HARI KE-10 PAGI
📖 Masa membaca: 45 minit
📊 Bilangan kata: 9,103 kata
26HB MAC 2026 PAGI​
(Mesyuarat mula bersidang pada pukul 9.00 pagi)
Yang Mulia Jurutulis​
Bismillahir Rahmanir Rahim. Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Ke-22, Majlis Mesyuarat Negara bersidang pada hari kesepuluh pada hari ini, Khamis 6 Syawal 1447 Hijrah bersamaan 26 Mac 2026 Masihi dan didahului dengan Doa Selamat.
DOA SELAMAT​
(Doa Selamat dibacakan oleh Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Awang Haji Mat Jaya bin Ibrahim).
Yang Berhormat Yang Di-Pertua​
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala kerana dengan limpah rahmatNya jua kita dapat bersama-sama berkumpul lagi pada pagi ini untuk bersidang bagi hari kesepuluh dalam Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Ke-22 Majlis Mesyuarat Negara. Selawat serta salam ke atas Junjungan Besar kita Sayyidina Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kaum kerabat, para sahabat serta pengikut-pengikut Baginda yang taat lagi setia hingga ke akhir zaman.
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kita akan memulakan hari ini dengan Urusan Mesyuarat seterusnya.
Yang Mulia Jurutulis​
Kenyataan Menteri.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua​
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Saya telah memberi izin kepada Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan untuk membuat Kenyataan Menteri yang bertajuk, Memperkasakan Pengeluaran dan Memperluaskan Pasaran Produk Pertanian, Perikanan dan Agrimakanan. Saya persilakan sekarang Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan.
Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan​
Bismillahir Rahmanir Rahim. (doa dibaca) Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terlebih dahulu kaola ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Yang Di-Pertua atas peluang yang diberikan kepada kaola bagi menyampaikan kenyataan kaola yang bertajuk, Memperkasakan Pengeluaran dan Memperluaskan Pasaran Produk Pertanian, Perikanan dan Agrimakanan.
Dalam usaha mengukuhkan daya tahan ekonomi negara serta memperluaskan sumbangan sektor bukan minyak dan gas kepada pertumbuhan pengeluaran dalam kasar negara KDNK, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan terus memberi tumpuan kepada pembangunan industri pertanian, perikanan dan agrimakanan yang lebih berdaya saing, berinovasi serta berorientasikan eksport. Pada tahun 2025 jumlah nilai keluaran sektor makanan adalah sekitar BND734 juta, iaitu BND557 juta sumbangan daripada sektor pertanian dan agrimakanan dan BND178 juta dari sektor perikanan. Jumlah nilai eksport sektor makanan adalah dalam sekitar BND13 juta iaitu BND7.68 juta dari sektor pertanian dan agrimakanan dan BND5.68 juta dari sektor perikanan.
Sebelum ini tumpuan strategi perkembangan industri menumpukan banyak kepada self-sufficiency negara, semata-mata memenuhi permintaan pasaran domestik ini boleh mengehadkan potensi pertumbuhannya dan menjadikan industri ini stagnant. Keadaan ini turut menimbulkan risiko kerana sebarang gangguan dalam rantaian pengeluaran boleh menjejaskan sekuriti makanan negara. Justeru itu negara kita perlu melangkah lebih jauh bukan sekadar mencapai tahap sara diri tapi memperkasakan industri tempatan untuk meningkatkan skala pengeluaran dan bersaing di pasaran antarabangsa.
Bagi memastikan sektor makanan terus berkembang dan menyumbang secara berterusan kepada usaha mempelbagaikan ekonomi negara dan menjamin sekuriti makanan, kementerian memberi tumpuan kepada inisiatif strategik iaitu export drive initiative. Pendekatan ini bukan saja menekankan aktiviti pengeluaran makanan ke arah mencapai sara diri malah turut menggalakkan pengeluaran yang berorientasikan pasaran eksport.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.
Export Drive Initiative memberi beberapa manfaat strategik kepada pembangunan sektor makanan dan jaminan sekuriti makanan negara antaranya adalah seperti berikut. Pertama, ia membuka dan memperluaskan akses ke pasaran serantau dan antarabangsa sekali gus membolehkan syarikat-syarikat tempatan berkembang secara berterusan. Perkembangan ini bukan sahaja meningkatkan sumbangan kepada sektor keluaran dalam negara kasar malah juga turut menunjukkan banyak peluang-peluang pekerjaan bagi anak-anak tempatan.
Kedua, pernyataan dalam pasaran eksport turut mendorong peningkatan dalam pematuhan standard dan kualiti Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana tempatan khususnya bagi memenuhi keperluan negara pengimport dalam menyerapkan amalan pengurusan terbaik dalam operasi mereka seperti Brunei Good Agriculture Practice, Brunei Good Aquaculture Practice dan Brunei Good Manufacturing Practice.
Ketiga, usaha memperkukuhkan inisiatif eksport juga menyumbang kepada pengukuhan jaminan sekuriti makanan negara. Peningkatan kapasiti pengeluaran bukan sahaja bertujuan mencapai tahap diri 100 peratus malah berpotensi melebihi tahap tersebut. Sebagai contoh, dengan pengeksportan telur ayam ke Singapura bermula pada hujung 2022, tahap sara diri bagi telur ayam kini telah meningkat kepada 112 peratus dan masih terus meningkat.
Keempat, penglibatan dalam pasaran eksport membolehkan syarikat tempatan mencapai economies of scale dengan mengeluarkan pengeluaran kapasiti yang besar dan efisien. Usaha ini membantu mengurangkan kos pengeluaran dan meningkatkan daya saing produk tempatan di pasaran domestik serantau dan global. Di samping itu dengan meningkatkan pengeluaran domestik akan membolehkan kita mengukuhkan the whole value chain terutama pembangunan industri bahan import seperti biji benih, anak ayam, benih ikan dan udang, makanan haiwan dan baja di negara ini dan seterusnya mengukuhkan sekuriti makanan negara.
Bagi memastikan produk negara mampu menebusi pasaran antarabangsa, kerajaan telah melaksanakan beberapa inisiatif seperti berikut. Pertama, mengukuhkan kapasiti pihak berkuasa, competent authority yang menyelia industri iaitu Jabatan Pertanian dan Agrimakanan, Jabatan Perikanan dan juga Autoriti Makanan Brunei Darussalam dan agensi antarabangsa bagi mendapatkan competent authority di negara import. Melalui usaha ini, beberapa produk tempatan telah berjaya menebusi pasaran luaran negara. Produk pertanian seperti telur ayam telah dieksport ke Republik Singapura, melon ke Republik Rakyat China dan produk-produk agrimakanan ke Sabah dan Sarawak, Malaysia serta Republik Singapura manakala produk perikanan dieksport ke Republik Singapura, Malaysia, Jepun, Republik Rakyat China, Taiwan dan juga Amerika Syarikat.
Kedua, meneroka dan mengakses pasaran-pasaran baru dengan meningkatkan hubungan perdagangan dua hala dengan negara-negara lain melalui kerjasama dengan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Bahagian Perdagangan, Kementerian Kewangan dan Ekonomi. Usaha ini turut memanfaatkan perjanjian perdagangan seperti Regional Comprehensive Economic Partnership, RCEP dan Comprehensive and Progressive Agreement for Trans-Pacific Partnership, CPTPP. Melalui kerjasama dua hala Negara Brunei Darussalam dan Republik Rakyat China, Protokol bagi pengeksportan produk-produk perikanan dan produk bagi pertanian telah ditandatangani bersama dengan pihak General Administration of Customs of the People's Republic of China masing-masing pada tahun 2023 dan 2019. Perjanjian ini membuka peluang kepada pengusaha tempatan untuk memperluaskan pasaran ke negara berkenaan.
Selain itu, hasil perundingan dan bekerjasama dengan competent authority di negara pengimport dalam tahun 2024, produk berasaskan daging telah juga berjaya menebusi pasaran eksport ke Sabah, Malaysia dan Republik Singapura. Pada masa yang sama, Kementerian sedang giat membantu pengusaha-pengusaha sayur-sayuran dan buah-buahan untuk meneksport ke Republik Singapura antaranya menyelaras dan mengadakan business matching dengan empat buah pengedar dari pihak Singapura serta memberi sokongan dalam penyediaan logistik termasuk kemudahan cold chain.
Ketiga, peranan dan penglibatan belia yang juga memberi penekanan dan terus memperkasakan dalam melancarkan lagi Export Drive Initiative ini. Ini mengambil kira golongan belia adalah peneraju inovasi serta memberikan sumbangan langsung yang signifikan terhadap peningkatan kapasiti pengeluaran permakanan domestik bagi mengurangkan kebergantungan kepada import dan seterusnya sekuriti negara.
Sehubungan itu, kementerian melalui jabatan-jabatan di bawahnya bergiat aktif dalam melaksanakan ekosistem sokongan seperti program dan inisiatif seperti program pendedahan belia, bertani, belia cipta rasa, projek printis, pembesaran pengusahaan, khidmat nasihat serta program-program yang lain yang direka khas untuk menarik serta membina kompetensi para pengusaha khususnya di kalangan belia. Di samping itu, pembangunan ekosistem keusahawanan belia yang mampan dengan penyerapan yang berkualiti, standard yang tinggi dan mematuhi piawaian antarabangsa produk-produk yang dikhaskan belia ini berfungsi untuk berpotensi untuk menembusi pasaran global. Secara keseluruhannya jumlah pengusaha belia yang aktif dalam industri pertanian, perikanan, agrimakanan telah mencapai seramai 93 orang pada tahun 2025. Daripada jumlah tersebut 86 orang merupakan usahawan dalam bidang pertanian dan 7 dalam bidang perikanan.
Keempat, mempersiapkan syarikat-syarikat tempatan untuk menembusi pasaran tempat eksport melalui inisiatif utama seperti berikut. Pertama, mengukuhkan rangkaian nilai industri bagi keberkesanan industri bermula fasa pra-pengeluaran serta akses pasaran. Kementerian memfokuskan kepada pengeluaran hasil pertanian yang lebih lestari dan mampan dengan menumpukan usaha untuk mengukuhkan dan meningkatkan bekalan input domestik termasuk penghasilan anak ayam small chick dan benih ikan di negara ini. Program pembiakan kambing dan lembu juga bakal dilaksanakan melalui projek rintis yang diungka yahkan oleh sektor swasta di antara Syarikat PDS Abattoir Sdn Bhd dan dengan syarikat dari Singapura. Selain itu, Kementerian juga sedang meneroka pengeluaran benih biji padi hybrid di negara ini agar ia tidak terlalu bergantung kepada import.
Salah satu inisiatif penting ialah melalui rundingan dan kerjasama dengan kerajaan Republik Rakyat China bagi penubuhan Hybrid Rice Research Centre di negara ini yang antara lain membina kapasiti negara untuk mengeluarkan biji benih hybrid padi sendiri. Di samping itu, melalui Stesyen Penyelidikan Pertanian di Birau, penyelidikan juga dijalankan di bidang pembiakan dan penghasilan benih-benih buah tempatan serta pembangunan variety-variety baharu buah tempatan.
Di samping mengukuhkan rantaian nilai, kementerian juga menumpukan kepada pengukuhan kapasiti pengeluaran Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana, PMKS melalui beberapa inisiatif. Inisiatif pertama, penggunaan teknologi dan teknik moden bagi meningkatkan produktiviti dan pengeluaran hasil pengusaha tempatan turut digalakkan; teknologi dan teknik moden termasuk automasi. Antara teknologi dan teknik moden yang digunapakai pada masa ini ialah sistem feed lot bagi ternakan lembu di Syarikat PDS Abattoir di Batang Mitus. Sistem reban tertutup digunakan oleh kebanyakan ladang-ladang ayam di negara ini. Dalam perusahaan tanaman, sistem aquaponic, pengusahaan tenaga suria, solar, sistem titis, vertical farming dalam rumah terlindung, sistem bermeja bagi kawasan mudah banjir, recirculating aquacultural system, RAS, bagi penternakan ikan dan udang dan pemantauan kualiti air melalui internet of things. Penggunaan dron bagi menyemburan racun dan penggunaan data analytic dalam pemantauan ladang.
Inisiatif kedua, pematuhan piawaian keselamatan makanan. Kementerian memberi penekanan pematuhan piawaian keselamatan makanan domestik dan antarabangsa melalui persijilan termasuk Brunei Good Agricultural Practice, Brunei Good Aquaculture Practice, Good Animals Husbandry Practice, Good Manufacturing Practice dan Hazard Analysis dan Critical Control Point, HUSAB. Pihak kementerian juga menyelaras agensi-agensi antarabangsa seperti Singapore Food Agency dan General Administration of Customs of the People of Republic of China, bagi memastikan keperluan negara pengimport dipatuhi, sekaligus memperluaskan akses produk tempatan ke rangkaian pasaran pasaraya utama dan pasaraya eksport.
Kementerian juga turut menitikberatkan usaha memperkukuhkan pengurusan biosekuriti ladang. Usaha ini adalah bagi memastikan para pengusaha dan penternak sentiasa mengamalkan amalan pengurusan terbaik untuk menggelakkan ladang-ladang daripada risiko jangkitan penyakit serta serangan musuh perosak yang boleh menjejaskan pengeluaran.
Selain daripada perlaksanaan piawaian GBJAP, BGAQP dan GAHP, pihak kementerian telah dan akan terus memberikan latihan teknikal serta tunjuk ajar kepada para pengusaha di samping menjalankan pemantauan dan audit ladang secara berterusan. Program-program yang dijalankan oleh pihak kementerian ini meliputi. Pertama, pembinaan kapasiti dan latihan termasuk bantuan jabatan-jabatan berkenaan dalam memberi panduan dan membantu syarikat menghasilkan Standard Operating Procedure yang berkesan, mudah diikuti dan dilaksanakan. Kedua, pengesanan awal, early detection melalui lawatan ladang dan program surveillance kebangsaan bagi mencegah dan mengawal penyakit dan juga memastikan ternakan dan tanaman dalam keadaan sihat dan bebas penyakit. Dan ketiga, pengawalan penggunaan ubat-ubat veterinary serta agen anti-microbial bagi mengelakkan residue selaras dengan keperluan akses pasaran dan eksport dalam mengekalkan status bebas penyakit.
Inisiatif ketiga, Product Enhancement Program bagi pengusaha mikro, kecil dan sederhana. Melalui Program Product Enhancement, penekanan diberikan kepada usaha mengukuhkan kualiti produk seperti penambahbaikan pembungkusan, pelabelan dan juga kajian shelf life product bertujuan untuk meningkatkan daya saing produk di pasaran. Selain itu, inisiatif pembangunan panel nutrisi produk juga diperkenalkan yang mana setakat ini sebanyak 70 produk tempatan telah menjalani analisa kimia di makmal bagi memastikan pelabelan nutrisi yang tepat dan mematuhi keperluan pasaran. Projek Seeing is Believing telah dilaksanakan bagi membantu pengusaha meningkatkan aspek penjenamaan dan pengurusan produk. Daripada 10 pengusaha, sebanyak 30 produk tempatan telah menaik taraf identiti visual produk agar lebih menarik dan kompetitif. Kajian penetapan shelf life product, juga turut dilaksanakan bagi memastikan ketahanan produk tempatan semasa proses pengedaran dan pemasaran. Sebanyak 7 syarikat melibatkan 17 produk berjaya melalui proses pengesanan tempoh simpanan produk.
Kementerian juga terus mengukuhkan pembangunan kapasiti pengusaha melalui pelaksanaan pelbagai kursus dan latihan seperti Program Belia Ciptarasa, Good Manufacturing Practice Awareness Training, HACCP Foundation, Food Traceability, Product Recall Management, Kursus Pemeliharaan Jenis Ternakan dan juga Kesihatan Haiwan serta Latihan Penggunaan Racun Perosak. Kementerian dengan kerjasama agensi-agensi berkenaan juga memberi sokongan melalui program peningkatan kapasiti, pembinaan penyediaan tapak dan lesen yang lebih sesuai serta bantuan dalam proses permohonan pembiayaan bagi kemudahan perkembangan perniagaan. Langkah ini penting bagi membolehkan pengusaha tempatan beralih daripada perusahaan skala kecil terutama sekali daripada homebased kepada pengeluaran yang lebih tersusun dan berdaya saing.
Untuk mempercepatkan perkembangan industri permakanan agrimakanan, pendekatan pengkelasan pengusaha kepada tiga kategori iaitu tier one, tier two dan tier three digunakan. Ini membolehkan kejadian seumpamanya yang lebih bersasar berdasarkan tahap pembangunan perniagaan pengusaha dan juga mempercepatkan transformasi pengusaha tempatan daripada pengeluaran kecil kepada pengeluaran yang berorientasikan eksport.
Pengusaha tier one terdiri daripada syarikat yang berjaya menembusi pasaran eksport dan sedang memperluaskan perniagaan mereka ke pasaran antarabangsa. Sementara itu, tier two merangkumi syarikat yang mempunyai potensi berkembang maju dan seterusnya mengembangluaskan pasaran produk mereka bukan saja pasaran domestik malah juga pasaran antarabangsa pada masa yang terdekat. Manakala tier three melibatkan syarikat berskala kecil atau homebased yang mempunyai potensi untuk berkembang kepada perusahaan yang bertapak di kawasan yang lebih sesuai yang membolehkan pengeluaran yang lebih tersusun mematuhi piawaian industri makanan.
Inisiatif keempat, penambahbaikan sistem logistik untuk membolehkan PMKS mengeksport dengan lebih efisien, mengukuhkan logistik termasuk fasiliti cold chain dengan kerjasama dengan agensi-agensi lain seperti Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei dan BIACC serta syarikat-syarikat swasta seperti Syarikat Aqua Cold, Royal Brunei dan Singapore Airlines adalah penting terutama sekali dalam membantu pengusaha mendapatkan penghantaran yang cost effective. Selain itu, program penambahbaikan bahan import dan sistem penyimpanan turut dilaksanakan untuk memudahkan pengimportan bahan import yang diperlukan oleh pengusaha tempatan dan peningkatan sistem penyimpanan yang efisien serta program perniagaan dengan pembekal tempatan.
Inisiatif kelima ialah strategi product differentiation. Menggalakkan strategi product differentiation yang memberikan kelebihan dari segi kualiti dan harga premium untuk bersaing di peringkat antarabangsa dari segi harga adalah amat sukar lebih-lebih lagi apabila bersaing dengan syarikat-syarikat besar dari negara-negara yang mempunyai kos operasi yang lebih rendah. Sebagai contoh dari pengalaman pengeksportan udang organic. Negara telah berjaya meraih harga premium yang lebih tinggi dari udang yang sama keluarannya daripada negara-negara lain dengan hanya menggunakan organic shrimp brand. Usaha lain menggunakan strategi product differentiation pada masa ni ialah sayur-sayuran Brunei pesticide free, telur ayam omega serta cornfed chicken bagi produk ayam Brunei halal bagi produk halal dan penggunaan premium beef bagi produk hasil berasaskan daging.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.
Di samping itu, sebagai usaha salah satu langkah penting dalam mencapai objektif menembusi pasaran antarabangsa, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan menekankan sokongan dan komitmen strategik kepada penubuhan Agritech Food Zone Brunei-Singapura, ATFZ sebagai sebahagian usaha memacu agenda mempelbagaikan ekonomi negara. Inisiatif ini juga akan meningkatkan produktiviti dan memudahkan menembusi pasaran antarabangsa serta keberkesanan ketahanan bekalan makanan bagi kedua-dua negara dengan memudahkan pelaburan agrimakanan bernilai tinggi, menjana peluang pekerjaan serta meningkatkan kapasiti pengusaha tempatan melalui penumpuan pengukuhan inovasi teknologi pertanian di samping menarik lebih banyak pelabur-pelabur asing ke negara ini. Ianya mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua negara dalam pengukuhan kerjasama dan meningkatkan sekuriti makanan dan ketahanan perdagangan yang mampan dalam sektor agrimakanan.
Melalui pendekatan menyeluruh ini, kementerian berharap lebih banyak produk pertanian, perikanan dan agrimakanan tempatan dapat menembusi pasaran antarabangsa serta meningkatkan nilai eksport negara pada masa yang akan datang. Di samping itu, membolehkan syarikat tempatan meningkatkan kapasiti pengeluaran lebih besar dan efisien dan seterusnya mencapai economic skill, mengurangkan kos pengeluaran dan meningkatkan daya saing di pasaran domestik dan global.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.
Walaupun kementerian memfokuskan kepada usaha-usaha memperkasakan imej eksport ini, pengukuhan sekuriti makanan negara kekal menjadi keutamaan di samping menjana pertumbuhan sektor permakanan. Kedua-dua strategi ini saling melengkapi dan akan membantu negara mencapai tahap sara diri melebihi 100 peratus. Pada keseluruhannya, segala usaha yang diungkayahkan oleh Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan menjurus kepada pertama yang sama iaitu untuk memperkukuhkan lagi sumbangan sektor permakanan kepada pembangunan ekonomi negara serta membuka lebih banyak peluang perniagaan dan pekerjaan kepada pengusaha-pengusaha dan juga anak tempatan dengan mensasarkan peningkatan nilai sektor makanan daripada BND729 juta pada tahun 2025 kepada BND1.5 bilion menjelang tahun 2035.
Dengan sokongan berterusan daripada semua pihak serta dengan izin Allah Subhanahu Wata'ala, insya Allah usaha-usaha ini akan terus mengukuhkan kedudukan Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah negara yang makmur, berdaya saing dan berdaya tahan di peringkat serantau dan antarabangsa. Sekian, Wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua​
Terima kasih Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan atas ucapan ataupun statement yang dibuat tadi. Sekarang kita beralih kepada urusan mesyuarat seterusnya.
Yang Mulia Jurutulis​
Rang Undang-Undang Perbekalan dan Usul Ketetapan Kumpulanwang Kemajuan. Perbahasan Peringkat Jawatankuasa Perbekalan.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua​
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Persidangan Majlis Mesyuarat Negara masih lagi membincangkan Rang Undang-Undang Perbekalan, 2026/2027 dan Usul Ketetapan Kumpulanwang Kemajuan. Sekarang saya ingin menangguhkan persidangan ini dan kita akan meneruskan perbahasan di Peringkat Jawatankuasa Perbekalan.
(Majlis Mesyuarat ditangguhkan)
(Mesyuarat bersidang sebagai Jawatankuasa)
Yang Berhormat Pengerusi​
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Sekarang kita menyambung penelitian ke atas tajuk-tajuk di Peringkat Jawatankuasa Perbekalan.
Yang Mulia Jurutulis​
Tajuk SN01A hingga Tajuk SN09A Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi.
Yang Berhormat Pengerusi​
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Tajuk SN01A hingga Tajuk SN09A bagi Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, sekarang saya bukakan untuk dibahaskan. Saya mempersilakan Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin.
Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin​
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Pengerusi yang bijaksana dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Kaola ada beberapa persoalan yang akan dibangkitkan iaitu berkisar mengenai Tajuk SN01A, Kod 002/002 Pengurusan Ehwal MKKJR, Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya. Isu keselamatan jalan raya khusus melibatkan penunggang-penunggang basikal yang memang terdedah langsung, direct exposure kepada risiko terlibat dalam kemalangan jalan raya. Seperti yang kitani maklum dan termaktub dalam Road Traffic Act, Chapter 68 dan Road Traffic Bicycle Regulation 2006, gubalan terkini 2022, penunggang basikal adalah salah satu pengguna jalan raya di negara ini.
Penunggang basikal juga terkawal pergerakan mereka atas jalan raya dengan undang-undang dan peraturan seperti menunggang di tepi kiri jalan, tidak boleh menunggang beriring iaitu untuk penunggang berkumpulan, memakai topi keledar keselamatan, mesti pakai baju yang cerah, pasang lampu semasa waktu malam atau gelap dan sebagainya dengan mematuhi semua undang-undang jalan raya secara menyeluruh.
Dalam undang-undang yang sedia ada juga, tidak ada kenyataan menyatakan yang menunggang basikal di atas lebuh raya dilarang, dibanned, kecuali jika ada halangan melalui papan tanda atau arahan oleh pihak berkuasa. Dalam usaha untuk menggalakkan penggunaan kaedah pengangkutan alternatif di negara ini dan mengambil kira yang majoriti jalan raya dua hala kini, single carriageway kurang mesra, less user friendly kepada penunggang basikal pada ketika itu.
Terdapat usaha lebih 5 tahun dahulu melalui inisiatif Share The Road Campaign. Kempen itu telah dibarigakan secara menyeluruh kepada semua pengguna jalan raya termasuk pemandu kenderaan dan penunggang basikal. Pada masa tersebut, pembarigaannya yang berterusan menunjukkan kesan yang positif di mana pemandu kenderaan faham akan tugas masing-masing dan penunggang basikal juga faham apa yang boleh dan tidak boleh dibuat, the do's and the don'ts apabila menunggang basikal di atas jalan raya.
Cadangan kaola, jika ia masih bersesuaian dalam pemikiran MKKJR dan juga dengan peruntukan yang ada untuk kempen ini diaktifkan kembali dan dibarigakan secara menyeluruh ke seluruh negara. Pembarigaan yang berterusan adalah sangat penting kerana generasi pengguna jalan raya berubah dari semasa ke semasa. Kenderaan pengguna pada 10 tahun yang lalu tidak akan ada kesinambungannya kepada generasi pengguna jalan raya pada masa ini dan masa akan datang, dan di sinilah pentingnya kempen kesedaran atau berterusan ataupun dibanned sama sekali di highway.
Kedua, dalam kajian yang dibuat sebelum ini telah dibuktikan oleh para penyelidik bahawa dalam 80 peratus hingga 85 peratus punca kemalangan jalan raya adalah akibat kelibat pemandu dengan kecuaian-kecuaian seperti menggunakan telefon bimbit semasa memandu. Pemanduan terlalu laju bukan saja meningkatkan risiko terlibat dalam kemalangan akan tetapi meningkatkan tahap kecederaan dan kemungkinan risiko tinggi kehilangan nyawa.
Dalam hal untuk membendung kelibat memandu terlalu laju, sudah ada terdapat pemasangan speed reminder di beberapa lokasi di sepanjang lebuh raya di negara ini. Dalam hemat kaola, inisiatif ini adalah untuk peringatan sahaja akan tetapi ia tidak membendung pemandu dari memandu dengan laju. Dalam hal ini, kaola ada terbaca satu artikel kajian dari Universiti Teknologi Brunei mengenai sistem yang dipanggil ASMoS, Vehicle Average Speed Monitoring System, menggunakan teknologi RFID, Radio Frequency Identification. Fahaman kaola, sistem ini direka untuk membantu pihak penguatkuasa untuk memantau dan mencatit kesalahan berkaitan dengan kelibat pemandu laju.
Soalan kaola, adakah peruntukan perbelanjaan kemajuan dengan kod akaun 1220-002 iaitu Kajian Sains dan Teknologi dan Inovasi akan digunakan oleh pihak MKKJR untuk mengemaskini dan menambah baik sistem ASMoS itu kepada satu sistem yang menggunakan kaedah AI dan Vehicle Tracking System yang lebih pintar dan mudah diguna. Apa yang kaola maksudkan ialah untuk alat RFID atau mana-mana alat pengesan yang terkini untuk dipasang di kenderaan seperti plat lesen dan pemantauan dibuat dari common center dengan kawalan AI selama 24 jam. Dengan sistem ini, kelajuan pemandu akan dapat dipantau dan dikawal 24 jam mengikut had laju yang ditetapkan di jalan raya di negara ini. Ini kaola percaya akan dapat membendung kelibat pemandu laju dan insya Allah kemalangan akibat memandu laju akan dapat dikurangkan. Dengan adanya sistem yang pintar ini juga, pihak kerajaan tidak perlu lagi untuk berbelanja besar memasang speed camera di sepanjang jalan raya di negara ini.
Izinkan kaola membangkitkan satu lagi isu Yang Berhormat Pengerusi yang bijaksana, terima kasih. Cadangan penelitian dan penetapan dasar minimum star rating untuk kenderaan berpenumpang di negara ini. Junjung kasih kepada Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi di atas perkongsian di Dewan yang mulia ini satu inisiatif bernilai, penilaian tahap keselamatan jalan raya melalui kaedah star rating ke atas jalan raya di negara ini.
Pada pendapat kaola, dalam usaha kita ini untuk mengurangkan kemalangan jalan raya dan kehilangan nyawa di negara ini, ada dua aspek yang perlu lagi kita ini ambil perhatian iaitu membendung dan mengawal kelibat pengguna jalan raya dan memastikan kenderaannya dijual di negara ini berkualiti tinggi dan pintar dapat mengelakkan dari terlibat dengan kemalangan melalui ciri-ciri keselamatan yang aktif dan menyelamatkan pemandu dan penumpang dari kecederaan bila terlibat dalam kemalangan melalui ciri-ciri keselamatan pasif pada kenderaan tersebut. Dari pemantauan kaola dan maklumat yang diterima, kenderaan yang baharu di negara ini sejak beberapa tahun telah menunjukkan perkembangan terbaik di mana kenderaan-kenderaan itu ada yang sudah bertaraf empat dan lima bintang. Diuji cuba kenderaan itu ada yang dicuba oleh badan berkecuali di dunia iaitu kaedah New Car Assessment Programme, NCAP.
Dengan bertaraf empat ke lima bintang, kenderaan itu telah diuji hentakannya crash dan terbukti kualitinya boleh mengelakkan dan menyelamatkan pemandu dan penumpang dari kecederaan serius dan melibatkan nyawa jika dibandingkan dengan kenderaan yang bertaraf dua bintang, insya Allah.
Kaola cadangkan NCAP Star Rating atas kenderaan penumpang ini akan dapat diteliti dan dasarnya akan dapat diterapkan ke arah mempergiatkan lagi usaha pengurangan jalan raya dan kecederaan serta kehilangan nyawa.
Sekian, Wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi ta'ala wabarakatuh dan minta maaf sekali lagi Yang Berhormat Pengerusi kerana telah mengambil lama masa 2 minit 7 saat, terima kasih.
Yang Berhormat Pengerusi​
Saya persilakan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof.
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof​
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Kaola ingin menyentuh Tajuk SN01A Jabatan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi di bawah Kod 004/000 Pengurusan Teknologi dan Inovasi.
Seperti yang kita maklum, salah satu flagship projek dalam Digital Economy Masterplan adalah pelancaran aplikasi Tarus bagi Sistem Pembayaran Digital. Kaola memohon pencerahan, apakah status perkembangan standard dan penggunaan aplikasi Tarus dalam membuat konsolidasi keatas semua aplikasi digital payment dibawah satu National QR kod agar ianya lebih seamless seperti yang dilaksanakan di negara-negara jiran bagi memudahkan dan mempercepatkan transaksi perniagaan? Ini sekaligus insya Allah akan mewujudkan suasana persekitaran yang lebih business-friendly di negara ini.
Dalam masa yang sama, apakah peranan agensi-agensi kerajaan dalam mengawal selia dan melaksanakan rangka kerja undang-undang atau dasar khususnya bagi memastikan keselamatan dan menghindarkan sebarang kemungkinan kejadian kes-kes scammers? Kaola juga ingin menimbulkan berhubung dengan Brunei ID bagi Projek Flagship Digital ID. Apakah inisiatif kementerian untuk mengoptimize penggunaan Digital ID tersebut khususnya mengambilkira penyesuaian penggunaannya yang mampu menjimatkan kos dan masa secara lebih efisien dan pelbagai transaksi, multipurpose. Ini sekaligus menambahkan keyakinan atau confidence kepada pengesahan identiti secara online terutama sekali yang berkaitan dengan EKYC, Electronic Know Your Customer di mana diperlukan sebagai priority dari aspek perundangan dan peraturan dibawah pelbagai sektor kewangan dan perbankan. Perkongsian maklumat yang selamat dan mengelakkan memberi maklumat yang berlebihan ataupun excessive adalah tidak diperlukan.
Seterusnya kaola ingin merujuk dengan projek People Hub yang juga salah satu daripada projek flagship Digital Economy Masterplan dimana kaola memohon pencerahan, adakah pihak kementerian atau agensi-agensi berkepentingan mengadakan pengajian dan penganalisaan yang lebih komprehensif bagi menghindarkan pertindihan atau duplikasi dengan Brunei ID dari segi perkongsian maklumat peribadi atau demografi. Dengan pendekatan sedemikian, ianya bukan sahaja berupaya mengurangkan kos membiayai dua projek sistem maklumat digital bahkan menjimatkan peruntukan kerajaan jika diintegrasikan dengan menggunakan aplikasi satu sistem sahaja dengan pelbagai guna.
Seterusnya kaola ingin membangkitkan Tajuk SN01A, khusus di bawah Kod 004/002 Pengurusan Teknologi dan Inovasi yang sebelum ini dikenali sebagai Pengurusan Smart Nation Office. Apa yang didapati peruntukan bagi program ini telah menurun daripada BND378 ribu bagi Tahun 2025/2026 kepada BND258 ribu bagi Tahun 2026/2027. Dengan penurunan peruntukan ini, bagi pendapat kaola adalah satu cabaran yang berkemungkinan menjejaskan momentum pembangunan Smart Nation serta pelaksanaan inisiatif digital kerajaan. Apakah strategi dan pelan tindakan kementerian ataupun agensi berkenaan dengan mengoptimize peruntukan yang terhad yang disediakan tersebut?
Seterusnya ingin Kaola menimbulkan merujuk kepada prestasi utama SN09A - Pusat Kebangsaan E-Kerajaan, EGNC, dimana peratus jumlah kakitangan yang IT Certified pada tahun 2024/2025 adalah 37 peratus dan nampaknya anggaran bagi tahun 2025/2026 dan seterusnya 2026/2027 menurun kepada 10 peratus. Persoalannya, apakah sebab peratus ini menurun, sedangkan apa yang kita maklumi negara perlu bersiap siaga dalam menghadapi sebarang risiko ancaman siber yang semakin kompleks contohnya dalam bidang keselamatan siber memerlukan pelbagai pakar profesional dan sebanding dengannya.
Kaola memohon pencerahan apakah perancangan kementerian khususnya Cyber Security Brunei, CSB dalam bidang keselamatan siber dan Pusat Kebangsaan E-Kerajaan, EGNC dalam bidang berkaitan transformasi digital secara kompensentif bagi agensi kerajaan dan juga pengurusan sistem digital kerajaan pasca transformasi untuk meningkatkan jumlah bilangan sumber tenaga manusia yang berkemahiran yang memiliki pensijilan profesional ICT. Pada pandangan Kaola, pihak kerajaan terutama EGNC perlu mengelakkan daripada terlalu bergantung harap sepenuhnya kepada syarikat-syarikat luar negeri vendor dependency yang masih tinggi dalam Transformasi Digital ID. Ini adalah bertujuan demi menjaga kedaulatan digital sovereignty dan menjamin keselamatan dan kerahsiaan maklumat digital kerajaan.
Oleh itu, adalah disarankan agar pihak EGNC berusaha serta dengan lebih agresif dalam membangunkan dan membanyakkan lebih ramai lagi sumber tenaga manusia profil tempatan yang berkeupayaan dan berkemahiran secara internal yang dapat diambil iktibar yang dipraktikkan oleh negara jiran seperti Government Tech di Singapura dan Jabatan Digital National di Malaysia.
Dapat kaola menyambung satu lagi Yang Berhormat Pengerusi? (Sambil melihat Yang Berhormat Pengerusi). Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Seterusnya Tajuk SN01A Jabatan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dibawah Kod 004/000 Mengenai Pengurusan Transformasi Digital dan Inovasi. Mengambilkira trend peningkatan penggunaan media sosial secara berlebihan yang menyebabkan digital fatigue dan digital addiction khususnya kalangan belia dan kanak-kanak berumur 16 tahun kebawah. Apakah ada perancangan dan pendekatan secara strategik dalam usaha membenteras penggunaan media sosial yang berlebihan bagi memperkukuh langkah pengawalseliaan dan pendidikan digital bagi melindungi pembentukan sahsiah serta menghindarkan kemudaratan sosial impact yang menjurus kepada eksploitasi online seperti cyber bullying dan skim kewangan demi menjaga kemaslahatan khususnya kesejahteraan dan kesihatan minda kanak-kanak berumur 16 tahun kebawah?
Seperti kita semua maklumi, dapat dijadikan contoh tauladan negara Malaysia, Australia dan United Kingdom telahpun menguatkuasakan pengubalan undang-undang yang dimaksudkan bagi melindungi golongan remaja dan kanak-kanak berumur 16 tahun kebawah. Kaola sekali lagi mengucapkan terima kasih atas peluang tambahan kepada kaola. Sekian, Wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi ta'ala wabarakatuh.
Yang Berhormat Pengerusi​
Yang Berhormat Dayang Chong Chin Yee.
Yang Berhormat Dayang Chong Chin Yee​
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Yang Berhormat Pengerusi, baru-baru ini dua idea yang dikemukakan oleh orang awam telah mendapat perhatian meluas, salah satu melibatkan cadangan rekabentuk semula Gerai Penjaja di Pantai Jerudong. Manakala, satu lagi menghasilkan peta laluan bas awam yang jelas dan mesra pengguna, berasaskan sistem di negara-negara jiran.
Kedua-duanya adalah relevan dan menerima maklumbalas yang positif daripada orang ramai. Perkara ini menimbulkan persoalan yang lebih luas mengenai penyertaan sivik dan tindakbalas institusi, kita sering menekankan whole of nations approach yang menggalakkan rakyat khususnya golongan belia untuk menyumbang idea dan mengambil peranan dalam pembangunan komuniti, namun, apabila sumbangan seperti ini dikemukakan secara konstruktif bagaimanakah ia diiktiraf, dinilai dan jika bersesuaian diketengahkan untuk pelaksanaan. Amalan ini di peringkat antarabangsa boleh dijadikan rujukan, negara-negara seperti Singapura, United Kingdom dan Korea Selatan telah menunjukkan platform berstruktur serta sistem pengiktirafan yang secara rasmi menghargai sumbangan orang awam dan memberikan maklumbalas terhadap cadangan yang berkepentingan umum.
Sehubungan itu, sebagai sebuah kementerian yang memaju inovasi izinkan Kaola mencadangkan agar dipertimbangkan satu kerangka penyertaan sivik yang lebih berstruktur dengan kerjasama agensi-agensi berkaitan yang menyediakan saluran jelas untuk penghantaran cadangan, memastikan pengiktirafan yang tepat pada masanya terhadap idea yang berimpak serta menghargai inovasi yang dihasilkan oleh komuniti. Jika kita benar-benar ingin memupuk penyertaan, maka galakan perlu disertai dengan pengiktirafan yang jelas.
Selain itu, selaras dengan hasrat untuk menjadikan negara ini sebagai hab penerbangan serantau seperti yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Menteri pada tahun 2025. Kaola ingin bertanya apakah perancangan yang ada untuk meningkatkan kemeriahan serta kemampuan komersial di kawasan pelepasan memandangkan jumlah pergerakan penumpang yang agak rendah serta tempoh menunggu selepas imigresen yang agak singkat, khususnya sama ada kementerian terdapat pertimbangan untuk menyusun semula aliran penumpang seperti memindahkan pemeriksaan imigresen menjadi lebih hampir ke pintu pelepasan supaya kawasan dengan tempoh menunggu yang lebih panjang dapat dimanfaatkan dengan lebih baik bagi tujuan peruncitan, permakanan dan pengamalan penumpang secara keseluruhan.
Di samping itu, bolehkah pihak kementerian bekerjasama dengan BEBD untuk menyokong modal runcit yang lebih fleksibel seperti kiosk berskala kecil atau ruang pop-up secara bergilir seperti kiosk Made in Brunei bagi mengurangkan halangan kemasukan kepada promising perusahaan kecil dan sederhana? Banyak lapangan terbang serantau telah mengamalkan pendekatan sedemikian dengan menyampaikan diri mereka bukan sahaja sebagai titik transit tetapi juga sebagai ruang komersial dan budaya yang aktif.
Akhir sekali, mengambil kira perkembangan global semasa, apakah penilaian kementerian terhadap impak jangka pendek dan jangka panjang situasi yang sedang berlaku di Selat Hormuz terhadap sektor penerbangan negara dan bagaimanakah perkara ini akan mempengaruhi langkah-langkah segera termasuk kemungkinan pelarasan operasi penerbangan serta hala tuju strategi penerbangan negara pada masa hadapan. Sekian terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua​
Yang Berhormat Haji Awang Sulaiman bin Haji Nasir.
Yang Berhormat Haji Awang Sulaiman bin Haji Nasir​
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Bismillahir Rahmanir Rahim. Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian.
Kaola ingin merujuk kepada Tajuk SN01A Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi. Kaola ingin menarik perhatian Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi terhadap isu kemalangan jalan raya yang melibatkan penunggang basikal yang dilihat semakin membimbangkan sejak kebelakangan ini.
Yang Berhormat Pengerusi.
Perkara ini juga telah disentuh dalam Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa Majlis Pembukaan Mesyuarat Majlis Mesyuarat Negara yang antara lain menekankan kepentingan keselamatan jalan raya serta tanggungjawab semua pihak dalam memastikan kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara. Sehubungan dengan itu, Kaola ingin menambah sedikit apa yang telah dibangkitkan oleh rakan Yang Berhormat sebentar tadi, bahawa isu ini wajar diberikan, ah, diberikan perhatian serius kerananya ia melibatkan keselamatan nyawa disamping menyokong usaha ke arah gaya hidup sihat dan penggunaan pengangkutan yang lebih mesra alam. Maka kaola ingin memohon pencerahan, apakah langkah yang telah diambil oleh pihak kementerian dalam mengurangkan kemalangan yang melibatkan penunggang basikal?
Kedua, apakah terdapat perancangan untuk menyediakan laluan khas basikal di kawasan tertentu khususnya di jalan raya yang sibuk. Dan ketiga, apakah garis panduan atau peraturan sedia ada bagi memastikan keselamatan penunggang basikal dan pengguna jalan raya yang lain.
Yang Berhormat Pengerusi, kaola juga ingin mencadangkan beberapa langkah yang boleh dipertimbangkan.
Pertama, menyediakan laluan khas basikal, dedicated bicycle lane lebih selamat dan berasingan daripada kenderaan bermotor. Kedua, pemasangan papan tanda amaran dan penandaan jalan yang lebih jelas. Ketiga, penguatkuasaan penggunaan peralatan keselamatan seperti topi keledar dan lampu pada waktu malam. Dan keempat, pelaksanaan kempen kesedaran awam yang berterusan serta menetapkan garis panduan khusus bagi aktiviti berbasikal berkumpulan agar tidak mengganggu aliran trafik.
Kaola yakin bahawa dengan pendekatan yang lebih menyeluruh dari segi infrastruktur, peraturan dan kesedaran awam, isu ini dapat ditangani dengan lebih berkesan seterusnya mewujudkan persekitaran jalan raya yang lebih selamat dan inklusif untuk semua. Sekian, terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua​
Yang Berhormat Awang Haji Mohamad Danial @ Tekpin bin Ya'akub.
Yang Berhormat Awang Haji Mohamad Danial @ Tekpin bin Ya'akub​
Bismillahir Rahmanir Rahim. Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian.
Kaola ingin merujuk kepada Tajuk SN01A Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi. Kaola ingin mengemukakan satu persoalan kepada Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi berhubung dengan perkembangan dan hala tuju Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei sebagai pintu masuk utama negara serta pemangkin kepada pertumbuhan sektor pelancongan dan ekonomi.
Sebagaimana yang dihasratkan di dalam Rang Undang-Undang Belanjawan Negara berkaitan ekonomi dinamik dan berdaya tahan. Negara kita terus berusaha memperkukuhkan ekosistem ekonomi melalui pembangunan infrastruktur, penarikan pelaburan asing dan pengukuhan daya saing sektor perkhidmatan. Dalam konteks ini, sektor pengangkutan udara memainkan peranan yang sangat penting sebagai perhubungan utama kepada ekonomi global.
Namun begitu, kaola juga mengambil maklum bahawa dalam persekitaran global yang semakin mencabar seperti yang dinyatakan dalam slaid mengenai dengan ketidaktentuan ekonomi dunia dan perubahan struktur perdagangan global, negara perlu lebih proaktif dalam meningkatkan kecekapan dan daya saing infrastruktur strategik termasuk lapangan terbang. Sehubungan dengan itu, kaola ingin pencerahan apakah pihak kementerian mempunyai sebarang perancangan atau kajian untuk mempertimbangkan pendekatan penswastaan atau pengkorporatan terhadap pengurusan Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei.
Ini adalah selaras dengan pendekatan yang telah digariskan dalam slaid berkenaan apabila private partnership dan usaha pengkorporatan di mana dinyatakan bahawa melalui pendekatan perkhidmatan dapat dipertingkatkan, kos dapat dioptimumkan, ruang fiskal kerajaan dapat digunakan dengan lebih berkesan. Tambahan lagi, kejayaan korporatan beberapa entiti seperti perkhidmatan pos dan percetakan kerajaan juga menunjukkan bahawa modal ini berpotensi meningkatkan kecekapan operasi serta menjana sumber hasil baharu.
Selain itu, apakah langkah-langkah strategik yang sedang atau akan diambil bagi memperkukuhkan lapangan terbang ini sebagai hab penerbangan yang lebih berdaya saing. Ini penting kerana seperti yang disentuh dalam slaid berkaitan memperkukuhkan perdagangan dan akses pasaran, keupayaan untuk menarik pelaburan, memperluaskan rangkaian perniagaan dan meningkatkan hubungan antarabangsa amat bergantung kepada sistem pengangkutan yang efisien.
Kaola berpendapat bahawa dengan pendekatan yang lebih strategik termasuk kemungkinan kerjasama antara kerajaan dan sektor swasta, lapangan terbang ini bukan sahaja dapat meningkatkan kecekapan, pengurusan dan kualiti perkhidmatan, malah berpotensi menjadi pemangkin kepada pertumbuhan pelancongan, kemasukan pelaburan asing, perkembangan ekonomi negara secara menyeluruh. Ini juga selaras dengan aspirasi Wawasan Brunei 2035 untuk membentukkan ekonomi yang dinamik, berdaya tahan dan berhubung rapat dengan ekonomi global.
Sekian, terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi​
Yang Berhormat Awang Mohammad bin Abdullah @ Lim Swee Ann.
Yang Berhormat Awang Mohammad bin Abdullah @ Lim Swee Ann​
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian. Kaola merujuk kepada Tajuk SN01A Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi.
Kaola ingin menarik perhatian pihak Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi terhadap perkembangan pesat perkhidmatan runners di Negara Brunei Darussalam sama ada secara persendirian mahupun melalui syarikat berdaftar. Perkembangan ini selaras dengan perubahan ekonomi semasa yang semakin dipacu oleh perdagangan digital dan perkhidmatan dalam talian serta menyumbang kepada peluang, pendapatan dan pertumbuhan ekonomi domestik.
Namun begitu, terdapat cabaran dari segi penyelarasan, keselamatan dan keseimbangan antara pengendali individu dengan syarikat berdaftar. Sehubungan itu, Kaola mencadangkan agar satu sistem yang lebih bersistematik diwujudkan. Antaranya pendaftaran berpusat, piawaian keselamatan dan kualiti serta penggunaan platform digital rasmi. Cadangan ini adalah selaras dengan fokus belanjawan untuk memperkasakan ekonomi melalui transformasi dan inovasi serta meningkatkan kecekapan sistem perkhidmatan.
Kaola juga mencadangkan pendekatan kerjasama antara kerajaan dan sektor swasta sebagai model menang-menang. Bagi membangunkan industri ini secara tersusun tanpa menjejaskan perniagaan sedia ada, Kaola yakin dengan pendekatan ini perkhidmatan runners berpotensi berkembang menjadi industri yang lebih mampan dan berdaya saing.
Sekian Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi​
Saya persilakan Yang Berhormat Awang Zainol bin Haji Mohamed.
Yang Berhormat Awang Zainol bin Haji Mohamed​
Yang Berhormat Pengerusi. Di bawah peruntukan lebih BND57 juta bagi EGNC, kaola ingin menyentuh tahap ketahanan dan kesinambungan sistem digital kerajaan yang kini menjadi komponen penting dalam penyampaian perkhidmatan awam.
Selaras dengan perbincangan dalam persidangan ini yang menekankan kepentingan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam, sejauh mana keupayaan sistem kritikal untuk pulih dengan pantas apabila berlaku gangguan? Seperti insiden yang berlaku pada awal tahun ini di platform Jabatan Pengangkutan Darat serta apakah mekanisme sandaran yang benar-benar berfungsi bagi memastikan perkhidmatan tidak terhenti?
Dalam konteks integrasi sistem yang semakin meluas merentasi agensi, bagaimana keseimbangan antara kecekapan dan pengurusan risiko dilaksanakan supaya kegagalan pada satu sistem tidak memberi kesan berantai kepada keseluruhan perkhidmatan kerajaan? Berikutan kebergantungan yang semakin meningkat terhadap sistem ini, apakah tahap kesiapsiagaan kepakaran tempatan dalam mengurus dan memulihkan sistem teras khususnya dalam situasi yang memerlukan tindakan segera tanpa kebergantungan yang tinggi kepada pihak atau vendor luar?
Dari sudut pengurusan maklumat pula, bagaimana tadbir urus data diperkukuh bagi memastikan ketepatan, keselamatan dan consistency maklumat memandangkan kepercayaan rakyat banyak bergantung kepada kebolehpercayaan sistem yang digunakan setiap hari?
Akhirnya sejauh mana peruntukan ini benar-benar memperkukuh daya tahan keseluruhan ekosistem digital kerajaan? Bukan sahaja dari segi kecekapan tetapi juga dalam memastikan kesinambungan perkhidmatan kepada rakyat dan perniagaan. Sebagai cadangan, mungkin boleh dipertimbangkan pendekatan yang memberi penekanan kepada pengasingan risiko bagi sistem-sistem kritikal supaya gangguan pada satu platform tidak menjejaskan keseluruhan rangkaian perkhidmatan. Dalam masa yang sama, keutamaan juga boleh diberikan kepada sistem yang mempunyai impak langsung kepada orang ramai dengan memastikan kapasiti sandaran dan pemulihan diuji secara berkala dalam keadaan sebenar. Bukan sekadar di peringkat perancangan supaya tahap kesiapsiagaan itu benar-benar dapat berfungsi apabila diperlukan.
Sekian, terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi​
Dan Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan.
Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan​
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian.
Kaola merujuk kepada Tajuk SN01A Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi. Dalam usaha negara meningkatkan kualiti hidup rakyat dan persekitaran yang selamat serta selesa seperti yang digariskan dalam Wawasan Brunei 2035, isu seperti ini tidak seharusnya dipandang ringan kerana ia memberi kesan langsung kepada kesejahteraan masyarakat. Perkara ini juga digariskan dalam Rang Undang-Undang Belanjawan Negara yang menyentuh mengenai keperluan sistem pengangkutan yang lebih mesra alam dan teratur.
Jelas menunjukkan bahawa pembangunan sektor pengangkutan perlu selari dengan aspek keselamatan kawalan pencemaran bunyi dan keseimbangan kehidupan masyarakat. Kaola ingin membangkitkan satu isu yang semakin meresahkan masyarakat iaitu kenderaan yang dimodifikasi sehingga mengeluarkan bunyi terlalu kuat seakan-akan letupan khususnya pada waktu malam.
Perkara ini bukan saja mengganggu ketenteraman awam malah turut menimbulkan risiko keselamatan akibat pengubahsuaian dan tidak mengikut piawaian yang berpotensi menyebabkan kegagalan sistem serta risiko kebakaran. Sehubungan dengan itu, kaola ingin memohon pencerahan apakah langkah penguatkuasa yang sedang dilaksanakan oleh pihak kementerian terhadap kenderaan yang diubah suai secara tidak sah ini?
Adakah terdapat pemeriksaan atau operasi berkala bagi memastikan pematuhan terhadap piawaian keselamatan dan had bunyi? Apakah garis panduan had bunyi yang ditetapkan serta tahap pemantauan semasa? Dan adakah pihak kementerian bercadang untuk memperketatkan undang-undang serta meningkatkan kesedaran awam khususnya dalam kalangan belia?
Yang Berhormat Pengerusi.
Kaola juga ingin menyentuh mengenai kemudahan tempat letak kereta bagi orang kurang upaya, OKU. Walaupun penyediaannya semakin berleluasa dan wajar dipuji, namun masih terdapat penyalahgunaan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab sekali gus menjejaskan hak golongan yang benar-benar memerlukan. Perkara ini berkait rapat dengan hasrat kerajaan untuk memastikan kehidupan rakyat yang inklusif, berkualiti dan mempunyai akses yang adil kepada kemudahan asas.
Sehubungan itu, kaola mencadangkan agar diperkenalkan satu sistem pengenalpasti rasmi seperti pelekat atau permit khas bagi kenderaan OKU bagi memastikan kemudahan ini digunakan secara tertib dan berintegriti.
Oleh itu, kaola ingin bertanya adakah terdapat perancangan untuk melaksanakan sistem pengenalpasti rasmi kenderaan OKU? Apakah mekanisme penguatkuasaan sedia ada bagi menangani penyalahgunaan kemudahan ini dan apakah usaha yang sedang dilaksanakan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat dalam menghormati hak golongan OKU?
Yang Berhormat Pengerusi.
Kaola berpendapat bahawa dengan penguatkuasaan yang lebih tegas, dasar yang jelas serta kesedaran masyarakat yang tinggi, kedua-dua isu ini dapat ditangani dengan lebih berkesan sekali gus menyumbang kepada persekitaran yang lebih selamat, harmoni dan inklusif selaras dengan aspirasi negara.
Sekian terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi​
Terima kasih Ahli-Ahli Yang Berhormat. Seramai 9 orang Ahli Yang Berhormat Yang Dilantik telah pun turut serta membahas Tajuk ini dan sekarang saya memberikan laluan pula bagi Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi untuk memberikan ulasan ataupun responnya terhadap perkara-perkara yang telah dikemukakan tadi. Saya persilakan Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi.
Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi​
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan selamat pagi.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.
Peramba, kaola, saya terlebih dahulu menghargai akan keprihatinan Ahli-Ahli Yang Berhormat terhadap perkara-perkara yang berhubung kait dan tanggung jawab di bawah Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi melalui soalan-soalan, cadangan-cadangan dan pencerahan-pencerahan yang telah diajukan. Dalam hubungan ini, sukacita ingin mengongsikan di antara perkara-perkara yang ditimbulkan adalah selaras dengan pendorong nilai atau value drivers kementerian iaitu memastikan keselamatan dan kesejahteraan awam. Meningkatkan kesejahteraan dengan perkhidmatan yang cekap dan berkualiti dan menyokong pertumbuhan dan pembangunan sosioekonomi yang mampan.
Memandangkan beberapa soalan ditimbulkan mengenai keselamatan jalan raya dan khususnya yang berhubung dengan penunggang-penunggang basikal. Sukacita mengongsikan bahawa Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya telah membuat rancangan dan cadangan jangka pendek iaitu memperkenalkan larangan berbasikal di semua lebuh raya dan jalan-jalan utama yang mempunyai tanda had laju lebih daripada 65 kilometer sejam dan juga untuk memperkenalkan laluan-laluan berbasikal yang terpilih di setiap daerah dan juga mengemaskinikan garis panduan berbasikal.
Cadangan sederhana adalah perlaksanaan tanda-tanda jalan raya bagi laluan-laluan terlarang dan juga laluan-laluan basikal terpilih. Pindaan undang-undang mengenai larangan berbasikal dan memperketatkan undang-undang berhubung dengan kesalahan-kesalahan lalu lintas juga akan dibuat. Cadangan jangka panjang adalah penyediaan laluan-laluan berbasikal khas dan ini juga akan melibatkan penyediaan rancangan kemajuan tempatan yang mengambil kira laluan-laluan berbasikal dan juga keperluan keterhubungan mobility yang aktif.
Dalam hubungan ini, untuk melaksanakan larangan tersebut seperti mana yang juga telah disebut oleh Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin, pindaan di bawah Road Traffic Bicycle Regulations, Road Traffic Act (Chapter 68) akan dilakukan yang mana jalan-jalan yang akan dilarang berbasikal sepertinya adalah Lebuhraya Muara Belait, Lebuhraya Tungku, Lebuhraya Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Lebuhraya Rimba, Lebuhraya Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah dan Lebuhraya Tungku Jerudong dan juga Jalan Utama Mentiri, Jalan Kebangsaan dan Jalan Utama Berakas, Jalan Junjungan, Jalan Labu Puni dan Jalan Penghubung Tanah Jambu dan juga Jalan Rasau.
Berhubung dengan cadangan rangkaian laluan sebagai laluan alternatif untuk aktiviti berbasikal, MKKJR telah bekerjasama dengan Brunei Cycling Federation dan telah mengenal pasti beberapa rangkaian laluan untuk aktiviti berbasikal khususnya aktiviti sport cyclist di daerah Brunei Muara yang dicadangkan adalah laluan Stadium yang akan dibukakan setiap hari, laluan di sepanjang Jalan Perdana Menteri, Jalan Ong Sum Ping dan juga Jalan Kebangsaan dan Jalan Menteri Besar untuk diadakan pada setiap hari Rabu sebelah malam sebagai projek rintis.
Manakala laluan Bandarku Ceria dengan cadangan rangkaian berbasikal akan diperluaskan. Di Daerah Tutong laluan yang dikenal pasti adalah laluan kawasan Bukit Bendera, manakala di Daerah Belait laluan menuju cargo dam dan juga Jalan Labi dan juga Jalan Labi bermula daripada Biodiversity Centre, Teraja. Manakala di Daerah Temburong adalah laluan Jalan Pekan Bangar.
Pada masa yang sama seperti mana yang dikongsikan yang disebut tadi in terms of kelibat-kelibat pemandu jalan raya, seperti mana yang disarankan, disebut juga oleh Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin mengenai dengan pihak MKKJR juga telah memperkenalkan Road Safety Action 2030 yang mempunyai 5 objektif utama iaitu untuk mencapai pengurangan 50 jumlah kemalangan jalan raya menjelang 2030 mencapai pengurangan 50 peratus dalam kematian akibat kemalangan jalan raya menjelang tahun 2030 dan juga menjadikan 80 peratus daripada jalan raya utama lebih selamat dengan penarafan keselamatan minimum 3 bintang menjelang tahun 2030.
Untuk makluman penarafan 3 bintang ini bukan sahaja melihat daripada sudut prasarana jalan raya tetapi juga mengenai dengan driver behaviour di laluan-laluan tersebut. Seterusnya mengenai dengan kempen-kempen keselamatan yang mana ini akan diteruskan insya Allah akan dilanjutkan apabila pindaan-pindaan kepada perundangan dan juga untuk memberigakan perkara ini akan diselajurkan juga dengan kempen-kempen keselamatan.
Seterusnya berhubung dengan soalan-soalan yang diajukan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof mengenai dengan sistem tarus yang mana pada masa ini dalam peringkat perlaksanaan secara berperingkat-peringkat yang mana penggunaannya adalah terhad kepada pengguna-pengguna tertentu tetapi dengan insya Allah on boarding bank-bank utama seperti BIBD dan juga Baiduri Bank dengan masa yang terdekat ini ia penggunaannya akan lebih meluas dan yang mana fasa kedua adalah juga untuk memperkenalkan QR code. So dalam pada masa yang sama soalan mengenai scam di antara pencapaian yang telah atau perlaksanaan yang telah dibuat adalah penubuhan scam centre yang tujuan memperkenalkan hotline di mana orang ramai boleh meminta rujukan untuk bantuan menangani isu-isu scam.
Beralih juga kepada soalan mengenai Brunei ID. Brunei ID ini juga yang telah diperkenalkan pada awal tahun ini juga penggunaannya diperkenalkan secara berperingkat-peringkat. Pada masa ini terdapat hanya limited anulah terdapat I think system yang boleh menggunakan digital ID tetapi akan dilaratkan penggunaannya kepada mengakses aplikasi kerajaan dan pada masa yang sama juga perbincangan juga diadakan dengan syarikat-syarikat swasta yang mana mungkin akan menggunakan perkhidmatan Brunei ID ini sebagaimana Yang Berhormat sebutkan tadi sebagai eKYC tools untuk mengakses aplikasi-aplikasi online.
Menyentuh juga dengan Smart Nation punya belanjawan untuk makluman Yang Berhormat, Smart Nation punya belanjawan tersebut tidaknya terhad dalam perlaksanaan program Digitalization Brunei tidak hanya terhad pada Smart Nation Office tetapi ianya juga di bawah biayaan kementerian-kementerian yang melaksanakan projek-projek mereka yang tertentu. Kalau di bawah Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi sepertinya EGNC yang mana menunjukkan peningkatan belanjawan yang telah diperuntukkan pada tahun ini.
Berhubung dengan competency pihak-pihak EGNC yang mana Yang Berhormat kongsikan tadi, sukacita memaklumkan di bawah MTIC 2030 adalah disarankan supaya 100 peratus kakitangan EGNC akan menerima pensijilan. Itulah sasaran yang telah disasarkan. Berhubung juga dengan kawalan penggunaan social media yang mana juga pada masa ini ada negara-negara jiran juga di negara tertentu telah mengenalkan perundangan untuk kawalan penggunaan social media khasnya kepada mereka yang di bawah 16 tahun.
Dalam hubungan ini pihak kementerian pada masa ini sedang meneliti kaedah-kaedah yang boleh digunakan pakai di negara ini. Perbezaan negara kita berbanding dengan negara tersebut adalah di negara tersebut yang memperkenalkan undang-undang ini social media providers tersebut bertapak di negara tersebut. Ertinya the restriction of the law boleh dikenakan. Manakala kita ini penyedia-penyedia aplikasi atau platform social media ini tidak ada yang bertapak di negara kita ini. So, itulah di antara perkara yang akan ditunduki untuk bagaimana kita ini boleh our legal reach kepada aplikasi-aplikasi tersebut.
Seterusnya, berhubung dengan soalan Yang Berhormat Dayang Chong Chin Yee terutama sekali berhubung dengan perkhidmatan bas awam. Sukacita di sini mengongsikan bahawa proses RFP telah berjalan, yang mana pada masa ini syarikat ini berhubung terus dengan sebuah syarikat daripada 13 syarikat yang ikut serta kepada 3, kini telah mengenal pasti 2 syarikat yang mana kami mengadakan rundingan lanjut. Dalam hubungan ini, sepertimana yang dikongsikan mengenai ada local or public yang mengutarakan idea-ideanya, kami telah berbincang juga dengan syarikat untuk dapat reach out sekiranya bila tepat masanya dengan individu tersebut untuk mendapatkan apa jua pandangan mengenainya.
Selajur jua mengongsikan bahawa kaedah public transport yang pada masa ini diterokai selain daripada core route bus network, apa yang akan dilancarkan dengan insya Allah pada tahun ini adalah demand responsive transit yang mana ini adalah laluan-laluan bas yang tidak mempunyai laluan tetap seperti it's more on base on demand of the ridership. Pihak kementerian juga mengambil baik cadangan Yang Berhormat mengenai untuk bagaimana Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei dapat mempromosi produk-produk tempatan. Untuk makluman, sebelum ini memang ada juga retailer yang mempromosi produk-produk tempatan dan juga mendapat sambutan yang baik.
Insya Allah, seperti jua cadangan untuk bekerjasama dengan pihak BEDB untuk bagaimana kita dapat menempatkan produk-produk tempatan ini untuk mempromosinya di lapangan terbang. Insya Allah akan disusuli kemudian.
Seterusnya, berhubung dengan perkembangan Lapangan Terbang Antarabangsa yang telah ditimbulkan oleh Yang Berhormat Awang Haji Mohamad Danial @ Tekpin bin Ya'akub, sukacita dikongsikan bahawa di bawah perancangan Strategic Plan MTIC, memang untuk mempertingkatkan jumlah penumpang yang melalui Lapangan Terbang Antarabangsa dan juga jumlah kargo. Sepertimana sasaran yang telah diadakan adalah untuk kita mencapai lebih daripada 2 juta penumpang yang melalui Lapangan Terbang Antarabangsa by 2030 dan juga 38 ribu tan kargo udara untuk melewati Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei.
Dalam mendukung usaha-usaha tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam juga telah memperkenankan bagi penubuhan Jawatankuasa Pandu Penerbangan Awam atau lebih dikenali sebagai Aviation Co yang mana telah akan dipengerusikan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II dan juga saya sendiri untuk menunduki peluang-peluang memperkembangkan Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei termasuk juga apa yang dikongsikan apa yang disebutkan untuk melihat daripada segi mengkorporatasi aspek-aspek pengawalan atau pengurusan lapangan terbang. Satu jawatankuasa Low-Cost Carrier juga telah diperkenankan yang mana akan melihat akan peluang-peluang bagi penubuhan low-cost carrier beroperasi di Lapangan Terbang kitani.
Memandangkan masa agak singkat Yang Berhormat Pengerusi, dapat diizinkan untuk dapat menjawab soalan-soalan tersebut secara bertulis dengan menyusulnya kemudian. Terima kasih.
Yang Berhormat Pengerusi​
Terima kasih Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi. Saya kira ada cukup masanya sekarang sudah kita Tajuk ini kita undi. Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila angkat tangan.
(Semua Ahli mengangkat tangan tanda bersetuju)
Nampaknya semua Ahli bersetuju, maka Tajuk SN01A hingga SN09A Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi diluluskan.
(Tukul diketuk)
Yang Mulia Jurutulis​
Tajuk SN01A hingga SN09A dijadikan sebahagian daripada jadual. Tajuk SP01A Kemajuan.
Yang Berhormat Pengerusi​
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Memandangkan Tajuk SP01A Kemajuan ini telah dibincangkan dengan panjang lebar semasa perbahasan tajuk-tajuk yang berkenaan, saya kira tidaklah perlu kita membahaskan Tajuk SP01A ini. Maka saya membukakan Tajuk ini untuk kita undi. Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila angkat tangan.
(Semua Ahli mengangkat tangan tanda bersetuju)
Nampaknya semua Ahli bersetuju, maka Tajuk ini diluluskan.
(Tukul diketuk)
Yang Mulia Jurutulis​
Tajuk SP01A dijadikan sebahagian daripada Jadual.
Yang Berhormat Pengerusi​
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Alhamdulillah, kita telah selesai membahaskan secara terperinci tajuk-tajuk Rang Undang-Undang Perbekalan, 2026/2027 dan Usul Ketetapan Kumpulanwang Kemajuan di peringkat Jawatankuasa Perbekalan.
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat Yang Dilantik dan juga Ahli-Ahli Yang Berhormat kerana jawatan di atas kerjasama yang diberikan kerana kita telah dapat melaksanakan tugas kita dalam tempoh yang sesingkat-singkatnya. Sekarang ada baiknya Mesyuarat Jawatankuasa kita ini ditangguhkan dan kita bersidang semula di Persidangan Majlis Mesyuarat Negara.
(Mesyuarat Jawatankuasa ditangguhkan)
(Majlis Mesyuarat bersidang semula)
Yang Berhormat Yang Di-Pertua​
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Sekarang kita menyambung penelitian. Ahli-Ahli Yang Berhormat. Sekarang kita bersidang semula dalam Majlis Mesyuarat Negara dan kita akan berpindah ke Urusan Mesyuarat seterusnya.
Yang Mulia Jurutulis​
Rang Undang-Undang Bacaan Ketiga.
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II​
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dengan segala hormatnya Kaola membacakan Rang Undang-Undang yang bergelar Suatu Akta Untuk Membekalkan Sejumlah Wang dari Kumpulanwang yang disatukan bagi perkhidmatan Tahun Kewangan 2026/2027 dan untuk memperuntukkan wang yang tersebut itu bagi maksud-maksud tertentu untuk bacaan kali yang ketiga yang telahpun dipertimbangkan dan diteliti satu persatu dalam persidangan Jawatankuasa Perbekalan dan telah dipersetujui dengan tidak ada apa-apa pindaan.
Kaola mencadangkan agar Rang Undang-Undang ini diluluskan. Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua​
Ahli-Ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II sebentar tadi telah membaca Rang Undang-Undang bagi kali ketiga.
Saya mempersilakan Ahli Yang Berhormat yang suka untuk menyokong cadangan ini.
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II​
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Yang Di-Pertua, kaola menyokong sepenuhnya, terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua​
Terima kasih Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II.
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Rang Undang-Undang telah mendapat sokongan daripada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II dan sekarang dibukakan untuk diundi. Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju akan cadangan ini, sila angkat tangan.
(Semua Ahli mengangkat tangan tanda bersetuju)
Nampaknya semua Ahli bersetuju maka Rang Undang-Undang Perbekalan, 2026/2027 adalah diluluskan.
(Tukul diketuk)
Yang Mulia Jurutulis​
Rang Undang-Undang Perbekalan, 2026/2027 bagi Tahun 2026 adalah diluluskan. Usul Ketetapan Kumpulanwang Kemajuan.
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II​
Bismillahir Rahmanir Rahim Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Kaola memohon untuk mencadangkan bagi Majlis ini mengikut Bab 4 (2) Akta Kumpulanwang Kemajuan Penggal (136) membuat ketetapan iaitu perbelanjaan sebanyak BND480 juta untuk dibenarkan, diperuntukan dan dipohonkan dari Kumpulanwang Kemajuan untuk maksud-maksud tersebut dalam Anggaran Perbelanjaan Kemajuan 2026/2027.
Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua​
Ahli-Ahli Yang Berhormat, adakah seorang Ahli Yang Berhormat yang ingin untuk menyokong Usul yang dikemukakan tadi.
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama​
Bismillahir Rahmanir Rahim Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh (selawat dibaca) Yang Berhormat Yang Di-Pertua, kaola menyokong sepenuhnya Usul ini dan kaola mengucapkan terima kasih.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua​
Terima kasih Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama.
Ahli-Ahli Yang Berhormat, usul ini telah mendapat sokongan daripada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama. Sekarang Usul ini adalah dibukakan untuk diundi, Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju akan cadangan ini, sila angkat tangan.
(Semua Ahli mengangkat tangan tanda bersetuju)
Terima kasih, nampaknya semua Ahli bersetuju maka Usul bagi Ketetapan Kumpulanwang Kemajuan adalah diluluskan.
(Tukul diketuk)
Yang Mulia Jurutulis​
Usul bagi Ketetapan Kumpulanwang Kemajuan adalah diluluskan.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua​
Ahli-Ahli Yang Berhormat, saya kira cukuplah kita bersidang pada pagi ini dan saya cadangkan supaya mesyuarat kita ini ditangguhkan. Insya Allah kita akan bersidang semula pada hari Sabtu, 28 Mac 2026 sebagai mana lazim mulai daripada jam 9.30 pagi.
Sekian Wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi ta'ala wabarakatuh.
(Majlis Mesyuarat ditangguhkan)
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.