HARI KE-10
๐ Masa membaca: 110 minit
๐ Bilangan kata: 22,285 kata
24HB MAC 2021โ
(Mesyuarat mula bersidang pada pukul 9.30 pagi)
Yang Dimuliakan Jurutulisโ
ุจุณู ุงููู ุงูุฑุญู ู ุงูุฑุญูู Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ketujuh Belas Majlis Mesyuarat Negara bersidang pada pagi ini, iaitu hari yang kesepuluh didahului dengan Doa Selamat.
DOA SELAMATโ
Doa Selamat dibacakan oleh Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Awang Hamidon bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Abdul Hamid.
Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ
ุจุณู ุงููู ุงูุฑุญู ู ุงูุฑุญูู ุงูุณูุงู ุนูููู ูุฑุญู ุฉ ุงููู ูุจุฑูุงุชู ุงูุญู ุฏ ููู ุณุจุญุงูู ูุชุนุงูู kita bersyukur ke hadrat ุงููู ุณุจุญุงูู ูุชุนุงูู kerana dengan limpah, rahmat dan izin-Nya jua, kita dapat lagi bersama-sama hadir pada pagi ini bersidang bagi hari yang kesepuluh dalam Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ketujuh Belas Majlis Mesyuarat Negara. Selawat serta salam ke atas Junjungan Besar kita ุณูุฏูุง ู ุญู ุฏ ุตูู ุงููู ุนููู ูุณูู kaum kerabat, para sahabat serta pengikut-pengikut Baginda yang taat lagi setia hingga ke akhir zaman.
Ahli- Ahli Yang Berhormat, sebagaimana yang sama-sama kita sedia maklumi Persidangan Majlis Mesyuarat Negara ini masih lagi membincangkan Rang Undang-Undang (2021) Perbekalan, 2021/2022 yang telah dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri Di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II. Maka bagi membolehkan kita berbincang dan terus meneliti tajuk-tajuk seterusnya, rang belanjawan berkenaan, saya tangguhkan dulu Persidangan Majlis Mesyuarat Negara ini untuk kita bersidang di Peringkat Jawatankuasa sepenuhnya.
(Majlis Mesyuarat ditangguhkan)
(Mesyuarat bersidang sebagai Jawatankuasa)
Yang Berhormat Pengerusiโ
ุจุณู ุงููู ุงูุฑุญู ู ุงูุฑุญูู Ahli-Ahli Yang Berhormat, majlis sekarang bersidang di Peringkat Jawatankuasa sepenuhnya bagi meneliti dan menimbangkan Rang-Rang Undang-Undang (2021) Perbekalan, 2021/2022 satu per satu.
Sebelum kita menyambung semula perbahasan dan membincangkan Tajuk Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, saya telah difahamkan bahawa Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama dan Yang Berhormat Menteri Pembangunan ingin membuat kenyataan lanjut terhadap soalan yang telah dikemukakan terdahulu yang belum dijawabnya.
Saya persilakan dulu Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama.
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugamaโ
ุจุณู ุงููู ุงูุฑุญู ู ุงูุฑุญููYang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Terima kasih kerana memberikan kesempatan ini, Yang Berhormat Pengerusi. Kaola ada dua perkara:
- Bukanlah berhubung dengan soalan atau jawapan kaola tetapi ialah berhubung kenyataan kaola semasa membentangkan Peruntukan Kementerian Hal Ehwal Ugama bagi Tahun Kewangan 2021/2022. Dalam pembentangan itu, kaola telah memetik sebahagian daripada angka-angka yang berhubung dengan di bawah Peruntukan Gaji dalam sebutan juta.
Kaola menyebut angka dalam 5 kategori iaitu Gaji Kakitangan, Caruman TAP, Caruman SCP, Kurnia Elaun Khas, Elaun Sara Hidup dan Bonus. Kesemua angka yang kaola sebut itu tidak betul. Jadi, kaola sukacita membetulkannya kerana ini berupa pembetulan fakta dan bukanlah tipu helah atau editorial yang boleh sahaja kaola memohon dan uruskan dengan pihak Sekretariat untuk membetulkan di dalam Hansard.
Lagipun, yang kaola bentangkan itu sebahagian yang telah disokong oleh majlis dan diluluskan dan kaola faham menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang (2021) Perbekalan, 2021/2022 setakat mesyuarat di Peringkat Jawatankuasa ini.
Maka, kaola berharap dan memohon kebijaksanaan Yang Berhormat Pengerusi, kenyataan kaola ini sebagai membetulkan daripada apa yang sudah kaola sebutkan dan ini diambil kira sebagai sebahagian daripada peruntukan yang telah disokong dan dijadikan sebahagian daripada Rang Undang-Undang (2021) Perbekalan, 2021/2022.
Angka-angka itu ialah sebagaimana ini disebutkan dalam Hansard:
i. Gaji Kakitangan, kaola sebut dalam $165.8 juta, sebetulnya $170.1 juta.;
ii. Caruman TAP, kaola sebut $7.55 juta yang sebenarnya $8.09 juta.;
iii. Caruman SCP, kaola sebut $4.7 juta yang sebenarnya $5.033 juta.;
iv. Kurnia Elaun Khas, kaola sebut $10.56 juta yang sebenarnya $11.019 juta.;
v. Elaun Sara Hidup, kaola sebut $7.6 juta yang sebenarnya $8.396 juta.; dan
vi. Bonus, kaola sebut $17.2 juta yang sebenarnya $17.005 juta.
Sebagaimana yang kaola nyatakan tadi, kerana kesilapan ini, kaola dialert oleh staff kaola kelmarin dan abiskaola menyemak semula sebenarnya memang ada kesilapan kaola dalam menyatakan dan ini agak menggelikan hati juga sedikit, barangkali 'mata orang tua-tua', Yang Berhormat Pengerusi. Bajet tahun lepas bersebelahan dengan bajet tahun ini. Jadi, yang kaola petik itu angka-angka tahun lepas. 'mata orang tua-tua', Yang Berhormat Pengerusi, minta maaf; dan
- Berhubung dengan kenyataan kaola semalam, merespons kepada Yang Berhormat Awang Haji Abdul Hamid bin Haji Mumin, kaola berterima kasih kepada Yang Berhormat mengalert dan setelah mendengar jawapan kaola, staff kaola di belakang mengalert kaola, didapati kenyataan kaola itu tersilap fakta. Bukan tersilap dari segi typical error atau sebutan nama-nama.
Ia berhubung dengan masjid baharu RPN Kampung Lumut, yang temasuk dalam rancangan RKN-11 yang sudah diperuntukkan dalam peruntukan ini. Jadi, Yang Berhormat bertanya dengan ikhlas kerana kaola menyebutkan bukan dalam pembentangan bajet tetapi dalam masa turut serta berucap menyokong sembah junjung kasih yang sepenuh-penuhnya Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
Kaola menyebut beberapa buah masjid yang dalam proses di bawah RKN itu, tetapi tidak menyebutkan masjid baharu RPN Kampung Lumut. Kerana itu berbangkit daripada Yang Berhormat bertanya dan sekarang ini kaola mengambil kesempatan membetulkan apa yang kaola `padahkanโ atau sebutkan semalam itu tidaklah benar dari segi fakta. Faktanya yang sebenar, untuk makluman Dewan dan seterusnya kepada Yang Berhormat Pengerusi, masjid baharu RPN Kampung Lumut pada masa ini, tawaran telah dibuka beberapa hari yang lalu pada 17 Mac 2021 dan akan ditutup pada 20 April 2021. Maknanya masjid ini sedang aktif dalam proses untuk pembinaannya. Kaola mohonkan pembetulan fakta ini akan dimasukkan dalam hansard sebagai pembetulan kaola dalam Dewan ini. Bukan pembetulan kaola melalui urusan Sekretariat.
Terima kasih. ููุงูุณููููุงู ู ุนูููููููู ู ููุฑูุญูู ูุฉู ุงูููู ููุจูุฑูููุงุชููู
Yang Berhormat Pengerusiโ
Pembetulan Yang Berhormat kemukakan diambil maklum dan tindakan-tindakan sesuai yang akan dilaksanakan. Saya percaya Yang Berhormat Awang Haji Abdul Hamid bin Haji Mumin barangkali boleh memberikan khabar baik dan gembira kepada penduduk kampung yang sentiasa menunggu bilakah masjid kampungnya akan dilaksanakan.
Saya persilakan sekarang Yang Berhormat Menteri Pembangunan.
Yang Berhormat Menteri Pembangunanโ
ุจุณู ุงููู ุงูุฑุญู ู ุงูุฑุญููุงูุณููููุงู ู ุนูููููููู ู ููุฑูุญูู ูุฉู ุงูููู ููุจูุฑูููุงุชููู, Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Kaola ingin merujuk soalan daripada Yang Berhormat Dayang Khairunnisa binti Awang Haji Ash'ari semalam, di bawah Tajuk SK01A โ Jabatan Kementerian Pembangunan mengenai inisiatif Kementerian Pembangunan dalam melaksanakan Dasar Kebangsaan Perubahan Iklim Negara Brunei Darussalam dan โProtokol Hijauโ yang menekankan pelaksanaan penguatkuasaan dan pemantauan adalah sangat penting dalam memastikan kita dapat mencapai sasarannya.
Kementerian Pembangunan sangat menyambut baik akan saranan dan cadangan yang telah dikemukakan oleh Yang Berhormat. Sebaik sahaja Dasar Kebangsaan Perubahan Iklim Negara Brunei Darussalam dilancarkan pada bulan Julai 2020, Jawatankuasa Penyediaan Dokumen Operasi iaitu Operational Document Drafting Committee (ODDC) telah ditubuhkan untuk merancang fasa pelaksanaan serta pemantauan dasar dengan melibatkan sekali lagi kesemua pihak yang berkepentingan.
Pendekatan menyeluruh ini telah pun menghasilkan dokumen operasi Dasar Kebangsaan Perubahan Iklim Negara Brunei Darussalam Fasa 1 pada tahun 2021-2025. Dokumen ini mengandungi perancangan terperinci bagi setiap peneraju strategi-strategi BNCCP yang terdiri daripada kementerian-kementerian yang berkenaan.
Kedudukan progres dokumen operasi yang dimaksudkan akan dipantau setiap suku tahun oleh Jawatankuasa Eksekutif Perubahan Iklim dan seterusnya dilaporkan kepada Majlis Kebangsaan Perubahan Iklim Negara Brunei Darussalam. Majlis ini akan terus memainkan peranan penting dalam memastikan hasrat untuk menuju ke arah negara yang rendah karbon dan daya tahan iklim yang akan dapat dicapai. Enabler seperti garis panduan akta dan direktif yang bersesuaian yang perlu diperkenalkan juga telah dikenal pasti dalam dokumen operasi berkenaan yang akan dapat dikuatkuasakan pelaksanaan BNCCP bagi kesemua strategi.
Dalam kesempatan ini, kaola ingin juga merakamkan penghargaan yang setinggi-tingginya dan juga ucapan tahniah kepada Yang Berhormat Dayang Khairunnisa binti Haji Ashโari atas penglibatan aktif Yang Berhormat dalam penyediaan Dasar Perubahan Iklim Negara Brunei Darussalam dan โProtokol Hijauโ dan seterusnya bagi menerajui tindakan iklim dan menangani isu-isu alam sekitar bagi para belia.
Yang Berhormat telah menunjukkan contoh yang terbaik bahawa belia dapat dan mampu memainkan peranan sebagai ejen perubahan. Tidak lupa juga kaola ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada semua Ahli Yang Berhormat atas sokongan terhadap BNCCP dan โProtokol Hijauโ dan juga pelaksanaannya. Semoga menjadi contoh ikutan kepada generasi kita yang akan datang.
Itu sahaja, Yang Berhormat Pengerusi. Terima kasih.
Yang Berhormat Pengerusiโ
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri Pembangunan.
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Sebelum kita tangguhkan mesyuarat semalam, kita telah mendengar empat orang Ahli Yang Berhormat yang telah membawa beberapa perkara dan mengemukakan beberapa soalan yang ditujukan kepada Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi, dan Rang Belanjawan Kementerian yang berkenaan belum pun sempat lagi kita undi untuk dijadikan sebagai sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.
Maka, bagi meneruskan pekerjaan kita seterusnya, saya sekarang memberikan kesempatan kepada Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi, untuk memberikan jawapan-jawapan ataupun reaksi/respons terhadap perkara-perkara yang ditimbulkan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat berkenaan.
Silakan, Yang Berhormat.
Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasiโ
Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi.
ุจูุณูู ู ุงูููู ุงูุฑููุญูู ูฐูู ุงูุฑููุญูููู ู ุงูุณูููุงูู ู ุนูููููููู ู ููุฑูุญูู ูุฉู ุงูููู ููุจูุฑูููุงุชูููBagi menjawab soalan Yang Berhormat Awang Haji Abdul Wahab bin Apong, mengenai EV ataupun Electric Vehicle. Antara faktor penting yang diambil kira dan perhatian termasuklah isu mampu milik kenderaan elektrik.
Dalam hal ini, EV Task Force yang kaola sudah maklumkan sebelum ini berperanan untuk membuat penilaian sokongan dalam bentuk laporan perkembangan, yang sehubungan dengan isu-isu yang perlu diambil perhatian sepanjang jangka projek rintis EV ini nanti. Sokongan laporan ini menjadi input utama dalam memantapkan lagi apa jua dasar hala tuju EV termasuk isu-isu yang berkaitan dengan insentif dan lain-lain.
Dalam kesempatan ini, kaola ingin mengalu-alukan Ahli-Ahli Yang Berhormat dan orang ramai untuk berkunjung ke Brunei EV Showcase yang ุฅู ุดุงุก ุงููู, akan diadakan bermula pada hari Khamis, 25 Mac 2021 sehingga hari Ahad, 28 Mac 2021 bertempat di Bridex, Jerudong, Daerah Brunei dan Muara untuk kita sama-sama menyaksikan dan mencuba kenderaan-kenderaan elektrik yang dibawa masuk oleh pengedar-pengedar kenderaan di negara ini.
Mengenai cadangan memperbaiki sistem perkhidmatan teksi dan bas awam negara, kaola rasa cukup sudah kaola memberikan penjelasan mengenai perkara ini pada petang kelmarin dan kaola mengambil baik serta mempelawa apa jua cadangan buah fikiran daripada Ahli-Ahli Yang Berhormat secara berterusan.
Mengenai cadangan Yang Berhormat Awang Hanapi bin Mohd. Siput bagi meniadakan loading fee charge of 10% ke atas kenderaan yang berumur 6 tahun ke atas, kaola mengambil maklum akan cadangan ini dan ุฅู ุดุงุก ุงููู akan menyampaikannya kepada Persatuan Insurans dan Takaful Brunei (BITA). Isu mengenai harga insurans kenderaan secara amnya yang ada hubung kait dengan kemalangan jalan raya, sedang dalam perbincangan di peringkat Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya (MKKJR), dengan perwakilan pihak BITA merupakan ahli tetap kepada MKKJR jua. Mengenai cadangan Yang Berhormat Awang Haji Emran bin Haji Sabtu, untuk mewujudkan pengeluaran lesen memandu kenderaan automatik, perkara ini kaola ambil baik dan sudah dalam pertimbangan MTIC setakat ini. Antara usaha yang perlu diambil kira adalah pindaan kepada Peraturan Lalu Lintas Jalan Raya dengan mengadakan tambahan Kelas โ3Aโ dengan dikenakan beberapa syarat tertentu sebagai contohnya dan pada masa ini masih belum ada ujian yang khusus untuk pemandu-pemandu baharu yang menggunakan kereta automatik dan apa yang dijalankan pada masa ini ialah mana-mana pemandu yang diuji semula disebabkan lesen memandu mansuh melebihi 3 tahun, antara lainnya dibolehkan menggunakan kereta automatik.
Mengenai kebenaran dan kawalan lesen memandu bagi warga asing. Pada masa ini warga asing yang memegang lesen memandu negara asing dibenarkan untuk memandu di negara ini tidak melebihi satu tahun. Walau bagaimanapun, warga asing yang berhasrat untuk tinggal ataupun bekerja di negara ini, dikehendaki untuk membuat permohonan penukaran lesen memandu negara asingnya kepada lesen memandu Negara Brunei Darussalam.
Sebagai langkah pengawalan, pemandu-pemandu warga asing tersebut dikehendaki menjalani ujian memandu dan ujian kod jalan raya khususnya bagi yang memandu kenderaan-kenderaan komersial sebelum permohonan penukaran lesen memandu dapat diluluskan. Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, pada tahun 2020 lepas, sebanyak 10,726 permohonan baharu dan endorsement of license negara asing telah dicatatkan berbanding pada tahun 2019 sebelumnya iaitu sebanyak 11,985 permohonan.
Bagi menjawab soalan Yang Berhormat Awang Haji Emran bin Haji Sabtu, mengenai keberkesanan Sistem Keselamatan Amalan Pemandu (SIKAP). Inisiatif yang mula diperkenalkan pada tahun 2013 ini, sedang direviu pada masa ini. Isu keberkesanannya terutama sekali dalam isu-isu teknikal, ia memerlukan penyelarasan bersepadu dengan pihak-pihak tertentu khususnya Pasukan Polis Diraja Brunei dan juga Jabatan Pengangkutan Darat sedang diperbaiki secara berterusan. Kaola ingin mengongsikan sahaja, sebanyak 197 pemandu telah dikenakan Demerit Point di bawah SIKAP ini pada tahun 2019 dan seramai 331 pemandu pada tahun 2020 lepas.
Sehubungan dengan soalan dan cadangan Yang Berhormat Dayang Khairunnisa binti Haji Ashโari, mengenai pengecualian membayar lesen kenderaan bagi kenderaan jenazah, perkara ini sebenarnya telah pun ditimbulkan semasa Majlis Mesyuarat Negara pada tahun 2017. Dalam tempoh berkenaan, setakat ini usaha-usaha ke arah membuat pindaan Akta Peraturan Lalu Lintas Jalan Raya, Penggal 68 berkenaan telah dibuat dan satu draf pindaan akta disediakan dan dibincangkan dengan agensi-agensi berkenaan untuk menjadikannya satu peruntukan khusus supaya tidak lagi perlu dipohonkan pengecualian bayaran tetapi dicadangkan pindaan bagi pengecualian tetap. Sasaran pindaan ke atas akta berkenaan untuk dikuatkuasakan adalah pada tahun 2021 ini nanti ุฅู ุดุงุก ุงููู.
Mengenai soalan keselarasan Digital Economy Masterplan di sektor kerajaan, kaola ingin menekankan bahawa bagi mendukung Pelan Induk Ekonomi Digital setiap kementerian disarankan menyediakan Pelan Transformasi Digital masing-masing. Ini adalah bagi menekankan penggunaan teknologi dalam agensi-agensi kementerian tersebut dan juga bagi sektor swasta di bawah bidang kuasa kementerian masing-masing.
Sukacita juga kaola merujuk Surat Keliling Jabatan Perdana Menteri Bilangan 3/2012 pada Februari 2012: Bahawa penggunaan e-mel untuk urusan-urusan rasmi kerajaan diterima pakai sebagai prosedur perhubungan sesama agensi kerajaan, pihak swasta serta orang ramai.
Akhir sekali mengenai inisiatif antara pihak MTIC dan Kementerian Pendidikan bagi menghadapi Fourth Industrial Revolution, memang terdapat beberapa inisiatif yang diusahakan oleh MTIC melalui AITI bersama Kementerian Pendidikan yang melibatkan penyertaan penuntut sekolah rendah dan menengah bagi memupuk minat serta kemahiran digital dari peringkat awal lagi. Kerjasama ini juga diperkukuhkan dengan institusi pengajian tinggi.
Pada 29 September 2020 tahun lepas, AITI menandatangani Memorandum Persefahaman dengan Institut Pendidikan Teknikal Brunei ataupun IBTE bagi mengadakan makmal Internets of Things (IOTs) di Kampus Sultan Saiful Rijal dan AITI juga memeterai kerjasama dengan UTB dalam usaha untuk membangunkan penggunaan 5G bagi Kampus Universiti Teknologi Brunei (UTB) yang perjanjian ini juga bertujuan menubuhkan sebuah makmal teknologi inovasi 5G di UTB ุฅู ุดุงุก ุงููู.
Sekian terima kasih.
Yang Berhormat Pengerusiโ
Ahli-Ahli Yang Berhormat, ุฃููุญูู ูุฏู ูููููฐูู kita telah pun membincangkan dan meneliti Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi secara panjang lebar dan terperinci, saya kira cukuplah sudah kita membahaskan tajuk ini.
Maka, tajuk ini sekarang akan saya undi. Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju supaya Tajuk SN01A hingga Tajuk SN09A - Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi kita luluskan. Sila angkat tangan.
(Semua Ahli mengangkat tangan tanda bersetuju)
Yang Berhormat Pengerusiโ
Terima kasih. Semuanya bersetuju.
Yang Dimuliakan Jurutulisโ
Tajuk SN01A hingga Tajuk SN09A - Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dijadikan sebahagian daripada Jadual.
Yang Berhormat Pengerusiโ
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Sebelum kita berpindah untuk membincangkan tajuk-tajuk seterusnya saya telah pun difahamkan bahawa Yang Berhormat Menteri Kesihatan ingin untuk membuat kenyataan. Saya persilakan Yang Berhormat Menteri Kesihatan.
Yang Berhormat Menteri Kesihatanโ
Terima kasih. Yang Berhormat Pengerusi, kaola memohon izin bagi Kementerian Kesihatan lebih dahulu dibincangkan daripada kementerian-kementerian lain, perkara ini dipohonk an adalah atas sebab urusan rasmi. Terima kasih. Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusiโ
Ahli-Ahli Yang Berhormat, saya lebih dahulu minta maaf kepada Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan dan nampaknya kita 'melimpasinya' sebanyak dua kali berturut-turut. Saya minta laluan dengan keadaan yang dihadapi oleh Yang Berhormat Menteri Kesihatan ketika ini bagi kita untuk meluluskan permintaan Yang Berhormat Menteri Kesihatan untuk mendahulukan kementeriannya untuk dibincangkan. Saya dengan itu memberikan keizinan sebagaimana yang dipohonkannya. Silakan Yang Berhormat.
Yang Dimuliakan Jurutulisโ
Tajuk SN01A - Kementerian Kesihatan.
Yang Berhormat Pengerusiโ
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Sekarang kita membincangkan iaitu Tajuk SN01A - Kementerian Kesihatan.
Sebagaimana lazimnya, saya ingin memberikan peluang kepada Yang Berhormat Menteri Kesihatan untuk memberikan mukadimah Belanjawan Kementerian Kesihatan terutama mengenai hala tuju penyediaan belanjawan yang dikemukakannya. Yang Berhormat Menteri Kesihatan.
Yang Berhormat Menteri Kesihatanโ
ุจุณู ุงููู ุงูุฑููุญูู ููู ุฃูุญูู ูุฏููููููู ุฑูุจูู ุงูุนูุงููู ูููู ููุงูุตููููุงุฉู ููุงูุณููููุงู ู ุนูููู ุฃูุดูุฑููู ุงูุฃูููุจูููุงุกู ููุงููู ูุฑูุณูููููู ููุนูููู ุงููููู ููุตูุญูุจููู ุฃูุฌูู ูุนูููู.Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat ุงูุณููููุงู ู ุนูููููููู ู ููุฑูุญูู ูุฉู ุงูููู ููุจูุฑูููุงุชููู dan salam sejahtera.
ุงููุญูู ูุฏู ูููููู, bersyukur kita ke hadrat ุงููู kerana dengan rahmat, izin, limpah kurniaNya jua kita dapat sama-sama berkumpul pada hari ini di Majlis Mesyuarat Negara yang bermanfaat ini. Selawat serta salam ke atas Junjungan Besar kita ุณูุฏูุง ู ุญู ุฏ ุตูู ุงููู ุนููู ูุณูู , kaum kerabat, para sahabat dan pengikut-pengikut Baginda yang taat setia lagi jujur hingga ke akhir zaman.
Seperti yang kita semua sedia maklum, pada awal tahun 2020 seluruh dunia termasuk Negara Brunei Darussalam telah berdepan dengan pandemik COVID-19 yang sangat mencabar. Setakat ini jumlah kes COVID-19 telah melebihi 122 juta dengan lebih 2.7 juta kematian dicatatkan di seluruh dunia.
Keadaan ini telah banyak memberikan impak yang negatif kepada ekonomi global. Namun demikian dengan perlindungan dan rahmat daripada ุงูููููู ุณูุจูุญูุงูููู ููุชูุนูุงููู jua dan, atas kepimpinan, kewibawaan dan keprihatinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam jua, ุงููุญูู ูุฏู ููููููู rakyat dan penduduk di negara ini dapat menjalani hidup dengan norma baharu dalam keadaan aman dan damai.
Sebagai Negara Zikir, ุงููุญูู ูุฏู ููููููู berkat doa dan zikir-zikir pelindung yang telah diamalkan di negara ini tidak syak lagi juga telah banyak melindungi kita daripada keburukan dan kebinasaan akibat wabak ini. Mudah-mudahan negara kita dan penduduknya sekalian akan sentiasa dilindungi daripada segala macam bala dan bencana oleh ุงูููููู ุณูุจูุญูุงูููู ููุชูุนูุงููู sepertimana jua firman-Nya dalam Surah At-Taghabun, Ayat 11 yang bermaksud:
"Tiada ada suatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah; dan barang siapa yang beriman kepada Allah, nescaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.โ
Kepimpinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam itu jelas adalah satu faktor kejayaan yang utama dan pemangkin kepada keberkesanan respons terhadap kejadian wabak COVID-19 di negara ini dengan kerjasama yang bersepadu dari agensi-agensi kerajaan dan orang awam melalui pendekatan Whole of Government dan Whole of Nation Approach. Antara faktor utama dalam keberkesanan menangani wabak ini ialah sokongan orang ramai yang tidak putus-putus dalam mematuhi arahan dan SOP kerajaan di antaranya penjarakan sosial, kepentingan menjaga kebersihan diri, garis panduan mass gathering dan penggunaan QR Code dan sebagainya. Pendekatan Whole of Nation Approach ini dapat dilihat dengan perpaduan arahan-arahan kerajaan dan orang ramai bagi mengawal Wabak COVID-19 ini.
Yang Berhormat Pengerusi Ahli-Ahli dan Yang Berhormat.
Tema Belanjawan Kementerian Kesihatan bagi Tahun Kewangan 2021/2022 iaitu: โMemperkukuhkan Keselamatan dan Kawalan Jangkitanโ adalah bertepatan dengan kehendak semasa dan situasi yang dihadapi oleh negara pada masa ini, malah adalah perlu untuk diberi keutamaan sebagai langkah kesiapsiagaan bagi merancang strategi pemulihan ekonomi akibat kesan Wabak COVID-19. Tema ini juga berkesinambungan dengan tema Belanjawan Negara iaitu โKe Arah Pembangunan Sosioekonomi Yang Resilienโ untuk mencapai Wawasan Brunei 2035, memerlukan warga yang sihat dan produktif bagi pembangunan negara.
Fokus utama dalam belanjawan 2021/2022 nanti termasuklah:
-
Mengutamakan pencegahan dan pengawalan penyakit-penyakit berjangkit dan penyakit-penyakit tidak berjangkit;
-
Menambah baik pemeliharaan peralatan perubatan dan fasiliti-fasiliti kesihatan;
-
Mempertingkatkan kawalan jangkitan di tempat-tempat klinikal dan peralatan perubatan yang digunakan di samping mempertingkatkan kesedaran tentang pentingnya kebersihan yang optimum;
-
Memastikan bekalan ubat-ubatan dan medical consumables yang selamat, berkualiti dan berterusan; dan
-
Mengambil faedah daripada perkembangan teknologi perubatan dalam era Revolusi Industri 4.0 dalam penjagaan kesihatan.
Peruntukan Tahun Kewangan 2021/2022 yang disokong bagi Kementerian Kesihatan ialah berjumlah $375,998,890 dan Perbelanjaan Kemajuan sejumlah $11,212,227. Dengan ini membawa kepada peruntukan keseluruhan yang disokong adalah sebanyak $387,211,117.
Pecahan bagi peruntukan secara keseluruhan ialah:
i. Gaji Kakitangan sebanyak 55%;
ii. Perbelanjaan Berulang-Ulang 42%; dan
iii. Perbelanjaan Kemajuan 3%.
Jumlah tersebut dianggarkan akan dapat membiayai kesemua aktiviti yang telah dirancang terutama sekali bagi mendukung perkembangan dan kesejahteraan tenaga kerja, menaik taraf dan memelihara aset-aset kerajaan, memastikan operasi berjalan dengan lancar dan memastikan perkhidmatan kepada pesakit dan orang awam terjaga selaras dengan fokus belanjawan yang kaola sebutkan tadi.
Mengukuhkan keselamatan dan kawalan jangkitan dari pelbagai aspek termasuk dari segi penyediaan infrastruktur yang selamat dan berkualiti serta urus tadbir organisasi, tenaga kerja dan perkhidmatan-perkhidmatan yang diberikan kepada orang ramai, mampu meningkatkan nilai ketahanan negara ke arah kestabilan dan kemakmuran serta kualiti kehidupan yang tinggi yang dapat dikecapi oleh rakyat dan penduduk selaras dengan matlamat strategi Wawasan Brunei 2035.
Keselamatan pesakit merupakan salah satu inisiatif utama ke arah pencapaian salah satu Strategi Kementerian Kesihatan iaitu: โKecemerlangan Dalam Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan.โ Fokus Strategi Kualiti bagi tempoh jangka masa 3-5 tahun ini termasuk:
- Mengukuhkan lagi sistem kualiti kesihatan dengan memastikan adanya struktur, fungsi, strategi dan sumber yang khas bagi kualiti;
- Keselamatan pesakit melalui penjurusan kepada standard akreditasi seperti International Patient Safety Goals; dan
- Membudayakan amalan keselamatan (Safety Culture) yang bukan hanya memberi fokus kepada pesakit, malah merangkumi orang ramai dan juga kakitangan kementerian sendiri.
Perkembangan inisiatif bagi keselamatan pesakit di Kementerian Kesihatan adalah ketara. Antara inisiatif yang masih giat dilaksanakan ialah penubuhan Event Reporting System di seluruh negara yang telah mula dilaksanakan secara percubaan di Daerah Tutong dan Daerah Belait pada Februari 2019 dan kini dilaratkan ke seluruh negara sebagai salah satu inisiatif bagi amalan keselamatan ataupun Safety Culture. Event Reporting System ini nanti diharap akan dapat membantu Kementerian Kesihatan dalam mengenal pasti risiko-risiko dan merancang secara proaktif pelan mitigasi dan pembaikan secara sistematik.
Dari segi kualiti perkhidmatan yang juga berhubung kait rapat dengan aspek keselamatan pesakit, orang ramai dan kakitangan kesihatan, ุงูุญู ุฏ ููู Pusat Kesihatan Pengkalan Batu telah sekali lagi menerima pengiktirafan Akreditasi Joint Commission International (JCI) buat kali kedua pada 10 Disember 2020 dengan dianugerahkan โthe Gold Seal of Approval Awardโ untuk standard Penjagaan Kesihatan Asasi yang jelas menunjukkan perkhidmatan kesihatan asasi di negara ini antara yang terbaik di dunia yang diukur dari segi keselamatan pesakit dan pemberian penjagaan kesihatan yang berkualiti tinggi kepada masyarakat. Selain JCI, Kementerian Kesihatan telah menerima akreditasi ISO bagi Makmal Rujukan Kimia Klinikal Kebangsaan bermula pada tahun 2011 dan Makmal Perkhidmatan Saintifik bermula pada tahun 2016. Amalan-amalan terbaik ini akan dilaratkan ke hospital-hospital dan pusat-pusat kesihatan lain bagi memastikan keseragaman perkhidmatan yang berkualiti tinggi yang diterapkan melalui perkhidmatan-perkhidmatan yang terbaik.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.
Sepanjang tahun 2020, Kementerian Kesihatan banyak memfokuskan tenaga kerja bagi menangani wabak COVID-19 yang mula menular di Wuhan, Republik Rakyat China. Barisan hadapan yang ditugaskan bertungkus-lumus bukan sahaja dalam kalangan kakitangan hospital, malahan hampir keseluruhan kakitangan Kementerian Kesihatan, pegawai barisan hadapan dari agensi-agensi lain yang berkaitan dan sukarelawan-sukarelawan. Semua telah bersatu hati secara ikhlas untuk tujuan utama iaitu menyelamatkan nyawa meskipun terpaksa berkorban masa keluarga, menghadapi risiko jangkitan dan mengalami kelelahan yang di luar jangkaan. Di sini saya ingin merakamkan penghargaan kepada semua yang telah menyumbangkan tenaga, masa, wang ringgit dan kepakaran semasa negara menangani wabak ini dan yang masih meneruskan sumbangan mereka.
Ucapan terima kasih dan penghargaan ini juga ditujukan khas kepada semua barisan hadapan dalam kalangan kakitangan Kementerian Kesihatan, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri khususnya Jabatan Bomba dan Penyelamat, Pusat Bencana Kebangsaan, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan, Pasukan Polis Diraja Brunei, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan khususnya Jabatan Belia dan Sukan, Jabatan Pembangunan Masyarakat, Persatuan Bulan Sabit Merah dan sukarelawan-sukarelawan khususnya dari Program Khidmat Bakti Negara (PKBN) dan Syarikat Penerbangan Diraja Brunei.
Pada masa yang sama, saya tidak lupa mengucapkan terima kasih yang sebanyak-banyaknya kepada dermawan-dermawan yang menyumbang kepada Dana COVID-19 Relief Fund yang telah berjaya mengutip sejumlah $11,137,514.00 yang telah dimanfaatkan bagi pembinaan Bangunan Tambahan Pusat Pengasingan Kebangsaan di Daerah Tutong dan pembelian peralatan perubatan bagi bangunan berkenaan yang kini boleh menampung tambahan sebanyak 166 katil berbanding 27 sebelumnya.
Saya juga tidak lupa merakamkan penghargaan kepada penyumbang-penyumbang makanan dan minuman ke hospital-hospital dan pusat-pusat operasi, penyumbang barangan keperluan operasi dan keperluan pesakit dan pekerja-pekerja dan kepada pemborong-pemborong yang membiayai sepenuhnya bangunan baharu Makmal Virologi yang baharu di Kampung Sumbiling bagi ujian COVID-19 yang telah meningkatkan kapasiti ujian-ujian yang dijalankan sebanyak 10 kali ganda.
Semoga semua sumbangan yang dihulurkan akan menjadi satu amalan yang berkebajikan dan mendapat ganjaran pahala serta rahmat daripada ุขู ูููู ุงูููููู ุณูุจูุญูุงูููู ููุชูุนูุงููู jua.
Kementerian Kesihatan akan terus menitikberatkan aspek kesihatan awam yang ูฑููุญูู ูุฏู ูููููฐูู setakat ini, kapasiti negara dalam menangani wabak penyakit-penyakit berjangkit telah pun terbukti kompeten dan mampu melaksanakan strategi-strategi mitigasi yang berkesan.
Penubuhan Jawatankuasa Pelaksanaan Peraturan Kesihatan Antarabangsa ataupun International Health Regulations yang terdiri daripada pelbagai agensi yang berkenaan telah mengukuhkan kesatuan negara dalam menangani kecemasan kesihatan awam melalui tindakan bersepadu dari semua agensi yang terlibat. ุฅู ุดุงุก ุงููู, jawatankuasa ini akan terus wujud bagi memastikan kesiapsiagaan negara untuk menangani wabak penyakit-penyakit berjangkit yang berskala besar seperti COVID-19 ini sentiasa diteliti dan diperbaiki dari semasa ke semasa.
Sementara itu, pengawalan wabak COVID-19 di negara ini terus berjalan bagi memastikan Negara Brunei Darussalam terus bertahan mengekalkan sifar jangkitan tempatan dan kemungkinan kes-kes import akan terus dipantau dan dikesan melalui pengawalan ketat khususnya di setiap point of entry yang masih dijalankan pada masa ini dengan kerjasama dengan pihak-pihak berkuasa yang lain.
Usaha-usaha kawalan wabak COVID-19 akan terus dijalankan memandangkan ekonomi global dijangkakan masih belum pulih sepenuhnya sehingga tahun 2022. Walau bagaimanapun, usaha bagi menggerakkan sosioekonomi global, termasuklah ekonomi negara ini mestilah berjalan. Pengawalan kemasukan virus COVID-19 ini perlulah diimbangi dengan perkembangan ekonomi termasuklah kemasukan pekerja-pekerja asing yang mendukung perkembangan ekonomi negara yang masih diperlukan pada masa ini. Negara ini akan terus membuat pemantauan perkembangan wabak di negara ini dan akan meneruskan kuarantin bagi sesiapa yang datang dari negara-negara berisiko tinggi.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.
Dengan Peruntukan Belanjawan 2021/2022 yang dipohonkan, rancangan-rancangan dalam Pelan Strategik 2019-2023 akan diteruskan dan kesinambungan dengan rancangan-rancangan yang telah dilaksanakan dalam Tahun Kewangan 2020/2021 yang lalu.
Sepertimana yang telah dirancang, Pelan Strategik Kementerian Kesihatan ini juga disejajarkan dengan Rancangan Fiskal 5 tahun yang diterajui oleh Kementerian Kewangan dan Ekonomi melalui Program Penyatupaduan Fiskal atau Fiscal Consolidation Programme yang mula 'diungkayahkan' sejak tahun 2018. ูฑููุญูู ูุฏู.
dengan inisiatif baik yang diambil oleh Kementerian Kewangan dan Ekonomi ini, pelaksanaan Pelan Strategik Kementerian Kesihatan masih menunjukkan progres dengan sokongan Kementerian Kewangan dan Ekonomi di bawah Program FCP tersebut. Setakat ini, 17 daripada 39 (43%) inisiatif yang dirancang dalam Pelan Strategik Kementerian Kesihatan berhasil melaksanakan projek-projek tertentu dalam jangka waktu yang disasarkan iaitu pada tahun 2019-2020 malah juga termasuk projek-projek yang pada mulanya disasarkan untuk dilaksanakan pada tahun 2023 yang mana akan kaola bentangkan sebahagian daripadanya sahaja khususnya inisiatif-inisiatif yang mendukung pelaksanaan FCP.
Projek Penyumberan Luar Pengurusan Rantaian Perbekalan Ubat-Ubatan dan Barangan Guna Habis Perubatan telah dilaksanakan mulai 1 Oktober 2020 diharapkan akan dapat membantu Kementerian Kesihatan mengatasi isu-isu seperti kehabisan stok ubat dan kelambatan dalam pengisian semula stok ubat-ubatan yang boleh menjejaskan operasi perkhidmatan di Kementerian Kesihatan. Selain itu, Penyumberan Luar Perkhidmatan Dialisis Buah Pinggang juga telah dilaksanakan mulai bulan Mac 2021. Penyumberan Luar perkhidmatan dialisis ini telah mengurangkan kesesakan di fasiliti-fasiliti kerajaan yang disebabkan oleh meningkatnya jumlah pesakit renal dari tahun ke tahun yang juga telah menimbulkan ketidakselesaan kepada pesakit dan ahli-ahli keluarga mereka sendiri. Ia diharapkan akan mampu menjamin kedayatahanan dan kualiti serta keselamatan perkhidmatan renal yang diberikan kepada mereka yang memerlukan. Penyumberan Luar perkhidmatan ini lebih kos efektif jika dibandingkan kos bagi penyediaan pusat dialisis yang baharu.
Projek Home-Based Nursing Transport Service telah mula dilaksanakan pada 4 Januari 2021 dengan menggunakan khidmat Dart Logistics Sdn Bhd. Projek ini bertujuan meningkatkan lagi akses kepada perkhidmatan kesihatan oleh seluruh lapisan masyarakat melalui liputan perkhidmatan yang universal (Universal Health Coverage) dengan memberikan kemudahan logistik kepada kakitangan kesihatan di samping memastikan keselamatan jururawat-jururawat yang membuat lawatan ke rumah-rumah. Dengan memeduli kebajikan mereka seperti ini juga akan membolehkan mereka menumpukan perhatian kepada pemberian perkhidmatan klinikal yang lebih berkualiti.
ุฃูููุญูู ูุฏู ููููููฐูู, projek-projek yang dilaksanakan di bawah Fiscal Consolidation Programme ini secara langsung telah membawa faedah yang memberangsangkan. Antaranya penyediaan pekerjaan secara tetap ataupun secara sementara dan juga part-time jobs bagi mereka yang mencari pekerjaan. Setakat ini, seramai 29 orang telah pun diambil bekerja secara tetap dan 10 orang pekerja diambil secara sementara bagi menjalankan projek Penyumberan Luar Perbekalan Ubat-Ubatan. Bagi perkhidmatan Dart Logistics, sekurang-kurangnya 32 orang pemandu Dart telah terlibat sama ada secara tetap atau berkala dan sebahagian besarnya adalah dalam kalangan wanita-wanita tempatan yang membawa jururawat ke destinasiya.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.
Beberapa projek pembangunan infrastruktur yang telah diluluskan di bawah Rancangan Kemajuan Negara Ke-11 terus giat dilaksanakan termasuklah Makmal Klinikal Diagnostik Molekular bagi Penyakit Berjangkit (NMRL) di Bukit Bendera, Daerah Tutong baru siap dibina dengan harga rancangan berjumlah $8 juta ringgit dan akan digunakan sebaik saja selesai proses pengauditan. Penyediaan makmal bertaraf Biosafety Level 3 (BSL3) merupakan satu mercu tanda pencapaian bagi sektor kesihatan di Negara Brunei Darussalam. Selain itu, Projek pembinaan Pusat Kesihatan di Kampung Pandan, Kuala Belait, masih dalam penelitian pelaksanaannya melalui public private partnership yang akan menyerlahkan satu konsep baharu dan inovasi dalam penyediaan perkhidmatan kesihatan dengan menggabungkan rawatan pesakit dengan program-program kesejahteraan di bawah satu bumbung di samping memberikan peluang-peluang perniagaan kepada pihak-pihak pengusaha kecil dan sederhana. Pembinaan Bangunan Tambahan Pusat Kesihatan Jubli Perak, Sengkurong, Daerah Brunei dan Muara juga telah dirancang bagi memenuhi keperluan tadahan Pusat Kesihatan tersebut dengan nilai projek berjumlah 3.4 juta yang tawarannya akan dibukakan dengan bantuan pihak Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan. Pembinaan Pusat Perkembangan Kanak-Kanak (Children Development Centre) juga telah siap dibina dan dilancarkan pada 13 Mac 2021 yang kini mempunyai perkhidmatan-perkhidmatan utama yang disatukan di bawah satu bumbung dan mempunyai fasiliti bagi kanak-kanak yang memerlukan. Pembinaan Bangunan Perkhidmatan Kecemasan di Hospital Suri Seri Begawan Kuala Belait juga akan dimulakan tidak lama lagi dengan harga rancangan berjumlah 2.2 juta ringgit dan pada masa ini masih dalam proses penyediaan dokumen tawaran oleh pihak-pihak tertentu.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.
Aspek peningkatan profesionalisme pakar-pakar dan profesional kesihatan terus dititikberatkan sebagai satu pelaburan yang berdayatahan.
ุงูููุญูู ูุฏู ูููููฐูู seperti yang dihasratkan, jumlah keseluruhan doktor di negara ini meningkat dalam tempoh 5 tahun kebelakangan. Sehingga Februari 2021, jumlah keseluruhan doktor di negara ini ialah 738 orang yang 51% daripadanya adalah doktor tempatan dalam pelbagai peringkat jawatan dan dalam pelbagai bidang kepakaran berbanding 45% pada 5 tahun yang lalu. Manakala itu, doktor tempatan yang telah mendapat kelulusan peringkat pakar juga bertambah jika dibandingkan 5 tahun yang lalu iaitu jumlah pakar tempatan di Kementerian Kesihatan masa itu ialah 88 orang. Sekarang, terdapat seramai 112 orang doktor tempatan yang mempunyai kelulusan kepakaran iaitu peningkatan hampir 30% yang memberikan perkhidmatan pada tahap pakar dalam 60 orang pelbagai bidang kepakaran yang dijalankan di hospital-hospital, pusat-pusat kesihatan, bidang kesihatan awam dan pergigian.
Manakala jumlah jururawat di Kementerian Kesihatan merangkumi 40% daripada jumlah keseluruhan tenaga kerja di Kementerian Kesihatan iaitu berjumlah hampir 2,500 orang. Dari jumlah tersebut 95% jururawat tempatan dalam pelbagai peringkat jawatan dan bidang perkhidmatan.
Dengan meningkatnya jumlah doktor dan jururawat yang berkelulusan dan berkemahiran tinggi, Kementerian Kesihatan telah mampu untuk mengendalikan kursus-kursus pembangunan kapasiti dengan kerjasama institusi pendidikan dalam negeri bagi tenaga kerja kedoktoran, kejururawatan, pharmacist dan ahli profesional kesihatan yang lain dengan tenaga pengajar yang terdiri daripada ahli profesional kesihatan tempatan. ุฅู ุดุงุก ุงููู pada tahun 2022 nanti, pengeluaran pertama bagi kursus Diploma in Health Sciences in Dental Hygienist & Therapist seramai 13 orang akan dapat menyumbang bakti di negara ini. Program Diploma in Health Science in Cardiovascular Technology juga sudah bermula pada Januari 2021 dengan pengambilan pertamanya seramai 12 orang yang akan menamatkan pengajian pada tahun 2023 nanti. Di samping itu, banyak lagi bidang latihan kejururawatan yang telah pun dijalankan secara kolaborasi dengan Pantai Jerudong Specialist Centre (PJSC) dan IBTE antaranya Program Diploma in Operating Theatre Assistance, Certificate in Caregivers, Advanced Diploma in Palliative Care Nursing dan Advanced Diploma in Maxillofacial Facial Plastic and Reconstructive Surgery Nursing yang beransur-ansur menjana lebih ramai lagi lepasan diploma dalam bidang-bidang khusus yang terdiri daripada anak-anak dan tenaga kerja tempatan.
Selain dari doktor dan jururawat, keutamaan juga terus diberikan untuk meningkatkan kapasiti dalam bidang-bidang Allied Health Professionals (AHPs) yang pada masa ini masih dalam penelitian oleh pihak yang berkenaan bagi pelulusan Skim Perkhidmatan bagi Allied Health Professionals yang baharu.
Kementerian Kesihatan masih memerlukan lebih ramai doktor dan profesional-profesional dalam berbilang kepakaran. Dalam kesempatan ini, Kementerian Kesihatan ingin menyeru supaya lebih ramai lagi penuntut-penuntut tempatan yang akan dapat berusaha dan meningkatkan minat untuk menceburi bidang-bidang berkenaan bagi mendukung perkhidmatan kesihatan yang semakin berkembang sama ada pekerjaan di sektor kerajaan atau swasta. Begitu juga dengan profesion kesihatan yang lain seperti kejururawatan dan Allied Health Professionals yang juga merupakan tonggak utama perkhidmatan kesihatan.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.
Perkembangan teknologi maklumat dan infokomunikasi dalam era Revolusi Industri 4.0 ini sangat dinamik dan pesat. Pelaburan pihak kerajaan dalam mendapatkan faedah daripada perkembangan teknologi khususnya Artificial Intelligence telah membawa satu lagi mercu tanda dalam perkembangan teknologi di negara ini termasuklah Kementerian Kesihatan.
Pada 5 Mei 2020, aplikasi BruHealth telah dikenalkan kepada orang ramai yang pada awalnya, bertujuan bagi pelaksanaan pelan pengurangan langkah-langkah penjarakan sosial bagi pengawalan wabak COVID-19. Walau bagaimanapun, aplikasi ini sememangnya tidak hanya terhad kepada pengawalan penyakit berjangkit sahaja, malah mempunyai ciri-ciri yang berfaedah dalam penjagaan kesihatan seperti yang telah dikongsikan oleh Kementerian Kesihatan kepada orang ramai. Satu inisiatif Kementerian Kesihatan bagi mengembangkan lagi prinsip one patient one record, Mini Hospital Information System Platform juga dikenalkan melalui aplikasi ini. Selain mengukuhkan lagi sistem one patient one record yang memang menjadi matlamat Kementerian ini, ia juga mendukung inisiatif Kementerian Kesihatan dalam menyediakan patient-centred care di samping menjaga keselamatan dan meningkatkan kualiti perkhidmatan yang diberikan kepada orang ramai. Saya menyeru ramai lagi pengguna BruHealth untuk membuat pengenalan diri bagi membolehkan kelengkapan data peribadi mereka. Di samping itu, saya juga ingin memaklumkan bahawa Aplikasi BruHealth akan memainkan peranan yang sangat penting dalam Program Vaksinasi COVID-19 yang akan dilancarkan tidak lama lagi.
Yang Berhormat Pengerusi, Ahli-Ahli Yang Berhormat.
Kementerian kesihatan akan sentiasa memantau dan mengawal penyakit-penyakit tidak berjangkit seperti penyakit jantung, kanser dan diabetes yang masih lagi menjadi penyebab kematian utama di negara ini. Statistik insiden penyakit-penyakit kronik tidak berjangkit pada masa ini masih pada tahap yang membimbangkan dan menunjukkan kadar penurunan yang minimum. Dalam hal ini, Kementerian Kesihatan secara agresif telah dan akan membuat pelbagai usaha untuk melahirkan rakyat dan penduduk yang mempunyai kualiti kehidupan yang tinggi dan produktif serta mampu menyumbang kepada pembangunan negara.
Jawatankuasa Multi-Sectoral Taskforce on Health yang telah ditubuhkan akan terus melaksanakan strategi dan pelan kerja dalam bidang-bidang keutamaan yang telah dikenal pasti. Begitu juga dengan strategi-strategi yang digariskan dalam Pelan Tindakan Kebangsaan Bagi Mencegah dan Mengawal Penyakit-Penyakit Tidak Berjangkit (BruMAP NCD). Setakat ini, sebanyak lebih kurang 70% inisiatif telah dicapai atau sedang dilaksanakan dengan giat.
Pelbagai usaha telah diungkayahkan bagi mengurangkan kadar penyakit tidak berjangkit di negara ini yang telah pun kaola kongsikan pada sesi Majlis Mesyuarat Negara yang lalu. Program Pemeriksaan Saringan Penyakit Tidak Berjangkit Kebangsaan akan terus dijalankan bagi pengesanan awal penyakit-penyakit tidak berjangkit dalam kalangan kumpulan sasaran. Tidak dinafikan, kejadian wabak COVID-19 telah sedikit sebanyak memberi kesan terhadap kemajuan pelaksanaan program ini, walau bagaimanapun, ia akan diteruskan lagi pada tahun ini. Oleh yang demikian, mereka yang terdiri daripada kumpulan sasaran bagi Program Pemeriksaan Kebangsaan ini amat dialu-alukan untuk mendaftar dan menjalani ujian saringan dan mengambil peluang yang baik ini untuk mengesan sebarang penyakit sebelum terlambat.
Masalah penyakit mental perlu diberi perhatian kerana kesannya boleh menjejaskan pembangunan negara. Statistik mereka yang mengalami tekanan mental menunjukkan kadar yang sangat tinggi. Jumlah panggilan ke Talian Harapan '145' yang diwujudkan pada 12 Februari 2019 khusus sebagai helpline kepada mereka yang memerlukan ialah sebanyak 2,278 panggilan pada tahun 2019, dan sejumlah 2,474 panggilan dari bulan Januari hingga Oktober 2020. Setakat ini, 3 fokus utama dalam mempromosi kesihatan mental telah diambil tindakan oleh pihak Kementerian Kesihatan dan agensi-agensi lain iaitu: Program Brunei Bebas Buli (School-Based) yang disasarkan kepada penuntut dan murid sekolah; Program i-Minda atau i-Mind Programme (Workplace-Based) bagi kesihatan mental di tempat kerja; dan Program Jaga Minda Kita (Community Approach) yang diharap akan menggunakan โcalakโ Brunei di peringkat masyarakat dan diadakan di tempat-tempat awam seperti pusat membeli belah, sekolah, masjid dan lain-lain. Tidak kurang juga penjagaan dan rawatan kesihatan mental di peringkat hospital turut diberikan keutamaan dalam mencegah penyakit mental.
Bagi melindungi kesejahteraan awam di tempat kerja, Program Kesihatan dan Tempat Kerja atau Workplace and Health 2.0 (WAH) dengan kolaborasi bersama Gleneagles Jerudong Park Medical Centre bagi menggalakkan tempat kerja untuk menyediakan persekitaran dan tindakan yang menyokong pekerja untuk menjadi lebih aktif, mengamalkan makanan sihat, bebas daripada rokok dan mempunyai kesejahteraan mental yang baik. Ini termasuklah dalam memastikan persekitaran di tempat kerja selamat dan bebas daripada sebarang gangguan yang tidak sihat yang boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan pekerja sama ada fizikal dan mental.
Kementerian Kesihatan juga peka dengan isu pemakanan yang tidak sihat. Kaola dengan ini menyambut baik usul dan saranan daripada Ahli Yang Berhormat untuk mengambil langkah yang lebih tegas terhadap penjualan makanan yang tidak sihat seperti mengenalkan cukai garam dan cukai bagi makanan yang tidak sihat. Saranan ini wajar kerana Kementerian Kesihatan juga sangat mengambil serius tentang trend pemakanan dalam kalangan orang-orang Brunei terutama sekali dalam kalangan mereka yang vulnerable seperti kanak-kanak yang belum memahami kesan pemakanan yang tidak sihat terhadap kesihatan mereka. Justeru, Kementerian Kesihatan telah melancarkan Code on Responsible Marketing of Food and Beverages to Children in Brunei Darussalam pada 9 Mac 2021 yang bertujuan melindungi kanak-kanak daripada terdedah kepada iklan-iklan dan promosi makanan dan minuman yang tidak sihat.
Pelaksanaan dasar dan juga peraturan memerlukan penguatkuasaan yang berkesan. Sekali lagi, Kaola menyambut baik cadangan daripada Ahli Yang Berhormat bagi menyatupadukan sumber tenaga manusia bagi penguatkuasaan undang-undang dan dasar serta peraturan-peraturan kerajaan yang pada masa ini memang sudah difikirkan oleh Kementerian Kesihatan. Pada masa ini Kementerian Kesihatan dalam proses meneliti beberapa akta perundangan yang berkenaan untuk memastikan usaha-usaha penguatkuasaan dapat dilaksanakan dengan berkesan yang termasuk Akta Perintah Tembakau 2005 bagi menangani isu tabiat merokok yang masih berleluasa. ุฅู ุดุงุก ุงููู Kementerian Kesihatan akan terus berusaha sedaya-upaya untuk menguatkuasakan sebaik-baiknya semua undang-undang di bawah kementerian ini, selaras dengan keperluan dalam negara dan piawaian antarabangsa. Namun tidak dinafikan terdapat beberapa cabaran yang dihadapi dalam menguatkuasakan undang-undang, khususnya dari segi ketersediaan kakitangan yang terlatih yang mencukupi. Justeru, penyatupaduan penguatkuasaan undang-undang termasuklah Unit Penguatkuasaan Kementerian Kesihatan, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja dan Pasukan Polis Diraja Brunei telah melaksanakan beberapa operasi bagi tindakan-tindakan undang-undang ke atas individu yang gagal mematuhi peraturan ini.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.
Dalam kesempatan ini, saya juga ingin menyuarakan berhubung Program Vaksinasi COVID-19 Kebangsaan yang akan dilancarkan tidak lama lagi di negara ini. Adalah difahami banyak berita yang membimbangkan berhubung vaksin-vaksin dan impak-impak kepada individu. Kadar efisiensi setiap vaksin juga banyak tersebar di media-media massa. Orang ramai tidak perlu merasa terlalu cemas dan percaya dengan berita-berita negatif yang disebarkan melalui media sosial dan sebagainya kerana kebanyakannya berunsur bias dan tidak benar dan kajian juga menunjukkan kebanyakan kes-kes kematian yang dilaporkan bukannya berpunca daripada vaksin yang diberikan akan tetapi disebabkan oleh masalah kesihatan kronik yang memang dihidapi oleh individu berkenaan.
Vaksinasi merupakan cara yang paling efektif untuk memutuskan rantaian jangkitan COVID-19. Perlu diketahui bahawa proses untuk mendapatkan vaksin COVID-19 ini sukar kerana jumlah penghasilan vaksin bagi seluruh dunia tidak mencukupi walaupun syarikat-syarikat pengeluar vaksin menjanjikan pengeluaran berbilion dos vaksin sehingga tahun 2021. Negara Brunei Darussalam sendiri terpaksa akur dengan pilihan-pilihan vaksin yang terhad, namun pihak kerajaan sentiasa beringat untuk memastikan negara kita diberikan jaminan untuk memperoleh sejumlah vaksin yang mencukupi bagi negara kita melalui perundingan-perundingan di peringkat antarabangsa. Proses pemilihan jenama vaksin juga telah dijalankan dengan amat teliti dengan mengambil kira dari segi keselamatan melalui penelitian data-data dan hasil kajian saintifik yang dijalankan bagi setiap vaksin COVID-19. Maka seharusnyalah kita menghargai usaha pihak kerajaan dalam perkara ini dengan memberikan sokongan yang tinggi terhadap Program Vaksinasi ini.
Sebelum kaola menutup mukadimah ini, kaola ingin merakamkan penghargaan atas sokongan padu semua kementerian dalam menangani wabak dan kesihatan awam dan Ahli-Ahli Yang Berhormat kerana sering bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan sama ada secara peribadi atau melalui NGO yang disokong atau melalui promosi-promosi kesihatan di daerah, mukim dan kampung. Semoga segala usaha yang telah dan akan dilaksanakan mendapat rahmat dan petunjuk ุงููู ุณุจุญุงูู ูุชุนุงูู jua. ุขู ูู
Sekian saja yang dapat kaola sampaikan mengenai strategi utama dan fokus bagi Perbelanjaan Kementerian Kesihatan bagi Tahun 2021/2022 serta pencapaian bagi Tahun 2020/2021 sebagai mukadimah dan kaola sukacita mengucapkan terima kasih banyak-banyak kepada Yang Berhormat Pengerusi atas kesempatan ini.
Yang Berhormat Pengerusiโ
Ahli-Ahli Yang Berhormat, itulah mukadimah yang telah disampaikan oleh Yang Berhormat Menteri Kesihatan yang menghuraikan panjang lebar bukan sahaja rancangan-rancangan yang terkandung dalam belanjawan kementeriannya bagi tahun ini dan tahun hadapan tapi juga forward looking terhadap pandemik yang sedang kita hadapi masa kini. Kita bersyukur dengan adanya keterangan yang dikemukankan. Kita merasakan bahawa mudah-mudah keadaan selamat yang kita hadapi, kita alami ketika ini dan akan berterusan Negara Brunei Darussalam akan terus diperlindungi oleh ุงููู ุณูุจูุญูุงูููู ููุชูุนูุงููู dengan aman damai dengan penuh kesejahteraan. Jadi, saya juga difahamkan bahawa Yang Berhormat Menteri Kesihatan suka untuk menyatakan perkara yang seterusnya.
Yang Berhormat Menteri Kesihatanโ
Yang Berhormat Pengerusi, kaola sekali lagi memohon izin atas urusan-urusan rasmi, izinkan kaola meninggalkan Dewan ini. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusiโ
Ahli-Ahli Yang Berhormat, dengan keadaan โbukan normalโ yang dihadapi oleh Menteri kesihatan dan kementeriannya berlatar belakangkan keadaan yang 'bukan normal' ini sepatutnya tidak menjadikan keadaan menurut standing order kita mengenai mesyuarat, maka saya izinkan Yang Berhormat Menteri Kesihatan untuk membuat sedemikian dan saya minta kepada 9 orang Ahli Yang Berhormat yang telah pun membuat pendaftaran untuk menyoal Yang Berhormat Menteri Kesihatan supaya mengemukakan soalan-soalan itu terus sahaja kepada Yang Berhormat Menteri Kesihatan secara bersurat, ุฅู ุดุงุก ุงููู saya percaya Yang Berhormat akan memberikan responsnya yang berpatutan kemudian nanti. Jadi dengan keadaan itu dan keadaan yang saya nyatakan di luar daripada jangkaan normal maka Tajuk SM01A- Kementerian Kesihatan sekarang berpatutan untuk saya undi supaya sama ada kita luluskan atau sebaliknya. Ahli-Ahli Yang Berhormat, saya minta Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju supaya tajuk yang berkenaan ini kita luluskan, sila angkat tangan.
(Semua Ahli mengangkat tangan tanda bersetuju)
Terima kasih atas kerjasama semua pihak maka tajuk yang berkenaan ini diluluskan.
Yang Dimuliakan Jurutulisโ
Tajuk SM01A- Kementerian Kesihatan dijadikan sebahagian daripada Jadual. Tajuk SL01A hingga Tajuk SL06A - Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Yang Berhormat Pengerusiโ
Sekarang Ahli-Ahli Yang Berhormat kita membincangkan Tajuk SL01A hingga Tajuk SL06A - Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Saya kira Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan telah pun menunggu giliran dengan begitu sabar untuk memberikan mukadimah dan masa sudah tiba sekarang memberikan ruang berbuat demikian supaya kita mengetahui belanjawan dan hala tuju belanjawan kementeriannya. Saya persilakan Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan. Silakan Yang Berhormat.
Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukanโ
ุจูุณูู ู ุงูููู ุงูุฑููุญูู ูฐูู ุงูุฑููุญูููู ู ุงูููุญูู ูุฏู ูููููฐูู ุฑูุจูู ุงููุนูุงููู ููููู ููุงูุตููููุงุฉู ููุงูุณููููุงู ู ุนูููู ุฃูุดูุฑููู ุงููุฃูููุจูููุงุกู ููุงููู ูุฑูุณููููููู ููุนูููู ุขูููู ููุตูุญูุจููู ุฃูุฌูู ูุนููููู. ุงูุณูููุงูู ู ุนูููููููู ู ููุฑูุญูู ูุฉู ุงูููู ููุจูุฑูููุงุชููู dan Salam Sejahtera.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-ahli Yang Berhormat.
Dengan penuh hormat dan takzim, kaola merakamkan penghargaan kepada Yang Berhormat Pengerusi atas ruang yang diberikan kepada kaola untuk menyampaikan mukadimah. ุงูููุญูู ูุฏู, satu anggaran perbelanjaan bagi Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Rancangan Kemajuan Negara Tahun 2021/2022 berjumlah $104,333,674.00 dengan perbelanjaan Biasa $85.3 juta ($85,343,250.00) dan Rancangan Kemajuan Negara hampir $19 juta ($18,990,424.00) telah disediakan. ุฅู ุดุงุก ุงููู, KKBS akan terus menggiatkan dan memantapkan pelaksanaan Pelan Strategik Kementerian 2020-2024: Ke Arah Bangsa Brunei Cemerlang.
Dalam kesempatan ini, penghargaan yang setinggi-tingginya kepada rakan strategik, agensi kerajaan, majlis kebangsaan, pertubuhan bukan kerajaan, persatuan, persekutuan, pergerakan belia dan sukarelawan, Majlis Perundingan Mukim dan Kampung dan pihak swasta yang terus memberikan sumbangan dan impak yang sangat positif secara menyeluruh. Pencapaian Whole of Nation tersebut menunjukkan kesan dalam memperkasa semangat kesatuan, resilien dan budaya pemedulian orang Brunei dalam kebiasaan baharu. Ini sangat bertepatan dengan tema dan 3 fokus utama Belanjawan 2021/2022: โKe Arah Pembangunan Sosioekonomi Yang Resilienโ.
Yang Berhormat Pengerusi, KKBS akan meneruskan pelaksanaan inisiatif dengan berdasarkan tiga pendekatan iaitu Pengupayaan, Pemerkasaan dan Penglibatan (Pยณ). Inilah asas utama demi merealisasikan 5 matlamat jangka panjang KKBS iaitu Masyarakat Progresif; Belia Siaga Masa Depan; Negara Sukan Yang Gemilang, Budaya Dinamik dan Pengukuhan Warisan dan Persekitaran Kerja Inklusif dan Produktif.
Yang Berhormat Pengerusi, kaola ingin mengongsikan pencapaian Tahun Kewangan 2020/2021, Perancangan dan Pelan Tindakan KKBS Bagi Tahun Kewangan 2021/2022 di bawah 5 matlamat yang disebutkan tadi:
- MEREALISASIKAN MASYARAKAT PROGRESIF
Sejumlah $26.1 juta diperuntukkan bagi Program Pembangunan Masyarakat termasuk penambahbaikan prasarana melalui 3 inisiatif utama:
i. Mengukuhkan Jaminan Sosial dan Perlindungan kepada Golongan Yang Memerlukan melalui Program Pelan Pembasmian Kemiskinan.
Pelan Tindakan Pembasmian Kemiskinan Majlis Kebangsaan Isu Sosial (MKIS) diluluskan pada Julai 2020 menyatupadukan semua inisiatif pembasmian kemiskinan Whole of Nation dengan matlamat untuk memutus kitaran kemiskinan.
Pelan memfokuskan kepada penjanaan pendapatan yang mencukupi melalui kemahiran, pekerjaan dan keusahawanan bagi melahirkan masyarakat yang berdikari dan berdaya tahan. Sepanjang tahun 2020:
a. Seramai 873 golongan susah dan Orang Kelainan Upaya berjaya mendapat pekerjaan melalui kerjasama Manpower Planning and Employment Council dan JobCentre Brunei. Pencapaian ini melebihi sasaran 500 orang bekerja sebagai petanda adanya perubahan minda dalam kalangan golongan sasaran.;
b. Seramai 350 golongan sasaran termasuk penerima Bantuan Kebajikan Bulanan (BKB) dan berpendapatan rendah mengikuti latihan kemahiran dan keusahawanan dalam tempoh 3 tahun kebelakangan di bawah Program Komuniti. Sebanyak 2 perusahaan beroperasi iaitu Mamaโs Tailor di Pusat Penempatan Sementara Kampung Belimbing dan Syarikat Mazroni di Stadium Negara Hassanal Bolkiah. Terkini, latihan kemahiran jahitan dijalankan untuk 14 orang wanita dari Kampung Setia 'A'.;
c. Sejumlah 77 buah rumah di bawah Housing Focus Group telah diserahkan kepada golongan kurang berkemampuan melalui Program Quick-Win dan program kerjasama Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah dengan Jabatan Pembangunan Masyarakat. Sebanyak 216 keluarga di 3 buah daerah telah disediakan penempatan sementara. Pada 1 April 2021, kita akan menerima 8 unit perumahan tambahan di Daerah Belait daripada Kementerian Pembangunan bagi 34 orang ahli keluarga.; dan
d. Taklimat Pengurusan dan Celik Kewangan diberikan kepada penerima BKB yang baharu ke arah Perubahan Minda dengan sasaran seramai 40 orang setiap bulan.
ii. Memastikan tidak adanya ketirisan kepada golongan berhak untuk diberikan bantuan.
Sistem Kebajikan Negara (SKN) yang dilancarkan pada 15 Julai 2020 telah meningkatkan akses untuk membuat permohonan secara online. Kita membina pangkalan data yang membolehkan penganalisisan situasi sebenar secara terperinci mengenai jurang kemiskinan dan memastikan bantuan dihulurkan kepada mereka yang benar-benar layak.
Terkini, seramai 16,458 pemohon telah mendaftar dalam SKN. Dari jumlah tersebut, seramai 11,026 orang telah membuat permohonan untuk mendapatkan Bantuan melalui JAPEM seramai 6,369 orang dan MUIB seramai 4,657 orang. Di bawah JAPEM, 3,539 permohonan telah dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Menilai Permohonan dan 1,413 permohonan telah diluluskan bagi bantuan kewangan dan in-kind. Diakui kadar 60% efficiency proses permohonan adalah rendah, walau bagaimanapun, ia adalah satu peningkatan dari 45% efficiency semasa SKN baru dimulakan. ุฅู ุดุงุก ุงููู, TPOR kita bagi setiap permohonan selesai diproses dalam tempoh 2 bulan.
Bantuan Kebajikan Bulanan (BKB) dihulurkan sejumlah $12.4 juta ($12,359,240.00) kepada 12,509 penerima iaitu 4,944 ketua keluarga dan 7,565 tanggungan pada tahun kewangan 2020/2021.
Sejumlah $319,040.00 dibelanjakan bagi Bantuan Darurat khususnya bantuan kebakaran, banjir dan tanah runtuh. Daripada jumlah ini, $280,000.00 merupakan bantuan kewangan manakala $39,040.00 bagi catuan makanan yang melibatkan lebih 700 buah rumah dan lebih 1,000 orang penghuni.
Sejumlah $117.2 juta dibelanjakan bagi Pencen Umur Tua kepada 39,890 penerima berbanding 37,313 penerima pada tahun sebelumnya. Sejumlah $10.9 juta bagi Pencen Orang Buta, Elaun Bercelaru Mental, Pencen Hilang Upaya dan Elaun Kurang Upaya dihulurkan kepada 4,050 penerima, termasuk Elaun Tanggungan bagi 365 orang dengan perbelanjaan sebanyak $61,030.00.
Pada dasarnya, lebih $141 juta setahun dihulurkan kepada 56,000 penerima BKB, Pencen Umur Tua, elaun-elaun setiap bulan dan Bantuan Darurat bagi kebakaran, banjir dan tanah runtuh.
Dari aspek kesejahteraan dan perlindungan kanak-kanak, Rangka Kerja Kebangsaan Perlindungan Kanak-Kanak dilancarkan pada Disember 2020 dan fasa pertama Register of Children and Young Person in Need of Protection (RCYPP) akan selesai pada April 2021. Di bawah Akta Pusat Penjagaan Kanak-kanak, sejumlah 53 pusat penjagaan kanak-kanak diberikan lesen. JAPEM menangani sejumlah 206 kanak-kanak yang vulnerable termasuk 50 kes perlindungan dan 14 kes pemulihan yang ditempatkan di Kompleks Rumah Kebajikan (KRK). ุฅู ุดุงุก ุงููู Projek Pembinaan Rumah Perlindungan akan siap pada November 2021 bagi menempatkan 77 orang kanak-kanak.
Melalui Talian Kebajikan โ141โ dan Talian ANAK โ121โ, lebih 16 ribu (16,244) panggilan diterima dari Januari 2020 hingga Januari 2021. Sebanyak 333 panggilan berkaitan dengan aduan. Apa yang membimbangkan, sejumlah 53 panggilan Talian ANAK โ121โ melibatkan kes seperti penderaan, pengabaian, hak penjagaan anak, dan kecuaian pusat penjagaan kanak-kanak;
iii. Memberikan Keutamaan kepada Pemerkasaan Masyarakat yang Inklusif dan Mampan.
KKBS terus memastikan semua golongan sasaran dipeduli dan diperkasa melalui latihan kemahiran dan pengupayaan. Antara inisiatif yang dilaksanakan seperti berikut:
a. Pelan Tindakan Orang Kelainan Upaya difokuskan kepada pembangunan, kesejahteraan, kebajikan dan sistem sokongan mesra. Satu pencapaian signifikan ialah penterjemahan Bahasa Isyarat Berita Perdana RTB mulai 1 Februari 2021.;
b. Setakat ini seramai 117 OKU telah berdaftar di JobCentre Brunei dalam mana, sebanyak 44 OKU mendapat pekerjaan. Kaji selidik 2019 oleh JAPEM menunjukkan seramai 75 OKU bekerja di sektor awam dan seramai 35 OKU di sektor swasta.;
c. Sejumlah $75,500.00 dihulurkan kepada 9 buah persatuan OKU untuk melaksanakan aktiviti kemasyarakatan termasuk pembangunan kapasiti. Fasiliti juga disediakan bagi Majlis Kesejahteraan Orang Kelainan Upaya dan 4 Persatuan OKU. Persatuan OKU juga diperuntukkan sehingga $1,000.00 sebulan bagi pembayaran air dan elektrik bermula April 2020.;
d. Melalui Pelan Tindakan Isu Warga Emas, Program Memeduli Warga Emas dilaksanakan setiap bulan secara turun padang ke rumah 119 orang warga emas bermula tahun 2020 bagi pemberian lampin pakai buang dan susu, membawa menghadiri perjanjian doktor dan pemberian pencen bagi yang berumur 100 tahun ke atas. Program Qaseh Amanah Warga Emas (QAWE) kendalian Persatuan BERSATU melibatkan para belia untuk turut memeduli dan โmengelingaโ 55 orang warga emas.;
e. Pusat Kegiatan Warga Emas (PKWE) mencatat seramai 1,105 ahli seluruh negara dengan sasaran 1,500 ahli pada tahun ini. PKWE mengendalikan lebih 300 program dan aktiviti harian ke arah penuaan sihat. Pertubuhan WARGAMAS mencapai keramaian hampir 1,000 ahli dan akan diberikan bangunan pada Mei 2021.;
f. Sejumlah $124 ribu ($123,925.00) diberikan kepada 37 buah persatuan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGOs) bagi menjalankan projek kemasyarakatan dan kesejahteraan.; dan
g. Contohnya, Majlis Perundingan Kampung Mengkubau dan TeachMeGuru telah memberi kelas tambahan percuma kepada murid yang kurang berkemampuan. Tahun 2020 merupakan tahun ketiga kerjasama tersebut bersama KKBS dan Jabatan Daerah Brunei Muara dalam pelaksanaan Program Curahan Ilmu bagi 44 orang pelajar dari 12 buah kampung. Pada tahun ini, program akan dilaksanakan seiring dengan Program Mumtaz kendalian TeachMeGuru dengan menyasarkan 103 orang pelajar berpendapatan rendah termasuk penerima BKB dan MUIB dari 28 buah kampung.
KKBS akan meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat melalui:
a. Penyediaan Social Blueprint bersama Jabatan Perdana Menteri.
b. Revitalisasi Pusat Bahagia Brunei dan Muara.
c. Perkhidmatan sajian makanan dan pengangkutan secara berkontrak di Kompleks Rumah Kebajikan dan Pusat Bahagia Brunei Muara.
d. Penyediaan bangunan Pusat Penempatan Sementara tambahan di Daerah Brunei dan Muara dan Daerah Belait.
e. Penyediaan bangunan bagi penempatan mangsa pemerdagangan orang.
f. Pengambilan 10 orang Pegawai Kerja Sosial.
- MEREALISASIKAN BELIA SIAGA MASA DEPAN
Sejumlah $14.6 juta diperuntukkan kepada Program Pembangunan Kapasiti Belia termasuk Program Khidmat Bakti Negara (PKBN).
Dasar Belia Negara dan Strategi 2020-2035 dan Garis Panduan Sukarelawan yang dilancarkan pada Disember 2020 memberikan hala tuju ke arah transformasi belia terutama dari perspektif modal insan yang beridentitikan kebruneian. Kita berbangga kerana para belia berada di landasan betul dalam sama-sama memainkan peranan merealisasikan Wawasan Brunei 2035. Sumbangan para belia amat ketara khususnya mencapai banyak kecemerlangan dan tampil ke hadapan di peringkat tempatan mahupun global.
Ke arah itu beberapa inisiatif telah dan akan dilaksanakan:
i. Pelaksanaan Pelan Tindakan Dasar Belia Negara & Strategi 2020-2035 mengikut 4 Strategi Teras iaitu:
a. Kerjasama Seluruh Negara;
b. Budaya Perpaduan;
c. Pendidikan, Kebolehambilan Kerja dan Pekerjaan Wajar; dan
d. Pemerkasaan Belia diambil tindakan.
Penubuhan Kumpulan Penasihat Belia diterajui sepenuhnya oleh belia sebagai mekanisme check and balance bagi memastikan pemantauan pelaksanaan dasar.;
ii. Memupuk semangat patriotisme dan menggalakkan perpaduan nasional dalam kalangan belia.
Usaha terus dilaksanakan bagi meningkatkan penghayatan falsafah Melayu Islam Beraja (MIB) dan semangat kekitaan melalui Program Pemerkasaan Jati Diri dan Kesukarelawanan. Dikongsikan pencapaian seperti berikut:
a. Kita amat berbangga dengan penglibatan semua lapisan masyarakat dalam kesukarelawanan. Hampir 3,000 kumpulan Sukarelawan Belia telah berdaftar dan memberikan khidmat bersama barisan hadapan bagi sama-sama menyumbang masa dan tenaga dalam menangani situasi Covid-19 sehingga kini. Tahniah dan terima kasih atas sumbangan lebih 365 hari dan berterusan dengan moto: โKita Berjuang Bersamaโ; dan
b. Seramai 15,500 belia telah terlibat dalam 15 program pembentukan jati diri dengan kerjasama pelbagai agensi. Jumlah ini tidak meliputi program dan aktiviti yang dilaksanakan oleh persatuan dan pergerakan belia secara persendirian dalam mana jumlahnya adalah lebih besar.
iii. Pendidikan, Kebolehambilan Kerja dan Pekerjaan Wajar. Melalui kerjasama MPEC, JobCentre Brunei dan institusi pendidikan tinggi, kita menyejajarkan latihan kemahiran yang memfokus kepada meningkatkan kebolehpasaran (marketability).
a. Pusat Pembangunan Belia (PPB) merekodkan seramai 3,470 pelatih belia telah memperolehi kemahiran di bawah Program Pembangunan Belia. Kebolehpasaran lepasan Pelatih PPB meningkat ke 71% pada tahun 2020 menunjukkan kualiti dan standard kursus yang selaras dengan kehendak industri dan usaha melalui perkongsian strategik.
b. PPB juga meluaskan skop latihan kepada komuniti khususnya golongan sasaran termasuk Majlis Perundingan Kampung (MPK). Sebanyak 557 warga komuniti mengikuti latihan kemahiran dari tahun 2019 hingga 2020. PPB dengan kerjasama MPEC dan pihak industri juga telah melaksanakan program baharu iaitu program penyembelihan dan butchering baru-baru ini. Daripada 8 peserta, 5 telah bekerja.;
c. Hampir $30,000.00 bantuan kewangan micro grant dihulurkan dalam tempoh 2 tahun kepada 25 orang pengusaha belia yang mengikuti Program Inkubator Keusahawanan dengan penubuhan 6 buah syarikat perusahaan dan pekerjaan kepada 24 orang anak tempatan dalam pelbagai bidang seperti tekstil, jahitan, automotif, penggayaan rambut lelaki dan kecantikan dengan menjana pendapatan kira-kira $60,000.00.;
d. Program Pertanian dan Perladangan PPB telah melahirkan 11 buah syarikat yang mengusahakan tanaman padi, sayur dan buah-buahan. 5 orang belia yang mengusahakan 10 hektar ladang padi di Kawasan Kemajuan Pertanian Wasan telah berjaya menghasilkan sebanyak 35 tan metrik padi bagi musim penuaan kali keempat yang terkini.; dan
e. Dalam bidang perusahaan tekstil dan jahitan, terdapat 3 buah syarikat iaitu Syarikat Cerita Fabrikku, Syarikat Astetika dan Gentlemen Stitch di bawah Program Inkubator Keusahawanan Belia. Dikongsikan, Syarikat Cerita Fabrikku diusahakan oleh 5 orang belia dan 17 orang pekerja belia tempatan telah mengeluarkan hampir 25,000 helai baju untuk dieksport dan pasaran tempatan dengan pendapatan lebih $37 ribu.
iv. Pemerkasaan Belia. Antara pencapaian yang diraih adalah:
a. Sejumlah $146,000.00 bantuan kewangan dihulurkan kepada 29 buah persatuan dan pergerakan belia bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti pembangunan kapasiti dan keusahawanan dalam 2 tahun kebelakangan.
b. Sejumlah $171,000.00 diperuntukkan kepada 102 buah program dan aktiviti berkaitan dengan pembangunan kapasiti di peringkat daerah, kebangsaan mahupun antarabangsa.
c. Pusat Belia, Daerah Brunei dan Muara dan Daerah Tutong dinaik taraf sebagai hab aktiviti pembangunan belia dan keusahawanan. Program Penaiktarafan ini akan dilaratkan ke daerah Belait dan Daerah Temburong. Sekitar 125,000 pengguna telah direkodkan bagi Pusat Belia di keempat-empat daerah; dan
d. Program Khidmat Bakti Negara (PKBN) dengan moto: โBersedia, Berkhidmat, Berbaktiโ membentuk 3,177 belia yang patriotik, berjati diri dan ketahanan rohani dan jasmani. Dari jumlah ini, seramai 1,126 orang mendapat pekerjaan, sebanyak 785 orang melanjutkan pelajaran dan seramai 19 orang berusaha secara bersendirian. Hasil kaji selidik menunjukkan bahawa 90% ibu bapa pelatih berpandangan PKBN sebagai satu program yang sangat berkesan dan perlu diteruskan. Pihak swasta juga lebih cenderung kepada lepasan PKBN.
KKBS akan meningkatkan kualiti pembentukan jati diri dan modal insan melalui:
a. Pengemaskinian fungsi Pusat Pembangunan Belia sebagai hab latihan kemahiran dan pembelajaran sepanjang hayat untuk belia dan komuniti.
b. Meluaskan skop PKBN melalui penubuhan Akademi Belia sebagai rangkaian pemimpin belia tempatan dan serantau, dan juga sebagai hab komuniti.
c. Program Inkubator Keusahawanan Belia akan dipertingkatkan dan dilaratkan ke setiap daerah.
Mengembangkan aktiviti keusahawanan termasuk industri kreatif dan membukakan peluang business-startups;
d. Pemberian micro grant Pembangunan Keusahawanan Belia disasarkan kepada 20 orang pengusaha belia;
e. Peningkatan pelaksanaan program berimpak tinggi diterajui para belia. Sebagai contoh Young Professional Network (YPN) akan melaksanakan 34 buah program dalam bidang pekerjaan, mentorship dan kepimpinan;
f. Penyediaan tambahan 10 hektar bidang tanah bagi penanaman padi oleh belia di Kampung Batong, Daerah Brunei dan Muara; dan
g. Pelancaran Sistem Aplikasi Sukarelawan yang disasarkan pada bulan Ogos 2021.
- MEREALISASIKAN BUDAYA DINAMIK DAN PENGUKUHAN WARISAN.
Sejumlah $35.6 juta diperuntukkan kepada Program Meningkatkan Kesedaran dan Kefahaman Warisan Budaya Bangsa dan Negara termasuk penambahbaikan prasarana melalui pelestarian budaya, warisan dan sejarah seperti berikut:
i. Memartabatkan bahasa Melayu dan tulisan Jawi.
Bagi mengukuhkan pemartabatan bahasa Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan meningkatkan program seperti pewujudan gelar Wira Bahasa; Mengangkat hab sastera dan karya kreatif penulis tanah air; Pemberian Anugerah Sasterawan Brunei; dan Pementasan teater dan drama Melayu.
ii. Meningkatkan kefahaman sejarah dan warisan; dan
iii. Memaksimumkan penggunaan aplikasi pintar dan teknologi digital:
a. DBP (Dewan Bahasa dan Pustaka) memperkenalkan pembayaran dalam talian pada 1 Julai 2020 melalui aplikasi BIBD dan perbankan digital, ia akan dilaratkan ke Jabatan Muzium-Muzium dan Pusat Sejarah Brunei;
b. Dewan Bahasa dan Pustaka juga membukakan perkhidmatan tulisan Jawi melalui dalam talian. Sebanyak 1,150 permohonan dengan hasil sebanyak $16,925; dan
c. Muzium Alat Kebesaran Diraja dilengkapi dengan kemudahan audio visual melalui kerjasama Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan. Ini akan dilaratkan ke galeri yang lain. 63 ribu pengunjung Muzium, Galeri dan Tapak Arkeologi dicatatkan berbanding sebanyak 307 ribu orang pada tahun 2019. Walau bagaimanapun, kekurangan pengunjung secara fizikal ditampung dengan perkhidmatan secara maya. Lebih 547,000 orang pelawat melayari laman sesawang dan media sosial Pusat Sejarah Brunei, Dewan Bahasa dan Pustaka dan Jabatan Muzium-Muzium.
- MEREALISASIKAN NEGARA SUKAN YANG GEMILANG.
Sebanyak $21.8 juta telah diperuntukkan bagi pembangunan Perkembangan Sukan termasuk penambahbaikan prasarana.
Antara pencapaian pembangunan sukan seperti berikut:
i. Pengkajian semula Program Rintis Akademi Sukan 2015-2019 kepada program baharu, Program Pingat Sukan SEA dengan matlamat memantapkan eko sistem sukan berprestasi tinggi. Kita mengenal pasti 5 sasaran sukan berprestasi tinggi dan 20 orang atlet skim yang berpotensi untuk menjalani program pengupayaan bagi meningkatkan prestasi, kemahiran dan kebolehan.;
ii. Mereviu Skim Penggalak Kecemerlangan Sukan bagi penyelarasan kadar ganjaran kemenangan mengikut taraf sukan.;
iii. Pemberian Biasiswa Sukan pertama melalui Skim Biasiswa Khas, Kementerian Pendidikan dalam Bidang Sukan di bawah inisiatif Dasar Sukan Negara kepada atlet Wushu Dayang Basma binti Lachkar untuk melanjutkan pelajaran di JIS sebagai insentif pencapaian kecemerlangan tinggi sukan dan akademik; dan
iv. Pencapaian Awang Mohd. Zulkarnain bin Haji Mohd Zulkifli yang menjadi e-atlet profesional di negara jiran.
Kementerian akan meningkatkan kualiti dan prestasi atlet, kejurulatihan dan prasarana sukan melalui:
a. Penubuhan Brunei Institute of Sports (BIS); dan
b. Menggalakkan insentif pertumbuhan industri sukan rekreasi dan pelancongan.
- MEREALISASIKAN PERSEKITARAN KERJA INKLUSIF DAN PRODUKTIF.
Hala tuju Kementerian ialah untuk:
i. Membudayakan nilai teras iaitu klien didahulukan; Profesionalisme; Kecemerlangan; Integriti; dan Kerjasama.
ii. Meningkatkan usaha pengoptimuman kemudahan dan fasiliti melalui pendekatan PPP atau outsourcing di bawah Fiscal Consolidation Programme. Kita akan meneliti aset-aset lain yang berpotensi untuk diswastakan seperti Outward Bound Brunei Darussalam (OBBD).
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat,
Sukacita mengongsikan status pelaksanaan projek KKBS di bawah Rancangan Kemajuan Negara (RKN) kesebelas (11):
a. Menaik taraf dan Pengubahsuaian Stadium Negara Hassanal Bolkiah telah bermula; dijangka siap pertengahan tahun 2022;
b. Menaik taraf Muzium Brunei, tawaran telah ditutup dan penilaian tawaran selesai pada 1 April 2021;
c. Pembinaan Rumah Perlindungan Kompleks Rumah Kebajikan sudah bermula, dijangka siap pada November ini; dan
d. Menaik taraf Bangunan Galeri Seni sedang dalam pembinaan dan projek penaiktarafan siap pada November ini.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.
Dari aspek kepengerusian ASEAN tahun ini, KKBS bersama kementerian lain, sama-sama menyumbang dan menjayakan persediaan dan pelaksanaan khususnya di bawah Tonggak Komuniti Sosiobudaya ASEAN atau ASCC, dikenali sebagai โPeoples' Pillarโ.
Tonggak ini merangkumi sebanyak 15 badan sektoral ASCC yang meliputi kebajikan sosial, kesihatan, bencana alam, alam sekitar, kebudayaan, maklumat, belia, sukan dan isu-isu kesejahteraan golongan sasaran seperti Orang Kelainan Upaya, kanak-kanak, wanita dan warga emas, di rantau ASEAN. Fokus ini bertepatan dengan situasi global dan selaras dengan tema: "We Care, We Prepare, We Prosper".
Ke arah ini, usaha akan terus giat dilaksanakan ke arah meningkatkan kedayatahanan dan kelestarian masyarakat sebagai deliverables khususnya dalam menangani cabaran akibat COVID-19.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.
ุฅู ุดุงุก ุงููู, dengan peruntukan yang diluluskan, kita memastikan perbelanjaan dibuat secara berhemah. Kementerian akan terus proaktif dan amat mengharapkan kerjasama Ahli-Ahli Yang Berhormat selaku pemimpin akar umbi dan secara whole of nation approach untuk memperkukuhkan lagi usaha menjalin kerjasama dengan masyarakat demi mencapai matlamat Negara Brunei Darussalam iaitu: โBangsa Brunei Cemerlang.โ
Demikianlah sahaja dan terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Sekian.
ูุจุงููู ุงูุชูููู ูุงููุฏุงูุฉ. ู ุงูุณูุงู
ุนูููู
ูุฑุญู
ุฉ ุงููู ูุจุฑูุงุชู
Yang Berhormat Pengerusiโ
Ahli-Ahli Yang Berhormat, kita telah pun mendengar mukadimah yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan sebentar tadi yang merupakan mengandungi fakta-fakta yang cukup terang, jelas dan terperinci berhubung dengan hala tuju dan perancangan kementerian. Saya mempunyai satu senarai yang agak panjang daripada Ahli-Ahli Yang Berhormat yang suka untuk turut serta dalam membincangkan tajuk ini. Saya persilakan sekarang Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pendikar Alam Dato Paduka Seri Awang Haji Hasrin bin Dato Paduka Haji Sabtu.
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pendikar Alam Dato Paduka Seri Awang Haji Hasrin bin Dato Paduka Haji Sabtuโ
ุจุณู ุงููู ุงูุฑุญู ู ุงูุฑุญูู ุงูุณูุงู ุนูููู ูุฑุญู ุฉ ุงููู ูุจุฑูุงุชูDengan perasaan bangga kaola menyambut baik dan mengucapkan tahniah yang setinggi-tingginya kepada Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan akan mukadimah yang baru dibentangkan dengan pencapaian-pencapaian yang positif. Kaola hanya ingin menyentuh satu perkara iaitu mengenai Program Khidmat Bakti Negara (PKBN). Kaola mengambil baik akan kesemua usaha pihak Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan pada pelaksanaan PKBN tersebut yang diadakan pada setiap tahun.
Soalan kaola:
-
Mohon pencerahan daripada Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan bagaimanakah sambutan anak-anak kitani dan apakah statistik jumlah keseluruhan pelatih yang telah tamat PKBN?; dan
-
Pengambilan PKBN buat masa ini hanya dijalankan sekali setahun mengambil kira pengangguran yang tinggi di negara ini dan anak-anak muda kitani yang mempunyai masa yang banyak sambil menunggu pekerjaan. Adakah pihak Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan mempunyai rancangan untuk meningkatkan lagi pengambilan PKBN tersebut?
Sekian,
ูุจุงููู ุงูุชูููู ูุงููุฏุงูุฉ ูุงูุณูุงู
ุนูููู
ูุฑุญู
ุฉ ุงููู ูุจุฑูุงุชู
Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukanโ
ุจุณู ุงููู ุงูุฑุญู ู ุงูุฑุญูู Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi dan Yang Berhormat tadi atas dua soalan:
-
Sambutan para belia mengenai PKBN; dan
-
Rancangan dalam meningkatkan lagi pengambilan PKBN.
ุงูููุญูู ูุฏู ูููููฐูู Kami menyambut baik dan Kaola ingin mengongsikan bahawa pada tahun 2020 telah merekodkan jumlah pendaftaran yang tertinggi sejak penubuhan PKBN yang seramai 519 pendaftaran belia. Ini menunjukkan sambutan yang berterusan dan minat dalam kalangan belia di samping sokongan ibu bapa. Walau bagaimanapun, jumlah penyertaan disebabkan situasi COVID-19 hanya dihadkan kepada 250 orang sahaja yang dapat mengikuti PKBN bagi pengambilan kesepuluh. Kaola ingin mengongsikan sedikit barangkali perasaan biskaola mengenai program PKBN ini. ุงูููุญูู ูุฏู ูููููฐูู sepertimana juga semasa latihan PKBN atau upacara perbarisan tamat latihan PKBN pada 10 Mac 2021.
Kaola ingin membawa dan mengimbas kembali titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, yang inti pati titah melihat bahawa: Pelatih PKBN sebagai contoh modal insan yang berkualiti, mereka gigih dan berani tampil untuk berbakti, benar-benar membawa imej yang baik selaku bangsa dan negara merdeka yang tidak mahu duduk diam tanpa berkhidmat. Jadi, syukur ุงูููุญูู ูุฏู ูููููฐูู bahawa PKBN ini menunjukkan landasan yang betul.
Pada masa yang sama, kami menyambut baik dalam keratan akhbar โBorneo Bulletinโ baru-baru ini pada 2020 Mac, para pelatih mengongsikan pengalaman dan memberikan maklum balas bahawa program ini telah memperkasa diri mereka ke arah pencapaian Wawasan Brunei 2035 untuk menjadi pemimpin yang terbaik bagi masyarakat dan yang paling penting telah memperbaiki keperibadian untuk menjadi lebih baik. Jadi, dalam menjawab persoalan yang kedua, berkenaan dengan rancangan bagi meningkatkan lagi pengambilan PKBN memanglah wajar untuk kita melihat apakah hala tuju bagi PKBN seterusnya.
Jadinya, abiskaola mengongsikan bahawa pihak PKBN telah pun membuat penelitian:
- Hasil daripada penelitian tersebut, beberapa pertimbangan boleh dilaksanakan. Ada empat iaitu:
i. Jumlah pelatih untuk mengikuti PKBN dalam satu masa untuk dipertingkatkan sehingga 700 orang berdasarkan kepada kapasiti. Walau bagaimanapun, kitani melihat cabaran yang akan dihadapi ialah memerlukan jumlah jurulatih yang tinggi dan berkemahiran.
ii. Dalam masa yang sama juga, kajian telah pun dibuat untuk mengadakan latihan dua kali setahun, pernah dibuat akan tetapi ia tidak cost effective memandangkan keramaian pelatih pada tahap yang rendah disebabkan oleh komitmen persekolahan kerana kebanyakan pelatih-pelatih ini adalah anak-anak sekolah ataupun lepasan 'O' level atau 'A' level.
iii. Untuk merancang bagi membukakan peluang lebih ramai belia untuk mengikuti program-program pengukuhan jati diri dan kepimpinan melalui dua kaedah:
a. Menawarkan kursus jangka pendek bagi pengukuhan jati diri; dan
b. Penubuhan Akademi Belia sebagai rangkaian pemimpin belia tempatan dan serantau.
iv. Mengadakan latihan secara berterusan kepada alumni PKBN dan skop yang lebih luas selain refresher course; dan
v. PKBN untuk membukakan sebagai hub community dalam melaksanakan pelbagai jenis latihan dan kursus bekerjasama dengan OBBD.
ุฅู ุดุงุก ุงููู Insya-Allah akan terus melaksanakan program peningkatan khususnya dalam pengambilan PKBN atau apa juga kursus jangka masa pendek dalam meningkatkan lagi jati diri para belia secara berperingkat-peringkat. ุฅู ุดุงุก ุงููู Insya-Allah juga mengalu-alukan bagi penggunaan fasiliti kemudahan Program Khidmat Bakti Negara ini untuk dimaksimumkan oleh agensi-agensi lain dalam mengukuhkan program jati diri. Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusiโ
Saya persilakan Yang Berhormat Pengiran Haji Ali bin Pengiran Haji Maon.
Yang Berhormat Pengiran Haji Ali bin Pengiran Maonโ
Terima Kasih, Yang Berhormat Pengerusi. ุงููุณููููุงู ู ุนูููููููู ู ููุฑูุญูู ูุฉู ุงูููู ููุจูุฑูููุงุชููู Salam sejahtera, kaola ingin membawa satu perkara sahaja berkaitan di bawah Tajuk SL06A - Jabatan Pembangunan Masyarakat.
Yang Berhormat Pengerusi, di bawah Kod Akaun 002-000 - Program Perkhidmatan Bantuan Am dan Memperkasa Penerima Bantuan Kebajikan, pihak jabatan berhasrat untuk membantu golongan kurang upaya vulnerable group bagi mendapatkan pekerjaan serta menggalakkan budaya keusahawanan dalam kalangan penerima bantuan dan belia yang tidak bersekolah supaya dapat lebih berdikari. Walau bagaimanapun, kaola mendapat di bawah Kod Akaun 002/006 - Pelaksanaan Kursus dan Latihan Kemahiran untuk mendapatkan pekerjaan dan Kod Akaun 002/007 - Program Bantuan Keusahawanan tiada suntikan peruntukan diberikan bagi membiayai kursus dan latihan kemahiran bagi Tahun Kewangan 2021/2022. Soalan kaola ialah:
- Dengan tiada peruntukan diberikan, adakah Kursus dan Latihan Kemahiran untuk mendapatkan pekerjaan dan Program Bantuan Keusahawanan akan terus dilaksanakan pada tahun kewangan ini; dan
- Jika tidak, apakah usaha lain Jabatan Pembangunan Masyarakat bagi mencapai sasaran sebanyak 67% penerima bantuan yang mendapat pekerjaan sepertimana dihasratkan dalam Petunjuk Prestasi Utama jabatan ini. Sekian sahaja, Yang Berhormat Pengerusi.
Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukanโ
Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli Yang Berhormat atas pertanyaan mengenai peruntukan kewangan bagi pelaksanaan Kursus dan Latihan Kemahiran serta Program Bantuan Keusahawanan. Adakah program ini akan dilaksanakan. Untuk menjawabnya ูฑููุญูู ูุฏู ูููููฐูู peruntukan kewangan sejumlah $170,000.00 bagi Pelaksanaan Kursus dan Latihan Kemahiran serta Program Bantuan Keusahawanan akan diperuntukkan dan dilaksanakan melalui peruntukan Kod Akaun 002/002 - Bantuan Kebajikan Am dalam Tahun Kewangan 2021/2022 nanti.
Untuk makluman, Kod Akaun 002/002 - Program Bantuan Kebajikan Am adalah penyatuan dari peruntukan Kod Akaun 002/006 - Pelaksanaan Kursus Dan Latihan Kemahiran untuk mendapatkan pekerjaan dan Kod Akaun 002/007 - Program Bantuan Keusahawanan. Penyatuan ini, sebenarnya bertujuan memastikan peruntukan akan digunakan dengan lebih optimum dan efisien. ุฅููู ุดูุงุกู ุงูููููู sebagaimana juga diutarakan dalam mukadimah kaola tadi kementerian telah dan akan terus melaksanakan program latihan kemahiran bagi meningkatkan kebolehpasaran masyarakat dan Program Bantuan Keusahawanan khususnya kepada golongan sasaran dan vulnerable seperti lazimnya. ุฅู ุดุงุก ุงููู. Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusiโ
Seterusnya saya persilakan, Yang Berhormat Awang Haji Umarali bin Esung.
Yang Berhormat Awang Haji Umarali bin Esungโ
Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi. ุจุณู ุงููู ุงูุฑุญู ู ุงูุฑุญูู ุงูุณูุงู ุนูููู ูุฑุญู ุฉ ุงููู ูุจุฑูุงุชู
Kaola, Yang Berhormat Pengerusi ingin menyentuh di bawah Tajuk SL024 - Dewan Bahasa dan Pustaka. Kaola sukacita menyentuh berkenaan fungsi dan peranan Dewan Bahasa dan Pustaka Negara Brunei Darussalam yang antaranya mengembangkan budaya ilmu dan membaca dalam kalangan masyarakat. Selain itu, mengembangkan dan memajukan bahasa dan sastera Melayu dan menerbitkan, membukukan dan menyediakan bahan-bahan budaya. Sepertimana juga kita ketahui bahawa Dewan Bahasa dan Pustaka juga bergiat aktif dalam mengungkayahkan beberapa program dan aktiviti kepada kanak-kanak dan belia terutama sekali pada musim cuti persekolahan.
Sehubungan dengan itu, kaola ingin bertanya:
-
Sejauh ini, apakah ada program-program dan aktiviti-aktiviti dianjurkan bagi mendedahkan 7 puak penduduk Brunei dan termasuklah memperkenalkan warisan sejarah dan budaya mengenali dan mengajar sedikit sebanyak bahasa dialek 7 puak berkenaan kepada kanak-kanak dan generasi muda?; dan
-
Apakah ada akta tertentu di bawah tanggungjawab Dewan Bahasa dan Pustaka bagi memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi Negara Brunei Darussalam?
Sekian,
ูุจุงููู ุงูุชูููู ูุงููุฏุงูุฉ. ู ุงูุณูุงู
ุนูููู
ูุฑุญู
ุฉ ุงููู ูุจุฑูุงุชู
Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukanโ
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat atas 2 pertanyaan. Pertama, mengenai program dan aktiviti 7 puak Brunei dan yang kedua berkenaan akta bagi memartabatkan bahasa Melayu.
Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan adalah custodian ataupun penjaga warisan antaranya adalah untuk meletakkan kepentingan 7 puak dalam pembangunan negara dan mementingkan penjagaan warisan budaya ketara dan tidak ketara. Ke arah ini kita akan terus melaksanakan tugas dan tanggungjawab bagi memperkenalkan dan mendedahkan 7 puak Brunei menerusi kegiatan-kegiatan. Dikongsikan antara kegiatan yang menjurus kepada kanak-kanak dan generasi muda yang telah dilaksanakan, sebagai misalnya:
- Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka melaksanakan kegiatan-kegiatan yang berkaitan dengan pelestarian warisan bahasa dan budaya melalui aktiviti cuti persekolahan seperti Bengkel Dialek Tutong dan Bisaya, mengenal warisan seperti pakaian, budaya, kraftangan dan masakan dalam kalangan muda-mudi dan kanak-kanak.
Dalam masa yang sama juga, Bahagian Kebudayaan dan Kesenian juga mengadakan Festival Kebudayaan bermula pada tahun 2013 dengan tema yang berbeza-beza yang melibatkan semua 7 puak kita ni seperti berikut:
i. Pada tahun 2019 bertemakan: โAlat Muzik Tradisionalโ;
ii. Pada tahun 2015 bertemakan: โAdat Resamโ; dan
iii. Pada tahun 2013 bertemakan: โFestival Perkahwinanโ.
Kaola juga ingin mengongsikan dalam kita turut sama menjaga warisan budaya khususnya mengenai 7 puak Brunei, pihak Dewan Bahasa dan Pustaka juga melaksanakan seperti merekodkan inventori warisan budaya mengenai 7 puak Brunei yang sehingga kini terdapat 259 entry telah direkodkan dan jumlah ini akan meningkat dari masa ke masa.
Daftar dialek 7 puak telah pun siap dan diterbitkan pada tahun 2011. Dikongsikan antara inisiatif melestarikan warisan 7 puak jati Brunei juga adalah penerbitan buku bersiri yang menghimpunkan keaslian 30 masakan dari 7 puak di Negara Brunei Darussalam. Buku bersiri ini diterbitkan secara berperingkat dan siri pertama buku adalah mengenai masakan Puak Kedayan berjudul โDapur Bohaniโ dan koleksi seterusnya mengenai masakan Puak Melayu Brunei, Tutong, Belait, Dusun, Murut dan Bisaya. Perkara yang penting juga dalam usaha melestarikan dialek 7 puak jati Brunei, Dewan Bahasa dan Pustaka telah menerbitkan beberapa buah kamus mengenai dialek dalam bentuk buku dan pada masa ini sedang mengusahakan penerbitan e-Kamus bermula dari puak Melayu Brunei. ุฅู ุดุงุก ุงููู dengan semua aktiviti ini akan meningkatkan kefahaman dan pengetahuan kepada masyarakat khususnya kepada kanak-kanak dan generasi muda, kita amat yakin; dan
- Mengenai akta, kaola ingin mengimbas yang pertama sekali dimaklumkan pada masa ini belum ada akta yang digubal di bawah tanggungjawab Dewan Bahasa dan Pustaka khususnya memartabatkan bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi Negara Brunei Darussalam. Kaola mohon keizinan mengimbas dengan merujuk laporan Majlis Mesyuarat Negara yang Kelima Belas pada tahun 2019, Majlis Mesyuarat Negara telah menekankan bahawa Perlembagaan Negara Brunei 1959 merupakan undang-undang tertinggi bahawa bahasa Melayu telah termaktub dalam Bab 82 (1) dan (2) sebagai Bahasa Rasmi Negara dan tidak timbul untuk membuat undang-undang lain. Ke arah tersebut kita turut berpandangan bahawa pembentukan akta tidak diperlukan dan memadai dengan kedudukan bahasa Melayu dalam Perlembagaan Negara Brunei 1959. Sekian, terima kasih Yang Berhormat pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusiโ
Saya persilakan Yang Berhormat Awang Haji Ramli bin Haji Lahit.
Yang Berhormat Awang Haji Ramli bin Haji Lahitโ
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. ุจุณู ุงููู ุงูุฑุญู ู ุงูุฑุญูู ุงูุณููููุงู ู ุนูููููููู ู ููุฑูุญูู ูุฉู ุงูููู ููุจูุฑูููุงุชููู dan salam sejahtera.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Menerusi pembentangan yang jelas dan terperinci daripada Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan sebentar tadi mengenai hasil pencapaian bidang inisiatif sektor kesukanan yang difokuskan kepada pencapaian negara sukan yang gemilang dengan peruntukan $21.8 juta amat jelas dan sesuai dengan peruntukan.
Sehubungan itu, kaola tidak perlu lagi bertanya-tanya, kaola hanya mengemukakan cadangan sahaja iaitu supaya jabatan ini dapat mengadakan satu perkumpulan bagi majlis penghargaan kepada atlet-atlet veteran yang pernah mengharumkan nama negara suatu ketika dahulu seperti lari pecut negara, atlet tinju dalam Sukan Borneo, Sukan Merdeka dan sukan luar negara yang lainnya. Menerusi majlis ini para atlet veteran ini boleh berkongsi pengalaman dengan atlet-atlet baharu bagaimana kejayaan boleh tercapai, namun pada waktu itu mereka tidak mempunyai kemudahan seperti sekarang.
Sekian,
ูุจุงููู ุงูุชูููู ูุงููุฏุงูุฉ. ูุงูุณูุงู
ุนูููู
ูุฑุญู
ุฉ ุงููู ูุจุฑูุงุชู
Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukanโ
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat atas pandangan dan cadangan khusus dalam menghargai para atlet veteran kita dengan cadangan bagi kita mengadakan majlis penghargaan. Majlis penghargaan melalui perkumpulan bagi atlet-atlet veteran. Kaola menyambut baik cadangan yang telah pun diutarakan oleh Yang Berhormat tadi dan pihak Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan akan melihat perkara ini dengan sedalam-dalamnya untuk melaksanakan dalam masa yang terdekat ini. Barangkali perlu kaola kongsikan bahawa kitani amat menghargai sumbangan yang telah pun diberikan oleh atlet-atlet veteran kitani. Sepertimana yang kitani ketahui, bahawa para atlet veteran kitani telah banyak menyumbang dan mengharumkan nama negara sebagai misalan, semasa ASEAN Para Games 2017 para atlet veteran kitani pada 2 tahun yang lepas telah pun mengadakan Kejohanan Sukan Atlet Veteran di Negara Brunei Darussalam pada 2 tahun yang lepas. Mereka telah pun menyumbangkan pingat kepada Negara Brunei Darussalam. Wajarlah penghargaan diberikan kepada para atlet veteran kitani. ุฅู ุดุงุก ุงููู perkara ini akan dilaksanakan, diteliti dan untuk dilaksanakan dengan sebaik mungkin ุฅู ุดุงุก ุงููู.
Sekian, terima kasih atas cadangan tersebut Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusiโ
Ahli-Ahli Yang Berhormat, saya kira cukuplah dulu kita bersidang di Peringkat Jawatankuasa ini dan kita bersidang semula dalam Persidangan Majlis Mesyuarat Negara.
(Mesyuarat Jawatankuasa ditangguhkan)
(Majlis Mesyuarat bersidang semula)
Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ
Ahli-Ahli Yang Berhormat, saya kira adalah berpatutan sekarang bagi kita untuk menangguhkan Persidangan Majlis Mesyuarat Negara ini dan ุฅู ุดุงุก ุงููู kita akan bersidang semula pada petang ini iaitu mulai pukul 2.30 petang sebagaimana lazimnya.
Sekian, ูุจุงููู ุงูุชูููู ูุงููุฏุงูุฉ. ู ุงูุณููููุงู ู ุนูููููููู ู ููุฑูุญูู ูุฉู ุงูููู ููุจูุฑูููุงุชููู
(Majlis Mesyuarat ditangguhkan)
(Majlis Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang)
Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ
ุจุณู ุงููู ุงูุฑุญู ู ุงูุฑุญูู ุงูุณููููุงู ู ุนูููููููู ู ููุฑูุญูู ูุฉู ุงูููู ููุจูุฑูููุงุชูููAhli-Ahli Yang Berhormat pada sebelah pagi tadi di Peringkat Jawatankuasa kita masih lagi membincangkan dan membahaskan Perkara VI Rang Undang-Undang (2021) Perbekalan, 2021/2022 yang telah dicadangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II.
Maka bagi membolehkan kita berbincang dan meneliti tajuk-tajuk Rang Belanjawan seterusnya, saya tangguhkan Persidangan Majlis Mesyuarat Negara ini bagi membolehkan kita bersidang di Peringkat Jawatankuasa.
(Majlis Mesyuarat ditangguhkan)
(Mesyuarat bersidang sebagai Jawatankuasa)
Yang Berhormat Pengerusiโ
ุจูุณูู ู ุงูููู ุงูุฑููุญูู ูฐูู ุงูุฑููุญูููู ู Ahli-Ahli Yang Berhormat. Majlis sekarang bersidang di Peringkat Jawatankuasa sepenuhnya bagi meneliti dan menimbangkan Rang Undang-Undang (2021) Perbekalan, 2021/2022 satu per satu yang telah dicadangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II.
Pada sebelah pagi tadi, di Peringkat Jawatankuasa ini juga kita telah mula membahaskan dan meneliti Tajuk Belanjawan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Yang Berhormat Menteri berkenaan telah membentangkan mukadimahnya tentang rancangan dan hala tuju bagi Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Bersama saya masih ada senarai Ahli Yang Berhormat yang suka untuk turut serta dalam membahaskan tajuk kementerian ini.
Untuk tidak membuang masa lagi saya persilakan Yang Berhormat Awang Iswandy bin Ahmad.
Yang Berhormat Awang Iswandy bin Ahmadโ
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
ุจูุณูู ู ุงูููู ุงูุฑููุญูู ูฐูู ุงูุฑููุญูููู ู ุงูุณููููุงู ู ุนูููููููู ู ููุฑูุญูู ูุฉู ุงูููู ููุจูุฑูููุงุชููู terus sahaja dalam perbincangan pada petang ini. Saya ingin menyebut mengenai 2 perkara iaitu:
- Pembangunan Belia dan Sukan dalam Dasar Belia Negara dan Strategi disebutkan pemimpin belia tidak melebihi umur 45 tahun dan mentor juga disebutkan tidak ada had umur dan saya memberi sokongan sepenuhnya untuk pelaksanaan Dasar Belia Negara dan Strategi ini. Berapa tahun sebelum ini ada usaha yang dipanggil Professionalization of Youth Work di Negara Brunei Darussalam dengan kerjasama beberapa agensi seperti Commonwealth dan Universiti Brunei Darussalam, saya sendiri pernah mengikutinya dan menjadi seorang graduan menerima Diploma in Youth Development Work.
Sudah tiba masanya kita menghidupkan semula perkara ini kerana infrastruktur sudah mencukupi dengan adanya lifelong learning centres dan institusi-institusi pengajian tinggi di negara ini sudah banyak pilihan. Ini boleh menjadi sebahagian daripada upskill dan membangunkan kapasiti belia kita ni termasuk pegawai-pegawai kerajaan yang terlibat dengan belia, ahli-ahli NGO, ahli takmir masjid serta pusat rehabilitasi dan mentor-mentor usahawan. Setentunya kelayakan ini memastikan pemimpin belia berkaliber dan benar-benar berkemahiran dalam kerja pembangunan belia.
- Saya ingin sentuh ialah latihan dan penjagaan warga emas. Saya menyambut baik Program Memeduli Warga Emas (PMWE) yang dikongsikan tadi dan saya percaya pengukuhan institusi kekeluargaan kita ni akan terus dapat memastikan golongan muda menjaga mereka yang sudah berumur.
Namun begitu, tidak semua warga emas mempunyai keluarga terdekat untuk menjaga mereka. Bagi keluarga-keluarga yang lanjut usia, asas penjagaan adalah dengan belajar sendiri ataupun sesudah mereka sakit barulah diajar di pusat-pusat kesihatan kita ni. Ada juga terdapat kes ibu bapa yang berusia ini dihantar ke hospital sahaja kerana ahli keluarga tidak tahu bagaimana menguruskannya. Mungkin sudah tiba masanya kita ni memikirkan penjagaan serta latihan penjagaan warga emas yang dapat ditawarkan oleh pakar seperti Caretaker for the Elderly Services. Cadangan-cadangan pemikiran yang dapat saya kongsikan ada 3 iaitu:
i. Pusat penjagaan setiap kawasan perumahan atau kawasan kampung itu sebuah step down level medical unit even seperti a control hospital level base home. Warga emas ini dapat dibantu oleh caretakers terlatih dan juga mengurangkan isu kesihatan mental seperti menghadapi kemurungan, loneliness dan lain-lain dengan berjumpa rakan-rakan di sana. Mungkin fungsi Pusat Kegiatan Warga Emas dapat dilaratkan dan dinaik taraf untuk memberi perkhidmatan sebegini;
ii. Mengadakan program upskilling yang dibuat bagi memudahkan orang ramai untuk mendapatkan sijil caretaking. Melalui program ini orang ramai, ahli keluarga atau penjaga akan dapat pengiktirafan sebagai penjaga yang terlatih dalam menangani situasi yang timbul berkaitan warga emas. Mungkin perkara ini dapat dilaratkan kepada sukarelawan komuniti seperti PKBN, Belia Masjid, MPK malah sukarelawan belia untuk membantu sebagai caretaker; dan
iii. Mengadakan Skim Simpanan dari umur muda untuk persiapan penjagaan kita ini pada hari tua. Ini dimaklumi bahawa penjagaan warga emas kadang-kadang memerlukan kepakaran, jururawat peribadi yang perlu dibayar dan barangkali ini dapat mempersiapkan lagi kita ni pada hari tua nanti.
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukanโ
ุจูุณูู ู ุงูููู ุงูุฑููุญูู ูฐูู ุงูุฑููุญูููู ู Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat atas beberapa soalan termasuk mengenai Professionalization of Youth Work dan perkara yang bersangkut paut dengan warga emas dari aspek penjagaan, upskilling dan skim simpanan.
Lebih dahulu kita ingin merakamkan terima kasih banyak-banyak kepada Yang Berhormat atas sumbangan yang berterusan ke arah pembangunan dan pembangunan belia dan ุงูููุญูู ูุฏู ูููู Program BYLC sedang dilaksanakan di Daerah Temburong dan terima kasih atas support which has always been given to KKBS dalam meningkatkan lagi perkembangan belia.
Dalam menjawab persoalan yang pertama, kaola berpandangan pemerkasaan belia dengan memantapkan penggunaan kapasiti belia dan mempertingkatkan tahap profesionalisme dalam pembangunan belia dan sosial amatlah penting. Ini selaras dengan salah satu deliverable di bawah inisiatif dasar empat pemerkasaan belia yang digariskan dalam Pelan Tindakan Dasar Belia Negara dan Strategi 2020-2024. Ke arah tersebut, kita menyambut baik cadangan Ahli Yang Berhormat yang memerlukan juga sedikit penelitian lanjut berasaskan kepada amalan terbaik dari aspek struktur, proses dan outcomes yang dihasratkan.
Tapi, kita menyambut baik hasrat tersebut sama ada ia untuk direvitalisekan dan kita mesti melihat juga bahawa PKBN mungkin juga hasrat kita untuk menubuhkan ia sebagai akademik belia. Cadangan tersebut kita sambut baik dan kita akan melihatnya secara cross-cutting.
Bagi cadangan dan persoalan yang kedua, berkenaan dengan warga emas. Tadi kita melihat kepada Pusat Warga Emas. I think, kita melihat bahawa fungsi Pusat Warga Emas, apa yang paling penting ialah kita melihat warga emas ini sebagai Community Support Centre. Itu, barangkali dalam โmengelingaโ warga emas. Cadangan daripada Yang Berhormat untuk โmengelingaโ warga emas bersangkut paut juga dengan peranan PKWE sebagai Community Support Centre, khususnya dalam menyokong aktiviti-aktiviti termasuklah menyokong aktiviti yang berunsurkan kepada active ageing yang meliputi kesihatan mental.
Jadi, cadangan bagi Pusat Penjagaan Warga Emas ini untuk diperbesarkan fungsinya, perlulah dilihat barangkali kerana kita melihat bahawa kegiatan-kegiatan ini pun semakin membesar dan jumlah sokongan daripada warga emas ini pun meningkat dari semasa ke semasa. Kita mengakui dan merakamkan penghargaan kepada PKWE yang melaksanakan peranan yang amat penting dalam menentukan kesejahteraan warga emas dijaga. Mereka dapat menghadapi kehidupan seharian dengan lebih positif dan lebih ceria dan inilah yang kita mahu daripada warga emas.
ุฅู ุดุงุก ุงููู, fungsi Pusat Penjagaan Warga Emas ini hendaklah dilihat secara berpanjangan. Dari aspek a control hospital level rest home, bagi pandangan kaola, cadangan ini hendaklah memerlukan penelitian lanjut juga bersama pihak yang berkepentingan, I think this is also cross-cutting, khususnya dari Kementerian Kesihatan.
Dalam masa yang sama juga, kita hendaklah mengimbanginya juga. Saya tahu, sepertimana Yang Berhormat katakan, kepada keluarga-keluarga during the day, mereka sibuk dan sebagainya. Tetapi, memang juga kita imbangi penjagaan warga emas ini juga satu tanggungjawab utama. Institusi keluarga yang sememangnya di bawah budaya kita ni bahawa it is always the family to look after the elderly. Tapi, kita dalam masa-masa yang tertentu ini, mungkin juga adanya keperluan seperti Pusat Warga Emas to look after. It's not about a care centre, it's about more juga satu tempat mereka ini dapat bertemu dan mengadakan aktiviti-aktiviti yang dapat membuang kebosanan dan berinteraksi.
Mengenai cadangan skim simpanan untuk persiapan penjagaan pada hari tua. Kementerian ini menyambut baik dan ia hendaklah atau boleh dipertimbangkan dan dibawa berunding bersama Majlis Kebangsaan Celik Kewangan. Kita hendaklah menggalakkan peranan budaya menabung ini. Selain itu, kita juga mempunyai Skim TAP dan Skim SCP dan ุฅู ุดุงุก ุงููู Skim TAP dan Skim SCP dengan adanya nanti penelitian semula akan dapat juga menjamin mereka pada hari tua. ุฅู ุดุงุก ุงููู.
Tadi, ada juga berkenaan dengan upskilling bagi caretakers. Untuk makluman Yang Berhormat Pengerusi, bahawa pihak KKBS juga melihat perkataan caretakers satu perkara yang perlu dilihat secara menyeluruh dan keperluan bagi caretakers ini satu keperluan yang amat penting. Mengongsikan, kementerian telah pun membuat perbincangan bersama dengan beberapa pihak NGO yang dapat melaksanakan latihan care providers atau latihan penjagaan.
ุฅู ุดุงุก ุงููู, perkara ini akan diteliti untuk dilaksanakan bagi latihan penjagaan atau caretakers untuk penjaga dan care providers ini bersama pihak NGO. Dalam masa yang sama juga tadi, diketengahkan berkenaan dengan PKBN. Di sinilah letaknya syllabus atau tatacara apa yang dimasukkan dalam latihan PKBN ini, juga mempunyai unsur-unsur kasih dan sayang, penjagaan kepada orang tua dan sebagainya agar perkara ini sentiasa ditanam. I think this is more solve skill side dalam pelaksanaan program PKBN. I think, i hope that I have answered everything.
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusiโ
Terima kasih Yang Berhormat. Saya teringat akan pengalaman sebuah negara jiran kita yang telah terbukti bahawa orang muda yang tidak dapat lagi memelihara ibu bapa mereka yang sudah tua dan meninggalkan ibu bapa mereka sama ada di jalan atau meninggalkan di rumah orang-orang tua yang menjadi beban kepada kerajaan.
Barangkali, harus dilihat yang soal ini adalah soal keluarga dan soal masyarakat yang harus dipikul oleh masyarakat sendiri. Kerajaan tidak boleh saya kira memikul tanggungjawab yang bukan kepunyaan kerajaan. Sama ada juga anak-anak sekolah, ditentukan bahawa Yang Berhormat Menteri Pendidikan tidak ada bersama kita tetapi orang ramai harus faham bahawa soal pendidikan tidak dapat ditinggalkan sepenuhnya kepada kerajaan.
Ibu bapa harus mengambil alih, mengambil tugas mereka yang sememangnya ada. Harus kita juga melihat yang warga emas ini dalam keghairahan kita untuk menolong โbisdiaโ, kita tidak mahu โbisdiaโ ditinggalkan di hospital misalnya. Dibiar tinggal di hospital dan tidak dilawat lagi. Hospital itulah yang menjaga mereka. Minta maaf, โancingnyaโ segala apa itu, semua akan ditinggalkan kepada hospital. Tentulah unfair. Ia ibu bapa kita dan harus menjaga ibu bapa kita itu dan memang kita diajar dituntut memelihara ibu bapa sendiri.
Silakan Yang Berhormat.
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteriโ
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Izinkan kaola menambah sedikit mengenai perkara menjaga ibu bapa ini. Kita memang sudah diberi makluman atau ada hadis atau pengajaran agama kita ini: ุงูุฌููููุฉู ุชูุญูุชู ุฃููุฏูุงู ู ุงูุฃูู ููููุงุชู yang ertinya: โSesungguhnya syurga itu adalah di bawah telapak kaki ibu.โ
Ini sudah cukup memberikan gambaran kepada kita bahawa tanggungjawab kita terhadap ibu bapa kita ini adalah paling penting sekali. Jangan kita serahkan kepada orang dan jangan kita berikan kepada orang kerana apa yang kita buat itu adalah syurga. Beruntunglah orang-orang atau siapa yang mempunyai masa ini ada ibu bapanya kerana ia berkhidmat kepada orang yang akan membawa ke syurga. Inilah hal yang perlu dipentingkan.
Walau bagaimanapun, langkah-langkah untuk memelihara โpakwe-pakweโ dan โmakwe-makweโ satu langkah yang baik yang dijalankan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, tetapi jangan kita ini lupa bahawa ibu bapa kita ini itu tanggungjawab kita ini sama-sama. Jangan dibiarkan kepada orang lain, jangan dibahagi-bahagikan kerana bererti kita ini membahagikan hak kita ini untuk menuju ke syurga.
Itu sahaja, Yang Berhormat Pengerusi. Terima kasih.
Yang Berhormat Pengerusiโ
Terima kasih. Saya persilakan sekarang, Yang Berhormat Awang Haji Mohimin bin Haji Johari @ Jahari.
Yang Berhormat Awang Haji Mohimin bin Haji Johari @ Jahariโ
Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi.
ุจุณู ุงููู ุงูุฑุญู ู ุงูุฑุญูู ุฃูููุญูู ูุฏู ูููููฐูู ุฑูุจูู ุงููุนูุงููู ูููู ููุงูุตููููุงุฉู ููุงูุณููููุงู ู ุนูููู ุฃูุดูุฑููู ุงููุฃูููุจูููุงุกู ููุงููู ูุฑูุณูููููู ููุนูููู ุขูููู ููุตูุญูุจููู ุฃูุฌูู ูุนูููู.Tahniah yang setinggi-tingginya Yang Berhormat atas kepimpinan Yang Berhormat menerajui Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Didoakan semoga berjaya seluruh warga kementerian dan akan sentiasa dalam rahmat ุงููู jua.
-
Kaola membawakan di bawah Tajuk SL01A โ Jabatan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Kaola suka mencadangkan:
i. Pelan tindakan jangka panjang dalam perancangan kemajuan belia negara bagi mewujudkan Pusat Industri Belia atau pendekatan Whole of Nation Approach sama ada kerjasama Government Link Company atau apa jua pendekatan yang viable yang tidak membebankan kerajaan tetapi mendatangkan hasil terbaik dalam penciptaan belia negara berpendapatan tinggi ke arah Wawasan Brunei 2035, Brunei Smart Nation. Pemuda dan pemudi aset bangsa yang harus dijaga dan dikembangkan potensinya; dan
ii. Penubuhan Koperasi Belia Kebangsaan sebagai Koperasi Wawasan 2035 yang mungkin boleh dinamakan Koperasi Belia Darussalam. Jika ia diterima dan mampu dimulakan mulai tahun 2023. Jika keahlian belia pada tahun pertama mencapai seramai 5,000 orang ahli, dijangkakan setiap tahun minat belia untuk menyertai koperasi maka dalam jangka 12 tahun menjelang tahun 2035 keahlian akan mencapai seramai 60,000 orang belia dan dalam tempoh jangka panjang, rakyat Negara Brunei Darussalam menjadi ahli koperasi yang bermula dari umur belia.
Bermacam-macam perniagaan boleh dibuat jika keahlian Whole of Nation Approach dalam jangka 50 ke 100 tahun. Contoh perniagaan yang patut dibuat awal ialah kedai runcit rakyat senegara. Perkara ini boleh direalisasikan dengan kerjasama Whole of Nation Approach dan inisiatif bagi memulakan langkah menubuhkan Koperasi Belia Kebangsaan. Ini mampu dibuat dalam pengukuhan kerjasama belia kebangsaan.
- Seterusnya, di bawah Tajuk SL02A โ Dewan Bahasa dan Pustaka. Kaola suka untuk membawa sepertimana yang diketahui, rancangan ini sudah lama tetapi Kaola suka untuk mencadangkan semula supaya negara mempunyai sebuah Perpustakaan Negara. Ia menjurus ke arah aliran maklumat yang teratur di samping mewujudkan rangkaian kerjasama dalam proses pengkatalogan dan pengkelasan bahan rujukan negara secara bersepadu.
Perpustakaan Negara menyebarluaskan informasi juga dikenali sebagai sumber rujukan negara yang melambangkan fungsi Perpustakaan Negara atau rujukan kebangsaan. Penyediaan perpustakaan bersifat Government Link Company sesuatu yang patut diusahakan dengan penyediaan dewan bersifat komersial, penempatan restoran, kafe dan lain-lain yang diperlukan di perpustakaan pada masa kini.; dan
- Seterusnya di bawah Tajuk SL05A โ Pusat Sejarah Brunei. Dicadangkan pemberian insentif kepada penyelidik dan pengkaji sejarah bagi memperkasakan penulisan sejarah kita kepada semua peringkat masyarakat seperti membuat kajian sejarah perekonomian, sosial, sistem perhubungan dan lain-lain yang bertunjangkan Melayu Islam Beraja (MIB). Perlu ada strategi bagi melahirkan golongan sejarawan untuk menjadi tulang belakang mempertahankan dan membuktikan tamadun bangsa.
Sekian terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukanโ
ุจูุณูู ู ูฑูููููฐูู ูฑูุฑููุญูู ููฐูู ูฑูุฑููุญููู ู Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi dan terima kasih kepada Yang Berhormat.
Saya rasa kesemua ini cadangan dan ada satu persoalan sebagai langkah ke hadapan. Cadangan ini terbahagi kepada tiga:
- Penubuhan Koperasi Belia Kebangsaan;
- Perpustakaan Negara; dan
- Insentif bagi para penyelidik dari Pusat Sejarah Brunei.
ุงูููุญูู ูุฏู ูููููฐูู, bagi menjawab kita menyambut baik kesemua cadangan yang telah pun diusulkan oleh Ahli Yang Berhormat tadi.
- Cadangan penubuhan Koperasi Belia Kebangsaan, jika kita melihat bahawa KKBS mengambil maklum kepentingan keusahawanan dalam kalangan belia. Ekosistem ini menjurus kepada ekosistem belia sehingga masa depan yang menggariskan kepentingan bidang keusahawanan untuk dipertingkatkan dan diperkukuhkan dalam kalangan belia di negara ini.
ุงูููุญูู ูุฏู ูููููฐูู, tadi diketengahkan mengenai kedai runcit dan saya terkenang kembali sepertimana yang telah pun diketengahkan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II tempoh hari, apa pun perniagaan ini kitani mulakan dari kecil dan ุฅููู ุดูุงุกู ูฑูููููฐูู ia akan membesar. kitani telah pun membuka langkah dengan memberikan micro grant.
ุงูููุญูู ูุฏู ูููููฐูู, Ahli Yang Berhormat salah seorang yang sentiasa mendukung dan menyokong keusahawanan belia dan kitani telah pun dapat membina perusahaan tukang gunting rambut untuk bersaing dengan keusahawanan-keusahawanan yang dipelopori oleh orang luar.
ุงูููุญูู ูุฏู ูููููฐูู, kitani telah pun memulakan dari yang kecil, kedai jahit, kedai gunting rambut dan ุฅููู ุดูุงุกู ุงููู bermula dari 1 Jun 2021, kita akan membuat satu langkah lagi iaitu untuk membuka satu kafe yang akan dijalankan oleh Persatuan Smarter yang akan memberikan pekerjaan kepada 12 orang belia autisme. ุฅููู ุดูุงุกู ุงููู ini akan dilaksanakan bertempat di Kolam Renang Anggerek Desa, Berakas.
Inilah usaha pihak KKBS dalam menentukan belia diberikan platform dan saya juga menyambut baik kenyataan Yang Berhormat tempoh hari bahawa belia hendaklah berfikir besar khususnya dalam perniagaan. Belia hendaklah sentiasa berani. Ke arah penubuhan Koperasi Belia Kebangsaan ini, abiskola melihat ia satu pemikiran dan langkah ke hadapan yang sangat baik dan besar.
Walau bagaimanapun, sebelum mengambil langkah yang terus apa jua cadangan perusahaan perniagaan lebih-lebih lagi pada peringkat koperasi bagi memastikan ia berdaya maju, berdaya tahan dalam memberikan nilai tambah yang tinggi kepada pembangunan keusahawanan belia di negara ini.
Kaola juga ingin mengongsikan koperasi ini sudah wujud dalam kalangan belia di bawah Pusat Pembangunan Belia iaitu Koperasi Pusat Pembangunan Belia yang telah ditubuhkan pada tahun 2005 dan jumlah yang ikut serta dalam koperasi ini dalam lingkungan 200 ke 300 orang ahli, yang bertujuan menyemai minat dan sifat berani untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan dan keusahawanan.
ุฅู ุดุงุก ุงููู, langkah ke hadapan untuk menubuhkan koperasi belia ini dilihat sebagai positif. Whether the timeline is 2023, ia satu cabaran yang besar, akan tetapi langkah tersebut hendaklah kita lihat ke hadapan dan tidak ada yang mustahil kerana belia kita belia yang berani, ุฅู ุดุงุก ุงููู, jika diberikan peluang dan platform saya yakin tetapi janganlah kita โtarus-tarusโ, akan tetapi biarlah berperingkat-peringkat. Jadi kita sambut baik penubuhan Koperasi Belia Kebangsaan dan untuk ia direalisasikan.
- Perkara berkenaan dengan Perpustakaan Negara. ุฃูุญูู ูุฏู ูููููฐูู, sememangnya perkara ini telah pun dibawa ke Majlis Mesyuarat Negara beberapa kali dan jika kita lihat kepada Strategic Plan KKBS memang terkandung bagi penubuhan Perpustakaan Negara, kalau dilihat barangkali 2024 dalam Strategic Plan. Kita mengakui sebelum kita bergerak untuk menjadi ataupun untuk menubuhkan Perpustakaan Negara ini ada perkara yang hendaklah diberikan tumpuan dan aspek-aspek yang penting bagi penubuhan Perpustakaan Negara. Antaranya ialah:
i. Pengukuhan repository negara bagi menjadikan perpustakaan sebagai hab ilmu dan rujukan negara;
ii. Penyediaan tenaga mahir dan pakar bidang; dan
iii. Penjenamaan semula bagi menyerlahkan lagi fungsi dan perkhidmatan perpustakaan yang sedia ada di negara ini.
Ke arah tersebut kita hendaklah melihat dahulu langkah-langkah membuat persiapan kita terutama sekali pengukuhan repository dan perkara ini sedang ditangani dan ุฅู ุดุงุก ุงููู langkah ke hadapan kita kalau melihat KKBS Strategic Plan adalah pada 2024.
Langkah ke hadapan kita bagi penubuhan Perpustakaan Negara. Tetapi apa yang lebih penting pada masa ini, sebagai keutamaan di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan melalui Dewan Bahasa dan Pustaka ialah penjenamaan semula Dewan Bahasa dan Pustaka. Inilah yang penting kerana kita melihat bahawa Dewan Bahasa dan Pustaka ini menarik minat setelah ia ditukar keutamaannya tempat budaya membaca dengan kita mengubahnya sedikit Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai hab komuniti dan jumlah yang hadir ke Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 2019/2020 adalah yang tertinggi iaitu 200,000 orang telah pun melawat ataupun menggunakan Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ada 9 buah Dewan Bahasa dan Pustaka di seluruh Negara Brunei Darussalam dan peningkatan daripada 80,000 kepada hampir 200,000 orang dalam masa tempoh 2018 kepada 2019 ke 2020. Jadi tempat Dewan Bahasa dan Pustaka memanglah mempunyai fungsi, ia masih relevan walaupun dengan teknologi dan peminjaman buku juga meningkat dan juga menjadi ahli telah pun meningkat.
Jadinya menunjukkan bahawa budaya membaca meningkat, kehadiran meningkat dan relevansi Dewan Bahasa dan Pustaka memang ada.
Kita akan meneruskan penjenamaan Dewan Bahasa dan Pustaka dan ุฅู ุดุงุก ุงููู ia akan dihalatujukan kepada penubuhan Perpustakaan Negara.
Untuk dikongsikan jua pada masa ini kita pun juga membuat aktiviti-aktiviti secara menyeluruh dan kita menyambut baik bahawa MPK-MPK juga telah menggunakan Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai multi platform seperti di Kampung Serasa dan Jerudong, Daerah Brunei dan Muara dan kita mengalu-alukan bagi Dewan Bahasa dan Pustaka ini untuk digunakan bagi aktiviti-aktiviti yang lain khususnya dari aspek kemasyarakatan; dan
- Dari aspek dan barangkali insentif, kaola ingin mengongsikan lazimnya insentif diberikan kepada penulis-penulis yang menghantar hasil karya ke Pusat Sejarah Brunei seperti berikut:
i. Pembayaran royalti kepada penulis buku; dan
ii. Pembayaran honorarium kepada penulis jurnal dan Majalah Pusaka malah kos penerbitan dan promosi jualan juga ditanggung sepenuhnya oleh Pusat Sejarah Brunei.
Jadi, kaola mengharap bahawa soalan-soalan itu telah pun dapat dijawab dan kita mengambil baik cadangan-cadangan yang telah pun diutarakan. Terima kasih. Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusiโ
Saya persilakan Yang Berhormat Awang Haji Tahamit bin Haji Nudin.
Yang Berhormat Awang Haji Tahamit bin Haji Nudinโ
Terima kasih. Kaola akan membawakan Penderaan Kanak-Kanak.
Bagi meningkatkan kesedaran terhadap keganasan rumah tangga termasuk penderaan kanak-kanak, kaola mencadangkan agar pihak yang berwajib dan juga persatuan-persatuan yang berkenaan akan dapat menggerakkan kempen secara komprehensif bagi memerangi isu ini. Insiden keganasan dan penderaan yang berlaku dalam rumah tangga perlu dilaporkan dan masyarakat setempat perlu sentiasa diberikan kesedaran dan dorongan untuk mendedahkan mengenai hal ini.
Bagi isu penderaan kanak-kanak. Golongan ini perlu diajar menjadi berani dan juga perlu dimaklumkan nombor yang boleh dihubungi sekiranya menjadi mangsa keganasan rumah tangga atau gangguan seksual. Sekian. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukanโ
ุจูุณูู ู ูฑูููููฐูู ูฑูุฑููุญูู ููฐูู ูฑูุฑููุญููู Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi dan terima kasih kepada Yang Berhormat atas soalan dan juga makluman yang dikongsikan yang menjurus kepada penderaan kanak-kanak.
Kaola ingin mengongsikan dalam mukadimah bahawa talian โ121โ ataupun Talian Anak yang dislogankan: kami mendengar adalah talian yang telah pun dibuat khusus agar golongan kanak-kanak ini dapat menghubungi dan kami mendengar. Ertinya adanya talian untuk mereka berkomunikasi dan sememangnya sepertimana dalam mukadimah kita juga merasa bimbang atas jumlah kalau dilihat penderaan kanak-kanak pada tahun 2020 yang dicatatkan adalah sebanyak 15 kes, ia satu jumlah yang tinggi, it should be zero, it shouldnโt happen dan kita juga bimbang sepertimana juga talian โ121โ tadi ada 53 panggilan yang melibatkan kes seperti penderaan, pengabaian, hak penjagaan anak dan kecuaian pusat penjagaan kanak-kanak.
Pihak KKBS melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat akan mengambil tindakan dan ุงูุญู ุฏู ููู, kita telah pun melancarkan Rangka Kerja Perlindungan Kanak-Kanak ataupun National Framework on Child Protection (NFCP) pada 21 Disember 2020 dengan bermatlamat memberikan perlindungan dan kesejahteraan kepada kanak-kanak. Amat sedih sepertimana juga dalam akhbar Borneo Bulletin baru-baru ini ada 2 ibu bapa yang telah pun dimasukkan ke dalam penjara disebabkan oleh kes yang melibatkan kanak-kanak.
Jadi ุฅู ุดุงุก ุงููู dengan adanya National Framework on Child Protection (NFCP) ini akan kita mempunyai rangkaian untuk memastikan sistem perlindungan kanak-kanak ini akan kukuh dan kita mempunyai assessment tools based on evidence yang akan memberikan perlindungan seawalnya ertinya early detections and interventions dan apa yang penting these are cross-cutting yang melibatkan inter-agency co-ordination dan ุฅู ุดุงุก ุงููู dengan adanya rangka kerja ini kita akan dapat memberikan satu sistem yang lebih kukuh dengan cross-cutting dalam memberikan perlindungan kepada kanak-kanak.
Dikongsikan juga ุฅู ุดุงุก ุงููู pada awal bulan April ini kita akan sepertimana juga dalam mukadimah, kita akan melancarkan Registry Of Child and Young Persons in Needs of Protections. Ia satu database RCYPNP dan setakat ini, dalam database ini sudah masuk 90 kes kanak-kanak yang telah pun dimasukkan dalam daftar ini.
Jadi ุฅููู ุดูุงุกู ูฑูููููฐูู dengan adanya centralise database ini, pengumpulan data ini akan dapat lagi melaksanakan penyelarasan antara agensi dalam membuat penyiasatan, rawatan pencegahan dan kes perlindungan.
ุฅููู ุดูุงุกู ูฑูููููฐูู Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan mengambil serius perkara-perkara yang melibatkan kanak-kanak dan perlindungan kanak-kanak hendaklah diberikan satu keutamaan dan itu should be zero and it shouldn't happen to any of the kids. Sekian terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusiโ
Saya persilakan Yang Berhormat Pengiran Haji Mohamed bin Pengiran Haji Osman @ Othman.
Yang Berhormat Pengiran Haji Mohamed bin Pengiran Haji Osman @ Othmanโ
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
ุจูุณูู ู ูฑูููููฐูู ูฑูุฑููุญูู ููฐูู ูฑูุฑููุญููู ู ูฑูุณููููุงู ู ุนูููููููู ู ููุฑูุญูู ูุฉู ูฑูููููฐูู ููุจูุฑูููุงุชููู ูฑููุญูู ูุฏู ููููููฐูู lebih dahulu kaola merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan atas mukadimah yang disampaikan.
Yang Berhormat Pengerusi, kaola akan mengajukan di bawah Tajuk SL06A โ Jabatan Pembangunan Masyarakat yang diperuntukkan $24,867,400.00. ูฑููุญูู ูุฏู ููููููฐูู tidak dapat dinafikan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan telah memainkan fungsinya dengan baik.
Performance yang ada ini perlu dipertahankan dan dalam masa yang sama kita mengharapkan perlunya pendekatan baharu supaya Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan akan dapat menjadi salah satu kementerian yang 'lakat' dihati masyarakat terutamanya dalam pemedulian hal-hal kebajikan.
Yang Berhormat, saya ingin bertanya apakah strategi Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan untuk memastikan keadaan kehidupan rakyat di seluruh negara dapat dipantau atau diketahui sebelum kedaifan dan kemiskinan atau keupayaan hidup mereka yang terhad dijadikan ataupun diviralkan kerana kejadian ini boleh menjejaskan imej pihak-pihak tertentu serta mengundang persepsi negatif oleh masyarakat. Yang Berhormat Pengerusi mohon pencerahan Yang Berhormat.
Sekian terima kasih ู ุงูุณูุงู ุนูููู ูุฑุญู ุฉ ุงููู ูุจุฑูุงุชู
Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukanโ
ุจุณู ุงููู ุงูุฑุญู ู ุงูุฑุญูู Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi dan Yang Berhormat atas persoalan yang telah pun diutarakan mengenai pendekatan baharu dan juga strategi untuk memastikan kehidupan rakyat dapat dipantau.
Tapi, sebelum kaola menjawab soalan tersebut kaola ingin memberikan sedikit maklum balas dengan persoalan yang telah pun diajukan sebelum ini berkenaan dengan penderaan kanak-kanak dan juga kaola ingin mengongsikan statistik saja, barangkali dari Talian Anak โ121โ ada 53 kes yang telah pun dibawa, yang telah pun dilaporkan dan statistik menunjukkan bahawa daripada 53 kes, 24 kes telah selesai ditangani, 14 kes dalam proses penyiasatan, 10 kes masih dalam pemantauan dan 5 kes dalam perhatian. Ini hanya untuk mengongsikan sahaja perkara-perkara yang telah pun dilaksanakan.
Mengenai persoalan daripada Yang Berhormat, pihak Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan sepertimana jua our core values is kepada masyarakat. Client didahulukan itu our core iaitu menunjukkan bahawa masyarakat itu penting.
ุฃูููุญูู ูุฏู ูููููฐูู pendekatan kepada masyarakat sentiasa dilaksanakan dalam program โmerakitโ masyarakat dan terima kasih banyak-banyak kepada stakeholders yang bersama dengan kementerian untuk berhadapan ataupun bersua dengan penduduk-penduduk kampung melalui institusi mukim dan kampung di setiap daerah.
ุฃูููุญูู ูุฏู ูููููฐูู pada tahun lepas sebanyak 35 buah kampung telah pun dilawati dan dijumpai agar perkataan โlakatโ di hati masyarakat itu akan timbul ertinya untuk mendengar dan melihat. Jadi, itulah pendekatan yang telah pun dilaksanakan dan dalam masa yang sama pendekatan telah pun dibuat. Kalau dilihat dari aspek pemedulian warga emas tadi, dikongsikan pada tahun 2020 kitani telah pun turun padang dan mendekati warga emas. Seramai 119 orang pada setiap bulan dan jumlah ini akan meningkat ertinya kita ni telah pun memberikan pendekatan seperti penghantaran Pencen Umur Tua kepada warga yang berumur 100 tahun.
Untuk makluman, ada 9 orang warga kita ni yang berumur 100 tahun ke atas dan yang paling tua berusia 104 tahun. Dalam masa yang sama, kita ni telah pun mendekati 33 orang warga emas yang perlu pemedulian termasuk yang tinggal berseorangan untuk dibuatkan appointment doktornya, dibawa, dihantar, ditunggui dan dihantar balik. Dalam masa yang sama, kita ni telah pun menghantar lampin dan susu kepada warga emas pendekatan kita ni secara turun padang dan semasa pendekatan-pendekatan ini apa yang dibuat ialah untuk dilihat, โdikelingaโ, didengar apa pun permasalahannya. Inilah pendekatan yang telah pun dibuat pada tahun 2020 untuk mendekati kehidupan masyarakat, ุงููุญูู ูุฏู ููููููู.
Inilah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan tetapi dikongsikan peranan untuk memastikan kehidupan rakyat ini bukanlah tanggungjawab Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan sahaja ia hendaklah dilaksanakan sebagai pendekatan Whole of Nation Approach. Inilah institusi mukim dan kampung, institusi penghulu dan ketua kampung, institusi masyarakat, institusi jiran.
Pembentukan ini memang sudah ada kita ni perkukuhkan ุฅููู ุดูุงุกู ูฑูููููฐูู kita ni akan dapat memantau agar kehidupan rakyat ini tidak kalau sekiranya susah, jangan lagi disusahkan, jika yang baik, jangan lagi kita ni menukarkan menjadi yang tidak baik.
Dari aspek kes viral ini, pendekatan sebelum kes viral ini ุฅู ุดุงุก ุงููู pendekatan kepada masyarakat adalah satu perkara yang utama dalam strategic plan klien didahulukan. Dari aspek kes viral ini, mengongsikan sahaja.
Pada tahun 2020, JAPEM telah mendapati 64 kes viral. Kes viral ini yang kita ni lihat dari media sosial ataupun dikongsikan ataupun menerima dari talian telefon Talian 141, Talian 121. JAPEM telah pun menerima 64 kes viral dan antara kes viral ini adalah 40 kes bantuan, 7 kes homeless atau gelandangan, 6 kes keluarga, 6 kes warga emas dan 5 kes kanak-kanak.
Apakah tindakan dari pihak JAPEM? Tindakan dari pihak JAPEM terus membuat penyiasatan kepada kes-kes viral ini. 57% daripada kes viral ini, telah pun diambil tindakan oleh pihak JAPEM. Sudah, ada dalam data base dan telah pun menerima sama ada menerima bantuan kebajikan bulanan, MUIB, dicarikan pelan pekerjaan dan sebagainya. Jadi 26 kes ini, memang di bawah pemantauan berterusan JAPEM.
Ini hanya untuk mengongsikan dan sekiranya tidak ada dalam apakah yang akan dilaksanakan oleh pihak JAPEM terhadap kes viral? Setelah ia disiasat, kita ni akan membuat pelbagai intervensi. Antara intervensi ini, yang paling penting, kalau sekiranya ia homeless ataupun gelandangan, dicarikan kenapa? Adakah keluarganya? Memang hasrat kitani menentukan bahawa keluarganya adalah utama.
Kalau sekiranya tidak ada program pekerjaan akan dilihatkan program pekerjaan, kalau ia layak untuk SKN untuk dimasukkan dalam bantuan kebajikan bulanan, kalau ia memerlukan kaunseling akan dilihatkan seliaan dan kaunselingnya dan kalau perlu untuk dimasukkan ke Kompleks Rumah Kebajikan, ia akan dilihati dan sebagainya.
Jadi, inilah tindakan-tindakan kepada kes viral. Dapatkah ia dihalang? Tidak dapat dihalang. Inilah akan kitani hadapi, media sosial adalah perkara yang akan sentiasa kitani hadapi dan kitani mitigasinya dengan secara baik, ุฅู ุดุงุก ุงููู ุฅู ุดุงุก ุงููู ia mempunyai double edge kadang-kadang kes viral ini memberikan kitani langkah dan tindakan, takut ada yang ketirisan.
Itu hanya mengongsikan pandangan dan kitani amat mengharapkan institusi-institusi kerajaan, bukan kerajaan dan kitani berterima kasih kepada persatuan, belia, warga kampung dan institusi MPK dalam memberikan bantuan dalam kitani menangani perkara yang telah pun diketengahkan tadi. Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusiโ
Saya persilakan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Putera Maharaja Dato Paduka Awang Haji Abdul Ghani bin Pehin Datu Pekerma Dewa Dato Paduka Awang Haji Abdul Rahim.
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Putera Maharaja Dato Paduka Awang Haji Abdul Ghani bin Pehin Datu Pekerma Dewa Dato Paduka Awang Haji Abdul Rahimโ
ุจูุณูู ู ุงูููู ุงูุฑููุญูู ูฐูู ุงูุฑููุญูููู ู ุงูุณูููุงูู ู ุนูููููููู ู ููุฑูุญูู ูุฉู ุงูููู ููุจูุฑูููุงุชูููTerima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
ุฃูุญูู ูุฏููู ุงูููู ุฑูุจูู ุงูุนูุงููู ููููู ููุงูุตูููุงูุฉู ููุงูุณูููุงูู ู ุนูููู ุฃูุดูุฑููู ุงูุฃูููุจูููุงุกู ููุงูู ูุฑูุณููููููู ููุนูููู ุขูููู ููุตูุญูุจููู ุฃูุฌูู ูุนููููู.Kaola akan memfokus di bawah Tajuk SL02A - Dewan Bahasa dan Pustaka.
Di Dewan yang mulia dan dalam kesempatan ini, kaola ingin membawa kenangan kitani pada 17 September 2011 iaitu Sambutan Jubli Emas penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka di Dewan Persidangan Antarabangsa Berakas. Semasa majlis tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa merasmikannya telah bertitah supaya setiap tahun pada bulan Julai dijadikan sebagai tarikh Bulan Bahasa.
Seingat kaola Yang Berhormat Pengerusi, ada sudah juga sambutan Bulan Bahasa ini tetapi kaola tidak ingat bila bermula mungkin sebelum kemerdekaan dan menurut cerita orang tua-tua, ia disambut secara besar-besaran dengan perarakan dan di daerah-daerah juga terdapat sambutan tersebut.
Tetapi, beberapa tahun kebelakangan ini, kitani hanya menyambut dengan mengadakan beberapa acara. Kaola mengharapkan supaya Sambutan Bulan Bahasa ini disemarakkan lagi, diperkasakan dan dijadikan bulan yang penuh dengan kegiatan, kebahasaan, kesusasteraan, kebudayaan dan kesenian tetapi tumpuannya adalah kepada perkembangan bahasa.
Soalan kaola yang kedua ialah tahniah kepada Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan kerana telah mengumumkan satu gagasan yang sangat-sangat murni iaitu bagi menobatkan Wira Bahasa. Tetapi kaola ingin pencerahan, bila dikatakan Wira Bahasa sama juga dengan Pejuang Memperkasa Bahasa.
Kaola mohon pencerahan, adakah ia bermaksud untuk mencari tokoh-tokoh perseorangan, kumpulan ataupun kluster yang sama-sama berjuang untuk memperkasa bahasa ini Wira Bahasa maknanya pejuang bahawa kerana bagi kaola kalau untuk memilih orang perseorangan mungkin agak susah sedikit mungkin daripada karya-karyanya ataupun apa saja perjuangannya bagi memartabatkan bahasa.
Bagaimana pula orang-orang yang selalu memeduli bahasa dan memberikan buah fikiran mereka kepada kerajaan? Dahulu pernah kaola cadangkan mengenai bahasa ini supaya diadakan satu Jawatankuasa Bertindak Bahasa khususnya tulisan Jawi untuk memata-matai sekitar seluruh negara mengenai pengembangan bahasa, penggunaan bahasa yang salah dan sebagainya.
Demikian pandangan kaola Yang Berhormat Pengerusi.
ูู ุงูุณููููุงู ู ุนูููููููู ู ููุฑูุญูู ูุฉู ุงูููู ููุจูุฑูููุงุชูููYang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukanโ
ุจูุณูู ู ุงูููู ุงูุฑููุญูู ูฐูู ุงูุฑููุญูููู ู Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat. Barangkali sebelum kaola memberikan pandangan, kaola ingin mengongsikan mengenai viral ini juga sebagai tambahan saja.
Barangkali untuk memberi percambahan sahaja apa yang penting platforms hendaklah accessible agar laporan-laporan ini dapat ditujukan dan mengongsikan, ุงููุญูู ูุฏู ููููููู, Talian โ141โ dan Talian โ121โ adalah platform dan kita juga amat mengharapkan bahawa talian-talian ini dijadikan sebagai talian dalam memberikan laporan sebelum sesuatu ini menjadi viral juga ุฅููู ุดูุงุกู ุงูููููู.
Berkenaan dengan Bulan Bahasa untuk disemarakkan, diperkasakan dan penuh kegiatan dalam kitani menyambut Bulan Bahasa ini, kaola ingin mengimbas kembali semasa keberangkatan lawatan tidak berjadual Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan pada 30 November 2020, antara inti pati titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah:
โMaka dengan hubungan ini beta belum lagi melihat satu usaha besar ke arah itu, bahkan usaha yang dianggap rutin pun seperti Kempen Bulan Bahasa, kalau pun ada ia cuma seperti ala kadar sahaja.โ
Dengan mengambil dan menjunjung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, pandangan yang telah pun diutarakan oleh Yang Berhormat tadi, dan kita ini hendaklah menjunjung hasrat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bahawa Kempen Bulan Bahasa ini janganlah dilihat sebagai ala kadar sahaja, untuk disemarakkan, diperkasakan dan penuh kegiatan perkembangan bahasa. Abiskaola menyambut baik pandangan yang telah pun diutarakan dan ุฃูููุญูู ูุฏู ูููููฐูู Bulan Bahasa sepertimana yang kita maklum telah dikuatkan lagi dengan pengisytiharan bulan Julai sebagai Bulan Bahasa sepertimana jua titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa Majlis Sambutan Jubli Emas ke-50 tahun, Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ke arah ini, ุฅููู ุดูุงุกู ูฑูููููฐู dan pada tahun ini Bulan Bahasa dicadangkan untuk digemakan sebagaimana jua hari bertindak, Hari Belia Kebangsaan dan Hari Keluarga Kebangsaan dengan rancangan-rancangan yang strategik sebagai misalan, mengangkat Pesta Buku Brunei pada setiap bulan Julai, mengadakan dialog awam Brunei, pengurniaan Anugerah Sasterawan Brunei, penyegaraan surat keliling tentang penggunaan Bahasa Melayu dan Tulisan Jawi, Bengkel Bahasa Melayu peringkat eksekutif, Kempen Kesedaran Berbahasa Melayu di premis kerajaan dan swasta, Pantau dan Tegur Bahasa Melayu dan Tulisan Jawi bersama ABCi.
Ini adalah cadangan-cadangan yang dilihat dalam kita menyemarakkan dalam kita memperkasakan kegiatan-kegiatan sempena Bulan Bahasa. Apa yang penting, Bulan Bahasa jangan dilihat pada satu hari sahaja, pembukaan dan pelancaran pada setiap bulan Julai, memartabatkan bahasa hendaklah dilaksanakan pada setiap kali, inilah yang penting dan dalam masa yang sama apa yang perlu dilaksanakan sekarang adalah bukan menilai jumlah kegiatan dan program tetapi lebih penting ialah impaknya dalam menerapkan kesedaran, nilai dan rasa tanggungjawab tentang keakuan serta pendidikan bahasa Melayu yang perlu dimartabat untuk menjunjung peradaban dan ketamadunan negara bangsa. ุฅู ุดุงุก ุงููู sepertimana jua hasrat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bagi Bulan Bahasa ini, janganlah dilihat ia dibuat cuma ala kadar. ุฅู ุดุงุก ุงููู barang ini akan kita tanai dengan sebaik-baiknya.
Kedua mengenai pandangan dan persoalan tentang Wira Bahasa. Kaola mohon Yang Berhormat Pengerusi untuk menjawabnya dengan lebih teliti dalam peluang yang akan datang, ุฅู ุดุงุก ุงููู Kaola akan kembali semula untuk menjawabnya dengan lebih teliti mengenai pandangan dan cadangan tentang Wira Bahasa.
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusiโ
Saya persilakan Yang Berhormat Awang Haji Emran bin Haji Sabtu.
Yang Berhormat Awang Haji Emran bin Haji Sabtuโ
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. ุจูุณูู ู ุงูููู ุงูุฑููุญูู ูฐูู ุงูุฑููุญูููู ู ุงูุณูููุงูู ู ุนูููููููู ู ููุฑูุญูู ูุฉู ุงูููู ููุจูุฑูููุงุชููู dan salam sejahtera. Kaola ingin menyentuh mengenai Program Khidmat Bakti Negara (PKBN). Sebenarnya kaola ingin menyentuh jua tetapi oleh sebab tadi telah dibawakan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pendikar Alam Dato Paduka Seri Awang Haji Hasrin bin Dato Paduka Haji Sabtu dan penjelasan lanjut daripada Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan sebelah pagi tadi hanya kaola mengucapkan tahniah dan terima kasih serta menyokong beberapa inisiatif dalam mengukuhkan Program Khidmat Bakti Negara pada masa akan datang.
Seterusnya kaola menyentuh di bawah Tajuk SL06A - Jabatan Pembangunan Masyarakat, mengenai Pusat Kegiatan Warga Emas. Seperti dalam mukadimah Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan sebelah pagi tadi juga cukup jelas, kaola mengucapkan tahniah dan terima kasih. Walau bagaimanapun, kaola mohon izin kepada Yang Berhormat Pengerusi bagi memohon pencerahan lanjut mengenai inisiatif-inisiatif lain yang diberikan kepada PKWE jika dibenarkan, kaola akan meneruskan. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Kaola ingin mengetahui mengenai perancangan dan inisiatif-inisiatif dalam membentuk PKWE menjana perekonomian mereka pada misal memberikan sokongan latihan kemahiran dan kepakaran. Menyediakan tempat beroperasi dan kemudahannya serta memasarkan produk-produk yang mereka hasilkan. Sebahagian besar PKWE ini terdiri daripada warga emas pelbagai peringkat kemahiran dan kepandaian iaitu sebagai usaha kita secara tidak langsung memberikan mata pencarian dan menambah pendapatan.
Sebagai usaha nilai tambah kaola sukacita juga mencadangkan supaya mewujudkan Tabung Dana Kebajikan Warga Emas sebagai wadah bagi orang ramai memberikan sokongan dan sumbangan dan dicadangkan juga pemberian penghargaan atau anugerah kepada PKWE dan kepada mereka yang aktif sebagai sokongan dan galakan pada Majlis Sambutan Hari Warga Emas Sedunia yang disambut setiap tahun.
Sekian Yang Berhormat Pengerusi, akhirnya mengucapkan terima kasih. ูุจุงููู ุงูุชูููู ูุงููุฏุงูุฉ. ูุงูุณูุงู ู ุนูููููููู ููุฑูุญูู ูุฉู ุงูููู ููุจูุฑูููุงุชููู
Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukanโ
ุจูุณูู ู ุงูููู ุงูุฑููุญูู ูฐูู ุงูุฑููุญูููู ู Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi dan terima kasih kepada Yang Berhormat atas soalan dan juga beberapa cadangan. Lebih dahulu, terima kasih kepada Yang Berhormat atas keaktifan Yang Berhormat dalam turut sama membina PKWE ataupun untuk menentukan ia dapat ditubuhkan di Daerah Temburong. ุงูููุญูู ูุฏู ูููู kita telah pun mempunyai PKWE di keseluruhan daerah termasuk di Daerah Temburong.
Sepertimana yang dinyatakan oleh Yang Berhormat antara inisiatif ataupun deliverables bagi PKWE ialah untuk PKWE menjana dan mandiri dan kita hendaklah memberikan pemerkasaan kepada warga emas dan salah satu inisiatif yang kita menyambut baik ialah aktiviti keusahawanan dalam kalangan warga emas dan juga sebagai institusi PKWE untuk melaksanakan perniagaan.
Dikongsikan bahawa KKBS sememangnya membantu perekonomian warga emas dan warga PKWE di seluruh negara telah pun diberikan platform untuk memasarkan produk-produk mereka bukan sahaja di bangunan-bangunan di bawah KKBS seperti di Muzium Teknologi Brunei dan Muzium-Maritim Brunei malah juga di gedung-gedung perniagaan pada tahun 2020 seperti Hua Ho Manggis Mall di Daerah Brunei dan Muara tanpa adanya pembayaran, tapi yang penting ialah platform bagi penjualan produk-produk bagi warga emas. Perkara ini, ุงูุญู ุฏู ูููู telah pun diberikan kepada PKWE di dua daerah, dan saya faham bahawa di Daerah Temburong belum lagi diberikan platform tersebut. Selain itu, platform pintar secara atas talian seperti e-Kedai digunakan untuk memasarkan produk-produk warga emas.
ุฅู ุดุงุก ุงููู kita telah pun, sedang melaksanakan bersama dengan rakan strategik untuk meningkatkan pemasaran produk-produk PKWE melalui pembungkusan, packaging dan penjenamaan branding dan kita ini mengikut sepertimana jua 1 Kampung 1 Produk. Inisiatif kita ini merancangkan untuk melaratkan juga kepada produk-produk PKWE dan pada masa ini perbincangan telah dibuat bersama dengan rakan strategik khusus untuk meningkatkan pemasaran produk-produk PKWE.
Dikongsikan pada tahun lepas, hasil jualan dari kiosk-kiosk telah pun menghasilkan lebih kurang $6,000.00 hasil penjualan dari kiosk-kiosk yang telah saya nyatakan tadi. Inilah usaha KKBS untuk menentukan bahawa warga emas atau PKWE juga diberikan platform untuk memasarkan produk-produk buatan daripada setiap PKWE.
Dalam masa yang sama, peluang juga telah pun diberikan kepada PKWE seperti PKWE di Daerah Belait untuk menghasilkan jahitan-jahitan iaitu jahitan baju anak-anak sekolah untuk dipasarkan melalui Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah. Ini adalah projek Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah bagi orang-orang yang susah, jadinya buatan baju anak-anak ini telah pun dihasilkan oleh PKWE dari Daerah Belait.
Kita ini akan mempelbagaikan lagi dengan kecenderungan dan juga keupayaan PKWE tersebut. Inilah usaha dalam pemerkasaan dan memberikan peluang dan kita ini melihat bahawa warga emas pun mahu ikut serta dan ini penting untuk kita ini bagi memberikan galakan untuk warga-warga emas.
Harapan kita ini adalah bagi pembentukan satu enterprise bukan sahaja kepada PKWE akan tetapi juga Pusat Bahagia OKU. Untuk makluman produk-produk OKU pun ikut sama dengan kiosk-kiosk Warga Emas. Jadi produk OKU dan produk warga emas kita ni satukan. Mereka juga mempunyai platform.
Dari aspek latihan dan kepakaran untuk diberikan kepada warga emas ุฅููู ุดูุงุกู ุงููู akan terus dipertingkatkan dengan ledakan teknologi dan semuanya ini e-Platform. ูฑููุญูู ูุฏู ููู sepertimana yang disarankan pada mesyuarat yang lepas bahawa kita dengan usaha bersama dengan AITI bahawa latihan penggunaan IT telah pun dilaratkan kepada PKWE agar perdagangan ini dapat menggunakan e-Platform. ูฑููุญูู ูุฏู ููู perkara ini telah pun dilaksanakan.
Akhir sekali, mengenai Tabung Dana Warga Emas. Kaola ingin memaklumkan bahawa Tabung Warga Emas memang sudah ada dan sumbangan dana itu kita ni mengucapkan terima kasih kerana telah pun menerima sumbangan daripada orang ramai. Apa yang penting sekarang ialah untuk memberitahu barangkali banyak yang tidak tahu, ia perlu pemberitahuan, kerana Tabung Warga Emas ini memang ada dan antara penggunaan kewangan dari Tabung Warga Emas adalah untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti PKWE dan ini telah pun dilaksanakan. Akhir sekali pihak KKBS telah pun memberikan bantuan dalam memulakan perusahaan kepada setiap PKWE dan ุฅููู ุดูุงุกู ุงููู dengan adanya geran atau bantuan pihak PKWE akan dapat mandiri dalam masa yang terdekat. ุฅููู ุดูุงุกู ุงููู barangkali itu sahaja yang dapat dikongsikan.
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusiโ
Sekarang saya persilakan Yang Berhormat Dayang Khairunnisa binti Haji Ashโari.
Yang Berhormat Dayang Khairunnisa binti Awang Haji Ash'ariโ
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi, kaola merujuk di bawah Tajuk SL01A - Inisiatif Membangunkan Industri Kreatif di Negara Brunei Darussalam. Kaola ingin ucapkan tahniah atas usaha dan komitmen dari pihak Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan yang sering menyokong pembangunan industri kreatif di negara ini sama ada perfileman, tarian, reka bentuk grafik, teater dan sebagainya.
Malahan penglibatan industri kreatif telah banyak ditekankan melalui pelbagai platform termasuklah Hari Kebangsaan dan Hari Belia Kebangsaan. Pada tahun 2019 pernah dicadangkan penubuhan Majlis Industri Kreatif yang akan melihat potensi bagi menjana ekonomi dan juga memberi peluang pekerjaan untuk belia dalam bidang kreatif seperti seni dan media.
Ia dicadangkan untuk dibuat sebagai salah satu fokus Digital Economy Masterplan di bawah Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi. Memandangkan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan masih memainkan peranan yang sangat kuat dalam meningkatkan industri kreatif di negara ini, kaola ingin mencadangkan wakil-wakil dalam pelbagai bidang kreatif juga dimasukkan sebagai ahli jawatankuasa bagi memastikan saranan dan hala tuju majlis ini akan bersesuaian dan berpatutan keperluan semasa dan selaras, Melayu Islam Beraja.
Seterusnya kaola merujuk di bawah Tajuk SL06A - Gejala sosial dalam kalangan masyarakat di Negara Brunei Darussalam telah banyak sekali diperkatakan seperti penyalahgunaan dadah, jenayah curi dan rompak, pembuangan anak, keganasan rumah tangga dan sebagainya malahan dalam mukadimah jumlah laporan yang didapati melalui Talian Anak dan Kebajikan, selain dari gejala sosial, Yang Berhormat juga mengongsikan peranan JAPEM dalam melawat dan menjaga warga emas yang tinggal berseorangan.
Oleh yang demikian, keperluan bagi mempunyai pegawai ataupun pekerja sosial yang berkelayakan dan berkompetensi berlandaskan amalan terbaik di peringkat antarabangsa amatlah perlu. Kaola mencadangkan jumlah pegawai dan pekerja sosial ditambah bagi menampung jumlah isu yang semakin meningkat dan mereka diberi latihan yang bersesuaian. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukanโ
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat atas 2 soalan iaitu:
-
Industri kreatif; dan
-
Cadangan penambahan social worker.
Sebelum menjawabnya, kita juga mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat atas sokongan yang begitu kuat di bawah Majlis Belia Brunei terhadap perkembangan para belia dan juga perkara-perkara yang berkaitan dengan kepentingan KKBS. Dalam menjawab industri kreatif kita ini semua mengakui bahawa industri kreatif adalah industri yang mempunyai potensi tinggi terutama dalam era Revolusi Industri 4.0 dan kita ini perlu meningkatkan usaha bagi mengembangkan khususnya dalam kalangan belia. ุฃูููุญูู ูุฏู ูููู kita dapat melihat bahawa industri ini memang berkembang dalam pelbagai bidang sama ada dalam bidang fesyen ke ekonomi digital.
Sepertimana yang diketengahkan oleh Yang Berhormat semasa Kongres Belia 2019, memang adanya cadangan bagi penubuhan Jawatankuasa Pandu dan Jawatankuasa Kebangsaan. Kaola ingin mengongsikan beberapa inisiatif yang telah dilaksanakan setelah Kongres Belia.
Pada Oktober 2020, perbincangan Kumpulan Fokus yang dikendalikan oleh KKBS bersama dengan pemain industri dari segi disiplin, lakonan, kaligrafi, seni tari, pereka fesyen, seni filem, penyanyi, pemuzik, penenun dan penulis kreatif telah dilaksanakan yang melibatkan seramai 68 orang penggiat seni dari disiplin berkenaan yang telah menyuarakan mengenai keperluan meningkatkan dan mengembangkan industri kreatif negara.
Antara cabaran dan keperluan yang disuarakan adalah seperti infrastruktur, pendidikan, kelayakan, kebolehpasaran, perundangan dan dasar serta sokongan dari masyarakat, kerajaan dan bukan kerajaan. KKBS juga telah mengadakan beberapa perundingan bersama pihak-pihak kerajaan yang berkepentingan bagi membincangkan hala tuju industri kreatif khususnya dalam bidang penerbitan, pembangunan kapasiti dan hak cipta. Dalam masa yang sama, perundingan juga telah diadakan bersama dengan pihak Pejabat Peguam Negara, AITI, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan pihak Hak Cipta Brunei untuk mendapatkan hala tuju membantu para content teater menjana hasil pendapatan melalui platform seperti Youtube, Goggle dan sebagainya.
Perbincangan juga diadakan bersama dengan pihak-pihak yang berkepentingan mengenai penubuhan hab industri kebudayaan dan kreatif. Ke arah tersebut diakui Jawatankuasa Pandu Industri Kreatif sepertimana juga yang dicadangkan pada tahun 2019, masih belum ditubuhkan sehingga kini. Walau bagaimanapun, sepertimana yang digariskan di atas tadi, usaha yang giat telah dan akan terus dilaksanakan ke arah memajukan industri kreatif negara. ุฅู ุดุงุก ุงููู penubuhan Jawatankuasa Pandu Industri Kreatif ini akan dipercepatkan dan sepertimana juga yang dicadangkan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat bahawa stakeholders yang berkepentingan hendaklah turut sama dimasukkan ke dalam Jawatankuasa Pandu Industri Kreatif ini. ุฅู ุดุงุก ุงููู Jawatankuasa Pandu Industri Kreatif ini akan dipercepatkan dan dibincangkan bersama dengan pihak-pihak yang berkepentingan.
Berkenaan dengan penambahan social workers. ุงูุญูู ูุฏู ููู sukacita dikongsikan bahawa sebanyak 3 jawatan sosial atau pun Pegawai Kerja Sosial telah diluluskan dalam Tahun Kewangan 2020/2021 dan ุฅููู ุดูุงุกู ุงููู sebanyak 7 jawatan dalam Tahun Kewangan 2021/2022, ertinya penambahan lagi sebanyak 7 jawatan yang kesemuanya sebanyak 10 jawatan Pegawai Kerja Sosial dalam Bahagian II telah pun diluluskan. ุงูุญูู ูุฏู ููู perkara ini setentunya akan meningkatkan kualiti dan efisiensi pemberian perkhidmatan.
Dikongsikan bahawa tenaga kerja yang mengendalikan bidang sosial di Jabatan Pembangunan Masyarakat pada masa ini dalam Bahagian II dan III, ada 24 orang dan ada 38 orang kakitangan Division IV. Tugas-tugas mereka ini merangkumi pengendalian isu wanita, keluarga, kanak-kanak, warga emas, Orang Kelainan Upaya dan orang berpenghidupan susah. Dianggarkan kes yang dikendalikan melebihi 5,000 kes setahun dan dikongsikan juga nisbah pengendalian kes-kes para wanita dan kanak-kanak ialah seorang pekerja sosial bagi 300 kes. ุงูุญูู ูุฏู ููู dengan adanya peningkatan 10 jawatan Pegawai Kerja Sosial akan meningkatkan lagi kualiti dan efisiensi pemberian perkhidmatan.
Dalam masa yang sama diperakui sebenarnya jawatan Pegawai Kerja Sosial ini dulu bukannya jawatan Pegawai Kerja Sosial ini, kakitangan ini memang tidak berlatar belakangkan kelulusan dalam bidang sosial. Walau bagaimanapun, mereka telah mengikuti latihan pembangunan kapasiti dan pendedahan melalui pelbagai platform mengenai kerja-kerja sosial di dalam dan luar negara. Antaranya bersama Social Service Institute, Ministry of Social Development and Family Singapura, ASEAN Social Work Conception dan ASEAN Training Center for Social Work. Bagi kakitangan Division IV, mereka ini merupakan kakitangan dukungan dalam bidang kerja sosial dan telah diberikan latihan secara berterusan di samping mempunyai pengalaman khusus melalui pendekatan dan penyediaan laporan sosial.
Ke arah pewujudan piawaian kompetensi kerja sosial kebangsaan, KKBS telah menyediakan Skim Perkhidmatan Pegawai Kerja Sosial di bawah Jabatan Pembangunan Masyarakat pada tahun 2020. Jadi terima kasih atas pandangan itu dan kita bersyukur bahawa adanya the creation of 10 jawatan Pegawai Kerja Sosial dalam Bahagian II dan ุฅู ุดุงุก ุงููู akan diisikan dengan sesegeranya. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusiโ
ุงูุญู ุฏ ููู kita telah membincangkan dan meneliti tajuk di bawah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan secara panjang lebar dan terperinci, maka saya kira tidak ada lagi Ahli-Ahli Yang Berhormat yang suka untuk membuat pertanyaan atau membahaskan tajuk ini, maka saya kira sudah tiba masanya bagi tajuk ini kita undi. Ahli-Ahli Yang Berhormat, yang bersetuju di bawah Tajuk - SL01A sehingga SL06A -Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan kita luluskan, sila angkat tangan.
(Semua Ahli mengangkat tangan tanda bersetuju)
Terima kasih, semuanya bersetuju.
Yang Dimuliakan Jurutulisโ
Tajuk SL01A sehingga SL06A - Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dijadikan sebahagian daripada Jadual. Tajuk SP01A โ Kemajuan.
Yang Berhormat Pengerusiโ
Ahli-Ahli Yang Berhormat, persidangan sekarang berpindah dan akan membincangkan Tajuk SP01A - Kemajuan. Walau bagaimanapun, sebelum saya membukakan tajuk ini untuk dibahaskan, saya telah difahamkan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II ingin untuk menyampaikan ucapan pendahuluan tentang belanjawan bagi Tajuk Kemajuan ini.
Saya sekarang mempersilakan Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II. Silakan Yang Berhormat.
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi IIโ
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
ุจูุณูู ู ุงูููู ุงูุฑููุญูู ูฐูู ุงูุฑููุญูููู ู ุงูุณูููุงูู ู ุนูููููููู ู ููุฑูุญูู ูุฉู ุงูููู ููุจูุฑูููุงุชูููdan salam sejahtera. Yang Berhormat Pengerusi, Tahun Kewangan 2021/2022 merupakan tahun keempat bagi Rancangan Kemajuan Negara Kesebelas.
Pada menjunjung titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam keahlian Jawatankuasa Tertinggi RKN atau JKTR dan Jawatankuasa Kerja RKN ataupun JKK telah dikemas kini, bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muโizaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar โAli Saifuddien Saโadul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menjadi Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi RKN. ุฃูููุญูู ูุฏู ูููููฐูู, dengan berkat daulat kepimpinan yang bijaksana Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam serta kerjasama padu secara Whole Of Nation and Whole Of Government Approach, projek-projek yang dilaksanakan di bawah RKN ke-11 akan menyumbang kepada kemajuan-kemajuan dalam mencapai Wawasan Brunei 2035.
Yang Berhormat Pengerusi. Kaola sukacita mengongsikan prestasi kemajuan projek-projek RKN ke-11 setakat 22 Mac 2021 yang telah siap dan sedang dilaksanakan selain projek-projek yang telah kaola kongsikan semasa Pembentangan Kertas Cadangan Rang Undang-Undang (2021) Perbekalan, 2021/2022 seperti berikut:
Sebanyak 189 buah projek telah diluluskan di bawah RKN ke-11 yang juga termasuk 3 buah projek yang diluluskan dalam Tahun Kewangan 2020/2021 seperti berikut:
-
Projek Pembekalan Sistem Rangkaian Elektrik di Mukim Sukang, Daerah Belait.;
-
Projek New War System to Closed - quarter Battle ataupun CQB Complex. Special Force Regiment Camp, Penanjong Garisson.; dan
-
Satu projek di bawah Manpower Planning and Employment Council (MPEC) yang diselaraskan dalam Anggaran Perbelanjaan Tahun Kewangan 2021/2022 kepada satu HRD fund daripada 5 projek asal.
Dari 189 projek yang kaola nyatakan tadi sebanyak 20 projek telah siap dilaksanakan, termasuk 13 projek yang ditunda dari RKN-10. Projek-projek ini dijangka akan menyumbang kepada peningkatan kualiti kehidupan rakyat dan penduduk, meningkatkan aktiviti ekonomi negara dan menyediakan peluang-peluang pekerjaan bagi anak-anak tempatan, meningkatkan aksesibiliti, kemudahan-kemudahan asas dan seterusnya akan meningkatkan produktiviti dari segi efisiensi dan keberhasilan negara. Antara lain projek tersebut termasuk:
i. Projek Jambatan Sultan Haji Omar Ali Saifuddien yang telah digunakan sejak 17 Mac 2020.;
ii. Projek Pembangunan Teluk Brunei (Pulau Muara Besar) yang menyumbang kepada peningkatan KDNK iaitu pada tahun 2020, subsektor Pembuatan Produk Petroleum dan Kimia telah menyumbang sebanyak 5.5% daripada keseluruhan KDNK Negara Brunei Darussalam.;
iii. Projek menaik taraf Jalan Perindustrian Serasa, menuju ke Jambatan Pulau Muara Besar untuk memudahkan aksesibiliti kepada perindustrian di Pulau Muara Besar dan menjana spin off aktiviti-aktiviti di Kompleks Pendaratan Ikan, industri pemprosesan dan penyelidikan yang dikendalikan oleh Jabatan Perikanan.;
iv. Projek Industri Ternakan Udang yang telah beroperasi di tapak Industri Ternakan Udang, Kampung Keramut, Telisai yang dianggarkan menyumbang kepada peningkatan dari segi penghasilan ternakan udang.;
v. Projek Sekolah Persediaan Arab Ugama di Kampung Rimba telah mula digunakan pada 13 Januari 2020 dan dapat menampung kira-kira 1,800 pelajar bagi Tahun 5 hingga Tahun 11.;
vi. Projek Establishment of Certified BSL3 Laboratories With Supporting BSL2 Laboratories for An Accredited National TB Reference Laboratory (NTRL) and Virology Services yang diiktiraf dan mematuhi piawaian antarabangsa. Ini akan menyokong Pelan Strategik Kementerian Kesihatan 2019 ke 2023 di bawah matlamat strategi 1 dan 3.;
vii. Projek Pelan Induk Akademi Pasukan Polis Diraja Brunei dengan tujuan meningkatkan tahap pembelajaran secara berterusan bagi Pasukan Polis Diraja Brunei.; dan
viii. Sebanyak 3 buah Projek Pengukuhan Sistem Rangkaian Elektrik dan Pembekalan Kawat Voltan Tinggi di Daerah Brunei dan Muara, Daerah Tutong dan Daerah Belait.
Sementara itu, sebanyak 77 buah projek sedang dalam pelaksanaan antaranya termasuklah projek-projek infrastruktur dan program meningkatkan kemahiran dan kapasiti sumber tenaga manusia seperti, berikut:
i. Projek-Projek Infrastruktur Pendidikan seperti pembinaan Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) dan pembinaan Sekolah Menengah Sultan Hassan Bangar.; dan
ii. Projek-Projek Pertanian dan Agrimakanan dan Perikanan seperti:
a. Membina Skim Pengairan Tambahan bagi kawasan penanaman padi di seluruh Daerah Brunei dan Muara dihasratkan akan mendukung pengeluaran hasil beras.;
b. Peningkatan keluaran sayur menggunakan teknologi tinggi bagi menjana KDNK termasuk pembekalan elektrik di Taman Agroteknologi Tungku dan Kampung Batumpu.;
c. Rancangan Pembangunan Industri Ternakan bagi menjana pengeluaran termasuk pembekalan elektrik di kawasan Kemajuan Pertanian Merangking Fasa 1, Daerah Belait dan Makmal Program Pusat Penyelidikan, Penganalisisan dan rujukan bagi Penyakit Ternakan.;
d. Memajukan dan membuka tapak-tapak bagi Industri Akuakultur termasuk kerja-kerja menyediakan kemudahan asas bagi tapak akuakultur Sungai Mangsalut, Kampung Tanah Jambu, Sungai Paku dan Kampung Rampayoh.; dan
e. Program Meningkatkan Pengeluaran Industri Akuakultur termasuk Meningkatkan Sistem Pengairan di kawasan ternakan udang di Pengkalan Sibabau, Zon 2 Kampung Mentiri.;
iii. Projek-Projek Pembekalan Elektrik di bawah Kementerian Tenaga yang majoriti Projek Pengukuhan Sistem Rangkaian Elektrik dan juga Projek Pengurusan Aset dan Inventori Bekalan Elektrik, termasuk Pengurusan Kawalan Rangkaian, Pengawasan Kawalan dan Sistem Perolehan Data.; dan
iv. Projek Pembekalan Air Pengaliran Air dan Pembetungan termasuk Projek Membina Kolam Penahanan Banjir Daerah Tutong Fasa 1 dan Projek Menaik Taraf Sungai Utama dan Anak-Anak Sungai serta Projek Kawalan Pesisir Sepanjang Pantai Kampung Danau.
Manakala, 82 projek yang masih dalam pelbagai peringkat rancangan tawaran dan reka bentuk, termasuk Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB). Membaik pulih dan menaik taraf Bangunan Muzium-Muzium Brunei dan Bangunan Pameran Kota Batu. Perumahan Negara Kampung Tanah Jambu Fasa 7 dan Menaik Taraf Infrastruktur Rangkaian Sekolah Kerajaan.
Sebanyak 10 buah projek yang telah dibatalkan mengambil kira bahawa sebanyak 7 buah projek dilaksanakan melalui pembiayaan alternative financing dan sejumlah 3 buah projek tidak diperlukan lagi.
Yang Berhormat Pengerusi, sebagaimana yang kaola terangkan semasa pembentangan Rang Belanjawan Tahun Kewangan 2021/2022 tempoh hari jumlah peruntukan bagi Tahun Kewangan 2021/2022 disediakan sejumlah $600 juta. Pembahagian peruntukan bagi Tahun Kewangan 2021/2022 seperti yang berikut:
- Sejumlah $242.6 juta disediakan untuk projek-projek yang sedang dalam pelaksanaan.
2. Sejumlah $158.5 juta disediakan untuk projek-projek dalam peringkat tawaran.;
-
Sejumlah $170.2 juta disediakan untuk projek-projek yang masih dalam peringkat reka bentuk dan dalam perancangan.; dan
-
Sejumlah $28.7 juta disediakan untuk membayar tuntutan penultimate payment, Retention Money dan sebagainya, khususnya bagi projek-projek yang telah siap.;
Yang Berhormat Pengerusi, kaola seterusnya mengongsikan pecahan peruntukan $600 juta tersebut mengikut sektor seperti berikut:
i. Sektor Pengangkutan dan Perhubungan disediakan peruntukan sebanyak $76 juta.;
ii. Sektor Perkhidmatan Sosial disediakan peruntukan sebanyak $168.0 juta.;
iii. Sektor Penggunaan Awam disediakan peruntukan sebanyak $166.0 juta.;
iv. Sektor Pembangunan Modal Insan disediakan peruntukan sebanyak $58.0 juta.;
v. Sektor Rampaian termasuk untuk membiayai perbelanjaan projek-projek yang sudah siap tetapi mempunyai tanggungan disediakan peruntukan sebanyak $11.0 juta.;
vi. Sektor Perindustrian dan Perdagangan disediakan peruntukan sebanyak $53.0 juta.;
vii. Sektor Teknologi dan Infokomunikasi disediakan peruntukan sebanyak $30.0 juta.;
viii. Sektor Bangunan Awam disediakan peruntukan sebanyak $17.0 juta.;
ix. Sektor Sains dan Teknologi, Penyelidikan dan Pembangunan dan Inovasi disediakan peruntukan sebanyak $12.0 juta.; dan
x. Sektor Keselamatan disediakan peruntukan sebanyak $9.0 juta.
Yang Berhormat Pengerusi, ุฅู ุดุงุก ุงููู Kementerian Kewangan dan Ekonomi akan meneruskan perbincangan dengan kementerian-kementerian melalui Jawatankuasa Kerja (JKK) Rancangan Kemajuan Negara bagi memastikan pelaksanaan projek adalah sebagaimana yang telah ditetapkan.
Yang Berhormat Pengerusi, sekianlah yang dapat kaola kongsikan sebagai menyampaikan mukadimah dalam pembentangan peruntukan Rancangan Kemajuan Negara yang Kesebelas (RKN-11) bagi Tahun Kewangan 2021/2022.
ุฅู ุดุงุก ุงููู apa jua persoalan yang berkaitan dengan pelaksanaan projek-projek kemajuan ini kaola yakin rakan-rakan sejawatan kaola sudah setentunya akan dapat memberikan penjelasan lanjut, selaku agensi-agensi pelaksana projek-projek kementerian masing-masing.
Sekian terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusiโ
Terima kasih Yang Berhormat atas huraian yang menjelaskan dengan terperinci tentang penyediaan Belanjawan Kemajuan secara keseluruhannya. Saya kira oleh sebab saya juga mempunyai senarai Ahli Yang Berhormat yang suka untuk turut serta membincangkan soal ini, maka ada baiknya kalau sekiranya Persidangan Jawatankuasa ini kita tangguhkan dan kita akan bersidang semula dalam Persidangan Majlis Mesyuarat Negara.
(Mesyuarat Jawatankuasa ditangguhkan)
(Majlis Mesyuarat bersidang semula)
Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ
Ahli-Ahli Yang Berhormat, kita sekarang bersidang semula dalam Persidangan Majlis Mesyuarat Negara. Sebelum saya menangguhkan Majlis Mesyuarat Negara ini, saya ingin menyatakan bahawa saya telah pun difahamkan ada lima orang Ahli Yang Berhormat (Ex-Officio) iaitu menteri-menteri dan lima orang Ahli Yang Berhormat telah memberikan makluman awal untuk tidak dapat hadir pada sebelah pagi esok kerana ada tugasan rasmi yang harus dilaksanakan oleh mereka, maka menurut Fasal 44 (2) dari Perlembagaan Negara Brunei Darussalam 1959 Pindaan iaitu "Jika kurang satu pertiga dari jumlah ahli-ahli yang hadir selain daripada ahli yang mempengerusikan, persidangan itu hendaklah ditangguhkan."
Walau bagaimanapun, selepas menerima maklumat kehadiran bahawa bilangan Ahli Majlis Mesyuarat Negara yang dapat hadir pada sebelah pagi esok melebihi daripada 1/3 dari 34 Ahli Majlis Mesyuarat Negara, maka saya mengambil keputusan, Persidangan Majlis Mesyuarat Negara ini akan kita sambung pada esok hari iaitu Khamis, 25 Mac 2021 seperti biasa mulai pukul 9.30 pagi.
Sekian,
ูุจุงููู ุงูุชูููู ูุงููุฏุงูุฉุ ู ุงูุณูุงู
ุนูููู
ูุฑุญู
ุฉ ุงููู ูุจุฑูุงุชู
(Majlis Mesyuarat ditangguhkan)
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.