Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Source: https://www.majlis-mesyuarat.gov.bn/wp-content/uploads/2025/09/Penyata-Rasmi-MMN-Ke-17-Tahun-2021.pdf

HARI KE-5

Rumusan Bacaan

๐Ÿ“– Masa membaca: 61 minit
๐Ÿ“Š Bilangan kata: 12,150 kata

19HB MAC 2021โ€‹

(Mesyuarat mula bersidang pada pukul 2.30 petang)

Yang Dimuliakan Jurutulisโ€‹

ุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ู‡ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูฐู†ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญููŠู’ู…ู Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ketujuh Belas bagi Majlis Mesyuarat Negara bersidang bagi hari yang kelima, didahului dengan bacaan Doa Selamat.

DOA SELAMATโ€‹

Doa Selamat dibacakan oleh Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Awang Haji Hamidon bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Abdul Hamid.

Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ€‹

ุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ู‡ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูฐู†ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญููŠู’ู…ู ุงู„ุณูŽู‘ู„ูŽุงู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒูŽุงุชูู‡ู

ุงูŽู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏู ู„ูู„ู‘ูฐู‡ู bersyukur kita ke hadrat ุงู„ู„ู‡ kerana dengan limpah rahmat dan izin-Nya jua, kita dapat bersama-sama hadir pada petang ini, bersidang bagi hari yang kelima Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ketujuh Belas Majlis Mesyuarat Negara. Selawat serta salam ke atas Junjungan Besar kita ุณูŽูŠู’ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู ุตูŽู„ูŽู‘ู‰ ุงู„ู„ู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ูŽู‘ู…ูŽ kaum kerabat, para sahabat serta pengikut-pengikut Baginda yang taat lagi setia hingga ke akhir zaman.

Ahli-Ahli Yang Berhormat, persidangan kita masih lagi membincangkan Rang Undang-Undang (2021) Perbekalan, 2021/2022 yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II. Untuk membolehkan kita membincangkan dan meneliti tajuk-tajuk seterusnya, Rang Belanjawan yang berkenaan, saya terus saja tangguhkan Persidangan Majlis Mesyuarat Negara kita ini supaya kita dapat bersidang di Peringkat Jawatankuasa sepenuhnya.

(Majlis Mesyuarat ditangguhkan)

(Mesyuarat bersidang sebagai Jawatankuasa)

Yang Berhormat Pengerusiโ€‹

ุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ู‡ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูฐู†ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญููŠู’ู…ู Ahli-Ahli Yang Berhormat, sekarang majlis ini bersidang di Peringkat Jawatankuasa sepenuhnya bagi meneliti dan menimbangkan Rang Undang-Undang (2021) Perbekalan, 2021/2022 satu per satu, yang telah dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II. Pada sebelah petang semalam, kita telah selesai meluluskan peruntukan dan menjadikan sebahagian daripada Jadual Rang Undang-Undang ini bagi Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri, Kementerian Pertahanan dan Kementerian Kewangan dan Ekonomi. Sekarang, eloklah kita berpindah kepada tajuk yang selanjutnya.

Yang Dimuliakan Jurutulisโ€‹

Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri - Tajuk SE01A hingga Tajuk SE06A.

Yang Berhormat Pengerusiโ€‹

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Memandangkan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri mempunyai dua belas jabatan di bawahnya, maka perbincangan ini sekarang saya bahagikan kepada dua bahagian iaitu dengan enam buah jabatan sahaja dahulu iaitu Tajuk SE01A hingga Tajuk SE06A dan sebelum tajuk-tajuk yang berkenaan ini dibukakan untuk dibahaskan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat, saya ingin memberikan peluang sekarang kepada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri untuk memberikan sebagaimana lazim mukadimahnya tentang penyediaan belanjawan kementeriannya. Saya persilakan, Yang Berhormat.

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeriโ€‹

Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi.

ุจุณู… ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูŽู†ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญููŠู’ู…ู ุงู„ุณูŽู‘ู„ุงูŽู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒูŽุงุชูู‡ู
ุงูŽู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏู ู„ู„ู‡ู ุฑูŽุจูู‘ ุงู„ู’ุนูŽุงู„ูŽู…ููŠู’ู†ูŽ ูˆูŽุงู„ุตูŽู‘ู„ุงูŽุฉู ูˆูŽุงู„ุณูŽู‘ู„ุงูŽู…ู ุนูŽู„ูŽู‰ ุฃูŽุดู’ุฑูŽูู
ุงู’ู„ุฃูŽู†ู’ุจููŠูŽุงุกู ูˆูŽุงู„ู’ู…ูุฑู’ุณูŽู„ููŠู’ู†ูŽ ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุขู„ูู‡ู ูˆูŽุตูŽุญู’ุจูู‡ู ุฃูŽุฌู’ู…ูŽุนููŠู’ู†ูŽ.

Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kaola lebih dahulu sukacita mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Pengerusi kerana memberi peluang bagi Kaola menyampaikan mukadimah bagi memandu perbincangan Anggaran Peruntukan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri bagi Tahun Kewangan 2021/2022.

ุงูŽู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏู ู„ู„ู‡ู Kaola dengan penuh hormat dan takzim sukacita menyembahkan setinggi-tinggi menjunjung kasih atas kurnia perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menyediakan satu Anggaran Perbelanjaan bagi Tahun 2021/2022, berjumlah $5,860,000,000.00 dan memperuntukkan Anggaran Perbelanjaan sejumlah $130,352,620.00 bagi Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri. Walaupun dalam keadaan negara dan dunia masih berhadapan dengan pandemik COVID-19 yang memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi dunia.

Selaras dengan tema belanjawan Tahun Kewangan 2021/2022 iaitu โ€œKe Arah Pembangunan Sosioekonomi Yang Resilienโ€, kementerian ini akan terus merancang dan melaksanakan inisiatif-inisiatif strategik dalam usaha untuk merealisasikan hasrat kerajaan dalam mengukuhkan kedayatahanan sosioekonomi di samping kekal memelihara kesejahteraan dan keamanan Negara Brunei Darussalam. Ianya juga selaras dengan rancangan strategi kementerian ini ke arah memantapkan perpaduan masyarakat, memelihara keselamatan dan kesejahteraan awam dan memangkin pembangunan sosioekonomi.

Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Tahun 2021 adalah tahun yang signifikan bagi Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri. Kementerian ini sedang menilai pencapaian sasaran Pelan Strategik 2017-2021. Kementerian ini telah mengenal pasti faktor-faktor yang menyumbang kepada kajian dan kegagalan pencapaian, menganalisa isu-isu dan masalah-masalah yang berkaitan dengan pelaksanaannya. ุฅู† ุดุงุก ุงู„ู„ู‡ ianya akan dijadikan sebagai panduan berterusan dalam kementerian ini berusaha menyediakan Pelan Strategik 2022-2026 dan dihasratkan agar rancangan-rancangan tahunan dapat disediakan secara holistik dan dilaksanakan secara terancang dan sistematik.

Berdasarkan tema dan tiga fokus utama Belanjawan Negara Tahun Kewangan 2021/2022, rancangan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri adalah seperti yang berikut:

A. Meningkatkan Produktiviti Negara.

i. Tidak dinafikan bahawa wabak COVID-19 memberi impak besar kepada perkembangan produktiviti negara dan sosioekonomi seluruh dunia. Walau bagaimanapun, kementerian ini akan berterusan berusaha mendukung dan membantu perkembangan sosioekonomi negara. Usaha kementerian ini dalam merevitalisi kawasan bandar iaitu pembangunan semula bagi tiga buah bangunan kerajaan iaitu Bangunan Pusat Komersial dan Perdagangan Bumiputera, Bangunan Letak Kereta Bertingkat dan Bangunan Agensi Pekerjaan Tempatan dan Pembangunan Tenaga Kerja (APTK) yang terletak di Jalan Cator, Bandar Seri Begawan, sedang giat dibincangkan bersama agensi-agensi kerajaan dan Syarikat P Cube Sendirian Berhad dan Darussalam Assets Sendirian Berhad. Kerjasama ini sedang berjalan di berbagai fasa perlaksanaan.;

ii. Satu lagi projek di bawah Public Private Partnership (PPP) ialah penempatan baharu bagi peniaga-peniaga Tamu Selera Jalan Dato Taib ke tempat yang lebih luas iaitu di tapak bekas semaian berdekatan dengan Jubli Perak Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Jalan Kumbang Pasang. Expression of Interest telah pun dikeluarkan pada 8 Januari 2020 dan mendapat respons yang positif daripada pemaju yang memberikan gambaran untuk menyediakan food court dan mixed development. Proses berikutnya ialah untuk mengeluarkan request for proposal dalam masa terdekat.;

iii. Dalam hubungan ini juga, dengan adanya infrastruktur-infrastruktur baharu ini nanti, kita berharap ia akan menarik pelabur-pelabur dalam dan luar negeri untuk memperkembangmajukan aset-aset kerajaan serta kawasan lain yang boleh dimajukan. ุฅูู†ู’ ุดูŽุงุกูŽ ูฑู„ู„ูŽู‘ูฐู‡ู, secara tidak langsung ia juga akan dapat menyumbang kepada kutipan cukai dan pekerjaan bagi anak-anak tempatan.;

iv. Dalam usaha kementerian ini meningkatkan produktiviti negara dan seterusnya memupuk dan mewujudkan masyarakat yang hidup bersatu padu dan pemedulian, kementerian ini sedang menjalankan inisiatif-inisiatif yang menjurus bagi memantapkan kedudukan institusi mukim dan kampung. Antaranya ialah pengisian jawatan penghulu mukim dan kampung. Bagi membantu mempercepatkan proses-proses pengisian jawatan Penghulu Mukim dan Ketua Kampung ini, kementerian ini akan memperkenalkan sistem e-Undi yang pada masa ini dalam fasa yang terakhir pembangunannya. Ia dihasratkan akan dapat digunakan pada bulan April tahun ini sebagai aplikasi atas talian untuk penduduk-penduduk kampung mendaftar sebagai pengundi dan seterusnya digunakan untuk mengundi di Majlis Pengundian dan Pemilihan Calon Penghulu Mukim dan Ketua Kampung. Dengan adanya pembangunan aplikasi e-Undi ini, di samping tatacara mengundi secara konvensional menggunakan peti undi, ia diharap akan dapat membantu pengisian jawatan kosong penghulu mukim dan ketua kampung pada tahun ini.

v. Dengan pengisian jawatan penghulu mukim dan kampung secara tetap itu nanti, diharap penghulu mukim dan ketua kampung berkenaan akan dapat menerajui kepimpinan sebuah mukim dan kampung dan berusaha untuk memajukan sosioekonomi mukim dan kampung di samping berusaha untuk memupuk dan mewujudkan masyarakat yang hidup bersatu padu dan memeduli hal-ehwal kebajikan, kesejahteraan dan pemedulian anak buah mukim dan kampung.

vi. Kita mengambil berat akan penyertaan belia dalam Majlis Perundingan Mukim dan Kampung dalam usaha bagi meningkatkan institusi mukim dan kampung. Sehingga kini terdapat sebanyak 21 daripada 38 Majlis Perundingan Mukim dan Kampung dan 104 daripada 183 Majlis Perundingan Mukim dan Kampung yang mempunyai penyertaan golongan belia seramai antara 3 hingga 5 orang. ุงู„ุญู…ุฏ ู„ู„ู‡ sebahagian mereka terdiri daripada graduan institusi pengajian tinggi. ุฅู† ุดุงุก ุงู„ู„ู‡, menerusi penyertaan para belia dalam Majlis Perundingan Mukim dan Kampung ini akan dapat memberi kesan yang positif dalam memberikan idea-idea baharu ke arah meningkatkan bukan sahaja taraf sosioekonomi masyarakat mukim dan kampung malahan juga mewujudkan suasana mukim dan kampung yang sejahtera dan harmoni.

B. Penyediaan Kemudahan dan Infrastruktur Yang Mampan (Sustainable) dan Berdaya Tahan (Resilient) untuk Kesejahteraan Awam dan Perkembangan Ekonomi.

Ke arah memelihara keselamatan dan kesejahteraan awam pula, sukacita kaola/saya mengongsikan bahawa sistem Immigration and National Registration System (INRS) dan National Labour Management System (NLMS) yang sedang giat dilaksanakan oleh Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan dan Jabatan Buruh ุฅู† ุดุงุก ุงู„ู„ู‡ akan diguna pakai dalam tempoh yang terdekat tahun ini. Dengan sistem tersebut itu nanti diharap akan dapat meningkatkan tahap perkhidmatan kepada orang ramai dalam pelbagai perkhidmatan seperti pendaftaran kad pengenalan, pasport, pendaftaran kelahiran, kematian dan penggunaan biometrik di pos-pos kawalan. Sistem ini juga akan memberi kaedah pembaharuan dalam proses dan kebenaran mengeluarkan visa dan pas kerja serta perkara-perkara yang berkaitan dengan warga negara asing yang bekerja di negara ini dengan lebih efisien dan teratur. Sistem ini juga akan mengukuhkan lagi aspek sekuriti di pos-pos kawalan di negara ini dengan penggunaan biometrik.

Di samping itu, ia akan dapat mengatasi perkara-perkara mengenai pemprosesan kemasukan pekerja asing dan juga boleh menutup ruang dan peluang kemungkinan terdapatnya penyalahgunaan kuasa oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Dalam masa yang sama akan dapat menyumbang kepada keberkesanan dalam memberikan perkhidmatan kepada orang ramai.

Sehubungan dengan itu juga Jabatan Buruh dan Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan telah pun mengambil beberapa tindakan khususnya mengenai pengawalan pekerja asing menerusi Penguatkuasaan Perintah Agensi Pekerjaan 2004 dan Perubahan Proses Lesen Pekerja Asing (LPA). Sehingga Disember 2020, Jabatan Imigresen telah menjalankan sebanyak 203 operasi jabatan dan bersepadu iaitu seramai 1021 warga asing yang diperiksa termasuk warga negara Bangladesh. Manakala Jabatan Buruh pula telah menjalankan sebanyak 278 operasi jabatan dan bersepadu, iaitu seramai 701 warga asing diperiksa.

Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Pusat Bencana Kebangsaan (NDMC) pula berperanan ke arah mewujudkan masyarakat yang sentiasa siap siaga atau emergency disaster ready. Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Pusat Bencana Kebangsaan akan berterusan melibatkan masyarakat melalui Community Outreach Programme masing-masing. Ianya adalah inisiatif yang signifikan untuk memupuk budaya siap siaga bagi menjadikan masyarakat yang berdaya tahan.

Sehingga Disember 2020, seramai 21,108 orang telah mengikuti program kesedaran awam yang dianjurkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat. Sehingga Januari 2021, program yang dijalankan oleh jabatan ini telah melahirkan seramai 101 orang warga masyarakat berjasa yang telah memberikan bantuan memadam kebakaran sebelum kehadiran anggota bomba.

Manakala seramai 1,164 orang telah mengikuti latihan program-program berterusan seperti Community Based Disaster Risk Management (CBDRM) dan School Based Disaster Risk Management (SBDRM) dianjurkan oleh Pusat Bencana Kebangsaan. ุงู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏู ู„ูู„ู‘ูฐู‡ู, melalui pendekatan ini tahun lepas kita dapat melihat sinergi dan masyarakat bersepadu bagi sama-sama menangani bencana banjir. Mukim Tanjong Maya melalui Majlis Perundingan Mukim dan Kampung telah berupaya mewujudkan Kumpulan Bertindak Bencana peringkat mukim dengan menyediakan Standard Operating Procedure, aset berbentuk kereta pacuan empat roda, perahu-perahu dan para sukarelawan termasuk belia yang bersedia untuk memberikan bantuan.

Dalam pada itu, ุงู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏู ู„ูู„ู‘ูฐู‡ู mengambil kira konsep Whole of Government / Whole of Nation Approach izinkan kaola/saya mengongsikan langkah-langkah mitigasi yang dijalankan oleh pihak Kementerian Pembangunan dalam menangani banjir di negara ini dengan melaksanakan projek-projek berasaskan kepada 3 strategi utama iaitu:

  1. Perancangan untuk mengadakan master plan dan sistem infrastruktur;
  2. Pengurusan aset secara lebih proaktif; dan
  3. Kawalan pembangunan dan penguatkuasaan.

ุฅู† ุดุงุก ุงู„ู„ู‡ ianya diharap akan mengurangkan risiko banjir di kawasan yang berkenaan di Daerah Tutong dan Daerah Belait amnya.

C. Menjana Sumber Manusia yang Kompeten dan Employable.

Di bawah menjana sumber manusia pula, Jabatan Penjara memainkan peranan yang signifikan dalam membantu banduan kembali ke pangkuan masyarakat dengan diberikan latihan-latihan (in care dan after care), seperti kraftangan dan pertukangan kayu, jahitan, dobi, kulinari, pertanian, pemeliharaan kenderaan dan lain-lain agar mereka menjadi kompeten dan employable. Latihan-latihan ini juga berdasarkan pengalaman dan amalan terbaik di negara-negara lain. Sehingga 2 Mac 2021, jumlah keseluruhan banduan dan tahanan di institusi-institusi penjara adalah seramai 818 orang melebihi kapasiti maksimum iaitu dalam 585. Dari itu, ุฅูู†ู’ ุดูŽุงุกูŽ ูฑู„ู„ูŽู‘ูฐู‡ู apa juga usaha yang dilakukan diharap akan dapat membantu banduan-banduan untuk kembali ke pangkuan masyarakat dan juga dalam masa yang sama mengatasi masalah kesesakan di institusi-institusi penjara.

Usaha Satu Kampung Satu Produk atau 1K1P sememangnya bagi membantu meningkatkan aktiviti perekonomian dan seterusnya menjana sumber manusia yang employable. Untuk makluman bersama pada tahun 2020, pendapatan keseluruhan adalah sebanyak $523,285.00 iaitu menurun sebanyak 34% dari tahun sebelumnya yang antaranya disebabkan oleh pengurangan aktiviti-aktiviti penjualan melalui ekspo dan bazaar di dalam dan luar negara disebabkan penularan wabak COVID 19. Walau bagaimanapun, ุฃูŽู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏู ู„ูู„ูŽู‘ูฐู‡ู bilangan produk yang dihasilkan telah bertambah sebanyak 46 produk.

Dalam usaha memangkin peningkatan Satu Kampung Satu Produk (1K1P), Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dengan kerjasama jabatan-jabatan daerah secara berterusan telah dan akan mengadakan kursus dan latihan yang relevan. Mulai tahun lepas, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dengan kerjasama Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) telah menjalankan Program Transformasi 1K1P iaitu 19 orang pengusaha dari keempat-empat daerah berjaya memperkenalkan dua produk iaitu produk klasik dan produk premium 1K1P. Antara lain objektif program ini bagi meningkatkan usahawan yang lebih kompeten dan menjadikan produk 1K1P yang berkualiti dari segi pengeluaran, pembungkusan, label dan pensijilan.

Untuk makluman bersama produk klasik dengan konsep grab and go dihasratkan untuk pembelian bagi kegunaan harian dan jualan yang cepat di pasaran, manakala produk premium untuk dijadikan cenderamata korporat dan ุฅู† ุดุงุก ุงู„ู„ู‡ jualan dioutlet yang dikhaskan Program Transformasi Kedua akan diadakan dalam masa yang terdekat ini.

Selain pemberian pemberian kursus dan latihan, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, melalui Jabatan Daerah secara berterusan juga ada menyalurkan bantuan modal sama ada dalam bentuk in-kind mahupun geran kepada pengusaha-pengusaha 1K1P. Bantuan in-kind yang pernah diberikan seperti pembinaan kemudahan dan infrastruktur serta pembelian peralatan dan mesin.

Dari segi bantuan kewangan pula, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri telah memperkenalkan geran keusahawanan yang dikenali sebagai โ€œBelia Membangunโ€ dalam menggalakkan penglibatan belia dalam bidang keusahawanan dan perekonomian serta meningkatkan penyertaan usahawan-usahawan yang berdaftar dan bernaung di bawah Majlis-Majlis Perundingan Mukim dan Kampung.

Penyediaan geran ini dihasratkan juga untuk dapat memenuhi objektifnya dalam memperkasakan usahawan Majlis-Majlis Perundingan Mukim dan Kampung dengan bimbingan dan sokongan kewangan dalam melaksanakan projek-projek yang dapat membuka peluang pekerjaan bagi meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat yang cemerlang. Diharap dengan adanya keusahawanan ini ia akan dapat menjadi satu pencetus atau catalyst kepada peningkatan bilangan projek perekonomian yang berpotensi dan seterusnya dapat ditingkatkan kualitinya untuk diangkat sebagai Projek Satu Kampung Satu Produk (1K1P) mewakili kampung masing-masing.

Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Izinkan saya/kaola mengongsikan mengenai pengutipan hasil cukai bangunan sehingga Februari 2021. Lembaga-Lembaga Bandaran telah mengutip sebanyak $8,024,140.43 kutipan hasil semasa dan $4,826,799.01 bagi hasil kutipan tunggakan. Kita juga mengambil perhatian akan tunggakan pembayaran cukai pintu dan bangunan di bawah Lembaga-Lembaga Bandaran di bawah kementerian sejumlah $54 juta. Sungguhpun, usaha-usaha seperti mengeluarkan bil tuntutan, surat peringatan, tindakan perundangan, peringatan melalui pesanan SMS dan perkhidmatan pembayaran secara atas talian (online) sedang dilaksanakan namun jumlah kutipan ini masih belum mencapai sasarannya.

Yang Berhormat Pengerusi.

Berdasarkan peruntukan dan inisiatif-inisiatif yang telah dibentangkan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan jabatan-jabatan di bawahnya akan sentiasa berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang dapat membantu untuk meningkatkan kualiti kehidupan yang tinggi dan menjana ekonomi yang maju serta berdaya tahan yang akan dapat dinikmati oleh generasi kini dan akan datang. Seterusnya mencapai objektif negara dalam memastikan perbelanjaan kerajaan menjurus kepada propertumbuhan.

Sekianlah, sahaja Yang Berhormat Pengerusi yang dapat kaola sampaikan sebagai mukadimah perbincangan.

Sekian,

ูˆุจุงู„ู„ู‡ ุงู„ุชูˆููŠู‚ ูˆุงู„ู‡ุฏุงูŠุฉ. ูˆ ุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒู… ูˆุฑุญู…ุฉ ุงู„ู„ู‡ ูˆุจุฑฺฉุงุชู‡

Yang Berhormat Pengerusiโ€‹

Terima kasih Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri atas kenyataan mukadimah yang disampaikan itu yang mengandungi penerangan-penerangan yang begitu jelas tentang hala tuju penyediaan belanjawan bagi kementeriannya.

Saya ingin menyatakan bahawa setiap kementerian, setiap menteri nampaknya bersedia untuk memberikan keterangan-keterangan dan juga untuk memberikan maklumat-maklumat terkini mengenai apa yang dibuat oleh kementerian masing-masing dan di sinilah letaknya kekukuhan atau keistimewaan majlis kita bahawa menteri-menteri bersedia bukan sahaja menerima soalan-soalan tetapi juga memberikan maklumat-maklumat yang terkini yang boleh diambil dan digunakan dan disebarluaskan oleh bukan sahaja Ahli-Ahli Yang Berhormat tetapi malah juga oleh orang ramai yang suka untuk berbuat sedemikian.

Ahli-Ahli Yang Berhormat, saya kira adalah berpatutan sekarang perkara ini kita bahaskan iaitu dari segi Tajuk SE01A hingga Tajuk SE06A dan saya mempunyai senarai yang agak panjang daripada Ahli-Ahli yang berkenaan dan saya harap Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri bersedia untuk menerima soalan-soalan yang akan dikemukakan.

Saya persilakan sekarang Yang Berhormat Awang Iswandy bin Ahmad.

Yang Berhormat Awang Iswandy bin Ahmadโ€‹

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

ุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ู‡ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูฐู†ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญููŠู’ู…ู saya mengucapkan tahniah atas usaha serta pencapaian Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri yang baru saja dikongsikan tadi oleh Yang Berhormat Menteri tadi terutama sekali kita menyambut baik dalam penglibatan aktif belia yang semakin meningkat dalam sosioekonomi serta kepimpinan di peringkat akar umbi mukim dan kampung. Terima kasih.

Saya cuma ingin merujuk mengenai satu perkara sahaja iaitu Jabatan Daerah Brunei dan Muara di bawah Tajuk SE06A Kod Akaun - 005/000 - Bahagian Kampung Air. Menurut laporan dari Jabatan Perancangan Ekonomi dan Statistik pada tahun 2015 menunjukkan bahawa lebih daripada 13 ribu orang telah berpindah dari Kampung Air dalam tempoh 30 tahun yang lalu dan Kampung Air yang dianggarkan memiliki penduduk 28 ribu pada tahun 1981 dan pada tahun 2011 sahaja telah berkurang lebih 50% iaitu sehingga sekitar 13 ribu orang.

Soalan saya ialah berapakah jumlah penduduk Kampung Air pada ketika ini dan apakah perancangan kegunaan peruntukan yang dipohonkan bagi Tahun Kewangan 2021/2022 untuk perkara ini yang berjumlah $1,028,870 juta? Cadangan saya ialah kalau bandaran ada Lembaga Bandarannya, Temburong ada Autoriti Kemajuannya, soalnya bagi Kampung Air siapakah yang bertanggungjawab untuk memantaunya secara Whole of Nation Approach bersama-sama dan sebaiknya bisailah ada peruntukan khas untuk memajukan Kampung Air kita ini dari segi pemasaran, perekonomian contohnya, kerana peruntukan yang diberi tadi cuma untuk kegunaan pemeliharaan jambatan dan jeti serta pentadbiran penduduk. Contoh-contoh yang baik yang berjalan pada masa ini ialah projek-projek socioenterprise di Kampung Bolkiah di bawah inisiatif Ristaan Abadi yang dipelopori oleh Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan Program Komuniti JAPEM iaitu kursus jahitan di Kampung Setia sudah dapat menaikkan imej kampung-kampung tersebut. Usaha seperti ini dapat diguna pakai di Kampung Air.

Kampung Air telah berubah dengan modenisasi, migrasi dan mobiliti sosial. Untuk ini kepentingannya sebagai tempat tinggal dan kepentingan budaya serta sejarah semakin mencabar dan jika tidak dilihati dengan baik, dikhuatiri Kampung Air mungkin hanya akan menjadi ristaan sejarah bagi anak cucu kitani. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeriโ€‹

Terima kasih kepada Yang Berhormat Awang Iswandy bin Ahmad atas pemerhatian dan keprihatinan Yang Berhormat mengenai Kampung Air.

Mengenai anggaran belanjawan daerah seperti Yang Berhormat maklumi tadi, adalah untuk pemeliharaan prasarana di Kampung Air khususnya, itu pun barangkali tidak mencukupi untuk memelihara jambatan-jambatan, jeti laluan yang dibuat daripada kayu. Kalau saya tidak silap panjangnya dari Kampung Saba menuju ke Kampung Burung Pingai adalah 5 km, jadi bayangkanlah kerana cuaca hujan dan sebagainya jambatan kayu ini cepat rosak. Di samping ada juga perbuatan-perbuatan โ€˜pemugutโ€™, bukan juga โ€˜pemugutโ€™ ada ketikanya jambatan itu baru dibaiki esoknya hilang papannya itu, inilah tanggungjawab kita juga.

Mengenai Kampung Air sebenarnya ia dimasukkan dalam BSB Master Plan iaitu projek bernama Revitalisasi Kampung Air. Dalam projek Revitalisasi Kampung Ayer itu terdapat beberapa projek ataupun rancangan-rancangan yang dikenal pasti, cuma tidak semua projek ini akan dilaksanakan oleh kerajaan.

Umpamanya kita mempunyai tempat yang dikenal pasti sebagai hotel, untuk spa, mangrove spa dan sebagainya. Termasuklah juga membaik pulih keadaan rumah-rumah di Kampung Air supaya dapat menjadi tourist attraction dan bagi pelancong-pelancong, ia bukan sahaja tertarik dengan rumah-rumah baharu tetapi mereka juga tertarik dengan keadaan rumah-rumah yang sedia ada dan keadaan-keadaan kehidupan di sana. Jadi semua ini, kita tangani melalui Jawatankuasa Pelaksanaan Master Plan Bandar Seri Begawan ini yang terkandung Kampung Air. Terima kasih.

Yang Berhormat Pengerusiโ€‹

Seterusnya saya persilakan Yang Berhormat Awang Haji Ramli bin Haji Lahit.

Yang Berhormat Awang Haji Ramli bin Haji Lahitโ€‹

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

ุจูุณู’ู…ู ูฑู„ู„ูŽู‘ูฐู‡ู ูฑู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูŽูฐู†ู ูฑู„ุฑูŽู‘ุญููŠู…ู ูฑู„ุณูŽู‘ู„ูŽุงู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ูฑู„ู„ูŽู‘ูฐู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒูŽุงุชูู‡ู

dan salam sejahtera. Lebih dahulu kaola merakamkan ucapan penghargaan dan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri atas pembentangan Belanjawan 2021/2022 yang padat dan terperinci.

Yang Berhormat Pengerusi. Kaola bercakap di bawah Tajuk SE01A - Jabatan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dengan jumlah peruntukan $11,336,500.00 iaitu khusus Kod Akaun 004-000 - Pengurusan Kuasa Tempatan dan Perpaduan Masyarakat. Yang Berhormat Pengerusi, kaola sedia maklum dinyatakan ada syarikat yang menangkap anjing liar untuk ditempatkan pada kawasan perlindungan. Hanya, perkara ujudnya syarikat ini belum ada tersebar luas menerusi media massa.

Soalan kaola:

  1. Apakah ada cadangan untuk melaksanakan pemberigaannya iaitu dengan tujuan:

i. Memberi kefahaman prosedur pemeliharaan anjing terhadap pemilik anjing berlesen; dan

ii. Mendidik bagaimana tindakan orang awam terhadap kewujudan anjing liar di kawasan perbandaran dan kawasan kejiranan demi keselamatan dan kesejahteraan kerana pemeliharaan anjing yang tidak bersistem menggugat keharmonian antara jiran tetangga; dan

  1. Adakah juga cadangan untuk mengadakan pegawai atau kakitangan bagi merealisasikan amalan kerja berdasarkan SOP tangkapan anjing dan kucing yang terbiar juga mengenal pasti punca wujudnya masalah anjing liar dan kucing yang berkeliaran serta menangani isu individu yang gagal mematuhi akta ini. Selain itu, pegawai-pegawai ini juga akan bertanggungjawab memantau atau memastikan syarikat perlindungan haiwan ini pengurusannya teratur dan komprehensif.

Yang Berhormat Pengerusi, dimaklumkan ada sudah syarikat yang berperanan menangkap anjing dengan bayaran tertentu. Persoalannya yang menjadi keraguan orang ramai ialah siapakah yang membayar hasil penangkapan anjing ini yang tidak diketahui pemiliknya. Oleh itu, orang ramai ingin penjelasan dengan persoalan ini. Adakah cadangan jabatan ini supaya syarikat yang berkenaan tanpa mengenakan bayaran setiap kali tangkapan memadai dengan menyediakan tawaran harga dari Peruntukan Berulang-Ulang atau mungkin dari peruntukan yang lain.

Sekian sahaja dari kaola Yang Berhormat Pengerusi, terima kasih.

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeriโ€‹

Terima kasih Yang Berhormat Awang Haji Ramli yang menimbulkan mengenai soal anjing dan kucing. Satu mengenai syarikat swasta barangkali terpulang kepada syarikat itu untuk mengiklankan akan perkhidmatan-perkhidmatan yang diberikannya. Walau bagaimanapun, sekiranya orang ramai ingin mengetahui syarikat-syarikat dan berapa bayarannya Jabatan Daerah dan Jabatan Perbandaran boleh membantu memberikan maklumatnya. Sejauh berkaitan dengan Lembaga Bandaran dan Jabatan-Jabatan Daerah, ia pelaksana bagi pendaftaran memastikan orang ramai yang mempunyai anjing untuk mendaftarkan atau mengambil lesen anjing pada setiap awal tahun. Dengan itu, akan memudahkan kita ini mengetahui mana anjing yang berlesen dan mana yang tidak berlesen.

Sebagai satu usaha Jabatan Daerah Brunei dan Muara dan juga Lembaga Bandaran, Bandar Seri Begawan, kita sangat-sangat menghargai akan perkhidmatan yang diberikan oleh NGO yang bersedia untuk menangkap anjing-anjing ini dan menempatkannya di suatu tempat. Pada masa ini, kerajaan memberikan tempat dan mereka menempatkan anjing-anjing itu di sana bagi mengurangkan populasi anjing. Tetapi nampaknya populasi anjing ini sangat besar dan satu NGO yang bekerja pada masa ini mereka tidak berupaya kerana NGO ini terpaksa menyediakan kewangannya dari penyumbang-penyumbang bagi tujuan memberi makan anjing, bagi tujuan merawat anjing-anjing itu walaupun ia anjing liar, klinik-klinik haiwan dan sehingga ini kurang daripada 500 ekor baru dapat ditempatkan di sana.

Jadi kita berharap ini sebagai satu komuniti sumbangan pihak NGOs kepada masyarakat dalam sama-sama memikul bebanan mengurangkan anjing ini. Jadi, dari segi perbelanjaan, sebenarnya kerajaan tidak memberikan perbelanjaan bagi orang ramai untuk menangkap anjing ini. Hanya dalam keadaan yang tertentu sahaja sekiranya di satu tempat itu, ia akan menggugat keselamatan, kesejahteraan orang itu, dalam keadaan itu kerajaan iaitu Jabatan Daerah Lembaga Bandaran, akan berusaha untuk menangkap, melarikan anjing itu ke tempat yang di luar kawasan yang berkenaan tetapi secara khusus untuk perbelanjaan ataupun peruntukan yang khusus untuk menangkap anjing-anjing pada masa ini belum ada, terima kasih.

Yang Berhormat Pengerusiโ€‹

Saya kira barangkali daripada anjing-anjing ini berkeliaran yang lebih teruk lagi ialah monyet-monyet yang berkeliaran yang mengganggu usaha-usaha bercucuk tanam di kampung-kampung dan jua di luar bandar. Saya difahamkan oleh kawan-kawan di seberang laut, bahawa anjing-anjing yang berkeliaran ini jika dipelihara ataupun diberi makan, besar kemungkinan ia dapat menolong local farmers yang diganggu oleh monyet-monyet ini. Sebab monyet-monyet ini nampaknya takut kepada ataupun tidak suka mencium bau anjing-anjing yang berkeliaran. Sama ada ini benar ataupun tidak, tetapi saya difahamkan itulah keadaannya dengan pengalaman-pengalaman kawan-kawan di seberang laut. Jadi saya persilakan sekarang Yang Berhormat Awang Ong Tiong Oh.

Yang Berhormat Awang Ong Tiong Ohโ€‹

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Salam sejahtera dan selamat petang. Kaola membawa Tajuk SE01A. Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Izinkan kaola menyentuh mengenai perkara penggunaan tanah bagi tujuan perkuburan. Tanah adalah sumber aset yang berharga dan sukar didapati serta sangat diperlukan bagi tujuan pembangunan pada bila-bila masa. Secara umumnya bahawa terdapat kekurangan dalam peruntukan tanah perkuburan.

Oleh itu, kaola menyarankan untuk memaksimumkan penggunaan tanah perkuburan yang ada pada masa sekarang dan yang akan datang. Satu-satu tempat kremasi yang ada pada masa sekarang adalah di kawasan lapang yang terletak di Anduki, Daerah Belait. Selama beberapa tahun Kesatuan Kebajikan Tiong Hwa Kampung Kiudang telah berhasrat untuk membina sebuah krematorium yang tertutup dengan usaha dalam pencarian tapak yang sesuai bagi tujuan tersebut. Satu plot tanah, iaitu sebahagian daripada tanah perkuburan di Kampung Kiudang dianggap sesuai. Dengan harapan yang tinggi, kaola berharap agar pihak berkenaan akan mempertimbangkan cadangan untuk membina krematorium dan columbarium ini bagi tujuan untuk menyimpan abu. Seiring dengan peningkatan jumlah penduduk, maka, keperluan untuk tanah perkuburan juga meningkat.

Walaupun tidak kesemua kepercayaan agama memilih kremasi, namun dengan cara tersebut adalah satu cara bagi memaksimumkan penggunaan tanah perkuburan dengan menyimpan abu di columbarium. Krematorium dan columbarium ini tidak terhad pada agama tertentu, ianya terbuka kepada semua masyarakat tanpa mengira agama dan bangsa. Tambahan lagi, dengan adanya krematorium dan columbarium ini, maka akan dapat mempertimbangkan pekerja warga asing yang meninggal dunia di negara ini iaitu yang bukan beragama Islam yang mempraktikkan kremasi. Maka dengan cara tersebut ia merupakan satu alternatif yang mempunyai kos yang lebih rendah dan dapat mengurangkan beban kepada majikan tempatan.

Selain itu, abu juga boleh disimpan di columbarium untuk penerimaan atau penghantaran kemudian hari. Sampai akhir kata, kaola berharap agar cadangan ini akan dapat dipertimbangkan demi membantu memberikan kemudahan kepada masyarakat di negara ini.

Sekian terima kasih.

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeriโ€‹

Terima kasih kepada Yang Berhormat. Mengenai hasrat Persatuan Kebajikan Tiong Hwa untuk mendapatkan tanah di Kampung Kiudang bagi tujuan untuk pembakaran mayat. Sebenarnya sudah ada perkembangan terbaru. Saya sendiri ikut serta pergi ke Kampung Kiudang bersama-sama dengan beberapa agensi yang berkenaan dari Kementerian Pembangunan, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Jabatan Mufti untuk melihat kedudukan, kesesuaian tapak yang dicadangkan oleh Persatuan Kebajikan Tiong Hwa di Kampung Kiudang dan nampaknya daripada penilaian beberapa agensi, tapak tersebut kurang bersesuaian.

Sebagai alternatif cadangannya, ialah menawarkan tapak dengan saiz yang sama di Tanah Perkuburan di Sungai Liang exactly ada namanya bukan Sungai Liang, sebelum Sungai Liang. Jadi lagi sekali, semua agensi dari kementerian-kementerian ini bersama-sama dengan masyarakat Tiong Hwa, wakil-wakilnya telah pun memeriksa tanah tersebut dan semuanya bersetuju untuk mengenal pasti tapak yang ditawarkan itu sebagai tapak untuk pembakaran mayat sebagai ganti ataupun kepada tapak yang berada di Kampung Kiudang.

Jadinya, dalam hubungan ini, kebenaran telah pun diberikan dan cuma kita masa ini menunggu supaya persatuan ini akan dapat memberikan reka bentuk bangunannya untuk diteliti bagi tujuan pembinaannya. Jadi kemajuannya sudah ke hadapan daripada apa yang telah ditimbulkan oleh Yang Berhormat Awang Ong Tiong Oh. Jadi kerajaan sedang menunggu dari masyarakat Tiong Hwa mereka mengatakan kerana COVID-19 ini tersasar sedikit perlaksanaan ini kerana mereka mengharapkan juga expertise daripada luar negara dalam mereka bentuk bangunan ini.

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusiโ€‹

Saya persilakan sekarang Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pendikar Alam Dato Paduka Seri Awang Haji Hasrin bin Dato Paduka Haji Sabtu.

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pendikar Alam Dato Paduka Seri Awang Haji Hasrin bin Dato Paduka Haji Sabtuโ€‹

Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi. Kaola akan menyampaikan 2 perkara:

  1. ูฑู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏู ู„ูู„ู‘ูŽู‡ู kecekapan pihak kerajaan dalam menangani penularan wabak COVID-19 adalah sangat dibanggakan dan berkesan dengan ketiadaan community case melebihi 300 hari. Seperti maklum salah satu tindakan yang diambil adalah penutupan sempadan yang telah menyebabkan kerumitan pekerja asing untuk masuk ke Negara Brunei Darussalam terutamanya bagi pembantu rumah (amah) berdasarkan peraturan terkini. Pengambilan pembantu rumah yang baharu masih disekat. Kaola difahamkan bahawa ini telah menimbulkan beberapa masalah dalam kalangan orang-orang Brunei yang berkeluarga dan bekerja sepenuh masa, ada yang sampai sanggup atau terdesak sehingga terpaksa berhenti bekerja bagi menangani isu keluarga ini.

Soalan kaola, kaola memohon Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri agar dapat memberikan sedikit sebanyak pencerahan tentang langkah-langkah untuk menangani isu sekatan pengambilan pembantu rumah baharu tersebut agar ia tidak lagi membebankan keluarga orang Brunei kita ini; dan

  1. Seperti yang Kaola dimaklumkan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri melalui Jabatan Bandaran ada mengenakan cukai pintu kepada semua pemilik bangunan dan rumah kediaman dalam kawasan bandaran di Daerah Brunei dan Muara, Tutong dan Kuala Belait. Menurut Akta Lembaga Bandaran, cukai pintu yang dikenakan berasaskan kepada 9 perkhidmatan iaitu:
  • Polis
  • Bomba
  • Pembuangan sampah
  • Pembersihan bandar
  • Landskap
  • Lampu jalan
  • Jalan masuk
  • Pembetungan
  • Perkhidmatan air

Yang 3 daripadanya perkhidmatan yang disebutkan unik bagi kawasan bandaran sahaja iaitu pembuangan sampah percuma, pembersihan bandar dan landskap. Soalan Kaola, mengambil kira pembayaran cukai yang dikenakan adalah tinggi apakah usaha Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dalam membaikkan lagi perkhidmatan tersebut? Kaola berharap pihak Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dapat mengkaji semula perkhidmatan yang disediakan agar lebih setimpal dan mempunyai perbezaan yang lebih baik daripada kawasan luar.

Sekian, ูˆุจุงู„ู„ู‡ ุงู„ุชูˆููŠู‚ ูˆุงู„ู‡ุฏุงูŠุฉ. ูˆ ุงู„ุณู„ุงู…ู ุนู„ูŠูƒู… ูˆุฑุญู…ุฉู ุงู„ู„ู‡ู ูˆุจุฑูƒุงุชูู‡ู

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeriโ€‹

Terima kasih, Yang Berhormat mengenai 2 perkara:

  1. Penutupan sempadan menimbulkan sedikit masalah dari segi mendatangkan pembantu rumah. Sebenarnya bukan sahaja pembantu rumah dalam beberapa bidang tertentu juga ada kesannya seperti dalam pembinaan (construction). Semasa COVID-19 tahun lepas, kita hanya membenarkan bagi essential bidang yang dibolehkan untuk datang ke Brunei, misalnya, ada projek-projek yang memerlukan orang luar yang technical expertise dari luar negeri, jika tidak ia tidak dapat berjalan, begitu juga dalam bidang oil and gas industry yang memerlukan kepakaran-kepakaran tertentu. Jadi ada kebenaran-kebenaran yang diberikan pada masa ini semua kebenaran mestilah dipohonkan secara online kepada Jabatan Perdana Menteri.

Sejauh berkaitan dengan amah (domestic helper) kita membenarkan sekiranya ada majikan ataupun orang yang ingin memindah (transfer) dalam negeri, oleh sebab mereka ini tidak dapat balik ke negara asal mereka tetapi mereka ini ingin bertukar majikan adalah dibenarkan, tetapi prosesnya sama sebelum COVID-19 prosedur-posedur kita berharap hendaklah bersabar atau satu lagi mana-mana pembantu rumah yang sudah balik bercuti terdahulu kemudian tidak dapat balik kerana COVID-19 telah pun dibenarkan tetapi mestilah memenuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak kerajaan termasuk isolation apabila mereka tiba di Brunei, selain dari swab;

  1. Mengenai cukai pintu perkara ini memanglah Lembaga Bandaran mengambil perhatian terhadap keadaan tertentu. Di negara kita ni, kita bersyukur kerana perbezaan di antara urban dan suburban tidak berapa ketara dibanding dengan tempat-tempat lain, jadi kemudahan-kemudahan yang ada di dalam bandar itu kecuali barangkali landskap, pembuangan sampah di luar bandar sendiri mesti subscribe, mesti berlanggan. Perkara-perkara ini diambil perhatian oleh pihak Lembaga Bandaran kerana perkhidmatan-perkhidmatan yang disebutkan oleh Yang Berhormat itu tadi diberikan oleh pelbagai-bagai agensi dalam kerajaan, jadi ia sedang diambil perhatian oleh Lembaga Bandaran.

Yang Berhormat Pengerusiโ€‹

Saya persilakan Yang Berhormat Awang Haji Emran bin Haji Sabtu:

Yang Berhormat Awang Haji Emran bin Haji Sabtuโ€‹

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

ุจุณู… ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุฑุญู…ู† ุงู„ุฑุญูŠู… ุงู„ุณู„ุงู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒูŽุงุชูู‡ู

lebih dahulu kaola mengucapkan tahniah dan terima kasih atas mukadimah Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri sebentar tadi dalam membentangkan Perancangan dan inisiatif-inisiatif kementerian sepanjang Tahun Kewangan 2021/2022.

Saya ingin membawa di bawah Tajuk SE01A - Jabatan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, dalam usaha meningkatkan produktiviti kepimpinan Penghulu Mukim dan Ketua Kampung. Usaha kementerian mewujudkan sistem e-Undi sangat-sangatlah dihargai dan diucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih.

Dalam meningkatkan produktiviti Penghulu Mukim dan Ketua Kampung, saya ingin tahu apakah langkah-langkah yang sudah diambil bagi pihak kementerian mengenai dengan bengkel asas kepimpinan masyarakat kepada bakal-bakal calon penghulu dan ketua kampung yang sebelum ini pernah diadakan?

Seterusnya, elaun Ahli Jawatankuasa Majlis Perundingan Mukim dan Kampung. Ia pernah disuarakan sebelum ini dalam pertemuan Majlis Perundingan Mukim dan Kampung (MPPK) di seluruh negara, kalau tidak silap dalam tahun 2009. Saya ingin mencadangkan supaya pemberian elaun kepada Ahli Jawatankuasa Majlis Perundingan Mukim dan Kampung (AJK MPK) ini dinilai semula dan diberikan mengikut keperluan dan pertimbangan khas.

Seterusnya, Skim Penghulu Mukim dan Ketua Kampung yang baharu. Saya mencadangkan supaya ianya akan dapat dinilai semula iaitu mengenai tempoh lama berkhidmat dari 10 tahun dan disambung semula 5 tahun ke 5 tahun supaya dapat diperbaiki atau diubah kepada dari bermula berkhidmat sehingga mereka berumur 60 tahun (setelah mereka menerima pencen) kerana ada juga akan diterima mereka yang pencen ini, seperti yang diketahui juga perkhidmatan-perkhidmatan awam yang lain.

Seterusnya, isu memangku Penghulu Mukim dan Ketua Kampung. Adalah dicadangkan setelah mereka ditamatkan perkhidmatan disambung semula sehingga ada penggantinya iaitu mengikut timbangan khas kerana terdapat di kawasan-kawasan berkenaan sukar untuk mencari pengganti yang bersesuaian.

Dalam mukadimah Yang Berhormat tadi, kalau tidak silap, tidak menyentuh Program Satu Kampung Satu Keluarga. Izinkan saya menimbulkan program Satu Kampung Satu Keluarga ini, program ini cetusan idea Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama sendiri, tahniah kepada Yang Berhormat dan saya ingin mengetahui setakat ini, sejauh manakah perancangan dan inisiatif program berkenaan dapat dilaksanakan. ุฅู† ุดุงุก ุงู„ู„ู‡ Majlis Perundingan Mukim dan Kampung dan kepimpinan akar umbi akan sentiasa bekerjasama dan memberikan sokongan dan dukungan sepenuhnya kepada pelaksanaan program berkenaan.

Sekian Yang Berhormat Pengerusi, terima kasih.

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeriโ€‹

Terima kasih kepada Yang Berhormat dan terima kasih atas rasa perihatin Yang Berhormat mengenai keperluan rancangan kepimpinan penghulu-penghulu dan ketua-ketua kampung. Sebagaimana Yang Berhormat ketahui sebelum ini memang ada dijalankan Bengkel Asas Kepimpinan, bukan sahaja untuk penghulu-penghulu dan ketua-ketua kampung tetapi juga meliputi anggota Majlis Perundingan Mukim dan Kampung. Oleh sebab pada masa ini sebahagian besar jawatan Ketua Kampung ini belum diisi secara tetap itulah barangkali satu pertimbangannya mengapa bengkel ini tersasar pelaksanaannya. ุฅูู†ู’ ุดูŽุงุกูŽ ูฑู„ู„ู‘ูฐู‡ู kitani akan melaksanakan sekiranya ada nanti bilangan yang munasabah untuk bengkel ini dapat diteruskan.

Mengenai Elaun Majlis Perundingan Mukim dan Kampung, ini satu cadangan, terpaksa diteliti semula keperluannya. Mungkin dalam fahaman kaola/saya, bukannya elaun kepada individu, mungkin elaun yang diberikan bagi tujuan melaksanakan sesuatu aktiviti atau rancangan. Bagaimanapun, seperti kaola/saya nyatakan, perkara ini terpaksa diteliti dulu.

Mengenai Skim Penghulu dan Ketua Kampung, sebenarnya skim ini baru berjalan, walaupun ia telah awal dibuat jadi mereka yang berada dalam skim ini, baru dalam 2/3 tahun ini, adalah perlu untuk kitani menilai sejauh mana skim ini berjalan dengan baik, apa kekurangannya, apa yang perlu diteliti semula. Memanglah bila skim ini dahulu dibuat, perbezaan antara Ketua Kampung ataupun Penghulu dengan penjawat awam yang lain, ia berasaskan kepada pemilihan orang ramai dan pemilihan itu juga berasaskan kepada 1/3 daripada mereka yang berhak mengundi di dalam kampung atau mukim itu. Sebab itu ia diberikan tempoh masanya 5 tahun dan disambung lagi 5 tahun selepas itu ia mesti duduk untuk pemilihan. Sekiranya nanti orang kampung melihat bahawa prestasinya dalam 10 tahun itu kurang menyerlah, jadi mungkin penduduk kampung akan memilih orang lain.

Dalam masa yang sama ini juga memberikan insentif kepada pemegang jawatan Ketua Kampung atau Penghulu untuk benar-benar menumpukan sepenuh perhatian tenaga dan tanggungjawabnya dalam tempoh 5 tahun dan setelah 5 tahun ke hadapan kerana ia akan mahu untuk meneruskan perkhidmatannya. Jadi, ini ada kebaikannya kepada pemilih, orang ramai, penduduk kampung dalam usaha kita ini untuk memberikan mereka kesempatan memilih, siapa pemimpin mereka yang benar-benar dapat deliver, dapat memenuhi tanggungjawabnya.

Mengenai kedudukan pemangku penghulu-penghulu atau ketua-ketua kampung. Walaupun mereka ini dalam kedudukannya pemangku tetapi kerajaan khususnya Jabatan Daerah membuat penilaian dari semasa ke semasa akan prestasinya semasa memangku. Tidak bermakna siapa yang diberikan kesempatan untuk memangku pada masa ini sehingga tempoh tertentu akan berterusan kerana penilaian dibuat dari semasa ke semasa dan dalam hubungan ini ada beberapa orang pemangku ketua kampung yang telah ditamatkan perkhidmatannya sebagai pemangku ketua kampung kerana prestasinya tidak sebagaimana yang diharapkan.

Berkaitan dengan program Satu Kampung Satu Keluarga. Sebenarnya rancangan ini sedang dilaksanakan oleh Pejabat Daerah. Jadinya, saya mendapat maklum bahawa beberapa orang-orang yang dikenal pasti memerlukan bantuan di kampung-kampung ini telah pun diberikan perhatian. Perbezaan di antara Skim SKN ataupun Kebajikan Nasional yang kitani menghulurkan kewangan kepada keluarga, dalam konsep satu kampung, satu keluarga ia lebih kepada membantu keluarga itu sendiri, yang tidak semestinya dalam bentuk kewangan dan saya pernah mengongsikan perkara ini dengan penghulu-penghulu, ketua-ketua kampung.

Ada contoh, mereka yang ditahan di Pusat Al-Islah kerana dadah, ayahnya malah ada yang ayah dan ibu ditahan. Jadi perhatian kita di kampung kalau ayahnya ditahan, anak-anaknya, bagaimana kedudukan anak-anaknya itu, dari segi sosialisasi ia bergaul di kampung, pembelajarannya, keagamaannya, siapa yang memeduli. Jadi inilah peranan Majlis Perundingan Mukim dan Kampung bukan untuk memeduli bagi menghulurkan bantuan makan dan wang tetapi mesti empati perasaan kasih sayang supaya anak-anak itu dapat bergaul sama anak mereka, tidak tersisih pelajarannya kerana kalau pelajarannya terabai, maka masa depan mereka juga akan barangkali vicious circle akan menjadi juga nanti mendapat gejala sosial yang tidak diingini.

Inilah konsep yang ditekankan dalam Satu Kampung Satu Keluarga itu, bukan bantuan wang, bukan bantuan makanan tetapi kasih sayang, empathy, sympathy dari masyarakat itu supaya mereka tidak tersisih dan anak-anak itu akan terjamin dari segi kehidupannya, pembelajarannya, Pendidikan agamanya dan sebagainya. Macam itulah yang kitani harapkan. Terima kasih.

Yang Berhormat Pengerusiโ€‹

Saya persilakan pula Yang Berhormat Awang Hanapi bin Mohd. Siput.

Yang Berhormat Awang Hanapi bin Mohd. Siputโ€‹

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

ุจุณู… ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุฑุญู…ู† ุงู„ุฑุญูŠู… ุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒู… ูˆุฑุญู…ุฉ ุงู„ู„ู‡ ูˆุจุฑูƒุงุชู‡

dan salam sejahtera. Kaola lebih dahulu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih serta tahniah atas pembentangan serta penerangan lengkap mengenai peruntukan di bawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan jabatan-jabatan di bawahnya. Kaola suka membawa di bawah Tajuk SE10A - Jabatan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri. Sejajar dengan usaha Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dalam mengemaskinikan lagi zon tadahan penghulu-penghulu dan ketua-ketua kampung bagi memudahkan pemantauan anak buah masing-masing. Kaola sukacita ingin bertanya, apakah status zoning kawasan mukim dan kampung di keempat-empat daerah pada masa ini?

Seterusnya, Kaola ingin membawa di bawah Tajuk SE03A - Lembaga Bandaran Kuala Belait dan Seria di bawah Kod Akaun 002/000 - Kemajuan Bandar dan Daerah yang memastikan jabatan dapat memberi perkhidmatan dan selamat secara kos efektif bagi memangkin perkembangan ekonomi sejajar dengan keperluan dan juga ekspektasi pelanggan lengkap dengan keperluan pengguna dan orang ramai serta memastikan keindahan dalam kawasan Bandaran Kuala Belait.

Dalam peruntukan yang diluluskan, Kaola berharap supaya membaik pulih tandas awam di Pekan Kuala Belait dan Seria ada termasuk dalam peruntukan yang diluluskan ini; dicadangkan juga supaya ada pendekatan untuk menswastakan balik tandas awam tersebut dengan mengambil kira pengalaman dan pengajaran kegagalan pada yang lalu, seperti menambah baik syarat tawaran agar pihak swasta tertarik untuk menyahut tawaran tersebut. Memberi kuasa penuh kepada pihak swasta untuk mengubah suai suasana tandas awam seperti menghias untuk lebih kemas serta menarik dan yang lebih penting mengenai kebersihan tandas awam tersebut.

Kaola ingin mencadangkan agar satu unit rondaan ditubuhkan untuk memantau keselamatan kemudahan ini. Pelaku jika didapati diberkas, harus dikenakan hukuman berat dan diperintah membayar kerosakan yang dilakukan. Seterusnya, merujuk perkembangan COVID-19, di Negara Brunei Darussalam masa kini yang terkawal dan termasuk pada fasa ke-5. Kaola sukacita bertanya mengenai pertimbangan untuk membuka semula tamu-tamu di keempat-empat daerah, terutamanya di Pekan Kuala Belait yang berhampiran pasar Pekan Belait bagi memberi ruang kepada penamu-penamu untuk meningkatkan lagi ekonomi mereka yang ketika ini agak terjejas disebabkan penutupan sementara akibat COVID-19 di kawasan tamu Pekan Kuala Belait.

Sekian, disampaikan Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeriโ€‹

Terima kasih kepada Yang Berhormat. Mengenai zoning perkara ini sedang berjalan dan sudah hampir selesai. Di zoning ini memerlukan kerjasama dari Jabatan Ukur untuk menentukan sempadan-sempadan baharu bagi kampung-kampung dan mukim-mukim. Jadi, ุงูŽู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏู ู„ูู„ู‘ูฐู‡ู hampir semua kawasan rezoning sudah selesai dan kerana itulah juga kitani akan dapat menjalankan pemilihan ketua-ketua kampung bagi zon-zon yang baharu.

Perkara kedua mengenai tandas awam, cadangan untuk mengembalikan rancangan penswastaan ini satu cadangan yang baik dan kami akan dapat diteliti oleh Lembaga Bandaran Kuala Belait. Mengenai 'tamu' sebenarnya 'tamu' sudah beroperasi lama bagi 'tamu-tamu' lain. Hanya bagi tamu pekan Belait itu ialah masalah keadaan tempatnya. kitani mahu bahawa prasaranaยญnya itu sebab itu semasa COVID-19 itu ditutup kerana pasar di sana itu tidak mengizinkan dan dalam hubungan ini sama macam keadaan 'tamu' di Seria dengan pembaikan pasar di Seria itu kitani terdapat sekarang ini menempatkan orang-orang 'petamu' dulu berpanas memakai payung sekarang ini masuk ke dalam kawasan pasar yang sudah diubah suai, diperbaiki.

Jadi, di samping kitani memberi kebenaran kitani melihat kepada keadaan prasarana itu supaya kitani dapat menjaga keadaan kesihatan orang yang menggunakan kebersihan kesihatan, orang yang berjaja dan juga pengunjung-pengunjung ke tempat itu. Jadi sekiranya nanti prasaranaยญnya itu sudah berubah mungkin ia akan dapat dipertimbangkan untuk dibuka semula.

Yang Berhormat Pengerusiโ€‹

Saya persilakan sekarang Yang Berhormat Awang Haji Abdul Wahab bin Apong.

Yang Berhormat Awang Haji Abdul Wahab bin Apongโ€‹

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

ุจุณู… ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุฑุญู…ู† ุงู„ุฑุญูŠู… ุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒู… ูˆุฑุญู…ุฉ ุงู„ู„ู‡ ูˆุจุฑูƒุงุชู‡

dan salam sejahtera. Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli Yang Berhormat. Kaola menyentuh Tajuk SE01A โ€“ Jabatan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.

Terdapat Peruntukan Kemajuan Tahun Kewangan 2021/2022 bernilai lebih kurang $15,450,210.00.

Walau bagaimanapun, Kaola memohon supaya dapat diagihkan ke Daerah Tutong iaitu bagi membina gerai kekal menggantikan gerai sementara yang menjual aneka makanan dan telah beroperasi sejak 7 tahun yang lalu bertempat di tanah lapang berhadapan Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah.

Kaola mengetahui peruntukan telah pun dipohonkan sejak 5 tahun yang lalu namun tidak ada peruntukan yang diberikan. Adalah diharapkan agar kementerian dapat mempertimbangkan permohonan dari Jabatan Daerah bagi melaksanakan pembinaan gerai kekal untuk menggantikan gerai yang disediakan.

Penempatan masa ini merupakan penempatan sementara dengan menggunakan kem yang disewa oleh Jabatan Daerah yang tidak menepati dari segi keselamatan dan kebersihan, sedangkan tempat tersebut merupakan kunjungan orang ramai di Daerah Tutong yang beroperasi sehingga 10 malam. Dengan adanya tapak kekal tersebut nanti peniaga-peniaga kecil dapat meningkatkan ekonomi di samping ia boleh menjadi platform kepada belia untuk mencebur bidang perniagaan.

Kaola menyentuh di bawah Tajuk SE05A - Jabatan Buruh. Kaola ingin timbulkan mengenai kadar yuran pembantu yang hangat diperkatakan orang ramai pada ketika ini. Kaola ingin menyampaikan keluhan dan rungutan orang ramai.

Pengambilan pembantu rumah ini hanya boleh dilakukan jika sekiranya ada pembantu rumah yang berada di negeri ini namun ia dalam jumlah yang terhad dan kebiasaannya berstatus amah transfer, kerana jumlah pembantu rumah yang terhad ini maka harga mendapatkan khidmat mereka ini semakin mahal sehinggakan mencecah kepada angka 3 dan 4 kerana mungkin belum ada pengawalan sekatan harga yang ditetapkan oleh pihak kerajaan.

Disebabkan oleh negara masih mengalami koronavirus COVID-19 menjadikan ejen-ejen pembantu rumah mungkin sesuka hati menetapkan harga yang tinggi kerana mereka tahu pembantu rumah yang ada ini mestinya akan diambil berkhidmat kerana tidak ada pilihan dan majikan memerlukan khidmat mereka dengan segera.

Oleh yang demikian, apakah langkah dan usaha berterusan pihak kerajaan, agensi berkenaan terutama sekali dalam mengawal kadar harga pengambilan pembantu rumah yang semakin berlipat ganda dan apakah jaminan terhadap majikan yang terpaksa mengambil khidmat pembantu rumah ini kerana tiada pilihan jika sekiranya pembantu rumah tidak memenuhi syarat ataupun meninggalkan majikan? Itu saja.

Sekian,
ูˆุจุงู„ู„ู‡ ุงู„ุชูˆููŠู‚ ูˆุงู„ู‡ุฏุงูŠุฉุŒ ูˆ ุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒู… ูˆุฑุญู…ุฉ ุงู„ู„ู‡ ูˆุจุฑูƒุงุชู‡

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeriโ€‹

Terima kasih Yang Berhormat. Sebelum itu kaola ingin menambah mengenai Satu Kampung Satu Keluarga dari Yang Berhormat Awang Haji Emran bin Haji Sabtu.

Sebenarnya ada 12 keluarga yang telah dibantu di seluruh negara ini dan Daerah Temburong ada 1 keluarga. Mengenai Yang Berhormat Awang Ong Tiong Oh tadi, kaola katakan tempatnya itu di Sungai Liang sebenarnya adalah Tunggulian. Ada perkuburan Cina di Tunggulian.

Mengenai perkara yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Awang Haji Abdul Wahab bin Apong, gerai kekal di Daerah Tutong. Memang menjadi hasrat kitani untuk dapat membina gerai ini.

Sebagaimana juga dalam mukadimah kaola tadi bahawa sebenarnya kitani mainkan kalau ada pembinaan prasarana-prasarana seperti ini bukan saja disediakan oleh kerajaan tetapi juga sektor swasta khususnya melalui kaedah-kaedah seperti TPP dalam mana di Bandar Seri Begawan sudah ada nampak adanya respons daripada pemaju-pemaju, kitani harap akan ada pemaju atau orang yang ingin invest bagi menyediakan gerai kekal di Pekan Tutong.

Mengenai kadar yuran pembantu ini memang disedari oleh pihak Jabatan Buruh. Jabatan Buruh dalam perundingan bersama dengan ejen-ejen ini menimbulkan perkara ini. Sejauh yang berkaitan dengan kerajaan memang hasrat kerajaan untuk berusaha regularise supaya bayaran-bayaran ini tidak begitu tinggi. Contohnya, sebelum COVID-19 dulu kitani pernah menawarkan agensi-agensi yang boleh mendatangkan amah dalam lingkungan harga $1,500 dan pada masa itu terdapat beberapa buah agensi yang dapat menawarkan perkhidmatan ini.

Jadi, diharap keadaan ini pada masa ini mungkin keadaan-keadaan tertentu makanya pihak ejen amah ini mengenakan bayaran yang tinggi akan tetapi Jabatan Buruh akan berusaha, berikhtiar macam mana cara kitani dapat menyeimbangkan bayaran-bayaran ini sebagaimana juga kitani berusaha menyeimbangkan bayaran yang terlalu tinggi dengan mengenakan bayaran $1,500.

Yang Berhormat Pengerusiโ€‹

Seterusnya saya persilakan Yang Berhormat Awang Haji Mohimin bin Haji Johari @ Jahari.

Yang Berhormat Awang Haji Mohimin bin Haji Johari @ Jahariโ€‹

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

ุจุณู… ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุฑุญู…ู† ุงู„ุฑุญูŠู… ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ ุนู„ู‰ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ ูˆุนู„ู‰ ุขู„ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏุŒ

Tajuk SE05A - Jabatan Buruh. Kaola suka mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pihak Jabatan Buruh dalam usaha membanteras pelanggaran Peraturan dan Undang-Undang Jabatan Buruh Negara Brunei Darussalam.

Walau macam manapun usaha ini perlu digiatkan dari semasa ke semasa yang menunjukkan pelaksanaan undang-undang negara kita diyakini oleh rakyat yang pelanggaran peraturan dan undang-undang ini menjejaskan kepentingan rakyat Negara Brunei Darussalam.

Kedua di bawah Tajuk SE06A - Jabatan Daerah Brunei dan Muara. Kita sama-sama mengetahui dengan perbelanjaan kerajaan masa kini. Walau macam manapun Kaola suka mencadangkan pelan tindakan jangka panjang bagi penyediaan pemusatan aktiviti dan pasaran produk Satu Kampung Satu Produk di setiap daerah bagi merealisasikan produk majlis perundingan mukim dan kampung dapat membantu rakyat menjadikan produk Satu Kampung Satu Produk mencapai tahap komersial yang diharapkan boleh menjadikan ia memberikan pendapatan yang mampu menunjang kehidupan penggiat usaha dalam MPM dan MPK seluruh negara.

Kaola cadangkan pemusatan ini diperbantukan dengan kerjasama private public partnership dan sebagainya. Sekian, terima kasih. Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeriโ€‹

Terima kasih pada Yang Berhormat dan sebelum itu, untuk menambah jawapan Kaola saya kepada Yang Berhormat Awang Haji Abdul Wahab bagi ejen pembantu rumah yang menawarkan $1,500.00 itu ada terdapat 21 buah ejen pada masa ini.

Mengenai dengan buruh, terima kasih ke atas pemerhatian Yang Berhormat dan kita semua sama-sama mempunyai perhatian concern bahawa pelaksanaan enforcement undang-undang ini akan dapat dipergiatkan bukan sahaja pada masa-masa tertentu sebaliknya sepanjang masa supaya apa jua perilaku tidak diingini akan dapat dibanteras.

Sehubungan dengan itu, pada masa ini Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah pun memperkenankan denda kompaun bagi kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh mereka yang membuat kesalahan-kesalahan buruh.

Mengenai e-Cube, barangkali saya dan Yang Berhormat kali ini sama-sama mempunyai vision yang sama. Tadi saya kongsikan kerjasama yang kita buat bersama dengan BIBD dalam masa yang sama kita juga berusaha untuk mencari satu syarikat yang akan dapat aggregate product-product, Satu Kampung Satu Produk ini dan selepas itu mereka akan dapat mengkomersialkannya.

Dalam erti kata yang lain bahawa pengusaha-pengusaha e-Cube contohnya keropok ataupun tart nanas, yang paling popular. Mereka tidak perlu lagi bersusah payah untuk mepackage atau memarket produk ini, kita ada satu agensi yang akan dapat mengumpulkan semua produk-produk ini kemudian membuat pembungkusan, memasarkannya di dalam negara.

ุฅูู†ู’ ุดูŽุงุกูŽ ูฑู„ู„ูŽู‘ูฐู‡ู jika volumenya tinggi dan sustainable kemungkinan akan dapat dipasarkan ke luar negara. Jadi, dengan cara itu pengusaha-pengusaha e-Cube tidak lagi perlu membuat proses A to Z itu mereka sendiri. Dengan cara ini, mereka akan dapat meningkatkan produk mereka kerana ada orang lain yang sudah mengambil alih tugas-tugas pembungkusan, labelnya, pemasarannya termasuklah mendapatkan sijil-sijil tertentu. Terima kasih.

Yang Berhormat Pengerusiโ€‹

Saya persilakan Yang Berhormat Dayang Khairunnisa binti Haji Ashaโ€™ari.

Yang Berhormat Dayang Khairunnisa binti Awang Haji Ash'ariโ€‹

Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi. Kaola merujuk di bawah Tajuk SE01A. Pada tahun 2012, isu pensyaratan Ketua Kampung dibukakan kepada kaum wanita sudah pernah disuarakan.

Di samping itu, perkara ini juga pernah kaola bangkitkan sewaktu muzakarah bersama Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri. Seperti yang kita dapat lihat, kaum wanita telah menerajui pelbagai bidang termasuklah memegang jawatan paling tinggi dalam beberapa buah GLC. Penglibatan aktif kaum wanita dalam projek-projek kemasyarakatan, Majlis Perundingan Kampung dan Persatuan juga tidak dapat dinafikan.

Malahan, kaum wanita tidak terkecuali daripada memegang jawatan-jawatan yang berunsurkan keselamatan dan berisiko tinggi termasuklah bomba, paramedik, polis dan sebagainya yang memerlukan komitmen individu tersebut untuk bertugas waktu malam.

Pemilihan Ketua Kampung dibuat dengan mendapat sokongan daripada penduduk kampung secara pencalonan dan undian, maka tidak salahlah ketua kampong dipilih tanpa ambil kira jantina beliau. Ia haruslah dibuat secara adil melalui proses yang demokratik dan bukannya lantikan secara tokenistik. Kaola mengambil maklum Skim Perkhidmatan Penghulu Mukim Dan Kampung masih baru dengan membukakan peluang kepada belia untuk mencalonkan diri.

Soalan kaola, adakah sudah penelitian dibuat dari pihak kementerian dalam menukar syarat kelayakan ketua kampung untuk memberi peluang kepada kaum wanita. Terima kasih.

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeriโ€‹

Terima kasih kepada Yang Berhormat Dayang Khairunnisa yang menyuarakan lagi sekali kemungkinan kaum wanita dapat dipertimbangkan bagi menjawat jawatan ketua kampung. Jadi, dengan kedudukan kaum wanita yang sudah memegang jawatan-jawatan tertentu dalam kerajaan pada masa ini termasuklah dalam bidang karier yang berisiko tinggi dan melibatkan keselamatan.

Kaola mengambil perhatian akan pandangan Yang Berhormat tersebut dan akan diteliti nanti dalam skim ini. Sekian, terima kasih.

Yang Berhormat Pengerusiโ€‹

Saya persilakan sekarang Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Putera Maharaja Dato Paduka Awang Haji Abdul Ghani bin Pehin Datu Pekerma Dewa Dato Paduka Awang Haji Abdul Rahim.

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Putera Maharaja Dato Paduka Awang Haji Abdul Ghani bin Pehin Datu Pekerma Dewa Dato Paduka Awang Haji Abdul Rahimโ€‹

ุจูุณู’ู…ู ูฑู„ู„ูŽู‘ูฐู‡ู ูฑู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูŽูฐู†ู ูฑู„ุฑูŽู‘ุญููŠู…ู
ุฃูŽู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏู ู„ูู„ูŽู‘ูฐู‡ู ุฑูŽุจูู‘ ูฑู„ู’ุนูŽุงู„ูŽู…ููŠู†ูŽ ูˆูŽูฑู„ุตูŽู‘ู„ูŽุงุฉู ูˆูŽูฑู„ุณูŽู‘ู„ูŽุงู…ู ุนูŽู„ูŽู‰ูฐ ุฃูŽุดู’ุฑูŽูู
ูฑู„ู’ุฃูŽู†ู’ุจููŠูŽุงุกู ูˆูŽูฑู„ู’ู…ูุฑู’ุณูŽู„ููŠู†ูŽ ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ูฐ ุขู„ูู‡ู ูˆูŽุตูŽุญู’ุจูู‡ู ุฃูŽุฌู’ู…ูŽุนููŠู†ูŽ.

Yang Berhormat Pengerusi, terima kasih atas peluang yang telah diberikan kepada kaola. Kaola hanya ingin menyentuh dua isu bukan mengenai tajuk-tajuk tertentu tetapi mukadimah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri tadi yang ada menyebutkan secara general isu penyalahgunaan kuasa oleh pegawai-pegawai tertentu di jabatan-jabatan di bawah kementerian Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.

Mula-mula kaola ingin merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan setinggi-tingginya kepada Yang Berhormat Pengerusi dan warga Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri yang telah banyak memberikan peluang untuk kita bermuzakarah sepanjang seingat kaola empat tahun. Selama empat tahun itu kami bermuzakarah pelbagai isu dan kaola ada masih ingat pada tahun 2019, kaola ada menimbulkan satu isu pengaduan orang ramai kepada kaola. Orang ramai itu termasuklah dalam golongan pengusaha orang kitani iaitu orang tempatan, businessman yang mengadukan bahawa kesulitan mereka bagi menjumpai pegawai-pegawai satu jabatan.

Mula-mula kaola tidak ingin menamakan jabatan itu, tapi 'bisai tia' kaola sebutkan jua kerana jika ia ambiguous, inda berapa jelas nanti ia akan menimbulkan kontroversi pulang iaitu Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan. Pengusaha-pengusaha kita itu bila hendak berjumpa pegawai agak sulit dan perlu berqueue tapi bila mereka melihat ada businessman yang berasal dari orang asing terus sahaja masuk ke dalam bilik itu. Itu pada tahun 2019 kalau tidak silap kaola, kaola timbulkan dan kaola timbulkan lagi dalam perjumpaan dengan jabatan berkenaan baru-baru ini pada tahun 2020.

Tetapi, yang kaola rasa tidak begitu tepat adalah tindakan ketua jabatan berkenaan yang agak defensive, sepatutnya bila kaola timbulkan isu itu, beliau akan memata-matai pegawai yang berkenaan secara senyap tetapi, sebaliknya andaian kaola, dan kaola dapat tahu diforwardnya isu itu kepada Management Services Department (MSD). Kaola berpandangan bila dibawa ke pihak satu lagi tentulah akan memata-matai jabatan berkenaan dan tentulah ada hubungan antara dua pihak yang mereka akan datang memata-matai.

Bila sudah dimata-matai lalu jawapan daripada Pengarah Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan tidak ada berlaku kejadian tersebut sedangkan 2019 disahkan ada kejadian itu oleh top management kementerian Yang Berhormat yang mengintai secara senyap ke jabatan berkenaan dan mendapati memang ada benar berlaku.

Sebagai orang tua-tua kaola inginlah membawakan usul supaya pihak pentadbiran top management jabatan berkenaan mengambil tindakan itu jangan terlalu defensive tapi lebih kepada mengenal pasti kebenaran fenomena itu ataupun perkara itu.

Perkara kedua Yang Berhormat, dahulu semasa kaola di Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan belum ada apa yang dipanggil Elaun Khas Penguatkuasaan Undang-Undang tapi pada melihatkan kesulitan dan kepayahan pegawai-pegawai pada semasa itu bertungkus-lumus masa operasi dari selepas Isyak hingga menyubuh, mereka makan pun seadanya, bekalan minuman dan sebagainya tidak ada. Di pihak kami sudah mencadangkan diadakan enforcement allowance dan ุงู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏู ู„ูู„ู‘ูฐู‡ู sekarang pegawai-pegawai pada masa ini menikmati enforcement allowance mengikut peringkat dan pangkat masing-masing.

Harapan kaola dengan adanya tambahan pembaikan kepada kebajikan mereka itu akan ditingkatkan pula aspek-aspek penguatkuasaan undang-undang dengan membanyakkan lagi operasi tertentu. Kaola concern benar dengan keadaan kawasan abis kaola di Kampung Sengkurong terutamanya banyak orang asing, tidak tahu dari mana asalnya dan apa kerja mereka. Kadang-kadang membuat kita bimbang dan orang ramai pun bimbang, itu sahajalah. Nasihat kaola kepada pegawai-pegawai penguat kuasa supaya akan lebih perkasa memperkasakan lagi operasi-operasi dalam menguatkuasakan undang-undang negara demi kebaikan negara bangsa, terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeriโ€‹

Terima kasih kepada Yang Berhormat mengenai pandangan dan nasihat Yang Berhormat.

i. Mengenai kejadian Yang Berhormat saksikan dan oleh sebab mungkin perkara itu telah Yang Berhormat hadapkan kepada top managementnya, kita akan berusaha supaya insiden yang seperti itu akan dapat diberi perhatian; dan

ii. Nasihat Yang Berhormat, saya berharap akan diambil maklum dari pihak penguat kuasa, bukan sahaja dari Yang Berhormat, mungkin kerajaan sendiri memberikan penekanan kepada siapa yang diberikan kuasa untuk melaksanakan undang-undang itu akan dapat membuat pelaksanaannya dan dalam hubungan ini penguatkuasaan dan mungkin kita juga mengikuti dalam media massa beberapa operasi dijalankan dan kesalahan-kesalahan yang didapati semasa operasi jabatan mahupun operasi bersepadu. Kita berharap bukan sahaja pihak Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan tetapi secara bersepadu juga mereka akan dapat menguatkuasakan undang-undang untuk kesejahteraan orang ramai, terima kasih.

Yang Berhormat Pengerusiโ€‹

Saya persilakan Yang Berhormat Awang Haji Umarali bin Esung.

Yang Berhormat Awang Haji Umarali bin Esungโ€‹

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

ุจุณู… ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุฑุญู…ู† ุงู„ุฑุญูŠู… ุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒู… ูˆุฑุญู…ุฉ ุงู„ู„ู‡ ูˆุจุฑูƒุงุชู‡ dan selamat sejahtera. Kaola ingin bercakap di bawah Tajuk SE01A โ€“ Jabatan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.

Menyentuh mengenai Jabatan Daerah dan Jabatan Bandaran. Kaola menyentuh tentang tugas dan objektif penguat kuasa undang-undang bagi Jabatan Daerah dan Jabatan Bandaran dalam melaksanakan tugas bagi memastikan undang-undang sentiasa dipatuhi serta persekitaran kawasan bandar atau pekan dalam keadaan bersih dan selamat.

Dalam hubungan tersebut, kaola sukacita mencadangkan untuk pegawai yang berkenaan akan dapat menjalankan tugasnya dengan baik dan sempurna:

  1. Agar jumlah pegawai penguat kuasa hendaklah ditambah bagi memastikan tugas-tugas penguatkuasaan dapat dilaksanakan dengan cepat dan berkesan yang berterusan.

  2. Kaola mencadangkan meluaskan skop tugas penguatkuasaan dalam menangani dan mengawal aktiviti-aktiviti perniagaan tanpa kebenaran di kawasan masing-masing; dan

  3. Kaola mencadangkan pegawai-pegawai penguatkuasaan seharusnya diperkasakan dengan ilmu pengetahuan pendedahan yang berkaitan dengan penguatkuasaan bagi semua tugas dilaksanakan dengan lebih berkesan dan dapat mengukuhkan lagi kredibiliti mereka sebagai pegawai penguat kuasa.

Soalan ke-2 Yang Berhormat, di bawah Tajuk SE10A โ€“ Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan. Dalam menghadapi cabaran cadangan industri.

Yang Berhormat Pengerusiโ€‹

Yang Berhormat, kita belum sampai di sana lagi. Tunggu soalan yang kedua tersebut apabila kita membincangkan nanti.

Yang Berhormat Awang Haji Umarali bin Esungโ€‹

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Sekian,
ูˆุจุงู„ู„ู‡ ุงู„ุชูˆููŠู‚ ูˆุงู„ู‡ุฏุงูŠุฉ. ูˆ ุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒู… ูˆุฑุญู…ุฉ ุงู„ู„ู‡ ูˆุจุฑูƒุงุชู‡

Yang Berhormat Pengerusiโ€‹

Terima kasih, silakan.

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeriโ€‹

Terima kasih Yang Berhormat Awang Haji Umarali bin Esung. Sama juga dengan mana-mana pihak yang bertanggungjawab dalam enforcement ini, kita menghendaki mereka ini untuk melaksanakan tugas-tugasnya dengan sebenar-benarnya.

Bagi Jabatan Bandaran dan Jabatan Daerah, terima kasih atas perhatian Yang Berhormat melihat jumlah orang atau pegawai yang menguatkuasakan ini tidak cukup.

Sebenarnya dalam kesalahan-kesalahan kecil ini, selain daripada mereka yang didaftarkan sebagai penguat kuasa undang-undang itu, kita ini juga boleh meluaskan dengan melantik beberapa orang lain yang bukan tugasnya sebagai penguat kuasa untuk diberikan kuasa untuk menguatkuasa. Ini telah pun dilakukan supaya dapat menyokong bilangan mereka yang sebenarnya tugasnya menguatkuasa tetapi orang lain juga diberi kuasa untuk menguatkuasakannya. Ini bertujuan supaya pengawalan terhadap kebersihan persekitaran dan sebagainya dapat dilaksanakan.

Saya sependapat dengan Yang Berhormat bahawa ini juga penguat kuasa memerlukan ilmu pengetahuan dan dari semasa ke semasa mereka ini diberikan taklimat-taklimat ataupun pengetahuan macam mana cara-cara melaksanakan undang-undang tersebut. Terima kasih.

Yang Berhormat Pengerusiโ€‹

Saya persilakan Yang Berhormat Awang Haji Abdul Hamid bin Haji Mumin.

Yang Berhormat Awang Haji Abdul Hamid bin Haji Muminโ€‹

ุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุงู„ุฑู‘ูŽุญู’ู…ูŽูฐู†ู ุงู„ุฑู‘ูŽุญููŠู…ู ุงู„ุณู‘ูŽู„ูŽุงู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒูŽุงุชูู‡ู Yang Berhormat Pengerusi, terima kasih atas izin yang diberikan. Ahli-Ahli Yang Berhormat, kaola sukacita ingin membawakan satu tajuk sahaja iaitu Tajuk SE03A โ€“ Lembaga Bandaran Kuala Belait dan Seria dengan peruntukan sebanyak $7,335,420.00 sahaja.

Yang Berhormat Pengerusi, hamba mengambil kesempatan dulu untuk menghadapkan setinggi penghargaan kepada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri atas mukadimah yang telah disampaikan.

Yang Berhormat Pengerusi, kaola sukacita merujuk semula mengenai tajuk tersebut, yang pernah kaola bahaskan atau bangkitkan dalam Musim Permesyuaratan Negara pada empat tahun yang lalu mengenai saliran-saliran parit dan longkang-longkang dalam kawasan Bandaran Kuala Belait dan khususnya kawasan Lembaga Bandaran Seria, terutama sekali kawasan pekan dan sekitar kawasan bangunan kedai-kedai atau kompleks perniagaan di Pekan Seria yang parit-parit dan longkang-longkang tersumbat mengakibatkan terkumpul apa jua bahan dalam longkang yang boleh menyebabkan gangguan kesihatan dan mengundang udara yang kurang enak malah boleh membawa penyakit.

Yang Berhormat Pengerusi, mengikut dalam anggaran perbelanjaan 2021/2022 Lembaga Bandaran Kuala Belait dan Seria iaitu dalam lampiran 1.03 muka surat 1, Lembaga Bandaran Kuala Belait dan Seria telah menetapkan 3 program sebagai fungsi utama bagi jabatan tersebut.

Pada paragraph yang terakhir dalam lampiran tersebut Lembaga Bandaran Kuala Belait dan Seria telah membuat pemantauan kebersihan pada tahun 2019/2020 sebanyak 504 kali dan pada tahun 2020/2021 389 kali. Dalam pemantauan yang cukup banyak ini nampaknya pihak yang berkenaan seperti terlepas pemantauan yang patut diberikan perhatian dan dipantau.

Sementara lampiran-lampiran 1.03 muka surat 4 yang bertajuk 'P' (Perbelanjaan Kemajuan) tahun 2020/2021 nampaknya belum ada diluluskan dan Anggaran Perbelanjaan bagi Tahun 2021/2022 nampaknya belum ada jua diluluskan Perbelanjaan Kemajuan.

Yang Berhormat Pengerusi, sebagaimana yang kaola difahamkan semasa tajuk ini kaola usulkan 4 tahun yang lalu dalam Persidangan Majlis Mesyuarat Negara bahawa projek bagi pemulihan, pengubahsuaian dan pembaikan semula saliran-saliran dan longkang-longkang di Lembaga Bandaran Kuala Belait dan Seria yang dikenal pasti, sudah dimasukkan ke dalam Rancangan Kemajuan Negara.

Kaola mohon pencerahan mengenai perkara tersebut dan kaola jua ingin tahu bila kiranya akan memulakan Rancangan Kemajuan ini. Sekian saja Yang Berhormat Pengerusi, terima kasih.

ูˆ ุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒู… ูˆุฑุญู…ุฉ ุงู„ู„ู‡ ูˆุจุฑูƒุงุชู‡

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeriโ€‹

Terima kasih kepada Yang Berhormat mengenai dengan infrastruktur di Pekan Kuala Belait dan Seria. Memang benar longkang ataupun saliran di kawasan kedai di Seria itu adalah longkang yang dibina dulu. Ia punya kedalamannya the depth longkang itu tidaklah sebegitu dalam, menimbulkan beberapa masalah dari segi aliran air di kawasan itu.

Walau bagaimanapun, dalam masa yang sama pihak Lembaga Bandaran di sana memastikan bahawa tuan-tuan punya kedai akan juga bekerjasama tidak menyalurkan air-air mereka ke longkang awam. Oleh sebab ini melibatkan infrastruktur yang besar, jadi ia tidak nampak dalam annual budget (bajet tahunan) dan memang betul bahawa perkara ini adalah salah satu daripada rancangan yang dicadangkan dimasukkan dalam Rancangan Kemajuan Negara.

Kita ini berharap perkara ini akan dapat dipertimbangkan dalam Rancangan Kemajuan Negara. Sebagaimana saya nyatakan ia merupakan satu infrastruktur yang besar untuk dilaksanakan dan ia memakan peruntukan yang besar, terima kasih.

Yang Berhormat Pengerusiโ€‹

Saya persilakan sekarang Yang Berhormat Awang Naim bin Haji Kamis.

Yang Berhormat Awang Naim bin Haji Kamisโ€‹

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

ุงู„ุณู‘ูŽู„ุงูŽู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒูŽุงุชูู‡ู. Kaola merujuk di bawah Tajuk SE01A โ€“ Jabatan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri

Kod Akaun 1115-004 di bawah Pembangunan semula Kampung Air.

  1. Berhubung dengan pembangunan semula Kampung Air. Sukacita untuk mengetahui bilakah dijangkakan pembangunannya akan bermula dan seterusnya akan dijangka siap pembinaannya kerana pembangunan dan pembinaan ini sudah dinanti-nantikan oleh penduduk Kampung Air yang ingin memiliki perumahan berkenaan; dan

  2. Merujuk Tajuk di bawah SE02A โ€“ Lembaga Bandaran Bandar Seri Begawan. Sukacita menyentuh mengenai petak-petak ataupun pondok-pondok yang berdiri megah di kawasan pasar ikan dan pasar sayur Gadong yang masih kosong tidak digunakan dan masih terbiar begitu saja.

Dalam hal ini, sukacita saya ingin mencadangkan supaya petak-petak ataupun pondok-pondok berkenaan yang nampaknya masih berpotensi untuk dimajukan akan dapat dibukakan kepada pihak-pihak swasta ataupun orang persendirian yang berminat untuk memajukan dan mengusahakannya secara komersial. Dengan cara begini ia mungkin akan dapat menjimatkan perbelanjaan kerajaan dan boleh meningkatkan hasil pendapatan kerajaan melalui kadar sewa ataupun pajakan yang bersesuaian yang tidak membebankan pemaju terpilih. Sekian, disampaikan dan terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeriโ€‹

Terima kasih kepada Yang Berhormat.

  1. Mengenai pembangunan semula Kampung Air khususnya Yang Berhormat merujuk kepada pembinaan rumah-rumah sungguhpun rancangan itu sudah ada dapat diteliti tetapi kerajaan sekarang ini juga mempertimbangkan akan viability projek seperti itu dari segi perumahan dari kemampuan penerima atau orang yang akan membeli rumah itu untuk membuat pembayarannya nanti. Kos untuk membina rumah di Kampung Air adalah lebih tinggi berbanding di darat.

  2. Kita telah pun membuat survey mengenai dengan kedudukan penduduk di Kampung Air itu dari segi bukan sahaja pekerjaannya tetapi jua pendapatannya, 40% bekerja sendiri, kurang dari 20% bekerja dengan kerajaan dan pendapatan penduduk itu kurang dari $1,000 sebulan mengambil kira dengan perbelanjaan bulanannya.

Kita ini melihat di dalam masa yang panjang mereka ini dapat membayar balik kos perumahan itu atau tidak. Jangan sampai nanti ia akan menjadi bebanan kepada kerajaan, jadi banyak consideration atau pertimbangan yang perlu dibuat sebelum kita ini melaksanakan rancangan tersebut.

Mengenai pondok-pondok Pasar Gadong dalam majlis ini juga pada tahun lepas, kaola/saya ada memaklumkan bahawa ini satu projek sekarang ini yang sudah dan akan dilaksanakan secara PPP lagi selain 2 projek yang saya sebut dalam mukadimah tadi.

Ini adalah Pasar Gadong dengan pondok-pondok tersebut akan digabungkan bagi ditawarkan kepada pemaju dan kita telah pun membuat expression of interest yang nampaknya ada orang yang mahu memajukan dan sekarang bersama PQ kita akan berusaha untuk mengeluarkan request for proposal bagi Pasar Gadong dan prasarana yang disebutkan Yang Berhormat tadi. Terima Kasih.

Yang Berhormat Pengerusiโ€‹

Saya persilakan Yang Berhormat Pengiran Haji Mohamed bin Pengiran Haji Osman @ Othman.

Yang Berhormat Pengiran Haji Mohamed bin Pengiran Haji Osman @ Othmanโ€‹

Terima Kasih Yang Berhormat Pengerusi.

ุจุณู… ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุฑุญู…ู† ุงู„ุฑุญูŠู… ุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒู… ูˆุฑุญู…ุฉ ุงู„ู„ู‡ ูˆุจุฑูƒุงุชู‡

Pertama sekali kaola ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri atas mukadimah yang diberikan pada petang ini.

  1. Kaola mengajukan di bawah Tajuk SE01A โ€“ Jabatan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri. Yang Berhormat Pengerusi, satu isu yang kaola ketengahkan mengenai Satu Kampung Satu Produk yang selalu sahaja menjadi perbincangan dalam kalangan anak-anak buah kampung. Kaola difahamkan satu jawatankuasa yang telah ditubuhkan dalam Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri pada tahun 2017 iaitu Jawatankuasa Pandu Satu Kampung Satu Produk peringkat kebangsaan.

Beberapa pihak agensi kerajaan seperti Kementerian Pendidikan, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan serta juga dianggotai oleh ahli yang telah dilantik. Yang kaola ingin tahu apakah hala tuju dan perancangan Jawatankuasa Pandu yang telah dibuat sejak 2017 itu? Iaitu yang ditubuhkan, kaola belum mengetahui ataupun mendengar pelan tindakan dan perancangan yang telah digariskan oleh Jawatankuasa Pandu.

Selaras dengan tujuannya sebagai satu badan induk di peringkat kebangsaan bagi memperkasakan produk-produk Satu Kampung Satu Produk agar ia dapat dimajukan di peringkat kebangsaan bahkan dapat dipasarkan di luar negara sebagai satu produk negara kita ni.

Satu Kampung Satu Produk ini dalam jangka pendek ini juga terdapat keperluan untuk diwujudkan satu bangunan sebagai pusat. Walau bagaimanapun, mungkin Jawatankuasa Pandu ini dapat memberikan satu rancangan bagi melindungi dan meluaskan produk-produk tersebut.

Kaola ingin juga memberikan cadangan mengenai barangan jualan hasil Satu Kampung Satu Produk. Produk Satu Kampung Satu Produk di seluruh negara akan dapat dipasarkan dan dijualkan di pusat ini agar produk-produk tersebut senang dihantar oleh kampung dan mukim serta menyenangkan orang ramai dan para pelancong mengunjunginya di pusat tersebut.

Dengan adanya pusat ini nanti produk Satu Kampung Satu Produk akan lebih diketahui dan menyerlah, senang didapati dan sedikit sebanyak perekonomian kampung dan mukim dapat meningkat.

  1. Yang Berhormat Pengerusi. Kaola sebenarnya akan mengajukan mengenai anjing-anjing liar, tetapi oleh sebab ada rakan sudah menyuarakan iaitu Yang Berhormat Awang Haji Ramli bin Haji Lahit, walau bagaimanapun saya tidak ada memanjangkan perkara ini hanya menyokong seperti saranan Yang Berhormat itu supaya perkara ini diambil tindakan sewajarnya sebelum berlaku kejadian yang tidak diingini dan kaola ingin tahu sahaja sepertimana Yang Berhormat Menteri menerangkan bahawa anjing-anjing liar itu dapat ditangkap. Hanya yang kaola ingin tahu di mana tempatnya perlindungan anjing-anjing itu.

Kedua, sebagai cadangan kaola sahaja, apakah boleh diwujudkan squad mengawal anjing-anjing ini atau alternatif yang lain yang bersesuaian supaya anjing-anjing ini tidak akan mengganas contoh kepada murid-murid sekolah. Jadi itu sahaja Yang Berhormat Pengerusi tapi tanggungjawab pihak berkenaan masih meragui penghulu-penghulu dan ketua kampung siapa yang bertanggungjawab untuk mengatasi anjing-anjing liar ini.

Akhirnya, kaola jua ingin menambah lagi Yang Berhormat Pengerusi mengenai iklan jawatan Ketua Kampung. Mungkin ada di kawasan-kawasan kampung tidak ada pengisian untuk jawatan Ketua Kampung, tapi walau bagaimanapun, kaola ingin bertanya apakah pendekatan yang diambil oleh Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri untuk mengatasi masalah jawatan Ketua Kampung ini tidak diisi?

Walau macam manapun, kaola ingin berkongsi cadangan semoga dalam hubungan ini, kaola mencadangkan atau menyarankan pihak yang berkenaan mencari jalan atau cara bagi menarik minat para lepasan graduan atau belia untuk mengisikan jawatan Penghulu Mukim ataupun Ketua Kampung berkenaan. Misalnya, mengadakan program atau aktiviti seperti pendekatan awam atau public engagement, jerayawara, taklimat dan dialog ke semua daerah dengan menjemput para belia, lepasan graduan atau yang berkenaan untuk hadir untuk mengetahui lebih lanjut lagi mengenai pengenalan tersebut dan juga seterusnya untuk mendapatkan maklumat atau feedback seperti mengetahui sebab-sebab jawatan kosong berkenaan tidak mendapat sambutan daripada mereka dan sebagainya.

Sekian, Yang Berhormat Pengerusi

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeriโ€‹

Terima kasih kepada Yang Berhormat. Mengenai tiket, memang benar lama sedikit Jawatankuasa Peringkat Kebangsaan kita itu tidak bersidang, tetapi sebagaimana yang saya masukkan dalam mukadimah, bukan bermakna kerana tidak bersidang itu rancangan-rancangan untuk memajukan e-Cube itu tidak berjalan.

Sebagai contoh, apa yang kita lakukan pada tahun lepas, ialah untuk mempromosi e-Cube supaya mereka melalui kerjasama dengan BIBD dan akhirnya kitani telah dapat menonjolkan 19 orang pengusaha yang telah dapat menghasilkan produk premium.

Jadi, bukan di sana saja, pada masa ini, kitani sedang meneliti MoU bersama dengan pihak yang akan beroperate sebagai tracking company supaya mereka akan dapat menerima hasil membuat pembungkusan dan pemasaran. Ini sebagaimana juga dalam mukadimah saya, peringkat kedua ertinya oleh kerana hampir 300 orang pengusaha dalam e-Cube ini, the first inisiatif ini melibatkan hanya 35 orang, memanglah tidak dapat meliputi 300 orang ini dalam masa yang singkat. ุฅู† ุดุงุก ุงู„ู„ู‡, another batch yang kedua, akan kitani usahakan pada tahun ini.

Mengenai cadangan untuk mengadakan kedai ini, memang pada masa ini ada sudah kedai tapi dalam saiz yang kecil. Umpamanya di daerah-daerah memang sudah ada kedainya. Kalau di Temburong ada kedai kampung, cuma lokasinya sekarang ini akan dipindah dari kawasan Pekan Bangar atau tempat-tempat yang lain sebab premis mereka ini sudah diambil alih oleh pihak Autoriti Kemajuan Temburong.

Jadi, yang keduanya kita ni juga sudah dapat bekerjasama, misalnya ada 3 produk kita ni bekerjasama dengan Ghanim International Corporation Sdn. Bhd. Pada masa ini mempromosi market testing sudah berjalan tahun lepas, jadi kita akan menerima apa kedudukannya sekarang ini dan Ghanim International Corporation Sdn. Bhd. mempunyai network untuk meletakkan produk-produk ini di supermarket bagi tujuan untuk membawa ke luar negeri.

Untuk secara idealnya memanglah untuk mengadakan kedai e-Cube sebagaimana juga yang pernah kita ni lihat di Thailand One Tambon One Product ada kedai-kedainya. Tapi untuk sampai ke tahap itu, kita ni pada masa ini menggunakan kemudahan-kemudahan (facilities) yang ada untuk tujuan memasarkan produk-produk ini.

Anjing liar masa ini diletakkan di Kampung Sungai Akar bersempadan dengan Kampung Belimbing, Jalan Subok. Ini dibuat seperti yang dinyatakan oleh NGO. Kita berharap kalau banyak lagi NGO lebih baik tetapi mereka ini menghendaki fund, sumbangan wang dana kerana seperti yang saya nyatakan tadi memberi makan dan merawat.

Iklan Jawatan Ketua Kampung seperti apa yang telah dibuat dulu pindaan kepada Skim Perkhidmatan itu telah dibuat sekali. Yang dulu umur mereka mestilah 40 tahun ke atas dan dibuat pindaan menurunkan umur eligibility untuk menjadi Ketua Kampung itu kepada 30 tahun mengambil kira bahawa graduates yang belum mempunyai pekerjaan dan mencapai umur 30 tahun akan dapat memasukinya.

ุงู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏู ู„ูู„ู‘ูฐู‡ู, pada masa ini ada 24 orang dari kalangan belia yang sudah menceburkan diri, graduates untuk menjadi Ketua Kampung. Itu satu perkembangan dan mengenai cadangan Yang Berhormat Pengiran Haji Mohamed, sebenarnya mungkin pada akhir-akhir ini tidak berjalanlah.

Pada peringkat awal dulu, ada jerayawara, ada engagement ini kepada belia untuk mengenalkan, memaklumkan lagi, memberitakan akan jawatan Ketua Kampung ini. Kerana itulah kita ini juga dapat menarik minat 24 yang sudah menghadapkan pencalonan sebagai Ketua Kampung. Terima kasih.

Yang Berhormat Pengerusiโ€‹

Yang akhir sekali, Yang Berhormat Awang Haji Abdul Hamid @ Sabli bin Haji Arshad.

Yang Berhormat Awang Haji Abdul Hamid @ Sabli bin Haji Arshadโ€‹

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Kaola ingin menyentuh Tajuk - SE01A hingga Tajuk SE04A.

ุจุณู… ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุฑุญู…ู† ุงู„ุฑุญูŠู… ุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒู… ูˆุฑุญู…ุฉ ุงู„ู„ู‡ ูˆุจุฑูƒุงุชู‡ dan salam sejahtera. Kaola cuba memendekkan hujah kaola dalam kesempatan yang mulia ini, ุฅูู†ู’ ุดูŽุงุกูŽ ุงู„ู„ู‡ู. Keluhan yang sering didengar dari bahagian-bahagian enforcement, hampir semua jabatan atau bahagian menyatakan kurang pegawai untuk menjalankan enforcement secara berterusan. Pandangan dan cadangan:

  1. Diadakan manpower consolidation misalnya enforcement macam kitani maklum, pada masa ini hampir semua jabatan mempunyai enforcement masing-masing.

  2. Ruang-ruang perniagaan yang dipunyai oleh bandaran (pasar, โ€˜Tamu Kianggehโ€™ dan lain-lain) ada tempat banyak yang kosong. ุงู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏู ู„ู„ู‡ู usaha telah dibuat oleh kementerian dalam menaikkan taraf ruang-ruang perniagaan yang terdapat di Bangunan Letak Kereta Bertingkat dan lain-lain. Usaha-usaha jua sedang digiat mengusahakan untuk menyediakan tempat-tempat seperti food truck, container park. Usaha-usaha untuk โ€˜mengelingaโ€™ pengusaha yang terdapat di tepi jalan untuk dipindah ke satu kawasan yang lebih selamat. Usaha ini akan menjana peluang perniagaan kepada peniaga tempatan yang lebih banyak peluang pekerjaan, menambah hasil negara, ุฅูู†ู’ ุดูŽุงุกูŽ ุงู„ู„ู‡ู. Pandangan dan cadangan bagi mengemaskinikan dan memastikan tempat itu berjalan dengan baik, dirasakan perlunya diprivatasi ataupun melalui cara-cara yang difikirkan sesuai bagi projek itu berjalan secepatnya.

Kedua-dua cadangan ini diharap akan dapat menurunkan perbelanjaan dan akan menambahkan lagi pendapatan kepada negara. Mengenai idea local business development atau membangun keusahawanan tempatan amat perlu kita ini berigakan.

ุฃูŽู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏู ู„ูู„ู‘ูฐู‡ู, belia sudah boleh melihat dan telah berminat untuk menjadi usahawan demikian juga pegawai-pegawai yang berpencen, wanita-wanita dan lain-lain. Diketahui di kementerian juga terdapat banyak peluang perniagaan apatah lagi projek-projek baharu nanti akan dapat dilaksanakan.

Pandangan dan cadangan juga semoga satu usaha ke arah memberikan peluang perniagaan kepada anak tempatan akan dapat dilihat sebagai satu keperluan. Memastikan benar-benar diusahakan oleh orang kita ini, tidak disalahgunakan seperti menyewakan kepada peniaga asing, mengambil kira peluang pekerjaan kepada orang kita ini, ุฅูู†ู’ ุดูŽุงุกูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู jua akan mengurangkan pengangguran.

Sekian, terima kasih.

ูˆุจุงู„ู„ู‡ ุงู„ุชูˆููŠู‚ ูˆุงู„ู‡ุฏุงูŠุฉ . ูˆ ุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒู… ูˆุฑุญู…ุฉ ุงู„ู„ู‡ ูˆุจุฑูƒุงุชู‡

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeriโ€‹

Terima kasih kepada Yang Berhormat Awang Haji Abdul Hamid @ Sabli bin Haji Arshad, yang banyaknya merupakan cadangan dan kita mengalu-alukan cadangan-cadangan ini terutamanya dari segi memberikan kemudahan-kemudahan tempat perniagaan kepada mereka yang memerlukan khususnya daripada kalangan belia dan semoga kita ni juga akan mendapat input daripada Yang Berhormat selaku seorang yang aktif dalam perniagaan untuk membantu pihak-pihak yang berkenaan dalam merealisasikan apa jua rancangan-rancangan yang sedang dilaksanakan dan akan dilaksanakan pada masa akan datang. Terima kasih.

Yang Berhormat Pengerusiโ€‹

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan juga kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat. Maka saya kira masanya sudah tiba bagi kita untuk membuat pengundian mengenai Tajuk SE01A hingga Tajuk SE06A. Bagi ahli-ahli yang bersetuju tajuk-tajuk ini diluluskan, sila angkat tangan.

(Semua Ahli mengangkat tangan tanda bersetuju)

Yang Berhormat Pengerusiโ€‹

Terima kasih. Semuanya bersetuju.

Yang Dimuliakan Jurutulisโ€‹

Tajuk SE01A hingga Tajuk SE06A, dijadikan sebahagian daripada Jadual.

Yang Berhormat Pengerusiโ€‹

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kita telah pun meluluskan tajuk-tajuk dalam Rang Undang-Undang ini dan saya kira cukuplah kita bersidang di Peringkat Jawatankuasa ini dan kita balik sekarang semula ke Persidangan Majlis Mesyuarat Negara.

(Mesyuarat Jawatankuasa ditangguhkan)

(Majlis Mesyuarat bersidang semula)

Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ€‹

Ahli-Ahli Yang Berhormat. ุงู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏู ู„ูู„ู‘ูŽู‡ู kita telah pun bersidang di Peringkat Jawatankuasa sepenuhnya dan sekarang kita bersidang semula di Persidangan Majlis Mesyuarat Negara dan saya kira masanya sudah tiba bagi kita untuk menangguhkan mesyuarat kita ini dan ุฅูู†ู’ ุดูŽุงุกูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู kita akan bersidang semula pada esok hari, Sabtu, 20 Mac 2021 sebagaimana lazim mulai dari pukul 9.30 pagi.

Sekian,
ูˆูŽุจูุงู„ู„ู‡ู ุงู„ุชูŽู‘ูˆู’ูููŠู‚ู ูˆูŽุงู„ู‡ูุฏูŽุงูŠูŽุฉู. ูˆูŽุงู„ุณูŽู‘ู„ูŽุงู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒูŽุงุชูู‡ู

(Majlis Mesyuarat ditangguhkan)

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.