Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Source: https://www.majlis-mesyuarat.gov.bn/wp-content/uploads/2026/03/9.-Edited-Penyata-Rasmi-hari-Kesembilan-Rabu-25-Mac-2026-Pagi-Ms.1-45.pdf

HARI KE-9 PAGI

Rumusan Bacaan

📖 Masa membaca: 71 minit
📊 Bilangan kata: 14,229 kata

25HB MAC 2026 PAGI​

(Mesyuarat mula bersidang pada pukul 9.30 pagi)

Yang Mulia Jurutulis​

Bismillahir Rahmanir Rahim. Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Ke-22, Majlis Mesyuarat Negara bersidang pada hari kesembilan pada hari ini, Rabu 5 Syawal 1447 Hijrah bersamaan 25 Mac 2026 Masihi didahului dengan Doa Selamat.

DOA SELAMAT​

(Doa Selamat dibacakan oleh Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Awang Haji Mat Jaya bin Ibrahim).

Yang Berhormat Yang Di-Pertua​

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala kerana dengan limpah rahmatNya jua kita dapat berkumpul bersama-sama hadir pada pagi ini untuk bersidang bagi hari kesembilan dalam Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Ke-22 Majlis Mesyuarat Negara. Selawat serta salam ke atas Junjungan Besar kita Sayyidina Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kaum kerabat, para sahabat serta pengikut-pengikut Baginda yang taat lagi setia hingga ke akhir zaman.

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Sesudah kita meraikan Aidilfitri maka kita memasuki mesyuarat kita pagi ini dengan semangat yang saya harap berkobar-kobar untuk menyelesaikan masalah yang terdapat di hadapan kita tepat pada waktunya.

Jadi dengan itu untuk tidak membuang masa lagi saya mulakan hari ini dengan urusan mesyuarat seterusnya.

Yang Mulia Jurutulis​

Waktu Pertanyaan bagi Jawab Lisan.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua​

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kita sekarang beralih kepada waktu pertanyaan dan sebagaimana lazimnya waktu ini kan dibuka untuk Ahli-Ahli Yang Berhormat yang telah menghantar soalan-soalan secara lisan dan akan dijawab secara lisan oleh Yang Berhormat Menteri-Menteri yang berkenaan.

Di hadapan kita sekarang terdapat senarai pertanyaan yang dikemukakan. Saya mulakan dengan soalan pertama dari Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman yang ditujukan kepada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II, silakan Pehin.

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II​

Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Kaola terlebih dahulu mengambil kesempatan awal yang istimewa ini untuk sekali lagi menyampaikan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin, hari kemenangan bagi seluruh umat kaum muslimin muslimat setelah mengerjakan ibadah fardhu puasa di bulan Ramadhan. Semoga puasa dan amalan-amalan kitani di bulan Ramadhan diterima oleh Allah Subhanahu Wata'ala dan kita dikurniakannya keampunan atas segala dosa-dosa kita.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman di atas pertanyaan mengenai jika terdapat kajian berkenaan peningkatan mutu perkhidmatan awam yang melibatkan orang ramai berkenaan penyerapan dan penggunaan digital transformation dalam perkhidmatan awam. Jabatan Perkhidmatan Pengurusan, MSD di Jabatan Perdana Menteri telah melaksanakan inisiatif pemedulian perkhidmatan awam sejak Julai 2025.

Inisiatif ini melibatkan penyertaan orang ramai dalam menilai kualiti penyampaian perkhidmatan agensi-agensi kerajaan berasaskan pengalaman pengguna, user experience yang memfokuskan kepada 5 kriteria penilaian iaitu Pertama, mudah mendapatkan maklumat. Kedua, menepati tempoh dijanjikan. Ketiga, etika dan layanan. Keempat, kualiti produk, dan terakhir, perkhidmatan dan pengalaman terkini. Pemedulian juga berupaya menjana data untuk mengetahui kepuasan hati pelanggan yang menerima perkhidmatan secara dalam talian, online mahupun kaunter.

Sukacita dikongsikan setakat Februari 2026, responden orang ramai telah mencatatkan 84.4 peratus tahap kepuasan hati pelanggan. Untuk makluman Yang Berhormat jua setakat ini sebanyak 79.2 peratus responden berpuas hati dengan penyampaian perkhidmatan secara online. Pencapaian ini akan dijadikan sebagai baseline untuk menilai peningkatan kepuasan hati orang ramai terhadap penyampaian perkhidmatan secara dalam talian.

Sebagai langkah ke hadapan, pihak kerajaan melalui pendekatan secara whole of government yang diterajui oleh Pusat Kebangsaan E-Kerajaan, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi akan terus berkolaborasi dengan MSD dan IPA untuk membudayakan dan memandatorikan pendekatan Business Process Improvement, BPI bagi setiap perkhidmatan yang akan didigitalkan.

Pendekatan ini melihat keperluan untuk membuat penilaian yang lebih fokus dan bersepadu berkaitan penerapan serta keberkesanan perkhidmatan digital selaras dengan usaha transformasi perkhidmatan awam yang lebih cekap, berimpak dan berteraskan rakyat.

Sekian sahaja yang dapat kaola sampaikan Yang Berhormat Yang Di-Pertua, terima kasih.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua​

Soalan yang kedua, Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan ditujukan kepada Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan​

Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Salam Aidilfitri, Minal Walfaidzin dan salam sejahtera. Terlebih dahulu izinkan kaola merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan atas soalan yang sangat tepat pada masanya mengenai peranan teknologi digital dalam menyokong pembangunan kemahiran, kebolehpasaran belia serta perkembangan ekonomi kreatif dan sukan digital atau e-sports.

Fokus utama Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan pada masa kini, adalah memastikan teknologi digital diterapkan secara holistik untuk memperkembangkan kemahiran belia dalam pelbagai bidang teknikal dan kreatif. Teknologi bukan sekadar alat bantuan, malahan merupakan pemacu utama yang mengubah cara belia belajar, cara bekerja dan menjana nilai ekonomi.

Kementerian komited bertindak sebagai pemudah cara atau enabler dengan menyediakan ekosistem yang menyokong bagi memastikan belia mempunyai akses yang luas kepada alatan serta platform teknologi yang terkini. Matlamat kementerian adalah untuk membina keupayaan belia supaya mereka mampu bersaing secara kompetitif bukan sahaja di peringkat domestik malahan di peringkat global.

Melalui Pusat Pembangunan Belia dan Program Artisan Skills, kementerian menawarkan kursus-kursus yang melahirkan tenaga kerja muda dengan kompetensi industri masa kini. Sehingga kini sebanyak 24 kursus telah dilaksanakan dengan penyertaan kira-kira 300 orang belia.

Kursus-kursus ini merangkumi bidang kritikal seperti Digital Graphic Design dan Multimedia Production, Laser Cutting and Digital Fabrication, Social Media Marketing serta asas-asas kecerdasan, buatan Artificial Intelligence dan pembangunan laman sesawang. Inisiatif ini membolehkan belia menterjemah, menterjemahkan kreativiti mereka kepada produk dan perkhidmatan digital yang mempunyai nilai pasaran yang tinggi.

Mengenai bidang e-sukan atau e-sports, kementerian melihat sektor ini melangkaui aktiviti rekreasi semata-mata. Dengan penguasaan teknologi ini, belia berupaya mencipta peluang ekonomi sendiri termasuk penglibatan dalam economy gig yang menawarkan penjanaan pendapatan lebih mampan dan fleksibel. Alhamdulillah, kontinjen e-sports Negara Brunei Darussalam telah memperolehi 7 pingat termasuk satu pingat emas semasa Sukan Malaysia, SUKMA 2024 di Sarawak.

Seterusnya, kaola mohon izin Yang Berhormat Yang Di-Pertua untuk menjunjung rakan kaola Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi bagi memberikan ulasan tambahan. Sekian terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.

(Yang Di Pertua memberikan isyarat bersetuju)

Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi​

Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan selamat pagi dan pada kesempatan ini, kaola juga ingin mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin kepada semua yang hadir di Dewan yang mulia ini.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Sukacita kaola ingin menyampaikan ulasan tambahan bagi menjawab pertanyaan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan berkenaan peranan teknologi digital dalam menyokong usaha memperluaskan sukan digital, e-sports. Dalam perkara ini, kaola ingin mengongsikan dari segi konteks khususnya industri permainan atau gaming industry, alhamdulillah sukacita dimaklumkan bahawa sudah terdapat produk permainan tempatan yang dibina oleh anak tempatan kitani sendiri yang telah berjaya mengharumkan negara dengan menyertai pertandingan di peringkat antarabangsa seperti Tikus Tales yang di reka bentuk oleh WilkGames yang mana telah menerima anugerah Perak di ASEAN Digital Awards 2025 seterusnya mewakili negara ke pertandingan Asia Pacific ICT Alliance pada tahun 2025 setelah mengikuti dan memenangi Brunei ICT Awards pada tahun yang sama.

Di samping itu, pihak AITI terus giat memperkukuh usaha dalam membangunkan bakat digital melalui pelbagai inisiatif seperti Coding with Smart Devices. Program ini memberikan pendedahan awal kepada generasi muda terhadap asas pengaturcaraan, pemikiran computational dan penggunaan teknologi secara kreatif.

Berhubung dengan pembangunan kapasiti digital para pelajar juga berpeluang membangun projek-projek digital secara interaktif melalui kefahaman pusat asas seperti logik pengaturcaraan dan pembangunan permainan digital, game development. Inisiatif ini adalah diharapkan akan dapat memupuk golongan generasi muda kita terhadap bidang teknologi dan seterusnya menyumbang kepada pembangunan bakat tempatan bagi menyokong pertumbuhan ekonomi digital Negara Brunei Darussalam.

Sekian Yang Berhormat Yang Di-Pertua saya kongsikan.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua​

Soalan yang ketiga dari Yang Berhormat Haji Awang Sulaiman bin Haji Nasir yang ditujukan kepada Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi.

Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi​

Terima kasih sekali lagi Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Kaola ingin memohon izin untuk menjawab dua soalan terus bersama iaitu bermula dari soalan tiga dan soalan empat yang mana kedua-duanya adalah mengenai perancangan perkembangan kenderaan EV.

Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Terima kasih Kepada Yang Berhormat Haji Awang Sulaiman bin Haji Nasir dan Yang Berhormat Awang Haji Md. Salleh bin Haji Othman yang mengajukan soalan-soalan berkaitan dengan kenderaan EV.

Sebelum menjawab persoalan tersebut, sukacita terlebih dahulu mengongsikan pelaksanaan Projek Rintis Kenderaan EV yang telah dilancarkan pada 18 Mac 2021 bagi tempoh selama 2 tahun yang mana telah berakhir pada bulan Mac 2023, yang mana telah membantu di dalam memberikan pendedahan berhubung penggunaan kenderaan elektrik.

Kelebihan-kelebihan penggunaan kenderaan elektrik dan peralatan pengecasan kenderaan elektrik serta menilai kebolehlaksanaan dan penerimaan orang ramai terhadap penggunaan kenderaan elektrik di pasaran domestik. Sepertimana jua Lengkung Penerimaan Teknologi atau Technology Adoption Curve yang mempunyai lima fasa.

Penerimaan kenderaan EV di negara ini sudah berpindah daripada peringkat kumpulan perintis kepada peringkat majoriti awal, early majority adopters. Fasa ini mewakili golongan pengguna pragmatik yang telah beralih kepada kenderaan elektrik setelah melihat bukti nyata tentang ketahanan bateri dan penjimatan kos penyelenggaraan.

Pada tahap ini, EV bukan hanya untuk peminat teknologi tetapi mula diterima sebagai pilihan pengangkutan yang diterima oleh masyarakat umum. Ini adalah berikutan testimoni atau bukti bahawa teknologi itu benar-benar berfungsi dan berbaloi. Peralihan ini juga telah dibantu oleh pengenalan kadar lesen kenderaan yang rendah berbanding dengan kenderaan enjin konvensional.

Kerisauan mengenai jumlah stesen pengecas awam yang tidak mencukupi, juga tidak menjadi penghalang disebabkan mod utama adalah pengecasan di rumah. Dengan sokongan stesen pengecasan yang disediakan oleh pengedar-pengedar kenderaan dan pemilik bangunan komersial di lokasi-lokasi terpilih juga membantu dengan penerimaan ini. Setakat Januari 2026, dalam lingkungan 2 ribu buah kenderaan PHEV dan EV sudah didaftarkan di Jabatan Pengangkutan Darat.

Dalam hubungan ini, kenderaan elektrik Hybrid Plug-in iaitu PHEV adalah yang paling popular kerana ia menawarkan pilihan terbaik bagi pemandu yang dalam fasa peralihan daripada kereta petrol tradisional kepada kenderaan elektrik sepenuhnya. PHEV merapatkan jurang antara enjin pembakaran dalaman, ICE dan kenderaan elektrik bateri dengan menyediakan kecekapan elektrik untuk kegunaan harian tanpa kekangan yang ada pada sebuah EV penuh.

Pada masa yang sama, pilihan model yang juga semakin bertambah serta harga kenderaan-kenderaan PHEV dan EV yang semakin lebih kompetitif. Setakat ini juga sejumlah 40 EV charging stations dan 45 charging points telah pun dipasang di tempat-tempat yang dikenal pasti dan menyediakan pelbagai tahap kemudahan yang merangkumi pengecasan khas untuk jenama tertentu, kegunaan orang ramai serta pemilihan pengecasan percuma atau yang berbayar.

Khususnya bagi Daerah Temburong, sepertimana pertanyaan Yang Berhormat Haji Awang Sulaiman bin Haji Nasir, buat masa ini di Temburong terdapat hanya satu stesen pengecas di The Abode Resort and Spa tetapi hanya bagi pemilik-pemilik jenama tertentu. Insya Allah, dengan meningkatnya penggunaan PHEV dan EV di Daerah Temburong, kemudahan pengecas mungkin akan bertambah.

Sekian dikongsikan perkembangan terkini mengenai kenderaan elektrik di negara ini. Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua​

Soalan yang kelima daripada Yang Berhormat Dayang Chong Chin Yee dan juga ditujukan kepada Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi.

Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi​

Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Terima kasih jua Yang Berhormat Dayang Chong Chin Yee yang menyentuh mengenai pengiktirafan undang-undang berkenaan tandatangan digital dan duti setem digital.

Bagi menjawab pertanyaan tersebut, kaola/saya sukacita ingin merujuk kepada perundangan Negara Brunei Darussalam yang berkaitan iaitu Electronic Transactions Act Chapter 196. Akta berkenaan antaranya memperuntukkan bahawa rekod komunikasi dan transaksi dalam bentuk elektronik mempunyai kesan perundangan yang setara dengan dokumen fizikal. Di dalam akta tersebut juga diperuntukkan dua jenis tandatangan iaitu tandatangan elektronik dan juga tandatangan digital. Di bawah Bab 8, akta tersebut memperuntukkan bahawa tandatangan elektronik memenuhi mana-mana peraturan dan undang-undang yang memerlukan tandatangan iaitu tandatangan elektronik boleh diterima secara sah sebagai satu bentuk tandatangan.

Bab 11, akta yang sama juga memperuntukkan bahawa kontrak elektronik adalah sah dan boleh dikuatkuasakan dan bersama dengan Bab 8 bermakna kontrak elektronik untuk tujuan rasmi dan komersial adalah sah dan boleh dikuatkuasakan di bawah undang-undang. Bagi tandatangan digital pula, Bab 19 di bawah akta tersebut menetapkan bahawa rekod elektronik yang ditandatangani dengan tandatangan digital dianggap selamat hanya jika tandatangan tersebut memenuhi syarat tertentu.

Seterusnya Bab 20 memperuntukkan pengiktirafan tandatangan digital yang membabitkan keperluan, keselamatan yang lebih tinggi. Termasuk penggunaan sijil dan kunci awam, public key serta kriptografi. Sepertimana yang dikongsi sebentar tadi, ini bermakna peruntukan di bawah Electronic Transaction Act telah menyediakan asas yang jelas bagi penggunaan tandatangan digital dalam urusan rasmi dan komersial termasuk pelaksanaan kontrak transaksi perniagaan, penyampaian perkhidmatan kerajaan secara dalam talian serta urusniaga tanpa kertas.

Walau bagaimanapun, sukacita juga ingin menarik perhatian Yang Berhormat bahawa bagi tandatangan digital setakat ini Part 10 iaitu Regulation of Certification Authorities di bawah akta tersebut belum lagi dikuatkuasakan. Perkara ini memerlukan penelitian lanjut termasuk mengkaji semula bahagian akta tersebut bagi memastikan keperluan-keperluan sekuriti adalah terkini dan selaras dengan amalan terbaik termasuk pelantikan pihak berkuasa pensijilan.

Berhubungan dengan duti setem digital, sukacita kaola memohon izin Yang Berhormat Yang Di-Pertua bagi menjemput Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II untuk memberikan ulasan tambahan mengenainya. Terima kasih. Sekian saja yang dapat kaola kongsikan.

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II​

Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Terlebih dahulu kaola jua ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang berada di Dewan yang mulia ini.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Dayang Chong Chin Yee di atas soalan yang telah dikemukakan mengenai pengiktirafan undang-undang berkenaan duti setem digital.

Bagi menjawab soalan tersebut, dalam memperkemaskan lagi tahap perkhidmatan di Bahagian Hasil Kementerian Kewangan dan Ekonomi, antara lainnya pengurangan waiting time bagi proses penaksiran duti setem secara manual, penggunaan sijil setem telah diperkenalkan bagi mengganti setem secara impressed atau adhesive sejak module e-stamping di dalam One Common Portal mula digunakan oleh orang ramai pada 17 Disember 2022.

Module e-stamping ini merupakan satu ciri yang diperkenalkan dalam OCP bagi membolehkan orang ramai untuk melaksanakan, mengurus dan membayar duti setem bagi instrumen-instrumen tertentu atas talian tanpa perlu hadir secara fizikal di kaunter-kaunter agensi-agensi pemungut duti setem termasuk Jabatan Tanah, Kementerian Pembangunan dan Jabatan Kehakiman Negara di Jabatan Perdana Menteri.

Module e-stamping ini melibatkan tatacara penaksiran dan pembayaran duti setem seperti berikut Pertama, penggunaan borang duti setem secara atas talian. Kedua, keperluan memuatnaik instrumen yang akan disetem. Ketiga, pengiraan duti setem yang dibuat secara otomatik. Keempat, bayaran duti setem secara atas talian termasuk kaedah yang baharu diwujudkan khusus bagi kutipan duti setem iaitu menggunakan kad kredit secara atas talian. Dan kelima, pengeluaran sijil duti setem.

Seterusnya Bab 4A dan 4B, Akta Setem Penggal 34, membolehkan bagi sistem ini untuk digunakan dalam urusan rasmi serta urusan komersial. Sejak module e-stamping ini diperkenalkan, transaksi secara atas talian telah meningkat. Kementerian Kewangan dan Ekonomi melalui Bahagian Hasil, Kementerian Kewangan dan Ekonomi akan meneruskan usaha untuk mengurangkan lagi proses penaksiran duti setem yang dihadapkan melalui kaunter.

Antara lainnya, bekerjasama dengan pihak Jabatan Tanah, Kementerian Pembangunan dan Jabatan Kehakiman Negara di Jabatan Perdana Menteri bagi mengenal pasti mana-mana bisnes proses agensi-agensi berkenaan yang melibatkan penaksiran duti setem ini yang dapat diperkemaskini tanpa perlu melibatkan perubahan undang-undang supaya pengguna module e-stamping ini dapat digunakan sepenuhnya.

Sekian sahaja yang dapat kaola sampaikan. Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Soalan seterusnya daripada Yang Berhormat Awang Haji Mohamad Danial @ Tekpin bin Ya'akub yang ditujukan kepada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama.

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama​

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terlebih dahulu Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Kaola ingin menyampaikan ucapan Selamat Hari Raya. Mudah-mudahan kitani sudah merayakan Idul Fitri dengan penuh kesyukuran dan sekarang kembali kepada norma biasa keseharian kitani, rutin-rutin keseharian. Insya Allah.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua.

Kaola mendapati soalan yang pertama yang disebutkan tadi iaitu soalan daripada Yang Berhormat Awang Haji Mohamad Danial @ Tekpin bin Ya'akub iaitu PL069 adalah sama perkaranya dengan soalan PL092 dan PL709 iaitu mengenai teknologi digital, penggunaannya dan bagaimana Kementerian Hal Ehwal Ugama merancang dan melaksanakannya.

Jadi kaola memohon izin Yang Berhormat Yang Di-Pertua untuk kaola merangkum ketiga-tiga soalan ini dalam satu jawapan.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua​

Jadi Pehin akan menjawab soalan enam, tujuh dan lapan? Silakan Pehin.

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama​

Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Ketiga-tiga soalan yang dikemukakan oleh tiga orang Ahli Yang Berhormat sahabat kaola di Dewan ini, untuk kaola menyatakan perkara-perkara yang berkaitan dengan penggunaan teknologi maklumat dalam skop-skop yang berbeza.

Pertama, soalan dari Yang Berhormat Awang Haji Mohamad Danial @ Tekpin bin Ya’akub dalam skop memperluaskan aktiviti dakwah yang disesuaikan dengan perubahan sosial dan kemajuan teknologi bagi menarik minat generasi muda. Dan yang kedua, ialah soalan Yang Berhormat Awang Haji Md. Salleh bin Haji Othman mengenai sejauhmana kerjasama strategik di antara institusi pendidikan, NGO's dan komuniti setempat bagi memperkukuh ekosistem dakwah negara. Dan yang ketiga, yang terakhir ialah soalan dari Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan dalam skop memanfaatkan teknologi digital bagi memperkukuh sistem pendidikan agama dan penyampaian dakwah.

Ketiga-tiganya sebagaimana Yang Berhormat Yang Di-Pertua izinkan, maka jawapan kaola. Alhamdulillah Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui berbagai jajarannya iaitu Bahagian Teknologi Maklumat, BTM, Pusat Dakwah Islamiah, PDI, Jabatan Pengajian Islam, JPI, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, KUPUSB dan Institut Tahfiz Al-Quran.

Kemudian dengan pihak-pihak berkepentingan yang sama dalam penggunaan teknologi digital seperti Universiti Islam Sultan Sharif Ali, UNISSA dan juga NGO serta komuniti setempat telah merangka berbagai inisiatif dakwah yang disesuaikan dengan perubahan sosial dan kemajuan teknologi digital sesuai dengan minat industri muda.

Sehubungan dengan ini, kaola sukacita menegaskan bahawa inisiatif yang utama Kementerian Hal Ehwal Ugama ialah untuk memperkasa infrastruktur digital dakwah dengan pemasangan capaian internet di masjid-masjid dan surau, membangun platform laman sesawang yang mesra pengguna serta menyediakan perisian kreatif. Dalam masa yang sama, belia-belia turut dilibatkan sebagai sukarelawan membantu orang ramai untuk mengguna pakai portal e-service ugama.

Dari segi media sosial, kolaborasi bersama PDI telah menghasilkan berbagai perisian atau kandungan dakwah di platform Instagram, Youtube, TikTok, Threads dan lain-lain dengan engagement yang meningkat. Sebagai contoh saja, kaola diberikan angka bahawa Instagram Story meningkat daripada 13,082 pada tahun 2024 kepada 144, 254 pada tahun 2025 iaitu peningkatan lebih kurang 11 kali ganda Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian.

Namun demikian, kaola difahamkan angka yang direkodkan pada tahun 2024 sebanyak 13,082 itu berkemungkinan besar belum merekodkan daripada platform-platform lain dalam jejaran, apa namanya tu, platform Pusat Dakwah keseluruhannya kerana itulah angkanya sedikit 13,082, itu kemungkinan besar. Sementara melalui media penyiaran iaitu broadcasting. Kolaborasi dengan RTB pula telah menyiarkan rancangan-rancangan harian, mingguan dan berkala seperti The Beauty of Islam, Permata Iman, Tazkirah Rampai Pagi dan beberapa rancangan kerohanian di TV lainnya.

Seterusnya melalui siaran radio pula termasuklah Intisari Khutbah Jumaat dan Tadabbur Al-Quran. Mengenai Khutbah Jumaat ini kaola ingin menambahkan bahawa ada inisiatif daripada Jabatan Hal Ehwal Masjid, menjadikan Khutbah Jumaat setiap Jumaat itu disiarkan dalam bentuk infografik yang memudahkan orang ramai mengikuti isi Khutbah. Bukan sahaja dalam Bahasa Melayu bahkan dalam Bahasa Inggeris, Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Syabas diucapkan atas inisiatif ini.

Demikian pula melalui program-program kebeliaan seperti perkhemahan ACE, Munajat Khas dan Faith and Soul Camp dan lain-lain kegiatan belia dalam kesukanan sedemikian itu menunjukkan Yang Berhormat Yang Di-Pertua, betapa teknologi digital dan penyiaran di samping program-program kebeliaan dan kolaborasi bersama pihak-pihak yang berkepentingan sama adalah pada mengukuhkan ekosistem dakwah dan pendidikan kerohanian.

Begitu pula secara jalinan kolaborasi dalam kerjasama strategik dengan institusi pendidikan dan pengajian tinggi UNISSA umpamanya, menghasilkan kajian tentang mualaf dan dengan KUPUSB menghasilkan program Tadabbur Al-Quran dan Nadi Daie dan kerjasama strategik dengan Institut Tahfiz Al-Quran pula menghasilkan video dakwah kreatif. Kesemua inisiatif ini adalah...kaola mohon maaf untuk melanjutkan Yang Berhormat Yang Di-Pertua kerana tiga soalan bercantum ni tapi inda batah lagi ni, insya Allah.

Kesemua inisiatif yang disebutkan adalah menjadi pengukuh ekosistem dakwah senegara seperti yang diharapkan oleh sahabat-sahabat kaola di dewan ini iaitu yang pertama Yang Berhormat Awang Haji Mohamad Danial @ Tekpin bin Ya'akub yang bertanya sambil menyarankan, ini alhamdulillah yang kaola fahamkan bukan sahaja bertanya tapi bahkan juga menyarankan agar kemajuan teknologi tentu dimaksudkan teknologi digital di samping juga teknologi penyiaran dimanfaatkan dalam memperluaskan aktiviti dakwah untuk menarik minat generasi muda, terima kasih.

Begitu pula dengan sahabat kaola iaitu Yang Berhormat Awang Haji Md. Salleh bin Haji Othman yang juga bertanya dengan maksud berharap agar kerjasama strategik dilakukan dengan institusi pendidikan dengan NGOs dan dengan komuniti setempat bagi memperkukuh dakwah negara dan ini sedang dan akan terus dilakukan, terima kasih dan seterusnya sahabat kaola Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan yang menanyakan yang kaola fahami bermaksud ingin tahu sambil juga mengandungi saranan-saranan yang dapat difahamkan daripada soalan tersebut, bagaimanakah teknologi digital dimanfaatkan bagi memperkukuhkan sistem pendidikan ugama dan penyampaian dakwah.

Dan ini pun telah kaola sebutkan tadi. Kaola berharap Yang Berhormat Yang Di-Pertua, kaola telah menyatakan sejauh manakah Kementerian Hal Ehwal Ugama telah dan sedang berinisiatif kearah mana dan setakat apa dalam perkara-perkara yang sahabat-sahabat kaola masing-masing mengharapkan kaola dapat menyatakannya itu.

Maka demikianlah kaola sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Yang Di-Pertua kerana memberikan lebih masa sedikit dan seterusnya kepada ketiga-tiga sahabat kaola Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara ini yang dilantik selaku perwakilan daerah. Kaola memohon maaf apa jua, adanya. Wabillahi taufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi ta'ala wabarakatuh. Lebih kurang tiga ke empat minit bonus pehin, terima kasih. Wabillahi taufik.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua​

Soalan seterusnya dari Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abd. Rahman bin Haji Ibrahim yang ditujukan kepada Yang Berhormat Menteri Pendidikan.

Yang Berhormat Menteri Pendidikan​

Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua, Bismillahir Rahmanir Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Dikesempatan ini kaola juga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, semoga Syawal tahun ini membawa seribu keberkatan dan kesejahteraan kepada kita semua.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua.

Kaola memohon izin bagi kaola menjawab soalan sembilan dan sepuluh secara rangkum kerana isu-isu yang dibangkitkan adalah berkaitan.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua​

Jadinya Yang Berhormat Menteri Pendidikan akan menjawab soalan sembilan dan soalan sepuluh iaitu daripada Yang Berhormat Dayang Chong Chin Yee. Silakan.

Yang Berhormat Menteri Pendidikan​

Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua, terlebih dahulu kaola ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abd. Rahman bin Haji Ibrahim dan Yang Berhormat Dayang Chong Chin Yee atas soalan-soalan mengenai dengan AI yang telah dikemukakan.

Bagi memastikan penggunaan teknologi kecerdasan buatan ataupun Artificial Intelligence, AI dalam kalangan warga sekolah khususnya para pelajar dilaksanakan secara berhemah, selamat dan beretika, Kementerian Pendidikan telah melancarkan GenAI, Guidance for Education Handbook Edition pada bulan September 2025. Buku panduan ini disediakan untuk membantu para guru dan pelajar memanfaatkan teknologi AI secara berhemah, selaras dengan nilai Melayu Islam Beraja, MIB. Panduan ini memberi penekanan kepada aspek keselamatan digital, integriti akademik, penggunaan AI secara bertanggungjawab serta perlindungan data peribadi dalam konteks pengajaran dan pembelajaran.

Penyediaan panduan tersebut juga adalah selaras dengan garis panduan tadbir urus dan etika AI yang dikeluarkan oleh Authority for Info-communications Technology Industry of Brunei Darussalam, AITI. Disamping mematuhi keperluan undang-undang berkaitan perlindungan data peribadi, Personal Data Protection Order, PDPO di Negara Brunei Darussalam.

Selain itu, pada bulan Mei 2024, Kementerian Pendidikan Brunei Darussalam telah melancarkan rangka kerja dan Buku Panduan Digital Citizenship sebuah panduan yang bertujuan meningkatkan pengetahuan, kemahiran serta sikap dan nilai teras warga sekolah sebagai pengguna digital yang bertanggungjawab. Panduan ini memberi tumpuan kepada tiga kompetensi utama iaitu pengetahuan ataupun knowledge, kemahiran, skills dan sikap serta nilai, attitude and values. Bagi memastikan penggunaan teknologi digital di sekolah diamalkan dalam persekitaran yang selamat dan beretika.

Dalam memperkukuh keselamatan digital di sektor pendidikan pula, selain daripada penerbitan Buku Panduan GenAI, Guidance for Education Handbook Edition, Kementerian Pendidikan bekerjasama rapat dengan pelbagai agensi-agensi lain antaranya melalui pertama, Content Advisory Council, CAC yang melibatkan kerjasama Kementerian Pendidikan dengan pihak Authority for Info-communications Technology Industry, AITI, Jabatan Perdana Menteri serta agensi lain bagi memantau kandungan atas talian dan isu keselamatan digital secara bersepadu. Ini termasuklah mengambil tindakan undang-undang yang berkaitan. Dan kedua, taklimat di peringkat sekolah yang disampaikan oleh Cyber Security Brunei, CSB, bagi meningkatkan kesedaran tentang keselamatan internet dan keselamatan maklumat di golongan pelajar.

Itu sahaja Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Sekian terima kasih.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua​

Soalan seterusnya daripada Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman ditujukan juga kepada Yang Berhormat Menteri Pendidikan.

Yang Berhormat Menteri Pendidikan​

Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua, sekali lagi kaola memohon izin bagi kaola menjawab soalan sebelas dan dua belas sekaligus kerana isu-isu yang ditimbulkan adalah berkaitan.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua​

Silakan.

Yang Berhormat Menteri Pendidikan​

Terima kasih Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman dan Yang Berhormat Awang Haji Mohamad Danial @ Tekpin bin Ya'akub atas soalan-soalan yang diajukan.

Kajian antarabangsa mendapati bahawa penggunaan teknologi memberi impak positif dalam memperkukuh perlaksanaan kokurikulum serta meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Dapatan kajian tersebut turut menunjukkan bahawa teknologi pendidikan berupaya menyokong pendekatan pedagogy yang lebih interaktif, fleksibel dan berpusatkan pelajar.

Selaras dengan dapatan berkenaan satu kajian yang dijalankan oleh beberapa pensyarah dari Universiti Brunei Darussalam pada tahun 2015, turut mendapati bahawa pelajar menunjukkan penerimaan yang positif terhadap penggunaan teknologi dalam bilik darjah di sekolah-sekolah rendah di Negara Brunei Darussalam. Teknologi didapati membantu meningkatkan kualiti pembelajaran, memudahkan kefahaman terhadap kandungan pelajaran serta menjadikan penyampaian pengajaran lebih menarik dan bermakna.

Sehubungan itu, dari dapatan kajian-kajian tersebut sebagai tindak balas, Kementerian Pendidikan akan terus memberi penekanan kepada penggunaan teknologi bagi memastikan teknologi dimanfaatkan sebagai pemudahcara ataupun enabler untuk meningkatkan kualiti dan keberkesanan proses pengajaran serta seterusnya meningkatkan pencapaian pelajar.

Usaha ini dilaksanakan secara bersepadu melalui pengukuhan amalan pedagogy digital, penyediaan sumber pembelajaran digital ataupun e-resources yang berkualiti serta pembangunan kapasiti guru melalui latihan dan sokongan berterusan. Oleh itu bagi memantau dan menilai penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran, Kementerian Pendidikan Brunei Darussalam melalui Jabatan Kenaziran Sekolah-Sekolah menggunakan mekanisme penilaian kebangsaan seperti Brunei Teachers' Standards Teacher Performance Appraisals, BTS-TPA dan Whole School Evaluation, WSE.

Penilaian ini meneliti keberkesanan amalan pedagogi guru, tahap penglibatan pelajar dalam proses pembelajaran serta impaknya terhadap kualiti dan pencapaian pembelajaran secara keseluruhan seperti berikut: bagi BTS-TPA menilai secara khusus aspek penggunaan teknologi maklumat melalui komponen integrasi ICT dalam pedagogi pengajaran termasuk keberkesanan guru memanfaatkan teknologi bagi meningkatkan penglibatan dan pembelajaran pelajar. WSE pula menilai sejauh mana pihak sekolah merancang, melaksanakan serta memantau penggunaan teknologi secara strategik dalam menyokong pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti secara menyeluruh.

Dapatan daripada penilaian ini dijadikan sebagai salah satu petunjuk utama bagi membantu Kementerian Pendidikan menilai tahap keberkesanan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran, mengenal pasti keperluan sokongan di samping merancang intervensi penambahbaikan secara berterusan di peringkat sekolah dan keseluruhan sistem pendidikan.

Kementerian Pendidikan juga telah meletakkan penguasaan teknologi digital sebagai salah satu keutamaan dalam Pelan Strategik 2023-2027, khususnya di bawah Matlamat 1 untuk memupuk pelajar yang siap siaga masa hadapan, pencapaian terkini pelajar dalam literasi digital, penggunaan perisian dan keselamatan siber tidak lagi dinilai secara berasingan sebaliknya diintegrasikan secara merentas kurikulum melalui digital literacy standards yang telah diserapkan ke dalam sukatan pelajaran peringkat rendah dan menengah.

Selain itu, pelajar didedahkan kepada rangka kerja digital citizenship yang diterajui oleh Jabatan Perkembangan Kurikulum. Rangka kerja ini bertujuan memastikan pelajar bukan sahaja mahir menggunakan peranti tetapi juga mempunyai etika dalam talian dan kesedaran mengenai keselamatan siber.

Di peringkat sekolah rendah dan menengah, penilaian penguasaan teknologi digital dilaksanakan melalui beberapa platform dan instrumen termasuk pertama, Analytics Platform Digital. Keberkesanan inisiatif digital dipantau melalui trafik penggunaan Platform Digital Resource Management System ataupun DRMS dan MOE TV. Setakat Februari 2026, Platform DRMS telah merekodkan sebanyak 29,900 lawatan dengan 213 bahan digital dimuat naik merangkumi pelbagai peringkat pendidikan. Platform ini juga membuktikan kualitinya dengan memenangi anugerah BICTA Smart Nation 2024. MOE TV pula mencatatkan 14,382 lawatan dengan 462 video pendidikan tersedia.

Kedua, Learning Management System, LMS. LMS yang baharu akan menyediakan ciri analytics pelaporan yang membolehkan pendidik menjejak kemajuan formative pelajarnya secara masa nyata. Ketiga, Penanda Aras Antarabangsa ataupun PSA. Negara Brunei Darussalam menggunakan domain cognitive, learning in a digital world dalam kitaran PSA 2025 untuk menanda aras kecekapan pelajar berumur 15 tahun dalam menggunakan alat digital untuk menyelesaikan berbanding standard global.

Di peringkat institusi pengajian tinggi, penguasaan teknologi digital dinilai melalui pencapaian akademik dan pensijilan industri. Sebagai contoh, Universiti Teknologi Brunei menawarkan kursus pensijilan profesional melalui Science Technology and Innovation Laboratory, STI Lab yang merangkumi Huawei Academy dan Cisco Academy. Ini memastikan graduan mempunyai kemahiran teknikal yang diiktiraf secara global untuk meningkatkan kebolehpasaran. Universiti Brunei Darussalam pula mengintegrasikan kemahiran science digital melalui School of Digital Science dan program perantisan melalui Program Headstart bersama Dynamik Technologies. Secara keseluruhannya, Kementerian Pendidikan memastikan setiap peringkat pendidikannya mempunyai ekosistem digital yang kondusif agar setiap pelajar di Negara Brunei Darussalam kompeten dan berdaya saing dalam ekonomi digital global.

Sekian dan terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua​

Soalan seterusnya daripada Yang Berhormat Awang Amran bin Haji Maidin yang ditujukan kepada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II​

Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Kaola terlebih dahulu mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Yang Berhormat Awang Amran bin Haji Maidin mengenai dengan mekanisme penyelarasan merentas kementerian yang telah atau akan diwujudkan bagi menangani peningkatan bilangan permohonan Sistem Kebajikan Negara.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua.

Sehubungan itu, bagi menjawab soalan tersebut yang mana ianya adalah berkaitan dengan Sistem Kebajikan Negara iaitu di bawah kawal seliaan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, kaola berpendapat bahawa ianya adalah lebih bersesuaian dan teratur bagi Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan untuk menjawabnya.

Sekian sahaja yang dapat kaola sampaikan untuk pertimbangan Yang Berhormat Yang Di-Pertua.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua​

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Saya kira adalah sesuai sekarang bagi kita untuk meneruskan mesyuarat ini dengan beralih kepada...

(Yang Mulia Jurutulis menyampai sesuatu kepada Yang Di-Pertua).

Silakan Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan​

Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Terlebih dahulu kaola ingin memohon izin untuk sekali gus menjawab soalan 13-PL036 daripada Yang Berhormat Awang Amran bin Haji Maidin dan juga soalan 14-PL103 daripada Yang Berhormat Awang Mohammad bin Abdullah pada mengambil kira kedua-dua soalan menyentuh perkara yang sama iaitu mengenai Sistem Kebajikan Negara. Insya-Allah, kaola akan berusaha supaya jawapan itu tepat dan ringkas. Mohon izin.

(Yang Di-Pertua memberikan izin).

Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Bismillahir Rahmanir Rahim. Terlebih dahulu kaola ingin mengongsikan trend permohonan setiap tahun, permohonan SKN setiap tahun yang direkodkan di dalam sistem SKN sebenarnya sejak dari 2022 hingga ke 2024 didapati trend yang menurun manakala permohonan bagi sepanjang tahun 2025 telah menunjukkan sedikit peningkatan tetapi masih boleh dianggap rendah dibandingkan dengan jumlah permohonan pada sepanjang tahun 2022 dan di sepanjang tahun 2023.

Beberapa mekanisme penyelarasan merentas kementerian sebenarnya telah diwujudkan sebagai langkah ke hadapan mengupayakan masyarakat yang kurang berkemampuan. Ini termasuk Sistem Kebajikan Negara yang mana direka khas untuk merentas kementerian dan agensi berkenaan.

Jadi sebagai makluman, sistem ini diguna pakai oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, diguna pakai oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama, diguna pakai oleh Kementerian Pendidikan, diguna pakai oleh Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, dan juga diguna pakai oleh Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah. Sistem ini setentunya telah meningkatkan efisiensi dan keberkesanan proses permohonan bagi bantuan termasuk bantuan keperluan persekolahan. Pada masa yang sama, sistem ini juga telah membolehkan agensi-agensi untuk melaksanakan data analysis mengenai kebajikan atau apa yang dikenali sebagai welfare mapping di seluruh negara bagi merangka dasar yang lebih tepat dan tersasar. Tersasar bukan maknanya tersasar ke siring, lebih kepada targeted.

Selain itu, beberapa platform rentas sektor dan kementerian juga telah diwujudkan sejak tahun 2008, penubuhan Majlis Kebangsaan Isu Sosial atau MKIS. Majlis ini ditubuhkan sebagai mekanisme peneraju utama dalam usaha memperkukuh kesejahteraan masyarakat khususnya selaku penyelarasan isu-isu sosial yang telah dikenal pasti. Isu-isu tersebut termasuklah rumah daif, pengangguran, kemiskinan, keluarga, wanita, kanak-kanak, Orang Kelainan Upaya, OKU dan warga emas.

Majlis ini bersidang bagi membincangkan isu-isu sosial dan pelaksanaannya dipantau melalui jawatankuasa khas masing-masing yang menggunakan pelan-pelan tindakan yang telah dirangka bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Majlis ini melibatkan keahlian daripada sektor kerajaan yang mana Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan selaku pengerusi MKIS dan ahli-ahlinya terdiri daripada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Yang Berhormat Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Menteri Pendidikan dan Yang Mulia Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Jawatankuasa-jawatankuasa khas di bawah Majlis Kebangsaan Isu Sosial ini, melibatkan ahli-ahli yang terdiri daripada sebahagian ahli-ahli Dewan Majlis ini dan wakil-wakil daripada sektor kerajaan, sektor swasta dan badan-badan bukan kerajaan. Di bawah Jawatakuasa Khas Isu Kemiskinan, pelan tindakan pembasmian kemiskinan memfokuskan ke arah memastikan tiada keciciran di kalangan rakyat dan penduduk yang memerlukan bantuan.

Di samping itu, pelan tindakan juga dibentuk bagi mengupayakan penerima bantuan untuk keluar dari kitaran kemiskinan. Usaha ini perlu dilaksanakan secara senegara, melibatkan bukan sahaja agensi-agensi kerajaan tetapi juga sektor swasta dan NGOs dalam sama-sama berganding bahu dan bekerjasama secara sinergi. Usaha ini tidak tertumpu kepada bantuan kewangan tetapi juga kepada peningkatan kemahiran untuk mencapai kemandirian jangka panjang dan menyediakan sistem sokongan yang kondusif bagi membolehkan mereka ini menjana pendapatan secara berdaya tahan.

Pelan tindakan ini berteraskan kepada pembangunan kapasiti golongan sasaran untuk menjadi lebih berdaya tahan, berdikari dan mampu meningkatkan sejahteraan sosioekonomi secara mampan selaras dengan inspirasi Wawasan Brunei 2035. Sebagai contoh di bawah Jabatan Pembangunan Masyarakat, JAPEM, beberapa program telah dilaksanakan untuk membantu para penerima bantuan agar dapat berdikari antaranya Program Pelan Pekerjaan, Program Berniaga Dari Rumah, Program Komuniti dan Program Inovasi Belia Berwawasan bagi memastikan penerima bantuan dapat berdikari dan mandiri. Selain itu, Bank Islam Brunei Darussalam, BIBD, juga melaksanakan program BIBD SEED, manakala Jabatan Urusan Zakat, Waqaf dan Baitulmal atau JUZWAB juga melaksanakan Program Pengupayaan Asnaf Zakat, PROPAZ. Jadi semua ini dilaksanakan secara berkolaborasi dengan pihak JAPEM dan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Sekian saja, Yang Berhormat Yang Di-Pertua, bagi menjawab soalan-soalan daripada Yang Berhormat Awang Amran bin Haji Maidin dan Yang Berhormat Awang Mohammad bin Abdullah @ Lim Swee Ann. Sekian, terima kasih.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua​

Terima kasih Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan dan juga kepada Yang Berhormat Menteri-Menteri yang berkenaan, yang telah menjawab soalan-soalan yang telah pun dikemukakan oleh Yang Berhormat Ahli-Ahli Yang Dilantik.

Sekarang sebagaimana yang telah saya nyatakan, saya suka untuk mencadangkan supaya kita beralih kepada Urusan Mesyuarat seterusnya.

Yang Mulia Jurutulis​

Rang Undang-Undang Perbekalan dan Usul Ketetapan Kumpulanwang Kemajuan, Perbahasan Peringkat Jawatankuasa Perbekalan.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua​

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Majlis Mesyuarat Negara masih lagi membincangkan Rang Undang-Undang (2026) Perbekalan, 2026/2027 dan Usul Ketetapan Kumpulanwang Kemajuan.

Sekarang, saya ingin menangguhkan mesyuarat ini dan kita seterusnya akan meneruskan Perbahasan Peringkat Jawatankuasa Perbekalan.

(Majlis Mesyuarat ditangguhkan)

(Mesyuarat bersidang sebagai Jawatankuasa)

Yang Berhormat Pengerusi​

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Sekarang kita menyambung penelitian atas Tajuk-Tajuk di peringkat Jawatankuasa Perbekalan.

Yang Mulia Jurutulis​

Tajuk SH01A hingga Tajuk SH06A Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan.

Yang Berhormat Pengerusi​

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Jawatankuasa sekarang membincangkan Tajuk SH01A hingga Tajuk SH06A Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan. Saya mempersilakan Yang Berhormat Awang Mohammad bin Abdullah @ Lim Swee Ann.

Yang Berhormat Awang Mohammad bin Abdullah @ Lim Swee Ann​

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamua'laikum Warahmatullahi Ta'ala Wabarakatuh. Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian.

Kaola menyentuh Tajuk SH01A Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan. Kaola sukacita membahaskan perkara yang berkaitan dengan sektor pertanian tempatan khususnya dari sudut pendapatan peladang serta daya saing produk tempatan di pasaran.

Dalam kesempatan ini, kaola ingin mengajukan beberapa soalan kepada Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan berhubungan dengan kedudukan semasa para peladang tempatan yang memasarkan hasil pertanian mereka di pasaran tempatan. Sehubungan dengan itu, kaola ingin mengetahui apakah anggaran purata hasil pendapatan yang diperolehi oleh para peladang tempatan khususnya mereka yang bergantung kepada jualan hasil pertanian segar di pasaran domestik. Adakah pendapatan ini berada di tahap yang mampan dan mampu menyokong kos operasi serta kehidupan harian mereka, lebih-lebih lagi dalam menghadapi cabaran kenaikan kos import pertanian seperti baja, benih dan logistik.

Seterusnya Yang Berhormat Pengerusi, kaola ingin mendapatkan penjelasan sama ada terdapat pemantauan yang berterusan dari pihak kerajaan terhadap perbezaan kualiti produk pertanian tempatan berbanding produk import dari luar negara. Adakah terdapat piawaian atau garis panduan tertentu yang digunakan untuk memastikan hasil tempatan dapat bersaing dari segi kualiti, kesegaran, keselamatan makanan serta harga di pasaran?

Yang Berhormat Pengerusi.

Di samping itu, kaola juga ingin mengetahui apakah jenis-jenis hasil pertanian tempatan yang mencatatkan permintaan tinggi dalam kalangan pengguna? dan sejauh manakah pihak kementerian membantu dalam memastikan bekalan produk tersebut sentiasa cukup serta stabil di pasaran? Sebagai contoh, adakah permintaan lebih tertumpu kepada sayur-sayuran segar, buah-buahan tempatan, produk tanaman kontan ataupun hasil pertanian bernilai tinggi seperti tanaman fertigasi dan organik?

Sekian Yang Berhormat Pengerusi. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Yang Berhormat Pengerusi​

Yang Berhormat Awang Haji Mohamad Danial @ Tekpin bin Ya'akub.

Yang Berhormat Awang Haji Mohamad Danial @ Tekpin bin Ya'akub​

Bismillahir Rahmanir Rahim. Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian.

Kaola menyentuh Tajuk SH01A Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan bagi Daerah Tutong, khususnya inisiatif seperti program destinasi Tutong telah berjaya menarik lebih daripada 2 ribu pelawat sejak diperkenalkan serta mengenal pasti lebih 30 lokasi berpotensi sebagai destinasi pelancongan. Ini termasuklah tarikan seperti Sungai Tutong dan kawasan semulajadi; yang kedua, produk ekopelancongan dan aktiviti komuniti; dan yang ketiga, tapak budaya dan warisan tempatan. Namun demikian, destinasi ini masih boleh dipertingkatkan dari segi kemudahan infrastruktur dan pulangan ekonomi kepada penduduk tempatan.

Kaola ingin mengemukakan soalan kepada Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan berhubung dengan perkembangan sektor pelancongan di Negara Brunei Darussalam, khususnya di Daerah Tutong. Sehubungan dengan itu, sukacita Kaola ingin mengetahui apakah perkembangan terkini dari segi jumlah kehadiran pelancong, sama ada pelancong antarabangsa mahupun domestik yang berkunjung ke Daerah Tutong dalam beberapa tahun kebelakangan ini? Memandangkan usaha kerajaan untuk memperluaskan sektor pelancongan keluar Daerah Brunei Muara; yang kedua, apakah tempat-tempat lawatan utama yang dikenal pasti sebagai tarikan pelancongan di Daerah Tutong? Seperti kawasan ekopelancongan, warisan budaya dan destinasi semula jadi serta sejauh mana tempat-tempat ini telah berjaya menarik minat pelancong?

Yang ketiga dan seterusnya, berapakah anggaran purata hasil atau penghasilan ekonomi yang diraih daripada aktiviti pelancongan di Daerah Tutong termasuk sumbangan kepada ekonomi tempatan serta peluang pekerjaan kepada penduduk setempat?

Sekian terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusi​

Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan.

Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan​

Bismillahir Rahmanir Rahim. Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian. Kaola menyentuh dengan Tajuk SH01A Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan. Izinkan kaola menyentuh satu isu yang semakin mendapat perhatian di kalangan penduduk di beberapa kawasan iaitu mengenai dengan peningkatan kehadiran lalat yang berkemungkinan berpunca daripada aktiviti ternakan atau pengurusan bahan-bahan pertanian yang kurang terkawal.

Yang Berhormat sekalian.

Kejadian lalat yang semakin bertambah ini bukan sahaja memberi rasa kurang selesa dalam kehidupan seharian penduduk, malah turut menimbulkan kebimbangan dari aspek kebersihan dan kesihatan awam dalam beberapa keadaan dan ini telah menjejaskan kualiti hidup masyarakat khususnya bagi mereka yang tinggal berhampiran kawasan aktiviti penternakan atau pengumpulan sisa pertanian.

Sehubungan dengan itu, kaola ingin memohon pencerahan daripada Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, apakah langkah-langkah yang telah dan akan diambil oleh pihak kementerian dalam mengawal aktiviti ternakan serta memastikan pengurusan sisa bahan pertanian dilaksanakan secara lebih sistematik dan berkesan bagi mengurangkan pembiakan lalat di kawasan penempatan penduduk?

Di samping itu, sukacita juga untuk mengetahui sejauh mana garis panduan dan pemantauan sedia ada dilaksanakan serta apakah bentuk kerjasama antara agensi-agensi berkaitan dalam menangani isu ini secara menyeluruh? Adalah diharapkan agar usaha-usaha yang dilaksanakan bukan saja dapat menyokong perkembangan sektor pertanian dan penternakan negara, malah pada masa yang sama memastikan kesejahteraan dan keselesaan rakyat sentiasa terpelihara. Sekian terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusi​

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abd. Rahman bin Haji Ibrahim.

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abd. Rahman bin Haji Ibrahim​

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera dan Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Alhamdulillah pada tahun 2025, sektor pelancongan telah mencatatkan pertumbuhan sebanyak 9.3 peratus. Pada tahun 2026 ini, kedatangan pelancong telah diunjurkan meningkat kepada 855 ribu orang dan nilai spin-offnya sebanyak BND528 juta, syabas kaola ucapkan. Dalam hal ini, kaola ingin memohon pencerahan apakah tindakan strategik kementerian untuk mencapai sasaran ini? Memandangkan jumlah resources yang diperuntukkan nampaknya ialah masih terhad. Sedangkan tahun 2027, telah ditetapkan sebagai Tahun Melawat Brunei. Di samping itu, kaola juga memohon penjelasan mengenai langkah kementerian untuk meningkatkan lagi penglibatan anak-anak tempatan dalam industri ini.

Kedua, kaola perhatikan pada tahun 2025, 6 lagi sasaran telah dikenal pasti sebagai tambahan kepada 6 sasaran utama yang menjadi fokus bagi inisiatif promosi dan pasaran pelancongan. Ini termasuklah Amerika Syarikat dan Canada, Negara-Negara ASEAN, India dan lain-lain lagi. Inisiatif ini setentunya akan memerlukan pensejajaran koordinasi dan kolaborasi yang kukuh dengan agensi-agensi yang berkepentingan, termasuk pihak swasta dan perwakilan negara di luar negeri. Kaola memohon pencerahan apakah strategik negara bagi membawa masuk pelancongan dan pelabur asing langsung ke negara ini? Bukan saja dalam sektor hospitaliti, malahan sektor pendidikan dan perubatan. Kaola perhatikan bahawa negara masih belum begitu aktif mempromosikan pelancongan pendidikan, pelancongan Islam dan pelancongan kesihatan. Sedangkan kita sudah mempunyai infrastruktur bagi sektor ini untuk dikembang majukan, walhal pelancong pendidikan dan kesihatan ini, misalnya adalah pelancongan yang bernilai tinggi.

Ketiga, kaola tertarik dengan hala tuju industri makanan kementerian yang dirancang akan melonjak sumbangannya sebanyak 15 peratus setahun, dari BND557 juta pada tahun 2025 kepada BND960 juta pada tahun 2029. Mohon pencerahan dalam membuat unjuran dan penetapan sasaran ini, adakah kementerian juga mengambil kira kesan geopolitik, faktor perubahan iklim dan terdapatnya kemungkinan gangguan dalam rantaian pembekalan yakni supply chain dari masa ke semasa seperti yang berlaku ketika ini? Dalam isu yang sama, kaola juga ingin mengetahui mengenai perancangan proaktif kementerian bagi mengurangkan risiko-risiko yang telah kaola nyatakan di atas.

Seterusnya pada tahun 2025, industri pemakanan dan pelancongan keseluruhannya telah dapat memberikan pekerjaan kepada 17,633 orang, walaupun kira-kira 75 peratus adalah tenaga luar kecuali bagi sektor pelancongan. Dalam pada itu, jumlah pengusaha belia dalam sektor Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan hanya dicatat sebanyak 121 orang. Kaola memohon pencerahan apakah langkah ke hadapan kementerian untuk menggalakkan penglibatan usahawan belia dalam pertanian moden terutamanya dalam meningkatkan potensi dan kemahiran mereka, membantu mendapatkan akses kepada permodalan kewangan, membuka lebih banyak pasaran luar bagi produk-produk mereka serta inisiatif yang lain. Seterusnya, pada Belanjawan Tahun 2025/2026 telah dikongsikan bahawa setakat tahun lepas 74 hektar dari 174 hektar ladang kemajuan Kawasan Kemajuan Pertanian Kandol telah diusahakan.

Sasaran pengeluaran dalam tempoh lima tahun adalah pada kadar purata hasil 6 metrik tan setiap hektar dan bil ini akan meningkat kepada 6.5 metrik tan per hektar pada tahun ini. Kaola mohon pencerahan adakah sasaran ini telah dapat dicapai pada ketika ini dan apakah langkah strategik kementerian untuk meningkatkan penghasilan ini secara menyeluruh sehingga menepati sasaran 7.5 metrik tan per hektar seperti yang dihasratkan. Perkara ini kaola bangkitkan kerana kaola perhatikan peruntukan 003/000, Projek Pengeluaran Beras Negara bagi Tahun Kewangan 2026/2027 ini pada keseluruhannya telah dikurangkan kira-kira BND2.5 juta.

Yang terakhir Yang Berhormat Pengerusi boleh kaola...

(Yang Berhormat Pengerusi memberikan isyarat bersetuju)

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abd. Rahman bin Haji Ibrahim​

Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan telah mengendalikan 72 kawasan kemajuan pertanian untuk menyokong keperluan perniagaan. Setakat Disember 2024, 37 peratus atau 26 kawasan kemajuan pertanian telah lengkap dengan infrastruktur. Mohon dikongsikan apakah perkembangan terkini mengenai kawasan pertanian yang selebihnya dan adakah penghasilan dari KKP ini telah dapat meningkatkan kadar sara diri negara dan mampu mengurangkan pergantungan import negara terhadap hasil pertanian tersebut. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Kaola mohon maaf kira-kira seminit mengambil masa lebih Yang Berhormat Pengerusi. Terima kasih.

Yang Berhormat Pengerusi​

Seterusnya, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof​

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Kaola ingin menyentuh pertamanya Tajuk SHA01A - Jabatan Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan Kod 001/000 Program Dasar Pentadbiran dan Kewangan. Apakah perancangan dan langkah-langkah yang lebih agresif serta pelaksanaannya dalam memantapkan sumber tenaga manusia pelbagai bidang kepakaran dan kemahiran khususnya di sektor pelancongan, pertanian, perikanan, perhutanan dan agrimakanan, apatah lagi mengutamakan bidang penyelidikan dan pembangunan iaitu R&D bagi memperkasakan lagi sektor-sektor berkenaan dalam usaha meningkatkan produktiviti, penerapan teknologi tinggi serta penghasilan value-added product yang berkualiti di samping mengembangluaskan lagi industri hiliran.

Keduanya, Kaola ingin merujuk Tajuk Jabatan Pertanian dan Agrimakanan. Kod 002/000 - Pengurusan Perkhidmatan Dukungan Pertanian dan Agrimakanan. Kaola mengalu-alukan inisiatif Jabatan Pertanian dan Agrimakanan yang telah menerbitkan buku panduan penanaman yang dikenali dan dikenal pasti seperti komoditi lada, tomato, nenas, terung dan jagung. Ini termasuklah juga tatacara penanaman yang lebih bersistematik yang berpotensi mengeluarkan produktiviti yang tinggi secara berskala besar yang dihasratkan bagi menarik lebih ramai lagi peladang-peladang tempatan. Dalam hal ini, Kaola mohon pencerahan setakat manakah tahap keberkesanan pelaksanaan inisiatif-inisiatif tersebut dengan menggunakan kaedah berteknologi tinggi serta impaknya terhadap peningkatan produktiviti dan hasil pengeluaran secara bersekala besar sekaligus membangunkan produk tambah nilai dalam sektor pertanian negara.

Ketiganya, kaola ingin merujuk kepada Kod 004/000 - Pengurusan Industri Tanaman, Ternakan dan Agrimakanan. Apakah cabaran-cabaran dan pendekatan yang lebih berstrategik dalam usaha meningkatkan pengeluaran dan produktiviti daging, lembu dan kerbau termasuk produk-produk berasaskan daging, bukan sahaja semata-mata untuk meningkatkan lagi tahap yang rendah sara diri di negara ini iaitu 1.6 peratus sahaja yang lebih terjamin dan juga menjaminkan sekuriti makanan negara tetapi juga sebagai value-added kepada mengembangluaskan pengeksportan produk berasaskan daging. Seterusnya, kaola ingin merujuk kepada Sektor Pelancongan iaitu Kod 004/001 - Program Publisiti, Pengiklanan, Media dan Komersial.

Alhamdulillah, kaola menyambut baik belanjawan yang diperuntukkan telah meningkat kurang lebih daripada BND1.9 juta bagi tahun 2025/2026 hampir dua kali ganda iaitu hampir BND3.9 juta bagi tahun 2026/2027. Ini telah mencerminkan komitmen yang tinggi pihak Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam mengembangmajukan industri pelancongan sebagai salah satu sektor utama yang mampu menghasilkan spin-off dan seperti multiplier effect bukan sahaja kepada pelbagai industri hiliran dan aktiviti perekonomian malahan menjana peluang pekerjaan sekaligus menyumbang kepada pertumbuhan KDNK.

Walau bagaimanapun, dengan peruntukan tambahan sedemikian ini mohon pencerahan apakah perancangan dan rangka kerja yang lebih komprehensif, lagi efektif untuk dimanfaatkan sebaik-baiknya, Insya Allah ia akan berupaya untuk merealisasikan industri pelancongan benar-benar salah satu penyumbang utama kepada pendapatan negara.

Adalah juga di sini didapati dalam perjawatan dari 2025/2026, 47 orang tetapi ianya menurun kepada 46 jawatan dalam 2026/2027. Persoalannya, adakah perjawatan pada masa ini dan akan datang itu akan mencukupi atau memadai sedangkan kita berhasrat industri pelancongan untuk dikembangmajukan dan juga peruntukannya pun ditambah.

Kaola ingin sedikit lagi Yang Berhormat Pengerusi kalau dapat Yang Berhormat Pengerusi.

(Yang Berhormat Pengerusi memberikan isyarat bersetuju)

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof​

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Di sini juga apa yang disarankan bahawa dalam industri pelancongan ini kita juga menghendaki orang-orang berkepakaran dan juga berkemahiran dalam merancakkan lagi industri pelancongan dan kolaborasi dengan agensi-agensi bukan sahaja di peringkat negara tetapi juga di peringkat antarabangsa.

Sekian, terima kasih. Kaola memohon maaf dan juga terima kasih kepada Yang Berhormat Pengerusi. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Yang Berhormat Pengerusi​

Yang Berhormat Haji Awang Sulaiman bin Haji Nasir.

Yang Berhormat Haji Awang Sulaiman bin Haji Nasir​

Bismillahir Rahmanir Rahim. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera dan Selamat Hari Raya.

Kaola ingin menyentuh Tajuk SH01A Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan. Kesedaran dan minat terhadap pelancongan tempatan perlu dipupuk sejak usia muda agar generasi akan datang lebih mengenali keunikan dan keindahan negara sendiri. Oleh yang demikian, kaola ingin mengetahui apakah inisiatif khusus yang telah dilaksanakan oleh pihak kementerian bersama agensi-agensi berkaitan dalam memperkenalkan destinasi pelancongan tempatan kepada penuntut sekolah. Sebagai contoh adakah pihak kementerian mengadakan program perjumpaan taklimat atau pameran pelancongan di sekolah-sekolah sama ada di peringkat rendah mahupun menengah bagi memberi pendedahan secara langsung kepada pelajar.

Seterusnya, Yang Berhormat Pengerusi. Kaola juga ingin mengetahui sejauh manakah kerjasama telah dijalinkan antara pihak kementerian dengan Kementerian Pendidikan dalam usaha mengintegrasikan elemen pelancongan tempatan ke dalam aktiviti kokurikulum atau program pembelajaran seperti lawatan sambil belajar, program kesedaran pelancongan atau pun pertandingan berkaitan warisan dan destinasi tempatan. Selain itu kaola berpendapat bahawa pendekatan promosi melalui penuntut sekolah bukan sahaja mampu meningkatkan jumlah pelawat tempatan malah dapat melahirkan generasi yang menjadi duta kecil pelancongan negara.

Oleh itu, adakah perancangan jangka panjang pihak kementerian dalam memastikan usaha ini dapat dilaksanakan secara berterusan dan lebih sistematik. Sekian terima kasih, Yang Berhormat Pehin Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusi​

Yang Berhormat Awang Haji Md. Salleh bin Haji Othman.

Yang Berhormat Awang Haji Md. Salleh bin Haji Othman​

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam aidilfitri. Yang Berhormat Pehin Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian.

Kaola ingin menyentuh Tajuk SH01A - Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan menyentuh pembangunan sektor pertanian khususnya penglibatan golongan belia dalam bidang perladangan. Kaola ingin mengemukakan beberapa persoalan berhubungan dengan perkembangan peladang-peladang muda atau belia tempatan yang telah dikenalpasti dan yang dibimbing oleh pihak kerajaan setakat ini. Seperti yang kita maklumi, perkhidmatan golongan belia dalam sektor pertanian amat penting dalam memastikan kelangsungan serta kemampanan industri ini di masa hadapan.

Oleh yang demikian, kaola ingin mengetahui apakah perkembangan terkini peladang muda yang aktif serta sejauh manakah kejayaan mereka dalam mengusahakan dan membesarkan ladang masing-masing. Seterusnya Yang Berhormat Pengerusi, Kaola ingin juga mendapat pencerahan mengenai faktor-faktor utama yang menyebabkan sebahagian peladang muda ini gagal untuk berkembang atau tidak dapat meneruskan usaha peladangan mereka. Adakah perkara ini berpunca daripada kekangan model, kekurangan pengetahuan dan kemahiran teknikal, cabaran pemasaran hasil pertanian, kekurang akses kepada teknologi moden, ataupun isu-isu lain seperti pengurusan tanah dan tenaga kerja.

Di samping itu, kaola ingin juga mengetahui apakah bentuk bantuan dan sokongan yang telah dan sedang disalurkan oleh pihak kerajaan kepada golongan peladang muda ini. Adakah bantuan tersebut merangkumi penyediaan tapak atau tanah pertanian, bantuan kewangan atau subsidi latihan dan bimbingan teknikal, kemudahan pemasaran serta penggunaan teknologi pertanian moden dan seterusnya sejauh manakah keberkesanan peladang-peladang ini dalam membantu peladang muda untuk kekal berdaya saing dan mencapai tahap pengeluaran yang mampan.

Pada khidmat kaola adalah penting untuk memastikan bahawa setiap bantuan yang disalurkan bukan saja bersifat jangka pendek tapi juga membina daya tahan, keupayaan peladang muda dalam jangka masa panjang.

Sekian saja, Yang Berhormat Pengerusi. Terima kasih.

Yang Berhormat Pengerusi​

Dan Yang Berhormat Dayang Hajah Rosmawatty binti Haji Abdul Mumin.

Yang Berhormat Dayang Hajah Rosmawatty binti Haji Abdul Mumin​

Bismillahir Rahmanir Rahim, terima kasih Yang Berhormat Pehin Pengerusi.

Kaola merujuk um.. SD01A Kod 003/000, Projek Pengeluaran Beras Negara. Pada masa ini, lebih 90 peratus keperluan beras negara masih bergantung kepada import dari negara-negara seperti Thailand, Kemboja dan Vietnam. Negara-negara ini juga terdedah pada risiko ketidak stabilan bekalan akibat faktor cuaca seperti banjir besar serta ketegangan geopolitik yang boleh menjejaskan rantaian rangkaian bekalan makanan. Soalan kedua, apakah langkah ditegasi yang telah dan sedang diambil oleh pihak kementerian bagi memastikan bekalan beras import kekal mencukupi dan terjamin dalam jangka masa pendek dan panjang?

Sehubungan itu, sejarah menunjukkan bahawa tahap sara diri beras negara telah menurun daripada 37.5 peratus pada tahun 1974 kepada hanya 4.7 peratus pada tahun 2017. Walau bagaimanapun, usaha-usaha terkini telah menunjukkan peningkatan kepada sekitar 8 peratus pada tahun 2024. Soalan kedua, berapakah sasaran tahap sara diri beras bagi jangka pendek, sederhana dan panjang serta apakah tahap keyakinan yakni confidence level kementerian untuk mencapai sasaran tersebut. Seterusnya, merujuk kepada Kod SH04A 12/005 dan Kod 1210/013 dibawah program hasil pengeluaran padi di dalam RKN12 yang masing-masing mempunyai harga rancangan sekitar BND1.82 Juta dan BND850 Ribu.

Namun demikian, peruntukkan semasa hanyalah sekadar BND36.0 Ribu dan BND217 Ribu walaupun kini telah memasuki tahun ketiga perlaksanaan yakni 2024 dan 2029. Apakah punca jurang yang ketara antara jumlah peruntukkan keseluruhan dengan tahap perbelanjaan semasa ini dan apakah langkah konkrit yang akan diambil oleh pihak kementerian untuk mempercepatkan pelaksanaan projek agar sasaran peningkatan pengeluar padi dapat dicapai?

Yang Berhormat Pehin Pengerusi.

Kaola bersama rakan-rakan telah mengadakan lawatan kerja ke kawasan kemajuan pertanian bagi penanaman padi di Daerah Brunei Muara dan seterusnya mengadakan sesi dialog bersama para penguasa padi wakil daripada daerah Brunei Muara, Tutong dan Belait. Mereka menunjukkan komitmen yang tinggi, untuk pengeluaran padi dengan sokongan daripada pihak kementerian. Antara hasil tempatan abiskaola semasa lawatan kerja dan sesi dialog tersebut.

Yang pertama, benih padi yakni seeds yang dibekalkan tidak mencukupi untuk menghasilkan jumlah pengeluaran yang tinggi yakni high yields. Untuk makluman, pada masa ini hanya terdapat tiga pembekal benih yang diperakui. Oleh itu, dicadangkan agar bekalan benih padi ditingkatkan dengan menambah jumlah pembekal benih serta pemantauan dipertingkatkan melalui pemeriksaan mengejut;

Kedua, memperkukuh peranan ketua peladang dalam menyelaras dan membimbing para pengusaha di peringkat lapangan. Dan yang ketiga, meningkatkan kehadiran pegawai-pegawai dari kementerian untuk turun padang dan melawat para ladang secara lebih kerap yang mana boleh menangani kerenah-kerenah peladang yang berlainan serta menyelesaikan dan memudah cara apa jua cabaran yang peladang hadapi.

Oleh itu, kaola berharap agar pihak kementerian dapat menerima maklum balas daripada peladang-peladang ini dengan fikiran yang terbuka demi memperkukuh sektor pengeluaran padi negara because feedback is a gift.

Sekian, terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusi​

Terima kasih, begitulah soalan-soalan yang telah dikemukakan dan juga pendapat yang telah dikemukakan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat yang dilantik, dan sekarang saya akan memberikan laluan bagi Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan sama ada membahaskan ataupun memberikan ulasan ataupun responnya pada perkara-perkara yang telah dikemukakan tadi.

Saya persilakan Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan.

Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan​

Bismillahir Rahmanir Rahim. Terima kasih, Yang Berhormat Pehin Pengerusi. Kaola berterima kasih juga kepada ahli-ahli yang berhormat atas soalan-soalan yang telah diajukan. Kaola ingin menjawab beberapa soalan yang telah diajukan.

Yang pertama ialah soalan daripada Yang Berhormat Awang Mohammad bin Abdullah @ Lim Swee Ann berkenaan dengan anggaran purata hasil pendapatan yang diperolehi para peladang tempatan hasil jualan daripada pertanian, adakah ia mampan dan mampu untuk menapung kos operasi serta kehidupan harian mereka. Sebenarnya kalau dilihat dari segi pendapatan-pendapatan yang telah abis kita monitor or pantau masa ini, Alhamdulillah, kebanyakannya peladang-peladang ini, especially yang we monitor yang especially masa ini yang top 20 masa ini, Mereka telah pun berjaya menghasilkan sekurang-kurangnya 200 ribu setahun, ada yang sampai mencecah kepada hampir 1 juta setahun hasil-hasil pengeluaran ini.

Jadi yang sebenarnya is very much dependent on how anu ani apani peladang-peladang ini mengusahakan ladang-ladang mereka. Jadi ada yang mengusahakan sepenuh masa yang mana intensif dan juga menggunakan teknologi yang tinggi, yang boleh mencapai produktiviti, even mengatasi daripada KPI yang telah diada, yang telah dianu di-specify oleh pihak Jabatan Pertanian. Jadi opportunity itu mesti ada. Jadi its terpulang kepada apa namanya pengusaha-pengusaha, peladang-peladang untuk me.. apa namanya ni, me.. apa namanya ni mendapat keuntungan yang lebih.

Di samping itu juga, ada usaha-usaha juga peladang ini yang pandai memilih jenis-jenis apa namanya sayur-sayuran yang top dari segi demand dan juga dari segi hasil. Jadi dengan adanya demand yang tinggi, dengan hasil yang tinggi akan boleh membantu bisdurang mencapai apa namanya pendapatan yang baik. Dari segi daripada, dari segi, adakah terdapat piawaian atau garis panduan tertentu untuk digunakan untuk memastikan hasil tempatan dapat berdaya saing dari segi kualiti kesegaran, keselamatan makanan dan harga di pasaran? Sebenarnya we have, Jabatan Pertanian menggalakkan jabatan, apani pengusaha-pengusaha untuk meng-adopt good agricultural practices.

Dengan adanya adoption of good agricultural practices ani di perikanan good agricultural practices dan juga kalau bahagian anu apa namanya ternakan good husbandry practices ani akan mendapatkan, membolehkan ladang atu diurus lebih teratur, lebih efisien dan juga lebih selamat. Jadi ertinya memang ada sudah piawaiannya. Di samping atu jua lagi pihak kementerian dan juga Jabatan Pertanian masa ani menganjurkan untuk meningkatkan lagi anu kualiti dan keselamatan makanan we anjurkan untuk menggunakan a natural pesticide rather than chemical pesticide.

So jadi di sini we can, we have campaign untuk menggunakan apa namanya produk-produk yang pesticide free. Ada sudah mulai banyak ada 2, 3 buah sudah syarikat telah menggunakan kaedah-kaedah menggunakan pesticide free seperti tanaman terlindung. Jadi tidak menggunakan chemical di samping atu, ensure the anu anikan tanaman atu sihat dan juga produktiviti meningkat. Di samping atu, apakah jenis-jenis hasil pertanian tempatan yang mencatatkan permintaan tinggi dalam kalangan pengguna dan sejauh manakah pihak kementerian membantu dalam memastikan bekalan produk tersebut sentiasa mencukupi serta stabil di pasaran?

Sebenarnya, pihak Jabatan Pertanian ada mengeluarkan tu tiap-tiap anu tu once in a while, ia mengeluarkan the top 20 sayur yang demand, in term of demand yang tinggi dan juga harga yang tinggi. Jadi ertinya, pengusaha-pengusaha boleh anu berunding dengan bisdurang, I think, sebenarnya anu Pehin, Jabatan Pertanian pun juga turun padang anu mengusulkan arah bisdurang ni yang mana yang baik harus ditanam untuk membolehkan bisdurang ani dapat mendapat hasil yang tinggi dan juga anulah mendapat keuntungan yang anu. Di samping atu jua, masa baru-baru ani, we are now starting to initiate an export-driven initiative di mana we encourage para peladang-peladang ani kerana disebabkan oleh apa namanya didomestik, pasaran domestik yang limited we are hoping that they are, can expand their anu ni apani their market ani keluar negeri.

Masa ani yang diusahakan ialah untuk ke Singapura. Jadi dengan adanya pasaran yang bertambah akan membolehkan bisdurang meningkatkan pengeluaran. Di samping atu jua, akan memastikan food security dalaman and the same thing also dapat menganulah menembusi pasaran luar negeri. Sebanyak kira-kira 29 syarikat telah pun me-register interested in this program ani, Alhamdulillah.

Dari segi, soalan daripada Yang Berhormat Awang Haji Mohamad Danial @ Tekpin bin Ya’akub berkenaan dengan tourism. Apakah perkembangan terkini dari segi jumlah kehadiran pelancong, sama ada pelancong antarabangsa mahupun pelancong yang berkunjung di Daerah Temburong dalam beberapa tahun kebelakangan ini dan memandangkan usaha untuk memperluaskan sektor pelancongan di luar Daerah Brunei Muara?

Sebenarnya di sini, Alhamdulillah, pelancongan dari segi trend telah meningkat daripada tahun ke tahun seperti telah pun saya apa ni ketengahkan masa ulasan kaola, ulasan menteri pada tempoh hari lalu di mana masa ani in terms of anu peningkatan sebanyak, sebanyak apa namanya, apani meningkat, daripada meningkat sebanyak 12 peratus daripada tahun lepas. Jadi in term of pendapatan pun meningkat jua sebanyak anu 75 peratus pendapatan daripada hasil pelancongan di negara ini.

Dari segi Daerah Tutong we don't have the data, di Daerah Tutong masih tapi nevertheless, kalau dilihat dari segi penglibatan penduduk-penduduk Daerah Tutong dulu sebenarnya kalau dilihat dulu di Daerah Tutong hanya meng-offer 10 pakej pelancongan tapi sekarang ini kalau dilihat dari segi yang telah dijual ke luar negeri dan juga tempatan termasuk Kenali Negara Kitani, Daerah Tutong telah mengoffer packages pelancongan yang mana termasuklah ini adalah kawasan-kawasan yang ikut pelancongan yang menariknya di Tutong ialah macam di Eco Ponies Garden, Angkasa Oud Agarwood Enterprise, Labulicious Farm, Pangkalan Warisan, 7 Rumpun Keluarga Nayan dan Mori Farm dan juga macam-macam lagilah termasuklah Pantai Seri Kenangan sebagai sekarang ini sebagai apa namanya tempat — anulah tempat menarik di Daerah Tutong.

Di samping itu juga, kalau dikira we also involving apani pihak grass root, Majlis Perundingan Kampung dalam, ikut serta dalam ini dalam apani mengusahakan produk-produk pelancongan. Alhamdulillah, masa ini Daerah Tutong mempunyai very much aktif ini dari segi Majlis Perundingan Kampung bisdurang untuk menjayakan, mengungkayahkan aktiviti-aktiviti pelancongan. Dan juga pihak Kementerian Sumber-Sumber Utama juga masa ini telah pun membuat inisiatif di mana every district has their own main mega package iaitu pakej yang apa namanya flagship package pelancongan for example di Brunei ialah menyusuri Kampung Ayer, menyusuri apani Sungai Brunei yang mana mengentengahkan cultural heritage dan juga nature.

Di Temburong, di Tutong ia jua sama jua satu pakej akan apani dibina ialah a pakej menyusuri Sungai Tutong daripada Kuala Tutong, daripada Pekan Tutong ke Kuala Tutong menyusur Ke Sungai Tutong hingga ke Birau, di mana lepas Birau atu akan di apani akan disambung lagi menyelusuri Jalan Lamunin hingga ke Sungai apani tempat Tasek Merimbun. I think this is going to be launched, insya-Allah within this year untuk memastikan bahawa anu ni apani there is very apa namanya a very backbone of apani pelancongan, pakej pelancongan di setiap daerah.

Dari segi soalan daripada Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abd. Rahman bin Haji Ibrahim berkenaan dengan pelancongan mengenai dengan inisiatif untuk mempromosikan pelancongan, memandangkan bahawa in 2027 ini insya Allah akan dilancarkan Visit Brunei Year 2027 bersempena dengan Jubli Intan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menaiki takhta.

Jadi, we are now intensifying in our effort in promoting this mulai insya Allah dengan second quarter ini. Jadi, we will be able to, we are able, not only we will focus on traditional destination, malah juga destinasi-destinasi baru seperti North America, Europe dan juga Middle East, and then we will have a dedicated peruntukan insya Allah untuk memastikan bahawa Visit Brunei Year 2027 ini akan dilancarkan dengan jayanya. In terms of anu, usaha untuk menarik pelabur dan pelancong in the area of pendidikan, keislaman dan juga anu kesihatan. Dari segi pendidikan, alhamdulillah, satu task force telah ditubuhkan di antara Kementerian Pendidikan dan juga Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan bagi memajukan education tourism industry.

Aktiviti-aktiviti sudah mula rancak diungkayahkan bagi mempromote short term and long-term Education Tourism. Di mana kalau short term di sini ialah untuk membawa penuntut-penuntut melawat ke sekolah-sekolah ke Negara Brunei Darussalam in terms of within seminggu ke dua minggu. Di samping itu juga, usaha menarik student-student untuk staying more longer di sini di Brunei untuk berkursus, mengikuti kursus di negara ini. Jadi ini memang sudah dibuat oleh Kementerian Pendidikan dan pihak Jabatan Kemajuan Pelancongan together. Di samping itu juga insya Allah, within 2 weeks ini, we will be going to Singapore to discuss MoE Singapore and also stakeholders and tourism stakeholders di Singapore bagi mengintensify lagi usaha-usaha pihak kementerian, Jabatan Pelancongan dan MoE untuk menarik ramai lagi student di mana ni, untuk datang ke Brunei untuk menikmati suasana di negara ini.

Di samping itu juga, we are working also dengan pihak JPMC dan juga PJSC in order to promote apa ni health tourism ke negara ini. Jadi ini memang sudah diusahakan dan di samping atu jua we are also looking at specialized agency di luar negeri untuk bekerjasama dengan pihak abiskaola untuk making sure that anu ani berjalan dengan lancar. So, we need to find key partners di luar negeri untuk membolehkan anu ani industri pelancongan kesihatan ini berjalan dengan lancar.

Dari segi Islam, industri pelancongan Islam memang ada sudah berjalan. Alhamdulillah, macam Ramadan ada Package Pelancongan Ramadan dan juga Package Pelancongan Maulud Nabi diungkayahkan di negara ini untuk menarik, bukan saja dari Sarawak bukan saja negeri Islam malah juga also Thailand dan juga anu daripada negeri-negeri Middle East untuk datang ke Brunei untuk menikmati suasana Ramadan dan sambutan-sambutan hari kebesaran Islam di negara ini.

Itu barangkali Yang Berhormat Pengerusi itu saja yang kaola dapat jawab, mangkali and the restnya insya Allah, kaola menyediakan jawapan secara bertulis untuk lebih teratur dan juga lebih terperinci ulasan Yang Berhormat Pengerusi, terima kasih.

Yang Berhormat Pengerusi​

Terima kasih, dengan pengakuan Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan bahawa ia akan menjawab soalan-soalan yang inda dapat dijawabnya secara tepat pada pagi ini insya Allah akan dijawab secara bertulis dan akan ditujukan terus kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat berkenaan yang mengemukakan pertanyaan-pertanyaan untuk itu. Maka, saya kira Tajuk ini sekarang sudah masa untuk kita undi. Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju, sila angkat tangan.

(Semua Ahli mengangkat tangan tanda bersetuju)

Nampaknya semua Ahli bersetuju, maka Tajuk ini diluluskan.

(Tukul diketuk)

Yang Mulia Jurutulis​

Tajuk SH01A hingga SH06A dijadikan sebahagian daripada Jadual. Tajuk SJ01A Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Yang Berhormat Pengerusi​

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Tajuk SJ01A bagi Kementerian Hal Ehwal Ugama. Sekarang saya bukakan untuk dibahaskan. Saya persilakan Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan.

Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan​

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian. Kaola menyentuh Tajuk SJ01A Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Kaola membahaskan perkara yang berkaitan dengan kepentingan pemeliharaan hukum syarak dan kehidupan seharian khususnya dalam aspek penggunaan barangan halal dan haram di Negara Brunei Darussalam. Dalam kesempatan ini, kaola ini mengemukakan beberapa soalan kepada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama berhubung dengan pemantauan barangan halal dan haram yang bukan terdiri dari makanan dan minuman. Yang Berhormat Pengerusi, sebagaimana yang kita maklumi keperluan untuk memastikan satu produk itu halal bukan sahaja terhad kepada makanan dan minuman bahkan turut meliputi pelbagai jenis barangan lain yang digunakan dalam kehidupan seharian.

Sebagai contoh terdapat minyak wangi dan produk pewangi yang mungkin mengandungi alkohol atau bahan yang tidak jelas sumbernya. Barangan kulit seperti beg, kasut dan aksesori yang berkemungkinan diperbuat dari sumber haiwan yang tidak disembelih mengikut hukum syarak atau daripada haiwan yang tidak halal serta berus seperti berus solekan ataupun berus lukisan yang mungkin menggunakan bulu daripada haiwan yang diragui statusnya.

Selain itu, termasuk juga produk kosmetik-kosmetik penjagaan diri dan juga berpotensi mengandungi bahan-bahan yang tidak mematuhi piawaian halal. Sehubungan dengan itu, kaola ingin mengetahui apakah prosedur dan juga pemantauan yang telah ditetapkan oleh pihak kementerian bersama agensi-agensi berkaitan dalam memastikan barangan bukan makanan ini mematuhi hukum syarak khususnya bagi produk yang diimport yang dipasarkan di negara ini. Seterusnya, Yang Berhormat Pengerusi, kaola juga ingin mendapatkan penjelasan mengenai garis panduan atau standard yang digunakan dalam menentukan status halal atau haram bagi barangan tersebut.

Adakah terdapat sistem pensijilan, pelabelan ataupun pengesahan tertentu yang diwajibkan dan sejauh manakah penguatkuasaan terhadap produk yang tidak mematuhi piawian tersebut? Di samping itu, kaola juga ingin mengetahui apakah langkah-langkah kesedaran dan pendidikan penggunaan yang telah dilaksanakan oleh pihak kementerian dalam membantu masyarakat memahami kepentingan memilih barangan yang jelas statusnya khususnya bagi produk yang tidak mempunyai pelabelan yang mencukupi?

Pada fikiran kaola dalam keadaan pasaran yang semakin terbuka dan dipenuhi dengan pelbagai produk dari dalam dan luar negara pemantauan yang menyeluruh serta garis panduan yang jelas adalah amat penting bagi memastikan keyakinan penggunaan sentiasa terpelihara dan selaras dengan tuntutan hukum syarak. Sekian, terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusi​

Yang Berhormat Haji Awang Sulaiman bin Haji Nasir.

Yang Berhormat Haji Awang Sulaiman bin Haji Nasir​

Bismillahir Rahmanir Rahim. Terima Kasih Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian. Kaola menyentuh Tajuk SJ01A - Kementerian Hal Ehwal Ugama. Kaola sukacita membahasakan perkara yang berkaitan dengan kepentingan penetapan tarikh-tarikh hari kebesaran Islam di Negara Brunei Darussalam.

Dalam kesempatan ini, kaola ingin mengemukakan beberapa soalan kepada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama berhubung dengan proses penentuan hilal atau anak bulan yang menjadi asas dalam menetapkan awal bulan Hijrah termasuk bagi menentukan hari-hari kebesaran Islam seperti awal Ramadan, Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha. Seperti yang kita sedia maklum kaedah penentuan anak bulan ini melibatkan ruqyah yakni melihat anak bulan serta hisab yakni pengiraan astronomi yang dilaksanakan mengikut garis panduan yang tertentu. Sehubungan dengan itu kaola ingin mengetahui apakah prosedur dan kaedah yang digunakan oleh pihak kementerian dalam penepatan hilal serta sejauh mana kedua-dua kaedah ini digabungkan bagi memastikan ketetapan dan keseragaman dalam penentuan tarikh-tarikh penting tersebut.

Seterusnya Yang Berhormat Pengerusi. Kaola juga ingin mendapatkan pencerahan mengenai kerjasama serantau khususnya dalam kalangan negara-negara ASEAN yang turut menggunakan pendekatan yang hampir sama dengan penentuan anak bulan. Adakah Negara Brunei Darussalam menyelaraskan keputusan dengan negara-negara tertentu di rantau ini dan jika ya, apakah bentuk koordinasi yang dilaksanakan.

Di samping itu kaola juga ingin mengetahui lokasi-lokasi cerapan hilal yang digunakan sama ada di dalam negara mahupun yang mempunyai kaitan dengan kawasan lain di rantau Asia. Sebagai contoh di Negara Brunei Darussalam cerapan hilal lazimnya dilakukan di beberapa lokasi strategik seperti kawasan persisiran pantai yang sesuai untuk melihat anak bulan.

Namun demikian, adakah terdapat lokasi-lokasi tertentu di negara ASEAN seperti Malaysia, Indonesia atau negara lain yang turut dijadikan rujukan atau mempunyai keselarasan dari segi penentuan hilal bersama Negara Brunei Darussalam. Perkara ini adalah penting bagi memastikan keseragaman dalam sambutan hari-hari kebesaran Islam di rantau ini di samping memperkukuhkan kerjasama dalam hal ehwal keagamaan. Sekian. Terima kasih.

Yang Berhormat Pengerusi​

Tertakluk kepada jawapan daripada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama. Saya kira dua perkara yang dikemukakan oleh Ahli Yang Berhormat itu sudah pun lama dijawab dan juga sudah menjadi amalan kepada kita ini di dalam Negara Brunei Darussalam.

Nanti saya persilakan Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama untuk menjawabnya dengan lebih tepat. Bagi kita di sini saya kira tidak perlu dipersoalkan lagi dua perkara yang berkenaan itu. Ya, Yang Berhormat Pehin.

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama​

Bismillahir Rahmanir Rahim. Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Kaola mendengar soalan-soalan tadi mohon ampun ulasan daripada Yang Berhormat Pengerusi itu sendiri bahawa kaedah-kaedah itu sudah maklum kitani di sini di bawah undang-undang memang diperuntukkan undang-undang maknanya ketetpan anak bulan setelah di ruqyah, pertama kitani memakai memegang pengangan hukum syarak bahawa ketetapan hendaklah di ruqyah walaupun di sana ada kesepakatan dengan negara-negara dalam kumpulan MABIMS ada kesepakatan di sana itu menentukan kadar-kadar anak bulan itu boleh di ruqyah atau mungkin boleh dilihat dengan kadar-kadar ketinggiannya, kelamaannya dan dalam lingkungan-lingkungan tertentu mengikut kaedah-kaedah falak dan kita bersetuju dalam masa yang sama kitani di Negara Brunei Darussalam tidak melepaskan dari pegangan untuk meruqyah.

Itu sudah biasa. Jadi soalnya tidak keseragaman atau keseragaman itu tidak akan berbangkit sebenarnya pada masa ini. Insya Allah. Jadi kalau itu boleh jadi jawapan kaola untuk menyenangkanlah jangan lagi kitani menimbulkan soalan-soalan yang sudah menjadi makluman ramai dan sudah disepakati ataupun dipersetujui oleh majoriti kitani sendiri dan orang yang tidak bersetuju pun bukan menjadi seperti ia berhari raya lain daipada kitani di dalam negara ini ataupun ia sembahyang ali-ali daripada kitani semuanya adalah patuh ketetpan yang ada. Itu yang dapat kaola terangkan. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusi​

Terima kasih Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama atas pengesahan yang dibuat. Saya persilakan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abd. Rahman bin Haji Ibrahim.

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abd. Rahman bin Haji Ibrahim​

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Bismillahir Rahmanir Rahim.

Pertama, mengenai Kod 001/007 Pengurusan Zakat dan Wakaf dan Baitulmal. Alhamdulillah, dari penerangan yang disampaikan oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama terdapat peningkatan dari segi kutipan zakat fitrah dan zakat harta pada tahun 2025 daripada tahun sebelumnya begitu juga dengan jumlah pembayar zakat muzaki. Ini menunjukkan bahawa inisiatif-inisiatif yang sedang dilaksanakan yang melibatkan proses kutipan kemudahan akses pembayaran dan penyebarluasan maklumat telah dapat menyumbang pada peningkatan ini. Kaola sebenarnya juga amat tertarik dengan penerangan mengenai transformasi peralihan dari modul wakaf tradisi kepada wakaf produktif. Ke arah itu, Kaola memohon pencerahan apakah langkah kehadapan kementerian dalam memudahkan dan menggalakkan rakyat di negara ini yang berhasrat untuk menghulurkan wakaf produktif ini.

Kedua, berkaitan dengan Kod 003/002 Perundangan Islam. Pada April 2025 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah menitahkan supaya agensi-agensi yang berkaitan memperkemaskan garis panduan sedia ada bagi memastikan setiap bahan terbitan mushaf Al-Quran yang diterbitkan, dicetak dan diedarkan di negara ini memenuhi piawaian yang tinggi serta terpelihara kesuciannya dengan mengujudkan satu akta khas penerbitan, pencetakan dan pemulihan mushaf Al-Quran bagi Negara Brunei Darussalam.

Kedudukan mushaf Al-Quran adalah begitu tinggi dan terpelihara yang menuntut satu pendekatan yang lebih khusus berautoriti dan tidak bersifat umum sebagaimana selia bahan-bahan terbitan lain. Ke arah itu, kaola ingin memohon status terkini mengenai langkah yang telah diambil bagi maksud penggubalan akta khas tersebut terutamanya mengenai usaha yang telah dilaksanakan oleh kementerian bersama Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri untuk memperkemaskan dan menyeleras kerangka perundangan sedia ada supaya tidak berlaku pertindihan atau kelemahan dari sudut penguatkuasaan dengan cadangan penggubalan akta khas tersebut dan adakah kementerian bercadang untuk menubuhkan satu entiti atau badan peringkat nasional dengan kapasiti dan autoriti khusus yang berperanan dalam aspek penyemakan, pengesahan, pensijilan dan penguatkuasaan seperti yang terdapat di beberapa negara Islam yang lain; dan

Ketiga, Berkaitan Kod 001/006. Pada Tahun Kewangan 2024/2025 MUIB telah melantik UNISSA untuk membuat kajian mengenai punca utama isu pertambahan dan peningkatan permohonan bantuan bagi tujuan sara hidup. Alhamdulillah. Kaola berpendapat banyak hasil penyelidikan ini boleh dimanfaatkan dan pembaikan boleh dilaksanakan terutamanya mengenai punca penyebab keadaan ini berlaku. Begitu juga yang berkaitan jangka waktu pemprosesan yang dilaksanakan oleh agensi-agensi zakat di negara jiran. Ke arah itu bolehkan dikongsikan inisiatif yang telah dibuat setakat ini dalam melaksanakan sebahagian saranan yang dicadangkan dalam pengajian tersebut termasuk dalam meningkatkan kutipan ketelusan dan usaha memperbaiki TPOR proses bantuan ini.

Seterusnya Kaola ingin menyentuh mengenai sasaran kementerian yang berkaitan penerokaan peluang pembangunan ekonomi yang dinamik. Kaola mengalu-alukan penetapan sasaran ini cuma untuk meningkatkan penglibatan dalam industri permakanan halal ini beberapa persyarat perlu dipenuhi bukan sahaja dari segi pematuhan dalam persijilannya tetapi juga dari segi volume pembekalan yang mencukupi dan berterusan. Begitu juga bagi produk-produk kewangan Islam, ianya akan memerlukan institusi kewangan untuk memperkenalkan syariah compliant produk yang telah diluluskan oleh pakar-pakar syariah yang dilantik. Ke arah itu kaola mohon pencerahan apakah langkah ke hadapan kementerian dalam meneroka dan meningkatkan penglibatkan negara dalam industri halal ini, termasuk juga dalam melahirkan dan membanyakkan lagi pakar-pakar kewangan Islam tempatan yang mahir dalam kedua-dua aspek kewangan konvensional dan kewangan patuh syariah.

Dan yang terakhir, Petunjuk Prestasi Utama kementerian yang baharu diperkenalkan pada tahun ini ialah jumlah inisiatif yang dijalankan oleh Bahagian Kawalan Makanan Halal dalam membantu pengusaha tempatan mendapatkan Sijil Halal Permit seperti menjalankan kerjasama dengan agensi berkepentingan dan mewujudkan kumpulan sukarelawan. Bolehkah dikongsikan secara spesifik apakah bentuk inisiatif sebenarnya dan apakah strategik outcome yang akan dihasilkan dari kolaborasi ini? Adakah inisiatif ini juga akan dapat memendekkan proses yang sedia ada dan akan boleh mengurangkan backlog permohonan persijilan halal pada ketika ini. Mohon maaf, Yang Berhormat Pengerusi, lebih 22 seconds, terima kasih (ketawa kecil).

Yang Berhormat Pengerusi​

Saya persilakan, Yang Berhormat Dayang Hajah Safiah binti Sheikh Haji Abd. Salam.

Yang Berhormat Dayang Hajah Safiah binti Sheikh Haji Abd. Salam​

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warrahmatullahi ta'ala wabarakatuh. Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi.

Kaola merujuk beberapa perkara di bawah Tajuk SJ01A Kementerian Hal Ehwal Ugama. Yang pertama, bagi Kod 005/000 Pemeliharaan Promosi Akal Bagi Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan KUPUSB dengan Anggaran Perbelanjaan sebanyak BND10.8 juta. Kaola mohon pencerahan selaras dengan aspirasi negara bagi melahirkan modal insan yang berpengetahuan, berkemahiran dan berdaya saing.

Pertama, sejauh manakah langkah-langkah yang telah diambil bagi memastikan kelayakan akademik dan sijil graduan KUPUSB ini kekal relevan dengan keperluan semasa dan mampu meningkatkan kebolehpasaran dan kadar kebolehkerjaan iaitu marketability dan employability rate mereka? Yang kedua, apakah usaha-usaha yang sedang dilaksanakan untuk memperluaskan kompetensi profesional graduan-graduan ini, bukan sahaja dalam bidang perguruan ugama tetapi juga dalam bidang-bidang lain yang diperlukan oleh sektor awam dan swasta.

Kaola juga ingin mencadangkan agar kadar kebolehpasaran dan kebolehkerjaan graduan-graduan kolej ini dimasukkan sebagai salah satu Petunjuk Prestasi Utama KPI institusi untuk menilai kualiti keberkesanan dan impak sebenar institusi ini terhadap pembangunan modal insan negara sekali gus memastikan KUPUSB terus relevan dan mampu menyumbang secara signifikan kepada hala tuju strategik negara.

Seterusnya, Kaola merujuk peruntukan keseluruhan kementerian yang berjumlah BND280.3 juta meliputi program-program pemeliharaan harta, ugama, nyawa dan keturunan serta akal. Kaola menyambut baik kenyataan Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama pada 19 Mac 2026 yang lalu mengenai perancangan untuk membangunkan ekosistem digital bagi pengurusan zakat termasuk penggunaan teknologi kecerdasan buatan AI. Begitu juga inisiatif-inisiatif berasaskan teknologi yang dijelaskan semasa Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama menjawab soalan rakan-rakan sejawat Ahli-Ahli Yang Berhormat Yang Dilantik sebentar tadi.

Ini amat bertepatan dengan hala tuju Wawasan Brunei 2035 dan seiring dengan Pelan Transformasi Digital Brunei 2030 yang menekankan kecekapan perkhidmatan, integriti dan penyampaian yang berpusatkan rakyat. Berkaitan itu, Kaola berpendapat selain zakat, transformasi digital ini wajar diperluaskan secara menyeluruh meliputi perkhidmatan-perkhidmatan teras ugama yang masih dilaksanakan secara manual di kementerian seperti pengurusan wakaf dan baitulmal, hal ehwal perkhidmatan-perkhidmatan berkaitan halal, pendidikan dan juga dakwah.

Oleh itu, kaola ingin mencadangkan agar Kementerian Hal Ehwal Ugama dengan kerjasama agensi-agensi yang relevan mempertimbangkan pembangunan satu platform sistem digital yang bersepadu bagi pengurusan perkhidmatan-perkhidmatan ugama secara berpusat, bukannya dibina secara berasingan bagi setiap satu-satu jabatan. Ini akan menyokong pengurusan data yang lebih menyeluruh, pemprosesan maklumat dan pelaksanaan perkhidmatan yang lebih pantas, telus dan responsif. Kaola yakin pendekatan ini mampu meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan, memperkukuh tadbir urus kementerian dan integriti data sekali gus mengangkat status perkhidmatan ugama di negara ini agar terus relevan dan up to date, mudah diakses dan berimpak tinggi setara dengan perkhidmatan-perkhidmatan yang lain.

Akhir sekali, kaola merujuk beberapa KPI baharu kementerian yang menilai jumlah aktiviti dan program yang dilaksanakan sepanjang tahun kewangan. Meskipun penilaian berdasarkan bilangan aktiviti perlu untuk memantau pelaksanaan kerja, kaola berpandangan adalah juga penting agar KPI tersebut menilai pencapaian hasil dan impak nyata program-program yang dirancang untuk memberikan gambaran yang lebih tepat mengenai keberhasilan program dan bagi memastikan setiap belanjawan benar-benar menyumbang kepada peningkatan kualiti perkhidmatan ugama dan kesejahteraan rakyat. Sekian, terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusi​

Saya persilakan, Awang Haji Md. Salleh bin Haji Othman.

Yang Berhormat Awang Haji Md. Salleh bin Haji Othman​

Bismillahir Rahmanir Rahim. Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian.

Kaola menyentuh Tajuk SJ01A Kementerian Hal Ehwal Ugama berhubung dengan perkembangan pelaksanaan hukum hudud yang merupakan sebahagian daripada Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah yang telah mula diperkuatkuasakan secara berperingkat bermula pada tahun 2014. Sepertimana yang kita maklum, pelaksanaan hukum ini telah melalui beberapa fasa bagi memastikan kesiapsiagaan dari segi perundangan, pentadbiran serta kefahaman masyarakat. Sehubungan dengan itu, kaola ingin mengetahui, apakah perkembangan terkini dalam pelaksanaan hukum hudud setakat ini? Adakah pelaksanaannya telah mencapai tahap yang disasarkan dan sejauh manakah keberkesanannya dalam mendidik serta mencegah berlakunya kesalahan jenayah dalam kalangan masyarakat?

Seterusnya Yang Berhormat Pengerusi. Kaola juga ingin mendapatkan pencerahan mengenai jenis-jenis kesalahan yang termasuk di bawah hukum hudud sepertimana yang diperuntukkan dalam undang-undang tersebut. Sebagai contoh, kesalahan-kesalahan seperti zina, qadzf yakni tuduhan zina tanpa bukti, mencuri yakni sariqah, merompak hirabah, minum arak dan kesalahan murtad yang masing-masing mempunyai syarat pembuktian serta hukuman tertentu menurut hukum syarak.

Namun demikian, saya ingin mengetahui sejauh manakah kesalahan-kesalahan ini telah direkodkan dan dikendalikan di bawah peruntukan undang-undang berkenaan? Di samping itu, kaola juga ingin mengetahui apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh pihak kementerian dalam memberikan kefahaman kepada masyarakat mengenai pelaksanaan hukum ini agar tidak timbul salah faham serta memastikan ia difahami dalam konteks keadilan, pendidikan dan pencegahan.

Yang Berhormat Pengerusi. Pada pandangan kaola, pelaksanaan hukum hudud ini bukan sahaja memerlukan sistem yang mantap tetapi juga kefahaman yang jelas dalam kalangan masyarakat agar tujuan sebenar pelaksanaan dapat dicapai dengan baik. Sekian terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusi​

Yang Berhormat Awang Haji Mohamad Danial @ Tekpin bin Ya'akub.

Yang Berhormat Awang Haji Mohamad Danial @ Tekpin bin Ya'akub​

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warrahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kaola ingin menyentuh Tajuk SJ01A Kementerian Hal Ehwal Ugama. Kaola ingin memohon pencerahan daripada Kementerian Hal Ehwal Ugama berhubung lantikan jurunikah sebagai satu usaha untuk memperkukuhkan lagi kefahaman masyarakat terhadap peranan dan kursus yang sedia ada.

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama. Memandangkan peranan jurunikah adalah sangat penting dalam memastikan akad nikah dilaksanakan dengan sempurna, hukum syarak dan undang-undang negara, kaola ingin memohon pencerahan mengenainya.

Pertama, apakah mekanisme lantikan jurunikah yang diamalkan pada masa ini dan adakah terdapat ruang bagi individu yang berkelayakkan untuk dipertimbangkan memohon permohonan rasmi? Kedua, apakah syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan khususnya dari segi latar belakang pendidikan agama, kefahaman, hukum-hukum nikah serta aspek keperibadian dan integriti? Ketiga, adakah pihak kementerian mengadakan latihan bimbingan atau pemantapan berterusan bagi memastikan jurunikah sentiasa peka dengan prosedur dan keperluan semasa masyarakat?

Seterusnya, kaola ingin pencerahan berhubung pengagihan zakat kepada golongan asnaf, khususnya dari segi keseragaman bantuan yang diterima. Kaola difahamkan terdapat perbezaan jumlah bantuan yang agak ketara, di mana ada penerima menerima sekitar BND65, manakala yang lain menerima sehingga BND200. Sehubungan dengan itu, kaola ingin memohon pencerahan apakah kaedah penilaian dan kriteria yang digunakan dalam menentukan kadar agihan zakat kepada setiap penerima. Yang kedua, adakah perbezaan ini berdasarkan kategori asnaf tahap keperluan atau faktor lain yang telah ditetapkan? Sekian terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusi​

Dan Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin.

Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin​

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Salam Sejahtera. Salam aidilfitri, maaf zahir dan batin. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Kaola terus merujuk pada Tajuk SJ01A Kod 003/008 - Perkhidmatan dan Penguatkuasaan dan bajet BND76 juta.

Kaola ingin memohon pencerahan mengenai dengan langkah-langkah yang diambil bagi mempercepatkan proses permohonan pensijilan halal, memandangkan terdapat semasa sesi dialog dengan Pejabat Syariah, banyak yang masih menunggu dalam puluhan ribu penilaian sijil halal. Sejauh manakah usaha-usaha yang sedang dilaksanakan untuk meningkatkan kecekapan proses penilaian termasuk menilai penambahan sumber manusia menggunakan teknologi dan penambahbaikan prosedur supaya permohonan dapat diproses dengan lebih cepat tanpa menjejaskan integriti pensijilan serta mempertingkatkan pemantauan lagi memastikan pematuhan standard sijil halal terus terpelihara?

Sehubungan dengan itu, sejauh manakah perancangan untuk menilai dan menggunakan brand sijil halal Brunei terus terpelihara dan diperbesarkan lebih agresif lagi, bukan setakat memelihara permakanan dan services halal tempatan dan bukan setakat memenuhi syarat, memelihara akidah tetapi juga untuk menjana dan memperluaskan ekonomi negara melalui industri halal, menembusi Global Halal Market yang bernilai USD2.3 hingga USD2.8 trilion bagi tahun 2023 - 2025. Sebagai cadangan, adakah pihak kementerian mempertimbangkan, menubuhkan sebuah agensi badan berkanun atau agensi khusus autoriti yang bertanggungjawab dalam proses penilaian, pemantauan dan pematuhan kesijilan halal tanpa mengambil alih tanggungjawab Majlis Ugama Islam Brunei yang sebagai ultimate agensi yang mengeluarkan sijil halal. Ini kerana ianya berpotensi meningkatkan kecekapan proses, memperkukuh tadbir urus sijil halal serta membuka peluang pekerjaan dan menjana aktiviti ekonomi baru dalam ekosistem halal negara untuk domestik dan terus menembusi global market.

Soalan kedua, SJ01A Memelihara Promosi Ugama, merujuk Tajuk SJ001A Kod 002/000 dan merujuk kepada Seksyen 220 di bawah Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah, 2013 yang bertujuan untuk melindungi maruah agama Islam daripada sebarang bentuk penghinaan secara langsung atau tidak langsung. Sejauh manakah kementerian membuat penilaian sama ada kes penyalahgunaan sijil halal yang serius yang disedari oleh pelaku salah seperti menyimpan bahan najis seperti daging dan darah khinzir dalam premis bercampur bahan menyediakan makanan halal dan pengimportan daging-daging yang telah diketahui ketidakhalalannya semata-mata untuk meraih keuntungan oleh penyedia, khususnya dalam membendung penyalahgunaan sijil halal yang boleh menjejaskan imej kesucian agama dan keyakinan masyarakat? Adakah kesalahan begini terkandung pada Seksyen 220 di bawah Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah, 2013 yang bukan setakat menyalahgunakan sijil halal.

Soalan ketiga, juga tentang dengan halal. Sejauh manakah kaola memohon pencerahan mengenai apakah mekanisme yang dilaksanakan bagi memastikan vendor-vendor luar negara yang menjual makanan di Brunei Darussalam ketika semasa ekspo atau secara sementara mematuhi peraturan pensijilan halal negara dan sejauh manakah proses tapisan kelulusan serta pemantauan dijalankan sebelum dan semasa penyertaan mereka memandangkan pensijilan halal dari negara asal mungkin tidak setaraf dan tidak secara automatik melainkan mendapat kelulusan atau pengiktiraf pihak berkuasa di Brunei Darussalam. Apakah ada garis pandu khusus atau maksima pensijilan sementara, temporary pre-certification bagi vendor luar negara agar ianya tidak berlaku saksama dengan vendor tempatan? Itu sahaja. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusi​

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Sebelum saya meminta Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama untuk membahas ataupun memberikan responsnya terhadap perkara-perkara yang ditimbulkan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat Yang Dilantik tadi. Ada baiknya saya kira kita tangguhkan mesyuarat Jawatankuasa ini dan kita akan bersidang semula dalam Majlis Mesyuarat Negara.

(Mesyuarat Jawatankuasa ditangguhkan)

(Majlis Mesyuarat bersidang semula)

Yang Berhormat Yang Di-Pertua​

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kita bersidang semula dalam persidangan Majlis Mesyuarat Negara. Saya kira cukup sekian kita bersidang pada pagi ini, saya cadangkan supaya mesyuarat ini kita tangguhkan.

Insya Allah, kita akan bersidang semula mulai daripada jam 2.00 petang ini nanti. Sekian. Wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi ta'ala wabarakatuh.

(Majlis Mesyuarat ditangguhkan)

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.