Skip to main content

HARI KE-5 PAGI

For Informational Purposes Only

1HB MAC 2023

info

Help needed with Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.

Disclaimer

The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.

YANG DI-PERTUA

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib, PSNB., SLJ., PHBS., PJK., PKL., Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara, Negara Brunei Darussalam.

AHLI RASMI KERANA JAWATAN (PERDANA MENTERI DAN MENTERI-MENTERI)

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Perdana Menteri, Menteri Pertahanan, Menteri Kewangan dan Ekonomi dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri, Negara Brunei Darussalam.

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, DKMB., DPKT., King Abdul Aziz Ribbon, First Class (Saudi Arabia), The Order of the Renaissance (First Degree) (Jordan), Grand Cross of Crown Order - G.K.K. (Netherlands), Medal of Honour (Lao), DSO (Singapore), Order of Lakandula with the Rank of Grand Cross (Philippines), The Order of Prince Yaroslav the Wise, Second Class (Ukraine), DSO (Military) (Singapore), PHBS., Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam.

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Di-Raja Dato Laila Utama Haji Awang Isa bin Pehin Datu Perdana Manteri Dato Laila Utama Haji Awang Ibrahim, DK., SPMB., DSNB., PHBS., PBLI., PJK., PKL., Penasihat Khas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam.

(Tidak hadir pada sebelah petang)

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, PSNB., DSLJ., SMB., PHBS., PIBK., PKL., Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Negara Brunei Darussalam.

Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, PSSUB., DPMB., PHBS., PBIL., PJK., PKL., Menteri Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam

Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Apong, PSNB., DPMB., PJK., PTKB., PKL., Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Negara Brunei Darussalam

Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, DPKT., SMB., PHBS., Menteri Pertahanan II, Negara Brunei Darussalam

Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar, PSNB., DPMB., Menteri Kesihatan, Negara Brunei Darussalam (Hadir secara virtual)

Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud, PSNB., SPMB., PJK., PKL., Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam (Hadir secara virtual)

Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah, PSNB., SPMB., Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Negara Brunei Darussalam

Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd. Yusof, PSNB., SPMB., PJK., PTKB., PKL., Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II, Negara Brunei Darussalam (Tidak hadir atas urusan rasmi)

Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar, PSNB., SPMB., PTKB., PKL., Menteri Pembangunan, Negara Brunei Darussalam

Yang Berhormat Dato Setia Dr. Awang Haji Mat Suny bin Haji Mohd Hussein, PSNB., DPMB., PJK., Menteri Tenaga, Negara Brunei Darussalam

Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Hamzah bin Haji Sulaiman, PSNB., DPMB., PJK., Menteri Pendidikan, Negara Brunei Darussalam

Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof, PSNB., SMB., PIFKB., Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi, Negara Brunei Darussalam (Hadir secara virtual)

Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Awang Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, DPKT., SMB., Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Negara Brunei Darussalam (Hadir secara virtual)

AHLI YANG DILANTIK ORANG-ORANG YANG BERGELAR

Yang Berhormat Pehin Datu Imam Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Abdul Hamid bin Bakal, PSSUB., DSNB., PHBS., PBLI., PKL.

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pendikar Alam Dato Paduka Seri Awang Haji Hasrin bin Dato Paduka Haji Sabtu, DPKT., DPM.B., SNB., PBLI., PJ.K., PKLP.

(Hadir secara virtual)

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Putera Maharaja Dato Paduka Awang Haji Abdul Ghani bin Pehin Datu Pekerma Dewa Dato Paduka Awang Haji Abdul Rahim, DPM.B., SNB., PJ.K., PKL.

AHLI YANG DILANTIK ORANG-ORANG YANG TELAH MENCAPAI KECEMERLANGAN

Yang Berhormat Awang Haji Umarali bin Esung, PSB., P.IKB., PKL.

Yang Berhormat Awang Haji Abdul Hamid @ Sabli bin Haji Arshad, SMB.

Yang Berhormat Awang Ong Tiong Oh.

Yang Berhormat Fdr. Ar. Dayang Siti Rozaimeriyanty binti Dato Seri Laila Jasa Haji Abdul Rahman, PSB., PIKB.

Yang Berhormat Dayang Nik Hafimi binti Abdul Haadii, PSB.

Yang Berhormat Dayang Khairunnisa binti Awang Haji Ash'ari, PIKB.

Yang Berhormat Awang Iswandy bin Ahmad, PIKB.

AHLI YANG DILANTIK MEWAKILI DAERAH-DAERAH

Yang Berhormat Pengiran Haji Ali bin Pengiran Maon, PSB., PJ.K., PIKB., PKL., Penghulu Mukim Berakas ‘B’, Zon 1 - Daerah Brunei dan Muara.

(Hadir secara virtual)

Yang Berhormat Awang Naim bin Haji Kamis, PSB., PJ.K., PIKB., PKL., Penghulu Mukim Kota Batu, Zon 3 - Daerah Brunei dan Muara.

Yang Berhormat Awang Haji Tahamit bin Haji Nudin, PIKB., PKL., Penghulu Mukim Gadong ‘A’, Zon 4 - Daerah Brunei dan Muara.

(Hadir secara virtual)

Yang Berhormat Awang Haji Mohimin bin Haji Johari @ Jahari, Ketua Kampung Limau Manis, Zon 5 - Daerah Brunei dan Muara.

Yang Berhormat Pengiran Haji Mohamed bin Pengiran Haji Osman @ Othman, PSB., PIKB., PKL., Ketua Kampung Masjid Lama, Pekan Muara, Sabun dan Pelumpong, Zon 2 - Daerah Brunei dan Muara.

Yang Berhormat Awang Haji Abdul Hamid bin Haji Mumin, PJK., PKL., Penghulu Mukim Liang, Zon 1 - Daerah Belait.

Yang Berhormat Awang Hanapi bin Mohd. Siput, PIKB., Ketua Kampung Labi I, Zon 2 - Daerah Belait.

Yang Berhormat Awang Haji Abdul Wahab bin Apong, SUB., PJK., PIBK., PKL., Penghulu Mukim Tanjong Maya, Zon 1 - Daerah Tutong.

Yang Berhormat Awang Haji Ramli bin Haji Lahit, PIBK., PKL., Penghulu Mukim Telisai, Zon 2 - Daerah Tutong.

Yang Berhormat Awang Haji Erman bin Haji Sabtu, SMB., PSB., PIBK., PKL., Penghulu Mukim Bokok, Kelima-lima Mukim Daerah Temburong.

HADIR BERSAMA

Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pekerma Jaya Dato Paduka Awang Haji Judin Haji Asar, DPMB., SLJ., POAS., PHBS., PBLI., PJK., PKL., Jurutulis Majlis Mesyuarat Negara, Negara Brunei Darussalam.

Yang Mulia Dayang Rose Aminah binti Haji Ismail, PSB., PIKB., Timbalan Jurutulis Majlis Mesyuarat Negara, Negara Brunei Darussalam.

(Mesyuarat mula bersidang pada pukul 9.30 pagi)

Yang Mulia Timbalan Jurutulis

Mesyuarat Pertama Dari Muslim Permseyuaratan Kelapan Belas Majlis Mesyuarat Negara bersidang bagi hari yang kelima Selasa, 28 Rejab 1443 bersamaan 1 Mac 2022, didahului dengan Doa Selamat.

DOA SELAMAT

Doa Selamat dibacakan oleh Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Mustapa bin Haji Murat.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

(missing Jawi words) kita bersyukur ke hadrat ,أ لْح م ْ دُ لِل ِ ه ِ kerana dengan limpah rahmat-Nya dan izin-Nya jua kita dapat bersama berkumpul lagi pada pagi ini bersidang bagi hari yang kelima dalam Majlis Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Kelapan Belas Majlis Mesyuarat Negara. Selawat serta salam ke atas Junjungan Besar kita سيدنا محمد صلى الله عليه وسلم kaum kerabat, para sahabat serta pengikut-pengikut Baginda yang taat lagi setia hingga ke akhir zaman.

Ahli-Ahli Yang Berhormat, persidangan masih lagi membincangkan Rang Undang-Undang (2022), Perbekalan 2022/2023 yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, maka bagi membolehkan kita meneruskan perbincangan dan penelitian tajuk-tajuk seterusnya secara terperinci, saya tangguhkan Persidangan Majlis Mesyuarat Negara ini dan kita bersidang semula di Peringkat Jawatankuasa sepenuhnya.

(Majlis Mesyuarat ditangguhkan)

(Mesyuarat bersidang sebagai Jawatankuasa)

Yang Berhormat Pengerusi

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ Ahli-Ahli Yang Berhormat. Majlis sekarang bersidang di Peringkat Jawatankuasa sepenuhnya bagi membolehkan kita membincangkan dan memindaangkan Rang Undang-Undang (2022) Perbekalan, 2022/2023, satu per satu yang Rang Undang-Undang ini telah dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II. Pada hari Ahad yang lepas di sebelah petang, Mesyuarat Jawatankuasa telah selesai mendengar muqaddimah daripada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama yang menjelaskan tentang hal tuju dan sasaran-sasaran dalam penyediaan Belanjawan Kementerian Hal Ehwal Ugama. Maka bagi Tajuk Kementerian Hal Ehwal Ugama ini sekarang saya bukakan untuk dibahaskan dan saya persilakan untuk memulakannya dengan Yang Berhormat Awang Iswandy bin Ahmad.

Yang Berhormat Awang Iswandy bin Ahmad

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ Terus sahaja kepada perbincangan menyebut sedikit mengenai pemeliharaan aset dan penyelenggaraan sistem teknologi maklumat dengan peruntukan yang diberikan. Untuk kemaslahatan orang ramai dicadangkan supaya tanah perkuburan orang Islam di negara ini dijalankan secara bersistem.

Soalan saya iaitu:

  1. Dimaklumi usaha sudah ada mengadakan sistem slot secara penomboran ke atas beberapa buah tanah perkuburan, apakah progres perkara tersebut? dan

  2. Apakah usaha dalam memastikan kawasan tanah perkuburan mematuhi peraturan-peraturan keselamatan, persekitaran serta kebersihannya? Untuk cadangan penambahbaikan, bolehkah maklumat tanah perkuburan dapat diakses secara menggunaan sistem teknologi maklumat dan pengurusan tanah perkuburan memperbaiki sistem wakaf dan pengurusan. Seperti mempelawa orang ramai menyumbangkan lampu-lampu solar, membaikkan akses-akses laluan di tanah perkuburan dan pembersihan tanah-tanah perkuburan. Tujuan semua ini ialah untuk mudah "mengilai" atau mengenali ataupun mengunjungi kenyataan kawasan yang lebih selesa dan selamat untuk para pengunjung dan setentunya penghormatan yang sesuai bagi ahli-ahli keluarga yang sudah meninggalkan kitani.

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ اَلْحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ الْعٰلَمِيْنَ awal-awal lagi kitani mendengar perkara tanah perkuburan, الحَمْدُلِلّٰهِ terima kasih Yang Berhormat terutama sekali pemerhatian ataupun perhatian beratnya kepada tanah perkuburan dari segi pemeliharaannya, erti katanya bukan sahaja kebersihan tetapi keselamatannya dan juga accessibility sebaiknya untuk mudah didatangi dan sempurnanya.

Memanglah dalam urus tadbirnya ada unit khusus untuk menangani perkara ini dalam tugas-tugas pembesarhan dan dengan tugas-tugas yang seterusnya ada yang dioutsource kepada kontraktor-kontraktor tertentu dan ada juga yang terus dilaksanakan oleh kakitangan-kakitangan di Unit Perkuburan.

Maklum sahajalah kitani tidak semuanya dapat mengenai perkebunan keruhan negeri ini tetapi sedaya upaya kita telah melakukannya. Memang diakui ada keperluan-keperluan untuk meningkat-kannya. Jadi peningkatan inilah yang sentiasa dari masa ke masa difikirkan oleh staf Bangunan Pemeliharaan yang mengetuai Unit Perkuburan itu dan الحَمْدُلِلّٰهِ dengan adanya penurutan yang yang bersesuaian nanti, dapatlah dipergunakan. Pemeliharaan aset امانة oleh kementerian akan cuba akan memenuhi sepenuhnya jangkaan ataupun harapan orang ramai dalam perkara ini.

Kita berharaplah juga sekarang ini kita ada semangat bergotong-royong dan dalam erti kata pemudulan. Cubalah kitani hidupkan semangat ini dalam kalangan masyarakat. Jangan ada terus-menerus sesuatu perkara yang didapati mengenai perkuburan, ia mudah saja diakses muat turun dalam media sosial tidak dengan pengetahuan pihak yang berkenaan.

Maka sedemikian itu, menolong untuk mendapatkan maklumat sampai kepada pihak berkenaan. Tetapi kita hendaklah menunjukkan perkara-perkara bersama itu kepada kitani sebagai orang ramai sendiri, masjid ada jemaah masjidnya, takmirnya, ketua kampung ada majlis perlindungan kampungnya.

Perkuburan-perkuburan yang ada di kampung-kampung, di mukim-mukim bolehlah juga dilihat bersama-sama kerana penggunaannya memang kerajaan yang menangani. Tetapi kerajaan terbatas dengan keuayaan tertentu dan kerana ituah kitani cubalah bekerjasama dengan semangat bergotong-royong dan pemudelian terhadap environmental.

Yang Berhormat Pengerusi

Saya persilakan Yang Berhormat Awang Haji Mohimin bin Haji Johari @ Jahari.

Yang Berhormat Awang Haji Mohimin bin Haji Johari @ Jahari

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وبعد؛ جنابكم جناب يانغ برهورمات

.وجميع يانغ وعلى أمة و صحبة أجمعين. اللهم صلي على بنك

Yang Berhormat Pengerusi (missing Jawi words) sebelum kita bersidang di Dewan yang mulia ini, pihak Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat telah mengaturkan muzakarah bersama kementerian-kementerian. Maka kaola hanya membawa satu soalan saja.

Soalan saya, di bawah Tajuk SJ01A - Kementerian Hal Ehwal Ugama. Dicadangkan supaya Negara Brunei Darussalam memohon Kepada pihak Kerajaan Arab Saudi berkenaan kuota haji supaya dijadikan kuota tetap sebanyak 2,000 orang setiap musim haji. Memandangkan penduduk negara kita tidak mencapai jumlah hingga berjuta-juta maka dengan kuota tetap sebanyak 2,000 masih jauh sedikit jumlahnya dibanding negara-negara jiran yang penduduknya hingga 200 juta ke atas jauh lebih banyak. Mohon Kebijaksanaan pihak Kementerian Hal Ehwal Ugama untuk membuat perundingan.

Sekian Terima Kasih. Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama

Yang Berhormat Pengerusi. Kaola memanglah bukan surat ini tetapi محترم Yang Berhormat menyebutkan permohonan kebijaksanaan kementerian untuk mendapatkan tambahan daripada 1,000 kepada 2,000. Sebenarnya kitani mempunyai kuota rasmi hanya 400 orang sahaja, tapi selama 3, 4 tahun berturut-turut, ertinya kitani telah dapat meningkatkan daripada 400 ke 600, kemudian 800 dan seterusnya kepada 1,000.

Ini semua berlaku dengan cara kebijaksanaan perundingan-perundingan kitani di luar kuota untuk peruntukan berdasar penduduk umat Islam kitani. Tetapi محترم kitani telah menghadapkan perundingan antara menteri dengan menteri, Menteri Hal Ehwal Ugama dengan Menteri Hal Ehwal Haji Arab Saudi. Perkara ini telah dipertimbangkan, dan محترم pertimbangan itu dari 400 tambah 200, tambah 200, tambah 200 menjadikan tambahan kuota itu daripada kuota asal. Mudahan-mudahanlah yang atas ihsan melebihi kitani bukan menuntut tetapi adalah memohon ihsan dalam perkara ini.

Dari segi pendaftaran haji setiap tahun kalau dibandingkan dan dijumlahkan semuanya, maka memanglah kita tidak dapat menampung. Sekurang-kurangnya pada masa ani 20 ribu orang dalam senarai menunggu. Kalau pun kitani dapat, memang dengan syarat-syarat tertentu untuk memilih siapa haji sahaja dapat munaikan fardu haji seperti syarat-syarat pada masa ani, tetapi masih juga menunggu. Ini dialam oleh semua negara bukan saja kitani, terima kasih Yang Berhormat meminta kebijaksanaan kementerian untuk mendapatkannya melalui perundingan-perundingan persahabatan yang baik antara kedua-dua buah negara. Sekian terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusi

Saya persilakan Yang Berhormat Pengiran Haji Ali bin Pengiran Maon.

Yang Berhormat Pengiran Haji Ali bin Pengiran Maon

Terutama sekali kaola ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah atas ucapan mukadimah pada hari Ahad lepas yang jelas menyampaikan akan usaha-usaha dan Perancangan Kementerian Hal Ehwal Ugama yang sedang dan akan berjalan, begitu juga atas kejayaan kementerian yang telah dicapai.

Kaola juga mengagumi dan mengucapkan tahniah atas ikhtiar dan usaha Kementerian Hal Ehwal Ugama bersama-sama dengan agensi berkenaan menghidupkan Negara Brunei Darussalam dengan zikir dan munajat terutamanya dengan tersiarnya bacaan سورة يس melalui radio dan TV pada setiap malam dan begitu juga usaha menjayakan Malam Munajat bersama dengan orang ramai dan kementerian-kementerian terpilih setiap minggu secara maya. Semoga usaha ini konsisten dan berterusan demi ikhtiar kita menyelamatkan negara dan bahaya wabak COVID-19.

Yang Berhormat Pengerusi. Kaola amat tertarik dengan mukadimah Yang Berhormat mengenai wakaf iaitu merupakan salah satu projek rancangan strategik Kementerian Hal Ehwal Ugama 2024 di bawah strategi Pemerkasaan Wakaf Ke Arah Kesejahteraan Negara.

Kaola rasakan ini satu perancangan yang tepat kerana wakaf adalah satu sumber kewangan yang penting dalam Islam selain zakat, bahkan ia boleh membantu menampung ekonomi negara jika ia diurus dengan teratur dan sistematik. Maka atas dasar ini sebagaimana pemerkasaan wakaf termasuk dalam Rancangan Strategik 5 Tahun Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Kaola ingin minta penjelasan lanjut, kaola mohon maaf Yang Berhormat, barangkali jika perkara ini ada dibawa pra-MMN yang lalu, iaitu dalam muzakarah bersama-sama dengan Kementerian Hal Ehwal Ugama, kaola tidak hadir pada waktu itu. Maka kaola ingin minta penjelasan lanjut:

  1. Apakah sudah ada bayangan atau ketetapan wakaf ini akan diurus tadbir di bawah satu jabatan khusus atau di bawah satu badan bukan kerajaan seperti Badan Tanmiah?;

  2. Apakah strategik wakaf yang bakal diperkenalkan nanti, adakah tertumpu kepada wakaf tanah dan wakaf harta benda atau kepada wakaf tunai yang dikumpul dalam satu tabung wakaf atas tujuan am?;

  3. Bagaimanakah peraturan wakaf, atau wakaf itu nanti dikendalikan?.

Mohon pencerahan. Terima kasih. وَالسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama

Terima kasih Yang Berhormat dan terima kasih kepada Yang Berhormat Pengerusi.

Mengenai wakaf ini, dapat dijelaskan begini, ini memang strategi Kementerian untuk tahun 2024/2025. Yang penting kita ketahui wakaf sudah sedia ada dengan perundangannya yang termasuk dalam Undang-undang Majlis Ugama Islam, tetapi undang-undang itu perlu dikemaskinikan dalam erti kata wakaf hendaklah mempunyai undang-undangnya tersendiri, aktanya tersendiri. Jadi penggubalannya pada masa ini sudah sampai kepada mingkat akhir, insyaAllah akan dapat disiapkan pada tahun ini. Dalam undang-undang, aktanya itu akan memasukkan jua, perancangan untuk melaksanakan wakaf yang teratur, berkesan, terurus, sesuai dengan hasrat untuk menjadikannya sebagai satu permukimin, dalam pembuangan infrastruktur atau apa-apa jua yang memerlukannya. Dalam undang-undang itu nanti, akan disebut perkara mengenai lembaga atau awpun urus tadbirnya, insyaAllah jika itu sudah selesai nanti kitani akan melihat ia akan ditadbirkan secara teratur, bagi mencapai apa yang dihajati.

Pada masa ini wakaf, tanah-tanah wakaf dan beberapa sumbangan telah diperuntukkan dengan setakat sepordic mengikut apa yang ditentukan. Yang sudah ada Badan Tanmiah mengembangkan harta wakaf ini, tetapi belum Badan Tanmiah mengembangkan, cuma dalam urus niaganya dalam bidang property dan sudah ada ketetapan majlis menyokongnya untuk meluaskan bidang peniagaannya itu kepada bidang-bidang yang lain. Wakaf akan ditadbir urus bukan di bawah Badan Tanmiah akan ditadbir urus dalam satu pentadbiran yang boleh mencapai hajat wakaf orang Brunei. Banyak tanah yang boleh dimajukan dan banyak sumbangan orang ramai yang terkumpul dalam tabung zakat yang boleh dipergunakan dengan sebaik-baiknya.

Satu perkara yang mesti diingati dalam keadaan sedemikian itu wakaf menyumbang kepada sebahagian daripada meningkatkan fiskal kerajaan. Satu contoh masjid, ada masjid wakaf. Ertinya, berharga jutaan ringgit oleh orang perseorangan atau keluarga dan ada masjid-masjid yang belum lengkap bilik jenazah, kereta jenazah, belum lengkap dengan kemudahan-kemudahan termasuklah jua parking bagi Orang Kurang Upaya, laluan bagi orang kurang upaya dan ini telah menggunahkan secara wakaf sama ada oleh ahli-ahli jemaah masjid ataupun orang-orang perseorangan dan keluarga aparih masjid atau tadahan masjid ataupun orang yang tertentu yang mementukan wakafnya bagi perkara ini. Perbelanjaan kerajaan, kata misalannya bagi sebuah kereta jenazah tidak kurang $40,000 dan tambahan bilik jenazah tidak kurang dari $15,000 hingga $20,000 ribu.

Kalau bergantung hanya pada peruntukan pemeliharaan maka tidak dapat meringankan. Begitulah pada masa hadapan mungkin wakaf ini akan dipergunakan untuk membantu infrastruktur-infrastruktur tertentu yang juga akan membantu meringankan fiskal kerajaan إِن ْ شَاءَ ٱللّ ٰ ه. Terima kasih, Yang Berhormat.

Yang Berhormat Pengerusi

Saya persilakan Yang Berhormat Awang Haji Ramli bin Haji Lahit. Tapi sebelum itu saya ingin mengingatkan Ahli-Ahli Yang Berhormat supaya, jika menyolat timbulkankah saja soalan, sebab kesitimewaan untuk membuat mukadimah ini adalah untuk menteri-menteri menerangkan mengenai dengi belanjawan kementeriannya masing-masing. Kalau setiap Ahli Yang Berhormat membuat intoronya yang begitu panjang, meleter-teret jadinya. Saya harap Ahli-Ahli Yang Berhormat akan menyondal dan terus menyondal dan akan dijawab oleh menteri-menteri yang berkenaan dan saya telah dihafamkan bahawa beberapa sesi muzakarah telah pun diadakan. Saya percaya perkara-perkara ditimbulkun ini sudah ditimbulkun dalam majlis muzakarah yang diladakan itu. Saya minta dengan seikhlas-ikhlasnya kalau sudah dijawab tidaklah perlu dibiwa dalam majlis ini lagi. Saya persilakan Yang Berhormat Awang Haji Ramli bin Haji Lahit.

Yang Berhormat Awang Haji Ramli bin Haji Lahit

Terima kasih, kepada Yang Berhormat Pengerusi. بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيم. عَلَيْكُم سَلاَمٌ وَرَحْمَتُ اللّهِ وَبَرَكَاتُهٌ. Terima kasih kepada Yang Berhormat Pengerusi, kaola bercakap mengenai 2 persoalan sahaja dalam Kementerian Hal Ehwal Ugama ini. Iaitu mengenai Sastera Islam.

  1. Sastera Islam adalah sastera dakwah yang tujuannya untuk memperingatkan umat-umat manusia menuju kebaikan dunia dan akhirat berdiri di atas landasan بَلْغُوْنِيْ وَلَوْ آيَةٌ.

    Kaola ingin bercakap mengenai novel berunsur keislaman, kalau tidak silap pada tahun 2010 ada peraduan menulis novel berunsur Islam yang dianjurkan oleh Pusat Da'wah Islamiah yang menarik penyertaan lebih kurang sebanyak 42 penyertaan. Novel berunsur Islam setentunya boleh membetunk masayarakat, boleh meningkatkan keimanan jika jalan cerita diolah oleh penulis berdasarkan akidah akhlak-akhlak dan syariah agar menarik dibaca terutama golongan muda jika jalan cerita ada pertentangan watak utama dan watak sinetron yang jahil dan jahat mendapat balasan sama ada baik atau buruk.

    Sehubungan itu, kaola ingin tahu adakah pemenang-pemenang pertandingan ini serta pemunyang lain yang bersesuaian novel-novel mereka telah dicetak dan adakah perancangan untuk mengadakan banyak peraduan ini pada masa akan datang? Jika novel-novel ini dicetak disarankan untuk diedarkan ke perpustakaan sekolah-sekolah secara percuma dan dicadangkan juga supaya novel-novel yang terbaik ini diolah menjadi drama TV bersiri kerana melaksanakan dakwah. selain pendekatan ceramah dan kemasyarakatan dapat menggunakan ciptaan novel, cerpen, drama dan puisi dan seni sastera lain berunsur keislaman.; dan

Yang Berhormat Pengerusi.

  1. Koala bercakap mengenai pengisian kurikulum kerohanian sekolah-sekolah ugama yang kini mempunyai beberapa seni budaya Islam dalam kurikulum sekolah ugama. Antaranya tulisan khat Jawi, bacaan rawi, berzanji dan Dikir Syarafil Anam Brunei. لاَ إِلٰهَ إِلَّا اللّٰهُ boleh dibanggakan kerana kebanyakan pelajar ugama menguasainya iaitu Dikir Syarafil Anam. Malah sering dipertandingkan dalam kalangan sekolah-sekolah ugama. Malah pelajar-pelajar ini ada yang dipelawa mewakili takmir masjid, MPK, MPM dan persatuan-persatuan untuk pertandingan dikir.

    Jadi, untuk menambah pengisian kurikulum kerohanian persekolahan sekolah agama, koala mencadangkan supaya dikir kama Brunei dapat dilaksanakan untuk mengelakkan seni kebudayaan Islam Brunei pada zaman dahulu agar tidak pupus kerana nampaknya dikir lama ini jarang diketengahkan malah tidak lagi dipedulikan. Tambahan pula orang-orang lama yang mahir dalam dikir lama ini sudah tiada. Adalah diharapkan sekurang-kurangkan satu pelajar satu dikir dapat menghayatinya. Tidak perlu banyak salah satu dari Bis Shahrin Udana Laila, Badat tofi, Khairuman Udana Laila, Badat Nurjalah dan Khairumman Udana Laila. Selain pengisian yang tersebut di atas tadi, boleh juga ditambah dengan penulisan dan deklamasi puisi lama.

Sekian,

وبالله التوفيق والهادة. بالكةٌ صلاةً ودعاءً

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama

Terima kasih Yang Berhormat dan terima kasih lauan yang diberikan oleh Yang Berhormat Pengerusi.

Ada dua soalan kalau tidak silap saya dapat menangkap satu mengenai sastera Islam satu mengenai Dikir Brunei. Sastera Islam disebutkan bahawa Pusat Da’wah Islamiah mengadakan Peraduan Menulis Novel pada 2013. Seingat saya pada 2013 ialah bersempena dengan 25 tahun penubuhan Pusat Da’wah Islamiah. Peraduan itu sangat berjaya sebagaimana yang dinyatakan tadi dan hasilnya telah pun diterbitkan. Cuma tadi ada saranan supaya penerbitannya itu dibahagikan ke sekolah-sekolah untuk bacaan.

Sebenarnya kitani mesti berfikir jua. Kerajaan berbelanja menerbitkannya. Perbelanjaan itu akan dikutip balik semula melalui hasil jualan. Itulah sebenarnya cara kitani, bukan semata-mata semua sekali akan dibuat oleh kerajaan dan dibahagi kepada orang ramai secara percuma kerana pembacaan ini terpulang kepada minat membaca. Kalau untuk sekolah-sekolah, tentulah pihak kerajaan akan menerbitkannya dengan jumlah yang banyak dengan perbelanjaan yang banyak. Itu tidak mungkin dapat dilakukan kecuali misalannya mengenai mushaf, penerbitan mushaf untuk sekolah-sekolah, orang ramai yang dibahagikan kepada keluarga. Dalam masa yang sama, mushaf itu dicetak untuk kegunaan orang ramai membelinya dan masih jua dijual.

Mengenai kepentingan sastera Islam sebagaimana yang Berhormat menyebutkan adalah kepentingan dunia akhirat. Sebenarnya kitani menyebut sastera Islam, sastera yang berunsur ataupun bertemakan perkara-perkara keagamaan mengenai bukan sahaja mengenai jahat baik, tetapi yang penting sastera Islam itu dihasilkan bukan sahaja semata-mata oleh penghasil-penghasil yang kalau dalam istilah al-Quran, al-Ghawwun iaitu orang yang ke hulu ke hilir bercakap mengenai kebaikan tetapi mereka tidak melakukan kebaikan. Sastera Islam itu telah didukung dengan penjwinya.

Sebenarnya dari semasa ke semasa, Pusat Da'wah Islamiah menerbitkan hasil-hasil ini bukan sahaja melalui peraduan menulis novel tetapi melalui majalah-majalah yang ada seperti Majalah "Al-Dams dan Berita Muslimin". Kalau hasil sastera yang berupa puisi diterbitkan di kedua-dua majalah ini dan dikumpulkan menjadi "Puisi Hidayat"

diterbitkan dalam setahun, dua tahun setelah terkumpul. Begitu juga cerpen disiarkan di dalamnya. Ini adalah proses yang berterusan.

Kaola ingin menyebutkan Yang Berhormat Pengerusi. Menyebut sastera Islam bagi kepentingan kitani Brunei. Negara Brunei Darussalam sudah menokohkan tokoh sastera Islam pada tahun 2008, atas anjuran Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah. Kitani menokohkan Muda Omar 'Ali Saifuddien sebagai Tokoh Sasterawan Islam. Ini memang tepat kerana sastera melambangkan entiti bangsa itu. Selama ini kitani di Negara Brunei Darussalam adalah bersama-sama dalam gerakan sastera nusantara yang berbahasa Melayu.

Oleh sebab Negara Brunei Darussalam sejak tahun 1984 sudah jelas entitinya sebagai satu negara berdaulat, merdeka sepertimana negara-negara jiran kita yang lain, maka sastera kitani walaupun berbahasa Melayu adalah sastera Brunei kerana itulah ada penokohan ada dibuat pada tahun 2008. Satu penokohan Sasterawan Islam dan yang kedua penokohan Sasterawan Moden Brunei iaitu bagi penyair "Syair Rakis" adalah kepada Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, berdasarkan sastera karya-karya syair-syair Al-Marhum itu.

Ini sangat penting untuk diambil perhatian orang ramai, pihak pusat-pusat pengajian tinggi dan gerakan seperti gerakan civic society untuk mengembangkan perkara ini. أَللّهُمَّ Universiti Brunei Darussalam (UBD) dalam pengajian Bruneinya memasukkan pengajian sastera Islam yang merujuk kepada tokoh sastera Islam hasil-hasil Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, suatu tanda yang bagus dan sudah melahirkan beberapa kajian di peringkat Sarjana dan Sarjana Muda.

Kemudian di Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPUSB) sudah ada baru-baru ini ditubuhkan Fakulti Sains Kemasyarakatan dan perkarca ini akan dimasukkan pengajian sastera Islam dan ada hubungan dengan pendidikan merujuk kepada sastera Islam di Brunei yang ada sudah tokoh-tokohnya.

Di UNISSA perkara ini boleh difikirkan oleh UNISSA أَللّهُمَّ kerana UNISSA ada Fakulti sastera yang berbahasa Arab. Sastera Islam itu adalah merujuk kepada Sastera Islam yang berbahasa Arab, belum ada yang berbahasa Malayu ataupun kepada Melayu melainkan setu dua buah buku yang dibuat kajian bekas penyarah Universiti Brunei Darussalam pada masa dahulu dan sempat berkhidmat di UNISSA untuk membuat kajian berhubung dengan tokoh Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien dan juga tokoh Sasterawan Islam juga penggiat sastera Islam Syukri Zain. Semua hasil ditulis dalam bahasa Arab. Kaola akan menekankan entiti Negara Brunei Darussalam bukan sahaja ada identiti bahkan ada sudah entiti politik, sistem sosial dan sistem pemerintahannya. Sekian Yang Berhormat Pengerusi.

Mengenai yang kedua berhubung dengan Dikir Brunei untuk dipelajari. Benar, Dikir Brunei ini pada suatu masa dahulu dalam pendidikan. Sekurang-kurangnya Kementerian Hal Ehwai Ugama berusaha untuk menjadikan dikir ini dipelajari dan sedang dipelajari tetapi usaha itu ialah dengan lebih dahulu mempertabik bentuk penyampaian Dikir Syarafil Anam dan berzanji. Berdirikir Syarafil Anam yang sudah diubah supaya tidak dengan lagu menanjang-manjang. Kemudiannya Dikir Brunei dalam versi yang moden yang pada masa yang dipelajari, sudah diajarkan di sekolah-sekolah secara extra kurikulumnya. Ini berkenaan daripada kritikan terhadap dikr itu. Dikir itu dibawakan dengan pembawaan yang menyalahi.

Kaola rasa kitani yang mengkritik itu sendiri keliru menyalahi hukum-hukum tajwid bagaimana dikir ini ditajwidkan tajwid Al-Quran. Jadi lalu tajwid lagu Brunei itu, menyalahi hukum dibah dan berdosa. Maka diadakan seminar memperbaiki Dikir Brunei itu dan hasilnya sampai sekarang ini أَللّهُمَّ.

Tapi satu perkara yang mesti juga menjadi sejarah dan untuk menjadi perhatian kitani dalam keadaan sedemikian itu Dikir Brunei sementara ia belum lagi diubah suai kepada yang dalam erti kata tidak menyalahi tajwid diperkenalkan pula satu lagu Dikir Daba’i dan Dikir Daba’i ini pun bersinaglah dalam keadaannya menimbulkan kelompok-kelompok yang peminat mungkin tidak menerima terhadap satu dengan yang lain dan ini tidak baik.

كَتِبَةُالتَّعَلِيْمِ Kementerian Hal Ehwal Ugama kaola dapat menjamin dari dahulu sampailah sekarang ini tidak menganggap sedemikian dan masing-masing yang mahu untuk Iqra' Dab’i, Dikir Brunei teruskanlah tinggal lagi Dikir Brunei yang sekarang ini perlu juga baik semua kepada Dikir Brunei yang dilakukan mengikut lagu yang sebenar-benarnya. Jangan khautir dan walang kalau lagu-lagu sedemikian panjang tiada mengikut harkat bahasa Al-Quran janganlah dihukutirkan akan berdosa kerana ia bukan ayat-ayat Al-Quran yang ditawjikan. Sekian Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusi

Saya persilakan Yang Berhormat Awang Naim bin Haji Kamis.

Yang Berhormat Awang Naim bin Haji Kamis

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

كَتِبَةُالتَّعَلِيْمِ sukacita kaola membawa dengan buku teks dan buku-buku kerja sekolah agama. Dalam hubungan ini, sudah tiba masanya Kementerian Hal Ehwal Ugama membuat e-Buku atau e-Book yang semua buku teks dan buku-buku kerja dimuatkan di dalamnya. Perkara ini mudah dilakukan memandangkan buku teks yang dipelajari pada masa sekarang terbitan tempatan dan bolehlah bekerjasama barangkali dengan institusi penjagian tinggi utama tempatan untuk membuat dan menerbitkan e-Book tersebut.

Sekian,

وَبِاللَّهِ التَّوْفِيقُ وَالْهِدَايَةُ وَالسَّلَاَمُ عَلِيْكُمْ وَرَحْمَةُاللهِ وَبَرَكَاَتُه

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama

Terima kasih Yang Berhormat dan terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Sebelum kaola menjawab Yang Berhormat Pengerusi kaola minta menjelaskan dahulu kaola tahu perkara yang dibangkitkan ini mengenai buku teks dan mengakui Kementerian Hal Ehwal Ugama, Jabatan Pengajian Islam mengeluarkan buku teks tapi yang disarankan oleh Yang Berhormat barangkali pendengaran kaola kurang jelas Yang Berhormat Pengerusi mudah-mudahan Yang Berhormat mengulang dengan jelas apa isunya apa saranan Yang Berhormat.

Yang Berhormat Awang Naim bin Haji Kamis

Terima kasih. Maksudnya buku-buku teks itu dimasukkan dalam e-Book satu dalam pendrivekah untuk menyenangkan tujuannya meringankan murid-murid membawa daripada beban yang berat kalau buku. Satu lagi sebagai pilihan kepada murid-murid selain diberi buku teks dan sesuai dengan perkembangan semasa rata-rata anak murid sudah mempunyai kemudahan sendiri seperti telefon bimbit dan akses Internet.

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama

Kalau kaola tidak silap maksudnya secara ringkas supaya buku-buku itu tidak sahaja diterbitkan dalam buku tetapi teks sukatan pelajaran sekolah-sekolah agama itu dibuat secara online. Ini saranan yang bagus tetapi sebenarnya ini pun sudah Jabatan Pengajian Islam untuk pengetahuan orang ramai sangat aktif dalam kegiatan online dinamakan digital namanya.

أشكركم sesuai hala tuju kitani ke arah peningkatan lagi penggunaan digital ini lagi. Banyak usaha Jabatan Pengajian Islam untuk mendigital perkhidmatannya termasuklah juga dengan buku-buku teks tetapi bukan khusus buku-buku teks yang biasa, juga yang diterbitkan pada masa ini ada juga disalurkan secara digital atau online dan bolehlah Yang Berhormat atau orang ramai yang berkenan untuk akses website atau sesawang yang berkenaan Kementerian Hal Ehwal Ugama ataupun di bawah sesawang Jabatan Pengajian Agama Islam, silakan. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusi

Yang Berhormat Pengiran Haji Mohamed bin Pengiran Haji Osman @ Othman.

Yang Berhormat Pengiran Haji Mohamed bin Pengiran Haji Osman @ Othman

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ Lebih dahulu kaola merakamkan penghargaan kepada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama karena menyampaikan mukadimah mengenai dengan Kementerian Hal Ehwal Ugama.

أشكركم dalam kesempatan ini kaola merafakkan sembah menjunjung kasih setinggi-tingginya Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan kerajaan baginda melalui Kementerian Hal Ehwal Ugama untuk membina dua buah masjid iaitu Masjid di Rancangan Perumahan Negara Mengkubau Pancur dan di Masjid Rancangan Perumahan Negara Meragang.

أشكركم pembinaan kedua-dua buah masjid ini telah pun berjalan. Semoga pembinaannya akan lancar dan sempurna. Sesungguhnya pembinaan masjid ini amatlah besar maknanya terutama kepada rakyat dan penduduk yang tinggal di kedua-dua Rancangan Perumahan Negara. Inilah rumah وَأَنَّ الْمَسَاجِدَ لِلّهِ tempat hamba-hamba-Nya bermunajat dan mengerjakan amal ibadat, sembahyangku kerana أَشْكُرُكَ.

Yang Berhormat Pengerusi. Kaola ingin menyentuh beberapa cadangan, أشكركم sejak surau Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei dibina beberapa tahun lalu, surau tersebut dikunjungi ramai jemaah terdiri daripada mereka yang bertugas di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei dan juga para penduduk sekitarnya. Kunjungan para jemaah tersebut adalah untuk menunaikan solat fardu 5 waktu, solat sunat Tarawih, solat sunat Aidilfitri dan Aidiladha.

Untuk keselesaan dan menjimatkan lagi masa bagi mereka yang bertugas atau bekerja di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei dan penduduk sekitarnya, kaola menyarankan dan mencadangkan untuk memberikan pandangan kepada pihak kementerian ada moleknya surau tersebut untuk dibukakan juga untuk solat Jumaat untuk memudahkan lagi para jemaah yang saya nyatakan tadi.

Sekian Yang Berhormat Pengerusi. (missing Jawi words)

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama

Terima kasih Yang Berhormat dan terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Kaola memahami cadangan supaya surau Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei yang sudah sedia ada dan sudah digunakan dengan sebaiknya dan mencapai tujuannya sebagai surau, sudah pun diakui oleh Yang Berhormat berjalan dengan baik, tinggal lagi dijadikan juga untuk mendirikan sembahyang Jumaat bagi kemudahan dan kegunaan bagi pengguna-pengguna. Perlu diingat bahawa surau itu dalam tadahan Mukim Berakas, Kampung Serusop, Kampung Burung Pingai dan sebagainya.

Di kawasan tersebut terdapat masjid, Masjid As-Solihin, Masjid Muhammad Bolkiah, Masjid Sufri Bolkiah dan sekurang-kurangnya masjid tersebut dalam tadahan. Tidakkah menjadi kesulitan, bahkan penduduk di Kampung Jaya Setia dan Kampung Setia Bakti dan termasuk Kampung Burung Pingai ada juga yang pergi ke Masjid As-Solihin.

Tiada masalah kepada siapa saja pengguna surau yang biasa bersembahyang fardu, untuk bersembahyang Jumaat yang dikhususkan antara pukul 12 hingga 2 petang. Mereka dikecualikan dari tugas, bolehlah pergi ke masjid-masjid yang dalam tadahan tersebut. Ini bukanlah suatu keadaan yang mendesak, masjid-masjid masih boleh dikunjungi lagi. Surau tetaplah ia surau. (missing Jawi words) sebagaimana pernyataan jua ada surau Kementerian Pertahanan, Berakas Garrison dan ada lagi terdapat surau lain.

Semua perhatian yang sedemikian ini memang baik, tapi jika orang ramai berkendara sedemikian, Yang Berhormat bolehlah menasihatkan orang ramai atau group tertentu mengikut tadahan surau dan masjid yang berhampiran. Masjid berhampiran, masih boleh digunakan bagi menunaikan Sembahyang Jumaat. Janganlah mendesak sehingga nanti ada alasan tidak boleh bersembahyang Jumaat kerana meninggalkan tugas dan sebagainya. Sekian Terima Kasih Yang Berhormat.

Yang Berhormat Pengerusi

Yang Berhormat Awang Haji Abdul Hamid bin Haji Mumin.

Yang Berhormat Awang Haji Abdul Hamid bin Haji Mumin

Terima Kasih Yang Berhormat Pengerusi.

(misisng Jawi words)

Kaola juga ingin menyampaikan beberapa perbahasan di bawah Tajuk SJO1A - Kementerian Hal Ehwal Ugama. Dalam perkara ini kaola akan cuba seringkas yang boleh untuk membuat pertanyaan dan cadangan.

  1. Mengenai jawatan-jawatan Bilal, Marbut ataupun pembersih luar dan dalam masjid. Nampaknya tidak semua masjid mempunyai pekerja-pekerja tersebut secara yang ditawarkan oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Jabatan Hal Ehwal Masjid.

    Jawatan itu perlu supaya diadakan untuk mengisi jawatan tersebut dan ada penjawat-penjawat yang tertentu di setiap masjid bagi kemudahan-kemudahan dan peranan mereka yang boleh memudahkan di masjid-masjid. Walaupun pada masa ini, kerana tidak ada jawatan tersebut dikisikan oleh jawatankuasa takmir, tetapi mungkin jua akan menimbulkan masalah kerana ia tidak berperanan sepenuhnya sebagai seorang bilal. Keduanya mereka sudah berumur dan tidak yakin akan dapat membuat sepanjang masa sebagai jawatan bilal atau marbut dan pembersih luar dan dalam masjid.

    Kaola memohon supaya jawatan yang sudah lama tidak ditawarkan ini dapatlah ditawarkan untuk masjid-masjid di seluruh negara yang memerlukannya.;

  2. Mengenai ‘Penggapaí’ nampaknya jikalau masa dulu, senang kita berhubungan kerana di masjid-masjid namanya diberi label supaya senang dicari. Tetapi sekarang tidak ada. Cuma dipusatkan di pejabat-pejabat, di daerah-daerah, pejabat agama dan bilangannya terhad. Kaola berlaku kebenturan perkara yang memerlukan mereka di dalam daerah, kalau ada terjadi dua tiga untuk disemakkan, jad terpaksalah menunggu giliran oleh keluarga tersebut.

    Cadangan baiklah ada di mukim-mukim ‘Penggapai’. ‘Penggapaí’ dahulu terdapat di Mukim Liang iaitu Biro Wanita dari MPK yang berkurusan di masjid, tetapi mendukacitakan, mereka setelah berkhidmat dan dapat membuat penyempurnaan jenazah diubah, dimandikan dan sebagainya hampir siap difikirkan, barulah petugas dari jabatan yang berkenaan datang. Apabila datang mereka tidak menerima dan disuruh dimandikan kembali jenazah tersebut. Mereka seolah-olah tidak mempercayai ahli-ahli jawatankuasa yang sudah mengikuti kursus tersebut. Perkara ini menjadi tidak kesedapan hati dan akhirnya mereka tidak mahu berfungsi lagi sekarang.

    Koala harap sebenarnya ‘Penggapai’ ini tidak menyusahkan setiap mukim untuk menjalankan tugas. Seterusnya satu lagi sedikit secara ringkas.;

  3. Mengenai sekolah Arab di Daerah Belait, telah pun ditubuhkan pada tahun 2005 dan sudah berumur 17 tahun sekolah ini. Tetapi pada masa ini masih lagi penajaannya pada tahap tingkatan 2 walaupun sudah 17 tahun. Para keluarga kadang-kadang kalau sudah dua tahun itu terpaksa buat pilihan sama ada menyambung ke Sekolah Menengah Arab atau akan berhenti menyambung ke sekolah kerajaan.

    Kalau sekiranya ditawarkan untuk kanak-kanak menyambung dan terus tinggal di rasa, inilah menjadi kebimbangan kepada keluarga kerana mereka ini masih lagi dalam umur yang belum dapat lagi berpisah secara langsung dengan keluarga. Dikhuatiri yang sewajarnya dari segi sosial dan sebagainya.

    Cadangan kalau dapat supaya akan ada tingkatan 3 di Daerah Belait. Kalau boleh secara online yang tingkatan 3 itu dapat mengikuti. Mohonlah sesuatu yang dapat dicerahkan oleh pihak Kementerian Hal Ehwai Ugama. Barangkali, itu saja yang dapat kaola hadapkan dalam perbahasan ini.

Sekian saja Yang Berhormat Pengerusi. Terima Kasih. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاَتُه

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama

Terima kasih Yang Berhormat. Kaola, Yang Berhormat Pengerusi memahami ada 3 perkara yang dibangkitkan iaitu:

  1. Mengenai perlu ada jawatan bagi masjid terutama sekali bagi menggantikan orang sudah berumur.;
  2. Mengenai ‘Penggapaí’ iaitu penyeumpurnaan jenazah wanita.; dan
  3. Berhubung dengan penubuhan Sekolah Arab yang sudah lamanya 17 tahun belumah meningkat sampai kepada menengah yang diharapkan.

Pertama, mengenai jawatan-jawatan di masjid seluruh negara dari masa ke semasa ada peningkatan dan tambahan-tambahan jawatan tersebut. Misalannya pada tahun lepas (2021) seramai 41 jawatan yang telah dipenuhkan meliputi jawatan Imam Tingkat I, II, III dan IV dan Bilal Tingkat I. Berhubung dengan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat, dipercayai ada bilal yang sudah berumur patut digantikan.

Memang sedemikian, tapi belum barangkali dapat diberikan keutamaan, kerana yang berkenaan itu walaupun sudah berumur masih melakukannya. Dalam masa yang sama juga bagi kelaziman mana-mana masjid akan menyediakan pelapis-pelapis. Kalaupun bilal itu bilal yang berjawatan yang belum ada penggantiya secara berjawatan established post, maka pelapis-pelapisnya boleh dilantik oleh jemaah masjid itu sendiri. Disokong untuk mendapatkan elaun-elaun khas bagi pelapis-pelapis. Ini tidak ada masalah, walau bagaimanapun كُلُّ شَيْءٍ بِقَدَرٍ kementerian akan meminta Jabatan Hal Ehwal Masjid untuk melihat perkara ini. إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ Yang Berhormat.

Kedua, mengenai 'Penggapai'. 'Penggapai' ini mesti kita ketahui pada tahun 60-an dahulu, Jabatan Hal Ehwal Ugama mengadakan post ini. Jawatan itu jawatan kerajaan. Walaupun pada masa itu hanya sangat terhad orang-orang yang dilantik dan berterusanlah jawatan itu sampai sekarang. Tapi kita mesti mengambil kira, jawatan tersebut, tugas tersebut sudah boleh dilakukan oleh orang ramai, kumpulan-kumpulan seperti yang diynatakan. Tadi ada muslimah sudah diberikan kursus-kursus dan mereka mengendalikannya. Cuma ada kejadian sedemikian ataupun ego barangkali yang berkenaan itu membinbull yang sepatutnya perkara itu tidak berbangkit. Mana yang sudah dikursus memang layak dan bukan saja muslimah bahkan dalam kalangan belia, jemaah masjid, sudah boleh melakuan tugas 'Penggapai'.

Kita mesti melihat, إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ, ada kita rasa bersyukur ke hadrat إِنَّ اللَّهَ كَرِيمٌ, إِنَّ اللَّهَ غَفُورُ رَحِيمٌ berkat pelajaran ugama yang diajarkan sebegitu sistematik. Kita sudah melahirkan orang-orang yang sudah beragama termasuklah orang yang besedia berkhidmat secara sukarela untuk melakukan kerja-kerja penyeumpraan jenazah dan tidak ketinggalan dalam kalangan wanita ititu muslimah masjid. Muslimah masjid sangat berperanan, Kementerian Hal Ehwal Ugama sangat menghargai kegiatan muslimah masjid ini diseluruh negara. Mereka sangat berperanan untuk kegiatan-kegiatan masjid bagi masjid-masjid di tadahan-tadahan mereka.

Jadi, hal sedemikian janganlah kita berharap saja kepada jawatan 'Penggapai' saja. Pada masa ini sudah ada kursus-kursus yang dilakukan oleh masjid-masjid bagi melatih ataupun menjumbuhkan kumpulan-kumpulan 'Penggapai' wanita dan lelaki.

Ketiga, penubuhan sekolah Arab betul sudah 17 tahun dan perlu diitingkatkan. Untuk makluman Yang Berhormat khasnya bangunan sekolah Arab yang ada pada masa ini di Daerah Belait dalam rancangan untuk diberaskan. Mudah-mudahan dalam rancangan tersebut akan termasuklah juga untuk meningkatkan taraf pembelajarannya.

Diketahui sulit bagi ibu bapa untuk melepasakn anak-anak dalam umur yang rendah, pindah ke Daerah Tutong, masih jua rindu-rinduan juga anak yang masih berumur rendah sedemikian. Memanglah diperitmbangkan. Mudah-Mudahan kalau rancangan pembesaran sekolah tersebut dapat dilaksanakan akan mengambil kira juga keperluan untuk peningkatan sampai ke tingkatan menengah yang dihajatkan.

Sekian, terima kasih Yang Berhormat Pengerusi dan Yang Berhormat.

Yang Berhormat Pengerusi

Yang Berhormat Awang Haji Emran bin Haji Sabtu.

Yang Berhormat Awang Haji Emran bin Haji Sabtu

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

أشكرك، ولازال الجهد متواصلا

Sehubungan dengan itu juga, kaola difahamkan terdapat satu ruang media sosial bernama 'reddit' di dalamnya sering disebut Kementerian Hal Ehwal Ugama dengan pelbagai komen negatif bahkan ada yang berunsur fitnah semata-mata.

Soalan kaola, adakah terpadat usaha atau inisiatif untuk memperbetulkan persepsi pengguna berkenaan dan sejauh manakah pandangan-pandangan berkenaan mempengaruhi golongan belia khususnya yang beragama Islam yang aktif menggunakan media sosial? Sejauh manakah pandangan berkenaan telah mempengaruhi golongan belia terutama yang beragama Islam yang aktif menggunakannya? Kaola juga berpandangan pihak yang berkenaan suparaya mewujudkan laman sesawang peranti media sosial dan proaktif menangani isu semasa bercorak keagamaan yang melibatkan pelbagai agensi berkenaan secara bersepadu sebagai wadah atau platform khusus mengeliling perakara berkaitan agama dan umat Islam di negara ini selain menjadi sumber rasmi yang menyediakan atau mengongsikan saluran maklumat yang tepat, untuk dijadikan sumber rujukan orang awam bagi memperbetulkan persepsi seumpamanya.

Sekian, terima kasih.

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi dan Yang Berhormat. Memanglah media sosial ini banyak perkara maklumat yang terserbar sama ada yang disebut oleh Yang Berhormat tadi akan maklumat fitnah atau maklumat yang tidak benar ataupun maklumat yang tidak benar tetapi berlawanan dengan apa yang kita percayai kalau dalam bidang agama, keyakinan dan akidah kitani. Tapi maklumat itu tersebar melalui media sosial, tinggal lagi macam mana untuk mengatasinya. Mengatasinya itu ialah pertama sekali kita mestilah meningkatkan kesedaran keagamaan kitani.

Kalau dari segi media sosial, Pusat Da’wah Islamiah sangat aktif dalam perkara ini, setelah mereka menggunakan media sosial tetapi tidaklah secara khusus untuk melawan hal-hal sedemikan. Dakwah ertinya membimbing ke arah yang benar. Perkara-perkara yang sedemikian misalannya ada perkara yang negatif, mencerca dan sebagainya itu terserah kepadanya. Mana-mana perkara yang negatif itu membawa kepada celaan institusi agama ataupun orang agama, ada undang-undangnya yang boleh menanganinya.

Kita ni hendaklah tidak terburu-buru untuk terjun khusus untuk menangani hal-hal sedemikian kerana kita ni harus memerima hakikat bahawa sebagaimana juga dalam broadcasting kita ni menggunakan open-sky. Negara Brunei Darussalam satu-satunya negara yang kecil tetapi mengadakan dasar open sky sedemikian. Kita ni tidak dapat menahannya, mungkin channel tertentu tetapi ada receiver yang bergiuar yang boleh mencapai Asia Tenggara, Timur Tengah, bahkan ke Eropa dan sebagainya dengan receiver sahaja yang hanya berharga tidak sampai $200 atau $300. Tinggal lagi kita ni ialah mendidik, membimbing orang ramai jangan sampai terpengaruh. Mudah untuk kita ni mengatakan lawan tetapi lawan ini sejauh mana akan berkesudahan. Kita ni ada undang-undang, kalau sampai kepada had yang melanggar undang-undang maka undang-undang yang boleh kita ni pergunakan. Dari segi perang saraf bukan dari segi keselamatan politik yang mengancam keselamatan tetapi perang saraf dari segi ideologi mengenai agama dan sebagainya, kita ni lakukankah dengan cara yang bijak.

Pusat Da'wah Islamiah, sangat mengambil perhatian dan bergerak ke arah ini dan akan meningkatkannya dari semasa ke semasa. Terima kasih.

Yang Berhormat Pengerusi

Yang Berhormat Dayang Khairunnisa binti Awang Haji Ash'ari.

Yang Berhormat Dayang Khairunnisa binti Awang Haji Ash'ari

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Kaola saranakan penggunaan peruntukan pembinaan masjid seharusnya memikirkan keperluan-keperluan pengguna. Beberapa masjid termasuklah masjid-masjid utama tidak mengambil kira akan laluan ke tandas wanita ataupun tempat mengambil air wuduk adalah terbuka dan boleh menyukarkan kaum wanita untuk menutup aurat dengan sempurna apabila di masjid.

Ramai wanita yang bekerja juga perlu ke masjid memandangkan tempat kerja tidak menyediakan ruang solat ataupun tidak terdapat surau. Bukan sahaja pengguna wanita, pengguna yang berkelainan upaya dan berumur juga sukar untuk bergerak. Reka bentuk haruslah lebih kepada praktikal bukannya sekadar cantik dari luar. Pembaikan kerosakan juga haruslah dibuat dengan segera. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama

Terima kasih kepada Yang Berhormat kerana sangat peka dengan keperluan wanita, دَخَلَكُ اللّٰه. Didapati masjid yang lama yang sudah didesign memang sedemikian dan didapati laluan untuk wanita di luar kawasan merupakan laluan masuk bagi lelaki dan ini kurang selesa. Untuk masjid-masjid yang baharu, hal-hal sedemikian telah pun diambil kira. Masjid baharu akan dibuat dalam erti kata design itu sendiri mengawal pergerakan jemaah wanita untuk wanita dan lelaki untuk lelaki. أ لْح م ْ دُ لِل ِ ه ِ mudah-mudahan akan berjaya dan akan dilihat.

Mengenai kepekaan Kementerian Hal Ehwal Ugama terhadap keperluan Orang Yang Kurang Upaya. Pada tahun lepas sudah dibangkitkan perkara ini dan ducapkan terima kasih. Hasil saranan dan cadangan ini juga, Jabatan Hal Ehwal Masjid telah berjaya memperbaiki atau menambah kemudahan-kemudahan itu. Misalannya, saya kalau di Daerah Brunei-Muara sahaja, laluan kerusi roda sudah ada 37 buah masjid Daerah Tutong ada 7 buah masjid, Daerah Belait ada 2 buah masjid dan di Daerah Temburong ada 1 buah masjid, kesemua jumlah ini ada 47 buah masjid. Ini dibelanja selain daripada peruntukan pemeliharaan juga banyaknya datang daripada orang ramai dan inilah juga sebahagian daripada sedekah dan wakaf.

Penggunaan tandas khas, bagi Orang Kurang Upaya pun juga telah disediakan. Di Daerah Brunei Muara sebanyak 25 buah masjid, di Daerah Tutong ada 4 buah masjid, di Daerah Belait dan Daerah Temburong belum ada dan pada keseluruhannya ada 29 buah masjid diadakan sedemikian.

Mengenai letak kereta. Letak kereta ini masjid-masjid lama wakaf tanah orang ramai yang didirikan masjid. Bila terdiri masjid, pada masa itu cukup untuk letak kereta, tetapi pada masa ini tidak mencukupi. Terpaksalah juga untuk memikirkan Orang Yang Kurang Upaya. Dalam keadaan ini, kalau masjid-masjid baharu pada masa ini tidaklah menjadi masalah tetapi ini masjid-masjid lama. Daerah Brunei Muara telah pun mengadakan letak kereta khas iaitu sebanyak 16 buah masjid, Daerah Tutong ada 2 buah, Daerah Belait dan Daerah Temburong tidak ada, tapi 18 buah masjid sudah digunakan.

Kepekaan yang ditunjukkan oleh Yang Berhormat sangat dipuji. Keperluan wanita dan OKU ini sudah diambil tindakan dari semasa ke semasa. إِن ْ شَاءَ ٱللّ ٰ ه sesuai dengan keadaan peruntukan dan kepimpinan masjid untuk berikhtiar. Sementara belum ada peruntukan atau peruntukan tidak akan diberi untuk perkara itu, mereka berusaha untuk mendapatkan orang yang berwakaf atau menderma bagi keperluan-keperluan yang sedemikan.

Terima kasih.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

Yang terakhir sekali saya perlisilakan Yang Berhormat Awang Haji Umarali bin Esung.

Yang Berhormat Awang Haji Umarali bin Esung

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

(missing Jawi words)

Koala ingin memberi pandangan dan cadangan iaitu mengenai masjid mesra dengan digital. Dalam menghadapi perubahan era digital dan suasana norma baharu ketika ini, sudah sewajarnyalah masjid-masjid di Negara Brunei Darussalam melangkah ke hadapan dengan menggunakan sistem digital sebagai keperluan ke arah kemajuan dan perkembangan. Pengurusan aktiviti-aktiviti yang berdaya maju. Dengan ini, masjid-masjid tidak lagi terpinggir dari arus perubahan teknologi yang sentiasa berkembang melalui konsep Masjid Mesra Digital. Konsep ini boleh dilaksanakan melalui pendekatan dengan kerjasama dan pihak-pihak yang berkepentingan bagi mencari kacedah yang sesuai ke arah Masjid Mesra Digital. Antaranya:

  1. Membekalkan masjid-masjid dengan kemudahan teknologi digital dan ICT,;
  2. Meningkatkan keupayaan pegawai-pegawai dan kakitangan masjid dengan digital dan ICT melalui latihan-latihan amali yang berseusuaian,;
  3. Mempelbagaikan aktiviti masjid sebagai tambahan melalui kaedah digital terutama sekali dalam situasi wabak COVID-19 dan sebagainya.

Sekian, وبلدية الدغوث والصفلية، والله ولي التوفيق

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama

Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi dan terima kasih, Yang Berhormat.

Mengenai soalan Masjid Mesra Digital ini sangat menggembirakan kitani. Dalam kurnia titah perkenan pembukaan masjid sebelum ini, ada menyebut mengenai digital ini dan kitani ke arah kesedaran yang semedimukia itu sangat dialu-alukan. Setahun atau dua tahun yang lalu, sudah ada dibangkitkan dalam Dewan ini dan sebabagiananya dapat diperbahas olih Jabatan Hal Ehwal Masjid. Umpamanya, sudah ada screen melalui digital ini bagi memaparkan waktu-waktu sembahyang. Ada sebahagian masjid sudah dapat menyiaran ringkasan khutbah dan ada lagi masjid yang bersubah untuk menterjemahkan khutbah itu ke dalam bahasa lain, iaitu bagi kawasan-kawasan yang memerlukan yang tidak memahami bahasa Melayu. Semua ini sudah ada tanda-tanda ke arah digital itu Yang Berhormat.

Bagi kerajaan untuk membekalkan bahan-bahan itu, terpulang kepada keupayaan bajet kitani ke arah itu. Pada masa ini, ada orang yang sudah bersedekah ataupun menderma dan menyumbang bagi kepentingan masjid-masjid Kementerian Hal Ehwal Ugama juga mengalu-alukan penyertaan orang ramai untuk melengkapkan keperluan masjid dengan digital.

Bagi meningkatkan keupayaan itu, sangat perlu dan betul. Semasa wabak COVID-19 ini, pergerakan dan pembelajaran dalam masjid adalah terhad. Ternyata beberapa buah masjid tidak mempunyai keupayaan dari segi kemahiran penggunaannya dalam perkara ini, yang perlu diatasi jua. Walau bagaimanapun, kalau dilihat kepada acara seperti Malam Munajat yang diadakan setiap hari Sabtu (malam minggu), ada penyerantaan tidak kurang 50 buah masjid dan sudah ada menunjukkan keupayaan digital itu. إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ boleh lajit ditanggkan dan bagi yang tidak mempunyai keupayaan itu, yang menggalakkan, bukan daripada pegawai masjid استطلاع /bushed post, tetapi daripada sukarelawan Jemaah Takmir Masjid. Terutama sekali dari kalangan belia di tadahan masjid yang berkenaan yang tampil untuk memberikan sumbangan dan khidmatnya kepada keperluan-keperluan masjid seperti ini.

Jadi, mempergunakan digital untuk aktiviti masjid, إِنْ شَاءَ اللَّهُ kita sudah memulakan dan sedang dalam perjalanan yang baik dan akan diteruskan sesuai dengan keperluan yang kitani fikirkan selama tidak mengganggu ketenteraman ataupun hal-ehwal ibadat yang fundamental bagi sesebuah masjid. Itu sahaja, Yang Berhormat Pengerusi. Terima kasih.

Yang Berhormat Pengerusi

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama.

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Saya kira cukuplah bagi kita membahaskan Tajuk Belanjawan Kementerian Hal Ehwal Ugama ini, dan saya sekarang ingin bertanya, bagi ahli-ahli yang bersetuju bagi tajuk ini kita luluskan, sila angkat tangan.

(Semua Ahli mengangkat tangan tanda bersetuju)

Terima kasih, semuanya bersetuju.

Yang Dimuliakan Jurutulis

Tajuk SJ01A – Kementerian Hal Ehwal Ugama dijadikan sebahagian daripada Jadual.

Tajuk SK01A hingga Tajuk SK08A – Kementerian Pembangunan.

Yang Berhormat Pengerusi

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Sekarang mesyuarat beralih untuk meneliti Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya.

Sebelum tajuk-tajuk kecil ini dibuka untuk dibahaskan, maka saya ingin memberikan peluang kepada Yang Berhormat Menteri Pembangunan untuk menjelaskan tentang penyediaan Belanjawan bagi kementerian berkenaan. أركَدَ, Yang Berhormat Menteri Pembangunan berada bersama kita dalam Dewan ini, maka saya persilakan Yang Berhormat memberikan mukadimahnya. Silakan.

Yang Berhormat Menteri Pembangunan

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيمِ اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعٰلَمِيْنَ وَالصَّلٰوةُ وَالسَّلَامُ عَلٰى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلٰى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ. عنكم ورحمة الله وبركاته dan salam sejahtera.

Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.

أعزكم الله kaola dengan penuh hormat dan takzim, sukacita menyembahkan menjunjung kasih yang setinggi-tingginya atas kurnia perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, kerana memperuntukkan Anggaran Perbelanjaan Kementerian Pembangunan bagi Tahun Kewangan 2022/2023 berjumlah $334.8 juta yang disenaraikan seperti yang berikut:

  1. Sejumlah $115.9 juta untuk Gaji Kakitangan.;
  2. Sejumlah $107.2 juta untuk Perbelanjaan Berulang-Ulang.; dan
  3. Sejumlah $111.9 juta bagi Projek-Projek di bawah RKN-11, yang sedang dan akan dilaksanakan.

Fokus Kementerian Pembangunan tahun 2022/2023. Dalam usaha untuk meningkatkan kadar pertumbuhan ekonomi negara dan kualiti kehidupan rakyat dan penduduk di negara ini, Kementerian Pembangunan akan terus komited dalam melaksanakan rancangan-rancangan pembangunan ke arah pembangunan sosioekonomi negara termasuk penyediaan infrastruktur-infrastruktur dan kemudahan-kemudahan awam selaras dengan matlamat Wawasan Brunei 2035. Kementerian Pembangunan akan meneruskan beberapa inisiatif sesuai dengan peranan dalam penyediaan persekitaran terbina (build environment) dan berdaya huni (live able) dengan memberi penekanan serta keutamaan kepada perkara-perkara yang strategik seperti yang berikut:

  1. Penambahbaikan lagi penyelarasan antara jabatan-jabatan di bawah Kementerian Pembangunan.;
  2. Pembangunan perumahan awam di Rancangan Perumahan Negara.;
  3. Menjamin sekuriti air negara dan bekalan air yang bersih dan berterusan.;
  4. Penyediaan infrastruktur dan kemudahan awam yang berdaya tahan dan resilien termasuk meneruskan perlaksanaan projek-projek infrastruktur bagi mitigasi bencana dan banjir.;
  5. Membuka tanah-tanah kerajaan yang berpotensi bagi tujuan pelaburan pembangunan bercampur (mixed development).; dan
  6. Mendukung strategi-strategi di bawah Dasar Perubahan Iklim Negara Brunei Darussalam.

Inisiatif-inisiatif ini juga mendukung tema Belanjawan tahun ini, "Memperkasa Kesejahteraan Awam Ke Arah Sosioekonomi Yang Lebih Resilien", yang akan dilaksanakan melalui peruntukan yang disediakan dengan mengambil perbelanjaan secara berhemah dan mengikut keutamaan untuk mencapai matlamat yang dihasratkan.

Perumahan negara yang mampam. Bagi penyediaan perumahan negara yang mampam melalui Jabatan Kemajuan Perumahan, kementerian akan terus melaksanakan Perancangan Pembinaan Skim Perumahan Negara untuk rakyat yang memerlukan rumah sama ada melalui Rancangan Kemajuan Negara atau mencari kaedah-kaedah lain yang difikirkan sesuai bagi pengurangan pengangguran sepenuhnya pada perbelanjaan kerajaan.

Dalam RKN-11 dengan Harga Rancangan berjumlah $250 juta, sejumlah $38.8 juta telah dipertuntukkan bagi meneruskan beberapa projek perumahan seperti yang berikut:-

  1. Projek RPN Kampung Lugu sebanyak 1000 buah rumah teres sedang dalam pembinaan dan dijangka siap dalam awal tahun 2023.;

  2. Projek RPN Kampung Tanah Jambu sebanyak 750 buah rumah akan dibina dan pembinaannya akan bermula pada pertengahan tahun ini. Sementara itu 10 blok, 300 unit rumah pangsa H40 di Kampung Lambak, setakat ini 245 unit sudah didiami dan selebihnya akan disiikan dalam sedikit masa lagi.

Di samping itu juga, Kementerian Pembangunan dengan kerjasama Kementerian Kewangan dan Ekonomi akan terus menerokai alternatif bagi penghasilan perumahan yang lebih berdaya tahan termasuk kaedah Public Private Partnership (PPP) atau melalui kaedah Skim Pemaju Perumahan dengan menyediakan tapak-tapak tanah yang berpotensi untuk dimajukan. إن شاء الله, mana-mana kaedah yang viable akan dipertimbangkan bagi pelaksanaannya apabila proses-proses tertentu siap dikemaskinikan.

Penyediaan infrastruktur. Jabatan Kerja Raya dipertanggungjawabkan bagi menyediakan prasarana dalam melaksanakan Pelan Perancangan Pembangunan Infrastruktur, Kemudahan Awam Yang Berdaya Tahan dan Resilien seperti jalan-jalan raya termasuk sistem saliran dan pembentungan serta pembekalan air yang teratur, reliable dan mencukupi.

Begitu juga dengan kerja-kerja penambahanbaikan ke atas aset-aset infrastruktur seperti yang telah dicadangkan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat dalam Musim Permesyuaratan tahun lalu. Jabatan Kerja Raya sedang mengatur beberapa pelan dan kerja-kerja penyelenggaraannya mengikut keutamaan yang akan dijalankan dalam tahun kewangan ini.

Perkhidmatan air. Mengenai perkhidmatan air pula, Jabatan Kerja Raya dipertanggungjawabkan untuk mengurus bekalan air bersih di seluruh negara.

Izinkan kola mengambil sedikit masa untuk menjelaskan mengenai masalah gangguan tekanan air rendah dan kualiti warna air bersih yang tidak memuaskan yang berlaku sejak kebelakangan ini di beberapa tempat dan kawasan terutama sekali di Daerah Brunei dan Muara dan juga usaha-usaha yang telah dan akan dibuat bagi jangka masa pendek, sederhana dan panjang bagi menjamin bekalan air bersih yang berterusan di negara ini.

Kementerian ini memang menyedari masalah gangguan bekalan air yang sering terjadi ini dan amat menyedari atas permasalahan yang dihadapi dan ingin menyesorkan kepada orang ramai bahawa pihak kerajaan sedang, akan tetap terus berusaha bagi menangani isu yang penting ini dengan seberapa segera.

Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, kualiti air mentah (raw water) di Sungai Tutong, sejak beberapa tahun ini tidak konsisten dan kerap kali berubah menjadi warna kehitaman. Menigkut penyiasatan dan pematuana Jabatan Perkhidmatan Air, perubahan kualiti air mentah berpunca daripada hujan berpanjangaan akibat perubahan iklim yang tidak menentu menyebabkan banyak bahan organik dan tanah mengalir ke hilir sungai melalui aliran permukaan tanah iaitu surface runoff. Kandungan mineral ini menjadi semakin bertambah dengan adanya kemajuan tanah yang terdapat dalam kawasan tadahan air. Situasi ini memang sudah dijangkakan dan pengawalan serta pemantauan yang rapi sedang dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya pada masa ini.

Keadaan kualiti air mentah yang mengandungi bahan organik yang berlebihan ini menyebabkan tangki-tangki penjernihan dan penapisan di Loji Penapisan air sering tersumbat atau clogging dan perlu diflush setiap kali. Proses flushing yang diubat berulang kali ini mengakibatkan jumlah pengeluaran air berkurangan dari yang biasa. Ia juga memerlukan rawatan yang intensif dari biasa. Kekurangan pengeluaran air dari loji-loji penapisan air ini telah menjejaskan bekalan di beberapa kawasan yang berada di penghujung sistem bekalan air seperti Kampung Lumapas, Perpindahan Lambak Kanan dan juga Kampung Subok dan sekitarnya.

Usaha-usaha bagi mengatasi isu ini telah pun dilaksanakan sebelumnya oleh Jabatan Kerja Raya dengan membaiki peralatan ke atas aset pembekalan air yang terdapat di Loji Rawatan Bukit Barun. Tetapi masalah yang sama masih juga berterusan yang dapat dirumuskan bahawa loji tersebut yang sudah berusia lebih daripada 30 tahun tidak berkeupayaan untuk membersihkan keadaan air mentah yang mengandungi bahan organik yang tinggi dengan baik dan sempurna dan perlu diupgrade.

Untuk jangka sederhana, kerja-kerja menaik taraf Loji Rawatan Air Bukit Barun sedang dilaksanakan pada masa ini. Kerja-kerja membaik pulih Loji Rawatan Air Peringkat 4 dan 5 Bukit Barun, iaitu Fasa 1 telah siap dilaksanakan dan dapat meningkatkan kuantiti pengeluaran sebanyak 15% bergantung pada keadaan air mentah. Manakala Fasa 2, masih dalam pelaksanaan dan dijangka siap pada hujung tahun ini dan akan meningkatkan kuantiti dan kualiti air yang lebih tinggi dan memuaskan.

Bagi perancangan jangka panjang pula, Jabatan Kerja Raya telah menyegerakan projek pemintaan tambahan kepada Loji Penapisan Air Bukit Barun Peringkat 8 yang diperuntukkan di bawah RKN-11 dengan Harga Rancangan sejumlah $92.0 juta. Loji ini akan direka bentuk khusus untuk membolehkan merekaat keadaan air keruh akibat dari bahan organik yang tinggi dari Sungai Tutong dengan efisien dan sempurna. Projek ini mendukung strategi water efficiency dan kerja-kerja infrastruktur tanah dan bangunan telah bermula dan (missing Jawi words) dijangka akan siap pada tahun 2025 nanti. Ia akan memberi impak positif ke atas bekalan air serta akan menjamin kualiti air bersih yang baik dan berterusan.

Dalam pada itu, Jabatan Kerja Raya terus giat melaksanakan beberapa inisiatif dengan menumpukan keutamaan kepada penduduk-penduduk kampung yang kerap terjejas seperti di Kampung Lumapas dan sekitarnya. Antaranya membaiki dan mengoperasikan semula Tangki Air Lumapas yang mengalami kerosakan dan perlu pembaikan dengan segera terutama sekali pembakaian kepada paip-paip air yang terjejas akibat tanah runtuh yang akan dilaksanakan dalam sedikit masa lagi.

Beberapa inisiatif yang telah dilaksanakan sebelum ini, di tempat-tempat yang dulu sering terjejas bekalan air telah menunjukkan hasil yang memuaskan seperti di kawasan Lambak Kanan dan sekitarnya, kerana bekalan air pada masa ini sudah pun stabil. Begitu juga di kawasan RPN Meragang dengan kesiapan dan bermulanya operasi rangkaian coastal pipeline dan Tangki Air Terunjang pada tahun 2017. Bekalan air Bagi Kawasan RPN Meragang dan Tanah Jambu telah meningkat dan masalah gangguan bekalan air berkurangan.

Begitu juga dengan kawasan Kampung Subuk dan sekitarnya, Jabatan Kerja Raya dalam sedikit masa lagi akan memulakan kerja-kerja pemasangan paip alternatif untuk support kawasan berkenaan dan termasuklah pembinaan beberapa buah tangki-tangki simpanan air yang akan memberi jaminan bekalan air yang berterusan kepada orang ramai. Inilah antara lain usaha jangka pendek, sederhana dan panjang yang telah dan sedang dilaksanakan bagi mengatasi permasalahan bekalan air yang sering dihadapi pada masa ini.

Di samping itu juga, kerja-kerja pemantauan tekanan air rendah (pressure monitoring) melalui pemasangan flowmeter sentiasa dibuat, termasuklah membaiki dan mengganti paip-paip lama yang menyebabkan kebocoran, kerja-kerja flushing untuk membersih dan membuang kotoran dari paip dan tangki-tangki simpanan air, mengganti pam-pam air serta memantau paras air di tangki-tangki utama dan menjalankan operasi penyelenggaraan air di beberapa tangki lain pada waktu malam. Semua ini adalah bagi memastikan bekalan air dapat dibekalkan kepada orang ramai secara berterusan.

Pemantauan yang rapi juga sentiasa dibuat dan maklumat-maklumat mengenai status sistem bekalan air, keadaan sumber air di Sungai Tutong, paras tangki simpanan air dan lain-lain lagi dilakukan sebanyak tiga kali sehari sebagai indikator jika terdapat sebarang masalah mengenai bekalan air supaya tindakan-tindakan awal dapat dibuat.

التكية, menurut laporan pemantauan yang diterima sejak akhir-akhir ini, keadaan kualiti air Sungai Tutong beransur baik dan loji di Bukit Barun telah dapat meningkatkan semula pengeluarannya seperti biasa. Mudah-mudahan sajahal keadaan seperti ini akan terus berpanjangan.

Orang ramai juga sentiasa diberi maklumat mengenai gangguan air dari semasa ke semasa melalui media massa. Orang ramai diseru supaya tidak membiarkan mana-mana kebocoran paip-paip air di kawasan persekitaran rumah dan menyelesaikan kerja-kerja pembersihannya. Di harapkan orang ramai akan sentiasa bersabar dalam menghadapi semua ini dan sentiasa memberikan kerjasama bagi membantu pihak kerajaan dengan mengurangkan penggunaan air dan elakkan dari pembaziran bagi kesejahteraan bersama.

Bagi memastikan sekuriti air negara ini terjamin, Kementerian Pembangunan juga telah menyediakan satu rangka kerja Strategy Framework melalui "Brunei Darussalam Towards Water Security 2021/2035" yang menjelaskan strategi dan perancangan dalam pembekalan air bersih dan berterusan dalam jangka panjang dan untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada orang ramai. Strategy Framework, ini bukan sahaja akan dijadikan sebagai peta jalan dalam perancangan dan tindakan seterusnya, malahan juga boleh diguna pakai oleh pengusaha-pengusaha dalam dan luar negara sebagai rujukan dan panduan dalam merancang strategi pelaburan masa hadapan mengenai bekalan air di negara ini.

Secara whole of government pula, sebuah Jawatankuasa Tertinggi Penstrukturan Sektor Air (JTPSA) yang melibatkan beberapa menteri yang berkenaan telah ditubuhkan pada bulan Oktober 2021 bagi mereview dan meniliti secara holistik mengenai sistem pembekalan air negara termasuk dari segi institutional, governance, finance dan technical dan isu-isu kritikal serta meneliti infrastruktur dan aset-aset air yang ada pada masa ini. Jawatankuasa tertinggi ini juga akan meneliti dalam jangka panjang aspek-aspek pengurusan dan penjagaan sumber air negara bukan sahaja untuk bekalan air awam tapi juga untuk kegunaan industri dan pertanian.

Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Mitigasi banjir. Mengenai mitigasi banjir pula kita menghadapi keadaan suasana yang tidak menentu dan turunan hujan yang tinggi, kenaikan paras air laut serta topografi kawasan yang rendah yang menyumbang kepada kejadian banjir di beberapa tempat di negara kita. Pihak kementerian melalui Jabatan Saliran dan Pembetungan akan sentiasa berusaha secara berterusan dengan mengambil langkah-langkah dan strategik secara lebih holistik dalam memperbaiki dan menyediakan sistem saliran yang mapan.

بالتأكيد, dengan adanya pelaksanaan Projek Pencegahan Banjir di kawasan dataran Sungai Tutong, iaitu pencegahan banjir di sebelah hulu Sungai Tutong dan pencegahan banjir di sebelah hilir Sungai Tutong telah berhasil dalam mengurangkan kejadian banjir seluas 4km persegi terutamanya di kawasan seperti Kampung Tanjong Maya, Kampung Lubok Pulau, Kampung Sebakit, Kampung Penapar, Kampung Ukong, Kampung Rambai dan Kampung Panchong yang seringkali mengalami banjir terutamanya musim tengkujuh.

Sejak projek-projek tersebut siap, kawasan-kawasan mudah banjir tersebut tidak lagi mengalami banjir berdasarkan rekod, pemantauan jabatan serta maklum balas positif yang diperolehi dari kaji selidik jabatan terhadap penduduk-penduduk yang terlibat.

Manakala projek pembinaan tiga buah kolam penahanan banjir di Sungai Pemadang, Sungai Tanjong Maya dan juga Sungai Bang Ligi sedang giat dilaksanakan dan akan dapat membantu mengurangkan impak banjir di beberapa tempat seperti di sebahagian Kampung Nibung, Kampung Penulud, Kampung Bukit Udal, Kampung Lulut, Kampung Nyanyag, Kampung Bangugos, Kampung Pemadang, Kampung Sungai Damit Pemadang dan Kampung Bakut. Penyiapan projek ini, diharap dapat mengurangkan kawasan banjir seluas 30 kilometer persegi.

Manakala itu, projek-projek pembaikan saliran di kawasan mudah banjir seperti kawasan Masjid Setia Ali Pekan Muara, di simpang lampu isyarat Jalan Muara Kampung Salar, Jalan Tanjung Bunut Kanan, Kampung Tanjung Bunut dan sebahagian Jalan Gadong, Kampung Jangsak yang siap baru-baru ini telah mengurangkan risiko kejadian banjir di kawasan-kawasan berkenaan.

Dengan penyiapan projek-projek ini dan dengan persediaan awal melaksanakan pembersihan sungai-sungai dan longkang-longkang kejadian banjir yang terjadi adalah pada tahap terkawal.

Prasarana jalan raya. Kementerian Pembangunan melalui Jabatan Jalan Raya giat melaksanakan kerja-kerja pembinaan, penyelenggaraan dan membaik pulih kepada lebuh raya, jalan-jalan raya utama, penaktafaran dan membaik pulih jalan-jalan simpang, jalan-jalan perumahan negara dan STKRJ serta jalan-jalan daerah dan kampung di negara ini.

Ini tidak terkecuali dalam usaha pihak Kementerian Pembangunan menyediakan pembangunan infrastruktur jalan raya di kawasan-kawasan pedalaman seperti kerja-kerja menaik paras Jalan Melaboi, Kampung Bukit, Daerah Tutong yang merupakan kawasan mudah banjir dan pemeliharaan rutin pembinaan di jalan raya serta menaik taraf beberapa jambatan besi iaitu bailey bridge kepada jambatan konkrit.

Dalam usaha untuk menyediakan sistem perhubungan jalan raya yang selamat dan selesa serta memastikan pergerakan yang efisien di kawasan-kawasan yang berkenaan di bawah RKN-11 ini sejumlah 25 buah simpang jalan serta empat buah jalan daerah dan kampung telah dapat disiapkan. Program ini, sangat disambut baik oleh penduduk dan rakyat di negara ini, terutama sekali di kampung-kampung dan mukim-mukim pedalaman dan perancangan ini akan diteruskan dalam Rancangan Kemajuan Negara seterusnya nanti.

Di samping itu juga, projek pembinaan flyover di persimpangan Lebuh Raya Muara-Tutong dan Rancangan Perumahan Lugu telah siap dilaksanakan dan mula dibukakan kepada orang ramai pada 20 Februari yang lalu begitu juga pembinaan jejambat di persimpangan Jalan Utama Mentiri dan Jalan Penghubung Tanah Jambu sedang berjalan pada masa ini.

Kerja-kerja pengurusan dan pemeliharaan jalan raya juga akan sentiasa dikedalikan secara berterusan bagi memastikan sistem jalan raya di negara ini setanding dengan sistem-sistem jalan raya antarabangsa.

Bangunan - bangunan kosong. Menyentuh mengenai bangunan-bangunan kerajaan yang kosong dan terbiar sepertimana yang telah pun dititahkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa titah baginda Sempena Menyambut Awal Tahun Baharu 2022 Masih, isu mengenai bangunan-bangunan kosong ini harus ditangani secara holistik oleh pihak yang berkepentingan supaya aset-aset berkenaan dapat dimanfaatkan dan sekali gus untuk mengelakkan pembaziran.

Usaha-usaha ke arah ini sedang giat diusahakan bersama kementerian-kementerian yang berkenaan. Pihak kementerian telah membuat penyelarasan dengan kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan yang berkenaan bagi mendapatkan maklumat terperinci mengenai aset yang ada di bawah kawalan masing-masing termasuk yang tidak didaftarkan di bawah Jabatan Kerja Raya dan seterusnya untuk mendapatkan status dan perancangan bagi bangunan-bangunan yang terbiar kosong.

Mengikut penelitian yang telah dibuat, terdapat bangunan-bangunan yang kosong yang ada potensi untuk diserahkan kepada agensi yang memerlukan untuk diguna pakai seperti bekas-bekas Bangunan HSBC, Bangunan Radio Televisyen Brunei, Bangklo Keselamatan Dalam Negeri dan bebas bangunan TelBru, Jalan Airport Lama dan beberapa bangunan lain termasuk flat kediaman bagi pegawai-pegawai kerajaan yang kosong dan terbiar.

Perkara ini, sedang diteliti oleh Jawatankuasa Teknikal Bangunan dan Aset Kerajaan yang dipengerusikan bersama oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II dan Yang Berhormat Menteri Pembangunan bagi memikir semula atau mengubah suai bangunan-bangunan yang masih dapat digunakan.

Sektor guna tanah dan perancangan. Dalam hala tuju perancangan guna tanah dan kawasan kemajuan di negara ini, serta bagi memastikan perancangan yang dilaksanakan dapat mendukung pembangunan yang mampan dan berdaya tahan, antara usaha yang akan dibuat adalah seperti yang berikut:

  1. Mengemaskinikan beberapa garis panduan dan piawaian perancangan seperti Garis Panduan Kemajuan Hotel, Garis Panduan Perniagaan dan Garis panduan Pertanian di bawah inisiatif Jabatan Perancang Bandar dan Desa.;

  2. Mengemaskinikan sistem pentadbiran tanah dan memperkenalkan sistem pembayaran atas talian bagi perkara-perkara yang berkaitan dengan urusan tanah seperti pembayaran cukai, pembayaran pentadbiran dan pendaftaran dengan menggunakan aplikasi BIBD Payment bagi memudahkan orang ramai berurusan dengan Jabatan Tanah.; dan

  3. Mereview semula Garis Panduan Permohonan Ambil Alih Tanah Lesen Tumpang Sementara (LTS) bagi yang sudah ada rumah kediaman dan juga pelaksanaan pindaan dasar bagi proses permohonan pindah milik tanah bagi rakyat Negara Brunei Darussalam.

Dengan adanya pembaharuan dan inisiatif ini, diharap akan dapat mempercepatkan lagi proses permohonan dan pemudah cara orang ramai untuk mendapatkan perkhidmatan yang diperlukan bagi membina rumah kediaman dan perniagaan.

Alam sekitar yang mampan. Di bawah Jawatankuasa Induk Isu-Isu Kebersihan yang dipengerusikan bersama oleh Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pembangunan sentiasa giat dalam mengusahakan pelaksanaan-pelaksanaan, peraturan-peraturan dan undang-undang serta persyaratan-persyaratan garis panduan dengan meningkatkan usaha-usaha secara whole of nation approach dengan penglibatan pelbagai agensi dan orang ramai.

Beberapa inisiatif dan program ke arah mencapai alam sekitar yang mapan telah dilaksanakan pada tahun 2021 melalui tiga (3) Jawatankuasa Induk Kebersihan seperti yang berikut:

  1. Melaksanakan pindaan ke atas beberapa peruntukan di bawah Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil atau sekarang dipanggil sebagai Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil (Miscellaneous) (Penggol 30). Sepertimana yang dinyatakan dalam Peringkat Perintah Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil (Pindaan), 2021 yang telah dikuatkuasakan mulai 29 Disember 2021, pindaan telah dibuat pada kadar denda dan denda kompaun. Kadar denda kompaun kesalahan-kesalahan individu dan badan-badan korporat atas kesalahan pembuangan sampah di tempat-tempat awam telah dinaikkan daripada $500.00 maksimum kepada $1,000.00 maksimum bagi individu-individu dan $2,000.00 maksimum bagi badan-badan korporat.;

  2. Melaksanakan kempen-kempen kebersihan serta kempen-kempen kesedaran awam dengan sentiasa bekerjasama dengan agensi-agensi berkenaan dan non-governmental organization (NGOs) dan orang ramai. Sebanyak 85 kempen kebersihan dan 30 kempen kesedaran alam sekitar telah dilaksanakan pada tahun lepas.; dan

  3. Meningkatkan pemantauan (surveillance) bagi tempat-tempat illegal dumping dengan memasang kamera CCTV di beberapa tempat yang tersembrunyi. Sebanyak 10 kes pembuangan sampah yang telah pun dikenal pasti sejak bulan September yang lalu melalui CCTV ini, 6 kes daripadanya masih dalam siasatan.

Sekretariat Majlis Perubahan Iklim Negara Brunei Darussalam. Bagi mendukung dasar kesesuaian Perubahan Iklim Negara Brunei Darussalam di sepanjang tahun 2021, Majlis Perubahan Iklim Negara Brunei Darussalam telah memainkan peranan aktif dalam sama-sama membentuk halatuju negara ke arah sebuah ekonomi yang rendah karbon dan berdaya tahan iklim.

Majlis Kebangsaan ini diterajui oleh 4 kementerian utama, iaitu Kementerian Pembangunan, Kementerian Tenaga selaku Pengerusi Bersama, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan serta Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi.

Antara inisiatif baharu yang akan diperkenalkan pada tahun ini ialah:

  1. Pelancaran Protokol Hijau (F&B) bagi perkhidmatan kantin dan penyediaan makanan.;

  2. Membangun rangka kerja institusi bagi pasaran karbon domestik (domestic carbon trading).; dan

  3. Meneroka pelaksanaan harga karbon (carbon pricing).

Penglibatan belia dalam agenda perubahan iklim juga penting, kerana mereka merupakan sebahagian daripada penyelesaiannya. Sebagai salah satu inisiatif negara selaku Pengerusi ASEAN tahun lepas, Kementerian Pembangunan dengan kerjasama ASEAN Youth Advocates Network Brunei Darussalam telah menjalankan dialog belia ASEAN mengenai tindakan-tindakan iklim pada bulan Oktober 2021 yang salah satu deliverablenya ialah "Bandar Seri Begawan Declaration on Youth Climate Action".

Di samping itu, salah satu usaha yang akan menjadi tumpuan pada tahun 2022 ini adalah pembentukan Pusat Perubahan Iklim ASEAN, iaitu ASEAN Climate Change Centre (ACCC) yang kepakaran-kepakaran dan aktiviti-aktiviti berkaitan perubahan iklim serantau akan berpusat di Negara Brunei Darussalam. Selaku tuan rumah kepada pusat ini, Negara Brunei Darussalam akan menjadi tumpuan pakar-pakar perubahan iklim serantau dan juga antarabangsa nanti.

Industri pembinaan. Dalam usaha untuk menghasilkan tenaga kerja yang lebih kondusif, kompeten dan berdaya tahan, pihak Autoriti Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan (ABCI) sedang menyediakan Buku Rangka Kerja Industri Pembinaan 2022-2035 (Construction Industry Framework 2022-2035) yang merangkumi keperluan seluruh negara memfokuskan kepada inovasi dan pembangunan kualiti, produktiviti dan kecekapan, urus tadbir yang resilien, rakan kongsi strategik dan khususnya ke arah pembangunan perniagaan tempatan (local business development) serta pembangunan industri yang berdaya tahan.

Antara usaha yang sudah dilaksanakan dalam memastikan perkembangan perniagaan tempatan tersebut ialah:

  1. Saringan penilaian pendaftaran bagi permohonan Sijil Pendaftaran Kontraktor menerusi kaedah terbaru duga. Inisiatif ini adalah sebagai satu langkah dalam membanters isu berkaitan dengan "syarikat ali baba" yang semakin berleluasa pada masa ini.;

  2. Memperkenalkan beberapa program pemangkin Local Business Development (LBD) seperti program i-Usahawan dan Anugerah Cemerlang Industri Pembinaan (ACIP) yang dijangkakan akan dilaksanakan secara berperingkat.

  3. Mengeluarkan Garis Panduan Langkah-Langkah Kawalan Wabak COVID-19 bagi industri pembinaan untuk memastikan kerja-kerja pembangunan masih dapat diteruskan seperti biasa dalam keadaan yang selamat dengan mematuhi Standard Operating Procedure (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.

Pengutakuasaan. Dari segi tindakan pengutakuasaan, Kementerian Pembangunan melalui jabatan-jabatan yang telah melaksanakan dan mempertingkatkan lagi usaha-usaha pengutakuasaan bagi mengawal aktiviti di bawah bidang kuasa masing-masing seperti yang berikut-:

  1. Melaksanakan peraturan kompaun di bawah Perintah Kawalan Bangunan (ABC),;
  2. Menjalankan Peraturan Kompaun di bawah Perintah Perancang Bandar dan Desa pada 1 Ogos 2021,;
  3. Mengeluarkan surat-surat amaran atau notis kepada pemilik tanah, pemajak tanah, penghuni tanah-tanah TOL yang telah didapati melanggar Syarat-Syarat dan Undang-Undang Tanah termasuk mereka yang menduduki tanah kerajaan tanpa kebenaran,; dan
  4. Mengenakan kompaun kes-kes pembuangan sampah di tempat-tempat awam, yang menjadi salah satu kesalahan di bawah Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil - Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi.

Dengan adanya pengutakuasaan ini, Kementerian Pembangunan yakin akan dapat meningkatkan lagi kesedaran orang ramai mengenai kepentingan pematuhan Undang-Undang Pembinaan, Perancangan Tanah dan Kebersihan. Ia bertujuan menjaga keselamatan dalam industri pembinaan, mengurangkan risiko yang menjejaskan keselamatan orang awam dan juga untuk menjaga kebersihan dan pencemaran alam sekitar yang boleh memudaratkan kesihatan awam.

MOD Digital Paradigm. Akhir sekali, dalam mendukung hasrat kerajaan ke arah digital economy dan smart nation, MOD Digital Paradigm Framework 2020-2035 yang telah dilancarkan tahun lepas, beharsahat untuk melariskan penggunaan teknologi dalam aspek pentadbiran, pengurusan projek-projek infrastruktur, pemantauan, kumpulan data maklumat secara integrated termasuk pemeliharaan aset-aset penyediaan perkhidmatan. Antara projek yang dalam pelaksanaan pada masa ini termasuklah:

  1. Penggunaan IoT (Drone, Sensors) dalam pengurusan projek infrastruktur, pemantauan dan juga pemeliharaan,; dan
  2. Penyediaan MOD Portal yang dijangkakan akan go live pada bulan Mac ini dan ini membolehkan orang awam memohon perkhidmatan-perkhidmatan yang ada di Kementerian Pembangunan secara dalam talian.

Sekian sahaja yang dapat kola kongsikan di Dewan yang mulia ini. Segala inisiatif dan usaha-usaha yang dinyatakan tadi, kita niatkan semata-mata kerana الله, tujuan tulus dan ikhlas Kementerian Pembangunan bagi meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat di negara ini. Dengan berkat kepimpinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan dengan pendekatan whole of nation dengan izin الله juga kita akan terus melangkah ke hadapan untuk merealisasikan matlamat Wawasan Brunei 2035 tercapai. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

وَبِاللَّهِ التَّوۡفِيقُ وَالهِدَايَةُ، وَالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحۡمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Menteri Pembangunan. Saya kira penerangan daripada Yang Berhormat Menteri itu tadi mengenai hala tuju bagi Kementerian Pembangunan adalah cukup jelas dan komprehensif.

Maka saya sekarang ingin membukakan Tujuk Kementerian Pembangunan ini untuk dibahaskan. Saya persilakan Yang Berhormat Awang Iswandy bin Ahmad.

Yang Berhormat Awang Iswandy bin Ahmad

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. بِسْم الله الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Saya cuma ingin mencadangkan bagi mempersiapkan negara untuk menjadi lebih pedestrian friendly. Yang Berhormat pernah mengongsikan, garis panduan sudah ada untuk pedestrian tetapi banyak masih belum diikuti oleh para pemaju-pemaju. Malah bangunan-bangunan kerajaan sendiri untuk ke bangunan sebelah perlu menggunakan kenderaan kerana ianya kurang selamat, kurang selesa dan berhalangan untuk berjalan kaki.

Ini lebih-lebih lagi mencabar bagi warga emas, Orang Kelainan Upaya, orang mempunyai isu mobiliti seperti bertongkat serta keluarga yang membawa stroller untuk kanak-kanak berurusan. Isu cuaca panas atau hujan bukanlah penghalang, di beberapa negara lain perancangan pembangunan-nya dengan piawaian serta dasar-dasar yang bersesuaian untuk menginsentifkan berjalan kaki dari menggunakan kenderaan.

إِنْ شَاءَ اللَّهُ, perkara ini dapat mengupayakan lagi pembangunan sosioekonomi kita dengan orang ramai menikmati mobiliti yang lebih baik. Oleh yang demikian, disarankan pihak kementerian untuk memperkenalkan atau meningkatkan penguatkuasaan terhadap panduan-panduan bagi building connectivity ini mengikut piawaian-piawaian yang bersesuaian.

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Menteri Pembangunan

Terima kasih soalan daripada Yang Berhormat.

Mengenai pedestrian walkway, Penyediaan cadangan kawasan bagi pejalan kaki tersebut ini memanglah diteliti di peringkat area best planning scheming terutama bagi kawasan-kawasan pertumbuhan seperti Skim Perancangan Kawasan Perniagaan Kampung Jaya Setia dan juga Skim Kawasan Perniagaan Sepadu di Gadong, Kiulap dan Daerah Belait.

Pada masa ini di peringkat penyelesaran kemajuan pula ada terdapat beberapa piawaian dan garis panduan perancangan tertentu yang perlu dipatuhi dalam mewujudkan persekitaran yang selamat, kondusif terutama sekali dalam menyediakan perbelaan ruang berjalan yang mencukupi dan connected. Pada masa ini, Kementerian Pembangunan melalui Jabatan Perancang Bandar dan Desa sedang dalam usaha mengkaji semua garis panduan dan piawaian-piawaian perancangan bagi kemajuan perniagaan. Ini termasuklah juga mengkaji semua piawaian ruang pejalan kaki atau pedestrian walkway di kawasan-kawasan laluan pejalan kaki interconnectivity antara bangunan dan juga menggalakkan laluan pejalan kaki yang kondusif, connective, selamat dan juga mesra pengguna serta pendekatan optimum bagi penyediaan kawasan-kawasan letak kereta.

Perkara ini memanglah juga untuk keperluan dan kepentingan serta keselamatan orang ramai dan usaha-usaha akan diteruskan dan ianya memerlukan usaha serta kolaborasi sepadu antara pihak kerajaan dengan pihak swasta, terutama sekali para pemaju dan pemilik-pemilik tanah dalam sama-sama mengambil kira keperluan yang bersesuaian terutama sekali di kawasan perniagaan, perumahan dan kawasan-kawasan lain terutama sekali di kawasan pusat bandar.

Sekian Yang Berhormat Pengerusi. Terima kasih.

Yang Berhormat Pengerusi

Yang Berhormat Awang Haji Mohimin bin Haji Johari @ Jahari.

Yang Berhormat Awang Haji Mohimin bin Haji Johari @ Jahari

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ وَالصَّلاةُ وَالسَّلامُ عَلى نَبِيِّنا مُحمَّدٍ وَعَلى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ وَبَعْدُ: فَإِنِّي أُوَجِّهُ أَسْئِلَةً إِلى يَانْغ بِرْهُرْمَت وَزِيرُ الْأَشغالَ الْعَامَّةِ: الأَمْرُ عَلَى مَا يَظْهَرُ

Koala membawa di bawah Tajuk SK03A - Jabatan Kerja Raya. Apakah hasil sampangan refinery minyak mentah kita dapat menghasilkan asphalt (minyak asfalt) yang mencukupi bagi pengunaan domestik? Sekarang syarikat refinery Negara Brunei Darussalam juga bertambah sesudah adanya Projek Pulau Muara Besar, Syarikat Hengyi Industries Sdn. Bhd. Apakah syarikat ini juga menyediakan bekalan asfalt untuk kegunaan domestik?

Adakah pihak kementerian merancang untuk meningkatkan teknologi penurapan jalan raya yang mempunyai daya serap air untuk mengelakkan takungan air pada musim hujan? Sekian, terima Kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Menteri Pembangunan

Terima kasih Yang Berhormat mengenai dengan penghasilan untuk dijual di pasaran yang telah pun masa ini diproses di syarikat berkenaan.

Pada masa ini, setahu koala Hengyi belum menghasilkan untuk jualan asfalt jalan raya. إن شاء الله akan disuggest kepada pihak berkenaan jika ia bersesuaian dan Kementerian Pembangunan melalui Jabatan Kerja Raya telah pun mengusahakan teknologi daya serap ataupun porous asphalt di negara ini kalau tidak silap pada tahun 2013 sebelum Persidangan ASEAN Summit ke-23 di Negara Brunei Darussalam.

Jalan-jalan yang telah pun diturap dengan teknologi stone mastic asphalt sebenarnya (SMA) ataupun porous asfalt ini seperti di kawasan Lebuh Raya Tungku, jalan-jalan di kawasan pusat bandar dan jalan-jalan Pekan Muara. Teknologi ini berpandukan kepada piawaian antarabangsa yang pihak Jabatan Kerja Raya dengan kerjasama negara-negara jiran seperti Singapura dan Malaysia yang telah membuat projek-projek ini dan إن شاء الله teknologi ini juga akan diteruskan di negara ini dengan mengambil kira keberkesanannya.

Cuma satu perkara yang kita perlu teliti bahawa penggunaan aspek stone mastic asphalt ini ataupun porous asphalt ini memerlukan perbelanjaan yang tinggi dan juga maintenance yang proper kos kerana ia memerlukan satu drainage system yang komprehensif dan apabila perkara ini tidak terjadi ia juga akan menyebabkan jalan raya akan banjir dan sebagainya.

Itu sahaja Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusi

Yang Berhormat Pengiran Haji Ali bin Pengiran Maon.

Yang Berhormat Pengiran Haji Ali bin Pengiran Maon

Koala akan menyampaikan satu soalan sahaja Yang Berhormat Pengerusi.

Koala mengambil maklum akan rancangan-rancangan kemajuan yang sedang disediakan oleh Kementerian Pembangunan di bawah Rancangan Kemajuan Negara ke-12 terutamanya dalam aspek penyediaan infrastruktur dan kita juga sedia maklum akan keadaan ekonomi negara pada masa ini sudah setentunya akan terdapat beberapa projek tidak dapat dilaksanakan mengikut masa dan program yang telah diharapkan.

Memandangkan perkara ini berkait rapat dengan Wawasan Brunei 2035, sukacita ingin melepaskan pandangan Yang Berhormat mengenainya.

Sekian terima kasih Yang Berhormat Pehin.

Yang Berhormat Menteri Pembangunan

Terima kasih Yang Berhormat. Satu pandangan yang mungkin juga perlu dikongsikan mengenai cabaran-cabaran kitani dalam melaksanakan Rancangan Kemajuan Negara untuk mencapai Wawasan Brunei 2035.

Kementerian Pembangunan berserta dengan kementerian-kementerian lain giat merancang projek-projek pembangunan bagi merancang Rancangan Kemajuan Negara ke-12 nanti yang akan bermula pada 2023. Rancangan-rancangan kemajuan yang akan disediakan oleh Kementerian Pembangunan seperti yang kaola nyatakan tadi "Mendukung Wawasan Brunei 2035" termasuklah bagi rancangan-rancangan RKN seterusnya dari aspek penyediaan infrastruktur dan pelaksanaan projek ini akan diteliti, dinilai dari segi keutamaan, keperluan, prioriti dan juga tertakluk kepada keadaan ekonomi dan fiskal negara kitani.

Untuk menangani masalah ini, Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya memang ada melaksanakan beberapa inisiatif seperti melaksanakan projek-projek yang benar-benar perlu sahaja yang dapat menampakkan impak kepada orang ramai dan juga memastikan aset-aset yang sedia ada dipelihara beroperasi dengan sebaiknya supaya mengurangkan keperluan bagi penggantian dan juga menekorai keadaan dan teknologi baharu bagi meningkatkan lagi produktiviti keberkesanan perkhidmatan dan pelaksanaan projek. Ini termasuklah menggunakan smart devices, IT dan sebagainya seperti yang kaola nyatakan tadi dalam mukadimah kaola.

Projek-projek yang tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya mengikut program yang dirancang akan dilaksanakan secara berperingkat dan juga berfasa dengan mengoptimumkan peruntukan yang telah pun disediakan dan untuk makluman projek-projek infrastruktur dan perumahan pada masa ini yang berjalan dengan lancar walaupun tidak dinafikan bahawa projek-projek pembinaan terjejas memandangkan kebanyakan peralatan dan barang yang akan datang dari luar negara dan masalah logistik yang affecting seluruh dunia telah pun menyebabkan kelambatan penghantaran barangan.

Di samping itu juga, masalah pekerja asing terutama sekali disebabkan oleh wabak COVID-19 pada masa ini turut menjejas kan projek-projek. Dalam hal ini Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya akan cuba sedaya upaya untuk memastikan apa juga kelambatan yang dapat dikurangkan.

(missing Jawi words) perkara-perkara ini akan ditangani dengan sebaik-baiknya, إن شاء الله. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusi

Yang Berhormat Awang Haji Abdul Hamid @ Sabli bin Haji Arshad.

Yang Berhormat Awang Haji Abdul Hamid @ Sabli bin Haji Arshad

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته dan salam sejahtera. Kaola akan membawa satu perkara sahaja Yang Berhormat Pengerusi iaitu mengenai Pembangunan Usahawan Tempatan (LBD).

Yang Berhormat Menteri Pembangunan ada menyebutkan LBD dalam maklumatnya tadi. Terima kasih atas usaha-usaha yang telah digariskan dalam menjayakan LBD. Untuk memajukan lagi ke hadapan bagi usaha-usaha kitani ke arah ini, dicadangkan satu unit khas iaitu Unit Pembangunan Usahawan Tempatan akan dapat ditubuhkan di Kementerian Pembangunan untuk lebih fokus dalam menjayakan usaha membangun usahawan tempatan.

Perkara ini telah pun pernah dibuat pada ketika dulu yang ketika itu telah banyak mengeluarkan banyak usahawan-usahawan baharu dan telah berjaya mengendalikan projek-projek yang bernilai berjuta-juta ringgit pada ketika itu.

Sebagai contoh juga yang dibuat oleh Kementerian Tenaga (Energy) iaitu penubuhan i-Usahawan juga menunjukkan dalam membangun urusan belia dan telah pun mendapat projek bernilai berjuta-juta ringgit.

Sekian, terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Menteri Pembangunan

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat. Mengenai dengan satu cadangan untuk menubuhkan satu unit Pembangunan Usahawan Tempatan. Perkara ini إن شاء الله akan diteliti lagi semula oleh Kementerian Pembangunan, satu cadangan yang baik bagi meningkatkan lagi produktiviti pengusaha-pengusaha tempatan lagi إن شاء الله.

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusi

Yang Berhormat Dayang Nik Hafimi binti Abdul Haadii.

Yang Berhormat Dayang Nik Hafimi binti Abdul Haadii

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته dan dalam sejahtera. Kaola juga ingin menambah ke atas pertanyaan sama kepada cadangan Yang Berhormat Awang Haji Abdul Hamid @ Sabli bin Haji Arshad, cuba meminta pencerahan Yang Berhormat Menteri Pembangunan pencapaian LBD pada masa ini kerana dalam Dasar Kerja Kementerian Pembangunan tahapnya untuk dicapai pada Disember 2023. Terima kasih.

Yang Berhormat Menteri Pembangunan

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Mengenai dengan soalan dari Yang Berhormat itu perancangan bagi mendukung Local Business Development (LBD) negara kita, jabatan-jabatan yang berkenaan telah memulai inisiatif-inisiatif untuk menaik taraf atau mendukung LBD ini.

Dari statistik yang telah didapati pada masa ini sebanyak 201 syarikat ditemu duga. Temuduga telah pun dijalankan bagi pemutar dua tahun dari syarikat tempatan dan dari jumlah tersebut hanya sebanyak 143 syarikat yang berjaya lulus dalam pendaftaran mengikut kriteria yang telah pun ditetapkan.

Pihak ABCi seperti yang koala nyatakan tadi memperkenalkan keperluan bagi setiap pemilik syarikat pemohon baharu bagi menduduki sesi ujian tertulis sebelum diteruskan ke sesi temu duga bagi tambahan kepada tapisan kelayakan dan pemastian keterlibatan pemilik tempatan dalam syarikat adalah yang tulen dan dipercayai.

Pada masa ini, bahagian Kementerian Pembangunan ABCi sedang giat mengadakan inisiatif program bagi mempertingkatkan penggunaan produk-produk bahan pembinaan buatan tempatan dan juga untuk mengadakan pemberigaan bagi produk bahan binaan tempatan melalui kursus-kursus yang telah pun dilaksanakan sebelum ini.

Di samping itu juga, terdapat beberapa inisiatif berkaitan produk bahan binaan buatan tempatan dari jabatan-jabatan di bawah Kementerian Pembangunan seperti penggunaan pintu-pintu buatan tempatan bagi Projek Kampung Lugu Fasa 2 dan Perumahan Kampung Tanah Jambu Fasa 7 di bawah pengendalian Jabatan Perumahan yang dibekalkan oleh syarikat tempatan iaitu TS Work Sendirian Berhad sebagai pembekal tempatan sebanyak 10,000 unit pintu.

Secara keseluruhan penglibatan tempatan dalam semua kelas pendaftaran akan turut dipantau selaras dengan kerangka kerja LBD Circulars Kementerian Pembangunan. Penilaian ini akan dibuat melalui Contractor Scoring Assessment (CSA).

Mengenai keperluan pengambilan pekerja-pekerja asing dalam industri, pembinaan adalah satu cabaran dengan Kementerian Pembangunan yang pada masa ini bekerjasama dengan Jabatan Buruh dan pihak ABCi dalam mengenal pasti kaedah ataupun cara permohonan pengambilan Lesen Pekerja Asing (LPA), iaitu pembina hendaklah menghadapkan salinan kebenaran memulakan kemajuan Borang 'C' yang telah diluluskan oleh ABCi selain berdaftar sebagai pembina.

Selain itu, terdapat juga inisiatif Foreign Worker Replacement Programme ke arah usaha untuk menawarkan pekerjaan kepada anak-anak tempatan. Dalam masa yang sama pengawalan keperluan tenaga pekerja asing. Itulah sahaja langkah untuk mengemas kini mengenai usaha-usaha terlibat bagi mendukung Local Business Development di negara kitani.

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusi

Yang Berhormat Awang Haji Ramli bin Haji Lahit Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Awang Haji Ramli bin Haji Lahit

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ Kaola merakamkan ucapan penghargaan dan tahniah yang setinggi-tingginya atas pembentangan mukadimah oleh Yang Berhormat Menteri Pembangunan yang sangat jelas dan komprehensif sebentar tadi.

Dalam Tajuk Kementerian Pembangunan ini kaola bercakap di bawah Tajuk SK070 - Jabatan Ukur dengan jumlah peruntukan \$13,442,110.00. Antara peranan Jabatan Ukur adalah mengumpul dan menyediakan data geografi bagi perancangan dan pembangunan negara. Data-data tersebut termasuklah lot-lot tanah, pemilik tanah, fotografi, tapak-tapak tanah, ganti bawa tanah, ganti tanah dan lain-lain.

Terlalu banyak untuk dikumpulkan dan untuk dipedulikan. Maka kesannya mungkin melematkan membuat perancangan dan keputusan bagi pembangunan negara terutama dalam pengambilan dan pengumpulan data yang berlapis-lapis dan sudah tentu perkara ini memerlukan kos yang tinggi.

Sehubungan dengan itu, apakah mekanisme atau usaha terkini agar perkhidmatan kepada orang ramai dan setiap permohonan dapat dilaksanakan dengan cepat dan menjimatkan kos pihak kerajaan. Selain itu dalam keadaan terkawal dan selamat dan jika terjadi sesuatu keterlambatan agar orang ramai dapat memahaminya. Sekian soalan kaola. Terima kasih.

Yang Berhormat Menteri Pembangunan

Terima kasih Yang Berhormat mengenai Jabatan Ukur.

  1. أَن تَذْكُروهُ melalui peruntukan RKN-11 iaitu melalui “Projek Aerial Photography, Airborne LiDAR Acquisition and Geospatial Mapping of Brunei Darussalam” telah pun diluluskan dan dibenarkan.

    أَمَّا ثَمَّةَ تَعَالَى akan membantu setiap pihak di dalam pelaksanaan perancangan negara. Data-data geografi ini akan dikongsikan dengan kementerian-kementerian dan jabatan - jabatan agar dapat sama-sama digunakan bagi pembangunan negara dan penyelidikan. Selain itu, menggalakkan pihak berkenaan untuk berkongsi sama data-data dan maklumat-maklumat yang ada untuk penggunaan dan kebaikan bersama.

    Bagi mekanisme pengawalannya dan usaha yang terkini, melalui Jawatankuasa Keselamatan Peraturan Pengeluaran Peta (JKPPP) yang mana dipengerusikan oleh Juruurkur Agung dan ahli-ahli yang terdiri daripada beberapa agensi kerajaan. Jawatankuasa ini mengawal pengeluaran peta dan data digital mengikut panduan keselamatan dan peraturan pembekalan peta dan bahan imaging diri. Permohonan data pengawalan perlu mendapatkan kebenaran daripada Juruurkur Agung dan jika diberi kebenaran permohonan hendaklah dikehendaki untuk mendapatkan borang OSA 3 Official Secret Act.

    Dalam pengumpulan data-data geospatial special di negara ini, Jabatan Ukur telah pun menyediakan satu platfom iaitu Geospatial Ukur yang mana boleh diakses oleh semua agensi kerajaan dan orang ramai.

    Pihak kerajaan dan agensi yang berkepentingan bolehlah membuat perancangan projek-projek kerajaan dengan membuat keputusan dengan lebih cepat dan mudah. Antara usaha Jabatan Ukur menambah baik perkhidmatan ini antaranya ialah menyediakan aplikasi mudah alih iaitu Geospatial Mobile App yang membolehkan orang ramai akses dengan mudah melalui telefon pintar, selain juga boleh diakses secara konvensional dengan menggunakan komputer.;

  2. Menambahkan rangkaian Continously Operating Reference Station (CORS) bagi membantu pengukuran lebih cepat dan tepat melalui projek RKN: Upgrading and Densification of CORS (CORS).;

  3. Menggunakan drone mapping bagi memangkinkan keberadaan kawasan yang dikenal pasti dalam usaha pihak Jabatan Ukur untuk diperkembangkan lagi selaras dengan amalan terbaik di rantau ini mahupun antarabangsa.; dan

  4. Konsi sama data-data kecuali data-data restricted dalam geospatial dan juga sebagai alternatif kepada data-data ukur yang tidak dikemasluliskan, dan penggunaan peta lepas atau base map yang diperolehi secara outsource sedikit sebanyak telah dapat menunjukkan keberkesanan dan mempelbagaikan penggunaan peta.

Ini juga, membolehkan agensi swasta dan orang ramai untuk melaksanakan pembelian pelan CP, lembaran ISO ukur dan maklumat sistem geodetic secara dalam talian melalui aplikasi Geospatial Ukur. Sentiasa mengenai produk yang sangat diperlukan oleh agensi-agensi dan orang awam seperti Buku Mukim Kampung dan Buku Air Pasang.

Penswastaan sebahagian besar kerja-kerja pengukuran, pengambilan balik tanah termasuklah juga trographical survey yang akan disiapkan dengan lebih cepat dan juga membuat perancangan untuk memperbaiki lagi dalam kaedah penghantaran dan pemprosesan kerja pengukuran secara digital dalam KKN-12 nantئ ان شاء الله.

Sekian terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusi

Yang Berhormat Awang Haji Emran bin Haji Sabtu.

Yang Berhormat Awang Haji Emran bin Haji Sabtu

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

بسم الله الرحمن الرحيم معظمه الله وصلى الله على محمد وعلى آله وصحبه وسلم

Seperti taklimat yang disampaikan oleh Yang Berhormat Menteri Pembangunan dalam Perancangan Strategik Perumahan Awam Negara beberapa perubahan pembinaan tanah telah diubuat. Dalam hubungan ini, kaola menyentuh di bawah Tajuk - SK02A – Jabatan Kemajuan Perumahan.

Kaola difahamkan permohonan bagi orang masih muda atau bujang yang berumur 35 tahun, permohonan mereka belumlah layak untuk dipertimbangkan. Pertanyaan kaola, adakah inisiatif dari pihak berkenaan bagi mewujudkan Skim Permohonan Golongan Belia atau Belia Masih Bujang?

Seterusnya, kaola memohon pencerahan adakah pihak berkenaan mempunyai inisiatif atau rancangan bagi membina rumah bagi golongan yang berpendapatan rendah yang tinggal di rumah-rumah tidak layak atau tidak mempunyai rumah sendiri, tetapi memiliki tanah dengan syarat yang cukup untuk membina rumah termasuk juga kepada mereka yang mempunyai tanah sendiri tetapi tidak mampu mendirikan rumah agar diberikan subsidi skim perumahan sedia ada.

Sekian terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Menteri Pembangunan

Terima kasih soalan daripada Yang Berhormat mengenai inisiatif perumahan dalam Skim Golongan Belia ataupun Belia Yang Masih Bujang ini berangkali menjawabnya antara syarat permohonan untuk mendapatkan rumah di bawah Skim Perumahan Negara ialah pemohon hendaklah berumur 18 tahun ke atas, satu persyaratan.

Juga pemohon bujang yang berumur di bawah 35 tahun melebihi syarat umur kelayakan iaitu 18 tahun dan adalah dipertimbangkan untuk mendapat rumah di bawah Skim Perumahan Negara sendirinya. Permohonan juga tertakluk kepada persyaratan yang lain iaitu pemohon hendaklah mempunyai pendapatan sekurang-kurangnya $445 hingga $3,030 sebulan dan pemohon atau isteri pemohon atau suami pemohon hendaklah tidak mempunyai tanah bergeran.

Walau bagaimanapun dalam pemberian rumah-rumah seperti ini. Kementerian telah pun mengutamakan permohonan yang berumah tangga dan mempunyai tanggungan. Oleh itu, pemohon bujang, permohonan orang-orang belum kahwin tetapi ada tanggungan masih diberi keutamaan.

Pada masa ini, pihak Jabatan Kemajuan Perumahan belum ada Skim Perumahan Golongan Belia dan Belia Masih Bujang. Jika pemohon mempunyai tanah bergeran walaupun ia layak dari segi umur dan pendapatan ia dengan sendirinya adalah tidak layak untuk memohon mendapat rumah di bawah Skim Perumahan Negara.

Dalam hal ini, terdapat skim-skim lain di bawah Majlis Ugama Islam Brunei dan juga Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah yang menghulurkan bantuan bagi permohonan yang mempunyai tanah tetapi tidak mampu untuk membina rumah sendiri. Permohonan-permohonan hendaklah mempunyai kriteria kelayakan di bawah setiap agensi yang memberikan bantuan tersebut.

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusi

Yang Berhormat Pengiran Haji Mohamed bin Pengiran Haji Osman @ Othman.

Yang Berhormat Pengiran Haji Mohamed bin Pengiran Haji Osman @ Othman

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Lebih dahulu kaola merakamkan setinggi-tinggi terima kasih yang setinggi-tingginya atas mukadimah yang disampaikan oleh Yang Berhormat Menteri Pembangunan. الْحَمْدُلِلّهِ dalam kesempatan ini kaola merakamkan ucapan penghargaan dan mewakili rakyat dan penduduk Zon 2, Daerah Brunei dan Muara menyampaikan ucapan terima kasih atas terbinanya lebuhraya dan lampu isyarat trafik Kampung Mentiri. Projek ini telah dapat mengatasi kesesakan lalu lintas yang sebelum ini keadaan laluan begitu sesak dengan kenderaan terutama di sebelah pagi, tengah hari dan petang.

Yang Berhormat Pengerusi. Lampu isyarat di Kampung Sungai Buluh dan Kampung Salari serta Masjid Setia Ali sebelum ini mengalami kebanjiran. Sekarang tidak lagi mengalami banjir dan selamat digunakan. Begitu juga dengan jalan raya Kampung Serasa, Kampung Sabun dan Jalan Perusahaan telah dapat dinikmati oleh masyarakat dan pendudukan kawasan Muara.

Keprihatinan Yang Berhormat Menteri Pembangunan dalam mengatasi perkara ini amat kami hargai. Sikap peduliuan beginilah perlu ada pada pemimpin kerana siapa lagi yang perlu mendengar suara rakyat kalau bukan kitani.

Yang Berhormat Pengerusi. Izinkan kaola untuk menyampaikan sebuah pantun kepada Yang Berhormat Menteri Pembangunan:

Dari Menteri pergi Serasa, Singgah membeli Si Buah Pala, Dato berbudi kita merasa, Ke hadrat dipohonkan pahala.

Yang Berhormat Pengerusi.

  1. Kaola ingin menyentuh mengenai di bawah Tajuk SK02A - Jabatan Kemajuan Perumahan yang diberikan peruntukan $14,072,570.00 dalam Skim Rancangan Perumahan Negara untuk diuraikan kepada rakyat dan penduduk yang tidak memiliki tanah bergeran. Kegagalan membuat pembayaran balik mungkin menjadi isu atau fenomena yang menimbulkan masalah pihak kerajaan.

    Kaola ingin bertanya tahun-tahun mendatang, pemohon skim terdiri daripada yang berkhidmat dalam sektor awam dan swasta yang mendapatkan gaji bulanannya melalui skim TAP dan pencen umur tua, selain pembayaran perumahan juga, pendapatan tersebut untuk mengimbangi perbelanjaan keluarga dan lain-lain. Merujuk senario di atas bagaimana dan apa perancangan pihak kerajaan bagi pembayaran balik ini tidak terlalu terjejas.;

  2. Kaola ingin menyentuh lagi di bawah Tajuk SK01A – Jabatan Kementerian Pembangunan dengan perbelanjaan peruntukan yang disediakan sebanyak $17,756,210.00.

    Mengenai Perkhidmatan Air Bersih. Walau bagaimanapun, kitani masih menerima bekalan air yang kurang bersih iaitu kekuningan dan lain-lain. Kaola bertanya apakah langkah-langkah untuk meningkatkan perkhidmatan air bersih yang sepatutnya di Negara Brunei Darussalam dan terdapat syarikat-syarikat tempatan mengilangkan dan membotolkan minuman seperti air mineral water, bolehkah pihak berkenaan memberikan komen mengenai kualiti standard mengenainya? dan

  3. Jabatan Buruh menghendaki salinan surat Sijil OP yang telah dikeluarkan sama ada Jabatan Perancangan Bandar dan Desa atau Jabatan Tanah. Apabila sebuah syarikat hendak memberi lesen pekerja syarikat-syarikat menyewa rumah-rumah persendirian, untuk menempatkan pekerja sebagai tempat tinggal dan yang menjadi kereshan dan kesusahan kepada pemilik rumah ialah untuk mendapatkan Sijil OP, yang dimaksudkan kerana Sijil OP tersebut tidak ada simpanan tuan punya rumah dan hilang kerana kebanyakan rumah-rumah tersebut sudah pun berusia lebih sepuluh tahun.

    Tuan punya rumah dinasihatkan mendapatkan dari jabatan berkenaan, seperti Jabatan Perancangan Bandar dan Desa atau Jabatan Tanah. Tertakluk kawalan kemajuan, jika Sijil OP juga tidak ada dalam simpanan jabatan berkenaan maka Jabatan Buruh menghendaki tuan punya rumah untuk engage arkitek bagi proses pengeluaran OP. Sehubungan dengan itu, dapatakh jabatan berkenaan mencari jalan yang bijaksana untuk menyelesaikan isu mendapatkan Sijil OP ini tanpa engage arkitek.

Sekian, Yang Berhormat Pengerusi. وبلهذا نكون قد انتهينا من التقرير المقدم لمقامكم الكريم وشكرا لكم

Yang Berhormat Menteri Pembangunan

Terima kasih, pada Yang Berhormat mengenai dengan projek-projek yang telah pun dilaksanakan, أتفق تمامًا mendapat sokongan anak buah kampung di sana dan أن شاء الله Jabatan Kerja Raya akan terus berusaha.

Yang Berhormat Pengerusi

Yang Berhormat Menteri Pembangunan sudah menerangkan dalam mukadimah dengan panjang lebar dan tidaklah perlu dijawab. Nampaknya Yang Berhormat mereka bertanya yang sudah disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri Pembangunan sebentar tadi dalam mukadimah tadi.

Silakan Yang Berhormat.

Yang Berhormat Menteri Pembangunan

Ada dua soalan yang mungkin kaola jawab sudah mengenai air, barangkan kaola sudah sampaikan tadi dengan lebih jelas mengenai air kekuningan. Mengenai soalan pertama itu tadi Skim Perumahan Negara.

Skim Perumahan Negara. Kegagalan membuat pembayaran balik ataupun tertunggak adalah menjadi isu. Mewang menjadi kewajipan dan tanggungjawab semua pemilik rumah di bawah Skim Perumahan Negara untuk membuat pembayaran balik perumahan secara konsisten sepertiutama yang dipersetujui dalam perjanjian perumahan tersebut dan akan pihak kami tidak semestinya dengan pihak kerajaan semasa peruntukan rumah berkenaan. Komitmen untuk membayar balik dan melunaskan pembayaran rumah juga perlu diberikan kepentingan dan keutamaan oleh pemilik-pemilik rumah di bawah Skim Perumahan Negara sama seperti pengurusan perbelanjaan keluarga sepertimana juga perbelanjaan kemampuan mereka yang lain.

Ke arah memantapkan lagi usaha-usaha kutipan yang lebih berkesan, Kementerian Pembangunan melalui Jabatan Kemajuan Perumahan secara berterusan mengeluarkan surat-surat notis peringatan tuntutan-tuntutan kepada pemilik rumah berserta penjamin di bawah Skim Perumahan Negara dengan hasrat pemilik rumah mengetahui status pembayaran mereka seperti jumlah yang telah dibayar, baki pembayaran dan jumlah tunggakan jika ada yang perlu dilunaskan, bagi membolehkan mereka membuat pembayaran.

Selain itu, pembayaran melalui potongan gaji secara bulanan, pembayaran melalui kaunter pembayaran dan juga secara online melalui One Comm o n Biling System (OCBS) , juga antara kemudahan dan platform yang disediakan bagi memudahkan pemilik membuat pembayaran balik perumahan.

Dalam pada itu, Kementerian Pembangunan melalui Jabatan Kemajuan Perumahan, Bahagian Perumahan juga sentiasa mencari pendekatan yang lebih proaktif dan juga lebih berkesan dalam menangani isu tunggakan ini, yang menjurus kepada usaha ke arah mempertingkatkan kepekaan dan kesedaran awam khususnya pemohon-pemohon dan pemilik rumah di bawah Skim Perumahan Negara dijalankan untuk melaksanakan pembayaran balik. Usaha untuk menggalakkan pemohon mengamalkan budaya tabiat menabung seawal-awalnya sebagai persediaan bagi mendapatkan rumah pada hari kemudian.

Soalan Sijil Pengeluaran OP yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Perancang Bandar dan Desa dan Jabatan Tanah. Untuk makluman OP ataupun Occupational Permit adalah sijil persiapan kemajuan yang dikeluarkan Perintah Kawalan Bangunan 2014, yang dikeluarkan bagi pembinaan bermula pada 2016.

Manakala bagi pembinaan sebelum 2016, pengesahan persiapan bangunan telah pun dikeluarkan oleh beberapa jabatan yang mengawal kemajuan iaitu Jabatan Tanah, Jabatan Perancang Bandar dan Desa dan pihak Autoriti Kawalan Kemasukan ataupun juga Jabatan Bandaran tertakluk kepada tahun dan kawasan. Dalam menyelasaikan kehendak keperluan Jabatan Buruh ini ialtu pembinaan bangunan yang dilaksanakan sebelum 2016. Bangunan-bangunan komersial, perindustrian perumahan, jenis apartment, workup Flat yang sedia ada yang boleh mendapatkan sijil pengesahan bangunan sahaja.

Dengan mempunyai sijil Fire Certificate dari Jabatan Bomba dan Penyelamat yang sah dan salinan jadual penyelenggaraan bangunan (building maintenance schedule), bagi memastikan bangunan tersebut selamat dan sentiasa terjaga. Pihak ABCI juga mengeluarkan pre-assesment ke atas bangunan bagi mengenal pasti sama ada pemilik bangunan perlu menjalankan periodic inspection ataupun sebaliknya atau melantik jurutera profesional ataupun yang berdaftar.

Bagi rumah-rumah persendirian pula pemilik tanah ataupun pemilik bangunan hendaklah membuat pengakuan yang rumah tersebut dalam keadaan yang baik dan tidak ada sebarang ubah suai, tambahan ataupun yang pernah dilaksanakan serta tidak terkeluar daripada garisan bangunan yang dikuat kuasa oleh autoriti pihak perancang pada tahun pembinaannya. Itu sahaja barangkali yang dapat kaola jawab pada masa ini. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusi

Akhir sekali saya persilakan Yang Berhormat Dayang Khairunnisa binti Awang Haji Ash'ari.

Yang Berhormat Dayang Khairunnisa binti Awang Haji Ash'ari

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Apakah perancangan jangka panjang bagi pengurusan sampah di negara ini? Di samping itu, saya ingin mencadangkan pengumpulan sampah kitar semula secara sistematik dapat dibuat di kawasan Rancangan Perumahan Negara. Ini memandangkan reka bentuk kawasan perumahan praktikal bagi syarikat kitar semula untuk membuat pengumpulan kitar semula seminggu sekali dalam setiap rumah seperti yang dibuat di negara lain. Pengitaran semula di sektor kerajaan juga dapat dibuat secara berfasa bermula dengan kertas. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Menteri Pembangunan

Terima kasih Yang Berhormat. Mengenai soalan perancangan jangka panjang bagi pengurusan sampah di negara ini. Pihak kerajaan melalui Jawatankuasa Induk Isu-Isu Kebersihan yang terdiri daripada Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Kementerian Pembangunan dan Kementerian Kesihatan, sentiasa berusaha melalui pelaksanaan beberapa kaedah dari pelbagai sudut untuk menangani isu-isu kebersihan.

Antaranya ialah menyediakan peraturan dan perundangan persyaratan dan garis panduan secara whole of nation approach dengan kerjasama dan penglibatan kegiatan pelbagai pihak melalui agensi, orang ramai dan akan sentiasa dipertingkatkan.

Penyediaan-penyediaan fasiliti dan sistem pengurusan sampah bagi kegunaan orang ramai mencukupi dan juga program-program kesedaran awam dan pembelajaran dari awal sekolah bagi peringkat kanak-kanak akan sentiasa dilaksanakan dan dipantau keberkesanannya. Usaha untuk mengatasi masalah sisi pembuangan sampah yang dihadapi demi memajukan lagi pengurusan pembuangan sampah dan melindungi alam sekitar di negara ini tetap diteruskan. Untuk jangka panjang, Kementerian Pembangunan melalui JASTRe telah menggubal beberapa peraturan termasuklah Peraturan Sisa Pepejal (Solid Waste Management Regulation) di bawah Perintah Perlindungan dan Pengurusan Alam Sekitar 2016 (Protection and Management Order 2016).

Dari segi pemantauan pula pihak Kementerian Pembangunan melalui JASTRe telah pun memasang beberapa unit CCTV di lokasi strategik bertujuan membanteras aktiviti pembuangan sampah seperti yang koala sampaikan tadi dalam mukadimah. Pihak kementerian juga telah menerokai teknologi-teknologi moden dan terkini dan diharap akan dapat dilaksanakan. Antaranya ialah Projek Pembersihan Sungai Brunei yang akan menggunakan bot-bot yang berkeupayaan tinggi dan moden dan juga penubuhan loji Incenerator Unit Waste Energy yang masih lagi dalam penelitian pada masa ini.

Sementara itu, bagi mempertingkatkan kadar kitar semula di negara ini, pihak Kementerian Pembangunan melalui JASTRe akan meneroka kaedah yang dipikirkan sesuai dengan sistem pengurusan sampah di negara kitani. Jika sekiranya kitar semula merupakan kaedah yang praktikal dan berpusat pengumpulan yang sistematik akan diperkenalkan termasuklah di kawasan-kawasan perumahan dan cadangan untuk mengumpul semula kitar semula di kawasan perumahan itu cadangan yang disambut baik oleh Kementerian Pembangunan dan إِنْ شَاءَ ٱللَّٰهُ akan diusahakan. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Menteri Pembangunan. Ahli-Ahli Yang Berhormat saya kira cukuplah sudah kita berbincang mengenai dengan Tajuk Kementerian Pembangunan ini dan tiba­lah pula masanya bagi tajuk ini sekarang kita undi. Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju supaya kita luluskan Tajuk Kementerian Pembangunan ini. Sila angkat tangan.

(Semua Ahli mengangkat tangan tanda bersetuju)

Terima kasih. Semuanya bersetuju.

Yang Dimuliakan Jurutulis

Tajuk SK01A hingga Tajuk SK08A - Kementerian Pembangunan dijadikan sebahagian daripada Jadual.

Yang Berhormat Pengerusi

Ahli-Ahli Yang Berhormat, saya suka untuk menangguhkan Mesyuarat Jawatankuasa ini dan kita akan bersidang semula dalam Persidangan Majlis Mesyuarat Negara.

(Mesyuarat Jawatankuasa ditangguhkan)

(Majlis Mesyuarat bersidang semula)

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

Ahli-Ahli Yang Berhormat, saya kira cukup sekian kita bersidang pada pagi ini. Saya suka untuk menangguhkan Persidangan Majlis Mesyuarat Negara ini dan kita akan bersidang semula pada sebelah petang ini mulai pukul 2.30 petang إِنْ شَاءَ ٱللَّٰهُ.

Sekian, وَبِاللَّهِ التَّوْفِيقُ وَالْهِدَايَةُ؛ وَصَلِّ اللَّهُمَّ وَسَلَّمْ وَبَارِكْ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ

(Majlis Mesyuarat ditangguhkan)

info

The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.