Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Source: https://www.majlis-mesyuarat.gov.bn/wp-content/uploads/2026/03/Edited_Penyata-Rasmi-hari-Pertama-Khamis-12-Mac-2026-Latest.pdf%20

HARI KE-1 PAGI

Rumusan Bacaan

📖 Masa membaca: 7 minit
📊 Bilangan kata: 1,383 kata

12HB MAC 2026 PAGI​

(Mesyuarat mula bersidang pada pukul 10.00 pagi)

Yang Mulia Jurutulis​

Bismillahir Rahmanir Rahim. Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Ke-22 Majlis Mesyuarat Negara bersidang pada hari ini, Khamis, 22 Ramadan 1447 bersamaan 12 Mac 2026, didahului dengan Doa Selamat.

DOA SELAMAT​

(Doa Selamat dibacakan oleh Yang Dimuliakan Pehin Khatib Dato Paduka Awang Haji Mustapa bin Haji Murat, Imam Masjid Jame’ Asr Hassanil Bolkiah)

Yang Berhormat Yang Di-Pertua​

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum Warrahmatullahi Ta’ala Wabarakatuh. Alhamdulillah, Syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana dengan limpah rahmat dan izin-Nya jua, maka kita dapat hadir pada pagi ini dalam Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Ke-22 Majlis Mesyuarat Negara.

Selawat serta salam ke atas junjungan besar kita, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam, kaum kerabat para sahabat serta pengikut-pengikut Baginda yang taat lagi setia hingga ke akhir zaman.

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Sesungguhnya persidangan pada pagi ini amat signifikan dan penuh gemilang kerana pada hari ini Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Ke-22 Majlis Mesyuarat Negara akan dirasmikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Di hadapan kita ada urusan mesyuarat yang perlu kita selesaikan. Oleh yang demikian, saya cadangkan ada baiknya kita beralih untuk menyelesaikannya.

Yang Mulia Jurutulis​

Membetulkan Jurnal (Minit Mesyuarat) bagi Musim Permesyuaratan Ke-21 Majlis Mesyuarat Negara.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua​

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Di hadapan kita adalah Jurnal (Minit Mesyuarat) bagi Musim Permesyuaratan Ke-21 Majlis Mesyuarat Negara yang telah pun dikelilingkan lebih awal kepada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Saya percaya Ahli-Ahli Yang Berhormat sudah berkesempatan untuk meneliti Jurnal (Minit Mesyuarat) tersebut. Maka saya sekarang ingin memberikan peluang jika ada Ahli-Ahli Yang Berhormat yang ingin untuk memberikan pembetulan terhadapnya, saya persilakan Ahli-Ahli Yang Berhormat untuk membuat kenyataan sedemikian.

Nampaknya tidak ada Ahli-Ahli Yang Berhormat ingin membuat kenyataan, maka saya membuat kesimpulan bahawa Jurnal (Minit Mesyuarat) Musim Permesyuaratan Ke-21 Majlis Mesyuarat Negara adalah betul dan diluluskan.

(Tukul diketuk)

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Sebentar lagi Istiadat Pembukaan Rasmi bagi Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Ke-22 Majlis Mesyuarat Negara akan dirasmikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Maka bagi membolehkan majlis ini untuk menjunjung keberangkatan Baginda ke majlis ini, saya tangguhkan Persidangan Majlis Mesyuarat ini. Sekian Wabillahit Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Ta'ala Wabarakatuh.

(Majlis Mesyuarat ditangguhkan)

TITAH​

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH MU'IZZADDIN WADDAULAH IBNI AL-MARHUM SULTAN HAJI OMAR 'ALI SAIFUDDIEN SA'ADUL KHAIRI WADDIEN, SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM SEMPENA ISTIADAT PEMBUKAAN RASMI MESYUARAT PERTAMA DARI MUSIM PERMESYUARATAN KE-22 MAJLIS MESYUARAT NEGARA PADA HARI KHAMIS, 22 RAMADAN 1447 BERSAMAAN 12 MAC 2026 BERTEMPAT DI BANGUNAN DEWAN MAJLIS, JALAN DEWAN MAJLIS, BANDAR SERI BEGAWAN, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM.

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Bismillaahir Rahmaanir Raheem.

Alhamdulillah Rabbil ‘Alameen, Wabihiee Nasta’eenu ‘Alaa Umuuriddunya Wadden, Wassalaatu’ Wassalaamu ‘Ala Asyarafil Mursaleen, Sayyidina Muhammaddin, Wa’alaa Aalihee Wasahbihee Ajma’een, Waba’du.

Alhamdulillah, dengan limpah rahmat Allah jua, dapatlah kita berkumpul bagi Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ke-22 Majlis Mesyuarat Negara Bagi Tahun 2026 Masehi.

Persidangan Majlis Mesyuarat Negara bukan setakat pertemuan tahunan, tetapi ia juga adalah wadah strategik untuk membahaskan isu-isu sebenar yang dihadapi oleh negara dan rakyat, berdasarkan penelitian mendalam dan fakta yang kukuh.

Pendekatan sesi dialog dan permuzakarahan bersama Kementerian dan Jabatan-Jabatan Kerajaan, perlu dimanfaatkan sebaiknya. Pada pendapat Beta pendekatan sedemikian telah pun terbukti berkesan dalam merapatkan lagi ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara dengan masyarakat, dalam memeduli keperluan serta untuk mendengar keluhan rakyat.

Negara perlu sentiasa peka dengan pergolakan geo politik antarabangsa dan kesannya terhadap cabaran ekonomi global.

Negara kita juga tidak terlepas dari menerima kesan cabaran ini, lebih-lebih lagi jika kesan itu menjejaskan harga komoditi tenaga yang menjadi sumber pendapatan negara. Di sinilah ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara perlu berganding bahu dan bekerjasama untuk menangani sebarang ketidakpastian yang timbul.

Beta mahu melihat tindakan pelaksanaan yang lebih agresif serta ketahanan dalam merangka dasar dan strategi pembangunan negara, khasnya ke arah matlamat Wawasan Brunei 2035, termasuk usaha berterusan dalam menerokai pelaburan strategik dalam sektor-sektor baharu yang boleh merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi negara dan usaha mengukuhkan fiskal kerajaan.

Apa yang pasti, keperluan untuk membangunkan perkara-perkara baharu bukanlah lagi satu pilihan, bahkan ianya satu keperluan yang wajar direalisasikan. Namun begitu, kemajuan juga perlu seimbang dengan perbelanjaan berhemah, termasuk mengutamakan inisiatif yang berimpak tinggi untuk meningkatkan daya tahan negara.

Pendekatan-pendekatan baharu memang diperlukan dalam mewujudkan eko-sistem kondusif ke arah pemerkasaan peranan sektor swasta serta perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

Dari sudut infrastruktur dan kemudahan awam pula, usaha perlu diteruskan dengan meneroka penyediaan perkhidmatan pengangkutan awam yang lebih berkualiti dan selamat.

Beta amat bersimpati dengan musibah yang berlaku baru-baru ini yang mengorbankan dua penunggang basikal. Maka dalam hal ini, Beta menyeru pihak-pihak yang berkenaan terutama Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya untuk bukan sahaja melihat dari segi perundangan dan penguatkuasaan tetapi juga mesti mengambil berat Prasarana yang selamat untuk digunakan.

Dari sudut lain pula, Kerajaan Beta akan terus memperkukuh budaya kerja yang bersih, beretika, berintegriti dan tadbir urus yang cemerlang merentasi semua sektor. Ini termasuk usaha membanteras secara agresif gejala rasuah dan salah guna kuasa akan terus dilaksanakan dengan menumpukan kepada sektor-sektor Kerajaan dan swasta, khususnya yang melibatkan aspek perkhidmatan dan penguatkuasaan. Kerajaan Beta tidak akan bertolak ansur dalam membanteras gejala rasuah kerana jika tidak dibendung, ianya akan mengancam keselamatan negara.

Dari sudut lain pula, Kerajaan Beta akan terus memperkukuh budaya kerja yang bersih, beretika, berintegriti dan tadbir urus yang cemerlang merentasi semua sektor. Ini termasuk usaha membanteras secara agresif gejala rasuah dan salah guna kuasa akan terus dilaksanakan dengan menumpukan kepada sektor-sektor Kerajaan dan swasta, khususnya yang melibatkan aspek perkhidmatan dan penguatkuasaan. Kerajaan Beta tidak akan bertolak ansur dalam membanteras gejala rasuah kerana jika tidak dibendung, ianya akan mengancam keselamatan negara.

Akhirnya harapan Beta, supaya Majlis Mesyuarat Negara akan membahaskan isu-isu strategik yang berkeutamaan sebagai sifatnya pencetus idea-idea bernas, pragmatik dan inovatif selaras dengan keperluan semasa negara. Beta ingin ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara bersama-sama berganding bahu dengan Kerajaan untuk mencari penyelesaian terhadap cabaran-cabaran dan masalah-masalah yang dihadapi oleh masyarakat dan negara.

Matlamat kita adalah jelas iaitu untuk membina sebuah negara yang progresif dan berpandangan jauh yang mengimbangi inovasi dengan kelestarian kewangan serta terus menjamin kesejahteraan rakyat.

Sekian, Wabillahit Taufeq Walhidayah, Wassalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

DOA SELAMAT​

(Doa Selamat dibacakan oleh Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan, Negara Brunei Darussalam).

(Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kerabat Diraja berangkat meninggalkan majlis diiringi oleh Yang Berhormat Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara).

Yang Berhormat Yang Di-Pertua​

Bismillahir Rahmanir Rahim. Ahli-Ahli Yang Berhormat, Alhamdulillah, kita bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana dengan limpah, rahmat dan izin-Nya juga, Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Ke-22, Majlis Mesyuarat Negara telah selesai dan sempurna dirasmikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, pada mana baginda telah mengurniakan titah.

Bagi membolehkan majlis ini untuk menjunjung keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk bergambar ramai dan seterusnya untuk meninggalkan Bangunan Dewan Majlis ini, maka saya tangguhkan Persidangan Majlis Mesyuarat Negara ini dan Insya-Allah, kita akan bersidang semula pada esok hari, iaitu hari Jumaat, 23 haribulan Ramadan 1447 bersamaan dengan 13 haribulan Mac 2026, mulai daripada pukul 9.30 pagi.

Sekian, Wabillahit Taufeq Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

(Majlis Mesyuarat ditangguhkan)

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.