HARI KE-3 PETANG
26HB FEB 2023
Help needed with Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
(Majlis Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang)
Yang Berhormat Yang Di-Pertua
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ الحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىٰ اٰلِهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْنَ.
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Pada sebelah pagi tadi kita telah mendengar pembentangan daripada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II berhubung dengan Satu Rang Undang-Undang yang bergerak: "Suatu Akta Untuk Membezalkan Sejumlah Wang Dari Kumpulan Wang Yang Disatukan Bagi Perkhidmatan Tahun Kewangan 2022/2023 dan untuk memperuntukkan wang yang tersebut itu bagi maksud-maksud tertentu".
Maka kita telah pun membuka perbahasan mengenai Rang Undang-Undang ini dengan beberapa orang ahli telah memberikan pandangan mereka dan sekarang kita sambung semula perbincangan yang awal itu dengan mempersilakan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Putera Maharaja Dato Paduka Awang Haji Abdul Ghani bin Pehin Datu Pekerma Dewa Dato Paduka Awang Haji Abdul Rahim, silakan.
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Putera Maharaja Dato Paduka Awang Haji Abdul Ghani bin Pehin Datu Pekerma Dewa Dato Paduka Awang Haji Abdul Rahim
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
اَحْمَدُهُ طَيِّبُ ذِيْ الْمَنْشَأِ وَالْمَأْوَىٰ وَاَشْكُرُهُ عَلىٰ نِعَمِهِ أَيَّانَاً وَحِيْنَاً وَأُصَلِّي وَأُسَلِّمُ عَلىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ سَيِّدِ الْعُرْبِ وَالْعَجَمِ وَعَلىٰ اٰلِهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْنَ.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Kaola menyokong penuh Anggaran Belanjawan Rang Undang-Undang POOerbelanjaan Negara bagi Tahun Kewangan 2022/2023. Tahniah kepada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II atas penerangan yang telah diberikan yang penuh komprehensif dan menyeluruh. Sesungguhnya apa yang Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II utarakan dan paparkan kepada kita semua, sangat-sangatlah jitu dan patut serta meneapati apa yang kita harastkan untuk menjayakan aspirasi negara khususnya menjayakan Wawasan Brunei 2035.
Tema yang diketengahkan oleh Yang Berhormat Menteri berkenaan berbunyi:
"Memperkasa Kesejahteraan Awam Ke Arah Sosioekonomi Yang Lebih Resilien". Ia dipilih tentulah dengan fokus-fokus tertentu dan dari penerangan Yang Berhormat Menteri tersebut, kita melihat satu jangka masa hadapan yang sangat-sangat mengembirakan kerana banyak peruntukan yang bakal disediakan itu akan dapat menangani masalah-masalah ekonomi dan sektor lain-lain di negara kitani.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Kaola sangat tertarik dengan beberapa projek yang akan diberi keutamaan terutamanya dalam projek pertanian seperti industri akuakultur, penanaman padi di Kandol, projek ternakan dan juga projek-projek lain yang pelaksanaannya akan membawa limpahan rahmat dan rezeki kepada rakyat negara ini. Mudah-mudahan perancangan yang telah pun dirancangkan itu akan berjaya dilaksanakan dengan penuh komitmen dan juga penuh kerjasama dari semua agensi kerajaan secara Whole of Government dan berjaya menukar landskap ekonomi negara ke arah yang lebih maju lagi. Inisitiatif-isiatif baharu untuk menaiai penjanaan ekonomi negara mudah-mudahan akan dapat diteruskan dengan penyediaan rang perlbelanjaan ini dan perkara-perkara yang berkaitan dengan penjanaan ekonomi ini akan terus berfaedah untuk rakyat dan negara ini terutamanya FDI yang akan diusaha sama dengan DARe ataupun Darussalam Enterprise, semata-mata untuk meningkatkan ekonomi negara.
Akhirnya, koala doakan semoga Negara Brunei Darussalam akan terus maju di bawah kepimpinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dengan izin dan rahmat دولة البرق والايمان. Akhirnya koala ucapkan terima kasih.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua
Saya persilakan sekarang Yang Berhormat Awang Haji Tahamit bin Haji Nudin.
Yang Berhormat Awang Haji Tahamit bin Haji Nudin
Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.
(missing Jawi words)
Penularan wabak COVID-19 telah memberikan kesan kepada keseluruhan aktiviti ekonomi di seluruh negara termasuk sektor penternakan dan ini termasuklah industri ayam. Pelaksanaan beberapa sekatan telah menyebabkan ternakan tertekan terpaksa menghadkan pengoperasian. Hal ini telah menyebabkan penurunan permintaan dan penggunaan telur, sebilangan ahli perniagaan dan pengusaha makanan tempatan.
Diminta pihak yang berkenaan menyatakan sejauh manakah penularan wabak COVID-19 di negara ini memberikan kesan pada sektor penternakan telur ayam bagi memastikan bekalan makanan terutamanya bekalan telur domestik sentiasa mencukupi dan terjamin.;
Koala minta pihak kementerian menjelaskan mengenai perancangan pembelian ubat antiviral oleh kerajaan. Apakah langkah-langkah yang diambil pihak kerajaan dalam memastikan bekalan ubat antiviral ini akan sentiasa mencukupi.;
Kaola minta pihak kementerian menjelaskan mengenai status pembekalan Art Test Kits yang amat diperlukan seiring dengan meningkatnya kes wabak COVID-19 saban hari bagi memastikan kesejahteraan rakyat akan terus terjamin.;
Diminta pihak yang berkenaan menyatakan sekiranya ada pihak kerajaan telah melantik ejen bagi membekalkan barangan keperluan asas ke kawasan pedalaman bagi mengelakkan harga barang yang dijual ini tinggi oleh orang tengah.;
Kaola minta pihak yang berkenaan bagi menyatakan bilangan pasar tani dan pasar mengikut daerah dan apakah hasil pengeluaran pertanian tempatan dapat memenuhi keperluan penduduk setakat ini? Apakah langkah-langkah yang diambil pihak kerajaan dalam merancakkan lagi kecukupan bekalan tempatan di semua peringkat daerah?;
Kaola minta pihak kementerian yang berwajib menyatakan apakah langkah-langkah kerajaan dalam mengurangkan kebergantungan terhadap import makanan dan seterusnya menjamin keselamatan makanan terutamanya pada masa-masa kecemasan.;
Kaola ingin penjelasan dari pihak kementerian bagi menyatakan apakah ada perancangan kementerian dalam menambah baik sistem pembelajaran talian Internet pelajar-pelajar terutamanya yang berada di kawasan pedalaman yang mana menunjukkan terdapatnya isu pencapaian Internet yang boleh menjejaskan proses pembelajaran dan pengajaran melalui talian yang menggunakan Internet. Isu pencapaian Internet ini juga dialami oleh segelintir penduduk yang tinggal di kawasan bandar yang luar Internet lagging terjadi oleh kerana pemakaian ramai orang dalam satu masa di satu tempat.;
Kaola minta penjelasan dari pihak kementerian yang berwajib untuk menyatakan adakah perancangan untuk tujuan penjagaan kesihatan wabak COVID-19 bagi memastikan keselamatan negara dan juga sebagai persediaan sekiranya berlaku varian baharu. Dengan ini juga mengurangkan pengeluaran pendapatan negara ke luar negeri.;
Kaola minta pihak kementerian yang berkenaan menjelaskan berhubung nasib golongan Orang Kurang Upaya selepas habis tempoh tamat pengajian. Adakah peruntukan untuk membina program yang menawarkan peluang pekerjaan dalam sektor kerajaan dalam usaha meningkatkan kredibiliti negara untuk menerima pengalaman pekerjaan sebenar pada masa akan datang dan dengan pengalaman itu diharapkan boleh meningkatkan kebolehpasaran golongan Orang Kurang Upaya di negara ini.; dan
Kaola mencadangkan agar syarikat-syarikat swasta dapat melibatkan diri dalam menyediakan komputer riba atau Internet kepada pelajar yang kurang berkemampuan atau dari kalangan keluarga yang berpendapatan rendah untuk menjalankan tanggungjawab sosial dalam membantu keperluan murid-murid dan para siswazah dengan melihat kepada aspek sesebuah syarikat itu.
Sekian terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua
Saya persilakan sekarang Yang Berhormat Awang Haji Ramli bin Haji Lahit.
Yang Berhormat Awang Haji Ramli bin Haji Lahit
Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua. بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ Alhamdulillah, segala puji bagi Allah s.w.t, Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Kaola merakamkan tahniah yang setinggi-tingginya kepada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II atas pembentangan kertas cadangan Rang Undang-Undang (2022) Perbekalan, 2022/2023 untuk membenarkan pengeluaran sejumlah $5.7 bilion dari Kumpulan Wang Yang Disatukan yang sangat jelas dan komprehensif.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Memandangkan situasi minyak dunia masih pada tahap yang tidak menentu tambahan kesan wabak COVID-19, maka sebagai negara pengeluar minyak mempengaruhi ekonomi negara ini kerana kejatuhan harga minyak dunia dan penurunan pengeluaran minyak. دَوْلَةٌ, dari sektor bahan minyak dan gas, ada peningkatan kadar 1%. Walau bagaimanapun, kini fiskal negara masih memandai capabaran defisit sejumlah $2.5 bilion iaitu meningkat dari tahun lepas.
Maka kawalan perbelanjaan yang baru dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II bagi kelihatannya masih diutrustkan. Tadi menghadapi peningkatan defisit sesuai dengan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama dari Musim Permisyuaratan Kelapan Belas Majlis Mesyuarat Negara pada 23 Rejab 1443 bersamaan 24 Februari 2022 yang mengingatkan bahawa:
"...kewangan negara hendaklah dikendalikan dengan berhemah dan berdisiplin serta berdasarkan keutamaan...".
Sesungguhnya kaola menyokong penuh Rang Undang-Undang (2022) Perbelanjaan, ini kerana ia usaha untuk mengurangkan unjuran defisit belanjawan negara, iaitu bertujuan mewujudkan fiscal space yang cukup agar perbelanjaan kerajaan akan dapat disalurkan kepada projek-projek utama dan perlu sahaja bagi mencapai keseimbangan belanjawan dan memastikan kestabilan fiskal negara.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Dalam pembentangan tadi, Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II menjelaskan beberapa inisiatif yang telah dan akan dilaksanakan sebagai cara negara ini berbelanja secara berhemah dan dirancang iaitu bertemakan: “Memperkasa Kesejahteraan Awam Ke Arah Sosioekonomi Yang Lebih Resilien” mengikut keutamaan dan keperluan serta berwaspad agar ada ruang yang luas untuk memberi pekerjaan kepada anak-anak tempatan menurusi projek perusahaan dan pelaburan yang mampu menyediakan kepelbagaian ekonomi terutama dalam sektor swasta dan menarik Pelaburan Langsung Asing (FDI) yang sudah pasti membantu perkembangan ekonomi negara.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Rakyat harus bersyukur kerana perbelanjaan masih mengutamakan keperluan kebajikan dan kesejahteraan awam yang berkaitan dengan pendidikan, kesihatan, keagamaan, kebelaian, kemudahan-kemudahan awam dan membantu golongan Orang yang kurang mampu dan Orang Kurang Upaya serta bantuan kepada pengusaha-pengusaha sektor swasta dan pekerja sendiri yang turut terkesan dengan Covid 19.
Kesimpulan tadi pembentangan cadangan Rang Undang-Undang (2022) Perbelanjaan, 2022/2023 oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II adalah jelas nyata dan penduduk negara ini masih dapat menikmati kesejahteraan dan kemakmuran berkat kepimpinan bijaksana Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang sentiasa memeduli rakyat di samping tidak menapikan keperluan dan mataadat penting kerajaan agar penduduk dan negara menikmati segala kemudahan dan inisiatif kerajaan secara berterusan.
Sekian,
بسم الله الرحمن الرحيم
Yang Berhormat Yang Di-Pertua
Saya persilakan Yang Berhormat Awang Ong Tiong Oh.
Yang Berhormat Awang Ong Tiong Oh
Terima Kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Kaola menyokong sepenuh-penuhnya Rang Undang-Undang (2022) Perbelanjaan, 2022/2023 yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II. Kaola menyentuh mengenai satu perkara, iaitu perbekalan semasa secara ad hoc. Sejak gelombang kedua wabak COVID-19 melanda negara kita pada 9 Ogos 2021 kesemua kementerian telah mengambil inisiatif dan langkah-langkah berjaga-jaga untuk melindungi kakitangannya dan menyediakan PPE kit ujian, sanitasi dan sebagainya. Dengan tiadanya penghujung wabak, pembelian berkenaan akan berterusan. Memandangkan juga peruntukan perbelanjaan ini adalah secara ad hoc tidak dirancangkan dalam bajet setiap kementerian, saya ingin mencadangkan agar setiap kementerian membuat bajet untuk perbelanjaan berkaitan dengan wabak COVID-19 dengan membuhat perancangan bajet jumlah keseluruhan perbelanjaan kementerian akan membantu Kementerian Kewangan dan Ekonomi dalam merancang secara strategik untuk belanjaan tahun berikutnya. Sekian, Terima Kasih.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua
Saya persilakan sekarang Yang Berhormat Awang Haji Abdul Wahab bin Apong.
Yang Berhormat Awang Haji Abdul Wahab bin Apong
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد خاتم النبيين Terima Kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kaola menggabungkan diri menyokong Rang Undang-Undang (2022), Perbekalan, 2022/2023 yang disampaikan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II sebentar tadi.
(missing Jawi word) bersyukur dengan bajet bagi Tahun Kewangan 2022/2023 sebanyak $5.7 bilion walaupun ia kurang dari bajet Tahun Kewangan 2021/2022 tapi kaola yakin ia satu langkah penjimatan di samping usaha-usaha lain yang menjana kepada pendapatan negara melalui projek-projek berasaskan value for money. Dalam hal ini kaola ingin mengetahui projek-projek manakah yang terlaksanakan dalam tempoh-tempoh yang lalu dan mendatangkan hasil value for money yang ditetapkan pada sesi Majlis Mesyuarat Negara yang lalu. Kaola berpendapat projek-projek berkenaan perlu diambil contoh dan kaedah dan pendekatannya untuk digunakan oleh jabatan dan kementerian berkenaan dalam membelanjakan bajet tahun ini. Kaola percaya hasil pendapatan dari projek-projek sebelumnya dan projek yang akan diungkayahkan bolehlah kita nilai dari segi kegunaannya untuk masyarakat yang memerlukan serta dan untuk menjana projek kebajikan bagi kesenangan rakyat.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua, kaola juga menyentuh dengan Peruntukan Rampaien yang yang berjumlah $790 juta. Kaola difahamkan jabatan-jabatan berkenaan diperlukan untuk memohon bagi menggunakan peruntukan ini. Usulan kaola supaya kalau dapat cadangan-cadangan yang dihadapkan akan dapat ditundukkan dengan berkesan dan cepat dan bukan saja fokus kepada pemintalan projek – projek tertentu dan berskala besar, juga berbentuk projek value for money dan ia menguntungkan negara dan komuniti dan terutama kepada program-program atau projek yang menjana kepada incubation product, produk-produk ciptaan orang Brunei demi membantu dalam proses pengkomersialan untuk jualan pasaran domestik dan antarabangsa.
Produk yang kala maksudkan adalah sebagai contoh produk-produk dari Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME), 1PIK dan yang berbentuk penyelidikan dari pusat-pusat penjagaan tinggi dan produk-produk dan pertandingan CIPTA dan sebagainya. Kaola percaya dengan bantuan kewangan itu nanti, produk-produk ciptaan itu bukan sahaja akan menjadi kebanggaan negara akan tetapi juga akan membantu perkembangan ekonomi negara dan rakyat. Sekian, Terima kasih.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua
Saya persilakan Yang Berhormat Fdr. Ar. Dayang Siti Rozaimeriyanty binti Dato Seri Laila Jasa Haji Abdul Rahman.
Yang Berhormat Fdr. Ar. Dayang Siti Rozaimeriyanty binti Dato Seri Laila Jasa Haji Abdul Rahman
Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Kaola memohon sekali lagi untuk mengemukakan soalan bagi tambahan kepada soalan kaola pada sebelah petang tadi. Konsentrasi kaola sedikit terganggu pagi tadi Yang Berhormat Yang Di-Pertua mungkin sebab pembentangan yang sangat komprehensif dan bernas. Kita mengetahui negara telah mula mengalami defisit yang substansitif sekan lama setiap tahun bermula tahun 2015 hinggaIah 2022 seperti yang dianggarkan kecuali pada tahun 2018.
Saya memahami bahawa beberapa strategi sedang dilaksanakan dan usaha-usaha negara yang tidak putus-putus dalam melaksanakan strategi-strategi tersebut. Namun, melihat kepada keperluan dan kepentingan negara untuk bertindak dan mencapai kemampnan atau sustainability, apakah pilihan lain yang kita ada dan bagaimanakah negara hendak mengatasi isu defisit jangka panjang ini. Negara juga telah mengurangkan perbelanjaan sebanyak yang boleh tetapi kita juga tidak seharusnya menggunakan simpanan negara (reserved fund) kita secara berterusan. Terima Kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua
Ahli-Ahli Yang Berhormat, Rang Undang-Undang (2022) Perbelakan, 2022/2023 yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II telah juga dibincangkan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat dan sekarang tibalah masa bagi kita untuk mengundi sama ada Rang Undang-Undang ini kita luluskan atau sebaliknya.
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila angkat tangan.
(Semua Ahli mengangkat tangan tanda bersetuju)
Nampaknya semua Ahli Yang Berhormat bersetuju dan Rang Undang-Undang ini diluluskan.
Yang Dimuliakan Jurutulis
"Satu Akta Untuk Membekalkan Sejumlah Wang Dari Kumpulan Yang Disatukan Bagi Perkhidmatan Tahun Kewangan 2022/2023 dan untuk memperuntukkan wang yang tersebut bagi maksud-maksud tertentu".
Yang Berhormat Yang Di-Pertua
Ahli-Ahli Yang Berhormat terdahulu daripada ini tadi Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II telah memberikan notis untuk membuat beberapa kenyataan berkaitan beberapa soalan yang dikemukakan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat. Saya akan memberikan kesempatan kepada Yang Berhormat untuk membuat sedemikian apabila tiba masanya nanti.
Sekarang kita teruskan mesyuarat kita. Rang Undang-Undang (2022) Perbekalan, 2022/2023 akan kita teliti pula satu per satu maka bagi membolehkan perkara ini diklasikan saya tangguhkan Persidangan Majlis Mesyuarat Negara dan Majlis ini akan bersidang di Peringkat Jawatankuasa sepenuhnya.
(Majlis Mesyuarat ditangguhkan)
(Mesyuarat bersidang sebagai Jawatankuasa)
Yang Berhormat Pengerusi
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekarang Majlis ini bersidang di Peringkat Jawatankuasa sepenuhnya bagi membincangkan Rang Undang-Undang (2022) Perbekalan, 2022/2023 satu per satu yang telah pun dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II.
Yang Dimuliakan Jurutulis
Bab 2, Ceraian (1) dan (2).
Yang Berhormat Pengerusi
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Sekarang kita membincangkan Bab 2, Ceraian (1) dan (2). Sekiranya ada Ahli-Ahli yang ingin untuk membahaskan, jika tidak ada maka saya ingin bertanya sekarang bagi Ahli-Ahli yang bersetuju supaya Bab 2, Ceraian (1) dan (2) kita luluskan, sila angkat tangan.
(Semua Ahli mengangkat tangan tanda bersetuju)
Yang Dimuliakan Jurutulis
Bab 2, Ceraian (1) dan (2) dijadikan sebahagian daripada Jadual.
Yang Berhormat Pengerusi
Ahli-Ahli Yang Berhormat, saya telah difahamkan bahwa Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II telah memohon dan berhasrat supaya Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri akan dapat lebih dahulu dibincangkan. Dengan yang demikian, saya ingin mempersilakan Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II untuk menyampaikan penerangannya atau mukadimahnya tentang penyediaan belanjawan kementerian Yang Berhormat itu, silakan Yang Berhormat.
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ دكتَّأْ ينب دان سلام سيآجهترا يانغ برهرمت پڠروسي دان اهل-اهل يانغ برهرمت.
Koala ingin berterima kasih kepada Yang Berhormat Pengerusi kerana memberi peluang bagi koala menyampaikan mukadimah di Dewan yang mulia pada hari ini. بِسْمِ اللهِ bagi Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dengan penuh hormat dan takzim sukacita menyembahkan ucapan menjunjung kasih yang setinggi-tingginya Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atas kerjas itah baginda semasa sidat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama Dari Muslim Permesyuaratan Yang Kelapan Belas, Majlis Mesyuarat Negara pada 24 Februari 2022 yang lalu.
Yang Berhormat Pengerusi. بِسْمِ اللهِ juga ingin merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang menyokong peruntukan sejumlah $127,524,90 bagi Tahun Kewangan 2022/2023 untuk Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri yang disenaraikan seperti yang berikut:
Sebanyak $43,75,680.00 untuk Gaji Pegawai-Pegawai dan Kakitangan di dalam dan di luar negeri;
Sejumlah $69,516,570.00 untuk Perbelanjaan Berulang-Ulang; dan
Sejumlah $14,931,840.00 di-peruntukkan bagi Perbelanjaan Kemajuan.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.
بِسْمِ اللهِ Negara Brunei Darussalam telah berjaya melaksanakan tanggungjawabnya sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun lepas dengan tema: "We Care, We Prepare, We Prosper." Kematian telah diberikan dalam keselamatan dan kesejahteraan rakyat ASEAN lebih-lebih lagi apabila dunia sedang berhadapan dengan cabaran serantau global yang tidak menentu.
Semasa menjadi Pengerusi ASEAN, Negara Brunei Darussalam telah menghadapi pelbagai cabaran. Salah satu yang paling mencabar adalah penularan wabak COVID-19 termasuk Varian Delta semasa gelombang kedua melanda negara kita pada bulan Ogos tahun lepas. Memandang impak wabak COVID-19 meliputi pelbagai aspek kehidupan seperti kesihatan, ekonomi, kesejahteraan dan sebagainya, adalah patut bagi ASEAN untuk mengambil pendekatan yang holistik dalam usaha pemulihan daripada pandemik tersebut. Negara Brunei Darussalam telah mengambil keputusan sewajarnya dalam menangani wabak COVID-19 dengan melaksanakan sekatan perjalanan yang ketat sambil berusaha untuk meningkatkan peratus vaksinasi di negara ini.
Dalam hal ini, negara kita tidak bersendirian dalam menghadapi wabak COVID-19. Ini terbukti dengan bantuan dan kerjasama yang diterima dari beberapa negara termasuklah Australia, China, Jepun, Malaysia dan Singapura yang telah menyumbangkan vaksin kepada Negara Brunei Darussalam. Ada juga rakan-rakan lain yang memberi bantuan dalam memudahkan proses untuk mendapatkan vaksin serta memberi sumbangan barang peralatan perubatan dan usaha membantu negara ini menangani penularan wabak COVID-19.
Koala dalam kesempatan ini, ingin mengucapkan terima kasih kepada semua negara rakan yang telah membantu. Semoga kerjasama baik ini terus terjalin dengan erat pada masa akan datang. Bantuan seperti ini adalah satu manifestasi hubungan yang akrab dan kerjasama dua hala yang aktif antara Negara Brunei Darussalam dengan negara-negara serantau berasaskan nilai "berat sama dipikul ringan sama dijinjing".
Selain itu, deliverables Negara Brunei Darussalam juga telah mengambil kira keutamaan-keutamaan negara ini khususnya usaha-usaha ke arah pelaksanaan Wawasan Brunei 2035 seperti pembangunan ekonomi yang mampan, persediaan untuk mengatasi cabaran masa hadapan serta membina keupayaan golongan belia supaya sebagai pengganti dan ketua pada masa hadapan.
Dalam masa yang sama di peringkat ASEAN, Negara Brunei Darussalam telah mengetengahkan pelbagai usaha bagi proses pemulihan dari wabak COVID-19 terutama dalam meningkatkan pembangunan komuniti ASEAN antaranya ialah mendapatkan persetujuan negara ASEAN untuk menggunakan dana sejumlah US$10.5 juta daripada wabak COVID-19 ASEAN Response Fund bagi mendapatkan vaksin wabak COVID-19 untuk setiap negara ASEAN termasuk Brunei melalui kerjasama dengan United Nations Children Fund (UNICEF).
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.
Negara Brunei Darussalam juga telah mengetengahkan satu inisiatif yang dinamakan Bandar Seri Begawan Declaration on the Strategic and Holistic Initiative To Link ASEAN Responses To Emergency And Disaster (ASEAN SHIELD). Inisiatif seperti ini bertujuan memperkukuhkan penyelarasan antara badan-badan sektor ASEAN di peringkat serantau dan badan-badan agensi kerajaan di peringkat kebangsaan. Sehubungan dengan itu, ASEAN SHIELD diharapkan akan meningkatkan tindak balas yang cepat dan berkesan dalam menangani pelbagai situasi kecemasan dan menjana pada masa akan datang. Negara Brunei Darussalam juga telah mengambil inisiatif untuk memajukan kepentingan kerjasama dalam menangani pelbagai isu antaranya ialah isu kesihatan mental yang semakin menjadi-jadi di merata tempat lanjutan lockdown berkali-kali, quarantine order dan dengan pengasingan diri akibat wabak COVID-19.
Dengan terhasilnya EAS Leaders’ Statement On Mental Health Cooperation yang diluluskan semasa Sidang Kemuncak Asia Timur Ke-16 pada tahun lepas, Negara Brunei Darussalam telah mengajur EAS Workshop On Mental Health cooperation in the COVID-19 Recovery bersama Australia. Workshop tersebut telah mengongsikan pengalaman dan amalan terbaik mengenai penggubalan dan pelaksanaan dasar berkaitan dengan kesihatan mental yang masih mendapat kurang perhatian di peringkat serantau mahupun antarabangsa.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.
Untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran setiap negara pada masa jangka panjang persediaan mesti bermula pada peringkat awal untuk melahirkan golongan belia yang dinamik, berdaya saing dan mempunyai pengetahuan dan relevan serta berani dan bersedia menghadapi cabaran isu-isu semasa pada masa yang akan datang.
Sehubungan dengan itu, Negara Brunei Darussalam telah melaksanakan satu inisiatif yang dinamakan ASEAN Junior Fellowship Programme, yang mana program ini akan menyumbangkan kepada peningkatan kapasiti dan pengetahuan secara menyeluruh bagi pegawai-pegawai baharu dari setiap negara ASEAN melalui pemerantapan di Sekretariat ASEAN di Jakarta, Indonesia. Bagi menunjukkan komitmen ke arah memajukan pembangunan Komuniti ASEAN, Negara Brunei Darussalam akan menyumbang dana sejumlah $100,000.00 setiap tahun untuk 10 tahun akan datang.
Apabila kita melabur dalam golongan belia melalui program-program seperti ini, mereka akan menggalang kepentingan setia kawan dan persahabatan ke arah menjaminkan keamanan di rantau ini pada masa akan datang. Ini adalah salah satu pengajaran yang harus diterapkan dan diwaraskan kepada generasi zaman muda sekarang kerana dengan pemahaman ini kita dapat menjaga keharmonian dan keamanan pada masa akan datang. Selain itu, rakyat Negara Brunei Darussalam boleh memanfaatkan biasiswa-biasiswa yang ditawarkan menerusi kerjasama ASEAN seperti Australia for ASEAN Scholarship bermula pada tahun lepas dalam lingkungan 10 scholarship telah ditawarkan dalam jurusan maritim, ekonomi, connectivity dan kerjasama pembangunan.
Ini adalah salah satu hasil daripada usaha Negara Brunei Darussalam dalam mengeratkan hubungan ASEAN dengan Australia khususnya di bawah Comprehensive Strategic Partnership. Dari segi pembangunan kapasiti negara pula, Negara Brunei Darussalam boleh memanfaatkan kepakaran-kepakaran China dalam pelbagai bidang teknikal itaiku melalui persetujuan kerjasama teknikal antara ASEAN dan China untuk meningkatkan kapasiti tempatan dan memenuhi keperluan sumber tenaga manusia. Ini juga merupakan hasil daripada usaha Negara Brunei Darussalam dalam mengeratkan hubungan ASEAN-China sehingga terjalinnya Comprehensive Strategic Partnership pada tahun lepas. Selain itu, ASEAN juga telah mengalu-alukan United Kingdom sebagai rakan dialog baharu yang pertama dalam tempoh dua dekad. Status rakan dialog ini akan merintis ke arah kerjasama yang lebih erat antara negara ASEAN dan United Kingdom.
نيغارا Brunei Darussalam dan United Kingdom juga pada tahun lepas telah menubuhkan dialog strategik. Ini sudah pasti akan mengeratkan hubungan baik terutamanya dalam bidang-bidang yang United Kingdom mempunyai kepakaran dan sumber-sumber yang boleh dimanfaatkan oleh Negara Brunei Darussalam seperti pendidikan tinggi, pelancongan, teknologi dan sains.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.
Dari sudut ekonomi Negara Brunei Darussalam boleh mengambil peluang untuk meningkatkan aktivit-aktiviti perdagangan dan pelaburan melalui perjanjian Regional Comprehensive Economic Partnership (RCEP) yang telah mula berkuatkuasa 01 Januari lepas. Sebagai kesepakatan perdagangan terbesar di dunia, RCEP ini membawa potensi yang amat besar bagi perdagangan serantau termasuk menggalakkan kemudahan perdagangan dan pelaburan global. Kaola juga sukacita memaklumkan bahawa ASEAN bersetuju bagi ASEAN Travel Corridor Arrangement Framework yang akan memudahkan perjalanan antara negara ASEAN, terutamanya dalam fasa pemulihan fasa COVID-19. Selain itu, pelbagai usaha lain juga telah dilaksan dan antaranya ialah ASEAN Leaders' Declaration On Upholding Multilateralism dan ASEAN Leaders' Declaration On Blue Economy. Kesemua inisiatif ini bertujuan untuk menyumbangkan kepada menegakkan sistem antarabangsa berasaskan peraturan dan dalam menggalakkan keamanan, kestabilan dan kemampanan antarabangsa sepertimana termaktub dalam piagam United Nation.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.
Awalnya "pohon yang besar bermula dari sebij bij benih", ini adalah satu kata ulama. Begitu juga dengan asas dasar luar Negara Brunei Darussalam yang bermula dari titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 1 Januari 1984. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam antara lainnya menitahkan bahawa Negara Brunei Darussalam akan bekerjasama dengan semua rakan untuk mencapai keamanan kemajuan ekonomi dan persahabatan dengan negara-negara lain. Atas dasar kesaksamaan saling menghormati kedaulatan dan integriti wilayah dan atas prinsip-prinsip tidak campur tangan dalam hal-ehwal negara lain.
Sehubungan dengan itu, Negara Brunei Darussalam telah mengamalkan dasar luar negara yang berpandukan kepada prinsip berbaik-baik saling memahami dan tidak mencampuri hal ehwal dalam negeri lain. Bagi memastikan kedaulatan dan kepentingan negara terus dihormati dan terpelihara, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri juga akan terus berusaha menajaga kepentingan keselamatan negara menerusi dasar-dasar ini di samping meningkatkan dan mengenal pasti bidang-bidang kerjasama dengan negara-negara luar untuk mencapai manfaat bersama serta menaikkan imej negara dalam arena antarabangsa.
Usaha ini diharap akan terus menyumbang keselamatan kesejahteraan dan pembangunan negara yang berterusan. Keutamaan juga diberikan kepada dialog perdunigan rapat dengan negara lain dalam menyelesaikan isu serta memupuk pemufakatan dalam kalangan semua pihak yang berkenaan.
Pendekatan Negara Brunei Darussalam adalah untuk melibatkan negara-negara lain secara aman dan constructive dengan matlamat untuk mempromosikan muhibbah dan mendapatkan kaedah-kaedah bersama. Koalop percaya semua komitmen ini selaras dengan konsep Melayu Islam Beraja.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.
Salah satu peranan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri adalah menjadi focal point antara agensi-agensi kerajaan Negara Brunei Darussalam dengan pejabat-pejabat perwakilan luar negeri di Bandar Seri Begawan ataupun sebaliknya. Sebagai focal point ini, membolehkan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri untuk mempertingkatkan lagi kerjasama dengan negara-negara yang lain, ia juga memberi Kementerian ini gambaran keseluruhan strategik yang membolehkan kementerian ini untuk memberi pandangan yang constructive kepada kementerian-kementerian yang lainnya. Ini selaras dengan Whole Of Nation Approach yang tanggungjawab kementerian ini untuk menjalankan hubungan dengan negara-negara lain termasuk perkara yang berkaitan dengan hubungan politik, hal ehwal ekonomi, hal keselamatan dan mempromosikan hubungan sosio dan budaya.
Melalui pejabat-pejabat perwakilan di luar negara, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri akan bertindak terhadap situasi kecemasan yang boleh membahayakan keselamatan rakyat Negara Brunei Darussalam di luar negara seperti bencana alam, kekacauan orang awam ataupun perang dan penularan pandemik COVID-19 seperti yang kita alami sekarang.
Seperti koala pernah terangkan pada tahun-tahun lepas, koala ingin menyatakan bahawa bagi semua rakyat dan penduduk tetap Negara Brunei Darussalam di luar negara atau bagi mereka yang ingin ke luar negara untuk mendaftarkan diri dalam sistem e-Register di laman web Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri ataupun dengan pejabat perwakilan Negara Brunei Darussalam di luar negara. Sistem ini akan memudahkan pihak-pihak pejabat perwakilan Negara Brunei Darussalam untuk berhubung dengan mereka semasa keadaan kecemasan di mana mereka berada. Dengan adanya maklumat berkenaan, pihak Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan pejabat-pejabat perwakilan Negara Brunei Darussalam akan dapat menghubungi rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam bagi memastikan kesejahteraan, kesihatan dan keselamatan mereka.
Maklumat tersebut juga akan membantu Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan pejabat-pejabat perwakilan Negara Brunei Darussalam menghubungi ahli keluarga yang berkenaan yang berada di Negara Brunei Darussalam jika diperlukan.
Maka akhirnya koala ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada semua duta besar dan pesuruhjaya tinggi serta kedutaan, suruhanjaya tinggi Negara Brunei Darussalam di setiap pejabat perwakilan di luar negara atas khidmat bakti mereka sebagai barisan hadapan negara ini di luar negara.
Sekian sahaja yang dapat koala sampaikan.
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ. الْحَمْدُ لِلهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ. وَالصَّلاةُ وَالسَّلامُ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ اٰلِهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْنَ.
Yang Berhormat Pengerusi
Ahli-Ahli Yang Berhormat, sebentar tadi kita telah pun mendengar penerangan daripada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II mengenai penyediaan Belanjawan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri. Ada tiga orang ahli Yang Berhormat yang suka untuk menyuarakan cadangan mengenai dengan tajuk ini. Saya persilakan sekarang Yang Berhormat Awang Iswandy bin Ahmad.
Yang Berhormat Awang Iswandy bin Ahmad
Yang Berhormat Pengerusi, saya menarik diri dari menyuarakan kerana sudah pun diterangkan dengan baik oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II tadi. Terima kasih.
Yang Berhormat Pengerusi
Yang Berhormat Pengiran Haji Ali bin Pengiran Maon.
Yang Berhormat Pengiran Haji Ali bin Pengiran Maon
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ اَلْحَمْدُ لِلّهِ رَبِّ الْعٰلَمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلٰى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلٰى اٰلِهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْنَ. مَعَالِيْ شَيْخُ الْكَّرَامَ وَ سَيِّدُنَا وَمُعَلِّمُنَا دَانْ سَلاَمٍ سَيَجَتِرَا.
Yang Berhormat Pengerusi, yang pertama tahniah kepada Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri atas peruntukan yang telah diperuntukkan sebanyak $127,524,090 dan penuh juga mempergeserikan anggota-anggota negara-negara ASEAN pada tahun lepas dengan jayanya, tahniah. Yang Berhormat Pengerusi, koala terus sahaja kepada satu soalan. Kita juga ada mengikuti perkembangan berita luar negara, yang kita telah sedia maklum mengenai adanya negara-negara luar, yang sudah mengumumkan terhadap penarikan balik dan kelongsaran beberapa langkah kawalan pandemik di negara masing-masing yang setentunya bertujuan menggalakkan dan membuka perjalanan dan pergerakan orang ramai dan menghidupkan ekonomi mereka.
Negara Brunei Darussalam sejak Januari 2022 sedang melalui fasa awal endemik, dan apabila sampai waktunya jua nanti, Negara Brunei Darussalam اِنْ شَآ ءَ اللَّهُ juga akan mempertimbangkan perjalanan keluar masuk dengan lebih meluas ke arah menjalani norma-norma kehidupan yang baharu.
Koala ingin mengetahui sejauhmana perancangan pihak Kementerian Luar Negeri dalam memantau Standard Operating Procedure (SOP) di perwakilan-perwakilan kitani di luar negeri bagi memantau dan memastikan kesejahteraan warganegara Brunei Darussalam semasa keberadaan mereka di luar negeri sekiranya mengalami antaranya rawatan akibat jangkitan terus serta menangani situasi-situasi yang melibatkan كَفَارَةٌ مِنِّ اللَّهِ kematian warganegara Brunei Darussalam yang disebabkan oleh jangkitan wabak COVID-19 dan menghendaki proses pemulangan jenazah ke tanah air menurut garis panduan negara tuan rumah berkenaan. Itu saja Yang Berhormat Pengerusi. Terima kasih.
Yang Berhormat Pengerusi
Silakan Yang Berhormat.
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi, Yang Berhormat mengenai hal ehwal kesejahteraan dan keselamatan setiap kakitangan di kedutaan ataupun suruhanjaya kitani di luar negeri. Adalah menjadi keutamaan yang penting (top priority) kerana sepertimana koala/peramba nyatakan tadi, mereka ini adalah frontliner tetapi di luar negeri. Kalau mengikut ceritanya, pada tahun lepas, keutamaan arahan yang pertama diberikan kepada mission salin untuk mendapatkan vaccination kerana mereka mendapatkan vaksin lebih awal daripada kitaani. Seawal-awal bulan April tahun lepas.
Jadi semua mission telah diarahkan untuk mengambil mana-mana vaksin yang ditawarkan oleh negara-negara yang mereka duduki. Kedua, selain itu mereka juga diarahkan untuk memakai dan melaksanakan SOP seperti mana kita laksanakan di negara ini menurut SOP Kementerian Kesihatan, seperti penjarakan, memakai sungkup muka dan menjauhi dari kawasan keramaian orang. Di samping itu juga, dilaksanakan Business Continuity Plan semasa sebelum merebak mendapatkan vaksinasi yang penuh dan pada masa ini memandangkan semua kakitangan di suruhanya dan kedutaan di luar negeri sudah mendapatkan vaksinasi mereka yang kedua, dan seterusnya ada yang mendapat booster, maka tatacara kerja dipermudahkan sedikit, tetapi masih dengan SOP seperti sungkup muka dan penjarakan sosial.
Sekiranya ada kes-kes yang teruk dan yang mengakibatkan kehilangan nyawa, maka kementerian menerusi usaha-usahanya akan memandikan jenazah secara laju dan awal tertakluk kepada permintaan daripada pihak keluarga. Ini pernah berlaku pada tahun lepas, seperti kembalinya ke rahmatullah Duta Besar di Mesir. إِنَّا لِلَّهِ semuaanya selesai dilaksanakan. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi
Terima kasih Berhormat Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II. Saya persilakan Yang Berhormat Awang Haji Ramli bin Haji Lahit.
Yang Berhormat Awang Haji Ramli bin Haji Lahit
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
إِنَّا لِلَّهِ, lebih dahulu kaola merakamkan ucapan penghargaan dan tahniah yang setinggi-tingginya atas penghormatan mukadimah oleh Yang Berberamat Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II. Dalam Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri iaitu di bawah Tajuk SCO1A dengan jumlah peruntukan $112,592,250 iaitu khusus untuk Akaun 11104-02 - Pengubuhsuaian Pejabat Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Bubungan Dua Belas, yang mempunyai Anggaran Belanjawan 2022/2023 berjumlah $951,840.00 sahaja dengan Harga Rancangan RKN-11, $4 juta. Kaola ingin tahu akan perancangan dasar khususnya Bubungan Dua Belas sahaja, iaitu mengenai pengisian dan kepentingan untuk perkongsian dengan orang awam, mungkin juga maklumat sejarah atau ada perkara lain yang boleh menarik minat orang ramai berkunjung ke Bangunan Bubungan Dua Belas ini kerana dari segi nama bangunan sahaja ia sangat unik. Jadi diharap ada pemberiagan dalam dan luar negara mengenai keunikan bangunan ini. Sekian sahaja terima kasih.
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi dan Yang Berhormat atas pertanyaan yang diajukan. Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, Bubungan Dua Belas memanglah merupakan salah satu landmark ataupun tempat bersejarah dan pihak kementerian memang dari awal sudah mengetahui dan mengambil maklum mengenai perkara ini. Jadi,nya, pada masa ini kerja-kerja membaik pulih telah selesai dilaksanakan dan pihak kementerian sedang berunding dengan pihak Kementerian Kewangan dan Ekonomi untuk memajukan tapak tersebut dari segi komersial tertakluk kepada tawaran-tawaran yang dapat diterima ataupun interest dari pihak-pihak swasta yang bila diterima setelah ia dibuka dengan cara-cara yang disediakan. Pada masa ini syarat-syarat tersebut sedang didevelop supaya ia lebih tulus untuk menarik pelabur-pelabur dari pihak swasta. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi
Terima kasih Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II atas jawapan yang telah diberikan. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekarang saya kira sudah sampai masanya bagi kita untuk mengundi. Ahli-Ahli bersetuju supaya tajuk ini kita luluskan. Sila angkat tangan.
(Semua Ahli mengangkat tangan tanda bersetuju)
Yang Berhormat Pengerusi
Terima kasih, semuanya bersetuju.
Yang Dimuliakan Jurutulis
Tajuk SC01A - Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dijadikan sebahagian daripada Jadual. Tajuk SA01A hingga Tajuk SA10A Jabatan Perdana Menteri.
Yang Berhormat Pengerusi
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kita sekarang akan membincangkan Jadual bagi Jabatan Perdana Menteri dan jabatan-jabatan di bawahnya. Sebelum saya membakukan tajuk ini dibahaskan dan dibincangkan, ada terdapat 5 buah jabatan di bawah Jabatan Perdana Menteri di bawah kategori jabatan-jabatan yang dikatakan tertutup, iaitu Biro Kawalan Narkotik, Biro Mencegah Rasuah, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri, Pasukan Polis Diraja Brunei dan Jabatan Penyelidikkan Brunei. Oleh sebab jabatan-jabatan ini berkaitan langsung dengan hal-ehwal strategik keselamatan negara, isu-isu yang akan dibincangkan mungkin perkara-perkara yang sensitif dan tidak berkseusaan untuk dibincangkan secara terbuka maka tidak perlu dibincangkan di Dewan ini. Walau bagaimanapun, saya membukakan kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat untuk membahaskan tajuk-tajuk di bawah Jabatan Perdana Menteri, ini kemudian saya ingin memberikan peluang kepada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II untuk membuat kenyataan tentang penyediaan Belanjawan serta hala tuju Jabatan Perdana Menteri.
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعٰلَمِيْنَ وَالصَّلٰوةُ وَالسَّلَامُ عَلٰى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلٰى آلِهٖ وَصَحْبِهٖ اَجْمَعِيْنَ.
Yang Berhormat Pengerusi. Sebelum jawatankuasa ini membincangkan Belanjawan Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan-Jabatan di bawahnya kaola ingin memohon keizinan Yang Berhormat Pengerusi untuk mengongsikan secara am tumpuan dan keutamaan Jabatan Perdana Menteri bagi Tahun Kewangan 2022/2023. Ia bertujuan memandu perbincangan supaya lebih fokus dan terarah kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan hal-ehwal belanjawan yang akan dibincangkan. Belanjawan Jabatan Perdana Menteri dirangka bagi mendukung tema Belanjawan 2022/2023 iaitu: "Memperkasa Kesejahteraan Awam Ke Arah Sosioekonomi Yang Lebih Resilien" serta empat keutamaannya iaitu: Memelihara Kesejahteraan Awam, Menjamin Sekuriti Makanan, Mendukung dan Membantu Sektor Swasta Agar Berdaya Tahan dan Berkembang dan Meningkatkan Kompetasi Sumber Manusia Ke Arah Work And Future Ready.
Yang Berhormat Pengerusi. Seperti juga Rang Belanjawan 2022/2023 yang dibentangkan oleh koala sendiri pada sebelah pagi tadi secara umumnya rang tersebut adalah pada menjunjung tinggi hasrat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan kerajaan baginda dalam mengukuhkan kemajuan dan kedayatahan sosioekonomi negara demi menjamin kesejahteraan rakyat dan penduduk dan keamanan Negara Brunei Darussalam dalam jangka masa panjang. Ke arah itu berdasarkan tema dan empat fokus utama Belanjawan Negara Tahun Kewangan 2022/2023, Jabatan Perdana Menteri menyajerajakan sasaran keberhasilan strategik yang menumpukan kepada lima matlamat strategik Jabatan Perdana Menteri seperti yang berikut:
Urus Tadbir yang Berdaya Maju. Jabatan Perdana Menteri mempunyai peranan utama dalam memastikan urus tadbir kerajaan yang mantap dan berkesan melalui penguukuhan koordinasi dan kerjasama dalam penggubalan dasar selaras dengan pendekatan Whole of Government.
Beberapa inisiatif telah dan sedang dilaksanakan dalam mengukuhkan mekanisme urus tadbir dalam kerajaan antaranya termasuk memantapkan pelaksanaan Wawasan Brunei 2035 melalui penubuhan Jawatankuasa Kerja Wawasan Brunei 2035 dan melaksanakan penyelarasan antara Manpower Blueprint, Social Blueprint dan Economic Blueprint dalam meneliti dan memantau perkembangan Wawasan Negara Brunei Darussalam.
Sesi perbincangan dan pendekatan bersama setiap kementerian, agensi-agensi kerajaan dan pihak-pihak berkepentingan terus diadakan dan dipertingkatkan melalui pelan komunikasi. Usaha diteruskan bagi memperkasakan pemberigaan wawasan bagi memastikan kefahaman dan penghayatan yang mendalam dalam setiap lapisan masyarakat termasuk ketua-ketua kampung dan penuntut-penuntut bagi sama-sama menyakak Wawasan Brunei 2035.
Di samping itu, kaedah komunikasi yang lebih berkesan sentiasa dipertingkatkan dan diterokai selaras dengan kemajuan era digital masa ini dengan mengambil kira pandangan orang awam dan pihak-pihak berkepentingann termasuk NGO’s, pihak swasta dan golongan belia.
Memperbaiki aliran proses kerja pengurusan sumber tenaga manusia, perkhidmatan awam dengan penegalan sistem Sumber Manusia (SSM). Projek ini dibendalikan sama oleh Pusat Kebangsaan e-Kerajaan, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan Jabatan Perbendaharaan, Kementerian Kewangan dan Ekonomi. Sistem yang diintegrasikan dengan Sistem Tafis 2.0 akan dapat menambah baik pengalaman pengguna atau user experience kepada pengguna dari awal latnkan hingga tamat perkhidmatan. SSM juga mengelakkan duplikasi proses serta memudahkan lagi perkhidmatan-perkhidmatan berkaitan seperti elaun-elaun dan perkhidmatan kewangan yang lain.
Pemantauan jawatan-jawatan kosong dalam perkhidmatan awam giat diusahakan dengan mengadakan sesi perjumpaan bilataral bersama Setiausaha-Setiausaha Tetap setiap kementerian untuk mengenal pasti common issue dalam proses pengisian jawatan kosong. Inisiatif ini أَيْضًا akan dapat menangani isu-isu pengisian jawatan yang setentunya akan menyumbang kepada produktiviti dan pembangunan kapasiti perkhidmatan awam.
Setakat 19 Februari 2022 daripada sejumlah 454 jawatan Divisyen 1 yang kosong dan di bawah pemantauan sebanyak 140 jumalah jawatan kosong dalam Divisyen 1 telah diisikan melalui sokongan ke Jabatan Perkhidmatan Awam.
Manakala 26 jawatan diisikan melalui sokongan ke Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Secara keseluruhan bagi semua divisyen jawatan pula sebanyak 2,380 jawatan telah selesai diisikan dari 1 Januari 2021 hingga 31 Januari 2022.
Dalam usaha meningkatkan akauntabiliti dan tadbir urus, agensi-agensi kerajaan, Jabatan Audit berterusan melaksanakan inisiatif-inisiatif antaranya sesi perkongsian dan dialog mengenai penemuan-penemuan audit bersama pihak kementerian dan jabatan serta pengendalian kursus audit.
Dalam pada itu, Jabatan Perdana Menteri bersama Jabatan Audit juga sedang mengemas kini Surat Keliling Jabatan Perdana Menteri mengenai penubuhan Unit Audit Dalaman di kementerian dan jabatan kerajaan dalam hasrat untuk memperkukuhkan lagi mekanisme dan sistem pemantauan, kawalan-kawalan kewangan dalaman serta check and balance di setiap kementerian dan jabatan kerajaan.
Di samping pelaksanaan pengukuhan urus tadbir, perkhidmatan-perkhidmatan awam terus diberi tempuan ternyata dalam melancarkan penyampaian perkhidmatan kepada orang awam pada waktu langkah-langkah kawalan pengegarkan diadakan pandemik COVID-19. Antara contoh termasuk Suruhanjaya Perkhidmatan Awam meneruskan pengendalian ujian dan temu duga bagi jawatan-jawatan kosong secara dalam talian.
Penggubalan Undang-Undang Mahkamah Sivil telah membolehkan perbicaraan diadakan secara maya. Institut Perkhidmatan Awam terus menawarkan kursus-kursus latihan pembangunan bagi warga perkhidmatan awam secara dalam talian.
Beberapa kursus celik undang-undang juga telah dikendalikan oleh Bahagian Keselamatan Pengkuatkuasaan dan Undang-Undang bersama Pejabat Peguam Negara dan Jabatan Kehakiman Negara.;
Keselamatan dan Kestabilan Negara. Di bawah matlamat ini Jabatan Perdana Menteri menumpukan kepada menyediakan persekitaran kondusif bagi pembangunan sosial ekonomi dengan mengukuhkan keselamatan dan kestabilan negara melalui penguatkuasaan yang cekap, undang-undang yang sentiasa relevan dan sistem keadilan yang berkesan.
Antara usaha yang dilaksanakan ialah Rancangan Strategik Pejabat Peguam Negara tahun 2021/2023 yang memfokuskan mempertingkatkan pengurusan sumber tenaga manusia dan mempercepatkan penerimaan pakai teknologi undang-undang bagi mempertingkatkan tahap perkhidmatan perundangan yang efisien, inovatif dan tegas.
Kualiti penghakiman di Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah turut diberi perhatian bagi memastikan sistem keadilan yang kukuh dan berintegriti. Dalam perkara ini Mahkamah Sivil telah membuka kah unit In House Judicial Training, manakala Mahkamah Syariah mengendalikan program-program Human Capacity Building bagi Pegawai-Pegawai Kehakiman dan warga Mahkamah Syariah.
Latihan-latihan kompetensi secara berterusan kepada pegawai dan kakitangan kehakiman dan mahkamah seperti ini akan dapat memelihara kualiti pemberian perkhidmatan dalam undang-undang dan kehakiman yang sentiasa pada tahap yang tinggi.
Dari aspek kesiapsiagaan agensi-agensi keselamatan, kapasiti dan keupayaan tenaga kerja keselamatan dan penguatkuasaan khususnya Pasukan Polis Diraja Brunei telah dipertingkatkan seperti pengambilan Pegawai Kadet, Inspektor Percubaan squad dan Rekrut Polis Tambahan (APO).
Di samping itu, ke arah peningkatan keupayaan dan kapasiti serta khidmat Pasukan Polis Diraja Brunei, beberapa projek sedang dikendalikan atau dalam perancangan seperti pembinaan Balai Polis Temburong, pembinaan Akademi Pasukan Polis Diraja Brunei, pembinaan Kem Pangkalan di sempadan negara dan pembinaan Jeti Polis Marin Pasukan Polis Diraja Brunei.
Dalam pada itu agensi-agensi keselamatan dan penguatkuasaan di bawah Jabatan Perdana Menteri iaitu Pasukan Polis Diraja Brunei, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri, Biro Mencegah Rasuah, Biro Kawalan Narkotik akan terus berganding bahu dan bekerjasama rapat dalam meningkatkan usaha-usaha mereka ke arah melindungi rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam dari ancaman-ancaman keselamatan dan trend-trend jenayah seperti kegiatan subversif, penyeludupan dan pengedaran dadah.
Dalam hal ini penglibatan orang ramai juga memainkan peranan yang penting sebagai mata, telinga dan lidah kerajaan dalam kerjasama untuk mencegah dan membanteras kegiatan jenayah khususnya di peringkat masyarakat.;
Kesiapsiagaan Kerajaan. Jabatan Perdana Menteri juga memberi kepentingan kepada jalinan dan hubungan kerjasama yang kukuh antara agensi-agensi kerajaan serta pengurusan dan pengurusan tenaga kerja dan aset-aset kerajaan.
Penekanan dan usaha yang dilaksanakan termasuk dalam memastikan kesinambungan fungsi-fungsi utama kerajaan khususnya dalam menghadapi situasi pandemik COVID-19. Jabatan Perdana Menteri telah memainkan peranan penting dalam menyelaras dasar-dasar kerajaan di bawah Pelan Pemulihan Kebangsaan wabak COVID-19.
Perkara ini merupakan usaha secara Whole Of Nation Approach and Whole Of Government Approach dengan penglibatan setiap kementerian di peringkat jawatankuasa pandu dan juga 8 buah taskforce yang ditubuhkan untuk meneliti pemulihan perniagaan atau Business Recovery, Strategi kesihatan, hal-ehwal kejasehteraan dan kebajikan pengudakuaasaan, hal-ehwal rentas sempadan, hal-ehwal pendidikan, jaminan keselamatan makanan dan strategi media dan perhubungan awam.
Dalam menerapkan budaya kesiapsiagaan dalam kalangan perkhidmatan awam bagi memastikan ketersediaan masa hadapan atau future readiness. Penganugerah Anugerah Inovasi Perkhidmatan AIP adalah sebagai platform untuk meningkatkan inovasi dan usaha-usaha pemodenan dalam perkhidmatan Awam ke arah mengukuhkan kerajaan sebagai sebuah kerajaan yang future ready bukan sahaja untuk menghadapi cabaran masa hadapan tetapi juga siap siaga dalam meraih peluang-peluang pembangunan negara.;
Keberhasilan yang Memfokuskan Kepentingan Negara dan Masyarakat.
Kesejahteraan rakyat dan penduduk sentiasa menjadi tumpuan lebih-lebih lagi pada waktu yang sangat mencabar ini dalam situasi pandemik COVID-19 yang telah menjejaskan pembangunan sosioekonomi negara.
Usaha-usaha dalam memastikan kesejahteraan rakyat dan penduduk berterusan dipelihara antara lainnya termasuk pemedulian orang ramai dalam pemberian perkhidmatan-perkhidmatan awan diberikan tekanan dan perhatian melalui Jabatan Perkhidmatan Pengurusan yang berperanan sebagai focal point untuk menghadapkan aduan dan dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan pemriskaasaan dan konsultasi mengenai kualiti perkhidmatan.
Pada Tahun Kewangan 2020/2021 sebanyak 94.7% daripada aduan yang diterima telah dapat diselesaikan. Dalam perkara ini satu sistem e-Pemendulian Pelanggan akan disediakan bagi memudahkan lagi orang ramai menghadapkan aduan sebagai feedback mechanism ke arah peningkatan keberkesanan perkhidmatan - perkhidmatan kerajaan kepada orang ramai.
Melalui ManPower Planning and Employment Council (MPEC). Dalam pada itu projek-projek kolaborasi dengan institusi-institusi latihan dan sektor industri turut giat dilaksanakan sepanjang tahun termasuk penyediaan program-program kompetensi dan mengadakan acara-acara pengambilan pekerja. Antara bidang-bidang pekerjaan yang dipromosikan adalah dalam sektor tenaga, pembinaan, marin, pelancongan dan ICT.
Di samping itu dengan kerjasama Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, sesi engagement diadakan khusus untuk penerima-penerima Bantuan Kebajikan Bulanan (BKB) bagi mempersiapkan golongan tersebut untuk mencari pekerjaan melalui pendaftaran di Job Centre Brunei ataupun JCB.
Ke arah memperkukuhkan kesejahteraan awam melalui pelaksanaan dasar-dasar sosial Jabatan Perdana Menteri bersama dengan Majlis Kebangsaan Isu Sosial (MKIS). Dalam pembentukan sosio budaya Wawasan Brunei 2035 telah menjalankan analisis keadaan semasa yang melibatkan beberapa isu bersifat cross cutting. Blueprint ini bertujuan sebagai rujukan negara untuk jangka masa akan datang yang akan membimbing dasar dan strategi agensi-agensi berkepentingan bagi memastikan pembangunan sosio di negara ini selaras, sepadu dan berkesinambungan dengan rangka kerja Wawasan Brunei 2035.
Pembentukannya yang berpaksikan kepada maqasid syariah akan menyentuh pelbagai aspek sosial termasuk pendidikan, kesihatan mental, keselamatan sosial, perhubungan teknologi, infrastruktur persekitaran, masyarakat, pekerjaan dan mobiliti sosial; dan
Organisasi yang Cemerlang dan Mantap
Organisasi yang cemerlang dan mantap Jabatan Perdana Menteri secara berterusan melaksanakan inisiatif bagi mencapai kemcerlangan dan produktiviti organisasi antaranya memperkenal-kan pengurusan bakat kepimpinan dan mempertingkatkan kemahiran dalam perkhidmatan awam. Melalui program-program pembangunan di bawah Leadership pipeline, YEP, EDPMMD dan EDPSGO serta latihan-latihan kemahiran bagi warga perkhidmatan awam yang diungkayahkan oleh Institusi Perkhidmatan Awam dengan kerjasama IPT-IPT di negara ini seperti UBD, UNISSA, UTB, KUPUSB, IBTE dan sebagainya. Di samping itu, Jabatan Perdana Menteri juga telah mengenalikan kemudahan bagi pegawai dan kakitangan untuk mengikuti kursus-kursus secara separuh masa dengan yuran pengajian ditanggung oleh kerajaan melalui Skim Latihan Dalam Perkhidmatan.
Kesimpulannya dengan izin الله تعالى dan juak Jabatan Perdana Menteri dan jabatan-jabatan di bawahnya senantiasa menjurus kepada matlamat-matlamat Wawasan Brunei 2035 dengan pendekatan Whole of Nation Approach melalui strategi-strategi yang digariskan.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli Ahli Yang Berhormat.
Jabatan perdana Menteri akan terus berusaha untuk menguruskan perbelanjaan yang diperuntukkan dengan berhemah dan memastikan setiap perbelanjaan akan menghasilkan impak positif dan signifikan kepada rakyat, penduduk dan negara secara berterusan melalui pelaksanaan keutamaan-keutamaan atau prioriti Jabatan Perdana Menteri. Berasaskan itu Jabatan Perdana Menteri dari jabatan-jabatan di bawahnya bagi Tahun Kewangan 2022/2023 telah disokong untuk disediakan peruntukan untuk Gaji Kakitangan dan Perbelanjaan Berulang-Ulang berjumlah sebanyak $361,333,260 juta.
Perbelanjaan Kemajuan yang disokong pula berjumlah $23,617,210 juta. Menjadikan peruntukan keseluruhan Jabatan Perdana Menteri dan jabatan-jabatan di bawahnya yang disokong berjumlah $384,950,470.
Sekianlah sahaja secara ringkas yang dapat kaola terangkan mengenai Belanjawan Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan-Jabatan di bawahnya bagi Tahun Kewangan 2022/2023.
Yang Berhormat Pengerusi sebelum mengakhiri kaola ingin memaklumkan bahawa 5 buah jabatan di bawah Jabatan Perdana Menteri adalah jabatan-jabatan yang terturupi iaitu Biro Kawalan Narkotik, Biro Mencegah Rasuah dan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri,
Pasukan Polis Diraja Brunei dan Jabatan Penyelidikan Brunei.
Oleh sebab jabatan-jabatan ini berkaitan langsung dengan hal-ehwal strategik keselamatan negara. Jika isu-isu yang akan dibincangkan mungkin perkara yang sensitif dan tidak berkesuaian untuk dibincangkan secara terbuka.
Maka, kaola memohon pertimbangan Yang Berhormat Pengerusi supaya bajet bagi jabatan-jabatan tersebut tidaklah perlu dibincangkan. Tidak ketinggalan juga bagi perkara-perkara yang berkaitaan di bawah Jabatan Adat Istiadat Negara.
Sekian, وبالله التوفيق والهدى والسداد والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi
Terima kasih Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II.
Ahli-Ahli Yang Berhormat, sekarang kita akan membincangkan Tajuk S0A1A hingga Tajuk S0A10. Tajuk-Tajuk ini akan dibukaan untuk dibahaskan.
Sebelum itu, saya ingin mengingatkan kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat bahawa oleh sebab kita mempunyai satu target untuk kita perlu meluluskan belanjawan tahun ini, maka saya minta kerjasama semua Ahli Yang Berhormat supaya kita akan dapat menumpukan perhatian kita kepada perkara-perkara yang perlu dan mengelakkan perkara-perkara yang sudah dibincangkan pada tahun-tahun yang sudah, ditimbulkan semula ataupun ditanyakan balik-balik. Kita tumpukanlah perhatian kita supaya pekerjaan kita akan dapat berjalan dengan lancar .إِن ْ شَاءَ ٱللّ ٰ ه Silakan Yang Berhormat Awang Iswandy bin Ahmad.
Yang Berhormat Awang Iswandy bin Ahmad
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Saya cuma ingin menyentuh mengenai dua perkara iaitu:
Di bawah SA01A - Jabatan Perdana Menteri
- Pengurusan Teknologi Maklumat dan Pembangunan Perkhidmatan Digital. Dengan peruntukan yang diberi selain Gaji Kakitangan itu $1,376,610.00 di bawah Pengurusan Pembangunan Teknologi Maklumat, apakah perkembangan yang ada dalam memodernisasikan pekhidmatan pihak kerajaan kepada masyarakat? Masih didapati perkhidmatan menggunakan surat yang boleh dihantar melalui e-mel contohnya menggunakan teknologi yang outdated, contoh yang diberi oleh orang ramai ialah proses permohonan yang dapat dinilai secara digital seperti permohonan dalam talian masih memerlukan penelitian secara manual atau menghantar permohonan secara manual sekali lagi.;
Di bawah Tajuk SA10A – Jabatan Perkhidmatan Awam.
Antara tahun 2014 dan 2020, purata pendapatan bulanan dalam kalangan penduduk tempatan menurun sebanyak 18% seperti yang dilaporkan oleh Key Indicator of Labour Market dan Kajian Tenaga Kerja 2020.
Menurut kajian dari Centre of Strategic Policies Studies pada tahun 2009, reservation wage ialah gaji minimum seseorang bersedia untuk menerimanya. Ia ditentukan oleh pelbagai faktor seperti latar belakang pendapatan keluarga, jangka masa mencari pekerjaan, jumlah tawaran kerja yang diterima, jenis pekerjaan dan kos untuk bekerja termasuk pengangkutan, pakaian, peranti dan komunikasi.
Pendek kata, jika gaji yang diberikan tidak sesuai dengan situasi semasa, lebih tinggi kosnya untuk bekerja berbanding dengan tidak bekerja. Berikutan dengan isu reservation wage ini, adakah perlu pihak kerajaan untuk memastikan kualiti kehidupan dan taraf hidup memenuhi jangkaan lepasan pelajar dan graduan.
Diambil maklum pada masa ini, bagi pihak swasta isu progressive minimum wage tengah ditunduki sesuai dengan kelulusan dan pengalaman. Tetapi bagi sektor kerajaan bagaimana pula?
Kajian semula tangga gaji secara keseluruhan terakhir ialah pada tahun 1999 dan jika dibiarkan pihak kerajaan boleh menghadapi isu seperti retention of talent yang akan menjadi lebih mencabar.
Fenomena brain drain merujuk kepada proses bahawa sesebuah negara kehilangan pekerja berpindah ke negara lain malah ianya juga boleh terjadi dari perpindahan dari perkhidmatan awam ke swasta.
Soalan-soalan saya ialah:
Berapa ramaiakah sudah pegawai dan kakitangan dalam sektor awam kita yang berhenti kerana mencari gaji dan environment yang lebih baik di sektor swasta? Jika ramai, adakah dilaksanakan exit interview untuk mengetahui dan memastikan tidak ada keirisan dalam kerjaya individu tersebut dan penambahbaikkan akan dibuat bagi kerjaya dalam perkhidmatan awam,;
Apakah usaha pihak kerajaan dalam talent retention ini bagi semua bahagian tanggagaji dan pada yang sama memberi perancangan yang bersistemat bagi persediaan persaraan dan tidak hanya menghadiri kursus persediaan persaraan beberapa tahun saja lagi. Malah ada yang memberitahu mereka cuma menghadiri beberapa bulan sahaja sebelum bersara,; dan
Apakah usaha untuk memastikan gaji yang diberikan bersesuaian dengan kelulusan dan pengalaman yang dimiliki. Jika ia berterusan, persaraan akan setentunya mencabar bagi ramai pekerja di sektor kerajaan. Cadangan saya ialah untuk keperluan pihak kerajaan menilai semula tangga gaji bagi sejumlah jentera kerjaan pada masa sekarang. Merancang semula program kerjaya dan juga program persediaan persaraan bagi semua jentara perkhidmatan awam untuk disediakan lebih dengan baik.
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi dan terima kasih juga atas soalan yang diajukan oleh Yang Berhormat.
Soalan pertama, mengenai digital, kenapa masa ini kita masih lagi banyak pakai dokumen fizikal. Perkara ini memang sentiasa kita improve sedapat-dapatnya kita masa ini digalakkan supaya kita semua pakai digital. Bukan saja di Jabatan Perdana Menteri, kementerian-kementerian lain juga, beberapa pejabat dan bahagian sudah mulai menggunakan digital seperti di Kementerian Kewangan dan Ekonomi.
Orang ramai boleh upload dokumen-dokumen untuk pembayaran dan sebagainya. Apa lagi yang masa ini menghadapi wabak COVID-19 ada movement restriction, lagilah kita lagi menggalakkan orang ramai menggunakan digital format.
Soalan yang kedua, mengenai perkhidmatan awam yang beberapa pegawai dan kakitangan kerajaan sudah pindah kepada private sector. Kaola masa ini tidak terdapat statistiknya tapi barangkali dalam exít interview itu, kadang-kadang pegawai atau kakitangan tidak juga menerangkan kenapa mereka pindah, atas gajiakah atau working environment ataupun sebab-sebabnya. Tapi dalam negeri ini, tidak kira orang kita bekerja di sektor awam atau swasta. Ini semua bagi keuntungan negara sebenarnya di mana-mana saja ia bekerja.
Walaupun kita sekiranya ada sebahagian orang Brunei, ia kerja di luar negeri, itupun satu perkara yang bukannya buruk. Kalau mereka kerja di luar negeri, mereka akan ambil experience. Satu hari إِنْ شَاءَ ٱللَّٰهُ mereka akan balik dengan dapat dikongsikan experience mereka dengan orang kita.
Talent retention adalah satu perkara kailau dilat perkhdmatan awam ini, di mana-mana kementerian pada tiap-tiap tahun disediakan peruntukan untuk training, meningkatkan lagi kemahiran dan sebagainya Kita sentiasa meningkatkan lagi kemahiran dan experience bagi pegawai. Jadi yang important untuk retention talent ini, kita yang penting create yang working environment yang sesuai. Mereka punya kepakaran itu dapatlah mereka diapply.
Jadi, yang satu lagi mengenai kursus persaraan, إِنْ شَاءَ ٱللَّٰهُ ini memang satu perkara yang difokus oleh Tabung Amanah Pekerja, إِنْ شَاءَ ٱللَّٰهُ dengan skim baru ini nanti satu improvement dalam skim baharu ini, pada masa ini tidak dapat kaola kongsikan secara detail, إِنْ شَاءَ ٱللَّٰهُ mungkin apa yang dicadangkan bagi kursus persaraan ini kira less kritikal dibandingkan dengan skim yang ada pada masa ini.
Lagi satu mengenai gaji yang bersesuaian. Kalau dilihat pada masa ini, memang kita akan maju pun ekonomi kitaia, akan dibangun lebih advance lagi. Dibandingkan masa ini, gaji di pihak awam dan pihak swasta, memang di pihak swasta mungkin rendah seditkit dibandingkan dengan perkhidmatan awam, because dalam perkhidmatan awam ada lagi macam-macam kemudahan.
Kitani mesti juga memikirkan, kalau kitaani hendak mengadjust lagi gaji dalam perkhidmatan awam, ini ada negative implication kepada pihak swasta especially pada waktiu ini, kitaani hendak menggalakkan supaya ekonomi ini kitaani mengharapkan private sector ini to be driven by private sector, إِنْ شَاءَ ٱللَّٰهُ. Tapi memang gaji ini, memang kitaani mesti direview juga tapi pada masa ini belum lagi masanya.
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi
Saya memperisilakan Yang Berhormat Awang Haji Mohimin bin Haji Johari @ Jahari.
Yang Berhormat Awang Haji Mohimin bin Haji Johari @ Jahari
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Mohimin bin Haji Johari @ Jahari: Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi, koala membawa di bawah Tajuk SA08A – Radio Televisyen Brunei (RTB). Pada masa ini trend penonton dunia maya yang kurang minat menonton televisyen dan beratih kepada YouTube. Apakah usaha RTB untuk meningkatkan keramaian penonton di RTB? Terima kasih.
Yang Berhormat Pengerusi
Silakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II.
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II
Itu sahaja? Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Memang ada satu cabaran dihadapi sejak beberapa tahun sudah kalau dibandingkan dengan zaman dahulu. Zaman dahulu memang option kitani itu limited, kalau dibandingkan dengan sekarang ini, macam-macam program kitani dapat melihat melalui YouTube, Netflix ataupun masa ini masih ada Astro juga dengan program-program di luar negeri.
Apa yang penting bagi RTB إِذَا تَعَبْ كِيتِنِي memikirkan apa program-program yang tidak terdapat di channel di luar negeri yang seperti di YouTube atau di Netflix. Yang penting RTB memainkan satu peranan yang penting untuk promote kegamaan, kebudayaan dan sebagainya. Itulah lain program kitani dari RTB dibandingkan dengan yang ada di luar negeri itu.
Tarikannya memang lain, di YouTube macam-macam kitani dapat lihat, RTB kitani tidak dapat complete dengan program itu. Kalau mereka ada sudah melihat dari YouTube atau Netflix biarkan mereka melihat dari sana sahaja.
Yang penting RTB memikirkan apa lagi program-program yang mustahak kepada kitani bagi especially belia kitani agar dapat meningkatkan mereka punya understanding ataupun mereka punya knowledge kepada sejarah, kebudayaan kitani dan seperti yang koala terangkan tadi, keagamaan dan sebagainya. Itulah barangkali satu hala tuju, إِنْ شَاءَ اللَّهُ.
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi
Saya persilakan Yang Berhormat Pengiran Haji Ali bin Pengiran Maon.
Yang Berhormat Pengiran Haji Ali bin Pengiran Maon
Yang Berhormat Pengerusi. Kaola ingin mengajukan soalan berkenaan dengan Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Jabatan Perdana Menteri. Sebagaimana kita maklum, Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah ini telah pun dirasmikan pembukaannya pada 12 Oktober 2019 oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, yang disempurnakan bersama dengan Majlis Perasmian Majlis Ilmu, 2019.
Dengan tertubuhnya balai khazanah ini menjadi satu tanda mercu kejayaan negara dalam usaha menjadikan negara sebagai pusat khazanah ilmu bagi kemajuan Islam. Dalam usaha penubuhannya mencapai 2 tahun lebih ini, kaola ingin bertanya, apakah perkembangan yang telah dicapai oleh balai khazanah ini memandangkan objektif penubuhannya bukan hanya sebagai balai pameran atau pusat pelancongan bahkan ia mendukung konsep ketamadunan yang lebih komprehensif yang mampu menghidupkan budaya ilmu melalui pemberigaan dan pengendalian aktiviti-aktiviti keilmuan.
Apakah ada perancangan yang dibuat untuk melaksanakan aktiviti kajian dan penyelidikan dengan kerjasama institusi-institusi pengajian tinggi dan apakah ada hasrat untuk menjayakan apa-apa aktiviti atau program ilmiah yang boleh memungkiri para cendekiawan dan ilmuan Islam di peringkat serantau dan antarabangsa? Adakah peruntukan khas bagi maksud kaola tadi?
Kaola penuh yakin dengan keupayaan kita yang dapat menubuhkan pengajian tinggi dalam bidang agama, mempunyai Institut Pengajian Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah bahkan mampu membina balai khazanah warisan Islam yang tersergam indah dengan pengisian yang penuh ilmiah nanti. Maka Negara Brunei Darussalam akan lebih terkenal sebagai negara yang mewarisi khazanah dan budaya Islam yang unggul dan terpelihara.
Sekian, (missing Jawi words)
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Terima kasih atas soalan yang diajukan oleh Ahli Yang Berhormat tadi mengenai dengan Balai Khazanah Islam. Kaola pada masa ini belum dapat menjawab menjawab soalan ini sepenuhnya. Apa yang dapat kaola jawab ialah pada masa ini, balai ini baru ditubuhkan 2 tahun. Mula-mula ia ditubuhkan belum lagi ada kakitangan sepenuhnya, jadi usaha-usaha untuk menubuhkan satu pasukan ataupun kakitangan untuk menjaga balai ini kemudian ditubuhkan. Selepas itu barulah dilaksanakan beberapa kerja untuk menjalankan balai ini.
Memang ada hasrat untuk dibukaan kepada belia dia dan kanak-kanak sekolah dan sebagainya. Pada masa ini kaola belum dapat maklumat-maklumatnya dan jika dilizinkan, Jabatan Perdana Menteri nanti akan menjawab secara bertulis, إن شاء الله.
Yang Berhormat Pengerusi
Saya persilakan Yang Berhormat Awang Naim bin Haji Kamis.
Yang Berhormat Awang Naim bin Haji Kamis
Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi. (missing Jawi words)
Kaola ingin merujuk Tajuk di bawah SA01A – Jabatan Perdana Menteri.
Sepertimana yang kita maklumi bersama, bahawa Peraturan Kewangan telah pun dipinda dan akan diukuatkuasakan mulai 1 April 2022. Dalam hubungan ini:
Bilakah pula Peraturan-Peraturan (Lantikan-Lantikan dan Kenaikan-Kenaikan Pangkat Pegawai-Pegawai Kerajaan 1961), yang dikenali juga dengan nama General Orders akan dibuat pindaan mengikut kesesuaian dan keadaan perubahan pada masa ini?;
Bercakap mengenai Wawasan Brunei 2035, sukacita kiranya dapat menghuraikan kedudukan negara setakat ini dalam pencapaianya ke arah merealisasikan Wawasan Brunei 2035. Adakah proses yang dilalui berjalan lancar ataupun sebaliknya?;
Sejauh manakah dalam penyediaan pekerjaan yang produktif dan pembangunan negara yang lebih mantap?;
Sukacita koala merujuk, di bawah Tajuk SA08A - Radio Televisyen Brunei (RTB). Radio Brunei akan memasuki usia ke-64 tahun pada 2 Mei 2022. Dari 2 saluran (channel) sudah bertambah kepada 5 saluran (channel) dengan tujuan dan harapan dapat menyalurkan maklumat kepada golongan masyarakat melalui 5 saluran berkenaan dan setiap saluran ada sasaran pendengarnya. Akan tetapi pada hari ini, kelima-lima saluran (channel) radio berkenaan sudah menyiarkan bahan serupa dan sukar untuk membezakan saluran (channel) radio berkenaan.
Kesimpulannya, jika semua saluran (channel) radio sudah hampir sama isi kandungan dan persembahannya, adalah dicadangkan lebih baik hanya 2 saluran (channel) radio sepertimana tahun 60-an dahulu. Dengan adanya pengurangan ini, sedikit sebanyak mengurangkan perbelanjaan negara.
Itu sahaja, Yang Berhormat Pengerusi. Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II
Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi.
Nampaknya ada 3 soalan daripada Ahli Yang Berhormat tadi:
Mengenai kenaikan pangkat, apa yang dapat koala kongsikan pada masa ini ialah memang kenaikan pangkat ini ada tatatertibnya dan sentiasa dipantau tetapi mesti ikut prestasi-prestasi dan sebagainya. Mudah-mudahan itu sudah dikira menjawab soalan tadi.;
Mengenai Wawasan Brunei 2035. Seperti koala tadi terangkan dalam mukadimah tadi, ada 3 jawatankuasa ditubuhkan. Jawatankuasa ini meneliti setiap matlamat secara mendalam dan kerja-kerja yang dibuat sebelum ini memang diteruskan. Jawatankuasa ini juga ditubuhkan supaya dapat sama-sama memikirkan blueprint bagi setiap matlamat, umumanya matlamat yang ketiga iaitu ekonomi yang dinamik dan berdaya tahan.
Pada masa ini, seperti yang pernah dikongsikan, Economic Blueprint ini sudah pun dilancarkan. Dari itu, kita boleh menjadikan ia sebagai satu guiding prinsip bagi kita memikirkan langkah-langkah untuk kita mencapai matlamat tersebut.;
Ada 3 matlamat mengenai hal itu:
Rakyat yang berpendidikan dan berkemahiran tinggi dan berjaya. Pada masa ini kitani sedang menyediakan matlamat blueprint, bekerjasama dengan beberapa agensi yang berkepentingan Manpower Planning Economic Council (MPEC), Kementerian Pendidikan dan sebagainya.;
Social Blueprint pun sama juga disediakan. Jadi, bagi setiap matlamat, ada key indicator masing-masing. Bagi pendidikan misalnya, kitani pakai PISA, yang menjadi satu indicator. Dalam blueprint matlamat tersebut, kitani memikirkan lagi ada indikator lain yang lebih sesuai atau sama-sama dapat dipakai untuk kitani pantau pencapaian kitani.
Bagi ekonomi, memang beberapa outcome seperti employment KDKN kitani, trade volume kitani dan sebagainya. Jadi, itulah beberapa indicator telah ditetapkan yang kitani pantau pada masa ini.;
Memang sentiasa dipantau oleh Kementerian Kewangan dan Ekonomi dari segi pencapaian kitani. Terima kasih.;
Seterusnya mengenai RTB. Pada masa ini 5 saluran (channel), iaitu Nasional FM, Pilihan FM, Pelangi FM, Harmoni FM dan Nur Islam FM. Bagi setiap saluran (channel) i itu, tema dan fungsinya berlainan. Ini satu peluang untuk kitani membuat promosi belia kitani yang berminat dengan bidang pencapangan dan dengan sendirinya ada peluang mereka menggatikan inovasi dan mengubah program-program dan sebagainya.
Kebanyakan pengacara radio pun bukan bertugas secara sepenuh masa. Sebenarnya kebanyakan mereka bertugas secara separuh masa dan dalam sehari itu mereka cuma bertugas selama 3 jam, dan mereka juga ada mempunyai pekerjaan lain dan ini tidak mengakibatkan bajet yang tinggi. Tapi yang penting dilihat hasil yang ringan, kitani mempromosi lebih kepada lebih banyak pilihan, dan belia yang berminat untuk mendengar radio saluran (channel) Nasional FM atau Pilihan FM, yang masing-masing juga ada tarikannya sendiri.
Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi
Saya persilakan sekarang, Yang Berhormat Awang Hanapi bin Mohd. Siput.
Yang Berhormat Awang Hanapi bin Mohd. Siput
Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi. Memandangkan usul yang kala akan utarakan sudah pun disampaikan oleh rakan-rakan yang lain, maka kaola menarik diri dari menyampaikan usul. Sekian disampaikan, terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Putera Maharaja Dato Paduka Awang Haji Abdul Ghani bin Pehin Datu Pekerma Dewa Dato Paduka Awang Haji Abdul Rahim.
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Putera Maharaja Dato Paduka Awang Haji Abdul Ghani bin Pehin Datu Pekerma Dewa Dato Paduka Awang Haji Abdul Rahim
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ. Yang Berhormat Pengerusi. Kaola ingin menyentuh, membahaskan mengenai di bawah Tajuk SA10A — Jabatan Perkhidmatan Awam.
Dalam beberapa kesempatan kaola dan Ahli-Ahli yang Berhormat bermuzakarah dengan pihak Jabatan Perdana Menteri, seingat kaola sendiri ada membawa satu usul semasa muzakarah itu dalam dua sesi muzakarah iaitu cadangan kaola supaya diadakan semacam ikrar atau lebih kuat lagi sumpah pegawai dan kakitangan kerajaan yang menekankan sebenarnya mereka itu memikul tugas dan tanggungjawab sebagai jentera pembangunan negara.
Ini kaola utarakan saranan atau cadangan itu pada melihat, pada pangamatan kaola penjawat awam kita akhir-akhir ini macam kehilangan fokus, apa lagi dalam suasana negara dilanda pandemik atau endemik COVID-19. Banyak antara pegawai penjawat awam telah disuruh bekerja dari rumah dan sebagainya.
Fokus itu makin berkurang usulnya, kita tidak pasti sama ada kerja at home itu mereka bekerja ataupun seperti kata Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri hari itu semasa muzakarah bukannya holiday. Kita mahu mereka itu fokus dan sentiasa komited ataupun merasa yang mereka itu bertanggungjawab bagi menyokong pembangunan negara sebagai pegawai dan kakitangan kerajaan.
Sumpah ini atau ikrar itu bolehlah dilaksanakan semasa mereka mula-mula dilantik atau melapor diri dan ikrar dapat dibuat pada setiap kali pada sambutan Hari Perkhidmatan Awam. Faedahnya untuk kita menanamkan rasa lebih bertanggungjawab dan komited pegawai-pegawai itu kepada kerja mereka dengan penuh amanah dan berdedikasi. Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri semasa muzakarah telah pun mengatakan itu satu idea yang baik, tetapi nampaknya belum ada barangkali langkah-langkah yang konkrit ke arah itu.
Jadi, kaola bawa di sini supaya ada langkah-langkah yang lebih ke hadapan.
Demikian Yang Berhormat Pengerusi yang dapat kaola sampaikan. Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi dan terima kasih juga kepada Yang Berhormat pihak hadapan saya yang diajukan tadi.
Sepertimana yang dikongsikan semasa muzakarah dengan pihak Jabatan Perdana Menteri, ini adalah satu idea yang bagus, bukan saja dibuatkan ikrar sekali saja. Ini satu perkara yang perlu diingati baik-baik kepada pegawai atau kakitangan kerajaan, itu satu idea yang bagus. Muzakarah dengan pihak Jabatan Perdana Menteri ini baru beberapa minggu yang lalu barangkali belum ada concrete idea, memang perkara ini akan dibawa untuk sama-sama difikirkan apa cara-caranya yang lebih sesuai untuk kita memenuhi hasrat ini.
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi
Saya persilakan Yang Berhormat Pengiran Haji Mohamed bin Pengiran Haji Osman @ Othman.
Yang Berhormat Pengiran Haji Mohamed bin Pengiran Haji Osman @ Othman
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. بسم الله الرحمن الرحيم اَلْحَمْدُ لِلّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ. وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ. Kaola akan membahaskan dan menyentuh di bawah Tajuk SA08A – Radio Televisyen Brunei yang peruntukannya diberikan sebanyak $40,411,460.00.
اَلْحَمْدُ لِلّهِ visi Radio Televisyen Brunei ‘Sentiasa Bersama Biskita’. Memparkan berbagai-bagai rancangan dan informasi khusus bagi para penonton yang menyaksikannya dan semakin melangkah ke era penyiaran global RTBcgo juga memainkan peranan yang tetap untuk dapat ditonton di dalam dan di luar negeri.
Saya ingin menerangkan kepada pihak Radio Televisyen Brunei khususnya pengisian rancangan atau bahan agar dapat lagi dipelbagaikan. Kalau kita lihat sekarang ramai dari kalangan anak-anak tempatan sudah mulai berkaraya membuat rancangan yang menarik, pengisian yang tepat, menyampaikan mesej dan lain-lain lagi.
Justeru, saya ingin memberikan pandangan ataupun cadangan kiranya mereka yang menceburi bidang penyiaran atau industri kreatif agar dapat diberikan mereka ini peluang untuk mempelbagaikan lagi rancangan-rancangan TV. Bukan saja khusus bagi syarikat-syarikat penerbitan yang sudah berdaftar dengan Radio Televisyen Brunei, tetapi berikanlah peluang kepada anak-anak tempatan yang juga mempunyai kreativiti untuk menerbitkan program yang cantik dan menarik.
Dari sini juga, mereka dapat menerima hasil dari karyanya. Mungkin pihak Radio Televisyen Brunei akan dapat memberikan mereka ini dorongan. Jangan mematikan semangat mereka untuk berkarya. Beri jalan untuk mereka menerbitkan beberapa rancangan untuk Radio Televisyen Brunei, bukan bermaksud menerima idea mereka secara langsung tetapi haruslah juga ada batas dan tapisan mengikut standard penyiaran.
Dari segi pembayaran, haruslah juga pihak berkenaan menilai karya mereka bukan setakat menetapkan harga yang murah tetapi tidak setaraf dengan operasinya. Begitu juga dengan syarikat-syarikat penerbitan iaitu production house. Mereka ditawarkan beberapa projek tetapi harga yang ditawarkan sangat rendah. Dari itu, saya sarankan kepada pihak berkenaan agar menilai kembali harga-harga projek rancangan TV dan radio yang bersesuaian.
Ada juga syarikat-syarikat yang dilantik dan ditawarkan secara berkontrak selama beberapa tahun untuk membantu beberapa unit di dalamnya bagi mengendalikan penggambaran dan penyuntingan, pembayaran yang mereka terima secara bulanan juga rendah. Jika sudah menerima pembayaran rendah kakitangan atau kru yang bekerja di sesebuah syarikat tersebut juga menerima gaji yang rendah sedangkan mereka mempunyai kemahiran serta berpengalaman.
Saya juga ingin menyarankan tentang pembayaran kepada artis-artis tempatan, penyampai-penyampai televisyen dan radio serta sesiapa saja yang melibatkan diri untuk rancangan-rancangan yang diterbitkan, selaraskanlah pembayaran dengan kerjanya. Perlulah dinilai bayaran yang mereka terima, bukan bayaran yang terlalu rendah. Mungkin dengan cadangan ini, akan dapat lagi menarik perhatian para penonton. Kita tidak mahu para penonton kini beralih ke saluran lain. Kalau dapat kita cuba buat yang terbaik untuk para penonton di luar sana. Maka dari sekaranng mulakanlah sedikit perubahan kerana perubahan boleh menjadikan peningkatan ingatlah kepada visi RTB "Sentiasa Bersama Biskita".
Sekian Yang Berhormat Pengerusi. السَّلامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ الله وَبَرَكَاتُهُ.
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi dan terima kasih juga kepada Yang Berhormat atas soalannya mengenai RTB. Pada masa ini penglibatan orang ramai dalam industri kreatif ini memang sudah meningkat. Mudah-mudahan pada masa hadapan akan menjadi satu industri yang berstruktur dengan sendirinya ada costingnya dan sebagainya. Itu dengan sendirinya mengestablish pembayaran dan sebagainya. Tapi atas cadangan Yang Berhormat itu tadi, kola ambil maklum pada masa ini إن شاء الله. Terima kasih.
Yang Berhormat Pengerusi
Ahli-Ahli Yang Berhormat kita telah meneliti Tajuk SA01A hingga Tajuk SA01A0 dan sekarang saya undi, Ahli-Ahli yang bersetuju supaya tajuk yang berkenaan ini diluluskan sila angkat tangan.
(Semua Ahli mengangkat tangan tanda bersetuju)
Terima kasih.
Yang Dimuliakan Jurutulis
Tajuk SA01A hingga Tajuk SA01A0 dijadikan sebahagian daripada Jadual dari Jabatan Perdana Menteri.
Tajuk SA11A hingga Tajuk SA26A.
Yang Berhormat Pengerusi
Tajuk-Tajuk SA11A hingga Tajuk SA26A. Ahli-Ahli yang bersetuju supaya tajuk-tajuk ini diluluskan sila angkat tangan.
(Semua Ahli mengangkat tangan tanda bersetuju)
Terima kasih.
Yang Dimuliakan Jurutulis
Tajuk SA11A hingga Tajuk SA26A dijadikan sebahagian daripada Jadual Jabatan Perdana Menteri.
Yang Berhormat Pengerusi
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Sekarang saya suka untuk mengangguhkan Mesyuarat Jawatankuasa kita dan kita akan bersidang semula dalam Majlis Mesyuarat Negara.
(Mesyuarat Jawatankuasa ditangguhkan)
(Majlis Mesyuarat bersidang semula)
Yang Berhormat Yang Di-Pertua
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kita telah pun bersidang sejak pagi tadi dan saya kira masanya sudah tiba bagi kita untuk menangguhkan majlis ini. إن شاء الله kita akan bersidang semula pada esok hari iaitu Ahad, 27 Februari 2022, mulai pukul 9.30 pagi.
Sekian,
وبالله التوفيق والهدي والسداد. سيد حسين بن السيد عبد راسول
(Majlis Mesyuarat ditangguhkan)
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.