HARI KE-5
๐ Masa membaca: 33 minit
๐ Bilangan kata: 6,611 kata
14HB MAC 2020โ
Mesyuarat mula bersidang pada pukul 9.15 pagi
Yang Dimuliakan Jurutulisโ
ุจูุณูู ู ุงูููู ุงูุฑููุญูู ูฐูู ุงูุฑููุญูููู ู Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Keenam Belas Majlis Mesyuarat Negara bersidang hari ini, iaitu bagi hari yang kelima, Sabtu, 19 Rejab 1441 bersamaan 14 Mac 2020, didahului dengan Doa Selamat.
DOA SELAMATโ
Doa Selamat dibacakan oleh Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Awang Hamidon bin Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Seri Setia Haji Abdul Hamid.
Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ
ุจูุณูู ู ุงูููู ุงูุฑููุญูู ูฐูู ุงูุฑููุญูููู ู ุงูุณูููุงูู ู ุนูููููููู ู ููุฑูุญูู ูุฉู ุงูููู ููุจูุฑูููุงุชููู ุงูููุญูู ูุฏู ูููู segala puji dan kesyukuran kita panjatkan ke hadrat ุงูููู ุณูุจูุญูุงูููู ููุชูุนูุงููู kerana dengan limpah rahmat dan keizinan serta kurnia-Nya jua, kita dapat pagi ini bersama-sama hadir untuk meneruskan Majlis Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Keenam Belas Majlis Mesyuarat Negara bagi hari yang kelima. Walaupun kita berada dalam suasana yang agak membimbangkan dengan adanya jangkitan wabak COVID-19.
Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar kita ููุจูููู ู ูุญูู ููุฏ ุตููููู ุงูููู ุนููููููู ููุณููููู , kaum kerabat, para sahabat serta pengikut-pengikut Baginda yang taat lagi setia hingga ke akhir zaman.
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Pada mesyuarat yang telah bersidang pada hari Khamis, 12 Mac 2020 yang lepas kita dapat meluluskan 4 Soalan Yang Diberi Notis dan meluluskan 3 kementerian di bawah Rang Undang-Undang (2020) Perbekalan, 2020/2021. Manakala satu kementerian iaitu Jabatan Perdana Menteri dan jabatan-jabatan di bawahnya telah ditangguhkan.
Maka mesyuarat hari ini, saya mengambil keputusan bagi Perkara VI - Soalan-Soalan Yang Diberi Notis tidak akan kita bincangkan lagi dalam persidangan ini. Ini sebagai usaha untuk menjimatkan waktu, semua pertanyaan atau soalan-soalan daripada Ahli-Ahli Yang Berhormat akan dijawab secara bertulis oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat Menteri-Menteri yang berkenaan.
Perkara-perkara ini tidaklah perlu kita bahaskan kerana kita mengetahui keadaan yang kita hadapi ketika ini. Ahli-Ahli Yang Berhormat. Persidangan masih lagi meneliti dan menimbangkan Rang Undang-Undang (2020) Perbekalan, 2020/2021 yang telah dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II.
Saya ingin mencadangkan supaya Rang ini segera kita luluskan. Walau bagaimanapun, bagi apa jua soalan-soalan yang ingin ditimbulkan atau dikemukakan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat akan dijawab juga secara bertulis oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat Menteri-Menteri yang berkenaan.
Maka membolehkan kita menyambung untuk mengkaji perbincangan peruntukan-peruntukan kewangan kementerian-kementerian ini, saya tangguhkan dulu Persidangan Majlis Mesyuarat Negara ini dan kita akan bersidang selaku Jawatankuasa sepenuhnya.
(Majlis Mesyuarat ditangguhkan)
(Mesyuarat bersidang sebagai Jawatankuasa)
Yang Berhormat Pengerusiโ
ุจุณู ุงููู ุงูุฑุญู ู ุงูุฑุญูู kita bersidang di Peringkat Jawatankuasa sepenuhnya dan kita bersidang untuk menimbangkan meneliti Rang Undang-Undang (2020) Perbekalan, 2020/2021 satu per satu.
Sebelum itu, saya ingin memaklumkan kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat bahawa dengan berikutannya penularan jangkitan wabak COVID-19 yang telah diisytiharkan sebagai global pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan di atas nasihat Yang Berhormat Menteri Kesihatan yang juga bertindak menurut lunas-lunas undang-undang yang berkenaan, maka mesyuarat kita kali ini akan kita percepatkan dan saya harap semua perkara akan dapat kita laksanakan pada pagi ini juga.
Saya minta kerjasama daripada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat supaya kita dapat melaksanakan tugas kita untuk sekurang-kurangnya meluluskan Belanjawan Kerajaan Bagi Tahun 2020/2021.
Bagi mempercepatkan persidangan ini, satu kaedah akan digunakan iaitu kita akan menimbangkan tajuk-tajuk kementerian-kementerian satu per satu tetapi perbahasan atau sebarang pertanyaan akan ditiadakan. Walau bagaimanapun, jika masa mengizinkan saya akan memberi peluang satu atau dua soalan yang pendek yang perlu dijawab oleh menteri yang berkenaan secara ringkas dan jika perlu sahaja.
Ini bagi memenuhi syarat-syarat peraturan bagi meluluskan undang-undang yang kita hadapi ini. Maka sekarang, kita akan menyambung semula untuk meneliti dan seterusnya meluluskan tajuk-tajuk di bawah Jabatan Perdana Menteri.
Yang Dimuliakan Jurutulisโ
Tajuk SA08A hingga Tajuk SA25A - Jabatan Perdana Menteri dan jabatan-jabatan di bawahnya.
Yang Berhormat Pengerusiโ
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Seperti yang saya nyatakan sebentar tadi bagi mempercepatkan Rang Undang-Undang ini untuk diluluskan dengan segera, saya berpendapat ada baiknya untuk kita tidak membahaskannya lagi, maka memadailah tajuk-tajuk yang berkenaan ini kita undi, yang bersetuju sila angkat tangan.
(Semua Ahli mengangkat tangan tanda bersetuju)
Yang Berhormat Pengerusiโ
Nampaknya semua bersetuju. Maka Tajuk Jabatan Perdana Menteri dan jabatan-jabatan di bawahnya diluluskan.
Yang Dimuliakan Jurutulisโ
Tajuk SE01A hingga Tajuk SE12A - Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.
Yang Berhormat Pengerusiโ
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kita sekarang membincangkan Tajuk SE01A hingga Tajuk SE12A - Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri. Tajuk-tajuk berkenaan segera langsung kita undi, yang bersetuju sila angkat tangan.
(Semua Ahli mengangkat tangan tanda bersetuju)
Yang Berhormat Pengerusiโ
Nampaknya semua bersetuju. Maka tajuk-tajuk di bawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri diluluskan.
Yang Dimuliakan Jurutulisโ
Tajuk SE01A hingga Tajuk SE12A - Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual. Tajuk SF01A hingga Tajuk SF06A - Kementerian Pendidikan.
Yang Berhormat Pengerusiโ
Ahli-Ahli Yang Berhormat, kita sekarang membincangkan Tajuk SF01A hingga Tajuk SF06A - Kementerian Pendidikan. Tajuk-tajuk berkenaan saya undi, sekarang yang bersetuju sila angkat tangan.
(Semua Ahli mengangkat tangan tanda bersetuju)
Yang Dimuliakan Jurutulisโ
Tajuk SF01A hingga Tajuk SF06A - Kementerian Pendidikan menjadi sebahagian daripada Jadual. Tajuk SH01A hingga Tajuk SH06A - Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan.
Yang Berhormat Pengerusiโ
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kita sekarang membincangkan Tajuk SH01A hingga Tajuk SH06A - Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan. Tajuk-tajuk berkenaan akan saya undi, yang bersetuju sila angkat tangan.
(Semua Ahli mengangkat tangan tanda bersetuju)
Yang Dimuliakan Jurutulisโ
Tajuk SH01A hingga Tajuk SH06A - Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan menjadi sebahagian daripada Jadual. Tajuk SJ01A - Kementerian Hal Ehwal Ugama.
Yang Berhormat Pengerusiโ
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kita bincangkan sekarang Tajuk SJ01A - Kementerian Hal Ehwal Ugama dan kita undi, sekarang yang bersetuju sila angkat tangan.
(Semua Ahli mengangkat tangan tanda bersetuju)
Yang Dimuliakan Jurutulisโ
Tajuk SJ01A - Kementerian Hal Ehwal Ugama menjadi sebahagian daripada Jadual. Tajuk SK01A hingga Tajuk SK08A - Kementerian Pembangunan.
Yang Berhormat Pengerusiโ
Ahli-Ahli Yang Berhormat, kita sekarang membincangkan Kementerian Pembangunan dan tajuk ini kita undi. Yang bersetuju sila angkat tangan.
(Semua Ahli mengangkat tangan tanda bersetuju)
Yang Dimuliakan Jurutulisโ
Tajuk SK01A hingga Tajuk SK08A - Kementerian Pembangunan dijadikan sebahagian daripada Jadual. Tajuk SL01A hingga Tajuk SL06A - Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dijadikan sebahagian daripada Jadual.
Yang Berhormat Pengerusiโ
Ahli-Ahli Yang Berhormat, kita membincangkan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan sekarang saya undi kementerian yang berkenaan. Yang bersetuju sila angkat tangan.
(Semua Ahli mengangkat tangan tanda bersetuju)
Yang Dimuliakan Jurutulisโ
Tajuk SL01A hingga Tajuk SL06A - Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dijadikan sebahagian daripada Jadual. Tajuk Kementerian Kesihatan.
Yang Berhormat Pengerusiโ
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kita sekarang membincangkan Kementerian Kesihatan dan kita undi belanjawan kementerian ini. Yang bersetuju sila angkat tangan.
(Semua Ahli mengangkat tangan tanda bersetuju)
Yang Dimuliakan Jurutulisโ
Tajuk SM01A - Kementerian Kesihatan dijadikan sebahagian daripada Jadual. Tajuk SN01A hingga Tajuk SN09A - Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi.
Yang Berhormat Pengerusiโ
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan kita undi belanjawan kementerian ini. Yang bersetuju sila angkat tangan.
(Semua Ahli mengangkat tangan tanda bersetuju)
Yang Dimuliakan Jurutulisโ
Tajuk SN01A hingga SN09A - Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dijadikan sebahagian daripada Jadual. Tajuk SQ01A dan Tajuk SQ02A - Kementerian Tenaga.
Yang Berhormat Pengerusiโ
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Sekarang kita meneliti Belanjawan Kementerian Tenaga dan akan saya undi belanjawan kementerian ini. Yang bersetuju sila angkat tangan.
(Semua Ahli mengangkat tangan tanda bersetuju)
Yang Dimuliakan Jurutulisโ
Tajuk SQ01A dan Tajuk SQ02A - Kementerian Tenaga dijadikan sebahagian daripada Jadual. Tajuk SP01A - Kemajuan
Yang Berhormat Pengerusiโ
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Sekarang kita membincangkan Tajuk SP01A - Kemajuan dan akan kita undi sekarang. Yang bersetuju sila angkat tangan.
(Semua Ahli mengangkat tangan tanda bersetuju)
Yang Dimuliakan Jurutulisโ
Tajuk SP01A - Kemajuan dijadikan sebahagian daripada Jadual. Tajuk Bab 1 - Gelaran Pendek dan Permulaan Kuat Kuasa.
Yang Berhormat Pengerusiโ
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kita membincangkan mengenai Tajuk Bab 1 - Gelaran Pendek dan Permulaan Kuat Kuasa Akta ini yang boleh digelar sebagai Akta Perbekalan 2020/2021 dan hendaklah mula berjalan kuat kuasanya pada 1 April 2020. Saya kira Tajuk Gelaran Pendek dan Permulaan Kuat Kuasa tersebut tidak perlu kita bahaskan. Oleh yang demikian adakah Ahli-Ahli Yang Berhormat bersetuju supaya Gelaran Pendek dan tarikh permulaan berkuat kuasa akta ini diluluskan. Yang bersetuju sila angkat tangan.
(Semua Ahli mengangkat tangan tanda bersetuju)
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kita telah selesai membincangkan dan meluluskan tajuk-tajuk yang terdapat dalam Jadual Rang Undang-Undang (2020) Perbekalan, 2020/2021. Perkara ini adalah perkara darurat yang terpaksa kita lakukan dan bukanlah merupakan satu kebiasaan. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat kerana telah memberikan kerjasama yang selayaknya dalam meluluskan Rang Undang-Undang yang berkenaan ini sehingga selesai.
Oleh demikian, bagi membolehkan kita membincangkan perkara-perkara seterusnya saya ingin mencadangkan supaya kita bersidang semula di Majlis Mesyuarat Negara.
(Mesyuarat Jawatankuasa ditangguhkan)
(Majlis Mesyuarat bersidang semula)
Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ
ุจูุณูู ู ุงูููู ุงูุฑููุญูู ูฐูู ุงูุฑููุญูููู ู Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kita bersidang semula di Persidangan Majlis Mesyuarat Negara. Oleh yang demikian sebagai peraturan perundangan dalam meluluskan Rang Undang-Undang (2020) Perbekalan, 2020/2021 yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, rang ini akan dibaca bagi kali ketiga sebelum rang ini kita diluluskan untuk dijadikan sebagai akta. Ini adalah menurut prosedur kita yang terdapat dalam Standing Order.
Sebelum kita berbuat demikian maka saya kira adalah berpatutan bagi mesyuarat ini kita tangguhkan sementara dan kita akan bersidang semula dalam 20 minit yang akan datang.
(Majlis Mesyuarat berehat sebentar)
(Majlis Mesyuarat bersidang semula)
Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ
ุจุณู ุงููู ุงูุฑุญู ู ุงูุฑุญูู Ahli-Ahli Yang Berhormat sebentar tadi kita telah selesai meneliti dan menimbangkan Rang Undang-Undang (2020) Perbekalan, 2020/2021 yang telah dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II. Oleh yang demikian, sebagai menurut peraturan perundangan dalam meluluskan Rang Undang-Undang, ia akan dibaca bagi kali ketiga sebelum rang ini kita luluskan untuk dijadikan akta. Silakan Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II.
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi IIโ
Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.
ุจุณู ุงููู ุงูุฑุญู ู ุงูุฑุญูู ุงูุณูููุงูู ู ุนูููููููู ู ููุฑูุญูู ูุฉู ุงูููู ููุจูุฑูููุงุชููู dan salam sejahtera. Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kaola ingin memaklumkan bahawa Rang Undang-Undang yang bergelar: โSuatu Akta Untuk Membekalkan Sejumlah Wang Dari Kumpulan Wang Yang Disatukan Bagi Perkhidmatan Tahun Kewangan 2020/2021 Dan Untuk Memperuntukkan Wang Yang Tersebut Itu Bagi Maksud-Maksud Tertentuโ telah pun dipertimbangkan dan diteliti satu per satu dalam Persidangan Jawatankuasa dan telah dipersetujui dengan tidak ada apa-apa pindaan.
Oleh yang demikian, Kaola memohon izin Yang Berhormat Yang Di-Pertua untuk mencadangkan supaya Rang Undang-Undang ini dapat dibaca bagi kali ketiga dan seterusnya untuk diluluskan. Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.
Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, sebentar tadi telah menyatakan supaya Rang Undang-Undang yang bergelar: โSuatu Akta Untuk Membekalkan Sejumlah Wang Dari Kumpulan Wang Yang Disatukan Bagi Perkhidmatan Tahun Kewangan 2020 / 2021 Dan Untuk Memperuntukkan Wang Yang Tersebut Itu Bagi Maksud-Maksud Tertentuโ untuk dapat dibaca bagi kali ketiga.
Adakah Ahli Yang Berhormat yang suka untuk menyokong cadangan ini?
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteriโ
ุจุณู ุงููู ุงูุฑุญู ู ุงูุฑุญููYang Berhormat Yang Di-Pertua. Kaola menyokong cadangan Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II dengan sepenuhnya. Terima kasih Yang Berhormat.
Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ
Ahli-Ahli Yang Berhormat. ุฃูููุญูู ูุฏู ููููู Persidangan Majlis Mesyuarat Negara telah pun selesai meluluskan Rang Undang-Undang (2020) Perbekalan 2020/2021 yang telah dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II. Dengan ini telah dibaca bagi kali ketiga dan seterusnya diluluskan. Cadangan ini telah mendapat sokongan daripada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Adakah Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju akan cadangan ini? Sila angkat tangan.
(Semua Ahli mengangkat tangan tanda bersetuju)
Nampaknya semua Ahli Yang Berhormat bersetuju secara sebulat suara. Maka Rang Undang-Undang (2020) Perbekalan, 2020/2021 ini diluluskan.
Yang Dimuliakan Jurutulisโ
โSuatu Akta Untuk Membekalkan Sejumlah Wang Dari Kumpulanwang Yang Disatukan Bagi Perkhidmatan Tahun Kewangan 2020/2021 Dan Untuk Memperuntukkan Wang Yang Tersebut Itu Bagi Maksud-Maksud Tertentu.โ
Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ
ุงูููุญูู ูุฏู ูููููฐูู Persidangan Majlis Mesyuarat Negara telah pun selesai meluluskan Rang Undang-Undang (2020) Perbekalan, 2020/2021 dan ia akan mula berjalan kuat kuasanya pada 1 April 2020. Ahli-Ahli Yang Berhormat. Sekarang kita beralih kepada Perkara VIII, Susunan Kerja Persidangan Majlis Mesyuarat Negara.
Yang Dimuliakan Jurutulisโ
Perkara VIII - Ketetapan. Ketetapan No.1 - Ketetapan Di bawah Fasal 83 (7) Dari Perlembagaan Negara Brunei Darussalam 1959 akan dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeriโ
ุจูุณูู ู ุงูููู ุงูุฑููุญูู ูฐูู ุงูุฑููุญูููู ู ุงููุณููููุงู ู ุนูููููููู ู ููุฑูุญูู ูุฉู ุงูููู ููุจูุฑูููุงุชููู Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Izinkan kaola menerangkan secara ringkas mengenai Kertas yang dibentangkan di atas meja.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Sebanyak 17 buah Perintah-Perintah yang telah disenaraikan dan Perintah-Perintah tersebut telah dikurniakan perkenan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muโizzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar โAli Saiffuddien Saโadul Khairi Waddien Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk diguna pakai.
Untuk makluman Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, bahawa sebahagian daripada perintah-perintah ini sudah pun berjalan dan diguna pakai pada tahun 2019 yang lalu dan sebahagian lagi telah mula berjalan pada tahun 2020. Kesemua Perintah ini telah diterbitkan dalam โWarta Kerajaanโ menurut Peraturan Perlembagaan Negara Brunei Darussalam.
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Perintah-perintah ini telah pun diteliti dengan sehalus-halusnya dengan tujuan memastikan ia berjalan dengan teratur. Oleh itu, telah pun dikurniakan perkenan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, maka kaola berpendapat tidaklah perlu kita membahaskannya dan sebaliknya lebih bersesuaian untuk diluluskan.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Keterangan ringkas mengenai perintah-perintah yang kaola sebutkan adalah seperti terdapat dan tersenarai dalam Kertas Majlis Mesyuarat Negara No. 1 Tahun 2020. Oleh yang demikian, izinkan kaola sekarang untuk mencadangkan sebuah Ketetapan yang berbunyi:
โMajlis ini membuat Ketetapan menurut Fasal 7 Perkara 83 Dari Perlembagaan Negara Brunei Darussalam 1959, bahawa tiap-tiap perintah yang dibuat di bawah Fasal 3 Perkara 83 dari Perlembagaan Negara Brunei Darussalam yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai Kertas No. 1 Tahun 2020 adalah masing-masing mulai dari perintah itu diluluskan.โ
Sekian dan terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteriโ
ุจูุณูู ู ุงูููููู ุงูุฑููุญูู ููู ุงูุฑููุญููู ูYang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kaola menyokong cadangan Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri. Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.
Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ
Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-Ahli Yang Berhormat. Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri telah pun mengemukakan sebuah Ketetapan di bawah Fasal 83 (7) Dari Perlembagaan Negara Brunei Darussalam 1959 dan perkara ini telah mendapat sokongan daripada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Sebagaimana jua yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri sebentar tadi bahawa kebanyakan ataupun kesemua undang-undang yang disenaraikan dalam Kertas No.1 Tahun 2020 telah pun diluluskan secara emergency orders dan sebahagian undang-undang tersebut telah pun berjalan dan berkuat kuasa pada masa ini.
Oleh yang demikian, saya berpendapat perkara ini tidak perlu lagi kita bahaskan. Maka ada baiknya Ketetapan yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri ini kita undi. Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju, sila angkat tangan.
(Semua Ahli mengangkat tangan tanda bersetuju)
ุฃูููุญูู ูุฏู ูููููฐูู semua Ahli Yang Berhormat bersetuju dengan sebulat suara. Maka Ketetapan ini diluluskan.
Yang Dimuliakan Jurutulisโ
Ketetapan No. 2 di bawah Bab 4 (2) dari Akta Kumpulanwang Kemajuan (Penggal 136) akan dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II.
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi IIโ
ุจูุณูู ู ุงูููู ุงูุฑููุญูู ูฐูู ุงูุฑููุญูููู ู ุงูุณูููุงูู ู ุนูููููููู ู ููุฑูุญูู ูุฉู ุงูููู ููุจูุฑูููุงุชููู dan salam sejahtera. Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Kaola memohon izin kepada Yang Berhormat Yang Di-Pertua di dalam Dewan yang mulia ini, untuk mencadangkan bahawa Majlis ini dengan ini membuat Ketetapan seperti yang dikehendaki oleh Bab 4 (2) dari Akta Kumpulanwang Kemajuan (Penggal 136) bahawa perbelanjaan sejumlah $800,000,000.00 untuk dibenarkan, diperuntukkan dan dipohonkan dari Kumpulanwang Kemajuan untuk maksud - maksud tertentu di bawah ini dan disebutkan dalam Anggaran Belanjawan Kemajuan 2020/2021 dibentangkan sebagai Kertas No. 2 Tahun 2020.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Butir-butir Perbelanjaan Kemajuan dalam tahun tersebut ada dinyatakan dalam Anggaran-Anggaran Hasil dan Perbelanjaan bagi tahun itu yang dibentangkan di atas meja sebagai Kertas No. 2 Tahun 2020.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Cadangan peruntukan Rancangan Kemajuan Negara ini telah kita bincangkan secara terperinci dan panjang lebar dalam satu sidang Jawatankuasa dan telah diluluskan tiada pindaan. Maka kaola sekarang ingin menyatakan hasrat Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk meneruskan rancangan-rancangan tersebut sebagaimana yang telah dirancangkan.
Dari itu, kaola sukacita mencadangkan supaya Majlis ini menetapkan menurut Majlis ini, dengan ini membuat Ketetapan seperti yang dikehendaki Bab 4 (2) dari Akta Kumpulanwang Kemajuan (Penggal 136), bahawa perbelanjaan sejumlah $800,000,000.00 dibenarkan, diperuntukkan dan dipohonkan dari Kumpulanwang Kemajuan untuk maksud-maksud tertentu di bawah ini dan disebutkan dalam Anggaran Belanjawan Kemajuan 2020/2021 dibentangkan sebagai Kertas No. 2 Tahun 2020.
Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.
Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II sebentar tadi telah mencadangkan sebuah Ketetapan di bawah Bab 4 (2) dari Akta Kumpulanwang Kemajuan (Penggal 136). Saya suka meminta ada Ahli Yang Berhormat yang menyokong mengenai cadangan ini.
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteriโ
ุจูุณูู ู ูฑูููููฐูู ูฑูุฑููุญูู ููฐูู ูฑูุฑููุญููู ู Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Saya menyokong sepenuhnya cadangan daripada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.
Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ
Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-Ahli Yang Berhormat. Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II sebentar tadi telah mengemukakan sebuah Ketetapan di bawah Bab 4 (2) dari Akta Kumpulanwang Kemajuan (Penggal 136), Negara Brunei Darussalam dan cadangan ini telah pun mendapat sokongan daripada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Sebagaimana yang dinyatakan sebentar tadi, bahawa semua peruntukan wang Kemajuan ini telah pun diluluskan untuk dijadikan sebagai akta, oleh yang demikian perkara ini tidaklah perlu lagi kita bahaskan. Maka ada baiknya ketetapan ini sekarang kita undi.
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju, sila angkat tangan.
(Semua Ahli mengangkat tangan tanda bersetuju)
ุงูููุญูู ูุฏู ูููููฐูู semua Ahli bersetuju. Maka Ketetapan ini diluluskan.
Yang Dimuliakan Jurutulisโ
Perkara IX - Ucapan-Ucapan Penangguhan.
Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Sidang sekarang beralih kepada Perkara IX - Ucapan-Ucapan Penangguhan. Ahli-Ahli Yang Berhormat. Sebelum saya menjemput Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri saya juga ingin memberi peluang kepada seorang atau dua orang wakil daripada Ahli Yang Berhormat untuk menyampaikan dalam Ucapan Penangguhan ini.
Saya berikan selama 5 minit setiap seorang. Sekarang saya menjemput, Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri untuk menyampaikan ucapannya.
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeriโ
Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua. ุจุณู ุงููู ุงูุฑุญู ู ุงูุฑุญูู ุงูุณูุงู ุนูููู ูุฑุญู ุฉ ุงููู ูุจุฑูุงุชู ุงูุญู ุฏ ููู ุฑุจ ุงูุนุงูู ููุ ูุงูุตูุงุฉ ูุงูุณูุงู ุนูู ุณูุฏูุง ู ุญู ุฏ ุฃุดุฑู ุงูู ุฑุณูููุ ูุนูู ุขูู ูุตุญุจู ุฃุฌู ุนูู.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kita bersyukur ke hadrat ุงููู ุณูุจูุญูุงูููู ููุชูุนูุงููู kerana dengan izin-Nya juga kita telah dapat bersidang selama 5 hari dalam Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Keenam Belas Majlis Mesyuarat Negara 2020.
ุงูุญู ุฏ ููู dalam masa yang singkat ini kita telah dapat meluluskan beberapa akta penting, khususnya Akta Perbekalan 2020/2021. Dengannya ุฅู ุดุงุก ุงููู akan membolehkan kerajaan untuk melaksanakan rancangan pembangunan negara demi meningkatkan tahap kemajuan ekonomi dan sosial bagi menjamin kesejahteraan rakyat dan penduduk di negara ini.
Sebelum kaola meneruskan ucapan ini, dalam kesempatan ini kaola dengan penuh hormat dan tulus ikhlas, sukacita mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Berhormat Yang Di-Pertua atas kebijaksanaan dan kewibawaan Yang Berhormat Yang Di-Pertua dalam memimpin pemesyuaratan Majlis Mesyuarat Negara kita dengan sungguh lancar, teratur dan efisien serta fokus kepada isu-isu penting, bertepatan untuk dibahaskan di Dewan yang mulia ini.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua juga telah memberikan kesempatan kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat untuk mengemukakan pengamatan dan pandangan serta soalan-soalan dan bagi Ahli-Ahli Yang Berhormat dari pihak kerajaan untuk memberikan penjelasan dan jawapan. Dengannya, kita telah dapat meneliti dan membahaskan Rang Undang-Undang (2020) Perbekalan, 2020/2021 dalam suasana permuzakarahan dan hormat menghormati selaras dengan konsep Melayu Islam Beraja.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, kita sama-sama bersyukur ke hadrat ุงููู ุณูุจูุญูุงูููู ููุชูุนูุงููู kerana dalam menghadapi keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu dan pergolakan geopolitik serta kejadian-kejadian tidak diduga dan pada masa ini COVID-19, negara kita dengan izin ุงููู dan dengan berkat kepimpinan bijaksana Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam masih mampu mencatatkan kadar pertumbuhan yang menggalakkan di samping menikmati beberapa pembaharuan signifikan dari sudut infrastruktur.
Oleh itu sebagai langkah yang strategik sebagaimana yang telah disampaikan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II pada awal mesyuarat ini fokus kewangan pada tahun ini menumpukan kepada 4 perkara:
-
Meningkatkan aktiviti pelaburan;
-
Memudah cara perniagaan;
-
Menjana sumber manusia yang kompeten dan employable; dan
-
Memelihara kesejahteraan awam.
Sekali lagi kita bersyukur ke hadrat ุงููู ุณูุจูุญูุงูููู ููุชูุนูุงููู kerana di bawah kepimpinan bijaksana Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, kerajaan baginda masih mampu untuk menyediakan peruntukan kewangan yang munasabah bagi Peruntukan Kewangan Tahun 2020/2021 demi memelihara ketenteraman dan kesejahteraan rakyat dan penduduk di negara ini.
Melalui 4 fokus utama ini, kita telah dapat membincangkan rancangan-rancangan kerajaan bagi tahun 2020/2021 terutama sekali dalam mempelbagaikan ekonomi negara, meningkatkan kapasiti anak-anak tempatan dan memantapkan kesejahteraan dan keselamatan rakyat.
Keutamaan-keutamaan ini telah pun dikenal pasti bagi mencapai hala tuju melalui pelbagai usaha yang akan melibatkan bukan sahaja pihak kerajaan malah pihak swasta, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGOs) dan setiap lapisan masyarakat di negara ini.
Cadangan dan pandangan yang diberikan oleh Ahli Yang Berhormat adalah dihargai terutama dalam mengurangkan kebergantungan pada minyak dan gas. Apa juga cadangan dan pandangan Ahli-Ahli Yang Berhormat akan berterusan diteliti dengan sehalus-halusnya oleh pihak kerajaan dan diberikan keutamaan sewajarnya mengambil kira tahap impaknya kepada kesejahteraan rakyat dan penduduk negara ini selari dengan 4 fokus utama kewangan pada tahun ini.
Memandangkan permesyuaratan pada tahun ini berakhir lebih awal maka kita tidak mampu mempunyai banyak kesempatan untuk membincangkan sepenuhnya perkara-perkara yang berkaitan dengan beberapa buah kementerian.
Dengan yang demikian, kaola mencadangkan agar perbincangan secara sektoral di peringkat kementerian diadakan sebagai tindakan susulan dan landasan untuk mengetahui sejauh mana perancangan dan pelaksanaan pelan rancangan kementerian masing-masing selari dalam menangani isu-isu yang dihadapi oleh rakyat dan penduduk di negara ini.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Keenam Belas Majlis Mesyuarat Negara Brunei Darussalam pada tahun ini antara lainnya berkaitan dengan bagaimana kita dapat memikirkan langkah-langkah berkesan bagi menangani isu pengangguran.
ุงูููุญูู ูุฏู ูููููฐูู, setakat ini beberapa inisiatif telah berjalan bagi menangani isu pengangguran dengan kerjasama multi agency seperti Job Center Brunei atau (JCB) dan Jabatan Buruh. Melalui proses saringan di JCB yang mula diperkenalkan pada penghujung tahun 2017 sehingga Februari 2020 menurut JCB seramai 2,949 pencari kerja tempatan mengisikan kekosongan di sektor swasta dan sebanyak 17,579 daripada 36,681 permohonan dari syarikat-syarikat untuk mendapatkan kelulusan daripada Job Center Brunei (JCB) untuk mendatangkan pekerja asing telah ditolak.
Dengan tertubuhnya Manpower Planning dan Employment Council usaha-usaha untuk menangani isu tenaga manusia dan pekerjaan akan digiatkan lagi dengan pelaksanaan cadangan dan inisiatif-inisiatif baharu dalam masa yang terdekat dan diharap akan dapat membantu mengatasi isu-isu ini dan dalam masa yang sama menyumbang kepada perkembangan sektor swasta melalui peningkatan kompetensi dan kepakaran pencari kerja tempatan.
ุงูุญู ุฏ ููู melalui inisiatif Ease of Doing Business pihak kerajaan sentiasa berusaha untuk menyediakan ekosistem yang menjana perkembangan sektor perniagaan di negara ini dan menjadikan negara ini sebagai destinasi utama bagi Foreign Direct Investment (FDI) serta membantu meningkatkan peluang pekerjaan dari segi jumlah dan kualiti pekerjaan.
Walau bagaimanapun, kita tidaklah boleh mengharap kepada kerajaan sahaja. Adalah diharapkan agar majikan-majikan di sektor swasta juga memainkan peranan masing-masing dalam membantu pekerja-pekerja mereka untuk bertahan lama agar pekerja tidak melihat sektor swasta sebagai pekerjaan sementara.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kita sama-sama maklum dan sedar bahawa pendekatan whole of nation approach amat diperlukan bagi menangani isu-isu yang memerlukan koordinasi dan sokongan daripada berbagai-bagai pihak kerajaan dan bukan kerajaan seperti isu pengangguran, menjana perekonomian dan seumpamanya.
Untuk itu di Dewan yang mulia ini kita mengharapkan pendekatan yang kita sering laungkan ini agar benar-benar dapat direalisasikan dan tidak akan memberati mana-mana pihak untuk menanganinya. Rancangan-rancangan yang telah dikongsikan di Dewan yang mulia ini menunjukkan bahawa kita mempunyai impian dan aspirasi untuk merealisasikan Brunei maju menuju Wawasan Brunei 2035.
Marilah kita sama-sama melangkah ke hadapan dan menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah negara yang cemerlang lagi dihormati dengan ekonomi yang berkembang dan rakyat yang berkualiti dan bernilai tinggi. Dalam masa yang sama kita juga sentiasa perlu bijak menangani sumber yang sedia ada di samping meraih peluang-peluang lain di hadapan kita baik dalam arena global serantau mahupun dalam negeri.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Pada Disember 2019 yang lalu, kita digegarkan dengan berlakunya insiden penularan wabak yang sekarang kita kenali sebagai COVID-19 yang sehingga kini telah mengakibatkan beberapa kematian di beberapa buah negara yang terjejas teruk dengan wabak ini. Untuk itu di Dewan yang mulia ini kita turut bersimpati dengan musibah yang dihadapi oleh negara-negara berkenaan.
Di negara ini pula sejak 12 Mac 2020 sehingga malam tadi kita telah pun mengikuti perkembangan terkini COVID-19 di negara ini daripada Yang Berhormat Menteri Kesihatan. Dengan kedudukan pandemik COVID-19 di negara ini dan di dunia, kita berharap seluruh rakyat dan penduduk di negara ini akan mematuhi nasihat dan arahan Kementerian Kesihatan dan memikul tanggungjawab social responsibility masing - masing dalam usaha kita menghadapi wabak COVID-19 demi kebaikan, kesejahteraan dan keselamatan kita semua.
Kaola dengan tulus ikhlas sukacita mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Berhormat Menteri Kesihatan, petugas-petugas barisan hadapan, seluruh pegawai dan kakitangan Kementerian Kesihatan serta semua agensi-agensi kerajaan dan swasta yang telah sama-sama berusaha dengan bersungguh-sungguh dan penuh komitmen dalam menghadapi wabak COVID-19 sejak bulan Disember 2019 yang lalu sehingga hari ini.
Marilah kita terus bersatu dan berdoa ke hadrat ุงููู ุณูุจูุญูุงูููู ููุชูุนูุงููู semoga negara kita, seluruh rakyat dan penduduknya selamat dan terhindar daripada penularan wabak COVID-19. ุขู ูููู
Sebelum kaola mengakhiri Ucapan Penangguhan ini kaola sukacita mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Dimuliakan Jurutulis Majlis Mesyuarat Negara, Yang Mulia Timbalan Jurutulis dan seluruh kakitangan Majlis Mesyuarat Negara serta pihak media massa yang telah sama-sama menjayakan Majlis Mesyuarat Negara pada tahun ini dengan lancar dan teratur.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dengan bertawakal kepada ุงููู ุณูุจูุญูุงูููู ููุชูุนูุงููู maka kaola mengusulkan agar Persidangan Majlis Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Keenam Belas Majlis Mesyuarat Negara 2020/2021 ditangguhkan.
Sekian, ูุจุงููู ุงูุชูููู ูุงููุฏุงูุฉ ูุงูุณูุงู ุนูููู ูุฑุญู ุฉ ุงููู ูุจุฑูุงุชู
Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Sebentar tadi Ahli Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri telah pun memberikan Ucapan Penangguhan dan sebagaimana lazim kita mempunyai permohonan daripada beberapa orang ahli yang suka untuk membuat Ucapan Penangguhan mereka masing-masing.
Saya persilakan Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II yang suka untuk berucap. Silakan.
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi IIโ
Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.
ุจุณู ุงููู ุงูุฑุญู ู ุงูุฑุญูู ุงูุณูุงู ุนูููู ูุฑุญู ุฉ ุงููู ูุจุฑูุงุชู dan salam sejahtera.
ุงูุญู ุฏ ููู ุฑุจ ุงูุนุงูู ููุ ูุงูุตูุงุฉ ูุงูุณูุงู ุนูู ุณูุฏูุง ู ุญู ุฏ ุฃุดุฑู ุงูู ุฑุณูููุ ูุนูู ุขูู ูุตุญุจู ุฃุฌู ุนูู.Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Marilah kita memanjatkan doa ke hadrat ุงููู ุณูุจูุญูุงูููู ููุชูุนูุงููู semoga COVID-19 yang sedang melanda negara pada masa ini dapat dihadapi dan ditangani dengan baik dan semoga mereka yang berkenaan akan diberikan kesembuhan oleh ุงููู ุณูุจูุญูุงูููู ููุชูุนูุงููู.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Oleh sebab Majlis Mesyuarat Negara pada tahun ini terpaksa dipendekkan disebabkan oleh wabak yang melanda negara pada masa ini dan untuk menjaga kemaslahatan orang lain kita hanya dapat membincang beberapa buah kementerian dengan terperincinya.
Dalam kesempatan ini, kaola sukacita merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada Yang Berhormat Yang Di-Pertua atas kebijaksanaan dalam memimpin dan memandu permesyuaratan ini dengan sempurna dalam suasana tenang dan harmoni, penuh kesabaran terbuka dan semangat muhibah.
Kaola sukacita mengimbas kembali titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Majlis Mesyuarat Negara Keenam Belas 2020 tempoh hari.
Antaranya baginda bertitah bahawa kesan daripada wabak ini telah menjejaskan perkembangan dan pertumbuhan ekonomi di kebanyakan negara di dunia termasuk menjadi kurangnya permintaan minyak dan gas dunia dan secara automatik menjadikan harga kedua-dua komoditi ini jatuh berpanjangan.
ุฅู ุดุงุก ุงููู Kementerian Kewangan dan Ekonomi akan sentiasa memantau perbelanjaan dan kedudukan fiskal kerajaan dan program-program yang sedang dan akan dilaksanakan agar ia dapat berdaya tahan. Dalam masa yang sama, kaola memohon kerjasama yang padu dalam kalangan rakan-rakan kaola untuk berhati-hati dalam membelanjakan wang kerajaan.
Dalam sesi perbincangan yang lalu, Ahli-Ahli Yang Berhormat telah menyuarakan beberapa cadangan untuk mengukuhkan fiskal negara. Kaola mengucapkan terima kasih atas cadangan dan keprihatinan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat dan ุฅู ุดุงุก ุงููู cadangan tersebut akan diteliti sedalam-dalamnya dengan kerjasama kementerian-kementerian yang berkenaan.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Sebelum kaola mengakhiri Ucapan Penangguhan ini, kaola sekali lagi ingin merakamkan ucapan terima kasih atas keprihatinan Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat kerana meluluskan Rang Undang-Undang semua kementerian tanpa dibahaskan. Perkara ini dibuat adalah semata-mata menjaga kemaslahatan semua.
Akhir sekali, marilah sama-sama kita berdoa kepada ุงููู ุณูุจูุญูุงูููู ููุชูุนูุงููู mengurniakan kita semua taufik, petunjuk dan hidayah-Nya dan menyatukan hati kita ini semua ke arah jalan-jalan yang berkebajikan supaya kita dapat menangani cabaran-cabaran ini dengan ikhlas, tabah dan penuh keredaan dan tanggungjawab semata-mata kerana ุงููู jua.
Sekian, ููุจูุงูููู ุงูุชูููููููููู ููุงููููุฏูุงููุฉู ููุงูุณูููุงูู ู ุนูููููููู ู ููุฑูุญูู ูุฉู ุงูููู ููุจูุฑูููุงุชููู
Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ
Terima kasih Yang Berhormat. Saya persilakan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pendikar Alam Dato Paduka Seri Awang Haji Hasrin bin Dato Paduka Haji Sabtu.
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pendikar Alam Dato Paduka Seri Awang Haji Hasrin bin Dato Paduka Haji Sabtuโ
Terima kasih.
ุจูุณูู ู ุงูููู ุงูุฑููุญูู ูฐูู ุงูุฑููุญูููู ู ุงูุณูููุงูู ู ุนูููููููู ู ููุฑูุญูู ูุฉู ุงูููู ููุจูุฑูููุงุชูููYang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kaola berdiri di sini mewakili semua Ahli Yang Berhormat dengan penuh hormat dan takzim sama-sama menyokong sepenuhnya supaya Persidangan Majlis Mesyuarat ini ditangguhkan disebabkan keadaan yang dihadapi oleh negara pada masa ini.
Kaola mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Yang Di-Pertua atas kecekapan dengan memimpin permesyuaratan dan juga kepada pegawai-pegawai di Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat kerana dapat memudah cara permesyuaratan sehingga mesyuarat berjalan dengan lancar, teratur lagi memuaskan.
ุงูููุญูู ูุฏู ูููููฐูู, Majlis Mesyuarat Negara musim ini telah membincangkan beberapa isu utama yang boleh menjejaskan pertumbuhan ekonomi Brunei terutama dengan penurunan permintaan dan harga minyak yang semakin menurun yang akan mencetuskan defisit bajet negara walaupun Negara Brunei Darussalam mencatat surplus pada tahun lepas 2019-2020.
Dalam pada itu, kaola menyarankan dan berharap Ahli-Ahli Yang Berhormat akan terus membahaskan isu-isu yang penting melalui persuratan atau mana-mana platform yang bersesuaian dalam menyampaikan suara rakyat.
Berikutan penularan wabak jangkitan COVID-19. Kaola ingin juga mengucapkan penghargaan kepada pihak-pihak yang berkenaan terutama frontlines yang telah bertungkus-lumus melaksanakan tugas bagi mengurangkan risiko penularan wabak COVID-19 di negara ini.
Khususnya, kakitangan Kementerian Kesihatan, media massa, Pasukan Polis Diraja Brunei, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan lain-lain. Dalam perkara ini, kaola ingin juga menasihatkan orang ramai untuk mengikut apa jua arahan dari pihak-pihak berkuasa dan tidak perlu panik, tidak mempercayai mesej viral yang tidak berasas atau sahih. Pada waktu yang mencabar ini lebih baik bagi kita untuk bersatu sebagai sebuah negara dan percaya kepada pemimpin kita menjaga antara satu sama lain dan meneruskan aktiviti harian dengan sebaik mungkin.
Akhirnya, kaola berdoa ke hadrat ุงููููฐู ุณูุจูุญูุงูููู ููุชูุนูุงููู mengurniakan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan, Negara Brunei Darussalam sihat walafiat dilanjutkan usia, taufik dan hidayah aman makmur dan kekal karar memerintah Negara Brunei Darussalam turun-temurun hingga ke akhir zaman begitu juga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha serta ahli kerabat diraja. ุขู ูููู. ุขู ูููู ููุง ุฑูุจูู ุงููุนูุงููู ูููู
Akhir sekali kaola tidak lupa mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Yang Di-Pertua, Yang Dimuliakan Jurutulis, Yang Mulia Timbalan Jurutulis dan Ahli-Ahli Yang Berhormat dan jabatan yang berkenaan atas tanggungjawab yang telah dijalankan dengan sempurna.
Sekian, ูุจุงููู ุงูุชูููู ูุงููุฏุงูุฉ ูุงูุณูุงู ุนูููู ูุฑุญู ุฉ ุงููู ูุจุฑูุงุชู
Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ
Ahli-Ahli Yang Berhormat, kita telah pun mendengar ucapan-ucapan penangguhan daripada Ahli-Ahli Yang Berhormat dan saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan atas ucapan-ucapan penangguhan yang telah disampaikan tadi.
ุงูููุญูู ูุฏู ูููููฐูู, Persidangan Majlis Mesyuarat Negara kali ini, iaitu kali keenam belas telah pun selesai walaupun dalam keadaan suasana yang agak luar biasa yang sangat membimbangkan dengan adanya keadaan negara yang menghadapi penularan wabak COVID-19.
Saya juga ingin mengambil kesempatan ini berserta dengan Ahli-Ahli Yang Berhormat tadi untuk mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada Yang Berhormat Menteri Kesihatan dan pegawai-pegawainya dan juga semua pihak yang berkenaan yang terlibat dalam menangani masalah ini supaya negara, rakyat dan kita semua dalam keadaan selamat.
Wabak yang dihadapi ini telah pun disifatkan sebagai pandemik ketika ini. Wabak ini telah muncul pada pengakhir tahun lepas dan nampaknya telah pun menular ke beberapa buah negara hingga menyebabkan kematian, korban jiwa yang begitu banyak.
Saya masih ingat ucapan yang dibuat oleh Pengerusi WHO yang telah menggesa semua negara menerima hakikat bahawa katanya 'this is not a drill, this is for real'. Kita harus menerima hakikat ini, bahawa wabak ini harus ditangani sebaik-baiknya dan kita haruslah menurut peraturan-peraturan yang tertentu yang ditentukan oleh pihak-pihak yang berwajib supaya kita sebagaimana yang saya nyatakan terus selamat, terus terpelihara dan usaha kita ini ditambah dengan kepercayaan kita bahawa kita akan selamat dengan doa sebagaimana yang telah pun dititahkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muโizzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar โAli Saifuddien Saโadul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bahawa negara kita adalah tidak luput dengan doa, di mana saja kita berada kita akan sentiasa berdoa di rumah, di masjid, di dalam Dewan ini supaya kita selamat, negara kita selamat ุฅู ุดุงุก ุงููู
Dalam kesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan yang penuh tulus ikhlas kepada semua ahli atas kerjasama yang telah diberikan. Nampaknya, semua Ahli-Ahli Yang Berhormat tidak membantah apabila kita menyatakan bahawa hari ini kita akan bersidang hanya pada sebelah pagi ini dan kita akan meluluskan Rang Undang-Undang yang berhadapan dengan kita. Sungguhpun saya kira mungkin ada Ahli-Ahli Yang Berhormat berucap kurang percaya yang kita akan boleh membuatnya dalam masa yang begitu singkat. Saya penuh percaya rasa tanggungjawab yang diperlihatkan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian menunjukkan begitu kentalnya semangat untuk kita bersatu dalam menempuhi keadaan yang kita hadapi ketika ini ุฅู ุดุงุก ุงููู.
Ucapan terima kasih dan penghargaan juga saya tujukan kepada Yang Dimuliakan Jurutulis dan Yang Mulia Timbalan Jurutulis serta pegawai-pegawai dan kakitangan mereka masing-masing serta juga kakitangan kementerian-kementerian lain yang juga turut memberikan sumbangan untuk menjayakan permesyuaratan kita kali ini.
Saya hanya kesal bahawa pada pagi ini kita terpaksa mengehadkan kehadiran pegawai-pegawai dan agak ganjil bagi kita melihat betapa banyaknya kerusi yang kosong di belakang Ahli-Ahli Yang Berhormat.
Saya ingin sekarang menyembahkan sepenuhnya ucapan menjunjung kasih kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atas keprihatinan baginda bercemar duli untuk membuka rasmi Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesuaratan Keenam Belas Majlis Mesyuarat Negara pada hari Isnin, 14 Rejab 1441 bersamaan 9 Mac 2020, dan seterusnya berkenan mengurniakan titah yang begitu padu dan teratur.
Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam itu amat mendalam dan mengandungi nasihat dan pandangan jauh yang jelas mencerminkan hasrat baginda untuk menentukan bahawa Negara Brunei Darussalam ini akan terus makmur, akan terus menjadi negara yang sejahtera, aman damai dengan rakyatnya dan penduduknya di negara ini juga maju dan makmur.
Ahli-Ahli Yang Berhormat. ุงูููุญูู ูุฏู ูููููฐูู kita perlu bersyukur kerana Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam masih mampu untuk menyediakan peruntukan belanjawan yang munasabah bagi Tahun Kewangan 2020/2021 untuk membiayai projek-projek dan inisiatif-inisiatif pembangunan negara dengan mengambil kira keadaan ekonomi negara yang menghadapi pelbagai cabaran. Pihak-pihak yang berkenaan dinasihatkan untuk menggunakan peruntukan yang disediakan secara bijak dan berhemah serta sentiasa berhati-hati dalam merancang dan menguruskan perbelanjaan.
Saya juga ingin menyeru kepada semua pihak yang berkenaan untuk terus berganding bahu dalam melipatgandakan usaha untuk mempelbagaikan ekonomi dan meningkatkan produktiviti negara agar dapat mengukuhkan lagi kedudukan kewangan kita. Semua usaha dan inisiatif ini setentunya memerlukan sokongan padu semua pihak untuk mendapatkan impak yang sepenuh-penuhnya. Saya berharap juga Ahli-Ahli Yang Berhormat akan dapat meneruskan lagi permuzakarahan mereka di luar Dewan yang telah diadakan sejak beberapa tahun. Permuzakarahan ini ataupun mesyuarat ini tidak semestinya dengan menteri sahaja.
Barangkali, perlu juga diadakan dengan pegawai-pegawai yang berkenaan, supaya akan membawa perubahan yang positif dan signifikan terhadap pentadbiran negara kita. Saya percaya Yang Berhormat Menteri-Menteri yang berkenaan sentiasa mengalu-alukan bagaimana yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Menteri Pertahanan II bahawa Yang Berhormat mengalu-alukan muzakarah dengan Ahli-Ahli Yang Berhormat apabila Ahli-Ahli Yang Berhormat bersedia untuk menemuinya.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian. Datanglah dan berbincang dengan kementerian-kementerian yang berkenaan untuk menyuarakan dan mengemukakan pandangan dan cadangan dalam usaha kita semua untuk mendatangkan kebaikan negara yang kita cintai ini. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sendiri telah juga bertitah sedemikian supaya Ahli-Ahli Yang Berhormat membuat impak ataupun tindakan-tindakan yang memberikan signifikan kepada negara.
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Persidangan Majlis Mesyuarat Negara Keenam Belas ini adalah bagi memenuhi kehendak-kehendak seperti yang dipersyaratkan dalam Artikel 40, Bab 40 (1) dari Perlembagaan Negara Brunei Darussalam 1959. Kita telah pun, sebagaimana yang saya nyatakan, menjalankan tugas kita dengan baik dan teratur, sungguhpun dalam keadaan yang agak membimbangkan.
Akhir sekali, marilah kita berdoa semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, rakyat dan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam akan sentiasa mendapat rahmat dan perlindungan daripada ุงููู ุณุจุญุงูู ูุชุนุงูู.
Sebagaimana yang saya nyatakan dengan perlindungan itu kita juga dapat melaksanakan tugas kita sebagai warga yang penuh bertanggungjawab bagi menentukan negara kita ini akan terus makmur, sejahtera dan akan terus menjadi negara yang berdaulat lagi merdeka.
Dengan ucapan yang ringkas ini maka mengikut Peruntukan 35 (1) dari Peraturan Majlis-Majlis Mesyuarat Negara maka Majlis Mesyuarat Negara ini kita tangguhkan pada suatu masa yang belum ditetapkan tarikhnya. ุฅู ุดุงุก ุงููู kita akan bertemu lagi pada suatu ketika lagi dalam keadaan yang lebih cemerlang,
Sekian. ูุจุงููู ุงูุชูููู ูุงููุฏุงูุฉ ูุงูุณูุงู ุนูููู ูุฑุญู ุฉ ุงููู ูุจุฑูุงุชู
(Persidangan Majlis Mesyuarat Negara ditangguhkan)
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.