Skip to main content

HARI KE-3 PAGI

For Informational Purposes Only

26HB FEB 2023

info

Help needed with Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.

Disclaimer

The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.

YANG DI-PERTUA

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib, PSNB., S.LJ., PHBS., PJK., PKL., Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara, Negara Brunei Darussalam.

AHLI RASMI KERANA JAWATAN (PERDANA MENTERI DAN MENTERI-MENTERI)

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Perdana Menteri, Menteri Pertahanan, Menteri Kewangan dan Ekonomi dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri, Negara Brunei Darussalam.

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, DKMB., DPKT., King Abdul Aziz Ribbon, First Class (Saudi Arabia), The Order of the Renaissance (First Degree) (Jordan), Grand Cross of Crown Order - G.K.K. (Netherlands), Medal of Honour (Lao), DSO (Singapore), Order of Lakandula with the Rank of Grand Cross (Philippines), The Order of Prince Yaroslav the Wise, Second Class (Ukraine), DSO (Military) (Singapore), PHBS., Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam.

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Di-Raja Dato Laila Utama Haji Awang Isa bin Pehin Datu Perdana Manteri Dato Laila Utama Haji Awang Ibrahim, DK., SPMB., DSNB., PHBS., PBL., PJK., PKL., Penaishat Hukama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam. (Tidak hadir pada sebelah petang)

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, PSNB., DSJ., SMB., PHBS., PTKB., PKL., Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Negara Brunei Darussalam.

Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, PSSUB., DPMB., PHBS., PBIL., PJK., PKL., Menteri Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam.

Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Apong, PSNB., DPMB., PJK., PTKB., PKL., Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Negara Brunei Darussalam.

Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, DPKT., SMB., PHBS., Menteri Pertahanan II, Negara Brunei Darussalam.

Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar, PSNB., DPMB., Menteri Kesihatan, Negara Brunei Darussalam.

Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud, PSNB., SPMB., PJK., PKL., Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam.

Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah, PSNB., SPMB., Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Negara Brunei Darussalam.

Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd. Yusof, PSNB., SPMB., PJ.K., PIKB., PKL., Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II, Negara Brunei Darussalam.

Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar, PSNB., SPMB., PIKB., PKL., Menteri Pembangunan, Negara Brunei Darussalam. (Hadir secara virtual)

Yang Berhormat Dato Setia Dr. Awang Haji Mat Suny bin Haji Mohd Hussein, PSNB., DPMB., PJK., Menteri Tenaga, Negara Brunei Darussalam.

Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Hamzah bin Haji Sulaiman, PSNB., DPMB., PJK., Menteri Pendidikan, Negara Brunei Darussalam.

Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof, PSNB., SMB., PIKB., Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi, Negara Brunei Darussalam. (Hadir secara virtual)

Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Awang Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, DPKT., SMB., Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Negara Brunei Darussalam. (Hadir secara virtual)

AHLI YANG DILANTIK ORANG-ORANG YANG BERGELAR

Yang Berhormat Pehin Datu Imam Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Abdul Hamid bin Bakal, PSSUB., DSNB., PHBS., PBIL., PKL.

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pendikar Alam Dato Paduka Seri Awang Haji Hasrin bin Dato Paduka Haji Sabtu, DPKT., DPMB., SNB., PBLI., PJK., PKLP. (Tidak hadir pada sebelah pagi dan hadir secara virtual pada sebelah petang)

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Putera Maharaja Dato Paduka Awang Haji Abdul Ghani bin Pehin Datu Pekerma Dewa Dato Paduka Awang Haji Abdul Rahim, DPMB., SNB., PJK., PKL.

AHLI YANG DILANTIK ORANG-ORANG YANG TELAH MENCAPAI KECEMERLANGAN

Yang Berhormat Awang Haji Umarali bin Esung, PSB,, PIBK,, PKL.

Yang Berhormat Awang Haji Abdul Hamid @ Sabil bin Haji Arshad, SMB.

Yang Berhormat Awang Ong Tiong Oh.

Yang Berhormat Fdr. Ar. Dayang Siti Rozaimeiranty binti Dato Seri Laila Jasa Haji Abdul Rahman, PSB,, PIBK.

Yang Berhormat Dayang Nik Hafimi binti Abdul Haadii, PSB.

Yang Berhormat Dayang Khairunnisa binti Awang Haji Ash'ari, PIBK.

Yang Berhormat Awang Iswandy bin Ahmad, PIBK.

AHLI YANG DILANTIK MEWAKILI DAERAH-DAERAH

Yang Berhormat Pengiran Haji Ali bin Pengiran Maon, PSB,, PJK,, PIBK,, PKL,, Penghulu Mukim Berakas ‘B’, Zon 1 - Daerah Brunei dan Muara.

Yang Berhormat Awang Naim bin Haji Kamis, PSB,, PJK,, PIBK,, PKL,, Penghulu Mukim Kota Batu, Zon 3 - Daerah Brunei dan Muara.

Yang Berhormat Awang Haji Tahamit bin Haji Nudin, PIBK,, PKL,, Penghulu Mukim Gadong ‘A’, Zon 4 - Daerah Brunei dan Muara.

Yang Berhormat Awang Haji Mohimin bin Haji Johari @ Jahari, Ketua Kampung Limau Manis, Zon 5 - Daerah Brunei dan Muara.

Yang Berhormat Pengiran Haji Mohamed bin Pengiran Haji Osman @ Othman, PSB,, PIBK,, PKL,, Ketua Kampung Masjid Lama, Pekan Muara, Sabun dan Pelumpong, Zon 2 - Daerah Brunei dan Muara.

Yang Berhormat Awang Haji Abdul Hamid bin Haji Mumin, PJK,, PKL,, Penghulu Mukim Liang, Zon 1 - Daerah Belait.

Yang Berhormat Awang Hanapi bin Mohd. Siput, PIBK,, Ketua Kampung Labi I, Zon 2 - Daerah Belait.

Yang Berhormat Awang Haji Abdul Wahab bin Apong, SUB., PJK., PIKB., PKL., Penghulu Mukim Tanjong Maya, Zon 1 - Daerah Tutong.

Yang Berhormat Awang Haji Ramli bin Haji Lahit, PIKB., PKL., Penghulu Mukim Telisai, Zon 2 - Daerah Tutong.

Yang Berhormat Awang Haji Emran bin Haji Sabtu, SMB., PSB., PIKB., PKL., Penghulu Mukim Bokok, Kelima-lima Mukim Daerah Temburong.

HADIR BERSAMA

Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pekerma Jaya Dato Paduka Awang Haji Judin Haji Asar, DPMK., SJ., POAS., PHBS., PBLI., PJK., PKL., Jurutulis Majlis Mesyuarat Negara, Negara Brunei Darussalam.

Yang Mulia Dayang Rose Aminah binti Haji Ismail, PSB., PIKB., Timbalan Jurutulis Majlis Mesyuarat Negara, Negara Brunei Darussalam.

(Mesyuarat mula bersidang pada pukul 9.30 pagi)

Yang Mulia Timbalan Jurutulis

مسيوارت پرتاما داري مسيوارتان كلياڤن بلاس
Mesyuarat Pertama Dari Muslim Permesyuaratan Kelapan Belas Majlis Mesyuarat Negara bersidang bagi hari yang ketiga, Sabtu, 25 Rejab 1443H bersamaan 26 Februari 2022 didahului dengan Doa Selamat.

DOA SELAMAT

Doa Selamat dibacakan oleh Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Mustapa bin Haji Murat.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

كتا برسيوكور كه حضرت كعلى الله سبحاڽ وتعلى kita bersyukur ke hadrat الله سبحانه وتعالى kerana dengan limpah rahmat-Nya dan izin-Nya jua kita dapat lagi bersama-sama hadir pada pagi ini bersidang pada hari yang ketiga dalam Majlis Mesyuarat Pertama Dari Muslim Permesyuaratan Kelapan Belas Majlis Mesyuarat Negara. Selawat serta salam ke atas Junjungan Besar kita محمد صلى الله عليه وسلم serta sahabat-sahabat para pengikut-pengikut Baginda yang taat lagi setia hingga ke akhir zaman.

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Pada petang semalam, persidangan telah selesai meluluskan Usul-Usul Yang Diberi Notis dan pada pagi ini kita akan segera berpindah ke perkara-perkara yang seterusnya.

Yang Dimuliakan Jurutulis

Perkara VI - Rang Undang-Undang yang akan dicadangkan oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Sekarang persidangan berpindah kepada Perkara VI - Rang Undang-Undang. Satu Rang Undang-Undang akan dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II. Saya mempersilakan sekarang Yang Berhormat untuk mengemukakan Rang Undang-Undang berkenaan.

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيمِ Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Dengan segala hormatnya koala memohon izin untuk mengemukakan satu Rang Undang-Undang Yang BergeIar: "Suatu Akta Untuk Membekalkan Sejumlah Wang Daripada Kumpulanwang Yang Disatukan Bagi Perkhidmatan Tahun Kewangan 2022/2023 dan untuk memperuntukkan wang tersebut itu bagi maksud-maksud tertentu", untuk bacaan kali pertama. Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II baru sebentar tadi telah mencadangkan bagi Rang Undang-Undang tersebut untuk dibaca bagi kali yang pertama.

Yang Dimuliakan Jurutulis

Satu Rang Undang-Undang Yang Bergelar: "Suatu Akta Untuk Membekalkan Sejumlah Wang Dari Kumpulanwang Yang Disatukan bagi Perkhidmatan Tahun Kewangan 2022/2023 dan untuk memperuntukkan wang yang tersebut itu bagi maksud tertentu".

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيمِ Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Koala memohon izin bagi memaklumkan kepada majlis ini untuk mengemukakan cadangan bagi bacaan kali yang kedua dan ketiga bagi Rang Undang-Undang Yang Bergelar "Suatu Akta untuk Membekalkan Sejumlah Wang Dari Kumpulanwang Yang Disatukan Bagi Perkhidmatan Tahun Kewangan 2022/2023 dan untuk memperuntukkan wang yang tersebut itu bagi maksud-maksud tertentu", pada persidangan hari ini juga. Sesuai dengan Peraturan Majlis Mesyuarat Negara, koala bercadang untuk mengemukakan cadangan Rang Undang-Undang ini untuk dibacaan kali yang kedua dan ketiga pada hari ini juga. Maka koala memohon izin kebenaran Yang Berhormat Yang Di-Pertua supaya digantung Peraturan-Peraturan Tetap Majlis Mesyuarat Negara bagi membolehkan membuat cadangan-cadangan sedemikian pada hari ini juga. Permohonan ini semata-mata bagi membolehkan majlis ini memudahkan tugas-tugasnya dengan lebih lancar dan teratur lagi. Terima Kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Setelah mendengar alasan dan keterangan serta sebab yang telah dimukakan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, maka saya izinkan supaya

Peraturan-Peraturan Tetap Majlis Mesyuarat Negara digantungkan bagi membolehkan Rang Undang-Undang yang bergerak: "Suatu Akta Untuk Membekalkan Sejumlah Wang Dari Kumpulanwang Yang Disatukan Bagi Perkhidmatan Tahun Kewangan 2022/2023 untuk memperuntukkan wang yang tersebut itu bagi maksud-maksud tertentu untuk dibaca bagi kali yang kedua dan ketiga menurut Syarat 48 (3) Perlembagaan Negara Brunei Darussalam. Silakan Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II.

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II

Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Kaola ingin mengucapkan terima kasih yang sebanyak-banyaknya atas keizinan Yang Berhormat Yang Di-Pertua untuk kaola membacakan Rang Undang-Undang: "Suatu Akta Untuk Membekalkan Sejumlah Wang Dari Kumpulanwang Yang Disatukan Bagi Perkhidmatan Tahun Kewangan 2022/2023 dan peruntukan wang yang tersebut itu bagi maksud-maksud tertentu" bagi kali yang kedua.

(missing Jawi words)

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Tujuan Rang Undang-Undang ini ialah untuk membenarkan pengeluaran sejumlah $5.7 bilion Dari Kumpulan Wang Yang Disatukan Bagi Perkhidmatan Tahun Kewangan 2022/2023 dan memperuntukkan-nya bagi maksud-maksud yang dinyatakan dalam Jadual. Dalam berbuat demikian kaola memohon izin untuk menerangkan secara ringkas mengenai sokongan Anggaran Belanjawan Negara berdasar kepada analisis dan penilaian seperti kemampuan kewangan kerajaan dan ketuaan perbelanjaan kerajaan sebagai asas dalam menyediakan Rancangan Belanjawan Negara Tahun Kewangan 2022/2023. Ini termasuklah Prospek Ekonomi Global dan Negara Brunei Darussalam.

سيكولا syukur kita panjatkan ke hadrat ألله عز وjلل kerana dengan izin dan limpah rahmat-Nya juga serta berkat kepimpinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Sultan dan Yang Di-Pertua Negara Brunei Darussalam rakyat dan penduduk di negara ini dapat menikmati keamanan dan kesejahteraan di sebalik berbagai-bagai cabaran yang dihadapi pada masa ini.

Dalam kesempatan ini juga, kaola bagi pihak Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ingin merakamkan penghargaan dan ribuan terima kasih khususnya kepada para barisan hadapan, termasuk sukarelawan dan agensi-agensi keselamatan baik di sektor awam mahupun sektor swasta atas khidmat bakti dan pengorbanan yang telah dihulurkan demi memastikan negara dan semua lapisan masyarakat terselamat dan terpelihara dari kesan penularan wabak COVID-19 ini.

Pandemik COVID-19 telah mengubah lanskap sebahagian ekonomi termasuk Negara Brunei Darussalam dan kesannya telah menjejasakan aktiviti-aktiviti sosial dan perekonomian disebabkan oleh sekatan pergerakan yang dilaksanakan sejak gelombang pertama dan kedua dalam usaha untuk membendung penularan wabak berkenaan.

Di samping kesan yang kita hadapi dalam negara, rantaian bekalan global juga turut terkesan disebabkan oleh sekatan pergerakan yang telah menjejaskan pengeluaran negara-negara pembekal, dan permintaan pengguna tidak dapat dipenuhi khususnya sektor-sektor ekonomi yang bergantung pada sumber dari luar negara.

Untuk menangani penularan wabak di negara ini, kerajaan telah mempertingkatkan lagi Program Vaksinasi Kebangsaan yang telah bermula pada 3 April 2021. اِنِّيْحتَى ini lebih dari 94% rakyat dan penduduk di negara ini telah menerima suntikan, sekali gus membolehkan negara mengisytiharkan tahap endemik pada 15 Disember 2021. Dengan fasa endemik ini, orang ramai dapat menjalani semua aktiviti-aktiviti harian seperti biasa dengan mengamalkan Standard Operating Procedure (SOP) dan Garis Panduan Fasa Awal Endemik yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan. Untuk mencapai program tersebut beberapa tindakan telah diambil seperti yang berikut:

  1. Perkhidmatan Klinik Vaksinasi Bergerak, khusus bagi penduduk-penduduk luar bandar dan mereka yang kurang upaya,;

  2. Program Vaksinasi Remaja iaitu bagi remaja yang berumur 12 hingga 17 tahun yang telah bermula pada 8 November 2021.; dan

  3. Pemberian dos penggalak (booster dose) kepada orang ramai berusia 18 tahun ke atas dan telah melengkapi 2 dos vaksinasi.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Lanskap ekonomi dunia adalah masih tidak menentu disebabkan oleh penularan COVID-19. Hala tuju pemulihan ekonomi masih tidak dapat dijangkakan walaupun dengan adanya vaksin dan program vaksinasi yang dilaksanakan oleh seluruh negara di dunia. Namun kebimbangan dengan munculnya varian-varian baharu telah menjejaskan pergerakan perjalanan. Sekali gus menjejaskan pemulihan ekonomi bagi sesebuah negara. Ekonomi dunia telah merudum pada awal penularan wabak COVID-19 iaitu pada tahun 2020 akibat dari pelaksanaan "the great lockdown", sebagai langkah pembendungan penularan wabak COVID-19. Pertumbuhan ekonomi dunia telah mencatatkan penurunan sebanyak negatif 3.1%, berikutan penutupan beberapa sektor ekonomi dalam usaha untuk membendung penularan wabak berkenaan dan ini diikuti oleh peningkatan pengangguran yang membawa kesan negatif terutama sekali kepada sektor-sektor perbangunan dan hospitaliti. Pada masa yang sama, negara pengeskport minyak juga berhadapan dengan beberapa cabaran seperti kejatuhan harga minyak global dan komersilontan permintaan dalam pasaran terhadap bahan api fosil.

Di samping itu, ini telah mendorong komitmen beberapa negara kepada decarbonisation atau green recovery dan perubahan teknologi hijau yang meluas secara beransur-ansur telah menjadikan renewable energies sebagai tenaga pilihan.

Kemunculan Variant Delta pada tahun 2021 telah menjejaskan momentum pemulihan ekonomi global. Walaupun bagaimanapun, penyesuaian kepada norma baharu dan sokongan stimulus berterusan dalam ekonomi besar telah membolehkan ekonomi global kembali pulih ataupun rebound dan dalam laporan World Economic Outlook (WEO) keluaran bulan Oktober 2021 pihak International Monetary Fund (IMF) telah meramalkan pertumbuhan ekonomi global akan meningkat sebanyak 4.9 % bagi tahun 2022.

Walau bagaimanapun, berikutan kemunculan varian baharu Omicron serta gangguan rantai bekalan global yang berlanjutan, pihak IMF dalam laporan WEO keluaran bulan Januari 2022 telah menurunkan unjuran pertubuhan ekonomi global bagi tahun 2022 kepada kadar 4.4 %. Dalam pada itu, pertubuhan ekonomi di rantau Asia pula khususnya Emerging and Developing Asia, (China, India & ASEAN-5) bagi tahun 2022 adalah dimunjurkan 5.9% dalam laporan WEO IMF keluaran bulan Januari 2022, berbanding 6.3% dalam laporan WEO IMF keluaran bulan Oktober 2021. Pihak IMF juga meramalkan bahawa jumlah perdagangan global (global trade volume) akan berkembang pada kadar 6% pada tahun 2022 berbanding dengan 9.3 % pada tahun 2021.

Pihak agensi Energy Information Administration (EIA) melalui laporan bulan Januari 2022 telah meramalkan bahawa harga minyak Brent akan meningkat purata dari US$71 setong pada tahun 2021 kepada US$75 setong pada tahun 2022. Kenaikan harga minyak ini didorong oleh kadar pengeluaran minyak yang tidak dapat memenuhi permintaan dan peningkatan penggunaan petroleum dan bahan api cecair global secara purata sebanyak 3.6 juta tong sehari daripada 96.9 juta tong sehari pada tahun 2021, 100.5 juta tong sehari bagi tahun 2022.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Seterusnya, koala ingin mengongsikan prestasi ekonomi negara. Pada tahun 2020, sektor minyak dan gas negara telah turut terkesan berikutan penurunan permintaan minyak global. Walaupun demikian, ekonomi negara secara keseluruhannya telah merekodkan pertumbuhan positif dalam tahun 2020 iaitu pada kadar 1.1% berikutan pertumbuhan yang kukuh dari sektor bukan minyak dan gas. Pertumbuhan ini disebabkan oleh meningkatnya aktiviti hiliran sektor pengeluaran produk petroleum dan kimia dan sektor perikanan.

Bagi suku ketiga pada tahun 2021 Keluaran Dalam Negara Kasar Negara Brunei Darussalam telah menurun sebanyak 2.2% berbanding suku ketiga tahun 2020. Ini disebabkan penurunan pengeluaran minyak mentah kepada 97.1 ribu tong sehari pada suku ketiga tahun 2021 berbanding dengan 100.6 ribu tong sehari pada suku ketiga tahun 2020 dan pengeluaran gas asli sebanyak 750.9 ribu MMBtu sehari pada suku ketiga tahun 2021 berbanding 834.5 ribu MMBtu sehari pada suku ketiga tahun 2020 yang disebabkan oleh sekatan pergerakan yang sebahagiannya menyebabkan terjejasnya aktiviti-aktiviti penyelesaian telaga-telaga minyak termasuk well, reservoir dan facilities management.

Walaupun bagaimanapun, penurunan ini diimbangi oleh perkembangan yang positif dari sektor bukan minyak dan gas sebanyak 1.0 % pada suku ketiga tahun 2021 berbanding suku ketiga tahun 2020. Perkembangan positif ini didorong oleh meningkatnya pengeluaran dari sektor pertanian, perhutanan dan perikanan pada kadar 27.9% disebabkan oleh peningkatan dari subsektor sayur-sayuran, buah-buahan dan ikan-lain, hasil pertanian, subsektor perikanan dan subsektor makanan ternakan. Di samping itu, terdapat juga sektor lain yang turut menyumbang kepada perkembangan yang positif seperti subsektor pengangkutan udara, subsektor kewangan, subsektor perhubungan dan subsektor perkhidmatan kesihatan.

Pihak International Monetary Fund (IMF), ASEAN Plus 3 Macroeconomic Research Office (AMRO) dan Asian Development Bank (ADB) pula telah mengunjurkan pertumbuhan ekonomi yang positif bagi Negara Brunei Darussalam pada tahun 2022 masing-masing pada kadar 2.6 %, 3.5% dan 3.3%. النمو, ini adalah dengan mengambil kira usaha-usaha pemulihan dan pengukuhan ekonomi yang dilaksanakan khususnya pengeluaran produk industri pengeluaran hiliran minyak dan gas serta aktiviti-aktiviti berkaitan dari Syarikat Hengyi Industries Sdn. Bhd. dan kilang Syarikat Brunei Fertilizer Industries Sdn. Bhd. (BFI).

Namun demikian, perkembangan positif ini berkemungkinan dilembabkan oleh situasi inflasi global yang semakin meningkat berpunca daripada rantain barang global (global supply chain) yang telah terjejas akibat COVID-19. Kadar inflasi negara pada tahun 2020 adalah 1.9 % dan pada kadar 1.7% setakat bulan November tahun 2021. Situasi ini amat berbeza sebelum pandemik COVID-19 melanda dunia, iaitu kadar inflasi negara ini adalah pada tahap minimum.

Kadar inflasi global yang meningkat telah menjelaskan bukan sahaja pengguna negara ini, tetapi juga syarikat pengeluar, memandangkan negara amat bergantung pada produk-produk import termasuk barangan pengguna (consumer goods) dan barangan perantaraan (intermediate goods) yang digunakan sebagai input kepada pengeluaran produk tempatan. Penyebab utama kadar inflasi global adalah kos logistik dan pengangkutan yang melonjak naik, dan kos bahan mentah yang turut meningkat. Menurut Freights Baltic Index Global Container Freight Index, kos pengangkutan bagi kontena global telah meningkat secara mendadak dari bulan Juli 2019 yang berjumlah US$1,342 bagi kontena berukuran 40 kaki padu kepada US$9,806 pada bulan Januari 2022. Iaitu sekurang-kurangnya 6 kali ganda kenaikan. Ini ditambah lagi dengan kesesakan di pelabuhan-pelabuhan utama dunia yang menyebabkan kelambatan dalam penghantaran barangan.

Kadar inflasi tinggi yang dialami di seluruh dunia ini adalah satu perkara yang di luar kawalan negara ini. Ia bukan sahaja menjelaskan sektor-sektor perindustrian di seluruh dunia tetapi juga kualiti kehidupan dengan meningkatnya kos kehidupan seharian. Dalam hubungan ini, Kementerian Kewangan dan Ekonomi sentiasa memantau dan meneliti impak inflasi global ini kepada ekonomi negara.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua Dewan dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Izinkan koala mengongsikan kedudukan fiskal kerajaan bagi Tahun Kewangan 2020/2021. Kutipan hasil pendapatan kerajaan adalah menurun sebanyak 57.7% kepada $ 2.05 billion berbanding dengan Tahun Kewangan 2019/2020 ($4.85 billion). Manakala, perbelanjaan sebenar kerajaan adalah menurun sebanyak 9.9% kepada $5.29 billion berbanding Tahun Kewangan 2019/2020 ($5.87 billion). Oleh Yang demikian, kerajaan telah merekodkan defisit berjumlah $3.24 billion bagi Tahun Kewangan 2020/2021. Ini merupakan defisit yang tertinggi sejak negara mengalami defisit pada Tahun Kewangan 2014/2015. Ini adalah sebahagian besarnya disebabkan oleh harga minyak dunia yang berada pada paras yang rendah sehingga ada ketaknyaaan berada pada kadar US$20 setong, dan secara purata adalah kadar US$42 setong pada tahun 2020. Dalam masa yang sama, pengeluaran minyak mentah dan LNG domestik juga menurun berikutan penangguhan dan kerja-kerja pemulihan yang tidak dirancang (unscheduled deferments and maintenance) ke atas telaga-telaga minyak.

Seterusnya, kaola ingin mengongsikan fiskal kerajaan yang dikemas kini pada tahun 2021/2022. بِسْمِ اللهِ berikutan dengan kenaikan harga minyak dunia yang mencecah melebihi US$90 setong, unjuran hasil pendapatan kerajaan bagi Tahun Kewangan 2021/2022 adalah ditemas kini kepada $4.15 bilion berbanding $2.05 bilion dalam Tahun Kewangan 2020/2021.

Manakala perbelanjaan kerajaan bagi Tahun Kewangan 2021/2022 diunjurkan meningkat kepada $5.67 bilion berbanding $5.29 bilion dalam Tahun Kewangan 2020/2021. Peningkatan ini sebahagian besarnya disebabkan komitmen kerajaan dari bulan Ogos 2021 berikutan gelombang kedua wabak COVID-19, dan setakat 24 Februari 2022 kerajaan membelanjakan sejumlah $138.5 juta untuk membiayai perkara-perkara yang berikut:

  1. Untuk meningkatkan kapasiti ujian makmal SARS COV-2 kepada 8,000 ujian sehari, Brunei Covid 19 AirLab telah mula beroperasi sejak 19 Ogos 2021.;

  2. Pemberian Elaun Khas kepada barisan hadapan termasuk doktor, jururawat, paramedik, pemandu ambulans, sukarelawan, pembersih, penjaga keselamatan dan semua yang bertugas dengan Kementerian Kesihatan di Pusat Pengasingan Kebangsaan Tutong dan di pusat-pusat kuarantin serta pusat-pusat vaksinasi.;

  3. Pembelian Vaksin termasuk wabak COVID-19 Global Vaccine Access Facility ataupun COVAX.;

  4. Perbelanjaan bagi menambah Pusat Pengasingan Kebangsaan sementara bagi kes-kes kritikal di Bangunan Program Khidmat Bakti Negara (PKBN) di Daerah Temburong, Kampus Mahad Islam Brunei dan Sekolah Menengah Sufri Bolkiah Daerah Tutong, Batalion Ketiga Kem Lumut dan Pusat Tingkatan Enam PTE di Daerah Belait.;

  5. Perbelanjaan untuk melaksanakan Sistem Pengurusan Vaksin dan Fasa Ke-3 Sistem Aplikasi Bruhealth dan untuk menambah kapasiti sistem BruHealth dan pelaksanaan BruHealth Disaster Recovery Site.;

  6. Perbelanjaan untuk membeli makanan (ration) kepada individu yang menjalani pengasingan diri di pusat-pusat pengasingan dan tempat kediaman.; dan

  7. Perbelanjaan untuk membeli Antigen Rapid Test khusus untuk kegunaan kementerian - kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan termasuk sekolah-sekolah dan institusi-institusi pengajian tinggi.

Oleh yang demikian, berasaskan kepada anggaran kutipan hasil dan perbelanjaan hasil yang koala kongsikan sebentar tadi, kerajaan dijangka akan merekodkan defisit belanjawan sebanyak $1.52 bilion dalam Tahun Kewangan 2021/2022 berbanding dengan $3.24 bilion dalam Tahun Kewangan 2020/2021.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Seterusnya, koala sukacita mengongsikan Anggaran Hasil Kerajaan bagi Tahun Kewangan 2022/2023 yang diunjurkan berjumlah $3.17 bilion iaitu $2.25 bilion adalah dari hasil sektor minyak dan gas; $923 juta adalah bukan hasil dari sektor minyak dan gas . Pecahan hasil-hasil tersebut antaranya seperti yang berikut:

  1. Kutipan hasil cukai-cukai yang keseluruhannya berjumlah $314.60 juta.;

  2. Hasil dari yuran caj dan sewa yang keseluruhannya berjumlah $311.36 juta.;

  3. Hasil pulangan pelaburan dan simpanan sebanyak $236.28 juta.; dan

  4. Hasil yang berlebihan dari badan-badan berkanun sebanyak $40.49 juta.

Dari segi perbelanjaan sejumlah $5.7 bilion adalah dicadangkan untuk membiayai perbelanjaan kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan seperti yang berikut:

  1. Sejumlah $2.15 bilion untuk membiayai gaji kakitangan termasuk gaji, elaun-elaun dan pembayaran caruman;

  2. Sejumlah $2.14 bilion adalah untuk membiayai Perbelanjaan Berulang-Ulang;

  3. Sejumlah $350 juta adalah untuk membiayai projek-projek Rancangan Kemajuan Negara; dan

  4. Selebihnya adalah untuk membiayai perbelanjaan di bawah Tajuk Perbelanjaan Yang Diakui.

Oleh itu, berdasarkan Anggaran Hasil dan Perbelanjaan yang koala nyatakan tadi, maka kerajaan akan mengalami defisit belanjawan berjumlah kira-kira $2.53 bilion. Unjuran defisit ini akan dikemas kini dari semasa ke semasa berdasarkan tahap pengeluaran minyak dan gas negara, harga minyak dunia, kadar pertukaran mata wang dolar Amerika Syarikat dan hasil pendapatan dari sektor bukan minyak dan gas.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Koala akan beralih kepada tema belanjawan Negara bagi Tahun Kewangan 2022/2023. Tema yang dipilih ialah "Memperkasa Kesejahteraan Awam Ke Arah Sosioekonomi Yang Lebih Resilien". Tema ini akan memfokuskan kepada empat keutamaan iaitu:

  1. Memelihara Kesejahteraan Awam.;
  2. Menjamin Sekuriti Makanan (Food Security).;
  3. Mendukung dan Membantu Sektor Swasta agar Berdaya Tahan dan Berkebaman.; dan
  4. Meningkatkan Kompetensi Sumber Manusia Ke Arah 'Work and Future Ready'.

Tema ini dirangka bagi memastikan usaha-usaha yang telah dilaksanakan dan dirancang untuk diteruskan dan dilapangkan dalam usaha mengukuhkan lagi kedayatahanan sosioekonomi negara agar ia mampu dan inklusif dengan memanfaatkan competitive advantage yang sedia ada dan teknologi yang inovatif. Ini adalah termasuk meningkatkan produktiviti Pengusaha Mikrokecil dan Sederhana ataupun PMKS dan sekali gus menjan peluang pekerjaan bagi anak-anak tempatan.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua.

Koala akan menghuraikan secara ringkas keutamaan-keutamaan berkenaan satu per satu termasuk perkembangan dan pencapaiannya:

  1. Memelihara Kesejahteraan Awam. Kerajaan akan terus mendukung ke arah pemulihan ekonomi negara yang terkesan daripada pandemik COVID-19. Ini termasuklah memberikan keutamaan terhadap penjagaan kesihatan awam yang menyeluruh dan comprehensif. Ke arah ini, peruntukan-peruntukan adalah disediakan seperti yang berikut:

    1. Sejumlah $124.52 juta untuk mengatani penularan wabak COVID-19 termasuk menambah bekalan vaksin-vaksin COVID-19 menambah bak kapasiti Sistem Aplikasi BruHealth, pembaian peralatan perubatan serta barang guna habis termasuk Antigen Rapid Test, keperluan di pusat-pusat pengasingan dan ujia makmal-makmal COVID-19, meneruskan pemberian Elaun Khas kepada para barisan hadapan dan sebagainya.;

    2. Sejumlah $55 juta untuk membeli ubat-ubatan dan sejumlah $41.5 juta bagi Perbekalan dan Perkhidmatan Perubatan.;

    3. Sejumlah $1.9 juta dengan Harga Rancangan $5.6 juta di bawah RKN-11 seperti projek-projek pembinaan blok baharu Pusat Kesihatan Jubli Perak Sengkurong dan pembinaan bangunan Perkhidmatan Kecemasan Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait.; dan

    4. Sejumlah $30 juta di bawah Perkhidmatan Rampaiam Kementerian Kewangan dan Ekonomi untuk membayar perkhidmatan perubatan rawatan di JPMC, Pusat Kanser Brunei dan Brunei NeuroScience Stroke and Rehabilitation Centre.

    السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ pada menjunjung titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pindaan ke atas Perintah Akta Pencen Umur Tua dan Kurang Upaya (Pindaan) 2021 dan Perintah Orang Kurang Upaya (OKU) 2021 yang memberi kesejahteraan hak asasi dan peluang penyertaan penuh dalam masyarakat bagi golongan yang berkeadaan upaya dan menggunakan perjanjian dan pemudulan golongan OKU termasuk pemberian elaun kepada yang benar-benar layak.

    Bagi menyelaraskan proses pemberian bantuan-bantuan oleh agensi-agensi berkenaan dan memastikan tidak ada ketirisan kepada golongan yang berhak menerima bantuan, kerajaan telah memperluaskan kapasiti Sistem Kebajikan Negara (SKN) bagi membolehkan pemohon-pemohon dari sektor swasta dan individu yang bekerja sendiri (self-employed/freelance) yang telah terkesan oleh pandemik COVID-19 untuk mendapatkan bantuan-bantuan yang diperlukan.

    Untuk meningkatkan keselesaan dan keselamatan kanak-kanak yang memerlukan perlindungan sejumlah $200 ribu dengan Harga Rancangan $1.8 juta di bawah RKN-11 disediakan untuk membina bangunan baharu Unit Perlindungan, Kompleks Rumah Kebajikan di bawah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

    Untuk meningkatkan kesejahteraan dan kebajikan golongan yang kurang berkemampuan, Program Pembinaan Rumah Bantuan bagi golongan daif, fakir dan miskin akan diteruskan melalui Peruntukan Kumpulan Wang Zakat, Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB). Bantuan perumahan di bawah Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPĒM), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

    Untuk memelihara kebajikan rakyat melalui pemilikan rumah (home ownership) peruntukan sejumlah $38.8 juta dengan Harga Rancangan $250 juta di bawah RKN-11 adalah bagi Projek Pembinaan Rumah Kediaman di bawah Rancangan Perumahan Negara di Kampung Lugu dan Kampung Tanah Jambu.

    Untuk meningkatkan kualiti bekalan air di negara ini, peruntukan sejumlah $26.1 juta dengan Harga Rancangan $216.0 juta di bawah RKN-11 khususnya bagi Kementerian Pembangunan melaksanakan kerja-kerja pembinaan, penaiktarafan dan penggantian aset-aset perbekalan air.

    Untuk memastikan perkhidmatan elektrik yang reliable dan berkualiti, sejumlah $44 juta dengan Harga Rancangan $315.7 juta di bawah RKN-11 membiayai kerja-kerja penaitarafan dan penyelenggaraan infrastruktur elektrik.

    Untuk meningkatkan connectivity dan membuka peluang perkembangan aktiviti sosioekonomi sejumlah $20.2 juta dengan Harga Rancangan $169.5 juta disediakan di bawah RKN-11 adalah khusus untuk meneruskan kerja-kerja penambahbaikan, pemeliharaan dan peningkatan rangkaian jalan raya.

    Ke arah usaha untuk menangani impak perubahan iklim sejumlah $15 juta disediakan bagi pengurusan bencana alam seperti kejadian banjir, tanah susur dan sebagainya dan sejumlah $5.5 juta dengan Harga Rancangan $60.3 juta di bawah RKN-11 disediakan untuk melaksanakan beberapa projek mitigasi banjir.

    Untuk memelihara kesejahteraan dan kebajikan penjawat awam, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah memperkenankan bagi kaitkangan dalam perkhidmatan Open Vote dan gaji hari dalam Bahagian IV dan V yang memenuhi syarat untuk diserapkan ke dalam Perkhidmatan Tetap dan akan menerima semua kemudahan-kemudahan di bawah Perkhidmatan Tetap berkenaan. Mulai Tahun Kewangan 2022/2023 peruntukan untuk pekerja Open Vote dan bergaji hari telah disediakan sejumlah $107.63 juta di bawah Gaji Kaitkangan.

    Yang Berhormat Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.

    Kaola menjunjung kasih atas kurnia titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Kelapan Belas Majlis Mesyuarat Negara, pada 24 Februari 2022 iaitu berkaitan dengan Skim Tabung Amanah Pekerja iaitu kajian telah pun selesai dibuat oleh Kementerian Kewangan dan Ekonomi dengan kerjasama Tabung Amanah Pekerja (TAP) dan تداوم للعمل pelaksanaan penuh akan bermula pada tahun 2023. Dalam pada itu, baginda juga menekankan bahawa segala persiapan sebelum pelaksanaan penuh dibuat hendaklah dilaksanakan dengan teratur antaranya pindaan kepada akta, perubahan kepada sistem teknologi maklumat dan teruslah memupuk pembelajaran. Apa yang penting, mereka yang terlibat dalam skim ini nanti akan memahami berkenaan Skim Persaraan yang baharu yang dimasukkan.

    Untuk membantu tenaga-tenaga pengajar dan pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan yang menerima Skim Miftaahun Najaah (SMN) di bawah Kementerian Pendidikan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama semasa melaksanakan inisiatif-inisiatif sesi pengajian dalam talian (online teaching) dan sesi pembelajaran dari rumah (Home-based Learning) kerajaan telah menghulurkan bantuan-bantuan seperti yang berikut:

    1. Dari bulan Oktober dan November 2021, bantuan berbentuk monetary sejumlah $20.00 sebulan bagi setiap tenaga pengajar. Manakala bagi pelajar pula data donation yang dikumpulan oleh syarikat-syarikat telekomunikasi telah digunakan untuk membantu pembelajaran sebanyak 10 gigabyte setiap bulan manakala pihak kerajaan akan membayar top-up jika diperlukan tertakluk kepada tuntutan dari syarikat-syarikat telekomunikasi yang disahkan oleh Kementerian Pendidikan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama.;

    2. Bagi penggal persekolahan tahun 2022, kerajaan telah menyewa peranti dari syarikat-syarikat telekomunikasi untuk digunakan oleh tenaga-tenaga pengajar dan pelajar-pelajar di bawah SPN.; dan

    3. Ke arah itu, sejumlah $8.4 juta di bawah Perkhidmatan Rampaian Kementerian Kewangan dan Ekonomi disediakan untuk membiayai projek pembekalan komputer riba dan Internet Data bagi tenaga pengajar dan penuntut di bawah Kementerian Pendidikan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama khas untuk penuntut-penuntut di bawah Skim SPN.

Yang Berhormat Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.

  1. Menjamin Sekuriti Makanan Atau Food Security. Kerajaan akan terus memastikan bahawa bekalan makanan di negara ini sentiasa terjamin termasuk hasrat untuk mencapai sara diri dan mengurangkan kebergantungan pada import semata-mata. Pada masa yang sama negara juga berdepan dengan cabaran inflasi global yang semakin meningkat iaitu termasuk inflasi bagi makanan.

    Pada masa yang sama, food and agriculture organisation (FAO), Global Food Price Index telah mencatatkan bahawa kadar inflasi makanan global pada bulan Januari 2022 adalah pada kadar 19.5% tahun ke tahun berbanding dengan 3.2% pada tahun 2020. Antara penyebab utama kenaikan harga makanan di dunia ini disebabkan oleh permintaan yang mendadak berikutan krisis di peringkat serantau dan global akibat bekalan yang terjejas di negara-negara pembekal, peningkatan kos logistik dan pengangkutan berlipat ganda, kenaikan kos bahan mentah seperti benih dan baja, penutupan kilang-kilang pengeluaran makanan disebabkan oleh pandemik dan keadaan cuaca ekstrim seperti musim kemarau atau hujan berterusan yang menjejaskan hasil penuaian di negara pembekal dan seterusnya mengurangkan kuantiti import.

    Peningkatan kadar inflasi makanan global yang di luar kawalan negara ini tidak dapat dielakkan dan seterusnya memberi impak bukan sahaja kepada pengguna tetapi juga kepada pengusaha negara ini.

    Justeru, dengan mengambil kira kadar import makanan negara yang tinggi iaitu sebanyak 74% kadar inflasi yang tinggi dari pembekal-pembekal luar negara (imported inflation) telah menyumbang kepada kenaikan harga barang di negara ini. Kadar inflasi makanan di negara ini bagi tahun 2021 adalah sebanyak 2.4%. Oleh yang demikian, mustahak bagi negara ini untuk terus memastikan bekalan makanan yang mencukupi dengan meningkatkan hasil keluaran makanan dalam negara ke arah meningkatkan kadar sara diri (self sufficiency) dan mengurangkan kebergantungan pada import.

    Oleh itu bagi memastikan bekalan makanan negara sentiasa terjamin termasuk untuk mencapai self sufficiency beberapa usaha telah dan sedang dilaksanakan dalam meningkatkan pengeluaran dari sektor pertanian, perikanan dan ternakan. Syarikat PaddyCo Sdn. Bhd. dengan projek penanaman padi Kandol telah berjaya mengembangkan keluasan ladang padi dari 8.23 hektar pada tahun 2019 kepada 48 hektar pada bulan November 2021 dan akan diperluaskan seterusnya sehingga 173 hektar pada penghujung tahun ini.

    Ke arah itu, sejumlah $10 juta dengan Harga Rancangan $46 juta terus disediakan bagi Projek Penanaman Padi Fasa Kedua di Kandol Daerah Belait yang dijangka siap pada tahun 2026 dengan keluasan 500 hektar yang berpotensi untuk menyumbang sebanyak 11% hingga 15% tahap sara diri, اِنْ شَاءَ ٱللّٰهُ.

    Di samping itu, sejumlah $9 juta juga disediakan di bawah Skim Pembelian Semula Padi termasuk bagi pembelian benih-benih padi hybrid bagi kegunaan peladang-peladang.

    Ke arah mendukung usaha untuk meningkatkan produktiviti dan pengeluaran industri akuakultur sejumlah $1.9 juta dengan Harga Rancangan $3.8 juta disediakan di bawah RKN-11 iaitu bagi memajukan dan membuka tapak-tapak industri akuakultur, melaksanakan Program Perkembangan Genetik dan Pembiakan Selektif Ikan bagi Meningkatkan Produktiviti Industri Akuakultur, Industri Ternakan Udang Fasa IV dan Program Meningkatkan Pengeluaran Industri Akuakultur.

    Bagi meningkatkan pengeluaran dan kualiti di sektor perikanan, beberapa syarikat usaha sama telah ditubuhkan antara lainnya seperti yang berikut:-

    1. Syarikat Blue Ocean Tech Sendirian Berhad yang mengendalikan projek penetasan dan pembikakan udang biru rostris di Pusat Perkembangan Induk Serasa.;

    2. Syarikat Jets Sendirian Berhad yang mengendalikan projek ladang peneternakan udang biru rostris di Sungai Paku, Telisai Tutong dan Tapak Ternakan Laut di Tapak Akuakultur Pelumpong.;

    3. Syarikat Lianfeng Investment Sendirian Berhad yang mengendalikan pemprosesan udang biru rostris dan makanan laut di Kompleks Pendaratan Ikan Muara.;

    4. Syarikat Baramundi Asia (B) Sendirian Berhad telah mula beroperasi pada suku kedua tahun 2021 di sebuah tapak peneternakan anak-anak ikan (fingerlings) di aerasi yang menggunakan teknologi Recirculating Aquaculture System di Broodstock Development Centre, Serasa dan sebuah tapak ternakan ikan juveniles laut di Tapak Akuakultur di Pelumpong. سات ini syarikat ini berpotensi untuk menghasilkan ikan barramundi dengan kapasiti tahunan sebanyak 3,000 tan selepas tahun 2026.; dan

    5. Syarikat Golden Corporation Sendirian Berhad telah membuat pengeluaran berjumlah 4,200 tan udang putih spesis vannamei dari penuaian yang dibuat pada tahun 2021. Ini merupakan kenaikan sebanyak 150% dari tahun 2020. Setakat ini sejumlah 156 kontena udang putih telah dibekalkan bagi pasaran eksport.

    Untuk mendukung peningkatan keluaran sayur-sayuran dengan menggunakan teknologi, teknik moden dan untuk membantu meningkatkan produktiviti sejumlah $5 juta dengan Harga Rancangan $30 juta telah disediakan.

    Manakala di bawah Sektor Ternakan sejumlah $3 juta dengan Harga Rancangan sejumlah $26 juta di bawah RKN–11 disediakan untuk membayai Rancangan Pembangunan Industri Ternakan bagi Menjana Pengeluaran.

    Berikutan daripada impak pandemik COVID-19, Syarikat PDS Abattoir Sendirian Berhad telah bekerjasama dengan Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan dalam memastikan jaminan makanan (food security) khususnya bekalan daging di negara ini mencukupi dan stabil mengikut permintaan pasaran tempatan. Sepanjang tahun 2021, Syarikat PDS Abattoir Sdn. Bhd. telah membantu sebanyak 13,885 ekor lembu dan 5,681 ekor kambing yang sedia untuk disembelih bagi menampung kekurangan bekalan daging di negara ini.

    Ke arah memastikan keselamatan dan kualiti makanan di negara ini, Autoriti Makanan Brunei Darussalam atau Brunei Darussalam Food Authority (BDFA) telah ditubuhkan pada 1 haribulan Januari 2021 sebagai competent authority yang bertujuan mendukung fungsi dan peranan BDFA seperti Perintah Daging Segar (2011) (Pindaan) 2020 dan Peraturan Kesihatan Awam (Makanan) Penggal 182 (Pindaan) 2020 dan beberapa perundangan dan peraturan baharu juga sedang diubah untuk mengukuhkan lagi isu keselamatan dan kualiti makanan di negara ini. Di peringkat operasi, BDFA menjalankan aktiviti rutin untuk memastikan makanan yang diimport ke Negara Brunei Darussalam memenuhi keperluan keselamatan makanan, antaranya seperti ujian mikrobiologi dan kimia bagi konsainan daging yang diimport sebelum diberikan kebenaran untuk dijual serta pengesahan keselamatan bagi makanan proses yang diimport. BDFA juga membantu memudah cara berkembangan industri makanan tempatan ke arah memenuhi keperluan pasaran eksport melalui pemeriksaan premis pemprosesan dan pengeluaran pensijilan yang diperlukan seperti Sijil Kesihatan Eksport, Sijil Penjualan Bebas bagi barangan makanan berproses serta Pensijilan Kebas Dari Lemak Haiwan mulai pada 1 Oktober 2021.

    Bagi menangani isu inflasi makanan di negara ini, Jabatan Perancangan Ekonomi dan Statistik atau JPES sedang giat melaksanakan pemantauan dan pengkuatkuasaan harga barangan tertentu. Beberapa pindaan juga telah dibuat ke atas Price Control Act (Amendment) Order

    2021 Penggal 142, Price Control (Maximum Prices and Charges) (Amendment) Order, 2021 dan Price Control (Minimum Price and Charges) (Repeal) Order, 2021. Pindaan ini antara lainnya, bertujuan untuk membolehkan maklumat-maklumat relevan diperolehi daripada pihak pengaja bagi kerja pemanutuan harga barangan asasi tertentu sebagai kegunaan input dasar dan pengkuatasaan kawalan harga. Selain dari pengawalan harga secara berterusan bagi beberapa jenis makanan, JPES juga setiap minggu memuat naik harga pasaran bagi lebih 100 produk makanan dan bukan makanan diaplikasii Pengguna Bijak bagi membekalkan orang ramai membuat perbandingan harga.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat

  1. Mendukung dan Membantu Sektor Swasta Agar Berdaya Tahan dan Berkebambang. Berikutan dari tercetusnya gelombang kedua wabak COVID-19, kerajaan akan terus memberi sokongan dan perhatian yang sewajarnya kepada premis-premis perniagaan dan pekerja-pekerja sektor swasta yang terkesan dengan langkah-langkah yang telah dilaksanakan adalah seperti yang berikut:

    1. Penangguhan pembayaran (atau deferment) ke atas caruman TAP dan SCP bagi pekerja-pekerja tempatan yang berpendapatan $1,500 sebulan dan ke bawah

    2. Pemberian subsidi pembayaran gaji sebanyak 25% kepada pekerja tempatan di bawah Perusahaan Mikrokredit dan Sederhana (PMKS) yang mempunyai pekerja yang tidak melebihi daripada 100 orang mulai 1 Ogos hingga 31 Disember 2021.;

    3. Pembiayaan caruman SCP kepada golongan yang bekerja sendiri mulai Ogos 2021 hingga Disember 2021 bagi membantu mereka yang bekerja sendiri yang terkesan dari wabak ini serta memastikan mereka akan mempunyai perlindungan Survivorsip Fund yang berterusan.;

    4. Bantuan berupa kewangan bermula 1 September 2021 bagi tempoh tiga bulan telah diberikan kepada tiga golongan pekerja di sektor swasta yang terkesan disebabkan oleh wabak COVID-19 iaitu mereka yang kehilangan pekerjaan, mereka yang dicutikan tanpa gaji melebihi tujuh hari dan mereka yang bekerja sendiri (self employed atau freelance).;

    5. Memberikan diskaun sekurang-kurangnya 30% ke atas kadar sewa bangunan kerajaan kepada PMKS mengikut perusahaan yang terjejas. Ini untuk membantu mengurangkan kos operasi kepada pengusaha-pengusaha yang dimaksudkan.;

    6. Memberikan tax discount sebanyak 50% ke atas cukai pendapatan korporat bagi tahun taksiran 2022 kepada sektor yang terjejas.;

    7. Memberikan 20% diskaun untuk bil-bil air dan elektrik ke atas syarikat yang terjejas.;

    8. Pengecualian sementara duty custom dan duty excise bagi produk Personal Hygiene sehingga 31 haribulan Disember 2021.;

    9. Pemberian pengurangan Cukai Bangunan semasa dan tahunan maksimum sebanyak 50% bagi tempoh 5 bulan bermula 1 Ogos 2021 hingga 31 Disember 2021 kepada pemilik bangunan yang mengurangkan sewa bulanan kepada penyewa, di bawah kawalan Lembaga Bandaran Bandar Seri Begawan, Lembaga Bandaran Kuala Belait dan Seria dan Lembaga Bandaran Tutong.

    Untuk membantu mengembangkan Perusahaan Mikrokredit dan Sederhana (PMKS) beberapa inisiatif telah dilaksanakan seperti yang berikut:

    1. Program Industry Business Academy, Accelerate dan Micro Bootcamp yang dianjurkan oleh Darussalam Enterprise akan diteruskan dengan memberikan latihan keusahawanan kepada lebih أ لْح م ْ دُ لِل ِ ه ِ .ribu peserta 10 َّprogram ini telah berjaya menjana sekitar 241 st artups dan 956 pekerjaan berbanding 609 kerja kosong pada tahun 2020. Melalui program tersebut, angel investors tempatan dan serantau juga telah melabur secara kolektif sebanyak 2.2 juta kepada 23 buah s tartups.َّ Seterusnya, Darussalam Enterprise juga membantu sebanyak 31 buah syarikat untuk mendapatkan pensijilan piawaian antarabangsa dan 7 buah syarikat untuk mengeksport produk perkhidmatan masing-masing ke pasaran luar negara.َّ Sebanyak 199 buah syarikat telah menjalani latihan berkaitan Standards. ;

    2. Program Keusahawanan Runcit yang dilancarkan pada 6 April 2021 oleh Syarikat Ghanim International Corporation Sendirian Berhad iaitu sebuah syarikat dalam Darussalam Assets Sendirian Berhad merupakan inisiatif kerajaan untuk mendorong penyertaan tempatan dalam industri runcit dan memberi laluan bagi produk-produk Perusahaan Mikrokecil dan Sederhana (PMKS) mencapai sasaran. Syarikat Ghanim International Corporation Sendirian Berhad juga bertindak sebagai fasilitator untuk mempromosikan usahawan muda tempatan sebagai pengurus dalam menjalankan franchis e ‘The Junction’. Program tersebut beroperasi di kawasan Perumahan Armada Tungku Estate di bangunan BIBD Connect Kampung Perpindahan Lambak Kanan dan di Dewan Kemasyarakatan Mukim Mentiri dan setakat ini, seramai 3 usahawan muda tempatan telah layak mengikuti program tersebut.;

    3. Menyentuh mengenai Program I-Usahawan yang telah diperkenalkan pada 1 Ogos 2018 lalu sebanyak 39 kontrak dalam sektor tenaga telah dikelola pasti, iaitu 22 kontrak daripadanya telah pun diusaherangkan kepada 34 pengusaha-pengusaha kecil belia dengan anggaran nilai kontrak berjumlah $30 juta. Pengusaha-pengusaha belia berkenaan juga telah berjaya menjana 317 peluang pekerjaan kepada anak-anak tempatan.; dan

    4. Souq Al Qudwah adalah inisiatif Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) dengan kerjasama Kementerian Hal Ehwal Ugama untuk mengembangkan kemahiran keusahawanan mualaf dan asraf yang berdaftar di bawah Pusat Da'wah Islamiah. Program ini bertujuan mewujudkan kesedaran, mempromosikan produk, menjana pendapatan agar dapat berdirikan dan bebas daripada segi kewangan untuk memberhentikan kitiran kemiskinan dan mengurangkan pergantungan pada bantuan zakat. Ekspo ini telah disertai oleh 23 buah vendor dan melibatkan penyerataan kira-kira seramai 100 orang.

    Ke arah menggalakkan pertubuhan sektor swasta atau industri-industri untuk menyumbang kepada kepelbagaian ekonomi, beberapa peruntukan telah disediakan antaranya:

    1. Sektor Kema juan Perusahaan dan Perindustrian Negara, sejumlah $3.8 juta dengan Harga Rancangan 20 Juta disediakan di bawah RKN ke-11 bagi Projek Pembinaan Jejambat di Persimpangan Lebuh raya Muara-Tutong dan penempatan Tapak Industri Tanjong Kajar.;

    2. Ke arah meningkatkan pembangunan sektor swasta sejumlah $1 juta dengan Harga Rancangan $5.4 juta di bawah rancangan RKN ke-11 disediakan untuk menambah baik dan menaik taraf utiliti asas di kawasan tapak-tapak perindustrian dan komersial.

    Darussalam Enterprises juga memainkan peranan dalam memperkembangkan PMKS di samping membantu menyediakan infrastruktur asas di tapak-tapak industri di bawah pihak berkenaan. Ke arah itu, pihak Darussalam Enterprise telah memperuntukkan sebanyak $23 juta bagi projek penambahbaikkan dan menaik taraf infrastruktur-infrastruktur di tapak-tapak industri yang dikenal pasti dan dijangka bermula pada Mac 2022 untuk tempoh dua tahun.

    Sepertimana yang kita sedia maklum, pandemik COVID-19 telah mempercepatkan proses transformasi digital dengan menekankan kepentingan kepada industri-industri termasuk masyarakat untuk dilengkapi dengan kemahiran dan pengetahuan yang sesuai dengan peralihan dalam era ekonomi digital. Oleh itu, antara usaha-usaha untuk mendukung keutamaan ini termasuklah:

    1. Pelancaran Sistem Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Perdana Menteri telah diintegrasikan dengan Sistem e-Payroll kerjasama di Kementerian Kewangan dan Ekonomi.;

    2. Pelaksanaan Sistem Exit dan Entry System (EES), Jabatan Kastam dan Eksais Diraja telah berjaya mengutip sebanyak $945,000.00 bermula Oktober 2020 hingga Januari 2022.;

    3. One Common Billing System (OCBS) Jabatan Perbendaharaan yang mula digunakan pada bulan Januari 2020 dan telah dilaratkan penggunaannya di beberapa jabatan kerajaan. Pengunaan OCBS juga telah dilaratkan secara partial bagi Jabatan Kehakiman Negara, Bahagian Harta Intelktual Brunei Darussalam (BruIPO) di bawah Pejabat Peguam Negara dan Kementerian Kesihatan bagi pembayaran wabak COVID-19 swab test dan caj klinik melalui aplikasi BruHealth dan jabatan berkenaan hanya menggunakan kaedah pembayaran atas talian melalui kad kredit atau debit.;

    4. Projek Sistem e-Census, Jabatan Perancangan Ekonomi dan Statistik telah mendukung pengendalian Banci Penduduk dan Perumahan (BPP) 2021 secara atas talian dan hasil Laporan Kiran Awal Jumlah Penduduk Negara Brunei Darussalam juga telah digunakan oleh agensi kerajaan seperti Kementerian Kesihatan bagi Program Vaksinasi Kebangsaan dalam mengawal penularan wabak COVID-19.; dan

    5. Coding.bn di bawah inisiatif Authority for Infocommunications Technology Industry (AITI) yang disokong oleh Manpower Industry Steering Committee Working Group untuk sektor ICT untuk melatih calon belia tempatan dalam program coding mengikut piawaian industri global.

    Ke arah mendukung keutamaan di bawah Digital Economy Master Plan 2025, pihak UNN telah memperlulaskan Program Rangkaian Single Radio Access Network (5-RAVN) dengan pelaksanaan sebanyak 80% liputan seluruh negara ini. Ini bermakna infrastruktur rangkaian adalah "5G ready" dan bersedia untuk pelaksanaan 5G pada masa hadapan nanti.

    Negara Brunei Darussalam juga telah memperbaiki kelajuan rangkaian mobile dan mencapai kedudukan pertama antara negara ASEAN dan kedudukan ke-17 di seluruh dunia berdasarkan Speed Test Global Index. Di samping itu, berikutan pertubuhan pusat Defense Cyber pada bulan Ogos 2020, الأمم المتحدة UNN juga telah berjaya melancarkan perkhidmatan Data Center Co-Location bertaraf Tier 3 dan perkhidmatan Cloud Hosting pada akhir tahun 2021 selaras dengan inisiatif digital bagi menyokong Wawasan Brunei 2035.

    Ke arah mendukung matlamat ini, khususnya dalam memantapkan keberkesanan perkhidmatan kerajaan dalam mendukung keperluan sektor swasta untuk mewujudkan persekitaran peniaga yang lebih kondusif dan berkesan, beberapa peruntukan telah disediakan antaranya:

    1. Sejumlah $13.2 juta dengan Harga Rancangan $75.9 juta di bawah sektor Teknologi Maklumat dan Infokomunikasi di bawah RKN-11 akan terus disediakan antaranya termasuk Projek Sistem Pensijilan Halal, platform perkhidmatan perniagaan nasional dan cukai bangunan elektronik,; dan

    2. Sejumlah $87.4 juta bagi Peruntukan Teknologi Maklumat di bawah Perbelanjaan Berulang-Ulang kementerian-kementerian secara keseluruhan bagi IT Central Procurement dan lesen-lesen software semua kementerian dan jabatan.

    Mengambil kira akan kepentingan untuk mempelbagaikan ekonomi negara, kerajaan juga akan terus menarik lebih banyak Pelaburan Langsung Asing (FDI) di samping menjana spin-off aktiviti perekonomian dari pelbagai aspek termasuk knowledge and technology transfer, peluang perniagaan kepada PMKS dan peluang-peluang pekerjaan kepada anak-anak tempatan. Setakat ini terdapat beberapa buah projek FDI baharu dalam fasa pelaksanaan yang dijangka mula beroperasi antara tahun 2022 hingga tahun 2026.

    Kerajaan juga akan terus mendukung usaha-usaha dalam meningkatkan kerjasama ekonomi dengan rakan-rakan perdagangan antarabangsa dengan tujuan meningkatkan peluang akses pasaran dan membuka lebih banyak rangkaian pasaran eksport bagi membantu perniagaan tempatan mengeskport ke pasaran luar negara. Antara usaha yang telah dilaksanakan melalui penandatanganan perjanjian yang dimeterai termasuk:

    1. Meratifikasi Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau atau Regional Comprehensive Economic Partnership (RCEP) iaitu Free Trade Agreement yang terbesar di dunia yang berkuat kuasa mulai 1 Januari 2022. Ia dihasrat untuk dimanfaatkan dengan memperluskan dan mengertakan hubungan ekonomi antara rakan-rakan Regional Comprehensive Economic Partnership (RCEP). Di samping memberi peluang baharu untuk pengusaha-pengusaha dan peniaga negara Brunei Darussalam terutamanya dari segi akses pasaran dan peluang-peluang pelaburan. Bagi meningkatkan kefahaman mengenai peluang-peluang dan kaedah yang boleh diarah dan juga kapasiti-kapasiti syarikat-syarikat tempatan dalam penggunaan perjanjian Regional Comprehensive Economic Partnership (RCEP) ini, Kementerian Kewangan dan Ekonomi, - - akan mengadakan sesi-sesi pemberigaan dengan pihak swasta dalam masa yang terdekat ini,;

    2. Perjanjian Pengelakan Cukai Dua Kali dan Pencegahan Pelarian Fiskal berkenaan dengan cukai-cukai ke atas pendapatan iaitu Agreement For The Avoidance Of Double Taxation And The Prevention of Fiscal Evasion With Respect To Taxes On Income bermesra Publik Filipina. Melalui perjanjian ini, kedua - dua negara akan dapat meningkatkan lagi kerjasama ekonomi, pelaburan dan perdagangan termasuk memudahkan pertukaran maklumat bagi isu-isu percukaian.;

    3. Dalam pada itu, koala menyeru agar perusahaan-perusahaan tempatan dapat merebut peluang-peluang perniagaan dan pelaburan dengan terbukanya akses pasaran yang lebih besar ini melalui penandatanganan perjanjian-perjanjian ini.

    Seterusnya tumpuan juga akan terus diberikan dalam meningkatkan keupayaan perkhidmatan logistik dan pengangkutan bagi mendukung rantai bekalan barangan penting dan kritikal dapat diterima oleh pengguna dalam tempoh masa yang diperlukan dan dalam keadaan yang sempurna. Antara inisiatif yang telah dilaksanakan bagi mendukung usaha-usaha di bawah keutamaan ini termasuklah:

    1. Penandatanganan antara Brunei International Air Cargo Centre Sdn. Bhd. (BIACC) bersama pihak berkuasa Maritim dan Pelabuhan Brunei Darussalam (MPABD) bagi Perjanjian Penyewaan, Pengurusan Operasi dan Penyelenggaraan Depot Kontena Darat (ICD) di Sungai Tujuh dan Kuala Lurah. Melalui penandatanganan tersebut, pelbagai perkhidmatan dan kemudahan pengendalian akan ditawarkan, yang akan memberi faedah kepada pengendali dalam logistik juga rantaiangan pengangkutan kedua-dua belah sempadan.; dan

    2. Projek pembangunan Pelabuhan Muara yang matlamatnya untuk menambah kapasiti terminal kontena yang sedia ada daripada 220 ribu TEUs setahun kepada 500 ribu TEUs/setahun menjelang tahun 2025. Kerja-kerja pembinaan, بِسْمِ اللَّهِ akan bermula pada suku tahun pertama tahun 2023. Projek ini adalah inisiatif dan komitmen pihak Muara Port Company Sendirian Berhad (MPC) untuk menjadikan Pelabuhan Muara sebagai Hub Antarabangsa yang bertaraf dunia bagi memudahkan pertumbuhan industri pembuatan dan logistik di negara ini.

    Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.

  2. Meningkatkan Kompetensi Sumber Manusia Ke Arah Work and Future Ready. Tumpuan adalah diberikan untuk memastikan sistem pendidikan negara adalah sentiasa relevan agar generasi sekarang dan akan datang akan terus memiliki kemahiran tinggi, fleksibel, inovatif, future ready, creative dan boleh disesuaikan (adaptable) sejajar dengan kepesatan kemajuan pelbagai bidang dalam pasaran pekerjaan tempatan khususnya dalam era Revolusi Industri Ke-4.

    Sebagai usaha kerajaan untuk meningkatkan lagi pertubuhan ekonomi negara, melalui perkembangan PMKS tempatan dan menarik lebih banyak FDI, kerajaan akan terus menyediakan kursus dan juga latihan melalui pelbagai agensi seperti Darussalam Enterprise, Manpower Planning and Employment Council dan Kementerian Pendidikan, termasuk latihan sambil bekerja seperti program i-Ready bagi pekerja-pekerja tempatan untuk meningkatkan kapasiti diri dan memanfaatkan peluang-peluang pekerjaan baharu.

    Selain itu, Manpower Planning and Employment Council (MPEC) melalui sekretariat MPEC telah melaksanakan kajian berkenaan dengan manpower forecasting untuk memastikan program-program dan kursus-kursus yang dijalankan dan disediakan selaras dengan keperluan industri khusus bagi syarikat Pelaburan Langsung Asing.

    Pada masa yang sama Manpower Industry Steering Committee (MISC) juga telah ditubuhkan sebagai satu platform untuk mendukung visi MPEC dalam penyejajaran perancangan tenaga manusia dengan kebolehpasaran anak tempatan untuk mendapatkan pekerjaan yang sustainable dan gainful. MISC akan menyelaras antara industri, institusi pendidikan dan institusi latihan ke arah memenuhi permintaan industri serta memastikan bekalan sumber manusia yang mencukupi pada waktu yang tepat.

    Lima sektor yang sedang diteliti oleh MISC pada masa ini ialah sektor Energy, Construction, Hospitality dan Tourism, ICT dan Transportation and Logistics. MISC bersama Sekretariat MPEC telah mengumpulkan dan meneliti peluang pekerjaan (critical occupation) termasuk jenis dan jumlah pekerjaan yang sedia ada dan unjuran tenaga kerja 5 tahun ke hadapan dalam sektor masing-masing. Critical occupation merupakan jenis-jenis jawatan yang banyak diperlukan oleh pihak industri dan ia juga dikenal pasti sebagai jawatan-jawatan yang sesuai boleh diisikan oleh anak-anak tempatan. Di samping itu, competency standards ataupun framework serta kurikulum latihan bagi critical occupation yang telah dikenal pasti di sektor berkenaan akan dibentuk berdasarkan keperluan dan kehendak dari industri serta menghasilkan beberapa program kemahiran baharu untuk dilaksanakan. Antara program yang telah dilaksanakan adalah seperti Program Dual Technical and Vocational Education and Training (TVET) dan Architect Mechanical and Electrical Civil and Structural (ARMECS) Bridging Programme untuk memberikan latihan kemahiran selaras dengan keperluan industri sektor pembinaan.

    Selain itu juga, kerjasama yang berterusan dengan pihak Kementerian Pendidikan akan terus dijalankan. Ini adalah untuk memastikan pendidikan serta latihan kemahiran akan dapat dikemasinikan dan disediakan sama ada oleh pihak institusi pengajian kerajaan mahupun institusi pengajian swasta.

    Berkenaan dengan maklumat unjuran tenaga kerja serta kompetensi yang diperlukan, pihak Sekretariat MPEC akan juga terus bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan untuk membolehkan penyediaan dan pengemaskinian kurikulum yang bersesuaian dalam memastikan latihan yang dijalankan membolehkan anak-anak tempatan mengikisn jawatan-jawatan yang telah dikenal pasti melalui unjuran berkenaan.

    Sebagai tambahan bagi upskilling dan reskilling programme seperti SkillsPlus, ia diharap akan dapat membantu anak tempatan dalam sedikit sebanyak mengurangkan jurang yang diperlukan dalam melaksanakan sesebuah pekerjaan.

    Sukacita koala mengongiskan beberapa inisiatif yang sedang dilaksanakan bagi mendukung usaha-usaha tersebut seperti yang berikut:

    1. Pertubuhan Fakulti Pertanian di Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), dengan peruntukan sejumlah $9 juta akan disediakan di bawah Perkhidmatan Rampaian untuk membiayai penambahbaikan dan penaiktarafan bangunan kampus UNISSA di Kampung Sinaut, Daerah Tutong,;

    2. Program Agroteknologi yang di tawarkan oleh Universiti Teknologi Brunei (UTB) adalah untuk menyediakan pengetahuan yang diperlukan dalam bidang agrobisnes dan dan teknologi tradisional serta pertanian moden.; dan

    3. تقدير beberapa pencapaian signifikan telah dicapai oleh institusi-institusi pengajian tinggi antaranya:

      1. UTB dianugerahkan 5-plus star bagi kecemerlangan oleh QS;

      2. UBD berada di kedudukan ke-69 dari Asia mengikut kedudukan universiti QS Asia 2022 dan ke-250 pada kedudukan universiti dunia QS 2022,; dan

      3. UNISSA dianugerahi Global Islamic Finance Awards (GIFA) untuk kali ketiga berturut-turut.

    Untuk meningkatkan peluang graduan-graduan mendapatkan pekerjaan sejurus selepas menamatkan pengajian, beberapa inisiatif telah dilaksanakan seperti:

    1. Penandatanganan perjanjian persefahaman antara Unified National Networks Sdn. Bhd. (UNN) dan Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) bagi Program Perantisn UNN. Sejak tahun 2020, UNW telah mengambil seramai 25 orang pelajar daripada IBTE dan Politeknik Brunei untuk menjalani program perantisan. أَعَنِيَ الْمُتَخِرِّجُونَ, kesemua mereka telah menamatkan program perantisan pada tahun 2021. Kohort baru akan bermula, أَعَنِيَ الْمُتَخِرِّجُونَ pada tahun 2023 selama setahun.; dan

    2. Syarikat Hengyi Industries Sdn. Bhd. juga telah menawarkan skim-skim biasiswa dan latihan-latihan dalam perkhidmatan bagi kakitangan tempatan, antaranya, seperti yang berikut:

      1. Seramai 138 orang penuntut dari UBD telah dianugerahkan biasiswa iaitu peningkatan sebanyak 35 orang penuntut dalam bidang Kejuruteraan Proses dan Kimia bersama UBD dan Universiti Zhejiang, yang program ini juga merangkumi latihan industri di kilang petrokimia Zhejiang Hengyi Petrochemical Company Limited di Republik Rakyat China selama 6 bulan.;

      2. Seramai 241 orang penuntut dari Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) telah dianugerahi biasiswa dalam bidang Kejuruteraan Kimia dengan kerjasama Lanzhou Petrochemical Polytechnic College (LPP), Republik Rakyat China.;

      3. Seramai 242 orang penuntut dari Politeknik Brunei sedang mengikuti Level 5 Diploma di Lanzhou Petrochemical Polytechnic College (LPP), Republik Rakyat China, seperti Laboratory Technology, Chemical Engineering, Chemical Equipment Technology, Power Plant and Power System, Storage and Transportation Technology, Thermal Power Plant Technology dan Water Treatment Technology. Penuntut-penuntut ini nanti akan ditawarkan pekerjaan dengan Syarikat Hengyi Industries Sdn. Bhd. sebaik sahaja berjaya menamatkan pengajian mereka. Setakat ini, seramai 111 orang graduan dari UBD dan IBTE telah mula bertugas dengan Syarikat Hengyi Syarikat Hengyi Industries Sdn. Bhd. Di samping itu, seramai 551 orang anak tempatan juga pada masa ini berkhidmat di Syarikat Hengyi Industries Sdn. Bhd. dalam pelbagai peringkat jawatan.

    Seterusnya, inisiatif-inisiatif lain yang dilaksanakan adalah seperti yang berikut:

    1. Program Study in Professional Institution (SPIN) in Accountancy di bawah MPEC adalah hasil kerjasama dengan Kementerian Kewangan dan Ekonomi dan Brunei Darussalam Institute of Chartered Public Accountants (BICPA) yang ber­tujuan mengem­bang­kan dan meningkat­kan kumpulan profesional yang khusus dalam sektor berk­enaa­n. Pada masa ini, seramai 104 peserta telah dianugerahkan pembayaran di bawah program ini yang akan dibimbing oleh seramai 25 mentor profesional; dan

    2. Program Biasiswa Anak Yatim yang diungkayahkan bersama oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Program BIBD ALAF akan bermula pada tahun persekolahan 2022. Program tersebut dihasratkan untuk menyokong inisiatif pendidikan sebagai satu cara utama untuk memastikan ket­eram­bi­lan kemiskinan.

    Oleh itu, untuk mempertingkatkan lagi usaha ke arah mendukung hasrat di bawah ketu­maan ini, beberapa peruntukan telah disediakan untuk mempersada kualiti dan pencapaian mutu pendidikan negara. Beberapa peruntukan akan terus disediakan seperti berikut:

    1. Peruntukan Biasiswa disediakan sejumlah $40.1 juta secara keseluruhannya di bawah pengerusakan Kementerian Pendidikan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama bagi memberi peluang kepada pelajar-pelajar untuk mengikuti pengajian di institusi-institusi pengajian tinggi teratas di dunia.;

    2. Peruntukan Program Bantuan sejumlah $1.5 juta akan terus disediakan bagi mengendalikan Skim Miftaahun Najaah untuk meringankan beban para ibu bapa dan penjaga yang kurang berkemampuan untuk membeli keperluan persekolahan pelajar.;

    3. Peruntukan Perkhidmatan Pendidikan disediakan sebanyak $47 juta bagi membiayai pengambilan pakar dan tenaga-te­naga pengajar termasuk CFbT bagi meningkatkan tahap pencapaian pelajar-pelajar di seluruh negera.;

    4. Di bawah RKN Ke-11, peruntukan secara keseluruhannya berjumlah $38 juta dengan Harga Rancangan $235 juta akan terus disediakan bagi menyediakan infrastruktur sekolah - sekolah rendah, menengah dan agama serta institusi pengajian tinggi.; dan

    5. Untuk membangun keupayaan dan kapasiti perkhidmatan awam, peruntukan sejumlah $37.5 juta disediakan di bawah peruntukan Peningkatan Kemahiran dan Kapasiti di kementerian-kementerian.

Dalam usaha untuk meningkatkan perkem­bangan modal insan, di samping memastikan kesediaan dan kesiapsiagaan ke arah transformasi digital dan inovasi, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah mengurniakan titah perk­en­aan­an­an itu sempena Hari Kep­utera­an baginda ke-75 tahun pada 15 Julai 2021 bagi penubuhan Majlis Penyelidikan dan Kemajuan Teknologi dan Sains (Council for Research and The Advancement of Technology and Sciences – CREATES) di bawah Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi sebagai platform baharu untuk mempromosikan aktiviti yang berkaitan dengan sains, teknologi dan inovasi sekali gus menyokong keseluruhan aktiviti penyelidikan dan pembangunan di negara ini.

Selaras dengan usaha dalam memajukan kegiatan penyelidikan di negara ini, beberapa peruntukan telah disediakan, antaranya sejumlah $1.9 juta untuk membiayai projek-projek penyelidikan yang akan dilaksanakan oleh institusi-institusi pengajian tinggi di bawah Kementerian Pendidikan. Selain daripada itu, sejumlah $10.7 juta dengan Harga Rancangan $66 juta juga disediakan di bawah Sektor Sains dan Teknologi, Penyelidikan dan Pembangunan dan Inovasi, RKN ke-11.

Di samping peruntukan-peruntukan yang disediakan di atas, kerajaan juga menyediakan peruntukan sejumlah $27.5 juta di bawah Projek Fokus khusus untuk membiayai program atau projek yang menjurus kepada mendukung fokus belanjawan negara dan sejumlah kira-kira $108.7 juta di bawah Projek Rampaian khusus bagi menampung pembiayaan atau pelaksanaan projek-projek yang tidak dijangkakan.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Dalam keadaan ekonomi dunia yang masih dalam proses pemulihan dari wabak COVID-19, kerajaan akan terus melaksanakan inisiatif-inisiatif dan menyediakan perancangan pembangunan negara yang dapat menjana pertumbuhan ekonomi dan menjamin kebajikan, kesejahteraan serta keselamatan rakyat dan penduduk negara ini, sepertimana sebahagiannya yang telah koala bentangkan sebentar tadi.

Dalam hubungan ini, Syarikat-Syarikat Berkaitan Kerajaan atau Government-Linked Companies (GLC’s) juga memainkan peranan penting dalam mendukung fokus belanjawan khususnya dalam memperkuatkan sektor swasta bagi menyumbang kepada perkembangan ekonomi negara. Oleh itu, beberapa inisiatif kerajaan telah dilaksanakan melalui penglibatan Syarikat-Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC’s) dan usaha sama dengan Pelaburan Langsung Asing (FDI). Melalui Darussalam Assets, GLC dipastikan dan dipantau mempunyai kod pelaksanaan tadbir urus korporat ataupun corporate code of governance yang sesuai, memastikan model komersial yang berdaya maju, financial reporting yang tepat dan risk management yang berkesan. Melalui Strategic Development Capital (SDC), usaha sama dengan FDI juga adalah penting kerana FDI bertindak sebagai rakan kongsi teknikal, menyediakan teknologi dan akses pasaran antarabangsa dan serantau bagi produk dan perkhidmatan. Inisiatif ini adalah bertujuan untuk menyediakan negara dengan peningkatan aktiviti ekonomi dan menyediakan perkhidmatan dan infrastruktur kepada negara dan rakyat serta memberikan peluang pekerjaan untuk anak-anak tempatan.

Koala juga menyeru agar sektor awam dan sektor swasta untuk terus berganding bahu dalam meningkatkan lagi usaha-usaha mempelbagaikan aktiviti-aktiviti ekonomi, meningkatkan lagi pelaksanaan projek melalui Public Private Partnership dan meningkatkan lagi usaha untuk menarik lebih banyak Pelaburan Langsung Asing, agar dapat meningkatkan produktiviti negara dan membaikkan lebih banyak peluang pekerjaan bagi anak-anak tempatan. Usaha-usaha ini adalah penting bagi mengurangkan kebergantungan pada kerajaan demi kedayahtahanan fiskal negara agar kemakmuran dan kesejahteraan yang kita nikmati pada masa ini akan berterusan dan dapat dinikmati oleh generasi-generasi yang akan datang.

Yang Berhormat Yang di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Sebelum koala mengakhiri pembentangan ini, marilah kita sama-sama berdoa agar negara kita akan sentiasa maju, aman dan makmur di bawah kepimpinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan dengan izin أَعُوْذُ بِاَللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ juga akan sentiasa menjadi sebuah Negara Zikir dengan penuh keberkatan di bawah perlindungan أَعُوْذُ بِاَللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ.

Koala mencadangkan supaya Rang Undang-Undang yang dibentangkan di hadapan kita ini disokong untuk dijadikan satu "Undang-Undang Perbekalan Negara Yang Dikeluarkan Dari Peruntukan Kumuplan Wang Yang Disatukan bagi maksud-maksud yang tertentu, sepanjang Tahun Kewangan 2022/2023".

Sekian, وَبِاللَّهِ التَّوْفِيْقُ وَالْهِدَايَةُ، وَالسَّلاَمُ وَالسَّلَامَةُ وَخَيْرُ الْعَاقِبَةِ

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II atas pembentangan Rang Undang-Undang dan keyaan yang telah diberikan secara komprehensif dan penuh teratur mengenai perancangan-perancangan dan hala tuju peruntukan kewangan negara bagi Tahun Kewangan 2022/2023. Adakah seorang Ahli Yang Berhormat yang ingin untuk menyokong Rang Undang-Undang (2022) Perbekalan, 2022/2023 yang telah dibentangkan tadi.

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ، مُعَزِّزَاً وَمُكَرِّمَاً بِشَأْنِهِ Saya menyokong sepenuhnya Rang Undang-Undang (2022) Perbekalan, 2022 / 2023 yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II. Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Rang Undang-Undang yang berjudul: "Satu Akta Untuk Memberkalkan Sejumlah Wang Dari Kumpulan Wang Yang Disatukan bagi perkhidmatan Tahun Kewangan 2022/2023, untuk memperuntukkan wang tersebut bagi maksud-maksud tertentu" telah selesai dibentangkan dengan panjang lebar dengan penuh teratur dan komprehensif oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II dan telah pun mendapat sokongan daripada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.

Rang Undang-Undang ini telah dibentangkan dengan cukup jelas dan dengan sebab-sebab serta hal tujuannya sekali oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II. Saya kira tibalah masanya bagi kita memberikan peluang kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat yang suka untuk bertanya atau pun membahaskan Rang Undang-Undang ini.

Walau bagaimanapun, saya ingin mengingatkan bahawa perbahasan ini hendaklah ditumpukan kepada asas dan kelakarannya saja. Biarlah perbincangan, kenyataan-kenyataan itu ringkas dan jelas dan tepat kepada sasarannya.

Yang Berhormat Awang Haji Mohimin bin Haji Johari @ Jahari

بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيمِ الحَمْدُلِلّٰهِ رَبِّ العَالَمِينَ وَبِهِ نَسْتَعِينَ اَللّٰهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Yang Berhormat Yang Di-Pertua, kaola membawakan di bawah Tajuk SA09A – Jabatan Penerangan. Kaola memetik kuria titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena menyambut Hari Kebangsaan Yang Ke-38 Tahun 2022, yang berbunyi:

"...dengan menyambut Hari Kebangsaan kita dapat mengenang dan menghargai nilai keberdakaan dan memerdekakan pengorbanan mereka yang bekerja keras untuk keberdekaan. Seyogia kemerdakaan itu wajar dipelihara oleh sekalian rakyat dan penduduk dengan semangat patriotik yang tinggi, selaku wariisan berharga yang berak dimaktub oleh generasi demi generasi...".

Kaola suka mencadangkan supaya usaha ke arah tahap patriotisme kebangsaan yang lebih proaktif dan komprehensif.

Seterusnya di bawah Tajuk SA10A – Jabatan Perkhidmatan Awam. Seyogia kalau tidak menjadi kesalahan tatacara kenalikan pangkat di sektor awam, dicadangkan Jabatan Perkhidmatan Awam menggalkkan ketua jabatan dan ketua bahagian untuk membuat sokongan kenaikan pangkat kepada pegawai yang sudah berkhidmat 15 tahun yang menunjukkan pencapaian yang baik dan juga menyokong kakitangan dalam Divisyen V kepada Divisyen IV.

Contohnya kakitangan Divisyen V ada yang berkhidmat 20 tahun kerana tidak mempunyai pendidikan cukup tidak dinaikkan ke Divisyen IV, padahal sangat mahir dalam bidang profesi yang dibuatnya. Maka harus juga dilihat kemahiran dan pengalaman di samping semata-mata endidikan.

Terima kasih. Yang Berhormat YangDi-Pertua.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

Yang Berhormat Yang Di-Pertua Saya persilakan Yang Berhormat Awang Iswandy bin Ahmad.

Yang Berhormat Awang Iswandy bin Ahmad

Terima kasih. Yang Berhormat Yang Di-Pertua.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِين Saya menyokong sepenuh-penuhnya Rang Undang-Undang (2022) Perbekalan, 2022/2023 yang disampaikan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II tadi.

Saya cuma ingin menyentuh mengenai satu perkara yang mungkin tidak diberi perhatian khusus iaitu perkembangan sukan. Negara telah terbukti dapat menganjurkan sukan bukan saja peringkat nasional seperti renang, bola jaring, bola keranjang dan bola sepak, malah di peringkat serantau seperti Sukan SEA, Hassanal Bolkiah Trophy dan lain-lain lagi, malah sukan non-konvensional juga turut dianjurkan. Penglibatan sukan ini terbukti dapat membantu untuk mengurangkan kebergantungan kitani pada perbelanjaan kesihatan untuk menangani non communicable diseases dan kesihatan mental contohnya.

Sukan sebagai Program Pembangunan Sosial memerlukan golongan masyarakat yang membantu seperti kanak-kanak di luar kawalan, warga emas dan masyarakat di kawasan peringkat akar umbi. Terakhir sekali sukan dapat menyatupadukan masyarakat kitani sepertimana negara kitani bersatu padu menjayakan Sea Games 1999.

Pada Tahun Kewangan 2021/2022 yang dikongsikan oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan semasa permuza kaharan beberapa hari yang lalu. Kebanyakan peruntukan adalah untuk peniaktarafan serta pemeliharaan infrastruktur sukan di samping gaji para kakitangan.

Pada kesimpulannya saya berpendapat sudah perlunya kitani memberikan fokus perbelanjaan yang bersesuaian untuk membina ekosistem negara yang lebih dan impaknya jelas dapat dilihat secara positif bukan saja dilihat dari segi infrastruktur akan tetapi keperluan untuk meningkatkan program pembangunan atlet dan peringkat di bawah umur 12 tahun ke peringkat senior.

Pembangunan Sekolah Sukan serta sukan di institusi-institusi pendidikan seperti inisiatif satu sukan satu pelajar, biasiswa sukan dan dukungan akademik di peringkat pengajian tinggi juga termasuk industri sukan sebagai kerjaya bagi semua pihak. Penjagaan atlet serta bekas-bekas atlet, pengajuran sukan (sports hosting) dan pelancongan sukan sebagai aktiviti menjana pendapatan negara dan lain-lain lagi perkara yang berikaitan.

Sekian sebagai tambahan nilai kepada perkara yang dibahaskan. Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

Yang Berhormat Fdr. Ar. Dayang Siti Rozaimeriyanty binti Dato Seri Laila Jasa Awang Haji Abdul Rahman dipersilakan.

Yang Berhormat Fdr. Ar. Dayang Siti Rozaimeriyanty binti Dato Seri Laila Jasa Haji Abdul Rahman

بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Saya menyokong juga sepenuhnya Rang Undang-Undang (2022) Perbekalan, 2022/2023 yang disampaikan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II.

Penghargaan yang setinggi-tingginya juga kepada Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang sentiasa memelihara keperluan rakyat terutama sekali kepada negara sedang mengalami kesan yang sangat ketara semasa first wave, second wave dan juga sekarang fasa ketiga.

Kita sedang bergelut dengan cabaran pandemik yang semakin hebat yang ditangani, walaupun negara kita mengalami defisit pihak kerajaan masih bertungkus-lumus memastikan kesejahteraan dan kebajikan rakyat terjaga sehingga kini dengan menyediakan Peruntukan Khas sebanyak $124.52 juta pada tahun ini berbanding pada $20 juta pada tahun lepas.

Tahniah juga kepada Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan atas sumbangan ketara dari sektor-sektor di bawah kawalan kementerian dalam pendekatan PDKK negara pada tahun 2022, iaitu sebanyak 1.4 melalui sektor pertanian, perhutanan dan juga perikanan. Walaupun negara masih berhadapan dengan cabaran ekonomi akibat kesan pandemi pada masa ini, kita masih mampu untuk bertahan dan meningkatkan usaha bagi memastikan KDKN dalam keadaan yang memuaskan.

Mengenai perkembangan Rancangan Kemajuan Negara, بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ seperti yang dikongsikan melalui titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam mengenai peta jalan RKN yang dikongsikan sebelum ini, akan tetapi saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini mengenai Rancangan Kemajuan Negara Ke-11, iaitu pelaksanaannya tidak seperti yang di harapkan, bermula pada tahun 2018 hingga lah 2020 perbelanjaan RKN hanya digunakan sebanyak 29% sahaja. Nampaknya perkembangan RKN-11 sangat perlahan berbanding dengan sasaran yang ingin kita capai pada tahun terakhir RKN-11 nanti. Sepertimana yang telah dikongsikan pada Tahun Kewangan 2021/2022, terdapat 189 projek RKN dan 20 nya sudah pun siap, 13 projek ini ditunda dari RKN-10. Adakah sejumlah nanti projek-projek di RKN Ke-11 ini akan dibawa ke hadapan untuk dilaksanakan bersama Rancangan Kemajuan Negara Ke-12 nanti?

Di samping itu, saya juga mencadangkan supaya mid term review boleh dilakukan ke atas projek-projek Rancangan Kemajuan Negara untuk memantau dan memastikan pada setiap tahun projek-projek RKN akan mencapai sasarannya.

Sekian sahaja dari saya, semoga perkara ini akan dapat diberikan perhatian dengan lebih mendalam lagi dan menjadi salah satu nilai tambah dalam perbincangan kita. Terima Kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Dengan kenyataan-kenyataan yang telah pun dibuat tadi dalam membentangkan Rang Undang-Undang yang berkeneaan nampaknya Ahli-Ahli Yang Berhormat ada yang sudah sedikit out of steam.

Dengan itu saya bercadang ada baiknya kalau kita tangguhkan mesyuarat kita ini dulu dan barangkali kita dapat digest lebih mendalam lagi apa yang telah pun dikemukakan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II. Dengan itu, saya tangguhkan mesyuarat ini dan kita akan balik bermesyuarat lagi عن ما إن شاء الله pada petang ini pukul 2.30 petang.

Sekian, وَراس الفقري، البلدية: مكتب حكومة الشيخ زايد بن سلطان

(Majlis Mesyuarat ditangguhkan)

info

The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.