Skip to main content

HARI KE-1

For Informational Purposes Only

24HB FEB 2023

info

Help needed with Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.

Disclaimer

The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.

YANG DI-PERTUA

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib, PSNB., SLJ., PHBS., PJK., PKL., Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara, Negara Brunei Darussalam.

AHLI RASMI KERANA JAWATAN

(PERDANA MENTERI DAN MENTERI-MENTERI)

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Perdana Menteri, Menteri Pertahanan, Menteri Kewangan dan Ekonomi dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri, Negara Brunei Darussalam.

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Di-Raja Dato Laila Utama Haji Awang Isa bin Pehin Datu Perdana Manteri Dato Laila Utama Haji Awang Ibrahim, DK., SPMB., DSNB., PHBS., PBLI., PJK., PKL., Penasihat Khas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam.

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, PSNB., DSLJ., SMB., PHBS., PIKB., PKL., Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Negara Brunei Darussalam.

Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, PSSUB., DPMB., PHBS., PBLI., PJK., PKL., Menteri Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam.

Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Apong, PSNB., DPMB., PJK., PTKB., PKL., Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Negara Brunei Darussalam.

Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, DPKT., SMB., PHBS., Menteri Pertahanan II, Negara Brunei Darussalam.

Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar, PSNB., DPMB., Menteri Kesihatan, Negara Brunei Darussalam.

Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud, PSNB., SPMB., PJK., PKL., Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam.

Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah, PSNB., SPMB., Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Negara Brunei Darussalam.

Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd. Yusof, PSNB., SPMB., PJK., PTKB., PKL., Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II, Negara Brunei Darussalam.

Tidak Hadir (Arahan kuarantin)

Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar, PSNB., SPMB., PTKB., PKL., Menteri Pembangunan, Negara Brunei Darussalam.

Yang Berhormat Dato Setia Dr. Awang Haji Mat Suny bin Haji Mohd Hussein, PSNB., DPMB., PJK., Menteri Tenaga, Negara Brunei Darussalam.

Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Hamzah bin Haji Sulaiman, PSNB., DPMB., PJK., Menteri Pendidikan, Negara Brunei Darussalam.

Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof, PSNB., SMB., PIFKB., Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi, Negara Brunei Darussalam.

Tidak Hadir (Arahan kuarantin)

Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Awang Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, DPKT., SMB., Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Negara Brunei Darussalam.

AHLI YANG DILANTIK ORANG-ORANG YANG BERGELAR

Yang Berhormat Pehin Datu Imam Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Abdul Hamid bin Bakal, PSSUB., DSNB., PHBS., PBLI., PKL.

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pendikar Alam Dato Paduka Seri Awang Haji Hasrin bin Dato Paduka Haji Sabtu, DPKT., DPMB., SNB., PBLI., PJK., PKLP. Tidak Hadir (Arahan kuarantin)

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Putera Maharaja Dato Paduka Awang Haji Abdul Ghani bin Pehin Datu Pekerma Dewa Dato Paduka Awang Haji Abdul Rahim, DPMB., SNB., PJK., PKL.

AHLI YANG DILANTIK ORANG-ORANG YANG TELAH MENCAPAI KECEMERLANGAN

Yang Berhormat Awang Haji Umarali bin Esung, PSB., PIKB., PKL.

Yang Berhormat Awang Haji Abdul Hamid @ Sabil bin Haji Arshad, SMB.

Yang Berhormat Awang Ong Tiong Oh.

Yang Berhormat Fdr. Ar. Dayang Siti Rozaimeiranty binti Dato Seri Laila Jasa Haji Abdul Rahman, PSB., PIKB.

Yang Berhormat Dayang Nik Hafimi binti Abdul Haadii, PSB.

Yang Berhormat Dayang Khairunnisa binti Awang Haji Ash'ari, PIKB.

Yang Berhormat Awang Iswandy bin Ahmad, PIKB.

AHLI YANG DILANTIK MEWAKILI DAERAH-DAERAH

Yang Berhormat Pengiran Haji Ali bin Pengiran Maon, PSB., PJK., PIKB., PKL., Penghulu Mukim Berakas 'B', Zon 1 - Daerah Brunei dan Muara. Tidak Hadir (Arahan kuarantin)

Yang Berhormat Awang Naim bin Haji Kamis, PSB., PJK., PIKB., PKL., Penghulu Mukim Kota Batu, Zon 3 - Daerah Brunei dan Muara. Tidak Hadir (Arahan kuarantin)

Yang Berhormat Awang Haji Tahamit bin Haji Nudin, PIKB., PKL., Penghulu Mukim Gadong 'A', Zon 4 - Daerah Brunei dan Muara.

Yang Berhormat Awang Haji Mohimin bin Haji Johari @ Jahari, Ketua Kampung Limau Manis, Zon 5 - Daerah Brunei dan Muara.

Yang Berhormat Pengiran Haji Mohamed bin Pengiran Haji Osman @ Othman, PSB., PIKB., PKL., Ketua Kampung Masjid Lama, Pekan Muara, Sabun dan Pelumpong, Zon 2 - Daerah Brunei dan Muara.

Yang Berhormat Awang Haji Abdul Hamid bin Haji Mumin, PJK., PKL., Penghulu Mukim Liang, Zon 1 - Daerah Belait.

Yang Berhormat Awang Hanapi bin Mohd. Siput, PIKB., Ketua Kampung Labi I, Zon 2 - Daerah Belait.

Yang Berhormat Awang Haji Abdul Wahab bin Apong, SUB., PJK., PIKB., PKL., Penghulu Mukim Tanjong Maya, Zon 1 - Daerah Tutong.

Yang Berhormat Awang Haji Ramli bin Haji Lahit, PIKB., PKL., Penghulu Mukim Telisai, Zon 2 - Daerah Tutong.

Yang Berhormat Awang Haji Emran bin Haji Sabtu, SMB., PSB., PIKB., PKL., Penghulu Mukim Bokok, Kelima-lima Mukim Daerah Temburong.

HADIR BERSAMA

Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pekerma Jaya Dato Paduka Awang Haji Judin Haji Asar, DPMB., SLJ., POAS., PHBS., PBLI., PJK., PKL., Jurutulis Majlis Mesyuarat Negara, Negara Brunei Darussalam.

Yang Mulia Dayang Rose Aminah binti Haji Ismail, PSB., PIKB., Timbalan Jurutulis Majlis Mesyuarat Negara, Negara Brunei Darussalam.

(Mesyuarat mula bersidang pada pukul 10.00 pagi)

Yang Dimuliakan Jurutulis

بسم الله الرحمن الرحيم Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Kelapan Belas Majlis Mesyuarat Negara bersidang pada hari ini, Khamis, 23 Rejab 1443 bersamaan 24 Februari 2022, didahului dengan Doa Selamat.

DOA SELAMAT

Doa Selamat dibacakan oleh Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Mustapa bin Haji Murat.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

بسم الله الرحمن الرحيم يَاءَ أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اِسْتَجِيبُوا لِلَّهِ وَلِلرَّسُولِ إِذَا دَعَاكُمْ لِمَا يُحْيِيكُمْ. وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ يُحُولُ بَيْنَ الْمَرْءِ وَقَلْبِهِ. وَأَنَّهُ إِلَيْهِ تُحْشَرُونَ. Mari inni kita bersyukur ke hadrat ilahi dengan limpah rahmat dan izin-Nya jua kita dapat sama-sama hadir pada pagi ini dalam Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Kelapan Belas Majlis Mesyuarat Negara. Selawat serta salam ke atas Junjungan Besar kita نبي محمد صلى اله عليه وسلم kaum kerabat, para sahabat serta pengikut-pengikut Baginda yang taat lagi setia hingga ke akhir zaman.

Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Dengan mengambil kira situasi wabak COVID-19 yang masih kita hadapi pada masa ini, kita akan terus mengekalkan dan mematuhi peraturan serta garis panduan yang disediakan dan ditentukan oleh Kementerian Kesihatan. Ke arah itu, Mesyuarat

Pertama Dari Musim Permesyuaratan Kelapan Belas Majlis Mesyuarat Negara perlu segera menyelesaikan perkara-perkara di hadapan.

Yang Dimuliakan Jurutulis

Perkara II - Meneliti dan Mengesahkan Minit Persidangan Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ketujuh Belas Majlis Mesyuarat Negara yang telah bersidang selama 11 hari bermula 1 hingga 11 Syaaban 1442 bersamaan 15 hingga 25 Mac 2021 bertempat di Dewan Persidangan Majlis Mesyuarat Negara, Dewan Majlis, Jalan Dewan Majlis, Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

Ahli-Ahli Yang Berhormat di hadapan kita Minit Persidangan Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ketujuh Belas Majlis Mesyuarat Negara yang telah pun diketilhijinkan lebih awal kepada semua Ahli Yang Berhormat. Saya percaya Ahli-Ahli Yang Berhormat berkesempatan untuk meneliti sepenuhnya minit mesyuarat tersebut. Maka, saya ingin memberi peluang kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat semua jika ada yang ingin memberikan pendapat atau pindaan terhadap minit berkenaan. Saya persilakan Ahli-Ahli Yang Berhormat untuk membuat kenyataan. Nampaknya tidak ada Ahli-Ahli Yang Berhormat yang ingin membuat sebarang kenyataan atau pindaan. Maka, saya membuat kesimpulan isi kandungan Minit Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ketujuh Belas yang telah bersidang selama 11 hari itu betul dan saya lukaskan. Sebentar lagi Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Kelapan Belas Majlis Mesyuarat Negara ini akan dirasmikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Maka bagi membolehkan majlis ini menunggu dan menjunjung keberangkatan baginda ke majlis ini, saya tangguhkan Persidangan Majlis Mesyuarat Negara ini dulu. Sekian, والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته.

TITAH

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH MU'IZZADDIN WADDAULAH IBNI AL-MARHUM SULTAN HAJI OMAR 'ALI SAIFUDDIEN SA'ADUL KHAIRI WADDIEN, SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM SEMPENA ISTIADAT PEMBUKAAN RASMI MESYUARAT PERTAMA DARI MUSIM PERMESYUARATAN KELAPAN BELAS MAJLIS MESYUARAT NEGARA PADA HARI KHAMIS, 23 REJAB 1443 BERSAMAAN 24 FEBRUARI 2022 BERTEMPAT DI BANGUNAN DEWAN MAJLIS, JALAN DEWAN MAJLIS, BANDAR SERI BEGAWAN, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM.

(missing jawi text)

Kita bersyukur kerana dapat berkumpul pada pagi ini untuk menghadiri Majlis Pembukaan Persidangan Bagi Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Kelapan Belas Majlis Mesyuarat Negara.

Majlis Mesyuarat Negara sebagaimana pernah Beta titahkan merupakan adalah wadah strategik untuk membahaskan perkara-perkara yang berkebajikan untuk rakyat dan negara.

Persidangan Majlis pada kali ini akan membincangkan Rang Belanjawan Negara Tahun Kewangan 2022/2023. Rang ini telah pun ditunduki bersama-sama dengan kementerian-kementerian berkenaan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Belanjawan Negara. Oleh itu, semua projek yang disenaraikan sudah tentu mendukung perancangan strategik setiap kementerian dan jabatan yang berkenaan.

Beta ingin mengingatkan bahawa kewangan negara hendaklah dikendalikan dengan berhemah dan berdisiplin. Setiap Pegawai Pengawal yang dilantik hendaklah memahami perkara ini bahawa mereka diminta untuk mematuhi peraturan - peraturan kewangan yang ada, tidak menggunakan kuasa berbelanja secara sewenang-wenang. Luruskanlah tadbir urus masing-masing mengikut keutamaan, keperluan, tidak membazir dan dilaksanakan dengan teratur.

Mengenai Peraturan Kewangan, beta telah pun memperkenankan pindaan ke atas Perintah Perlembagaan (Prosedur Kewangan) (Pindaan) 2022 dan Peraturan-Peraturan Kewangan 2022 yang akan mula berkuat kuasa pada 1 April 2022.

Sedikit mengenai isu Skim Tabung Amanah Pekerja (TAP), بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ telah mengambil maklum bahawa kajian telah pun selesai dibuat oleh Kementerian Kewangan dan Ekonomi dengan kerjasama Tabung Amanah Pekerja (TAP) dan تِلْكَ ءايَاتُ الْكِتَابِ الْمُبِينِ pelaksanaan penuh akan bermula pada tahun 2023. Dalam pada itu, beta suka cita menekankan bahawa segala persiapan sebelum pelaksanaannya hendaklah dilaksana-kan dengan teratur, antaranya pindaan kepada akta, perubahan kepada sistem teknologi maklumat dan termasuk pemberigaan. Apa yang penting bagi mereka yang dalam skim ini ialah, untuk memahami berkenaan dengan skim persaraan baharu yang dimaksudkan.

Rancangan Kemajuan Negara Kesebelas (RKN-11) akan berakhir pada Tahun Kewangan 2022/2023. Ini bererti Rancangan Kemajuan Negara Kedua Belas (RKN-12) akan bermula pada bulan April 2023, di mana pada masa ini Sekretariat Rancangan Kemajuan Negara di Kementerian Kewangan dan Ekonomi sedang giat menyediakan peta jalan bagi projek-projek yang akan dimasukkan ke dalam Rancangan Kemajuan Negara Kedua Belas (RKN-12) nanti. Peta jalan ini menerapkan kaedah Whole of Government yang melibatkan semua kementerian, sebagai usaha untuk memastikan Wawasan Negara 2035 tercapai.

Sejak gelombang kedua wabak koronavirus melanda negara ini, Kerajaan Beta telah menghulurkan bantuan kepada Perusahaan Mikrokucil dan Sederhana, dengan tujuan mengurangkan pekerja-pekerja diberhentikan. Manakala bagi golongan pekerja sektor swasta yang terkesan pula, bantuan kewangan juga dihulurkan untuk kelangsungan hidup seharian mereka.

Antara perkara yang menjadi pengajaran berikutan penularan wabak ini ialah mengenai jaminan makanan (food security). Berikutan dengan beberapa sekatan perjalanan yang masih dilaksanakan oleh sebahagian negara, maka langkah ini sedikit sebanyak telah menjajaskan kemasukan barang-barang makanan dan sekali gus menjadikan harga barang dan kadar inflasi tinggi.

Negara Brunei Darussalam tidak terkecuali dari menerima kesan yang sama. Namun جلالة بيتا dihafamkan Jabatan Perancangan Ekonomi dan Statistiki di Kementerian Kewangan dan Ekonomi sedang aktif melaksanakan tindakan pemantauan harga, sebagai langkah memastikan peniaga tidak sewenang-wenangnya menaikkan harga barang pada paras yang tidak dibenarkan.

Semua orang tahu bahawa pendapatan negara masih bergantung pada hasil minyak dan gas. Namun usaha-usaha mengembangkan ekonomi bagi mengurangkan kebergantungan ini telah pun mula menampakkan hasilnya, berupa jumlah export Refined Fuel melalui projek Pelaburan Langsung Asing dari bulan Januari 2021 hingga November 2021 bernilai USD 4.9 billion. Di samping itu juga, projek Brunei Fertilizer Industry telah pun mengeksporit 6,200 tan metrik baja urea pada 3 hari bulan Februari 2022.

Dengan kemasukan Pelaburan Langsung Asing ke negara ini, sudah tentunya akan membuka peluang pekerjaan dan perniagaan kepada orang-orang dan syarikat-syarikat tempatan. Ini semua memberi faedah signifikan kepada negara, termasuk menambahkan hasil pendapatan.

Sementara itu, usaha meningkatkan sara diri dalam sektor pertanian agrimakanan, perikanan dan ternakan sedang diaktifkan. Beta mengambil maklum bahawa perkara ini sedang dilaksanakan oleh kementerian berkenaan dengan meningkatkan keluaran dari sektor pertanian dan perikanan. Pengeluaran beras tempatan pada khususnya juga sudah mula menampakkan hasilnya dengan produktiviti peningkatan kapasiti rice milling. ٢٣ فبراير dengan terlaksananya projek ini nanti akan membantu para petani untuk lebih fokus kepada penanaman padi masing-masing.

Akhirnya, Beta berharap kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat supaya bersedia memberikan buah fikiran dan pendapat masing-masing tanpa ragu-ragu dan walaupun demi kebaikan semata-mata. Adapun negara memang sentiasa menunggu idea bernas daripada Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Beta mahu supaya digunakan peluang ini untuk memegaskan mana-mana yang belum kemas dan menambah baik mana-mana yang masih perlu diperbaiki. Inilah 'motto' persidangan kali ini, Beta ucapkan selamat bersidang.

Sekian, وبالله التوفيق والهداية والسلامة والعافيه نحن نتوكل على الله مولانا الكريم الحكيم

DOA SELAMAT

Doa selamat dibacakan oleh Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim bin Haji Besar.

(Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Ahli Kerabat Diraja berangkat meninggalkan majlis diiringi olen Yang Berhormant Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara dan pembesar-pembesar negara).

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ, Ahli-Ahli Yang Berhormat, lebih dahulu marilah kita mengucapkan rasa syukur ke hadrat اللّٰه سبحانه وتعالى kerana dengan limpah dan keizinan daripada-Nya juga, Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama Dari Masaan Persidangan Perkelapan Belas Majlis Mesyuarat Negara telah pun selesai disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan telah berkenan menurunkan titah.

Maka bagi membolehkan majlis ini untuk menjunjung keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, berangkat untuk berangkatan ramai bersama dengan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara dan seterusnya untuk meninggalkan bangunan ini. Maka, saya tangguhkan Persidangan Majlis Mesyuarat Negara ini. Kita akan bersidang semula pada esok hari, iaitu hari Jumaat, 24 Rejab 1443 bersamaan dengan 25 Februari 2022, pada pukul 2.30 petang. Sekian, وبالله التوفيق والهداية والسلامة والعافيه نحن نتوكل على الله مولانا الكريم الحكيم

(Majlis Mesyuarat ditangguhkan)

info

The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.