HARI KE-9 PETANG
📖 Masa membaca: 68 minit
📊 Bilangan kata: 13,626 kata
25HB MAC 2026 PETANG​
(Mesyuarat mula bersidang pada pukul 2.00 petang)
Yang Berhormat Yang Di-Pertua​
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Ahli-Ahli Yang Berhormat, Persidangan Majlis Mesyuarat Negara masih lagi membincangkan Rang Undang-Undang (2026) Perbekalan, 2026/2027 dan Usul Ketetapan Kumpulanwang Kemajuan. Sekarang saya tangguhkan Persidangan ini, dan kita seterusnya dan akan meneruskan perbahasan Peringkat Jawatankuasa Perbekalan.
(Majlis Mesyuarat ditangguhkan)
(Mesyuarat bersidang sebagai Jawatankuasa)
Yang Berhormat Pengerusi​
Ahli-Ahli Yang Berhormat, sekarang kita menyambung penelitian ke atas Tajuk-Tajuk di Peringkat Jawatankuasa Perbekalan. Pada sebelah pagi tadi, kita telah mendengar sepuluh orang Ahli yang eh, bukan, lapan orang Ahli Yang Berhormat, beberapa orang Ahli Yang Berhormat Yang Dilantik, yang telah menyuarakan pertanyaan-pertanyaan dan juga pendapat mengenai dengan Tajuk SJ01A - Kementerian Hal Ehwal Ugama. Sebenarnya, tujuh orang Ahli Yang Berhormat Yang Dilantik.
Sekarang, sebagaimana yang telah saya janjikan sebelum kita berehat sebelah pagi tadi, saya akan memberikan laluan untuk Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama untuk membahaskan ataupun memberikan ulasan atau responnya dalam had masa yang ditentukan. Silakan Yang Berhormat Pehin.
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama​
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan rakan-rakan serta sahabat-sahabat dalam dewan ini.
Alhamdulillah, kaola ini telah berehat, dalam erti kata kalau berehat kelurusan kaola sepatutnya sudah inda menjawab soalan-soalan Yang Berhormat Pengerusi, tapi dari atu tenanglah sedikit memikirkan, jadi sama ada dalam tempoh yang ditentukan kaola dapat menjawab ataupun menjelaskan hanya sebahagian-sebahagiannya Yang Berhormat Pengerusi ah, tapi yang penting kaola menghargai apa yang dibangkitkan tadi atu, dibangkitkan sangat relevan, kecuali tadi yang mula-mula tadi, bukan inda relevan mengenai rukyah dan sebagainya atu, ia sudah established isu tu, established perkara yang sudah known kepada public dan sebagainya. Jadi ia lagi bukan jadi persoalan ah, kenapa, ia ada undang-undangnya, ada prosedurnya dan kaedah-kaedah yang sudah semua, jadi perkara atu inda payah kaola menjawab ke arah atu dan dengan izin Yang Berhormat Pengerusi jua.
Maka dalam soalan-soalan berikutnya, kaola ada mendapati banyak selain daripada soalan-soalan juga ada saranan-saranan yang patut dicatitkan untuk kementerian mengambil perhatian, umpamanya Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan, yang menimbulkan mengenai kepentingan memperkasakan undang-undang berhubung dengan halal haram yang disebut di sini ialah dari segi barang gunaan.
Jadi, dalam perkara itu, kaola ingin menjelaskan yang pertama sekali, pada masa ini, undang-undang yang ada baru setakat mengenai pemakanan, tidak meliputi barang gunaan dan tidak juga meliputi logistik pengangkutannya. Jadi dalam pada itu, tidak bermakna perkara itu diabaikan. Majlis Ugama Islam yang mengguide hal Kementerian Hal Ehwal Ugama dalam perkara ini, memberikan petunjuk untuk sekalipun belum ada undang-undang mengenai perkara barang gunaan itu, tetapi langkah-langkah untuk dikatakan berjaga-jaga, mengawasi, memantau dan sebagainya mestilah dilakukan di bawah prosedur-prosedur yang sama seperti pemantauan dan kalau perlu untuk pemeriksaan setempat dan sebagainya dan hal itulah yang sudah berlaku dan Alhamdulillah dari semasa ke semasa orang ramai pun tahu ada tindakan-tindakan ah yang diambil dalam perkara itu, jadi kalau ia perlu diasingkan, diasingkan atau kalau perlu ditahan langsung ertinya ada kait mengait dengan sijil halal atau label halal yang dikeluarkan kepada premis tersebut ataupun jagaan tersebut maka tindakan yang bersesuaian dengan kehendak undang-undang telah dijalankan.
Itu saja Yang Berhormat Pengerusi ah kepada Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan, jelaslah bahawa walaupun belum ada undang-undang mengenai barang gunaan dari sijil halal, namun Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Jabatan Hal Ehwal Syariah, Bahagian Kawalan Makanan Halal dan sebagainya sudah mengambil perhatian yang berat dan telah pun terbukti dari semasa ke semasa umum mengetahui perhatian berat untuk mengawal jangan sampai masyarakat Islam apa namanya tu, apa tersalah guna, tersalah apa, dalam perkara-perkara yang dikatakan belum ada undang-undang namun dalam belum ada undang-undang ada langkah-langkah pencegahannya. Itu satu.
Yang kedua, soalan dari Yang Berhormat Haji Awang Sulaiman bin Haji Nasir, yang sudah dianukan ni tadi, kita ni persetujui inda payah lagi dibangkitkan, mengenai rukyah, mengenai apa itu. Jadi masuk kepada soalan yang ketiga, langsung daripada Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abd. Rahman bin Haji Ibrahim. Yang Berhormat mengemukakan dua atau tiga soalan. Ringkas tapi padatlah.
Yang pertama, berhubung dengan cara menggalakkan wakaf yang progresif. Jadi sangat menarik ni perkataan "wakaf yang progresif". Memanglah ke arah itu yang sedang difikirkan ataupun sedang diusahakan oleh Majlis Ugama Islam dan Kementerian Hal Ehwal Ugama. Ertinya wakaf pada masa dahulu, pertama, wakaf kalau zaman dahulu di bawah undang-undang Majlis Ugama Islam dan Mahkamah-Mahkamah Kadi tahun 50-an sudah ada sedemikian itu. Wakaf itu yang diurus tadbir itu ialah wakaf berhubung perkara-perkara yang bersifat, namanya kalau tanah untuk tapak masjid atau tapak sekolah ataupun untuk laluan jalan kecil atau jalan raya di kampung-kampung.
Jadi ia bersifat bukan suatu perkara yang dikembangkan yang akan mendatangkan pulangan. Jadi hal itu tidak berubah undang-undangnya, namun dinamika dalam wakaf ini terus menerus berkembang, Pehin. Kerana itu pada tahun 1994, Majlis Ugama Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama bersetuju bersepakat menubuhkan Badan Tanmiah, pengembangan, jadi dan seterusnya. Kemudian pada tahun 2013 atau 2012 usaha untuk mengadakan satu Akta Wakaf. Jadi Akta Wakaf itu berebut-rebut pada masa itu untuk kita juga menyiapkan Kanun Jenayah Syari'ah, jadi tinggallah akta wakaf ini kemudian mendahulukan Jenayah Syari'ah jadi selesai-selesai barulah dibangkit dan pada masa ini, Akta Wakaf itu sudah pun peringkat Majlis Ugama Islam sudah selesai dan proses-proses seterusnya ialah kepada penelitian pihak AG Chambers dan seterusnya dari sana nanti balik semula kepada Majlis Ugama Islam dan seterusnya proses seterusnya untuk apa ini menjunjung sebarang perkenan untuk dijadikan akta dan sebagainya proses-prosesnya.
Jadi pada peringkat ini, akta itu akan dimuktamadkanlah, insya Allah. Kerana kita ni melihat wakaf ini dengan perkataan wakaf progresif ini. Kita ni akan melihatlah pengalaman-pengalaman yang ada, yang sudah ditinjau sampai ke semenanjung sampai ke Singapura. Beberapa modernity mengenai wakaf ini ada, jadi hal-hal sedemikian itu dimasukkan ke dalam apa namanya tu, elemen-elemen dalam akta tersebut dan yang paling pentingnya untuk menggalakkan wakaf yang progresif ini, Yang Berhormat Pehin sendiri memang maklum mengenainya. Bukan lagi kan bertapuk-tapuknya orang memerlukan tenaga yang profesional dalam bidangnya, dalam bidang terutama sekali kewangan ataupun dalam bidang pelaburan dan inilah orang yang akan diperlukan. Jadi hal-hal seperti itu insya Allah setelah ada aktanya jelas semua sekali dalam majlis nanti insya Allah kita ini akan melihat kehadapan sedemikian itu Pehin.
Yang kedua, Yang Berhormat Pehin menimbulkan hasil pengkajian UNISSA mengenai permohonan bantuan, iaitu bantuan zakat. UNISSA telah diberikan satu task oleh Majlis Ugama Islam untuk menjalankan kajian mengapa orang, apani, asnaf yang menerima agihan zakat terus menerus meningkat dan juga terus menerus menampakkan tidak ada kemajuan yang signifikan dalam meningkatkan taraf hidup mereka sehingga keluar daripada asnaf, cuma beberapa percent daripada orang yang dipelihara dan diasuh sedemikian itu. Jadi kajian itu sangat berguna Pehin kepada Majlis Ugama Islam dan Kementerian Hal Ehwal Ugama. Jadi antara dapatan pengkajian yang dijalankan oleh Universiti Islam Sultan Sharif Ali ialah penurunan bantuan zakat masih menunjukkan keperluan yang signifikan khususnya dalam kalangan golongan fakir dan miskin.
Maka sehubungan dengan itu, Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Jabatan JUZWAB sekarang ini untuk memperkukuhkan pengurusan permohonan bantuan melalui proses penilaian yang lebih sistematik dan pemantauan yang berterusan bagi memastikan agihan dibuat secara lebih berkesan kepada golongan yang benar-benar memerlukan dan berhak, layak. Pada masa yang sama, pendekatan pengupayaan asnaf melalui bantuan model keusahawanan dan program peningkatan kemahiran turut diperkasakan bagi membantu penerima agihan atau asnaf itu meningkatkan taraf hidup mereka dan untuk menjadikan mereka berdikari dan sebagainya dan usaha ini walaupun peratus kejayaannya masih rendah tapi ini penting untuk diteruskan dan penerusannya atau mengapa ia masih rendah dan sebagainya, ertinya program ini sendiri mesti diawasi. Memerlukan juga tenaga-tenaga yang mempunyai hubungan dengan industri, mempunyai hubungan dengan pengalaman-pengalaman untuk mengembangkan bakat-bakat orang. Jadi pada masa ini itulah yang akan diikhtiarkan, Pehin.
Dan yang ketiga daripada Yang Berhormat Pehin jua, langkah-langkah bagi melahir dan memperbanyakkan pakar kewangan Islam ia jua ditambah tadi jua yang kaola dengar atu ialah bukan sahaja pakar kewangan tetapi juga pakar dalam bidang pemakanan, food science, kerana kedua-dua bidang ini sedang, apa ni, diperlukan dan berkembang bukan sahaja di luar negeri tetapi juga di dalam negeri kita ini sendiri.
Jadi langkah-langkah melahirkan dan memperbanyakkan pakar kewangan Islam tempatan dan juga yang pakar dalam bidang food science dan untuk melahirkan dan memperbanyakkan pakar kewangan Islam tempatan memerlukan pendekatan yang bersepadu, sistematik dan berterusan iaitu merangkumi pendidikan, latihan profesional, latihan industri dan dasar kerajaan. Antara langkah-langkah yang telah dilaksanakan oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama dapat saya sebutkan di sini ialah memperkukuh asas pendidikan awal iaitu di peringkat pendidikan, usaha memperkukuh asas pendidikan berhubung kait dengan kewangan Islam telah dilaksanakan dengan memperkenalkan asas kewangan Islam dalam kurikulum sekolah arab dan sekolah agama. Murid-muridnya didedahkan atau pelajar-pelajarnya didedahkan kepada konsep seperti riba, zakat, wakaf, sukuk dan seumpamanya.
Berapa minit lagi? Seminit sudah saya limpas. Jadi yang kedua ialah memperluas program pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi. Di peringkat pengajian tinggi, Kementerian Hal Ehwal Ugama turut menawarkan biasiswa dalam bidang kewangan Islam. Dalam tempoh 10 tahun kebelakangan, seramai 7 orang pelajar biasiswa Kementerian Hal Ehwal Ugama telah melanjutkan pengajian dalam bidang kewangan Islam, 5 orang telah menamatkan pengajian mereka dan dari jumlah tersebut, seramai 4 orang telah berkhidmat dengan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia. Secara keseluruhannya, usaha untuk merealisasikan Hasrat memperbanyakkan pakar kewangan Islam di negara ini menuntut suatu pendekatan yang menyeluruh, strategik dan bersepadu antara pihak kerajaan dan sektor swasta. Keutamaan hendaklah diberikan kepada pengukuhan ekosistem industri kewangan Islam melalui langkah-langkah berikut:
Penggubalan dan pelaksanaan dasar yang menyokong serta merancang pertumbuhan industri kewangan Islam tempatan, pemerkasaan sektor perbankan Islam dan takaful yang patuh syariah secara mampan dan berdaya saing. Galakan inovasi dalam pembangunan produksi dan perkhidmatan kewangan Islam tempatan, penyediaan peluang pekerjaan yang kompetitif bagi menarik perhatian, ah, dan mengekalkan bakat tempatan dan akhirnya pewujudan laluan kerjaya yang jelas, tersusun dan progresif dalam bidang kewangan Islam dan kalau dimasukkan jua dalam bidang food science. Atau ia berhubung dengan permakanan dan barang gunaan halal. Kaola memohon Yang Berhormat Pengerusi untuk menjawab satu atau kalau sempat lagi ah.
(Yang Berhormat Pengerusi memberi isyarat bersetuju)
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama​
Berhubung dengan apa namanya ni antara elemen dalam soalan, ah, Yang Berhormat Dayang Hajah Safiah tadi, antaranya ialah menyebut tentang transformasi digital V2. Jadi bagi pihak Kementerian mengucapkan terima kasih dan mengambil maklum cadangan supaya pendigitalan tidak hanya tertumpu pada zakat dan wakaf tetapi semua perkhidmatan ugama disusun secara berpusat.
Atas saranan daripada Yang Berhormat Dayang Hajah Safiah. Jadi respon bagi pihak Yang Berhormat Pengerusi, untuk memudahkan orang ramai, mengetahui pendekatan Kementerian Hal Ehwal Ugama secara ringkas dapat disebutkan begini: Kementerian sudah menyenaraikan semua urusan utama yang orang ramai perlukan iaitu hasil pemetaan Kementerian, ada 66 perkhidmatan ugama yang dikenal pasti sebagai senarai induk untuk didigitalkan berperingkat dan dijadikan penanda aras perancangan. Yang kedua, berdasarkan senarai itu, Kementerian Hal Ehwal Ugama sedang membangunkan laman sesawang baharu dan satu portal e-Perkhidmatan supaya orang ramai tidak perlu mencari ikut bahagian tetapi boleh pergi ke satu pintu dan memilih ikut keperluan hidup yakni live event yang lebih mudah difahami. Ketiga, supaya selaras dengan usaha negara, pelaksanaan ini dibuat dengan pensejajaran whole-of-government melalui kolaborasi bersama EGNC termasuk menggunakan platform Kerajaan FormBN. Kementerian Hal Ehwal Ugama juga telah melantik FormBN Champion untuk mempercepat pendigitalan borang-borang rasmi secara teratur.
Yang Berhormat Pengerusi, kemajuan ini juga diikat kepada tiga ukuran, kejayaan dalam pelan strategik Kementerian Hal Ehwal Ugama 2025-2029, iaitu pertama berapa banyak perkhidmatan teras berjaya didigitalkan? Yang kedua berapa ramai rakyat benar-benar menggunakan? Dan yang ketiga tahap kepuasan rakyat supaya yang dibuat nanti bukan sekadar ada sistem tetapi betul-betul memudahkan. Adalah yang menjadi harapan dan inisiatif awal ini akan mula menampakkan hasil yang lebih jelas dalam Tahun Kewangan baharu ini terutama dari segi akses satu pintu, borang yang lebih tersusun dan pengalaman yang lebih mudah.
Ini bukan kita mahu menolak mentah-mentah apa yang disarankan oleh Yang Berhormat Dayang Hajah Safiah, Yang Berhormat Pengerusi, saranannya masih dimahukan. Bukan saja terletak kepada satu dua tetapi keutamaan dalam memasuki fasa digital ini, digitalisasi-digitalisasi ini, kita ada keutamaan-keutamaan yang terlebih dahulu akan dilaksanakan. Apakah yang lain itu memadai dengan jawapan bertulis ataupun ada masa lagi Yang Berhormat Pengerusi? (ketawa kecil)
Yang Berhormat Pengerusi​
Barangkali kalau sekiranya Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama bersetuju yang lain itu, barangkali kita ini apa namanya ni, Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama, jawab ke diorang secara bertulis lebih tepat, menemui sasaran kitani daripada dibincangkanlah secara ..
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama​
Inda payah ..
Yang Berhormat Pengerusi​
Melainkan Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama mempunyai, apa namanya ni, secara spesifik, ..
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama​
Inda, Yang Berhormat Ahli-Ahli pun ..
Yang Berhormat Pengerusi​
Sesuatu yang Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama fikirkan harus diketahui oleh, Ahli-Ahli yang lain.
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama​
Walaupun kaola ada catatan-catatan untuk jawapan Yang Berhormat Pengerusi, tapi kaola reservekan sedikit untuk ada peluang kitani Yang Berhormat ani ada peluang untuk mengadakan kunjungan, ah, dialog dengan abiskaola dan dalam peringkat itulah akan digunakan. Dalam masa yang sama, jawab, ah, apa namanya ni, respons kepada apa yang dibangkitkan tadi akan disampaikan secara bertulis jua Yang Berhormat Pengerusi. Kaola mohon persetujuan Yang Berhormat Pengerusi.
(Yang Berhormat Yang Di-Pertua memberi isyarat tanda bersetuju)
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama​
Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Yang Berhormat Pengerusi​
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Demikianlah respon permulaan daripada atau respon awal daripada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama terhadap beberapa perkara yang ditimbulkan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat yang dilantik mengenai dengan Tajuk yang berkenaan ini dan saya kira tajuk ini sekarang sudah sesuai untuk kita mengundi. Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju, sila angkat tangan.
(Semua Ahli mengangkat tangan tanda bersetuju)
Yang Berhormat Pengerusi​
Nampaknya semua Ahli bersetuju, maka tajuk SJ01A Kementerian Hal Ehwal Ugama diluluskan.
(Tukul diketuk)
Yang Mulia Jurutulis​
Tajuk SJ01A dijadikan sebahagian daripada Jadual. Tajuk SK01A hingga Tajuk SK08A Kementerian Pembangunan.
Yang Berhormat Pengerusi​
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Tajuk SK01A hingga Tajuk SK08A bagi Kementerian Pembangunan sekarang saya bukakan untuk dibahaskan. Saya mulakan dengan Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin.
Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin​
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Soalan pertama ditujukan kepada Jabatan Kemajuan Perumahan, SK02A Kod 002/000 Pengurusan Projek dan Pembangunan Prasarana Perumahan BND3.9 juta. Kaola ingin memohon pencerahan sama ada terdapat pertimbangan untuk mempercepatkan menyediakan rumah kepada rakyat di keempat-empat daerah serta mengoptimasikan reka bentuk sesuai ciri kebruneian. Sebagai contoh, apakah Kementerian mempertimbangkan pendekatan seperti menyediakan unit asas kos rendah satu tingkat saja yang boleh diubah suai kelak dan ditambah pada masa hadapan dengan lebih mudah supaya keluarga baru akan dapat menduduki rumah dengan lebih cepat dan seterusnya membuat penambahan bersesuaian di peringkat masa depan mengikut kemampuan? Pendekatan ini berpotensi mengekalkan kos pembinaan yang rendah, mempercepatkan penyerahan rumah di setiap daerah serta membantu mengurangkan kos penambahan di masa depan. Kaola ingin pencerahan sejauh manakah perkara ini sedang dikaji semula oleh Kementerian.
Soalan kedua, kaola ingin bertanyakan pasal Jabatan Kerja Raya, SK03A - Kod 002/000 bernilai BND63.7 juta. Ah, berikutan dengan beberapa insiden gangguan bekalan air menjejaskan kawasan tertentu, kaola ingin memohon pencerahan mengenai apakah pelan tindak balas kecemasan, emergency response plan termasuk mereviu prasarana services yang kritikal seperti bukan saja air tetapi telekom, electricity dan jalan raya penyambung dan menyediakan stock emergency response material and equipment yang telah diperkukuh hasil daripada pengajaran insiden dan membuat beberapa senario tertentu khususnya dalam memastikan keupayaan agensi Kerajaan untuk mengambil, membaikpulih prasarana kritikal dengan lebih cepat, selamat dan berkesan. Sejauh manakah kementerian memastikan ketersediaan stok kecemasan peralatan dan bagi perkhidmatan kritikal serta kecukupan peruntukan dan membuat latihan bersekala dengan senario-senario tertentu bagi tujuan memberi confidence tentang keupayaan memulihkan critical service ini. Dan selain itu adakah terdapat semakan berkala periodic review terhadap tapak dan laluan prasarana kritikal seperti bekalan elektrik, komunikasi, air dan rangkaian jalan bagi memastikan kesiapsiagaan sistem negara sentiasa teruji dan berfungsi dengan menghadapi berbagai senario dari segi perubahan iklim dan isu-isu yang berbangkit.
Soalan ketiga. Memandangkan SK01A - Kod 003/000. Pengurus Industri Pembinaan BND2.8 juta. Mengambil kira pengalaman kitaran RKN sebelum ini di mana terdapat banyak projek yang lewat dilaksanakan serta peruntukan pembangunan yang tidak digunakan sepenuhnya, apakah ada perancangan untuk memastikan projek management competency framework diserapkan di kalangan warga kementerian serta membantu memastikan competency ini di kementerian yang lain yang bertanggungjawab dengan projek-projek di kementerian masing-masing. Sehubungan itu, sejauh manakah kementerian mempertimbangkan untuk membangunkan template pengurusan projek yang standard meliputi projek funnel, risk management, cost facing dan seumpamanya sebagai projek delivery tool kit khususnya bagi pemilik projek yang bukan aliran teknikal agar keperluan projek dapat ditakrifkan dengan lebih jelas dan konsisten dari peringkat awal lagi dan seterusnya meningkatkan keberkesanan pelaksanaan serta penggunaan dana awam secara optimum dan apakah langkah-langkah yang mengambil, diambil untuk memastikan penyeliaan tapak dijalankan secara bebas dan tidak bergantung kepada kontraktor utama. Itu sahaja. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi​
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman.
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman​
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi atas kesempatan membahaskan Tajuk Kementerian Pembangunan. Dalam anggaran perbelanjaan 2026/2027, Alhamdulillah, Kementerian Pembangunan secara keseluruhan telah pun diperuntukkan sebanyak BND215,406,220 dan kementerian mempunyai 3 program utama untuk dilaksanakan dengan objektif masing-masing.
Kaola ingin menyentuh salah satu program iaitu di bawah Kod 003/000 Pengurusan Industri Pembinaan iaitu untuk mengawal selia, membangun, memantau dan memastikan kontraktor dan pembekal yang mendaftar mempunyai competency dan kebolehan yang berkaitan di samping menggalakkan penglibatan kontraktor-kontraktor tempatan di dalam industri pembinaan. Kaola gembira perkara ini dijadikan satu program kementerian kerana pernah disentuh di Dewan yang mulia ini akan kerja-kerja sub-standard yang dibuat oleh kontraktor, jika kerja-kerja mereka tidak dikawal selia. Kaola cuma ingin mengetahui sejauh mana program ini berjalan dengan pendekatan whole of nation agar pihak kontraktor, pemaju juga ada say, ada suara dalam isu pengawalan selia dan peraturan yang dikenakan.
Seterusnya kaola merujuk Tajuk SK02A - Jabatan Kemajuan Perumahan. Iaitu kaola ingin mengetahui status perumahan yang berkeadaan rosak di kawasan perumahan Mengkubau dan beberapa kawasan lain yang tidak sesuai untuk didiami dan sejak awal siap pembinaan. Kaola ingin mengetahui sejauh mana kerja-kerja membaiki rumah-rumah sedemikian sudah dilaksanakan kerana pembaikan rumah-rumah tersebut tidak nampak di dalam peruntukan ataupun KPI, seolah-olah seeloknya kerja-kerja ini, kerja membaik pulih ini dijadikan satu KPI Jabatan Perumahan kerana jumlahnya banyak dan merugikan pihak kerajaan jika masih tidak dibaiki. Begitu juga kerja-kerja menangani bangunan-bangunan kerajaan yang kosong dan sudah tidak selamat digunakan. Apakah tindakan yang sudah diambil setakat ini. Dikesempatan ini kaola menghargai kerja-kerja yang telah pun dibuat oleh JASTRE dalam usaha menanam pokok di sepanjang highway supaya kelihatan lebih cantik.
Yang Berhormat Pengerusi, kaola juga ingin mengetahui status mengenai Land Code, Strata Act dan kesannya kepada pelaburan asing. Tanah-tanah ini hampir keseluruhannya dimiliki oleh rakyat tempatan tetapi pemajunya, developers adalah dari bukan rakyat tempatan. Sejak Land Code, Strata Act 2025 kaola mengetahui beberapa projek persendirian yang hendak dibangunkan, yang dimajukan oleh pihak sendirian kini terhenti kerana masih ada isu mengenai dengan penggunaan tanah dan sebagainya. Dan seterusnya kaola ingin bertanya status kebenaran menjalankan perusahaan kecil, cottage industry yang family based di kawasan perumahan. Perkara ini pernah ditimbulkan di persidangan yang lepas bertujuan untuk menggalakkan perusahaan kecil di rumah-rumah persendirian di kawasan-kawasan perumahan negara dengan mematuhi peraturan-peraturan agar perusahaan itu tidak mengganggu jiran dan ketenteraman kawasan perumahan. Dalam persidangan yang lepas, Dewan ini telah pun memaklumkan bahawa perkara ini di dalam pertimbangan dan insya Allah akan dinyatakan apa outcome perbincangan tersebut. Tapi kita masih menunggu, I mean orang ramai masih menunggu akan perkembangan seterusnya.
Akhir sekali, kaola ingin bertanya tentang kerja-kerja membaiki jalan raya yang sudah rosak dan berlubang. Walau bagaimanapun perkara ini telah pun diterangkan oleh Yang Berhormat Menteri dalam pembentangan Yang Berhormat Menteri tempoh hari, jadi inda lah kaola ingin bertanya lagi. Sekian Yang Berhormat Pengerusi, terima kasih.
Yang Berhormat Pengerusi​
Yang Berhormat Awang Amran bin Haji Maidin.
Yang Berhormat Awang Amran bin Haji Maidin​
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Pengerusi. Kaola ingin membahaskan Kod SK03A Akaun 1216/011 - Meningkatkan Tahap Keselamatan Jalan Raya. Yang Berhormat Pengerusi. Kaola ingin menarik perhatian pihak kementerian terhadap keadaan jalan raya di beberapa kampung di seluruh negara yang semakin membimbangkan dan memerlukan tindakan segera.
Aduan daripada penduduk bukan lagi perkara baharu. Antara isu utama yang berulang termasuk jalan berlubang dan mendap, yang jelas membahayakan pengguna, sistem perparitan yang tidak berfungsi sehingga menyebabkan banjir kilat serta kelewatan kerja pembaikan walaupun aduan telah lama dikemukakan. Persoalannya sampai bilakah perkara ini akan terus berlarutan tanpa penyelesaian yang menyeluruh. Sehubungan itu, kaola ingin mendapatkan penjelasan:
Pertama, apakah pelan tindakan jangka pendek dan jangka panjang kementerian dalam menangani masalah penyelenggaraan jalan kampung secara sistematik bukan sekadar bersifat sementara. Kedua, adakah kementerian mempunyai sistem pemantauan berkala yang benar-benar berkesan bagi memastikan keadaan jalan raya di kawasan luar bandar sentiasa selamat dan terjaga. Yang Ketiga, apakah mekanisme kawalan kualiti yang dilaksanakan terhadap kontraktor memandangkan terdapat pembaikan yang tidak tahan lama dan menimbulkan persoalan terhadap keberkesanan penggunaan peruntukan awam. Keempat, dengan pembangunan di kawasan kampung yang semakin pesat namun kemudahan asas seperti jalan raya, sistem saliran dan lampu jalan masih ketinggalan, apakah langkah konkrit serta tambahan peruntukan yang akan disediakan bagi memastikan pembangunan infrastruktur ini selaras dengan keperluan rakyat.
Kaola juga ingin menegaskan bahawa isu ini bukan sekadar soal kemudahan tetapi melibatkan keselamatan pengguna, kelancaran aktiviti ekonomi penduduk kampung serta kesejahteraan hidup rakyat secara keseluruhannya. Oleh itu, Kaola mencadangkan agar satu mekanisme aduan yang lebih responsive dan telus diwujudkan supaya isu kecil dapat ditangani segera sebelum menjadi masalah yang lebih serius. Sekian terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi​
Yang Berhormat Dayang Hajah Safiah binti Sheikh Haji Abd. Salam.
Yang Berhormat Dayang Hajah Safiah binti Sheikh Haji Abd. Salam​
Bismillahir Rahmanir Rahim. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Kaola merujuk 2 kod di bawah Tajuk SK03A Jabatan Kerja Raya. Yang pertama merujuk kepada objektif Program Pengurusan Aset Bangunan dan Fasiliti, Kod 003/000 dengan perbelanjaan sebanyak BND35.6 juta yang menekankan kecekapan pengurusan aset, mechanical dan electrical kerajaan secara proaktif dan berasaskan data.
Dalam hal ini, Kaola ingin mendapatkan penjelasan daripada pihak kementerian mengenai status penilaian keadaan aset ataupun asset condition assessment bagi bangunan-bangunan kerajaan. Adakah kementerian mempunyai indeks keadaan aset ini yang lengkap, terkini dan boleh diaudit bagi yang memerlukan intervensi segera?
Kedua, sejauh manakah penggunaan teknologi seperti Internet of Things, sensor pemantauan sistem pengurusan fasiliti digital dan automasi penyelenggaraan diterapkan untuk meningkatkan ketepatan data dan pengurangan kos? Perkara kedua seterusnya kaola merujuk peruntukan besar sebanyak BND63.7 juta yang disalurkan untuk Program Pengurusan dan Pembangunan Rangkaian Infrastruktur, Kod 002/000 yang menunjukkan komitmen kerajaan untuk menyediakan prasarana yang berkualiti, efisien dan kos efektif. Namun dalam konteks perubahan iklim yang semakin ekstrem dan tidak menentu, fenomena banjir kilat, tanah runtuh dan hakisan kini semakin kerap berlaku.
Infrastruktur negara yang telah lama dibina mungkin tidak lagi bersesuaian untuk menghadapi cabaran risiko ini dan ia mencabar kesiapsiagaan negara. Justeru itu, kaola mohon pencerahan sejauh manakah kementerian telah melaksanakan penilaian risiko iklim yang komprehensif ke atas semua infrastruktur kritikal negara ini termasuk jalan raya, jambatan, saliran, bangunan-bangunan kerajaan bagi mengenal pasti impaknya kepada sosioekonomi negara? Dan sejauh manakah kementerian mengadaptasi standard pembinaan antarabangsa ke atas prasarana dan projek-projek binaan negara serta bilakah jangkaan negara akan mencapai tahap 100 peratus pengadaptasian standard ini.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.
Komunikasi antara pemimpin dan masyarakat awam semasa krisis adalah amat penting. Rakyat amat memerlukan maklumat yang sahih dan terkini secara langsung daripada pihak berautoriti. Sehubungan itu Kaola mohon pencerahan adakah kementerian mempunyai protokol komunikasi krisis yang jelas untuk diaktifkan semasa berhadapan insiden besar? Perkara ini penting bukan sahaja bagi Kementerian Pembangunan tetapi juga untuk seluruh jentera pentadbiran kerajaan bagi memastikan ketelusan dan akauntabiliti serta mengelakkan spekulasi meluas dan meningkatkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan.
Yang Berhormat Pengerusi.
Infrastruktur dan aset kerajaan adalah asas kesejahteraan rakyat. Ketahanan fizikal mestilah seiring dengan kejelasan komunikasi yang ada. Kaola yakin kementerian akan memberikan komitmen yang tinggi terhadap usaha-usaha ini demi memastikan keselamatan, kelangsungan hidup dan ketenteraman rakyat sentiasa terpelihara. Sekian terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi​
Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin.
Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin​
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bismillahir Rahmanir Rahim. Yang Berhormat Pengerusi yang bijaksana dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.
Tajuk 1205 iaitu Meningkatkan Penyediaan Perumahan-Perumahan Negara khusus isu-isu pengeluaran Occupancy Permit dan proses penggeranan tanah rumah di Rancangan Perumahan Negara, RPN. Kedua isu ini ada kaitannya dengan isu keselamatan rumah-rumah dan kesejahteraan pemilik dan penghuninya. Bagi isu pengeluaran OP, soalan kaola ialah apakah Standard of Procedure pengeluaran OP bagi rumah-rumah RPN yang sudah siap dibina? Kaola ada menerima rungutan sebilangan pemilik rumah kawasan RPN yang baru menerima kunci yang kerja baik pulih dilaksanakan oleh pihak kontraktor semasa defect liability period walhal kerosakan-kerosakan yang dikongsikan gambar-gambarnya kepada kaola itu bukanlah nilai yang kecil. Kaola juga menerima maklumat bahawa pihak Jabatan Kemajuan Perumahan sudah membuat laporan untuk sebarang kerosakan dibaik pulih sebelum ia diserahkan kepada penerima yang telah diperkenankan.
Bagi isu penggeranan tanah rumah RPN pula, ada pemilik yang ingin memohon loan kerajaan terpaksa terbantut hasrat mereka untuk menambah rumah disebabkan oleh proses penggeranan tanah yang memakan masa yang agak begitu lama. Hakikatnya ada sebahagian mereka tidak tahan menunggu dan menggunakan kontraktor yang tidak berdaftar dan menjadikan standard agar bentuk dan struktur yang tidak terkawal. Persoalan kaola, tidakkah ada dalam pemikiran Jabatan Tanah untuk meneliti perkara ini bagi mempercepatkan prosesnya?
Yang kedua ialah Tajuk 1213 iaitu Mengukuhkan Infrastruktur ICT Teknologi Maklumat dan Infokomunikasi Unit IT. Projek ini sudah beberapa tahun diungkayahkan dan BND392,394.00 telah dibelanjakan pada Tahun Kewangan 2025/2026 serta BND1,614,900.00 diperuntukkan bagi Tahun Kewangan 2026/2027. Kaola difahamkan projek pendigitalan proses-proses di Jabatan Tanah seluruh negara adalah pada fasa terakhir sebelum dilancarkan. Soalan kaola adakah dengan adanya sistem ini nanti akan memperbaiki TPOR pihak Jabatan Tanah dan masa menunggu orang ramai serta sektor swasta bagi proses-proses permohonan seperti tukar milik, penggeranan, memajak tanah kerajaan oleh syarikat dan pelabur asing bagi projek pembangunan dan sebagainya akan jauh lebih pendek dari yang sebelum ini?
Yang ketiga ialah Tajuk 1216-000 iaitu Projek-Projek Infrastruktur Jalan Raya khusus mengenai isu jalan raya berlubang, potholes. Ini terjadi bukan sahaja di jalan raya satu lorong tetapi juga atas lebuhraya di negara ini. Lubang-lubang ini dipulihara dengan ditampal menggunakan campuran aspal, asphalt bitumen mix mengikut design yang sedia ada menjadikan sebahagian permukaan jalan raya ada yang tidak rata dan ada yang lubang apa nya orang kitani terlakap bebalik.
Kesannya ada pemandu yang dilihat terlanggar lubang-lubang itu dan terjadi kerosakan kenderaan, ada yang memandu liuk sana dan liuk sini, cuba mengelak dari lubang dan jalan yang tidak rata dan ini adalah satu isu yang boleh menyebabkan kemalangan jalan raya berlaku. Kaola percaya ini terjadi mesti ada sebabnya dan salah satu sebab yang kaola percaya adalah disebabkan oleh perubahan iklim dunia yang juga melibatkan negara ini. Permukaan jalan raya yang terdedah dengan berbagai iklim cuaca panas yang terlalu terik, sejuk, hujan, air bertakung sebab hujan berterusan dan jumlah kenderaan yang bertambah menyebabkan campuran aspal yang sedia perlu dikaji kekuatan dan ketahanannya kepada kesan perubahan iklim ini.
Soalan kaola, tidakkah ada perancangan Kementerian Pembangunan untuk menggunakan kaedah design standard dengan ujian makmal bagi campuran aspal yang lebih baik dan sesuai dengan isu perubahan iklim pada masa ini? Kaola percaya dengan adanya satu campuran resipi aspal yang lebih dinamik akan mengurangkan perbelanjaan kerajaan dengan pemuliharaan kerja-kerja menampal yang dibuat pada masa ini. Mohon izin Yang Berhormat Pengerusi yang bijaksana untuk menghabiskan satu sebuting ini.
Yang keempat last sekali ialah Tajuk 1215 iaitu Menangani Risiko Menghadapi Bencana Alam Kemudahan Awam dan Alam Sekitar khusus mengenai dengan air bertakung yang agak dalam yang kami sebut-sebut jalan raya banjir dengan longkang aliran di tepi jalan raya.
Isu air bertakung yang agak dalam ini terjadi pada musim hujan lebat dan berterusan. Untuk pengetahuan Yang Berhormat Pengerusi, perkara ini sudah pernah dibangkitkan pada Dewan yang mulia ini supaya pihak Jabatan Kerja Raya untuk membuat kajian atau pindaan kepada Standard Guideline Design of Roadside Drain atau Stormwater Drain seluruh negara dengan mengambil kira isu perubahan iklim yang tidak menentu. Soalan kaola, apakah tindakan yang sudah dibuat dan apakah hasil darinya? Dan minta maaf sekali lagi Yang Berhormat Pengerusi yang bijaksana kerana mengambil masa sedikit. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Yang Berhormat Pengerusi​
Saya persilakan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof.
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof​
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Kaola tidaklah akan menimbulkan isu-isu yang telah dibangkitkan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat tapi kaola ingin membangkitkan 3 isu di sini.
Pertamanya, menyentuh tentang Kementerian Pembangunan SK01A di bawah sub tajuk 1213-015 mengukuhkan infrastruktur ICT Integrated MOD Platform. Apa yang dimaklumi, projek MOD Integrated MOD Platform and Land System sedang dalam proses pelaksanaan bertujuan menyatukan semua perkhidmatan-perkhidmatan Kementerian Pembangunan di bawah satu sistem bagi memudahkan pengurusan dan pembayaran kutipan hasil. Peruntukan bagi mengukuhkan infrastruktur ICT di bawah akaun 1213-015 telah meningkat dengan ketara daripada BND88 ribu pada tahun 2025/2026 kepada BND1.5 juta bagi tahun 2026/2027 dengan jumlah keseluruhan kos projek yang begitu besar mencecah BND16.8 juta. Di sini kaola ingin memohon pencerahan, setakat manakah perkembangan pelaksanaan projek ini? Walau bagaimanapun, adalah sangat penting untuk diambil perhatian bagi penyelarasan bagi mengelakkan sebarang duplikasi sistem digital yang sedia ada yang berkemungkinan dapat diintegrasikan secara lebih efisien. Dengan pendekatan sedemikian, sudah setentunya menjimatkan dan lebih kos efektif kepada pihak kerajaan.
Kedua, di bawah Tajuk SK08A, Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi di bawah Tajuk 004/000 Pengurusan Kawalan dan Pencemaran. Apa yang kitani sama-sama maklumi dan berapa kali kaola telah timbulkan iaitu misi JASTRE ialah untuk memelihara dan menjaga alam persekitaran yang bersih, hijau dan selamat. Apa juga difahami Kementerian Pembangunan merancangkan projek Waste-To-Energy System akan dijangka beroperasi pada tahun 2029. Dengan terlaksananya projek seperti ini, insya Allah akan martabatkan negara setanding dengan negara-negara antarabangsa. Malahan juga memenuhi piawaian yang digariskan oleh WHO iaitu World Health Organization tetapi juga mencapai matlamat SDG12 Responsible Consumption in Production.
Sehubungan dengan ini, kaola ingin mengetahui apakah status perkembangan langkah-langkah penambahbaikan dan memperkesankan dalam mentransformasikan sistem pengurusan pengutipan dan pelupusan pepejal termasuk sisa pepejal, chemical waste dan medical waste bagi meningkatkan kelestarian persekitaran alam sekitar yang berdaya tahan, kehijauan, bersih dan selamat di samping menghindarkan sebarang risiko pencemaran dan impak negatif.
Ketiganya, kaola ingin merujuk pada Tajuk SK08A, Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi, Kod 005/000 - Pengurusan dan Perancangan Alam Sekitar. Di mana objektif program antara lain menguatkuasakan keperluan Environmental Impact Assessment, EIA, dalam melaksanakan projek-projek menyediakan garis panduan yang berkaitan.
Apa yang kaola menerima feedback khususnya daripada pengusaha-pengusaha yang terlibat dalam sektor pertanian dan ternakan, antara cabaran dihadapi oleh mereka bagi mendapatkan permit perlu menghadapkan proses EIA di bawah JASTRE yang mengambil masa yang sangat panjang sehingga menjangkau 7 hingga 8 bulan.
Ini mengakibatkan pelbagai risiko bukan saja dari aspek kerugian malahan juga lebih penting melambatkan untuk mulakan perusahaan. Bagi mengatasi masalah ini, apakah langkah-langkah dan tatacara penambahbaikan, pemprosesan permohonan seperti ini sebagai agensi pengawalselia, regulator dan pemudah cara bagi menggalakkan lebih ramai lagi pengusaha-pengusaha tempatan yang berkecimpung dalam sektor pertanian dan ternakan. Sekian, saya ucapkan terima kasih.
Yang Berhormat Pengerusi​
Yang Berhormat Haji Awang Sulaiman bin Haji Nasir.
Yang Berhormat Haji Awang Sulaiman bin Haji Nasir​
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Bismillahir Rahmanir Rahim. Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian. Kaola ingin menyentuh Tajuk SK01A Kementerian Pembangunan. Di sini kaola telah pun mengambil maklum berkenaan dengan keselamatan ini yang mana perkara ini telah pun dibangkitkan oleh rakan-rakan sebentar tadi. Walau bagaimanapun, kaola ingin bertanya mengenai dengan perancangan kerajaan dalam melaksanakan kerja-kerja penaiktarafan jalan raya terutama sekali jalan Jambatan SHOAS.
Di mana dalam hal ini, demi keselamatan pengguna-pengguna jalan raya terutama sekali penduduk di Daerah Temburong yang selalu menggunakan jambatan di Daerah Temburong atau jambatan SHOAS itu terdapat kerosakan yang sering kali terjadi. Jadi dalam hal ini, apakah perancangan jangka panjang dan pendek pihak kerajaan bagi meningkatkan tahap keselamatan pengguna jalan raya. Selain itu, kaola juga ingin mengetahui apakah langkah-langkah penambahbaikan yang sedang atau akan dilaksanakan termasuk dari segi penyelenggaraan berkala, peningkatan struktur jalan serta penggunaan teknologi atau kaedah pembinaan yang lebih berkualiti bagi menjamin ketahanan jalan dalam jangka masa panjang.
Sekian Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi​
Yang Berhormat Awang Haji Mohamad Danial @ Tekpin bin Ya'akub.
Yang Berhormat Awang Haji Mohamad Danial @ Tekpin bin Ya'akub​
Bismillahir Rahmanir Rahim. Yang Berhormat Pengerusi. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian. Kaola menyentuh Tajuk SK01A - Kementerian Pembangunan. Kaola sukacita membangkitkan satu isu khususnya berkaitan dengan kesejahteraan dan keselamatan penduduk di kawasan luar bandar.
Dalam kesempatan ini, kaola ingin menarik perhatian pihak Yang Berhormat Menteri mengenai keperluan untuk menaik taraf infrastruktur asas khususnya jalan raya di kawasan yang sering dilanda banjir di Daerah Tutong.
Antara kawasan yang dikenal pasti sering terjejas termasuk Kampong Ukong, Kampong Bukit, Jalan Penapar Ukong, Kawasan Pekan Tutong. Keadaan jalan raya di kawasan-kawasan ini yang rendah, mudah dinaiki air, menjejaskan pergerakan harian penduduk dan malah membahayakan keselamatan pengguna jalan raya lebih-lebih lagi ketika musim hujan dan fenomena air pasang. Masalah ini juga dilihat mempunyai kaitan rapat dengan limpahan air dari Sungai Tutong serta kemasukan air laut di kawasan Kuala Sungai dan seterusnya menyumbang kepada kejadian banjir yang semakin kerap berlaku.
Sehubungan dengan itu, kaola ingin mencadangkan agar langkah-langkah tebatan banjir dilaksanakan secara menyeluruh dan bersepadu. Antara cadangan yang boleh dipertimbangkan ialah menaik taraf aras jalan di kawasan rendah yang sering terjejas; yang kedua, menurap semula jalan yang rosak akibat banjir; ketiga, memperbaiki dan menaik taraf sistem saliran sedia ada agar lebih baik; yang keempat, pembinaan dan penyambungan benteng sungai di kawasan strategik seperti Kampong Ukong dan sepanjang tebing Sungai Tutong bagi mengawal hakisan dan limpahan air.
Di samping itu juga, pembinaan struktur kawalan air di kawasan Kuala Sungai seperti pintu air bagi mengawal pasang surut air laut juga wajar dipertimbangkan. Selain itu, menyediakan sistem perparitan dan takungan air yang lebih berkesan serta pembinaan sistem pam air di kawasan kritikal seperti sekitar Masjid Kampung Bukit dan Pekan Tutong, dilihat mampu membantu mengurangkan risiko banjir secara lebih efektif. Usaha-usaha ini bukan sahaja penting bagi menjamin keselamatan dan kesejahteraan penduduk, malah turut menyokong pembangunan ekonomi setempat, termasuk potensi pelancongan di kawasan luar bandar yang semakin menjadi perhatian.
Sehubungan dengan itu, kaola mohon pencerahan kepada Yang Berhormat Menteri, sejauh manakah perancangan pihak kementerian dalam melaksanakan projek-projek tebatan banjir dan penaiktaraf jalan ini secara berperingkat, khususnya di kawasan-kawasan yang telah kaola nyatakan tadi? Sekian terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi​
Saya ada satu komen saja Yang Berhormat mengenai dengan perkara-perkara seperti banjir memanglah suatu yang melanda, apa namanya ni, melanda kampung dan mendatangkan kesusahan ataupun kemudaratan kepada livelihood anak-anak buah kampung. Tapi inda kah terfikir bahawa perkara seperti ini boleh dibawakan kepada Jabatan Daerah ataupun dibawakan terus kepada kementerian yang berkenaan dan semasa ada sesi, taklimat yang disediakan, perkara seperti itu akan dapat dengan tepat dan tangkas dapat barangkali dijawab. Kitani di sini memikirkan soal mengenai dengan bajet kementerian-kementerian yang berkenaan secara menyeluruh.
Jadi adalah saya kira lebih barangkali lebih tepat kalau sekiranya perkara-perkara yang seperti atu dapat kitani flag sebagai perkara-perkara yang boleh dituntut kepada pihak-pihak yang berkenaan terus dengan inda ada menunggu biskita. Apa namanya ni, pada kitani memikirkan bajet ani bah, waktu kitani kelam kabut memikirkan bajet kitani.
Jadi memanglah apa yang disuarakan atu mengkali mustahak mengenai dengan banjir orang-orang yang, apa, kampung-kampung yang dilanda oleh banjir atu menghadapi soal seperti yang disebutkan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat, tapi indalah perlu perkara atu saya kira barangkali ditunggu bagi kitani bermesyuarat macam ani, maka ianya akan di bawa ke dalam Majlis Mesyuarat Negara.
Saya nasihatkanlah supaya perkara atu barangkali dapat dikemukakan kepada Pegawai Daerah dan minta-lah Pegawai Daerah menghadapkkan kepada kementerian-kementerian yang berkenaan ataupun dalam peringkat lain dibawa kepada majlis-majlis yang lebih, nya orang, lebih ampuh bagi tempat yang dapat kitani mendapat jawapan yang tepat. Jadi dengan berkatnya sedemikian maka kitani akan dapat menyelesaikan perkara-perkara yang mustahak seperti itu oleh pihak-pihak yang berkenaan.
Saya persilakan Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan.
Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan​
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian. Kaola menyentuh Tajuk SK01A - Kementerian Pembangunan. Kaola untuk menyentuh satu isu yang berkaitan dengan Kelestarian Alam Sekitar iaitu inisiatif kitar semula di negara ini. Dalam kesempatan ini, kaola ingin mengajukan beberapa persoalan kepada Yang Berhormat Menteri Pembangunan berhubung dengan pelaksanaan dan keberkesanan program kitar semula yang telah diperkenalkan.
Sepertimana yang saya maklum, inisiatif kitar semula telah lama dilaksanakan dan salah satu usaha untuk mengurangkan sisa pepejal serta memelihara alam sekitar. Namun demikian pada perhatian kaola, pelaksanaannya masih belum menyeluruh dan belum mencapai tahap yang memuaskan. Sebagai contoh, kaola mendapati bahawa kemudahan tong sampah kitar semula masih belum ditempatkan secara meluas sama ada di tempat-tempat awam, kawasan perumahan mahupun di pasar-pasar raya. Kekurangan kemudahan ini secara tidak langsung menyukarkan orang ramai untuk mengamalkan pengasingan sisa dan budaya kitar semula. Sehubungan itu kaola ingin mendapatkan pencerahan mengenai beberapa perkara:
Apakah perancangan terkini pihak kementerian dalam memperluaskan penyediaan kemudahan kitar semula khususnya tong-tong pengasingan sisa di lokasi strategik seperti tempat awam, institusi pendidikan dan pusat membeli-belah? Kedua, apakah terdapatnya kerjasama yang lebih aktif dengan pihak swasta seperti pasar raya dan pengusaha premis perniagaan bagi menyediakan kemudahan kitar semula kepada pengguna? Ketiga, sejauh manakah kempen kesedaran awam yang dijalankan berjaya meningkatkan amalan kitar semula dalam kalangan masyarakat? Dan seterusnya adakah pihak kementerian mempunyai sasaran atau indikator pencapaian yang jelas dalam meningkatkan kadar kitar semula di negara ini?
Pada hemat kaola, bagi memastikan inisiatif ini lebih berkesan adalah wajar untuk dipertimbangkan beberapa pendekatan tambahan antaranya, penyediaan tong kitar semula yang lebih sistematik dan mudah diakses. Pengenalan inisiatif kepada orang ramai dan mengamalkan kitar semula, pelaksanaan program pendidikan yang lebih agresif serta penguatkuasa yang lebih tegas terhadap pengurusan sisa. Kaola berharap agar usaha memperkasakan inisiatif kitar semula ini akan terus dipertingkatkan secara menyeluruh dan bersepadu demi memastikan kelestarian alam kitar semula untuk generasi akan datang. Sekian mohon pencerahan mengenainya. Terima kasih.
Yang Berhormat Pengerusi​
Dan Yang Berhormat Awang Lawi bin Haji Lamat.
Yang Berhormat Awang Lawi bin Haji Lamat​
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Kaola ingin membahaskan SK03A - Jabatan Perkhidmatan Air. Kaola ingin menarik perhatian kepada isu kelewatan menerima bekalan air yang kerap dialami oleh penduduk Kampung Subok dan Kampung Belimbing khasnya dan sebahagian penduduk kampung di Daerah Brunei-Muara amnya apabila mengalami kerosakan yang berat. Masalah ini berpunca daripada kedudukan penyimpanan tangki air yang terletak di penghujung seperti yang dimaklumkan kepada kaola, menyebabkan air lambat sampai untuk memenuhi tangki sehingga memerlukan beberapa hari baru menerima selepas selesai pembaikan. Isu ini bukanlah perkara baru. Bagi menangani masalah ini, kaola ingin mencadangkan beberapa langkah untuk dipertimbangkan.
Pertama, penambahan pam, pemasangan pam tambahan boleh meningkatkan tekanan air supaya bekalan sampai lebih cepat. Yang kedua, pembinaan tangki baharu di Kampung Belimbing melalui sumber air di Loji Mengkubau sebagai back-up apabila ada kerosakan besar berlaku. Yang ketiga, membaik pulih Loji Rawatan Air Bersih Tasek Lama untuk bekalan air di sebahagian Daerah Brunei-Muara tidak hanya bergantung pada Loji Rawatan Air Bukit Barun dan Layong sahaja. Yang keempat, menyediakan perkhidmatan tanker air yang mencukupi agar dapat memenuhi permintaan penghantaran air dan tidak pilih kasih. Dan yang kelima, rancangan jangka panjang kementerian boleh melakukan kajian kapasiti dan pembangunan infrastruktur air yang mampan termasuk integrasi sumber air alternatif bagi memastikan bekalan mencukupi untuk pertumbuhan penduduk di masa hadapan.
Langkah-langkah ini bukan sahaja akan menyelesaikan masalah berkenaan air segera tetapi juga memastikan sistem pengaliran lebih fleksibel, mampan dan tahan terhadap gangguan di masa hadapan. Yang Berhormat Pengerusi, saya berharap kementerian dapat mempertimbangkan cadangan ini dengan serius serta mengumumkan rancangan pelaksanaan termasuk tempoh dan peruntukan supaya penduduk kampung tidak lagi mengalami kelewatan bekalan air yang menjejaskan kehidupan seharian mereka. Sekian terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi​
Terima kasih Ahli-Ahli Yang Berhormat. Sekarang saya akan memberikan laluan kepada Yang Berhormat Menteri Pembangunan untuk memberikan ulasan atau responsnya kepada beberapa perkara yang dikemukakan tadi oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat Yang Dilantik. Saya persilakan sekarang Yang Berhormat Menteri Pembangunan.
Yang Berhormat Menteri Pembangunan​
Bismillahir Rahmanir Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Mula sekali kaola ingin menyokong pandangan yang disampaikan oleh Yang Berhormat Pengerusi tadi, mengenai dengan beberapa venue yang sesuai untuk menyampaikan banyak perkara-perkara yang disampaikan di sini. Perkara-perkara yang disampaikan dalam sesi ani memang dilihat ada yang very detail, very scientific, some of them very surgical dan cukup hebat, jadi dalam ruang masa yang diberikan ani rasa kaola inda akan dapat cukup untuk menjawab semua sekali soalan-soalan ani.
Dari atu jua kaola menyokong saranan Yang Berhormat Pengerusi tadi beberapa venue yang ada pada kitani, sebab kitani pun ada jua mengadakan sesi muzakarah dan masa sesi ani jua dikongsikan channel-channel komunikasi dengan pegawai-pegawai di kementerian mengenai dengan isu-isu yang melibatkan perkhidmatan Kementerian Pembangunan, Jabatan Kerja Raya dengan pegawai-pegawai di kementerian termasuk ketua-ketua jabatan, Setiausaha Tetap dan Timbalan Setiausaha Tetap.
Apa-apa jua perkara yang memerlukan tindakan yang lebih cepat di mana ia memerlukan pembaikan yang melibatkan sama ada keselamatan supaya perkara atu dapat berhubung terus dengan pegawai-pegawai yang telah diaturkan.
Di mana kaola percaya jua Ahli-Ahli Yang Berhormat di sana pun ada contact-contact number bagi pegawai-pegawai di Kementerian Pembangunan. Jadi kaola cuma melihat daripada masa yang diperuntukan ani dengan soalan-soalan yang dibangkitkan ani, jadi kaola cuma akan dapat menyentuh beberapa sahaja perkara-perkara yang kaola fikirkan sempat untuk dijelaskan di sini.
Mula sekali mengenai dengan Ahli Yang Berhormat yang pertama tadi mengenai dengan cara untuk mempercepatkan lagi penyediaan rumah-rumah yang mana Kementerian Pembangunan melalui Jabatan Kemajuan Perumahan yang diamanahkan dalam penyediaan rumah-rumah ani. Ada beberapa cadangan yang cukup baik yang disampaikan atu diantaranya ialah untuk menyediakan kos rendah satu tingkat supaya dapat disediakan dengan lebih cepat. Di dalam sasaran yang dibuat dan rancangan-rancangan yang sudah ada, sejak tahun 2022 sebanyak 1586 rumah telah diagih-agihkan kepada pemohon-pemohon.
Dan sejumlah 427 penerima telah diberikan penggeranan tanah Lesen Tumpang Sementara bagi membolehkan mereka untuk terus mendiami tanah kerajaan yang mulanya diberikan secara sementara dan kemudian diberikan penggeranan supaya membolehkan mereka untuk dapat memiliki rumah-rumah ani atas perkenan dan anugerah daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Dan dalam untuk terus mensasarkan komitmen Jabatan Kemajuan Perumahan, pada masa ini terdapat lima projek perumahan yang melibatkan kira-kira 2,596 unit rumah teres sedang dalam pelaksanaan, termasuk Projek RPN Kampung Tanah Jambu Fasa 7 sebanyak 950 unit yang dijangka siap pada bulan Julai tahun 2026 ini. Dengan siapnya fasa ini nanti kawasan Perumahan Negara Kampung Tanah Jambu akan muncul sebagai salah satu pembangunan RPN terbesar yang menghubungkan Mentiri dan Lambak Kanan. Sekaligus membentuk komuniti yang lebih tersusun dengan kemudahan infrastruktur yang lengkap.
Selain itu projek lain yang dirancang termasuk Perumahan Negara Kampung Lugu Fasa 2B, 576 unit rumah teres, Perumahan Negara Kampung Rimba Fasa 6 sebanyak 330 unit rumah teres, Perumahan Negara Kampung Salambigar, 300 unit rumah teres dan Perumahan Negara Kampung Lumut Fasa 7, 400 unit rumah teres yang mana kerja-kerja permulaan adalah termasuk di dalam peruntukan yang diberikan dalam RKN12 pada masa ini. Sebahagian daripada projek-projek ini, pada masa ini dalam proses penyediaan dan perlaksanaan tawaran bagi kerja-kerja penyelidikan tanah sebelum pembinaan rumah dan infrastruktur yang lainnya dapat dimulakan.
Selain daripada itu, bagi kaedah-kaedah untuk mempercepatkan lagi usaha-usaha untuk menghasilkan rumah-rumah ini yang dapat disediakan. Selain daripada usaha tersebut ialah kementerian pada masa ini mengambil pendekatan untuk mencari di mana kesesuaiannya beberapa cadangan yang telah disampaikan di dewan yang mulia ini beberapa tahun yang lepas ini yang sering diperkatakan iaitu Public Private Partnership
Perkara ini usaha ini memang ada dibuat beberapa consortium company terutama sekali yang mewakili daripada consortium luar negara, memang kita ini ada berjumpa dan duduk bersama mereka untuk mencari di mana ia dapat mencapai tujuan dan hajat kita ini sebagai satu PPP. Dan perkara ini bukanlah satu perkara yang straightforward dan mudah untuk mencapai kesepakatan kerana dilihat juga consortium ini juga ialah sebagai profit making enterprises yang tidak semestinya dapat menerima apa jua cadangan PPP di mana mereka melihat the return of the investment atau akan memakan masa yang lama.
Jadi perkara ini adalah di antara cabaran-cabaran yang dihadapi. Selain daripada itu, satu usaha sedang giat dibuat pada masa ini dengan pelabur di dalam negeri, kita belum dapat juga lagi untuk mengongsikan maklumatnya pada masa ini, ini adalah tertakluk kepada camana kesudahannya perbincangan ini nanti. Tapi, insya Allah sekiranya kalau ada kejayaan daripada perbincangan dan perundingan mengenai perkara ini akan setentunya akan dikongsikan kemudian nanti. Itu lah usaha yang dapat dibuat yang dapat disampaikan setakat ini bahawa perkara mengenai dengan usaha untuk mempercepatkan penghasilan rumah-rumah ini untuk menepati permintaan daripada rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia ini memang sedang dan terus diusahakan untuk sehingga kita ini dapat mencapai satu kesepakatan yang boleh diterima yang tidak menjejaskan apa jua kepentingan kepada Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia.
Selain daripada itu, perhatian juga diberikan kepada kawasan perumahan yang sedia ada termasuk RPN dan Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati melalui beberapa perkara yang masih lagi tergantung terutamanya sekali seperti yang disebutkan di antara Ahli Yang Berhormat tadi ialah mengenai perumahan-perumahan di Mengkubau yang mana sebelum ini telah melalui beberapa sesi arbitration melibatkan developer yang membuat rumah-rumah tersebut sebelum ini. Dan itu lah juga membuat perkara ini tidak dibuat perlaksanaannya dari segi memperbaiki rumah-rumah tersebut sehingga ada ketetapan untuk membuat tindakan-tindakan yang perlu dibuat.
Jadi perkara ini bukannya dibiarkan begitu sahaja di mana orang-orang yang terjejas, penerima-penerima yang terdiri daripada penerima-penerima ini yang rumah mereka terjejas, apatah perkara-perkara ini dibuat mitigasi, di mana penerima-penerima tersebut ditawarkan di rumah yang alternatif sementara menunggu apa kesudahannya daripada arbitration tersebut untuk memperbaiki rumah-rumah tersebut nanti setelah muktamad keputusannya dari pihak arbitration yang masih lagi perlu untuk diterima dan ataupun ditunggu apa keputusannya. Itulah keadaannya pada masa ini mengenai dengan rumah-rumah di Mengkubau.
Selain daripada itu, beberapa infrastruktur yang lain melibatkan Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati umpamanya di Kampung Bukit Beruang Tutong dan di kawasan-kawasan lain. Memang kerja-kerja untuk menaik taraf sistem perparitan, penurapan semula jalan dalaman dan pembaikan kemudahan awam telah dibuat. Ini termasuklah kerja-kerja penaiktarafan longkang-longkang di kawasan perumahan tersebut dan juga di kawasan Perumahan RPN Kg. Rataie di Daerah Temburong yang sebelum ini pernah mendapat satu kejadian mengenai dengan banjir kilat di kawasan-kawasan tersebut. Secara keseluruhannya usaha-usaha ini merupakan Langkah berterusan yang akan diperluaskan di sekalian perumahan-perumahan di bawah Rancangan Kemajuan Negara ini untuk meningkatkan lagi keselesaan dalam prasarana-prasarana yang di bawah penjagaan dan pemeliharaan di bawah Jabatan Kemajuan Perumahan.
Seterusnya mengenai dengan perkara-perkara yang melibatkan pembaikan-pembaikan jalan raya seperti yang dibangkitkan oleh beberapa Ahli Yang Berhormat tadi, mengenai dengan keadaan jalan rosak berlubang yang tidak diselenggara dengan segera dan juga tempoh masa yang diambil untuk memperbaiki kerosakan yang terlalu lama yang boleh mengundang kemalangan dan menjejaskan kelancaran pergerakan.
Dan kaola berterima kasih jua dengan beberapa cadangan yang dibuat mengenai dengan teknologi quick repair atau bahan tampalan segera seperti yang disampaikan tadi untuk memperbaiki penggunaan sistem pemantauan digital aduan bersepadu dan aplikasi pintar bagi membolehkan orang ramai melaporkan kerosakan secara langsung dan juga daripada channel seperti yang kaola sampaikan tadi yang boleh berhubung terus kepada Setiausaha Tetap di Kementerian Pembangunan dan juga kepada Pengarah Jabatan Jalan Raya mengenai perkara-perkara yang melibatkan jalan raya ini.
Dari segi pelaksanaan semasa kerja-kerja pemeliharaan jalan dilaksanakan melalui kontrak penggal atau projek pembaikan berjadual seperti yang kaola pernah jelaskan di sesi yang sudah, terdapat 18 projek pembaikan jalan raya yang telah dan sedang dilaksanakan. Sebanyak 11 kontrak telah disiapkan melibatkan kira-kira 16.8 kilometer jalan utama. Ini termasuklah pembaikan Jalan Mentiri, Kota Batu yang telah siap dilaksanakan. Manakala selebihnya sedang dalam pelaksanaan penilaian dan tawaran semula yang melibatkan tambahan pembaikan sebanyak 26.3 kilometer.
Walau bagaimanapun, kementerian menyedari terdapat beberapa cabaran yang menyumbang kepada kelewatan antaranya adalah keperluan penyelarasan teknikal dan utiliti bawah tanah, keadaan cuaca yang tidak menentu serta keperluan memastikan kualiti kerja menepati spesifikasi yang ditetapkan. Sehubungan itu, beberapa langkah penambahbaikan sedang dan akan dilaksanakan bagi meningkatkan kecekapan dan responsif sistem pemeliharaan jalan raya.
Pertama ialah memperkukuhkan keutamaan pembaikan berdasarkan tahap risiko dan impak kepada pengguna khususnya di laluan utama, memperkemas tempoh tindak balas melalui pemantauan berkala dan ketiga ialah kementerian turut meneliti penggunaan teknologi baru dalam kerja-kerja membaik pulih dan menurap semula dalam memastikan ketahanan jalan raya selaras juga dengan beberapa cadangan yang disampaikan tadi; pertama ialah dengan penggunaan asphalt fiber reinforcement atau fiber dalam campuran asfalt untuk meningkatkan ketahanan lapisan asfalt daripada keretakan dan jalan yang berombak.
Kedua, pemasangan fiber glass reinforcement grit bertujuan untuk meningkatkan kekuatan dasar struktur jalan raya untuk lebih tahan terhadap beban lalu lintas, seterusnya mencegah jalan raya yang tidak rata, retak dan sebagainya. Ketiga, penggunaan polymers yang digunakan dalam campuran road base. Ini untuk menghasilkan lapisan yang meningkatkan ketahanan terhadap air dan beban lalu lintas yang mana ini diharapkan dapat mengurangkan kerosakan seperti jalan berlubang, retak dan sebagainya. Dan keempat, adalah dari segi penyampaian perkhidmatan, kementerian juga sedang memperkukuh saluran aduan dan pemantauan bagi membolehkan maklumat kerosakan disalurkan dengan lebih cepat dan teratur.
Kaola dalam perkara ini mengambil baik saranan daripada Ahli Yang Berhormat tadi, supaya satu sistem penerimaan aduan ini akan dapat dibuat untuk memperbaiki keadaan yang sedia ada. Selain daripada itu, kaola apatu, memikirkan jua sudah masa yang diberikan ini sudah limpas, jadi kalau boleh kaola memohon supaya soalan-soalan ini dijawab secara bertulis dengan izin Yang Berhormat Pengerusi. Terima kasih.
Yang Berhormat Pengerusi​
Terima kasih Yang Berhormat Menteri Pembangunan dengan mengambil ingatan bahawa mana-mana soalan yang belum dijawab secara tepat maka akan ianya akan dijawabnya secara bertulis kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat yang berkenaan. Maka saya kira cukup sekian kitani berunding dengan Tajuk ini. Ada baiknya Tajuk ini sekarang kita undi.
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju, sila angkat tangan.
(Semua Ahli mengangkat tangan tanda bersetuju)
Terima kasih. Nampaknya semua Ahli bersetuju maka Tajuk SK01A hingga SK08A Kementerian Pembangunan diluluskan.
(Tukul diketuk)
Yang Mulia Jurutulis​
Tajuk SK01A hingga SK08A dijadikan sebahagian daripada Jadual. Tajuk SL01A hingga Tajuk SL06A Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Yang Berhormat Pengerusi​
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Saya kira adalah sesuai bagi kita ini untuk berhenti berehat selama 15 minit dan mesyuarat ini sesudah itu nanti.
(Mesyuarat Jawatankuasa berehat sebentar)
(Mesyuarat Jawatankuasa bersidang semula)
Yang Berhormat Pengerusi​
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Jawatankuasa sekarang beralih untuk membincangkan Tajuk SL01A hingga Tajuk SL06A Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Saya mempersilakan Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan.
Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan​
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian.
Kaola menyentuh Tajuk SL01A - Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Kaola untuk membangkitkan satu perkara yang amat penting iaitu berkaitan dengan usaha mengekalkan dan memelihara adat resam serta warisan budaya Negara Brunei Darussalam. Dalam kesempatan ini, kaola ingin mengajukan beberapa persoalan kepada Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan berhubung dengan inisiatif pemeliharaan budaya yang bukan sahaja bersifat persembahan tetapi juga praktikal dan boleh dimanfaatkan oleh masyarakat secara meluas.
Sepertimana yang kita sedia maklum, adat resam dan warisan budaya sering diketengahkan melalui persembahan-persembahan rasmi acara kebudayaan dan program tertentu namun demikian pada hemat kaola, usaha ini tidak seharusnya terhad kepada aspek persembahan semata-mata bahkan perlu diperluaskan agar budaya tersebut dapat dihidupkan dan diamalkan dalam kehidupan seharian masyarakat. Sebagai contoh, kelengkapan budaya seperti pakaian tradisional, peralatan adat, bahan rujukan serta keperluan berkaitan seringkali terhad dan dimiliki oleh individu tertentu sahaja, yang kemudiannya dipinjam atau disewakan untuk tujuan tertentu.
Keadaan ini secara tidak langsung menghadkan akses kepada orang ramai, khususnya generasi muda yang ingin mempelajari dan menghayati budaya tersebut. Sehubungan dengan itu, kaola ingin mendapatkan pencerahan, apakah terdapat inisiatif dari pihak kementerian untuk menyediakan pusat sumber atau hub budaya yang menghimpunkan kelengkapan adat, bahan rujukan dan peralatan tradisional yang boleh diakses oleh orang ramai? Kedua, adakah pihak kementerian bercadang untuk mewujudkan sistem peminjaman atau penggunaan kemudahan budaya secara tersusun agar masyarakat tidak tergantung sepenuhnya kepada individu tertentu? Ketiga, sejauh manakah sokongan dan kerjasama dengan penggiat budaya, persatuan serta komuniti tempatan dilaksanakan bagi memastikan warisan ini terus berkembang dan tidak terhenti? Dan seterusnya, apakah langkah-langkah yang diambil untuk memastikan generasi belia lebih terlibat secara aktif, bukan sahaja sebagai penonton tetapi sebagai pengamal budaya itu sendiri? Pada perkiraan kaola, tanpa sokongan yang menyeluruh dan kemudahan yang mencukupi, usaha untuk memelihara adat resam ini berkemungkinan akan tersekat dan hanya tinggal sebagai bahan tontonan semata-mata tanpa penghayatan yang sebenar dalam kalangan masyarakat. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Pengerusi​
Yang Berhormat Haji Awang Sulaiman bin Haji Nasir.
Yang Berhormat Haji Awang Sulaiman bin Haji Nasir​
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Bismillahir Rahmanir Rahim.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.
Kaola ingin mencadangkan agar pihak kementerian dapat meneliti keperluan membangunkan sebuah Kompleks Sukan Serbaguna yang moden di Daerah Temburong. Perkara ini memang pernah kaola cadangkan sebelum ini jua. Pada masa ini, kemudahan sukan yang berskala besar dan moden di daerah tersebut masih terhad, sedangkan potensi pembangunan belia dan industri sukan di Daerah Temburong adalah sangat besar. Dengan adanya sebuah bangunan sukan serbaguna, pelbagai aktiviti seperti kejohanan sukan, latihan atlet, program pembangunan belia serta kegiatan rekreasi masyarakat dapat dilaksanakan dengan lebih tersusun.
Di samping itu, kemudahan ini juga boleh dimanfaatkan bagi majlis perkahwinan, pameran, acara kemasyarakatan dan program komuniti sekaligus meningkatkan pembangunan fasiliti secara optimum, menjana pendapatan serta menyokong perkembangan ekonomi setempat. Sehubungan dengan itu, kaola ingin bertanya kepada pihak kementerian, adakah terdapat sebarang perancangan jangka pendek atau jangka panjang untuk membangunkan sebuah kompleks sukan serbaguna yang moden di Daerah Temburong dan jika ada, apakah status serta hala tuju perancangannya? Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Pengerusi​
Dulu sudah ditanyakan Yang Berhormat. Dulu sudah ditanyakan, apa jawapannya dulu?
Yang Berhormat Haji Awang Sulaiman bin Haji Nasir​
Kaola, Yang Berhormat Pengerusi. Jawapannya akan dipertimbangkan. Jadi kaola ingin bertanya kembali.
Yang Berhormat Pengerusi​
Yang Berhormat, dalam rancangan waktu masa panjang ataupun waktu masa pendek?
Yang Berhormat Haji Awang Sulaiman bin Haji Nasir​
Dalam masa panjang dan pendek Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi​
Terima kasih. Saya persilakan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman.
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman​
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamua'laikum Warahmatullahi Ta'ala Wabarakatuh dan salam sejahtera.
Kaola ingin menyentuh tentang Program Khidmat Bakti Negara, Kod 006/000, dikenal dengan singkatan nama PKBN, yang melahirkan belia yang bertanggungjawab, berdisiplin, dinamik, bersatu padu dan cekal yang menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi negara dan memperkukuhkan kedayatahanan nasional. Jumlah belia yang mengikuti program ini sekitar 200, 300 hingga ke 500 orang setahun. Alhamdulillah, program ini banyak menarik minat belia-belia lepasan sekolah dengan hasil yang memuaskan.
Kaola ingin mencadangkan jika peruntukan tambahan dapat dipohonkan bagi program seperti ini dapat diadakan juga bagi belia-belia terutama yang berkelulusan dan menanti untuk masuk ke alam pekerjaan supaya mereka ini bukan sahaja mempunyai semangat patriotik, dinamik dan bertanggungjawab dan memiliki jati diri yang cekal tetapi juga dibimbing dengan diberi latihan dalam bidang-bidang khusus seperti skill training, fokus kepada in demand skills seperti digital literacy, keusahawanan dan industry specific skills.
Dalam tempoh tersebut sekurang-kurangnya enam bulan kalau mereka ini belum bekerja, mereka berpeluang untuk membina perkembangan diri yakni personal development seperti berkeyakinan diri, keterampilan, kualiti kepimpinan, semangat teamwork dan kemahiran berkomunikasi untuk meningkatkan employability mereka. Mereka yang melalui program ini akan lebih bersedia untuk bekerja kerana mereka memiliki pengalaman praktikal dan kemahiran dan mereka juga mempunyai networking opportunities apabila ditempatkan dengan syarikat-syarikat tertentu.
Kaola berpendapat, kita tidak kurang dengan pakar ataupun pegawai-pegawai berpengalaman yang boleh menjadi mentor kepada belia-belia sedemikian agar mereka job ready, betul-betul job ready apabila sudah ditawarkan pekerjaan. Program seperti ini kaola yakin akan memberi nilai tambah kepada program-program yang sedia ada dan kepada belia-belia bila memohon pekerjaan nanti.
Seterusnya, kaola ingin merujuk kepada Kod 003/000 Pembangunan Sukan dan Perkhidmatan Jurulatih dengan peruntukan sebanyak BND2,027,410. Petunjuk Prestasi Utama yang berkaitan iaitu jumlah bakat baru dan berprestasi tinggi dalam kesukanan termasuk atlet kebangsaan dianggarkan meningkat dari 1 hingga ke 5 peratus, sepanjang tiga, empat tahun akan datang ini. Kaola berpendapat anggaran ini adalah rendah dan bagi pandangan kaola kurang ambitious. Kaola ingin mendapat pencerahan, apakah faktor-faktor menyebabkan anggaran ini rendah?
Adakah disebabkan infrastruktur sukan tidak mencukupi, tidak ada atau sukar mencari bakat baru, kurang latihan dan ketiadaan coaching dan sebagainya? Dan bagaimanakah kita akan menampilkan negara di pertandingan antarabangsa jika keadaan itu berterusan? Jadi kaola mohon pencerahan, kenapakah anggaran kitani atu inda disasarkan kepada yang lebih tinggi, supaya dapat lebih kompetitif di pertandingan antarabangsa? Itu saja Yang Berhormat Pengerusi. Terima kasih.
Yang Berhormat Pengerusi​
Yang Berhormat Dayang Hajah Safiah binti Sheikh Haji Abd. Salam.
Yang Berhormat Dayang Hajah Safiah binti Sheikh Haji Abd. Salam​
Bismillahir Rahmanir Rahim. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Kaola merujuk Tajuk SL06A Jabatan Pembangunan Masyarakat, JAPEM, bagi perkhidmatan Orang Berkeperluan Khas dengan peruntukan sebanyak BND1.4 juta.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.
Isu Orang Kelaillan Upaya tidak seharusnya dilihat sebagai isu kebajikan semata-mata. Ia adalah isu pembangunan insan, hak asasi dan kelangsungan hidup. Golongan orang kurang upaya adalah individu istimewa yang juga mampu berdikari dan menyumbang kepada masyarakat dan negara seperti kita. Bagi mereka kemandirian itu termasuklah ketersediaan peluang pekerjaan, mobiliti untuk bergerak dengan mudah serta penerimaan masyarakat untuk mereka hidup dan menyumbang secara bermaruah. Inilah harapan sebenar ibu bapa agar anak-anak istimewa ini mampu berdiri sendiri apabila mereka sudah tiada nanti.
Sukacita kaola menarik perhatian Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat mengenai hasil sesi dialog abiskaola bersama dengan Ahli-Ahli Majlis Kesejahteraan Orang Kelainan Upaya, MKOKU menepati isu aksesibiliti dan mobiliti, ketiadaan kad OKU rasmi, peluang pekerjaan yang terhad dan latihan kemahiran serta stigma masyarakat serta penguatkuasaan terhadap kemudahan OKU masih menjadi cabaran utama golongan ini dalam mencapai matlamat kemandirian hidup mereka.
Meskipun cabaran-caraban ini bukan semuanya tertakluk di bawah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan ataupun JAPEM, namun sebagai jabatan yang jelas bertanggungjawab ke atas perkhidmatan Orang Berkeperluan Khas di negara ini, kaola berpandangan JAPEM berperanan sebagai penyelaras utama usaha pembangunan dan sokongan bagi golongan ini merentas kementerian dan agensi di negara ini.
Sehubungan itu, kaola ingin memohon pencerahan, apakah inisiatif kementerian untuk memastikan agar agensi-agensi yang berkaitan bertindak secara proaktif untuk menangani cabaran-cabaran yang menjadi penghalang kemandirian golongan istimewa ini? Bagaimanakah kementerian memperkukuh peranan JAPEM sebagai penyelaras utama merentas kementerian dan agensi bagi memastikan semua program yang dirancang dan dasar-dasar pembangunan negara mengambil kira keperluan dan menjurus kepada kemandirian golongan OKU?
Dan yang terakhir, memandangkan pekerjaan merupakan kunci utama kemandirian golongan ini dan untuk memastikan keadilan dan inklusiviti dasar-dasar kerajaan dalam pemberian peluang-peluang pekerjaan, apakah kementerian akan mempertimbangkan pendekatan lain seperti penggubalan dasar yang lebih kukuh dengan kerjasama agensi yang berkepentingan mengambil kira mengenai pengambilan kerja golongan ini untuk berkhidmat dalam perkhidmatan awam dan sektor swasta mengikut keupayaan mereka?
Sekian terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi​
Yang Berhormat Awang Amran bin Haji Maidin.
Yang Berhormat Awang Amran bin Haji Maidin​
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Kaola ingin membahaskan Kod 004/000 - Pengukuhan Institusi Keluarga menyentuh soal Pusat Penjagaan Kanak-Kanak.
Yang Berhormat Pengerusi.
Kaola ingin menarik perhatian mengenai pelaksanaan akta dan peraturan yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Masyarakat berkaitan had umur pusat jagaan kanak-kanak yang masa ini kita tidak membenarkan penerimaan kanak-kanak berumur 3 tahun ke atas. Kaola memahami bahawa setiap dasar yang diperkenalkan adalah bertujuan memastikan kebajikan, keselamatan dan perkembangan kanak-kanak sentiasa terpelihara.
Namun demikian, dalam konteks semasa pelaksanaan had umur ini telah menimbulkan cabaran besar kepada sebahagian ibu bapa, khususnya mereka yang bekerja sepenuh masa. Realitinya ramai kanak-kanak berumur 4 hingga ke 5 tahun sudah mula bersekolah di peringkat tadika ataupun kindergarten, namun sesi persekolahan lazimnya hanya berlangsung separuh hari. Selepas waktu tersebut, ibu bapa masih memerlukan tempat penjagaan yang selamat dan terkawal sehingga tamat waktu bekerja. Dalam keadaan peraturan semasa yang mengehadkan pusat penjagaan kepada kanak-kanak 3 tahun ke bawah, ibu bapa terpaksa mencari alternatif yang kadangkala tidak berdaftar atau kurang pengawasan yang mungkin lebih berisiko dari segi keselamatan dan kebajikan kanak-kanak itu sendiri.
Yang Berhormat Pengerusi.
Kaola ingin memohon penjelasan, apakah rasional utama atau pertimbangan dasar yang menjadi sandaran kepada penetapan had umur tersebut? Adakah ia berdasarkan faktor keselamatan, kekurangan fasiliti, nisbah menjaga kepada kanak-kanak atau pertindihan fungsi dengan institusi pendidikan awal kanak-kanak? Untuk makluman, pendidikan wajib di negara kita bermula daripada berumur 5 tahun. Ini bermakna terdapat jurang antara 3 hingga ke 5 tahun di mana keperluan penjagaan harian masih tinggi.
Sehubungan itu, saya berpandangan bahawa dasar ini wajar dikaji semula secara menyeluruh dengan mengambilkira, Pertama, keperluan sebenar masyarakat masa kini khususnya peningkatan jumlah ibu bapa yang bekerja. Kedua, kemungkinan memperkenalkan kategori baharu seperti pusat jagaan selepas sekolah bagi kanak-kanak 4 hingga ke 6 tahun dengan garis panduan keselamatan yang jelas dan standard pengawalseliaan yang ketat. Dan ketiga, penetapan syarat tambahan seperti nisbah penjagaan kanak-kanak yang sesuai, ruang pembelajaran yang selamat serta latihan khusus kepada pengasuh bagi kumpulan umur prasekolah.
Pendekatan ini bukan bermaksud melonggarkan waktu kawalan tetapi menyesuaikan dasar dengan realiti sosial dan ekonomi semasa, malah dengan membenarkan pusat jagaan berdaftar menerima kanak-kanak berumur 4 hingga 5 tahun secara terkawal, kerajaan dapat memastikan pemantauan yang lebih baik berbanding jika ibu bapa terpaksa menggunakan perkhidmatan tidak formal.
Yang Berhormat Pengerusi.
Matlamat kita adalah untuk melindungi kepentingan terbaik kanak-kanak dan pada masa yang sama memudahkan urusan keluarga yang berkerjaya. Dasar yang baik perlu bersifat responsif, fleksibel dan berpaksikan kesejahteraan rakyat. Saya dengan penuh hormat mencadangkan agar kajian semula terhadap akta atau peraturan berkaitan had umur pusat jagaan ini dapat dipertimbangkan dengan segera termasuk sesi libat urus bersama pengusaha pusat-pusat jagaan dan ibu bapa yang terkesan. Semoga penyelesaian yang seimbang dapat dicapai demi kebajikan kanak-kanak dan kesejahteraan keluarga di negara ini.
Sekian terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi​
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abd. Rahman bin Haji Ibrahim.
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abd. Rahman bin Haji Ibrahim​
Bismillahir Rahmanir Rahim. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Kaola ingin menyentuh mengenai Program 004/000 Pembangunan Belia dan Sukan.
Pertama, dalam hala tuju sektor kebeliaan, salah satu fokus yang diberikan keutamaan ialah pengukuhan ekosistem keusahawanan belia yang menjurus kepada peningkatan aktiviti-aktiviti keusahawanan belia. Setakat ini, kita telah dimaklumkan bahawa 600 orang peserta telah diserapkan kepada aktiviti usahawan ini. Kaola ingin memohon pencerahan, dari jumlah ini berapa peratuskah yang dikira telah benar-benar berjaya menjadi usahawan dan apakah bentuk pemantauan dan bantuan kemahiran misalnya seperti pengukuhan kemampuan digital yang dihulurkan kepada usahawan belia yang berjaya? Ini kerana pengukuhan kemampuan digital adalah dikira salah satu kunci bagi memacu pertumbuhan dan inovasi PMKS;
Kedua, koala perhatikan dalam menggalakkan belia-belia negara untuk menceburkan diri dalam bidang keusahawanan, pelbagai agensi telah menawarkan bermacam inisiatif dan peluang-peluang keusahawan melalui program-program latihan, peningkatan kemahiran dan bantuan-bantuan geran, kewangan dan lain-lain. Alhamdulillah, satu inisiatif yang baik, walau bagaimanapun, koala ingin memohon pencerahan, adakah perancangan pihak yang berwajib untuk menubuhkan satu badan khas ataupun badan khusus yakni central agency yang akan bertindak untuk merancang dasar dan peraturan, melaksana, mengintegrasikan dan mensejajarkan semua program pengukuhan ekosistem keusahawanan belia ini, termasuk latihan kemahiran dan akses kepada permodelan?
Langkah ini pada hemat koala, bukan saja akan menjimatkan sumber kewangan dan tenaga, malahan streamlining process serta mengelakkan pertindihan tanggungjawab dan inisiatif yang berkaitan dengan perkembangan keusahawanan belia secara menyeluruh; dan
Ketiga, kaola tertarik mengenai salah satu hala tuju kementerian yang menjurus kepada memperkasa ekosistem sukan negara. Kaola mengalukan inisiatif ini jika ianya dilaksanakan dengan teratur dengan sumber yang mencukupi serta sokongan padu semua pihak. Kaola percaya sukan negara ini insya Allah akan mencapai kecemerlangan seperti yang dihasratkan. Cuma setakat ini apa yang kita perhatikan bahawa pelaburan dan insentif yang dihulurkan untuk meningkatkan atlet ini, belumlah begitu menyerlah, masih dikira minima dan masih belum mencukupi. Ini tidak terkecuali dalam usaha menyediakan fasiliti sukan bagi kegunaan orang ramai. Dalam hal ini, kaola ingin memohon pencerahan, adakah perancangan kementerian untuk mengenal pasti tapak-tapak yang bersesuaian untuk dipajakkan kepada pihak swasta atau syarikat kerjasama belia untuk membina dan mengurus fasiliti sukan secara komersial bagi pengguna-pengguna yang memerlukan. Kaola membangkitkan perkara ini memandangkan permintaan yang makin meningkat terhadap fasiliti ini terutamanya di kalangan belia khususnya dan penduduk setempat yang mengamalkan cara hidup sihat di negara ini.
Dan terakhir, kaola ingin menyentuh mengenai Kod 002/002 - Bantuan Kebajikan Am di bawah Jabatan Pembangunan Masyarakat, SL06A. Koala perhatikan pada Belanjawan Tahun Kewangan 2026/2027 ini jumlah yang dicadangkan untuk disediakan di bawah tajuk ini adalah berkurangan dari kira-kira BND12 juta pada tahun lepas kepada hanya BND8.7 juta pada tahun ini. Koala mohon pencerahan apakah sebab utama pengurangan ini. Adakah ini bermakna bilangan pihak yang meminta bantuan ini telah berkurangan.
Sekian, terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi​
Yang Berhormat Awang Zainol bin Haji Mohamed.
Yang Berhormat Awang Zainol bin Haji Mohamed​
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Di bawah peruntukan melebihi BND18 juta bagi Jabatan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan serta lebih BND18 juta bagi Jabatan Pembangunan Masyarakat.
Koala ingin membangkitkan isu kesiapsiagaan struktur sokongan warga emas khususnya dalam menghadapi peningkatan populasi yang semakin ketara. Dengan peningkatan warga emas yang kini melebihi 10 peratus, sejauh mana peruntukan sedia ada benar-benar mencukupi untuk menangani keperluan yang semakin kompleks terutama bagi mereka yang tinggal bersendirian atau mempunyai sokongan terhad pada waktu siang. Pada masa yang sama, bagaimana pendekatan sokongan ini dilaksanakan secara lebih proaktif di peringkat komuniti supaya bantuan tidak hanya bergantung kepada aduan atau keadaan yang sudah menjadi serius.
Dalam hal ini juga, sejauh mana peranan ketua kampung dalam jaringan komuniti dimanfaatkan secara lebih tersusun untuk mengenal pasti warga emas yang berisiko lebih awal memandangkan struktur kampung yang sedia ada merupakan kekuatan yang boleh digerakkan dengan lebih berkesan. Dari sudut penyelarasan pula, bagaimana hubungan antara sokongan sosial rujukan kesihatan memperkukuh memandangkan sebahagian besar warga emas memerlukan pemantauan yang berterusan dan bukan intervensi sekali sahaja.
Selain itu, apakah bentuk sokongan yang diberikan kepada keluarga penjaga yang kini memikul tanggungjawab berganda agar beban penjagaan dapat dikurangkan secara lebih seimbang. Akhir sekali, sejauh mana segala peruntukan pada masa ini benar-benar berkembang seiring dengan perubahan struktur penduduk memandangkan peningkatan warga emas merupakan perubahan jangka panjang yang memerlukan kapasiti yang setara.
Sebagai cadangan, mungkin boleh dipertimbangkan satu pendekatan yang lebih berstruktur di peringkat kampung dengan penetapan sistem pemantauan berkala yang jelas bagi warga emas yang tinggal bersendirian atau berisiko, disokong oleh mekanisme rujukan yang lebih cepat antara ketua kampung, Jabatan Pembangunan Masyarakat dan perkhidmatan kesihatan.
Pendekatan ini penting bagi memastikan sokongan tidak hanya bergantung kepada maklumat tidak formal ataupun laporan kes, tetapi dapat mengenal pasti keperluan lebih awal sebelum keadaan menjadi lebih serius di samping memastikan intervensi yang lebih konsisten dan berterusan. Sekian, terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua​
Dan Yang Berhormat Dayang Hajah Rosmawatty binti Haji Abdul Mumin
Yang Berhormat Dayang Hajah Rosmawatty binti Haji Abdul Mumin​
Bismillahir Rahmanir Rahim. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Kaola merujuk Kod 002/000 - Perkhidmatan Bantuan Am dan Memperkasa Penerima Bantuan Kebajikan dengan peruntukan BND10.9 juta.
Kaola ingin mengucapkan penghargaan atas peruntukan yang disediakan bagi memastikan bantuan kebajikan terus disalurkan kepada golongan sasaran termasuk warga emas, orang susah, mangsa bencana serta golongan kelainan upaya yakni vulnerable groups. Seiring dengan aspirasi Social Blueprint Negara Brunei Darussalam yang menekankan pembentukan masyarakat yang mandiri, berdaya tahan dan progresif. Kaola ingin memohon beberapa penjelasan dan pencerahan lanjut daripada pihak kementerian berhubung dengan:
Pertama, transformasi Data Sistem Kebajikan Negara, SKN. Kaola merakamkan penghargaan atas pelaksanaan SKN dan penggunaan analysis Power Business Intelligence yang telah berjaya menyediakan peta kemiskinan yang telus. Namun, bagi memastikan data digital ini mencerminkan realiti sebenar, kaola ingin memohon pencerahan sejauh manakah data ini digunakan untuk tujuan prioritization, pengutamaan bantuan secara berfokus. Adakah terdapat mekanisme pengesahan fisikal, ground verification secara berkala bagi memastikan peruntukan dioptimumkan dan benar-benar sampai kepada golongan yang memerlukan.
Yang kedua, strategi pengupayaan 7,375 penerima yang mampu bekerja. Kaola mengambil maklum statistik April 2024 yang menunjukkan 7,375 daripada 10,014 penerima bantuan bulanan terdiri daripada individu yang sihat dan berupaya yakni able-bodied. Ini adalah potensi tenaga kerja yang besar. Bagaimanakah peruntukan BND10.9 juta ini distrukturkan untuk membezakan antara bantuan kepada golongan rentan kekal seperti warga emas dan OKU dengan pelaburan strategik bagi golongan yang berpotensi untuk berdikari. Sejauh manakah kementerian menggunakan pendekatan bersegmen, segmented approach?
Adakah peruntukan ini dibahagikan mengikut profil keutamaan mereka, keupayaan mereka? Sebagai contoh adakah terdapat perbezaan strategi antara penerima yang hanya memerlukan pemadanan kerja berbanding mereka yang memerlukan latihan kemahiran, reskilling atau sokongan logistik seperti penjagaan anak? Ini penting bagi memastikan kumpulan sihat ini tidak terus terperangkap dalam perangkap kebergantungan yakni dependency trap dan dapat lulus keluar daripada sistem bantuan dengan lebih cepat.
Salah satu aspirasi utamanya juga adalah membangun masyarakat yang pemedulian, inklusif dan saksama. Aspirasi ini menekankan memenuhi keperluan masyarakat secara inklusif bagi memastikan keadilan dan kesaksamaan ke arah kesejahteraan yang terjamin. Berapakah bahagian peruntukan yang dikhususkan kepada diversifikasi bantuan seperti Program BIBD SEED, Micro Businesses Bootcamp dan literasi kewangan bagi membina kapasiti sara diri? Bagaimanakah kementerian memastikan bahawa bantuan yang diberikan tidak hanya menampung keperluan asas tetapi berperanan merapatkan jurang pendapatan Indeks Gini melalui pengupayaan ekonomi yang mampan.
Yang Berhormat Pengerusi.
Asas sistem yang kukuh seperti SKN perlu disusuli dengan pengukuhan aspek pengesahan dan penilaian berdasarkan keberhasilan yakni outcome-based. Ini penting bagi memastikan peruntukan kerajaan bukan sekadar menampung keperluan asas tetapi menjadi pemangkin kepada mobiliti sosial yang positif selaras dengan aspirasi rakyat yang mandiri dan siap siaga masa depan. Mohon penjelasan dan pencerahan daripada pihak kementerian. Sekian, terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi​
Terima kasih Ahli-Ahli Yang Berhormat. Sekarang saya akan memberikan laluan untuk Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan untuk memberikan ulasan atau pun responnya terhadap perkara-perkara yang telah pun ditimbulkan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat Yang Dilantik sebentar tadi. Silakan Yang Berhormat.
Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan​
Bismillahir Rahmanir Rahim. (Doa dibaca). Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Kaola sebelum cuba untuk menjawab soalan-soalan itu, ingin kaola cuba untuk menjawabnya bagi soalan-soalan yang tidak sempat kaola jawab secara lisan pada kali ini. Insya Allah, kaola akan menghadapkan jawapannya kepada Yang Berhormat, Ahli-Ahli Yang Dilantik secara bertulis.
Kaola juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat yang telah mengajukan soalan dan ada sebahagian daripada soalan-soalan itu berunsurkan spesifik dan kaola mengaku pada masa ini di dalam kepala kaola ini akan pulangkan jawapan yang spesifik kerana agak sukar dan sulit bagi kaola untuk cuba dengan tahap kaola pada masa ini untuk mendapatkan butir-butir yang spesifik berkenaan.
Jadi seterusnya sebelum kaola menjawab mengulas soalan dan cadangan yang telah dikemukakan, terlebih dahulu kaola mewakili Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dengan penuh hormat dan takzim menyembahkan setinggi-tingginya menjunjung kasih ke hadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bagi penyediaan peruntukan perbelanjaan secara keseluruhan bagi Tahun Kewangan 2026/2027 berjumlah BND94,400,570 iaitu sejumlah BND80,451,970 bagi perbelanjaan biasa dan sejumlah BND13,949,600 bagi perbelanjaan kemajuan.
Izinkan kaola merespons kepada soalan daripada Yang Berhormat Haji Awang Sulaiman bin Haji Nasir yang menyentuh mengenai keperluan membangunkan sebuah kompleks sukan serbaguna yang moden di Daerah Temburong. Daerah Temburong sememangnya, yang kita semua sedia maklum, tidak terkecuali daripada sebarang perancangan pembangunan negara; malah kerajaan sentiasa melalui Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan mengambil pendekatan yang menyeluruh dan berfasa dalam menilai keperluan pembangunan prasarana sukan dengan mengambil kira tahap kesediaan, keperluan semasa serta potensi jangka panjang daerah berkenaan.
Dalam hubungan ini, ada beberapa pertimbangan utama diambil kira di dalam membuat penilaian kesesuaian untuk membina prasarana sukan. Pertama, sudah setentunya jumlah penduduk dan keperluan semasa menjadi satu perkara yang diambil kira; perancangan pembangunan fasiliti sukan adalah berasaskan kepada keperluan sebenar penduduk. Seperti yang dimaklumi, Daerah Temburong mempunyai jumlah penduduk yang secara relatifnya rendah iaitu sekitar 10,000 orang berbanding daerah-daerah lain. Walau bagaimanapun, fasiliti sukan yang sedia ada pada dua Tahun Kewangan yang lepas memang baru-baru ini baru sahaja menjalani suatu penaiktarafan iaitu komplek sukan di Daerah Temburong yang ada pada masa ini. Iaitu dari segi padang dan trek komplek sukan, dan keperluan untuk menyediakan fasiliti berskala besar pada masa ini adalah masih lagi dalam penelitian dan perlu diseimbangkan dengan tahap penggunaan serta keberkesanan pelaburan jangka panjang.
Namun demikian, kita sentiasa mengambil pendekatan yang terbuka jika sekiranya ada minat daripada para pelabur untuk melabur untuk membangunkan fasiliti-fasiliti sukan serupa ini. Dan sudah setentunya kita dari masa ke semasa membukakan mana-mana kompleks sukan atau tapak-tapak di mana-mana pun daerah. Bukannya Daerah Temburong sahaja, jika sekiranya ada appetite di pihak pelabur insya Allah perkara ini akan dipertimbangkan dan diteliti dan dibukakan kepada semua pihak dengan seadil-adilnya.
Kedua, pendekatan inklusif no one is left behind melayunya, tidak ada seorang pun yang akan tertinggal. Selaras dengan prinsip tiada yang bertinggalanan kerajaan melalui Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan akan terus memastikan akses kepada kemudahan sukan melalui penaiktarafan fasiliti yang sedia ada khususnya kompleks sukan Batu Apoi. Kompleks ini telah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas seperti trek olahraga yang baru dinaiktaraf seperti yang kaola sebutkan tadi, kolam renang, serta gelanggang-gelanggang serbaguna bagi sukan seperti bola jaring, sepak takraw dan sebagainya. Selain memenuhi keperluan masyarakat setempat kompleks ini juga berupaya menjadi host kepada pelbagai upacara seperti ASEAN Sport Days pada tahun lepas serta kejohanan-kejohanan sukan termasuk liga super bola sepak diperingkat nasional kebangsaan. Ini menunjukkan bahawa fasiliti yang sedia ada itu masih lagi relevan dan mampu menampung keperluan aktiviti-aktiviti sukan semasa secara efektif.
Ketiga, mengoptimumkan fasiliti yang sedia ada iaitu strategi semasa pada masa ini adalah memberi penekanan kepada penggunaan yang optima, fasiliti yang sedia ada, melalui pendekatan perkongsian antaranya memaksimakan penggunaan dewan-dewan sekolah dan kemudahan komuniti bagi pembangunan sukan diperingkat akar umbi. Mengelakkan pertindihan pembangunan fasiliti ke arah penggunaan sumber yang lebih cekap dan mampan. Menggalakkan perkongsian kemudahan untuk tujuan latihan kejohanan dan aktiviti komuniti maka pendekatan ini bukan saja memaksimakan sumber yang sedia ada malah memastikan akses yang lebih meluas kepada masyarakat.
Keempat, pendekatan kerjasama dengan sektor swasta. Pembangunan fasiliti sukan juga dilihat melalui pendekatan kolaboratif sama sektor swasta. Kerajaan menggalakkan penglibatan pihak swasta dalam membangun, mengurus dan menyelenggara fasiliti sukan sekaligus berpotensi menjana pertumbuhan ekonomi setempat serta menwujudkan peluang-peluang pekerjaan yang baru, sejajar dengan ini kementerian telah dan sedang giat melaksanakan inisiatif request work proposal, RFP. Bagi membuka peluang kepada syarikat-syarikat swasta untuk membangunkan fasiliti sukan.
Kemudian, ah tapak-tapak termasuk ah ini untuk menarik pelaburan daripada pihak swasta bagi memajukan tapak-tapak sukan yang berpotensi tinggi. Jadi, melalui projek dibiayai sepenuhnya oleh pihak swasta. Tanah disewakan secara pajakan list syarikatnya yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kajian kebolehsanaan reka bentuk pembinaan operasi serta penyelenggaraan fasiliti dan inisiatif ani telah dilaksanakan secara berfasa di beberapa daerah seperti tapak di Kampong Terunjing dan Kampong Lambak Kanan serta di Daerah Belait, kompleks padang arena dan insya allah, akan meneroka lagi untuk dilaratkan ke tapak-tapak lain di daerah-daerah yang lain. Pendekatan yang diambil ini adalah bersifat holistik dan berimpak tinggi dengan sebarang pembangunan pada masa depan akan menitik beratkan konsep multipurpose yang bukan saja memenuhi keperluan sukan prestasi pembangunan atlet.
Tapi juga berfungsi sebagai pusat aktiviti komuniti termasuk penganjuran cara kemasyarakatan dan program pembangunan belia. Seterusnya menyentuh mengenai cadangan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman dengan penambahbaikan lagi Program Khidmat Bakti Negara atau PKBN, dengan menglibatkan golongan belia lepasan sekolah dan yang menanti pekerjaan. Cadangan ini, sebenarnya sangat-sangat bermakna dan mempunyai nilai yang amat tinggi terutama dalam usaha kita ini untuk mempersiapkan para belia untuk mendapatkan pekerjaan serta kebolehan untuk menjana kehidupan masa depan.
Kaola ingin mengambil kesempatan ini, untuk mengongsikan sedikit feedback-feedback daripada orang ramai termasuk daripada ibu bapa dan juga majikan-majikan hasil daripada kursus-kursus yang dijalankan di PKBN ini, ianya telah berupaya mengubah individu-individu ini ataupun peserta-peserta yang mengikuti program ini baik dari segi minda ataupun dari segi cara berfikir dari segi fizikal dan dari segi resilience, daya ketahanan individu masing-masing.
Dari segi individu, dari feedback daripada ibu bapa ternyata terdapat perubahan daripada seorang individu yang tidak menghormati ibu bapa kepada seorang yang langsung bertukar 360 degrees, sorry 180 degrees (ketawa kecil) menjadi seorang individu yang seolah-olah bukan anaknya, nya, seolah-olah seperti seorang individu lainnya, tapi positif menghormati ibu bapa dan sebagainya. Dari pihak majikan daripada individu-individu yang sering, apa mudah menyerah kalah, mudah giving up, menjadi kepada satu individu yang sentiasa cekal, sentiasa dedicated, sentiasa kalau kata orang Brunei kitani individu yang bekarih dalam melaksanakan tugas-tugasan dan pekerjaan. Ini ternyata sepanjang kita menjalankan Program Jati Diri sudah dalam dua, tiga tahun sudah kita menjalankan program itu. Alhamdulillah, penerimaan daripada majikan-majikan, daripada sektor swasta amat membanggakan.
So dalam pada itu, program-program ini, apabila dijalankan memang membawa kos yang tinggi setiap individu atau dianggarkan kira-kira kosnya untuk melatih mereka dalam program ini sekitar BND3,500 dan ini bukannya jumlah yang sedikit. Jadi cara kita melihat ataupun mengurus sumber-sumber kerajaan ini perlulah berhati-hati dan mengambil kira apa namanya ni keperluan yang sebenar macam mana cara kita ni mengurus dan membukakan program-program ini kepada jumlah yang bersesuaian.
Seterusnya kaola ingin menjawab Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan yang mana menyentuh mengenai usaha mengekalkan dan memelihara adat resam serta warisan budaya Negara Brunei Darussalam.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.
Penjagaan warisan seni dan budaya ini adalah merupakan tanggungjawab bersama dalam semua kita ni baik di peringkat komuniti, baik di peringkat puak, baik pun di peringkat institusi keluarga. Setiap komuniti wajar menghidupkan perayaan-perayaan komuniti dengan dukungan kepimpinan akar umbi melalui daerah, mukim dan kampung menerusi majlis-majlis perundingan. Seruan ini telah kaola pernah maklumkan dalam mesyuarat tahun lepas berhubung usaha memperkasa masyarakat puak jati. Kerajaan melalui Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan akan terus-menerus melaksanakan inisiatif sejak sekian lama untuk memberi akses secara percuma kepada penggiat seni budaya, mendapatkan maklumat yang diperlukan termasuk melalui penerbitan seni budaya, pameran kekal dan berkala serta program seperti perjalanan kebudayaan dan seumpamanya.
Kementerian melalui Bahagian Kebudayaan dan Kesenian juga telah membukakan peminjaman material budaya seperti pakaian, peralatan dan koleksi kepada persatuan-persatuan dan institusi pendidikan secara percuma dengan syarat penyertaan dan peminjaman itu bertujuan pemberigaan seni dan warisan bukannya bercorak kewangan. Pada tahun 2025, hampir 200 persatuan belia, kementerian dan institusi pendidikan telah memanfaatkan kemudahan peminjaman.
Di samping itu, beberapa siri kursus seni budaya dan masterclass telah dikendalikan. Sama-sama kitani ingat-mengingati bahawa kelangsungan warisan bukan tertakluk kepada kerajaan semata-mata. Biskita sebagai penghulu, ketua kampung dan pemimpin komuniti berperanan besar memastikan anak-anak kitani masih mengamalkan pemakaian cara melayu dengan betul, menghormati orang tua, berbahasa santun dan meneruskan adat resam dari generasi ke generasi.
Suka kaola menekankan jua di sini, kata orang putih it takes two to tango. Kalau kitani saja di pihak generasi yang awal ani mengungkayahkan benda ani tanpa peranan dan sambutan daripada generasi baru ia tidak akan jua menjadi. Jadi kaola ingin menekankan jua kepada generasi-generasi baru budaya ani ialah identiti kitani kalau inda kitani generasi baru menyambut baton ani daripada generasi lama, akhirnya anak cucu kitani inda akan tahu budaya kitani.
Jadi it takes two to tango. Apabila generasi yang awal ani cuba mewariskan budaya atu perlu ianya disambut dengan baik dan diterapkan kepada generasi-generasi yang akan datang. Jadi, kaola tidak ingin melepasi waktu yang telah ditetapkan. Sebenarnya, kaola banyak pulangkan menyentuh lagi soalan-soalan ani, tapi rasa kaola ada baiknya jua kaola menjawab secara bertulis mungkin dengan lebih tepat supaya inda terlalu jauh larinya daripada hasrat yang ditanyakan atu. Jadi kaola mohon, Yang Berhormat Pengerusi untuk mengambil pendekatan seperti itu, mohon Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi​
Terima kasih Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan. Saya kira ada baiknya Tajuk ini sekarang kita undi. Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila angkat tangan.
(Semua Ahli mengangkat tangan tanda bersetuju)
Nampaknya, semua Ahli bersetuju maka Tajuk ini diluluskan.
(Tukul diketuk)
Yang Mulia Jurutulis​
Tajuk SL01A hingga Tajuk SL06A dijadikan sebahagian daripada Jadual.
Yang Berhormat Pengerusi​
Ahli-Ahli Yang Berhormat, saya kira cukuplah sekarang dulu kita berunding dan berbincang pada hari ini, ada baiknya Mesyuarat Jawatankuasa ini kita tangguhkan dan kita bersidang semula dalam Persidangan Majlis Mesyuarat Negara.
(Mesyuarat Jawatankuasa ditangguhkan)
(Majlis Mesyuarat bersidang semula)
Yang Berhormat Yang Di-Pertua​
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kita bersidang semula dalam Persidangan Majlis Mesyuarat Negara. Saya kira cukuplah dulu kita bersidang dan berunding pada hari ini. Saya cadangkan supaya mesyuarat kita ini ditangguhkan.
Insya Allah, kita akan bersidang semula pada esok hari iaitu hari Khamis, 26 Mac 2026 mulai daripada jam 9.00 pagi.
Sekian, Wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi ta'ala wabarakatuh.
(Majlis Mesyuarat ditangguhkan)
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.