HARI KE-4
๐ Masa membaca: 122 minit
๐ Bilangan kata: 24,604 kata
18HB MAC 2021โ
(Mesyuarat mula bersidang pada pukul 9.30 pagi)
Yang Mulia Timbalan Jurutulisโ
ุจุณู ุงููู ุงูุฑุญู ู ุงูุฑุญูู Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ketujuh Belas Majlis Mesyuarat Negara bersidang bagi hari yang keempat, Khamis, 4 Syaaban 1442 bersamaan 18 Mac 2021, didahului dengan Doa Selamat.
DOA SELAMATโ
Doa Selamat dibacakan oleh Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Awang Hamidon bin Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Seri Setia Haji Abdul Hamid.
Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ
ุจุณู ุงููู ุงูุฑุญู ู ุงูุฑุญูู ุงูุณูุงู ุนูููู ูุฑุญู ุฉ ุงููู ูุจุฑูุงุชู ุงูุญู ุฏ ููู kita bersyukur ke hadrat ุงููู ุณุจุญุงูู ูุชุนุงูู kerana dengan limpah rahmat dan izin-Nya jua, kita dapat hadir lagi pada pagi ini bersidang bagi hari yang keempat dalam Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ketujuh Belas Majlis Mesyuarat Negara.
Selawat serta salam ke atas Junjungan Besar kita ุณูุฏูุง ู ุญู ุฏ ุตูู ุงููู ุนููู ูุณูู kaum kerabat, para sahabat serta pengikut-pengikut Baginda yang taat lagi setia hingga ke akhir zaman.
Ahli-Ahli Yang Berhormat, pada pagi dan juga petang kelmarin, kita telah membahas Rang Undang-Undang (2021) Perbekalan, 2021/2022. Sebelum kita meneruskan perbincangan atau perbahasan itu, saya telah difahamkan bahawa Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi ingin membuat kenyataan bagi menjawab pertanyaan daripada Yang Berhormat Awang Haji Umarali bin Esung, saya persilakan sekarang Yang Berhormat.
Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasiโ
ุจุณู ุงููู ุงูุฑุญู ู ุงูุฑุญูู ุงูุณูุงู ุนูููู ูุฑุญู ุฉ ุงููู ูุจุฑูุงุชูTerima kasih, Yang Berhormat Yang Di-Pertua kerana memberi kaola kesempatan ini untuk menambah sedikit kepada beberapa soalan yang diajukan kelmarin dan bagi perkara pertama iaitu soalan yang diajukan oleh Yang Berhormat Awang Haji Umarali bin Esung.
Barangkali โbisaiโ kaola akan menyampaikan semasa sesi kaola nanti secara detailsnya. Apa yang lebih penting kaola ingin sampaikan mengenai persoalan yang berhubung kait dengan EV ataupun Electric Vehicle dan izinkan kaola menambah sedikit kepada soalan-soalan yang diusulkan oleh Yang Berhormat Awang Iswandy bin Ahmad dan juga Yang Berhormat Awang Haji Ramli bin Haji Lahit yang telah pun diusulkan pada kelmarin petang.
Dasar dan inisiatif penggunaan EV ini salah satu daripada 10 strategi utama dalam The Brunei Darussalam National Climate Change Policy (BNCCP) dan sebuah kumpulan bertindak di peringkat kebangsaan iaitu EV Task Force telah pun ditubuhkan yang diterajui bersama oleh Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan juga Kementerian Tenaga. Dalam hal ini, ุงูุญูู ูุฏู ูููููฐูู Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah memperkenankan bagi pelaksanaan satu Projek Rintis Electric Vehicle (EV) yang ุฅููู ุดูุงุกู ูฑูููููฐู akan dijalankan selama dua tahun yang akan dilancarkan pada Khamis, 25 Mac 2021 ini nanti.
Projek Rintis EV ini akan melibatkan pelbagai pihak yang berkepentingan dengan sasaran selepas tempoh dua tahun nanti, pelaksanaan projek ini ialah untuk membuat penilaian dan kajian tentang keberkesanan dan sambutan orang ramai mengenainya dan membuat apa jua tindakan-tindakan bersesuaian mencapai sasaran penggunaannya di negara ini nanti ataupun jika sekiranya adakah alternatif-alternatif lain selain EV untuk dilaksanakan dalam jangka masa panjang menjelang tahun 2035 nanti.
ุฅููู ุดูุงุกู ูฑูููููฐู, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi serta beberapa pihak kementerian yang berkenaan akan membuat satu sidang media mengenai Projek Rintis EV yang kaola maksudkan ini pada petang ini nanti.
Sekian, terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.
Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ
Terima kasih Yang Berhormat atas kenyataan tersebut. Ahli-Ahli Yang Berhormat pada petang semalam persidangan telah mula meneliti dan membahaskan Tajuk-Tajuk Jadual Bagi Rang Undang-Undang (2021) Perbekalan, 2021/2022 yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, maka bagi membolehkan kita meneruskan perbincangan dan meneliti tajuk-tajuk selanjutnya saya tangguhkan dahulu Majlis Mesyuarat Negara ini untuk kita bersidang semula di Peringkat Jawatankuasa.
(Majlis Mesyuarat ditangguhkan)
(Mesyuarat bersidang sebagai Jawatankuasa)
Yang Berhormat Pengerusiโ
ุจุณู ุงููู ุงูุฑุญู ู ุงูุฑุญูู Ahli-Ahli Yang Berhormat. Sekarang majlis ini bersidang di Peringkat Jawatankuasa sepenuhnya bagi menimbangkan Rang Undang-Undang (2021), Perbekalan 2021/2022 satu per satu yang telah pun dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II. Pada petang semalam kita sudah mula membincangkan Jabatan Perdana Menteri iaitu dalam Tajuk SA08A hingga Tajuk SA14A. Bersama saya masih lagi ada senarai Ahli Yang Berhormat yang suka untuk turut serta bagi membahaskan tajuk-tajuk berkenaan.
Saya ingin mengingatkan Ahli-Ahli Yang Berhormat sama ada di sebelah kiri atau di sebelah kanan supaya menumpukan perhatian kita sepenuhnya kepada tajuk-tajuk yang kita bincangkan, dan biarlah soalan-soalan itu ataupun kenyataan-kenyataan itu tepat dan pendek.
Masa kita berlalu dan kita tidak mempunyai masa yang banyak dalam meluluskan Rang Undang-Undang yang berkenaan ini. Saya ingatkan bahawa tempoh permulaan tahun kewangan kita sangat dekat, dari itu, saya mulakan dengan menjemput Yang Berhormat Awang Naim bin Haji Kamis. Silakan Yang Berhormat.
Yang Berhormat Awang Naim bin Haji Kamisโ
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
ุงูุณููููุงู ู ุนูููููููู ู ููุฑูุญูู ูุฉู ุงูููู ููุจูุฑูููุงุชููู dan salam sejahtera.
-
Merujuk Tajuk SA08A โ Radio Televisyen Brunei. Mengenai dengan siaran RTB. Adakah dalam perancangan RTB untuk memasukkan siaran Nasional RTB ke dalam salah satu saluran Astro. Dengan kemasukan siaran RTB ke dalam saluran Astro, sudah setentunya dapat mengatasi masalah penduduk tempatan di negara ini yang tidak dapat menerima saluran RTB yang disebabkan beberapa masalah terutama kawasan-kawasan pedalaman;
-
Merujuk Tajuk SA10A โ Jabatan Perkhidmatan Awam. Berhubung dengan skim perkhidmatan berpencen, dicadangkan dan dipohonkan supaya skim ini akan dapat dikaji semula khusus untuk dihulurkan dan diberikan kepada pegawai dan kakitangan perkhidmatan awam yang layak dan memenuhi syarat-syarat dan kelayakan iaitu bagi mereka yang telah mencapai kenaikan pangkat sebanyak tiga kali kenaikan pangkat iaitu khusus untuk pegawai dan kakitangan perkhidmatan awam Bahagian IV dan ke atas. Dengan adanya skim ini, ia akan membuat persaingan yang sihat dalam kalangan pegawai dan kakitangan perkhidmatan awam dan seterusnya boleh meningkatkan motivasi mutu kerja mereka khususnya dan prestasi kementerian dan jabatan amnya. Demikian dicadangkan dan terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteriโ
ุจูุณูู ู ุงูููู ุงูุฑููุญูู ูฐูู ุงูุฑููุญูููู ูYang Berhormat Pengerusi, kaola mohon supaya soalan berikut akan dikemukakan dulu sementara kaola menyiapkan jawabannya.
Yang Berhormat Pengerusiโ
Saya persilakan Yang Berhormat Awang Haji Mohimin bin Haji Johari @ Jahari.
Yang Berhormat Awang Haji Mohimin bin Haji Johari @ Jahariโ
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
ุจูุณูู ู ุงูููู ุงูุฑููุญูู ูฐูู ุงูุฑููุญูููู ู ุงูุณูููุงูู ู ุนูููููููู ู ููุฑูุญูู ูุฉู ุงูููู ููุจูุฑูููุงุชููู ุงููููููู ูู ุตูููู ุนูููู ุณููููุฏูููุง ู ูุญูู ููุฏู ููุนูููู ุขูู ุณููููุฏูููุง ู ูุญูู ููุฏูุ-
Saya akan membawa Tajuk SA09A - Jabatan Penerangan. Saya ingin menambah cadangan jika ia belum dilaksanakan bagi Jabatan Penerangan memberitakan usaha kerajaan ke arah Pengukuhan Maqasid Syariah. Pemberitakan penting bagi kefahaman dan pengetahuan orang ramai, kerana dengan Pengukuhan Maqasid Syariah Kebangsaan mendukung hasrat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam;
-
Seterusnya di bawah Tajuk SA10A โ Jabatan Perkhidmatan Awam. Saya ingin untuk membawa berkenaan produktiviti sektor awam dan audit tenaga manusia bagi mencapai high efficiency dalam perkhidmatan awam. Sepertimana dalam pengisian jawatan kanan yang disampaikan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri kelmarin, saya suka untuk membawa berkenaan succession planning kebangsaan yang melibatkan sektor awam dan sektor swasta. Succession planning iaitu persediaan awal: knowledge transfer, experience transfer dan technology transfer di sektor awam. Ia penting dibuat secara terperinci, sebagai contoh, setiap ketua jabatan atau pegawai kanan sekurang-kurangnya beberapa tahun yang difikirkan sesuai sebelum pegawai-pegawai bersara disediakan penggantinya yang dikira mampu untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan baik maka tidak timbul cerita isu-isu memangku.
Begitu juga dalam sektor swasta khususnya syarikat GLC dan juga bukan GLC sangatlah dituntut persediaan succession planning dengan melaksanakan technology transfer, knowledge transfer, experience transfer bagi menggantikan penjawat warga asing yang dilihat sehingga berpuluh tahun tidak digantikan dengan orang tempatan sehingga bersara pun terpaksa disambung.
Succession Planning ini juga berkenaan dengan perkara yang panas diperkatakan dalam kalangan pegawai-pegawai masa kini iaitu terdapat di kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan, freshie langsung ditempatkan di ketua bahagian melintasi pegawai lama. Ini menjadikan pegawai yang sedia ada demotivated. Freshie orang yang baharu dalam apa jua unit atau bahagian dalam mana-mana jabatan dan kementerian, walaupun ia pemegang degree, master atau PHD, tetapi dalam urusan pekerjaan dan tanggungjawab perlu mengambil masa untuk belajar dan memahami tugas dan tanggungjawab.
Sekian terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteriโ
Terima kasih Yang Berhormat Awang Naim bin Haji Kamis atas persoalan mengenai RTB.
Sebagai perkongsian bersama, memuat masuk RTB ke dalam saluran Kristal Astro memerlukan jumlah perbelanjaan yang tinggi setiap tahun. Setelah membuat beberapa penilaian, adalah lebih berbaloi jika RTB membuat perbelanjaan di dalam negeri memfokuskan kepada penerbitan program-program tempatan daripada membuat perbelanjaan bagi kos pemancaran kepada Kristal Astro.
Sebagai badan penyiaran kerajaan, RTB juga lebih memfokuskan kepada agenda kerajaan dan berbeza dengan saluran-saluran swasta yang lebih berpandukan kepada konsep komersial, rating dan menjana keuntungan. Sesuai dengan perkembangan teknologi semasa juga, RTB lebih mudah untuk diikuti pada bila-bila masa dan di mana saja berada melalui aplikasi terbaru RTBGo yang boleh dimuat turun melalui Apple Store bagi pengguna iOS dan Google Playstore bagi pengguna Android. RTBGo kini semakin disedari kewujudannya oleh masyarakat di negara ini. Jumlah yang memuat naik apps RTBGo telah menunjukkan peningkatan dari semasa ke semasa terutamanya semasa siaran langsung acara-acara kenegaraan yang boleh diikuti oleh penonton dan pendengar yang bukan sahaja di negara ini, malah dari luar negara. Dalam hal ini, RTB menaruh harapan tinggi agar RTBGo dapat diikuti oleh semua lapisan audiens, terutamanya dari golongan muda untuk mengikuti program-program yang disiarkan. Dalam pada itu, RTB sentiasa berusaha meningkatkan perkhidmatan dan persembahannya dari masa ke masa mengikut kesesuaian dan keperluan semasa. Dalam masa yang sama, RTB akan terus berusaha untuk meningkatkan network coverage ke seluruh negara melalui pemasangan gap fillers di kawasan-kawasan yang tertentu. Apa yang sama penting ialah bagi kita semua selaku rakyat dan penduduk di Negara Brunei Darussalam memberikan sokongan dan dukungan padu kepada RTB.
Terima kasih juga kepada Yang Berhormat Awang Haji Mohimin bin Haji Johari @ Jahari atas persoalan yang dibawakan tadi di bawah Tajuk SA09A - Jabatan Penerangan. Cadangan daripada Yang Berhormat tadi itu adalah baik dan perlu diambil perhatian dan saya bagi pihak Jabatan Penerangan akan menjadikannya sebagai satu hala tuju atau rujukan bagi rancangan yang akan datang. Pemberigaan topik Maqasid Syariah adalah berhubung kait dengan Wawasan Brunei 2035. Perkara ini memang menjadi perhatian.
ุงูุญู ุฏ ููู, dalam mendukung hasrat Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam khususnya dalam pemberigaan Maqasid Syariah, Jabatan Penerangan telah bersama-sama membantu memberigakan perkara tersebut melalui penerbitan berita-berita melalui akhbar Pelita Brunei. Di samping itu, Program Masyarakat Bermaklumat (PMB) yang dikendalikan oleh Jabatan Penerangan khususnya yang disasarkan bagi penduduk-penduduk kampung juga pernah memberigakan maklumat-maklumat berkenaan kepada peserta-peserta program tersebut.
ูุฅู ุดุงุก ุงููู, langkah-langkah pemberigaan yang lain juga akan diteliti dan dirancangkan untuk dilaksanakan melalui program-program kenegaraan dan kemasyarakatan dengan lebih meluas.
Mengenai Succession Planning untuk mencapai high efficiency productivity, inilah yang sebenarnya tujuan diadakan urusan program-program Flagship CSLP yang pada masa ini yang sudah beberapa tahun dijalankan iaitu Young Executive Programme (YEP), Executive Development Programme for Middle Management Officers (EDPMMO) dan Executive Development Programme for Senior Government Officers (EDPSGO). Program-program ini bertujuan melahirkan pegawai-pegawai ataupun tenaga-tenaga kerja sebagai pengisi Succession Planning yang dirancangkan bagi setiap kementerian.
Setiap kementerian sudah mengetahui akan tujuan dan perancangan mereka masing-masing iaitu setiap kementerian mesti mempunyai Succession Planning masing-masing.
Jabatan Perkhidmatan Awam telah pun menyediakan Garis panduan mengenai Rancangan Penggantian dalam perkhidmatan Awam yang dapat diakses melalui laman sesawang JPA dan telah pun melaksanakan taklimat dan bengkel kepada kementerian dan jabatan.
Terdapat pelbagai kaedah Rancangan Penggantian (RP) yang digunapakai dalam Perkhidmatan Awam, yang majoritinya kaedah pengisian jawatan secara โad-hocโ, yang juga dikenali sebagai โReplacement Planningโ.
Melalui kaedah ini, majoriti pegawai dinilai melalui jurang kompetensi pegawai tersebut dengan kompetensi yang diperlukan untuk jawatan yang lebih kanan. Pemantauan dan perancangan kapasiti terhadap pegawai berkenaan merupakan komponen penting dalam rancangan penggantian yang lebih bersistematik yang memenuhi kriteria.
Pelbagai usaha-usaha juga telah pun dilaksanakan dalam meningkatkan kompetensi-kompetensi untuk mempersiapkan pegawai-pegawai yang antara lainnya:-
- Program CSLP
- Penilaian Prestasi
Rancangan Penggantian bukanlah dibuat sebagai tugas sampingan. Kejayaannya memerlukan perhatian yang penuh, pemantauan yang berkesan dan berterusan serta dedikasi dan komitmen yang tinggi di setiap peringkat pengurusan sumber manusia dalam perkhidmatan awam.
ุงูุญู ุฏ ููู, dengan adanya cadangan ataupun penyataan yang dibuat oleh Yang Berhormat itu barangkali kementerian-kementerian sangat-sangat berterima kasih dan mengambil perhatian perkara ini dan program-program flagship ini akan sentiasa diteruskan bagi mengambil pegawai-pegawai yang boleh diketengahkan bagi menjadi pegawai-pegawai pelapis selanjutnya ุฅู ุดุงุก ุงููู.
Mengenai soalan yang pertama tadi, Yang Berhormat Awang Naim bin Haji Kamis menimbulkan skim berpencen itu, since ada bersangkut paut dengan Kementerian Kewangan dan Ekonomi, kaola memohon izin untuk mempersilakan Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II untuk memberikan penjelasan sedikit, dipersilakan.
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi IIโ
ุจุณู ุงููู ุงูุฑุญู ู ุงูุฑุญูู ุงูุณููููุงู ู ุนูููููููู ู ููุฑูุญูู ูุฉู ุงูููู ููุจูุฑูููุงุชูููYang Berhormat Pengerusi. Kaola mengambil kesempatan untuk menjawab beberapa soalan yang lain dulu.
Pertama sekali, mengenai Astro iaitu soalan yang diajukan oleh Yang Berhormat Awang Naim bin Haji Kamis. Sejak Astro dilancarkan dalam beberapa tahun yang lalu, perkara ini pernah dibincangkan dengan pihak Astro. Kalau dimasukkan channel RTB dalam Astro ini melibatkan satellite uploading programme dan dinaikkan ke satelit dan sebagainya dengan kosnya yang tinggi, maka itulah yang keputusan dari perbincangan itu dan tidak berbaloi dengan kos yang akan dibelanjai yang hingga kini belum lagi dapat dibuat.
Memang pada masa ini dengan era yang moden ini kabel TV sebagai Astro ini tidak lagi as popular kalau dibandingkan dengan 10 tahun atau 15 tahun yang lalu. Astro di negeri jiran kitani ini pun kurang sudah popular, begitu juga dalam negeri ini apatah lagi subscription makin kurang dengan sustainability Astro kabel TV ini, satu question mark pada masa yang akan datang.
Tidaklah perlu lagi kitani membangkitkan perkara ini untuk dimasukkan lagi channel RTB ke Astro. Kalau sekiranya kitani akan melihat channel RTB masa ini channel RTB go pun boleh kitani melihat channelnya. Itulah masa ini, dalam era moden kitani kalau melihat TV atau program masa ini macam-macam channel ataupun devices dapat kitani melihat program-program itu tidak semestinya mengharapkan Astro.
Satu lagi soalan mengenai Succession Planning bagi GLC. Kalau dilihat pada masa ini yang GLC di bawah Darussalam Assets pada masa ini kalau dilihat kakitangan tempatan dengan expatriate ratio pada masa ini lebih kurang 85% orang tempatan. Ada 14%-15% orang luar, kalau orang luar, kebanyakan nurses di JPMC. Itu satu usaha untuk kitani perlahan-lahan take over daripada orang luar. Ada jua sebelum ini iaitu sebelum COVID-19 kebanyakan pilot dan sebagainya di Royal Brunei dipegang oleh orang luar pada masa ini dan disebabkan oleh COVID-19 itu foreign pilot sudah menurun.
Mengenai soalan perkhidmatan awam berpencen, kalau boleh barangkali kaola akan check dulu soalan ini, kalau ada kesempatan untuk menjawab soalan itu nanti, ุฅููู ุดูุงุกู ูฑูููููฐูู.
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusiโ
Sekarang saya persilakan Yang Berhormat Awang Haji Ramli bin Haji Lahit.
Yang Berhormat Awang Haji Ramli bin Haji Lahitโ
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
ุจูุณูู ู ุงูููู ุงูุฑููุญูู ูฐูู ุงูุฑููุญูููู ู ุงูุณูููุงูู ู ุนูููููููู ู ููุฑูุญูู ูุฉู ุงูููู ููุจูุฑูููุงุชููู dan salam sejahtera. Yang Berhormat Pengerusi, kaola bercakap mengenai Tajuk SA08A dan Tajuk SA90A.
Dalam Tajuk SA08A - Radio Television Brunei dengan jumlah anggaran perbelanjaan diperuntukkan $40,413,480.00. Kaola akan bercakap khusus untuk Kod Akaun 003-001 - Perkhidmatan Teknikal / Perbelanjaan Berulang-ulang $1,978,710.00.
Telah dimaklumkan oleh sebahagian penduduk dan rakyat di negara ini bahawa Stesen Pemancar Bukit Subok dan Stesen Pemancar Andulau adalah hala antena TV ditujukan mengikut kawasan tertentu untuk mendapatkan pancaran atau gambaran TV yang terang. Peralatan lain pula selain antena ialah booster dan receiver atau SD box semua penduduk mengetahuinya, maka setentunya ada yang tidak menikmati siaran TV Brunei ini dengan gambar yang jelas dan terang sejak pertukaran dari analog ke digital TV kerana ada yang tidak mengetahui akan adanya keperluan penggunaan peralatan ini.
Jadi, dengan kegagalan mendapatkan peralatan ini, maka siaran TV Brunei tidak dapat dinikmati dan sudah tentu selamanya segala maklumat dan berita penting negara tidak dapat dikecapi. Selain itu, kerana tidak berkemampuan membeli peralatan ini, maka soalan kaola:
-
Apakah pihak RTB ada keupayaan meneruskan lagi program โbedudunโ seperti yang dilakukan oleh pegawai-pegawai dan kakitangan teknikal RTB ke Zon 2 Daerah Tutong baru-baru ini untuk memberigakan dan memperkenalkan keperluan peralatan-peralatan tersebut di atas dan memaklumkan kepada mereka, stesen-stesen pancaran mana yang sesuai hala antena ditujukan; dan
-
Peralatan-peralatan keperluan TV ini agak mahal, maka sudah tentu sukar bagi orang yang tidak berkemampuan mendapatkannya. Oleh itu, menerusi peruntukan Aktiviti Perkhidmatan Teknikal yang telah disebutkan di atas tadi, adakah boleh diagihkan sedikit secara bertahap untuk pembelian peralatan ini diberikan secara subsidi kepada mereka yang tidak berkemampuan?
Seterusnya kaola bercakap mengenai Tajuk SA09A โ Jabatan Penerangan dengan jumlah peruntukan $8,710,880.00 iaitu khusus untuk Kod 003/001 โ Program Aktiviti, Program-Program Kesedaran, Aktiviti-Aktiviti Pembelajaran dan Pengetahuan, Akaun Perkhidmatan Awam dengan Perbelanjaan Berulang-Ulang $197,240.00.
Yang Berhormat Pengerusi. Jabatan Penerangan setentunya berperanan untuk meningkatkan kesedaran sivik dalam kalangan remaja dan belia ke arah pembentukan minda, moral dan sosial yang positif serta menimbulkan semangat hidup berbangsa dan beragama.
Sehubungan itu, selain program jerayawara dan taklimat MIB, bendera negara dan lagu kebangsaan, pertandingan koir, patriotik, pentarama, adakah Jabatan Penerangan berura-ura untuk melaksanakan pendekatan menyalurkan aktiviti misalnya:
-
Menerusi menggunakan pakai telefon bimbit yang lebih kerap di tangan-tangan para remaja, belia dan termasuk juga kita warga emas. Misalnya, melaksanakan aktiviti-aktiviti pertandingan mengambil gambar-gambar bersejarah, gambar peristiwa kenegaraan, gambar kenali negara dan kampung kita ini, dan setiap gambar yang dipertandingkan ini dinyatakan peristiwa atau maklumat yang bertemakan 'kesedaran sivik'. Ia sangat mudah dan setiap remaja atau belia mempunyai peluang luas kerana tidak memerlukan kamera yang canggih, malah boleh menarik ramai remaja menyertai program ini.
-
Menerusi sukan-sukan kegemaran dengan menerapkan kesedaran moral, sosial positif, semangat kebangsaan, pembentukan jati diri dan sukan ekstrem; dan
-
Menerusi penulisan kreatif, penulisan rencana dan syarahan untuk mengasah minda, ekspresi cara berfikir dan menuangkan idea gagasan negara.
Maka dengan melaksanakan aktiviti-aktiviti ini diharap para remaja dan belia ini sekurang-kurangnya akan menjadi rakyat masa depan negara yang bertanggungjawab, tabah menghadapi cabaran, amanah, cemerlang dan produktif serta kreatif terhadap sesuatu tugas yang dibanggakan.
Sekian sahaja daripada kaola, terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteriโ
Terima kasih Yang Berhormat yang telah menyentuh mengenai RTB dan Jabatan Penerangan.
ุงูุญู ุฏ ููู apa yang telah disebut dan disentuh oleh Yang Berhormat itu pihak RTB terutama sekali dalam program โbedudunnyaโ telah pun menjalankannya tetapi disebabkan barangkali masalah-masalah masa dan ruang yang begitu terhad di samping beberapa perkara yang menyangkut dari segi program-program yang lain, maka program-program โbedudunโ itu masih lagi terhad dan perkara ini akan terus dilaksanakan mengikut kesesuaian masa dan ruang-ruang yang terdapat.
RTB sentiasa membuat perancangan bagi mengungkayahkan jerayawara dari semasa ke semasa tertakluk kepada keluangan masa dan keperluan. Pemberigaan mengenai produk, perkhidmatan RTB dan cara pemasangan juga sentiasa giat dilaksanakan menerusi radio dan TV serta media sosial.
Mengenai peralatan yang agak mahal meminta subsidi bagi yang tidak berkemampuan barangkali RTB sudah mengadakan pertolongan dengan โmengagaโ ke kampung-kampung yang tempatnya kurang jelas penerimaannya untuk memandu ataupun mengajar dan menunjukkan cara-cara penggunaan alat penerimaan itu menuju sasarannya yang betul dan tepat.
ุงูุญู ุฏ ููู bagi tempat-tempat yang telah diberikan penerangan dan pengajaran itu telah dapat menerima siaran-siaran dengan baik. Cuma, barangkali ada lagi beberapa kawasan yang belum sempat โdiagaโ dan memohon kerjasama daripada pihak Yang Berhormat ataupun ketua kampung melaporkan perkara ini kepada pihak RTB mana-mana tempat lagi yang memerlukan tunjuk ajar yang perlu dibuat.
Yang demikian barangkali tidak perlu lagi kita ni membelikan alat-alat penerimaan yang lebih sophisticated kerana seperti yang telah dikatakan penerimaan ini tergantung pada cuaca dan sebagainya dan perkara ini perlulah jua difikirkan bersama.
Adalah didapati bahawa alat penerimaan siaran televisyen RTB adalah mampu milik. Bagi yang masih menggunakan TV lama, yang tidak mempunyai built-in receiver boleh menggunakan peralatan Set-Top-Box bagi mendapatkan siaran radio dan televisyen RTB. Peruntukan yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat bagi digunakan sebagai subsidi bagi alat penerimaan siaran TV digital adalah sebenarnya diperlukan bagi kerja-kerja pemeliharaan dan pemuliharaan peralatan dan kelengkapan teknikal RTB. Setentunya peruntukan berkenaan tidak sesuai bagi maksud tersebut disebabkan dikhuatiri ianya menjejaskan perkhidmatan asas RTB.
Mengenai perancangan-perancangan Jabatan Penerangan, untuk membangunkan kesedaran sivik, patriotik, patriotisme dan sebagainya, ini satu perkara yang sangat dialu-alukan dan ุงูุญู ุฏ ููู Jabatan Penerangan memang mempunyai program-program tertentu untuk membangunkan kesedaran sivik kepada seluruh rakyat terutama anak-anak muda, anak-anak sekolah dan sebagainya dalam program-programnya yang telah berjalan sekarang ini.
Manakala program-program seperti yang dicadangkan Yang Berhormat itu akan juga dimasukkan. Untuk makluman, barangkali surat khabar rasmi kita ini โPelita Bruneiโ ada menyediakan ruang-ruang yang tertentu untuk para belia, anak-anak sekolah dan sebagainya untuk menyertai dan menyumbangkan buah fikiran mereka masing-masing baik dari segi penulisan, perancangan, cerita dan sebagainya dengan kemampuan dan kebolehan menyampaikan hasrat ataupun pandangan mereka masing-masing.
ุฃูููุญูู ูุฏู ููู, dalam usaha mengikut arus peredaran maklumat secara digital, Jabatan Penerangan telah melancarkan satu Aplikasi Mudah Alih InfoDeptBN pada 9 Mei 2017 dan terdapat dalam dua bahasa iaitu Melayu/Inggeris. Setakat November 2020, jumlah muat turun bagi pengguna telefon Android dan IOS adalah 15,600 dan 10,500 masing-masing. Selain itu, Jabatan Penerangan juga mempunyai laman sesawang dan platform-platform sosial media seperti Facebook, Instagram dan Twitter yang lazimnya digunakan untuk memberitakan maklumat-maklumat dan bahan-bahan berita dalam Negeri, termasuklah sebarang ruangan Pelita Brunei yang berbentuk pertandingan atau penulisan yang dibukakan kepada belia, remaja dan orang ramai amnya. Dengan adanya landasan digital dan online ini, tidak dinafikan lagi Jabatan Penerangan telah dapat memperluaskan lagi jangkauannya dalam mengedarkan dan memberigakan maklumat dan berita-berita dalam dan luar negeri. Mulai pelancaran laman sesawang Pelita Brunei di www.pelitabrunei.gov.bn pada 7 Julai 2008 sehingga November 2020, jumlah hits keseluruhan laman sesawang tersebut adalah 11,865,974 hits.
Saranan-saranan YB untuk mengadakan aktiviti-aktiviti dan program-program penerangan secara dalam talian itu sudah semestinya menjadi fokus utama bagi jabatan ini dalam menarik lagi keinginan dan minat para pembaca termasuk para belia dan remaja.
Ke arah penglibatan para belia dan remaja ini, rancangan-rancangan seperti (1) Pertandingan Gambar Digital sempena Tahun Mempengerusikan ASEAN 2021; dan (2) penubuhan satu platform Digital Forum untuk bertukar-tukar pendapat, cadangan dan isu dari orang awam ุฅู ุดุงุก ุงููู akan dilaksanakan dalam tahun ini. Pertandingan Gambar Digital tersebut nanti akan merangkumi beberapa kategori yang termasuk Kategori Amateur untuk memberi ruang kepada peserta yang menggunakan telefon bimbit. Pertandingan ุฅู ุดุงุก ุงููู akan diadakan pada bulan Julai 2021.
Dalam masa yang sama, Jabatan Penerangan juga merancang penjenamaan semula ruangan Lensa dalam akhbar rasmi Pelita Brunei iaitu satu pertandingan gambar digital yang akan dikhususkan kepada pelajar-pelajar sekolah.
Selain dari itu, ke arah meningkatkan lagi sumbangan dan menarik minat pembaca Pelita Brunei, Jabatan Penerangan telah pun meneliti semula ruangan-ruangan di dalam akhbar tersebut. Ruangan-ruangan seperti Cerpen, Minda Pembaca dan Puisi adalah dibukakan untuk penyertaan orang ramai dan pelbagai peringkat umur. Ruang tersebut juga memberikan saguhati kepada penulis yang menyumbangkan karyanya. ุฅู ุดุงุก ุงููู Pelita Brunei juga akan memuatkan satu lagi ruangan baharu iaitu โKarya dari kampusโ bertujuan untuk mencungkil bakat para mahasiswa, individu, kumpulan dari Institusi Pengajian Tinggi untuk menulis dan mengongsikan hasil kajian, kertas kerja penulis, aktiviti institusi, outreach program dan sebagainya.
Jabatan Penerangan mengambil baik saranan-saranan Yang Berhormat untuk menambah nilai kepada program ini dengan pertandingan yang bertemakan kesedaran sivik.
Jadi walau bagaimanapun, saranan yang telah dikemukakan oleh Yang Berhormat itu akan boleh diambil perhatian dan akan dijadikan salah satu perancangan bagi masa-masa yang akan datang bagi Jabatan Penerangan dan sebagainya.
Itu sahaja dahulu Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusiโ
Dipersilakan Yang Berhormat Awang Haji Emran bin Haji Sabtu.
Yang Berhormat Awang Haji Emran bin Haji Sabtuโ
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
ุงูุณููููุงู ู ุนูููููููู ู ููุฑูุญูู ูุฉู ุงูููู ููุจูุฑูููุงุชููู dan salam permata hijau. Saya ingin merujuk Tajuk SA11A โ Jabatan Perkhidmatan Pengurusan. Lebih dahulu, diucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada Jabatan Perdana Menteri kerana telah berjaya mengadakan Jerayawara Perkhidmatan Awam di Daerah Temburong pada 4 Mac 2021 yang lalu.
Beberapa agensi kerajaan juga turut serta mengadakan pameran semasa jerayawara tersebut dan banyak isu atau pertanyaan yang diajukan oleh kakitangan yang berkhidmat khususnya di Daerah Temburong.
Menyentuh bagi meningkatkan produktiviti perkhidmatan awam seperti yang disampaikan dalam mukadimah Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri semalam iaitu mengenai meningkatkan produktiviti perkhidmatan awam.
Seperti kita maklum penjawat perkhidmatan awam yang berkualiti tinggi merupakan aset penting terhadap kejayaan sebuah organisasi yang cemerlang dan mantap. Sifat amanah, telus, tanggungjawab dan berhemah demi kepentingan awam merupakan intipati kepada istilah integriti dan etika bagi meningkatkan produktiviti perkhidmatan awam. Pertanyaan saya ingin juga mengetahui sejauh manakah pemahaman perkhidmatan awam terhadap integriti dan etika yang dilaksanakan di sektor perkhidmatan awam.
Sejauh ini, adakah sudah dibuat penilaian mengenainya. Jika ada ingin mengetahui dapatan dari hasil kejayaan berkenaan. Di samping ini juga saya turut menyokong beberapa program tertentu mengenainya. Saya juga ingin memberikan beberapa saranan antara lain.
-
Setiap kakitangan perkhidmatan awam hendaklah diwajibkan mengikut program-program peningkatan produktiviti perkhidmatan awam yang diadakan;
-
Menambah nilai tambah kepada program-program yang sedia seperti mengadakan bengkel, kursus, jerayawara dan seumpamanya bagi meningkatkan kefahaman dan penghayatan mereka terhadap etika kerja, peraturan di tempat kerja dan seumpamanya; dan
-
Meningkatkan lebih ditekankan kepada etika kerja mengikut ajaran Islam dan menghayatinya.
Yang Berhormat Pengerusi, mungkin juga kaola ingin menyentuh salah satu daripada sebab menurunnya kakitangan perkhidmatan awam iaitu gangguan seksual di tempat kerja. Sepertimana yang disampaikan oleh salah seorang Ahli Yang Berhormat semalam.
Mengikut kajian yang diterima dari Pasukan Polis Diraja Brunei iaitu 45% di tempat kerja, gangguan seksual di Amerika Syarikat 54%, di Republik Singapura dan di negara kita 55% yang menghadapi gangguan seksual ini 75% tidak mahu melapor kes ini dan 84% tidak mengetahui adanya perlindungan undang-undang.
Dalam menangani atau sekurang-kurangnya mengurangi isu gangguan seksual di tempat kerja beberapa perkara boleh kita laksanakan:
- Pemasangan cctv di tempat kerja;
- Ruang bilik pejabat yang bersesuaian dan pintu yang bersesuaian
- Penggunaan media massa dan media cetak yang bersesuaian; dan
- Mengadakan jerayawara taklimat melibatkan pegawai-pegawai atasan secara berterusan dan menilai semula akan akta dan undang-undang peraturan mengenainya di samping kita sentiasa berpegang teguh kepada ajaran agama Islam.
Sekian terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
ูุจุงููู ุงูุชูููู ูุงููุฏุงูุฉ. ู ุงูุณูุงู ุนูููู ูุฑุญู ุฉ ุงููู ูุจุฑูุงุชูYang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteriโ
Yang Berhormat Pengerusi dan terima kasih kepada Yang Berhormat Awang Haji Emran bin Haji Sabtu mengenai persoalan-persoalan yang telah dikemukakan. Bisaitah kaola terus kepada perkara dikemukakan yang akhir ini iaitu gangguan seksual (seksual harassment) yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Dayang Khairunnisa binti Haji Ashโari semalam.
Isu gangguan seksual adalah isu global yang mempunyai potensi untuk merosakkan keharmonian sesebuah organisasi yang mengakibatkan tekanan emosi kepada pengadu yang menyebabkan hilang fokus kepada kerja atau lebih teruk lagi merasa kemurungan (stress). Isu gangguan seksual suatu yang sukar untuk didefinisikan atau diistilahkan serta melaksanakan pemantauan kerana ianya boleh disalah ertikan atau disalah gunakan bagi menjatuhkan rasa orang atau apa jua sebab.
Berkaitan dengan cadangan yang telah diutarakan oleh Yang Berhormat Awang Haji Emran bin Haji Sabtu dan Yang Berhormat Dayang Khairunnisa binti Haji Ashโari. Bagi pihak kerajaan dan sektor swasta untuk mempunyai code of conduct untuk meningkatkan kesedaran orang ramai dalam permasalahan gangguan seksual.
Jabatan Perdana Menteri melalui Jabatan Perkhidmatan Awam telah pun membuat satu inisiatif dalam penyediaan garis panduan gangguan seksual. Pada masa ini ianya adalah dalam proses penelitian lanjut bersama-sama dengan pihak-pihak yang berkepentingan dengan mengambil kira pendekatan secara proaktif dalam meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai gangguan seksual dan tata cara untuk mengelakkan risiko gangguan seksual tersebut.
Garis panduan tersebut bertujuan untuk memberikan panduan mengenai tindakan-tindakan yang perlu diambil oleh agensi berkuasa akan sebarang laporan mengenai aduan yang berkaitan. Memberikan panduan mengenai tindakan ke atas salah guna dan tindak tanduk yang tidak bertanggungjawab seperti melaporkan aduan keterangan palsu.
Garis panduan tersebut juga mengambil kira juga mensejajar akta dan peraturan-peraturan yang mengawal pada masa ini iaitu beberapa akta dan peraturan-peraturan ada diberikan. Di antaranya ialah:
-
Peraturan Am-Peraturan Am Peraturan-Peraturan Pegawai-Pegawai Kerajaan (Kelakuan dan Tatatertib), 1961, Penggal B peraturan 29 โMana-mana kelakuan seseorang pegawai yang membawa jatuhnya maruah perkhidmatan awam mestilah dilaporkan oleh pegawai yang lebih tinggi sedikit daripadanya atau oleh pegawai yang kanan di stesennya itu melalui saluran-saluran yang betul kepada Penguasa Tatatertibโ.
-
Laws of Brunei, Penal Code Chapter 22 para 509 di bawah tajuk word, gesture or act intended to insult modesty of women. Whoever, intending to insult the modesty of any woman, makes any sound or gesture, or exhibits any object intending that such word or sound shall be heard or that such gesture or object shall be seen by such woman or intrudes on the privacy of such woman, shall be punished with imprisonment for a term not exceeding 3 years and fine.
-
Ada lagi Law of Brunei Chapter 30, Minor Offences Act Part 3 para 19. di bawah tajuk indecent (indecent word).
-
Kemudian ada Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah Penggal 4 Bab 157 di bawah tajuk Perbuatan Perkara Yang Tidak Sopan semua perkara ini bertujuan untuk membendung, melarang perbuatan-perbuatan yang boleh dikatakan mengganggu ketenteraman perkhidmatan awam.
Bahagian Perkhidmatan Kaunseling Jabatan Perkhidmatan Awam setakat ini secara rasmi baru menerima kes-kes tersebut yang terhad kerana ketiadaan orang-orang yang sanggup memberikan kerjasama aduan-aduan dan sebagainya; perkara ini memang menjadi perhatian dalam peraturan-peraturan yang sedia ada.
Perkara yang lain yang dikatakan oleh Yang Berhormat mengenai produktiviti Jabatan Perkhidmatan Awam. Perkara ini diambil perhatian serius kerana Jabatan Perkhidmatan Awam telah sedia ada menjalankan kajian-kajian terhadap integriti pegawai-pegawainya dan ุฅู ุดุงุก ุงููู barangkali bila sudah ada dapatan-dapatannya itu akan dikongsikan bersama kepada Yang Berhormat nanti.
Jabatan Perkhidmatan Awam di samping kerja-kerja tersebut sedang giat menjalankan jerayawara ke daerah-daerah seperti yang berlaku di Daerah Temburong dan akan dilaratkan ke Daerah Tutong dan Belait. Perkara ini semua bertujuan untuk menerbitkan atau menambah integriti dan keupayaan pegawai-pegawai kerajaan perkhidmatan awam dalam menjalankan tugas masing-masing dan yang penting sekali ialah penekanan terhadap nilai-nilai agama apa jua langkah-langkah yang dijalankan dalam apa jua rancangan perkhidmatan awam.
Menyentuh bagi meningkatkan produktiviti perkhidmatan awam. Penambahbaikan Perkhidmatan Awam hendaklah dilihat secara โWhole of Government / Nation Approachโ dan tidak terhad kepada agensi tertentu bahkan ianya melibatkan semua warga perkhidmatan awam dan agensi-agensi kerajaan bagi memastikan kecekapan dan keberkesanan Perkhidmatan Awam.
Antara inisiatif berterusan yang dilaksanakan dalam memastikan produktiviti perkhidmatan awam ialah 3PSA sebagai pengukur tahap prestasi sesebuah jabatan kerajaan dan sekali gus membolehkan pengiktirafan atau penghargaan (melalui penarafan bintang) kepada kementerian atau jabatan kerajaan yang jelas telah berusaha dan berjaya melaksanakan urus tadbir yang terbaik. Ini setentunya akan menjana impak yang positif terhadap prestasi, produktiviti dan kualiti penyampaian perkhidmatan jabatan-jabatan tersebut.
Impak positif 3PSA terhadap Perkhidmatan Awam adalah termasuk menggalakkan pendekatan results oriented dan persaingan sihat antara agensi kerajaan; Meningkatkan motivasi dan mendorong budaya kerja berpasukan warga perkhidmatan awam; dan memberi penghargaan dan pengiktirafan secara formal kepada agensi kerajaan yang telah menunjukkan tahap tadbir urus yang terbaik (good governance).
Sehingga tahun kewangan 2019/2020, Jabatan Perkhidmatan Pengurusan telah melaksanakan penilaian formal terhadap 26 jabatan kerajaan dan secara keseluruhannya, secara purata, pencapaian 26 jabatan yang telah dinilai ialah di tahap memuaskan (52%).
Berkaitan integriti atau etika di sektor awam. Nilai-nilai dalam Rukun Akhlak Etika Kerja (RAEK) Perkhidmatan Awam hendaklah sentiasa diperkukuhkan dan dipelihara bagi menjamin keberkesanan urus tadbir di setiap peringkat organisasi serta limpahan positif kepada pelanggan luaran dan dalaman melalui kecemerlangan perkhidmatan yang disediakan.
Penjawat awam seharusnya mempunyai nilai, etika dan disiplin diri dalam melaksanakan tugasan seharian. Pada masa ini, perkhidmatan awam mempunyai Rukun Akhlak dan Etika Kerja yang memuatkan 11 ciri rukun akhlak dan etika kerja yang menyeluruh yang diasaskan kepada nilai-nilai yang ditentukan oleh agama Islam dan ianya merangkumi aspek tata kelakuan dan nilai-nilai yang lazimnya menjadi amalan dalam sesebuah organisasi.
RAEK memang sudah dipraktikkan dan seterusnya diberigakan melalui program Induksi Perkhidmatan Awam. Program Kursus RAEK Perkhidmatan Awam menyasarkan penyertaan Bahagian II ke bawah termasuk kalangan pemimpin berpotensi iaitu pegawai-pegawai yang diasuh dalam Program Eksekutif Muda (YEP) turut dilaksanakan secara berterusan setiap tahun. Penghayatan mengenai RAEK juga akan dilaratkan sepenuhnya kepada peringkat pegawai atasan/pemimpin (Bahagian I) melalui Program Kursus Penerapan Etika melalui Kepimpinan Organisasi yang bakal dilaksanakan dalam sedikit masa lagi. Di samping itu, permohonan-permohonan mengadakan in-house training diterima daripada jabatan dan kementerian juga menunjukkan kesungguhan jabatan dan kementerian untuk memberi kesedaran dan mengamalkan RAEK di jabatan dan kementerian masing-masing.
Pihak Jabatan Perdana Menteri mengambil perhatian akan perkara yang dibangkitkan dan pendekatan yang lebih tegas akan diambil dengan kerjasama agensi-agensi berkenaan.
Ke arah itu, dalam usaha untuk memperkukuhkannya โ cadangan bagi mengenalkan garis panduan bagi Code of Conduct di Kementerian-Kementerian akan dibincangkan dengan lebih lanjut bersama pihak-pihak berkenaan.
Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi IIโ
Yang Berhormat Pengerusi, kaola ingin merujuk balik semula kepada soalan dan cadangan yang diajukan oleh Yang Berhormat Awang Naim bin Haji Kamis mengenai Skim Pencen dikaji semula untuk dihulurkan kepada pegawai dan kakitangan perkhidmatan awam yang sudah mencapai kenaikan pangkat sebanyak 3 kali khususnya dalam Bahagian IV ke atas.
Mula-mula kaola kurang faham dengan soalan ini kerana sebenarnya TAP satu skim pencen juga barangkali apa yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat Awang Naim itu barangkali pencen yang sebelum ini dihulurkan kepada pegawai dan kakitangan perkhidmatan awam sebelum TAP ditubuhkan.
Barangkali perkara ini bagi orang ramai dalam perkhidmatan awam suka dengan Skim Pencen yang sebelum TAP itu tapi sejak TAP ditubuhkan pada tahun 1993, apa yang penting masa ini untuk kitani meneliti cara untuk memperbaikkkan lagi Skim TAP itu, tidak dapat lagi kitani kira berbalik-balik lagi ke skim lama dan sebagainya. Dengan cadangan untuk dihulurkan Skim Pencen sebelum ini bagi pegawai dan kakitangan sudah mencapai kenaikan pangkat 3 kali ini, mungkin satu cadangan boleh subject to abuse, so itulah seperti yang kaola sampaikan dalam kertas pembentangan Rang Undang-Undang. Pada masa ini, Skim TAP dalam penelitian, apa yang penting kitani mesti meneliti sehalus-halusnyalah. ุฅู ุดุงุก ุงููู kalau berjaya Skim TAP yang masa ini diteliti dengan Lembaga Pengarah dan Pengurusan TAP itu, kalau berjaya ia akan diumumkan kepada orang ramai dalam masa terdekat, ุฅู ุดุงุก ุงููู.
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusiโ
Saya persilakan Yang Berhormat Awang Hanapi bin Mohd. Siput.
Yang Berhormat Awang Hanapi bin Mohd. Siputโ
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
ุจูุณูู ู ุงูููููู ุงูุฑููุญูู ููฐูู ุงูุฑููุญููู ู ุงูุณููููุงู ู ุนูููููููู ู ููุฑูุญูู ูุฉู ุงูููููู ููุจูุฑูููุงุชููู dan salam sejahtera. Yang Berhormat Pengerusi, kaola sukacita membawa Tajuk SA10A โ Jabatan Perkhidmatan Awam. Seperti yang dimaklumi, bahawa masih terdapat jawatan open vote dalam jabatan kerajaan. Perkara ini pernah diusulkan oleh rakan sejawat pada tahun 2017 yang lalu. Jawatan ini adalah bersifat sementara sahaja dan bukan bersifat establish post. Kaola mengusulkan jika boleh jawatan open vote ini direviu balik dan apakah implikasinya jika jawatan open vote ini ditiadakan dan ditukar menjadi jawatan tetap. Sekian disampaikan dan terima kasih.
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteriโ
Yang Berhormat Pengerusi.
Perkhidmatan Open-vote adalah jawatan yang telah disokong untuk dilantik ke dalam Perkhidmatan bergaji bulan setelah berkhidmat sekurang-kurangnya 5 tahun dalam Perkhidmatan bergaji hari tertakluk kepada memenuhi syarat-syarat yang ditentukan.
Perkhidmatan Open-vote bukanlah jawatan tetap dari peruntukan Gaji Kakitangan (Establishment Post). Ianya adalah di bawah peruntukan lain-lain Belanja Tahunan Yang berulang-ulang.
Berkaitan dengan cadangan Yang Berhormat terhadap kakitangan Open Vote untuk ditetapkan antara tindakan yang telah pun dilaksanakan adalah seperti berikut:
-
Kertas kerja berkaitan dengan pengemaskinian skim-skim perkhidmatan bagi jawatan Gaji Hari dan Open Vote telah disediakan.
-
Antara cadangan yang akan diterokai adalah bagi memberi peluang perkembangan kerjaya kepada kakitangan dalam perkhidmatan Gaji Hari dan Open Vote untuk diserapkan ke dalam skim-skim tetap yang berkenaan. Ini mengambil kira beberapa aspek utama seperti pengalaman dan tempoh perkhidmatan serta kesesuaian kelayakan akademik.
Kaola juga menjemput Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II mengenai open vote ini, silakan.
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi IIโ
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Mengenai isu open vote pada masa ini Kementerian Kewangan dan Ekonomi sedang berbincang dengan Jabatan Perkhidmatan Awam untuk mengatasi isu open vote ini kerana open vote masa ini bukannya establish post, sudah lama-lama, jadi siapa dalam open vote itu berbeza daripada pegawai dan kakitangan lain. So perkara ini dalam penelitian, ุฅู ุดุงุก ุงููู kalau berjaya akan diubah suai. Terima kasih.
Yang Berhormat Pengerusiโ
Saya persilakan Yang Berhormat Awang Haji Abdul Wahab bin Apong.
Yang Berhormat Awang Haji Abdul Wahab bin Apongโ
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. ุจุณู ุงููู ุงูุฑุญู ู ุงูุฑุญูู ุงูุณูุงู ุนูููู ูุฑุญู ุฉ ุงููู ูุจุฑูุงุชู dan salam sejahtera. Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kaola menyentuh Tajuk SA10A โ Jabatan Perkhidmatan Awam. Izinkan kaola menyentuh beberapa perkara:
-
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sentiasa menekankan aspek kerohanian dan agama dalam perkhidmatan awam. Sejauh manakah kursus-kursus pembangunan eksekutif yang dikendalikan oleh JPA menerapkan perkara ini.;
-
Masih kedengaran sebahagian jabatan-jabatan kerajaan menghadapi kekurangan tenaga kerja tetapi sebahagian yang lain melebihi keperluan. Sejauh manakah peranan SPA atau JPA memantau dan menyelaras perkara ini.; dan
-
Sejauh manakah keselarasan dan keberkesanan penganugerahan biasiswa luar negara dengan keperluan negara. Difahamkan ramai yang masih menganggur disebabkan tidak ada peluang pekerjaan setelah menamatkan pengajian termasuk mereka yang menerima biasiswa bagi pengajian di luar negara. Cadangan kaola, penganugerahan biasiswa perlu diselaraskan dengan keperluan sebaliknya mereka diikat bekerja dengan kerajaan setelah tamat pengajian.
Sekian,
ูุจุงููู ุงูุชูููู ูุงููุฏุงูุฉุ ู ุงูุณูุงู
ุนูููู
ูุฑุญู
ุฉ ุงููู ูุจุฑูุงุชู
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteriโ
Terima kasih Yang Berhormat.
- mengenai aspek-aspek kerohanian yang disentuh. Memang menjadi dasar dan langkah Jabatan Perkhidmatan Awam dan juga jabatan-jabatan yang ada dalam kementerian-kementerian untuk menerapkan aspek-aspek kerohanian kepada siapa jua anggota-anggota perkhidmatan awam untuk lebih menghayati dan membekalkan mereka dengan pegangan-pegangan keagamaan yang kuat dan teguh sepertimana yang dihasratkan oleh negara apatah lagi perkara ini telah dititahkan sendiri oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
Perkara ini ุฅู ุดุงุก ุงููู, akan dipantau dan dikuatkan lagi pelaksanaannya dengan kerjasama semua pihak Whole of Nation Approach dan Whole of Government Approach terutama sekali kementerian-kementerian yang mempunyai pegawai-pegawai yang ramai dan sebagainya.
ูฑููุญูู ูุฏู ููููููฐูู, sejauh yang telah dijalankan dalam apa-apa juga kursus dan seminar yang dilaksanakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam, kerjasama dari pihak yang berkenaan terutama universiti-universiti kitani di Negara Brunei Darussalam ini terutama Universiti Islam Sultan Sharif Ali yang selalu dibawa bersama dalam apa-apa juga program perkhidmatan awam untuk memasukkan atau menyalurkan fahaman-fahaman atau pegangan keagamaan kepada peserta-peserta.
Perkembangan kerohanian sememangnya merupakan salah satu aspek utama yang ditekankan oleh pihak Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam khususnya melalui penerapan 11 ciri yang digariskan dalam โRukun Akhlak Etika Kerja Perkhidmatan Awamโ.
Perkara ini turut diterapkan dalam pelaksanaan program-program eksekutif di bawah projek Civil Service Leadership Pipeline (CSLP).
Modul-modul dalam program-program eksekutif yang antara lain bertujuan untuk membentuk perkembangan kerohanian mengikut peringkat-peringkat tertentu adalah seperti berikut:
- Kerja itu ibadah;
- Penerapan integriti di tempat kerja - Nilai-nilai murni melalui Melayu Islam Beraja;
- Rukun akhlak & etika kerja memartabatkan perkhidmatan awam;
- Islamic governance;
- NGO awareness;
- Community work;
- Perennial; challenge; amanah & integrity;
- Operational ihsan.
Selain itu, peringatan bersama berkaitan nilai-nilai murni dalam kepimpinan yang dituntut oleh agama Islam juga secara konsisten ditekankan kepada para peserta program dalam ucapan-ucapan semasa majlis-majlis berkaitan program-program berkenaan.
- Dalam memastikan keberkesanan penggunaan sumber tenaga manusia, JPA memastikan adanya pemantauan dilaksanakan di setiap agensi kerajaan dengan melaksanakan 'Self-Manpower Auditing'. Dengan yang demikian, perancangan dan keperluan tambahan tenaga kerja adalah teratur berasaskan kepada keperluan dan bukannya pembaziran. Mana-mana permohonan tambahan atau pengurangan jawatan melalui kaedah 'trade-off' perlu dihadapkan terlebih dahulu ke Jabatan Perkhidmatan Awam bagi memastikan perancangan tenaga manusia yang optimum.
Bagi memudahkan pemantauan dilaksanakan dengan bersistematik, JPA telah pun menyediakan borang-borang pemeriksaan Struktur Organisasi setiap agensi kerajaan termasuk pemeriksaan setiap tenaga kerja (perjawatan, tugas dan tanggungjawab). Pemeriksaan bukan terhad kepada kementerian dan jabatan di bawahnya, bahkan jua setiap bahagian-bahagian dan unit-unit dengan kaedah hybrid approach iaitu pemeriksaan top-down dan bottom-up.
ุฃูููุญูู ูุฏู ูููููฐูู, dari bulan Januari hingga 15 Mac 2021, empat (4) Kementerian telah pun diberikan taklimat pelaksanaan pengauditan untuk diperiksa. Pada masa ini, jabatan/bahagian di bawahnya telah pun menjalankan penilaian untuk diteliti kedudukan struktur organisasi dan sumber tenaga manusia di dalamnya. Maka di peringkat JPA penilaian berasaskan kepada keperluan dan risk-assessment kedudukan agensi kerajaan akan dilaksanakan sejurus pemeriksaan dilaksanakan.
Dalam memastikan keberkesanan fungsi dan penyampaian kualiti perkhidmatan adalah menjadi tanggungjawab setiap kementerian dan jabatan di bawahnya untuk mengadakan satu bahagian/unit (sekurang-kurangnya) khususnya dalam pengurusan, perancangan dan perkembangan sumber tenaga manusia yang berbentuk complementary kepada Bahagian Pentadbiran di setiap kementerian/jabatan.
- Mengenai dengan penganugerahan ke luar negeri ini, perlu diselaraskan dengan kehendak ini. Perkara ini memerlukan satu penelitian daripada semua pihak yang terlibat terutama sekali Kementerian Pendidikan, Kementerian Hal Ehwal Ugama dan juga Jabatan Perdana Menteri sendiri dalam mengukur dan apa yang perlu dibuat terhadap anugerah-anugerah tersebut supaya ia selaras dengan apa yang dikehendaki.
Walau bagaimanapun, kalau kitani sekat-sekat mungkin akan mengurangkan motivasi kepada pelajar-pelajar untuk mempertingkatkan lagi keazaman mereka untuk memperolehi kejayaan. Perkara ini perlu juga kitani bincangkan dan fikirkan bersama, biar seimbang, jangan berat sebelah atau jangan mengakibatkan satu pihak atau bahagian yang akan berkurangan. Jadi perkara ini perlu diperhatikan dan dibincangkan dengan pihak-pihak yang berkenaan.
Terima kasih.
Yang Berhormat Pengerusiโ
Saya persilakan Yang Berhormat Awang Haji Umarali bin Esung.
Yang Berhormat Awang Haji Umarali bin Esungโ
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
ุจูุณูู ู ุงูููู ุงูุฑููุญูู ูฐูู ุงูุฑููุญูููู ู ุงูุณูููุงูู ู ุนูููููููู ู ููุฑูุญูู ูุฉู ุงูููู ููุจูุฑูููุงุชูููdan selamat sejahtera. Kaola sukacita bercakap mengenai Tajuk SA08A โ Radio Televisyen Brunei. Sejak Radio Televisyen Brunei (RTB) beralih ke sistem digital pada tahun 2009, banyak perkembangan yang telah pun dicapai terutama sekali ke arah meluaskan siaran RTB kepada pengguna.
Kini siaran RTB sudah boleh dilihat melalui telefon bimbit secara atas talian dan internet. Sehubungan dengan itu pula ingin tahu apakah ada kajian dan penilaian telah pun dibuat bagi mengenal pasti bahawa siaran RTB telah pun tercapai seperti keramaian penonton khususnya penduduk Negara Brunei Darussalam dan yang kedua juga kualiti siaran dan rancangan TV dan menambah baik siaran dan perkhidmatan.
Sekian,
ููุจูุงูููู ุงูุชูููููููููู ููุงููููุฏูุงููุฉู . ูู ุงูุณูููุงูู
ู ุนูููููููู
ู ููุฑูุญูู
ูุฉู ุงูููู ููุจูุฑูููุงุชููู
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteriโ
Terima kasih Yang Berhormat mengenai siaran TV seperti yang telah disuarakan tadi. Perkara-perkara yang bersangkut paut dengan penyiaran ataupun siaran-siaran RTB dapat dicapai ataupun lihat oleh sesiapa sahaja terutama di Negara Brunei Darussalam ini dan memang sudah masanya siaran RTB adalah siaran yang utama bagi kitani di Brunei ini, ganya kitani sendiri yang tidak mahu melihat ataupun tidak mempunyai kesedaran patriotisme dalam siaran-siaran terbitan sendiri.
Usaha-usaha RTB untuk memastikan liputan rangkaian akan dipertingkatkan melalui pemasangan-pemasangan peralatan yang dinamakan repeaters and gap fillers di beberapa kawasan yang memerlukan dalam memastikan siaran yang lebih accessible kepada penduduk-penduduk, pihak RTB sentiasa melawat ke kawasan-kawasan pedalaman untuk memastikan network coverage sampai dan menangani dalam masalah-masalah teknikal yang telah dialami oleh penduduk-penduduk kampung, program ini masih dijalankan.
Walau bagaimanapun, orang awam dialu-alukan untuk memberi sebarang maklumat untuk makluman bersama. Siaran TV termasuk RTBGo boleh mencapai international audience sejajar meningkatkan atau mengembangkan scope audience, di mana-mana audiensnya dengan hanya memerlukan rangkaian internet dan ia boleh diakses melalui mobile devices seperti laptop, telefon bimbit, tablet dan sebagainya.
RTB termasuk RTBGo juga dapat mengekalkan audiens lama dan baharu. Masa ini, audiens RTB termasuk RTBGo sudah mencapai 381,857 pengguna/audiens di luar negeri dan dalam negeri.
Kajian audiens sentiasa dilaksanakan pada setiap tahun dengan tujuan untuk mengenal pasti sambutan dan maklum balas orang ramai mengenai kualiti siaran dan perkhidmatan RTB. Dari hasil dapatan kajian tersebut beberapa penambahbaikan telah pun dapat dilaksanakan oleh pihak RTB seperti pemilihan rancangan, penerbitan program-program tempatan, masa siaran dan seumpamanya.
Dengan adanya RTBGo juga dapat memudahkan orang ramai untuk mengakses RTB di mana-mana saja melalui platform dalam talian. Statistik dari Data Analytics RTBGo bulan Februari 2021 juga membuktikan capaian audiens semakin meningkat dari dalam dan luar negara yang mana setakat ini telah mencapai audiens seramai 404,146.
RTB mengalu-alukan lebih banyak penglibatan orang ramai untuk menyertai kaji selidik RTB ini. Penyertaan lebih ramai responden akan memberikan bayangan lebih jelas tentang kedudukan dan status sebenar RTB dalam pelbagai aspek. Kajian Audiens adalah merupakan salah satu rujukan utama untuk merancang dan melaksanakan langkah-langkah pembaikan dan pembisian khususnya jika ada persaingan dengan stesen-stesen penyiaran yang lain.
Terima kasih.
Yang Berhormat Pengerusiโ
Saya persilakan Yang Berhormat Awang Haji Tahamit bin Haji Nudin.
Yang Berhormat Awang Haji Tahamit bin Haji Nudinโ
Terima kasih Yang Berhormat. Ada 11 persoalan dan soalan akan dibacakan.
Yang Berhormat Pengerusiโ
Jangantah banyak kali. Soalan itu dikecilkan sahaja barangkali. Kalau terlampau banyak jadi orang pun susahkan menjawab. Sekiranya kita mahu ada venue lain, yang lain daripada majlis kitani ini, abiskita bawa soalan-soalan yang ditimbulkan dengan cara everyday need (keperluan harian), anak-anak kampung dan seumpamanya itu boleh biskita kemukakan dalam perjumpaan-perjumpaan biskita ataupun kalau sekiranya biskita ada keyakinan yang kukuh, ada soalan-soalan yang mesti dijawab ataupun perlu mendapat jawapan boleh terus kepada menteri yang berkenaan, tidak menjadi masalah. Kitani di sini berhadapan dengan keperluan kitani untuk meluluskan bajet ini. Sekali lagi, saya minta dan sekali lagi saya nyatakan bahawa keperluan kitani sangat mendesak. 1 April 2021 bermulanya tahun kewangan kitani.
Kalau tidak lulus susah sedikit pegawai kerajaan tidak bergaji barangkali, macam mana gaya kitani. Jadi itulah saya minta, biskita pun tidak mendapat elaun, jadi saya mintalah kalau sekiranya biskita bekerjasama 'lakaskantah' bajet tahun ini barangkali, ุฅู ุดุงุก ุงููู kalau tahun hadapan bolehlah dipanjang-panjangkan mesyuarat. Masa kitani terdesak dengan keadaan masa yang memerlukan kitani membuat keadaan seperti ini. Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteriโ
Kaola ingin menambah sedikit Yang Berhormat Pengerusi kalau boleh apa-apa soalan itu bolehlah terus serahkan kepada pihak kaola untuk kaola membuat tindakan-tindakan selanjutnya. Terima kasih.
Yang Berhormat Awang Haji Tahamit bin Haji Nudinโ
Terima kasih.
Yang Berhormat Pengerusiโ
Yang Berhormat Awang Haji Tahamit bin Haji Nudin, saya berikan 3 soalan sahaja. Jangan kita putus asa yang kami tidak memberi kesempatan kepada kita.
Yang Berhormat Awang Haji Tahamit bin Haji Nudinโ
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
- Cadangan penambahbaikan risalah dalam bidang penyelidikan. Kaola mencadangkan agar diberikan penambahbaikan terhadap cetakan risalah supaya lebih kelihatan menarik agar dapat menggalakkan para pembaca yang pada masa kini yang lebih banyak menggunakan bahan elektronik seperti handphone, i-pad dan laptop. Berdasarkan keadaan semasa, cetakan perubahan mengikut kepada trend semasa dan mengikut garis panduan green environment. Selain bahan cetakan hard copy, ia perlu didigitalisasikan sejajar dengan green environment pada masa kini dan supaya ia akan mudah diakses oleh semua golongan sama ada di pejabat, institusi-institusi pendidikan mahupun di tempat-tempat persendirian.
Selain itu, kaola juga mencadangkan agar pihak kerajaan akan dapat mengurangkan promosi menggunakan poster dalam bentuk hard copy. Sebagai alternatif setiap promosi berkenaan aktiviti dan program Jabatan Penyelidikan dapat dihebahkan melalui e-mel, facebook, perkhidmatan SMS, whatsapp dan melalui laman sesawang atau portal tertentu ;
- Program jabatan dihebahkan secara live streaming melalui channel atau platform tertentu yakni Jabatan Perkhidmatan Awam. Kaola mencadangkan agar program-program pihak kerajaan akan dapat disalurkan melalui radio secara live streaming atau melalui sosial media seperti Facebook dan Instagram.
Status Facebook dan Instagram perlu diupdate dalam waktu yang sama selaras dengan program jabatan-jabatan kerajaan mengikut jadual satu-satu program. Sekiranya program sesuatu jabatan hanya diwartakan secara bertulis atau melalui siaran radio, siaran tv sahaja kemungkinan sesuatu maklumat yang ingin disampaikan tidak mencapai objektif sesuatu Jabatan Perkhidmatan Awam; dan
- e-Penyata Gaji jabatan (Jabatan Perkhidmatan Awam). Kaola ingin mencadangkan agar pihak yang berkenaan akan dapat meningkatkan prestasi capaian sistem e-Penyata Gaji dan laporan mengenainya terutama pada minggu menerima gaji kerana sistem perkhidmatan sering perlahan dan bermasalah pada waktu-waktu tersebut.
Selain itu, aduan mengenai e-Penyata Gaji atau pencen perlu diwujudkan portal mengenainya agar memudahkan golongan yang berkenaan mengakses menghantar sebarang pertanyaan dan permasalahan yang dihadapi. Ini juga secara tidak langsung akan dapat membantu memudahkan urusan pihak kerajaan dalam menangani masalah kakitangan, penerimaan gaji, elaun dan yang seumpamanya. Sekian terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteriโ
Terima kasih Yang Berhormat mengenai perkara-perkara bersangkut paut dengan Jabatan Perkhidmatan Awam, RTB dan Jabatan Penerangan tentang penambahbaikan pencetakan risalah dan sebagainya agar lebih menarik. Perkara ini sentiasa dalam pemikiran dan berjalan terus dari semasa ke semasa dan ุฅููู ุดูุงุกู ูฑููููฐูู pandangan-pandangan itu juga akan diambil perhatian.
Promosi-promosi dalam hard copy akan dikurangkan tetapi masih perlu dijalankan bagi memastikan maklumat masih dapat diberikan kepada golongan sasaran seperti warga emas dan luar bandar. Di samping itu, landasan bagi pemberigaan maklumat dan promosi juga telah dilaksanakan melalui media umum seperti laman sesawang, aplikasi mudah alih, live stream dan sebagainya. Dalam pada itu, keberkesanan pemberigaan maklumat ditambah nilai agar masyarakat dapat lebih mudah memahami dengan menggunakan format infografik dan e-poster.
Mengenai e-Payment gaji ุฅููู ุดูุงุกู ูฑููููฐูู ianya tergantung pada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II akan menjawab.
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi IIโ
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Mengenai dengan e-Payment, e-Gaji Slip dan sebagainya. Pada masa ini tiada e-Penyata Gaji tapi sepertimana yang kaola sampaikan kelmarin pagi, ada satu sistem dilaksanakan oleh Kementerian Kewangan dan Ekonomi bekerjasama dengan Jabatan Perdana Menteri iaitu Sistem Pengurusan Sumber Manusia Perkhidmatan Awam.
Dalam sistem ini, ุฅููู ุดูุงุกู ุงูููู kalau sudah siap nanti tidak lagi akan memakai hard copy payment gaji slip dan sebagainya, memang pakai e-Payment, e-Gaji Slip, sama juga bagi kakitangan untuk memohon cuti dan sebagainya dapatlah memohon melalui online dalam sistem ini. Tidak lagi perlu menghantar borang dan sebagainya. Itulah beberapa langkah untuk mengurangkan hard copy ataupun kertas-kertas.
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusiโ
Terima kasih. Ahli-Ahli Yang Berhormat, cukup sekian kitani membahaskan Tajuk SA08A hingga SA14A. Maka tajuk-tajuk ini sekarang saya undi. Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju untuk diluluskan, sila angkat tangan.
(Semua Ahli mengangkat tangan tanda bersetuju)
Terima kasih.
Yang Mulia Timbalan Jurutulisโ
Tajuk SA08A hingga SA14A - Jabatan Perdana Menteri dijadikan sebahagian daripada Jadual. Jabatan Perdana Menteri bagi Tajuk SA16A hingga Tajuk SA26A.
Yang Berhormat Pengerusiโ
Ahli-Ahli Yang Berhormat, mesyuarat Jawatankuasa beralih kepada Tajuk SA16A hingga Tajuk SA26A - Jabatan Perdana Menteri dan jabatan-jabatan di bawahnya. Saya persilakan Yang Berhormat Dayang Nik Hafimi binti Abdul Haadii.
Yang Berhormat Dayang Nik Hafimi binti Abdul Haadiiโ
ุจูุณูู ู ุงูููููู ุงูุฑููุญูู ููฐูู ุงูุฑููุญููู ู ุงููุณููููุงู ู ุนูููููููู ู ููุฑูุญูู ูุฉู ุงูููููู ููุจูุฑูููุงุชููู Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Kaola membawa Tajuk SA21A - Pejabat Peguam Negara, Kod Akaun 002-000 - Perkhidmatan Undang-Undang Kepada Kerajaan. Dalam pelaksanaan kerajaan untuk menjalankan projek-projek kemajuan menaik taraf dan lain-lain, kecekapan jangka masa projek dan proses pentadbiran akan memberi kesan kepada penyampaian atau delivery. Pejabat Peguam Negara menjalankan peranan sebagai peguam kerajaan dan kaola difahamkan proses mereviu kontrak kelulusan perlu dibuat melalui Pejabat Peguam Negara. Kaola mengambil maklum yang dari semasa ke semasa pengisian tenaga kerja adalah satu cabaran untuk meneliti kontrak dalam masa yang tersekat.
Sehubungan itu, kaola ingin mencadangkan bagi Pejabat Peguam Negara untuk bekerjasama dengan pengamal undang-undang dari sektor swasta. Bagi pengurusan kontrak yang berulang-ulang, seperti contoh kontrak renewal ataupun kontrak yang standard. Ini membolehkan maklum balas kepada kementerian-kementerian akan lebih efisien dan membuka lebih banyak peluang di bawah industri perkhidmatan atau services industry. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteriโ
Terima kasih Yang Berhormat mengenai menaik taraf ataupun mereviu kontrak-kontrak apa-apa saja perancangan yang diselenggarakan dan perkara ini adalah satu perkara yang mungkin akan memakan masa kerana sifatnya sebagai undang-undang maka ia tentu akan memerlukan penelitian dan kajian yang terperinci supaya jangan nanti apabila sudah peraturan ataupun kontrak itu ditandatangani tiba-tiba didapati loop hole yang boleh menjadikan perkara itu tidak dapat dijadikan sebagai satu rujukan yang boleh dipegang. Walau bagaimanapun, perkara ini akan dirundingkan bersama pihak Pejabat Peguam Negara dalam meneliti kontrak-kontrak yang telah dijalankan itu.
Dalam pada itu, adalah kurang jelas mengenai apa khususnya yang dimaksudkan dengan bekerjasama dengan pengamal undang-undang sektor swasta bagi urusan kontrak berulang-ulang atau kontrak standard.
Projek yang berulang-ulang, seperti pembelian beras, pada lazimnya menggunakan standard contract yang telah disediakan atau diteliti oleh Pejabat Peguam Negara untuk kementerian-kementerian atau jabatan-jabatan yang berkenaan. Kontrak-kontrak sedemikian bolehlah digunakan berulang-ulang tanpa perlu dihadapkan kepada Pejabat Peguam Negara jika hanya perbezaan spesifikasi seperti kuantiti yang dibeli. Walau bagaimanapun, kontrak-kontrak tertentu perlu disediakan atau diteliti khususnya oleh Pejabat Peguam Negara kerana perkara-perkara yang berkenaan mungkin adalah sulit atau rahsia.
Penyumberan luar perkhidmatan undang-undang atau outsourcing of legal services bolehlah dipertimbangkan. Walau bagaimanapun, pihak kerajaan perlu menyedari bahawa penyumberan luar atau outsourcing perkhidmatan sedemikian memerlukan peruntukan belanjawan (budget allocation) sedangkan perkhidmatan yang diberikan oleh Pejabat Peguam Negara tidak memerlukan peruntukan belanjawan kerana tidak ada bayaran yang dikenakan oleh Pejabat Peguam Negara kepada pihak kementerian atau jabatan yang berkenaan.
Terima kasih.
Yang Berhormat Pengerusiโ
Saya persilakan Yang Berhormat Awang Haji Mohimin bin Haji Johari @ Jahari.
Yang Berhormat Awang Haji Mohimin bin Haji Johari @ Jahariโ
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
ุจุณู ุงููู ุงูุฑุญู ู ุงูุฑุญูู ุฃูุญู ุฏูููููฐูู ุฑูุจูู ุงูุนูฐููู ูููู ููุงูุตููููุงุฉู ููุงูุณููููุงู ู ุนูููู ุฃูุดูุฑููู ุงูุฃูููุจูููุงุกู ููุงููู ูุฑูุณููููู ููุนูููู ุงูฐููู ููุตูุญูุจูู ุฃูุฌูู ูุนููู.Saya membawa Tajuk SA16A - Jabatan Mufti Kerajaan. Seperti yang sama-sama kita ketahui Jabatan Mufti Kerajaan terdapat banyak manuskrip lama yang sangat tinggi nilainya.
-
Apakah ada SOP yang diguna pakai bagi memastikan manuskrip yang didapatkan daripada luar negara benar-benar asli jika ia dinyatakan asli?; dan
-
Adakah Jabatan Mufti Kerajaan terdapat pakar-pakar conservation kertas yang diperlukan untuk pemuliharaan kertas-kertas manuskrip yang sangat tinggi nilainya itu?; dan jika ada perancangan Jabatan Mufti Kerajaan mengeluarkan fatwa berkenaan hasil daripada mana-mana jua pendapat yang bersumber daripada pelanggaran peraturan dan Undang-Undang Negara Brunei Darussalam?
Sekian terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteriโ
Terima kasih Yang Berhormat mengenai Jabatan Mufti Kerajaan iaitu manuskrip-manuskrip lama dari segi penilaiannya memang ada satu badan khas untuk meneliti dan menilai manuskrip-manuskrip lama yang didapati, diserahkan ataupun dihadiahkan kepada pihak Jabatan Mufti Kerajaan dan biasanya manuskrip-manuskrip lama yang terdapat di Jabatan Mufti Kerajaan manuskrip hasil koleksi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang dengan sendirinya perkara ini membawa pengertian kitani bahawasanya manuskrip itu yang diakui tulen dan betul. Pakar-pakar di bahagian manuskrip ini terdiri daripada orang-orang yang telah lama berkecimpung dalam melihat dan menilai manuskrip-manuskrip ataupun bahan-bahan yang telah dibawa kepada Jabatan Mufti Kerajaan terutama di Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah yang baru ditubuhkan baru-baru ini dan masalah-masalah pelanggaran dari segi ketulenan, kesahihan ataupun authenticity setiap manuskrip itu menjadi perkara puncak bagi Jabatan Mufti Kerajaan untuk menelitinya dan perkara ini selalu dirujuk kepada pakar-pakar yang tertentu baik dalam mahupun luar negeri.
Jabatan Mufti Kerajaan pada hakikatnya tidak memiliki manuskrip sebagaimana yang dipersoalkan apa lagi dalam bilangan yang banyak. Ada kemungkinan yang dipersoalkan itu ialah manuskrip milik Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah yang dahulunya di bawah kendalian Jabatan Mufti Kerajaan dan sekarang di bawah kendalian/pentadbiran Jabatan Perdana Menteri.
Menyentuh tentang keaslian manuskrip sewaktu di bawah kendalian Jabatan Mufti Kerajaan dahulu beberapa manuskrip telah pun dikaji oleh beberapa pakar ahli akademik. Kajian tersebut dibentangkan dalam Seminar Manuskrip Sempena Majlis Ilmu. Semua pengkaji tidak adapun menimbulkan keraguan keasliannya apatah lagi untuk mengatakan ketidakasliannya.
Adapun tentang kerja-kerja konservasi ketika di bawah kendalian Jabatan Mufti Kerajaan, kerja-kerja tersebut adalah dilakukan dengan kerjasama dari pihak Jabatan Muzium-Muzium.
Manuskrip dan bahan-bahan artifak telah mula dipindahkan dari Jabatan Mufti Kerajaan ke Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah (BKISHHB) mulai 22 Ogos 2019.
Adapun cadangan mengeluarkan Fatwa berkenaan hasil daripada mana-mana pendapatan yang melanggar peraturan-peraturan dan undang-undang Negara Brunei Darussalam adalah cadangan yang samar, kerana perkara yang menyalahi peraturan dan undang-undang itu adalah pelbagai seperti rasuah, mencuri, rompak, pecah amanah dan seumpamanya. Adalah lumrah perkara-perkara seperti itu telah diketahui kedudukannya dari sudut hukum kerana fatwa mengenainya telah banyak dikeluarkan bahkan undang-undang negara mengenainya juga telah pun disediakan. Maka apa yang diminta untuk dikeluarkan fatwa itu adalah tidak jelas dari sudut mana yang dimaksudkan kerana fatwa itu sendiri sifatnya menjawab permasalahan yang dibangkitkan dan permasalahan itu tertentu bukannya umum. Sekiranya betul-betul memerlukan fatwa terhadap isu-isu tertentu adalah lebih teratur menghadapkan terus permasalahan tersebut ke Jabatan Mufti Kerajaan untuk mendapatkan fatwa mengenainya. Terima kasih.
Yang Berhormat Pengerusiโ
Ahli-Ahli Yang Berhormat saya kira tidak ada lagi Ahli-Ahli yang ingin untuk membahaskan Tajuk SA16A hingga Tajuk SA26A maka tajuk-tajuk ini sekarang saya undi. Yang bersetuju sila angkat tangan.
(Semua Ahli mengangkat tangan tanda bersetuju)
Terima kasih.
Yang Mulia Timbalan Jurutulisโ
Tajuk SA16A hingga Tajuk SA26A - Jabatan Perdana Menteri, dijadikan sebahagian daripada Jadual. Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri, Tajuk SC01A.
Yang Berhormat Pengerusiโ
Saya telah difahamkan bahawa Menteri Pertahanan II belum dapat menghadiri mesyuarat ini kerana ia mempunyai tugas yang lain. Maka sekarang kita berpindah kepada Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri. Sebelum tajuk ini saya bukakan untuk dibahaskan saya ingin memberi peluang kepada Yang Berhormat Menteri untuk membentangkan penerangannya berhubung dengan hala tuju dan penyediaan belanjawan yang disediakan bagi Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri. Silakan Yang Berhormat.
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Luar Negeri IIโ
ุจูุณูู ู ุงูููู ุงูุฑููุญูู ูฐูู ุงูุฑููุญูููู ู ุงูุณูููุงูู ู ุนูููููููู ู ููุฑูุญูู ูุฉู ุงูููู ููุจูุฑูููุงุชููู dan selamat pagi.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi sekali lagi memberi peluang bagi kaola menyampaikan mukadimah di Dewan yang mulia ini. Dalam pada itu, kaola ingin mengambil kesempatan ini untuk mengongsikan fokus-fokus utama Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dalam pembentangan Belanjawan Tahun 2021-2022 dan juga inisiatif-inisiatif kementerian ini.
Yang Berhormat Pengerusi. ุงูููุญูู ูุฏู ูููููฐูู setelah meneliti sepenuhnya keperluan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri kaola ingin memaklumkan peruntukan yang diperlukan adalah berjumlah $122,268,43.00 bagi Tahun Kewangan 2021-2022 dan ini bolehlah dibahagikan kepada tiga bahagian utama seperti yang akan kaola terangkan:
- Sejumlah $42,100,186.00 untuk Gaji Pegawai-Pegawai dan Kakitangan.
- $20,863,490.00 untuk Perbelanjaan Berulang-Ulang.
- $9,304,367.00 untuk Perbelanjaan Kemajuan RKN.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, selain daripada meneruskan usaha meningkatkan hubungan bersama negara-negara sahabat serantau mahupun antarabangsa serta juga selaku wakil kesemua agensi Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di luar negeri mahupun perantara bagi perwakilan-perwakilan asing yang berada di dalam negeri serta juga menawarkan bantuan-bantuan consular, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri. Pada tahun ini juga akan menumpukan perhatian kepada kerja-kerja selaku Pengerusi ASEAN. Apa yang dilihat dunia kini telah berubah sejak negara kita mempengerusikan ASEAN terakhir pada tahun 2013
Di samping itu, dari semua cabaran yang telah dihadapi oleh ASEAN sejak ia ditubuhkan lebih 53 tahun yang lalu seperti SARS, H1N1, krisis kewangan, krisis tenaga dan krisis bekalan makanan ataupun food security. Akan tetapi ASEAN tidak pernah menghadapi cabaran-cabaran yang disebabkan oleh COVID-19. Impak COVID-19 serantau dan antarabangsa adalah meluas bukan sahaja dari segi kesihatan awam atau public health. Ia juga amat ketara mendatangkan kesan-kesan terhadap sosial dan ekonomi negara serantau ataupun antarabangsa yang sangat mendalam
Ia juga menunjukkan kelemahan-kelemahan dalam sistem komuniti ASEAN yang merentasi ketiga-tiga tiang ataupun ASEAN pillars iaitu di Community Political Security, Community Economics, Community Social Cultural dan juga sektor ASEAN. Oleh yang demikian, pada sidang kemuncak ASEAN pada hujung tahun lalu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah menitahkan bahawa tema Pengerusi ASEAN pada tahun ini ialah; 'We Care, We Prepare, We Prosper',
Tema ini bertujuan memberi fokus kepada hal ehwal kesejahteraan rakyat ASEAN, merebut peluang dan bersedia dalam menangani cabaran masa depan dan juga menekankan peranan rakyat ASEAN dalam meningkatkan kerjasama dalam ketiga-tiga tiang ASEAN ataupun ASEAN pillars yang kaola nyatakan tadi serta bersama menuju kemakmuran sebagai sebuah rantau yang bersatu.
Tambahan juga, tema pengerusi ASEAN pada tahun ini selaras dengan tema Belanjawan Negara Brunei Darussalam Bagi Tahun Kewangan 2021/2022 iaitu 'Ke Arah Pembangunan Sosioekonomi Yang Resilien'. Jadinya apakah maksudnya ketiga-tiga dalam erti kata tema yang tersebut dengan menggunakan sifat keprihatinan ASEAN. Negara Brunei Darussalam dan negara-negara anggota ASEAN yang lain akan berusaha untuk membantu antara satu sama lain dalam meneruskan inisiatif-inisiatif yang membawa faedah kepada rakyat.
Ini termasuk usaha-usaha dalam memajukan pemulihan serantau berikutan pandemik COVID-19 secepat mungkin yang mana selaras dengan ASEAN Comprehensive Recovery Frame Work. Jika tahun 2020 adalah tahun berebut-rebut mencari sungkup muka, tahun 2021 adalah tahun berebut-rebut mencari vaksin pula.
Oleh yang demikian, penting bagi ASEAN untuk mendapatkan akses kepada vaksin yang selamat dengan harga yang berpatutan dan juga tepat pada masanya menerusi salah satu dana ASEAN COVID-19 Respond Fund yang telah menerima sumbangan dari dalam dan luar ASEAN. Memandangkan cabaran-cabaran geopolitik yang tidak menentu di samping negara-negara besar di sebelah barat berlumba-lumba mendapatkan vaksin amatlah sukar bagi negara-negara anggota ASEAN untuk menangani impak COVID-19 secara bersendirian. Tetapi secara kolektif dan bersatu kita dapat memberi impak yang lebih besar.
Di samping itu, kita juga perlu memberikan perhatian yang mendalam iaitu dari segi psychology atau kesihatan mental yang tidak sahaja dialami oleh orang ramai termasuk juga belia-belia dan juga kanak-kanak kerana isu-isu seperti tempoh kuarantin yang panjang ataupun berbalik-balik dan juga bentuk penyekatan dan penutupan yang berulang-ulang. Jadi menjaga kesihatan dan kesejahteraan rakyat adalah satu usaha jangka masa panjang ASEAN ke arah membina sebuah komuniti ASEAN yang berjaya.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.
Dalam perkara ini pandemik COVID-19 ini juga mengemukakan perubahan pada cara hidup kita semua. Misalnya, kelas sekolah dan mesyuarat berpindah dari bilik darjah dan bilik mesyuarat ke platform dalam talian yang secara maya.
Dalam perkara ini ASEAN akan berusaha untuk membantu rakyat untuk menyesuaikan diri dan berkembang dalam norma baharu ini. ASEAN akan memberi tumpuan terhadap sumber daya manusia dan pembangunan modal insan serta memastikan bahawa rakyat akan bersedia pada masa hadapan melalui peningkatan ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk menyesuaikan diri dengan arus perubahan global yang pantas. Ini bukan sahaja kerana wabak COVID-19 tetapi juga oleh perkembangan teknologi seperti 4th Industrial Revolution.
Secara amnya Negara Brunei Darussalam melalui ASEAN akan melaksanakan pelbagai inisiatif yang membolehkan negara-negara ASEAN lebih bersedia dan memastikan tindak balas yang lebih berkesan dan memelihara kesejahteraan rakyat masing-masing khususnya ketika menghadapi sebarang krisis dan bencana di masa akan datang. Justeru itu, dalam usaha memupuk sebuah komuniti ASEAN yang prihatin Negara Brunei Darussalam berhasrat untuk menubuhkan satu mekanisme di peringkat ASEAN dan orang awam akan dapat menyalurkan sumbangan derma secara langsung berikutan bencana-bencana yang berlaku di rantau ini.
Pada masa yang sama kita juga perlu siap siaga dengan langkah bagi membolehkan kita mencapai pemulihan dan pertumbuhan mampan yang berterusan dalam mengukuhkan kedayatahanan sosioekonomi negara.
Inisiatif seperti ASEAN Travel Corridor Arrangement Framework akan dapat memudahkan essential business travel di rantau ini dengan harapan ia dapat mempercepatkan pemulihan ekonomi serantau. Penubuhan ini adalah sebagai kesinambungan kepada usaha-usaha ke arah reciprocal green lanes yang sudah sedia ada pada masa ini.
Memandangkan rantau ini bergantung besar terhadap pelancongan, pelaburan dan perdagangan asing, ASEAN Travel Corridor Arrangement Framework adalah salah satu usaha kita untuk pulih daripada kesan wabak COVID-19. Di samping itu juga Negara Brunei Darussalam akan mengetengahkan peranan belia dalam kalangan ASEAN, belia-belia yang berusia antara 15 hingga 34 tahun dianggarkan berjumlah sekitar 213 juta. Ia merupakan sebahagian besar daripada jumlah penduduk di rantau ini. Oleh itu, terdapat potensi bagi para belia untuk bertindak sebagai ejen pada perubahan agents of change.
Dari sudut Community Political Security ASEAN, salah satu usaha adalah meningkatkan peranan belia dalam agenda keamanan dan keselamatan ke arah memupuk rasa kebersamaan (togetherness) dalam kalangan belia serta menanam rasa penghargaan atas keamanan dan kestabilan yang dinikmati. ุฅููู ุดูุงุกู ุงูููู kesedaran atas peranan belia dapat mendorong perbincangan antara para belia dan pihak kerajaan mengenai isu-isu penting melalui pertukaran pandangan, amalan terbaik dan berkongsi mengenai pengalaman dasar.
Keadaan yang tidak selamat akan menjejaskan perniagaan serta keyakinan pelabur dan menghalang pertukaran orang (exchange of people). Kita tidak mahu rantau kita dianggap sebagai rantau yang lemah di landscape economy global. ASEAN akan terus berusaha untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan sebagai keutamaan bagi rantau ini.
Dalam hala tuju ini, penting bagi ASEAN terus ditadbir dengan regional architecture berasaskan peraturan rules based dan undang-undang antarabangsa yang akan memberi manfaat kepada semua.
Oleh yang demikian, sebagai Pengerusi ASEAN, Negara Brunei Darussalam akan bekerjasama rapat dengan negara-negara anggota yang lain serta rakan-rakan dialog ASEAN dalam memastikan ikatan dan perpaduan yang menegakkan ASEAN Centrality. Semua ini diharapkan akan dapat direalisasikan bagi mencapai pembangunan komuniti ASEAN yang berdaya tahan dan makmur.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.
Dalam meneruskan usaha pendekatan yang melibatkan seluruh negara (whole of nation approach) kementerian ini menyeru kerjasama orang ramai, pihak kerajaan dan juga swasta agar sama-sama berganding bahu dalam menyokong dasar luar negara dan juga negara kita sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini.
Keutamaan dan deliverables yang kaola sebutkan itu hanyalah sebahagian sahaja dan terdapat juga deliverables seperti segi ekonomi, sepertimana yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan dan Ekonomi II yang akan dimajukan di bawah komuniti ekonomi ASEAN melalui Kementerian Kewangan dan Ekonomi dan juga Community Social Cultural ASEAN. Secara keseluruhannya, keutamaan dan deliverables yang akan dimajukan pada tahun ini akan dapat dimanfaatkan oleh rakyat Negara Brunei Darussalam, menyumbang kepada kesejahteraan rakyat dan pembangunan negara dan seterusnya dimanfaatkan bersama dengan negara-negara ASEAN yang lainnya.
Ia juga selaras dengan usaha-usaha kita melalui pelaksanaan blueprint, pelan-pelan induk dan pelan-pelan strategik yang dikeluarkan seperti economic blueprint, digital economy masterplan dan dasar belia negara bagi meningkatkan kualiti kehidupan rakyat dan penduduk dengan sebaik-baiknya termasuk juga dalam merealisasikan Wawasan Brunei 2035 untuk generasi yang akan datang.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Melalui pejabat-pejabat perwakilan di luar negara, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri akan bertindak terhadap situasi kecemasan yang boleh membahayakan keselamatan rakyat Negara Brunei Darussalam di luar negara iaitu bencana alam, kekacauan awam atau perang dan juga seperti penularan pandemik COVID-19 pada masa ini.
Oleh yang demikian, penting bagi semua rakyat dan penduduk tetap Negara Brunei Darussalam di luar negara atau yang ingin ke luar negeri untuk mendaftarkan diri ke dalam System e-Register di laman web Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri ataupun dengan pejabat perwakilan yang terdekat. Ini akan memudahkan bagi pihak pejabat-pejabat perwakilan di luar negara untuk berhubung dengan mereka semasa dalam keadaan kecemasan tempat mereka berada.
Manakala jenis bantuan konsular yang sedia diadakan seperti mengeluarkan visa di luar negara, sijil kecemasan jika kehilangan pasport, bantuan kepada rakyat yang ditangkap di luar negeri dan membantu membawa jenazah ahli keluarga rakyat yang meninggal dunia di luar negara kembali ke tanah air.
Kementerian ini juga ingin menekankan bahawa perkhidmatan-perkhidmatan seperti membantu mencari kerja di luar negara, bantuan dalam hal-ehwal kehakiman seperti pertikaian komersial, membayar atau menjamin pembayaran bil hotel, menyediakan perkhidmatan penterjemahan atau jurubahasa tidak dapat dihulurkan oleh perwakilan Negara Brunei Darussalam di luar negara.
Dalam perkara ini Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri sentiasa menggalakkan orang ramai untuk mendapatkan insurans perjalanan atau insurans perubatan sebelum melakukan perjalanan ke luar negeri. Ini juga untuk menjamin kesejahteraan dan keselamatan rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam semasa di luar negara dan sebagai persediaan jika berlakunya sebarang kecemasan, kemalangan yang memerlukan perbelanjaan yang tinggi dan di luar jangkaan.
Dalam situasi COVID-19, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan agensi-agensi kerajaan yang lain yang telah berusaha dengan gigih untuk membantu warganegara Brunei Darussalam yang berada di luar negeri yang ingin pulang ke tanah air. Untuk makluman Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, kementerian ini telah menghadapi beberapa isu yang rumit semasa proses penghantaran pulang warganegara kita terutamanya di negara-negara yang Negara Brunei Darussalam tidak menubuhkan ataupun tidak ada pejabat-pejabat perwakilan.
Di sinilah kementerian ini menggunakan dan mengambil manfaat melalui persahabatan akrab negara kita dengan negara-negara rakan lain dengan memohon bantuan mereka untuk membawa balik warga negara kita. Sebagai timbal balik negara kita membalas jasa baik dengan menawarkan bantuan dalam penerbangan kita sendiri kepada negara-negara rakan yang lain.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, sekian sajalah yang dapat peramba/kaola/saya jelaskan mengenai bidang tugasan dan hala tuju Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri buat tahun ini dan tahun-tahun yang akan datang.
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
ูุจุงููู ุงูุชูููู ูุงููุฏุงูุฉุ ู ุงูุณูุงู
ุนูููู
ูุฑุญู
ุฉ ุงููู ูุจุฑูุงุชู
Yang Berhormat Pengerusiโ
Terima kasih Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II berkenaan belanjawan yang dibentangkannya tadi yang penerangannya adalah cukup jelas dan terperinci. Maka tajuk ini saya bukakan untuk dibahaskan. Saya persilakan Yang Berhormat Dayang Nik Hafimi binti Abdul Haadii.
Yang Berhormat Dayang Nik Hafimi binti Abdul Haadiiโ
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Saya ambil baik mukadimah yang baru disampaikan oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II dan juga keterangan atas perbelanjaan kementerian dan juga deliverable sebagai Pengerusi ASEAN 2021.
Saya merujuk soalan dan cadangan di bawah Kod Akaun 001-000 - Pengurusan Pentadbiran dan Perancangan Dasar dan lebih khususnya kepada Perancangan Dasar. Sebagai frontliner dalam arena antarabangsa Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri memang menanggung banyak perhubungan dengan negara-negara lain dan juga pertubuhan-pertubuhan yang tertentu.
Dalam kebanyakan perhubungan ini secara bilateral, multilateral dan melalui MoU dan lain-lain. Saya ingin mengetahui 2 perkara:
-
Impak pelaksanaan MoU ataupun perjanjian untuk meningkatkan status negara sebagai preferred partner; dan
-
Untuk MoU atau perjanjian dua hala adakah kementerian bercadang untuk mengambil stock take di bawah perlaksanaanya dalam keadaan norma baharu?
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Luar Negeri IIโ
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat atas pertanyaan tersebut.
Barangkali pertanyaan soalan yang pertama mengenai impak pelaksanaan MoU sebagai preferred trade partner memang dari segi Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri sebagai coordinator dan juga perantara antara agensi-agensi kerajaan di negara ini bersama dengan di negara-negara sahabat yang lain.
Jadi, dari segi pelaksanaan MoU ataupun penandatangan MoU-MoU berkenaan dengan negara-negara yang diadakan hubungan dua hala tertakluk kebanyakannya kepada spesifik MoU yang agensi-agensi sudah mempunyai keinginan. Jadinya seperti MoU bersama pertubuhan dengan kerjasama belia dan sukan, kerjasama dalam perdagangan tertakluk kepada Kementerian Kewangan dan Ekonomi. Isu-isu MoU ataupun perjanjian yang ditandatangani adalah di antaranya mengenai memudahkan pelaburan ataupun bilateral investment treaty dan sebagainya. Impak pelaksanaannya itu memanglah diteliti dari semasa ke semasa tetapi lebih berkenaan dengan agensi-agensi yang berkenaan.
Walau bagaimanapun, adakalanya kalau belum ada MoU yang menjurus kepada sesuatu area of interest, kemungkinan semasa satu lawatan ataupun satu lawatan kerja ataupun state visit ia akan dicadangkan. Ini untuk membuka jalan saja. Jadinya membolehkan kedua belah pihak menerusi agensi-agensi berkenaan untuk memulakan perbincangan dan sekiranya ada interest daripada pihak-pihak swasta ataupun pihak-pihak yang berkenaan untuk melabur ataupun untuk membuat perdagangan, masa tersebut digunakan untuk meneliti sekiranya perlu mengadakan satu MoU. So MoU is only signed if both countries agreed to either participate ataupun untuk memulakan kerjasama dalam bidang-bidang tersebut.
Mengenai soalan yang kedua, kaola ingin memohon Yang Berhormat untuk mengulangi lagi sekali sebab yang perkataan saya, kaola dapat cuma dapat stock take dalam norma baharu. Tapi soalan yang lain tidak tahu.
Yang Berhormat Dayang Nik Hafimi binti Abdul Haadiiโ
Sebenarnya Yang Berhormat itu sahaja, penghabisan di sana saja, stock take di bawah norma baharu.
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Luar Negeri IIโ
Stock take untuk apa.
Yang Berhormat Dayang Nik Hafimi binti Abdul Haadiiโ
Untuk antara MoU yang sudah dijanjikan atau akan dilaksanakan. Adakah kita ni sebagai senegara mereviu balik especially dalam keadaan norma baharu in moving forward.
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Luar Negeri IIโ
Untuk tambahan macam stock take ini, Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, sekiranya ada peluang untuk membuat lawatan kerja ataupun mengadakan yang dipanggil dalam kementerian bilateral consultation mechanism ataupun bilateral consultation meetings masa tersebut adalah waktunya untuk mengadakan reviu bersama negara-negara tersebut. Jadi baru-baru ini kaola pun pernah mengadakan bilateral bersama dengan India dan Jepun. Jadi, dalam mesyuarat tersebut dapatlah mengambil peluang untuk mereviu semua areas of cooperation.
Tetapi this review cooperation secara umum sahaja. Dikenal pasti sekiranya ada masalah we try to address it. Tetapi kalau tiada bermasalah dan agensi pun tiada memberi apa-apa input daripada kedua belah pihak, maka consider still to be continued saja. So macam atu.
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusiโ
Terima kasih Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II. Sekarang saya persilakan Yang Berhormat Awang Iswandy bin Ahmad.
Yang Berhormat Awang Iswandy bin Ahmadโ
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
ุจูุณูู ู ุงูููู ุงูุฑููุญูู ูฐูู ุงูุฑููุญูููู ู ุงูุณููููุงู ู ุนูููููููู ู ููุฑูุญูู ูุฉู ุงูููู ููุจูุฑูููุงุชูููIzinkan saya untuk membawakan 3 soalan. Dengan konflik yang berlaku di beberapa buah negara ASEAN termasuk di sempadan-sempadan serta perairan-perairan, perkara ini berlaku berdekatan dengan kitani di Negara Brunei Darussalam. Saya menyokong baik tadi ucapan pembukaan Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II mengenai penglibatan belia dalam keselamatan dan keamanan. ุงูููุญูู ูุฏู ูููููู keamanan kitani kecapi sudah lama. Namun begitu warga-warga gen Z, millennials, malah generation X sendiri tidak tahu akan kepayahan hidup dalam conflict.
- Saya akan bertanya sejauh manakah resolusi 2050 di peringkat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ini sudah dapat diterapkan terutama dalam memberikan peluang kepada para belia meningkatkan peranan mereka. ุฅููู ุดูุงุกู ุงูููู kitani boleh menjadi pelopor dan perintis usaha menghargai keamanan dan mengangkat kepentingan keselamatan ini dan juga turut mendukung komuniti pillar political security ASEAN
Jangantah jauh sahaja sambutan Hari ASEAN masih lagi kurang disedari dan kurang difahami di peringkat masyarakat kitani malah ia adalah penting kitani bermasyarakat hidup secara aman di rantau ASEAN.
-
Apakah para diplomat Negara Brunei Darussalam yang berkhidmat di luar negara di pejabat-pejabat perwakilan akan dikira sebagai frontliners yang membolehkan mereka menerima vaksinasi COVID-19 yang akan dilaksanakan tidak lama lagi?; dan
-
Apakah pihak kementerian akan menimbangkan penutupan pejabat-pejabat perwakilan sekiranya ia tidak aktif ataupun mungkin mengubah pejabat-pejabat konsular Negara Brunei Darussalam kepada tempat yang lebih strategik bagi memastikan praktikaliti dan fungsi pejabat-pejabat perwakilan. Diambil maklum beberapa orang duta ataupun perwakilan kitani berada di Brunei Darussalam malah tidak berada di kawasan tersebut. Perkara ini dapat mengurangkan mungkin kos running of the operations.
Terima Kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Luar Negeri IIโ
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat dengan soalan tersebut. Mengenai dengan isu, penghargaan keamanan yang dihadapi oleh sebilangan besar dalam ASEAN bukanlah sahaja gen millennials, gen x y generation kaola sendiri pun belum pernah mengalami pertikaian-pertikaian yang begitu sengit.
So dalam perkara ini memanglah didapati perlunya in order to maintain peace you need to understand the value of having peace. Diharapkan dalam ASEAN menerusi dipanggilnya ASEAN Regional Forum yang membawa lebih banyak rakan-rakan dialog ASEAN untuk bekerjasama ini diharapkan dapat menanam perasaan pentingnya menjamin keselamatan dan perpaduan antara masyarakat dan negara serta stakeholder.
So dengan memahami apakah yang dimaksudkan peace dan keamanan, diharapkan satu bengkel akan dianjurkan pada tahun ini bersama dengan belia dari negara-negara ahli ASEAN dan juga negara-negara ahli-ahli ASEAN Regional Forum termasuklah negara Jepun, China, Korea, Australia, New Zealand kesemua negara Eropah dan Australia, Amerika dan Kanada. Di samping juga negara-negara seperti India, Bangladesh dan sebagainya.
Dengan bengkel ini diharap dapat memupuk rasa kesedaran dalam kalangan belia mengenai keamanan. Selain itu, ia juga menjurus kepada meningkatkan kefahaman dalam resolusi-resolusi UN yang berkenaan.
Mengenai dengan soalan kedua diplomat yang di luar negeri, soalan itu bagus ditujukan kepada Kementerian Kesihatan.
Ketiga-tiga konsulat ASEAN yang akan dipindah atau diperbaharui modus operandinya memanglah pertimbangan yang mendalam diberikan kepada penubuhan konsulat dan perwakilan asing di negara-negara sahabat. Ia bukan sahaja dari segi ekonomi tetapi juga dari segi politik, yang kadang-kadang persahabatan politik tiada mempunyai harga yang dapat ditetapkan. So in terms of economic value memang sudah zero. Tetapi in terms of political value and friendship ia priceless so begitu yang dapat disarankan in all cases memang perwakilan dan konsulat-konsulat tersebut ada mempunyai value in certain areas.
Mengenai duta-duta ataupun pegawai yang bekerja di Brunei, pada masa ini bukannya sebab new norma ini tetapi sebab belum dapat balik. Ada yang mahu balik tapi belum ada penerbangan. Ada juga yang tidak dapat balik langsung kerana menghadapi isu mental health. Kemungkinan sebab COVID-19 jua tetapi mungkin sebab persendirian cuma penempatan duta atau ketua perwakilan ini adalah mustahak untuk berada di negara-negara yang mereka ditetapkan kerana fizikal walaupun dibesar-besarkan mengenai mesyuarat secara maya atau online ia tidak dapat menggantikan mesyuarat dan perjumpaan secara fizikal kerana perjumpaan secara fizikal itu lebih personal dan lebih human kerana human touch lebih memberikan result yang positif.
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusiโ
Terima kasih. Barangkali tidak ada eye contact, yang ada kita melihat skrin. Saya persilakan Yang Berhormat Awang Haji Mohimin bin Haji Johari @ Jahari.
Yang Berhormat Awang Haji Mohimin bin Haji Johari @ Jahariโ
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
ุจุณู
ุงููู ุงูุฑููุญูู
ููู ุงูุฑููุญููู
ูฑููุญูู
ูุฏู ููููููฐูู ุฑูุจูู ูฑููุนููฐููู
ูููู ูููฑูุตููููููฐุฉู ูููฑูุณููููุงู
ู ุนูููููฐ ุฃูุดูุฑููู
ูฑููุฃูููุจูููุงุกู ูููฑููู
ูุฑูุณูููููู ููุนูููููฐ ุขูููู ููุตูุญูุจููู ุฃูุฌูู
ูุนูููู.
Saya membawa Tajuk SC01A - Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri.
Saya hanya ingin membawa sedikit perkara berkenaan harta-harta milik warganegara kita di tempat-tempat undefine area. Terdapat binatang-binatang ternakan dan pulau buah hasil ladang dan sebagainya yang perlu dilindungi dan diambil perhatian. Juga berkenaan juga hasil-hasil yang disebut di atas dipohonkan kemudahan dibawa melalui pos kawalan dengan mudah kerana ia adalah hasil ladang dan kepunyaan warganegara kita untuk dipasar di dalam Negara Brunei Darussalam.
Dicadangkan peningkatan peruntukan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri bagi meningkatkan aktiviti belia Negara Brunei Darussalam dalam ASEAN yang mendatangkan nilai ekonomi dalam kesempatan populasi belia yang tinggi dalam ASEAN. Sekian, Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Luar Negeri IIโ
Terima kasih atas pandangan Yang Berhormat. Yang Berhormat Pengerusi kenyataan tersebut menjurus kepada satu statement. Yang Berhormat Pengerusi kaola mengambil maklum dan meneliti semula sekiranya dapat ditingkatkan dalam pelaksanaan bidang dan tugasan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan juga coordinate bersama agensi-agensi yang lain. Tetapi mengenai undefine area yang dinyatakan oleh Yang Berhormat tadi ada satu tempat saja yang undefined kalau dikira pada masa ini, lanjutan daripada sempadan. Jadinya perkara penyukatan sempadan ini masih lagi dilaksanakan secara gigihnya. Isu mengenai undefined area ini bukan saja yang dialami oleh sebelah Brunei atau Brunei Muara, tapi juga dari sebelah Daerah Limbang. Pada masa ini masih lagi berunding bagaimana caranya yang terbaik untuk menjamin aktiviti-aktiviti ekonomi yang sudah berjalan tidak tergugat dan aktiviti-aktiviti sukatan sempadan dapat dijalankan. Pada masa ini masih lagi perkara ini dibincangkan antara kedua belah pihak.
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat Awang Haji Mohimin bin Haji Johari @ Jahari.
Yang Berhormat Pengerusiโ
Saya persilakan Yang Berhormat Pengiran Haji Ali bin Pengiran Maon.
Yang Berhormat Pengiran Haji Ali bin Pengiran Maonโ
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. ุจูุณูู ู ุงูููู ุงูุฑููุญูู ูฐูู ุงูุฑููุญูููู ู ุงูุณูููุงูู ู ุนูููููููู ู ููุฑูุญูู ูุฉู ุงูููู ููุจูุฑูููุงุชููู Kaola ingin menyampaikan 2 perkara secara ringkas, Yang Berhormat Pengerusi:
- Pada Musim Permesyuaratan Keenam Belas Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat memaklumkan bahawa cadangan yang kaola bangkitkan mengenai pengemaskinian laman web iaitu webpage Pejabat-Pejabat Perwakilan Negara Brunei Darussalam di luar negeri akan terus-menerus diadakan dan diteliti khususnya dari segi standard reason maklumat yang perlu dikeluarkan dan maklumat-maklumat spesifik.
Kaola berminat untuk mengetahui sejauh mana perkembangan atau kemajuan yang mengenainya? Kaola berpendapat, pejabat perwakilan dalam mengemaskinikan laman-laman web masing-masing berperanan untuk menjadikan salah satu platform yang amat berguna dalam menyalurkan maklumat mengenai Negara Brunei Darussalam. Lebih-lebih lagi, semasa Negara Brunei Darussalam pada tahun ini yang akan menjadi pengerusi ASEAN yang sudah setentunya akan menarik perhatian antarabangsa mengenai latar belakang negara kita termasuk peluang-peluang kerjasama ekonomi dan pelaburan. Dengan inisiatif sedemikian, kaola percaya ia sedikit sebanyak akan turut membantu dalam ekonomi blueprint Brunei Darussalam iaitu Open and Globally Connected Economy.;
- Kaola mengambil kesempatan untuk menyatakan penghargaan terhadap perkhidmatan e-Register yang diperkenalkan oleh Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri semasa wabak pandemik COVID-19 mula-mula berlaku pada tahun lepas. Beberapa buah negara telah mengambil keputusan untuk membuat lockdown dan menjejaskan pergerakan orang awam. Yang Berhormat juga telah menekankan dalam satu sidang akhbar COVID-19 mengenai perimustahaknya bagi menggunakan e-Register atau mendaftar terus kepada pejabat-pejabat perwakilan bagi mengetahui keberadaan mereka dan hal-ehwal mereka dapat dipeduli.
Kaola ingin mengetahui bagaimana pihak Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dapat memantapkan lagi perkhidmatan ini agar terus dimanfaatkan dan menjadi amalan yang baik bagi rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam sekiranya berada di luar negeri agar kitani semua siap siaga dan terpelihara dari berlakunya apa-apa yang tidak dapat diingini?
Sekian saja yang dapat kaola sampaikan. Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Luar Negeri IIโ
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi dan Yang Berhormat Pengiran Haji Ali bin Pengiran Maon. Pengemaskinian webpage, kementerian sentiasa dilakukan dari semasa ke semasa dan pada tahun ini, Negara Brunei Darussalam mempengerusikan ASEAN. Perkara ini dipromosikan dengan lebih luas. Mungkin tidak menerusi webpage, kedutaan atau perwakilan di luar negeri tetapi memang dari segi Jabatan Perdana Menteri ada webpage nya on ASEAN Chairmanship pada tahun ini. Juga ada instagram account, facebook dan sebagainya untuk memaklumkan mengenai ASEAN Chairmanship dan juga mengenai Negara Brunei Darussalam secara umumnya. Although, dalam webpage kedutaan ataupun perwakilan tidak banyak dinyatakan mengenai ASEAN Chairmanship tersebut. Selain itu, fokusnya lebih kepada keutamaan juga orang-orang kita ni yang di luar negeri supaya dapat akses maklumat dengan mudah dan senang. Otherwise, our webpage di luar negeri will be penuh dengan maklumat dan terpaksalah dicari sana sini.
Mengenai e-Register, ia diteruskan pada masa ini dengan tatacara online registration tetapi kementerian meneliti dan belum lagi masuk dalam peruntukan tahun tetapi akan datang ini. Mungkin pada tahun kemudiannya, ุฅู ุดุงุก ุงููู kalau dapat diupgrade dari online registration kepada app (application) kerana sekarang ini semua orang menggunakan handphone di luar negeri malahan cuma tukar kad saja, sudah dapat menggunakan telefonnya dengan line baharunya di luar negeri secara roaming.
Jadinya, mungkin app (application) ini lebih memudahkan untuk e-Register semasa di luar negeri dan juga memberikan locationnya yang lebih tepat sekiranya mereka memerlukan dengan memberi maklumat-maklumat yang tertentu. Kesemua isu mengenai dengan elektronik application ini adalah masih lagi dalam penelitian dan sentiasa diperbaharui dari semasa ke semasa. Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusiโ
Terima kasih. Ahli-Ahli Yang Berhormat, saya berpendapat ada baiknya sekarang Tajuk ini kita undi. Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju supaya Tajuk Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri ini diluluskan, sila angkat tangan.
(Semua ahli mengangkat tangan tanda bersetuju)
Terima kasih.
Yang Mulia Timbalan Jurutulisโ
Tajuk SC01A - Kementerian Hal Luar Negeri dijadikan sebahagian daripada Jadual.
Yang Berhormat Pengerusiโ
Ahli-Ahli Yang Berhormat, saya ingin mencadangkan supaya Mesyuarat Jawatankuasa ini kita tangguhkan dan kita bersidang semula di Majlis Mesyuarat Negara.
(Mesyuarat Jawatankuasa ditangguhkan)
(Majlis Mesyuarat bersidang semula)
Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ
Ahli-Ahli Yang Berhormat, kita telah pun bersidang dalam Jawatankuasa sebelah pagi dan saya ingin menangguhkan persidangan ini buat sementara waktu bagi membolehkan kita berehat. ุฅู ุดุงุก ุงููู kita akan bersidang semula pada petang ini nanti sebagaimana lazimnya mulai dari pukul 2.30 petang.
Sekian,
ูุจุงููู ุงูุชูููู ูุงููุฏุงูุฉุ ู ุงูุณูุงู
ุนูููู
ูุฑุญู
ุฉ ุงููู ูุจุฑูุงุชู
(Majlis Mesyuarat ditangguhkan)
(Majlis Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang)
Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ
ุจุณู ุงููู ุงูุฑุญู ู ุงูุฑุญูู ุงูุณูุงู ุนูููู ูุฑุญู ุฉ ุงููู ูุจุฑูุงุชูAhli-Ahli Yang Berhormat. Persidangan kita masih lagi membincangkan Rang Undang-Undang (2021), Perbekalan 2021/2022, yang telah dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, di Peringkat Jawatankuasa.
Maka bagi membolehkan kita berbincang dan meneliti tajuk-tajuk selanjutnya, saya tangguhkan Persidangan Majlis Mesyuarat Negara ini untuk kita bersidang di Peringkat Jawatankuasa.
(Majlis Mesyuarat ditangguhkan)
(Mesyuarat bersidang sebagai Jawatankuasa)
Yang Berhormat Pengerusiโ
ุจุณู ุงููู ุงูุฑุญู ู ุงูุฑุญูู Ahli-Ahli Yang Berhormat. Sekarang Majlis ini bersidang di Peringkat Jawatankuasa sepenuhnya bagi menimbangkan Rang Undang-Undang (2021), Perbekalan 2021/2022 satu per satu, yang telah dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II.
Pada sidang sebelah pagi tadi sebelum kita menangguhkan persidangan, kita telah pun selesai meluluskan Tajuk Jabatan Perdana Menteri dan Tajuk Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri untuk diijadikan sebahagian daripada Jadual Rang Undang-Undang ini.
Sekarang kita menyambung semula untuk meneliti tajuk-tajuk selanjutnya.
Yang Mulia Timbalan Jurutulisโ
Tajuk SB01A hingga SB04A โ Kementerian Pertahanan.
Yang Berhormat Pengerusiโ
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Sekarang Mesyuarat Jawatankuasa beralih kepada Kementerian Pertahanan bagi Tajuk SB01A hingga Tajuk SB04A.
Sebagaimana lazim, Kementerian Pertahanan juga sebuah kementerian yang disifatkan sebagai kementerian tertutup kerana ia berkaitan langsung dengan hal-ehwal strategik keselamatan negara dan sensitif yang tidak sesuai bagi kita membincangkan Jadual Undang-Undang yang berkenaan secara terbuka.
Walau bagaimanapun, saya ingin memberi ruang kepada Yang Berhormat Menteri Pertahanan II untuk memberikan penerangan lanjut tentang penyediaan belanjawan bagi Kementerian Pertahanan. Saya silakan sekarang, Yang Berhormat Menteri Pertahanan II. Silakan, Yang Berhormat.
Yang Berhormat Menteri Pertahanan IIโ
Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi.
ุจุณู ุงููู ุงูุฑุญู ู ุงูุฑุญูู ุงูุญู ุฏููู ุฑุจ ุงูุนุงูู ูู ูุงูุตูุงุฉ ูุงูุณูุงู ุนูู ุฃุดุฑู ุงูุฃูุจูุงุก ูุงูู ุฑุณููู ูุนูู ุงูู ูุตุญุจู ุฃุฌู ุนูู.ุงูุณูุงู ุนูููู ูุฑุญู ุฉ ุงููู ูุจุฑูุงุชู dan salam sejahtera.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat yang dirahmati Allah dan yang peramba / kaola / saya hormati. Lebih dahulu izinkan peramba / kaola / saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Yang Berhormat Pengerusi atas peluang diberikan untuk mengongsikan mukadimah kaola di bawah Kementerian Pertahanan bagi Tahun Kewangan 2021/2022. Juga mengambil kira Ahli-Ahli Yang Berhormat belum berkesempatan untuk memenuhi undangan Kementerian Pertahanan bagi sesi muzakarah.
Dalam kesempatan awal dan istimewa ini, kaola bagi pihak Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dengan penuh hormat dan takzim sukacita menyembahkan ucapan setinggi-tinggi menjunjung kasih kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atas kurnia bagi penyediaan peruntukan Tahun Kewangan 2021/2022.
Syukur ุงูููุญูู ูุฏู ูููููฐูู bagi Tahun Kewangan 2021/2022, jumlah peruntukan yang disediakan untuk Kementerian Pertahanan ialah sebanyak $610,170,920.00. Perbezaan jumlah tersebut dan jumlah yang telah diluluskan bagi Tahun Kewangan 2020/2021 adalah kenaikan sebanyak $4.1 juta atau 0.68%.
Sebagai salah satu penerima terbesar bagi Belanjawan Negara, peruntukan yang disediakan ini sememangnya merupakan amanah besar dan mencerminkan kepercayaan yang tinggi bagi peranan Kementerian Pertahanan dalam memenuhi keperluan negara.
Dengan peruntukan ini, ุฅููู ุดูุงุกู ูฑูููููฐูู amanah yang dipertanggungjawabkan ke atas Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei akan terus digalas dengan penuh cermat dan pendekatan yang bersesuaian mengikut keperluan dan keutamaan.
Yang Berhormat Pengerusi. Jika diimbas kembali, hanya beberapa minggu yang lalu, kita dengan penuh kesyukuran dan kebanggaan meraikan ulang tahun kemerdekaan yang ke-37 tahun.
Kemerdekaan ini telah memberi Negara Brunei Darussalam nafas baharu bahawa rakyat dan penduduk diberi peluang dan kebebasan dalam menjalani kehidupan seharian sambil bekerja keras dalam mengisi makna kemerdekaan dalam aspek politik, sosioekonomi, kebudayaan, pertahanan, keselamatan dan sebagainya.
Dari bermulanya titik kemerdekaan lebih tiga dekad yang lalu dengan kurnia rahmat dan nikmat daripada ุณูุจูุญูุงูููู ููุชูุนูุงููููฐ dan berkat daulat serta kepimpinan bijaksana Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muโizzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar `Ali Saifuddien Saโadul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, negara tercinta terus berkembang maju dan makmur serta rakyatnya sentiasa menikmati keamanan dan kesejahteraan yang berpanjangan tanpa sebarang pencetusan konflik atau peperangan yang dapat menjejaskan kualiti kehidupan rakyat serta menggugat ketenteraman awam.
Walaupun demikian, ketiadaan konflik atau peperangan, bukanlah satu-satunya pengukur kejayaan keselamatan. Ia juga tidak bermakna keamanan dan kestabilan negara dapat sama sekali dipandang ringan atau ditanai secara statik atau reaktif sahaja kerana keadaan iklim keselamatan sekeliling kita yang bersifat kompleks dan pantas berubah-ubah tidak memberi sebarang ruang untuk kita bersikap complacent atau leka.
Oleh itu, kepentingan pertahanan sebagai pelaburan yang berterusan perlu sentiasa dititikberatkan untuk bukan sahaja memastikan pemeliharaan keamanan kita pada hari ini, malahan ia juga tanggungjawab kita untuk memastikan peace and security dapat terus dinikmati oleh generasi akan datang.
Dalam hal ini, perlindungan daripada kemudaratan ataupun protection from harm dan mempromosikan kesejahteraan (promotion of well-being) yang telah kita capai selama ini memerlukan kita untuk sentiasa bersikap sensitif, proaktif serta berpandangan jauh dan strategik dalam konteks Contemporary Operating Environment (COE) yang semakin rumit dan mencabar.
Skop bagi konsep pertahanan negara terus mengalami pelebaran dengan pendalaman globalisasi, ke saling bergantungan ekonomi, kemajuan teknologi dan kebangkitan pelbagai ancaman daripada sumber buatan manusia dan semula jadi.
Selain itu teknologi masa depan (emerging technologies) dan perubahan iklim akan menambahkan lagi risiko dan vulnerability keselamatan yang akan dihadapi negara sejurusnya meningkatkan lagi tuntutan kepada peranan pertahanan.
Sehubungan itu, kita perlu sama-sama mengingatkan dan memahami bahawa keamanan dan kestabilan negara adalah precondition utama untuk pembangunan negara dan penikmatan hasil pencapaian matlamat-matlamat Wawasan Brunei 2035.
Secara ringkasnya kefahaman teras mengenai kedinamikan landskap persekitaran keselamatan negara baik ancaman dalaman maupun luaran serta suasana geopolitik serantau dan antarabangsa sangat penting dan perlu sentiasa direviu, dipantau dan dianalisis untuk memastikan dasar dan strategik pertahanan kekal realistik, relevan dan efektif.
Yang Berhormat Pengerusi, berikutan tuntutan terhadap pertahanan yang kian bertambah dan sesuai dengan kematangan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei yang pada tahun ini mencapai umur 60 tahun. Kemas kini kertas putih pertahanan ุฅู ุดุงุก ุงููู akan diterbitkan pada bulan Mei hadapan bersukutkan Sambutan Jubli Intan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Pengemaskinian kertas putih pertahanan ini berdasarkan kertas-kertas putih pertahanan yang diterbitkan sebelum ini iaitu pada tahun 2004, 2007 dan 2011 dalam menggariskan hala tuju rancangan strategik pertahanan negara.
Sejak penerbitan kertas putih pertahanan yang terakhir pada tahun 2011, situasi geopolitic serantau dan antarabangsa telah menjadi lebih kompleks dan sukar untuk diramal, lebih lagi dengan kombinasi peningkatan ancaman-ancaman sekuriti tradisional dan bukan tradisional melibatkan state dan non-state actors yang seterusnya memerlukan adaptasi yang bersesuaian bagi angkatan tentera kita.
Sehubungan itu, kemas kini kertas putih pertahanan ini dihasratkan akan dapat membentuk dasar pertahanan negara yang bersifat semasa dengan memberikan fokus kepada keutamaan tugas-tugas pertahanan (defence task) dan seterusnya menjadi panduan menangani cabaran-cabaran yang mendatang sehingga ke tahun 2035 seiring tahun Wawasan Brunei dicapai.
Ia juga akan terus memberikan tumpuan kepada memperkukuhkan penyelarasan program projek dan aktiviti pertahanan kepada tiga tonggak pertahanan yang sedia ada iaitu:
- Cegah Rintang atau deterrence;
- Diplomasi Pertahanan;
- Pertahanan Holisitk.
Pada masa yang sama, reviu kepada perancangan strategik Kementerian Pertahanan juga telah dilaksanakan ke arah memantapkan perancangan keupayaan (capability planning) termasuk perancangan penaiktarafan peralatan yang ada dan pemerolehan platform baharu digandingi dengan usaha memantapkan engagement pertahanan dalam mendukung pendekatan Whole of Government Approach dan Whole of Nation Approach. Ini adalah sebagai salah satu usaha kementerian dalam menyahut seruan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei yang ke-58 dua tahun yang lalu. Baginda bertitah menitikberatkan kepentingan perancangan strategik pertahanan untuk menangani segala ancaman kontemporari ke arah mewujudkan keselamatan negara secara menyeluruh tanpa kompromi.
Setentunya sepertimana juga yang terbukti daripada krisis pandemik COVID-19, kapasiti dan keupayaan yang dibangunkan cuma akan dapat dimanfaatkan dan digembleng dalam situasi kecemasan sepertinya apabila keupayaan respons secara sepadu dan holistik Whole of Government Approach dan Whole of Nation Approach turut diwujudkan dan dipersediakan.
Yang Berhormat Pengerusi, dalam menghadapi realiti keselamatan yang mencabar dan dinamik ini 3 tonggak pertahanan yang kaola terangkan tadi pada masa ini tetap dinilai relevan.
Cegah Rintang - Sebagai pemelihara keamanan, cegah rintang merupakan kelebihan yang unik bagi sesebuah angkatan tentera. Gabungan tahap keupayaan ketenteraan dan anggota yang unggul lagi terlatih menjadi benteng melindungi negara daripada ancaman-ancaman keselamatan dengan tiada perasaan gentar atau gementar di saat-saat getir.
Bagi Tahun Kewangan 2020/2021 pada mendukung tema belanjawan, "Pelaburan Untuk Masa Depan - Investing In Our Future" beberapa milestone telah terlaksana yang menyumbang kepada peningkatan keupayaan cegah rintang pertahanan iaitu:
i. Program pemeliharaan dan penaiktarafan, Combat Vehicle Recognition track atau CVR(T) Fasa 1 yang bermula sejak Januari 2020 dan dijangka akan selesai pada November 2021;
ii. Program membaik pulih VAB Armoured Vehicle atau Kereta Angkut Perisai Fasa 1 yang bermula sejak September 2020 dan dijangka akan selesai pada Mei 2021; dan
iii. Kerja pemeliharaan kapal-kapal Tentera Laut Diraja Brunei melalui Muara Maritime Services Sdn Bhd iaitu joint venture antara Darussalam Assets dan Lurssen Internaval GmbH dari Jerman sejak tahun 2019, ternyata dapat dilaksanakan dengan lebih lancar dan dengan demikian ูฑููุญูู ูุฏู ูููููฐูู telah menyumbang kepada peningkatan ketersediaan dan kesiapsiagaan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei khususnya Armada Tentera Laut Diraja Brunei.
Sementara itu, bagi Tahun Kewangan 2021/2022 dengan tema belanjawan baharu โKe Arah Pembangunan Sosioekonomi Yang Resilienโ, sebahagian besar peruntukan Perbelanjaan Berulang-ulang dirancang untuk terus memperkukuhkan keupayaan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dalam aspek Strategic Capability Projects yang termasuk:
i. Projek Unmanned Aerial System iaitu keupayaan Aerial Intelligence Surveillance and Reconnaissance (ISR) bagi pemantauan sempadan darat mahupun maritim yang lebih berkesan. Sistem UAS ini juga dihasratkan untuk menyumbang kepada keperluan nasional dalam menyediakan keupayaan ISR kepada operasi-operasi Humanitarian Assistance dan Disaster Relief (HADR), Search and Locate (SAL), pemadaman kebakaran, kawalan sempadan dan operasi penguatkuasaan undang-undang. Pada masa ini projek tersebut berada pada fasa pelaksanaan dan ุฅู ุดุงุก ุงููู akan diterima dalam masa yang terdekat.
ii. Projek Unmanned Underwater Vehicle atau UUV yang mempunyai keupayaan seperti Mine Counter Measure, Hydrography dan Search and Locate dan projek ini sedang dilaksanakan dan penghantaran sistem pertama dijangka akan mengambil tempat dalam jangka masa sederhana.;
iii. Projek Dockyard untuk terus memenuhi keperluan pemeliharaan dan logistik keupayaan kapal-kapal Tentera Laut Diraja Brunei yang juga boleh dilaratkan bagi peningkatan keberkesanan aset-aset agensi keselamatan dan penguatkuasaan kebangsaan yang lain.;
iv. Konsultansi bagi Projek Al-Aadiyat untuk mengganti keupayaan kenderaan CVR(T) yang sedia ada.;
v. Konsultansi yang berasingan bagi penggantian projek sistem Command, Control, Communication, Computers, Intelligence, Surveillance and Reconnaissance (C4ISR) Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.
Di samping ini, peruntukan yang diberikan juga akan digunakan untuk membiayai kerja pemeliharaan aset-aset utama seperti kapal, kenderaan, pesawat udara dan senjata yang antara lainnya termasuk pesawat udara CN 235 serta membiayai pembekalan kelengkapan dan peralatan yang diperlukan mengikut jadual kelengkapan unit dan Standard Operating Procedures ketenteraan.
Turut kekal signifikan ialah kos latihan dan eksais ketenteraan yang keupayaan cegah rintang dan respons tidak boleh beroperasi semata-mata dengan aset pertahanan dan persenjataan.
Sebahagian besar daripada keupayaan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei adalah hasil daripada keberkesanan latihan-latihan ketenteraan.
Pihak Angkatan Bersenjata Diraja Brunei mempunyai institusi-institusi latihannya sendiri dan sebahagiannya kini dibantu oleh Akademic Providers tempatan seperti Universiti Brunei Darussalam untuk menjalankan latihan-latihan serta kursus-kursus yang diperlukan bagi memahirkan para anggotanya dan juga latihan bersama angkatan-angkatan tentera luar negara, memanfaatkan peluang-peluang yang disalurkan melalui diplomasi pertahanan.
Yang Berhormat Pengerusi, pembangunan keupayaan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei juga akan terus memanfaatkan teknologi dan inovasi moden untuk membangun kesesuaian dalam rantau ini untuk masa hadapan.
Ke arah ini Kementerian Pertahanan melalui Kumpulan Sains dan Teknologi Pertahanan atau Defence Science and Technology Group akan mengkaji dasar dan langkah-langkah untuk diinstitusikan proses serta mekanisme bagi menjana inovasi sains dan teknologi.
Sebagai contoh, bagi mendukung inisiatif Penyelidikan Sains Dan Teknologi Pertahanan, satu Defense Research and Innovation Seed Fund tahunan telah diperuntukkan di bawah Pengurusan Pusat Penyelidikan dan Perkembangan Sains dan Teknologi yang bertujuan menggalakkan projek-projek penyelidikan baharu berasaskan kepada keperluan praktikal operasi.
Dalam pada itu juga, jurnal FRONTIER telah dilancarkan pada 30 November tahun lepas, sebagai salah satu landasan bagi memaparkan dan mengongsikan hasil usaha inovasi sains dan teknologi Kementerian Pertahanan setakat ini.
Selain itu, Kementerian Pertahanan akan mengadakan persidangan antarabangsa dalam bidang Sains Dan Teknologi Pertahanan buat julung kalinya pada masa yang terdekat setelah tertangguh kerana merebaknya wabak COVID-19. Sebagai platform untuk memperluaskan rangkaian para penyelidik dan pakar dari sektor akademik, industri dan kerajaan dari dalam dan luar negara serta mempromosikan kefahaman yang lebih mendalam mengenai inovasi sains dan teknologi yang berkaitan dengan keupayaan pertahanan.
Selaku salah sebuah organisasi yang turut menggunakan sistem teknologi dan rangkaian cyber bagi menjalankan fungsi gerakan dan operasi Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei tidak terkecuali untuk sama-sama terlibat dalam mempertingkatkan keupayaan dalam menentang ancaman cyber yang semakin berleluasa.
Pada peringkat internal, Penubuhan Unit Pertahanan Cyber telah dikhaskan untuk menangani ancaman-ancaman sedemikian. Di peringkat kebangsaan, Kementerian Pertahanan akan terus memberi sokongan kepada Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi khususnya kepada Cyber Security Brunei sebagai peneraju utama keselamatan cyber di negara ini.
Di peringkat serantau kerjasama dan perkongsian maklumat dengan negara-negara sahabat juga akan dimanfaatkan dalam membangun kapasiti dan keupayaan kementerian seperti melalui ASEAN Defence Ministers Meeting Plus (ADMM) โ Plus Experts Working Group on Cyber Security dan juga Asean Cyber Security Coordinating Committee yang telah bersidang buat julung kalinya pada bulan November tahun lalu.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Tidak syak lagi perancangan perbelanjaan yang dihuraikan merupakan satu pelaburan ke arah memperkukuh keupayaan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei untuk jangka masa yang panjang. Perancangan yang digariskan bukan sahaja berpandukan objektif untuk memenuhi keperluan keselamatan negara tetapi juga dengan mengenal pasti peluang untuk meraih spin-off benefits seperti menjana peluang pekerjaan khususnya kepada belia dan beliawanis negara dan memberi sokongan kepada industri yang sedia ada.
Diplomasi Pertahanan - Kepentingan tonggak yang seterusnya diplomasi pertahanan semakin jelas terpancar dalam mempertahankan negara pada era job politic dan persekitaran keselamatan masa kini yang lebih banyak memerlukan respons yang berunsur kolektif.
Diplomasi pertahanan sama ada melalui landasan dua hala ataupun pelbagai hala membolehkan negara untuk menjaga hubungan pertahanan dan ketenteraan yang baik dengan negara-negara luar bagi meningkatkan kefahaman, keyakinan, ketelusan dan keterbukaan sesama pihak seterusnya mewujudkan dasar saling mempercayai (mutual trust) dan saling menghormati (mutual respect).
Pulangan Investment Diplomacy pertahanan antara lainnya merangkumi penghindaran konflik daripada tercetus dan jaminan bahawa sebarang ketidakfahaman, kepentingan yang berbeza akan sebaik-baiknya ditangani secara aman. Peranan ini memerlukan usaha yang berterusan, penghayatan yang mendalam mengenai sejarah rantau dan antarabangsa serta kemahiran dalam menangani isu-isu sensitif.
Oleh itu Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei bergiat aktif dalam menjalani diplomasi pertahanan secara dua hala dan pelbagai hala bersama negara-negara serantau dan antarabangsa yang turut merangkumi negara-negara kuasa besar (major powers) dan kuasa perantara (middle powers) melalui pelbagai landasan mesyuarat, latihan tentera, pertukaran lawatan anggota-anggota dan lawatan-lawatan kapal tentera dan laut.
Tahun demi tahun, ุงูููุญูู ูุฏู ูููููฐูู diplomasi pertahanan negara semakin berkembang maju dan antara lainnya merangkumi:
-
Memorandum Persefahaman atau MOU dalam bidang pertahanan, ketenteraan dan teknologi bersama 18 buah negara dan beberapa buah negara lagi dalam penelitian akhir.;
-
Rangkaian Atase / Penasihat Pertahanan Negara Brunei Darussalam di 9 buah negara.;
-
Platform bagi Mesyuarat Dialog Dasar Pertahanan dan Pertukaran Perisikan Bersama 9 buah negara.;
-
Penempatan pegawai-pegawai Angkatan Bersenjata Diraja Brunei yang berkaliber sebagai International Liaison Officers (ILO) di Information Centre Regional HADR Coordination Centre dan paling terkini di Counter Terrorism Information Facility (CTIF) di Republik Singapura serta Common Watch Captain Combined Task Force 151, Gulf of Aden.;
-
Penempatan Atas e-Pertahanan Negara Brunei Darussalam di Republik Indonesia sebagai wakil tentera ASEAN Military Ready Group (AMRG) ke ASEAN Coordinating Centre for Humanitarian Assistance and Disaster Relief atau lebih dikenali sebagai AHA Centre di Jakarta, Republik Indonesia sepanjang tahun 2021 selaku negara mempengerusikan ASEAN.; dan
-
Kemampuan untuk memikul dan melaksanakan peranan sebagai Pengerusi Bersama ASEAN Defence Ministers Meeting-Plus Experts Working Group (ADMM-Plus EWG) on Maritime Security pada tahun 2014 hingga 2017 bersama New Zealand dan yang terkini iaitu ADMM-Plus EWG on Military Medicine bersama Australia dari tahun 2021 hingga 2023.
Seterusnya pengendalian sebagai host kepada 2 latihan besar iaitu ADMM-Plus EWG - Military Medicine Exercise pada tahun 2013 dan ADMM plus Maritime Security Counter Terrorism Exercise pada tahun 2016 yang memberikan sumbangan signifikan kepada keupayaan koordinasi dan interoperability dalam menangani ancaman-ancaman yang dihadapi bersama.
Seterusnya peneraju Inisiatif Confidence Building ASEAN Direct Communication and Infrastructure atau ADI yang dilancarkan antara negara-negara ASEAN pada tahun 2017 untuk mengelakkan sebarang kesalahfahaman dan menangani sebarang cabaran keselamatan maritim secara lebih telus dan terbuka. Inisiatif ADI kini dipanjangkan kepada negara-negara rakan dialog ASEAN + (countries) dan ุฅู ุดุงุก ุงููู akan diperluaskan secara rasmi seawal-awalnya pada penghujung tahun ini.
Penglibatan Kapal Tentera Laut Diraja Brunei dalam latihan maritim terbesar di dunia iaitu Exercise Rim of the Pacific 2020 (RIMPAC 2020) pada bulan Ogos yang lalu, KDB DARULEHSAN turut berjaya melancarkan penembakan peluru berpandu MM40 BII EXOCET di Hawaii, Amerika Syarikat dalam siri Life Firing 'Sinking Exercise' atau SINKEX.
Dengan pencapaian ini, KDB DARULEHSAN berjaya mencapai kemampuan operasi sepenuhnya dalam semua aspek dan dengan kejayaan yang sama juga telah dicapai oleh KDB Darussalam dan KDB Darul Aman semasa latihan penembakan peluru berpandu semasa eksesais RIMPAC 2014 dan penyertaan wakil-wakil angkatan tentera yang kredibel dan profesional dari merata dunia dalam kursus-kursus perkembangan Eksekutif Kementerian Pertahanan (EDPMINDEF), kursus Maktab Turus ABDB dan kursus pertengahan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei khususnya dari Amerika Syarikat, Arab Saudi, Australia, Bangladesh, India, Indonesia, Malaysia, New Zealand, Oman, Pakistan, Republik Filipina, Republik Korea, Republik Rakyat China, Singapura, Thailand, United Kingdom dan Vietnam.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua, pada tahun ini, sektor pertahanan dan ketenteraan juga turut memainkan peranan yang penting pada ketika Negara Brunei Darussalam sedang menggalas tanggungjawab selaku Pengerusi ASEAN dengan tema "We Care, We Prepare, We Prosper".
Sehubungan itu, Sektor Pertahanan dan lebih menjuru kepada ketenteraan, "We Prepare" iaitu usaha-usaha untuk sentiasa bersedia bagi cabaran masa kini dan akan datang ke arah memastikan ASEAN kekal relevan.
Walaupun sedemikian, ia juga turut memberikan sumbangan secara tidak langsung kepada keutamaan di bawah sikap pemedulian (we care) dan ke arah kemakmuran (we prosper). Mengambil kira inisiatif kerjasama yang melibatkan koordinasi cross-pillar dan cross sectoral seperti dalam aspek bantuan kemanusiaan dan perubatan tentera.
Dari segi deliverables, sektor kementerian pertahanan melalui Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) serta platform yang lain yang relevan akan mengambil peluang ini untuk menggerakkan lagi kerjasama praktikal dan juga akan memastikan konsep kepesatan ASEAN centrality kekal memandu ke agenda ADMM dalam menangani cabaran keselamatan yang dihadapi oleh rantau ASEAN. Pada tahun ini Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN selaku mekanisme tertinggi dalam sektor pertahanan akan menjangkau usia 15 tahun dengan itu Kementerian Pertahanan mengambil kesempatan selaku pengerusi ADMM di milestone yang signifikan ini berpendapat inilah juga masanya untuk menilai dan mengkaji semula sejauh mana keberkesanan ADMM dalam menyumbang kepada ASEAN secara keseluruhannya.
Sehubungan itu, ia akan melibatkan โcomprehensive stocktakingโ ke atas semua inisiatif yang ada dan akan diselaraskan mengikut keadaan persekitaran sekarang termasuk yang diperkenalkan Negara Brunei Darussalam semasa menjadi Pengerusi pada tahun 2013 iaitu ASEAN Direct Communication Infrastructure (ADI), Logistic Support Framework (ASF) dan ASEAN Defence Interaction Program (ADIP).
Ini dihasratkan agar inisiatif-inisiatif di bawah ADMM kekal mampan dalam jangka panjang dan membawa impak positif yang berkekalan kepada komuniti ASEAN Community.
Pada amnya kesemuanya ini ุฅููู ุดูุงุกู ุงููู akan memberikan sumbangan ke arah memastikan persekitaran negara kita kekal positif dan juga sebagai menjamin masa depan ASEAN sebagai rantau yang makmur, stabil dan aman.
Yang Berhormat Pengerusi. Walaupun interaksi secara fizikal bersama negara-negara sahabat mula terhad disebabkan penularan pandemik COVID-19 sejak tahun lalu, hubungan pertahanan ketenteraan bersama negara-negara sahabat pada prinsipnya tidak terjejas dan kebanyakannya usaha-usaha dalam mengukuhkan kerjasama terus ditanai melalui kaedah-kaedah alternatif termasuk secara maya.
Di sebalik kesulitan yang dicetuskan oleh COVID-19, rangkaian hubungan diplomasi pertahanan yang ditanai selama ini telah berjaya membuahkan manfaat kepada pembangunan kapasiti dan keupayaan Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dalam menyokong usaha kerajaan dalam menangani pandemik berkenaan melalui kegiatan-kegiatan kerjasama yang dilaksanakan termasuk bantuan latihan dan peralatan, pertukaran maklumat serta pengkongsian best practices seperti yang berikut:
- Sumbangan Kementerian Pertahanan Republik Singapura iaitu COVID-19 detection package termasuk mesin Fast Real Time Polymerase Chain Reaction (PCR) yang diterima pada 13 Mac 2020.
-
Pada 14 Mei 2020, Kementerian Pertahanan turut menerima sumbangan berbentuk peralatan perubatan yang termasuk alat ujian suhu badan dan peralatan perlindungan diri (PPE) dari Kementerian Pertahanan Nasional Republik Rakyat China.;
-
Seterusnya pada 27 Mei 2020, the ASEAN Center of Military Medicine (ACMM) yang berpangkalan di Bangkok telah mengendalikan sebuah COVID-19 Table-top Exercise secara atas talian ke arah mendukung hasrat menteri-menteri pertahanan ASEAN untuk meningkatkan kerjasama sektor pertahanan dalam menentang penularan penyakit.; dan
-
Tambahan ini, Negara Brunei Darussalam juga sedang giat bekerjasama dengan Australia selaku Pengerusi Bersama dalam merangka Pelan Kerja Kumpulan Kerja Pakar Perubatan Ketenteraan di bawah rangka kerja ADMM-Plus bagi kitaran 2021 hingga 2023 yang akan tertumpu kepada usaha-usaha meningkatkan kesiapsiagaan masyarakat dalam menangani ancaman-ancaman kesihatan awam secara lebih praktikal.
Sehubungan itu, pihak kerajaan Australia juga telah menghulurkan sumbangan alat-alat kelengkapan makmal COVID-19 melalui satu majlis penyerahan di Kompleks Perubatan Bolkiah Garison pada 30 Disember tahun lepas.
Selain menggambarkan komitmen negara untuk menjaga hubungan pertahanan dan ketenteraan yang baik dengan negara-negara sahabat, penglibatan dalam misi-misi dalam arena antarabangsa yang menyumbang kepada kestabilan dan keamanan sejagat turut meningkatkan dan memperluaskan profil ABDB di mata dunia sebagai angkatan tentera yang credible, professional dan berkemampuan dan ini sejurusnya turut menyumbang kepada efek cegah rintang yang dihasratkan.
Sebagai contoh, penyertaan Negara Brunei Darussalam di dalam misi pasukan pemantauan antarabangsa di Mindanao, Republik Filipina sejak tahun 2004, United Nations Interim Forces in Lebanon sejak tahun 2008 dan juga paling terkini sebagai ahli Independent Decommissioning Body Verification and Monitoring Assistance Teams sejak tahun 2019 untuk mengawasi proses pelucutan senjata berikutan proses damai di Mindanao, Selatan Filipina merupakan pengiktirafan dan komitmen dan sumbangan negara yang amat bermakna terhadap keamanan dan keselamatan di kawasan-kawasan yang bergejolak dengan konflik. Walaupun dengan jumlah keanggotaan yang agak sederhana akan tetapi ia juga sangat bermanfaat kepada usaha-usaha meningkatkan tahap profesionalisme dan pengalaman baharu kepada anggota keselamatan kita.
Secara kesimpulannya, diplomasi pertahanan sama ada dalam bentuk kerjasama strategik ataupun praktikal, terbukti dalam menjaga imej dan mempertahankan kedudukan Negara Brunei Darussalam sebagai negara yang mengutamakan dan mencintai kedamaian dan keamanan serta komited dalam mempromosikan persekitaran serantau yang lebih kondusif untuk kepentingan bersama serta membolehkan peranan dan pengaruh negara diperluaskan dan diharumkan di peringkat serantau dan antarabangsa.
Yang Berhormat Pengerusi.
Pertahanan Holistik - Tonggak pertahanan yang seterusnya dan yang terakhir ialah pendekatan Whole of Nation Approach atau pertahanan holistik.
Kedatangan dan kesan pandemik COVID-19 yang ketika ini masih melanda dunia sejak tahun lalu adalah manifestasi bentuk antara ancaman-ancaman masa kini pada era persekitaran yang penuh ketidaktentuan. Pengalaman yang baharu dilalui dalam sama-sama memerangi penularan COVID-19 menjadi satu lagi bukti mengenai betapa perlunya bagi pelaburan-pelaburan yang berterusan dalam dua perspektif:
i. Membangunkan dan mengekalkan tahap kesediaan dan kesiagaan yang tinggi dan juga; dan
ii. Memperkasakan tindakan bersepadu melalui kaedah Whole of Nation Approach negara.
Seperti yang dapat dilihat dan rasakan, pandemik COVID-19 menjejaskan seluruh facet kehidupan dan memaksa kita mengadaptasi norma baharu. Ia mengancam bukan sahaja kesihatan dan ekonomi malahan juga pertahanan dan keamanan negara. Kementerian Pertahanan oleh itu mempunyai direct accountability dalam respons negara untuk memastikan kestabilan dan keselamatan negara tidak tergugat olehnya. Sepertimana juga yang diserukan dalam misi Kementerian Pertahanan iaitu untuk mempertahankan kedaulatan, keutuhan wilayah dan mendukung perlembagaan dan falsafah Melayu Islam Beraja.
ุงูุญูู ูุฏู ูููููฐูู hasil dari penekanan berterusan ke atas tahap kesediaan dan kesiagaan yang tinggi bagi menghadapi segala bentuk ancaman, pihak Angkatan Bersenjata Diraja Brunei turut memberikan sumbangan petugas barisan hadapan (frontliners) dalam usaha menangani impak COVID-19 di negara ini.
Pihak Angkatan Bersenjata Diraja Brunei antara lainnya telah mengupayakan kerahan dan pelaksanaan rapid response dalam bantuan logistik, tenaga kerja dan pentadbiran di bawah sebuah taskforce yang berpusat di Pusat Perubatan Bolkiah Garison. Tambahan ini, dengan kerjasama Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, penempatan makmal sementara Angkatan Bersenjata Diraja Brunei telah ditubuhkan di Pusat Penyelidikan Pertanian Brunei, Mukim Kilanas pada 24 Mac 2020 sebagai usaha menyokong Kementerian Kesihatan.
Terkini makmal ini memberikan sinergi usaha makmal Kementerian Kesihatan dalam menjalankan sampel ujian saringan COVID-19.
Pelaksanaan tugas dan rondaan sempadan bersama Pasukan Polis Diraja Brunei melalui operasi sepadu Jawatankuasa Keselamatan Negara bermula April tahun lalu secara langsung memastikan keberkesanan penguatkuasaan sekatan keluar masuk bagi mengekang perebakan penyakit dan menyekat kemasukan barang-barang tegahan khususnya melalui penyeberangan sempadan secara haram menggunakan "jalan-jalan tikus".
Yang Berhormat Pengerusi, di samping peranan menangani COVID-19, pihak Angkatan Bersenjata Diraja Brunei juga sering kali diberikan kepercayaan dan memberikan sokongan kepada agensi-agensi peneraju melalui capability coordinated and rapid response dalam bidang operasi mencari dan menyelamat, bantuan kemanusiaan dan bencana alam, bantuan logistik, flying doctors ke kawasan pedalaman, aktiviti penangkapan ikan secara tidak sah iaitu illegal, unreported and unregulated fishing serta menjamin keselamatan pelantar-pelantar minyak negara.
Oleh itu program-program pembangunan dan penambahbaikan kapasiti dan keupayaan Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei akan terus memberikan keutamaan kepada mewujudkan tahap kesediaan dan kesiagaan yang tinggi dalam menghadapi pelbagai bentuk cabaran kini dan akan datang ke arah mendukung kaedah yang berpaksikan coherence ini.
Pendekatan Whole of Nation Approach bukan sahaja penting, malah adalah satu keperluan khususnya dalam aspek pertahanan dan keselamatan. Oleh itu Kementerian Pertahanan telah mengenal pasti satu peluang untuk memperteguh kerjasama bersama agensi-agensi keselamatan dan penguatkuasaan kebangsaan yang lain melalui kaedah guna sama bagi Unmanned Aerial System yang kaola jelaskan pada awal mukadimah setelah keupayaan tersebut mula beroperasi dalam masa yang terdekat ุฅููู ุดูุงุกู ูฑูููููฐูู.
Kementerian juga seterusnya sedang menerokai peluang kerjasama baharu bersama pihak-pihak berkepentingan dalam pelbagai bidang termasuk penyelidikan, perolehan, peralatan dan penghapusan. Usaha ini dapat mengoptimumkan penggunaan infrastruktur dan fasiliti serta tenaga kerja dan kemahiran yang bukan sahaja memastikan penggunaan sumber yang lebih efisien tetapi juga menggalakkan perkongsian best practises.
Dalam menggalas tugas dan tanggungjawab mempertahankan negara, tumpuan turut diberikan kepada memenuhi tanggungjawab kepada masyarakat sama ada melalui Projek Titian Amal Angkatan Bersenjata Diraja Brunei iaitu projek sepanjang tahun yang melibatkan pembinaan atau pembaikan infrastruktur dan fasiliti bagi memerlukan kempen-kempen membersihkan masjid-masjid, taman-taman rekreasi dan tanah-tanah perkuburan atau kempen menderma bantuan kewangan dan darah. Program kemasyarakatan merupakan asas bagi jalinan silatulrahim yang erat dan harmoni antara orang ramai dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.
Sebagai contoh terkini pada akhir tahun 2020 Projek Titian Amal Angkatan Bersenjata Brunei dengan kerjasama padu dari Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB) telah berjaya menaiktarafkan dan membuka semula Taman Rekreasi Bukit Subok bagi kunjungan dan keselesaan serta keselamatan orang-orang awam yang mengunjungi dan beriadah di taman tersebut dan yang pada masa ูฑููุญูู ูุฏู ููููููฐูู ini difahamkan kelihatan meningkat ramai.
Yang Berhormat Pengerusi ketiga-tiga tonggak utama yang telah kaola jelaskan sebentar tadi adalah mutually enforcing dan ุฅููู ุดูุงุกู ูฑูููููฐูู akan terus dilaksanakan secara bersepadu. Ianya juga perlu diseiringkan dengan pelaburan yang setimpal dalam peningkatan sokongan logistik memantapkan pengurusan dan pembangunan sumber manusia.
Mengoptimumkan penggunaan sains dan teknologi, peningkatan prestasi penggunaan belanjawan yang diperuntukkan ke arah pencapaian e-Result areas pertahanan yang kaola huraikan pada tahun-tahun sebelumnya di bawah akronim IKWONDAMAI.
I-Integriti wilayah yang kukuh
K-Tahap keupayaan tempur dan kesiapsiagaan yang tinggi
WON - Mendukung kaedah Whole of Nation
D- Diplomasi Pertahanan yang efektif
A- Penglibatan pertahanan dalam misi-misi antarabangsa;
MA - Sumber tenaga manusia yang berprestasi tinggi; dan
I โ Imej pertahanan yang kredibel.
Dalam memberikan perhatian khusus kepada kebajikan anggota tentera, projek fokus grup kebajikan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei telah menghasilkan pelbagai inisiatif untuk meningkatkan pemedulian kebajikan terhadap anggota.
Antaranya ialah menaik taraf fungsi Pusat Kaunseling Angkatan Bersenjata Diraja Brunei menjadi Pusat Prihatin Angkatan Bersenjata Diraja Brunei pada bulan Julai tahun lepas yang membantu dan menyelaras pemedulian kebajikan anggota yang lebih menyeluruh. Buku Panduan Kesejahteraan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei 2020 juga telah dihasilkan sebagai panduan semua anggota mengenai penjagaan kebajikan.
Dalam aspek menyerapkan, mengukuhkan dan mengamalkan disiplin dalam kalangan anggota ke arah menghasilkan sumber tenaga manusia yang berkualiti tinggi, setiap unit dan semua peringkat kepimpinan sentiasa diingatkan untuk menjalankan tanggungjawab dengan berpegang teguh pada nilai-nilai teras Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan menasihatkan anggota bagi mengutamakan disiplin sama ada dalam atau luar bekerja sebagai menjaga image dan kredibiliti organisasi.
Pihak Angkatan Bersenjata Diraja Brunei tidak sama sekali mengambil ringan akan kesalahan-kesalahan mana-mana anggotanya dan tindakan yang sewajar akan sentiasa diambil sebagai pengajaran atau deterrent agar kesalahan yang sama tidak akan berulang lagi.
Sementara itu pendekatan kerohanian atau kekuatan dalaman juga aktif dibuat dalam usaha menerapkan nilai-nilai murni ke atas anggota pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei antaranya kursus-kursus agama dan pelbagai aktiviti keagamaan termasuk mengimarahkan masjid dan surau-surau di semua perkhemahan dan pangkalan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dengan mengadakan pembacaan ayat-ayat suci al-quran, zikir-zikir, selawat dan kuliah-kuliah serta tazkirah.
Yang Berhormat Pengerusi. Dengan izin dan limpah kurnia ุงูููููู ุณูุจูุญูุงูููู ููุชูุนูุงููู jua dan berkat daulat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam kekal aman dan tenteram.
Nikmat dan rahmat ini membolehkan kita semua, rakyat serta penduduk hidup bebas daripada rasa takut dan rasa tidak menentu, rakyat jelata hidup dengan pegangan berpeluang mengejar haluan pilihan dan terlindung di bawah payung pemerintahan raja yang adil lagi bijaksana, keadaan dan environment ini kita rasakan tatkala dunia dan rantau kita masih memerangi penularan wabak COVID-19.
Kestabilan dan keamanan kekal sebagai persyaratan penting untuk pembangunan kesejahteraan negara. Dalam hal ini, ia diberikan keutamaan paling tinggi. Tidak ada ruang untuk kompromi yang mana setiap pihak memiliki tugas dan tanggungjawab untuk menjaga kestabilan dan melindungi keamanan Negara Brunei Darussalam yang sama-sama kita cintai. Kementerian Pertahanan menyediakan foundation dan menjadi tunjang kepada tanggungjawab senegara ini melalui perancangan strategiknya yang disasarkan ke arah mengujudkan sebuah angkatan tentera yang dihormati dan rakan kerja yang mantap untuk sebuah negara yang selamat.
Dalam memenuhi tugasan dan tanggungjawab sebagai institusi sebagai keselamatan negara yang semakin multifunctional. Kementerian Pertahanan berpaksikan kedewasaan usia, usaha-usaha memperkasa kapasiti dan keupayaan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei mengoptimum faedah dari diplomasi pertahanan dan akan terus memberikan tumpuan kepada pendekatan Whole of Government Approach dan Whole of Nation Approach agar dapat sama-sama menyumbang dan memastikan kepada kestabilan dan kesejahteraan negara akan berkekalan dinikmati dan disyukuri.
Dalam kesempatan mukadimah tahun ini kaola ingin sekali lagi mengungkapkan rasa terima kasih yang tidak terhingga kepada semua anggota keselamatan negara khususnya Angkatan Bersenjata Diraja Brunei yang sentiasa cekal, tabah, ikhlas dan bersungguh-sungguh dalam memegang amanah besar dan murni mempertahankan kedaulatan dan keamanan negara.
Kaola secara peribadi dan membawa Ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini semua jasa pengorbanan dalam menjaga kesucian agama kedaulatan bangsa dan negara dikurnakan ganjaran yang setimpal oleh ุงููู ุณูุจูุญูุงูููู ููุชูุนูุงููู jua.
Sebelum mengakhiri mukadimah tahun ini seperti yang dicakapkan awal tadi lazimnya, kaola menyatakan bahawa pada Peruntukan Kewangan Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei serta jabatan-jabatan di bawahnya tidak akan dibahaskan secara terbuka memandangkan ia boleh mendedahkan isu-isu keselamatan dan perihal pertahanan strategik negara yang disifatkan sensitif dan sekian Yang Berhormat Pengerusi.
ูุจุงููู ุงูุชูููู ูุงููุฏุงูุฉุ ู ุงูุณูุงู ุนูููู ูุฑุญู ุฉ ุงููู ูุจุฑูุงุชูYang Berhormat Pengerusiโ
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Pertahanan II atas mukadimah yang telah dibentangkan cukup jelas dan teliti dan sememangnya tidak perlu lagi dibahaskan. Maka tajuk ini sekarang, saya undi. Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju untuk meluluskan tajuk ini, sila angkat tangan.
(Semua Ahli mengangkat tangan tanda bersetuju)
Yang Mulia Timbalan Jurutulisโ
Kementerian Pertahanan Tajuk SB01A โ Tajuk SB04A Jabatan Kementerian Pertahanan dijadikan sebahagian daripada Jadual.
Yang Berhormat Pengerusiโ
Ahli-Ahli Yang Berhormat, sebelum kita berpindah kepada tajuk seterusnya saya difahamkan Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri ingin membuat kenyataan bagi menjawab beberapa soalan yang telah pun dikemukakan oleh 3 orang Ahli Yang Berhormat dalam kita membincangkan Rang Undang-Undang (2021) Perbekalan, 2021/2022. Saya persilakan Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeriโ
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. ุจูุณูู ู ุงูููู ุงูุฑููุญูู ูฐูู ุงูุฑููุญูููู ู ุงูุณูููุงูู ู ุนูููููููู ู ููุฑูุญูู ูุฉู ุงูููู ููุจูุฑูููุงุชููู
Kaola mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Pengerusi memberikan laluan kaola untuk menjawab beberapa soalan yang dikemukakan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat semasa membincangkan menjunjung kasih Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada hari Selasa 16 Mac.
Kaola mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Awang Haji Mohimin bin Haji Johari yang mengusulkan supaya Negara Brunei Darussalam memberikan peluang FDI di sektor kewangan dan memberikan khidmat kemudahan kewangan dalam membantu mengembangkan pembangunan perniagaan negara dan di peringkat global yang bertapak di Negara Brunei Darussalam. Mudah-mudahan ia menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai hab kewangan serantau dan antarabangsa, khususnya membantu pembangunan ekonomi yang mampu meningkatkan fiskal negara.
Ahli-Ahli Yang Berhormat, saya di sini menjawab bagi pihak Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD) selaku Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah AMBD. Pihak AMBD sentiasa mengalu-alukan pelaburan asing dalam sektor kewangan di negara ini.
Ini dapat dilihat dari status FDI dalam sektor kewangan setakat ini iaitu 6 daripada 8 buah bank di negara ini terdiri daripada bank-bank asing yang diambil kira sebagai FDI, manakala 4 daripada 11 buah syarikat di sektor takaful atau insurans adalah syarikat asing. Dalam sektor pasaran modal, 4 daripada 8 pemegang capital market services license adalah syarikat asing.
Dalam usaha untuk menggalakkan perkembangan sektor kewangan, pihak AMBD juga telah menyediakan FinTech Regulatory Sandbox untuk memberikan peluang kepada syarikat-syarikat yang berminat untuk menguji perkhidmatan kewangan yang inovatif seperti e-Payment. Peluang ini terbuka kepada mana-mana syarikat tempatan dan pelabur asing.
Pada tahun 2016, AMBD juga telah menerbitkan Brunei Darussalam Financial Sector Blueprint 2016/2025, bahawa AMBD berhasrat antara lainnya untuk membukakan lebih peluang dan akses kepada pasaran kewangan Negara Brunei Darussalam melalui perjanjian-perjanjian perdagangan bebas yang berkenaan.
Seterusnya saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Dayang Khairunnisa binti Haji Ashโari, yang mengemukakan cadangan bagi payment gateway bagi menerima pembayaran atas talian dari luar negeri yang patut diteliti. Dalam menjawab perkara ini, peraturan-peraturan AMBD mengalu-alukan permohonan daripada penyedia perkhidmatan pembayaran dari dalam dan luar negara yang berminat untuk beroperasi di Negara Brunei Darussalam.
Ini tertakluk kepada keputusan komersial syarikat-syarikat tersebut. Kaedah yang selamat dan sering digunakan oleh usahawan-usahawan kecil yang berniaga melalui platform e-Dagang untuk menerima pembayaran secara online adalah melalui pembayaran kad debit atau kad kredit.
Dalam pada ini, beberapa bank di negara ini dan juga syarikat-syarikat tempatan telah mula menawarkan perkhidmatan pembayaran digital yang membolehkan usahawan-usahawan kecil untuk menerima pembayaran secara online secara cost effective, efisien dan selamat. Antaranya adalah BIBD QuickPay dan NexGen, Baiduri Internet Payment Gateway, Baiduri Merchantsuite dan lain-lain lagi.
Yang terakhir ialah kenyataan daripada Yang Berhormat Dayang Nik Hafimi binti Abdul Haadii yang berharap inisiatif untuk mentransformasi negara melalui digital ID, digital payment dan people hub. Sehubungan itu, antara usaha AMBD dalam membangun digital payment tempatan ialah melalui pelancaran Digital Payment Roadmap 2019/2025.
Roadmap ini menetapkan strategi ke arah mencapai digital payment nation iaitu transformasi industri pembayaran negara kepada pembayaran secara digital selaras dengan visi Brunei Darussalam Financial Sector Blueprint 2016/2025 dan Wawasan Brunei 2035 untuk mempelbagaikan ekonomi secara dinamik. Roadmap berkenaan menggariskan tiga strategi utama iaitu:
- Keseimbangan dalam peraturan dan inovasi;
- Penggunaan open digital payment; dan
- Kesedaran dan pendidikan orang ramai.
Dalam menggalakkan dan memudah cara perkhidmatan kewangan digital, AMBD juga bekerjasama rapat dengan Majlis Ekonomi Digital (Digital Economy Council) untuk mencapai objektif-objektif Pelan Induk Ekonomi Digital 2025.
Sejajar juga dengan Digital Payment Roadmap for Brunei Darussalam 2019/2025, AMBD menyokong kerjasama institusi-institusi kewangan tempatan dalam melaksanakan projek digital payment hub yang projek ini telah diberikan status flagship di bawah Pelan Induk Ekonomi Digital 2025. Sekian sahaja penjelasan kaola Yang Berhormat Pengerusi, terima kasih.
Yang Mulia Timbalan Jurutulisโ
Kementerian Kewangan dan Ekonomi. Tajuk SD01A hingga Tajuk SD09A.
Yang Berhormat Pengerusiโ
Ahli-Ahli Yang Berhormat, sekarang mesyuarat Jawatankuasa beralih kepada Kementerian Kewangan dan Ekonomi bagi Tajuk SD01A hingga Tajuk SD09A. Sebelum saya membukakan tajuk ini untuk dibahaskan, saya ingin memberikan ruang kepada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II untuk membentangkan sekiranya ada pendahuluannya tentang asas dan dasar penyediaan belanjawan kementeriannya ini.
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi IIโ
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. ุจูุณูู ู ุงูููู ุงูุฑููุญูู ูฐูู ุงูุฑููุญูููู ู ุงูุณูููุงูู ู ุนูููููููู ู ููุฑูุญูู ูุฉู ุงูููู ููุจูุฑูููุงุชููู dan salam sejahtera. Kementerian Kewangan dan Ekonomi serta jabatan-jabatan di bawahnya, bagi Tahun Kewangan 2021/2022 secara keseluruhannya adalah disediakan peruntukannya berjumlah $929,354,122.00. Peruntukan ini adalah untuk membiayai:
-
Gaji Kakitangan berjumlah $67,392,597.00 iaitu peningkatan kira-kira $1.44 juta atau 2.2% dari Tahun Kewangan 2020/2021. Mengambil kira pengiraan sebenar gaji dan elaun bagi jawatan-jawatan yang telah diisikan. Pemindahan 24 jawatan daripada Kementerian Tenaga dan penyerapan 6 jawatan dari Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi.;
-
Perbelanjaan Berulang-Ulang berjumlah $844,971,409.00 iaitu meningkat sebanyak kira-kira 21.1% daripada peruntukan Tahun Kewangan 2020/2021. Antara lainnya disebabkan oleh peningkatan peruntukan Perkhidmatan Rampaian sebanyak 26.9% kepada $707.4 juta berbanding Tahun Kewangan 2020/2021. Perkhidmatan Rampaian ini, termasuklah peruntukan bagi membiayai perbelanjaan-perbelanjaan kementerian dan jabatan yang antara lainnya seperti Keselamatan dan Pertahanan berjumlah $121.8 juta. Perkhidmatan Perubatan berjumlah $30 juta. Menangani wabak penyakit berjangkit termasuk pembelian vaksin COVID-19 berjumlah $20 juta. Perbelanjaan bagi menangani bencana alam seperti melaksanakan kerja-kerja perlindungan jangka masa panjang bagi tanah susur dan banjir berjumlah $15 juta. Keselamatan awam berjumlah $5.8 juta.
Projek Teknologi Maklumat berjumlah $4 juta, Kemajuan Daerah Temburong berjumlah $3.8 juta. Program bantuan kepada pelajar-pelajar Skim Miftaahun Najaah dari keluarga yang kurang berkemampuan iaitu bantuan ini merupakan in kind seperti pakai seragam sekolah, buku kerja, alat tulis dan yuran sekolah berjumlah $1.5 juta dan lain-lain perbelanjaan.
Manakala di bawah kategori Perbelanjaan Kemajuan pula $16,990,116.00 dengan harga rancangan berjumlah $295,223,991.00 adalah diperuntukkan antara lainnya untuk membiayai Projek Penubuhan Bursa Saham di Brunei Darussalam. Kajian sains, teknologi dan inovasi di bawah Brunei Research Council penyelidikan mendukung pembangunan negara. Banci dan kajian sosioekonomi, sistem pengurusan sumber manusia kerajaan, Projek pembangunan Pulau Muara Besar Fasa 2, Projek Pembangunan Teluk Brunei, Pulau Muara Besar dan Projek Sistem Kebajikan Kebangsaan.
Yang Berhormat Pengerusi, kaola tidak akan mengulang kembali inisiatif-inisiatif di bawah keutamaan-keutamaan belanjawan bagi Tahun Kewangan 2021/2022 termasuklah pencapaian-pencapaian yang telah dicapai oleh Kementerian Kewangan dan Ekonomi sepanjang Tahun Kewangan 2020/2021. Memandangkan kaola telah pun menerangkan secara terperinci semasa pembentangan belanjawan negara bagi Tahun Kewangan 2021/2022 tempoh hari.
Walau bagaimanapun, Kementerian Kewangan dan Ekonomi akan terus komited dalam melaksanakan dan mendukung usaha-usaha yang menyumbang kepada perkembangan ekonomi negara sama ada melalui kerjasama dengan kementerian-kementerian GLC dan badan-badan berkanun yang berkenaan serta melalui Foreign Direct Investment. Ini termasuklah mendukung inisiatif ke arah industri Revolusi ke-IV dan meningkatkan efisiensi dalam pemberian perkhidmatan kepada orang ramai.
Dalam masa yang sama, kaola sukacita mengambil kesempatan di Dewan yang mulia ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas kerjasama rakan-rakan sejawatan dalam melaksanakan beberapa projek di bawah Fiscal Consolidation Programme dan kaola penuh percaya dan berharap projek-projek yang dalam perancangan akan dapat diungkayahkan dengan adanya kerjasama yang padu demi mencapai hasrat ke arah kedayatahanan fiskal negara. Yang Berhormat Pengerusi, sekianlah yang dapat kaola kongsikan sebagai makluman dan panduan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kaola percaya dengan kerjasama dan sokongan semua pihak hasrat Kementerian Kewangan dan Ekonomi ke arah memastikan kedayatahanan serta kestabilan fiskal dan kepelbagaian ekonomi akan dapat dicapai.
Sebelum kaola menutup sepertimana jua yang lazimnya dibuat pada tahun-tahun yang lalu, kaola memohon izin bagi Peruntukan Pejabat Penerbangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atau (HMSF) yang disifatkan sebagai jabatan yang tertutup untuk tidak dibincangkan. Sekian Yang Berhormat Pengerusi. Terima kasih.
Yang Berhormat Pengerusiโ
Terima kasih Yang Berhormat, atas penerangan mengenai penyediaan belanjawan Kementerian Kewangan dan Ekonomi. Maka saya sekarang membukakan tajuk ini untuk kita bahaskan. Saya persilakan Yang Berhormat Awang Haji Mohimin bin Haji Johari @ Jahari.
Yang Berhormat Awang Haji Mohimin bin Haji Johari @ Jahariโ
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
ุจูุณูู ู ุงูููู ุงูุฑููุญูู ูฐูู ุงูุฑููุญูููู ู ุงูููุญูู ูุฏู ููููููู ุฑูุจูู ุงููุนูุงููู ููููู ููุงูุตููููุงุฉู ููุงูุณููููุงู ู ุนูููู ุฃูุดูุฑููู ุงููุฃูููุจูููุงุกู ููุงููู ูุฑูุณููููููู ููุนูููู ุขูููู ููุตูุญูุจููู ุฃูุฌูู ูุนููููู.-
Saya membawakan Tajuk SD01A- Kementerian Kewangan dan Ekonomi. Beberapa tahun yang lalu i-Usahawan telah ditubuhkan. Sejauh ini apakah status i-Usahawan secara statistik pengusaha-pengusaha muda yang telah berjaya mendapat tender-tender dari Syarikat Brunei Shell Petroleum dan statistik belia-belia yang telah berjaya menerima tender-tender dari pihak kerajaan?; dan
-
Cadangan untuk meningkatkan lagi geran untuk MSMES Brunei seperti co matching grant sekarang gerannya $10 ribu sahaja kalau boleh dinaikkan kepada $30 ribu untuk jump start business baharu atau yang sedia ada.
Sekian, terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi IIโ
Terima kasih atas soalan-soalan yang diajukan oleh Yang Berhormat, barangkali mengenai usaha dalam i-Usahawan untuk mendapatkan projek dari Syarikat Minyak dan Gas, barangkali soalan itu ada baiknya dijawab oleh rakan sejawatan dari Menteri Tenaga nanti. Mengenai geran MSMES co matching grant dan sebagainya memang pada masa ini ada skim co matching dan untuk start up dan sebagainya memang perkara ini dilihat kesesuaian atau tidak dinaikkan tapi ini memang co matching bukannya saja geran ini diberikan oleh Darussalam Enterprise tapi sebelum diberikan bisnes itu pun mesti dikeluarkan jumlah yang sama tetapi kitani melihat bisnes nya dahulu. Kalau ia maju sama ada dapat dibantu lagi boleh difikirkanlah tapi apa yang penting bukannya mengira berapa jumlah geran diberikan. Kitani mesti melihat jua prospek bisnes itu.
Sebelum difikirkan menjalankan bisnes sudah minta geran yang tinggi-tinggi. Perlulah menjalankan dulu bisnes itu, kalau maju kemudian dengan sendirinya dengan keuntungannya dapat dilabur balik ke dalam bisnes itu. Satu isu ini sering kaola menghadapi belum lagi memulai bisnes sudahtah memikirkan mana bantuan kewangan dan sebagainya tapi perhatian itu tidak difokus kepada macam mana make sure bisnes itu berjaya. Dengan cadangan ini, kewangan ini tidak semestinya satu faktor menjayakan bisnes ini. Bagi bisnes berjaya ia memang terlibat beberapa faktor. Kewangan dalam satu saja faktornya tapi kalau bisnes itu maju tidak kitani khuatirkan sama ada grant itu cukup ataupun tidak. Kalau ia maju dengan sendirinya keuntungan itu boleh dilaburkan balik. Itulah jawapan kaola bagi soalan yang diajukan tadi. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusiโ
Saya persilakan Yang Berhormat Fdr. Ar. Dayang Siti Rozaimeriyanty binti Dato Seri Laila Jasa Haji Abdul Rahman.
Yang Berhormat Fdr. Ar. Dayang Siti Rozaimeriyanty binti Dato Seri Laila Jasa Haji Abdul Rahmanโ
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II atas pencapaian negara dalam mengawal perbelanjaan kerajaan dan pelaksanaan fiskal consolidation yang semakin terlihat perkembangannya dan penurunan supplementary budget bagi tahun 2019/2020 iaitu dalam lingkungan $10 juta. Saya ingin membangkitkan di bawah Tajuk SD09A - Perkhidmatan Rampaian Kod Akaun B04000 di bawah Miscellaneous iaitu B04001 Projek Rampaian.
Seperti yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan dan Ekonomi II sejumlah $27.5 juta telah disediakan khas bagi Projek Fokus manakala sejumlah $175 juta disediakan untuk Projek Rampaian. Adalah difahami bahawa Projek Rampaian khusus bagi menampung pembiayaan atau pelaksanaan projek-projek yang tidak dijangkakan. Saya memohon pencerahan mengenai peningkatan perbelanjaan hampir $142 juta di bawah Projek Rampaian ini. Ada kenaikan dari tahun lepas iaitu $35 juta dan tahun ini naik ke $175 juta.
Soalan kedua, mengenai Kod Akaun B04409 - Subsidi Lampin Pakai Buang dan breast pump. ุงููุญูู ูุฏู ูููููฐูู berkat pemedulian Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam rakyat kita telah diberikan subsidi lampin pakai buang dan juga breast pump selama 3 tahun sudah, peruntukan yang diberikan setiap tahun dalam lingkungan $2 juta. Lebih dari 6,000 anak damit new born babies dilahirkan setiap tahun akan menerima lampin pakai buang setiap 3 bulan selama 1 tahun. Dianggarkan dalam 80,000 unit lampin pakai buang diberikan setiap tahun yang ia menelan belanja lebih kurang dalam lingkungan $1 juta. Saya rasa tiba masanya kita menggunakan lampin yang reusable or washable ataupun invest in our MSME's bagi penghasilan produk lampin pakai buang tempatan (Brunei made) dan ini secara tidak langsung dapat menjana hasil negara yang ia dapat dipasarkan dalam negara ataupun pasaran serantau. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi IIโ
Terima kasih soalan-soalan yang diajukan oleh Yang Berhormat tadi. Pertama, mengenai soalan yang kedua dulu. Mengenai lampin. Perkara ini memang dikenalkan (introduce) beberapa tahun yang lalu. Nampaknya tidak jua semua ibu memohon. Ada juga pam yang sudah ada pada sebahagian ibu tersebut yang memilih brand sendiri. Jadi, memang tidak dipohon juga daripada kerajaan. Tapi, isu inisiatif ini kitani di Kementerian Kewangan dan Ekonomi sedang membuat kajian dengan kemudahan-kemudahan ini, sama ada diteruskan ataupun digunakan untuk cara lain. Cadangan untuk digunakan MSMEโs itu is different issue. SMEโs ada keperluan untuk kita menolong. Ada beberapa cara untuk kitani menolong SMEโs. Ini kira kitani bagi kemudahan kepada ibu yang lepas beranak. Nampaknya dari experience ini ada sebahagian ibu ini tidak โtepakaiโ lampin-lampin yang diberikan oleh kerajaan, jadi mereka beli sendiri dengan brand yang dipilih oleh mereka, sama juga dengan breast pump.
Mengenai soalan pertama iaitu Projek Rampaian. Ini disediakan just incase dengan ada beberapa projek for example Project National Coastal Surveillance System di bawah Jabatan Perdana Menteri, disediakan juga. Bangunan ICC mungkin akan dinaik taraf, beberapa projek di bawah Kementerian Pembangunan masa ini masih dikategorikan di bawah Projek Rampaian, seperti KUPU SB belum lagi diperuntukkan dalam bajet di Kementerian Pembangunan tetapi masa ini dikira Projek Rampaian pada masa ini. Ada projek macam bangunan-bangunan Pasukan Polis Diraja Brunei pada masa ini, diubah suai termasuk dalam Projek Rampaian ini. Ada juga sebahagiannya dari Kementerian Pendidikan seperti bangunan-bangunan di Kuala Belalong Field Study Centre UBD, Temburong. Di Kementerian Hal Ehwal Ugama, masjid-masjid, surau-surau, balai-balai ibadat, Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan sebagainya. Itulah ada peningkatan daripada tahun yang sebelum ini.
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusiโ
Saya persilakan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pendikar Alam Dato Paduka Seri Awang Haji Hasrin bin Dato Paduka Haji Sabtu.
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pendikar Alam Dato Paduka Seri Awang Haji Hasrin bin Dato Paduka Haji Sabtuโ
ุจูุณูู ู ุงูููู ุงูุฑููุญูู ูฐูู ุงูุฑููุญูููู ู ุงูุณููููุงู ู ุนูููููููู ู ููุฑูุญูู ูุฉู ุงูููู ููุจูุฑูููุงุชููู dan salam sejahtera. Yang Berhormat Pengerusi, kaola ingin menyentuh sedikit mengenai isu kenaikan harga barangan dan makanan semenjak penularan wabak COVID-19.
Kaola telah memerhatikan bahawa sebilangan restoran telah pun menaikkan harga ataupun tidak lagi menghidangkan daging kerbau, sapi atau kambing disebabkan harga yang tinggi. Tambahan lagi ada penjual โnasi katokโ pun terpaksa menaikkan harga ke 50% menjadi $1.50. Sate daging dikurangkan menjadi dua cucuk bagi setiap $1.00. Pada pemahaman kaola, Kementerian Kewangan dan Ekonomi melalui Jabatan Perancangan Ekonomi dan Statistik (JPES) bertanggungjawab untuk memantau harga-harga barangan termasuk makanan.
Dengan ini soalan kaola, kaola memohon pencerahan daripada Yang Berhormat Menteri Kewangan dan Ekonomi II, apakah langkah-langkah dan usaha yang telah dikelolakan oleh JPES dalam menangani isu kenaikan harga tersebut? Sekian, ูู ุงูุณููููุงู ู ุนูููููููู ู ููุฑูุญูู ูุฉู ุงูููู ููุจูุฑูููุงุชููู.
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi IIโ
Terima kasih soalan-soalan yang diajukan Yang Berhormat tadi. Mengenai langkah-langkah diambil oleh JPES untuk mengawal harga barangan. Kalau dilihat kenaikan harga itu ada sebab-sebab beyond our control, oleh kerana COVID-19 logistik memang terjejashlah di dalam negeri ini. Oleh sebab juga, pegawai dari bahagian halal di Kementerian Hal Ehwal Ugama tidak dapat belayar seumpamanya ke Australia bagi menyaksikan penyembelihan kerbau, lembu dan kambing.
Jadi, terpaksalah satu usaha dari kerajaan untuk mengimport lembu dan kambing sama ada dengan kapal laut ataupun kapal terbang untuk diterbangkan ke Brunei bagi disembelih di Brunei, memang dengan logistik cost yang tinggi harganya pun ikut naik. Tetapi, mudah-mudahan masa hadapan dengan vaksin dan sebagainya barangkali ada peluang bagi pegawai dari bahagian halal, Kementerian Hal Ehwal Ugama itu dapat berbalik semula seperti dahulu untuk terbang ke Australia bagi menyaksikan penyembelihan dengan itu dapat kita import daging mengikut harga sebelum ini. Bukannya sahaja di restoran, ayam dan daging itu naik harga ke nasi katok, sate pun naik harga juga.
Sekarang ini, kalau menggunakan ayam pada masa ini musim Disember itu kebanyakan orang kurang membeli daging lembu atau kambing. Kebanyakan orang membeli ayam memang terjadi kekurangan stok inventory ayam tapi kalau dilihat pada masa ini sudah almost back to normal. Lagi secara menambah bagi menjawab soalan tadi di bawah JPES, ada 11 kategori barangan makanan asasi yang dipantau. Dari usaha pemantauan harga ini yang membolehkan JPES untuk disiarkan harga-harga pasaran barangan ini melalui aplikasi Pengguna Bijak seumpamanya, jadi orang ramai bolehlah mendapatkan informasi, bagi membuat inform purchase decision bagi mendapatkan nilai harga terbaik sama jua data-data ini boleh kita kongsikan dengan Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan.
Kita boleh menjadi satu dasar, satu strategi bagi negara ini sama ada kalau sekiranya harga naik sama ada kita menambah lagi production dalam negeri supaya mereka lebih competitive dengan sendirinya mudah-mudahan harga itu tidak lagi makin meningkat. Bagi lembu dan kambing pada masa ini, sepertimana kaola terangkan tadi pakai kapal laut dan kapal terbang untuk memasukkan ke dalam negeri Brunei kalau perkara ini berterusan melalui kerjasama dengan PDS Abattoir Sdn Bhd, pada masa ini kita sudah terdapat feedlot sendiri. Mudah-mudahan kalau kita dapat meningkatkan lagi jumlah import lembu dan kambing dengan sendirinya dapat average down import cost tersebut iaitu menurunkan kos import tersebut dengan kalau dapat dicapai harga itu pun dapat juga turun.
Tapi kita perlu juga melihat, isu price control ini yang mana ada manfaatnya waktu krisis tapi tidak boleh kita teruskan digunakan price control ini seumpamanya sekiranya ayam kita price control $5.00 sekiranya jadi all the supplier, orang berjual itu pada biasa dijualnya $4.50 dan sekiranya kita membuat satu harga menghadkan ke $5.00 ada kemungkinan semua kedai retail ini semua naikkan harga ini ke $5.00. Jadi, itu dikira bukan menolong consumers tapi menyusahkan pula consumers. So itulah kita mahu juga mereka itu competitive antara producer ini supaya we leave it to the market forces to allow all the producer to compete dengan sendirinya mereka akan meningkatkan lagi mereka punya efficiency and productivity, itulah satu cara untuk menggunakan market forces supaya harga itu dengan sendirinya, berlawan-lawan harga, itu dapat mereka akan menurunkan harga over time.
Jadi, price control ini kalau kita impose akan tiada lagi ada insentif. Semua mungkin dinaikkan harga ke maximum sebab itu satu disadvantage bagi price control itu, tapi pada masa krisis memang ada advantagenya. ุฅููู ุดูุงุกู ูฑููููฐู perkara ini dilihat juga pada masa ini bekerjasama dengan pihak Pejabat Peguam Negara untuk mengkukuhkan lagi perundangan kita. Kalau masa krisis itu bagaimana kita boleh impose dengan price control dengan lebih pantas dan efisien, efektif lagi memastikan kuasa kerajaan di bawah undang-undang ini adalah sejajar dengan jangkaan orang ramai. Itu sahaja kaola dapat jawab soalan tadi. Terima kasih.
Yang Berhormat Pengerusiโ
Saya persilakan Yang Berhormat Awang Naim bin Haji Kamis.
Yang Berhormat Awang Naim bin Haji Kamisโ
Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi. Tidak dinafikan bahawa kesan pandemik COVID-19 telah memberi kesan ekonomi seluruh dunia termasuk Negara Brunei Darussalam. Walau bagaimanapun, kesan positif dan yang baik bolehlah dilihat dari aspek peningkatan perbelanjaan rakyat dan penduduk tempatan dalam negara dan ini disebabkan oleh sempadan-sempadan yang ditutup dan yang nampak jua ialah lebih ramai orang kita mengunjungi dan mengenal keindahan dan tarikan tempat-tempat yang ada di dalam negara. Dalam hal ini, apakah kesan ini telah menguntungkan dari segi pendapatan kepada negara kerana saya percaya memang ada kesan positif dan ini barang setentunya akan memberikan justifikasi yang kukuh lagi supaya perbelanjaan fokus kepada pembaikan dan penaikan taraf prasarana-prasarana dan tempat-tempat yang menarik penduduk tempatan.
Kedua, bolehkah dijangkakan tahun bajet deficit akan dijangka berakhir pada tahun 2035 dengan mengambil kira perkembangan FDI yang semakin tumbuh dan berkembang di negara ini.
Sekian, disampaikan terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi IIโ
Terima kasih atas soalan-soalan yang diajukan oleh Yang Berhormat tersebut. Memang jawapan bagi soalan-soalan ini panjang kalau โbanar-banarkanโ dijawab. ุฅู ุดุงุก ุงููู kaola akan cuba sahaja dipendekkan. Soalan itu, pertama mengenai sekatan orang ramai ke luar negeri dan sebagainya jadi nampaknya bisnes aktiviti di dalam negeri itu dengan sendirinya meningkat. Jadinya dengan peningkatan bisnes aktiviti dalam negeri adakah memberi keuntungan naik kepada kerajaan? Memang peningkatan aktiviti ekonomi memberikan keuntungan kepada perniagaan, tapi sama ada diberikan keuntungan kepada kerajaan, itu tertakluk kepada bisnes itu, adakah ia membayar cukai atau tidak? Kalau dilihat pada masa ini, banyak bisnes-bisnes yang untung daripada COVID-19 seperti restoran, supermarket dan sebagainya. Bisnes ini kebanyakannya bukan โsendirian berhadโ maka untungnya kepada bisnes dan bukan semestinya ke kerajaan. Jikalau ia โsendirian berhadโ mudah-mudahan bisnesnya menguntungkan dan dapat membayar cukai. Jika sekiranya ada, memang menguntungkan kerajaan. Ini dari segi cukai.
Tetapi, kalau aktiviti ekonomi meningkat ia menjanakan pekerjaan untuk anak-anak tempatan, dari segi fiskal memang tidak direct menguntungkan kepada kerajaan melainkan mereka ini tidak bekerja, mungkin ada sebahagian penduduk ada yang bekerja, mungkin ada yang tidak bekerja meminta bantuan dari kebajikan dan sebagainya. In-terms of fiscal negara itu tidak ada impact itulah yang very unusual. Kalau dibandingkan dengan negeri lain ada income tax, kalau ada kerja memang membayar income tax, jadi di Negara Brunei Darussalam ini negara kita tidak terdapat income tax tetapi bagi bisnes-bisnes kalau bukan โsendirian berhadโ tidak membayar corporate tax. Jika kita lihat aktiviti ekonomi itu meningkat tidak semestinya ia directly meningkatkan kedudukan fiskal negara.
Soalan 2. FDI. Pada tahun 2035 adakah mungkin ia meningkatkan fiskal kita? Jika dilihat FDI yang sudah-sudah yang sudah berjalan seperti Hengyi Industries Sdn Bhd, ุฅููู ุดูุงุกู ูฑูููููฐูู Brunei fertiliser industry pada suku ketiga ini dan lain-lain memang ada menolong meningkatkan KDNK kita. Kementerian Kewangan dan Ekonomi membuat jangkaan kalau base on yang ada FDI ini, berapakah GDPnya barang datang 2035? Jumlah itu pada masa ini diestimate, tetapi sangatlah menggalakkan. Wawasan Brunei 2035 ada sasarannya. Jika diambil kira mana FDInya yang sudah ada dalam negeri ini kalau Hengyi Industries Sdn Bhd fasa yang kedua dimajukan seterusnya memang menggalakkan, jika kita melihat dari jumlah tersebut. FDI ini bukannya untuk meningkatkan GDP kita sahaja, yang penting ia menjana pekerjaan untuk anak-anak tempatan sepertimana kaola kelmarin sudah terangkan beberapa usaha untuk FDI yang ada ini terus mengambil anak-anak tempatan ini bekerja dan juga beberapa usaha untuk kita mengadakan educational programme, training dan sebagainya. Itulah usaha-usaha kerajaan untuk membuat persediaan bagi anak-anak tempatan supaya mereka terpilih untuk bekerja dengan FDI kita.
FDI, GDP, KDNK ini tadi menjana pekerjaan dan juga meningkatkan eksport negara kita ini dengan trade balance dengan negeri-negeri lain dan sebagainya. Itulah manfaat kita perlu fokuskan benar-benar kepada FDI ini dalam satu langkah untuk kita menjanakan kita mendiversify ekonomi kita supaya nanti tahun 2035 our economy will be diversify, orang kita berpeluang untuk bekerja dengan FDI itu maksudnya mereka ada kerja yang bermakna (meaningful employment). Manfaat-manfaat tersebut dari kita juga, ุฅู ุดุงุก ุงููู. Itu sahaja yang dapat kaola jawab soalan tersebut, terima kasih.
Yang Berhormat Pengerusiโ
Saya telah difahamkan bahawa Yang Berhormat Menteri Tenaga (Energy) suka untuk memberikan respons terhadap satu soalan yang telah dikemukakan pada awal tadi, silakan.
Yang Berhormat Menteri Tenagaโ
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Kaola suka kan memberi detail sedikit berkenaan dengan i-Usahawan tadi yang diterima daripada Yang Berhormat Awang Haji Mohimin bin Haji Johari @ Jahari. Terima kasih Yang Berhormat atas soalan dan yang diajukan mengenai i-Usahawan dan terima kasih rakan sejawatan Yang Berhormat Menteri Kewangan dan Ekonomi II bagi memberikan saya peluang untuk menjawab soalan mengenai status i-Usahawan di bawah sektor minyak dan gas.
Setakat Disember 2020, sebanyak 42 kontrak telah dikenal pasti dari Industri Minyak dan Gas dan Industri Kuasa Elektrik Power. Daripada jumlah ini, 19 kontrak telah dianugerahkan kepada 24 usahawan belia, 15 kontrak dari Industri Minyak dan Gas, 3 kontrak dari kerajaan, Jabatan Perkhidmatan Elektrik dan 1 dari Industri Kuasa Elektrik Power. Program ini juga telah membukakan peluang pekerjaan kepada seramai 192 anak tempatan dan mempunyai jumlah keseluruhan nilai kontrak sebanyak $28 juta. Itu sahaja Yang Berhormat Pengerusi, terima kasih.
Yang Berhormat Pengerusiโ
Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang kita sambung semula dan saya persilakan Yang Berhormat Awang Haji Emran bin Haji Sabtu.
Yang Berhormat Awang Haji Emran bin Haji Sabtuโ
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
ุจุณู ุงููู ุงูุฑุญู ู ุงูุฑุญูู ุงูุณูุงู ุนูููู ูุฑุญู ุฉ ุงููู ูุจุฑูุงุชูYang Berhormat Pengerusi, saya akan menyentuh mengenai Tajuk SD01A - Jabatan Kementerian Kewangan dan Ekonomi dan Tajuk SD04A - Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi. Isu yang saya bawakan ini biasa sahaja dan ringan tetapi impaknya ia membawa ke akhirat. Maksudnya, kita memahami dan akibat yang bakal diterima tertentu tidak akan melakukan tindakan sedemikian kerana ia jelas mengundang dosa. Saya mengambil maklum bahawa tatacara baharu memulakan perniagaan dengan memohon Sijil Penubuhan Syarikat atau Sijil Pendaftaran Perniagaan seterusnya mereka diberikan lesen dan bolehlah berniaga dengan mematuhi piawaian standard syarat peraturan garis panduan dan keperluan perundangan yang mengawal aktiviti perniagaan yang akan dijalankan.
Agensi-agensi berkuasa akan membuat pemeriksaan dan pemantauan ke atas premis-premis dan aktiviti perniagaan yang berasaskan kepada prestasi dan risiko perniagaan yang dijalankan. Saya berpandangan di samping pemohon-pemohon premis perniagaan mengikuti garis panduan yang sedia ada, pemohon-pemohon perlu juga dilengkapi dengan garis panduan dan prinsip perniagaan dalam Islam (bermuamalat) supaya segala usaha dan aktiviti yang dilaksanakan menjadikan ia sebagai ibadah. Masih ada kita temui di lapangan seperti di โtamu-tamuโ, pasar, kedai makan, kedai runcit, supermarket berlaku penipuan-penipuan daripada penjual-penjual atau peniaga-peniaga seperti menyembunyikan barangan yang tidak baik.
Penipuan dalam sukatan dan timbangan. Misalnya, udang yang segar diletakkan di atas, manakala yang sudah tidak segar diletakkan di bawah. Tatakala pembeli mahu membeli, โdisauknyaโ. Jadi, nampaklah keadaan yang tidak baik. Ada juga peniaga-peniaga yang bercakap bohong pada misalnya, penjual udang galah dikatakannya Udang Galah Temburong tetapi sebenarnya udang galah dari luar negeri.
Saya mohon izin mencadangkan supaya pemohon-pemohon baharu yang ingin mendapatkan Sijil Penubuhan Syarikat atau Sijil Pendaftaran Perniagaan dikehendaki mengikuti Kursus Asas Muamalat dari segi hukum-hakam berjual beli dalam jangka masa yang bersesuaian iaitu sebagai salah satu usaha pendekatan dan usaha membudayakan perniagaan mengikut prinsip-prinsip Islam. Di samping itu, diberikan kursus berkenaan sama ada sebelum atau sesudah mereka menerima sijil berkenaan. Di samping menyediakan garis panduan etika berniaga dalam Islam melalui pelbagai media. Sekian disampaikan Yang Berhormat Pengerusi. Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi IIโ
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Mengenai soalan mengeluarkan pendaftaran syarikat di bawah Kementerian Kewangan dan Ekonomi (ROCBN). Tapi untuk memeriksa premis-premis ini bukannya di bawah tanggungjawab ROCBN tetapi di bawah ABCI. Rakan sejawatan kaola dapat menerangkan mengenai perkara ini.
Soalan seterusnya, aduan orang ramai mengenai barang yang dijual ini. Kalau orang ramai ada aduan ataupun complaint bolehlah dihadapkan complaint ini kepada Jabatan Perancangan Ekonomi dan Statistik. Itu sahaja kaola dapat menjawab soalan Yang Berhormat.
Yang Berhormat Pengerusiโ
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama suka untuk memberi tambahan sebagaimana yang dipersoalkan oleh Yang Berhormat Awang Haji Emran bin Haji Sabtu.
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugamaโ
Minta maaf.
ุงูุณููููุงู ู ุนูููููููู ู ููุฑูุญูู ูุฉู ุงูููู ููุจูุฑูููุงุชููู Yang Berhormat Pengerusi dan Yang Berhormat Awang Haji Emran bin Haji Sabtu. Kaola baru mendengar tadi dalam perjalanan kaola masuk ke dalam Dewan ini semula. Tapi yang kaola terdengar soalannya ini menghendaki pemegang-pemegang lesen itu diberikan kursus tatacara perniagaan Islam.
Mental benar kitani sekarang berfikiran sekarang Yang Berhormat Pengerusi. Serba serbi orang ada kelayakan itu barulah dapat lesen, barulah membuat ini, lagi menyulitkan orang kitani. Perkara-perkara ajaran agama ini boleh disampaikan melalui dakwah, melalui khutbah dan mungkin melalui semacam seminar dan sebagainya. Tapi bukanlah macam itu kitani berfikir dengan nda kursus ini menjadikan 'abisdia' 100% atau 90% akan bertatatertib sebagaimana yang dikehendaki.
Ini suatu perkara yang patut kitani fikirkan, apa-apa ini orangkan berniaga mesti dipermudahkan macam sekarang ini. Timbul gerai, timbul ada program mingguan peniaga-peniaga di stadium dan sebagainya. Tambahan kepada apa yang ada bukannya yang sudah ada, bukan ertinya musim COVID-19 saja itu.
Mungkin akan berterusan. Jadi hal-hal sedemikian ini ia berkembang macam itu sahaja. Jadi yang dikehendaki terjadilah misalnya 'membuyuk' harga, 'membuyuk' barangan, semuanya itu boleh diterangkan dari segi etika ajaran Islam melalui dakwah, melalui khutbah dan melalui berbagai-bagai cara daripada memberikannya syarat hendaklah mereka lebih dahulu mengikuti kursus tatacara berniaga secara Islam. Sekian, Yang Berhormat Pengerusi. Kalau itulah maksudnya Yang Berhormat Pengerusi. Minta maaf kaola.
Yang Berhormat Pengerusiโ
Terima kasih Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama. Saya persilakan Yang Berhormat Awang Haji Ramli bin Haji Lahit.
Yang Berhormat Awang Haji Ramli bin Haji Lahitโ
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Kaola membawa Tajuk SD05A - Jabatan Perbendaharaan. Merujuk kepada Petunjuk Prestasi Utama jabatan ini menunjukkan peratus penyimpanan stok beras dan gula tidak kurang 6 bulan. Pada tahun 2021/2022 peratus penyimpannya adalah 90% dan tahun-tahun berikutnya pun mendatang 90% sehingga tahun 2024.
Soalan kaola berapa lamakah sebenarnya penyimpanan stok beras dan gula ini paling lama dapat bertahan di dalam gudang Jabatan Perbekalan dan Stor Negara. Dalam suasana dunia mengalami pandemik COVID-19 setentunya penghasilan beras dari negara-negara pengeluar seperti Thailand, Cambodia dan Vietnam terjejas atau berkurang.
Oleh itu, soalan kaola adakah stok beras kitani jua terjejas pengimportannya. Maka ia menurun dari 100% pada 2019/2020 kepada 90% tahun-tahun berikutnya?
Sekian saja dari kaola terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi IIโ
Terima kasih 2 soalan yang diajukan oleh Yang Berhormat.
- Mengenai stok beras, berapa lama sebenarnya dapat disimpan dalam stor? Soalan ini kaola ada bertanya jua sebenarnya. Especially during COVID-19 because waktu COVID-19 terdapat banyak panic buying. Jadi, Kementerian Kewangan dan Ekonomi terpaksa jua memikirkan macam mana kitani mengimport lebih banyak beras untuk distok dalam negeri. Memikirkan jua kalau sekiranya lepas orang beli panic buying ini sudah nampaknya COVID-19 tidak lagi ada sama ada country will be left with too many stock in ours ware house.
Kaola sudah tanyakan kepada supplier memang jawapannya boleh disimpan lebih 6 bulan, 8 bulan, 10 bulan tapi provided ia punya environment, temperature dan sebagainya sesuai. Jadi itu satu langkah untuk kitani meningkatkan lagi cara kitani menyimpan beras ini. Kitani pindah stok beras itu, kitani pindah ke ware house baharu dengan better environment. Sampai kalau sekiranya ada keperluan untuk memasang air-condition dan sebagainya ุฅู ุดุงุก ุงููู memang Kementerian Kewangan dan Ekonomi akan melaksanakan. Tapi lepas kitani import beras itu nampaknya tidak perlulah kitani memasang air-condition dan sebagai just because stok itu tidak jua distok ware house sekian lama. Itulah jawapannya atau boleh disimpan lama tapi mesti dilihat ia punya stor environmentnya; dan
- Mengenai Cambodia dan Thailand itu, semasa COVID-19 ada masalah di Cambodia especially because mereka ini ada kemarau di Cambodia, jadi dihadkan eksport beras ke luar negeri. Tetapi yang jenis beras yang distop exporting jenis beras is the normal rice white rice bukan kitani fragrance rice. Tetapi kitani punya fragrance rice masih dapat dieksport.
Memang kitani diversify kitani punya supply sources yang bukannya sahaja diharapkan supply dari satu negeri sahaja kitani memilih Cambodia ataupun Thailand ataupun negeri lain. So atulah Jasmine rice kitani dapat continue to import, ุงูููุญูู ูุฏู ููู dengan usaha-usaha kita dalam negeri jua dalam meningkatkan lagi kitani punya production of rice mudahan-mudahan kitani tidak lagi terlalu bergantung pada luar negeri. Itu sahaja jawapan kaola bagi soalan yang diajukan tadi. Terima Kasih.
Yang Berhormat Pengerusiโ
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekiranya tidak ada lagi Ahli Yang Berhormat yang suka membuat pertanyaan atau suka untuk membahas mengenai tajuk ini maka tajuk ini sekarang akan saya undi. Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju bagi tajuk ini, kita luluskan, sila angkat tangan.
(Semua Ahli mengangkat tangan tanda bersetuju)
Terima kasih.
Yang Mulia Timbalan Jurutulisโ
Tajuk SD01A hingga SD09A - Kementerian Kewangan dan Ekonomi dijadikan sebahagian daripada Jadual.
Yang Berhormat Pengerusiโ
Ahli-Ahli Yang Berhormat, saya kira cukup sekian kita berunding dan berbahas dalam Peringkat Jawatankuasa. Maka saya suka supaya persidangan kita akan disambung semula dalam Persidangan Majlis Mesyuarat Negara.
(Mesyuarat Jawatankuasa ditangguhkan)
(Majlis Mesyuarat bersidang semula)
Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ
Ahli Yang Berhormat kita telah pun berunding dan berbahas dari sejak pagi ini dan saya kira cukuplah bagi kita untuk pada hari ini. Maka saya tangguhkan persidang Majlis Mesyuarat Negara ini dan kita akan bersidang semula ุฅู ุดุงุก ุงููู pada esok hari iaitu hari Jumaat 19 Mac 2021 bermula pukul 2.30 petang.
Sekian, ูุจุงููู ุงูุชูููู ูุงููุฏุงูุฉุ ู ุงูุณูุงู ุนูููู ูุฑุญู ุฉ ุงููู ูุจุฑูุงุชู
(Majlis Mesyuarat ditangguhkan)
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.