Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Source: https://www.majlis-mesyuarat.gov.bn/wp-content/uploads/2025/09/Penyata-Rasmi-MMN-Ke-17-Tahun-2021.pdf

HARI KE-1

Rumusan Bacaan

📖 Masa membaca: 8 minit
📊 Bilangan kata: 1,446 kata

15HB MAC 2021

(Mesyuarat mula bersidang pada pukul 10.00 pagi)

Yang Dimuliakan Jurutulis

بِسْمِ ٱللَّٰهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ. Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ketujuh Belas Majlis Mesyuarat Negara bersidang pada hari ini, hari Isnin, 1 Syaaban 1442 bersamaan 15 Mac 2021, didahului dengan Doa Selamat.

DOA SELAMAT

Doa Selamat dibacakan oleh Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Awang Hamidon bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Abdul Hamid.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

بِسْمِ ٱللَّٰهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمُ ٱلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ ٱللَّٰهِ وَبَرَكَاتُهُ

اَلْحَمْدُ لِلّٰهِ, marilah kita bersyukur ke hadrat الله سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى kerana dengan limpah rahmat dan izin-Nya jua, kita dapat bersama-sama hadir pada pagi ini di Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ketujuh Belas Majlis Mesyuarat Negara. Selawat serta salam ke atas Junjungan Besar kita نَبِيِّ مُحَمَّدٍ صَلَّى ٱللَّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ, kaum kerabat, para sahabat serta pengikut-pengikut Baginda yang taat lagi setia hingga ke akhir zaman.

Kita harus bersyukur ke hadrat اللّٰهُ سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى dengan keadaan yang dikurniakan kepada kita, yang mana negara kita telah dapat berjalan dengan aman damai dan rakyatnya dapat hidup dalam keadaan seperti biasa. Keadaan luar biasa dan cemerlang ini adalah mencerminkan usaha gigih semua pegawai dan kakitangan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dengan kerjasama rakyat dan penduduk di negara ini. Semoga keadaan ini akan berterusan.

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Dalam suasana norma baharu susulan pandemik COVID-19, kita akan terus mengekalkan dan mematuhi peraturan serta garis panduan Kementerian Kesihatan. Dalam menyokong hal ini, Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ketujuh Belas Majlis Mesyuarat Negara akan segera menyelesaikan perkara di hadapan kita.

Yang Dimuliakan Jurutulis

Perkara II - Meneliti dan Mengesahkan Minit Persidangan Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Keenam Belas Majlis Mesyuarat Negara yang telah bersidang selama 5 hari bermula pada 14 hingga 19 Rejab 1441 bersamaan 9 hingga 14 Mac 2020, bertempat di Dewan Persidangan Majlis Mesyuarat Negara, Dewan Majlis, Jalan Dewan Majlis, Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Di hadapan kita Minit Persidangan Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Keenam Belas Majlis Mesyuarat Negara, yang telah pun dikelilingkan lebih awal kepada semua Ahli Yang Berhormat. Saya percaya Ahli-Ahli Yang Berhormat semua telah pun meneliti sepenuhnya Minit Persidangan tersebut.

Maka, saya ingin memberi peluang kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat semua, jika ada yang ingin memberikan pendapat ataupun pindaan terhadap minit ini, silakan Ahli-Ahli Yang Berhormat untuk membuat kenyataan.

Yang Berhormat Awang Haji Mohimin bin Haji Johari @ Jahari

بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Saya ingin mengemukakan pindaan muka surat 4, nombor 30 iaitu penghujung nama saya tidak ada PJK.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

Ada lagi yang suka memberikan pendapat? Nampaknya tidak ada Ahli-Ahli Yang Berhormat yang ingin membuat sebarang kenyataan atau pindaan.

Maka, saya membuat kesimpulan isi kandungan Minit Persidangan Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Keenam Belas yang telah bersidang selama 5 hari itu betul dan minit mesyuarat itu saya luluskan.

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Sebentar lagi Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ketujuh Belas Majlis Mesyuarat Negara ini akan dirasmikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar `Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Maka bagi membolehkan Majlis ini menunggu dan menjunjung keberangkatan baginda ke Majlis ini, saya tangguhkan Persidangan Majlis Mesyuarat Negara ini dulu.

Sekian,
وبالله التوفيق والهداية، و السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Terima kasih.

TITAH

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH MU’IZZADDIN WADDAULAH IBNI AL-MARHUM SULTAN HAJI OMAR ’ALI SAIFUDDIEN SA’ADUL KHAIRI WADDIEN, SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM SEMPENA ISTIADAT PEMBUKAAN RASMI MESYUARAT PERTAMA DARI MUSIM PERMESYUARATAN KETUJUH BELAS MAJLIS MESYUARAT NEGARA PADA HARI ISNIN, 1 SYAABAN 1442 BERSAMAAN 15 MAC 2021 MASIHI BERTEMPAT DI BANGUNAN DEWAN MAJLIS, JALAN DEWAN MAJLIS, BANDAR SERI BEGAWAN, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM.

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ، وَبِهِ نَسْتَعِينُ عَلَى أُمُورِ الدُّنْيَا وَالدِّينِ، وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَى أَشْرَفِ الْمُرْسَلِينَ، سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ، وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ. وَبَعْدُ.

Marilah kita merafakkan syukur ke hadrat الله سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى kerana dengan izin-Nya jua, kita dapat berkumpul di Majlis Persidangan Bagi Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ketujuh Belas Majlis Mesyuarat Negara pada pagi ini.

Seperti sedia diketahui, penularan wabak koronavirus memberi impak besar kepada sosio-ekonomi dunia, tidak terkecuali juga Negara Brunei Darussalam. Namun الحمد لله, berkat usaha bersepadu semua pihak dan doa yang terus-menerus dirafakkan, maka negara kita telah berjaya membendung wabak berkenaan.

Tahniah hangat daripada beta kepada semua petugas barisan hadapan dan bahkan seluruh lapisan masyarakat yang sama-sama berganding bahu dengan pihak Kerajaan Beta. Semoga keadaan ini akan berkekalan.

Seperti yang lazim, banyak perkara sedang dan akan dilaksanakan oleh Kerajaan Beta, khususnya yang berkaitan dengan pembangunan modal insan, ekonomi dan usaha mengukuhkan kedayatahanan, fiskal negara. Semua ini memerlukan komitmen seluruh lapisan, terutama sekali pemegang dasar kerajaan.

Pemegang dasar dikehendaki telus dan berani. Dalam Persidangan ini, perbincangan janganlah dilimit untuk menyekat pandangan atau pendapat-pendapat daripada para ahli. Kerana sesungguhnya, peluang di sini tidak banyak, cuma sekali dalam setahun. Oleh itu, wajarlah bagi para ahli berbincang dengan rancak tetapi sihat.

Beta sentiasa mengikuti perkembangan Ahli-Ahli Yang Berhormat dalam mengadakan sesi muzakarah bersama dengan kementerian-kementerian, bagi menyampaikan isu-isu yang dibangkitkan oleh anak-anak buah mukim dan kampung masing-masing serta peniaga-peniaga tempatan. Sesi Muzakarah ini elok diteruskan dari semasa ke semasa tanpa menunggu Musim Permesyuaratan Majlis Mesyuarat Negara tiba.

Banyak isu penting yang boleh dimuzakarahkan, seperti mengenai fiskal kerajaan yang menurun disebabkan oleh ketidaktentuan harga minyak global. Apakah yang sudah terjadi kepada hasil pendapatan negara? Jika terdapat sebarang unsur negatif, bagaimanakah cara menanganinya?

Demikian juga isu lain, seperti Skim Tabung Amanah Pekerja (TAP) yang masih saja menjadi persoalan umum, sama ia dapat menjamin ahli-ahlinya menghadapi hari-hari persaraan, termasuk untuk turut menyara keluarga yang masih jadi tanggungan.

Ini semua tiada halangan untuk dibincangkan, semata-mata pada peringkat perbincangan tanpa perlu mengambil sebarang rumusan atau keputusan, tetapi yang penting, kita mahu melihat dahulu percambahan fikiran mengenainya, terutama daripada Ahli-Ahli Yang Dilantik.

Beta mengambil maklum bahawa hampir separuh daripada peruntukan belanjawan yang disediakan pada setiap tahun adalah untuk Gaji Kakitangan dan selebihnya, untuk Perbelanjaan Berulang-Ulang. Namun beberapa projek di bawah Fiscal Consolidation Program yang diperkenalkan oleh Kementerian Kewangan dan Ekonomi sejak Tahun Kewangan 2018/2019 telah mula menampakkan hasil.

Mengenai isu pengangguran, Kerajaan Beta melalui Manpower Planning and Employment Council (MPEC) telah berjaya menurunkan kadar pengangguran. إن شاء الله dengan pelaksanaan beberapa inisiatif di bawah Economic Blueprint, negara akan dapat menjana peluang-peluang pekerjaan untuk anak-anak tempatan. Cuma diharapkan, peluang-peluang yang disediakan itu janganlah disia-siakan dengan memilih pekerjaan. Kerana mindset seumpama ini tidak menguntungkan.

Pada tahun 2021 ini, Negara Brunei Darussalam akan mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat di peringkat ASEAN dengan tema 'We Care, We Prepare, We Prosper'. Tema ini membawa makna yang luas, sama ada di peringkat ASEAN mahupun kepada Negara Brunei Darussalam sendiri.

Beta akan mengakhiri titah ini dengan doa, semoga permesyuaratan kali ini akan dapat berjalan lancar dan mampu untuk mencetuskan perbahasan dua hala yang bernas bagi melaksanakan projek-projek di bawah peruntukan Tahun Kewangan 2021/2022.

Sekian,
وبالله التوفيق والهدایة. و السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

DOA SELAMAT

Doa selamat dibacakan oleh Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan, Negara Brunei Darussalam.

(Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar `Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan ahli kerabat diraja berangkat meninggalkan majlis diiringi oleh Yang Berhormat Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara dan pembesar-pembesar negara).

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Lebih dahulu kita merafakkan rasa kesyukuran ke hadrat الله سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى kerana dengan limpah dan keizinan-Nya jua Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ketujuh Belas Majlis Mesyuarat Negara, telah pun selesai disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar `Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang juga telah berkenaan untuk mengurniakan titah.

Maka, bagi membolehkan majlis ini untuk menjunjung Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan ahli kerabat diraja bersama-sama dengan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara dan seterusnya untuk meninggalkan bangunan ini, saya tangguhkan Persidangan Majlis Mesyuarat Negara ini dan kita akan bersidang semula pada esok hari, iaitu hari Selasa, 2 Syaaban 1442 bersamaan 16 Mac 2021 pada pukul 9.30 pagi.

Sekian,
وبالله التوفيق والهداية. و السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

(Majlis Mesyuarat ditangguhkan)

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.