Skip to main content

HARI KE-6 PAGI

For Informational Purposes Only

2HB MAC 2023

info

Help needed with Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.

Disclaimer

The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.

YANG DI-PERTUA

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib, PSNB., SLJ., PHBS., PJK., PKL., Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara, Negara Brunei Darussalam.

AHLI RASMI KERANA JAWATAN (PERDANA MENTERI DAN MENTERI-MENTERI)

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ’Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Perdana Menteri, Menteri Pertahanan, Menteri Kewangan dan Ekonomi dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri, Negara Brunei Darussalam.

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, DKMB., DPKT., King Abdul Aziz Ribbon, First Class (Saudi Arabia), The Order of the Renaissance (First Degree) (Jordan), Grand Cross of Crown Order - G.K.K. (Netherlands), Medal of Honour (Lao), DSO (Singapore), Order of Lakandula with the Rank of Grand Cross (Philippines), The Order of Prince Yaroslav the Wise, Second Class (Ukraine), DSO (Military) (Singapore), PHBS., Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam.

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Di-Raja Dato Laila Utama Haji Awang Isa bin Pehin Datu Perdana Manteri Dato Laila Utama Haji Awang Ibrahim, DK., SPMB., DSNB., PHBS., PBLI., PJK., PKL., Penasihat Khas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam.

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, PSNB., DSLJ., SMB., PHBS., PJK., PKL., Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Negara Brunei Darussalam.

Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, PSSUB., DPMB., PHBS., PBLI., PJK., PKL., Menteri Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam.

Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Apong, PSNB., DPMB., PJK., PIKJB., PKL., Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Negara Brunei Darussalam.

Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, DPKT., SMB., PHBS., Menteri Pertahanan II, Negara Brunei Darussalam.

Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohammmad Isham bin Haji Jaafar, PSNB., DPMB., Menteri Kesihatan, Negara Brunei Darussalam. (Hadir secara virtual)

Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud, PSNB., SPMB., PJK., PKL., Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam. (Hadir secara virtual)

Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah, PSNB., SPMB., Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Negara Brunei Darussalam.

Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd. Yusof, PSNB., SPMB., PJK., PIKB., PKL., Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II, Negara Brunei Darussalam. (Tidak hadir atas urusan rasmi)

Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar, PSNB., SPMB., PIKB., PKL., Menteri Pembangunan, Negara Brunei Darussalam.

Yang Berhormat Dato Setia Dr. Awang Haji Mat Suny bin Haji Mohd Hussein, PSNB., DPMB., PJK., Menteri Tenaga, Negara Brunei Darussalam.

Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Hamzah bin Haji Sulaiman, PSNB., DPMB., PJK., Menteri Pendidikan, Negara Brunei Darussalam.

Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof, PSNB., SMB., PIKB., Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi, Negara Brunei Darussalam. (Hadir secara virtual)

Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Awang Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, DPKT., SMB., Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Negara Brunei Darussalam. (Hadir secara virtual)

AHLI YANG DILANTIK ORANG-ORANG YANG BERGELAR

Yang Berhormat Pehin Datu Imam Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Abdul Hamid bin Bakal, PSSUB., DSNB., PHBS., PBLI., PKL.

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pendikar Alam Dato Paduka Seri Awang Haji Hasrin bin Dato Paduka Haji Sabtu, DPKT., DPMB., SNB., PBLI., PJk., PKLP.
(Hadir secara virtual)

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Putera Maharaja Dato Paduka Awang Haji Abdul Ghani bin Pehin Datu Pekerma Dewa Dato Paduka Awang Haji Abdul Rahim, DPMB., SNB., PJk., PKL.

AHLI YANG DILANTIK ORANG-ORANG YANG TELAH MENCAPAI KECEMERLANGAN

Yang Berhormat Awang Haji Umarali bin Esung, PSB., PIKB., PKL.

Yang Berhormat Awang Haji Abdul Hamid @ Sabli bin Haji Arshad, SMB.

Yang Berhormat Awang Ong Tiong Oh.

Yang Berhormat Fdr. Ar. Dayang Siti Rozaimeriyanty binti Dato Seri Laila Jasa Haji Abdul Rahman, PSB., PIKB.

Yang Berhormat Dayang Nik Hafimi binti Abdul Haadi, PSB.

Yang Berhormat Dayang Khairunnisa binti Awang Haji Ash'ari, PIKB.

Yang Berhormat Awang Iswandy bin Ahmad, PIKB.

AHLI YANG DILANTIK MEWAKILI DAERAH-DAERAH

Yang Berhormat Pengiran Haji Ali bin Pengiran Maon, PSB., PJk., PIKB., PKL., Penghulu Mukim Berakas ’B’, Zon 1 - Daerah Brunei dan Muara.
(Hadir secara virtual)

Yang Berhormat Awang Naim bin Haji Kamis, PSB., PJk., PIKB., PKL., Penghulu Mukim Kota Batu, Zon 3 - Daerah Brunei dan Muara.

Yang Berhormat Awang Haji Tahamit bin Haji Nudin, PIKB., PKL., Penghulu Mukim Gadong ’A’, Zon 4 - Daerah Brunei dan Muara. (Tidak hadir)

Yang Berhormat Awang Haji Mohimin bin Haji Johari @ Jahari, Ketua Kampung Limau Manis, Zon 5 - Daerah Brunei dan Muara.

Yang Berhormat Pengiran Haji Mohamed bin Pengiran Haji Osman @ Othman, PSB., PIKB., PKL., Ketua Kampung Masjid Lama, Pekan Muara, Sabun dan Pelumpong, Zon 2 - Daerah Brunei dan Muara.

Yang Berhormat Awang Haji Abdul Hamid bin Haji Mumin, PJK., PKL., Penghulu Mukim Liang, Zon 1 - Daerah Belait.

Yang Berhormat Awang Hanapi bin Mohd. Siput, PIPKB., Ketua Kampung Labi I, Zon 2 - Daerah Belait.

Yang Berhormat Awang Haji Abdul Wahab bin Apong, SUB., PJK., PIKB., PKL., Penghulu Mukim Tanjong Maya, Zon 1 - Daerah Tutong.

Yang Berhormat Awang Haji Ramli bin Haji Lahit, PIKB., PKL., Penghulu Mukim Telisai, Zon 2 - Daerah Tutong.

Yang Berhormat Awang Haji Emran bin Haji Sabtu, SMB., PSB., PIKB., PKL., Penghulu Mukim Bokok, Kelima-lima Mukim Daerah Temburong.

HADIR BERSAMA

Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pekerma Jaya Dato Paduka Awang Haji Judin Haji Asar, DPMB., SLJ., POAS., PHBS., PBLI., PJK., PKL., Jurutulis Majlis Mesyuarat Negara, Negara Brunei Darussalam.

Yang Mulia Dayang Rose Aminah binti Haji Ismail, PSB., PIKB., Timbalan Jurutulis Majlis Mesyuarat Negara, Negara Brunei Darussalam.

(Mesyuarat mula bersidang pada pukul 9.30 pagi)

Yang Dimuliakan Jurutulis

بِسْم ِ � ه ِ الر َّ ح ْ م َٰ ن ِ الر َّ ح ْ يم Mesyuarat Pertama, Dari Musim Permesyuaratan Kelapan Belas Majlis Mesyuarat Negara bersidang bagi hari yang keenam Rabu, 29 Rejab 1443 bersamaan 2 Mac 2022, didahului dengan Doa Selamat.

DOA SELAMAT

Doa Selamat dibacakan oleh Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Mustapa bin Haji Murat.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

(missing Jawi words) kita bersyukur ke hadrat أ لِل ه ِ سُبْح ان هُ و ت ع ال ى َٰ kerana dengan limpah rahmat-Nya dan izin-Nya jua kita dapat bersama-sama hadir pada pagi ini dalam persidangan hari yang keenam dalam Majlis Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Kelapan Belas Majlis Mesyuarat Negara.

Selawat serta salam ke atas Junjungan Besar kita محمد صلى الله عليه وسلم, kaum kerabat, para sahabat serta pengikut-pengikut Baginda yang taat lagi setia hingga ke akhir zaman.

Ahli-Ahli Yang Berhormat, persidangan kita masih lagi membincangkan Rang Undang-Undang (2022) Perbekalan, 2022/2023 yang telah diadangkan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II.

Maka bagi membolehkan kita meneruskan perbincangan itu dengan meneliti jadual kementerian-kementerian yang berkenaan, saya tangguhkan Persidangan Majlis Mesyuarat Negara ini untuk kita bersidang di Peringkat Jawatankuasa.

(Majlis Mesyuarat ditangguhkan)

(Mesyuarat berdisang sebagai Jawatankuasa)

Yang Berhormat Pengerusi

Ahli-ahli Yang Berhormat. Majlis sekarang bersidang di Peringkat Jawatankuasa sepenuhnya bagi menimbangkan Rang Undang-Undang (2022) Perbekalan, 2022/2023, satu per satu.

Pada mesyuarat yang telah dijalankan petang semalam, kita telah meluluskan Jadual Kementerian Kesihatan dan juga Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan. Sekarang kita akan beralih tajuk kementerian seterusnya.

Yang Dimuliakan Jurutulis

Tajuk SN09A hingga Tajuk SN09A - Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi.

Yang Berhormat Pengerusi

Ahli-ahli Yang Berhormat. Mesyuarat Jawatankuasa sekarang menimbangkan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi.

Sebelum tajuk ini dibuka untuk dibahaskan, sebagaimana lazimnya saya ingin memberi laluan ataupun ruang kepada Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi untuk menyampaikan mukadimahnya terutamanya mengenai hala tuju anggaran belanjawan yang disediakan.

Saya persilakan Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi.

Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi

بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيمِ اَلْحَمْدُ ِللّٰهِ رَبِّ الْعٰلَمِينَ وَصَلاَةٌ وَسَلاَمٌ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلٰى اٰلِهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِينَ اَمِّيْنَ رَبِّ الْعٰلَمِيْنَ

Lebih dahulu kola mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Pengerusi atas peluang yang diberikan untuk kola mengongsikan mukadimah bagi memulakan perbincangan ke atas Anggaran Peruntukan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) bagi Tahun Kewangan 2022/2023.

Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-ahli Yang Berhormat.

Di Dewan yang mulia ini, kola turut menyembahkan menyunjung kasih yang setinggi-tingginya atas kunjungan titah Yang Setinggi-tingginya atas kurnia titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Kelapan Belas Majlis Mesyuarat Negara, tahun 2022.

Seperti kita maklumi bersama, titah baginda antara lainnya menekankan keperluan untuk meluruskan tadbir urus masing-masing mengikut keutamaan, keperluan, tidak membazir dan dilaksanakan dengan teratur.

Baginda juga menitahkan bagi persediaan yang teratur sebelum pelaksanaan antaranya, pindaan kepada akta, perubahan kepada sistem teknologi maklumat dan juga pemberigaan.

تتبلغت titah saranan baginda akan terus menjadi rujukan dan garis panduan utama bagi MTIC memastikan urus tadbir dan pelaksanaan dasar serta inisiatif yang lebih teratur ke arah pelaksanaan objektif-objektif strategik MTIC dengan perpandukan kepada perundangan dan peraturan-peraturan kewangan yang ada, proses penggoproran yang dijalankan oleh MTIC, تتبلغ تتبلغ telah menujurs kepada penutubhan dua buah badan kanun yang susupanlah dan memapu untuk menuna kutipan hasil kepada Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Dalam hal ini, dengan perkembangan industri ICT serta industri maritim dan pelabuhan di negara ini, Pihak Berkuasa Industri Teknologi Infokomunikasi (AITI) dan Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan (MPABD) kedua-duanya telah dapat beroperasi dengan lebih efisien. AITI telah dapat menyumbangkan kepada anggaran hasil kerajaan dengan mengembalikan hasil yang berlebihan kepada pihak kerajaan.

Dalam mendukung tema belanjawan pada tahun ini iaitu: "Memperkasa Kesejahteraan Awam Ke Arah Sosioekonomi Yang Lebih Resilien", koala juga ingin merujuk dan menyembahkan menjunjung kasih yang setinggi-tingginya atas titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bersempena dengan Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke-38 tahun ini.

Titah baginda antara lainnya menekankan bagi keperluan untuk mempercepatkan pembuatan transformasi digital bagi memastikan norma baharu dapat dilaksanakan dengan berkesan. Perkara ini selaras dengan matlamat Pelan Induk Ekonomi Digital 2025.

Dengan visi Negara Pintar Melalui Transformasi Digital, Pelan Induk Ekonomi Digital 2025 merupakan dokumen rujukan utama dan peta jalan bagi perancangan dan pelaksanaan transformasi digital di Negara Brunei Darussalam. Ke arah ini, beberapa usaha penyelesaran telah pun dijalankan oleh pihak Urus Setia Majlis Ekonomi Digital (DEC) bagi memantapkan lagi penyediaan dan pelaksanaan projek serta inisiatif digitalisation di bawah Plan Transformasi Digital yang diterajui oleh Digital Transformation Steering Committee (DTSC) bagi kementerian masing-masing.

Pelan Transformasi Digital ini, merangkumi dan mendukung penggunaan teknologi digital bagi kementerian tersebut dan juga bagi sektor perindustrian di bawah bidang kuasa kementerian masing-masing. Hasil perkembangan dari sesi Ministries Digital Transformation Plan Stock Take yang telah dijalankan dari bulan April hingga Jun 2021, sebanyak sepuluh Digital Transformation Plans telah diterima untuk penelitian Urus Setia DEC.

Dalam kesempatan ini, kaola ingin merujuk kepada soalan daripada Yang Berhormat Awang Iswandy bin Ahmad semasa membincangkan Usul di bawah Tajuk Jabatan Perdana Menteri dan ingin menambah sedikit kepada jawapan daripada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Dalam menggalakkan transformasi digital di sektor kerajaan, kaola ingin mengongsikan beberapa dapatan dan pencapaian seperti yang berikut:

Bagi perkhidmatan kerajaan, terdapat:

  1. Sebanyak 178 perkhidmatan yang boleh didapati dalam talian.;

  2. Sebanyak 25 aplikasi mudah alih bagi perkhidmatan-perkhidmatan.; dan

  3. Sebanyak 22 pembayaran bagi perkhidmatan-perkhidmatan secara dalam talian.

Ke arah perkhidmatan kerajaan yang lebih moden dan berkesan, kesemua kementerian telah disediakan office collaborative tools seperti perkhidmatan e-mel, platform intranet bagi penyimpanan persuratan dan perkongsian dokumen, e-minit dan lain-lain. Setakat ini kadar penggunaan tools ini adalah:

  1. Sebanyak 96% warga perkhidmatan awam menggunakan e-mel yang telah disediakan pihak kerajaan.;

  2. Sebanyak 61 agensi kerajaan aktif menggunakan intranet platform sebagai peralatan penyimpanan persuratan dan perkongsian dokumen.; dan

  3. Sementara itu hampir kesemua kementerian iaitu sebanyak 10 buah kementerian telah pun mula menggunakan e-mint atau e-office bagi pengagihan tugas-tugas untuk tindakan selanjutnya.

Terdapat peningkatan jumlah pendafataran akaun e-Darussalam yang baharu iaitu sebanyak 70% dari tahun sebelumnya. Setakat bulan Januari 2022, ˤadād sebagai banyak 208,077 akaun telah didaftarkan dan sebanyak 170,963 akaun yang telah aktif. إحصائية, statistik ini menunjukkan kadar penggunaan perkhidmatan kerajaan melalui e-Darussalam yang terus meningkat.

Secara keseluruhannya, untuk lebih menggerakkan transformasi digital bagi sektor kerajaan dengan berteraskan pendekatan whole of government, pihak MTIC dan Jabatan Perdana Menteri telah menubuhkan Digitization Policy Taskforce. Taskforce ini yang bertanggungjawab untuk meneliti penggubalan akan data dan dasar yang perlu dikemas kini dalam mendukung usaha kerajaan dalam merealisasikan ke arah Digital Government.

Pada masa yang sama, perhatian yang serius turut diberikan bagi mengembangluskan transformasi digital di sektor swasta. Dalam hal ini, dua Bengkel Pendigitalan Industri telah diadakan bagi membincangkan penyediaan “Pelan Transformasi Digital” untuk sektor-sektor industri yang dikenal pasti iaitu:

  1. Bengkel Mendigitalkan Industri Agromakanan telah diadakan pada 18 November 2021 dan disertai seramai 91 orang peserta.; dan

  2. Bengkel Mendigitalkan Industri Pembinaan (Construction) telah diadakan pada 15 Disember 2021 dengan penyertaan 60 orang peserta.

Bengkel Mendigitalkan Industri bagi 8 lagi sektor perindustrian yang tersenarai dalam Pelan Induk Ekonomi Digital 2025, إِنْ شَاءَ ٱللَّٰهُ akan diserapkan selesai pada bulan Jun 2022 tahun ini.

Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Bagi mendukung objektif strategik MTIC yang selaras dengan keutamaan Tema Belanjawan bagi Tahun Kewangan 2022/2023, beberapa inisiatif telah dan akan dilaksanakan ini termasuk:

  1. Anggaran sebanyak $28 juta telah diperuntukkan di bawah Perbelanjaan Berulang-Ulang, Pusat Kebangsaan e-Kerajaan bagi membiayai penggunaan guna sama, latihan kemahiran, pemeliharaan sistem-sistem dan mengukuhkan aspek keselamatan daripada ancaman siber. Antaranya termasuk:

    1. Sekitar $9.24 juta telah diperuntukkan bagi membiayai bayaran lesen-lesen perisian bagi semua kementerian.;

    2. Sekitar $4.8 juta bagi membiayai Talian Darussalam TD '123’; dan

    3. Sekitar $6.6 juta bagi membiayai rangkaian connectivity bagi semua kementerian.

  2. Bagi projek Sistem Pengangkutan Awam, sebanyak $5 juta telah diperuntukkan di bawah RKN-11 dengan anggaran $370 ribu bagi Tahun Kewangan 2022/2023, untuk menambah baik Perkhidmatan Pengangkutan Awam dan antara inisiatif yang sedang dirancangkan adalah:

    1. Penyediaan perhentian bas inter-change di Jalan Kianggeh dan Jalan McArthur di Bandar Seri Begawan.; dan

    2. Penyediaan dan peniaktafaran infrastruktur dan fasiliti perhentian bas di Daerah Temburong.;

  3. Di bawah Jabatan Penerbangan Awam, anggaran sekitar $5.4 juta diperuntukkan bagi mempertingkatkan prasarana di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei. Iaitu, antara lainnya termasuk pembinaan sebuah Detention Pond bagi flood mitigation, pemasangan sistem Advance Lightning Protection dan Pemasangan System Airfield Ground Lighting;,

  4. Terdapat di bawah Peruntukan Berulang-Ulang Jabatan Penerbangan Awam:

    1. Anggaran sekitar $3.5 juta bagi Pengoperasian dan Pemeliharaan Kemudahan-Kemudahan Penumpang dan Sistem-Sistem Baggage Handling and Screening;,

    2. Pemeliharaan Peralatan Sistem Navigasi sekitar $1.8 juta; dan

    3. Pemeliharaan dan Pembersihan sekitar $1.5 juta;,

  5. Anggaran $10 juta telah diperuntukkan di bawah MTIC bagi membiayai Penyertaan Pengoperasian Cyber Security Brunei (CSB);,

  6. Memperuntukkan sebanyak $300 ribu untuk inisiatif-inisiatif di bawah Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR);, dan

  7. Sekitar $8.5 juta diperuntukkan kepada Jabatan Pengangkutan Darat bagi pelaksanaan beberapa inisiatif utama, ini termasuk antara lainnya:

    1. Pemeliharaan dan Pengoperasian Sistem Pengangkutan Darat (SPD) bagi memastikan kelangsungan perkhidmatan kepada orang ramai;, dan

    2. Kepelruan bagi 4 buah mesin timbangan di pos-pos kawalan dalam usaha meningkatkan keselamatan jalan raya, khususnya bagi para pengguna di jalan raya.

Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat

Dalam negara menghadapi kesan penularan pandemik COVID-19, sektor pengangkutan turut terkesan mengalami penurunan dari segi pergerakan trafik penumpang dan kargo.

Bagi pengangkutan udara, pergerakan penumpang sangat terjejas dengan penurunan sebanyak 70% bagi bulan Mac hingga Julai 2020. Walau bagaimanapun, terdapat pemulihan yang mendatar pada bulan Mac hingga Julai 2021 dengan peningkatan sebanyak 22.1%.

Kadar peningkatan yang minimum pula dilihat dalam perkhidmatan pengangkutan laut dan maritim, khususnya dari segi jumlah kontena kapal dan kargo konvensional. Semasa gelombang kedua pada bulan Ogos hingga November 2021, jumlah kontena kapal hanya meningkat sebanyak 0.83% juta berbanding dengan tempoh yang sama bagi tahun sebelumnya.

Dalam memelihara kesejahteraan awam, melalui objektif strategik MTIC, iaitu Tranformasi Digital dan memastikan kedayatahanan Sektor Pengangkutan dan Infokomunikasi, beberapa inisiatif untuk menaik taraf infrastruktur telekomunikasi telah dan akan terus dilaksanakan.

Hasil daripada Pengstrukturan Industri Telekomunikasi pada 24 Januari 2020, kadar penggunaan jalur lebar (broadband) turut meningkat berikutan keperluan semasa pandemik COVID-19. Menurut statistik yang direkodkan oleh AITI:

  1. Kadar pengguna mobile broadband telah meningkat sebanyak 25% daripada kira-kira 115% kepada 140% pada tahun 2021 berbanding tahun sebelumnya.; dan

  2. Dalam tempoh yang sama kadar pengguna fixed broadband ke rumah meningkat sebanyak 7% daripada 68% kepada 75.25%.

Bagi menampung kebergantungan pada jalur lebar ini, pihak penyedia UNN telah menjalankan beberapa usaha untuk menambah baik operasi seperti antara lainnya:

  1. Penambahbaikan rangkaian pada bulan Ogos 2021 bagi menghasilkan peningkatan dalam kemajuan sebanyak 61%; dan

  2. Penambahan sebanyak 53 buah infrastruktur telekomunikasi untuk menambah baik liputan telekomunikasi telefon bimbit iaitu sebanyak 22 buah di Daerah Brunei Muara, sebanyak 3 buah di Daerah Tutong, sebanyak 15 buah di Daerah Belait dan sebanyak 13 buah di Daerah Temburong, yang turut merangkumi kawasan pedalaman. Proses bagi penambahan infrastruktur ini telah pun dimulakan oleh UNN dengan kerjasama pihak-pihak yang berkenaan.

Dalam pada itu, liputan perkhidmatan telekomunikasi di kawasan pedalaman juga dititikberatkan, sebanyak $3 juta telah diperuntukkan di bawah Rancangan Kemajuan Negara Ke-11 bagi Projek Pembangunan Menara di kawasan luar bandar. Projek ini دِي ساساركَن meliputi 4 buah kampung iaitu Kampung Apak-Apak, Kampung Sukang, Kampung Melilas dan Kampung Long Mayan.

Bagi mengekalkan momentum penggunaan teknologi digital seiring dengan kemajuan teknologi, Negara Brunei Darussalam juga membu at persediaan bagi perkhidmatan 5G. Selain persediaan infrastruktur, MTTC melalui AITI melaksanakan usaha pemudahcaraan melalui:

  1. Menyediakan frekuensi spektrum bagi teknologi 5G dan mengkaji semula peraturan dan perundangan di bawah AITI berkaitan perkhidmatan 5G;,

  2. Meneruskan ujian rintis (trial) bagi teknologi 5G; dan

  3. Menjalankan program pembangunan kapasiti Sumber Tenaga Manusia ke arah teknologi 5G mulai bulan Mac 2022 hingga Jun 2022.

Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Strategik objektif MTIC adalah juga untuk memastikan Piawaian Keselamatan untuk Sektor Pengangkutan dan Infokomunikasi. Selaras dengan keutamaan belanjawan iaitu "Memelihara Kesejahteraan Awam". MTIC turut mendukung keutamaan antara lainnya adalah:

  1. Melalui Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya (MKKJR), usaha bersepadu diteruskan bagi menjadikan jalan raya lebih selamat untuk pengguna. Penurunan jumlah kes kemalangan jalan raya dalam purata 1% setiap tahun dari tahun 2018 sehingga 2021.; dan

  2. Pengemaskinian Brunei National Cyber Security Strategy sebagai pendekatan dan strategi keselamatan siber yang menyeluruh. Inisiatif ini dijalankan oleh Cyber Security Brunei (CSB) sebagai kesinambungan kepada penubuhan CSB sebagai agensi keselamatan siber kebangsaan Negara Brunei Darussalam.

MTIC juga mendukung keutamaan belanjawan ketiga iaitu: "Meningkatkan Kompetensi Sumber Manusia Ke Arah Work And Future Ready". Selaras dengan hasil strategik di bawah Pelan Induk Ekonomi Digital 2025, salah satu inisiatif yang dilaksanakan ialah Program Coding.bn.

Selaras dengan objektif Manpower Industry Steering Committee (MISC), MTIC melalui AITI telah melaksanakan Program Coding.bn khusus untuk menaik taraf kemahiran para graduan yang masih mencari pekerjaan dengan kemahiran programming.

أكملها , Program Coding.bn bagi kohort pertama telah pun selesai dilaksanakan pada bulan September 2021, iaitu seramai 59 orang peserta telah menamatkan program tersebut. Setakat bulan Februari 2022, seramai 39 orang peserta daripada mereka telah berjaya mendapat pekerjaan tetap.

Seiring dengan keutamaan belanjawan untuk "Mendukung dan Membantu Sektor Swasta Agar Berdaya Tahan dan Berkembang", MTIC turut melaksanakan Dasar dan Rangka Kerja Kawal Selia yang kondusif kepada pelaburan dan perniagaan.

Bagi memudah cara perkembangan sektor swasta, khususnya semasa menangani situasi penularan wabak COVID-19, antara inisiatif yang dilaksanakan termasuk:

  1. Brunei ICT Awards (BICTA) sebagai acara tahunan untuk mengasah tahap daya saing, kreativiti dan inovasi dalam teknologi digital. Sejak mula diadakan pada tahun 2004, sebanyak 34 produk yang dipertandingkan dalam BICTA sedang aktif digunakan dan sebanyak 11 produk lagi telah dikomersialkan. Peserta BICTA juga telah berjaya mendapat kemenangan di luar negara dengan kejayaan terkini iaitu Rupine Corporation mendapat tempat pertama dan Anugerah Emas dalam kategori Digital Content semasa ASEAN ICT Awards 2021 yang diadakan baru-baru ini.; dan

  2. Program Productivity and Efficiency Joint Funding for Digital Adoption (PENJANA) yang dilancarkan oleh AITI pada 17 Februari 2022 baru-baru ini, bagi membantu perusahaan-Perusahaan Mikrokecil dan Sederhana (MSMEs) tempatan dalam mengguna pakai teknologi digital bagi meningkatkan produktiviti. Di bawah program ini, AITI akan membiayai sehingga 70% kos dalam mengguna pakai digital solutions.

Selaras juga dengan Keutamaan Berjawang bagi sumber manusia yang Work and Future Ready, MTIC juga memberikan usaha signifikan kepada Inovasi, Penyelidikan dan Perkembangan.

(misisng Jawi words), menjunjung tinggi kurnia titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda Ke-75 pada 15 Julai 2021, mengenai penubuhan Majlis Penyelidikan dan Kemajuan Teknologi dan Sains (CREATES) bagi memacu aktiviti penyelidikan dan perkembangan dalam bidang sains dan teknologi di negara ini.

Sehubungan itu, satu rangka kerja dasar iaitu National Science, Technology and Innovation Framework sedang disediakan bagi menetapkan hala tuju dan strategi yang jelas ke arah pembangunan negara demi mencapai Wawasan Brunei 2035. Hala tuju Sains, Teknologi dan Inovasi ini akan diselaraskan dengan keperluan-keperluan industri yang terkini dan relevan.

Sebagai langkah bagi menggalakkan inovasi, beberapa inisiatif turut dilaksanakan dan dirancang, antara lainnya adalah:

  1. Melalui CREATES, satu projek penyelidikan dalam membantu menangani dan memendamkan wabak COVID-19 telah dilaksanakan dengan kerjasama pihak Universiti Brunei Darussalam, Kementerian Kesihatan, Singapore Duke-NUS Medical School dan EVYD Technology Sdn Bhd.;

    Pada penghujung tahun 2021, sebanyak 22 cadangan projek penyelidikan telah pun diterima dari institusi pengajian tinggi dan institusi penyelidikan. Dari jumlah tersebut, 12 projek yang disokong oleh CREATES kini dalam proses untuk diluluskan.; dan

  2. CREATES sedang meneliti peruntukan sebanyak $3 juta untuk tempoh 3 tahun bagi mendukung projek rintis 5G. Ini sebagai susulan kepada cadangan National 5G Taskforce bagi pelaksanaan strategi dan pelan-pelan tindakan ke arah pembangunan ekosistem 5G yang bermanfaat bagi Negara Brunei Darussalam.

Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-ahli Yang Berhormat.

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ، inisiatif-inisiatif yang mendukung ke arah pertumbuhan ekonomi negara akan sedaya upaya dilaksanakan melalui Peruntukan Perbelanjaan Biasa untuk Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) sebanyak $108,029,200 dan Perbelanjaan Kemasjuan sebanyak $34,416,971 yang disokong bagi Tahun Kewangan 2022/2023.

Akhir sekali, kaola ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan penghargaan kepada semua Ahli Yang Berhormat atas sokongan berterusan dalam sektor-sektor di bawah kawalan MTIC.

Kaola juga merafak syukur ke hadrat اللَّهُ سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى atas kurnia limpah-Nya jua, kaola diberi peluang menyampaikan mukadimah dan selerusnya untuk mengikuti perbincangan di Dewan yang mulia pada pagi ini walaupun secara maya.

Sama-samalah kita doakan semoga segala inisiatif yang diusahakan dengan berkat kepimpinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, serta usaha-usaha secara whole of nation, akan membuahkan hasil dan impak yang dihasratkan ke arah menjayakan Wawasan Brunei 2035.

Sekian, بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusi

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi atas kenyataan yang dibentangkannya yang begitu jelas dan terperinci, mengandungi beberapa hala tuju dan juga sasaran-sasaran yang ditentukan bagi Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi.

Kami mendoakan semoga Yang Berhormat akan sentiasa tabah dan dikurniakan بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ dengan segala kesihatan dan supaya akan dapat balik berkhidmat seperti sediakala secepat-cepatnya.

Tajuk ini, sekarang saya bukakan untuk kita bhasakan. Untuk itu, saya persilakan untuk memulakannya, Yang Berhormat Awang Iswandy bin Ahmad.

Yang Berhormat Awang Iswandy bin Ahmad

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi.

Didoaakan Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi untuk terus tabah dan juga diberikan kesihatan, بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ Terus saja kepada perbincangan kitani pada pagi ini, Yang Berhormat Pengerusi, iaitu mengenai peruntukan-peruntukan yang diberikan kepada Pengurusan Dasar dan Pengangkutan.

Menurut The World Bank, Negara Brunei Darussalam adalah negara ke-9 iaitu top ten dalam vehicles per capita di dunia dan nombor 1 di Asia. Seperti yang diketahui, dengan hanya membina lebih banyak jalan raya tidak dapat menyelesaikan masalah traffic congestion atau kesesakan lalu lintas kitani nanti.

Dengan sistem pengangkutan awam yang masih berada di peringkat awal serta infrastruktur negara yang memerlukan kitani untuk menggunakan kereta untuk ke mana-mana, penggunaan kereta akan terus menjadi pilihan pertama untuk pengangkutan.

Kitani mengetahui trafik di Lebuh Raya Tungku bergerak dengan perlahan di sebelah pagi dan petang, apatah lagi di kawasan sekolah dan juga kawasan-kawasan komersial. Termasuk juga kawasan bangunan kerajaan seperti di Lapangan Terbang Lama Berakas dan beberapa tempat lain lagi. Jika dibiarakan, ia juga boleh menyebabkan kurang produktiviti kitani dan kerana mengambil masa yang lama untuk commuting serta turut melambatkan emergency services, contohnya seperti perkhidmatan Bomba dan Penyelamat.

Soalan saya ialah, apakah dasar-dasar yang ada dan dirancang oleh pihak kementerian untuk mengawal traffic congestion ini secara jangka pendek dan jangka panjang yang sesuai dengan latar belakang sosioekonomi negara?

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusi

Saya persilakan Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi.

Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi dan Yang Berhormat atas soalan tersebut.

Soalan ini mengenai traffic congestion, salah satu tempat yang disebutkan tadi terkumpul di highway area. Memang ini perkara yang sudah dipantau semenjak dua tahun yang lalu, iaitu dua perkara satu secara short term. Memang ada beberapa kerjasama agensi iaitu melalui di bawah MKKJR, 3,4 agensi yang berkenaan iaitu Jabatan Pengangkutan Darat, Jabatan Kerja Raya, Polis Diraja Brunei dan beberapa kali bukan saja menamatkan tetapi membuat beberapa ujian, uji cuba untuk mengurangkan traffic congestion itu melihat dari segi pertukaran ataupun peralihan jalan dan sebagainya.

Ini turut juga dibantu oleh pihak penguatkuasaan dari pihak Polis Diraja Brunei dan juga Jabatan Pengangkutan Darat. Jabatan Pengangkutan Darat salah satu tanggungjawabnya melihat kereta-kereta komersial dan trak-trak (heavy vehicle) dan ini bukanlah waktu peak hours untuk mereka boleh berjalan itu secara short term.

Secara long term nya, أنقلة satu jawatankuasa yang digelar Jawatankuasa Public Transport System (PTS) yang baru ditubuhkan pada tahun lepas, yang dipengerusikan oleh Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi dengan berbagai-bagai agensi dan kementerian secara whole of nation untuk melihat dan melaksanakan antara lainnya Land Transport Master Plan, sokongan-sokongan di bawah Land Transport Master Plan. Salah satu daripadanya to keep traffic moving. Inilah satu-satunya diteliti secara long term, mungkin in akan melihat kepada infrastruktur changes dan sebagainya dan ini تبث ثجة شثء sedang diteliti. Terima kasih.

Yang Berhormat Pengerusi

Saya persilakan Yang Berhormat Awang Haji Mohimin bin Haji Johari @ Jahari.

Yang Berhormat Awang Haji Mohimin bin Haji Johari @ Jahari

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. بسم الله الرحمٰن الرحيم الحمدلله حمدًا كثيرًا طيبًا مباركًا فيه

Yang Berhormat Pengerusi. Koala membawa di bawah Tajuk SN05A – Jabatan Pengangkutan Darat. Sejauh mana pihak jabatan sudah mempunyai dan menggunakkan Artificial Intelligent yang dengan penggunaan AI ini boleh membantu memperemudah urusan-urusan jabatan seperti proses lesen cukai jalan dan lesen memandu dan lain-lain yang sentiasa berurusan dengan orang ramai? Apakah juga penggunaan artificial intelligent ini digunakan di jabatan lain dalam kementerian. Penggunaan teknologi ke arah Brunei Smart Nation khususnya di Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi.

Sekian, terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Terima kasih Yang Berhormat kerana mengemukakan satu soalan tadi mencandangi penggunaan AI untuk khususnya Jabatan Pengangkutan Darat dan juga jabatan-jabatan di bawah Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC).

أَلَخطلُه, AI ataupun dari rangka projek AI data analytics itu, ia adalah satu-satunya dalam radar atau apapun rancangan kementerian bagi mendukung Digital Economy Master Plan dan arah lainnya habis sudah beberapa applikasi dibuat Al di kementerian-kementerian lain.

Pada masa ini, Jabatan Pengangkutan Darat, dalam waktu mukadimah yang koala sebutkan tadi ada beberapa peruntukan untuk sistem pengangkutan. Ada perancangan untuk mengikuti taraf sistem Jabatan Pengangkutan Darat 2.0 dan تبث ثجة شثء akan mengambil kira penggunaan data analytics dan Al kerjasama dengan pihak GLC yang berkenaan. Ini sudah dalam perancangan dan perlindungan.

تبث ثجة شثء inilah satu-satunya way forward sebab pada masa ini the lifespan of spd, ini sudah lama, tetapi تبث ثجة شثء masih jua dapat diguna pakai, tetapi yang secara long termnya akan diupgrade kepada Sistem Pengangkutan Darat (SPD 2.0) dalam jangka masa disasarkan pada tahun ini بإذن الله تعالى.

Bagi jabatan-jabatan lain juga dalam pemikiran di Jabatan Penerbangan Awam dan Kaji Cuaca antara lainya yang memang menggunakan kaedah data analytics ini. بإذن الله تعالى with data analytics itu mungkin akan diguna pakai AI itu. Perkara ini dipakai juga untuk maklumat melalui radar yang digunakan di jalan raya, tetapi it's not a full AI, tetapi ada feature data analytics dalam penggunaan teknologi. Isu-isu jalan raya dengan sistem ini akan dapat mengenal pasti spots, reasons mengapa sebab-sebab spots dan sebagainya.

Sekian, terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusi

Yang Berhormat Awang Hanapi bin Mohd. Siput.

Yang Berhormat Awang Hanapi bin Mohd. Siput

Terima kasih. بسم الله الرحمن الرحيم وما توفيقي إلا بالله. عليه توكلت وإليه أنيب dan salam sejahtera.

Yang Berhormat Pengerusi. Kaola lebih dahulu mengakamkan penghargaan yang setinggi-tingginya dan ucapan tahniah atas pembentangan Anggaran Peruntukan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi serta jabatan-jabatan di bawahnya oleh Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi dan diadokan semoga Yang Berhormat cepat sembuh dan sihat seperti biasa. بإذن الله تعالى.

Kaola menyentuh Tajuk Anggaran Perbelanjaan Kernaiauan di dalam Kod Akaun 1107/007 - Anggaran Perbelanjaan $1,500,000.00 bagi anggaran 2022/2023, Pembangunan Menara di Kawasan Luar Bandar. Kaola ingin mengucapkan terima kasih atas keperhatinan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi atas keprihatinan memberi kemudahan kepada penduduk luar bandar untuk sama-sama menikmati teknologi khususnya dalam komunikasi.

Kaola ingin membawa dua soalan:

  1. Kaola memohon penjelasan mengenai pemasangan menara baharu yang tengah berlakai di bangunan Stesen Imagine di Mukim Labi, Daerah Belait yang berdekatan dengan Balai Polis Labi yang dirancang disambung tahun lepas masih belum dilaksanakan dan juga ingin mengetahui rancangan pembinaan menara DST di Kawasan Teraja? dan

  2. Tahun lepas ada kajian atau percubaan memasang perkhidmatan Internet di Sekolah Rendah Mukim Sukang dan Melilas dan sekarang ia telah diberhentikan. Kaola ingin mengetahui mengenai perkembangan hasil percubaan dan pemasangan Internet tersebut. Mohon pencerahan mengenainya.

Sekian disampaikan dan terima kasih. Yang Berhormat Pengerusi.

Sekian, والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi

Terima kasih. Yang Berhormat Pengerusi. Terima kasih Yang Berhormat atas soalan-soalan tersebut. Terima kasih kepada Yang Berhormat atas doa itu.

Mula-mula sekali jawapan kaola mengenai Stesen Imagine diguna pakai di Mukim Labi. Pada masa ini, perkara ini ada jua kaola menerangkan semasa mukadimah dan ada jua sedikit sebanyak disentuh semasa dan diterangkan saja balik, memang ada usaha dari pihak UNN dan ini turut disantau bersama. Pada masa ini ada usaha untuk menambah baik liputan telefon bimbit di Mukim Labi seperti yang disuarakan dari segi semasang dan diguna pakai single audio access network yang telah disebut beberapa kali sebelum ini. Hanya ia akan diadakan secara berfasa dan kaola pun dimaklumkan bahawa completionnya ان شاء الله akan siap pada penghujung tahun 2024 nanti dan ianya tertakluk jua dalam keadaan semasa masa ini.

Tower itu kaola pun difahamkan mungkin secara business strategy kepada UNN tidak diguna pakai sebab ada rancangan ataupun business plan tersendiri seperti yang kaola sebutkan tadi. Installing is running secara berfasa, ان تاء الله. Itulah yang kaola dapat jawab.

Mengenai sekolah-sekolah ini, perkhidmatan Internet sekolah-sekolah dengan kerjasama antara AITI dan Kementerian Pendidikan setakat ini. Tetapi connectivity ke semua sekolah ada sedikit limited, walaupun kebanyakan sekolah, المدارس, dihubungkan melalui Perkhidmatan One Government Network (OGM). Kecuali beberapa buah tempat yang dimasukkan.

Jadinya, dua tempat yang kaola sendiri telah pernah jua melawat, iaitu Sekolah Kampung Melilas dan Sekolah Kampung Sukang dan kedua-dua ini dicubakan perkhidmatan VaIve, tidak dapat melalui perkhidmatan talian telefon. Tapi dicuba perkhidmatan satellite dan apabila diuji ada berpotensi jua satellite services untuk kegunaan teknologi.

Ini pernah jua kaola suarakan, diplatform yang lain tetapi ان تاء الله perkara ini akan diusahakan lagi. Trial itu memaparkan ada kemajuan tetapi macam mana untuk melaksanakan pihak-pihak berkenaan akan mengusahakannya. Terima kasih.

Yang Berhormat Pengerusi

Saya persilakan Yang Berhormat Awang Haji Abdul Hamid bin Haji Mumin.

Yang Berhormat Awang Haji Abdul Hamid bin Haji Mumin

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Kaola sukacita untuk membahaskan Kementerian Pengangkutan Infokomunikasi di bawah Tajuk SN011A - Anggaran Belanjawan $22,715,430.00, Jabatan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi. Yang Berhormat Pengerusi. Kaola amat menyambut baik dan tahniah atas mudahimah yang disampaikan oleh Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi.

Kaola suka cita untuk membahaskan mengenai kewujudan bangunan Menara Rumah Api yang terletak di Kampung Sungai Kayu Ara, Kampung Lumut 2, Mukim Liang, Daerah Belait. Bangunan ini telah dibina kira-kira 16 tahun yang lalu iaitu pada tahun 2006. Kedudukan menara ini amat strategik di pinggir pantai, menghadap laut mempunyai alam sekitar indah dan terpelihara, terdapat landscape menambah keindahannya dan akan amat menarik lagi jika pandangan hadapan menara menghadap laut 'disiangi' dan diindahkan disekitarnya.

Kawalan keselamatan dan penjagaan kebersihan bangunan menara ini amat baik, اَلْحَمْدُلِلّهِ , pekerja-pekerja jabatan yang berkenaan ada membuat lawatan jua ke bangunan Menara Rumah Api tersebut. Yang Berhormat Pengerusi, sedikit pertanyaan dan cadangan daripada kaola:

  1. Kaola mohon pencerahan mengenai Bangunan Menara Rumah Api ini, adakah pekerja berkawal dalam masa-masa yang tertentu? Adakah menara ini masih beroperasi dan berfungsi dengan aktif bagi tujuan pengawalan keselamatan pantai dan pesisir laut?; dan

  2. Kaola sukacita juga ingin mencadangkan memandangkan kedudukan Menara Rumah Api ini amat menarik dan unik serta strategik ditambah dengan alam sekitarnya, dalam fikiran kaola, Menara Rumah Api ini, boleh dimanfaatkan sebagai salah satu destinasi lawatan sambil belajar kepada pelajar-pelajar rendah, menengah dan jua pelajar-pelajar peringkat atas dan jua mungkin sebagai destinasi menarik untuk lawatan kumpulan terentu bagi tujuan lawatan sambil menambah pengetahuan dan mengenai peranan menara ini.

Yang Berhormat Pengerusi, sekian sahaja terima kasih.

(missing Jawi words)

Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat kerana mengutarakan satu soalan dan jua satu cadangan.

اَلْحَمْدُلِلّهِ , kaola mengucapkan terima kasih jua kepada Yang Berhormat atas doa dan ingatan baik Yang Berhormat. Memang, light house, minta maaf kaola selalu fikir rumah api light house. Light house ini, seperti jua dengan jeti-jeti di negara ini, sebelum ini di bawah kawalan Jabatan Pelabuhan dan Jabatan Laut. Tetapi sekarang telah pun diambil alih oleh Maritime Port Authority Brunei Darussalam (MPABD) yang dalam mukadimah ada disebutkan jua tadi mengenai penubuhan Maritime Port Authority Brunei Darussalam (MPABD) sebagai luar daripada bajet kitani.

Bagi menjawab soalan itu, kaola pun difahamkan ia diguna pakai bagi orang-orangnya memang selaras jua di bawah kawalan Maritime Port Authority Brunei Darussalam (MPABD) dan ini beberapa penelitian telah dibuat mengenai light house untuk difikirkan semula dengan lebih cara terbaik untuk manage ataupun mengurus tadbinrya. Ini sedang dalam penelitian dan termasuk jua saranan Yang Berhormat tadi, berikatan saranan itu, mungkin "bisai" diseragamkan jua sesuai pencelitan ini satu cadangan yang baik untuk menjadikan light house ini menjadi tarkian lagi kepada orang ramai dan اِنْ شَاءَ اللّهُ akan diambil baik dan kaola akan bawakan untuk penelitian bersama dengan pihak-pihak yang berkenaan khususnya MPABD.

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusi

Saya persilakan Yang Berhormat Awang Haji Emran bin Haji Sabtu.

Yang Berhormat Awang Haji Emran bin Haji Sabtu

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. الشُّكْرُ لِلَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ dan Salam sejahtera. Terus saja kepada soalan di bawah Tajuk SN05A - Jabatan Pengangkutan Darat.

الْحَمْدُ لِلَّهِ, banyak perkembangan telah pun berjaya dicapai dalam sektor pengangkutan dalam Negara Brunei Darussalam, seperti penambahbaikan pengangkutan awam, perhentian bas di Daerah Temburong yang dikongsikan oleh Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi dalam talikmatnya sebentar tadi.

Soalan kaola apakah inisiatif pihak kementerian termasuk Jabatan Pengangkutan Darat bagi meningkatkan lagi Sistem Pengangkutan Awam khasnya di Daerah Temburong ke arah satu sistem yang berkesan dan efisien termasuk juga cadangan di peringkat BIMP-EAGA yang melibatkan negeri Sarawak, Negara Brunei Darussalam dan negeri Sabah dan peluang-peluang pekerjaan dari sektor pengangkutan berkenaan?

Seterusnya adakah usaha atau inisiatif pihak berkenaan bagi mewujudkan pengeluaran lesen memandu bagi pemandu kereta automatik khasnya kepada pemohon dan pelajar yang hanya mengambil lesen memandu automatik sahaja?

Akhir sekali kaola ingin mengetahui inisiatif ataupun usaha pihak berkenaan bagi mewujudkan sebuah syarikat pemasukan kenderaan di Daerah Temburong bagi mereka yang berminat. Sekian sahaja, terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Minta maaf kaola tidak tertangkap soalan ketiga Yang Berhormat tadi. Driving automatik lesen, mohon penjelasan.

Yang Berhormat Awang Haji Emran bin Haji Sabtu

Iaitu bagi mewujudkan pusat kenderaan pemeriksaan kenderaan di Daerah Temburong.

Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi, sekali lagi dan terima kasih Yang Berhormat.

Ada tiga perkara tadi, perkara pertama, semua tahu hakikat diangan Jabatan Pengangkutan Darat mengenai sistem pengangkutan ke Daerah Temburong. إِنْ شَاءَ اللَّهُ‎ seperti yang karola sebutkan tadi ada satu jawatankuasa iaitu Jawatankuasa PTS (Public Transport System) yang baru ditubuhkan pada tahun lepas. Ini salah satu penelitian secara umumnya semua route bagi pengangkutan, bukan sahaja pengangkutan awam bas tetapi pengangkutan awam pilihan lain antara contohnya kitani melihat jua e-Hailing service macam DART, mungkin ada beberapa lagi syarikat seumpama DART akan lahir إِنْ شَاءَ اللَّهُ‎.

Ini memberi pilihan kepada orang ramai untuk pengangkutan awam dan route ke Daerah Temburong tidak terkecuali. Melalui jawatankuasa akan meneliti dan masa ini ada jua bekerjasama dengan pihak-pihak yang berkenaan khususnya pihak dari luar untuk memajukan sistem pengangkutan awam khususnya bagi Daerah Temburong. Perkara ini pun sedang diteliti dan diusahakan dan إِنْ شَاءَ اللَّهُ‎ Yang Berhormat, absikoala akan melihat perkara itu.

Perkara kedua adalah cadangan untuk mengadakan driving lesen kepada pemandu kereta automatik. إِنْ شَاءَ اللَّهُ‎ sebenarnya cadangan ini seragam dengan pemikiran kaola pada tahun lepas. Ada jua sudah difikirkan dengan keadaan masa ini dengan amalan-amalan terbaik yang diambil praktik ataupun diambil sebagai contoh banyak sudah negara luar yang mengeluarkan lesen khusus pemandu kenderaan automatik sahaja. Ini perlu dilihat dan we need to research jua bagaimana luar negeri itu punya implikasi dan mungkin إِنْ شَاءَ اللَّهُ‎ dapat jua dipertimbangkan setelah membuat kaji dan research secara terperinci mengikut amalan-amalan yang terbaik.

Ini cadangan yang baik kerana mengikut peralihan zaman, mostly kereta automatik. Mesti kitani ingat, ada jua kereta masih manual, mungkin ada jua masih keperluan untuk menggunakan kereta manual jika diperlukan. Jadinya, ini satu pemikiran baik jua dan إِنْ شَاءَ اللَّهُ‎ absikoala akan mengambil kira dalam penelitian dasar mengenainya.

Perkara ketiga, memang benar pada masa ini, bukan sahaja Daerah Temburong, Daerah Tutong pun belum ada Vehicle Inspection Station (VIS) pada masa ini. Beberapa usaha telah pun dibukaakan tetapi nampaknya belum ada orang yang berminat untuk membuka di Daerah Temburong khususnya tetapi perkara ini seperti jua perkara kedua tadi, selaras dan seragam dengan dasar kementerian untuk menyediakan Vehicle Inspection Station di seluruh Negara Brunei Darussalam dan سلطان هشم الدين akan diusahakan jua keperluan-keperluan di Daerah Temburong. Memang benar masa ini orang di Daerah Temburong turun ke bandar untuk membuat inspection dan ini selaras dengan apa yang diusahakan masa ini.

سلطان هشم الدين satu rangka kerja kawal saluran VTS sedang diusahakan dan tender telah pun dibuka dan keadaan ini menggunakan satu regulatory framework yang betul bukan sahaja secara penberitahuan yang dibuat selama ini. Ini akan diseragamkan dengan satu regulatory framework yang kaola sebutkan. Kedua, dengan dasar sepatutnya boleh diadakan VTS ini dengan sasaran utama untuk seluruh Negara Brunei Darussalam.

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusi

Saya persilakan Yang Berhormat Pengiran Haji Mohamed bin Pengiran Haji Osman @ Othman.

Yang Berhormat Pengiran Haji Mohamed bin Pengiran Haji Osman @ Othman

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

بسم الله الرحمن الرحيم بعده الحمدلله رب العلمين والصلاه والسلام على اشرف المرسلين More. Lebih dahulu kaola ingin merakamkan ucapan penghargaan terima kasih yang setinggi-tingginya serta tahniah kepada Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi. بالتكيد kaola ingin ikut dalam perbhasan dan memberikan saranan.:

  1. Mengenai pemandu kereta yang tidak berdisiplin dan mementingkan diri sendiri. Mereka memandu dengan laju yang boleh membahayakan pemandu lain terutama di kawasan jalan kampung. Masih juga ada pemilik kereta yang menggunakan ekzos mengeluarkan bunyi letupan yang terlalu bising di sana sini yang mengganggu ketenteraman awam dan yang menjadi trend pada masa ini masih ada pemandu yang sering menggunakan telefon bimbit ketika memandu.

    Juga tidak terkecuali bagi para penunggang motosikal. Ada segelintir penunggang motosikal yang tidak memikirkan tentang bebahaya, memotong kenderaan sesuka hati seperti membuat purlumbaan, dukaktan lagi dengan bunyi ekzos yang mungkin tidak mengikuti piawaian sehingga menyakitkan telinga orang ramai, menunggang dengan laju melebihi had limit tidak mengenai tempat dan tidak beradab. Perkara ini tidak boleh diabaikan, lama-kelamaan akan menjadi tabiat bagi mereka. Lebih-lebih lagi dikauti generasi baharu mengikut tabiatnya itu. Justeru, pihak berkenaan hendaklah melakukan sesuatu ke atas mereka tanpa ragu-ragu.

    Yang Berhormat Pengerusi izinkan kaola menyentuh sedikit nostalgia, pada zaman era penghujungan 80-an dan awal tahun 90-an. Apabila nampak beberapa pegawai Jabatan Pengangkutan Darat beruniform biru menunggang motosikal yang juga berwarna biru sedang membuat rondaan, menahan pemandu dan manakala kenderaan secara mendadak, para pengguna jalan raya akan merasa cemas, takut dan gelisah kerana pihak tersebut mengetahui bahawa ada kesalahan yang dilakukan oleh pengguna jalan raya tersebut. Pada era itu juga, para pegawai Jabatan Pengangkutan Darat yang menggunakan motosikal berwarna biru sentiasa membuat rondaan, tugasan mereka secara mengejut di beberapa batang jalan raya dan telah mendapati beberapa kesalahan serta berjaya menahan para pengguna jalan raya yang melanggar peraturan dan undang-undang.

    Berbanding pada zaman sekarang, sudah jarang sekali dilihat. Alangkah moleknya jika pihak berkenaan dapat melakukan hal yang sama, agar para pengguna jalan raya akan lebih fokus dan berdisiplin ketika berada di jalan raya.; dan

  2. Pemeriksaan kenderaan yang menggunakan khidmat syarikat swasta yang diankti perlu dibuat dengan teliti agar kenderaan tersebut selamat digunakan selaras dengan kehendak Jabatan Pengangkutan Darat.

    Maka dengan itu, kaola sekali lagi ingin menyarankan agar pihak berkenaan mengambil langkah-langkah yang berpatutan dan bersesuaian. Mungkin pihak yang berkenaan juga akan dapat membukaikan kepada orang ramai, membuat video pendek atau foto dengan kata-kata nasihat menyalurkan ke platform media sosial untuk pemberiagaan tentang kesedaran para pemandu. Buatlah satu perancangan yang lebih baik dan berkesan. Maka bertindaklah dari sekarang demi keselamatan para pengguna jalan raya.

Sekian Yang Berhormat Pengerusi. وبالله التوفيق والهداية والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi dan menjunjung kasih Yang Berhormat atas saranan-saranan yang baik tadi itu. Apa yang kaola boleh rumuskan dan mendengar daripada sarahan Yang Berhormat tadi itu ada 3 perkara sebenarnya.

Di bawah Majlis Keselamatan Kebangsaan Jalan Raya (MKKJR) ada digelar abisokala 5E iaitu Enforcement, Education, Engineering, Environment dan Emergency Response. Dari segi education mungkin boleh diukatkan melalui sekolah-sekolah memandu dan تعلم القيادة sekolah-sekolah memandu ini terdapat satu jawatankuasa yang mengendalikan bagi meneliti bagaimana kurikulum sekolah memandu tersebut untuk diperbaiki dari semasa ke semasa.

Kedua, dari segi pemberigaan etrinya usaha-usaha telah dibuat melalui MKKJR sebab di bawah MKKJR terdapat juga Jawatankuasa Media yang Setiausaha Tetap, Jabatan Perdana Menteri sebagai ahli. Dalam hal ini, beberapa usaha juga berterusan dibuat melalui media massa, malahan dari pihak NGO. Kaola ingin mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak NGO berkenaan dan juga pihak swasta. Melalui kerjasama whole of nation ini bukannya keselamatan jalan raya kita sahaja yang memilikinya tetapi milik kita bersama. This is the ideal, we want everybody to own the ownership kepada semua orang mengenai keselamatan di jalan raya.

Jadinya, melalui education programme ini أنجانلكلنجانل dianggapkan seperti saranan Yang Berhormat tadi. Sekarang apa yang dahulunya tidak ada ialah zaman teknologi berbanding dengan zaman nostalgia yang disebut tadi itu.

Sekarang yang pentingnya ada teknologi yang boleh membantu pihak enforcement. Enforcement ini bukan sahaja pihak JPD tetapi juga pihak Pasukan Polis Diraja Brunei. أنجانل dianggapkan baru-baru ini seperti yang pernah dibiregarkan, ada melalui Sistem Transport.bn satu sistem yang boleh membantu memudah cara bukan sahaja orang ramai tetapi pihak penguatkuasaan untuk mengenal pasti sama ada vehicle ataupun kenderaan berkenaan telah mansuh cukai jalan atau lesen memandunya. Ini salah satu pemudah cara teknologi pada masa ini dan memang masih diperlukan enforcement bergerak.

Seperti yang kaola sarankan, diharap orang ramai mempunyai korporat sosial responsibility masing-masing. Hargailah diri kita sendiri dan bukan sahaja menunggu pihak kerajaan menangkap atau mengambil tindakan undang-undang tetapi ia datang dari rasa tanggungjawab kita sendiri dalam menghayati keselamatan di jalan raya tersebut.

Ketiga, Engineering. أنجانلكلنجانل ini memang benar bahawa pada masa ini terdapat usaha untuk mengemas kini dengan mengadakan satu rangka kerja kawal selia mengenai VTS dan ini ada hubung kait dengan soalan Yang Berhormat tadi dan أنجانلكلنجانل dalam jangka masa yang terdekat ini akan diusahakan.

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusi

Akhir sekali saya persilakan Yang Berhormat Dayang Nik Hafimi binti Abdul Haadii.

Yang Berhormat Dayang Nik Hafimi binti Abdul Haadii

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Tahniah dan terima kasih juga diucapkan kepada MTIC atas semua usaha dan pencapaian dalam peningkatan dan keperluan kepada negara dalam sektor pengangkutan dan infokomunikasi.

Kaola bertanya di bawah Tajuk SNO1A-Jabatan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dengan 2 perkara.:

  1. Baru tadi juga ada Yang Berhormat telah menjawab soalan dan cadangan daripada rakan melalui Yang Berhormat Awang Hanapi bin Mohd. Siput. Koala hanya akan menambah sahaja, selain infrastruktur cables dan fizikal fiber, dicadangkan juga untuk kementerian meluaskan dasar ini sebagai whole infrastructure approach seperti melalui Land Transmission Satellites dan Lower Level Orbits sebagai contoh untuk menambahkan lagi bandwidth connectivities negara.; dan

  2. Koala pernah membawa dalam Majlis Mesyuarat Negara beberapa tahun yang lalu tentang kedudukan negara sebagai Multi Module Gateway ke BIMP-EAGA. Mohon pencerahan Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi atas kedudukan negara dalam perkara ini.

Sekian terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi dan terima kasih kepada Yang Berhormat mengenai 2 perkara iaitu:

  1. Saranan mengadakan satu kabel sistem as a whole of nation ataupun whole nation wide itu. Pada dasarnya di bawah National Broadband Policy, yang masa ini masih diguna pakai tetapi ia dinaik taraf juga sedikit because this is in line with our Digital Economy Masterplan 2025.

    Kitani punya hasrat and of course to give a whole coverage of broadband sedaya upaya kitani. Setakat ini seperti dalam mukadimah koala Yang Berhormat Pengerusi ada koala sentuh juga berapa sudah peningkatan penggunaan Mobile Broadband di negara kitani انشاء الله , infrastruktur itu ada sudah. Hanya sebilangan tempat, terutama pedalaman perlu diusahakan lagi.

    Secara umumnya ini pun pernah diusarakan oleh rakan iaitu Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, even our speed of broadband speed for mobile speed adalah tertinggi pada masa ini kalau dibanding dengan negara-negara Asia. انشاء الله , bukan sahaja itu tetapi dari segi harga pun memegang study by IPU tahun lepas jika koala tidak silap, dari segi harga per broadband dan computer use pun kita paling rendah dari segi mobile bagi mobile broadband.

    Banyak lagi perlu dibuat, kita hendaklah tidak berhenti seadanya jika kitani dapat lagi mengusahakan affordability dan accessibility yang disebutkan itu tadi. Probability harga makin turun dalam setahun setengah ini. انشاء الله , harga broadband menurun sekurang-kurangnya sebanyak 60% sudah kalau kitani tidak sedar, sebanyak 60%-90% harga kitani, now, accessibility yang masih lagi menjadi usaha kitani pada masa ini انشاء الله.

    Saranan itu diambil baik Yang Berhormat. Mungkin juga di bawah ASEAN Digital Council kritikan dan Yang Berhormat juga salah seorang ahlinya. Mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat.; dan

  2. Multi-Model Transport System BIMP-EAGA ini, maksudnya multi-model transport system of BIMP-EAGA, Perkara ini di bawah perundungan bukan secara khusus di bawah BIMP-EAGA tetapi secara umum di bawah ASEAN Transport Minister dan Forum Meeting atau di bawahnya ASEAN Transport Working Group.

    Perkara yang disebutkan tadi itu ada juga berhubungan dengan penubuhan satu Public Transport System kebangsaan yang akan melalui route utama, bukan sahaja route di dalam negeri, route menyambung keluar seperti yang disebutkan Yang Berhormat itu. Perkara ini belum ada ketetapan lagi dan قطعاً ما قطعُاً mungkin akan dibawa dahulu secara rundingan dalaman. Ia involving* beberapa pihak dan agensi berkenaan.

Terima kasih atas soalan tersebut Yang Berhormat. Terima Kasih.

Yang Berhormat Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi. Saya ingin memberikan peluang kepada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II yang suka untuk menambah keterangan yang pernah dibuat sebelumnya. Silakan.

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Koala ingin memohon keizinan Yang Berhormat Pengerusi supaya koala dapat jawab beberapa soalan yang telah diutarakan oleh beberapa orang Ahli Yang Berhormat sebelum ini.:

  1. Adalah Payment Gateway, untuk menerima pembayaran dari luar negara yang telah diutarakan oleh Yang Berhormat Awang Haji Mohimin bin Haji Johari @ Jojohari dan juga Yang Berhormat Dayang Khairunnissa binti Awang Haji Ash’ari.

    Untuk menjawab soalan tersebut, pada masa ini terdapat projek yang sedang dilaksanakan oleh Darussalam Assets dan sebanyak 3 buah bank tempatan untuk membentuk syarikat usaha sama bagi menyediakan payment gateway atau digital payment hub, bagi memudahkan pembayaran transaksi melalui digital di negara ini.

    Visi projek ini untuk menyediakan infrastruktur pembayaran segera ataupun instant payment infrastructure yang akan membolehkan faedah komersial dan sosiokesonomi untuk Negara Brunei Darussalam. Projek ini ditaja di bawah naungan Digital Economic Council dan sebahagian daripada Digital Payment Route Map 2019/2022 pihak Brunei Darussalam Central Bank.

    Koala ingin mengongsikan beberapa faedah utama di bawah Digital Payment Hub ini. Ia akan membolehkan fund transfer dari akaun ke akaun yang selamat, segera dan kos efektif dan menggunakan teknologi yang biasanya digunakan oleh peniaga atau kedai untuk menerima pelbagai jenis pembayaran seperti kad kredit, kad debit. Ia juga teknologi ini membolehkan pembayaran secara QR code.

    Memandangkan sebanyak 80% Penduduk Brunei mempunyai akaun bank dan 125% mobile penetration. Ini adalah potensi tinggi untuk berurus niaga melalui smartphone dan membolehkan cashless transaction sebagai norma baharu.

    Ia juga dapat menghubungkan pelanggan dan peniagaan yang tidak mempunyai akaun bank. Pembayaran yang lebih pantas dan pengurusan cashflow yang lebih mudah. Projek ini membolehkan transaksi in spontaneous, secure dan auditable, kos yang rendah untuk negara melalui kaedah seperti kod QR.

    Ini akan mengurangkan urus niaga secara tunai kepada kerajaan yang berjumlah 90% pada keseluruhannya. Juga dengan infrastruktur negara ini kos diperlukan untuk mengendalikan wang tunai akan berkurangan yang berharga beberapa juta ringgit setahun.

    Digital Payment Hub ini juga boleh merangsang innovation financial services dan FinTech melalui produk dan value added services yang akan mempunyai keupayaan untuk mengintegrasikan dengan merchant acquires atau wallet dan payment services provider seperti pocket dan lain-lain.

    Ia juga mampu menyediakan platform connectivity kepada international payment rail seperti Paypal bagi transaksi pembayaran antarabangsa masuk ke dalam negara tertakluk kepada pengesahan dan pemantauan kepada protokol dan peraturan tempatan dan antarabangsa seperti Anti-Money Laundering.,’ dan

  2. Soalan menganai menambah baik sistem pembelajaran talian Internet pelajar, soalan yang telah diutarakan oleh Yang Berhormant Awang Haji Tahamit bin Haji Nudin.

    Untuk menjawab soalan ini, sukacita koala kongsikan bahawa penambahbaikan akses dan pengembangan rangkaian di kawasan-kawasan pedalaman adalah satu projek Syarikat Unified National Network (UNN) sedang menjalankannya. Projek ini diberikan kepada 6 Fasa yang akan meliputi beberapa lokasi di seluruh negara.:

    1. Fasa Pertama yang meliputi Kuala Abang, Menengah Lamunin dan Bukit Barun, Daerah Tutong telah dimulakan pada tahun lepas. Bermula dengan pemasangan kabel fiber sepanjang 12.35 kilometer dan akan siap dilaksanakan pada suku pertama tahun ini.;

    2. Fasa Kedua yang dirancang pada tahun ini akan melaksanakan pemasangan sepanjang 54.4 kilometer kabel fiber bagi menempung beberapa kawasan di semua daerah termasuk Kampung Batang Mitus, Sungai Puntai Labi, Bangkau dan Batang Duri dan akan siap dilaksanakan pada pertengahan tahun ini.

    3. Manakala fasa seterusnya Fasa Ketiga akan siap dilaksanakan pada suku keempat tahun 2022 ini. Fasa Keempat dan kelima akan siap dilaksanakan masing-masing pada suku kedua dan keempat tahun 2023. Seterusnya fasa keenam akan siap dilaksanakan pada suku kedua tahun 2024.

Diharapkan dengan penambahbaikan ini lebih ramai penduduk umum termasuk pelajar-pelajar yang menjalani virtual school akan dapat mengakses rangkaian komunikasi yang lebih lancar. Di samping itu juga, peruntukan telah disediakan oleh Kementerian Pendidikan bagi membiayai Project National Education Network for School bagi 153 buah sekolah. Projek tersebut bertujuan menyediakan perkhidmatan Internet yang berkelajuan tinggi dan reliable untuk sekolah-sekolah kerajaan bagi meningkatkan lagi keberkesanan penggunaan teknologi dalam proses pembelajaran dan pengajaran.

Walaupun begaimanapun, penyediaan akses kepada sekolah-sekolah di kawasan pedalaman akan mengambil masa lebih panjang dan belum dapat dihubungi pada masa yang terdekat ini. Untuk mengatasi masalah ini buat sementara seperti Sukang dan Melilas pada masa ini disambungkan melalui sambungan Teknologi VsIte Satellite yang disediakan oleh NIAT Sendirian Berhad sebuah syarikat di bawah Darussalam Aset.

Sekian sahaja yang kaola dapat kongsikan untuk menjawab soalan-soalan yang telah diutarakan sebelum ini. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II. Saya kira kita telah pun berbincang dengan panjang lebar mengenai Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan juga kita telah pun mendengar jawapan keterangan lanjut mengenai beberapa soalan yang belum dijawab oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II. Maka cukuplah sekian kita berbincang mengenai belanjawan kementerian ini. Saya suka untuk mengundi sekarang. Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju supaya Tajuk Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi kita luluskan, sila angkat tangan.

(Semua Ahli mengangkat tangan tanda bersetuju)

Yang Berhormat Pengerusi

Terima kasih nampaknya semua bersetuju dan tajuk ini kita luluskan.

Yang Dimuliakan Jurutulis

Tajuk - SQA01A - Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dijadikan sebahagian daripada Jadual.

Tajuk SQ01A hingga Tajuk SQ02A - Kementerian Tenaga.

Yang Berhormat Pengerusi

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Mesyuarat Jawatankuasa sedang berpindah dan seterusnya untuk membincangkan Jadual Kementerian Tenaga. Sebelum tajuk kementerian ini kita buka untuk dibahaskan sepertimana lazimnya, saya ingin memberikan peluang kepada Yang Berhormat Menteri Tenaga untuk menyampaikan mukadimahnya tentang penyediaan Rang Anggaran Belanjawan bagi kementeriannya, silakan Yang Berhormat.

Yang Berhormat Menteri Tenaga

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَىٰ رَسُولِ اللهِ وَعَلَىٰ آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ. dan salam sejahtera.

Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Lebih dahulu sukacita peramba / kaola / saya bagi pihak Kementerian Tenaga dan jabatan serta Badan-Badan Berkaitan di bawahnya menyembahkan mengunjung kasih yang setinggi-tingginya Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atas keberangkatan baginda dan titah yang diukirkan pada Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama Dari Musim Persidangan Ketiga Belas Majlis Mesyuarat Negara pada 24 Februari 2022.

Seterusnya peramba/kaola/saya juga ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II atas pembentangan kertas cadangan Rang Undang-Undang (2022) Perbelanjaan, 2022/2023 dengan tema Berkawalan Negara Bagi Tahun Kewangan 2022/2023 iaitu: "Memperkasa Kesejahteraan Awam Ke Arah Sosioekonomi Yang Lebih Resilien".

Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Tahun 2021 menyaksikan mulanya pemulihan pasaran minyak mentah dan gas dunia setelah mengalami kemerostan pada tahun sebelumnya yang dipengaruhi oleh kelembapan ekonomi dunia dan sekatan perjalanan disebabkan oleh penularan wabak COVID-19، حفظه الله، harga pasaran minyak mentah dunia sudah beransur pulih ke paras yang lebih tinggi pada tahun ini. Kenaikan ini diharap akan memperbaiki keadaan fiskal kerajaan dan juga ekonomi negara.

Walaupun Negara Brunei Darussalam telah dilanda gelombang wabak COVID-19 kali yang kedua حفظه الله Kementerian Tenaga masih dapat mencatatkan beberapa pencapaian yang signifikan bagi tahun 2021. Pada Tahun 2021, Jabatan Perkhidmatan Elektrik telah meraikan Ulang Tahun Ke-100 sejak penubuhannya. Jabatan ini telah memainkan peranan yang sangat penting dalam menjanjikan keamanan Negara Brunei Darussalam dan menyediakan bekalan tenaga elektrik yang berterusan ke rumah-rumah dari kawasan bandar hingga ke mukim-mukim dan kampung-kampung di pedalaman demi menjaga kesejahteraan dan sosioekonomi rakyat dan penduduk di negara ini.

حفظه الله Jabatan Perkhidmatan Elektrik telah mencapai kadar elektrifikasi atau electrification rate pada tahap lebih 99%. Satu tongak penting yang turut dicapai baru-baru ini penyambungan grid kebangsaan ke Daerah Temburong melalui Jambatan Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien. Penyambungan ini meningkatkan lagi perkhidmatan dan kebolehpercayaan bekalan tenaga elektrik bagi rakyat dan penduduk di daerah tersebut.

Selain itu, Daerah Temburong juga menjadi tumpuan kementerian ini bagi pemasangan lampu jalan yang berkuasa solar dan panel solar di bangunan-bangunan kerajaan sebagai showcase penggunaan sumber tenaga alternatif. Dalam melangkah ke era yang lebih modern ini, Jabatan Perkhidmatan Elektrik akan terus melaksanakan projek digitalisasi perkhidmatan dengan penggunaan teknologi SCADA yang diharap akan dapat mengurangkan gangguan bekalan tenaga elektrik kepada orang ramai dan pelaksanaan Sistem Pengurusan Tenaga iaitu Energy Management System bagi memastikan meningkatkan kecekapan operasi dan seterusnya mengurangkan kos penghasilan tenaga elektrik.

Ketersediaan hydrocarbon khususnya gas asli penting bagi memastikan rakyat dan penduduk akan terus menikmati bekalan tenaga elektrik yang terjamin, di samping memastikan kedayatahanan industri hiliran negara. Ke arah ini, Kementerian Tenaga dan Autoriti Petroleum Negara Brunei Darussalam telah dan akan terus bekerjasama rapat dengan syarikat-syarikat pengendali minyak dan gas utama, untuk memastikan segala aktiviti huluan khususnya penerokaan, penggerudian dan pengeluaran kelak ditetuskkan. حفظه الله dengan izin وبتوفيق من الله pada tahun 2021, sebanyak 42 juta barrels of oil equivalent minyak dan gas yang baharu telah berjaya ditemui, selain daripada menerokai kawasan-kawasan yang baru, beberapa projek pemuliharaan rejuvenation ke atas pelantar-pelantar dan infrastruktur yang sedia ada tahun pun dilaksanakan.

Pada tahun 2021 Kementerian Tenaga terus menjugamutamakan pembangunan projek-projek hiliran bagi mempelbagaiakan lagi sumbangan eksport dari sektor tenaga. Pada tahun lepas sektor hiliran telah mencatatkan pengeluaran sebanyak 14.35 juta ton dengan anggaran nilai eksport sebanyak $10.7 bilion. Loji Brunei Fertilizer Industries jua siap dibina pada tahun 2021 dan seterusnya berjaya menghasilkan buat kali pertamanya produk urea dan disusuli pengeskportan pertamanya pada awal Februari 2022.

Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Dari sudut yang lain projek-projek tenaga yang pernah/bakal/koala/saya kongsikan telah memberi manfaat dari segi peluang pekerjaan dan perniagaan tempatan. Secara keseluruhannya sektor tenaga telah menyediakan sebanyak 19,050 peluang pekerjaan kepada anak-anak tempatan pada tahun 2021. Di samping itu kandungan nilai tempatan iaitu in country value di sektor minyak dan gas mencatatkan pencapaian sebanyak 60% jumlah daripada jumlah keseluruhan perbelanjaan yang bersamaan dengan $1.79 bilion.

Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Memandangkan sektor tenaga Negara Brunei Darussalam pada kebanyakannya berasaskan sumber hydrocarbon, Kementerian Tenaga telah mula memberi keutamaan kepada peralihan tenaga rendah carbon dan kecekapan tenaga. dimulai pada tahun 2021 satu perintah iaitu Energy Efficiency (Standards and Labelling) Order, 2021 telah pun diperkenankan akan berkuat kuasa pada bulan Jun ini. Perintah tersebut antara lain membolehkan orang ramai membuat pilihan yang baik dalam pemilihan perkasas elektrik rumah yang cekap tenaga. Pada tahun 2021 jua, Kementerian Tenaga telah mengeluarkan satu Request For Proposal/bagi pemajuan sebuah tapak Projek Tenaga Suria yang berkapsiti 30 Megawatt di Kampung Belimbing, Subok. أعلن RFP tersebut telah pun menarik minat pelabur-pelabur asing dan tempatan.

Peralihan tenaga kepada sumber-sumber yang lebih bersih memastikan negara berpaut atas komitmennya dalam menangani isu perubahan iklim, Kementerian Tenaga melalui Dasar Perubahan Iklim Kebangsaan (BNCCP) akan terus menerajui inisiatif dalam pengurangan lepasan karbon dari sektor tenaga. Dalam hal ini Kementerian Tenaga telah menubuhkan Jawatankuasa Pelepasan Perindustrian ataupun Industrial Emission Committee, pada bulan Julai 2021, yang ahli-ahlinya termasuk syarikat-syarikat pengendali minyak dan gas, wakil institusi – institusi pengajian tinggi Negara Brunei Darussalam dan agensi-agensi pengawaseliaan kerajaan yang berkaitan.

Tahun 2021 itu juga merupakan tahun yang signifikan dalam kerjasama serantau bagi Negara Brunei Darussalam selaku Pengerusi ASEAN. Kerjasama sektor tenaga serantau Kementerian Tenaga telah berjaya mempergeserukan Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga ASEAN. ASEAN Ministers On Energy Meeting yang Ke-39 pada bulan September yang lalu, dengan deklarasi bersama Bandar Seri Begawan Joint Declaration The 39th ASEAN Ministers On Energy Meeting On Energy Security And Energy Transition telah disahkan dan telah diadaptasi. استكانة التكيف kepentingan-kepentingan serantau yang telah diberikan fokus dalam Joint Declaration selaras dengan hala tuju Kementerian Tenaga untuk memastikan masa hadapan tenaga yang mampan dan membantu meningkatkan usaha negara mempercepatkan peralihan tenaga menggunakan sumber tenaga diperbaharui dan rendah karbon.

Peramba / kaola / saya seterusnya mengunjung kasih yang setinggi-tingginya Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, atas cadangan peruntukan sebanyak $240,781,230.00 yang termasuk Peruntukan Berulang-Ulang sebanyak $162,613,340.00 dan Peruntukan Perbelanjaan Kemajuan $43,968,000.00 yang disediakan untuk Kementerian Tenaga termasuk Jabatan Perkhidmatan Elektrik. Cadangan peruntukan ini telah disediakan dengan keutamaan bagi membantu memelihara kesejahteraan awam dan mendukung kemajuan sosioekonomi negara yang lebih resilien. Ini akan dicapai melalui pembaharuan dan peniaktarafan sistem bekalan elektrik negara, penyediaan prasarana untuk menarik lagi penyetaraan Pelaburan Langsung Asing (FDI).

Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Perbelanjaan Berulang-Ulang Kementerian Tenaga bagi Tahun Kewangan 2022/2023, adalah untuk membolehkan pelaksanaan Pelan Strategik Kementerian Tenaga 2020-2025, khususnya inisiatif-inisiatif dan program-program yang dirancang bagi tahun kewangan berkenaan. Kementerian Tenaga akan terus mendukung usaha untuk memastikan ekonomi negara akan bertambah resilien melalui pertumbuhan sektor tenaga hiliran. Ini diharap akan memperlihatkan negara sebagai sebuah hub industri hiliran terkemuka bagi pasar-pasaran di rantau-rantau Asia Pasifik pada masa akan datang. Pada tahun ini pula pengeluaran produk hiliran akan dipertingkatkan kepada 14.6 juta ton.

Sasaran pengeluaran huluan minyak dan gas negara pada tahun 2022 pula adalah sekitar 300,000 barrels of oil equivalent sehari. Di samping itu, beberapa telaga eksplorasi dirancang untuk penggerudian pada tahun ini dan beberapa blok juga akan ditawarkan bagi menarik minat pengendali yang baharu untuk beroperasi di Negara Brunei Darussalam.

Seperti yang telah disampaikan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, antara fokus utama perbelanjaan pada tahun 2022/2023 adalah mendukung dan membantu sektor swasta agar berdaya tahan dan berkembang dan juga meningkatkan kompetensi sumber manusia ke arah work and future ready. Ke arah mendukung usaha murni pihak berkenaan dalam mengurangkan kadar pengangguran di negara ini Kementerian Tenaga akan memberikan keutamaan dalam memperluaskan lagi peluang pekerjaan kepada anak-anak tempatan. Bagi tahun 2022, sasaran pekerjaan tenaga tempatan di dalam sektor tenaga adalah seramai 22,900 anak-anak tempatan iaitu peningkatan sebanyak 3,200 orang berbanding sasaran tahun 2021.

Dari segi perbelanjaan di dalam negara, iaitu local content spending pula, Kementerian Tenaga dan Darussalam Enterprise bekerjasama rapat dalam membangkan sebuah Pusat Inkubasi Sektor Tenaga iaitu Energy Incubation Centre yang bertempat di Taman Perindustrian Sungai Liang (SPARK), Daerah Belait.

انسنیفت insiatif tersebut berhasrat untuk menjadi landasan bagi memupuk mindset pertumbuhan bagi perusahaan-Perusahaan Mikro dan Kecil dari sektor tenaga. انسنیفت ساران maka perbelanjaan dalam negara bagi tahun 2022 dianggarkan sebanyak $1.9 bilion.

Kementerian Tenaga juga akan terus memanfaatkan peluang-peluang pembangunan nilai tempatan bukan sahaja di sektor minyak dan gas, malahan juga di sektor kuasa elektrik merangka arahan local business development yang khusus untuk sektor ini. Ia dijangka akan turut menyumbang lebih banyak nilai dalam negeri bagi dari segi perbelanjaan dan pengambilan pekerja anak tempatan.

Bagi meningkatkan kapasiti syarikat-syarikat tempatan, Kementerian Tenaga adalah peneraju program-program i-Usahawan di sektor tenaga dan telah berjaya membukan peluang kepada seramai 317 anak tempatan dan mempunyai jumlah keseluruhan nilai kontrak sebanyak $30 juta. Usahawan-usahawan belia yang mengikuti program ini telah menunjukkan komitmen yang tinggi dan berkebolehan serta mempunyai semangat daya saing yang kuat dan sebahagiannya telah berjaya memperolehi kontrak-kontrak di luar program i-Usahawan.

Komitmen negara untuk memelihara iklim dan alam sekitar turut diambil kira. Selain Projek Tenaga Suria di Kampung Belimbing, Subok yang dikongsikan tadi, Kementerian Tenaga juga akan mempertimbangkan penggunaan teknologi panel solar terapung ataupun Floating Solar. Beberapa kawasan yang bersesuaian di sekitar perairan negara dan juga takungan air telah dikenal pasti bagi menempatkan teknologi solar tersebut.

Untuk menggalakkan penggunaan tenaga solar oleh orang ramai dan sektor swasta, fokus Kementerian Tenaga bagi tahun 2022 adalah untuk memperluaskan lagi program Net Metering dan memperkenalkan Renewable Portfolio Standards, inisiatif-inisiatif tersebut akan meningkatkan penglibatan individu dan syarikat-syarikat dalam mencapai kelestarian alam sekitar dan iklim supaya ia akan dapat terus dinikmati oleh generasi yang akan datang.

Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Cadangan Peruntukan Berulang-Ulang bagi Jabatan Kementerian Tenaga yang berjumlah $1,234,170.00 akan memastikan organisasi yang cemerlang melalui pembangunan tenaga kerja, ekosistem yang berkembang maju dan penyebaran digitalisasi. Sehubungan itu, kementerian juga akan terus memupuk dan mempromosikan kerjasama antarabangsa dalam pembangunan kapasiti dalam menangani impak dari wabak COVID-19 yang menjejaskan operasi dan pengeluaran minyak dan gas negara pada tahun 2020/2021, satu garis panduan yang dikenali sebagai Notice to Industry on COVID-19 Measures for The Energy Sector telah dikeluarkan oleh Kementerian Tenaga. Ia bertujuan membolehkan operasi-operasi di sektor minyak dan gas dan sektor kuasa elektrik berjalan seperti asal sebelumnya penularan wabak COVID-19. Pada masa yang sama, Autoriti Elektrik Negara Brunei Darussalam akan meneruskan usaha dalam membentuk rangka kerja pengawalseliaan yang selaras dengan perkembangan sektor kuasa elektrik negara dan akan memperkenalkan pelesenan peralatan dan tenaga kerja bagi menampakkan aspek-aspek keselamatan orang ramai, pengguna dan sektor tenaga elektrik secara amnya. Tambahan lagi, jangkauan Autoriti Kebangsaan Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar (SHENA), telah mencapai pelbagai sektor, bukan sahaja dalam sektor minyak dan gas, perindustrian atau komersial, tetapi juga dalam sektor pendidikan dan sektor kerajaan.

(missing Jawi words) SHENA akan terus berusaha untuk memastikan bahawa insiden, Major Incident Hazards dan kehilangan nyawa di tempat kerja akan dapat dikurangkan sehingga sifar melalui peningkatan kesedaran dan juga kerjasama pihak industri.

Bersyukur kita kepada Allah SWT kerana dengan limpah rahmat-Nya Negara Brunei Darussalam masih dan akan kekal menikmati hasil daripada rezeki khazanah yang dianugerahkan selama ini. Kementerian Tenaga akan terus menjalankan tanggungjawab untuk memastikan khazanah ini akan digunakan secara mampan serta berhemah dan akan sentiasa memikirkan kaedah untuk meningkatkan kedayatahanan sumber utama ini. dengan kerjasama semua lapisan masyarakat melalui pendekatan senegara atau whole of nation approach Kementerian Tenaga akan mendorong sektor tenaga ke arah mencapai Wawasan Brunei 2035.

Sekian,

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusi

الْحَمْدُ لِلّهِ terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Tenaga atas kenyataan yang diberikan yang begitu komprehensif dan cukup jelas dalam penyediaan belanjawan kementerian yang berkenaan.

Sebelum saya membukakan Jadual ini untuk kita membincangkan ataupun kita bahaskan, saya ingin menarik perhatian Ahli-Ahli Yang Berhormat bahawa banyak perkara yang telah pun ditimbulkan dalam permuzaaraharan semasa perjumpaan antara menteri yang berkenaan dengan Ahli-Ahli Yang Berhormat dan banyak juga maklumat yang baharu yang telah pun disediakan, diberikan kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat. Maka saya kira tidaklah perlu perkara-perkara yang telah dibincangkan itu, ditimbulkan lagi dalam majlis ini. Ada baiknya kalau sekiranya kitani memumpukan perhatian kitani terhadap perkara-perkara yang perlu kita selesaikan dan pertanyaan itu biarlah tepat dan memenuhi sasaran-sasaran sebagaimana yang diingini.

Saya mulakan perbincangan ini dengan Yang Berhormat Awang Iswandy bin Ahmad.

Yang Berhormat Awang Iswandy bin Ahmad

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Saya cuma ingin bertanyakan mengenai satu perkara iaitu apakah perkembangan bagi negara melaksanakan penetapan harga karbon ataupun carbon pricing atau mungkin dipanggil carbon fund yang diumumkan pada tahun 2020 dan pada masa itu diumumkan untuk dimulakan pada tahun 2021 bagi syarikat-syarikat dan penghasil-penghasil jejak carbon yang melebihi had serta mana-mana sektor kerajaan mahupun swasta yang berkaitan seperti kemudahan industri, utiliti tenaga dan sebagainya? Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Menteri Tenaga

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat atas soalannya. Berkenaan carbon pricing, Strategi 6 di bawah Dasar Kebangsaan Perubahan Iklim merupakan salah satu strategi yang sangat penting dan rapat dengan strategi 1 Industrial Missions. Ia salah satu strategi yang disusunahkan di bawah naungan Sekretariat Perubahan Iklim Negara Brunei Darussalam atau Brunei Climate Change Secretariat. Kementerian Tenaga sedia maklum bahawa mekanisme carbon pricing atau harga carbon merupakan salah satu pendekatan yang dilaksanakan secara meluas di beberapa ekonomi di seluruh dunia termasuk negara-negara jiran seperti Singapura. Carbon pricing boleh menggalakkan pengurangan pelepasan karbon dari pihak perindustrian termasuk pengendali-pengendali tenaga melalui beberapa kaedah termasuk carbon taxation atau cukai ke atas lepasan karbon.

Pada masa ini, pihak Brunei Climate Change Secretariat di Kementerian Pembangunan dalam proses penelitian mekanisme yang paling sesuai bagi Negara Brunei Darussalam. Kementerian Tenaga aktif dalam bekerjasama rapat dengan pihak Kementerian Pembangunan bagi memastikan bahawa sektor tenaga terlibat dalam proses ini. Terima kasih.

Yang Berhormat Pengerusi

Saya persilakan Yang Berhormat Awang Haji Mohimin bin Haji Johari @ Jahari.

Yang Berhormat Awang Haji Mohimin bin Haji Johari @ Jahari

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. (missing Jawi words)

Yang Berhormat Pengerusi.

  1. Koala membawa di bawah Tajuk SQ01A - Jabatan Kementerian Tenaga.

    نجيبة negara telah menerima Pelaburan Langsung Asing dengan kongsi sama Syarikat Hengyi Industries Sdn. Bhd. projek Pulau Muara Besar. Apakah Syarikat Hengyi Industries Sdn. Bhd. ada membuat pengeluaran asfalt jika ada apakah pihak kementerian merancang untuk mendapatkan bekalan asfalt untuk kegunaan domestik bagi penambahan jumlah bekalan negara dalam pembangunan jalan raya dan lain-lain.; dan

  2. Seterusnya koala membawa di bawah Tajuk SQ01A - Jabatan Perkhidmatan Elektrik. Apakah kiranya jabatan memberikan bintang menunjukkan standard kontraktor yang memberikan perkhidmatan pendawaian elektrik ke rumah-rumah penduduk Negara Brunei Darussalam. Contohnya bintang 4, bintang 5 dan sebagainya. Ini kerana "syarikat ali baba” kurang diyakini kemahiran dan kuailti perkhidmatannya tetapi dengan harga relatif murah. Sekian Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Menteri Tenaga

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi dan terima kasih. Mengenai soalan bitumen. Bitumen pada biasanya dihasilkan dari sesi produk iaitu residu hasil daripada pemprosesan minyak mentah. Buat masa ini sisa produk yang dihasilkan dari loji Pulau Muara Besar (Fasa Pertama) diproses seterusnya sebagai feed stock untuk menghasilkan produk-produk petroleum yang lebih bernilai di pasaran memandangkan kualiti minyak mentah yang diproses dikategorikan sebagai light crude oil komposisi residu yang dihasilkan pada masa ini tidak menepati klasifikasi untuk menghasilkan kualiti.

Soalan kedua. Koala / saya akan menjawab dengan teliti bila ada peluang untuk melihat perkara berkenaan dengan bintang elektrik. Terima kasih.

Yang Berhormat Pengerusi

Saya persilakan Yang Berhormat Awang Naim bin Haji Kamis.

Yang Berhormat Awang Naim bin Haji Kamis

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

النجم الكهربائي، كان الان السؤال، akan akan membawa di bawah Tajuk SQ01A - Jabatan Perkhidmatan Elektrik. Beberapa laporan dari organisasi antarabangsa telah mengesyorkan bahawa bagi pemulihan sosioekonomi yang lebih berdaya tahan atau resilien pasca wabah COVID-19 penggunaan tenaga boleh diperbaharui atau renewable energy adalah dilakukan dari segi penjaminan pembekalan tenaga. Ini mengambil kira harga minyak dan gas dunia kurang stabil dan tidak menentu. Kaola mengambil baik akan rancangan Kementerian Tenaga untuk mempertimbangkan lagi penjananan tenaga solar dengan pembinaan tapak solar berkapasiti tinggi di Kampung Belimbing, Subok ke arah memastikan sumber tenaga yang berdaya tahan tersedia bagi rakyat dan penduduk negara ini.

Seperti yang diketahui ramai penularan wabak COVID-19 telah menjejeskan beberapa projek yang strategik di Negara Brunei Darussalam. Pertanyaan kaola, adakah ia juga telah memberi kesan ke atas perkembangan tenaga solar di Negara Brunei Darussalam dan apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kementerian Tenaga dalam mengatasinya?

Sekian Yang Berhormat Pengerusi. (missing Jawi words)

Yang Berhormat Menteri Tenaga

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat atas soalannya. Secara umumnya pemularan wabak COVID-19 telah mempengaruhi rantian pembekalan global dan serantau yang melibatkan isu logistik dan juga kemasukan pekerja-pekerja pakar ke negara ini. Ia telah sedikit sebanyak menjejeskan usaha Kementerian Tenaga untuk mengembangkan dan pembangunan projek-projek solar berskala kecil dan besar dalam negara mengikut jadual asal yang telah direncanakan. Walau bagaimanapun, bagi mengurangkan kesan daripada wabak COVID-19 tersebut kepada beberapa projek solar dalam negara, pihak kementerian telah pun mengambil beberapa inisiatif untuk membolehkan para penender luar negara melantik wakil daripada ejen-ejen tempatan untuk membantu pelaksanaan projek-projek yang berkenaan.

بإن نجاح dengan perkembangan terkini wabak COVID-19 Negara Brunei Darussalam sudah berada dalam fasa awal endemik rancangan-rancangan tenaga solar yang telah saya kongsikan dalam mukadimah dan muzakarah akan diteruskan. Terima kasih.

Yang Berhormat Pengerusi

Yang Berhormat Pengiran Haji Mohamed bin Pengiran Haji Osman @ Othman.

Yang Berhormat Pengiran Haji Mohamed bin Pengiran Haji Osman @ Othman

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

الحَمْدُ لِلَّٰهِ الَّذِي بِنِعْمَتِهِ تَتِمُّ الصَّالِحَاتُ telah dahulu kaola merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Tenaga yang telah memberikan taklimat dan maklumat yang terbaik pada pagi yang mulia ini.

  1. Kaola ingin menyentuh SQ01A - Jabatan Kementerian Tenaga dengan perbutankannya itu sebanyak $9,848,090.00 أَعُوذُ بِاللَّهِ memastikan bahawa sosioekonomi Negara Brunei Darussalam adalah resilient usaha mempelbagaikan ekonomi sangat penting. Antara sektor yang dibangunkan ke arah matlamat ini ialah sektor tenaga hiliran dan juga sektor petrokimia. Kedu-duanya mestilah dikembang majukan tanpa menjejaskan operasi satu sama lain.

    Loji Penapis Minyak dan Petrokimia yang terletak di Pulau Muara Besar berhampiran dengan Pulau Pelumpong yang terdapat banyak aktiviti penetrakan ikan di kawasan berkenaan. Dalam pada itu, apakah usaha-usaha Kementerian Tenaga bagi memastikan tidak ada impak yang negatif terhadap alam persekitaran di pulau tersebut?;.

  2. Kaola ingin membawa iaitu sepertimana titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Sempena Istadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Kelapan Belas Majlis Mesyuarat Negara, tahun 2022 antara lain telah mengongsikan bahawa sektor hilirian tenaga seperti pengeluaran dari loji penapis minyak dan petrokimia dan Brunei Fertilizer Industry (BFI) telah memberikan impak yang positif kepada ekonomi Negara Brunei Darussalam. Walau bagaimanapun, loji penapisan minyak berkenaan mungkin terdedah kepada risiko tinggi dengan penularan wabak mudah merebak. Ini mengambil kira kawasan Pulau Muara Besar adalah kecil, namun mempunyai pekerja yang ramai (berdensiti tinggi).

    Yang Berhormat Pengerusi. Dalam perkara ini apakah langkah-langkah Kementerian Tenaga bagi membendung impak pandemik ini ke atas operasi harian loji dan produktivitinya? Sehubungan dengan itu juga, apakah langkah-langkah yang telah diambil bagi memastikan rakyat dan penduduk yang tinggal di Mukim Serasa dan kampung-kampung sekeliling Pulau Muara Besar tidak akan terdedah kepada bahaya penularan wabak Covid-19 sekiranya terjadi?; dan

Yang Berhormat Pengerusi

Yang Berhormat, kita sekarang berhadapan dengan masalah masa, jadi saya harap Yang Berhormat berikan kerjasama supaya cepat-cepatlah bertanya apa yang akan ditanyakan dan akan dapat dijawab secepatnya oleh menteri yang berkenaan.

Yang Berhormat Pengiran Haji Mohamed bin Pengiran Haji Osman @ Othman

تريما كاسيه يڠ برهرمت ڤڠروسي اتس سرنن ترسبوت.

  1. Izinkan koala untuk meneruskan persoalan yang ketiga ini. Kemajuan negara semakin pesat, pemasangan kabel-kabel juga semakin banyak dikendalikan oleh pihak-pihak kontraktor di beberapa kawasan yang dikhas kan sama ada berkaitan dengan perumahan atau jauh dari orang ramai. Pemasangan kabel dalam penggunaan elektrik telekomunikasi dan sebagainya yang sentiasa dinaik taraf mengikut masa dan waktunya. Sehubungan dengan itu masihkah lagi berlulasa kecurian kawat elektrik yang sering terjadi di tempat-tempat yang sunyi dan jauh daripada pandangan orang ramai. Beberapa kejadian yang telah meragut nyawa pelakunya sehingga beberapa agensi kerajaan terpaksa turun membuat tugas-tugas harian.

    Perkara ini dibangkitkan demi kesejahteraan para penduduk dan keselamatan harta benda kerajaan yang terdapat dalam kawasan dinyatakan agar kejadian kecurian dengan perkara yang tidak diingini tidak berulang lagi.

    Merujuk perkara tersebut, apakah perancangan dan tindakan pencegahan yang sudah dirancang dan belum dilaksanakan oleh pihak Kementerian Tenaga? Sekian Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Menteri Tenaga

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Soalan Yang pertama tadi berkenaan dengan memastikan tidak ada impak yang negatif terhadap persekitaran di Pulau Muara Besar. Sebuah kumpulan kerja Joint HSE monitoring Program telah ditubuhkan pada bulan Mac 2020 yang dipengerusikan oleh Authority Petroleum Negara Brunei Darussalam bertujuan memantau secara kolektif isu-isu keselamatan, kesihatan dan alam sekitar yang berkaitan dengan operasi Loji Penapis Minyak dan Petrokimia Pulau Muara Besar melalui beberapa program dan pelan pemantauan bersama yang disediakan.

Ahli-Ahli JMP ini termasuk Kementerian Kesihatan, Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi, Autoriti Kebangsaan Keselamatan Kesihatan dan Alam Sekitar, (SHEA), Autoriti Elektrik, Jabatan Perikanan, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Autoriti Maritim dan Pelabuhan Negara Brunei Darussalam, Urus Setia Perubahan Iklim Negara Brunei Darussalam, Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan Brunei dan Darussalam Enterprise.

Mesyuarat JMPI juga adalah satu platform agensi-agensi tersebut dapat berkongsi sumber tenaga dan kepakaran serta bekerjasama untuk menangani pelbagai cabaran yang timbul. Pada masa ini, Syarikat Hengyi Industries Sdn. Bhd. adalah dalam proses melaksanakan kerja-kerja dragging dan reclamation bagi memastikan bahawa aktiviti ini tidak mencemari perairan berhampiran Pulau Muara Besar terutama di kawasan tapak Industri Ternakan Ikan yang berkemungkinan menjejaskan operasi penternakan ikan.

Syarikat Hengyi Industries Sdn. Bhd. telah mengadakan environmental impact assessment beserta environmental monitoring and management plan bagi infrastruktur pasir pantai kepada pihak JASTRe. Pemantauan bedasarkan EIA dan EMP ini disemak oleh dragging dan reclamation working group and aquaculture task force secara berterusan selagi kerja-kerja dragging dan reclamation masih dalam pelaksanaan.

Kementerian Tenaga dan Autoriti Petroleum akan sentiasa bekerjasama rapat untuk memastikan tidak ada impak yang negatif terhadap alam sekitar dalam apa sahaja projek minyak dan gas. Selain itu, loji ini direka bentuk mengikut standard industri antarabangsa dan had pelapasan nya ditetapkan di bawah paras had World Bank (IFC) International Finance Cooperation. Loji ini juga akan memantau pencemaran melalui sistem Air Quality Monitoring yang dipasang di Pulau Muara Besar dan kawasan Muara. Pelepasan ini akan diawasi oleh pihak JASTRe. Syarikat Hengyi Industries Sdn. Bhd. juga mempunyai Tier 2 Oil Spill Response Plan. Pelan pengawalan tumpahan minyak yang menepati keperluan National Oil Spill Contigency Plan dan beberapa latihan kecemasan telah dijalankan bagi memastikan kecekapan dan ketersediaan pihak Syarikat Hengyi Industries Sdn. Bhd. termasuk latihan bertahap Tier 3 yang telah melibatkan National Disaster Management Committee dan agensi-agensi yang berkepentingan.

Table Top Exercise Tier 3 telah dijalankan pada 12-13 Januari 2021 dan soalan yang ke 2 tadi boleh kiranya Yang Berhormat kemukakan sekali lagi.

Yang Berhormat Pengiran Haji Mohamed bin Pengiran Haji Osman @ Othman

Terima kasih Yang Berhormat. Apakah langkah-langkah yang telah diambil bagi memastikan rakyat dan penduduk yang tinggal di Mukim Serasa dan kampung-kampung di sekelilingnya. Pulau Muara Besar tidak akan terdedah kepada bahaya penularan wabak COVID-19 sekiranya ia terjadi. Terima Kasih Yang Berhormat Pengeran.

Yang Berhormat Menteri Tenaga

Terima Kasih Yang Berhormat. Pihak Kementerian Tenaga telah pun mengambil langkah proaktif bagi menguruskan Pasukan Pengurusan Krisis: Crisis Management Team sejak bulan Januari 2020, yang terdiri daripada agensi-agensi yang berkepentingan dan yang bertanggungjawab antara lain memastikan sebarang impak daripada pandemik COVID-19 dapat dipantau dan tidak memberi impak yang besar kepada operasi pengendali-pengendali termasuk Syarikat Hengyi Industries Sdn. Bhd. di Pulau Muara Besar. الحَمْد لِلّه setakat ini operasi loji tidak terjejas dan dengan situasi pandemik.

Di samping itu juga, kerjasama operator dimestikan untuk mempunyai Standard Operating Procedure meregenai langkah-langkah pencegahan berdasarkan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan dalam memastikan apa saja situasi dalam keadaan terkawal dan tidak akan menular kepada orang ramai.

Baru-baru ini Kementerian Tenaga juga telah menubuhkan pasukan tindakan bagi mengangani wabak COVID-19 yang ahli-ahli dalam pasukan ini terdiri daripada wakil-wakil Kementerian Tenaga, Jabatan Perkhidmatan Elektrik, Authority Petroleum Brunei dan Safety Health Environment yang berperanan untuk memastikan produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan kritikal tidak terjejas. Taskforce ini juga telah menyediakan satu garis panduan bertajuk Notice to Industry on COVID-19 dalam sama-sama mengangani mengurangkan kesan impak terhadap aktiviti operasi minyak dan gas di sektor tenaga.

Fokus-fokus utama NTI tersebut untuk memberikan garis panduan bagi pekerja penting di tempat-tempat kerja yang dikategorikan kritikal dalam memastikan keseimbangan dan kestabilan operasi.

Pasukan tindakan ini akan sentiasa memantau situasi COVID-19 dalam sektor tenaga bagi memastikan kesan atau impak kepada pengeluaraan di industri huluan dan hiliran pada tahap minimum termasuk operasi di loji penapisan minyak dan petrokimia di Pulau Muara Besar. Terima kasih.

Yang Berhormat Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Menteri Tenaga. Saya sekarang ingin mencadangkan supaya Tajuk Kementerian Tenaga kita undi. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju supaya tajuk ini kita luluskan, sila angkat tangan.

(Semua Ahli mengangkat tangan tanda bersetuju)

Terima kasih semuanya bersetuju dan kita meluluskan Tajuk Kementerian Tenaga.

Yang Dimuliakan Jurutulis

Tajuk SQ01A hingga Tajuk SQ02A - Kementerian Tenaga dijadikan sebahagian daripada Jadual.

Tajuk SP01A - Kemajuan.

Yang Berhormat Pengerusi

Ahli-Ahli Yang Berhormat Mesyuarat Jawatankuasa sekarang berpindah kepada Tajuk Kemajuan. Sebagaimana yang telah kita maklumi bahawa Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, telah pun menyampaikan mukadimahnya mengenai Belanjawan Kemajuan yang disediakan ini dan saya harap soalan-soalan akan tertumpu kepada perkara-perkara yang terdapat dalam Rancangan Kemajuan yang berkemampuan. Saya sekarang membukakan perbahasan mengenai tajuk jadual ini dengan mempersilakan Yang Berhormat Awang Iswandy bin Ahmad.

Yang Berhormat Awang Iswandy bin Ahmad

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Mengenai Perbelanjaan Kemajuan ini, saya merujuk mengenai Sektor 1119 - Sumber Tenaga Manusia Kod Akaun – 004, Pusat Pembangunan Kapasiti (PPK). Dengan peruntukan yang diberikan sejumlah $1,132,600.00 bagi 2022/2023 dan sejumlah $273 000.00 bagi 2023/2024. Pernah dikongsikan untuk PPK ini ditjalankan oleh IBTE untuk International accreditation serta hal tuju yang lain di Dewan ini pada tahun 2019. Apakah masih keperlutan PPK ini standalone peruntukannya atau lebih baik ia di bawah program IBTE atau Lifelong Learning sahaja sebagai operation? Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi dan terima kasih juga kepada Yang Berhormat atas soalan diajukan tadi. PPK ini satu program yang telah dilancarkan beberapa tahun sebelum ini. Peruntukan disediakan untuk penuntut-penuntut mengikuti kursus-kursus dalam PPK ini belum selesai, peruntukan mesti disediakan sampai habis nanti أن شاء الله . Ada training yang baharu termasuk dalam HRD fund. Mestilah diasingkan daripada HRD fund. Terima Kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusi

Saya persilakan Yang Berhormat Fdr. Ar. Dayang Siti Rozaimeriyanty binti Dato Seri Laila Jasa Haji Abdul Rahman.

Yang Berhormat Fdr. Ar. Dayang Siti Rozaimeriyanty binti Dato Seri Laila Jasa Haji Abdul Rahman

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi, saya ada 2 soalan dan jua 2 cadangan.:

  1. Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, saya ingin mengetahui berapakah projek-projek dari RKN-11 yang telah dapat disiapkan dan akan dibawa ke hadapan untuk dilaksanakan dalam Rancangan Kemajuan Negara yang Ke-12 nanti.

    Seperti yang diketahui sebelum ini ada 13 projek yang telah diunda dari RKN-10 dan ia dilaksanakan di bawah RKN-11. Saya sering mendengar juga mukadimah menteri-menteri mengenai penerapan PPK akan tetapi saya ingin memohon pencerahan tentang proses pelaksanaan projek-projek ini yang ia masih saja memakan masa yang agak lama untuk diselesaikan yaitu ingin mengetahui status 7 projek lain yang dalam RKN-11 yang dilaksanakan melalui pembiayaan alternative financing. Apakah ia sedang dilaksanakan ataupun masih dalam pelbagai peringkat.? Jika dapat keperluan ini dapat dalam pelbagai peringkat. Jika dapat keperluan ini dapat disemak ataupun dinilai semula polisi ataupun plot ratio mahupun tempoh list yang ditawarkan, maka pihak kementerian adalah disarankan untuk melakukannya secepat mungkin.

  2. Seterusnya mengenai cadangan Yang Berhormat Pengerusi. Yang Berhormat Menteri Pendidikan ada mengongsikan semasa sesi muzakarah bersama Kementerian Pendidikan mengenai shut facilities. Bagi bangunan sekolah-sekolah di Mengkubau itu perlu perubahan dari antara Kementerian Pendidikan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama, 3 in 1, yang merangkumi sekolah rendah, sekolah menengah dan juga sekolah agama yang akan dilaksanakan di bawah Rancangan Kemajuan Negara Ke-12. Ia dapat menjimatkan kos pembelajaan pembinaan, kos maintenance bangunan dan juga menjimatkan penggunaan tanah. Saya mengambil baki akan cadangan Yang Berhormat Menteri Pendidikan.

  3. Saya juga ingin mencadangkan supaya sekolah-sekolah boleh menerokai pilihan lain ataupun alternative financing. Seperti menerapkan atau mengintegrasikan facilities yang difikirkan perlu seperti dewan serba guna, facilities sukan terbuka, daycare facilities ataupun nursery bagi membukakan peluang untuk bekerjasama dengan pihak swasta melalui program PPP. Saya menyambut baik keadah alternative financing yang telah diterapkan dalam beberapa projek RKN. Salah satu usaha PPP yang berjaya dilaksanakan di kawasan perumahan ialah bangunan komersial Rimba Point. Akan tetapi juga terdapat lagi cadangan tanah-tanah komersial di Kawasan RPN yang belum dikembangluskan. Saya percaya lebih banyak usaha kerjasama PPP akan dapat dilaksanakan dan melahirkan hasil yang sangat menguntungkan kepada kerajaan dan di samping itu dapat membantu kerajaan mencapai milestone dan objektif kemajuan negara terutama sekali tanah-tanah komersial yang terletak di kawasan prime areas; dan

  4. Satu cadangan bagi projek gabungan juga adalah antara Kementerian Pembangunan juga Kementerian Tenaga. Seperti Projek Perumahan Negara, incorporate atau menyediakan solar panel atas bumbung perumahan dan bangunan-bangunan baharu secara berfasa. Contohnya, kita boleh memanfaatkan tenaga solar/surya yang dapat menjana 10 Megawatt ke 20 Megawatt, tenaga yang dapat dihasilkan oleh 1,000 ke 2,000 unit perumahan. Ini boleh membantu sasaran negara dari segi tenaga hijau iaitu untuk meningkatkan sasaran kapasiti keseluruhan kepada 200 Megawatt daripada tenaga solar menjelang tahun 2025. Memfokuskan komitmen negara untuk mencapai net zero emission atau carbon neutrality seperti yang telah diumumkan semasa cop 26, semasa persidangan ASEAN 2021. Di samping itu, penggunaan gas secara domestik boleh dikurangkan dan ditambah kepada nilai eksport gas negara.

    Sidang Dewan yang saya hormati, dengan adanya Peta Jalan RKN-12 ini nanti, projek-projek di bawah RKN-12 akan dapat dipantau secara teratur dan mencapai sasaran yang diharapkan. دعاء dengan penglibatan dan kerjasama rapat antara semua kementerian dalam usaha untuk memastikan Wasasan Brunei 2035 akan tercapai.

Sekian, terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Terima kasih kepada soalan yang diajukan oleh Yang Berhormat mengenai beberapa soalan, دعاء kala adka. Menjawab soalan pertama dan kedua. Mengenai cadangan itu tertakluk kepada rakan-rakan sejawatkan koala sama ada akan dijawab atau tidak.

Mengenai pencapaian RKN-11. Setakat 31 Januari 2022, sebanyak 29 projek telah pun siap dilaksanakan. Pada masa yang sama, sebanyak 79 lagi projek dalam peringkat tahap pelaksanaan pada masa ini. Kalau dilihat prestasi fizikal dan kewangannya masih rendah dibandingkan dengan jumlah RKN-11 keseluruhannya. Tapi langkah berhati-hati di setiap kementerian, jabatan dalam memastikan kaedah dan projek-projeknya yang akan dilaksanakan, mesti sentiasa diteliti supaya membuahkan hasil dan mencapai objektif saranan Wawasan Brunei 2035. Kalau mana-mana projek di bawah RKN-11 yang belum siap atau belum dapat dilaksanakan semasa RKN-11, akan diteliti semula mengikut keutamannya dan akan ditunda kepada RKN-12.

Mengenai soalan alternative financing, sebenarnya ada 7 buah projek sebelum ini dimasukkan dalam RKN-11. Memandangkan dengan urusan kerajaan pada masa ini, beberapa projek telah pun boleh dilaksanakan oleh badan-badan berkanun, tidak lagi masuk dalam RKN. Jadi, 7 projek ini kebanyakkannya untuk membaut jalan raya di industrial sites yang pada masa ini diambil alih oleh Darussalam Enterprise, tidak lagi masuk bajet pertukunan dalam RKN. Itu sahaja Yang Berhormat Pengerusi bagi soalan-soalan tadi.

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusi

Yang Berhormat Menteri Pembangunan ingin menambah?

Yang Berhormat Menteri Pembangunan

مشكورة يا سيحة زات العزة والجاه, mengenai usaha-usaha projek PPP yang telah pun ditubuhkan oleh Yang Berhormat Fdr. Ar. Dayang Siti Rozaimerianty binti Dato Seri Laila Jasa Haji Abdul Rahman tadi. Dari aspek perancangan kawasan perumahan yang telah dipilih iaitu di kawasan-kawasan Skim Perumahan Negara memang ada mempunyai pelan induk dengan perancangan yang spesifik dan tertentu ke atas penggunaan plot ataupun tapak-tapak tanah seperti kawasan komersial, sekolah, masjid, kawasan riadah dan sebagainya.

Sepertimana juga plot-plot tanah yang telah pun dipertuntukkan bagi pembinaan rumah dan dalam kawasan-kawasan perumahan tersebut, adalah di bawah kawalan selia Jabatan Kemajuan Perumahan. Plot atau tapak-tapak tanah yang lain telah pun dipertuntukkan dan diagihkan kepada pihak-pihak tertentu untuk mengendalikan untuk apa-apa kemajuan ke atasnya dan selaras dengan perancangan masing-masing. Seperti misalannya penyeedian sekolah di bawah Kementerian Pendidikan, masjid di bawah Kementerian Hal Ehwal Ugama dan lain-lain lagi.

Ada beberapa kawasan komersial dengan keluasan yang tertentu dalam kawasan Skim Perumahan Negara dikategorikan sebagai plot ataupun tapak-tapak tanah di bawah Rancangan Government Land Lease (GLL) yang telah pun dikenal pasti dan untuk dimajukan. Pendekatan melalui kaedah Private Public Partnership (PPP) secara Expression of Interest (EOI) sebagai pembayian alternatif untuk memajukan kawasan-kawasan komersial tersebut. Ini dalam perancangan seperti apa yang telah pun koala kongsikan dalam mukadimah koala semalam.

Mengenai incorporate solar panel, ingin koala menambah sedikit barangkali. Mengikut saranan Yang Berhormat untuk menerapkan pemasangan solar panel ke bangunan-bangunan perumahan serta bangunan-bangunan baharu bagi projek-projek pembangunan di bawah RKN-12. Ini disambut baik dan satu cadangan yang bagus dan pada masa ini Kementerian Pembangunan mengotong projek-projek Building Integrated Photovoltaics (BIPV) seperti di Pekan Bangar, Daerah Temburong dan juga projek solar PV yang lain seperti floating solar PV dalam kawasan reservoir.

Dengan adanya mekanisme Net Metering yang baru diperkenalkan oleh Kementerian Tenaga, aplikasi BIPV ini akan lebih menarik kepada sektor swasta dan perkara ini أَن شَاءَ ٱللَّهُ akan dibincangkan lagi dengan Kementerian Tenaga. Untuk makluman juga kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat, kerperluan bagi tenaga yang boleh diperbaharui (renewable energy) merupakan satu kategori di bawah kategori yang terdapat dalam Brunei Accredited Green Unified Seal (BAGUS) yang akan menyokong Strategi 5 Power Management dan Strategi 8 Climate Resilience and Adaptation. Kriteria tenaga yang boleh diperolehi ini akan menggalakkan penggunaan sumber tenaga solar dan juga teknologi karbon rendah dalam bangunan.

Sekian sahaja, Yang Berhormat Pengerusi. Terima kasih.

Yang Berhormat Pengerusi

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama.

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama

Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi. Kaola cuma ingin mengulas berhubung dengan kenyataan daripada Yang Berhormat Menteri Pendidikan kepada muzakarah yang diadakan dengan Ahli-Ahli Yang Berhormat iaitu, mengenai bangunan sekolah untuk guna sama dengan Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Kementerian Hal Ehwal Ugama sebenarnya menyokong cadangan seperti ini, Yang Berhormat Pengerusi. Dalam langkah-langkah ke hadapan Kementerian Hal Ehwal Ugama, untuk pembangunan ini akan sentiasa menyelesaikan keperluan itu dengan pihak Kementerian Pendidikan. Ini sangat penting dan ada beberapa sekolah sudah dirundingkan dan ada yang bersetuju untuk guna sama dan ada yang tidak. Tetapi yang penting diingati ialah guna sama itu memang guna sama untuk kemudahan-kemudahan yang umum seperti dewan dan sebagainya. Bagi bilik-bilik darjah terutama sekali khusus bagi Bahagian Ugama untuk kegunaan agama, ada ruang-ruang untuk latihan-latihan praktikal amali keagaamaan sepertimana di bangunan sekolah-sekolah agama. Setelah itu ialah keperluan untuk bilik guru-guru yang sudah tentu akan berasingan. Guna sama itu setakat mana kitani boleh menggunakan bersama khusus masing-masing dari Kementerian Pendidikan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama mestilah diambil kira.

Bagi Kementerian Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pengerusi, perkara ini sangat penting kerana Kementerian Hal Ehwal Ugama sangat memberi perhatian kepada penyelesaraan waktu pembelajaran antara sekolah yang ada aliran umum dan sekolah agama. Jadi bermakna, penyelesaraan waktu itu sedang giat diikirkan di peringkat kementerian bagi mengelakkan kejadian fenomena biasa bagi ibu bapa terpaksa berulang-alik keluar meninggalkan tugasnaya terutama sekali dalam perkhidmatan awam ialah untuk menghantar mengambil anak-anaknya dari sekolah agama dan sebagainya. Jadi, ada langkah-langkah untuk guna sama bangunan sekolah, maka akan diambil kira penyelesaraan waktu ini.

Sekian, Yang Berhormat Pengerusi. Terima kasih.

Yang Berhormat Pengerusi

Terima kasih. Saya kira cukup sekian kita berunding mengenai Tajuk Kemajuan ini dan sekarang, saya suka untuk mengundi.

Ahli-Ahli Yang Berhormat, yang bersetuju supaya Tajuk Kemajuan ini kita luluskan, sila angkat tangan.

(Semua Ahli mengangkat tangan tanda bersetuju)

Terima kasih dan semuanya bersetuju. Tajuk Kemajuan ini kita luluskan.

Yang Dimuliakan Jurutulis

Tajuk SP01A – Kemajuan dijadikan sebahagian daripada Jadual. Tajuk Bab 1 Gelaran Pendek dan Permulaan Kuat kuasa.

Yang Berhormat Pengerusi

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kita sedang membincangkan mengenai Tajuk Bab 1 Gelaran Pendek dan Permulaan Kuat Kuasa. Akta ini bolehlah diqelar sebagai Akta Perbekalan 2022/2023 dan hendaklah mula berjalan berkuat kuasa pada 1 April 2022. Saya kira Tajuk Gelaran Pendek dan Permulaan Kuat Kuasa, tidaklah perlu dibahaskan lagi. Oleh yang demikian, adakah Ahli-Ahli Yang Berhormat bersetuju supaya Tajuk Gelaran Pendek dan Tarikh Permulaan Berkuat Kuasa Akta ini dilluluskan? Jika demikian, sila angkat tangan.

(Semua Ahli mengangkat tangan tanda bersetuju)

Terima kasih. Nampaknya semua Ahli-Ahli Yang Berhormat bersetuju, maka Tajuk Bab 1 Gelaran Pendek dan Permulaan Kuat Kuasa dilluluskan.

Yang Dimuliakan Jurutulis

Tajuk Bab 1 Gelaran Pendek dan Permulaan Kuat Kuasa dijadikan sebagai sebahagian daripada Rang Undang-Undang.

Yang Berhormat Pengerusi

Ahli-Ahli Yang Berhormat. بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيمِ kita pun telah selesai membincangkan dan meluluskan tajuk-tajuk yang terdapat dalam Jadual

Rang Undang-Undang (2022) Perbekalan, 2022/2023.

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat semuanya kerana telah memberikan kerjasama yang selayaknya semasa perbincangan dan perbahasan Rang Undang-Undang ini sehingga ia selesai. Oleh yang demikian, bagi membolehkan kita membincangkan perkara-perkara seterusnya, saya ingin mencadangkan supaya kita bersidang semula di Peringkat Persidangan Majlis Mesyuarat Negara.

(Mesyuarat Jawatankuasa ditangguhkan)

(Majlis Mesyuarat bersidang semula)

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Sekarang kita bersidang semula di Persidangan Majlis Mesyuarat Negara.

Saya kira cukup sekian kita bersidang pada pagi ini, maka saya ingin menangguhkan Persidangan Majlis Mesyuarat Negara pada pagi ini dan kita akan bersidang semula pada esok hari iaitu hari Khamis, 3 Mac 2022 pada pukul 9.30 pagi.

Sekian, وَبِاللهِ التَّوْفِيقُ وَالْهِدَايَةُ وَصَلَّى اللهُ عَلىٰ سَيِّدِنَا وَنَبِيِّنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ آلِهِ وَسَهَبِهِ أَجْمَعِينَ

(Majlis Mesyuarat ditangguhkan)

info

The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.