Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Source: https://www.majlis-mesyuarat.gov.bn/wp-content/uploads/2025/09/Penyata-Rasmi-MMN-Ke-17-Tahun-2021.pdf

HARI KE-7

Rumusan Bacaan

๐Ÿ“– Masa membaca: 67 minit
๐Ÿ“Š Bilangan kata: 13,473 kata

21HB MAC 2021โ€‹

(Mesyuarat mula bersidang pada pukul 2.30 petang)

Yang Mulia Timbalan Jurutulisโ€‹

ุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ู‡ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูŽู†ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญููŠู…ู Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ketujuh Belas Majlis Mesyuarat Negara bersidang hari yang ketujuh, Ahad, 7 Syaaban 1442 bersamaan 21 Mac 2021 didahului dengan Doa Selamat.

DOA SELAMATโ€‹

Doa Selamat dibacakan oleh Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Awang Hamidon bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Abdul Hamid.

Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ€‹

ุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ู‡ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูŽู†ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญููŠู…ู ุงู„ุณูŽู‘ู„ูŽุงู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒูŽุงุชูู‡ู ุงูŽู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏู ู„ูู„ู‘ูŽู‡ู kita bersyukur ke hadrat ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ุณูุจู’ุญูŽุงู†ูŽู‡ู ูˆูŽุชูŽุนูŽุงู„ูŽู‰ kerana dengan limpah rahmat dan izin-Nya jua kita dapat lagi bersama-sama hadir pada petang ini, bersidang hari yang ketujuh Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ketujuh Belas Majlis Mesyuarat Negara. Selawat serta salam ke atas Junjungan Besar kita ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู…, kaum kerabat, para sahabat serta pengikut-pengikut Baginda yang taat lagi setia hingga ke akhir zaman.

Ahli-Ahli Yang Berhormat, persidangan masih lagi membincangkan Rang Undang-Undang (2021) Perbekalan, 2021/2022 yang telah pun dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, maka bagi membolehkan kita berbincang dan seterusnya meneliti tajuk-tajuk bagi Rang Belanjawan seterusnya saya suka untuk menangguhkan Persidangan Majlis Mesyuarat Negara ini supaya kita dapat bersidang di Peringkat Jawatankuasa.

(Majlis Mesyuarat ditangguhkan)

(Mesyuarat bersidang sebagai Jawatankuasa)

Yang Berhormat Pengerusiโ€‹

ุจุณู… ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุฑุญู…ู† ุงู„ุฑุญูŠู… Ahli-Ahli Yang Berhormat, majlis sekarang bersidang di Peringkat Jawatankuasa sepenuhnya bagi meneliti dan menimbangkan Rang Undang-Undang (2021) Perbekalan, 2021/2022 satu per satu sebelum Mesyuarat Jawatankuasa ini disambung semula untuk membahaskan dan meneliti tajuk-tajuk seterusnya, saya telah difahamkan bahawa Yang Berhormat Menteri Tenaga ingin memberi kenyataan. Saya persilakan Yang Berhormat Menteri Tenaga.

Yang Berhormat Menteri Tenagaโ€‹

Yang Berhormat Pengerusi, kaola memohon izin bagi Kementerian Tenaga lebih dahulu dibincangkan daripada kementerian-kementerian lain. Perkara ini dipohonkan atas sebab-sebab urusan rasmi. Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusiโ€‹

Ahli-Ahli Yang Berhormat, setelah mendengar kenyataan yang dibuat oleh Yang Berhormat Menteri Tenaga dan dengan sebab-sebab yang telah pun dikemukakannya, maka saya izinkan Yang Berhormat Menteri Tenaga bagi mendahulukan kementeriannya untuk dibincangkan. Walau macam manapun, sebelum saya menjemput Yang Berhormat meneruskan hujah-hujahnya saya ingin mengingatkan bahawa pekerjaan kita masih banyak lagi yang perlu kita selesaikan dan masa kita nampaknya semakin suntuk, saya harap Ahli-Ahli Yang Berhormat tentu memahami kedudukan yang kita hadapi ketika ini.

Yang Mulia Timbalan Jurutulisโ€‹

Tajuk SQ01A hingga Tajuk SQ02A - Kementerian Tenaga.

Yang Berhormat Pengerusiโ€‹

Ahli-Ahli Yang Berhormat, kita sekarang mula membincangkan Tajuk SQ01A hingga Tajuk SQ02A - Kementerian Tenaga. Sebelum tajuk-tajuk ini, dibukakan untuk dibahaskan sebagaimana lazim saya ingin memberikan peluang kepada Yang Berhormat untuk menyampaikan mukadimah belanjawan bagi kementeriannya. Saya persilakan Yang Berhormat.

Yang Berhormat Menteri Tenagaโ€‹

Terima Kasih, Yang Berhormat Pengerusi.

ุจุณู… ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุฑุญู…ู† ุงู„ุฑุญูŠู… ุงู„ุณู„ุงู…ู ุนู„ูŠูƒู… ูˆุฑุญู…ุฉ ุงู„ู„ู‡ ูˆุจุฑูƒุงุชู‡ dan salam sejahtera.

Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Peramba / kaola / saya bagi pihak Kementerian Tenaga dan jabatan-jabatan di bawahnya menyembahkan ucapan menjunjung kasih yang setinggi-tingginya Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muโ€™izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar โ€˜Ali Saifuddien Saโ€™adul Khairi Waddien Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atas keberangkatan baginda dan titah yang dikurniakan pada Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ketujuh Belas Majlis Mesyuarat Negara pada 1 Syaaban 1442 bersamaan 15 Mac 2021.

Peramba / kaola / saya juga ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II atas pembentangannya. Bagi tahun 2021/2022 Kementerian Tenaga telah memastikan bahawa permohonan peruntukannya selaras dengan Tema Belanjawan: "Ke Arah Pembangunan Sosioekonomi Yang Resilien".

Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Sektor tenaga terus menjadi sektor penting yang menyumbang sekitar 58% kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar bagi Negara Brunei Darussalam dan kira-kira 90% eksport negara. Penularan wabak COVID-19 yang menyebabkan ketidaktentuan pasaran minyak global dan memberi kesan kepada kesejahteraan ekonomi negara telah menitikberatkan keperluan kedayatahanan sektor tenaga dan mengetengahkan keperluan untuk peralihan tenaga.

ุงู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏู ู„ูู„ู‘ูŽู‡ู harga minyak pada masa ini sudah mencapai paras yang melebihi US$60 setong. Walau bagaimanapun, Kementerian Tenaga akan selalu memberi tumpuan kepada memastikan penyediaan tenaga yang selamat, mampan, berterusan dan berdaya tahan untuk mendukung aktiviti-aktiviti kemajuan negara dan juga keperluan rakyat tanpa mengira situasi ekonomi sedunia.

Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Walaupun dunia dilanda wabak COVID-19 banyak pencapaian yang masih dapat dicapai bersama pada tahun 2020. Rancangan-rancangan kementerian bagi tahun 2021/2022 yang peramba/kaola/saya akan kongsikan, diharap akan meneruskan kejayaan-kejayaan yang sudah dicapai sebelum ini.

ุงู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏู ู„ูู„ู‘ูŽู‡ู permulaan pembekalan produk dari loji penapisan di Pulau Muara Besar bagi pasaran domestik melambangkan sara diri yakni self-sufficiency negara dalam menjaminkan bekalan produk petroleum kepada rakyatnya sendiri.

Selain bekalan tenaga yang terjamin kepada rakyat Negara Brunei Darussalam, projek tersebut telah menyediakan peluang pekerjaan kepada 667 anak tempatan dan pengeksportan produk-produk dari loji tersebut pada setakat ini telah mencapai jumlah yang melebihi USD3 bilion. Pada tahun 2020, aktiviti huluan minyak dan gas juga diteruskan walaupun menghadapi pelbagai cabaran yang disebabkan oleh penularan wabak COVID-19 dengan beberapa projek penggerudian terpaksa ditangguhkan.

Mengoptimumkan nilai tempatan terus menjadi keutamaan Kementerian dalam pembangunan sektor-sektor tenaga di Negara Brunei Darussalam pada tahun 2020. Dalam persekitaran perniagaan yang mencabar perbelanjaan kandungan tempatan di sektor minyak dan gas mencatatkan kadar 42% yang bersamaan $2.54 bilion daripada $4.31 bilion. Pekerjaan tempatan dalam sektor minyak dan gas pula berada pada tahap 67% iaitu 18,844 orang anak tempatan.

Sehubungan dengan itu, keseluruhan Bruneianisation dalam semua pengendali utama minyak dan gas iaitu main oil and gas operators berada di peringkat 72% iaitu bersamaan dengan 5,673 orang anak tempatan. Ini adalah peningkatan seramai 514 orang anak-anak tempatan yang diambil pada tahun 2020. Manakala kadar Bruneianisation pada peringkat pengurusan atau managerial dicatatkan sebanyak 62% iaitu 230 orang anak tempatan ini adalah termasuk lantikan wanita tempatan yang pertama ke dalam jawatan Pengarah Urusan Syarikat Brunei LNG Sendirian Berhad. Pada masa yang sama, syarikat-syarikat utama minyak dan gas termasuk Brunei Gas Carriers (BGC) dan Brunei Shell Marketing (BSM) diketuai oleh anak-anak tempatan membuka jalan untuk lebih ramai lagi rakyat Brunei yang menerajui sektor ini.

Selain itu, Kementerian Tenaga masih mementingkan usaha global ke arah peralihan tenaga bersih walaupun menghadapi cabaran harga minyak yang tidak menentu, projek demonstrasi rantaian bekalan hidrogen global di Taman Perindustrian Sungai Liang mencapai tonggak sejarah pada tahun 2020 dengan pengangkutan jarak jauh tenaga hidrogen dalam bentuk yang stabil telah dibuktikan. Kementerian Tenaga akan sentiasa menyokong usaha-usaha penyelidikan dan pembangunan (research and development) dalam penggunaan tenaga-tenaga alternatif.

Peramba / kaola / saya seterusnya menjunjung kasih yang setinggi-tingginya Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atas cadangan peruntukan sebanyak $199,344,610.00 yang termasuk permohonan Peruntukan Berulang-Ulang sebanyak $168,693,660.00 dan Peruntukan Perbelanjaan Kemajuan sebanyak $85,961,000.00 yang disediakan untuk Kementerian Tenaga dan Jabatan Perkhidmatan Elektrik serta sokongan dan kepercayaan yang diberikan.

Permohonan peruntukan ini telah disediakan dengan mengehadkan jumlah permohonan kepada perkara-perkara yang terpenting sahaja bagi kemajuan ekonomi dan negara, ุฅูู†ู’ ุดูŽุงุกูŽ ูฑู„ู„ูŽู‘ู‡ู kementerian akan menjalankan amanahnya dengan melaksanakan perbelanjaan secara berhemah serta pelaksanaan rancangannya secara efisien dan optimum.

Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Peruntukan $168,693,660.00 adalah dipohonkan bagi Perbelanjaan Berulang-ulang bagi Kementerian Tenaga dan Jabatan Perkhidmatan Elektrik bagi tahun 2021/2022. Perbelanjaan Berulang-ulang ini dipohonkan untuk membolehkan Kementerian Tenaga melaksanakan perancangan di bawah Pelan Strategik Kementerian Tenaga bagi tahun 2020/2025, khususnya inisiatif-inisiatif yang akan dilaksanakan bagi tahun 2021/2022. Kementerian Tenaga bekerjasama rapat dengan kementerian-kementerian, agensi-agensi kebangsaan serta pihak swasta ke arah merealisasikan visi kementerian iaitu: โ€œTenaga Yang Mampan dan Berpelbagai Bagi Pertumbuhan dan Kemakmuran Negara Brunei Darussalamโ€.

ุฅูู†ู’ ุดูŽุงุกูŽ ูฑู„ู„ูŽู‘ู‡ู visi tersebut sejajar dengan perancangan strategik kebangsaan termasuklah Brunei Darussalam Economic Blueprint, Digital Economy Masterplan dan dasar kebangsaan perubahan iklim dan juga menjurus kepada Wawasan Brunei 2035. Pada tahun ini, Kementerian Tenaga akan memberikan tumpuan penuh ke arah menggerakkan objektif strategiknya untuk memajukan sektor tenaga di Negara Brunei Darussalam secara menyeluruh terutama sekali sektor huluan dan hiliran minyak dan gas, kuasa elektrik tenaga diperbaharui dan teknologi-teknologi tenaga hijau.

Pemulihan ekonomi global dijangka akan menaikkan lagi permintaan sumber tenaga gas asli di beberapa rantau termasuk Asia Tenggara dan negara-negara Eropah. Pada tahun 2021/2022, Kementerian Tenaga akan mengukuhkan lagi pengeluaran produk eksport utama negara iaitu gas cecair asli (Liquified Natural Gas (LNG)) bagi memenuhi permintaan serantau tersebut. Ini akan dicapai melalui peninjauan atas operasi Brunei LNG Sdn Bhd oleh Kementerian Tenaga dengan kecekapan dan penjaminan bekalan diberi kepentingan.

Antara keutamaan kementerian juga memajukan lagi sektor hiliran tenaga dengan memastikan pertumbuhan industri-industri yang menambah nilai atas sumber minyak dan gas negara. Loji Brunei Fertilisers Industries (BFI), ุฅู† ุดุงุก ุงู„ู„ู‡ akan mula beroperasi pada suku ketiga tahun ini.

Tahun 2021/2022 juga merupakan tahun yang kritikal untuk mengembangkan lagi loji penapisan minyak dan petrokimia Hengyi Industries Sdn Bhd yang terletak di Pulau Muara Besar seperti peramba/ kaola / saya sudah kongsikan tadi projek Loji Penapisan Minyak Dan Petrokimia ini memberi kesan ekonomi yang positif dan mempunyai peranan yang penting dalam memastikan kedayatahanan ekonomi dan masa depan Negara Brunei Darussalam. Oleh itu, kementerian akan meneruskan usahanya untuk memastikan pembangunan fasa kedua loji tersebut akan boleh bermula pada tahun depan. Antara cabaran yang harus ditangani bersama termasuk memaksimumkan lagi peratus anak tempatan dalam tenaga pekerja dan penggunaan syarikat-syarikat tempatan bagi pembangunan projek tersebut; Memastikan operasi yang selamat bagi menjaga keharmonian persekitaran, perkampungan yang berdekatan dengan Pulau Muara Besar; dan mengurangkan lagi impak industri tersebut kepada perubahan iklim.

ุฅู† ุดุงุก ุงู„ู„ู‡ Kementerian Tenaga komited untuk mengatasi isu-isu tersebut melalui pendekatan Whole of Nation Approach ke arah pencapaian matlamat ekonomi yang berpelbagai dan dinamik di bawah Wawasan Brunei 2035.

Di bawah sektor huluan pula, kementerian akan bekerjasama rapat bersama pengendali utama termasuk Syarikat Brunei Shell Petroleum (BSP), Syarikat Total, Syarikat Petronas dan Syarikat Shell Exploration and Production Brunei supaya projek-projek yang tergendala disebabkan penularan wabak COVID-19 akan dimajukan pada tahun 2021/2022. Ini termasuk aktiviti-aktiviti penggerudian beberapa telaga yang akan menjaminkan lagi isi padu minyak dan gas yang diperlukan untuk kesejahteraan berterusan ekonomi negara. Setelah melaksanakan kerja-kerja penerokaan dan perkembangan selama lebih daripada 90 tahun, Negara Brunei Darussalam menghadapi cabaran yang memerlukan perbelanjaan yang lebih tinggi dalam pencarian isi padu minyak dan gas (oil and gas volume) yang baharu. Kementerian Tenaga akan memastikan sektor tenaga huluan Negara Brunei Darussalam bersedia untuk meningkatkan penerokaan dan juga seterusnya pembangunan padang minyak dan gas yang sebelum ini belum diceburi iaitu kawasan perairan dalam (deepwater).

Ketersediaan minyak dan gas khususnya gas asli penting pada menjamin bekalan kuasa elektrik kepada semua lapisan masyarakat di Negara Brunei Darussalam. Jabatan Perkhidmatan Elektrik komited dalam menjaga kadar elektrifikasi (electrification rate) negara yang pada masa ini kadar 99.9%. Untuk mengekalkan piawaian ini, kementerian akan memulakan rancangannya untuk memanfaatkan teknologi digital yang membolehkan kementerian untuk bertindak balas dengan lebih cepat dan cekap dan memperbaiki lagi perkhidmatan yang disediakan kepada orang ramai.

Permohonan perbelanjaan bagi Jabatan Perkhidmatan Elektrik yang berjumlah $166,818,200.00 juga akan memberi tumpuan kepada penaiktarafan dan penyelenggaraan infrastruktur kuasa elektrik yang sudah lama. Ini adalah penting dalam memenuhi permintaan kuasa elektrik yang semakin meningkat dari tahun ke tahun disebabkan peningkatan sektor perumahan dan perkembangan perindustrian di Negara Brunei Darussalam. Pada masa yang akan datang Kementerian Tenaga akan melaksanakan projek talian sistem penghantaran kuasa elektrik untuk menghubung Daerah Brunei Muara dan Daerah Temburong bagi memastikan perkhidmatan elektrik yang berkualiti tinggi dibekalkan secara menyeluruh kepada semua daerah.

Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Perkembangan sektor tenaga harus dilaksanakan secara seimbang, khazanah dan imej hijau Negara Brunei Darussalam dipelihara. Dari Peruntukan Berulang-Ulang dengan $50,000.00 dipohonkan oleh Kementerian Tenaga untuk melaksanakan kajian tanah di Kampung Belimbing, Mukim Kota Batu iaitu tapak Projek Tenaga Suria yang berskala besar. Projek tersebut akan menjana sebanyak 30 Megawatt tenaga solar dan dijangka akan memulakan pembinaan pada tahun 2022. Dalam mendukung lagi usaha kementerian untuk melangkah ke arah peralihan tenaga bersih, beberapa projek suria yang lain juga telah dikenal pasti dan akan dimajukan dalam masa 5 tahun yang akan datang. Ini termasuk:

  1. Pengembangan lanjut tapak Tenaga Suria Brunei yang terletak di Seria dari 1.2 Megawatt menjadi 4.2 Megawatt;

  2. Pembinaan sebuah lagi projek tenaga solar yang akan menjana 15 Megawatt di Bukit Panggal Daerah Tutong; dan

  1. Penggantian Stesen Jana Kuasa Diesel di Belingus, Daerah Temburong dengan projek solar yang berkapasiti 15 Megawatt.

Ke arah merealisasikan projek-projek tersebut Kementerian Tenaga giat berusaha untuk mencari jalan yang tidak akan membebankan kerajaan dari segi kewangan dan akan mempertimbangkan modal-modal perniagaan seperti Public Private Partnership (PPP).

Selain tenaga solar, sumber-sumber tenaga alternatif yang lain juga akan dipertimbangkan melalui kajian oleh kementerian termasuk tenaga angin dan tenaga hidrogen. Penerokaan sumber-sumber alternatif yang lebih bersih penting bagi menyokong negara dalam mengatasi isu perubahan iklim supaya kelestarian alam sekitar terjaga dan boleh dinikmati oleh generasi-generasi yang akan datang.

Dalam usaha untuk memajukan sektor huluan dan hiliran minyak dan gas kuasa elektrik tenaga diperbaharui dan teknologi-teknologi tenaga hijau, Kementerian Tenaga akan mementingkan nilai dalam negeri khususnya dari segi perbelanjaan kandungan tempatan (local content spending) dan pekerjaan tempatan. Sebagai sektor ekonomi terbesar dan tertua, sektor tenaga huluan sudah menyediakan banyak peluang pekerjaan, contohnya pada masa ini Syarikat Brunei Shell Petroleum menyediakan pekerjaan kepada kira-kira 4 ribu orang iaitu 89% adalah anak-anak tempatan. Namun terdapat banyak lagi peluang-peluang dalam sektor tenaga untuk memaksimumkan jumlah pekerjaan tempatan khususnya dengan perkembangan sektor kuasa elektrik yang akan menyambut kedatangan sumber-sumber tenaga baharu seperti tenaga suria.

Peluang-peluang perniagaan yang baharu bagi anak-anak tempatan dalam sektor tenaga juga telah dikenal pasti antara melalui aktiviti Decommissioning dan Restoration yang pengendali-pengendali terbesar akan memerlukan perkhidmatan pemuliharaan tapak-tapak aktiviti huluan. Industri ini dijangka akan bernilai sebanyak $150 juta pada tahun 2021 dan diharap jumlah tersebut akan menjadi rebutan bagi kontraktor-kontraktor tempatan.

Pada tahun 2021 ini juga Kementerian Tenaga akan menjadi pengerusi dan tuan rumah Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga ASEAN yang merupakan kesempatan untuk Negara Brunei Darussalam mengetengahkan keutamaan-keutamaannya dalam arena kerjasama serantau. Rancangan-rancangan Kementerian Tenaga sepanjang tempoh chairmanship tersebut akan menyokong peranan dan tema Negara Brunei Darussalam sebagai Pengerusi Mesyuarat Kemuncak ASEAN (ASEAN Summit) yang telah dikongsikan oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II iaitu: โ€œWe Care, We Prepare, We Prosperโ€. ุฅู† ุดุงุก ุงู„ู„ู‡ Kementerian Tenaga bersedia untuk menyampaikan kepimpinan serantau negara dalam memperkukuhkan lagi kedayatahanan sektor tenaga ASEAN.

Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Transformasi landskap sektor tenaga di Negara Brunei Darussalam akan terus dipantau oleh Kementerian Tenaga melalui aktiviti-aktiviti pengawalseliaan. Penubuhan autoriti-autoriti seperti Autoriti Petroleum Negara Brunei Darussalam, Autoriti Kebangsaan Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar (SHENA); dan Autoriti Elektrik Negara Brunei Darussalam akan memastikan bahawa perkembangan tenaga adalah selamat dan selaras dengan kepentingan rakyat. Oleh itu, permohonan Peruntukan Berulang-Ulang Kementerian Tenaga yang berjumlah $1,875,460.00 juga akan memastikan organisasi Kementerian Tenaga yang cemerlang melalui pembangunan tenaga kerja ekosistem yang berkembang maju dan penyebaran digitalisasi.

Autoriti Petroleum Negara Brunei Darussalam berperanan dalam pengawalseliaan sektor huluan (upstream), pertengahan (mid-stream) dan hiliran (downstream) industri minyak dan gas. Autoriti ini mendukung beberapa projek utama yang sudah saya kongsikan tadi iaitu:

  1. Aktiviti huluan seperti projek-projek eksplorasi dan pemajuan bagi Projek Perairan Laut Dalam; dan

  2. Projek-projek baharu di sektor hiliran seperti projek Pulau Muara Besar fasa kedua, projek pembuatan Sodium Methylate dan loji Liquified Petroleum Gas debottling.

Autoriti petroleum ini juga berperanan dalam memastikan pembekalan tenaga yang selamat, boleh dipercayai, boleh diakses dan pada harga yang berpatutan bagi rakyat Negara Brunei Darussalam. Pada tahun 2020 autoriti ini telah memudahcarakan pemindahan bekalan produk petroleum domestik dari Brunei Shell Refinery ke Hengyi Industries Sendirian Berhad dan mendukung pembukaan Stesen Minyak Hajah Badariah di Kampung Katok. Autoriti Petroleum juga memastikan akses kepada produk petroleum kepada pengangkutan-pengangkutan air dengan pembukaan Stesen Sungai di Kampung Buang Sakar dan sebuah Mobile Dispensing Station bagi kapal-kapal perikanan di Kompleks Pendaratan Ikan di Muara dalam masa yang terdekat. Stesen Sungai di Kampung Buang Sakar adalah khas untuk menyokong para pemandu bot, tambang dan nelayan agar boleh meneruskan pencarian rezeki harian mereka.

Dalam memastikan tempat-tempat kerja yang selamat Autoriti Kebangsaan Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar (SHENA) telah mencapai sebanyak 101 pelaksanaan pemeriksaan pengawalseliaan di sektor-sektor seperti berikut:

  1. Sebanyak 38 pemeriksaan bagi sekolah-sekolah dan pembangunan dan bangunan-bangunan kerajaan.

  2. Sebanyak 23 pemeriksaan bagi industri pembinaan.

  1. Sejumlah 14 pemeriksaan bagi industri minyak dan gas; dan

  2. Sejumlah 26 pemeriksaan bagi aktiviti-aktiviti yang melibatkan radiasi.

Sebahagian pemeriksaan juga dijalankan bersama dengan agensi-agensi berkepentingan ke atas bangunan-bangunan kerajaan dan juga sekolah-sekolah di Negara Brunei Darussalam. Inisiatif lain seperti lawatan pengawasan juga telah dijalankan sebanyak 147 lawatan ke semua daerah bagi memastikan pematuhan oleh pihak majikan dan syarikat terhadap keperluan perundangan, keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.

Pihak SHENA juga giat aktif dalam melaksanakan Program Jangkauan atau Outreach Programme untuk memperkenalkan penubuhan dan fungsi SHENA kepada orang ramai dengan mengadakan forum, pameran, jerayawara. Pada tahun 2020 pihak SHENA telah mengadakan sebanyak 14 forum bersama pihak industri. Aktiviti-aktiviti pemberigaan tersebut bagi meningkatkan kesedaran orang ramai dan pihak-pihak yang berkepentingan akan 4 tema khusus yang harus diberi tumpuan kepada tempat kerja yang berisiko tinggi iaitu:

  1. Bekerja di ketinggian;

  2. Operasi kren;

  3. Integriti aset; dan

  4. Institusi pendidikan, institusi kesihatan, komersial dan bangunan kerajaan.

Bersyukur kita kepada ุงู„ู„ู‡ ุณูุจู’ุญูŽุงู†ูŽู‡ู ูˆูŽุชูŽุนูŽุงู„ูŽู‰ kerana dengan limpah rahmat-Nya ekonomi negara terus kukuh dan dapat kita kekalkan kestabilan negara. Dengan izin ุงู„ู„ู‡ ุณูุจู’ุญูŽุงู†ูŽู‡ู ูˆูŽุชูŽุนูŽุงู„ูŽู‰ negara telah menikmati hasil dari khazanah yang diberikan selama ini. Kementerian Tenaga akan terus menjalankan amanah untuk memastikan ia digunakan secara optimum dan mengembangkan lagi sektor tenaga yang terus menjadi asas ekonomi.

Akhir sekali, ุฅูู†ู’ ุดูŽุงุกูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู dengan berkat kepimpinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam serta kerjasama semua dari sektor awam dan sektor swasta dan orang ramai melalui pendekatan Whole of Nation Approach kita akan terus melangkah ke hadapan agar merealisasikan matlamat Wawasan Brunei 2035. Semoga kita seterusnya bertawakal dan sentiasa diberi petunjuk dan hidayah daripada ุงู„ู„ู‡ ุณูุจู’ุญูŽุงู†ูŽู‡ู ูˆูŽุชูŽุนูŽุงู„ูŽู‰

Sekian,
ูˆูŽุจูุงู„ู„ู‡ู ุงู„ุชูŽู‘ูˆู’ูููŠู‚ู ูˆูŽุงู„ู’ู‡ูุฏูŽุงูŠูŽุฉู. ูˆูŽุงู„ุณูŽู‘ู„ูŽุงู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒูŽุงุชูู‡ู

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian.

Yang Berhormat Pengerusiโ€‹

Terima kasih Yang Berhormat Menteri Tenaga yang telah pun menyampaikan mukadimahnya yang mengandungi fakta-fakta yang tertentu dengan penuh jelas dan komprehensif dan sekarang saya bukakan tajuk ini untuk kita bahaskan iaitu Tajuk SQ01A hingga SQ02A - Kementerian Tenaga dan saya mulakan dengan Yang Berhormat Awang Iswandy bin Ahmad.

Yang Berhormat Awang Iswandy bin Ahmadโ€‹

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. ุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ู‡ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูฐู†ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญููŠู’ู…ู ุงู„ุณูŽู‘ู„ุงูŽู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒูŽุงุชูู‡ู Tahniah atas perkongsian dalam pencapaian Kementerian Tenaga oleh Yang Berhormat Menteri Tenaga sebentar tadi. Izinkan saya membawakan 2 perkara.

Brunei adalah salah sebuah negara yang akan terdedah kepada Low Carbon World disebabkan oleh pengurangan penggunaan diesel dan gasoline di banyak negara di seluruh dunia yang decarbonizing energy juga salah satu long term temperature goal di bawah Paris Agreement bagi mencapai development goals. Kitani masih lagi mengharapkan minyak dan gas bagi industri hiliran dan huluan seperti yang dikongsikan tadi malah rakan-rakan expert utama juga merancang untuk menjadi carbon neutral awal tahun 2050. Soalan saya ialah:

  1. Apakah perubahan trend ini akan menjejaskan ekonomi negara kitani dari segi hala tuju ekonomi, penggunaan pengangkutan dan lain-lain serta apakah persiapan-persiapan kitani mengenainya?; dan

  2. Menyebut program i-Usahawan, ุงูŽู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏู ู„ูู„ู‘ูฐู‡ู telah sedikit sebanyak menolong terutama mengenai keusahawanan dalam kalangan pengusaha-pengusaha belia dan bumiputera. Soalannya, apakah status mengenai mereka yang sudah mendapat kontrak-kontrak i-Usahawan ini yang menunggu tamat sahaja kontrak mereka tetapi projek-projek kurang malah ada juga yang tidak diberikan coaching dan mentoring juga terhad? Walaupun diminta oleh para usahawan ini.

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Menteri Tenagaโ€‹

Terima kasih Yang Berhormat atas keprihatinan abdi kita mengenai isu perubahan iklim ini.

Menurut Dasar Nasional Perubahan Iklim iaitu Brunei National Climate Change Policy yang dilanjutkan pada tahun 2020 salah satu strategi yang digariskan untuk mengurangkan pelepasan karbon dari sektor industri melalui zero routine flaring as low as reasonably practicable menjelang tahun 2035. Kementerian Tenaga akan bekerjasama dengan kesemua pengendali minyak dan gas untuk menyokong strategi ini.

Penggunaan fossil fuel seperti minyak gas dan arang batu untuk penjanaan kuasa elektrik dan pengangkutan telah berjaya membuat perubahan kepada kepesatan dan kemajuan ekonomi-ekonomi dunia termasuk Negara Brunei Darussalam. Ianya juga telah menaikkan taraf gaya hidup penduduk dunia walaupun penggunaan fossil fuel ini memberi kesan sampingan kepada bertambahnya pelepasan karbon dan seterusnya dipercayai menjadi punca utama kepada kenaikan suhu dunia. Negara-negara dunia sudah lama giat mencari tenaga alternatif antaranya melalui tenaga nuklear, hidroelektrik dan sejak kebelakangan ini tertumpu kepada kuasa solar dan angin dengan penghasilan tenaga dan sumbangan dalam profil tenaga keselamatannya di pertikaikan terus meningkat.

Walau bagaimanapun, jumlah pengeluaran tenaga dari kuasa solar dan angin jika dibandingkan dengan fossil fuel adalah masih rendah. Oleh yang demikian adalah dijangka bahawa penggunaan fossil fuel sebagai bahan bakar bagi penghasilan tenaga akan masih menjadi pilihan utama di tahun mendatang dan seterusnya tidak akan menjejaskan kepada pengeluaran minyak dan gas negara. Dalam menangani isu pengeluaran karbon dan dalam mendukung Paris Agreement (Perjanjian Paris) untuk mengehadkan peningkatan suhu kepada maksimum kepada dua darjah Celsius, langkah-langkah yang diambil adalah bukan sahaja meningkatkan penggunaan renewable energy malah juga penggunaan gas asli sebagai transition energy. Gas asli adalah sumber utama tenaga yang lebih bersih dan pengeluaran karbonnya jauh kurang dibandingkan dengan arang batu atau minyak.

Kita mestilah berbangga kerana Negara Brunei Darussalam merupakan negara pelopor ataupun pioneer dalam pemprosesan dan penghantaran gas asli melalui LNG sejak tahun 1971.

Sektor LNG dijangka akan berkembang pesat pada masa depan untuk memenuhi permintaan ekonomi-ekonomi dunia. Langkah-langkah lain dalam mendukung Paris Agreement telah digariskan sebagai 10 strategi utama dalam Dasar Kebangsaan Perubahan Iklim Negara Brunei Darussalam, termasuk dari segi menggalakkan penggunaan electric vehicle, penanaman pokok, peningkatan serta pencekapan dari penjanaan pembekalan dan penggunaan kuasa dan sebagainya.

Merujuk soalan kedua, mengenai i-Usahawan, pihak kementerian sedang giat memastikan supaya objektif utama program ini tercapai iaitu sebagai platform usahawan-usahawan belia yang telah mendapat kontrak dalam program i-Usahawan akan dapat memanfaatkan dukungan yang disediakan di dalam program ini untuk meningkatkan kemahiran keusahawanan dan seterusnya mengembangkan perniagaan mereka.

Selain itu, Kementerian Tenaga dalam usaha bagi membantu usahawan-usahawan dari segi business coaching dan mentoring, Kementerian Tenaga akan memastikan usahawan-usahawan tersebut akan mendapat bimbingan (coaching dan mentorship) dari pihak syarikat-syarikat pengendali utama dan jabatan yang terbabit sebagai contract owners melalui platform-platform seperti Brunei Mentors For Entrepreneurs Network (BMEN). Bagi usahawan-usahawan yang sudah mendapatkan kontrak, Kementerian Tenaga sudah dan akan terus berbincang dengan pengendali-pengendali utama mengenai skop-skop kerja dalam kontrak-kontrak yang telah dianugerahkan.

Ini termasuklah memastikan adanya skop-skop kerja yang berterusan dan berdaya tahan untuk usahawan-usahawan dalam program ini. Pemantauan berterusan mengenai aktiviti-aktiviti kontrak akan sentiasa dilaksanakan dengan mengadakan perjumpaan bersama usahawan-usahawan dan juga pengendali-pengendali utama dan jabatan berkenaan.

Yang Berhormat Pengerusiโ€‹

Saya persilakan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pendikar Alam Dato Paduka Seri Awang Haji Hasrin bin Dato Paduka Haji Sabtu

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pendikar Alam Dato Paduka Seri Awang Haji Hasrin bin Dato Paduka Haji Sabtuโ€‹

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi ุจุณู… ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูŽู†ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญููŠู… kaola ingin menyentuh 3 perkara:

  1. Negara kita ni telah lama bergantung pada industri minyak dan gas yang ูฑู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏู ู„ูู„ู‘ูฐู‡ู ia telah membawa banyak kebaikan kepada negara dari segi ekonomi dan kesejahteraan. Di samping itu, pada pandangan kaola Negara Brunei Darussalam juga dikurniakan dengan tenaga solar yang sudah setentunya menjadi satu peluang yang baik bagi Kementerian Tenaga untuk menambah fokus dalam industri renewable energy.

Kaola, memohon Menteri Tenaga untuk memberi sedikit sebanyak pencerahan mengenai usaha-usaha yang telah dilaksanakan dalam memperkayakan industri renewable energy di negara ini. Kaola berpendapat dengan penambahan fokus kepada industri renewable energy, ia sekurang-kurangnya dapat memberi peluang untuk mewujudkan pekerjaan baharu dan berpotensi untuk merangsang lagi pertumbuhan ekonomi Brunei secara keseluruhan.

  1. ุงู„ุญูŽู…ู’ุฏู ู„ู„ู‡ู pihak kerajaan melalui agensi-agensi tertentu telah pun berjaya membina syarikat-syarikat berkaitan dengan kerajaan atau GLC dalam industri minyak dan gas dari sektor upstream, midstream dan downstream. Kaola berpendapat bahawa syarikat-syarikat ini telah pun membawa banyak kebaikan dan berpotensi untuk menyumbangkan lebih lagi dari segi peluang pekerjaan dan perkembangan produktiviti ekonomi Negara Brunei Darussalam. Saranan kaola, kaola ingin memberi saranan kepada pihak Kementerian Tenaga untuk menyediakan satu platform agar dapat menunjukkan prestasi kesemua syarikat-syarikat berkaitan dengan kerajaan atau GLC dalam industri minyak dan gas. Kaola percaya dengan adanya maklumat-maklumat tersebut seperti keuntungan syarikat dan bilangan pekerja tempatan akan dapat sekurang-kurangnya menunjukkan pencapaian yang dapat dibanggakan oleh orang Brunei kitani. Kaola berharap juga, ia akan dapat mendorong lebih ramai lagi orang tempatan untuk berkecimpung dalam industri ini.; dan

  2. Merujuk kepada anggaran Perbelanjaan 2021/2022, pihak Kementerian Tenaga telah diperuntukkan sebanyak $347,680.00 sahaja kepada Autoriti Elektrik Negara Brunei Darussalam.

Soalan kaola, mengambil kira objektif yang tertera di laman sesawang, AENBD dan jumlah yang telah diperuntukkan, mohon bagi Menteri Tenaga untuk memberi pencerahan tentang milestone yang telah dicapai dan apakah yang dapat dijangka pada tahun hadapan?

Sekian,
ูˆุจุงู„ู„ู‡ ุงู„ุชูˆููŠู‚ ูˆุงู„ู‡ุฏุงูŠุฉุŒ ูˆุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒู… ูˆุฑุญู…ุฉ ุงู„ู„ู‡ ูˆุจุฑูƒุงุชู‡

Yang Berhormat Pengerusiโ€‹

Saya kira ketiga-tiga perkara Yang Berhormat kemukakan telah pun diterangkan dengan panjang lebar dan telah pun dijawab soalan yang berkenaan oleh Yang Berhormat Menteri Tenaga sebentar tadi. Saya kira tidak payahlah kita lagi mengulangi penerangan yang memerlukan penerangan-penerangan yang agak panjang lebar. Jadi, saya kira ada baiknya beralih kepada tajuk lain dan saya persilakan Yang Berhormat Pengiran Haji Mohamed bin Pengiran Haji Osman @ Othman.

Yang Berhormat Pengiran Haji Mohamed bin Pengiran Haji Osman @ Othmanโ€‹

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusiโ€‹

Tunggu sebentar Yang Berhormat, saya ingin memberi sedikit pandangan. Negara Brunei Darussalam ialah sebuah negara pengeluar minyak. Jadi, we should not apologise yang kitani ini pengeluar minyak. Dengan hasil minyak, kitani telah dapat mencapai peringkat kehidupan yang begitu tinggi yang menyamai orang-orang lain di sekeliling kitani maka lebih-lebih lagi daripada itu. Jadinya, saya kira kitani harus bersyukur bahawa kita adalah sebuah negara pengeluar minyak yang sustainable dan responsible. Apa kitani buat mengenai climate dan seumpamanya itu ada sudah kitani tetapkan yang bahawa kitani adalah responsible citizen of the world yang akan menjalankan tugas-tugas kitani sebagai pengeluar minyak yang bertanggungjawab. So, we shouldn't make an apology yang kitani ini pengeluar minyak. Bagi sayalah, yang sudah hidup dalam Negara Brunei Darussalam dan menikmati taraf kehidupan yang begitu tinggi, jadi I shouldn't be apologising.

Terima kasih. Silakan Yang Berhormat.

Yang Berhormat Pengiran Haji Mohamed bin Pengiran Haji Osman @ Othmanโ€‹

ูฑู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏู ู„ูู„ู‘ูŽู‡ู Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Kaola tidak akan berpanjang lebar dan untuk menjimatkan masa sepertimana Yang Berhormat Pengerusi telah nyatakan. Terus saja perbincangan pada petang ini mengenai dengan Kementerian Tenaga.

Kaola ingin menyampaikan 6 perkara:

  1. Apakah yang dilakukan Kementerian Tenaga untuk meningkatkan jumlah tenaga kerja rakyat Brunei yang berkemahiran tinggi di sektor tenaga?;;

  2. Bagaimanakah Kementerian memastikan bahawa rakyat Brunei dapat manfaatkan peluang pekerjaan di sektor tenaga di semua peringkat?. Saya ingin mencadangkan agar semua pihak kementerian bekerjasama dengan lebih gigih lagi dengan semua pihak yang berkepentingan. Khususnya Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kewangan dan Ekonomi.;;

  3. Pada masa ini, dua projek utama giat dijalankan iaitu projek Loji Penapisan Minyak dan Petrokimia di Pulau Muara Besar (PMB) yang dikendalikan oleh Syarikat Hengyi Industries dan juga Brunei Fertilizer Industries, SPARK Sungai Liang. Pertanyaan saya, berapa banyakkah sudah anak-anak tempatan yang telah pun diambil bekerja di kedua-dua projek tersebut?;;

  4. Apa perancangan kementerian bagi memastikan peluang-peluang pekerjaan anak-anak tempatan akan terus dibuka dalam kedua-dua projek tersebut?

Saya ingin mencadangkan di Dewan ini untuk menggiatkan lagi pemberigaan dan advertisement peluang-peluang pekerjaan bagi anak-anak Brunei.;

  1. Kita kadang kala mendengar cerita yang menyentuh soal subsidi minyak yang ketidaktentuan, cerita isu subsidi minyak ini yang menggusarkan masyarakat. Sehubungan itu, kita ingin mengetahui dan meminta pencerahan dari Kementerian Tenaga, apakah sebenarnya kedudukan pada masa depan isu pemberian subsidi minyak yang kita nikmati pada masa ini?; dan

  2. Apakah ada pendekatan (tindakan) lain yang akan dapat dilakukan oleh pihak berkenaan dalam mereka berikan kos pemberian subsidi minyak ini, tanpa menjejaskan pemberian subsidi yang ada sekarang?

Sekian, Yang Berhormat Pengerusi. Terima kasih.

Yang Berhormat Menteri Tenagaโ€‹

Terima kasih, Yang Berhormat atas keprihatinan Yang Berhormat mengenai isu peluang pekerjaan bagi rakyat Brunei di sektor tenaga.

Selaras dengan objektif strategik kelima kementerian iaitu sumber tenaga manusia tempatan yang berkemahiran tinggi di sektor tenaga, Kementerian Tenaga akan terus komited ke arah meningkatkan jumlah anak tempatan yang berkemahiran tinggi di peringkat pengurusan serta meningkatkan jumlah anak tempatan yang bekerja di sektor tenaga.

Dalam pada itu, pihak kementerian telah menyediakan Manpower Outlook 2020-2025 untuk memaksimumkan peluang pekerjaan bagi anak tempatan di sektor tenaga. Dijangkakan sebanyak 13,000 peluang pekerjaan akan dibukakan dalam tempoh lima tahun 2020 hingga 2025. Objektif strategik ini akan dicapai melalui tiga inisiatif:

  1. Memudah cara dan mengawal selia pengambilan anak tempatan dengan arahan Bruneianisation dan Local Business Development (LBD) Directive;

  2. Menguatkuasakan pematuhan kepada rancangan penggantian iaitu succession planning; dan

  3. Meningkatkan kemahiran dan kapasiti anak tempatan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan dan Registered Training Organisations (RTOs).

Salah satu platform yang mendukung usaha kementerian ini adalah melalui Manpower Industry Steering Committee (MISC) yang telah ditubuhkan oleh Manpower Planning and Employment Council (MPEC) untuk penyelarasan yang lebih lanjut antara industri dan pihak kerajaan. Dalam MISC bagi sektor tenaga, perbincangan awal telah dibuat untuk memperluaskan lagi program latihan kemahiran bagi anak tempatan dan memperbanyakkan lagi jumlah anak tempatan dalam bidang kemahiran yang telah dikenal pasti. Selain itu, kementerian sentiasa meneroka mana-mana lagi bidang kemahiran yang masih kurang penglibatan anak tempatan di dalamnya.

Bagi Loji Penapisan Minyak dan Petrokimia di Pulau Muara Besar, Jawatankuasa Manpower Localisation Task Force telah ditubuhkan pada bulan April 2020 untuk memaksimumkan peluang pekerjaan tempatan dengan program latihan yang berpotensi telah dikenal pasti dan telah ditawarkan kepada anak-anak tempatan. Seimbang dengan jumlah graduan yang akan dihasilkan dari program latihan berkenaan, implementation agreement dengan Syarikat Operator, projek tersebut akan menggariskan sasaran pengambilan warga tempatan sebagai sebahagian daripada komitmen syarikat.

Saya menerima baik cadangan Yang Berhormat dan kementerian ini akan menangani perkara ini dengan kerjasama yang lebih erat antara MPEC, MISC, Kementerian Pendidikan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Kementerian Kewangan dan Ekonomi dan juga pihak industri untuk mengembangkan program latihan yang lebih relevan dan berdasarkan pada keperluan. Selain itu, kementerian ini akan terus bekerjasama dengan JobCentre Brunei (JCB) untuk mengenal pasti sumber bakat yang ada (supply of talent pools) dan menyelaras pemadanan kerja (job matching).

Merujuk soalan berkenaan pengambilan anak-anak tempatan yang telah pun diambil bekerja bagi projek Pulau Muara Besar dan Brunei Fertilizer Industries (BFI), ูฑู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏู ู„ูู„ู‘ูฐู‡ู Syarikat Hengyi Industries Sendirian Berhad telah memulakan operasinya sejak November 2019. Setakat ini, keseluruhan peratus tenaga kerja anak tempatan di Syarikat Hengyi Industries Sendirian Berhad telah menepati sasaran 40% iaitu seramai 667 pekerja tempatan di syarikat itu pada bulan Disember 2020.

Manakala bagi Syarikat Brunei Fertilizer Industries (BFI) pula, kilang tersebut akan memulakan operasi pada suku ketiga tahun ini. ุงู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏู ู„ู„ู‡, setakat Januari 2021, Syarikat BFI mempunyai seramai 363 tenaga pekerja. Seramai 230 orang iaitu sebanyak 63% terdiri daripada anak tempatan termasuk 160 orang pelatih-pelatih tempatan yang telah selesai menjalani latihan teknikal di negara jiran iaitu Malaysia. Syarikat BFI juga telah menyediakan perancangan lima tahun pengambilan anak tempatan.

Dijangkakan jumlah tenaga kerja tempatan akan meningkat kepada melebihi 80% menjelang tahun 2025. Bagi memastikan peluang-peluang pekerjaan akan terus dibukakan untuk anak tempatan selaras dengan arahan Bruneianisation, arahan ini menetapkan peningkatan pada kadar minimum sebanyak 5% tiap tahun dalam pengambilan anak tempatan sehingga mencapai sasaran 90% jumlah keseluruhan anak tempatan di syarikat berkenaan.

Perkembangan pematuhan arahan Bruneianisation selalu dipantau dengan telus. Sasaran Bruneianisation ini juga merupakan sebahagian daripada komponen utama dalam perancangan tenaga manusia bagi syarikat-syarikat pengendali utama termasuklah Syarikat Hengyi Industries Sendirian Berhad dan Syarikat Brunei Fertilizer Industries (BFI). Sasaran tahunan Bruneianisation ini juga diserapkan sebagai Key Performance Indicator syarikat.

Menyentuh mengenai soalan daripada Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pendikar Alam Dato Paduka Seri Awang Haji Hasrin bin Dato Paduka Haji Sabtu mengenai pembangunan industri solar dalam negara, Kementerian Tenaga akan secara berterusan membuat penerokaan secara menyeluruh bagi mengenal pasti potensi-potensi penjanaan tenaga daripada sumber matahari dengan mengambil kira beberapa teknologi terkini yang ada tersedia dalam pasaran. Ini termasuk bagi penggunaan panel solar yang mempunyai tahap kecekapan yang tinggi daripada sudut penjanaan tenaga dan juga akan membuat penerokaan bagi potensi pembangunan solar terapong dalam negara.

Di samping itu, Kementerian Tenaga juga akan bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan yang lain untuk meneroka peluang-peluang bagi pembangunan industri solar dari sudut perekonomian dan perniagaan dengan memberikan fokus kepada pembinaan kilang-kilang bagi pembuatan dan pengeluaran panel solar dan semua komponen-komponen panel solar dalam negara. Dalam hal ini, pelabur-pelabur asing yang mempunyai kepakaran dalam industri pembuatan dan pengeluaran akan dijemput melalui proses dan tata cara tertentu dan akan bekerjasama dengan syarikat-syarikat tempatan sebagai rakan kongsi ke arah pembangunan kilang-kilang pembuatan dan pengeluaran panel solar dan semua komponen-komponen panel solar di negara ini. Dengan adanya kilang-kilang pembuatan dan pengeluaran ini nanti, pembekalan komponen-komponen panel solar bagi pembangunan tenaga yang dapat diperbaharui dalam negara akan dapat dibuat secara lebih kos efektif (murah) dan akan dapat mengimbangi kadar permintaan dalam negara secara berkesan dan cepat.

Di samping itu, ianya juga akan dapat memberikan peluang-peluang pekerjaan kepada anak-anak tempatan sekali gus dapat memberikan nilai tambah kepada perkembangan sumber tenaga manusia terutama sekali daripada sudut perkongsian maklumat dan pemindahan pengetahuan (knowledge transfer) kepada anak-anak tempatan dalam industri pembuatan dan pengeluaran komponen-komponen panel solar. Dalam jangka masa sederhana dan panjang, Negara Brunei Darussalam juga dapat dijadikan sebagai hub/pusat perniagaan bagi pembuatan dan pengeluaran semua komponen-komponen panel solar untuk dieksport bagi pembekalan kepada mana-mana negara di rantau ASEAN dan antarabangsa.

Selain daripada tenaga suria, Kementerian Tenaga juga sedang membuat penerokaan bagi mengenal pasti sumber tenaga yang berpotensi untuk dikembangmajukan termasuk tenaga angin dan hidrogen. Sumber-sumber tenaga ini masih dalam fasa penyelidikan oleh pihak Kementerian Tenaga bersama institusi-institusi pengajian tinggi dan Institusi Penyelidikan mengenai kesesuaiannya termasuk faktor kos, teknikal, keselamatan dan ekonomi.

Mengenai dengan cadangan Yang Berhormat Pehin bagi menyediakan satu platform bagi menunjukkan prestasi kesemua syarikat-syarikat GLC (Government Linked Companies) di dalam industri minyak dan gas adalah merupakan satu pendekatan yang baik.

Berkenaan dengan jumlah tenaga kerja tempatan di dalam Syarikat GLC (BSP, BLNG, BSM dan BGC) pula, di bawah arahan Bruneianisation memerlukan pihak syarikat-syarikat tersebut untuk melaporkan kedudukan keramaian tenaga kerja termasuk pekerja tempatan dan juga pekerja asing pada setiap suku tahun (quarterly). Setakat 31 Januari 2021, jawatan yang diisikan oleh anak tempatan di syarikat-syarikat BSJV (BSP, BLNG, BSM) dan BGC adalah sebanyak 89% iaitu seramai 4,576 orang.

Berhubung dengan kedudukan AENBD, sepertimana juga milestone yang terdapat di dalam laman sesawang AENBD masih terdapat beberapa peraturan-peraturan yang di peringkat penderafan seperti Electrical Workers Regulations, Cable Detection Workers Regulations, Generation Transmission Distribution (GTD) Licence Conditions, Electricity or Supply Installation Regulations dan Electrical Appliance & Product Regulations. Bagi Electrical Workers Regulations, Cable Detection Workers Regulations dan Electrical Appliance and Product (Safety Requirements) Regulations, ianya telah melalui proses penyemakan oleh pihak Pejabat Peguam Negara dan ุฅู† ุดุงุก ุงู„ู„ู‡ selaras dengan Strategik Objektif 4 di dalam Pelan Strategik Kementerian Tenaga 2020-2025, peraturan-peraturan tersebut akan mula dikeluarkan pada tahun-tahun berikut:

i. 2022 bagi Electrical Workers Regulations dan Cable Detection Workers Regulations;

ii. 2024 bagi Electrical Appliance & Product (Safety Requirements) Regulations.

Bagi GTD Licence, lesen bagi penjanaan atau generation sudah mula dikuatkuasakan iaitu Stesen Janakuasa Arang Batu bagi Hengyi Industries (B) Sdn Bhd telah dikeluarkan sejak 19 Mac 2019. Ianya diikuti dengan lesen penjanaan bagi BSP Flagship Solar Plant pada 22 Mac 2021 dan lesen penjanaan bagi Brunei Fertilizer Industries Sdn Bhd pada 8 April 2021. ุฅู† ุดุงุก ุงู„ู„ู‡, AENBD juga akan mengeluarkan lesen penjanaan elektrik kepada Berakas Power Company pada penghujung tahun ini. Bagi lesen penghantaran atau transmission dan lesen pembahagian atau distribution, ianya masih lagi di peringkat penderafan. Selain itu, beberapa pencapaian AENBD adalah seperti berikut:

i. Telah mengeluarkan 2 kod amalan iaitu Code of Practice for Large Scale Solar Photovoltaic Plant Connection to Distribution Grid dan Code of Practice for Small Scale Solar Photovoltaic System Connection to Low Voltage Network.;

ii. Perlantikan rasmi Timbalan Setiausaha Tetap di Kementerian Tenaga dan Ketua AENBD sebagai pegawai yang diberi kuasa di bawah Perintah Elektrik 2017.;

iii. Projek penambaikan National Grid Code telah siap dilaksanakan dan dijangka akan dikeluarkan pada tahun 2021.

Terima kasih.

Yang Berhormat Pengerusiโ€‹

Saya persilakan pula Yang Berhormat Awang Haji Hamid @ Sabli bin Haji Arshad.

Yang Berhormat Awang Haji Abdul Hamid @ Sabli bin Haji Arshadโ€‹

Terima kasih. Yang Berhormat Pengerusi.

ุจุณู… ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุฑุญู…ู† ุงู„ุฑุญูŠู… ุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒู… ูˆุฑุญู…ุฉ ุงู„ู„ู‡ ูˆุจุฑูƒุงุชู‡ dan salam sejahtera. Usaha-usaha untuk membangunkan local business development di kementerian ini amat ketara apabila usahawan telah ditubuhkan. Ada beberapa usahawan telah pun diberikan tender malah ada yang diberikan projek bernilai berjuta-juta ringgit. Adalah diharapkan program ini akan dapat diteruskan yang melibatkan lebih banyak usahawan tempatan dan mengambil kira peluang-peluang pekerjaan, tahniah.

Satu memorandum persefahaman ataupun MOU antara Dewan Perniagaan Melayu dan Perusahaan Melayu Brunei, LIVEWIRE BSP, dalam usaha untuk membangunkan lebih banyak lagi peniaga tempatan serta memberikan kursus-kursus, membuat perjumpaan dengan pengusaha, mengadakan round table meeting akan diteruskan termasuk menunduki peluang-peluang perniagaan yang terdapat dalam 5 kluster yang telah diumumkan yang terdapat dalam Economic Blueprint, terima kasih sekali lagi.

Dengan menyentuh sedikit mengenai di bawah Tajuk SQ02A - Jabatan Perkhidmatan Elektrik. Sekarang ini banyak kedai runcit, bengkel dan lain-lain yang dibuat di rumah persendirian. Kita lihat mereka telah menggunakan banyak tenaga elektrik, kedai-kedai runcit lampunya seperti ada pesta, pengubahsuaian elektrik juga tidak terkawal, penuh yakin pengubahsuaian bangunan tidak ada kebenaran. Kita lihat kebanyakan mereka terdiri daripada pengusaha-pengusaha luar.

Soalannya adakah tarif elektrik rumah dan perniagaan sama dengan tarif elektriknya? Jika, tidak adakah tindakan sudah diambil memastikan dicaj perniagaan, demikian juga penyambungan elektrik yang tidak mendapat kebenaran?

Sekian,
ูˆุจุงู„ู„ู‡ ุงู„ุชูˆููŠู‚ ูˆุงู„ู‡ุฏุงูŠุฉุŒ ูˆ ุงู„ุณู„ุงู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒูŽุงุชูู‡ู
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Menteri Tenagaโ€‹

Terima kasih Yang Berhormat atas ucapan tahniah. Kementerian Tenaga akan memberikan fokus dalam memastikan sektor tenaga akan terus menjana limpah kesan ekonomi yang mampu menyumbang kepada perkembangan sosioekonomi Negara Brunei Darussalam, dengan memastikan pengusaha-pengusaha dan pekerja-pekerja tempatan dapat meraih peluang-peluang yang dijana daripada sektor tenaga. ุฅูู†ู’ ุดูŽุงุกูŽ ุงู„ู„ู‡ู Kementerian Tenaga akan meneruskan usaha-usaha dalam meningkatkan local business development (LBD) atau in-country value bagi sektor tenaga selaras dengan Pelan Strategik Kementerian Tenaga.

Mengenai tarif elektrik, pihak Autoriti Elektrik Negara Brunei Darussalam (AENBD) pada masa ini sedang dalam membuat penelitian mengenainya. Terima kasih.

Yang Berhormat Pengerusiโ€‹

Saya persilakan pula Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Putera Maharaja Dato Paduka Awang Haji Abdul Ghani bin Pehin Datu Pekerma Dewa Dato Paduka Awang Haji Abdul Rahim.

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Putera Maharaja Dato Paduka Awang Haji Abdul Ghani bin Pehin Datu Pekerma Dewa Dato Paduka Awang Haji Abdul Rahimโ€‹

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

ุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ู‡ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูฐู†ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญููŠู’ู…ู ุงู„ุณูŽู‘ู„ูŽุงู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒูŽุงุชูู‡ู

Yang Berhormat Pengerusi. Terima kasih memberi kaola peluang. Kaola sangat tersentuh dengan kenyataan Yang Berhormat tadi, you shouldn't be apologetic kerana menjadi negara pengeluar minyak, malah kaola sangat-sangat terasa kita di seluruh negara hidup sejak sekian lama dan menjadi sampai sekarang ini. Terima kasih Yang Berhormat.

Kaola hanya ingin menyentuh mengenai mukadimah Yang Berhormat Menteri Tenaga tadi yang telah menyatakan sistem ataupun perkembangan terpaksa kaola sebut juga pembruneian biarlah dalam bahasa Melayu Bruneianisation jua tetapi fokus kaola ialah dengan merujuk kepada titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama Dari Permesyuaratan Keempat Belas Majlis Mesyuarat Negara pada tahun 2018 pada 5 Mac 2018, yang baginda telah menekankan perlunya pengurusan tertinggi sektor minyak dan gas dipimpin oleh penduduk tempatan anak Brunei. Di sana ada disebutkan dengan tegas oleh baginda 'pengurusan tertinggi'.

Dalam hubungan ini, kaola ingin mencadangkan bagi mencepatkan lagi proses pembruneian ini satu program khas dengan tujuan mengenal pasti anak-anak Brunei yang berpotensi itu untuk diberi latihan berbentuk coaching dan mentoring agar menguatkan dan memperkasakan lagi rasa nasionalisme dan cinta kepada negara mereka di samping mendedahkan mereka kepada aspek-aspek tugas dan tanggungjawab yang bakal mereka galas bila tiba masanya nanti. Demikian yang dapat kaola sampaikan, terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Menteri Tenagaโ€‹

Terima kasih Yang Berhormat. Peramba/kaola/saya menyambut baik cadangan yang diberikan dan pihak Kementerian Tenaga akan membuat penelitian lanjut mengenai perkara ini.

Yang Berhormat Pengerusiโ€‹

Yang Berhormat Awang Hanapi bin Mohd. Siput.

Yang Berhormat Awang Hanapi bin Mohd. Siputโ€‹

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

ุจุณู… ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุฑุญู…ู† ุงู„ุฑุญูŠู… ุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒู… ูˆุฑุญู…ุฉ ุงู„ู„ู‡ ูˆุจุฑูƒุงุชู‡ dan salam sejahtera. Kaola lebih dahulu merakamkan penghargaan yang setinggi-tingginya dan terima kasih serta ucapan tahniah atas pembentangan kewangan Kementerian Tenaga oleh Yang Berhormat Menteri Tenaga. Kaola suka membawa di bawah Tajuk SQ02A - Jabatan Perkhidmatan Elektrik di bawah Kod Akaun 1108/034 - Program Bekalan Elektrik 11K di Mukim Bukit Sawat, Ulu Belait dalam Anggaran Perbelanjaan 2021/2022 sebanyak $600,000.00.

Kaola memohon penjelasan bila projek ini akan dilaksanakan. Sekian disampaikan dan terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Menteri Tenagaโ€‹

Terima kasih Yang Berhormat. Mengenai soalan yang telah dibangkitkan tadi peramba/kaola/saya memohon penangguhan dalam menjawab soalan berkenaan buat masa ini bagi mendapatkan maklumat dan data terkini.

Yang Berhormat Pengerusiโ€‹

Saya persilakan Yang Berhormat Awang Haji Emran bin Haji Sabtu.

Yang Berhormat Awang Haji Emran bin Haji Sabtuโ€‹

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

ุจุณู… ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุฑุญู…ู† ุงู„ุฑุญูŠู… ุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒู… ูˆุฑุญู…ุฉ ุงู„ู„ู‡ ูˆุจุฑูƒุงุชู‡ ุฃุญู…ุฏู‡ู ุฑุจู‘ูŽ ุงู„ุนุงู„ู…ูŠู†ุŒ ูˆุงู„ุตู‘ูŽู„ุงุฉู ูˆุงู„ุณู‘ูŽู„ุงู…ู ุนู„ู‰ ุฃุดุฑู ุงู„ุฃู†ุจูŠุงุก ูˆุงู„ู…ุฑุณู„ูŠู† ูˆุนู„ู‰ ุงู„ู‡ ูˆุตุญุจู‡ ุฃุฌู…ุนูŠู†.

Kaola terus sahaja mengajukan pertanyaan di bawah Tajuk SQ02A - Jabatan Perkhidmatan Elektrik.

i. Adakah perancangan Kementerian Tenaga untuk membina solar farm berskala besar di Daerah Temburong dan jika ada, adakah ia akan merosakkan flora dan fauna di Daerah Temburong.

ii. Baru-baru ini satu majlis pelancaran kereta elektrik telah mengambil tempat dan ini satu inisiatif yang baik yang dapat mengurangkan kebergantungan pada minyak dan seterusnya mengurangkan pencemaran gas ke alam sekitar sebagai usaha menjaga imej hijau negara. Soalan Kaola, adakah cadangan untuk membawa kereta elektrik ini ke Daerah Temburong dan jika ada, adakah perancangan untuk membina charging station di daerah berkenaan?

iii. Seterusnya, seperti yang kita ketahui semua bahawa penghawa dingin atau aircond memerlukan tenaga elektrik yang tinggi bagi sesebuah negara yang beriklim panas seperti di Negara Brunei Darussalam. Penghawa dingin menjadi satu kemestian di dalam kereta. Soalan Kaola, adakah penggunaan penghawa dingin di dalam kereta akan mengurangkan tekanan bateri kereta tersebut? Jika ada berapa jauhkah penggunaan tersebut dan jika ini berlaku tentunya memerlukan charging yang lebih kerap.

Sekian disampaikan. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Menteri Tenagaโ€‹

Terima kasih Yang Berhormat. Kementerian Tenaga akan membukakan tawaran request for proposal bagi projek solar berskala 30 MW yang berunsurkan Public Private Partnership pada tahun ini di bekas tapak pelupusan sisa buangan di Kampung Belimbing. Beberapa buah projek solar berskala besar juga telah pun dirancang menggunakan kaedah yang sama dan akan diungkayahkan bersama dengan pihak Autoriti Elektrik Negara Brunei Darussalam. Buat masa ini ia masih lagi dalam penelitian lanjut oleh pihak autoriti. Environmental Impact Assessment secara komprehensif perlu dibuat terutama sekali yang menjurus kepada kesesuaian kawasan tersebut agar tidak merosakkan flora dan fauna dalam skala yang besar berpandukan kepada Protokol Hijau (Green Protocol) yang baru-baru ini dilancarkan oleh Kementerian Pembangunan melalui Sekretariat Perubahan Iklim Negara Brunei Darussalam.

Dalam jangka masa 5 tahun ke hadapan, pihak kementerian telah pun menetapkan bagi pembangunan penjanaan tenaga yang dapat diperbaharui sebanyak 100 MWp di seluruh negara. Daripada jumlah ini, Daerah Temburong akan menyumbangkan sekitar 10-15 MWp menjelang tahun 2025 melalui dua buah kawasan yang telah pun dikenal pasti iaitu di kawasan Kampung Tanjung Bungar, Mukim Batu Apoi (12 MWp) dan di kawasan Stesen Tenaga Disel Kampung Belingus (2-3 MWp). Environmental Impact Assessment (EIA) secara komprehensif perlu dibuat terutama sekali yang menjurus kepada kesesuaian kawasan tersebut agar tidak merosakkan flora dan fauna dalam skala yang besar berpandukan kepada Protokol Hijau (Green Protocol) yang baru-baru ini dilancarkan oleh Kementerian Pembangunan melalui Sekretariat Perubahan Iklim Negara Brunei Darussalam. Pihak kementerian juga buat masa ini sedang dalam proses perundingan bersama dengan Kementerian Pembangunan untuk mengenal pasti beberapa kawasan yang bersesuaian di Daerah Temburong bagi pembangunan tenaga yang dapat diperbaharui termasuk bekas Tapak Kuari Batu Kelikir di daerah berkenaan dengan memastikan impak yang sangat rendah terhadap kerosakan flora dan fauna di kawasan tersebut.

Di samping itu, pihak kementerian juga akan menerokai potensi teknologi solar terapong yang mungkin akan dapat dikembangmajukan di daerah berkenaan. Pada masa yang sama, pihak kementerian juga akan melaratkan program besar net-metering bagi penjanaan tenaga yang dapat diperbaharui (berskala kecil) di Daerah Temburong. Salah satu projek yang dijalankan oleh pihak kementerian pada masa ini ialah pemasangan sistem solar di atas bangunan Pejabat Daerah Temburong sebesar 100kWp. Antara projek-projek pemasangan sistem solar yang lain di atas bumbung bangunan kerajaan yang dijangka siap pada tahun ini ialah sistem solar dengan kapasiti 20kW di bangunan Tamu Pekan Bangar.

Salah satu daripada aktiviti utama yang akan diungkayahkan semasa projek rintis adalah untuk mengenal pasti lokasi-lokasi strategik stesen pengecasan (charging station) kereta elektrik akan dipasang mengikut keperluan orang ramai dalam negara. Pihak kerajaan juga berhasrat untuk memasang stesen pengecasan kereta elektrik di setiap daerah di negara ini, dan Daerah Temburong dan Daerah Belait akan diberikan keutamaan.

Sebagai langkah permulaan bagi penyediaan stesen charging tersebut, pihak kerajaan melalui Kementerian Tenaga pada masa ini dalam rangka kerjasama dengan Syarikat Pemasaran Brunei Shell bagi pemasangan sistem charging kereta elektrik tersebut di beberapa buah lokasi di negara ini.

Pihak kementerian adalah dalam proses mengenal pasti lokasi-lokasi strategik di keempat-empat daerah bagi pemasangan stesen pengecasan kereta elektrik. Di samping itu, pihak kementerian sedang bekerjasama dengan Syarikat Pemasaran Brunei Shell (BSM) bagi pemasangan sistem pengecasan kereta elektrik di beberapa buah lokasi di negara ini. Mengenai dengan kadar jarak perjalanan bagi kereta elektrik yang sudah dicas sepenuhnya adalah tertakluk kepada kadar kapasiti dan kekerapan penggunaan sistem kereta elektrik itu sendiri termasuk sistem pendingin hawa, sistem pengelap hujan (car wiper), sistem lampu (ketika waktu malam) dan beberapa sistem elektrik yang lain. Berikut adalah beberapa contoh jenama kereta elektrik dengan jarak perjalanan mengikut kapasiti bateri masing-masing:

#Jenis Kereta ElektrikKapasiti BateriJarak Perjalanan
1.Audi e-tron95 KWh357 KM
2.BMWi342 KWh518 KM
3.Hyundai Kona64 KWh449 KM
4.Jaguar I-Pace90 KWh479 KM
5.Mini Cooper SE33KWh177 KM
6.Nissan Leaf60KWh270 KM
7.Tesla Model Y75 KWh525 KM
8.Porsche Taycan Turbo S93 KWh308 KM

Pihak kerajaan juga akan memberikan peluang kepada mana-mana syarikat swasta dan pemilik-pemilik bangunan komersial bagi pemasangan sistem charging kereta elektrik di premis-premis dan bangunan masing-masing ke arah menggalakkan sekali gus memberikan keyakinan kepada orang awam dalam penggunaan kenderaan elektrik di negara ini.

Untuk pengetahuan bersama bahawa sebahagian besar teknologi kereta elektrik yang ada pada masa ini juga boleh dicas di rumah persendirian dengan menggunakan plug biasa melalui charging kit yang disediakan bersama dengan kereta elektrik yang dibeli dari syarikat-syarikat penjual kereta elektrik tersebut.

Sehubungan dengan itu, pihak kerajaan melalui Autoriti Elektrik Negara Brunei Darussalam juga akan mengeluarkan garis panduan keselamatan bagi charging kereta elektrik di rumah-rumah persendirian sebagai rujukan kepada orang awam. Terima kasih.

Yang Berhormat Pengerusiโ€‹

Saya persilakan Yang Berhormat Awang Haji Mohimin bin Haji Johari @ Jahari.

Yang Berhormat Awang Haji Mohimin bin Haji Johari @ Jahariโ€‹

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

ุจุณู… ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุฑุญู…ูฐู† ุงู„ุฑุญูŠู…
ุฃุญู…ุฏู‡ู ุฑูŽุจู‘ูŽ ุงู„ุนูŽุงู„ูŽู…ููŠู† ูˆูŽุงู„ุตู‘ูŽู„ูŽุงุฉู ูˆูŽุงู„ุณู‘ูŽู„ูŽุงู…ู ุนูŽู„ูŽู‰ ุฃูŽุดู’ุฑูŽูู
ุงู„ุฃูŽู†ู’ุจููŠูŽุงุกู ูˆูŽุงู„ู’ู…ูุฑู’ุณูŽู„ููŠู†ูŽ ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุขู„ูู‡ู ูˆูŽุตูŽุญู’ุจูู‡ู ุฃูŽุฌู’ู…ูŽุนููŠู†ูŽ.

Sebelum meneruskan tajuk-tajuk yang akan dibawa, kaola suka mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri Tenaga dan Kementerian Yang Berhormat yang berusaha dalam bidang tugas yang berat yang telah diamanahkan oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

  1. Kaola membawa di bawah Tajuk SQ01A โ€“ Jabatan Kementerian Tenaga. Baru-baru ini terdapat viral berkenaan ditekan dan dengan gaji rendah dan bermacam-macam komen, ada yang memohon lawatan tanpa jadual disebutkan jua, syarikat-syarikat divirakan kebanyakannya syarikat โ€œAli Babaโ€. Mohon perkara ini diambil perhatian dan siasatan bagi pelaksanaan tindakan yang bijaksana.

2. Di bawah Tajuk SQ02A โ€“ Jabatan Perkhidmatan Elektrik. Di samping kita memikirkan fiskal negara, dalam masa yang sama, kaola mencadangkan supaya pihak jabatan membuka peluang-peluang perniagaan yang lebih luas dan mengetatkan penguatkuasaan peraturan dan undang-undang dalam bidang Jabatan Perkhidmatan Elektrik memastikan kontraktor-kontraktor diusahakan oleh syarikat-syarikat dijalankan oleh pengusaha tempatan.

Mengikut maklumat terdapat syarikat-syarikat yang berurusan dalam tender-tender di Jabatan Perkhidmatan Elektrik diusahakan oleh orang-orang asing dengan menggunakan beberapa syarikat hingga empat ke lima syarikat dan mereka berpakat dengan mencipta kroni dalam kalangan mereka (orang asing) dan berusaha memonopoli tender-tender dan memastikan tender tetap mereka dapatkan. Di sinilah kepentingan Whole of Government Approach dalam melaksanakan peraturan dan undang-undang negara.

Jika kontraktor tempatan yang mendapat tender-tender maka, ุฅู† ุดุงุกุงู„ู„ู‡ cash flow tidak lari ke mana tetap jua dalam negara sendiri. Tetapi jika kontraktor dijalankan oleh pihak warga asing maka cash flow dalaman hanya jumlah sedikit sahaja yang tinggal dalam negara kita dan jumlah yang banyak akan belayar ke luar negara.

Sekian terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Menteri Tenagaโ€‹

Terima kasih Yang Berhormat, atas keprihatinan abiskita mengenai isu ini dan soalan yang telah diajukan.

Bagi mengimbangi isu berbangkit dari roll over seperti pakej pekerjaan yang tidak memuaskan, Kementerian Tenaga telah mengarahkan syarikat-syarikat pengendali utama untuk menyelaraskan tangga gaji yang bersesuaian dan mengikut kadar gaji yang berpandukan reasonable weight guideline yang dikeluarkan oleh Kementerian Tenaga ataupun mengikut kadar gaji bagi jawatan yang sama di sektor tenaga dan lain-lain.

Perkara "Ali Baba" ini sentiasa dikawal selia dalam industri minyak dan gas melalui penguatkuasaan arahan bahawa pemilik-pemilik syarikat mestilah benar-benar terlibat dan mempunyai kata putus dalam pengurusan syarikat termasuklah dalam hal hala tuju syarikat, hal-ehwal kewangan dan sebagainya. Pihak kementerian akan terus memantau syarikat-syarikat dalam industri minyak dan gas melalui sesi muzakarah dan juga membuat lawatan bagi memastikan syarikat-syarikat tersebut mematuhi arahan local business development.

Kementerian juga telah mengambil inisiatif bagi syarikat pengendali utama untuk menghadapkan pelan cadangan bagi apa jua perubahan terhadap kontrak yang akan memberi kesan kepada pekerja anak-anak tempatan. Ini adalah bagi memastikan pekerjaan bagi anak-anak tempatan yang terjejas adalah dikendalikan secara teratur dan baik. Bagi mengimbangi isu berbangkit seperti gaji rendah atau pakej pekerjaan yang tidak memuaskan, Kementerian Tenaga telah mengarahkan syarikat-syarikat pengendali utama untuk menyelaraskan tangga gaji yang bersesuaian dan mengikut kadar gaji yang berpandukan kepada reasonable wage guideline yang dikeluarkan oleh Kementerian Tenaga ataupun mengikut kadar gaji bagi jawatan yang sama di sektor tenaga dan lain-lain.

Mengenai perkara โ€œAli Babaโ€ ianya adalah sentiasa dikawal selia dalam industri minyak dan gas melalui penguatkuasaan Arahan Local Business Development 2 (LBD 2), pemilik syarikat mestilah benar-benar terlibat dan mempunyai kata putus dalam pengurusan syarikat termasuklah dalam hal hala tuju syarikat, hal-ehwal kewangan dan sebagainya. Pihak Kementerian akan terus memantau syarikat-syarikat di dalam industri minyak dan gas melalui sesi muzakarah dan juga membuat lawatan bagi memastikan syarikat-syarikat tersebut mematuhi Arahan LBD 2.

Menyentuh mengenai dengan soalan ii, tawaran dan sebutharga yang dibukakan oleh Jabatan Perkhidmatan Elektrik (JPE) seperti kelazimannya adalah dibukakan kepada syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Pembangunan dan Bahagian Pendaftaran Syarikat-Syarikat dan Nama-Nama Perniagaan Brunei Darussalam (ROCBN), Kementerian Kewangan dan Ekonomi yang dimiliki oleh pengusaha-pengusaha tempatan. Jika terdapat keperluan untuk menjemput pakar-pakar dan peralatan dari luar negeri, JPE akan membukakan tender tersebut kepada agensi luar negara dengan memastikan consortium (gabungan usaha sama) bersama syarikat-syarikat tempatan adalah ditubuhkan.

Ini adalah bertujuan bagi memastikan knowledge transfer dan pembangunan kemahiran pekerja-pekerja tempatan yang turut serta dalam projek tersebut. Berkaitan dengan isu pakatan orang-orang asing di kalangan penender-penender dengan mencipta kroni dan berusaha memonopoli tender yang disertai, pihak JPE tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan-tindakan yang bersesuaian, jika perkara tersebut terbukti benar dan sampai ke pengetahuan jabatan. Dalam usaha ke arah memberikan lebih peluang kepada syarikat-syarikat tempatan, sejak November 2019, JPE melalui inisiatif i-Usahawan telah pun membukakan tawaran-tawaran kerja seperti pemeliharaan bangunan (janitorial services) khusus untuk pengusaha tempatan (rakyat jati Brunei) sahaja. Sehingga kini, JPE telah pun menganugerahkan 3 buah projek yang kesemuanya berjumlah $476,671.60 bagi projek pemeliharaan bangunan-bangunan JPE.

Yang Berhormat Pengerusiโ€‹

Saya persilakan Yang Berhormat Awang Naim bin Haji Kamis.

Yang Berhormat Awang Naim bin Haji Kamisโ€‹

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

ุจุณู… ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุฑุญู…ู† ุงู„ุฑุญูŠู… ุงู„ุณู„ุงู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒูŽุงุชูู‡ู

dan salam sejahtera. Kaola sukacita menyentuh di bawah Tajuk SQ02A โ€“ Jabatan Perkhidmatan Elektrik. Sejak kebelakangan ini, terdapat kekerapan insiden gangguan bekalan elektrik yang berlaku di kawasan Daerah Brunei dan Muara, sebagai contoh gangguan bekalan elektrik telah berlaku baru-baru ini di Kampung Belimbing, Kampung Subok dan Kampung Pintu Malim serta sekitarnya.

Soalan kaola, mengapakah kekerapan gangguan ini berlaku dan apakah usaha Kementerian Tenaga dan Jabatan Perkhidmatan Elektrik untuk mengatasi kekerapan gangguan ini? Dalam perkara ini boleh kiranya kaola mencadangkan kepada Kementerian Tenaga dan Jabatan Perkhidmatan Elektrik agar dapat memberi keterangan perkara-perkara yang boleh menyebabkan gangguan bekalan elektrik berkenaan, kerana dalam hal ini besar kemungkinan Majlis Perundingan Kampung (MPK) akan dapat membantu jika diberi penjelasan dan maklumat yang secukupnya.

Seterusnya, sering kita mendengar kes kebakaran yang berpunca daripada barang-barang elektrik atau pendawaian elektrik yang sudah usang yang sangat membimbangkan. Dalam hubungan ini, apakah usaha-usaha yang diungkayahkan oleh Kementerian Tenaga dan Jabatan Perkhidmatan Elektrik dalam menangani atau untuk mengurangi kes kebakaran yang berpunca daripada barang-barang elektrik atau pendawaian yang usang ini.

Sehubungan itu, sukacita juga kaola ingin mencadangkan agar dipertingkatkan lagi pengawasan kemasukan barang-barang elektrik dari luar negeri yang tidak ada pengiktirafan keselamatan dan juga cadangan untuk memeriksa pekerja-pekerja elektrik yang tidak sah khususnya dari warga asing yang berleluasa pada masa ini.

Sekian, terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Menteri Tenagaโ€‹

Terima kasih Yang Berhormat atas keperihatinan kaola mengenai isu ini dan soalan yang telah diajukan. Kementerian Tenaga melalui Jabatan Perkhidmatan Elektrik mengutamakan kesejahteraan dan keselesaan orang ramai dengan memastikan bekalan tenaga elektrik dapat menikmati secara berterusan.

Berhubung dengan berlakunya kekerapan gangguan elektrik yang terjadi pada 2, 4, 5 dan 6 Mac 2021 yang melibatkan Kawasan Kianggeh, Kampung Subok, Kampung Pintu Malim, Kampung Pelambayan, Kampung Kota Batu dan sekitarnya, punca berlakunya gangguan bekalan elektrik tersebut adalah disebabkan oleh perkara-perkara seperti berikut:

  1. Pada 2 Mac 2021, berlakunya kerosakan kabel yang disebabkan oleh aktiviti vandalism (pemugut) atau percubaan mencuri aset rangkaian pembahagian saluran kabel bawah tanah. Kabel yang terjejas adalah berfungsi untuk menyalurkan bekalan tenaga elektrik bagi Kawasan Kampung Kota Batu, Kampung Pelambayan, Kampung Pintu Malim dan Pulau Berambang.;

  2. Pada 4 Mac 2021, gangguan bekalan ini adalah berkaitan dengan insiden pada 2 Mac 2021 yang menyebabkan widespread outage atau lebih banyak kawasan yang terjejas iaitu kabel yang dipagut adalah bagi saluran antara rangkaian Kampung Kota Batu ke Kampung Pintu Malim. Akibat daripada aktiviti yang tidak bertanggungjawab itu telah menyebabkan terputusnya bekalan elektrik di Kawasan sekitar Kampung Kota Batu, Kampung Pelambayan, Kampung Pintu Malim, Pulau Berambang, Kampung Berangan, Kampung Kianggeh dan Kampung Subok.;

  3. Pada 5 Mac 2021, terdapatnya gangguan bekalan tenaga elektrik di sekitar Kawasan Jalan Muara dan Kampung Salambigar. JPE telah pun menjalankan pemeriksaan dengan serta merta dan telah mendapati terdapat kabel yang telah pun rosak akibat daripada terkorek oleh pemborong atau kontraktor yang sedang melaksanakan projek yang dijalankan oleh agensi kerajaan yang lain.;

  4. Pada 6 Mac 2021, punca gangguan ini adalah berkaitan dengan kejadian pada 2 Mac 2021 dan 4 Mac 2021 yang disebabkan oleh kegiatan yang tidak bermoral iaitu pemugut atau percubaan mencuri yang menjejaskan lebih banyak kawasan. Kerosakan kabel bawah tanah 11KV dari main intake-station Pelambayan ke sub-station Dato Gandi yang juga telah mengakibatkan gangguan kepada bekalan elektrik di sekitar Kampung Kota Batu, Kampung Pelambayan dan Kampung Pintu Malim.

Sehubungan dengan itu, perkara-perkara yang menyebabkan gangguan tersebut amatlah dikesali kerana ianya menjejaskan kesejahteraan orang ramai khususnya sektor perumahan dan komersial. Kementerian Tenaga melalui JPE telah pun berusaha dan bertindak dengan serta merta untuk memulihkan bekalan tenaga elektrik berkenaan dengan melaksanakan pemeriksaan dan penyiasatan ke atas punca-punca gangguan, melaksanakan kerja-kerja membaik pulih seperti penggantian kabel dan penyambungan kabel yang terjejas dengan segera bagi memastikan gangguan tidak berlarutan.

Kementerian Tenaga juga ingin mengambil peluang ini untuk menyeru kepada orang ramai supaya melaporkan aktiviti-aktiviti yang mencurigakan seperti vandalism, merosakan aset-aset elektrik kepada pihak-pihak berkuasa. JPE akan bekerjasama rapat dengan pihak Autoriti Elektrik Negara Brunei Darussalam dan pihak-pihak berkuasa dalam sama-sama membendung aktiviti sebegini daripada berleluasa kerana kejadian ini bukan sahaja mengganggu kesejahteraan orang ramai dan mengganggu aktiviti seharian seperti operasi perniagaan malahan boleh saja mencederakan sehingga menyebabkan kehilangan nyawa di samping merugikan pihak kerajaan bagi kerja-kerja pemulihan. Kementerian Tenaga juga mengalu-alukan cadangan bagi penglibatan Majlis Perundingan Kampung untuk sama-sama melaporkan aktiviti-aktiviti yang dicurigai bagi sama-sama menjaga aset negara yang kitani cintai.

Bagi soalan kedua, mengenai dengan kes kebakaran yang berpunca daripada barang-barang elektrik atau pendawaian yang usang, mengikut data yang diperolehi oleh Autoriti Elektrik Negara Brunei Darussalam daripada JPE dan Jabatan Bomba dan Penyelamat, kes-kes kebakaran yang berpunca daripada tenaga elektrik di negara ini disebabkan oleh beberapa perkara yang antaranya disebabkan oleh pendawaian yang usang, penyambungan pendawaian yang longgar atau loose connection, pembahagian bebanan yang tidak seimbang dan penggunaan peralatan elektrik yang tidak mempunyai piawaian.

Oleh itu, antara usaha-usaha yang akan diungkayahkan dalam menangani isu-isu tersebut ialah untuk terus menguatkuasakan pelesenan bagi pekerja-pekerja elektrik bagi memastikan mana-mana kerja yang berkaitan dengan tenaga elektrik seperti pendawaian, penyambungan kabel atau pemeliharaan hendaklah dibuat oleh pekerja-pekerja elektrik yang berlesen dan kompeten.

Orang awam juga dinasihatkan untuk hanya melantik pemborong-pemborong yang berdaftar dan memastikan setiap pemborong-pemborong mempunyai pass kad yang bersesuaian dan sah. Kementerian Tenaga juga menggalakkan orang ramai supaya menggunakan barangan elektrik yang mempunyai tanda keselamatan yang diperakui.

Ini kerana barangan elektrik yang mempunyai tanda berkenaan pada lazimnya telah menjalani ujian keselamatan di makmal-makmal ujian atau disahkan selamat oleh Confirmity Assessment Board yang diiktiraf dan diperakui selamat untuk dipasarkan. Bagi mengetahui senarai tanda keselamatan yang diperakui di negara-negara ASEAN, orang ramai bolehlah menghubungi pihak Kementerian melalui Autoriti Elektrik Negara Brunei Darussalam bagi keterangan lebih lanjut. Selain itu, orang ramai juga disarankan untuk mengguna pakai barangan elektrik mengikuti garis panduan yang disediakan oleh pihak barangan berkenaan kerana penggunaan yang tidak mengikut garis panduan atau tidak sewajarnya boleh menyebabkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

Terima kasih.

Yang Berhormat Pengerusiโ€‹

Saya persilakan Yang Berhormat Awang Haji Umarali bin Esung.

Yang Berhormat Awang Haji Umarali bin Esungโ€‹

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

ุจุณู… ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุฑุญู…ู† ุงู„ุฑุญูŠู… ุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒู… ูˆุฑุญู…ุฉ ุงู„ู„ู‡ ูˆุจุฑูƒุงุชู‡

Kaola bercakap di bawah Tajuk SQ01A - Jabatan Kementerian Tenaga.

  1. Dalam usaha menjana peluang-peluang pekerjaan pihak-pihak berkenaan hendaklah merancang langkah-langkah yang sesuai. Sebagai contoh, antaranya projek-projek pembangunan hendaklah dirancang agar dapat dijalankan secara serentak bagi meningkatkan permintaan sumber tenaga manusia;

  2. Menyediakan pelbagai inisiatif bagi ahli-ahli perniagaan tempatan yang sesuai menggalakkan untuk mereka menawarkan peluang pekerjaan seperti mengurangkan cukai dan caj yang berkenaan yang akan dibayar kepada pihak-pihak kerajaan apabila mengambil dan mengutamakan pekerja-pekerja bumiputera; dan

  3. Membuka tapak-tapak industri baharu di kawasan bandar dan luar bandar bagi sektor-sektor yang berpotensi tinggi seperti sektor perubatan, biokimia, digital dan sebagainya. Soalan Kaola, saya ingin tahu apakah faktor-faktor yang menjadi tumpuan utama oleh pihak kerajaan ke arah mewujudkan industri yang berimpak tinggi melalui pelan-pelan strategik jangka pendek, sederhana dan panjang yang mampu menyumbang kepada pertumbuhan sumber tenaga manusia di Negara Brunei Darussalam?

Sekian,
ูˆุจุงู„ู„ู‡ ุงู„ุชูˆููŠู‚ ูˆุงู„ู‡ุฏุงูŠุฉุŒ ูˆ ุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒู… ูˆุฑุญู…ุฉ ุงู„ู„ู‡ ูˆุจุฑูƒุงุชู‡

Yang Berhormat Menteri Tenagaโ€‹

Terima kasih Yang Berhormat atas keprihatinan tuan/puan mengenai isu ini dan soalan yang telah diajukan. Kementerian ini telah membentuk Manpower Outlook 2020/2025 sebagai panduan rancangan tenaga manusia bagi sektor minyak dan gas berdasarkan kepada permintaan keseluruhan sektor ini. Kementerian ini menganggarkan bahawa pada tahun 2025, seramai 23,101 anak tempatan akan dapat berkhidmat dengan syarikat-syarikat kontraktor berkenaan iaitu peningkatan sekitar 10,000 anak tempatan daripada jumlah masa ini.

Kementerian ini akan memantau perkara ini dan akan bekerjasama dengan institusi-institusi pendidikan untuk menghasilkan graduan yang bersesuaian supaya lebih banyak anak tempatan dapat menceburi dalam bidang ini sebagaimana yang dihasratkan. Terima kasih Yang Berhormat.

Yang Berhormat Pengerusiโ€‹

Saya persilakan Yang Berhormat Pengiran Haji Ali bin Pengiran Maon.

Yang Berhormat Pengiran Haji Ali bin Pengiran Maonโ€‹

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

ุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒู… ูˆุฑุญู…ุฉ ุงู„ู„ู‡ ูˆุจุฑูƒุงุชู‡ dan salam sejahtera. Kaola ingin mengemukakan satu soalan sahaja iaitu di bawah Tajuk SQ01A โ€“ Jabatan Kementerian Tenaga. Jika disemak melalui Buku Anggaran Hasil dan Perbelanjaan Negara Tahun Kewangan 2021, terdapat dua tajuk baharu yang salah satunya ialah di bawah Kod Akaun - 004/000 - Nilai Tempatan. Yang kaola fahami berhasrat untuk memastikan sumber tenaga manusia tempatan yang berkemahiran tinggi di sektor tenaga.

Memandangkan dilihat terdapat suntikan kewangan ke dalam tajuk ini sebanyak kira-kira $800,000.00 bagi tahun 2021, kaola sangat berminat bagi mengetahui program atau inisiatif yang akan dikendalikan di bawah tajuk ini. Maka kaola memohon pencerahan mengenainya. Sekian terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Menteri Tenagaโ€‹

Terima kasih Yang Berhormat atas keprihatinan biskita mengenai isu ini dan soalan yang telah diajukan. Program di bawah Kod Akaun - 004/000 yang dimaksudkan bagi Pembangunan Nilai Tempatan dan Bruneianisation iaitu pembangunan tenaga manusia khususnya di sektor tenaga. Program ini adalah bertujuan untuk mendukung objektif strategik Kementerian Tenaga yang kelima dan keenam iaitu pembangunan sumber manusia tempatan yang berkemahiran tinggi di sektor tenaga bagi mendukung kemajuan sosioekonomi melalui penjanaan limpah kesan dari sektor tenaga di bawah Pelan Strategik Kementerian Tenaga 2020 hingga 2025.

Pembangunan nilai tempatan sektor tenaga ataupun energy in-country value memastikan sektor tenaga akan menghasilkan spinoff yang memberi kesan kepada pertumbuhan sosioekonomi Negara Brunei Darussalam dengan memastikan perniagaan dan pekerjaan tempatan dapat mengakses peluang yang dihasilkan dari sektor tenaga. Perkara ini akan dilaksanakan melalui 3 inisiatif utama iaitu:

  1. Penguatkuasaan arahan-arahan pembangunan perniagaan tempatan (Local Business Development Directive).
  2. Meningkatkan kapasiti perniagaan tempatan; dan
  3. Memperkembangluaskan spinoff.

Terima kasih.

Yang Berhormat Pengerusiโ€‹

Saya persilakan Yang Berhormat Awang Haji Ramli bin Haji Lahit.

Yang Berhormat Awang Haji Ramli bin Haji Lahitโ€‹

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

ุจุณู… ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุฑุญู…ู† ุงู„ุฑุญูŠู… ุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒู… ูˆุฑุญู…ุฉ ุงู„ู„ู‡ ูˆุจุฑูƒุงุชู‡

dan salam sejahtera. Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Kaola akan membawa di bawah Tajuk SQ01A โ€“ Jabatan Kementerian Tenaga, di bawah Kod Akaun - 004/002 - Tenaga Manusia dan Sektor Tenaga. Aktiviti kemajuan padang minyak dan gas baharu, aktiviti eksplorasi dan pembaikpulihan fasiliti pengeluaran ke arah kedayatahanan sektor huluan minyak dan gas memerlukan pelaburan yang amat besar iaitu $1.65 bilion.

Walau bagaimanapun, pelaburan ini berbaloi kerana dapat memberi peluang ekonomi kepada pengusaha syarikat dan industri perkhidmatan tempatan dan peluang pekerjaan pun ada untuk anak-anak tempatan.

Sebagai contoh, ada seorang pengurus syarikat besar tempatan yang telah memaklumkan kepada kaola, syarikat ini memang sudah terkenal di negara ini yang mengendalikan kerja dukungan perkhidmatan pengeluaran minyak dan gas, menyatakan telah mengiklankan pengambilan pekerja anak tempatan dalam bidang binaan kayu dan bidang pemasangan bata dengan gaji permulaan $22.50 dan elaun makan $4.60 sehari dan tidak memerlukan kelayakan akademik yang tinggi.

Namun, tiada respons yang memohon. Dari sumber pengurus itu sendiri, beliau menyatakan ada mengadakan kursus ini iaitu seramai 600 orang yang menyertainya. Kekurangan manpower dalam syarikat perkhidmatan dukungan menyebabkan terjejasnya eksplorasi minyak dan gas. Kenapakah perkara ini berlaku iaitu maksudnya tidak ada permohonan ataupun tidak ada respons?

Adakah sudah dibuat kajian sama ada iklan tersebut tidak langsung diketahui atau pencari kerja ini merasa tiada kemahiran bahagian binaan kayu dan penyusunan bata. Oleh itu, kaola mencadangkan:

  1. Supaya pusat pembangunan kapasiti, MPEC dan institusi lain memperbanyakkan kursus kemahiran yang berkaitan dengan pasaran kerja industri masa kini yang dikehendaki oleh pengusaha syarikat-syarikat berkenaan.

2. Supaya JobCentre Brunei berganding bahu dengan media massa, sentiasa mengiklankan tanpa tarikh tutup sehingga kerjaya tersebut diisi oleh anak tempatan misalnya mengiklankan kerja kosong menerusi TV sentiasa dipamerkan menerusi channel kegemaran belia, begitu juga dengan media massa lain tanpa mengenakan bayaran demi betul-betul bersemangat membantu pihak kerajaan mengurangkan pengangguran dan mengamalkan tema Whole of Nation Approach; dan

  1. Pihak pentadbir syarikat yang menerima atau menyambut panggilan telefon pencari kerja dan penemu duga hendaklah terdiri daripada anak tempatan untuk mengelakkan sikap diskriminasi. Jika sekiranya perkara ini ditadbir oleh bukan anak tempatan, kaola percaya jika anak tempatan sebagai urustadbirnya, ุฅู† ุดุงุก ุงู„ู„ู‡ pekerja anak tempatan akan berdaya tahan dan suatu hari nanti boleh mencapai ke peringkat lebih baik.

Sekian,
ูˆุจุงู„ู„ู‡ ุงู„ุชูˆููŠู‚ ูˆุงู„ู‡ุฏุงูŠุฉุŒ ูˆ ุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒู… ูˆุฑุญู…ุฉ ุงู„ู„ู‡ ูˆุจุฑูƒุงุชู‡

Yang Berhormat Menteri Tenagaโ€‹

Terima kasih Yang Berhormat atas persoalan yang diajukan dan saya mengambil maklum dan mengucapkan terima kasih dan syabas atas inisiatif pengurus syarikat tersebut itu sendiri terlibat dalam mengadakan kursus kemahiran tersebut. Perkara ini sepatutnya menjadi contoh kepada syarikat yang lain yang berusaha mengadakan latihan kepada anak tempatan.

Untuk makluman Yang Berhormat, pada masa ini, Kementerian Tenaga memfokuskan beberapa kemahiran yang diperlukan dalam industri tenaga seperti wielder, scaffolder, rigger, maker fitter dan sebagainya yang mampu menarik anak tempatan dan jua yang boleh memberikan kerjaya yang berdaya tahan. Untuk makluman Yang Berhormat Program-program ini telah dan akan terus diungkayahkan bersama Institute Of Brunei Technical Education (IBTE) dan juga Manpower Planning dan Employement Council (MPEC). Pada masa ini terdapat seramai 300 penuntut yang menyertai program-program berkenaan sejak Januari 2021.

Mengenai dengan iklan-iklan peluang pekerjaan yang diiklankan di JobCentre Brunei pihak Kementerian Tenaga akan sentiasa bekerjasama rapat dengan syarikat-syarikat yang terbabit dan juga JobCentre Brunei. Pihak kementerian juga giat mengadakan sesi muzakarah dengan syarikat-syarikat kontraktor dukungan industri minyak dan gas bagi memastikan usaha-usaha pengambilan anak tempatan sentiasa diberikan keutamaan. Terima kasih.

Yang Berhormat Pengerusiโ€‹

Seterusnya saya persilakan Yang Berhormat Fdr. Ar. Dayang Siti Rozaimeriyanty binti Dato Seri Laila Jasa Haji Abdul Rahman.

Yang Berhormat Fdr. Ar. Dayang Siti Rozaimeriyanty binti Dato Seri Laila Jasa Haji Abdul Rahmanโ€‹

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi saya ingin mengucapkan tahniah kepada Kementerian Tenaga atas mukadimah dan atas usaha inisiatif-inisiatif yang telah dilaksanakan terutama sekali dalam menyokong usaha-usaha meningkatkan simpanan-simpanan minyak serta mengawal produksi minyak dan gas.

Syabas juga kepada pihak kementerian kerana terus mencipta peluang ekonomi baharu untuk mempelbagaikan ekonomi negara melalui sektor hiliran terutama sekali atas penambahbaikan keboleh pasaran employability anak-anak tempatan dalam memastikan mereka akan memperolehi kemahiran dan kecekapan yang releven dalam industri tenaga sejajar Bruneiansation Directive.

Menyentuh mengenai Bruneiansation Directive pengambilan anak-anak tempatan di sektor tenaga terutama sekali sektor minyak dan gas sangat memberangsangkan umpamanya Syarikat Brunei Methanol Sendirian Berhad berjaya mencapai 90 % Bruneian selama 10 tahun beroperasi, Hengyi Industries Sendirian Berhad pula mempunyai 40% pekerja tempatan, manakala BFI mempunyai 71% tempatan ูฑู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏู ู„ู„ู‡ู, akan tetapi perkembangan seperti ini belum dapat dilihat dalam sektor tenaga elektrik. Saya difahamkan bahawa localisation program serta mengenal pasti pekerjaan-pekerjaan bagi sektor tenaga elektrik belum termasuk di dalam Manpower Industry Steering Committee Energy dan melalui statistik yang telah dikongsikan dan hanya 18% masa ini saja dapat diisikan oleh orang tempatan di sektor tenaga elektrik. Saya juga mengambil maklum bahawa LED bagi sektor tenaga elektrik pada masa ini adalah dalam peringkat pembentukan.

Di bawah RKN-11, Kementerian Tenaga adalah kementerian yang kedua terbesar mempunyai harga rancangan sejumlah lebih kurang $375 juta bagi sektor tenaga elektrik iaitu pembekalan bagi menaik taraf sistem bekalan tenaga elektrik termasuk meningkatkan talian rangkaian di negara ini. Pihak kementerian dapat mengambil peluang ini dalam mengenal pasti pekerjaan-pekerjaan yang diperlukan di bawah sektor tenaga elektrik dan memberikan bimbingan serta latihan yang diperlukan.

Bilakah kita akan dapat melihat Bruneiansation Directive serta mengenal pasti pekerjaan-pekerjaan yang perlu di bawah MISC Energy dalam sektor tenaga elektrik. Diharap melalui usaha kerjasama ini nanti pihak kementerian juga dapat menyediakan platform dalam membantu membimbing serta memberikan peluang-peluang kepada syarikat-syarikat tempatan sama ada registered contractor ataupun konsultan yang berdaftar di bawah BAPEQS bukan sahaja dalam service drafting tetapi juga bagi servis konsultasi dan reka bentuk yang berpotensi untuk projek-projek bawah kawalan pihak kementerian.

Ini secara tidak langsung membolehkan pakar-pakar ini nanti memberikan servis perkhidmatan bukan sahaja di dalam negeri bahkan juga berpotensi memberikan servis pakar seperti ini ke luar negeri. Saya percaya bahawa kita juga seharusnya memberi peluang kepercayaan dan invest dalam kebolehan kepakaran anak tempatan kita ini.

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Menteri Tenagaโ€‹

Terima kasih Yang Berhormat. Lebih dahulu saya ucapkan terima kasih atas persoalan yang diajukan.

Untuk makluman juga arahan Bruneisation ketika ini hanyalah merangkumi pengendali-pengendali operator utama di dalam industri minyak dan gas.

Mengenai sektor tenaga elektrik, Kementerian Tenaga pada masa ini sedang merangka arahan khas untuk industri kuasa elektrik yang dijangka akan dikeluarkan dan akan berkuat kuasa pada tahun 2021. Ianya bertujuan untuk memastikan lebih banyak nilai tempatan dari segi perbelanjaan barangan, perkhidmatan dan pengambilan pekerja anak-anak tempatan di dalam industri tersebut.

Terima kasih.

Yang Berhormat Pengerusiโ€‹

Sekarang saya persilakan Yang Berhormat Dayang Khairunnisa binti Haji Ashโ€™ari.

Yang Berhormat Dayang Khairunnisa binti Awang Haji Ash'ariโ€‹

Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi. Kaola merujuk di bawah Tajuk SQ01A - Jabatan Kementerian Tenaga, kaola mengambil baik akan inisiatif-inisiatif dan perancangan pihak kementerian dalam menggunakan tenaga suria seperti yang telah panjang lebar dibentangkan dalam mukadimah Yang Berhormat Menteri Tenaga tadi.

  1. Pada masa ini, sudah terdapat beberapa kawasan yang menggunakan solar street lighting tetapi penggunaannya belum menyeluruh. Soalan Kaola, adakah pihak kerajaan telah membuat kajian tentang cost effectiveness untuk menggunakan solar power LED bagi kemudahan infrastruktur awam seperti lampu jalan dan adakah akan dijadikan salah satu fokus penggunaan tenaga solar?; dan

  2. Pada tahun 2020, SHENA melaporkan 62 kes kemalangan di tempat kerja dalam 7 tujuh tahun kebelakangan. Kaola mengambil maklum dalam mukadimah Yang Berhormat Menteri Tenaga tentang inisiatif SHENA bagi meningkatkan kesedaran tentang keselamatan melalui beberapa forum bersama industri.

Sejak SHENA ditubuhkan adakah ia memberi kesan kepada laporan kemalangan dan kematian di tempat kerja? Adakah terdapat perancangan untuk meningkatkan penguatkuasaan keselamatan di tempat kerja bagi mengurangkan risiko kejadian yang tidak diingini?

Kaola membangkitkan perkara ini memandangkan masih ada isu yang timbul berkaitan dengan keselamatan di industri-industri seperti pembinaan dan pengubahsuaian jalan seperti tidak memakai harness, tidak memasang cone dijarak yang selamat dan sebagainya.

Terima Kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Menteri Tenagaโ€‹

Terima kasih Yang Berhormat.

Mengenai pihak kerajaan sedang melaksanakan projek solar power LED bagi lampu jalan sebagai projek rintis dan bagi lokasi yang belum ada bekalan elektrik yang kekal. Di bawah Dasar Kebangsaan Perubahan Iklim Negara Brunei Darussalam, Kementerian Tenaga melalui Jabatan Perkhidmatan Elektrik hanyalah komited untuk menukar lampu konvensional kepada LED sahaja.

Mengenai dengan cost-effectiveness penggunaan solar-powered LED bagi kemudahan infrastruktur awam, pihak Kementerian melalui Bahagian Tenaga Lestari dan Jabatan Perkhidmatan Elektrik (JPE) sedang menjalankan kajian mengenai cost-effectiveness dan kepentingan bagi pemasangan solar-powered LED street lighting dalam negara ke arah menyokong Dasar Kebangsaan Perubahan Iklim Negara Brunei Darussalam. Sebagai satu langkah permulaan, pihak Kementerian, melalui JPE, telahpun merancang dan akan membuat penukaran lampu-lampu jalan raya konvensional sedia ada kepada high efficiency LED dan seterusnya akan membuat penelitian mengenai kesesuaian untuk ditukar kepada solar-powered LED. Sebagai satu langkah permulaan, sebanyak 75 unit lampu jalan raya di sepanjang Jalan Labu, Kampung Peradayan, Temburong telah pun ditukar kepada lampu solar powered. Pihak kementerian juga mempunyai perancangan untuk melaratkan lagi penukaran lampu konvensional kepada high efficiency LED dan solar-powered technology kepada kawasan-kawasan lain mengikut kesesuaiannya.

Bagi menjawab perkara yang dipersoalkan mengenai perkara iaitu keberkesanan Safety, Health and Environment National Authority (SHENA) kepada laporan kemalangan dan kematian di tempat kerja dan perancangan untuk meningkatkan penguatkuasaan keselamatan di tempat kerja, semenjak Perintah Keselamatan dan Kesihatan Tempat Kerja 2009 (WSHO, 2009) dikuatkuasakan pada tahun 2013, bilangan kematian di tempat kerja telah menurun dari 12 kematian kepada 4 kematian dari tahun 2014 ke tahun 2020. ุฅู† ุดุงุก ุงู„ู„ู‡, Matlamat SHENA ialah untuk menurunkan jumlah kematian di tempat kerja ke angka sifar menjelang tahun 2035. Dengan itu, kerjasama dari semua pihak adalah sangat diperlukan untuk mematuhi perintah tersebut termasuk peraturan-peraturan di bawahnya.

Pihak SHENA sedang merangka beberapa peraturan baharu bagi mengawal selia pekerjaan yang berisiko tinggi termasuk peraturan kerja di tempat tinggi (working at height) dan peraturan operasi kran (crane operation). Pihak SHENA juga telah mengeluarkan beberapa nota panduan seperti panduan operasi mengangkat (lifting operation), panduan kesihatan dan keselamatan tempat kerja di tapak pembinaan, panduan penggunaan perancah yang selamat (safe use of scaffolding) dan panduan kerja di tempat tinggi (work at height). Dengan adanya peraturan dan panduan tersebut, bekerja di tempat-tempat kerja yang berisiko tinggi akan menjadi lebih selamat dan seterusnya dapat mengurangkan kadar insiden dan kematian di tempat kerja. Di samping itu, tindakan sewajarnya akan dikenakan bagi mana-mana pihak yang tidak mematuhi undang-undang yang dikuatkuasakan.

Bagi kesalahan kecil pula, pihak SHENA akan memberi nasihat dan panduan kepada individu atau syarikat terbabit. Manakala bagi kesalahan yang menimbulkan bahaya, pihak SHENA akan mengeluarkan Perintah Berhenti Kerja (Stop Work Order) atau Perintah Pemulihan (Remedial Order) terhadap tempat kerja yang terbabit. Jika didapati pihak yang terbabit melakukan kesalahan yang besar seperti insiden yang mengakibatkan kematian di tempat kerja, maka proses pendakwaan mungkin akan dilaksanakan.

Terima kasih.

Yang Berhormat Pengerusiโ€‹

Saya persilakan Yang Berhormat Awang Haji Abdul Wahab bin Apong.

Yang Berhormat Awang Haji Abdul Wahab bin Apongโ€‹

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

ุงู„ุณู‘ูŽู„ูŽุงู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒูŽุงุชูู‡ู dan salam sejahtera. Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kaola menyentuh di bawah Tajuk SQ1A โ€“ Jabatan Kementerian Tenaga. Kita masih bergelut dengan sektor pekerja asing yang masih lagi diperlukan di sektor minyak dan gas, khususnya dalam bidang-bidang kejuruteraan seperti civil, mechanical dan seumpamanya, dengan sebahagian besarnya merupakan pembantu am.

Pergantungan pada pekerja asing ini bukanlah satu perkara yang baharu malah telah dihadapi sekian lama, lebih ketara apabila diadakan kerja pemeliharaan seperti turnaround and shutdown bagi kompleks dan peralatan-peralatan. Difahamkan sekitar 100 hingga 600 pekerja tambahan diperlukan bagi shutdown, tertakluk kepada skop pemeliharaan berkenaan. Soalan kaola, apakah strategi kementerian bagi menangani isu ini bukan sahaja dalam memberi peluang pekerjaan kepada anak-anak tempatan malah juga memperkasa kontrak tempatan yang terlibat? Sekian, terima kasih.

Yang Berhormat Menteri Tenagaโ€‹

Terima kasih Yang Berhormat. Lebih dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih atas persoalan yang diajukan. Sepertimana Yang Berhormat maklum, PPK telah diserapkan kepada Kementerian Pendidikan pada April 2020. Walau bagaimanapun, bagi memastikan keperluan tenaga kerja dalam industri tenaga dalam bidang yang dinyatakan oleh Yang Berhormat, Kementerian Tenaga akan terus bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan, di samping itu juga antara penambahbaikan bagi perkara ini MISC Energy telah ditubuhkan Manpower Planning Employment Council. MISC Energy bersama dengan industri dan kementerian-kementerian berkenaan berusaha untuk membangunkan ekosistem yang diperlukan untuk membangunkan dan menghasilkan tenaga kerja yang bersedia dan cekap industri dan kerjasama yang lebih erat bersama industri. Institusi pendidikan dan agensi-agensi kerajaan seperti SHENA, Lifelong Learning Center dan SEAMEO VOCTECH. Ini termasuklah dengan penubuhan Registered Training Organization yang baharu serta assessor yang berkelayakan dari industri untuk melatih dan menilai pelatih selaras dengan piawaian kemahiran i-Skill yang menyamai piawaian antarabangsa.

Manakala berhubung dengan kempen seperti turnaround atau shutdown bagi kompleks atau peralatan bagi tujuan kerja-kerja pemeliharaan. Sukacita dimaklumkan pada masa ini, syarikat-syarikat pengendali utama sedang melaksanakan aktiviti penyelenggaraan aset dalam memastikan aset-aset yang digunakan berfungsi dalam keadaan baik. Aktiviti ini selalunya dilaksanakan setiap tahun dalam jangka masa 2 ke 6 minggu. Kerja-kerja penyelenggaraan ini diperlukan mengikut jadual yang ditetapkan bagi memastikan aktiviti pengeluaran dapat dioptimumkan dan dimaksimumkan yang akan memberikan pendapatan hasil kepada negara.

Kerja-kerja pemeliharaan secara lazimnya memerlukan lebih dari seribu pekerja dan akan dilaksanakan bersama oleh kontraktor antarabangsa dan kontraktor tempatan dengan gabungan tenaga kerja tempatan dan luar negara. Perlaksanaan kerja-kerja penyelenggaraan dan kempen shutdown memerlukan pekerja-pekerja pakar adalah didatangkan dari luar negeri. Terima kasih.

Yang Berhormat Pengerusiโ€‹

Yang Berhormat Awang Haji Abdul Hamid bin Haji Mumin.

Yang Berhormat Awang Haji Abdul Hamid bin Haji Muminโ€‹

ุงู„ุณู‘ูŽู„ูŽุงู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒูŽุงุชูู‡ู dan salam sejahtera. Yang Berhormat Pengerusi, terima kasih. Kaola sukacita ingin bercakap di bawah Tajuk SQ01A โ€“ Jabatan Kementerian Tenaga dengan peruntukan $10,351,410.00. Kaola lebih dahulu mengucapkan penghargaan dan tahniah atas mukadimah yang amat bernas dalam usaha-usaha menuju ke arah kejayaan negara mencapai ekonomi yang mantap dan perkasa terutama dari penghasilan minyak dan gas.

Sejak tahun 1929 dan gas pada tahun 70-an. Yang Berhormat Pengerusi, salah satu tapak perindustrian di Negara Brunei Darussalam selain Pulau Muara Besar dan Padang Minyak Seria ialah di Mukim Liang, tapak tersebut dikenali sebagai SPARK Zone Village yang terletak di sekitar perkampungan, terutama di Kampung Sungai Liang dan Kampung Lumut 1. Antara industri yang telah pun beroperasi sekarang ini ialah Brunei Liquified Natural Gas (BLNG), Brunei Methanol Company (BMC), Brunei Fertilizer Industries (BFI) dan Total. Kaola rasa mungkin ada lagi industri-industri yang akan wujud di SPARK Zone Village ini barangkali.

Kaola amat bersyukur kerana Mukim Liang merupakan mukim industri di samping dikenali sebagai mukim pertanian dan perusahaan. Yang Berhormat Pengerusi, dalam kerancakan pembangunan industri di mukim ini, kaola sukacita menyentuh mengenai kesejahteraan penduduk terlibat yang bermastautin di sekitar kawasan industri yang dinasihatkan oleh pihak berwajib untuk mengikuti program perpindahan.

Jadi, pihak berwajib telah pun menentukan peraturan-peraturan dan adanya perundingan-perundingan dengan pihak-pihak yang terlibat sejak beberapa tahun yang lalu, agak lama sudah, barangkali ada 4 tahun, dan antara syarat itu terkandunglah jika sekiranya yang empunya rumah dan tapak tanah itu diganti dengan wang tunai ataupun akan disediakan tapak tanah tempat-tempat yang tertentu.

Namun begitu, penyelesaian ataupun rancangan ini masih lagi terdapat penduduk-penduduk yang belum dapat lagi penyelesaian bagi tempat-tempat tinggalnya, rumahnya dan tanahnya yang kedapatan jua sudah masa ini; antaranya terpaksa menyewa di rumah-rumah sewa di Mukim Liang. Syukur ุงูŽู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏู ู„ูู„ู‘ูฐู‡ู, mereka itu telah menyewa dan mungkin dari pihak agensi kerajaan yang membiayai penyewaannya.

Dalam perkara ini, kaola sukacita supaya akan dapat pencerahan bila sekiranya penduduk-penduduk kampung ini akan dapat sempurna dengan tempat tinggalnya sendiri. Mohon jua pencerahan dan kaola Yang Berhormat Pengerusi akan menambah satu soalan yang pendek sahaja.

Ini mengenai tenaga solar dari tenaga matahari. Adakah pihak Kementerian Tenaga akan merancangkan bagi menawarkan kursus kemahiran, kepada rakyat yang berminat bagi mencipta atau menghasilkan tenaga solar untuk kegunaan persendirian atau kumpulan bagi tujuan membantu negara meringankan penggunaan tenaga elektrik yang tinggi di negara kita ini?

Sekian sahaja Yang Berhormat Pengerusi.

ูˆุจุงู„ู„ู‡ ุงู„ุชูˆููŠู‚ ูˆุงู„ู‡ุฏุงูŠุฉุŒ ูˆ ุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒู… ูˆุฑุญู…ุฉ ุงู„ู„ู‡ ูˆุจุฑูƒุงุชู‡

Yang Berhormat Menteri Tenagaโ€‹

Terima kasih Yang Berhormat. Salah satu tapak perindustrian selain Pulau Muara Besar dan Seria ialah di Mukim Liang SPARK, terletak di Kampung Sungai Liang, antara industri yang beroperasi termasuk Brunei Liquified Natural Gas (BLNG), Brunei Methanol Company (BMC), Brunei Fertilizer Industries (BFI) dan Tapak Logi Minyak Gas dan Petrokimia telah direka bentuk mengikut piawaian yang tertentu seperti melaksanakan kajian keselamatan, quantitative risk analysis untuk mengenal pasti jarak yang selamat; khususnya keputusan kajian keselamatan akan menentukan sempadan boundary risiko di sekeliling luar loji yang keluasan jauhnya melebihi beberapa kilometer radius. Ada baiknya jua perkara ini dapat dirujuk kepada rakan sejawatan Yang Berhormat Menteri Pembangunan nanti.

Yang Berhormat Pengerusiโ€‹

Yang Berhormat, soal tanah barangkali. Saya tidak silap, kali satu waktu nanti bila kita ini merunding mengenai Belanjawan Kementerian Pembangunan, soal tanah itu akan dapat dijawab oleh Yang Berhormat Menteri yang berkenaan.

Pertanyaan yang kedua nampaknya meminta penjelasan mengenai latihan berhubung dengan solar energy bagi penduduk-penduduk yang suka untuk membuat operasinya sendiri, โ€˜miatuโ€™ barangkali Yang Berhormat Awang Haji Abdul Hamid bin Haji Mumin, jangan karang โ€˜malatupโ€™ pulang, โ€˜ujung-ujungnyaโ€™.

Yang Berhormat Menteri Tenagaโ€‹

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Bagi soalan kedua itu mengenai kursus kemahiran. Kementerian ini menyambut baik cadangan berkenaan dan akan menelitinya. Sekian terima kasih.

Yang Berhormat Pengerusiโ€‹

Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat yang telah pun nampaknya menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat dan saya juga mengucapkan terima kasih kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat yang mempunyai minat yang mendalam mengenai soal-soal yang telah dikemukakan.

Maka, sekarang saya kira berpatutanlah tajuk ini kita undi. Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju supaya tajuk ini kita luluskan, sila angkat tangan.

(Semua Ahli mengangkat tangan tanda bersetuju)

Terima kasih, semuanya bersetuju.

Yang Mulia Timbalan Jurutulisโ€‹

Tajuk SQ01A hingga Tajuk SQ02A โ€“ Kementerian Tenaga dijadikan sebahagian daripada Jadual.

Yang Berhormat Pengerusiโ€‹

Ahli-Ahli Yang Berhormat, cukup sekian kita bersidang di Peringkat Jawatankuasa dan kita beralih semula untuk bersidang di Persidangan Majlis Mesyuarat Negara.

(Mesyuarat Jawatankuasa ditangguhkan)

(Majlis Mesyuarat bersidang semula)

Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ€‹

Ahli-Ahli Yang Berhormat, ูฑู„ุญูŽู…ู’ุฏู ู„ู„ู‡ู kita telah bersidang semula dalam Persidangan Majlis Mesyuarat Negara dan saya tangguhkan mesyuarat kita ini dan kita akan bersidang semula ุฅูู†ู’ ุดูŽุงุกูŽ ูฑู„ู„ูŽู‘ูฐู‡ู, pada esok hari, 22 Mac 2021, sebagaimana lazimnya mulai dari pukul 9.30 pagi.

Sekian,
ูˆุจุงู„ู„ู‡ ุงู„ุชูˆููŠู‚ ูˆุงู„ู‡ุฏุงูŠุฉุŒ ูˆ ุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒู… ูˆุฑุญู…ุฉ ุงู„ู„ู‡ ูˆุจุฑูƒุงุชู‡

(Majlis Mesyuarat ditangguhkan)

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.