencerahan mengenai penyediaan tempat-tempat pembuangan sampah oleh pihak kerajaan.
Berapakah nisbah yang digunakan untuk satu tempat pembuangan sampah bagi setiap kawasan pendapatan penduduk dan apakah perancangan masa hadapan ke arah meningkatkan kualiti tempat-tempat pembuangan sampah yang lebih bersistematik?
Sekian,
بِسْمِ ٱللَّٰهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
Yang Berhormat Pengerusi
Saya persilakan sekarang Yang Berhormat Menteri Pembangunan untuk memberikan responnya.
Yang Berhormat Menteri Pembangunan
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعٰلَمِيْنَ Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Izinkan juga kaola dapat merujuk kepada soalan yang dibangkitkan tadi memandangkan tadi ada 5 orang Ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan soalan.
Kaola kan merujuk pertama sekali soalan yang dibangkitkan daripada Yang Berhormat Awang Haji Mohamad Danial @ Tekpin bin Ya'akub iaitu pertama merujuk kepada Projek RKN-12 dengan jumlah $261 juta dan persoalan yang dibangkitkan apakah sasaran kualiti sistem air di negara ini menjelang tahun 2035 dalam keterjaminan air bersih kepada pengguna.
Pada menjawabnya, perancangan jangka panjang projek-projek melalui peruntukan RKN yang dirujuk tadi seperti projek pembinaan menaik taraf insfratruktur yang sedia ada dan penggantian peralatan-peralatan di logi-logi rawatan di negara ini serta usaha-usaha review, menilai semula reka bentuk dan proses rawatan air yang dipraktikkan selama ini.
Dalam memperbaiki proses rawatan air yang lebih berkesan dan lebih selamat, بِسْمِ اللهِ اِنْ شَاْءَ اللهُ dengan siapnya projek-projek ini nanti akan dapat meningkatkan lagi sistem bekalan air yang lebih efektif dan lebih reliable.
Di antara projek-projek yang sedang berjalan dan akan dilaksanakan di dalam RKN-12 nanti termasuk juga kerja-kerja yang telah dibuat dan sedang berjalan bagi RKN-11 iaitu pertama meningkatkan taraf logi-logi rawatan air yang sedia ada yang sudah beroperasi rata-rata kebanyakkannya lebih 20 tahun seperti Logi Rawatan Air Layong, Bukit Barun, Logi Rawatan Air Badas di Seria dan Logi Rawatan Air Batang Duri, Temburong.
Kedua ialah pembinaan Logi Rawatan Air Bukit Barun peringkat 8 iaitu logi yang baru yang mana pada masa ini masih lagi dalam pelaksanaan bagi menambah 120 juta liter sehari bekalan air bersih kepada Daerah Brunei-Muara dan Tutong bagi memenuhi permintaan yang meningkat menjelang tahun yang mendatang sehinggalah pada tahun 2035.
Ketiga ialah menaik taraf Logi Rawatan Air Agis-Agis yang pada masa ini berkapasiti 36 million liters per day untuk ditingkatkan penghasilan kepada kapasiti 72 million liters per day, double, yang akan bermula pada bulan April 2024 dan dijangka siap pada bulan April 2026.
Keempat ialah menaik taraf Logi Rawatan Air Batang Duri, Daerah Temburong yang akan memberi tambahan sebanyak 20 million litres perday dari 5 million litres per day yang ada pada masa ini, mengambil kira pertumbuhan di Daerah Temburong bekalan mencukupi jua bagi persediaan dengan siapnya beberapa infrastruktur baharu di Daerah Temburong nanti dengan tertubuhnya universiti tetap bagi UNISSA dan kemajuan yang lain yang dirancang di bawah autoriti kemajuan Daerah Temburong yang masa ini dikendalikan oleh Pejabat Daerah Temburong.
Kelima ialah pengurusan non-revenue water bagi sistem bekalan air di Negara Brunei Darussalam fasa 3.
Inisiatif ini penting untuk mengurangkan pembaziran air dan mengurangkan kerugian yang ditanggung oleh kerajaan akibat kebocoran paip-paip lama dan juga mengakibatkan pembaziran air.
Keenam ialah kajian bekalan sumber air bagi Negara Brunei Darussalam sehingga tahun 2035 dengan mereview dan mengemaskinikan pelan perancangan sistem bekalan air negara dan memastikan kemajuan infrastruktur bekalan air selaras dengan kemajuan Brunei Land Use Plan.
Ketujuh satu lagi inisiatif yang sedang dirancang di jabatan ini ialah mendapatkan khidmat pihak ketiga yang boleh memeriksa dan menilai tahap kualiti air bersih yang dikeluarkan dari loji-loji air di negara ini selaras dengan ISO standard umpamanya ISO 17025 bagi memperbaiki lagi keterjaminan kualiti air yang dihasilkan.
Itulah jawapan mengenai dengan persoalan keselamatan dan keterjaminan air. Merujuk kepada soalan kedua Yang Berhormat tadi iaitu perancangan untuk menyediakan sistem pembentungan di kawasan-kawasan tertentu khususnya di kampung-kampung yang disebutkan di Kampong Danau dan Telisai.
Jabatan Kerja Raya mempunyai perancangan untuk melarutkan penyediaan sistem pembentungan berpusat ke kawasan yang pesat membangun atau densely develop areas. Penyediaan sistem pembentungan berpusat ini dilaksanakan secara berfasa mengikut kapasiti dan peruntukan yang ada memandangkan peruntukan bagi menyediakan sistem ini adalah peruntukan kewangan yang cukup besar.
Bagi kawasan-kawasan yang pembangunannya belum padat seperti yang dibangkitkan tadi maka sistem tangki septik adalah sistem yang diiktiraf sesuai untuk digunakan seperti jua di negara-negara yang lain dengan kepadatan penduduk yang lebih kurang sama (less dense areas).
Untuk makluman Yang Berhormat jua, sistem rawatan tangki septik dan sistem software ini, perlu diketahui jua, dibuat dengan keperluan pemeliharaan secara berkala. Ia bukanlah maintenance free bagi memastikan pengaliran air sentiasa berfungsi dan kualiti rawatan air najis tidak mencemarkan persekitaran dan adalah menjadi tanggungjawab tuan punya rumah untuk memastikan ia dibersihkan mengikut tempoh waktu yang bersesuaian yang lazimnya ada ditetapkan.
Seterusnya Yang Berhormat Pengerusiizin kan kaola untuk merujuk kepada soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Awang Haji Mohd. Salleh bin Haji Othman.
Pertama kaola mengucapkan berbanyak terima kasih di atas perkongsian pandangan dan cadangan di dalam perkara yang dibangkitkan iaitu mengenai cadangan satu organisasi yang diiktiraf untuk meneliti kualiti produk-produk keluaran tempatan supaya dapat memenuhi piawaian yang ditetapkan.
Ini adalah satu cadangan yang baik. Walau bagaimanapun, ia akan memerlukan pendekatan khusus dengan pusat standard kebangsaan dan jabatan-jabatan yang berkaitan.
Pada masa ini terdapat barangan yang diuji dan diiktiraf oleh badan luar negeri seperti SIRIM yang disebutkan tadidan adalah digalakkan orang ramai untuk memilih barang-barang yang telah disahkan kualitinya oleh badan-badan pengiktirafan seperti yang disebutkan tadi.
Selanjutnya kaola ingin menambah jua dalam persoalan yang dibangkitkan mengenai dengan kualiti barang binaan di mana bagi projek-projek kerajaan adalah menjadi satu kemstian untuk menggunakan produk-produk bahan asas binaan dan bahan binaan yang berdaftar dan diiktiraf di bawah Kementerian Pembangunan.
Produk-produk yang diiktiraf ini perlu persijilan pengiktirafan kualiti seperti ISO 9001 dan ISO 14001 dan laporan ujian-ujian daripada makmal ujian yang diiktiraf.
Dalam pada itu jua, setiap jabatan pelaksana projek juga diperlukan untuk menyenaraikan keperluan spesifikasi seperti spesifikasi teknikal dan standard ke dalam dokumen-dokumen kontrak bagi bahan-bahan binaan yang akan digunakan mengikut skop keperluan projek yang juga termasuk keperluan bagi ujian-ujian ketahanan bahan yang diperlukan.
Setiap barangan yang dibekal dalam projek tersebut perlu membekalkan sijil ujian atau sijil pengiktirafan sebelum dapat diluluskan untuk digunakan.
Untuk makluman jua, Kementerian Pembangunan mempunyai inisiatif untuk menjadi ahli penuh dalam Asia Pacific Accreditation Council (APAC) dan dengan pengiktirafan ini nanti mana-mana makmal yang melaksanakan kerja-kerja ujian bahan asas binaan dapatlah diakreditasi dan didaftar untuk diiktiraf selaras dengan makmal-makmal yang diiktiraf secara antarabangsa.
Ini juga bertujuan untuk mengurangkan bebanan seperti technical barrier di dalam aktiviti import dan eksport terutama sekali bagi bahan-bahan asas pembinaan dan akan dapat membantu dalam pengiktirafan barang-barang tempatan.
Mengenai dengan persoalan terjadinya hakisan di sungai berdekatan dengan rumah panjang Kampung Teraja Mukim Labi Daerah Belait. Terima kasih kepada Yang Berhormat tadi kerana mengongsikan aduan ini dan Kementerian Pembangunan akan mengarahkan Jabatan Saliran dan Pembebtungan untuk membuat pemeriksaan ke sana nanti jika dapat memastikan terdapatnya risiko keselamatan ke atas rumah panjang tersebut daripada laporan aduan yang dibuat mengenai dengan hakisan di sungai yang berdekatan.
Dalam kesempatan ini juga, kaola kalau dapat mengongsikan jua sekiranya kalau ada perkara-perkara aduan ataupun kemaslahatan seperti ini supaya dapat diadukan terus kepada ketua-ketua jabatan di JKR, di mana setelah beberapa siri permuzakarahan dan silaturrahim di antara Kementerian Pembangunan dan juga Ahli-Ahli Yang Berhormat, 'kitani' telah mengongsikan nombor-nombor telefon direct kepada Pengarah Jabatan-Jabatan.
Jadi, supaya dapat platform ini dan channel ini digunakan sepenuhnya dengan melaporkan terus. Jadi, tidak ada dapat kalau ada sekiranya risiko-risiko keselamatan yang urgent dapat ditangani sebaiknya dan secepat mungkin.
Dalam perkara ini, selaras jua dengan saranan daripada Yang Berhormat Pengerusi tadi mana-mana perkara yang melibatkan perkara-perkara yang dapat diselesaikan di peringkat daerah, maka perkara ini dapat 'kitani' melalui channel-channel perhubungan yang ada.
Selanjutnya, kaola mohon untuk merujuk soalan yang dibangkitkan daripada Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan.
Soalan pertama, daripada Yang Berhormat tadi ialah mengenai langkah-langkah yang dilaksanakan oleh Kementerian Pembangunan dalam memastikan aktiviti-aktiviti mengambil pasir menepati syarat-syarat yang disediakan dalam menjaga ekologi persekitaran.
Dalam perkara ini, seperti jua cadangan yang disampaikan dalam persoalan Yang Berhormat tadi, isu pencemaran alam sekitar ini adalah menjadi perkara yang diutamakan sebagai pemantauan dan tindakan kementerian.
Apalagi yang isu pencemaran yang melibatkan aktiviti-aktiviti pengambilan pasir di Sungai Paku, Telisai, Daerah Temburong ini.
Mengenai dengan impact yang terjadi daripada aktiviti pengambilan pasir ini, Jabatan Alam Sekitar akan melaksanakan kerja-kerja pengorekan sungai khususnya di Sungai Telamba, Sungai Pepakan, Sungai Danau dan mulut Sungai Tutong yang mana akan dilaksanakan di bawah peruntukan Rancangan Kemajuan Negara Ke-12 ini nanti.
Salah satu langkah yang dilaksanakan oleh kementerian ialah dengan menyediakan garis panduan penerokaan dan perlombongan kuari galian yang mengandungi syarat-syarat dan peraturan yang perlu diikuti oleh setiap pengusaha pelombong pasir yang beroperasi.
Garis panduan ini akan menetapkan peraturan kepada syarikat yang menjalankan aktiviti pengambilan pasir demi memelihara ekologi persekitaran. Setakat ini ada 7 buah syarikat yang membuat aktiviti pengambilan pasir tersebut dan sejauh ini, ketujuh-tujuh syarikat ini telah didapati melakukan kesalahan di antaranya ialah kesalahan kerana tidak ada menyediakan sediment control mechanism yang menyebabkan banjir dan pencemaran air di sungai tersebut.
Kedua ialah pengambilan pasir yang tidak terkawal dan tidak berancang. Ketiga ialah aktiviti yang merosakkan infrastruktur kerajaan sekeliling longkang, jalan raya dan electrical piller yang terdapat di kawasan tersebut.
Ini adalah di antara perkara yang telah dibuat amaran dan teguran kepada syarikat-syarikat berkenaan dalam memastikan setiap aktiviti yang dilaksanakan adalah teratur dan dapat memelihara perlindungan ke atas kawasan-kawasan dan habitat persekitaran tersebut serta harta benda awam yang terdapat di sana.
Buat masa ini, Kementerian Pembangunan sedang dalam usaha untuk merangka akta dan garis panduan yang lebih tepat dan fokus dalam membuat tindakan pemantauan dan penguatkuasaan serta pertimbangan denda yang dapat diambil kira bagi kesalahan-kesalahan di dalam aktiviti quarry seperti ini, إن شاء الله akan dapat diselesaikan pada penghujung tahun ini.
Soalan kedua yang dibangkitkan tadi oleh Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan ialah mengenai dengan cadangan pengemaskinian nombor, mengenai dengan penyediaan flyover disebabkan oleh keadaan traffic yang semakin padat dan membahayakan di kawasan berdekatan dengan Kampung Sengkarai.
Pada ringkasnya jua, perancangan ini ada dibuat dan bagi perancangan Rancangan Kemajuan Negara ke-13 nanti. Perkara ini ada sudah dibuat dalam susunan giliran bagi menangani kawasan tersebut.
Tetapi pada masa ini, dengan jua Yang Berhormat membangkitkan perkara ini, kaola akan mengaturkan supaya Jabatan Jalan Raya akan membuat pemantauan di jalan raya persimpangan tersebut bagi apa jua 'mangkali' kaedah-kaedah yang dapat memperbaiki keadaan sementara 'kitani' dapat merealisasikan perancangan bagi membuat flyover di jalan raya tersebut bagi dalam Rancangan Kemajuan Negara Ke-13 nanti.
Seterusnya, kaola mohon Yang Berhormat Pengerusi untuk menjawab soalan yang dibangkitkan tadi oleh Yang Berhormat Dayang Chong Chin Yee iaitu soalan pertama mengenai dengan kelambatan dalam mendapatkan occupational permit untuk pengubahsuaian dan memulakan operasi.
Dalam perkara ini, pertama, kaola ingin membuat pembetulan jua bahwa 38 hari yang disebut tadi adalah bagi 6 langkah atau peringkat dalam proses permohonan kemajuan iaitu 14 hari untuk proses permohonan kebenaran perancangan, 14 hari lagi proses permohonan kebenaran building approval, 2 hari untuk proses mendapatkan kebenaran untuk memulakan kerja-kerja pembinaan, 1 hari untuk menguruskan tarikh pemeriksaan bomba, 1 hari lagi bagi pemeriksaan bomba dan 7 hari permohonan OP (occupational permit).
Jadi, ini semua merangkumi proses-proses ini 38 hari. Semua ini adalah proses dalam jabatan-jabatan kerajaan sahaja. Juga terdapat tindakan dari pemaju di antara setiap langkah atau peringkat dan tempoh langkah-langkah ini tidak termasuk kerja-kerja pembinaan yang selalunya memakan masa yang lebih lama berbulan ataupun bertahun.
Mengikut pengalaman dan jua penelitian daripada ABCI, sebenarnya masalah ini bukanlah dalam permohonan mendapatkan occupational permit, yang selalu bermasalah yang melambatkan kemajuan ini ialah dalam proses-proses sebelum dapat menghadapkan permohonan occupational permit ini. Antara masalah yang sering dihadapi termasuk kerja-kerja pembinaan yang belum siap, pembinaan yang tidak mengikut pelan yang dibenarkan dan sebagainya.
Di antaranya juga adalah setelah pembinaan-pembinaan yang dibuat dan siap tapi telah mengakibatkan kerosakan-kerosakan kepada infrastruktur awam. Terutamanya kerosakan terhadap jalan raya disebabkan semasa tempoh pembinaan tersebut dengan kereta dan jentara-jentera berat yang masuk, keluar masuk di kawasan berkenaan telah mengakibatkan jalan raya rosak di antaranya ada yang rosak sangat teruk.
Di mana proses ini telah mengakibatkan aduan daripada jiran-jiran di kawasan setempat ini di mana pembinaan ini dibuat dan juga menjadi syarat supaya jalan-jalan ini 'diusai' dahulu dan dibaiki semula sebelum occupational permit ini dikeluarkan.
Itulah juga kenapa perkara-perkara ini menjadi kelambatan untuk memastikan sama ada kontraktor dapat akur memenuhi peraturan-peraturan ini sebelum dikeluarkan sebagai syarat untuk mengeluarkan occupational permit tersebut.
Pada tahun 2023, ABCi menerima sebanyak 7,380 permohonan yang mana diproses mengikut giliran penerimaan permohonan. Bagi ketiga-tiga proses yang dilaksanakan di ABCi sahaja, jumlah peratus permohonan yang mencapai sasaran mengikut TPOR hari bekerja mulai Julai 2023 adalah secara purata sebanyak 89%.
Dalam hal ini, sasaran kementerian adalah untuk mencapai 100% memenuhi sasaran, beberapa penambahbaikan sedang dibuat sejak tahun lalu termasuk juga mengusaskan tambahan pegawai dan juga meningkatkan peringkat jawatan pegawai yang lebih sesuai untuk memproses permohonan-permohonan. Di samping itu juga, ABCi sedang dalam perancangan bersama agensi-agensi terlibat untuk meningkatkan lagi sistem permohonan melalui One Biz.
Antara aduan yang diterima mengenai sistem yang digunakan pada masa ini ialah ia memerlukan penambahbaikan supaya ia lebih user friendly dan permohonan secara online tidak dibuat 'berbalik-balik' atau berulang-ulang seperti yang kerap dibuat aduan. Jadi سُوۡرَةُ ٱلنَّبَإِ sistem upgrade ini nanti akan dapat memperbaiki lagi keadaan ini untuk menjadi lebih baik.
Mengenai dengan persoalan untuk meningkatkan penyelarasan yang berkesan di antara Kementerian Pembangunan, Kementerian Kewangan dan Ekonomi dan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri. Terima kasih di atas cadangan ini dan juga perkara ini adalah perkara yang menjadi keutamaan yang penting dalam mendukung perkembangan sosioekonomi negara.
Dari segi pembangunan infrastruktur dan guna tanah ini, di mana kolaborasi menjadi asas kepentingan untuk membolehkan sesuatu rancangan itu berjalan dengan lancar dan sebenarnya kolaborasi ini memang wujud dengan baik sejauh ini.
Dengan kolaborasi yang ada melalui satu jawatankuasa yang telah diwujudkan umpamanya melalui Majlis Perancangan Guna Tanah Kebangsaan bersama dengan Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan juga Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan menjadi pengerusi bersama dengan kaola di Kementerian Pembangunan untuk merancang berapa perancangan-perancangan yang melibatkan penggunaan tanah di negara ini.
Salah satu langkah yang telah dijalankan adalah seperti penyelarasan pelaksanaan kemajuan di Daerah Temburong, bagi membuka peluang pelaburan dan usahawan tempatan melalui Autoriti Kemajuan Daerah Temburong, yang mana kini telah diserahkan kepada agensi-agensi berkenaan bagi meneruskan perancangan dan pelaksanaan kemajuan di Daerah Temburong tetapi kolaborasi ini masih lagi relevan dan akan masih diteruskan di antara Kementerian Pembangunan, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Kementerian Kewangan dan Ekonomi dan kementerian-kementerian yang lain.
Langkah-langkah kolaborasi ini ia adalah penting bagi penyejajaran dasar dan perancangan melalui platform Majlis Perancangan Guna Tanah Kebangsaan ini dalam merealisasikan potensi-potensi perniagaan dan perusahaan yang telah dikenal pasti di bawah program Government Land Lease untuk dimajukan oleh pelabur tempatan dan juga pelaburan daripada luar negara secara joint venture.
Sebagai satu contoh yang dapat dikongsikan di sini misalannya ialah Expression of Interest to Design, Build, Finance, Operate and Maintain Government Land at Jalan Pemancha di Bandar Seri Begawan yang mana perkara ini telah dikeluarkan iklan.
Kementerian pembangunan telah menerima sambutan yang baik dari pemaju-pemaju untuk memajukan tapak-tapak di Jalan Pemancha berkenaan. Projek ini merupakan usaha kolaborasi bersama di antara Kementerian Pembangunan bersama dengan Kementerian Kewangan dan Ekonomi dan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.
Preview pelan-pelan perancangan guna tanah di bawah Rancangan Kemajuan Negara ke-12 adalah antara langkah lain yang dijalankan oleh Kementerian Pembangunan melalui Jabatan Perancangan Bandar dan Desa. Antara objektif preview adalah untuk meneliti semula dasar dan strategi perancangan guna tanah di peringkat kebangsaan, daerah mahupun setempat bagi mendukung usaha dalam meningkatkan ekosistem perniagaan yang lebih kondusif. Ini termasuklah penelitian semula Bandar Seri Begawan Masterplan dengan kolaborasi bersama dengan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.
Soalan ketiga daripada Yang Berhormat Dayang Chong Chin Yee ialah mengenai dengan kekurangan infrastruktur kemudahan awam di kawasan-kawasan perumahan dan juga inisiatif perbandaran mapan melalui penggunaan ASEAN Sustainable Urbanisation Strategy. Keperluan infrastructure connectivity juga turut ditekankan di dalam garis panduan dan piawaian perancangan bagi kemajuan perumahan, perniagaan, industri dan lain-lain kemajuan yang mana ia adalah merupakan antara piawaian perancangan yang perlu dipatuhi dalam penyediaan.
Mana-mana pelan rancangan kemajuan sesesbuah bangunan atau projek sebelum ia diberikan kebenaran perancangan sebagai contoh keperluan untuk menyediakan ruang laluan kaki lima perlu mengikut saiz, kelebaran-kelebaran tertentu bagi memudahkan pergerakan orang ramai atau penggunaannya.
Selain daripada itu, Jabatan Perancang Bandar dan Desa juga berkolaborasi bersama Jabatan Jalan Raya untuk melaksanakan sebuah pilot project yang digelar sebagai Pedestrian Masterplan plan untuk menyediakan connectivity network atau rangkaian laluan bagi pejalan kaki di kawasan-kawasan komersial serta kawasan bangunan kerajaan yang terletak di Kompleks Airport Lama Berakas.
Mengenai dengan bengkel ASEAN Sustainable Urban Strategy yang telah diadakan pada Jun 2023, Jabatan Perancang Bandar dan Desa kini sedang menyediakan pelan tindakan sebagai persediaan bagi rancangan kolaborasi sustainability projek bersama Universiti Brunei Darussalam untuk memperluaskan strategi ASUS atau ASEAN Sustainable Urban Strategy iaitu localisation of strategy melalui inisiatif perbandaran mampan.
Ini termasuk cadangan untuk bekerjasama dengan UN Habitat bagi mendapatkan bantuan kepakaran teknikal di dalam tempoh pelaksanaan projek ini. Sustainability projek ini merupakan perkembangan dari projek pedestrian master plan yang akan diperluaskan lagi untuk menghubungkan beberapa kawasan komersial menjadi sebuah connectivity master plan.
Soalan yang ke-4 Yang Berhormat tadi iaitu mengenai dengan kepentingan untuk menerima dan mengambil berat input orang awam dalam proses perancangan supaya perancangan yang dilaksanakan dapat mencerminkan keperluan aspirasi rakyat dan menyediakan infrastruktur yang diperlukan dalam menyokong kehidupan masyarakat yang sihat, entrepreneurial dan sejahtera. Terima kasih di atas cadangan-cadangan ini, satu cadangan yang baik.
Dalam itu juga, sebagai compliment to cadangan ini, usaha-usaha yang dibuat Jabatan Kemajuan Perumahan dalam merancang kawasan perumahan lazimnya satu kajian dibuat terlebih dahulu untuk menghasilkan master plan atau pelan induk rancangan supaya prasarana dan keperluan sama ada dari segi keperluan kehidupan, ekonomi dan masyarakat diambil kira dan dirancang secara holistik mungkin, mengambil kira juga prasarana sedia ada di kawasan perumahan tersebut.
Jadi dalam merancang pelan induk ini, perbincangan diadakan termasuk juga soal selidik dengan pihak-pihak yang relevan untuk memastikan sebanyak mungkin keperluan mereka diambil kira dan apabila pelan induk ini dibuat di peringkat akhir dan ia kan diberigakan lagi, dibincangkan lagi untuk mendapatkan pandangan-pandangan mereka mengenainya.
Dan boleh dikatakan juga setelah proses ini dibuat, 'kitani' akan mendapat satu master plan yang ideal tetapi disebabkan oleh beberapa perkara, pelaksanaan master plan yang ideal ini perlu dibuat berfasa dengan peringkat-peringkat, mengikut adanya perkara-perkara yang financial enablers untuk 'kitani' membuat secara berfasa. Itulah antaranya, perkara-perkara ini ada yang sudah dibuat tetapi belum menampakkan juga infrastruktur-infrastruktur yang ideal yang telah diberi penekanan melalui proses-proses sosial outreach yang disampaikan tadi itu.
Mengenai dengan kawasan amenity seperti kawasan riadah, Jabatan Kemajuan Perumahan ada yang telah menyediakan beberapa kawasan seperti di kawasan Perumahan Negara di Tanah Jambu, di Rimba, Kampung Lugu dan Bukit Beruang dan perkara ini masih diambil kepentingan yang perlu untuk disediakan seterusnya.
Mengenai dengan keusahawanan. Perusahaan ini mesti juga mengikut peraturan-peraturan yang sedia ada supaya tidak menyebabkan masalah dan kesulitan kepada sesiapa lebih-lebih lagi jika melibatkan isu-isu keselamatan misalnya berjaja di tepi jalan tanpa ada mendapatkan kebenaran, adalah melanggar peraturan tanah dan membahayakan pengguna jalan raya. Dalam hal ini, kerajaan membantu dalam menyediakan tapak-tapak yang lebih sesuai kepada penjaja-penjaja secara kecil-kecilan ini.
Jadi Skim Peraturan Perumahan Negara tidak membenarkan perniagaan di kawasan perumahan kecuali di tempat yang telah disediakan. Ia bertujuan untuk menjaga keselamatan, ketenteraman awam dan kejiranan juga.
Sering mendapat aduan daripada orang ramai di mana ada kawasan perumahan yang menjalankan perniagaan sehingga mengakibatkan kesesakan lalu lintas, banyak orang parking sehingga masuk menceroboh kawasan-kawasan perumahan jiran-jiran dan ada yang mengakibatkan kerosakan jalan raya dan juga kawasan-kawasan taman jiran di sana.
Ini adalah di antara perkara-perkara yang masih lagi ditangani, yang berlarutan disebabkan oleh tindakan-tindakan sebahagian daripada pemilik rumah yang menjalankan perniagaan di kawasan perumahan.
Di dalam menangani masalah ini juga, Jabatan Kemajuan Perumahan pun reach out juga dengan Ketua-Ketua Kampung dan Penghulu-Penghulu di kawasan-kawasan perumahan tersebut, supaya dapat mengambil pertimbangan mengenai dengan apakah tindakan yang lebih sesuai dalam menangani masalah ini dan juga memikirkan tempat-tempat yang lebih sesuai untuk dijadikan tapak yang boleh disediakan oleh kerajaan untuk menggalakkan mereka yang menjalankan usaha-usaha perniagaan di kawasan perumahan tersebut.
Kaola memohon maaf Yang Berhormat Pengerusi. Kalau dapat kaola meneruskan dengan jawapan seterusnya daripada soalan Yang Berhormat Awang Mohammad bin Abdullah @ Lim Swee Ann.
Soalannya tadi adalah mengenai dengan tindakan kementerian mengenai dengan usaha untuk membandarkan kawasan kampung dan menggazetkan kawasan-kawasan tanah status komersial dan seumpamanya.
Melalui pelan pembangunan Daerah Tutong umpamanya, Tutong District Plan 2005/2025, Bandar Tutong dan Mukim Pekan Tutong untuk dikekalkan menjadi tumpuan utama pembangunan, keperluan untuk memperluaskan kawasan perbandaran sedia ada juga turut dikenalpasti.
Kedua, ialah bagi menjan kemajuan di kawasan kampung pula terutama sekali di kawasan luar bandar. Beberapa kawasan pusat pertumbuhan luar bandar telah dikenalpasti untuk dijadikan sebagai Pusat Pertumbuhan, umpamanya yang jelas di mana ada usaha dibuat pada masa ini ialah bagi Pusat Pertumbuhan di Kampung Lamunin Menengah dengan keluasan 1,321 hektar, Pusat Pertumbuhan di Kampung Kebia 170 hektar dan Kampung Pak Bidang 207 hektar.
Strategi perancangan dan kemajuan guna tanah adalah untuk menyediakan kawasan-kawasan perumahan, perusahaan dan perniagaan bagi menarik kependudukan di kawasan-kawasan pertumbuhan tersebut.
Jadi ini adalah contoh di Daerah Tutong. Jadi bagi Yang Berhormat tadi soalan itu mungkin juga hasrat pengkhususan kepada Daerah Belait itu bolehlah juga 'kitani' berbincang nanti dikesempatan dengan perhubungan yang ada ini untuk apa perancangan-perancangan bagi kawasan-kawasan pendalaman di Daerah Belait nanti.
Mengenai dengan persoalan yang kedua iaitu nisbah digunakan untuk satu tempat pembuangan sampah bagi setiap kawasan penempatan penduduk dan perancangan masa hadapan ke arah meningkatkan kualiti tempat-tempat pembuangan sampah. Isu tempat pembuangan sampah ini adalah sering dibangkitkan. Kerajaan dalam perkara ini telah membuat pelaburan dalam berjuta-juta dollar dalam memberikan perkhidmatan pengutipan sampah termasuk penyediaan tapak-tapak pembuangan sampah yang ada.
Ini termasuklah juga kerja-kerja mengutip sampah dan membuang sampah-sampah ke tapak pelupusan sampah di Sungai Paku.
Memang ada perkhidmatan-perkhidmatan pengambilan mengutip sampah ini secara melalui sektor swasta di mana pelanggan-pelanggan membayar secara bulanan, di sebalik itu pihak kerajaan masih lagi menanggung perbelanjaan yang tinggi dalam usaha memastikan kebersihan melalui pungutan-pungutan dan pelupusan sampah ini.
Tempat-tempat pembuangan sampah dikendalikan oleh JASTRe yang dilihat di kampong-kampong di seluruh negara berjumlah 44 tapak iaitu 12 buah tapak di Daerah Brunei-Muara, 28 buah tapak di Daerah Tutong, 11 buah tapak di Daerah Belait dan 296 tong sampah di sepanjang jalan di Daerah Temburong.
Kerajaan juga menyediakan perkhidmatan kutipan sampah rumah ke rumah secara percuma bagi penduduk di Kampong Air, penduduk di Kampong Batu Marang dan penduduk di Kampong Sungai Bunga sebagai salah satu usaha dalam memastikan sampah tidak dibuang ke sungai dan memastikan kebersihan Sungai Brunei daripada pencemaran sampah.
Seperti yang telah dimaklumkan juga di tahun yang sudah keadaan ini adalah tidak mampuan dan kurang efektif kerana perbelanjaan kerajaan untuk pemeliharaan tapak dan prasarana dan kerja-kerja pengutipan sampah ini adalah kira-kira $1.3 juta setahun tidak termasuk belanja untuk mengutip sampah yang dibuang di merata tempat secara illegal oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab. Penempatan tapak-tapak pembuangan sampah yang disebutkan tadi adalah berdasarkan kepada keperluan dan penilaian yang dibuat bersama penduduk-penduduk kampung sendiri melalui perbincangan dengan ketua-ketua kampung dan penghulu-penghulu mukim dengan memilih tempat yang sesuai dan strategik bagi setiap keperluan bagi setiap kawasan penempatan.
Dalam usaha kerajaan untuk terus memberikan perkhidmatan yang baik, Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi (JASTRe) juga berusaha meningkatkan keupayaan antaranya ialah dengan menaiktaraf beberapa tapak-tapak pengumpulan sampah di Daerah Brunei-Muara, Temburong, Tutong dan Belait seperti meluaskan kawasan, menambah skip sampah, manik taraf keadaan struktur tapak bagi keselasaan dan keselamatan orang ramai masuk dan keluar untuk membuang sampah, menambah kekerapan pengutipan sampah dan pembersihan kawasan tapak, tapak-tapak di Daerah Brunei Muara juga menyediakan 13 buah mesin Hydraulic Portable Electrical Waste Compacter yang terkini dan canggih yang mampu menampung sampah sebanyak 15 stamp berbanding skip sampah biasa yang hanya muat bagi 5 muatan sampah sahaja.
Bagi menjawab apakah perancangan pihak kerajaan pada masa ke arah meningkatkan kualiti tempat-tempat pembuangan sampah yang lebih bersistematik, perkara ini ada kaola menyebutkan dalam mukadimah iaitu di mana 'kitani' ada perancangan untuk menubuhkan logi incinerator waste to energy sebagai langkah ke hadapan untuk menyelesaikan masalah perkara pelupusan sampah ini.
Di samping itu juga, usaha juga dibuat oleh Bahagian Undang-Undang untuk mengusai dan merebiu peruntukan kuasa kepada JASTRe dan juga dalam mengawasi perkara-perkara yang melibatkan pembuangan sampah ini.
Mengenai dengan projek jalan raya, kaola menyambut baik usaha cadangan yang diberikan tadi mengenai dengan usaha-usaha untuk memperbaiki jalan-jalan yang rosak dan perkara ini juga sebaiknya seperti yang disebutkan tadi supaya dapat terus dibuat aduan melalui channel-channel 'kitani' yang sudah disediakan ini sama ada telefon terus menghantar mesej melalui WhatsApp jadi perkara ini dapat 'kitani' tangani dengan secepat yang mungkin tanpa perlu kita menantikan persidangan di dalam Dewan yang mulia ini.
Mengenai dengan kawasan-kawasan pedalaman di kawasan Merangking, Sukang dan Melilas, kaola pada bulan Disember ada membuat lawatan ke kawasan ini dan sendiri melihat akan keadaan jalan raya di sana yang memerlukan pembaikan. Jadi usaha sedang dibuat melalui satu term contract yang dibuat pada masa ini untuk memperbaiki jalan tersebut dengan mengambil beberapa exception di mana terdapat susur tanah yang melibatkan jalan tersebut ada separuh daripadanya telah rosak dan tenggelam dan perkara ini akan memerlukan penelitian yang lanjut dalam mendapatkan assessment keperluan kerja-kerja yang perlu dibuat dan seterusnya juga akan menunjukkan beberapa peruntukan-peruntukan yang diperlukan untuk memperbaiki keadaan tersebut.
Mengenai dengan jalan ini juga, pada tahun 2022 Jabatan Kerja Raya (JKR) telah melaksanakan 2 projek pembaikan jalan secara sectional di kawasan Mukim Bukit Sawat dan Mukim Sukang sepanjang 1.04 kilometer di mana jalan yang telah dibaiki denga asphalt finish manakala 1.6 kilometer jalan ditembok dan diratakan menggunakan crusher run menggunakan batu-batu halus.
Pada masa ini, Jabatan Kerja Raya sudah memulakan kerja-kerja meratakan jalan di 3 mukim di Ulu Belait, kerja-kerja ini bertujuan sebagai kontrak penggal untuk meratakan jalan-jalan yang rosak di sepanjang jalan pendalaman di Daerah Belait sebagai langkah ke hadapan untuk memastikan jalan raya dapat dilalui dengan lebih baik. إن شاء الله Jabatan Kerja Raya akan melaksanakan kerja-kerja pembaikan secara berterusan menggunakan kontrak penggal yang sedia ada ini.
Terdapat juga sebanyak 7 kawasan sepanjang jalan yang mengalami cerun-cerun yang runtuh yang mana peruntukan dipoohonkan bagi menangani di bawah bencana alam, 2 projek telah bermula pada bulan Februari manakala selebihnya masih lagi menunggu kebenaran.
Yang Berhormat Pengerusi, itulah jawapan daripada perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat tadi. Kaola mengucapkan terima kasih.
Yang Berhormat Pengerusi
Terima kasih Yang Berhormat Menteri Pembangunan. Saya persilakan sekarang Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri yang suka membuat intervention berkaitan dengan soalan yang dikemukakan oleh salah seorang daripada Ahli Yang Berhormat tadi.
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri
Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi. Terima kasih juga kepada Yang Berhormat Dayang Chong Chin Yee di atas cadangan yang dikemukakan. Untuk menambah sahaja Yang Berhormat Pengerusi, berkenaan dengan Pelan Induk Kemajuan Bandar Seri Begawan dan Daerah-Daerah.
Sebagaimana juga yang pernah kaola sampaikan dalam mukadimah kaola tempoh hari, pada masa ini Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri sedang merebiu Pelan Induk Kemajuan Bandar Seri Begawan yang telah diluluskan pada tahun 2011, di samping menyemak Pelan-Pelan Daerah di daerah yang dikendalikan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Kementerian Pembangunan yang bertujuan untuk mensejajarkan hala tuju Pelan Induk Kemajuan Bandar Seri Begawan ini dan dengan mengambil pendekatan whole of nation approach, iaitu dengan menubuhkan jawatankuasa kerja di peringkat jabatan, buat pada masa ini Yang Berhormat Pengerusi, yang melibatkan Jabatan Bandaran, Jabatan Daerah, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa sebagai resource person.
Sebagai tambahan juga Yang Berhormat Pengerusi, berkenaan dengan isu gerai di tepi-tepi jalan ini, sama juga pernah kaola sampaikan dalam mukadimah kaola yang mana Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri sentiasa bekerjasama rapat dengan Kementerian Pembangunan dalam menangani isu gerai yang bertapak di tepi-tepi jalan ini.
Sebagaimana yang pernah kaola kongsikan juga sebanyak 13 buah tapak tanah di seluruh negara telah pun disediakan melalui Majlis Perancangan Guna Tanah yang diterajui oleh Kementerian Pembangunan.
أَخْبَرَنِي, status terkini dua buah tapak tanah, satu di Kampung Tagap, Mukim Sengkurong dan satu di Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati Kampung Sungai Buloh, Mukim Mentiri telah diwartakan di bawah Jabatan Daerah Brunei dan Muara. Pada 7 Mac 2024, gerai yang disediakan di Kampung Tagap telah mula digunakan dan dikendalikan oleh Majlis Perundingan Kampung dan Majlis Perundingan Mukim di Mukim Sengkurong.
Manakala 11 tapak lagi sedang dalam proses pewartaan pada mana tujuh tapak telah diberikan kebenaran early development oleh pihak Kementerian Pembangunan dan بِسْمِ اللهِ Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri melalui Jabatan-Jabatan Daerah akan mengusahakan tapak-tapak berkenaan bagi kegunaan orang-orang kampung berniaga. Itu sahaja, Yang Berhormat Pengerusi. Terima kasih.
Yang Berhormat Pengerusi
Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri kerana memberikan input tambahan kepada perkara-perkara yang dibincangkan. Kita sekarang meneruskan perbahaan dan saya menjemput pula Yang Berhormat Haji Awang Sulaiman bin Haji Nasir.
Yang Berhormat Haji Awang Sulaiman bin Haji Nasir
Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi.
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ السَّلامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَتُهُ dan salam sejahtera.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. اَلْحَمْدُلِلّهِ kaola menyambut baik mukadimah yang disampaikan oleh Yang Berhormat Menteri Pembangunan berkenaan dengan perancangan Belanjawan 2024/2025. Semoga ia dapat dilaksanakan dengan penuh berkesan dan efektif.
Kaola ingin menyentuh berkenaan Skim Perumahan Negara dan Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati. Kaola menyuarakan berkenaan isu hak milik tanah jika ia dijual kepada pihak kedua melalui perjanjian bertulis dengan nilai mengikut persetujuan bersama. Penjualan ini dilakukan disebabkan tekanan hidup atau membayar hutang yang ditanggung. Pihak kedua telah tinggal di rumah berkenaan serta meneruskan pembayaran bulanan kepada pihak kerajaan mengikut jadual atas nama pemilik asal.
Berlaku situasi yang mana pemilik asal telah meninggal dunia dan mempunyai waris seorang anak lelaki yang sudah berkahwin dan memerlukan rumah untuk meneruskan kehidupan berumah tangga. Dalam pada itu, kaola ingin pencerahan mengenai isu ini:
Apakah pihak kedua mempunyai hak ke atas rumah berkenaan berdasarkan perjanjian bertulis yang telah dipersetujui?;
Jika pemilik tanah Skim Perumahan Negara atau Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati meninggal dunia, apakah waris pemilik berhak menuntut tanah dan rumah berkenaan sebagai pemilik yang sah?;
Apakah tindakan pihak kerajaan khususnya Jabatan Kemajuan Perumahan jika pemilik Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati menjual tanah berkenaan tanpa kebenaran ataupun pengetahuan pihak kerajaan?
Seterusnya, kaola sukacita menyentuh berkenaan dengan batu-batu penanda yang diletakkan di sepanjang jalan atau sempadan. Pada lazimnya, ia diletakkan pada setiap jarak satu kilometer atau 1.6 kilometer. Fungsi batu penanda adalah penting kepada para pengguna jalan raya sebagai rujukan dan petunjuk tentang kedudukan dan jarak perjalanan menuju destinasi yang dihajati. Memang diakui masa ini kewujudan batu-batu penanda ini sememangnya tidak diperlukan lagi disebabkan penggunaan aplikasi map atau perjalanan yang luas.
Walau bagaimanapun, ada sebahagian kawasan jalan-jalan yang ada terutama di kawasan di Daerah Temburong tidak mempunyai batu-batu penanda dan ada kawasan-kawasan yang tidak menerima liputan internet dan GPS. Keberadaan batu-batu penanda adalah penting jika berlaku sebarang kecemasan seperti kerosakan kenderaan, kemalangan jalan raya dan sebagainya. Dalam pada itu, kaola mencadangkan pemasangan batu-batu penanda ini dapat diberikan perhatian tentang kepentingan dan fungsinya kepada orang ramai terutama di kawasan-kawasan jalan raya yang strategik.
Sekian, itu sahaja yang dapat kaola sampaikan dan mohon pencerahan Yang Berhormat mengenainya.
Sekian, وبالله التوفيق والهداية، والسلام عليكم ورحمة الله وبركتـه
Yang Berhormat Pengerusi
Saya persilakan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Suyoi bin Haji Osman.
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Suyoi bin Haji Osman
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi atas kesempatan untuk turut serta membincangkan Tajuk Belanjawan Kementerian Pembangunan bagi Tahun 2024/2025.
بسم الله الرحمن الرحيم
أحمد شأنك يارب الألمين، الحمدلله الذي شرع لنا أن نشاءعلى مقتضى أحكامك في الأنشاء، والصلاه والسلام على سيدنا محمد رسول الله وعلى آله وصحبه أجمعين dan salam sejahtera.
Koala mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Pembangunan atas mukadimah yang cukup padat mengenai Belanjawan Kementerian Pembangunan bagi mendukung perancangan dan pelaksanaan beberapa projek strategik kementerian dan juga pemeliharaan dan infrastruktur dan kemudahan yang sudah ada dan penjelasan yang begitu jelas atas soalan-soalan yang telah dikemukakan.
أشكرك يا رب. Sebahagian besar peruntukan yang disokong ialah bagi Jabatan Kerja Raya di bawah Tajuk 1216 – Kemudahan Awam untuk urusan melalui jalan darat dan untuk projek-projek infrastruktur jalan raya iaitu sebanyak $144,830,758 yang telah diberikan. Seperti yang dinyatakan oleh Jabatan Kerja Raya, terdapat potholes setiap kurang dari dua kilometer dan pavement cracks setiap kurang dari lima kilometer.
Pada masa ini, kerosakan hanya diperbaiki dengan menutup potholes dan pavement cracks tersebut yang akan rosak dengan lebih teruk dalam tempoh yang tidak lama. بالتحسين, dengan peruntukan ini dan dengan adanya kerja-kerja pemeliharaan secara integrated iaitu secara terancang dan berjadual, kerja-kerja pembakian akan bertahan lama dan dalam jangka panjang menjimatkan kewangan.
Jabatan Kerja Raya mempunyai Highway Maintenance Unit yang mungkin fungsinya dapat diaktifkan semula sebab kalau dilihat dari luar, seolah tidak ada aktiviti langusng kerana pejabatnya kelihatan sepi. Kaola mengambil maklum rancangan seperti dalam Kod 1216-008 dan 1216-010 iaitu menaik taraf jalan daerah dan membaiki dan menurap semula jalan-jalan aspal termasuk jalan kampung, jalan simpang dan jalan-jalan utama. Jalan-jalan kampung terutamanya di sebahagian kawasan tidak pernah dinaik taraf sejak ia dibina.
Diharap yang melaksanakan projek-projek ini, pertimbangan akan dibuat bagi kawasan-kawasan yang strategik dan kawasan-kawasan pedalaman di mana bukan sahaja keselesaan penduduk setempat difikirkan tetapi kebergantungan mereka kepada jalan raya yang ada yang selamat bagi menguruskan kehidupan seharian mereka.
Berkaitan dengan jalan raya ini, kaola ingin bertanya kepada Kementerian Pembangunan dan juga Autoriti Kemajuan Daerah Temburong sama ada mempunyai rancangan bagi rangkaian jalan raya Daerah Temburong ditambah memandangkan daerah ini akan menjadi pusat pertumbuhan (growth centre) di masa yang terdekat. Hanya yang ada pada masa ini ialah rancangan menaik taraf jalan-jalan raya termasuklah jalan raya ke Batang Duri.
Yang Berhormat Pengerusi, dalam SK02A - Jabatan Kemajuan Perumahan, kaola mengucapkan berbanyak terima kasih kepada kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang mengutamakan penyediaan perumahan-perumahan negara kepada rakyat di negara ini. Beberapa projek perumahan sudah pun dirancang di bawah tajuk ini dan ini akan mengurangkan senarai pemohon-pemohon yang ada sekarang.
Kaola ingin merujuk indicator Petunjuk Prestasi Utama tentang jumlah rumah yang kosong yang belum diperuntukkan disebabkan mengalami kerosakkan iaitu sebanyak 1,388 unit. Ini bukanlah angka yang kecil, أفعل sasaran pihak Jabatan Kemajuan Perumahan ialah untuk membaiki rumah-rumah ini supaya selamat didiami dan akan diagihkan.
Yang ingin kaola timbulkan di sini ialah bagi kementerian memastikan perkara ini tidak akan berulang dan bagi Jabatan Kemajuan Perumahan memastikan semua unit perumahan dalam kondisi yang boleh didiami apabila sudah diserahkan semasa penyerahan rumah itu.
Kita pada masa ini mempunyai satu projek yang sedang berjalan di Perumahan Negara Kampung Lugu yang pernah dilaporkan mempunyai masalah dengan pekerja-pekerjanya, diharap ini tidak akan menjajaskan tempoh siapnya dan juga kualiti kerja. Jabatan Kemajuan Perumahan mestilah bersikap tegas dengan kontraktor dan dipantau kerja mereka agar projek yang siap tidak substandard.
Ada beberapa persoalan mengenai perumahan ini yang ingin kaola sentuh di sini dengan izin Yang Berhormat Pengerusi:
Berapa banyakkah tunggakan yang tidak berjaya dikutip? Kerana ada sebahagian dari penerima adalah dalam kategori golongan yang tidak mampu untuk membayar tunggakan? Bagaimanakah pihak kementerian akan menyelesaikan isu ini?;
Kementerian Pembangunan juga harus mengkaji kesesuaian, pengemaskinian polisi dan dasar dan syarat kelayakan mendapatkan rumah. Kaola berpendapat terdapat loopholes di mana seseorang itu diberi perumahan tetapi nyata kemudiannya ia mampu memiliki tanah sendiri tanpa perlu memohon Skim Perumahan Negara ataupun Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati. Kadang kalanya rumah ini kosong tidak didiami oleh pemohon atau disewakan kepada atau dijual kepada orang lain.;
Kaola juga berpendapat kemudahan pembiayaan-pembiayaan rumah perumahan dari sesi kewangan dan kemudahan pinjaman kerajaan bagi kakitangan yang layak di dalam senarai pemohon-pemohon yang telah diperkenalkan patut juga dipermudahkan untuk pemohon menggunakannya. Ini agar pemohon yang dikategorikan ini dapat membayar sendiri rumah yang mereka diami tidak perlu bergantung kepada kerajaan.; dan
Seterusnya, kaola juga ingin supaya kitani memikirkan bersama bagaimana pihak Kementerian Pembangunan dan Jabatan Kemajuan Perumahan khususnya mengurangkan kebergantungan kepada kerajaan untuk membina rumah di bawah Skim Perumahan Negara dan STKRJ dengan penglibatan pihak swasta dan melalui modal Public Private Partnership (PPP). Perkara ini sudah lama dalam pemikiran di Kementerian Pembangunan tetapi belum ada hasilnya.
Seterusnya, kaola ingin pencerahan mengenai dengan Skim Pengurniaan Tanah Rakyat Jati, adakah masih diteruskan? Kaola berpendapat dengan pengurianan tanah ini mereka akan membangu rumah mereka tanpa membebankan kerajaan. Tanah-tanah di Daerah Temburong misalnya, kaola berpendapat adalah sesuai untuk diberikan untuk mempercepatkan kemajuan di daerah itu. Dan kawasan-kawasan ini akan dijadikan model untuk kawasan rumah yang akan datang. We should be able to build housing model di Daerah Temburong ini.
Seterusnya, kaola ingin menimbulkan isu tanah yang dimiliki bersama oleh beberapa owners (tanah yang ada multiple owners). Tanah ini sukar untuk dimajukan jika salah seorang pemilik yang sama mempunyai kes undang-undang atau legal issues seperti bankruptcy. Setelah persetujuan kemajuan ditandatangani, apakah tidak ada sebarang solusi untuk pemilik-pemilik yang lain yang tidak ada masalah undang-undang untuk meneruskan kemajuan rumah tersebut daripada ia tergantung salah seorang daripada mereka mempunyai masalah undang-undang.
Yang Berhormat Pengerusi, akhir sekali kaola ingin highlight the plight atau pun permasalahan yang dihadapi oleh masa depan professional consultant tempatan dalam industri binaan. Pada masa ini business environment tidak favourable kepada mereka disebabkan pertama, kurangnya perbelanjaan kerajaan dalam built-environment dan kedua disebabkan government procurement methods dan juga peraturan dan prosedur kerajaan yang melambatkan pembayaran. Sebilangan daripada mereka masih menunggu bayaran atas kerja-kerja yang telah siap, setentunya ini akan menjejaskan projek-projek mereka seterusnya.
Pada masa ini, bilangan mereka yang aktif semakin berkurangan dan mereka bimbang dengan kecenderungan pihak kerajaan yang menawarkan projek melalui design and build akan menyulitkan lagi keadaan mereka. Pada pandangan kaola dalam jangka panjang, ini akan merugikan negara. Sedangkan industri binaan telah dan masih dikenal pasti sebagai industri yang boleh menjana pertumbuhan ekonomi, mewujudkan pekerjaan dan meningkatkan kesejahteraan dan kualiti kehidupan rakyat melalui pembangunan prasarana dan kemudahan-kemudahan awam. Kaola ingin perkara ini dikaji oleh Kementerian Pembangunan dan juga kementerian-kementerian yang berkenaan agar mereka ini yang berupa nadi kepada industri binaan di negara ini masih kekal memainkan peranan mereka dalam pembangunan fizikal negara dan pertumbuhan negara secara amnya.
Sekian sahaja Yang Berhormat Pengerusi, terima kasih.
وبلية التوفيق والهداية، والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Yang Berhormat Pengerusi
Terima kasih Yang Berhormat Pehin. Sekarang saya persilakan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Mohd Yusof.
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين، سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Dengan hormatnya sukacita kaola terlebih dahulu ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Yang Berhormat Pengerusi kerana memberikan kesempatan kepada kaola untuk turut serta membahaskan peruntukan Kementerian Pembangunan bagi Tahun Kewangan 2024/2025. Kaola juga ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri Pembangunan yang menggariskan mukadimah mengenai peta jalan dan inisiatif-inisiatif yang telah dan akan diungkayahkan mengikut strategik dan keutamaan yang dikenal pasti. Ini adalah juga bagi menjaga kesejahteraan, kebajikan dan kemakmuran rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kaola ingin menyentuh berhubung dengan isu perumahan. Berhubung dengan isu perumahan tidak dinafikan setengah keluarga dan individu khususnya yang sudah berumah tangga mempunyai pekerjaan sangat bergantung harap untuk mendiami rumah yang disediakan oleh pihak kerajaan melalui skim-skim perumahan apatah lagi yang sudah menunggu sekian lama sehingga berpuluh-puluh tahun dan senarai menunggu juga semakin bertambah dari semasa ke semasa.
Kaola di sini juga mengambil maklum sepertimana dalam mukadimah Yang Berhormat Menteri Pembangunan dalam pembentangan Tahun Kewangan 2024/2025 telah menjelaskan tentang projek-projek kemajuan perumahan yang ada pada masa ini sedang dalam proses dan juga inisiatif-inisiatif yang akan diungkayahkan oleh Kementerian Pembangunan di beberapa kawasan perumahan yang telah pun dikenal pasti.
Berhubung dengan keperluan pembinaan perumahan seperti juga yang telah disentuh tadi oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Suyoi bin Haji Osman.
Kaola juga ingin menyentuh di sini, iaitu berhubung dengan keperluan perumahan yang sekian lama sekian meningkat dari semasa ke semasa, memohon pencerahan daripada Yang Berhormat Menteri Pembangunan.
Adakah Kementerian Pembangunan telah mencapai sasaran 27% pemilikan rumah pada tahun 2023 seperti yang dinyatakan di perancangan strategik kementerian ini bagi tahun 2018 hingga tahun 2023?
Apakah strategi atau rancangan sama ada alternatif baru bagi masa sederhana dan panjang selain daripada skim-skim perumahan negara yang ada pada masa ini bagi menangani isu perumahan apatah lagi untuk mencapai perancangan strategik Kementerian Pembangunan yang mensasarkan 85% pemilik rumah pada tahun 2035.
Kaola berpendapat sepertimana juga diamalkan oleh negara-negara jiran di ASEAN sama ada di Singapura atau Malaysia yang mana sebahagian daripada projek-projek perumahan yang disediakan oleh kerajaan rata-ratanya telah pun diswastakan dengan tujuan mengurangkan bebanan kerajaan dalam menyediakan peruntukan dan membanyakkan lagi pembinaan perumahan yang affordable khususnya berpendapatan sederhana dan rendah. Misalannya sahaja di Singapura, yang telah menubuhkan Housing Development Board sebagai Badan Berkanun (Statutory Body) tersebut yang berperanan menyediakan perumahan berkualiti dan affordable, iaitu mampu milik dalam persekitaran yang kondusif khususnya bagi masyarakat yang vulnerable.
Kaola berpendapat perkara ini haruslah diambil perhatian oleh Kementerian Pembangunan dalam sama-sama 'kitani' membanyakkan lagi perumahan-perumahan di Negara Brunei Darussalam.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Dalam industri pembinaan, pembina atau builder dan kontraktor bertanggungjawab atas pengendalian dan pelaksanaan sesuatu projek sama ada projek kerajaan mahupun swasta. Memandangkan pembina dan kontraktor ini memainkan peranan, maka pemilihan pembina dan kontraktor yang pengalaman, berkualiti, berpengetahuan untuk mengendalikan suatu projek mesti diambil perhatian.
Kaola di sini ingin merujuk daripada laman sesawang ABCi seramai 1,745 pembina ataupun kontraktor yang berdaftar dengan ABCi sehingga tahun 2024. Di dalam buku Prosedur Pendaftaran Pembina dan Kontraktor Kementerian Pembangunan 2020 juga ada menggariskan syarat-syarat bagi pendaftaran pembina yang antara lainnya menyentuh pemilik syarikat sekurang-kurangnya memiliki kelayakan kelulusan teknikal di bidang pembinaan atau sebanding dengan pengalaman berkaitan di bidang pembinaan.
Sehubungan dengan ini, memohon pencerahan daripada Yang Berhormat Menteri Pembangunan, daripada jumlah tersebut 1,745 orang pembina yang berdaftar dalam ABCi berapa peratuskah atau berapa jumlahkah daripada jumlah keseluruhan pemilik kontraktor yang berdaftar mempunyai kelayakan dan kelulusan di bidang teknikal seperti yang dipersyaratkan dalam Buku Prosedur Pendaftaran Pembina dan Kontraktor Kementerian Pembangunan 2020?
Saya berpendapat kawalan pendaftaran bagi pembina dan kontraktor perlulah diperketatkan bagi kita bersama-sama menghindarkan disalah guna atau di 'Ali Babakan’ oleh mereka yang tidak berkemahiran dan berpengetahuan untuk menjadi pembina ataupun kontraktor di negara ini.
Di samping itu, dalam kita juga memastikan tahap kualiti pembinaan terjamin mengikut piawaian ataupun spesifikasi yang ditentukan dan juga bagi mengelakkan kerugian bukan sahaja di pihak kerajaan malahan juga orang ramai jika tidak mencapai tahap atau standard yang diperlukan.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kaola ingin menyentuh di sini, iaitu arkitek jurutera profesional, jurutera kuantiti yang tidak berdaftar di negara ini. Dalam kita sama-sama memacu negara ke arah Wawasan Brunei 2035 yang mensasarkan matlamat Menjamin Kualiti Kehidupan Rakyat Yang Tinggi, kita sentiasa peka dan bersedia untuk mempersiap siagakan keperluan utiliti, kemudahan infrastruktur awam seperti visi Kementerian Pembangunan "Penyediaan Persekitaran Terbina dan Berdaya Tahan yang Tersendiri bagi Meningkatkan Kualiti Kehidupan ke arah Pembangunan Negara yang Kondusif".
Profesion pembinaan seperti arkitek, jurutera dan juruukur bahan (quantity surveyor) adalah tulang belakang untuk merealisasikan visi ini kerana mereka kumpulan professional dilengkapi dengan pelbagai pendidikan, latihan, pengalaman untuk membimbing, memantau dan memastikan keseluruhan proses reka bentuk pembinaan sesuatu infrastruktur atau perumahan terjamin dalam keadaan yang memuaskan serta mengikut piawaian yang ditetapkan.
Sama seperti Lembaga Perubatan Brunei berperanan dalam mengawal selia doktor perubatan, doktor gigi yang menjalankan amalan di Negara Brunei Darussalam melalui pendaftaran mengikut akta pengamal perubatan dan doktor gigi.
Profesion arkitet, jurutera professional dan juruukur bahan dikawal oleh sebuah badan Lembaga Arkitek Jurutera Profesional dan Juruukur Bahan (BAPEQS Board) yang perintahnya telah pun dikuatkuasakan pada 2014. Dalam kata lain, kesemua profesion arkitet, jurutera dan juruukur bahan di negara ini dari sudut undang-undang mestilah berdaftar dengan Lembaga Arkitek Jurutera Profesional dan Juruukur Bahan. Dengan yang demikian best practice yang sudah ditetapkan standardnya oleh pihak lembaga sentiasa dipatuhi dan mudah untuk pihak lembaga mengawal yang tujuannya semata-mata memastikan tahap perkhidmatan dan kualiti terjamin.
Yang Berhormat Pengerusi
Ahli Yang Berhormat apakah soalannya?
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof
Yang kaola ingin bangkitkan di sini Yang Berhormat Pengerusi ialah tentang pendaftaran ini. Koala membayangkan apa scenarionya Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi
Baik tah 'kitani' terus menyoal menterinya, Yang Berhormat.
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof
Boleh saya teruskan Yang Berhormat Pengerusi? Apa yang ingin koala ingin maksudkan di sini Yang Berhormat Pengerusi ialah tentang undang-undang Section 14 ini menyatakan bahawa adalah dilarang untuk mengambil pekerja arkitek, jurutera atau juruukur bahan yang tidak berdaftar dengan lembaga ini dan mana-mana orang melanggar Sub Section 1 adalah berkelakuan satu kesalahan dan boleh dikenakan sabit kesalahan denda yang tidak melebihi $2,000 bagi kesalahan pertama dan kedua $5,000.
Apa yang koala ingin merujuk di sini, koala dapat maklumat dari perangkaan jumlah pekerja asing di bawah Lesen Pekerja Asing tahun 2022 daripada Jabatan Buruh, iaitu seramai 490 orang yang berdaftar sebagai jurutera dan 163 orang adalah berdaftar sebagai arkitek dan 131 orang terdiri daripada juruukur bahan jadinya maknanya disini 497.
Secara tidak langsung mereka ini tidak berdaftar dengan lembaga tersebut. Ini adalah dikira melanggar etika pekerjaan seperti yang dikehendaki di bawah perintah tersebut. Dan kadang-kadang mereka ini bergegas sebagai freelance.
Sehubungan dengan ini, sukacita memohon pencerahan daripada Yang Berhormat Menteri Pembangunan, berapakah jumlah sebenarnya mereka ini berdaftar di bawah Lembaga Arkitek, Jurutera Profesional dan Juruukur Bahan? Adakah mereka yang tidak berdaftar ini dibolehkan memberikan perkhidmatan dan diiktiraf dalam profesion masing-masing di negara ini?
Dalam menjaga kredibiliti dan kualiti kerja segala projek pembinaan terpelihara dan terjamin, apakah langkah-langkah untuk memastikan mengikut amalan terbaik mengikut profesion masing-masing seperti digariskan oleh Kementerian Pembangunan, apatah lagi untuk mematuhi peraturan Lembaga Arkitek Jurutera Profesional dan Juruukur Bahan agung yang telah dikuatkuasakan?
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Boleh kaola meneruskan? أَفْضَلُ terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Apa yang difahami pada masa ini peraturan yang dikuatkuasakan oleh ABCi mensyaratkan mana-mana individu yang berhasrat untuk membangun rumah persendirian dikehendaki melantik beberapa orang Qualified Persons. Dari masa ke semasa terdengar rintihan dan sungutan dari orang ramai bahawa kos perkhidmatan Qualified Person tersebut adalah sangat tinggi sehingga mencecah sekitar $20,000. Ini adalah tambahan kepada kos pembinaan rumah.
Di samping itu, terdapat persoalan ditimbulkan mengenai peranan ABCi dalam pengawalan perkhidmatan yang disediakan oleh QP tersebut serta pemantauan ke atas kadar-kadar bayaran yang dikenakan oleh QP.
Ini sudah setentunya membebankan kos tambahan yang dirasai oleh orang ramai yang berkeinginan untuk membina rumah persendirian, khususnya golongan yang berpendapatan sederhana dan apatah lagi mereka berpendapatan rendah.
Kaola percaya dengan penuh keyakinan pihak Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam lebih mirip untuk menggalakkan orang ramai membina rumah persendirian mengikut kemampuan tersendiri.
Ini adalah kerana kita juga dapat mengurangkan beban pihak kerajaan jika mereka ini memohon perumahan sama ada melalui Skim Perumahan Negara.
Kaola berpandangan adalah wajar jika pihak Kementerian Pembangunan, khususnya ABCi, merebiu atau mengenakan pengawalan bagi mengelakkan kadar-kadar yang dikenakan tidak terlampau tinggi yang boleh membebankan orang ramai dan seterusnya kemungkinan jika bersesuaian untuk diperkenalkan peraturan untuk mengawal kadar bayaran kepada QP ini.
Jika kita bandingkan dengan mereka yang mendapat skim perumahan, mereka ini adalah lebih istimewa dan tidak dibebani dengan pembayaran QP tadi untuk membina rumah dibandingkan dengan mereka yang membina rumah persendirian sendiri.
Setelah dalam hal ini, 'barangkali' pihak Kementerian Pembangunan dan seterusnya Yang Berhormat Menteri, adakah usaha pihak kementerian ini untuk memperkenalkan mekanisme kawalan harga yang kaola maksudkan ini?
Adalah sudah tibanya barangkali ABC untuk berperanan secara lebih aktif untuk mempermudahkan mengurangkan bebanan bagi proses memiliki perumahan atas inisiatif mereka sendiri.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kaola ingin menyentuh di sini mengenai dengan pemeliharaan, kebersihan dan kawalan di kawasan-kawasan komersial.
Apa yang kaola ingin fokuskan di sini tentang jalan-jalan di berapa kawasan komersial seperti di kawasan Batu Bersurat, Mengalit, Serusop dan Gadong yang sering mengalami kerosakan atau sudah rosak sejak sekian lama sehingga kerosakan tersebut menjadi kebiasaan bagi pemilik dan orang ramai yang mengunjungi tempat-tempat komersial tersebut.
أكدت بأن tidak dapat dinafikan ada beberapa kawasan komersial pokoknya persendirian mengambil inisiatif dan bertanggungjawab dalam memelihara dan membaiki jalan-jalan access road kawasan mereka dan juga menjaga kebersihan persekitarannya.
Tanggungjawab tersebut dilaksanakan oleh pemilik-pemilik bangunan atau dikenakan bayaran kepada penyewa-penyewa oleh pengurusan bangunan tersebut. Di sini ada terdapat grey area atau tidak ketentuan tanggungjawab pada jalan-jalan rosak tersebut menyebabkan urusan kerja pembaikan jalan berkenaan mengambil tempoh yang terlalu lama ataupun lebih mendukacitakan, ia dibiarkan begitu saja seperti yang diperhatikan beberapa kawasan.
Kebersihan juga tidak memuaskan. Jika kita dibandingkan negara luar, amalan yang dipraktikkan kebiasaannya pemeliharaan jalan tapak persendirian di kawasan komersial dan kebersihannya adalah dipertanggungjawabkan bersama di atas pemilik bangunan ataupun pemilik strata title di kawasan tempat secara joint management body atau management cooperation.
Amalan seperti ini adalah sangat berkesan dalam mempertanggungjawabkan kepada pemilik-pemilik bangunan persendirian dalam bersama-sama menjaga pemeliharaan jalan dan pembersihan persekitaran yang berhubung kait dengan komersial masing-masing.
Sehubungan dengan ini, sukacita mendapat pencerahan daripada Yang Berhormat Menteri Pembangunan, adakah sebarang rancangan dalam senario ini dan sudah tiba masanya di negara ini jika sekiranya belum wujud undang-undang atau peraturan yang sama seperti diamalkan di luar negeri, untuk dipertanggungjawabkan memelihara, membaiki dan juga kebersihahan sekitar komersial yang berkenaan termasuk jalan raya sama ada menubuhkan joint management atau joint cooperation.
Kaola melihat ini amat penting bagi kita bersama-sama bertanggungjawab dalam memastikan kawasan di persekitaran berkenaan sentiasa berkeadaan baik dan juga bersih dan bebas dari pencemaran alam sekitar di samping bagi keselesaan dan keselamatan orang ramai.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kaola di sini ingin menyentuh berhubung dengan pelupusan sisa-sisa buang-buangnan. Dalam memastikan kelangsungan hidup yang terjamin dengan mengekalkan kelestarian persekitaran yang berdaya tahan iaitu kehijauan, bersih, sihat dan selamat.
Salah satu adalah kaedah pengurusan pembuangan seperti pepejal danpelupusan sisa buangan termasuklah perindustrian waste dan juga penjagaan sisa healthcare waste.
Di negara ini, salah satu perkara yang menjadi kelaziman sejak sekian lama di negara ini adalah kaedah konvensional pelupusan sampah bangunan landfill sehingga ke hari ini.
Dan di sini juga kaola mengambil maklum bahawa seperti yang telah pun disarankan semasa mukadimah, di mana Yang Berhormat Menteri Pembangunan telah pun juga memberikan penerangan bahawa ada dalam rancangan prasarana incinerator system waste to energy yang akan dijangkakan memulai operasinya pada tahun 2029.
Kaola ingin di sini mengambil perhatian iaitu memandangkan kepada risiko-risiko sisa penjagaan kesihatan health waste ataupun medical waste dan sisa perindustrian boleh membahayakan dan kesan risiko kepada manusia, haiwan, tanaman, makanan, sistem air atau unsur lain seperti pencemaran alam, maka dalam perkara ini sukacita mendapat pencerahan Yang Berhormat Menteri Pembangunan bagi aspek-aspek berikut:
Adakah rancangan prasarana incinerator system waste to energy yang dirancangkan ini termasuk sisa penjagaan kesihatan (healthcare ataupun medical care) dan sisa perindustrian iaitu industrial waste?;
Dalam interim pada masa ini, bagaimanakah tatacara pelupusan sisa penjagaan kesihatan (health waste atau medical waste) dan sisa perindustrian (industrial waste) dilaksanakan? Adakah ianya dilaksanakan mengikut piawaian standard yang diiktiraf oleh WHO dan di manakah tempat pelupusan bagi kedua-dua sisa ini? Adakah ia dijamin dan disahkan oleh pihak berkuasa yang dipertanggungjawabkan tidak mendatangkan pencemaran, bahaya atau risiko-risiko?
Sepertimana yang ditimbulkan di dewan permesyuaratan yang lalu, kaola ingin penjelasan ataupun apakah perkembangannya setakat ini? Sudahkah diwujudkan peruntukan undang-undang dan peraturan-peraturan bagi tatacara pengurusan dan pelupusan ketiga-tiga sisa berkenaan?
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli- Ahli Yang Berhormat. Kaola di sini ingin menyentuh mengenai dengan Government Assets in Infrastructure System. Pelaksanaan sistem pengurusan (GAIS) akan membolehkan kerajaan dapat melaksanakan sistem penyelenggaraan ke arah yang lebih mantap dan teracang untuk digunakan di peringkat kementerian-kementerian.
Ia dihasratkan untuk menyediakan satu sistem integrated yang bersepadu bagi pengurusan aset-aset kerajaan serta menyeluruh iaitu mengikut aset life cycle ataupun peralihan penggunaan, pemeliharan dan penghapusan untuk proses pemantauan dan pemeliharaan aset-aset kerajaan dengan lebih teratur.
Kaola difahamkan bahawa tahun 2017, projek-projek ini telah dibukakan tender dengan beberapa objektif utama. Dalam hal ini, kaola melihat skop adalah sangat dialukan dan baik.
Walau bagaimanapun kaola meliat ada memerlukan pakar-pakar bukan hanya dalam bidang ICT tetapi juga memerlukan penelitian dari segi undang-undang, cost benefit analysis dan sebagainya.
Dalam hal ini, kaola ingin memohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri Pembangunan, apakah status perkembangan dan perlaksanaan projek ini? Adakah ianya berjalan seperti yang dirancangkan atau adakah terdapat tekanan untuk melaksanakan projek ini?
Bagaimana kementerian merancang dan memastikan bahawa projek ini dapat mendatang impact yang signifikan dalam mengukuhkan penjagaan aset dan infrastruktur yang lebih cost effective.
Kaola sekali mohon maaf kalau sekiranya terlampau panjang kaola menerangkan walau bagaimanpun, kaola akhiri dengan وبالله التوفيق والهداية. والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته.
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi
Saya persilakan sekarang Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin.
Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi yang bijaksana. بسم الله الرحمن الرحيم أشكر يب بث القائمين والقائمات والساهمين على أشغالهم الأشغال والوزيرين بشكل محمق وعلى أن الله وحيحة الأشغال والفريقين تنفيذها وفعل تحقيق وفقنا وهي وبركاته.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Pembangunan dengan mukadimah yang dibentangkan begitu jelas dalam menyediakan Belanjawan serta hala tuju Kementerian Pembangunan bagi Tahun Kewangan 2024/2025 pada 5 Ramadan 1445 bersamaan 16 Mac 2024 yang lalu.
Di Dewan yang mulia ini, kaola ingin membahas mengenai perkara-perkara dengan Jabatan Kementerian Pembangunan, Jabatan Kemajuan Perumahan, Jabatan Tanah, Jabatan Perkhidmatan Air dan JASTRe.
Pertama ialah mengenai dengan Jabatan Kementerian Pembangunan. Pada sesi Majlis Mesyuarat Negara pada tahun 2023, kaola pernah membangkitkan mengenai isu pelabur tempatan dan asing yang mengalami kesukaran untuk memajukan tanah kerajaan melalui government land lease disebabkan oleh dasar dan proses yang memakan masa yang lama, ini menjejasakan kecepatkan 'kitani' dalam perolehi hasil pendapatan negara dan pembangunan yang menjana kepada ekonomi negara.
Kaola berterima kasih di atas jawapan Yang Berhormat Menteri Pembangunan sebelum ini, iaitu ada terdapat 26 tapak yang akan dikeluarkan Expression of Interest atau Request for Proposal. Setelah tempoh setahun, kaola ingin mengetahui apakah statusnya pada masa ini dan adakah prosesnya sudah dikemaskini supaya ia tidak memakan masa yang lama.
Isu kedua bagi Jabatan Kementerian Pembangunan ialah mengenai dengan bangunan yang terbiar dalam erti kata yang lain yang sudah lama tidak digunakan disebabkan oleh sudah lama dan rosak teruk. Ada juga kaola mendengar yang bangunan-bangunan kosong ini didiami oleh orang-orang yang tidak berkenaan dan ini boleh jadi sarang kegiatan-kegiatan yang tidak diingini.
Soalan koala, adakah langkah-langkah atau perancangan Jabatan Kementerian Pembangunan untuk bangunan-bangunan ini dibukakan kepada pihak swasta untuk dimajukan seperti juga yang disarankan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II melalui kaedah PPP atau adakah kawasan-kawasan bangunan itu dapat dibangunkan rumah untuk menampung jumlah perumahan negara yang pada masa ini diperlukan oleh rakyat di negara ini.
Yang kedua ialah Jabatan Kemajuan Perumahan. Pada sesi Majlis Mesyuarat Negara 2023, koala telah mengemukakan mengenai Jabatan Kemajuan Perumahan diubah entitinya kepada entiti koporat dengan hasrat peningkatan RPN yang ada pada masa ini untuk diteliti perubahannya kepada satu modal yang lebih mampuan dan boleh menjimatkan perbelanjaan negara.
Walau bagaimanapun, nampaknya belum juga koala mengetahui dengan lebih lanjut lagi mengenai perkembangannya dan koala percaya 'kitani' masih lagi dengan pendekatan yang sama yang ada pada masa ini memandangkan adanya peruntukkan RKN ke-12 penyediaan perumahan-perumahan negara itu berjumlah $276 juta lebih.
Jadi kaola tidak akan membangkitkan lagi perkara pengkorporatan ini sehingga ada perkembangannya nanti dan izinkan kaola membangkitkan beberapa perkara yang berkaitan dengan pendekatan RPN yang sedia ada. Walau bagaimanapun isu Jabatan Kemajuan Perumahan yang kaola akan bangkitkan di Dewan mulia ini ialah:
Dengan peruntukan RKN ke-12 berjumlah $276 juta lebih yang hanya dapat membangun rumah, rumah teras yang macam RPN Lugu sebanyak 1,600 buah seperti dalam mukadimah Yang Berhormat Menteri Pembangunan. Ini akan memakan masa selama 5 tahun walhal masih ramai senarai yang menunggu termasuk yang sudah menunggu berpuluh tahun.
Soalan kaola, adakah langkah-langkah atau perancangan lain yang lebih kreatif dari Kementerian Pembangunan melalui Jabatan Kemajuan Perumahan untuk memperkasa penglibatan syarikat swasta tempatan untuk melabur dan membantu kerajaan dalam mengurangkan perbelanjaan kerajaan di samping mempercepatkan pembangunan rumah perumahan negara. Sebagai contoh, bolehkah dibangun rumah sebanyak 2,000 buah atau lebih daripada 1,600 ini dengan harga Rancangan Kemajuan Negara ke-12 yang diperuntukkan.
Perkara seterusnya yang ingin kaola bangkitkan di bawah Jabatan ini adalah hasil dari perbincangan kaola dengan rakan-rakan 'seperumuran' beberapa bulan yang lalu. Mereka ini ada yang tinggal di rumah atas tanah sendiri dan ada yang tinggal di rumah Perumahan Negara STKRJ dan RPN yang disediakan oleh Kerajaan.
Dari kumpulan yang telah lama tinggal di kawasan Perumahan Negara STKRJ atau RPN, ada beberapa persoalan yang mereka bangkitkan dan cadangkan kepada kaola antara lainnya ialah:
Sudah lama mereka tinggal di RPN tapi belum pernah menerima surat dari Jabatan Tanah untuk membayar cukai tanah;
Ada yang tidak menerima geran asal, hanya setakat salinan sahaja;
Ada yang membangkitkan yang dulu rumah jenis banglo atas tanah dan mereka boleh tamban dengan bertambahnya ahli keluarga, tetapi sekarang hanya jenis rumah teras yang dibangun masa ini yang mungkin akan sukar untuk menambah jika keluarga bertambah;
Ada yang menunggu berpuluh tahun, tidak dapat rumah, walaupun sudah menerima surat anugerah rumah dan aduan ada yang didengar dan melalui Facebook, dulu yang memohon awal, tidak dapat tapi yang pohon lambat, dapat dulu sebab gaji mereka terlalu tinggi;
Ada yang menambah rumah 'seingan-ingannya' dengan memakai kontraktor warga asing dan ada yang menambah itu sampai penuh kawasan tanah; dan
Ada yang berminat untuk memajukan tanah-tanah kosong kawasan RPN yang sudah lama tidak dimajukan untuk dijadikan sebagai pusat komersial.
Jadi dari 6 perkara ini, menimbulkan persoalan difikiran kaola dan setelah membuat penelitian, kaola teruskan dengan soalan atau cadangan kaola yang kedua dan seterusnya.
Mengenai mereka yang sudah lama tinggal di RPN dan belum bayar cukai tanah, kaola berpendapat ini mungkin isu proses dalaman di antara Jabatan Kemajuan Perumahan dan Jabatan Tanah.
Secara logiknya, untuk mendapatkan geran tanah perlu maklumat lengkap datangnya dari Jabatan Kemajuan Perumahan ke Jabatan Tanah dengan penetapan tarikh-tarikh bilakah geran itu mula berkuatkuasa untuk memudahkan Jabatan Tanah mengira jumlah cukai yang perlu dikenakan.
Kalaulah betul pendapat koala ini, soalan koala, berapakah jumlah rumah yang belum berdaftar di Jabatan Tanah dari lebih 30,000 unit yang telah siap sejak dari dulu lagi.
Yang kedua, berapakah anggaran kutipan cukai tanah yang masih perlu dikutipdan apakah kutipan cukai itu bermula dari tarikh pendaftaran di Jabatan Tanah atau tarikh penerima itu menerima kunci? Jumlah ini adalah dikira hasil jabatan yang menyumbang kepada pendapatan fiskal negara.
Yang Berhormat Pengerusi. Kaola 'ani' ada juga 'menyacak-nyacak' kalkulator, mengira jumlahnya kalau 'luruslah' anggapan kaola. Kalau sekiranya 10,000 rumah yang belum berdaftar di Jabatan Tanah dan telah 20 tahun tinggal di rumah itu, hasil cukai yang sepatutnya dikutip sejak orang itu menerima kunci ialah sejumlah $2 juta bagi tanah yang cukainya $10 setiap suku ekar.
Ini kalau sekiranya semua 10,000 itu di luar kawasan bandaran. Kalau ada yang terletak dalam kawasan bandaran seperti Perpindahan Mata-Mata, ia boleh jadi lebih daripada $2 juta sebab cukai dalam kawasan bandaran ialah pada kadar B$50.00 pada setiap suku ekar.
Yang ketiga mengenai dengan menambah rumah yang 'seingan-ingannya'. Usulan kaola, kalau dapat design rumah yang baharu itu nanti design yang simple dan mampu milik serta apabila hendak menambah di masa akan datang design nya sudah disediakan a pre-approved ABCi design. 'Nda' lagi payah mengapply ke ABCi.
Kaola percaya ini boleh mengelakkan tambahan yang keterlaluan di samping menjaga keselamatan penghuni dan kemaslahatan jiran 'sebelah-menyubalah'. Kadang-kadang rumah di perpindahan itu bersayap 'bekiri bekanan' dan sebagainya.
Keempat, mungkin juga kaola boleh buat usulan untuk isu rumah teres sahaja masa ini dan yang lama menunggu sebab gaji yang rendah. Cadangan kaola kalau dapat juga dipertimbangkan design rumah itu supaya ia mesra dengan bertambahnya ahli keluarga penerima itu.
Mungkin mula-mula design rumah yang simple dan murah tetapi apabila keluarga bertambah boleh ditambah mengikut cadangan yang kaola sebutkan di atas tadi. Mengapa kaola cadangkan yang simple dan murah itu ialah supaya ia jadi rumah mampu bayar bagi golongan yang rendah pendapatan dan kerajaan mungkin boleh membuat rumah lebih banyak dari sekarang ini.
Yang kelima ialah mengenai tanah-tanah kosong dalam kawasan Rancangan Perumahan Negara (RPN) yang sudah bertahun-tahun tidak dimajukan oleh pihak kerajaan boleh ditawarkan kepada swasta untuk dimajukan dan hasil pendapatan dari pajak, sewa atau kongsi sama hasil itu boleh dikutip oleh kerajaan melalui Jabatan Perumahan dan ini akan barang setentunya menambah hasil kerajaan.
Jabatan yang seterusnya adalah Jabatan Tanah, sistem online tanah. Tidakkah ada pemikiran untuk memperbaiki sistem pangkalan data dan permohonan melalui online tanah bagi transaksi online tukar milik pendaftaran tanah dan sebagainya untuk diperkenalkan.
Kaola percaya ini akan menambah keberkesanan dan mempercepatkan hasil kutipan dan boleh mengelakkan dari ketirisan kutipan hasil negara terutama kutipan hasil dari pajakan tanah kerajaan.
Satu lagi cadangan Yang Berhormat Pengerusi, kalau sudah online 'bagus tah' di push tia' SMS macam Jabatan Pengangkutan Darat. SMS ini nanti tujuannya untuk mengingatkan pemilik tanah untuk membayar cukai setiap tahun sebab masa ini mengharapkan orang ingat sahaja agak sulit sedikit dan kadangkala ada yang membayar beberapa tahun terkumpul. Isu ini menjejaskan kutipan hasil kerajaan setiap tahun.
Yang keempat, Jabatan Perkhidmatan Air. الحَمْدُ لِلّٰهِ Syukur ke hadrat اللّٰهِ سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى sebanyak $226.6 juta telah diperuntukkan dalam RKN12 bagi kerja-kerja penambahbaikan rangkaian sistem paip air utama dan tangki-tangki air serta penambahbaikan rangkaian sistem pembahagian bagi ke semua daerah dengan kawasan-kawasan yang terpilih termasuk Lambak Kanan seperti mukadimah Yang Berhormat Menteri Pembangunan.
Ini diharapkan akan dapat mengurangkan isu paip utama pecah atau bocor yang telah menjejaskan kesejahteraan rakyat sebelum ini. 'Kitani' juga bersyukur ke hadrat الله سبحانه وتعالى dengan adanya projek-projek termasuk kawasan tadahan dan sumber air yang akan dibangunkan yang boleh menghasilkan air untuk negara sehingga tahun 2035 yang akan berjalan dengan lancar dan segala urusannya dipermudahkan oleh الله سبحانه وتعالى.
Kaola ucapkan syabas dan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Pembangunan dan warga-warganya serta agensi-agensi lain yang berusaha mengenainya.
Kaola juga bersyukur adanya usaha-usaha menangani isu meter (USMS) Smart Meter yang telah menjadi persoalan kepada rakyat dalam beberapa bulan lalu iaitu mungkin disebabkan sistem dan alat itu sendiri yang telah dibaiki oleh syarikat yang bertanggungjawab atau ada kebocoran paip dalam kawasan rumah pemilik itu sendiri yang selama ini tidak disedari.
Kaola ada sedikit isu dari suara segelintir rakyat yang mengadu dengan terpasangnya Smart Meter di premis mereka ada juga isu dialami iaitu bil air dari Jabatan Perkhidmatan Air yang di charge beratus atau beribu ringgit walhal tidak ada kebocoran dengan paip dalam premis dan kemungkinan timbul dari masalah bil yang dikeluarkan dari sistem perkhidmatan air.
Kaola mohon pencerahan mengenai ini. Berkait dengan Smart Meter ini juga bilakah ia akan dipasang di bangunan jabatan-jabatan kerajaan? Pada tinjauan kaola apabila berkunjung ke pejabat-pejabat kerajaan yang tertentu termasuk apabila ke tandas semasa acara main bola. Maklum kaola gila bola.
Kaola nampak terdapat kebocoran paip yang 'suak-suak' dan membazir air yang ada yang tidak dibaiki sekian hari dan sekian lama.
Kaola percaya dengan dipasang Smart Meter ke pejabat kerajaan ini akan dapat lagi memastikan tidak ada pembaziran yang tidak terjaga.
Dan yang terakhir ialah JASTRE. Yang Berhormat Pengerusi, perkara terakhir ini ialah mengenai JASTRE dalam soalan dan usulan kaola semasa sesi perbahan Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, kaola ada menyentuh mengenai status pelancongan negara dan bagaimana tarikan-tarikan yang unik akan dapat menarik pelancong dalam dan luar negara yang melawat negara ini.
Seperti yang kita maklum terdapat 10 atau mungkin lebih barangkali taman-taman dan pantai-pantai seluruh negara di bawah bidang kawalan JASTRE.
Usulan kaola supaya mana-mana taman dan pantai yang strategik lokasinya untuk digazetkan di bawah Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan untuk membolehkan kementerian itu membukakan tawaran bagi kawasan-kawasan itu dan dimajukan oleh pelabur tempatan atau asing untuk dijadikan sebagai tarikan-tarikan unik yang kaola bahaskan sebelum ini.
وبالله التوفيق والهداية. والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sekian, terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi
Dan saya persilakan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abd. Rahman bin Haji Ibrahim.
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abd. Rahman bin Haji Ibrahim
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله رب العالمين، والشهادة والسلام عليكم الأنبياء والمرسلين، سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين.
والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته dan salam sejahtera.
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi kerana memberi laluan kepada kaola. Terima kasih juga diucapkan kepada Yang Berhormat Menteri Pembangunan di atas mukadimah yang begitu komprehensif dan jelas mengandungi hala tuju, tumpuan pencapaian dan inisiatif-inisiatif yang telah, sedang dan akan dilaksanakan oleh Kementerian Pembangunan.
Kaola juga menghargai di atas pencerahan Yang Berhormat Menteri Pembangunan pada hari Sabtu yang lepas terhadap soalan kaola kepada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negara mengenai perancangan guna tanah di Daerah Temburong.
Oleh kerana ada beberapa isu yang telah pun dibangkitkan oleh rakan-rakan Ahli-Ahli Yang Berhormat di sini maka kaola hanya akan mengutarakan satu, dua persoalan sahaja dan mungkin satu saranan kepada Yang Berhormat Menteri Pembangunan.
Perkara pertama ialah lebih berupa saranan sahaja. Kaola perhatikan Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya adalah salah satu kementerian yang telah disediakan peruntukan yang dikira banyak juga dalam Rancangan Kemajuan Negara ke-12. Harga rancangan yang diperuntukan adalah kira-kira $277 juta bagi Jabatan Kemajuan Perumahan dan kira-kira $457 juta bagi Jabatan Kerja Raya.
Alhamdullilah kaola berharap projek-projek yang tersenarai dalam Rancangan Kemajuan Negara ke-12 di bawah kawalan Kementerian Pembangunan ini akan menjadi pemangkin industri pembinaan bagi tempoh 5 tahun mendatang dan akan menyuntik semangat dan nafas baru kepada pihak-pihak yang berkepentingan, terutamanya yang bergiat dalam sektor ini. Kaola berharap projek-projek ini akan dilaksanakan dan disiapkan menurut jangka waktu yang telah ditetapkan insya'allah.
Dalam pada itu, kaola ingin menyaranakan supaya diperkukuhkan peraturan bagi meningkatkan lagi penglibatan local business development dalam industri pembinaan ini.
Di samping itu, pemantauan yang telus dan kukuh perlu juga dilaksanakan bagi memantapkan compliance terhadap standard industri ini. Latihan-latihan kompetensi dan skill enhancements juga perlu diadakan bagi anak-anak tempatan yang terlibat dalam industri pembinaan dari masa ke semasa.
Perkara kedua ini telah banyak dibangkitkan oleh rakan Ahli-Ahli Yang Berhormat iaitu mengenai perumahan negara. Tapi kaola akan menyentuh dari aspek ataupun perspektif yang mungkin berbeza sedikit tapi nampaknya the aim jua menjurus kepada perkara-perkara yang sama.
Seperti yang dimaklumi, kewangan yang diperuntukkan untuk pembinaan perumahan ini nampaknya banyak $277 juta. Tapi kalau dikira, pemohon-pemohon yang memohon bagi perumahan ini adalah begitu banyak juga yang mana senarai menunggu nampaknya adalah dalam 11,000 orang.
Jadi, kalau kita mengira dari segi peruntukan yang disediakan $277 juta ini hanyalah boleh menampung kira-kira 3,000 buah rumah dalam jangka waktu 5 tahun yang akan datang. Ini bermakna terdapat jurang yang begitu besar bagi memenuhi pembinaan perumahan dalam kategori harga yang affordable dan berpatutan.
Dalam pada itu, harga hartanah yang dibina oleh pihak swasta pada masa ini adalah masih tinggi. Di negara-negara lain, pasaran rumah adalah salah satu petunjuk pertumbuhan ekonomi. Ini kerana penyediaan perumahan ini sebahagian besarnya dilaksanakan oleh pihak swasta dan dibantu oleh institusi kewangan bagi menyediakan pinjaman pembinaan mahu pun end financingnya. Ia akan memberikan spin-off yang positif kepada pertumbuhan ekonomi.
Berasaskan faktor-faktor ini dan perkara-perkara yang telah disentuh oleh rakan Ahli-Ahli Yang Berhormat tadi, kaola rasa isu-isu penyediaan perumahan ini akan memerlukan kaedah-kaedah yang baru yang bukan sahaja perlu ditangani oleh Kementerian Pembangunan malahan kepada agensi-agensi yang lain seperti Kementerian Kewangan dan Ekonomi dan institusi-institusi kewangan di negara ini untuk sama-sama bekerjasama menyediakan perumahan yang affordable kepada rakyat dan penduduk negara ini.
Ke arah itu, kaola seperti Ahli-Ahli yang lain juga memohon pencerahan Yang Berhormat Menteri mengenai strategi ataupun options yang berpatutan dan viable yang telah dirancang oleh Kementerian Pembangunan khususnya dan agensi-agensi yang berkaitan secara amnya dalam menangani isu penyediaan perumahan secara holistik.
Dan yang terakhir ialah mengenai pemeliharaan Jambatan Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien. Sebagaimana yang kita sedia maklum, jambatan ini telah pun dibuka dan mula beroperasi kira-kira 3 tahun yang lalu. أَخْفَقُ pada awal pembukaannya, mungkin ia tidak memerlukan pemeliharaan begitu banyak.
Namun, dalam jangka waktu sederhana dan jangka panjang, sudah setentunya perbelanjaan pemeliharaan ini akan meningkat dari setahun ke setahun. Kalau kaola tidak silap, menurut perkiraan pegawai-pegawai teknikal, jumlah yang diperlukan ialah kira-kira 1% daripada kos keseluruhan pembinaan jambatan, iaitu kira-kira $16 juta setahun.
Di samping itu, dalam Tajuk 1216-Tajuk 014 di Jabatan Kerja Raya, terdapat juga projek pemasangan Bridge Health Monitoring System (BHMS) bagi jambatan ini yang mana kaola rasa perlu juga dipelihara secara berterusan.
Dalam hubungan ini, kaola ingin memohon pencerahan Yang Berhormat Menteri mengenai langkah ke hadapan Kementerian Pembangunan, mungkin Kementerian Kewangan dan Ekonomi, untuk menjana hasil tambahan bagi menampung perbelanjaan pemeliharaan ini khususnya yang mana kaola percaya ia akan memerlukan penelitian yang mendalam sebelum ia diperkenalkan.
Sekian, terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
وَباللهِ التَّوفِيقُ وَالهِدايَةِ. وَالسَّلامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَتُهْ
Terima kasih.
Yang Berhormat Pengerusi
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Sementara Yang Berhormat Menteri Pembangunan meneliti jawapan-jawapan yang akan mungkin dikemukakannya terhadap soalan-soalan yang dikemukakan oleh 5 orang Ahli Yang Berhormat yang telah mengeluarkan ataupun membuat pertanyaan-pertanyaan, saya ingin menangguhkan dulu mesyuarat kita ini selama 15 minit.
(Mesyuarat Jawatankuasa ditangguhkan)
(Mesyuarat Jawatankuasa bersidang semula)
Yang Berhormat Pengerusi
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Mesyuarat Jawatankuasa sebelum kita berehat sebentar tadi, masih membahaskan tajuk-tajuk di bawah Kementerian Pembangunan.
Kita telah pun mendengar soalan-soalan yang telah dikemukakan oleh beberapa orang Ahli Yang Berhormat Yang Dilantik.
Sekarang saya ingin mempersilakan Yang Berhormat Menteri Pembangunan untuk memberikan respons dan seterusnya penjelasannya terhadap soalan-soalan yang dikemukakan.
Saya persilakan Yang Berhormat Menteri Pembangunan.
Yang Berhormat Menteri Pembangunan
Terima kasih Yang Berhormat Pehin Pengerusi. Setelah mendengar beberapa soalan yang diutarakan tadi oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat, perkara-perkara yang dibangkitkan adalah kebanyakannya perkara-perkara yang kaola ambil sebagai perkara-perkara yang besar, isu-isu perumahan, isu-isu yang melibatkan industri pembinaan, isu-isu yang melibatkan perkara-perkara yang menjadi kepentingan dan jua yang banyak menghambat sentimen daripada masyarakat kerana perkara-perkara ini adalah perkara-perkara yang berkaitan dengan keperluan dan kehidupan 'kitani' dalam masyarakat 'kitani', lebih-lebih lagi perkara ini adalah perkara yang menjadi tanggungjawab dari segi perkhidmatan yang diberikan di dalam jabatan-jabatan di bawah Kementerian Pembangunan.
Maka memandangkan persoalan-persoalan ini ada yang cross cutting dari segi isu-isu yang melibatkan pemeliharaan jalan raya, isu-isu perumahan, isu-isu pembinaan, isu yang melibatkan pelaburan dalam langkah kehadapan untuk memperbaiki cara dan kaedah dalam 'kitani' membuat reformasi-reformasi seperti yang dicadangkan itu.
Jadi kalau dapat kaola mencadangkan supaya perkara-perkara ini dapat diperhalusi untuk mempersiapkan jawapannya supaya ia lebih kepada memberikan ketepatan, jawapan-jawapan yang diperlukan daripada persoalan yang dibangkitkan itu dengan beberapa senario yang diutarakan itu.
Jadi kalau dapat, kaola akan menyediakan ini to be segmented based on the big subject itu macam perumahan dan jua perkara-perkara pelaburan yang difikirkan dan usaha-usaha yang pernah dibuat dan jua perkara-perkara lain melibatkan jalan raya dan infrastruktur dan utiliti-utiliti yang lain, jadi kalau dapat kaola memohon ruang untuk menyediakan jawapan itu secara bertulis dan juga akan dihadapkan dan kalau boleh jua untuk dimasukkan dalam hansard nanti.
Itulah permohonan kaola Yang Berhormat Pengerusi, kecuali ada soalan yang lebih ringkas yang boleh dijawab tadi mengenai dengan pemilikan tanah di bawah Skim Perumahan Negara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Haji Awang Sulaiman bin Haji Nasir tadi itu.
Di antaranya ialah apakah kalau orang itu sudah meninggal dunia, jadi adakah warisnya mempunyai hak ke atas rumah berkenaan berdasarkan perjanjian bertulis yang telah dipersetujui dan jika pemilik rumah menjual rumah itu adakah rumah penjualan itu dapat diiktiraf?
Pada menjawabnya perkara ini adalah penting dan perlu jua diperjelaskan secara ringkasnya inilah di antara soalan yang dapat dijawab kalau dibandingkan dengan perkara-perkara yang very generic daripada soalan-soalan dibangkitkan tadi itu.
Sebenarnya dengan persoalan ini pemilik-pemilik tanah dan rumah di bawah Skim Perumahan Negara yang didapati menjual tanah dan rumah adalah jelas telah melanggar peraturan dan syarat-syarat yang telah ditetapkan.
Jika pemilik tanah dan rumah telah meninggal dunia, waris boleh menuntut tanah dan rumah berkenaan dengan menghadapkan permohonan tukar milik kepada Jabatan Kemajuan Perumahan mengikut syarat-syarat tukar milik yang telah ditetapkan oleh jabatan berkenaan.
Pihak kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Perumahan akan mengambil tindakan kepada pemilik-pemilik tanah dan rumah yang didapati menjual tanah dan rumah di bawah Skim Perumahan Negara seperti menarik balik tanah dan rumah berkenaan. Itulah secara ringkas yang dapat disampaikan mengenai dengan persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat berkenaan.
Jadi seperti yang kaola sampaikan tadi, kalau dapat tah dengan izin perkara ini akan dibuat lebih teratur dengan menyediakan jawapan bertulis yang akan dihadapkan kemudian. Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi
Yang Berhormat Menteri Pembangunan, saya tidak ada halangan mengenai dengan cadangan Yang Berhormat Menteri Pembangunan dan 'barangkali' ada baiknya kita teruskan, dalam senarai saya ada terdapat lima orang lagi Ahli-Ahli Yang Berhormat yang suka untuk menyoal dan besar kemungkinannya ada juga soalan-soalan ini berkait dengan perkara-perkara yang sudah ditimbulkan yang disifatkan oleh Yang Berhormat Menteri Pembangunan sebagai soal-soal besar yang dihadapinya.
Jadi untuk tidak membuang masa lagi, saya persilakan sekarang Yang Berhormat Dayang Hajah Rosmawatty binti Haji Abdul Mumin.
Yang Berhormat Dayang Hajah Rosmawatty binti Haji Abdul Mumin
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين، سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.
Bismillahirrahmanirrahim dan salam sejahtera. Kaola tidak ada soalan yang besar yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri Pembangunan. Kaola ada dua subjek sahaja Yang Berhormat Pengerusi. Soalan yang pertama mengenai pengurusan sisa, iaitu waste management.
Kaola ingin menekankan isu penting mengenai pengurusan sisa di Negara Brunei Darussalam. Terima kasih kepada pihak kementerian atas usaha untuk menangani pengurusan sisa termasuk inisiatif seperti kempen setiap hari tanpa beg plastik dan projek loji waste to energy incinerator yang dirancang akan bermula beroperasi pada tahun 2029.
Namun pada masa ini, Negara Brunei Darussalam masih menghadapi cabaran dalam pengurusan sisa. Menurut Yang Berhormat Menteri Pembangunan dalam mukadimahnya, data kadar penghasilan sisa negara yang terkini adalah 1.2kg per capita sehari, iaitu kedua tertinggi selepas Singapura dalam kalangan negara ASEAN.
Tempat pelupusan Sungai Paku juga diramal bahawa kapasitinya penuh akan dicapai menjelang tahun 2030 dengan kira-kira 500 hingga 600 tan sisa didepositkan setiap hari. Pengurusan sisa yang tidak mencukupi menimbulkan cabaran alam sekitar yang signifikan termasuk kes rumah hijau yang menyumbang kepada perubahan iklim masa depan dan risiko kesihatan.
Oleh itu, kaola menyarankan agar pihak kementerian meningkatkan infrastruktur dan memperkasa perkhidmatan kitar semula di Negara Brunei Darussalam untuk menangani cabaran pengurusan sisa dengan berkesan.
Soalan kaola yang pertama, apakah inisiatif-inisiatif khusus yang dijalankan oleh kementerian untuk menurunkan kadar penjanaan sisa sebenar di Negara Brunei Darussalam dengan mengambil kira sekadar semasa 1.2kg per capita sehari pada tahun 2023?
Adakah terdapat program atau kempen yang disasarkan yang bertujuan untuk mengurangkan pengeluaran sisa seperti menggalakkan amalan penggunaan lestari (sustainable consumption practices) atau memberi insentif kepada usaha pengurangan sisa dalam kalangan industri dan isi rumah?
Adakah kementerian membuat penyelidikan dan pembangunan (R&D) ke atas Pelan Pengurusan Sisa Negara (National Waste Management Plan) yang komprehensif untuk Negara Brunei Darussalam?
Cadangan kaola, memandangkan projek loji waste to energy incinerator ini ada dua kelebihan, iaitu menangani isu pengurusan sisa yang semakin meningkat dan mengambil alih kebergantungan tenaga kepada minyak dan gas sebanyak 8 megawatt. Kaola saranan supaya projek ini dipercepatkan memandangkan tapak pelupusan Sungai Paku yang menampuh 90% daripada sisa negara akan mencapai had kapasitinya lebih awal daripada yang dijangkakan pada tahun 2030.
Yang kedua, kementerian mempertimbangkan pembinaan loji kitar semula yang canggih dan menyeluruh. Dengan membangunkan kemudahan ini, Negara Brunei Darussalam tidak hanya dapat mengurangkan tekanan terhadap tapak pelupusan sisa yang semakin penuh tetapi juga mempunyai peluang untuk menghasilkan nilai tambah ekonomi melalui export bahan kitar semula. Menegakkan undang-undang yang lebih ketat dalam pengurusan sisa untuk mengalihkan bahan buangan yang tidak dapat dikitar semula dari tapak pembuangan sisa.
Yang keempat, meningkatkan kempen kesedaran awam di media sosial untuk mempromosikan amalan pembuangan sisa yang betul termasuk pengasingan sisa terutama di peringkat rumah tangga.
Yang kelima, memberi insentif kepada perniagaan untuk mengamalkan amalan pengurusan sisa yang mampam dan orang-orang yang mengitar semula.
Dan yang terakhir, mewajibkan bekas sekitar (recycling bin) di tempat awam termasuk bangunan kerajaan dan swasta. إِنْ شَاءَ ٱللَّهُ kaola yakin Brunei dapat menjadi peneraju dalam pengurusan sisa di rantau ini, memperlihatkan komitmen terhadap kelestarian alam dan memberikan contoh bagi negara-negara lain dalam ASEAN.
Isu kedua yang kaola ingin bangkitkan Yang Berhormat Pengerusi, mengenai keterjimanan air (water security). Kaola juga ingin mengusulkan beberapa cadangan dan mengajukan beberapa soalan mengenai keterjimanan bekalan air Negara Brunei Darussalam.
Mengenai keterjaminan bekalan air yang mencukupi di Brunei, kaola berpendapat ini juga adalah keutaman yang penting bagi negara. Usaha menyeluruh diperlukan untuk menangani cabaran dalam bekalan dan permintaan air.
Negara Brunei Darussalam menghadapi pelbagai cabaran berkitan dengan bekalan air termasuk kesan perubahan iklim seperti kemarau extreme atau hujan berterusan. Gangguan bekalan tenaga elektrik juga menjejeskan bekalan air negara. Walaupun usaha dilakukan untuk menyediakan akses kepada air bersih kepada semua, masih terdapat kebimbangan tentang penurunan kualiti air, baik disebabkan oleh perubahan dalam keadaan air mentah atau keadaan sistem pengedaran air yang uzur.
Usaha kementerian dalam membersihkan bekalan air yang mencukupi telah diiktiraf secara global. Inisiatif seperti 'Brunei Darussalam Towards Water Security 2021-2035' menunjukkan komitmen terhadap pengurusan air yang cekap dan mampam. Untuk menangani cabaran ini, perlu ada perancangan hydrology yang telus dan integrasi analisis kos dan pendapatan dalam perkhidmatan air.
Ini akan memudahkan pembangunan metodologi tarif dan dasar yang berkesan yang dapat merangsang pengguna untuk menggunakan sumber secara cekap termasuk penggunaan komersial, sebagai contoh syarikat pengangkutan air yang kian meningkat perlu diadakan tarif penggunaan air dengan lebih strategik dan menyumbang secara adil kepada kos perkhidmatan air.
Untuk memastikan kelestarian kewangan dalam rawatan air sisa, penting untuk menyelaraskan pendapatan perkhidmatan dengan kos operasi penyelengaraan dan modal. Dengan menggalakkan penggunaan air dan strategi penggunaan semula melalui tarif, kita dapat mengimbangkan penurunan bekalan air bersih.
Dengan matlamat strategi ini, kita dapat menjaga bekalan air yang mencukupi di Brunei untuk generasi akan datang. Kerjasama antarabangsa dan usaha bersama adalah kunci untuk memastikan akses yang berterusan kepada air bersih untuk semua penduduk Brunei.
Kaola ingin mengajukan beberapa soalan:
Apakah langkah-langkah yang diambil oleh kementerian untuk menyediakan peruntukan bagi mengendalikan proses rawatan air mentah secara efisien, menangani aduan ketiadaan air dan masalah air dari sumber lain termasuk merancang untuk melaksanakan proses desalinasi pada tahun 2035 seperti yang digariskan oleh kementerian di dalam 'Brunei Darussalam Towards Water Security 2021-2035'?
Bagaimana kerajaan Brunei mengendalikan isu non-revenue water terutama setelah laporan menunjukkan terdapat bahawa sebanyak 33% ke 45% air yang dirawat hilang dari saluran air negara pada tahun 2021.
Adakah terdapat data terkini yang menunjukkan penurunan dalam jumlah kehilangan air ini dan apakah langkah-langkah yang diambil untuk mengurangkan perbelanjaan negara dari kerugian ini?
Mohon pencerahan juga mengenai projek perancangan dan pengurusan non-revenue water bagi sistem bekalan air di Brunei Darussalam Fasa 3, kod 1220/009. Apakah projek ini dianggap sebagai langkah yang efektif bagi menangani isu operation loss dalam sistem bekalan air kita. Adakah terdapat penurunan baki tunggakan air di negara ini selepas pelaksanaan Unified Smart Metering System (USMS) dan apakah kesannya terhadap pengurangan tuntutan tunggakan air yang masih banyak di negara ini? Adakah kerajaan merancang untuk mengkaji semula sistem penentuan harga air di negara ini khususnya untuk sektor pertanian dan industri dengan bertujuan merangsang inovasi dan penjimatan dalam penggunaan air negara ini? dan
Apakah pelajaran yang dipetik oleh kementerian daripada gangguan bekalan air akibat gangguan bekalan elektrik pada bulan Oktober 2023. Adakah terdapat proses penilaian semula bagi business continuity plan bagi bekalan air bersih di negara ini untuk mengelakkan kejadian serupa daripada berulang dan bagaimana kesan terhadap langkah-langkah yang sedang diambil untuk memperbaiki kebolehpercayaan sistem bekalan air dalam jangka panjang?
Sekian terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. والسّلام عليكم ورحمة الله وبركته
Yang Berhormat Pengerusi
Saya persilakan Yang Berhormat Dayang Hajah Safiah binti Sheikh Haji Abd. Salam.
Yang Berhormat Dayang Hajah Safiah binti Sheikh Haji Abd. Salam
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيمِ الْحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلَامُ عَلَىٰ أَشْرَفِ الأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلٰى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَتُهُ dan salam sejahtera.
Kaola mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Pembangunan atas pembentangan mengenai inisiatif kementerian pada hari Sabtu yang lalu.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Menurut statistik Banci Penduduk dan Perumahan dari Jabatan Perancangan Ekonomi dan Statistik pada tahun 2021 terdapat seramai 44,711 orang warga emas iaitu yang berumur 60 tahun ke atas dan 7,024 orang yang mempunyai sekurang-kurangnya 1 kelainan upaya di negara ini.
Golongan-golongan ini adalah sebahagian daripada masyarakat yang mempunyai hak dan peluang yang saksama untuk menjalani kehidupan yang kondusif dan bebas halangan (barrier-free) bagi pergerakan yang lebih mudah, menggalakkan integrasi sosial dan memberikan mereka peluang untuk lebih berdikari dalam komuniti sebagaimana anggota masyarakat yang lain, meskipun memiliki kelainan fizikal dan keupayaan.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Inisiatif menaik taraf kemudahan-kemudahan awam telah banyak dilaksanakan oleh pihak kementerian. أَكْمَلَه kaola bersyukur atas inisiatif-inisiatif ini.
Namun kemudahan-kemudahan yang tersedia bagi memudahkan akses-akses ataupun pergerakan golongan warga emas dan orang-orang yang kelainan upaya di negara ini masih ditahap yang rendah. Contohnya seperti laluan-laluan atau laluan pejalan kaki yang luas untuk pengguna kerusi roda mengakses tempat-tempat seperti tempat tarikan awam, riadah dan pelancongan untuk mereka berurusan di bangunan-bangunan kerajaan, swasta dan komersial contohnya atau ke institusi-institusi pendidikan dan rumah-rumah ibadat (masjid).
Ini termasuk juga kemudahan tandas-tandas awam dan kemudahan mengakses pengangkutan-pengangkutan awam. Akibatnya, golongan ini menghadapi cabaran yang menghadkan pergerakan mereka dalam masyarakat kerana prasarana yang sedia ada kurang menyokong keperluan fizikal dan keupayaan mereka.
Di negara-negara maju, kerajaan telah memberikan komitmen yang tinggi dan mengutamakan keterangkuman (inclusivity) dalam penyediaan infrastruktur yang memberikan hak dan peluang yang sama kepada semua golongan masyarakat untuk mewujudkan kestabilan sosial dan persekitaran kondusif yang boleh diakses sepenuhnya oleh semua pihak tanpa mengira keistimewaan ataupun keupayaan mereka. Ia juga sebagai tarikan kepada pelancong-pelancong yang memerlukan bantuan accessibility ini.
Berkaitan itu, kaola mohon pencerahan Yang Berhormat Menteri Pembangunan mengenai kemudahan-kemudahan accessibility ini yang ada di negara ini dan perancangan kementerian mengenainya.
Sebagai langkah utama ke arah inclusivity dan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kesaksamaan kesemua pihak, kaola juga sukacita mencadangkan supaya pihak Kementerian Pembangunan meneliti dasar-dasar yang sedia ada dan mempertimbangkan untuk menguatkuasakan peraturan reka bentuk yang inklusif dengan penyediaan kemudahan-kemudahan yang menyokong accessibility bagi golongan-golongan seperti yang kaola nyatakan tadi yang istimewa itu sebagai salah satu syarat utama dalam pembinaan bangunan-bangunan dan tempat-tempat awam yang baharu di negara ini.
Dan untuk pihak Kementerian meneliti bangunan-bangunan yang sedia ada, sama ada bangunan kerajaan, swasta dan komersial serta tempat-tempat awam dan pengangkutan awam yang sedia ada di negara ini dan merancang penambahbaikan untuk mewujudkan kemudahan-kemudahan ini yang bersesuaian mengikut reka bentuk yang sedia ada.
Penyediaannya bolehlah dibuat secara berfasa dalam tempoh masa yang ditetapkan oleh pihak Kementerian berdasarkan penelitian berkenaan. Ketersediaan kemudahan accessibility ini mencerminkan pemerhatian pihak kerajaan terhadap kesejahteraan semua rakyat tanpa mengira peringkat umur dan status keupayaan mereka.
Di samping itu, ia juga akan mempromosikan negara sebagai salah satu destinasi pelancongan yang mesra bagi semua golongan termasuk warga emas dan orang-orang yang kelainan upaya.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Perkara kedua, kaola merujuk kepada Tajuk SK03A-Jabatan Kerja Raya dan menambah isu-isu yang dibangkitkan oleh beberapa rakan Ahli-Ahli Yang Berhormat tadi.
Pertambahan jumlah penduduk dan kenderaan yang pesat di negara ini selaku pengguna jalan raya terutama di laluan-laluan utama telah mengakibatkan kesesakkan pada setiap hari khususnya pada waktu-waktu puncak. Keadaan ini akan betambah berat ataupun teruk lagi apabila berlaku kemalangan dan ada kerja-kerja pembinaan dilaksanakan di laluan-laluan berkenaan.
Dalam hal ini, kaola sukacita mencadangkan supaya pihak Kementerian Pembangunan dan pihak-pihak lain yang berkepentingan membuat kajian menyeluruh mengenai sistem dan infrastruktur jalan raya dan perancangan bandar di negara ini mengambil kira pertambahan jumlah pengguna dan kenderaan yang semakin tinggi serta sistem pengangkutan awam yang terhad di negara ini.
Hasil kajian hendaklah menetapkan dasar-dasar dan tindakan ke hadapan untuk menambaikbaik keadaan semasa sistem dan infrastruktur jalan raya ini dengan memberikan penekanan terhadap keperluan untuk menyediakan laluan khas bagi kenderaan-kenderaan kecemasan seperti ambulan yang sering kali terjejas atau tersekat dalam kesesakan-kesesakan jalan raya dan mengakibat kelambatan dan dalam masa yang sama membahayakan juga pengguna-pengguna yang lain.
Kaola juga sukacita mencadangkan supaya kerja-kerja pembinaan atau penambabhaikan yang tidak urgent untuk dilaksanakan pada waktu-waktu di luar waktu puncak atau contohnya pada waktu malam misalnya, tertakluk kepada tempoh masa kerja-kerja berkenaan dilaksanakan.
Begitu juga untuk memastikan bekas-bekas kerja pembinaan yang dibuat supaya tidak ditinggalkan begitu sahaja oleh kontraktor-kontraktor sehingga mengakibatkan kesesakan yang berganda daripada biasa dan menjejaslan banyak pihak seperti kenderaan kecemasan, penjawat-penjawat awam dan swasta serta pelajar-pelajar sekolah.
Sekian, والله ولي التوفيق والهادية. والسلام عليكم ورحمة الله وبركته Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi
Sekarang saya persilakan Yang Berhormat Dr. Awang Haji Mahali bin Haji Momin.
Yang Berhormat Dr. Awang Haji Mahali bin Haji Momin
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعٰلَمِيْنَ وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَىٰ شَرَفِ الْأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ اٰلِهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْنَ.
وَبِهِ نَسْتَعِيْنُ dan salam sejahtera.
Terlebih dahulu kaola mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Pembangunan atas mukadimah dan tahniah atas usaha-usaha yang dijalankan Kementerian serta arah tuju Kementerian Pembangunan.
Kaola sebenarnya tidak akan berpanjang lebar kerana isu-isu yang akan kaola bangkitkan ini sudah disentuh dengan panjang lebar oleh teman-teman tadi seperti isu ABCi dan Jambatan Sultan Haji Omar `Ali Saifuddien.
Walau bagaimanapun, kaola akan menyentuh sedikit mengenai Jambatan Sultan Haji Omar `Ali Saifuddien ini kerana ia melibatkan pelaburan yang melebihi $1 bilion. Jumlah pelaburan ini adalah sangat besar. Jambatan ini juga sering digunakan oleh kenderaan asing kerana modal yang disediakan oleh jambatan ini membuat jarak perjalanan lebih pendek dan dapat mengurangkan masa perjalanan ke destinasi yang dituju.
Soalan kaola Yang Berhormat Pengerusi, adakah kerajaan akan mengenakan caj tol ke atas kenderaan asing seperti juga ASEAN Friendship Bridge di Sungai Baram?
Itu sahaja Yang Berhormat Pengerusi, terima kasih.
Yang Berhormat Pengerusi
Sekarang saya persilakan Yang Berhormat Awang Haji Daud bin Jihan.
Yang Berhormat Awang Haji Daud bin Jihan
أشكركم, terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيمِ الحَمْدُ لِلَّه الْوَاحِدِ الْقَهَّارِ الْمُتَعَالِ وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَى النَّبِيِّ المُخْتَارِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَمَن سَالَ عَلَى نَهْجِهِ وَاتَّبَعِ
Tahniah dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Pembangunan atas mukadimah yang telah diberikan pada hari Sabtu yang lalu mengenai dengan hala tuju yang difokuskan Kementerian kepada Belanjawan 2024/2025.
Kaola ingin menyuarakan keluhan-keluhan daripada penduduk Rancangan Perumahan Tanah Jambu khususnya yang tinggal di Jalan Binglu Barat dan Binglu Selatan. Mereka ini harus menempuh 12 kilometer untuk balik semula ke persimpangan RPN Tanah Jambu iaitu menggunakan u-turn berdekatan dengan Pusat Tingkatan Enam Meragang melalui highway Muara-Tutong iaitu hala tuju Tutong-Muara dan balik semula melalui hala tuju Muara-Tutong iaitu jalan alternatif ini mereka gunakan untuk mengelakkan kesesakan jalan.
Kalau mereka menggunakan Jalan Muara akan mengambil masa yang lama untuk sampai ke rumah masing-masing terutamanya semasa pulang kerja di hari-hari bekerja. Perkara ini telah disuarakan melalui media massa iaitu Borneo Bulletin artikel yang dibuat pada 19 April 2023.
Kaola juga menyentuh keluhan daripada pemandu kereta ambulan melalui Whatsapp, mereka menerangkan jalan yang mereka tempuh terlalu jauh untuk sampai ke rumah yang tertentu di Jalan Binglu Barat atau Binglu Selatan untuk merespon panggilan kecemasan, sehingga ada pesakit yang tidak mendapat pertolongan. Kaola ingin pencerahan sahaja, jika ada perancangan-perancangan untuk mengatasi keluhan daripada berbagai pihak ini. Itu sahaja, sekian semoga bermanfaat.
الحمدلله الذي بنعمته تتم الصالحات، وأسألكم الدعاء وشكراً جزيلاً
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi
Terima kasih dan sekarang saya persilakan Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin.
Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin
بسم الله الرحمن الرحيم
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. أحكم بين رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين، سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. السَّلاَمُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ Salam sejahtera dan salam Ramadan mubarak kepada semua.
Lebih dahulu terima kasih Yang Berhormat Pengerusi kerana memberi kaola laluan untuk ikut memberi serta membincangkan peruntukan bagi Kementerian Pembangunan bagi Tahun Kewangan 2024/2025.
Terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Menteri Pembangunan atas pencerahan dan penerangan berkaitan dengan perkembangan dan hala tuju tumpuan dan keutamaan Kementerian Pembangunan.
Kaola maklum bahawa terlalu banyak soalan yang telah disoal dan mungkin soalan kaola akan menambah lagi soalan-soalan yang perlu dijawab.
Isu 1. Kod Akaun 003-000 - Pengurusan Industri Pembinaan yang berobjektif memastikan keselamatan diutamakan dengan mematuhi peraturan dan piawaian. Isu yang ingin kaola bangkitkan ialah mengenai technical whistleblowing dan perlindungan mereka. Bayangkan bangunan flat mesti dirobohkan selepas 5 tahun sebab struktur besi dalam tiang berkarat. Bayangkan jalan raya berlubang besar disebabkan foundation yang tidak cukup padat. Bayangkan pencemaran dari sisa toksik yang dibuang di tempat awam yang tidak berpenghuni.
Ini scenario kerosakan teknikal yang bukan sahaja boleh mengakibatkan kerosakan harta benda dan mencemarkan alam sekitar tetapi juga boleh mengakibatkan kehilangan jiwa. Isu serupa ini dapat dielakkan jika orang yang mengetahuinya membuat intervensi awal dengan membuat laporan aktiviti-aktiviti di dalam organisasinya yang mungkin menyalahi piawaian dan tidak mengikuti standard atau SOP kepada agensi yang sepatutnya.
Ada orang dalam organisasi mengetahui akan aktiviti-aktiviti yang meragukan dalam organisasi mereka tetapi tidak tahu di mana atau tidak mahu menyuarakan atau takut dikatakan dalang dan diambil tindakan disiplin.
Sebagai susulan perbincangan tahun lalu, kaola berpendapat sudah masanya kementerian meninjau semula perkembangan berkaitan isu pengaduan dan perlindungan yang perlu diberi kepada yang melibatkan tingkah laku yang tidak beretika dalam organisasi.
Keperluan untuk mengamalkan etika profesional dalam setiap bidang pekerjaan bukanlah sesuatu yang baru tapi dalam konteks kejadian-kejadian kemalangan industri dan isu-isu yang merugikan masyarakat, harta benda dan institusi adalah penting untuk menekankan pentingnya etika profesional dalam kerja.
Etika profesional menuntut individu-individu dalam profesi mereka untuk bertanggungjawab dalam setiap peringkat projek dari fasa reka bentuk, pembinaan, operasi, penyelenggaraan hingga penyelesaian projek demi memastikan keselamatan awam, alam sekitar dan harta benda.
Tambahan pula penting bagi individu profesional untuk melaporkan sebarang aktiviti dalam organisasi-organisasi mereka yang mereka anggap meragukan atau berpotensi membawa kesan negatif kepada manusia, alam sekitar dan harta awam. Bagi yang berani bersuara melaporkan organisasi yang melakukan aktiviti yang diragui (whistleblower), mesti diberi perlindungan.
Pertanyaannya, mohon diberiagakan jika prinsip etika profesional dan garis panduan memberi perlindungan kepada whistleblower ini telah dijadikan sebagai etika kerja.
Yang Berhormat Pengerusi
Ahli Yang Berhormat. Saya kurang pasti apa yang dibincangkan sekarang.
Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin
Kaola ingin bertanyakan jika ada undang-undang yang akan diperuntukkan di dalam Kementerian Pembangunan untuk mem protect, melindungi whistleblower?
Yang Berhormat Pengerusi
Jadi apa maksudnya whistleblower yang 'kitani' kan protect? Whistleblower 'macamana', adakah maksudnya orang itu akan mengeluarkan divulge government secret ataupun apa? Yang mana setiap pegawai diperlukan untuk menandatangani satu dokumen yang menyatakan bahawa ia sebagai seorang pegawai, ia tidak boleh mengeluarkan apa-apa juga yang didengarnya dan diketahuinya yang bertentangan dengan peraturan kerajaan, yang bertentangan dengan rahsia yang harus dijaga.
Jika sekiranya ia mengeluarkan sesuatu yang bertentangan dengan rahsia kerajaan, maka tidak ada protection yang boleh diberikan kepadanya.
Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin
Yang kaola maksudkan di sini Yang Berhormat Pengerusi ialah technical whistleblower yang mengetahui profesional dalam agensi-agensi.
Yang Berhormat Pengerusi
Saya kira perkara yang pernah terjadi di luar negeri yang tidak ada terjadi ataupun tidak mungkin terjadi di negara kita, tidaklah kita jadikan sebagai sesuatu drama di tempat kita. Saya tidak fikir perkara seperti ini boleh berlaku.
Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin
Yang Berhormat Pengerusi, kaola have a different opinion sebab..
Yang Berhormat Pengerusi
Kalau tidak perlu, janganlah kita bawa ataupun 'kitani' bincangkan dalam Dewan ini. Melainkan kita mempunyai bukti yang nyata bahawa sesuatu perkara telah terjadi, sesuatu yang meletup yang mengakibatkan hilangnya nyawa ataupun hilangnya harta benda kerajaan. Itu yang harus di protect. Barangkali yang mengetahui soal itu yang dimaksudkan whistleblower ini tadi? Saya tidak tahu apa keadaan yang sebenarnya.
Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin
Whistleblower yang maksudkan di sini Yang Berhormat Pengerusi ialah orang yang mengetahui standard yang sepatutnya dibuat di dalam membuat kerja tapi tidak diikuti dan tidak disuruh ikuti.
Yang Berhormat Pengerusi
Saya kira tidak ada sesuatu organisation yang ...we are not living in a perfect world, tidak ada satu _organisation yang mana kakitangannya adalah orang yang perfect, melainkan 'kitani' mempunyai robot, A.I sekarang. Semuanya perfect berjalan. Jikalau manusia memang ada, memang 'kitani'... Dia tidak bersetuju dengan ketuanya 'macam-macam' timbul. Ia tidak bersetuju dengan section head, juga macam-macam timbul.
Jadi apabila timbul sesuatu maka tuduh menuduh akan menular. Walau bagaimanapun perkara seperti itu akan disiasat menurut peraturan-peraturan yang berjalan. Jadi bagi 'kitani' memberitahu sekarang kepada khayalak ramai we will protect whistleblower. Ertinya 'kitani' mengakui terdapatnya perkara-perkara yang salah berlaku dalam kerajaan, yang mana orang akan mengeluarkan secara secret perkara-perkara yang tidak sepatutnya dikeluarkan kepada khalayak ramai. Apa yang terjadi di negara-negara barat itu terpulanglah kepada mereka. 'Inda payah kitani ikut-ikutan' dalam soal itu.
Saya kira apa yang terjadi kepada siapa namanya, Australian atau ujian yang sekarang ini sudah lingkup di London dan whistleblower yang dituntut oleh Amerika Syarikat ketika ini, itu tidak menjadi 'ikat-ikutan' kepada 'kitani'. 'Inda payah kitani' soalkan perkara seperti itu.
Saya kira panjang lebar sahaja 'kitani' merundingkan 'kedia' yang mungkin tidak mendatangkan sesuatu kepada 'kitani' sendiri. Jadi, tumpukanlah please perhatian 'kitani' kepada apa yang harus 'kitani' lakukan, apa yang harus 'kitani' pertimbangkan yang di depan 'kitani'.
Saya minta maaf kepada Ahli Yang Berhormat sebab mengganggu 'mangkali' thoughts ataupun pemikiran apabila membuat saranan-saranannya. Tetapi, saya kira sebagai orang yang lebih tua daripada yang lain-lain di dalam Dewan ini, saya kira saya mempunyai tugas untuk 'mengetuk' bahawa perkara yang tidak mungkin berlaku dan kita mempunyai undang-undang tertentu, maka harus kita jalankan.
Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi atas teguran. Just to clarify bukan kaola berhajat untuk memberi protection kepada orang-orang yang mengeluarkan secret kerajaan, tapi adalah etika profesional. Jadi, kaola tutup perbincangan atas nasihat Yang Berhormat Pengerusi.
Isu kedua, pengurusan projek pembangunan prasarana perumahan skim perumahan. Banyak telah dikatakan tentang isu ini. Kaola maklum setakat ini, ada lebih 11 ribu permohonan dalam skim perumahan negara yang telah pun disokong layak masih menunggu giliran dan ada lebih 60 ribu permohonan, betulkan kaola kalau silap, yang masih dalam proses penilaian dan setiap tahun beribu-ribu anak muda, keluarga baru memohon perumahan. الأحفظ لكم
Sekitar 2000 rumah siap diserahkan kepada rakyat yang bertuah memiliki rumah subsidi di bawah kerajaan. Isu yang sering dibangkitkan dalam Dewan ini dan yang telah dibangkitkan juga oleh Yang Berhormat sejawat, bagaimana untuk meningkatkan kuantiti, tingkatkan kebanyakan rumah siap setiap tahun dan juga kualiti dari segi reka bentuk, keselesaan ruang yang mampu dibayai dengan perbelanjaan tawaran kerajaan yang tersekat.
Cadangan kaola ialah untuk menilai beberapa financing model untuk menjan projek berterusan dan cara pembayaran bulanan perumahan bolehlah dibuat dan dikenalkan segera dan memastikan affordability (kemampuan) dan kelestarian (sustainability) dari pihak kerajaan untuk meningkatkan dan mempercepatkan lebih banyak lagi rumah dalam skim perumahan dan juga menjadikan pelbagai modal pembayaran balik oleh penerima yang berbeza mengikut kemampuan dalam jangka waktu dan jumlah yang bersesuaian agar skim perumahan berjalan lancar.
Kaola juga difahamkan saiz rumah di bawah skim ini dalam 120-130 meter persegi dan tapak tersekat adalah sebab fakta kemampuan kerajaan menjadikan tapak dan rumah dalam bajet yang terhad. Adakah pelan untuk merebui kesesuaian reka bentuk yang sedia ada dengan mengambil imbal balik dari orang-orang yang pernah tinggal di rumah teres, rumah kembar bertemu dan ada rumah bertemu dapur, akan kesesuaian reka bentuk rumah demikian dengan ciri calak orang Brunei? Dan menyebabkan extension bertambah yang tidak seimbang dan sebab tambahan itu ada menyebabkan insuran rumah tidak dapat dibaharui.
Cadangan kaola, mungkin sudah masanya untuk menilai keperluan penubuhan badan induk seperti yang telah disarankan oleh beberapa Ahli di sini yang bebas, ala housing development board yang bertanggungjawab untuk merancang dan membina perumahan dalam skim perumahan negara yang bertugas antara lain menyediakan perumahan yang selesa dan model reka bentuk yang bersesuaian mengikuti calak orang Brunei termasuk mencari menjan dana dan juga membuat kutipan pembayaran.
Agensi ini juga bolehlah dipertanggungjawabkan untuk memberi khidmat ala housing estate management memastikan persekitaran skim perumahan sentiasa dikawal dan dipantau agar sentiasa selamat, segar, sesuai sebagai tempat perumahan dan tidak menjadi tempat terbiar. Ahli-ahli housing development board ini bolehlah dianggotai oleh ahli-ahli profesional yang telah bersara dari agensi-agensi kerajaan dan badan swasta yang tidak ada kepentingan untuk mengelakkan timbulnya conflict of interest.
Cadangan kedua, mohon pencerahan jika ada pelan untuk 'membarigakan' modal-modal perkampungan baru skim perumahan negara baru dan pelan rancangan daerah untuk meminta imbal balas dari orang awam, ahli swasta dan agensi kerajaan sebelum ia dibina.
Cadangan ketiga, kebanyakan tanah di Daerah Belait adalah tanah kerajaan atau digazet di bawah kawalan untuk meneroka minyak atau hutan simpanan. Tanah persendirian sangat terhad untuk pembinaan rumah private menyebabkan harga tanah tidak mampu dijangkau oleh young professional dan keluarga muda.
Adakah ura-ura untuk kerajaan membuka lebih banyak tapak-tapak tanah untuk dibukakan untuk perumahan persendirian tetapi dibina di atas skim penganugerahan tanah untuk membolehkan membina rumah persendirian dengan dana sendiri atau loan perumahan yang diambil sendirian?
Ini akan meringankan beban kerajaan untuk membuat perumahan untuk young professional yang mahu membina rumah dengan dana sendiri.
Isu ketiga, Kod 003 - Pengurusan Pemeliharaan Estate dan Kemudahan Bangunan Terbiar. Dalam KPI ada sasaran membaikpulih bangunan terbiar yang baseline nya seribu buah rumah, sasarannya ialah 50% bagi tahun 2024/2025 40% dan 3% selanjutnya.
Merujuk kepada isu pemantauan aset kerajaan yang kosong dan tidak digunakan pada tahun yang lalu, apakah status tindakan yang diambil berkaitan penubuhan jawatankuasa lembaga untuk menguasai hasil kerajaan di negara ini dan berapakah peruntukan bajet yang bakal disediakan untuk tujuan ini dan target timeline bagi menyelesaikan masalah ini?
Yang Berhormat Pengerusi. Isu keempat 'biskaola' ingin sampaikan ialah energy saving initiatives. Mohon ceritakan langkah-langkah khusus yang telah diperkenalkan untuk menggalakkan penggunaan teknologi hijau dalam pelbagai projek infrastruktur kerajaan. Lebih daripada statement mengatakan bahwa projek ini menerapkan keperluan Green Mark Certification tahap gold rating daripada BCA Green Mark Singapura.
Dalam membuat comparison yang nyata, kilowatt per hour tenaga kurang sebab menggunakan bahan bangunan dan reka bentuk yang bersesuaian, peratus kurang menggunakan air hujan. Dan adakah faktor-faktor serupa diambil kira dalam penilaian dan penganugerahan kontrak bersandarkan projek lifetime cost bukan setakat kos pembinaan awal diambil kira dalam penganugerahan kontrak. Adakah kementerian mengambil langkah untuk memasukkan sumber tenaga alternatif seperti tenaga solar atau energy saving initiatives dalam projek-projek kerajaan?
Selain itu, mohon 'barigakan' program latihan atau bantuan kewangan tax incentives yang mungkin ada untuk technology implementation incentives funding yang boleh dipohon oleh pihak swasta yang mahu menyerapkan inisiatif-inisiatif teknologi hijau dalam kerja-kerja yang berkaitan dengan kementerian dan bagaimanakah pelaksanaan bertindak bagi memastikan bahawa pelaksanaan teknologi hijau ini berjalan lancar dan memberi manfaat kepada persekitaran dan masyarakat secara keseluruhannya?
Dalam peningkatan teknologi solar, adakah ada pelan untuk memasang street lights solar di tempat-tempat jalan raya yang jauh daripada jalan raya yang besar yang tidak berdekatan dengan prasarana dan perumahan?
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Isu kelima, kod 003/000 - Pengurusan Industri Pembinaan. Adakah rancangan untuk memastikan private housing (estate developer) di register untuk memastikan mereka menyumbang kepada khazanah negara dengan dikutip cukai bila berbusiness di Negara Brunei Darussalam.
Kaola maksudkan ini bukanlah agen-agen yang berjual rumah dan kaola maklum sudah perlu di register sebagai business entity, bukan juga kontraktor yang membina estate tetapi yang kaola maksudkan ialah developer individual yang membuat perundingan direct dengan pemilik tanah, developer ini meraih keuntungan tanpa risiko dan tidak ada sumbangan langsung kepada negara.
Keenam, Projek Kereta Api SeBorneo. Masa kini ada video viral yang menunjukkan inisiatif luar negara tentang projek Interborneo Railway Network. Network menunjukkan skop network kereta api termasuk Negara Brunei Darussalam. Rakyat ikut teruja dengan inisiatif ini kalau dilihat dari komen orang 'kitani' bukan sahaja memberikan alternative form of transport untuk commuter, juga akan mengurangkan keperluan memiliki kenderaan disebabkan oleh perjalanan harian yang jauh dari rumah.
Mohon pencerahan Yang Berhormat jika kementerian ada pelan awal dan akan turut menilai kesesuaian untuk ikut serta dalam network ini dan memastikan keperluan negara diambil kira dalam memilih tempat-tempat perhentian dan route kereta api.
Kaola berhentikan di sini saja Yang Berhormat Pengerusi. Kaola beri peluang Yang Berhormat Menteri memberikan penjelasan dan kaola berterima kasih atas diberi peluang untuk menaikkan isu-isu ini yang dibincangkan dalam Dewan yang mulia ini.
والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Yang Berhormat Pengerusi
Terima kasih Ahli-Ahli Yang Berhormat. Ada 5 Ahli-Ahli Yang Berhormat lagi yang telah menyuarakan soalan-soalan. Besar kemungkinannya Yang Berhormat Menteri Pembangunan suka untuk menjawab soalan-soalan yang berkenaan itu.
Walau bagaimanapun, saya kira waktunya sudah agak lewat bagi 'kitani'. Jadi ada baiknya 'kitani' tangguhkan dahulu mesyuarat 'kitani' ini dan 'kitani' akan bersidang semula dalam peringkat Majlis Mesyuarat Negara.
(Majlis Mesyuarat ditangguhkan)
(Majlis Mesyuarat bersidang semula)
Yang Berhormat Yang Di-Pertua
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kita sekarang bersidang semula dalam Persidangan Majlis Mesyuarat Negara. Saya kira cukuplah dahulu kita bersidang pada hari ini.
Saya ingin menangguhkan Persidangan Majlis Mesyuarat Negara ini dan kita akan bersidang semula إن شاء الله pada esok hari iaitu hari Selasa, 19 Mac 2024 bermula daripada jam 10.00 pagi.
Sekian,
وبالله التوفيق والهداية، والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
(Majlis Mesyuarat ditangguhkan)
HADIR
YANG DI-PERTUA
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib, P.S.N.B., S.L.J., P.H.B.S., P.J.K., P.K.L., Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara, Negara Brunei Darussalam.
AHLI RASMI KERANA JAWATAN (PERDANA MENTERI DAN MENTERI-MENTERI)
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Perdana Menteri, Menteri Pertahanan, Menteri Kewangan dan Ekonomi dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri, Negara Brunei Darussalam.
Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, D.K.M.B., D.P.K.T., King Abdul Aziz Ribbon, First Class (Saudi Arabia), The Order of the Renaissance (First Degree) (Jordan), Grand Cross of Crown Order- G.K.K., (Netherlands), Medal of Honour (Lao), DSO (Singapore), Order of Lakandula With The Rank of Grand Cross (Philippines), The Order of Prince Yaroslav the Wise, Second Class (Ukraine), Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Pertama (Johor), DSO (Military) (Singapore), P.H.B.S., Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam.
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Di-Raja Dato Laila Utama Haji Awang Isa bin Pehin Datu Perdana Menteri Dato Laila Utama Haji Awang Ibrahim, D.K., S.P.M.B., D.S.N.B., P.H.B.S., P.B.L.I., P.J.K., P.K.L., Penasihat Khas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam. (Tidak hadir atas urusan rasmi)
Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman P.S.S.U.B., D.P.M.B., P.H.B.S., P.B.L.I., P.J.K., P.K.L., Menteri Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam.
Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof D.P.K.T., S.M.B., P.H.B.S., Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II, Negara Brunei Darussalam. (Tidak hadir atas urusan rasmi)
Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar P.S.N.B., D.P.M.B., Menteri Kesihatan, Negara Brunei Darussalam. (Tidak hadir atas urusan rasmi)
Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah P.S.N.B., S.P.M.B., Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Negara Brunei Darussalam. (Tidak hadir atas urusan rasmi)
Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd. Yusof P.S.N.B., S.P.M.B., P.J.K., P.I.K.B., Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II, Negara Brunei Darussalam. (Tidak hadir atas urusan rasmi)
Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmadddin bin Haji Abdul Rahman, P.S.N.B., S.P.M.B., P.S.B., P.I.K.B., Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Negara Brunei Darussalam.
Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Abd. Manaf bin Haji Metussin, P.S.N.B., S.P.M.B., S.N.B., S.M.B., P.S.B., P.K.L., Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Negara Brunei Darussalam. (Tidak hadir atas urusan rasmi)
Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abd. Rashid, P.S.N.B., D.P.M.B., P.I.K.B., Menteri Pembangunan, Negara Brunei Darussalam.
Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr. Dayang Hajah Romaizah binti Haji Md. Salleh, P.S.N.B., S.P.M.B., P.I.K.B., P.K.L., Menteri Pendidikan, Negara Brunei Darussalam.
Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha, P.S.N.B., P.S.B., Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi, Negara Brunei Darussalam.
Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Nazmi bin Haji Mohamad, P.S.N.B., S.M.B., P.I.K.B., Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Negara Brunei Darussalam.
AHLI YANG DILANTIK ORANG-ORANG YANG BERGELAR
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abd. Rahman bin Haji Ibrahim, P.S.N.B., D.P.M.B., P.H.B.S., P.I.K.B., P.K.L.
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof, P.S.N.B., D.P.M.B., P.H.B.S., P.J.K., P.I.K.B., P.K.L.
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Suyoi bin Haji Osman, P.S.N.B., D.P.M.B., P.J.K., P.I.K.B., P.K.L.
AHLI YANG DILANTIK ORANG-ORANG YANG TELAH MENCAPAI KECEMERLANGAN
Yang Berhormat Dayang Hajah Safiah binti Sheikh Haji Abd. Salam, S.U.B., P.I.K.B., P.K.L.
Yang Berhormat Awang Lau How Teck, P.S.B.
Yang Berhormat Dayang Chong Chin Yee, P.I.K.B.
Yang Berhormat Dr. Awang Haji Mahali bin Haji Momin, S.M.B., P.I.K.B., P.K.L.
Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin, S.N.B., S.M.B., P.I.K.B.
Yang Berhormat Dayang Hajah Rosmawatty binti Haji Abdul Mumin, S.M.B., P.S.B.
Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin, P.I.K.B.
AHLI YANG DILANTIK MEWAKILI DAERAH-DAERAH
Yang Berhormat Awang Amran bin Haji Maidin, P.I.K.B., P.K.L., Penghulu Mukim Lumapas -Daerah Brunei dan Muara.
Yang Berhormat Awang Lawi bin Haji Lamat, P.K.L., Ketua Kampung Subok - Daerah Brunei dan Muara.
Yang Berhormat Awang Zainol bin Haji Mohamed, Ketua Kampung Putat - Daerah Brunei dan Muara.
Yang Berhormat Awang Mohamad Ali bin Tanjong, P.K.L., Ketua Kampung Lumapas 'B' – Daerah Brunei dan Muara.
Yang Berhormat Awang Haji Daud bin Jihan, P.I.K.B., P.K.L., Ketua Kampung Belimbing – Daerah Brunei dan Muara.
Yang Berhormat Awang Haji Md. Salleh bin Haji Othman, P.I.K.B., Penghulu Mukim Bukit Sawat – Daerah Belait.
Yang Berhormat Awang Mohammad bin Abdullah @ Lim Swee Ann, Ketua Kampung Bukit Sawat – Daerah Belait.
Yang Berhormat Awang Haji Mohamad Danial @ Tekpin bin Ya'akub, P.I.K.B., Penghulu Mukim Ukong – Daerah Tutong.
Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan, Ketua Kampung Sengkarai – Daerah Tutong.
Yang Berhormat Haji Awang Sulaiman bin Haji Nasir, P.S.B., P.I.K.B., P.K.L.P., Ketua Kampung Labu Estet dan Piasau-Piasau – Daerah Temburong.
HADIR BERSAMA
Yang Mulia Dr. Dayang Hajah Huraini binti Pehin Orang Kaya Setia Jaya Dato Paduka Awang Haji Hurairah, P.S.B., P.I.K.B., P.K.L., Jurutulis Majlis Mesyuarat Negara, Negara Brunei Darussalam.
Yang Mulia Pengiran Hajah Zaidah binti Pengiran Haji Petra, Pemangku Timbalan Jurutulis Mesyuarat Negara, Negara Brunei Darussalam.
(Mesyuarat mula bersidang pada pukul 10.00 pagi)
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.
Estimated Word Count
Total: 19060
Yang Berhormat Menteri Pembangunan: 4738
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof: 2313
Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin: 1816
Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin: 1586
Yang Berhormat Pengerusi: 1261
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Suyoi bin Haji Osman: 1115
Yang Berhormat Dayang Hajah Rosmawatty binti Haji Abdul Mumin: 1100
Yang Berhormat Dayang Hajah Safiah binti Sheikh Haji Abd. Salam: 797
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abd. Rahman bin Haji Ibrahim: 766
Yang Berhormat Dayang Chong Chin Yee: 703
Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan: 534
Yang Berhormat Haji Awang Sulaiman bin Haji Nasir: 381
Yang Berhormat Awang Haji Mohamad Danial @ Tekpin bin Ya'akub: 363
Yang Berhormat Awang Haji Md. Salleh bin Haji Othman: 360
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri: 317
Yang Berhormat Awang Haji Daud bin Jihan: 238
Yang Berhormat Yang Di-Pertua: 217
Yang Berhormat Awang Mohammad bin Abdullah @ Lim Swee Ann: 214
Yang Berhormat Dr. Awang Haji Mahali bin Haji Momin: 173
Yang Mulia Jurutulis: 34
Yang Berhormat Awang Zainol bin Haji Mohamed: 34