HARI KE-9
๐ Masa membaca: 144 minit
๐ Bilangan kata: 29,047 kata
23HB MAC 2021โ
(Mesyuarat mula bersidang pada pukul 9.30 pagi)
Yang Mulia Timbalan Jurutulisโ
ุจูุณูู ู ุงูููู ุงูุฑููุญูู ูฐูู ุงูุฑููุญูููู ู Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ketujuh Belas Majlis Mesyuarat Negara bersidang bagi hari yang kesembilan Selasa, 9 Syaaban 1442 bersamaan 23 Mac 2021 didahului dengan Doa Selamat.
DOA SELAMATโ
Doa Selamat dibacakan oleh Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Awang Hamidon bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Abdul Hamid.
Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ
ุจูุณูู ู ุงูููู ุงูุฑููุญูู ูฐูู ุงูุฑููุญูููู ู ุงูุณูููุงูู ู ุนูููููููู ู ููุฑูุญูู ูุฉู ุงูููู ููุจูุฑูููุงุชููู kita bersyukur ke hadrat ุฃูููุญูู ูุฏู ูููููฐู kerana dengan limpah ุงูููู ุณูุจูุญูุงูููู ููุชูุนูุงููู rahmat dan izin-Nya jua kita dapat bersama-sama hadir pada pagi ini, bersidang bagi hari yang kesembilan di Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ketujuh Belas Majlis Mesyuarat Negara. Selawat serta salam ke atas Junjungan Besar kita ุณูุฏูุง ู ุญู ุฏ ุตูู ุงููู ุนููู ูุณูู , kaum kerabat, para sahabat serta pengikut-pengikut Baginda yang taat lagi setia hingga ke akhir zaman.
Ahli-Ahli Yang Berhormat, Persidangan Majlis Mesyuarat Negara ini masih lagi membincangkan Rang Undang-Undang (2021) Perbekalan, 2021/2022 yang telah dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, masa nampaknya semakin singkat dan berjalan begitu cepat. Saya telah menekankan bahawa kita telah bersidang selama sembilan hari iaitu pada hari ini hari yang kesembilan dan nampaknya kita hanya mempunyai tujuh hari sebelum 1 April 2021 iaitu Tahun Kewangan kita akan bermula.
Jadi, saya harap semua Ahli Yang Berhormat, sama-sama kita bertanggungjawab untuk menentukan supaya masa kita yang ada dalam majlis ini akan dapat digunakan sebaik-baiknya dan secepat-cepatnya kita dapat menyelesaikan masalah belanjawan yang kita hadapi sekarang ini. Kita masih mempunyai empat ataupun lima kementerian lagi yang belum kita teliti termasuk Belanjawan Kemajuan. Jadi, saya penuh berharap dan meminta sekali lagi supaya Ahli-Ahli Yang Berhormat sama ada di pihak yang dilantik mahupun pihak Ex-Officio akan dapat menentukan bahawa kita akan dapat menjalankan tugas-tugas kita dengan sempurna pada tahun ini. Kita mengetahui bahawa tahun ini kita terlambat sedikit memulakan mesyuarat kita dengan sebab-sebab yang tertentu dan pada masa yang sama, kita juga berhadapan dengan masalah COVID-19 yang masih melanda yang sedikit sebanyak masih membabitkan kita.
Dengan itu, saya penuh berharap sekali lagi supaya kita akan dapat menumpukan perhatian dan memberikan kerjasama sepenuhnya terhadap usaha yang kita lakukan ini. Maka bagi membolehkan kita berbincang dan meneruskan meneliti tajuk-tajuk seterusnya dalam belanjawan yang berkenaan saya tangguhkan Persidangan Majlis Mesyuarat Negara ini untuk kita dapat bersidang di Peringkat Jawatankuasa sepenuhnya.
(Majlis Mesyuarat ditangguhkan)
(Mesyuarat bersidang sebagai Jawatankuasa)
Yang Berhormat Pengerusiโ
ุจูุณูู ู ุงูููู ุงูุฑููุญูู ูฐูู ุงูุฑููุญูููู ู Ahli-Ahli Yang Berhormat majlis sekarang bersidang di Peringkat Jawatankuasa sepenuhnya bagi meneliti dan menimbangkan Rang Undang-Undang (2021) Perbekalan, 2021/2022 satu per satu. Pada petang semalam kita telah mula membincangkan, membahaskan dan meneliti Tajuk SJ01A - Kementerian Hal Ehwal Ugama. Saya masih lagi mempunyai beberapa orang Ahli Yang Berhormat yang suka untuk turut serta membahaskan tajuk belanjawan ini dan saya juga difahamkan bahawa Menteri Hal Ehwal Ugama suka untuk mendahului dengan memberikan penerangan sebagaimana yang dinyatakan semalam, silakan Yang Berhormat.
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugamaโ
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
ุจุณู ุงููู ุงูุฑุญู ู ุงูุฑุญูู ุงูุณูุงู ุนูููู ูุฑุญู ุฉ ุงููู ูุจุฑูุงุชูKaola mengambil kesempatan awal pagi ini sebelum menerima soalan-soalan yang mungkin bertubi-tubi selepas ini untuk menjelaskan 2 perkara sebenarnya daripada 2 orang Ahli Yang Berhormat:
- Secara khusus, berhubung dengan peruntukan Pemeliharaan Promosi Akal yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Awang Iswandy bin Ahmad. Yang Berhormat bertanya dari jumlah peruntukan yang ada itu adakah termasuk juga peruntukan untuk inovasi pendidikan. Semalam, pertamanya kaola tidak tercatat dengan sempurnanya dan selepas itu kaola diperingatkan oleh pegawai-pegawai bahawa perkara itu perlu dijelaskan.
Pada hari ini, kaola akan menjelaskan Yang Berhormat Pengerusi. Secara khususnya memanglah peruntukan yang ada itu untuk menyokong apa jua kehendak dalam erti kata untuk dimasukkan Promosi Akal ataupun dalam Maqasid Syariah โhifzu aqliโ, akal itu juga diterjemahkan sebagai intelek. Dalam bidang pendidikan, kalau inovasi pendidikan itu ia menggunakan peruntukan yang ada setakat mana, tetapi cuma tidak diitemize Yang Berhormat dalam kertas peruntukan yang dibentangkan di sini.
Dari segi apa yang telah dibuat untuk peruntukan itu dari segi inovasi pendidikan ia dilihat dari 2 sudut:
i. Dari segi tadbir urus pendidikan yang meliputi penyediaan dan penambahbaikan, fasiliti, kemudahan, peralatan yang menjurus kepada pentadbiran dan pendidikan yang berkesan; dan
ii. Pemasangan infrastruktur internet sekolah, pembinaan dan keperluan bagi murid-murid berkeperluan khas, umpamanya tandas mereka itu berbeza, maka digunakanlah peruntukan yang ada yang disebutkan Promosi Akal untuk menyokong perbelanjaan tersebut.
Di samping itu, inovasi juga melibatkan dari segi pengajaran dan pembelajaran dan ini meliputi penyediaan akaun e-mel bagi setiap pelajar dan guru-guru secara keseluruhannya di sekolah agama dan sekolah Arab bagi memudahkan mereka menggunakan aplikasi dalam Office 365 iaitu penyediaan kemudahan menggunakan aplikasi dalam Office 365, ini merupakan bahan bantu bagi pelajar seperti untuk dikir, bacaan Al-Quran secara tartil dalam MP3. Ia dibangunkan oleh Bahagian Teknologi kementerian, penggunanya ialah Jabatan Pengajian Islam.
Di samping peruntukan yang ada, peruntukan kerajaan dalam situasi COVID-19 tahun lepas ada keperluan bagi kementerian untuk membekalkan laptop kepada pelajar-pelajar di Sekolah Arab dan Tahfiz. Mereka memerlukan kerana pada masa itu, pembelajaran dilakukan secara talian dan tidak semua pelajar mempunyai laptop untuk mengikutinya dengan baik.
Maka dalam hal ini, kementerian terfikir peruntukan yang sedia ada agak terhad untuk keperluan yang lain yang lebih utama. Kementerian terfikir untuk memohon kepada Majlis Ugama Islam Brunei melalui peruntukannya, bukan peruntukan zakat, jangan salah faham, bukan peruntukan zakat yang ada tetapi peruntukan pentadbiran am, wang yang terkumpul yang termasuk daripada hasil Mahkamah Syariah dan sebagainya. Dari wang yang terkumpul itu, sebahagiannya dipohonkan untuk membiayai pembelian sebanyak 216 unit komputer riba (laptop), 338 capaian internet. Dengan peruntukan yang dipohonkan bagi maksud ini melalui Majlis Ugama Islam Brunei, Majlis Ugama Islam Brunei telah meluluskannya sebanyak $179,040.00.
ุงููุญูู ูุฏู ูููู Yang Berhormat, ini ada lagi satu cara bagaimana perkhidmatan agama boleh menyokong fiskal kerajaan dalam hal sedemikian. Itu yang dapat kaola jelaskan bagi menjawab soalan Yang Berhormat.
- Sementara, Yang Berhormat Pengiran Haji Mohamed bin Pengiran Haji Osman @ Othman yang memang mempunyai interest dan keseluruhan soalan-soalan Yang Berhormat semalam ialah mengenai Pendidikan Khas. Kaola cuma akan mengambil satu aspek dari pertanyaan Yang Berhormat itu ialah sejauh mana kementerian menyediakan guru-guru untuk Pendidikan Khas ini?
Selain mengikuti latihan-latihan kursus yang diaturkan bersama dengan Kementerian Pendidikan, kaola juga melalui jajaran kementerian Hal Ehwal Ugama sendiri iaitu Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan mengadakan kursus peringkat ijazah iaitu Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam, minornya ialah Pendidikan Khas. Setakat ini, pada tahun lepas ada beberapa orang mahasiswa yang sudah lulus dari kursus ini dan pada masa ini seperti biasa tidak terus-menerus secara langsung mereka akan diserapkan ke dalam perjawatan-perjawatan yang ada dan tergantunglah pada kekosongan jawatan-jawatan. Tapi keperluan ada dan keperluan itu sudah dicari ikhtiar bagaimana mengisinya oleh kementerian sendiri. Ertinya kitanilah berikhtiar sama-sama dan dari semasa ke semasa tentulah hal ini akan kitani lihat.
Demikian yang dapat kaola nyatakan dan kaola mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusiโ
Kita mulakan sekarang, mulakan balik bahawa kita telah mendengar beberapa soalan dan penerangan dari sejak semalam. Saya persilakan sekarang Yang Berhormat Awang Haji Umarali bin Esung.
Yang Berhormat Awang Haji Umarali bin Esungโ
ุจุณู ุงููู ุงูุฑุญู ู ุงูุฑุญูู ุงูุณูููุงูู ู ุนูููููููู ู ููุฑูุญูู ูุฉู ุงูููู ููุจูุฑูููุงุชููู Yang Berhormat Pengerusi, kaola bercakap di bawah Tajuk SJ01A - Kementerian Hal Ehwal Ugama. Kaola menyentuh berkenaan dengan tanah-tanah perkuburan Islam di Negara Brunei Darussalam sepertimana yang telah kitani ketahui, ada antaranya:
- Dalam keadaan yang sudah penuh, padat dan tidak tersusun.
- Ada juga dalam keadaan yang bersih dan lengkap dengan kemudahan-kemudahan asas.
- Ada juga yang terpinggir dan tidak digunakan oleh penduduk setempat.
Sehubungan dengan itu, kaola ingin bertanya. Apakah Kementerian Hal Ehwal Ugama memerlukan jabatan atau jawatan yang berkenaan mempunyai perancangan untuk mewujudkan garis panduan tanah perkuburan Islam Negara Brunei Darussalam sebagai panduan bagi memastikan penggunaan tanah-tanah perkuburan Islam dapat digunakan dengan lebih teratur selamat dan bersih berdasarkan cara Islam?
Kaola juga ingin mencadangkan agar kaedah menswastakan atau diswastakan dilaksanakan melalui pendekatan yang sesuai agar tanah-tanah perkuburan Islam dapat diurus dengan lebih baik dan selamat. Misalnya:
- Pemeliharaan kawasan.
- Memastikan pengawalan dan keselamatan tanah-tanah perkuburan.
- Menyediakan kemudahan dan perkhidmatan yang sesuai kepada orang ramai.
Dengan kaedah ini kaola percaya ุฅู ุดุงุก ุงููู boleh menyediakan peluang perniagaan dan pekerjaan kepada masyarakat setempat.
Sekian,
ูุจุงููู ุงูุชูููู ูุงููุฏุงูุฉ. ู ุงูุณูุงู
ู ุนูููู
ูุฑุญู
ุฉู ุงูููู ูุจุฑูุงุชูู
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugamaโ
ุจูุณูู ู ุงูููู ุงูุฑููุญูู ูฐูู ุงูุฑููุญูููู ูุงูุณูููุงูู ู ุนูููููููู ู ููุฑูุญูู ูุฉู ุงูููู ููุจูุฑูููุงุชูู Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, suatu pemikiran yang bagus iaitu berhubung dengan Yang Berhormat itu bukan bertanya tapi sebenarnya menyarankan supaya kementerian mempunyai garis panduan dalam pengurusan tanah-tanah perkuburan Islam supaya ia mencapai pemeliharaannya akan terjaga dan keadaannya tidak terbiar dan sebagainya. Semua itu memanglah suatu yang wajar Yang Berhormat Pengerusi.
Sejauh ini, kementerian tidak mempunyai garis panduan sedemikian, beberapa tahun dahulu memang ada inisiatif kementerian untuk menyusun tanah-tanah perkuburan khususnya tanah-tanah perkuburan yang baharu. Misalnya, perkuburan yang liang lahadnya ditentukan mengikut siapa yang datang mengikut giliran-giliran. Tidak seperti yang conventional yang lazimnya apabila jenazah dikebumikan pihak keluarga memilih di mana tempatnya.
Tapi, inisiatif sedemikian tidak popular dalam kalangan orang ramai kita ini. Hal itu tertinggal begitu sahaja. Bagaimanapun, garis panduan untuk pemeliharaan dan sebagainya itu sekalipun tidak ada. Kaola dapat menjamin Yang Berhormat Pengerusi, bahawa sekalipun tidak ada garis panduan tetapi kerja-kerja untuk memelihara perkuburan memang ada. Misalnya, Yang Berhormat tadi menyarankan supaya menswastakannya.
Penswastaan perkuburan ini yang kaola cuma mahu hadamkan dalam pemikiran kaola apa bentuknya. Di mana faedah-faedah yang akan didapati oleh syarikat yang mengambil penswastaan itu dan akan mengecaj semula kepada kerajaankah atau akan mengecaj kepada pengguna-pengguna di perkuburan itu? Penswastaan yang tergambar kepada kaola.
Tetapi, bagaimana Kementerian Hal Ehwal Ugama yang hanya mempunyai seramai 41 orang buruh perkuburan bagi mengawasi kawasan perkuburan-perkuburan di seluruh daerah di negara ini. Terdapat 241 kawasan perkuburan tanah Islam di Negara Brunei Darussalam dan daripada 241 ini 167 sahaja yang aktif dan yang selebihnya 104 non-active. Non-active inilah yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat tadi tidak terpelihara dan keadaannya usang. Memandangkan kepada banyaknya kawasan tanah perkuburan yang mahu dijaga dengan tenaga yang cuma ada seramai yang kaola sebutkan tadi (seramai 41 orang) itu. Maka tanpa ada garis panduan tertentu, ikhtiar kementerian dalam perancangannya dan pelaksanaannya ialah bukan menswastakannya tetapi mengoutsource tugas-tugas yang tidak dapat dipikul oleh buruh kubur dari kementerian yang hanya seramai 41 orang itu dengan cara mengadakan term contract kepada syarikat-syarikat untuk melakukannya.
Ada term contract yang bersifat harian untuk beberapa buah kawasan kubur tertentu dan ada yang bersifat mingguan. Ada term contract berkenaan hanya untuk setakat membuang sampah ertinya membersihkan daripada sampah-sarap yang ada dan ini bersifat harian Yang Berhormat Pengerusi dan term contract ini diberikan kepada syarikat-syarikat tempatan. Kementerian Hal Ehwal Ugama sebagaimana juga kementerian-kementerian yang lain Yang Berhormat Pengerusi memegang dasar ertinya kita ini mengadakan peluang-peluang sedemikian ini iaitu:
-
Untuk memberi peluang kepada syarikat-syarikat tempatan; dan
-
Memberikan pekerjaan kepada anak-anak tempatan dengan syarat untuk syarikat itu mendapatkan term contract ini ialah mereka mengambil anak-anak tempatan bekerja sekurang-kurangnya misalnya 80-90% daripadanya. Itu 'diakun' Yang Berhormat Pengerusi, 'diakun' oleh syarikat berkenaan dalam tender, sebut harga dan sebagainya.
Tetapi pada kenyataannya bukanlah orang-orang tempatan kita ini. Inilah yang jadi permasalahan jua. Tujuan untuk pembersihan kubur, penjagaan kubur termasuklah kubur-kubur yang non active tadi pun dijaga jua kira-kira dapat digunakan semula kerana pada masa ini tanah-tanah perkuburan yang sedia ada sebahagiannya ada sudah disebutkan oleh Yang Berhormat tadi penuh dan padat tidak lagi dapat diisikan. Kubur-kubur lama yang masih boleh diisikan, terus juga dipelihara oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama bagi penggunaan orang ramai iaitu digalakkan untuk kembali semula kepada perkuburan lama yang mereka selesa untuk menggunakannya bagi jenazah kaum keluarga masing-masing.
Itulah kalau di Daerah Tutong Yang Berhormat Pengerusi dari segi term contract di Daerah Tutong sahaja ada 7 buah perkuburan yang secara *term contract secara bulanan bukan secara harian. Di Daerah Brunei Muara ada 2 perkuburan yang harian dan lagi ada perkuburan-perkuburan yang pembersihan sampah, pembuangan sampah, sampah dari kawasannya diaturkan secara *term contract* tanpa ada garis panduan tertentu, ini tidak bermakna kementerian mengabaikan pemeliharaan tanah-tanah perkuburan Islam.
Sekian Yang Berhormat Pengerusi. ูู ุงูุณููููุงู ู ุนูููููููู ู ููุฑูุญูู ูุฉู ุงูููู ููุจูุฑูููุงุชููู
Yang Berhormat Pengerusiโ
Saya persilakan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pendikar Alam Dato Paduka Seri Awang Haji Hasrin bin Dato Paduka Haji Sabtu.
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pendikar Alam Dato Paduka Seri Awang Haji Hasrin bin Dato Paduka Haji Sabtuโ
ุจูุณูู ู ุงูููู ุงูุฑููุญูู ูฐูู ุงูุฑููุญูููู ู ุงูุณููููุงู ู ุนูููููููู ู ููุฑูุญูู ูุฉู ุงูููู ููุจูุฑูููุงุชูููYang Berhormat Pengerusi, kaola ingin menyentuh mengenai Tabung Dana Pembinaan Masjid di Negara Brunei Darussalam.
Statistik jumlah kutipan Tabung Dana Pembinaan Masjid di Negara Brunei Darussalam dalam laman sesawang Kementerian Hal Ehwal Ugama menunjukkan setakat bulan Disember 2019 jumlah keseluruhan adalah sebanyak $10.3 juta. ุงูููุญูู ูุฏู ูููู kaola menyambut baik akan usaha pihak Kementerian Hal Ehwal Ugama bahawa dana tersebut telah berjaya membina sebuah masjid baharu dan membaik pulih 4 buah masjid yang lain.
Soalan kaola, mohon pencerahan daripada Menteri Hal Ehwal Ugama untuk mengongsikan jumlah keseluruhan terkini dana tersebut dan apakah projek seterusnya yang akan dilaksanakan selanjutnya?
Sekian,
ูุจุงููู ุงูุชูููู ูุงููุฏุงูุฉ . ู ุงูุณูุงู
ู ุนูููููููู
ู ููุฑูุญูู
ูุฉู ุงูููู ููุจูุฑูููุงุชููู
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugamaโ
Terima kasih kepada Yang Berhormat kerana menimbulkan perkara ini dan menyebut jumlah yang dapat diperolehinya dari laman sesawang kementerian.
Yang Berhormat Pengerusi, kaola mengucapkan terima kasih Yang Berhormat menziarahi atau melawat laman sesawang kementerian. Bagi kaola, ini merupakan perkara yang baik Yang Berhormat Pengerusi. Cuma angka yang didapatkan ialah angka yang diberikan dalam laman sesawang setakat Disember 2019 iaitu $10.3 juta dan pertanyaan Yang Berhormat berapakah jumlah yang terkini. Kalau jumlah terkini yang kaola dimaklumkan setiap bulan Yang Berhormat Pengerusi, bulan yang terakhir hampir maknanya Mac ini iaitu bulan lepas bulan Februari hampir mencapai $15 juta. Sebenarnya penggunaan ini sudah ada perancangan dari tahun 2018 hingga 5 tahun ke hadapan iaitu sehingga tahun 2023 untuk menggunakan tabung dana ini bagi pembinaan 5 buah masjid dan dengan unjuran 5 tahun ke hadapan, maknanya pada tahun 2023 dalam perkiraan dapat membelanjai pembinaan 5 buah masjid, katalah dalam sebuah masjid itu antara $3.5 juta dan $4.5 juta, jadi dianggarkan sedemikian rupa kerana kutipan bulanan ุงููุญูู ูุฏู ููููููู sangat menggalakkan termasuk dari kalangan penjawat awam dan juga kalangan beruniform, selain tabung yang ada di masjid-masjid iaitu sumbangan daripada orang ramai yang juga mungkin daripada kalangan penjawat awam kerana kita di Brunei kalau hendak bersedekah, kalau ke masjid membawa dalam poketnya seringgit dua Yang Berhormat dan ada juga keluarga berpesan: "jika kita ke masjid cuba bawakan sedekahku ini", isterinya berpesan supaya sedekah itu dimasukkan ke dalam tabung masjid.
Jadi itulah hasilnya kutipan-kutipan ini diperolehi Yang Berhormat Pengerusi, sangat menggalakkan, cuma perancangan 5 tahun ini sepatutnya bermula dari tahun 2018 dan abiskaola menganggarkan pada tahun 2019 sudah ada peletakan batu asas dan pada tahun lepas ada peletakan batu asas tetapi kerana penyediaan yang selalu terbabit ini, sudah siap pelannya, designnya lulus di peringkat kementerian dan peringkat Majlis Ugama Islam Brunei tetapi dalam peringkat bila sudah award kepadanya atau belum sampai award didapati penyiasatan lagi pada tapak yang memerlukan kerja-kerja yang lebih daripada peruntukan. Misalan tanah, tanahnya tidak seperti yang dijangkakan iaitu tanahnya yang memerlukan piling kerana keadaan tanah tidak mengizinkan dengan design yang asal dan hal itu terganggu.
Kedua, terganggu lagi dari segi penyediaan pelan-pelan dan sebagainya. Untuk makluman orang ramai walaupun tabung dana ini dalam kendalian Majlis Ugama Islam Brunei dengan sekretariatnya Jabatan Hal Ehwal Masjid tetapi pelaksanaan projek-projeknya di bawah satu jawatankuasa di kementerian yang pelaksanaan teknikalnya adalah dilakukan secara kolaborasi dengan Kementerian Pembangunan dan Kementerian Pembangunan dengan teamnya tertentu yang dikhususkan bagi menangani perkara ini.
Abiskaola mengucapkan terima kasih atas kerjasama dan kesefahaman selama ini mengendalikan bukan sebuah masjid namun sudah 2 buah. Sebuah masjid di Kampung Bukit Panggal, Daerah Tutong dan sebuah masjid lagi di Kampung Tanjung Bunut, Daerah Brunei dan Muara. Jadi masjid-masjid yang lain dirancangkan di Kampung Junjungan, Daerah Brunei dan Muara di Kampung Junjungan inilah tiba-tiba tanahnya didapati tidak sesuai dan memerlukan peruntukan dan peruntukannya bertambah hampir sejuta daripada peruntukan asal tetapi tidak mengapa akan dilakukan juga.
Kami ada perancangan di Kampung Ulu Tutong dan selebihnya di Daerah Tutong jua, di Kampung Lamunin dan juga menaik taraf sebuah balai ibadat di Daerah Temburong untuk dijadikan masjid iaitu di kawasan orang-orang mualaf dan pemikiran juga sudah mula sekarang ini aktif semula mengenangkan Masjid Mohammad Salleh Pekan Bangar yang keadaannya memerlukan pembaikan dan sebagainya. Rancangan pembaikan dan โpembisiaannyaโ sudah diputuskan dengan belanjanya yang telah dianggarkan oleh Kementerian Pembangunan dengan jumlah sekian-sekian dan peruntukannya sudah pun ada, untuk sementara ia dibangun semula dan ุฅู ุดุงุก ุงููู mungkin kalau ini tidak termasuk dalam rancangan 5 tahun, mungkin rancangan selanjutnya bahawa Masjid Mohammad Salleh Pekan Bangar akan dibangun semula dan ุฅู ุดุงุก ุงููู pembangunan semula masjid tersebut akan menggunakan tabung dana masjid.
Itu sahaja yang kaola dapat kongsikan Yang Berhormat Pengerusi. Terima kasih.
Yang Berhormat Pengerusiโ
Yang Berhormat Dayang Khairunnisa binti Awang Haji Ash'ari.
Yang Berhormat Dayang Khairunnisa binti Awang Haji Ash'ariโ
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Kaola ingin bertanya tentang:
- Penggunaan surau bagi tujuan solat fardu Jumaat kerana masjid-masjid masih tidak dapat menampung jemaah yang ramai seperti kawasan Berakas dan Kampung Rimba sebagai contoh pada masa ini Surau Tentera Udara dan Surau Lapangan Terbang Antarabangsa dibukakan untuk sembahyang 5 waktu namun belum dibukakan bagi tujuan solat fardu Jumaat.
Soalan kaola, adakah sudah penelitian mengenai kesesuaian ia dibukakan bagi tujuan tersebut?;
-
Kaola mengambil maklum bahawa daging-daging yang diragui kehalalannya dirampas dan dihapuskan oleh Bahagian Kawalan Makanan Halal. Kaola ingin mencadangkan apakah kiranya proses penghapusan bagi daging yang diragui kehalalannya dapat disalurkan kepada badan-badan bukan kerajaan untuk diberikan kepada haiwan liar dengan kawalan ketat dan pemantauan daripada unit berkenaan; dan
-
Terakhir sekali, Kaola sebenarnya berhajat untuk membahaskan tentang pentadbiran urusan kewangan duit kutipan masjid tetapi sudah dijawab oleh Yang Berhormat Kementerian Hal Ehwal Ugama kelmarin. Kaola ingin menyokong dan membuat cadangan tambahan untuk latihan bersesuaian seperti penyediaan rekod penyata kira-kira dan kewangan khususnya kepada pentadbir masjid dan penggunaannya adalah transparent.
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugamaโ
Terima kasih Yang Berhormat dan Yang Berhormat Pengerusi.
- Mengenai penggunaan surau untuk sembahyang Jumaat, memanglah dari segi hukum tidak ada. Tetapi kalau ada keperluan yang dikatakan Yang Berhormat tadi, surau-surau itu untuk dinaik taraf kepada masjid bagi membolehkannya digunakan untuk sembahyang Jumaat bagi menampung setengah-setengah masjid yang tidak dapat mencukupi, baik pada masa sekarang yang kini dimestikan ada penjarakan dan sebagainya dan kapasiti yang tidak dapat orang datang sepenuhnya.
Tapi dapatlah pada masa sekarang ini, terpaksa mendirikan khemah-khemah khas tertentu. Musim bulan Ramadan sudah hampir, kesesakan masjid pada waktu Jumaat akan terjadi. ุฅู ุดุงุก ุงููู Jabatan Hal Ehwal Masjid akan bersedia untuk menampung jemaah yang bertambah di masjid-masjid. Jadi, bagaimana untuk menaik taraf surau untuk menjadi masjid. Hal ini memanglah melalui proses-proses iaitu dengan memohon. Permohonan akan dipertimbangkan oleh Majlis Ugama Islam Brunei dengan melihat kepada benar-benar keperluannya. Bukan keperluan sahaja, tapi keperluan persekitarannya, benarkah kawasan tersebut tidak ada masjid atau ada masjid tetapi tidak mencukupi untuk menampung penduduk-penduduk berjemaah. Benar, penduduk Kampung Rimba memerlukan masjid tetapi penduduk Kampung Rimba boleh juga ke Masjid Universiti Brunei Darussalam, Masjid STRKJ, Jalan Berakas dan sebagainya.
Begitulah pertimbangan seterusnya. Kemudian ada pertimbangan lagi dari pihak yang berkenaan yang โempunyaโ masjid. Misalnya, pertimbangan dari pihak Kementerian Pertahanan mengenai Surau Angkatan Tentera Udara. Jadi, adakah tidak menjejaskan perkiraan-perkiraan atau perhitungan-perhitungan dari segi keselamatan dan sebagainya dan mesti diambil kira juga.
Pendek kata, kaola dapat menyatakan perkara ini boleh difikirkan dan bolehlah secara aktif pihak-pihak yang berkenaan mengemukakannya kepada Jabatan Hal Ehwal Masjid yang akan membawanya kepada Majlis Ugama Islam Brunei bagi pertimbangan. Suatu perkara yang sangat bagus.
-
Sebagaimana yang Berhormat tadi sebutkan, kaola menyentuh juga mengenai keperluan imam-imam mempunyai pengalaman dari segi kewangan dan kerana itu perlu kepada kursus. Untuk makluman, sebagai tambahan kepada maklumat yang kaola berikan semalam ialah kursus kewangan ertinya kursus macam mana mengatur kewangan masjid dilakukan secara bermusim oleh Jabatan Hal Ehwal Masjid melalui Kementerian Hal Ehwal Ugama, Bahagian Audit Dalaman yang memberikan kursus. Jadi, mudah-mudahan itu menjadi sebahagian untuk memperbaiki pengurusan kewangan masjid. Di samping itu, yang kaola sebutkan semalam, keperluannya untuk meninjau semula Buku Panduan Kerja Masjid tahun 1996 atau 1997 yang dibangkitkan oleh yang Berhormat Awang Haji Abdul Wahab bin Haji Apong semalam.
-
Mengenai daging yang diragui kehalalannya, dipisahkan dari tempat penjualannya atau sebahagiannya kalau yang didapati hasil dari operasi pemeriksaan dan hal yang sedemikian itu, didapati sebagai benda yang boleh dirampas. Ia disimpan, dibawa oleh pihak penguat kuasa yang berkenaan dan storagenya ada di Bandar Seri Begawan, disimpan sehingga perkara itu akan menjadi bahan bukti bagi perbicaraan di mahkamah. Jadi, tidak terus-terus dirampas, dibawa ke tempat storage yang dipunyai oleh pihak penguasa lalu dicari melalui badan-badan yang non-government, non-profitable dan sebagainya yang memelihara haiwan-haiwan yang perlu juga pembekalan dan pemakanan seperti daging ini. Tidak semudah itu Yang Berhormat dan ia ada prosesnya. Bahan-bahan itu tidak terus-terus dirampas dan dapat dibahagikan. Ia akan menjadi bahan yang mesti dibawa sebagai bahan bukti dalam perbicaraan dan kes tersebut.
Terima kasih.
Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ
Saya persilakan Yang Berhormat Awang Haji Abdul Hamid bin Haji Mumin.
Yang Berhormat Awang Haji Abdul Hamid bin Haji Muminโ
ุจุณู ุงููู ุงูุฑุญู ู ุงูุฑุญูู ุงูุณูุงู ุนูููู ูุฑุญู ุฉ ุงููู ูุจุฑูุงุชูYang Berhormat Pengerusi, Ahli-Ahli Yang Berhormat, kaola sukacita juga akan mengambil kesempatan dalam seminit dua untuk mohon kepastian di bawah Tajuk SJ01A - Kementerian Hal Ehwal Ugama. Yang Berhormat Pengerusi, sebagaimana mukadimah yang telah disampaikan oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama semalam, hamba telah meneliti laporan penuh mengenai mukadimah yang disampaikan yang menyentuh mengenai Anggaran Perbelanjaan 2021/2022 iaitu di bawah Kod Akaun 1116 - Hal Ehwal Ugama mengenai pelulusan masjid baharu RPN, sebanyak 6 buah RPN dalam senarai ini antaranya, terkandunglah masjid baharu RPN Kampung Lumut. Sudah diluluskan perbelanjaannya dalam Tahun Kewangan 2020/2021 dan juga dalam Anggaran Tahun Kewangan 2021/2022 dan harga perancangan sebanyak $5 juta. Jadi, nampaknya dalam mukadimah Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama tidak ada menyebut RPN Kampung Lumut dalam rancangan Kemajuan ini.
Kaola sukacita dengan hormat memohon kepastian bagi rancangan Kementerian Hal Ehwal Ugama ini iaitu bagi pembinaan masjid baharu RPN Kampung Lumut dalam rancangan pembinaan yang selari dengan masjid baharu RKN yang disebutkan, supaya penduduk di RPN Kampung Lumut itu dapat kepastian dan juga tidak waham mengenai pembinaan masjid itu. Jadi, dengan penuh hormat hamba mohon pencerahan juga Yang Berhormat Pengerusi. Sekian.
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugamaโ
ุงูุณููููุงู ู ุนูููููููู ู ููุฑูุญูู ูุฉู ุงูููู ููุจูุฑูููุงุชููู terima kasih Yang Berhormat dan Yang Berhormat Pengerusi. Yang Berhormat memohon pencerahan mengenai kedudukan masjid RPN Kampung Lumut yang disebutkan dalam peruntukan dalam perancangan RKN ada. Tapi untuk dicerahkan apa yang kaola sebut dalam mukadimah itu, ialah projek-projek pembinaan masjid yang diaturkan dalam Rancangan Kemajuan Negara yang dilihat dalam keadaan suasana COVID-19, ertinya dalam suasana COVID-19 tidak melengahkan Kementerian Hal Ehwal Ugama dari melihat projek-projek yang akan dilaksanakan.
Projek itu ada dengan peruntukannya untuk RPN Kampung Lumut tetapi tidaklah disebut dalam mukadimah kaola itu kerana ia tidak termasuk, dalam erti kata ada sudah pelannya disiapkan dengan tanahnya dan termasuk dalam perancangan yang ada dalam peruntukan yang diberikan dan bagi maksud-maksud itu pihak Bahagian Teknikal kementerian bersama dengan Kementerian Pembangunan merancang untuk pelaksanaannya, tetapi tidak disebut secara butiran, tidak bermakna peruntukan itu tidak digunakan atau rancangan itu tidak dijadikan. ุฅููู ุดูุงุกู ูฑูููููฐูู rancangan itu akan dijadikan apabila masjid-masjid yang disebutkan yang sudah ada dalam tender dan design dan sudah dilaksanakan. Maka kita akan beralih kepada masjid-masjid bukan sahaja dalam RKN tetapi masjid-masjid di bawah projek Tabung Dana Pembinaan Masjid sebagaimana yang kaola katakan tadi. Terima kasih.
(Pembetulan: Untuk makluman masjid baharu RPN Kampung Lumut tawaran telah dibuka pada 17 Mac 2021 dan ditutup pada 20 April 2021. Maknanya masjid ini sedang aktif dalam proses untuk pembinaannya.)
Yang Berhormat Pengerusiโ
Terima kasih, Yang Berhormat. ูฑููุญูู ูุฏู ููููููฐูู kita telah pun berbincang dengan panjang lebar di bawah Tajuk Kementerian Hal Ehwal Ugama dan masanya sudah tiba, saya kira bagi kita untuk mengundi.
Ahli-Ahli Yang Berhormat, yang bersetuju supaya Tajuk SJ01A - Kementerian Hal Ehwal Ugama diluluskan, sila angkat tangan.
(Semua Ahli mengangkat tangan tanda bersetuju)
Yang Berhormat Pengerusiโ
Terima kasih.
Yang Mulia Timbalan Jurutulisโ
Tajuk SJ01A, dijadikan sebahagian daripada Jadual. Tajuk SK01A hingga Tajuk SK08A - Kementerian Pembangunan.
Yang Berhormat Pengerusiโ
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kita sekarang berpindah ke Tajuk SK01A hingga Tajuk SK08A โ Kementerian Pembangunan. Sebelum tajuk ini dibukakan untuk dibahaskan, saya ingin memberikan ruang kepada Yang Berhormat Menteri Pembangunan untuk memberikan mukadimah belanjawan dan hala tuju penyediaan belanjawan kementeriannya. Saya persilakan, Yang Berhormat.
Yang Berhormat Menteri Pembangunanโ
ุจูุณูู ู ุงูููู ุงูุฑููุญูู ูฐูู ุงูุฑููุญูููู ู ุฃูููุญูู ูุฏููููููฐูู ุฑูุจูู ุงููุนูุงููู ููููู ููุงูุตููููุงุฉู ููุงูุณููููุงู ู ุนูููู ุฃูุดูุฑููู ุงููุฃูููุจูููุงุกู ููุงููู ูุฑูุณููููููู ููุนูููู ุขูููู ููุตูุญูุจููู ุฃูุฌูู ูุนููููู.ุงูุณููููุงู ู ุนูููููููู ู ููุฑูุญูู ูุฉู ุงูููู ููุจูุฑูููุงุชููู dan salam sejahtera. Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Terima kasih kepada Yang Berhormat Pengerusi kerana memberi peluang bagi kaola menyampaikan mukadimah di Dewan yang mulia ini untuk mengongsikan fokus-fokus utama Kementerian Pembangunan dalam pembentangan Anggaran Belanjawan Kementerian Pembangunan bagi Tahun Kewangan 2021/2022 dan juga beberapa program dan inisiatif-inisiatif kementerian ini dan jabatan-jabatan di bawahnya.
ุงูููุญูู ูุฏู ูููููฐูู kaola merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang telah menyediakan peruntukan sejumlah $433,581,855.00 bagi Kementerian Pembangunan seperti berikut:
-
Sejumlah $94,355,980.00 untuk Gaji Kakitangan.;
-
Sejumlah $127,769,720.00 untuk Perbelanjaan Berulang-Ulang.; dan
-
Manakala sejumlah $211,456,155.00 diperuntukkan dalam Peruntukan Rancangan Kemajuan Negara Ke-11, untuk meneruskan pelaksanaan projek-projek infrastruktur yang sedang dan akan dilaksanakan di bawah Kementerian Pembangunan.
Dalam mendukung usaha memperkukuhkan kedudukan kewangan kerajaan, kaola ingin menekankan komitmen Kementerian Pembangunan ini iaitu melalui pengurusan kutipan hasil dan perbelanjaan berhemah (prudent spending) dan value for money, sehingga bulan Februari 2021, sejumlah $91.6 juta iaitu 87% daripada anggaran hasil keseluruhan berjumlah $105.4 juta telah dapat dikutip. Usaha-usaha yang telah dibuat setakat ini bagi meningkatkan kutipan hasil yang cekap, nampaknya telah berhasil melalui streamlining process dan dengan adanya kemudahan-kemudahan teknologi dan sistem pembayaran secara online.
Dalam menangani impak dari keadaan ketidaktentuan yang dipengaruhi oleh perubahan iklim, perubahan trend sosioekonomi akibat dari penularan pandemik COVID-19, Kementerian Pembangunan tetap komited meneruskan perancangan untuk meningkatkan lagi prasarana infra-pembangunan bagi memangkin pertumbuhan sosioekonomi negara dan meningkatkan kualiti kehidupan rakyat dan penduduk negara ini.
Di samping itu, usaha-usaha untuk mempertingkatkan keberkesanan polisi dan proses-proses berkaitan dengan perkhidmatan kepada orang ramai, akan diteruskan seperti yang telah digariskan dalam Pelan Tindakan serta Rangka Dasar dan Pelan Strategik Kementerian Pembangunan 2018-2023.
ุงููุญูู ูุฏู ููููููู pelbagai pencapaian telah dicapai sejak tahun 2020 dan awal tahun 2021 khususnya dari segi infrastruktur. Antara lain seperti berikut:
-
Bagi mendukung inisiatif Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, antara penyiapan projek-projek termasuklah Projek Fasa 1 Penyediaan Infrastruktur bagi Projek Penanaman Padi secara Komersial Kawasan Kandol, Daerah Belait seluas 30 ekar dan Fasa 2 dijangka akan bermula pada tahun ini.
-
Penyediaan perumahan dari segi penambahbaikan yang akan diperuntukkan kepada pemohon Skim Perumahan Negara pada tahun ini termasuklah 10 unit rumah teres RPN Kampung Rimba, Daerah Brunei dan Muara, 20 unit rumah teres di Kampung Bukit Beruang, Daerah Tutong dan 300 unit di Kampung Lambak Kanan, Daerah Brunei dan Muara.
-
Penyiapan Loji Rawatan Air peringkat 4 dan 5, purata meningkatkan pengeluaran air bersih, sekitar 12% ke 18% peningkatannya iaitu 33-38 juta liter sehari.;
-
Dalam menangani masalah banjir yang dipengaruhi oleh perubahan iklim, ุงูุญูู ูุฏู ููููู dengan progres projek saliran, pembetungan dan perlindungan persisiran pantai di beberapa tempat yang strategik, kawasan banjir telah dapat dikurangkan sebanyak 47%, peningkatan sistem pembetungan daripada 92% ke 94% dan peningkatan perlindungan pesisiran pantai ke 43% bagi menangani sea level rise.;
-
Peningkatan konektiviti serta penambahbaikan kualiti jalan juga telah tidak ketinggalan dengan penyiapan beberapa projek jalan seperti isu yang dibangkitkan dalam Majlis Mesyuarat Negara yang lepas dan beberapa sesi permuzakarahan. Antaranya termasuklah peningkatan Jalan Serasa, Jalan Kota Batu, Lebuh Raya Muara-Tutong berdekatan dengan Kawasan Lugu, Mengkubau Interchange yang telah dinikmati oleh pihak awam. Begitu juga, ุงูุญูู ูุฏู ููููู dengan penyiapan dan penggunaan Jambatan Sultan Haji Omar Ali Saifuddien yang menyambung konektiviti antara dua daerah, Daerah Brunei dan Muara dan Daerah Temburong yang telah dimanfaatkan oleh penduduk negara ini terutama sekali dalam keadaan pandemik COVID-19.
FOKUS UTAMA KEMENTERIAN.
Dalam mendukung tema belanjawan bagi Tahun Kewangan 2021/2022, yang memfokuskan antara lain kepada penyediaan kemudahan dan infrastruktur yang mampan (sustainable) dan berdaya tahan (resilience) untuk kesejahteraan awam dan perkembangan ekonomi, Kementerian Pembangunan pada tahun ini akan memfokuskan ke arah usaha-usaha seperti berikut:
i. Bagi menjamin kesediaan dalam menangani cabaran sekuriti bekalan air dan isu kualiti air;
ii. Penyediaan perumahan di bawah Rancangan Perumahan Negara (RPN);
iii. Membukakan tanah-tanah kerajaan yang telah dikenal pasti bagi mendukung aktiviti-aktiviti ke arah pertumbuhan ekonomi;
iv. Pembangunan infra yang resilien bagi mitigasi bencana alam dan perubahan iklim; dan
v. Membantu dan mempercepatkan pembangunan yang telah dirancang seperti pembangunan sekolah-sekolah, pengajian-pengajian tinggi serta masjid-masjid dan bangunan-bangunan kerajaan termasuklah penyediaan infra bagi kawasan-kawasan pertanian.
Semua ini selaras dengan tujuan pencapaian matlamat Wawasan Brunei 2035.
i. Sekuriti Bekalan Air dan Strategik Pengurusan.
Dalam peruntukan Tahun Kewangan 2021/2022, sejumlah $24.8 juta telah diperuntukkan bagi pengurusan bekalan air di bawah Tajuk Perbelanjaan Berulang-ulang khusus untuk kerja-kerja pemeliharaan aset-aset air dan sebanyak $58 juta di bawah peruntukan Rancangan Kemajuan Negara Ke-11 bagi melaksanakan 8 buah projek yang semua ini bagi memastikan bekalan air yang berterusan dan menjamin sekuriti bekalan air negara untuk kepentingan semua rakyat dan penduduk negara ini.
Perkara ini sememangnya memerlukan pelaburan kewangan yang tinggi, usaha ini juga memerlukan kerjasama orang ramai dalam budaya penggunaan air secara bijak. Kita perlu meningkatkan dan memperbaiki cara pengurusan bekalan air di rumah, pejabat dan juga dalam sistem bekalan air kita. Semua pendekatan ini penting bagi mengurangkan pembaziran dan memastikan bekalan air kita terjamin pada masa akan datang.
Secara purata kadar penggunaan air bersih domestik bagi negara kita berjumlah 380 liter per kapita sehari iaitu 380 liters per person per day, iaitu penurunan sejumlah 40 liter per kapita sehari dari tahun 2018. Ini adalah hasil dari beberapa program kesedaran awam yang giat dijalankan oleh Jabatan Kerja Raya dan ุฅู ุดุงุก ุงููู kempen-kempen akan terus dijalankan untuk mengurangkan kadar penggunaan air bersih domestik meningkat ke tahap yang lebih mampan, memandangkan kadar penggunaan air bersih ini masih tinggi iaitu lebih kurang 2 kali ganda berbanding dengan negara jiran seperti Singapura dan Malaysia.
Beberapa usaha bagi mencapai sistem bekalan air yang resilient melalui pelaksanaan projek-projek seperti berikut:
a. Peningkatan keupayaan rawatan bagi penghasilan air bersih dengan pembinaan Loji Rawatan Air Bukit Barun peringkat kelapan dengan kapasiti 120 juta liter sehari, penaiktarafan Loji Rawatan Air Agis-Agis di Kuala Belait dengan kapasiti 36 juta liter sehari dan penaiktarafan Loji Rawatan Air Bukit Barun Fasa 4 dan 5 yang dapat meningkatkan efisiensi pemprosesan air sehingga purata 12% ke 18% (33-38 juta liter sehari);
b. Meningkatkan storage capacity melalui pembinaan tangki-tangki air tambahan di beberapa kawasan; dan
c. Penggantian paip-paip air utama dan pembahagiannya (distribution) serta mengganti dan menaik taraf pam-pam di seluruh negara.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.
Akhir-akhir ini masalah air kekuningan sering berlaku di beberapa kawasan. Salah satu sebab ialah kandungan organik yang sangat tinggi terutama sekali pada musim hujan di sebelah hulu yang menyebabkan warna air mentah menjadi keruh. Selain tumpuan kepada rawatan air dengan dos bahan-bahan kimia yang bersesuaian dan selamat, beberapa usaha lain seperti pembersihan reservoir dan pembaikan proses bagi kerja-kerja pembaikan dan penggantian paip-paip air juga sedang dilaksanakan. Pihak orang ramai juga boleh membantu dalam mengurangkan masalah air kekuningan dengan membersihkan tangki-tangki air di rumah masing-masing dari masa ke semasa.
Beberapa tindakan lain ke arah sekuriti bekalan air secara jangka panjang termasuklah:
a. Penggunaan smart meter yang telah bermula secara pilot dan live testing sejak tahun lepas dan pemasangan meter-meter tersebut dijangka akan bermula pada tahun ini secara berfasa. Projek ini dijalankan oleh Jabatan Perkhidmatan Air, Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan bersama dengan pihak Jabatan Perkhidmatan Elektrik, Kementerian Tenaga, Jabatan Perbendaharaan, Kementerian Kewangan dan Ekonomi dan DST Network anak syarikat Darussalam Asset secara kaedah PPP. Dengan pelaksanaan projek ini dan juga pelaksanaan tarif air yang baharu, ุฅู ุดุงุก ุงููู masalah tunggakan pembayaran air dan peralihan budaya kepada pemakaian air secara bijak, berhemah dan mengelakkan pembaziran akan dapat ditangani.;
b. Melaksanakan kajian water supply system dan demand study iaitu kajian secara holistik keperluan air secara jangka panjang, strategi pembekalan air serta cadangan bagi pengurusan yang lebih cekap dan cost-effective pada masa akan datang.; dan
c. Melaksanakan kajian non revenue water (NRW) untuk mendapatkan data bagi mengenal pasti punca-punca NRW yang sedang berjalan pada masa ini bertujuan untuk perancangan bagi pengurangan NRW.;
ii. Penyediaan Perumahan Dalam RPN.
Dalam mencapai sasaran Wawasan Brunei 2035 bagi menyediakan 85% rumah kediaman untuk rakyat dan penduduk, usaha diteruskan dengan perancangan dan pelaksanaan projek di bawah Rancangan Kemajuan Negara Ke-11 bagi pembinaan 1,750 buah rumah kediaman RPN di Kampung Lugu dan Kampung Tanah Jambu serta peruntukan bagi rumah pangsa sejumlah 300 unit di Kampung Lambak H40 kepada pemohon yang berkelayakan melalui Jabatan Kemajuan Perumahan. ุงูุญู ุฏ ููู sejumlah $65 juta telah diperuntukkan bagi projek-projek ini di bawah Rancangan Kemajuan Negara bagi tahun 2021/2022 ini dan Kementerian Pembangunan juga sedang bekerjasama dengan Kementerian Kewangan dan Ekonomi melalui P Cube Sendirian Berhad dalam mencari kaedah yang bersesuaian bagi penyediaan perumahan melalui kaedah PPP.
Di samping itu, rumah-rumah yang rosak, kosong dan terbiar di RPN Kampung Rimba dan Kampung Bukit Beruang telah dan sedang diperbaiki untuk diperuntukkan kepada pemohon Skim Perumahan Negara seterusnya. Melalui Housing Focus Group, selain Rancangan Perumahan Negara, Kementerian Pembangunan sedang membuat penyelarasan bagi penyejajaran bantuan-bantuan perumahan lain seperti Skim Bantuan Perumahan bagi orang-orang daif di bawah Majlis Ugama Islam Brunei, bantuan perumahan di bawah JAPEM dan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah bagi memastikan bantuan perumahan yang inklusif dan bersesuaian bagi golongan yang benar-benar memerlukan bantuan.
iii. Meningkatkan Ekonomi Melalui Pembukaan Tanah Kerajaan Kepada Pelabur Dalam dan Luar Negeri.
Bagi mendukung dan memangkin pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan kadar pelaburan di negara ini, Kementerian Pembangunan melalui perancangan guna tanah telah mengenal pasti beberapa kawasan yang bersesuaian. Salah satu inisiatif yang sedang diteliti ialah Government Land Lease (GLL) iaitu satu kaedah pelupusan tanah-tanah kerajaan secara pajakan. Kaedah ini melibatkan proses tawaran secara terbuka bagi tanah-tanah yang telah dikenal pasti dan satu task force telah dicadangkan untuk ditubuhkan untuk meneliti perkara ini yang melibatkan agensi-agensi yang relevan bagi meneliti proses penilaian, pelupusan tanah (mechanism of land release) yang melibatkan tanah-tanah kerajaan yang telus yang dapat menyumbang kepada peningkatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Perancangan guna tanah yang baik dan teratur, secara tidak langsung dapat menyediakan peluang-peluang pekerjaan yang dapat mengubah gaya hidup masyarakat kita demi meningkatkan taraf kehidupan yang lebih terjamin demi masa depan bangsa dan negara.
Ini diikuti dengan pengemaskinian polisi dan peraturan perancangan dan guna tanah bagi mendukung persekitaran perniagaan yang kondusif dan membina melalui Majlis Perancangan Guna Tanah Kebangsaan yang dipengerusikan bersama oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan Menteri Pembangunan.
iv. Perubahan Iklim.
Selaku Pengerusi Bersama Majlis Kebangsaan Perubahan Iklim Negara Brunei Darussalam, Kementerian Pembangunan dengan kerjasama ahli-ahli majlis akan terus memainkan peranan dalam merealisasikan strategi-strategi yang telah digariskan dalam Dasar Kebangsaan Perubahan Iklim Negara Brunei Darussalam (Brunei Darussalam National Climate Change Policy โ BNCCP) bagi membentuk peralihan ke arah masyarakat yang rendah karbon (low carbon society) dan resilient bagi mencapai komitmen Nationally determined contributions (NDC) negara di bawah Perjanjian Paris iaitu untuk mengurangkan sebanyak 20% pelepasan gas Rumah Hijau negara menjelang 2030.
Tahun ini merupakan tahun bagi Tindakan Iklim atau Year Of Climate Action untuk mengadakan pelaksanaan BNCCP. Protokol Hijau iaitu garis panduan bagi sektor kerajaan untuk melaksanakan BNCCP yang telah dilancarkan pada 31 Januari 2021, ini sebagai satu usaha membukakan peluang amalan hijau dalam operasi harian seperti penggunaan tenaga, penggunaan bekalan air, pengurusan sampah dan penggunaan kertas. Ini termasuk komitmen semua kementerian untuk aktiviti menanam sejumlah 26 ribu pokok sepanjang tahun 2021 dan sasaran kita sebanyak 500 ribu pokok menjelang 2035.
Usaha ini juga didukung dengan penambahan garis panduan bagi menggalakkan penggantian setiap pokok yang ditebang terutama sekali dalam pelaksanaan projek-projek yang berskala besar.
Usaha-usaha tindakan iklim yang sedang dilaksanakan ini mencerminkan kesungguhan negara serta simbol kepimpinan negara kita dalam menangani isu perubahan iklim di rantau ini selari dengan tema mesyuarat ASEAN tahun ini: 'We Care, We Prepare, We Prosper'. Ada pun isu perubahan iklim ini satu isu global yang memerlukan pendekatan secara keseluruhan di peringkat senegara serantau dan juga global.
Negara kita tidak terlepas dari mengalami kesan-kesan akibat perubahan iklim. Kementerian Pembangunan akan mengukuhkan strategi dalam menangani isu-isu perubahan iklim melalui urus tadbir yang telah ditubuhkan secara meningkatkan keupayaan untuk beradaptasi dan berdaya tahan iklim. Dengan melaksanakan penilaian-penilaian impak-impak dan risiko-risiko perubahan iklim (climate impact assessment) seperti membuat pemantauan dan penilaian ke atas kesan-kesan kenaikan paras laut dan pertukaran dalam ramalan iklim. Dengan kajian ini dapat membantu Jabatan Kerja Raya menangani kedua-dua perubahan ini dan mengambil tindakan yang bersesuaian terhadap reka bentuk sistem saliran dalam projek-projek mitigasi dan bencana alam; dan
v. Pelaksanaan Projek-Projek.
Kementerian Pembangunan telah diberi tanggungjawab bagi memastikan pelaksanaan projek infrastruktur dan bangunan-bangunan, sekolah-sekolah, masjid-masjid di bawah kementerian lain akan memperkukuhkan pengurusan dan pengawalseliaan projek-projek dengan melaksanakan projek audit dalaman di setiap peringkat pelaksanaan projek supaya ia dapat menepati spesifikasi dan siap pada masa yang ditetapkan. Pihak kementerian juga memberi keutamaan kepada Local Business Development bagi memberi peluang kepada anak-anak tempatan dan produk-produk tempatan bagi meningkatkan lagi industri pembinaan di negara ini.
INISIATIF-INISIATIF
Seterusnya, kaola ingin mengongsikan beberapa inisiatif-inisiatif yang sedang dan akan dilaksanakan pada tahun ini seperti berikut:
- Dukungan Ease Of Doing Business
Bagi merealisasikan dan mendukung Ease Of Doing Business untuk menggalakkan pelaburan di negara ini, Kementerian Pembangunan turut menunduki dan meneliti semua akta-akta, polisi, garis panduan dan peraturan serta proses-proses secara bersepadu dengan pihak-pihak yang berkenaan terutama sekali yang berkaitan dengan hal perancangan dan pembangunan guna tanah termasuklah juga polisi dan peraturan strata tanah bagi memudahkan dan mempercepatkan proses pelaburan dan pembangunan negara.;
- MOD Digital Paradigm
Bagi merealisasikan dan mendukung hasrat kerajaan ke arah Digital Economy dan Smart Nation Kementerian Pembangunan telah menyediakan satu rangka dasar iaitu MOD Digital Paradigm Framework 2020-2025 dengan melaraskan penggunaan teknologi dalam aspek pentadbiran pengurusan projek-projek infrastruktur, pemantauan kumpulan data maklumat secara integrative termasuk pemeliharaan aset-aset dan penyediaan perkhidmatan selaras dengan rangka dasar MOD Policy Framework dan Strategic Planning 2018-2023. Inisiatif ini juga secara langsung mendukung Jawatankuasa Pandu Smart City yang dipengerusikan bersama Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) dengan Kementerian Pembangunan dan berperanan bagi memastikan penyejajaran dalam pelaksanaan projek-projek smart city dengan Digital Economy Master Plan 2025.;
- Isu-Isu Kebersihan
Dalam menjaga kebersihan Negara Brunei Darussalam baik di darat mahupun di perairan, Kementerian Pembangunan selaku Pengerusi Bersama Jawatankuasa Induk Isu-Isu Kebersihan akan terus bekerjasama demi meningkatkan usaha-usaha melaksanakan beberapa kaedah pembersihan khususnya di perairan Sungai Brunei yang sehingga kini masih menjadi cabaran.
Dengan mengambil kira peningkatan perbelanjaan kerajaan pada tahun 2020 secara menyeluruh berjumlah lebih daripada $8.4 juta dalam menangani dan mengurus isu sampah dan kebersihan, maka, kita tidak mempunyai pilihan tetapi untuk memperkukuhkan usaha strategik di bawah jawatankuasa ini bagi sama-sama menangani cabaran membasmi masalah pembuangan sampah sarap dan kebersihan secara kreatif dan think outside the box dari aspek infrastruktur, penguatkuasaan dan meningkatkan kesedaran awam.
Seterusnya, langkah pelaksanaan penguatkuasaan dan perundangan serta usaha dalam mengubah minda kesedaran orang awam melalui promo-promo dan pemberigaan dalam menjaga alam sekitar dalam semua sektor perlu dikuatkuasakan dan dipertingkatkan. Kementerian Pembangunan juga dalam proses penelitian bagi mengenalkan policy mandatory untuk pengutipan sampah dari setiap household yang buat masa ini hanya 30% sahaja yang berlanggan. Langkah ini adalah selaras dengan strategi Kementerian Pembangunan untuk menukar konsep landfill kepada penggunaan konsep incinerator bagi jangka masa hadapan dalam pengurusan dan pelupusan sampah yang berdaya tahan di negara ini.;
- Akta Undang-Undang dan Peraturan
Dalam hasrat untuk memberikan impak positif menjaga kepentingan orang ramai yang berhubung kait dengan sistem pentadbiran pembangunan dan tanah, beberapa penggubalan akta dan peraturan baharu telah dikemaskinikan antaranya:
i. Peraturan baharu iaitu Building Control Regulations 2020 (composition of offences) di bawah Perintah Kawalan Bangunan (Building Control Order) 2014 yang telah dikuatkuasakan pada 1 Jun 2020. Peraturan kompaun ini memberi kuasa kepada pihak ABCi untuk mengenakan kompaun ke atas kesalahan-kesalahan di bawah Building Control Regulations 2016 (Advertisement, Billboard and Signboard);
ii. Manakala bagi perlindungan kepentingan pihak-pihak tertentu ke atas bidang tanah dengan memasukkan atau untuk mendaftarkan kepentingan itu ke Daftar Tanah. Pelaksanaan kaveat telah dikuatkuasakan bermula pada 1 Januari 2021.
Dengan adanya kaveat ini tuan punya tanah tidak boleh memindah milik, menjual, menggadai atau memajak tanah tersebut atau apa jua urusan yang menjejaskan kepentingan pihak-pihak yang telah mendaftarkan kaveat tersebut.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.
LOCAL BUSINESS DEVELOPMENT
Seterusnya, dalam usaha untuk memajukan perniagaan tempatan (Local Business Development) khususnya dalam industri pembinaan dan usaha untuk mengurangkan pengangguran di negara ini secara amnya dan khususnya kepada belia dan anak-anak tempatan, Kementerian Pembangunan telah menekankan kepada aspek utama bagi kontraktor dan pembekal yang akan menjalankan projek-projek kerajaan iaitu:
-
Penglibatan sepenuhnya anak-anak tempatan bagi memberi peluang-peluang kepada local employment dalam industri pembinaan.
-
Membantu Manpower Planning And Employment Council (MPEC) melalui Manpower Steering Committee (MISC) in Constructions bagi memastikan graduan tempatan memperolehi kemahiran dan kecekapan yang relevan dalam industri pembinaan untuk meningkatkan peluang pekerjaan.;
-
Mengikut data dari MPEC, jumlah pekerja di sektor pembinaan melebihi 32 ribu dan dianggarkan lebih dari 83% adalah pekerja asing, menunjukkan bahawa peluang pekerjaan di sektor pembinaan adalah luas tetapi kebanyakan pekerjaan buruh atau labour intensive jobs sukar untuk dijalankan oleh pekerja tempatan.
-
Walau bagaimanapun, MISC in Construction telah membuat kajian dan mengenal pasti sebelas pekerjaan yang dapat dijalankan oleh pekerja tempatan dan latihan-latihan dan pendedahan yang diperlukan oleh industri.
-
Melalui pelaksanaan ARMECS Bridging Programme, Fasa Pertama yang memberikan latihan dan pendedahan dalam industri pembinaan sebagai Resident Technical Officer, Constructions Supervisors dan Drafters seramai 35 anak tempatan telah menjalani program pada masa ini.
-
Manakala program Fasa Kedua ARMECS Bridging Programme, akan bermula pada bulan April 2021 ini akan memberi lagi latihan seramai lebih daripada 30 orang anak-anak tempatan.
-
Selain itu, Kementerian Pembangunan juga melalui MISC Construction telah bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan dan 'industry players' dalam mengenal pasti latihan-latihan bersesuaian bagi memastikan selaras dengan industry needs. Pihak IBTE juga telah mengenalkan satu program Latihan HNTec in Construction and Draughting (Dual TVET) bagi program pengambilan tahun ini untuk memastikan graduan ini nanti job ready untuk diambil bekerja.;
-
Dalam kesempatan ini, saya ingin mengucapkan penghargaan yang setinggi-tingginya kepada ahli-ahli MISC Constructions terutama sekali wakil-wakil dari industri termasuk juga Yang Berhormat Dayang Siti Rozaimeriyanty binti Dato Seri laila Jasa Haji Abdul Rahman dan institusi pendidikan seperti Politeknik Brunei dan IBTE yang penuh dedikasi dalam menjalankan inisiatif demi memberi peluang-peluang pekerjaan kepada anak-anak tempatan kita ni.;
-
Antara inisiatif kementerian ini melalui Local Business Circular ialah:
i. Mengutamakan penggunaan produk-produk tempatan dalam projek-projek kerajaan khususnya dalam projek-projek perumahan. Sebagai misal bagi kontrak pembinaan perumahan di Kampung Lugu, semua pintu yang ada di setiap rumah akan dibuat oleh syarikat-syarikat tempatan.; dan
ii. Meningkatkan prestasi dan building capacity contractor tempatan dalam industri pembinaan.
Bagi mencapai hasrat tersebut kementerian ini telah bekerjasama dengan pihak Darussalam Enterprise (DARe) dan Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Brunei dalam mengenal pasti anak tempatan yang berminat dalam industri pembinaan dengan menjalankan kursus-kursus dan bimbingan khas untuk mengembangkan kemahiran anak tempatan terutama sekali generasi muda dalam industri pembinaan.
PENGURUSAN BANGUNAN-BANGUNAN KERAJAAN
Beberapa orang Ahli Yang Berhormat telah menyuarakan soal dan pandangan yang berkaitan dengan bangunan-bangunan kerajaan yang lama yang nampak kosong dan tidak lagi digunakan. Kementerian Pembangunan melalui Jabatan Kerja Raya telah membuat kajian-kajian dan beberapa dapatan awal seperti berikut:
-
Terdapat lebih daripada 5580 buah bangunan kerajaan yang didaftarkan di Jabatan Kerja Raya.
-
Sejumlah 3,270 buah ataupun 58.59% telah dibina lebih daripada 30 tahun yang lalu.
-
Kebanyakan bangunan yang terbiar terdiri daripada berek-berek dan flat yang memerlukan pembaikan; dan
-
Kebanyakan bangunan ini terletak di kawasan prime area yang berpotensi untuk dimajukan semula.
Pada bulan September 2020 yang lalu, kementerian ini telah pun berbincang dengan semua kementerian untuk memaklumkan perancangan mengenai bangunan-bangunan yang masih lagi diperlukan atau sebaliknya di bawah pengawalseliaan kementerian masing-masing. Pada tahun ini, Kementerian Pembangunan dengan kerjasama pihak-pihak yang berkepentingan akan membuat penilaian sama ada bangunan-bangunan kosong atau terbiar itu sama ada akan:
i. Diperbaiki dan digunakan semula.
ii. Diberikan kepada agensi kerajaan yang lain yang memerlukan.
iii. Diberikan kepada NGO atau persatuan yang memerlukan; atau
iv. Dijual atau disewakan kepada pihak swasta dan pihak awam; dan
v. Atau untuk diroboh dan dimajukan semula.
Segala cadangan ini akan diteliti dengan lebih terperinci lagi kerana ia melibatkan bukan sahaja perubahan dasar dan peraturan-peraturan yang ada malahan juga penglibatan dari pelbagai pihak dan agensi kerajaan serta memerlukan jumlah perbelanjaan yang tinggi. Apa-apa jua ketetapannya ini nanti tertakluk kepada kesesuaian penggunaan bangunan tersebut dan tidak akan membebankan atau menimbulkan sesuatu masalah pada kemudian hari nanti.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.
Untuk akhirnya kesemua tumpuan utama dan inisiatif yang dikongsikan di atas tadi dihasratkan untuk mencapai sasaran dan matlamat Wawasan Brunei 2035 dan mendukung pembangunan sosioekonomi di negara ini serta bagi menambah baik penyampaian perkhidmatan kepada orang ramai. Sungguhpun demikian, Kementerian Pembangunan tidak lepas dari menghadapi cabaran-cabaran terkini bagi memenuhi jangkaan keperluan orang ramai yang semakin meningkat dan mendesak.
ุฅู ุดุงุก ุงููู, Kementerian Pembangunan sentiasa bersedia memikul tanggungjawab dan amanah bagi memastikan kesejahteraan rakyat dan penduduk negara ini terjamin dan berkualiti. Kita semua penyumbang kepada pembangunan fizikal negara dan marilah kita turut bekerjasama dan memperbaharui azam kita dengan keikhlasan untuk melaksanakan apa jua yang sudah dirancang supaya negara ini kekal menjadi negara yang aman, makmur dan mendapat keampunan ุงููู ุณูุจูุญูุงูููู ููุชูุนูุงููู.
Sekian, ูุจุงููู ุงูุชูููู ูุงููุฏุงูุฉ. ู ุงูุณูููุงูู ู ุนูููููููู ู ููุฑูุญูู ูุฉู ุงูููู ููุจูุฑูููุงุชููู
Yang Berhormat Pengerusiโ
ุฃูููุญูู ูุฏู ููููููู, kita mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Pembangunan atas mukadimah yang telah diberikan yang begitu jelas dan terperinci mengenai hala tuju bagi kementeriannya.
Saya mempunyai satu senarai yang agak panjang. Barangkali terpanjang sejauh ini dan untuk tidak membuang masa, maka saya mempersilakan Yang Berhormat Awang Iswandy bin Ahmad.
Yang Berhormat Awang Iswandy bin Ahmadโ
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. ุจุณู ุงููู ุงูุฑุญู ู ุงูุฑุญูู ุงูุณูุงู ุนูููู ูุฑุญู ุฉ ุงููู ูุจุฑูุงุชู Saya mengambil kesempatan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri Pembangunan kerana mengongsikan usaha-usaha dan pencapaian-pencapaian kementeriannya.
Saya ingin menyentuh mengenai pengurusan permohonan dan peruntukan perumahan. Pada akhir-akhir ini, terdapat permasalahan tentang penerima perumahan ini tidak dapat melunaskan pembayaran rumah tersebut sebelum mereka bersara. Perkara ini terjadi sekiranya ibu bapa tersebut menerima kurnia rumah pada usia yang lanjut dan tidak sempat melunaskan hutang mereka.
Soalan saya ialah, berapa ramaikah pembayar ini dijangka tidak dapat habis membayar hutangnya kerana akan bersara sebelum habis membayar rumah dan akan mewariskannya kepada anak-anak mereka atau penjamin? Jika sekiranya ada, bagaimanakah caranya bagi mengelakkan daripada perkara ini terjadi terutama sekali bagi mengurangkan beban hutang menurun kepada pewaris atau penjamin.
Saya ingin mengongsikan beberapa cara bagi memudahkan juga pemohonan bagi memiliki rumah sendiri ini di Negara Brunei Darussalam, terutama sekali bagi mereka yang berusia muda. Cadangan pembaikan ini seperti:
- Mendirikan rumah yang berkos rendah dengan harga yang berpatutan serta memudahkan peraturan permohonan rumah.
- Menyediakan skim perumahan premium bagi yang lebih mampu untuk menaikkan taraf sosioekonomi di kawasan tersebut.
- Perlu juga ada sukat-sukat bagi kawalan harga rumah-rumah yang dijual mengikut market price yang bersesuaian serta meneliti kadar interest pinjaman-pinjaman dari bank. Ini kerana interest rate pada masa ini adalah tidak konsisten dan mengikut maklum balas daripada orang ramai, ia 4% hingga 5.5%. Walaupun AMBD ada menyatakan Effective Interest Rate atau Annualise Profit Rate EIR dan APR adalah 4.5%. Ini untuk memberi galakan orang ramai untuk membina rumah sendiri terutama yang berpendapatan sederhana atau apa yang dipanggil progressive financing iaitu memberikan kadar pinjaman yang berpatutan dengan pendapatan pembeli rumah tersebut.
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Menteri Pembangunanโ
Terima kasih Yang Berhormat. Tapi sebelum itu, izinkan kaola menjawab satu soalan daripada Yang Berhormat Awang Haji Abd. Hamid bin Haji Momin, yang dibangkitkan semasa perbelanjaan Kementerian Tenaga pada 21 Mac 2021.
Jawapan soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat pada 21 Mac mengenai penduduk-penduduk Kampung Sungai Liang yang terlibat dengan tambahan Industri SPARK. Projek Tapak Taman-Taman Industri Kampung Sungai Liang (SPARK) yang bertempat di Kampung Sungai Liang, Mukim Liang, Daerah Belait telah pun diluluskan pada bulan Februari 2015 untuk aktiviti-aktiviti foreign direct investment bagi jangka masa panjang Negara Brunei Darussalam secara amnya.
Jumlah asal tanah persendirian terlibat adalah sebanyak 139 lot tanah bergeran iaitu 39.7 hektar termasuk satu keping tanah lesen tumpang sementara LTS seluas 1.2 ekar. Tanah kerajaan yang terlibat ialah sebanyak 52.7 ekar yang menjadikan jumlah keseluruhan bagi kawasan tapak SPARK iaitu sebanyak 144.8 ekar.
Bagi projek SPARK tersebut, penduduk-penduduk yang terlibat diberikan pampasan berupa gantian tanah dan ada yang memilih gantian wang. Bagi pihak yang diganti tanah, pihak kerajaan telah menyediakan tapak gantian tanah di Kampung Tunggulian bersama kos kerja-kerja tanah dan infrastruktur yang telah pun bermula pada 31 Oktober 2020 dan disasarkan disiapkan pada tahun ini.
Pada masa yang sama, penduduk-penduduk yang terlibat dalam gantian tanah untuk dibina rumah kediaman baharu atas tanah ini, telah pun dipindah di rumah sewa secara sementara sehingga kerja-kerja penyediaan tanah gantian yakni kerja menembok siap dan juga penyediaan rumah kediaman ke atas tanah oleh penduduk yang terlibat.
Setakat ini, semua pampasan wang dan pampasan kemajuan di atas tanah yang terlibat telah pun dibayar 100% kepada semua penduduk termasuklah penduduk yang mendiami di atas tanah LTS. Pihak Kementerian Pembangunan akan terus bekerjasama dengan agensi-agensi yang relevan bagi memastikan kesejahteraan penduduk-penduduk yang terlibat dalam projek ini.
Bagi menjawab soalan Yang Berhormat Awang Iswandy bin Ahmad mengenai berapa peratus masih hutang ibu bapa dan berapa peratus pembayaran dijangka tidak habis membayar hutang dan beberapa cadangan. Kaola ingin menjawab mengenai soalan ini, iaitu setakat ini Kementerian Pembangunan melalui Jabatan Kemajuan Perumahan tidak mempunyai data dan maklumat mengenai jumlah peratus bagi mereka yang mewarisi hutang ibu bapa secara suspek ataupun secara amnya ahli waris yang lain. Walau bagaimanapun, pada masa ini perkara ini belum menjadi satu masalah disebabkan lazimnya ahli waris hanya akan menerima rumah jika menyanggupi untuk menerimanya termasuk juga segala hutang ataupun tunggakan yang perlu dilunaskan.
Mengenai cadangan-cadangan yang dibuat terima kasih juga dengan cadangan-cadangan tersebut telah diberikan untuk memudahkan memiliki rumah tanpa bergantung pada Skim Perumahan Negara yang Kementerian Pembangunan juga sedang melaksanakan beberapa inisiatif untuk memudahkan permohonan dan memberikan keyakinan pembeli rumah di pasaran terbuka. Antaranya seperti memudahkan proses-proses permohonan pembinaan rumah termasuklah permohonan kebenaran perancangan, kebenaran pembinaan loan OP. Proses dapat dibuat secara online dan TPOR yang sentiasa dipantau dan juga untuk mempertanggungjawabkan kepada qualified person ataupun QP untuk membuat permohonan dan mengesahkan kesiapan mengikut pelan yang dibenarkan dengan erti kata pihak ABCI tidak lagi perlu membuat inspection selepas QP mengesahkan kesiapan dan juga Lembaga Architects Professional Engineers dan Quantity Surveyors (APEQS) akan mendaftar dan mengawal selia semua QP untuk memastikan semua perkhidmatan profesional dan juga lembaga The Board of Valuers and Estate Agents ataupun (BoVEA) yang telah ditubuhkan untuk mendaftar dan mengawal selia estate agent yang terlibat dalam transaksi harta tanah dan Lembaga Pemaju Perumahan ataupun (BHD) yang telah ditubuhkan untuk mendaftar dan mengawal selia kemajuan perumahan lebih dari 4 buah dengan menyediakan perlindungan kepada pembeli dan memastikan keyakinan bahawa rumah yang dibeli mengikut piawaian yang dipersetujui
Dengan inisiatif-inisiatif ini dan yang lain lagi ia bertujuan menggalakkan rakyat dan penduduk yang lebih mampu untuk mendapatkan rumah di pasaran terbuka mengikut kehendak masing-masing tanpa mengikuti Rancangan Kemajuan Perumahan.
Mengenai cadangan kawalan harga rumah di pasaran, kementerian ini berpendapat bahawa lebih baik ia dibukakan secara open market dan harga ditetapkan oleh competition ataupun persaingan pasaran dan pada masa ini Kementerian Pembangunan juga akan meneliti dasar-dasar, syarat-syarat untuk mendapatkan Perumahan Kemajuan Negara dalam memperkenalkan apa jua perubahan ke atas rancangan perumahan negara, pihak kerajaan akan tetap mengambil kira keperluan-keperluan rakyat khususnya dari segi meningkatkan kesejahteraan dan kualiti kehidupan rakyat. Itu sahaja Yang Berhormat Pengerusi terima kasih.
Yang Berhormat Pengerusiโ
Saya persilakan Yang Berhormat Pengiran Haji Ali bin Pengiran Maon.
Yang Berhormat Pengiran Haji Ali bin Pengiran Maonโ
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Kaola ingin mengucapkan tahniah kepada Kementerian Pembangunan atas mukadimah yang disampaikan terutama sekali kepada beberapa fokus utama dan beberapa program untuk tahun 2021/2022 serta beberapa pencapaian projek yang telah dilaksanakan bagi tahun 2020 yang lalu.
- Soalan kaola berkaitan di bawah Tajuk SK02A - Jabatan Kemajuan Perumahan. Yang Berhormat Pengerusi. Visi Jabatan Kemajuan Perumahan ialah: "Perumahan untuk rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam" manakala Misi Jabatan Kemajuan Perumahan ialah: โUntuk menyediakan perumahan yang selamat, berkualiti dan termampu bagi rakyat Negara Brunei Darussalam.โ
Dengan visi dan misi ini penyediaan perumahan secara amnya rakyat Negara Brunei Darussalam termasuklah golongan daif, fakir dan miskin. Yang Berhormat Pengerusi, kaola mengambil maklum Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengenai kelambatan penyediaan rumah bantuan kepada golongan daif disebabkan oleh beberapa masalah teknikal yang dihadapi.
Maka kaola ingin bertanya kepada Jabatan Kemajuan Perumahan, Kementerian Pembangunan, adakah Jabatan Kemajuan Perumahan mempunyai peranan dalam membantu dan menangani masalah kelambatan pembinaan rumah bantuan bagi golongan yang kurang berkemampuan ini?
Mungkin dengan perbincangan dengan pihak-pihak yang terlibat bantuan perumahan bagi golongan daif, fakir dan miskin ini dapat diserapkan ke skim-skim perumahan negara seterusnya di bawah pengendalian Jabatan Kemajuan Perumahan. Semoga dengan cara ini permohonan rumah bantuan bagi golongan ini dapat dipermudahkan dan dipercepatkan.;
- Seterusnya kaola ingin mengetahui perkembangan terkini mengenai perancangan kementerian terhadap Perumahan Negara H40 ini?
Sekian sahaja Yang Berhormat Pengerusi. ูู ุงูุณููููุงู ู ุนูููููููู ู ููุฑูุญูู ูุฉู ุงูููู ููุจูุฑูููุงุชููู
Yang Berhormat Menteri Pembangunanโ
Terima kasih Yang Berhormat mengenai soalan tadi. Bagi menjawabnya, soalan pertama itu mengenai Jabatan Kemajuan Perumahan. Nampaknya Jabatan Kemajuan Perumahan tidak memainkan peranan dalam pembinaan rumah bantuan bagi golongan yang kurang berkemampuan termasuklah golongan daif, fakir dan miskin kerana projek rumah bantuan golongan daif, fakir dan miskin ini yang memiliki tanah bergeran ataupun LTS adalah di bawah biayaan Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB) yang dikendalikan sama oleh Jabatan Perdana Menteri dan juga kementerian ini dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya.
Untuk makluman, semenjak 2008 hingga 2020 sebanyak sejumlah 100 buah rumah bagi golongan daif ini telah siap. Pada tahun ini, 3 buah rumah akan siap manakala 12 buah rumah akan bermula pembinaannya dalam masa yang terdekat. Adalah dijangkakan ada lagi 25 buah rumah yang akan ditawarkan pada tahun ini dan pembinaan akan dijangka bermula ุฅู ุดุงุก ุงููู pada penghujung tahun ini.
Untuk mengurangkan kelambatan peraksanaannya pihak Jabatan Kerja Raya telah pun mendapatkan beberapa penyelarasan awal dengan pihak-pihak yang berkenaan bagi mengenal pasti dan menyelesaikan isu-isu tapak dan bagi menangani isu-isu teknikal terutama sekali yang berkaitan dengan pembinaan rumah-rumah tersebut.
Walau bagaimanapun, pihak Jabatan Kerja Raya sedang melaksanakan pembinaan dengan kaedah dua atau tiga buah rumah dalam satu kontrak bagi penerima-penerima yang kawasan sekampung ataupun berhampiran agar rumah-rumah tersebut dapat siap dilaksanakan secepat mungkin.
Mengenai soalan dapatkah golongan daif, fakir dan miskin dapat diserapkan dalam Skim Perumahan Negara. Cadangan ini telah dibincangkan di peringkat kementerian di bawah Housing Focus Group. Walau bagaimanapun, memandangkan waiting list bagi mendapatkan rumah di bawah Skim Perumahan Negara masih panjang dan kelamaan menunggu masih lama dan terdapat jua percanggahan dengan syarat-syarat Skim Perumahan Negara seperti pemilikan tanah dan pendapatan, maka cadangan ini belum dapat diputuskan. Dirumuskan sahaja bahawa perkara ini masih dalam perbincangan kerajaan oleh beberapa agensi termasuklah jua di bawah Jawatankuasa Isu-Isu Kemiskinan dan Housing Focus Group.
Manakala soalan kedua iaitu, mengenai Skim Perumahan H40 yang berada di kawasan Kampung Lambak Kanan atau sebuah rumah pangsa yang telah siap dibina. Jabatan Kemajuan Perumahan, Kementerian Pembangunan sememangnya menyasarkan bagi semua 300 unit apartment H40 Kampung Lambak Kanan untuk diperuntukkan dan didiami oleh pemohon-pemohon yang berkelayakan di bawah Skim Perumahan Negara dengan seberapa cepat yang boleh. Sejak tahun lepas, Jabatan Kemajuan Perumahan telah pun menawarkan kepada pemohon-pemohon di bawah Rancangan Perumahan Negara yang mengikut sukat-sukat seperti tahun pemohon dan juga pendapatan ataupun income.
ุงูููุญูู ูุฏู ูููููฐูู, setakat ini seramai 230 pemohon iaitu 190 pemohon yang sudah berkeluarga dan 40 pemohon yang bujang telah menunjukkan minat untuk mendiami apartment H40 Kampung Lambak Kanan dan dengan beberapa sesi viewing day yang telah pun dikendalikan oleh Jabatan Kemajuan Perumahan untuk memberikan peluang kepada pemohon-pemohon meninjau dengan lebih dekat dan melihat sendiri unit-unit apartment bangunan, kawasan dan juga kemudahan yang disediakan.
Pada mulanya rancangan untuk mengoffer kepada pemohon-pemohon, ada yang sebilangan mereka enggan menerimanya sebab rumah yang biasa diberi adalah rumah dengan tanah dan ini berbeza kerana hanya unit sahaja. Tetapi dalam H40 ini ia mengandungi kawasan yang besar, 4 buah bedroom dengan menyediakan 2 carpark bertingkat, mengandungi 49 unit tempat-tempat komersial, fasiliti dan daycare termasuk multipurpose hall dan juga sport facilities.
Setelah beberapa sesi taklimat untuk memberikan penerangan kepada pemohon-pemohon dan penjamin yang berasaskan lesen agreement sub-guarantee yang baru dikenalkan khusus untuk pemilik dan penjamin khusus unit H40 juga telah selesai diadakan pada bulan Mac 2021 baru-baru ini.
Jumlah sebenar pemohon yang menerima tawaran tersebut pada masa ini belum dapat diketahui walaupun pemohon telah diberikan masa untuk memberikan ketetapan sama ada menerima jawapan apartment H40 atau sebaliknya. Banyak pemohon yang meminta tempoh sebelum mereka dapat memberikan kata putus seperti berusaha dengan menghadapkan isu-isu penjamin. Prosesnya selanjutnya adalah diundi dan seterusnya memperuntukkan unit kepada yang berjaya nanti. Perkara ini disasarkan untuk dilaksanakan sebelum menjelang hari raya tahun ini ุฅููู ุดูุงุกู ุงููููฐูู.
Yang Berhormat Pengerusiโ
Sekarang saya persilakan Yang Berhormat Pengiran Haji Mohamed bin Pengiran Haji Osman @ Othman
Yang Berhormat Pengiran Haji Mohamed bin Pengiran Haji Osman @ Othmanโ
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. ุจูุณูู ู ุงูููู ุงูุฑููุญูู ูฐูู ุงูุฑููุญูููู ู ูฑููุญูู ูุฏู ููููููฐูู lebih dahulu diucapkan tahniah dan terima kasih kepada Menteri Pembangunan atas mukadimah yang disampaikan pagi ini dan kaola juga mengucapkan penghargaan kepada Yang Berhormat bahawa jalan raya Kampung Serasa telah dapat diperbaiki sejauh ini dan juga kebanjiran dapat diatasi oleh Kementerian Pembangunan iaitu antara Kampung Sungai Buluh dan Kampung Pengarayan.
Yang Berhormat Pengerusi, kaola ingin mengajukan sahaja perkara ini ada 3 isu yang kaola ingin timbulkan dan ingin bertanya dan berbincang dengan Yang Berhormat Menteri Pembangunan:
-
Kaola ingin bertanya dan ingin mengetahui berapakah jumlah permohonan untuk Rancangan Perumahan Negara setakat ini? Pada masa ini, setakat tahun berapakah giliran Rancangan Perumahan Negara, kalau boleh Jabatan Kemajuan Perumahan di bawah Kementerian Pembangunan bolehlah mengumumkan jumlah permohonan pada setiap tahun dan ini cadangan sahaja Yang Berhormat.
-
Kaola ingin menyentuh di bawah Tajuk SK06A- Jabatan Tanah yang peruntukannya telah diberikan iaitu $10,676,700.00 juta. ูฑููุญูู ูุฏู ููููููฐูู, akhir-akhir ini kita mendengar kegiatan pembuangan sampah di tempat yang bukan khas tempat pembuangan. Kebanyakan tapak ini di atas tanah kerajaan, diambil maklum bahawa tindakan telah pun diambil terutamanya Jabatan Alam Sekitar Taman dan Rekreasi, soalanยญnya kenapa tidak ada tindakan diambil di bawah Akta Tanah kerana jelas ia memasuki tanah kerajaan tanpa izin, ini berbeza jika kiranya masyarakat kampung yang membersihkan tapak kerajaan atau berusaha di tanah kerajaan, maka adakah surat amaran dari pihak Jabatan Tanah yang antaranya memaklumkan jumlah denda atau penjara yang dikenakan atas perkara ini. Mohon pencerahan Yang Berhormat; dan
-
Dalam tajuk yang sama, Kaola ingin bertanya mengenai permohonan pindah milik tanah khususnya pembelian harta tanah yang dibuat orang Melayu dari pemaju. Tanah ini adakah bahagian pemaju atau developer's share yang pemaju tidak mempunyai niat untuk memegangnya. Tuan tanah membuat perjanjian kemajuan dengan pemaju antaranya ialah ada bahagian tanah berkenaan diperuntukkan kepada pemaju, bagi bahagian pemaju dipersetujui agar permohonan untuk memindah milik tanah berkenaan adalah urusan pemaju dengan pemilik tanah asal memberikan kuasa untuk berurusan dengan Jabatan Tanah bahawa terdapat permohonan yang tidak diproses dan ada permohonan yang diluluskan tidak didaftarkan kepada pembeli, kerana pihak Jabatan Tanah memerlukan tuan tanah asal hadir untuk menandatangani dokumen pindah milik.
Untuk makluman, ada jua 2 buah tanah pemiliknya telah meninggal dunia dan pihak Jabatan Tanah mahu urusan waris dibuat lebih dahulu. Proses ini memakan masa dan pihak pembeli telah membuat urusan bank dan membayar harga jualan.
Kaola menyoal perkara ini kepada Yang Berhormat kenapa ini boleh terjadi? sedangkan pihak kementerian membuat ketetapan untuk membenarkan pemaju untuk mewakili tuan rumah?
Sekian, Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Menteri Pembangunanโ
Terima kasih kepada Yang Berhormat atas 3 soalan tersebut.
- Mengenai cadangan jumlah permohonan RPN setakat ini supaya dapat dishare kepada public dan juga setakat mana tahun berapa proses giliran RPN. Nampaknya Jabatan Kemajuan Perumahan sedang meneliti pada masa ini sebabnya jumlah yang mengikuti syarat dan memohon memang banyak dan masih lagi meneliti syarat-syarat sama ada mereka ini layak atau sebaliknya.
Memang satu cadangan yang akan dikongsikan juga dan mendapati peneliti yang lanjut kerana pemohon-pemohon pada masa ini semakin tahun semakin bertambah. Ingin mengongsikan bahawa berdasarkan perangkaan bagi permohonan yang diterima dari Jabatan Kemajuan Perumahan permohonan telah pun meningkat secara konsisten daripada 3,560 pemohon pada tahun 2010 kepada 6,308 pemohon pada tahun 2015, walaupun sejak 5 tahun kebelakangan permohonan waktu mengikuti RPN telah menampakkan juga penurunan dari 4,037 pada tahun 2016 sehingga kurang daripada seribu permohonan. Sebanyak 853 permohonan diterima dari tahun 2019 dan 924 permohonan diterima pada tahun 2020. Pembahagian rumah ini adalah mengikut giliran tahun pemohon dan tertakluk juga kepada syarat dan kemampuan pemilik pemohon iaitu berdasarkan kepada pendapatan dan juga jenis-jenis rumah, bagi jenis-jenis rumah teres dan kembar. Jabatan Kemajuan Perumahan telah pun memperuntukkan mengikut giliran permohonan sejak tahun 2004 manakala bagi rumah jenis kluster ialah sehingga permohonan tahun 2008.
- Mengenai soalan tindakan yang berkaitan dengan membuang sampah. Isu membuang sampah memanglah satu isu yang kita hadapi pada masa ini, tindakan undang-undang bagi kesalahan membuang sampah di tanah kerajaan sebenarnya dilaksanakan oleh pelbagai agensi kerajaan, bagi Kementerian Pembangunan khususnya Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi yang berperanan untuk mengawal selia alam persekitaran Negara Brunei Darussalam mengikut Penggal 30, Bab 12 - Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil (Minor Offenses Act Of Uncleanliness In Public Places And Unauthorised Dumping).
Kesalahan pembuangan sampah di tanah kerajaan mungkin tidak ada kena-mengena dengan Bab 32 Kanun Tanah. Bagi kesalahan atas tanah kerajaan, Seksyen 32 di bawah Kanun Tanah memperuntukkan kesalahan jika seseorang tanpa kebenaran menduduki atau membangunkan bangunan atau bercucuk tanam atau memotong sebarang kayu atau mengambil sebarang hasil dari tanah kerajaan, jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda sehingga $2,000 bagi kesalahan pertama dan bagi kesalahan yang berulang denda sehingga $3,000 atau 1 tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
Bagi tindakan menceroboh ke atas tanah kerajaan dengan sengaja, ini adalah kesalahan di bawah Seksyen 21 โ Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil yang boleh dikenakan hukuman denda sehingga $1,000. Walau bagaimanapun, kesalahan ini tidak boleh dikompaun dan penyelesaian hanyalah dihadapkan kepada pihak mahkamah.
Ini berbeza daripada kesalahan pembuangan sampah di tempat-tempat awam di bawah Seksyen 12 โ Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil yang pesalah-pesalah lazimnya boleh dikenakan denda compound sehingga $500. Penguatkuasaan bagi kesalahan ini lumrah dijalankan oleh pegawai-pegawai Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi.
Selain itu tindakan juga boleh diambil bagi kesalahan-kesalahan pencerobohan jenayah (criminal trespass) ataupun kacau ganggu awam (public nuisance) di bawah Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah. Untuk mengambil tindakan bagi kesalahan-kesalahan ini memerlukan saksi untuk melaporkan perkara ini kepada pihak polis untuk penyiasatan lanjut.
- Mengenai power of attorney. Barangkali untuk menjelaskan bahawa pihak kementerian sebenarnya tidak ada halangan untuk menerima pemohonan pindah milik tanah daripada pemaju yang menggunakan power of attorney asalkan mempunyai development agreement bersama tuan tanah.
Mengenai pemilik tanah yang meninggal dunia, pihak Jabatan Tanah hanya menghendaki urusan waris dibuat lebih dahulu mengikut case to case basis. So, pihak kementerian akan meneliti perkara ini bagi membaiki proses tindakan pemindahan pemilik dan pemilik tanah yang meninggal dunia dan mempunyai development agreement dan menggunakan surat kuasa wakil power of authority.
Pihak ABCI pun sebenarnya untuk meneruskan kemajuan-kemajuan, hanyalah memerlukan perjanjian (agreement) yang telah dibuat antara pemilik dan pemaju, dan mereka boleh dapat meneruskan kemajuan tersebut. Itu sahaja Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusiโ
Saya persilakan Yang Berhormat Awang Haji Ramli bin Haji Lahit.
Yang Berhormat Awang Haji Ramli bin Haji Lahitโ
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
ุจุณู ุงููู ุงูุฑุญู ู ุงูุฑุญูู ุงูุณูุงู ุนูููู ูุฑุญู ุฉ ุงููู ูุจุฑูุงุชูKaola ikut bersama merakamkan ucapan penghargaan dan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri Pembangunan atas pembentangan sebentar tadi.
- Kaola merujuk di bawah Kod Akaun 002/00 - Perancangan dan Pengurusan Polisi. Kaola membawa isu perumahan kosong sepertimana yang disebutkan tadi oleh Yang Berhormat Menteri Pembangunan iaitu khusus kepada perumahan yang pada mulanya di bawah kawalan Jabatan Telekom Brunei kemudian di bawah TelBru bertempat di Jalan Danau, Kampung Telisai, Daerah Tutong. Terdapat lebih 10 buah banglo, 4 buah rumah bertiang dan sebuah flat. Sekarang sudah hampir 4 tahun tiada penghuni, semasa ditinggalkan adalah dalam keadaan baik.
Soalan Kaola, agensi manakah yang bertanggungjawab mengenai perumahan ini? Adakah diambil alih oleh kerajaan sepenuhnya? Cadangan Kaola, jika boleh sebahagian bangunan perumahan ini diperuntukkan kepada Pusat Kegiatan Warga Emas, Daerah Tutong iaitu sebagai cawangan aktiviti, pentadbiran dan pameran produk warga emas, kerana bangunan Pusat Kegiatan Warga Emas Tutong yang ada sekarang adalah kecil dan sempit.
Kini keahlian warga emas di Daerah Tutong sudah melebihi 200 orang. Selain itu, oleh sebab di Daerah Tutong, kesukaran untuk mendapatkan rumah maka selebihnya sesuai untuk diperuntukkan kepada orang kurang berkemampuan atau mangsa kebakaran dan banjir bagi penginapan sementara.
-
Kaola seterusnya merujuk di bawah Tajuk SK002/00 - Jabatan Kerja Raya. Pengurusan dan Pembangunan Rangkaian Infrastruktur dengan Anggaran Perbelanjaan 2021/2022 $40,134,960.00. Kaola terus kepada soalan, apakah ada cadangan untuk menaik taraf jalan-jalan utama yang rendah dari paras jalan yang sering dilanda banjir setiap kali musim hujan secara berfasa? Jalan yang dimaksudkan ialah jalan yang bertompok-tompok banjirnya iaitu tidak memanjang sepanjang jalan tetapi amat sukar dilalui oleh kenderaan jenis salun contohnya sebahagian Jalan Sungai Damit, sebahagian Jalan Bang Pangan, Jalan Pak Bidang dan Jalan Melaboi dalam Mukim Ukong dan yang sangat tinggi paras airnya ketika banjir ialah Jalan Kuala Bangkuru dan Keranching dalam Mukim Rambai.
-
Seterusnya ialah di bawah Tajuk SK04A โ Jabatan Perancang Bandar dan Desa. Baru-baru ini penyerahan kawasan tanah di Kampung Pangkalan Dalai untuk Akademi Pasukan Polis Diraja Brunei adalah sebahagian daripada perancangan Jabatan Perancang Bandar dan Desa 2025, Mukim Telisai yang pernah dijerayawarakan dua dekad yang lalu. Mungkinkah ada lagi perancangan kemajuan yang lain akan dilaksanakan oleh jabatan ini berdasarkan perancangan 2025. Kaola memohon maklumat yang terkini.;
-
Merujuk di bawah Tajuk SK06A - Jabatan Tanah di bawah Kod Akaun 003/000 - Peraturan dan Undang-Undang Tanah. Soalannya, dalam Jabatan Tanah apakah perancangan pemulihan jangka pendek dan panjang terhadap keadaan kawasan yang terjejas seperti banjir di Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati yang dulunya tidak pernah mengalami banjir. Longkang dan sebahagian Jalan Telisai, Sungai Liang tertimbus ketika musim hujan dan Sungai Telamba, Danau menjadi cetek berlumpur oleh tanah susur akibat aktiviti meruntuh bukit Sungai Paku bagi pengambilan pasir.
Oleh itu sebagai cadangan, disarankan pada rancangan pemuliharaan akan dilaksanakan terhadap kawasan yang rosak akibat pengambilan tanah ini dan tempoh pengambilan tanah di kawasan ini diberhentikan sesudah tamat permit pengambilan tanah dan mencari ganti di kawasan lain kerana aktiviti ini telah hampir 3 dekad dilaksanakan.
Selain itu dicadangkan pembinaan longkang di kedua-dua tepi jalan raya Telisai - Sungai Liang bermula dari Kawasan penghapusan Sampah Sungai Paku hingga ke hujung jambatan Sungai Teraban.
Sekian, ูุจุงููู ุงูุชูููู ูุงููุฏุงูุฉ. ู ุงูุณูุงู ุนูููู ูุฑุญู ุฉ ุงููู ูุจุฑูุงุชู
Yang Berhormat Menteri Pembangunanโ
Terima kasih Yang Berhormat.
Yang Berhormat Pengerusiโ
Yang Berhormat saya harap soal-soal longkang dan sampah, soal-soal harian ada barangkali jangantah dibawa ke dalam mesyuarat kitani ini. Ada baiknya biskita terus sahaja berjumpa dengan menteri yang berkenaan, apa masalahnya. Menteri yang berkenaan pun sudah bersedia untuk menerima biskita dengan soalan-soalan yang akan dibukakan, ada baiknya dikemukakanlah soalan-soalan itu.
Saya melihat abiskita mempunyai jadual tertentu untuk berhubung, berjumpa dengan kementerian-kementerian yang berkenaan. Saya hairan perkara-perkara seperti itu tidak ditimbulkan dalam perjumpaan-perjumpaan yang lain. Jadi kenapa semestinya kitani tunggu waktu ini, soal-soal seperti itu barangkali soal-soal yang harus dikemukakan kepada pegawai-pegawai daerah yang saya kira soal yang boleh diselesaikan.
Kalau ditunggu pun jawapannya sama jua, minta maaflah jawapan pun sama, jadi apa kesudahannya, inda jua tentu. Jadi baik jua kitani barangkali menumpukan perhatian kitani kepada bajet yang kitani hadapi waktu ini. Kalau kerja kitani terbengkalai jua kerja kitani kalau sekiranya kitani inda dapat menumpukan pemikiran kitani kepada bajet.
Tadi sudah ditanyakan mengenai soal masjid misalnya ุงูููุญูู ูุฏู ูููููฐูู, dijawab oleh menteri berkenaan. Ada baiknya fokuslah perundingan kitani kepada soal-soal mengenai bajet yang kitani hadapi ini. Silakan.
Yang Berhormat Menteri Pembangunanโ
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Sebenarnya apa jua soalan yang telah pun dikemukakan oleh Yang Berhormat tadi memang telah pun diterangkan semasa permuzakarahan di Kementerian Pembangunan sebanyak 2 kali. Kaola pun mungkin dapat dengan secara persendirian memaklumkan kepada Yang Berhormat nanti. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusiโ
Saya mempersilakan Yang Berhormat Awang Haji Mohimin bin Haji Johari @ Jahari.
Yang Berhormat Awang Haji Mohimin bin Haji Johari @ Jahariโ
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
ุจูุณูู ู ุงูููู ุงูุฑููุญูู ูฐูู ุงูุฑููุญูููู ู ุฃูููุญูู ูุฏู ูููููฐูู ุฑูุจูู ุงููุนูุงููู ููููู ููุงูุตููููุงุฉู ููุงูุณููููุงู ู ุนูููู ุฃูุดูุฑููู ุงููุฃูููุจูููุงุกู ููุงููู ูุฑูุณููููููู ููุนูููู ุขูููู ููุตูุญูุจููู ุฃูุฌูู ูุนููููู.Dalam kesempatan ini, saya mengucapkan tahniah yang setinggi-tingginya kepada Yang Berhormat Kementerian Pembangunan atas keterlibatan usaha ke arah Smart Nation dan Wawasan Brunei 2035.
-
Kaola suka membuka di bawah Tajuk SK03A โ Jabatan Kerja Raya:
i. Kaola ingin mengambil perhatian berkenaan kemudahan susur keluar dan susur masuk jalan raya utama, ia dilihat sangat perlu bagi keselamatan dalam pendekatan a Whole of Nation Approach. Jalan utama yang perlu susur masuk dan keluar seperti contoh jalan masuk dan keluar ke Taman Damuan, jalan masuk kedai-kedai Soon Lee Ayamku dan kedai-kedai lain di Jalan Bengkurong. Ini sebagai satu contoh sahaja.;
ii. Dipohonkan dimasukkan dalam perancangan jangka panjang bagi menaik taraf jalan penghubung yang dikenali sekarang Jalan Ambin bagi penghubung Kampung Pancor Murai dan Kampung Wasan yang terlibat dalam pencantuman dalam Skim Rezoning Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri?; dan
iii. ุฃูููุญูู ูุฏู ูููููฐูู Jalan Tutong, iaitu dari Kampung Sengkurong hingga ke Daerah Tutong akan ada kerja-kerja pembaikan dan pembesaran jalan. Apakah ada penelitian dan perancangan di pada masa akan datang untuk membuat flyover di simpang Jerudong, di Kampung Sengkurong yang dikira traffic flow biasa tersekat pada waktu pagi?
- Seterusnya, di bawah Tajuk SK06A โ Jabatan Tanah. Dicadangkan pelaksanaan enforcement dan tindakan berkesan dalam penggunaan tanah oleh orang asing dalam apa jua bentuk perniagaan atau perusahaan atau apa jua kegunaan seluruh negara.; dan
- Seterusnya, kaola membawa di bawah Tajuk SK08A โ Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi. Apakah Pantai Tungku termasuk gazette Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi kerana Pantai Tungku sekarang tidak terbuka kepada orang ramai, walaupun sudah berpuluh tahun dari generasi ke generasi dijadikan tempat kunjungan orang ramai. Pantai Hutan Simpan Berakas jadi pilihan tetapi jauh bezanya dari seperti yang ada di Pantai Tungku dan juga letak kereta yang agak terhad.
Sekian terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Menteri Pembangunanโ
Terima kasih Yang Berhormat, mengenai beberapa soalan.
- Penyediaan jalan susur masuk, mengenai perkara ini penyediaan susur masuk dan susur keluar pada masa ini dijadikan sebagai salah satu standard ataupun piawaian ataupun keperluan dalam mana-mana pembangunan baharu di kawasan berskala besar ataupun tinggi penggunaannya seperti perumahan, komersial, perindustrian. Namun masih juga ada kawasan-kawasan yang tidak mempunyai jenis laluan tersebut, maka pihak kementerian akan berusaha menilai semula kawasan-kawasan berkenaan dan merancang bagi menambah baik masuk kepada peruntukan nanti dan juga seperti di jalan-jalan yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi.;
-
Penilaian mengenai menaik taraf jalan penghubung Jalan Ambin, pihak kementerian akan membuat penilaian ke atas cadangan berkenaan.;
-
Mengenai Jalan Tutong hingga ke Kampung Sengkurong adakah pembaikan, pembesaran jalan. Pihak Kementerian belum mempunyai perancangan bagi penyediaan flyover di persimpangan berkenaan kerana projek pelebaran Jalan Tutong yang sedang dijalankan pada masa ini, sudah siap nanti akan dinilai semasa pergerakan traffic semasa peak hours dan membuat rumusan jika penaikan taraf persimpangan berkenaan perlu untuk dirancang dan seterusnya untuk dipohonkan peruntukan-peruntukan yang tertentu. Walau bagaimanapun, pihak kementerian mempunyai perancangan awal untuk membina jalan penghubung baharu yang bertujuan mengurangkan kesesakan di Jalan Tutong seperti yang dimaksudkan. Perancangan ini mungkin akan dipohonkan dalam kemajuannya seterusnya.;
-
Mengenai soalan Jabatan Tanah. Barangkali pihak kementerian ingin memberi penjelasan mengenai syarat tanah, sama ada perniagaan ataupun perusahaan, ia tidak ada menetapkan siapa yang boleh menjalankan aktiviti perniagaan ataupun perusahaan di atas tanah. Isu penguatkuasaan aktiviti perniagaan ataupun perusahaan oleh warga asing ini sebaliknya dikawal oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab ke atas kemasukan pekerja-pekerja asing dalam negara ini; dan
-
Mengenai soalan Pantai Tungku. Mungkin barangkali Pantai Tungku bukanlah di bawah penyelenggaraan Jabatan Alam Sekitar Taman dan Rekreasi tapi di bawah kawalan BIA yang berkeluasan kira-kira 790 ekar dan berdaftar atas nama BIA. Sekian sahaja Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusiโ
Saya persilakan Yang Berhormat Fdr. Ar. Dayang Siti Rozaimeriyanty binti Dato Seri Laila Jasa Haji Abdul Rahman.
Yang Berhormat Fdr. Ar. Dayang Siti Rozaimeriyanty binti Dato Seri Laila Jasa Haji Abdul Rahmanโ
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Saya ingin mengucapkan terima kasih atas mukadimah yang jelas daripada Yang Berhormat Menteri Pembangunan serta tahniah yang setinggi-tingginya dan penghargaan kepada pihak kementerian atas sokongan padu yang diberikan kepada Ben Power Industries Steering Community di bawah MPEC Constructions yang pihak industri pendidikan dan regulators bekerja secara tiga pihak untuk memastikan supply dan demand dapat dipenuhi.
ุฃูููุญูู ูุฏู ูููููฐูู melalui local business directives pihak kementerian juga memastikan terdapatnya peluang pekerjaan, latihan dan mentoring bagi anak-anak tempatan. Galakan kementerian ke atas syarikat-syarikat tempatan untuk memberikan latihan dan peluang kepada anak-anak tempatan dalam bidang pembinaan amat dibanggakan.
Untuk mencapai kelestarian ini diharap pihak kementerian akan sentiasa mengadakan dialog dan workshop dengan pihak industri bagi memastikan program latihan dapat dilaksanakan secara berterusan.
Tahniah juga kerana telah mengadakan dua kali Job Market Place bersama JCB dan MISC Constructions iaitu lebih 400 kekosongan jawatan sehingga kini ditumpukan kepada industri pembinaan termasuklah ARMECS Bridging Programme, bagi Constructions Supervision and Drafting kali kedua. Buat pertama kalinya juga pihak kementerian industri dan IBTE bekerjasama melalui MISC Constructions dapat membukakan program duality about HNTec Construction and Draughting.
Yang Berhormat Pengerusi, ada beberapa perkara yang ingin saya bangkitkan.
- Sejak beberapa tahun kebelakangan, saya telah mengetengahkan isu-isu mengenai aset kerajaan dalam Dewan yang mulia ini termasuklah dari segi pengauditan, penghapusan dan pemeliharaan terutama sekali bangunan-bangunan yang terbiar.
ูฑููุญูู ูุฏู ููููููฐูู, saya telah dimaklumkan bahawa terdapat satu flagship programme di bawah Digital Economy Masterplan iaitu Government Assets and Information System (GAIS) di bawah inisiatif pihak Kementerian Pembangunan Digital Paradigm 2020-2035 di bawah Smart Infrastructure. Saya juga melihat adanya peruntukan harga rancangan sebanyak $5.8 juta dengan harga rancangan sebanyak $2.6 juta telah disediakan pada tahun 2021/2022.
Soalan saya, apakah fungsi Government Assets and Information System (GAIS) ini dan apakah status implementasinya setakat ini? Saya berharap GAIS ini nanti bukan hanya untuk pendaftaran aset-aset kerajaan secara digital tetapi juga sebagai sistem bersepadu iaitu integrated yang mengandungi operasi manual, jadual maintenance, blueprints, warranties dan juga data-data penghapusan yang dapat dipantau.
Adalah juga diharapkan wujudnya satu badan khas untuk menguruskan aset-aset kerajaan ini. Saya percaya dengan adanya satu badan khusus untuk pengurusan aset-aset kerajaan secara menyeluruh, pengendalian akan lebih efisien dan seterusnya menjimatkan kos pemeliharaan aset-aset kerajaan secara menyeluruh, sebagai contoh Kementerian Pendidikan mempunyai aset yang paling banyak dan telah berjaya menjimatkan sebanyak $6.8 juta setahun melalui pelaksanaan facilities management yang merangkumi institusi-institusi pendidikan rendah dan menengah dan berjaya menjana 260 peluang pekerjaan kepada anak tempatan.
Menyentuh mengenai fiscal consolidation. Sepanjang tiga tahun, harga perbelanjaan pemeliharaan aset-aset kerajaan yang telah disediakan bagi keseluruhan kementerian-kementerian di bawah Kod Akaun B00400 lebih dari $350 juta setahun dan melalui peraturan yang teratur dan secara menyeluruh ia akan dapat menjimatkan berjuta-juta ringgit perbelanjaan kerajaan. Dengan ini cuba kita bayangkan berapa jumlah pekerjaan yang boleh ditawarkan kepada anak-anak tempatan kita.
Saya ingin mencadangkan agar pihak kementerian dapat mengkaji semula dasar penggunaan tanah yang lestari (sustainable land usage). Melalui data Jabatan Kerja Raya terdapat lebih daripada 5,000 aset kerajaan telah didaftarkan. Penting untuk kita ketahui bahawa aset-aset kerajaan ini tanggungjawab semua pemilik bangunan, terutama sekali bagi kementerian-kementerian yang memilikinya.
Saya mengetahui bahawa setakat ini sekitar 405 buah aset kerajaan yang didaftar telah dikategorikan sebagai kosong atau terbiar. Sekiranya aset-aset ini tidak boleh digunakan ataupun unsafe, dipohonkan agar ia dapat dihapuskan. Ini membolehkan penggunaan semula tanah atau penggunaan aset ini bagi projek-projek kerajaan yang baharu sebagai priority dan tidak perlu membangun di atas tanah greenfield yang baharu. Dengan adanya 405 bangunan terbiar pada masa ini kita akan dapat menjimatkan lebih dari 30,000 pemotongan pokok dan ini lebih dari cukup untuk kempen 26,000 pokok setahun di bawah protokol hijau.
- Saya ingin menyentuh mengenai contract design and build. Saya ingin membangkitkan mengenai kebimbangan yang dihadapi oleh pihak profesional dalam industri pembinaan dan ia disuarakan semasa satu sesi dialog yang telah diadakan pada bulan Januari baru-baru ini. Design and build telah menjadi satu procurement trend di Negara Brunei Darussalam dan hampir semua tender kerajaan memilih design and build.
Design and build tender selalunya dibukakan secara langsung kepada syarikat-syarikat pembinaan kontraktor dan kemudiannya kontraktor pula akan melantik para konsultannya sendiri. Pada dasarnya mungkin nampak bahawa contract design and build dapat menjimatkan kos dan masa tetapi selalunya butiran-butiran penting yang diperlukan tidak akan dikongsikan semasa tender dibukakan iaitu no transparency.
Saya berpendapat bahawa proses design and build haruslah diteliti kesesuaiannya bagi sesebuah projek bangunan kerana tidak semua jenis projek bangunan ini sesuai menggunakan proses tersebut. Adanya keperluan untuk melantik konsultan-konsultan yang berdaftar lebih dahulu untuk memastikan bahawa reka bentuk dan komponen-komponen yang lain seperti kesesuaian tanah dapat diberikan perhatian sewajarnya sebelum memulakan projek tersebut. DIALU-ALUKAN nanti further dialogue antara konsultan-konsultan yang berdaftar dan Kementerian Pembangunan di luar Dewan ini untuk membahaskan isu-isu nanti.
- Akhir sekali, saya menyokong penuh hasrat pihak kerajaan untuk mengembangkan sektor swasta akan tetapi pada masa yang sama pihak jabatan-jabatan kementerian juga ingin meningkatkan kemampuan in-house capacity mereka. Ini bercanggah dengan inti pati dalam usaha mengembangkan sektor swasta. Negara Brunei Darussalam adalah sebuah negara yang unik yang pelanggan utama ialah pihak kerajaan.
Oleh itu, perlunya untuk invest. Sekali lagi saya menekankan invest in our locals. Terutama sekali di bawah services agar suatu hari nanti mereka dapat menjadi pakar dan memberikan perkhidmatan mereka di dalam dan luar negara.
Oleh itu, tidak perlulah bersaing dengan kemampuan in-house capacity di bawah jabatan-jabatan kerajaan tetapi bekerjasamalah dengan membangun sektor swasta kerana saya percaya bahawa negara kita mampu melahirkan dan mengeksport perkhidmatan profesional dan pakar yang terbaik di rantau ini.
Sekian terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Menteri Pembangunanโ
Terima kasih Yang Berhormat mengenai beberapa soalan dan pandangan. Kementerian Pembangunan mengambil maklum mengenai cadangan-cadangan dan juga usul-usul yang telah dibangkitkan tadi iaitu mengenai aset kerajaan flagship progress projek iaitu (GAIS) Government Assets and Information System.
Apakah fungsi dan status pelaksanaan pada masa ini? Untuk makluman bahawa GAIS ini adalah flagship projek di bawah Kementerian Pembangunan, di bawah RKN-11 yang objektifnya untuk menyediakan sistem yang bersepadu iaitu integrated bagi pengurusan aset-aset kerajaan secara menyeluruh iaitu mengikut asset life cycle ataupun perolehan penggunaan pemeliharaan dan penghapusan untuk membantu dalam memantau dan memelihara aset-aset kerajaan yang lebih teratur.
Fasa pertama menumpukan kepada 3 kementerian, Kementerian Pembangunan, Kementerian Pendidikan dan juga Kementerian Pertahanan. Fasa kedua akan diserapkan ุฅููู ุดูุงุกู ูฑูููููฐูู kepada semua pihak kementerian dan kedudukan pada masa ini sedang bekerjasama dengan Kementerian Kewangan dan Ekonomi untuk menyerapkan requirements specifications dengan sistem-sistem yang dikendalikan oleh Kementerian Kewangan dan Ekonomi bagi mengelakkan duplikasi. So, ุฅููู ุดูุงุกู ูฑูููููฐูู akan diteruskan perundingan-perundingan mengenai dengan macam mana untuk melaksanakan program-program GAIS ini.
Mengenai aset-aset kerajaan ini, barangkali kaola pun sudah nyatakan pada mukadimah kaola tadi. Jadinya, memang perlu diselidiki bersama dengan pihak-pihak yang terlibat kerana memerlukan penelitian yang terperinci bukan sahaja di bawah Kementerian Pembangunan sahaja kementerian-kementerian yang berkenaan kerana ia melibatkan aset-aset kerajaan kerana kerajaan yang membiayainya. Perlulah kita meneliti dasar-dasar dan peraturan-peraturan macam mana untuk menyelesaikan perkara ini. Satu jawatankuasa telah ditubuhkan untuk melihat perkara-perkara yang dapat diselesaikan, ุฅู ุดุงุก ุงููู.
Mengenai design and build, memang satu teknik atau kaedah yang diguna pakai pada masa ini dengan Jabatan Kerja Raya iaitu untuk memudahkan dan mempercepatkan proses-proses pelaksanaan projek tetapi memang betul juga, kalau kita berpengalaman untuk membuat kaedah-kaedah ini mungkin akan merugikan pihak kerajaan.
Tapi oleh kerana perkara ini telah pun dilaksanakan dan mengikut cara-cara atau dipraktikkan, some of the project yang dilaksanakan telah sukses. ุฅู ุดุงุก ุงููู keperluan-keperluan untuk melantik atau kontraktor sendiri melantik konsultan akan perlu diteliti semula oleh Kementerian Pembangunan kerana semua konsultan tersebut perlu berdaftar di Kementerian Pembangunan mendapatkan kebenaran dari pihak Kementerian Pembangunan. ุฅู ุดุงุก ุงููู, segala penelitian akan dikaji semula kaedah-kaedah ini bagi pelaksanaan projek yang seterusnya.
Barangkali itu sahaja Yang Berhormat Pengerusi, terima kasih.
Yang Berhormat Pengerusiโ
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri Pembangunan. Dalam keghairahan kitani berunding dan bercakap mengenai semangat pembangunan dan semangat menimbulkan pekerjaan anak-anak tempatan, saya teringat kepada pernah disebut oleh President Kennedy, Presiden Amerika Syarikat yang paling muda pada waktu itu katanya: "Ask not what the government can do for you, ask what you can do for the government". Cuba kita merenung kembali, bukan sahaja kita meminta tapi menuntut apa yang harus dibuat oleh kerajaan. Kerajaan kitani boleh dikatakan sebagai sebuah kerajaan the most benevolent yang memberikan โAโto โZโ kemudahan, jadi harus jua kitani bertanya apakah yang boleh kitani buat sendiri, supaya kitani membantu kerajaan yang cuba untuk menimbulkan lebih banyak pekerjaan, lebih banyak aktiviti ekonomi bagi menentukan bahawa pembangunan kitani adalah sustainable. Jadi, kitani berfikir.
Saya kira cukuplah sudah perbincangan kita bagi pagi ini dan saya kira berpatutan sekarang kita bersidang semula dalam Persidangan Majlis Mesyuarat Negara.
(Mesyuarat Jawatankuasa ditangguhkan)
(Majlis Mesyuarat bersidang semula)
Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kita selalunya ikut tradisi British yang lama bahawa seorang speaker atas namanya speaker tetapi ia tidak berucap: โspeaker does not speaksโ tetapi saya minta maaf ada kalanya saya terpanggil dengan saranan-saranan yang dibuat oleh tuan-tuan semua terikut-turut juga, ikut memberikan sedikit sebanyak pendapat. Saya minta maaflah atas sekiranya saya keterlaluan dalam memberikan pendapat saya sendiri. Walau macam manapun, saya kira sudah cukup sekian kita bersidang pada pagi ini. ุฅู ุดุงุก ุงููู, kita akan bersidang semula pada sebelah petang ini nanti pada pukul 2.30 petang sebagaimana lazim dan kita akan menyambung semula perbincangan kita.
Sekian,
ูุจุงููู ุงูุชูููู ูุงููุฏุงูุฉ. ู ุงูุณูุงู
ุนูููู
ูุฑุญู
ุฉ ุงููู ูุจุฑูุงุชู
(Majlis Mesyuarat ditangguhkan)
(Majlis Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang)
Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ
ุจุณู ุงููู ุงูุฑุญู ู ุงูุฑุญูู ุงูุณูุงู ุนูููู ูุฑุญู ุฉ ุงููู ูุจุฑูุงุชูAhli-Ahli Yang Berhormat, pada sebelah pagi tadi persidangan masih lagi membincangkan dan membahaskan Perkara VI - Rang Undang-Undang (2021) Perbekalan, 2021/2022 yang telah pun dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II. Maka, bagi membolehkan kita berbincang dan meneliti tajuk-tajuk rang belanjawan yang berkenaan seterusnya, saya tangguhkan Persidangan Majlis Mesyuarat Negara ini untuk kita bersidang semula di Peringkat Jawatankuasa sepenuhnya.
(Majlis Mesyuarat ditangguhkan)
(Majlis bersidang sebagai Jawatankuasa)
Yang Berhormat Pengerusiโ
ุจุณู ุงููู ุงูุฑุญู ู ุงูุฑุญูู Ahli-Ahli Yang Berhormat majlis sekarang bersidang di Peringkat Jawatankuasa sepenuhnya bagi meneliti dan menimbangkan Rang Undang-Undang (2021) Perbekalan, 2021/2022 satu per satu. Mesyuarat Jawatankuasa yang kita adakan pada sebelah pagi tadi, kita telah mula membahaskan dan meneliti tajuk-tajuk di bawah Kementerian Pembangunan. Saya difahamkan bahawa Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II ingin membuat kenyataan mengenai salah satu soalan yang dikemukakan pada sesi perbahasan pagi tadi. Saya persilakan Yang Berhormat sebelum kita meneruskan perbincangan kita seterusnya, silakan Yang Berhormat.
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi IIโ
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Mengenai soalan yang diajukan oleh Yang Berhormat Awang Haji Mohimin bin Haji Johari @ Jahari mengenai Pantai Tungku. Memang tapak Pantai Tungku sebelum ini dimiliki oleh BIA sepertimana yang disampaikan oleh Yang Berhormat Menteri Pembangunan. Pada masa ini sudah dipindah milik kepada Darussalam Asset. Sebelum ini memang Darussalam Asset akan memajukan Pantai Tungku ini dengan sebuah FDI tetapi hasil dari perbincangan ini tidak diteruskan.
Walau bagaimanapun, Darussalam Asset akan juga terus memajukan tapak ini dengan beberapa potensi FDI ataupun jika sekiranya tidak ada hasil yang positif mungkin akan berunding dengan pihak kementerian ataupun agensi-agensi yang berkenaan mencari jalan untuk memajukannya. Apa pun kalau dimajukan oleh Darussalam Asset, apa yang penting mesti dilihat dari segi keselamatan dan juga kekotoran dan supaya tapak itu tidak disalah guna oleh orang ramai seperti yang pernah terjadi beberapa tahun yang lalu. Itulah mungkin yang dapat kaola sampaikan, memang tapak itu dikhaskan kerana tapak itu adalah satu kawasan strategik dan ada peluang untuk dimajukan terutama dari segi tourism dan sebagainya. Itu sahaja yang dapat kaola kongsikan mengenai perkara ini, terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusiโ
Ini Pantai Berakas?
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi IIโ
Pantai Tungku, terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusiโ
Terima kasih. Bersama saya masih ada lagi senarai yang tertunggu-tunggu untuk ikut serta dalam perbincangan ini. Saya persilakan sekarang Yang Berhormat Awang Ong Tiong Oh.
Yang Berhormat Awang Ong Tiong Ohโ
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi, salam sejahtera dan selamat petang. Kaola membawa di bawah Tajuk SK06A - Jabatan Tanah. Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kaola dengan segala hormat ingin menyuarakan beberapa perkara yang berhubung kait dengan isu yang menjadi kebimbangan kepada masyarakat yang melibatkan proses permohonan tukar milik harta tanah. Kita telah menyaksikan terdapat banyak kemajuan dan pembangunan tanah di Negara Brunei Darussalam, kemajuan ini telah memberi peluang kepada warganegara untuk melabur dalam negeri dan pada masa yang sama ia sedikit sebanyak telah membantu dalam memajukan ekonomi negara dari segi Keluaran Dalam Negeri Kasar.
Menurut statistik pada tahun 2020, jumlah permohonan tukar milik harta tanah di negara ini telah melebihi 20,000 bidang tanah dan sekali gus menambah peningkatan kutipan hasil kerajaan. Namun, sejak 3 tahun kebelakangan ini terdapat beberapa permohonan tukar milik harta tanah yang dihadapkan telah ditolak tanpa sebarang penjelasan dan ada juga permohonan yang dapat kebenaran namun mengambil masa yang agak lama. Kelayakan permohonan pindah milik harta tanah telah melibatkan warganegara kita dengan sebilangan permohonan ini telah membeli tanah-tanah yang dimajukan dengan rumah dan ada juga melibatkan pemindahan milik harta tanah untuk diwariskan kepada pewaris mereka. Bagi pemohon-pemohon ini, masa adalah penting, oleh itu mereka berharap agar proses pindah milik harta tanah ini supaya berjalan dengan lancar dan cepat, terutama sekali bagi pemohon yang lanjut usia. Terdapat jua sebilangan pemohon tersebut mempunyai pinjaman kewangan dari bank-bank. Oleh itu, jika terdapat sebarang kelewatan dalam penerimaan jawapan atau keputusan telah sedikit sebanyak membangkitkan kebimbangan. Tambahan lagi sebilangan pemohon ini juga pembeli rumah buat pertama kali.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, dalam proses pindah milik harta tanah juga memerlukan 2 pihak iaitu pemindah milik dan penerima milik untuk hadir ke Jabatan Tanah semasa sesi penandatanganan, pindah milik. Jika pemindah milik atau penerima milik tersebut meninggal dunia perkara ini akan menimbulkan isu tuntutan milik dari segi undang-undang dan secara tidak langsung jua akan menjejaskan pemohon-pemohon tersebut.
Kita di negara ini amat bersyukur atas keprihatinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang telah mengecualikan cukai-cukai estet akan tetapi perkara yang kaola suarakan tersebut perlu diatasi oleh pihak yang berkenaan.
Akhir kata kaola bercadang agar urus tadbir di jabatan berkenaan akan dapat memberikan ketelusan terhadap permohonan-permohonan tersebut kerana ketelusan adalah salah satu tonggak utama yang sangat penting dalam memberikan informasi yang lebih terperinci bagi mengelakkan daripada kesalahfahaman. Sekian terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Menteri Pembangunanโ
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Soalan Yang Berhormat, iaitu isu-isu tanah, bagi menjawab soalan yang dibangkitkan tadi bahawa proses pertukaran milik harta tanah yang mendapat dukacita tanpa penjelasan dan masa mendapat kebenaran agak lama. Untuk makluman sejak 2017, Kementerian Pembangunan telah pun memproses sejumlah lebih daripada 7,400 permohonan tukar milik tanah dan pada tahun 2020 saja sejumlah 2,269 permohonan telah diproses. Dari bulan Januari tahun ini hingga Mac sejumlah 510 permohonan diproses. Bagi mana-mana ketetapan permohonan sama ada ia diluluskan ataupun dukacita, Jabatan Tanah akan memaklumkan dengan segera keputusan permohonan melalui sms tanpa penjelasan.
Walau bagaimanapun, seperti lazimnya makluman keputusan permohonan yang dukacita tidak menghalang untuk pemohon mendapatkan penjelasan dari Jabatan Tanah memandangkan penelitian permohonan itu berdasarkan beberapa kriteria dalam dasar tanah dan bagi mengelakkan kesalahfahaman pemohon. Dalam penelitian setiap permohonan pindah milik tanah tertakluk kepada dasar yang diguna pakai pada masa ini seperti keluasan yang akan diterima, syarat khas tanah, sekatan-sekatan yang dikenakan kepada tanah, lokasi tanah dan jumlah keseluruhan tanah yang dimiliki oleh pemindah dan bakal penerima milik secara individu. Mana-mana penelitian ini sangat perlu diteliti secara terperinci terutama sekali bagi rayuan-rayuan pemohon dan ia akan mengambil sedikit tempoh masa yang agak lama.
ุงูุญูู ูุฏู ูููู proses bagi mendapat ketetapan permohonan pindah milik masa kini telah pun dipercepatkan. Tahun lepas mengambil masa 137 hari dan pada masa ini ia mengambil masa 66 hari sahaja dengan adanya penambahbaikan kepada prosedur-prosedur pendaftaran harta tanah seperti pengawalan penjelasan cukai setem dan mendatangani Memorandum of Transfer (MOT) iaitu salah satu kemestian sebelum proses lain diteruskan.
Pihak kementerian ingin menjelaskan bahawa bagi permohonan untuk memindah milik kedua-dua pihak iaitu pemberi milik atau penjual dan penerima milik ataupun pembeli akan dikehendaki untuk mendatangani memorandum pindah milik (Memorandum of Transfer) di hadapan Pegawai Tanah. Tiada sebarang isu tuntutan hak milik jika salah satu pihak sama ada pemindah milik ataupun penerima milik meninggal dunia selagi memorandum pindah milik telah ditandatangani oleh kedua-dua pihak semasa jangka hayat. Proses ini adalah selaras Bab 23 dari Akta Kanun Tanah Penggal 40.
Kementerian Pembangunan mengambil maklum mengenai kebimbangan yang disuarakan oleh Yang Berhormat dan usaha-usaha bagi mempertingkatkan pemberian informasi telus kepada pemohon-pemohon ุฅู ุดุงุก ุงููู akan diteruskan dan untuk makluman sebahagian butir pendaftaran tanah yang terpapar dalam geran tanah boleh dijadikan panduan asas kepada pembeli, pemberi ataupun penjual dan penerima ataupun pembeli sebelum sebarang urus niaga dimeterai. Pihak kementerian melalui Jabatan Tanah akan sentiasa memberi bantuan dalam memberi nasihat sebelum sebarang urus niaga hal-ehwal tanah dilaksanakan oleh pemohon. Sekian saja.
Yang Berhormat Pengerusiโ
Saya persilakan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Putera Maharaja Dato Paduka Awang Haji Abdul Ghani bin Pehin Datu Pekerma Dewa Dato Paduka Awang Haji Abdul Rahim.
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Putera Maharaja Dato Paduka Awang Haji Abdul Ghani bin Pehin Datu Pekerma Dewa Dato Paduka Awang Haji Abdul Rahimโ
ุจูุณูู ู ุงูููููู ุงูุฑููุญูู ููฐูู ุงูุฑููุญููู ู Yang Berhormat Pengerusi, terima kasih atas peluang yang diberikan kepada kaola dan kaola mengucapkan juga tahniah dan terima kasih atas pembentangan dan mukadimah Rang Perbelanjaan oleh Yang Berhormat Menteri Pembangunan.
- Mungkin soalan kaola ada kaitan dengan 2 soalan yang sebelum ini iaitu mengenai tanah di bawah Tajuk SK06A-Jabatan Tanah. Fokus kaola agak lain sedikit daripada 2 teman kaola itu. Kaola hanya akan memfokus kepada syarat tanah. Seperti yang kitani maklumi sejauh ini sejak sekian lama dalam geran tanah kitani sama ada tanah dibeli atau tanah waris daripada ayah dan ibu kitani dulu ada dicatatkan berbagai-bagai syarat.
Kaola ingin sentuh ialah 2 syarat rasanya kurang relevan lagi iaitu tanah ini hendaklah ditanam dengan tanaman padi dan satu ditanam dengan pohon getah. Banyak macam, orang kampung pun pada hemat kaola sama 2 syarat itu. Isunya ialah bila kitani hendak memecah tanah itu keperluan yang 'dipadahkan' oleh jabatan yang berkenaan supaya ditukar dulu syarat itu kerana 'usulnya' tapi tidak 'dipadahkan' benar-benar yang syarat itu membolehkan kitani menjalankan perniagaan dan sebagainya, dinasihatkan menukar syarat tanah, masalahnya proses menukar syarat itu pun lama juga, contoh yang kaola alami sendiri kami adik-beradik 10 tahun belum lagi ke mana-mana kerana halangan-halangan pentadbiran dan sebagainya.
Kaola cadangkan jika dapat masalah syarat-syarat tanah ini ataupun pengurusan pemecahan tanah ini direviu lagi semula bagi memudahkan rakyat supaya dapat menguruskan pemecahan tanah 'diorang' ani jangan sampai dari satu generasi ke satu generasi belum juga selesai. Di kawasan tertentu di Daerah Temburong ini sampai 30 tahun, 50 tahun yang belum berpecah kerana halangan ialah Jabatan Tanah memerlukan kebenaran daripada tuan punya yang sebelah menyebelah tanah ini untuk sekiranya dibuat jalan untuk dilalui tapi untuk mentrace atau mencari waris-warisnya memang tidak ada, yang ada meninggal sudah, ada generasi kedua dan seterusnya.
Atulah kaola cadangkan kalau dapat dibantu rakyat ini menyenangkan sedikit prosesnya. Kaola memahami untuk menukar term of title memerlukan pindaan-pindaan kepada peraturan-peraturan tertentu dan kaola rasa demi kebajikan rakyat bolehlah kitani cuba melihat ke arah itu; dan
- Zon Industri di Pekan Bangar, Daerah Temburong, kaola bercakap mengenai Pekan Bangar hanya sampai ke 1 kilometer dari Pekan Bangar, kaola cadangkan luaskanlah sampai ke Pos Kawalan Imigresen, the whole of that stretch dari Pekan Bangar sampai ke sempadan Pos Kawalan Pentadbiran Imigresen kerana hanya penambahan lagi sekitar 1 kilometer jika diluaskan, lebih banyak peluang orang-orang untuk memajukan tanah-tanah mereka bagi keperluan industri atau apa-apa perusahaan yang bersesuaian kerana ia daya tarikan pelancongan juga pada masa ini. Itu sahaja Yang Berhormat Pengerusi kaola harap dapat difikirkan demi membantu rakyat kalau kitani membantu rakyat ุฅู ุดุงุก ุงููู negara akan bertambah maju dan makmur.
Sekian,
ูุจุงููู ุงูุชูููู ูุงููุฏุงูุฉุ ู ุงูุณูุงู
ุนูููู
ูุฑุญู
ุฉ ุงููู ูุจุฑูุงุชู
Yang Berhormat Menteri Pembangunanโ
Terima kasih Yang Berhormat. Ada 2 soalan mengenai isu tanah dan juga zon industri di Daerah Temburong.
Mengenai syarat tanah memang diakui pada masa ini orang yang hendak membangun rumah perlu dilihat syaratnya, jika syaratnya padi dan pokok getah memang tidak sesuai dan haruslah dipohonkan untuk ditukar syarat dan mengenai syarat-syarat ini some areas atau kawasan-kawasan urban memanglah tidak sesuai lagi syarat-syarat ini untuk pada masa ini tidak relevan lagi.
Perkara ini telah ditunduki oleh management / pengurusan Kementerian Pembangunan dan juga kementerian-kementerian yang terlibat untuk melihat supaya syarat-syarat ini sesuai dengan zon-zon yang telah dikenal pasti oleh Jabatan Perancang Bandar dan Desa sekiranya zon itu kawasan bandar dan semi-urban untuk membolehkan orang itu dicepatkan membuat rumah mungkin tidak perlu lagi memohon secara automatik ia boleh bertukar syarat kepada perumahan dan ia boleh memecah dan seterusnya membuat urusan-urusan di komersial ataupun perniagaan. ุฅููู ุดูุงุกู ูฑููููฐูู perkara ini akan dikaji dan akan diusahakan untuk memberi peluang atau mempercepatkan proses-proses especially orang yang memohon pemecahan tanah dan juga untuk perumahan.
Mengenai industri Daerah Temburong juga ada satu kajian supaya zon-zon yang pada masa ini akan dilihat dan diperbesarkan. Dengan terbinanya Jambatan Sultan Haji Omar Ali Saifuddien, Daerah Temburong adalah mungkin satu daripada kawasan yang boleh diperkembangkan untuk meningkatkan ekonominya, ุฅููู ุดูุงุกู ูฑููููฐูู perkara ini akan ditunduki dengan Jawatankuasa Autoriti Kemajuan Temburong. Itu sahaja Yang Berhormat Pengerusi. Terima kasih.
Yang Berhormat Pengerusiโ
Saya persilakan Yang Berhormat Awang Haji Abdul Hamid @ Sabli bin Haji Arshad.
Yang Berhormat Awang Haji Abdul Hamid @ Sabli bin Haji Arshadโ
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. ุจูุณูู ู ูฑูููููฐูู ูฑูุฑููุญูู ููฐูู ูฑูุฑููุญููู ู ูฑูุณููููุงู ู ุนูููููููู ู ููุฑูุญูู ูุฉู ูฑูููููฐูู ููุจูุฑูููุงุชููู Dalam kesempatan ini kaola ingin membawa satu perkara sahaja iaitu mengenai kedudukan tanah strata title.
-
Pada masa ini banyak menjadi bualan orang ramai mengenai status strata title dan memohon pencerahan lebih lanjut mengenainya. Kemudian, adakah apartment atau kondominium yang dibangun atas strata title ini dibenarkan pembeli dari luar negara?;
-
Jika dibenarkan adakah persyaratan harga minimum jualan yang dikenakan dan jumlah maksimum unit dalam 1 bangunan apartment atau kondiminium.; dan
-
Berapakah had tempoh lease maksimum yang dibenarkan kerana yang difahamkan ketika ini ada developer yang memberikan lease sehingga 99 tahun?
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Menteri Pembangunanโ
Terima kasih Yang Berhormat mengenai soalan strata title. Untuk makluman Akta Kanun Tanah Strata Penggal 189 telah pun diluluskan pada 1 Julai 2009. Ia digubal untuk membolehkan sesiapa sahaja yang berkeinginan untuk memiliki harta tanah berupa unit-unit dalam bangunan di negara ini.
Tujuan akta ini diperkenalkan untuk membukakan pasaran hartanah, hartanah yang berupa unit-unit dalam bangunan termasuk rumah pangsa, bangunan peniagaan dan sebagainya bagi syarat khas tanah yang dibenarkan pemilikan secara strata. Ia membolehkan pemilik lot tanah memecah bahagian bangunan yang mempunyai lebih daripada 2 unit utama sama ada ia menegak ataupun ia mendatar. Ia dijangka boleh menjana perkembangan ekonomi negara dengan menggalakkan pertumbuhan industri pembangunan serta menarik minat pelabur dalam dan luar negara dalam sektor hartanah.
Mengenai geran tanah tadi, ia akan dikeluarkan kepada pemilik secara pajakan selama 99 tahun bagi geran tanah asal yang berpegangan kekal. Manakala bagi geran tanah asal yang berpegangan secara pajakan, tempoh geran hak milik strata hendaklah tidak lebih daripada 1 hari kurang dari tempoh pajakan tanah dan bagi tempoh pajakan hendaklah tidak kurang daripada 20 tahun. Geran tanah ini boleh dijadikan jaminan pinjaman kewangan collateral seperti yang dibenarkan di bawah Bab 23 Kanun Tanah dan dalam melaksanakan Akta Kanun Tanah Penggal 189, Kebawah Duli Yang Maha Mulia telah juga memperkenalkan supaya ejen-ejen penaksir dan ejen-ejen harta tanah yang berdaftar di negara ini untuk menjadi managing agent bagi setiap strata dan mengawal selia pengurusan Perintah Penilai dan Ejen Harta Tanah 2009 yang telah pun dikuatkuasakan pada Januari 2017. Penghuni-penghuni strata akan bertanggungjawab melantik management strata cooperation melalui syarikat pengurusan yang dilantik oleh strata cooperation yang ditubuhkan mengikut undang-undang dan pada masa ini terdapat 138 unit strata telah didaftarkan di Jabatan Tanah.
Mengenai pemilikan unit strata bagi warga asing, perkara ini masih dalam penelitian Jawatankuasa Hak Milik Strata untuk memproses dan mengawal selia harga jual beli strata untuk memelihara kesejahteraan rakyat tempatan mungkin satu mekanisme pengawalan pembelian perlu diadakan bagi pemindahan hak milik hartanah daripada warganegara asing dengan membuat kajian terperinci mungkin probably untuk mengenalkan satu hari nanti cukai harta tanah ataupun property tax di negara kita ni. Itu sahaja barangkali Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusiโ
Saya persilakan Yang Berhormat Awang Haji Abdul Wahab bin Apong.
Yang Berhormat Awang Haji Abdul Wahab bin Apongโ
Terima kasih. Yang Berhormat Pengerusi.
- Kaola akan menyentuh di bawah Tajuk SK03A - Jabatan Kerja Raya. Perkara ini Kaola timbulkan atas permintaan khususnya penduduk kawasan Zon 1, Daerah Tutong dan sekitarnya. Perkara ini telah pun dibangkitkan oleh wakil daerah yang lalu, iaitu Jalan Tutong menuju Kampung Sengkurong, Bandar Seri Begawan yang sebahagiannya ูฑููุญูู ูุฏู ูููู telah pun dinaik taraf dan dibuat bahu jalan.
Kaola mencadangkan selebihnya memandangkan peruntukan yang terhad supaya dapat dilaksanakan bertahap-tahap atau berperingkat-peringkat setiap tahun sehingga keseluruhan jalan yang kaola sebutkan dapat dinaik taraf dan pembinaan bahu jalan keseluruhannya; dan
- Kaola menyentuh di bawah Tajuk SK06A - Jabatan Tanah. Dilihat kebanyakan kemajuan bagi menjana ekonomi negara atas tanah persendirian dimajukan oleh warga asing atau usahawan dengan kerjasama dengan warga tempatan. Soalan kaola, apakah Kementerian Pembangunan mempunyai dasar pemudah cara yang benar-benar memudah cara bagi kemajuan-kemajuan ini dibuat di tanah kerajaan dengan dasar yang telus dan proses dalaman yang cepat? Apa yang kaola dapat tahu yang proses sebelum ini memakan masa yang lama dan setentunya melambatkan pendapatan kerajaan melalui sewa, pajakan-pajakan atau kaedah yang sedia ada.
Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Menteri Pembangunanโ
Terima kasih Yang Berhormat. Mengenai perancangan pembesaran Jalan Tutong dan seterusnya, pihak Jabatan Kerja Raya akan membuat penelitian lanjut mengenai cadangan ini dan sentiasa memantau keadaan-keadaan jalan, bukan sahaja di kawasan berkenaan, juga tempat-tempat yang difikirkan perlu demi memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna-pengguna jalan raya khasnya penduduk di kawasan berkenaan.
Mengenai dasar pemilikan tanah persendirian yang didevelop masa ini, memang menjadi satu agenda di Kementerian Pembangunan untuk memantau dan make sure supaya semua proses ini mengikut tatacara dan peraturan-peraturan yang telah pun diadakan. Umpamanya, apabila seseorang developer memohon memajukan tanah-tanah persendirian, perlulah mendapatkan kebenaran dari Jabatan Perancang Bandar dan Desa, ABCI; melantik qualified person dan developer yang berdaftar di Kementerian Pembangunan. ุฅู ุดุงุก ุงููู apa jua pemudah cara untuk melancarkan proses-proses ini akan diteliti semula oleh Kementerian Pembangunan. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Pengerusiโ
Saya persilakan Yang Berhormat Awang Haji Tahamit bin Haji Nudin.
Yang Berhormat Awang Haji Tahamit bin Haji Nudinโ
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Kaola membawakan satu sahaja iaitu tempat rehat khusus dekat lebuh raya. Disebabkan keadaan lebuh raya yang panjang dan sunyi terutama sekali pada waktu malam, boleh menyebabkan pemandu lelah dan mengantuk. Ini adalah bahaya kerana ia boleh menyebabkan kemalangan. Lebuh raya juga jalan yang digunakan oleh pemandu yang pulang dari bekerja, melawat tempat tertentu dan kenderaan dari negara jiran.
Oleh itu, kaola mencadangkan agar dibina kawasan rehat termasuklah gerai makanan, surau, tandas, ATM dan pusat maklumat. Ia bukan sahaja memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan tetapi mampu menjamin keselamatan pengguna jalan raya yang berkenaan.
Sekian, terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Menteri Pembangunanโ
Terima kasih Yang Berhormat. Mengenai requirement untuk menyediakan tempat rehat di lebuh raya, pihak Kementerian Pembangunan akan meneliti perkara rest area atau tempat berehat di kawasan lebuh raya terutama sekali Lebuh Raya Muara dan Belait. Dalam satu rancangan, pihak Kementerian Pembangunan untuk dilaksanakan bahawa beberapa tempat telah pun dicadangkan dengan konsep penggunaan tanah kerajaan dan penglibatan swasta bagi penyediaan fasiliti-fasiliti yang telah pun dicadangkan.
Sekian, terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusiโ
Saya persilakan Yang Berhormat Awang Haji Umarali bin Esung.
Yang Berhormat Awang Haji Umarali bin Esungโ
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
ุจุณู
ุงููู ุงูุฑุญู
ู ุงูุฑุญูู
ุงูุณูุงู
ุนูููู
ูุฑุญู
ุฉ ุงููู ูุจุฑูุงุชู
-
Kaola, membawa di bawah Tajuk SK01A - Kementerian Pembangunan. Kaola menyentuh berkenaan dengan keselamatan pengguna-pengguna jalan raya di Negara Brunei Darussalam termasuklah jalan raya di kawasan kampung. Sepertimana yang kita ni ketahui, bahawa ada beberapa kawasan tepi jalan raya ditumbuhi pokok-pokok kayu sama ada ditanam oleh pihak yang berkenaan atau tumbuh dengan sendirinya. Kadang-kadang berlaku kejadian pokok-pokok tumbang apabila berlakunya ribut, hujan lebat dan sebagainya. Soalan kaola, apakah ada agensi-agensi berkenaan ditubuhkan khusus untuk memantau dan mengurus terutama sekali mengawal pokok-pokok kayu yang berisiko di tepi-tepi jalan bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya sentiasa diutamakan?
-
Soalan kaola, adakah Kementerian Pembangunan sudah menyediakan garis panduan rancangan landskap di Negara Brunei Darussalam yang antaranya menggariskan tentang:
i. Kepentingan mengekalkan pokok-pokok yang sedia ada;
ii. Merancang penanaman pokok-pokok dan landskap yang sesuai mengikut kawasan; dan
iii. Keperluan menyediakan daun-daun hijau di kawasan bandar, bangunan dan di jalan raya.
Sekian,
ูุจุงููู ุงูุชูููู ูุงููุฏุงูุฉ. ู ุงูุณูุงู
ุนูููู
ูุฑุญู
ุฉ ุงููู ูุจุฑูุงุชู
Yang Berhormat Menteri Pembangunanโ
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi dan Yang Berhormat mengenai dua soalan tersebut.
Pertama, Kementerian Pembangunan melalui Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi dan Jabatan Jalan Raya yang bertanggungjawab bagi melaksanakan pemeliharaan atau maintenance pokok-pokok di tepi jalan. Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi dan Jabatan Jalan Raya sentiasa bekerjasama dalam menangani dan mengenal pasti pokok-pokok yang berpotensi membahayakan lalu lintas dan orang ramai dengan menjalankan pencantasan dan pemotongan pokok terutama sekali di kawasan-kawasan yang berdekatan jalan raya. Perkara ini dipantau dan sentiasa dilaksanakan bagi keselamatan pengguna-pengguna jalan raya.
Mengenai soalan kedua, Kementerian Pembangunan melalui Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi juga mengambil maklum akan kepentingan pokok-pokok untuk dijaga dengan baik, terutama sekali untuk penghijauan dan kecantikan. Akan tetapi, pokok-pokok ini perlu dijaga dengan melaksanakan pencantasan untuk mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku seperti waktu hujan lebat dan angin kencang. Pihak Jabatan Alam Sekitar dan Taman Rekreasi ada menyediakan garis panduan untuk penanaman pokok-pokok ornamental terutama di kawasan-kawasan jalan raya, bangunan dan sebagainya dengan mengambil kira kesesuaian dan keperluannya mengikut garis panduan amalan negara-negara lain. Manakala penyediaan zon-zon hijau kawasan bandar, bangunan dan taman riadah adalah dititikberatkan bagi mengimbangi pembangunan yang ada sekarang. Itu saja kali. Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusiโ
Saya persilakan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pendikar Alam Dato Paduka Seri Awang Haji Hasrin bin Dato Paduka Haji Sabtu.
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pendikar Alam Dato Paduka Seri Awang Haji Hasrin bin Dato Paduka Haji Sabtuโ
Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi. ุจูุณูู ู ุงูููู ุงูุฑููุญูู ูฐูู ุงูุฑููุญูููู ู
Yang Berhormat Pengerusi, kaola ingin menyentuh mengenai tunggakan kutipan hasil dari Skim Perumahan Negara. Soalan kaola:
-
Berapakah jumlah keseluruhan tunggakan kutipan hasil bagi Skim Perumahan Negara yang terkini?; dan
-
Apakah usaha-usaha baharu yang telah dilaksanakan oleh Kementerian Pembangunan dalam menangani isu ini?
Sekian,
ููุจูุงูููู ุงูุชูููููููููู ููุงููููุฏูุงููุฉูุ ููุงูุณููููุงู
ู ุนูููููููู
ู ููุฑูุญูู
ูุฉู ุงูููู ููุจูุฑูููุงุชููู
Yang Berhormat Menteri Pembangunanโ
Terima kasih, Yang Berhormat. Mengenai dua soalan iaitu tunggakan bagi pembayaran balik pinjaman perumahan. Pada masa ini mengikut perangkaan yang tercatat di Jabatan Kemajuan Perumahan, adalah sebanyak $63 juta dan setakat ini usaha telah dilaksanakan bagi mempertingkatkan keberkesanan kutipan hasil dan juga untuk mengurangkan tunggakan seperti memperkenalkan mekanisme peringatan tentang status pembayaran dan tunggakan yang perlu dilunaskan oleh pemilik rumah melalui push letters ataupun surat makluman yang diberikan kepada pemilik rumah dan juga salinan kepada penjamin secara konsisten dan berterusan setiap tiga bulan. ุฃูููุญูู ูุฏู ูููููฐูู perkara ini telah pun menampakkan hasil iaitu:
-
Sebahagian pemilik rumah telah hadir ke Jabatan Kemajuan Perumahan untuk berunding dan juga membuat pembayaran;
-
Menerusi pemotongan gaji daripada penjamin; dan
-
Sebagai langkah memudahkan dan mempertingkatkan lagi mutu perkhidmatan bagi mengendalikan hal-ehwal pembayaran ke arah yang lebih sistematik dan teratur, pihak Jabatan Kemajuan Perumahan dengan kerjasama pihak Jabatan Perbendaharaan, Kementerian Kewangan dan Ekonomi telah menyediakan sistem One Common Billing System (OCBS) selain pembayaran yang lazimnya dilakukan di kaunter.
Itu sahaja barangkali, Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusiโ
Yang Berhormat Dayang Nik Hafimi binti Abdul Haadii.
Yang Berhormat Dayang Nik Hafimi binti Abdul Haadiiโ
Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi. Lebih dahulu ucapan syabas kepada warga Kementerian Pembangunan dalam usaha peningkatan perkhidmatan yang lebih mudah dilanjutkan melalui teknologi atas talian dan juga usaha mereka untuk meningkatkan ketelusan dalam proses. Saya membawa di bawah Tajuk SK01A, Kod Akaun 200/000 - Perancangan dan Pengurusan Polisi.
Dalam usaha untuk memberikan pembangunan yang seimbang terutama di kawasan-kawasan sektor swasta digalakkan untuk menyokong sektor pembinaan, saya menarik perhatian kepada beberapa perkara:
- Sejauh mana kelulusan perancangan dan persetujuan induk melibatkan atau mengambil feedback daripada penduduk dan pemilik tanah di kawasan berhampiran? Cadangannya ialah untuk: Menetapkan tatacara atau sistem untuk mendapatkan maklum balas daripada jiran atau penduduk terdekat di sekitar, sebarang cadangan pembangunan yang akan memberi kesan kepada kawasan atau bangunan mereka yang terdekat.
Pada masa yang sama juga, pemaju tanah yang menggunakan tanah persendirian atau PPP model dengan kerajaan boleh digalakkan untuk menyumbang hasrat negara untuk inclusion iaitu sebahagian daripada pembangunan yang dimajukan itu termasuk juga harga perumahan yang sederhana; dan
- Sampai manakah pelaksanaan untuk memperkukuhkan Smart Building or Sustainable Design or Development Guidelines diterapkan ketika permohonan pembangunan dilakukan? Masyarakat telah menunjukkan adaptasi untuk mengubah cara bekerja atau belajar secara blended work from home atau study from home yang bukan hanya kerana situasi COVID-19, tetapi sebagai langkah menuju digital based activity. Persekitaran dan infrastruktur tempat kerja yang boleh meningkatkan sokongan for home office atau communal work spaces perlu dipertimbangkan.
Sebagai contoh, Community Based Work Hubs yang terletak di Pusat Komuniti Perkampungan untuk plug-in model melalui secured communications methods untuk menjalankan tugas masing-masing. Infrastruktur pusat pembelajaran atau remote learning centres sekiranya terdapat masalah pergerakan untuk pergi ke sekolah, tetapi masih membolehkan pelajar atau peserta masuk ke dalam kelas secara virtual.
Diharap kementerian boleh mengambil pertimbangan dengan cadangan-cadangan tersebut.
Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Menteri Pembangunanโ
Terima kasih, Yang Berhormat dengan beberapa saranan atau cadangan mengenai perkembangan ataupun pembangunan di negara kita ni. Dalam memastikan dasar dan strategi perancangan yang inklusif, salah satu proses yang dibuat dalam penyediaan pelan pembangunan adalah mengenalkan beberapa peringkat penglibatan awam. Itu satu perkara yang penting kerana ia bertujuan mengenal pasti isu-isu di peringkat awal membincangkan perkara-perkara berkenaan mengikut sektor dan seterusnya mendapatkan maklumat ataupun input serta maklum balas bagi cadangan apa-apa jua konsep kemajuan tempat berkenaan.
Antara pihak yang dilibatkan dalam proses ini adalah agensi-agensi kerajaan, pihak swasta serta pihak awam secara amnya dan penduduk kampung khususnya sekiranya pelan tersebut melibatkan kawasan setempat di peringkat kampung ataupun di peringkat mukim. Di samping itu, beberapa program pemberigaan juga diadakan dari semasa ke semasa bagi memastikan perancangan pelan tersebut masih relevan dalam konteks kemajuan semasa.
Soalan kedua mengenai something to do with smart buildings, perkara ini menjadi satu garis panduan atau dasar yang akan dilaksanakan di bawah Kementerian Pembangunan iaitu dalam Smart MOD dan akan dibincangkan di bawah Jawatankuasa Smart City yang dipengerusikan bersama oleh Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi. Itu saja, Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusiโ
Saya persilakan, Yang Berhormat Dayang Khairunnisa binti Haji Ashโari.
Yang Berhormat Dayang Khairunnisa binti Awang Haji Ash'ariโ
Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi. Kaola merujuk di bawah Tajuk SK01A.
- Kaola mengambil baik inisiatif Kementerian Pembangunan dalam melaksanakan Dasar Kebangsaan Perubahan Iklim Negara Brunei Darussalam dan Protokol Hijau. Ini adalah contoh baik yang dapat dicontohi iaitu proses membuat dasar yang melibatkan penyertaan pelbagai agensi kerajaan, pihak swasta dan badan bukan kerajaan termasuklah golongan belia.
Kaola ingin menekankan pelaksanaan, penguatkuasaan dan pemantauan adalah sangat penting kerana ia melibatkan fungsi kementerian-kementerian yang berlainan. Sebagai contoh dalam memastikan kita dapat mencapai sasaran bagi pengurusan sampah terutama sekali kitar semula, ia memerlukan garis panduan yang nyata. Sebagai contoh, denda yang tinggi bagi ketidakpatuhan terhadap piawaian; dan
- Keluhan orang ramai ialah mengenai lesen-lesen pembinaan syarikat-syarikat yang cuma berfungsi sebagai sleeping partner. Ini termasuk juga isu pemalsuan sijil terutama sekali sijil akademik. Antara yang dihadapi ialah masalah kerugian apabila ada pekerja yang telah lari dan sebagainya. Apakah rancangan ABCi bagi mengatasi masalah ini?
Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Menteri Pembangunanโ
Terima kasih, Yang Berhormat. Mengenai soalan kedua, isu-isu pemalsuan sijil itu satu perkara yang dalam perhatian Kementerian Pembangunan dalam menangani bukan sahaja isu-isu pemalsuan bahkan juga menangani isu-isu โAli Babaโ.
Kementerian Pembangunan dengan kerjasama agensi-agensi yang berkepentingan seperti Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Brunei telah pun mula menjalankan sesi temu duga kepada pemilik kontraktor especially for kelas 1 dan 2 sebagai salah satu prasyarat pendaftaran. Sesi temu duga ini dijalankan bagi memastikan keterlibatan pemilik tempatan dalam syarikat ini dan bukannya semata-mata untuk menyewakan lesen ataupun sijil pendaftaran sahaja dan sesi temu duga ini juga telah pun dilaratkan kepada pendaftaran pembinaan kelas 1, 2 dan 3. Sehingga Disember 2020, dari jumlah 143 syarikat yang memohon 73% telah berjaya manakala 26% yang tidak berjaya. Kebanyakannya menunjukkan unsur-unsur yang pemohon itu hanya memiliki syarikat pada nama sahaja manakala pengendalian sebenar syarikat berkenaan adalah pemilik-pemilik asing.
Mengenai soalan pertama barangkali Kementerian Pembangunan mengambil maklum concern Yang Berhormat dan akan membuat respons setelah information ada. Barangkali Yang Berhormat Pengerusi izinkan kaola untuk menjawab satu, dua soalan yang telah pun disampaikan awal tadi oleh Yang Berhormat Awang Haji Ramli bin Haji Lahit, yang kaola difahamkan semasa pemuzakarahan di Kementerian Pembangunan, nampaknya beliau tidak dapat menghadirkan diri kerana urusan-urusan tertentu.
Kaola menyentuh mengenai soalan di bawah Tajuk SK05A - Jabatan Tanah, Peraturan dan Undang-Undang Tanah. Yang Berhormat telah menimbulkannya mengenai tanah susur akibat meruntuh Bukit Sungai Paku bagi pengambilan pasir. Apakah rancangan pemulihan akan dilaksanakan terhadap kawasan yang rosak akibat pengambilan tanah dan berapa lamakah tempoh pengambilan ini dibenarkan?
Kementerian Pembangunan memang mengambil maklum atas isu yang dipersoalkan ini dan ingin menjelaskan bahawa usaha-usaha pemeliharaan secara langkah jangka panjang, pendek dilaksanakan sejak tahun lepas lagi bagi memitigasikan impak banjir di kawasan tersebut.
Antara lain langkah yang telah diambil termasuklah pemasangan kerja-kerja tembok ataupun dinding gabion dan mendalamkan outlet sepanjang jalan Seria / Tutong dan kerja-kerja pembersihan secara berjadual menerusi kontrak pemeliharaan sistem saliran yang dilaksanakan secara berterusan.
Di samping itu juga, perancangan bagi penanaman pokok-pokok selaras dengan inisiatif Green Protocol di bawah perubahan iklim akan dilaksanakan tahun ini dan keutamaan bagi kawasan pengambilan pasir yang rosak manakala bagi jangka panjang perancangan bagi pelaksanaan pengorekan Sungai Tembelanau akan diusahakan bagi tahun ini.
Bagi menambah usaha pengawalan impak pengorekan pasir di kawasan tersebut, usaha di bawah perundangan, dasar dan peraturan penerokaan dan perlombongan kuari galian, pihak kementerian dalam proses membaharui garis panduan pendaftaran syarikat perlombongan agar beroperasi dengan memastikan perlombongan yang mampan dan hijau, kawasan persekitaran yang sihat, mempunyai piawaian yang terbaik dan perlindungan kepada alam sekitar flora dan fauna. Garis panduan baharu ini untuk memastikan bagi penerokaan dan perlombongan kuari dipantau untuk dilaksanakan bagi 3 fasa proses galian (sebelum, semasa dan selepas) aktiviti perlombongan agar mekanisme pengawalan, pemantauan dan pemulihan serta penguatkuasaan dilaksanakan setanding dengan negara-negara antarabangsa dan serantau. Maka bagi syarikat-syarikat yang sedang beroperasi di kawasan tersebut akan dipantau dan dikawal selia oleh pihak kementerian secara bersepadu dengan agensi-agensi lain seperti Jabatan Perhutanan dan pihak DARe.
Bagi kebenaran tempoh pengambilan pasir buat masa ini tidak menyatakan tempoh pengambilan dan kini dalam proses penelitian bagi menetapkan tempoh yang bersesuaian mengikut garis panduan terkini secara pentadbiran.
Sekian itu sahaja Yang Berhormat Pengerusi. Terima kasih.
Yang Berhormat Pengerusiโ
Terima kasih. ุงูููุญูู ูุฏู ูููููฐูู kita telah pun selesai berbincang dan meneliti secara panjang lebar mengenai Tajuk Kementerian Pembangunan. Saya kira berpatutanlah sekarang dari perbahasan kita dan pertanyaan-pertanyaan yang ditimbulkan bagi tajuk ini untuk kita undi. Ahli-Ahli Yang Berhormat, yang bersetuju supaya Tajuk SK01A hingga Tajuk SK08A - Kementerian Pembangunan diluluskan, sila angkat tangan.
(Semua Ahli mengangkat tangan tanda bersetuju)
Yang Berhormat Pengerusiโ
Semuanya bersetuju, terima kasih.
Yang Mulia Timbalan Jurutulisโ
Tajuk SK01A hingga Tajuk SK08A - Kementerian Pembangunan dijadikan sebahagian daripada Jadual.
Yang Berhormat Pengerusiโ
Ahli-Ahli Yang Berhormat, sebelum mesyuarat Jawatankuasa ini disambung semula untuk meneruskan perbahasan dan meneliti tajuk-tajuk seterusnya, saya telah difahamkan bahawa Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi ingin untuk memberikan kenyataan. Saya persilakan Yang Berhormat.
Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasiโ
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Kaola memohon izin bagi Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi lebih dahulu dibincangkan daripada kementerian-kementerian lain. Perkara ini dipohonkan atas sebab-sebab urusan rasmi. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusiโ
Ahli-Ahli Yang Berhormat setelah mendengar kenyataan yang dibuat oleh Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi sebentar tadi, maka saya izinkan Yang Berhormat mendahulukan Tajuk Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi untuk kita bincangkan.
Yang Mulia Timbalan Jurutulisโ
Tajuk SN01A hingga Tajuk SN09A - Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi.
Yang Berhormat Pengerusiโ
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Sekarang kita mula membincangkan Tajuk SN01A hingga Tajuk SN09A - Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi. Sebelum tajuk-tajuk ini dibuka untuk dibahaskan dan dibincangkan sebagaimana lazim kepada tajuk-tajuk kementerian yang lain, saya ingin memberikan ruang kepada Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi untuk memberikan mukadimah belanjawan dan hala tuju bagi penyediaan belanjawan kementeriannya. Saya persilakan Yang Berhormat.
Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasiโ
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. ุจูุณูู ู ุงูููู ุงูุฑููุญูู ูฐูู ุงูุฑููุญูููู ู ุฃูููุญูู ูุฏู ูููููฐูู ุฑูุจูู ุงููุนูุงููู ูููู ููุงูุตููููุงุฉู ููุงูุณููููุงู ู ุนูููู ุฃูุดูุฑููู ุงููุฃูููุจูููุงุกู ููุงููู ูุฑูุณูููููู ููุนูููู ุขูููู ููุตูุญูุจููู ุฃูุฌูู ูุนูููู. ุงูุณููููุงู ู ุนูููููููู ู ููุฑูุญูู ูุฉู ุงูููู ููุจูุฑูููุงุชููู dan selamat petang. Lebih dahulu kaola mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Pengerusi atas peluang kaola untuk mengongsikan mukadimah bagi memulakan perbincangan Anggaran Peruntukan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) bagi Tahun Kewangan 2021/2022.
Bagi mendukung tema belanjawan pada tahun ini iaitu: "Ke arah Pembangunan Sosioekonomi Yang Resilient", izinkan kaola mengongsikan beberapa inisiatif yang dilaksanakan oleh MTIC. Dasar hala tuju MTIC dipandu oleh 3 dasar strategik utama yang telah dilancarkan pada tahun 2020 iaitu:
-
Pelan Induk Ekonomi Digital 2025 di bawah Majlis Ekonomi Digital sebagai dasar utama untuk menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah negara pintar serta mendorong dan meningkatkan pertumbuhan sosioekonomi negara melalui transformasi digital.;
-
Pelan Strategik Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) 2025 untuk mendukung Wawasan Brunei 2035.; dan
-
Pelan Strategik Keselamatan Jalan Raya bagi Negara Brunei Darussalam 2025 bagi memandu inisiatif keselamatan dan kepiawaian sektor pengangkutan darat di Negara Brunei Darussalam.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.
Sehubungan dengan Pelan Induk Ekonomi Digital 2025 ia berteraskan kepada tindakan bersepadu antara agensi kerajaan, industri dan masyarakat umum. Sebagai asas kepada transformasi digital beberapa inisiatif telah dan akan dilaksanakan, antaranya:
-
Projek Pusat Kebangsaan e-Kerajaan, EGNC iaitu National Centralised Database (NCDB) di bawah RKN-11 dengan peruntukan sebanyak $8.9 juta. Terkandung di bawah projek ini National Information Hub bagi penyediaan platform perkongsian data yang selamat dan terjamin.;
-
Pemusatan ataupun centralising pembiayaan lesen-lesen komputer yang digunakan oleh kementerian-kementerian dengan peruntukan sebanyak $8.2 juta di bawah EGNC. Pembayaran lesen secara centralise ini menyumbang kepada penggunaan sumber secara optimum dan berhemah.;
-
Meningkatkan keberkesanan perkhidmatan kerajaan kepada orang ramai secara dalam talian dan melalui aplikasi mudah alih serta memperbaiki proses-proses dalaman seperti berikut:
i. Menggunakan portal gov.bn. Sejak diperkenalkan pada tahun 2012, sebanyak 132 perkhidmatan dalam talian telah disediakan melalui portal ini. Dari jumlah tersebut 34 perkhidmatan memudahkan transaksi pembayaran dalam talian kepada orang ramai.;
ii. Memanfaatkan aplikasi mudah-alih seperti TransportBN. Sejak diperkenalkan pada tahun 2019 penggunaan TransportBN terus meningkat dari tahun ke tahun.;
iii. Memudahkan akses orang ramai kepada perkhidmatan-perkhidmatan dalam kerajaan seperti inisiatif "Nomborku" yang baru dilancarkan pada 24 Februari 2021 sebagai kemudahan orang ramai mengikuti tawaran-tawaran bilangan pendaftaran kenderaan. Penambahbaikan berterusan ke atas perkhidmatan ini akan dilaksanakan secara berperingkat.; dan
iv. Penggunaan sepenuhnya e-Office dalam pengurusan persuratan dokumen dalaman di MTIC. Ini telah dapat meningkatkan keberkesanan operasi dalaman dan mendukung pelaksanaan โProtokol Hijauโ dengan mengurangkan penggunaan kertas. ูฑููุญูู ูุฏู ูููููฐูู projek ini juga telah dilaksanakan ke beberapa buah kementerian lain bagi pelaksanaannya secara berterusan.
Pada masa yang sama, infrastruktur telekomunikasi di negara ini terus dinaik taraf. ูฑููุญูู ูุฏู ูููููฐูู usaha ini telah membawa Negara Brunei Darussalam ke tangga kedua dalam kalangan negara-negara ahli ASEAN dari segi Telecommunications Infrastructure Index seperti yang direkodkan dalam laporan United Nations e-Government Survey 2020.
Bertepatan dengan kemajuan ini, setakat ini 983 buah menara telekomunikasi telah diaktifkan bagi memberikan liputan perkhidmatan rangkaian yang meluas. MTIC juga memberi perhatian kepada keperluan liputan di kawasan pedalaman. Projek menara di luar bandar di bawah RKN-11 dengan peruntukan sebanyak $3 juta akan melibatkan empat buah kampung iaitu Kampung Sukang, Kampung Melilas dan Kampung Apak-Apak, Daerah Belait serta Kampung Long Mayan, Daerah Tutong.
Walau bagaimanapun, kita masih berhadapan dengan kegiatan yang merugikan semua pihak iaitu kes-kes kecurian kabel telekomunikasi. Sejak September 2019 hingga Mac 2021 sebanyak 176 kejadian kecurian kabel telah direkodkan yang menjejaskan perkhidmatan rangkaian perhubungan. Ia perlu ditangani secara bersepadu dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk agensi-agensi penguat kuasa dan juga pemimpin akar umbi. Kempen pemberigaan juga terus dijalankan bagi menjana kesedaran dan kerjasama orang ramai untuk membanteras kegiatan ini.
Bagi membentuk persekitaran digital yang selamat. Cyber Security Brunei (CSB) telah ditubuhkan dan mula beroperasi sejak 1 Ogos 2020 sebagai agensi keselamatan siber kebangsaan. Pada masa ini CSB giat menjalankan aktiviti-aktiviti kesedaran orang ramai mengenai amalan-amalan terbaik keselamatan siber. Pada tahun 2020, sebanyak 66 sesi taklimat telah diadakan yang melibatkan masyarakat termasuk para penuntut dan belia.
Bagi memantapkan urus tadbir dalam transformasi digital MTIC sedang menyediakan dua rangka perundangan utama iaitu:
i. Cyber Security Order yang memfokuskan tindakan dalam menangani ancaman dan insiden keselamatan siber; dan
ii. Personal Data Protection Order yang bertujuan memelihara penggunaan, pengumpulan dan pendedahan data peribadi oleh sektor swasta. Rangka perundangan ini sedang diteliti dan akan melibatkan konsultasi dengan pelbagai pihak yang berkepentingan.
Ke arah membentuk masyarakat yang bersedia untuk masa depan digital kementerian ini terus bekerjasama erat dengan Manpower Planning Employment Council (MPEC) melalui Manpower Industries Steering Committee Working Group For ICT Sector. Melalui kerjasama ini sasaran utama bagi penyediaan 300 tenaga kerja tempatan yang mempunyai ICT industries ready skills setiap tahun.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.
Dalam sektor pengangkutan penggunaan teknologi diterapkan dalam projek menaik taraf dan meningkatkan kualiti perkhidmatan pengangkutan bas awam. Ke arah ini Public Transport Informations System telah pun diusahakan bersama JPD, AITI dan syarikat-syarikat pengangkutan bas awam. Usaha ini bertujuan menyediakan maklumat secara real time dengan sasaran pelaksanaannya pada suku ketiga tahun 2021 ini.
Selaras dengan Visi Pelan Strategik Keselamatan Jalan Raya Negara Brunei Darussalam 2025 iaitu: โZero Road Accident Fatalities by 2025.โ ุงูุญูู ูุฏู ูููู jumlah kemalangan di Negara Brunei Darussalam menunjukkan trend penurunan sebanyak 67% dari tahun 2015 hingga tahun 2020. Untuk mengekalkan trend ini melalui Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya (MKKJR), kempen-kempen kesedaran terus dijalankan termasuk Program Kesedaran Keselamatan Jalan Raya pada awal bulan Mac 2021 yang mengetengahkan pelancaran e-Buku, Understanding Your Vehicle.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.
MTIC akan menjalankan dua projek rintis dengan kerjasama pelbagai pihak di negara ini. Terdapat dua projek rintis yang telah menerima limpah kurnia perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk dilaksanakan pada tahun 2021 ini iaitu:
-
Projek Rintis Kenderaan elektrik EV seperti yang kaola sudah umumkan pada 18 Mac yang lepas. ุงูุญู ุฏ ููู satu projek rintis EV akan dilancarkan pada Khamis, 25 Mac 2021 ini. Projek rintis ini adalah untuk menilai persediaan bagi peralihan dari kenderaan konvensional kepada kenderaan elektrik ataupun alternatif sebagai usaha mengurangkan carbon footprint di negara ini; dan
-
Projek Rintis Teknologi 5G yang ุฅู ุดุงุก ุงููู akan dilancarkan pada bulan April 2021 ini, bagi meneroka potensi dan pelaksanaan teknologi 5G. Ke arah ini beberapa lokasi telah dikenal pasti untuk memaparkan kemampuan teknologi 5G. Melalui 5G use-cases yang boleh dimanfaatkan ke arah inovasi dan transformasi digital di negara ini.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.
ุฅู ุดุงุก ุงููู projek-projek serta inisiatif-inisiatif yang mendukung ke arah pertumbuhan ekonomi negara akan dilaksanakan melalui peruntukan Perbelanjaan Biasa dan Perbelanjaan Kemajuan yang disokong untuk Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) sebanyak $143,754,979.00 bagi Tahun Kewangan 2021/2022.
Akhir sekali, kaola ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan penghargaan yang setinggi-tingginya kepada semua Ahli Yang Berhormat atas sokongan serta pendekatan berterusan dalam sektor di bawah kawalan MTIC dan ini termasuk kesudian Ahli-Ahli Yang Berhormat dalam menyaksikan sesi-sesi latihan keselamatan maritim dan udara yang diadakan pada penghujung tahun 2019 serta mengikuti beberapa siri lawatan ke jabatan, agensi-agensi dan syarikat-syarikat penyedia perkhidmatan di sektor pengangkutan dan infokomunikasi sepanjang tahun 2020 dan awal tahun ini.
Sekian kaola sampaikan hala tuju dan pencapaian Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi. Mudah-mudahan segala inisiatif yang diusahakan akan membuahkan hasil dan impak yang dihasratkan ke arah Wawasan Brunei 2035, terima kasih.
ูุจุงููู ุงูุชูููู ูุงููุฏุงูุฉุ ู ุงูุณูุงู ุนูููู ูุฑุญู ุฉ ุงููู ูุจุฑูุงุชูYang Berhormat Pengerusiโ
Terima kasih Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi atas mukadimah yang telah pun dibentangkan yang mengandungi perkara-perkara yang diterangkan dengan cukup jelas dan terperinci. Bersama saya terdapat satu senarai Ahli Yang Berhormat yang suka untuk membahaskan Tajuk Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi ini. Untuk tidak membuang masa lagi saya mulakan dengan mempersilakan Yang Berhormat Dayang Nik Hafimi binti Abdul Haadii.
Yang Berhormat Dayang Nik Hafimi binti Abdul Haadiiโ
Terima kasih sekali lagi Yang Berhormat Pengerusi. Terutamanya kaola mengucapkan tahniah kepada kementerian dan menyambut baik bagi mukadimah Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi. Kitani memang mengakui bahawa proses transformasi bukannya saja dari aspek menaikkan taraf hardware tetapi mesti jua mendapat sokongan interface rakyat melalui softwarenya.
- Kaola membawa soalan atau cadangan di bawah Tajuk SN05A - Jabatan Pengangkutan Darat, Kod Akaun 002/000 khususnya di bawah Penguatkuasaan. Saya memahami cabaran yang dihadapi oleh semua kementerian dan agensi-agensi dengan masalah penguatkuasaan terutamanya bagi perkara yang melibatkan bidang kuasa pelbagai pihak dan kadang-kadang tidak tahu agensi manakah yang patut bertindak lebih dahulu.
Dicadangkan satu model PPP ditubuhkan bagi menangani isu individu yang melanggar Akta Lalu Lintas Jalan Raya Penggal 68 Bab 149(D) mengenai no parking ataupun no waiting. Hasil daripada denda bolehlah dikongsi oleh pihak yang terlibat. Ini diharapkan boleh mengurangkan kesesakan di kawasan komersial kerana ada beberapa tempat yang tidak dibenarkan meletak kereta, namun sudah menjadi kebiasaan yang larangan itu tidak diambil peduli.
Selain itu, ke arah membangun smart city, kaola cadangkan untuk menggalakkan pemilik bangunan atau harta tanah untuk memasang network surveillance di kawasan umum. Akses rakaman bolehlah dikongsikan kepada pihak-pihak berkuasa yang relevan bagi memantau kawasan umum sebagai satu deterrence untuk melanggar peraturan dan undang-undang; dan
- Di bawah Tajuk SN01A - Jabatan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi.
Mengenai pemantauan di sungai-sungai yang luas dan sisiran pantai negara yang amat panjang, disarankan bagi penubuhan sebuah Unit Pengawal Pantai (Coast Guard Unit) yang bertujuan melindungi semua sungai dan sepanjang sisiran pantai negara. Peranan Unit Pengawal Pantai (Coast Guard Unit) ini berbeza daripada tanggungjawab Tentera Laut Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja atau Polis Laut, Pasukan Polis Diraja Brunei. Ia dapat menggunakan model PPP jua untuk membolehkan semua lapisan masyarakat yang ingin berkhidmat secara sukarela bagi membantu agensi Penguatkuasaan Undang-Undang dan juga Tentera Laut, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.
Sekian, terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasiโ
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Yang Berhormat Pengerusi, kaola memohon izin sebelum kaola menjawab soalan daripada Yang Berhormat tadi. Kaola ingin menjawab dua soalan yang berhubung kait dengan MTIC yang telah pun diusulkan pada sesi-sesi sebelum ini.
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Mula-mula sekali, kaola ingin menjawab satu soalan yang diusulkan oleh Yang Berhormat Awang Haji Umarali Bin Esung semasa sesi pembentangan Rang Undang-Undang (2021) Perbekalan, 2021/2022 yang menyentuh mengenai Research and Development.
Sehubungan dengan itu, kaola ingin membuat kenyataan bahawa Brunei Research Council telah diambil alih peranannya daripada Kementerian Tenaga dan diamanahkan kepada Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi pada penghujung tahun 2019.
BRC cuma pernah bersidang pada tahun lepas beberapa kali. Namun demikian, kaola ingin menyatakan with regards to research and development ini, Brunei Research Council pada masa ini dipengerusikan oleh Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi dan penelitian telah dibuat untuk memantapkan lagi ataupun memperkemaskinikan lagi dasar mengenai pengurusan research projects di negara ini. ุฅู ุดุงุก ุงููู mudah-mudahan ketetapan akan dicapai, satu pemikiran adalah untuk menyerapkan research council ini dengan peranan science and technology yang juga di bawah peranan MTIC pada masa ini. Ini satu kenyataan untuk dikongsikan untuk makluman di Dewan yang mulia ini.
Sehubungan dengan satu soalan yang diusulkan oleh Yang Berhormat Awang Haji Tahamit bin Haji Nudin semasa sesi pembentangan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri mengenai perlindungan data peribadi dan juga mengenai isu fake news ataupun berita bohong, kaola ingin memberikan sedikit jawapan. Seperti juga ada yang kaola sebutkan tadi dalam mukadimah kaola mengenai Data Protection Order yang sedang diteliti.
Kaola ingin menyampaikan bahawa perlindungan data peribadi memanglah satu pertimbangan utama dalam transformasi digital. Bagi menangani perkara ini, MTIC melalui pihak AITI berperanan sebagai interim agency untuk perlindungan maklumat peribadi (personal data protection). Pada masa ini, orang ramai banyak yang tertanya-tanya kalau apa-apa On Data Protection Issues ini, jawapannya, Interim Agency ialah AITI di bawah kawalan MTIC.
Ke arah ini, penyediaan rangka kerja yang kaola sebutkan tadi sedang diteliti dan antara lainnya bertujuan memelihara penggunaan dan pendedahan data peribadi serta penyediaan satu framework atau garis panduan bagi pengumpulan penggunaan dan pendedahan data peribadi oleh industri ataupun in the business sector. Ia telah secara menyeluruh merangkumi bukan sahaja kerajaan, industri tetapi orang ramai.
Pada masa ini, Negara Brunei Darussalam berpandukan juga amalan-amalan terbaik serantau untuk perlindungan data peribadi yang baru-baru ini, ุงููุญูู ูุฏู ูููู semasa Mesyuarat Menteri-Menteri Digital ASEAN yang kaola hadiri sendiri Negara Brunei Darussalam dikategorikan mengikuti prinsip-prinsip di bawah rangka kerja perlindungan data peribadi ASEAN yang bertujuan menyelaras piawaian pengurusan data dan aliran data sempadan di rantau ASEAN. In other words, we are in compliance to the garis panduan yang dibuat oleh ASEAN
Akhir sekali, sehubungan dengan isu mengenai hoax news ataupun fake news yang diutarakan oleh Yang Berhormat Awang Haji Tahamit bin Haji Nudin, izinkan kaola menambah sedikit kepada jawapan yang telah pun dikongsikan pada masa itu. Bagi menangani berita palsu ataupun hoax news ini, ia memerlukan pendekatan yang holistik dan bersepadu dari semua pihak termasuk masyarakat awam.
Dalam hal ini, di bawah Majlis Penasihat Isu-Isu berkaitan Isu Kandungan ataupun Content Advisory Council (CAC). Majlis Penasihat ini dipengerusikan bersama oleh Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) yang dianggotai oleh beberapa agensi kerajaan yang berkenaan.
Antara peranannya adalah memastikan pengurusan, pengawalseliaan serta langkah-langkah bersesuaian diambil bagi isi kandungan (content) isu menepati perundangan dan kod-kod amalan yang berjalan. Pada masa ini, beberapa inisiatif telah dan sedang dijalankan oleh MTIC melalui AITI dan Cyber Security Brunei (CSB) bagi meningkatkan kesedaran ataupun education to the public dalam menangani berita palsu yang tular because we have social media masa ini, ia membolehkan, memudahkan lagi berita-berita yang tidak dapat disahkan kesahihannya ditularkan secara online dan real time. Inisiatif kesedaran ini adalah termasuk dalam penyediaan bahan-bahan pembelajaran media sosial untuk kurikulum sekolah, penerbitan bahan-bahan promosi dan poster kesedaran untuk disiarkan melalui mass media dan media sosial serta mengadakan taklimat-taklimat kepada masyarakat khususnya kepada para penuntut dan belia di negara ini.
Sehubungan dengan soalan-soalan yang diusulkan oleh Yang Berhormat Nik Hafimi binti Abdul Haadii. Ada 3 soalan tadi Yang Berhormat Pengerusi, kaola dapat merujuk semula.
Mengenai penguatkuasaan cadangan mengenai PPP model untuk meningkatkan lagi penguatkuasaan yang berhubung kait dengan kesalahan-kesalahan di bawah Road Traffic Act Chapter 69 Bab 149 (a)&(b) dan dalam hal ini memang cadangan itu diambil baik tetapi ia perlulah jua diteliti jua dengan beberapa agensi.
Yang Berhormat tadi menyebut there is a lack of clarity for authorities which is quite true sometimes tetapi di bawah RTA (Road Traffic Act) itu, memang kuasa-kuasanya quite clear kuasa enforcement adalah di bawah Pengarah JPD dan juga di bawah pihak Pasukan Polis Diraja Brunei but of course tahun lepas sahaja, untuk makluman bersama, if i recall correctly beberapa compound telah pun dikeluarkan for offences, simple offences like orang yang parking tidak menentu di tepi jalan, but there were actually compound been issued by Jabatan Pengangkutan Darat sendiri, lain lagi compound issued by Pasukan Polis Diraja Brunei tetapi dalam hal ini dua perkara:
-
Memang menjadi modus operandi pihak-pihak berkenaan menjalankan operasi-operasi bersepadu; dan
-
Memang ada penyelarasan, thatโs why dari segi operasi bersepadu ini ia bukan sahaja kadang-kadang melibatkan dua pihak agensi tetapi agensi-agensi yang lain, tetapi di bawah Road Traffic Act memang very clear to be stated kuasa-kuasa penguat kuasa itu adalah di bawah dua pihak ini.
ุฅู ุดุงุก ุงููู saranan mengenai PPP ini akan boleh dibawa kepada pihak Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya untuk menundukinya.
Soalan kedua tadi berhubung dengan Smart City, yang dicadangkan tadi oleh Yang Berhormat mengenai pemilik-pemilik bangunan disarankan untuk mengadakan network surveillance facilities dan sebagainya. Inilah satu jua pemikiran yang boleh diambil kira dan untuk beberapa agensi penguat kuasa, agensi-agensi jawatankuasa seperti disebutkan oleh Menteri Pembangunan dalam sesi perbincangan Kementerian Pembangunan, satu jawatankuasa telah pun ditubuhkan iaitu Jawatankuasa Smart City atas perkenan Kebawah Duli Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Pada tahun lepas, we just convened this committee jua yang terdiri daripada several agencies jua termasuk agensi-agensi penguatkuasaan.
Dalam hal ini, beberapa inisiatif dan projek sedang dikenal pasti and I am sure this is one of the possible options to look untuk mempertingkatkan ataupun untuk mencapai hasrat kitani untuk menjadikan Bandar Seri Begawan ini menjadi satu Smart City dan secara menyeluruhnya kita menjadi Smart Nation seperti jua dititahkan beberapa kali di peringkat atasan.
Mengenai perkara ketiga, soalan dan cadangan jua mengenai surveillance coastal yang dimaksudkan mungkin ada dua perkara yang berhubung kait dengan MTIC melalui Maritime Port Authority of Brunei Darussalam iaitu satu entity yang telah pun ditubuhkan selepas pengkorporatan Jabatan Pelabuhan dan Jabatan Laut diserapkan menjadi MPABD.
Peranan MPABD adalah peranan keselamatan which is safety, navigational safety khususnya aspek pengguna-pengguna perairan ataupun sungai dan perairan Negara Brunei Darussalam. Manakala perspective kedua adalah security. Security ini ada jawatankuasa yang khusus untuk menanganinya iaitu Jawatankuasa Keselamatan Maritim di bawah penyelarasan pihak Jawatankuasa Keselamatan Negara (JKN). MPABD adalah ahli kepada Jawatankuasa Keselamatan Maritim bersama agensi-agensi berkenaan yang lain.
Dari kedua-dua aspek ini mungkin dapat jua kali diambil kira pemikiran tadi secara padu dan menyeluruh to save resources dan avoid duplication. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusiโ
Saya persilakan Yang Berhormat Awang Haji Mohimin bin Haji Johari @ Jahari.
Yang Berhormat Awang Haji Mohimin bin Haji Johari @ Jahariโ
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
ุจุณู
ุงููู ุงูุฑุญู
ู ุงูุฑุญูู
ุฃูุญู
ุฏู ูููู ุฑุจูู ุงูุนุงูู
ููู ูุงูุตูููุงุฉู ูุงูุณูููุงู
ู ุนูู ุฃุดุฑูู
ุงูุฃูุจูุงุกู ูุงูู
ุฑุณูููู ูุนูู ุขููู ูุตุญุจููู ุฃุฌู
ุนููู.
Tahniah yang setinggi-tingginya kepada Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi dalam usaha menunaikan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan. Didoakan berjaya dan dikurniakan ganjaran yang setimpal di sisi ุงููู dengan rahmat-Nya.
Kaola suka membawa di bawah Tajuk SN01A โ Jabatan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi.
i. Kaola membawa berkenaan UNN yang tempoh tamat tarikih easicard DST agak singkat sehinggakan berlaku akaun sistem MBB masih banyak tetapi tempoh kad didapati dimansuhkan. Mohon tempoh mansuh kad kredit prabayar dipanjangkan; dan
ii. Sepertimana Kaola pernah cadangkan perkara ini, dan pertanyaan Kaola adakah pelan tindakan untuk membruneikan pemasaran kad kredit DST, Progresif dan PowerKad Elektrik yang Kaola maksudkan supaya peluang pemasaran hanya kepada orang kita ini sendiri kerana selama ini keuntungan dari pemasaran kad kredit ini boleh mencapai jutaan ringgit setiap bulan. Di sinilah fungsi Whole of Nation Approach yang menjadikan peluang hasil-hasil seperti ini masuk ke poket orang kita ini kerana berpuluh tahun peluang ini dimanfaatkan oleh orang lain.
Mungkin membruneikan ini kita fokus kepada belia kita ini yang berminat atau mahasiswa yang belum mempunyai pekerjaan. Ini boleh menjana sumber pendapatan yang tinggi, kita gunakan Whole of Nation Approach dengan memohon kerjasama bank-bank tempatan dengan produk-produk yang ada seperti list of credit, overdraft, advance loan dan lain-lain. Perkara ini kaola timbulkan kerana syarikat UNN bersifat GLC yang mungkin boleh sharing manfaat kepada rakyat dengan istilah sekarang ini memviral 'support orang kitani local'.
- Seterusnya di bawah Tajuk SN05A โ Jabatan Pengangkutan Darat. Kaola suka 'merista' peningkatan pelaksanaan peraturan dan undang-undang mungkin masih terdapat loophole yang mungkin ada di Jabatan Pengangkutan Darat kerana jabatan ini banyak berurusan bagi kepentingan orang ramai dan perniagaan.
Sekian terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasiโ
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Ada 3 perkara kalau kaola dapat menjawabnya. Mula-mula sekali kaola mengucapkan terima kasih atas soalan daripada Yang Berhormat Awang Haji Mohaimin tadi. Mula-mula sekali menyentuh kad caj yang disebutkan tadi itu, mungkin perkara ini walaupun dikira isu harian ataupun operational tetapi sedikit sebanyak ia membawa jua sedikit isu strategik sebenarnya dan kaola dapat menerangkan sedikit.
Pada dasarnya, kaola ingin membuat kenyataan MTIC ini melalui AITI, iaitu sebuah badan statutory yang mengawal selia perkhidmatan telekomunikasi kepada orang ramai. It means any public interest, apa berkepentingan orang ramai kita ini ia adalah menjadi concern kepada MTIC dan AITI.
Dalam hal ini, AITI menggalakkan peluang perniagaan yang meluas dari apa jua perkhidmatan-perkhidmatan ICT di negara ini. Berkaitan dengan isu top-up ataupun recharge card, yang Yang Berhormat tadi mengutarakan, ia di bawah syarikat-syarikat penyedia perkhidmatan-perkhidmatan. Meluruskan sedikit minta maaf bukannya UNN sebenarnya, UNN itu adalah penyediaan network rangkaiannya tapi sekarang ada 3 penyedia operatornya ataupun service provider yang kita ini sudah sedia maklum iaitu syarikat-syarikat Imagine, Data Stream Digital dan Progresif. UNN is more to rangkaian network.
Dalam hal ini memang AITI bekerjasama erat mengawal dan memantau juga melalui konsultasi di bawah regulatory framework ketiga-tiga syarikat ini adalah berlesen di bawah AITI dan apa jua isu-isu orang ramai bolehlah diutarakan, we have received complaints jua yang akan dikendalikan melalui SOP tertentu. Kaedah yang digunakan perundingan melalui consultative approach in other words a kind of light touch regulatory.
ุฅููู ุดูุงุกู ูฑูููููฐูู perkara ini memanglah di bawah kawalan AITI seperti Yang Berhormat nyatakan dengan membetulkannya saja sedikit. Apa jua yang dimaksudkan di bawah lesen-lesen itu memang ada syarat-syarat jika kedapatan juga sekiranya services provision itu ada affected quality of services dan sebagainya orang ramai tidak berpuas hati disebabkan unfair pricing dengan berpandukan licensing regulatory framework tertentu dan bukannya secara pentadbiran dan sebagainya we have the SOP to address this issues.
Ini juga termasuk adanya Code Of Competition yang sedang dikemaskinikan di bawah AITI dengan berkonsultasi rapat dengan syarikat-syarikat yang kaola sebutkan itu.
Mengenai perkara 2, ada Yang Berhormat menyebut mengenai localization UNN mungkin pada dasarnya kaola ingin menyatakan bahawa MTIC dan AITI adalah berperanan untuk melihat perkara-perkara dasar dan kawal selia ertinya mana yang affecting the quality of services kepada orang ramai. Kaola mohon lebih bersesuaian bagi kementerian yang berkenaan boleh menjelaskan mengenai policy localization of UNN.
Kaola rasa cadangan dan pandangan daripada Yang Berhormat Awang Haji Mohimin mengenai Jabatan Pengangkutan Darat. Memang disedari benar beberapa usaha bererusan sedang dilaksanakan untuk menambah baik, mengemas kini dan membetul-betulkan all the operational requirement of Jabatan Pengangkutan Darat dalam mukadimah tadi kaola menyebut mentransformasikan jabatan-jabatan dan is to make the services ini more transparent, telus, more governed dan saksama kepada orang ramai ุฅููู ุดูุงุกู ูฑูููููฐูู beberapa kes-kes yang terjadi non-transparent itu menyebabkan isu-isu kurang sihat, boleh berlaku tetapi, ูฑููุญูู ูุฏู ููููููฐูู dapat ditangani dan dikemas kini dan diperbaiki dari masa ke semasa seperti kaola sudah sebutkan dalam mukadimah tadi.
Sekian terima kasih.
Yang Berhormat Pengerusiโ
Terima kasih, saya difahamkan Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II suka untuk memberikan penerangan lebih lanjut.
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi IIโ
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi bagi peluang kaola menjawab soalan yang diajukan tadi Yang Berhormat mengenai caj kad yang diberikan oleh DST dan beberapa syarikat telecommunication company.
Memang sebelum UNN ditubuhkan caj kad lebih kurang competition kalau dibandingkan pada masa ini, sudah ada peranan UNN untuk menjanakan network rangkaian. Peranan DST, Progresif dan Imagine untuk competition membagi pakej-pakej yang menarik untuk mendapatkan customer dan sebagainya. Dengan sendirinya sebagaimana Yang Berhormat Menteri MTIC tadi menerangkan memang AITI ada peraturan SOPnya tetapi kaola bukan sahaja mengharapkan SOP dan authority sebagai AITI kaola menggalakkan melalui market forces supaya yang tiga-tiga syarikat itu, DST, Progresif dan Imagine dengan sendirinya ada competition dengan pakejnya makin menarik dalam masa yang akan datang. Tetapi kalau dilihat pada masa ini, Yang Berhormat bagi contoh DST kalau kitani lihat DST punya pakej 3GB untuk 30 hari kitani bayar $22, jika dibandingkan dengan negara jiran sama juga 3GB hanya untuk 3 hari, bukan 30 hari, mesti bayar $25, tinggi daripada DST. Mudah-mudahan dengan competition DST, Progresif dan Imagine kadar ini akan ikut menurun.
Usaha kitani bukan sahaja mengharapkan competition kerja-kerja UNN itu juga meningkatkan efisiensi mereka dengan sendirinya, seperti kita lihat pada tahun lepas kadar yang dibayar oleh orang ramai, subscribe sudah menurun kalau dibandingkan dengan sebelum UNN.
ุฅู ุดุงุก ุงููู UNN akan berusaha untuk terus meningkatkan productivity mereka supaya kadar yang akan dioffer kepada syarikat-syarikat DST, Progresif, Imagine akan terus dengan sendirinya DST, Progresif, Imagine itu juga akan menurunkan kadar kepada orang ramai.
Yang Berhormat Pengerusiโ
Terima kasih, sekarang saya persilakan Yang Berhormat Awang Iswandy bin Ahmad.
Yang Berhormat Awang Iswandy bin Ahmadโ
Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi.
ุงูุณููููุงู ู ุนูููููููู ู ููุฑูุญูู ูุฉู ุงูููู ููุจูุฑูููุงุชููู. Kaola ingin menyentuh 2 perkara:
-
Jabatan Penerbangan Awam diberikan peruntukan $26,600,772 juta sebagai Ahli ASEAN Single Aviation Market. Brunei mempunyai perjanjian prospektif yang dibuat antara negara serantau bagi memudahkan penerbangan-penerbangan beroperasi di semua negara ASEAN market. Kini telah berjaya melaksanakan 145 daripada 160 targeted milestone dalam Brunei Action Plan 2011-2015 ASEAN Strategic Transport Plan yang pada akhir tahun 2015, 70% antara milestone ini masih berjalan pada tahap berlainan dan selebihnya akan diteruskan oleh Kuala Lumpur Strategic Transport Plan 2016-2025. Soalan saya, apakah status pelaksanaan negara pada masa ini bagi meneruskan inisiatif rangka kerja ASEAN Aviation Market terutama sekali pada era kita menghadapi pandemik COVID-19 malah jua untuk persediaan kita ni untuk apa jua cabaran masa depan sekiranya pandemik ataupun cabaran-cabaran lain dihadapi; dan
-
Mengenai pengangkutan, perhubungan sistem pengangkutan awam. Menurut laporan ASEAN Automotive Federation (AAF) Negara Brunei Darussalam adalah satu-satunya negara anggota ASEAN yang mencatatkan peningkatan penjualan kereta dari Januari hingga November pada tahun lalu. Antara sebabnya yang diberikan ialah kekurangan perkhidmatan pengangkutan awam di negara ini.
Sebilangan bas yang dikendalikan beroperasi di Daerah Brunei Muara sahaja dan ia cuma beroperasi dari pukul 6.30 pagi hingga 6.00 petang dan itu pun tidak meliputi seluruh daerah kerana laluannya yang terhad. Begitulah juga dengan pekerja-pekerja yang datang bekerja di Negara Brunei Darussalam, terpaksa membeli kereta dan orang kita ni ingin sekali menjual kereta-kereta lama mereka, semakin banyaklah kereta-kereta terpakai yang mungkin kurang sesuai dipandu di jalan raya.
Sebagai pemikiran sahaja, sebagai konteks, jika ada antara kita ni yang hadir di dalam Dewan ini menggunakan sistem pengangkutan bas kita ni untuk datang ke mari dari rumah dan pulang nanti singgah sekejap ke kedai untuk membeli kiriman orang rumah sebelum balik, boleh dikatakan ramai yang merasa susah, itulah apa yang dirasakan oleh orang ramai kita ni, yang mahu menggunakan malah ada yang menjadi life linenya untuk mencari rezeki perkhidmatan bas kita ni ini.
Soalan-soalan saya iaitu:
i. Apakah usaha berterusan untuk pengangkutan awam yang sering kita ni sebut-sebut tetapi belum nampak benar keberhasilannya;
ii. Apakah pecahan peruntukan yang diberikan untuk Sistem Pengangkutan Awam iaitu sebanyak $21 juta dan adakah ia mencukupi untuk membaiki sistem Perkhidmatan Pengangkutan Awam kini? Jika tidak, adalah baik kini lebih serius mengenai pengangkutan awam ini dengan peruntukan-peruntukan yang lebih sesuai.
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasiโ
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Dua soalan tadi dan kaola ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Awang Iswandy bin Ahmad.
Soalan pertama tadi berhubungan dengan Jabatan Penerbangan Awam yang satu soalan strategik mengenai ASEAN Single Aviation Market (ASAM) dan kebetulan juga baru-baru ini pada bulan November lepas, kaola telah menghadiri dan mempengerusikan ASEAN Transport Ministers Meeting bagi pihak Negara Brunei Darussalam. Memang ASEAN Single Aviation Market (ASAM) ini merupakan satu-satunya isu yang sedang diperbincangkan antara semua Menteri-Menteri Pengangkutan di peringkat ASEAN. Rangka Kerja ASEAN Single Aviation Market (ASAM) untuk memberi sedikit pencerahan, ia ada 3 perjanjian utama iaitu:
- ASEAN Multilateral Agreement on Air Services (MAAS), termasuk protocol six;
- ASEAN Multilateral Agreement on the Full Liberalization of Air Freight (MAFLAFS); dan
- ASEAN Multilateral Agreement on Full Liberalization of Passenger Air Services (MAFLPAS).
ุงููุญูู ูุฏู ูููู, ketiga-tiga ini, Negara Brunei Darussalam untuk makluman juga telah meratifikasikan, we have ratified kesemua perjanjian-perjanjian ASEAN ini termasuk protokol-protokolnya yang berkenaan. Perkara ini kitani telah pun berusaha bertungkus-lumus untuk pencapaian ketiga-tiga perkara ini.
Berkenaan dengan cabaran yang dihadapi seperti yang ditanyakan/diutarakan tadi oleh Yang Berhormat, in light of penularan wabak COVID-19 ini, memang semasa mesyuarat yang kaola pengerusikan pada bulan November lepas telah membincangkan langkah-langkah dasar untuk menyokong pelaksanaan inisiatif-inisiatif dan program-program yang berkaitan dengan sektor pengangkutan di bawah ASEAN Comprehensive Recovery Framework yang telah diluluskan semasa sidang kemuncak ASEAN ke-37 oleh leaders kitani.
Antara inisiatif yang dibincangkan adalah memastikan kedayatahanan sektor-sektor pengangkutan khususnya pengangkutan udara di rantau ASEAN bagi memudahkan rangkaian pergerakan barangan ataupun kargo khususnya keperluan asas.
Pembukaan semula sektor penerbangan awam secara berperingkat dengan mengambil kira perkembangan dan keadaan semasa pandemik COVID-19 dan memudahkan cara perjalanan antara negara-negara ASEAN melalui inisiatif-inisiatif seperti pengenalan travel bubble. Perkara-perkara ini memang sedang dirundingkan dengan pelbagai pihak ataupun negara-negara yang interested to have travel bubbles dengan negara kitani.
Satu garis panduan operasi yang kaola ingin sampaikan sebelum terlupa iaitu ASEAN Wide COVID-19 juga telah disahkan pada mesyuarat pada bulan November itu, yang merupakan satu guideline ataupun garis panduan bagi negara-negara ASEAN termasuk kitani dalam menangani keselamatan penumpang dan kru serta tatacara pembersihan pembasmian kuman selaras dengan garis panduan yang dikeluarkan oleh International Civil Aviation Organization (ICAO). Inilah usaha-usaha yang sedang dijalankan pada masa ini dan we are guided by, ุฃูููุญูู ูุฏู ูููููฐูู juga melalui ASEAN Regional Guideline yang telah pun kaola sebutkan tadi.
Mengenai soalan kedua tadi yang berhubung kait dengan Public Transport System. Ahli Yang Berhormat tadi telah menyuarakan dua soalan, sub questionnya apakah usaha berterusan untuk pengangkutan awam yang belum berapa nampak?
Just memberikan pencerahan sedikit, mengikut Pelan Induk Pengangkutan Darat (Land Transport Master Plan (LTMP)) yang pada masa ini memang masih diguna pakai (current). Pelaksanaan Projek Sistem Pengangkutan Awam ini memerlukan pelaburan yang sangat tinggi sebenarnya apabila direviu semula dan bukannya at one time two years ago the plan was to have a big project whole bank but apabila direviu bersama semula dengan beberapa kementerian dan agensi yang berkenaan juga, we decided to review and we do progressive approach dan pada masa ini juga satu pemikiran juga sedang diteliti oleh pihak-pihak berkenaan jika ada sebarang pelaburan ataupun FDI mungkin diperlukan.
Namun demikian, walaupun perancangan secara long term itu masih lagi diteliti tapi pada masa ini dalam mukadimah contohnya kaola menyentuh mengenai the mention of public information system for public bus, yang sebenarnya incrementally we want to introduce enhance the bus services first.
Benar kata Yang Berhormat tadi, its not seen yet but we have started with, now we want to do incrementally and first things we can do is the low hanging fruit yang nampak yang kita ni ada technology is to us our smart devices with technology and infrastructure sudah ada ini dengan mengadakan bus information sebagai contohnya. Perkara ini sudah hampir kepada the finalization stage dan ุฅู ุดุงุก ุงููู jika tidak ada aral melintang, we hope to target the launch of third quarter of this year, ุฅู ุดุงุก ุงููู, mudah-mudahan ada. Penglibatannya yang bagus ialah:
-
We are using local talent, local company to develop the software itself;
-
Penglibatan bas-bas operator; dan
- The involvement of pihak-pihak agensi berkenaan seperti AITI turut campur mendangani dan juga Jabatan Pengangkutan Darat sebagai agensi incharge of land transport and public transport.
Menambah sedikit, penambahbaikan ini memang ุฅู ุดุงุก ุงููู juga diharapkan kepada buses operator dan pihak MITC dan JPD dari semasa ke semasa, bukan sahaja mengadakan muzakarah-muzakarah tetapi we go down and visit the bus operator to talk about macam mana pemikiran mereka jika sekiranya operator buses ini dapat ditambah baik lagi with the buses dan macam mana kita ni boleh menambah baik dari segi imejnya contohnya, to gain more positif image of the buses.
Untuk makluman bersama bus ridership maybe because of pandemic COVID-19 pada tahun lepas, menurun by half, we have annual ridership of $2,000,000.00 setahun secara purata, tapi tahun lepas because of COVID-19 itu juga kali affecting, i think its only about half of that, which is sejuta bus ridership dan apa yang lebih penting, memang ada orang kita ni yang menggunakan bas.
Gaya orang muda kita ni yang perlu jua because donโt find it glamourous thing jua but I think to make it cool to ride on the bus as Yang Berhormat menyatakan tadi itu kita ni mungkin ada isu-isu cabaran dan sebagainya tapi on the other hand there is also new destructive development but destructed innovation we call it in the form of Dart. Dart ani ia equivalent like Grab or Uber dan Dart ani it just happen 2 years ago. Dart tidak dalam LTMP in 2014/2015 dan ia merupakan satu yang membuat menjana something positive because it create income to our local setakat ini kalau tidak silap kaola just to inform about 200 local orang kitani yang menjadi dart drivers dan they provide a choice to the public, they provide kepada orang ramai kitani, in fact kaola sendiri memakai Dart jua sekali sekala.
Ganya a lot of people been using Dart untuk orang โmengagaโ orang kahwin dan sebagainya. This is the thing coming into place yang mungkin menjadi jua pilihan kepada pengangkutan awam yang ada because of investment of technology dan sebagainya.
Ia memerlukan software, ia memerlukan e-hailing applications, its not actually a taxi service, its considered as e-hailing services ertinya dalam mobile kitani seperti jua kaola tadi itu, we can do this for public transport for the public buses where you can check the bus schedule at the finger tips, this is ุฅููู ุดูุงุกู ุงููู probably one of the way explementary, ุฅููู ุดูุงุกู ุงููู. Terima kasih.
Yang Berhormat Pengerusiโ
Saya persilakan Yang Berhormat Pengiran Haji Mohamed bin Pengiran Haji Osman @ Othman.
Yang Berhormat Pengiran Haji Mohamed bin Pengiran Haji Osman @ Othmanโ
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. ุงูููุญูู ูุฏู ูููููฐูู, lebih dahulu kaola merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi atas mukadimah yang disampaikan.
ุจุณู ุงููู ุงูุฑุญู ู ุงูุฑุญูู ุงูุณูุงู ุนูููู ูุฑุญู ุฉ ุงููู ูุจุฑูุงุชูYang Berhormat Pengerusiโ
-
Kaola ingin mengetahui iaitu mengikut Akta Pos Penggal 52 memperuntukkan dan menyatakan mana-mana orang perseorangan atau syarikat yang menerima, membawa dan menghantar surat (barangan) dari 3 items hendaklah mendapatkan lesen. Jadi perbahasan kaola apakah tindakan kementerian melalui Jabatan Perkhidmatan Pos terhadap runner yang ada pada masa ini, adakah runner itu dimestikan mendapatkan lesen seperti peruntukan akta tersebut?
-
Kaola juga ingin mengetahui tentang kawal selia runner dan kaola ingin mencadangkan perlunya ada kawalan harga supaya jangan harga yang ditentukan sembarangan termasuk harga berasaskan beratnya, besar paket, termasuk standard perkhidmatan tempoh masa yang diambil untuk diserahkan dan lain-lain. Ketetapan ini adalah supaya orang ramai dapat mengetahuinya.
-
Mengenai projek pemasangan tiang bas, iaitu bas pole untuk dipasang di seluruh negara. Adakah projek ini berjalan dengan teratur dan selesai sepenuhnya bagi pemasangan tiang-tiang bas ini, jika tidak kenapa projek ini tidak siap sepenuhnya?
-
Mengenai LTMP iaitu Land Transport Master Plan menyediakan master plan ini mestinya berbelanja berjuta ringgit yang disediakan oleh konsultan yang dilantik. Pertanyaan kaola, adakah pihak Jabatan Pengangkutan Darat menggunakan sepenuhnya bagi hala tuju pengangkutan pada masa ini dan pada masa akan datang?
Sekian, Yang Berhormat Pengerusi. Terima kasih. ูู ุงูุณููููุงู ู ุนูููููููู ู ููุฑูุญูู ูุฉู ุงูููู ููุจูุฑูููุงุชููู
Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasiโ
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi dan Yang Berhormat atas 2 cadangan dan soalan tetapi kedua-duanya berkaitan.
Jadinya, soalan pertama tadi mengenai Akta Pos yang berhubung kait dengan runner. Kaola minta masa, memohon masa untuk mendapatkan maklumat dahulu. Tapi ุฅููู ุดูุงุกู ุงูููู akan menjawab soalan kedua tadi itu, yang berhubung kait dengan LTMP. LTMP ini adalah Land Transport Master Plan kaola sudah pun kongsikan secara panjang lebar jua tadi sebelum ini ada hubung kait dengan soalan sebelum ini.
Namun kaola mengambil maklum jua cadangan itu Yang Berhormat tadi. Tapi mengenai pole bus stop. Barangkali baik jua kaola kongsikan mengenai projek pemasangan bus stop sebab 2 tahun lepas ada jua kaola mengongsikan di Dewan yang mulia ini mengenai status updatenya.
Memang ada isu mengenai pelaksanaannya yang memerlukan coordination apabila pemasangan itu dibuat didapati sedang diteliti jua tapi coordination in terms of the roots dengan bas-bas operate ini dan pada masa ini secara berterusan dan pihak MITC dan JPD seperti kaola sebut jua tadi melalui sesi-sesi muzakarah ini, we try to look at the best feed model for roots ini. Apabila rootsnya ditetapkan dan only the bus stop will be put in place in that sense, namun dalam hal ini setakat ini untuk mengkongsikan lebih 483 tiang perhentian bas, actually sudah pun dipasang as promise before tapi kedudukan lokasinya itu kadang-kadang tidak terselaras dan sebagainya dan ุฅููู ุดูุงุกู ุงูููู mungkin perkara ini akan terus dirundingkan lagi dengan pihak-pihak berkenaan, Jabatan Kerja Raya, among others dan ุฅููู ุดูุงุกู ุงูููู hopefully akan dilaksanakan diteruskan semula pada tahun ini dengan ketetapan dari bus roots yang kaola sebutkan tadi.
Berbalik kepada soalan tadi mengenai runner. Yang Berhormat jua menyatakan courting mengikut Akta Pos (52). Runners ini pernah kaola membuat kenyataan bukan di Dewan yang mulia ini tetapi kenyataan semasa salah satu press conference atau sidang media yang berhubung kait dengan perkembangan COVID-19 pada tahun lepas dan ada beberapa soalan dari pihak media sama jua soalannya itu.
Mengenai runners ini regulated or not adakah ia berlesen atau inda dan adakah kalau tidak belesen ia didaftarkan atau tidak? Kalau ia didaftarkan, adakah ia dikawal selia? ุงูููุญูู ูุฏู ูููููฐูู, pada masa ini mula-mula sekali di bawah akta itu tiga perkara. Akta Pos Penggal 52 Seksyen 6A khususnya yang memperuntukkan mana-mana pihak iaitu selain Jabatan Perkhidmatan Pos untuk mendapatkan lesen bagi penghantaran surat.
Actually, pada masa ini lesen hanya diberikan kepada perkhidmatan penghantaran surat ekspres tempatan dan antarabangsa. In other words the couriers, syarikat-syarikat courier yang berdaftar di Negara Brunei Darussalam dan setakat ini yang dilesenkan di bawah MTIC sebanyak 12 buah syarikat couriers yang kaola maksudkan tadi itu dengan perkhidmatan-perkhidmatan penghantaran surat ekspres masing-masing.
Dalam hal ini, perkhidmatan runners ini merupakan satu sektor perkhidmatan pengambilan dan penghantaran barang-barang yang dikira informal sector. Mengikut good practices kalau kitani membuat comparative studies di mana-mana pun di rantau ini in fact in other countries runners ini memang is unregulated informal services sector.
Pada masa ini ia tidak termasuk dalam rangka pelesenan di bawah Akta Pos. Apa yang berlaku now di bawah AITI dan MTIC sedang meneliti semula untuk mendaftarkan saja runners ini di bawah satu rangka kerja Light Touch Regulatory because runners ini sebenarnya mempunyai the effect of ordering of parcels and barangan melalui online, e-Commerce dan sebagainya. So, in a way it is a services rendered because of the boom, an explosion of e-Commerce activities yang kitani masa ini bukan saja because of COVID-19 even post COVID-19 the new normal ini we tend to order a lot of things online pada masa ini.
Ada statistik yang kaola tidak ingat masa ini tetapi over the last three years statistics melalui Jabatan Perkhidmatan Pos merekodkan peningkatan yang signifikan dari tahun ke tahun in terms of parcels delivery berbanding dengan envelopes and small parcels or letters is decreasing. Ini memang bukannya a surprising matter but it is the trend, phenomena right now, the e-Commerce explosion. Dalam hal ini people need runners to cater for their services and needs, cuma on one hand it needs to be registered. We need to know who are the runners. Setakat ini menurut rekod kaola, ada 29 buah syarikat runners yang kitani tahu berdaftar.
So, this is something yang berdaftar that is providing rentas sempadan services or close border services yang berdaftar di bawah Jabatan Kastam dan Eksais Diraja. MTIC memang bekerjasama dengan agensi-agensi seperti yang berkenaan dan ia mengikut garis panduan juga dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri kalau kaola tidak silap. We have guidelines for the runners. But yang penting now is how to actually maintain a kind of a structured informal services sectors because the runners ini theyโre considered as informal services operators but they also need to be registered and we have to know jua perkembangannya. Inilah yang kaola dapat sampaikan. Terima kasih.
Yang Berhormat Pengerusiโ
Terima kasih Yang Berhormat. Saya persilakan Yang Berhormat Awang Naim bin Haji Kamis.
Yang Berhormat Awang Naim bin Haji Kamisโ
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
ุงูุณููููุงู ู ุนูููููููู ู ููุฑูุญูู ูุฉู ุงูููู ููุจูุฑูููุงุชููู dan salam sejahtera. Kaola merujuk di bawah Tajuk SN05A โ Jabatan Pengangkutan Darat.
ุงูููุญูู ูุฏู ูููููฐูู melalui Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya dan usaha-usaha agensi serta sektor swasta yang berkaitan telah mampu menurunkan statistik kemalangan jalan raya pada tahun-tahun sebelumnya. Tahniah dan syabas kaola ucapkan dan semoga penurunan ini akan berterusan.
Dalam hal ini, kaola ingin menyentuh mengenai tabiat pemandu yang tidak dapat dikawal lagi dalam menggunakan telefon bimbit semasa memandu. Tabiat ini semakin berleluasa pada masa ini. Kaola dan rakan-rakan sendiri melihat kejadian yang kaola rasa semacam kurangnya tindakan pemantauan dan tangkapan yang menjadikan pemandu tidak takut melakukannya. Kaola masih ingat dahulu diadakan penguatkuasaan bergerak yang dilaksanakan oleh Jabatan Pengangkutan Darat dan mana-mana kesalahan termasuk menggunakan telefon bimbit semasa memandu disebarkan di media masa dengan tujuan untuk mengingatkan pemandu yang lain untuk sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan jalan raya. Tindakan itu dapat dibuat memandangkan penggunaan telefon bimbit semasa memandu meningkatkan risiko terlibatnya dalam kemalangan.
Soalan kaola, adakah tindakan seperti ini masih berterusan? Jika sekiranya masih diteruskan, berapakah jumlah tangkapan yang dibuat sehingga kini? Terutama sekali mereka yang memandu dengan menggunakan ataupun memakai telefon bimbit, untuk orang ramai tahu sebagai peringatan. Jika dikurangkan tindakan ini kaola ingin bertanya kenapa dan adakah pendekatan lain yang dibuat yang lebih berkesan? Sekian Yang Berhormat Pengerusi dan terima kasih.
Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasiโ
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi dan Yang Berhormat atas soalan mengenai JPD. Adakah tindakan berterusan menangkap orang bertelefon bimbit semasa memandu dan sebagainya.
Dari segi statistiknya, minta maaf kaola belum dapat memberikan jawapannya tapi secara umumnya saja untuk makluman bersama memang ุฃูููุญูู ูุฏู ูููููฐูู, seperti yang kaola sebutkan dalam mukadimah tadi, penurunan kemalangan jalan raya ini bukan saja kemalangan in general menurun by more than 50% tetapi penurunan fatality yang kitani harus bersyukur jua dan ุฅููู ุดูุงุกู ุงููู dengan usaha gigih dan doa serta tawakal mudah-mudahan trend penurunan ini semakin menurun.
Apa yang berlaku memang ada dijalankan operasi-operasi ini. I know two years ago JPD mengeluarkan atau mengambil gambar orang yang menggunakan mobile ini dan kemudian dibuatkan satu, bukan dokumentari tapi deterrence programme. It's a 5 to 7 minutes programme. Tapi pada waktu yang sama ada 2 angle boleh kitani lihat. Jangan saja orang ini ditakut-takuti deterrence tapi it has to come from within apa-apa ini. It has to come from your social responsibility dan sama juga dengan kitani di sini.
ูฑููุญูู ูุฏู ููููููฐูู, pihak kerajaan telah pun bertungkus-lumus untuk menurunkan kadar kemalangan ini dan ูฑููุญูู ูุฏู ููููููฐูู, dengan kerjasama whole of nation we have a lot of support from the NGOโs, the Brunei Automobile Traders Association (BATA) and even the banking sector to do corporate social responsibility (CSR) untuk memberikan awareness of it.
It has to come within dan apa yang didapati 2 tahun yang lepas itu memang ada kesannya juga but apa yang lebih berkesan adalah melalui education supaya orang itu benar-benar menghayati apa yang sepatutnya dilakukan. You have to value your own life rather than the police to remind you and minta maaf, apabila sudah disaman banyak isu yang mengomplen mengapa ia disaman. But it doesn't have to come that way. Kitani menjadi insan yang bertanggungjawab.
Itu saja yang berlaku, memang apa-apa enforcement will have to come in. We have to ease impact yang kita perlu kita tekankan, iaitu: Education - it has to come from at the young age. Sebab itulah ูฑููุญูู ูุฏู ููููููฐูู, melalui Kementerian Pendidikan atas kerjasama kementerian tersebut is as a member of MKKJR and ูฑููุญูู ูุฏู ููููููฐูู, *we have seen here also in the syllabus dari segi kokurikulum dimasukkan dan diserapkan *road safety*.
To be responsible, dua sekolah memandu education now bukan sahaja mengajar memandu kereta tapi untuk anak-anak kitani yang baru berusia 18 tahun mengambil lesen is to know how dangerous it is, kalau kitani beberapa saat sahaja lari mata daripada memandang jalan raya. So, itโs a matter of education and of course ุฅููู ุดูุงุกู ุงูููู, enforcement atulah. Inforcement ini secara umumnya ada beberapa compound dan Kaola ada diinformasikan pada tahun lepas sahaja 2020, yang merangkumi 1,718 compound. I think a lot of work has been done, hanya deterence melalui education yang paling utama.
Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Pengerusiโ
Saya persilakan Yang Berhormat Awang Haji Ramli bin Haji Lahit.
Yang Berhormat Awang Haji Ramli bin Haji Lahitโ
ุจูุณูู ู ุงูููู ุงูุฑููุญูู ูฐูู ุงูุฑููุญูููู ู.Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.
- Kaola menyentuh Tajuk Jabatan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi iaitu mengenai pengenai pengurusan korporat. Akibat pandemik COVID-19 bermula pada awal tahun 2020 di Negara Brunei Darussalam yang memberi kesan kepada aktiviti harian antaranya memberikan cuti tanpa gaji kepada pekerja, pengusaha-pengusaha atau syarikat pula hilang pendapatan lalu pihak kerajaan memberi kemudahan bantuan kewangan atau menurunkan dan meniadakan sewa bangunan.
Soalan kaola, apakah perancangan atau bantuan yang dapat diberikan terhadap kakitangan yang hingga sekarang masih dipercutikan tanpa gaji sedangkan negara sekarang sudah melaksanakan langkah-langkah penjarakan tahap kelima? Kebiasaan baharu, Negara Brunei Darussalam yang diumumkan pada 6 Mac 2021.
- Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, seterusnya Tajuk Jabatan Pengangkutan Darat iaitu mengenai Pengurusan Strategi Dasar Pentadbiran dan Pengurusan Aset. Kaola berminat bercakap mengenai inisiatif yang berteraskan piawaian keselamatan sentiasa terpelihara dalam sektor pengangkutan melaksanakan usaha berterusan untuk menurunkan kadar kemalangan di jalan raya.
Teras ini merupakan suatu yang mesti dilaksanakan berdasarkan statistik kemalangan sebanyak 656 sepanjang tahun 2019 dan mencatatkan 12 kematian. Tetapi usaha ini tidak dapat ditangani sendirian oleh jabatan ini maka setentunya kerjasama kesiapsiagaan semua agensi lain. Soalan kaola, khusus secara jenis masalah:
i. Mengenai kejadian kenderaan yang mengalami kerosakan di tepi lebuh raya yang sempit.
i. Kejadian kemalangan pernah berlaku beberapa kali mengakibatkan kematian, ketika kerja mengganti tayar sedang dilakukan dirempuh oleh kenderaan lain menyebabkan kemalangan dan kematian. Dalam perkara ini, disarankan jabatan ini menegaskan tindakan cepat dari pihak bantuan khususnya dari pihak insurans.
ii. Masalah khusus iaitu terhadap kawasan yang sering terjadi kemalangan kenderaan di jalan dan lebuh raya yang sama berulang-ulang.
iii. Apakah perancangan ataupun prosedur penyelesaian di jalan pusing keliling yang pendek yang menyebabkan kenderaan masih berhenti di garisan kuning. Dalam hal ini, disarankan iaitu kekerapan pemberigaan sivik yang perlu dilaksanakan oleh jabatan ini menerusi taklimat, media massa, seperti menggunakan animasi TV seperti mana yang ditunjukkan pada masa sekarang iaitu panduan keselamatan berenang dan panduan pada musim hujan.
iv. Mengenai kenderaan berat luar negara khususnya trailer yang sudah berat mengangkat lagi tiga buah kenderaan berat di atas trailer berkenaan, adakah juga dikenakan bayaran setiap buah yang diangkut jika boleh disarankan supaya pengangkutan seperti ini tidak dibenarkan demi menjaga keselamatan pengguna dan kesempurnaan jalan ataupun lebuh raya negara ini dari rosak; dan
v. Mengenai pemberhentian panik kereta atau menepi di jalan-jalan yang sempit dan sesak ketika mendengar bunyi siren polis, bomba dan ambulans menyebabkan berlaku kemalangan apabila terdapat pemandu berhenti serta-merta dan menepi tidak tentu arah.
Jadi, kesimpulannya semua permasalahan di atas memerlukan panduan pemberigaan yang berterusan bukan sekadar lulus ujian memandu dari pihak sekolah memandu.
Sekian,
ูุจุงููู ุงูุชูููู ูุงููุฏุงูุฉุ ู ุงูุณูุงู
ุนูููู
ูุฑุญู
ุฉ ุงููู ูุจุฑูุงุชู
Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasiโ
Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi dan terima kasih kaola ucapkan kepada Yang Berhormat. Ada lima soalan tadi yang kaola catat hanya soalan pertama tadi, mohon maaf kaola kurang faham mengenai soalannya orang-orang yang tidak bergaji sebenarnya sektor apa kali itu. Mohon maaf, i didnt catch the question tadi.
Yang Berhormat Awang Haji Ramli bin Haji Lahitโ
Untuk penjelasan, iaitu ada di Syarikat RBA yang sekarang ini masih lagi dalam percutian tidak bergaji.
Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasiโ
Terima kasih atas penjelasan tadi, Yang Berhormat. Sehubungan dengan soalan yang berhubung kait dengan Syarikat RBA itu, kaola mohon izin barangkali rakan yang berkenaan boleh kali memberi penjelasan, Yang Berhormat Pengerusi.
Kaola terus sahaja menjawab kepada soalan-soalan lain yang empat perkara tadi dan soalan banyak merumus kepada Jabatan Pengangkutan Darat dan soalan yang kedua tadi mengenai kerosakan lebuh raya. Kalau dapat kaola boleh cantumkan iaitu emergency stopping, i can cover two questions in one time dan jua dua perkara ini.
Mula-mula sekali, sehubungan dengan emergency stopping, illegal parking dan sebagainya di sebarang jalan iaitu di road shoulder memang perkara ini banyak berlaku. Apa yang kaola telah pun sebutkan tadi kaola tidak akan panjang lebar lagi sebab kaola sudah pun menjawab tadi yang berhubung kait dengan education ini. To start from within education dari peringkat awal dari sekolah sebelum masuk sekolah memandu dan selepas sekolah memandu dan ุฃูููุญูู ูุฏู ููููููฐูู baru-baru ini menjawab kaola sahaja ringkas dalam mukadimah tadi kaola sebutkan abis kaola melancarkan to e-Book is looking after your car and knowing your car.
E-Book ini adalah untuk orang ramai sebab dengan apanya orang berikutan beberapa kejadian orang kita ini sebagai contoh ada yang tidak tahu langsung menjaga kereta ataupun faham akan keretanya ini contohnya tayarnya โsingganโ mana and so on beberapa kali ia perlu diservis di bengkel dan sebagainya dan memang berlaku perkara ini dan apa yang abiskaola dapati juga we have actually done a survey and a study berikutan beberapa kes contohnya kenderaan-kenderaan terbakar, kenderaan-kenderaan yang unnecessarilynya orang mendapat incident sebab ia tidak dijaga, dikawal (not well maintain) dan sebagainya.
Apa yang berlaku, melalui intensive education ini supaya orang perlu peka kadang-kadang ada orang unnecessarily in the survey just answer, they donโt know whether itโs time for services or so on. Perkara ini, sepertinya kaola dapat jua sedikit sebanyak ditangani at the driving school level.
ุงูููุญูู ูุฏู ูููููฐูู kaola difahamkan driving schools pada masa ini bukan sahaja mengajar syarat-syarat jalan raya, now theyโve gone value adding in terms of giving education on how to look after your car, menukar tayar macam mana, apabila berhenti macam mana, a simple lighting yang penting di jalan raya pada waktu gelap, bukan sahaja waktu gelap you have to make your car visible. Itu perkara yang penting selalu orang pun kadang-kadang terlupa dan sebagainya. On going education dan kaola mengambil baik pandangan dan cadangan itu but what is more important JPD akan bekerjasama dengan agensi-agensi yang berhubung kait di bawah MKKJR, so thereโs a team to do this.
Sehubungan dengan pusing keliling ini, sama juga isu ini di bawah penelitian MKKJR bersama dengan jabatan dan agensi yang berkenaan. Ia memerlukan penelitian dan jika ada keperluan lampu-lampu isyarat itu dipanjangkan atau dipendekkan dan sebagainya, this is within the jurisdiction of MKKJR dan pada masa ini beberapa peninjauan dijalankan secara berterusan melihat beberapa pusingan roundabouts di negara ini terutama yang menjadi hotspots kereta mendapat kemalangan dan sebagainya.
Sama juga isu yang berhubung kait dengan soalan yang terakhir, mengenai kenderaan berat. Dalam hal ini, kenderaan berat ini isu yang ุงููุญูู ูุฏู ููู semakin dapat ditangani jika kita melihat mengenai kenderaan berat we always look at statistics dan dalam 2 tahun kebelakangan ini ุงููุญูู ูุฏู ููู statistik yang melibatkan kemalangan commercial heavy vehicle menurun.
ุฅู ุดุงุก ุงููู, once ada statistiknya kaola akan mengongsikannya nanti kepada Yang Berhormat. Apa yang utama melihat keberkesanan sama ada kenderaan berat ini jika overload, 2 things will happen:
-
Merosakkan jalan raya, no doubt; dan
-
Membahayakan semua pengguna jalan raya sebab jika terlebih muatan dan sebagainya ini adalah dalam bidang kuasa Jabatan Pengangkutan Darat.
ูฑููุญูู ูุฏู ููููููฐูู dari masa ke masa kita memang ada operasi-operasi dijalankan. In fact beberapa hari yang lepas ada beberapa operasi dibuat dan apa yang berlaku sekarang offenders seperti yang disebutkan tadi, now we actually keluarkan di media syarikat-syarikat tersebut seperti deterrence is utmost supaya mereka ini jera dan sebagainya. Kenderaan berat prioriti utama di bawah MKKJR dan ูฑููุญูู ูุฏู ููููููฐูู weโre working multi agencies to address the issue of a heavy vehicles especially overloaded trucks dan sebagainya, terima kasih.
Yang Berhormat Pengerusiโ
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II.
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi IIโ
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi kerana memberi peluang untuk kaola menjawab satu soalan daripada Yang Berhormat Awang Haji Ramli bin Haji Lahit mengenai kakitangan RBA yang hingga sekarang masih dicutikan tanpa gaji.
Menjawab secara ringkas, kaola sukacita mengesahkan bahawa tidak ada kakitangan RBA yang dicutikan tanpa gaji. Itu sahaja jawapan kaola, terima kasih.
Yang Berhormat Pengerusiโ
Saya persilakan Yang Berhormat Awang Haji Abdul Wahab bin Apong.
Yang Berhormat Awang Haji Abdul Wahab bin Apongโ
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
ุงูุณููููุงู ู ุนูููููููู ู ููุฑูุญูู ูุฉู ุงูููู ููุจูุฑูููุงุชููู kaola menyentuh di bawah Tajuk SN01A โ Jabatan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi.
Kaola tertarik dengan penerangan Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi pada 8 Mac 2021 yang lalu dan mukadimah sebentar tadi. Projek Rintis Kereta Elektrik yang akan dilancarkan pada 25 Mac ini. Hasil dapatan kaola harga pasaran kereta elektrik ini masih mahal iaitu 3 ke 4 kali ganda harga daripada kereta biasa. Apa yang kaola fahami juga sesetengah negara berjaya menjual kereta elektrik kepada orang ramai dengan jumlah unit yang banyak dan menepati sasaran sebuah negara itu. Kaola percaya memang ada yang diperkenalkan seperti inisiatif dan dasar memudah cara dari pihak kerajaan dan agensi berkaitan serta kemudahan lain seperti stesen atau mengecas kereta.
Soalan kaola:
- Dengan sasaran yang telah ditetapkan, adakah perancangan MTIC dan kementerian-kementerian yang berkaitan dalam memikirkan inisiatif dan dukungan yang diperlukan bagi memudahkan orang ramai membeli dan memiliki kereta elektrik berkenaan mengambil kira harganya yang tinggi pada masa ini; dan
- Beberapa tahun sebelum ini, kaola tertarik perancangan bagi memperbaiki perkhidmatan teksi dan bas awam yang menekankan betapa pentingnya rangkaian laluan dan perkhidmatan yang konsisten dan berkesan serta harga tiket yang berpatutan.
ุงูููุญูู ูุฏู ูููููฐูู seperti apa yang kita lihat pada masa ini kita bersyukur perkhidmatan teksi yang menggunakan akaun ICT yang dipanggil โDartโ telah mendapat sambutan yang sangat baik dalam kalangan orang ramai disebabkan kadar caj yang berpatutan dan mampu menjana peluang pekerjaan dan pendapatan kepada anak tempatan termasuk lepasan graduan. Kaola mengucapkan tahniah kepada MTIC dan pegawai-pegawai yang terlibat sebelum ini yang mempunyai visi tepat dan sentiasa menjaga kesejahteraan rakyat. Walau bagaimanapun, apa yang kaola masih tertanya-tanya mengenai pelaksanaan perancangan sesi pengangkutan bas awam negara. Kaola memang tertarik dengan perancangan yang sebelum ini dengan keutamaan yang telah digariskan dan kaola percaya ia akan dapat membantu golongan yang tidak mempunyai kenderaan. Golongan yang terpaksa membeli kenderaan disebabkan oleh perkhidmatan bas awam yang tidak konsisten dan efisien dan golongan yang akan menggunakannya sebagai satu pilihan jika perkhidmatan ini berjalan dan berkesan. Sekian semoga ada pencerahan dari MTIC mengenainya.
Sekian,
ูุจุงููู ุงูุชูููู ูุงููุฏุงูุฉุ ู ุงูุณูุงู
ุนูููู
ูุฑุญู
ุฉ ุงููู ูุจุฑูุงุชู
Yang Berhormat Pengerusiโ
Sebelum Yang Berhormat Menteri yang berkenaan menjawab, saya minta supaya Yang Berhormat mencatatkan soalan yang berkenaan dan saya akan menjemput 3 orang lagi Ahli Yang Berhormat lain untuk menyuarakan soalan-soalan mereka dan esok pagi ุฅู ุดุงุก ุงููู, kita akan mendengar jawapan-jawapannya.
Saya persilakan sekarang secara cepat Yang Berhormat Awang Hanapi bin Mohd. Siput.
Yang Berhormat Awang Hanapi bin Mohd. Siputโ
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
ุจูุณูู ู ุงูููู ุงูุฑููุญูู ูฐูู ุงูุฑููุญูููู ู ุงูุณููููุงู ู ุนูููููููู ู ููุฑูุญูู ูุฉู ุงูููู ููุจูุฑูููุงุชููู dan salam sejahtera.
Kaola sukacita membawa di bawah Tajuk SN01A โ Jabatan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi.
Kaola ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas keprihatinan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi atas keprihatinan memberi kemudahan kepada penduduk luar bandar untuk sama-sama menikmati teknologi khususnya dalam komunikasi.
Seterusnya kaola membawa di bawah Tajuk SN05A - Jabatan Pengangkutan Darat. Yang Berhormat Pengerusi, pada masa ini kereta 6 tahun ke atas dikenakan caj loading sekitar 10% oleh ejen-ejen insurans. Help Loading fees dalam polisi insurans kenderaan adalah suatu fee yang membantu ejen-ejen insurans menghadapi risiko bayaran-bayaran claim insurans berlebihan bagi kereta yang menghadapi kemalangan. Contoh:
i. Ada pembeli kereta claim insurans berulang-ulang disebabkan selalu kemalangan;
ii. Kereta-kereta lama dikategorikan mempunyai spare part yang mahal; dan
iii. Pemandu-pemandu yang mempunyai tahap kesihatan yang dikategorikan mudah menjemput kemalangan.
Dari senario di atas tidak munasabah jika loading fees ini dikenakan kepada semua pembeli kenderaan yang melebihi 6 tahun kerana mungkin banyak antara pemilik itu tidak pernah claim insurans. Walau sudah berpuluh-puluh tahun membayar premium insurans dan caj ini tidak sesuai di Negara Brunei Darussalam sebab tidak ada polisi seperti di Singapura kereta melebihi 6 tahun boleh dieksport keluar negeri.
Kalau boleh dicadangkan supaya loading fees itu ditiadakan kerana agak membebankan kepada pemilik kenderaan yang tidak mempunyai pendapatan tetap atau tidak bekerja. Mohon pencerahan mengenainya.
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi, sekian, ููุงูุณููููุงู ู ุนูููููููู ู ููุฑูุญูู ูุฉู ุงูููููู ููุจูุฑูููุงุชููู.
Yang Berhormat Pengerusiโ
Saya persilakan soalan daripada Yang Berhormat Awang Haji Emran bin Haji Sabtu.
Yang Berhormat Awang Haji Emran bin Haji Sabtuโ
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
ุงูุณููููุงู ู ุนูููููููู ู ููุฑูุญูู ูุฉู ุงูููููู ููุจูุฑูููุงุชููู. Kaola terus saja menyentuh di bawah Tajuk SN05A โ Jabatan Pengangkutan Darat. Ada 3 isu yang ditimbulkan:
-
Pemberian lesen memandu kereta automatik. Dicadangkan diwujudkan pengeluaran lesen memandu bagi pemandu kereta automatik dan dicadangkan kadar bayaran disamakan dengan lesen bermotor yang lain mengikut cc;
-
Lesen memandu luar negara. Kaola ingin mengetahui sejauh mana kebenarannya warga asing memandu kenderaan yang menggunakan lesen memandu luar negara mereka dan adakah kawalan dibuat mengenainya kerana sering kita melihat pemandu-pemandu asing terlibat dalam kemalangan di jalan raya; dan
-
SIKAP (Demerit Point System). SIKAP adalah salah satu usaha kerajaan dalam langkah-langkah pembaikan yang diperkenalkan bagi memastikan pemandu kenderaan lebih berdisiplin. Kaola ingin mengetahui tahap keberkesanan SIKAP sejak ia diperkenalkan dan adakah statistik kesalahan pemandu-pemandu yang dikenakan mata demerit serta mereka yang dikenakan hukuman serta inisiatif-inisiatif jabatan kepada mereka yang bersih, berdisiplin selain pemotongan mata demerit. Sekian Yang Berhormat Pengerusi, terima kasih.
Yang Berhormat Pengerusiโ
Soalan-soalan daripada Yang Berhormat Dayang Khairunnisa binti Awang Haji Ashโari.
Yang Berhormat Dayang Khairunnisa binti Awang Haji Ash'ariโ
Kaola merujuk di bawah Tajuk SN05A - Jabatan Pengangkutan Darat:
-
Kaola merujuk kepada soalan pada tahun 2013 dan 2017 mengenai pengecualian bayaran cukai jalan bagi van jenazah sekiranya ia dapat dipertimbangkan.
-
Kaola merujuk di bawah Tajuk SN01A - Jabatan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi. Kaola ingin bertanya tentang keselarasan Digital Economy Masterplan di sektor kerajaan dan pendidikan sebagai contoh ingin mengongsikan kepada pihak kementerian apabila berhubung dengan sebuah jabatan kerajaan pada minggu lepas melalui e-mel. Pihak kaola telah diminta untuk menghantar faks sebelum permohonan dipertimbangkan.
Selain itu, apakah inisiatif yang diselenggarakan antara pihak kementerian dengan Kementerian Pendidikan dalam membantu generasi muda bergerak ke hadapan menghadapi 4th Industrial Revolution.
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusiโ
Terima kasih, saya percaya ุฅู ุดุงุก ุงููู soalan-soalan yang berkenaan akan dijawab setepatnya pada esok hari oleh Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi. Saya kira cukuplah bagi kita bersidang dalam Jawatankuasa sepenuhnya ini dan kita sekarang beralih untuk bersidang semula dalam Persidangan Majlis Mesyuarat Negara.
(Mesyuarat Jawatankuasa ditangguhkan)
(Majlis Mesyuarat bersidang semula)
Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ
Ahli-Ahli Yang Berhormat, saya tangguhkan Persidangan Majlis Mesyuarat Negara ini dan kita akan bersidang semula ุฅู ุดุงุก ุงููู pada esok hari iaitu Rabu, 24 Mac 2021 sebagaimana lazim mulai dari pukul 9.30 pagi.
(Majlis Mesyuarat ditangguhkan)
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.