Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Source: https://www.majlis-mesyuarat.gov.bn/wp-content/uploads/2025/09/Penyata-Rasmi-MMN-Ke-17-Tahun-2021.pdf

HARI KE-8

Rumusan Bacaan

๐Ÿ“– Masa membaca: 121 minit
๐Ÿ“Š Bilangan kata: 24,600 kata

22HB MAC 2021โ€‹

(Mesyuarat mula bersidang pada pukul 9.30 pagi)

Yang Dimuliakan Jurutulisโ€‹

ุจุณู… ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุฑุญู…ู† ุงู„ุฑุญูŠู… ุงู„ุณู„ุงู… Mesyuarat Negara Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ketujuh Belas Majlis Mesyuarat Negara bersidang pada pagi ini, iaitu hari yang kelapan didahului dengan Doa Selamat.

DOA SELAMATโ€‹

Doa Selamat dibacakan oleh Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Awang Hamidon bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Abdul Hamid.

Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ€‹

ุจุณู… ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุฑุญู…ู† ุงู„ุฑุญูŠู… ุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒู… ูˆุฑุญู…ุฉ ุงู„ู„ู‡ ูˆุจุฑูƒุงุชู‡ ุงู„ุญู…ุฏ ู„ู„ู‡ kita bersyukur ke hadrat ุงู„ู„ู‡ ุณุจุญุงู†ู‡ ูˆุชุนุงู„ู‰ kerana dengan limpah rahmat dan izin-Nya jua kita dapat lagi bersama-sama hadir pada pagi ini, bersidang bagi hari yang kelapan Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ketujuh Belas Majlis Mesyuarat Negara. Selawat serta salam ke atas Junjungan Besar kita ุŒ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… kaum kerabat, para sahabat serta pengikut-pengikut Baginda yang taat lagi setia hingga ke akhir zaman.

Ahli-Ahli Yang Berhormat, Persidangan Majlis Mesyuarat Negara ini masih lagi membincangkan Rang Undang-Undang (2021) Perbekalan, 2021/2022 yang telah pun dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, maka bagi membolehkan kita membincangkan tajuk-tajuk seterusnya dalam Rang Belanjawan yang berkenaan itu maka saya tangguhkan Persidangan Majlis Mesyuarat Negara ini untuk kita bersidang semula di Peringkat Jawatankuasa sepenuhnya.

(Majlis Mesyuarat ditangguhkan)

(Mesyuarat bersidang sebagai Jawatankuasa)

Yang Berhormat Pengerusiโ€‹

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Sekarang majlis ini bersidang di Peringkat Jawatankuasa sepenuhnya bagi kita meneliti dan menimbangkan Rang Undang-Undang (2021) Perbekalan, 2021/2022 satu per satu. Pada petang semalam Mesyuarat Jawatankuasa telah selesai meluluskan Kementerian Tenaga, kita akan berpindah ke kementerian selanjutnya.

Walau macam manapun sebelum kita berbuat sedemikian, saya difahamkan bahawa Yang Berhormat Menteri Tenaga telah memohon untuk membuat kenyataan tambahan terhadap beberapa soalan yang telah dikemukakan pada hari semalam iaitu Ahad, 7 Syaaban 1442 bersamaan 21 Mac 2021. Maka dipersilakan Yang Berhormat Menteri Tenaga.

Yang Berhormat Menteri Tenagaโ€‹

Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi.

ุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุงู„ุฑู‘ูŽุญู’ู…ูŽูฐู†ู ุงู„ุฑู‘ูŽุญููŠู…ู ูฑู„ุณู‘ูŽู„ูŽุงู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒูŽุงุชูู‡ู

Kaola ingin memberikan penjelasan bagi soalan daripada Yang Berhormat Awang Haji Hanapi bin Mohd. Siput atas pertanyaan yang telah dikemukakan kelmarin mengenai projek yang bernilai $600,000.00 di bawah Kod Akaun 1108-034. Projek yang dimaksudkan ialah Bekalan Elektrik 11KV di Mukim Sukang di Daerah Belait dan bukanlah di Bukit Sawat dan jumlah nilai yang saya kongsikan adalah bagi tahun 2021/2022.

Pada masa ini, status tender Projek Sukang 11KV sedang dibuka dan akan ditutup pada 27 April 2021 dan projek tersebut dijangka akan berlangsung selama kira-kira 15 bulan dari tarikh penganugerahan. Penganugerahan kontrak kerja dijangka akan dilaksanakan pada bulan September tahun ini tertakluk kepada proses sokongan Jabatan Perkhidmatan Elektrik dan juga pertimbangan agensi-agensi yang berkenaan. Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Dimuliakan Jurutulisโ€‹

Tajuk SH01A hingga Tajuk SH06A โ€“ Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan.

Yang Berhormat Pengerusiโ€‹

Ahli-Ahli Yang Berhormat, kita sekarang mula membincangkan di bawah Tajuk SH01A hingga Tajuk SH06A โ€“ Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan. Sebelum tajuk-tajuk ini kita bahaskan atau kita buka untuk dipersoalkan. Maka saya ingin memberi peluang dahulu kepada Yang Berhormat untuk memberikan mukadimah belanjawan kementeriannya. Saya mempersilakan Yang Berhormat.

Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelanconganโ€‹

ุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุงู„ุฑู‘ูŽุญู’ู…ูŽู†ู ุงู„ุฑู‘ูŽุญููŠู…ู

ุงู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏู ู„ูู„ู‘ูŽู‡ู ุฑูŽุจู‘ู ุงู„ู’ุนูŽุงู„ูŽู…ููŠู†ูŽ ูˆูŽุงู„ุตู‘ูŽู„ูŽุงุฉู ูˆูŽุงู„ุณู‘ูŽู„ูŽุงู…ู ุนูŽู„ูŽู‰ ุฃูŽุดู’ุฑูŽูู
ุงู„ู’ุฃูŽู†ู’ุจููŠูŽุงุกู ูˆูŽุงู„ู’ู…ูุฑู’ุณูŽู„ููŠู†ูŽ ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุขู„ูู‡ู ูˆูŽุตูŽุญู’ุจูู‡ู ุฃูŽุฌู’ู…ูŽุนููŠู†ูŽ.

ุฑูŽุจู‘ู ุงุดู’ุฑูŽุญู’ ู„ููŠ ุตูŽุฏู’ุฑููŠุŒ ูˆูŽูŠูŽุณู‘ูุฑู’ ู„ููŠ ุฃูŽู…ู’ุฑููŠุŒ ูˆูŽุงุญู’ู„ูู„ู’ ุนูู‚ู’ุฏูŽุฉู‹ ู…ูู†ู’ ู„ูุณูŽุงู†ููŠุŒ ูŠูŽูู’ู‚ูŽู‡ููˆุง ู‚ูŽูˆู’ู„ููŠ

Yang Berhormat Pengerusi, Ahli-Ahli Yang Berhormat.

ุงู„ุณู‘ูŽู„ูŽุงู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒูŽุงุชูู‡ู dan salam sejahtera. Yang Berhormat Pengerusi, lebih dahulu, kaola ingin mengucapkan terima kasih yang setinggi-tingginya kepada Yang Berhormat Pengerusi kerana memberikan peluang kepada kaola untuk menyampaikan mukadimah pada pagi ini.

ุฃูŽู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏู ู„ูู„ู‘ูฐู‡ู kaola menyambut baik peruntukan yang disediakan kepada Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan yang berjumlah $118.5 juta iaitu termasuk sebanyak $49.9 juta sebagai Perbelanjaan Kemajuan bagi Tahun Kewangan 2021/2022.

Kaola juga berterima kasih atas cadangan bagi Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan untuk menggunakan peruntukan Perbelanjaan Berulang-Ulang sebanyak $37 juta yang antara lain untuk membiayai projek-projek berikut:

  1. Sejumlah $15.7 juta disediakan di bawah Skim Pembelian Semula Padi serta bagi pembelian benih-benih padi `hibridโ€™ untuk diagihkan kepada peladang-peladang padi.;

  2. Sejumlah $3.9 juta bagi Projek Pemeliharaan Aset di bawah Jabatan Perikanan.;

  3. Sejumlah $1 juta bagi Kerja-Kerja Pencegahan Banjir dan Kemudahan Pengairan di beberapa kawasan-kawasan pertanian.; dan

  4. Sejumlah $4.6 juta antara lainnya bagi membiayai Program Pengiktirafan Akreditasi, termasuk bagi Makmal Perkhidmatan Veterinar yang bertujuan menjamin keselamatan produk industri ternakan sehingga berjaya menembusi pasaran eksport.

Melalui Perbelanjaan RKN-11 pula, kaola bersyukur kerana disediakan sebanyak B$49.9 juta antaranya bagi membiayai projek-projek berikut:

  1. Sebanyak $8 juta adalah Perbelanjaan Kemajuan Pertanian, untuk melaksanakan pembukaan kawasan penanaman padi Fasa Ke - di Kawasan Kandol, Daerah Belait.;

  2. Sebanyak $3.8 juta bagi membina Skim Pengairan kawasan penanaman padi di seluruh daerah.;

  3. Sebanyak $10 juta bagi mendukung peningkatan keluaran sayur-sayuran menggunakan teknologi tinggi.;

  1. Sebanyak $17 juta bagi mendukung pembangunan industri ternakan.;

  2. Sebanyak $7.2 juta adalah Perbelanjaan Kemajuan Perikanan untuk membuka tapak-tapak bagi industri akuakultur.; dan

  3. Sebanyak $1.5 juta adalah Perbelanjaan Kemajuan Pelancongan bagi pengukuhan produk-produk pelancongan.

Yang Berhormat Pengerusi.

Bagi mengurangkan pergantungan sepenuhnya pada perbelanjaan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, beberapa inisiatif telah juga dilaksanakan oleh Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan melalui kaedah Public Private Partnership (PPP).

Sebagai contoh dalam sektor perikanan, berikutan titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam jua dan melalui Request For Proposal (RFP), Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan telah melantik Muara Port Company Sdn. Bhd. (MPC), sebuah syarikat GLCs milik bersama Darussalam Assets Sdn. Bhd. (DA) dan Beibu Group dari Republik Rakyat China, iaitu bagi mereka bentuk, membangun, mengurus dan memelihara Kompleks Pendaratan Ikan di Serasa. ูฑู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏู ู„ูู„ู‘ูฐู‡ู, projek yang keseluruhannya dianggarkan bernilai sekitar $28 juta ini tidak melibatkan peruntukan dari Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia, kesemuanya dibiayai oleh pihak swasta.

Yang Berhormat Pengerusi, beberapa tahun kebelakangan ini, kita telah mengongsikan inisiatif-inisiatif yang diungkayahkan oleh Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan bagi meningkatkan keluaran sektor pertanian dan perikanan. Kini, tiba masanya kita mengongsikan pencapaian-pencapaian kementerian ini dalam sektor pertanian, perikanan, perhutanan dan sektor pelancongan sepanjang tahun 2020 yang lalu.

  1. Jumlah keluaran ayam pedaging bagi tahun 2020 meningkat sebanyak 7.24% kepada 26,364.82 tan metrik, iaitu tahap keluaran yang paling tinggi pernah dicapai oleh negara kita.

  2. Jumlah keluaran telur ayam bagi tahun 2020 meningkat sebanyak 7.71% kepada 171.93 juta biji.

  3. Jumlah keluaran daging kerbau dan lembu bagi tahun 2020 meningkat sebanyak 46.67% kepada 2,148.75 tan metrik.

  4. Jumlah keluaran beras bagi tahun 2020 meningkat sebanyak 67.4% kepada 2,511.31 tan metrik.

  5. Jumlah import beras bagi tahun 2020 menurun sebanyak 6.02% kepada 34,082.40 tan metrik.

  1. Jumlah keluaran ikan dan udang bagi tahun 2020 meningkat sebanyak 10% kepada 16,120 tan metrik.

Yang Berhormat Pengerusi, kaola seterusnya sukacita mengongsikan mengenai pencapaian sara diri keluaran industri pertanian dan perikanan pada tahun 2020:

  1. Bagi sektor ternakan, negara secara purata hampir mencapai tahap 100% sara diri dalam sektor bekalan ayam pedaging, 100% sara diri bagi bekalan telur ayam dan sekitar 62% sara diri bagi bekalan daging kerbau dan lembu.

  2. Bagi sektor tanaman pula, negara mencapai sekitar 67% sara diri bagi bekalan sayur-sayuran tropika dan sekitar 46% sara diri bagi bekalan buah-buahan tropika.

  3. Bagi sektor padi (beras), negara mencapai secara purata sekitar 8.23% sara diri.

  4. Bagi sektor perikanan, negara mencapai secara purata sekitar 81% sara diri.

Yang Berhormat Pengerusi, ketika ini, sektor pertanian dan agrimakanan menyediakan sebanyak 8,184 pekerjaan dengan 42% adalah anak-anak tempatan, sektor perikanan menyediakan 2,995 pekerjaan, 65% adalah anak-anak tempatan dan sektor perhutanan menyediakan 667 pekerjaan dengan 22% adalah anak-anak tempatan.

Yang Berhormat Pengerusi, bagi sektor pelancongan, jumlah ketibaan pelancong melalui udara ke negara ini menurun dari 333,240 orang pada tahun 2019 kepada sekitar 62,000 orang pada tahun 2020, terutama disebabkan wabak COVID-19. Walau bagaimanapun, bagi memastikan adanya kesinambungan dalam perniagaan berkaitan pelancongan, maka Jabatan Kemajuan Pelancongan dengan kerjasama stakeholders telah mengadakan aktiviti mempromosi pelancongan domestik, terutama melalui promosi makanan tempatan di kesemua daerah di Negara Brunei Darussalam.

Ketika ini, sektor Pelancongan menyediakan sebanyak 3,152 pekerjaan, 70% adalah anak-anak tempatan.

Yang Berhormat Pengerusi, sekianlah sahaja mukadimah ringkas kaola sebagai maklumat asas berkenaan peruntukan bagi Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, dan berkenaan pencapaian sektor-sektor yang dikendalikan di bawah kementerian ini.

Sebagai makluman Yang Berhormat Pengerusi jua, kementerian kaola juga telah mengaturkan 4 siri lawatan keempat-empat daerah khas untuk Ahli-Ahli Yang Berhormat pada bulan Januari lalu, untuk memberi peluang kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat meninjau secara dekat perkembangan beberapa aktiviti pertanian, perikanan, perhutanan dan pelancongan di seluruh negara.

Antara yang dilawati, di Daerah Belait, ialah sistem irigasi menggunakan air bawah tanah bagi Ladang Padi Kampung Labi, Ladang Kopi juga di Kampung Labi dan ladang buah-buahan berkeluasan 200 hektar di Kawasan Kemajuan Pertanian Merangking. Di Daerah Tutong ialah Kolam Udang berkeluasan 200 hektar di Kampung Sungai Penyatang, Ladang Pisang Cavendish dan ternakan lembu secara feedlot di Kawasan Kemajuan Pertanian Batang Mitus. Di Daerah Temburong, ialah ladang buah-buahan di Kawasan Kemajuan Pertanian Selangan dan Kawasan Kemajuan Pertanian Semabad dan projek pembangunan 30 chalet mewah pelancongan secara Public Private Partnership (PPP) di Kampung Perdayan. Manakala di Daerah Brunei dan Muara, antaranya ialah perusahaan tanaman melon berteknologi tinggi, termasuk penggunaan Internet-of-Things (IOT) di Kawasan Kemajuan Pertanian Tungku dan perusahaan kitar semula najis ternakan untuk dijadikan baja di Kampung Kuala Lurah. Kaola merasa kagum dan mengucapkan terima kasih atas minat yang ditunjukkan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat di sepanjang sesi-sesi lawatan berkenaan.

Akhirnya, terima kasih yang setinggi-tingginya kaola ucapkan kepada Yang Berhormat Pengerusi atas peluang yang diberikan kepada kaola untuk menyampaikan mukadimah pada pagi ini.

Sekian,
ูˆุจุงู„ู„ู‡ ุงู„ุชูˆููŠู‚ ูˆุงู„ู‡ุฏุงูŠุฉุŒ ูˆุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒู… ูˆุฑุญู…ุฉ ุงู„ู„ู‡ ูˆุจุฑูƒุงุชู‡

Yang Berhormat Pengerusiโ€‹

Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan atas huraian mukadimah yang telah pun diberikan berhubung dengan penyediaan belanjawan kementeriannya bagi tahun yang ini. Saya mempunyai senarai yang agak panjang mengandungi nama Ahli-Ahli Yang Berhormat yang suka untuk turut serta membahaskan tajuk ini. Maka untuk tidak membuang masa lagi sementara mereka pun sudah tertunggu-tunggu akan panggilan saya, maka saya persilakan Yang Berhormat Awang Haji Ramli bin Haji Lahit.

Yang Berhormat Awang Haji Ramli bin Haji Lahitโ€‹

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. ุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ู‡ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูฐู†ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญููŠู’ู…ู. ุงูŽู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏูู„ูู„ู‘ูฐู‡ู ุฑูŽุจูู‘ ุงู„ู’ุนูŽุงู„ูŽู…ููŠู’ู†ูŽ ูˆูŽุงู„ุตูŽู‘ู„ูŽุงุฉู ูˆูŽุงู„ุณูŽู‘ู„ูŽุงู…ู ุนูŽู„ูŽู‰ ุฃูŽุดู’ุฑูŽูู ุงู„ู’ุฃูŽู†ู’ุจููŠูŽุงุกู ูˆูŽุงู„ู’ู…ูุฑู’ุณูŽู„ููŠู’ู†ูŽ ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุขู„ูู‡ู ูˆูŽุตูŽุญู’ุจูู‡ู ุฃูŽุฌู’ู…ูŽุนููŠู’ู†ูŽ. ู„ูŽุง ุญูŽูˆู’ู„ูŽ ูˆูŽู„ูŽุง ู‚ููˆูŽู‘ุฉูŽ ุฅูู„ูŽู‘ุง ุจูุงู„ู„ู‡ู ุงู„ู’ุนูŽู„ููŠูู‘ ุงู„ู’ุนูŽุธููŠู’ู…ู ุฑูŽุจูู‘ ุงุดู’ุฑูŽุญู’ ู„ููŠ ุตูŽุฏู’ุฑููŠุŒ ูˆูŽูŠูŽุณูู‘ุฑู’ ู„ููŠ ุฃูŽู…ู’ุฑููŠุŒ ูˆูŽุงุญู’ู„ูู„ู’ ุนูู‚ู’ุฏูŽุฉู‹ ู…ูู‘ู† ู„ูู‘ุณูŽุงู†ููŠุŒ ูŠูŽูู’ู‚ูŽู‡ููˆุง ู‚ูŽูˆู’ู„ููŠ ุงู„ุณูŽู‘ู„ูŽุงู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒูŽุงุชูู‡ู dan salam sejahtera.

Lebih dahulu kaola ingin merakamkan ucapan tahniah dan penghargaan atas pembentangan kertas kerja yang terperinci daripada Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan. Kaola bercakap di bawah Tajuk SH02A โ€“ Jabatan Perhutanan dengan jumlah peruntukan sebanyak $7,381,690.00 iaitu di bawah Kod Akaun 00/002 โ€“ Pengurusan dan Operasi Industri Perkilangan Papan dan Industri Hiliran.

Yang Berhormat Pengerusi, dalam meningkatkan keluaran dalam negara kasar menerusi perindustrian hutan setentunya Jabatan Perhutanan perlu mempelbagaikan cara untuk pertumbuhan eksport iaitu meningkatkan produktiviti keluaran dengan menggunakan kaedah teknologi moden juga melibatkan usaha sama dengan Pelaburan Langsung Asing (FDI), meningkatkan industri hiliran dan nilai tambah menggunakan sumber kayu dan bukan kayu umpamanya rotan. Tetapi, dalam masa yang sama memastikan kelestarian dan keunggulan hutan dan alam sekitar dalam kata lain apa juga sumber kehijauan hutan negara ini akan berkekalan.

i. Apakah satu cara atau prosedur yang dilakukan oleh jabatan ini dalam mengimbangi antara meningkatkan pengeluaran industri perhutanan dengan sekatan pengambilan sumber hutan yang perlu dipertahankan daripada pupus?;

ii. Apakah ada satu kajian telah dibuat terhadap kayu jati yang tumbuh liar dengan subur di mana-mana sahaja di negara ini jika ia ada potensi dengan nilai komersial?;

iii. Apakah atau berapakah syarikat luar yang mengadakan usaha sama FDI dalam industri hiliran?; dan

iv. Apakah kerangka tindakan pemuliharaan alam sekitar dan biodiversity yang telah dilaksanakan oleh jabatan ini bagi memulih kemusnahan flora dan fauna akibat projek penerokaan hutan dan pengambilan kayu-kayan dan berapa jeniskah binatang liar yang termasuk dalam Akta Perlindungan Binatang Liar yang terkini ataupun tambahan yang terbaharu.

Seterusnya ialah di bawah Tajuk SH03A-Jabatan Perikanan. Yang Berhormat Pengerusi, penyu tidak akan dapat hidup dan membiak dengan sendiri tanpa bantuan manusia. Maka kitaran hayat penyu akan pupus. Kita perlu memastikan kawasan yang menjadi tempat penyu mencari makan dan tempat bertelur. Penyu dan juga hidupan marin yang lain menghadapi pelbagai jenis ancaman dan sebahagian besarnya berpunca daripada perbuatan manusia sendiri.

Contohnya, bahan-bahan plastik dan toksik. Kaola mengetahui adanya Unit Pemuliharaan dan Pemeliharaan Penyu di hujung Pantai Serasa. Dalam menangani isu ini, apakah tindakan Jabatan Perikanan menerusi Unit Pemuliharaan dan Pemeliharaan Penyu dalam mengurangkan kadar kepupusan kitaran hidup penyu?

Sejak tertubuhnya Unit Pemuliharaan dan Pemeliharaan Penyu dalam melaksanakan projek ini, berapakah statistik pencapaian populasi dan mendaratnya penyu ke pantai-pantai yang sesuai di negara ini untuk bertelur? Walau bagaimanapun, disarankan kerjasama semua pihak khususnya masyarakat mempunyai kesedaran menjaga kesejahteraan dan keselamatan kawasan marin iaitu tidak menyerahkan sepenuhnya tanggungjawab ini kepada unit tertentu atau kerajaan semata.

Pembuangan sampah-sarap seperti plastik dan toksik serta bahan buangan yang lain menyebabkan kerosakan hidupan marin. Oleh itu, Akta dan Peraturan Pembuangan Sampah di kawasan persekitaran marin perlu juga dilaksanakan sepertimana yang dikuatkuasakan di darat sekarang ini.

Sekian,
ูˆุจุงู„ู„ู‡ ุงู„ุชูˆููŠู‚ ูˆุงู„ู‡ุฏุงูŠุฉุŒ ูˆุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒู… ูˆุฑุญู…ุฉ ุงู„ู„ู‡ ูˆุจุฑูƒุงุชู‡

Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelanconganโ€‹

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi dan Yang Berhormat. Ada beberapa soalan yang diajukan oleh Yang Berhormat:

  1. Sektor Perhutanan, kaola melihat soalan i dan iv ada kaitannya. Mengimbangi antara peningkatan pengeluaran industri perhutanan dan sekatan pengambilan sumber-sumber hutan yang perlu dipertahankan daripada kepupusan, seperti yang dimaklumi Jabatan Perhutanan adalah autoriti ataupun regulator yang mengawal aktiviti-aktiviti yang berhubung kait dengan perhutanan iaitu dari pembalakan dan perkilangan sumber-sumber hutan.

Terutama sekali, Jabatan Perhutanan adalah autoriti yang memberi lesen kepada pengusaha dalam negara untuk membuat kerja pembalakan. Selama ini, jumlah pengusaha yang diberi lesen telah pun dikurangkan daripada 24 buah syarikat kilang papan kepada 16 buah syarikat kilang papan disebabkan kurangnya aktiviti yang dilakukan oleh pemegang-pemegang lesen berkenaan.

Di samping itu, setiap tahun kuota bagi pembalakan dihadkan kepada 100 ribu meter padu kayu balak saja yang dibenarkan untuk diusahakan ataupun ditebang oleh peneroka-peneroka dalam bidang pembalakan. Adapun didapati secara purata kuota ini tidak habis diusahakan oleh pengusaha sekitar 60% sahaja. Itu cara pengawalan berapa jumlah kayu yang dapat ditebang oleh pembalak-pembalak dalam negara.

Selanjutnya, Jabatan Perhutanan juga ada mengadakan polisi bagi setiap satu pokok yang ditebang oleh pengusaha akan diganti dengan penanaman 4 pokok kayu lagi. Kementerian juga melalui Jabatan Perhutanan memang terus-menerus mengadakan aktiviti penghijauan hutan. Sejak lebih kurang 10 tahun yang lalu kita telah menanam sekitar 2 juta lebih pokok. Ini akan disupport lagi dengan inisiatif Green Protocol dan Brunei Darussalam National Climate Change Policy iaitu target kita untuk menanam sekitar 500 ribu pokok lagi menjelang 2035.

Walaupun kita menggalakkan aktiviti pembalakan dan pengilangan kayu-kayuan untuk menjadikan papan ataupun menjadikan perabot, aktiviti ini adalah terhad. Kita ini akan cuba untuk memastikan kelestarian hutan kita untuk dinikmati oleh generasi-generasi yang akan datang.;

  1. Kayu jati, kaola berpendapat mungkin yang dimaksudkan ialah kayu akasia yang banyak terdapat di negara kita sepanjang highway dan di mana-mana. Adalah difahamkan bahawa asalnya pokok akasia ini diimport bagi tujuan mengurangkan hakisan tanah di seluruh negara terutamanya di sepanjang highway dan jalan-jalan raya.

Kayu akasia ataupun jati ini bukanlah dikategorikan sebagai kayu yang bernilai komersial. Walau bagaimanapun satu kegunaannya ialah sebagai sumber untuk membuat kayu arang (charcoal) iaitu beberapa syarikat memang aktif dalam mengusahakan pengeluaran kayu arang sama ada kayu jati ataupun menggunakan sisa-sisa daripada kilang papan. Oleh yang demikian kayu jati ini bukanlah bernilai yang benar komersial yang boleh digunakan sebagai papan ataupun sebagainya, kerana strukturnya yang tidak lurus dan mempunyai banyak cabang.;

  1. FDI dalam industri hiliran. Buat masa ini belum ada FDI yang terlibat dalam bidang hiliran. Kita sedang menggalakkan industri dalam negara untuk berkecimpung dalam industri hiliran. Sepertimana yang diketahui, seminggu lepas sampai semalam, kita mengadakan aktiviti ekspo dan pertandingan membuat perabot dari bahan kayu dalam negara dalam kalangan pengusaha-pengusaha tempatan. ุงู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏู ู„ูู„ู‘ูฐู‡ู, inisiatif ini mendapat sambutan yang baik dan bahawa sekolah akan bekerjasama dengan Kementerian Pembangunan untuk memastikan perabot-perabot yang dikeluarkan oleh pengusaha kita sesuai untuk digunakan di rumah-rumah perpindahan di seluruh negara dengan harga yang berpatutan.

  2. Kaola mahu menambah saja berkenaan dengan jenis binatang liar yang termasuk dalam Akta Perlindungan binatang liar. Untuk makluman ketika ini sebanyak 34 spesies jenis binatang liar yang terkandung dalam Akta Perlindungan binatang liar. Walau bagaimanapun, reviu sedang dibuat dengan pihak Peguam Negara untuk menilai semula jumlah ini sama ada perlu ditambah.

Sektor Perikanan, soalan mengenai penyu. Apakah tindakan jabatan dalam mengurangkan kadar kepupusan kitaran hidup penyu? Untuk makluman, penyu laut terkawal di bawah Appendix 1 Konvensyen Perdagangan Antarabangsa spesies terancam ataupun Convention on International Trade Of Endangered Species.

Appendix ini melarang eksploitasi binatang-binatang bagi tujuan perdagangan dan dengan sendirinya memastikan binatang itu tidak pupus. Kegiatan yang dibuat yang diungkapkan oleh Jabatan Perikanan basically adalah seperti dari segi aktiviti program rondaan pantai, program rondaan pantai pendaratan penyu, aktiviti Program Kesedaran Awam, Program Penandaan Penyu (Tagging), Program Penetasan Telur Penyu dan juga Program Pelepasan Anak-Anak Penyu dan Program Sukarelawan Penyu.

Program ini bukanlah program yang aktif sebagai fokus Jabatan Perikanan sebenarnya dan abiskaola amat berharap agar banyak pihak sukarelawan akan ikut serta dalam aktiviti dalam memastikan tiada kepupusan penyu dan kita memang banyak mendapati sekolah-sekolah antarabangsa dan pihak swasta serta kerajaan juga aktif dalam aktiviti melepaskan penyu ke laut.

Berapakah populasi penyu dalam negara? Malangnya kementerian tidak melaksanakan pemantauan populasi secara terperinci, oleh yang demikian Jabatan berharap agar lebih banyak sukarelawan akan dapat membantu kementerian dan jabatan untuk mendapatkan data-data sebenar populasi penyu ini.

Sekian sahaja Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusiโ€‹

Saya persilakan Yang Berhormat Awang Haji Tahamit bin Haji Nudin.

Yang Berhormat Awang Haji Tahamit bin Haji Nudinโ€‹

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Kaola ada membawakan beberapa pertanyaan:

  1. Memajukan sektor pertanian. Bagi memajukan sektor pertanian Negara Brunei Darussalam, kaola ingin mencadangkan agar kaedah pertanian diubah dengan mengaplikasikan kaedah teknologi yang lebih moden selain itu pihak berkenaan juga diharap akan dapat membantu para pengusaha dengan membuka lebih banyak kawasan baharu untuk bertani dan berternak ikan. Bagi meningkatkan lagi industri pertanian dan perikanan negara ini satu sistem pemasaran perlu diwujudkan tanpa orang tengah serta penduduk di negara ini perlu digalakkan untuk membeli produk tempatan dengan harga yang dapat dijangkau.

  2. Pameran mengenai produk tempatan perlu diadakan secara berterusan agar memberikan motivasi kepada rakyat tempatan lainnya dalam sama-sama menjana pendapatan bagi suatu masyarakat itu sendiri dan juga agar pengeluar mata wang ke luar negara melalui pengimportan makanan dapat dikurangkan.

  3. Seterusnya latihan kemahiran. Buruh yang bekerja dengan sektor pertanian negara perlulah diberikan latihan kemahiran sama ada dalam jangka pendek atau panjang. Pemerhatian yang konsisten dan peningkatan kemahiran dalam menggunakan kaedah teknologi terkini mengikut arus kemodenan perlu diberikan penekanan secara tidak langsung ia akan dapat memberikan peluang kemahiran dan pekerjaan kepada rakyat tempatan sendiri dan tidak bergantung pada orang luar negara semata-mata. Oleh itu, Kaola mencadangkan agar ditambah baik Pusat Latihan Perikanan untuk memberikan latihan bersepadu bagi melahirkan buruh atau pekerja mahir dan separa mahir; dan

  4. Kawasan pembiakan ikan. Bagi menambahkan produk ikan di negara ini, Jabatan Perikanan perlu menjalankan kajian kerja terhadap kawasan yang boleh dijadikan tempat pembiakan ikan. Pusat penyelidikan perlu ditubuhkan agar benih-benih atau baka-baka ikan yang dihasilkan oleh negara berkualiti tinggi. Selain itu, Kaola mencadangkan agar ditambah tukun-tukun tiruan yang boleh dihasilkan daripada tayar-tayar terpakai dan juga konkrit batu agar menambah bekalan ikan.

Kaola juga mencadangkan agar kawasan-kawasan pembiakan ikan dilarang untuk kegiatan menangkap ikan dan denda hendaklah dikenakan ke atas penceroboh. Ini diharapkan akan dapat meningkatkan hasil pengeluaran negara dalam menjana ekonomi yang lebih mampan.

Sekian Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelanconganโ€‹

Terima kasih Yang Berhormat Haji Tahamit. Sebenarnya memanglah dalam strategi kementerian untuk memberi tumpuan kepada penggunaan teknik-teknik moden dalam pengeluaran sektor pertanian terutamanya dalam sektor tanaman sayur-sayuran, buah-buahan dan lain-lain lagi. Jadi dalam strategi dan sebagai meningkatkan produktiviti, ertinya dalam 1 hektar kalau boleh penggandaan yield akan berterusan. Sebagai contoh padi, dulu yield โ€˜Padi Lailaโ€™ kita ini cuma 2 tan metrik ke 3 tan metrik kemudian kita perkenalkan jenis padi baharu walaupun dari variety yang diimport dari negara jiran macam hybrid, menjadi 5 tan sehektar. Dua tahun lepas kita telah memperkenalkan โ€˜Padi Sembadaโ€™ yang setiap hektar hasilnya meningkat daripada 4 tan metrik kepada 6 tan metrik sehektar dan ุฅู† ุดุงุก ุงู„ู„ู‡ pada masa ini satu percubaan sedang dibuat untuk memperkenalkan benih padi yang dapat menghasilkan sehingga 8 tan sehektar.

Jadi, dengan teknologi hybrid kita ini boleh meningkatkan pengeluaran kita bagi setiap hektar dan akan memperkayakan peladang-peladang kita sendiri. Sama juga dengan teknik menggunakan hidroponik, fertigasi dan aquaponics semua ini untuk menjimatkan kawasan, menjimatkan tenaga tetapi juga akan menggandakan hasil pada peladang berkenaan dan yang penting adalah untuk mendapat hasil yang konsisten dan selamat untuk dimakan, melalui kawalan yang rapi dan kawalan terperinci menggunakan teknologi tinggi, dengan baja ataupun racun yang digunakan adalah terkawal ataupun pada tahap minimum sahaja.

Dengan menggunakan rumah terlindung atau Green Houses kita memastikan peniadaan penggunaan pesticide atau racun-racun yang dispray yang akan menjadikan keluaran sayuran kita ni lebih selamat lagi. Tetapi harus difahami semua ini memerlukan modal yang besar di peringkat permulaan kepada peladang-peladang berkenaan. Yang penting ini adalah sebagai satu direction atau hala tuju kita ni dalam bidang pertanian bagi memastikan peningkatan keluaran yang berkualiti dan menjimatkan tanah kita ni.

Yang Berhormat pun sudah dibawa melawat ke beberapa ladang kita ni di Agritech Park yang menggunakan internet of things dalam memastikan baja yang cukup air iaitu cukup bagi setiap pohon sayur dan buah yang ditanam.

Mengenai cadangan untuk membuka lebih banyak kawasan, ุฅู† ุดุงุก ุงู„ู„ู‡ pada masa ini dalam kajian. Untuk makluman kawasan yang disediakan untuk pertanian adalah sekitar 8,000 hektar dan yang diusahakan pada masa ini cuma dalam 4,000 hektar sahaja. Yang belum diusahakan itu adalah kawasan bukit-bukit, mungkin kawasan yang banjir dan pada masa ini Kementerian sedang mengkaji adakah perlu kita ni mendapatkan kawasan baharu bagi memudahkan orang ramai untuk aktif dalam bidang pertanian.

Mengenai sistem pemasaran bagi memudahkan pemasaran hasil-hasil peladang, seperti yang dimaklumi, pihak Kementerian mulai bulan Ogos tahun lepas telah mengadakan Pasar Tani di Stadium Negara Hassanal Bolkiah dengan kerjasama Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan dan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri. Dalam musim tertentu dianggarkan sekitar 2,000 pengunjung akan mengunjungi pasar berkenaan setiap minggu dari pukul 6.00 pagi hingga pukul 11.00 pagi.

Abiskaola bercadang kalau ada keperluan untuk menambah harinya lagi iaitu pada dari hari Ahad ke hari Jumaat dan Sabtu dan menambah masanya dari pagi hingga ke petang. Ini tertakluk kepada keupayaan peladang kitani untuk menyediakan bahan-bahan untuk dijual.

ุงูŽู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏู ู„ูู„ู‘ูฐู‡ู, kita mendapati peladang dari Daerah Temburong sehingga Labi, Daerah Belait ikut serta dalam โ€˜Pasar Kitaniโ€™ ini setiap minggu dan Yang Berhormat dialu-alukan untuk berkunjung setiap minggu ke โ€˜Pasar kitaniโ€™ di Stadium Negara Hassanal Bolkiah.

Mengenai pameran, ุฅูู†ู’ ุดูŽุงุกูŽ ุงู„ู„ู‡ aktiviti ini akan cuba diungkayahkan, tapi selalunya tertakluk kepada peladang kitani sama ada mereka ada bahan untuk dipamerkan atau tidak. Kitani menggalakkan, kalau ada yang dipamerkan, pamerkan, kalau ada akan dijual, jual. Sebenarnya melalui penganjuran kalau mengadakan โ€˜Pasar Kitaniโ€™ itu secara tidak langsung ia adalah juga sebagai pameran.

ุฅูู†ู’ ุดูŽุงุกูŽ ุงู„ู„ู‡, barangkali dalam bulan November tahun ini, kita akan merayakan โ€˜Hari Peladangโ€™ dan โ€˜Hari Nelayanโ€™ dengan mengadakan pameran secara kecil-kecilan mengikut keupayaan kewangan kita ini dan peladang-peladang telah pun dimaklumkan supaya mereka bersedia untuk menyediakan bahan-bahan yang boleh dipamerkan pada hari berkenaan.

Selanjutnya Yang Berhormat Awang Haji Tahamit bin Haji Nudin mencadangkan beberapa aktiviti latihan kepada peladang-peladang. Aktiviti latihan adalah aktiviti yang berterusan dilaksanakan oleh pegawai-pegawai dari Jabatan Pertanian dan Agrimakanan dan Jabatan Perikanan dengan memanggil beberapa orang yang berminat termasuk belia lepasan sekolah untuk diperkenalkan aktiviti-aktiviti berladang ini secara komersial.

Jadi, mereka diajar dari segi jenis tanaman atau jenis aktiviti yang bagus diceburi, yang boleh menguntungkan kepada mereka berapa kos untuk memulakan perniagaan dalam bidang ini; berapa hasil yang boleh dikaut ataupun dituai dari aktiviti berkenaan; apakah kos bulanan dan tahunan operasi bagi aktiviti ini dan apakah keuntungannya yang dapat diraih setiap bulan, setiap tahun dan sepanjang 10 tahun, berapakah wang tunai yang boleh dikumpul sekiranya aktiviti ini dibuat secara bersistem?

ูฑู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏู ู„ูู„ูŽู‘ูฐู‡ู, melalui Kementerian Pendidikan, IBTE di Kampung Wasan adalah sebagai institusi pendidikan yang banyak juga menawarkan kursus-kursus dari peringkat diploma rendah ke peringkat diploma tinggi malah jika tidak silap ke peringkat degree barangkali juga kepada orang ramai, belia terutamanya untuk mempelajari bidang pertanian dan ุฅูู†ู’ ุดูŽุงุกูŽ ูฑู„ู„ูŽู‘ูฐู‡ู kita berharap mereka akan turut serta dalam bidang pertanian apabila mereka lepas dari sekolah mereka.

Berkenaan dengan kawasan-kawasan pembiakan ikan sama ada di darat ataupun di laut, kita memang menggalakkan peladang-peladang ikan, penternak ikan dan juga nelayan-nelayan untuk berkecimpung meningkatkan keluaran ikan kita ini supaya kita tidak terlampau bergantung pada import.

Bagi sektor akuakultur di darat, kita menggalakkan orang ramai untuk memelihara ikan air tawar. Tunjuk ajar akan dibuat dari peringkat penetasan sampai pembesaran, penuaian ikan dan juga pembungkusan pun boleh diajar. Sama jua akuakultur di sungai-sungai, dan di laut-laut adalah digalakkan dan boleh dibuatkan bimbingan macam mana cara yang terbaik untuk mengusahakannya. Kalau nelayan yang ingin menggunakan perahu-perahu besar untuk ke laut dalam, juga digalakkan sama ada secara bersendirian ataupun dengan bekerjasama dengan FDI untuk usaha menangkap ikan di laut dalam.

Tapi, sekarang kita akan memberi fokus kepada amalan praktis yang lebih sustainable dan meniadakan pemberian lesen-lesen baharu untuk menangkap ikan menggunakan pukat tunda yang dikira sebagai lebih cenderung kepada penghapusan sumber ikan dan lebih menggalakkan menggunakan pancing dan cara-cara lain.

Sekian, Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusiโ€‹

Saya persilakan Yang Berhormat Awang Iswandy bin Ahmad.

Yang Berhormat Awang Iswandy bin Ahmadโ€‹

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

ุจุณู… ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุฑุญู…ู† ุงู„ุฑุญูŠู… ุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒู… ูˆุฑุญู…ุฉ ุงู„ู„ู‡ ูˆุจุฑูƒุงุชู‡

Saya ingin menyentuh mengenai pengurusan industri tanaman ternakan dan agrimakanan. Soalan saya ialah, apakah status dan kejayaan-kejayaan yang dapat dikongsikan mengenai projek yang dipanggil โ€˜Projek Pertanian Mudah dan Murahโ€™ bagi golongan belia yang menganggur serta โ€˜Teknik Pertanian Mudah dan Murahโ€™ bagi golongan kurang berkemampuan?

Pada pendapat saya, ada baiknya perkara ini dilaratkan kepada orang ramai yang mahu menjalankannya secara separuh masa atau yang baru berjinak-jinak, daripada mereka membeli atau yang baru berjinak-jinak ini mengeluarkan modal yang besar, pihak kerajaan boleh menyewakan sahaja peralatan yang diperlukan ataupun bantuan baka atau induk yang berkualiti supaya dapat lagi meningkatkan produktiviti malah juga untuk menolong meningkatkan lagi tahap food security kitani ini.

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelanconganโ€‹

Terima kasih Yang Berhormat Awang Iswandy. Teknik tanaman ataupun ternakan murah dan mudah memang sudah diperkenalkan sekitar tiga tahun yang lalu. Ini bertujuan memudahkan ibu-ibu tunggal ataupun orang yang tidak berkeupayaan untuk terus berkecimpung dalam bidang pertanian juga. Ertinya, tidak perlu mereka pergi jauh, even di belakang rumah pun mereka boleh bertanam sayur-sayuran seperti sawi, bayam dan lain-lain lagi.

Malah penduduk di kampung air pun boleh bertanam sayur-sayuran di beranda mereka dengan menggunakan โ€˜teknik murah dan mudahโ€™ ini. Tunjuk ajar memang dapat diberikan oleh Jabatan Pertanian dan Agrimakanan.

โ€˜Pengenalan teknik mudah dan murahโ€™ memang telah dibuat di seluruh negara sampai di Kampung Bukit Tutong, kampung air dan Kampung Mulaut. Jadi, dengan kerjasama Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB), dan Pusat Daโ€™wah Islamiah, kerana mereka ini mempunyai ahli-ahli yang memerlukan teknik murah dan mudah. Menggunakan sisa-sisa botol buangan sebagai bahan untuk teknik hydroponic. Singkatnya, perkara ini sudah diusahakan dan terpulanglah kepada beneficiary (orang yang dibantu) iaitu orang yang dibantu untuk sama ada terus melaksanakannya ataupun tidak.

Kedapatan oleh abiskaola Yang Berhormat Pengerusi, masalahnya sama ada mereka mudah jemu ataupun terus-menerus melaksanakan ataupun meungkayahkan kerja itu. Kalau tidak sia-sia juga usaha kita dan abiskaola ุฅู† ุดุงุก ุงู„ู„ู‡ akan terus memberikan bantuan dan our people sendiri yang akan ke sana membuat permulaannya.

Kemudian ditambah saja, tapi untuk memulakannya memang sudah ada dibuat tunjuk ajar malah banyak pihak yang membantu dari segi modal untuk memulakan saja. Bila sudah ada hasil yang dikumpulkan, usaha ini boleh disambung. Kadang-kadang satu unit itu harganya cuma $50.00 sahaja. Sebab itulah banyak tetapi tidak apa. Itulah orang sanggup membantu, tetapi yang penting adakah barang itu dapat terus dibuat atau tidak? Terima kasih.

Yang Berhormat Pengerusiโ€‹

Saya persilakan, Yang Berhormat Awang Haji Abdul Wahab bin Apong.

Yang Berhormat Awang Haji Abdul Wahab bin Apongโ€‹

Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi. Kaola menyentuh di bawah Tajuk SH06A dan di bawah Tajuk SH04A.

Dalam kesempatan ini, kaola ingin mengusulkan satu cadangan kepada Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan dan juga mungkin terkait dengan kementerian yang lain. Kaola memetik perbualan kaola dengan dua orang ahli Exco dari Negeri Selangor dan Negeri Sarawak, Malaysia yang kaola jumpa di sebuah hotel di Miri, Sarawak, Malaysia sebelum COVID-19 melanda dunia, yang pada masa itu, baru sahaja habis melawat negara ini dan mereka mengatakan bahawa โ€œsepanjang perjalanan pergi dan balik dari Bandar Seri Begawan menuju ke Miri, melalui lebuh raya kitani, beliau hanya nampak Masjid Jameโ€™ โ€˜Asr Hassanil Bolkiah yang indah dan beberapa bangunan sahaja dan merumuskan bahawa Negara Brunei Darussalam tidak banyak tempat yang akan dilawati sebab sepanjang jalan beliau nampak pokok yang menghijau.โ€

Dari perbualan itu, kaola berfikir di manakah ruang yang perlu diperbaiki dari kenyataan ahli-ahli Exco itu? Kaola dan kitani semua tahu bahawa negara ini mempunyai banyak tempat menarik dan unik untuk dilawati dan dinikmati di semua daerah di negara ini. Hasil permuzakarahan kaola dengan anak buah dan juga orang-orang berkepentingan, mencadangkan supaya papan-papan tanda merujuk hala tuju berwarna coklat menuju ke tempat-tempat menarik di negara ini termasuk ladang-ladang berbagai-bagai produk dan sebagainya untuk dipasang di lokasi strategik yang sentiasa dilihat oleh mata sepanjang lebuh raya dan juga jalan raya menuju ke tempat-tempat menarik berkenaan.

Kaola dengan anak buah percaya akan menambah baik kaedah promo yang sedia ada yang kaola percaya tidak sampai kepada semua golongan masyarakat termasuk orang Brunei sendiri. Kaola juga percaya melihat papan tanda itu setiap hari sepanjang lebuh raya dan jalan raya berkenaan, akan setentunya boleh mencuit hati orang Brunei sendiri untuk membuat perancangan melawat tempat-tempat menarik itu. Sebagai satu pilihan dalam negeri, apatah lagi kalau sudah sempadan dibuka. Inilah masa yang tepat untuk bertindak.

Kaola juga mencadangkan agar peruntukan tambahan untuk Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan bagi bekerjasama dengan Kementerian Pembangunan dan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri memasang papan-papan tanda ini termasuk juga projek pemulihan mana-mana tempat menarik yang di bawah kawalan Jabatan Daerah yang memerlukan perhatian.

Kaola rasa sebelum dibuka sempadan ini, inilah 'bisai' bertindak. Dengan papan-papan tanda itu, anak-anak muda boleh tahu juga tempat-tempat menarik di negara ini, negaranya sendiri. Jadinya, bukan lagi KNK (Kenali Negara Kita Ni) tetapi kita ni ubah kalau dicadangkan KLBNK (Kenal, Lawat dan Belanja dalam Negara Kita Ni).

Sektor pertanian dan perikanan menjadi salah satu tumpuan sumber mempelbagaikan ekonomi negara dan menyumbang pertumbuhan KDNK negara. Berikutan itu, Kaola sukacita mencadangkan supaya bidang pertanian dan perikanan ini bagi menarik minat generasi baharu pada masa ini perlu dipertimbangkan agar dapat ditawarkan oleh sektor pendidikan. Langkah ini bukanlah asing bagi negara-negara yang maju dalam bidang pertanian. Mata pelajaran sains pertanian, umpamanya sudah diperkenalkan di peringkat sekolah-sekolah menengah dan peringkat pengajian tinggi bertaraf diploma dan ijazah sebagaimana yang dinyatakan oleh Yang Berhormat tadi.

Sekianlah sahaja,

ูˆุจุงู„ู„ู‡ ุงู„ุชูˆููŠู‚ ูˆุงู„ู‡ุฏุงูŠุฉ. ูˆ ุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒู… ูˆุฑุญู…ุฉ ุงู„ู„ู‡ ูˆุจุฑูƒุงุชู‡

Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelanconganโ€‹

Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi dan terima kasih, Yang Berhormat.

Tadi Yang Berhormat mengemukakan dua cadangan:

  1. Mengadakan papan-papan tanda sebagai panduan kepada orang ramai dan pelancong-pelancong di tempat-tempat yang menarik di seluruh negara. ุฅู† ุดุงุก ุงู„ู„ู‡, perkara ini akan dilihat, Yang Berhormat Pengerusi dan akan dirunding dengan kementerian berkenaan untuk kita ni melaksanakannya ุฅู† ุดุงุก ุงู„ู„ู‡; dan

  2. Bagi generasi baharu untuk diberikan pendedahan dalam mata pelajaran bidang pertanian ataupun perikanan dan lain-lain lagi. Seperti yang dimaklumi, IBTE Wasan telah pun ditubuhkan beberapa tahun yang lalu iaitu sebagai kesinambungan kepada yang asalnya, Sekolah Pertanian di Sinaut dan abiskaola juga ada berhubung dengan IBTE untuk memastikan keselarasan subjek-subjek yang mereka utamakan di sekolah-sekolah IBTE itu bersesuaian dengan kehendak pada masa ini dan malah abiskaola juga berunding dengan pihak UBD, UTB dan UNISSA untuk memastikan research dalam bidang pertanian, perikanan dan ternakan dapat mereka buat, bagi membantu kementerian dan industri dan orang ramai, particularly peladang, dan memastikan kualiti production dan produktiviti pengeluaran mereka meningkat dari semasa ke semasa. Jadi, barang ini sudah pun dibuat dan ุฅูู†ู’ ุดูŽุงุกูŽ ุงู„ู„ู‡ akan dikukuhkan lagi.

Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusiโ€‹

Saya persilakan, Yang Berhormat Awang Haji Abdul Hamid bin Haji Mumin.

Yang Berhormat Awang Haji Abdul Hamid bin Haji Muminโ€‹

ุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ู‡ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูŽู†ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญููŠู…ู ุงู„ุณูŽู‘ู„ูŽุงู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒูŽุงุชูู‡ู dan salam sejahtera. Yang Berhormat Pengerusi, terima kasih. Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Yang Berhormat Pengerusi, kaola sukacita mohon izin dengan membawakan di bawah Tajuk SH02A โ€“ Jabatan Perhutanan dengan Anggaran Perbelanjaan Tahun 2021/2022 sebanyak $7,381,690.00 dan sementara Perbelanjaan Kemajuan pula ialah $600,000.00 bagi Perbelanjaan Tahun 2021/2022.

Kaola lebih dahulu mengambil kesempatan merakamkan ucapan penghargaan dan tahniah atas mukadimah yang disampaikan oleh Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, tahniah Yang Berhormat.

Yang Berhormat Pengerusi. Melalui program utama yang dipaparkan oleh jabatan ini, kaola sukacita menyokong sepenuhnya atas tugas dan tanggungjawab melaksanakan dasar perhutanan. Dalam meningkatkan produktiviti, pemantauan dan pengawalan aktiviti dan hutan atau berkaitan perhutanan yang merupakan aset negara ke arah menyumbangkan pendapatan negara. Sebagaimana pada tahun 2019/2020, telah menghasilkan jualan industri hiliran berasaskan kayu sebanyak $8.48 juta.

Yang Berhormat Pengerusi. Sebagaimana kita ni maklum, bahawa hutan tropika Negara Brunei Darussalam ini bukan sahaja kita ni melihat penghijauan kayu-kayuan ataupun segala kayu-kayu yang dapat menghasilkan balak, malah terdapat berbagai-bagai jenis tumbuhan yang berkhasiat yang hidup sebagai bahan makanan yang alami dan semula jadi. Ini semuanya adalah kurnia daripada ุงู„ู„ู‡ ุณูุจู’ุญูŽุงู†ูŽู‡ู ูˆูŽุชูŽุนูŽุงู„ูŽู‰

Tumbuh-tumbuhan ini telah menjadi hasil pendapatan kepada masyarakat di kampung-kampung yang rajin meneroka di dalam hutan berdekatan kampung mereka di mana-mana sahaja mereka ini. Boleh dikatakan mereka meneroka hutan yang dipanggil hutan masyarakat iaitu hutan di sekitar perkampungan mereka.

ุงู„ุญู…ุฏ ู„ู„ู‡ ia merupakan pendapatan sampingan kepada masyarakat kampung. Ertinya kita juga harus 'mengelinga' masyarakat di kampung ini supaya ada juga tambahan pendapatan kepada mereka. Apa yang kaola ingin kongsikan bahawa tumbuh-tumbuhan makanan ini yang tumbuh di tempat-tempat tertentu dalam hutan kita telah pun semakin pupus atau kita bimbang akan pupus kerana aktiviti pengambilan tumbuhan ini oleh masyarakat untuk jualan sebagai hasil pendapatan. Kita dapat melihat bagaimana aktiviti ini dijalankan oleh masyarakat kampung iaitu hasil pendapatan mereka dijual di โ€˜tamu-tamuโ€™ mingguan dan sebagainya. ุงู„ุญู…ุฏ ู„ู„ู‡ ini antara pendapatan yang dapat menampung kehidupan mereka.

Kalau dulu tumbuhan ini pada tahun-tahun 50-an, 60-an dan 70-an amat mudah diperolehi di tepi-tepi rumah orang-orang kampung atau di tepi-tepi jalan dalam kampung, tetapi sekarang ini tidaklah lagi semudah dahulu ia sudah sukar diperolehi dan jauh ke dalam hutan belantara. Walau macam manapun kerana ia perlu untuk pendapatan, orang kampung sanggup juga meneroka hutan demi mendapatkan hasil-hasil yang boleh menampung pendapatan mereka.

Yang Berhormat Pengerusi, kaola sukacita mengongsikan minda dengan pihak Jabatan Perhutanan dan bercadang supaya usaha-usaha menanam semula secara besar-besaran dipergiatkan bersama masyarakat kampung. Ini supaya orang kampung tidak lagi jauh mencari ke dalam hutan belantara dan juga dipergiatkanlah bersama dengan persatuan-persatuan, NGO dan malah MPK misalnya akan dapat bersama-sama bergiat demi Satu Kampung Satu Keluarga yang juga sebagai satu pemedulian untuk hasil-hasil mereka ini. Penanamannya sudah tentulah di tempat-tempat yang bersesuaian; dan Berbalik kepada program Jabatan Perhutanan, seperti program penghijauan semula ke atas hutan, pemulihan hutan, kemasyarakatan dan juga pengurusan dan pemulihan hidupan liar, tumbuhan-tumbuhan ini juga merupakan tumbuhan hidupan liar yang memberikan pendapatan khususnya kepada masyarakat kampung ini. Kaola juga bercadang kepada pihak Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan akan dapat memberi peluang dan membantu mana-mana pihak yang berminat untuk membuka perusahaan atau ladang tanaman, tumbuhan alami ini sebagai salah satu hasil menyumbang pendapatan melalui aktiviti pertanian.

Yang Berhormat Pengerusi sekian sahaja
ูˆ ุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒู… ูˆุฑุญู…ุฉ ุงู„ู„ู‡ ูˆุจุฑูƒุงุชู‡

Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelanconganโ€‹

Terima kasih Yang Berhormat Haji Abdul Hamid. Kalau Yang Berhormat Pengerusi melihat ada dua proposal daripada ucapan Yang Berhormat tadi itu:

Berkenaan cadangan penanaman semula beberapa bahan makanan yang selalunya didapati dari hutan-hutan kita. Sebenarnya, kita ada kawasan pertanian yang dipanggil KPLB (Kawasan Pertanian Luar Bandar) yang kebanyakannya diusahakan oleh penduduk kampung di semua daerah di Negara Brunei Darussalam dan kebanyakan mereka bertanam buah-buahan seperti durian dan lain-lain, bertanam herba, pisang untuk hasil yang lebih cepat. Jadi, peluang untuk orang-orang kampung berkenaan untuk aktif menanam apa sahaja yang mereka mahu misalnya menanam buah 'kembayau', yang jarang didapati pada masa ini.

Memang didapati seperti di Kampung Meriuk, Kiudang kaola dapati mereka memang bertanam 'kembayau' walaupun memakan masa yang lama untuk menghasilkan buahnya tetapi untuk mengekalkan barang itu ada, jadi digalakkan tiada masalah. Kalau mereka mahu bertanam hasil yang cepat buah-buah seperti pisang, kalau mahu lebih lambat sedikit seperti durian mengambil masa 4 ke 5 tahun, tetapi kalau 'kembayau' itu masanya mungkin lama sedikit. Ada galakan, tiada masalah dan bagi membantu orang ramai menanam tanaman hasil-hasil ini berkaitan juga tadi kalau ada keperluan untuk kita berminat kita boleh membantu memberi nasihat macam mana mendapatkan benihnya, itu tidak ada masalah ุฅู† ุดุงุก ุงู„ู„ู‡

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusiโ€‹

Saya kira Ahli-Ahli Yang Berhormat sendiri barangkali harus juga menggalakkan anak-anak kampung masing-masing untuk bercucuk tanam mengenai perkara-perkara ataupun bahan-bahan ubat-ubatan yang mungkin boleh jadi hirup-hirupan kemudian nanti barangkali yang boleh dibuat, diusahakan oleh anak-anak buah sendiri di kampung halaman masing-masing. Tidaklah saya kira payah bagi kementerian yang berkenaan untuk turut serta dan kalau sekiranya kementerian ini semua ikut, ia akan bersaing dengan usaha orang-orang kampung, usaha orang-orang kampung yang diadakan khas untuk jualan mereka sendiri haruslah diusahakan aktiviti ini oleh mereka sendiri dengan dorongan daripada abiskita.

Kalau sekiranya diperlukan in terms of know how dan baja seumpamanya barangkali boleh kementerian yang berkenaan ikut serta ataupun tempat yang lebih besar pada misalnya ada orang yang suka menanam halia yang boleh dijadikan ubat. Jadi itu tidak menjadi masalah bagi kementerian yang berkenaan untuk mencarikan tempat secara besar-besar tetapi kalau secara kecil-kecilan ini barangkali harus dibuatlah dengan secara yang berpatutan. Saya persilakan Yang Berhormat Awang Hanapi bin Mohd. Siput.

Yang Berhormat Awang Hanapi bin Mohd. Siputโ€‹

Terima kasih. Yang Berhormat Pengerusi. ุจุณู… ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุฑุญู…ู† ุงู„ุฑุญูŠู… ุงู„ุณู‘ูŽู„ุงูŽู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู… ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒูŽุงุชูู‡ู dan salam sejahtera. Kaola lebih dahulu merakamkan penghargaan yang setinggi-tingginya dan terima kasih serta tahniah atas pembentangan serta penerangan lengkap mengenai peruntukan di bawah Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan dan jabatan-jabatan di bawahnya yang disampaikan oleh Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan.

  1. Kaola suka membawa di bawah Tajuk SH02A โ€“ Jabatan Perhutanan di bawah Kod Akaun 003/000 โ€“ Ameniti dan Pemuliharaan Hutan dengan objektif programnya ialah meningkatkan koleksi penyimpanan dan tumbuhan hidup, penyimpanan dan pengurusan spesis flora melalui program projek kerjasama dan pengurusan taman serta menguruskan dan mempromosikan kemudahan-kemudahan awam di Taman Negara dan Taman-Taman Rekreasi serta hutan serta menyelaraskan projek masyarakat dalam program-program projek dan inisiatif yang berkaitan dengan perhutanan.

Dalam hal ini, kaola suka bertanya apakah langkah-langkah yang telah dibuat dan apakah perkembangan dalam menjadikan hutan simpan di kawasan Bukit Teraja, Mukim Labi, dijadikan sebagai Taman Hutan Lestari? Selain pemeliharaan flora dan faunanya adakah sudah penempatan bagi binatang-binatang yang dikawal ditempatkan di kawasan tersebut untuk tujuan pembiakan dan pemeliharaan serta keselamatan binatang tersebut dari pupus seperti yang diwartakan?; dan

  1. Seterusnya di bawah Tajuk SH06A - Jabatan Kemajuan Pelancongan, di bawah Kod Akaun 004/000 - Program Promosi dan Pemasaran Pelancongan yang objektif programnya ialah meningkatkan jumlah ketibaan pelancong dan pertumbuhan perkhidmatan yang berkaitan dengan pelancongan di Negara Brunei Darussalam supaya ia dapat menyumbang secara signifikan kepada pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK).

Yang Berhormat Pengerusi. Sektor pelancongan di Negara Brunei Darussalam berkembang maju dan menjadi sumber pendapatan negara yang penting. Hal ini menyebabkan tempat pelancongan di negara ini dibuka dengan banyak seperti cendawan selepas hujan. Namun sejak COVID-19 melanda dunia, struktur pelancongan Negara Brunei Darussalam agak terjejas dan merudum. Kerajaan telah menggerakkan semua agensinya untuk memastikan struktur pelancongan berkembang pesat sejajar dengan pembangunan negara yang pantas. Namun, masih ada ruang dan peluang yang wajar dimanfaatkan oleh semua pihak untuk memastikan semua pihak mendapat faedah daripada perkembangan struktur ini. Jika ditinjau dengan mendalam terdapat beberapa langkah yang dapat dilaksanakan untuk memajukan struktur pelancongan di negara kita. Antara langkah yang dapat diambil ialah pihak kerajaan memperkenalkan produk pelancongan baharu yang dapat menarik minat pengunjung. Banyak produk pelancongan yang diterokai oleh pihak-pihak yang terbabit, misalnya kerajaan mengadakan masyarakat melibatkan diri dalam Program Inap Desa dengan lebih banyak.

Oleh itu, kita harus mengambil peluang untuk memperkenalkan keunikan negara ini dengan mengetengahkan budaya hidup dan kesenian masyarakat tempatan. Sebagai contoh, pelancong wajar dibawa untuk tinggal bersama masyarakat luar bandar dengan mendalami cara hidup mereka.

Selain itu, kaola mencadangkan supaya adanya kolaborasi antara Jabatan Perhutanan dan Jabatan Pelancongan supaya taman-taman rekreasi dalam pengawasan Jabatan Perhutanan seperti Taman Rekreasi Sungai Liang dan Luagan Lalak diberi kebenaran dan ruang untuk orang ramai ataupun penduduk kampung menjual pelbagai jenis jualan untuk memperkenalkan produk makanan dan kraftangan tempatan dari pelbagai kaum. Jadi, usaha kerajaan memperkenalkan produk pelancongan baharu dapat meningkatkan sektor berkenaan.

Selain badan-badan kerajaan, kaola berpendapat pihak swasta juga wajar memikul tanggungjawab untuk mempromosikan Negara Brunei Darussalam sebagai destinasi pelancongan yang kompetitif bak kata pepatah: โ€œringan sama dijinjing, berat sama dipikulโ€.

Maka, kaola berpendapat semua pihak hendaklah tampil untuk menunjukkan iltizam yang tinggi untuk membantu kerajaan mempromosikan Negara Brunei Darussalam sebagai destinasi pelancongan yang hebat bak kata pepatah lagi: โ€œJika tidak dipecah ruyung, di mana boleh mendapat saguโ€.

Sekian disampaikan dan terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelanconganโ€‹

ุจุณู… ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุฑุญู…ู† ุงู„ุฑุญูŠู… ุงู„ุณู‘ูŽู„ูŽุงู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒูŽุงุชูู‡ู

Soalan yang pertama daripada Yang Berhormat ialah berkenaan dengan Hutan Teraja sebagai Taman Hutan Lestari dan kalau boleh digunakan tempat perlindungan kehidupan liar.

Cadangan ini memang selaras dengan konsep pelancongan yang diperkenalkan ataupun dipromote oleh Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan dalam masa dua tahun yang lalu iaitu: Pelancongan Lestari Bertanggungjawab dan Inklusif. Ini bererti pelancong yang akan berkunjung ke tempat itu bukannya akan menebang hutan, menebang kayu tapi akan menanam kayu sebagai contoh. Ini dinamakan lebih bertanggungjawab dan lestari dan jua inklusif bermaksud supaya orang kampung di sana pun akan terlibat ataupun meraih faedah daripada aktiviti pelancongan bukannya disingkir ataupun dikeluarkan dari tempat mereka tinggal kerana untuk dibangun hotel yang besar sehingga hutan pupus dan penduduk kampung terpaksa berpindah keluar.

Pada masa yang sama juga aktiviti untuk memastikan hidupan liar tidak lari dari kawasan berkenaan, menyebabkan hidupan liar menjadi susah untuk kita melihatnya. Jadi, inilah yang dikatakan Pelancongan Lestari Bertanggungjawab dan Inklusif ataupun Sustainable Responsible and Inclusive Tourism yang disokong oleh Pertubuhan ASEAN dalam Mesyuarat Menteri-Menteri Pelancongan ASEAN pada tahun 2018. Kalau boleh Bukit Teraja itu our idea untuk menjadikanya sebagai sanctuary kepada hidupan liar bukan saja hidupan liar dari dalam negara malah hidupan liar dari negara jiran pun akan berpindah atau migrate ke Hutan Teraja itu disebabkan aktiviti-aktiviti ladang-ladang kelapa sawit kita lihat rancak dilaksanakan di negara-negara berdekatan.

Selanjutnya, berkenaan dengan inap desa dan produk-produk pelancongan di luar bandar. Barang ini sama jua digalakkan, terpulang kepada orang-orang kampung sendiri through Majlis Perundingan Kampung (MPK) akan menggalakkan aktiviti-aktiviti MPK Inap Desa ataupun kraftangan lagi untuk menarik orang ramai ke sana. Pelancongan juga menjadi sumber pendapatan kepada mereka. Barang ini tidak dihalang dan tidak juga dapat dipaksa seperti kampung ini mesti membuat ini. Kalau ada mana-mana kampung dan MPK yang aktif dalam kraftangan macam orang-orang kampung di Mandaram dan di Teraja, setiap hujung minggu mengadakan pameran-pameran dan hidangan-hidangan kampung untuk orang ramai ke sana. Jadi pihak ejen pelancongan akan dikerahkan untuk mempromosi aktiviti berkenaan untuk dikunjungi oleh pelancong-pelancong dari dalam dan luar negara tertakluk kepada kampung itu.

Kalau orang di Muara dengan cara mereka membuat berbagai-bagai jenis makanan tempatan dan ejen pelancongan akan dikerahkan untuk mempromosi tempat itu dan membawa pelancong ke sana dan lain-lain lagi. Sama juga dengan Daerah Temburong dan tempat-tempat lain seperti di Tanjung Maya ada aktiviti membuat minyak kelapa dara dan ada inap desa, ada lamin warisan, jadi, dimasukkan dalam buku panduan pelancong untuk digunakan oleh ejen pelancongan untuk membawa pelancong ke sana. Itulah yang dapat Kaola terangkan. Terima kasih.

Yang Berhormat Pengerusiโ€‹

Seterusnya saya persilakan Yang Berhormat Awang Haji Umarali bin Esung.

Yang Berhormat Awang Haji Umarali bin Esungโ€‹

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. ุจุณู… ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุฑุญู…ู† ุงู„ุฑุญูŠู… ุงู„ุณู„ุงู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒูŽุงุชูู‡ู Kaola bercakap di bawah Tajuk SH06A - Jabatan Kemajuan Pelancongan. Melihat kepada perkembangan industri pelancongan di Negara Brunei Darussalam khususnya dalam sektor yang berkaitan dengan penginpan ataupun tempat tinggal, jumlah inap desa tempatan yang menepati syarat-syarat yang tertentu yang ditetapkan oleh pihak-pihak yang berkenaan adalah masih rendah. Perkara ini pernah saya tanyakan semasa Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Kenam Belas Majlis Mesyuarat Negara Tahun 2020 melalui Soalan Yang Diberi Notis.

Sehubungan dengan itu, dasar dan syarat-syarat yang tertentu yang sedia ada perlu dikaji semula dan hendaklah dilaksanakan secara berfasa. Bagi menggalakkan pertumbuhan industri pelancongan tempatan dengan memberi perhatian kepada sektor pelancongan industri atau kampung, kaola sukacita mencadangkan lagi untuk mendapatkan kebenaran tersebut, ada baiknya memberi kuasa kepada Jabatan Kemajuan Pelancongan untuk membuat penelitian sendiri dari aspek perkhidmatan kemudahan dan keselamatan serta memberi kebenaran sewajarnya kepada sektor berkenaan untuk terus beroperasi.

Mewujudkan syarat-syarat yang tertentu minimum kepada sektor pelancongan kecil di peringkat kampung bagi mewujudkan persaingan yang lebih sihat seperti penginapan inap desa dan juga pelancongan berasaskan komuniti (CBT).

Sekian, ูˆุจุงู„ู„ู‡ ุงู„ุชูˆููŠู‚ ูˆุงู„ู‡ุฏุงูŠุฉ. ูˆ ุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒู… ูˆุฑุญู…ุฉ ุงู„ู„ู‡ ูˆุจุฑูƒุงุชู‡

Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelanconganโ€‹

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Terima kasih Yang Berhormat Haji Umarali kerana mengajukan beberapa cadangan bagi sektor pelancongan. ุฅู† ุดุงุก ุงู„ู„ู‡ sebenarnya ada banyak pengusaha yang menjalankan aktiviti inap desa ini menawarkan ruang rumah mereka untuk dijadikan tempat tinggal kepada pelancong-pelancong. Ada yang tidak berdaftar sebenarnya siapa-siapa yang menawarkan aktiviti inap desa ini untuk pelancong-pelancong haruslah berdaftar. Ketika ini, Jabatan Kemajuan Pelancongan sedang membuat pemantauan untuk memastikan mereka benar-benar berdaftar sebelum mereka menawarkan perkhidmatan mereka kepada orang ramai sebagai tempat penginapan atau inap desa di kampung-kampung. Sebenarnya untuk menjadikan mereka itu layak untuk menawarkan tempat penginapan inap desa ini ada syarat-syarat tertentu atau requirement tertentu untuk mereka layak dan kebanyakan biasanya menggunakan standard yang telah dipersetujui, diakui di rantau ASEAN ini. Semua harus sama di negara ASEAN ada standard yang perlu dipatuhi dari segi memastikan keselamatan, kebersihan, kemudahan bagi penginap-penginap supaya tidak ada isu yang berbangkit yang menyebabkan kecederaan atau ketidakselesaan kepada pengunjung-pengunjung berkenaan. ุฅู† ุดุงุก ุงู„ู„ู‡ pemantauan akan terus dibuat untuk mendaftar dan seterusnya mematuhi standard yang telah ditetapkan.

Begitu juga dengan Community Based Tourism, kebanyakannya akan, yang penting adalah keselamatan dan kebersihan untuk memastikan orang ramai tidak ada isu in the future. Mereka ikut aktif dalam kampung itu yang ada aktiviti tracking, naik bot ataupun ATV dan yang lain-lain, dan mereka mesti ikut standard yang diperlukan oleh mana-mana autoriti yang telah menetapkan peraturan misalnya kalau memakai bot, dalam bot memakai safety, kalau memakai ATV itu make sure the machine is working dan lain-lain lagi. Yang penting perkara ini diteliti dan dikawal, dipantau dan ditekankan faktor keselamatan yang utama, kebersihan adalah yang utama juga, jadi orang offer makanan kampung dan sebagainya yang penting dapurnya bersih, sekitarnya bersih dan selamat.

ุฅูู†ู’ ุดูŽุงุกูŽ ูฑู„ู„ูŽู‘ูฐู‡ู akan terus dipantau. Sekian, terima kasih.

Yang Berhormat Pengerusiโ€‹

Saya persilakan Yang Berhormat Awang Haji Mohimin bin Haji Johari @ Jahari.

Yang Berhormat Awang Haji Mohimin bin Haji Johari @ Jahariโ€‹

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

ุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ู‡ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูฐู†ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญููŠู’ู…ู ุงูŽู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏู ูู„ู„ู‡ู ุฑูŽุจูู‘ ุงู„ู’ุนูŽุงู„ูŽู…ููŠู’ู†ูŽ ูˆูŽุงู„ุตูŽู‘ู„ูŽุงุฉู ูˆูŽุงู„ุณูŽู‘ู„ูŽุงู…ู ุนูŽู„ูŽู‰ ุฃูŽุดู’ุฑูŽูู ุงู„ู’ุฃูŽู†ู’ุจููŠูŽุงุกู ูˆูŽุงู„ู’ู…ูุฑู’ุณูŽู„ููŠู’ู†ูŽ ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุขู„ูู‡ู ูˆูŽุตูŽุญู’ุจูู‡ู ุฃูŽุฌู’ู…ูŽุนููŠู’ู†ูŽ.
  1. Kaola suka untuk membawa di bawah Tajuk SH01A - Jabatan Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan. Kaola mengambil kesempatan mengucapkan tahniah yang setinggi-tingginya atas usaha-usaha kementerian dalam peningkatan aktiviti-aktiviti pertanian, perikanan, perhutanan dan lain-lain di bawah Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan.

Kaola suka mencadangkan pelaksanaan enforcement peraturan dan undang-undang dalam bidang jabatan-jabatan di bawah Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan seperti penyewaan dan penggunaan tanah gazet pertanian oleh orang-orang asing, peraturan-peraturan dan undang-undang Jabatan Perhutanan, Perikanan dan lain-lain.

  1. Seterusnya kaola membawa di bawah Tajuk SH06A - Jabatan Kemajuan Pelancongan. Kaola suka untuk mencadangkan supaya penawaran kepada FDI sama ada Government Link Company atau private public partnership atau sebagainya bagi memajukan tapak-tapak pelancongan yang berpotensi di seluruh negara. Ini dapat memperkasakan sektor pelancongan kebangsaan dengan mencipta pusat-pusat pelancongan yang berinovasi yang dikira berpotensi meningkatkan fiskal negara kerana ุฅู† ุดุงุก ุงู„ู„ู‡ dunia akan pulih daripada pandemik COVID-19 dan akan mengaktifkan sektor pelancongan global dan juga penggalakan pelancongan domestik.

  2. Seterusnya di bawah Tajuk SH03A - Jabatan Perikanan. Kaola membawa beberapa isu yang ditimbulkan dalam Jabatan Perikanan:

i. Keselamatan belayar. Beberapa tahun kebelakangan ini makin banyak kapal menggunakan laluan hujung Muara putus seperti kapal kargo, kapal-kapal Syarikat Brunei Shell dan Petroleum dan Syarikat Hengyi Industries Sendirian Berhad kapal menghantar simen, batu dan pasir, feri BSB-Labuan dan kapal-kapal nelayan yang semakin banyak.

ii. Dalam pembelian minyak untuk kegunaan kapal penangkapan ikan Zon 3 terpaksa mengikut BSM Safety Regulation dengan menggunakan pickup dua drum sekali trip sedangkan kapal memerlukan 32 drum yang terpaksa mengambil masa 16 trip hanya untuk pembelian minyak dan perjalanan kapal ke Daerah Tutong, pintu masuk Zon 3 memakan masa 7 ke 8 jam satu hala. Masa terbuang hanya untuk perjalanan. Jika dimanfaatkan untuk operasi penangkapan boleh menghasilkan tangkapan yang banyak dengan keperluan perjalanan ke Daerah Tutong ini dengan keperluan minyak hingga 16 drum ulang alik Muara-Tutong-Tutong-Muara dengan kos 1 drum $60, semua kosnya $960, hanya pelayaran ke Daerah Tutong. Ini sudah impak subsidi minyak hanya untuk belayar. Jika ada stesen minyak khas fueling station untuk kapal perairan Danau Tutong maka perkara ini akan dapat diatasi.

iii. Jambatan yang beratap, panas dan hujan menjejaskan hasil tangkapan.

iv. Tempat melelong hasil tangkapan.

v. Tempat repair hal kapal-kapal (dockyard) iaitu Marine Department dockyard hanya satu, yang hanya untuk sebuah kapal even berbulan-bulan dan sekarang tidak berfungsi. Jika ditawarkan kepada FDI mungkin ada kemudahan yang diperlukan, kapal kita ini terpaksa ke negeri jiran yang berdekatan.

vi. Ice House juga tiada.

vii. Tapak pelabuhan untuk kapal ikan kerana ia centre dan pintu masuk Zon 3 dan 4 langsung. Jika ia dari Muara perjalanan terlalu jauh dan banyak menggunakan minyak dan jika ada jambatan tempat pendaratan ikan ditempatkan di Danau, Daerah Tutong dapatlah dijadikan hub centre pelelongan ikan dan sebagainya; dan

viii. Tempat membuang sampah dan minyak oil yang terpakai tiada disediakan. Baru-baru ini ada wakil FDI menghubungi Jabatan Perikanan tetapi kurang mendapat kerjasama yang diperlukan sehingga FDI tersebut beralih ke negeri jiran.

  1. Seterusnya di bawah Tajuk SH04A - Jabatan Pertanian dan Agrimakanan. Kaola suka untuk mencadangkan supaya penggalakan tanaman komoditi yang berpotensi dijadikan komoditi eksport yang dikira berpotensi mempelbagaikan sumber fiskal negara seperti tanaman rempah dan lain-lain yang pihak Jabatan Pertanian dan Agrimakanan lebih arif dalam bidang ini.

Sekian, terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelanconganโ€‹

Terima kasih Yang Berhormat. Kaola cubakan mengingati apa soalan tadi itu. I think mula-mula saranan pelancongan barangkali menggalakkan FDI, PPP bagi memajukan tapak-tapak pelancongan di seluruh negara. Seperti yang kaola sentuh dalam mukadimah, memang our strategi dalam Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, one of the strategy ialah sustainability, ertinya apabila kita try mengurangkan pergantungan pada perbelanjaan kerajaan dalam mana-mana aktiviti ataupun projek di bawah kementerian sama ada pertanian, penternakan, perikanan ataupun pelancongan.

Sebagai contoh, apabila ada bukan sahaja FDI atau mana-mana sahaja, contoh di sini tadi kaola sebut satu perkembangan berkenaan Kampung Perdayan bahawa dimana pelabur dalam negara mencadangkan untuk membangun 30 chalet mewah bagi tujuan penginapan pelancong-pelancong untuk sambil menikmati jua keindahan alam sekitar, hutan hijau dan bakau di kawasan berkenaan. Projek ini sudah bermula dari awal tahun lepas, pertengahan tahun lepas dan akan dijangka siap pertengahan tahun ini ุฅู† ุดุงุก ุงู„ู„ู‡ akan mula dibuka pada hujung tahun ini. Jadi tidak ada kos (zero cost) to government masih clear dan mereka sudah bertekad bagi memastikan untuk memelihara alam sekitar dan ketika ini kita sudah menawarkan untuk pelabur dalam negara untuk mengurus resort kita ni di Ulu Temburong. Kita juga menawarkan kepada pelabur untuk mengurus satu lokasi di Teraja, Labi untuk menjadikannya sebagai tempat one stop tourist business centre. Dengan adanya centre ini, semua pelancong atau pelajar-pelajar sekolah akan berkumpul untuk diberi penerangan mengenai hutan, kehidupan liar, biodiversity sebelum mereka meneruskan perjalanan mereka sama ada untuk mengunjungi Hutan Teraja ataupun Wasai Wang Kadir ataupun melawat rumah panjang dan melawat di sekitar Labi ataupun terlibat dengan aktiviti-aktiviti reforeststation ataupun menanam kayu dan lain-lain lagi.

Jadi, barang ini bukannya barang baharu bagi kementerian sebagai satu strategi Kementerian untuk menggalakkan FDI ataupun private sector untuk memajukan. ุฅู† ุดุงุก ุงู„ู„ู‡ dalam beberapa bulan akan datang ini akan ada 2 lagi RFP yang akan dikeluarkan bagi pelabur-pelabur untuk memajukan beberapa kawasan yang sudah digazet di bawah Jabatan Kemajuan Pelancongan, untuk dimajukan sama ada sebagai amusement park ataupun education entertainment park ataupun sebagai restoran untuk di tempat-tempat tertentu dan lain-lain lagi.

Mengenai sektor perikanan, sebagai akan berunding dengan beberapa jabatan dan kementerian berkenaan bagi meneliti isu-isu keselamatan pelayaran bagi perkapalan, penangkap-penangkap ikan kita ni di tempat yang sama jua sebagai laluan bagi feri-feri jiran kita ni, kapal-kapal, kargo-kargo jua di Muara, channel yang sama untuk menuju ke Pelabuhan Muara, dan ke Fish Landing Complex (FLC) di Serasa.

ุฅู† ุดุงุก ุงู„ู„ู‡ akan dirundingkan bersama Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC). Berkenaan dengan minyak bagi kapal-kapal penangkapan ikan yang menerokai Zon 3 untuk menangkap ikan dan memakan masa yang panjang sampai satu hari baru sampai ke tempat itu. Jadi, memerlukan banyak minyak untuk digunakan untuk sampai ke tempat itu, apalagi ke tempat-tempat lain di Daerah Tutong jadinya belum lagi menangkap ikan kosnya sudah tinggi kerana perbelanjaan minyak. Masa ini, kementerian sedang berunding dengan Kementerian Tenaga dan juga Kementerian Kewangan dan Ekonomi juga mengenai dengan cara-cara kita ni memberi kemudahan untuk mereka mendapatkan minyak bagi membuat trip ke luar pantai dan balik semula dan at the same time melihat harga yang sesuai untuk mereka membayar bagi menjalankan aktiviti-aktiviti menangkap ikan di luar pantai.

Jambatan beratap. Adakah ini diberi bagi penangkap-penangkap ikan? Kalau memang diperlukan mungkin dibuat terpulang pada kehendak penangkap ikan. Tetapi ada tempatnya seperti di FLC (Fish Landing Complex) seperti yang dimaklumi tadi dalam mukadimah pun kaola memberitahu Fish Landing Complex di Serasa itu, telah dilantik private sector untuk to design, build, operate and maintain memodenkan Fish Landing Complex itu supaya lebih moden, membuat tempat jeti yang lebih sesuai, beratap seperti yang disebut oleh Yang Berhormat dan menggunakan conveyer belt yang bagus dan memastikan suhu yang sesuai bagi ikan daripada kapal dipunggah dan masuk ke kawasan sorting dan kawasan cold storage. Jadi akan lebih moden dan bersistem lebih konsisten kualiti ikan itu disebabkan beratap. Keduanya dengan pengawalan suhu yang sesuai yang dikehendaki oleh orang ramai, pembeli, dan juga penjual di negara-negara tempat kita mengeksport ikan-ikan itu. Tempat-tempat lelong ikan (termasuk acara fish carnival) diadakan sekali-sekala secara berkala mengikut kesesuaiannya, terutama musim tangkapan ikan yang banyak. Jadi nelayan memerlukan tempat untuk mereka melelong. Kementerian perlu akan mengusahakan tempat-tempat mereka untuk melelong ikan yang mana ikan selalu diadakan di kawasan Fish Landing Complex itu. Akan tetapi ikan ini masalahnya memerlukan temperature ataupun suhu yang sesuai untuk memastikan kualiti ikan tidak akan rosak dan selamat untuk dimakan. Oleh yang demikian tempatnya mengadakan lelong mesti sesuai dengan ada kemudahan penyejuknya; dan

Tempat repair kapal-kapal penangkap ikan masa ini pihak-pihak sudah berunding dengan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi untuk mengenal pasti kos kawasan yang sesuai untuk dijadikan tempat pengusaha mengusahakan aktiviti merepair kapal-kapal ikan di Negara Brunei Darussalam. ุฅู† ุดุงุก ุงู„ู„ู‡ akan dikongsi apabila sudah ada.

Ice house/cold storage. Cold storage pada masa ini sudah penuh dengan adanya private sector akan mengurus at FLC (Fish Landing Complex) maka rumah ais akan lebih canggih, besar dan lebih sesuai dan lebih menepati kehendak yang diperlukan oleh pembeli sama ada dalam negeri dan luar negara untuk memastikan ikan itu tidak busuk atau rosak.

Tapak pelabuhan penangkap ikan di Danau. Pada masa ini, ada tempat penurunan perahu di Kuala Tutong tidak jauh dari Danau. Jika ada keperluan di Danau, ini dapat jua difikirkan. Tempat pembuangan sampah dan sisa-sisa minyak, Kementerian akan memastikan barangkali FLC (Fish Landing Complex) semuanya ada kita mengharapkan kebanyakannya aktiviti kalau pukat tunda salah satu yang besar di sebelah Muara, memang ada di Daerah Tutong, Belait dan Temburong.

Hopefully kita mengadakan jerayawara untuk memastikan tidak ada pembuangan sesuka hati sisa minyak supaya tidak menjadikan pencemaran yang boleh menyebabkan gangguan kepada kehidupan ikan-ikan di kawasan berkenaan.

Pertanian cadangan tanaman komoditi bernilai kualiti barangan paling tinggi seperti rempah dan lain-lain boleh menembusi pasaran eksport seperti saya sebutkan beberapa kali memang target untuk memberi tumpuan kepada penanaman secara berteknologi tinggi, peladang-peladang sendiri lebih suka memilih kepada jenis tanaman yang berkualiti tinggi pada masa yang sama akan meraih harga yang tinggi dan meraih keuntungan kepada mereka.

Baru-baru ini ada peladang yang menanam micro green yang mempunyai khasiat yang tinggi dengan nutrisi value 40 kali ganda salad atau lettuce. Harganya pun 3 kali ganda tinggi tetapi space yang diambilnya adalah jauh lebih kecil. Ini akan menggalakkan peladang itu supaya richer. Mereka akan terus berkecimpung dalam bidang pertanian tidak lagi mencari kerja lain kerana pertanian itu memberi sumber pendapatan yang tinggi kepada mereka tertakluk kepada kebijakan mereka memilih apa yang ditanam itu sama ada untuk memilih adakah tomato, asparagus, cili, peria dan terung, semuanya akan mempunyai harga yang berlainan.

Kebanyakannya peladang komersial akan memilih jenis tanaman sayur-sayuran yang berkualiti tinggi yang dapat meraih harga yang tinggi. Dengan sendirinya barang yang murah itu terpaksa diimport. Supply mereka juga menyasarkan pasaran eksport. The only way pilihan mereka untuk membesar ialah untuk menyasarkan pasaran eksport, bukan tertumpu kepada dalam negara sahaja. Itu sahaja jawapan kaola secara ringkas.

Yang Berhormat Pengerusiโ€‹

Yang Berhormat Awang Haji Abdul Hamid @ Sabli bin Haji Arshad

Yang Berhormat Awang Haji Abdul Hamid @ Sabli bin Haji Arshadโ€‹

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. ุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ู‡ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูฐู†ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญููŠู’ู…ู ุงู„ุณูŽู‘ู„ุงูŽู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒูŽุงุชูู‡ู dan salam sejahtera. Dalam siri lawatan ke ladang buah-buahan yang berskala besar di semua daerah menunjukkan banyak kemajuan pertanian, perikanan dan perhutanan telah dapat menyumbangkan menaikkan digital negara. Tahniah diucapkan kepada Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan.

Masih kedengaran keluhan-keluhan yang didengar daripada peladang-peladang mereka mengharapkan bantuan dari segi modal kewangan. Ketika ini institusi kewangan kurang memberi bantuan pinjaman kewangan dalam bidang pertanian dan perikanan. Belia ketika ini tidak banyak yang mempunyai tanah untuk dijadikan jaminan tidak banyak mahu menjadi penjamin.

Diminta institusi perbankan akan dapat membantu dalam hal ini. Kemungkinan mewujudkan satu skim kewangan khas dalam sama-sama membangunkan pertanian di negara ini. Untuk melihat balik skim subsidi yang pernah diwujudkan seperti benih anak pokok, baja dan benih sayur-sayuran yang berkualiti. Maka subsidi dipohonkan supaya sebahagian sahaja daripada harga itu bukan subsidi untuk 100% memastikan tidak ada ketirisan dan sebagainya. Ladang mereka juga perlu dikawal dan diberikan bimbingan bagi memastikan kejayaannya.

Kaola membawa di bawah Tajuk SH06A โ€“ Jabatan Kemajuan dan Pelancongan. Sektor pelancongan adalah sektor yang paling terjejas disebabkan pandemik COVID-19 sejak bulan Mac 2020. Ada syarikat terpaksa ditutup sementara. Ada yang terpaksa menjual syarikatnya, terpaksa memberhentikan pekerja, terpaksa menanggung kerugian yang besar.

ูฑู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏู ู„ูู„ู‘ูŽู‡ู bahagian Outbound Operator ada sedikit pendapatan bagi aktiviti yang di dalam negeri. Hotel-hotel tidak ada penghuni kecuali yang tersenarai bagi menempatkan kuarantin COVID-19. ุฃู„ุญูŽู…ู’ุฏู ู„ู„ู‡ pada musim cuti sekolah ada pelanggan tempatan tinggal di hotel-hotel untuk mereka berehat. Mudah-mudahan dengan adanya suntikan vaksin nanti akan dapat merancakkan lagi aktiviti pelancongan yang membolehkan umat Islam menunaikan haji dan umrah.

Ada beberapa cadangan yang disuarakan oleh syarikat-syarikat pelancongan yang berlesen. Iaitu seperti berikut:

  1. Menimbangkan dikecualikan bayaran lesen tahunan selama 3 tahun;
  2. Membolehkan travel agent untuk beroperasi dari rumah sehinggalah perniagaan pelancongan berjalan seperti biasa bagi mengurangkan bebanan sewa; dan
  3. Bayaran pinjaman bank dapat ditangguhkan lagi beberapa bulan yang difikirkan bersesuaian.

Pihak Jabatan Kemajuan Pelancongan akan dapat memantau bagi operator persendirian yang tidak mempunyai lesen dan tidak mempunyai ofis dan komitmen seperti sewa dan lain-lain. Lebih lagi bahaya mereka yang tidak mempunyai insurans bagi pelanggan mereka.

Sekian,
ูˆุจุงู„ู„ู‡ ุงู„ุชูˆููŠู‚ ูˆุงู„ู‡ุฏุงูŠุฉุŒ ูˆ ุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒู… ูˆุฑุญู…ุฉ ุงู„ู„ู‡ ูˆุจุฑูƒุงุชู‡

Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelanconganโ€‹

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat atas komen-komen yang dibuat tadi, soalan pertama, mengenai modal kewangan menjadi keluhan kepada peladang-peladang kitani. Memanglah Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan melalui Jabatan Pertanian dan Agrimakanan dan Perikanan tidak ada kemudahan untuk menghulurkan modal kepada peladang-peladang disebabkan ini adalah fungsi dari agensi lain untuk menyediakannya. Tapi Kementerian sudah pun berunding dengan beberapa institusi seperti Bank Usahawan dan juga DARe mengenai co matching grant dan Kementerian juga sering berunding dengan bank-bank, institusi kewangan dalam negara bagi memastikan mereka ada produk-produk tertentu yang boleh diambil peluang oleh peladang-peladang kitani. Memanglah mereka ada syarat-syarat tertentu.

Abiskaola akan memandu peladang-peladang itu terutama peladang-peladang yang baru bekecimpung untuk memastikan mereka bersedia untuk membuat permohonan bantuan kewangan sama ada dari Bank Usahawan ataupun bank-bank biasa dan juga DARe. Abiskaola more or less tahu apa yang dikehendaki misalnya business modal, cashflow projection punya progression, berapa capital, berapa operation cost, berapa hasil, berapa keuntungan, boleh membayar bank atau tidak dan lain-lain lagi.

Abiskaola akan membantu mereka walaupun orang kitani ini bukannya pakar dalam bidang kewangan tetapi ุฅู† ุดุงุก ุงู„ู„ู‡ abiskaola akan cuba untuk memastikan mereka ini tidak kepayahan atau โ€˜kial-kialโ€™ nanti apabila disoal oleh orang yang sepatutnya memberikan kewangan itu. Seboleh-bolehnya abiskaola akan menolong nanti Yang Berhormat Pehin Pengerusi. Selanjutnya, terpulanglah kepada pihak yang bekenaan sama ada untuk menghulurkan ataupun tidak tetapi abiskaola akan memastikan mereka tidak terbiar, dan akan cuba membantu dalam memastikan kehendak-kehendak yang mengeluarkan kewangan itu dipatuhi supaya mendapat sumber kewangan yang diperlukan. Sebagai contoh, ada 4/5 buah syarikat belia yang bertanam sayur-sayuran, sama ada untuk memulakan atau membesarkan ladang mereka, sudah pun mendapat bantuan Co-Matching Grant dari DARe, iaitu pihak peladang akan menyediakan 30% daripada keperluan yang dipohonkan dan 70% akan disumbang oleh DARe secara percuma, secara berfasa juga. Difahami adalah sekitar sampai $60 ribu boleh didapatkan modal untuk tujuan berkenaan, ุฅู† ุดุงุก ุงู„ู„ู‡ akan diteruskan.

Mengenai benih anak-anak pokok dan subsidi-subsidi, barangkali sudah berjalan pada masa ini, ุฅู† ุดุงุก ุงู„ู„ู‡ akan dibantu, tujuan kitani untuk memastikan benih pokok itu cukup untuk dibantukan kepada peladang. Kementerian memantau iaitu ada seorang akaun manager yang akan memantau 4 atau 5 buah ladang, jadi mereka ini melawat ladang secara regular dan peladang pun tahu siapa akan dihubungi jika ada masalah seperti penyakit tanaman penyakit, tanah tidak baik, banjir atau apa saja dan orang inilah yang akan memantau dan membawa balik ke kementerian dan berbincang macam mana cara menyelesaikan masalah peladang itu. Perkara ini memang sudah dibuat bukannya barang baharu, memantau ini sudah dibuat.

Mengenai sektor pelancongan, tadi Ahli Yang Berhormat membuat cadangan beberapa pengecualian dari membayar lesen, sewa tapak/bangunan, bank dan lain-lain lagi. Dulu ada inisiatif fiskal polisi, seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II semasa pembentangan bajet hari itu, ุฅู† ุดุงุก ุงู„ู„ู‡ abiskaola akan melihat sama ada industri pelancongan ada benefit daripada perkara ini. Walau bagaimanapun Majlis Ugama Islam Brunei ada memberikan bantuan kepada pemandu-pemandu pelancong dalam tempoh 3 bulan sebagai meringankan beban mereka itu. ุฅู† ุดุงุก ุงู„ู„ู‡ yang lain itu akan diteliti, dipertimbangkan dengan kementerian yang berkenaan. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusiโ€‹

Saya persilakan Yang Berhormat Pengiran Haji Ali bin Pengiran Maon.

Yang Berhormat Pengiran Haji Ali bin Pengiran Maonโ€‹

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

ุจุณู… ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุฑุญู…ู† ุงู„ุฑุญูŠู… ุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒู… ูˆุฑุญู…ุฉ ุงู„ู„ู‡ ูˆุจุฑูƒุงุชู‡ dan salam sejahtera. Kaola akan menyampaikan perkara di bawah Tajuk SH06A โ€“ Jabatan Kemajuan Pelancongan. Yang Berhormat Pengerusi, sudah setahun kita telah menghadapi krisis global iaitu penularan wabak virus sehingga menyebabkan larangan untuk ke luar sempadan atau ke luar negara. Namun hikmah di sebalik krisis ini, orang ramai mula meneroka pelancongan dalam negara. Kaola percaya banyak tempat menarik yang berpotensi untuk dijadikan tarikan ekopelancongan di dalam negara, tinggal sahaja tempat-tempat tarikan orang ramai seperti Sungai Selapon, Batang Duri, Daerah Temburong, Pantai Tanjung Batu, Daerah Brunei dan Muara memerlukan prasarana atau kemudahan asas seperti kemudahan tandas, persalinan dan sebagainya agar tempat-tempat ini selesa dan selamat bahkan terus terpelihara daripada pencemaran.

Kaola cuma ingin mengetahui apakah langkah kementerian dalam usaha menjadikan pelancongan dalam negeri ini sebagai satu budaya walaupun situasi global sudah kembali normal justeru membolehkan kita keluar sempadan? Perancangan apakah yang sudah diatur oleh kementerian dalam memastikan pelancongan domestik ini kekal berterusan? Sekian sahaja Yang Berhormat Pengerusi. Terima kasih.

ูˆุจุงู„ู„ู‡ ุงู„ุชูˆููŠู‚ ูˆุงู„ู‡ุฏุงูŠุฉุŒ ูˆุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒู… ูˆุฑุญู…ุฉ ุงู„ู„ู‡ ูˆุจุฑูƒุงุชู‡

Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelanconganโ€‹

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli Yang Berhormat. Memandangkan COVID-19 yang melanda global dan termasuk Negara Brunei Darussalam, jadi kedatangan pelancong dari luar negara telah berkurang daripada 333 ribu pada tahun 2019 kepada 62 ribu pada tahun 2020. Strategi Kementerian khususnya Jabatan Kemajuan Pelancongan memfokus kepada domestik pelancongan ertinya menggalakkan orang dalam negeri (resident) melancong di dalam negara.

Beberapa inisiatif telah dibuat sebagai contoh pada tahun lepas kita ini melancarkan satu promosi pelancongan dalam negara dan kita mendapati asas utama untuk menarik pelancong dalam negara untuk berkunjung ke sana sini, orang dari Daerah Belait ke Daerah Temburong, orang dari Daerah Temburong ke Daerah Belait atau Tutong, tarikan utama ialah makanan Yang Berhormat Pehin Pengerusi. Jadinya abis kaola telah berunding dengan pihak-pihak di Daerah Belait, Tutong dan Brunei Muara dan juga di Daerah Temburong untuk meningkatkan cara mereka mempresent masakan local itu, supaya lebih menarik dan nampak kelainannya daripada tempat-tempat lain tetapi at the same time menyelerakan, jadi dipanggil Selera Bruneiku dan ุฃูŽู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏู ู„ูู„ูŽู‘ูฐู‡ู kebetulan pada hujung tahun itu, musim cuti sekolah, jadi ianya mendapat sambutan yang baik, hotel-hotel menawarkan seperti hotel di Daerah Belait menawarkan makanan Daerah Belait, hotel Daerah Tutong menawarkan makanan Daerah Tutong, di Daerah Temburong dengan udang galah dan telur masinnya.

Seperti yang kita ketahui, kita mengadakan Brunei December Festival sudah 4 tahun yang tujuannya untuk menggalakkan orang kita ini bercuti dalam negara dan menggalakkan jua event organizers to be active untuk berbisnes dan ini tidak memerlukan duit kerajaan kerana basically event manager akan organize event dan menerima income daripada kunjungan orang ramai dan membiayai kos melalui bayaran orang itu, orang yang menyertai event itu. Selain mengukuhkan produk-produk pelancongan dalam negara itu, yang penting juga abiskaola mengambil kesempatan dalam tiadanya pelancong dari luar ini untuk mengukuhkan tahap keselamatan, kebersihan dan keselesaan di tempat-tempat destinasi pelancongan di seluruh negara.

Beberapa audit telah dibuat di beberapa tempat-tempat pelancongan termasuk tandas-tandas mereka dipastikan bersih, dapur mereka dipastikan bersih dan perkhidmatan mereka adalah bagus, cekap dan malah abiskaola telah memperkenalkan atau memberigakan Islamic values (nilai-nilai Islam) dalam memberi perkhidmatan kepada orang ramai, sebagai contoh satu panduan seperti pelancong datang ataupun guest tetamu itu datang ke rumah kitani itu, ataupun ke restoran kitani itu dibukakan pintu untuk ia masuk dan dipersilakan duduk 'bisai-bisai' diberi perkhidmatan yang baik dan sebagai pelayan memakai pakaian yang bersih dan menghormati tetamu mereka.

Kalau ia balik karang dibukakan pintu, kalau boleh dihantar ke keretanya, kalau musim hujan disediakan payung, diucapkan terima kasih, diajak untuk datang lagi di masa akan datang. Jadi berbagai-bagai cara kitani untuk memastikan supaya produk pelancongan terus diperkukuhkan iaitu dikukuhkan perkhidmatannya, dipastikan keselamatan dan kebersihan dan perkhidmatan adalah yang terbaik.

Jadi, itulah Yang Berhormat Pehin Pengerusi sebagai jawapan oleh Kaola.

Yang Berhormat Pengerusiโ€‹

Yang Berhormat Awang Naim bin Haji Kamis.

Yang Berhormat Awang Naim bin Haji Kamisโ€‹

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. ุจูุณู’ู…ู ูฑู„ู„ูŽู‘ูฐู‡ู ูฑู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูŽูฐู†ู ูฑู„ุฑูŽู‘ุญููŠู…ู. ุงู„ุณู‘ูŽู„ูŽุงู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒูŽุงุชูู‡ู.

  1. Kaola merujuk di bawah Tajuk SH03A - Jabatan Perikanan. Dalam tajuk ini Kaola hanya ingin mencadangkan beberapa perkara di bawah seperti berikut:

    i. Kembalikan peranan Jabatan Perikanan untuk membuat kursus-kursus, latihan-latihan pemprosesan berasaskan makanan laut seperti yang pernah dibuat sebelum ini akan dapat diusahakan, khususnya bagi memberi kursus dan latihan kepada belia dan beliawanis kalangan ahli-ahli Majlis Perundingan Kampung dan Mukim dengan harapan para belia dan beliawanis akan mempunyai kemahiran dan mampu menciptakan atau merealisasikan produk-produk kampung; dan

    ii. Jabatan Perikanan juga perlu menambah lot-lot dan kawasan-kawasan ternakan ikan terapung di kawasan yang bersesuaian khususnya di sepanjang perairan sungai antara Kampung Pudak dan Kampung Sungai Bunga dan pemberian lesen juga hendaklah diberi keutamaan kepada warga kedua-dua buah kampung berkenaan. Ini bertujuan meningkatkan sosioekonomi penduduk kampung berkenaan dan sekali gus mengelakkan daripada penghijrahan warga kampung tersebut ke tempat yang lain.

  2. Seterusnya merujuk di bawah Tajuk SH04A - Jabatan Pertanian dan Agrimakanan. Sepertimana yang kita maklumi bersama, masih luas tanah-tanah di negara ini yang masih belum diterokai selain tanah-tanah digunakan untuk tanaman padi dan projek-projek perikanan seperti udang dan sebagainya. Pertanyaan kaola, apakah sudah ada dalam perancangan pihak kementerian untuk memberikan peluang-peluang pekerjaan kepada anak-anak tempatan yang berminat untuk diberikan bimbingan secara berterusan bagi menerokai untuk menghasilkan pelbagai produk yang berlainan dan boleh diusahakan seperti penanaman kurma, anggur, alpukat dan seumpamanya bagi tujuan mengurangkan import ke negara ini?

  3. Seterusnya merujuk di bawah Tajuk SH06A - Jabatan Kemajuan Pelancongan. Kaola juga ingin memberikan beberapa cadangan dan seterusnya memohon bantuan.

Dipohonkan untuk memperkukuhkan infrastruktur seperti ranting-ranting terapung ataupun bantuan bagi keselesaan dan keselamatan pelancong-pelancong untuk turun naik bagi kampung-kampung di air sebagai contoh Kampung Sungai Bunga, kerana kampung berkenaan sudah dikenali sebagai destinasi pelancongan di peringkat serantau dan telah menyandang 2 anugerah, iaitu ASEAN Home Stay Standard dan ASEAN Community Best Tourism. Kedua, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan juga perlu terlibat secara langsung dalam merangka dasar-dasar yang berkaitan dengan aktiviti pelancongan berasaskan sukan, seperti sukan mendaki bukit, hiking, camping dan seumpamanya dan bersedia untuk memberikan bantuan khidmat nasihat dan sokongan Majlis Perundingan Kampung dan Mukim yang terlibat secara langsung menyokong dan membantu merealisasikan impian belia remaja dan peminat sukan seperti ini.

Sekian terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelanconganโ€‹

Terima kasih Yang Berhormat. Ada beberapa cadangan untuk sektor perikanan untuk mengembalikan peranan kementerian bagi mengadakan kursus-kursus proses makanan laut terutama belia. Actually, tidak ada rancangan untuk memberhentikan kursus-kursus ini. In fact baru-baru ini pegawai perikanan memastikan aktiviti ini akan dikukuhkan lagi ุฅู† ุดุงุก ุงู„ู„ู‡ Untuk memberi lot-lot kawasan ternakan ikan terapung di Kampung Pudak dan Kampung Sungai Bunga dan diberi keutamaan kepada penduduk-penduduk berkenaan, sama jua, tidak pernah ada halangan untuk berkembang dalam bidang sangkar ini, cuma yang pentingnya memohon kebenaran, kalau ada modalnya untuk membuat, silakan membuat dan akan diberikan nasihat apa kesesuaiannya tempat itu untuk ikan apa, adakah ikan selongsong atau ikan air tawar, ikan air masin dan seperti yang diketahui kalau di sungai-sungai ini kadang-kadang berubah. Kalau ia ikan air masin tapi kalau musim hujan jadi tawar, jadi mungkin ikan itu mati. Jadi, bukan jua senang, akan diberi nasihatlah ุฅู† ุดุงุก ุงู„ู„ู‡ kalau ada keperluan dan tiada halangan, siapa-siapa sahaja boleh. Orang kampung mereka digalakkan kerana itu kampung โ€˜diorangโ€™.

Tapi masa ini banyak sudah kosong atau ditinggalkan pasal COVID-19 ini. Ada orang mengeksport, eksport itu terhalang. Ada terdapat ruang kosong di Pelumpong, ada kawasan yang luas lagi untuk digalakkan kepada pengusaha luar negara ataupun dalam negara. Apakah perancangan untuk memberi peluang pekerjaan kepada orang kita ni untuk terlibat dalam bidang pertanian, terutama sekali dalam penanaman kurma, anggur, avocado? Jadinya, sama jua tidak pernah dihalang.

Kalau difikirkan avocado itu menguntungkan, silakan tanam avocado, kalau kurma menguntungkan, tanam kurma. Memang sudah ada orang yang menanam avocado, anggur. kaola pun hairan, boleh bertanam anggur di sini, ada, cuma tidak secara besar-besaran sebabnya mungkin tidak menguntungkan. Kurma ada orang mencuba, kalau boleh ditangani sendiri dan tidak membawa penyakit terhadap tanaman lain, dipersilakan. Sebabnya kurma ini kebanyakannya diimport dari luar negara, pohonnya. Itu tertakluk kepada kajian saintifik sama ada ia membawa serangga yang boleh jadi penghalang ataupun penghapus kepada kurma atau kelapa kitani because ia sama jenis.

ุฅู† ุดุงุก ุงู„ู„ู‡ kaola akan bersedia untuk mendengar cadangan dan memberi nasihat kepada sesiapa saja yang mahu terlibat dalam bidang pertanian dan perikanan. Dari segi pelancongan, dikukuhkan lanting-lanting terapung ataupun pontoon di Kampung Sungai Bunga. Perkara ini akan dilihat, Yang Berhormat Pehin Pengerusi ุฅู† ุดุงุก ุงู„ู„ู‡

Terima kasih.

Yang Berhormat Pengerusiโ€‹

Yang Berhormat Dayang Khairunnisa binti Haji Ashโ€™ari.

Yang Berhormat Dayang Khairunnisa binti Awang Haji Ash'ariโ€‹

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Kaola ingin menyampaikan rasa berterima kasih kepada pihak Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan atas usaha gigih dalam memastikan bekalan makanan mencukupi dan memberi peluang pendekatan dengan pengusaha-pengusaha tempatan dalam pelbagai industri pertanian, perikanan dan aquaculture di keempat-empat buah daerah.

Kaola juga ingin mengucapkan tahniah kepada kementerian atas kejayaan Ekspo Produk Perkayuan yang telah mendapat banyak komen yang positif. Dicadangkan ia boleh dimasukkan ke dalam kalendar kementerian setiap tahun sempena Hari Hutan Antarabangsa dan disokong peruntukan oleh Kementerian Kewangan dan Ekonomi.

Kaola juga ingin highlight usaha Jabatan Perhutanan yang sangat gigih menjalankan aktiviti penanaman pokok dan tahniah atas 88 tahun penubuhan jabatan. Kaola ingin bertanya, apakah status jumlah pokok yang telah ditanam sejak BNCCP dilancarkan bagi mencapai sasaran untuk menanam 500,000 pokok baharu menjelang tahun 2035?

Kaola ingin mencadangkan kepada kementerian selaku leading agency bagi strategi 2 BNCCP iaitu Liputan Hutan untuk membuat live counter di laman sesawang kementerian bagi melihatkan jumlah pokok yang sudah ditanam bukan sahaja oleh kementerian tetapi juga kementerian dan agensi-agensi lain bagi memperlihatkan usaha whole of nation approach dan menggalakkan lebih banyak sumbangan ke arah ini.

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelanconganโ€‹

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Terima kasih Yang Berhormat dan atas penghargaan terhadap pencapaian-pencapaian yang telah pun dicapai oleh Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan. Terima kasih juga atas support dari Yang Berhormat sendiri dalam aktiviti yang berkaitan dengan penanaman pokok-pokok bagi menyokong climate change initiative di Negara Brunei Darussalam dengan kerjasama Kementerian Pembangunan. Terima kasih atas penghargaan bagi inisiatif mengadakan ekspo buatan kayu tempatan yang pertama diadakan minggu lepas sehingga semalam dan kaola bercadang untuk mengadakan secara regular, mungkin during December Festival akan diadakan jua dan diadakan setiap kali menyambut Hari Hutan Antarabangsa dan ia telah mendapat sambutan dari pengusaha dan juga orang ramai untuk ikut serta pada event yang akan datang.

Status pokok yang telah ditanam ketika ini saya kurang pasti berapa jumlahnya tetapi kita ni ada target setiap tahun berapa yang ditanam dengan kerjasama bukan saja kementerian tetapi juga orang ramai, kedutaan, NGO's, sekolah-sekolah dan korporat-korporat melalui corporate social responsibility ikut serta dalam menjayakan sasaran kita ni untuk menanam 500,000 pokok sehingga 2035 ini.

Tadi, kaola ada menyatakan sejak 20 tahun yang lalu, kita telah menanam sekitar 2 juta pokok termasuk yang kita ni tanam kelmarin itu. Terima kasih atas cadangan untuk mengadakan live counter untuk kita ni memantau status pokok-pokok yang telah ditanam selama ini dan ุฅู† ุดุงุก ุงู„ู„ู‡ akan difikirkan dengan Kementerian atau agensi yang berkenaan macam mana caranya untuk kaola memantau pokok itu termasuk yang ditanam oleh individu. Individu itu boleh memantau pokok yang kaola tanam itu 10 tahun yang akan datang, sekiranya orang itu duta atau dari negara mana pun, apabila ia balik ke negerinya ia tahu pokoknya itu tumbuh atau tidak. Kaola tahu pokok yang kaola tanam itu menjadi atau tidak. Kalau jadi, what we do with it? Adakah diganti dengan pokok yang baharu? jangan terbiar ataupun tidak jadi, ุฅู† ุดุงุก ุงู„ู„ู‡.

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusiโ€‹

Yang akhir sekali, saya persilakan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Putera Maharaja Dato Paduka Awang Haji Abdul Ghani bin Pehin Datu Pekerma Dewa Dato Paduka Awang Haji Abdul Rahim.

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Putera Maharaja Dato Paduka Awang Haji Abdul Ghani bin Pehin Datu Pekerma Dewa Dato Paduka Awang Haji Abdul Rahimโ€‹

ุจุณู… ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุฑุญู…ู† ุงู„ุฑุญูŠู… ุงู„ุณู‘ูŽู„ูŽุงู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงู„ู„ู‡ ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒูŽุงุชูู‡ู
ุงู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏู ู„ูู„ู‘ูฐู‡ู ุฑูŽุจู‘ู ุงู„ู’ุนูŽุงู„ูŽู…ููŠู†ูŽ ูˆูŽุงู„ุตู‘ูŽู„ูŽุงุฉู ูˆูŽุงู„ุณู‘ูŽู„ูŽุงู…ู ุนูŽู„ูŽู‰ ุฃูŽุดู’ุฑูŽูู
ุงู„ู’ุฃูŽู†ู’ุจููŠูŽุงุกู ูˆูŽุงู„ู’ู…ูุฑู’ุณูŽู„ููŠู†ูŽ ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุขู„ูู‡ู ูˆูŽุตูŽุญู’ุจูู‡ู ุฃูŽุฌู’ู…ูŽุนููŠู†ูŽ.

Yang Berhormat Pengerusi, pertama kaola memohon maaf kepada Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan kerana awal pagi tadi kaola ada berjumpa Yang Berhormat. Jadi Yang Berhormat bertanya ada apa-apa isu Yang Berhormat? Kaola menjawab, mungkin tidak ada. Kami sudah pernah bermuzakarah beberapa kali dan dalam kesempatan yang lain pun ada jua sudah 'memadahkannya'. Tetapi baru jua Kaola teringat ada satu isu yang boleh barangkali kitani kongsikan iaitu food security.

Perkara ini mendatangkan concern jua kepada rakyat kerana semasa COVID-19 ini nampak jelas beberapa komoditi ataupun hasil-hasil keluaran yang tidak ada di negara kitani hinggakan bawang pun tidak ada, bawang India disebabkan mungkin ada banjir dan sebagainya dan diganti dengan bawang Belanda tapi rasa bawang Belanda itu agak pedas jadi tidaklah dapat dimakan mentah sebagai ulam dan sebagainya. Kaola ingin mengaitkan perkara ini dengan keprihatinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, baginda sering bertitah dan ada di satu majlis, Perasmian Majlis Ilmu 2018 baginda telah benar-benar menekankan perkara ini. Jadi, Majlis Ilmu tersebut menggunakan tema: Sektor Pertanian Survivaliti Bangsa dan Negara. Dalam hubungan ini, Kaola ingin mencadangkan supaya Jabatan Pertanian, khususnya Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan melihat lagi, mereviu selama ini kitani berfikiran kecuali beras, kitani mesti menghasilkan beras sendiri kerana beras adalah makanan utama kitani tetapi barang-barang lain seumpamanya seperti tepung dan sebagainya 'inda' jua perlu kitani mengeluarkan dengan pasaran yang terhad di negara kitani, baiktah kita ini mengambil dari luar. Itu pemikiran lama yang kita gunakan sebelum ini. Sudah sampai masanya barangkali pada pemikiran kita ini harus mandiri iaitu berdiri sendiri.

Dalam keadaan-keadaan tertentu kita ini boleh hidup tanpa memerlukan membeli dari pihak luar. Perusahaan-perusahaan yang kita terfikir ialah yang boleh menjana pertanian orang-orang kampung misalnya kilang tepung yang daripada ubi kayu dan sebagainya, ataupun kilang nanas yang pada masa ini kilang nanas di Kampung Tungku sudah pun berkembang dan menjadi buruan orang ramai dan pernah ditawarkan lagi tambahan tanah bagi mereka. Banyak lagi khazanah alam kita ini, marilah sama-sama kita menggunakan anugerah alam itu untuk kemajuan dan kemakmuran negara kita ini dan bukalah peluang seluas-luasnya dengan menyediakan kemudahan-kemudahan seperti pembukaan perusahaan-perusahaan.

Selama ini bukan tiada, ada, perusahaan mi, kelapa dara dan sebagainya tapi dalam bentuk yang kecil. Tapi kalau kilang yang bersesuaian untuk tujuan eksport barangkali perlu kita terokai lagi dan dicuba kejayaannya. Itu sahaja Yang Berhormat Pengerusi dan terima kasih.

ูˆูŽุงู„ุณู‘ูŽู„ูŽุงู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒูŽุงุชูู‡ู

Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelanconganโ€‹

Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi dan Yang Berhormat. Isu tajuk food security ini, memang luas, kita ni bukan sahaja cakap pasal isu food security secara narrow tetapi di kementerian cuba untuk menjawab soalan seperti bagaimana meningkatkan KDNK, menyumbang kepada eksport, kepelbagaian ekonomi, dan kepada perkembangan industri hiliran.

Jadi, bermacam-macam objektif yang hendak dicapai. Sebenarnya sama sahaja. Jawapannya, iaitu banyakkan keluaran kita itu dari segi telur, ayam, lada, buah-buahan, daging, ikan, kita ni dan apa sahaja, banyakkan sahaja pengeluarannya itu. Kita ke luar negara seperti di Thailand dan di England, dilihat di pasar mereka itu bertimbun seperti cili bertimbun, epal itu bertimbun terutama sekali barang-barang yang boleh ditanam di sini. Kalau epal memang tidak dapat, tapi kalau dapat dan nak mencuba, dialu-alukan untuk mencuba.

Tetapi yang dapat ditanam di sini, sila tanam ke mari, tanam kalau boleh bukan kementerian tetapi peladang dan pengusaha kita ni itu yang menghasilkannya. Kementerian tidak bertanam apa-apa. Jadi, pihak kita memang tidak pernah menghalang in fact our message kepada pegawai dan peladang sama sahaja iaitu banyakkan itu; kalau dulu keluaran lada cilinya 100 tan metrik misalnya tahun lepas tahun 2020, tahun ini mesti 120 tan metrik dan tahun depan mesti 200 tan metrik. Apa saja macam bawang, itu memang tidak sesuai dengan climate kita ni dan ubi kentang pun tidak sesuai.

Yang perlu kita gunakan setiap hari seperti minyak makan, itu mungkin memerlukan kelapa sawit sebagai bahannya ataupun jagung tetapi ini bererti kita ni mesti juga tanam kelapa sawit dahulu. Adakah sesuai untuk menanam kelapa sawit atau tidak. Jadi, usulnya bercakap pasal food security ini, memang kalau boleh kita ni bertanam sendirilah, semua sekali yang dapat ditanam akan ditanam di sini tapi at the same time i think ada satu lagi yang paling penting ialah tani ada berbaik-baik dengan negara-negara yang mengeksport barang itu, macam kita ni import epal kah, avocado dari tempat lain, tapi adakah ekonomik bagi peladang itu, peladang akan memikirkan apakah avocado akan menguntungkan atau tidak kerana durang mahu duit itu, kebanyakan peladang ini memikirkan mahu bertanam barangan yang menawarkan harga yang tinggi dan hasilnya boleh dituai secepat yang mungkin. Kalau peladang berkenaan adalah part time lainlah kalau peladang itu orang yang berbisnes, maka itu yang difikirkannya.

Kementerian juga menggalakkan mereka menanam durian dan buah lain yang dapat dituai laju sebagai cash crop. Walaupun peladang itu bertanam buah tarap dan boleh juga buah lain, iaitu untuk incomenya barangkali, baik jua bertanam pisang bagi mendapat regular income. Kata orang kalau pisang dalam 2 hektar incomenya dalam $2,000 sebulan tapi kalau durian menunggu musimnya. Macam tahun lepas, tiada musimnya maka tiada income. Jadi, ุฅู† ุดุงุก ุงู„ู„ู‡ difikirkanlah Yang Berhormat Pehin Pengerusi. Kita tidak boleh mengalah atau surrender dan kini ada sudah orang yang bertanam anggur, strawberi dan buah tin pada masa ini. Kurma juga dalam percubaan. ุฅูู†ู’ ุดูŽุงุกูŽ ูฑู„ู„ูŽู‘ูฐู‡ู Yang Berhormat Pengerusi akan diusahakan. Terima kasih.

Yang Berhormat Pengerusiโ€‹

Terima kasih, Yang Berhormat. Ahli-Ahli Yang Berhormat, kita telah pun berbincang sepanjang pagi mengenai Tajuk SH01A hingga Tajuk SH06A โ€“ Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan. Saya rasa cukup, maka tajuk ini akan saya undi. Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju supaya tajuk-tajuk ini kita luluskan sila angkat tangan.

(Semua Ahli mengangkat tangan tanda bersetuju)

Terima kasih semuanya bersetuju.

Yang Dimuliakan Jurutulisโ€‹

Tajuk SH01A hingga Tajuk SH06A - Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan menjadi sebahagian daripada Jadual.

Yang Berhormat Pengerusiโ€‹

Ahli-Ahli Yang Berhormat, saya ingin mencadangkan supaya persidangan kita ini ditangguhkan dan kita bersidang semula di Majlis Mesyuarat Negara.

(Mesyuarat Jawatankuasa ditangguhkan)

(Majlis Mesyuarat bersidang semula)

Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ€‹

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Saya kira cukup bagi pagi ini kita bersidang. Maka saya tangguhkan Persidangan Majlis Mesyuarat Negara ini dan kita akan bersidang semula pada petang nanti sebagaimana lazim pada pukul 2.30 petang.

Sekian,
ูˆุจุงู„ู„ู‡ ุงู„ุชูˆููŠู‚ ูˆุงู„ู‡ุฏุงูŠุฉุŒ ูˆ ุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒู… ูˆุฑุญู…ุฉ ุงู„ู„ู‡ ูˆุจุฑูƒุงุชู‡

(Majlis Mesyuarat ditangguhkan)

(Majlis Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang)

Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ€‹

ุจุณู… ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุฑุญู…ู† ุงู„ุฑุญูŠู… ุงู„ุณู‘ูŽู„ุงูŽู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒูŽุงุชูู‡ู Ahli-Ahli Yang Berhormat, pada pagi tadi persidangan masih membincangkan dan membahaskan Perkara VI - Rang Undang-Undang (2021) Perbekalan, 2021/2022 yang telah pun dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II. Maka, bagi membolehkan kita berbincang dan meneliti tajuk-tajuk seterusnya bagi belanjawan yang berkenaan ini, saya tangguhkan Persidangan Majlis Mesyuarat Negara ini untuk kita dapat bersidang di Peringkat Jawatankuasa.

(Majlis Mesyuarat ditangguhkan)

(Mesyuarat bersidang sebagai Jawatankuasa)

Yang Berhormat Pengerusiโ€‹

ุจุณู… ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุฑุญู…ู† ุงู„ุฑุญูŠู… Ahli-Ahli Yang Berhormat, Majlis sekarang bersidang di Peringkat Jawatankuasa sepenuhnya bagi meneliti dan menimbangkan Rang Undang-Undang (2021) Perbekalan, 2021/2022 satu per satu Rang Undang-Undang ini telah dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II. Pada sebelah pagi tadi, kita telah meluluskan tajuk-tajuk di bawah Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, kita sekarang beralih kepada tajuk-tajuk kementerian selanjutnya.

Yang Dimuliakan Jurutulisโ€‹

Tajuk SJ01A โ€“ Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Yang Berhormat Pengerusiโ€‹

Ahli-Ahli Yang Berhormat, kita sekarang berpindah untuk membincangkan Tajuk SJ01A โ€“ Kementerian Hal Ehwal Ugama. Sebelum tajuk-tajuk ini dibukakan untuk dibahas dan dibincangkan dengan diteliti, saya ingin memberi peluang kepada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama untuk memberikan mukadimah belanjawan dan hala tuju belanjawan kementeriannya, saya persilakan Yang Berhormat.

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugamaโ€‹

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. ุงู„ุณู‘ูŽู„ูŽุงู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒูŽุงุชูู‡ู

ุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ู‡ู ุงู„ุฑู‘ูŽุญู’ู…ูฐู†ู ุงู„ุฑู‘ูŽุญููŠู’ู…ู ุงูŽู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏู ู„ูู„ู‘ูฐู‡ู ุฑูŽุจู‘ู ุงู„ู’ุนูŽุงู„ูŽู…ููŠู’ู†ูŽ ูˆูŽุงู„ุตู‘ูŽู„ูŽุงุฉู ูˆูŽุงู„ุณู‘ูŽู„ูŽุงู…ู ุนูŽู„ูŽู‰ ุฃูŽุดู’ุฑูŽูู ุงู„ู’ุฃูŽู†ู’ุจููŠูŽุงุกู ูˆูŽุงู„ู’ู…ูุฑู’ุณูŽู„ููŠู’ู†ูŽ ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุขู„ูู‡ู ูˆูŽุตูŽุญู’ุจูู‡ู ุฃูŽุฌู’ู…ูŽุนููŠู’ู†ูŽ.

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kaola bersyukur dengan kesempatan keemasan Yang Berhormat berikan. Tahun Kewangan 2020/2021 tinggal beberapa hari sahaja lagi akan berakhir.

Walaupun dalam keadaan menghadapi ancaman wabak COVID-19, Kaola di Kementerian Hal Ehwal Ugama bersyukur dapat meneruskan perkhidmatan dan rancangan menurut yang diperuntukkan dalam Anggaran Belanjawan 2020/2021 yang akan berakhir beberapa hari sahaja lagi.

Kaola akui, bahawa sebahagiannya ada yang terjejas namun ia tidaklah ditergendalakan, masing-masing tetap โ€˜dikelingaโ€™ untuk memastikan pelaksanaannya sebagaimana yang dirancangkan atau sebagaimana yang difikirkan dalam masa pelaksanaannya.

Misalnya, Projek Masjid RPN Kampung Mengkubau dan RPN Kampung Meragang. Pada masa ini, masing-masing dalam peringkat penilaian tawaran. Kita mendoakan semoga usaha-usaha untuknya akan ditaufikkan oleh ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุณูุจู’ุญูŽุงู†ูŽู‡ู ูˆูŽุชูŽุนูŽุงู„ูŽู‰ sesuai seperti yang ditunggu-tunggukan oleh penduduk di kedua-dua kawasan rancangan perumahan negara itu.

Sementara Projek Masjid Rancangan Perumahan Negara Kampung Lugu pula programme worknya sedang direvisi dengan revised work programme itu nanti dijangka pembukaan tawaran akan dibuat pada bulan Mei tahun ini juga, ุฅูู†ู’ ุดูŽุงุกูŽ ูฑู„ู„ู‘ูฐู‡ู.

Projek Membina Masjid Rancangan Perumahan Negara Kampung Rimba telah disediakan konsep designnya untuk dibawa bagi penelitian Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Majlis Ugama Islam Brunei. Begitu juga Projek Membina Masjid di Kawasan Perumahan Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati (STKRJ) Kampung Telisai juga konsep designnya sudah ada untuk dipertimbangkan oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama dan seterusnya Majlis Ugama Islam Brunei.

Sementara, projek membina Kampus Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan telah siap konsep designnya. Pada masa ini sedang dalam proses penyediaan dokumen untuk tawaran bagi kerja-kerja penyediaan tapaknya di kawasan Kampung Salambigar.

Begitulah halnya Yang Berhormat Pengerusi, sungguhpun keadaan berwaspada yang menghendaki kita bekerja dalam suasana norma baharu, namun fikiran dan kemahuan kita untuk melaksanakan projek-projek yang terjejas tidaklah diabaikan hingga tergendala.

ุงู„ุญู…ุฏ ู„ู„ู‡ semua ini adalah dengan rahmat perlindungan ุงู„ู„ู‡ ุณูุจู’ุญูŽุงู†ูŽู‡ู ูˆูŽุชูŽุนูŽุงู„ูŽู‰ dan berkat kesepaduan seluruh negara di bawah kepimpinan bijaksana raja dan ulul amri kita, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Kaola suka mengongsikan bahawa dalam suasana dan keadaan berkhidmat menurut norma baharu itu, misalnya Perkhidmatan Pendidikan Agama meskipun terjejas dengan penutupan sekolah untuk beberapa waktu namun pembelajaran murid dapat diteruskan dengan tatacara penyediaan Home Learning Pack dan secara pembelajaran dalam talian online. Kaola suka mengongsikan bahawa hasilnya adalah positif sangat membanggakan.

Diukur menurut KPInya iaitu Pendidikan Agama Berkesan Menjana Generasi Intelek dan Profesional, dari segi peperiksaan awam dalam tahun 2020 menunjukkan kenaikan seramai 9.74% murid yang berjaya mendapat 5A dalam peperiksaan PSR. Sementara bagi peperiksaan peringkat menengah O level iaitu peperiksaan umum mencatatkan kenaikan lebih 10% iaitu 10.05%, pelajar berjaya mendapat 5 O level ke atas dan manakala bagi peperiksaan A level pula meningkat seramai 4.25% pelajar yang mendapat 2 A level ke atas.

Perlu dicatatkan ialah dalam peperiksaan umum di bawah sistem pendidikan nasional kita. Murid-murid ataupun penuntut di sekolah agama dan Arab adalah juga mengambil mata-mata pelajaran umum ini sebagaimana mereka mengambil mata-mata pelajaran ugama dan Arab. Ini menunjukkan betapa perhatian kita sangat penting untuk memastikan generasi kita mempunyai keseragaman dalam pendidikan. Keseragaman dalam memahami erti kata nasional kebangsaan berfikir secara kebangsaan melalui Pendidikan Saluran Pendidikan.

Inilah juga dapat disebutkan bahawa di samping mereka mengambil peperiksaan umum itu mata-mata pelajaran umum mereka mengambil peperiksaan agama bagi Sijil Rendah Pelajaran Ugama, Sijil Pelajaran Ugama Brunei (SPUB) bagi peringkat menengah dan Sijil Tinggi Pelajaran Ugama Brunei (STPU) yang masing-masing itu sebanding dengan sijil-sijil PSR, 'O' level dan 'A' level.

Sementara satu aspek lagi Yang Berhormat Pengerusi ialah kutipan zakat fitrah melalui masjid-masjid semasa kita dalam keadaan berwaspada dengan wabak COVID-19 pada tahun lepas itu. Kutipan zakat fitrah yang terhad hanya dilakukan dalam bulan Ramadan yang kebetulan juga masjid pada bulan itu ditutup sementara menyebabkan sukar bagi orang ramai untuk datang ke masjid.

Bagaimanapun kesukaran itu dapat diatasi dengan cara kita iaitu pihak Jabatan Hal Ehwal Masjid dan Majlis Ugama Islam Brunei mencari cara-cara yang membolehkan mereka datang ke masjid juga dengan mematuhi sepenuhnya aturan-aturan di bawah SOP yang ditetapkan.

Hasilnya ialah kutipan zakat fitrah melalui masjid-masjid ternyata dapat terus diuruskan dan orang ramai datang membayar zakat dari segi jumlah bilangan pembayaran zakat (Al-Mulzakki) walaupun berkurangan daripada tahun sebelumnya tahun 2019 tetapi kurangnya itu tidaklah begitu banyak, cuma lebih sedikit daripada 1,000 orang iaitu 1,105 orang.

Berikutan daripada ini, kutipan zakat fitrah pada tahun lepas berbanding dengan tahun 2019 juga berkurang sedikit iaitu daripada sebanyak $980,254.22 pada tahun 2019 dengan pembayar zakat seramai 347,208 orang, hasil kutipannya menurun sedikit iaitu kutipan keseluruhannya $977,815.59 (berkurang) setakat tidak sampai $1,000.00 ($863). Ini menunjukkan dengan cara-cara yang berpatutan sambil mengikut dengan patuh aturan-aturan di bawah SOP.

Perkhidmatan agama dalam perkara zakat ini dapat diteruskan dengan baik dan yang penting sekali orang ramai merasakan berat hati untuk melaksanakan kewajipan mereka untuk membayar zakat fitrah bagi diri mereka dan bagi tanggungan masing-masing.

Ini satu tanda-tanda amalan beragama yang sudah ketara dari hasil pendidikan agama, dari hasil agama didakwahkan dan daripada hasil agama difahamkan, maka itulah kita melihat betapa dalam perkara membayar zakat fitrah dalam keadaan yang sulit sedemikian itu ia juga masih dapat diteruskan dengan bersemangat keagamaan.

Dalam keadaan sedemikian itu, Yang Berhormat Pengerusi, kaola sukacita mengongsikan satu petanda baik untuk diikuti pada masa-masa yang akan datang ialah apa yang dibuat secara kreatif bagi kaola dan inovatif oleh pimpinan sebuah masjid di Daerah Brunei dan Muara bagi memudahkan pembayar-pembayar zakat fitrah membayar zakat dan bagi memudahkan pegawai, amil-amil menerima zakat maka mereka telah melakukan pembayaran secara drive thru di kawasan masjid tersebut.

Hasilnya sangat disyukuri iaitu kalau dibandingkan dengan masjid tersebut pada tahun 2019 cuma mengutip sebanyak $5,539.21, tetapi pada tahun lepas dalam keadaan COVID-19 dengan cara drive thru itu masjid berkenaan mengutip sebanyak $44,261.62 bandingkan daripada 5,000 kepada 40,000 ke atas. Masjid berkenaan ialah Masjid Ash-Shaliheen dan kaola bagi pihak kementerian sukacita mengucapkan selamat dan tahniah atas kepimpinan yang kaola yakini dengan penuh semangat inovatif dengan mengadakan langkah sedemikian itu.

Begitulah pula dengan cara lain untuk memudahkan warga-warga kementerian membayar zakat fitrah masing-masing. Majlis Ugama Islam Brunei telah mengaturkan seramai 23 orang pegawainya menjalankan tugas amil selama 3 hari dengan membuka kaunter menerima pembayaran zakat di bangunan-bangunan utama di kementerian-kementerian kecuali bagi Kementerian Pertahanan kerana lantikan amilnya telah lebih awal ditentukan.

Dengan cara itu seramai 3,684 orang warga kementerian-kementerian yang bertugas di bangunan-bangunan utama kementerian berkenaan telah dapat menunaikan pembayaran zakat fitrah mereka dalam tempoh 3 hari itu dan jumlah kutipan lebih $10,000.00 iaitu seramai 3,684 orang dengan kutipan zakat fitrah ini ialah sebanyak $10,452.30.

Demikianlah antaranya kita meneruskan perkhidmatan dalam masa kita menjalani kebiasaan norma baharu, pengalaman daripadanya patut dijadikan pendorong dan pemangkin ke arah mencari kaedah-kaedah baharu pelaksanaan tugas dan kerja kita.

Dalam hubungan ini, Kementerian Hal Ehwal Ugama dengan orang-orang muda generasi baharu dan penerus perkhidmatan agama akan lebih tercabar untuk melaksanakan perkhidmatan dengan kreatif dan inovatif. Sama ada ia merupakan tanggungjawab perseorangan warganya dalam kapasiti jawatan masing-masing atau tanggungjawab secara kolektif sebagai warga kementerian yang visi kementerian itu ialah: โ€œBersama ke arah kehidupan duniawi dan uhkrawiโ€ dan dengan misinya: โ€œUntuk memperkasakan penghayatan beragama dan memantapkan kerasmiannya berdasarkan hukum syaraโ€™, perkembangan undang-undang dan falsafah Melayu Islam Beraja.โ€

Maka bagi mendukung visi dan misi itulah peruntukan yang dicadangkan untuk Tahun Kewangan 2021/2022 bagi Kementerian Hal Ehwal Ugama adalah sebanyak $296,827,263.00 yakni hampir mencapai kepada $300 juta. Jumlah tersebut meliputi bagi perbelanjaan biasa dan Perbelanjaan Berulang-Ulang iaitu sebanyak $262,975,280.00 yang hampir $263 juta dan selebihnya $33,851,983.00 adalah bagi Perbelanjaan Kemajuan.

Kaola sukacita menyebutkan di sini dari segi yang khusus yang sekira-kiranya orang dirasakan oleh warga Kementerian Hal Ehwal Ugama sendiri untuk menimbang-timbang tugas dan habuan ataupun bahagian yang dapat mereka terima daripada perkhidmatan mereka yang berupa nilai monetarynya.

Jadi, sebahagian besar daripada perbelanjaan biasa dan Perbelanjaan Berulang-Ulang sejumlah $220.9 juta itu diperuntukkan bagi Gaji Kakitangan. Untuk gaji sahaja sebanyak $170.1 juta sementara peruntukan yang berkaitan dengan kakitangan antaranya adalah seperti yang berikut:

  1. Caruman TAP sebanyak $8.097 juta;
  2. Caruman SCP sebanyak $5.033 juta;
  3. Bonus sebanyak $17.005 juta;
  4. Kurnia Elaun Khas sebanyak $11.019 juta; dan
  5. Elaun Sara hidup sebanyak $8.396 juta.

Ini juga harus dilihat oleh orang ramai, rakyat dan penduduk betapa perkhidmatan agama itu mempunyai tanggungan-tanggungan yang bagi kerajaan dapat diteruskan sebagai satu komitmen. Kaola memohon maaf di sini tidak membutirkannya dalam mukadimah kerana ia ada dituliskan atau disebutkan dalam โ€˜Kertas Biruโ€™ peruntukan yang dibentangkan dalam majlis ini.

Keseluruhannya adalah untuk kelangsungan yang lancar dan berkesan perkhidmatan agama iaitu bagi mendukung Wawasan Brunei 2035, iaitu dengan strategi belanjawan kementerian akan terus memberi penekanan atau keutamaan bagi melaksanakan khidmatnya kepada khalayak sasarannya dilaksanakan dengan baik teratur dan berkesan sambil itu dari semasa ke semasa akan mengatasi kelemahan-kelemahan yang didapati. Dalam hal ini, kementerian perlu fokus melaksanakan program-program yang sedia disusun oleh semua jabatan, bahagian dan unit di bawahnya sekalipun akan sentiasa terbuka menerima teguran, menerima saranan iaitu teguran dan saranan yang membina dan bahkan bersedia untuk menerima kecaman-kecaman yang ikhlas yang sememangnya dalam menjalankan tugas dan memikul tanggungjawab adalah sudah lumrah kita berhadapan dengan cabaran termasuklah di luar jangkaan

Ringkasnya Yang Berhormat Pengerusi, Kementerian Hal Ehwal Ugama dan semua jajarannya termasuk Majlis Ugama Islam Brunei akan tetap pada landasan utama perkhidmatannya untuk memperkasakan agama rasmi negara iaitu Islam dengan memastikan bahawa Islam itu diajarkan, didakwahkan dan dikembangkan secara sistematik

Ini untuk menjamin mencapai matlamat supaya ajaran Islam yang betul akan difahami dengan fahaman dan penghayatan yang juga betul dan seterusnya nilai yang betul itu diterapkan untuk memberi kesan positif kepada sikap, pemikiran dan pembawaan rakyat dan penduduk dalam mengekalkan keharmonian hidup berkeluarga, berjiran tetangga, berkampung halaman dan bermasyarakat dan seterusnya berbangsa iaitu kondusif dengan ajaran Islam yang datang daripada ุงู„ู„ู‡ ุณูุจู’ุญูŽุงู†ูŽู‡ู ูˆูŽุชูŽุนูŽุงู„ูŽู‰ melalui Rasul-Nya ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… iaitu agama ุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู‹ ู„ู‘ูู„ู’ุนูŽุงู„ูŽู…ููŠู†ูŽ

Kaola suka menyatakan bahawa peruntukan belanjawan kementerian yang dicadangkan itu hendaklah dilihat merupakan sokongan dan komitmen berterusan negara dan kerajaan. Komitmen dan sokongan yang berterusan kepada bidang perkhidmatan agama sebagaimana juga negara dan kerajaan memberikan komitmen yang berterusan kepada perkhidmatan bidang-bidang lain menerusi kementerian-kementeriannya.

Seterusnya, kemampuan negara dan kerajaan memperuntukkan belanjawan sebegitu rupa perlu juga dilihat sebagai nikmat ุงู„ู„ู‡ ุณูุจู’ุญูŽุงู†ูŽู‡ู ูˆูŽุชูŽุนูŽุงู„ูŽู‰ kepada negara dan kerajaan yang cenderik kepimpinannya adalah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muโ€™izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar โ€˜Ali Saifuddien Saโ€™adul Khairi Waddien Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dengan berkat kepimpinan bijaksana baginda pula nikmat ุงู„ู„ู‡ ุณูุจู’ุญูŽุงู†ูŽู‡ู ูˆูŽุชูŽุนูŽุงู„ูŽู‰ yang dilimpahkan kepada Negara Brunei Darussalam, kepada pemerintahannya berjaya selama ini dapat terus-menerus dicurahkan juga kepada bidang perkhidmatan agama.

ุงูŽู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏู ู„ูู„ู‘ูฐู‡ู, maka nikmat ุงู„ู„ู‡ ุณูุจู’ุญูŽุงู†ูŽู‡ู ูˆูŽุชูŽุนูŽุงู„ูŽู‰ wajib disyukuri dengan meletakkan diri kita sentiasa dalam parameter ajaran-ajaran agamanya, tidak ceroboh keluar. Sementara komitmen raja dan kerajaan baginda pula wajib disyukuri dengan berterima kasih menghargainya yang diikuti dengan taat setia dan cintakan negara dan rajanya iaitu ulul amri kita, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Pada penghujung mukadimah ini, kaola sukacita menyebutkan tentang pelaksanaan Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah yang telah dikuatkuasakan sepenuhnya secara berfasa (Fasa I, Fasa II dan III) bermula 1 Mei 2014 hingga April 2019.

Kaola ingin mengongsikan data dan statistik penguatkuasaannya iaitu terdapat sebanyak 652 kes di bawah Kesalahan Am yang telah selesai pendakwaannya dan 23 kes di bawah Kesalahan Curi yang didakwa pendakwaannya di bawah kesalahan yang boleh dihukum takzir sahaja dengan denda atau dengan penjara atau dengan kedua-duanya.

Bukan di bawah hukuman had atau hudud dan 1 kes didakwa di bawah kesalahan mencederakan yang dijatuhi hukuman penjara serta 'arasy' iaitu semacam pampasan yang wajib dibayar oleh pesalah kepada mangsa.

Setakat pendakwaan di bawah Kesalahan Am itu, ialah mengenai 15 kes hamil di luar nikah, 17 kes lelaki menghamilkan perempuan Islam di luar nikah, 2 kes tidak menghormati bulan Ramadan dan yang terbanyak 268 kes khalwat bagi orang Islam, 13 kes khalwat bagi orang bukan Islam, 7 kes perbuatan tidak senonoh, 2 kes lelaki berlagak menyerupai perempuan atau sebaliknya dan 1 kes menghina agama.

Demikianlah Yang Berhormat Pengerusi. Semoga kita sekalian akan sentiasa mendapat hidayat petunjuk ุงู„ู„ู‡ ุณูุจู’ุญูŽุงู†ูŽู‡ู ูˆูŽุชูŽุนูŽุงู„ูŽู‰ dan semoga khidmat kita di Dewan majlis ini, menjadi sebahagian amal soleh kita yang diterima dan diberkati oleh ุงู„ู„ู‡ ุณูุจู’ุญูŽุงู†ูŽู‡ู ูˆูŽุชูŽุนูŽุงู„ูŽู‰ dan apa jua buah fikiran kita baik di dalamnya akan ditaufikkan oleh ุงู„ู„ู‡ ุณูุจู’ุญูŽุงู†ูŽู‡ู ูˆูŽุชูŽุนูŽุงู„ูŽู‰ ke arah yang diredainya.

Sekian,
ูˆุจุงู„ู„ู‡ ุงู„ุชูˆููŠู‚ ูˆุงู„ู‡ุฏุงูŠุฉ. ูˆุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒู… ูˆุฑุญู…ุฉ ุงู„ู„ู‡ ูˆุจุฑูƒุงุชู‡

Yang Berhormat Pengerusiโ€‹

ุงูŽู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏู ูู„ู„ู‡ Ahli-Ahli Yang Berhormat, mukadimah yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama sebentar tadi adalah dibuat dengan cukup jelas dan terperinci dan meliputi keseluruhan penyediaan belanjawan kementeriannya.

Maka, bagi membolehkan tajuk ini dibincangkan, saya persilakan sekarang Yang Berhormat Awang Iswandy bin Ahmad.

Yang Berhormat Awang Iswandy bin Ahmadโ€‹

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

ุจุณู… ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุฑุญู…ู† ุงู„ุฑุญูŠู… ุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒู… ูˆุฑุญู…ุฉ ุงู„ู„ู‡ ูˆุจุฑูƒุงุชู‡ Tahniah jua diucapkan kepada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama kerana mengongsikan pencapaian serta kegunaan bajet atau peruntukan yang akan diberikan. Izinkan saya untuk menyentuh mengenai 3 perkara:

  1. Mengenai Pemeliharaan Promosi Akal.

Adalah 'biasa' juga kali mengenai pendidikan agama kita ini yang kita ini jalankan selama ini, diselidiki semula sistemnya untuk lebih relevan dan sesuai pada masa sekarang. Contoh saja, rungutan daripada orang ramai waktu belajar dapat disesuaikan semula. Contohnya, disepadukan dengan sekolah pagi dalam kokurikulumnya dalam waktu belajar 7.30 pagi 'selajurtah' sehingga 4.30 petang. Sesuai dengan waktu bekerja 'indung' atau ibu bapanya.

Ini dapat menolong ibu bapa yang terpaksa bergegas keluar sebab pagi kerana 'menjaga' si adik pada pukul 10.45 pagi, lepas itu balik 'si indung' pada pukul 3.30 petang langsung tidak masuk kerja sampai pukul 4.30 petang kerana 'menjaga' pada pukul 5.00 petang. Ini menyebabkan produktiviti penjawat awam malah pekerja swasta kita ini rendah.

Seketika dulu, pernah diperkenalkan sistem berpendidikan bersepadu namun ia berhenti begitu sahaja. Di negara lain juga mempunyai pendidikan agama dan ia disatukan dengan sistem pendidikan biasa. Menyebut mengenai peruntukan, soalan saya ialah dengan peruntukan yang diberi sebanyak $199,590,112.00, berapakah yang digunakan untuk inovasi pendidikan agama kita ini?

  1. Mengenai Skim Perkhidmatan Guru Agama.

ุงูŽู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏู ู„ูู„ู‘ูฐู‡ู ia sudah pun diluluskan dan mula berkuatkuasa pada 27 Jun 2016. Saya difahamkan bahawa setakat ini seramai 23% dalam kalangan tenaga pengajar bagi Bahagian II dan Bahagian III telah berjaya diserapkan.

Dikongsikan juga kesulitan yang dihadapkan oleh para guru iaitu syarat kelayakan atau kelulusan dalam garis panduan penyerapan SPGU tidak selaras dengan Brunei Darussalam Qualification Reference Framework (BDQRF) oleh Majlis Kebangsaan Pengiktirafan Kelulusan Negara Brunei Darussalam (MKPK).

Soalan saya, apakah status pelaksanaannya untuk menyelaraskan proses perubahan skim lama kepada Skim Perkhidmatan Guru yang baharu ini? Cadangan ke hadapan ialah untuk meningkatkan kualiti guru-guru agama. Sekiranya guru-guru dalam pendidikan biasa pada masa hadapan akan memegang semua post graduate dengan Master of Teaching contohnya, bukankah sudah tiba masanya kita ni upskill guru-guru agama kita ni dengan pendidikan yang bersesuaian serta pelajaran agama yang dipelajari adalah relevan dengan perubahan dan keperluan zaman. Contohnya menyediakan dukungan serta tenaga pengajar yang khusus bagi penuntut berkeperluan khas, guru-guru agama yang berkelayakan sebagai kaunselor, guru-guru agama yang mengajar muamalat contohnya adalah berkelulusan atau berpengalaman dalam usahawan atau perniagaan; dan

  1. Mengenai Majlis Ugama Islam Brunei. Saya ingin bertanyakan mengenai atau memperkenalkan mengenai sistem wakaf wang tunai atau apa yang dipanggil cash waqaf. Ia adalah sebuah sistem yang menggunakan wang tunai yang disumbangkan secara sukarela untuk kegunaan orang ramai dan pembangunan wakaf tunai telah menjadi alternatif yang bagus untuk individu yang tidak memiliki apa yang dipanggil immovable asset tetapi movable asset saja yang dimiliki seperti wang, emas dan lain-lain.

Cadangan saya ialah untuk memikirkan atau mengusahakan mengembangmajukan pelaksanaan serta penggunaan wakaf wang tunai. Ini adalah untuk memudahkan orang ramai yang tidak mempunyai immovable asset seperti tanah atau bangunan untuk diwakafkan supaya mereka dapat menggunakan wang tersebut sebagai inisiatif lain untuk beramal serta menolong memajukan prasarana dan mungkin juga meningkatkan ekonomi negara.

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugamaโ€‹

ุจุณู… ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุฑุญู…ู† ุงู„ุฑุญูŠู… Terima kasih kepada Yang Berhormat yang mengemukakan tiga perkara iaitu dalam promosi pendidikan agama, syarat kelayakan SPGU dan Majlis Ugama Islam mengenai wakaf tunai.

Persoalan pertama iaitu untuk menyesuaikan pendidikan agama dengan keperluan, bolehlah kaola fahami sebagai usaha ke hadapan untuk menyesuaikan pendidikan agama dengan keperluan semasa yang terang-terang seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat itu sendiri. Perlu sudah difikirkan dan ini memang Yang Berhormat Pengerusi sedang difikirkan oleh pihak berkenaan di Kementerian Hal Ehwal Ugama dan juga sebahagiannya sudah pun diketahui oleh rakan kaola di Kementerian Pendidikan.

Bagi Kementerian Hal Ehwal Ugama, kaola melihat modalitinya sudah ada iaitu dengan adanya persekolahan agama di sekolah swasta. Dengan adanya sedemikian itu, murid-murid belajar agama di sekolah yang sama dan masa jadual belajar agama dilanjutkan ke sebelah petang di sekolah tersebut dan ini memberikan kemudahan sebagaimana yang dihajatkan.

Perkara persepaduan ini, Yang Berhormat Pengerusi, boleh juga dilihat dari segi consolidation fiscal kita ini. Pada masa ini sudah sedia lebih dua pertiga daripada bangunan-bangunan sekolah agama adalah bangunan kongsi, guna sama dengan Kementerian Pendidikan.

Ini kiranya, boleh memudahkan lagi untuk kita berfikir ke hadapan menuju ke arah bagaimana modaliti yang ada di sekolah-sekolah swasta pada masa ini yang mengadakan persekolahan agama di sekolahnya dapat kita timbangkan untuk dilaksanakan dengan lebih teliti. Mungkin kita akan melihat kesannya sebagaimana yang dihajatkan oleh ibu bapa, supaya tidak sukar menghantar dan mengambil anak-anaknya ke sekolah dan pihak kerajaan atau kalau mereka itu penjawat awam tidak akan kerugian masa bagi warga perkhidmatan awam yang banyak masa di luar daripada masa bekerja.

Juga didengar sungutan-sungutan daripada sektor swasta yang agak keberatan untuk mengambil orang-orang tempatan kita ini atas asas ini kerana mereka itu bukan sahaja tertakluk dengan suka duka dalam keluarga dan masyarakat tetapi yang rutinnya mereka akan menggunakan masa bekerja untuk menghantar dan mengambil anak-anak mereka yang bersekolah.

ุงู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏู ู„ูู„ู‘ูฐู‡ู mudah-mudahan kesedaran ini akan sama-sama dirasakan oleh semua peringkat pelaksana di Kementerian Hal Ehwal Ugama dan juga rakan-rakan di Kementerian Pendidikan untuk mencari satu solution sebaik-baiknya, ุฅูู†ู’ ุดูŽุงุกูŽ ูฑู„ู„ูŽู‘ูฐู‡ู

Bagaimana pelaksanaan syarat SPGU? Kaola difahamkan, Yang Berhormat Pengerusi, ini tertakluk juga, nanti kalau ada maklumat terbaharu. Syarat-syarat itu tidak kurang daripada apa yang diperlukan bagi penyerapan guru-guru kepada skim ini. Bahkan dalam perkara-perkara tertentu, ia dikira lebih baik dan lebih jelas dengan khidmat guru-guru yang berkenaan itu dinilai sebegitu rupa.

Maka, kalau ada cara-cara lain lagi Yang Berhormat, dapat mengemukakan bagaimana pelaksanaan syarat-syarat yang sebaik-baiknya, bolehlah kita bincangkan nanti, dalam Dewan ini kalau sempat dan kalau tidak pun kita teruskan perbincangan ini di luar, ุฅู† ุดุงุก ุงู„ู„ู‡.

Mengenai Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB) pula, tentang Wakaf Wang Tunai. Sebenarnya, wakaf pada masa ini pada umumnya berjalan di bawah undang-undang MUIB yang sedia ada. Tetapi mengenai wakaf secara selengkapnya, undang-undangnya telah pun siap dan telah pun dibawa kepada MUIB untuk bacaan pertama dan ุฅู† ุดุงุก ุงู„ู„ู‡, kalau tidak ada 'aral gundala', ia akan dapat disiapkan.

Adapun yang dikatakan Wakaf Wang Tunai ini, sebenarnya tidak ada khusus wakaf itu melarang atau menyuruh secara wang tunai tetapi kita sudah melihat orang ramai ataupun orang perseorangan melakukan wakaf secara wang tunai sama ada secara individu ataupun secara kolektif atau jemaah, misalnya ada masjid yang dibina tidak mempunyai bilik penyempurnaan jenazah dan tidak diperuntukkan kereta membawa jenazah.

Jadi, orang ramai sama ada perseorangan atau keluarga atau secara beramai-ramai mengumpulkan wang tunai bagi membina dan menyediakan bilik jenazah dan kenderaan membawa jenazah. Ini menunjukkan wakaf yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat itu dapat dilakukan dalam keadaan undang-undangnya yang khusus mengenai wakaf ini belum ada tetapi dalam undang-undang yang ada sekarang ini tidak terhalang untuk orang berwakaf sebagaimana juga orang berwakaf tanah untuk pembinaan masjid dan sebagainya.

Kaola rasakan, kalau ada perkara-perkara yang kurang daripada respons yang sepatutnya kepada Yang Berhormat, bolehlah nanti disebutkan, kalau ada kesempatan.

Sekian, Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusiโ€‹

Saya persilakan, Yang Berhormat Awang Haji Abdul Hamid @ Sabli bin Haji Arshad.

Yang Berhormat Awang Haji Abdul Hamid @ Sabli bin Haji Arshadโ€‹

Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi.

ุจุณู… ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุฑุญู…ู† ุงู„ุฑุญูŠู… ุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒู… ูˆุฑุญู…ุฉ ุงู„ู„ู‡ ูˆุจุฑูƒุงุชู‡

Sebagai sebuah negara majoritinya orang Islam, Melayu Islam Beraja dan Negara Zikir, ingin menyentuh mengenai halal haram. Kaola cadangkan:

  1. Memastikan semua barangan ataupun produk yang diragui kehalalannya, dipisahkan tempat penyimpanannya di kesemua supermarket dan tidak terkecuali kepada kedai-kedai runcit di semua pelosok negeri.

  2. Untuk melaratkan kehalalan barang, bukan sahaja daging dan ayam atau alirannya tetapi keseluruhan pemakanan yang didatangkan ke dalam negeri termasuk barang-barang lain seperti biskut-biskutan, minuman, farmaseutikal dan lain-lain lagi.

  3. Menempatkan wakil Bahagian Halal Haram di semua sempadan kemasukan termasuklah di pelabuhan dan juga di lapangan terbang. Difahamkan pada ketika ini, hanya terdapat di Pos Kawalan Kuala Lurah dan Pos Kawalan Sungai Tujuh sahaja; dan

  4. Melipatgandakan gerakan enforcement untuk membuat lawatan ke supermarket, kedai-kedai runcit, pasar-pasar dan tidak terkecuali pengimport-pengimport dan wholesaler yang mempunyai gudang penyimpanan dan juga cold storage di negara ini.

Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi.

Sekian,
ูˆุจุงู„ู„ู‡ ุงู„ุชูˆููŠู‚ ูˆุงู„ู‡ุฏุงูŠุฉ. ูˆุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒู… ูˆุฑุญู…ุฉ ุงู„ู„ู‡ ูˆุจุฑูƒุงุชู‡

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugamaโ€‹

Terima kasih, Yang Berhormat.

Perkara yang menyentuh halal haram ini bagi negara kitani yang majoritinya penduduknya beragama Islam, sangat penting bukan sahaja dari segi pemakanan dan minuman, bahkan dalam banyak hal.

Apa yang dicadangkan oleh Yang Berhormat tadi, supaya barang-barang makanan halal dan non-halal dan yang diragukan kehalalannya itu dipisahkan secara jelas baik di supermarket ataupun di kedai-kedai runcit. Barangkali Yang Berhormat sendiri maklum kalau di supermarket memang sudah dibuat perkara ini, yang halal satu tempat dan yang bukan halal dipisahkan dan bahkan yang diragukan kehalalannya pun dipisahkan, cuma untuk melaratkannya sampai ke kedai-kedai runcit memerlukan sedikit waktu dan sedikit masa bagi mempertimbangkannya termasuklah logistik.

Untuk melaratkan halal bukan sahaja kepada makanan tetapi juga barang-barang lain, kita pada masa ini sebagaimana yang dimaklumi bukan sahaja daging ada undang-undangnya, daging-daging halal undang-undang termasuk penyembelihannya bahkan juga dari segi kawalan daripada pembekal-pembekal termasuk restoran-restoran, barang-barang yang dibekalkan itu diaudit kehalalannya kita maklumi sedemikian itu.

Cuma yang diperlukan ialah bagaimana mekanisme yang sudah ada di bawah undang-undang dan peraturan-peraturan dapat dilaksanakan dengan berkesan yang dalam istilahnya untuk meningkatkan integriti pelaksanaan kawalan-kawalan baik peraturan ataupun undang-undang. Inilah yang sentiasa kita fikirkan dari semasa ke semasa di Majlis Ugama Islam Brunei.

Yang Berhormat tadi menyentuh termasuk juga untuk mengawasi storage dan sebagainya, ini sangat menarik Yang Berhormat Pengerusi apabila terjadi kejadian apa yang disebut suatu yang mengejutkan mengenai daging, bekalan daging halal di negara jiran kita, pihak yang berkenaan, Majlis Ugama Islam Brunei, Kementerian Hal Ehwal Ugama segera melihat apa yang ada di negara kita dalam erti kata melihat dari segi undang-undang dan dari segi prosedur-prosedur yang ada.

Didapati kalau dari segi kawalan daging ertinya pusat penyembelihan yang diiktiraf diperiksa, semasa penyembelihan, pembungkusan untuk penghantaran ke dalam negeri juga dipastikan oleh pemeriksa. Ia sampai ke dalam negeri juga diperiksa oleh pemeriksa, apa yang sedang dibuat di pusat penyembelihan itu masih sama dengan apa yang didapati sampai di pelabuhan.

Itu suatu perkara yang sangat menarik. Tetapi dalam peraturan kita tidak menentukan selepas itu ke mana ia dibawa, ke storage mana, jadi storage itu cuma kita mengetahui ia mendapat Sijil Halal sebagai pengimport atau penyimpan Sijil Halal dan pembekal daging-daging yang sudah mendapat Sijil Halal.

Jadi, inilah yang kita khuatirkan kerana mekanisme yang ada pada masa ini tidak sampai kepada sudut-sudut yang sedemikian kemungkinan apa yang terjadi di luar negeri itu boleh terjadi dalam negeri kita. Balik semula mengenai kita orang Islam di negeri ini majoritinya Islam dan kita mengambil kira semua sekali sedemikian rupa harus Islamic, syarie dan sebagainya, maka ke arah itulah dalam kita sibuk-sibuk hari itu memikirkan kekurangan bekalan daging dan ayam di dalam negeri ini import kita daripada pusat-pusat penyembelihan terhalang oleh COVID-19, jadi langkah untuk menunduki mekanisme memastikan storage dan kemudian pembahagian ataupun pengedarannya kepada kedai-kedai runcit ataupun supermarket selain apa yang ada pada masa ini dikehendaki kedai atau supermarket tersebut apabila menjual daging akan menyebutkan, menunjukan daging yang dijual di sini halal iaitu adanya certificate pengakuan halal.

Jadi, kita mahu mengemaskan hal itu mudah-mudahan perkara ini akan dapat dilakukan bukan sahaja oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama bersendirian kerana ia melibatkan agensi-agensi lain termasuk agensi MPRT, Kementerian Kewangan dan Ekonomi iaitu dari segi kastam dan kalau ia berada di pelabuhan juga melibatkan agensi Kementerian Perhubungan dan Infokomunikasi. Semua ini menjadi tugas yang mencabar pada masa ini yang kaola rasakan mestilah difikirkan dengan sebaik-baiknya bersama kita secara holistik, ุฅู† ุดุงุก ุงู„ู„ู‡.

Melaratakan pengiktirafan halal bukan sahaja kepada makanan, undang-undang yang ada pada masa ini pun sudah ada menyebutkan yang sedemikian untuk barang gunaan termasuklah ubat-ubatan, alat-alat solek dan apa lagi lebih daripada itu peraturan pada masa ini bukan menghendaki setakat secara voluntary untuk mengenakan menghendaki pensijilan halal bagi logistik. Itulah tadi logistik termasuk kalau kita tafsirkan sebagai storage dan sebagainya.

Bukan sahaja pengangkutan dari pelabuhan ke storage mestilah kenderaan yang seperti apa bukan sahaja selamat dari segi pemakanan untuk dimakan dan bukan sahaja pemeriksaannya, adakah jumlah yang datang itu menepati sebagaimana yang dipohonkan kuotanya tetapi ialah juga logistik itu mestilah logistik yang halal. Halal dalam erti kata ia tidak bercampur baur dengan yang tidak halal. Itulah kita usahakan ุฅู† ุดุงุก ุงู„ู„ู‡ .

Sekian Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusiโ€‹

Saya persilakan sekarang Yang Berhormat Awang Haji Mohimin bin Haji Johari @ Jahari.

Yang Berhormat Awang Haji Mohimin bin Haji Johari @ Jahariโ€‹

Terima kasih. Yang Berhormat Pengerusi.

ุจุณู… ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุฑุญู…ู† ุงู„ุฑุญูŠู… ุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒู… ูˆุฑุญู…ุฉ ุงู„ู„ู‡ ูˆุจุฑูƒุงุชู‡
ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ู‘ ุนู„ู‰ ู…ุญู…ู‘ุฏ ูˆุนู„ู‰ ุขู„ ู…ุญู…ู‘ุฏ Kaola suka mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab dalam bidang yang diamanahkan.

  1. Kaola membawa di bawah Tajuk SJ01A โ€“ Kementerian Hal Ehwal Ugama. Kaola suka membawa perkara zakat.

Sebagaimana pada masa kini hasil zakat tahunan belum mencapai tahap maksimum, perbelanjaan lebih tinggi daripada pendapatan zakat yang bererti pihak Majlis Ugama Islam Brunei menghadapi defisit. Maka kutipan komprehensif patut dilaksanakan, pemberigaan, kelebihan dan tanggungjawab orang ramai dalam menunaikan zakat. Zakat termasuk dalam rukun Islam yang keempat. Dicadangkan program memperkasa menunaikan zakat kebangsaan seperti zakat perniagaan, tanaman, ternakan dan lain-lain;

  1. Seterusnya kaola ingin tahu status kejayaan program PROPAZ terkini. Kesempatan ini kaola suka mencadangkan fokus pihak PROPAZ mencipta skim latihan dan mendapatkan lesen memandu kebangsaan bagi lesen-lesen memandu yang diperlukan komersial seperti pemandu trailer, tanker, bus, pick-up dan lain-lain, kenderaan komersial yang sekarang ini majoritinya diisi oleh pemandu warga asing.

Peluang pekerjaan sebagai pemandu ini sangat luas dan hendaklah dipantau dan ada perjanjian yang memastikan pemandu-pemandu ini komited dengan komitmen yang diberikan. Maksud kaola ialah nanti kalau ada asnaf-asnaf yang sudah dilatih dan mempunyai lesen memandu kenderaan komersial di sinilah keperluan kerjasama Whole Of Nation Approach dalam menjayakan usaha memberikan peluang pekerjaan dan sumber pendapatan bagi asnaf-asnaf yang ada. Mudah-mudahan kita akan mencapai asnaf fakir miskin sifar, ุฅู† ุดุงุก ุงู„ู„ู‡.

  1. Seterusnya, bahagian Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah sejauh mana SOP pihak tertentu dalam pengambilan tenaga pengajar dalam pendidikan tinggi di Negara Brunei Darussalam bagi memastikan mereka adalah jelas golongan Ahli Sunah Wal Jamaah dan juga dalam memastikan penghantaran penuntut-penuntut ke luar negara yang pendidikannya adalah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Mengikut maklumat, terdapat pengajian tinggi agama mengadakan dua semester dalam bidang sukan seperti renang.

Ada yang mencadangkan supaya mata pelajaran Al-Quran dan Tajwid sebagai mata pelajaran teras bagi setiap semester hingga tahun akhir bagi setiap program. Al-Quran merupakan teras dan panduan kepada umat Islam khususnya bagi mahasiswa dalam bidang perguruan agama dan lebih giat dalam keaktifan kegiatan pembentukan kerohanian dan amali agama seperti, dikir, solat jenazah dan ilmu-ilmu fardu ain.

  1. Seterusnya Khutbah Jumaat mengikut keadaan semasa dan dapat memberi penjelasan dan menjawab perkara-perkara yang kurang jelas seperti perkara-perkara viral dan sebagainya. Tahniah seperti mana khutbah berkenaan, Jumaat yang lalu.

Sekian, Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugamaโ€‹

Yang Berhormat Pengerusi. Yang Berhormat mencadangkan dan memikirkan dengan turut menyedari sebagaimana juga kesedaran ini ada di peringkat Majlis Ugama Islam Brunei dan Kementerian Hal Ehwal Ugama bahawa kutipan zakat tidak sebanyak mana agihan yang diberikan ertinya perbelanjaan melebihi daripada pendapatan. Kalau dapat kaola sebutkan angka misalnya kutipan zakat setiap tahun termasuk zakat harta dan zakat fitrah mencapai sekadar 17 ke 18 juta. Agihan yang diperuntukkan pada setiap tahun lebih daripada 20 juta. Tapi, jangan lupa bagaimana agihan ini mencukupi.

Kutipan ini mencukupi agihan yang sedemikian itu. Buat sementara ini kaola menyebutkan mungkin beberapa tahun ini ia mencukupi kerana akaun zakat yang ada dalam simpanan bank masih ada bakinya dari pembahagian 2007 membawa kepada 2012.

Kaola rasa Yang Berhormat Fdr. Ar. Dayang Siti Rozaimeriyanty binti Dato Seri Laila Jasa Haji Abdul Rahman ada bertanya kepada kaola secara bertulis pada tahun lepas dan kaola menjawabnya mengenai perkara ini. Baki yang ada terkumpul itu sudah diagihkan tetapi masih ada bakinya. Jadi baki inilah yang menampung keperluan agihan yang berlebihan itu.

Angka agihan setahun yang diperuntukan itu lebih 20 juta atau boleh mencapai ke 30 juta mestilah mengambil kira itu diagihkan untuk dua tahun. Ertinya, tahun ini katalah tahun 2021 bulan Mac diputuskan pemohon itu sebagai penerima agihan, maka ia diberikan untuk tempoh dua tahun. Jadi angka berlebihan itu sebenarnya angka untuk dua tahun.

Jadi, kerana itu memanglah pemikiran yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi sangat relevan untuk bukan saja difikirkan kerana mekanismenya cuma belum ada undang-undang dan peraturan sudah ada untuk mengadakan kutipan zakat lebih daripada cara-cara yang berjalan secara konvensional pada masa ini. Tinggal lagi bila dan bagaimana untuk melaksanakannya dengan sebaik-baiknya yang menghendaki perundingan dengan banyak pihak.

Misalnya, kalau kita menghendaki semua pendapatan orang Islam iaitu perniagaan orang-orang Islam dikeluarkan zakat, jadi di sana ada aspek-aspek yang berkaitan dengan revenue kerajaan. Kalau zakat korporat sudah dikenakan bagaimana zakat perniagaan dan perdagangan akan dikutip. Bukan zakat korporat, cukai korporat sudah dikehendaki oleh undang-undang bagaimana ini dapat, jadi, penyelarasan harus dapat dilakukan.

Di luar negeri di negara jiran kita penyelarasan itu sudah dapat mereka buat. Jadi pembayar-pembayar zakat tidak lagi membayar cukai pendapatan umpamanya. Jadi kerana itulah mereka mengumpulkan jumlah zakat yang ุฃูŽู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏู ู„ู„ู‡ cukup banyak.

Itu satu aspek dan yang kedua dari segi zakat ini merupakan kejayaan PROPAZ (Program Pengupayaan Asnaf Zakat). Sejauh mana dari segi kejayaannya. Kalau dari segi perangkaan-perangkaannya memang ada menunjukkan ada kejayaanya tapi apakah ia seratus peratus bergantung kepada apabila ia sudah berkemahiran di tempat latihannya yang ditumpangkan di Pusat Pembangunan Belia, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan keluar dari sana, tinggal lagi bagaimana ia boleh dikatakan employable boleh bekerja dengan kemahirannya itu tetapi tertakluk pula kepada peluang-peluang pekerjaan yang terbuka.

Ada peluang yang terbuka misalnya tapi kesanggupannya untuk mengambil pekerjaan tersebut di sektor swasta dan inilah juga satu perkara yang boleh merisaukan tetapi dalam kerisauan itu jangan kita mengambil keputusan program ini tidak berhasil tidak berguna, program ini berguna dan sangat berguna kerana ada antaranya katalah tidak seratus peratus, ada antara mereka itu mempunyai kesedaran untuk berusaha sendiri dan tinggal lagi untuk mereka berusaha sendiri kalau untuk berniaga kecil-kecilan pun memerlukan modal maka di situlah sokongan modal dari zakat akan dibuat di samping juga sokongan modal daripada pihak-pihak lain yang berkenaan, misalnya kalau ada kelonggaran dari segi pinjam-meminjam di institusi kewangan, perbankan dan sebagainya.

Jadi hal-hal sedemikian inilah menjadikan PROPAZ itu kalau Yang Berhormat bertanya sejauh mana, kaola mengatakan ia satu program yang sangat berguna untuk diteruskan, bukanlah kerana peserta-peserta yang keluar dari sana tidak seratus peratus mendapat pekerjaan, tidak seratus peratus terlepas daripada menjadi asnaf maka ia tidak berguna itu ertinya pendekatan pemikiran kita yang agak keliru kerana tujuan kita ialah untuk memberikan mereka keupayaan bagi bekerja dan melepaskan diri mereka daripada kemiskinan. Kalau mereka benar-benar berjaya, ุฅู† ุดุงุก ุงู„ู„ู‡ mereka juga bukan sahaja akan terus-menerus sebagai penerima zakat, mungkin mereka terlepas daripada penerima zakat dan mungkin mereka akan menjadi pembayar zakat bukan zakat fitrah zakat perniagaan atau zakat harta dan sebagainya.

Ini kaola kurang jelas persoalannya. Pemandu kenderaan komersial untuk dikhususkan kepada asnaf-asnaf zakat supaya mereka mendapat pekerjaan. Kalau itu maksudnya, tertakluklah kepada majikan, tetapi kita akan mengaturkan supaya ia diambil bekerja dan sebagainya. Itulah kita uruskan, bukan secara paksaan tetapi secara aturan-aturan atau perundingan-perundingan. Kaola percaya agensi-agensi seperti itu bukan lagi di Majlis Ugama Islam Brunei atau Kementerian Hal Ehwal Ugama adalah agensi-agensi yang kitani ketahui DARe ataupun Job Centre Brunei dan sebagainya. Hal-hal seperti ini mesti kitani fikirkan dari segi aspek-aspek yang berkaitan dengan apa program-program yang sudah disediakan oleh kerajaan dan ertinya program-program itu bukan untuk tidak memasukkan asnaf tetapi sebenarnya asnaf juga tergolong daripada orang yang menjadi target supaya mendapat pekerjaan melalui centre yang tersebut.

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Pengambilan tenaga pengajar pengajian tinggi. Sejauh mana SOPnya atau garis panduannya. Pada masa ini, pengajian tinggi diketahui mempunyai semacam autonomi untuk mengambil tenaga-tenaga pengajarnya, tenaga-tenaga akademik. Dalam mereka mempunyai autonomi sedemikian, mereka mempunyai kesedaran untuk mengawal keluhuran undang-undang negara ini termasuklah dalam perkara agama.

Kaola faham, kalau berdasarkan pengalaman beberapa tahun yang lalu, kaola mengetahui bukan mudah untuk mereka menerima begitu sahaja dari luar negeri untuk bekerja di dalam negeri ini, tetapi calon-calon itu diuji, ditemu duga bukan sahaja dari segi kelayakan paper qualificationnya, bahkan juga dari segi sikap dan sebagainya. Kita berharaplah pihak berkenaan pengajian tinggi mempunyai lebih kesedaran untuk menjaga keluhuran Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan sebagainya.

Ada lagi satu pelajaran Al-Quran di pusat pengajian tinggi yang dimaksudkan tidak dipentingkan oleh pengajian tinggi tetapi mementingkan kokurikulum seperti berenang, itukah maksudnya? Kaola kurang pasti hal ini kalau apa yang disuarakan Yang Berhormat didengar juga di luar Dewan. Maka, kitani berharaplah pihak-pihak yang berkenaan itu akan cuba menimbangkannya dengan sebaik-baiknya sebagai satu saranan di Dewan ini, saranan yang dapat difikirkan sejauh mana relevannya dan sebagainya.

Khutbah Jumaat. Memang Khutbah Jumaat ini kitani dipuji oleh rakan-rakan kitani di luar negeri kerana dapat mengawal masjid tidak menjadi sumber fahaman-fahaman yang bermacam-macam selain yang dikehendaki oleh negara. ูฑู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏู ู„ู„ู‡ู khutbah telah dilakukan sedemikian. Tetapi lebih daripada itu, sebagaimana yang diharapkan, itulah juga yang diharapkan dari semasa ke semasa oleh kementerian supaya khutbah itu relevan dan kerana ia untuk relevan itu isu-isu semasa, isu-isu yang berbangkit tetapi awas, jangan khutbah, jangan mimbar dijadikan sebagaimana yang disarankan tadi untuk menjawab apa yang diviralkan dalam media sosial. Ini akan mengundang khutbah menjadi medan yang kontroversial. Kita mahu hal-hal agama sedemikian ini haruslah dijaga.

Kita boleh bercakap secara ajaran-ajaran agama, tetapi kita jangan menyentuh apa yang difikirkan sebagai masih lagi pemikiran-pemikiran terbuka dalam kalangan orang ramai mengenai buruk baiknya dan sebagainya dan kita pun terus memihak kepada apa yang kita ini fikirkan dan sebagainya melainkan ia menyentuh dasar-dasar keagamaan, ia menyentuh dasar-dasar negara, keselamatan dan sebagainya. ุฅูู†ู’ ุดูŽุงุกูŽ ุงู„ู„ู‡ khutbah akan sebagaimana ia dihalakan ke arah menyatupadukan penduduk dan menjadikan kita ini orang-orang Islam mempunyai kesedaran sebagai penduduk yang sama-sama bertanggungjawab memelihara keamanan dan ketenteraman negara ini ุฅูู†ู’ ุดูŽุงุกูŽ ุงู„ู„ู‡.

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusiโ€‹

Saya persilakan Yang Berhormat Awang Haji Mohimin bin Haji Johari @ Jahari.

Yang Berhormat Awang Haji Mohimin bin Haji Johari @ Jahariโ€‹

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Yang kaola maksudkan driver itu di bawah program PROPAZ supaya PROPAZ mencipta kalangan asnaf itu dibiayai untuk mendapatkan latihan dan lesen-lesen memandu komersial. Yang dimaksudkan tadi yang seperti kurikulum itu ada terdapat pengajian tinggi mengadakan sampai 2 semester bahagian sukan seperti renang tetapi bahagian Al-Quran hanya satu semester.

Sekian, terima kasih.

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugamaโ€‹

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi dan Yang Berhormat. Maka dengan penjelasan yang sedemikian itu, kaola rasa mengenai PROPAZ itu untuk membelanjai keperluan-keperluannya untuk mendapatkan sebagai itu, boleh dirunding sebenarnya. Ia sebahagian daripada bagaimana Majlis Ugama Islam Brunei mengagihkan wang zakat dengan sebaik-baiknya bagi keperluan-keperluan yang sudah ditentukan termasuklah PROPAZ ini terdiri daripada asnaf fakir miskin.

Mengenai kurikulum itu, seperti yang kaola nyatakan, mudah-mudahan apa yang didengar di sini, didengar juga di luar dan pihak berkenaan pengajian tinggi berkenaan, kalaulah benar aturan-aturan yang dibuatnya itu seolah-oleh tidak mementingkan pelajaran Al-Quran tetapi mementingkan sukan, apakah sukan renang dan sebagainya, maka bolehlah mereka timbangkan sebaik-baiknya.

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusiโ€‹

Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang saya persilakan Yang Berhormat Pengiran Haji Ali bin Pengiran Maon.

Yang Berhormat Pengiran Haji Ali bin Pengiran Maonโ€‹

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Kaola berminat juga menyampaikan sebentar tadi sama dengan rakan sejawatan mengenai zakat. Tetapi kaola menyampaikan ada perbezaan bahasa dan makna pengertian atau maksudnya. Kaola mohon jika diizinkan di dalam Dewan yang mulia dan Yang Berhormat Pengerusi, kaola akan dapat meneruskan soalan kaola.

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugamaโ€‹

Yang Berhormat mengulang kaola sehingga bertanya kepada rakan mengenai apa?

Yang Berhormat Pengiran Haji Ali bin Pengiran Maonโ€‹

Yang Berhormat Pengerusi. Soalan kaola ini hampir sama jua seperti yang disampaikan oleh Yang Berhormat sebentar tadi iaitu mengenai zakat.

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugamaโ€‹

Kalau ia dari segi aspek yang lain, Yang Berhormat Pengerusi bolehlah menimbangkannya.

Yang Berhormat Pengerusiโ€‹

Silakan Yang Berhormat.

Yang Berhormat Pengiran Haji Ali bin Pengiran Maonโ€‹

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Kaola sangat tertarik jua berminat untuk mengemukakan soalan mengenai usaha kementerian dalam pengupayaan zakat yang dapat jadi pemangkin dalam pertumbuhan ekonomi di negara khususnya membantu meringankan beban kewangan kerajaan dalam social welfare. Kaola yakin dan percaya pihak kementerian di bawah MUIB yang diamanahkan untuk memegang tanggungjawab ini telah membuat perancangan dan usaha-usaha terhadap peningkatan jumlah kutipan zakat.

Dalam pada itu, tidak dinafikan bahawa ada sesetengah penduduk Islam yang kurang arif atau kurang berpengetahuan dalam kewajiban membayar zakat atau zakat harta, zakat emas, zakat perniagaan dan umpamanya. Maka usaha dalam memberikan kefahaman terhadap kewajiban mengeluarkan zakat ini patut dipertingkatkan dan diperkasakan lagi. Begitu jua dalam usaha mengupayakan kaedah kemudahan berzakat serta penyaluran patut didedahkan secara sistematik dan teratur.

Sekian sahaja Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugamaโ€‹

Yang Berhormat Pengerusi. Sebagaimana Yang Berhormat menyebut rakannya tadi seperti akan-akan lainlah iaitu untuk meluaskan lagi zakat ini untuk difahamkan kepada orang ramai tentang apa zakat dan macam mana kewajiban membayarnya dilakukan.

Jadi ini, sebahagian daripada usaha-usaha untuk meningkatkan kutipan zakat. Kalau pada masa ini, dalam pipeline Yang Berhormat Pengerusi ada usaha dari Majlis Ugama Islam Brunei untuk kutipan zakat fitrah, kalau tidak ada โ€˜gundalaโ€™, tahun ini bulan Ramadan, zakat fitrah akan dikutip secara online, akan dibayar secara online kepada bank, bukan kepada Majlis Ugama Islam Brunei. Kepada satu akaun yang dibukakan khas di bank yang ada pertaliannya dengan akaun zakat dibuka dan orang membayar kepada akaun tersebut. Mekanismenya sedang diteliti yang mahu dipastikan juga oleh kementerian. Ia hendaklah selamat, teratur mengikut aturan-aturan kewangan, itu yang sangat penting dan kemudahan-kemudahan seperti ini akan dapat dilihat sebagai satu inovasi yang permulaan kitani ke arah kutipan-kutipan zakat yang lebih efektif. Sesuai dengan keadaan dan hajat kitani untuk meningkatkan jumlah kutipan dari semasa ke semasa.

Jadi kaola berterima kasih pemikiran ini ada di Dewan dan mudah-mudahan idea Yang Berhormat bukan sahaja yang sudah mengemukakannya, bahkan yang mendengarkannya akan sama-sama berfikir dan mengajak kami di Kementerian Hal Ehwal Ugama bersama-sama berfikir, bukan menunggu masa musim permuzakarahan setahun sekali Yang Berhormat Pengerusi. Sebenarnya, Ahli-Ahli Yang Berhormat dengan hormat bila-bila masa untuk datang ke kementerian berunding secara individu tidak semesti secara berkumpulan, mungkin secara perseorangan dan sebagainya membantu kerajaan, membantu kementerian dalam pelaksanaan khidmatnya. Inilah yang dihajatkan.

Sekian, terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusiโ€‹

ุงูŽู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏู ู„ูู„ู‘ูฐู‡ู Saya sekarang mempersilakan Yang Berhormat Pengiran Haji Mohamed bin Pengiran Haji Osman @ Othman.

Yang Berhormat Pengiran Haji Mohamed bin Pengiran Haji Osman @ Othmanโ€‹

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

ุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ู‡ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูฐู†ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญููŠู’ู…ู ุงู„ุณูŽู‘ู„ุงูŽู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒูŽุงุชูู‡ู

ุงูŽู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏู ู„ูู„ู‘ูฐู‡ู lebih dahulu kaola merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama atas mukadimah yang disampaikan pada petang ini. Yang Berhormat Pengerusi. Kaola akan membawa perbincangan ataupun perbahasan mengenai di bawah Tajuk SJ01A - Kementerian Hal Ehwal Ugama dengan perbelanjaannya atau peruntukan yang diberikan iaitu $292,975,280.00. ุงูŽู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏู ู„ูู„ู‘ูฐู‡ู Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama, kaola menyambut baik atas maklumat yang disampaikan pada petang ini atas projek masjid di bawah kedua-dua mukim iaitu Mukim Mentiri dan Mukim Serasa yang penduduknya rasa gembira bahawa RPN Kampung Meragang dan RPN Kampung Panchor, bahawa projek masjid akan dibina dan pada masa ini sepertimana yang dinyatakan oleh Yang Berhormat masih dalam tawaran dan ุฅู† ุดุงุก ุงู„ู„ู‡ akan dibuat pembinaannya seberapa cepat yang mungkin.

Yang Berhormat Pengerusi. Kaola ingin menyentuh mengenai Unit Pendidikan Khas. Mungkin perkara ini Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama tidak menyentuh dalam taklimat yang diberikan pada petang ini. Kaola ingin memohon pencerahan mengenai persekolahan agama bagi anak-anak istimewa iaitu pelajar yang kurang berkemampuan:

  1. Apakah perancangan dan strategi Kementerian Hal Ehwal Ugama bagi persekolahan agama kanak-kanak istimewa ini? dan

  2. Apakah langkah-langkah yang diambil bagi Kementerian Hal Ehwal Ugama bagi menangani isu persekolahan kanak-kanak istimewa yang kebanyakannya tidak dapat meneruskan persekolahan agama disebabkan masalah-masalah tertentu seperti:

    i. Kekurangan guru-guru terlatih bagi mendidik anak-anak istimewa;

    ii. Penempatan persekolahan terdapat hanya terhad sahaja;

    iii. Masa pembelajaran terhad kepada setengah jam dalam seminggu; dan

iv. Penempatan anak-anak istimewa bersama penuntut-penuntut lain, memberikan sedikit sebanyak kesukaran bagi guru-guru agama yang tidak terlatih menangani anak-anak istimewa.

Yang Berhormat Pengerusi. Kaola ingin mencadangkan di sini Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Unit Pendidikan Khas diharapkan memberikan dan membukakan lebih banyak pekerjaan kepada graduan-graduan aliran guru agama terlatih dengan โ€˜pendidikan khasโ€™ bagi mendidik anak-anak istimewa ini. Kaola juga ingin mencadangkan kepada Yang Berhormat kita melihat keadaan guru-guru yang mengajar kepada pelajar-pelajar โ€˜pendidikan khasโ€™ ini mungkin sukar untuk guru-guru melatih ataupun mengajar.

Kaola mencadangkan dan mohon pertimbangan supaya guru-guru yang dikhaskan untuk mengajar pelajar-pelajar โ€˜pendidikan khasโ€™ ini akan diberikan elaun khas special allowance daripada guru-guru biasa kerana Kaola melihat keadaan guru yang mengajar kepada pelajar-pelajar yang โ€˜pendidikan khasโ€™ ini bukannya sama dengan pelajar-pelajar yang biasa.

Kaola juga ingin bertanya, mengenai Akta Pelajaran Wajib bagi Kementerian Hal Ehwal Ugama. Kaola diterangkan dan mengambil maklum daripada keluhan orang ramai.

Akta Pelajaran Wajib telah diwujudkan dan diberikan kepada pendidikan sekolah-sekolah rendah Melayu yang ada dan mungkin ada perbezaan juga kalau Yang Berhormat menerangkan, kita mendapati ada juga Akta Pendidikan Wajib ini disalurkan kepada pendidikan agama. Kaola disampaikan daripada orang ramai, misalnya anaknya bersekolah rendah Melayu dan tidak hadir adakah ia dikenakan Pendidikan Wajib ini dan juga tidak hadir ke sekolah agama, jadi kaola ingin mohon pencerahan disampaikan di Dewan ini. Sekian terima kasih.

ูˆุจุงู„ู„ู‡ ุงู„ุชูˆููŠู‚ ูˆุงู„ู‡ุฏุงูŠุฉ . ูˆ ุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒู… ูˆุฑุญู…ุฉ ุงู„ู„ู‡ ูˆุจุฑูƒุงุชู‡

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugamaโ€‹

Yang Berhormat Pengerusi. Mengenai 'pendidikan khas' dapat kaola simpulkan daripada ucapan Yang Berhormat tadi, ialah meningkatkan kelayakan guru kalau dalam bidang persekolahan agama tidak mencukupi maka hendaklah dicukupkan, itulah yang disarankan. Bagaimana ia akan mencukupkan, maka ertinya Kementerian Hal Ehwal Ugama berfikirlah dan hal itu disambut baik sebagai satu cadangan.

Tetapi bagaimana untuk mencukupkan selain apa yang biskaola fikirkan kalau ada fikiran daripada Yang Berhormat cubalah 'julungkan' kepada abiskaola dalam perkara sedemikian. Ini perkara yang menyentuh kepentingan kitani sama-sama orang ramai, ibu bapa dan juga guru-guru di bawah Kementerian Hal Ehwal Ugama di bawah Jabatan Pengajian Islam dan sebagainya. Jangan lupa kementerian memang sudah berusaha ke arah itu ada guru-guru yang dilatih bagi tujuan tersebut bahkan ada latihan-latihan yang ditentukan dalam kursus di Kolej Universiti Perguruan Ugama untuk ke arah itu, tapi bagaimana ia dapat melengkapkan keperluan yang sebenarnya perkara itu yang sama-sama patut kita ni ikhtiarkan dan fikirkan cara-cara yang berkesan.

Itulah secara keseluruhan mengenai 'pendidikan khas' bagi kanak-kanak yang 'berkeperluan khas'. Dari segi guru itulah jawapan kaola. Tetapi dari segi bagaimana kanak-kanak ini ditempatkan belajar bersama-sama, pada masa ini kita belum ada mempunyai sekolah khusus mengenai perkara itu, sejauh mana nanti ada keperluan dengan bilangan mereka sejumlah yang ada adakah keperluan sebuah sekolah tersebut. Satu perkara yang kaola perhatikan yang berkeperluan khas ini bermacam-macam peringkat, ada yang dari segi anggota, sulit datang sekolah dan sebagainya sulit untuk hadir ke kelas, ada dari segi keupayaan IQ, hal-hal ini sangat mencabar bukan sahaja dari Kementerian Hal Ehwal Ugama tapi kaola rasa dari Kementerian Pendidikan juga sangat mencabar dan Kementerian Pendidikan lebih berpengalaman dalam hal ini tentulah juga mempunyai kesulitan untuk memenuhi ekspektasi dari orang ramai terutama sekali ibu bapa.

Bagi kanak-kanak yang cuma terganggu mentaliti dan sebagainya, lihat juga degreenya kalau ada kanak-kanak boleh bergaul dengan murid-murid yang lain di dalam sekolah itu, di kelas itu, kaola mendengar dan mengetahui juga dari pembacaan kanak-kanak yang sedemikian itu jangan terus dipisahkan daripada mainstream sekolah tersebut, kalau mereka disisihkan daripada mainstream mereka akan terus tersisih jauh dan ini berlaku kepada kanak-kanak autisme. Perlu mereka ini didedahkan kepada pengalaman yang sama dengan rakan-rakanya, meskipun kesulitan kepada guru, ibu bapa tetapi harus diingat jangan sampai memisahkan daripada mainstream persekolahannya. Itu dari segi yang kaola rasa perlu dipertimbangkan sebaik-baiknya.

Mengenai elaun khas bagi guru-guru ini sulit bagi kaola menjawab sama ada wajar atau tidak. Dari segi speciality guru-guru sekarang ini dikhususkan sama ada wajar atau tidak kalau speciality adakah yang mengajar subjek sains dengan subjek matematik lain daripada yang mengajar speciality lain lagi. Kaola melihat guru-guru dengan latihannya mengikut pengkhususannya dan sudah mendapat nasib bahagiannya dari segi monetary mengikut gaji dan sebagainya, kalau ada yang lebih dari itu mungkin ada sebab-sebab lain yang boleh dipertimbangkan. Kaola ada mendengar di hujung tadi Akta Pelajaran Wajib di agama pun ada jua di Kementerian Pendidikan pun jadi bagaimana kalau ia inda datang ke sekolah biasa, adakah juga ia dikenakan apa-apa hukuman yang sama bagi pelajaran wajib agama. Satu perkara yang kaola ingin jelaskan kekeliruan yang kaola rasa terdapat dalam kalangan umum juga. Akta mengenai pelajaran agama yang wajib itu Yang Berhormat, bukan pelajaran agama wajib. Akta itu ialah mewajibkan ibu bapa anak-anak Islam ataupun penjaganya yang anak-anaknya berumur sekian-sekian di sekolah rendah untuk menghantar anaknya ke sekolah agama bukan menghantar untuk pengajian agama. Maknanya akta itu memastikan adanya sekolah agama, mereka disekolahkan di sana, kerana itulah kaola rasa ada sebahagian ibu bapa yang menyedari perkara ini apabila anak mereka itu belajar di sekolah swasta atau umum (sekolah biasa di bawah Kementerian Hal Ehwal Ugama) tidak mempunyai waktu bagi mereka untuk menghantar anak mereka belajar agama di persekolah agama, maka tuntutan-tuntutan seperti yang dibangkitkan awal-awal tadi supaya perkara ini ditimbangkan, supaya benar sekolah agama itu wujud, ada di sekolah yang lain. Kaola tadi menyebutkan ada modality yang baik dari sekolah-sekolah swasta, ini yang sebenarnya.

Dari segi pendidikan wajib atau pelajaran wajib, itu rakan kaola Yang Berhormat Menteri Pendidikan boleh juga membetulkan tapi dari segi agama, akta itu ialah persekolahan agama, bersekolah wajib, wajib bagi ibu bapa/wali/penjaga menyekolahkan anaknya selama berapa tahun bersekolah agama dan menjadi satu kesalahan kalau tidak ada alasan yang munasabah ia tidak menghantar/menyekolahkan anaknya belajar agama. Kitani mestilah juga menimbangkan dari segi aspek kesulitan-kesulitan untuk menyekolahkan itu.

Antaranya dengan cara kesepaduan dalam erti kata persekolahan agama itu ada seperti pada masa ini bangunan guna sama dengan Kementerian Hal Ehwal Ugama, tinggal lagi waktu belajarnya masih terpisah tetapi ada sekolah swasta yang waktu belajarnya diselaraskan dengan waktu belajar pelajaran yang diberikan di sekolah swasta. Barangkali itu yang dapat Kaola terangkan Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusiโ€‹

Saya persilakan Yang Berhormat Awang Haji Abdul Wahab bin Apong.

Yang Berhormat Awang Haji Abdul Wahab bin Apongโ€‹

Terima kasih. Yang Berhormat Pengerusi, ุงู„ุณู‘ูŽู„ูŽุงู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒูŽุงุชูู‡ู

  1. Kaola menyentuh di bawah Tajuk SJ01A - Kementerian Hal Ehwal Ugama. ุงูŽู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏู ู„ู„ู‡ู Kementerian Hal Ehwal Ugama telah pun merancang pembinaan beberapa buah masjid baharu di seluruh negara dengan peruntukan RKN dan Tabung Dana Pembinaan Masjid Negara Brunei Darussalam. Dengan bertambahnya bilangan masjid maka akan bertambahlah juga bilangan tenaga kerja seperti Imam, Bilal, Marbut dan Buruh masjid. Dalam hal ini sebagaimana yang dimaklumi bahawa pada masa ini masjid-masjid, surau dan balai ibadah belum dapat memenuhi keperluan Imam dan Bilal terutama di pedalaman sehingga masih menggunakan khidmat pemangku Imam dan pelapis Bilal.

Kaola mencadangkan supaya tambahan jawatan Imam dan Bilal akan dapat disegerakan supaya tidak lagi timbul masalah kekurangan Imam dan Bilal, sekali gus tidak lagi ada aduan daripada orang ramai akan ketiadaan pegawai masjid bertugas di masjid.

  1. Dalam menjalankan urus tadbir pengurusan masjid khususnya dalam hal-ehwal kepegawaian masjid, Jabatan Hal Ehwal Masjid telah memperkenalkan satu buku panduan kerja bagi pegawai masjid yang dipanggil sebagai Panduan Kerja Pegawai-Pegawai Masjid Tahun 1996. Buku panduan ini telah menjadi asas dan peraturan bagi pegawai-pegawai masjid sejak tahun tersebut, khusus dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab seorang pegawai masjid.

Dalam usaha meningkatkan pengurusan masjid dan mengambil kira kedudukan buku panduan ini telah pun diguna pakai lebih 20 tahun, sewajarnya Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan Hal Ehwal Masjid perlu mereviu dan mengemaskinikan buku panduan berkenaan dengan melihat keperluan-keperluan mengikut kesesuaian keadaan pada masa kini. Seperti penjadualan sistem giliran atau shift bertugas pegawai-pegawai masjid masa kini. Selain itu beberapa peraturan yang perlu dijelaskan dalam buku panduan tersebut seperti tindakan tatatertib.

  1. Kaola menyentuh mengenai Masjid Hassanal Bolkiah Tutong. Masjid ini dibina pada tahun 1965, merupakan masjid utama di Daerah Tutong dan boleh menampung jemaah seramai 100 orang. Masjid Hassanal Bolkiah ini tidak dapat menampung keramaian jemaah masjid pada masa ini dan juga kawasannya selalu mengalami banjir kilat dan pernah juga air banjir masuk ke dalam masjid sehingga jemaah tidak dapat menunaikan sembahyang di masjid tersebut.

Pada masa ini pembinaan perumahan telah dibina di belakang masjid tersebut. Untuk makluman di belakang masjid itu adalah bukit. Jadi apabila air hujan, maka segala lumpur yang kalau tidak dibuat longkang yang sewajarnya, pada masa ini turun ke kawasan masjid sehingga menimbulkan masalah kepada jawatankuasa masjid.

Jadi sehubungan dengan itu, kaola mencadangkan supaya Kementerian Hal Ehwal Ugama akan memasukkan dalam bajet akan datang sama ada RKN-12, supaya masjid baharu dibina untuk menggantikan Masjid Hassanal Bolkiah ini. Sekian itu sahaja yang dapat disampaikan. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugamaโ€‹

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli Yang Berhormat. Rupa-rupanya Yang Berhormat ini orang yang berpengalaman dalam perkara yang diperkatakannya dalam bidang itu kerana beliau pernah bertugas sebagai Pegawai Tugas-Tugas Khas di bawah Kementerian Hal Ehwal Ugama suatu ketika dahulu. Jadi, mengenai bilangan tenaga di masjid-masjid yang pada masa ini tidak mencukupi, menggunakan tenaga-tenaga sementara iaitu pelapis terutama di luar bandar. Perkara ini sudah dan sedang diusahakan tetapi kini dalam pengisian jawatan ini:

  1. Dalam pengisian keperluan ini, mesti diambil kira adanya kekosongan jawatan, adanya bilangan yang mencukupi dari segi peruntukan; dan

  2. Kalau adanya sedemikian itu dari segi pengisiannya yang memakan waktu. Pada masa ini, pengisian beberapa jawatan kosong sedang berjalan, itulah yang sekadar mengikut peruntukan yang ada dan disedari dalam pengisian yang berjalan ini proses-prosesnya itu memakan waktu. Jadi inilah yang nampaknya dengan sejelas-jelasnya kekurangan tersebut dirasakan. Walau bagaimanapun, kaola berterima kasih kepada jemaah-jemaah masjid yang memahami perkara ini dan kerana itu apabila Jabatan Hal Ehwal Masjid dan bahkan jua masjid-masjid berkenaan mengambil langkah-langkah bagi memenuhi keperluannya dalam keadaan kesuntukan peruntukan orang yang akan ditugaskan di masjidnya, mereka mengambil langkah-langkah positif dan tidak membiarkan kekosongan tersebut menyebabkan masjid tidak berfungsi dengan sempurnanya.

Dari segi melihat masjid berfungsi dengan sempurna iaitu dalam erti kata sembahyang 5 waktu ada azannya, ada Imamnya yang mengimamkan, sekalipun ini masalah disiplin ni, sekalipun masjid itu ada Imam satu, ada Bilal atau ada masjid yang lebih dari itu diperuntukkan kerana aturan-aturan diperuntukkan 2 orang Imam pun penuh jua jawatannya dan ada Bilalnya, menjadikan mereka 3. Kalau disiplin penjawat-jawatan tersebut sebagaimana Yang Berhormat mengetahui, maka itulah yang terjadi. Ada masjid apabila cukup waktu terutama sekali pedalaman tidak dilaungkan azan atau ada masjid-masjid yang melaungkan azan tetapi bukan oleh pegawainya tetapi oleh jemaahnya.

Mengenai hal ini tindakan-tindakan di bawah peraturan-peraturan yang ada pada masa ini dan berkuat kuasa telah dan sedang dibuat oleh Jabatan Hal Ehwal Masjid dan kalau serius membawa kepada jawatankuasa disiplin kementerian dan tindakan-tindakan di bawah peraturan-peraturan yang ada yang menghendaki, yang membolehkan mereka digantung kerja atau dipindahkan ataupun mereka disokong untuk diberhentikan dan sebagainya. Sudah ada dibuat tetapi sejauh mana tindakan-tindakan ini menyerahkan ataupun menyebabkan yang lain-lain itu supaya tidak melakukan kesalahan yang sama, kesalahan disiplin yang sama. Inilah juga bergantung pada pembawaan masing-masing Yang Berhormat Pengerusi. Kitani mengurus manusia dan manusia berbagai-bagai tabiat dan berbagai-bagai perangai dan berbagai-bagai jua keupayaan, jadi kitani mengambil kira sedemikian dan bersabar dan mudah-mudahan dalam kesabaran kitani ada lagi ุงู„ู„ู‘ูฐู‡ู ุณูุจู’ุญูŽุงู†ูŽู‡ู ูˆูŽุชูŽุนูŽุงู„ูŽู‰ mengilhamkan kitani untuk mencari huraian-huraiannya yang sebaik-baiknya kepada semua.

Mengenai peraturan yang dari tahun 1996 iaitu memanglah patut direviu dan sudah pun pernah direviu dan untuk mengemaskannya dari semasa ke semasa memang sudah. Jadi pemikiran kementerian, terutama sekali Yang Berhormat barangkali patut sama-sama memaklumi. Dalam aturan tersebut Imam juga Pengerusi kepada Jawatankuasa Takmir Masjid, ia juga Bendahari bagi Jawatankuasa Takmir Masjid. Pada masa dahulu difikirkan kepimpinan imam mestilah bertanggungjawab dalam serba-serbi mengenai masjid terutama sekali kewangan masjid. Hanya kitani memikirkan perkara dalam urusan kewangan adalah perkara yang orang ahlinya yang boleh mengaturkan kerana kewangan akan diaudit untuk menyediakan penyata yang akan diaudit ialah kemampuan Imam saja tidak lagi dapat.

Jadi bergantung juga kepada Ahli-Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid, hanya kerana itulah ada pemikiran misalnya untuk menjadikan Bendahari kepada Jawatankuasa Takmir Masjid itu seorang daripada Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid dari kalangan penduduk yang mengetahui serba sedikit hal-ehwal book keeping sedemikian atau macam mana yang boleh dapat membantu dalam pengauditan yang dikehendaki di bawah peraturan-peraturan kewangan. Hal inilah antara perkara yang mustahak direviu. Kalau pada masa dahulu kita ini mahu Imam itu menjadi leading segala kegiatan termasuklah kewangan dan sebagainya. Satu lagi yang patut direviu ialah apabila Imam bertukar dari sebuah masjid ke sebuah masjid tidak ada peraturan dalam peraturan tersebut yang menyebutkan perlunya penyerahan Penyata Kira-Kira sebelum ia meninggalkan jawatannya di masjid berkenaan. Ini akan juga diperbaiki dari semasa ke semasa. Mudah-mudahan secara itu kita ini melihat pembaikan hal-ehwal masjid dapat dilakukan dengan secara yang baik.

Mengenai masjid yang sudah dibina iaitu Masjid Hassanal Bolkiah yang dibina semenjak tahun 1965, memanglah keadaannya memang bagus, masih baik tapi mengambil kira perkembangan sekitarnya dan sekelilingnya yang antaranya mengganggu dan menyebabkan banjir apabila musim hujan lebat dan sebagainya. Jadi hal-hal macam ini suatu perkara yang difikirkan juga oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama yang pada satu peringkat dahulu ada ura-ura untuk membangun masjid di daerah-daerah oleh Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah misalnya, maka masjid ada termasuk dalam yang dicadangkan untuk diperbaharui. Tapi walau bagaimanapun, perkara itu akan lebih โ€˜dikelingaโ€™ oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama sama ada melalui peruntukan di bawah RKN ataupun melalui peruntukan Tabung Dana Masjid. Mudah-mudahan segala-galanya akan berjalan dan ditaufikkan oleh ุงู„ู„ู‡ ke arah yang diredhainya.

Sekian Yang Berhormat, terima kasih.

Yang Berhormat Pengerusiโ€‹

Saya persilakan Yang Berhormat Awang Haji Tahamit bin Haji Nudin.

Yang Berhormat Awang Haji Tahamit bin Haji Nudinโ€‹

Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi. Pengumpulan berita-berita dan isu-isu keagamaan dari Kementerian Hal Ehwal Ugama bagi memudahkan rakyat tempatan memahami isu-isu semasa berkenaan dengan keagamaan yang dirangka oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama, pemberigaan atau pencerahan mengenai hukum-hakam dan juga isu semasa mengenai hal keagamaan perlu dikumpulkan dalam bentuk yang mudah dibaca seperti dalam bentuk digital yang boleh diakses di rumah persendirian atau di sesebuah institusi pengajian. Portal atau laman sesawang ini dicadangkan untuk sentiasa dikemas kini dan dibentuk mengikut trend pada masa kini agar maklumat dapat disampaikan dengan lebih menarik dan difahami isi kandungannya.

Selain itu, segala aduan maklum balas pertanyaan dan aduan mengenai agama boleh disalurkan melalui portal atau laman sesawang berkenaan, berita atau isu semasa yang berkaitan dengan agama Islam dicadangkan agar dapat disebarkan melalui portal digital tersebut.

Sekian terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugamaโ€‹

Yang Berhormat membangkitkan perkara berita dan isu keagamaan untuk dimasukkan ke dalam media sosial oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama dan juga maklum balas mengenai hal-ehwal berita dan isu-isu tersebut. Ini satu cadangan yang baik tapi apa jenis berita atau isu. Kalau berita-berita keagamaan dari segi kegiatan bukan saja sudah dipromosikan ataupun disiarkan secara media elektronik radio dan televisyen bahkan juga media cetak surat khabar, ada berita-berita ini kitani mengetahui. Tetapi apa isu-isunya? Kalau isu itu berhubung dengan hukum-hakam bukanlah semudah itu akan dapat dijawab dan dijelaskan melainkan dengan lebih dahulu merujuk kepada pihak-pihak yang berkenaan terutama sekali fatwa dan sebagainya. Pihak yang berkenaan itu sendiri dari semasa ke semasa kitani puji membuat respons-respons sebagaimana yang diharapkan oleh Yang Berhormat tadi. Sesawang โ€˜Darul Iftaโ€™ adalah antara sesawang yang aktif dalam perkara ini dan bahan-bahan bacaan untuk orang ramai pula ada disiarkan secara teratur dari โ€˜Darul Iftaโ€™, di surat-surat khabar terutama sekali surat khabar kitani โ€˜Pelita Bruneiโ€™.

Mengenai perkara ini, patutlah kitani tumpukan. Kerja-kerja ini boleh dilakukan setakat mana dan sejauh mana keperluannya mengatasi keperluan-keperluan lain. Kalau ia dilakukan oleh pihak-pihak lain yang boleh melakukannya, misalannya, dalam perkara rancangan-rancangan keagamaan dalam televisyen dan radio. Tidak semuanya datang dari rancangan Pusat Daโ€™wah Islamiah, ia datang dari Radio dan Televisyen Brunei sendiri iaitu bahagian dakwahnya. Mereka mempunyai rancangan yang tertentu tapi menggunakan orang-orang agama sama ada dari Pusat Daโ€™wah Islamiah ataupun dari jabatan-jabatan di bawah Kementerian Hal Ehwal Ugama ataupun dari jabatan-jabatan yang juga memberikan khidmat keagamaan.

Pada masa ini, khidmat keagamaan itu dilakukan bukan saja di Kementerian Hal Ehwal Ugama tetapi juga dilakukan oleh Jabatan Mufti Kerajaan dan Jabatan Kehakiman Syariah. Orang-orang ini semuanya ada dan boleh digunakan oleh Pusat Daโ€™wah Islamiah, Radio dan Televisyen Brunei bagi rancangan-rancangannya. Jadi, mengikut bidang-bidang ini sudah boleh dikatakan, berita isu keagamaan itu terangkum dalam kegiatan perkhidmatan agama oleh semua pihak, tidak semestinya oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama. Kaola rasa perkara ini difahami, diterima baik dan disambut oleh orang ramai, tinggal lagi sejauh mana ia berkesan atau tidak, terpulanglah kepada satu caranya menarik dan yang kedua ialah sejauh tingkat-tingkat kadar penerimaan seseorang individu pada sesuatu perkara terutama sekali perkara agama. Sekian, terima kasih.

Yang Berhormat Pengerusiโ€‹

Dipersilakan Yang Berhormat Awang Naim bin Haji Kamis.

Yang Berhormat Awang Naim bin Haji Kamisโ€‹

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Merujuk di bawah Tajuk SJ01A - Kementerian Hal Ehwal Ugama. Dalam tajuk ini, sukacita kaola menyentuh mengenai saksi penyembelihan Brunei yang dilantik di luar negeri yang saksi-saksi berkenaan dilantik dalam kalangan pegawai kedutaan Negara Brunei Darussalam yang bertugas di negara penyembelihan yang hanya diberikan kursus secara online dan tidak mempunyai latar belakang penyembelihan. Setakat pengetahuan kaola ada 2 negara yang telah dilantik sebagai saksi penyembelihan ini iaitu Malaysia dan Australia. Dalam hal ini, apakah jaminan Kementerian Hal Ehwal Ugama dalam menangani isu ini dan jika ada isu berbangkit semasa penyembelihan bagaimana merujuk? Sekian, Yang Berhormat Pengerusi. Terima kasih.

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugamaโ€‹

Yang Berhormat Pengerusi pada mula-mula perkara ini diputuskan ertinya dalam keadaan kitani tidak dapat menghantar pemeriksa penyembelihan dalam situasi penularan COVID-19 di negara berkenaan dan kitani sendiri juga menghadapi perkara sedemikian menyebabkan bekalan daging dari luar terputus maka memberi kesan kepada pengguna-pengguna dalam negeri, ikhtiar telah dilakukan dan antara ikhtiar itu termasuk dalam keadaan khas. Antara keadaan khas itu sepertimana yang disebutkan tadi, mewakilkan kepada pegawai-pegawai di kedutaan. Soalnya lagi, apabila pegawai-pegawai di kedutaan ini apakah mereka sanggup atau tidak? Kira-kira kesanggupan mereka itu adakah juga melayakkan mereka? Dari segi kelayakan hukum syarak menghendaki tidak apa-apa asalkan orang Islam termasuk orang perempuan. Tetapi dari segi kesanggupan, ini yang pada permulaannya agak lucu sedikit, ada yang 'berkirik-kirik' mendengar. Sesudah itu katanya, ayam seekor pun belum pernah disembelih tapi pernah saya melihat. Itu pun katanya, 'ijap'. Walau bagaimanapun, kerana tugas, sebahagian daripada mereka itu berkesanggup

Dalam hal seperti ini, langkah pun diambil. Mereka itu memang tidak berpengalaman dan tidak mempunyai latar belakang dalam perkara yang akan ditugaskan jadi kerana itulah Majlis Ugama Islam Brunei juga memutuskan supaya mereka meminta bantuan dari agensi-agensi ataupun muslim society di tempat berkenaan. Bahkan ada lagi pihak-pihak berkenaan penyembelihan itu yang mempunyai agensi-agensi tertentu yang bertugas untuk halal checker sebagai Pemeriksa Halal. Jadi tenaga-tenaga inilah yang dapat membantu mereka dalam melaksanakan tugas yang diberikan sedemikian itu.

Apakah ini akan berlaku untuk masa hadapan? Ini adalah terbuka. Kalau dalam undang-undang menghendaki pemeriksaan oleh 2 orang, memastikan proses-prosesnya sebagaimana yang disebutkan dalam undang-undang dan peraturan-peraturannya mesti dari wakil agensi-agensi atau Majlis Ugama Islam Brunei hendaklah menghantar orang-orangnya yang juga terdiri daripada jabatan-jabatan keagamaan, Jabatan Mufti Kerajaan dan selain itu pihak Kastam dan Eksais Diraja Brunei, MPRT semuanya untuk memastikan mengenai kedudukan pengiktirafan atau untuk memberikan akreditasi kepada pusat-pusat penyembelihan. Mengenai penyembelihan untuk menyaksikannya lazimnya dari pegawai-pegawai Majlis Ugama Islam Brunei. Macam manapun apa yang berlaku masa COVID-19 dengan langkah-langkah yang khusus seperti ini terbuka untuk difikirkan bagi melihat semula aturan-aturan yang ada ataupun kalau perlu undang-undang yang ada mengenainya. Mudah-mudahan kitani akan memilih cara yang benar-benar menjamin kehalalan dan integriti halalnya daging yang dieksport dari luar negeri berkenaan yang diconsume, import oleh kitani Negara Brunei Darussalam. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusiโ€‹

Terima kasih Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama. Ahli-Ahli Yang Berhormat saya kira cukuplah dahulu kita berbincang mengenai tajuk yang berkenaan ini. Kita bersidang semula di Persidangan Majlis Mesyuarat Negara.

(Mesyuarat Jawatankuasa ditangguhkan)

(Majlis Mesyuarat bersidang semula)

Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ€‹

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kita telah pun bersidang pada pagi tadi dan petang ini. Kita juga telah bersidang dan membincangkan tajuk-tajuk yang berkenaan maka saya kira cukuplah pada hari ini kita mengadakan perbincangan kita. Saya tangguhkan Majlis Mesyuarat Negara ini dan kita akan bersidang semula ุฅู† ุดุงุก ุงู„ู„ู‡ pada esok hari iaitu hari Selasa, 23 Mac 2021 mulai pukul 9.30 pagi.

Sekian,
ูˆุจุงู„ู„ู‡ ุงู„ุชูˆููŠู‚ ูˆุงู„ู‡ุฏุงูŠุฉ. ูˆ ุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒู… ูˆุฑุญู…ุฉ ุงู„ู„ู‡ ูˆุจุฑูƒุงุชู‡

(Majlis Mesyuarat ditangguhkan)

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.