Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Source: https://www.majlis-mesyuarat.gov.bn/wp-content/uploads/2025/09/Penyata-Rasmi-MMN-Ke-18-Tahun-2022.pdf

HARI KE-1

Rumusan Bacaan

๐Ÿ“– Masa membaca: 8 minit
๐Ÿ“Š Bilangan kata: 1,514 kata

24HB FEB 2022โ€‹

(Mesyuarat mula bersidang pada pukul 10.00 pagi)

Yang Dimuliakan Jurutulisโ€‹

ุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ู‡ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูฐู†ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญููŠู’ู…ู Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Kelapan Belas Majlis Mesyuarat Negara bersidang pada hari ini, Khamis, 23 Rejab 1443 bersamaan 24 Februari 2022, didahului dengan Doa Selamat.

DOA SELAMATโ€‹

Doa Selamat dibacakan oleh Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Mustapa bin Haji Murat.

Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ€‹

ุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ู‡ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูฐู†ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญููŠู’ู…ู ุงู„ุณูŽู‘ู„ุงูŽู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒูŽุงุชูู‡ู marilah kita bersyukur ke hadrat ุงูŽู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏู ู„ูู„ูŽู‘ู‡ู dengan limpah rahmat dan izin-Nya jua kita dapat sama-sama hadir pada pagi ini dalam Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Kelapan Belas Majlis Mesyuarat Negara. Selawat serta salam ke atas Junjungan Besar kita ู†ูŽุจููŠูู‘ ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู ุตูŽู„ูŽู‘ู‰ ุงู„ู„ู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ูŽู‘ู…, kaum kerabat, para sahabat serta pengikut-pengikut Baginda yang taat lagi setia hingga ke akhir zaman.

Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Dengan mengambil kira situasi wabak COVID-19 yang masih kita hadapi pada masa ini, kita akan terus mengekalkan dan mematuhi peraturan serta garis panduan yang disediakan dan ditentukan oleh Kementerian Kesihatan. Ke arah itu, Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Kelapan Belas Majlis Mesyuarat Negara perlu segera menyelesaikan perkara-perkara di hadapan.

Yang Dimuliakan Jurutulisโ€‹

Perkara II - Meneliti dan Mengesahkan Minit Persidangan Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ketujuh Belas Majlis Mesyuarat Negara yang telah bersidang selama 11 hari bermula 1 hingga 11 Syaaban 1442 bersamaan 15 hingga 25 Mac 2021 bertempat di Dewan Persidangan Majlis Mesyuarat Negara, Dewan Majlis, Jalan Dewan Majlis, Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam.

Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ€‹

Ahli-Ahli Yang Berhormat di hadapan kita Minit Persidangan Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ketujuh Belas Majlis Mesyuarat Negara yang telah pun dikelilingkan lebih awal kepada semua Ahli Yang Berhormat. Saya percaya Ahli-Ahli Yang Berhormat berkesempatan untuk meneliti sepenuhnya minit mesyuarat tersebut. Maka, saya ingin memberi peluang kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat semua jika ada yang ingin memberikan pendapat atau pindaan terhadap minit berkenaan. Saya persilakan Ahli-Ahli Yang Berhormat untuk membuat kenyataan. Nampaknya tidak ada Ahli-Ahli Yang Berhormat yang ingin membuat sebarang kenyataan atau pindaan. Maka, saya membuat kesimpulan isi kandungan Minit Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ketujuh Belas yang telah bersidang selama 11 hari itu betul dan saya luluskan. Sebentar lagi Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Kelapan Belas Majlis Mesyuarat Negara ini akan dirasmikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muโ€™izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar โ€˜Ali Saifuddien Saโ€™adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Maka bagi membolehkan majlis ini menunggu dan menjunjung keberangkatan baginda ke majlis ini, saya tangguhkan Persidangan Majlis Mesyuarat Negara ini dulu. Sekian, ูˆูŽ ุงู„ุณูŽู‘ู„ูŽุงู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒูŽุงุชูู‡ู.

TITAHโ€‹

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH MUโ€™IZZADDIN WADDAULAH IBNI AL-MARHUM SULTAN HAJI OMAR โ€˜ALI SAIFUDDIEN SAโ€™ADUL KHAIRI WADDIEN, SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM SEMPENA ISTIADAT PEMBUKAAN RASMI MESYUARAT PERTAMA DARI MUSIM PERMESYUARATAN KELAPAN BELAS MAJLIS MESYUARAT NEGARA PADA HARI KHAMIS, 23 REJAB 1443 BERSAMAAN 24 FEBRUARI 2022 BERTEMPAT DI BANGUNAN DEWAN MAJLIS, JALAN DEWAN MAJLIS, BANDAR SERI BEGAWAN, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM.

ุงูŽู„ุณู‘ูŽู„ูŽุงู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒูŽุงุชูู‡ู ุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ู‡ู ุงู„ุฑู‘ูŽุญู’ู…ูฐู†ู ุงู„ุฑู‘ูŽุญููŠู’ู…ู ุงูŽู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏู ู„ูู„ู‘ูฐู‡ู ุฑูŽุจู‘ู ุงู„ู’ุนูŽุงู„ูŽู…ููŠู’ู†ูŽุŒ ูˆูŽุจูู‡ู ู†ูŽุณู’ุชูŽุนููŠู’ู†ู ุนูŽู„ูŽู‰ ุฃูู…ููˆู’ุฑู ุงู„ุฏู‘ูู†ู’ูŠูŽุง ูˆูŽุงู„ุฏู‘ููŠู’ู†ูุŒ ูˆูŽุงู„ุตู‘ูŽู„ูŽุงุฉู ูˆูŽุงู„ุณู‘ูŽู„ูŽุงู…ู ุนูŽู„ูŽู‰ ุฃูŽุดู’ุฑูŽูู ุงู„ู’ู…ูุฑู’ุณูŽู„ููŠู’ู†ูŽุŒ ุณูŽูŠู‘ูุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ู‘ูŽุฏูุŒ ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุขู„ูู‡ู ูˆูŽุตูŽุญู’ุจูู‡ู ุฃูŽุฌู’ู…ูŽุนููŠู’ู†ูŽุŒ ูˆูŽุจูŽุนู’ุฏู.

Kita bersyukur kerana dapat berkumpul pada pagi ini untuk menghadiri Majlis Pembukaan Persidangan Bagi Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Kelapan Belas Majlis Mesyuarat Negara.

Majlis Mesyuarat Negara sebagaimana pernah Beta titahkan merupakan adalah wadah strategik untuk membahaskan perkara-perkara yang berkebajikan untuk rakyat dan negara.

Persidangan Majlis pada kali ini akan membincangkan Rang Belanjawan Negara Tahun Kewangan 2022/2023. Rang ini telah pun ditunduki bersama-sama dengan kementerian-kementerian berkenaan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Belanjawan Negara. Oleh itu, semua projek yang disenaraikan sudah tentu mendukung perancangan strategik setiap kementerian dan jabatan yang berkenaan.

Beta ingin mengingatkan bahawa kewangan negara hendaklah dikendalikan dengan berhemah dan berdisiplin. Setiap Pegawai Pengawal yang dilantik hendaklah memahami perkara ini bahawa mereka diminta untuk mematuhi peraturan - peraturan kewangan yang ada, tidak menggunakan kuasa berbelanja secara sewenang-wenang. Luruskanlah tadbir urus masing-masing mengikut keutamaan, keperluan, tidak membazir dan dilaksanakan dengan teratur.

Mengenai Peraturan Kewangan, beta telah pun memperkenankan pindaan ke atas Perintah Perlembagaan (Prosedur Kewangan) (Pindaan) 2022 dan Peraturan-Peraturan Kewangan 2022 yang akan mula berkuat kuasa pada 1 April 2022.

Sedikit mengenai isu Skim Tabung Amanah Pekerja (TAP), ูฑู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏู ู„ูู„ูŽู‘ูฐู‡ู, Beta mengambil maklum bahawa kajian telah pun selesai dibuat oleh Kementerian Kewangan dan Ekonomi dengan kerjasama Tabung Amanah Pekerja (TAP) dan ุฅูู†ู’ ุดูŽุงุกูŽ ูฑู„ู„ูŽู‘ูฐู‡ู pelaksanaan penuh akan bermula pada tahun 2023. Dalam pada itu, beta sukacita menekankan bahawa segala persiapan sebelum pelaksanaannya hendaklah dilaksanakan dengan teratur, antaranya pindaan kepada akta, perubahan kepada sistem teknologi maklumat dan termasuk pemberigaan. Apa yang penting bagi mereka yang dalam skim ini ialah, untuk memahami berkenaan dengan skim persaraan baharu yang dimaksudkan.

Rancangan Kemajuan Negara Kesebelas (RKN-11) akan berakhir pada Tahun Kewangan 2022/2023. Ini bererti Rancangan Kemajuan Negara Kedua Belas (RKN-12) akan bermula pada bulan April 2023, di mana pada masa ini Sekretariat Rancangan Kemajuan Negara di Kementerian Kewangan dan Ekonomi sedang giat menyediakan peta jalan bagi projek-projek yang akan dimasukkan ke dalam Rancangan Kemajuan Negara Kedua Belas (RKN-12) nanti. Peta jalan ini menerapkan kaedah Whole of Government yang melibatkan semua kementerian, sebagai usaha untuk memastikan Wawasan Negara 2035 tercapai.

Sejak gelombang kedua wabak koronavirus melanda negara ini, Kerajaan Beta telah menghulurkan bantuan kepada Perusahaan Mikrokecil dan Sederhana, dengan tujuan mengurangkan pekerja-pekerja diberhentikan. Manakala bagi golongan pekerja sektor swasta yang terkesan pula, bantuan kewangan juga dihulurkan untuk kelangsungan hidup seharian mereka.

Antara perkara yang menjadi pengajaran berikutan penularan wabak ini ialah mengenai jaminan makanan (food security). Berikutan dengan beberapa sekatan perjalanan yang masih dilaksanakan oleh sebahagian negara, maka langkah ini sedikit sebanyak telah menjejaskan kemasukan barang-barang makanan dan sekali gus menjadikan harga barangan dan kadar inflasi tinggi.

Negara Brunei Darussalam tidak terkecuali dari menerima kesan yang sama. Namun ุฃูŽู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏู ู„ูู„ู‘ูฐู‡ู beta difahamkan Jabatan Perancangan Ekonomi dan Statistik di Kementerian Kewangan dan Ekonomi sedang aktif melaksanakan tindakan pemantauan harga, sebagai langkah memastikan peniaga tidak sewenang-wenangnya menaikkan harga barangan pada paras yang tidak dibenarkan.

Semua orang tahu bahawa pendapatan negara masih bergantung pada hasil minyak dan gas. Namun usaha-usaha mengembangkan ekonomi bagi mengurangkan kebergantungan ini telah pun mula menampakkan hasilnya, berupa jumlah export Refined Fuel melalui projek Pelaburan Langsung Asing dari bulan Januari 2021 hingga November 2021 bernilai USD 4.9 bilion. Di samping itu juga, projek Brunei Fertilizer Industry telah pun mengeksport 6,200 tan metrik baja urea pada 3 haribulan Februari 2022.

Dengan kemasukan Pelaburan Langsung Asing ke negara ini, sudah setentunya akan membuka peluang pekerjaan dan perniagaan kepada orang-orang dan syarikat-syarikat tempatan. Ini semua memberi faedah signifikan kepada negara, termasuk menambahkan hasil pendapatan.

Sementara itu, usaha meningkatkan sara diri dalam sektor pertanian agrimakanan, perikanan dan ternakan sedang diaktifkan. Beta mengambil maklum bahawa perkara ini sedang dilaksanakan oleh kementerian berkenaan dengan meningkatkan keluaran dari sektor pertanian dan perikanan. Pengeluaran beras tempatan pada khususnya juga sudah mula menampakkan hasilnya dengan produktiviti peningkatan kapasiti rice milling. ุฅู† ุดุงุก ุงู„ู„ู‡ dengan terlaksananya projek ini nanti akan membantu para petani untuk lebih fokus kepada penanaman padi masing-masing.

Akhirnya, Beta berharap kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat supaya bersedia memberikan buah fikiran dan pendapat masing-masing tanpa ragu-ragu dan walang demi kebaikan semata-mata. Adapun negara memang sentiasa menunggu idea bernas daripada Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Beta mahu supaya digunakan peluang ini untuk mengemaskan mana-mana yang belum kemas dan menambah baik mana-mana yang masih perlu diperbaiki. Inilah โ€˜motoโ€™ persidangan kali ini, Beta ucapkan selamat bersidang.

Sekian,
ูˆุจุงู„ู„ู‡ ุงู„ุชูˆููŠู‚ ูˆุงู„ู‡ุฏุงูŠุฉุŒ ูˆ ุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒู… ูˆุฑุญู…ุฉ ุงู„ู„ู‡ ูˆุจุฑูƒุงุชู‡

DOA SELAMATโ€‹

Doa selamat dibacakan oleh Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim bin Haji Besar.

(Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muโ€™izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar โ€˜Ali Saifuddien Saโ€™adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Ahli Kerabat Diraja berangkat meninggalkan majlis diiringi oleh Yang Berhormat Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara dan pembesar-pembesar negara).

Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ€‹

ุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ู‡ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูฐู†ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญููŠู’ู…ู Ahli-Ahli Yang Berhormat, lebih dahulu marilah kita merafakkan rasa syukur ke hadrat ุงู„ู„ู‘ูฐู‡ู ุณูุจู’ุญูŽุงู†ูŽู‡ู ูˆูŽุชูŽุนูŽุงู„ูŽู‰ kerana dengan limpah dan keizinan daripada-Nya jua, Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Kelapan Belas Majlis Mesyuarat Negara telah pun selesai disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muโ€™izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Saadul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan telah berkenan mengurniakan titah.

Maka bagi membolehkan majlis ini untuk menjunjung keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, berangkat untuk bergambar ramai bersama dengan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara dan seterusnya untuk meninggalkan bangunan ini. Maka, saya tangguhkan Persidangan Majlis Mesyuarat Negara ini. Kita akan bersidang semula pada esok hari, iaitu hari Jumaat, 24 Rejab 1443 bersamaan dengan 25 Februari 2022, pada pukul 2.30 petang. Sekian, ูˆูŽุจูุงู„ู„ู‡ู ุงู„ุชูŽู‘ูˆู’ูููŠู‚ู ูˆูŽุงู„ู‡ูุฏูŽุงูŠูŽุฉู. ูˆูŽุงู„ุณูŽู‘ู„ูŽุงู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒูŽุงุชูู‡ู

(Majlis Mesyuarat ditangguhkan)

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.