HARI KE-3 PAGI
๐ Masa membaca: 108 minit
๐ Bilangan kata: 22,067 kata
26HB FEB 2022โ
(Mesyuarat mula bersidang pada pukul 9.30 pagi)
Yang Mulia Timbalan Jurutulisโ
ุจูุณูู ู ุงูููู ุงูุฑููุญูู ูฐูู ุงูุฑููุญูููู ู Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Kelapan Belas Majlis Mesyuarat Negara bersidang bagi hari yang ketiga, Sabtu, 25 Rejab 1443H bersamaan 26 Februari 2022 didahului dengan Doa Selamat.
DOA SELAMATโ
Doa Selamat dibacakan oleh Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Mustapa bin Haji Murat.
Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ
ุจูุณูู ู ุงูููู ุงูุฑููุญูู ูฐูู ุงูุฑููุญูููู ู ุงูุณููููุงู ู ุนูููููููู ู ููุฑูุญูู ูุฉู ุงูููู ููุจูุฑูููุงุชูููุงูููุญูู ูุฏู ูููู kita bersyukur ke hadrat ุงููู ุณูุจูุญูุงูููู ููุชูุนูุงููู kerana dengan limpah rahmat-Nya dan izin-Nya jua kita dapat lagi bersama-sama hadir pada pagi ini bersidang pada hari yang ketiga dalam Majlis Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Kelapan Belas Majlis Mesyuarat Negara. Selawat serta salam ke atas Junjungan Besar kita ุณูุฏูุง ู ุญู ุฏ ุตูู ุงููู ุนููู ูุณูู kaum kerabat, para sahabat serta pengikut-pengikut Baginda yang taat lagi setia hingga ke akhir zaman.
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Pada petang semalam, persidangan telah selesai meluluskan Usul-Usul Yang Diberi Notis dan pada pagi ini kita akan segera berpindah ke perkara-perkara yang seterusnya.
Yang Dimuliakan Jurutulisโ
Perkara VI - Rang Undang-Undang yang akan dicadangkan oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II.
Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Sekarang persidangan berpindah kepada Perkara VI - Rang Undang-Undang. Satu Rang Undang-Undang akan dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II. Saya mempersilakan sekarang Yang Berhormat untuk mengemukakan Rang Undang-Undang berkenaan.
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi IIโ
ุจุณู ุงููู ุงูุฑุญู ู ุงูุฑุญูู ุงูุณููููุงู ู ุนูููููููู ู ููุฑูุญูู ูุฉู ุงูููู ููุจูุฑูููุงุชูููYang Berhormat Yang Di-Pertua. Dengan segala hormatnya kaola memohon izin untuk mengemukakan satu Rang Undang-Undang Yang Bergelar: โSuatu Akta Untuk Membekalkan Sejumlah Wang Dari Kumpulanwang Yang Disatukan Bagi Perkhidmatan Tahun Kewangan 2022/2023 dan untuk memperuntukkan wang tersebut itu bagi maksud-maksud tertentuโ, untuk bacaan kali pertama. Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.
Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II baru sebentar tadi telah mencadangkan bagi Rang Undang-Undang tersebut untuk dibaca bagi kali yang pertama.
Yang Dimuliakan Jurutulisโ
Satu Rang Undang-Undang Yang Bergelar: โSuatu Akta Untuk Membekalkan Sejumlah Wang Dari Kumpulanwang Yang Disatukan Bagi Perkhidmatan Tahun Kewangan 2022/2023 dan untuk memperuntukkan wang yang tersebut itu bagi maksud-maksud tertentuโ.
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi IIโ
ุจูุณูู ู ูฑูููููฐูู ูฑูุฑููุญูู ููฐูู ูฑูุฑููุญููู ู ุงูุณููููุงู ู ุนูููููููู ู ููุฑูุญูู ูุฉู ูฑูููููฐูู ููุจูุฑูููุงุชูููYang Berhormat Yang Di-Pertua. Kaola memohon izin bagi memaklumkan kepada majlis ini untuk mengemukakan cadangan bagi bacaan kali yang kedua dan ketiga bagi Rang Undang-Undang Yang Bergelar โSuatu Akta untuk Membekalkan Sejumlah Wang Dari Kumpulanwang Yang Disatukan Bagi Perkhidmatan Tahun Kewangan 2022/2023 dan untuk memperuntukkan wang yang tersebut itu bagi maksud-maksud tertentuโ, pada persidangan hari ini juga. Sesuai dengan Peraturan Majlis Mesyuarat Negara, Kaola bercadang untuk mengemukakan cadangan Rang Undang-Undang ini untuk dibacakan kali yang kedua dan ketiga pada hari ini juga. Maka Kaola memohon izin kebenaran Yang Berhormat Yang Di-Pertua supaya digantung Peraturan-Peraturan Tetap Majlis Mesyuarat Negara bagi membolehkan membuat cadangan-cadangan sedemikian pada hari ini jua. Permohonan ini semata-mata bagi membolehkan majlis ini memudahkan tugas-tugasnya dengan lebih lancar dan teratur lagi. Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.
Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Setelah mendengar alasan dan keterangan serta sebab yang telah dikemukakan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, maka saya izinkan supaya Peraturan-Peraturan Tetap Majlis Mesyuarat Negara digantungkan bagi membolehkan Rang Undang-Undang yang bergelar: โSuatu Akta Untuk Membekalkan Sejumlah Wang Dari Kumpulanwang Yang Disatukan Bagi Perkhidmatan Tahun Kewangan 2022/2023 untuk memperuntukkan wang yang tersebut itu bagi maksud-maksud tertentuโ untuk dibaca bagi kali yang kedua dan ketiga menurut Syarat 48 (3) Perlembagaan Negara Brunei Darussalam. Silakan Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II.
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi IIโ
Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Kaola ingin mengucapkan terima kasih yang sebanyak-banyaknya atas keizinan Yang Berhormat Yang Di-Pertua untuk kaola membacakan Rang Undang-Undang: โSuatu Akta Untuk Membekalkan Sejumlah Wang Dari Kumpulanwang Yang Disatukan Bagi Perkhidmatan Tahun Kewangan 2022/2023 dan peruntukan wang yang tersebut itu bagi maksud-maksud tertentuโ bagi kali yang kedua.
ุจุณู ุงููู ุงูุฑุญู ู ุงูุฑุญูู ุงูุญู ุฏ ููู ุฑุจ ุงูุนุงูู ููุ ูุงูุตูุงุฉ ูุงูุณูุงู ุนูู ุฃุดุฑู ุงูุฃูุจูุงุก ูุงูู ุฑุณููู ุณูุฏูุง ู ุญู ุฏ ูุนูู ุขูู ูุตุญุจู ุฃุฌู ุนูู. ... ุฑุจ ุงุดุฑุญ ูู ุตุฏุฑูุ ููุณุฑ ูู ุฃู ุฑู. ูุงุญูู ุนูุฏุฉ ู ู ูุณุงูู. ูููููุง ููููYang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Tujuan Rang Undang-Undang ini ialah untuk membenarkan pengeluaran sejumlah $5.7 bilion dari Kumpulan Wang Yang Disatukan bagi Perkhidmatan Tahun Kewangan 2022/2023 dan memperuntukkannya bagi maksud-maksud yang dinyatakan dalam Jadual. Dalam berbuat demikian kaola memohon izin untuk menerangkan secara ringkas mengenai sokongan Anggaran Belanjawan Negara berdasar kepada analisis dan penilaian seperti kemampuan kewangan kerajaan dan keutamaan perbelanjaan kerajaan sebagai asas dalam menyediakan Rang Belanjawan Negara Tahun Kewangan 2022/2023. Ini termasuklah Prospek Ekonomi Global dan Negara Brunei Darussalam.
ุงูุญู ุฏ ููู syukur kita panjatkan ke hadrat ุงููู ุณุจุญุงูู ูุชุนุงูู kerana dengan izin dan limpah rahmat-Nya jua serta berkat kepimpinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muโizzaddin Waddaulah Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam rakyat dan penduduk di negara ini dapat menikmati keamanan dan kesejahteraan di sebalik berbagai-bagai cabaran yang dihadapi pada masa ini.
Dalam kesempatan ini juga, kaola bagi pihak Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ingin merakamkan penghargaan dan ribuan terima kasih khususnya kepada para barisan hadapan, termasuk sukarelawan dan agensi-agensi keselamatan baik di sektor awam mahupun sektor swasta atas khidmat bakti dan pengorbanan yang telah dihulurkan demi memastikan negara dan semua lapisan masyarakat terselamat dan terpelihara dari kesan penularan wabak COVID-19 ini.
Pandemik COVID-19 telah mengubah lanskap sesebuah ekonomi termasuk Negara Brunei Darussalam dan kesannya telah menjejaskan aktiviti-aktiviti sosial dan perekonomian disebabkan oleh sekatan pergerakan yang dilaksanakan sejak gelombang pertama dan kedua dalam usaha untuk membendung penularan wabak berkenaan.
Di samping kesan yang kita hadapi dalam negara, rantaian bekalan global juga turut terkesan disebabkan oleh sekatan pergerakan yang telah menjejaskan pengeluaran negara-negara pembekal, dan permintaan pengguna tidak dapat dipenuhi khususnya sektor-sektor ekonomi yang bergantung pada sumber dari luar negara.
Untuk menangani penularan wabak di negara ini, kerajaan telah mempertingkatkan lagi Program Vaksinasi Kebangsaan yang telah bermula pada 3 April 2021. ุฃูููุญูู ูุฏู ูููููฐูู setakat ini lebih dari 94% rakyat dan penduduk di negara ini telah menerima suntikan, sekali gus membolehkan negara mengisytiharkan tahap endemik pada 15 Disember 2021. Dengan fasa endemik ini, orang ramai dapat menjalani semula aktiviti-aktiviti harian seperti biasa dengan mengamalkan Standard Operating Procedure (SOP) dan Garis Panduan Fasa Awal Endemik yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan. Untuk mencapai program tersebut beberapa tindakan telah diambil seperti yang berikut:
-
Perkhidmatan Klinik Vaksinasi Bergerak, khusus bagi penduduk-penduduk luar bandar dan mereka yang kurang upaya;
-
Program Vaksinasi Remaja iaitu bagi remaja yang berumur 12 hingga 17 tahun yang telah bermula pada 8 November 2021; dan
-
Pemberian dos penggalak (booster dose) kepada orang ramai berusia 18 tahun ke atas dan telah melengkapkan 2 dos vaksinasi.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.
Lanskap ekonomi dunia adalah masih tidak menentu disebabkan oleh penularan COVID-19. Hala tuju pemulihan ekonomi masih tidak dapat dijangkakan walaupun dengan adanya vaksin dan program vaksinasi yang dilaksanakan oleh seluruh negara di dunia. Namun kebimbangan dengan munculnya varian-varian baharu telah menjejaskan pergerakan perjalanan. Sekali gus menjejaskan pemulihan ekonomi bagi sesebuah negara. Ekonomi dunia telah merudum pada awal penularan wabak COVID-19 iaitu pada tahun 2020 akibat dari pelaksanaan "the great lockdown", sebagai langkah pembendungan penularan wabak COVID-19. Pertumbuhan ekonomi dunia telah mencatatkan penurunan sebanyak negatif 3.1%, berikutan penutupan beberapa sektor ekonomi dalam usaha untuk membendung penularan wabak berkenaan dan ini diikuti oleh peningkatan pengangguran yang membawa kesan negatif terutama sekali kepada sektor-sektor penerbangan dan hospitaliti. Pada masa yang sama, negara pengeksport minyak juga berhadapan dengan beberapa cabaran seperti kejatuhan harga minyak global dan kemerosotan permintaan dalam pasaran terhadap bahan api fosil.
Di samping itu, ini telah mendorong komitmen beberapa negara kepada decarbonisation atau green recovery dan perubahan teknologi hijau yang meluas secara beransur-ansur telah menjadikan renewable energies sebagai tenaga pilihan.
Kemunculan Variant Delta pada tahun 2021 telah menjejaskan momentum pemulihan ekonomi global. Walau bagaimanapun, penyesuaian kepada norma baharu dan sokongan stimulus berterusan dalam ekonomi besar telah membolehkan ekonomi global kembali pulih ataupun rebound dan dalam laporan World Economic Outlook (WEO) keluaran bulan Oktober 2021 pihak International Monetary Fund (IMF) telah meramalkan pertumbuhan ekonomi global akan meningkat sebanyak 4.9% bagi tahun 2022.
Walau bagaimanapun, berikutan kemunculan varian baharu Omicron serta gangguan rantaian bekalan global yang berlanjutan, pihak IMF dalam laporan WEO keluaran bulan Januari 2022 telah menurunkan unjuran pertumbuhan ekonomi global bagi tahun 2022 kepada kadar 4.4%. Dalam pada itu, pertumbuhan ekonomi di rantau Asia pula khususnya Emerging and Developing Asia, (China, India & ASEAN-5) bagi tahun 2022 adalah diunjurkan 5.9% dalam laporan WEO IMF keluaran bulan Januari 2022, berbanding 6.3% dalam laporan WEO IMF keluaran bulan Oktober 2021. Pihak IMF juga meramalkan bahawa jumlah perdagangan global (global trade volume) akan berkembang pada kadar 6% pada tahun 2022 berbanding dengan 9.3% pada tahun 2021.
Pihak agensi Energy Information Administration (EIA) melalui laporan bulan Januari 2022 telah meramalkan bahawa harga minyak Brent akan meningkat purata dari US$71 setong pada tahun 2021 kepada US$75 setong pada tahun 2022. Kenaikan harga minyak ini didorong oleh kadar pengeluaran minyak yang tidak dapat memenuhi permintaan dan peningkatan penggunaan petroleum dan bahan api cecair global secara purata sebanyak 3.6 juta tong sehari daripada 96.9 juta tong sehari pada tahun 2021, 100.5 juta tong sehari bagi tahun 2022.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.
Seterusnya, kaola ingin mengongsikan prestasi ekonomi negara. Pada tahun 2020, sektor minyak dan gas negara telah turut terkesan berikutan penurunan permintaan minyak global. Walaupun demikian, ekonomi negara secara keseluruhannya telah merekodkan pertumbuhan positif dalam tahun 2020 iaitu pada kadar 1.1% berikutan pertumbuhan yang kukuh dari sektor bukan minyak dan gas. Pertumbuhan ini disebabkan oleh meningkatnya aktiviti hiliran sektor pengeluaran produk petroleum dan kimia dan sektor perikanan.
Bagi suku ketiga pada tahun 2021 Keluaran Dalam Negara Kasar Negara Brunei Darussalam telah menurun sebanyak 2.2% berbanding suku ketiga tahun 2020. Ini disebabkan penurunan pengeluaran minyak mentah kepada 97.1 ribu tong sehari pada suku ketiga tahun 2021 berbanding dengan 100.6 ribu tong sehari pada suku ketiga tahun 2020 dan pengeluaran gas asli sebanyak 750.9 ribu MMBtu sehari pada suku ketiga tahun 2021 berbanding 834.5 ribu MMBtu sehari pada suku ketiga tahun 2020 yang disebabkan oleh sekatan pergerakan yang sebahagiannya menyebabkan terjejasnya aktiviti-aktiviti penyelenggaraan telaga-telaga minyak termasuk well, reservoir and facilities management.
Walau bagaimanapun, penurunan ini diimbangi oleh perkembangan yang positif dari sektor bukan minyak dan gas sebanyak 1.0 % pada suku ketiga tahun 2021 berbanding suku ketiga tahun 2020. Perkembangan positif ini didorong oleh meningkatnya pengeluaran dari sektor pertanian, perhutanan dan perikanan pada kadar 27.9% disebabkan oleh peningkatan dari subsektor sayur-sayuran, buah-buahan dan lain-lain, hasil pertanian, subsektor perikanan dan subsektor makanan ternakan. Di samping itu, terdapat juga subsektor lain yang turut menyumbang kepada perkembangan yang positif seperti subsektor pengangkutan udara, subsektor kewangan, subsektor perhubungan dan subsektor perkhidmatan kesihatan.
Pihak International Monetary Fund (IMF), ASEAN Plus 3 Macroeconomic Research Office (AMRO) dan Asian Development Bank (ADB) pula telah mengunjurkan pertumbuhan ekonomi yang positif bagi Negara Brunei Darussalam pada tahun 2022 masing-masing pada kadar 2.6 %, 3.5% dan 3.3%. ุงูููุญูู ูุฏู ูููููฐูู, ini adalah dengan mengambil kira usaha-usaha pemulihan dan pengukuhan ekonomi yang dilaksanakan khususnya pengeluaran produk industri pengeluaran hiliran minyak dan gas serta aktiviti-aktiviti berkaitan dari Syarikat Hengyi Industries Sdn. Bhd. dan kilang Syarikat Brunei Fertilizer Industries Sdn. Bhd. (BFI).
Namun demikian, perkembangan positif ini berkemungkinan dilembabkan oleh situasi inflasi global yang semakin meningkat berpunca daripada rantaian barangan global (global supply chain) yang telah terjejas akibat COVID-19. Kadar inflasi negara pada tahun 2020 adalah 1.9 % dan pada kadar 1.7% setakat bulan November tahun 2021. Situasi ini amat berbeza sebelum pandemik COVID-19 melanda dunia, iaitu kadar inflasi negara ini adalah pada tahap minimum.
Kadar inflasi global yang meningkat telah menjejaskan bukan sahaja pengguna negara ini, tetapi jua syarikat pengeluar, memandangkan negara amat bergantung pada produk-produk import termasuk barangan pengguna (consumer goods) dan barangan perantaraan (intermediate goods) yang digunakan sebagai input kepada pengeluaran produk tempatan. Penyebab utama kadar inflasi global adalah kos logistik dan pengangkutan yang melonjak naik, dan kos bahan mentah yang turut meningkat. Menurut Freightos Baltic Index Global Container Freight Index, kos pengangkutan bagi kontena global telah meningkat secara mendadak dari bulan Julai 2019 yang berjumlah US$1,342 bagi kontena berukuran 40 kaki padu kepada US$9,806 pada bulan Januari 2022. Iaitu sekurang-kurangnya 6 kali ganda kenaikan. Ini ditambah lagi dengan kesesakan di pelabuhan-pelabuhan utama dunia yang menyebabkan kelambatan dalam penghantaran barangan.
Kadar inflasi tinggi yang dialami di seluruh dunia ini adalah satu perkara yang di luar kawalan negara ini. Ia bukan sahaja menjejaskan sektor-sektor perindustrian di seluruh dunia tetapi juga kualiti kehidupan dengan meningkatnya kos kehidupan seharian. Dalam hubungan ini, Kementerian Kewangan dan Ekonomi sentiasa memantau dan meneliti impak inflasi global ini kepada ekonomi negara.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua Dewan dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.
Izinkan kaola mengongsikan kedudukan fiskal kerajaan bagi Tahun Kewangan 2020/2021. Kutipan hasil pendapatan kerajaan adalah menurun sebanyak 57.7% kepada $2.05 bilion berbanding dengan Tahun Kewangan 2019/2020 ($4.85 bilion). Manakala, perbelanjaan sebenar kerajaan adalah menurun sebanyak 9.9% kepada $5.29 bilion berbanding Tahun Kewangan 2019/2020 ($5.87 bilion). Oleh yang demikian, kerajaan telah merekodkan defisit berjumlah $3.24 bilion bagi Tahun Kewangan 2020/2021. Ini merupakan defisit yang tertinggi sejak negara mengalami defisit pada Tahun Kewangan 2014/2015. Ini adalah sebahagian besarnya disebabkan oleh harga minyak dunia yang berada pada paras yang rendah sehingga ada ketikanya berada pada kadar US$20 setong, dan secara purata adalah kadar US$42 setong pada tahun 2020. Dalam masa yang sama, pengeluaran minyak mentah dan LNG domestik juga menurun berikutan penangguhan dan kerja-kerja pemulihan yang tidak dirancang (unscheduled deferments and maintenance) ke atas telaga-telaga minyak.
Seterusnya, kaola ingin mengongsikan fiskal kerajaan yang dikemas kini pada tahun 2021/2022. ุงูููุญูู ูุฏู ููููููู, berikutan dengan kenaikan harga minyak dunia yang mencecah melebihi US$90 setong, unjuran hasil pendapatan kerajaan bagi Tahun Kewangan 2021/2022 adalah dikemas kini kepada $4.15 bilion berbanding $2.05 bilion dalam Tahun Kewangan 2020/2021.
Manakala perbelanjaan kerajaan bagi Tahun Kewangan 2021/2022 diunjurkan meningkat kepada $5.67 bilion berbanding $5.29 bilion dalam Tahun Kewangan 2020/2021. Peningkatan ini sebahagian besarnya disebabkan komitmen kerajaan dari bulan Ogos 2021 berikutan gelombang kedua wabak COVID-19, dan setakat 24 Februari 2022 kerajaan membelanjakan sejumlah $138.5 juta untuk membiayai perkara-perkara yang berikut:
- Untuk meningkatkan kapasiti ujian makmal SARS-CoV-2 kepada 8,000 ujian sehari, Brunei Covid-19 AirLab telah mula beroperasi sejak 19 Ogos 2021.;
-
Pemberian Elaun Khas kepada barisan hadapan termasuk doktor, jururawat, paramedik, pemandu ambulans, sukarelawan, pembersih, penjaga keselamatan dan semua yang bertugas dengan Kementerian Kesihatan di Pusat Pengasingan Kebangsaan Tutong dan di pusat-pusat kuarantin serta pusat-pusat vaksinasi.;
-
Pembelian Vaksin termasuk wabak COVID-19 Global Vaccine Access Facility ataupun COVAX.;
-
Perbelanjaan bagi menambah Pusat Pengasingan Kebangsaan sementara bagi kes-kes kritikal di Bangunan Program Khidmat Bakti Negara (PKBN) di Daerah Temburong, Kampus Mahad Islam Brunei dan Sekolah Menengah Sufri Bolkiah Daerah Tutong, Batalion Ketiga Kem Lumut dan Pusat Tingkatan Enam PTE di Daerah Belait.;
-
Perbelanjaan untuk melaksanakan Sistem Pengurusan Vaksin dan Fasa Ke-3 Sistem Aplikasi Bruhealth dan untuk menambah kapasiti sistem BruHealth dan pelaksanaan BruHealth Disaster Recovery Site.;
-
Perbelanjaan untuk membeli makanan (ration) kepada individu yang menjalani pengasingan diri di pusat-pusat pengasingan dan tempat kediaman.; dan
- Perbelanjaan untuk membeli Antigen Rapid Test khusus untuk kegunaan kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan termasuk sekolah-sekolah dan institusi-institusi pengajian tinggi.
Oleh yang demikian, berasaskan kepada anggaran kutipan hasil dan perbelanjaan hasil yang kaola kongsikan sebentar tadi, kerajaan dijangka akan merekodkan defisit belanjawan sebanyak $1.52 bilion dalam Tahun Kewangan 2021/2022 berbanding dengan $3.24 bilion dalam Tahun Kewangan 2020/2021.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.
Seterusnya, kaola sukacita mengongsikan Anggaran Hasil Kerajaan bagi Tahun Kewangan 2022/2023 yang diunjurkan berjumlah $3.17 bilion iaitu $2.25 bilion adalah dari hasil sektor minyak dan gas; $923 juta adalah bukan hasil dari sektor minyak dan gas. Pecahan hasil-hasil tersebut antaranya seperti yang berikut:
- Kutipan hasil cukai-cukai yang keseluruhannya berjumlah $314.60 juta;
- Hasil dari yuran caj dan sewa yang keseluruhannya berjumlah $311.36 juta;
- Hasil pulangan pelaburan dan simpanan sebanyak $236.28 juta; dan
- Hasil yang berlebihan dari badan-badan berkanun sebanyak $40.49 juta.
Dari segi perbelanjaan sejumlah $5.7 bilion adalah dicadangkan untuk membiayai perbelanjaan kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan seperti yang berikut:
i. Sejumlah $2.15 bilion untuk membiayai gaji kakitangan termasuk gaji, elaun-elaun dan pembayaran caruman;
ii. Sejumlah $2.14 bilion adalah untuk membiayai Perbelanjaan Berulang-Ulang;
iii. Sejumlah $350 juta adalah untuk membiayai projek-projek Rancangan Kemajuan Negara; dan
iv. Selebihnya adalah untuk membiayai perbelanjaan di bawah Tajuk Perbelanjaan Yang Diakui.
Oleh itu, berdasarkan Anggaran Hasil dan Perbelanjaan yang kaola nyatakan tadi, maka kerajaan akan mengalami defisit belanjawan berjumlah kira-kira $2.53 bilion. Unjuran defisit ini akan dikemas kini dari semasa ke semasa berdasarkan tahap pengeluaran minyak dan gas negara, harga minyak dunia, kadar pertukaran mata wang dolar Amerika Syarikat dan hasil pendapatan dari sektor bukan minyak dan gas.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.
Kaola akan beralih kepada tema belanjawan Negara bagi Tahun Kewangan 2022/2023. Tema yang dipilih ialah โMemperkasa Kesejahteraan Awam Ke Arah Sosioekonomi Yang Lebih Resilienโ. Tema ini akan memfokuskan kepada empat keutamaan iaitu:
- Memelihara Kesejahteraan Awam;
- Menjamin Sekuriti Makanan (Food Security);
- Mendukung dan Membantu Sektor Swasta agar Berdaya Tahan dan Berkembang; dan
- Meningkatkan Kompetensi Sumber Manusia Ke Arah 'Work and Future Ready'.
Tema ini dirangka bagi memastikan usaha-usaha yang telah dilaksanakan dan dirancang untuk diteruskan dan dilipatgandakan dalam usaha mengukuhkan lagi kedayatahanan sosioekonomi negara agar ia mampan dan inklusif dengan memanfaatkan competitive advantage yang sedia ada dan teknologi yang inovatif. Ini adalah termasuk meningkatkan produktiviti Pengusaha Mikrokecil dan Sederhana ataupun PMKS dan sekali gus menjana peluang pekerjaan bagi anak-anak tempatan.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua.
Kaola akan menghuraikan secara ringkas keutamaan-keutamaan berkenaan satu per satu termasuk perkembangan dan pencapaiannya:
- Memelihara Kesejahteraan Awam. Kerajaan akan terus mendukung ke arah pemulihan ekonomi negara yang terkesan daripada pandemik COVID-19. Ini termasuklah memberikan keutamaan terhadap penjagaan kesihatan awam yang menyeluruh dan komprehensif. Ke arah ini, peruntukan-peruntukan adalah disediakan seperti yang berikut:
i. Sejumlah $124.52 juta untuk menangani penularan wabak COVID-19 termasuk menambah bekalan vaksin-vaksin COVID-19, menambah baik kapasiti Sistem Aplikasi BruHealth, pembelian peralatan perubatan serta barang guna habis termasuk Antigen Rapid Test, keperluan di pusat-pusat pengasingan dan ujian makmal-makmal COVID-19, meneruskan pemberian Elaun Khas kepada para barisan hadapan dan sebagainya;
ii. Sejumlah $55 juta untuk membeli ubat-ubatan dan sejumlah $41.5 juta bagi Perbekalan dan Perkhidmatan Perubatan;
iii. Sejumlah $1.9 juta dengan Harga Rancangan $5.6 juta di bawah RKN-11 seperti projek-projek pembinaan blok baharu Pusat Kesihatan Jubli Perak, Sengkurong dan pembinaan bangunan Perkhidmatan Kecemasan Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait; dan
iv. Sejumlah $30 juta di bawah Perkhidmatan Rampaian Kementerian Kewangan dan Ekonomi untuk membayar perkhidmatan perubatan rawatan di JPMC, Pusat Kanser Brunei dan Brunei NeuroScience Stroke and Rehabilitation Centre.
ุงูููุญูู ูุฏู ูููููฐูู pada menjunjung titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pindaan ke atas Perintah Akta Pencen Umur Tua dan Kurang Upaya (Pindaan) 2021 dan Perintah Orang Kurang Upaya (OKU) 2021 yang memberi kesaksamaan hak asasi dan peluang penyertaan penuh dalam masyarakat bagi golongan yang berkelainan upaya dan mengukuhkan penjagaan dan pemedulian golongan OKU termasuk pemberian elaun kepada yang benar-benar layak.
Bagi menyejajarkan proses pemberian bantuan-bantuan oleh agensi-agensi berkenaan dan memastikan tidak ada ketirisan kepada golongan yang berhak menerima bantuan, kerajaan telah memperluaskan kapasiti Sistem Kebajikan Negara (SKN) bagi membolehkan pemohon-pemohon dari sektor swasta dan individu yang bekerja sendiri (self-employed/freelance) yang telah terkesan oleh pandemik COVID-19 untuk mendapatkan bantuan-bantuan yang diperlukan.
Untuk meningkatkan keselesaan dan keselamatan kanak-kanak yang memerlukan perlindungan sejumlah $200 ribu dengan Harga Rancangan $1.8 juta di bawah RKN-11 disediakan untuk membina bangunan baharu Unit Perlindungan, Kompleks Rumah Kebajikan di bawah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Untuk meningkatkan kesejahteraan dan kebajikan golongan yang kurang berkemampuan, Program Pembinaan Rumah Bantuan bagi golongan daif, fakir dan miskin akan diteruskan melalui Peruntukan Kumpulan Wang Zakat, Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB). Bantuan perumahan di bawah Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
Untuk memelihara kebajikan rakyat melalui pemilikan rumah (home ownership) peruntukan sejumlah $38.8 juta dengan Harga Rancangan $250 juta di bawah RKN-11 adalah bagi Projek Pembinaan Rumah Kediaman di bawah Rancangan Perumahan Negara di Kampung Lugu dan Kampung Tanah Jambu.
Untuk meningkatkan kualiti bekalan air di negara ini, peruntukan sejumlah $26.1 juta dengan Harga Rancangan $216.0 juta di bawah RKN-11 khususnya bagi Kementerian Pembangunan melaksanakan kerja-kerja pembinaan, penaiktarafan dan penggantian aset-aset perbekalan air.
Untuk memastikan perkhidmatan elektrik yang reliable dan berkualiti, sejumlah $44 juta dengan Harga Rancangan $315.7 juta di bawah RKN-11 membiayai kerja-kerja penaiktarafan dan penyelenggaraan infrastruktur elektrik.
Untuk meningkatkan connectivity dan membuka peluang perkembangan aktiviti sosioekonomi, sejumlah $20.2 juta dengan Harga Rancangan $169.5 juta disediakan di bawah RKN-11 adalah khusus untuk meneruskan kerja-kerja penambahbaikan, pemeliharaan dan peningkatan rangkaian jalan raya.
Ke arah usaha untuk menangani impak perubahan iklim, sejumlah $15 juta disediakan bagi pengurusan bencana alam seperti kejadian banjir, tanah susur dan sebagainya dan sejumlah $5.5 juta dengan Harga Rancangan $60.3 juta di bawah RKN-11 disediakan untuk melaksanakan beberapa projek mitigasi banjir.
Untuk memelihara kesejahteraan dan kebajikan penjawat awam, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah memperkenankan bagi kakitangan dalam perkhidmatan Open Vote dan gaji hari dalam Bahagian IV dan V yang memenuhi syarat untuk diserapkan ke dalam Perkhidmatan Tetap dan akan menerima semua kemudahan-kemudahan di bawah Perkhidmatan Tetap berkenaan. Mulai Tahun Kewangan 2022/2023 peruntukan untuk pekerja Open Vote dan bergaji hari telah disediakan sejumlah $107.63 juta di bawah Gaji Kakitangan.
Yang Berhormat Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.
Kaola menjunjung kasih atas kurnia titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Kelapan Belas Majlis Mesyuarat Negara, pada 24 Februari 2022 iaitu berkaitan dengan Skim Tabung Amanah Pekerja iaitu kajian telah pun selesai dibuat oleh Kementerian Kewangan dan Ekonomi dengan kerjasama Tabung Amanah Pekerja (TAP) dan ุฅู ุดุงุก ุงููู pelaksanaan penuh akan bermula pada tahun 2023. Dalam pada itu, baginda juga menekankan bahawa segala persiapan sebelum pelaksanaan penuh dibuat hendaklah dilaksanakan dengan teratur antaranya pindaan kepada akta, perubahan kepada sistem teknologi maklumat dan termasuklah pemberigaan. Apa yang penting, mereka yang terlibat dalam skim ini nanti akan memahami berkenaan Skim Persaraan yang baharu yang dimaksudkan.
Untuk membantu tenaga-tenaga pengajar dan pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan yang menerima Skim Miftaahun Najaah (SMN) di bawah Kementerian Pendidikan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama semasa melaksanakan inisiatif-inisiatif sesi pengajian dalam talian (online teaching) dan sesi pembelajaran dari rumah (Home-based Learning) kerajaan telah menghulurkan bantuan-bantuan seperti yang berikut:
i. Dari bulan Oktober dan November 2021, bantuan berbentuk monetory sejumlah $20.00 sebulan bagi setiap tenaga pengajar. Manakala bagi pelajar pula data donation yang dikumpulkan oleh syarikat-syarikat telekomunikasi telah digunakan untuk membantu pembelajaran sebanyak 10 gigabyte setiap bulan manakala pihak kerajaan akan membayar top-up jika diperlukan tertakluk kepada tuntutan dari syarikat-syarikat telekomunikasi yang disahkan oleh Kementerian Pendidikan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama;
ii. Bagi penggal persekolahan tahun 2022, kerajaan telah menyewa peranti dari syarikat-syarikat telekomunikasi untuk digunakan oleh tenaga-tenaga pengajar dan pelajar-pelajar di bawah SPN; dan
iii. Ke arah itu, sejumlah $8.4 juta di bawah Perkhidmatan Rampaian Kementerian Kewangan dan Ekonomi disediakan untuk membiayai projek pembekalan komputer riba dan Internet Data bagi tenaga pengajar dan penuntut di bawah Kementerian Pendidikan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama khas untuk penuntut-penuntut di bawah Skim SPN.
Yang Berhormat Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.
- Menjamin Sekuriti Makanan Atau Food Security.
Kerajaan akan terus memastikan bahawa bekalan makanan di negara ini sentiasa terjamin termasuk hasrat untuk mencapai sara diri dan mengurangkan kebergantungan pada import semata-mata. Pada masa yang sama negara juga berdepan dengan cabaran inflasi global yang semakin meningkat iaitu termasuk inflasi bagi makanan.
Pada masa yang sama, food and agriculture organisation (FAO), Global Food Price Index telah mencatatkan bahawa kadar inflasi makanan global pada bulan Januari 2022 adalah pada kadar 19.5% tahun ke tahun berbanding dengan 3.2% pada tahun 2020. Antara penyebab utama kenaikan harga makanan di dunia ini disebabkan oleh permintaan yang mendadak berikutan krisis di peringkat serantau dan global akibat bekalan yang terjejas di negara-negara pembekal, peningkatan kos logistik dan pengangkutan berlipat ganda, kenaikan kos bahan mentah seperti benih dan baja, penutupan kilang-kilang pengeluaran makanan disebabkan oleh pandemik dan keadaan cuaca ekstrim seperti musim kemarau atau hujan berterusan yang menjejaskan hasil penuaian di negara pembekal dan seterusnya mengurangkan kuantiti import.
Peningkatan kadar inflasi makanan global yang di luar kawalan negara ini tidak dapat dielakkan dan seterusnya memberi impak bukan sahaja kepada pengguna tetapi juga kepada pengusaha negara ini.
Justeru, dengan mengambil kira kadar import makanan negara yang tinggi iaitu sebanyak 74% kadar inflasi yang tinggi dari pembekal-pembekal luar negara (imported inflation) telah menyumbang kepada kenaikan harga barang di negara ini. Kadar inflasi makanan di negara ini bagi tahun 2021 adalah sebanyak 2.4%. Oleh yang demikian, mustahak bagi negara ini untuk terus memastikan bekalan makanan yang mencukupi dengan meningkatkan hasil keluaran makanan dalam negara ke arah meningkatkan kadar sara diri (self sufficiency) dan mengurangkan kebergantungan pada import.
Oleh itu bagi memastikan bekalan makanan negara sentiasa terjamin termasuk untuk mencapai self sufficiency beberapa usaha telah dan sedang dilaksanakan dalam meningkatkan pengeluaran dari sektor pertanian, perikanan dan ternakan. Syarikat PaddyCo Sdn. Bhd. dengan projek penanaman padi Kandol telah berjaya mengembangkan keluasan ladang padi dari 8.23 hektar pada tahun 2019 kepada 48 hektar pada bulan November 2021 dan akan diperluaskan seterusnya sehingga 173 hektar pada penghujung tahun ini.
Ke arah itu, sejumlah $10 juta dengan Harga Rancangan $46 juta terus disediakan bagi Projek Penanaman Padi Fasa Kedua di Kandol Daerah Belait yang dijangka siap pada tahun 2026 dengan keluasan 500 hektar yang berpotensi untuk menyumbang sebanyak 11% hingga 15% tahap sara diri, ุฅููู ุดูุงุกู ูฑูููููฐูู.
Di samping itu, sejumlah $9 juta juga disediakan di bawah Skim Pembelian Semula Padi termasuk bagi pembelian benih-benih padi hybrid bagi kegunaan peladang-peladang.
Ke arah mendukung usaha untuk meningkatkan produktiviti dan pengeluaran industri akuakultur, sejumlah $1.9 juta dengan Harga Rancangan $3.8 juta disediakan di bawah RKN-11 iaitu bagi memajukan dan membuka tapak-tapak industri akuakultur, melaksanakan Program Perkembangan Genetik dan Pembiakan Selektif Ikan bagi Meningkatkan Produktiviti Industri Akuakultur, Industri Ternakan Udang Fasa IV dan Program Meningkatkan Pengeluaran Industri Akuakultur.
Bagi meningkatkan pengeluaran dan kualiti di sektor perikanan, beberapa syarikat usaha sama telah ditubuhkan antara lainnya seperti yang berikut:-
i. Syarikat Blue Ocean Tech Sendirian Berhad yang mengendalikan projek penetasan dan pembiakan udang biru rostris di Pusat Perkembangan Induk Serasa.;
ii. Syarikat Jets Sendirian Berhad, yang mengendalikan projek ladang penternakan udang biru rostris di Sungai Paku, Telisai Tutong dan Tapak Ternakan Laut di Tapak Akuakultur Pelumpong.;
iii. Syarikat Lianfeng Investment Sendirian Berhad yang mengendalikan pemprosesan udang biru rostris dan makanan laut di Kompleks Pendaratan Ikan Muara.;
iv. Syarikat Barramundi Asia (B) Sendirian Berhad, telah mula beroperasi pada suku kedua tahun 2021 di sebuah tapak penternakan anak-anak ikan (fingerlings) di darat yang menggunakan teknologi Recirculating Aquaculture System di Broodstock Development Centre, Serasa dan sebuah tapak ternakan ikan juveniles laut di Tapak Akuakultur di Pelumpong. ุฅู ุดุงุก ุงููู syarikat ini berpotensi untuk menghasilkan ikan barramundi dengan kapasiti tahunan sebanyak 3,000 tan selepas tahun 2026.; dan
v. Syarikat Golden Corporation Sendirian Berhad telah membuat pengeluaran berjumlah 4,200 tan udang putih spesis vanamie dari penuaian yang dibuat pada tahun 2021. Ini merupakan kenaikan sebanyak 150% dari tahun 2020. Setakat ini sejumlah 156 kontena udang putih telah dibekalkan bagi pasaran eksport.
Untuk mendukung peningkatan keluaran sayur-sayuran dengan menggunakan teknologi, teknik moden dan untuk membantu meningkatkan produktiviti sejumlah $5 juta dengan Harga Rancangan $30 juta telah disediakan.
Manakala di bawah Sektor Ternakan sejumlah $3 juta dengan Harga Rancangan sejumlah $26 juta di bawah RKNโ11 disediakan untuk membiayai Rancangan Pembangunan Industri Ternakan bagi Menjana Pengeluaran.
Berikutan daripada impak pandemik COVID-19, Syarikat PDS Abattoir Sendirian Berhad telah pun bekerjasama dengan Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan dalam memastikan jaminan makanan (food security) khususnya bekalan daging di negara ini mencukupi dan stabil mengikut permintaan pasaran tempatan. Sepanjang tahun 2021, Syarikat PDS Abattoir Sdn. Bhd. telah mengimport sebanyak 13,885 ekor lembu dan 5,681 ekor kambing yang sedia untuk disembelih bagi menampung kekurangan bekalan daging di negara ini.
Ke arah memastikan keselamatan dan kualiti makanan di negara ini, ุงููุญูู ูุฏู ูููููฐูู Autoriti Makanan Brunei Darussalam atau Brunei Darussalam Food Authority (BDFA) telah ditubuhkan pada 1 haribulan Januari 2021 sebagai competent authority yang bertujuan mendukung fungsi dan peranan BDFA seperti Perintah Daging Segar (2011) (Pindaan) 2020 dan Peraturan Kesihatan Awam (Makanan) Penggal 182 (Pindaan) 2020 dan beberapa perundangan dan peraturan baharu juga sedang diubah untuk mengukuhkan lagi isu keselamatan dan kualiti makanan di negara ini. Di peringkat operasi, BDFA menjalankan aktiviti rutin untuk memastikan makanan yang diimport ke Negara Brunei Darussalam memenuhi keperluan keselamatan makanan, antaranya seperti ujian mikrobiologi dan kimia bagi konsainan daging yang diimport sebelum diberikan kebenaran untuk dijual serta pengesahan keselamatan bagi makanan proses yang diimport. BDFA juga membantu memudahkan perkembangan industri makanan tempatan ke arah memenuhi keperluan pasaran eksport melalui pemeriksaan premis pemprosesan dan pengeluaran pensijilan yang diperlukan seperti Sijil Kesihatan Eksport, Sijil Penjualan Bebas bagi barangan makanan berproses serta Pengisytiharan Bebas Dari Lemak Haiwan mulai pada 1 Oktober 2021.
Bagi menangani isu inflasi makanan di negara ini, Jabatan Perancangan Ekonomi dan Statistik atau JPES sedang giat melaksanakan pemantauan dan pengkuatkuasaan harga barangan tertentu. Beberapa pindaan juga telah dibuat ke atas Price Control Act (Amendment) Order 2021 Penggal 142, Price Control (Maximum Prices and Charges) (Amendment) Order, 2021 dan Price Control (Minimum Price and Charges) (Repeal) Order, 2021. Pindaan ini antara lainnya, bertujuan untuk membolehkan maklumat-maklumat relevan diperolehi daripada pihak peniaga bagi kerja pemantauan harga barangan asasi tertentu sebagai kegunaan input dasar dan penguatkuasaan kawalan harga. Selain dari pengawalan harga secara berterusan bagi beberapa jenis makanan, JPES juga setiap minggu memuat naik harga pasaran bagi lebih 100 produk makanan dan bukan makanan diaplikasi Pengguna Bijak bagi membolehkan orang ramai membuat perbandingan harga.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.
- Mendukung dan Membantu Sektor Swasta Agar Berdaya Tahan dan Berkembang. Berikutan dari tercetusnya gelombang kedua wabak COVID-19, kerajaan akan terus memberi sokongan dan perhatian yang sewajarnya kepada premis-premis perniagaan dan pekerja-pekerja sektor swasta yang terkesan dengan langkah-langkah yang telah dilaksanakan adalah seperti yang berikut:
i. Penangguhan pembayaran (atau deferment) ke atas caruman TAP dan SCP bagi pekerja-pekerja tempatan yang berpendapatan $1,500 sebulan dan ke bawah di sektor-sektor yang terjejas dalam kategori Perusahaan Mikrokecil dan Sederhana (PMKS) iaitu dengan jumlah pekerja yang tidak melebihi daripada seratus orang mulai 1 Ogos 2021 sehingga 31 Disember 2021.;
ii. Pemberian subsidi pembayaran gaji sebanyak 25% kepada pekerja tempatan di bawah Perusahaan Mikrokecil dan Sederhana (PMKS) yang mempunyai pekerja yang tidak melebihi daripada 100 orang mulai 1 Ogos hingga 31 Disember 2021.;
iii. Pembiayaan caruman SCP kepada golongan yang bekerja sendiri mulai Ogos 2021 hingga Disember 2021 bagi membantu mereka yang bekerja sendiri yang terkesan dari wabak ini serta memastikan mereka akan mempunyai perlindungan Survivorship Fund yang berterusan.;
iv. Bantuan berupa kewangan bermula 1 September 2021 bagi tempoh tiga bulan telah diberikan kepada tiga golongan pekerja di sektor swasta yang terkesan disebabkan oleh wabak COVID-19 iaitu mereka yang kehilangan pekerjaan, mereka yang dicutikan tanpa gaji melebihi tujuh hari dan mereka yang bekerja sendiri (self employed atau freelance).;
v. Memberikan diskaun sekurang-kurangnya 30% ke atas kadar sewa bangunan kerajaan kepada PMKS mengikut perusahaan yang terjejas. Ini untuk membantu mengurangkan kos operasi kepada pengusaha-pengusaha yang dimaksudkan.;
vi. Memberikan tax discount sebanyak 50% ke atas cukai pendapatan korporat bagi tahun taksiran 2022 kepada sektor yang terjejas.;
vii. Memberikan 20% diskaun untuk bil-bil air dan elektrik ke atas syarikat yang terjejas.;
viii. Pengecualian sementara duty custom dan duty excise bagi produk-produk Personal Hygiene sehingga 31 haribulan Disember 2021.;
ix. Pemberian pengurangan Cukai Bangunan semasa dan tahunan maksimum sebanyak 50% bagi tempoh 5 bulan bermula 1 Ogos 2021 hingga 31 Disember 2021 kepada pemilik bangunan yang mengurangkan sewa bulanan kepada penyewa, di bawah kawalan Lembaga Bandaran Bandar Seri Begawan, Lembaga Bandaran Kuala Belait dan Seria dan Lembaga Bandaran Tutong.
Untuk membantu mengembangkan Perusahaan Mikrokecil dan Sederhana (PMKS) beberapa inisiatif telah dilaksanakan seperti yang berikut:
i. Program Industry Business Academy, Accelerate dan Micro Bootcamp yang dianjurkan oleh Darussalam Enterprise akan diteruskan dengan memberikan latihan keusahawanan kepada lebih 10 ribu peserta. ุฃูููุญูู ูุฏู ูููู program ini telah berjaya menjana sekitar 241 startups dan 956 pekerjaan berbanding 609 kerja kosong pada tahun 2020. Melalui program tersebut, angel investors tempatan dan serantau juga telah melabur secara kolektif sebanyak 2.2 juta kepada 23 buah startups. Seterusnya, Darussalam Enterprise juga membantu sebanyak 31 buah syarikat untuk mendapatkan pensijilan piawaian antarabangsa dan 7 buah syarikat untuk mengeksport produk perkhidmatan masing-masing ke pasaran luar negara. Sebanyak 199 buah syarikat telah menjalani latihan berkaitan Standards.
ii. Program Keusahawanan Runcit yang dilancarkan pada 6 April 2021 oleh Syarikat Ghanim International Corporation Sendirian Berhad iaitu sebuah syarikat dalam Darussalam Assets Sendirian Berhad merupakan inisiatif kerajaan untuk mendorong penyertaan tempatan dalam industri runcit dan memberi laluan bagi produk-produk Perusahaan Mikrokecil dan Sederhana (PMKS) mencapai sasaran. Syarikat Ghanim International Corporation Sendirian Berhad juga bertindak sebagai fasilitator untuk mempromosikan usahawan muda tempatan sebagai pengurus dalam menjalankan franchise 'The Junction'. Program tersebut beroperasi di kawasan Perumahan Armada Tungku Estate di bangunan BIBD Connect Kampung Perpindahan Lambak Kanan dan di Dewan Kemasyarakatan Mukim Mentiri dan setakat ini, seramai 3 usahawan muda tempatan telah layak mengikuti program tersebut.
iii. Menyentuh mengenai Program i-Usahawan yang telah diperkenalkan pada 1 Ogos 2018, sebanyak 39 kontrak dalam sektor tenaga telah dikenal pasti, iaitu 22 kontrak daripadanya telah pun dianugerahkan kepada 34 pengusaha-pengusaha belia dengan anggaran nilai kontrak berjumlah $30 juta. Pengusaha-pengusaha belia berkenaan juga telah berjaya menjana 317 peluang pekerjaan kepada anak-anak tempatan; dan
iv. Souq Al Qudwah adalah inisiatif Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) dengan kerjasama Kementerian Hal Ehwal Ugama untuk mengembangkan kemahiran keusahawanan mualaf dan asnaf yang berdaftar di bawah Pusat Daโwah Islamiah. Program ini bertujuan mewujudkan kesedaran, mempromosikan produk, menjana pendapatan agar dapat berdikari dan bebas daripada segi kewangan untuk memberhentikan kitaran kemiskinan dan mengurangkan pergantungan pada bantuan zakat. Ekspo ini telah disertai oleh 23 buah vendor dan melibatkan penyertaan kira-kira seramai 100 orang.
Ke arah menggalakkan pertubuhan sektor swasta atau industri-industri untuk menyumbang kepada kepelbagaian ekonomi, beberapa peruntukan telah disediakan antaranya:
i. Sektor Kemajuan Perusahaan dan Perindustrian Negara, sejumlah $3.8 juta dengan Harga Rancangan 20 Juta disediakan di bawah RKN ke-11 bagi Projek Pembinaan Jejambat di Persimpangan Lebuh raya Muara-Tutong dan penempatan Tapak Industri Tanjong Kajar; dan
ii. Ke arah meningkatkan pembangunan sektor swasta sejumlah $1 juta dengan Harga Rancangan $5.4 juta di bawah rancangan RKN ke-11 disediakan untuk menambah baik dan menaik taraf utiliti asas di kawasan tapak-tapak perindustrian dan komersial.
Darussalam Enterprises juga memainkan peranan dalam memperkembangkan PMKS di samping membantu menyediakan infrastruktur asas di tapak-tapak industri di bawah pihak berkenaan. Ke arah itu, pihak Darussalam Enterprise telah memperuntukkan sebanyak $23 juta bagi projek penambahbaikan dan menaik taraf infrastruktur-infrastruktur di tapak-tapak industri yang dikenal pasti dan dijangka bermula pada Mac 2022 untuk tempoh dua tahun.
Sepertimana yang kita sedia maklum, pandemik COVID-19 telah mempercepatkan proses tranformasi digital dengan menekankan kepentingan kepada industri-industri termasuk masyarakat untuk dilengkapi dengan kemahiran dan pengetahuan yang sesuai dengan peralihan dalam era ekonomi digital. Oleh itu, antara usaha-usaha untuk mendukung keutamaan ini termasuklah:
i. Pelancaran Sistem Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Perdana Menteri telah diintegrasikan dengan Sistem e-Payroll kerajaan di Kementerian Kewangan dan Ekonomi;
ii. Pelaksanaan Sistem Exit dan Entry System (EES), Jabatan Kastam dan Eksais Diraja telah berjaya mengutip sebanyak $945,000.00 bermula Oktober 2020 hingga Januari 2022;
iii. One Common Billing System (OCBS) Jabatan Perbendaharaan yang mula digunakan pada bulan Januari 2020 dan telah dilaratkan penggunaannya di beberapa jabatan kerajaan. Pengunaan OCBS juga telah dilaratkan secara partial bagi Jabatan Kehakiman Negara, Bahagian Harta Intelektual Brunei Darussalam (BruIPO) di bawah Pejabat Peguam Negara dan Kementerian Kesihatan bagi pembayaran wabak COVID-19 swab test dan caj klinik melalui applikasi BruHealth dan jabatan berkenaan hanya menggunakan kaedah pembayaran atas talian melalui kad kredit atau debit.
iv. Projek Sistem e-Census, Jabatan Perancangan Ekonomi dan Statistik telah mendukung pengendalian Banci Penduduk dan Perumahan (BPP) 2021 secara atas talian dan hasil Laporan Kiraan Awal Jumlah Penduduk Negara Brunei Darussalam juga telah digunakan oleh agensi kerajaan seperti Kementerian Kesihatan bagi Program Vaksinasi Kebangsaan dalam menangani penularan wabak COVID-19; dan
v. Coding.bn di bawah inisiatif Authority for Infocommunications Technology Industry (AITI) yang disokong oleh Manpower Industry Steering Committee Working Group untuk sektor ICT untuk melatih calon belia tempatan dalam program coding mengikut piawaian industri global.
Ke arah mendukung keutamaan di bawah Digital Economy Master Plan 2025, pihak UNN telah memperluaskan Program Rangkaian Single Radio Access Network (S-RAN) dengan pelaksanaan sebanyak 80% liputan seluruh negara ini. Ini bermakna infrastruktur rangkaian adalah "5G ready" dan bersedia untuk pelaksanaan 5G pada masa hadapan nanti.
Negara Brunei Darussalam juga telah memperbaiki kelajuan rangkaian mobile dan mencapai kedudukan pertama antara negara ASEAN dan kedudukan ke-17 di seluruh dunia berdasarkan Speed Test Global Index. Di samping itu, berikutan pertubuhan pusat Defense Cyber pada bulan Ogos 2020, ุงูููุญูู ูุฏู ูููููฐูู, UNN juga telah berjaya melancarkan perkhidmatan Data Center Co-Location bertaraf Tier 3 dan perkhidmatan Cloud Hosting pada akhir tahun 2021 selaras dengan inisiatif digital bagi menyokong Wawasan Brunei 2035.
Ke arah mendukung matlamat ini, khususnya dalam memantapkan keberkesanan perkhidmatan kerajaan dalam mendukung keperluan sektor swasta untuk mewujudkan persekitaran peniaga yang lebih kondusif dan berkesan, beberapa peruntukan telah disediakan antaranya:
i. Sejumlah $13.2 juta dengan Harga Rancangan $75.9 juta di bawah sektor Teknologi Maklumat dan Infokomunikasi di bawah RKN-11 akan terus disediakan antaranya termasuk Projek Sistem Pensijilan Halal, platform perkhidmatan perniagaan nasional dan cukai bangunan elektronik; dan
ii. Sejumlah $87.4 juta bagi Peruntukan Teknologi Maklumat di bawah Perbelanjaan Berulang-Ulang kementerian-kementerian secara keseluruhan bagi IT Central Procurement dan lesen-lesen software semua kementerian dan jabatan.
Mengambil kira akan kepentingan untuk mempelbagaikan ekonomi negara, kerajaan juga akan terus menarik lebih banyak Pelaburan Langsung Asing (FDI) di samping menjana spin-off aktiviti perekonomian dari pelbagai aspek termasuk knowledge and technology transfer, peluang perniagaan kepada PMKS dan peluang-peluang pekerjaan kepada anak-anak tempatan. Setakat ini terdapat beberapa buah projek FDI baharu dalam fasa pelaksanaan yang dijangka mula beroperasi antara tahun 2022 hingga tahun 2026.
Kerajaan juga akan terus mendukung usaha-usaha dalam meningkatkan kerjasama ekonomi dengan rakan-rakan perdagangan antarabangsa dengan tujuan meningkatkan peluang akses pasaran dan membuka lebih banyak rangkaian pasaran eksport bagi membantu perniagaan tempatan mengeksport ke pasaran luar negara. Antara usaha yang telah dilaksanakan melalui penandatanganan perjanjian yang dimeterai termasuk:
i. Meratifikasi Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau atau Regional Comprehensive Economic Partnership (RCEP) iaitu Free Trade Agreement yang terbesar di dunia yang berkuat kuasa mulai 1 Januari 2022. Ia dihasrat untuk dimanfaatkan dengan memperluaskan dan mengeratkan hubungan ekonomi antara rakan-rakan Regional Comprehensive Economic Partnership (RCEP). Di samping memberi peluang baharu untuk pengusaha-pengusaha dan peniaga-peniaga Negara Brunei Darussalam terutamanya dari segi akses pasaran dan peluang-peluang pelaburan. Bagi meningkatkan kefahaman mengenai peluang-peluang dan kaedah yang boleh diraih dan juga kapasiti-kapasiti syarikat-syarikat tempatan dalam penggunaan perjanjian Regional Comprehensive Economic Partnership (RCEP) ini, Kementerian Kewangan dan Ekonomi, ุฅู ุดุงุก ุงููู akan mengadakan sesi-sesi pemberigaan dengan pihak swasta dalam masa yang terdekat ini.;
ii. Perjanjian Pengelakan Cukai Dua Kali dan Pencegahan Pelarian Fiskal berkenaan dengan cukai-cukai ke atas pendapatan iaitu Agreement For The Avoidance Of Double Taxation And The Prevention of Fiscal Evasion With Respect To Taxes On Income bersama Republik Filipina. Melalui perjanjian ini, kedua-dua negara akan dapat meningkatkan lagi kerjasama ekonomi, pelaburan dan perdagangan termasuk memudahkan pertukaran maklumat bagi isu-isu percukaian.;
iii. Dalam pada itu, kaola menyeru agar perusahaan-perusahaan tempatan dapat merebut peluang-peluang perniagaan dan pelaburan dengan terbukanya akses pasaran yang lebih besar ini melalui penandatanganan perjanjian-perjanjian ini.
Seterusnya tumpuan juga akan terus diberikan dalam meningkatkan keupayaan perkhidmatan logistik dan pengangkutan bagi mendukung rantaian bekalan barangan penting dan kritikal dapat diterima oleh pengguna dalam tempoh masa yang diperlukan dan dalam keadaan yang sempurna. Antara inisiatif yang telah dilaksanakan bagi mendukung usaha-usaha di bawah keutamaan ini termasuklah:
i. Penandatanganan antara Brunei International Air Cargo Centre Sdn. Bhd. (BIACC) bersama pihak berkuasa Maritim dan Pelabuhan Brunei Darussalam (MPABD) bagi Perjanjian Penyewaan, Pengurusan Operasi dan Penyelenggaraan Depot Kontena Darat (ICD) di Sungai Tujuh dan Kuala Lurah. Melalui penandatanganan tersebut, pelbagai perkhidmatan dan kemudahan pengendalian akan ditawarkan, yang akan memberi faedah kepada pengendali dalam logistik juga rantaian pengangkutan kedua-dua belah sempadan.; dan
ii. Projek pengembangan Pelabuhan Muara yang matlamatnya untuk menambah kapasiti terminal kontena yang sedia ada daripada 220 ribu TEUs setahun kepada 500 ribu TEUs setahun menjelang tahun 2025. Kerja-kerja pembinaan, ุฅู ุดุงุก ุงููู akan bermula pada suku tahun pertama tahun 2023. Projek ini adalah inisiatif dan komitmen pihak Muara Port Company Sendirian Berhad (MPC) untuk menjadikan Pelabuhan Muara sebagai Hub Antarabangsa yang bertaraf dunia bagi memudahkan pertumbuhan industri pembuatan dan logistik di negara ini.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.
- Meningkatkan Kompetensi Sumber Manusia Ke Arah Work and Future Ready. Tumpuan adalah diberikan untuk memastikan sistem pendidikan negara adalah sentiasa relevan agar generasi sekarang dan akan datang akan terus memiliki kemahiran tinggi, fleksibel, inovatif, future ready, creative dan boleh disesuaikan (adaptable) sejajar dengan kepesatan kemajuan pelbagai bidang dalam pasaran pekerjaan tempatan khususnya dalam era Revolusi Industri Ke-4.
Sebagai usaha kerajaan untuk meningkatkan lagi pertubuhan ekonomi negara, melalui perkembangan PMKS tempatan dan menarik lebih banyak FDI, kerajaan akan terus menyediakan kursus dan juga latihan melalui pelbagai agensi seperti Darussalam Enterprise, Manpower Planning and Employment Council dan Kementerian Pendidikan, termasuk latihan sambil bekerja seperti program i-Ready bagi pekerja-pekerja tempatan untuk meningkatkan kapasiti diri dan memanfaatkan peluang-peluang pekerjaan baharu.
Selain itu, Manpower Planning and Employment Council (MPEC) melalui sekretariat MPEC telah melaksanakan kajian berkenaan dengan manpower forecasting untuk memastikan program-program dan kursus-kursus yang dijalankan dan disediakan selaras dengan keperluan industri khusus bagi syarikat Pelaburan Langsung Asing.
Pada masa yang sama Manpower Industry Steering Committee (MISC) juga telah ditubuhkan sebagai satu platform untuk mendukung visi MPEC dalam penyejajaran perancangan tenaga manusia dengan kebolehpasaran anak tempatan untuk mendapatkan pekerjaan yang sustainable dan gainful. MISC akan menyelaras antara industri, institusi pendidikan dan institusi latihan ke arah memenuhi permintaan industri serta memastikan bekalan sumber manusia yang mencukupi pada waktu yang tepat.
Lima sektor yang sedang diteliti oleh MISC pada masa ini ialah sektor Energy, Construction, Hospitality dan Tourism, ICT dan Transportation and Logistics. MISC bersama Sekretariat MPEC telah mengumpulkan dan meneliti peluang pekerjaan (critical occupation) termasuk jenis dan jumlah pekerjaan yang sedia ada dan unjuran tenaga kerja 5 tahun ke hadapan dalam sektor masing-masing. Critical occupation merupakan jenis-jenis jawatan yang banyak diperlukan oleh pihak industri dan ia juga dikenal pasti sebagai jawatan-jawatan yang sesuai boleh diisikan oleh anak-anak tempatan. Di samping itu, competency standards ataupun framework serta kurikulum latihan bagi critical occupation yang telah dikenal pasti di sektor berkenaan akan dibentuk berdasarkan keperluan dan kehendak dari industri serta menghasilkan beberapa program kemahiran baharu untuk dilaksanakan. Antara program yang telah dilaksanakan adalah seperti Program Dual Technical and Vocational Education and Training (TVET) dan Architect Mechanical and Electrical Civil and Structural (ARMECS) Bridging Programme untuk memberikan latihan kemahiran selaras dengan keperluan industri sektor pembinaan.
Selain itu juga, kerjasama yang berterusan dengan pihak Kementerian Pendidikan akan terus dijalankan. Ini adalah untuk memastikan pendidikan serta latihan kemahiran akan dapat dikemaskinikan dan disediakan sama ada oleh pihak institusi pengajian kerajaan mahupun institusi pengajian swasta.
Berkenaan dengan maklumat unjuran tenaga kerja serta kompetensi yang diperlukan, pihak Sekretariat MPEC akan juga terus bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan untuk membolehkan penyediaan dan pengemaskinian kurikulum yang bersesuaian dalam memastikan latihan yang dijalankan membolehkan anak-anak tempatan mengisikan jawatan-jawatan yang telah dikenal pasti melalui unjuran berkenaan.
Sebagai tambahan bagi upskilling dan reskilling programme seperti SkillsPlus, ia diharap akan dapat membantu anak tempatan dalam sedikit sebanyak mengurangkan jurang yang diperlukan dalam melaksanakan sesebuah pekerjaan.
Sukacita kaola mengongsikan beberapa inisiatif yang sedang dilaksanakan bagi mendukung usaha-usaha tersebut seperti yang berikut:
i. Pertubuhan Fakulti Pertanian di Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), dengan peruntukan sejumlah $9 juta akan disediakan di bawah Perkhidmatan Rampaian untuk membiayai penambahbaikan dan penaiktarafan bangunan kampus UNISSA di Kampung Sinaut, Daerah Tutong,;
ii. Program Agroteknologi yang di tawarkan oleh Universiti Teknologi Brunei (UTB) adalah untuk menyediakan pengetahuan yang diperlukan dalam bidang argobisnes dan dan teknologi tradisional serta pertanian moden.; dan
iii. ุงูููุญูู ูุฏู ููููููู beberapa pencapaian signifikan telah dicapai oleh institusi-institusi pengajian tinggi antaranya:
a. UTB dianugerahkan 5-plus star bagi kecemerlangan oleh QS;
b. UBD berada di kedudukan ke-69 di Asia mengikut kedudukan universiti QS Asia 2022 dan ke-250 pada kedudukan universiti dunia QS 2022.; dan
c. UNNISA dianugerahi Global Islamic Finance Awards (GIFA) untuk kali ketiga berturut-turut.
Untuk meningkatkan peluang graduan-graduan mendapatkan pekerjaan sejurus selepas menamatkan pengajian, beberapa inisiatif telah dilaksanakan seperti:
i. Penandatanganan perjanjian persefahaman antara Unified National Networks Sdn. Bhd. (UNN) dan Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) bagi Program Perantisan UNN. Sejak tahun 2020, UNN telah mengambil seramai 25 orang pelajar daripada IBTE dan Politeknik Brunei untuk menjalani program perantisan. ุฃูููุญูู ูุฏู ูููู, kesemua mereka telah menamatkan program perantisan pada tahun 2021. Kohort baru akan bermula, ุฅููู ุดูุงุกู ูฑูููููฐูู pada tahun 2023 selama setahun.; dan
ii. Syarikat Hengyi Industries Sdn. Bhd. juga telah menawarkan skim-skim biasiswa dan latihan-latihan dalam perkhidmatan bagi kakitangan tempatan, antaranya, seperti yang berikut:
a. Seramai 138 orang penuntut dari UBD telah dianugerahkan biasiswa iaitu peningkatan sebanyak 35 orang penuntut dalam bidang Kejuruteraan Proses dan Kimia bersama UBD dan Universiti Zhejiang, yang program ini juga merangkumi latihan industri di kilang petrokimia Zhejiang Hengyi Petrochemical Company Limited di Republik Rakyat China selama 6 bulan;
b. Seramai 241 orang penuntut dari Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) telah dianugerahi biaswa dalam bidang Kejuruteraan Kimia dengan kerjasama Lanzhou Petrochemical Polytechnic College (LPP), Republik Rakyat China.;
c. Seramai 242 orang penuntut dari Politeknik Brunei sedang mengikuti Level 5 Diploma di Lanzhou Petrochemical Polytechnic College (LPP), Republik Rakyat China, seperti Laboratory Technology, Chemical Engineering, Chemical Equipment Technology, Power Plant and Power System, Storage and Transportation Technology, Thermal Power Plant Technology dan Water Treatment Technology. Penuntut-penuntut ini nanti akan ditawarkan pekerjaan dengan Syarikat Hengyi Industries Sdn. Bhd. sebaik sahaja berjaya menamatkan pengajian mereka. Setakat ini, seramai 111 orang graduan dari UBD dan IBTE telah mula bertugas dengan Syarikat Hengyi Syarikat Hengyi Industries Sdn. Bhd. Di samping itu, seramai 551 orang anak tempatan juga pada masa ini berkhidmat di Syarikat Hengyi Industries Sdn. Bhd. dalam pelbagai peringkat jawatan.
Seterusnya, inisiatif-inisiatif lain yang dilaksanakan adalah seperti yang berikut:
i. Program Study in Professional Institution (SPIN) in Accountancy di bawah MPEC adalah hasil kerjasama dengan Kementerian Kewangan dan Ekonomi dan Brunei Darussalam Institute of Chartered Public Accountants (BICPA) yang bertujuan mengembangkan dan meningkatkan kumpulan profesional yang khusus dalam sektor berkenaan. Pada masa ini, seramai 104 peserta telah dianugerahkan pembiayaan di bawah program ini yang akan dibimbing oleh seramai 25 mentor profesional; dan
ii. Program Biasiswa Anak Yatim yang diungkayahkan bersama oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Program BIBD ALAF akan bermula pada tahun persekolahan 2022. Program tersebut dihasratkan untuk menyokong inisiatif pendidikan sebagai satu cara utama untuk membasmi kitaran kemiskinan.
Oleh itu, untuk mempertingkatkan lagi usaha ke arah mendukung hasrat di bawah keutamaan ini, beberapa peruntukan telah disediakan untuk memperkasa kualiti dan pencapaian mutu pendidikan negara. Beberapa peruntukan akan terus disediakan seperti berikut:
i. Peruntukan Biasiswa disediakan sejumlah $40.1 juta secara keseluruhannya di bawah pengendalian Kementerian Pendidikan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama bagi memberi peluang kepada pelajar-pelajar untuk mengikuti pengajian di institusi-institusi pengajian tinggi teratas di dunia.;
ii. Peruntukan Program Bantuan sejumlah $1.5 juta akan terus disediakan bagi mengendalikan Skim Miftaahun Najaah untuk meringankan beban para ibu bapa dan penjaga yang kurang berkemampuan untuk membeli keperluan persekolahan pelajar-pelajar.;
iii. Peruntukan Perkhidmatan Pendidikan disediakan sebanyak $47 juta bagi membiayai pengambilan pakar dan tenaga-tenaga pengajar termasuk CFbT bagi meningkatkan tahap pencapaian pelajar-pelajar di seluruh negara.;
iv. Di bawah RKN Ke-11, peruntukan secara keseluruhannya berjumlah $38 juta dengan Harga Rancangan $235 juta akan terus disediakan bagi menyediakan infrastruktur sekolah - sekolah rendah, menengah dan agama serta institusi pengajian tinggi.; dan
v. Untuk membangun keupayaan dan kapasiti perkhidmatan awam, peruntukan sejumlah $37.5 juta disediakan di bawah peruntukan Peningkatan Kemahiran dan Kapasiti di kementerian-kementerian.
Dalam usaha untuk meningkatkan perkembangan modal insan, di samping memastikan kesediaan dan kesiapsiagaan ke arah transformasi digital dan inovasi, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah mengurniakan titah perkenan iaitu sempena Hari Keputeraan baginda ke-75 tahun pada 15 Julai 2021 bagi penubuhan Majlis Penyelidikan dan Kemajuan Teknologi dan Sains (Council for Research and The Advancement of Technology and Sciences โ CREATES) di bawah Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi sebagai platform baharu untuk mempromosikan aktiviti yang berkaitan dengan sains, teknologi dan inovasi sekali gus menyokong keseluruhan aktiviti penyelidikan dan pembangunan di negara ini.
Selaras dengan usaha dalam memajukan kegiatan penyelidikan di negara ini, beberapa peruntukan telah disediakan, antaranya sejumlah $1.9 juta untuk membiayai projek-projek penyelidikan yang akan dilaksanakan oleh institusi-institusi pengajian tinggi di bawah Kementerian Pendidikan. Selain daripada itu, sejumlah $10.7 juta dengan Harga Rancangan $66 juta juga disediakan di bawah Sektor Sains dan Teknologi, Penyelidikan dan Pembangunan dan Inovasi, RKN ke-11.
Di samping peruntukan-peruntukan yang disediakan di atas, kerajaan juga menyediakan peruntukan sejumlah $27.5 juta di bawah Projek Fokus khusus untuk membiayai program atau projek yang menjurus kepada mendukung fokus belanjawan negara dan sejumlah kira-kira $108.7 juta di bawah Projek Rampaian khusus bagi menampung pembiayaan atau pelaksanaan projek-projek yang tidak dijangkakan.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.
Dalam keadaan ekonomi dunia yang masih dalam proses pemulihan dari wabak COVID-19, kerajaan akan terus melaksanakan inisiatif-inisiatif dan menyediakan perancangan pembangunan negara yang dapat menjana pertumbuhan ekonomi dan menjamin kebajikan, kesejahteraan serta keselamatan rakyat dan penduduk negara ini, sepertimana sebahagiannya yang telah kaola bentangkan sebentar tadi.
Dalam hubungan ini, Syarikat-Syarikat Berkaitan Kerajaan atau Government-Linked Companies (GLCโs) juga memainkan peranan penting dalam mendukung fokus belanjawan khususnya dalam memperkukuhkan sektor swasta bagi menyumbang kepada perkembangan ekonomi negara. Oleh itu, beberapa inisiatif kerajaan telah dilaksanakan melalui penglibatan Syarikat-Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLCs) dan usaha sama dengan Pelaburan Langsung Asing (FDI). Melalui Darussalam Assets, GLC dipastikan dan dipantau mempunyai kod pelaksanaan tadbir urus korporat ataupun corporate code of governance yang sesuai, memastikan model komersial yang berdaya maju, financial reporting yang tepat dan risk management yang berkesan. Melalui Strategic Development Capital (SDC), usaha sama dengan FDI juga adalah penting kerana FDI bertindak sebagai rakan kongsi teknikal, menyediakan teknologi dan akses pasaran antarabangsa dan serantau bagi produk dan perkhidmatan. Inisiatif ini adalah bertujuan untuk menyediakan negara dengan peningkatan aktiviti ekonomi dan menyediakan perkhidmatan dan infrastruktur kepada negara dan rakyat serta memberikan peluang pekerjaan untuk anak-anak tempatan.
Kaola juga menyeru agar sektor awam dan sektor swasta untuk terus berganding bahu dalam meningkatkan lagi usaha-usaha mempelbagaikan aktiviti-aktiviti ekonomi, meningkatkan lagi pelaksanaan projek melalui Public Private Partnership dan meningkatkan lagi usaha untuk menarik lebih banyak Pelaburan Langsung Asing, agar dapat meningkatkan produktiviti negara dan membukakan lebih banyak peluang pekerjaan bagi anak-anak tempatan. Usaha-usaha ini adalah penting bagi mengurangkan kebergantungan pada kerajaan demi kedayatahanan fiskal negara agar kemakmuran dan kesejahteraan yang kita nikmati pada masa ini akan berterusan dan dapat dinikmati oleh generasi-generasi yang akan datang.
Yang Berhormat Yang di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.
Sebelum kaola mengakhiri pembentangan ini, marilah kita sama-sama berdoa agar negara kita akan sentiasa maju, aman dan makmur di bawah kepimpinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan dengan izin ุงููููฐูู ุณูุจูุญูุงูููู ููุชูุนูุงููู jua akan sentiasa menjadi sebuah Negara Zikir dengan penuh keberkatan di bawah perlindungan ุณูุจูุญูุงูููู ููุชูุนูุงููู jua. ุขู ูููู.
Kaola mencadangkan supaya Rang Undang-Undang yang dibentangkan di hadapan kita ini disokong untuk dijadikan satu โUndang-Undang Perbekalan Negara Yang Dikeluarkan Dari Peruntukan Kumpulan Wang Yang Disatukan bagi maksud-maksud yang tertentu, sepanjang Tahun Kewangan 2022/2023โ.
Sekian, ููุจูุงูููู ุงูุชููููููููู ููุงูููุฏูุงููุฉู. ููุงูุณููููุงู ู ุนูููููููู ู ููุฑูุญูู ูุฉู ุงูููู ููุจูุฑูููุงุชููู
Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ
Terima kasih. Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II atas pembentangan Rang Undang-Undang dan kenyataan yang telah diberikan secara komprehensif dan penuh teratur mengenai perancangan-perancangan dan hala tuju peruntukan kewangan negara bagi Tahun Kewangan 2022/2023. Adakah seorang Ahli Yang Berhormat yang ingin untuk menyokong Rang Undang-Undang (2022) Perbekalan, 2022/2023 yang telah dibentangkan tadi.
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeriโ
ุจูุณูู ู ุงูููู ุงูุฑููุญูู ูฐูู ุงูุฑููุญููู ู ุงูุณููููุงู ู ุนูููููููู ู ููุฑูุญูู ูุฉู ุงูููู ููุจูุฑูููุงุชููู Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Saya menyokong sepenuhnya Rang Undang-Undang (2022) Perbekalan, 2022 / 2023 yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II. Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.
Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Rang Undang-Undang yang bergelar: โSatu Akta Untuk Membekalkan Sejumlah Wang Dari Kumpulanwang Yang Disatukan bagi perkhidmatan Tahun Kewangan 2022/2023, untuk memperuntukkan wang tersebut bagi maksud-maksud tertentuโ telah selesai dibentangkan dengan panjang lebar dengan penuh teratur dan komprehensif oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II dan telah pun mendapat sokongan daripada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.
Rang Undang-Undang ini telah dibentangkan dengan cukup jelas dan dengan sebab-sebab serta hala tuju nya sekali oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II. Saya kira tibalah masanya bagi kita memberikan peluang kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat yang suka untuk bertanya atau pun membahaskan Rang Undang-Undang ini.
Walau bagaimanapun, saya ingin mengingatkan bahawa perbahasan ini hendaklah ditumpukan kepada asas dan kelayakannya saja. Biarlah perbincangan, kenyataan-kenyataan itu ringkas dan jelas dan tepat kepada sasarannya.
Sekarang saya ingin menjemput Yang Berhormat Awang Haji Mohimin bin Haji Johari @ Jahari.
Yang Berhormat Awang Haji Mohimin bin Haji Johari @ Jahariโ
Terima kasih. Yang Berhormat Yang Di-Pertua.
ุจุณู
ุงููู ุงูุฑููุญูู
ูฐูู ุงูุฑููุญููู
ุงูุณููููุงู
ู ุนูููููููู
ู ููุฑูุญูู
ูุฉู ุงูููู ููุจูุฑูููุงุชููู
ุงููููููู
ูู ุตูููู ุนูููู ู
ูุญูู
ููุฏู
Yang Berhormat Yang Di-Pertua, kaola membawakan di bawah Tajuk SA09A โ Jabatan Penerangan. Kaola memetik kurnia titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena menyambut Hari Kebangsaan Yang Ke-38 Tahun 2022, yang berbunyi:
โ...dengan menyambut Hari Kebangsaan kita dapat mengenang dan menghargai nilai kemerdekaan termasuk pengorbanan mereka yang bekerja keras untuk kemerdekaan. Seyogia kemerdekaan itu wajar dipelihara oleh sekalian rakyat dan penduduk dengan semangat patriotik yang tinggi, selaku warisan berharga yang berhak dinikmati oleh generasi demi generasi...โ.
Kaola suka mencadangkan supaya usaha ke arah tahap patriotisme kebangsaan yang lebih proaktif dan komprehensif.
Seterusnya di bawah Tajuk SA10A โ Jabatan Perkhidmatan Awam. Seyogia kalau tidak menjadi kesalahan tatacara kenaikan pangkat di sektor awam, dicadangkan Jabatan Perkhidmatan Awam menggalakkan ketua jabatan dan ketua bahagian untuk membuat sokongan kenaikan pangkat kepada pegawai yang sudah berkhidmat 15 tahun yang menunjukkan pencapaian yang baik dan juga menyokong kakitangan dalam Divisyen V kepada Divisyen IV.
Contohnya kakitangan Divisyen V ada yang berkhidmat 20 tahun kerana tidak mempunyai pendidikan cukup tidak dinaikkan ke Divisyen IV, padahal sangat mahir dalam bidang profesi yang dibuatnya. Maka harus juga dilihat kemahiran dan pengalaman di samping semata-mata pendidikan.
Terima kasih. Yang Berhormat Yang Di-Pertua.
Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ
Saya persilakan Yang Berhormat Awang Iswandy bin Ahmad.
Yang Berhormat Awang Iswandy bin Ahmadโ
Terima kasih. Yang Berhormat Yang Di-Pertua.
ุจุณู ุงููู ุงูุฑุญู ู ุงูุฑุญูู ุงูุณูุงู ู ุนูููู ูุฑุญู ุฉู ุงูููู ูุจุฑูุงุชููSaya menyokong sepenuh-penuhnya Rang Undang-Undang (2022) Perbekalan, 2022/2023 yang disampaikan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II tadi.
Saya cuma ingin menyentuh mengenai satu perkara yang mungkin tidak diberi perhatian khusus iaitu perkembangan sukan. Negara telah terbukti dapat menganjurkan sukan bukan saja peringkat nasional seperti renang, bola jaring, bola keranjang dan bola sepak, malah di peringkat serantau seperti Sukan SEA, Hassanal Bolkiah Trophy dan lain-lain lagi, malah sukan non-konvensional juga turut dianjurkan. Penglibatan sukan ini terbukti dapat membantu untuk mengurangkan kebergantungan kitani pada perbelanjaan kesihatan untuk menangani non communicable diseases dan kesihatan mental contohnya.
Sukan sebagai Program Pembangunan Sosial membantu golongan masyarakat yang memerlukan seperti kanak-kanak di luar kawalan, warga emas dan masyarakat di kawasan peringkat akar umbi. Terakhir sekali sukan dapat menyatupadukan masyarakat kitani sepertimana negara kitani bersatu padu menjayakan Sea Games 1999.
Pada Tahun Kewangan 2021/2022 yang dikongsikan oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan semasa permuzakarahan beberapa hari yang lalu. Kebanyakan peruntukan adalah untuk penaiktarafan serta pemeliharaan infrastruktur sukan di samping gaji para kakitangan.
Pada kesimpulannya saya berpendapat sudah perlunya kitani memberikan fokus perbelanjaan yang bersesuaian untuk membina ekosistem negara yang lebih dan impaknya jelas dapat dilihat secara positif bukan saja dilihat dari segi infrastruktur akan tetapi keperluan untuk meningkatkan program pembangunan atlet dan peringkat di bawah umur 12 tahun ke peringkat senior.
Pembangunan Sekolah Sukan serta sukan di institusi-institusi pendidikan seperti inisiatif satu sukan satu pelajar, biasiswa sukan dan dukungan akademik di peringkat pengajian tinggi juga termasuk industri sukan sebagai kerjaya bagi semua pihak. Penjagaan atlet serta bekas-bekas atlet, penganjuran sukan (sports hosting) dan pelancongan sukan sebagai aktiviti menjana pendapatan negara dan lain-lain lagi perkara yang berkaitan.
Sekian sebagai tambahan nilai kepada perkara yang dibahaskan. Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.
Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ
Yang Berhormat Fdr. Ar. Dayang Siti Rozaimeeriyanty binti Dato Seri Laila Jasa Awang Haji Abdul Rahman dipersilakan.
Yang Berhormat Fdr. Ar. Dayang Siti Rozaimeriyanty binti Dato Seri Laila Jasa Haji Abdul Rahmanโ
ุจูุณูู ู ุงูููู ุงูุฑููุญูู ูฐูู ุงูุฑููุญูููู ู Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Saya menyokong juga sepenuhnya Rang Undang-Undang (2022) Perbekalan, 2022/2023 yang disampaikan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II.
Penghargaan yang setinggi-tingginya juga kepada Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang sentiasa memelihara keperluan rakyat terutama sekali kepada negara sedang mengalami kesan yang sangat ketara semasa first wave, second wave dan juga sekarang fasa ketiga.
Kita sedang bergelut dengan cabaran pandemik yang semakin hebat yang ditangani, walaupun negara kita mengalami defisit pihak kerajaan masih bertungkus-lumus memastikan kesejahteraan dan kebajikan rakyat terjaga sehingga kini dengan menyediakan Peruntukan Khas sebanyak $124.52 juta pada tahun ini berbanding pada $20 juta pada tahun lepas.
Tahniah juga kepada Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan atas sumbangan ketara dari sektor-sektor di bawah kawalan pihak kementerian dan pendekatan KDNK negara pada tahun 2022, iaitu sebanyak 1.4 melalui sektor pertanian, perhutanan dan juga perikanan. Walaupun negara masih berhadapan dengan cabaran ekonomi akibat kesan pandemik pada masa ini, kita masih mampu untuk bertahan dan meningkatkan usaha bagi memastikan KDNK dalam keadaan yang memuaskan.
Mengenai perkembangan Rancangan Kemajuan Negara, ุฃูุญูู ูุฏู ูููู, seperti yang dikongsikan melalui titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam mengenai peta jalan RKN yang dikongsikan sebelum ini, akan tetapi saya ingin menarik perhatian pihak Dewan yang mulia ini mengenai Rancangan Kemajuan Negara Ke-11, iaitu pelaksanaannya tidak seperti yang diharapkan, bermula pada tahun 2018 hinggalah 2020 perbelanjaan RKN hanya digunakan sebanyak 29% sahaja. Nampaknya perkembangan RKN-11 sangat perlahan berbanding dengan sasaran yang ingin kita capai pada tahun terakhir RKN-11 nanti. Sepertimana yang telah dikongsikan pada Tahun Kewangan 2021/2022, terdapat 189 projek RKN dan 20 nya sudah pun siap, 13 projek ini ditunda dari RKN-10. Adakah sejumlah nanti projek-projek di RKN Ke-11 ini akan dibawa ke hadapan untuk dilaksanakan bersama Rancangan Kemajuan Negara Ke-12 nanti?
Di samping itu, saya juga mencadangkan supaya mid term review boleh dilakukan ke atas projek-projek Rancangan Kemajuan Negara untuk memantau dan memastikan pada setiap tahun projek-projek RKN akan mencapai sasarannya.
Sekian sahaja dari saya, semoga perkara ini akan dapat diberikan perhatian dengan lebih mendalam lagi dan menjadi salah satu nilai tambah dalam perbincangan kita. Terima Kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.
Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Dengan kenyataan-kenyataan yang telah pun dibuat tadi dalam membentangkan Rang Undang-Undang yang berkenaan nampaknya Ahli-Ahli Yang Berhormat ada yang sudah sedikit out of steam.
Dengan itu saya bercadang ada baiknya kalau kita tangguhkan mesyuarat kita ini dulu dan barangkali kita dapat digest lebih mendalam lagi apa yang telah pun dikemukakan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II. Dengan itu, saya tangguhkan mesyuarat ini dan kita akan balik bermesyuarat lagi ุฅููู ุดูุงุกู ูฑูููููฐูู pada petang ini pukul 2.30 petang.
Sekian,
ููุจูุงูููู ุงูุชููููููููู ููุงูููุฏูุงููุฉูุ ููุงูุณูููุงูู ู ุนูููููููู ู ููุฑูุญูู ูุฉู ุงูููู ููุจูุฑูููุงุชููู(Majlis Mesyuarat ditangguhkan)
(Majlis Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang)
Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ
ุจุณู ุงููู ุงูุฑููุญูู ูฐูู ุงูุฑููุญูููู ู ุงูุณูููุงูู ู ุนูููููููู ู ููุฑูุญูู ูุฉู ุงูููู ููุจูุฑูููุงุชูููAhli-Ahli Yang Berhormat. Pada sebelah pagi tadi kita telah mendengar pembentangan daripada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II berhubung dengan Satu Rang Undang-Undang yang bergelar: โSuatu Akta Untuk Membekalkan Sejumlah Wang Dari Kumpulan Wang Yang Disatukan Bagi Perkhidmatan Tahun Kewangan 2022/2023 dan untuk memperuntukkan wang yang tersebut itu bagi maksud-maksud tertentuโ.
Maka kita telah pun membuka perbahasan mengenai Rang Undang-Undang ini dengan beberapa orang ahli telah memberikan pandangan mereka dan sekarang kita sambung semula perbincangan yang awal itu dengan mempersilakan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Putera Maharaja Dato Paduka Awang Haji Abdul Ghani bin Pehin Datu Pekerma Dewa Dato Paduka Awang Haji Abdul Rahim, silakan.
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Putera Maharaja Dato Paduka Awang Haji Abdul Ghani bin Pehin Datu Pekerma Dewa Dato Paduka Awang Haji Abdul Rahimโ
ุงูุณูููุงูู ู ุนูููููููู ู ููุฑูุญูู ูุฉู ุงูููู ููุจูุฑูููุงุชููู ุจูุณูู ู ุงูููู ุงูุฑููุญูู ูฐูู ุงูุฑููุญูููู ูุงูุญูู
ูุฏู ูููู ุฑูุจูู ุงูุนูุงููู
ูููููุ ููุงูุตูููุงุฉู
ููุงูุณูููุงู
ู ุนูููู ุฃูุดูุฑููู ุงูุฃูููุจูููุงุกู ููุงูู
ูุฑูุณููููููู
ุณููููุฏูููุง ู
ูุญูู
ููุฏู ููุนูููู ุขูููู ููุตูุญูุจููู ุฃูุฌูู
ูุนููููู.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Kaola menyokong penuh Anggaran Belanjawan Rang Undang-Undang P00erbelanjaan Negara bagi Tahun Kewangan 2022/2023. Tahniah kepada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II atas penerangan yang telah diberikan yang penuh komprehensif dan menyeluruh. Sesungguhnya apa Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II utarakan dan paparkan kepada kita semua, sangat-sangatlah jitu dan padu serta menepati apa yang kitani hasratkan untuk menjayakan aspirasi negara khususnya menjayakan Wawasan Brunei 2035.
Tema yang diketengahkan oleh Yang Berhormat Menteri berkenaan berbunyi:
โMemperkasa Kesejahteraan Awam Ke Arah Sosioekonomi Yang Lebih Resilienโ. Ia dipilih tentulah dengan fokus-fokus tertentu dan dari penerangan Yang Berhormat Menteri tersebut, kita melihat satu jangka masa hadapan yang sangat-sangat mengembirakan kerana banyak peruntukan yang bakal disediakan itu akan dapat menangani masalah-masalah ekonomi dan sektor lain-lain di negara kitani.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Kaola sangat tertarik dengan beberapa projek yang akan diberi keutamaan terutamanya dalam projek pertanian seperti industri akuakultur, penanaman padi di Kandol, projek ternakan dan juga projek-projek lain yang pelaksanaannya akan membawa limpahan rahmat dan rezeki kepada rakyat negara ini. Mudah-mudahan perancangan yang telah pun dirancangkan itu akan berjaya diusahakan dengan penuh komitmen dan juga penuh kerjasama dari semua agensi kerajaan secara Whole of Government dan berjaya menukar landskap ekonomi negara ke arah yang lebih maju lagi. Inisiatif-inisiatif baharu untuk menanai penjanaan ekonomi negara mudah-mudahan akan dapat diteruskan dengan penyediaan rang perbelanjaan ini dan perkara-perkara yang berkaitan dengan penjanaan ekonomi ini akan terus berfaedah untuk rakyat dan negara ini terutamanya FDI yang akan diusaha sama dengan DARe ataupun Darussalam Enterprise, semata-mata untuk meningkatkan ekonomi negara.
Akhirnya, koala doakan semoga Negara Brunei Darussalam akan terus maju di bawah kepimpinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dengan izin dan rahmat ุงููู ุณูุจูุญูุงูููู ููุชูุนูุงููู jua. Akhirnya kaola ucapkan terima kasih.
ููุจูุงูููู ุงูุชููููููููู ููุงูููุฏูุงููุฉู ูู ุงูุณููููุงู ู ุนูููููููู ู ููุฑูุญูู ูุฉู ุงูููู ููุจูุฑูููุงุชูููYang Berhormat Yang Di-Pertuaโ
Saya persilakan sekarang Yang Berhormat Awang Haji Tahamit bin Haji Nudin.
Yang Berhormat Awang Haji Tahamit bin Haji Nudinโ
Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.
ุจุณู ุงููู ุงูุฑุญู ู ุงูุฑุญูู ุงูุณูุงู ุนูููู ูุฑุญู ุฉ ุงููู ูุจุฑูุงุชูPenularan wabak COVID-19 telah memberikan kesan kepada keseluruhan aktiviti ekonomi di seluruh negara termasuk sektor penternakan dan ini termasuklah industri ayam. Pelaksanaan beberapa sekatan telah menyebabkan ternakan terpaksa mengehadkan pengoperasian. Hal ini telah menyebabkan penurunan permintaan dan penggunaan telur, sebilangan ahli perniagaan dan pengusaha makanan tempatan.
-
Diminta pihak yang berkenaan menyatakan sejauh manakah penularan wabak COVID-19 di negara ini memberikan kesan pada sektor penternakan telur ayam bagi memastikan bekalan makanan terutamanya bekalan telur domestik sentiasa mencukupi dan terjamin;
-
Kaola minta pihak kementerian menjelaskan mengenai perancangan pembelian ubat antiviral oleh kerajaan. Apakah langkah-langkah yang diambil pihak kerajaan dalam memastikan bekalan ubat antiviral ini akan sentiasa mencukupi.;
-
Kaola minta pihak kementerian menjelaskan mengenai status pembekalan Art Test Kits yang amat diperlukan seiring dengan meningkatnya kes wabak COVID-19 saban hari bagi memastikan kesejahteraan rakyat akan terus terjamin.;
-
Diminta pihak yang berkenaan menyatakan sekiranya ada pihak kerajaan telah melantik ejen bagi membekalkan barangan keperluan asas ke kawasan pedalaman bagi mengelakkan harga barang yang dijual ini tinggi oleh orang tengah.;
-
Kaola minta pihak yang berkenaan bagi menyatakan bilangan pasar tani dan peserta mengikut daerah dan apakah hasil pengeluaran pertanian tempatan dapat menampung keperluan penduduk setakat ini? Apakah langkah-langkah yang diambil pihak kerajaan dalam merancakkan lagi kecukupan bekalan tempatan di semua peringkat daerah?;
-
Kaola minta pihak kementerian yang berwajib menyatakan apakah langkah-langkah kerajaan dalam mengurangkan kebergantungan terhadap import makanan dan seterusnya menjamin keselamatan makanan terutamanya pada masa-masa kecemasan.;
-
Kaola ingin penjelasan dari pihak kementerian bagi menyatakan apakah ada perancangan kementerian dalam menambah baik sistem pembelajaran talian Internet pelajar-pelajar terutamanya yang berada di kawasan pedalaman yang mana menunjukkan terdapatnya isu pencapaian Internet yang boleh menjejaskan proses pembelajaran dan pengajaran melalui talian yang menggunakan Internet. Isu pencapaian Internet ini juga dialami oleh segelintir penduduk yang tinggal di kawasan bandar yang isu Internet lagging terjadi oleh kerana pemakaian ramai orang dalam satu masa di satu tempat,;
-
Kaola minta penjelasan dari pihak kementerian yang berwajib untuk menyatakan adakah perancangan untuk tujuan penghasilan vaksin wabak COVID-19 bagi memastikan keselamatan negara dan juga sebagai persediaan sekiranya berlaku varian baharu. Dengan ini juga mengurangkan pengeluaran pendapatan negara ke luar negeri.;
-
Kaola minta pihak kementerian yang berkenaan menjelaskan berhubung nasib golongan Orang Kurang Upaya selepas habis tempoh tamat pengajian. Adakah peruntukan untuk membina program yang menawarkan peluang pekerjaan dalam sektor kerajaan dalam usaha meningkatkan kredibiliti negara untuk menempuh pengalaman pekerjaan sebenar pada masa akan datang dan dengan pengalaman itu diharapkan boleh meningkatkan kebolehpasaran golongan Orang Kurang Upaya di negara ini,; dan
-
Kaola mencadangkan agar syarikat-syarikat swasta dapat melibatkan diri dalam menyediakan komputer riba atau Internet kepada pelajar yang kurang berkemampuan atau dari kalangan keluarga yang berpendapatan rendah untuk menjalankan tanggungjawab sosial dalam membantu keperluan murid-murid dan para siswazah dengan melihat kepada aspek sesebuah syarikat itu.
Sekian terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.
Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ
Saya persilakan sekarang Yang Berhormat Awang Haji Ramli bin Haji Lahit.
Yang Berhormat Awang Haji Ramli bin Haji Lahitโ
Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.
ุจุณู ุงููู ุงูุฑุญู ู ุงูุฑุญูู ุงูุณูุงู ุนูููู ูุฑุญู ุฉ ุงููู ูุจุฑูุงุชูYang Berhormat Yang Di-Pertua. Kaola merakamkan tahniah yang setinggi-tingginya kepada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II atas pembentangan kertas cadangan Rang Undang-Undang (2022) Perbekalan, 2022/2023 untuk membenarkan pengeluaran sejumlah $5.7 bilion dari Kumpulan Wang Yang Disatukan yang sangat jelas dan komprehensif.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Memandangkan situasi minyak dunia masih pada tahap yang tidak menentu tambahan kesan wabak COVID-19, maka sebagai negara pengeluaran minyak mempengaruhi ekonomi negara ini kerana kejatuhan harga minyak dunia dan penurunan pengeluaran minyak. ุงูููุญูู ูุฏู ูููููฐูู, dari sektor bukan minyak dan gas, ada peningkatan kadar 1%. Walau bagaimanapun, kini fiskal negara masih menghadapi cabaran defisit sejumlah $2.5 bilion iaitu meningkat dari tahun lepas.
Maka kawalan perbelanjaan yang baru dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II tadi kelihatannya masih diteruskan. Bagi menghadapi peningkatan defisit sesuai dengan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muโizzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar โAli Saifuddien Saโadul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Kelapan Belas Majlis Mesyuarat Negara pada 23 Rejab 1443 bersamaan 24 Februari 2022 yang mengingatkan bahawa:
โ...kewangan negara hendaklah dikendalikan dengan berhemah dan berdisiplin serta berdasarkan keutamaan...โ.
Sesungguhnya kaola menyokong penuh Rang Undang-Undang (2022)
Perbekalan, ini kerana ia usaha untuk mengurangkan unjuran defisit belanjawan negara, iaitu bertujuan mewujudkan fiscal space yang cukup agar perbelanjaan kerajaan akan dapat disalurkan kepada projek-projek utama dan perlu sahaja bagi mencapai keseimbangan belanjawan dan memastikan kestabilan fiskal negara.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Dalam pembentangan tadi, Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II menjelaskan beberapa inisiatif yang telah dan akan dilaksanakan sebagai cara negara ini berbelanja secara berhemah dan dirancang iaitu bertemakan: โMemperkasa Kesejahteraan Awam Ke Arah Sosioekonomi Yang Lebih Resilienโ mengikut keutamaan dan keperluan serta berwaspada agar ada ruang yang luas untuk memberi pekerjaan kepada anak-anak tempatan menerusi projek perusahaan dan pelaburan yang mampu menyediakan kepelbagaian ekonomi terutama dalam sektor swasta dan menarik Pelaburan Langsung Asing (FDI) yang sudah pasti membantu perkembangan ekonomi negara.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Rakyat harus bersyukur kerana perbelanjaan masih mengutamakan keperluan kebajikan dan kesejahteraan awam yang berkaitan dengan pendidikan, kesihatan, keagamaan, kebeliaan, kemudahan-kemudahan awam dan membantu golongan Orang yang kurang mampu dan Orang Kurang Upaya serta bantuan kepada pengusaha-pengusaha sektor swasta dan pekerja sendiri yang turut terkesan dengan Covid 19.
Kesimpulan tadi pembentangan cadangan Rang Undang-Undang (2022) Perbekalan, 2022/2023 oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II adalah jelas rakyat dan penduduk negara ini masih dapat menikmati kesejahteraan dan kemakmuran berkat kepimpinan bijaksana Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muโizzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar โAli Saifuddien Saโadul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang sentiasa memeduli rakyat di samping tidak menepikan keperluan dan matlamat penting kerajaan agar penduduk dan negara menikmati segala kemudahan dan inisiatif kerajaan secara berterusan.
Sekian,
ูุจุงููู ุงูุชูููู ูุงููุฏุงูุฉุ ูุงูุณูุงู
ุนูููู
ูุฑุญู
ุฉ ุงููู ูุจุฑูุงุชู
Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ
Saya persilakan Yang Berhormat Awang Ong Tiong Oh.
Yang Berhormat Awang Ong Tiong Ohโ
Terima Kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Kaola menyokong sepenuh-penuhnya Rang Undang-Undang (2022) Perbekalan, 2022/2023 yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II. Kaola menyentuh mengenai satu perkara, iaitu perbekalan semasa secara ad hoc. Sejak gelombang kedua wabak COVID-19 melanda negara kita pada 9 Ogos 2021 kesemua kementerian telah mengambil inisiatif dan langkah-langkah berjaga-jaga untuk melindungi kakitangannya dan menyediakan PPE kit ujian, sanitasi dan sebagainya. Dengan tiadanya penghujung wabak, pembelian berkenaan akan berterusan. Memandangkan juga peruntukan perbelanjaan ini adalah secara ad hoc tidak dirancangkan dalam bajet setiap kementerian, saya ingin mencadangkan agar setiap kementerian membuat bajet untuk perbelanjaan berkaitan dengan wabak COVID-19 dengan membuat perancangan bajet jumlah keseluruhan perbelanjaan kementerian akan membantu Kementerian Kewangan dan Ekonomi dalam merancang secara strategik untuk belanjawan tahun berikutnya. Sekian, Terima Kasih.
Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ
Saya persilakan sekarang Yang Berhormat Awang Haji Abdul Wahab bin Apong.
Yang Berhormat Awang Haji Abdul Wahab bin Apongโ
ุจูุณูู
ู ุงูููู ุงูุฑููุญูู
ูฐูู ุงูุฑููุญูููู
ู
ุงูุณูููุงูู
ู ุนูููููููู
ู ููุฑูุญูู
ูุฉู ุงูููู ููุจูุฑูููุงุชููู Terima Kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kaola menggabungkan diri menyokong Rang Undang-Undang (2022), Perbekalan, 2022/2023 yang disampaikan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II sebentar tadi.
ุงูุญู ุฏ ููู kitani bersyukur dengan bajet bagi Tahun Kewangan 2022/2023 sebanyak $5.7 bilion walaupun ia kurang dari bajet Tahun Kewangan 2021/2022 tapi kaola yakin ia satu langkah penjimatan di samping usaha-usaha lain yang menjana kepada pendapatan negara melalui projek-projek berasaskan value for money. Dalam hal ini kaola ingin mengetahui projek-projek manakah yang terlaksanakan dalam tempoh-tempoh yang lalu dan mendatangkan hasil value for money yang ditekankan pada sesi Majlis Mesyuarat Negara yang lalu. Kaola berpendapat projek-projek berkenaan perlu diambil contoh dan kaedah dan pendekatannya untuk digunakan oleh jabatan dan kementerian berkenaan dalam membelanjakan bajet tahun ini. Kaola percaya hasil pendapatan dari projek-projek sebelumnya dan projek yang akan diungkayahkan bolehlah kitani nilai dari segi kegunaannya untuk masyarakat yang memerlukan serta dan untuk menjana projek kebajikan bagi kesenangan rakyat.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua, kaola juga menyentuh dengan Peruntukan Rampaian yang yang berjumlah $790 juta. Kaola difahamkan jabatan-jabatan berkenaan diperlukan untuk memohon bagi menggunakan peruntukan ini. Usulan kaola supaya kalau dapat cadangan-cadangan yang dihadapkan akan dapat ditunduki dengan berkesan dan cepat dan bukan saja fokus kepada pemintaan projek โ projek tertentu dan berskala besar, juga berbentuk projek value for money dan ia menguntungkan negara dan komuniti dan terutama kepada program-program atau projek yang menjana kepada incubation product, produk-produk ciptaan orang Brunei demi membantu dalam proses pengkomersialan untuk jualan pasaraan domestik dan antarabangsa.
Produk yang kaola maksudkan adalah sebagai contoh produk-produk Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME), 1P1K dan yang berbentuk penyelidikan dari pusat-pusat pengajian tinggi dan produk-produk dan pertandingan CIPTA dan sebagainya. Kaola percaya dengan bantuan kewangan itu nanti, produk-produk ciptaan itu bukan sahaja akan menjadi kebanggaan negara akan tetapi juga akan membantu perkembangan ekonomi negara dan rakyat. Sekian, Terima kasih.
Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ
Saya persilakan Yang Berhormat Fdr. Ar. Dayang Siti Rozaimeriyanty binti Dato Seri Laila Jasa Haji Abdul Rahman.
Yang Berhormat Fdr. Ar. Dayang Siti Rozaimeriyanty binti Dato Seri Laila Jasa Haji Abdul Rahmanโ
Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Kaola memohon sekali lagi untuk mengemukakan soalan bagi tambahan kepada soalan kaola pada sebelah petang tadi. Konsentrasi kaola sedikit terganggu pagi tadi Yang Berhormat Yang Di-Pertua mungkin sebab pembentangan yang sangat komprehensif dan bernas. Kita mengetahui negara telah mula mengalami defisit yang substantif sekian lama setiap tahun bermula tahun 2015 hinggalah 2022 seperti yang dianggarkan kecuali pada tahun 2018.
Saya memahami bahawa beberapa strategi sedang dilaksanakan dan usaha-usaha negara yang tidak putus-putus dalam melaksanakan strategi-strategi tersebut. Namun, melihat kepada keperluan dan kepentingan negara untuk bertindak dan mencapai kemampuan atau sustainability, apakah pilihan lain yang kita ada dan bagaimanakah negara hendak mengatasi isu defisit jangka panjang ini. Negara juga telah mengurangkan perbelanjaan sebanyak yang boleh tetapi kita juga tidak seharusnya menggunakan simpanan negara (reserved fund) kita secara berterusan. Terima Kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.
Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ
Ahli-Ahli Yang Berhormat, Rang Undang-Undang (2022) Perbekalan, 2022/2023 yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II telah juga dibincangkan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat dan sekarang tibalah masa bagi kita untuk mengundi sama ada Rang Undang-Undang ini kita luluskan atau sebaliknya.
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila angkat tangan.
(Semua Ahli mengangkat tangan tanda bersetuju)
Nampaknya semua Ahli Yang Berhormat bersetuju dan Rang Undang-Undang ini diluluskan.
Yang Dimuliakan Jurutulisโ
โSatu Akta Untuk Membekalkan Sejumlah Wang Dari Kumpulan Yang Disatukan Bagi Perkhidmatan Tahun Kewangan 2022/2023 dan untuk memperuntukkan wang yang tersebut itu bagi maksud-maksud tertentuโ.
Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ
Ahli-Ahli Yang Berhormat terdahulu daripada ini tadi Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II telah memberikan notis untuk membuat beberapa kenyataan berhubungan beberapa soalan yang dikemukakan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat. Saya akan memberikan kesempatan kepada Yang Berhormat untuk membuat sedemikian apabila tiba masanya nanti.
Sekarang kita teruskan mesyuarat kita. Rang Undang-Undang (2022) Perbekalan, 2022/2023 akan kita teliti pula satu per satu maka bagi membolehkan perkara ini dilaksanakan saya tangguhkan Persidangan Majlis Mesyuarat Negara dan Majlis ini akan bersidang di Peringkat Jawatankuasa sepenuhnya.
(Majlis Mesyuarat ditangguhkan)
(Mesyuarat bersidang sebagai Jawatankuasa)
Yang Berhormat Pengerusiโ
ุจูุณูู ู ูฑูููููฐูู ูฑูุฑููุญูู ููฐูู ูฑูุฑููุญููู ู Ahli-Ahli Yang Berhormat sekarang Majlis ini bersidang di Peringkat Jawatankuasa sepenuhnya bagi membincangkan Rang Undang-Undang (2022) Perbekalan, 2022/2023 satu per satu yang telah pun dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II.
Yang Dimuliakan Jurutulisโ
Bab 2, Ceraian (1) dan (2).
Yang Berhormat Pengerusiโ
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Sekarang kita membincangkan Bab 2, Ceraian (1) dan (2). Sekiranya ada Ahli-Ahli yang ingin untuk membahaskan, jika tidak ada maka saya ingin bertanya sekarang bagi Ahli-Ahli yang bersetuju supaya Bab 2, Ceraian (1) dan (2) kita luluskan, sila angkat tangan.
(Semua Ahli mengangkat tangan tanda bersetuju)
Yang Dimuliakan Jurutulisโ
Bab 2, Ceraian (1) dan (2) dijadikan sebahagian daripada Jadual.
Yang Berhormat Pengerusiโ
Ahli-Ahli Yang Berhormat, saya telah difahamkan bahawa Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II telah memohon dan berhasrat supaya Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri akan dapat lebih dahulu dibincangkan. Dengan yang demikian, saya ingin mempersilakan Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II untuk menyampaikan penerangannya atau mukadimahnya tentang penyediaan belanjawan kementerian Yang Berhormat itu, silakan Yang Berhormat.
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Luar Negeri IIโ
ุจุณู ุงููู ุงูุฑุญู ู ุงูุฑุญููุงูุณููููุงู ู ุนูููููููู ู ููุฑูุญูู ูุฉู ุงูููู ููุจูุฑูููุงุชููู dan salam sejahtera Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.
Kaola ingin berterima kasih kepada Yang Berhormat Pengerusi kerana memberi peluang bagi kaola menyampaikan mukadimah di Dewan yang mulia pada hari ini. ุฃูููุญูู ูุฏู ูููู bagi Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dengan penuh hormat dan takzim sukacita menyembahkan ucapan menjunjung kasih yang setinggi-tingginya Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muโizzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar โAli Saifuddien Saโadul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atas kurnia titah baginda semasa istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Yang Kelapan Belas, Majlis Mesyuarat Negara pada 24 Februari 2022 yang lalu.
Yang Berhormat Pengerusi. ุฃูููุญูู ูุฏู ูููู juga ingin merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muโizzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar `Ali Saifuddien Saโadul Khairi Waddien Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang menyokong peruntukan sejumlah $127,524,90 bagi Tahun Kewangan 2022/2023 untuk Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri yang disenaraikan seperti yang berikut:
-
Sebanyak $43,75,680.00 untuk Gaji Pegawai-Pegawai dan Kakitangan di dalam dan di luar negeri;
-
Sejumlah $69,516,570.00 untuk Perbelanjaan Berulang-Ulang.; dan
-
Sejumlah $14,931,840.00 diperuntukkan bagi Perbelanjaan Kemajuan.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.
ุงูููุญูู ูุฏู ูููููฐูู Negara Brunei Darussalam telah berjaya melaksanakan tanggungjawabnya sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun lepas dengan tema: "We Care, We Prepare, We Prosper". Keutamaan telah diberikan dalam keselamatan dan kesejahteraan rakyat ASEAN lebih-lebih lagi apabila dunia sedang berhadapan dengan cabaran serantau global yang tidak menentu.
Semasa menjadi Pengerusi ASEAN, Negara Brunei Darussalam telah menghadapi pelbagai cabaran. Salah satu yang paling mencabar adalah penularan wabak COVID-19 termasuk Varian Delta semasa gelombang kedua melanda negara kita pada bulan Ogos tahun lepas. Memandang impak wabak COVID-19meliputi pelbagai aspek kehidupan seperti kesihatan, ekonomi, kesejahteraan dan sebagainya, adalah patut bagi ASEAN untuk mengambil pendekatan yang holistik dalam usaha pemulihan daripada pandemik tersebut. Negara Brunei Darussalam telah mengambil keputusan sewajarnya dalam menangani wabak COVID-19 dengan melaksanakan sekatan perjalanan yang ketat sambil berusaha untuk meningkatkan peratus vaksinasi di negara ini.
Dalam hal ini, negara kita tidak bersendirian dalam menghadapi wabak COVID-19. Ini terbukti dengan bantuan dan kerjasama yang diterima dari beberapa negara termasuklah Australia, China, Jepun, Malaysia dan Singapura yang telah menyumbangkan vaksin kepada Negara Brunei Darussalam. Ada juga rakan-rakan lain yang memberi bantuan dalam memudahkan proses untuk mendapatkan vaksin serta memberi sumbangan barang peralatan perubatan dan usaha membantu negara ini menangani penularan wabak COVID-19.
Kaola dalam kesempatan ini, ingin mengucapkan terima kasih kepada semua negara rakan yang telah membantu. Semoga kerjasama baik ini terus terjalin dengan erat pada masa akan datang. Bantuan seperti ini adalah satu manifestasi hubungan yang akrab dan kerjasama dua hala yang aktif antara Negara Brunei Darussalam dengan negara-negara serantau berasaskan nilai โberat sama dipikul ringan sama dijinjingโ.
Selain itu, deliverables Negara Brunei Darussalam juga telah mengambil kira keutamaan-keutamaan negara ini khususnya usaha-usaha ke arah pelaksanaan Wawasan Brunei 2035 seperti pembangunan ekonomi yang mampan, persediaan untuk mengatasi cabaran masa hadapan serta membina keupayaan golongan belia supaya sebagai pengganti dan ketua pada masa hadapan.
Dalam masa yang sama di peringkat ASEAN, Negara Brunei Darussalam telah mengetengahkan pelbagai usaha bagi proses pemulihan dari wabak COVID-19 terutama dalam meningkatkan pembangunan komuniti ASEAN antaranya ialah mendapatkan persetujuan negara ASEAN untuk menggunakan dana sejumlah US$10.5 juta daripada wabak COVID-19 ASEAN Response Fund bagi mendapatkan vaksin wabak COVID-19 untuk setiap negara ASEAN termasuk Brunei melalui kerjasama dengan United Nations Children Fund (UNICEF).
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.
Negara Brunei Darussalam juga telah mengetengahkan satu inisiatif yang dinamakan Bandar Seri Begawan Declaration on the Strategic and Holistic Initiative To Link ASEAN Responses To Emergency And Disaster (ASEAN SHIELD). Inisiatif seperti ini bertujuan memperkukuhkan penyelarasan antara badan-badan sektor ASEAN di peringkat serantau dan badan-badan agensi kerajaan di peringkat kebangsaan. Sehubungan dengan itu, ASEAN SHIELD diharapkan akan meningkatkan tindak balas yang cepat dan berkesan dalam menangani pelbagai situasi kecemasan dan menjana pada masa akan datang. Negara Brunei Darussalam juga telah mengambil inisiatif untuk memajukan kepentingan kerjasama dalam menangani pelbagai isu antaranya ialah isu kesihatan mental yang semakin menjadi-jadi di merata tempat lanjutan lockdown berkali-kali, quarantine order dan dengan pengasingan diri akibat wabak COVID-19.
Dengan terhasilnya EAS Leadersโ Statement On Mental Health Cooperation yang diluluskan semasa Sidang Kemuncak Asia Timur Ke-16 pada tahun lepas, Negara Brunei Darussalam telah mengajur EAS Workshop On Mental Health cooperation in the COVID-19 Recovery bersama Australia. Workshop tersebut telah mengongsikan pengalaman dan amalan terbaik mengenai penggubalan dan pelaksanaan dasar berkaitan dengan kesihatan mental yang masih mendapat kurang perhatian di peringkat serantau mahupun antarabangsa.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.
Untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran setiap negara pada masa jangka panjang persediaan mesti bermula pada peringkat awal untuk melahirkan golongan belia yang dinamik, berdaya saing dan mempunyai pengetahuan dan relevan serta berani dan bersedia menghadapi cabaran isu-isu semasa pada masa yang akan datang.
Sehubungan dengan itu, Negara Brunei Darussalam telah melaksanakan satu inisiatif yang dinamakan ASEAN Junior Fellowship Programme, yang mana program ini akan menyumbangkan kepada peningkatan kapasiti dan pengetahuan secara menyeluruh bagi pegawai-pegawai baharu dari setiap negara ASEAN melalui penempatan di Sekretariat ASEAN di Jakarta, Indonesia. Bagi menunjukkan komitmen ke arah memajukan pembangunan Komuniti ASEAN, Negara Brunei Darussalam akan menyumbang dana sejumlah $100,000.00 setiap tahun untuk 10 tahun akan datang.
Apabila kita melabur dalam golongan belia melalui program-program seperti ini, mereka akan menghargai kepentingan setia kawan dan persefahaman ke arah menjamin keamanan di rantau ini pada masa akan datang. Ini adalah salah satu pengajaran yang harus diterapkan dengan mendalam pada generasi zaman muda sekarang kerana dengan pemahaman ini kita dapat menjaga keharmonian dan keamanan pada masa akan datang. Selain itu, rakyat Negara Brunei Darussalam boleh memanfaatkan biasiswa-biasiswa yang ditawarkan menerusi kerjasama ASEAN seperti Australia for ASEAN Scholarship bermula pada tahun lepas dalam lingkungan 10 scholarship telah ditawarkan dalam jurusan maritim, ekonomi, connectivity dan kerjasama pembangunan.
Ini adalah salah satu hasil daripada usaha Negara Brunei Darussalam dalam mengeratkan hubungan ASEAN dengan Australia khususnya di bawah Comprehensive Strategic Partnership. Dari segi pembangunan kapasiti negara pula, Negara Brunei Darussalam boleh memanfaatkan kepakaran-kepakaran China dalam pelbagai bidang teknikal iaitu melalui persetujuan kerjasama teknikal antara ASEAN dan China untuk meningkatkan kapasiti tempatan dan memenuhi keperluan sumber tenaga manusia. Ini juga merupakan hasil daripada usaha Negara Brunei Darussalam dalam mengeratkan hubungan ASEAN-China sehingga terjalinnya Comperhensive Strategic Partnership pada tahun lepas. Selain itu, ASEAN juga telah mengalu-alukan United Kingdom sebagai rakan dialog baharu yang pertama dalam tempoh dua dekad. Status rakan dialog ini akan merintis ke arah kerjasama yang lebih erat antara negara ASEAN dan United Kingdom.
ุฃูุญูู ูุฏู ุงูููู Negara Brunei Darussalam dan United Kingdom juga pada tahun lepas telah menubuhkan dialog strategik. Ini sudah pasti akan mengeratkan hubungan baik terutamanya dalam bidang-bidang yang United Kingdom mempunyai kepakaran dan sumber-sumber yang boleh dimanfaatkan oleh Negara Brunei Darussalam seperti pendidikan tinggi, pelancongan, teknologi dan sains.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.
Dari sudut ekonomi Negara Brunei Darussalam boleh mengambil peluang untuk meningkatkan aktiviti-aktiviti perdagangan dan pelaburan melalui perjanjian Regional Comprehensive Economic Partnership (RCEP) yang telah mula berkuatkuasa 01 Januari lepas. Sebagai kesepakatan perdagangan terbesar di dunia, RCEP ini membawa potensi yang amat besar bagi perdagangan serantau termasuk menggalakkan kemudahan perdagangan dan pelaburan global. Kaola juga sukacita memaklumkan bahawa ASEAN bersetuju bagi ASEAN Travel Corridor Arrangement Framework yang akan memudahkan perjalanan antara negara ASEAN, terutamanya dalam fasa pemulihan fasa COVID-19. Selain itu, pelbagai usaha lain juga telah diluluskan antaranya ialah ASEAN Leadersโ Declaration On Upholding Multilateralism dan ASEAN Leadersโ Declaration On Blue Economy. Kesemua inisiatif ini bertujuan untuk menyumbangkan kepada menegakkan sistem antarabangsa berasaskan peraturan dan dalam menggalakkan keamanan, kestabilan dan kemampanan antarabangsa sepertimana termaktub dalam piagam United Nation.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.
Awalnya โpohon yang besar bermula dari sebiji benihโ, ini adalah satu kata utama. Begitu juga dengan asas dasar luar Negara Brunei Darussalam yang berawal dari titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 1 Januari 1984. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam antara lainnya menitahkan bahawa Negara Brunei Darussalam akan bekerjasama dengan semua rakan untuk mencapai keamanan kemajuan ekonomi dan persahabatan dengan negara-negara lain. Atas dasar kesaksamaan saling menghormati kedaulatan dan integriti wilayah dan atas prinsip-prinsip tidak campur tangan dalam hal-ehwal negara lain.
Sehubungan dengan itu, Negara Brunei Darussalam telah mengamalkan dasar luar negara yang berpandukan kepada prinsip berbaik-baik saling memahami dan tidak mencampuri hal ehwal dalaman negara lain. Bagi memastikan kedaulatan dan kepentingan negara terus dihormati dan terpelihara, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri juga akan terus berusaha menjaga kepentingan keselamatan negara menerusi dasar-dasar ini di samping meningkatkan dan mengenal pasti bidang-bidang kerjasama dengan negara-negara luar untuk mencapai manfaat bersama serta menaikkan imej negara dalam arena antarabangsa.
Usaha ini diharap akan terus menyumbang keselamatan kesejahteraan dan pembangunan negara yang berterusan. Keutamaan juga diberikan kepada dialog perundingan rapat dengan negara lain dalam menyelesaikan isu serta memupuk pemuafakatan dalam kalangan semua pihak yang berkenaan.
Pendekatan Negara Brunei Darussalam adalah untuk melibatkan negara-negara lain secara aman dan constructive dengan matlamat untuk mempromosikan muhibah dan mendapatkan kaedah-kaedah bersama. Kaola percaya semua komitmen ini selaras dengan konsep Melayu Islam Beraja.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.
Salah satu peranan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri adalah menjadi focal point antara agensi-agensi kerajaan Negara Brunei Darussalam dengan pejabat-pejabat perwakilan luar negeri di Bandar Seri Begawan ataupun sebaliknya. Sebagai focal point ini, membolehkan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri untuk mempertingkatkan lagi kerjasama dengan negara-negara yang lain, ia juga memberi Kementerian ini gambaran keseluruhan strategik yang membolehkan kementerian ini untuk memberi pandangan yang constructive kepada kementerian-kementerian yang lainnya. Ini selaras dengan Whole Of Nation Approach yang tanggungjawab kementerian ini untuk menjalankan hubungan dengan negara-negara lain termasuk perkara yang berkaitan dengan hubungan politik, hal ehwal ekonomi, hal keselamatan dan mempromosikan hubungan sosio dan budaya.
Melalui pejabat-pejabat perwakilan di luar negara, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri akan bertindak terhadap situasi kecemasan yang boleh membahayakan keselamatan rakyat Negara Brunei Darussalam di luar negara seperti bencana alam, kekacauan orang awam ataupun perang dan penularan pandemik COVID-19 seperti yang kita alami sekarang.
Seperti kaola pernah terangkan pada tahun-tahun lepas, kaola ingin menyatakan bahawa bagi semua rakyat dan penduduk tetap Negara Brunei Darussalam di luar negara atau bagi mereka yang ingin ke luar negara untuk mendaftarkan diri dalam sistem e-Register di laman web Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri ataupun dengan pejabat perwakilan Negara Brunei Darussalam di luar negara. Sistem ini akan memudahkan pihak-pihak pejabat perwakilan Negara Brunei Darussalam untuk berhubung dengan mereka semasa keadaan kecemasan di mana mereka berada. Dengan adanya maklumat berkenaan, pihak Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan pejabat-pejabat perwakilan Negara Brunei Darussalam akan dapat menghubungi rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam bagi memastikan kesejahteraan, kesihatan dan keselamatan mereka.
Maklumat tersebut juga akan membantu Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan pejabat-pejabat perwakilan Negara Brunei Darussalam menghubungi ahli keluarga yang berkenaan yang berada di Negara Brunei Darussalam jika diperlukan.
Maka akhirnya kaola ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada semua duta besar dan pesuruhjaya tinggi serta kedutaan, suruhanjaya tinggi Negara Brunei Darussalam di setiap pejabat perwakilan di luar negara atas khidmat bakti mereka sebagai barisan hadapan negara ini di luar negara.
Sekian sahaja yang dapat kaola sampaikan.
ูุจุงููู ุงูุชูููู ูุงููุฏุงูุฉ. ู ุงูุณูุงู ุนูููู ูุฑุญู ุฉ ุงููู ูุจุฑูุงุชูYang Berhormat Pengerusiโ
Ahli-Ahli Yang Berhormat, sebentar tadi kita telah pun mendengar penerangan daripada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II mengenai penyediaan Belanjawan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri. Ada tiga orang ahli Yang Berhormat yang suka untuk menyuarakan cadangan mengenai dengan tajuk ini. Saya persilakan sekarang Yang Berhormat Awang Iswandy bin Ahmad.
Yang Berhormat Awang Iswandy bin Ahmadโ
Yang Berhormat Pengerusi, saya menarik diri dari menyuarakan kerana sudah pun diterangkan dengan baik oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II tadi. Terima kasih.
Yang Berhormat Pengerusiโ
Yang Berhormat Pengiran Haji Ali bin Pengiran Maon.
Yang Berhormat Pengiran Haji Ali bin Pengiran Maonโ
ุจุณู
ุงููู ุงูุฑุญู
ู ุงูุฑููุญูููู
ู
ุงููุญูู
ูุฏู ูููู ุฑูุจูู ุงููุนูุงููู
ูููููุ ููุงูุตูููุงูุฉู
ููุงูุณูููุงูู
ู ุนูููู ุฃูุดูุฑููู ุงูุฃูููุจูููุงุกู ููุงููู
ูุฑูุณููููููู
ุณููููุฏูููุง ู
ูุญูู
ููุฏู ููุนูููู ุขูููู ููุตูุญูุจููู ุฃูุฌูู
ูุนููููู.
ุงูุณูููุงูู ู ุนูููููููู ู ููุฑูุญูู ูุฉู ุงูููู ููุจูุฑูููุงุชููู dan salam sejahtera.
Yang Berhormat Pengerusi, yang pertama tahniah kepada Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri atas peruntukan yang telah diperuntukkan sebanyak $127,524,090 dan juga mempengerusikan anggota-anggota negara-negara ASEAN pada tahun lepas dengan jayanya, tahniah. Yang Berhormat Pengerusi, kaola terus sahaja kepada satu soalan. Kita juga ada mengikuti perkembangan berita luar negara, yang kita telah sedia maklum mengenai adanya negara-negara luar, yang sudah mengumumkan terhadap penarikan balik dan kelonggaran beberapa langkah kawalan pandemik di negara masing-masing yang setentunya bertujuan menggalakkan dan membukakan perjalanan dan pergerakan orang ramai dan menghidupkan ekonomi mereka.
Negara Brunei Darussalam sejak Januari 2022 sedang melalui fasa awal endemik, dan apabila sampai waktunya jua nanti, Negara Brunei Darussalam ุฅููู ุดูุงุกู ุงูููู juga akan mempertimbangkan perjalanan keluar masuk dengan lebih meluas ke arah menjalani norma-norma kehidupan yang baharu.
Kaola ingin mengetahui sejauhmana perancangan pihak Kementerian Luar Negeri dalam memantau Standard Operating Procedure (SOP)
di perwakilan-perwakilan kitani di luar negeri bagi memantau dan memastikan kesejahteraan warganegara Brunei Darussalam semasa keberadaan mereka di luar negeri sekiranya mengalami antaranya rawatan akibat jangkitan teruk serta menangani situasi-situasi yang melibatkan ุชูุนููููุฐูููุงุจูุงูููู ู ููู ุฐูููู kematian warganegara Brunei Darussalam yang disebabkan oleh jangkitan wabak COVID-19 dan menghendaki proses pemulangan jenazah ke tanah air menurut garis panduan negara tuan rumah berkenaan. Itu saja Yang Berhormat Pengerusi. Terima kasih.
ููุจูุงูููู ุงูุชููููููููู ููุงููููุฏูุงููุฉู ุ ููุงูุณููููุงู ู ุนูููููููู ู ููุฑูุญูู ูุฉู ุงูููู ููุจูุฑูููุงุชูููYang Berhormat Pengerusiโ
Silakan Yang Berhormat.
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Luar Negeri IIโ
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi, Yang Berhormat mengenai hal ehwal kesejahteraan dan keselamatan setiap kakitangan di kedutaan ataupun suruhanjaya kitani di luar negeri. Adalah menjadi keutamaan yang penting (top priority) kerana sepertimana kaola/peramba nyatakan tadi, mereka ini adalah frontliner tetapi di luar negeri. Kalau mengikut ceritanya, pada tahun lepas, keutamaan arahan yang pertama diberikan kepada mission ialah untuk mendapatkan vaccination kerana mereka mendapatkan vaksin lebih awal daripada kitani. Seawal-awal bulan April tahun lepas.
Jadi semua mission telah diarahkan untuk mengambil mana-mana vaksin yang ditawarkan oleh negara-negara yang mereka duduki. Kedua, selain itu mereka juga diarahkan untuk memakai dan melaksanakan SOP sepertimana kita laksanakan di negara ini menurut SOP Kementerian Kesihatan, seperti penjarakan, memakai sungkup muka dan menjauhi dari kawasan keramaian orang. Di samping itu juga, dilaksanakan Business Continuity Plan semasa sebelum mereka mendapatkan vaksinasi yang penuh dan pada masa ini memandangkan semua kakitangan di suruhanjaya dan kedutaan di luar negeri sudah mendapatkan vaksinasi mereka yang kedua, dan seterusnya ada yang mendapat booster, maka tatacara kerja dipermudahkan sedikit, tetapi masih dengan SOP seperti sungkup muka dan penjarakan sosial.
Sekiranya ada kes-kes yang teruk dan yang mengakibatkan kehilangan nyawa, maka kementerian menerusi usaha-usahanya akan memandikan jenazah secara laju dan awal tertakluk kepada permintaan daripada pihak keluarga. Ini pernah berlaku pada tahun lepas, seperti kembalinya ke rahmatullah Duta Besar di Mesir. ุงูููุญูู ูุฏู ูููููฐูู semuanya selesai dilaksanakan. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusiโ
Terima kasih Berhormat Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II. Saya persilakan Yang Berhormat Awang Haji Ramli bin Haji Lahit.
Yang Berhormat Awang Haji Ramli bin Haji Lahitโ
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
ูฑููุญูู ูุฏู ููููููฐูู, lebih dahulu kaola merakamkan ucapan penghargaan dan tahniah yang setinggi-tingginya atas pembentangan mukadimah oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II. Dalam Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri iaitu di bawah Tajuk SC01A dengan jumlah peruntukan $112,592,250 iaitu khusus untuk Akaun 1114-002 - Pengubahsuaian Pejabat Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Bubungan Dua Belas, yang mempunyai Anggaran Belanjawan 2022/2023 berjumlah $951,840.00 sahaja dengan Harga Rancangan RKN-11, $4 juta. Kaola ingin tahu akan perancangan dasar khususnya Bubungan Dua Belas sahaja, iaitu mengenai pengisian dan kepentingan untuk perkongsian dengan orang awam, mungkin juga maklumat sejarah atau ada perkara lain yang boleh menarik minat orang ramai berkunjung ke Bangunan Bubungan Dua Belas ini kerana dari segi nama bangunan sahaja ia sangat unik. Jadi diharap ada pemberigaan dalam dan luar negara mengenai keunikan bangunan ini. Sekian sahaja terima kasih.
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Luar Negeri IIโ
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi dan Yang Behormat atas pertanyaan yang diajukan. Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, Bubungan Dua Belas memanglah merupakan salah satu landmark ataupun tempat bersejarah dan pihak kementerian memang dari awal sudah mengetahui dan mengambil maklum mengenai perkara ini. Jadinya, pada masa ini kerja-kerja membaik pulih telah selesai dilaksanakan dan pihak kementerian sedang berunding dengan pihak Kementerian Kewangan dan Ekonomi untuk memajukan tapak tersebut dari segi komersial tertakluk kepada tawaran-tawaran yang dapat diterima ataupun interest dari pihak-pihak swasta yang bila diterima setelah ia dibuka dengan cara-cara yang disediakan. Pada masa ini syarat-syarat tersebut sedang didevelop supaya ia lebih tulus untuk menarik pelabur-pelabur dari pihak swasta. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusiโ
Terima kasih Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II atas jawapan yang telah diberikan. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekarang saya kira sudah sampai masanya bagi kita untuk mengundi. Ahli-Ahli bersetuju supaya tajuk ini kita luluskan. Sila angkat tangan.
(Semua Ahli mengangkat tangan tanda bersetuju)
Yang Berhormat Pengerusiโ
Terima kasih, semuanya bersetuju.
Yang Dimuliakan Jurutulisโ
Tajuk SC01A - Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dijadikan sebahagian daripada Jadual. Tajuk SA01A hingga Tajuk SA10A Jabatan Perdana Menteri.
Yang Berhormat Pengerusiโ
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kita sekarang akan membincangkan Jadual bagi Jabatan Perdana Menteri dan jabatan-jabatan di bawahnya. Sebelum saya membukakan tajuk ini dibahaskan dan dibincangkan, ada terdapat 5 buah jabatan di bawah Jabatan Perdana Menteri di bawah kategori jabatan-jabatan yang dikatakan tertutup, iaitu Biro Kawalan Narkotik, Biro Mencegah Rasuah, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri, Pasukan Polis Diraja Brunei dan Jabatan Penyelidikan Brunei. Oleh sebab jabatan-jabatan ini berkaitan langsung dengan hal-ehwal strategik keselamatan negara, isu-isu yang akan dibincangkan mungkin perkara-perkara yang sensitif dan tidak bersesuaian untuk dibincangkan secara terbuka maka tidak perlu dibincangkan di Dewan ini. Walau bagaimanapun, saya membukakan kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat untuk membahaskan tajuk-tajuk di bawah Jabatan Perdana Menteri, ini kemudian saya ingin memberikan peluang kepada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II untuk membuat kenyataan tentang penyediaan Belanjawan serta hala tuju Jabatan Perdana Menteri.
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi IIโ
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
ุจูุณูู ู ุงูููู ุงูุฑููุญูู ูฐูู ุงูุฑููุญูููู ูุงูููุญูู
ูุฏู ูููู ุฑูุจูู ุงููุนูุงููู
ูููููุ ููุงูุตููููุงุฉู
ููุงูุณููููุงู
ู ุนูููู ุฃูุดูุฑููู ุงููุฃูููุจูููุงุกู ููุงููู
ูุฑูุณููููููู
ุณููููุฏูููุง ู
ูุญูู
ููุฏู ููุนูููู ุขูููู ููุตูุญูุจููู ุฃูุฌูู
ูุนููููู.
Yang Berhormat Pengerusi. Sebelum jawatankuasa ini membincangkan Belanjawan Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan-Jabatan di bawahnya kaola ingin memohon keizinan Yang Berhormat Pengerusi untuk mengongsikan secara am tumpuan dan keutamaan Jabatan Perdana Menteri bagi Tahun Kewangan 2022/2023. Ia bertujuan memandu perbincangan supaya lebih fokus dan terarah kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan hal-ehwal belanjawan yang akan dibincangkan. Belanjawan Jabatan Perdana Menteri dirangka bagi mendukung tema Belanjawan 2022/2023 iaitu: "Memperkasa Kesejahteraan Awam Ke Arah Sosioekonomi Yang Lebih Resilienโ serta empat keutamaannya iaitu: Memelihara Kesejahteraan Awam, Menjamin Sekuriti Makanan, Mendukung dan Membantu Sektor Swasta Agar Berdaya Tahan dan Berkembang dan Meningkatkan Kompetasi Sumber Manusia Ke Arah Work And Future Ready.
Yang Berhormat Pengerusi. Seperti juga Rang Belanjawan 2022/2023 yang dibentangkan oleh kaola sendiri pada sebelah pagi tadi secara umumnya rang tersebut adalah pada menjunjung tinggi hasrat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan kerajaan baginda dalam mengukuhkan kemajuan dan kedayatahan sosioekonomi negara demi menjamin kesejahteraan rakyat dan penduduk dan keamanan Negara Brunei Darussalam dalam jangka masa panjang. Ke arah itu berdasarkan tema dan empat fokus utama Belanjawan Negara Tahun Kewangan 2022/2023, Jabatan Perdana Menteri menyejajarkan sasaran keberhasilan strategik yang menumpukan kepada lima matlamat strategik Jabatan Perdana Menteri seperti yang berikut:
-
Urus Tadbir yang Berdaya Maju.
Jabatan Perdana Menteri mempunyai peranan utama dalam memastikan urus tadbir kerajaan yang mantap dan berkesan melalui pengukuhan koordinasi dan kerjasama dalam penggubalan dasar selaras dengan pendekatan Whole of Government.Beberapa inisiatif telah dan sedang dilaksanakan dalam mengukuhkan mekanisme urus tadbir dalam kerajaan antaranya termasuk memantapkan pelaksanaan Wawasan Brunei 2035 melalui penubuhan Jawatankuasa Kerja Wawasan Brunei 2035 dan melaksanakan penyelarasan antara Manpower Blueprint, Social Blueprint dan Economic Blueprint dalam meneliti dan memantau perkembangan Wawasan Negara Brunei Darussalam.
Sesi perbincangan dan pendekatan bersama setiap kementerian, agensi-agensi kerajaan dan pihak-pihak berkepentingan terus diadakan dan dipertingkatkan melalui pelan komunikasi. Usaha diteruskan bagi memperkesankan pemberigaan wawasan bagi memastikan kefahaman dan penghayatan yang mendalam dalam setiap lapisan masyarakat termasuk ketua-ketua kampung dan penuntut-penuntut bagi sama-sama menjayakan Wawasan Brunei 2035.
Di samping itu, kaedah komunikasi yang lebih berkesan sentiasa dipertingkatkan dan diterokai selaras dengan kemajuan era digital masa ini dengan mengambil kira pandangan orang awam dan pihak-pihak berkepentingan termasuk Ngoโs, pihak swasta dan golongan belia.
Memperbaiki aliran proses kerja pengurusan sumber tenaga manusia, perkhidmatan awam dengan pengenalan sistem Sumber Manusia (SSM). Projek ini dikendalikan bersama oleh Pusat Kebangsaan e-Kerajaan, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan Jabatan Perbendaharaan, Kementerian Kewangan dan Ekonomi. Sistem yang diintigerasi dengan Sistem Tafis 2.0 akan dapat menambah baik pengalaman pengguna atau user experience kepada pengguna dari awal lantikan hingga tamat perkhidmatan. SSM juga mengelakkan duplikasi proses serta memudahkan lagi perkhidmatan-perkhidmatan berkaitan seperti elaun-elaun dan perkhidmatan kewangan yang lain.
Pemantauan jawatan-jawatan kosong dalam perkhidmatan awam giat diusahakan dengan mengadakan sesi perjumpaan bilateral bersama Setiausaha-Setiausaha Tetap setiap kementerian untuk mengenal pasti common issue dalam proses pengisian jawatan kosong. Inisiatif ini ุฅููู ุดูุงุกู ูฑูููููฐูู akan dapat menangani isu-isu pengisian jawatan yang setentunya akan menyumbang kepada produktiviti dan pembangunan kapasiti perkhidmatan awam.
Setakat 19 Februari 2022 daripada sejumlah 454 jawatan Divisyen 1 yang kosong dan di bawah pemantauan sebanyak 140 jumlah jawatan kosong dalam Divisyen 1 telah diisikan melalui sokongan ke Jabatan Perkhidmatan Awam.
Manakala 26 jawatan diisikan melalui sokongan ke Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Secara keseluruhan bagi semua division jawatan pula sebanyak 2,380 jawatan telah selesai diisikan dari 1 Januari 2021 hingga 31 Januari 2022.
Dalam usaha meningkatkan akauntabiliti dan tadbir urus, agensi-agensi kerajaan, Jabatan Audit berterusan melaksanakan inisiatif-inisiatif antaranya sesi perkongsian dan dialog mengenai penemuan-penemuan audit bersama pihak kementerian dan jabatan serta pengendalian kursus audit.
Dalam pada itu, Jabatan Perdana Menteri bersama Jabatan Audit juga sedang mengemas kini Surat Keliling Jabatan Perdana Menteri mengenai penubuhan Unit Audit Dalaman di kementerian dan jabatan kerajaan dalam hasrat untuk memperkukuh-kan lagi makanisme dan sistem pemantauan, kawalan-kawalan dalaman serta check and balance di setiap kementerian dan jabatan kerajaan.
Di samping pelaksanaan pengukuhan urus tadbir, perkhidmatan-perkhidmatan awam terus diberi tumpuan terutamanya dalam melancarkan penyampaian perkhidmatan kepada orang awam pada waktu langkah-langkah kawalan penggerakan diadakan berikutan pandemik COVID-19. Antara contoh termasuk Suruhanjaya Perkhidmatan Awam meneruskan pengendalian ujian dan temu duga bagi jawatan-jawatan kosong secara dalam talian.
Penggubalan Undang-Undang Mahkamah Sivil telah membolehkan perbicaraan diadakan secara maya. Institut Perkhidmatan Awam terus menawarkan kursus-kursus latihan pembangunan bagi warga perkhidmatan awam secara dalam talian.
Beberapa kursus celik undang-undang juga telah dikendalikan oleh Bahagian Keselamatan Pengkuatkuasaan dan Undang-Undang bersama Pejabat Peguam Negara dan Jabatan Kehakiman Negara.;
- Keselamatan dan Kestabilan Negara.
Di bawah matlamat ini Jabatan Perdana Menteri menumpukan kepada menyediakan persekitaran kondusif bagi pembangunan sosial ekonomi dengan mengukuhkan keselamatan dan kestabilan negara melalui penguatkuasaan yang cekap, undang-undang yang sentiasa relevan dan sistem keadilan yang berkesan.
Antara usaha yang dilaksanakan ialah Rancangan Strategik Pejabat Peguam Negara tahun 2021/2023 yang memfokuskan mempertingkatkan pengurusan sumber tenaga manusia dan mempercepatkan penerimaan pakai teknologi undang-undang bagi mempertingkatkan tahap perkhidmatan perundangan yang efisien, inovatif dan tegas.
Kualiti penghakiman di Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah turut diberi perhatian bagi memastikan sistem keadilan yang kukuh dan berintegriti. Dalam perkara ini Mahkamah Sivil telah menubuhkan unit In House Judicial Training, manakala Mahkamah Syariah mengendalikan program-program Human Capacity Building bagi Pegawai-Pegawai Kehakiman dan warga Mahkamah Syariah.
Latihan-latihan kompetensi secara berterusan kepada pegawai dan kakitangan kehakiman dan mahkamah seperti ini akan dapat memelihara kualiti pemberian perkhidmatan dalam undang-undang dan kehakiman yang sentiasa pada tahap yang tinggi.
Dari aspek kesiapsiagaan agensi-agensi keselamatan, kapasiti dan keupayaan tenaga kerja keselamatan dan penguatkuasaan khususnya Pasukan Polis Diraja Brunei telah dipertingkatkan seperti pengambilan Pegawai Kadet, Inspektor Percubaan squad dan Rekrut Polis Tambahan (APO).
Di samping itu, ke arah pengukuhan keupayaan dan kapasiti serta khidmat Pasukan Polis Diraja Brunei, beberapa projek sedang dikendalikan atau dalam perancangan seperti pembinaan Balai Polis Temburong, penubuhan Akademi Pasukan Polis Diraja Brunei, pembinaan Kem Pangkalan di sempadan negara dan pembinaan Jeti Polis Marin Pasukan Polis Diraja Brunei.
Dalam pada itu agensi-agensi keselamatan dan penguatkuasaan di bawah Jabatan Perdana Menteri iaitu Pasukan Polis Diraja Brunei, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri, Biro Mencegah Rasuah, Biro Kawalan Narkotik akan terus berganding bahu dan bekerjasama rapat dalam meningkatkan usaha-usaha mereka ke arah melindungi rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam dari ancaman-ancaman keselamatan dan trend-trend jenayah seperti kegiatan subversif, penyeludupan dan pengedaran dadah.
Dalam hal ini penglibatan orang ramai juga memainkan peranan yang penting sebagai mata, telinga dan lidah kerajaan dalam kerjasama untuk mencegah dan membanteras kegiatan jenayah khususnya di peringkat masyarakat.;
- Kesiapsiagaan Kerajaan. Jabatan Perdana Menteri juga memberi kepentingan kepada jalinan dan hubungan kerjasama yang kukuh antara agensi-agensi kerajaan serta pengupayaan dan pengurusan tenaga kerja dan aset-aset kerajaan.
Penekanan dan usaha yang dilaksanakan termasuk dalam memastikan kesinambungan fungsi-fungsi utama kerajaan khususnya dalam menghadapi situasi pandemik COVID-19. Jabatan Perdana Menteri telah memainkan peranan pentng dalam menyelaras dasar-dasar kerajaan di bawah Pelan Pemulihan Kebangsaan wabak COVID-19.
Perkara ini merupakan usaha secara Whole Of Nation Approach and Whole Of Government Approach dengan penglibatan setiap kementerian di peringkat jawatankuasa pandu dan juga 8 buah taskforce yang ditubuhkan untuk meneliti pemulihan perniagaan atau Business Recovery, Strategi kesihatan, hal-ehwal kesejahteraan dan kebajikan penguatkuasaan, hal-ehwal rentas sempadan, hal-ehwal pendidikan, jaminan keselamatan makanan dan strategi media dan perhubungan awam.
Dalam menerapkan budaya kesiapsiagaan dalam kalangan perkhidmatan awam bagi memastikan ketersediaan masa hadapan atau future readiness. Pengukayahaan Anugerah Inovasi Perdana AIP adalah sebagai platform untuk meningkatkan inovasi dan usaha-usaha pemodenan dalam perkhidmatan Awam ke arah mengukukan kerajaan sebagi sebuah kerajaan yang future ready bukan sahaja untuk menghadapi cabaran masa hadapan tetapi juga siap siaga dalam meraih peluang-peluang pembangunan negara.;
- Keberhasilan yang Memfokuskan Kepentingan Negara dan Masyarakat.; Kesejahteraan rakyat dan penduduk sentiasa menjadi tumpuan lebih-lebih lagi pada waktu yang sangat mencabar ini dalam situasi pandemik COVID-19 yang telah menjejaskan pembangunan sosioekonomi negara.
Usaha-usaha dalam memastikan kesejahteraan rakyat dan penduduk berterusan dipelihara antara lainnya termasuk pemedulian orang ramai dalam pemberian perkhidmatan-perkhidmatan awan diberikan tekanan dan perhatian melalui Jabatan Perkhidmatan Pengurusan yang berperanan sebagai focal point untuk menghadapkan aduan dan dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan pemeriksaan dan konsultasi mengenai kualiti perkhidmatan.
Pada Tahun Kewangan 2020/2021 sebanyak 94.7% daripada aduan yang diterima telah dapat diselesaikan. Dalam perkara ini satu sistem e-Pemedulian Pelanggan akan disediakan bagi memudahkan lagi orang ramai menghadapakan aduan sebagai feedback mechanism ke arah peningkatan keberkesanan perkhidmatan - perkhidmatan kerajaan kepada orang ramai.
Melalui ManPower Planning and Employment Council (MPEC), Dalam pada itu projek-projek kolaborasi dengan institusi-institusi latihan dan sektor industri turut giat dilaksanakan sepanjang tahun termasuk penyediaan program-program kompetensi dan mengadakan acara-acara pengambilan pekerja. Antara bidang-bidang pekerjaan yang dipromosikan adalah dalam sektor tenaga, pembinaan, marin, pelancongan dan ICT.
Di samping itu dengan kerjasama Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, sesi engagement diadakan khusus untuk penerima-penerima Bantuan Kebajikan Bulanan (BKB) bagi mempersiapkan golongan tersebut untuk mencari pekerjaan melalui pendaftaran di Job Centre Brunei ataupun JCB.
Ke arah memperkukuhkan kesejahteraan awam melalui pelaksanaan dasar-dasar sosial Jabatan Perdana Menteri bersama dengan Majlis Kebangsaan Isu Sosial (MKIS). Dalam pembentukan sosio blueprint Wawasan Brunei 2035 telah menjalankan analisis keadaan semasa yang melibatkan beberapa isu bersifat cross cutting, Blueprint ini bertujuan sebagai rujukan negara untuk jangka masa akan datang yang akan membimbing dasar dan strategi agensi-agensi berkepentingan bagi memastikan pembangunan sosio di negara ini selaras, sepadu dan berkesinambungan dengan rangka kerja Wawasan Brunei 2035.
Pembentukannya yang berpaksikan kepada maqasid syariah akan menyentuh pelbagai aspek sosial termasuk pendidikan, kesihatan mental, keselamatan sosial, perhubungan teknologi, infrastruktur persekitaran, masyarakat, pekerjaan dan mobiliti sosial.; dan
- Organisasi yang Cemerlang dan Mantap.
Organisasi yang cemerlang dan mantap Jabatan Perdana Menteri secara berterusan melaksanakan inisiatif bagi mencapai kecemerlangan dan produktiviti organisasi antaranya memperkesan- kan pengurusan bakat kepimpinan dan mempertingkatkan kemahiran dalam perkhidmatan awam. Melalui program-program pembangunan di bawah Leadership pipeline, YEP, EDPMMO dan EDPSGO serta latihan- latihan kemahiran bagi warga perkhidmatan awam yang diungkayahkan oleh Institusi Perkhidmatan Awam dengan kerjasama IPT- IPT di negara ini seperti UBD, UNISSA, UTB, KUPUSB, IBTE dan sebagainya. Di samping itu, Jabatan Perdana Menteri juga telah mengenalkan kemudahan bagi pegawai dan kakitangan untuk mengikuti kursus-kursus secara separuh masa dengan yuran pengajian ditanggung oleh kerajaan melalui Skim Latihan Dalam Perkhidmatan.
Kesimpulannya dengan izin ุงููู ุณูุจูุญูุงูููู ููุชูุนูุงููู jua Jabatan Perdana Menteri dan jabatan-jabatan di bawahnya sentiasa menjurus kepada matlamat-matlamat Wawasan Brunei 2035 dengan pendekatan Whole of Nation Approach melalui strategi-strategi yang digariskan.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli Ahli Yang Berhormat.
Jabatan perdana Menteri akan terus berusaha untuk menguruskan perbelanjaan yang diperuntukkan dengan berhemah dan memastikan setiap perbelanjaan akan menghasilkan impak positif dan signifikan kepada rakyat, penduduk dan negara secara berterusan melalui pelaksanaan keutamaan-keutamaan atau prioriti Jabatan Perdana Menteri. Berasaskan itu Jabatan Perdana Menteri dan jabatan-jabatan di bawahnya bagi Tahun Kewangan 2022/2023 telah disokong untuk disediakan peruntukan untuk Gaji Kakitangan dan Perbelanjaan Berulang-Ulang berjumlah sebanyak $361,333,260 juta.
Perbelanjaan Kemajuan yang disokong pula berjumlah $23,617,210 juta. Menjadikan peruntukan keseluruhan Jabatan Perdana Menteri dan jabatan-jabatan di bawahnya yang disokong berjumlah $384,950,470.
Sekianlah sahaja secara ringkas yang dapat kaola terangkan mengenai Belanjawan Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan-Jabatan di bawahnya bagi Tahun Kewangan 2022/2023.
Yang Berhormat Pengerusi sebelum mengakhiri kaola ingin memaklumkan bahawa 5 buah jabatan di bawah Jabatan Perdana Menteri adalah jabatan-jabatan yang tertutup iaitu Biro Kawalan Narkotik, Biro Mencegah Rasuah dan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri, Pasukan Polis Diraja Brunei dan Jabatan Penyelidikan Brunei.
Oleh sebab jabatan-jabatan ini berkaitan langsung dengan hal-ehwal strategik keselamatan negara. Jika isu-isu yang akan dibincangkan mungkin perkara yang sensitif dan tidak bersesuaian untuk dibincangkan secara terbuka.
Maka, kaola memohon pertimbangan Yang Berhormat Pengerusi supaya bajet bagi jabatan-jabatan tersebut tidaklah perlu dibincangkan. Tidak ketinggalan juga bagi perkara-perkara yang berkenaan di bawah Jabatan Adat Istiadat Negara.
Sekian,
ูุจุงููู ุงูุชูููู ูุงููุฏุงูุฉ. ู ุงูุณูุงู
ุนูููู
ูุฑุญู
ุฉ ุงููู ูุจุฑูุงุชู
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusiโ
Terima kasih Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II.
Ahli-Ahli Yang Berhormat, sekarang kita akan membincangkan Tajuk SA01A hingga Tajuk SA10A. Tajuk-Tajuk ini akan dibukakan untuk dibahaskan.
Sebelum itu, saya ingin mengingatkan kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat bahawa oleh sebab kita mempunyai satu target untuk kita perlu meluluskan belanjawan tahun ini, maka saya minta kerjasama semua Ahli Yang Berhormat supaya kita akan dapat menumpukan perhatian kita kepada perkara-perkara yang perlu dan mengelakkan perkara-perkara yang sudah dibincangkan pada tahun-tahun yang sudah, ditimbulkan semula ataupun ditanyakan balik-balik. Kita tumpukanlah perhatian kita supaya pekerjaan kita akan dapat berjalan dengan lancar ุฅู ุดุงุก ุงููู. Silakan Yang Berhormat Awang Iswandy bin Ahmad.
Yang Berhormat Awang Iswandy bin Ahmadโ
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Saya cuma ingin menyentuh mengenai dua perkara iaitu:
-
Di bawah SA01A - Jabatan Perdana Menteri
i. Pengurusan Teknologi Maklumat dan Pembangunan Perkhidmatan Digital. Dengan peruntukan yang diberi selain Gaji Kakitangan itu $1,376,610.00 di bawah Pengurusan Pembangunan Teknologi Maklumat, apakah perkembangan yang ada dalam memodernisasikan pekhidmatan pihak kerajaan kepada masyarakat? Masih didapati perkhidmatan menggunakan surat yang boleh dihantar melalui e-mel contohnya menggunakan teknologi yang outdated, contoh yang diberi oleh orang ramai ialah proses permohonan yang dapat dinilai secara digital seperti permohonan dalam talian masih memerlukan penelitian secara manual atau menghantar permohonan secara manual sekali lagi.;
-
Di bawah Tajuk SA10A โ Jabatan Perkhidmatan Awam.
i. Antara tahun 2014 dan 2020, purata pendapatan bulanan dalam kalangan penduduk tempatan menurun sebanyak 18% seperti yang dilaporkan oleh Key Indicator of Labour Market dan Kajian Tenaga Kerja 2020.
Menurut kajian dari Centre of Strategic Policies Studies pada tahun 2009, reservation wage ialah gaji minimum seseorang bersedia untuk menerimanya. Ia ditentukan oleh pelbagai faktor seperti latar belakang pendapatan keluarga, jangka masa mencari pekerjaan, jumlah tawaran kerja yang diterima, jenis pekerjaan dan kos untuk bekerja termasuk pengangkutan, pakaian, peranti dan komunikasi.
Pendek kata, jika gaji yang diberikan tidak sesuai dengan situasi semasa, lebih tinggi kosnya untuk bekerja berbanding dengan tidak bekerja. Berikutan dengan isu reservation wage ini, adalah perlu pihak kerajaan untuk memastikan kualiti kehidupan dan taraf hidup memenuhi jangkaan lepasan pelajar dan graduan.
Diambil maklum pada masa ini, bagi pihak swasta isu progressive minimum wage tengah ditunduki sesuai dengan kelulusan dan pengalaman. Tetapi bagi sektor kerajaan bagaimana pula?
Kajian semula tangga gaji secara keseluruhan terakhir ialah pada tahun 1999 dan jika dibiarkan pihak kerajaan boleh menghadapi isu seperti retention of talent yang akan menjadi lebih mencabar.
Fenomena brain drain merujuk kepada proses bahawa sesebuah negara kehilangan pekerja berpindah ke negara lain malah ianya juga boleh terjadi dari perpindahan dari perkhidmatan awam ke swasta.
Soalan-soalan saya ialah:
i. Berapa ramaikah sudah pegawai dan kakitangan dalam sektor awam kita yang berhenti kerana mencari gaji dan environment yang lebih baik di sektor swasta? Jika ramai, adakah dilaksanakan exit interview untuk mengetahui dan memastikan tidak ada ketirisan dalam kerjaya individu tersebut dan penambahbaikan akan dibuat bagi kerjaya dalam perkhidmatan awam.;
ii. Apakah usaha pihak kerajaan dalam talent retention ini bagi semua bahagian tanggagaji dan pada yang sama memberi perancangan yang bersistem bagi persediaan persaraan dan tidak hanya menghadiri kursus persediaan persaraan beberapa tahun saja lagi. Malah ada yang memberitahu mereka cuma menghadiri beberapa bulan sahaja sebelum bersara.; dan iii. Apakah usaha untuk memastikan gaji yang diberikan bersesuaian dengan kelulusan dan pengalaman yang dimiliki. Jika ia berterusan, persaraan akan setentunya mencabar bagi ramai pekerja di sektor kerajaan. Cadangan saya ialah untuk keperluan pihak kerajaan menilai semula tangga gaji bagi seluruh jentera kerajaan pada masa sekarang. Merancang semula program kerjaya dan juga program persediaan persaraan bagi semua jentera perkhidmatan awam untuk disediakan lebih dengan baik.
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi IIโ
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi dan terima kasih juga atas soalan yang diajukan oleh Yang Berhormat.
Soalan pertama, mengenai digital, kenapa masa ini kita masih lagi banyak pakai dokumen fizikal. Perkara ini memang sentiasa kita improve sedapat-dapatnya kita masa ini digalakkan supaya kita semua pakai digital. Bukan saja di Jabatan Perdana Menteri, kementerian-kementerian lain juga, beberapa pejabat dan bahagian sudah mulai menggunakan digital seperti di Kementerian Kewangan dan Ekonomi.
Orang ramai boleh upload dokumen-dokumen untuk pembayaran dan sebagainya. Apa lagi yang masa ini menghadapi wabak COVID-19 ada movement restriction, lagitah kita lagi menggalakkan orang ramai menggunakan digital format.
Soalan yang kedua, mengenai perkhidmatan awam yang beberapa pegawai dan kakitangan kerajaan sudah pindah kepada private sector. Kaola masa ini tidak terdapat statistiknya tapi barangkali dalam exit interview itu, kadang-kadang pegawai atau kakitangan tidak juga menerangkan kenapa mereka pindah, atas gajikah atau working environment ataupun sebab-sebabnya. Tapi dalam negeri ini, tidak kira orang kita bekerja di sektor awam atau swasta. Ini semua bagi keuntungan negara sebenarnya di mana-mana saja ia bekerja.
Walaupun kita sekiranya ada sebahagian orang Brunei, ia kerja di luar negeri, itupun satu perkara yang bukannya buruk. Kalau mereka kerja di luar negeri, mereka akan ambil experience. Satu hari ุฅููู ุดูุงุกู ูฑูููููฐูู mereka akan balik dengan dapat dikongsikan experience mereka dengan orang kita.
Talent retention adalah satu perkara kalau diliat perkhidmatan awam ini, di mana-mana kementerian pada tiap-tiap tahun disediakan peruntukan untuk training, meningkatkan lagi kemahiran dan sebagainya Kita sentiasa meningkatkan lagi kemahiran dan experience bagi pegawai. Jadi yang important untuk retention talent ini, kita yang penting create yang working environment yang sesuai. Mereka punya kepakaran itu dapatlah mereka diapply.
Jadi, yang satu lagi mengenai kursus persaraan, ุฅููู ุดูุงุกู ุงูููู ini memang satu perkara yang difokus oleh Tabung Amanah Pekerja. ุฅููู ุดูุงุกู ุงูููู dengan skim baru ini nanti satu improvement dalam skim baharu ini, pada masa ini tidak dapat kaola kongsikan secara detail, ุฅููู ุดูุงุกู ุงูููู mungkin apa yang dicadangkan bagi kursus persaraan ini kira less kritikal dibandingkan dengan skim yang ada pada masa ini.
Lagi satu mengenai gaji yang bersesuaian. Kalau dilihat pada masa ini, memang kitani akan majukan ekonomi kitani, akan dibangun lebih advance lagi. Dibandingkan masa ini, gaji pihak awam dan pihak swasta, memang di pihak swasta mungkin rendah sedikit dibandingkan dengan perkhidmatan awam, because dalam perkhidmatan awam ada lagi macam-macam kemudahan.
Kitani mesti juga memikirkan, kalau kitani hendak mengadjust lagi gaji dalam perkhidmatan awam, ini ada negative implication kepada pihak swasta especially pada waktu ini, kitani hendak menggalakkan supaya ekonomi ini kitani mengharapkan private sector ini to be driven by private sector, ุฅููู ุดูุงุกู ุงูููู. Tapi memang gaji ini, memang kitani mesti direview juga tapi pada masa ini belum lagi masanya.
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusiโ
Saya mempersilakan Yang Berhormat Awang Haji Mohimin bin Haji Johari @ Jahari.
Yang Berhormat Awang Haji Mohimin bin Haji Johari @ Jahariโ
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. ุงูููุญูู ูุฏู ูููููฐูู, kaola membawa di bawah Tajuk SA08A โ Radio Televisyen Brunei (RTB). Pada masa ini trend penonton dunia maya yang kurang minat menonton televisyen dan beralih kepada YouTube. Apakah usaha RTB untuk meningkatkan keramaian penonton di RTB? Terima kasih.
Yang Berhormat Pengerusiโ
Silakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II.
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi IIโ
Itu sahaja? Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Memang ada satu cabaran dihadapi sejak beberapa tahun sudah kalau dibandingkan dengan zaman dahulu. Zaman dahulu memang option kitani itu limited, kalau dibandingkan dengan sekarang ini, macam-macam program kitani dapat melihat melalui YouTube, Netflix ataupun masa ini masih ada Astro juga dengan program-program di luar negeri.
Apa yang penting bagi RTB ุฅููู ุดูุงุกู ูฑูููููฐูู kitani memikirkan apa program-program yang tidak terdapat di channel di luar negeri yang seperti di YouTube atau di Netflix. Yang penting RTB memainkan satu peranan yang penting untuk promote keagamaan, kebudayaan dan sebagainya. Itulah lain program kitani dari RTB dibandingkan dengan yang ada di luar negeri itu.
Tarikannya memang lain, di YouTube macam-macam kitani dapat lihat, RTB kitani tidak dapat compete dengan program itu. Kalau mereka ada sudah melihat dari YouTube atau Netflix biarkan mereka melihat dari sana sahaja.
Yang penting RTB memikirkan apa lagi program-program yang mustahak kepada kitani bagi especially belia kitani agar dapat meningkatkan mereka punya understanding ataupun mereka punya knowledge kepada sejarah, kebudayaan kitani dan seperti yang kaola terangkan tadi, keagamaan dan sebagainya. Itulah barangkali satu hala tuju, ุฅููู ุดูุงุกู ูฑูููููฐูู.
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusiโ
Saya persilakan Yang Berhormat Pengiran Haji Ali bin Pengiran Maon.
Yang Berhormat Pengiran Haji Ali bin Pengiran Maonโ
Yang Berhormat Pengerusi. Kaola ingin mengajukan soalan berkenaan dengan Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Jabatan Perdana Menteri. Sebagaimana kita maklum, Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah ini telah pun dirasmikan pembukaannya pada 12 Oktober 2019 oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muโizzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar โAli Saifuddien Saโadul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, yang disempurnakan bersama dengan Majlis Perasmian Majlis Ilmu, 2019.
Dengan tertubuhnya balai khazanah ini menjadi satu tanda mercu kejayaan negara dalam usaha menjadikan negara sebagai pusat khazanah ilmu bagi kemajuan Islam. Dalam usaha penubuhannya mencapai 2 tahun lebih ini, kaola ingin bertanya, apakah perkembangan yang telah dicapai oleh balai khazanah ini memandangkan objektif penubuhannya bukan hanya sebagai balai pameran atau pusat pelancongan bahkan ia mendukung konsep ketamadunan yang lebih komprehensif yang mampu menghidupkan budaya ilmu melalui pemberigaan dan pengendalian aktiviti-aktiviti keilmuan.
Apakah ada perancangan yang dibuat untuk melaksanakan aktiviti kajian dan penyelidikan dengan kerjasama institusi-institusi pengajian tinggi dan apakah ada hasrat untuk menjayakan apa-apa aktiviti atau program ilmiah yang boleh mengumpul para cendekiawan dan ilmuan Islam di peringkat serantau dan antarabangsa? Adakah peruntukan khas bagi maksud kaola tadi?
Kaola penuh yakin dengan keupayaan kita yang dapat menubuhkan pengajian tinggi dalam bidang agama, mempunyai Institut Pengajian Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah bahkan mampu membina balai khazanah warisan Islam yang tersergam indah dengan pengisian yang penuh ilmiah nanti. Maka Negara Brunei Darussalam akan lebih terkenal sebagai negara yang mewarisi khazanah dan budaya Islam yang unggul dan terpelihara.
Sekian,
ูุจุงููู ุงูุชูููู ูุงููุฏุงูุฉ . ู ุงูุณูุงู ุนูููู ูุฑุญู ุฉ ุงููู ูุจุฑูุงุชูYang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi IIโ
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Terima kasih atas soalan yang diajukan oleh Ahli Yang Berhormat tadi mengenai dengan Balai Khazanah Islam. Kaola pada masa ini belum dapat menjawab menjawab soalan ini sepenuhnya. Apa yang dapat kaola jawab ialah pada masa ini, balai ini baru ditubuhkan 2 tahun. Mula-mula ia ditubuhkan belum lagi ada kakitangan sepenuhnya, jadi usaha-usaha untuk menubuhkan satu pasukan ataupun kakitangan untuk menjaga balai ini kemudian ditubuhkan. Selepas itu barulah dilaksanakan beberapa kerja untuk menjalankan balai ini.
Memang ada hasrat untuk dibukakan kepada belia dan kanak-kanak sekolah dan sebagainya. Pada masa ini kaola belum dapat maklumat-maklumatnya dan jika diizinkan, Jabatan Perdana Menteri nanti akan menjawab secara bertulis, ุฅู ุดุงุก ุงููู
Yang Berhormat Pengerusiโ
Saya persilakan Yang Berhormat Awang Naim bin Haji Kamis.
Yang Berhormat Awang Naim bin Haji Kamisโ
Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi.
ุจุณู ุงููู ุงูุฑุญู ู ุงูุฑุญูู ุงูุณูุงู ุนูููู ูุฑุญู ุฉ ุงููู ูุจุฑูุงุชู- Kaola ingin merujuk Tajuk di bawah SA01A โ Jabatan Perdana Menteri.
Sepertimana yang kita maklumi bersama, bahawa Peraturan Kewangan telah pun dipinda dan akan dikuatkuasakan mulai 1 April 2022. Dalam hubungan ini:
i. Bilakah pula Peraturan-Peraturan (Lantikan-Lantikan dan Kenaikan-Kenaikan Pangkat Pegawai-Pegawai Kerajaan 1961), yang dikenali juga dengan nama General Orders akan dibuat pindaan mengikut kesesuaian dan keadaan perubahan pada masa ini?;
ii. Bercakap mengenai Wawasan Brunei 2035, sukacita kiranya dapat menghuraikan kedudukan negara setakat ini dalam pencapaiannya ke arah merealisasikan Wawasan Brunei 2035. Adakah proses yang dilalui berjalan lancar ataupun sebaliknya?; dan
iii. Sejauh manakah dalam penyediaan pekerjaan yang produktif dan pembangunan negara yang lebih mantap?;
- Sukacita kaola merujuk, di bawah Tajuk SA08A - Radio Televisyen Brunei (RTB). Radio Brunei akan memasuki usia ke-64 tahun pada 2 Mei 2022. Dari 2 saluran (channel) sudah bertambah kepada 5 saluran (channel) dengan tujuan dan harapan dapat menyalurkan maklumat kepada golongan masyarakat melalui 5 saluran berkenaan dan setiap saluran ada sasaran pendengarnya. Akan tetapi pada hari ini, kelima-lima saluran (channel) radio berkenaan sudah menyiarkan bahan serupa dan sukar untuk membezakan saluran (channel) radio berkenaan.
Kesimpulannya, jika semua saluran (channel) radio sudah hampir sama isi kandungan dan persembahannya, adalah dicadangkan lebih baik hanya 2 saluran (channel) radio sepertimana tahun 60-an dahulu. Dengan adanya pengurangan ini, sedikit sebanyak mengurangkan perbelanjaan negara.
Itu sahaja, Yang Berhormat Pengerusi. Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi IIโ
Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi.
Nampaknya ada 3 soalan daripada Ahli Yang Berhormat tadi:
-
Mengenai kenaikan pangkat, apa yang dapat kaola kongsikan pada masa ini ialah memang kenaikan pangkat ini ada tatacaranya dan sentiasa dipantau tetapi mesti ikut prestasi-prestasi dan sebagainya. Mudah-mudahan itu sudah dikira menjawab soalan tadi.;
-
Mengenai Wawasan Brunei 2035. Seperti kaola tadi terangkan dalam mukadimah tadi, ada 3 jawatankuasa ditubuhkan. Jawatankuasa ini meneliti setiap matlamat secara mendalam dan kerja-kerja yang dibuat sebelum ini memang diteruskan. Jawatankuasa ini juga ditubuhkan supaya dapat sama-sama memikirkan blueprint bagi setiap matlamat, umpamanya matlamat yang ketiga iaitu ekonomi yang dinamik dan berdaya tahan.
Pada masa ini, seperti yang pernah dikongsikan, Economic Blueprint ini sudah pun dilancarkan. Dari itu, kita boleh menjadikan ia sebagai satu gading prinsip bagi kita memikirkan langkah-langkah untuk kita mencapai matlamat tersebut.;
Ada 3 matlamat mengenai hal itu:
i. Rakyat yang berpendidikan dan berkemahiran tinggi dan berjaya. Pada masa ini kitani sedang menyediakan matlamat blueprint, bekerjasama dengan beberapa agensi yang berkepentingan Manpower Planning Economic Council (MPEC), Kementerian Pendidikan dan sebagainya.;
ii. Social Blueprint pun sama juga disediakan. Jadi, bagi setiap matlamat, ada key indicator masing-masing. Bagi pendidikan misalnya, kitani pakai PISA, yang menjadi satu indicator. Dalam blueprint matlamat tersebut, kitani memikirkan lagi ada indikator lain yang lebih sesuai atau sama-sama dapat dipakai untuk kitani pantau pencapaian kitani.
Bagi ekonomi, memang beberapa outcome seperti employment KDNK kitani, trade volume kitani dan sebagainya. Jadi, itulah beberapa indicator telah ditetapkan yang kitani pantau pada masa ini.;
iii. Memang sentiasa dipantau oleh Kementerian Kewangan dan Ekonomi dari segi pencapaian kitani. Terima kasih.;
- Seterusnya mengenai RTB. Pada masa ini 5 saluran (channel), iaitu Nasional FM, Pilihan FM, Pelangi FM, Harmoni FM dan Nur Islam FM. Bagi setiap saluran (channel) itu, tema dan fokusnya berlainan. Ini satu peluang untuk kitani membuat promosi belia kitani yang berminat dengan bidang pengacaraan dan dengan sendirinya ada peluang mereka menggiatkan inovasi dan mengubah program-program dan sebagainya.
Kebanyakan pengacara radio pun bukan bertugas secara sepenuh masa. Sebenarnya kebanyakan mereka bertugas secara separuh masa dan dalam sehari itu mereka cuma bertugas selama 3 jam, dan mereka juga ada mempunyai pekerjaan lain dan ini tidak menggunakan bajet yang tinggi. Tapi yang penting dilihat hasil yang ringan, kitani mempromosi lebih kepada lebih banyak pilihan, dan belia yang berminat untuk mendengar radio saluran (channel) Nasional FM atau Pilihan FM, yang masing-masing juga ada tarikannya sendiri.
Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusiโ
Saya persilakan sekarang, Yang Berhormat Awang Hanapi bin Mohd. Siput.
Yang Berhormat Awang Hanapi bin Mohd. Siputโ
Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi. Memandangkan usul yang kaola akan utarakan sudah pun disampaikan oleh rakan-rakan yang lain, maka kaola menarik diri dari menyampaikan usul. Sekian disampaikan, terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusiโ
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Putera Maharaja Dato Paduka Awang Haji Abdul Ghani bin Pehin Datu Pekerma Dewa Dato Paduka Awang Haji Abdul Rahim.
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Putera Maharaja Dato Paduka Awang Haji Abdul Ghani bin Pehin Datu Pekerma Dewa Dato Paduka Awang Haji Abdul Rahimโ
ุจูุณูู ู ุงูููู ุงูุฑููุญูู ูฐูู ุงูุฑููุญูููู ู ุงูุณููููุงู ู ุนูููููููู ู ููุฑูุญูู ูุฉู ุงูููู ููุจูุฑูููุงุชููู Yang Berhormat Pengerusi. Kaola ingin menyentuh, membahaskan mengenai di bawah Tajuk SA10A โ Jabatan Perkhidmatan Awam.
Dalam beberapa kesempatan kaola dan Ahli-Ahli yang Berhormat bermuzakarah dengan pihak Jabatan Perdana Menteri, seingat kaola sendiri ada membawa satu usul semasa muzakarah itu dalam dua sesi muzakarah iaitu cadangan kaola supaya diadakan semacam ikrar atau lebih kuat lagi sumpah pegawai dan kakitangan kerajaan yang menekankan sebenarnya mereka itu memikul tugas dan tanggungjawab sebagai jentera pembangunan negara.
Ini kaola utarakan saranan atau cadangan itu pada melihat, pada pangamatan kaola penjawat awam kita akhir-akhir ini macam kehilangan fokus, apa lagi dalam suasana negara dilanda pandemik atau endemik COVID-19. Banyak antara pegawai penjawat awam telah disuruh bekerja dari rumah dan sebagainya.
Fokus itu makin berkurang usulnya, kita tidak pasti sama ada kerja at home itu mereka bekerja ataupun seperti kata Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri hari itu semasa muzakarah bukannya holiday. Kita mahu mereka itu fokus dan sentiasa komited ataupun merasa yang mereka itu bertanggungjawab bagi menjayakan pembangunan negara sebagai pegawai dan kakitangan kerajaan.
Sumpah ini atau ikrar itu bolehlah dilaksanakan semasa mereka mula-mula dilantik atau melapor diri dan ikrar dapat dibuat pada setiap kali pada sambutan Hari Perkhidmatan Awam. Faedahnya untuk kita menanamkan rasa lebih bertanggungjawab dan komited pegawai-pegawai itu kepada kerja mereka dengan penuh amanah dan berdedikasi.
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri semasa muzakarah telah pun mengatakan itu satu idea yang baik, tetapi nampaknya belum ada barangkali langkah-langkah yang konkrit ke arah itu.
Jadi, kaola bawa di sini supaya ada langkah-langkah yang lebih ke hadapan. Demikian Yang Berhormat Pengerusi yang dapat kaola sampaikan. Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi IIโ
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi dan terima kasih jua kepada Yang Berhormat terhadap soalan yang diajukan tadi.
Sepertimana yang dikongsikan semasa muzakarah dengan pihak Jabatan Perdana Menteri, ini adalah satu idea yang bagus, bukan saja dibuatkan ikrar sekali saja. Ini satu perkara yang perlu diingati balik-balik kepada pegawai atau kakitangan kerajaan, itu satu idea yang bagus. Muzakarah dengan pihak Jabatan Perdana Menteri ini baru beberapa minggu yang lalu barangkali belum ada concrete idea, memang perkara ini akan dibawa untuk sama-sama difikirkan apa cara-caranya yang lebih sesuai untuk kita memenuhi hasrat ini.
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusiโ
Saya persilakan Yang Berhormat Pengiran Haji Mohamed bin Pengiran Haji Osman @ Othman.
Yang Berhormat Pengiran Haji Mohamed bin Pengiran Haji Osman @ Othmanโ
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. ุจูุณูู ู ุงูููู ุงูุฑููุญูู ูฐูู ุงูุฑููุญูููู ู ุงูุณูููุงูู ู ุนูููููููู ู ููุฑูุญูู ูุฉู ุงูููู ููุจูุฑูููุงุชููู Kaola akan membahaskan dan menyentuh di bawah Tajuk SA08A โ Radio Televisyen Brunei yang peruntukannya diberikan sebanyak $40,411,460.00.
ุฃูููุญูู ูุฏู ูููู visi Radio Televisyen Brunei โSentiasa Bersama Biskitaโ. Memaparkan berbagai-bagai rancangan dan informasi khusus bagi para penonton yang menyaksikannya dan semakin melangkah ke era penyiaran global RTBGo juga memainkan peranan yang tepat untuk dapat ditonton di dalam dan di luar negeri.
Saya ingin menerangkan kepada pihak Radio Televisyen Brunei khususnya pengisian rancangan atau bahan agar dapat lagi dipelbagaikan. Kalau kita lihat sekarang ramai dari kalangan anak-anak tempatan sudah mulai berkarya membuat rancangan yang menarik, pengisian yang tepat, menyampaikan mesej dan lain-lain lagi.
Justeru, saya ingin memberikan pandangan ataupun cadangan kiranya mereka yang menceburi bidang penyiaran atau industri kreatif agar dapat diberikan mereka ini peluang untuk mempelbagaikan lagi rancangan-rancangan TV. Bukan saja khusus bagi syarikat-syarikat penerbitan yang sudah berdaftar dengan Radio Televisyen Brunei, tetapi berikanlah peluang kepada anak-anak tempatan yang juga mempunyai kreativiti untuk menerbitkan program yang cantik dan menarik.
Dari sini jua, mereka dapat menerima hasil dari karyanya. Mungkin pihak Radio Televisyen Brunei akan dapat memberikan mereka ini dorongan. Jangan mematahkan semangat mereka untuk berkarya. Beri jalan untuk mereka menerbitkan beberapa rancangan untuk Radio Televisyen Brunei, bukan bermaksud menerima idea mereka secara langsung tetapi haruslah jua ada batas dan tapisan mengikut standard penyiaran.
Dari segi pembayaran, haruslah jua pihak berkenaan menilai karya mereka bukan setakat menetapkan harga yang murah tetapi tidak setaraf dengan operasinya. Begitu juga dengan syarikat-syarikat penerbitan iaitu production house. Mereka ditawarkan beberapa projek tetapi harga yang ditawarkan sangat rendah. Dari itu, saya sarankan kepada pihak berkenaan agar menilai kembali harga-harga projek rancangan TV dan radio yang bersesuaian.
Ada juga syarikat-syarikat yang dilantik dan ditawarkan secara berkontrak selama beberapa tahun untuk membantu beberapa unit di dalamnya bagi mengendalikan penggambaran dan penyuntingan, pembayaran yang mereka terima secara bulanan juga rendah. Jika sudah menerima pembayaran rendah kakitangan atau kru yang bekerja di sesebuah syarikat tersebut juga menerima gaji yang rendah sedangkan mereka mempunyai kemahiran serta berpengalaman.
Saya juga ingin menyarankan tentang pembayaran kepada artis-artis tempatan, penyampai-penyampai televisyen dan radio serta sesiapa saja yang melibatkan diri untuk rancangan-rancangan yang diterbitkan, selaraskanlah pembayaran dengan kerjanya. Perlulah dinilai bayaran yang mereka terima, bukan bayaran yang terlalu rendah. Mungkin dengan cadangan ini, akan dapat lagi menarik perhatian para penonton. Kita tidak mahu para penonton kitani beralih ke saluran lain. Kalau dapat kita cuba buat yang terbaik untuk para penonton di luar sana. Maka dari sekarang mulakanlah sedikit perubahan kerana perubahan boleh menjadikan peningkatan ingatlah kepada visi RTB โSentiasa Bersama Biskitaโ.
Sekian Yang Berhormat Pengerusi.
ูู ุงูุณููููุงู
ู ุนูููููููู
ู ููุฑูุญูู
ูุฉู ุงูููู ููุจูุฑูููุงุชููู.
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi IIโ
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi dan terima kasih jua kepada Yang Berhormat atas soalannya mengenai RTB. Pada masa ini penglibatan orang ramai dalam industri kreatif ini memang sudah meningkat. Mudah-mudahan pada masa hadapan akan menjadi satu industri yang berstruktur dengan sendirinya ada costingnya dan sebagainya. Itu dengan sendirinya mengestablish pembayaran dan sebagainya. Tapi atas cadangan Yang Berhormat itu tadi, kaola ambil maklum pada masa ini ุฅููู ุดูุงุกู ุงููู. Terima kasih.
Yang Berhormat Pengerusiโ
Ahli-Ahli Yang Berhormat kita telah meneliti Tajuk SA01A hingga Tajuk SA010A dan sekarang saya undi, Ahli-Ahli yang bersetuju supaya tajuk yang berkenaan ini diluluskan sila angkat tangan.
(Semua Ahli mengangkat tangan tanda bersetuju)
Terima kasih.
Yang Dimuliakan Jurutulisโ
Tajuk SA01A hingga Tajuk SA010A dijadikan sebahagian daripada Jadual dari Jabatan Perdana Menteri.
Tajuk SA11A hingga Tajuk SA26A.
Yang Berhormat Pengerusiโ
Tajuk-Tajuk SA11A hingga Tajuk SA26A. Ahli-Ahli yang bersetuju supaya tajuk-tajuk ini diluluskan sila angkat tangan.
(Semua Ahli mengangkat tangan tanda bersetuju)
Terima kasih.
Yang Dimuliakan Jurutulisโ
Tajuk SA11A hingga Tajuk SA26A dijadikan sebahagian daripada Jadual Jabatan Perdana Menteri.
Yang Berhormat Pengerusiโ
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Sekarang saya suka untuk menangguhkan Mesyuarat Jawatankuasa kita dan kita akan bersidang semula dalam Majlis Mesyuarat Negara.
(Mesyuarat Jawatankuasa ditangguhkan)
(Majlis Mesyuarat bersidang semula)
Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kita telah pun bersidang sejak pagi tadi dan saya kira masanya sudah tiba bagi kita untuk menangguhkan majlis ini. ุฅููู ุดูุงุกู ูฑูููููฐูู kita akan bersidang semula pada esok hari iaitu Ahad, 27 Februari 2022, mulai pukul 9.30 pagi.
Sekian,
ููุจูุงููููฐูู ุงูุชููููููููู ููุงููููุฏูุงููุฉูุ ููุงูุณููููุงู
ู ุนูููููููู
ู ููุฑูุญูู
ูุฉู ุงูููู ููุจูุฑูููุงุชููู.
(Majlis Mesyuarat ditangguhkan)
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.