Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Source: https://www.majlis-mesyuarat.gov.bn/wp-content/uploads/2026/03/7.-Edited-Penyata-Rasmi-hari-Ketujuh-Rabu-18-Mac-2026.pdf

HARI KE-7 PAGI

Rumusan Bacaan

📖 Masa membaca: 101 minit
📊 Bilangan kata: 20,287 kata

18HB MAC 2026 PAGI​

(Mesyuarat mula bersidang pada pukul 9.30 pagi)

Yang Mulia Jurutulis​

Bismillahir Rahmanir Rahim. Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Ke-22 Majlis Mesyuarat Negara bersidang pada hari ketujuh pada hari Rabu, 28 Ramadan 1447 bersamaan 18 Mac 2026, didahului dengan Doa Selamat.

DOA SELAMAT​

(Doa Selamat dibacakan oleh Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Awang Haji Mustafa bin Haji Murat, Imam Masjid Jame’ Asr Hassanil Bolkiah).

Yang Berhormat Yang Di-Pertua​

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah, Syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala kerana dengan limpah rahmat-Nya jua kita dapat bersama-sama berkumpul lagi pada pagi ini, untuk bersidang bagi hari ketujuh, di Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Ke-22 Majlis Mesyuarat Negara.

Selawat serta salam ke atas junjungan besar kita, Sayyidina Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam, kaum kerabat, para sahabat serta pengikut-pengikut Baginda yang taat lagi setia hingga ke akhir zaman.

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kita akan memulakan hari ini, dengan urusan mesyuarat seterusnya.

Yang Mulia Jurutulis​

Rang Undang-Undang Perbekalan dan Usul Ketetapan Kumpulanwang Kemajuan Perbahasan Peringkat Jawatankuasa Perbekalan.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua​

Ahli-Ahli Yang Berhormat, Persidangan Majlis Mesyuarat Negara masih lagi membincangkan Rang Undang-Undang (2026) Perbekalan, 2026/2027 dan Usul Ketetapan Kumpulanwang Kemajuan dan pada hari ini kita akan berpindah kepada Peringkat Jawatankuasa Perbekalan.

Bagi membolehkan kita meneliti tajuk-tajuk dalam Rang Undang-Undang dan Usul tersebut, saya ingin menangguhkan Persidangan Majlis Mesyuarat Negara ini dan kita akan bersidang di Peringkat Jawatankuasa.

(Majlis Mesyuarat ditangguhkan)

(Mesyuarat bersidang sebagai Jawatankuasa)

Yang Berhormat Pengerusi​

Ahli-ahli Yang Berhormat. Rang Undang-Undang dan Usul sekarang dibincangkan di Peringkat Jawatankuasa. Bab 1: Gelaran dan Permulaan Kuatkuasa yang mana menyatakan bahawa akta ini digelar sebagai Akta Perbekalan 2026/2027 Tahun 2026 dan hendaklah bermula berjalan kuasanya pada 1 April 2026. Saya kira bab ini tidak perlu untuk dibahaskan. Oleh demikian, Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju untuk diluluskan, sila angkat tangan.

(Semua Ahli mengangkat tangan tanda bersetuju)

Yang Berhormat Pengerusi​

Terima kasih. Semua Ahli bersetuju.

Yang Berhormat Jurutulis​

Bab 1 dijadikan sebahagian daripada Rang Undang-Undang.

Yang Berhormat Pengerusi​

Sekarang, kita teruskan dengan Bab 2: Pengeluaran dan Peruntukan. Saya mempersilakan Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II untuk memberikan penerangannya.

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II​

Terima kasih. Yang Berhormat Pengerusi, Kaola mencadangkan wang yang diperuntukkan dalam anggaran hasil dan perbelanjaan negara Tahun Kewangan 2026/2027 bagi maksud-maksud gelaran SA01A hingga SA28A, SD01A hingga SD09A, SE01A hingga SE12A, SF01A hingga SF06A, SH01A hingga SH06A, SJ01A, SK01A hingga SK08A, SL01A hingga SL06A, SM01A dan SN01A hingga SN09A, untuk kementerian dan jabatan yang berkenaan untuk dijadikan sebahagian daripada Jadual dan bagi Tajuk SP01A, iaitu sejumlah tidak lebih daripada BND480 juta yang diperuntukkan dalam Anggaran Perbelanjaan Kumpulanwang Kemajuan Tahun 2026/2027 bagi maksud-maksud Gelaran 1201 hingga 1223 bagi maksud-maksud kemajuan untuk kementerian dan jabatan.

Yang Berhormat Pengerusi, keperluan bagi mengadakan peruntukan Anggaran Belanjawan Tahun 2026 dan juga Anggaran Perbelanjaan Kemajuan Tahun 2026 telah dibentangkan semasa Perbahasan Peringkat Dasar. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusi​

Terima kasih Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II atas ulasan dan sekarang kita akan membahasakan Tajuk-Tajuk Jadual dalam Bab 2 Ceraian 3.

Saya ingin menarik perhatian Ahli-Ahli Yang Berhormat, bahawa Perbahasan Peringkat Jawatankuasa Perbekalan ini adalah khusus bagi membincangkan belanjawan termasuk membincangkan projek-projek Rancangan Kemajuan Negara, RKN di kementerian dan jabatan.

Bagi setiap tajuk, Ahli Yang Dilantik mempunyai 5 minit, tidak lebih ya, 5 minit setiap seorang untuk berbahas dan Yang Berhormat Menteri diberikan 15 minit untuk memberi ulasan di akhir perbahasan. Mana-mana perkara yang mungkin tidak sempat diberikan respon atau dijawab, menteri-menteri dibolehkan untuk menyampaikan jawabannya terus kepada Ahli-Ahli Yang Dilantik secara bertulis. Kita mulakan dengan kumpulan Tajuk pertama.

Yang Mulia Jurutulis​

Jabatan Perdana Menteri. Tajuk SA01A hingga SA03A, SA07A, SA16A dan SA24A.

Yang Berhormat Pengerusi​

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Jawatankuasa Perbekalan sekarang akan membincangkan Tajuk-Tajuk SA01A hingga SA03A, SA07A, SA16A dan SA24A di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Sekali lagi perbahasan di Peringkat Jawatankuasa ini adalah untuk mempertimbangkan permintaan perbelanjaan daripada setiap kementerian. Saya berharap penuh Ahli-Ahli Yang Berhormat akan dapat menghidupkan suasana bermesyuarah iaitu sama-sama mengambil, mempertimbangkan dan memberikan pendapat dan cadangan yang terbaik tetapi secara tepat dan fokus.

Tajuk-Tajuk ini sekarang saya bukakan untuk dibahaskan. Saya mempersilakan Yang Berhormat Dayang Hajah Rosmawatty binti Haji Abdul Mumin.

Yang Berhormat Dayang Hajah Rosmawatty binti Haji Abdul Mumin​

Bismillahir Rahmanir Rahim. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Seiring dengan komitmen Negara Brunei Darussalam ke arah pembangunan mampan peralihan tenaga, energy transition serta pengukuhan daya tahan negara terhadap cabaran global dan perubahan iklim. Kaola ingin memohon beberapa penjelasan dan pencerahan lanjut daripada pihak kementerian berhubung beberapa perkara.

Pertama, SA10A 009/001 - Hal Ehwal Tenaga. Kaola merujuk kepada Tajuk SA01A di bawah Kod 009/001 mengenai Hal Ehwal Tenaga di mana Jabatan Tenaga memainkan peranan yang amat penting dalam menyokong pencapaian keselamatan tenaga negara, national energy security dalam jangka panjang. Kedua, memandangkan Negara Brunei Darussalam kini sedang melalui proses peralihan tenaga, energy transition. Kaola mencadangkan agar kementerian mempertimbangkan penyediaan Petunjuk Prestasi Utama, KPI yang lebih strategik bagi memantau kemajuan sektor tenaga negara secara lebih menyeluruh. Elemen-elemen yang boleh dipertimbangkan termasuklah penambahan pengeluaran oil dan gas daripada portfolio hydrocarbon yang baru. Komposisi campuran tenaga negara termasuk bahan api fosil tenaga boleh diperbaharui serta import tenaga. Dan ketiga, berkaitan pembangunan Ekonomi Hijau. Indikator-indikator akan memastikan kemajuan peralihan tenaga negara dapat dipantau secara lebih sistematik dan telus. SA01A 1222 mengenai perubahan iklim, kemudahan awam dan alam sekitar.

Kaola juga ingin merujuk kepada Tajuk 1222 - Menangani Perubahan Iklim Kemudahan Awam dan Alam Sekitar. Negara Brunei telah diisytiharkan sebagai tuan rumah kepada ASEAN Centre for Climate Change pada bulan Ogos 2023 yang dihasratkan untuk menjadi hab ilmu pengetahuan serantau bagi memperkukuh kerjasama ASEAN dalam menangani impak perubahan iklim.

Sehubungan ini, kaola ingin memohon pencerahan daripada pihak kementerian berhubung beberapa perkara. Pertama, apakah perkembangan terkini dalam usaha mengoperasikan ASEAN Centre for Climate Change ini dan apakah program-program yang telah dirancang atau dilaksanakan sama ada di peringkat kebangsaan mahupun melalui kerjasama ASEAN?

Kedua, bagaimanakah pihak kementerian menilai kejayaan pelaksanaan ASEAN Centre for Climate Change ini dan adakah Petunjuk Prestasi Utama, KPI yang akan disediakan bagi menilai keberkesanan program-program yang dirancang? Dan ketiga yang terakhir, mengambil kira kesan perubahan iklim yang semakin dirasai di negara ini seperti kejadian banjir dan tanah runtuh, sejauh manakah pihak kementerian bercadang untuk menjalankan kajian terhadap impak perubahan iklim kepada sosioekonomi negara?

SA24A - Jabatan Perkhidmatan Elektrik. 122/300 Projek-Projek Elektrik. Kaola mengambil maklum bahawa harga perancangan keseluruhan bagi projek-projek ini adalah sebanyak BND400 juta dengan peruntukan bagi Tahun Kewangan 2026/2027 sebanyak BND80.5 juta yang merupakan antara peruntukan terbesar di bawah Rancangan Pembangunan Negara.

Sehubungan itu, Kaola memohon pencerahan daripada pihak kementerian bagaimanakah semua 39 projek di bawah rancangan ini diurus dan dipantau secara bersepadu termasuk melalui penyelarasan antara agensi bagi memastikan kecekapan pelaksanaan serta potensi perbelanjaan kos melalui sinergi antara projek di samping memastikan projek-projek tersebut dapat dilaksanakan mengikut jadual serta memberi nilai terbaik kepada perbelanjaan kerajaan.

Mengambil kira situasi geopolitik dan tidak ketentuan global masa kini, adakah pihak kementerian turut melaksanakan penilaian risiko secara berkala termasuk dari segi rantaian bekalan kos projek serta kelangsungan pelaksanaan bagi memastikan projek-projek ini dapat diteruskan dengan lebih berdaya tahan dan terkawal.

Sekian terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusi​

Saya persilakan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman.

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman​

Yang Berhormat Pengerusi. Bismillahir Rahmanir Rahim. Terima kasih atas peluang untuk turut serta dalam perbahasan tentang peruntukan beberapa jabatan di bawah Jabatan Perdana Menteri dan kaola jua mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II atas kenyataan yang telah dibuat dengan Panjang lebar.

Kaola mengalu-alukan pendekatan baru yang dibuat oleh Jabatan Perdana Menteri untuk memastikan tentera kerajaan berjalan dengan licin bagi menjayakan Wawasan Brunei 2035. Alhamdulillah, BND543,60,580 telah diperuntukkan oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di Jabatan Perdana Menteri.

Pertama yang ingin kaola sentuh ialah mengenai dengan Jabatan Perdana Menteri sendiri iaitu kaola mengambil maklum bahawa di bawah Jabatan Perdana Menteri terdapat 22 buah jabatan dengan bidang-bidang tugas masing-masing dan JPM telah pun menyatakan antara job description Jabatan Perdana Menteri ialah memantau dan mengurus Wawasan Brunei 2035 untuk memastikan pelaksanaan Wawasan Brunei 2035.

Kaola berpendapat mungkin sesuai jika salah satu petunjuk prestasi utama JPM ialah kekerapan mesyuarat dengan kementerian-kementerian di satu peringkat dan dengan jabatan-jabatan yang berkaitan di satu peringkat yang lain agar dapat dipantau tindakan-tindakan yang sudah diambil untuk tujuan pensejajaran. Ini kerana kaola melihat bahawa isu pensejajaran adalah masih satu isu yang menjadi masalah kepada implementasi Wawasan Brunei 2035. Kaola ingin bertanya dalam hubungan ini jika ada performance matrix untuk mengetahui mana-mana kementerian atau jabatan yang falling behind dalam menuju ke Wawasan Brunei 2035 supaya tindakan-tindakan yang bersesuaian dapat diambil.

Seterusnya, kaola juga ingin menimbulkan isu sektor tenaga dengan Jabatan Perdana Menteri. Alhamdulillah, beberapa projek untuk merevitalise sektor minyak telah pun dikongsi oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II. Kaola berharap projek ini akan berupaya menghidupkan industri minyak di negara ini kerana penduduk di sebelah Kuala Belait dan Seria masih bergantung kepada industri minyak sebagai sara hidup mereka.

Ada yang sudah dua, tiga generasi yang bekerja dengan Shell daripada nininya kepada bapanya kepada kedia dan anaknya inda tau ke mana tuju anaknya nanti. Oleh kerana maklumat mengenai hal ini tidak mudah diperolehi, dapatkah pihak Jabatan Perdana Menteri menerangkan masa hadapan industri minyak dan gas di negara ini dan adakah future bagi pekerjaan dalam industri ini?. Maksudnya bagi anak muda di daerah ini, adakah mereka kini disaran untuk mencari pekerjaan lain selain daripada bidang minyak dan gas?. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusi​

Saya persilakan Yang Berhormat Haji Awang Sulaiman bin Haji Nasir.

Yang Berhormat Haji Awang Sulaiman bin Haji Nasir​

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Pengerusi. Alhamdulillah, kaola mengucapkan terima kasih di atas peluang yang diberikan bagi membahaskan Belanjawaan Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan di bawahnya bagi Tahun Kewangan 2026/2027.

Yang Berhormat Pengerusi.

Kaola ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri Tenaga di bawah Tajuk SA24A - Jabatan Perkhidmatan Elektrik. Memandangkan rungutan mengenai dengan ketidakstabilan bekalan elektrik di beberapa kawasan di Daerah Temburong masih berterusan dan keadaan ini sedikit sebanyak menjejaskan keselesaan kehidupan harian penduduk serta kegiatan ekonomi setempat.

Apakah tindakan yang benar-benar berkesan sedang dilaksanakan oleh pihak kementerian untuk mengatasi masalah ini? Dan bilakah masyarakat di Daerah Temburong boleh menjangkakan satu penyelesaian yang lebih menyeluruh dan berkekalan. Dalam hal ini, abis kaola juga ingin mengetahui apakah punca utama dikenal pasti oleh pihak kementerian sehingga bekalan elektrik di Daerah Temburong belum mencapai tahap kestabilan yang dihasratkan? Dan adakah terdapat projek atau peruntukan khusus yang sedang dilaksanakan bagi memperkukuh infrastruktur bekalan elektrik di Daerah Temburong dan apakah status semasa perlaksanaannya?

Akhirnya, kaola menyambut baik perancangan Belanjawan Jabatan Perdana Menteri Tahun 2026/2027 dan memohon untuk dilaksanakan. Sekian, Wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh.

Yang Berhormat Pengerusi​

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abd. Rahman bin Haji Ibrahim. Silakan Pehin.

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abd. Rahman bin Haji Ibrahim​

Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi. Bismillahir Rahmanir Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Kaola ingin mengajukan beberapa isu yang berkaitan dengan Tajuk SA01A Jabatan Perdana Menteri - Jabatan Tenaga dan Jabatan Perkhidmatan Elektrik.

Pertama mengenai Kod 002/00 Pengurusan Dasar Kerajaan yang berkaitan dengan permodenan perkhidmatan awam. Pelan transformasi digital bagi meningkatkan kecekapan prestasi dan produktiviti perkhidmatan awam bertujuan untuk memastikan rakyat menerima perkhidmatan berkualiti tinggi, mudah diakses dan responsif. Ke arah memenuhi keperluan tersebut pada keseluruhannya sebanyak hampir BND150 juta telah disiarkan pada tahun kewangan pada tahun ini bagi membiayai IT Central Procurement dan lesen-lesen perisian. Alhamdulillah, walau bagaimanapun dari maklum balas orang ramai terhadap proses kebenaran sebilangan agensi-agensi berkepentingan masih lagi memakan masa dan perlu pembaikan.

Kaola berpendapat walaupun dari segi hardwarenya kerajaan telah melabur kewangan yang begitu banyak untuk memperbaiki sistem deliverynya, namun terdapat keadaan human resource development aspectnya terutamanya yang berkait dengan change management adalah tidak selari atau lagging behind dari perkembangan sistem hardware ini. Ke arah itu, kaola ingin memohon pencerahan apakah perancangan JPM selaku lead and coordinating agensi untuk memperbaiki capacity building bagi melahirkan service ready penjawat awam ini terutama yang berkait dengan change management yang bukan saja berjalan seiring dengan kemajuan hardware malahan tangkas memenuhi hasrat transformasi digital ini secara menyeluruh.

Kedua, bagi isu-isu ini pernah dibangkitkan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat mengenai kesan pengenalan sistem persekolahan integrasi terhadap waktu keluar masuk kakitangan kerajaan tapi kaola akan menyentuh dari sudut yang berlainan. Kaola mengambil maklum Yang Berhormat Pehin Menteri telah menyatakan bahawa kerajaan sedang giat mengumpul maklumat bagi maksud untuk membuat kajian impak mengenainya. Alhamdulillah, kaola pernah menyuarakan mengenai kerangka perkhidmatan awam yang dikenalkan beberapa tahun yang lalu bagi meningkatkan kecekapan, ketelusan, produktiviti dan kualiti perkhidmatan awam secara menyeluruh.

Dalam kerangka tersebut, satu strategi yang dicadangkan untuk menangani keberadaan warga perkhidmatan awam ialah melalui pengenalan waktu kerja flexible. Kaola ingin memohon pencerahan apakah perkembangan terkini mengenai cadangan flexi working hours ini. Kaola berpendapat sudah tepat pada waktunya JPM membuat perancangan rapi untuk memperkenalkan strategi ini bagi memastikan perkhidmatan awam terus berperanan secara efektif dan efisien dan dalam masa yang sama menjamin kemaslahatan umum tanpa membelakangkan disiplin, integriti dan akauntabiliti.

Perkara ketiga ialah yang berkaitan Tajuk SA24A - Jabatan Perkhidmatan Elektrik. Kaola menyentuh mengenai petunjuk prestasi utama yang berkaitan dengan sasaran jumlah pengurangan tunggakan. Kaola perhatikan tunggakan ini masih tinggi iaitu kira-kira BND369 juta. Ke arah itu kaola ingin mengetahui apakah langkah strategik jabatan untuk menangani pengutipan tunggakan ini secara lebih efektif. Adakah sudah dibuat penelitian terperinci? Dari jumlah tersebut berapa peratuskah terdiri dari tunggakan orang ramai, premis-premis komersil dan bangunan-bangunan kerajaan? Dengan adanya penelitian itu, kerajaan boleh membuat tindakan tegas kepada pihak-pihak yang tidak membayar tunggakan-tunggakan ini.

Keempat, kaola perhatikan bahawa dalam cadangan Belanjawan ini, jumlah perbelanjaan biasa Jabatan Perkhidmatan Elektrik telah menurun dari BND140 juta kepada BND141.6 juta. Pengurangan ini nampaknya adalah dalam Akaun 2105 - Perolehan Aset dan Akaun 210 - Penyelenggaraan dan Pembaikan Asset. Kaola hanya ingin memohon pencerahan, apakah pengurangan ini tidak akan menjejaskan perkhidmatan dan pemeliharaan bekalan elektrik di seluruh negara kerana dalam beberapa bulan kebelakangan ini, terdapat beberapa insiden yang melibatkan terputusnya bekalan elektrik di kawasan-kawasan strategi yang menjejaskan perkhidmatan kepada orang ramai.

(Loceng amaran)

Sebentar saja lagi Yang Berhormat Pengerusi, kalau dapat ataupun just to supplement saja. Seminit saja lagi Yang Berhormat Pengerusi

Yang Berhormat Pengerusi​

Okay

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abd. Rahman bin Haji Ibrahim​

Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi. Mengenai dengan, Yang Berhormat Pengerusi, mengenai anu ane upstream di mana Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II, ada memberitahu inisiatif-inisiatif yang telah dilaksanakan oleh Jabatan Tenaga, alhamdulillah. Cuma yang kaola akan highlight ane, Yang Berhormat Pengerusi, dari segi dengan keadaan geopolitik dan geoekonomi global ini, dan dasar perdagangan sentiasa berubah dan harga hidrokarbon yang volatile, dengan keadaan ini, kita ni akan sentiasa berhadapan dengan risiko dan ketidakpastian. Jadi oleh itu, kaola ingin memohon pencerahan apa langkah-langkah strategik jabatan untuk mengurangkan yakni mitigate risiko-risiko ini supaya sektor upstream ini akan masih menyumbang penghasilan yang berpatutan, berterusan dan stabil kepada fiskal negara.

Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusi​

Dan saya persilakan, Yang Berhormat Awang Mohammad bin Abdullah @ Lim Swee Ann.

Yang Berhormat Awang Mohammad bin Abdullah @ Lim Swee Ann​

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warrahmatullahi wabarakatuh.

Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian.

Kaola ingin mengemukakan satu soalan Tajuk SA24A berhubung pelaksanaan Projek 66KV Transmission Cables di Kampung Pandan yang telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penduduk setempat, isu keselamatan dan kesan kesihatan. Yang Berhormat Pengerusi.

Pelaksanaan infrastruktur elektrik sememangnya penting bagi pembangunan negara namun demikian penempatan kabel voltan tinggi berhampiran kawasan kediaman perlu diteliti dari aspek keselamatan dan kesihatan jangka panjang. Berdasarkan kajian antarabangsa, pendedahan berpanjangan kepada medan elektrik, Electromagnetic field, EMF daripada talian voltan tinggi berpotensi memberi kesan biologi kepada manusia.

World Health Organization mengatakan bahawa terdapat kaitan terhad, limited evidence antara pendedahan EMF jangka panjang dengan peningkatan risiko penyakit tertentu seperti leukemia kanak-kanak. International Agency for Research on Cancer telah mengklasifikasikan medan elektromagnet frekuensi rendah sebagai possible carcinogenic to humans Kumpulan 2B. Walaupun bukti ini tidak kondusif, prinsip precautionary approach adalah amat penting khususnya apabila melibatkan kawasan kediaman dan kesejahteraan rakyat.

Soalan peramba/kaola, apakah rasional utama pelaksanaan projek 66KV Transmission Cables di Kampung Pandan pada tahun 2025 khususnya dari segi pemilihan laluan yang berhampiran dengan kawasan perumahan, penilaian risiko keselamatan dan kesihatan jangka panjang kepada penduduk dan langkah mitigasi yang telah diambil bagi memastikan tahap pendedahan kepada medan elektromagnet berada di had selamat. Sekian terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusi​

Dan sekarang saya persilakan, Yang Berhormat salah seorang daripada ataupun keduanya daripada Jabatan Perdana Menteri untuk memberikan jawapan ataupun reaksi respons mereka terhadap soalan-soalan yang ditimbulkan.

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II​

Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi. Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warrahmatullahi wabarakatuh dan selamat pagi.

Kaola mendengar daripada banyak soalan ini, banyak yang berhubungkait dengan tenaga dan elektrik. Barangkali izinkan kaola sedaya upaya untuk menggabungkan sementara dengan soalan-soalan daripada Yang Berhormat Yang Dilantik tadi, Yang Berhormat Pehin. Barangkali soalan pertama yang kaola tunduki daripada Yang Berhormat Dayang Hajah Rosmawatty binti Haji Abdul Mumin, ialah soalan mengenai dengan KPI dan cadangan bagi KPI yang lebih kemaskini dan sebagainya. Kedua, isu-isu mengenai perubahan iklim alam sekitar barangkali akan kaola bincangkan dengan yang lain dan mengenai dengan elektrik. Yang kedua tadi kaola jua mendengar ada Yang Berhormat Awang Haji Sulaiman bin Haji Nasir men gekalkan kemampuan sektor huluan minyak dan gas, mengembangkan sektor hiliran minyak dan gas serta memastikan keterjaminan bekalan tenaga elektrik dan produk petroleum.

Berdasarkan pemantauan KPI tersebut, prestasi setiap tenaga secara menyeluruh dapat dinilai. Pada tahun 2025, misalnya prestasi berkenaan telah menunjukkan perkembangan yang positif berbanding tahun sebelumnya. Sebagai contoh, pengeluaran minyak dan gas telah meningkat sebanyak 8000 tong setara minyak sehari berbanding tahun sebelumnya. Manakala pengeluaran produk hiliran turut menunjukkan peningkatan yang menggalakkan. Dari segi liabiliti bekalan elektrik, Indeks Tempoh Gangguan Purata Sistem, SAIDI telah menunjukkan penambahbaikan daripada 40.3 minit kepada 34.1 minit bagi setiap pelanggan.

Di samping itu, kapasiti terpasang tenaga solar telah meningkat dengan ketara iaitu hampir 10 kali ganda kepada sekitar 63 megawatt peak. KPI ini jua adalah merupakan KPI yang dilaporkan di bawah Wawasan 2035 dan juga Economic Blueprint seperti SAIDI dan pemasangan tenaga solar. Ini memastikan pelarasan KPI dengan kepentingan di peringkat negara dan juga pendekatan yang jelas bagi tujuan pemantauan prestasi secara amnya. KPI serupa ini turut disokong oleh pelaksanaan projek-projek strategik yang substantif bagi memastikan pencapaian adalah realistik dan berpandukan perkembangan yang dapat memberi sumbangan terus. KPI-KPI ini sentiasa dipantau dan bahkan juga diteliti bagi memastikan ia sentiasa relevan dengan apa yang dihasratkan.

Mengenai dengan pelaksanaan projek sistem elektrik di bawah Jabatan Perkhidmatan Elektrik pula, ianya dilaksanakan melalui Rancangan Kemajuan Negara dan peruntukkan tahunan. Dalam tempoh dua tahun pelaksanaan RKN12, dalam sekitar 50 peratus projek telah siap atau berada pada tahap kemajuan signifikan yang mana setakat ini sepuluh projek telah siap dilaksanakan, 13 pelaksanaan, lapan dalam proses sokongan, manakala 32 lagi dalam peringkat reka bentuk dan perancangan.

Dalam memastikan projek-projek yang selebihnya ini dilaksanakan dengan penuh berkesan dan garis masa yang ditentukan, pihak Jabatan Perkhidmatan Elektrik telah juga memperkenalkan pembaharuan bagi strategi perkontrakan iaitu Contract Bundling. Contract Bundling adalah pendekatan perolehan dimana projek-projek yang dikenal pasti digabungkan dan ditawarkan sebagai satu pakej di bawah satu harga keseluruhan. Ini adalah bertujuan untuk menarik penyertaan bagi kontraktor-kontraktor yang mempunyai pengalaman yang lebih meluas dengan reputasi yang baik dari segi pelaksanaan yang berkesan dan juga pematuhan garis masa projek.

Di samping itu, pihak JPE juga telah mendapatkan sokongan tenaga kerja dari sektor industri yang berkemahiran dalam bidang pengurusan projek dan pemantauan kerja-kerja pelenggaraan, penyediaan kontrak dokumen dan pelaksanaan undang-undang. Projek-projek sistem elektrik juga dipantau rapi oleh pihak Jabatan Tenaga setiap minggu oleh pihak pengurusan bagi memastikan projek-projek kritikal menepati early intervention khususnya bagi melaksanakan dan menguruskan kontrak. Pemantau dan sokongan juga dipantau di pelbagai platform lain seperti Jawatankuasa Kerja RKN. Perkembangan ini turut juga dikongsikan dengan Penghulu dan Ketua-Ketua Kampong melalui Sesi Muzakarah suku tahunan Jabatan Perdana Menteri.

Dan kaola beralih untuk cuba menjawab soalan yang diajukan oleh Yang Berhormat Haji Awang Sulaiman bin Haji Nasir dari Temburong iaitu bagi soalan telah diajukan mengenai gangguan bekalan elektrik Daerah Temburong. Gangguan bekalan elektrik di Daerah Temburong pada tahun 2025 khususnya pada bulan Ogos, adalah berpunca daripada beberapa faktor dipertingkatkan sistem penjanaan dan juga sistem pembahagian elektrik. Hasil penilaian terperinci telah dilaksanakan oleh Jabatan Perkhidmatan Elektrik bagi memastikan isu ini dapat ditangani dengan berkesan.

Dari aspek sistem penjanaan, antara punca utama adalah keadaan prasarana di stesen janakuasa Belingus, Temburong yang telah beroperasi lebih 40 tahun dan memerlukan kerja-kerja pembaikan serta pengoptimuman operasi di samping kerja-kerja penyelenggaraan berjadual bagi memastikan prestasi sistem yang lebih stabil dan yang berdaya tahan, berdaya harap. Pada masa ini, 4 daripada 5 jentera diesel penjanaan telah pun beroperasi sekaligus membantu menstabilkan bekalan elektrik sementara penyelesaian jangka panjang dilaksanakan. Dari aspek sistem pembahagian, 72 peratus punca adalah disebabkan oleh aset dan kabel yang telah berusia. Manakala selebihnya berpunca dari faktor persekitaran lain. Secara keseluruhannya, kekerapan gangguan bekalan elektrik di Daerah Temburong, masih menunjukkan trend yang memerlukan perhatian dan intervensi yang lebih menyeluruh.

Bagi menangani gangguan bekalan elektrik tersebut, pihak Jabatan Perkhidmatan Elektrik telah melaksanakan langkah mitigasi termasuk penyediaan genset bergerak, pembaikan serta penstabilan operasi di Stesen Janakuasa Belingus yang siap pada 12 September 2025 yang lalu. Tumpuan turut diberikan kepada kawasan yang terjejas seperti Mukim Batu Apoi, Bokok, Amo dan Bangar bagi memastikan pemulihan bekalan yang lebih berkesan. Sebagai langkah kesiapsiagaan susulan insiden ini, pihak JPE telah memperkukuhkan pelan kesinambungan operasi, business continuity plan termasuk memastikan ketersediaan genset bergerak bagi mendukung bekalan elektrik kepada sektor-sektor kritikal sekiranya berlaku gangguan bekalan elektrik.

Manakala dari segi penyelesaian jangka panjang, projek sistem penghantaran 66kV Mentiri-Peradayan merupakan projek strategik utama di bawah Rancangan Kemajuan Negara Ke-12. Projek ini akan menghubungkan Daerah Temburong secara terus dengan gred utama negara sekaligus mengurangkan kebergantungan kepada penjanaan tempatan semata-mata dan meningkatkan kestabilan serta kebolehpercayaan elektrik di Daerah Temburong.

Pelaksanaan projek ini juga mengambil kira sinergi pembangunan Jambatan Sultan Haji Omar `Ali Saifuddien telah membuka akses logistik yang lebih cekap bagi kerja-kerja pelaksanaan infrastruktur penghantaran merentasi teluk Brunei. Ini membolehkan pelaksanaan projek sistem penghantaran tersebut dilaksanakan dengan reka bentuk yang lebih optimum serta kaedah pelaksanaan yang lebih efisien dari segi kos dan masa.

Pada masa ini, projek Mentiri-Peradayan berada pada tahap kesiapan sekira sekitar 92 peratus dan dijangka siap serta mula beroperasi pada suku ketiga tahun 2026 ini. Projek ini turut melibatkan penambahbaikan rangkaian bekalan elektrik termasuk komponen sistem 11kV yang penting bagi memperkukuh bekalan elektrik ke kawasan tadahan yang sebelum ini lebih terdedah kepada gangguan. Insya-Allah, dengan siapnya komponen ini, isu gangguan bekalan elektrik di kawasan-kawasan yang terjejas akan dapat dikurangkan secara lebih menyeluruh.

Selain itu, beberapa projek lain di bawah RKN12 termasuk kerja-kerja penggantian kabel usang serta pengukuhan rangkaian pembahagian turut sedang dilaksanakan secara berperingkat bermula suku keempat tahun 2025 yang lalu hingga suku ketiga tahun 2027 nanti bagi meningkatkan lagi kebolehpercayaan sistem bekalan elektrik di Daerah Temburong. Insya Allah, langkah-langkah yang diambil ini akan mengukuhkan tahap kestabilan dan kebolehpercayaan bekalan elektrik di Daerah Temburong yang akan dapat dipertingkatkan secara lebih menyeluruh dengan mencapai tahap yang dihasratkan.

Manakala berhubung kait dengan perkara yang dibincangkan ini ialah soalan ketiga daripada Yang Berhormat Awang Mohammad bin Abdullah @ Lim Swee Ann mengenai projek 66kV di Kampung Pandan, juga berterima kasih kepada Yang Berhormat kerana mengutarakan lagi semula soalan ini. Projek ini merupakan salah satu projek di bawah Rancangan Kemajuan Negara Ke-12 yang melibatkan pembinaan talian penghantaran alternatif melalui pemasangan 22 buah monopole sepanjang kira-kira 8km dari Substation Utama Panaga ke Substation Setia Diraja. Projek ini dilaksanakan menggunakan laluan asal talian penghantaran atau o-lead yang telah lama diperuntukkan bagi tujuan infrastruktur bekalan elektrik antara kedua-dua substation tersebut.

Laluan ini sebelum ini menempatkan talian penghantaran lama yang telah beroperasi lebih 50 tahun sebelum dihentikan operasinya pada tahun 2014 atas faktor keselamatan apabila struktur menara berkenaan didapati telah berkarat dan tidak lagi kukuh.

Pelaksanaan projek ini merupakan usaha menaiktaraf infrastruktur bekalan elektrik sedia ada bagi memastikan sistem terus beroperasi secara selamat dan berdaya harap memandangkan bekalan elektrik ke kawasan Kuala Belait pada masa ini bergantung kepada 1 laluan penghantaran utama. Projek ini juga meningkatkan reliability bekalan elektrik serta menyokong pertumbuhan sektor perumahan, komersial dan industri di Daerah Belait. Penambahbaikan ini akan mengukuhkan kebolehpercayaan sistem bekalan elektrik bukan sahaja di Daerah Belait malah di seluruh negara.

Dari segi penglibatan pihak berkepentingan beberapa sesi muzakarah telah diadakan pada peringkat awal pelaksanaan projek bersama Penghulu-Penghulu, Ketua-Ketua Kampung dan Ketua-Ketua Rumah Panjang di Daerah Belait iaitu pada bulan Februari 2021 dan satu lagi pada tahun berikutnya bulan Februari juga 2022 dan Disember 2022, November 2023 di mana penerangan diberikan mengenai projek ini perkara berkaitan dengan koridor talian penghantaran.

Ia adalah bertujuan bagi memastikan maklumat mengenai pelaksanaan projek dapat disampaikan kepada penduduk kampung melalui Penghulu dan Ketua-Ketua Kampung di bawah tadahan masing-masing.

Seterusnya tiga sesi muzakarah khusus telah diadakan dari Disember 2024 hingga April 2025 yang dihadiri oleh wakil daripada Pejabat Daerah Belait, Jabatan Tanah, Jabatan Ukur, Jabatan Perancang Bandar dan Desa, Penghulu dan Ketua-Ketua Kampung serta penduduk yang terlibat.

Dalam sesi tersebut, pihak Jabatan Perkhidmatan Elektrik telah memberikan penerangan mengenai pelaksanaan projek cabaran di tapak projek serta aspek keselamatan khusus bagi yang tinggal berhampiran laluan talian penghantaran tersebut. Dan satu lagi Sesi Muzakarah telah diadakan pada bulan Mei tahun lepas yang turut dihadiri oleh Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara, wakil daripada Kementerian Pembangunan, Kementerian Kesihatan, Pejabat Daerah Belait, Penghulu dan Ketua Kampung serta penduduk yang terlibat.

Dalam sesi tersebut, pihak Jabatan Perkhidmatan Elektrik antaranya telah memberikan penerangan lanjut mengenai langkah-langkah keselamatan semasa pembinaan operasi dan penyelenggaraan talian penghantaran selaras dengan piawaian industri. Sehubungan itu, langkah-langkah mitigasi keselamatan seperti pemasangan pagar di lokasi-lokasi yang bersesuaian juga sedang diungkayahkan bagi memastikan keselamatan penduduk yang tinggal berhampiran kawasan projek.

Semasa sesi muzakarah tersebut pihak Kementerian Kesihatan juga memaklumkan bahawa setakat ini tidak ada kajian yang muktamad dan bukti saintifik yang menunjukkan bahawa gelombang electromagnetic field daripada talian voltan tinggi memudaratkan kesihatan orang ramai. Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, pihak Jabatan Perkhidmatan Elektrik turut menghadapi cabaran di tapak projek apabila 9 lokasi pembinaan monopol didapati telah dimasuki tanpa kebenaran, termasuk pembinaan struktur serta penanaman pokok buah-buahan di beberapa laluan projek yang menyukarkan kerja-kerja pembinaan.

Sehubungan dengan itu, ingin ditekankan bahawa pencerobohan ke atas kawasan laluan utiliti awam tanpa kebenaran merupakan satu kesalahan di sisi undang-undang dan orang ramai dinasihatkan untuk memastikan sebarang pembinaan dibuat dengan kebenaran pihak berkuasa yang berkaitan. Berikutan cabaran tersebut, pihak JPE telah meneliti pilihan memindah lokasi bagi 9 monopol yang terjejas ataupun menukar skop projek kepada pemasangan kabel voltan tinggi bawah tanah.

Walau bagaimanapun, kedua-dua pilihan tersebut didapati tidak viable memandangkan pelaksanaannya akan melibatkan lebih banyak tanah-tanah persendirian khususnya berikutan keperluan perubahan laluan bagi pelaksanaan tersebut. Sedikit saja Yang Berhormat Pengerusi. (sambil melihat Yang Berhormat Pengerusi).

Pihak jabatan akan sentiasa bekerjasama rapat dengan semua pihak berkepentingan termasuk penduduk setempat bagi memastikan projek ini beroperasi secara selamat, telus dan berkesan mengikut perancangan. Segala cabaran dan pembelajaran daripada pelaksanaan ini, insya Allah akan dijadikan sebagai panduan bagi menambahbaik pelaksanaan projek-projek pada masa akan datang. Sekian disampaikan Yang Berhormat Pengerusi.

(Memandang kearah Yang Berhormat Pengerusi)

Sebenarnya kaola tadi dalam urutan kepada soalan Yang Berhormat Dayang Hajah Rosmawatty binti Haji Abdul Mumin tadi itu mengenai perubahan iklim dan kesannya dan kaola juga kan sebenarnya akan menjemput rakan sejawat tu untuk mengambil anu bahagian juga rakan sejawat Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II kerana berhubungkait dengan perubahan iklim ini, juga tanggungjawab beliau.

Yang Berhormat Pengerusi dan manakala soalan-soalan lain daripada Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman mengenai adakah permesyuaratan diadakan bagi memantau fungsi-fungsi jabatan, keberkesanan jabatan-jabatan di jabatan ini? memang secara pendeknya memang ada anu, tapi cadangan yang baik itu akan abis kaola terima dengan baik jua dan Insya Allah akan kaola jawab jua sebaik saja soalan Yang Berhormat begitu juga dengan soalan-soalan daripada Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abd. Rahman bin Haji Ibrahim, banyak jua cadangan yang baik tapi data-data yang perlu kaola tunduki masih ada jua, seperti ingatan baik Yang Berhormat mengenai dengan flexi hours dan sebagainya ani mangkali kaola memerlukan masa jua Yang Berhormat Pengerusi, atulah antara lain, terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusi​

Terima kasih Yang Berhormat Pehin, silakan Yang Berhormat Dato.

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II​

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Terlebih dahulu kaola ingin menjawab beberapa soalan yang diajukan mengenai dengan tunggakan elektrik, sebelum kaola beralih kepada climate change yang diajukan oleh Yang Berhormat Dayang Hajah Rosmawatty binti Haji Abdul Mumin.

Mengenai dengan tunggakan elektrik yang soalannya yang diajukan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abd. Rahman bin Haji Ibrahim, pada masa ani, semua meter elektrik memang sudah ditukar kepada smart meter. Jadi insya Allah, tunggakan akan menurun berterusan daripada sekarang ani, jadi, memang masih ada jua tunggakan yang tertunggak sebelum ini, jadi ani memang diberikan option bagi pengguna untuk menyelesaikan tunggakan secara membayar beransur-ansur, jadi, inda sekali gus dipaksa membayar dengan jumlah yang besar. Jadi, insya Allah dengan usaha memasang pemasangan smart meter dan bagi option kepada pengguna untuk menyelesaikan tunggakan yang sebelum ini, dengan secara beransur-ansur, insya Allah jumlah tunggakan akan menurun pada masa yang dekat ini.

Jadi beralih kepada soalan mengenai dengan perubahan iklim, pertama sekali mengenai dengan ASEAN Climate Change Centre, yang kedua mengenai dengan climate change impactnya kepada sosioekonomi. Untuk menjawab soalan mengenai dengan ASEAN Climate Change Centre ataupun Pusat Perubahan Iklim ASEAN. Pusat ASEAN ini pada masa ini di peringkat ratification oleh negara anggota ASEAN termasuk Negara Brunei Darussalam. Proses ratification ini memang mengambil masa yang lebih panjang. Oleh kerana proses ratification ini tertakluk kepada proses undang-undang negara anggota ASEAN masing-masing.

Jadi, bagi Negara Brunei Darussalam selaku negara tuan rumah perlu mengambil langkah tambahan berbanding negara anggota ASEAN yang lain untuk memastikan segala-galanya teratur dari sudut undang-undang dan agar negara mempunyai kapasiti untuk menegakkan komitmen selaku negara tuan rumah.

Dengan itu, kaola dengan sukacitanya berkongsi bahawa Brunei bersedia untuk meratifikasi perjanjian ini dan akan mengumumkannya pada masa yang akan datang. Bagi negeri ASEAN lain juga telah memulakan proses ratification mereka dan proses ratification ini akan memerlukan sekurang-kurangnya 6 tandatangan negeri ASEAN dan 60 hari untuk berlalu selepas tandatangan ke-6 negara itu telah diserahkan kepada sekretariat ASEAN untuk ia mula berkuatkuasa. Jadi, insya Allah dalam masa terdekat ini, ASEAN Climate Change Centre ini akan ditubuhkan secara formal.

Jadi, mengenai peranan dari segi pencapaian ataupun program-program ataupun prestasi dan sebagainya, sebenarnya, walaupun Negara Brunei Darussalam merupakan tuan rumah kepada ASEAN Climate Change Centre ini, pusat tersebut tidak berada di bawah bidang kuasa Negara Brunei Darussalam. Memang di bawah ASEAN iaitu satu pusat dimiliki secara eksklusif kepada ASEAN jadi, ialah Negara Brunei Darussalam mengaturkan dari segi program prestasi. Insya Allah, selepas nanti ASEAN Climate Change Centre ini ditubuhkan memang ada dilantik eksekutif Director dan sebagainya dengan beberapa pegawai kanan untuk memikirkan apa program ataupun KPI-KPI yang sesuai untuk ASEAN Climate Change Centre mengambil juga pandangan-pandangan dari negara-negara ASEAN.

Jadi, untuk menjawab dari segi climate change impact nya kepada sosioekonomi, kita ingin mengongsikan sejak pelancaran Dasar Kebangsaan Perubahan Iklim Negara Brunei Darussalam ataupun BNCCP yang pertama pada tahun 2020, beberapa pencapaian telah berjaya seperti mengurangkan pelepasan gas rumah hijau kepada 14.98 juta tan carbon dioxide berbanding dengan unjuran business as usual sebanyak 17.13 juta tan carbon dioxide. Jadi, pengurangan ini adalah hasil daripada beberapa strategi utama termasuk pengurangan pelepasan daripada sektor industri, pengangkutan darat, penjanaan kuasa dan sisa, peningkatan liputan hutan dan penggunaan tenaga boleh dibaharui.

Jadi anilah sudah menolong pencapaian negara dalam kita ni, dalam strategi kita ni. Jadi, memang pada masa ini sedang dirancangkan dengan strategi-strategi baharu, jadi, untuk mengambilkira beberapa teknologi dan maklumat-maklumat yang terdapat supaya dapat dirancangkan lagi apa yang KPI-KPI yang lebih sesuai bagi negara kita ni bagi masa hadapan. Apa yang penting kita juga ingin mengongsikan untuk kita ni mengatasi isu climate change ini perlu juga kita ni memikirkan satu adaptation plan. Jadi untuk kita ni, kalau climate change ini will happen jadi apatah langkah-langkah kini untuk menyediakan satu Pelan Adaptasi Kebangsaan.

Jadi dalam perkara ini kita akan mengambil kira beberapa isu berkepentingan seperti perlindungan marin dan kedayatahanan persisiran biodiversity dan alam sekitar, sumber-sumber air, pertanian dan keselamatan makanan, infrastruktur dan daya tahan bandar, kesihatan dan mata pencarian. Jadi anilah yang perlu diambil kira. Satu lagi untuk kita ini secara preparation untuk climate change ini, satu penilaian jua telah dilaksanakan iaitu Penilaian Kerentanan Iklim Kebangsaan ataupun National Climate Vulnerability Assessment bagi menilai secara lebih mendalam tahap impaknya sekaligus memastikan supaya strategi adaptasi boleh dibangunkan secara responsif yang bersesuaian dan berkesan.

Jadi satu Kumpulan Kerja Adaptasi dan Kedayatahanan pun telah ditubuhkan ataupun Adaptation and Resilience Working Group yang merangkumi berbagai pihak berkepentingan dari sektor kerajaan, sektor swasta, institusi pengajian tinggi dan pertubuhan bukan kerajaan. So dengan pendekatan whole of nation approach untuk memastikan strategi adaptasi kepada perubahan iklim ini adalah holistik dan selaras dengan pengurusan bencana perubahan iklim.

Jadi, pada masa ini ada beberapa projek telah dikenal pasti. Projek pertama dicadangkan oleh Jabatan Kajicuaca Brunei Darussalam melibatkan penyediaan laporan komprehensif mengenai jangkaan perubahan dalam corak cuaca termasuk risiko perubahan iklim yang mungkin melanda ke negara yang boleh membantu memaklumkan dasar dan strategi adaptasi. Tambahan lagi dua projek dicadangkan daripada Universiti Brunei Darussalam termasuk satu kajian perintis ataupun pilot study untuk menganalisa kesan perhutanan semula dan pemulihan tumbuhan asli selepas pencerobohan species Invasive Acacia serta pembangunan dan data biodiversity bagi species yang terancam. Jadi, kedua-dua projek ini boleh memaklumkan, menolong jua membuat dasar dan strategi untuk menangani kebakaran hutan yang sering melanda negara dan sebagainya. Jadi memang usaha-usaha diteruskan dengan projek-projek untuk kita meningkatkan lagi dalam Pelan Adaptasi Kebangsaan.

Insya Allah, terima kasih Yang Berhormat Pehin Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusi​

Terima kasih Ahli-Ahli Yang Berhormat. Sekarang kita akan beralih ke Tajuk-Tajuk seterusnya.

Yang Mulia Jurutulis​

Jabatan Perdana Menteri. Tajuk SA08A hingga SA11A, SA14A dan SA26A.

Yang Berhormat Pengerusi​

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Sekarang Jawatankuasa akan membincangkan Tajuk SA08A hingga SA11A dan seterusnya SA14A dan SA24A. Sekarang Tajuk-Tajuk ini saya bukakan untuk dibahaskan. Saya mempersilakan Yang Berhormat Dayang Chong Chin Yee.

Yang Berhormat Dayang Chong Chin Yee​

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Selamat pagi dan salam sejahtera.

Yang Berhormat Pengerusi, persidangan mengenai Transformasi Digital dan Inovasi berdasarkan AI dalam perkhidmatan awam bersama-sama dengan berbagai seminar dan bengkel yang dianjurkan oleh Institut Perkhidmatan Awam iaitu IPA menunjukkan bahawa para penjawat awam kita bersedia untuk terus belajar dan menyesuaikan diri dengan perkembangan teknologi baharu. Walau bagaimanapun, latihan semata-mata tidak menjamin transformasi. Para penjawat awam kita juga perlu diberi peluang untuk mengaplikasi apa yang telah dipelajari dan memperoleh pendedahan kepada keadaan ekonomi sebenar.

Ketika ekonomi negara berhadapan dengan perubahan teknologi yang semakin pesat dan persaingan yang semakin meningkat, usaha memudahcara perniagaan kekal sebagai asas penting kepada pertubuhan. Namun demikian, pihak sektor swasta masih sering menyuarakan kebimbangan mengenai kelewatan, keperluan yang kurang jelas serta kekangan dalam peraturan. Perkara ini bukanlah mencerminkan kekurangan dalam kalangan perkhidmatan awam, sebaliknya menunjukkan keperluan untuk memperkukuh pemahaman komersial.

Kalau difahami bahawa satu garis panduan pengurusan personnel untuk program peminjaman kerajaan kepada sektor swasta telah dibenarkan pada tahun 2005 yang menyediakan kerangka bagi pegawai perkhidmatan awam untuk ditempatkan di organisasi sektor swasta. Kaola memohon penjelasan tentang dalam keadaan bagaimana program ini digunakan serta cabaran yang dihadapi dalam pelaksanaannya. Selain itu, bolehkah kerangka ini diperluaskan bagi menyokong penempatan berstruktur bagi menyokong antara sektor awam dan sektor swasta sehingga tempoh tiga bulan dalam sektor-sektor keutamaan?

Penempatan sedemikian agar membolehkan para pegawai memperolehi pendedahan secara langsung kepada realiti operasi serta proses-proses pengawalseliaan dari perspektif perniagaan yang akhirnya akan dapat menyumbang kepada penggubalan dasar yang lebih praktikal dan responsif. Jika kita mengharapkan pihak perniagaan memahami peraturan, maka pengawalselia jua perlu memahami perniagaan.

Di samping itu, penganjuran hackathon inovasi secara berkala yang melibatkan pegawai awam, mentor industri dan pakar teknologi juga berpotensi memandu menterjemahkan latihan digital kepada penyelesaian praktikal dalam penyampaian perkhidmatan. Melalui penglibatan dalam cabaran dasar dan operasi sebenar, para pegawai berpeluang untuk mengeksperimen dengan penggunaan AI serta peralatan digital yang telah dipergunakan melalui latihan. Penempatan membina kefahaman manakala hackathon menggalakkan aplikasi. Secara bersama, kedua-duanya boleh melengkapkan inisiatif sedia ada dan mempercepatkan transformasi perkhidmatan awam.

Akhir sekali, ketika meneliti Penunjuk Prestasi Utama yang terkandung dalam Buku Anggaran Hasil dan Belanjawan Negara, kaola mendapati bahawa penunjuk yang ada pada masa ini lebih tertumpu kepada peratusan perancangan khusus yang dilaksanakan serta peratusan perbelanjaan program yang dilaksanakan berdasarkan perancangan.

Penunjuk-penunjuk ini sememangnya mengukur pelaksanaan program latihan dan pengguna sumber. Kaola memahami bahawa IPA bertanggungjawab terhadap pelaksanaan latihan manakala hasilnya akan bergantung kepada kementerian-kementerian tempat para pegawai berkhidmat.

Namun demikian, bagi membuka impak inisiatif-inisiatif ini, mungkin adalah berguna sekiranya penunjuk sedia ada dilengkapi dengan ukuran keberkesanan latihan. Contohnya, sama ada para pegawai mengaplikasi kemahiran yang diperoleh atau sama ada kementerian melaporkan penambahbaikan dalam prosedur serta penyampaian perkhidmatan selepas latihan tersebut. Oleh itu, Kaola ingin mencadangkan agar penunjuk keberkesanan pasca-latihan dipertimbangkan, kemungkinan melalui kerjasama dengan kementerian-kementerian berkenaan supaya kita dapat menilai dengan lebih baik bagaimana program-program ini menyumbang kepada transformasi perkhidmatan awam secara menyeluruh.

Sekian terima kasih, Yang Berhormat Pehin Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusi​

Saya persilakan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof.

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof​

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Kaola sukacita ingin menyentuh Tajuk SA11A Jabatan Perkhidmatan Pengurusan dalam kod 005/000 Program Penambahbaikan Prestasi Sektor Awam yang menjurus kepada peningkatan Indeks Keberkesanan Kerajaan, Government Effectiveness Index, yang disejajarkan dengan Rangka Kerja Perkhidmatan Awam dan Wawasan Perkhidmatan Awam Abad ke-21.

Apa yang kaola perhatikan, sepertimana yang diterbitkan menurut World Economic Forum, ranking Negara Brunei Darussalam dalam penilaian Government Effectiveness Index berada pada kedudukan ke-42 dengan score point 0.84 daripada 184 buah negara. Sementara Malaysia di kedudukan 38, manakala Singapura berada di kedudukan yang teratas. Jika dilihat dari score index pada tahun 2023 dibandingkan dengan tahun 2024 adalah menurun daripada 0.99 kepada 0.88. Dapatan penganalisaan antara lainnya disebabkan indikator utama dikenal pasti yang menurun adalah seperti voice and accountability, government effectiveness, regulatory quality serta competitiveness. Cabarannya sekarang oleh sebab penurunan kedudukan negara dalam penilaian Government Effectiveness Index tersebut, kaola ingin mengetahui apakah perancangan dan kerangka pelan tindakan yang bersistematik dalam usaha kitani untuk mempertingkatkan lagi kedudukan status negara Brunei lebih kompetitif di peringkat antarabangsa?

Keduanya, di Tajuk yang sama, sub Tajuk Petunjuk Prestasi Utama, peratusan jumlah agensi memperolehi 3 bintang dan ke atas. Adalah diambil maklum, penilaian Penggredan Prestasi Sektor Awam, 3PSA, nampaknya ada satu peningkatan daripada 3 agensi pada tahun 2023-2024 kepada 4 agensi telah meningkat mencapai 3 bintang pada tahun 2024-2025. Kaola juga ingin menarik perhatian semasa sesi pemuzakarahan bersama Urustadbir Perkhidmatan Awam di Jabatan Perdana Menteri yang terdiri daripada Jabatan Perkhidmatan Awam, Institut Perkhidmatan Awam, Jabatan Perkhidmatan Pengurusan dan Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam pada 1 Disember 2025 yang lalu, seperti yang dikongsikan alhamdulillah, telah menunjukkan peningkatan sehingga 10 agensi memperolehi 3 bintang ke atas iaitu 7 agensi 3 bintang dan 3 agensi 4 bintang.

Namun, mengikut penganalisaan kaola dan perhatian kaola, kaola mengira hanya 21 peratus daripada 48 agensi yang dinilai memperolehi penggredan 3 bintang ke atas. Di mana bagi pendapat kaola, masih lagi di tahap yang belum menggalakkan dan sehingga kini tidak ada satu agensi pun yang meraih kecemerlangan untuk mencapai 5 bintang. Cabarannya sekarang bagaimanakah langkah-langkah yang perlu diambil lebih agresif yang patut dipertanggungjawab pada agensi masing-masing khususnya ketua jabatan berperanan dalam usaha menghasilkan perkhidmatan berkualiti bagi melonjakkan lebih banyak lagi agensi-agensi kerajaan mencapai sekurang-kurangnya lebih 50 peratus, 3 bintang ke atas ataupun lebih ke tahap yang cemerlang mencapai gred 5 bintang. Ini kaola berpandangan adalah sangat mustahak untuk diambil perhatian bagi meningkatkan lagi kualiti, efficiency dan kecemerlangan perkhidmatan awam kerana agensi perkhidmatan awam adalah sebagai nadi jentera kerajaan sebagai bukan saja sebagai pemudah cara tetapi, insya Allah, dapat menggerak-rancakkan lagi ke arah merealisasikan Wawasan Perkhidmatan Awam Abad ke-21 dan Wawasan Brunei 2035.

Dapat kaola menyambung satu lagi, Yang Berhormat Pengerusi?

(Yang Berhormat Pengerusi memberi isyarat tanda bersetuju)

Kaola ingin menyentuh berhubung dengan Radio Televisyen Brunei, SA08A iaitu kod program 002 - Perkhidmatan-Perkhidmatan dan Perisian. Kaola ingin memohon pencerahan apakah langkah-langkah strategik pembaharuan yang lebih kreatif dan efektif lagi berdaya saing bagi menarik lebih ramai lagi audiens khususnya di kalangan rakyat dan penduduk sesuai dengan perubahan cita rasa generasi muda apatah lagi berdepan dengan hambatan persaingan yang hebat melalui media massa?

Apa yang ingin kita sarankan di sini termasuklah juga pencapaian dan kemajuan projek kerajaan menjurus kepada kepentingan dan kesejahteraan rakyat dan juga kebajikan rakyat. Yang paling mustahak juga ialah tentang apa jua perubahan dasar atau peraturan yang baru hendaklah diperjelaskan dan dimaklumkan dengan sebaik-baiknya. Ini adalah semata-mata bagi kita ini mengelakkan apa jua kesan negatif dan boleh apa-apa mengelirukan orang ramai.

Ini adalah juga berdasarkan kepada usaha bagi Radio dan Televisyen Brunei untuk mencapai, merancang, menerbitkan dan menyiarkan perisian-perisian radio dan televisyen yang menanam imej kerajaan yang efektif dan pemedulian serta menanam konsep Melayu Islam Beraja dan negara zikir. Itu saja pertanyaan yang dapat kaola timbulkan. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusi​

Saya persilakan Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin.

Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin​

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Pengerusi yang bijaksana dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Tajuk SA14A Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Kaola ingin mengutarakan isu keberkaitan pegawai-pegawai awam yang disiasat oleh dan digantung kerja bertahun-tahun lamanya sementara kerajaan terus membayar separuh gaji mereka. Turut berkaitan ialah persoalan tentang bila penggantungan itu sepatutnya berkuatkuasa?

Adakah dari tarikh laporan polis kah atau dari tarikh pegawai tersebut didakwa di mahkamah? Apabila penggantungan bermula dari tarikh laporan polis dibuat, hasil akhirnya menunjukkan kerajaanlah menjadi pihak yang paling rugi kerana kehilangan tenaga kerja yang diperlukan selama bertahun-tahun penggantungan. Jika akhirnya kes dibawa ke mahkamah dan pegawai tersebut disabitkan, kaola tidak pasti bagaimana kerajaan dapat menuntut semula separuh gaji yang telah dibayar.

Jika tidak disabitkan, kerajaan pula yang perlu membayar kembali gaji tersebut atau dalam sesetengah keadaan, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, SPA, mengambil tindakan pentadbiran untuk memberhentikan pegawai tersebut walaupun tidak bersalah dan sekali lagi timbul persoalan bagaimana kerajaan akan mendapatkan kembali separuh gaji yang dibayar selepas tindakan SPA diambil? Hampir setiap masa dan kes SPA akan menunggu keputusan mahkamah sebelum mengambil tindakan pentadbiran.

Kaola ingin merujuk Yang Berhormat Pengerusi yang bijaksana, kepada Perintah Mesyuarat Standing Order di bawah seksyen 7(5)(g) yang mana sesuatu pertanyaan itu tidak boleh mengenai sebarang perkara yang masih dalam pertimbangan mahkamah. Perkara-perkara yang akan kaola kongsikan mengenai beberapa contoh kes-kes penjawat awam yang kaola terima dari beberapa firma guaman adalah yang masih dalam siasatan iaitu belum didakwa di mahkamah dan selesai ke mahkamah.

Contoh pertama ialah mengikut salah satu firma guaman, seorang pegawai di Kementerian Kesihatan digantung kerja pada tahun 2020 disebabkan membawa masuk beberapa biji gula-gula yang mengandungi ganja. Ini mengakibatkan kementerian tersebut kehilangan seorang pegawai dan kerajaan pula membayar separuh gaji beliau tanpa manfaat. Jika mahu didakwa sekarang, tiada juga maknanya. Kenapa agensi tersebut tidak mendakwa beliau sejak dari awal lagi? Kenapa membazir masa semua pihak dengan laporan bulanan selama hampir 6 tahun tanpa satu pun ujian air kencing rawak sepanjang tempoh tersebut? Kenapa menggantungnya tanpa sebarang keputusan? Tiada penentuan langsung.

Kes kedua ialah yang diterima daripada firma guaman yang seorang pegawai awam lelaki di mana teman wanitanya mendakwa pegawai lelaki itu mencabul kehormatannya. Beliau telah digantung kerja selama 2 tahun tidak bekerja. Firma guamannya membuat susulan namun jawabannya diterima masih sama dalam siasatan. Seperti yang dimaklumi, kes mencabul kehormatan bukanlah kes yang kompleks kerana mengambil masa begitu lama. Kenapa menggantung beliau tanpa mendakwa di mahkamah sekiranya perkara ini benar-benar serius?

Contoh ketiga ialah peguam juga ada memaklumkan bahawa tiga pegawai atasan sebuah jabatan telah digantung kerja selama beberapa tahun dalam siasatan.

Dan terakhir sekali ialah ada satu kes beberapa tahun lalu di mana seorang Pegawai Kanan Kementerian Pendidikan digantung kerja selepas isterinya membuat laporan polis kerana menampar mukanya semasa pertengkaran rumah tangga. Beliau digantung sebaik sahaja laporan polis dibuat, bukan selepas didakwa di mahkamah. Di bawah Peraturan Am, pegawai awam akan digantung apabila didakwa di mahkamah atas kesalahan serius. Ini merujuk satu surat edaran lama oleh Jabatan Perdana Menteri, betulkan sekiranya saya silap, menyatakan bahawa kes melibatkan penyalahgunaan dadah atau rasuah boleh dikenakan penggantungan serta undang-undang lain yang ditentukan dari masa ke semasa.

Persoalannya, namun tidak dinyatakan dengan jelas, apa yang kesalahan undang-undang itu. Surat edaran itu tidak menyebut apa-apa tentang pertikaian domestik dan bukan berdasarkan laporan polis semata-mata. Pegawai tersebut digantung lebih 12 bulan dan hanya didakwa selepas penceraian sebelum akhirnya dikembalikan bertugas. Sebagai rumusan, bilakah penggantungan sepatutnya berkuat kuasa, ketika siasatan polis dimulakan atau apabila kes dibawa ke mahkamah.

Surat edaran Jabatan Perdana Menteri yang lama, perlu dikemaskini, keputusan untuk menentukan yang mana kes yang boleh dibuat penggantungan lain dari dadah dan rasuah tidak boleh dibiarkan atas budi bicara ketua jabatan. Ini akan membawa kepada ketidakkonsistenan dan ketidakadilan dalam layanan kes. Mengapa penggantungan dibenarkan berlarutan tanpa tindakan muktamad.

Tidak semua perkara perlu bergantung pada keputusan mahkamah. Penggantungan berpanjangan menyebabkan kehilangan tenaga kerja, tiada kenaikan pangkat kerana jawatan masih dianggap diisi, kerugian kewangan, masalah sosial dan kesihatan mental serta berbagai lain. Izinkan kaola Yang Berhormat Pehin Pengerusi untuk memberikan satu cadangan.

Dalam hal ini kaola ingin mencadangkan pihak Jabatan Perdana Menteri untuk menubuhkan satu badan mahkamah timbang tara, arbitration atau tribunal di bawah Jabatan Perdana Menteri, khusus untuk menyiasat dan menangani kes-kes penjawat awam yang digantung dengan sekaligus mengemaskini surat edaran JPM yang lama yang kaola kongsikan tadi, yang kurang jelas dan tidak konsisten mengenai jenis kesalahan apakah yang dilakukan oleh pegawai itu yang beliau patut digantung dan bilakah penggantungan bermula.

Cadangan kaola juga untuk warga kerja badan tersebut terdiri dari pegawai penyiasat dan peguam yang diperakui oleh agensi berkaitan dengan menetapkan bahawa setiap kes akan ditangani dan diputuskan dalam jangka masa 3 bulan.

Dengan kecepatan proses penyiasatan dan perbicaraan di peringkat JPM tanpa mengganggu masa dan tenaga kerja agensi penguatkuasaan dan Jabatan Peguam Negara dan juga adanya peraturan yang jelas, Kaola percaya ini akan dapat mengurangkan kes-kes yang tertunggak lama dan perbelanjaan Kerajaan serta peraturan yang jelas dan adil. Sekian. Sekali lagi minta maaf Yang Berhormat Pengerusi yang bijaksana.

Yang Berhormat Pengerusi​

Saya persilakan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman.

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman​

Terima kasih Yang Berhormat Pehin Pengerusi. Bismillahir Rahmanir Rahim. Kaola ingin bertanya sedikit mengenai dengan Tajuk SA08A iaitu Radio Televisyen Brunei.

Buat masa ini RTB melalui menerima peruntukan sebanyak BND41,900,110 bagi Tahun 2026 hingga 2027. Peruntukan ini nampaknya hampir sama seperti tahun-tahun yang lepas. Soalan kaola adakah ini bermakna rancangan RTB tidak banyak berubah dan makanya mereka tidak memerlukan tambahan dalam peruntukan.

Kaola jua ingin mengetahui jika pihak RTB mempunyai perancangan untuk meneroka mendapatkan sumber kewangan lain seperti melalui pengiklanan, sponsorship, penjualan program-program tempatan ke badan-badan penyiaran lain atau melalui penganjuran program di bawah RTB dengan menerima pembayaran. Kaola tidak melihat perkara ini di reflect dalam peruntukan RTB.

Soalan kaola kedua ialah mengenai Tajuk SA11A mengenai Jabatan Perkhidmatan Awam. Penjawat awam di mana sahaja berkhidmat memang sering di bawah scrutiny orang ramai kerana tugas mereka memberi khidmat yang berhubung langsung dengan orang ramai.

Di antara komplen orang ramai termasuklah proses yang lambat, prosedur yang panjang dan masa menunggu yang lama. Terlalu banyak red tape dan peraturan yang ketat, kurangnya transparency, proses yang tidak jelas dan customer services yang tidak memuaskan dan pekerja yang unhelpful ataupun kurang membantu.

Ini memberi gambaran yang negatif kepada perkhidmatan awam. Jadi kaola ingin bertanya, adakah inisiatif ataupun usaha dari Jabatan Perkhidmatan Awam untuk menangani isu komplen orang ramai ini seperti misalnya meringkaskan proses mempertimbangkan sebarang permohonan supaya sesuatu itu tidak memakan masa lama untuk dipertimbangkan.

Keduanya, program latihan dalam, apa yang kita selalu sebut sebelum ini Tekad Pemedulian Orang Ramai ini. Yang seterusnya ialah penggunaan digital transformation yang lebih bijak ada kalanya dengan transformation atu, inda pulang ada digunakan, makin lama tepulang.

Soalan Kaola yang ketiga ialah mengenai dengan Institut Perkhidmatan Awam iaitu di bawah tajuk SA26A. Kaola ingin mengetahui, ingin menyentuh perbelanjaan Kod 001/002 2112 iaitu sebanyak BND1 juta bagi latihan dan perkembangan. Dari Petunjuk Prestasi Utama, 100 peratus perancangan kursus telah dilaksanakan dan perbelanjaan yang digunakan ialah juga 100 peratus. Kaola ingin bertanya impak latihan kepada kualiti kerja-kerja pegawai dan kakitangan yang sudah diberi kursus dan latihan seperti dalam latihan leadership and management dalam public policy, operational skill dan soft skill.

Kaola bertanya sama ada ia membawa perubahan positif dalam mereka memberikan perkhidmatan pada orang ramai. Apa yang kita tidak mahu ialah disebalik latihan, kita masih melahirkan tenaga kerja yang tidak jauh berbeza dari sebelum menjalani latihan. Sebaiknya kita melahirkan satu kumpulan tenaga kerja yang baru, a new breed of civil servants, transform untuk menjalankan tugas-tugas dengan lebih baik, cekap, profesional dan people-centred dan mampu mendokong ke arah tercapainya Wawasan Brunei 2035.

Sekian Yang Berhormat Pehin Pengerusi. Terima kasih.

Yang Berhormat Pengerusi​

Saya persilakan Yang Berhormat Dayang Hajah Safiah binti Sheikh Haji Abd. Salam.

Yang Berhormat Dayang Hajah Safiah binti Sheikh Haji Abd. Salam​

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Pehin Pengerusi. Di dalam sesi ini, kaola ingin merujuk perbahasan bagi dua, Tajuk SA10A Jabatan Perkhidmatan Awam dan SA14A Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Bagi Tajuk di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam, kaola merujuk Kod 001/001 Pengurusan Sumber Manusia dan Kewangan dengan peruntukan sebanyak BND3.2 juta.

Berdasarkan sesi dialog dan muzakarah yang diadakan, hasil kaola mendapati jabatan-jabatan ada yang mempunyai banyak kerja-kerja yang tertangguh yang disebabkan oleh cabaran sumber tenaga manusia yang terhad sehingga menjejaskan produktiviti jabatan dan mengakibatkan kelambatan-kelambatan dalam penyampaian perkhidmatan. Sehubungan dengan itu, apabila merujuk objektif program ini iaitu untuk meningkatkan dan mengukuhkan pengurusan sumber manusia untuk di tempatkan di agensi kerajaan yang bersesuaian bagi menjana produktiviti dalam meningkatkan prestasi dan memenuhi keperluan pihak yang berkepentingan, kaola mohon pencerahan daripada peruntukan yang ada ini.

Apakah mechanism/mekanisma yang digunakan oleh kementerian atau Jabatan Perdana Menteri melalui Jabatan Perkhidmatan Awam pada menilai kadar dan pengurusan sumber manusia di jabatan-jabatan kerajaan memenuhi keperluan untuk memastikan kecekapan dan produktiviti kerja ini terus berjalan dan dapat dilaksanakan mengikut garis masa yang ditetapkan dengan berkesan dan pertimbangan yang saksama.

Soalan kedua, selaras dengan ketetapan negara untuk mula berfokus kepada hasil dan produktiviti, bagaimanakah Jabatan Perdana Menteri memudah cara perkongsian sumber tenaga manusia ini melalui penempatan sementara pegawai dan kakitangan merentas kementerian dan jabatan mengikut keutamaan, kemahiran jika ia diperlukan bagi memastikan sumber tenaga di dalam Jabatan Perkhidmatan Awam, di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam dapat dioptimumkan sepenuhnya.

Seterusnya bagi Tajuk SA14A Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Kaola juga merujuk Kod 005/000 Mesyuarat dan Tatatertib. Dalam hal ini, kaola menyokong perbahasan rakan sejawat Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin mengenai tindakan tatatertib terhadap warga perkhidmatan awam khususnya dalam hal-hal yang berhubungkait dengan penggantungan kerja dan penahanan gaji pegawai-pegawai penjawat awam yang terlibat sementara menunggu pensabitan.

Dalam hal ini, kaola ingin menambah sedikit perbahasan tersebut untuk pihak kementerian, pihak Jabatan Perkhidmatan Awam, pihak Jabatan Perdana Menteri melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam untuk mempertimbangkan penilaian semula peraturan dan garis panduan yang sedia ada khususnya perkara-perkara yang melibatkan tindakan-tindakan penggantungan kerja ini dan penahanan gaji di sepanjang tempoh menunggu siasatan dan pensabitan kerja, pensabitan kes, maaf, khususnya apabila kesalahan-kesalahan tersebut bukan berunsur jenayah.

Contohnya kes-kes fitnah atau kes-kes buli yang melibatkan penjawat-penjawat awam yang belum pasti kesahihan atau kesabitannya. Ini adalah penting bagi kaola kerana untuk memastikan keberkesanan pengendalian dan tadbir urus negara agar tidak berlaku sebarang ketidakadilan dan kezaliman terhadap pegawai dan kakitangan terutama dalam situasi di mana mereka akhirnya didapati tidak bersalah. Sekian terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusi​

Saya akan memberikan laluan bagi Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk membahaskan atau memberi ulasan atau respons mereka dalam masa yang ditetapkan. Silakan.

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II​

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Kaola cuba menjawab pertama, soalan Yang Berhormat Dayang Chong Chin Yee, mungkin jua dapat yang lain atu mangkali kaola cuba untuk mendahulukan soalan daripada Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin, sebelum kaola menjawab soalan-soalan yang lain nampaknya ada berhubungkait jua antara satu sama lain Pehin.

Kaola terlebih dahulu mengucapkan terima kasih daripada Yang Berhormat Dayang Chong Chin Yee atas pertanyaan mengenai Program Peminjaman Pegawai Kerajaan dengan Sektor Swasta serta beberapa cadangan yang diajukan seperti penganjuran Hackathon Inovasi dan Petunjuk Prestasi Utama bagi Institut Perkhidmatan Awam iaitu daripada Transformasi Digital berdasarkan AI.

Program Peminjaman seperti yang digariskan di dalam Surat Keliling Jabatan Perdana Menteri Bilangan 5/2005 adalah digunakan bagi Program Peminjaman dengan Sektor Swasta yang terdiri daripada sebahagian agensi kepunyaan Kerajaan, government-linked companies dan sektor swasta bagi satu tempoh yang ditetapkan berasaskan kepada perbincangan dan tujuan kedua pihak agensi yang terlibat. Persetujuan agensi peminjam dan yang dipinjam adalah diperlukan di mana pegawai yang terlibat akan ditawarkan terma dan syarat perkhidmatan kerja yang tidak kurang baiknya not less favourable berbanding dengan terma dan syarat perkhidmatan semasa mereka berkhidmat dengan kerajaan.

Antara keadaan di mana program ini pernah dilaksanakan adalah di mana pegawai kanan kerajaan dipinjamkan ke syarikat-syarikat tertentu bagi keperluan mengisikan jawatan di peringkat kepimpinan. Antara cabaran yang dihadapi adalah ketersediaan agensi yang ditempatkan itu menerima sepenuhnya penempatan berkenaan dalam tempoh yang ditetapkan serta melaksanakan penyeliaan dan pemantauan yang berkesan serta juga cabaran dari aspek keterbatasan bagi perkongsian data kepada pihak luar iaitu Data Privacy Policy khususnya bagi agensi-agensi yang ditempatkan.

Selaras dengan keperluan semasa, pengurusan sumber manusia dan usaha menyediakan rangka kerja yang lebih komprehensif dan secara berstruktur. Jabatan Perkhidmatan Awam sedang menyediakan Garis Panduan Mobiliti Pekerjaan, Job Mobility yang antara lain merangkumi inisiatif penempatan pegawai ke sektor swasta khususnya bagi tujuan pembangunan kapasiti dan kompetensi melalui pendedahan kepada amalan terbaik industri.

Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan untuk memperkasa pembangunan bakat dan memperkukuh keupayaan perkhidmatan awam selaras dengan pendekatan experiential learning sebagai intervensi pembangunan kompetensi berasaskan dapatan penilaian Rangka Kerja Pembangunan Kapabiliti Perkhidmatan Awam, PSCDA.

Dalam masa yang sama, terdapat juga penempatan pegawai dan kakitangan kerajaan ke sektor swasta secara penempatan kerja, work attachment yang bukan di bawah program peminjaman bagi tujuan pendedahan kerja menurut amalan terbaik, best practices serta menimba pengalaman dan mempertingkatkan penurunan kompetensi.

Menyentuh mengenai penganjuran Hackathon Inovasi, dimaklumkan bahawa Institut Perkhidmatan Awam akan melaksanakan dua program mulai bulan Mei 2026 ini yang melibatkan agensi kerajaan serta penggunaan perkhidmatan awam. Program ini bertujuan untuk mengenal pasti cabaran dalam penyampaian perkhidmatan serta menghasilkan penyelesaian inovatif bagi meningkatkan kecekapan dan kemudahan akses kepada perkhidmatan kerajaan.

Berhubung dengan cadangan bagi penunjuk keberkesanan pasca latihan bagi IPA selaras dengan usaha berterusan untuk memastikan program latihan memberi impak yang bermakna kepada perkhidmatan awam, pihak IPA giat melaksanakan kajian impak sejak tahun 2022 bagi menilai keberkesanan kursus bagi program yang ditawarkan oleh IPA.

Dapatan awal daripada kegiatan tersebut menunjukkan hasil yang positif iaitu dari segi peningkatan mutu kerja serta produktiviti organisasi dalam kalangan pegawai yang telah mengikuti program latihan yang berkenaan. Pada masa yang sama melalui Rangka Kerja Pembangunan Kapabiliti Perkhidmatan Awam, PSCDA, Kementerian dan jabatan juga akan dapat menilai serta mengukur tahap pembangunan kompetensi pegawai dengan lebih teratur termasuk penilaian setelah menghadiri sebarang program pembangunan. Kerangka ini membantu mengesan penambahbaikan dari semasa ke semasa serta menyokong perancangan pembangunan tenaga kerja yang lebih sistematik dan strategik selaras dengan keperluan organisasi.

Dari segi aplikasi kemahiran di tempat kerja dan impaknya terhadap prestasi organisasi, adalah ditekankan bahawa penilaian prestasi pegawai/kakitangan perkhidmatan awam yang dilaksanakan melalui penilaian setiap tiga bulan memainkan peranan penting dalam mengenal pasti keperluan peningkatan kemahiran dan menyokong kesinambungan program-program latihan dan pembangunan yang tersedia yang bersesuaian. Sekian bagi jawapan Yang Berhormat Dayang Chong Chin Yee dan kaola akan menjawab soalan yang diajukan oleh Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin mengenai dengan penggantungan kerja dan tempoh penyiasatan adalah terlalu lama.

Kaola terlebih dahulu mengucapkan menjunjung kasih kepada Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin atas pertanyaan tersebut dan kaola juga berterima kasih tadi ada mendengar sedikit cadangan daripada Yang Berhormat Dayang Hajah Safiah binti Sheikh Haji Abd. Salam berkaitan dengan perkara yang sama. Dan menjawabnya, secara lazimnya tempoh penyiasatan sesuatu kes termasuk yang melibatkan penjawat awam adalah bergantung kepada fakta dan kerumitan kes. Bagi kes-kes yang kompleks, siasatan oleh agensi penguatkuasaan sememangnya memerlukan masa bagi memastikan bukti yang mencukupi diperolehi.

Dari segi peraturan penggantungan penjawat awam pula, Surat Keliling Jabatan Perdana Menteri Bilangan 19/1998 memberi kuasa pada Setiausaha Tetap dan Ketua Jabatan untuk menjalankan tindakan menahan separuh gaji dan elaun dan menggantung daripada menjalankan tugas dan kewajibannya apabila menerima laporan daripada agensi berautoriti kerajaan tentang penglibatan penjawat awam dalam kes jenayah.

Oleh itu tindakan Setiausaha Tetap dan Ketua Jabatan pada masa ini iaitu menggantung pegawai/kakitangan daripada menjalankan tugas apabila menerima laporan adalah teratur dan mengikut peraturan yang telah digariskan dalam Surat Keliling berkenaan. Kaola mengambil maklum mengenai perkara yang dibangkitkan di mana terdapat keadaan pegawai kakitangan yang digantung kerja bertahun-tahun sebelum menerima keputusan tatatertib daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Yang Berhormat Pengerusi.

Kaola ingin mengongsikan bahawa tempoh penggantungan kerja pegawai kakitangan seperti mana yang kaola nyatakan sebelum ini adalah tertakluk kepada bidang kuasa dan proses-proses agensi berautoriti kerajaan berkaitan. Ini merangkumi tempoh tindakan siasatan kes, tempoh penelitian oleh Pejabat Peguam Negara dalam menentukan jika kes perlu dibawa ke mahkamah dan seterusnya tempoh kes dibicarakan di mahkamah yang turut menyumbang kepada keseluruhan tempoh penggantungan.

Sehubungan dengan ini, selaras dengan hasrat untuk memelihara kebajikan pegawai kakitangan serta keluarga mereka, Jabatan Perkhidmatan Awam dalam masa terdekat ini akan meneliti semula keberkesanan pelaksanaan tindakan-tindakan yang perlu diambil menurut kehendak Surat Keliling Jabatan Perdana Menteri bilangan 19/1998, khususnya di pihak agensi-agensi berautoriti kerajaan berkenaan, tertakluk juga peruntukan-peruntukan perundangan yang berkaitan di bawah bidang kuasa agensi masing-masing. Insha Allah ini akan dapat serba sedikit mengurangkan tempoh penggantungan yang berpanjangan.

Dalam masa yang sama, Jabatan Perkhidmatan Awam juga giat melaksanakan penelitian semula ke atas bab-bab yang berkaitan kelakuan dan tatatertib dalam Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Penggal 83 dan seterusnya untuk mengemaskinikan dalam buku HR Manual yang sedang dalam proses penyediaan ketika ini bagi tujuan memperincikan lagi proses-proses tindakan tatatertib dalam perkhidmatan awam. Bagi Pejabat Peguam Negara pula, langkah-langkah penambahbaikan telah dilaksanakan untuk menangani perkara ini termasuk memberi keutamaan kepada kertas penyiasatan yang melibatkan penjawat awam sebaik saja ianya diterima supaya keputusan pendakwaan dapat dibuat dengan lebih segera.

Seterusnya, setelah pertuduhan difailkan di mahkamah, tempoh perbicaraan adalah tertakluk kepada pengurusan kes dan penjadualan mahkamah selaras dengan keperluan memastikan proses perbicaraan dijalankan secara teratur dan adil. Sehubungan itu, setiap kes tetap perlu dinilai dengan teliti berasaskan fakta dan undang-undang bagi memastikan keadilan kepada semua pihak. Sekian Yang Berhormat Pengerusi yang dapat kaola kongsikan dan jawab dalam soalan berkenaan.

Mengenai jawapan bagi soalan yang diajukan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof iaitu Jabatan Perkhidmatan Pengurusan, MSD telah mengambil pendekatan yang lebih sistematik dan bersepadu melalui pelaksanaan 3 PSA sebagai mekanisme utama dalam memperkukuh prestasi penyampaian perkhidmatan awam selaras dengan kerangka antarabangsa seperti Government Effectiveness Index, GEI serta aspirasi Wawasan Brunei 2035.

Penambahbaikan ini tertumpu kepada aspek tadbir urus, ketelusan dan keberkesanan perkhidmatan antaranya melalui penyemakan PSA agensi pelajar sejajar dengan pendukung Wawasan Brunei 2035. Pengukuhan standard proses dan tempoh masa pemprosesan, TPOR, pemantauan prestasi berasaskan data, evidence based serta penglibatan pelanggan melalui platform seperti pemedulian bagi meningkatkan government effectiveness dan accountability.

Usaha ini dilaksanakan secara berterusan bagi membaiki indikator utama seperti government effectiveness dan accountability sekali gus menyokong peningkatan daya saing negara di peringkat antarabangsa. Bagi pencapaian 3 PSA, walaupun terdapat peningkatan bilangan agensi mencapai 3 bintang dan ke atas, MSD mengakui bahawa tahap kecemerlangan keseluruhan masih perlu dipertingkatkan.

Sehubungan itu, antara langkah yang sedang dan akan terus diperkasakan termasuk memperkukuh accountability peringkat tinggi pengurusan iaitu Setiausaha Tetap dan Ketua Jabatan sebagai peneraju prestasi di samping melaksanakan intervensi yang lebih fokus kepada agensi berprestasi rendah. Pendekatan ini penting bagi memastikan perkhidmatan awam kekal efisien, responsif dan pro-business selaras dengan peranannya sebagai pemudah cara utama pembangunan negara dan seterusnya menyokong pencapaian Wawasan Brunei 2035.

Mengenai soalan-soalan dari Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman khususnya RTB mengenai perkara-perkara RTB ini sudah juga banyak dibincangkan waktu muzakarah dan sebagainya yang memerlukan juga beberapa penampilan-penampilan, rancangan-rancangan baharu yang mana akan sentiasa diusahakan begitu juga dengan rancangan-rancangan domestiknya boleh memudahkan pihak-pihak awam mengikuti dan juga mengetahui dasar-dasar yang telah pun dilaksanakan di peringkat kerajaan dan sebagainya. Namun demikian, cadangan untuk ia lebih lagi menyerlah akan diambil dengan baik.

Dan kaola juga mengambil masa untuk meneliti segala soalan-soalan lain daripada Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman dan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abd. Rahman bin Haji Ibrahim dan insha Allah akan kaola jawab secara bertulis dan begitu juga ada sebahagian soalan daripada Yang Berhormat Dayang Hajah Safiah binti Sheikh Haji Abd. Salam, terima kasih.

Yang Berhormat Pengerusi​

Terima kasih Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II. Jadi saya kira sudah cukup kita ini berbincang mengenai dengan, berbahas mengenai dengan tajuk-tajuk ini. Sekarang kita beralih ke tajuk seterusnya.

Yang Mulia Jurutulis​

Jabatan Perdana Menteri. Tajuk SA04A hingga SA06A, SA12A, SA18A, SA21A, SA22A, SA25A, SA27A dan SA28A.

Yang Berhormat Pengerusi​

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Di dalam pecahan tajuk ini terdapat 5 jabatan yang tertutup iaitu Biro Kawalan Narkotik, Biro Mencegah Rasuah, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri, Pasukan Polis Diraja Brunei dan Jabatan Penyelidikan Brunei yang mana saya kira tidaklah perlu untuk dibincangkan dalam Dewan ini atas alasan-alasan yang sudahpun kitani ketahui. Maka sekarang tajuk-tajuk selebihnya saya bukakan untuk dibahaskan sebagaimana lazim dengan had masa 15 minit setiap seorang ahli. Saya persilakan Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin.

Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin​

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Kaola ingin membahaskan JPM 3 SA28A, Pusat Pekerjaan Brunei Kod 002/001 dan 000. Program Pusat Pekerjaan Brunei dalam bajet BND18.04 juta. Kaola difahamkan program i-Ready telah berjalan lebih 10 tahun sudah dan dengan belanjawan BND20 juta setahun, alhamdulillah. Satu pelaburan yang signifikan bukan saja untuk setiap peserta program i-Ready tapi juga kepada syarikat-syarikat yang mendapat subsidi workforce selama 18 bulan.

70 peratus telah mendapat pekerjaan setakat ini, mengundang peningkatan yang lebih sejajar dengan pelaburan yang tinggi.

Alhamdulillah, para peserta program mensyukuri pelaburan-pelaburan negara yang signifikan ini. Kaola ingin bertanyakan sejauh manakah mekanisme pemantauan lanjutan bagi dijalankan untuk menilai sama ada peserta terus bekerja dan berkembang dalam kerjaya mereka dan dua, pada peserta yang tidak terpilih apakah langkah atau upskilling yang mungkin akan dilaksanakan bagi membantu mereka untuk mendapat pekerjaan di tempat lain.

Soalan yang berkaitan ialah adakah Pusat Pekerjaan Brunei mempertimbangkan untuk menggunakan rangka kerja competency, iaitu Competency Framework sebagai alat asas penilaian kemahiran yang mesti digunakan oleh host company untuk menilai prestasi peserta i-Ready secara objektif untuk memastikan jurang kompetensi mereka ditangani.

Kod 002/001, sejauh manakah kementerian di antara MPEC dan MPC mensejajarkan data tamat permit kerja asing dan dari agensi-agensi kerajaan berkaitan seperti Labour Department bagi membolehkan mereka membuat forward manpower planning dan perancangan latihan, pemodenan dan kemahiran untuk mengganti pekerja-pekerja asing yang akan tamat tempoh dengan lebih proaktif.

Soalan ketiga berbangkit yang sama. Dalam konteks memasukkan Pelaburan Langsung Asing, FDI kaola ingin memohon pencerahan langkah-langkah yang akan dilaksanakan oleh Pusat Pekerjaan Brunei membantu MPEC council untuk menyediakan program-program latihan tenaga kerja tempatan yang benar-benar bersedia memenuhi keperluan industri sama ada melalui rangka kerja kompetensi khusus, iaitu competency framework atau kursus jangka pendek, short-term. Itu saja dalam tempoh yang saya diberikan. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Yang Berhormat Pengerusi​

Saya persilakan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abd. Rahman bin Haji Ibrahim.

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abd. Rahman bin Haji Ibrahim​

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Kaola hanya akan menyentuh beberapa isu yang berkaitan dengan belanjawan Tajuk SA28A Pusat Pekerjaan Brunei. Pertama, dalam Laporan Awal Kajian Tenaga Kerja 2024, jumlah pekerja di bawah sektor swasta telah meningkat 4 peratus pada tahun 2024 yang mana 70 peratus tenaga kerja di keseluruhannya bekerja di sektor swasta.

Begitu juga kategori bekerja sendiri yang turut dicatatkan meningkat didorong oleh perkembangan aktiviti keusahawanan dan ekonomi yang dipacu oleh platform digital. Kaola ingin memohon pencerahan jumlah pekerja sektor swasta ini berapa peratuskah darinya adalah pekerja-pekerja tempatan? Adakah usaha kementerian atau agensi-agensi kerajaan yang berkepentingan untuk meningkatkan penyertaan pekerja tempatan, localization programme dalam sektor-sektor utama di negara ini misalnya seperti di sektor pembinaan, sektor retail dan penyediaan makanan serta sektor pembaikan dan pemeliharaan, repair and maintenance? Dulunya inisiatif seperti ini telah dapat membuka peluang-peluang pekerjaan berkualiti yang lebih luas pada anak-anak tempatan misalnya dalam industri minyak dan gas;

Kedua, dalam Kajian Tenaga Kerja 2024 telah dicatatkan bahawa dari jumlah 233,200 labor force terdapat 4.7 peratus adalah penduduk yang aktif mencari pekerjaan. Dari jumlah tersebut 18.3 peratus adalah terdiri dari penganggur belia, youth unemployment. Manakala semasa dialog dengan JPM telah dikongsikan 19 peratus belia dikategorikan sebagai NEET, Not in Employment, Education or Training. Kaola hanya ingin memohon pencerahan kalau by definition penganggur bererti orang yang mencari pekerjaan secara aktif, adakah kadar NEET ini juga menyumbang pada kadar pengangguran belia? Adakah sudah diadakan kajian lanjut mengenai isu ini dan jika ada bolehkah dikongsikan dapatan dari kajian tersebut terutamanya langkah-langkah strategik ke arah mengurangkan jumlah ini?; dan

Ketiga, bagi mendukung pertumbuhan dalam kluster-kluster yang diutamakan seperti keselamatan makanan, pelancongan, ICT dan perkhidmatan sudah setentunya ianya akan memerlukan pelaburan dalam infrastruktur, inovasi dan kemajuan tenaga manusia secara berterusan. Kita memahami bahawa kerajaan pada masa ini memang sedang giat melaksanakan program reskilling, upskilling dan program-program yang lain bagi meningkatkan kemahiran dan kebolehpasaran tenaga kerja yang adaptable. Namun Kaola berpendapat peraturan tenaga kerja yang forward looking serta pengukuhan PMKS melalui kemampuan digital juga adalah kunci bagi memacu pertumbuhan dan inovasi.

Kaola ingin memohon pencerahan apakah program pengukuhan kemampuan digital PMKS yang telah dilaksanakan pada ketika ini kerana jika diperhatikan tahap kemampuan digital PMKS masih banyak lagi yang memerlukan bantuan, bimbingan, pembaikan dan galakan yang berterusan dan terakhir sebenarnya Yang Berhormat Pengerusi, balasan minimum wage ini sudah Kaola bangkitkan sebagai salah satu jawapan bertulis. Jika diizinkan oleh Yang Berhormat Pengerusi Kaola ingin menambah sedikit sahaja soalan bagi mohon pencerahan.

(Yang Berhormat Pengerusi memberikan isyarat bersetuju)

Seperti yang kita maklumi pelaksanaan minimum wage bagi beberapa sektor perkhidmatan dan industri telah mula diperkenalkan bermula 1 April 2025. Alhamdulillah ianya telah dapat meningkatkan disposable income bagi pekerja-pekerja yang terbabit dalam industri yang telah dikenal pasti. Kaola hanya ingin memohon pencerahan berapakah jumlah pekerja-pekerja tempatan yang telah berjaya dimigrate dan menerima manfaat kenaikan gaji minimum sejak peraturan ini dikuatkuasakan dan adakah melalui penguatkuasaannya ianya telah dapat meningkatkan penglibatan tenaga kerja tempatan? Sekian terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusi​

Saya persilakan Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin.

Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin​

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Pengerusi yang bijaksana dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Tajuk SA22A Jabatan Kehakiman Negara. Pada masa ini diterima maklum terdapat sejumlah kes jenayah yang masih tertangguh pengadilannya khususnya kes-kes yang melibatkan hukuman berat seperti hukuman mati termasuk kes penyalahgunaan dadah dan pembunuhan.

Kekurangan jumlah hakim menjadi antara faktor yang menyumbang kepada kelewatan ters yang tersedia untuk mengendalikan kes-kes tertentu. Sedangkan setiap kes yang melibatkan hukuman mati memerlukan sekurang-kurangnya 2 orang hakim untuk mendengar perbicaraan.

Situasi ini menyebabkan para hakim terpaksa menyesuaikan jadual perbicaraan masing-masing untuk diselaraskan dengan teliti terutama yang melibatkan dengan kes-kes yang sedia tertangguh. Malah terdapat situasi seorang Pesuruhjaya Kehakiman tempatan sahaja perlu mengendalikan sekitar 15 kes yang melibatkan hukuman mati untuk didengar. Dalam keadaan sedemikian timbul persoalan sama ada kes-kes tersebut mampu diselesaikan dalam tempoh 4 hingga 5 tahun. Sedangkan satu kes yang dianggap mudah pun boleh mengambil masa lebih daripada setahun untuk diputuskan.

Selain itu, persoalan juga timbul mengenai keberkesanan penempatan dan penggunaan tenaga kerja dalam sistem kehakiman. Adakah kes-kes yang difailkan benar-benar didengar secara konsisten setiap hari oleh pihak yang terlibat atau terdapat ruang penambahbaikan dari segi pengurusan jadual dan penggunaan sumber manusia agar proses perbicaraan dapat dipercepatkan? Adakah kita perlu mendapatkan statistik mengenai perkara tersebut atau bertanya dan pergi sendiri ke mahkamah untuk mengetahui kes-kes tersebut benar-benar didengar?

Sekiranya cabaran seperti ini berlaku dalam kes-kes jenayah, bagaimana pula kes-kes sivil yang melibatkan pertikaian komersial dan urusan perniagaan? Kelewatan dalam penyelesaian dalam kes sivil boleh memberi kesan yang lebih besar kepada keyakinan para pelabur. Justeru, persoalan penting yang perlu difikirkan ialah bagaimana negara dapat menyakinkan para pelabur bahawa sistem kehakiman beroperasi dengan cekap, telus dan mampu menangani sebarang pertikaian secara adil serta dalam masa tempoh yang munasabah. Isu kedua yang juga menjejaskan kelewatan ialah Judicial Cases Management System, JCMS yang diperkenalkan pada tahun 2015 yang sudah diberhentikan pada masa ini menyebabkan semua urusan terpaksa kembali kepada kaedah manual. JCMS ini membolehkan proses pemfailan kes dilakukan secara dalam talian. Kaedah manual pada masa ini bukan sahaja melambatkan proses tetapi juga menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan dan integriti data.

Antara punca yang mungkin menyumbang kepada penghentian penggunaan sistem ialah kekurangan penyelenggaraan serta ketiadaan kemas kini sistem secara berkala sepanjang tempoh penggunaannya. Alhamdulillah, dalam pengamatan kaola dan merujuk Tajuk Kod 002/001 terdapat jua peningkatan peruntukan emolumen bagi sumber tenaga di bahagian Mahkamah Besar bagi Tahun Kewangan 2026/2027 ini iaitu kenaikan lebih kurang BND225 ribu dari Tahun Kewangan 2025/2026. Jika kenaikan ini adalah untuk menambah jumlah hakim tempatan yang pada masa ini, kaola bersyukur mengenainya. Jika sebaliknya dan sementara menunggu peruntukan tambahan diadakan, kaola ingin cadangkan tambahan jumlah hakim untuk Mahkamah Besar ini didatangkan secara separuh masa dari kalangan orang tempatan yang layak dari firma-firma guaman yang diiktiraf di negara ini.

Mengenai dengan sistem JCMS pula, kaola ada merujuk kepada peruntukan Tajuk Kod 1213-016 Sistem Pengurusan Elektronik-Elektronik Kes Badan Kehakiman 2.0 di mana sejumlah BND250 ribu perbelanjaan kemajuan telah diperuntukan pada tahun 2026/2027 dari RKN12, adakah peruntukan ini khusus untuk mengadakan kembali sistem JCMS? Jika betul, kaola berharap projek sistem JCMS ini akan dapat dipercepatkan dan ditambah baik lagi dari sistem sebelumnya dengan penyelenggaraan yang berjadual dan dengan kontrak bertahun lamanya.

Kaola percaya dengan adanya perancangan sumber tenaga manusia yang lebih strategik dan penggunaan sistem JCMS yang berkesan dan terkini ia bukan saja mampu meningkatkan kecekapan dalam penyelesaian kes malah dapat memperkukuh keyakinan masyarakat serta para pelabur tempatan dan asing terhadap keadilan dan kestabilan institusi kehakiman di negara ini.

Sekian. Wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi yang bijaksana.

Yang Berhormat Pengerusi​

Saya persilakan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof.

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof​

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah seperti yang kita maklumi bersama, Balai Khazanah Sultan Haji Hassanal Bolkiah di bawah Tajuk SA27A berpotensi menarik minat orang ramai dan pelancong kerana menyimpan pelbagai bahan dan khazanah yang bersejarah serta bernilai tinggi untuk dipelajari. Bagi mencapai sasaran Petunjuk Prestasi Utama, sekurang-kurangnya 20 ribu pengunjung bagi tahun 2026/2027, kaola berpendapat kategori produk pelancongan di negara ini, apatah lagi yang memiliki keunikan dan keistimewaan yang tersendiri seperti yang dimaksudkan Balai Khazanah Sultan Haji Hassanal Bolkiah, semestinyalah kitani tonjolkan untuk dipertingkatkan kebarigaannya dan promosinya bukan sahaja di dalam negeri malahan di luar negeri melalui media sosial dan penyiaran digital.

Ini seperti yang kitani maklumi adalah salah satu juga sumber untuk mengembangluaskan industri pelancongan di mana industri pelancongan adalah salah satu penyumbang perkembangan dan pertumbuhan ekonomi negara. Apa yang juga perlu disarankan di sini, hendaklah juga kitani sebar luaskan untuk dikunjungi di kalangan penuntut-penuntut di institusi-institusi pendidikan kerajaan malahan swasta kerana ianya mengandungi berbagai unsur pendidikan, keislaman, sejarah apatah lagi koleksi yang sangat tinggi bernilai dan unik iaitu koleksi Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Apa yang kaola perlu perhatikan di sini juga ialah kemudahan aksesibiliti tempat tersebut perlulah disediakan terutama sekali untuk mewujudkan bus stop bagi kemudahan orang ramai dan pelancong. Keduanya, kaola ingin menyentuh Tajuk SA28A - Pusat Pekerjaan Brunei iaitu Kod 00200 - Program Perkhidmatan Sumber Tenaga Manusia.

Merujuk kepada Petunjuk Prestasi Utama, pengambilan pekerja tempatan, local recruitment, di sektor swasta yang sebenar pada tahun 2024/2025 adalah 3,113 orang dan anggaran bagi tahun 2025/2026 dan 2026/2027 adalah sama 3 ribu orang. Seperti yang dimaklumi berdasarkan kepada Manpower Blueprint bagi Negara Brunei Darussalam di bawah sub Tajuk Kepelbagaian Tenaga Kerja di setiap peringkat dan sektor, setiap tahun dianggarkan 6 ribu ke 7 ribu orang graduan akan menamatkan pengajian yang mana sebahagian besar dari jumlah itu akan menjadi tenaga kerja. Sedangkan apa yang didapati di laman sesawang Job Centre Brunei setakat Disember 2025 seramai 15,030 orang pencari kerja aktif.

Bagi pendapat kaola apa yang membimbangkan trend pencari kerja semakin bertambah dari semasa ke semasa termasuk di kalangan golongan graduan lepasan institusi-institusi pengajian tinggi. Dalam hubungan ini, kaola ingin memohon pencerahan apa juakah langkah-langkah atau inisiatif yang lebih agresif dan rangka pelan tindakan ke arah yang lebih berkesan bagi menyediakan lebih banyak peluang-peluang pekerjaan di kalangan anak-anak tempatan. Itulah saja yang dapat kaola simpulkan di sini. Sekian. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusi​

Terima kasih Ahli-Ahli Yang Berhormat. Sebelum saya memberikan laluan bagi Yang Berhormat Menteri-Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk memberikan ulasan ataupun jawapan kepada perkara-perkara yang ditimbulkan, saya ingin mencadangkan supaya kita berehat dulu selama 15 minit dan kita akan menyambung semula mesyuarat ini.

(Mesyuarat Jawatankuasa berehat sebentar)

(Mesyuarat Jawatankuasa bersidang semula)

Yang Berhormat Pengerusi​

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Sekarang kita menyambung semula perbahasan dalam Peringkat Jawatankuasa. Saya akan memberikan laluan bagi Yang Berhormat Menteri-Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk memberikan ulasan dalam tempoh masa yang telah pun ditentukan. Silakan Yang Berhormat.

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II​

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Kaola ingin menjawab beberapa soalan daripada Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin dan jua Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abd. Rahman bin Haji Ibrahim dan jua Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof iaitu mengenai dengan Job Centre Brunei.

Terutama sekali dari Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin mengenai dengan mekanisme pemantauan bagi peserta i-Ready dan juga bagi peserta yang tidak berjaya mendapat kerja selama tamat i-Ready, apakah langkah upskilling yang boleh dilaksanakan dan juga seperti cadangan daripada Yang Berhormat mengenai dengan Competency Framework yang digunakan oleh syarikat dan peserta. Jadi seterusnya, ada lagi soalan mengenai dengan pekerja asing dari segi strategi untuk kita ni menyediakan pekerja tempatan untuk mengambil alih kerja-kerja daripada pekerja asing yang dalam masa yang akan datang dan juga menyediakan pekerja tempatan untuk FDI-FDI yang datang ke Negara Brunei Darussalam.

Pertama kali, kaola kan meluruskan apa yang dirujuk oleh Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin mengenai dengan bajet BND20 juta setahun untuk i-Ready. Sebenarnya, BND20 juta setahun bajet ini bukan untuk i-Ready sahaja. Bajet ini termasuk Programme SPIN Accountancy, Trade Skills, Skim TVET, SkillsPlus dan sebagainya. Jadi bagi i-Ready, kira-kira BND10 ribu setahun. Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin ada mentioned mengenai dengan sasaran 3 ribu orang pengambilan daripada JCB, soalan ini juga diajukan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof mengenai dengan 3 ribu orang pengambilan setahun.

Ini memang jumlah daripada JobCentre Brunei bukannya keseluruhan negara. Bagi statistik 7 tahun kebelakangan, secara prorata dalam setahun pengambilan lebih kurang 12 ribu setahun. Jadi kalau diambil kira graduan ataupun daripada universiti ataupun politeknik dan sebagainya dan juga mengambil kira ada sebahagian student yang drop out daripada secondary school dan juga sebahagian orang sudah bekerja tapi resign daripada pekerjaan. Jadi kalau dikira jumlahnya lebih kurang dalam setahun 11 ribu ke 12 jua. Jadi pada setiap tahun kitani dapat mengganti, jadi yang mana jumlah graduan daripada sekolah-sekolah ataupun drop out dari sekolah atau pun orang kira beranti kerja dapat kitani ganti dengan jumlah lebih kurang sama.

Ani lah sebabnya pengangguran dari segi unemployment rate kira macam stabilise lebih kurang 4.95 peratus dan sebagainya. Usaha untuk kitani mengatasi isu ani, sepertimana kaola sudah mengongsikan dalam pembentangan Kertas Cadangan Rang Undang-Undang tempoh hari, Jabatan Perdana Menteri telah melantik CSPS untuk melaksanakan satu kajian untuk meng identify root causes of unemployment samaada qualification mismatch dan sebagainya ataupun isu-isu lain seperti isu transportation dan sebagainya. Jadi ani lah satu langkah untuk kitani dapat mengatasi isu yang specific rather than kitani general saja. Betambah jua of course kitani teruskan dengan menarik lebih banyak lagi FDI dengan yang 18 buah FDI yang sedang dalam pelaksanaan ani Insya Allah memang akan meningkatkan lagi pengambilan pekerja tempatan. Ani lah yang usaha kitani untuk mendapatkan lagi banyak pekerjaan bagi anak-anak tempatan.

Ani sebahagiannya menjawab soalan dari Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof mengenai dengan apatah strategi yang lebih agresif untuk kitani mendapatkan pekerjaan untuk anak-anak tempatan. Jadi beberapa anu lah, beberapa strategi telah dijalankan, menarik FDI men-training bagi latihan kepada anak-anak tempatan seperti upskilling, reskilling dan sebagainya. Jadi ani lah usaha kitani, Insya Allah akan dapat menolong untuk menurunkan jumlah pengangguran.

Bebalik semula kepada soalan yang diajukan oleh Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin, memang objektif kitani mengenai dengan i-Ready, so untuk i-Ready kitani tujuan utama untuk kitani menyediakan pengalaman kerja bagi peserta-peserta i-Ready bukannya bertujuan untuk menjanjikan pekerjaan. Sememangnya kalau kitani dengan penyertaan i-Ready memang akan menolong peserta mendapatkan kerja tapi inda semestinya menjanji kerja immediately serta-merta selepas tamat tempoh perantisan.

Jadi berhubungan dengan pemantauan, JobCentre memang bagi tumpuan kepada perkara ini melalui kaji selidik dan maklum balas secara berkala termasuk secara bulanan dari perantis yang masih aktif yang baru menamatkan perantisan. Untuk memastikan kualiti pengalaman kerja sentiasa terpelihara dan membolehkan tindakan menambah baik dilaksanakan dengan segera. Jadi bagi tempoh selepas tamat program, peserta digalakkan jua untuk mengemaskini profil dan status pekerjaan melalui portal JobCentre Brunei dan terus berhubung dengan pegawai JobCentre bagi tujuan job matching dan merebut peluang kerjaya yang ditawarkan dari semasa ke semasa.

Jadi bagi peserta yang belum berjaya diserap ataupun mendapatkan pekerjaan, JobCentre terus menyediakan sokongan lanjutan melalui job matching, melalui portal JobCentre, khidmat nasihat kerjaya dan career coaching termasuk menambahbaikan CV dan persediaan temuduga serta galakan untuk menyertai program peningkatan kemahiran, upskilling dan reskilling melalui inisiatif lain seperti SkillsPlus, kursus Soft Skills atau SPIN in Accountancy dan sebagainya.

Mengenai dengan kualiti yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin tadi, JobCentre jua melaksanakan penilaian prestasi melalui Performance Assessment Development Plan yang menetapkan sasaran kerja, objektif, pelan pembangunan peserta secara berstruktur. Pendekatan ini membolehkan penilaian dibuat secara objektif dan berasaskan bukti disamping membantu mengenal pasti jurang kemahiran peserta.

Memang ini sudah dibuat tapi seterusnya untuk masa hadapan, JobCentre jua bekerja rapat dengan Pejabat Perancangan Tenaga Manusia bagi meneroka penggunaan rangka kerja kompetensi yang lebih berstruktur untuk kita ini memperkukuh lagi skop kerja dan perkembangan kemahiran, mengenal pasti jurang kemahiran dan sebagainya. Jadi bagi isu pekerja asing, untuk menjawab soalan ini, kerajaan pada masa ini, JobCentre melalui Dasar Lesen Pekerjaan Asing telah menetapkan keutamaan kepada pengambilan anak tempatan dalam masa sama pembangunan Labour Market Information System dijangka beroperasi pada tahun 2027. Ini akan memperkukuh integrasi data bagi mendokong perancangan tenaga kerja yang lebih berkesan.

Jadi seiring dengan itu, pelbagai usaha sedang dilaksanakan untuk memperkukuh penempatan tenaga kerja termasuk mengiklankan jawatan di portal JCB, temuduga terbuka, serta program seperti mini recruitment drive dan jelajah kerjaya di samping mendokong perancangan penggantian pekerja asing melalui program perantisan.

Akhir sekali mengenai FDI, JobCentre juga mendokong usaha Majlis Perancangan Tenaga Manusia dan Pekerjaan, MPEC melalui penyediaan tenaga kerja tempatan yang bersedia untuk industri melalui penyelarasan program latihan bersama Kementerian Pendidikan termasuk melalui program Higher Education Task Force dan Manpower Industry Steering Committee, sebagai contoh program i-Skills yang dilaksanakan bersama IBTE di bawah Manpower Industry Steering Committee-Working Group Energy telah berjaya mendokong keperluan projek FDI seperti Hengyi Industry khususnya dalam bidang kemahiran teknikal seperti welding, rigging dan lain lain. Atu saja yang dapat menjawab soalan Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin.

Mengenai dengan soalan daripada Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abd. Rahman bin Haji Ibrahim, pertama sekali mengenai dengan peratus anak pekerja tempatan di pihak swasta. Dari statistik, terdapat 60 peratus yang pekerja di sektor swasta yang dipegang oleh anak-anak tempatan. Soalan yang kedua mengenai dengan NEET, maksudnya Not Employed, Not in Education, Not in Training. Jadi sama ada ani dikira sebagai unemployed belia. Untuk menjawab soalan, secara definisi ini, untuk mengira dalam not employed, not in education and not in training, ganya not employed diambil kira dalam unemployment belia, kalau not in education, not in training, maksudnya diorang kadang-kadang not in education, tapi inda jua mencari kerja, jadi atu not in education, not in training inda diambil kira.

Ganya belia yang not employed ani dalam umur lingkungan 15 hingga 24 tahun. I hope it’s easy to understand. Jadi soalan yang ketiga, digital bagi PMKS. Memang JCB ada beberapa jua training program melalui Manpower Industry Steering Community jua mengoffer training kepada PMKS. On top of that, BEDB melalui Darussalam Enterprise jua ada beberapa kursus untuk kitani melatih ataupun mengongsikan bidang digital kepada PMKS.

Seterusnya, mengenai dengan soalan minimum wage. Minimum wage ani ada sudah selepas kitani, apa Namanya, melancarkan skim ani sejak 1 April 2025 melibatkan tujuh industri. MPEC telah menjalankan satu kajian jua, jadi antara syarikat-syarikat yang respon semuanya 94 syarikat respon anu lah to the questioner, semuanya 14 syarikat, yang lain tidak merespon. Jadi dalam sana, ganya sejumlah 41 orang pekerja tempatan yang perlu diadjust kepada yang minimum wage atu. Selain itu, 51 orang kerja asing memerlukan penyelarasan gaji kepada minimum wage.

Sebenarnya sebelum kitani lancarkan skim ani bagi tujuh industri ani, beberapa konsultasi sudah telah dijalankan. Memang dikenalpasti, impak kepada syarikat-syarikat adalah minimal because inda banyak pekerja yang gajinya jauh di bawah minimum wage BND500 atu. Jadi dikenalpasti tujuh industri ani memang would be minimal lah dari syarikat-syarikat dari 7 industri ini pun mengongsikan dengan MPEC bahawa durang menyokong jua usaha-usaha kerajaan ani untuk meningkatkan this minimum wage kepada pekerja-pekerja dalam industri-industri tersebut. Itu sahaja yang kaola dapat jawab soalan-soalan. Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II​

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Kaola, insya Allah akan cuba menjawab soalan-soalan yang diajukan Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin dan menjunjung kasih di atas soalan Yang Berhormat Pengiran itu. Iaitu isu berhubung dengan tempoh penyelesaian kes.

Dalam hal ini, kita perlu melihat dalam konteks bahawa proses kehakiman bukanlah lambat, tetapi teliti dan menyeluruh. Setiap kes dikendalikan mengikut prosedur undang-undang yang ketat bagi memastikan semua fakta, keterangan dan hujahan dinilai dengan adil. Pendekatan ini penting bagi mengelakkan berlakunya miscarriage of justice dan memastikan keputusan yang dibuat adalah tepat serta berlandaskan undang-undang.

Perlantikan hakim juga, tertakluk kepada standard yang tinggi dari segi kepakaran dan pengalaman selaras dengan keperluan mengendalikan kes-kes yang kompleks dan dalam masa yang sama pelantikan hakim adalah merupakan proses yang bebas berdasarkan Perlembagaan melalui keputusan dari pihak atasan. Justeru, kaola berpendapat ia tidak perlu dibangkitkan untuk dipersoalkan dalam Majlis Mesyuarat Negara ini juga selaras dengan ketetapan peraturan mesyuarat MMN Standing Order.

Berhubungan sistem pengurusan dan kes kehakiman, JCMS. Usaha adalah penambahbaikan berterusan, dan Insya-Allah Akan diperingkatkan dalam sistem JCMS 2.0 baru nanti. Secara keseluruhannya sistem kehakiman mengekalkan keseimbangan antara kecekapan dan ketelitian dengan keutamaan utama memastikan keadilan ditegakkan bagi memelihara kedaulatan undang-undang.

Sekianlah jawapan untuk soalan itu dan kaola akan cuba menjawab soalan yang terakhir dari Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof, mengenai dengan Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah yang secara kelurusan kaola sebenarnya Penasihat, Pengerusi bagi Lembaga Penasihat Badan Kerajaan. Kaola bersetuju bahawa Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah mempunyai potensi besar sebagai tarikan pelancongan dan pusat pendidikan. Dari segi promosi, usaha pemberigaan akan terus dipertingkat melalui pelbagai platform termasuk television, radio, media sosial dan kerjasama bersama pihak berkepentingan termasuk influencers bagi meluaskan pendedahan orang ramai.

Di samping itu, pihak Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah juga merancang untuk meneruskan penyertaan dalam expo pelancongan yang bersesuaian bagi memperkenalkan Balai Khazanah ke peringkat antarabangsa serta mengadakan perbincangan bersama agensi pelancongan tempatan bagi meningkatkan keterlihatan Balai Khazanah melalui pakej-pakej pelancongan yang ditawarkan. Dari aspek pendidikan, pelbagai program outreach seperti lawatan sekolah dan sesi pemberigaan telah dan akan terus dilaksanakan dari semasa ke semasa bagi menggalakkan kunjungan dalam kalangan penuntut memandangkan Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah mempunyai nilai pendidikan yang tinggi dari aspek sejarah dan perkembangan islam di Negara Brunei Darussalam.

Berhubung dengan kemudahan akses, pada masa ini belum terdapat laluan bas awam terus ke Balai Khazanah. Walaubagaimanapun, pihak Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah telah mengadakan perbincangan bersama beberapa agensi berkaitan termasuk penyedia perkhidmatan seperti Dart bagi meneliti kaedah meningkatkan kemudahan pengangkutan kepada lokasi tersebut. Buat masa ini, pelawat menggunakan perkhidmatan seperti taxi, Dart ataupun pengangkutan yang disediakan oleh hotel. Sebagai inisiatif tambah, Balai Khazanah jua sedang meneroka perkhidmatan shuttle bus seterusnya pada hari tertentu seperti hari Ahad, dan kerjasama pihak-pihak berkaitan dan beberapa perkara juga dirundingkan dengan pihak Pelancongan Brunei, yang mana kapal-kapal persiaran pun ada kalanya untuk memohon dan telahpun dipersetujui jua ada diperkenan bagi tempoh masa pembukaan Balai Khazanah dilonggarkan untuk membolehkan juga pelawat-pelawat atau pengunjung dari luar negeri dan kaola juga nyatakan bahawa dalam penerbangan RB sudah ada promosi-promosi mengenai Balai Khazanah ini diadakan juga.

Insya Allah, sasaran untuk mendapatkan bilangan kunjungan pelawat sebanyak 20 ribu orang atau mungkin dapat dicapai dalam masa terdekat atau sederhana nanti. Insya-Allah Yang Berhormat Pengerusi. Sekian disampaikan.

Yang Berhormat Pengerusi​

Terima kasih Ahli-Ahli Yang Berhormat. Tajuk-Tajuk SA01A hingga Tajuk SA28A di bawah Jabatan Perdana Menteri ini perbincangannya telahpun kita laksanakan dan saya kira sudah cukup masanya untuk kita tutup dan sekarang Tajuk-Tajuk ini akan diundi. Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila angkat tangan.

(Semua Ahli mengangkat tangan tanda bersetuju)

Terima kasih. Ahli-Ahli Yang Berhormat nampaknya semua Ahli bersetuju, maka Tajuk ini diluluskan.

(Tukul diketuk)

Yang Mulia Jurutulis​

Tajuk SA01A hingga Tajuk SA28A dijadikan sebahagian daripada Jadual Kementerian Pertahanan. Tajuk SB01A hingga SB04A.

Yang Berhormat Pengerusi​

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Mesyuarat Jawatankuasa beralih kepada Tajuk Kementerian Pertahanan. Tajuk SB01A hingga Tajuk SB04A. Walau bagaimanapun, sebagaimana yang kita ketahui, Kementerian Pertahanan ini adalah kementerian yang tertutup dan tidaklah bersesuaian untuk kita bincangkan secara terbuka. Maka ada baiknya Tajuk ini kita terus mengundi. Ahli-Ahli yang bersetuju sila angkat tangan.

(Semua Ahli mengangkat tangan tanda bersetuju)

Yang Berhormat Pengerusi​

Terima kasih Ahli-Ahli Yang Berhormat. Nampaknya semua Ahli-Ahli Yang Berhormat bersetuju, Tajuk Kementerian Pertahanan diluluskan.

(Tukul diketuk)

Yang Mulia Jurutulis​

Tajuk SB01A hingga SB04A dijadikan sebahagian daripada Jadual. Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri. Tajuk SC01A.

Yang Berhormat Pengerusi​

Ahli-Ahli Yang Berhormat, sekarang Jawatankuasa beralih kepada Tajuk SC01A, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri. Saya difahamkan bahawa Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II, tidak dapat hadir atas urusan-urusan tertentu.

Walau bagaimanapun, Tajuk ini akan saya bukakan bagi perbahasan oleh Ahli-Ahli Yang Dilantik dan saya akan meminta bagi Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II, untuk memberikan ulasan atau jawapannya secara bertulis kemudian nanti. Maka saya sekarang membukakan Tajuk ini untuk dibahaskan. Saya persilakan Yang Berhormat Dayang Hajah Rosmawatty binti Haji Abdul Mumin.

Yang Berhormat Dayang Hajah Rosmawatty binti Haji Abdul Mumin​

Bismillahir Rahmanir Rahim. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. SC01A Mengukuhkan Keselamatan Negara, Kod 1209/011 dan 1314/15 Bangunan Awam.

Di bawah peruntukan pembangunan SC01A Mengukuhkan Keselamatan Negara Bangunan Awam, terdapat beberapa projek di bawah Kod 1209, bagi pembinaan dan penaiktarafan bangunan perwakilan Negara Brunei Darussalam di luar negara. Antaranya termasuk projek Kod 1209/011, pembinaan Kediaman Rasmi Pesuruhjaya Tinggi di Canberra, Australia BND39 juta. Kod 1209/013, pembinaan bangunan Pejabat Kedutaan Besar dan Kediaman Rasmi Duta Negara Brunei Darussalam di Riyadh, Arab Saudi BND14 juta. Kod 1209/014, pembinaan bangunan Pejabat Kedutaan Besar dan Kediaman Rasmi besar di Berlin, Germany BND17.5 juta. Kod 1209/015, menaik taraf dan pengubahsuaian bangunan pejabat-pejabat perwakilan rumah kediaman Ketua Perwakilan Negara Brunei Darussalam di luar negara BND13 juta. Projek-projek ini menjadikan peruntukan keseluruhan sekitar BND48.4 juta di bawah Kementerian Hal Ehwal Negeri.

Sehubungan itu, apakah mekanisme pengurusan projek pemantauan serta pematuhan, compliance kepada garis pandu pembangunan yang dilaksanakan oleh kementerian bagi memastikan projek-projek ini dilaksanakan secara teratur, mematuhi peraturan pembinaan di negara tuan rumah serta memastikan perbelanjaan kerajaan dikawal dengan baik tanpa berlakunya kelewatan atau peningkatan kos. Disarankan projek-projek ini jua dimasukkan di bawah pemantauan RKN12 Kebangsaan. Sekian, terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusi​

Terima kasih. Yang Berhormat Dayang Chong Chin Yee.

Yang Berhormat Dayang Chong Chin Yee​

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Yang Berhormat Pengerusi, Kaola memahami bahawa seperti yang digariskan dalam buku anggaran hasil dan perbelanjaan negara, penunjuk prestasi utama Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri adalah menjurus kepada memelihara serta meningkatkan imej dan kepentingan Negara Brunei Darussalam di peringkat antarabangsa. Kaola juga maklum bahawa urusan perdagangan antarabangsa yang sebelum ini berada di bawah kementerian telah dipindahkan ke Kementerian Kewangan dan Ekonomi.

Walau bagaimanapun, dalam persekitaran global pada masa kini yang semakin saling berkait dan berdaya saing, diplomasi dan kepentingan ekonomi juga semakin berkait rapat. Kedutaan dan pegawai perwakilan kita di luar negara mempunyai pandangan dan maklumat yang bernilai mengenai sistem peraturan, persekitaran, perniagaan dan budaya tempatan di negara tuan rumah. Pengetahuan ini boleh menjadi sumber yang berguna dalam menyokong perusahaan tempatan yang ingin meneroka peluang di luar negara. Sehubungan itu, bolehkah kementerian mempertimbangkan untuk memasukkan hasil pemudahcara ekonomi dan perniagaan sebagai sebahagian daripada petunjuk prestasinya, di samping melibatkan diplomatik yang sedia ada bagi menyokong usaha pembangunan ekonomi negara.

Berkaitan dengan perkara ini juga, adakah pada masa ini terdapat kerangka kerjasama antara kementerian secara rasmi yang membolehkan perwakilan luar negara kita mengumpul dan menyalurkan maklumat pasaran secara sistematik seperti perkembangan peraturan, trend pengguna serta peluang sektor baharu kepada agensi-agensi berkaitan dan juga perniagaan tempatan. Sekiranya belum ada, adakah kementerian akan mempertimbangkan untuk mewujudkan satu mekanisme yang lebih tersusun bagi tujuan tersebut. Selain daripada aspek ekonomi, perwakilan luar negara juga memainkan peranan dalam membentuk persepsi terhadap negara kita. Dalam hubungan ini adakah kementerian telah mempertimbangkan untuk bekerjasama dengan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan bagi menyelaras paparan budaya dan produk Brunei di kedutaan-kedutaan kita di luar negara. Menampilkan kraf tangan, tekstil, penerbitan serta produk yang mempunyai nilai budaya, boleh membantu memperkukuhkan naratif identiti Negara Brunei Darussalam di peringkat antarabangsa, di samping menyokong industri tempatan.

Akhir sekali, dalam era digital masa kini kehadiran sesebuah negara secara dalam talian juga merupakan sebahagian daripada kredibiliti diplomatiknya. Oleh itu, bilakah Kementerian bercadang untuk memodenkan laman sesawangnya agar mencerminkan tahap professionalism serta imej negara yang berpandang jauh. Sekiranya belum, adakah kementerian juga mempertimbangkan untuk mewujudkan kehadiran rasmi di media sosial bagi meningkatkan komunikasi serta penglibatan dengan orang ramai.

Di samping itu memandangkan teknologi baharu semakin mempengaruhi tadbir urus global, bolehkah dijelaskan sejauh mana kementerian memasukkan elemen tech diplomacy dalam persediaan para diplomat sebelum penempatan mereka keluar negara? Pengetahuan sedemikian boleh membantu perwakilan kita berintegrasi dengan syarikat teknologi serta menyumbang kepada perbincangan mengenai kerjasama digital di samping melengkapi inisiatif nasional di bawah Digital Brunei 2030: Digital Brunei Transformation Plan. Itu sahaja yang kaola ingin sampaikan. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusi​

Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin.

Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin​

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Tajuk SC01A - Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri.

Dalam mendepani landskap hubungan antarabangsa yang semakin dinamik dan mencabar, adalah penting bagi Negara Brunei Darussalam untuk terus memperkukuhkan jaringan diplomatiknya di peringkat global yang sedia sudah kukuh. Sehubungan itu, kaola ingin mengemukakan satu persoalan serta cadangan untuk dipertimbangkan oleh pihak kerajaan, khususnya mengenai kemungkinan untuk membuka lebih banyak perwakilan diplomatik Brunei di luar negara. Pada masa ini, terdapat beberapa rantau yang masih belum mempunyai Perwakilan Tetap Negara Brunei Darussalam, antaranya di Benua Amerika Selatan. Urusan diplomatik bagi negara-negara di rantau tersebut kebanyakannya masih dikendalikan melalui Kedutaan Besar Negara Brunei Darussalam di Washington dan Ottawa.

Dalam hal ini, kaola berpandangan bahawa kewujudan perwakilan tetap di rantau tersebut akan dapat mempertingkatkan lagi keberkesanan hubungan dua hala khususnya dalam bidang perdagangan, terutama industri halal, pelaburan, pendidikan serta pertukaran budaya. Selain itu, kaola juga ingin menarik perhatian mengenai status beberapa perwakilan Brunei di luar negara yang ada pada masa ini masih berada pada tahap Kuasa Usaha Sementara, Charge d’Affairs antaranya di Rabat, Maghribi dan di Manama, Bahrain.

Kaola ingin mencadangkan agar pihak kerajaan akan dapat meneliti kemungkinan untuk menaik taraf perwakilan-perwakilan ini daripada tahap Charge d’Affairs, Kuasa Usaha Sementara ke peringkat Duta Besar Penuh. Langkah ini diyakini akan memberikan impak yang lebih signifikan dalam memperkukuhkan hubungan diplomatik serta meningkatkan lagi imej dan kehadiran Negara Brunei Darussalam di persada antarabangsa. Kaola percaya bahawa usaha memperluaskan dan memperkukuhkan perwakilan negara adalah selaras dengan kepentingan strategik negara dan mempertingkatkan kerjasama dua hala dan pelbagai hala di samping membuka lebih banyak peluang dalam pelbagai sektor yang memberi manfaat kepada pembangunan negara. Sekian, terima kasih. Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusi​

Ahli-Ahli Yang Berhormat, sebagaimana yang telah saya nyatakan dengan mengambil ingatan bahawa soalan-soalan ataupun cadangan-cadangan yang dikemukakan, akan dikemukakan kepada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II dan insya Allah ia akan menjawab sendiri nanti kepada yang berkenaan dan dengan itu maka saya kira sesuailah Tajuk ini kita undi. Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju, sila angkat tangan.

(Semua Ahli mengangkat tangan tanda bersetuju)

Terima kasih. Ahli-Ahli Yang Berhormat nampaknya semua ahli bersetuju, maka Tajuk SC01A - Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri diluluskan.

(Tukul diketuk)

Yang Mulia Jurutulis​

Tajuk SC01A dijadikan sebahagian daripada Jadual. Kementerian Kesihatan. Tajuk SM01A.

Yang Berhormat Pengerusi​

Ahli-Ahli Yang Berhormat, sekarang Jawatankuasa ini berpindah untuk membincangkan Tajuk SM01A Kementerian Kesihatan. Maka Tajuk ini sekarang dibukakan untuk dibahaskan. Saya mempersilakan Yang Berhormat Awang Haji Mohamad Danial @ Tekpin bin Ya’akub.

Yang Berhormat Awang Haji Mohamad Danial @ Tekpin bin Ya’akub​

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian. Kaola ingin membahaskan secara ringkas berkenaan isu kawalan penyakit berjangkit yang terus menjadi cabaran kepada sistem kesihatan negara.

Yang Berhormat Pengerusi.

Penyakit berjangkit seperti Denggi, Influenza dan Tuberculosis masih berlaku walaupun langkah kawalan telah dilaksanakan. Antara cabaran utama ialah Pertama, tahap kesedaran masyarakat yang tidak konsisten. Kedua, risiko penularan akibat persekitaran dan mobiliti tinggi; dan Ketiga, kemunculan penyakit baharu yang sukar dijangka. Fakta menunjukkan bahawa pencegahan melalui destinasi dan pengesanan awal adalah kaedah paling berkesan dalam mengurang jangkitan serta kemasukan ke hospital.

Yang Berhormat Pengerusi.

Negara maju telah membuktikan keberkesanan melalui Pertama, program imunisasi menyeluruh, Kedua, sistem pengesanan awal dan digital. Ketiga, ialah pelaburan tinggi dalam kesihatan awam dan sanitasi. Ini membolehkan mereka mengawal wabak dengan lebih cepat dan tersusun. Kaola ingin merujuk melalui cadangan dan pendekatan melalui EIRU.

EIRU yang bermaksud eliminate, hapus iaitu Pertama, hapuskan sumber jangkitan melalui vaksinasi dan rawatan awal. Kedua, isolate, asingkan kes untuk memutuskan rantaian. Ketiga, reduce, kurangkan risiko melalui SOP dan kebersihan; dan Keempat, understand, tingkatkan kesedaran dan pendidikan awam.

Di samping itu juga, adalah perlu perkara cadangan dan pendekatan berikut. Pertama, pengukuhan sistem digital pemantauan penyakit. Kedua, tingkatkan penguatkuasaan kebersihan dan kawalan vektor; dan Ketiga, luaskan kempen kesedaran berterusan.

Yang Berhormat Pengerusi.

Kaola ingin pencerahan mengenai dengan perkara ini. Pertama, apakah strategi terkini kementerian dalam memperkukuhkan sistem pengesanan awal bagi menangani penyakit berjangkit dengan lebih pantas? Yang kedua, sejauh mana kesiapsiagaan negara dalam menghadapi kemunculan wabak baharu dan/atau genetik? Yang ketiga, adakah kementerian mempunyai perancangan untuk mengintegrasikan teknologi digital atau AI dalam pemantauan dan ramalan penularan penyakit? Empat, bagaimanakah keberkesanan program kawalan vector seperti denggi dinilai dan apakah langkah-langkah penambah baik yang dirancangkan? Sekian terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusi​

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman.

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman​

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih juga kepada Yang Berhormat Menteri Kesihatan atas perkongsian maklumat, perkongsian mengenai pencapaian Kementerian Kesihatan dan perancangan serta hala tuju kementerian petang kemarin.

Alhamdulillah, Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam terus menerus menitikberatkan penjagaan kesihatan di negara ini dan menyediakan kemudahan yang cukup semuanya dari segi prasarana, mahupun dari segi pakar-pakar dan kakitangan perubatan. Perkara ingin kaola timbulkan pertama, ialah kaola melihat keadaan hospital RIPAS yang setiap hari sesak dengan pengunjung, pesakit terutama di kawasan kaunter pendaftaran. Apakah usaha pihak Kementerian Kesihatan untuk mengurangkan kesesakan ini? Di bawah Tajuk 1203-002 Blok Baru Hospital RIPAS akan dibangunkan.

Adakah ini akan mengurangkan ataupun bertujuan mengurangkan kesesakan yang ada sekarang? Adakah kesesakan disebabkan oleh kekurangan kakitangan di frontline di meja hadapan? Seterusnya, kaola ingin juga bertanya mengenai kekurangan pakar dan doktor yang menyebabkan queue yang panjang untuk membuat perjanjian dengan doktor dan pakar. Perkara ini pernah disentuh sebelum­nya, tapi nampaknya perkara itu masih belum dapat diatasi. Kaola ingin bertanya berapakah kadar pakar dan doktor tempatan dan luar negeri yang berhenti dari berkhidmat dengan kerajaan dan berapakah kadar kemasukan doktor baru bagi setiap tahun dan sejauh manakah kejayaan kita mendatangkan doktor dari luar negeri untuk berkhidmat di negara ini.

Ketiganya, Kaola ingin menimbulkan sedikit mengenai dengan kebimbangan mengenai keberkesanan pengurusan Program Saringan Penyakit-Penyakit Tidak Berjangkit yakni Non-Communicable Diseases yang kepada setengah-setengah pesakit dalam mana apabila mereka didiagnose mereka telah didapati di stage 4 ataupun di hujung-hujung nyawa sudahlah. Kaola ingin bertanya, sejauh manakah kita dapat mendidik orang ramai mengenai dengan early sign ani bah, how to detect early sign ani supaya apabila ada early sign itu mereka segera berjumpa doktor dan tidak membiarkannya sehingga sampai kesaat-saat akhir. Kaola dalam melihat perkara ini Kaola dapati sebanyak 75 peratus daripada kematian ialah disebabkan oleh Non-Communicable Diseases ani.

Seterusnya, yang keempat, soalan Kaola yang terakhir ialah mengenai dengan Tajuk 1203/003 iaitu sebanyak BND54,235 juta telah diperuntukkan untuk menaik taraf Hospital Suri Seri Begawan Kuala Belait. Adakah kerja-kerja ini termasuk menangani masalah banjir yang dari masa ke semasa menjejaskan fungsi hospital? Masalah banjir ini sebenarnya bukanlah baru tetapi hingga hari ini masalah itu masih satu masalah yang besar kepada penduduk di Kuala Belait apabila mereka hendak ke hospital.

Sekian, Yang Berhormat Pengerusi. Terima Kasih.

Yang Berhormat Pengerusi​

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof.

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof​

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Mula-mula kaola ingin menyentuh Petunjuk Prestasi Utama, SM01A, Kepuasan Hati Pesakit yang disenaraikan oleh Kementerian Kesihatan. Adalah memegahkan berdasarkan kepada KPI terdahulu kepuasan hati pelanggan bagi perkhidmatan kesihatan dan fasiliti di Kementerian Kesihatan telah dicatatkan sebanyak 90 peratus bagi tahun 2023/2024 menunjukkan komitmen dan usaha yang tinggi pihak kementerian dalam memastikan rakyat penduduk negara ini menerima perkhidmatan kesihatan.

Walau bagaimanapun, bagi sesi 2026/2027, kementerian ini telah pun memperkenalkan satu Petunjuk Prestasi baru iaitu Patient Satisfaction dengan sasaran 70 peratus bagi tahun 2026/2027 yang nampaknya mencerminkan seolah-olah ada penurunan kepuasan pesakit bagi tahun 2024/2025. Memandangkan kepuasan hati pesakit adalah satu penanda aras utama bagi menilai tahap kualiti perkhidmatan kesihatan, dipohonkan penjelasan Kementerian Kesihatan, apakah tatacara pendekatan, penambahbaikan malahan meningkatkan lagi kualiti dan efisiensi perkhidmatan kesihatan yang masih lagi sering kitani dengar isu-isu menjaga kepuasan hati seperti pesakit menunggu lebih lama untuk dipindah ke wad-wad bagi rawatan seterusnya, kualiti rawatan, interaksi dengan kakitangan dan facilities yang kurang memuaskan dan kekurangan profesional kesihatan doktor dan jururawat.

Keduanya, ingin kaola menyentuh di sini tentang Kod 004/009 Perkhidmatan Kejururawatan di mana kaola melihat di sini peruntukan pada tahun 2026/2027 telah menurun daripada kurang lebih BND12 juta pada tahun 2025/2026 kepada BND10,642 juta. Seperti yang kitani maklumi, Perkhidmatan Kejururawatan berperanan penting yang menjadi tulang belakang untuk mendukung perkhidmatan kepakaran dan doktor kepada perkhidmatan dan kesihatan negara.

Dalam waktu yang sama, yang difahami jumlah jururawat adalah tidak mencukupi untuk menampung semakin bertambahnya keperluan pesakit untuk memberi rawatan kesihatan. Dan juga apa yang kitani sudah dengar mengikut kenyataan Yang Berhormat Menteri Kesihatan iaitu nisbah profesional kesihatan di negara ini hanyalah satu ribu penduduk kepada enam jururawat malahan apa yang diakui yang diiktiraf dan dikomen oleh WHO ialah satu ribu penduduk dengan nisbah 3.6 hingga 3.9, kalau sekiranya saya silap, terus betulkan.

Berhubung dengan peruntukan yang dimaksudkan, kaola mohon pencerahan tidakkah ada implikasi atau negative impact khususnya berpotensi menjejaskan kualiti dan keberkesanan terbaik dalam perkhidmatan kesihatan dan adakah cara-cara pada masa ini untuk kitani memastikan bahawa mengekalkan perkhidmatan kejururawatan itu adalah yang terbaik dengan tidak menjejaskan kesejahteraan dan kebajikan dan kadang kala kaola sendiri melihat jururawat ini terlampau overloaded dalam kerja-kerja mereka apatah lagi menjaga pesakit yang banyak terutama sekali dalam ICU dan CCU.

Seterusnya, kaola ingin di sini menyoalkan tentang 00400 iaitu, maaf kaola Pehin, berhubung dengan Pembangunan Sumber Manusia. Peruntukan di bawah kategori ini juga menunjukkan penurunan iaitu daripada BND1.216 juta kepada BND1.1 juta memberikan impak kepada perancangan career development dan perkembangan sumber tenaga manusia terutama sekali yang berkaitan dengan berkemahiran pengetahuan serta kompeten yang relevan di kalangan profesional.

Persoalannya, adakah penurunan peruntukan ini mendatangkan impak dan kesan negatif terhadap penjagaan sumber tenaga manusia terutama sekali menjejaskan peluang di kalangan profesional kesihatan seperti pakar perubatan, pegawai perubatan, jururawat dan help professional dalam sama-sama sangat-sangat diperlukan untuk meningkatkan kualiti kesihatan yang profesional berkepakaran dalam jurusan masing-masing. Ini sekaligus dengan bertambahnya pelbagai kepakaran profesional di kalangan anak tempatan sudah setentunya berupaya untuk mengambil alih jawatan-jawatan dipegang oleh pegawai-pegawai dari luar negeri.

Dapat kaola menyentuh satu tajuk lagi Yang Berhormat Pengerusi? Kalau dibenarkan Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusi​

(Yang Berhormat Pengerusi membenarkan dengan isyarat)

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof​

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Kaola di sini ingin menyentuh berhubung dengan Tajuk Perkhidmatan iaitu Tajuk Penyelenggaraan dan Pembaikan Aset.

Dalam tajuk ini, adalah sangat mustahak semua sekali alat-alat atau pun pemeliharaan yang memerlukan pembaikan dan juga penggantian bagi memastikan semua sekali perkhidmatan-perkhidmatan kesihatan dan maintenance akan dapat meneruskan apa jua perkhidmatan-perkhidmatan yang memerlukan. kaola juga ingin seperti yang dimaklumi bahawa juga disediakan di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha kontingensi utiliti seperti tangki-tangki air yang mencukupi dan genset elektrik. Apa yang kaola ingin timbulkan di sini, baru-baru ini Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha telah berhadapan dengan gangguan utiliti seperti yang kaola maksudkan, air dan elektrik yang telah menjejaskan sedikit sebanyak operasi perkhidmatan kesihatan di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha.

Sehubungan dengan ini, kaola memohon penjelasan daripada pihak kementerian sejauh manakah tahap menambahbaikkan, kesiapsiagaan serta langkah-langkah kontingensi yang lebih reliable oleh pihak kementerian dan pengurusan hospital bagi memastikan perkhidmatan kesihatan dapat diteruskan dengan lancar serta tidak menjejaskan keselamatan dan kesejahteraan pesakit. Adakah juga pegawai-pegawai yang ditugaskan dalam memelihara aset ini berkeupayaan dan juga mempunyai kemahiran-kemahiran dan selalunya sentiasa memantau keadaan-keadaan bagi memastikan semua sekali aset-aset di hospital kerajaan ini terjaga dan terpelihara.

Atu saja barangkali Yang Berhormat Pengerusi kaola ingin nyatakan di sini. Kaola sekali memohon maaf kerana lewat daripada tempoh yang ditetapkan. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusi​

Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan.

Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan​

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Yang Berhormat Pehin Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian.

Kaola ingin menyentuh satu isu yang semakin membimbangkan dan memerlukan perhatian serius iaitu kesihatan mental dalam kalangan rakyat khususnya generasi muda di Negara Brunei Darussalam. Berdasarkan data terkini, didapati bahawa jumlah individu yang mendapatkan perkhidmatan kesihatan mental semakin meningkat dengan ketara sebagai contoh; lebih 13,000 individu telah mendapatkan rawatan kesihatan mental pada tahun 2023 hingga tahun 2024.

Menunjukkan peningkatan sekitar 17 peratus berbanding tahun sebelumnya rujukan BorneoBulletin.bn malah laporan sebelum ini juga menunjukkan bahawa sekitar 7,000 kes melibatkan individu yang menerima rawatan kesihatan mental termasuk dalam kalangan remaja dan belia. Dengan tren yang semakin meningkat setiap tahun, rujukan The Morgan Project. Di samping itu, kes gangguan kebimbangan, anxiety turut menunjukkan peningkatan daripada 1,515 kes pada tahun 2021 kepada 1,637 kes pada tahun 2022 dan keadaan ini turut disertai dengan peningkatan kes kemurungan dan gangguan bipolar, rujukan Borneo Bulletin.

Yang Berhormat sekalian. Statistik ini jelas menunjukkan bahawa isu kesihatan mental bukan lagi isu terpencil tetapi telah menjadi cabaran kesihatan awam yang semakin serius dan meluas. Lebih membimbangkan, golongan yang paling terkesan adalah generasi muda khususnya mereka yang berada dalam lingkungan usia awal 20-an yang berdepan dengan tekanan hidup yang semakin kompleks.

Antara faktor utama yang menyumbang kepada keadaan ini termasuklah tekanan pekerjaan dan ketidakstabilan ekonomi khususnya bagi golongan belia yang baru memasuki alam pekerjaan....

Yang Berhormat Pengerusi​

Yang Berhormat.....Yang Berhormat, apakah soalannya?

Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan​

Sehubungan dengan itu, saya ingin memohon pencerahan daripada Yang Berhormat Menteri Kesihatan, apakah langkah-langkah komprehensif yang sedang dan akan dilaksanakan oleh pihak kementerian dalam meneliti kes peningkatan kesihatan mental khususnya dalam generasi muda yang terkesan akibat tekanan pekerjaan, pembebanan kewangan dan cabaran kehidupan masa kini dan seterusnya sejauh manakah keberkesanan pendekatan sedia ada dalam mengurangkan stigma masyarakat terhadap kesihatan mental serta meningkatkan akses kepada perkhidmatan, sokongan psikologi yang lebih mudah, cepat dan mesra rakyat.

Kaola berpendapat bahawa isu kesihatan mental ini perlu ditangani melalui pendekatan yang lebih menyeluruh melibatkan seluruh negara, whole of nation approach kerana kesihatan mental rakyat adalah asas kepada kestabilan social, kemajuan ekonomi dan masa depan negara. Sekian, Wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi ta'ala wabarakatuh.

Yang Berhormat Pengerusi​

Yang Berhormat Dayang Chong Chin Yee.

Yang Berhormat Dayang Chong Chin Yee​

Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi. Kaola ingin menyentuh mengenai dengan Kod 006/001 dan Kod 006/002 iaitu proram promosi kesihatan bagi golongan dewasa dan warga emas serta kanak-kanak dan remaja. Dengan peruntukkan melebih BND2 juta, kaola memahami bahawa lebih daripada 80 peratus telah diperuntukkan kepada Emolumen.

Dalam hal ini, kaola mohon penjelasan daripada pihak kementerian mengenai bagaimana baki peruntukkan tersebut diagihkan. Seterusnya pada tahun 2023, Kementerian Kesihatan telah menyatakan bahawa usaha berterusan untuk menubuhkan Behavioral iIsight Unit dengan kerjasama World Health Organisation, bolehkah pihak kementerian memberi perkembangan terkini mengenai status inisiatif ini serta bagaimanakah pendekatan behavioral insight telah diaplikasikan dalam perancangan program dan dasar.

Memandangkan adanya peningkatan berterusan bagi penyakit berkaitan gaya hidup seperti obesiti, diabetes dan kurangnya aktiviti fizikal, walaupun berbagai usaha, kesedaran dan saringan telah dilaksanakan sejauh manakah pendekatan pencegahan sedia ada telah berkembang melangkaui pendekatan berasaskan penyampaian maklumat dan bagaimanakah sains tingkah laku, reka bentuk persekitaran serta dasar huluan diintegrasikan bagi menangani faktor sosial dan struktur yang mempengaruhi tingkah laku yang tidak sihat.

Dalam masa yang sama, seiring dengan tren penuaan penduduk, isu demensia dan kemerosotan kognitif dijangka akan menjadi cabaran kesihatan awam yang semakin ketara. Memandangkan pengesanan awal dan intervensi dapat membantu melambatkan perkembangan serta mengurangkan beban jangka panjang, adakah pihak kementerian telah mempertimbangkan pelaksanaan saringan kognitif secara rutin dan berstruktur, khususnya bagi warga emas tertentu dan golongan berisiko tinggi?

Akhir sekali, dalam menghadapi peningkatan keperluan penjagaan warga emas pada masa depan, apakah bentuk perancangan dan penyelarasan yang sedang dilaksanakan antara Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan bagi memperkukuh kapasiti tempatan dalam bidang gerontologi, kajian penuaan dan penjagaan warga emas, demi memastikan kesiapsiagaan tenaga kerja bagi dekad-dekad yang akan datang. Itu saja soalan-soalan dari saya, sekian terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusi​

Yang Berhormat Awang Haji Md. Salleh bin Haji Othman.

Yang Berhormat Awang Haji Md. Salleh bin Haji Othman​

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Koala ingin mengalih perhatian kepada satu perkara yang amat penting tetapi sering kali kurang diberi penekanan secara menyeluruh iaitu perlindungan kebajikan pekerja kesihatan oleh skim insuran yang komprehensif.

Pekerja kesihatan bukan sahaja berkhidmat di barisan hadapan malah mereka terdedah kepada perkara berisiko yang jauh lebih tinggi berbanding sektor lain. Ini jelas, menunjukkan bahawa profession kesihatan adalah di antara paling berisiko tinggi bukan saja dari segi fizikal tetapi juga mental dan emosi.

Ini menunjukkan bahawa perlindungan insuran bukan lagi pilihan tetapi suatu keperluan asas dalam sistem kesihatan moden. Sehubungan dengan itu, Koala ingin bertanya, adakah kementerian mempunyai perancangan untuk memperkenalkan skim insuran khas yang lebih komprehensif bagi pekerja kesihatan merangkumi perlindungan kesejahteraa pekerjaan penyakit berjangkit serta sokongan kesihatan mental dan seterusnya bagaimanakah kementerian memastikan kebajikan pekerja kesihatan terus terpelihara agar mereka dapat memberikan perkhidmatan terbaik tanpa dibebani risiko peribadi yang tinggi. Sekian terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusi​

Ahli-ahli Yang Berhormat. Sekarang saya akan memberikan laluan kepada Yang Berhormat Menteri Kesihatan untuk memberikan ulasannya berhubung dengan perkara-perkara yang telah ditimbulkan oleh enam orang Ahli Yang Berhormat mengenai dengan Belanjawan Kementerian Tajuk Kementerian Kesihatan. Silakan Yang Berhormat Dato.

Yang Berhormat Menteri Kesihatan​

Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi. Pertama sekali, kaola akan menjawab soalan daripada Yang Berhormat Awang Haji Mohamad Danial @ Tekpin bin Yaákub mengenai kawalan penyakit berjangkit. Banyak anak-anak soalannya. Izinkan kaola, terutama sekali, terima kasih atas pertanyaan Yang Berhormat Awang Haji Mohamad Danial @ Tekpin bin Yaákub. Jadi, Kementerian kesihatan sentiasa komited dalam memperkukuh sistem pengesanan awal penyakit berjangkit di negara ini. Pada masa ini, sistem surveilan penyakit berjangkit kita beroperasi melalui beberapa mekanisme utama.

Pertama, sistem laporan penyakit berjangkit dibawah perintah penyakit berjangkit mewajibkan semua pengamal perubatan dan makmal melaporkan kes-kes penyakit berjangkit yang diwartakan kepada Pusat Kawalan Penyakit ataupun CDC di Jabatan Perkhidmatan Aam Sekitar. Laporan ini disokong oleh Sistem Surveilan Kesihatan Awam ataupun Public Health Surveillance System, PHS yang membolehkan pengumpulan, analisis dan pemantauan data kes penyakit berjangkit secara hampir masa nyata ataupun near real time. Sistem PHS ini membolehkan pengesanan trend dan kluster kes dengan lebih pantas seterusnya mempercepatkan tindak balas kesihatan awam;

Kedua, bagi mengukuhkan lagi keupayaan pengesanan awal, kementerian sedang melaksanakan sistem Electronic Public Health Emergency Management, EPHEM dengan sokongan teknikal daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia, WHO. Sistem EPHEM ini merupakan platform evidence-based surveillance yang melengkapkan sistem PHS sedia ada dengan membolehkan pengesanan isyarat awal wabak daripada pelbagai sumber, termasuk maklumat daripada komuniti dan media. Sebuah bengkel latihan pakar bersama WHO dari WPRO dijadualkan pada bulan Mei tahun ini bagi melatih pegawai-pegawai kesihatan awam dalam penggunaan sistem ini;

Ketiga, kapasiti makmal kita turut diperkukuh melalui makmal rujukan kebangsaan yang mampu menjalankan ujian diagnostik bagi pelbagai patogen berjangkit termasuk ujian molecular dan genomic bagi menyokong pengesanan dan pengesahan wabak dengan lebih pantas. Di peringkat antarabangsa, Brunei Darussalam kekal aktif sebagai pusat tumpuan kebangsaan bagi Peraturan Kesihatan Antarabangsa ataupun IHR dan terus bekerjasama rapat dengan WHO serta rangkaian surveillance serantau ASEAN bagi pengongsian maklumat dan amaran awal.

Seterusnya. Okay, tersalah tekan Pehin hilang tia semua (ketawa kecil), sekejap Yang Berhormat Pengerusi ah.

Tapi apa yang penting dalam pengesanan awal ani ialah orang ramai sama-sama bertanggungjawab untuk memastikan keadaan sekeliling sentiasa bersihlah. Jadi ani bukan saja, apa ni, Kementerian Kesihatan, jadi perlu kerjasama dari semua orang. Dan seterusnya, kajap ah, mengenai kesiapsiagaan menghadapi kemunculan wabak. Jadi negara kitani dalam menghadapi kemunculan wabak baharu dan zoonotik ini adalah merupakan keutamaan utama kementerian ini. Pendekatan Kementerian Kesihatan merangkumi beberapa komponen utama seperti:

Pertama, Negara Brunei Darussalam mempunyai National Action Plan for Health Security yang menggariskan langkah-langkah strategik bagi mengukuhkan keupayaan teras kesihatan awam dalam mengesan, menilai dan bertindak balas terhadap ancaman kesihatan termasuk kemunculan wabak baru dan zoonotik dan ini dibangunkan selaras dengan keperluan peraturan kesihatan antarabangsa seperti saya maklumkan sebelum ini IHR dan dikemaskini berdasarkan pengajaran daripada pengalaman pandemik COVID-19 serta latihan simulasi yang dijalankan;

Kedua, Kementerian Kesihatan mengamalkan pendekatan One Health yang mengambil kira hubungkait antara kesihatan manusia, haiwan dan alam sekitar. Dalam hal ini, Kementerian Kesihatan telah menganjurkan Zoonotic Diseases Prioritization Workshop bersama agensi-agensi berkaitan merentasi sektor kesihatan manusia, kesihatan haiwan dan alam sekitar bagi mengenal pasti penyakit zoonotic yang menjadi keutamaan bagi Negara Brunei Darussalam. Pendekatan One Health ini disokong oleh Zoonotic Joint Task Force yang telahpun beroperasi bagi penyakit-penyakit keutamaan seperti Rabies dan Avian Influenza dan akan diperluaskan peranannya kepada penyakit-penyakit zoonotik keutamaan lain yang telah dikenal pasti; dan

Ketiga, dari segi kapasiti tindak balas Kementerian Kesihatan mengekalkan stok simpanan strategik kelengkapan perlindungan diri ataupun PPE, anti-viral dan bekalan perubatan kritikal. Pasukan Tindak Balas Pantas Wabak sentiasa berada dalam keadaan bersedia dan menjalani latihan secara berkala.

Seterusnya mengenai dengan integrasi AI, dalam pemantauan. Kementerian Kesihatan mengiktiraf potensi besar teknologi digital dan AI dalam memperkukuh pemantauan dan ramalan penularan penyakit dan beberapa inisiatif sedang dilaksanakan ke arah ini. Eh, ini sudah saya jawab tadi.

Pertama sekali ialah seperti saya nyatakan tadi sistem EPHEM yang sedang dilaksanakan dengan sokongan WHO merupakan satu platform digital yang membolehkan pemantauan dan pengurusan kajian kesihatan awam secara elektronik dan sistematik. Dan ini merupakan satu langkah penting ke arah pendigitalan sistem surveillance;

Kedua, Kementerian Kesihatan melalui Pusat Kawalan Penyakit, CDC telah membangunkan dashboard AMR kebangsaan yang kini beroperasi dan sedang melalui proses pengesanan data or validation. Dashboard ini memantau corak rintangan antimikrob bagi patogen-patogen utama secara masa nyata. Membolehkan pengesanan awal tren rintangan yang membimbangkan dan menyokong penggunaan antibiotik secara berhemat. Ini merupakan inisiatif pertama seumpamanya di Negara Brunei Darussalam; dan

Ketiga, kesihatan sistem surveillance, kesihatan awam, OPHS yang saya nyatakan tadi. Yang sedia ada sudahpun mempunyai keupayaan descriptive analytics yang membolehkan pengesanan petunjuk awal wabak. Kementerian sedang berusaha untuk mempertingkatkan keupayaan sistem ini ke arah predictive analytics bagi membolehkan ramalan tren penyakit berjangkit dengan lebih awal;

Keempat, dari segi penggunaan AI, Negara Brunei Darussalam sudahpun terlibat dalam inisiatif serantau melalui ASEAN Biological Threat Surveillance Centre yang menggunakan keupayaan AI dalam horizon scanning bagi mengesan ancaman biologi yang muncul. Kementerian merancang untuk mempertingkatkan lagi penggunaan AI ini dengan menyesuaikan keupayaan tersebut kepada keperluan dan persekitaran Brunei Darussalam; dan

Kelima, pembangunan kapasiti pegawai-pegawai kesihatan awam dalam bidang sains data dan analitik juga diberi penekanan melalui latihan bersesuaian yang disediakan di dalam dan luar negeri.

Dan seterusnya, saya ingin menjawab soalan daripada Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman mengenai kesesakan orang ramai. Yang Berhormat Pengerusi, usaha mengurangkan kesesakan sekarang di pendaftaran di Hospital RIPAS ini memang bukan satu perkara yang baru dan Kementerian Kesihatan pun di fasiliti-fasiliti kesihatannya sentiasa mereview dan mengemaskini di mana antara inisiatif yang telahpun dilaksanakan adalah menggunakan aplikasi BruHealth bagi membuat temujanji dan juga membuat pembayaran pendaftaran.

Selain daripada itu pihak Kementerian Kesihatan juga di dalam pelan induk Hospital RIPAS serta review ada membuat perancangan bagi pengubahsuaian layout Bahagian Pendaftaran Farmasi Pesakit, Jabatan Kecemasan serta klinik pakar yang tertentu Bagi memastikan proses ataupun pengalaman pesakit ani sentiasa selesa dan aktif, efektif. Jadi untuk menambah dari segi BruHealth ani, Yang Berhormat Pengerusi, di sana boleh membuat tempahan temujanji dan membuat pembayaran seperti saya nyatakan. Jadi di sana bila membuat time untuk membuat perjanjian atu pukul 9, so orang atu inda payah datang pukul 7, jadi ia datang mungkin setengah jam sebelum perjanjian dan bila ia mengesan dengan QR Code nya ia akan memberitahu berapa lama lagi akan menunggu.

Jadi diharap orang ramai menggunakan sistem ini. Jadi tidaklah perlu beramai-ramai menunggu awal kerana kalau perjanjian pukul 10 jangan datang semua pukul 7. So inilah di antara sebab keadaan sesak kadang-kadang dan diharap dengan QMS sistem ani yang di mana bukan saja di hospital, ia diadakan di klinik-klinik kesihatan yang lain jua. Diharap ia akan memudahcara dan mengurangkan kekurangselesaan orang ramailah terutama sekali dalam masa menunggu. Ini adalah salah satu inisiatif yang dijalankan baru ini di pusat-pusat kesihatan.

Mengenai dengan berapa orang doktor berhenti, berapa masuk, masa ini kaola inda dapat tidak ada statistik yang terbaru, tapi sebelum ini saya ada menerangkan masa ini ada seramai 850 orang doktor. 55 peratus antaranya adalah rakyat tempatan. Beberapa faktor menyebabkan kenapa orang berhenti, terutama sekali ialah dari segi revenue income, kadang-kadang kalau ada negeri lain, tempat lain memberi lebihan dari segi pendapatan, of course kadang-kadang orang inda juga dapat dilarang untuk berhenti.

Seterusnya is the flexibility of hours. Disebabkan orang berhenti ini ialah masa ini kitaani belum ada flexible working hours kerana sebahagian daripada yang berhenti ini adalah ibu bapa yang memerlukan lebih perhatian kepada anak-anak mereka, jadi mereka memerlukan flexible hours. Itulah sebahagian sebab kenapa ia berhenti. Sebahagiannya ialah ingin to explore the world, so they go abroad and experience more things and hopefully they do come back in future ke negara kitani terutama sekali local doktors untuk memberi lebih khidmat kepada negara kitani.

Keberkesanan dari NCD, I think kaola ada menerangkan dalam ulasan kaola. Alhamdulillah, dalam usaha kerajaan dalam setahun dua ani, the screening uptake has improved alot, terutama sekali dari segi cervical screening. Ia telah meningkat dengan drastik dan ia juga telah mengesan lebih banyak tanda-tanda awal yang boleh menyebabkan penyakit lebih teruk lagi. Selain itu retinopathy screening juga, yang saya kaola sebutkan sebelum ini berbanding dengan dulu, dalam masa dua tahun saja, almost 2600 orang disaring. Ani mengenal pasti 10 peratus daripadanya tanda-tanda awal yang boleh menyebabkan kebutaan kepada penglihatan.

So, dengan saringan awal ani boleh mencegah seseorang itu daripada penyakit buta. Begitu jua dengan breast cancer, dengan ease of access to screening melalui BruHealth, pemeriksaan saringan breast cancer pun improves sebanyak 75 peratus dibandingkan dengan beberapa tahun sebelumnya. Begitu jua dengan cardiovascular dan dengan colorectal. Jadi saringan menunjukkan keberkesanannya walaupun baru beberapa tahun telah terbukti di mana saringan awal ini telah menunjukkan early diagnosis dan insya Allah, tunjuk arah di mana nisbah kematian disebabkan NCD ini akan menurun.

Tapi nisbah ini akan mengambil masa. Ia akan mengambil masa maybe 10 to 15 years baru nampak effectnya because yang masa ini, walaupun screening, yang disebutkan tadi ada stage 4 maksudnya the screening is a bit late lah.

So, now dengan ada guideline yang lebih komprehensif dan access to the guideine is easier melalui Bruhealth, all the NCDs seperti yang kaola terangkan tadi terutama kanser apa ni akan menunjukkan kesannya dalam, insya Allah 10 tahun akan datang penurunan, kalau inda lebih awal. So, atu saja Yang Berhormat Pengerusi yang sempat kaola jawab, soalan yang dikemukakan. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusi​

Terima kasih Yang Berhormat Menteri Kesihatan. Jadi Tajuk-Tajuk SM01A di bawah Kementerian Kesihatan ini yang sudah kita bahaskan, sekarang sudah sedia untuk kita undi. Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju, sila angkat tangan.

(Semua Ahli mengangkat tangan tanda bersetuju)

Terima kasih. Ahli-Ahli Yang Berhormat. Nampaknya semua Ahli bersetuju, maka tajuk ini diluluskan.

Yang Mulia Jurutulis​

Tajuk SM01A dijadikan sebahagian daripada Jadual.

Yang Berhormat Pengerusi​

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Alhamdulillah, saya kira cukup dulu kita berunding dan berbincang pada hari ini, ada baiknya Mesyuarat Jawatankuasa ini ditangguhkan dan kita bersidang semula dalam Persidangan Majlis Mesyuarat Negara.

(Mesyuarat Jawatankuasa ditangguhkan)

(Majlis Mesyuarat bersidang semula) ### Yang Berhormat Yang Di-Pertua

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kita bersidang semula di Persidangan Majlis Mesyuarat Negara. Saya kira cukuplah dulu kita bersidang pada hari ini. Saya cadangkan supaya mesyuarat kita ini kita ditangguhkan. Insya Allah, kita akan bersidang semula esok, hari Khamis, 19 Mac 2026 mulai jam 09.30 pagi.

Sekian, Wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh.

(Majlis Mesyuarat ditangguhkan)

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.