HARI KE-6
๐ Masa membaca: 83 minit
๐ Bilangan kata: 16,623 kata
20HB MAC 2021โ
(Mesyuarat mula bersidang pada pukul 9.30 pagi)
Yang Dimuliakan Jurutulisโ
ุจูุณูู ู ุงูููู ุงูุฑููุญูู ูฐูู ุงูุฑููุญูููู ู ุงูุณูููุงูู ู Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ketujuh Belas Majlis Mesyuarat Negara bersidang pada hari ini, hari Sabtu, 6 Syaaban 1442 bersamaan 20 Mac 2021, iaitu hari yang keenam didahului dengan Doa Selamat.
DOA SELAMATโ
Doa Selamat dibacakan oleh Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Awang Hamidon bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Abdul Hamid.
Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ
ุจูุณูู ู ุงูููู ุงูุฑููุญูู ูฐูู ุงูุฑููุญูููู ู ุงูุณููููุงู ู ุนูููููููู ู ููุฑูุญูู ูุฉู ุงูููู ููุจูุฑูููุงุชููู ุงูุญู ุฏ ููู kita bersyukur ke hadrat ุงููู ุณูุจูุญูุงูููู ููุชูุนูุงููู kerana dengan limpah rahmat dan izin-Nya jua kita dapat bersama-sama hadir pada pagi ini bersidang bagi hari yang keenam dalam Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ketujuh Belas Majlis Mesyuarat Negara. Selawat serta salam ke atas Junjungan Besar kita ุณููููุฏูููุง ู ูุญูู ููุฏู ุตููููู ุงูููู ุนููููููู ููุณููููู ู kaum kerabat, para sahabat serta pengikut-pengikut Baginda yang taat lagi setia hingga ke akhir zaman.
Ahli-Ahli Yang Berhormat, persidangan kita masih lagi membincangkan Rang Undang-Undang (2021) Perbekalan, 2021/2022 yang telah pun dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II.
Maka bagi membolehkan kita berbincang dan meneliti tajuk-tajuk dalam Rang Belanjawan yang berkenaan seterusnya saya tangguhkan dahulu Persidangan Majlis Mesyuarat Negara ini supaya kita dapat bersidang di Peringkat Jawatankuasa.
(Majlis Mesyuarat ditangguhkan)
(Mesyuarat bersidang sebagai Jawatankuasa)
Yang Berhormat Pengerusiโ
ุจูุณูู ู ุงูููููู ุงูุฑููุญูู ููู ุงูุฑููุญููู ู Ahli-Ahli Yang Berhormat, majlis sekarang bersidang di Peringkat Jawatankuasa sepenuhnya bagi meneliti dan menimbangkan Rang Undang-Undang (2021) Perbekalan, 2021/2022 satu per satu. Kita ketahui dan maklumi bahawa cadangan yang telah pun dibuat oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, pada petang semalam kita telah membincangkan dan membahaskan Tajuk Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri ada beberapa buah lagi jabatan di bawah kementerian berkenaan yang perlu kita bincangkan dan seterusnya kita luluskan.
Yang Dimuliakan Jurutulisโ
Tajuk SE07A hingga Tajuk SE12A - Jabatan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.
Yang Berhormat Pengerusiโ
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Mesyuarat sekarang akan menumpukan perhatiannya dan membincangkan Tajuk SE07A hingga Tajuk SE12A - Jabatan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.
Bersama saya ada beberapa permohonan ataupun permintaan daripada Ahli-Ahli Yang Berhormat yang suka untuk membahaskan Tajuk Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri ini. Untuk tidak membuang masa lagi, saya sekarang mempersilakan Yang Berhormat Fdr. Ar. Dayang Siti Rozaimeriyanty binti Dato Seri Laila Jasa Haji Abdul Rahman.
Yang Berhormat Fdr. Ar. Dayang Siti Rozaimeriyanty binti Dato Seri Laila Jasa Haji Abdul Rahmanโ
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
ุจุณู ุงููู ุงูุฑุญู ู ุงูุฑุญูู ุงูุณูุงู ุนูููู ูุฑุญู ุฉ ุงููู ูุจุฑูุงุชูdan selamat pagi. Lebih dahulu saya ingin menyokong cadangan Yang Berhormat Dayang Khairunnisa binti Haji Ashโari, mengenai lantikan Ketua Kampung wanita. Wanita memang berkebolehan untuk memimpin serta menguruskan hal-ehwal pentadbiran dan pengurusan.
Kita sudah mempunyai beberapa ahli kaum perempuan yang menjawat jawatan tinggi di Negara Brunei Darussalam termasuklah yang berisiko tinggi seperti juruterbang. Pada masa ini Royal Brunei (RB) mempunyai 130 orang juruterbang termasuklah seorang juruterbang wanita dan enam orang lagi juruterbang wanita yang menjadi kekaguman orang ramai.
Saya ingin mengucapkan terima kasih atas mukadimah Yang Berhormat semalam dan tahniah kepada Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri atas usaha Jabatan Bomba dan Penyelamat dalam pelaksanaan pemeriksaan bangunan-bangunan untuk penyelarasan Perintah Keselamatan Kebakaran 2016 secara berterusan dari tahun 2017 sehinggalah sekarang.
Saya ingin membangkitkan di bawah Tajuk SE12A โ Jabatan Bomba dan Penyelamat. Saya difahamkan bahawa pihak kerajaan mempunyai lebih daripada 5 ribu aset bangunan. Melalui statistik dari 2017 hinggalah penghujung tahun 2020 pemeriksaan keselamatan kebakaran telah pun dilaksanakan ke atas 179 bangunan kerajaan mahupun secara berjadual ataupun tidak berjadual iaitu:
-
Sebanyak 85 pemeriksaan yang telah dilakukan pada bangunan-bangunan kerajaan dan 90% daripadanya telah gagal termasuklah Dewan Majlis ini.
-
Sebanyak 14 pemeriksaan telah dilakukan pada klinik-klinik dan pusat-pusat kesihatan dan 93% daripadanya juga gagal.
-
Sejumlah 23 pemeriksaan yang telah dilakukan pada masjid-masjid, surau-surau dan balai-balai ibadat 96% daripadanya gagal pemeriksaan; dan
-
Sejumlah 55 pemeriksaan yang telah dilakukan pada sekolah-sekolah kerajaan dan 66% juga telah gagal pemeriksaannya.
Keselamatan kebakaran sangat penting bagi setiap bangunan untuk memastikan keselamatan orang awam, pekerja dan perlindungan bagi bangunan-bangunan tersebut. Sistem dan prosedur perlindungan kebakaran adalah salah satu undang-undang yang perlu dilaksanakan bagi semua bangunan untuk mengisyaratkan orang awam dan pekerja sekiranya terjadi kebakaran.
Saya berharap supaya pihak kementerian melalui Jabatan Bomba dan Penyelamat akan dapat membuat pemberigaan menyeluruh mengenai pemeriksaan dan penguatkuasaan undang-undang dan menekankan pentingnya keselamatan dan kebakaran di bangunan-bangunan bukan sahaja kepada sektor swasta tetapi juga kepada pihak kementerian. Bangunan-bangunan kerajaan seharusnya menjadi contoh terbaik dari segi keselamatan bangunan terutama sekali dalam mematuhi akta-akta dan piawaian-piawaian kerajaan.
Yang Berhormat Pengerusi, apakah langkah-langkah yang akan diambil bagi bangunan-bangunan kerajaan dan swasta yang gagal pemeriksaan keselamatan kebakaran?
Merujuk kepada Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Jabatan Bomba dan Penyelamat peratus kecemasan yang berjaya direspons sehingga sampai ke lokasi dalam masa kurang daripada 10 minit telah pun menurun dari 74% bagi tahun 2017-2018 ke 57% bagi tahun 2019-2020.
Di bawah Rancangan Kemajuan Negara Ke-11, Sistem Respons Kecemasan Nasional (NERS) telah diberikan peruntukan sebanyak $2,663,325 juta dan saya berharap dengan adanya sistem ini, akan dapat mencapai sasaran Jabatan ke 82% bagi respons kecemasan dalam masa kurang daripada 10 minit.
Saya mohon pencerahan status NERS dan pelaksanaan projek ini, Yang Berhormat. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeriโ
ุจูุณูู ู ุงูููู ุงูุฑููุญูู ูฐูู ุงูุฑููุญูููู ู ุงูุณูููุงูู ู ุนูููููููู ู ููุฑูุญูู ูุฉู ุงูููู ููุจูุฑูููุงุชููู Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi dan terima kasih kepada Yang Berhormat, atas pandangan dan juga cadangan mengenai Ketua Kampung wanita untuk menyokong cadangan yang dikemukakan semalam.
Berkaitan dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat dalam usaha melaksanakan Fire and Safety Order 2016 memang betul sebagaimana yang dinyatakan bahawa dari pemeriksaan-pemeriksaan yang dilakukan oleh jabatan berkenaan didapati bangunan-bangunan kerajaan yang telah dinyatakan itu gagal dalam memenuhi Fire Safety Order dan pada lazimnya selepas pemeriksaan itu diadakan perbincangan dengan jabatan-jabatan berkenaan untuk jabatan-jabatan atau pemilik-pemilik bangunan mengambil tindakan-tindakan yang bersesuaian bagi memenuhi keperluan Fire and Safety Order yang kadang-kadang kesalahan-kesalahan itu nampak di mata awam kesalahan kecil tetapi ia tidak memenuhi kriteria dari segi Fire and Safety Order umpamanya hose rail. Hose rail untuk digunakan bagi pemadam api ada kedapatan di tempat itu diletakkan kotak-kotak yang boleh menghalang kelicinan penggunaan hose rail itu apabila digunakan semasa kecemasan.
Jadi, itu dengan sendirinya nampak kecil tetapi sebenarnya menyalahi dari segi akta tersebut. Kita berharap dalam melaksanakan kepatuhan atau memastikan kepatuhan kepada Fire and Safety Order ini semua yang berkenaan baik dalam pihak kerajaan mahupun swasta akan mengambil langkah memperbaiki dan bersama-sama memelihara keselamatan bangunan masing-masing.
Mengenai response time itu sebenarnya dalam tahun 2017 ada penurunan tetapi telah meningkat naik dalam 2019, dalam response times 10 minit ertinya urban area 79% dan ุฃูููุญูู ูุฏู ูููููฐูู, tahun 2020 naik kepada 85.54%. Barangkali untuk membetulkan perangkaan itu. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Fdr. Ar. Dayang Siti Rozaimeriyanty binti Dato Seri Laila Jasa Haji Abdul Rahmanโ
Yang Berhormat Pengerusi. Soalan kaola tadi yang belum terjawab mengenai pencerahan status NERS iaitu Sistem Respons Kecemasan Nasional. Apakah statusnya masa ini Yang Berhormat?
Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeriโ
Jabatan Bomba dan Penyelamat statusnya ialah kita berusaha untuk menepati akan KPI kita ni bahawa bagi urban areas seumpamanya target ialah 80% sebenarnya tetapi kita ni sudah mencapai 85%. Ini akan diharap dapat dipertingkatkan dari semasa ke semasa dan juga bukan sahaja di urban areas, di rural areas juga kalau di sub-urban, ia 15 minit dan di pedalaman sedikit 20 minit. Kita mempunyai target ini dan ini yang diharap untuk dicapai oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat.
Yang Berhormat Pengerusiโ
Beralih kepada Yang Berhormat Awang Haji Mohimin bin Haji Johari @ Jahari.
Yang Berhormat Awang Haji Mohimin bin Haji Johari @ Jahariโ
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. ุจูุณูู ู ุงูููู ุงูุฑููุญูู ูฐูู ุงูุฑููุญูููู ู ุงูุณูููุงูู ู ุนูููููููู ู ููุฑูุญูู ูุฉู ุงูููู ููุจูุฑูููุงุชููู
- Kaola membawa di bawah Tajuk SE10A-Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan. Kaola mengucapkan tahniah yang setinggi-tingginya kepada Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan yang telah berusaha menjalankan enforcement terhadap pelanggaran-pelanggaran peraturan dan undang-undang kebangsaan di bawah Akta Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan.
Walau macam mana sekalipun, usaha ini sangat perlu digiatkan dengan fokus satu per satu. Contohnya, aktiviti mereka yang tidak sepatutnya berdagang di Pasar Borong, menjalankan aktiviti perniagaan, freelancers, bila seseorang khususnya warga asing bekerja untuk mereka sendiri bukan di bawah company mereka yang sepatutnya mereka bekerja. Mereka ini self-employed. Mereka self-employed dalam negara kita membawa keluarga dan ikut menikmati subsidi kita, kemudian dari generasi demi generasi meneruskan perniagaan. Ini sangat merugikan bangsa dan negara kita.
Kalau kira, perkara ini sudah mencapai ke tahap masalah kebangsaan yang serius yang perlu โdilapihi,โ ditanggalkan, dihilangkan dari mata, telinga dan mulut kita. Demi kepentingan warga negara kita, perkara ini wajib tuntas dan keperluan whole of government approach dalam penyediaan akta dan enforcement.;
-
Apakah usaha terkini untuk melaksanakan levi bagi jawatan tertentu seperti supervisor, driver, cashier dan lain-lain yang dikira sudah sampai masanya levy monthly installment dan dari segi nisbah?; dan
-
Adakah perancangan mengkaji penambahbaikan pos-pos kawalan di negara ini khususnya pos kawalan darat seluruh negara. Pos Kawalan Imigresen sementara Kuala Lurah yang menjangkau usia 32 tahun, penambahbaikan prasarana dalam bentuk memudahkan kawalan dan pemeriksaan?
Pos Kawalan Imigresen Putat, kemasukan melalui jalan sungai Pos Kawalan Putat difahamkan melalui tinjauan yang dibuat hanya 2 agensi sahaja yang masih berkawal iaitu Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan dan Pasukan Polis Diraja Brunei. Dari segi kawalan ia penting bagi mengawal kemasukan dalam membendung kegiatan kurang sihat khususnya semasa pandemik COVID-19. Mungkin ia boleh digunakan oleh agensi yang berkepentingan sebagai pusat atau tempat kawalan perairan.
Sekian terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeriโ
Terima kasih Yang Berhormat. Mengenai perkara berkaitan dengan Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan. Walaupun Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan ini dibincangkan semalam tetapi ada soalan yang sudah dikemukakan semalam berkaitan dengan penguatkuasaan dan perkara ini sudah diterangkan atau diperjelaskan semalam.
Mengenai concern kita ini terhadap adanya pekerja-pekerja asing yang membawa keluarga ke mari. Ia ada dua, satu, ahli keluarga dependan yang datang melawat dengan pas melawat dan ada juga dependan yang datang ke sini bersama-samanya. Kriteria-kriteria untuk membenarkan dependan itu mengikuti pekerja itu telah diteliti oleh Kementerian Hal Dalam Negeri yang dulunya berdasarkan kepada gaji. Kita ini sedang mereviu apakah tingkat gaji yang boleh membenarkan seorang pekerja itu boleh membawa dependannya ke mari secara lama bukan secara pas melawat, pas melawat dapat kita ini hadkan tempohnya.
Ini juga kita ini bandingkan dengan praktis-praktis di negara-negara lain juga. Kalau ini kita ini perkukuhkan nanti mungkin ia akan dapat mengurangkan keramaian dependan yang menyertai keluarganya. Perhatian kita ini di Dewan ini lebih banyak kepada semi scale kalau misalnya kepada orang profesional tertentu, itu barangkali yang kita ini perlukan bekerja di sini dengan sukatan gaji yang tinggi adalah satu perkara yang memberikan insentif untuk mereka datang ke mari.
Mengenai levi, perkara ini pada masa ini sedang kita bincangkan bersama-sama dengan Manpower Planning Council kerana sudah ada kadar-kadar levi cuma cara pelaksanaannya saja lagi untuk diselaraskan dan diperkemaskkan.
Mengenai pos-pos kawalan darat. Sebenarnya ada 10 buah agensi yang beroperasi di 4 buah pos kawalan darat tidak termasuk Pos Kawalan Putat itu. Pihak-pihak yang berkenaan yang bertugas mengambil perhatian berat terhadap kepentingan untuk meningkatkan lagi kawalan keselamatan di pusat-pusat pos kawalan masuk di negara ini. Terima kasih.
Yang Berhormat Pengerusiโ
Terima kasih Yang Berhormat. Saya persilakan Yang Berhormat Awang Haji Ramli bin Haji Lahit.
Yang Berhormat Awang Haji Ramli bin Haji Lahitโ
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
ุจุณู ุงููู ุงูุฑุญู ู ุงูุฑุญูู ุงูุณูุงู ุนูููู ูุฑุญู ุฉ ุงููู ูุจุฑูุงุชูdan salam sejahtera. Kaola bercakap di bawah Tajuk SE08A โ Pejabat Daerah Tutong. Kaola membawa usul mengenai banjir di Daerah Tutong yang ditangani oleh District Disaster Management Center (DDMC). Kaola sering mendengar keluhan dari mangsa banjir di Daerah Tutong iaitu mengenai ketidakselarasan pandangan dan kehendak para penduduk yang terlibat banjir dengan pengurusan bencana daerah itu iaitu masing-masing dengan kehendaknya contohnya ialah bantuan yang tidak selaras sama ada bantuan catuan makanan, pengangkutan dan kewangan iaitu ada yang dapat dan ada yang tidak dapat walaupun keluarga berkenaan juga menerima akibat banjir yang sama.
Oleh itu, adakah cadangan Pusat Pengurusan Bencana Antarabangsa ini untuk mengadakan permuzakarahan selain mesyuarat biasa dengan agensi-agensi penyelamat yang lain iaitu dengan mengadakan muzakarah dari wakil-wakil mangsa bencana ini mengikut kawasan yang sering terjejas banjir untuk mengetahui curahan isi hati mereka sebelum banjir berlaku dan untuk memberigakan segala apa juga keperluan menghadapi banjir dan menjelaskan secara telus akan sukat-sukat yang dibolehkan untuk menerima bantuan atau kalau ada โBuku Panduan Banjirโ diterbitkan supaya tidak lagi berulang perasaan tidak diperdulikan setiap kali banjir. Buku panduan ini juga dapat diguna pakai oleh penghulu dan ketua-ketua kampung berkenaan bagi menerangkan kepada anak buah mereka.
Kaola menyentuh lagi sedikit iaitu di bawah Kod Akaun 004/000 โ Institusi Mukim dan Kampung. Baru-baru ini sudah selesai dilaksanakan pengundian calon ketua kampung di Daerah Tutong. Akan menyusul lagi pada 26 Mac 2021 ini dan tarikh-tarikh seterusnya iaitu masing-masing calon tunggal sahaja.
Persoalannya yang kaola timbulkan sekarang ialah untuk menentukan kemenangan selain kelulusan tapisan keselamatan adalah peratus yang mengundi calon tersebut. Adakah kejayaan tersebut, 1/3% dari penduduk yang berhak mengundi seperti yang dijelaskan oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri kelmarin atau kejayaan 1/3% dari yang hadir mengundi. Jika sekiranya ini dikira dari peratus kehadiran seperti majlis pengundian yang lepas, maka setentunya calon ini sudah dijangka menang kerana yang hadir mendaftar mengundi adalah penduduk yang sememangnya memilih setuju.
Yang tidak setuju sengaja tidak hadir walaupun mereka berhak mengundi. Jadi, dalam perkara ini pihak IMK perlu juga memberitahu kepada penduduk yang berhak mengundi supaya hadir untuk menandakan ruang borang tidak setuju. Ini berbeza dengan calon yang lebih daripada seorang, tentu ada persaingan pengundi. Kemenangan undi ketua kampung secara rasional sangat penting bagi IMK membina masyarakat yang kukuh, bersatu padu, harmoni di samping menjana sumber hasil masyarakat yang berdaya saing dan berdaya tahan demi meningkatkan kesejahteraan hidup masyarakat yang lebih selamat.
Yang terakhir, ialah di bawah Tajuk SE11A โ Jabatan Penjara, di bawah Kod Akaun 001/000 - Pengurusan Dasar dan Pentadbiran, dengan perbelanjaan berulang-ulang tahun 2021/2022 berjumlah $1,038,960.00.
Yang Berhormat Pengerusi. Stigma masyarakat yang dikatakan menebal, memandang sinis terhadap golongan banduan or ODP (Orang Dalam Parol), malah bekas banduan ini sukar mendapat pekerjaan dan kepercayaan dari agensi-agensi pekerjaan. Proses pemulihan membina keyakinan diri para banduan untuk kembali ke pangkuan keluarga dan masyarakat melalui sistem parol adalah amat baik dan terbukti berkesan bagi memberi peluang kepada banduan-banduan untuk mengharungi cabaran hidup bersama masyarakat dan keluarga lebih awal berbanding tempoh hukuman yang perlu dijalankan.
Selain itu, dapat mengurangkan readybase atau kemasukan berulang yang menyebabkan kesesakan penjara dengan jumlah terkini 818 orang banduan seperti yang dijelaskan oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri kelmarin. Dengan adanya pelaksanaan program-program parol ini akan dapat membina banduan berdikari dan memperolehi kehidupan yang lebih baik. Yang penting, mengembalikan hubungan yang terputus bersama keluarga ketika dalam penjara selepas bebas daripada sistem parol. Oleh itu, soalan saya:
-
Apakah perkembangan sistem parol yang telah diura-urakan untuk dilaksanakan seperti yang telah dinyatakan dalam sesi permuzakarahan biskaola dengan jabatan ini pada tahun 2019?; dan
-
Adakah satu akta atau peraturan yang mempunyai pengakuan dalam tempoh tertentu mengatakan ODP ini bebas daripada gelaran โbekas banduanโ? Tujuannya untuk memudahkan mereka mendapatkan peluang-peluang pekerjaan dan sekurang-kurangnya ada keprihatinan masyarakat.
Sekian sahaja, terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeriโ
Terima kasih Yang Berhormat. Soalan pertama itu, boleh saya tidak menjawab, sebenarnya NDMC ini hal berkaitan dengan District Disaster Management Center semalam sudah tajuknya, tetapi tidak apa saya ingin memberi respons jua. Mengenai keluhan mangsa banjir, bantuan tidak selaras sebenarnya ada beberapa agensi yang bertanggungjawab semasa kejadian banjir itu, kebanyakannya operasi kitani ini secara bersepadu antara agensi itu mengikut tahap paras banjir umpamanya apabila banjir itu terlampau tinggi dan tidak dapat dilalui oleh kereta biasa atau kereta 4 roda, maka Angkatan Bersenjata Diraja Brunei akan memberikan bantuan untuk penggunaan trak.
Semua ini sebenarnya ada dalam SOP bagi District Disaster Management Center (DDMC). Bantuan-bantuan makanan, itu diselenggarakan oleh Jabatan Pembangunan Masyarakat, mereka ada jua aturan-aturan yang tertentu. Demikian juga, mengenai bantuan kewangan saya mengalu-alukan dan menggalakkan supaya diadakan permuzakarahan di antara Pengerusi NDMC iaitu Pegawai Daerah dengan penghulu-penghulu dan ketua-ketua kampung untuk menerangkan lagi kedudukan SOP, sekiranya berlaku banjir.
Sebenarnya perkara ini dibuat, sebelum lagi berlaku banjir, kitani selalu mengadakan muzakarah ini untuk anticipate apakah tindakan yang perlu diambil sekiranya berlaku banjir. Sekiranya berlaku, kejadian itu berbagai-bagai peringkat.
Yang kedua mengenai pengundian calon, ini termaktub dalam skim perkhidmatan itu, yang memastikan bahawa calon itu walaupun ia calon tunggal, mesti juga memperolehi 1/3% daripada pengundi yang berdaftar, bukan yang hadir, pengundi yang berdaftar, sebab itulah umpamanya kitani tidak mengadakan pengundian selama sehari jua tetapi boleh kalau belum mencapai 1/3% daripada itu, diadakan selama 3 hari lazimnya iaitu hari Jumaat, Sabtu dan Ahad untuk memberi peluang penduduk-penduduk yang menjadi pengundi itu untuk memilih. Tidak dinafikan bahawa dalam pemilihan ini ada calon, ada penduduk kampung yang berdaftar tidak bersetuju ini yang kita ni dapati ada, bukan semestinya yang hadir itu bersetuju dengan calon itu.
Mengenai penjara, kita berusaha untuk membantu banduan-banduan yang keluar dari penjara itu untuk menempuhi penghidupan baharu dan ke arah ini kaola sukacita mengucapkan terima kasih yang setinggi-tingginya kepada mereka yang memberikan bantuan bukan saja terdiri daripada agensi kerajaan tetapi juga swasta termasuk dari dalam Dewan ini, Yang Berhormat Awang Haji Abdul Hamid @ Sabli bin Haji Arshad dari Sabli Group melalui perniagaan syarikat-syarikat ini memberikan kerjasama untuk melatih banduan-banduan ini selepas keluar dengan kemahiran tertentu yang dapat memberikan mereka peluang untuk kembali ke pangkuan masyarakat.
ุฃูููุญูู ูุฏู ูููููฐู, pada tahun lepas, umpamanya apa yang kita katakan after care association mereka telah menubuhkan persatuannya pada bulan ogos 2020 telah dapat membantu seramai 24 orang dan berjaya 6 daripadanya dapat berusaha sendiri dan yang selebihnya masih bekerja dengan syarikat-syarikat tertentu. Kita berharap mereka akan dapat meneruskan usaha mereka ini dan kepentingan kita ni juga sebagai anggota masyarakat untuk memberikan sokongan kepada mereka ini moral support supaya mereka tidak mengubah fikiran mereka atau terpengaruh dengan perkara-perkara lain dan menjadikan mereka kembali melakukan perkara yang boleh membawa mereka kepada kena dipenjarakan.
Satu perkara yang timbulkan oleh Yang Berhormat tadi, ialah sistem parol sebenarnya betul dan ini telah kita bincangkan dan masih lagi diteliti oleh pihak yang berkenaan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri bersama dengan beberapa agensi tertentu dari segi bagaimana cara untuk melaksanakannya. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusiโ
Sekarang saya memberikan kesempatan kepada Yang Berhormat Awang Haji Tahamit bin Haji Nudin.
Yang Berhormat Awang Haji Tahamit bin Haji Nudinโ
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi Kaola ada 2 persoalan:
-
Melindungi maklumat peribadi penggunaan media sosial seperti facebook dan instagram dapat membantu para pembeli melakukan transaksi jual beli secara online yang menjadi satu platform yang penting untuk menjana perekonomian sesebuah masyarakat namun isu-isu privasi dalam bentuk maklumat peribadi pembeli perlu diambil perhatian agar tidak menjejaskan keamanan sesebuah masyarakat dan negara. Kaola mencadangkan agar masyarakat akan diberi kesedaran dalam perkara ini agar keselamatan privasi dalam bentuk maklumat peribadi agar dapat ditanam dalam diri masyarakat; dan
-
โBerita bohongโ banyak kes buruk yang terjadi akibat hoax atau โberita bohongโ. โBerita bohongโ (hoax) dinilai menjadi ancaman serius kepada negara dalam konteks ekonomi informasi yang diviral yang berupa berita bohong dan biasa merupakan fitnah semata-mata boleh memberi kesan yang negatif terhadap harapan dan perilaku masyarakat setempat dalam bidang bisnes sehingga menjejaskan keuntungan sesuatu perniagaan. Perkara seperti ini boleh meracun fikiran masyarakat dan menyebabkan kemunduran. Dengan ini kaola mencadangkan agar pihak yang berkenaan akan dapat memikirkan dan seterusnya melaksanakan langkah-langkah yang strategik agar โberita bohongโ atau hoax dapat dihentikan atau sekurang-kurang diminimisekan. Sekian Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeriโ
Terima kasih Yang Berhormat yang membawakan 2 perkara mengenai maklumat peribadi dan โberita bohongโ (hoax).
Barangkali kedua-dua perkara ini di luar daripada tanggungjawab Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri walaupun sebenarnya ia memberi kesan kepada anggota masyarakat rakyat dan penduduk negara ini yang juga di bawah kawalan kementerian ini. Terima kasih.
Yang Berhormat Pengerusiโ
Yang Berhormat ada baiknya 2 perkara yang berkenaan ditimbulkan sewaktu kita membincang di bawah Belanjawan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi.
Yang Berhormat Pengerusiโ
Saya persilakan Yang Berhormat Pengiran Haji Ali bin Pengiran Maon.
Yang Berhormat Pengiran Haji Ali bin Pengiran Maonโ
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
ุงูุณููููุงู ู ุนูููููููู ู ููุฑูุญูู ูุฉู ุงูููู ููุจูุฑูููุงุชููู dan salam sejahtera. Yang Berhormat kaola ingin membawa perkara di bawah Tajuk SE11A - Jabatan Penjara. Sebentar tadi rakan sejawatan pun juga mengemukakan mengenai bantuan penghuni keluar dari lepasan penjara tetapi kaola menyentuh mengenai isu recidivist.
Recidivist secara umumnya membawa maksud pesalah atau banduan yang mengulangi kesalahan mereka dan dimasukan semula ke penjara bagi kali kedua dan seterusnya. Kajian pernah dibuat di Negara Brunei Darussalam berhubung dengan isu ini dan hasil kajian berkenaan kita tidak terkecuali adalah antara negara yang menghadapi kadar peratus perangkaan yang tinggi dalam isu recidivist.
Kaola ingin mengucapkan tahniah kepada Jabatan Penjara atas usaha berterusan yang telah dijalankan oleh jabatan berkenaan dalam usaha mengekang masalah ini dari berlarutan dengan menyediakan berbagai-bagai program pemulihan dan bimbingan bagi banduan-banduan khususnya bagi persediaan sebelum dibebaskan walaupun kekangan atas sebab bilangan pegawai penjara yang amat terhad sehingga menjejaskan berlaku program dan bimbingan namun ia masih dapat diteruskan dalam kapisiti yang terhad kelancarannya.
Semoga isu kekurangan pegawai penjara ini sudah atau akan dapat diatasi dengan segera. Kaola maklum mengenai kekurangan pegawai penjara.
Yang Berhormat Pengerusi. Seterusnya antara penyumbang kepada isu-isu recidivist ialah kurangnya sokongan daripada masyarakat khususnya keluarga. Senang cakap, ada keluarga yang payah menerima kembali bekas banduan ke pangkuan keluarga mereka.
Justeru, kaola ingin bertanya apakah program juga ada diberikan kepada keluarga-keluarga banduan? Kaola rasa penting agar mereka lebih terbuka dan lebih bersedia menerima bekas banduan pulang ke pangkuan mereka seterusnya dapat memberikan sokongan moral dan kerohanian.
Satu perkara lagi kaola ingin bertanya, sejauh manakah kejayaan program keseliaan di Jabatan Penjara? Sekian sahaja Yang Berhormat Pengerusi. ููุงูุณููููุงู ู ุนูููููููู ู ููุฑูุญูู ูุฉู ุงูููู ููุจูุฑูููุงุชููู
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeriโ
Terima kasih Yang Berhormat. Mengenai perkara pertama, isu recidivist. Sebenarnya recidivist ini diukur 3 tahun, jadi kalau kitani mengukur tahun 2020 ialah 3 tahun kebelakangannya iaitu 2017. Adakah tidak orang yang masuk cohort 2017 itu masuk balik setelah 3 tahun dan dari perkiraan itu kitani telah mendapati bahawa kadar recidivist di penjara kitani, pada masa ini dalam kadar antara 7.5% kepada 8% iaitu di bawah 10% dan norm, ini sebenarnya within the norm recidivist, ada beberapa negara yang melimpasi 10%.
ุงูุญูู ูุฏู ูููู dari segi tenaga baru-baru ini, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah pun memperkenankan tambahan lantikan seramai 50 orang lagi staff di Jabatan Penjara dan mudah-mudahanlah lepas mereka ini mengikuti latihan-latihan dan bekerja akan dapat menjalankan tugas sebagaimana yang kitani harapkan dan ุฅู ุดุงุก ุงููู akan membantu kedudukan itu.
Mengenai banduan-banduan sama ada program untuk membantu mereka ini selepas keluar, tadi bila menjawab soalan Yang Berhormat Awang Haji Ramli bin Haji Lahit ada saya menyatakan akan peranan yang dimainkan oleh rakan seliaan yang membantu mereka ini dalam memulakan penghidupan baharu, bukan sahaja mencari pekerjaan tetapi menjadi sokongan. ุงูุญูู ูุฏู ูููู Jabatan Perdana Menteri telah pun memberikan satu unit rumah di Kampung Jangsak, iaitu tempat mereka untuk berkumpul.
Ada platform mereka untuk bertemu dengan rakan-rakan mereka dan di sinilah rakan-rakan seliaan yang terdiri daripada NGOs dan juga pihak kerajaan bersama-sama membimbing mereka ini.
Kalau di dalam penjara, keseliaan ini memang semasa mereka di dalam penjara, mereka diberikan kemahiran-kemahiran tertentu mengikut kecenderungan mereka. Beberapa program kemahiran seperti bertukang kayu, menjahit, memasak dan sebagainya malah juga landscaping yang diberikan dengan harapan, dengan kemahiran ini dapat membantu mereka. Saya difahamkan baru-baru ini, ada daripada mereka yang keluar dengan kemahiran tukang jahit dan telah diambil berkhidmat oleh mereka yang menjalankan usaha perniagaan menjahit di bawah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan bertempat di Stadium Negara Hassanal Bolkiah yang dijalankan oleh pengusaha kita ni, ุงูุญูู ูุฏู ูููู.
Dalam hubungan ini, ertinya ia memerlukan whole of nation approach, semua sekali kita ni bertanggungjawab dalam memberikan sokongan kepada mereka yang keluar dari penjara untuk melayari penghidupan baharu mereka. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusiโ
Saya persilakan Yang Berhormat Pengiran Haji Mohamed bin Pengiran Haji Osman @ Othman.
Yang Berhormat Pengiran Haji Mohamed bin Pengiran Haji Osman @ Othmanโ
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
ุจุณู ุงููู ุงูุฑุญู ู ุงูุฑุญูู ุงูุณูููุงูู ู ุนูููููููู ู ููุฑูุญูู ูุฉู ุงูููู ููุจูุฑูููุงุชูููDalam Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, kaola ingin mengajukan pertanyaan mengenai:
-
Di bawah Tajuk SE10A - Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan. Yang Berhormat, kaola ingin mengetahui pemegang entry permit sejak tahun 1998 mengikut peraturan seseorang yang memegang entry permit selama 20 tahun dari tarikh dikeluarkan, boleh memohon taraf kerakyatan dengan syarat mesti mengikuti dan lulus ujian bertulis. Pertanyaan kaola Yang Berhormat, setelah 20 tahun memegang permohonan untuk mendapatkan taraf kerakyataan pada tahun 2018 sehingga kini, belum ada kelulusan dan kebenaran dari Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan, kaola memohon pencerahan daripada Yang Berhormat; dan
-
Kaola ingin mengajukan di bawah Tajuk SE12A - Jabatan Bomba dan Penyelamat. ุงูููุญูู ูุฏู ููููููู ucapan penghargaan syabas dan terima kasih kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat yang telah melaksanakan fungsinya dengan efisien dan efektif dalam memastikan kemusnahan kepada harta benda dan aset yang dapat dielakkan, menangkap binatang berbahaya daripada kediaman juga penyelamat nyawa dan lain-lain. Yang Berhormat, semua ini berpunca daripada urus tadbir yang baik dan juga keupayaan anggota Bomba dan Penyelamat sebagai pelaksanaannya.
Soalan kaola, adakah akta pengecualian ke atas anggota Bomba dan Penyelamat yang mengecualikan pegawai kanan bomba yang dikategorikan medical board tidak perlu menjalani ujian BFT (Basic Fitness Test) berbanding dengan peringkat biasa atau rendah anggota bomba. Ada antara mereka juga dikategorikan medical board tetapi perlu menjalani ujian BFT. Akhirnya, berapa lamakah setiap anggota Bomba dan Penyelamat menjalani tempoh percubaan sebelum dijadikan anggota bomba secara tetap (dari informasi ada yang disampaikan 3 tahun dalam percubaan) dan apakah setelah selesai menjalani latihan sebagai pelatih / rekrut Bomba dan Penyelamat, mereka masih belum diiktiraf sebagai anggota tetap.
Sekian, Yang Berhormat Pengerusi.
ู ุงูุณูุงู
ุนูููู
ูุฑุญู
ุฉ ุงููู ูุจุฑูุงุชู
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeriโ
Terima kasih kepada Yang Berhormat, atas pertanyaan tersebut:
-
Mengenai pemegang entry permit atau Penduduk Tetap 1958 yang selama 20 tahun memohon taraf kerakyatan. Sebagaimana jua Yang Berhormat maklum, ia mestilah menduduki Ujian Bertulis dan kalau ia belum menjalani Ujian Bertulis ia perlulah menjalani Ujian Bertulis itu sebagai satu syarat. Mungkin pertanyaan itu juga, kan bertanya apa kedudukan kerakyatan? Dari tahun 2017 sehingga sekarang ini, sudah terdapat 1,975 orang yang telah dianugerahkan taraf kerakyatan pelbagai kategori; dan
-
Jabatan Bomba dan Penyelamat, mengenai Basic Fitness Test (BFT) ini, bagi mereka yang medical board, bolehlah dirujuk kepada jabatan, tentu ada kriteria atau cara-cara untuk melaksanakan fitness test bagi mereka yang sudah disahkan medical board, ataupun dikecualikan. Saya tidak dapat memberi jawapan yang tepat kerana ia mengikut peraturan-peraturan yang terdapat di Jabatan Bomba dan Penyelamat yang kemungkinan orang seperti ini, tidaklah dapat bekerja di bahagian operasi tetapi mungkin bahagian lain. Tempoh percubaan sebagaimana Yang Berhormat maklum, setelah tempoh percubaan selesai tentulah ada penilaian. Hanya mereka yang dinilai memenuhi kriteria-kriteria untuk ditetapkan dalam jawatannya barulah ditetapkan dalam jawatannya.
Terima kasih.
Yang Berhormat Pengerusiโ
Saya persilakan sekarang Yang Berhormat Awang Haji Abdul Wahab bin Apong.
Yang Berhormat Awang Haji Abdul Wahab bin Apongโ
Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi.
ุจุณู ุงููู ุงูุฑุญู ู ุงูุฑุญูู ุงูุณูุงู ุนูููู ูุฑุญู ุฉ ุงููู ูุจุฑูุงุชู dan salam sejahtera. Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kaola menyentuh di bawah Tajuk SE08A - Pejabat Daerah Tutong. Jabatan Daerah Tutong telah menetapkan 4 program sebagai fungsi utama dengan objektif program masing-masing.
Kaola menyentuh satu daripadanya iaitu di bawah Kod Akaun 004/00 - Institusi Mukim dan Kampung. Peruntukan disediakan sebanyak $936,408.00, yang $13,480.00 daripadanya ialah untuk memperkasa program-program Majlis Perundingan Mukim dan Kampung seperti jamuan-jamuan, mesyuarat dan program dilaksanakan. Sementara itu peruntukan sebanyak $41,000.00 lagi berada di bawah Kod Akaun 003/002 - Inovasi ataupun Satu Kampung, Satu Produk di bawah Program destinasi Daerah Tutong.
Daerah Tutong terdapat 8 mukim dan 33 buah kampung, dari jumlah itu tidak sampai 50% daripadanya melaksanakan atau mengusahakan produk masing-masing dan daripada jumlah 50% itu sebahagiannya ada semasa jualan di Pasarneka dan Tamu Tutong setiap hari Khamis, semasa ekspo-ekspo diadakan dan semasa lawatan oleh pihak berkenaan sahaja.
Kaola selaku penghulu yang terlibat mengikuti perkembangan produk ini merasa masih ada lagi yang perlu diusahakan dalam pembaikan dan mengembangkan perkhidmatan seperti dari segi pemasaran produk masih mempunyai ruang terhad dan masih ketinggalan dalam persaingan dengan produk luar.
Kaola amat gembira usaha Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri bersama Jabatan Daerah Tutong secara berterusan telah dan akan mengadakan kursus dan latihan yang relevan mulai tahun lepas sepertimana mukadimah yang disampaikan oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri semalam.
Kaola mencadangkan selain menyediakan peruntukan yang cukup untuk melaksanakan program kerja Majlis Perundingan Mukim dan Kampung untuk meningkatkan mutu dan pertumbuhan produk baharu, Kaola percaya Jabatan Daerah Tutong melalui IMK hendaklah selalu mengadakan perundingan bersama-sama ketua kampung dan lawatan-lawatan melihat perkembangan produk setiap kampung dan memastikan setiap kampung dan mukim mempunyai produk masing-masing dalam mendukung program setiap Satu Kampung Satu Produk ertinya tidak ada terkecuali.
Kaola juga ingin merujuk KPI anggaran perbelanjaan 2021/2022 Jabatan Daerah Tutong dan mendapati sasaran jumlah kutipan hasil Projek Perekonomian Majlis Perundingan Kampung di Daerah Tutong menurun iaitu kutipan 2011 dan 2020 sebanyak $187,000.00 dan bagi tahun 2021 dan 2022, anggarannya ialah yang tercatat $90,000.00 sahaja, sepatutnya meningkat kerana rakyat dan penduduk negara ini tiada ke luar negara.
Sekian, sahaja terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeriโ
Terima kasih kepada Yang Berhormat. ุงูุณููููุงู ู ุนูููููููู ู ููุฑูุญูู ูุฉู ุงูููู ููุจูุฑูููุงุชููู
Mengenai cadangan, kedua-duanya adalah cadangan. Mengenai Satu Kampung Satu Produk yang perlu ditingkatkan lagi kerana bilangan kampung dan mukimnya yang banyak. Kitani mengucapkan tahniah kepada Daerah Tutong yang berusaha bersungguh-sungguh mencari pelbagai inisiatif untuk meningkatkan Satu Kampung Satu Produk dan inisiatif yang sangat membanggakan itulah tercetusnya jua kitani melancarkan belia membangun, iaitu sokongan bagi menggalakkan para belia dalam mukim dan kampung untuk bergerak secara aktif, menyumbang kepada bukan sahaja menghasilkan produk tetapi juga meningkatkan kedudukan ekonomi.
Contohnya, seperti yang dinyatakan oleh Yang Berhormat tadi itu bahawa mulai kalau tidak silap pada awal tahun ini atau hujung tahun lepas menyediakan tempat untuk pengusaha IKIP secara bergilir-gilir kerana tempat itu kecil yang hanya dapat memberikan ruang kepada 20 pengusaha untuk berjual di 'tamu' pada hari Khamis dan dari maklumat yang saya perolehi pendapatan dari 'tamu' hari Khamis ini antara $3,000.00 ke $4,000.00 yang bermakna bahawa secara puratanya pengusaha mendapat pendapatan $200.00 seminggu dan ini merupakan satu sumbangan yang baik dan harus dicontohi daerah-daerah lain dan mereka juga saya lihat berusaha dalam menggalakkan belia, membimbing saja dan para belia sendiri membuat inisiatif mereka.
Contoh yang saya paling tertarik ialah dengan tidak ada modal belia itu secara bekerjasama dengan seorang yang mendapat bantuan dari MUIB. Ia diberi bantuan MUIB perahu dan enjin untuk ia menangkap ikan dan sebagainya. Semasa ia tidak menangkap ikan, belia ini secara synergy bersama-sama menggunakan bot dan enjinnya untuk membawa pelancong. Ini dengan sendirinya aktivitinya menjana pendapatan kepada mereka dan juga kepada penerima bantuan MUIB ini dan mereka akan berusaha lagi untuk mencari peluang-peluang yang mereka boleh gunakan dalam kemudahan aset yang ada tetapi boleh menjana pendapatan. Itulah contoh inovasinya dalam kalangan graduan yang belum bekerja. Ini inisiatif di Daerah Tutong sebab itu saya ingin mengucapkan tahniah kepada mereka yang membawa belia dan pengusaha ini dan banyak lagi contoh lain.
Perkara itu juga berkaitan dengan yang saya sebutkan mengenai perkara yang dicadangkan oleh Yang Berhormat tadi iaitu kutipan hasil perekonomian. Tahun lepas itu berkurangan $187,000.00. Ini secara menyeluruh memang berkurangan. Kalau tidak pendapatan dari e-Cap kita ni boleh mencecah $1 juta dalam setahun. Tetapi kerana kurangnya ekspo kurangnya peluang-peluang tahun lepas berkurangan dan saya bersetuju untuk tahun 2021/2022 patut meningkat lagi dan mereka patut mencari avenues cara-cara untuk meningkatkan pendapatan mereka. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusiโ
Saya persilakan Yang Berhormat Awang Haji Umarali bin Esung.
Yang Berhormat Awang Haji Umarali bin Esungโ
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
ุจุณู ุงููู ุงูุฑุญู ู ุงูุฑุญูู ุงูุณูุงู ุนูููู ูุฑุญู ุฉ ุงููู ูุจุฑูุงุชู dan salam sejahtera. Kaola bercakap di bawah Tajuk SE10A - Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan. Kaola menyentuh mengenai Kad Pintar (IC) Kebangsaan Negara Brunei Darussalam.
Dalam menghadapi cabaran Revolusi Industri 4.0 apakah peranan pihak-pihak berkenaan bagi menjadikan 'Kad Pintar' (IC) Kebangsaan Negara Brunei Darussalam sebagai satu 'Kad Pintar' lengkap peribadi, ia juga berfungsi sebagai:
- 'Kad Pintar';
- Lesen kenderaan; dan
- Sijil nikah dan sebagainya.
Sekian Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeriโ
Terima kasih Yang Berhormat dan terima kasih atas cadangan ataupun pandangan mengenai โKad Pintarโ yang telah saya sentuh dalam mukadimah saya semalam dan ุฅู ุดุงุก ุงููู sebenarnya โKad Pintarโ kitani itu sedang diteliti bukan saja oleh Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan tetapi juga agensi-agensi lain untuk menjadikannya dapat memuatkan apa juga maklumat-maklumat yang penting sebagaimana Yang Berhormat nyatakan itu. ุฅู ุดุงุก ุงููู ia sudah dalam proses untuk diincorporate dimasukkan.
Yang Berhormat Pengerusiโ
Saya persilakan Yang Berhormat Awang Haji Emran bin Haji Sabtu.
Yang Berhormat Awang Haji Emran bin Haji Sabtuโ
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
ุจุณู ุงููู ุงูุฑุญู ู ุงูุฑุญูู ุงูุณูุงู ู ุนูููููููู ู ููุฑูุญูู ูุฉู ุงูููู ููุจูุฑูููุงุชูููYang Berhormat Pengerusi, kaola ingin merujuk di bawah Tajuk SE09A - Jabatan Daerah Temburong iaitu Projek dan Kemajuan Infrastruktur / Prasarana dan Perkhidmatan dan Pemeliharaan Kemudahan Awam dan Bangunan Kerajaan di bawah kawalan Jabatan Daerah Temburong iaitu menyentuh bangunan jabatan-jabatan kerajaan di Daerah Temburong yang ia telah pun dirasmikan penggunaannya pada 18 Julai 1988 yang lalu, kira-kira 33 tahun.
Dalam usia 33 tahun sudah tentulah banyak perubahan dan kemajuan yang telah dicapai dan mungkin tiba masanya bangunan tersebut memerlukan pengubahsuaian, penambahbaikan, bilik-bilik pejabat dan mungkin juga suatu hari nanti ada unit-unit baharu ditubuhkan, jabatan-jabatan yang bersesuaian untuk dipindahkan ataupun diasingkan daripada bangunan berkenaan.
Kaola ingin mengetahui perancangan masa depan kementerian bagi meningkatkan infrastruktur prasarana bangunan berkenaan sepertimana yang Kaola nyatakan di atas ataupun membangunkan bangunan baharu khususnya Jabatan Daerah Temburong. Ini bertujuan semata-mata bagi memberikan keselesaan kepada pegawai dan kakitangan yang bertugas serta kemudahan orang awam yang mempunyai urusan dengan jabatan-jabatan yang berkenaan seiring dengan perkembangan masa kini Daerah Temburong.
Seterusnya Kaola juga ingin mengetahui perancangan kementerian khususnya Jabatan Daerah Temburong kepada penjaja-penjaja di pondok tepi jalan di sepanjang jalan seperti di kawasan Labu, Perdayan, Batu Apoi dan lain-lain bagi menyediakan tempat yang bersesuaian dan selamat. Seperti yang difahamkan mereka ini sebenarnya telah pun diberikan meja di kawasan 'tamu' sementara di Taman Perayaan tapi mereka ini tidak mahu pindah. Berpindah pun sekejap saja berjual dengan alasan mereka ini tidak 'belurih' berjual di kawasan tersebut jadi terpaksalah mereka ini balik semula berjual di tepi jalan. Untuk itu kaola memohon pencerahan mengenainya.
Sekian disampaikan dan terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeriโ
Terima kasih Yang Berhormat. Satu ialah mengenai bangunan pejabat-pejabat kerajaan di Daerah Temburong. Sebagaimana juga dengan daerah-daerah lain bangunan jabatan kerajaan itu walaupun majoritinya tidak diduduki oleh Jabatan Daerah Temburong ia juga menempatkan jabatan-jabatan kerajaan yang lain di jabatan tersebut. Saya kira perkara ini sekiranya ada keperluan-keperluan untuk penambahan bangunan dan sebagainya akan diambil perhatian oleh pegawai daerah. Perancangan Daerah Temburong bagi penjaja-penjaja di tepi jalan sebagaimana Yang Berhormat nyatakan, kitani bagi tujuan keselamatan telah pun mengambil tindakan supaya menasihatkan penjaja-penjaja ini untuk tidak berjual di tepi jalan dan menyediakan tempat di โtamuโ sementara.
Apa yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat ialah tempat yang kekal. Kalau ini keadaannya tidak juga tahu sama ada tempat yang kekal disediakan, adakah mereka ini akan terus berada di tempat tersebut atau masih lagi seperti dalam peribahasa: โmenangguk ikan di lubuk, sampai ia tahu di sana banyaknya ikan, ia tidak mahu ke tempat lainโ.
Mudah-mudahanlah secara Whole of Government Approach and Nation Approach, kita akan dapat sama-sama mengatasi, sekiranya ada cadangan untuk membuat tempat yang lebih kekal dengan pertimbangan untuk menyediakannya terpaksa dilihat bukan sahaja dari segi kewangannya tentulah dalam kerajaan pada masa ini belum ada tapi kita sedang meneliti kalau ada tapak-tapak tanah yang bersesuaian bagi tujuan tersebut. Terima kasih.
Yang Berhormat Pengerusiโ
Ahli-Ahli Yang Berhormat, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri yang telah menjawab soalan-soalan dan cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat dengan penuh tabah dan terperinci. Saya kira kefahaman daripada Ahli-Ahli Yang Berhormat setentunya sedikit sebanyak akan dapat tertutup memandangkan dengan penjelasan-penjelasan yang telah pun dikemukakan. Tapi, walau macam manapun, saya melihat bahawa perkara yang dikemukakan banyak juga perkara-perkara itu pernah dikemukakan dalam Majlis ini dan tidak putus-putus. Sekiranya perkara itu akan terus dibawa juga kita akan terpaksa menghabiskan waktu untuk menjawabnya dan menelitinya.
Saya kira satu proses yang agak negatif bagaimana kita sustain interest orang ramai tetapi juga interest Ahli-Ahli Yang Berhormat Menteri-Menteri Kabinet untuk menangani soalan-soalan berkenaan itu. Saya kira ada baiknya perkara-perkara yang patut dirundingkan dengan pegawai-pegawai daerah, pegawai-pegawai yang berkenaan itu seelok-eloknya mengemukakan perkara-perkara seperti bajet dan seumpamanya itu kepada pihak-pihak yang tertentu supaya akan dapat dilaksanakan dan dipertanggungjawabkan. Jadi, saya sekarang berpendapat seelok-eloknya perkara ini kita undi iaitu Tajuk SE07A hingga Tajuk SE12A - Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri. Yang bersetuju sila angkat tangan.
(Semua Ahli mengangkat tangan tanda bersetuju)
Yang Dimuliakan Jurutulisโ
Tajuk SA07A hingga Tajuk SA12A โ Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dijadikan sebahagian daripada Jadual. Tajuk SF1A hingga Tajuk SF06A - Kementerian Pendidikan.
Yang Berhormat Pengerusiโ
Ahli-Ahli Yang Berhormat, mesyuarat sekarang berpindah untuk meneliti dan menimbangkan peruntukan Kementerian Pendidikan. Sebelum tajuk ini kita bukakan untuk dibahaskan saya ingin dulu memberikan peluang kepada Yang Berhormat Menteri Pendidikan untuk memberikan kenyataan mukadimahnya tentang belanjawan kementeriannya ini. Saya persilakan Yang Berhormat Menteri Pendidikan.
Yang Berhormat Menteri Pendidikanโ
Terima Kasih, Yang Berhormat Pengerusi.
ุจุณู ุงููู ุงูุฑุญู ู ุงูุฑุญูู ุงูุณูุงู ุนูููู ูุฑุญู ุฉ ุงููู ูุจุฑูุงุชูdan salam sejahtera.
ุงูุญู ุฏู ูููููฐูู ุฑูุจูู ุงูุนูุงููู ูููู ูุงูุตููููุงุฉู ููุงูุณููููุงู ู ุนูููู ุฃูุดูุฑููู ุงูุฃูููุจูููุงุกู ููุงููู ูุฑูุณูููููู ููุนูููู ุขูููู ููุตูุญูุจููู ุฃูุฌูู ูุนูููู.Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, kaola lebih dahulu mengucapkan terima kasih banyak-banyak kepada Yang Berhormat Pengerusi kerana telah memberikan kesempatan kepada kaola untuk memberikan penerangan mengenai tujuan dan fokus utama Kementerian Pendidikan bagi Tahun Kewangan 2021/2022.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pendidikan dan jabatan-jabatan di bawahnya mengucapkan menjunjung kasih yang setinggi-tingginya kepada Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atas kepercayaan dan sokongan dalam memperuntukkan sebanyak $759,740,120.00 bagi Perbelanjaan Tahun Kewangan 2021/2022 dan Perbelanjaan Kemajuan sebanyak $29,412,207.00
Jumlah peruntukan besar yang disediakan ini jelas menunjukkan pendidikan adalah salah satu keutamaan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam melahirkan sumber tenaga manusia yang berkualiti tinggi.
Dengan yang demikian, Kementerian Pendidikan akan meneruskan usahanya โMemberikan Pendidikan Holistik Bagi Mencapai Potensi Sepenuhnya Untuk Semuaโ. ุฅู ุดุงุก ุงููู peruntukan yang besar ini akan Kementerian Pendidikan manfaatkan dengan penuh amanah dan sebaik-baiknya dengan berbelanja mengikut keutamaan dan penghasilan impak yang terbaik. ุงูุญูู ูุฏู ููู pelaburan pendidikan terus membuahkan hasil yang semakin positif khususnya apabila dilihat dari segi keputusan-keputusan peperiksaan awam bagi sekolah-sekolah peringkat rendah dan menengah di bawah Kementerian Pendidikan. Bagi penilaian sekolah rendah (PSR) tahun 2020, ianya telah mencatatkan sebanyak 62.38% atau seramai 2,157 orang calon yang memperolehi Gred โAโ hingga โCโ dalam lima (5) mata pelajaran.
Bagi keputusan GCE 'O' level pula, 42.86% atau 1,861 orang calon memperolehi sekurang-kurangnya 5 'O' level pada tahun 2020 iaitu peningkatan sebanyak 5.52% dari tahun sebelumnya. Keputusan peperiksaan GCE 'A' level telah menunjukkan peningkatan sebanyak 6.99% iaitu sebanyak 82.55% atau seramai 1,154 calon memperolehi sekurang-kurangnya 3 'A' level berbanding tahun sebelumnya sebanyak 75.56%. Jumlah peratus pelajar 'A' Level yang mendapat Gred 'A'-'C' dalam tiga (3) mata pelajaran telah menunjukkan peningkatan yang baik iaitu sebanyak 80.92% pada tahun 2020 berbanding dengan 67.87% pada tahun sebelumnya. Dalam pada itu, peratus pelajar 'A' level yang mempunyai tariff points yang melebihi 240 points juga telah meningkat kepada 51.82% berbanding 37.15% pada tahun 2019. Pencapaian-pencapaian ini adalah berkat hasil usaha gigih para guru, pemimpin sekolah, ibu bapa dan seluruh warga Kementerian Pendidikan khususnya melalui pelaksanaan pelbagai inisiatif strategik pendidikan rendah dan menengah. Di samping itu, peningkatan pembangunan profesional para guru di setiap kluster pendidikan dalam beberapa tahun kebelakangan ini adalah bukti betapa para guru amat peka akan kualiti pengajaran mereka dan hasilnya telah dapat kita lihat melalui prestasi para pelajar yang kian meningkat dalam peperiksaan-peperiksaan awam, peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Pelbagai pencapaian cemerlang juga telah dikecapi di peringkat pengajian tinggi antaranya Universiti Brunei Darussalam (UBD), buat julung kalinya pada tahun 2020 telah memecah masuk carta Times Higher Education Rankings (THE) di kedudukan 401 - 500 dan pada tahun ini pula meningkat di kedudukan 350 - 400 di seluruh dunia. Dalam pada itu, UBD juga meneruskan lagi kecemerlangan mereka dalam QS World University Ranking dengan kedudukannya melonjak naik ke-254 di seluruh dunia pada tahun 2021. Universiti Teknologi Brunei (UTB) juga telah meningkatkan kedudukannya di QS World University Rankings 2021 pada posisi ke-350. Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNNISA) pula telah memenangi Anugerah Kewangan Islam Global 2020 (GIFA 2020) bagi kategori Anugerah Kepimpinan Pasaran GIFA 2020.
ุฅู ุดุงุก ุงููู pencapaian ini akan dapat menjadi pemacu kepada usaha yang lebih besar bagi UNISSA menyumbang kepada pembangunan bidang perbankan dan kewangan Islam di negara ini. Semua kejayaan ini adalah pengiktirafan antarabangsa terhadap keupayaan universiti-universiti tempatan dari segi akademik, penyelidikan, reputasi majikan, nisbah pelajar dan sebagainya.
Di peringkat pengajian teknikal dan vokasional pula, kemasukan pelajar ke Politeknik Brunei (PB) dan Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) semakin bertambah dan kompetitif setiap tahun. Employment rate atau kadar pekerjaan selepas 18 bulan menamatkan pengajian bagi graduan PB dan IBTE kohort 2018 juga telah menunjukkan peratus yang baik iaitu di sekitar 70%.
Ini adalah hasil dari penawaran kursus dan kurikulum yang sejajar dengan kehendak industri dan pasaran pekerjaan melalui kerjasama rapat dengan pihak berkepentingan khususnya Manpower Planning and Employment Council (MPEC). ุฅู ุดุงุก ุงููู dengan sokongan kuat Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, usaha-usaha meningkatkan kemahiran dan kebolehpasaran para pelajar di peringkat teknikal dan vokasional mahupun di pengajian tinggi akan dilipatgandakan lagi.
Yang Berhormat Pengerusi, Ahli-Ahli Yang Berhormat. Di sebalik semua pencapaian yang telah kaola kongsikan tadi masih banyak usaha yang perlu terus dilaksanakan dalam menghasilkan sistem pendidikan berkualiti tinggi yang merangkumi kualiti sumber tenaga manusia yang cemerlang, pemberian akses yang sama dan saksama serta kerjasama erat dengan pihak berkepentingan dalam pembangunan pengajaran dan pembelajaran. Dalam hubungan ini, dikongsikan bahawa antara inisiatif-inisiatif yang akan dilaksanakan pada Tahun Kewangan 2021/2022 khususnya dalam mentransformasikan sumber tenaga manusia yang ada ke arah budaya yang berasaskan prestasi di bawah Objektif Strategik I Pelan Strategik Kementerian Pendidikan 2018 hingga 2022 ialah:
-
Usaha untuk meningkatkan kemahiran dan kapasiti melalui pembangunan profesional (professional development) tenaga pengajar, pegawai dan kakitangan di bawah Kementerian Pendidikan yang terbahagi kepada tiga (3) bahagian iaitu:
i. Program Perkembangan Profesional bagi pemimpin-pemimpin sekolah dan tenaga pengajar;
ii. Program meningkatkan kemahiran dan tahap kompetensi pegawai-pegawai B2 dan ke atas (bukan tenaga pengajar) di Kementerian Pendidikan; dan
iii. Program Perkembangan Pakar Pendidikan.
-
Pembaikan dan pengemaskinian proses pengambilan tenaga pengajar melalui Program Imersi dan Perantis.
Sebahagian dari inisiatif-inisiatif yang dinyatakan adalah selaras dengan keutamaan tema belanjawan Tahun Kewangan 2021/2022 iaitu: โMeningkatkan Produktiviti Negara dan Menjana Sumber Manusia yang Kompeten dan Employableโ.
Manakala, di antara inisiatif-inisiatif utama yang akan dilaksanakan pada Tahun Kewangan 2021/2022 di bawah Objektif Strategik II iaitu untuk menyediakan akses yang sama dan saksama kepada pendidikan berkualiti ialah:
i. Mempertingkatkan kualiti pemeliharaan aset di institusi-institusi pendidikan termasuk di institusi-institusi pengajian tinggi dengan menaik taraf bangunan dan pelaksanaan pemeliharaan komprehensif melalui Projek Facilities Management (FM).
ii. Pemeliharaan dan penaiktarafan prasarana rangkaian bagi sekolah-sekolah dan jabatan-jabatan.
iii. Penyewaan komputer bagi penuntut-penuntut yang kurang berkemampuan untuk membantu dalam pembelajaran secara dalam talian.;
iv. Menambah baik perkhidmatan pengangkutan bas sewa khas dan 'bot temuai'.;
v. Meneruskan pelaksanaan Rancangan Pemakanan Sekolah (RPS), Program Harapan dan Program Anak Harapan.;
vi. Penyemakan semula kurikulum-kurikulum mata pelajaran teras seperti Bahasa Inggeris dan Matematik dengan piawaian atau standard yang sedia ada.;
vii. Mengemas kini dan mewujudkan kurikulum bagi Literasi Kewangan (rendah, menengah dan dewasa) dan Literasi Digital.; dan
viii. Mengemas kini program dukungan pembelajaran atau learning support bagi pelajar-pelajar yang memerlukan.
Sebahagian daripada inisiatif-inisiatif ini adalah selaras dengan keutamaan tema belanjawan Tahun Kewangan 2021/2022 iaitu: โPenyediaan Kemudahan dan Infrastruktur yang Mampan dan Berdaya Tahan Untuk Kesejahteraan Awam dan Perkembangan Ekonomiโ. Di bawah objektif strategik III iaitu untuk meningkatkan perkongsian akauntabiliti dengan pihak berkepentingan dalam pembangunan pengajaran dan pembelajaran, di antara inisiatif utama yang akan dilaksanakan pada Tahun Kewangan 2021/2022 ialah peningkatan hubungan dua hala dengan Kementerian Pendidikan dan institusi pendidikan luar negara serta hubungan dengan organisasi serantau dan antarabangsa.
Dalam pada itu juga, penglibatan berterusan Ahli-Ahli Yang Berhormat, para ibu bapa penjaga dan masyarakat amat dihargai dan diperlukan sepertimana yang dapat dialami semasa mengharungi pandemik COVID-19. Marilah kita bersama-sama mendukung misi kementerian ini: โUntuk Memberikan Pendidikan Holistik Bagi Mencapai Potensi Sepenuhnya Untuk Semua, bagi mencapai visi โPendidikan Berkualiti Negara Dinamikโ.
Yang Berhormat Pehin Pengerusi, Ahli-Ahli Yang Berhormat, kesemua inisiatif-inisiatif yang dirancang untuk dilaksanakan ini juga dihasratkan untuk mencapai Petunjuk Prestasi Utama Kebangsaan (NKPIs) bagi Kementerian Pendidikan dan hasrat Wawasan Brunei 2035 untuk mempunyai rakyat yang berpendidikan, berkemahiran tinggi, beridentiti kebruneian, berciri global, mempunyai jati diri serta nilai-nilai rohani yang tinggi lagi berpegang teguh kepada falsafah Melayu Islam Beraja.
Sekian dan sekali lagi kaola mengucapkan terima kasih banyak-banyak kepada Yang Berhormat Pehin Pengerusi kerana memberikan kesempatan untuk menyampaikan mukadimah ini.
Sekian,
ูุจุงููู ุงูุชูููู ูุงููุฏุงูุฉ. ู ุงูุณูุงู ุนูููู ูุฑุญู ุฉ ุงููู ูุจุฑูุงุชูYang Berhormat Pengerusiโ
Terima kasih Yang Berhormat Menteri Pendidikan kerana memberikan huraian yang begitu jelas tentang penyediaan belanjawan kementeriannya bagi tahun 2021/2022. Ahli-Ahli Yang Berhormat, saya kira cukuplah dahulu kita berbincang pada pagi ini, saya cadangkan Mesyuarat Jawatankuasa ini kita tangguhkan dan kita bersidang semula dalam Persidangan Majlis Mesyuarat Negara.
(Mesyuarat Jawatankuasa ditangguhkan)
(Majlis Mesyuarat bersidang semula)
Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Saya tangguhkan Persidangan kita ini dan kita akan bersidang semula ุฅู ุดุงุก ุงููู pada petang ini nanti sebagaimana lazimnya mulai pukul 2.30 petang.
Sekian,
ูุจุงููู ุงูุชูููู ูุงููุฏุงูุฉุ ู ุงูุณูุงู
ุนูููู
ูุฑุญู
ุฉ ุงููู ูุจุฑูุงุชู
(Majlis Mesyuarat ditangguhkan)
(Majlis Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang)
Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ
ุจุณู ุงููู ุงูุฑุญู ู ุงูุฑุญูู ุงูุณููููุงู ู ุนูููููููู ู ููุฑูุญูู ูุฉู ุงูููู ููุจูุฑูููุงุชูููAhli-Ahli Yang Berhormat pada pagi tadi persidangan masih membincangkan dan membahaskan Perkara VI - Rang Undang-Undang (2021) Perbekalan, 2021/2022 yang telah pun dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II.
Bagi membolehkan kita berbincang dan meneliti tajuk-tajuk bagi Rang Belanjawan seterusnya saya tangguhkan dahulu Persidangan Majlis Mesyuarat Negara ini untuk kita bersidang semula di Peringkat Jawatankuasa.
(Majlis Mesyuarat ditangguhkan)
(Mesyuarat bersidang sebagai Jawatankuasa)
Yang Berhormat Pengerusiโ
ุจุณู ุงููู ุงูุฑุญู ู ุงูุฑุญููAhli-Ahli Yang Berhormat, sekarang kita bersidang dalam Peringkat Jawatankuasa sepenuhnya bagi meneliti dan menimbangkan Rang Undang-Undang (2021) Perbekalan, 2021/2022 satu per satu.
Pada pagi tadi, kita telah pun meluluskan tajuk-tajuk di bawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan seterusnya kita telah pun membentangkan tajuk di bawah Kementerian Pendidikan dan ูฑููุญูู ูุฏู ูููููฐูู Yang Berhormat Menteri Pendidikan telah pun menyampaikan mukadimahnya tentang belanjawan dan hala tuju Kementerian Pendidikan secara terperinci dan komprehensif.
Maka saya sekarang membuka bagi tajuk-tajuk ini dibahaskan di bawah kementerian ini dan dibincangkan selanjutnya.
Saya mempunyai senarai Ahli Yang Berhormat yang suka untuk turut serta dalam perbincangan yang berkenaan ini. Saya mulakan dengan menjemput Yang Berhormat Awang Iswandy bin Ahmad.
Yang Berhormat Awang Iswandy bin Ahmadโ
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
ุจูุณูู ู ุงูููู ุงูุฑููุญูู ูฐูู ุงูุฑููุญูููู ู ุงูุณูููุงูู ู ุนูููููููู ู ููุฑูุญูู ูุฉู ุงูููู ููุจูุฑูููุงุชูููTerus saja di bawah Kod Akaun yang dibincangkan pada petang ini iaitu Jabatan Pendidikan mengenai pengajian tinggi. Universiti-universiti kita ini seperti Universiti Brunei Darussalam, Universiti Teknologi Brunei dan Universiti Islam Sultan Sharif Ali sebagai institusi pengajian tinggi negara dalam beberapa tahun ini telah menunjukkan peningkatan mutu pendidikan.
Kalau dilihat pengeluaran universiti kita ini, contoh saja pada tahun 2017, pelepasan berjumlah kira-kira 2000 lebih graduan. Ada lagi diketahui bahawa setiap universiti mempunyai badan bertanggungjawab khusus untuk alumni. Tetapi tidak diketahui sejauh mana ini beroperasi untuk memaksimumkan keterlibatan alumni kita ini dalam meningkatkan mutu universiti.
Penglibatan alumni seperti yang diketahui boleh memperkayakan universiti menambah peluang pembangunan sumber manusia.
Soalan saya, apakah tahap penglibatan persatuan alumni ini dan apakah usaha ke hadapannya kerana saya tidak melihat mana-mana peruntukan yang diberikan spesifik untuk alumni ini? Ingin mencadangkan untuk mewujudkan sebuah platform yang bersesuaian bagi menyatukan dan mentadbir alumni-alumni kita ini untuk menjadi sebuah sumber yang berguna untuk institusi-institusi pendidikan ini serta para alumni merasa dihargai serta terdapat menyumbang baik kepada alma mater mereka. malah contoh sahaja di negara-negara lain, para alumni inilah turut menyumbangkan kewangan bagi alma mater mereka dan perkara ini dapat direfleksikan di sini. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Menteri Pendidikanโ
Terima kasih Yang Berhormat atas soalan mengenai alumni di universiti-universiti dan pada cadangan yang diberikan. Buat pengetahuan bersama, semua universiti memang ada badan alumni mereka tersendiri.
Soalan yang ditanyakan, bagaimana penglibatan mereka di universiti, memang ada penglibatan terutama dari segi mengadakan taklimat-taklimat terutama dalam memberikan jalan hala tuju kerjaya bagi bakal-bakal graduan dan memang alumni-alumni ini melalui badan-badannya akan melibatkan diri dengan universiti-universiti itu.
Mungkin yang belum berapa nampak macam mana mereka dapat menampilkan diri secara menyerlah lagi mengenai penglibatan mereka di universiti-universiti tersebut, seperti contoh di Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) alumninya memang aktif seperti dalam bidang dakwah dan bersama dengan universiti mereka itu dulu.
Di Universiti Brunei Darussalam memang ada penglibatan mereka terutama dalam memberikan maklumat mengenai kerjaya yang Universiti Brunei Darussalam menyediakan Job fair.
Memang ada dalam rancangan untuk menyusun lagi lebih rapi mengenai penglibatan alumni-alumni di universiti-universiti ini dan diharapkan suatu masa nanti alumni-alumni ini juga akan dapat menyumbang dari segi, bukan saja masa dan pengalaman tetapi juga dari segi kewangan untuk pembangunan universiti-universiti seperti yang terdapat di universiti-universiti yang telah pun lama wujud di negara-negara lain.
Sekian, Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusiโ
Saya kurang faham mengenai soalan Yang Berhormat Awang Iswandy bin Ahmad mengenai tajuk peruntukan yang diperlukan. Pada fahaman saya, saya mempunyai ijazah dari luar negeri tidak pernah alumni yang berkenaan mendapat peruntukan daripada kerajaan disebaliknya saya yang memberi bantuan kepada alumni yang berkenaan itu.
Jadi, bagi caranya alumni itu hidup ialah kami sudah belajar di bawah naungan universiti-universiti berkenaan terhutang budi kepada universiti itu, now is the payback time bagi kita untuk memberikan sumbangan kewangan yang seperlunya kepada universiti-universiti tempat kita berteduh dulu. Itu maksudnya.
Yang Berhormat Awang Iswandy bin Ahmadโ
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi, begitulah maksud saya mengenai perkara ini walaupun peruntukan yang dimaksudkan bukanlah yang diberikan oleh kerajaan malah untuk menyasarkan alumni-alumni kitani untuk membantu dan juga menyumbangkan keperluan bagi universiti-universiti kitani supaya ia lebih berdaya tahan dan juga memperkasakan universiti kitani. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusiโ
Terima kasih. Saya beralih kepada Yang Berhormat Pengiran Haji Ali bin Pengiran Maon.
Yang Berhormat Pengiran Haji Ali bin Pengiran Maonโ
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. ุงูุณููููุงู ู ุนูููููููู ู ููุฑูุญูู ูุฉู ุงูููู ููุจูุฑูููุงุชููู dan salam sejahtera. Yang Berhormat Pengerusi. Pertama sekali penghargaan yang setinggi-tingginya serta tahniah atas pembentangan mukadimah yang disampaikan oleh Yang Berhormat Menteri Pendidikan pagi tadi.
Maka di sini kaola menyampaikan 2 perkara di bawah Tajuk SF01A. Kaola terus sahaja ke soalan Yang Berhormat Pengerusi:
-
Kementerian Pendidikan telah memperkenalkan Program Harapan dan Program Anak Harapan sejak tahun 2018 dengan memberikan kemudahan pemakanan iaitu sarapan pagi dan makan tengah hari kepada beberapa buah sekolah menengah dan sekolah rendah yang terpilih. Kedua-dua program ini bertujuan:
i. Membantu pelajar-pelajar di sekolah berkenaan meningkatkan potensi mereka secara maksimum;
ii. Membantu menjadikan para pelajar lebih bersedia dan pembelajaran yang berkesan; dan
iii. Merangsang peningkatan kehadiran dan pencapaian pendidikan mereka.
Ini selaras dengan matlamat pembangunan mampan (sustainable development goal) iaitu untuk memberikan peluang pembelajaran yang inclusive dan saksama dengan memastikan semua pelajar berada di sekolah dan bersedia untuk belajar.
Sehubungan dengan itu, sukacita kaola ingin tahu, semenjak program-program ini dilaksanakan boleh kiranya pihak Kementerian Pendidikan mengongsikan keberkesanannya. Adakah data-data atau bukti yang menunjukkan dengan memberikan kemudahan pemakanan sekolah-sekolah berkenaan telah berjaya meningkatkan kehadiran pelajarannya?
Dari sudut akademik pula, adakah data-data yang mempamerkan peningkatan dalam prestasi pelajar sama ada melalui keputusan Penilaian Sekolah Rendah (PSR) bagi pelajar-pelajar di sekolah rendah yang terlibat ataupun keputusan Peperiksaan GCE 'O' level bagi pelajar-pelajar di sekolah menengah? Jika terbukti Program Harapan dan Program Anak Harapan ini telah berkesan, adakah Kementerian Pendidikan juga merancang untuk meluaskan ke sekolah yang lain?
- Keputusan pelajar-pelajar yang menduduki Penilaian Sekolah Rendah (PSR) dan Peperiksaan Antarabangsa seperti GCE 'O' level dan GCE 'A' level bagi tahun 2020 adalah memberangsangkan. Bagi keputusan PSR hampir 22% calon mendapat gred 'A' dalam 5 mata pelajaran iaitu kenaikan sebanyak 6.17% dari tahun sebelumnya. Bagi peperiksaan GCE 'O' level sejumlah 45% calon peringkat nasional telah memperolehi 5 hingga 12 'O' level iaitu meningkat sebanyak 4.2% dari tahun sebelumnya. Begitu juga peperiksaan GCE 'A' level 75% peringkat nasional telah memperolehi 3 'A' level iaitu peningkatan sebanyak 4.74% dari tahun sebelumnya. Syabas kepada Kementerian Pendidikan dan tahniah yang setinggi-tingginya kepada guru-guru yang mendidik pelajar-pelajar yang cemerlang.
Soalan kaola, adakah pihak Kementerian Pendidikan telah membuat kajian mengenai punca kenaikan prestasi pelajar bagi tahun 2020 memandangkan negara kita turut terjejas akibat pandemik COVID-19 sehingga sekolah ditutup dan pembelajaran berjalan secara dalam talian? Adakah pembelajaran secara dalam talian turut menyumbangkan terhadap peningkatan prestasi akademik pelajar?
Jika ada, bukti-bukti yang menunjukkan pembelajaran secara dalam talian boleh memberikan kesan yang positif kepada proses pembelajaran, apakah tindakan strategik Kementerian Pendidikan dalam menggalakkan sekolah-sekolah dan institusi pendidikan untuk mengamalkan pembelajaran dalam talian ataupun blended learning?
Sekian, Yang Berhormat Pengerusi. ูุจุงููู ุงูุชูููู ูุงููุฏุงูุฉุ ู ุงูุณูุงู ุนูููู ูุฑุญู ุฉ ุงููู ูุจุฑูุงุชู
Yang Berhormat Menteri Pendidikanโ
Terima kasih Yang Berhormat atas soalan-soalan dan juga cadangan yang diberikan. Bagi menjawab soalan mengenai Program Harapan dan Program Anak Harapan, kajian dibuat secara on going sebab program-program masih lagi berjalan dan kajian awal menunjukkan dengan objektif untuk meninggikan kedatangan, program ini diberikan makan dan minum pada anak-anak ini untuk meningkatkan akses kepada pendidikan. Jadi, yang dilihat kedatangan mempunyai mixed impact dan ada sekolah-sekolah yang menunjukkan peningkatan yang perlu dikaji lagi untuk meningkatkannya.
Mengenai impaknya kepada akademik iaitu keputusannya adalah impact secara indirect bukannya secara direct kepada program-program ini. Ada didapati dari peringkat menengah 4 dari 5 sekolah yang mengikuti program ini menunjukkan peningkatan iaitu 80% sekolah-sekolah tersebut menunjukkan peningkatan dari 1 sekolah masih lagi perlu dipertingkatkan dan perlu difahami sekolah itu sekolah yang mempunyai cabaran-cabaran yang lain lagi. Program ini perlu lagi diperkukuhkan lagi dengan program-program lain lagi untuk mendapatkan peningkatan tersebut.
Mengenai soalan kedua iaitu kajian prestasi peningkatan keputusan pada tahun 2020 kita ini menghadapi pandemik COVID-19 dan keputusan yang telah diterima memang di luar jangkaan terutama dari peperiksaan di peringkat antarabangsa.
Masa ini Kementerian Pendidikan melakukan kajian terperinci dari kajian yang singkat sebab keputusan ini baru diterima dan didapati bahawa program-program learning support yang telah diberikan oleh guru-guru terutama setelah kita ni membuka sekolah dapat memberikan impak yang baik kepada anak-anak murid kita ni, pelajar-pelajar kita ni dan mungkin juga akan dikaji lagi dengan alternative a way of teaching 'diorang' ini iaitu dari segi blended akan memberikan impak tetapi kajian terperinci ini belum lagi selesai dan diharapkan akan dapat diselesaikan dalam sedikit masa lagi dan juga mengenai blended learning memang dalam rancangan Kementerian Pendidikan, ia akan dijadikan satu kebiasaan.
Inilah new normal ataupun norma baharu dalam alam pendidikan bahawa blended learning akan diadakan. Untuk pengetahuan bersama jua, Kementerian Pendidikan baru saja selesai mengadakan School Leaders Convention bahawa program blended learning punya framework telah pun dilancarkan dan diharapkan ia akan menjadi satu kebiasaan ataupun norma baharu dalam sekolah-sekolah kerajaan pada masa-masa akan datang. Impaknya jua akan dikaji dengan lebih lanjut lagi agar ia dapat diperbaiki dari semasa ke semasa.
Memang blended learning adalah hala tuju masa hadapan kita ni dan ia akan menjadikan satu kaedah yang mungkin dapat memberikan impak-impak yang positif. Bukan saja dari segi akademik, dari segi infrastruktur, menambah lagi tempat-tempat pengajian terutama dalam pengajian peringkat tinggi. Pada masa ini jua, memang Kementerian Pendidikan menggubal dan juga untuk launch mengenai digital literacy agar blended learning ini lebih dapat disupport dengan baik dan jua untuk meningkatkan rangkaian sekolah kita ni agar ia dapat memberikan keselesaan bukan saja pada guru-guru mengajar dan juga pada pelajar-pelajar dalam melalui pembelajaran mereka dalam talian itu. Sekian, Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusiโ
Saya persilakan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Putera Maharaja Dato Paduka Awang Haji Abdul Ghani bin Pehin Datu Pekerma Dewa Dato Paduka Haji Abdul Rahim.
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Putera Maharaja Dato Paduka Awang Haji Abdul Ghani bin Pehin Datu Pekerma Dewa Dato Paduka Awang Haji Abdul Rahimโ
ุจุณู ุงููู ุงูุฑููุญูู ูฐูู ุงูุฑููุญููู ู ุฃูููุญูู ูุฏู ููููููู ุฑูุจูู ุงููุนูุงููู ูููู ููุงูุตููููุงุฉู ููุงูุณููููุงู ู ุนูููู ุฃูุดูุฑููู ุงููุฃูููุจูููุงุกู ููุงููู ูุฑูุณูููููู ููุนูููู ุขูููู ููุตูุญูุจููู ุฃูุฌูู ูุนูููู.Yang Berhormat Pengerusi, Kaola hanya ingin mengaitkan apa yang akan kaola sampaikan kepada mukadimah Yang Berhormat Menteri Pendidikan tadi ada dua isu:
- Tahniah atau mabruk dalam bahasa Arab, atas kejayaan pelajar-pelajar kita ni dalam pelbagai peringkat peperiksaan yang telah mencapai tahap yang baik dan membanggakan. Walau bagaimanapun, dari satu segi kelulusan merupakan prasyarat jua bagi kejayaan seseorang pelajar pada masa hadapannya. Tetapi, ada lagi satu aspek lain yang menjadi nilai tambah yang lebih baik kepada kejayaan dalam bidang pelajaran itu.
Maksud kaola ialah, dahulu kitani ada sistem '3M', semasa kitani belajar di sekolah rendah, kitani diajar: 'M'-Membaca, 'M'-Menulis dan 'M'-Mengira. Dengan '3M' itu, membesarlah kitani menjadi insan dan ada yang berjaya hingga ke menara gading dan seterusnya ke luar negeri dengan '3M'.
Tapi adakalanya, kitani beroleh kelulusan yang tinggi-tinggi tetapi pulang dengan menjadi orang lain, bukan yang diharapkan oleh negara, tidaklah banyak segelintir. Jadi, kaola ingin mengaitkan perkara itu dengan satu lagi 'M'. Perkara ini pernah kaola ristakan dalam muzakarah dengan Yang Berhormat Menteri Pendidikan, 'inda' silap dalam bulan Disember 2020 atau bulan Januari, kaola lupa tarikhnya.
Iaitu, satu lagi 'M' yang kaola maksudkan itu ialah 'Menghayati'. Menghayati apa yang diajar itu mana baik diambil untuk meneruskan kelangsungan kejayaan kitani dan mana yang tidak baik jadikan sempadan dan teladan. Ini ada kaitannya dengan pembinaan jati diri anak bangsa sebagai bangsa Brunei. Amatlah mustahak menghayati apa yang diajarkan itu dengan sesungguhnya termasuklah apa yang diajarkan oleh agama, apa yang diajarkan melalui budaya bangsa dan sebagainya. Jadi, kaola cadangkan lagi satu 'M' - Menghayati.; dan
- Kejayaan pembelajaran kanak-kanak kitani itu ada kaitannya jua dengan sistem yang diamalkan dan kitani ada jua dahulu diajarkan menulis Jawi. Kaola sering menimbulkan isu tulisan Jawi ini dan penggunaan tulisan Jawi di muzakarah-muzakarah dengan kementerian-kementerian. Tetapi kali ini, kaola kaitkan dengan beberapa pertanyaan.
Sejauh manakah pencapaian murid-murid dalam pengetahuan tulisan Jawi dari peringkat rendah, menengah dan seterusnya peringkat tinggi? Secara realitinya, kaola sering terjumpa pelajar-pelajar di peringkat menengah yang belum lancar membaca Jawi. Kalau membaca Quran, mereka boleh tahan kerana ada baris. Tapi kalau Jawi ada kecelaruan sedikit, ditambah lagi dengan adanya tiga sistem tulisan Jawi pada masa ini seperti yang pernah kaola sebutkan dalam mesyuarat dua tahun lepas di Dewan yang mulia ini.
Jadi, timbul beberapa kecelaruan kepada pihak pelajar dan juga orang ramai. Ada tiga sistem iaitu sistem Kementerian Pendidikan, sistem Kementerian Hal Ehwal Ugama dan juga sistem Jabatan Adat Istiadat Negara dari segi ejaannya. Jadi, pertanyaan kaola ialah sejauh mana pencapaian ataupun penerimaan pelajar-pelajar dalam pelajaran tulisan Jawi? Adakah ia diperkasakan dengan mengajar mereka secara subjek yang tetap ataupun ada program-program khusus bagi memperkasakan tulisan Jawi di sekolah-sekolah? Antaranya termasuk barangkali langkah-langkah menjawikan papan-papan ataupun kenyataan notis-notis, bangunan sekolah-sekolah, adakah ditaruh jua tulisan Jawi?
Kaola tertarik semalam sembahyang Jumaat di Kampung Burung Pingai, kaola terperanjat melihat semua jalan di kampung itu, ditulis dalam tulisan Jawi di atasnya dan diikuti dengan tulisan Rumi dan nama-nama jalannya pun 'bisai', nama-nama buah (buah surapit, buah durian dan sebagainya). Satu yang menggembirakanlah kerana ada Jawi sebagai khazanah kitani.
Jadi, kaola harap isu Jawi ini janganlah kitani pinggirkan ataupun anggap ianya kurang penting kerana Jawi adalah khazanah bangsa dan perlu kitani pertahankan, perjuangkan, tingkatkan dan malah ada jawatankuasa khas mengharmonikan sistem tulisan Jawi ini. Demikian yang dapat kaola sampaikan dan terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Menteri Pendidikanโ
Terima kasih, Yang Berhormat mengenai soalan-soalan tadi dan juga cadangan yang diberikan. Untuk menjawabnya, Kementerian Pendidikan bersetuju dengan cadangan Yang Berhormat mengenai โMenghayatiโ itu tadi.
Memang dalam sistem pendidikan kitani, menghayati ini diberikan keutamaan kalau dari segi pedagogy is mastery agar pelajar-pelajar kitani bukan sahaja tahu tetapi menghayati dan ia akan memberikan lebih pengertian dan juga internalization yang lebih mendalam dan ia akan memberi impak dari segi kelakuan. Jadi, memang itu tujuan SPN-21 dan ia akan dipantau dari semasa ke semasa.
Untuk meningkatkan lagi menghayati jati diri bangsa kitani, Kementerian Pendidikan juga melaksanakannya melalui kokurikulum yang diadakan di sekolah-sekolah dan ia diharapkan akan memantapkan lagi penghayatan pelajar-pelajar kitani agar jati diri mereka akan lebih mantap dan kekal sebagai orang Brunei. Harus difahami jua, pada masa ini generasi muda menghadapi pelbagai cabaran terutama dalam dunia yang bersifat global dan connectivitynya mungkin lebih mendalam. Jadi, perkara ini menjadi perhatian Kementerian Pendidikan.
Bagi menjawab soalan kedua mengenai tulisan Jawi ini, Kementerian Pendidikan memberikan tekanan juga kepada pelajaran Jawi yang merupakan salah satu kemahiran yang dimasukkan ke dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dari peringkat rendah hingga peringkat menengah. Perkara ini telah lama dilaksanakan bukan sahaja dalam sistem SPN-21 malah dari sistem formal yang dilaksanakan di negara ini pada masa-masa yang lalu jua.
Jabatan Perkembangan Kurikulum telah pun berusaha menyediakan pelbagai bahan sumber seperti buku teks Jawi dan bahan-bahan tambahan seperti kad-kad Jawi untuk memperkayakan kemahiran pelajar-pelajar membaca dan menulis dalam Jawi. Di peringkat rendah, pelajaran Jawi dimasukkan dalam peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah dan manakala di peringkat menengah, pelajaran Jawi diajarkan sebagai kesinambungan kepada pelajar-pelajar bagi mengukuhkan pelajaran Jawi pada masa kini.
Dikongsikan jua, ada inisiatif sekolah dalam Program Membaca Jawi, iaitu perpustakaan sekolah menyediakan buku-buku cerita dan rujukan dalam tulisan Jawi. Kolaborasi bersama dengan Dewan Bahasa dan Pustaka dibuat bagi mendapatkan senarai buku cerita dalam tulisan Jawi yang ada pada masa ini dan yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Diharap ia akan berterusan jua pada masa akan datang.
Di peringkat tinggi juga, umpamanya di IBTE, ia diterapkan dalam mata pelajaran Islamic Religious Knowledge (IRK) dan Melayu Islam Beraja (MIB) yang dimestikan kepada semua program di IBTE. Dalam pada itu juga, UNISSA pula bergiat aktif menganjurkan bengkel-bengkel asas seni khat dan pameran serta pertandingan berkaitan dengannya untuk orang ramai dan para belia.
Sekian, Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusiโ
Sekarang saya persilakan, Yang Berhormat Awang Haji Mohimin bin Haji Johari @ Jahari.
Yang Berhormat Awang Haji Mohimin bin Haji Johari @ Jahariโ
Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi.
ุจุณู ุงููู ุงูุฑุญู ู ุงูุฑุญูู ุฃูููุญูู ูุฏู ูููููฐูู ุฑูุจูู ุงููุนูุงููู ูููู ููุงูุตููููุงุฉู ููุงูุณููููุงู ู ุนูููู ุฃูุดูุฑููู ุงููุฃูููุจูููุงุกู ููุงููู ูุฑูุณูููููู ููุนูููู ุขูููู ููุตูุญูุจููู ุฃูุฌูู ูุนูููู.- Kaola suka untuk membawa di bawah Tajuk SF01A โ Jabatan Kementerian Pendidikan.
Kaola membawa berkenaan SPN21 yang pernah direviu pada tahun 2012. Beberapa kaji selidik telah dijalankan kepada guru, murid dan kalangan ibu bapa. Hasil kaji selidik telah pun dilaporkan kepada Yang Berhormat Menteri Pendidikan dan dikongsi sama dengan semua warga Kementerian Pendidikan.
Beberapa perubahan kecil telah dilaksanakan seperti Program Literasi di peringkat pendidikan rendah. Kaola kira, sudah tepat masanya untuk direviu kali kedua tetapi reviu yang khusus target seperti reviu inisiatif-inisiatif yang ada pada masa ini seperti BTEC Level khusus pelajar-pelajar cenderung kepada bidang teknikal seperti Level Skill Certificate 1, Foundation, Skill Certificate 2 dan lain-lain yang dikira sesuai untuk direviu mengikut kesesuaian masa kini.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam juga pernah bertitah semasa lawatan tidak berjadual ke Kementerian Pendidikan pada 12 Januari 2021 mengenai SPN-21 perlu direviu.
- Seterusnya kaola membawa di bawah Tajuk SF02A โ Universiti Brunei Darussalam:
i. Dicadangkan dikaji semula age limit 30 tahun bagi mereka yang ingin mengambil degree untuk mendapatkan scholarship kerana jika mengikut sistem sekarang, umur yang layak untuk mengambil degree ialah sehingga 30 tahun sahaja. Bererti bagi mereka yang berumur 30 tahun ke atas, terpaksa perbelanjaan sendiri.
Kalau kira, negara mengalu-alukan rakyat berpendidikan tidak mengira umur, ุฅููู ุดูุงุกู ูฑูููููฐูู ia akan mendatangkan manfaat kepada negara. ุฅููู ุดูุงุกู ูฑูููููฐูู seseorang yang berilmu akan memberi manfaat kepada orang lain. ูฑูููููฐูู ุณูุจูุญูุงูููู ููุชูุนูุงููููฐ berfirman, maksudnya: ูฑูููููฐูู meninggikan orang-orang yang beriman antara kamu dan orang-orang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat.โ Surah Al-Mujaddalah, ayat 11.;
ii. Dicadangkan supaya kantin ditambah bilangannya dua atau tiga kerana masa kini makanan yang disediakan dikatakan kurang dari segi rasa dan harga kupon. Oleh sebab itu, penuntut kurang berminat dengan makanan yang disediakan sedangkan penuntut-penuntut memerlukan kupon untuk mendapatkan makanan.
Sekian terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Menteri Pendidikanโ
Terima kasih, Yang Berhormat mengenai soalan-soalan dan cadangan yang diberikan.
Untuk menjawab mengenai SPN-21 ini, pihak Kementerian Pendidikan mengadakan reviunya sepanjang masa, bukannya mengikut masa-masa tertentu sahaja, sebab banyak program yang dilaksanakan. Ia berkenaan dengan SPN-21 dari segi kurikulum, standard, pedagogy dan juga peperiksaannya, penyediaan segala material dan sebagainya.
Memang ia akan diperbaiki dari semasa ke semasa, sebab sistem memang sudah berjalan dan ia akan diberikan perhatian di mana parts sistem ini yang memerlukan pembaikan. Seperti yang dibentangkan dalam mukadimah itu, semua yang dilaksanakan untuk pembaikan SPN-21 secara menyeluruh.
Jadi, ia satu sistem pendidikan yang kitani lalui dan diharapkan semuanya ini akan diberi emphasis sebaik-baiknya yang didapati kekurangan akan diberikan pembaikan.
Seperti jua yang dicadangkan tadi, dalam Program BTEC dalam reviu Kementerian Pendidikan, adakah ia bersesuaian dan di mana lagi keperluan-keperluan yang diperlukan seperti guru-guru dan juga training guru-guru dalam BTEC, kurikulum dan juga kemudahan-kemudahan untuk melaksanakan program BTEC berkenaan adakah ia mencukupi atau tidak, sentiasa dilakukan dan ada juga didapati kekurangan-kekurangannya pada masa ini dalam pembaikan.
Mengenai cadangan untuk mereviu age limit untuk mendapatkan scholarship dalam negeri, Kementerian Pendidikan menyambut baik dan mungkin akan dilihat juga apakah ia dapat kita laksanakan dalam keadaan kita menghadapi dalam bajet defisit dan diharapkan ia dapat dilaksanakan dengan baiknya dan akan memberikan satu kebaikan kepada Negara Brunei Darussalam secara seluruhnya.
Mengenai cadangan kantin ditambah, perkara ini akan diambil maklum dan akan disiasat lagi dengan pembaikan dalam penyediaan kantin dan makanan di UBD akan dapat diperbaiki lagi dan terima kasih juga atas cadangan-cadangan yang telah diberikan itu.
Sekian. Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusiโ
Saya persilakan pula Yang Berhormat Awang Haji Ramli bin Haji Lahit.
Yang Berhormat Awang Haji Ramli bin Haji Lahitโ
Terima kasih. Yang Berhormat Pengerusi.
ุจูุณูู ู ุงูููู ุงูุฑููุญูู ูฐูู ุงูุฑููุญูููู ู ุงูุณูููุงูู ู ุนูููููููู ู ููุฑูุญูู ูุฉู ุงูููู ููุจูุฑูููุงุชููู dan salam sejahtera. Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.
- Kaola bercakap di bawah Kod Akaun 001/00 - Pengurusan Dasar dan Pentadbiran, mengenai Pengiktirafan Kelayakan dan Kelulusan. Brunei Qualification Framework ringkasnya BDQF samalah juga seperti National Qualification Framework (NQF) iaitu satu instrumen yang menyediakan garis panduan bagi mengklasifikasikan kelayakan atau kelulusan.
Dalam ASEAN, Negara Brunei Darussalam menyertai penubuhan (NQF) National Qualification Framework yang dianggotai oleh Malaysia, Thailand, Filipina dan Indonesia. Soalan kaola jika pelajar-pelajar Negara Brunei Darussalam mempunyai kelulusan dari bukan negara keanggotaan NQF ini adakah kelulusan dari negara lain dalam ASEAN diguna pakai di Negara Brunei Darussalam dengan pengiktirafan yang sama atau ada perubahankah tertakluk kepada modul kursus institusi pengajian tinggi di tempat-tempat berkenaan?;
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.
- Isu kedua ialah di bawah Kod Akaun 007/007 - Pusat Keusahawanan dan Inovatif. Kaola pernah mendengar Skim Pendidikan Keusahawanan Brunei (Brunei Entrepreneurship Education Scheme) iaitu ringkasnya BEES iaitu usaha sama Kementerian Pendidikan dengan Syarikat Brunei Shell Petroleum Sendirian Berhad juga Program BEES jumpstart Kementerian Pendidikan yang pada suatu ketika dulu pernah menganjurkan Ekspo Pembangunan Keusahawanan Pelajar ataupun Student Entrepreneurship and Development Expo ringkasnya SEDEX dalam menggalakkan budaya keusahawanan dan inovasi dalam kalangan pelajar. Jadi, kaola ingin tahu apakah perkembangan program ini dan apakah ada cadangan untuk meneruskan lagi SEDEX ini sebagai perancangan untuk memperkasakan Pusat Keusahawanan dan Inovatif seterusnya?
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.
- Kaola bercakap mengenai di bawah Kod Akaun 003/00 - Pendidikan Rendah. Lebih dahulu kaola merakamkan ucapan tahniah kepada Bahagian Pendidikan Rendah kerana telah banyak menubuhkan badan-badan kebajikan umpamanya Skim Miftahun Najaah yang memberi kesaksamaan peluang pendidikan negara iaitu Projek Rintis Kelas Tuisyen iaitu PRKT yang berbentuk kelas tambahan percuma dan juga program sekolah contoh. Soalan kaola, apakah perkembangan kedua-dua program ini, adakah masih lagi dilaksanakan sebab sejak akhir-akhir ini tidak lagi kedengaran aktivitinya?
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.
Kaola meneruskan isu lagi dalam Pendidikan Rendah ini iaitu ura-ura perpindahan murid-murid dari Sekolah Benutan untuk digabungkan dengan Sekolah Rendah Panchong. Dalam perancangan ini setentunya mengalami masalah seperti kemudahan pengangkutan, tempat tinggal sementara berdekatan Sekolah Rendah Panchong atau Skim Pemakanan Tengah hari dengan pelajar-pelajar menyambung sekolah agama, kerana jarak jauh antara kedua sekolah.
Selain itu, keadaan jalan yang kurang selesa dan sering menghadapi banjir kerana pada akhir tahun lepas dan awal tahun ini sahaja ada lima kali dilanda banjir menyebabkan kenderaan jenis saloon tidak dapat melaluinya. Jika kemudahan ini tidak dapat disediakan, maka akan terjejas kehadiran murid berkenaan ke Sekolah Rendah Panchong dan terjejasnya juga program dakwah keagamaan yang tidak langsung kerana persekolahan agama sebelah petang ada kalangan murid dari yang non-muslim.
Kaola menghormati cadangan gabungan ini kerana matlamat Kementerian Pendidikan amat jelas iaitu untuk meningkatkan masalah sosial yang positif dan meningkatkan pencapaian akademik juga mahu personaliti yang lebih menarik kepada pelajar yang bergabung dari dibiarkan sahaja pelajar dalam kumpulan kecil dan terpencil.
Jika kemudahan yang Kaola sebutkan tadi tidak dapat disediakan dan gabungan diteruskan juga, maka implikasi daripada masalah ini boleh menyebabkan keresahan dan mungkin stress dalam kalangan pelajar dan ibu bapa seterusnya boleh menyebabkan pelajar dan ibu bapa mengambil tindakan yang tidak sewajarnya seperti memberhentikan pelajar dari bersekolah. Hal ini sering berlaku kepada keluarga yang kurang berkemampuan. Oleh itu, kaola dan ibu bapa penduduk berkenaan ingin tahu apakah keputusan perancangan gabungan ini diteruskan atau tidak, kalau diteruskan juga apakah sudah persediaan yang telah dirancangkan setakat ini?
Sekian sahaja Yang Berhormat Pengerusi. Terima kasih.
ูุจุงููู ุงูุชูููู ูุงููุฏุงูุฉ. ู ุงูุณูุงู ู ุนูููููููู ู ููุฑูุญูู ูุฉู ุงูููู ููุจูุฑูููุงุชูููYang Berhormat Menteri Pendidikanโ
Terima kasih Yang Berhormat mengenai soalan-soalan yang diberikan itu. Mengenai soal pengiktirafan kelulusan dari luar negeri, ia perlulah diketahui dan ini pun sudah juga diterangkan pada masa lalu di Dewan yang mulia ini. Setiap program yang diikuti oleh orang kita di luar negara dipohonkan untuk merujuk kepada Kementerian Pendidikan, adakah ia diiktiraf oleh Kerajaan Negara Brunei Darussalam juga sebelum mengikutinya supaya perkara yang tidak diingini akan berlaku.
Jadinya, memang program-program di luar negara itu kita nilai secara case by case, adakah ia mengikuti standard atau kriteria-kriteria yang telah ditetapkan agar ia selaras dengan kehendak-kehendak kita. Itulah yang dapat kita kongsikan. Mengenai Entrepreneurship Innovation Centre adalah satu peningkatan dari program BEES jumpstart yang telah pun dinyatakan tadi oleh Yang Berhormat bahawa kita memantapkan lagi Pendidikan Keusahawanan dalam semua peringkat pendidikan di negara ini.
Sebab itulah Kementerian Pendidikan menubuhkan Entrepreneurship Innovation Centre iaitu mereka mempunyai program-program yang lebih teratur dan sistematik di peringkat rendah, menengah agar kita dapat memberikan ilmu dan juga amalan-amalan terbaik dan juga untuk menyuntik keinginan menjadi seorang pengusaha dalam kalangan pelajar ini dari peringkat rendah lagi hingga ke peringkat menengah dan seterusnya. Jadinya, itulah sebabnya mengapa program BEES jumpstart telah pun dirangkumi dalam Program Entrepreneurship Innovation Centre.
Mengenai pendidikan rendah, cadangan pencantuman Sekolah Rendah Benutan dan Sekolah Rendah Panchong itu adalah satu cadangan untuk memberikan anak-anak satu pengalaman pendidikan yang lebih mantap dan tidak terpencil dan kita memikirkan jati dirinya, bagaimana dibangunkan dan sebagainya. Perkara-perkara yang telah pun dibangkitkan oleh Yang Berhormat telah pun difikirkan.
Jika cadangan ini dipersetujui oleh semua pihak, bukannya one way street dan perundingan telah pun diadakan dengan ibu bapa, guru-guru dan ketua-ketua komuniti tersebut dan didapati pada masa ini belum ada persetujuan secara sebulat suara dicapai. Cadangan itu masih lagi tinggal cadangan dan belum lagi dapat dipraktikkan sehinggalah nanti ada persetujuan bersama semua pihak didapati. Jadinya itulah the latest situation mengenai cadangan percantuman kedua-dua sekolah berkenaan.
Mengenai Program Miftahun Najaah, ia masih lagi berjalan dan diharapkan ia akan dilakukan dengan lebih baik lagi dengan agensi-agensi NGO yang lain dan diharapkan ia akan dapat memberikan manfaat kepada pelajar-pelajar dalam Program Miftahun Najaah ini. Itu saja yang dapat diberikan buat masa ini dan mungkin pada masa-masa akan datang akan diberikan lagi bukti-bukti yang lebih terperinci mengenainya. Sekian Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusiโ
Terima kasih Yang Berhormat. Saya persilakan sekarang Yang Berhormat Pengiran Haji Mohamed bin Pengiran Haji Osman @ Othman.
Yang Berhormat Pengiran Haji Mohamed bin Pengiran Haji Osman @ Othmanโ
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. ุจุณู ุงููู ุงูุฑุญู ู ุงูุฑุญูู ุงูุณูููุงูู ู ุนูููููููู ู ููุฑูุญูู ูุฉู ุงูููู ููุจูุฑูููุงุชููู
Penghargaan yang setinggi-tingginya kepada Yang Berhormat Menteri Pendidikan atas mukadimah mengenai Kementerian Pendidikan pada pagi tadi. Kaola ingin mengajukan isu mengenai Unit Pendidikan Khas, salah satu matlamat dalam Wawasan Brunei 2035 ialah bagi melahirkan rakyat yang berpendidikan dan berkemahiran tinggi.
-
Soalannya, apakah peranan dan perancangan Kementerian Pendidikan khususnya Unit Pendidikan Khas dalam membantu kerajaan mencapai matlamat ini terutama sekali bagi pelajar-pelajar atau individu-individu berkeperluan khas atau kelainan upaya?;
-
Merujuk titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa lawatan tidak berjadual baginda ke Kementerian Pendidikan pada 12 Januari 2021 yang lalu, baginda ada bertitah: "Jumlah guru-guru di bawah UPK ataupun Unit Pendidikan Khas kurang dan tidak mampu menampung keramaian murid-murid keperluan khas di sekolah-sekolah dan ini memerlukan tindakan yang cepat". Soalannya apakah perbincangan atau tindakan-tindakan yang telah dilaksanakan oleh pihak Kementerian Pendidikan khususnya Unit Pendidikan Khas dalam menyahut titah baginda mengenai perkara ini?; dan
-
Selain isu-isu seperti bebanan tugas guru Pendidikan Khas yang berlebihan dan jumlah keramaian murid keperluan khas yang terlalu ramai, ada didengar guru-guru Pendidikan Khas juga berhadapan dengan isu seperti dalam kalangan murid keperluan khas yang membuat perkara-perkara yang kurang elok seperti menggigit guru atau murid yang lain, meludah ke arah guru atau murid yang lain, menarik tudung guru ataupun murid yang lain dengan kasar ketika marah, mencakar guru atau murid yang lain dan sebagainya. Perkara ini merupakan antara isu yang signifikan yang dihadapi oleh guru-guru Pendidikan Khas di sekolah dan tidak harus dipandang ringan memandangkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sendiri ada bertitah ketika lawatan tidak berjadual ke Kementerian Pendidikan seperti kaola sebutkan tadi pada 12 Januari 2021 yang berbunyi: โIsu sekolah memang mencabar kerana itu perlu diberikan perhatian istimewa.โ
Soalannya, bagaimana cara pihak Kementerian Pendidikan atau Unit Pendidikan Khas menangani isu seperti ini bagi memastikan aspek-aspek seperti keselamatan, kesihatan, fizikal serta mental guru-guru dan murid-murid lain terjaga?
Sekian Yang Berhormat Pengerusi.
ููุงูุณููููุงู
ู ุนูููููููู
ู ููุฑูุญูู
ูุฉู ุงูููู ููุจูุฑูููุงุชููู
Yang Berhormat Menteri Pendidikanโ
Terima kasih Yang Berhormat, atas soalan-soalan tersebut terutama mengenai Unit Pendidikan Khas dan kaola akan menjawabnya secara menyeluruh kerana soalan-soalan ketiga-tiga itu berkaitan dengannya. Apa yang sedang dibuat oleh Kementerian Pendidikan untuk memantapkan lagi Pendidikan Khas di Negara Brunei Darussalam ini? Tindakan-tindakan yang telah diambil ialah untuk menubuhkan centre of excellence iaitu kita akan mencentralise Pendidikan Khas kepada sekolah-sekolah tertentu di setiap daerah agar kita dapat memaksimumkan semua resources kita terutama dari segi guru dan juga tenaga-tenaga pengajar lain yang diperlukan dalam Pendidikan Khas dan juga teaching resources dan juga dari segi peralatan-peralatan pembelajaran yang diperlukan untuk memberikan pendidikan kepada anak-anak murid khas kita ini. Jadinya ia telah pun dilaksanakan di Daerah Temburong dan ุฅู ุดุงุก ุงููู pada Tahun Kewangan 2021/2022 ini ia akan dilaratkan ke Daerah Belait dan juga Daerah Tutong.
Semasa ini perancangan dan juga pelaksanaan renovasi sekolah-sekolah telah pun dibuat dan diharapkan ia akan dapat dilaksanakan dalam tahun kewangan akan datang ini. Untuk menangani tentang kekurangan guru UPK ini, pihak kementerian telah pun mengadakan jawatan-jawatan yang dalam proses ditrade-off untuk guru-guru, assistant teachers yang diperlukan untuk menangani guru-guru SENA dan ada juga pengambilan guru-guru SENA yang dibuat dan ia diharapkan akan dapat dilaksanakan sesegera mungkin.
Mengenai bagaimana untuk menangani juga kesejahteraan guru-guru SENA supaya ia dapat mengelakkan daripada kecederaan, yang diperlukan ialah mereka ini diberikan latihan yang secukupnya untuk menangani pelajar-pelajar khas ini bukan sahaja guru SENA juga guru-guru penolong mereka dan juga home room teachernya dan lain-lain dan diharapkan latihan ini dapat menolong mereka dapat menangani ini.
Latihan-latihan ini memerlukan masa dan ia akan menjejaskan tindakan-tindakan kita ni adakah ia tidak dapat dilakukan dengan segera.
Dalam usaha Kementerian Pendidikan bukan sahaja untuk guru-guru SENA, tetapi untuk seluruh guru di negara ini iaitu di bawah Kementerian Pendidikan, satu unit kebajikan guru-guru sedang ditubuhkan untuk menangani isu-isu seperti stres dan juga isu-isu mental para guru. Inilah sebahagian daripada tindakan yang diambil, Unit Kaunseling para guru yang terdapat pada masa ini adalah Unit Kaunseling untuk murid-murid dan sekarang ini dalam proses penubuhannya ialah Unit Kaunseling untuk guru-guru agar kebajikan guru-guru lebih dapat ditangani dan ia akan memberikan satu tempat yang guru-guru kita ni dapat menyuarakan kewahaman ataupun masalah-masalah mereka hadapi.
Sekian, Yang Berhormat Pengerusi yang dapat dikongsikan pada masa ini.
Yang Berhormat Pengerusiโ
Saya persilakan Yang Berhormat Awang Haji Tahamit bin Haji Nudin.
Yang Berhormat Awang Haji Tahamit bin Haji Nudinโ
Terima kasih. Kaola ingin membawakan di bawah Tajuk SF01A.
- Isu Salah Padan Subjek. Kementerian Pendidikan perlu mengambil langkah yang strategik dan bersepadu dalam pengambilan mata pelajaran atau course di institusi pendidikan tertentu.
Pihak kerajaan perlu meneliti kombinasi subjek yang akan dipelajari kerana ditakuti tidak sepadan kesannya. Ini akan menjejaskan masa depan pelajar itu sendiri. Selain potensi mereka yang tidak dapat dioptimumkan, pembaziran tenaga kerja akan berlaku.
Oleh itu, isu salah padan subjek perlu diambil lebih serius. Hal ini bagi mengelak efek yang buruk kepada masyarakat dan negara kita sendiri. Dengan ini juga, kaola mencadangkan agar para ibu bapa atau penjaga serta pendidik diberikan ilmu kesedaran tentang kepentingan hal ini bagi mengelak keciciran pelajar dalam masa yang sama.
-
Pengajaran Dirakam. Kaola mencadangkan agar Kementerian Pendidikan akan dapat menambah baik cara penyampaian pengajaran bagi pelbagai mata pelajaran yang pelbagai. Salah satu cara bagi meningkatkan kualiti pengajaran adalah dengan merakam cara pengajaran proses pelajaran antara pendidik dan pelajar mereka. Namun hanya guru-guru yang dirasakan layak dan berkualiti sahaja terpilih boleh dirakam dan seterusnya bahan tersebut boleh dikongsi dengan para pendidik lainnya dengan izin guru berkenaan sendiri. Kaedah ini diharap akan dapat meningkatkan kualiti pengajaran para pendidik dan pembelajaran para pelajar dan supaya para pendidik yang lainnya dapat menerapkan teknik dan kaedah yang efektif dalam kelas masing-masing; dan
-
Program Elak Keciciran Pelajar. Terdapat sebilangan pelajar yang tercicir dari mendapatkan pendidikan yang sewajarnya disebabkan oleh masalah rumah tangga ibu bapa mereka atau masalah peribadi lainnya. Untuk itu, kaola mencadangkan agar kes seperti ini akan dapat ditangani oleh pihak Kementerian Pendidikan dengan melibatkan pelbagai organisasi seperti JAPEM, Badan-Badan NGO dan seumpamanya.
Seterusnya menempatkan mereka semula ke sekolah yang berpatutan yang sepatutnya mereka hadiri bagi mengurangi masalah sosial. Kaola berharap langkah intervensi akan dapat dijadikan keutamaan guru atau pegawai pendidikan pada peringkat daerah dan negeri perlu bekerjasama bagi mengelakkan pelajar berisiko tercicir selagi punca keciciran tidak ditangani selagi itulah potensi rakyat belum dapat dioptimumkan.
Sekian, terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Menteri Pendidikanโ
Terima kasih Yang Berhormat atas soalan-soalan tersebut dan Kementerian Pendidikan mengambil baik atas cadangan-cadangan yang telah diberikan itu. Bagi menjawab isu salah padan subjek ini, akan dikongsikan setiap pelajar dan ibu bapa sebelum memilih subjek itu memang ada sesi konsultasinya. Terutama bagi pelajar selepas โOโ level kan masuk ke โAโ level dan juga program-program yang lain itu. Mereka akan berbincang dengan para guru mengenai pemilihan subjek-subjek tertentu itu.
Di Kementerian Pendidikan ada Unit Kerjaya dan unit ini yang juga memberikan bimbingan guidelines dan juga maklumat-maklumat mengenai subjek-subjek yang dapat dipilih agar isu salah padan ini dapat dielakkan. Diseru kepada semua pelajar dan ibu bapa akan dapat merujuk kepada sekolah-sekolah yang ada mempunyai Unit Kerjaya dan juga Kementerian Pendidikan yang memang ada unit tersebut.
Pada masa ini, ada dilaksanakan untuk menyebarluaskan lagi maklumat-maklumat terutama dalam digital formnya dan diharapkan ia akan dapat dilaksanakan secepat mungkin untuk kebaikan ibu bapa dan juga murid-murid itu.
Mengenai Rakaman Pengajaran. Terima kasih atas cadangan tersebut. Kementerian Pendidikan telah memulakan program membuat rakaman mengenai mata-mata pelajaran. Sesungguhnya, matlamat yang akan dicapai oleh Kementerian Pendidikan amatlah tinggi iaitu merakam semua kelas yang diberikan di negara ini agar ia dapat diupload dalam sistem pendidikan kita ni dan memberikan akses kepada semua orang.
Ini matlamat besar Kementerian Pendidikan pada masa ini dan sebab itu pada masa ini ada kemudahan rakaman diberikan kepada 9 buah sekolah yang diharapkan mereka akan dapat merakam dari Tahun 1 hingga ke Tahun 13, ia berpuluh-puluh ribu rakaman yang akan dibuat dan diharapkan ia akan dapat dilakukan dan belum lagi dapat dikira berapa tahun projek ini akan dapat dilaksanakan dan ia mengambil kira juga mungkin pada tahun-tahun akan datang mungkin ada rakaman perlu dibuat dan mengambil kira ada perubahan-perubahannya. Itulah program yang dilaksanakan pada masa ini oleh Kementerian Pendidikan dan mana-mana guru yang didapati sesuai untuk membuat rakaman itu akan diberikan keutamaan seperti mana-mana guru yang telah menerima anugerah pada Hari Guru yang berkemahiran dari segi pedagogi. Mereka diberi keutamaan untuk membuat rakaman agar rakaman tersebut dapat dimanfaatkan oleh bukan sahaja para pelajar tetapi juga kepada guru-guru lain untuk memperbaiki pedagogi masing-masing.
Mengenai elak keciciran pelajar ini mungkin Yang Berhormat sendiri telah pun menyatakan puncanya ialah isu sosial. Sekolah-sekolah adalah penerima isu sosial ini, jadinya diharapkan penyelesaiannya dapat kitani buat dari segi menangani isu sosial tersebut agar sekolah-sekolah tidak terjejas sebab ia melibatkan pelajar-pelajar yang menghadapi isu sosial itu. Isu sosial ini selalunya berada di luar sekolah, memang ada tindakan ataupun program-program telah dibuat dengan kementerian-kementerian lain dan juga NGO lain dalam approach kitani The Whole of Nation Approach untuk mengurangkan keciciran pelajar ini dan selalunya keciciran ini berlaku dari masalah di luar sekolah. Penyelesaiannya mestilah dilakukan di luar sekolah agar pelajar-pelajar ini dapat bersekolah dan tidak tercicir.
Tindakan-tindakan ataupun program-program yang telah dibuat pada masa ini oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dengan kementerian-kementerian lain dan agensi-agensi lain dan juga NGO untuk mengurangkan perkara-perkara ini. Diharapkan ia akan mengurangkan isu keciciran pelajar ini, Kementerian Pendidikan mengalu-alukan dan berharap ia dapat diselesaikan dengan baik secara Whole of Nation Approach agar pendidikan kanak-kanak tersebut tidak terjejas. Itu adalah kepentingan yang diberikan oleh Kementerian Pendidikan, diharapkan sama-samalah kitani memikirkan nanti yang isu-isu sosial ini dapat kitani selesaikan agar ia tidak akan menimbulkan isu keciciran pelajar rakyat kitani.
Sekian Yang Berhormat Pengerusi. Itu sahaja yang dapat dikongsikan pada masa ini.
Yang Berhormat Pengerusiโ
Saya persilakan Yang Berhormat Fdr. Ar. Dayang Siti Rozaimeriyanty binti Dato Seri Laila Jasa Haji Abdul Rahman.
Yang Berhormat Fdr. Ar. Dayang Siti Rozaimeriyanty binti Dato Seri Laila Jasa Haji Abdul Rahmanโ
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Saya ingin mengucapkan terima kasih atas mukadimah tadi dan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri Pendidikan atas peningkatan dan pencapaian yang telah diperolehi dalam keputusan peperiksaan-peperiksaan awam bagi pendidikan rendah dan menengah termasuklah peperiksaan PSR, Brunei Cambridge GCE 'O' level dan GCE 'A' level. Ini pencapaian yang sangat bermakna bagi negara kita kerana negara juga menghadapi berbagai-bagai cabaran sepanjang tahun 2020 kerana COVID-19.
Pihak Kementerian Pendidikan terutama sekali tenaga-tenaga pengajar telah bertungkus-lumus dalam memastikan pelajar-pelajar bersedia untuk menghadapi peperiksaan-peperiksaan awam apa lagi bila pengajaran dan pembelajaran harus dilakukan secara dalam talian. Ini menunjukkan betapa berpotensinya negara kita to adapt dalam meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran sungguhpun berhadapan dengan cabaran global demi melahirkan anak-anak tempatan yang berkualiti dan berpendidikan tinggi.
ุงูุญู ุฏ ููู, atas inisiatif pihak kementerian dalam pelaksanaan Facilities Management yang telah menjimatkan perbelanjaan kerajaan sebanyak kira-kira $6.8 juta setahun dan berjaya menjana 260 pekerjaan kepada anak-anak tempatan tetapi masih banyak yang perlu dilaksanakan termasuklah memastikan keselamatan kebakaran di bangunan sekolah-sekolah, mematuhi Perintah Keselamatan Kebakaran 2016.
- Perkara yang ingin saya bincangkan ialah mengenai pemeliharaan aset-aset di bawah Kementerian Pendidikan. Saya difahamkan bahawa pihak kementerian mempunyai jumlah aset kerajaan yang tertinggi dari jumlah aset kerajaan secara keseluruhannya. Melalui data yang saya perolehi setakat Disember 2020, terdapat lebih dari 1000 aset bangunan kerajaan telah didaftarkan di bawah Kementerian Pembangunan dan lebih dari 100 aset yang masih kosong ataupun terbiar. Kebanyakan aset bangunan tersebut juga terletak di kawasan prime areas.
Saya ingin mencadangkan supaya aset-aset tersebut bolehlah dibukakan secara lease agar ia dapat diberi purpose kepada pihak-pihak berpotensi di pihak swasta seperti pusat penjagaan kanak-kanak dan sekolah-sekolah swasta yang kebanyakannya pada masa ini terletak di kawasan perumahan persendirian. Keselamatan bangunan di kawasan-kawasan perumahan ini membahayakan apalagi ia juga menjadi laluan penghuni-penghuni sekitar kawasan tersebut.
Dengan adanya tawaran-tawaran lease kepada bangunan-bangunan terbiar ini ia boleh menjana hasil kepada kerajaan dan sekali gus mengurangkan kos pemeliharaan aset yang harus ditanggung oleh pihak kementerian; dan
2. Perkara mengenai projek perintis SMART Classroom di bawah pelaksanaan Educational Technology Center untuk mengembangkan pendekatan pembelajaran, Digital SMART Classroom dan kandungan digital serta mengintegrasikan Learning Management System untuk pembelajaran para pelajar serta latihan dan perkembangan profesional para guru. Projek perintis ini juga ialah salah satu projek yang dilaksanakan di bawah Digital Economy Master Plan 2020. Usaha ini menjurus kepada mengukuhkan penerapan digital dalam pendidikan negara.
Saya ingin mengetahui mengenai status pelaksanaan projek Pilot Project SMART Classroom ini dalam kalangan pelajar sebagai salah satu key project deliverable di bawah Digital Economy Master Plan 2025.
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Menteri Pendidikanโ
Terima kasih Yang Berhormat atas soalan dan juga cadangan yang diberikan itu. Mengenai aset, Kementerian Pendidikan pada masa ini Kementerian Pendidikan pun dalam proses mengira dan memperbaiki aset-aset tersebut dan ada dalam pemikiran untuk mengeksplorasi kaedah leasing ataupun PPP ke atas aset-aset yang tidak diperlukan oleh Kementerian Pendidikan itu. Jadinya, pada masa ini memang dalam proses penelitian dan ada juga yang sudah pun diserahkan kepada Kementerian Pembangunan seperti aset-aset rumah dan flat untuk kegunaan kerajaan nanti. Cadangan itu diambil baik oleh Kementerian Pendidikan dan diharapkan akan dapat diusahakan dan juga dapat kitani manfaatkan segala aset yang terdapat ini. Ia tertakluk kepada aset-aset tersebut tidak lagi diperlukan oleh Kementerian Pendidikan dan itu satu cara untuk ia dapat dioptimumkan penggunaannya.
Mengenai SMART Classroom ini, projek ini projek baharu, ia baru dibuat pada Januari tahun ini. Jadinya, penilaiannya masih belum dapat dibuat dan untuk pengetahuan bersama projek ini adalah SMART Classroom untuk membantu guru-guru memahirkan diri dari segi menggunakan teknologi pendidikan agar pedagogi mereka akan lebih berimpak tinggi kepada pelajar-pelajar dan jua untuk para pelajar menggunakan teknologi-teknologi baharu ini dalam pembelajaran mereka agar mereka lebih lagi tertarik dan mempunyai fokus yang lebih baik dari itu juga akan dikaji dan diharapkan program ini akan melahirkan best practises dari segi pedagogi dan memberikan data-data bagi kajian Kementerian Pendidikan bagaimana pelajar kitani belajar dengan menggunakan gajet-gajet ini agar kitani akan lebih tahu apa yang praktikal dan apa yang dapat memberikan impak yang tinggi dari segi pembelajaran dan pengajaran.
Semua data ini akan dikaji dan diharapkan output yang diberikan dari program SMART classroom ini akan memberikan garis panduan yang baik kepada guru-guru bagaimana menggunakan teknologi dalam pengajaran dan akan memberikan data-data yang penting kepada Kementerian Pendidikan, bagaimana pelajar-pelajar pada masa kini dapat disatukan dengan pengetahuan pedagogi yang berlainan kepada pelajar, sepertimana yang kita ini ketahui setiap pelajar itu cara belajarnya yang lain-lain dan diharapkan data-data ini dapat memberikan informasi yang diperlukan untuk menyesuaikan cara pengajaran dengan cara pembelajaran anak murid kita ini.
Sekian itu saja yang dapat dikongsikan Yang Berhormat.
Yang Berhormat Pengerusiโ
Terima kasih Yang Berhormat, saya persilakan Yang Berhormat Awang Haji Abdul Wahab bin Apong.
Yang Berhormat Awang Haji Abdul Wahab bin Apongโ
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
ุงูุณููููุงู ู ุนูููููููู ู ููุฑูุญูู ูุฉู ุงูููู ููุจูุฑูููุงุชููู dan salam sejahtera. Kaola menyentuh di bawah Tajuk Pengajian Tinggi, kaola ingin mengusulkan satu cadangan kepada Kementerian Pendidikan. Seperti kita maklum setiap tahun pengambilan pelajar dari peringkat pra-universiti, politeknik dan institusi-institusi yang sebanding dengannya.
Universiti-universiti di negara ini terhad dan ada juga universiti yang terpaksa mengambil lebih ramai pelajar dari kapasiti yang sedia ada, ini serba sedikit menjejaskan kapasiti universiti berkenaan dan kemungkinan juga kualiti pembelajaran dan pengajarannya. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui Kementerian Pendidikan juga membelanjakan sejumlah perbelanjaan yang besar untuk menghantar anak-anak tempatan untuk melanjutkan pengajian mereka ke luar negeri.
Di samping itu, para ibu bapa yang berkemampuan dan ada juga yang terpaksa membuat pinjaman bank menghantar anak-anak mereka ke luar negara disebabkan oleh tempat yang terhad di universiti tempatan dan bidang kursus yang tidak ada ditawarkan di negara ini.
Kaola mencadangkan kepada Kementerian Pendidikan untuk membuat kajian yang terperinci mengenai perkara ini jika ia sudah dikaji beberapa tahun yang lalu untuk dikaji lagi sekali. Memikirkan untuk membuka pintu k itani kepada pelabur di dalam atau di luar negara untuk menubuhkan universiti private di negara ini dengan memperkenalkan dasar memudah cara untuk memudahkan pelabur itu segera melabur dan menubuhkan universiti berkenaan.
Kaola percaya dengan adanya universiti itu nanti akan dapat menampung keperluan-keperluan hasil dari kajian di atas termasuk membuka ruang bagi kemasukan pelajar-pelajar antarabangsa yang dapat menangani masalah kemasukan ke universiti tempatan yang tidak mencukupi. Kaola juga percaya ini dapat mengurangkan perbelanjaan kerajaan jika semua atau sebahagian pelajar yang dihantar ke luar negara disalurkan kemasukan mereka ke universiti private berkenaan dan kaola juga percaya ibu bapa ada pilihan dekat dan berkualiti daripada menghantar anak-anak mereka ke luar negara serta boleh menyumbang kepada galakan pelajaran di negara ini.
Sekian untuk disampaikan Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Menteri Pendidikanโ
Terima kasih Yang Berhormat atas cadangan tersebut. Memang dari segi dasar Kementerian Pendidikan mengalu-alukan jika ada pelabur-pelabur yang ingin melabur dalam sektor pendidikan terutama dari sektor pengajian tinggi dan perkara ini sudah dilaksanakan dan sudah juga dibuat kajian mengenai keperluan-keperluan kitani dan apa potensi-potensi para pelabur untuk melabur di sektor pendidikan Bahagian Pengajian Tinggi terutama di peringkat TVET. TVET telah mengadakan baseline studynya dan telah memberikan maklumat-maklumat tertentu mungkin berguna untuk pelabur yang berminat untuk melakukan aktiviti pelaburan di sektor pendidikan di negara ini.
Di peringkat universiti pun dialu-alukan agar dapat memberikan lagi kepelbagaian program kepada pelajar-pelajar di Brunei ini dan juga memberikan fiscal consolidation indirect kepada Kementerian Pendidikan jika program-program dapat dilaksanakan oleh pihak swasta. Kementerian Pendidikan menyambut baik cadangan tersebut dan akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan pelaburan ke sektor pendidikan terutama di sektor pengajian tinggi dan diharapkan ia akan dapat diambil perhatian oleh para pelabur yang berminat di sektor swasta.
Sekian itu sahaja yang dapat dikongsikan. Sekian Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusiโ
Saya persilakan Yang Berhormat Dayang Nik Hafimi binti Abdul Haadii.
Yang Berhormat Dayang Nik Hafimi binti Abdul Haadiiโ
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
ุงูุณููููุงู ู ุนูููููููู ู ููุฑูุญูู ูุฉู ุงูููู ููุจูุฑูููุงุชููู dan salam sejahtera. Lebih dahulu kaola ucapkan tahniah kepada Yang Berhormat atas perjuangan Kementerian Pendidikan dalam mukadimah yang menjurus kepada Wawasan Brunei 2035 dalam pendidikan senegara. Kaola membawa soalan dan cadangan di bawah Tajuk SF01A - Jabatan Kementerian Pendidikan atas perancangan sektor, pemantauan dan perkembangan sistem.
Dalam tatacara holistik untuk memperkembangkan industri pendidikan sama ada melalui PPP approach atau sumbangan aktiviti persekolahan swasta, saya difahamkan bahawa hal peretakan sekolah swasta ini melibatkan beberapa jabatan dari kementerian-kementerian yang berbeza tetapi apabila kaola sendiri melihat peningkatan pelajar di sekolah swasta setiap tahun dikhuatiri akan mempunyai impak dari segi kapasiti bangunan, kawasan bangunan dan kemudahan sampingan.
-
Adakah kementerian atau jabatan yang berkenaan memantau jumlah murid dan waktu sesi persekolahan di kawasan-kawasan yang terlibat? Adakah Kementerian Pendidikan mempunyai bidang kuasa untuk menetapkan limit jumlah pelajar di sekolah atau kekerapan waktu sesi persekolahan?; dan
-
Untuk menyokong juga cadangan rakan Yang Berhormat dan juga keterangan Kementerian Pendidikan tentang utilization of asset, kaola juga menambah cadangan untuk mengadakan Jawatankuasa Penasihat dan stakeholders ke atas perancangan dengan semua sekolah atau institusi swasta, dan institusi senegara. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi untuk memberi input kepada Masterplan Review lokasi sekolah.
Yang Berhormat Menteri Pendidikanโ
Terima kasih Yang Berhormat atas cadangan untuk mengadakan jawatankuasa tersebut. Perkara ini akan diteliti lagi oleh Kementerian Pendidikan. Untuk pengetahuan bersama juga, ada kuasa pemantauan dan juga pemedulian Kementerian Pendidikan atas pertumbuhan dan perkembangan pendidikan swasta dan ia telah pun dirundingkan dengan beberapa agensi ataupun kementerian lain. Salah satunya ada sudah rancangan sekolah-sekolah swasta itu diberikan kemudahan tapak lain untuk ia beroperasi untuk ia dapat berfungsi lebih baik lagi, hanya yang difikirkan ialah adakah tapak-tapak tersebut bersesuaian ataupun menepati interest para sekolah swasta ini.
Bagi pihak Kementerian Pendidikan menyambut baik atas cadangan tersebut dan diharapkan ia akan dapat kita ni teliti dengan lebih terperinci lagi mengenainya.
Sekian, itu sahaja yang dapat dikongsikan Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusiโ
Saya persilakan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pendikar Alam Dato Paduka Seri Awang Haji Hasrin bin Dato Paduka Haji Sabtu.
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pendikar Alam Dato Paduka Seri Awang Haji Hasrin bin Dato Paduka Haji Sabtuโ
ุจูุณูู ู ุงูููู ุงูุฑููุญูู ูฐูู ุงูุฑููุญูููู ู ุงูุณูููุงูู ู ุนูููููููู ู ููุฑูุญูู ูุฉู ุงูููู ููุจูุฑูููุงุชูููKaola ingin menyampaikan permohonan maaf kerana soalan yang akan kaola sampaikan sudah disampaikan oleh salah seorang Yang Berhormat tadi.
Sekian, ูู ุงูุณูููุงูู ู ุนูููููููู ู ููุฑูุญูู ูุฉู ุงูููู ููุจูุฑูููุงุชููู.
Yang Berhormat Pengerusiโ
Saya persilakan Yang Berhormat Awang Haji Abdul Hamid @ Sabli bin Haji Arshad.
Yang Berhormat Awang Haji Abdul Hamid @ Sabli bin Haji Arshadโ
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
ุจูุณูู ู ูฑูููููฐูู ูฑูุฑููุญูู ููฐูู ูฑูุฑููุญููู ู ูฑูุณููููุงู ู ุนูููููููู ู ููุฑูุญูู ูุฉู ูฑูููููฐูู ููุจูุฑูููุงุชูููdan salam sejahtera. Rakyat amat bersyukur atas keprihatinan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui Kementerian Pendidikan, memberikan bukan sahaja pendidikan percuma malahan menyediakan bas pengangkutan bagi yang berkelayakan. Tapi, ada bas yang digunakan ialah bas sewa khas, ada juga yang dipunyai oleh orang asing yang terhad kepada beberapa syarikat sahaja dan sedikit sahaja menggunakan permit bas sekolah, pemandu-pemandunya juga kebanyakannya bangsa asing.
Pandangan dan cadangan kaola untuk memperkembangkan lagi banyak usahawan, ุฅููู ุดูุงุกู ูฑูููููฐูู akan memberikan peluang pekerjaan kepada anak-anak tempatan. Dicadangkan supaya pihak kementerian hanya akan membenarkan bas yang digunakan yang mempunyai permit bas sekolah dan berwarna kuning seperti yang kitani lihat di luar negeri. Dipohonkan juga supaya syarikat yang diberikan hanya kepada syarikat yang dipunyai 100% orang tempatan yang benar-benar aktif dalam perniagaan, tidak 'dialibabakan', memastikan pemandu dan pekerja dalam urusan pentadbirannya akan memberikan keutamaan kepada anak-anak tempatan yang akan memberikan peluang kepada lebih banyak syarikat, tidak terhad kepada beberapa syarikat sahaja seperti yang terjadi ketika ini.
Sekian terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Menteri Pendidikanโ
Terima kasih Yang Berhormat atas cadangan tersebut. Secara prinsipnya Kementerian Pendidikan menyambut baik atas cadangan tersebut terutama sekali untuk kitani mengelakkan perkara isu 'Ali Baba' atas segala semua kontrak yang berkenaan dengan pendidikan. Pada saat ini Kementerian Pendidikan membuat satu kajian bagaimana untuk mengelakkan perkara seperti isu 'Ali Baba' ini berlaku dan di sinilah diperlukan juga mungkin input daripada Ahli-Ahli Yang Berhormat bagaimana untuk kitani sama-sama mengekang isu ini daripada menular.
Kementerian Pendidikan pada masa ini giat memperkasakan enforcement mengenai kontrak-kontrak yang telah pun diberikan penerima-penerima yang berjaya dan diharapkan isu 'Ali Baba' ini dapat kitani kurangkan ataupun elakkan seterusnya. Itu sahaja yang dapat dikongsikan buat masa ini Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusiโ
Saya persilakan sekarang Yang Berhormat Awang Naim bin Haji Kamis.
Yang Berhormat Awang Naim bin Haji Kamisโ
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
ุจุณู ุงููู ุงูุฑุญู ู ุงูุฑุญูู ุงูุณููููุงู ู ุนูููููููู ู ููุฑูุญูู ูุฉู ุงูููู ููุจูุฑูููุงุชูููMerujuk di bawah Tajuk SF01A - Jabatan Kementerian Pendidikan. Sepertimana yang kitani maklum bahawa keputusan kelulusan telah meningkat dalam semua peringkat yang mendapat keputusan cemerlang sama ada peringkat PSR, 'O' level, 'A' level dan seterusnya dan pihak Kementerian Pendidikan telah memperkenalkan Key Performance Indicator (KPI) yang mengukur tahap akademik ke arah kecemerlangan ini. Dalam hal ini sukacita untuk mengetahui, adakah sejauh ini Kementerian Pendidikan mempunyai ataupun memperkenalkan KPI khusus untuk mengukur tahap meningkatkan akhlak yang baik dan cemerlang?
Seterusnya, pada masa ini juga kita mendengar isu pegawai berkontrak seperti jawatan Pensyarah dan seumpamanya di beberapa institusi tinggi termasuk Universiti Brunei Darussalam (UBD). Dalam hal ini sukacita untuk mendapat pencerahan mengenai perkembangan dan kemajuan atau status yang telah dicapai oleh bakal-bakal pengganti tenaga luar ini.
Sekian, terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Menteri Pendidikanโ
Terima kasih Yang Berhormat mengenai soalan-soalan tersebut. Pertama mengenai KPI mengukur akhlak yang cemerlang dalam kalangan pelajar. Mungkin perkara ini dapat dilihat secara reverse iaitu Kementerian Pendidikan memantau dari segi isu disiplin, tatatertib para pelajar dan ia akan memberikan satu indicator kepada tahap akhlak dan tatatertib pelajar-pelajar kita ni dan perkara ini memang ditangani. Pada masa ini juga Kementerian Pendidikan telah pun mereviu panduan tatatertib pelajar-pelajar di sekolah-sekolah di negara ini dan mungkin perkara ini dapat kita bincangkan lebih lanjut lagi apa maksudnya dengan kriteria-kriteria tahap akhlak yang cemerlang ini. Diharapkan ia akan dapat kita praktikkan secara baik.
Mengenai program succession planning tenaga-tenaga pelajar di univeriti-universiti, perkara ini memang masih berjalan lancar dan ia dalam tahap yang memuaskan masa ini walaupun statistik terperinci belum dapat kaola berikan masa ini dan mungkin akan dapat diberikan secara bertulis kepada Yang Berhormat pada masa akan datang. Pihak Kementerian Pendidikan akan memantau agar ia berjalan dengan lancar seperti Chancellors Scholar Program, tujuannya memanglah untuk meningkatkan kita punya succession planning untuk mengganti tenaga-tenaga pengajar luar kepada tenaga pengajar tempatan.
Tapi harus juga diingati, tenaga-tenaga luar ini juga diperlukan untuk memberikan kepelbagaian dan juga untuk memberikan perspektif yang lebih meluas kepada pelajar-pelajar kita yang belajar dalam negeri dan bukan di luar negeri, jadinya tenaga pengajarnya mungkin akan dapat memberikan perspektif-perspektif yang lain dan juga untuk memberikan kita expertise yang belum kita dapat jua, jadinya untuk kebaikan universiti-universiti jua memang diperlukan jua tenaga-tenaga luar dengan expertise yang tertentu untuk memberikan reputasi international kepada universiti-universiti tempatan yang diperlukan. Itu sahaja yang dapat dikongsikan Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusiโ
Saya kira tidak ada lagi Ahli-Ahli Yang Berhormat yang suka untuk turut serta dalam perbincangan ataupun membahaskan mengenai tajuk ini, maka masanya sudah tiba bagi kita untuk mengundi tajuk ini. Saya sekarang ingin mengetahui Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju Tajuk SF01A hingga Tajuk SF06A - Jabatan Kementerian Pendidikan diluluskan, sila angkat tangan.
(Semua Ahli mengangkat tangan tanda bersetuju)
Terima kasih.
Yang Dimuliakan Jurutulisโ
Tajuk SF01A hingga Tajuk SF06A - Jabatan Kementerian Pendidikan dijadikan sebahagian daripada Jadual.
Yang Berhormat Pengerusiโ
Ahli-Ahli Yang Berhormat, ุงููุญูู ูุฏู ูููู kita telah pun selesai meneliti dan meluluskan Kementerian Pendidikan salah sebuah kementerian yang terbesar dalam establishment kita. Saya kira sudah cukuplah bagi kita untuk bersidang di Peringkat Jawatankuasa ini dan saya kira adalah berpatutan sekarang kita bersidang semula dalam Majlis Mesyuarat Negara.
(Mesyuarat Jawatankuasa ditangguhkan)
(Majlis Mesyuarat bersidang semula)
Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ
Ahli-Ahli Yang Berhormat, saya ingin menangguhkan persidangan kita ini dan kita akan bersidang semula pada esok hari iaitu Ahad, 21 Mac 2021 mulai pukul 2.30 petang. Saya minta maaf kerana terpaksa membawa Ahli-Ahli Yang Berhormat bersidang pada waktu apabila Ahli-Ahli Yang Berhormat patut berehat bersama-sama dengan keluarga masing-masing tetapi disebabkan oleh keadaan yang kita hadapi. Maka saya tidak ada banyak pilihan, maka kita akan bersidang esok mulai dari pukul 2.30 petang, ุฅู ุดุงุก ุงููู.
Sekian.
ูุจุงููู ุงูุชูููู ูุงููุฏุงูุฉ ู ุงูุณูุงู
ุนูููู
ูุฑุญู
ุฉ ุงููู ูุจุฑูุงุชู
(Majlis Mesyuarat ditangguhkan)
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.