Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Source: https://www.majlis-mesyuarat.gov.bn/wp-content/uploads/2025/09/Penyata-Rasmi-MMN-Ke-17-Tahun-2021.pdf

HARI KE-3

Rumusan Bacaan

๐Ÿ“– Masa membaca: 117 minit
๐Ÿ“Š Bilangan kata: 24,237 kata

17HB MAC 2021โ€‹

(Mesyuarat mula bersidang pada pukul 9.30 pagi)

Yang Dimuliakan Jurutulisโ€‹

ุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ู‡ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูฐู†ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญููŠู’ู…ู Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ketujuh Belas Majlis Mesyuarat Negara bersidang hari ini, bagi hari ketiga didahului dengan Doa Selamat.

DOA SELAMATโ€‹

Doa Selamat dibacakan oleh Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Awang Hamidon bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Abdul Hamid.

Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ€‹

ุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ู‡ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูฐู†ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญููŠู’ู…ู ุงู„ุณูŽู‘ู„ุงูŽู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒูŽุงุชูู‡ู ุฃูŽู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏู ู„ูู„ู‘ูฐู‡ู, kita bersyukur ke hadrat ุงู„ู„ู‡ู ุณูุจู’ุญูŽุงู†ูŽู‡ู ูˆูŽุชูŽุนูŽุงู„ูŽู‰ kerana dengan limpah rahmat dan izin-Nya jua, kita dapat bersama-sama hadir pada pagi ini bersidang bagi hari yang ketiganya dalam Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ketujuh Belas Majlis Mesyuarat Negara. Selawat serta salam ke atas Junjungan Besar kita ู†ูŽุจููŠูู‘ ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู ุตูŽู„ูŽู‘ู‰ ุงู„ู„ู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ูŽู‘ู…, kaum kerabat, para sahabat serta pengikut-pengikut Baginda yang taat lagi setia hingga ke akhir zaman.

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Sebagaimana telah kita maklumi pada petang semalam persidangan telah selesai meluluskan satu Usul di bawah Tajuk Usul-Usul Yang Diberi Notis dan pagi ini, ุฅู† ุดุงุก ุงู„ู„ู‡ kita juga akan berpindah ke perkara yang seterusnya.

Yang Dimuliakan Jurutulisโ€‹

Perkara VI - Rang Undang-Undang yang akan dicadangkan oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II.

Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ€‹

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Sekarang, pandangan dan perhatian Persidangan berpindah kepada Perkara VI - Rang Undang-Undang. Satu Rang Undang-Undang yang akan dicadangkan oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II telah pun dikemukakan, saya kira Yang Berhormat Menteri yang berkenaan ingin membuat kenyataan awal mengenai Rang Undang-Undang tersebut. Silakan Yang Berhormat.

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi IIโ€‹

ุจุณู… ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุฑุญู…ู† ุงู„ุฑุญูŠู… ุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒู… ูˆุฑุญู…ุฉ ุงู„ู„ู‡ ูˆุจุฑูƒุงุชู‡ dan salam sejahtera.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua, dengan segala hormatnya kaola memohon izin mengemukakan Satu Rang Undang-Undang yang bergelar: โ€œSuatu Akta Untuk Membekalkan Sejumlah Wang Dari Kumpulanwang Yang Disatukan Bagi Perkhidmatan Tahun Kewangan 2021/2022 dan bagi memperuntukkan wang yang tersebut itu bagi maksud-maksud tertentuโ€, untuk bacaan kali pertama.

Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.

Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ€‹

Ahli-Ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II sebentar tadi telah mencadangkan bagi Rang Undang-Undang tersebut untuk dibaca bagi kali yang pertama.

Yang Dimuliakan Jurutulisโ€‹

Satu Rang Undang-Undang yang bergelar: โ€œSuatu Akta Untuk Membekalkan Sejumlah Wang Dari Kumpulanwang Yang Disatukan Bagi Perkhidmatan Tahun Kewangan 2021/2022 dan untuk memperuntukkan wang yang tersebut itu bagi maksud-maksud tertentuโ€.

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi IIโ€‹

ุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุงู„ุฑู‘ูŽุญู’ู…ูŽูฐู†ู ุงู„ุฑู‘ูŽุญููŠู…ู ุงู„ุณู‘ูŽู„ูŽุงู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒูŽุงุชูู‡ู

Yang Berhormat Yang Di-Pertua, kaola memohon izin bagi memaklumkan kepada majlis ini, bahawa kaola akan mengemukakan cadangan untuk bacaan kali yang kedua dan ketiga akan Rang Undang-Undang yang bergelar: โ€œSuatu Akta Untuk Membekalkan Sejumlah Wang Dari Kumpulan wang Yang Disatukan Bagi Perkhidmatan Tahun Kewangan 2021/2022 dan bagi memperuntukkan wang yang tersebut itu bagi maksud-maksud tertentuโ€ pada persidangan hari ini juga, sesuai dengan Peraturan Majlis-Majlis Mesyuarat Negara, kaola bercadang untuk mengemukakan cadangan Rang Undang-Undang ini untuk bacaan kali yang kedua dan ketiga pada hari ini jua. Maka kaola memohon izin kebenaran Yang Berhormat Yang Di-Pertua supaya digantung Peraturan-Peraturan Tetap Majlis Mesyuarat Negara bagi membolehkan dibuat cadangan-cadangan sedemikian pada hari ini juga. Permohonan ini semata-mata bagi membolehkan majlis ini memudahkan tugas-tugasnya dengan lebih lancar dan teratur lagi. Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.

Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ€‹

Ahli-Ahli Yang Berhormat, setelah mendengar alasan, keterangan dan sebab yang telah dikemukakan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, maka saya izinkan supaya Peraturan-Peraturan Tetap Majlis Mesyuarat Negara digantung bagi membolehkan Rang Undang-Undang yang bergelar: โ€œSuatu Akta Untuk Membekalkan Sejumlah Wang Dari Kumpulan wang Yang Disatukan Bagi Perkhidmatan Tahun Kewangan 2021/2022 dan untuk memperuntukkan wang yang tersebut itu bagi maksud-maksud tertentuโ€ untuk dibaca kali yang kedua dan ketiga di bawah Syarat 48 (3) dari Perlembagaan Negara Brunei Darussalam. Saya sekarang mempersilakan Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II untuk menjalankan serta memberikan keterangan selanjutnya.

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi IIโ€‹

Yang Berhormat Yang Di-Pertua, kaola ingin mengucapkan terima kasih banyak-banyak atas keizinan Yang Berhormat Yang Di-Pertua untuk kaola mencadangkan supaya Rang Undang-Undang yang bergelar: โ€œSuatu Akta Untuk Membekalkan Sejumlah Wang Dari Kumpulanwang Yang Disatukan Bagi Perkhidmatan Tahun Kewangan 2021/2022 dan bagi memperuntukkan wang yang tersebut itu bagi maksud-maksud tertentuโ€ dibaca bagi kali yang kedua.

ุจุณู… ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุฑุญู…ู† ุงู„ุฑุญูŠู…
ุงู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏู ู„ูู„ู‘ูŽู‡ู ุฑูŽุจู‘ู ุงู„ู’ุนูŽุงู„ูŽู…ููŠู†ูŽ ูˆูŽุงู„ุตู‘ูŽู„ูŽุงุฉู ูˆูŽุงู„ุณู‘ูŽู„ูŽุงู…ู ุนูŽู„ูŽู‰ ุฃูŽุดู’ุฑูŽูู
ุงู„ู’ุฃูŽู†ู’ุจููŠูŽุงุกู ูˆูŽุงู„ู’ู…ูุฑู’ุณูŽู„ููŠู†ูŽ ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุขู„ูู‡ู ูˆูŽุตูŽุญู’ุจูู‡ู ุฃูŽุฌู’ู…ูŽุนููŠู†ูŽ.
ุฑูŽุจู‘ู ุงุดู’ุฑูŽุญู’ ู„ููŠ ุตูŽุฏู’ุฑููŠ ูˆูŽูŠูŽุณู‘ูุฑู’ ู„ููŠ ุฃูŽู…ู’ุฑููŠ ูˆูŽุงุญู’ู„ูู„ู’ ุนูู‚ู’ุฏูŽุฉู‹ ู…ูู†ู’ ู„ูุณูŽุงู†ููŠ ูŠูŽูู’ู‚ูŽู‡ููˆุง ู‚ูŽูˆู’ู„ููŠ

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Tujuan Rang Undang-Undang ini ialah โ€œUntuk membenarkan pengeluaran, sejumlah $5,860,000,000 Dari Kumpulanwang Yang Disatukan, Bagi Perkhidmatan Tahun Kewangan 2021/2022, dan untuk memperuntukkannya bagi maksud-maksud yang dinyatakan dalam Jadualโ€. Dalam berbuat demikian, kaola memohon izin untuk menerangkan secara ringkas mengenai prospek ekonomi global dan Negara Brunei Darussalam serta sokongan Anggaran Belanjawan Negara berasaskan kepada analisis dan penilaian ke atas kemampuan kewangan kerajaan dan keutamaan perbelanjaan kerajaan sebagai asas dalam penyediaan Belanjawan Negara Tahun Kewangan 2021/2022.

ุงูŽู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏู ู„ูู„ู‘ูฐู‡ู, segala puji-pujian dan syukur ke hadrat ุงู„ู„ู‘ูฐู‡ู ุณูุจู’ุญูŽุงู†ูŽู‡ู ูˆูŽุชูŽุนูŽุงู„ูŽู‰ kerana dengan izin dan limpah rahmat-Nya jua, serta berkat kepimpinan dan keprihatinan raja, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muโ€™izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, rakyat dan penduduk di negara ini terus menikmati kesejahteraan dan menunjukkan kedayatahanan atau resilience dalam menghadapi cabaran-cabaran termasuk krisis global pandemik COVID-19 dan penurunan permintaan minyak dunia.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Izinkan kaola mengongsikan mengenai kedudukan ekonomi global pada masa ini. Pihak International Monetary Fund (IMF) dalam Laporan World Economic Outlook (WEO) keluaran bulan Januari 2021 telah melaporkan bahawa ekonomi global pada tahun 2020 adalah pada kadar negatif 3.5% berbanding dengan negatif 4.4% sebagaimana laporan keluaran bulan Oktober 2020.

Bagi tahun 2021, ekonomi global diunjurkan akan berkembang pada kadar 5.5% dengan mengambil kira pengukuhan aktiviti-aktiviti ekonomi berikutan dengan sokongan dasar tambahan economic stimulus dan program vaksinasi yang dilaksanakan di seluruh dunia. Manakala, pertumbuhan ekonomi di rantau Asia khususnya bagi Emerging and Developing Asia (China, India & ASEAN-5) diunjurkan akan berkembang pada kadar 8.3%. Pihak IMF juga meramalkan bahawa jumlah perdagangan global (global trade volume) dijangka akan meningkat sekitar 8.1% pada tahun 2021 berbanding dengan kadar negatif 9.6% pada tahun 2020 sejajar dengan unjuran pemulihan ekonomi dunia.

Berikutan dengan pengawalseliaan ke atas bekalan minyak dari Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) serta pelaksanaan program vaksinasi yang sedang dilaksanakan di seluruh dunia dan pemulihan ekonomi global, pihak Energy Information Administration (EIA) melalui laporan bulan Mac 2021 telah meramalkan bahawa harga minyak Brent akan meningkat secara purata kepada harga US$61 setong bagi tahun 2021 berbanding dengan US$42 setong pada tahun 2020. Kenaikan harga minyak ini didorong oleh meningkatnya penggunaan petroleum dan bahan api cecair global secara purata daripada 92.2 juta tong sehari pada tahun 2020 kepada 97.5 juta tong sehari pada tahun 2021.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Seterusnya kaola ingin mengongsikan kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi Negara Brunei Darussalam. Menurut Jabatan Perancangan Ekonomi dan Statistik (JPES), Kementerian Kewangan dan Ekonomi, ekonomi negara bagi tahun 2020 telah mencatatkan pertumbuhan sebanyak 1.2%, disebabkan oleh:

  1. Sektor Bukan Minyak dan Gas meningkat sebanyak 9.0% (tahun ketahun) selaras dengan peningkatan antara lainnya bagi:

    i. Subsektor Pembuatan terutamanya pembuatan produk petroleum dan kimia, meningkat 323.9%;

    ii. Subsektor Perhubungan meningkat 15.9%;

    iii. Subsektor Pertanian, Perhutanan dan Perikanan meningkat 11.7% disebabkan oleh kenaikkan dalam industri akuakultur selaras dengan peningkatan pengeluaran udang ternakan dan peningkatan dalam pengeluaran lembu dan ayam pedaging; dan

    iv. Subsektor Perdagangan Borong & Runcit meningkat 2.8% berikutan dengan sekatan perjalanan keluar negara disebabkan oleh penularan wabak COVID-19. Ini telah menyebabkan peningkatan pada permintaan pengguna pada barangan seperti peralatan komputer & telekomunikasi; barang rekreasi; perkakas elektrik & peralatan pencahayaan; dan barangan farmasi dan perubatan, barang kosmetik & toiletries.

  2. Manakala, Sektor Minyak dan Gas telah mencatatkan penurunan sebanyak 4.9% disebabkan oleh penurunan pengeluaran minyak mentah dan gas asli.

Bagi tahun 2021 pula, pihak JPES telah mengunjurkan pertumbuhan KDNK Negara Brunei Darussalam antara 0.8% hingga 1.6%, iaitu Sektor Minyak & Gas dijangkakan berkembang pada kadar 0.5% sementara Sektor Bukan Minyak & Gas berkembang pada kadar di antara 1.1% hingga 2.9%. Pertumbuhan ini didorong oleh pertumbuhan dalam Sektor Pertanian, Perhutanan dan Perikanan (2.0% hingga 5.4%); Sektor Industri (1.0% hingga 1.9%); dan Sektor Perkhidmatan (0.3% hingga 1.0%).

Pihak pertubuhan-pertubuhan antarabangsa termasuk ASEAN+3 Macroeconomic Research Office (AMRO), Asian Development Bank (ADB); dan IMF telah mengunjurkan pertumbuhan yang positif bagi ekonomi Negara Brunei Darussalam pada tahun 2021 masing-masing pada kadar 3.7%, 3.0% dan 3.2%. Manakala, hasil kajian yang dilaksanakan oleh Pusat Kajian Strategik dan Dasar atau Centre for Strategic and Policy Studies (CSPS) di negara ini telah mengunjurkan bahawa ekonomi negara akan berkembang pada kadar 2.8%. Unjuran-unjuran ini berikutan dengan hasil pengeluaran dari industri hiliran minyak dan gas (downstream) bagi Projek Loji Penapisan Minyak dan Petrokimia Hengyi di Pulau Muara Besar bagi Fasa Pertama dan juga kilang Brunei Fertilizer Industries (BFI) yang akan mula beroperasi pada suku ketiga tahun 2021.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Tahun Kewangan 2020/2021 adalah tahun yang sangat mencabar terhadap kedudukan fiskal kerajaan. Ini disebabkan oleh ketidaktentuan harga minyak dunia yang telah memberi impak yang besar kepada hasil pendapatan kerajaan. Di samping itu, negara juga berhadapan dengan impak pandemik COVID-19 sejak awal bulan Mac 2020.

Walau bagaimanapun, di sebalik cabaran ini, kerajaan masih berupaya menyusun tindak balas dasar Stimulus Package Fiscal and Monetary serta bantuan-bantuan lain secara Whole of Nation Approach yang keseluruhannya berjumlah $450 juta khusus bagi menangani impak COVID-19 di negara ini, dengan memberikan tiga fokus utama iaitu Memelihara Kesejahteraan Awam, Memelihara Pekerjaan Yang Ada; dan Memberi Sokongan Kepada Individu-Individu dan Mendukung dan Membantu Sektor Perniagaan. Antara inisiatif berkenaan adalah:

i. Penyediaan aplikasi BruHealth yang berfungsi untuk memudahkan contact tracing, dan kemudiannya ditambah dengan beberapa ciri baharu antaranya adalah perkhidmatan dalam talian bagi Rekod Peribadi Kesihatan, Perjanjian Hospital dan Konsultasi Melalui Video;

ii. Pemberian Elaun Khas sebanyak $400 sebulan bermula bulan Mac 2020, kepada para barisan hadapan atau frontliners termasuk sukarelawan yang bertugas dengan Kementerian Kesihatan, Pusat Pengasingan Kebangsaan Tutong dan di pusat-pusat kuarantin yang dikhaskan oleh pihak kerajaan;

iii. Membawa pulang penuntut-penuntut dari negara-negara yang terjejas pada ketika itu dan membawa keperluan barang-barang perubatan untuk kegunaan di Pusat Pengasingan Kebangsaan, seperti ventilator, katil-katil dan sebagainya khusus untuk kegunaan pusat berkenaan;

iv. ุงู„ุญูŽู…ู’ุฏู ู„ู„ู‡ู hasil dari usaha-usaha bersepadu oleh pihak-pihak berkenaan serta penglibatan dan kerjasama seluruh rakyat dan penduduk dalam sama-sama membantu menangani pandemik COVID-19 di negara ini, โ€˜COVID-19 Relief Fundโ€™ telah berjaya mengutip sejumlah $14.6 juta, iaitu sebahagian besar daripadanya telah digunakan untuk membangun National Isolation Center (NIC) dan selebihnya untuk membeli keperluan peralatan-peralatan perubatan.;

v. Bagi menambah kapasiti dan mempercepatkan proses ujian makmal bagi COVID-19 di negara ini, bangunan tambahan Makmal Rujukan Virology Kebangsaan di Kampung Sumbiling, Bandar Seri Begawan telah dibina dan mula digunakan pada 1 April 2020.;

vi. Penangguhan pembayaran caruman Supplementary Contributory Pension (SCP) dan Tabung Amanah Pekerja (TAP) selama 6 bulan bermula 1 April 2020 sehingga September 2020 kepada pekerja tempatan yang berpendapatan di bawah $1,500.00 sebulan bagi Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) dari sektor sasaran seperti Sektor Pelancongan, Hospitality, Restoran dan Kafe, Pengangkutan Penumpang Udara dan Air.;

vii. Pembayaran caruman pekerja oleh Kerajaan bagi ahli-ahli SCP yang bekerja sendiri selama 6 bulan mulai bulan April 2020 sehingga September 2020.;

viii. Melanjutkan kontrak perantis i-Ready yang tamat sebelum bulan September 2020 di sektor awam dan swasta sehingga 6 bulan dan Program i-Ready juga dilaratkan ke peringkat Diploma Tahap 5 iaitu HND atau Advanced Diploma dan Technical and Vocational Education Training ataupun TVET.;

ix. Subsidi pembayaran gaji sebanyak 25% kepada pekerja-pekerja tempatan yang bekerja di syarikat-syarikat Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana yang mempunyai pekerja seramai 100 orang dan ke bawah bagi tempoh selama 3 bulan bermula 1 April 2020.;

x. Pemberian diskaun seperti 30% diskaun ke atas kadar sewa bangunan kerajaan, 50% diskaun cukai pendapatan korporat, dan diskaun 15% untuk bil-bil air dan elektrik, kepada syarikat-syarikat Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) mengikut sektor sasaran yang berkuat kuasa bagi tempoh 6 bulan mulai 1 April 2020 hingga 30 September 2020.;

xi. Sewa bangku Tamu, Pasar dan Gerai yang disediakan oleh Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri ditiadakan bagi tempoh enam bulan bermula bulan Mac 2020.;

xii. Kempen 'Buy Local Produce' yang dilancarkan pada bulan April 2020 untuk memastikan pendapatan petani-petani tempatan sentiasa terjamin dan tidak terjejas, iaitu berikutan dengan penutupan sementara beberapa buah tamu di Tutong dan Seria. Usaha ini adalah dengan kerjasama padu antara Kementerian Kewangan dan Ekonomi, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Ghanim International Corporation Sdn Bhd dan Darussalam Enterprise (DARe).;

xiii. Mendukung penyediaan virtual market platform oleh pihak swasta seperti 'Community for Brunei' dan 'e-KadaiBrunei', bagi membantu syarikat-syarikat Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) untuk menjual barangan masing-masing secara dalam talian berikutan dengan penutupan gerai-gerai Ramadan dan restoran-restoran;

xiv. Penyediaan co-matching grant oleh DARe juga dilanjutkan kepada perniagaan perkhidmatan e-Commerce dan perkhidmatan logistik;

xv. Pengecualian sementara duti kastam dan duti eksais bagi tempoh 6 bulan dari 1 April 2020 hingga 30 September 2020 ke atas beberapa produk kesihatan seperti hand sanitizer, surgical face mask dan lain-lain dalam menangani COVID-19 yang dihasratkan untuk membantu para peniaga dan pembeli dengan meningkatnya permintaan ke atas produk-produk berkenaan;

xvi. Memastikan kedudukan stok beras negara mencukupi untuk keperluan harian rakyat dan penduduk negara ini, iaitu kerajaan telah membuat pembelian tambahan dengan syarikat pembekal yang dilantik;

xvii. Di samping itu, dalam usaha untuk membantu Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) serta pengusaha-pengusaha persendirian yang berkecimpung dalam penyediaan dan penjualan kuih-muih yang menggunakan beras pulut sebagai bahan asas dan ke arah kelangsungan perniagaan masing-masing, kerajaan telah memberikan diskaun 50% bagi penjualan beras pulut selama tiga bulan bermula April 2020.; dan

xviii. Di samping dasar-dasar fiskal yang kaola nyatakan tadi, ia juga didukung oleh dasar-dasar monetari yang dilaksanakan oleh pihak Autoriti Monetari Brunei Darussalam, antaranya seperti deferment of the principal amount ke atas pinjaman atau pembiayaan kepada semua sektor; menstruktur semula dan membuat penangguhan jumlah pembayaran pokok (principal amount) ke atas pinjaman peribadi dan kemudahan sewa beli seperti pinjaman atau pembiayaan membeli kereta untuk tempoh tidak melebihi 10 tahun; dan menstruktur semula baki tertunggak (outstanding balances) kad kredit kepada pinjaman (loan) untuk tempoh tidak melebihi 3 tahun bagi individu-individu yang terkesan di sektor swasta sahaja termasuk mereka yang bekerja sendiri (self-employed).

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.

  1. Seterusnya, kaola ingin mengongsikan kedudukan fiskal kerajaan bagi Tahun Kewangan 2019/2020. Kutipan hasil pendapatan kerajaan menurun sebanyak 19.6% kepada $4.85 bilion berbanding Tahun Kewangan 2018/2019. Manakala, perbelanjaan sebenar kerajaan menurun sebanyak 2.1% kepada $5.87 bilion berbanding Tahun Kewangan 2018/2019. Oleh yang demikian, Kerajaan telah merekodkan defisit berjumlah $1.03 bilion bagi Tahun Kewangan 2019/2020.

Bagi Tahun Kewangan 2020/2021 pula, kedudukan fiskal kerajaan sehingga 28 Februari 2021 adalah seperti berikut:

i. Kutipan hasil pendapatan kerajaan adalah berjumlah $1.46 bilion iaitu menurun sebanyak 57.7% berbanding dengan $3.45 bilion bagi tempoh yang sama dalam Tahun Kewangan 2019/2020. Ini disebabkan oleh kejatuhan harga minyak dunia dan turunnya pengeluaran minyak mentah dan LNG yang sekali gus memberi kesan kepada penurunan hasil sebanyak 69.9% ($2 bilion) dari Sektor Minyak dan Gas. Di samping itu, hasil dari Sektor Bukan Minyak dan Gas juga telah menurun sebanyak 6.6% ($44 juta) berbanding dengan Tahun Kewangan 2019/2020.

ii. Manakala, perbelanjaan kerajaan berjumlah $4.44 bilion, iaitu sebanyak 75.7% daripada peruntukan yang telah diluluskan bagi Tahun Kewangan 2020/2021, dan

iii. Oleh yang demikian, kedudukan fiskal kerajaan bagi Tahun Kewangan 2020/2021 sehingga 28 Februari 2021 telah merekodkan defisit sejumlah $2.98 bilion.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.

  1. Seterusnya, kaola akan menerangkan Anggaran Belanjawan Tahun Kewangan 2021/2022, termasuk peruntukan bagi Kumpulan Wang Kemajuan, yang keseluruhannya berjumlah $5,860,000,000 dan seterusnya mengongsikan pecahan kategori perbelanjaan yang dicadangkan seperti berikut:

i. Kategori Pertama - Gaji Kakitangan diperuntukkan sejumlah $2.02 bilion bersamaan 34.4% daripada keseluruhan peruntukan bagi membiayai gaji, elaun-elaun dan pembayaran caruman bagi 65,281 kakitangan kerajaan.

ii. Kategori Kedua - Perbelanjaan Berulang-ulang diperuntukkan sejumlah $2.18 bilion bersamaan 37.3% daripada keseluruhan peruntukan yang disediakan.

iii. Kategori Ketiga - Perbelanjaan Kemajuan diperuntukkan sejumlah $600 juta atau 10.2%; dan

iv. Manakala selebihnya untuk membiayai perbelanjaan di bawah kategori Keempat - iaitu di bawah Tajuk Perbelanjaan Yang Diakui.

  1. Dalam mencadangkan Anggaran Belanjawan tadi, kaola juga ingin mengongsikan Anggaran Hasil Kerajaan Tahun Kewangan 2021/2022 yang diunjurkan berjumlah $2.61 bilion seperti berikut:

i. Hasil dari Sektor Minyak dan Gas dianggarkan berjumlah $1.52 bilion.

ii. Hasil dari Sektor Bukan Minyak dan Gas adalah dianggarkan berjumlah $1.09 bilion.

iii. Berdasarkan Anggaran Hasil yang kaola nyatakan tadi, kedudukan fiskal negara bagi Tahun Kewangan 2021/2022 akan mengalami defisit berjumlah kira-kira $3.25 bilion.

Sebagaimana yang pernah kaola sampaikan di Dewan yang mulia ini, iaitu semasa pembentangan Belanjawan Tahun Kewangan 2020/2021, kaola sekali lagi mengongsikan bahawa hasil pendapatan negara sebahagian besarnya masih bergantung pada Sektor Minyak dan Gas. Pandemik COVID-19 telah menjejaskan permintaan minyak dunia yang menyebabkan bekalan berlebihan (excess supply), dan seterusnya menjejaskan harga minyak dunia sepertimana yang terjadi pada tahun 2020 bahawa pada satu ketika harga minyak jatuh di bawah US$20 setong. Dalam masa yang sama, pengeluaran hasil hydrocarbon negara juga telah menurun. Faktor-faktor ini telah menjejaskan kutipan hasil kerajaan untuk menampung perbelanjaan-perbelanjaan kerajaan.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Sekarang izinkan kaola membentangkan Tema Belanjawan Negara bagi Tahun Kewangan 2021/2022 iaitu: 'Ke Arah Pembangunan Sosioekonomi Yang Resilien'.

Tema ini dirangka untuk memantapkan lagi usaha-usaha dalam mencapai Wawasan Brunei 2035, iaitu Rakyat Yang Berpendidikan; Berkemahiran Tinggi dan Berjaya; Kualiti Kehidupan Rakyat Yang Tinggi; dan Ekonomi Yang Dinamik dan Berdayatahan. Tema ini juga sebagai kesinambungan kepada tema belanjawan sebelum ini, iaitu 'Investing in Our Future' atau 'Pelaburan untuk Masa Depan'.

Di sebalik cabaran ke atas kedayatahanan fiskal kerajaan, mustahak bagi kerajaan untuk meneruskan usaha-usaha dalam mengukuhkan kedayatahanan sosioekonomi negara. Oleh yang demikian, belanjawan yang disediakan perlulah menjurus kepada inisiatif-inisiatif dan aktiviti-aktiviti yang dapat merangsang pertumbuhan ekonomi dalam memastikan kesejahteraan rakyat adalah sentiasa terjamin. Ini termasuklah memastikan jaminan makanan (food security) dan barangan yang berkepentingan dengan mengukuhkan rantaian bekalan (supply chain) melalui hubungan perdagangan dengan negara-negara rakan dagang utama (main trading partners). Di samping itu, penekanan juga diberikan kepada usaha-usaha untuk meningkatkan inisiatif ke arah digitalisation sebagai persediaan dan landasan untuk memantapkan ekonomi digital negara ke arah Revolusi Industri Keempat iaitu 4IR yang mana sebahagian projek-projek ICT yang telah dan sedang dalam pelaksanaan akan kaola terangkan kemudian.

Ke arah itu, dalam usaha kerajaan untuk mengukuhkan lagi kedayatahanan sosioekonomi negara, beberapa inisiatif telah dan sedang disusun iaitu penyejajaran dasar-dasar dan strategi-strategi ke arah mencapai matlamat Wawasan Brunei 2035. Ini termasuk penyediaan Brunei Darussalamโ€™s Economic Blueprint: Towards a Dynamic and Sustainable Economy; Digital Economy Masterplan; Sistem Kebajikan Negara (SKN); Dasar Protokol Hijau dan Dasar Kebangsaan Perubahan Iklim Negara Brunei Darussalam; dan Dasar Belia Negara dan Strategi 2020-2035:

i. Pelaksanaan Economic Blueprint akan membantu Negara Brunei Darussalam mengurangkan kebergantungan yang tinggi terhadap minyak dan gas dan dijangka akan menjadikan ekonomi negara lebih dinamik dan berdaya tahan, di samping menyediakan peluang-peluang pekerjaan yang bermanfaat (meaningful employment) dan bernilai tinggi untuk rakyat dan penduduk tempatan.;

ii. Penubuhan Komite Pembangunan Makroekonomi bagi memantau perkembangan makroekonomi di negara ini dan seterusnya menghasilkan cadangan dasar yang perlu dilaksanakan dalam menangani isu-isu yang telah dikenal pasti dengan mengambil kira hala tuju dasar dalam Economic Blueprint.;

iii. Digital Economy Masterplan untuk menjadikan Negara Brunei Darussalam sebuah negara Pintar (Smart Nation) serta mendorong dan meningkatkan pertumbuhan sosioekonomi negara melalui transformasi digital.;

iv. Sistem Kebajikan Negara (SKN) bagi memastikan tidak berlakunya ketirisan dan keciciran dari kalangan rakyat dan penduduk yang layak dibantu.;

v. Dasar Protokol Hijau dan Dasar Kebangsaan Perubahan Iklim Negara Brunei Darussalam yang bermatlamat untuk membentuk hala tuju negara ke laluan yang rendah karbon dan berdaya tahan terhadap impak perubahan iklim.; dan

vi. Dasar Belia Negara dan Strategi 2020-2035, bagi melahirkan belia yang bertaraf dunia, menjana ejensiaga perubahan masa depan dan berperanan dalam pembangunan negara secara inklusif.

Perkara ini pernah dititahkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena menyambut Tahun Baharu Masihi 2021 antara lain baginda bertitah:

โ€œOleh itu, Negara Brunei Darussalam sendiri mesti seiring dengan rakan-rakan membuat perubahan, dengan sistem negara, ekonomi, pendidikan dan keselamatan diperkukuhkan sebagaimana merujuk kepada blueprint-blueprint, pelan-pelan induk dan pelan-pelan strategik yang dikeluarkan, sama ada di peringkat kementerian mahupun nasional.โ€

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Tema belanjawan pada Tahun Kewangan 2021/2022 akan memfokuskan kepada tiga (3) keutamaan iaitu:

i. Meningkatkan Produktiviti Negara;

ii. Penyediaan Kemudahan dan Infrastruktur yang Mampan (sustainable) dan Berdaya tahan (resilient) untuk Kesejahteraan Awam dan Perkembangan Ekonomi; dan

iii. Menjana Sumber Manusia yang Kompeten dan Employable.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua, izinkan kaola menghuraikan secara ringkas keutamaan-keutamaan berkenaan satu per satu dan juga memberikan perkembangan dan pencapaiannya setakat ini di bawah keutamaan-keutamaan tersebut:

  1. Fokus Belanjawan Pertama: Meningkatkan Produktiviti Negara.

Keutamaan ini memfokuskan kepada peluang baharu untuk menambah baik produktiviti dan daya saing negara melalui perkembangan teknologi terkini dan inovasi melalui whole of nation approach dan whole of government approach.

Antara aktiviti utama yang telah dikenal pasti adalah seperti berikut:

1.1 Pertama, Mendukung Produktiviti Pengeluaran Hasil Produk-Produk Tempatan.

Untuk mendukung aktiviti ini, kerajaan terus bekerjasama dengan pihak swasta termasuk Government-Linked-Companies atau GLCs dan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) dalam menyediakan tapak-tapak perindustrian dan pertanian dan memanfaatkan teknologi terkini agar produk-produk yang dihasilkan lebih kompetitif dan dapat menembusi pasaran luar negara melalui eksport perdagangan.

Antara inisiatif yang telah dilaksanakan oleh beberapa agensi kerajaan dan GLCs bagi meningkatkan kecekapan dan tahap produktiviti di sektor awam mahupun sektor swasta adalah seperti berikut:

i. Bantuan kepada petani-petani tempatan oleh DARe bagi mendapatkan sijil perakuan Brunei Good Agriculture Practice (BRUNEI GAP) melalui latihan yang diberikan oleh Syarikat Agrome IQ.

ii. Pembinaan sebuah fasiliti feedlot dan ladang napier berkeluasan 55 hektar di bawah Projek Feedlot Syarikat PDS Abattoir Sdn. Bhd, dengan jumlah pelaburan sebanyak $6.3 juta, akan mampu menampung 2,800 ekor lembu dalam satu masa dan memproses kira-kira 7,000 ekor lembu setahun. Inisiatif ini akan dapat membantu meningkatkan pengeluaran daging dan mengurangkan keperluan pengimportan daging.

iii. Projek Kompleks Pendaratan Ikan di Muara, di bawah pengendalian Jabatan Perikanan, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan dengan kerjasama Syarikat Pelabuhan Muara Sdn. Bhd. (MPC) dengan jumlah pelaburan $14.5 juta. Projek ini dijangka akan membantu meningkatkan pengeluaran industri perikanan negara menjelang tahun 2035. Projek ini akan menyumbang kepada peningkatan eksport perikanan dan akan menjana peluang pekerjaan kepada anak-anak tempatan dan membukakan peluang perniagaan kepada Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS).

iv. Projek Pembukaan Kawasan Penanaman Padi di Kawasan Kandol, Daerah Belait Secara Komersial juga diteruskan dengan kerja-kerja pembinaan infrastruktur. Syarikat PaddyCo Sdn Bhd, sebuah anak syarikat Darussalam Assets, telah ditubuhkan untuk mengendalikan projek tersebut sejak Fasa Pertama. ูฑู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏู ู„ูู„ูŽู‘ูฐู‡ู, bagi musim penanaman dari bulan Mei hingga September 2020 dengan keluasan 17.23 hektar, Syarikat PaddyCo telah menghasilkan 50.22 metrik tan padi.

Seterusnya, bagi penanaman padi Fasa Kedua, Syarikat PaddyCo akan terus mengembangkan lagi projek tersebut dengan keluasan 145 hektar, dan dijangka akan menghasilkan sebanyak 4 tan metrik setiap hektar. ุฅูู†ู’ ุดูŽุงุกูŽ ูฑู„ู„ูŽู‘ูฐู‡ู

v. Penubuhan Brunei Darussalam Food Authority (BDFA) bersama Kementerian Kesihatan dan Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan pada 1 Januari 2021 iaitu sebuah badan berkanun yang berperanan sebagai competent authority dan pengawal selia dalam pengurusan keselamatan dan kualiti makanan. Dengan penubuhan tersebut, ia akan dapat menjadi pemangkin kepada industri makanan tempatan dalam mencapai daya saing di peringkat antarabangsa.;

vi. Golden Corporation Sdn. Bhd. yang mengusahakan ladang ternakan udang organik telah mencatatkan nilai eksport berjumlah $13.8 juta dan akan meningkatkan pengeluarannya kepada 4,000 tan metrik pada tahun 2021.;

vii. Dana SDC (Dana Modal Pembangunan Strategik) telah membuat pelaburan dengan Pure Fresh Group, bertujuan untuk mengembangkan industri Udang Biru Rostris di negara ini dengan menubuhkan fasiliti penetasan dan pembiakan, ladang penternakan serta fasiliti pemprosesan makanan laut. ุงู„ุญูŽู…ู’ุฏู ู„ูู„ู‘ูฐู‡ู bagi tahun 2020, syarikat-syarikat usahasama Pure Fresh telah menghasilkan 1.1 juta benih udang (fries) dan telah menuai 1.6 tan metrik Udang Biru Rostris. Syarikat-syarikat berkenaan juga telah memproses dan mengeksport ke luar negara; dan

viii. Syarikat Ghanim International Corporation Sdn Bhd telah bekerjasama dengan 18 buah Syarikat Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) untuk mengeksport produk masing-masing di bawah jenama "bruneihalalfoods" ke pasaran serantau melalui rangkaian pengedaran Ghanim di Australia, Malaysia, Republik Rakyat China dan Singapura. Sebagai usaha berterusan, Ghanim akan membina processing facility bagi membantu Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) untuk menghasilkan produk-produk yang memenuhi standard antarabangsa dari segi keselamatan makanan.

Bagi meneruskan usaha untuk meningkatkan produktiviti pengeluaran hasil produk-produk tempatan khususnya Sektor Pertanian, Perikanan dan Agrimakanan di bawah kendalian Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, beberapa peruntukan telah pun disediakan di bawah Rancangan Kemajuan Negara atau RKN dan Perbelanjaan Biasa antara lainnya adalah seperti berikut:

i. Di bawah RKN, secara keseluruhannya peruntukan berjumlah $39.5 juta dengan Harga Rancangan $113.7 juta terus disediakan di bawah Sektor Pertanian untuk membiayai beberapa projek berikut:

a) Projek bagi memajukan dan membuka tapak-tapak industri akuakultur disediakan sejumlah $7.2 juta.

b) Projek Pembukaan Kawasan Penanaman Padi secara Komersial Fasa Kedua, di Kawasan Kandol, Daerah Belait disediakan sejumlah $8 juta.

c) Projek Pembangunan Industri Ternakan seperti penyediaan tapak dan infrastruktur adalah disediakan sejumlah $17 juta; dan

d) Projek untuk Meningkatkan Keluaran Sayur dengan menggunakan Teknologi Tinggi adalah disediakan sejumlah $10 juta.

ii. Di bawah Perbelanjaan Berulang-Ulang, peruntukan-peruntukan untuk membiayai operasi-operasi jabatan-jabatan di bawah Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan adalah disediakan seperti berikut:

a) Sejumlah $3.3 juta disediakan di bawah Jabatan Perikanan untuk membiayai Program Perancangan dan Perkembangan Perikanan dan Program Peningkatan Penghasilan Perikanan.

b) Beberapa peruntukan di bawah Jabatan Pertanian dan Agrimakanan, disediakan seperti berikut:

i. Sejumlah $8.0 juta disediakan untuk membiayai Program Pengurusan Perkhidmatan Dukungan Pertanian dan Agrimakanan khususnya untuk mengembangkan sistem pengeluaran pertanian dan agrimakanan.

ii. Sejumlah $15.7 juta untuk membiayai Skim Pembelian Semula Padi; dan

iii. Sejumlah $8.9 juta untuk membiayai Program Pengurusan Industri Tanaman, Ternakan dan Agrimakanan.

1.2 Aktiviti Kedua di bawah Fokus Pertama Meningkatkan Produktiviti Perkhidmatan Awam Melalui Penerapan Penggunaan Teknologi.

Dalam hasrat negara untuk mencapai ke arah Smart Nation dan sebagai persediaan menghadapi Fourth Industrial Revolution, peruntukan secara keseluruhannya bagi Tahun Kewangan 2021/2022, di bawah Perbelanjaan Berulang-ulang disediakan sejumlah $88.6 juta, dan di bawah RKN dalam Sektor Teknologi Maklumat & Infokomunikasi disediakan sejumlah $29.5 juta dengan Harga Rancangan $75.3 juta.

Untuk meningkatkan efisiensi dalam pemberian perkhidmatan kepada orang ramai, beberapa inisiatif telah dilaksanakan antaranya adalah seperti berikut:

i. Sistem Pengurusan Sumber Manusia Perkhidmatan Awam (GHRMS), disediakan sejumlah $1.9 juta, adalah sebuah projek kerjasama di antara Jabatan Perdana Menteri dengan Kementerian Kewangan dan Ekonomi. Sistem ini akan diintegrasikan dengan projek Treasury Accounting Financial Information System 2.0 iaitu TAFIS Two, bagi tujuan penyelarasan proses pengurusan sumber manusia sektor awam termasuk pembayaran gaji kakitangan dan pemberian perkhidmatan-perkhidmatan lain secara lebih efektif dan berkesan.;

ii. Sistem Kebajikan Negara (SKN) disediakan peruntukan sejumlah $729 ribu. Sistem ini telah dilancarkan pada 15 Julai 2020, iaitu projek usaha sama Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dengan Kementerian Kewangan dan Ekonomi, Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB), Kementerian Pendidikan dan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah. Sistem ini adalah untuk menyejajarkan proses pemberian bantuan-bantuan melalui perkongsian maklumat yang dikendalikan oleh agensi-agensi berkenaan.;

iii. Projek Immigration and National Registration System (INRS) di bawah Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan dan Projek Labour Management Information System (LMIS) di bawah Jabatan Buruh. Projek ini adalah dihasratkan untuk membolehkan perkongsian maklumat dengan agensi-agensi kerajaan yang berkepentingan melalui 'People Information Hub'.;

iv. Untuk membantu kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan yang tidak mempunyai billing systemnya sendiri, Kementerian Kewangan dan Ekonomi telah menyediakan One Common Billing System (OCBS) untuk memudahkan proses kutipan hasil-hasil kerajaan. ุฅู† ุดุงุก ุงู„ู„ู‡, penggunaannya akan dilaratkan secara berperingkat-peringkat seperti Lembaga Bandaran, Jabatan Kehakiman Negara, Stor Negara, Jabatan Tanah, Dewan Bahasa dan Pustaka dan lain-lain. Ke arah itu, peruntukan terus disediakan pada Tahun Kewangan 2021/2022 dengan jumlah $2.2 juta.;

v. Projek Treasury Accounting Financial Information System 2.0 (TAFIS Two) bertujuan untuk menambah baik proses-proses yang dikendalikan oleh sistem yang ada pada masa ini, termasukkah penerapan perkhidmatan dalam talian secara keseluruhannya seperti e-Payroll system, financial services seperti permohonan dan pembayaran elaun-elaun; pinjaman-pinjaman perumahan dan kenderaan; dan sebagainya. Sebagaimana yang kaola nyatakan sebentar tadi, maklumat-maklumat yang terdapat dalam GHRMS akan digunakan bagi membolehkan perkhidmatan-perkhidmatan secara dalam talian dapat dilaksanakan. Ke arah itu, peruntukan Tahun Kewangan 2021/2022 disediakan sejumlah $5.1 juta.;

vi. Projek One Common Portal (OCP) adalah projek untuk mengintegrasikan System for Tax Administration and Revenue Services (STARS) di Bahagian Hasil; dan Corporate Registry System (CRS) di Bahagian Pendaftaran Syarikat-Syarikat dan Nama-Nama Perniagaan, Kementerian Kewangan dan Ekonomi. Projek ini dihasratkan untuk memastikan setiap syarikat โ€œSendirian Berhadโ€ mematuhi Akta Cukai Pendapatan. Dengan integration ini, ia membolehkan tindakan-tindakan tertentu dapat diambil oleh Bahagian Pendaftaran Syarikat-Syarikat dan Nama-Nama Perniagaan ke atas syarikat-syarikat yang gagal menghadapkan penyata cukai tahunan masing-masing. Ke arah itu, peruntukan Tahun Kewangan 2021/2022 disediakan sejumlah $1.8 juta.;

vii. Projek Menaik taraf Brunei Darussalam National Single Window 2.0, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja yang menelan belanja sejumlah $860 ribu adalah untuk menempatkan ke semua fungsi dan proses ke dalam satu platform yang sebelum ini dilaksanakan dalam sistem e-Customs. Ini termasuklah mengintegrasikan dengan sistem Quay Crane di Pelabuhan Muara bagi membolehkan risk profiling dilakukan ke atas setiap barangan yang datang ke Negara Brunei Darussalam.;

viii. Menambah baik sistem Vehicle Exit-Entry System (VES) di bawah Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, yang menelan belanja sejumlah $227 ribu, iaitu berikutan dengan berkuat kuasanya Perintah Caj Keluar dan Masuk, 2020 atau Exit and Entry Charges Order, 2020. Bermula 1 Oktober 2020, setiap kenderaan dan orang ramai yang berhasrat untuk melintasi pos-pos kawalan darat di negara ini dimestikan untuk mendaftarkan kenderaan dan penumpang masing-masing melalui sistem ini.;

ix. Centralised Data Management System (CDMS) yang menelan belanja sejumlah $1.2 juta, adalah untuk mengumpul maklumat-maklumat yang terdapat di jabatan-jabatan dan bahagian-bahagian di bawah Kementerian Kewangan dan Ekonomi bagi memudahkan penggubalan dasar di samping mengongsikan maklumat dengan agensi-agensi kerajaan yang lain bagi tujuan tertentu.;

x. Projek Sistem e-Census bagi Banci Penduduk dan Perumahan (BPP) 2021 di bawah Jabatan Perancangan Ekonomi dan Statistik, adalah untuk membolehkan pengumpulan maklumat yang lengkap dan terkini mengenai jumlah penduduk dan keluarga termasuk isi rumah serta ciri-ciri demografik, sosial dan ekonomi penduduk, jumlah dan ciri-ciri perumahan termasuk kemudahan-kemudahan isi rumah melalui platform digital. Ke arah itu, peruntukan Tahun Kewangan 2021/2022 adalah disediakan sejumlah $2.2 juta.;

xi. Di bawah Kementerian Pengangkutan dan Info-komunikasi, peruntukan disediakan sejumlah $5.4 juta dengan Harga Rancangan $26 juta untuk membiayai projek-projek di bawah RKN seperti berikut:

a) National Centralised Database sejumlah $1.8 juta. Projek ini bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan database yang lebih cepat dan kos efektif melalui satu platform yang akan memudahkan integrasi maklumat, meningkatkan aktiviti perkongsian dan penyatuan maklumat; dan

b) Pusat Data Kerajaan dan Infrastruktur 'Cloud' disediakan sejumlah $3.6 juta. Projek tersebut adalah bagi menaik taraf dan mengembangkan infrastruktur pusat data kerajaan khususnya bagi menampung keperluan sumber-sumber pengkomputeran bagi aplikasi dan perkhidmatan dalam talian kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan.

xii. Penaiktarafan sistem BRUHIMs di bawah kawalan Kementerian Kesihatan disediakan sejumlah $4.98 juta yang projek ini adalah berkonsepkan Satu Pesakit, Satu Rekod (One Patient One Record) yang bertujuan memperkemas dan meningkatkan kecekapan pengurusan data maklumat pesakit. Projek ini memperkenalkan modul Picture Archiving and Communication System (PACS) iaitu sistem pengurusan imej pesakit yang akan dapat meningkatkan efisiensi dan kualiti penjagaan pesakit dengan penyimpanan yang selamat dan akses yang mudah dan ketersediaan maklumat.;

xiii. Projek Menaik Taraf Infrastruktur Rangkaian sekolah kerajaan di bawah Kementerian Pendidikan disediakan sejumlah $1.9 juta. Projek ini bertujuan memastikan infrastruktur rangkaian di sekolah-sekolah kerajaan adalah berkualiti, stabil, reliable dan selamat bagi mendukung ke arah keberkesanan penggunaan ICT dalam proses pembelajaran, pengajaran dan pentadbiran serta perkhidmatan e-Kerajaan secara menyeluruh di sekolah-sekolah kerajaan.; dan

xiv. Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri telah memperkenalkan Sistem e-Undi sebagai penambahbaikan proses pengundian dan pemilihan calon-calon Penghulu Mukim dan Ketua Kampung dengan menggunakan sistem pengundian dalam talian (on-line voting), sebagai alternatif tambahan kepada kaedah konvensional. Sistem ini akan menganalisis pengundian tersebut dan seterusnya dapat mengeluarkan keputusan dengan lebih efisien dan cepat.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.

1.3 Aktiviti Ketiga di bawah Fokus Pertama, iaitu Memperkukuhkan Kedudukan Fiskal Kerajaan.

Pengukuhan fiskal kerajaan akan tetap menjadi keutamaan dan hanya dapat dicapai dengan adanya dasar berhemat dalam mengurus belanjawan dan kewangan negara. Bagi mendukung dasar ini, perbelanjaan kerajaan perlu dikawal mengikut tahap hasil pendapatan yang dijangka diperolehi bagi mengelakkan daripada mengalami defisit belanjawan secara berterusan.

Walau bagaimanapun, pendekatan balanced approach perlulah diambil agar usaha-usaha kerajaan untuk mempelbagaikan aktiviti ekonomi (economic diversification), mengukuhkan sektor swasta dan memperluaskan asas pendapatan negara (widening revenue base) tidak terhalang.

Bagi mendukung aktiviti ini, dan sebagaimana yang pernah kaola bentangkan semasa sesi Majlis Mesyuarat Negara pada tahun lepas, inisiatif-inisiatif di bawah Program Fiscal Consolidation (FCP) sejak ia diperkenalkan dalam Tahun Kewangan 2018/2019 perlulah diteruskan dan memerlukan kerjasama padu kementerian dan jabatan-jabatan. ุฅู† ุดุงุก ุงู„ู„ู‡ hasil pencapaian dari inisiatif-inisiatif di bawah FCP ini akan memberi impak yang positif kepada kedudukan fiskal kerajaan dalam beberapa tahun mendatang.

Kaola sukacita mengongsikan beberapa pencapaian di bawah Program Fiscal Consolidation yang telah dan sedang dilaksanakan oleh Kementerian-Kementerian yang berkenaan iaitu:

i. Pengkorporatan Jabatan Percetakan Kerajaan pada 1 Julai 2020 kepada Syarikat Print Plus Sdn. Bhd. ุฅู† ุดุงุก ุงู„ู„ู‡ dengan pengkorporatan ini juga, perkhidmatan yang sebelum ini hanya ditumpukan untuk kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan sahaja, dapat dibukakan kepada orang awam dan swasta. Ini akan dapat meningkatkan penghasilan kepelbagaian produk-produk dan perkhidmatan.

Walau bagaimanapun, beberapa cabaran telah dihadapi dalam melaksanakan pengkorpo-ratan ini, antara lainnya seperti penyerapan beberapa orang pegawai dan kakitangan ke dalam syarikat berkenaan, kos sebenar operasi percetakan dan sebagainya.;

ii. Pelaksanaan Facilities Management ke atas aset-aset di bawah kawalan Kementerian Pendidikan yang merangkumi institusi-institusi pendidikan rendah dan menengah, telah berjaya menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif dan selesa dan menjimatkan perbelanjaan kerajaan sebanyak kira-kira $6.8 juta setahun, di samping berjaya menjana 260 pekerjaan kepada anak-anak tempatan.

iii. Inisiatif Scan Eat di bawah Kementerian Pertahanan untuk menggantikan kontrak ration bagi Anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei kepada perkhidmatan katering (pooled caterers) telah berjaya meningkatkan efisiensi dalam pengurusan pengagihan makanan dan menjimatkan perbelanjaan kerajaan sejumlah $1.4 juta setahun.;

iv. Pengenalan Perintah Caj Keluar dan Masuk, 2020 atau Exit and Entry Charges Order, 2020 bermula 1 Oktober 2020 di pos-pos kawalan darat adalah untuk menyelaraskan caj-caj perkhidmatan yang dikenakan di pelabuhan-pelabuhan dan Lapangan Terbang Antarabangsa.;

v. Pelaksanaan One Common Billing System yang kaola terangkan sebentar tadi, adalah dihasratkan untuk memudahkan pemantauan dan pembayaran bil-bil kerajaan. Pada masa yang sama, ianya dapat menjimatkan perbelanjaan kerajaan berbanding jika sistem-sistem billing disediakan secara berasingan.;

vi. Program Local Contract Teachers iaitu program jangka panjang Kementerian Pendidikan untuk membangun kapasiti tenaga pengajar tempatan yang berkualiti untuk mengajar Bahasa Inggeris dan Matematik di beberapa sekolah rendah dan menengah. Mereka ini akan mengambil alih tugas-tugas yang dilaksanakan oleh tenaga pengajar dari luar negara bermula tahun 2024, dan dijangka akan menjimatkan kerajaan kira-kira $6 juta setahun.; dan

vii. Beberapa projek juga telah dilaksanakan bersama dengan Government-Linked Companies antaranya adalah pembekalan ubat-ubatan untuk keperluan Kementerian Kesihatan melalui outsourcing kepada Syarikat Royal Brunei Technical Services (RBTS). Ianya dihasratkan untuk mempertingkatkan kualiti dan kecekapan dalam pengurusan rantaian perbekalan perubatan serta memberikan penjimatan kepada pihak Kerajaan melalui pengurusan perbekalan ubat-ubatan yang lebih efisien.

ุงู„ุญู…ุฏู ู„ู„ู‡ู, berikutan dengan pencapaian-pencapaian yang kaola nyatakan tadi, kerajaan akan sentiasa mengemas kini dasar-dasar ke arah pemberian perkhidmatan yang berkualiti dengan penggunaan peruntukan secara optimum. Di samping itu, usaha-usaha untuk menggalakkan pelaksanaan projek-projek melalui kaedah Public-Private Partnership (PPP) perlu dipertingkatkan sama ada melalui usaha sama atau partnering antara kerajaan dengan GLCs, syarikat-syarikat swasta, foreign direct investment (FDI). Ini bertujuan mengurangkan kebergantungan terhadap sumber kewangan pihak kerajaan, mewujudkan peluang pekerjaan baharu bagi penduduk tempatan dan memperkembangkan potensi sektor swasta dan perniagaan di negara ini.

Dalam kesempatan ini, kaola sukacita mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri-Menteri atas keprihatinan dan kerjasama yang diberikan dalam sama-sama menjayakan Program Fiscal Consolidation ini.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.

  1. Fokus Belanjawan Kedua: Penyediaan Kemudahan dan Infrastruktur yang Mampan (Sustainable) dan Berdaya Tahan (Resilient) untuk Kesejahteraan Awam dan Perkembangan Ekonomi.

Keutamaan ini adalah untuk menyediakan bantuan-bantuan dan infrastruktur yang mendukung kepada kesejahteraan awam dan aktiviti-aktiviti perdagangan, perekonomian dan pelaburan termasuklah infrastruktur ICT.

Ke arah itu, beberapa peruntukan di bawah RKN telah disediakan seperti berikut:

i. Bagi pengukuhan daya tarikan dan mempelbagaikan produk-produk pelancongan serta meningkatkan kualiti perkhidmatan pelancongan, peruntukan sejumlah $1.5 juta adalah disediakan di bawah Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan; dan sejumlah $2.8 juta di bawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri bagi Pengukuhan Produk dan Pakej Pelancongan di Kampung Air;

ii. Untuk mengukuhkan infrastruktur Sektor Pengangkutan dan Perhubungan, peruntukan disediakan sejumlah $34 juta dengan Harga Rancangan $99 juta bagi melaksanakan beberapa projek infrastruktur di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei termasuk Membaik pulih Landasan Fasa 2 dan Peningkatan Peralatan Pemeriksaan dan Sistem Pengawasan Keselamatan.;

iii. Di bawah projek untuk menyediakan infrastruktur sekolah-sekolah dan universiti-universiti, peruntukan di bawah RKN disediakan secara keseluruhannya berjumlah $41.6 juta dengan Harga Rancangan $232.5 juta bagi membiayai projek-projek seperti berikut:

a) Pembinaan Sekolah Menengah Sultan Hassan Bangar Temburong.;

b) Bangunan Universiti Teknologi Brunei (UTB) Fasa Empat khusus untuk School of Applied Sciences and Mathematics.;

c) Kampus baharu Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA).;

d) Membina Kampus Baharu Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB).;

e) Membina Sekolah Persediaan Arab Ugama di Perumahan Negara Kampung Rimba; dan

f) Pembinaan Bangunan baharu bagi Sekolah Ugama di Kampung Kiulap dan di Kampung Bolkiah.

iv. Untuk meningkatkan pemilikan rumah sebagai keperluan asasi rakyat, beberapa peruntukan telah pun disediakan di bawah Sektor Perumahan Negara di bawah RKN yang keseluruhannya berjumlah $70 juta dengan Harga Rancangan $315 juta untuk membiayai projek-projek antaranya Projek Perumahan Negara Kampung Lugu Fasa Kedua dan Kampung Tanah Jambu Fasa Ketujuh;

v. Untuk menaik taraf sistem bekalan tenaga elektrik termasuk meningkatkan talian rangkaian di negara ini, beberapa peruntukan juga disediakan secara keseluruhannya berjumlah $86 juta dengan Harga Rancangan $316 juta di bawah Sektor Elektrik;

vi. Sejumlah $42.5 juta dengan Harga Rancangan $1.17 bilion disediakan bagi menaik taraf jalan raya; sejumlah $58 juta dengan Harga Rancangan $216 juta disediakan bagi pengurusan bekalan air dan kerja-kerja pembaikan dan menaik taraf sistem bekalan air dan sejumlah $12.4 juta dengan Harga Rancangan $60.3 juta disediakan bagi pengurusan saliran termasuk kerja-kerja Pencegahan Banjir dan kerja-kerja Pembaikan / Menaik Taraf Pembetungan dan Saliran.;

vii. Bagi Sektor Kesihatan pula, peruntukan-peruntukan seperti berikut telah disediakan:

a. Sejumlah $6.2 juta di bawah RKN dengan Harga Rancangan $19.8 juta, antaranya untuk membiayai projek-projek seperti Membina Blok Baharu Pusat Kesihatan Jubli Perak Sengkurong, Blok Penjagaan Kesihatan Asasi; dan membina National Isolation Centre Laboratory for National TB Reference Laboratory and Virology Service; dan

b. Manakala, di bawah Perbelanjaan Berulang-Ulang, peruntukan sejumlah $152.2 juta disediakan secara keseluruhannya antara lainnya untuk membiayai perbelanjaan:

i. Pembekalan ubat-ubatan, barang-barang guna habis, dan keperluan ujian-ujian makmal keseluruhannya berjumlah $99.6 juta di bawah Kementerian Kesihatan.;

ii. Pembayaran perkhidmatan perubatan di Pantai Jerudong Specialist Centre (PJSC) dan Gleneagles Jerudong Park Medical Centre (GJPMC) sejumlah $30 juta di bawah Kementerian Kewangan dan Ekonomi; dan

iii. Sejumlah $20 juta disediakan untuk menangani wabak penyakit berjangkit termasuk pembelian vaksin COVID-19.

viii. Di samping kemudahan-kemudahan yang kaola nyatakan tadi, Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sentiasa mengambil berat akan golongan yang kurang berkemampuan. Ke arah itu, peruntukan sejumlah $14 juta disediakan di bawah Program Bantuan Kebajikan Bulanan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Di samping itu, Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB) seperti lazimnya juga ada memberikan bantuan kepada golongan-golongan yang berkenaan. ุงู† ุดุงุก ุงู„ู„ู‡ dengan pelaksanaan Sistem Kebajikan Negara, kerajaan akan dapat memberikan bantuan secara mean-tested dengan pengintegrasian maklumat-maklumat yang ada. Ini bermakna, sistem berkenaan akan dapat mengenal pasti pemohon-pemohon yang benar-benar layak untuk diberi bantuan dan juga jenis-jenis bantuan yang diperlukan oleh pemohon tersebut.

Dalam membantu pelajar-pelajar dari keluarga yang kurang berkemampuan, sejumlah $1.5 juta disediakan di bawah Skim Miftaahun Najaah. Bantuan ini berupa 'in-kind' seperti pakaian seragam sekolah, buku kerja, alat tulis dan yuran sekolah. Kerajaan dengan kerjasama Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan Majlis Ugama Islam Brunei akan menyelaraskan pemberian ini bagi mengelakkan duplikasi dan seterusnya mengelakkan ketirisan.

ix. Satu lagi inisiatif dalam menjaga kesejahteraan awam khususnya setelah persaraan ialah untuk memastikan kedayatahanan Skim Tabung Amanah Pekerja (TAP). Sebagai usaha berterusan, Kementerian Kewangan dan Ekonomi bersama-sama dengan Lembaga dan Pengurusan TAP sejak tahun 2019 telah meneliti beberapa cadangan penambahbaikan mana dihasratkan untuk diselesaikan dalam masa yang terdekat, ุฅูู†ู’ ุดูŽุงุกูŽ ูฑู„ู„ูŽู‘ูฐู‡ู. Apa jua cadangan perlu diteliti dengan sehalus-halusnya kerana ia akan memberi impak kepada ahli-ahli, majikan, dan kedayatahanan dana TAP.

x. Dalam usaha untuk memperkembangkan dan mempertingkatkan serta menegakkan syiar Agama Islam, sejumlah $13.7 juta dengan Harga Rancangan $30 juta telah diperuntukkan bagi pembinaan masjid-masjid di seluruh negara. ูฑู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏู ู„ูู„ูŽู‘ูฐู‡ู, sumbangan pihak awam dalam Tabung Dana Pembinaan Masjid juga telah digunakan untuk membantu dalam membiayai pembinaan dan pemeliharaan beberapa buah masjid.

xi. Ke arah usaha untuk mengembang dan menyebarluaskan lagi ilmu dan amalan menghafaz Al-Quran, program bagi melahirkan ramai lagi penghafaz dan pengamal hafazan Al-Quran dalam kalangan orang ramai akan diteruskan. Bagi maksud tersebut, peruntukan bagi Elaun Tasmiโ€™ akan terus disediakan sejumlah $1.4 juta. ูฑู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏู ู„ูู„ูŽู‘ูฐู‡ู, pada tahun 2020, seramai 256 calon telah lulus Ujian Tasmiโ€™ menghafaz Al-Quran dalam kategori hafazan 10 juz, 20 juz dan 30 juz.

xii. Bagi mendukung dan meningkatkan pertumbuhan ekonomi Negara Brunei Darussalam melalui transformasi digital, satu pelan induk telah diperkenalkan oleh Majlis Ekonomi Digital iaitu Pelan Induk Ekonomi Digital 2025 (Digital Economy Masterplan). Pelan induk berkenaan memfokuskan kepada pelaksanaan projek di bawah sembilan kluster yang dikenal pasti yang akan menghasilkan impak signifikan ke atas pertumbuhan ekonomi seperti Kluster Logistik dan Pengangkutan; Tenaga; Sektor Perniagaan; Pelancongan; Perkhidmatan Kewangan; Kesihatan; Agrimakanan; Pendidikan; dan Halal.

Dalam mendukung pelan ini, beberapa inisiatif lain juga telah dilaksanakan antara lainnya adalah seperti berikut:

a. Dalam mengembangkan industri telekomunikasi dan untuk menjadi pesaing Hab ICT di rantau Asia, Unified National Networks (UNN) telah bekerjasama dengan DE-CIX, iaitu sebuah syarikat terkemuka di Jerman dalam pengendalian Internet Exchange untuk mewujudkan Borneo Internet Exchange (Borneo-IX). Borneo IX merupakan pertukaran internet antarabangsa yang pertama di Brunei dan Pulau Borneo. Melalui kerjasama ini, ianya dihasratkan untuk mewujudkan peluang baru perniagaan di samping menarik minat syarikat antarabangsa sekali gus menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai lokasi pilihan untuk aktiviti perniagaan dan pelaburan.;

b. Bagi memastikan keselamatan ke atas rangkaian telekomunikasi negara, Cyber Defence Centre telah ditubuhkan pada bulan Disember 2020. Penubuhan pusat ini adalah dengan kerjasama rakan kongsi antarabangsa dalam Cyber Intelligence serta pemberian latihan bagi meningkatkan kemahiran dan kapasiti sumber tenaga manusia Unified National Networks. Antara aktiviti yang dilaksanakan termasuklah memantau trafik keluar dan masuk internet, pembangunan strategi dan pendekatan pertahanan, analisis Big Data yang didukung oleh keupayaan Artificial Intelligence serta bekerjasama dengan agensi-agensi siber yang relevan di Negara Brunei Darussalam.;

c. Sejak penggabungan infrastruktur rangkaian telekomunikasi di bawah Syarikat UNN, beberapa peningkatan dan penambahbaikan telah pun diperkenalkan seperti berikut:

i. Peningkatan kapasiti Fixed Broadband data bagi memudahkan kelancaran pembelajaran secara talian pada bulan April 2020 dengan memastikan educational traffic akan sentiasa ada. Sejak bulan Januari 2020, sebanyak 27,000 penyambungan customer connections dan sebanyak 7,118 home pass bagi fibre telah pun dilaksanakan oleh UNN. Ini meningkatkan fixed broadband rate Negara Brunei Darussalam dari 51.1% kepada 69.8%.;

ii. Menyediakan sambungan Broadband yang berkelajuan tinggi kepada semua lokasi kuarantin sebagai sokongan kepada usaha dan inisiatif kerajaan semasa pandemik global COVID-19.;

iii. Memperkenalkan Rangkaian Single RAN (SRAN) pada bulan September 2020 yang akan dapat meningkatkan kapasiti penggunaan talian mobile hingga 5 kali ganda di setiap lokasi; dan

iv. Syarikat UNN telah mula meningkatkan liputannya dengan pelancaran fibre di kawasan luar bandar di mana dijangkakan sejumlah 6,000 home passes akan dapat dibekalkan pada bulan Mac 2022.

d. Pusat Penyelarasan Maritim Kebangsaan di bawah Jabatan Perdana Menteri telah mula melaksanakan Projek National Coastal Surveillance System yang bertujuan untuk memantau dan mengawasi keselamatan luar dan persisiran pantai termasuk Sungai Brunei;

e. Dalam memastikan keselamatan siber terjamin, Cyber Security Brunei (CSB) telah ditubuhkan pada 1 Ogos 2020, iaitu sebagai sebuah agensi keselamatan siber kebangsaan untuk memantau dan menyelaraskan usaha negara dalam menangani ancaman keselamatan dan jenayah siber;

xiii. Ke arah mendukung perkembangan industri di negara ini, Bahagian Industri dan Ekosistem Perniagaan di Kementerian Kewangan dan Ekonomi juga memainkan peranan yang penting antara lainnya seperti berikut:

a. Mendapatkan hak tanda dagangan (trademark) bagi Brunei Halal Certification Mark dan mendaftarkannya di negara-negara sasaran yang mempunyai pasaran eksport halal yang berpotensi. Selain meningkatkan akses pasaran, inisiatif ini juga akan dapat melindungi Brunei Halal Certification Mark daripada disalahgunakan; dan

b. Menyediakan Business Reporting Portal untuk pengumpulan maklumat perniagaan bagi kegunaan bersama agensi-agensi kerajaan sebagai penanda aras dalam perancangan strategi bagi pembentukan atau reformasi dasar. Inisiatif ini juga akan meningkatkan tahap Corporate Governance syarikat-syarikat tempatan yang ia boleh memberi peluang untuk mendapat sumber kewangan (dari pinjaman bank atau melalui Capital) bagi tujuan perkembangan operasi syarikat.

ix. Dalam mendukung perkembangan ekonomi dan perdagangan antarabangsa khususnya bagi meningkatkan eksport negara dan memperluaskan pasaran produk-produk keluaran domestik, Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (Regional Comprehensive Economic Partnership, RCEP) iaitu perjanjian perdagangan bebas yang terbesar di dunia merangkumi sejumlah 2.2 bilion penduduk, telah dimeterai pada 15 November 2020. Dengan pelaksanaan perjanjian ini nanti, akses pasaran akan menjadi lebih meluas bagi produk-produk negara dan setentunya akan dapat mengembangkan lagi sektor perindustrian di negara ini.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sentiasa berusaha untuk menarik lebih banyak Pelaburan Langsung Asing untuk menjana economic spin-off dan peluang pekerjaan kepada anak-anak tempatan. Sejak beberapa tahun lalu, beberapa projek telah memulakan operasinya iaitu dengan nilai pelaburan sebanyak US$ 4.7 bilion dan telah menjana kira-kira 3,100 peluang pekerjaan. Antara projek tersebut adalah seperti berikut:

a. Loji Penapisan Minyak & Kraker Aromatik: Fasa 1, Syarikat Hengyi Industries Sdn Bhd telah mencapai jumlah pengeksportan sebanyak 9.46 juta tan metrik produk-produk petrokimia bernilai US$4.08 bilion, yang telah dieksport ke negara-negara Australia, Republik Rakyat China, Filipina, Malaysia, Singapura dan lain-lain.

b. Projek Loji Ammonia dan Urea yang dikendalikan oleh Brunei Fertilizer Industries Sdn Bhd (BFI) yang akan mula menghasilkan urea sebanyak 3,900 tan metrik sehari bermula suku ketiga tahun 2021.;

c. Syarikat Barramundi Asia bagi pengeluaran ikan barramundi kini sedang dalam fasa pembinaan land nursery di Pusat Perkembangan Induk (Broodstock Development Centre โ€“ BDC), Serasa, yang dijangka akan mula beroperasi pada suku kedua tahun 2021. Jumlah pengeluaran ikan barramundi adalah dijangka akan mencapai 40,000 tan metrik setahun bermula tahun 2030.;

d. Brunei Methanol Company (BMC) merupakan syarikat usahasama di antara Mitsubishi Gas Chemical (Jepun), Itochu Group (Jepun) dan PB Petrochemical Co. Sdn. Bhd (Brunei) yang melibatkan pembinaan loji pengeluaran methanol di Negara Brunei Darussalam. Pada tahun 2020, jumlah pengeksportan methanol oleh syarikat ini adalah 702 ribu tan metrik yang berjumlah US$ 137.5 juta.;

e. Polygel Organometallic (B) Sdn Bhd yang menghasilkan dan mengeksport produk-produk kimia khas (speciality chemicals) termasuk organic titanates anti-oxidant dan catalyst kepada pelanggan Polygel Industries yang sedia ada di 40 buah negara termasuk Amerika Syarikat, negara-negara Eropah dan Asia, dengan pelaburan sejumlah US$ 9.2 juta.;

f. Syarikat HLDS (B) Steel Sdn Bhd bagi pembuatan paip besi keluli. Syarikat ini dijangka akan menghasilkan pengeluaran sebanyak 100,000 tan metrik setiap tahun.;

g. Syarikat Tavelmout Biofarm (B) Sdn Bhd dengan jumlah pelaburan sebanyak US$ 13.8 juta, telah menghasilkan 145 kilogram spirulina dan mengeksport ke negara Jepun.; dan

h. Di samping projek-projek yang kaola nyatakan tadi, terdapat beberapa buah projek FDI baharu yang sedang dalam fasa pelaksanaan dan dijangka akan beroperasi sepenuhnya pada tahun 2021 hingga tahun 2023, antaranya Guangxi Ruian Logistics (Group) Company, Ltd bagi pusat operasi dan pemprosesan dan pemasaran Rempah Global (Fasa Pertama) iaitu rempah-rempah yang diimport akan ditambah nilai dengan menggunakan jenama โ€˜bruneihalalbrandโ€™ bagi pasaran luar negeri; Projek Pure Salmon yang akan diurus dan dikendalikan oleh 8F Asset Management (Singapura) bagi penternakan ikan land-based Atlantic Salmon di Negara ini; ISE Foods Inc bagi menternak dan menghasilkan telur ayam untuk pasaran eksport; EVYD Technology Sdn Bhd (Yidu Cloud) Hub Global dalam mengurus dan memelihara โ€˜Big Dataโ€™ bagi pengawalan penyakit berjangkit dan dihasratkan untuk menempatkan Negara Brunei Darussalam sebagai ibu pejabat antarabangsa dan Lautan Timur Product Sdn Bhd bagi memajukan ternakan tiram (oyster). Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.

  1. Fokus Belanjawan Ketiga: Menjana Sumber Manusia yang Kompeten dan Employable.

Dalam menangani isu-isu pengangguran, kerajaan melalui Manpower Planning and Employment Council akan terus melaksanakan dasar-dasar dan inisiatif-inisiatif 'Whole of Nation Approach' untuk meningkatkan marketability dan employability anak-anak tempatan dan seterusnya menurunkan kadar pengangguran negara ini. Pada penghujung tahun 2020, dengan pengumpulan administrative data, kadar pengangguran dianggarkan sebanyak 4.2% berbanding 6.8% iaitu hasil dapatan Labour Force Survey bagi tahun 2019. Walau bagaimanapun, anggaran kadar pengangguran tersebut, tertakluk juga kepada hasil dapatan Labour Force Survey bagi tahun 2020, yang pada masa ini masih dikendalikan oleh pihak Jabatan Perancangan Ekonomi dan Statistik (JPES).

Antara inisiatif-inisiatif yang telah dilaksanakan di bawah keutamaan ini adalah seperti berikut:

i. Manpower Planning and Employment Council atau MPEC yang berperanan untuk memastikan perancangan sumber manusia yang efektif dengan penyelarasan kebolehkerjaan ke arah menangani pengangguran di negara ini, telah melaksanakan beberapa inisiatif sebagai kesinambungan kepada inisiatif-inisiatif yang telah dilaksanakan, seperti berikut:

a. Mengumpulkan maklumat unjuran keperluan tenaga manusia bagi lima tahun ke hadapan, termasuk jenis, jumlah pekerjaan dan tempoh bila ia diperlukan bagi membuat perancangan perbekalan tenaga manusia secara sektoral, mengikut keperluan industri masing-masing. MPEC akan terus bekerjasama dengan agensi-agensi yang berkepentingan termasuk kementerian-kementerian, pihak pengawal selia dan para industri. Melalui kolaborasi ini, dianggarkan sebanyak 14,000 peluang pekerjaan telah pun dikenal pasti bagi tahun 2021 sehingga 2025 di beberapa sektor.

b. Penubuhan Manpower Industry Steering Committee (MISC) yang bertindak sebagai platform untuk bekerjasama dengan industry players, pengawal selia dan institusi-institusi yang lain. Setakat ini, MISC telah mengenal pasti 40 jenis Critical Occupations dan dengan kerjasama pihak Institut Pendidikan Teknikal Brunei atau IBTE dan Politeknik Brunei di Kementerian Pendidikan, MISC telah pun melancarkan 6 buah program peningkatan kapasiti yang baharu. ุฅู† ุดุงุก ุงู„ู„ู‡ beberapa program baharu juga akan diperkenalkan pada masa yang akan datang.

c. MPEC melalui JobCentre Brunei telah melaksanakan beberapa inisiatif termasuk proactive job matching, mengadakan acara-acara seperti Recruitment Fair, Institution Outreach dan Mukim Connect bagi memastikan pencari kerja tempatan berdaftar ke JobCentre Brunei agar mereka dapat dipadankan ke peluang pekerjaan dan latihan yang ada. Pada tahun 2020, sebanyak 80 sesi pemberigaan telah diadakan yang telah dikunjungi oleh lebih daripada 8,000 orang. JobCentre Brunei juga mengadakan sesi walk in interview secara berkala iaitu 141 sesi temu duga telah diadakan dan telah membukakan peluang temu duga kepada lebih daripada 3,000 orang pencari kerja tempatan. Pada penghujung tahun 2020, sebanyak 4,304 (65%) jawatan kosong telah berjaya diisikan oleh anak tempatan dari 6,642 jawatan kosong yang diiklankan di JobCentre Brunei.

d. Menyentuh mengenai pengambilan pekerja tempatan secara keseluruhan di kesemua sektor pula, bagi tahun 2020, MPEC telah menyasarkan sebanyak 12,355 peluang pekerjaan untuk diisikan oleh anak tempatan. Pada penghujung tahun 2020, sebanyak 12,763 peluang pekerjaan telah berjaya diisikan oleh anak tempatan iaitu melebihi daripada sasaran. Dari jumlah tersebut, seramai 10,561 anak tempatan mendapat pekerjaan di sektor swasta, iaitu seramai 8,480 iaitu 80% adalah dari kalangan belia.

e. Pada tahun 2020, MPEC juga telah melaraskan program perantisan i-Ready ke peringkat Diploma Tahap 5 dan juga peringkat TVET. Sejak program perantisan diperkenalkan pada tahun 2017 sehingga 28 Februari 2021, seramai 4,040 graduan telah mengikuti program ini iaitu 3,424 orang terdiri daripada graduan di peringkat sarjana muda dan ke atas, 331 adalah pemegang Diploma Tahap 5 dan 285 pemegang kelulusan TVET. Dari jumlah tersebut, 1,175 perantis telah mendapatkan pekerjaan iaitu 79% dari jumlah 1,488 perantis yang sama ada telah selesai menjalani program perantisan atau mendapat tawaran pekerjaan sebelum tamat tempoh perantisan mereka.

f. Memperkenalkan SkillsPlus yang bertujuan memberikan anak tempatan yang belum bekerja mahupun mereka yang berada di peringkat mid-career di syarikat swasta, dengan peluang untuk berkursus iaitu upskilling dan reskilling ke arah mendukung pertumbuhan sektor swasta. MPEC telah bekerjasama dengan Pusat Pembelajaran Sepanjang Hayat, Kementerian Pendidikan dalam menyediakan latihan-latihan tertentu seperti latihan dalam talian (online training) dan juga hands on training. Setakat 1 Mac 2021, program ini menawarkan sebanyak 180 kursus dalam 10 bidang dan seramai 569 anak tempatan telah memohon untuk mengikuti program ini; dan

g. Bekerjasama dengan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan agensi-agensi berkepentingan yang lain untuk menangani isu pengangguran dalam kalangan vulnerable group khususnya mereka yang able bodied dan abled to work. Setakat 28 Februari 2021, seramai 1,610 dari 3,518 orang dari golongan vulnerable group telah mendaftar ke JobCentre Brunei. Seramai 873 telah mendapat pekerjaan bagi mereka yang berdaftar dengan Job Centre Brunei (JCB) dan melalui program-program yang diperkenalkan oleh Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan seperti Tekad, Pelan Pekerjaan dan lain-lain.

ii. Kementerian Pendidikan melalui IBTE telah memperkenalkan program iSkillโ„ข Programmes yang memfokuskan kepada industri minyak dan gas; Life Skills for Professional Development (LSPD 2.0) yang telah dilaratkan bagi semua IBTE program termasuk HNTec, NTeC dan ISQ; dan TVET Academy bagi menyediakan kemudahan latihan dan instructional content & delivery untuk semua tenaga pengajar serta menyelaras dan memudahkan kursus pembangunan profesional.

iii. Politeknik Brunei dengan kerjasama pihak-pihak industri serta Manpower Planning and Employment Council (MPEC) telah meneroka program-program baharu bagi memenuhi kehendak industri. Antara program berkenaan adalah Program Diploma Tahap 5 dalam bidang Sains Kesihatan, Kejuruteraan, Teknologi Petrokimia dan ICT;

Satu Memorandum Persefahaman antara Politeknik Brunei (PB) dan Syarikat Hengyi Industries Sdn Bhd telah ditandatangani pada 13 Mac 2021 bagi merasmikan kolaborasi dalam perancangan dan pelaksanaan sebanyak tujuh buah program Diploma Tahap 5, iaitu Laboratory Technology, Chemical Engineering, Thermal Power Plant Technology, Water Treatment Technology, Chemical Equipment Technology, Power Plant & Power System Technology, dan Storage and Transportation Technology. Kesemua program tersebut dirancangkan untuk bermula pada bulan Julai 2021, kecuali Program Laboratory Technology dan program Chemical Engineering yang masing-masing telah pun bermula pada Julai 2020 dan Januari 2021 ini. Seramai 85 orang pelajar kini sedang mengikuti program ini dan Syarikat Hengyi Industries Sdn Bhd telah pun memberikan Conditional Offer of Employment iaitu tawaran pekerjaan setelah lulus menjalani program pembelajaran selama 3 tahun tersebut, menurut syarat-syarat yang telah ditetapkan. Kesemua program ini hasil daripada perbincangan yang telah dilaksanakan sejak awal tahun 2020 antara Kementerian Pendidikan, Kementerian Tenaga dan Manpower Planning and Employment Council (MPEC). Program-program ini dijangka akan menghasilkan seramai 210 orang graduan setiap tahun mulai tahun 2024.

iv. Sebagai persediaan dalam menghadapi era Industrial Revolution (IR) 4.0, institusi-institusi pendidikan tinggi di Negara ini telah menawarkan kursus baharu yang berkaitan dengan IT, iaitu:

a. Universiti Brunei Darussalam (UBD) telah menawarkan program Digital Science yang mengandungi empat (4) jurusan utama iaitu Computer Science, Data Science, Artificial Intelligence and Robotics, dan Cyber Security and Forensic;

b. UTB dan Huawei Technologies (B) Sendirian Berhad telah bergabung untuk menubuhkan Akademi ICT di Negara Brunei Darussalam sebagai sebahagian daripada inisiatif global Huawei untuk menyokong pengembangan kemahiran ICT; dan

c. Shell Deepwater Borneo Ltd (Shell) dan Syarikat BSP telah memulakan inisiatif bersama UTB iaitu Artificial Intelligence (AI): Gift to the Nation yang berpotensi untuk mendukung program penyelidikan yang dapat dimanfaatkan di seluruh negara, bukan hanya dalam industri tenaga, tetapi juga pada topik seperti keselamatan jalan raya, sains dan teknologi pertanian makanan, teknologi hijau dan sumber air.;

v. Di samping itu, kerajaan juga melaksanakan beberapa inisiatif bersama syarikat-syarikat GLCs dan swasta seperti berikut:

a. Sejak tahun 2014, Syarikat Hengyi Industries Sdn Bhd, dengan kerjasama Universiti Brunei Darussalam (UBD) dan Zhejiang Universiti, Republik Rakyat China telah pun menawarkan biasiswa bagi pelajar-pelajar menjalani Program Ijazah Sarjana Muda dalam Chemical and Process Engineering. Setakat ini, seramai 103 orang anak tempatan telah mengikuti program tersebut, yang mana, daripada jumlah tersebut seramai 68 orang pelajar sudahpun menamatkan pengajian dan sedang bekerja di Syarikat Hengyi Industries Sdn Bhd.;

b. Mulai tahun 2018, Syarikat Hengyi Industries Sdn Bhd dengan kerjasama Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) dan Politeknik Lanzhou, Republik Rakyat China, turut menawarkan biasiswa bagi pelajar-pelajar menjalani Program Diploma Kebangsaan Tertinggi (HND) dalam Chemical and Process Engineering.

Setakat ini, seramai 100 orang anak tempatan sedang mengikuti program tersebut yang berjalan selama 3 tahun. Seramai 31 pelajar dijangka akan menamatkan pengajian mereka pada tahun 2021 dan akan mula berkhidmat di Syarikat berkenaan. Pihak Institut Pendidikan Teknikal Brunei dan Syarikat Hengyi Industries Sdn Bhd pada masa ini juga sedang dalam perancangan untuk menawarkan tambahan program Control & Automation Engineering mulai Julai 2021 ini.

c. Program i-Usahawan yang mana merupakan kerjasama bersama Syarikat Brunei Shell Joint Ventures (BSJV) berhasrat untuk memupuk dan menanam semangat keusahawanan dalam kalangan pengusaha-pengusaha tempatan.

d. Darussalam Enterprise (DARe) telah memberikan latihan keusahawanan menerusi Industry Business Academy (IBA), Accelerate dan Micro Bootcamp kepada hampir 8 ribu peserta. Program Accelerate dan Micro Bootcamp telah berjaya menjana sekitar 256 startups dan 609 pekerjaan. Angel Investors tempatan dan serantau telah melabur secara kolektif sebanyak $2.20 juta kepada 23 buah startups.

e. DARe juga telah berjaya membantu 15 buah perusahaan untuk mendapatkan pensijilan-pensijilan ISO seperti berikut:

i. ISO 22000 (pensijilan keselamatan makanan) kepada 2 buah syarikat;

ii. ISO 22716 (pensijilan kosmetik) kepada sebuah syarikat;

iii. Pensijilan Good Manufacturing Practice (GMP) kepada 3 buah syarikat; dan

iv. ISO 9001 (pensijilan Quality Management System) kepada 9 buah syarikat.

f. Program AgroBiz yang menyokong Skim Usahawan Ladang Padi AgroBiz di bawah Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) untuk membekalkan usahawan-usahawan pertanian muda dengan ilmu pengetahuan teknikal dan kemahiran usahawan pertanian dalam penanaman padi. Program ini diusahakan atas sokongan Jabatan Pertanian dan Agrimakanan; Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD); Darussalam Enterprise (DARe); Syarikat PaddyCo Sdn. Bhd.; Progresif Cellular Sdn. Bhd.; dan Community for Brunei, BSP menerusi LiveWIRE Brunei.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat

g. Hasil daripada pelaburan kerajaan serta usaha gigih tenaga pengajar dalam Sektor Pendidikan dan sumbangan dari sektor swasta, beberapa pencapaian telah pun diperolehi oleh institusi-institusi pengajian tinggi di negara ini pada tahun 2020 iaitu:

i. UBD buat julung kalinya telah berjaya meraih kedudukan ke-60 di Asia dalam carta The Times Higher Education (THE).;

ii. UTB telah berjaya meraih kedudukan ke 137 dalam QS (Quacquarelli Symonds) Asia University Rankings, dan menjadikan UTB antara 150 buah universiti teratas di Asia.; dan

iii. Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah sekali lagi memperolehi anugerah kewangan Islam global bagi kategori Anugerah Kepimpinan Pasaran (GIFA).

Negara Brunei Darussalam telah memperolehi skor indeks 0.63 dalam laporan Indeks Modal Insan (Human Capital Index - HCI) Bank Dunia 2020 iaitu di tempat ketiga di Asia Tenggara, selepas Singapura (0.88) dan VietNam (0.69). Indeks ini memberikan indikasi bahawa seorang anak yang dilahirkan hari ini di negara ini akan menjadi 63% produktif setelah dewasa jika memperolehi pendidikan yang lengkap dan kesihatan sepenuhnya.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Dalam meneruskan usaha-usaha agensi-agensi kerajaan dalam mendukung keutamaan Menjana Sumber Manusia yang Kompeten dan Employable ini, beberapa peruntukan telah disediakan antaranya:

a. Untuk meningkatkan access dan penyerapan lepasan-lepasan sekolah kepada pendidikan teknikal dan vokasional yang bersesuaian, peruntukan sejumlah $2.5 juta dengan Harga Rancangan $8 juta disediakan di bawah Skim Biasiswa Pendidikan Teknikal dan Vokasional.;

b. Sejumlah $55 juta dengan Harga Rancangan $223.8 juta bagi Program Hal Ehwal MPEC termasuk untuk membiayai skim-skim di bawah Dana Pembangunan Sumber Manusia, Program i-Ready, dan Pusat Pembangunan Kapasiti.; dan

c. Untuk meningkatkan produktiviti dan efisiensi serta memperkasakan agensi-agensi pelaksana, peruntukan disediakan secara keseluruhannya sejumlah $48.2 juta iaitu:

i. Sejumlah $785,000 dengan Harga Rancangan $2.5 juta di bawah RKN bagi melaksanakan Civil Service Leadership Pipeline di bawah kawalan JPM.; dan

ii. Sejumlah $47.4 juta bagi Perkembangan Sumber Tenaga Manusia di bawah Perbelanjaan Berulang-Ulang di kementerian-kementerian secara keseluruhannya termasuk sejumlah $5.5 juta untuk Latihan Dalam Perkhidmatan di bawah kawalan Jabatan Perkhidmatan Awam; dan sejumlah $25.5 juta disediakan di bawah Kementerian Pertahanan.

vi. Untuk mendukung usaha pembangunan belia dalam meningkatkan pembangunan kapasiti, peruntukan-peruntukan berikut disediakan untuk membiayai:

a. Biasiswa yang disediakan $40.7 juta iaitu sejumlah $37.8 juta di bawah Kementerian Pendidikan dan $2.9 juta di bawah Kementerian Hal Ehwal Ugama;

b. Elaun Penuntut disediakan $56.5 juta iaitu sejumlah $51.8 juta di bawah Kementerian Pendidikan dan $4.7 juta di bawah Kementerian Hal Ehwal Ugama;

c. Program Khidmat Bakti Negara (PKBN) disediakan sejumlah $2.2 juta di bawah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan; dan $2.7 juta untuk pengurusan Pusat Pembangunan Belia; dan

d. Sejumlah $56.4 juta disediakan dalam Perkhidmatan Pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan termasuk untuk membiayai perbelanjaan bagi CfBT.

vii. Di samping peruntukan-peruntukan yang disediakan di atas, MOFE juga menyediakan peruntukan sejumlah $27.5 juta di bawah Projek Fokus Khusus untuk membiayai program atau projek yang menjurus kepada mendukung fokus belanjawan negara; dan sejumlah kira-kira $176 juta di bawah Projek Rampaian Khusus bagi menampung pembiayaan atau pelaksanaan projek-projek yang tidak dijangkakan.

viii. Peruntukan Khas juga disediakan bagi membiayai persediaan Negara Brunei Darussalam menjadi Pengerusi kepada Mesyuarat ASEAN pada tahun 2021, yang akan memfokuskan tiga keutamaan, iaitu keprihatinan terhadap penduduk dan kesejahteraan masing-masing; bersedia untuk peluang dan cabaran masa hadapan; dan bersama menuju kemakmuran sebagai sebuah rantau yang bersatu. Tiga keutamaan tersebut akan memperkukuhkan perpaduan dan ASEAN Centrality di samping mempercepatkan usaha-usaha pemulihan daripada kesan pandemik COVID-19 dan seterusnya mencapai hasrat Komuniti ASEAN yang inklusif. Negara Brunei Darussalam, selaku Pengerusi Mesyuarat ASEAN, juga berpeluang untuk menunjukkan keupayaan negara dalam mengukuhkan hubungan di antara negara-negara ahli ASEAN dan juga bersama rakan-rakan dialog ASEAN, sejajar dengan tema "We Care, We Prepare, We Prosperโ€. Selain mempengerusikan Sidang Kemuncak ASEAN dan mesyuarat yang berkaitan, Negara Brunei Darussalam mempunyai kuasa/keupayaan untuk mengemukakan isu-isu yang berkepentingan bagi Negara Brunei Darussalam seperti memandu kerja-kerja ke arah pelaksanaan pemulihan ekonomi pasca wabak COVID-19, perkembangan digitalisasi dan mencadangkan inisiatif-inisiatif baru seperti Circular Economy yang terkandung di dalam hasil keutamaan ekonomi Negara Brunei Darussalam di bawah tonggak Komuniti Ekonomi ASEAN.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.

ix. Dalam keadaan ekonomi dunia yang masih dalam proses pemulihan, kita bersyukur ke hadrat ุงู„ู„ู‡ ุณูุจู’ุญูŽุงู†ูŽู‡ู ูˆูŽุชูŽุนูŽุงู„ูŽู‰ dan dengan berkat kepimpinan yang bijaksana Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, amalan pengurusan kewangan kerajaan secara berhemat telah dapat membantu untuk terus memajukan ekonomi negara. Oleh yang demikian, kerjasama sepenuhnya dan sokongan padu semua agensi kerajaan termasuk pihak sektor swasta bagi sama-sama meningkatkan usaha untuk mempelbagaikan aktiviti perekonomian dan sumber hasil pendapatan. Usaha-usaha untuk menarik lebih banyak pelaburan langsung asing atau FDIs, pelaksanaan projek-projek melalui kaedah Public-Private Partnership (PPP) dan memperluaskan lagi asas pendapatan negara (widening revenue base) perlu dipertingkatkan. Usaha-usaha tersebut adalah sangat-sangat penting untuk mengukuhkan kestabilan makroekonomi dan kedayatahanan fiskal negara, agar negara akan dapat menikmati kesejahteraan dan kemakmuran secara berterusan, dengan penuh keberkatan di bawah perlindungan ุงู„ู„ู‡ ุณูุจู’ุญูŽุงู†ูŽู‡ู ูˆูŽุชูŽุนูŽุงู„ูŽู‰ jua.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat,

Sebelum kaola mengakhiri pembentangan ini, marilah kita sama-sama berdoa agar negara kita akan sentiasa maju, aman dan makmur berkat kepimpinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang adil lagi bijaksana dan dengan izin ุงู„ู„ู‡ ุณูุจู’ุญูŽุงู†ูŽู‡ู ูˆูŽุชูŽุนูŽุงู„ูŽู‰ jua akan sentiasa menjadi sebuah Negara Zikir, ุขู…ููŠู†.

Kaola mencadangkan supaya Rang Undang-Undang yang dibentangkan di hadapan kita ini disokong untuk dijadikan satu โ€œUndang-Undang Perbekalan Negara Yang Dikeluarkan Dari Peruntukan Kumpulanwang Yang Disatukan bagi maksud-maksud yang tertentu, sepanjang Tahun Kewangan 2021/2022โ€.

Sekian.
ูˆูŽุจูุงู„ู„ู‡ู ุงู„ุชู‘ูŽูˆู’ูููŠู‚ู ูˆูŽุงู„ู‡ูุฏูŽุงูŠูŽุฉูุŒ ูˆูŽุงู„ุณู‘ูŽู„ูŽุงู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒูŽุงุชูู‡ู

Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ€‹

Saya mengucapkan tahniah yang setinggi-tingginya kepada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II atas huraian yang begitu jelas dan menyeluruh mengenai tujuan dan perancangan-perancangan peruntukan kewangan negara bagi tahun 2021/2022 dalam ia mengenalkan Rang Undang-Undang (2021) Perbekalan, 2021/2022.

Ahli-Ahli Yang Berhormat, sebelum saya membukakan Rang Undang-Undang ini untuk dibahaskan, saya ingin tahu sama ada adakah tidak ahli di sebelah sini ingin untuk menyokong Rang Undang-Undang yang berkenaan yang telah pun dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri yang berkenaan itu tadi.

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeriโ€‹

ุจุณู… ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูฐู†ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญููŠู’ู…ู
ุงู„ุณูŽู‘ู„ุงูŽู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒูŽุงุชูู‡ู

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, saya menyokong sepenuhnya Rang Undang-Undang (2021) Perbekalan, 2021/2022 yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II. Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.

Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ€‹

Terima kasih Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri. Ahli-Ahli Yang Berhormat, sebelum Rang Undang-Undang ini kita bukakan yang telah pun dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II yang telah pun disokong oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri untuk kita bahaskan sebagaimana lazim. Sekarang ada baiknya saya tangguhkan dulu persidangan kita ini untuk kita berehat sebelah tengah hari dan ุฅู† ุดุงุก ุงู„ู„ู‡ kita akan bersidang semula pada pukul 2.30 petang.

Sekian,
ูˆุจุงู„ู„ู‡ ุงู„ุชูˆููŠู‚ ูˆุงู„ู‡ุฏุงูŠุฉุŒ ูˆ ุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒู… ูˆุฑุญู…ุฉ ุงู„ู„ู‡ ูˆุจุฑูƒุงุชู‡

(Majlis Mesyuarat ditangguhkan)

(Majlis Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang)

Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ€‹

ุจุณู… ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุฑุญู…ู† ุงู„ุฑุญูŠู… ุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒู… ูˆุฑุญู…ุฉ ุงู„ู„ู‡ ูˆุจุฑูƒุงุชู‡

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Sebagaimana yang kita maklum, pada sebelah pagi tadi sebelum kita berehat, satu Rang Undang-Undang Yang Bergelar: "Suatu Akta Untuk Membekalkan Sejumlah Wang Dari Kumpulanwang Yang Disatukan Bagi Perkhidmatan Tahun Kewangan 2021/2022, untuk diperuntukkan wang tersebut bagi maksud-maksud tertentu" telah selesai dibuat pembentangannya dengan cukup jelas, terutamanya mengenai sebab-sebab serta tujuan dengan terperinci yang telah dikemukakan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II.

Rang Undang-Undang ini telah mendapat sokongan sepenuhnya daripada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, maka Rang Undang-Undang ini akan saya bukakan untuk dibahaskan.

Perlu saya ingatkan, bahawa pertanyaan ataupun perbahasan ini seeloknyalah ditumpukan kepada asas dan kelayakan Rang Undang-Undang ini. Bersama saya di sini, terdapat satu senarai nama Ahli Yang Berhormat yang telah memberi notis untuk ikut serta dalam membincangkan Rang Belanjawan ini. Saya mulakan dengan menjemput Yang Berhormat Awang Haji Tahamit bin Haji Nudin. Silakan Yang Berhormat.

Yang Berhormat Awang Haji Tahamit bin Haji Nudinโ€‹

Terima kasih, Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Kaola menyedari defisit yang kita hadapi sejak beberapa tahun yang lalu, kaola ingin mencadangkan beberapa perkara yang kaola rasa penting.

Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ€‹

Yang Berhormat, ada baiknya kalau Yang Berhormat bercakap dengan lebih kuat supaya kita dapat mendengar dengan jelas apa-apa pertanyaan daripada Yang Berhormat. Silakan Yang Berhormat.

Yang Berhormat Awang Haji Tahamit bin Haji Nudinโ€‹

Terima kasih, Yang Berhormat Yang Di-Pertua.

Kaola ingin tahu apakah langkah diambil oleh kerajaan bagi kes kartel daging import? Dengan ini juga, kaola bercadang agar penguatkuasaan perlu dikukuhkan dengan mengambil langkah tegas dan perkembangan siasatan mengenai sumber daging import hendaklah dilakukan secara berterusan agar kesejahteraan rakyat akan lebih terjamin. Selain itu, kajian perlu dijalankan dengan berterusan dari mana sumber daging import agar daging import di Brunei tidak diragui kehalalannya.

Seterusnya, pelaksanaan Food Bank (bank makanan). Kaola ingin mencadangkan agar satu program Food Bank dapat diwujudkan supaya dapat mengurangkan pembaziran makanan di negara ini dan kaola ingin agar dapat diwujudkan suatu undang-undang yang boleh mengawal pembaziran makanan di negara ini. Kaola bercadang agar pihak yang berkenaan akan dapat menjalankan kajian terhadap jumlah pembaziran yang dilakukan dalam acara-acara keraian terutamanya yang melibatkan makanan agar masalah ini dapat dikawal dan juga dibendung. Sekian terima kasih, Yang Berhormat Yang Di-Pertua.

Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ€‹

Silakan, Yang Berhormat Awang Iswandy bin Ahmad.

Yang Berhormat Awang Iswandy bin Ahmadโ€‹

Terima kasih, Yang Berhormat Yang Di-Pertua.

ุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ู‡ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูฐู†ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญููŠู’ู…ู ุงู„ุณูŽู‘ู„ุงูŽู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒูŽุงุชูู‡ู

Saya menyokong peruntukan yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II tadi, dengan peruntukan kewangan yang telah dibentangkan dengan cukup panjang lebar. Saya ingin menyentuh dua perkara:

  1. Untuk meningkatkan kutipan hasil. ุงูŽู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏู ู„ูู„ู‘ูฐู‡ู negara baru-baru ini memperkenalkan caj keluar masuk yang diterangkan tadi melalui sempadan kita ni serta juga beberapa tahun lepas sugar tax oleh Kementerian Kesihatan. Saya ingin mencadangkan beberapa lagi caj perkhidmatan yang dapat difikirkan bersama untuk meningkatkan hasil kutipan kita ni dengan diperkenalkan secara berfasa dan sesuai dengan peringkatnya. Perkara-perkara ini bersifat luxury dan ada alternatif yang lebih berpatutan harganya. Perkara-perkara yang saya maksudkan ialah:

i. Caj bagi iklan-iklan makanan segera kerana Code on Responsible Marketing on Food and Beverages to Children in Brunei Darussalam yang dilancarkan oleh Kementerian Kesihatan bersifat non binding;

ii. Cukai bagi makanan dengan kandungan garam yang tinggi; dan

iii. Caj pendidikan atau caj perkhidmatan bagi sekolah-sekolah dan kolej-kolej antarabangsa.

  1. Untuk mengurangkan perbelanjaan negara, penggunaan minyak yang mengikut harga pasaran masih rendah pemakaiannya. Saya cadangkan untuk subsidi minyak kereta kita ini untuk dikaji semula dan bukan untuk pihak-pihak yang menggunakan kenderaan komersial, kenderaan berat mahupun kenderaan bertaraf mewah. Ini supaya dapat kita ini memanfaatkan subsidi kita ini kepada mereka yang benar-benar memerlukan serta mengurangkan perbelanjaan negara.

Perkara ini juga akan disokong nanti dengan kita ini menyaksikan atau menyasarkan 65% penggunaan kereta elektrik menjelang tahun 2035 serta trend dunia sekarang phasing out combustion engine. Subsidi ini juga dapat digunakan untuk peningkatan perkhidmatan yang lain seperti menaik taraf pengangkutan awam, infrastruktur awam dan lain-lain.

Ingin ditanyakan juga jika dapat dikongsikan di Dewan ini, berapakah perbelanjaan yang dapat kitani save ataupun kurangkan dalam subsidi minyak ini jika ia dijalankan? Terima kasih.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Yang Berhormat Awang Haji Mohimin bin Haji Johari @ Jahari.

Yang Berhormat Awang Haji Mohimin bin Haji Johari @ Jahariโ€‹

Terima kasih, Yang Berhormat Yang Di-Pertua.

ุจุณู… ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุฑุญู…ู† ุงู„ุฑุญูŠู…
ุฃู„ุญู…ุฏู ู„ูู„ู‘ูŽู‡ู ุฑูŽุจู‘ู ุงู„ุนูŽุงู„ูŽู…ููŠู†ูŽุŒ ูˆูŽุงู„ุตู‘ูŽู„ุงุฉู ูˆูŽุงู„ุณู‘ูŽู„ุงู…ู ุนูŽู„ูŽู‰ ุฃูŽุดู’ุฑูŽูู
ุงู„ุฃูŽู†ู’ุจููŠูŽุงุกู ูˆูŽุงู„ู…ูุฑู’ุณูŽู„ููŠู†ูŽ ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุขู„ูู‡ู ูˆูŽุตูŽุญู’ุจูู‡ู ุฃูŽุฌู’ู…ูŽุนููŠู†ูŽ.

  1. Kaola suka untuk membawa usul sepertimana di bawah Akta Cukai Pendapatan Korporat supaya semua syarikat berdaftar โ€˜sendirian berhadโ€™ dikenakan cukai pendapatan walaupun ia sebuah syarikat โ€˜sendirian berhadโ€™ yang kecil seperti kedai jahit dan sebagainya. Sekurang-kurangnya ini menambah sumber fiskal negara. Tahniah yang setinggi-tingginya atas ketegasan Kementerian Kewangan dan Ekonomi atas tuntutan cukai pendapatan korporat; dan

  2. Diusulkan Brunei Halal Food supaya dibuatkan Pelan Tindakan Kebangsaan yang melibatkan pihak kerajaan dan swasta sebagai steering committee dalam perancangan dan strategi pembuatan dasar ke arah menjadikan Brunei memiliki konsortium penyedia pasaran makanan halal dunia dengan perjanjian perdagangan bebas terbesar dunia sebagai platform dan kesempatan terbaik.

Sekian, terima kasih.

Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ€‹

Saya persilakan Yang Berhormat Fdr. Ar. Dayang Siti Rozaimeriyanty binti Dato Seri Laila Jasa Haji Abdul Rahman.

Yang Berhormat Fdr. Ar. Dayang Siti Rozaimeriyanty binti Dato Seri Laila Jasa Haji Abdul Rahmanโ€‹

ุจุณู… ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุฑุญู…ู† ุงู„ุฑุญูŠู… ุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒู… ูˆุฑุญู…ุฉ ุงู„ู„ู‡ ูˆุจุฑูƒุงุชู‡

Terima kasih. Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Kaola ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II atas pembentangan yang sangat komprehensif mengenai perbelanjaan hasil negara dan tema tahun kewangan pada tahun ini iaitu: โ€œKe arah Pembangunan Sosioekonomi yang resilienceโ€.

Kaola juga ingin mengucapkan tahniah kepada semua pihak kementerian-kementerian kerana telah banyak mempertingkatkan usaha dan inisiatif dalam menjimatkan perbelanjaan kerajaan dan pada masa yang sama berusaha dalam meningkatkan taraf hidup masyarakat dan negara kita. Inisiatif-inisiatif ini sangat penting untuk membantu kita mencapai Wawasan Brunei 2035.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua, semasa Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ketujuh Belas Majlis Mesyuarat Negara, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ada bertitah mengenai program-program fiscal consolidation yang sudah mula nampak hasilnya. Kaola menyambut baik usaha pihak kementerian dalam pelaksanaan inisiatif fiscal consolidation yang dapat membantu pengurangan perbelanjaan kerajaan seperti melalui kaedah corporatization.

Soalan kaola bilakah kita akan dapat melihat hasil yang diharapkan daripada penjimatan perbelanjaan kerajaan ini nanti? Lazimnya tiap-tiap tahun sebanyak 4 bilion diperuntukkan setiap tahun untuk perbelanjaan kerajaan tetapi tidak mencukupi dan pihak kerajaan selalunya memerlukan peruntukan tambahan. Pada tahun ini ุงู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏู ู„ู„ู‡ู sebanyak $4.2 bilion telah diperuntukkan untuk perbelanjaan kerajaan dan diharapkan dengan peningkatan peruntukan ini nanti sebolehnya sebarang peruntukan tambahan dapat dielakkan dalam usaha menjimatkan peruntukan yang telah diberikan.

Sekian. Terima kasih. Yang Berhormat Yang Di-Pertua.

Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ€‹

Saya persilakan Yang Berhormat Awang Haji Abdul Wahab bin Apong.

Yang Berhormat Awang Haji Abdul Wahab bin Apongโ€‹

ุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ู‡ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูฐู†ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญููŠู’ู…ู ุงู„ุณูŽู‘ู„ุงูŽู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒูŽุงุชูู‡ู

Terima kasih. Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan salam sejahtera. Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Kaola menyokong dan mengucapkan tahniah atas pembentangan Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II dalam mukadimah pembentangan Rang Undang-Undang (2021) Perbekalan 2021/2022. ุงูŽู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏู ู„ูู„ู‘ูฐู‡ู segala usaha dan peruntukan yang dinyatakan disambut baik, sama-sama kita berdoa semoga rakyat negara dan dapat menikmati keberhasilan melalui usaha-usaha yang bersepadu dan sama-sama berkayuh ke arah pelaksanaan dan pencapaian.

Izinkan kaola memberikan cadangan, kaola harap ia dapat memberikan suntikan nilai tambah kepada usaha kita semua:

  1. Isu banjir senegara untuk dapat ditangani mengikut keutamaan. Dalam beberapa tahun sebelum ini negara sudah dilanda dengan bencana seperti banjir di kawasan pedalaman, banjir kilat di kawasan bandar, tanah runtuh dan sebagainya. Ini fenomena sebilangan besar disebabkan oleh kesan perubahan iklim dan cuaca yang tidak menentu. ุงู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏู ู„ูู„ู‘ูฐู‡ู usaha-usaha agensi kerajaan dalam menangani kejadian-kejadian ini telah berhasil, menampakkan kesannya serta sentiasa menjaga kesejahteraan rakyat di negara ini terutama sekali rakyat yang tinggal di kawasan-kawasan daerah yang teruk terjejas.

Dalam pemantauan dan dapatan dari kejadian ini, pandangan kaola ada lagi ruang yang perlu diperbaiki dan ditambah baik terutama sekali dalam menyelesaikan kejadian-kejadian kenaikan air sungai yang disebabkan kenaikan air paras laut yang dikenal pasti oleh agensi-agensi yang terlibat dalam mengenal pasti kesan-kesan daripada perubahan iklim ini seperti membina struktur penghadang di sebahagian lokasi sepanjang pantai bagi mengurangkan dan mengelakkan impak kenaikan paras. Pandangan kaola ada baiknya usaha-usaha atau projek-projek dalam menangani penyebab kenaikan paras sungai ini dapat diberi keutamaan dalam tajuk perbelanjaan pada tahun ini dan juga pada masa akan datang.

Kaola percaya dengan perbelanjaan itu nanti ia bukan sahaja akan mampu menjaga kepentingan kawasan tetapi punca hasil pendapatan negara di Daerah Belait berada yang juga akan lebih mendatangkan manfaat yang sangat besar kepada negara dan rakyat semua daerah termasuk Daerah Tutong jika ia ditangani dengan fokus mengikut keutamaan; dan

  1. Kaola juga ingin menyentuh penjimatan besar dengan memperkasa penglibatan sektor swasta. Walaupun projek-projek RKN pada Tahun Kewangan 2021/2022 berkurangan dari tahun sebelumnya, kaola percaya dan setuju ia bukanlah satu faktor yang akan menjejaskan sektor industri dan perkhidmatan negara ini.

Kaola percaya ia adalah hasrat untuk memperkasa penglibatan sektor swasta dalam projek-projek yang dipercayai berunsur komersial dan penjimatan besar kepada kerajaan. Ini langkah yang disokong bagi mencari satu pendekatan yang seimbang antara kerajaan dan sektor swasta. Antara usaha penjimatan besar kepada kerajaan dan boleh memperkasa penglibatan sektor swasta yang dikenal pasti ialah projek-projek Skim Rancangan Perpindahan Negara. Dasar dan pendekatan baharu perlu diteliti dan diperkenalkan dengan seberapa segera sebelum RKN seterusnya bermula iaitu RKN-12.

Kaola percaya dengan adanya pendekatan baharu dan mengemaskinikan dasar yang sedia ada, pihak-pihak yang berkenaan akan dapat menangani isu-isu Skim Rancangan Perpindahan Negara dengan segera seperti mengelakkan orang yang menunggu sehingga dua tahun baru dapat rumah dan secara tidak langsung akan dapat membantu merangsang pertumbuhan sektor pasaran harga tanah property market sectoral di negara ini.

Sekian sahaja yang untuk disampaikan. Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.

ูˆุจุงู„ู„ู‡ ุงู„ุชูˆููŠู‚ ูˆุงู„ู‡ุฏุงูŠุฉ ูˆ ุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒู… ูˆุฑุญู…ุฉ ุงู„ู„ู‡ ูˆุจุฑูƒุงุชู‡

Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ€‹

Saya persilakan Yang Berhormat Awang Haji Ramli bin Haji Lahit.

Yang Berhormat Awang Haji Ramli bin Haji Lahitโ€‹

Terima kasih. Yang Berhormat Yang Di-Pertua.

ุจุณู… ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุฑุญู…ู† ุงู„ุฑุญูŠู… ุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒู… ูˆุฑุญู…ุฉ ุงู„ู„ู‡ ูˆุจุฑูƒุงุชู‡ dan salam sejahtera. Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Kaola merakamkan penghargaan yang setinggi-tingginya dan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II atas pembentangan kertas cadangan Rang Undang-Undang Perbekalan Negara Tahun Kewangan 2021/2022 yang lengkap dan terperinci sesuai dengan suasana di dunia dalam wabak koronavirus di negara kita tidak terkecuali menerima impaknya.

Pembentangan Anggaran Hasil dan Perbelanjaan Negara untuk membenarkan pengeluaran sejumlah wang yang tidak melebihi $5.86 bilion dari โ€œKumpulanwang Yang Disatukanโ€ yang sangat jelas dan ุงู„ุญู…ุฏ ู„ู„ู‡ bersesuaian dengan situasi keperluan dan kemampuan masa kini. Dari kumpulan wang ini negara masih dapat melaksanakan kemajuan negara iaitu diperuntukkan sejumlah $600 juta.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua, memandangkan situasi pasaran minyak dunia masih pada tahap yang tidak menentu pada tahun-tahun kebelakangan ini, walaupun ada kenaikan harga minyak US$62 setong, sebagai negara pengeluar minyak keadaan ini setentunya mempengaruhi ekonomi negara dan fiskal negara masih terus menerus menghadapi cabaran defisit iaitu sebagaimana yang dikatakan tadi $3.5 bilion.

Oleh itu, pengurangan peruntukan terhadap beberapa projek kemajuan kerajaan amat sesuai sekali. Maka, kawalan perbelanjaan yang baru saja dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II itu tadi kelihatannya masih diteruskan. Kaola menyambut baik dan menyokong sepenuhnya kerana ia usaha untuk mengurangkan unjuran defisit belanjawan iaitu bertujuan mewujudkan fiscal space yang cukup agar perbelanjaan kerajaan akan dapat disalur kepada projek utama sahaja iaitu menjurus kepada pertumbuhan ekonomi yang berdaya tahan sustainable development goals bagi mencapai keseimbangan belanjawan untuk memastikan kestabilan fiskal negara.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Pembentangan daripada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II tadi menjelaskan beberapa inisiatif yang telah dan akan dilaksanakan sebagai cara negara ini berbelanja secara berhemah dan dirancang dengan sehalus-halusnya untuk Tahun Kewangan 2021/2022 iaitu sesuai dengan tema: โ€œKe Arah Pembangunan Sosioekonomi yang Resilienโ€, iaitu mengikut keutamaan seperti meningkatkan aktiviti pelaburan, memudah cara perniagaan, menjana sumber manusia yang kompeten dan employable dan memelihara kesejahteraan awam dan agak ada ruang yang luas untuk menyediakan pekerjaan kepada anak-anak tempatan menerusi aktiviti-aktiviti perusahaan dan inisiatif pelaburan yang mampu menyediakan ekosistem bagi pertumbuhan dan kepelbagaian ekonomi terutama di sektor swasta dan dapat menarik Pelaburan Langsung Asing (FDI) tanpa terlalu bergantung pada pihak kerajaan.

Sebagai satu cadangan jangka panjang kepada pelaburan ini apakah kiranya negara ini menubuhkan syarikat usaha sama pemasangan HEV iaitu Heavy Electrical Vehicle dengan syarikat automotif terkenal di luar dan negara ini akan menjadi pengeluar tunggal di kawasan Asia.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Kita amat bersyukur kerana perbelanjaan masih tidak mengenepikan sebahagian keutamaan peruntukan kerajaan, peruntukan keperluan kebajikan dan kesejahteraan awam berjumlah $450 juta yang membantu hal-hal yang berkaitan dengan meningkatkan pendidikan, kesihatan, keagamaan, peningkatan kebeliaan dan membantu orang yang menghadapi bencana, kurang berkemampuan dan kurang upaya.

Berkenaan dengan kesejahteraan dan kemudahan awam, dicadangkan diberi keutamaan terhadap permasalahan yang tidak pernah selesai iaitu masalah penduduk kampung dan bantuan banjir di kawasan yang berulang-ulang. Sehubungan itu, dicadangkan sebagai penyelesaian ialah meninggikan paras jalan secara bertahap menerusi program peningkatan dan pembaikan infrastruktur jalan raya dengan Anggaran Perbelanjaan 2021/2022 berjumlah $11,147,540 juta dan dalam Rancangan Kemajuan Negara Ke-11 sebanyak $25 juta. Jalan yang dimaksudkan ialah Jalan Bengkurong dan Jalan Kerancing di Mukim Rambai yang sudah bertahun-tahun menjadi rutin mengalami banjir menyebabkan penduduk di kawasan ini tidak boleh keluar membeli keperluan harian dan juga agensi memberi bantuan menghadapi kesukaran, malah bantuan tidak dapat disalurkan sehingga menunggu air surut. Jika siapnya nanti pembinaan kolam penahanan banjir Daerah Tutong Fasa I, Anggaran Perbelanjaan 2021/2022 berjumlah $5 juta dan Skim Pembiakan Dataran Banjir Sungai Tutong dengan Anggaran Perbelanjaan $1,785,670 juta diharap akan mengurangkan risiko banjir di kawasan tertentu di Daerah Tutong.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Menyentuh mengenai usaha kerajaan untuk meningkatkan sektor aktiviti keutamaan misalnya seperti sektor pemakanan, industri pelancongan, sektor ekonomi digital dan sektor perkhidmatan kini menampakkan peningkatan. Oleh itu, diharap keberadaan sumber utama yang semakin berkembang ini akan menambahkan lagi peluang pekerjaan dan membantu pertumbuhan ekonomi negara.

Oleh itu, semua pihak berkepentingan agar dapat mengambil peluang terhadap projek-projek yang telah diwujudkan ini dan projek-projek yang akan datang. Diharap projek-projek keusahawanan dan industri yang akan datang dapat dilaksanakan juga di Daerah Tutong bagi memberikan peluang kepada belia di Daerah Tutong untuk menjawat pekerjaan dalam projek tersebut agar tidak timbul masalah pengangkutan bekerja ke daerah lain. Para belia dan badan bukan kerajaan (NGO) mempunyai banyak peluang dalam bidang perusahaan yang masih luas untuk diterokai kerana pihak kerajaan telah menyediakan peruntukan $4,187,106 juta bagi kemajuan perusahaan dan industri serta membantu menyediakan keperluan dan kemudahan yang berkaitan. Umpamanya, menyediakan berbagai-bagai kursus kemahiran dan Program Pembangunan Belia. Walau bagaimanapun, ruang ini tidak akan tercapai sepenuhnya kerana terdapat belia yang tinggal jauh dari tempat kursus berkenaan di daerah lain jadi sukar bagi mereka mengikutinya kerana masalah pengangkutan.

Sehubungan dengan itu, dicadangkan supaya kursus dan Program Pembangunan Ekonomi serta Pembangunan Sumber Tenaga Manusia dilaksanakan juga di Daerah Tutong iaitu sumber tenaga manusia mempunyai Anggaran Peruntukan Tahun 2021/2022 berjumlah $58,452 juta.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua. ุงู„ุญู…ุฏู ู„ู„ู‡ peruntukan untuk keperluan kemudahan-kemudahan bagi memelihara kesejahteraan awam masih ada sebagai satu keutamaan. Misalnya, disediakan $58,037,476 juta untuk projek-projek pengurusan berkenaan air bersih maka mudah-mudahan gangguan bekalan air tidak akan berlaku berterusan. Rancangan untuk menggunakan sistem meter bagi mendapatkan bekalan air adalah suatu inisiatif yang tepat pada masanya bagi mengelakkan berlaku tunggakan iaitu selaras dengan usaha kerajaan mengawal perbelanjaan dan berjimat cermat.

Akhirnya, dengan berkat kepimpinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, rakyat dan penduduk negara ini masih dapat menikmati kesejahteraan dan kemakmuran kerana baginda sentiasa memeduli rakyat di samping tidak mengenepikan matlamat kerajaan agar negara serta penduduk dapat menikmatinya secara berterusan.

Sekian,
ูˆุจุงู„ู„ู‡ ุงู„ุชูˆููŠู‚ ูˆุงู„ู‡ุฏุงูŠุฉุŒ ูˆ ุงู„ุณู„ุงู…ู ุนู„ูŠูƒู… ูˆุฑุญู…ุฉู ุงู„ู„ู‡ู ูˆุจุฑูƒุงุชูู‡

Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ€‹

Saya persilakan Yang Berhormat Awang Haji Umarali bin Esung.

Yang Berhormat Awang Haji Umarali bin Esungโ€‹

ุจุณู… ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุฑุญู…ู† ุงู„ุฑุญูŠู… ุงู„ุณู‘ูŽู„ูŽุงู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒูŽุงุชูู‡ู dan salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Sebelum saya menyoal satu soalan lebih dahulu kaola menerangkan apa yang akan disoal nanti. Dalam usaha untuk menangani cabaran ekonomi Negara Brunei Darussalam perlu melihat kepentingan untuk mengukuhkan pelaburan domestik negara kita memilih banyak bahan mentah yang boleh ditambah nilai sebelum dipasarkan di pasaran tempatan atau dieksport ke pasaran global. Sebagai contoh, hasil bumi seperti pasir putih, air galian dan batu kelikir dan sebagainya. Juga dari pertanian iaitu padi, buah-buahan, herba dan lain-lain lagi. Pembuatan kraftangan misalnya kraftangan, seni ukir dan sebagainya.

Kita tidak hanya perlu menumpukan perhatian kepada menerima keperluan asing sahaja iaitu FDI tetapi perlu juga melihat penubuhan di peringkat domestik sebagai usaha untuk mewujudkan peluang perniagaan dan pekerjaan di Negara Brunei Darussalam. Ini termasuklah menggunakan teknologi baharu dalam semua sektor. Kepentingan bagi menubuhkan pusat kajian, mendidik dan penggunaan kebangsaan (R&D) perlu dilihat sebagai keutamaan dan memangkin bagi menggalakkan penubuhan sumber-sumber ekonomi di Negara Brunei Darussalam yang memberikan kebaikan kepada rakyat iaitu antara fungsi dan perniagaan.

Misalnya, membuat kajian untuk menghasilkan produk-produk hiliran yang terskala kecil, sederhana dan mega bagi membuka peluang-peluang perniagaan dan juga menghasilkan produk-produk baharu yang berinovasi. Hasil pendidikan dan pembangunan ini dapat diinovasi dan ditawarkan kepada pelabur-pelabur domestik seperti MSME tempatan khususnya belia untuk memajukan sebagai sebuah perniagaan. Dalam masa yang sama, bantuan dan kemudahan kewangan serta bimbingan dapat disediakan untuk peluang kejayaan menghasilkan produk-produk yang berkualiti dan boleh ke pasaran yang besar.

Soalan kaola, apakah pihak-pihak yang berkenaan mempunyai perancangan terutama sekali dalam meluaskan usaha program dan aktiviti R&B Negara Brunei Darussalam?

Sekian,
ูˆุจุงู„ู„ู‡ ุงู„ุชูˆููŠู‚ ูˆุงู„ู‡ุฏุงูŠุฉุŒ ูˆ ุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒู… ูˆุฑุญู…ุฉ ุงู„ู„ู‡ ูˆุจุฑูƒุงุชู‡

Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ€‹

ุงูŽู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏู ู„ูู„ู‘ูฐู‡ู seramai 7 orang Ahli Yang Berhormat telah menyuarakan beberapa pandangan berhubung dengan Rang Undang-Undang ini. Adakah Ahli-Ahli Yang Berhormat kerana jawatan sebelah sini suka memberikan reaksi mereka mengenai pertanyaan-pertanyaan itu ataupun ditunggu sehingga suatu masa yang sesuai untuk dijawab.

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, silakan.

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi IIโ€‹

ุจุณู… ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุฑุญู…ู† ุงู„ุฑุญูŠู… ุงู„ุณู‘ูŽู„ูŽุงู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒูŽุงุชูู‡ู

Bagi menjawab beberapa soalan yang diajukan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat tadi, barangkali ada beberapa perkara yang berkaitan dengan Kementerian Kewangan dan Ekonomi.

Kaola akan mengambil kesempatan untuk menjawab manakala sebahagiannya yang lain tertakluk kepada rakan-rakan sejawatan kaola sama ada mahu menjawabnya atau sebaliknya.

Mengenai subsidi minyak, memang perkara ini bertahun-tahun sudah kerajaan mensubsidised minyak di stesen minyak yang tertakluk kepada harga pasaran. Tiap-tiap tahun sekurang-kurangnya ada jua subsidi sampai meningkat 100 juta hingga 300 juta yang tertakluk kepada harga minyak pasaran. Cadangan daripada Ahli Yang Berhormat tadi mengenai mengurangkan subsidi bagi kereta komersial ataupun luxury cars. Perkara ini untuk diteliti sedalam-dalamnya dengan Kementerian Tenaga.

Mengenai how much can we save from the subsidy yang dapat kita ni gunakan untuk melabur kepada developing public transport dan sebagainya. Kalau sekiranya dari jumlah subsidi yang kaola nyatakan tadi itu tidak semua dapat dijimatkan sebab ada sebahagian penduduk yang berpendapatan rendah, tidak dapat ditiadakan sama sekali. Kalau dari komersial dan luxury itu maybe jumlahnya tidak setinggi mana. Kerajaan juga menyediakan peruntukan untuk kitani membuat program public transport, yang sudah ada bajetnya yang berasingan.

Mengenai soalan yang satu lagi, iaitu cukai untuk dikenakan kepada semua syarikat sama ada besar, kecil sampai kedai jahit atau sebagainya pun dikenakan cukai tetapi perkara ini perlu difikirkan. Kalau semua syarikat dibuatkan 'sendirian berhad', jadi yang berpendapatan other business iaitu berpendapatan rendah mampukah mereka untuk melantik auditor untuk mengaudit akaunnya iaitu sebelum dicukai? Tidak akan sampai bisnes kecil-kecilan dengan pendapatannya beberapa ribu sahaja terpaksa melantik auditor untuk dicukai. Itu barangkali kitani mesti lihat dari segi kitani impose 'sendirian berhad' yang pernah dilaksanakan pada 80-an. Kalau ejen kereta, insurance company, travel agent dimestikan dijadikan 'sendirian berhad' maka dipakai sectorial as opposed to kitani dilaratkan ke semua bisnes dalam negeri.

Mengenai Fiscal Consolidation Programme. Soalan sama ada kitani sudah nampak impaknya? Memang impaknya itu sudah mulai dilihat sepertimana yang kitani lihat dalam projek, seperti Pulau Pelabuhan Muara bekerjasama dengan Muara Port Company yang telah menjimatkan kerajaan termasuk bayaran yuran dan sebagainya sekurang-kurangnya $20 juta setahun. Juga, baru-baru ini pengkorporatan Jabatan Percetakan Kerajaan. Ini satu projek yang mungkin akan mengambil masa because kitani akan mengambil masa meningkatkan lagi efisiensi operasi company ini, jadi hasilnya mengambil masa sedikit dan kalau dilihat lagi jua UNN pun boleh dijadikan satu contoh Fiscal Consolidation Programme. Itu sudah menjimatkan kerajaan berpuluh-puluh juta setiap tahun. Bagi anggaran sahaja yang diestimate dalam setahun pada tahun pertama sudah menjimatkan $30 juta lebih kepada kerajaan.

PaddyCo yang memajukan penanaman padi di Kandol pun menjimatkan perbelanjaan kerajaan. Jadi soalannya, kenapa juga sudah ada nampak impak positifnya dari corporatization ini kenapa peruntukan itu masih lagi ada bertambah-tambah dari setahun ke setahun tapi kalau dilihat tadi, kaola sudah menerangkan dalam speech tadi kalau dilihat bagi tahun 2019/2020 nampaknya perbelanjaan kerajaan sudah mulai menurun daripada dibandingkan dengan tahun yang sebelumnya. Kalau dilihat tahun kewangan ini, tahun 2020/2021, nampaknya perbelanjaan pun jua ikut menurun jua tahun ini. ุฅู† ุดุงุก ุงู„ู„ู‡

Perkara ini kalau melihat impaknya yang sebenar, memang mengambil masa, kitani jua mesti teruskan dengan aktiviti-aktiviti lain bukannya mengharapkan sahaja apa yang kitani sudah buat. Mesti dilihatkan lagi projek-projek lain. Pada masa ini, ada beberapa projek yang sedang dikaji oleh Kementerian Kewangan dan Ekonomi dan bersama beberapa kementerian kerajaan jua.

Satu lagi soalan mengenai elektrikal sama ada kitani dapat memasang hybrid heater di Brunei ini. Perkara ini kitani mesti fikirkan jua bagi rakan kongsi kitani kalau kitani akan menubuhkan satu kilang di Brunei untuk memasang elektrikal ini, memang satu faktor yang akan difikirkan benar-benar itu ialah domestic market kitani. Kitani di Brunei, domestic market tidak besar, kilang itu memang tidak efisien kalau mereka mengadakan factory itu di negeri-negeri lain lebih besar domestic marketnya. Ini satu cabaran untuk kitani fikirkan.

Memang masa ini elektrikal ini yang popular yang kitani pada masa ini concentrate kepada elektrikal tapi jangan jua kitani lupa masa depan barangkali ada alternative energy jua, kitani mendengar jua hydrogen powered car dan sebagainya. Jadi how environmentally friendly sebenarnya electric car ini masih jua menggunakan elektrik, jadi jangan kitani terlampau fokus kepada electric car because its the flavor of the day, jadi masa depan industri ini mungkin akan berubah lagi. Jadi jangan before we make our so call investment fikirkan jua how the industry will develop over time? Itu sahaja Yang Berhormat Pengerusi. Terima kasih.

Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ€‹

Terima kasih. Ada Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan.

Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelanconganโ€‹

ุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ู‡ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูฐู†ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญููŠู’ู…ู Yang Berhormat Yang Di-Pertua, kaola ingin menjawab beberapa soalan daripada beberapa orang Ahli Yang Berhormat iaitu berkenaan dengan barang-barang import daging dan lain-lain. Untuk makluman sebenarnya Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan lebih cenderung kepada meningkatkan keluaran dalam negara dan kalau boleh untuk eksport dan mengurangkan import. Walau bagaimanapun, kita ini sebagai negara kecil memang tidak mampu untuk mengeluarkan semua kehendak kita ini. Oleh demikian banyak yang kita ini import juga terutama sekali produk-produk yang memang tidak dapat tumbuh di sini seperti apple, strawberries dan lain-lain lagi.

Jadi, berkenaan dengan import sayur-sayuran, import daging dan lain-lain itu memang ada peraturannya yang kementerian sering berhubung dengan autoriti-autoriti dalam negara sebelum negara berkenaan mengeksport barangan mereka ke Negara Brunei Darussalam. Autoriti berkenaan harus mengiktiraf dahulu yang ladang-ladang berkenaan fit untuk mengeluarkan barangannya untuk dieksport ke luar negara dan kementerian akan sama-sama menghubungi autoriti berkenaan untuk memastikan ia selamat untuk diimport ke Negara Brunei Darussalam.

Sebagai contoh daging, kementerian akan berhubung dengan autoriti di Australia ataupun di Malaysia untuk memastikan bahawa ladang mereka bersih, terhindar daripada penyakit yang membawa kesan kepada pengguna-pengguna. Kita akan terus bekerjasama dengan pengusaha-pengusaha negara misalnya, barang tanaman untuk memastikan barang-barang import yang banyak itu akan diganti dengan keluaran negara, sebagai contoh kita masih mengimport sekitar 90% cili dari keperluan kita ini. Oleh yang demikian, kementerian akan menghubungi peladang-peladang kita ini untuk memastikan mereka menambahkan keluaran cili yang merupakan satu peluang untuk mereka meraih keuntungan disebabkan permintaan yang tinggi.

Jadi yang demikian, satu perkara lagi yang harus diingat mengenai import daging, ia perlu mendapatkan pengiktirafan halal daripada Majlis Ugama Islam Brunei. Ada dua perkara memastikan daging itu sesuai untuk diimport ke negara ini ialah satu dari segi biosekuriti, akan ditangani oleh Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, manakala sektor halalnya akan ditangani oleh Bahagian Halal Haram di Kementerian Hal Ehwal Ugama ataupun di bawah Majlis Ugama Islam Brunei.

Ada tadi pertanyaan berkenaan research development. Kementerian tidak mampu untuk mengungkayahkan research and development yang berkesan dalam bidang pertanian dan makanan. Walau bagaimanapun, di bawah economic blueprint ada lagi satu food industry road map yang telah pun siap digubal. Ada satu challenge (cabaran) yang dihadapi oleh kementerian dalam industri makanan iaitu dari segi research dan development.

Kaola, Yang Berhormat Yang Di-Pertua, sudah pun menghubungi institusi-institusi pendidikan tinggi seperti UBD, UTB dan UNISSA untuk bergiat aktif dalam aktiviti research bagi membantu kementerian dan peladang-peladang kitani untuk menambahkan produktiviti keluaran masing-masing dan dengan sendirinya akan mengurangkan cost mereka, menghasilkan produktiviti yang tinggi dan akan dapat menghasilkan keluaran yang selamat dan boleh menembusi pasaran dalam negara dan juga luar negara.

Sekian terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.

Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ€‹

Terima kasih. Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama.

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugamaโ€‹

ุจูุณู’ู…ู ูฑู„ู„ูŽู‘ูฐู‡ู ูฑู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูŽูฐู†ู ูฑู„ุฑูŽู‘ุญููŠู…ู Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Kaola cuma ingin menambah mengenai import daging yang disebutkan oleh rakan kaola dari Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan. Memang betul bahawa dari segi aspek keselamatan pihak kementerian berkenaanlah yang punya urusan, sementara dari aspek kehalalannya ialah Majlis Ugama Islam Brunei. Tapi bagaimana halal itu dapat dipastikan, kita mempunyai undang-undang yang mengawal mengenai import ini atau mengawal daging import ataupun daging yang di dalam negeri supaya penyembelihannya adalah penyembelihan yang diiktiraf.

Jadi, mengenai pengiktirafan Majlis Ugama Islam Brunei kepada daging-daging yang akan diimport dari luar itu pertama sekali, pusat penyembelihannya mestilah diperiksa, diaudit untuk memastikan bahawa bukan dari segi aspek keselamatannya dan kelayakannya sebagai pengeluar daging yang halal. Antaranya ialah penyembelih bukan kelayakan dari segi mengoperate mesin semata-mata tetapi kelayakannya sebagai seorang Islam yang amalan agama kita ni di sini.

Barulah setelah ada pengiktirafan syarikat-syarikat pengimport kita boleh memohon kepada Majlis Ugama Islam Brunei untuk mengimport daging dari pusat yang berkenaan. Kebenaran mengimport dari segi kuota dan sebagainya adalah dari pihak Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan untuk menentukannya.

Setelah itu syarikat berkenaan dikehendaki untuk membawa pemeriksa-pemeriksa bukan penyembelih kerana penyembelih sudah ditentukan oleh pusat tersebut tetapi pemeriksa 2 orang yang akan menentukan cara penyembelihan yang sempurna, cara pembungkusan di dalam kotak untuk dieksport yang sempurna dan dipastikan sehingga ada seal ataupun seal yang ditentukan oleh pihak pemeriksa dan dieksport sampai ke pelabuhan kita ni diperiksa lagi kotak dan kontena yang berkenaan seal itu sama ia utuh atau tidak untuk memastikan ia tidak dicemari.

Maka itulah proses yang bukan mudah untuk mendapatkan daging import dari luar negeri. Setakat ini beberapa pusat penyembelihan di Australia dan Malaysia sudah mendapat pengiktirafan dan prosedurnya adalah seperti yang saya katakan tadi.

Prosedur bagaimana pemeriksaan ini di bawah kuat kuasa undang-undang Majlis Ugama Islam Brunei dan autoritinya Majlis Ugama Islam Brunei pada masa akan datang dalam dinamika kerana pengalaman baru-baru ini, kita tidak dapat menghantar pemeriksa ke pusat-pusat yang diiktiraf. Kita hanya berwakil kepada kedutaan-kedutaan kita dan pegawai-pegawai kedutaan yang dilatih melalui latihan secara virtual dan mereka juga mendapat panduan daripada muslim society ataupun Islamic Council di tempat-tempat berkenaan untuk menentukan tugas-tugas pemeriksa yang biasa dilakukan yang didatangkan dari Negara Brunei Darussalam itu dilakukan oleh mereka. Itu dalam keadaan yang dikatakan luar biasa.

Bagaimanapun keadaan luar biasa ini membuka satu ruang kemungkinan-kemungkinan yang kaola katakan tadi sebagai satu dinamika pada masa ini, untuk masa hadapan bagaimana kita harus menimbangkan tanggungan terpaksa dibebankan kepada pengimport bagi membiayai pemeriksa 2 orang iaitu setelah membiayai pemeriksaan untuk mengiktiraf pusat berkenaan adalah tinggi.

Dengan adanya biaya yang tinggi akan mengakibatkan modal untuk mengimport daging dari luar negeri tinggi, kita sebagai pengguna akan turut membayar dengan tinggi. Mudah-mudahan pada masa akan datang kita tidak terlepas dari kebergantungan pada daging import dari luar negeri, mungkin kita ini akan mengusahakan melalui dasar kecukupan bekalan makanan asas atau bekalan makanan yang diperlukan di negara ini ุฅู† ุดุงุก ุงู„ู„ู‡

Demikian mengenai daging import. Kaola juga ingin menyentuh mengenai Sijil Halal. Memanglah masa ini sudah ada pemikiran ke arah mengangkat integriti sijil halal ini sehingga ia boleh menyumbang atau menjana kepada ekonomi negara sebagaimana yang diperolehi oleh sebahagian negara yang dekat dengan kita ini, bahawa sijil halalnya boleh menyumbang kepada penjanaan ekonomi negara masing-masing. Kita yakin kerana halal kita itu satu brand yang sangat berharga, banyak pihak di luar negeri ingin menggunakannya tetapi masa ini kita masih dalam peringkat untuk memikirkan bagaimana hal-hal seperti ini dapat dilakukan sesuai bukan semata-mata dari segi aspek halal itu agama, tetapi aspek halal itu satu industri.

Sekian,
ูˆุจุงู„ู„ู‡ ุงู„ุชูˆููŠู‚ ูˆุงู„ู‡ุฏุงูŠุฉ. ูˆ ุงู„ุณูŽู‘ู„ุงูŽู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒูŽุงุชูู‡ู

Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ€‹

ุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ู‡ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูฐู†ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญููŠู’ู…ู ุงู„ุณูŽู‘ู„ุงูŽู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒูŽุงุชูู‡ู
Terima kasih. Nampaknya tidak ada lagi Ahli-Ahli Yang Berhormat yang berminat turut serta dalam perbahasan ini. Maka, sekarang saya berpendapat sesuai bagi Rang Undang-Undang Belanjawan ini kita undi. Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju, sila angkat tangan.

(Semua Ahli mengangkat tangan tanda bersetuju)

Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ€‹

Nampaknya semua Ahli Yang Berhormat bersetuju.

Yang Dimuliakan Jurutulisโ€‹

โ€œSuatu Akta Untuk Membekalkan Sejumlah Wang Dari Kumpulan wang Yang Disatukan Bagi Perkhidmatan Tahun Kewangan 2021/2022 dan untuk memperuntukkan wang yang tersebut itu bagi maksud-maksud tertentuโ€.

Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ€‹

Ahli-Ahli Yang Berhormat, Majlis Mesyuarat sekarang akan seterusnya meneliti Rang Undang-Undang (2021) Perbekalan, 2021/2022 ini satu per satu, maka bagi membolehkan perkara ini dibahaskan saya tangguhkan Majlis Mesyuarat Negara dan mesyuarat ini akan bersidang di Peringkat Jawatankuasa sepenuhnya.

(Majlis Mesyuarat ditangguhkan)

(Mesyuarat bersidang sebagai Jawatankuasa)

Yang Berhormat Pengerusiโ€‹

Ahli-Ahli Yang Berhormat, sekarang majlis ini bersidang di Peringkat Jawatankuasa sepenuhnya. Bagi menimbangkan Rang Undang-Undang (2021) Perbekalan, 2021/2022 ini satu per satu Rang Undang-Undang ini telah pun dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II

Yang Dimuliakan Jurutulisโ€‹

Bab 2 Ceraian 1 dan 2.

Yang Berhormat Pengerusiโ€‹

Ahli-Ahli Yang Berhormat, sekarang kita membincangkan Bab 2 Ceraian 1 dan 2. Silakan jika ada Ahli-Ahli yang ingin membahaskan. Jika tidak ada Ahli Yang Berhormat yang ingin untuk membahaskan, maka Bab 2 Ceraian 1 dan 2 akan saya undi. Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju Bab 2 Ceraian 1 dan 2, sila angkat tangan.

(Semua Ahli mengangkat tangan tanda bersetuju)

Terima kasih.

Yang Dimuliakan Jurutulisโ€‹

Bab 2, Ceraian 1 dan 2 di jadikan sebahagian daripada Jadual.

Yang Berhormat Pengerusiโ€‹

Ahli-Ahli Yang Berhormat, sebelum kita membincangkan tajuk-tajuk di Jadual ini, saya ingin menarik perhatian Ahli-Ahli Yang Berhormat semua iaitu bagi mana-mana kementerian yang mempunyai banyak jabatan di bawahnya, ia akan dipecahkan kepada 2 atau 3 bahagian untuk diteliti dan dibahaskan. Oleh sebab Jabatan Perdana Menteri mempunyai 20 buah jabatan di bawahnya, maka perbincangan kepada Tajuk ini akan dibahagikan kepada 3 bahagian.

Yang Dimuliakan Jurutulisโ€‹

Tajuk SA01A hingga Tajuk SA07A, Jabatan Perdana Menteri.

Yang Berhormat Pengerusiโ€‹

Ahli-Ahli Yang Berhormat, sekarang kita berhadapan dengan Jadual bagi Jabatan Perdana Menteri dan jabatan-jabatan di bawahnya. Terdapat 5 buah jabatan di bawah Jabatan Perdana Menteri yang di bawah kategori jabatan-jabatan yang kita sifatkan sebagai jabatan-jabatan tertutup iaitu Biro Kawalan Narkotik, Biro Mencegah Rasuah, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri, Pasukan Polis Diraja Brunei dan Jabatan Penyelidikan Brunei. Oleh sebab jabatan-jabatan ini berkaitan langsung dengan Hal Ehwal Strategik Keselamatan Negara dan isu-isu yang akan dibincangkan, mungkin perkara-perkara yang merupakan sensitif dan tidak bersesuaian untuk dibincangkan secara terbuka maka tidaklah perlu perkara ini kita bincangkan di Dewan ini.

Walau bagaimanapun, sebelum saya membukakan kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat untuk membahaskan tajuk-tajuk di bawah Jabatan Perdana Menteri yang lain, saya ingin memberikan peluang dulu kepada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk membuat kenyataannya tentang penyediaan belanjawan serta hala tuju Jabatan Perdana Menteri. Silakan Yang Berhormat.

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteriโ€‹

ุจุณู… ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุฑู‘ูŽุญู’ู…ูฐู†ู ุงู„ุฑู‘ูŽุญููŠู’ู…ู
ุฃู„ุญู…ุฏูู„ู„ู‘ูฐู‡ู ุฑูŽุจู‘ู ุงู„ุนูŽุงู„ูŽู…ููŠู’ู†ูŽ ูˆูŽุงู„ุตู‘ูŽู„ูŽุงุฉู ูˆูŽุงู„ุณู‘ูŽู„ูŽุงู…ู ุนูŽู„ูŽู‰ ุฃูŽุดู’ุฑูŽูู
ุงู„ุฃูŽู†ู’ุจููŠูŽุงุกู ูˆูŽุงู„ู’ู…ูุฑู’ุณูŽู„ููŠู’ู†ูŽ ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุขู„ูู‡ู ูˆูŽุตูŽุญู’ุจูู‡ู ุฃูŽุฌู’ู…ูŽุนููŠู’ู†ูŽ.

Ahli-Ahli Yang Berhormat, hadirin hadirat sekalian, Yang Berhormat Pengerusi, sebelum Jawatankuasa ini membincangkan peruntukan Jabatan Perdana Menteri dan jabatan-jabatan di bawahnya, kaola ingin memohon keizinan Yang Berhormat Pengerusi untuk mengongsikan secara ringkas tumpuan dan keutamaan Jabatan Perdana Menteri bagi Tahun Kewangan 2021/2022 ini. Ia bertujuan memandu perbincangan supaya lebih fokus dan terarah kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan hal-ehwal belanjawan yang akan dibincangkan. Belanjawan Jabatan Perdana Menteri ini mendukung tema belanjawan Tahun Kewangan 2021/2022 iaitu "Ke Arah Membangun Sosioekonomi Yang Resilien" dengan tiga fokus utama.

Yang Berhormat Pengerusi, sepertimana juga Rang Belanjawan 2021/2022 yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II secara umumnya rang tersebut adalah pada menjunjung tinggi hasrat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan kerajaan baginda dalam pengukuhan kemajuan dan kedayatahanan sosioekonomi negara demi menjamin kesejahteraan rakyat dan penduduk serta keamanan Negara Brunei Darussalam bagi jangka masa panjang.

Ke arah itu, berdasarkan tema dan tiga fokus utama Belanjawan Negara Tahun Kewangan 2021/2022, perancangan dan Pelan Tindakan Jabatan Perdana Menteri seperti berikut:

  1. Meningkatkan produktiviti negara. Dalam mendukung usaha-usaha bagi meningkatkan produktiviti negara khususnya dalam perkhidmatan awam, beberapa program dan inisiatif sedang dan akan diusahakan, antara lainnya termasuk perancangan pengauditan sumber tenaga manusia dalam perkhidmatan awam dengan tema: "Memperkasa Tenaga Kerja Perkhidmatan Awam" yang bertujuan meneliti keperluan tenaga kerja dalam memupuk pembangunan kepimpinan dan memastikan gabungan tenaga kerja yang optimum demi kecemerlangan organisasi.

Seterusnya, projek Government Human Resource Management System (GHRMS) seperti yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II tadi iaitu gabungan System GEMS dan TAFIS 2.0 di bawah fiscal consolidation program yang diterajui oleh Kementerian Kewangan dan Ekonomi bersama Jabatan Perdana Menteri. Sistem yang akan menggantikan sepenuhnya Sistem Pengurusan Sumber Tenaga Manusia bagi setiap kementerian dihasratkan untuk mempertingkatkan lagi produktiviti dan kecekapan proses-proses pengurusan pegawai dan kakitangan perkhidmatan awam.

Bagi mempercepatkan lagi proses pengambilan pegawai dan kakitangan, inisiatif digitization akan dipertingkatkan lagi melalui penaiktarafan PSC Recruitment System kepada PSC Recruitment 2.0 yang seterusnya akan disepadukan System Job Center Brunei (JCB) menjadikan single window national recruitments portal.

Projek penaiktarafan bangunan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam juga dihasratkan akan dapat menjurus kepada meningkatkan lagi kapasiti proses pengambilan dari aspek infrastruktur fizikal. Dalam pada itu, Jabatan Perkhidmatan Awam juga telah berpindah ke bangunannya sendiri di Jalan Kumbang Pasang dalam hasrat menyediakan ruang pejabat dan Kaunter Perkhidmatan Pelanggan yang lebih selesa dan kondusif; dan

  1. Penyediaan kemudahan dan infrastruktur yang mampan (sustainable) dan berdaya tahan (resilient) untuk kesejahteraan awam dan perkembangan ekonomi. Jabatan Perdana Menteri akan terus memainkan peranan utama dalam memelihara kesejahteraan awam, usaha-usaha yang akan dilaksanakan antara lainnya ialah:

i. Pelaksanaan dasar-dasar sosial yang berkesan, yang akan dapat memenuhi keperluan asas rakyat dan memberikan akses dan peluang yang saksama kepada setiap lapisan rakyat ke arah kualiti kehidupan yang tinggi. Dalam mencapai tujuan itu, Jabatan Perdana Menteri bersama-sama Majlis Kebangsaan Isu Sosial (MKIS) dan pihak Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan sedang menyediakan Brunei Darussalam Sosial Blueprint. Blueprint ini sebagai garis panduan dan hala tuju perancangan negara bagi mencapai matlamat kedua Wawasan Brunei 2035 iaitu kehidupan rakyat yang berkualiti tinggi.

Dalam perkara ini, Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan juga dialu-alukan untuk membuat pencerahannya nanti. Dalam pada itu juga antara usaha berterusan yang dilaksanakan berkaitan dengan Radio Televisyen Brunei dalam memelihara dan menaiktaraf infrastruktur serta peralatan siaran radio dan televisyen dalam memastikan infrastruktur siaran yang berdaya tahan demi kemudahan akses pada program-program maklumat dan kenegaraan dalam kalangan penduduk.

Ini termasuklah pemasangan TV Jet Filler di Daerah Tutong dan Daerah Temburong, penggantian alat pemancaran radio di Bukit Subok dan Andulau, penaiktarafan network management system dan projek fiber division dan connectivity.

ูˆูŽุฅูู†ู’ ุดูŽุงุกูŽ ูฑู„ู„ูŽู‘ูฐู‡ู, semoga urusan berjalan baik nanti, RTB di Daerah Temburong akan berpindah ke bangunan Terminal Jetty Maritime and Ports Authority of Brunei Darussalam dalam memastikan persekitaran tempat kerja yang lebih baik dan selesa.

Dalam mempertingkatkan pengurusan perumahan kerajaan pula, sebuah badan bertindak perumahan kerajaan telah ditubuhkan dengan kerjasama Brunei Darussalam Aset berhubung pengurusan beberapa aset kerajaan seperti flat di tempat-tempat yang dapat dikenal pasti.

Inisiatif ini akan dapat mengemas kini dasar dan peraturan penyewaan perumahan kerajaan dengan pendekatan whole of nation approach dan whole of government approach dalam mengukuhkan kualiti pengurusan dan pemeliharaan infrastruktur perumahan kerajaan.

Dalam pada itu, langkah ini juga selari dengan inisiatif Housing Focus Group (HFG) kendalian Kementerian Pembangunan iaitu Yang Berhormat Menteri Pembangunan dialu-alukan untuk memberikan pencerahan mengenainya juga.

Di samping itu, Program Suai Muka dan Masyarakat Bermaklumat pengendalian Jabatan Penerangan juga diteruskan yang bermatlamat untuk mendekati penduduk kampung dan meningkatkan hubungan kerjasama 2 hala antara pihak kerajaan dan rakyat serta penduduk.

Aktiviti ini telah mengumpulkan maklumat dari kalangan masyarakat mengenai isu-isu pendapat serta cadangan penambahbaikan yang perlu diambil perhatian melalui pemimpin-pemimpin akar umbi.

Bagi tahun 2020 hingga 2021, sebanyak 15 buah kampung di Daerah Brunei dan Muara telah dan dalam rancangan untuk dilibatkan dalam program ini, 3 buah kampung di Daerah Belait, 3 buah kampung di Daerah Tutong manakala 2 buah kampung di Daerah Temburong.

Dalam perkara yang diusahakan oleh Jabatan Penerangan ini kerjasama dan dukungan Ahli-Ahli Yang Berhormat, penghulu-penghulu, ketua-ketua kampung sangat-sangat dihargai dan disanjung tinggi. Teruslah memberikan input, cadangan, saranan-saranan, ke arah memperkasakan lagi usaha Jabatan Penerangan ini nanti, ayuh!

Dalam usaha bersepadu kerajaan untuk membendung risiko penularan wabak COVID-19, Jabatan Perdana Menteri juga memberikan sokongan dan memainkan peranan utama dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan berkepentingan dalam memelihara kesejahteraan dan keselamatan awam melalui pengawalan pergerakan masuk dan keluar negeri.

Pelaksanaan prosedur dan syarat-syarat berkaitan pergerakan keluar masuk sempadan memberi penekanan kepada memastikan kemudahan dalam pengangkutan barangan termasuk mengelakkan terjejasnya pembekalan barangan asasi, demi memelihara hal ehwal sosioekonomi negara.

Di samping itu pembentukan Jawatankuasa Pandu Hal Ehwal Rentas Sempadan telah memberikan kesan dan menjadi sandaran utama dalam melaksanakan polisi keluar masuk negeri. Maksudnya SOP.

ii. Menjana Sumber yang competent dan employable. Dalam usaha mendukung sumber manusia yang competent dan employable, usaha-usaha yang dilaksanakan termasuklah memantapkan mutu kepimpinan dalam perkhidmatan awam melalui pengenalan program baharu di bawah Civil Service Leadership Pipeline (CSLP) iaitu Advance Executive Development Programme (AEDP) dengan kerjasama pihak institusi pendidikan tinggi di negara ini seperti UBD, UNISSA, UTB, KUPU SB dan IBTE.

Di samping itu juga, rancangan penggantian kerjaya bagi jawatan-jawatan utama giat dilaksanakan dengan kerjasama setiap kementerian dalam memastikan pembangunan kompetensi pegawai-pegawai kerajaan serta pengisian jawatan-jawatan kanan yang terancang.

Kompetensi dalam kalangan agensi penguatkuasaan turut menjadi salah satu tumpuan iaitu Pejabat Peguam Negara telah mengungkayahkan beberapa sesi latihan seperti mengenai saksi pakar, detecting money laundering dan targeting profit of drug trafficking.

Selain itu, Pejabat Peguam Negara berkolaborasi dengan jabatan-jabatan dan institusi-institusi pendidikan tinggi dalam mengadakan seminar undang-undang bagi meningkatkan kefahaman dalam kalangan warga perkhidmatan awam dan penuntut-penuntut pengajian tinggi mengenai hal-ehwal perundangan.

Dalam hal ini, Jabatan Perdana Menteri telah menganjurkan sebuah seminar perundangan yang dikelolakan bersama dengan Pejabat Peguam Negara dengan program celik undang-undang ini telah dilangsungkan pada 19 dan 21 November 2020 yang lalu.

Dalam perkara ini, Jabatan Perdana Menteri akan berusaha untuk meneruskan program ini sebagai sebuah program pembangunan dan juga memastikan faedah seminar ini dapat diraih secara berterusan. Di samping itu juga dari segi employability orang awam dan khasnya anak tempatan Manpower Planning Employment Council (MPEC) melalui Job Centre Brunei giat berusaha dalam melaksanakan pelan strategik MPEC dalam mempertingkatkan lagi inisiatif pengambilan pekerja anak-anak tempatan dalam semua sektor untuk menepati sasaran-sasaran berkaitan, mengikut jangka masa yang dirancang demi memperkasa usaha pengurangan jumlah pengangguran yang telah pun menampakkan kejayaannya.

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, sebagai pengerusi MPEC dialu-alukan untuk memberikan dan juga pencerahannya. Kesimpulannya, dengan izin ุงู„ู„ู‡ ุณูุจู’ุญูŽุงู†ูŽู‡ู ูˆูŽุชูŽุนูŽุงู„ูŽู‰ jua Jabatan Perdana Menteri dan jabatan-jabatan di bawahnya sentiasa menjurus kepada matlamat-matlamat Wawasan Brunei 2035 dengan pendekatan whole of nation approach melalui 4 pencapaian strategik yang dikenal pasti iaitu Urus Tadbir Yang Berdaya Maju; Kesiapsiagaan Yang Mampan; Keberhasilan Yang Memfokuskan Kepentingan Negara; dan Rakyat dan Organisasi yang Cemerlang dan Mantap.

Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, Jabatan Perdana Menteri akan terus berusaha menguruskan perbelanjaan yang diperuntukkan dengan berhemat dan memastikan setiap perbelanjaan akan menghasilkan impak positif dan signifikan kepada rakyat dan penduduk serta negara secara berterusan melalui pelaksanaan keutamaan-keutamaan atau priorities Jabatan Perdana Menteri. Berasaskan itu Jabatan Perdana Menteri dan jabatan-jabatan di bawahnya bagi Tahun Kewangan 2021/2022 telah disokong untuk disediakan peruntukan bagi Gaji Kakitangan dan Perbelanjaan Berulang-Ulang berjumlah sebanyak $362,536,000.00 iaitu berkurangan sebanyak $3,445,500.00 berbanding peruntukan Tahun Kewangan 2020/2021.

Jabatan Perdana Menteri tidak akan โ€˜terbahanggaโ€™ kerana kekurangan tersebut malahan bersedia menghadapi cabaran disebabkan kekurangan itu. Perbelanjaan Kemajuan yang disediakan pula berjumlah $65,498,880.00 menjadikan peruntukan keseluruhan Jabatan Perdana Menteri dan jabatan-jabatan di bawahnya yang disokong berjumlah $431,520,380.00.

Yang Berhormat Pengerusi, sebelum mengakhiri kaola ingin berseru dan menyuarakan hasrat iaitu apabila sampai waktu untuk perbahasan nanti, maritah kitani berbincang dan mengutarakan pendapat, pandangan dan cadangan kepada apa jua tajuk yang akan dibangkitkan.

Jangantah kitani terlalu mengutamakan pertanyaan-pertanyaan dan soalan-soalan, kemukakanlah pandangan-pandangan, cadangan-cadangan atau maritah kitani berjumpa bincang-bincang, bertukar-tukar fikiran pada bila-bila masa jua kitani berada.

Ini sebagai sahutan kitani menjunjung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ketujuh Belas, Majlis Mesyuarat Negara Tahun 2021, yang diadakan pada hari Isnin lepas, 1 Syaaban 1442 bersamaan 15 Mac 2021.

Sebagai mengulang apa yang telah disuarakan oleh Yang Berhormat Pengerusi, kaola ingin memaklumkan bahawa 5 buah jabatan di bawah Jabatan Perdana Menteri adalah jabatan-jabatan yang tertutup iaitu Biro Kawalan Narkotik, Biro Mencegah Rasuah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri, Pasukan Polis Diraja Brunei dan Jabatan Penyelidikan Brunei.

Oleh sebab jabatan-jabatan ini berkaitan langsung dengan Hal-Ehwal Strategik Keselamatan Negara, isu-isu yang akan dibincangkan mungkin perkara yang sensitif dan tidak bersesuaian untuk dibincangkan secara terbuka maka kaola memohon pertimbangan Yang Berhormat Pengerusi bagi jabatan-jabatan tersebut tidaklah perlu dibincangkan.

Untuk akhirnya, izinkan kaola seperti biasa berpantun sedikit Yang Berhormat Pengerusi. Pantun kaola:

Guava, jambu batu, 'biabas' buah kitani, Buah capak, beach berry sama rasa, Kitani bersatu di sana di sini, Bersama menghadapi cabaran masa.

Dang Ayang mencaruk Pak Saloi mengemudi, Mengayuh perahu menuju daratan, Berhemah, berjimat, berhati-hati meneguk budi, Biar makmur khazanah watan.

Matahari terbit menyilaukan mata, Puteri cantik wirayu madah diutus, Dalam berbelanja memelihara harta, Biar 'cangkik' jangan putus.

ูˆุจุงู„ู„ู‡ ุงู„ุชูˆููŠู‚ ูˆุงู„ู‡ุฏุงูŠุฉุŒ ูˆ ุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒู… ูˆุฑุญู…ุฉ ุงู„ู„ู‡ ูˆุจุฑูƒุงุชู‡
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusiโ€‹

Terima kasih Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Saya percaya pantun yang dikemukakan akan boleh dijawab oleh salah seorang daripada ahli yang akan turut serta dalam perbincangan yang diadakan ini. Bagi Tajuk SA01A hingga Tajuk SA07A sekarang dibuka untuk dibahaskan. Saya persilakan Yang Berhormat Awang Haji Mohimin bin Haji Johari @ Jahari.

Yang Berhormat Awang Haji Mohimin bin Haji Johari @ Jahariโ€‹

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

ุจูุณู’ู…ู ูฑู„ู„ูŽู‘ูฐู‡ู ูฑู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูŽูฐู†ู ูฑู„ุฑูŽู‘ุญููŠู…ู ุฃูŽุญู’ู…ูŽุฏูู‡ู ุณูุจู’ุญูŽุงู†ูŽู‡ู ุฑูŽุจูŽู‘ ุงู„ู’ุนูŽุงู„ูŽู…ููŠู†ูŽ ูˆูŽุงู„ุตูŽู‘ู„ูŽุงุฉู ูˆูŽุงู„ุณูŽู‘ู„ูŽุงู…ู ุนูŽู„ูŽู‰ ุฃูŽุดู’ุฑูŽูู ุงู„ู’ุฃูŽู†ู’ุจููŠูŽุงุกู ูˆูŽุงู„ู’ู…ูุฑู’ุณูŽู„ููŠู†ูŽ ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุขู„ูู‡ู ูˆูŽุตูŽุญู’ุจูู‡ู ุฃูŽุฌู’ู…ูŽุนููŠู†ูŽ.

Saya akan membawa di bawah Tajuk SA01A โ€“ Jabatan Perdana Menteri. Saya ingin tahu sejauh mana efficiency sistem Quick Win yang bertanggungjawab bersama agensi-agensi lain dalam usaha membantu membina rumah orang-orang daif kerana sebelum Quick Win diperbentukan, Jabatan Daerah Brunei dan Muara bersama agensi-agensi lain bertindak cepat tetapi setelah Quick Win mengambil sebagai peneraju, bantuan dilaksanakan ada yang sehingga 5 ke 10 tahun.

Sehingga terjadi viral rumah-rumah orang daif tersangat daif, yang menjadi mangsa kekesalan orang ramai dalam viral adalah pemimpin akar umbi seolah-olah tidak membantu memohonkan bagi mereka yang daif untuk mendapatkan bantuan pembinaan rumah. Jika pun ada masalah dari pemilikan tanah, saya kira jika berinisiatif bekerjasama dengan semua jabatan yang terlibat tidaklah hingga lima tahun maka kami bersedia untuk bekerjasama dengan pihak Quick Win supaya mereka yang patut dibantu akan diperbantukan.

Sekian terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteriโ€‹

Terima kasih Yang Berhormat Awang Haji Mohimin bin Haji Johari @ Jahari, mengenai Quick Win. Quick Win ini adalah satu jawatankuasa bagi membincangkan bantuan-bantuan rumah bagi orang-orang daif, fakir miskin yang asalnya juga dikelolai bersama Majlis Ugama Islam Brunei, Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Kementerian Pembangunan.

Kaola bukan semata-mata ingin menolak mengenai apa yang dikatakan itu disebabkan oleh pertukaran Quick Win sehingga melibatkan 5 hingga 10 tahun, tetapi banyak perkara teknikal yang tersangkut bagi satu perkara yang diviralkan, kadang-kadang perkara yang diviralkan itu ialah semata-mata untuk membangkitkan persoalan kekurangan ataupun tidak terdapatnya bantuan disalurkan.

Ada antara pihak yang diviralkan itu terdiri daripada orang-orang yang memang diberikan ataupun dihubungi untuk diberikan bantuan tetapi ada antaranya yang menolak untuk dibantu, ada yang menghadapi masalah keluarga, ada masalah teknikal, seperti nama dalam geran tanah dan sebagainya.

Jadi, tidaklah perkara ini disebabkan oleh pertukaran Quick Win ini menyebabkan perkara itu tidak seperti yang lama. Ahli-ahli jawatankuasa bagi Quick Win ini masih juga terdiri daripada orang-orang yang dulu menjadi jawatankuasa-jawatankuasa memikirkan perumahan daif dan fakir miskin ini.

ุงูŽู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏู ู„ูู„ู‘ูฐู‡ู bukan setakat itu sahaja, perkara ini mendapat sumbangan atau pemikiran dari pihak Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah mengenai orang-orang yang diviralkan kedudukannya itu. Jadi, perkara ini dapat dibincangkan dan difikirkan bersama oleh jawatankuasa-jawatankuasa yang tersebut dan dapat diberikan, diambil tindakan yang sewajarnya iaitu dengan perkongsian bantuan, baik dari pihak kerajaan mahupun pihak-pihak swasta dan badan-badan tertentu. ุงูŽู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏู ู„ูู„ู‘ูฐู‡ู yang akhir-akhir ini telah diviralkan dan dapat dibantu oleh pihak-pihak dari akar umbi seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat sebentar tadi.

Projek pembinaan rumah bantuan golongan daif, fakir dan miskin adalah projek yang diusahakan oleh beberapa buah agensi-agensi kerajaan termasuk Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Pembangunan, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan juga Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

ุงูŽู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏู ู„ูู„ู‘ูฐู‡ู, setakat ini 114 rumah bantuan telah siap dan diserahkan, dan projek ini terus dilaksanakan secara berterusan. Penekanan diberikan dari sudut penyiapan perumahan bantuan dengan mengikut jadual yang telah ditetapkan dalam kontrak-kontrak yang disediakan.

Turut dititikberatkan adalah integriti proses dalam melaksanakan projek. Ini adalah untuk memastikan pelaksanaan projek adalah telus dan mengikut peraturan-peraturan yang disediakan.

Bagi meningkatkan lagi keberkesanan pelaksanaan pembinaan rumah-rumah bantuan ini, pihak kerajaan, secara bersama, telah membuat beberapa usaha untuk mengemas kini proses-proses yang berkaitan dengan penyediaan rumah bantuan. Agensi-agensi kerajaan yang terlibat kini meneliti dan melihat kepada pembaikan dan pengurangan proses ataupun prosedur yang boleh dianggap sebagai redundant (lewah/berlebihan) atau tidak relevan.

ุฅู† ุดุงุก ุงู„ู„ู‡ usaha ini dijangka akan memberikan nilai tambah dari sudut peningkatan kecekapan dan keberkesanan proses termasuklah impaknya kepada aliran kerja (workflow) yang lebih streamline

Terima kasih.

Yang Berhormat Pengerusiโ€‹

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Putera Maharaja Dato Paduka Awang Haji Abdul Ghani bin Pehin Datu Pekerma Dewa Dato Paduka Awang Haji Abdul Rahim.

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Putera Maharaja Dato Paduka Awang Haji Abdul Ghani bin Pehin Datu Pekerma Dewa Dato Paduka Awang Haji Abdul Rahimโ€‹

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

ุจุณู… ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุฑุญู…ู† ุงู„ุฑุญูŠู…
ุฃู„ุญู…ุฏู ู„ู„ู‡ู ุฑูŽุจู‘ู ุงู„ุนูŽุงู„ูŽู…ููŠู†ูŽ ูˆูŽุงู„ุตู‘ูŽู„ูŽุงุฉู ูˆูŽุงู„ุณู‘ูŽู„ูŽุงู…ู ุนูŽู„ูŽู‰ ุฃูŽุดู’ุฑูŽูู
ุงู„ุฃูŽู†ู’ุจููŠูŽุงุกู ูˆูŽุงู„ู’ู…ูุฑู’ุณูŽู„ููŠู†ูŽ ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุขู„ูู‡ู ูˆูŽุตูŽุญู’ุจูู‡ู ุฃูŽุฌู’ู…ูŽุนููŠู†ูŽ.

Saya akan membawa di bawah Tajuk SA01A โ€“ Jabatan Perdana Menteri. Kaola pakai bahasa baharu 'adika' kerana kaola tidak pasti sama ada ia adinda atau kekanda, umur kami tidak pasti. Jadi kaola ciptakan perkataan baharu, adinda kekanda mana-mana yang bersesuaian. Kaola sangat tertarik mengenai pembentangan mukadimah tadi.

Kaola merasa ingin menyebutkan semula walaupun perkara ini telah abis kaola bincangkan semasa muzakarah dengan Jabatan Perdana Menteri. Kaola secara peribadi ada mengutarakan masalah yang disebutkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri tadi iaitu tumpuan keutamaan Jabatan Perdana Menteri (JPM):

  1. Memperkasa Tenaga Kerja Perkhidmatan Awam. Dalam hubungan ini, kaola ada menimbulkan bagaimana warga perkhidmatan awam perlu diperkasakan supaya menjadi warga yang berdisiplin dan taat kepada peraturan. Tetapi, apa yang dapat kaola perhatikan dari pengamatan harian kaola, ramai warga perkhidmatan awam ini dari top management hingga ke bawah lambat datang ke pejabat, Yang Berhormat Pengerusi. Ini terbukti apabila kaola secara peribadi lalu di jalan raya pukul 8.00 โ€“ 8.30 masih ramai lagi warga perkhidmatan awam berada di jalan raya dan kaola kaitkan perkara itu disebabkan terutamanya semasa bukan cuti sekolah.

Sudah berpuluh-puluh tahun kita ini mengalami traffic jam, pada sebilangan orang traffic jam mungkin difikirkan perkara biasa-biasa sahaja tetapi dari segi yang sebenar ia suatu persoalan negara besar kerana dengan adanya orang masih ada di jalan raya terutamanya warga perkhidmatan awam dari top management sampai ke bawah beberapa banyak masa yang diambil dan beberapa banyak penghasilan negara yang telah hilang.

Traffic jam, kaola telah menyuarakan supaya difikirkan satu cara secara bersepadu secara Whole of Government Approach and Whole of Nation Approach. Sesetengah orang berfikir ia suatu perkara biasa-biasa saja tetapi ia adalah persoalan negara yang harus ditangani "once and for all" maksudnya kita fikirkanlah bersungguh-sungguh supaya perkara itu dapat diatasi dan kaola ada menyebutkan beberapa cara, antaranya:

  1. Menambah baik sistem jalan raya kita ini dengan membanyakkan fly-over dan pembinaan-pembinaan yang bersesuaian bagi melicinkan perjalanan dibandingkan perjalanan sekarang. Kita ini hanya membuat round about dan sebagainya. Jadi, kaola serukan supaya mengambil โ€˜sukutโ€™ majlis kita ini bersidang pada petang ini, jadikanlah ia isu yang besar bukan hanya isu perkara biasa sahaja.;
  1. Kaola juga mengucapkan tahniah kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang telah โ€˜mengambil punggur ke hadapanโ€™ dengan mengadakan seminar-seminar tertentu bagi penguat kuasa undang-undang. Perkara ini penting supaya warga jabatan yang memiliki akta untuk dikuatkuasakan supaya tahu akan procedure menguatkuasakan undang-undang tapi jangan lupa, mengetahui saja tidaklah cukup yang penting adalah bertindak dengan pantas, cekap dan penuh hikmah.

Itu saranan kaola, akhirnya memandangkan Yang Berhormat โ€˜adikaโ€™ Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah pun berpantun, kaola terpanggil untuk menjawab kerana Yang Berhormat Pengerusi pun ada menyebut tadi. Pantun kaola pendek saja biasanya empat baris disebabkan keadaan negara dilanda wabak COVID-19, kaola pendekkan kepada dua baris: Bunga selasih ubi kayu, terima kasih thank you. Itu sahajalah mudah-mudahan kitani diberkahi oleh ุงู„ู„ู‘ูฐู‡ู ุณูุจู’ุญูŽุงู†ูŽู‡ู ูˆูŽุชูŽุนูŽุงู„ูŽู‰ dan perkhidmatan kitani akan terus cemerlang di bawah kepimpinan Jabatan Perdana Menteri.

Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi. ูˆูŽ ุงู„ุณู‘ูŽู„ูŽุงู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒูŽุงุชูู‡ู

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteriโ€‹

Terima kasih Yang Berhormat โ€˜adikaโ€™, bergelar sudah โ€˜adikaโ€™. Pertama tadi yang disebut mengenai traffic jam dan yang kedua mengenai kuat kuasa undang-undang. Terima kasih atas ucapan tahniah kepada Yang Berhormat โ€™adikaโ€™.

Apa-apa juga yang disuarakan itu, diambil perhatian dan untuk difikirkan bersama kerana masalah traffic jam ini. Seperti yang dikatakan masalah pasar atau masalah yang sudah berlarutan barangkali sudah diambil tindakan berpuluh-puluh tahun belum jua berhasil.

Maka mudah-mudahan dengan adanya niat dan tekad daripada kita ini dapat perkara ini akan diselesaikan. Tapi, untuk menyelesaikan, banyak perkara yang perlu diteliti terutama dari segi mentaliti dan yang kedua ialah โ€™Awang Metusinโ€™ kerana ia melibatkan seperti yang dicadangkan ialah dengan mengadakan fly-over dan sebagainya. Satu fly-over tidak tahu berapa juta, Menteri Kewangan dan Ekonomi II boleh nanti mentafsirkan berapa dan Menteri Pembangunan boleh mentafsirkan berapa harga satu fly-over kalau akan dibuat. Jadi perkara itu, biar sama-sama kita ini memikirkannya.

Mengenai langkah-langkah yang dibuat oleh Jabatan Perdana Menteri dari segi pengenalan undang-undang, satu perkara yang boleh dikatakan langkah-langkah yang positif kerana sambutan daripada pegawai-pegawai tinggi, pegawai-pegawai pertengahan dan pegawai-pegawai permulaan. Semuanya merasakan hari ini patut sudah lama dikendalikan kerana ia satu pembuka mata untuk mengetahui dasar dan peraturan serta undang-undang bagi pekerja atau ahli-ahli perkhidmatan awam.

Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusiโ€‹

Saya persilakan Yang Berhormat Dayang Khairunnisa binti Haji Ashโ€™ari.

Yang Berhormat Dayang Khairunnisa binti Awang Haji Ash'ariโ€‹

ุจุณู… ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุฑุญู…ู† ุงู„ุฑุญูŠู… kaola ingin merujuk di bawah Tajuk - SA01A, Jabatan Perdana Menteri. Kaola ingin meminta izin daripada Yang Berhormat Pengerusi untuk membacakan beberapa teks yang telah dikongsikan kepada kaola:

i. โ€œSaya takut untuk melapor kerana pelaku adalah salah seorang ketua kami.โ€;

ii. โ€œDia pegang dan cubit paha saya dan hampir memegang badan saya.โ€; dan

iii. โ€œDia sering sengaja telanggar bahagian atas badan saya.โ€

Kaola memohon maaf kerana membangkitkan perkara ini kerana masih belum ada tindakan yang diambil. Tetapi, makin ramai mangsa yang mengadu kepada kaola. Mangsa-mangsa merujuk kepada kaola, menangis dan takut tidak dipercayai, takut sebab tiada bukti.

Kaola ingin menekankan kesedaran sangat penting sebagai satu preventive measure sebab setelah perkara yang tidak diinginkan berlaku, mangsa yang perlu melalui proses aduan yang sangat panjang tetapi ia tidak akan menghilangkan rasa trauma yang dihadapi apatah lagi ada mangsa yang takut sekiranya pelaku ditangkap, ada yang akan membalas dendam.

Kaola ingin menyuarakan beberapa cadangan seperti yang berikut, dan kaola percaya Jabatan Perdana Menteri dapat menerajuinya kerana ia melibatkan beberapa kementerian:

  1. Memastikan pihak kerajaan dan swasta mempunyai code of conduct bagi meningkatkan kesedaran orang ramai sebagai contoh; Syarikat-Syarikat Brunei Shell Joint Venture (BSJV) mempunyai code of conduct bahawa tiada tolak ansur bagi isu gangguan termasuk mana-mana perbuatan tingkah laku atau kelakuan yang memalukan, menakut-nakutkan atau bersikap ganas seperti intimidasi fizikal atau lisan atau penghinaan orang lain, komen-komen dan jenaka-jenaka yang tidak sesuai serta sebaran dan bahan-bahan yang menyinggung atau menghina;

  2. Pendedahan melalui sekolah sepatutnya diajar dari usia yang muda tentang batasan kelakuan fizikal dan lisan. Ini juga satu cara menangani kes-kes gangguan apabila dilihat banyak kes melibatkan mangsa bawah umur; dan

  3. Memastikan perkhidmatan yang isolated jika perlu sebagai contoh, kelas memandu, jantina guru dan pelajar adalah sama.

Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteriโ€‹

Terima kasih Yang Berhormat kerana telah membawakan perkara yang ini yang sangat penting. Sebenarnya perkara ini sering berlaku dan menjadi perkara yang diambil perhatian berat pihak Jabatan Perdana Menteri dan beberapa kali sudah perkara ini dijalankan penyiasatan.

Walau bagaimanapun, apa yang disuarakan Yang Berhormat itu memang betul ada antara mangsa itu tidak berani, takut ada balasan atau dendam ataupun menjadi trauma kepadanya. Kaola bagi pihak Jabatan Perdana Menteri sangat-sangat mengalu-alukan apa jua cadangan daripada Yang Berhormat itu seperti yang kaola katakan tadi dalam sebelum mengakhiri ucapan kaola, maritah kitani sama-sama duduk berunding membuka fikiran dan berbincang cara-cara untuk mengatasi perkara-perkara sebegini. Terima kasih.

Yang Berhormat Pengerusiโ€‹

Terima kasih. Saya persilakan Yang Berhormat Awang Haji Abdul Hamid bin Haji Mumin.

Yang Berhormat Awang Haji Abdul Hamid bin Haji Muminโ€‹

Terima kasih. ุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ู‡ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูฐู†ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญููŠู’ู…ู ุงู„ุณูŽู‘ู„ุงูŽู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒูŽุงุชูู‡ู Yang Berhormat Pengerusi, terima kasih Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Yang Berhormat Pengerusi, kaola sukacita ingin bercakap juga di bawah Tajuk SA02A โ€“ Jabatan Adat Istiadat Negara yang jumlah peruntukan sebanyak $3,007,000.00.

Yang Berhormat Pengerusi, Jabatan Adat Istiadat Negara merupakan jabatan yang bertanggungjawab dalam pemedulian, pemeliharaan, penyelarasan dan pengendalian.

Jabatan Adat Istiadat Negara merupakan jabatan perbendaharaan adat istiadat Negara yang pasti menjaga dan mengawal ketulenan adat istiadat negara. Sejak ratusan tahun adat istiadat telah wujud seiring kesultanan Negara Brunei Darussalam sehingga sekarang.

Dalam perkara ini, untuk menjaga ketulenan adat istiadat dan pemeliharaannya memerlukan tokoh-tokoh adat istiadat yang tidak akan pupus ditelan zaman.

Apakah usaha-usaha dan langkah Jabatan Adat Istiadat Negara dalam jangka panjang supaya akan terus kekal dan terpelihara? Sekian sahaja Yang Berhormat Pengerusi, terima kasih. ูˆูŽ ุงู„ุณู‘ูŽู„ูŽุงู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒูŽุงุชูู‡ู

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteriโ€‹

Terima kasih Yang Berhormat mengenai Jabatan Adat Istiadat Negara. ุฅูู†ู’ ุดูŽุงุกูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู kalau tadi dikatakan adat istiadat telah wujud sejak beratus tahun yang dahulu ia akan wujud selagi kita berada di bumi Negara Brunei Darussalam yang penuh dengan adat istiadat ini dan untuk makluman bahawasanya, adat istiadat kita ini unik dan berbeza daripada negara-negara lain dan jika diperhatikan oleh Yang Berhormat sendiri banyak acara kita yang berlainan ataupun lebih daripada negara-negara jiran kita.

Mengenai pengekalan tokoh-tokoh adat istiadat ini bukanlah satu perkara yang senang untuk didapati atau didapatkan kerana adat istiadat merupakan cara hidup masyarakat kita dari peringkat atasan hinggalah ke peringkat bawahan dan orang-orang yang akan menjadi tokoh adat istiadat ini bukanlah sebarang orang.

Ia perlu mempunyai pengalaman dan pengetahuan serta mempunyai kebolehan. Walau bagaimanapun, perkara ini memang menjadi perhatian kepada kita semua dan pencarian tokoh-tokoh itu akan kita fikirkan bersama-sama kerana memang tanggungjawab kita sebagai rakyat dari sebuah negara yang beradat istiadat dan ini adalah sangat penting.

Jabatan Adat Istiadat Negara melalui Pemberigaan akan terus memberikan taklimat dan bengkel berkaitan adat istiadat kepada semua peringkat masyarakat bagi memastikan nilai-nilai adat istiadat itu dapat difahami dan dihayati.

Dengan pendekatan sedemikian, Jabatan Adat Istiadat, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah mengisytiharkan Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien sebagai Tokoh Adat Istiadat Sepanjang Zaman Sempena Sambutan Hari Adat Istiadat pada 29 Jamadilawal 1435 / 31 Mac 2014, di Dewan Plenari International Convention Centre (ICC), Berakas, antara titah baginda ialah: โ€œDengan pegangan teguh kepada ajaran agama Islam, Al-Marhum mengadakan pembaharuan adat istiadat negara dengan mengikut landasan adat berasaskan hukum dan hukum bersendikan syaraโ€™. Dengan berkat kepimpinan Al-Marhum yang bijaksana lagi berwibawa dalam mengadakan pembaharuan adat, kita sekarang mewarisi adat istiadat Brunei yang cantik lagi dramatik. โ€œNegara akan mencapai visi dalam memberikan kepada orang ramai pengetahuan dan pemahaman akan adat istiadat. terima kasih.

Yang Berhormat Pengerusiโ€‹

Terima kasih. Saya berpendapat ada baiknya sekarang Tajuk SA01A hingga Tajuk SA07A kita undi. Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila angkat tangan. Terima kasih.

(Semua Ahli mengangkat tangan bersetuju)

Yang Dimuliakan Jurutulisโ€‹

Tajuk SA01A hingga Tajuk SA07A - Jabatan Perdana Menteri, dijadikan sebahagian daripada Jadual. Tajuk SA08A hingga Tajuk SA14A.

Yang Berhormat Pengerusiโ€‹

Ahli-Ahli Yang Berhormat, sekarang kita membincangkan Tajuk SA08A hingga Tajuk SA14A untuk kita bahaskan. Ahli-Ahli Yang Berhormat yang suka untuk turut serta. Saya persilakan Yang Berhormat Awang Iswandy bin Ahmad.

Yang Berhormat Awang Iswandy bin Ahmadโ€‹

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

ุจุณู… ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุฑุญู…ู† ุงู„ุฑุญูŠู… ุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒู… ูˆุฑุญู…ุฉ ุงู„ู„ู‡ ูˆุจุฑูƒุงุชู‡

Terus sahaja perbincangan saya petang ini iaitu menyentuh mengenai pengurusan kemudahan perkhidmatan awam atau di bawah Kod Akaun 001/002.

Saya ingin menyentuh dengan sokongan bagi wanita yang bekerja dalam perkhidmatan awam, kita lebih kurang 55% adalah dalam kalangan wanita dan ุฃูŽู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏู ู„ูู„ู‘ูฐู‡ู Peraturan Cuti Beranak tahun 2011 telah membantu serta diharap Maternity Leave yang pernah kita bincangkan di Dewan yang mulia ini akan dapat terlaksana sebaiknya.

Namun begitu cabaran masih ada, izinkan saya untuk mengongsikan beberapa data:

  1. Menurut data dari Kementerian Kesihatan pada tahun 2013 Exclusive Breast Feeding (EBF) pada bulan pertama ialah 79% tetapi selepas 6 bulan apabila cuti bersalin tamat turun 37%;

  2. Pada tahun 2018, jumlah kadar kesuburan menurun kepada 1.7% bagi setiap wanita berbanding 1.8% pada tahun-tahun sebelumnya. Ini bermakna semakin banyak wanita terlibat dalam pekerjaan aktif membawakan maksud bilangan kanak-kanak yang dilahirkan juga turut berkurangan; dan

  1. Population Pyramid kita juga dibandingkan perbezaan 2011 dan 2017 berubah menjadi top heavy dan dijangka menjadi ageing population dan working age population kita semakin berkurangan dan warga emas yang tidak bekerja yang lebih ramai boleh menghalang perkembangan ekonomi.

Soalan saya. Apakah tindakan kita dalam memberikan sokongan kepada ibu-ibu yang bekerja ini supaya kita terus memberi peluang serta dukungan untuk wanita terus berkerjaya sambil memastikan penjagaan anak tidak terabai? Pernah didengar juga ibu-ibu yang terpaksa berhenti kerja kerana menjaga anak.

Saya cadangkan untuk menyediakan dasar untuk penyeliaan Pusat Penjagaan 'Anak Damit' atau kanak-kanak (CLASH) di tempat kerja bermula dengan bangunan-bangunan pejabat kerajaan dengan inisiatif ini boleh menyumbang kepada peningkatan produktiviti pekerjaan. Laporan dari case study beberapa negara menunjukkan ia dapat mengurangkan ketidakhadiran dan meningkatkan output harian pekerja-pekerja wanita.

Meningkatkan kesejahteraan ibu boleh menggalakkan orang ramai untuk mempunyai anak dan berkerjaya pada masa yang sama bukan pilihan antara dua. Sebagai pemikiran ia adalah alternatif bagi pusat penjagaan yang ada dijalankan oleh pihak swasta tetapi untuk menggalakkan ibu berkerja ini menggunakan pusat-pusat di tempat kerja dan memberi subsidi juga kepada mereka yang berpendapatan rendah.

Pusat-pusat ini juga boleh ditawarkan secara IRP untuk meningkatkan peluang pekerjaan dan perniagaan, malah sudah ada beberapa kementerian yang mempunyai kawasan sendiri untuk penjagaan anak namun ia dibiarkan kosong malah ada yang dijadikan sebagai stor menyimpan barang.

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteriโ€‹

Terima kasih Yang Berhormat. Mengenai ibu-ibu yang beranak ini, belum dapat mereka mendapatkan di mana-mana praktisnya seperti yang dicadangkan oleh Yang Berhormat. Cadangan daripada Yang Berhormat sangat-sangat menarik dan perlu diambil perhatian, akan kitani sama-sama bincangkan dan kitani fikirkan.

Walau bagaimanapun, setakat ini perkara tersebut tidak dinyatakan dalam Peraturan-Peraturan Pegawai-Pegawai Kerajaan Di Bawah Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Awam atau dikenali sebagai General Orders. Akan tetapi beberapa amalan terbaik (best practices) telah dan sedang dilaksanakan di agensi-agensi kerajaan tertakluk kepada pertimbangan ketua jabatan itu sendiri. Iaitu memberikan kelonggaran masa bagi perempuan yang mengandung dan telah bersalin untuk memeduli hal penjagaan kesihatan mereka, menghadiri perjanjian doktor dan penyusuan (breast feeding) bagi keperluan nursing mothers.

Memberi tugas-tugas yang dianggap sebagai light duties bagi perempuan yang mengandung dan telah bersalin untuk mengurangkan beban kerja bagi menjaga kesejahteraan mereka. Penyediaan bilik khas bagi kemudahan penyususan ibu (breast feeding room) di jabatan-jabatan dan kementerian-kementerian dan juga sesetengah kementerian jabatan menyediakan tempat letak kereta khas bagi ibu-ibu yang mengandung.

Jadi, ketiga-tiga perkara ini, dijalankan ataupun dipraktikkan oleh beberapa buah jabatan ataupun kementerian. Walau bagaimanapun, perkara ini boleh ditingkatkan lagi jika kita ini mempunyai peluang untuk melengkapi apa yang disebutkan memberikan galakan dan dorongan kepada ibu-ibu ataupun ibu-ibu yang mengandung dan working mothers.

Jadi kaola mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat kerana perkara ini telah dibangkitkan. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusiโ€‹

Yang Berhormat Fdr. Ar. Dayang Siti Rozaimeriyanty binti Dato Seri Laila Jasa Haji Abdul Rahman.

Yang Berhormat Fdr. Ar. Dayang Siti Rozaimeriyanty binti Dato Seri Laila Jasa Haji Abdul Rahmanโ€‹

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Saya ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah atas mukadimah Yang Berhormat Menteri Di Jabatan Perdana Menteri. Saya ingin merujuk di bawah Tajuk SA10A โ€“ Jabatan Perkhidmatan Awam.

Isu yang saya ingin bangkitkan ini telah pun disebutkan sebanyak 11 kali di Dewan yang mulia ini. Dari tahun 2013 dan ia masih belum dapat dilihat perkembangannya. Izinkan saya terus membahaskan isu ini kerana ia mungkin dapat menjimatkan perbelanjaan kerajaan.

Yang saya maksudkan ini adalah isu memangku jawatan. Saya mengambil maklum akan inisiatif yang telah dilaksanakan oleh Jabatan Perdana Menteri melalui CSLP yang telah diperkenalkan pada tahun 2012. Ia merangkumi Executive Development Programme, SGO pada tahun 1996, EDP Middle Management Office 2003, YEP pada tahun 2020 dan Advance Executive Development Programme.

Anggaran perbelanjaan disediakan, ุงูŽู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏู ู„ูู„ู‘ูฐู‡ู bagi CSLP Pipeline pada tahun 2021 dan 2022 adalah sebanyak $785 ribu. Saya juga mengambil maklum akan CSLP yang telah dikemaskinikan pada November 2020 dan keperluan untuk memangku jawatan-jawatan kosong dikehendaki minimum setahun.

Saya berpendapat bahawa memangku selama minimum setahun itu cukup lama sekiranya mereka sudah melalui dan lulus CSLP. Ada yang masa ini memangku lebih daripada 7 tahun, mungkin ia tidak lulus dalam CSLP. Saya ingin memberi contoh dari perangkaan yang dikumpulkan secara purata.

Bagi jawatan yang memangku Pengarah ke atas pada masa ini terdapat lebih daripada 54% iaitu lebih kurang 81 orang daripada 150 memangku jawatan Pengarah dan ke atas. Ia memerlukan lebih kurang 1.5 juta setahun untuk membayar elaun-elaun memangku bagi 81 orang ini. Ini seharusnya dikawal dengan efektif bagi mengelakkan penggunaan peruntukan yang berlebihan.

Saya juga ingin mencadangkan bahawa setelah pengemaskinian CSLP ini dipraktikkan, saya berharap pihak jabatan-jabatan dan kementerian-kementerian dapat memantau proses kenaikan pangkat dengan lebih dekat dan teliti untuk memastikan jawatan-jawatan yang dipangku dapat diisikan oleh pegawai-pegawai yang berpotensi dengan segeranya untuk memberi peluang kepada anak-anak tempatan yang berkelayakan bagi mengisi jawatan-jawatan kosong itu nanti.

Ini juga secara langsung akan membantu mengurangkan kadar pengangguran di negara kita sebagai nilai tambah dalam menjimatkan perbelanjaan pihak kerajaan.

Sekian Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteriโ€‹

Terima kasih Yang Berhormat jiran kaola. Itatah memberinya berani kalau di rumah hampir tidak ia berani tu.

Terima kasih atas pandangan dan komen daripada Yang Berhormat mengenai pemangkuan jawatan ini.

Jabatan Perdana Menteri memang tidak pernah 'ngalih' berusaha untuk meyakinkan supaya jawatan-jawatan yang dipangku itu akan terus diisikan oleh pemangku-pemangkunya kerana ia melibatkan bukan dari segi kewangan sahaja.

Dari segi kewangan tidak jua seberapa banyak kalau jadi pengarah pun sama jua belanjanya, ia memangku itu. Cuma dari segi kuasa dan tindak-tanduk itu yang penting.

ุงู„ุญู…ุฏู ู„ู„ู‡ู dalam kira-kira bulan lepas barangkali Jabatan Perdana Menteri telah mengadakan satu perjumpaan, yang kitani ministers brunch namanya berkumpul dengan rakan-rakan sejawatan menteri-menteri untuk membincangkan perkara ini dan untuk mengatasinya supaya jangan ia berlarutan dan mudah-mudahan perkara ini akan menampakkan hasilnya yang menteri-menteri telah pun diberikan data-data dan masalah-masalah yang dihadapi mengenai kerja-kerja ataupun fenomena acting ini.

Jadi semua itu telah diberikan gambarannya kepada Yang Berhormat Menteri-Menteri dan ุฅู† ุดุงุก ุงู„ู„ู‡ menteri-menteri akan mengambil tindakan masing-masing dengan kementerian dan jabatan-jabatan di bawahnya untuk melaksanakan apa yang telah dibincangkan bersama itu.

Bagi Jabatan Perdana Menteri projek-projek CSLP dan sebagainya memang satu projek yang menjadi trademark bagi Jabatan Perdana Menteri. Di samping itu, satu jawatankuasa yang paling penting sekali ialah Jawatankuasa Tangga Gaji. Jawatankuasa Tangga Gaji inilah yang bertugas dan memikirkan bertungkus-lumus bagaimana caranya untuk membolehkan pemangku-pemangku itu dapat dikekalkan atau diconfirmkan bagi jawatan yang dipangkunya.

ุงู„ุญู…ุฏ ู„ู„ู‡ dengan kerjasama dari Jabatan Perkhidmatan Awam dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, maka sudah beberapa orang telah dapat diconfirmkan jawatannya setelah memenuhi syarat-syaratnya.

Apa yang penting ialah Jabatan Perdana Menteri tidak akan berundur daripada mengekalkan syarat-syarat untuk diconfirmkan itu. Ini adalah untuk mengekalkan kualiti bakal pemegang ataupun peneraju bagi mana-mana pentadbiran-pentadbiran satu kementerian ataupun jabatan-jabatan itu.

Civil Service Leadership Pipeline (CSLP) adalah salah satu inisiatif yang dilaksanakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam di bawah Jabatan Perdana Menteri yang merupakan program asuhan kepimpinan dalam Perkhidmatan Awam, diperkenalkan dan diberigakan ke semua kementerian pada 19 November 2016, bertujuan untuk menyediakan Leadership Pool dari kalangan pegawai-pegawai Bahagian II.

Working Brunch bersama Yang Berhormat Menteri-Menteri Kabinet yang diadakan pada awal tahun ini yang bertujuan untuk membincang secara langsung dan bertukar-tukar pandangan mengenai usaha-usaha pengisian jawatan kosong di dalam Perkhidmatan Awam di setiap kementerian dan beberapa inisiatif dan usaha Jabatan Perdana Menteri yang telah dijalankan dan akan dilaksanakan juga telah dikongsikan kepada Yang Berhormat Menteri-Menteri Kabinet termasuk jua:

  • CSLP;

  • Mesyuarat Pengisian Jawatan Kosong Secara One-On-One bersama kementerian-kementerian;

  • Penubuhan Jawatankuasa Kerja Pengisian Jawatan-Jawatan Utama; Pengenalan Stop-Gap Measures iaitu perubahan syarat kenaikan pangkat bagi jawatan bertaraf ketua jabatan/pengarah dan dari Bahagian II ke Bahagian I;

  • Mengeluarkan Surat Keliling JPM bagi mengemaskinikan Kaedah Kenaikan Pangkat Laluan Laju (KPLL) dengan mengenalkan kaedah kenaikan pangkat melangkaui (bypass) peringkat jawatan tertentu;

Kesemua inisiatif ini adalah dihasratkan mempercepatkan lagi proses pengisian jawatan kosong di dalam Perkhidmatan Awam di samping memastikan penjawat awam yang dilantik adalah terdiri daripada pegawai-pegawai yang berkualiti.

Dalam memperkukuhkan lagi inisiatif-inisiatif tersebut, JPM secara berterusan akan membuat tindakan-tindakan bersesuaian termasuk memperkasakan lagi pelaksanaan CSLP melalui pencalonan dan kemasukan pegawai ke dalam CSLP diadakan setiap tahun mengikut kriteria kemasukan yang ditetapkan; penilaian berterusan sepanjang tempoh pembangunan kepimpinan program-program CSLP; memantau perkembangan pegawai dalam Leadership Pool bagi memastikan mereka sentiasa mencapai tahap kecekapan (proficiency) yang diperlukan dan bagi pemberigaan CSLP dipertingkatkan.

ุฅูู†ู’ ุดูŽุงุกูŽ ูฑู„ู„ูŽู‘ูฐู‡ู ุŒ ูฑู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏู ู„ูู„ูŽู‘ูฐู‡ู Jabatan Perdana Menteri akan mengambil perhatian yang berat apa yang telah disuarakan oleh Yang Berhormat. Terima kasih.

Yang Berhormat Pengerusiโ€‹

Yang Berhormat Pengiran Haji Mohamed bin Pengiran Haji Osman @ Othman.

Yang Berhormat Pengiran Haji Mohamed bin Pengiran Haji Osman @ Othmanโ€‹

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

ุจูุณู’ู…ู ูฑู„ู„ูŽู‘ูฐู‡ู ูฑู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูŽูฐู†ู ูฑู„ุฑูŽู‘ุญููŠู…ู ูฑู„ุณูŽู‘ู„ูŽุงู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ูฑู„ู„ูŽู‘ูฐู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒูŽุงุชูู‡ู

Pertama sekali, kaola merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang telah memberikan taklimat yang sebaik-baiknya.

Kaola ingin menyentuh mengenai Anggaran Hasil dan Perbelanjaan Negara Tahun Kewangan 2021 / 2022. Tajuk kaola timbulkan ini ialah di bawah Tajuk SA08A - Radio Televisyen Brunei dengan jumlah peruntukan iaitu $40,413,480.00.

  1. Kaola ingin merujuk yakni Lampiran 1.08 iaitu Anggaran Perbelanjaan 2021/2022, Radio Televisyen Brunei iaitu Petunjuk Prestasi Utama iaitu kutipan hasil melalui penjualan iklan TV dan Radio. Kalau kaola melihat catatan yang ada di Lampiran 1.08 ini, pada tahun 2019 sehingga 2020 anggaran yang diberikan ialah $0.8 juta. Tetapi hasil yang dikutip pada tahun 2019 sehingga 2020 itu hanyalah $425,403.00. Kalau kaola melihat pencapaiannya tidaklah sampai kepada $0.8 juta. Persoalan kaola, bagaimanakah untuk meningkatkan atau mencapai hasil seperti yang disampaikan?

  2. Kaola ingin menyentuh di bawah Tajuk SA14A โ€“ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang jumlah yang diperuntukkan ialah $5,350,460.00. Kaola ingin mengetahui mengenai perumahan, berapakah jumlah pemohon-pemohon penjawat awam yang memohon kemudahan perumahan di bawah kawalan Jabatan Perkhidmatan Awam daripada scale Bahagian II ke bawah sehingga Bahagian V? Berapa kerapkah pembahagian atau serahan atau diserah rumah-rumah kawalan JPA untuk disewakan kepada penjawat-penjawat awam setiap bulan dan merujuk kepada perbelanjaan 2020/2021, adakah perbelanjaan tersebut boleh menampung untuk membagi atau menyerahkan rumah-rumah kepada pemohon-pemohon penjawat awam? Jika tidak apakah tindakan ataupun perancangan untuk mempercepatkan permohonan-permohonan tersebut?; dan

  3. Kaola ingin menyentuh balik di bawah Tajuk SA14A โ€“ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Dalam pemberhentian kerja yakni dibuang kerja ke atas penjawat awam yang dihadapkan oleh kementerian atau jabatan, adakah pihak Jabatan Perkhidmatan Awam bercadang akan memanggil penjawat awam berkenaan bagi memastikan tidak berlakunya perkara yang tidak selari atas pemberhentian kerja ke atas penjawat awam berkenaan dibuat oleh kementerian/jabatan tempat penjawat awam yang bertugas? Sekian, Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteriโ€‹

ุงู„ุณู‘ูŽู„ูŽุงู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒูŽุงุชูู‡ู Terima kasih Yang Berhormat dengan beberapa soalan yang telah dikemukakan.

ูฑู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏู ู„ูู„ู‘ูฐู‡ู, persoalan-persoalan itu ada menyentuh rangka kerja ataupun kiraan gaji kita ini sebagai penjawat awam. Mula-mula sekali mengenai kutipan hasil radio dan televisyen antara $0.8 juta dengan $425,403.00, mengapa berkurang itu maklum saja musim COVID-19 semua berkurang.

Walau bagaimanapun langkah-langkah untuk meningkatkan hasil pendapatan Radio Televisyen Brunei melalui iklan-iklan, promosi-promosi dan sebagainya masih berjalan terus. kitani ibarat berniaga jadi kalau pandai mempromokan lurus harinya dan bulannya โ€˜belurihโ€™ tah kitani tapi dengan keadaan tertentu terutama pada musim COVID-19 ini kuranglah sedikit nampak kitani โ€˜belurihโ€™, separuh kurangnya daripada yang lapas. Ini pun kita mesti memahami keadaan pemberian iklan. Dalam keadaan COVID-19 ini, bisdia pun menghadapi masalah yang sama, kekuangan modal untuk membelanjai pengiklanan produk bisdia. Maka pendapatan pun dengan sendirinya berkurangan.

Tetapi ุฅู† ุดุงุก ุงู„ู„ู‡ perkhidmatan radio dan televisyen akan mempertingkatkan bagi usahanya bagi meningkatkan hasil, antaranya perkhidmatan penyewaan tapak bangunan bagi penempatan alat Communication bagi DST dan Progresif Cellular Sdn Bhd, Vending Machine, kantin dan semuanya ini dijalankan dan pihak-pihak tertentu dikenakan bayaran. Kemudian perkhidmatan iklan melalui platform RTB Go ini mudah-mudah banyak โ€˜ulihnyaโ€™ dalam RTB Go kerana ia merupakan satu platform atau portal menjadi kegemaran orang ramai kerana ia merupakan televisyen berjalan.

Yang lainnya tergantung pada promosi-promosi atau iklan-iklan yang dikehendaki oleh pihak-pihak pengiklan untuk dikeluarkan di radio dan televisyen jadi semua itu tergantung pada pendapatan dari semasa ke semasa dan mudah-mudahan barangkali dengan keadaan COVID-19 ini sudah berkurangan mudah-mudahan kitani akan beroleh lagi โ€™ulihnyaโ€™.

Mengenai perkara yang ditimbulkan iaitu Tajuk SA14A โ€“ Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, terutama dari segi ahli-ahli perkhidmatan awam terutama sekali disiplin untuk makluman kementerian atau kerajaan memang ada satu badan disiplin di Jabatan Perdana Menteri ataupun di Jabatan Perkhidmatan Awam yang ahli-ahlinya terdiri daripada pegawai-pegawai atau orang-orang yang memikirkan yang tahu akan disiplin-disiplin ini, jadi siapa-siapa yang diambil tindakan disiplin akan dipanggil dan disiasat akan perkara yang telah berlaku dan memanglah tujuan pemanggilan ataupun tindakan disiplin itu ialah untuk menjadikan sebagai satu peringatan supaya jangan berlaku lagi. Walau bagaimanapun, tergantung jua pada kelakuan ataupun jenis kesalahan yang dilakukan itu.

Ada antaranya kesalahan yang tidak dapat semata-mata untuk diberi peringatan malahan terus diambil tindakan. Jadi, ini tergantung pada nature, perbuatan ataupun kelakuan yang telah dilakukan.

Mengenai perumahan, sebenarnya perumahan JPA ini tidak banyak lagi difikirkan kerana sehingga Disember 2020 yang lepas ini, tidak lagi ada flat kerajaan yang terbiar di bawah kawalan JPA kerana kebanyakannya telah dihuni oleh pegawai-pegawai kerajaan. Selepas penyerahan tersebut sehingga pada masa ini terdapat 612 unit flat kerajaan dan 320 unit daripadanya sudah berpenghuni dan 3 unit kosong yang sedia untuk diperuntukkan.

Manakala, sebanyak 289 unit kosong termasuk yang sedang dalam proses pemulihan dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan. Jadi, masalah orang-orang yang akan diberikan perumahan itu bagi yang sudah nampak ialah semuanya diberikan apabila ia sudah layak untuk menerimanya dan pihak yang berkenaan Bahagian Perumahan akan memberikan kebenaran untuk mengisi bangunan tersebut.

Walau bagaimanapun, barangkali mana-mana bangunan ataupun flat, rumah-rumah kerajaan yang selain di bawah kawalan Kementerian Pembangunan. Barangkali Kementerian Pembangunan boleh jua ditanyakan nanti bagaimana dengan pemberian ataupun perumahan untuk penyewa-penyewa perumahan kerajaan itu.

Jabatan Perkhidmatan Awam bertanggungjawab dalam memperuntukkan perumahan kerajaan kepada warga perkhidmatan awam menurut kelas kelayakan pegawai dan kakitangan berkenaan. Memang tidak dinafikan JPA telah banyak menerima permohonan-permohonan daripada warga perkhidmatan awam yang berkelayakan bagi mendapatkan perumahan kerajaan di bawah kawalan JPA. Walau bagaimanapun, kemudahan perumahan kerajaan bukan sahaja ditangani oleh Jabatan Perkhidmatan Awam, akan tetapi terdapat juga lima belas (15) buah Jabatan Pengawal (Controlling Departments) di bawah tujuh (7) kementerian telah diberikan kebenaran untuk memproses bagi pembekalan rumah sewa untuk menempatkan pegawai-pegawai kerajaan.

Pihak JPA sedang melaksanakan inisiatif penambahbaikan pengurusan perumahan kerajaan iaitu Memajukan / Membaiki / Mengubah suai Aset Kerajaan (flat milik kerajaan) agar dapat diperuntukkan kepada warga perkhidmatan awam yang memohon dan masih dalam senarai menunggu (melalui projek FCP โ€“ fiscal consolidation program) secara berfasa.

Inisiatif ini dijangka akan dapat mengurangkan lagi jumlah senarai menunggu yang ada dalam menangani isu perumahan berkenaan.

Jika dilihat dari segi statistik perumahan milik kerajaan di bawah kawalan JPA setakat Februari 2021, terdapat 612 unit secara keseluruhannya iaitu:-

  • 320 unit daripadanya adalah berpenghuni.
  • 289 unit adalah kosong.
  • 3 unit adalah untuk diperuntukkan setelah siap pembaikan.

Daripada 289 unit yang kosong tersebut, sebanyak 64 unit adalah termasuk jumlah yang akan diserahkan ke Darussalam Assets melalui Fiscal Consolidation Programmes, FCP (keseluruhan jumlah yang akan diserahkan adalah 142 unit termasuk yang berpenghuni). Manakala 222 unit adalah dalam proses pembaikan dan akan diperuntukkan kepada senarai menunggu di bawah kawalan JPA jika telah siap pembaikan nanti.

Pihak JPA melalui Badan Bertindak Perumahan Kerajaan juga meneroka mengenai usaha-usaha ke arah memiliki kediaman sendiri (house ownership) dengan kolaborasi bersama pihak-pihak berkenaan dalam menangani perkara ini secara menyeluruh dan melihat kemanfaatanya dalam jangka panjang. Ini termasuklah jua meneliti semula dasar / peraturan yang berkaitan dengan hal ehwal perumahan termasuklah syarat-syarat kelayakan dan penyewaan rumah-rumah persendirian ke arah mengujudkan suasana yang kondusif untuk memiliki kediaman sendiri. Terima kasih.

Yang Berhormat Pengerusiโ€‹

Ahli-Ahli Yang Berhormat, saya kira cukuplah dulu kita bersidang di Peringkat Jawatankuasa ini dan kita bersidang semula di Persidangan Majlis Mesyuarat Negara.

(Mesyuarat Jawatankuasa ditangguhkan)

(Majlis Mesyuarat bersidang semula)

Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ€‹

Ahli-Ahli Yang Berhormat, ูฑู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏู ู„ูู„ู‘ูŽู‡ู setelah kita bersidang sebelah pagi dan sebelah petang, saya kira cukuplah pada hari ini kita bersidang dan saya kira adalah berpatutan sekarang kita untuk menangguhkan persidangan ini.

ุฅู† ุดุงุก ุงู„ู„ู‡, kita akan sambung lagi perbincangkan pada esok hari, Khamis, 18 Mac 2021 seperti biasa mulai dari pukul 9.30 pagi.

Sekian,
ูˆุจุงู„ู„ู‡ ุงู„ุชูˆููŠู‚ ูˆุงู„ู‡ุฏุงูŠุฉ. ูˆ ุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒู… ูˆุฑุญู…ุฉ ุงู„ู„ู‡ ูˆุจุฑูƒุงุชู‡

(Majlis Mesyuarat ditangguhkan)

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.