HARI KE-4 PETANG
27HB FEB 2023
Help needed with Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
(Majlis Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang)
Yang Berhormat Yang Di-Pertua
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيمِ Ahli-Ahli Yang Berhormat. Sebagaimana yang sedia kita maklum pada sebelah pagi tadi kita telah meneliti Rang Undang-Undang (2022) Perbekalan, (2022/2023), di Peringkat Jawatankuasa dan kita telah pun berjaya meluluskan beberapa buah tajuk.
Maka bagi membolehkan kita berbincang dan meneliti tajuk-tajuk seterusnya, saya tangguhkan dahulu Majlis Mesyuarat Negara ini untuk kita balik bersidang di Peringkat Jawatankuasa.
(Majlis Mesyuarat ditangguhkan)
(Mesyuarat bersidang sebagai Jawatankuasa)
Yang Berhormat Pengerusi
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيمِ Ahli-Ahli Yang Berhormat. Majlis sekarang bersidang dalam Peringkat Jawatankuasa sepenuhnya bagi membolehkan kita meneruskan menimbangkan Rang Undang-Undang (2022) Perbekalan, (2022/2023) satu per satu sebagaimana yang kita maklum undang-undang yang berkenaan yang telah dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan
Menteri Kewangan dan Ekonomi II sedang dalam perbincangan kita.
Sekarang kita menyambung semula untuk membincangkan dan membahaskan tajuk-tajuk seterusnya.
Yang Dimuliakan Jurutulis
Tajuk Kementerian Pendidikan iaitu Tajuk SF01A hingga Tajuk SF06A.
Yang Berhormat Pengerusi
Ahli-ahli Yang Berhormat. Majlis sekarang selanjutnya akan membahaskan dan membincangkan Kementerian Pendidikan.
Sebelum tajuk ini saya bukakan untuk diteliti dan dibahas. Saya ingin memberikan laluan kepada Yang Berhormat Menteri Pendidikan untuk memberikan penjelasan tentang dasar dan objektif kementeriannya dalam penyediaan Anggaran Belanjawan Kewangan bagi kementerian yang berkenaan ini.
Saya sekarang mempersilakan Yang Berhormat Menteri Pendidikan.
Yang Berhormat Menteri Pendidikan
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيمِ Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kementerian Pendidikan telah menyediakan dan memastikan penyediaan anggaran ini adalah berpandukan keperluan pelajar, keperluan sekolah dan keperluan pentadbiran dan seterusnya penyediaan tenaga pengajar dan pembangunan infrastruktur pendidikan yang selaras dengan hasrat kerajaan dalam meningkatkan kualiti pendidikan yang disajikan kepada pelajar-pelajar kita.
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيمِ dan salam sejahtera.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Tahun Kewangan 2021/2022 merupakan tahun yang mencabar bagi semua pihak termasuk sektor pendidikan dengan gelombang kedua pandemik COVID-19 yang bermula pada bulan Ogos 2021.
Belajar dari pengalaman gelombang pertama, Kementerian Pendidikan telah sedaya upaya berusaha untuk memastikan kesihatan dan keselamatan pelajar dan warga sekolah serta kementerian terjaga dan diberikan keutamaan dalam melaksanakan Business Continuity Plan (BCP) yang berseuaian berdasarkan dengan keadaan semasa.
Untuk memastikan pengajaran dan pembelajaran dapat diteruskan semasa penutupan sekolah, pendekatan pengajaran atau pembelajaran di rumah atau Home Base Learning secara dalam talian melalui berbagai-bagai landasan telah dilaksanakan. Kementerian Pendidikan mengambil maklum akan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh berbagai pihak semasa pelaksanaan pendekatan tersebut termasuk kemahiran dan kompetensi serta kekurangan sumber seperti alat peranti dan data Internet terutama sekali bagi keluarga yang kurang berkemampuan.
Pada masa yang sama, Kementerian Pendidikan juga mengambil maklum cabaran pengajaran secara dalam talian dari segi penggunaan data Internet dan juga kemahiran menggunakan aplikasi pengajaran yang bersesuaian.
Sehubungan dengan itu, beberapa inisiatif telah dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan dan salah satu daripadanya ialah usaha sama dengan pelbagai pihak bagi menyediakan peranti data Internet kepada semua guru-guru dan juga pelajar yang memerlukan.
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ, dengan perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, guru-guru juga telah diberikan ‘elauan tambahan’ sebanyak $20.00 setiap bulan bagi kegunaan pembelian data Internet untuk kegunaan pengajaran. Manakala pelajar-pelajar dari keluarga yang miskin berkenampuan telah diberikan data Internet sebanyak 10GB setiap bulan.
Usaha-usaha ini selaras dengan objektif-objektif strategik Kementerian Pendidikan untuk meningkatkan kerjasama dan sokongan padu berbagai-bagai pihak berkepentingan dan juga untuk menyediakan akses yang sama dan saksama kepada pendidikan yang berkualiti.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-ahli Yang Berhormat.
Kementerian Pendidikan dan jabatan-jabatan di bawahnya mengucapkan menjunjung kasih yang setinggi-tingginya kepada Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atas kepercayaan dan sokongan dalam memperuntukkan sebanyak $583,726,080.00 bagi Perbelanjaan Tahun Kewangan 2022/2023 di bawah Tajuk Kementerian Pendidikan dan jabatan-jabatan di bawahnya. Dari jumlah tersebut sebanyak $426,778,270.00 disediakan untuk gaji kakitangan sementara $140,591,250.00 untuk Perbelanjaan Berulang-ulang dan Perbelanjaan Kemasukan $16,356,560.00. Jumlah peruntukan besar yang disediakan ini jelas menunjukkan betapa pendidikan merupakan satu keutamaan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam melahirkan sumber tenaga manusia yang berkualiti tinggi, selaras dengan Matlamat 1 bagi Wawasan Brunei 2035 iaitu: Melahirkan Rakyat yang Berpendidikan, Berkemahiran Tinggi dan Berjaya.
Dengan yang demikian, Kementerian Pendidikan akan meneruskan usahanya dalam memberikan pendidikan holistik bagi mencapai potensi sepenuhnya untuk semua, بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِ, dengan peruntukan ini, Kementerian Pendidikan akan memanfaatkan dengan penuh amanah dan sebaik-baiknya dengan berbelanja mengikut keutamaan dan penghasilan impak yang terbaik.
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِ, melalui pelbagai inisiatif yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan dalam mengharungi pandemik COVID-19 pelaburan pendidikan ini terus membuahkan hasil yang semakin positif khususnya apabila dilihat dari segi keputusan peperiksaan-peperiksaan awam bagi sekolah-sekolah sekolah peringkat rendah dan menengah di bawah Kementerian Pendidikan.
Bagi Penilaian Sekolah Rendah (PSR) tahun 2021 sebanyak 65.81% atau seramai 2,229 orang calon telah memperolehi gred 'A' hingga 'C' dalam 5 mata pelajaran iaitu peningkatan sebanyak 3.4% dari tahun sebelumnya. Bagi peperiksaan GCE 'O' Level dan IGCSE pula 51.3% atau seramai 2,199 calon telah memperolehi sekurang-kurangnya 5 'O' Level pada tahun 2021 iaitu peningkatan 8.51% dari tahun sebelumnya.
Keputusan GCE 'A' Level telah menunjukkan sebanyak 90.43% atau seramai 1,153 calon memperolehi sekurang-kurangnya 3 'A' Level jumlah peratus pelajar 'A' Level yang mendapat gred 'A' dan 'C' dalam sekarang-kurangnya 3 mata pelajaran telah menunjukkan peningkatan kepada 41.6% pada tahun 2021. Dalam pada itu, peratus pelajar 'A' Level yang memperolehi straight point melebihi 240 point telah juga meningkat kepada 61.28% berbanding dengan 52.93% pada tahun sebelumnya.
Pencapaian-pencapaian yang diraih ini adalah berkat hasil usaha gigih para pelajar, guru, pemimpin sekolah, ibu-bapa dan seluruh warga Kementerian Pendidikan khususnya melalui pelaksanaan pelbagai inisiatif strategik pendidikan rendah dan menengah. Di samping itu, peningkatan jumlah pembangunan profesional secara berterusan para guru di setiap kluster pendidikan sejak kebelakangan ini adalah bukti betapa guru amat peka terhadap kualiti pengajaran mereka, yang hasilnya telah dapat kita lihat melalui pencapaian prestasi para pelajar yang kian meningkat dalam peperiksaan awam di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Inisiatif-inisiatif strategik yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan tidaklah hanya tertumpu terhadap peringkat rendah dan menengah sahaja bahkan ia juga merentas ke peringkat pengajian tinggi. Di peringkat universiti, Universiti Brunei Darussalam telah meneruskan lagi kecemerlangan dengan buat julung kalinya pada tahun 2021 memasuki carta The Times Higher Education (THE) di kedudukan antara 351-400 World University Ranking 2022. Dalam QS World University Ranking pula, UBD telah meningkatkan kedudukannya mereka dimana UBD telah berjaya naik kedudukan 250 universiti teratas dunia pada tahun 2022.
Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah dikritaf sebagai institusi 'Four Plus Star Rating' dalam kategori universiti gunaan berdasarkan sistem penilaian Metrik Prestasi Universiti (UPM) yang diterajui oleh Universiti Kebangsaan Vietnam kerjasama ASEAN University Network (AUN). UNISSA juga menubuhkan Fakulti Pertanian yang terletak di Kampus Sinaut UNISSA yang telah mula beroperasi pada bulan Januari 2022.
Bagi Universiti Teknologi Brunei (UTB) pencapaian yang paling ketara di peringkat antarabangsa ialah penggunaerahan 'Five Plus Star Rating' bagi kecemerlangan oleh QS. UTB juga berjaya meningkatkan kedudukannya di QS World University ranking 2022 pada posisi ke 344 dan antara 27% teratas dalam ranking berkenaan. Selain itu, Program Kejuruteraan Petroleum UTB telah mencapai kedudukan 150 ke atas dan QS Subject Ranking. Kecumelan pencapaian ini telah membuktikan bahawa universiti-universiti tempatan juga setaraf dengan universiti-universiti antarabangsa dari segi akademik, penyelidikan, reputasi majikan, nisbah pelajaran dan sebagainya di samping ia mencerminkan kualiti pengajian tinggi negara ini setanding dengan negara-negara luar.
Di peringkat Pendidikan Teknikal pula, Politeknik Brunei (PB) dan Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) sentiasa komited dalam mewujudkan rangkaian kerjasama dan penglibatan dengan pihak berkepentingannya khusus Manpower Planning Employment Council (MPEC), Manpower Industry Steering Committee (MISC) dan sektor industri. Usaha ini bagi memantapkan lagi kualiti program-program latihan yang dijalankan selain bagi memastikan program-program yang ditawarkan sejajar dengan keperluan negara dan industri.
أَرَّكَّمَ, melalui kerjasama rapat dan sokongan dari pihak berkepentingan, kadar kebolehpasaran (Employement Rate), graduan PB dan IBTE selepas 6 bulan dari konvokesyen telah menunjukkan peningkatan sebanyak 13.8% bagi PB, iaitu 55.5% pada tahun 2019/2020 kepada 69.3% pada tahun 2020/2021. Manakala bagi IBTE peningkatan sebanyak 7.1% iaitu 67.6% pada tahun 2019/2020 kepada 74.7% pada tahun 2020-2021.
Dengan sokongan padu dari semua pihak melalui pendekatan Whole of Nation segala usaha meningkatkan kemahiran dan kebolehpasaran graduan di peringkat teknikal mahupun dipeingajian tinggi عل نك; نك; عل dapat dilipatgandakan.
Yang Berhormat Pengerusi, Ahli-ahli Yang Berhormat.
Di sebalik pencapaian yang peramba / koala / saya kongsikan tadi masih usaha-usaha yang perlu terus dilaksanakan dalam menghasilkan sistem pendidikan yang berkualiti tinggi yang merangkumi kualiti sumber tenaga manusia yang cemerlang, pemberian akses pendidikan yang sama dan saksama serta kerjasama erat dengan pihak berkepentingan dalam pembangunan pengajaran dan pembelajaran.
Dalam hubungan ini sukacita dikongsikan bahawa antara projek-projek yang akan dilaksanakan pada Tahun Kewangan 2022/2023 khususnya dalam mentransformasikan sumber tenaga manusia yang ada ke arah budaya yang berasaskan prestasi di bawah Objektif
Strategi I, Pelan Strategik, Kementerian Pendidikan 2018-2022 ialah:
Peningkatan kemahiran dan kapasiti khususnya bagi program perkembangan profesional untuk tenaga-tenaga pengajar, pemimpin-pemimpin sekolah dan tenaga kerja di jabatan-jabatan di bawah Kementerian Pendidikan.;
Kementerian Pendidikan melalui Akademi Kepimpinan dan Guru-Guru Brunei BDLTA bertanggungjawab dalam menyediakan dan mengendalikan program-program bagi Tenaga Pengajar dan Pemimpin Sekolah. Bagi Tenaga Pengajar, Unit Tenaga Pengajar di bawah BDLTA telah mereka bentuk Program Perkembangan Profesional yang berpaksikan dua domain iaitu Pengetahuan dan Kemahiran Profesional serta Penglibatan Profesional dan standards atau piawaian pendidikan. Kursus-kursus yang disediakan bertujuan membentuk dan menguatkan kompetensi atau Competency based Training Modules for Signature Series yang berdasar 17 kompetensi pengajaran yang terdapat dalam Brunei Teachers’ Standard-Teacher Performance Appraisal 2.0.;
Sementara itu, Unit Kepimpinan Sekolah di bawah BDLTA pada masa ini juga telah menyediakan dan melaksanakan 4 Tier Signature Programme bagi peringkat kepimpinan. Program-program ini direka bagi membangun kapasiti dan kompetensi pemimpin-pemimpin sekolah pada setiap tahap sepanjang karier mereka agar mereka mampu menjadi pemimpin yang berwawasan, boleh merancang dan mentadbir secara strategik, berkemampuan untuk mentadbir perubahan, mengurus sumber manusia strategik terutama sekali mampu menjadi pemimpin instruksional di sekolah masing-masing.;
Selain tenaga pengajar dan pemimpin sekolah, pihak BDLTA melalui Unit Keapakaran Bahagian Perancangan dan Pembangunan Kerjaya juga menyediakan Program Pembangunan Profesional bagi membangu kompetensi tenaga pengajar yang dikenal pasti bagi memenuhi keperluan jabatan-jabatan dalam Kementerian Pendidikan menurusi bidang yang berkaitan dengan Perkembangan Kurikulum, Penilaian dan Peperiksaan, Penyeliaan (Kenaziran), Penyelidikan Pendidikan, Pendidikan Khas, Teknologi Pendidikan dan Pengurusan Sumber Tenaga Manusia.;
Di samping meningkatkan kompetensi dalam kalangan tenaga pengajar dan pemimpin-pemimpin sekolah, pihak kementerian juga mengambil maklum terhadap cabaran-cabaran yang dihadapi oleh mereka terutama apabila gelombang-gelombang wabak COVID-19 melanda yang menyebabkan ada sebahagian kalangan tenaga pengajar dan pemimpin sekolah menghadapi tekanan (stress), kemurungan dan kecelaruan yang boleh mengganggu kesihatan mental mereka. Sehubungan itu, pihak Kementerian Pendidikan telah membentuk satu unit baharu dikenali sebagai Unit Kesjehteraan Pemimpin Sekolah dan Tenaga Pengajar di bawah seliaan Pejabat Ketua Pengarah Pendidikan.;
Di peringkat pengajian tinggi pula, pembentukan Rangka Kerja Kompetensi, Pemimpin Pengajian Tinggi yang akan di asas dalam melaksanakan pengurusan sumber-sumber tenaga manusia di tahap yang berkualiti bagi pemimpin di institusi pengajian tinggi awam di bawah Kementerian Pendidikan akan diteruskan.; dan
Pembentukan Pelan Latihan dan Pembangunan IBTE yang mengandungi rangka kerja kompetensi teras IBTE bagi pemimpin pengurusan dan pengajar yang menyediakan peta jalan untuk melatih pemimpin dan pihak pengurusan tenaga akademik dan staf sokongan dalam kompetensi teras akan terus dilaksanakan melalui akademi TVET di IBTE. Rangka Kerja yang sama juga turut giat dibentuk oleh Politeknik Brunei dalam melengkapkan sumber tenaga manusia di institusi berkenaan dengan kompetensi kemahiran yang memenuhi piawaian industri.
Manakala projek-projek utama yang akan dilaksanakan bagi Tahun Kewangan 2022/2023 di bawah Objektif Strategik II iaitu untuk menyediakan akses yang sama dan saksama kepada pendidikan berkualiti seperti yang berikut:
Meneruskan dan mempertingkatkan kualiti perkhidmatan pengeluaran aset di institusi-institusi pendidikan iaitu di sekolah-sekolah rendah, menengah, maktab dan pusat-pusat tingkatan enam termasuk juga di institusi-institusi pengajian tinggi dengan menaik taraf bangunan dan pelaksanaan pemeliharaan komprehensif melalui projek Facility Management. UBD dan IBTE juga akan melaksanakan projek Facility Management di institusi masing-masing dari Tahun Kewangan 2022/2023, dan أَعْلَمُ أَنَّكَ سَتَأْتِ akan juga dilaratkan penggunaannya di institusi yang lain pada tahun-tahun yang datang sebagai salah satu program fiscal consolidation yang dilaksanakan secara menyeluruh di Kementerian Pendidikan.; dan
Pemeliharaan sistem komputer bagi sekolah-sekolah dan jabatan-jabatan. Mengambil kira penularan wabak COVID-19 dan juga inisiatif Kementerian Pendidikan dalam melaksanakan Blended Learning serta mempertingkatkan kompetensi sumber manusia ke arah work and future ready. Selaras dengan Pelan
Transformasi Digital Kementerian Pendidikan, beberapa projek akan dilaksanakan seperti yang berikut:
Projek Perolehan Komputer melalui kontrak induk IT Central Procurement 3 daripada Pusat Kebangsaaan e-Kerajaan akan terus dilaksanakan bagi tujuan penggantian semua alat peranti termasuk komputer dan desktop komputer riba di sekolah-sekolah rendah dan menengah di Kementerian Pendidikan.;
Projek pembekalan komputer riba serta data Internet kepada pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan dan semua tenaga pengajar dari sekolah-sekolah kerajaan agar pengajaran dan pembelajaran berasaskan rumah (home based learning) dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Projek Penaiktarafan Infrastruktur Rangkaian Kementerian bertujuan menyedia, memelihara dan memantau prasarana rangkaian bagi jabatan-jabatan di bawah Kementerian Pendidikan agar operasi kementerian akan lebih berkesan dalam melaksanakan tugas-tugas pentadbiran melalui penggunaan teknologi.; dan
Projek menggabungkan kandungan-kandungan video pengajaran dan pembelajaran ke dalam satu platfom dalam talian bagi kegunaan guru-guru dan pelajar-pelajar agar bahan-bahan berkenaan dapat diakses pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Ia juga akan diharapkan akan dapat menjadi sumber maklumat tambahan pada luar waktu kurikulum. Projek ini selaras dengan usaha Kementerian Pendidikan dalam mengembangkan lagi pendekatan pembelajaran digital.
Projek-projek utama lain yang turut dilaksanakan pada Tahun Kewangan 2022/2023 di bawah Objektif Strategik II termasuk:
Pengukuhan piawaian dan kurikulum Digital Literacy bagi memastikan pengalaman dan kemahiran yang di pelbagai peringkat tersusun dan selaras dengan kurikulum antarabangsa.; dan
Memantapkan program pendidikan khas dengan terus menyediakan akses yang sama dan saksama kepada pendidikan berkualiti melalui penambahan Centre of Excellence atau Pusat Kecemerlangan yang mempunyai prasarana yang lebih sesuai bagi menampung keperluan fizikal dan kemudahan pembelajaran pelajar-pelajar berkeperluan khas.
Selain itu, dalam mengambil kira gelombang wabak COVID-19 yang telah melanda negara kita dan menyebabkan pengajaran dan pembelajaran terpaksa dilaksanakan melalui pelbagai kaedah pihak kementerian maklum mengenai implikasi perkara ini yang menyumbang ke arah Learning Deficit. Sehubungan dengan itu, Jabatan Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan akan terus meningkatkan kualiti dan memperkasa peransakan Program Learning Support. Ini merupakan satu usaha Kementerian Pendidikan dalam meningkatkan kompetensi literacy dan numeracy dalam kalangan pelajar terutama sekali bagi golongan yang terkesan disebabkan pandemik.
Seterusnya, mengkaji dan menyusun semula kurikulum dan program yang sedia ada dan menawarkan program-program baru di institusi-institusi pendidikan teknikal dan pengajian tinggi agar sentiasa relevan dan memenuhi keperluan industri. Melalui kerjasama rapat MPEC dan pihak-pihak yang berkepentingan. Ini termasuk program-program MTec dan HNTec dalam jurusan Perniagaan, Teknologi Maklumat, Geomatics dan Teknologi Tani di IBTE, program-program Diploma dalam bidang Kejuruteraan di Teknologi Industri di Sekolah Petrolkimia, Politeknik Brunei.
Di bawah Objektif Strategik III di Kementerian Pendidikan iaitu untuk meningkatkan perkongsian akauntabiliti dengan pihak berkepentingan dalam pembangunan pengajaran dan pembelajaran, projek utama yang akan dilaksanakan pada Tahun Kewangan 2022/2023 ialah:
Peningkatan hubungan dua hala dengan Kementerian Pendidikan dan institusi pendidikan luar negara serta hubungan organisasi serantau dan antarabangsa melalui kumpulan kerjasama atau joint working group. Pihak Kementerian Pendidikan akan terus menjalinkan aktiviti-aktiviti kerjasama, perbincangan dan bertukar pendapat mengenai isu-isu pendidikan dan amalan-amalan terbaik dengan negara-negara sahabat.;
Meningkatkan sinergi dan penglibatan pihak industri kerajaan dalam penyelidikan, inovasi dan penempatan kerja bersama institusi-institusi pengajian tinggi di bawah Kementerian Pendidikan.; dan
Memperluaskan program-program dan kursus-kursus peningkatan kemahiran atau upskilling dan kemahiran semula atau reskilling di pusat pembelajaran sepanjang hayat dengan kerjasama institusi-institusi pendidikan teknikal dan pengajian tinggi bersama MPEC dan pihak berkepentingan yang lain.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.
Penglibatan berturusan Ahli-Ahli Yang Berhormat, para ibu bapa penjaga dan masyarakat adalah amat diperlukan sepertimana yang dapat kita alami semasa mengharungi wabak COVID-19.
Marilah kita sama-sama mendukung misi kementerian ini: "Untuk Memberikan Pendidikan Holistik Bagi Mencapai Potensi Sepenuhnya Untuk Semua" bagi mencapai misi "Pendidikan Berkualiti Negara Dinamik".
Sekian dan kaola mengucapkan terima kasih banyak-banyak kepada Yang Berhormat Pengerusi kerana memberi kesempatan untuk menyampaikan mukadimah ini.
(missing Jawi words)
Yang Berhormat Pengerusi
Alhamdulilah, kita mengucap terima kasih kepada Menteri Pendidikan yang telah memberikan keterangan yang secara mendalam dan jelas tentang perancangan serta dan hala tuju bagi kementerianya. Maka dengan itu saya sekarang ingin membuka tajuk ini supaya dibincangkan dan saya mula undang seorang mempersilakan Yang Berhormat Awang Haji Mohimin bin Haji Johari @ Jahari.
Yang Berhormat Awang Haji Mohimin bin Haji Johari @ Jahari
بسم الله الرحمن الرحيم Yang Berhormat Pengerusi. أعوذ بالله من الشيطان الرجيم Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Yang Berhormat Pengerusi. Koala membawa di bawah Tajuk SFO3A - Universiti Islam Sultan Sharif Ali. Dicadangkan hendaknya Program Fakulti Pertanian UNISSA mempunyai pelan tindakan komprehensif dan menjamin kualiti program kebolehoperasian pelajar sama ada mendapatkan pekerjaan atau menjalankan agribisnes.
Melalui program fakulti ini harus pihak UNISSA dapat menjangkakan peratus penuntut sebagai tenaga mahir untuk bekerja dalam industri pertanian dan industri lain. Peratus penuntut yang berminat menyambung pengajian dan sekurang-kurangnya 10% untuk menjadi usahawan. Negara sangat beruntung mempunyai pengusaha agribisnes daripada individu yang berkualiti dan berpengetahuan Islam.
Pihak UNISSA mungkin sudah memastikan setiap program yang ditawarkan mempunyai akreditasi yang sewajarnya. Mohon transparency pihak UNISSA bagi meningkatkan maklumat kepada orang ramai khususnya para belia untuk lebih berminat untuk memasuki UNISSA dalam fakulti pertanian.; dan
Di bawah Tajuk SF04A - Universiti Teknologi Brunei. Apakah peranan UTB membantu dalam pembangunan sektor pertanian dan perikanan memandangkan UTB sebuah universiti teknologi, adakah UTB sudah mereka cipta jentera yang efektif dan praktikal dalam usaha pembajaan tanah penanaman, perairan, pembajaan, penuaian padi yang menjadi sumber asasi negara? Kita mengetahui sudah banyak bijak pandai kitani dari dalam dan luar negara yang seharusnya membuat perancangan dalam penyediaan alat teknologi praktis bagi membantu pembangunan ekonomi negara.
Sekian, terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Menteri Pendidikan
Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi. Terima kasih, Yang Berhormat mengenai soalan tersebut. Bagi menjawab soalan pertama mengenai Fakulti Pertanian UNISSA.
- Fakulti Pertanian UNISSA baru ditubuhkan pada 28 Januari 2021 dan ia dalam proses pembangunan dan masa ini sedang melaksanakan Program Sains Pertanian dan agribisnes di peringkat Sarjana, Sarjana Muda dan Phd. Untuk makluman bersama, pada masa ini seramai 15 mahasiswa/i dan mahasiswa/i yang menigkuti program Bachelor Of Science In Agriculture dan Agribusiness dan juga sesorang mengikuti Master in Agribusiness By Research. Beberapa program lagi sedang dalam proses untuk ditawarkan dan disanerahkan dalam perancangan strategik bagi jangka masa 5 tahun akan datang. Bidang-Bidang ini termasuklah Agriteknologi, Aqua Culture, Poultry Culture, penentukan dan veterinar dalam penubuhan itu. Di samping itu juga perlu diambil kira penubuhan ini melurkan kemudahan makmal yang sesuai bagi tujuan penyelidikan dan pembelajaran.
Kurikulum program-program yang diseneraikan di fakulti pertanian ini telah dirangka dengan melibatkan pakar-pakar dari luar negara pihak industri dan jabatan-jabatan berkenaan. Usaha ini adalah bagi memastikan kurikulum adalah sejajar dengan amalan di peringkat antarabangsa dan akan dikemas kini secara berkala dan bagi memastikan sejajarannya dengan keperluan industri dan ekonomi Negara Brunei Darussalam juga.
Selaku universiti Islam yang menjadikan Maqasid Syariah sebagai guiding principle dalam penyelidikan dan pembelajaran, adalah menjadi hasrat utama universiti dan fakulti yang masih muda ini untuk bergerak mengimbangi keperluan agama, masyarakat dan persekitaran serta perkembangan teknologi bagi menyokong perkembangan industri pertanian yang mampan. Perkembangan teknologi pertanian seperti Smart farming, Solar Farming dan juga seumpamanya memerlukan penyelidikan yang boleh memberikan faedah kepada para pengamal tempatan. Perkara-perkara ini juga akan diberigakan kepada belia dan pelajar-pelajar kitani yang berminat dalam bahagian pertanian terutama yang dalam peringkat Tahun 11, 12 dan 13 dalam sistem pendidikan kitani.
Bagi menjawab soalan kedua dengan kontribusi UTB dalam sektor pertanian. Pihak UTB mempunyai program mengenai food science dan Agriteknologi dan ia telah pun melahirkan kumpulan graduan yang dalam sektor ini dan ia juga mempunyai penyelidikan yang berpaksikan kepada food science seperti packaging penyediaan makanan. Saranan daripada Yang Berhormat mengenai mungkin pihak UTB akan membuat penyelidikan dari segi pembajaan padi dan seterusnya diambil baik oleh Kementerian Pendidikan dan akan difikirkan tentang kesesuaiannya dengan pihak UBD.
Terima Kasih, Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi
Saya persilakan Yang Berhormat Awang Iswandy bin Ahmad.
Yang Berhormat Awang Iswandy bin Ahmad
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
Saya ingin menyentuh mengenai dua perkara untuk Yang Berhormat Menteri Pendidikan, iaitu Pengajian Tinggi. Menyentuh mengenai peruntukan yang diberikan untuk program-program agroteknologi di IBTE serta seperti yang dijelaskan Yang Berhormat Menteri Pendidikan tadi, UTB dan UNISSA menjalankan program agroteknologi:
Bagaimanakah penyelesaran dilaksanakan mengenai perkara ini memandangkan kitani ada 3 institusi pendidikan yang berlainan, menjalankan perkara yang lebih kurang sama dan mungkin hala tuju yang lebih baik ialah untuk menjadi sebuah sahaja universiti agroteknologi?; dan
Menurut Akta Pendidikan, institusi pendidikan swasta khususnya pusat-pusat tuisyen perlu mempunyai sebuah premis yang sesuai dan memenuhi syarat-syarat tertentu. Namun disebabkan oleh wabak COVID-19 yang mempercepatkan lagi transformasi digital ini, apakah sudah tiba masanya untuk membenarkan pusat-pusat tuisyen ini beroperasi dalam talian sahaja bagi yang ingin melanjutkan seperti cara tersebut dan tidak perlu mempunyai premis fizikal. Antara faedah-faedahnya ialah:
Mengurangkan kos operasi dan dapat menyediakan yuran tuisyen berpatutan dan rendah.;
Membuka peluang-peluang pekerjaan bagi para guru tuisyen terutama graduan-graduan baharu;
Akses pada semua kerana tiada had fizikal seperti perjalanan untuk menghadiri kelas. Semuanya ini masih perlu ada syarat untuk mengendali dan demi memastikan kualiti penyampaian pendidikan mematuhi standard tertentu.
Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Menteri Pendidikan
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat mengenai dengan dua soalan tadi. Bagi menjawab soalan:
Mengenai penyelarasan program dalam bidang pertanian. Pada masa ini sebanyak 15 program yang berkaitan dengan bidang pertanian dan agrimakanan termasuk agriteknologi yang ditawarkan oleh institusi-institusi pengajian tinggi awam dan institusi-institusi pendidikan teknikal. Untuk maklumat bersama juga seramai 320 orang penuntut yang sedang mengikuti program MTEC, HNTEC, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana, Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Pertanian dan Agrimakanan termasuk Agriteknologi di institusi-institusi pengajian tinggi ini. Pada sesi 2021/2022 ini.
Menyentuh penyelarasan tersebut program-program yang ditawarkan adalah berlainan peringkat iaitu dari peringkat 3 hingga 8 sepertimana dalam rangka kerja kelulusan Brunei Darussalam punya qualification framework dan juga mempunyai berlainan fokus dan berbagai-bagai peringkat. Bagi peringkat yang sama seperti di UNISSA dan UTB program UNISSA lebih pendekatan perniagaan pertanian Islam dan UTB pula menjurus kepada sains dan teknologi pertanian dan agri makanan.
Kementerian Pendidikan akan sentiasa memantau agar tiada duplikasi dibuat di antara program-program pengajian yang ditawarkan di institusi tinggi awam di negara ini mengambil kira dari segi efficiency dalam peruntukan perbelanjaan.
Mengenai sekolah tuisyen yang diadakan secara virtual. Sepertimana yang diperuntukkan dalam Akta Pendidikan dalam Penggal 210 sememangnya bagi pendaftaran sesuatu institusi pendidikan swasta perlu memenuhi beberapa kriteria bagi memastikan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Dengan adanya penularan pandemic COVID-19 ini, pembelajaran secara dalam talian digunakan untuk memastikan pembelajaran-pembelajaran masih dapat diteruskan. Cadangan tadi adalah baik tetapi untuk menjaga kepentingan pelajar-pelajar sebagai consumer sekolah tuisyen, diperlukan juga sekolah tuisyen itu ada present secara fizikal. Jika tidak sebarang perkerja-perkerja yang ada diingini berlaku, pihak regulator seperti Kementerian Pendidikan akan dapat mengesan siapa-siapa yang bertanggungjawab mengenai perkara itu.
Ini sama dengan kes dalam e-commerce dalam regulate para-para peniaga dalam e-commerce itu. Itulah sebabnya diperlukan physical present. Dan sebenarnya mengenai dengan perkembangan teknologi, dua-dua sepatutnya diambil baik dan dipraktikkan agar dapat memperkembangkan juga perniagaan sekolah tuisyen ini dengan lebih dapat reach out pelajar-kepada pelajar-pelajar yang memerlukan secara virtual.
Sekian Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi
Saya persilakan Yang Berhormat Pengiran Haji Ali bin Pengiran Maon.
Yang Berhormat Pengiran Haji Ali bin Pengiran Maon
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
الحَمْدُ لِلّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ Pertama sekali tahniah setinggi-tingginya atas usaha Kementerian Pendidikan memberikan eluan kepada guru-guru dan kepada pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan untuk pembelian data Internet. Tahniah sekali lagi.
Yang Berhormat Pengerusi. Seterusnya kaola sukacita merujuk projek-projek utama yang dilaksanakan pada Tahun Kewangan 2021/2022 di bawah Objektif Strategik II, Pelan Strategik Kementerian Pendidikan iaitu menyediakan akses yang sama dan saksama kepada pendidikan berkualiti yang telah dikongsikan oleh Yang Berhormat Menteri Pendidikan di Dewan yang mulia ini sebelum ini.
Kurikulum dan mewujudkan kurikulum termasuk mata pelajaran teras seperti bahasa Inggeris dan matematik, dengan piawaian yang sedia ada. Kewujudan piawaian kurikulum bagi mata pelajaran sains dan penwujudan piawaian kurikulum bagi literasi kewangan dan literasi digital. Kaola ingin tahu:
Apakah perkembangan projek-projek yang disebutkan tadi hingga setakat ini?;
Apakah perkembangan perancangan pihak terperinci pihak Kementerian Pendidikan dalam melaksanakan kurikulum-kurikulum dan piawaian-piawaian baharu ini di sekolah-sekolah kerajaan di bawah Tahun Kewangan 2022/2023?; dan
Jika projek-projek ini masih belum dijalankan, jangkaan bilakah pihak Kementerian Pendidikan akan melaksanakannya.
Demikian saja daripada koala, Yang Berhormat Pengerusi, terima kasih.
Yang Berhormat Menteri Pendidikan
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi dan terima kasih juga kepada Yang Berhormat atas soalan-soalan tersebut. Mengenai projek penyemakan kurikulum ini, ianya ada secara sedikit disebabkan oleh pandemik COVID-19, di mana projek ini pada masa ini di dalam perundingan dan proses untuk appoint konsultan dan pakar-pakar yang diperlukan ان شاء الله akan terjadi bulan Mac dan bulan April ini untuk proses penyemakan dan juga untuk review piawaian dan content kurikulum pada subjek-subjek yang telahpun dinyatakan tadi.
Dari segi perancangan terperinci dari Kementerian Pendidikan memang dalam proses mereview kurikulum seperti menyediakan piawaian dan juga menyemak Persiapan. Ianya memerlukan pelbagai peringkat seperti diperlukan penyediaan resource-resource untuk pengajaran dan pembelajaran dan memerlukan training kepada guru-guru dan pegawai-pegawai terlibat dalam proses review ini agar dapat kitani transfer teknologinya dan juga know how nya agar di masa akan datang kitani dapat membuat sendiri perkara-perkara ini.
Dan itulah yang ada dalam pelan terperinci dalam Kementerian Pendidikan di mana koala memanggil pihak konsultan dan pakar-pakar untuk membangu kapasiti tersendiri agar dapat membuat dengan sendiri dan juga dapat membandingkan kurikulum kitani dengan kurikulum-kurikulum negara-negara lain.
Untuk soalan ketiga, projek-projek ini ان شاء الله dapat kitani laksanakan secara menyeluruh jika tiada aral, tidak berpanjangan pandemik ini pada tahun 2024. Ianya memerlukan perancangan terperinci dan tertakluk kepada segala steps dinyatakan tadi dapat dibuat agar pelaksanaannya akan teratur. Yang penting ialah perlaksanaan mengenai kurikulum dan piawaian ini akan dapat kita laksanakan secara teratur dan bersistematik.
Itu saja yang dapat dikongsikan, Yang Berhormat Pehin Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi
Saya persilakan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pendikar Alam Dato Paduka Seri Awang Haji Hasrin bin Dato Paduka Haji Sabtu.
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pendikar Alam Dato Paduka Seri Awang Haji Hasrin bin Dato Paduka Haji Sabtu
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
Penularan wabak COVID-19 membawa impak besar kepada pelbagai sektor di negara ini, dengan bidang pendidikan sama ada peringkat rendah, menengah mahupun pengajian tinggi tidak terlepas daripada kesannya.
Di Negara Brunei Darussalam, ٱلْحَمْدُ لِلَّٰهِ Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui Kementerian Pendidikan telah berjaya mengatur beberapa strategi agar pembelajaran para pelajar dapat diteruskan melalui kaedah-kaedah pengajaran ataupun platform-platform pembelajaran secara dalam talian. Manakala pembelajaran secara fizikal pula dilaksanakan berpandukan kepada SOP yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.
Kaola ingin bertanya, apakah inisiatif pihak Kementerian Pendidikan dalam memastikan tidak ada berlaku sebarang keciciran dalam kalangan pelajar dalam menerima pembelajaran mereka. Adalah dikhuturi pelajar-pelajar daripada keluarga yang kurang berkemampuan serta pelajar-pelajar kelainan upaya akan ketinggalan dalam sesi pembelajaran mereka atas sebab-sebab perkara yang bukan dalam kawalan mereka?
Adalah diharapkan agar para pelajar daripada golongan berkenaan akan dapat terus dipeduli supaya mereka juga dapat menikmati pembelajaran dan pendidikan yang sewajarnya baik pelajar-pelajar dalam peringkat rendah dan menengah tetapi juga termasuk pelajar-pelajar dalam peringkat pengajian tinggi peringkat teknikal dan vokasional.
Dalam pada itu, kaola juga ingin bertanya. Bagaimanakah keadaan kesejahteraan para guru sejak terjadinya gelombang kedua dan gelombang ketiga wabak COVID-19 ini?
Sememangnya dalam membudayakan norma baharu pengajaran dan pembelajaran, proses pelajaran dan pembelajaran para guru perlu bersifat dinamik, kreatif dan fleksibel. Sebarang isu dan cabaran perlulah ditangani dengan seeloknya agar ia tidak akan menjejaskan ataupun memberikan kesan negatif kepada pembelajaran pelajar dan komitmen guru-guru baik dari segi psikologi, emosi mahupun pencapaian akademik pelajar. Adalah diharapkan agar sokongan dan dukungan kepada para guru akan terus diberikan dengan sebaiknya.
(missing Jawi words)
Yang Berhormat Menteri Pendidikan
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi dan terima kasih juga Yang Berhormat atas soalan-soalan tersebut.
Bagi menjawab soalan mengenai inisiatif untuk mengurangkan atau mencegah keciciran antara pelajar pihak Kementerian Pendidikan akan sentiasa memantau keberadaan pelajar-pelajar kitani dalam sistem pendidikan kitani ini, sebab itu juga beberapa inisiatif yang telah pun dinyatakan tadi dibuat seperti misalan kepada golongan pelajar yang kurang berkemampuan diberikan peranti dan juga data untuk mendapatkan akses yang sama dalam sistem pendidikan kitani dan ini bukan dari segi peranti ada juga masih memberi dari segi bantuan pemakanan, ada juga diberikan kepada pelajar-pelajar yang memang dalam program harapan dan juga para guru sentiasa memantau keadaan pelajar-pelajar kitani ini dan ia sentiasa dipeduli dan setiap sekolah akan diperlukan untuk memantau dan memelihara statistik yang ada agar tiada keciciran berlaku.
Dari segi pembelajaran juga telah pun disediakan beberapa program untuk memantau progress anak-anak kitani ini dan juga dalam masa ini di dalam peringkat rendah Kementerian Pendidikan masa ini membuat persediaan untuk menerima kembali pelajar-pelajar tahun 1 dan tahun 6 kembali ke sekolah dan ada disediakan Program Learning Support atau Program Peningkatan Pelajar untuk merangka tahap mereka pada masa ini dan diberikan penekanan atau pemantapan sebelum mereka dapat belajar mengikut kurikulum yang telah disediakan. Itulah inisiatif-inisiatif yang dibuat oleh Kementerian Pendidikan agar kitani dapat membantu pelajar-pelajar kitani dari keciciran.
Mengenai dengan kesejahteraan para guru ini, terima kasih Yang Berhormat mengenai soalan itu. Ada berbagai-bagai inisiatif yang telah dibuat dan seperti yang dinyatakan tadi satu unit kesejahteraan pemimpin sekolah dan juga para guru telah pun dibuat kerana Kementerian Pendidikan menyedari akan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh pemimpin sekolah dan para guru semasa pandemik ini terutama sekali dari segi kesihatan mental dan diharapkan unit ini dapat membantu para pemimpin sekolah dan para guru akan menggunakan sebaiknya dan untuk membantu janya para guru dan pemimpin sekolah melaksanakan pekerjaan mereka sebaik mungkin. Telah pun diadakan pelbagai professional development programme untuk mereka dapat melaksanakan tugas-tugas mereka dalam suasana norma baharu terutama sekali membuat pengajaran dalam talian.
Itulah yang dapat dikongsikan buat masa ini Yang Berhormat Pengerusi. Terima kasih.
Yang Berhormat Pengerusi
Saya persilakan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Putera Maharaja Dato Paduka Awang Haji Abdul Ghani bin Pehin Datu Pekerma Dewa Dato Paduka Awang Haji Abdul Rahim.
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Putera Maharaja Dato Paduka Awang Haji Abdul Ghani bin Pehin Datu Pekerma Dewa Dato Paduka Awang Haji Abdul Rahim
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمَ انجين بنتو شي تكي موذنقي والحالفج وتليوانجيك-تليوانجيك إيوانجوا وتليبينجيك بيني جينوك هبلان أوي تكيتكان تي قومجنقيك.
Yang Berhormat Pengerusi. Di bawah perbahasan Kementerian Pendidikan kaola sukacita memohonkan penjelasan dan pencerahan mengenai perkara-perkara yang berikut:
Sudahkah dan berapa kerap kurikulum sekolah-sekolah rendah, menengah dan menengah atas dinilai semula?; dan
Adakah kurikulum dan sukatan subjek sains dan sains sosial yang diguna pakai pada masa ini sudah dinilai semula? Adakah semasa membuat sukatan tersebut ia sudah dirujuk kepada sumber al-Quran dan hadith sebagai sumber utama falsafah Melayu Islam Beraja sebagai falsafah negara dan juga pendidikan? Persoalan ini kaola ajukan bagi memastikan kurikulum yang ada masa ini benar-benar relevan dan memenuhi aspirasi murni negara untuk menjayakan Wawasan Brunei 2035.
Sekian yang dapat kaola sampaikan untuk pencerahan Yang Berhormat Menteri Pendidikan dan kaola akhiri dengan atau kaola sedekahkan sebuah pantun untuk kitani. Senghaja kaola gunakan perkataan sedekah semoga ia bermanfaat jadi amal jariah kitani.
Buah mengkudu, buah bidara, Banyak faedah dan khasiatnya, Bersama menjayakan Wawasan Negara, Ilmu pengetahuan kunci kejayaannya.
Sekian,
Yang Berhormat Menteri Pendidikan
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat atas soalan-soalan ataupun permohonan pencerahan bagi soalan-soalan itu.
Bagi menjawabnya Kementerian Pendidikan akan sentiasa mengadakan penyemakan kurikulum - kurikulum sekolah itu secara berkala dan ia dibuat mengikut keperluan semasa juga dan masa ini misalnya subjek Sains dibuat penyemakan mengambil kira perubahan zaman dan juga Revolusi Industri 4.0 dan juga subjek Sosial Sains itu juga diadakan dan mengenai adakah ia dirujuk juga mengikut kitani punya falsafah dan juga al-Quran, Kementerian Pendidikan mengambil baik atas pandangan tersebut dan ia akan diambil kira dalam pembentukan komite dalam penyemakan subjek-subjek yang telah dimaksudkan tadi itu.
Setiap masa Kementerian Pendidikan akan terus membuat penyemakan kitani punya kurikulum-kurikulum ini dan dalam masa yang sama juga kitani ingin memperkasa pegawai-pegawai kitani yang telah diamanahkan dalam membuat penyemakan kurikulum ini dan perkara-perkara ini akan dapat kitani laksanakan dengan sempurnanya dan diharapkan apa sahaja yang telah pun dicaidangkan tadi akan dapat diambil baik oleh Kementerian Pendidikan dan semoga kita dapat mencapai kehendak yang dimaksudkan.
Sekian Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi
Saya persilakan Yang Berhormat Awang Haji Emran bin Haji Sabtu.
Yang Berhormat Awang Haji Emran bin Haji Sabtu
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
عنيه لالات مكينه شنتم سهجارا. Terus sahaja kepada pertanyaan iaitu di bawah Tajuk SFO4A – Universiti Teknologi Brunei (UTB). Pernah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam beritah supaya program Master of Teaching dikaji semula. Ingin mengetahui tindakan dan perkembangan program berkenaan, adakah sudah dibuat penilaian dan keberkesanannya?
Seterusnya, seperti yang disampaikan oleh Yang Berhormat Awang Haji Mohimin bin Haji Johari @ Jahari tadi mengenai program di UTB adalah sebuah universiti teknologi sawajarnya sudah menyediakan produk bagi kemudahan masyarakat dan negara secara inovatif.
Soalannya, adakah UTB sudah membuat kajian keperluan asasi negara dan masyarakat berasaskan teknologi? Sebagai contoh alat pembuka buah-
buahan, pembersih ikan, pembesih jenteara, pemotong rumput untuk mencantikkan landskap dan sekitar dan lain-lainnya.
Sekian terima kasih.
Yang Berhormat Menteri Pendidikan
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi, terima kasih juga kepada Yang Berhormat. Jika tidak salah koala juga, UTB dengan program Master of Teaching, mohon penjernahan daripada Yang Berhormat Awang Haji Emran bin Haji Sabtu sebelum abis koala dapat menjawab tadi itu. Programnya tadi dikatakan program Master of Teaching.
Kalau itu, sebenarnya UTB belum ada program Master of Teaching, yang sebenarnya ini dilaksanakan oleh UBD (Universiti Brunei Darussalam). Pada masa ini UBD dalam peringkat penyelesaian kurikulumnya dengan konsultan yang telah pun diiappoin dari University of Melbourne. Prosesnya ini masa ini sedang berjalan dan diharapakan ia akan memberikan satu pembahikan dalam program itu yang dapat menepati keperluan industri pendidikan di negara kitani dan juga antarabangsa. Itu yang dapat dikongsikan Yang Berhormat Pengerusi.
Bagi soalan kedua mengenai dengan adakah UTB telah pun menghasilkan teknologi yang diperlukan untuk pembangunan ekonomi kitani seperti dalam perikanan. Buat masa ini, memang ada penyelikan-penyelidikan dikembuat dari peringkat UTB tapi untuk di peringkat ia dikomersialkan seperti yang telah pun dimaklumkan dalam permuzakarahan kitani yang lebih awal belum mencapai pada tahap itulah.
Jadinya, masih lagi dalam berbagai-bagai proses dari segi research dan juga mengetatkan dan juga commercialization nya itu. Ini satu proses yang kompleks dan juga panjang dan diharapkan nanti dalam masa terdekat ini, Universiti Teknologi Brunei akan berjaya membuat satu sumbangan yang dapat kitani banggakan pada masa yang terdekat ini.
Sekian Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi
Saya persilakan Yang Berhormat Awang Haji Ramli bin Haji Lahit.
Yang Berhormat Awang Haji Ramli bin Haji Lahit
Terima kasih. بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ Kaola merakamkan ucapan penghargaan dan taniah yang setinggi-tingginya atas pembentangan mukadimah oleh Yang Berhormat Menteri Pendidikan yang sangat jelas dan komprehensif tadi.
Jadi, dalam Kementerian Pendidikan ini kaola bercakap di bawah Tajuk SFO2A - Universiti Brunei Darussalam dengan jumlah peruntukan $77,342,530 iaitu khusus untuk Kod 003-000 - Institusi Akademik dan penyelidikan, jadi lebih kurang juga dengan Yang Berhormat Awang Haji Emran bin Haji Sabtu tapi ada pengkhususan.
Yang Berhormat Pengerusi, pertama kaola teringin hendak mengetahui kolaborasi UBD dalam penyelidikan mengenai isu biodiversiti dan alam sekitar dengan universiti-universiti terkemuka iaitu UBD sendiri yang kaola maklum menubuhkan consortium yang dinamakan e-Government Innovation Centre.
Kedua, adakah sudah kajian dilaksanakan secara saintifik terhadap herba-herba yang banyak tumbuh di negara ini untuk mengetahui khasiatnya? kerana herba-herba ini banyak berjualan di 'tamu-tamu' dan gerai-gerai tapi sayangnya masih dalam bentuk asalnya iaitu bentuk hirisan batang kayu, daun-daunan, akar dan kulit, belum diproses atau belum diketahui kandungan saintifiknya.
Jadi, kaola sarankan supaya pensyarah atau penuntut atau mana-mana jua dalam pihak kerajaan dapat bekerjasama dengan penjual-penjual herba ini bagi membantu mereka manekaikan taraf produk mereka menjadi kasual atau jus dalam botol yang menarik, disertakan dengan maklumat dalam artikel-artikel supaya ia dapat mengangkat lagi ranking UBD dalam arena antarabangsa.
Sekian, وَبِاللهِ التَّوْفِيْقُ وَالهِدَايَةِ وَالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Yang Berhormat Menteri Pendidikan
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi dan juga terima kasih kepada Yang Berhormat mengenai 2 soalan tersebut itu.
Bagi menjawab soalan mengenai herba-herba itu tadi, UBD memang ada membuat kajian dan juga diadakan taman herba kitani yang terdapat di kampus UBD pada masa ini. Tapi yang belum lagi dapat kitani ketengahkan ialah adakah ia dapat dikomersialkan dari penyelidikan yang dibuat ini.
Mereka pada masa ini membuat berbagai-bagai penyelidikan seperti penggunaan herba dalam mengganti penggunaan gula dan juga macam-macam lagi. Jadinya, diharapkan proses penyelidikan ini akan membuahkan produk-produk yang dapat kitani buatkan secara praktikal nanti.
Bagi soalan yang pertama mengenai kolaborasi UBD dalam isu biodiversiti, memang ada seperti yang kitani ketahui UBD ada Centre Biodiversity di Belalong, Temburong dan banyak kerjasama yang telah dibuat dengan universiti-universiti ternama di luar negara untuk accommodate penyelidik-penyelidik dari luar negara untuk membuatkan penyelidikan mengenai biodiversiti yang terdapat di dalam negara kitani, di pulau Borneo.
Kolaborasi-kolaborasi ini juga akan diteruskan dan diharapkan akan membuahkan macam-macam kolaborasi dan penyelidikan yang berguna bukan sahaja kepada negara kitani, dari seluruh dunia.
Sekian Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi
Yang Berhormat Pengiran Haji Mohamed bin Pengiran Haji Osman @ Othman.
Yang Berhormat Pengiran Haji Mohamed bin Pengiran Haji Osman @ Othman
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله رب العالمين وبه نستعين
Yang pertama, kaola ingin menyentuh mengenai di bawah Tajuk SF01A – Jabatan Kementerian Pendidikan peruntukan yang diberikan $567,369,520. Pada casa awal endemik ini kitani memulakan cara hidup dalam norma baharu. Melihat pada perkembangan situasi wabak COVID-19 yang masih lagi melanda negara kitani para ibu bapa pelajar khuatir tentang keadaan wabak tersebut. Maka haruslah jua kita hubaya-hubaya meskipun kita sudah pada fase endemik. Salah satu inisiatif dan pandangan para ibu bapa demi mengurangkan peningkatan wabak COVID-19. Adalah cadangan sahaja Yang Berhormat Pengerusi untuk sementara waktu? Bolehkan kiranya para pelajar bersekolah secara fizikal pada hari Isnin, Selasa dan Rabu sahaja? Manakala hari Khamis dan Sabtu, belajar secara online.
Yang kedua, kaola ingin menyentuh mengenai dengan tajuk yang sama iaitu dalam Unit Pendidikan Khas. Adakah Unit Pendidikan Khas menyediakan peruntukan pembelian alat-alat bantuan bagi murid-murid berkeperluan khas kerana sentutnya tidak sama antara satu murid dengan murid lain disebabkan oleh keperluan khas mereka, sebab melalui keluhan para guru pendidikan khas adanya kekurangan peralatan atau material ini.
بعنك أنكك، guru-guru ini telah menggunakan wang sendiri demi melengkapkan keperluan agar anak-anak berkeperluan khas ini tidak ketinggalan dan beroleh pendidikan khusus. Kaola ingin bertanya apakah usaha Kementerian Pendidikan agar keperluan ini dapat disediakan tanpa menggunakan wang persendirian guru-guru?
Yang Berhormat Pengerusi. Yang ketiga kaola ingin menyentuh mengenai di bawah Tajuk SF03A dengan peruntukan yang diberikan $ 21,731,700. Soalan kaola antara matalamat penubuhan UNISSA ialah melahirkan ulama. Sejauh mana program UNISSA berjaya dan berkesan melahirkan ulama, bera orangkah sudah graduand UNISSA boleh dikatakan sebagai ulama sejak penubuhannya?
Terakhir kaola menyentuh di bawah Tajuk SF02A peruntukan yang diberikan $77,342,530. Kaola ingin bertanya adakah kurikulum program-program UBD pada masa ini sudah dinilai keberkesanannya untuk keperluan dan pembangunan negara?
Sekian Yang Berhormat Pengerusi. والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Yang Berhormat Menteri Pendidikan
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi dan juga terima kasih Yang Berhormat
Mengenai 4 soalan yang diajukan. Cadangan dalam fasa endemik ini untuk persekolahan dilakukan pada hari Isnin, Selasa, Rabu secara fizikal dan juga pada hari Khamis dan Sabtu secara online. Ia akan dipertimbangkan dan juga akan dibincangkan dalam Taskforce Pendidikan dalam Jawatankuasa Pandu wabak COVID-19. Diharapkan ia akan dapat dibincangkan dengan lebih terperinci lagi buat masa ini. Terima kasih atas cadangan tersebut.
Bagi soalan kedua mengenai Unit Pendidikan Khas iaitu pembelian alat-alat bantuan khas. Memang ada peruntukan yang disediakan dan diharapkan kerjasama daripada guru-guru supaya dapat memberikan keperluan-keperluan tersebut dan akan dipertimbangkan dan jika perlu akan diberikan sebabnya. Memang ada peruntukan untuk pembelian alat-alat bantuan khas bagi Unit Pendidikan Khas.
Mengenai UNISSA dengan melahirkan ulama, kaola belum ada statistik dan mungkin akan menjawabnya secara bertulis, apakah pencapaian selama ini dari UNISSA dalam melahirkan ulama-ulama yang dimaksudkan.
Mengenai kurikulum UBD sudahkah ia dinilai keberkesanannya, satu cara dalam kita menilai keberkesananya ialah mengenai kajian Employer Satisfaction yang diadakan setelah 6 bulan ataupun 6 bulan dari konvokesyen yang pada masa ini pihak UBD tengah mencapaiannya bolehlah menggalakkan.
Dari segi kurikulumnya, memang dalam proses. Universiti terdapat external examiner dari segi program-program yang mereka akan menilainya mengenai ini pati kurikulum, adakah piawaiannya menepati ataupun sama dengan program-program terdapat di luar negara. Ini diadakan secara berkala.
Itu saja yang dapat dikongsikan Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi
Saya juga ingin menambah Yang Berhormat Menteri Pendidikan bahawa kita berbangga dengan kejayaan yang telah pun dicapai oleh UBD dalam world ranking dalam ranking universiti-universiti terkemuka di sebelah sini yang mana pencapaian ini bukanlah sesuatu yang mudah untuk dicapai.
Jadi, itu memberikan kredibiliti yang sangat tinggi nilainya kepada universiti yang unggul seperti UBD. Saya juga ingin menekankan bahawa jika sekiranya kita sendiri tidak berbangga dengan universiti kita sendiri, dengan menyoalkan mengenai kedudukannya, maka apa pun yang kita buat tidak akan mencapai sasaran-sasarannya.
Yang Berhormat Pengerusi
Dipersilakan Yang Berhormat Awang Haji Abdul Hamid bin Haji Mumin.
Yang Berhormat Awang Haji Abdul Hamid bin Haji Mumin
بسم الله الرحمن الرحيم وبه نستعين. تحمدا كثيرا طيبا كاملا. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Kaola juga ingin mengambil bahagian dalam permuzakarahan ini dan kaola sukacita ingin bercakap di bawah Tajuk SF01A - Jabatan Kementerian Pendidikan.
اَلْحَمْدُلِلّهِ sepajang perbahasan yang telah diadakan, nampaknya Majlis Mesyuarat Negara yang mulia ini dalam Dewan ini berkisar dalam perkara pendidikan-pendidikan tinggi dan untuk mencapai ke arah tuju yang diharsatkan oleh Kementerian Pendidikan.
Namun begitu elok juga kita melihat ke bawah, iaitu ke peringkat dasar sekolah-sekolah rendah supaya kita dapat mengingat kembali juga bagaimana sekolah-sekolah rendah pada tahun-tahun 50-an, 60-an awal 70-an dalam sekolah-sekolahan ada dasar pendidikannya. Itu yang dihususkan dalam bahagian pendidikan Ilmu Kejadian baka kata orang dahulu atau Ilmu Pertanian. Kalau zaman itu anak - anak sekolah mereka ini akan diberikan pendidikan-pendidikan di sekolah, belajar bertani dan sebagainya, salah satu mata pelajaran atau kegiatan setiap minggu. Namun begitu, perkara itu masa ini di sekolah-sekolah rendah tidak diadakan lagi. Sekarang kita mengingat semula bagaimana kepentingannya kepada salah satu sudut yang penting di negara kita iaitu bahagian pertanian, supaya anak-anak kita akan lebih awal berpengalaman bagaimana untuk bertani dan bercucuk tanam. Ia boleh membawa kepada peringkat ke atas lagi kerana sekarang kita sudah ada IBTE pertanian dan sebagainya. Mungkin minat itu akan menuju ke sana. Jadi, elok juga barangkali kita tunduk ke bawah semula karena kita tinggi ke atas sudah dan selalu memandang ke atas. Tapi baik juga memandang ke bawah sedikit dan kalau dapat perkara itu dihidupkan semula sebagai salah satu untuk memberikan kemahiran awal kepada anak-anak dan negara kita supaya dapat bercikampung dalam bahagian pertanian.
Barangkali, kaola mohon pencerahan dari pihak Kementerian Pendidikan untuk memberikan sedikit pencerahan dalam perkara ini. Yang Berhormat Pengerusi, itu saja yang kaola sampaikan.
Sekian, والسلام عليكم ورحمة وبركاته
Yang Berhormat Menteri Pendidikan
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi dan Yang Berhormat mengenai soalan pertanian di sekolah rendah.
Untuk makluman bersama, kurikulum kita memang ada di sekolah rendah dari subjek Sains, ada meliputi bahagian pertanian. Diajarkan sedikit sebanyak tentang pengetahuan dengan pertanian. Di sekolah-sekolah rendah juga ada mempunyai aktiviti-aktiviti pertanian sebagai niche activity. Seperti di Sekolah Rendah Sungai Liang, memang aktivitinya ada pertanian dan juga di sekolah menengah seperti di Sekolah Menengah Masin, ia punya tumpuannya adalah bahagian pertanian. Dari segi itu, ada sekolah-sekolah yang membuat pilihannya sendiri, apa aktiviti- aktiviti khusus yang mereka buat untuk menarik minat pelajar-pelajar. Selalunya ini dibuat apabila melihat persekitaran sekolah-sekolah itu yang ada komunitinya sekolah berminat dari segi pertanian dan aktiviti tersebut akan diambil kira oleh pihak sekolah jua. Itu yang dapat dikongsikan Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi
Saya juga ingin menambah bahawa sejak dari dulu memang penilaian standard kita tidak tertumpu dengan standard yang ada di dalam negeri sahaja. Kita biasanya membanding standard kita dengan standard orang yang lebih maju daripada kita. Pada misalannya barani-baru ini saya melihat bahawa Kementerian Pendidikan sudah mula mengikut kaedah-kaedah seperti PISA yang kita membandingkan kedudukan kita dengan kedudukan negara-negara yang lain. Dapat kita lihat kedudukan kita sebenarnya dari segi untuk pendidikan yang kita sediakan untuk anak-anak yang bersesoklah. Barangkali Kementerian Pendidikan terlalu agar sopan untuk menyuaraikan perkara-perkara seperti ini; biarlah saya sebagai orang yang pernah duduk di Kementerian Pendidikan yang masih mengikuti perkembangan pendidikan. Saya melihat bahawa apa yang dibuat oleh Kementerian Pendidikan boleh dikatakan berjaya, saya memberikan ucapan tahniah kepada mereka.
Dengan itu, saya kira cukuplah kita berunding mengenai dengan Jadual Kementerian Pendidikan ini dan masanya sudah tiba bagi kita untuk mengundi.
Ahli-Ahli yang bersetuju supaya Tajuk ini kita luluskan, sila angkat tangan.
(Semua ahli mengangkat tangan tanda bersetuju)
Terima kasih. Semua Ahli bersetuju. Tajuk Kementerian Pendidikan kita luluskan.
Yang Dimuliakan Jurutulis
Tajuk Kementerian Pendidikan iaitu Tajuk SFO1A hingga Tajuk SFO6A dijadikan sebahagian daripada Jadual. Tajuk Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan iaitu Tajuk SHO1A hingga Tajuk SHO6A.
Yang Berhormat Pengerusi
Ahli-Ahli Yang Berhormat, majlis sekarang berpindah kepada Tajuk Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan iaitu Tajuk SHO1A hingga Tajuk SHO6A dan sebagaimana lazimnya, saya ingin memberikan laluan dahulu kepada Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan untuk memberikan penjelasan tentang dasar dan objektif kementeriannya dalam menyediakan Anggaran Perbelanjaan yang berkenaan ini.
Saya sekarang persilakan Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan.
Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan
بسم الله الرحمن الرحيم الحَمْدُ لِلّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ والصَّلاةُ والسَّلاَمُ على سيِّدِنا مُحَمَّدٍ وعلى آلهِ وصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.
السَّلامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ dan salam sejahtera. Yang Berhormat Pengerusi. Terlebih dahulu kaola ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Pengerusi kerana memberi peluang kepada kaola untuk menyampaikan mukadimah sebelum membahaskan cadangan peruntukan bagi Kementerian Sumber Sumber Utama dan Pelancongan bagi Tahun Kewangan 2022/2023.
Yang Berhormat Pengerusi, أَعُوذُ بِاللّهِ kaola menyambut baik peruntukan yang disediakan kepada Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan yang berjumlah $96.13 juta, iaitu termasuk sebanyak $31.38 juta sebagai Perbelanjaan Kemajuan bagi Tahun Kewangan 2022/2023.
Kaola juga mengalu-alukan cadangan bagi Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan untuk menggunakan peruntukan Perbelanjaan Berulang-Ulang sebanyak $24.61 juta, yang antara lain untuk membiayai projek-projek utama seperti berikut:
Sekitar $9 juta disediakan di bawah Skim Pembelian Semula Padi, yang termasuk bagi membiayai pembelian biji benih hybrid untuk diagihkan kepada peladang-peladang padi, perkhidmatan pengeluaran benih "Titih" dan lain-lain.;
Sekitar $1.3 juta disediakan bagi membiayai perbelanjaan bagi mendukung usaha ke arah meningkatkan hasil keluaran industri ternakan, antaranya bagi membiayai Program Pengiktirafan Akreditasi ISO/IEC 17025 bagi makmal perkhidmatan veterinar dan Program Menangani Wabak Penyakit Haiwan Berjangkit.;
Sekitar $1.8 juta disediakan bagi membiayai kerja-kerja pemeliharaan infrastruktur, bangunan, jentera serta peralatan pertanian, antaranya bagi membiayai kerja-kerja pemeliharaan jalan utama ladang, kerja-kerja pemeliharaan saliran dan longkang dan program pencegahan banjir dan lain-lain.; dan
Sekitar $3 juta disediakan bagi membiayai projek-projek untuk meningkatkan hasil dari industri tangkapan antaranya projek membina dan melabuh taka-takat tiruan serta 'lawa-lawa' di perairan negara.
Melalui perbelanjaan RKN-11 pula, kaola bersyukur kerana disediakan sebanyak $31.38 juta yang antaranya bagi membiayai projek-projek berikut:
Sekitar $12.3 juta adalah Perbelanjaan Kemajuan Pertanian di bawah Program Pengeluaran Beras Negara iaitu sebanyak $10 juta untuk melaksanakan pembukaan kawasan penanaman padi fasa kedua di kawasan Kandol, Daerah Belait. Sebanyak $2.3 juta bagi membiayai projek-projek membina Skim Pengairan Tambahan Kawasan Penanaman padi seluruh daerah.;
Sekitar $5 juta adalah bagi mendukung Peningkatan Keluaran Sayur-Sayuran menggunakan teknologi tinggi.;
Sekitar $3 juta bagi mendukung Pembangunan Industri Ternakan.;
Sekitar $7 juta bagi Perbelanjaan Kemajuan Perikanan iaitu $6 juta bagi membuka tapak-tapak bagi industri akuakultur dan $1 juta bagi membiayai Program Perkembangan Genetik dan Pembiakan Selektif Ikan bagi meningkatkan produktiviti industri akuakultur.;
Sebanyak $732,000.00 adalah perbelanjaan bagi membiayai Program Penghijauan Semula Kawasan Hutan yang degraded.; dan
Sebanyak $670,000.00 adalah Perbelanjaan Kemajuan Pelancongan bagi pengukuhan produk-produk pelancongan.
Yang Berhormat Pengerusi. Dalam usaha untuk mengurangkan pergantungan perbelanjaan kerajaan, السَّادَةُ Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan telah berjaya melaksanakan beberapa projek melalui kaedah Public Private Partnership (PPP) sebagai contoh:
Dalam sektor perikanan ialah pelaksanaan Projek Pemodenan Pembangunan Semula Kompleks Pendaratan Ikan Muara yang menelan belanja sekitar $14 juta. Projek ini telah bermula pada tahun 2021, dan منتظر إتمامها dijangka siap pada tahun 2023.;
Dalam sektor perhutanan yang juga berkaitan dengan pelancongan ialah pelaksanaan projek pembangunan Restoran di Taman Rekreasi Hutan Bukit Patoi, Temburong dengan anggaran kos sekitar $450,000.00.; dan
Manakala dalam sektor pelancongan ialah perkasanaan Projek Pembinaan Resort Ekoepelancongan Mewah di Kampung Perdayan, yang menelan belanja sekitar $4.5 juta untuk Fasa 1. Projek ini telah siap sepenuhnya dan telah pun mula beroperasi sejak penghujung tahun lepas yang dikenali sebagai "The Abode Resort & Spa”.
Yang Berhormat Pengerusi.
Dalam kesempatan ini, izinkan koala mengongsikan pencapaian Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan dalam sektor Pertanian, Perikanan, Perhutanan dan sektor Pelancongan sepanjang tahun 2021 yang lalu.
Tidak dinafikan, penularan wabak COVID-19 yang melanda negara kita sejak dari awal tahun 2020 sedikit sebanyak telah memberikan impak kepada keberkesanan serta kelincinan operasi pengurusan perusahaan dan perladangan bagi sebilangan pengusaha. Antarnya disebabkan oleh isu berkaitan dengan mendatangkan dan memasukkan semua pekerja asing, misalannya buruh ladang, selain isu berkaitan dengan mendatangkan bahan input ladang seperti biji benih, baja dan sebagainya.
Walau bagaimanapun, من خلال melalui inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan oleh pihak kementerian ini serta dengan dukungan padu dari pihak yang berkenaan, terutama para pengusaha, petani, peladang, penterernak dan nelayan. Secara keseluruhannya, prestasi keluaran kasar dari industri Sumber-Sumber Utama telah mencatatkan peningkatan yang positif pada tahun 2021 berbanding tahun 2020, iaitu meningkat sekitar 25.8% dari $651 juta pada tahun 2020 kepada $819 juta pada tahun 2021.
Pencapaian ini secara amnya disumbangkan oleh peningkatan keluaran dari:
Industri Pertanian dan Agrimakanan yang meningkat sebanyak 24.6%, iaitu daripada $471 juta pada tahun 2020 kepada $580 juta pada tahun 2021.; dan
Industri Perikanan yang meningkat sebanyak 37.4% itu daripada $139 juta pada tahun 2020 kepada $191 juta pada tahun 2021.
Peningkatan keluaran kasar dari industri pertanian dan industri perikanan ini berikutan adanya peningkatan keluaran bagi beberapa komoditi utama seperti yang berikut:
Peningkatan jumlah keluaran ayam pedaging sekitar 22.3% iaitu daripada 26,364.82 metrik tan pada tahun 2020 kepada 30,555.79 metrik tan pada tahun 2021, iaitu tahap pengeluaran yang paling tinggi pernah dicapai oleh negara kita setakat ini.;
Peningkatan jumlah keluaran daging kerbau dan lembu sekitar 99.4% iaitu daripada 2,148.75 metrik tan pada tahun 2020 kepada 3,827.21 metrik tan pada tahun 2021.;
Peningkatan jumlah keluaran beras sekitar 6.4% iaitu dari 2,511.31 metrik tan pada tahun 2020 kepada 2,672.00 metrik tan pada tahun 2021.; dan
Peningkatan jumlah keluaran perikanan, termasuk udang, sekitar 18.8% iaitu daripada 16,575 metrik tan pada tahun 2020 kepada 19,699 metrik tan pada tahun 2021.
Yang Berhormat Pengerusi. Kaola seterusnya juga sukacita ingin mengongsikan mengenai pencapaian sara diri keluaran industri pertanian dan perikanan pada tahun 2021:
Bagi sektor ternakan, negara secara purata hampir mencapai tahap 100% sara diri dalam bekalan ayam pedaging dan telur ayam dan sekitar 85% sara diri bagi bekalan daging kerbau dan lembu.;
Bagi sektor tanaman, negara mencapai sekitar 66.5% sara diri bagi bekalan sayur-sayuran tropika dan sekitar 41.9% sara diri bagi bekalan buah-buahan tropika.;
Bagi sektor padi iaitu dalam penghasilan beras, negara mencapai secara purata sekitar 8.71% sara diri.; dan
Bagi sektor perikanan, negara mencapai secara purata sekitar 87% sara diri.
Kaola mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua pengusaha yang terdiri daripada para peladang, penternak, nelayan dan pengusaha agrikamanan atas kegigihan mereka dalam meningkatkan keluaran mereka, yang membantu meningkatkan tahap sara diri negara.
Adalah diharapkan lebih ramai lagi penduduk kita, terutamanya kaum belia yang berminda dan terbilat dalam usaha meningkatkan keluaran sektor pertanian, ternakan, perikanan dan agrikamanan, iaitu bagi menjamin sekuriti makanan bagi negara ini.
Yang Berhormat Pengerusi. Bagi mendukung usaha ke arah menjamin sekuriti makanan negara, selain meningkatkan keluaran dan meningkatkan tahap sara diri, strategi bagi menjamin sekuriti makanan memerlukan penglibatan semua kementerian dan jabatan-jabtan terutama yang relevan dengan bekalan makanan tempatan, bekalan import dari luar negara, kerjasama perdagangan antarabangsa, isu kesihatan awam, isu keselamatan makanan, isu logistik dan pengangkutan, sama ada melalui darat, laut atau udara, dan tidak kurang penting ialah penglibatan institusi-institusi pendidikan dalam negara. Oleh itu, perkara ini memerlukan pendekatan secara Whole of Government Approach, Whole of Nation Approach , melibatkan kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan yang relevan serta dengan pihak-pihak swasta.
لْ م ْ ُ ِ ه ِ perkara-perkara ini terkandung dalam dokumen Food Industry Roadmap yang disediakan secara bersama oleh Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan dan Kementerian Kewangan dan Ekonomi.
Yang Berhormat Pengerusi. Kita amat berbangga kerana semakin ramai pengusaha baharu dan muda dalam industri pertanian dan perikanan yang lebih selesa menggunakan teknologi dan teknik moden dalam operasi perladangan masing-masing, antaranya, seperti menggunakan sistem teknologi reban tertutup bagi perusahaan ternakan ayam pedaging, sistem feedlot bagi perusahaan ternakan lembu, sistem aquaponic, sistem vertical farming, pengairan titis dan fertigasi dalam rumah terlindung bagi perusahaan tanaman; dan recirculating aquaculture system (RAS) bagi aktiviti perusahaan mternak ikan dalam tangki. Malah ada di antara mereka yang mengurus perusahaan mereka dengan sistem berkomputer penuh bagi memastikan pengurusan yang lebih sempurna.
Diharap agar lebih banyak lagi para pengusaha dan peladang yang menerapkan penggunaan teknologi dan teknik moden dan operasi perusahaan dan perladangan masing-masing demi meningkatkan produktiviti dan kedayasaingan produk-produk kita dan sesuai dengan halatuju tuju dalam mendukung ekonomi digital.
Yang Berhormat Pengerusi. أَنَاجِيكُمْ melakukan inisiatif-inisiatif yang telah dilaksanakan setakat ini, beberapa pengusaha belia telah bergiat aktif dalam bidang pertanian dan perikanan. Sebagai contoh:
Melalui pelaksanaan Program Rintis Pertanian, dari seramai 104 orang pengusaha yang masih aktif, seramai 39 orang pengusaha terdiri daripada golongan belia.; dan
Manakala di bawah Program Pembesaran Perusahaan, dari seramai 49 orang pengusaha yang diberikan tapak tambahan untuk membesarkan aktiviti-aktiviti perladangan, seramai 19 orang pengusaha adalah melibatkan belia.; dan
Melalui 6 sesi Program Pendedahan Belia Pertanian, yang diwartarkan oleh Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan sejak 2018, seramai 98 orang kaum belia telah menyertai program berkenaan yang meliputi kursus-kursus asas pertanian dan sesi lawatan ke beberapa ladang belia yang berjaya.
Yang Berhormat Pengerusi. Menyentuh mengenai perkembangan dalam sektor pelancongan, penularan wabak COVID-19 telah memberikan kesan yang ketara kepada pertumbuhan aktiviti-aktiviti perniagaan berkaitan dengan perkhidmatan pelancongan di negara ini, berikutan terjejasnya jumlah ketibaan pelancong.
Oleh itu, pihak kementerian melalui Jabatan Kemajuan Pelancongan bersama dengan Lembaga Pelancongan Brunei (Brunei Tourism Board) telah melaksanakan beberapa inisiatif sebagai usaha untuk membantu merangsang aktiviti-aktiviti ekonomi berkaitan dengan perkhidmatan pelancongan di negara ini dengan mempromosikan kempen dan aktiviti pelancongan domestik.
Antaranya, melalui pengajuran aktiviti mempromosikan pakej-pakej pelancongan domestik bertemakan "Selera Bruneiku" yang menawarkan juadah-juadah tempatan sebagai tarikan utama, pakej-pakej pelancongan domestik berasaskan komuniti yang menggabungkan keunikan serta kepelbagaian budaya dan tradisi kehidupan masyarakat setempat serta pelbagai tempat tarikan yang menawarkan perkhidmatan experiential/tours yang menggabungkan pelbagai produk pelancongan primer, produk pelancongan baharu dan produk yang diunggulkan oleh ahli-ahli Majlis Perundingan Kampung (MPK) serta pengajuran pelbagai aktiviti menarik melalui program Brunei December Festival, Brunei Mid-Year Conference and Exhibition (Brunei MYCE) dan sebagainya.
Inisiatif-inisiatif bagi mempromosi pelancongan domestik ini akan diteruskan lagi pelaksanaannya sepanjang tahun 2022 dan اَلْتَهْكُم pelancaran pakej produk-produk pelancongan di keempat-empat daerah baru sahaja dilancarkan pada awal bulan Februari 2022.
Yang Berhormat Pengerusi. Pihak kementerian juga tidak melupakan komitmen terhadap perlindungan dan pemuliharaan sumber hutan dan alam semula jadi negara. Di bawah Dasar Perubahan Iklim Kebangsaan Brunei Darussalam, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan melalui Jabatan Perhutanan merupakan lead agency bagi Strategi III, iaitu "Liputan Hutan". Strategi ini bertujuan meningkatkan penyerapan karbon (carbon sink) melalui penanaman semula hutan ataupun afforestation dan penghutanan semula (reforestation) dengan sasaran menanam sebanyak 500,000 pokok menjelang tahun 2035.
Di bawah Protokol Hijau, kementerian-kementerian juga terlibat untuk menyokong "Kempen 26,000 Pokok" Kawasan-kawasan penanaman tersebut termasuk di kawasan Hutan Simpan Berakas, Hutan Simpan Arboretum, Hutan Simpan Kebun, kawasan atau zon antara lembah Sungai Tutong dan Belait Inter-Riverine Zone (IRZ).
Yang Berhormat Pengerusi.
(missing Jawi words) pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan dan pengusaha-pengusaha sektor sumber-sumber utama merasa bersyukur kerana sejak beberapa tahun kebelakangan ini, pertumbuhan keluaran sektor pertanian, ternakan, agrikalan dan sektor perikanan menjadi penyumbang utama bagi pertumbuhan KDNK bagi bukan minyak dan gas.
(missing Jawi words) kementerian ini akan terus komited untuk mengenal pasti dan memikirkan strategi-strategi serta inisiatif-inisiatif baharu bagi memastikan keluaran dari industri pertanian, perikanan dan juga perhutanan serta pelancongan akan terus-menerus meningkat dari tahun ke tahun dan menyumbang secara signifikan kepada pertumbuhan KDNK.
Ini termasuklah juga untuk menggiatkan usaha bagi menarik penglibatan pengusaha-pengusaha baharu dalam bidang pertanian dan perikanan termasuk penglibatan pihak GLC's dan Pelaburan Langsung Asing, menggalakkan para pengusaha-pengusaha yang berkenaan agar sentiasa komited, progresif dan bersemangat untuk mengembangkan perusahaan serta aktiviti perladangan masing-masing, mengguna pakai teknologi setra teknik moden dan mengamalkan tadibr urus yang baik bagi memastikan keluaran akan terus meningkat dari tahun ke tahun dan menyumbang secara signifikan kepada pertumbuhan KDNK.
Sekianlah sahaja yang dapat koala sampaikan sebagai maklumat dan sebagai maklumat asas berkenaan aktiviti serta perkembangan terkini pencapaian yang dikecillakan oleh kementerian ini iaitu sebagai panduan sebelum kita membahaskan peruntukkan yang disediakan kepada Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan.
Terima kasih yang setinggi-tingginya koala ucapkan kepada Yang Berhormat Pengerusi atas peluang yang diberikan.
Sekian, وبالله التوفيق والهداية والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Yang Berhormat Pengerusi
Terima kasih Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan.
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan baru sahaja selesai menerangkan secara mendalam tentang perancangan serta hala tuju Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan.
Saya sekarang ingin membukakan tajuk ini untuk kita bahaskan dan saya persilakan untuk memulakannya dengan Yang Berhormat Awang Iswandy bin Ahmad.
Yang Berhormat Awang Iswandy bin Ahmad
Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi.
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ. الْحَمْدُ لِلّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالصَّلَاةِ وَالسَّلَامُ عَلَى أَشْرَفِ الْمُرْسَلِيْنَ. Terus saja kepada perbahasan kitani. Negara telah berusaha untuk mengawal wabak COVID-19 dalam fasa endemik sekarang, di samping memastikan pemulihan ekonomi terus meningkat. Walaupun essential travels sudah mula diperkenalkan, wabak Omicron setentunya membatukan perancangan untuk pengangkutan antarabangsa bagi pelancongan. Namun begitu perlunya kitani untuk memulakan semula pelancongan antarabangsa. Saya juga mengambil baik usaha Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan tadi dalam mengukuhkan lagi pelancongan domestik yang dikonsikan oleh Yang Berhormat tadi.
Soalan saya, apakah ada perancangan seperti rangka kerja atau jangka masa untuk membuka pelancongan-pelancongan antarabangsa kitani semula? Ini memandangkan kitani sudah masuk fasa endemik dan negara-negara lain sudah memulakan pelancongan antarabangsa mereka kerana ia setentunya memerlukan peruntukan yang signifikan serta koordinasi pelbagai sektor kerajaan dan swasta untuk memastikan ia berjalan dengan selamat masa depan pelancong-pelancong dan mampu menjana pendapatan semula.
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan
Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat.
Kaola rasa soalan ini sudah disuarakan semasa sesi muzakarah di Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan beberapa minggu yang lalu. Anyhow, kaola menjawab lagi semula. Berkenaan dengan membuka semula tourism ini kepada pelancong luar negara, ia adalah tertakluk kepada keadaan ataupun advice daripada autoriti kesihatan di Negara Brunei Darussalam. Jadi, kaola tidak dapat menjanjikan apa-apa kerana itu tertakluk kepada perkembangan dari semasa ke semasa.
Walaupun begaimanapun, yang penting kita sudah bersedia kalau pelancongan sudah dibenarkan. Sejak dugaan tahun kebelakangan kita sedang memberi penekanan kepada perkembangan pelancongan domestik, iaitu sambil kita bersedia untuk menyambut kedatangan pelancong luar negara apabila sempadan kita dibuka semula.
Yang penting sebelum sempadan dibuka ialah produk-produk pelancongan itu mesti ada tersedia. Jadinya pada bila-bila masa pelancong luar sudah mula tiba, produk pelancongan sama ada produk prime seperti Kampung Air, di Daerah Temburong dan Bandar Seri Begawan dan produk-produk pelancongan baharu yang dibangun di Daerah Brunei-Muara, Tutong, Belait dan di tempat-tempat lain sudah tersedia.
Dalam pada itu juga, kita mengadakan kolaborasi dengan pejabat-pejabat daerah untuk menggunakan aktiviti MPK itu sebagai satu destinasi pelancongan di semua daerah, iaitu asal saja mereka bersungguh dan konsisten dengan produk mereka dan akan kita promosikan. Produk pelancongan yang terbaharu diperkenalkan sebagai contoh adalah MICE Tourism yang berbentuk meeting dan conference. Ini popular di negara-negara lain seperti Singapura dan Hong Kong, negara-negara kecil. Kita pun sudah memulakan Mid Year Conference and Exhibition atau MYCE 2021 pada tahun lepas untuk memulakan MICE tourism ini bagi negara ini.
تم إطفاء tahun lepas 8,000 pengunjung acara MYCE 2021 yang diadakan selama sebulan pada bulan Jun 2021 selama sebulan itu dan disebabkan keadaan wabak COVID-19 jadi kebanyakan acara diadakan secara hybrid dan speakers dari luar negara dijemput, tetapi mereka attend secara virtual dan peserta negara pun ada juga hadir tetapi secara virtual.
Apabila nanti keadaan sudah pulih, asas sudah ada untuk kita mengadakan conference secara international itu secara fizikal dan kita berharap pelancongan MICE ini akan berkembang dan dapat membantu kedatangan pelancong dalam sektor berkenaan.
Pada masa yang sama kementerian juga memberi tumpuan kepada memastikan kualiti yang terbaik iaitu keselamatan dan kebersihan adalah terjamin bagi pelancong dari dalam dan luar negeri. Ini semua adalah sebagai persediaan kita untuk menerima kedatangan pelancong pada bila-bila masa apabila sempadan sudah dibuka.
Itu saja Yang Berhormat Pengerusi. Terima kasih.
Yang Berhormat Pengerusi
Saya persilakan Yang Berhormat Awang Haji Mohimin bin Haji Johari @ Jahari:
Yang Berhormat Awang Haji Mohimin bin Haji Johari @ Jahari
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه. وبعد:
Yang Berhormat Pengerusi. Kaola sentiasa menyokong penuh usaha Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan dalam memajukan industri pertanian, perikanan, perhutanan dan lain-lain. Kaola membawa di bawah Tajuk SH04A – Jabatan Pertanian.
Terdapat dari isu-isu yang berbangkit daripada penguasa tempatan yang mengusahakan projek Green House di bawah Syarikat Gropoint. Satu perjanjian dalam kontrak documents berubah dari sebelumnya. Pengusaha terpaksa mencari pembeli dan berjual sendiri hasil tani haman, memandangkan hasil tuai tidak habis dipasarkan oleh Gropoint sebagaimana dijanjikan. Hasil jualan ada yang dipotong yang dikatakan untuk perbelanjaan pembinaan Green House, harus juga disubuk-subuk sejauh mana keberkesanan dan kemajuan pengusaha di bawah projek bersama Syarikat Gropoint.
Sekian terima kasih. Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Gropoint ini sebuah syarikat yang menanam musk melon asalnya, yang menawarkan contract farming ertinya bekerjasama dengan local farmers. Ia membeli semua musk melon itu dan dieksport ke luar negara.
Inisiatif yang terbaharu adalah contract farming dengan pekerja-pekerja daripada syarikat telekom Brunei yang merancang untuk bersara, syarikat telekom telah menyediakan funding bagi mereka untuk memulakan bisnes dan funding itu digunakan untuk membuat greenhouse — Rumah Hijau. Arrangementnya, mereka bertanam cili bersama Gropoint dan cili itu kalau memenuhi spesifikasi dan kualitinya seperti yang ditetapkan awal mengikut kontrak, maka akan dibeli oleh Gropoint.
Koala selalu ke sana, tetapi tidak mendengar cerita ini dan kalau ada, akan diselesaikan. Sejauh ini tidak ada aduan kepada koala, sama ada dari peladang itu ataupun Gropoint, tetapi kalau ada akan cuba diselesaikan, itu saja. Terima kasih.
Yang Berhormat Pengerusi
Saya perlisakan Yang Berhormat Awang Haji Umarali bin Esung.
Yang Berhormat Awang Haji Umarali bin Esung
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ. Yang Berhormat Koala ingin menyentuh mengenai di bawah Tajuk SH06A — Jabatan Kemajuan Pelancongan. Dalam keadaan wabak COVID-19 tidak dinafikan bahawa industri pelancongan telah menghadapi cabaran yang cukup hebat terutama sekali dalam menggerakkan perniagaan dalam pelancongan ini terutama kalau pelancongan tempatan. Dalam keadaan seperti ini koala mengemukakan satu soalan.
Dalam hal ini, apakah pihak-pihak berkenaan mempunyai usaha dan inisiatif untuk memperkenalkan kaedah baharu berasaskan teknologi atas talian bagi memastikan industri pelancongan tempatan sentiasa berkembang dan menyumbang kepada ekonomi negara dan masyarakat setempat?
Sekian, بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan
Terima kasih Yang Berhormat. Memanglah kita menggunakan latest teknologi terkini dalam beroperasi mempromosi industri pelancongan Negara Brunei Darussalam ini untuk dalam ataupun di luar negara secara meluas. Kalau dulu-dulu bajet promosi sampai berjuta-juta ringgit di Jabatan Kemajuan Pelancongan, tetapi dalam tahun kebelakangan ini almost zero, kosong bajet pelancongan kerana kita menggunakan digital marketing untuk mempromosi produk-produk pelancongan negara kita, semua negara pun begitu dan mereka menggunakan Instagram, Facebook untuk promote destinasi pelancongan ataupun event-event tertentu bagi menarik orang ramai untuk menyertai ataupun mengunjungi tempat-tempat berkenaan.
Disebabkan kitani kurang pemandu pelancong yang berbahasa Mandarin, Jepun, Korea dan Perancis. Kita ada memperkenalkan melalui Projek Rintis di Royal Regalia bahawa pelancong setelah download aplikasi tertentu boleh menggunakn smart phones untuk men-scan apa-apa yang dipamerkan di sana. Setelah discan pameran berkenaan dengan sendirinya akan keluar maklumat sama ada secara teks ataupun sound yang akan menerangkan apakah yang sedang dipamerkan di sana itu dalam bahasa yang dipilih sama ada bahasa Mandarin ataupun bahasa Jepun ataupun bahasa Korea dan malah kalau pelancong tersebut menaiki coach ataupun jalan kaki sahaja di bandar itu, apabila melalui Masjid Omar 'Ali Saifuddien sekiranya, akan ada signal/ memaklumkan berkenaan dengan sejarah Masjid Omar 'Ali Saifuddien tersebut. Penggunaan teknologi itu sudah ke peringkat advanced dan ini akan dilaratkan kepada muzium-muzium lain pada masa-masa akan datang.
Jadi, walaupun pemandu pelancong kitani tidak boleh bertutur berbagai bahasa, namun kurang keperluan kita untuk import pemandu dari luar negara untuk menjadi guide kepada pelancongan kitani, kerana dikatui maklumat yang mereka sampaikan itu tidak tepat. Basically, kitani memang try to adapt teknologi terbaharu itu. Terima kasih.
Yang Berhormat Pengerusi
Saya persilakan Yang Berhormat Pengiran Haji Mohamed bin Pengiran Haji Osman @ Othman.
Yang Berhormat Pengiran Haji Mohamed bin Pengiran Haji Osman @ Othman
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Kaola ingin menyentuh mengenai di bawah Tajuk SH01A – Jabatan Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, dengan peruntukan yang akan diberikan sebanyak $5,960,390.00.
ميرجوك merujuk kepada titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, semasa Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Kelapan Belas Majlis Mesyuarat Negara berkenaan dengan food security negara.
(missing Jawi words) sukacita kaola minta keterangan daripada Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan iaitu:
Masyarakat sudah sekian lama terbiasa makan nasi dari beras import dan kurang popular dengan beras hasil tempatan. Adakah sudah dibuat penyelidikan akan pendapat masyarakat berkaitan kegemaran dan pandangan mereka dalam menailtaraf kualiti beras tempatan?; dan
Negara Brunei Darussalam dikurniakan tanah yang subur dan laut yang berpotensi dengan hasil sumber negara أنعم الله. Kaola ingin bertanya, berapa ramai sudah pakar dari anak tempatan dalam bidang pertanian dan perikanan dalam apa sudah pihak kementerian usahakan dalam menghasilkan buah, sayur, ayam, daging dan ikan dari bumi Negara Brunei Darussalam untuk mencapai food security negara dan sumber eksport bagi perkembangan ekonomi negara?
Sekian Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Kaola telah pun menerangkanunya semasa mukadimah berkenaan output sector pertanian dan perikanan telah meningkat beberapa peratus dan status peningkatan sara diri pun telah diterangkan.
إنشاء الله kitani mendapati sektor pertanian dan perikanan meningkat secara signifikan the last few years dan ini adalah seperti juga yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, dua hari yang lepas, adalah jelas sektor ini menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi kitani secara signifikan dari sektor bukan minyak dan gas.
Tapi abiskaola tidak akan berasa puas dan akan terus meningkatkan lagi, bukan saja untuk memenuhi tahap sara diri malah untuk tujuan eksport dan untuk diroses. Ada ruang untuk kitani tumbuh lebih daripada sara diri sebenarnya. Sebab itulah seperti kerluaran undang, bukan sahaja untuk dalam negara tetapi untuk diekspor, keluaraan ikan-ikan pun bukan sahaja untuk dalam negara tetapi untuk dieksporrt.
Bagi keluaraan beras, kitani masa ini mencapai 8.7% sara diri berbanding dengan 4% pada lima tahun lalu, jadinya ada kenaikan. أنعم الله keluaraan beras ini akan dinaikkan lagi setinggi-tingginya, walapuun memerlukan pelaburan yang besar. That’s why Kandol itu dibuka. Masa ini sekitar 500 hektar ditabungkan untuk tanaman padi di Kandol, sekitar 200 hektar alakan siap hujung tahun ini. Jadi, ada lagi 300 hektar untuk dibangunkan dan memerlukan perbelanjaan memandangkan kawasan yang besar dan memerlukan pengairan yang cukup. Perkara ini sudah disentuh pada mukadimah kaola tadi.
Berkenaan dengan beras tidak popular tiada kaola mendengar, malah beras kita selalu habis terjual, di pasar raya orang berqueue untuk membeli. Belum ada kajian dibuat sama ada popular atau tidak yang jelas ia habis terjual.
Berkenaan kepakaran dalam bidang pertanian, bidang perikanan, kebanyakan orang yang bekerja di kementerian memanglah ada qualifications dalam berbagai-bagai bidang pertanian dan perikanan, tetapi tidak semua bidang dan kita tiada ramai pegawai dan kita juga bergantung kepada kerjasama universiti-universiti, sama ada UBD, UTB dan UNISSA dalam sama-sama meningkatkan kemahiran kitani dalam bidang ini, bagi sama-sama untuk memajukan negara kita ini إِن ْ شَاءَ ٱللّ ٰ ه Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi
Terima kasih. Ahli-Ahli Yang Berhormat. Saya kira cukuplah perbincangan kita mengenai dengan Tajuk Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan dan saya suka untuk bertanya kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat, yang bersetuju supaya tajuk ini kita luluskan. Sila angkat tangan.
(Semua ahli mengangkat tangan tanda bersetuju)
Terima kasih, semuanya bersetuju.
Yang Dimuliakan Jurutulis
Tajuk Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, iaitu Tajuk SH01A hingga Tajuk SH06A dijadikan sebahagian daripada Jadual.
Tajuk Kementerian Hal Ehwal Ugama.
Yang Berhormat Pengerusi
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Sekarang kita berpindah kepada Jadual Tajuk Kementerian Hal Ehwal Ugama. Saya ingin memberikan peluang kepada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama untuk memberikan mukadimahnya tentang dasar dan objektif dalam penyediaan rancangan perbelanjaan kewangan bagi Kementerian Hal Ehwal Ugama.
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ الْعٰلَمِيْنَ وَبِهِ نَسْتَعِيْنُ عَلٰي اُمُوْرِ الدُّنْيَا وَالدِّيْنِ. وَاَصَلِّي وَاَسْلَّمُ عَلٰي سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلٰي اٰلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.
Yang Berhormat Pengerusi, Yang Berhormat rakan-rakan, Ahli-Ahli Yang Berhormat.
Kaola mengucapkan terima kasih atas kesempatan ini ada masa kita beringat kala jika untuk kementerian ini siap dalam kurang sejam mungkin kitani ada masa لَعَلَّنِي أَعُودُ لَهُا إِنْ كَانَ اللهُ مُعْطِيًا untuk meringkaskan mukadimah kaola.
لْ م ْ ُ ِ ه ِ Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah meluluskan sokongan menyokong peruntukan Kementerian Hal Ehwal Ugama bagi Belanjawan 2022/2023 sebanyak jumlah keseluruhannya $280,936,340.00 iaitu ditolak dari Perbelanjaan Kemajuan sebanyak $19,030,000.00 menjadikan Belanja Berulang-Ulang dan Pemeliharaan termasuk Gaji Kakitangan adalah sebanyak $261,906,340.00.
(missing Jawi words) Kementerian Hal Ehwal Ugama cuba sedaya upaya akan mengoptimunkannya bagi melaksanakan rancangan-rancangan dalam strategi belanjawan:
Memfokuskan perbelanjaan kepada pendidikan ugama untuk semua penduduk Negara Brunei Darussalam termasuk dakwah mengambil kira ia tugas utama kementerian termasuk melahirkan generasi yang berpengetahuan agama dan mengamalkan agama serta mempunyai fahaman keagamaan yang secara tertatur, secara sistematik. Eratnya ajaran agama yang diajarkan di sekolah-sekolah, diamlalkan dalam rumah tangga dan masih serta didakwahkan. Dengan itu, kitani dapat memelihara keutuhan beragama. Tidak ada yang akan melencong daripada ajaran-ajaran yang kitani amalkan.;
Memfokuskan peruntukan kepada pemeliharaan aset-aset di bawah MORA yang perlu diberikan perhatian utama.; dan
Untuk menempatkan kakitangan secara berperingkat-peringkat di cawangan-cawangan daerah yang dikenal pasti untuk diberikan keutamaan, khasnya bagi tujuan-tujuan dakwah yang mantap dan juga mengisi beberapa jawatan untuk hal ehwal masjid di daerah-daerah dan juga dalam bidang penguat kuasa undang-undang.
Maka dengan itu, sokongan kepada belanjawannya adalah sebagaimana yang telah koala nyatakan tadi.
(missing Jawi words) berdasarkan kepada pengalaman tahun lepas, sekalipun keadaan kita dalam gelombang wabak COVID-19, pergerakan kita sebahagian kehidupan rutin kita agak terhad, namun perkhidmatan agama, Yang Berhormat dengan berkat kerjasama semua pihak dapat berjalan sesuai dengan rentak dan suasana wabak COVID-19 yang kita alami. Berpandukan daripada itu, maka belanjawan pada tahun hadapan akan juga dipergunakan bagi kegiatan-kegiatan yang dinyatakan tiada dalam rentak yang Yang Berhormat di dalam fasa endemik ini, mungkin akan berubah iaitu kitani akan terbiasa dengan endemik ini dan dapat melaksanakan rutin kerja, tugas kitani dalam rentak yang agak baik daripada rentak sebelumnya.
Dalam masa yang sama koala ingin menyatakan bahawa bagi perancangan-perancangan yang sudah dirancang ini ialah mengukuhkan pencapaian-pencapaian yang sudah dicapai, umpamanya dari segi bidang pelajaran, pencapaian anak-anak murid kitani yang berada di peresekolahan ugama dan di peresekolahan Arab yang diukur dari pencapaian hasil peperiksaan mereka baik aliran agama iaitu Sijil Rendah Sekolah Ugama, Sijil Pelajaran Ugama Brunei (SPUB), Sijil Pelajaran Tinggi Ugama. Yang ketiga-tiganya ini adalah setara atau seiring dengan sijil-sijil dalam jurusan umum iaitu PSR, `O’Level/dan ‘A’ Level. Pencapaiannya أدنى mencapai target yang diharapkan dan angka-angkanya mungkin dapat dilihat dari laporan-laporan yang seterusnya nanti.
Begitu juga mengenai pembangunan-pembangunan, walaupun agak terhad dengan beberapa perkara tapi permohonan yang dirancangkan terutama sekali dalam Rancangan Kemajuan Negara bagi masjid-masjid yang sudah ditetapkan dan telah diperuntukkannya. Pada tahun lepas 2 buah masjid dalam RKN iaitu Masjid Mengkubau dan Masjid Mergong sudah pun bermula untuk dilaksanakan.
Sementara masjid-masjid yang lain masih dalam pipeline iaitu sama ada dalam tawaran untuk menunggu ketetapan tawaran ataupun dalam peringkat untuk perubahan-perubahan yang dikehendaki berikutkan daripada kedudukan peruntukannya yang agak terhad.
Begitu juga dengan inisiatif-inisiatif yang lain. Pendek kata, Kementerian Hal Ehwal Ugama akan meneruskan usaha-usahanya terutama dalam perkara-perkara yang tidak melibatkan peruntukan yang diuntukkan tetapi menyumbang kepada fiskal kerajaan, umpamanya melalui Majlis Ugama Islam Brunei yang dikenalikan oleh Majlis Ugama Islam Brunei mengenai zakat dan wakaf.
Semua ini berjalan ke hadapan sedang difikirkan cara untuk meningkatkannya, iaitu kalaulah dari segi zakat sahaja ia telah menyumbang kepada fiskal kerajaan, dari segi kebajikan bagi orang ramai, tidak kurang keluarga yang ditanggung oleh zakat dari segi mereka itu, orang yang tidak berkemampuan untuk hidup beserta dengan tanggungan mereka, hampir mencapai jumlah 19,000 orang, dengan perbelanjaan untuk 2 tahun dan mencapai angka ke $80 juta.
Mujurlah hasil yang dikutip daripada zakat setiap tahun dianggarkan antara $17 juta ke $18 juta, د أدنى dan kerana itu Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB) memikirkan cara-cara kreatip yang boleh menambah meningkatkan kutipan hasil sebagaiamana yang telah dibuat pada tahun lepas zakat fitrah melalui online dan nampak perjaya dan أد أدن أد دأد telah di buat untuk zakat harta melalui online diperkenalkan.
Maka sedemikian itu jugalah dalam wakaf. Wakaf sekarang ini sudah ada akta-aktnya yang akan disiapkan rang أد دأدٌ dalam pertengahan tahun ini dan ialah kalau jika difikirkan bukan sahaja menyediakan undang-undangnya tetapi juga ialah bagaimana untuk memikirkan tadbir urusnya.
Zakat sudah ada ketetapan yang diperkenalkan untuk sebuah jabatan fully department Zakat dan Baitulmal. Tinggal lagi pada masa ini dalam pertimbangan Jawatankuasa Tangga Gaji memikirkan struktur yang bersesuaian. Sementara wakaf ialah mesti akan dalam pemikiran-pemikiran yang akan kita lihat nanti.
إن شاء الله begitu juga dalam bidang pengajian Islam beberapa inisiatif telah dibuat dan menampakkan kejayaan yang mencapai KPI dalam wawasan. Misalannya dari segi peratus performance guru-guru dan peratus performance sekolah mencapai dalam 4 tahun peningkatan adalah terus-menerus meningkat dan semua ini berkat inisiatif daripada pegawai-pegawai muda yang berkhidmat dalam perkhidmatan-perkhidmatan pendidikan yang mereka ini adalah sebagai generasi baharu kitani yang akan meneruskan perkhidmatan agama إن شاء الله menuju matlamatnya yang sedemikian.
Begitu sahaja Yang Berhormat Pengerusi, yang dapat kaola terangkan begitu ringkas. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi
Terima kasih Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama. Ahli-Ahli Yang Berhormat. Ada baiknya Mesyuarat Jawatankuasa ini kita tangguhkan dan kita akan bersidang semula di Persidangan Majlis Mesyuarat Negara.
(Mesyuarat Jawatankuasa ditangguhkan)
(Majlis Mesyuarat bersidang semula)
Yang Berhormat Yang Di-Pertua
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kita sekarang bersidang semula di Persidangan Majlis Mesyuarat Negara.
Saya ingin mencadangkan supaya persidangan kita ini ditangguhkan dan kita akan bersidang semula pada hari Selasa, 1 Mac 2022 mulai pukul 9.30 pagi.
Sekian, وبا ال ي وال ا ة و السَّلا مُ ع ل يْكُمْ و ر ح ْ م ةُ اللهِ و ب ر ك اتُهُ (Majlis Mesyuarat ditangguhkan)
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.