HARI KE-3
๐ Masa membaca: 112 minit
๐ Bilangan kata: 22,809 kata
11HB MAC 2020โ
Mesyuarat mula bersidang pada pukul 9.15 pagi
Yang Dimuliakan Jurutulisโ
ุจูุณูู ู ุงูููู ุงูุฑููุญูู ูฐูู ุงูุฑููุญููู ู Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Keenam Belas Majlis Mesyuarat Negara bersidang pada hari ini, iaitu hari yang ketiga, didahului dengan Doa Selamat.
DOA SELAMATโ
Doa Selamat dibacakan oleh Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Awang Hamidon bin Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Seri Setia Haji Abdul Hamid.
Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ
ุจุณู ุงููู ุงูุฑุญู ู ุงูุฑุญูู ุงูุณูุงู ุนูููู ูุฑุญู ุฉ ุงููู ูุจุฑูุงุชู ุงูููุญูู ูุฏู ูููููฐูู kita bersyukur ke hadrat ุงููู ุณูุจูุญูุงูููู ููุชูุนูุงููู kerana dengan limpah rahmat dan keizinan-Nya jua, kita dapat bersama-sama hadir pada pagi ini, bersidang bagi hari yang ketiga dalam Majlis Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Keenam Belas Majlis Mesyuarat Negara. Selawat serta salam ke atas Junjungan Besar kita ููุจูููู ู ูุญูู ููุฏ ุตููููู ุงูููู ุนููููููู ููุณููููู , kaum kerabat, para sahabat serta pengikut-pengikut Baginda yang taat lagi setia hingga ke akhir zaman.
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Pada persidangan yang telah kita adakan di sebelah petang semalam, kita telah selesai membahaskan Perkara V - Usul-Usul Yang Telah Diberi Notis. Sebelum kita menyambung semula untuk membahaskan Perkara VII Rang Undang-Undang dan Perkara VIII subsection 2 ketetapan di bawah Bab 4 (2) dari Akta Kumpulan Wang Kemajuan (Penggal 136).
Saya cadangkan kita lebih dahulu membincangkan Perkara VI iaitu Soalan-Soalan Yang Diberi Notis dan saya akan memberikan peluang bagi 2 buah soalan untuk dijawab.
Yang Dimuliakan Jurutulisโ
Perkara VI - Soalan-Soalan Yang Diberi Notis, Soalan Jawab Mulut No. 1 daripada Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pendikar Alam Dato Paduka Seri Awang Haji Hasrin bin Dato Paduka Haji Sabtu kepada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pendikar Alam Dato Paduka Seri Awang Haji Hasrin bin Dato Paduka Haji Sabtuโ
ุจุณู ุงููู ุงูุฑููุญูู ูฐูู ุงูุฑููุญูููู ู ุงูุณูููุงูู ู ุนูููููููู ู ููุฑูุญูู ูุฉู ุงูููู ููุจูุฑูููุงุชููู Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.
Perkhidmatan Awam adalah nadi dan jentera kerajaan yang penting dalam menjaga kebajikan dan kesejahteraan rakyat. Perkhidmatan Awam mengambil peranan sebagai pemelihara keamanan, penguat kuasa undang-undang, pengawal selia dan penyedia perkhidmatan di samping peranan utamanya sebagai pemudah cara, pengembang maju dan pembawa pembaharuan serta sebagai pemikir. Betapa mustahaknya peranan Perkhidmatan Awam tidak akan berkurangan, lebih-lebih lagi dalam zaman sekarang yang serba mencabar dan mengalami pelbagai perubahan.
Setiap warga perkhidmatan awam bertindak sebagai pemangkin pembangunan negara dan hendaklah bersikap dinamik, berfikiran secara proaktif dan forward thinking di samping bersikap addictive, responsif dan progresif terhadap perubahan persekitaran.
Dalam menyokong warga perkhidmatan awam dalam meningkatkan peranan dan menunaikan tanggungjawab yang telah diamanahkan dengan baik, Skim Perkhidmatan Awam hendaklah disesuaikan selaras dengan peredaran masa. Skim Perkhidmatan Awam yang lebih teratur hendaklah diwujudkan bagi memantapkan dan meningkatkan lagi mutu dan kualiti perkhidmatan supaya ia maju dan berdaya tahan dalam kehendak masa kini.
Soalan saya:-
-
Apakah pendekatan atau inisiatif yang telah dan sedang diambil oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Awam dalam meneliti semula Skim Perkhidmatan Awam yang sedia ada khususnya skim perkhidmatan yang memerlukan pembaharuan sesuai dengan peredaran masa agar skim perkhidmatan berkenaan tidak statik dan mempunyai aliran kerja yang lebih rapi bukan saja dari segi perubahan tangga gaji, kelayakan, kenaikan pangkat bahkan juga dari segi hak dan keistimewaan latihan serta tugas dan tanggungjawab; dan
-
Saya telah difahamkan bahawa ada beberapa cadangan Skim Perkhidmatan Khusus seperti Skim Perkhidmatan Pegawai Perundangan Sivil dan Syariah, Skim Perkhidmatan Perguruan Agama dan Skim Perkhidmatan Allied Health Professionals telah pun dicadangkan dan telah lama dihadapkan untuk penelitian dan kebenaran oleh pihak-pihak berkenaan, tetapi hingga masa ini belum ada lagi ketentuannya.
Saya ingin tahu bilakah agaknya cadangan skim perkhidmatan yang dimaksudkan itu dapat dibenarkan dan dilaksanakan?
Sekian, ูุจุงููู ุงูุชูููู ูุงููุฏุงูุฉ ูุงูุณูุงู ุนูููู ูุฑุญู ุฉ ุงููู ูุจุฑูุงุชู
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteriโ
ุจุณู ุงููู ุงูุฑุญู ู ุงูุฑุญูู Terima kasih ุงูุณูุงู ุนูููู ูุฑุญู ุฉ ุงููู ูุจุฑูุงุชู Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Kaola mengucapkan terima kasih atas soalan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pendikar Alam Dato Paduka Seri Awang Haji Hasrin bin Dato Paduka Haji Sabtu mengenai dengan Perkhidmatan Awam.
Kaola ingin mengongsikan bahawa Skim Perkhidmatan Awam bertujuan bagi mewujudkan satu aliran kerja yang teratur dan mantap melibatkan pewujudan gelaran jawatan tangga gaji yang kemas kini, selaras dan telus dengan keutamaan diberikan kepada penghasilan perkhidmatan yang berkualiti tinggi dan berdaya saing selaras dengan kehendak masa.
Beberapa inisiatif telah diungkapkan dalam meneliti semua syarat Skim Perkhidmatan yang sedia ada mengikut peredaran semasa dan keperluan satu-satu jawatan. Ini antara lain adalah seperti berikut:-
i. Mengemas kini skim-skim perkhidmatan bagi memberi peluang perkembangan kerjaya kepada kakitangan dalam perkhidmatan Open Vote untuk diserapkan ke dalam skim-skim tetap yang berkenaan dengan mengambil kira pengalaman dan tempoh perkhidmatan serta kesesuaian kelayakan akademik;
ii. Pelaksanaan penyelarasan dan penyesuaian gelaran jawatan bagi jawatan-jawatan dalam Bahagian IV dan V yang mempunyai tugas dan tanggungjawab yang sama tetapi mempunyai gaji yang berlainan sebagai contoh jawatan Pemandu;
iii. Pengemaskinian syarat-syarat kelayakan dalam skim perkhidmatan bagi jawatan-jawatan dalam Bahagian I yang menghendaki pemegangnya untuk menyediakan 2 kertas kerja;
iv. Pewujudan Skim Perkhidmatan yang mengambil kira kelulusan atau tangga gaji yang sebanding dan jawatan yang bersesuaian dalam memastikan Skim Perkhidmatan yang telah diluluskan berdaya tahan dan dapat diguna pakai pada jangka masa yang panjang. Pada masa yang sama ia memperluaskan lagi pemilihan dalam kalangan pegawai dan kakitangan kerajaan dalam bidang yang bersesuaian dan bukan sahaja tertumpu kepada satu bahagian sahaja yang tertakluk kepada jawatan-jawatan yang terlibat; dan
v. Setiap jabatan dan kementerian juga bertanggungjawab untuk menyediakan modal kompetensi bagi jawatan-jawatan di jabatan dan di kementerian masing-masing untuk memastikan tujuan pewujudan Skim Perkhidmatan bagi jawatan-jawatan berkenaan adalah tercapai iaitu bagi menghasilkan pegawai dan kakitangan yang lebih kompeten dan berkemampuan (skill workforce).
Semua perkara yang disebutkan tadi mempunyai hala tuju yang tertentu mengikut jenis pekerjaan. Jenis perkhidmatan yang ditawarkan juga mengikut peringkat dan tahap kelulusan yang dipunyai oleh calon-calon ataupun pencari kerja atau pelamar kerja. Begitulah secara ringkas yang dapat kaola huraikan berkaitan pendekatan atau inisiatif kerajaan dalam meneliti semula Skim Perkhidmatan Awam yang sedia ada.
Mengenai soalan seterusnya daripada Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pendikar Alam Dato Paduka Seri Awang Haji Hasrin bin Dato Paduka Haji Sabtu iaitu Skim Perkhidmatan Pegawai Perundangan Sivil dan Syariah, Skim Perkhidmatan Perguruan Ugama dan Skim Perkhidmatan Allied Health Professionals Kementerian Kesihatan.
Kaola ingin menarik perhatian Ahli Yang Berhormat bahawa dalam menimbangkan apa jua inisiatif atau cadangan berkaitan kewujudan skim-skim perkhidmatan, pihak kerajaan mengambil pendekatan melihat kesesuaiannya mengikut keperluan tenaga manusia yang sedia ada dan akan datang dalam sesebuah organisasi. Berkait dengan perkara ini kaola, mengongsikan perkara-perkara seperti berikut:-
i. Skim Perkhidmatan Pegawai Perundangan Sivil dan Syariah, Jabatan Perdana Menteri.
- Skim Perkhidmatan Pegawai Perundangan Sivil dan Syariah telah dibincangkan dalam jawatankuasa yang berkenaan memandangkan Skim Perkhidmatan bidang Perundangan ini mempunyai impak yang besar kepada Perkhidmatan Awam. Ia memerlukan tempoh yang panjang bagi melaksanakan penganalisisan yang terperinci serta menyeluruh dengan mengambil kira berbagai-bagai aspek seperti bench marking amalan tebaik (best practices) jenis-jenis kursus latihan bagi peningkatan pembangunan kapasiti penjawat awam dan lain-lain.
Ini tidaklah bererti skim tersebut tidak atau belum bersesuaian malah ada keelokannya jika skim itu dilaksanakan iaitu diadakan yang boleh membawa kepada diversity kepada bidang-bidang perundangan. Walau bagaimanapun skim-skim yang sedia ada berjalan sekarang ini juga boleh digunakan dengan dibuat beberapa penyesuaian dan sebagainya;
ii. Skim Perkhidmatan Perguruan Ugama (SPGU), Kementerian Hal Ehwal Ugama.
- Untuk makluman Yang Berhormat Skim Perkhidmatan Perguruan Ugama (SPGU) telah pun diluluskan dan mula berkuat kuasa pada 27 Jun 2016;
iii. Skim Perkhidmatan Allied Health Professionals, Kementerian Kesihatan.
โข Skim ini mengandungi lebih dari 20 bidang professional dan setiap bidang memerlukan perhatian dan penelitian yang khusus. Pihak Jabatan perkhidmatan Awam telah pun mengadakan perbincangan mengenai skim berkenaan bersama pihak Kementerian Kesihatan dan ianya dalam proses penelitian dan pengemaskinian lanjut bagi memastikan ianya mengikut peredaran masa dan dapat diguna pakai secara berterusan tanpa perubahan dalam jangka sama yang singkat.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Persoalan ini sebenarnya ditujukan kepada Yang Berhormat Menteri Kesihatan tetapi disebabkan sesuatu perkara yang sangat penting yang tidak dapat dielakkan, Yang Berhormat itu tidak dapat bersama kita masa ini. Maka kaola dengan rela hati menjawabkan persoalan yang dikemukakan.
Untuk makluman sebanyak 19% dari warga Kementerian Kesihatan terdiri daripada AHP (Allied Health Professional) yang merupakan salah satu tunggak utama dalam memangkin penjagaan kesihatan Negara Brunei Darussalam, di samping para doktor dan jururawat.
Khidmat tenaga AHP dalam rangkaian perkhidmatan penjagaan kesihatan merangkumi semua spektrum daripada sekuritif kepada rehabilitative dengan penjagaan kreatif. Beberapa aliran clinical kerja AHP dianggap sebagai leading clinicians of care di samping sokongan dan penglibatan dan profesional yang lain. AHP jua profesional yang berkemahiran tinggi dan berkerja secara berpasukan, multi disciplinary team serta secara berintegrasi dengan profesion kegiatan yang lain bagi lawatan pesakit.
Cadangan Skim AHP yang baharu adalah inisiatif Kementerian Kesihatan untuk memantapkan lagi dan memperkukuhkan kerjaya AHP sebagai khidmat tenaga yang berperanan penting dalam perkhidmatan perjagaan kesihatan selaras dengan bidang-bidang kesihatan yang lain seperti kedoktoran dan kejururawatan.
Untuk makluman sebelum ini pihak kementerian sudah pernah menghadapkan cadangan Skim Perkhidmatan AHP ke Jawatankuasa Tangga Gaji dan Syarat-Syarat Perkhidmatan Jabatan Perkhidmatan Awam untuk dipertimbangkan dan juga mengadakan perbincangan susulan bersama pihak berkenaan. Hasil dari penelitian pihak Jawatankuasa Tangga Gaji dan Syarat-Syarat Perkhidmatan, Kementerian Kesihatan dinasihatkan untuk meneliti semula cadangan skim berkenaan secara menyeluruh seterusnya untuk membuat beberapa penambahbaikan.
Oleh itu, mengenai status terkini Cadangan Skim Perkhidmatan AHP, pihak kementerian masih memerlukan maklumat tambahan khususnya Perkhidmatan AHP yang terbahagi kepada beberapa bidang. Cadangan awal menghadapkan Skim Perkhidmatan bagi 21 bidang AHP yang kini telah pun digabungkan kepada 18 bidang sahaja. Jawatan-jawatan dalam bidang-bidang berkenaan juga akan diseragamkan dengan pengguna dan jawatan yang sama.
Satu panel teknikal di peringkat kementerian telah ditubuhkan yang terdiri daripada pegawai-pegawai AHP dari pelbagai bidang pengurusan yang dilantik bagi menduduki dan meneliti cadangan Skim Perkhidmatan yang berkenaan. Usaha ini bukanlah satu proses yang mudah untuk mewujudkan skim perkhidmatan yang berstruktur, teratur, seragam dan bersesuaian untuk semua 18 bidang profesional AHP dalam pelbagai bidang kepakaran memakan masa dan memerlukan penelitian yang terperinci.
Di samping itu, cadangan skim perkhidmatan hendaklah juga mengambil kira syarat dan peraturan. Allied Health Professional Council of Brunei Darussalam yang ditubuhkan bagi memastikan para AHP di Negara Brunei Darussalam adalah kompeten untuk mengamalkan bidang pengkhususan masing-masing selaras dengan AHP order 2017. Sekian terima Kasih.
Yang Dimuliakan Jurutulisโ
Soalan Jawab Mulut No. 2 daripada Yang Berhormat Dayang Nik Hafimi binti Abdul Haadii kepada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Yang Berhormat Dayang Nik Hafimi binti Abdul Haadiiโ
ุจุณู ุงููู ุงูุฑุญู ู ุงูุฑุญูู ุงูุณูุงู ุนูููู ูุฑุญู ุฉ ุงููู ูุจุฑูุงุชูProgram i-Ready dan Perkembangan Pengusaha Kecil dan Sederhana. Program i-Ready akan masuk tahun ketiga selepas pengenalannya pada tahun 2017 dan terdapat maklum balas dan komen dari lapisan masyarakat. Majikan - majikan yang mengambil graduan Program i-Ready bukan hanya dari sektor swasta tetapi juga dari sektor awam. Kebanyakan apprentice yang mendapat manfaat paling mendekati program ini dengan minda terbuka dan menggunakannya sebagai penempatan peluang belajar dan juga memperluaskan peluang jaringan kerja mereka.
Dari pemerhatian saya, dalam Program i-Ready menghasilkan 2 kesan (outcome) positif secara tidak sengaja dan bukan sebahagian daripada terma rujukan semasa perancangannya iaitu:-
-
Ia membolehkan interns i-Ready membantu start-ups untuk mempercepatkan syarikat - syarikat mereka berkembang dengan lebih cepat dan sesetengahnya menjadi lebih pantas dengan evolusi semula jadi mereka sebagai permulaan; dan
-
Ia mewujudkan peluang ekosistem untuk interns i-Ready dengan menanamkan keyakinan untuk menjadi usahawan.
Soalan saya:-
i. Adakah terdapat kajian semula atau kesesuaian Skim i-Ready yang kemudian dapat menampung positif yang tidak disengajakan untuk digalakkan memandangkan ia dapat mengembangkan keusahawanan; dan
ii. Dalam hal sedemikian akan lebih berkesan untuk mempertimbangkan pemberian geran kepada pengusaha kecil dan sederhana melalui kualiti pekerja sebagai kajian pertengahan inisiatif i-Ready. Adakah pihak tertentu melihat ini sebagai satu cara ke hadapan? terima kasih.
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteriโ
ุจูุณูู ู ุงูููู ุงูุฑููุญูู ูฐูู ุงูุฑููุญูููู ู Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Kaola berterima kasih kepada Yang Berhormat Dayang Nik Hafimi binti Abdul Haadii bagi soalan ini. Kaola mempersilakan rakan sejawatan kaola Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II untuk memberikan penjelasan dan penerangan seterusnya. Silakan.
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi IIโ
Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Dayang Nik Hafimi binti Abdul Haadii atas soalan yang diajukan. Pada menjawab soalan Yang Berhormat, Sekretariat Tetap Manpower Planning and Employment Council (MPEC) memang sentiasa memantau keberkesanan Program Perantisan i-Ready. Ini termasuklah langkah-langkah penambahbaikan mengikut kesesuaian ke arah mencapai objektif program ini iaitu untuk meningkatkan marketability dan employability kepada anak-anak tempatan.
Dalam pada ini, pihak Sekretariat Tetap MPEC telah membuat beberapa penelitian ke atas penyalahgunaan program oleh sesetengah majikan seperti mengurangkan gaji pekerja atau memberhentikan pekerja yang ada kerana bergantung kepada pembayaran elaun i-Ready, memberikan jawatan yang tidak bersesuaian mengikut kelulusan sebagaimana yang telah mereka janjikan.
Setakat 15 Februari 2020, seramai 58 orang perantis sedang ditempatkan dengan syarikat-syarikat setaraf dan 3 orang telah berjaya mendapatkan pekerjaan tetap. Manakala 41 orang dari 248 orang perantis berjaya mendapatkan pekerjaan tetap dengan MSME.
Dari segi pengembangan keusahawanan pula, satu kumpulan i-Ready yang terdiri dari 7 orang graduan telah berjaya menubuhkan perusahaan mereka sendiri. Oleh yang demikian, kaola sukacita menyarankan kepada anak-anak tempatan termasuk para perantis i-Ready yang berminat untuk menceburi bidang keusahawanan untuk mengguna-kan platform yang sedia ada seperti program-program yang diungkayahkan oleh DARe dan LiveWire.
Menyentuh mengenai dengan pemberian grant pula, MPEC telah meluluskan pengembangan skop bagi Human Resource Development (HRD) Fund di bawah Rancangan Kemajuan Negara Ke-11 bagi mendukung hasrat dalam meningkatkan kemahiran anak tempatan yang mana antara lainnya adalah termasuk Program Training Grants bagi syarikat kecil dan sederhana.
Geran 'Co-Matching' dari DARe menawarkan bantuan kewangan sehingga $20 ribu dalam bentuk pembiayaan padanan (70:30) kepada PMKS tempatan iaitu DARe akan membiayai 70% dari kos projek, manakala 30% lagi akan dibiayai oleh pemohon itu sendiri. Tujuan skim ini adalah untuk membantu mempercepatkan perkembangan perusahaan tempatan dan seterusnya membantu mereka untuk mengeksport produk masing-masing ke pasaran luar.
Terdapat 2 kategori iaitu:
i. Kategori I:
Bagi syarikat yang sedia ada dengan jumlah maksimum pembiayaan sehingga $20,000.00 dan;
ii. Kategori II:
Bagi syarikat baharu dengan jumlah maksimum pembiayaan sehingga $10 ribu bagi pemohon yang berjaya.
Pada tahun 2019, sebanyak 11 permohonan telah diterima dan dua daripadanya sudah diluluskan. Dua perniagaan yang telah diluluskan adalah di dalam sektor industri kesihatan dan kecantikan (health and beauty) dan makanan & minuman (F&B).
Sekian sahaja yang dapat kaola sampaikan bagi menjawab persoalan yang diajukan oleh Yang Berhormat Dayang Nik Hafimi binti Abdul Haadii. Terima kasih, Yang Berhormat Yang Di-Pertua.
Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ
Terima kasih. Ahli-Ahli Yang Berhormat. Saya kira cukuplah dulu perbahasan yang kita adakan untuk menjawab Soalan-Soalan Yang Telah Diberi Notis.
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Pada petang semalam, Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II telah memohon kebenaran supaya Peraturan-Peraturan Tetap Majlis Mesyuarat Negara, digantung bagi membolehkan Rang Undang-Undang yang bergelar:
โSuatu Akta Untuk Membekalkan Sejumlah Wang Dari Kumpulan Wang Yang Disatukan Bagi Perkhidmatan Tahun Kewangan 2020/2021 Dan Untuk Memperuntukkan Wang Yang Tersebut Itu Bagi Maksud-Maksud Tertentuโ, untuk dibaca bagi kali yang kedua dan ketiga menurut Syarat 48(3) Perlembagaan Negara Brunei Darussalam.
Maka saya benarkan Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, untuk berbuat demikian.
Saya persilakan sekarang, Yang Berhormat untuk memberikan kenyataan seterusnya.
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi IIโ
ุจูุณูู
ู ุงูููู ุงูุฑููุญูู
ูฐูู ุงูุฑููุญูููู
ู
ุงููุญูู
ูุฏู ูููู ุฑูุจูู ุงููุนูุงููู
ููููุ ููุงูุตููููุงุฉู ููุงูุณููููุงู
ู ุนูููู ุณููููุฏูููุง
ู
ูุญูู
ููุฏู ุฃูุดูุฑููู ุงููู
ูุฑูุณููููููุ ููุนูููู ุขูููู ููุตูุญูุจููู ุฃูุฌูู
ูุนูููู.
ุฑูุจูู ุงุดูุฑูุญู ููู ุตูุฏูุฑููุ ููููุณููุฑู ููู ุฃูู
ูุฑูู ููุงุญููููู ุนูููุฏูุฉู ู
ููู ููุณูุงููู ูููููููููุง ููููููู
ุงูุณูููุงูู ู ุนูููููููู ู ููุฑูุญูู ูุฉู ุงูููู ููุจูุฑูููุงุชููู Kaola ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas izin Yang Berhormat Yang Di-Pertua untuk kaola mencadangkan supaya Rang Undang-Undang yang bergelar "Suatu Akta Untuk Membekalkan Sejumlah Wang Dari Kumpulan Wang Yang Disatukan Bagi Perkhidmatan Tahun Kewangan 2020/2021 Dan Bagi Memperuntukkan Wang Yang Tersebut Itu Bagi Maksud-Maksud Tertentu", dibaca bagi kali yang kedua.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.
Tujuan Rang Undang-Undang ini "Untuk Membenarkan Pengeluaran, Sejumlah $5.86 Bilion ($5,860,000,000.00) Dari Kumpulan Wang Yang Disatukan, Bagi Perkhidmatan Tahun Kewangan 2020/2021, Dan Untuk Memperuntukkannya, Bagi Maksud-Maksud Yang Dinyatakan Dalam Jadualโ.
Dalam berbuat demikian, kaola memohon izin untuk menerangkan secara ringkas mengenai prospek ekonomi global dan Negara Brunei Darussalam serta sokongan Anggaran Belanjawan Negara berasaskan kepada analisis dan penilaian ke atas kemampuan kewangan kerajaan dan keutamaan perbelanjaan kerajaan selaku asas dalam penyediaan Belanjawan Negara Tahun Kewangan 2020/2021.
ุฃูููุญูู ูุฏู ููููููฐูู segala puji-pujian dan syukur ke hadrat ุงููููฐูู ุณูุจูุญูุงูููู ููุชูุนูุงููู kerana dengan izin dan limpah rahmat-Nya jua, serta berkat kepimpinan dan keprihatinan raja, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muโizzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, rakyat dan penduduk di negara ini terus menikmati kesejahteraan dan pembangunan seiring dengan negara-negara maju.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Izinkan kaola mengongsikan sedikit mengenai kedudukan ekonomi global pada masa ini. Berdasarkan Laporan World Economic Outlook (WEO) dari International Monetary Fund (IMF) dalam keluarannya bulan Januari 2020, pertumbuhan ekonomi global bagi tahun 2019 adalah pada kadar 2.9%. Ini merupakan pertumbuhan terendah sejak Krisis Kewangan Global 2008/2009.
Ini antara lainnya disebabkan kejutan negatif terhadap aktiviti ekonomi di beberapa buah negara membangun terutamanya Brazil, India, Mexico, Russia dan Turki dan risiko seperti ketegangan geopolitik yang semakin meningkat terutamanya antara Amerika Syarikat dan Iran serta peningkatan pergolakan sosial dan kemerosotan hubungan perdagangan antara Amerika Syarikat dengan rakan-rakan dagangannya.
Manakala, pertumbuhan bagi tahun 2020 dalam laporan World Economic Outlook (WEO) keluaran Januari 2020 diramalkan meningkat secara sederhana kepada 3.3%. Walau bagaimanapun penularan wabak virus COVID-19 akan menjejaskan pertumbuhan ekonomi global. Pihak International Monetary Fund (IMF) telah mengeluarkan kenyataan bahawa pertumbuhan global pada tahun 2020 dijangka menurun tetapi sejauh mana kadar dan impaknya masih sukar untuk diramal.
Penurunan ekonomi global ini telah memberikan kesan negatif kepada permintaan minyak dan seterusnya menyebabkan harga minyak jatuh. Di samping itu, kegagalan dalam mencapai kesepakatan untuk mengurangkan pengeluaran minyak semasa mesyuarat OPEC yang telah diadakan baru-baru ini, yang telah menyebabkan harga minyak jatuh menjunam iaitu pada pertengahan bulan Januari 2020 harga minyak adalah dalam lingkungan US$65 setong, kepada kira-kira US$54 setong pada awal bulan Mac 2020 dan seterusnya serendah US$31 setong pada 9 Mac 2020.
Dalam jangka masa panjang pula, permintaan minyak dunia juga dijangka akan berkurangan mengambil kira kebanyakan negara maju telah mula beralih kepada penggunaan tenaga hijau dan renewable energy technology seperti electric vehicles, geothermal dan tenaga solar, hydropower dan biofuels berikutan dengan impak terhadap perubahan suhu global akibat penggunaan bahan api fossil atau fossil fuel seperti minyak dan gas.
Seterusnya, kaola ingin mengongsikan mengenai kedudukan pertumbuhan KDNK Negara Brunei Darussalam. ุงููุญูู ูุฏู ูููููฐูู Jabatan Perancangan Ekonomi dan Statistik, Kementerian Kewangan dan Ekonomi telah melaporkan pertumbuhan KDNK negara bagi tahun 2019 meningkat pada kadar 3.9% berbanding dengan 0.1% bagi tahun 2018. Sektor Minyak dan Gas mencatatkan peningkatan sebanyak 4.9% dan Sektor Bukan Minyak dan Gas berkembang pada kadar 2.5%. Ini merupakan pertumbuhan KDNK yang tertinggi sejak tahun 2006.
Bagi tahun 2020 pula, IMF telah mengunjurkan pertumbuhan KDNK Negara Brunei Darussalam pada kadar 4.7%. Anggaran ini antara lainnya adalah mengambil kira pengeluaran pertama hiliran industri Minyak dan Gas bagi projek Loji Penapisan Minyak dan Petrokimia di Pulau Muara Besar, dan juga pembinaan kilang Brunei Fertilizer Industries (BFI). Manakala, pihak ASEAN+3 Macroeconomic Research Office (AMRO) telah mengunjurkan pertumbuhan pada kadar 3.7% dan pihak Asian Development Bank (ADB) juga telah mengunjurkan pertumbuhan yang positif iaitu pada kadar 1.5%.
Sementara itu, Jabatan Perancangan Ekonomi dan Statistik, Kementerian Kewangan dan Ekonomi pula telah mengunjurkan bahawa pertumbuhan KDNK negara bagi tahun 2020 akan terus berkembang antara 4.9% hingga 7.1%. Ini berikutan dengan peningkatan beberapa sektor utama seperti Sektor Pertanian, Perhutanan dan Perikanan, Sektor Industri dan Sektor Perkhidmatan.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Izinkan kaola mengongsikan kedudukan fiskal kerajaan bagi Tahun Kewangan 2018 / 2019. Kutipan hasil pendapatan kerajaan meningkat sebanyak 55.7% kepada $6,027.26 juta berbanding dengan $3,872.27 juta pada Tahun Kewangan sebelumnya.
Ini adalah disebabkan oleh peningkatan hasil dari sektor Minyak dan Gas sebanyak 63.8% kepada $4,873.37 juta berbanding dengan $2,975.73 juta pada Tahun Kewangan 2017 / 2018. Kutipan hasil dari Sektor Bukan Minyak dan Gas juga meningkat sebanyak 28.7% kepada sejumlah $1,153.89 juta berbanding dengan $896.54 juta pada Tahun Kewangan 2017/2018. Manakala, perbelanjaan kerajaan bagi Tahun Kewangan 2018/2019, berkurangan sebanyak 1.32% kepada $5,999.34 juta berbanding dengan $6,079.29 juta pada Tahun Kewangan 2017/2018.
Berikutan peningkatan hasil pendapatan dan penurunan perbelanjaan kerajaan bagi Tahun Kewangan 2018/2019, negara telah merekodkan lebihan belanjawan atau budget surplus sejumlah $27.92 juta berbanding dengan defisit belanjawan dalam Tahun Kewangan 2017/2018 sebanyak $2,207.02 juta.
Seterusnya, bagi Tahun Kewangan 2019/2020 pula, sehingga 29 Februari 2020, kutipan hasil pendapatan kerajaan dianggarkan berjumlah $3,453.94 juta iaitu kira-kira $2,787.79 juta adalah daripada Sektor Minyak dan Gas dan $666.15 juta daripada Sektor Bukan Minyak dan Gas. Manakala perbelanjaan kerajaan adalah sebanyak $4,923.80 juta, yang telah merekodkan defisit belanjawan sebanyak $1,469.86 juta. Ini disebabkan oleh penurunan kutipan hasil dari Sektor Minyak dan Gas sebanyak $779.89 juta.
Dalam usaha kerajaan untuk mempertingkatkan pertumbuhan ekonomi negara, inisiatif-inisiatif bagi mencapai keseimbangan belanjawan (balanced budget) perlu diteruskan. Ini kerana hasil kerajaan kurang korelasi dengan pertumbuhan KDNK, tidak seperti negara-negara lain yang mempunyai sumber hasil yang lebih pelbagai seperti dari cukai pendapatan, Goods and Services Tax (GST), Property Tax dan lain-lain, yang jika pertumbuhan KDNK meningkat, hasil kepada pendapatan kerajaan di negara-negara tersebut juga akan meningkat.
Oleh yang demikian, kerajaan akan terus melaksanakan inisiatif di bawah Program Fiscal Consolidation yang telah mula diperkenalkan kepada kementerian-kementerian pada Tahun Kewangan 2018/2019. Program ini bukan sahaja merupakan one-off program tetapi ia merupakan program yang perlu dilaksanakan secara berterusan. Hasil pencapaian setiap inisiatif yang dirancang atau yang telah mula dilaksanakan oleh kementerian-kementerian mungkin hanya akan memberikan impak kepada kedudukan fiskal pada beberapa tahun yang akan datang. Setakat ini, melalui inisiatif di bawah Program Fiscal Consolidation, beberapa projek dalam perancangan antara lainnya pengkorporatan beberapa jabatan kerajaan seperti Jabatan Percetakan Kerajaan dan Jabatan Perkhidmatan Pos serta penswastaan penuh fungsi perkhidmatan pilotage kapal-kapal yang masuk ke Pelabuhan Muara di bawah Darussalam Pilotage Services.
Di samping itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah memperkenankan bagi penubuhan Syarikat P Cube Sendirian Berhad (P Cube) pada 14 Mei 2019 sebagai anak syarikat di bawah Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei (LKEB), untuk meneliti cadangan-cadangan projek Public Private Partnership (PPP) termasuk melaksanakan pengurusan projek atau aset kerajaan yang berpotensi untuk menggunakan kaedah PPP. Sejak penubuhannya beberapa buah projek dan perkhidmatan kerajaan telah dikenal pasti untuk dilaksanakan dengan menggunakan kaedah PPP.
Dalam pada itu, mengambil kira dengan keadaan ekonomi negara pada masa ini yang menghadapi berbagai-bagai cabaran seperti pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang belum stabil berbanding dengan negara-negara jiran, kadar pengangguran yang tinggi dan eksport dari Sektor Bukan Minyak dan Gas yang masih rendah, โBrunei Darussalam Economic Blueprintโ bagi tempoh 15 tahun (tahun 2020 hingga 2035) ุฅู ุดุงุก ุงููู akan diterbitkan.
Ia merupakan satu pelan hala tuju perancangan ekonomi negara yang akan melengkapkan usaha-usaha untuk mencapai Wawasan Brunei 2035 khususnya Matlamat Ketiga, iaitu โEkonomi Yang Dinamik dan Berdaya Tahanโ. Penyediaan Economic Blueprint ini akan dibuat secara komprehensif dengan mengambil kira inisiatif-inisiatif dan perancangan-perancangan lain yang sedia ada termasuk dari Authority Monetary Brunei Darussalam Financial Sector Blueprint, ASEAN Economic Community Blueprint 2025, pelan-pelan strategik kementerian-kementerian dan sebagainya.
Negara Brunei Darussalam juga komited untuk mencapai objektif-objektif yang dikenal pasti di bawah Agenda 2030 untuk Pembangunan Berdaya Tahan. Sebanyak 17 pencapaian ataupun Sustainable Development Goals (SDGs) telah dikenal pasti dan dipersetujui oleh kesemua negara ahli Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) antara lainnya seperti membasmi kemiskinan, menjana pertumbuhan ekonomi yang mampan, memelihara dan mempertingkatkan alam sekitar sambil mengatasi masalah perubahan iklim.
Dalam usaha Negara Brunei Darussalam untuk mencapai perkembangan negara, rakyat merupakan satu aset penting negara dan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam akan terus melabur bagi kesejahteraan rakyat melalui pendidikan dan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti, kewangan yang inklusif dan tenaga kerja yang produktif.
Bagi menunjukkan komitmen negara terhadap pencapaian SDGs, Negara Brunei Darussalam akan menyertai, buat pertama kalinya, sesi Voluntary National Review (VNR) semasa *United Nations High Level Political Forum on Sustainable *Development* yang akan diadakan pada bulan Januari 2020 di Ibu Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Amerika Syarikat.
Sebagai persediaan bagi penyertaan dalam sesi VNR 2020 nanti, satu bengkel kerja VNR telah diadakan pada bulan Januari 2020 lalu yang bertujuan antara lainnya untuk meningkatkan kefahaman pihak-pihak berkepentingan, bukan sahaja dalam kalangan agensi kerajaan, bahkan termasuk ahli-ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGOs), mengenai VNR termasuk proses dan ciri-ciri VNR, yang diharap akan menyumbang kepada pencapaian VNR secara berkesan.
Kerajaan akan terus bekerjasama dengan pihak-pihak berkepentingan berkenaan untuk memastikan whole of nation approach dalam persediaan sesi VNR itu nanti, ุฅู ุดุงุก ุงููู dengan mengenal pasti dan melaksanakan inisiatif-inisiatif yang diterajui oleh kerajaan dan juga dukungan usaha pihak swasta dan NGOs, Negara Brunei Darussalam akan mencapai matlamat-matlamat yang telah dikenal pasti di bawah Agenda 2030 untuk Pembangunan Berdaya Tahan.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Berasaskan kepada faktor-faktor yang telah dibentangkan sebentar tadi, Anggaran Perbelanjaan Tahun Kewangan 2020/2021, termasuk peruntukan bagi Kumpulan Wang Kemajuan, dicadangkan keseluruhannya dikekalkan sebanyak $5.86 bilion seperti pecahan berikut:-
-
Kategori Gaji Kakitangan diperuntukkan sebanyak $1.99 bilion atau 33.9% daripada keseluruhan peruntukan bagi membiayai antara lain gaji, elaun-elaun dan pembayaran caruman seramai 67,126 kakitangan kerajaan;
-
Perbelanjaan Berulang-Ulang diperuntukkan sebanyak $2.01 bilion atau 34.3%. Ini antara lain bagi memperuntukkan Pemeliharaan Aset Kerajaan sebanyak $365.43 juta, Pendidikan sebanyak $217.65 juta, Sewa sebanyak $160.13 juta, pembayaran gaji dan elaun bagi 11,251 kakitangan Open Vote dan Gaji Hari sebanyak $136.18 juta dan Perbelanjaan Operasi sebanyak $134.89 juta;
-
Perbelanjaan Kemajuan dikekalkan sejumlah $800 juta atau 13.7%; dan
-
Manakala selebihnya bagi membiayai perbelanjaan di bawah kategori Perbelanjaan Yang Diakui.
Anggaran Hasil Kerajaan bagi Tahun Kewangan 2020/2021 pula diunjurkan berjumlah $4.05 bilion iaitu hasil daripada Sektor Minyak dan Gas dianggarkan sebanyak kira-kira $2.91 bilion, manakala Sektor Bukan Minyak dan Gas dianggarkan sebanyak $1.14 bilion. Oleh itu, Belanjawan Negara bagi Tahun Kewangan 2020/2021 dijangka akan mengalami defisit berjumlah kira-kira $1.81 bilion.
Walau bagaimanapun, unjuran KDNK dan anggaran hasil yang telah kaola bentangkan sebentar tadi belum lagi mengambil kira situasi terkini seperti mana kaola telah terangkan mengenai situasi harga minyak yang menurun dan seterusnya akan berada pada tahap yang rendah dengan mengambil kira cabaran-cabaran yang telah, sedang dan yang akan kita alami. Oleh yang demikian, kedudukan ekonomi negara akan besar kemungkinan turut terjejas dan hasil kerajaan akan lebih rendah dari jumlah yang telah dianggarkan, yang dengan sendirinya menyebabkan jumlah defisit yang lebih besar.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Sekarang kaola akan membentangkan tema Belanjawan Negara bagi Tahun Kewangan 2020/2021 yang masih dikekalkan seperti Tahun Kewangan 2019/2020 iaitu โPelaburan Untuk Masa Depan (Investing in Our Future)โ. Ini untuk meneruskan usaha-usaha yang telah mula dilaksanakan sejak tahun kewangan lepas dan perancangan-perancangan yang dicadangkan agar ia dapat dimajukan sebagai kesinambungan dalam jangka masa panjang untuk mencapai kestabilan fiskal dan meningkatkan kualiti kehidupan yang tinggi serta menjana ekonomi yang maju dan berdaya tahan agar ia dapat dinikmati oleh generasi kini dan akan datang.
Kerajaan juga akan terus mengekalkan empat fokus utama bagi mendukung tema Belanjawan Tahun Kewangan 2020/2021 di atas, seperti berikut:
i. Meningkatkan Aktiviti Pelaburan;
ii. Memudah Cara Perniagaan;
iii. Menjana Sumber Manusia yang Kompeten dan Employable; dan
iv. Memelihara Kesejahteraan Awam.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Izinkan kaola menghuraikan secara ringkas keutamaan-keutamaan berkenaan satu persatu dan juga memberikan perkembangan dan pencapaiannya setakat ini di bawah keutamaan-keutamaan tersebut.
- Meningkatkan Aktiviti Pelaburan.
Dalam usaha untuk meningkatkan aktiviti pelaburan di negara ini, Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam akan terus giat berusaha untuk meneroka dan menggalakkan peluang-peluang dan aktiviti pelaburan terutama sekali dalam menarik pelaburan-pelaburan langsung asing yang berkualiti bagi mempercepatkan lagi usaha pembangunan sektor swasta di negara ini sekali gus dapat menjana peluang pekerjaan.
Sejajar dengan usaha untuk merealisasikan aspirasi dalam mempelbagaikan ekonomi, Industry Roadmap juga sedang dirangka yang bertujuan menyediakan ekosistem perindustrian yang kondusif dan meningkatkan feasibiliti dan daya saing sektor-sektor utama negara melalui strategi-strategi dan pelan tindakan, antaranya:
Sektor utama pertama, iaitu Industri Hiliran Minyak dan Gas. Bagi memajukan pelaburan FDI dalam sektor derivatives hasil minyak dan gas dan seterusnya pembuatan hiliran yang menggunakan produk penghasilan dari syarikat-syarikat yang sedia ada terutamanya Syarikat Hengyi Industries Sdn Bhd, Syarikat Brunei Methanol Sdn Bhd dan Syarikat Brunei Fertilizer Industries Sdn Bhd. Syarikat Hengyi Industries Sendirian Berhad telah pun berjaya melaksanakan plant start-up pada 3 November 2019 serta mula mengeluarkan produk paraxylene dari unit aromatics crackers dengan mencapai standard penghasilan yang memuaskan. Pencapaian ini merupakan satu milestone yang signifikan yang membuktikan kilang tersebut telah dapat menghasilkan sebanyak 13 jenis produk termasuk minyak petrol, diesel, jet fuel, benzene dan lain-lain, dan telah mengeksport produk-produk petrokimia ke 15 buah negara termasuklah Amerika Syarikat, Malaysia, Republik Singapura, Filipina, Australia, Indonesia, Hong Kong, Vietnam dan Republik Rakyat China.
Sehingga bulan Februari 2020, Syarikat Hengyi juga telah berjaya menghasilkan nilai eksport berjumlah US$1.22 bilion dan setakat ini telah menjana 447 peluang pekerjaan kepada anak-anak tempatan. Manakala, Syarikat Brunei Fertilizer Industries Sendirian Berhad (BFI) pada masa ini adalah dalam fasa pembinaan kilang penghasilan amonia dan urea dan dijangka akan mula beroperasi pada bulan Mei 2021. Kilang ini nanti akan mempunyai kapasiti pengeluaran amonia sebanyak 2,200 metrik tan sehari yang akan diproses untuk menghasilkan baja urea granular sebanyak 3,900 metrik tan sehari.
Setakat ini, syarikat ini telah menjana pekerjaan kepada anak tempatan seramai 33 orang pegawai dan kakitangan dan 162 pelatih.
Dalam hubungan ini juga, Hengyi dan BFI (Brunei Fertiliser Industries) memainkan peranan utama dalam mengubah landskap ekonomi negara dengan memperluaskan dan memantapkan value chain sektor minyak dan gas. Projek-projek ini akan terus mewujudkan peluang-peluang pelaburan dalam industri seperti petrokimia dan pembuatan hiliran yang dengan sendirinya akan memacu pertumbuhan dan kepelbagaian ekonomi negara. Contohnya, PTA (Purified Terephthalic Acid) yang boleh diproses untuk menghasilkan pelbagai produk, termasuk komponen kenderaan, tekstil, pembungkusan, perabot, peralatan pinggan mangkuk, dan sebagainya.
Selain itu, projek-projek ini telah berjaya memberikan peluang latihan di dalam dan luar negara seperti menawarkan biasiswa kepada graduan tempatan untuk menjalani latihan kejuruteraan di luar negara. Pada masa akan datang akan menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan mahir yang berkualiti tinggi kepada anak-anak tempatan. Oleh itu, dengan adanya projek-projek hiliran ini nanti, ia akan dapat memberikan peluang spinoff kepada syarikat-syarikat mikro, kecil dan sederhana. Di samping itu, aktiviti-aktiviti seperti tanking, mixing dan logistik bagi industri minyak dan gas juga diambil perhatian dalam Industry Roadmap ini;
Sektor utama kedua ialah Industri Permakanan. Ke arah perkembangan industri ini, beberapa strategi telah dikenal pasti bagi mengurangkan jurang dalam ekosistem dan value chain industri ini. Beberapa syarikat-syarikat FDI yang khusus seperti Barramundi Asia Sdn Bhd, Pure Salmon telah juga dikenal pasti yang dapat membantu dalam membangunkan pertumbuhan syarikat-syarikat tempatan yang berpotensi untuk dikembang majukan.
Tiga aspek yang akan difokuskan di bawah industri ini adalah seperti:
i. Primary production melalui kerjasama dengan pihak Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan;
ii. Secondary production bagi memastikan keseluruhan potensi value chain akan dibangunkan secara maksimum di negara ini; dan
iii. Supporting Industries seperti logistik dan cold storage.
Dalam hubungan ini, satu Memorandum Persefahaman (MoU) telah ditandatangani pada 10 Disember 2019 antara Dana Modal Pembangunan Strategik, Kementerian Kewangan dan Ekonomi bersama 8F Asset Management Pte Ltd, iaitu sebuah syarikat pengurus dana Private Equity dari Republik Singapura. MoU tersebut akan memberi rangka kerja bagi kerjasama pelaburan ke dalam satu fasiliti penternakan ikan Atlantic Salmon dengan menggunakan teknologi Recirculating Aquaculture System (RAS) yang kapasiti penghasilannya dianggarkan 10,000 metrik tan ikan setahun. Projek penternakan ikan Atlantic Salmon dijangka akan menjana 145 peluang pekerjaan dan akan membekalkan produk-produk ikan seperti fish fillets dan smoked salmon ke pasaran serantau dan juga tempatan.
Syarikat Barramundi Asia Sendirian Berhad pula, akan memulakan fasa pembinaan pada suku tahun pertama 2020 dan pengeluaran pertama akan dijangka pada akhir tahun 2021. ุฅู ุดุงุก ุงููู dengan kejayaan yang diraih, hasil daripada penggunaan teknologi ini, ia akan dapat membuka peluang dalam mengembangkan beberapa jenis projek akuakultur yang lain. Ini juga mengambil kira bahawa syarikat-syarikat akuakultur ini akan membuat pemindahan teknologi dan pengetahuan mereka kepada syarikat-syarikat tempatan melalui latihan dan penyelidikan. Perusahaan syarikat-syarikat ini juga akan menjana perkembangan kepada PMKS tempatan yang menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan sampingan dan supply chain, seperti memproses makanan laut hiliran, katering, pengeluaran makanan ikan dan logistik.
Sektor utama ketiga ialah Ekonomi Digital. Dalam menghadapi perkembangan Revolusi Industri 4.0. Pengawalseliaan serta infrastruktur dan connectivity perlu diberikan tumpuan dalam pembangunan ekonomi digital negara. Selain penubuhan Majlis Digital Ekonomi, salah satu inisiatif utama kerajaan dalam mempercepatkan agenda digital ekonomi negara adalah dengan menyatukan rangkaian infrastruktur syarikat - syarikat telekomunikasi di Negara Brunei Darussalam ke dalam sebuah anak syarikat yang dipunyai (100%) oleh Darussalam Assets Sdn Bhd iaitu Syarikat Unified National Network Sdn Bhd (UNN) yang akan berterusan untuk melabur dan memperbaiki infrastruktur telekomunikasi, dalam usaha untuk menubuhkan sebuah "State of The Art and Best In Class, Fixed Mobile Convergence Network."
Pada masa ini, perbincangan telah diadakan antara pihak UNN dan pihak industri mengenai potensi pelaburan dalam teknologi dan infrastruktur 5G. Negara kita tidak mampu tertinggal dalam penyerapan teknologi baharu supaya kita terus dapat bersaing di pasaran antarabangsa dan dapat menarik lebih banyak Pelaburan Langsung Asing yang memerlukan infrastruktur telekom yang canggih untuk kegunaan industri mereka. Penyerapan ekonomi digital melalui penyediaan pelaburan yang dibuat oleh UNN juga akan membolehkan negara mengimbangi keperluan bekerja, beribadat dan beriadah dengan lebih baik.
Sektor utama keempat ialah Industri Pelancongan. Sejajar dengan objektif Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, industri pelancongan yang dimajukan perlu berasaskan Sustainable, Responsible and Inclusive (SRI). Pihak Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei juga turut memainkan peranannya sebagai promoter dan pemudah cara FDI bagi industri ini khususnya sektor penginapan dan wellness. Melalui Autoriti Kemajuan Daerah Temburong (AKDT), pihak Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei (LKEB) bergiat aktif dalam mengenal pasti projek-projek yang boleh menaikkan lagi status Temburong sebagai โPermata Hijauโ iaitu termasuk projek-projek pelancongan yang memelihara sumber daya alam dan menggunakan teknologi rendah karbon yang mana memerlukan penglibatan pelabur-pelabur dari dalam dan luar negeri yang mempunyai taraf kepakaran yang tinggi.
Selain projek tersebut, projek-projek lain juga sedang giat dilaksanakan di Daerah Temburong yang diharap akan dapat membangun peluang penjanaan ekonomi di daerah tersebut dengan adanya jambatan penghubung Daerah Brunei Muara ke Daerah Temburong itu nanti. Projek menaik taraf dan pembisaan Pekan Bangar adalah salah satu projek utama yang sedang giat dilaksanakan yang bertujuan bukan sahaja untuk mengukuhkan Pekan Bangar sebagai salah satu tempat tarikan pelancong tetapi juga menjadikannya sebagai pusat komersil bagi peniaga-peniaga tempatan.
Dalam hubungan ini, pihak Darussalam Enterprise (DARe) juga memainkan peranannya dengan memperluaskan program-program keusahawanan yang dibukakan khusus bagi peniaga-peniaga dan pengusaha-pengusaha di Daerah Temburong dalam membantu mendidik dan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran perniagaan mereka, contohnya memberi latihan penyimpanan buku asas (book keeping) dan pengurusan kewangan. DARe juga sedang melaksanakan sebuah program berstruktur yang berhasrat untuk menaik taraf piawaian perkhidmatan dan keupayaan perniagaan berkaitan dengan pelancongan seperti penginapan, restoran, produk makanan dan minuman yang dapat membantu memperbaiki dan meningkatkan produk-produk tersebut.
Sektor utama kelima ialah Sektor Perkhidmatan. Terdapat beberapa pelaburan dan peningkatan prasarana telah dibuat oleh agensi-agensi kerajaan. Salah satunya ialah pengambilalihan terminal kontena Muara oleh Syarikat Muara Port Company (MPC) Sdn Bhd, iaitu sebuah syarikat usaha sama antara Darussalam Assets dengan Beibu Gulf Holding (Hong Kong) Co. Ltd pada 21 Februari 2017 lalu, terdapat peningkatan dalam perkhidmatan yang diberikan kepada para pelanggan khususnya syarikat-syarikat perkapalan. Sejak pengambilalihan ini, purata produktiviti kapal kontena telah meningkat daripada 20 pergerakan setiap jam sebelum pengambilalihan kepada 32 pergerakan setiap jam, dan purata masa haulier berkurang kepada 21 minit daripada lebih 1 jam sebelum pengambilalihan.
Dari kejayaan pengambilalihan ini, Muara Port Company Sdn Bhd (MPC) terus berkembang dengan pengambilalihan conventional ports pada 2 Julai 2018 dan seterusnya meningkatkan kecekapan Pelabuhan Muara secara keseluruhannya. Dengan usaha giat MPC untuk memperluaskan aktiviti-aktiviti logistik.
ุฅู ุดุงุก ุงููู tidak lama lagi MPC akan memulakan penghantaran kargo ulang alik secara direct dari Pelabuhan Muara ke Tanjung Priok di Jakarta Utara. Sejak penubuhannya, MPC terus berusaha untuk menjadikan Pelabuhan Muara sebagai pusat perkapalan, pelabuhan dan transit hub di rantau ini. MPC juga berhasrat untuk meningkatkan aktiviti ekonomi dan perdagangan melalui penyusunan semula Strategic Business Plan dan penyediaan Port Masterplan untuk menjadikan Pelabuhan Muara berdaya saing di peringkat pelabuhan antarabangsa dan sub-regional termasuk BIMP-EAGA.
Di samping itu, sebagai usaha untuk membangunkan perniagaan dalam bidang pertanian dan makanan, satu kumpulan kerja bersama Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura di peringkat menteri dalam bidang agrimakanan telah ditubuhkan yang akan dapat memudah cara kolaborasi antara sektor swasta dalam bidang agrimakanan bagi menarik pelaburan dan mewujudkan pekerjaan. Pada peringkat ini, tumpuan akan diberikan dalam bidang akuakultur. Kumpulan Kerja Bersama ini akan memudah cara kerjasama antara pihak awam dan swasta antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura, seperti dalam bidang fasilitasi pelaburan, kerjasama Research and Development, jaminan kualiti dan standard, dan pembangunan kapasiti.
Antara pencapaian di bawah fokus ini sepanjang Tahun Kewangan 2018/2019 dan Tahun Kewangan 2019/2020, adalah seperti berikut:
i. Bagi memenuhi permintaan global yang semakin tinggi, Syarikat Polygel pada masa ini sedang berusaha untuk meningkatkan penghasilan produk Organic Titanate dengan memperluaskan lagi kapasiti penghasilan anti-oxidant daripada 2,000 metrik tan setahun kepada 5,000 metrik tan setahun yang dianggarkan dapat dicapai dalam tempoh 18 bulan. Di samping itu, Syarikat Polygel juga sedang menilai satu cadangan yang akan memperkenalkan pengeluaran produk baharu iaitu catalyst. Dengan adanya produk ini, kapasiti kilang Syarikat Polygel dijangka akan mencapai sebanyak 10,000 metrik tan setahun yang akan meningkatkan lagi jumlah eksport bagi Negara Brunei Darussalam dan menjana peluang pekerjaan kepada anak-anak tempatan.
ii. Kementerian Pertahanan bersama Syarikat Muara Maritime Services Sdn Bhd (MMS), iaitu sebuah syarikat usaha sama yang ditubuhkan antara Darussalam Assets dan Lรผrssen Internaval GmBh (Lรผrssen) dari Jerman telah menandatangani perjanjian bagi memberikan perkhidmatan pemeliharaan dan pembaikan kepada kapal-kapal Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) mengikut keperluan dan aset-aset tertentu dockyard TLDB di Muara. Setakat ini, projek penaiktarafan syncrolift alpha dan pembaikan shiplift bravo telah mula dilaksanakan yang bertujuan antara lainnya untuk meningkatkan kapabiliti pihak TLDB dalam melaksanakan kerja pemeliharaan atas kapal-kapal TLDB secara in-house tanpa menggunakan perkhidmatan limbungan luar negara. Pada masa ini, Syarikat MMS telah menjana pekerjaan kepada 168 anak-anak tempatan.
iii. Syarikat Tavelmout Biofarm (B) Sdn Bhd, salah sebuah syarikat dari negara Jepun yang menghasilkan spirulina iaitu sejenis bahan nutrisi bernilai tinggi yang digunakan sebagai bahan tambahan utama di dalam pengeluaran minuman kesihatan, supplemen penjagaan kesihatan, dan nutriceutical. Syarikat tersebut terletak di BioInnovation Corridor (BIC) dan telah bermula beroperasi pada 22 Oktober 2019 dan merupakan syarikat pembuatan spirulina yang pertama di Negara Brunei Darussalam. Fasiliti tersebut mampu menghasilkan sebanyak 900 metrik ton spirulina setahun.
Setakat ini, Syarikat Tavelmout telah menghasilkan sebanyak 12 pekerjaan yang 10 pekerjaan tersebut telah diisi oleh warga tempatan.
Di samping itu, projek-projek dalam perancangan adalah seperti berikut:
i. Syarikat Nanyang Mariculture telah pun menubuhkan syarikat usaha sama dengan pengusaha tempatan iaitu Lautan Timur Product Sdn Bhd bagi memajukan ternakan tiram (oyster) di negara ini dengan pelaburan dianggarkan berjumlah $73.5 juta. Pelaburan ini akan melibatkan perusahaan penetasan benih, proses pembesaran dan juga pembinaan kilang pemprosesan oyster. Setakat ini syarikat tersebut sedang dalam proses membangunkan kemudahan pusat penetasan di Kampung Serdang dan kemudahan grow out di kawasan Pulau Keingaran dan dijangka akan menjana lebih kurang 5 pekerjaan;
ii. Syarikat Pure Fresh (China) iaitu bagi penubuhan kilang penetasan dan ternakan udang rostris, pusat multi-purpose seafood processing bagi penjualan eksport dan ุฅู ุดุงุก ุงููู akan menjana sebanyak 237 peluang pekerjaan kepada anak-anak tempatan;
iii. Syarikat Ruian iaitu bagi penubuhan kilang pemprosesan rempah dan perniagaan (trading) di China dan pemprosesan lanjut (further processing) di Negara Brunei Darussalam, dan ุฅู ุดุงุก ุงููู akan menjana sebanyak 80 peluang pekerjaan kepada anak-anak tempatan; dan
iv. Beijing Genomics Institute (BGI) (China) dengan usaha sama Pantai Jerudong Specialist Centre (PJSC) bagi melaksanakan genetic research and testing dan ุฅู ุดุงุก ุงููู akan menjana sebanyak 66 peluang pekerjaan kepada anak-anak tempatan.
Seterusnya, dari segi pasaran modal atau Capital Market, termasuk pasaran sekuriti dan juga pasaran debt, ia memainkan peranan penting dalam menggalakkan aktiviti ekonomi dengan memudahkan dan mempelbagaikan akses untuk syarikat-syarikat mendapatkan pembiayaan alternatif.
Dengan tertubuhnya bursa saham di negara ini nanti, ia akan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi dan perkembangan perniagaan dengan tersedianya pembiayaan alternatif untuk peniaga-peniaga di negara ini. Ini selaras dengan strategi negara untuk menyediakan ekosistem dalam mempercepatkan agenda meningkatkan aktiviti ekonomi khusus dalam perkhidmatan korporat.
Untuk memastikan pasaran modal di negara ini dilaksanakan dengan teratur, beberapa persediaan sedang dijalankan yang melibatkan beberapa pihak berkepentingan untuk menyokong pembangunan awal pasaran modal di negara ini. Antara persiapan-persiapan ini ialah:
i. Menambah baik perundangan yang berkaitan seperti Companies Act, Securities Market Order, Securities Market Regulation;
ii. Memberigakan stakeholders ekosistem pasaran modal seperti institusi-institusi kewangan;
iii. Penyediaan Sistem Bursa Saham termasuk peraturan-peraturan listing dan trading; dan
iv. Mengenal pasti syarikat-syarikat yang bersedia untuk disenaraikan di bursa saham.
Dengan adanya pasaran sekuriti yang aktif nanti, ia membolehkan negara ini membuka peluang perniagaan bersama bursa-bursa yang lain di rantau ASEAN. Pembangunan pasaran sekuriti kebangsaan ini bukan sahaja akan memudahkan integrasi serantau tetapi juga akan mengembangkan platform pasaran modal negara dan mewujudkan peluang pelaburan asing yang lebih besar.
Ini selaras dengan strategi negara untuk mempelbagaikan ekonomi selain industri minyak dan gas. Penubuhan sebuah pasaran sekuriti di negara ini juga akan memerlukan lebih banyak profesional khususnya dalam industri undang-undang, perakaunan dan pengauditan dan lain-lain lagi, jurusan mengambil kira syarikat-syarikat yang disenaraikan dalam bursa diperlukan untuk mempunyai corporate governance dan transparency yang tinggi bagi kepentingan para pelabur.
Dalam kesempatan ini, kaola ingin menekankan bahawa pelaburan dalam bursa saham ada turun naiknya, mempunyai risiko kerugian dan tidak semestinya menjanjikan keuntungan.
Manakala di bawah Sektor Pelancongan pula, jumlah ketibaan pelancong melalui udara telah mencatatkan seramai 333,244 orang pada tahun 2019 berbanding dengan 278,136 orang pada tahun 2018. Ini disebabkan oleh pengenalan dan penambahbaikan yang berterusan kepada beberapa produk pelancongan dengan kerjasama bersama ejen-ejen pelancongan dalam mempromosikan Negara Brunei Darussalam sebagai destinasi pelancongan serta peningkatan rangkaian udara oleh Syarikat Penerbangan Diraja Brunei (RB) melalui penerbangan ke destinasi baharu seperti Republik Rakyat China, Korea Selatan, Melbourne dan pengenalan perkhidmatan penerbangan jauh tanpa henti ke London dan perjalanan terus dari Bandar Seri Begawan ke Dubai dan sebagainya. RB juga telah memperkenalkan perkhidmatan RB Link yang menyediakan perhubungan antara Bandar Seri Begawan dengan bandar-bandar utama di Borneo. Ini bertujuan menghubungkan destinasi RB dengan Borneo dan menjadikan Bandar Seri Begawan sebagai connectivity hub utama.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Bagi memajukan lagi peluang-peluang perekonomian dan pelancongan, Autoriti Kemajuan Daerah Temburong (AKDT) telah pun ditubuhkan yang memainkan peranan utama bagi mengenal pasti dan merancang pembangunan Daerah Temburong bukan sahaja untuk menjana aktiviti perekonomian di daerah tersebut tetapi juga akan dapat meningkatkan kualiti kehidupan rakyat dan penduduknya.
Antara projek yang telah dikenal pasti adalah seperti projek menghidupkan Pekan Bangar yang menumpukan inisiatif - inisiatif yang dapat menjana perekonomian khususnya Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana (PMKS) di daerah tersebut dan projek memajukan Mukim Labu. Beberapa projek penaiktarafan juga akan dilaksanakan di Taman Rekreasi Hutan Bukit Patoi dan Taman Negara Ulu-Ulu Temburong yang dijangka akan menjadi tarikan besar pelancong-pelancong berkunjung ke Daerah Temburong lebih-lebih lagi dengan projek pembinaan Jambatan Penghubung Daerah Brunei Muara dan Daerah Temburong ุฅู ุดุงุก ุงููู yang dijangka akan mula digunakan pada tahun 2020 ini.
Di samping usaha-usaha yang diungkayahkan oleh pihak kerajaan, penglibatan sektor swasta dan Pelaburan Langsung Asing adalah sangat penting dalam memainkan peranan sebagai pemangkin yang signifikan dalam memajukan Daerah Temburong.
Dalam hal ini, AKDT sedang bekerjasama dengan arkitek-arkitek tempatan dalam merancang reka bentuk unik dan kreatif dan menerokai penubuhan infrastruktur yang dapat meningkatkan connectivity di Daerah Temburong. Beberapa projek Pelaburan Langsung Asing dari Republik Singapura dan Negara Jepun telah menyatakan hasrat untuk membangunkan infrastruktur dan mengendalikan aktiviti-aktiviti di Daerah Temburong, yang pada masa ini sedang dalam fasa kajian feasibility.
Bagi mendukung fokus ini, belanjawan Negara Tahun Kewangan 2020/2021 telah menyediakan peruntukan-peruntukan yang dapat meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara antara lainnya seperti berikut:
i. Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan terus disediakan peruntukan sejumlah $8 juta bagi Skim Pembelian Balik Padi di bawah Jabatan Pertanian dan Agrimakanan;
ii. Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi disediakan peruntukan sejumlah $3.3 juta bagi pemeliharaan terminal dan luaran bangunan Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei;
iii. Bagi meningkatkan perkembangan sektor perikanan, sejumlah $1.7 juta disediakan bagi Projek Pembinaan Takat-Takat Tiruan di bawah Jabatan Perikanan untuk meningkatkan sumber perikanan di negara ini. Dengan adanya takat-takat tiruan ini nanti, ia akan meningkatkan pengeluaran sumber perikanan daripada 7,170 metrik tan kepada 10,115 metrik tan dengan nilai kira-kira $60.7 juta;
iv. Manakala di bawah peruntukan RKN-11, sejumlah $98.2 juta disediakan antara lainnya bagi membiayai perkara-perkara berikut:
i. Sejumlah $40.4 juta disediakan bagi Projek Kandol untuk membuka kawasan baharu yang disasarkan akan menyumbang sejumlah 4,800 metrik tan padi setahun menjelang tahun 2025;
ii. Bagi meningkatkan perkembangan Sektor Pertanian dan Agrimakanan, sejumlah $16.7 juta disediakan bagi program peningkatan keluaran tanaman hiasan bunga-bungaan bagi menjana pasaran eksport, program meningkatkan pengeluaran sayur dengan menggunakan teknologi tinggi dan pembangunan industri ternakan untuk menjana pengeluaran yang disasarkan; dan
iii. Sejumlah $9 juta dengan Harga Rancangan sejumlah $79 juta bagi Projek Pembangunan Teluk Brunei dan sejumlah $2.8 juta dengan Harga Rancangan sejumlah $43 juta bagi Projek Pembangunan Pulau Muara Besar Fasa 2.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.
- Keutamaan belanjawan kedua ialah Memudah cara Perniagaan. Kerajaan telah memperkenalkan beberapa inisiatif bagi mendukung fokus belanjawan ini antara lain dengan memperkenalkan beberapa perundangan dan pengawalseliaan yang lebih kondusif, serta meningkatkan keupayaan teknologi bagi memudahkan dan mempercepatkan proses untuk memulakan perniagaan di negara ini bagi industri-industri tempatan, PMKS serta Syarikat Pelaburan Langsung Asing untuk bertapak di negara ini. Ini juga termasuk inisiatif-inisiatif yang pernah dikongsikan sebelum ini, seperti pendaftaran syarikat dan nama-nama perniagaan dapat dibuat dalam tempoh satu hari berbanding sebelumnya dan sistem Brunei Darussalam National Single Window (BDNSW) sebagai komitmen negara ke arah pelaksanaan ASEAN Single Window sebagai platform pertukaran data dan maklumat antara negara-negara rantau ASEAN.
Dengan pelaksanaan beberapa inisiatif tersebut, ia dapat membantu meningkatkan skor negara ini dalam Laporan 'Doing Business 2020' keluaran Bank Dunia kepada 70.1 daripada 69.6 pada tahun 2019 yang negara ini kini berada di kedudukan ke-66 daripada 190 ekonomi.
Di samping itu, sebagai inisiatif kerajaan untuk menghubungkan pengusaha PMKS tempatan dengan pemilik-pemilik perniagaan, profesional dan akademik yang berada di negara ini dari pelbagai industri dan kepakaran, Darussalam Enterprise (DARe) telah melancarkan satu platform iaitu The Brunei Mentors for Entrepreneurship Network untuk membantu para pengusaha PMKS termasuklah para belia PMKS menghadapi cabaran dan mengambil peluang dalam landskap perniagaan yang semakin berkembang dan semakin digital.
Di samping itu, DARe juga giat melaksanakan program bootcamp yang telah membantu pelancaran 48 start-ups dan telah menyumbang kepada 191 pekerjaan. DARe juga telah membantu 231 buah peniaga untuk memasarkan produk mereka kepada pasaran domestik melalui Micro, Small and Medium Enterprise (MSME) Festival, Brunei Made dan Unexpected Treasures yang hasil penjualan bernilai kira-kira $527 ribu.
Beberapa program juga telah diperkenalkan antaranya seperti Program i-Usahawan yang merupakan satu inisiatif Kementerian Tenaga dalam memberikan peluang kepada usahawan belia tempatan untuk mendapatkan kontrak yang dikhususkan dari pihak kerajaan, syarikat berkaitan dengan kerajaan dan badan berkanun bagi mengembangkan kemahiran usahawan belia-belia tempatan.
Setakat ini sebanyak 61 kontrak telah pun dikenal pasti dan 12 daripadanya telah pun dianugerahkan dengan nilai kontrak secara keseluruhan berjumlah $16 juta iaitu 171 pekerja tempatan telah diambil bekerja bersama DARe yang melibatkan projek keusahawanan berdasarkan multi-disciplinary dan mempunyai perspektif revolusi industri 4.0 UBD melalui 'The UBD Start-Up Centre' di bawah Entrepreneurship Village.
Di samping itu, bank-bank tempatan memainkan peranan penting dalam memajukan PMKS yang setakat 29 Februari 2020, Bank Usahawan telah memberikan pinjaman sebanyak $12.2 juta kepada 192 PMKS bagi membolehkan mereka mengembangkan perniagaan masing-masing. Manakala jumlah pinjaman korporat di bawah bank-bank lain di negara ini bagi tahun 2019 adalah sebanyak $2.8 bilion berbanding $2.6 bilion pada tahun 2018 iaitu peningkatan sebanyak 9.6% tahun ke tahun. Bagi memupuk persaingan yang sihat di landskap ekonomi negara, Suruhanjaya Persaingan Brunei Darussalam telah menguatkuasakan Perintah Persaingan iaitu Perjanjian Antipersaingan yang juga dikenali sebagai kartel mulai 1 Januari 2020.
Penguatkuasaan Perintah Persaingan tersebut selaras dengan matlamat bagi mencapai ekonomi yang dinamik dan berdaya tahan seperti yang diharapkan dalam Wawasan Brunei 2035. Prinsip utama Perintah Persaingan ini adalah bagi mendorong peniaga untuk bertindak secara bebas tanpa membuat pakatan bagi memenangi pengguna dengan menawarkan yang terbaik dari segi barangan, perkhidmatan dan harga.
Selain itu, inisiatif bagi memudahkan pengeksportan produk-produk tempatan khususnya produk pertanian seperti daging dan akuakultur ke pasaran-pasaran luar juga sedang giat dilaksanakan melalui perundingan dua hala dengan beberapa buah negara. Sebagai misalan, Penandatangan Protokol antara Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan bersama Pentadbiran Am Kastam Republik Rakyat China pada 16 Disember 2019 telah membuka akses pasaran bagi muskmelon tempatan ke negara tersebut.
Dengan adanya perjanjian seperti ini, akan memberikan impak positif dan signifikan dalam usaha meningkatkan hasil pertanian, ternakan dan perikanan yang seterusnya akan dapat meningkatkan pertumbuhan KDNK negara ini.
Dalam usaha untuk meningkatkan mutu perkhidmatan telekomunikasi di negara ini, dengan menyatukan aset - aset infrastruktur telekomunikasi dari syarikat-syarikat telekomunikasi (TelCos) seperti yang telah kaola nyatakan sebentar tadi, syarikat-syarikat TelCos akan dapat memberikan tumpuan kepada bahagian retail dan meningkatkan perkhidmatan pelanggan, pemasaran dan tawaran pelbagai produk-produk dan perkhidmatan dalam suasana yang lebih kompetitif dan seterusnya ditawarkan pada harga yang berpatutan kepada pengguna.
Diharapkan dengan inisiatif ini, pergerakan aktiviti ekonomi digital akan lebih aktif dan sekali gus dapat mewujudkan perniagaan baharu seperti smart applications dan smart solutions yang menjadikan Negara Brunei Darussalam setanding dengan negara-negara maju yang lain. PMKS juga akan dapat memanfaatkan platform ini dengan menawarkan produk dan perkhidmatan baharu seperti smart home security, smart enterprise solutions, precision agricultural solutions dan smart farming solutions dengan kadar yang lebih kompetitif dan lebih mudah.
Sebagai contoh, Darussalam Assets melalui anak syarikatnya DST Networks telah melancarkan satu projek Unified Smart Meter System (USMS) yang bukan sahaja akan dapat mengurangkan perbelanjaan kerajaan tetapi pada masa yang sama ia akan menjana pengurusan sumber air dan elektrik yang efisien. Penggunaan ICT dalam industri berkenaan akan meningkatkan keberkesanan pengurusan bekalan. Bagi air, teknologi dapat membantu mengurangkan non-revenue water seperti kecurian dan kebocoran air. Manakala bagi elektrik, teknologi ini akan membantu dalam pengurusan penggunaan tenaga dan meningkatkan kesedaran dalam kalangan pengguna.
Di samping itu, teknologi digital ini akan memberikan faedah kepada orang ramai untuk mendapatkan pekerjaan iaitu semakin banyak perusahaan atau perniagaan berhubung melalui platform digital. Salah satu contoh ialah Syarikat DART yang menggunakan jumlah data yang tinggi khususnya bagi pemandu dan pengguna aplikasi DART. Dengan harga yang lebih kompetitif, kos penggunaan aplikasi DART akan lebih rendah, yang dapat menguntungkan pemandu atau pengguna aplikasi tersebut.
Antara peruntukan yang telah disediakan bagi mendukung fokus ini bagi Tahun Kewangan 2020 / 2021 adalah seperti berikut:
-
Sejumlah $4.45 juta dengan Harga Rancangan sebanyak $9.45 juta bagi membiayai perbelanjaan untuk memajukan Daerah Temburong berikutan siapnya Jambatan Penghubung Daerah Brunei Muara dan Daerah Temburong;
-
Di samping itu, peruntukan juga telah disediakan di bawah RKN-11 sejumlah $2.12 juta dengan Harga Rancangan sebanyak $16.8 juta bagi membiayai projek-projek berikut:
i. Melaksanakan kaedah pembayaran cukai bangunan secara online, melalui Mobile Application atau Internet Banking sebagai kemudahan alternatif bagi pelanggan untuk menjelaskan cukai bangunannya. Oleh itu, peruntukan disediakan dengan Harga Rancangan $1 juta bagi Projek Cukai Bangunan Elektronik di bawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri;
ii. Menaik taraf Pasar Gadong dan Pasar Jerudong disediakan dengan Harga Rancangan $9 juta dengan kaedah pelaksanaannya dibuat melalui konsep PPP;
iii. Sistem Pengurusan Buruh Nasional disediakan Harga Rancangan sebanyak $2.5 juta; dan
iv. Sistem Pensijilan Halal di bawah Kementerian Hal Ehwal Ugama disediakan Harga Rancangan sejumlah $1 juta;
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.
- Fokus belanjawan yang ketiga ialah Menjana Sumber Manusia yang Kompeten dan Employable.
Menurut hasil daripada Kajian Tenaga Kerja (KTK) 2018, jumlah penduduk yang bekerja adalah seramai kira-kira 201,700 orang iaitu 72% adalah terdiri daripada penduduk tempatan rakyat Brunei dan penduduk tetap dan 28% adalah warga asing.
Pekerjaan lebih banyak tertumpu dalam sektor perkhidmatan terutamanya dalam pentadbiran awam dan perdagangan borong dan runcit. Manakala, kadar pengangguran di negara ini adalah 8.7% iaitu menurun daripada 9.3% pada tahun 2017, iaitu berjumlah 19,223 orang, yang kira-kira 49.7% terdiri daripada lingkungan umur 25 hingga 64 tahun dan 50.3% terdiri daripada lingkungan umur 15 hingga 24 tahun.
Oleh itu, mengambil kira kadar pengangguran di negara ini masih lagi pada tahap yang tinggi, maka dalam menjana sumber manusia yang kompeten dan employable, kolaborasi antara semua pihak yang berkepentingan dan orang ramai diperlukan untuk meningkatkan keberkesanannya dalam menangani isu pengangguran di negara ini.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam memberikan keprihatinan terhadap isu pengangguran ini. Baginda telah memperkenankan bagi Manpower Planning and Employment Council (MPEC) ditubuhkan di Jabatan Perdana Menteri untuk menangani isu-isu pengangguran di negara ini secara efisien, telus dan berkesan. Inisiatif-inisiatif yang sedang dilaksanakan bagi menangani isu pengangguran ini dapat dirumuskan kepada tiga aspek utama:
i. Dari aspek supply, beberapa inisiatif sedang dijalankan yang bertujuan memperkukuhkan lagi pembekalan tenaga kerja tempatan agar dapat memenuhi keperluan industri menyediakan tenaga kerja yang berdaya tahan dari segi mindset dan etika kerja dan mempertingkatkan kemahiran dan kompetensi melalui upskilling dan reskilling. Program-program upskilling dan reskilling akan diselaraskan dengan permintaan era industri 4.0 dan juga dengan Brunei Darussalam Economic Blueprint serta Industry Roadmap bagi meningkatkan peluang pekerjaan anak-anak tempatan;
ii. Dari aspek Demand pula, inisiatif-inisiatif ditumpukan kepada penjanaan pekerjaan seperti meneliti dan menggubal dasar serta proses tenaga kerja dan meningkatkan kerjasama antara setiap Kementerian bersama dengan pihak swasta, sektor perindustrian dan syarikat-syarikat langsung asing untuk menjana pertumbuhan ekonomi bagi meningkatkan jumlah pekerjaan yang berkualiti di sektor awam dan sektor swasta; dan
iii. Dari aspek Enablers, yang merupakan aktiviti matching antara Supply and Demand, termasuk One Stop Career Centre; penyejajaran, pengumpulan dan pengesahan maklumat tenaga kerja bagi kegunaan perancangan tenaga manusia dan penyediaan infrastruktur.
Ke arah itu, Job Centre Brunei juga telah memperkenalkan beberapa program seperti District Connect dan Institution Outreach bertujuan memberi perkhidmatan-perkhidmatan di Job Centre Brunei seperti penulisan Curriculum Vitae dan tip temuduga. Sehingga 29 Februari 2020, seramai 2,484 graduan telah mengikuti Program i-Ready yang 923 orang telah mendapat pekerjaan secara tetap. Manakala seramai 892 orang perantis masih aktif mengikuti Program i-Ready dan seramai 669 orang perantis telah berhenti dan ditamatkan. Ini termasuklah dalam BSJV Companies yang telah menubuhkan Talent & Bruneianisation Committee dalam usaha untuk memantau perkembangan potensi anak-anak tempatan untuk mencapai tahap kompetensi yang diperlukan untuk menerajui organisasi bertaraf antarabangsa seperti BSP, BLNG, Brunei Shell Marketing Company Sdn Bhd (BSM) dan Brunei Gas Carrier Sdn Bhd (BGC). Sehingga 31 Januari 2020, peratus anak-anak tempatan yang bertugas di BSP adalah 87%, BLNG sebanyak 92%, BSM sebanyak 95% dan BGC sebanyak 98%
Selain inisiatif-inisiatif kerajaan, rakyat juga memainkan peranan yang penting sebagai penyumbang kepada pembangunan ekonomi negara, sama ada yang bekerja di sektor awam, swasta atau persendirian. Oleh itu, rakyat dan penduduk yang mempunyai keupayaan untuk bekerja dan berkeinginan untuk memulakan perniagaan akan terus diberikan bimbingan dan bantuan keusahawanan agar dapat berdikari sendiri tanpa bergantung semata-mata pada bantuan kerajaan.
Sebagai contoh, Pusat Pembangunan Belia telah memberikan grant kepada sebuah syarikat tempatan iaitu Cerita Fabrikku Sdn Bhd. Syarikat berkenaan telah berjaya menembusi pasaran pembuatan pakaian bagi Walt Disney World, Hard Rock Cafe, Universal dan Sea World dengan diterajui oleh 5 orang lepasan i-Ready dan 24 orang lepasan daripada Pusat Pembangunan Kapasiti.
Oleh itu, beberapa peruntukan telah disediakan bagi mendukung fokus ini seperti berikut:
i. Sejumlah $2.1 juta bagi tambahan 41 guru English Native Speakers di Kementerian Pendidikan untuk dilantik sebagai guru CfBT, menjadikan jumlah guru CfBT keseluruhannya seramai 240 orang guru untuk ditempatkan di sekolah-sekolah yang kekurangan guru Bahasa Inggeris; dan
ii. Sejumlah $2 juta bagi keperluan peralatan makmal dan pembelajaran jurusan kejuruteraan di bawah Universiti Teknologi Brunei (UTB) dan Politeknik Brunei; dan sejumlah $1.3 juta bagi membiayai keperluan pembelajaran dan peningkatan pengambilan penuntut di Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE);
iii. Manakala, bagi meningkatkan kesejahteraan penuntut-penuntut di dalam dan luar negeri, peruntukan bagi pemberian biasiswa dan elaun penuntut akan terus disediakan seperti berikut:
โข Biasiswa keseluruhannya sebanyak $48.8 juta di bawah Kementerian Pendidikan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Kementerian Pertahanan; dan
โข Elaun Penuntut keseluruhannya sebanyak $55.5 juta di bawah Kementerian Pendidikan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama.
Peruntukan bagi pemakanan bagi penuntut-penuntut disediakan keseluruhannya berjumlah $17.4 juta seperti berikut:
โข Sejumlah $10.4 juta di Kementerian Pendidikan yang mana sejumlah $1.5 juta disediakan bagi membiayai kontrak Program Harapan bagi sejumlah 26 buah sekolah yang terpilih. Antara lain tujuan program berkenaan bagi menyediakan makan dan minum bagi pelajar-pelajar di beberapa buah sekolah yang terpilih sebagai suntikan semangat dan agar pelajar-pelajar lebih menumpukan perhatian terhadap pembelajaran; dan
โข Sejumlah $7 juta disediakan di bawah Kementerian Hal Ehwal Ugama.
Peruntukan bagi penyewaan bas-bas sekolah di keempat-empat daerah dan bot temuai disediakan sejumlah $7.1 juta bagi pengangkutan penuntut-penuntut sekolah.
Pembangunan Belia juga akan terus diberikan perhatian. Belia adalah tonggak utama peneraju negara di masa hadapan. Oleh itu, beberapa peruntukan terus disediakan bagi memastikan belia di negara adalah future-ready seperti berikut:
i. Program Khidmat Bakti Negara (PKBN) disediakan sejumlah $1.5 juta di bawah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dengan sasaran pengambilan kesembilan bagi tahun 2020 seramai 450 pelatih;
ii. Sejumlah $510 ribu untuk kursus-kursus di Pusat Pembangunan Belia, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan; dan
iii. Bantuan kepada Belia dan Pertubuhan-Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGOs) sejumlah $1.4 juta termasuk Bantuan (Grant) Keusahawanan Belia, Pembangunan Belia, Pembangunan Sukan, Kursus-Kursus Pusat Pembangunan Belia, Outward Bound Brunei Darussalam dan Bantuan Kewangan NGO untuk meningkatkan employability dan marketability belia-belia, meningkatkan perekonomian dan pembangunan negara serta meningkatkan kerjasama dengan pihak-pihak yang berkepentingan melalui whole of nation approach
Peruntukan bagi fokus ini juga akan terus disediakan di bawah RKN-11 keseluruhannya berjumlah $92.4 juta antara lainnya seperti berikut:
i. Sejumlah $33.4 juta dengan Harga Rancangan sejumlah $129.6 juta disediakan bagi pembinaan, penambahan dan penaiktarafan bangunan-bangunan sekolah-sekolah kerajaan di seluruh negara termasuk sekolah rendah, sekolah menengah, sekolah agama dan arab serta institusi-institusi pendidikan tinggi;
ii. Sejumlah $26.1 juta dengan harga rancangan sejumlah $76.3 juta bagi program i-Ready dan sejumlah $18.5 juta dengan harga rancangan sejumlah $136.1 juta bagi Pusat Pembangunan Kapasiti di bawah RKN Jabatan Perdana Menteri.
iii. Sejumlah $8.5 juta dengan harga rancangan sejumlah $100 juta disediakan untuk membina tapak baru Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) di Daerah Temburong; dan
iv. Sejumlah $600 ribu dengan harga rancangan sejumlah $2.5 juta bagi Civil Service Leadership Pipeline di bawah RKN Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Perdana Menteri.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.
- Sekarang izinkan kaola menyentuh mengenai fokus belanjawan yang keempat iaitu Memelihara Kesejahteraan Awam.
Beberapa usaha dan perancangan pihak kerajaan terus dilaksanakan dalam memelihara kesejahteraan awam serta untuk memastikan kesejahteraan hidup rakyat dan kebajikan sosial penduduk di negara ini terus terjamin, termasuklah pengukuhan sektor swasta untuk meningkatkan ekonomi negara dan menangani isu-isu pengangguran di negara ini.
Penyediaan infrastruktur sosio ekonomi seperti perumahan negara, prasarana jalan raya dan jambatan, serta perkhidmatan elektrik dan air bersih. Penubuhan Jawatankuasa Eksekutif Perubahan Iklim bagi menangani masalah perubahan iklim dan meningkatkan lagi sektor pertanian yang mana merupakan salah satu sektor penyumbang kepada jaminan makanan (food security) di negara ini.
Sebagai ahli anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), pemeliharaan kesejahteraan awam juga berpandukan kepada agenda pembangunan mampan global PBB, iaitu The 2030 Agenda for Sustainable Development dan Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals (SDGs)) yang menyasarkan sebanyak 17 pencapaian bagi memastikan keamanan dan kemakmuran penduduk di seluruh dunia.
Dengan berprinsipkan 'Leaving No One Behind', pencapaian Sustainable Development Goals bagi negara ini adalah pada tahap yang memuaskan khususnya bagi matlamat penyediaan sistem pendidikan dan kesihatan yang berkualiti tinggi, akses kepada keperluan asas (basic amenities) seperti air bersih, elektrik, sanitation management, penyediaan infrastruktur yang berkualiti termasuk jalan raya, komunikasi, akses kepada internet, penjagaan alam sekitar dan gender equality.
Antara pencapaian yang telah diperolehi termasuklah 100% penduduk negara ini mempunyai akses kepada air yang bersih, 99.9% mempunyai akses kepada bekalan elektrik, 93% mempunyai akses kepada sistem pembetungan, 97% negara ini dihubungkan dengan jalan raya dan 94% mempunyai akses kepada mobile internet. Bagi matlamat kesihatan dan pendidikan pula, 95% ibu-ibu mengandung memperolehi perkhidmatan sebelum bersalin, 95% 'anak-anak damit' memperolehi perkhidmatan imunisasi, 96.6% pencapaian kadar literasi dan lain-lain.
Bagi gender equality pula, Negara Brunei Darussalam telah menunjukkan pencapaian yang tinggi. Sebagai contoh, 41% tenaga kerja di negara ini terdiri daripada wanita, 66% tenaga kerja di sektor awam juga terdiri daripada wanita, lebih 5% MSMEs di negara ini dipunyai dan dijalankan oleh usahawan-usahawan wanita dan lain-lain lagi.
Human Development Index 2019 pula telah menempatkan Negara Brunei Darussalam di tangga 43 dari 189 buah negara. Environmental Performance Index bagi tahun 2018 iaitu satu indeks yang mengukur environmental health and ecosystem vitality yang telah dikeluarkan oleh World Economic Forum telah menempatkan Negara Brunei Darussalam di tangga 53 dari 180 buah negara, iaitu satu pencapaian yang tinggi khususnya bagi negara-negara di rantau Asia.
Statistik-statistik ini menunjukkan komitmen negara dalam memastikan kesejahteraan bagi semua rakyat dan penduduk di negara ini sentiasa terjamin dan kerajaan akan berterusan meningkatkan pencapaian bagi matlamat-matlamat dalam bidang yang lain.
Ke arah ini, dalam memastikan kebersihan negara akan terus terjaga, salah satu inisiatif di bawah Kementerian Pembangunan melalui Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi (JASTRe) adalah bagi melaksanakan kerja-kerja pengutipan dan pembuangan sampah yang terapung di atas permukaan air serta membekalkan perangkap sampah (trapping booms) di tempat-tempat strategik seperti laluan sungai dan longkang utama bagi memerangkap sampah dari memasuki ke Sungai Brunei.
Pihak kerajaan juga akan terus memberikan perkhidmatan yang berkualiti bagi memastikan kesejahteraan rakyat dan penduduk akan sentiasa dipelihara dan dalam masa yang sama berusaha untuk meningkatkan taraf kesihatan dan pendidikan di negara ini dengan mengambil kira penyediaan perkhidmatan rawatan penyakit kanser yang telah dijalankan di negara ini serta dengan penubuhan Pusat Rawatan Kanser di Pantai Jerudong Specialist Centre, rujukan pesakit ke luar negara khususnya yang melibatkan prosedur perubatan kompleks dan rawatan penyakit kanser telah menunjukkan penurunan kepada 131 kes pada tahun 2018 berbanding dengan 229 kes dalam tahun 2015.
Antara pencapaian sepanjang Tahun Kewangan 2018/2019 dan Tahun Kewangan 2019/2020 sehingga Disember 2019 adalah seperti berikut:
i. Dalam meningkatkan lagi pengeluaran dan tahap sara hidup bagi bekalan beras di Negara Brunei Darussalam, sebuah projek penanaman padi secara komersial telah diusahakan di kawasan Kandol, Daerah Belait dan dikendalikan oleh Syarikat Paddyco Sdn Bhd iaitu sebuah anak syarikat di bawah Darussalam Assets. Penanaman musim pertama seluas 8.23 hektar telah dilaksanakan pada 28 Oktober 2019 iaitu 5.23 hektar diurus secara langsung oleh Syarikat PaddyCo dan 3 hektar pula diuruskan bersama dengan Syarikat PT Biogene Plantation sebagai percubaan penanaman selama tiga musim. Syarikat Paddyco telah menjangkakan bahawa projek ini akan menyumbang sekurang-kurangnya 11% ke 13% sara diri pada tahun 2025.
ุงูุญู ุฏ ููู penuaian pertama yang telah pun dilaksanakan pada 8 Februari 2020 telah mengeluarkan hasil tuaian sebanyak 21.7 metrik tan secara keseluruhannya. Manakala, penanaman musim kedua seluas 18.23 hektar pada April 2020 nanti juga telah dianggarkan akan dapat menghasilkan sekurang-kurangnya 9 hingga 27 metrik tan secara keseluruhannya. Apa yang membanggakan ialah setakat ini, Syarikat Paddyco mempunyai 8 orang pekerja tempatan yang menunjukkan bahawa anak tempatan juga berkebolehan untuk menceburi dalam bidang pertanian.
Projek (One Common Billing System) atau OCBS telah dilancarkan pada 27 Februari 2020 iaitu Jabatan Kemajuan Perumahan, Kementerian Pembangunan merupakan jabatan yang pertama menggunakan sistem berkenaan. Melalui sistem ini orang ramai dapat membuat pembayaran potongan perumahan mereka secara online dengan melayari portal OCBS dan melalui internet banking dengan resit penerimaan pembayaran akan dihantar melalui e-mel atau telefon bimbit. OCBS juga berupaya untuk menyediakan penjanaan bil dan membantu Jabatan Kemajuan Perumahan memantau bil-bil yang tertunggak dengan penyediaan laporan yang lengkap dan tepat bagi memudahkan penagihan bil-bil yang belum dibayar atau tertunggak. Bagi fasa seterusnya ia akan dilaratkan kepada 9 buah jabatan terpilih untuk menggunakan sistem OCBS.
ii. Di samping itu, pengeluaran sektor pertanian termasuk ternakan, tanaman dan proses Agrimakanan menunjukkan peningkatan sebanyak $56.65 juta iaitu $379.65 juta pada tahun 2017 kepada $436.3 juta pada tahun 2018. Antara lainnya disebabkan oleh inisiatif kerajaan dalam membukakan tapak-tapak pertanian baharu serta meningkatkan penggunaan vertical farming.
iii. Dari aspek kesejahteraan awam sebanyak 60 buah projek telah dilaksanakan bagi menangani kesan dari bencana alam seperti tanah susur, mitigasi banjir dan projek kawalan hakisan pantai yang menelan belanja sebanyak $14.9 juta dari harga rancangan $30.7 juta yang diluluskan.
iv. Manakala kadar pemilikan rumah (home ownership rate) juga menunjukkan peningkatan iaitu sebanyak 65% berbanding 63% pada tahun 2017 melalui RKN 11 kerajaan akan terus menyediakan prasarana-prasarana antara lainnya dengan menyediakan kira-kira 2,700 unit perumahan di Perumahan Kampung Lugu dan Kampung Tanah Jambu dengan harga rancangan sebanyak $250 juta.
Peruntukan sejumlah kira-kira $507.30 juta dengan harga rancangan sebanyak $2.28 bilion telah disediakan di bawah peruntukan RKN-11 bagi mendukung fokus-fokus ini antara lainnya seperti berikut:
i. Projek Jambatan Penghubung Daerah Brunei Muara ke Daerah Temburong disediakan sejumlah $143.7 juta dengan harga rancangan $1.04 bilion bagi membiayai pembayaran fasa terakhir projek berkenaan;
ii. Projek Perumahan Negara Kampung Lugu fasa 2 disediakan sejumlah $31.7 juta dengan harga rancangan $150 juta bagi membina 1,500 unit rumah; dan
iii. Projek Perumahan Negara Kampong Tanah Jambu fasa 7 disediakan sejumlah $39.4 juta dengan harga rancangan $100 juta bagi membina 1,208 unit rumah.
iv. Projek-projek bagi pengurusan pembekalan air bersih, pengurusan saliran dan pembentungan disediakan keseluruhannya sejumlah $49.1 juta dengan harga rancangan sebanyak $200.3 juta.
v. Sistem Pengangkutan Awam disediakan sebanyak $10.2 juta dengan harga rancangan sebanyak $21 juta.
vi. Manakala dalam menyediakan infrastruktur termasuk penaik-tarafan dan pengukuhan Sistem Rangkaian Elektrik, peruntukan sejumlah $45.2 juta disediakan di bawah RKN.
vii. Sistem Kebajikan Negara disediakan harga rancangan sejumlah $1 juta yang sistem ini dijangka akan dilancarkan pada tahun ini, ุฅู ุดุงุก ุงููู sistem ini membolehkan pemohon untuk mendapatkan bantuan kebajikan secara online yang dapat memperbaiki dan dapat mempercepatkan proses aplikasi bantuan yang sedia ada serta mengurangkan permohonan yang bertindih dan menyalurkan bantuan kebajikan secara adil dan telus melalui satu pusat pangkalan data.
viii. Sejumlah $14 juta disediakan antaranya bagi membiayai pembinaan Blok Baharu Pusat Kesihatan Jubli Perak Sengkurong iaitu bagi Blok Penjagaan Kesihatan Asasi, Pembinaan Bangunan Perkhidmatan Kecemasan, Hospital Suri Seri Begawan Kuala Belait dan pembinaan Pusat Kesihatan Pandan Kuala Belait.
Bagi mendukung perkembangan Syiar Islam dan ke arah menjadikan negara ini sebagai sebuah โNegara Zikirโ sejumlah $10.87 juta dengan harga rancangan $30 juta telah diperuntukkan bagi pembinaan masjid-masjid di seluruh negara dan pembangunan semula Kampong Ayer disediakan sejumlah $11 juta dengan harga rancangan $50 juta di bawah RKN di bawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.
Di samping itu, di bawah perbelanjaan biasa beberapa peruntukan turut disediakan seperti berikut:
i. Bagi menangani peralihan demographic peningkatan dalam non communicable disease antara peruntukan yang turut disediakan di bawah Perkhidmatan Kesihatan adalah sejumlah $100 juta untuk membiayai perbelanjaan pembelian ubat-ubatan dan perkhidmatan perubatan yang lain.
ii. Dalam memastikan stesen-stesen jana kuasa elektrik di negara ini beroperasi pada tahap realible dan penjagaan pemeliharaan aset-aset penghantaran dan pembahagian seluruh negara dapat dijalankan secara berterusan peruntukan sejumlah $43.8 juta disediakan di bawah Jabatan Perkhidmatan Elektrik, Kementerian Tenaga.
iii. Peruntukan menangani bencana-bencana alam dan wabak penyakit disediakan sejumlah $15 juta termasuk bagi mengawal dan mencegah wabak penyakit seperti penularan bagi COVID 19, pelan mitigasi banjir bagi menangani impak fenomena climate change seperti banjir kilat, tanah susur dan kebakaran hutan.
iv. Bantuan Kebajikan Bulanan terus disediakan sejumlah $14 juta di bawah Jabatan Pembangunan Masyarakat Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
v. Sejumlah $3 juta bagi kerja-kerja sectional miling and resurfacing sepanjang 2.6 km kawasan Jalan Tutong di bawah Kementerian Pembangunan.
Di samping peruntukan-peruntukan yang disediakan bagi mendukung empat fokus belanjawan seperti yang dinyatakan tadi Kementerian Kewangan dan Ekonomi juga menyediakan Peruntukan Khas di bawah Perkhidmatan Rampaian iaitu projek fokus disediakan sejumlah $18 juta untuk membiayai projek-projek atau perbelanjaan yang mendukung kepada fokus belanjawan Tahun Kewangan 2020/2021.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Mengimbas kembali kepada titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muโizzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar โAli Saifuddien Saโadul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, sempena Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Keenam Belas Majlis Mesyuarat Negara pada hari Isnin yang lalu, baginda telah pun menekankan mengenai perbelanjaan kerajaan yang terus meningkat dari tahun demi tahun.
Baginda telah menyarankan agar agensi-agensi kerajaan supaya sentiasa berhati-hati dalam merancang perbelanjaan masing-masing dengan menggunakan peruntukan yang telah disediakan dengan secara berhemah. Di samping itu, baginda juga menyarankan supaya kita sentiasa berdoa supaya Negara Brunei Darussalam akan sentiasa menikmati kehidupan yang selesa. Pada masa yang sama, baginda juga menyarankan kita untuk berusaha sedaya upaya untuk memastikan semua perbelanjaan kerajaan adalah memenuhi sasaran yang diperlukan, dengan jumlah hasil yang lebih rendah dan defisit yang lebih tinggi berbanding dengan jumlah yang telah dianggarkan dalam belanjawan Tahun Kewangan 2020/2021.
Sebagaimana yang telah kaola bentangkan tadi, kaola ingin memohon kerjasama semua pihak termasuk agensi-agensi kerajaan untuk sama-sama meneliti dasar-dasar yang sedia ada secara bersepadu agar sentiasa relevan dan forward looking serta meneliti semua perbelanjaan-perbelanjaan yang akan dilaksanakan demi menyahut titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan seterusnya kita sama-sama menjaga kedayatahanan fiskal harga rakyat masa kini dan generasi akan datang dapat menikmati hidup dalam suasana yang aman dan makmur.
Untuk mencapai perkara ini bukanlah mudah, ia memerlukan pendekatan secara whole of nation, holistik dan komprehensif serta perancangan yang cekap, mampan dan sistematik. Dari itu, kaola menyeru supaya pihak swasta dan masyarakat di negara ini untuk sama-sama memainkan peranan bagi meningkatkan dan mempelbagaikan ekonomi negara agar dapat mengukuhkan kestabilan mikro ekonomi dan kedudukan kewangan negara sebagaimana yang dititahkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada hari Isnin yang lalu. Dengan izin ุงูููููู ุณูุจูุญูุงูููู ููุชูุนูุงููู juga berkat dan bakat kepimpinan raja kitani yang bijaksana, marilah kitani sama-sama berdoa agar negara kita akan sentiasa maju, aman makmur dan akan sentiasa menjadi sebuah โNegara Zikirโ dengan mendapat keredaan, pertolongan dan keberkatan ุงููููู ุณูุจูุญูุงูููู ููุชูุนูุงููู.
Oleh itu, kaola mencadangkan supaya Rang Undang-Undang yang dibentengkan di hadapan kitani ini disokong untuk dijadikan Satu Undang-Undang Perbekalan Negara yang dikeluarkan dari peruntukan โKumpulanwang Yang Disatukan bagi maksud-maksud yang tertentuโ sepanjang Tahun Kewangan 2020/2021.
Sekian, ูุจุงููู ุงูุชูููู ูุงููุฏุงูุฉ ูุงูุณูุงู ุนูููู ูุฑุญู ุฉ ุงููู ูุจุฑูุงุชู.
Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ
Terima kasih Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II atas kenyataan huraian yang begitu komprehensif dan teratur mengenai Rang Undang-Undang yang berkenaan yang sedang kita hadapi pada ketika ini dan hala tuju peruntukan kewangan bagi negara bagi Tahun Kewangan 2020/2021. Saya sekarang meminta sekiranya ada ahli untuk menyokong kenyataan yang telah dibuat oleh Yang Berhormat tadi.
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeriโ
ุจุณู ุงููู ุงูุฑุญู ู ุงูุฑุญูู ุงูุณููููุงู ู ุนูููููููู ู ููุฑูุญูู ูุฉู ุงูููู ููุจูุฑูููุงุชููู Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kaola menyokong sepenuhnya cadangan daripada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.
Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Saya fikir masanya sesuai bagi kita untuk berehat pada sebelah tengah hari dan saya tangguhkan mesyuarat ini dahulu. Kita akan balik untuk bersidang semula pada pukul 2.30 petang nanti.
Sekian, ูุจุงููู ุงูุชูููู ูุงููุฏุงูุฉ ูุงูุณูุงู ุนูููู ูุฑุญู ุฉ ุงููู ูุจุฑูุงุชู
(Majlis Mesyuarat ditangguhkan)
(Majlis Mesyuarat di sambung semula pada pukul 2.30 petang)
Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ
ุงูุณููููุงู ู ุนูููููููู ู ููุฑูุญูู ูุฉู ุงูููู ููุจูุฑูููุงุชููู ุจูุณูู ู ุงูููููู ุงูุฑููุญูู ููู ุงูุฑููุญููู ูAhli-Ahli Yang Berhormat. Pada persidangan yang telah kita adakan pada sebelah pagi tadi, Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II telah membentangkan Rang Undang-Undang (2020) Perbekalan, 2020/2021 dengan penuh komprehensif dan teratur berserta dengan matlamat-matlamatnya sekali. Rang ini telah disokong sepenuhnya oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.
Sebelum saya membukakan Rang Undang-Undang ini untuk dibahaskan, saya telah difahamkan bahawa Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II dan juga ada beberapa orang menteri yang berkenaan yang lain tidak akan dapat bersama-sama kita pada petang ini dan saya difahamkan apa jua soalan yang timbul akan dicatat dan akan dijawab oleh menteri-menteri yang berkenaan sekiranya perlu kemudian nanti.
Sekarang, saya ingin memberi peluang kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat yang suka untuk bertanya ataupun membahaskan Rang Undang-Undang ini. Tetapi perlu diingatkan bahawa perbahasan ini adalah ataupun hendaklah ditumpukan kepada asas dan kelayakan undang-undang ini sahaja dan detailnya akan kita bincangkan apabila kita bersidang dalam Jawatankuasa nanti.
Saya mempunyai senarai 4 orang Ahli Yang Berhormat yang suka untuk berucap dan sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat Fdr. Ar. Dayang Siti Rozaimeriyanty binti Dato Seri Laila Jasa Haji Abdul Rahman.
Yang Berhormat Fdr. Ar. Dayang Siti Rozaimeriyanty binti Dato Seri Laila Jasa Haji Abdul Rahmanโ
ุงูุณููููุงู ู ุนูููููููู ู ููุฑูุญูู ูุฉู ุงูููู ููุจูุฑูููุงุชููู ุจูุณูู ู ุงูููู ุงูุฑููุญูู ูฐูู ุงูุฑููุญููู Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Kaola ingin mengucapkan tahniah juga kepada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II di atas mukadimah Yang Berhormat mengenai perbelanjaan dan hasil.
Pertama sekali kaola juga mengucapkan tahniah kepada semua pihak kerajaan kerana telah banyak mempertingkatkan usaha dan inisiatif dalam membangun masyarakat dan negara kita. Inisiatif-inisiatif ini sangat penting dalam usaha kita untuk menuju ke arah kemajuan negara demi mencapai Wawasan Brunei 2035.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Perkara pertama yang ingin kaola bangkitkan dan bincangkan berkait rapat dengan perbelanjaan negara:
- Mukadimah Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II pada tahun lepas dan juga penerangan yang jelas ada menyebutkan mengenai fiscal consolidation yang dapat membantu setiap kementerian dalam membentuk pelan fiscal consolidation masing-masing. Termasuklah meneliti semula sumber hasil pendapatan dan penggunaan perbelanjaan kerajaan yang lebih efisien. Fiscal consolidation secara whole of government approach untuk mencapai keseimbangan balance budget walaupun ia masih dalam peringkat awal.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Izinkan kaola untuk mengongsikan beberapa statistik. Melihat dari pembentangan slide mengenai peruntukan Yang Berhormat sebelah pagi tadi kedudukan fiskal kerajaan pada tahun 2017 dan tahun 2018, peruntukan perbelanjaan yang diluluskan adalah $5.3 bilion. Manakala, perbelanjaan kerajaan adalah $6.079 bilion. Tiap-tiap tahun seperti mana kaola sebutkan supplementary budget iaitu wang tambahan sentiasa diperlukan dan pada tahun 2017/2018 wang peruntukan tambahan ataupun supplementary budget berjumlah $394,094,409.00 juta dan defisit pada tahun itu adalah $2.2 bilion.
Manakala tahun 2018/2019 bajet yang diluluskan berjumlah $5.3 bilion. Manakala perbelanjaan kerajaan melebihi daripada bajet yang diluluskan iaitu $5.999 bilion. Oleh sebab hasil kerajaan pada tahun 2018/2019 meningkat, ia tidaklah defisit, ia surplus sebanyak $27 milion. Akan tetapi wang tambahan seperti tiap-tiap tahun ada mempunyai supplementary budget sebanyak $325 juta ke atas dan Rancangan Kemajuan Negara pada tahun 2018/2019 mempunyai peruntukan sebanyak $800 juta cuma 55% sahaja peruntukan diguna pakai.
Pada tahun 2019/2020, supplementary budget belum tahu, tetapi bajet yang diluluskan adalah $5.86 juta dan anggaran perbelanjaan ุฃูููุญูู ูุฏู ูููููฐูู menurun ke $4.923 bilion. Merujuk kepada peruntukan pada tahun lepas dan pada tahun ini peruntukan adalah sama.
Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh setiap kementerian setakat ini bagi mencapai sasaran untuk mengurangkan perbelanjaan negara demi menyahut titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar `Ali Saifuddien Saโadul Khairi Waddien Haji Hassanal Bolkiah Muโizzaddin dan Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam baru-baru ini?
Mungkin soalan ini juga dapat dijawab semasa mukadimah Yang Berhormat Menteri nanti;
-
Setelah diteliti pada setiap tahun peruntukan Rancangan Kemajuan Negara didapati tidak digunakan sepenuhnya. Pada tahun 2018/2019 hanya 55% sahaja peruntukan itu digunakan. Pada tahun ini pula masih menantikan maklum balas daripada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II. Kaola ingin bertanya dan mungkin memberi pandangan adalah lebih baik peruntukan Kemajuan itu dikurangkan sedikit kerana tiap-tiap tahun peruntukan tidak digunakan sepenuhnya dan bolehkah sekiranya daripada meminta tiap-tiap tahun supplementary budget sebanyak peruntukan disediakan bagi kontingensi di bawah Rampaian supaya tiap-tiap tahun tambahan peruntukan (supplementary budget) tidak akan diminta sebanyak-banyaknya. Ini juga kita akan dapat memantau dan mengawal aliran wang peruntukan tambahan melalui Rampaian Kontengensi di bawah peruntukan tersebut;
-
Di bawah peruntukan Kemajuan terdapat masih tanggungan-tanggungan di bawah kementerian-kementerian yang terlibat iaitu sebanyak $74 juta di bawah Rampaian. Kenapakah masih ada tunggakan-tunggakan ini bagi projek-projek di bawah Rancangan Kemajuan yang sebelumnya di bawah Rancangan Kemajuan? Sebelumnya iaitu RKN-10 ataupun RKN-9 ataupun RKN-8 yang masih belum dijelaskan. Ini secara tidak langsung mencerminkan pengurusan kewangan yang kurang cekap dan efisien bagi kementerian-kementerian yang bertanggungjawab yang masih belum menjelaskan tunggakan-tunggakan mereka. Sampai bilakah perkara ini akan berlanjutan dan bilakah pihak kementerian harus menjelaskan kesemua tunggakan ini?; dan
-
Kaola juga mendapati bahawa Petunjuk Prestasi Utama bagi setiap kementerian tidak selaras ataupun misaligned dengan pelan strategik dan Petunjuk Prestasi Utama bagi setiap jabatan atau kementerian dan kebanyakan sasaran dan anggaran dari Petunjuk Prestasi Utama ini tidak dapat dicapai seperti yang dihasratkan. Kenapakah sasaran dan anggaran ini tidak dapat dicapai? Diharap agar setiap kementerian nanti akan dapat memberikan penjelasan mengenai status Petunjuk Prestasi Utama semasa Yang Berhormat Menteri memberi mukadimah dan hujah-hujah nanti.
Ini kerana sekiranya indikator sasaran ataupun anggaran tidak dapat dicapai, bagaimana pula kitani merealisasikan Wawasan Brunei 2035 yang akan datang. Satu cadangan juga dicadangkan format projek-projek RKN yang terdapat di dalam buku Anggaran Hasil dan Perbelanjaan Negara (the budget book) supaya ia dapat diselaraskan dengan tema belanjawan 4 fokus seperti Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II jelaskan tadi. Ia akan dapat dilihat dengan jelas mengenai status serta kedudukan projek-projek yang terkandung di bawah matlamat Wawasan Brunei 2035.
Sekian Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Terima kasih.
Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ
Saya difahamkan bahawa Ahli-Ahli Yang Berhormat mempunyai kesempatan untuk melawat ataupun bertemu ramah dengan menteri-menteri dan kementerian-kementerian yang berkenaan. Saya hairan kenapa pertanyaan-pertanyaan ini tidak ditimbulkan dalam mesyuarat-mesyuarat muzakarah yang diadakan itu. Kenapa menunggu sampai kita bertahun-tahun balik kemari jua tempatnya.
Yang Berhormat Fdr. Ar. Dayang Siti Rozaimeriyanty binti Dato Seri Laila Jasa Haji Abdul Rahmanโ
Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Semasa muzakarah selalunya mempunyai kesuntukan masa, kadang-kadang cuma dalam 5 minit sahaja seorang dapat memberi soalan. Jadi, soalan itu kadang-kadang inda sampai detail untuk disoaljawabkan mengenai peruntukan.
Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ
Ya, tetapi anda semua ataupun kita semua mempunyai setahun untuk membawa masalah-masalah ataupun pertanyaan-pertanyaan kepada menteri-menteri ataupun kementerian-kementerian yang berkenaan. Kenapa mesti mahu ditunggu sehingga mesyuarat kita tahun-tahun dan kita berhadapan dengan perkara yang sama yang ditanyakan. Saya hairan kenapa perkara seperti ini tidak dapat dijawab.
Oleh sebab saya kira perkara-perkara itu merupakan perkara-perkara procedural dengan mudah dapat dijawab oleh pihak-pihak yang berkenaan. Saya juga pernah menjadi civil servant, saya juga pernah menjadi seorang Menteri dan saya percaya perkara-perkara procedural seperti itu tentunya dengan mudah dapat dijawab dan dijelaskan. Saya harap Ahli Yang Berhormat yang berkenaan harus membawa perkara-perkara seperti itu kepada menteri-menteri ataupun kementerian-kementerian yang berkenaan untuk mendapatkan penjelasan sepenuhnya.
Sekarang saya persilakan Yang Berhormat Awang Haji Mohimin bin Haji Johari @ Jahari.
Yang Berhormat Awang Haji Mohimin bin Haji Johari @ Jahariโ
Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.
ุงูุณููููุงู ู ุนูููููููู ู ููุฑูุญูู ูุฉู ุงูููู ููุจูุฑูููุงุชููู dan salam sejahtera.
ุจุณู ุงููู ุงูุฑุญู ู ุงูุฑุญูู ุงูุญู ุฏ ููู ุฑุจ ุงูุนุงูู ููุ ูุงูุตูุงุฉ ูุงูุณูุงู ุนูู ุณูุฏูุง ู ุญู ุฏ ุฃุดุฑู ุงูู ุฑุณูููุ ูุนูู ุขูู ูุตุญุจู ุฃุฌู ุนูู.Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Kaola suka ikut serta dalam perbahasan Rang Undang-Undang (2020) Perbekalan, 2020/2021. Melihat kepada anggaran perbelanjaan negara 2020/2021, $5.86 bilion sedangkan anggaran pendapatan $4.05 bilion dengan mengakibatkan defisit $1.81 bilion.
Maka kaola suka ikut serta dalam perbahasan ini. Bagi penjimatan dan pengurangan perbelanjaan penggunaan tenaga (reduce energy cost) diusulkan bagi perancangan jangka panjang supaya kita membuat kajian feasibility bagi memanfaatkan tenaga solar.
Jika kajian feasibility menunjukkan positif dianjurkan membuat projek rintis di Daerah Temburong. Projek dicadangkan ditawarkan kepada syarikat-syarikat tempatan dan Pelaburan Langsung Asing bagi menjadikan suatu hari nanti negara memanfaatkan tenaga solar.
Pada biasanya negara kita mendapat sekitar 10 ke 11 jam cahaya matahari sehari. Dengan memanfaatkan tenaga solar negara ุฅู ุดุงุก ุงููู dapat mengurangkan perbelanjaan penghasilan tenaga masa kini dan juga mengurangkan perbelanjaan pihak kerajaan dengan penglibatan sektor swasta dalam public private partnership.
Sekian terima kasih, Yang Berhormat Yang Di-Pertua.
Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ
Saya persilakan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Putera Maharaja Dato Paduka Awang Haji Abdul Ghani bin Pehin Datu Pekerma Dewa Dato Paduka Awang Haji Abdul Rahim.
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Putera Maharaja Dato Paduka Awang Haji Abdul Ghani bin Pehin Datu Pekerma Dewa Dato Paduka Awang Haji Abdul Rahimโ
Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.
ุจูุณูู ู ุงูููู ุงูุฑููุญูู ูฐูู ุงูุฑููุญูููู ู ุงูููุญูู ูุฏู ูููููฐูู ุฑูุจูู ุงููุนูุงููู ูููููุ ููุงูุตููููุงุฉู ููุงูุณููููุงู ู ุนูููู ุณููููุฏูููุง ู ูุญูู ููุฏู ุฃูุดูุฑููู ุงููู ูุฑูุณูููููููุ ููุนูููู ุขูููู ููุตูุญูุจููู ุฃูุฌูู ูุนููููู.Kaola ingin mengucapkan setinggi tahniah kepada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II yang telah berjaya membentangkan belanjawan negara bagi Tahun 2020/2021 dengan begitu jelas dan sempurna mencakupi semua aspek dalam sektor pembangunan negara.
Dalam sama-sama menyokong Rang Belanjawan tersebut Kaola ingin merekodkan perkara berikut iaitu:
- Dari pembentangan Rang Perbelanjaan tersebut nampak jelas bahawasanya Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sedang rancak menjayakan banyak projek untuk menjana ekonomi negara khususnya dalam bidang-bidang non-oil dan gas sector terutamanya projek-projek di bawah pengendalian Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan.
Abiskaola Ahli-Ahli Yang Berhormat sangat beruntung kerana telah dibawa melawat ke projek-projek tersebut dalam bidang pertanian, perikanan, perhutanan dan lain-lain seperti pelancongan juga. Nampak jelas di sana bahawasanya kerajaan memang serius dalam menjayakan Wawasan Brunei 2035 bagi rakyat dan penduduk negara ini. Hanya saja projek yang abiskaola lawati itu terletak di tempat-tempat yang jauh dari penglihatan orang ramai, terletak di pedalaman dan sebagainya. Jadinya, orang awam tidak nampak projek-projek itu sedang berjalan dengan rancaknya dan menghasilkan dan menjana ekonomi negara yang sebenarnya, tapi mereka tidak nampak. ุงูุญู ุฏ ููู dengan abiskaola melawat ke tapak-tapak tersebut dapatlah abiskaola menerangkan kepada rakyat dan penduduk di kawasan abiskaola bahawasanya kerajaan memang serius dan sedang rancak membangun negara ini dalam semua sektor dan juga aspek.
- Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Kaola seterusnya ingin menyentuh mengenai satu lagi aspek pembangunan yang dibentangkan tadi iaitu mengenai pembangunan di Daerah Temburong dan perkara ini kita menjunjung kasih Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar `Ali Saifuddien Saโadul Khairi Waddien Haji Hassanal Bolkiah Muโzzaddin dan Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang telah memperkenankan penubuhan Autoriti Pembangunan Daerah Temburong (APDT).
Hanya Kaola merasa sedikit bimbang jika sekiranya pembangunan itu ada untuk dibuat tetapi penduduk daerah itu tidak mempunyai kapital atau modal untuk membangunkan hartanah mereka. Kaola sendiri sudah beberapa kali menyuarakan kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan dan Ekonomi II supaya kerajaan membantu dalam pembangunan hartanah orang-orang Melayu kitani dan pada kedua-dua sesi pertemuan Kaola bersama Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II Yang Berhormat Menteri berkenaan dahulunya mengatakan ekonomi kitani agak jatuh, jadi belum dapat dipertimbangkan.
Jadi, kali ini kaola ingin juga sedikit menyentuh khususnya Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II pun sudah berada di sini bagi kali ketiga, kaola pohonkan supaya ditubuhkan satu dana khas pembangunan ekonomi orang-orang Melayu bukan hanya di Temburong tetapi seluruh negara. Ia ketara dengan pembukaan Jambatan Penghubung Daerah Brunei Muara dan Temburong melonjakkan harga hartanah tetapi sayang orang kitani tidak mempunyai modal untuk membangunkannya.
Kaola pohonkan benar-benar jika sekiranya kitani ingin melihat pembangunan di Daerah Temburong dengan pesat. Kita harus juga sebagai kerajaan membantu mereka. Bukan membantu dengan memberikan dengan begitu saja, bantuan kewangan dan sebagainya tetapi dimonitor (dipantau) dan ditolong dari awal hingga ke akhirnya.
Itu saja Yang Berhormat Yang Di-Pertua harapan kaola sebagai reaksi kaola kepada belanjawan ini dan diucapkan sekali lagi terima kasih Yang Berhormat Menteri Kewangan dan Ekonomi II atas pembentangan yang begitu jelas dan menggalakkan. Terima Kasih.
Sekian, ูุจุงููู ุงูุชูููู ูุงููุฏุงูุฉ ูุงูุณูุงู ุนูููู ูุฑุญู ุฉ ุงููู ูุจุฑูุงุชู
Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II.
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi IIโ
ุจูุณูู ู ุงูููููู ุงูุฑููุญูู ููฐูู ุงูุฑููุญููู ู Terima Kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Kaola mengambil kesempatan untuk menjawab soalan yang kedua daripada Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Putera Maharaja Dato Paduka Awang Haji Abdul Ghani bin Pehin Datu Pekerma Dewa Dato Paduka Haji Abdul Rahim mengenai penubuhan satu dana untuk menolong orang kitani memajukan hartanah mereka.
Barangkali perlu kaola menekankan bahawa dana kerajaan sepatutnya digunakan untuk menolong semua orang ramai, rakyat dan penduduk di negara ini bukannya untuk khas beberapa individu sahaja supaya mereka dapat cepat kaya. Barangkali kalau ada business plan yang akan dikongsikan boleh dikongsikan dengan Darussalam Enterprise iaitu satu badan untuk menolong usaha-usaha kitani ataupun individuals kitani supaya mereka dapat maju dalam bisnes masing-masing.
Ataupun kalau sekiranya berguna kewangan boleh mereka yang berkenaan berjumpa orang bank, Bank Usahawan atau bank yang biasa supaya dapat dikongsikan business plan kalau sekiranya business plan itu dapat dipertahankan jadi memang bank itu akan meminjamkannya dan yang penting business plan itu mesti viable. Kalau sekiranya business plan itu tidak viable berapa saja kerajaan akan pinjamkan ataupun menolong pun tidak cukup jua.
โUjung-ujung karangโ jadi hutang macam dulu, pernah ditubuhkan satu dana pada tahun 70-an seperti mana yang diterangkan oleh mantan Menteri Kewangan II dulu sampai masa ini masih lagi kini memetik hutang-hutang daripada beberapa peminjam. Itu saja kaola akan kongsikan. Terima kasih.
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Putera Maharaja Dato Paduka Awang Haji Abdul Ghani bin Pehin Datu Pekerma Dewa Dato Paduka Awang Haji Abdul Rahimโ
Yang Berhormat Yang Di-Pertua, boleh kaola mencelah?
Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Putera Maharaja Dato Paduka Awang Haji Abdul Ghani bin Pehin Datu Pekerma Dewa Dato Paduka Haji Abdul Rahim Silakan.
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Putera Maharaja Dato Paduka Awang Haji Abdul Ghani bin Pehin Datu Pekerma Dewa Dato Paduka Awang Haji Abdul Rahimโ
Terima Kasih Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II. Sebenarnya apa yang saya maksudkan bukan hanya dana itu, dinamakan dana ataupun tabung khas, jumlahnya terpulanglah kepada kerajaan untuk menentukan. Tetapi bantuan itu diberikan bukan dengan begitu sahaja seperti dahulu pernah diberikan jumlahnya sekian-sekian ribu dan diberikan begitu sahaja, dilepaskan begitu saja.
Maksud kaola ialah dana itu disediakan dengan cukup pemantauannya dari orang itu memulakan projek dibantu, dilihat dan dipantau hinggalah sampai kepada pembangunannya dan apabila pembangunan sudah berhasil barulah diminta bayarannya. Itu maksud hamba bukannya diberi begitu saja dan tidak dipantau, memanglah jika tidak dipantau suka-suka hati mereka. Ini maksud kaola dipantau dan dibantu dalam segala aspek bukanlah memanjakan mereka tetapi dari awal saja tapi bila sudah berhasil barulah dilepaskan dan barulah diminta bayarannya. Demikian Yang Berhormat Yang Di-Pertua.
Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ
โBenar jua nyaโ Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II. Orang-orang yang berkenaan, individu yang berkenaan harus mempunyai business plannya dulu. Apa yang akan dibuatnya di atas tanahnya. Jadi kitani inda dapat memberitahu โkediaโ apa yang harus dibuatnya. Kalau kitani memberitahu โkediaโ apa-apa hal terjadinya โnah bukan kediaku, kamu yang memberitahu kedia ku membuat macam ani iatah jadinya nahโ. Jadi ia harus mempunyai vision dan wawasannya sendiri.
Apa yang akan dibuatnya di atas tanahnya, ia mempunyai tanah jadi kitani mengelakkan suasana ia akan menjaja tanahnya itu title tanahnya itu. Ini sudah terjadi pada waktu dulu orang mempunyai tanah, orang mempunyai geran tanah, itu yang dijajanya dibawanya ke sana ke mari, โbah urus tia tanahku ani, develop tia tanahku aniโ. Jadi akhirnya orang itu akan mendapat 10% orang lain akan mendapat 90%. Ini harus kita fikirkan jua tu โindaโ? dan keluar kitani daripada kesesuaian undang-undang jadi janganlah kitani sambung lagi dengan panjang lebar mengenai perkara ini.
Cukup bagi kitani mendengar daripada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, bahawa mereka bersedia mempunyai mekanisme yang tertentu bagi individu yang mempunyai visi untuk berniaga dan yang mempunyai hartanah yang dipunyainya sendiri. Ia bolehlah mengemukakan cadangan-cadangannya itu kepada pihak-pihak yang berkenaan.
Sebelum itu, just to be fair, Yang Berhormat Fdr. Ar. Dayang Siti Rozaimeriyanty binti Dato Seri Laila Jasa Haji Abdul Rahman ada menyuarakan beberapa soalan prosedur mengenai budgeting, siapa yang akan mengemukakan soalannya itu, since ia tidak mendengar tadi, kitani don't want to repeat, supaya soalan-soalan itu dikemukakan directly kepada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II kemudian. Sekarang saya mempersilakan, Yang Berhormat Pengiran Haji Mohamed bin Pengiran Osman @ Othman.
Yang Berhormat Pengiran Haji Mohamed bin Pengiran Haji Osman @ Othmanโ
Terima kasih, Yang Berhormat Yang Di-Pertua.
ุงูุณููููุงู ู ุนูููููููู ู ููุฑูุญูู ูุฉู ุงูููู ููุจูุฑูููุงุชููู ุจูุณูู ู ุงูููู ุงูุฑููุญูู ูฐูู ุงูุฑููุญููู ู Yang Berhormat Yang Di-Pertua. ุฃูููุญูู ูุฏู ูููููฐูู kaola ingin mengambil peluang untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, atas penyediaan Rang Undang-Undang (2020) Perbekalan, 2020/2021 yang amat teliti dan terperinci. Dalam kesempatan ini juga, kaola ingin mengambil peluang dalam menyuarakan kebimbangan mengenai jangkitan COVID-19 yang berlaku di Negara Brunei Darussalam.
Apakah kiranya langkah-langkah yang dapat kita fikirkan untuk mengawal penularan jangkitan ini dalam perhimpunan Persidangan Majlis Mesyuarat Negara pada tahun ini?
Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Sehubungan dengan itu, apa yang kita harapkan dari usaha ini ialah agar kertas-kertas kerja persidangan akan dapat diteliti dan diluluskan seberapa cepat yang mungkin dan sekali gus memendekkan tempoh Persidangan Majlis Mesyuarat Negara kali Keenam Belas.
Dengan usaha memendekkan tempoh persidangan tersebut, ุฅููู ุดูุงุกู ุงูููู ia akan dapat mengurangkan risiko pendedahan orang ramai kepada jangkitan COVID-19. dengan doa dan tawakal kepada ุงููู ุณูุจูุญูุงูููู ููุชูุนูุงููู dan usaha, kita akan berjaya mengawal dan menghindari penularan jangkitan COVID-19 ini. Sekian terima kasih, Yang Berhormat Yang Di-Pertua.
Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Oleh sebab Yang Berhormat Menteri Kesihatan tidak ada di sini, saya tidak mempunyai expertise untuk menjawab soalan itu secara tepat dari segi medical tetapi dari segi pemantauan, apa yang kita lakukan di sini ialah setiap pengunjung yang hadir ke Dewan ini, sekarang kita mempunyai screening facilities. Ada dua screening facilities di tingkat bawah Dewan ini dan setiap yang hadir harus menjalani screening sebagaimana jua yang terdapat di Lapangan Terbang Antarabangsa iaitu jika didapati pengunjung itu demam maka dengan sendirinya tidak dibenarkan masuk ke dalam Dewan ini. Kalau ia demam dan masuk juga, bermakna ia tidak bertanggungjawab. Jadi, kita ni harus sama-sama bertanggungjawab untuk menentukan supaya kita ni semua selamat.
Mengenai memendekkan mesyuarat ini, terpulanglah kepada semua Ahli Yang Berhormat. Kalau Ahli-Ahli Yang Berhormat bercakap sedikit, maka pekerjaan kita ni akan dapat dilaksanakan secepatnya. Jadi ia terpulang kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat, tetapi kalau menangguhkan mesyuarat ini, saya berharap tidak akan terkeluar dalam Majlis ini, akan memberikan signal yang kurang elok.
Sudahlah orang kita ini pada masa ini panik membeli-belah di kedai, jadi kita ini lagi akan menambah-nambahi maka tidak baik impaknya. Kita ini mempunyai confident yang kukuh bahawa kerajaan kita ini bertanggungjawab mengenai keselamatan dan kesihatan kita ini. Kita ini mempunyai Kementerian Kesihatan yang mempunyai prosedur-prosedur tertentu apabila didapati seseorang itu mempunyai risiko mendapat penyakit wabak yang melanda bukan saja kepada kita ini kemungkinannya tetapi kepada dunia keseluruhannya. Kita ini belumlah sampai ke tahap yang sangat membahayakan waktu ini. Walau bagaimanapun, kita ini haruslah berjaga-jaga, jadi saya harap Ahli-Ahli Yang Berhormat bersabar dan bertenang dan kalau Ahli-Ahli Yang Berhormat mahu cepat supaya bercakap sedikit sahaja.
Saya persilakan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pendikar Alam Dato Paduka Seri Awang Haji Hasrin bin Dato Paduka Haji Sabtu.
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pendikar Alam Dato Paduka Seri Awang Haji Hasrin bin Dato Paduka Haji Sabtuโ
Terima kasih, Yang Berhormat Yang Di-Pertua.
ุงูุณููููุงู ู ุนูููููููู ู ููุฑูุญูู ูุฉู ุงูููู ููุจูุฑูููุงุชููู ุจูุณูู ู ุงูููู ุงูุฑููุญูู ููู ุงูุฑููุญููู ูPenggunaan kaedah perubatan tradisional dan komplimentari ataupun dikenali sebagai Traditional and Complementary Medicine (TCM) sememangnya mendapat tempat dalam kalangan rakyat dan penduduk di negara ini. Kaedah perubatan ini juga mendapat perhatian pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia khususnya melalui strategi perubatan tradisional 2014 hingga 2023 yang antara lain menyentuh mengenai potensi dan sumbangan perubatan tradisional dan komplementari kepada kesihatan di samping mempromosikan dan menggalakkan penggunaan kaedah perubatan tradisional dan komplementari ini secara selamat dan berkesan.
Soalan kaola:
-
Adakah Kementerian Kesihatan mempunyai perancangan dalam mengintegrasikan perubatan tradisional dan komplementari secara optimum ke dalam Sistem Penjagaan Kesihatan Kebangsaan bagi mencapai pendekatan holistik dalam meningkatkan kesihatan serta kualiti kehidupan? Selaras dengan Strategi Perubatan Tradisional 2014 hingga 2023 Pertubuhan Kesihatan Sedunia; dan
-
Apakah pula pendekatan atau inisiatif yang telah sedang dan akan diambil oleh pihak Kementerian Kesihatan dalam memastikan kualiti dan keselamatan perubatan tradisional dan komplementari ini?
Sekian, ูุจุงููู ุงูุชูููู ูุงููุฏุงูุฉ ูุงูุณูุงู ุนูููู ูุฑุญู ุฉ ุงููู ูุจุฑูุงุชู
Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ
Yang Berhormat, saya cadangkan supaya Yang Berhormat menimbulkan soalan itu apabila kita membincangkan bajet Kementerian Kesihatan bila Menteri Kesihatan ada, boleh bertanya Yang Berhormat mengenai soalan yang dikemukakan.
Sekarang saya persilakan Yang Berhormat Dayang Khairunnisa binti Awang Haji Ash'ari.
Yang Berhormat Dayang Khairunnisa binti Awang Haji Ash'ariโ
Terima Kasih. Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Kaola menyokong baik atas usaha kerajaan dalam memastikan Negara Brunei Darussalam mencapai objektif-objektif di bawah UN Sustainable Development Goals.
Di samping itu dengan penubuhan Jawatankuasa Eksekutif Perubahan Iklim, ia menunjukkan usaha Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam menangani masalah perubahan iklim.
Menurut pembentangan Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, peruntukan berkaitan dengan perubahan iklim disediakan di bawah peruntukan Menangani Bencana Alam dan Wabak Penyakit iaitu sebanyak $15 juta bagi menangani impak fenomena climate change seperti banjir kilat, tanah susur dan kebakaran hutan.
Kaola ingin mendapat kepastian adakah peruntukan juga disediakan khas bagi research and development dan juga menggalakkan penggunaan tenaga hijau? Ini adalah sebagai persiapan bagi negara ini seperti mana Yang Berhormat telah nyatakan negara-negara luar telah banyak beralih kepada penggunaan teknologi hijau. Terima kasih. Yang Berhormat Yang Di-Pertua.
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi IIโ
Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Mengenai Research and Development Fund untuk climate change ini tertakluk kepada research di UBD, institusi-institusi pendidikan dan sebagainya. Memang climate change ini di bawah Kementerian Pembangunan, barangkali rakan sejawatan boleh mengongsikan adakah perkara ini akan dirancang untuk ditubuhkan satu dana bagi Research and Development Fund bagi climate change, terima kasih.
Yang Berhormat Menteri Pembangunanโ
Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Memang climate change di bawah Kementerian Pembangunan dan mengenai R & D Fund ini akan dikaji semula kerana climate change pada mulanya memang di bawah Kementerian Tenaga, maka kita akan meneliti requirement R & D Fund.
Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ
Nampaknya barangkali bukan climate change tetapi green energy seems to be two sort edges, a sword with two edges, kalau dilihat kita adalah oil producer, kalau kita terlalu kuat menyokong green energy, what happen to our oil. Satu hari nanti kalau orang tidak mahu fossil energy, apa akan kita buat dengan minyak dan gas kita, so there should be a balance between the two. I don't know I may the old fashioned.
Silakan sekarang Yang Berhormat Awang Iswandy bin Ahmad.
Yang Berhormat Awang Iswandy bin Ahmadโ
Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua. ุงูุณููููุงู ู ุนูููููููู ู ููุฑูุญูู ูุฉู ุงูููู ููุจูุฑูููุงุชููู Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kaola mengucapkan tahniah atas pembentangan Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II dalam mukadimah Rang Undang-Undang (2020) Perbekalan, 2020/2021.
Sebenarnya kaola ingin mengucapkan terima kasih terutama sekali daripada belia kerana dalam pembentangan tadi ada menyatakan bantuan kepada belia dan pertubuhan bukan kerajaan adalah sejumlah $1.4 juta. Ia kenaikan yang cukup signifikan jika dibandingkan tahun-tahun yang sebelumnya.
Namun begitu, izinkan kaola memberikan pandangan sahaja barangkali kerana bantuan tersebut bersifat consolidated (terkumpul) dengan bantuan-bantuan keusahawanan, pembangunan, belia dan sukan, kursus-kursus serta outward bound dan bantuan kewangan NGOs. Adalah โbisainyaโ jika barang itu di itemised untuk bantuan-bantuan ini dan barangkali perkara ini dapat difikirkan bersama dengan kementerian yang bersesuaian seperti contohnya kalau ada program-program pembangunan masyarakat dapat NGOs belia ini turut serta dalam memajukan di kawasan-kawasan tersebut untuk sama-sama menolong negara ataupun di tempat-tempat yang mereka berada. Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.
Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ
Dengan saranan-saranan yang telah pun dikemukakan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat, nampaknya tidak ada lagi Ahli-Ahli Yang Berhormat yang ingin untuk membuat kenyataan terhadap kesesuaian Rang Undang-Undang (2020) Perbekalan, 2020/2021 ini, maka saya berpendapat Rang Undang-Undang yang telah dicadangkan dan juga diterangkan secara panjang lebar dan penuh komprehensif oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II maka sekarang perkara ini kita undi.
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila angkat tangan?
(Semua Ahli mengangkat tangan tanda bersetuju)
Terima kasih, nampaknya semua Ahli Yang Berhormat bersetuju.
Yang Mulia Timbalan Jurutulisโ
โSuatu Akta Untuk Membekalkan Sejumlah Wang Dari Kumpulan Wang Yang Disatukan Bagi Perkhidmatan Tahun Kewangan 2020/2021 Dan Bagi Memperuntukkan Wang Yang Tersebut Itu Bagi Maksud-Maksud Tertentuโ.
Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Majlis ini sekarang akan seterusnya meneliti Rang Undang-Undang (2020) Perbekalan, 2020/2021 ini satu persatu. Maka bagi membolehkan perkara ini dibuat sedemikian saya tangguhkan Persidangan Majlis Mesyuarat Negara dan Majlis ini akan bersidang di Peringkat Jawatankuasa sepenuhnya.
Yang Mulia Timbalan Jurutulisโ
Majlis bersidang sebagai Jawatankuasa.
(Majlis Mesyuarat ditangguhkan)
(Mesyuarat bersidang sebagai Jawatankuasa)
Yang Berhormat Pengerusiโ
ุงูุณููููุงู ู ุนูููููููู ู ููุฑูุญูู ูุฉู ุงูููู ููุจูุฑูููุงุชููู ุจูุณูู ู ุงูููู ุงูุฑููุญูู ูฐูู ุงูุฑููุญูููู ูAhli-Ahli Yang Berhormat. Sekarang Majlis ini bersidang di Peringkat Jawatankuasa sepenuhnya bagi menimbangkan Rang Undang-Undang (2020) Perbekalan, 2020/2021 satu persatu yang telah dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II.
Yang Mulia Timbalan Jurutulisโ
Bab 2 Ceraian 1 dan 2.
Yang Berhormat Pengerusiโ
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Sekarang kita membincangkan Bab 2 Ceraian 1 dan 2. Ada ahli-ahli yang ingin membahaskannya? Jika tidak ada, Ahli-Ahli Yang Berhormat yang ingin untuk membahaskannya, maka Bab 2 Ceraian 1 dan 2 akan saya undi. Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju Bab 2 Ceraian 1 dan 2, sila angkat tangan.
(Semua Ahli mengangkat tangan tanda bersetuju)
Yang Berhormat Pengerusiโ
Terima kasih, semuanya bersetuju.
Yang Mulia Timbalan Jurutulisโ
Bab 2 Ceraian 1 dan 2 dijadikan sebahagian daripada Jadual.
Yang Berhormat Pengerusiโ
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Sebelum kita membincangkan Tajuk-Tajuk dalam Jadual ini, saya ingin menarik perhatian Ahli-Ahli Yang Berhormat semua, iaitu bagi mana-mana kementerian yang mempunyai banyak jabatan di bawahnya, ia akan dipecahkan kepada 2 atau 3 bahagian untuk diteliti dan dibahaskan. Oleh sebab Jabatan Perdana Menteri mempunyai 20 buah jabatan di bawahnya, perbincangan kepada Tajuk ini akan dibahagikan kepada 3 bahagian.
Yang Mulia Timbalan Jurutulisโ
Jabatan Perdana Menteri - Tajuk SA01A hingga Tajuk SA07A.
Yang Berhormat Pengerusiโ
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kita sekarang membincangkan Jadual bagi Jabatan Perdana Menteri dan jabatan-jabatan di bawahnya. Terdapat di sini ada 5 buah jabatan di bawah Jabatan Perdana Menteri. Di bawah kategori jabatan-jabatan yang dikatakan tertutup iaitu Biro Kawalan Narkotik, Biro Mencegah Rasuah, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri, Polis Diraja Brunei dan Jabatan Penyelidikan Brunei.
Oleh sebab jabatan-jabatan ini berkaitan langsung dengan hal-ehwal strategik keselamatan negara bahawa isu-isu yang akan dibincangkan mungkin perkara-perkara yang sensitif dan tidak bersesuaian untuk kita bincangkan secara terbuka, maka saya kira tidaklah perlu jabatan-jabatan ini dibincangkan dalam Dewan ini. Walau bagaimanapun, sebelum saya membukakan kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat untuk membahaskan Tajuk-Tajuk di bawah Jabatan Perdana Menteri ini selanjutnya, saya ingin memberikan peluang kepada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk membuat kenyataan tentang penyediaan belanjawan serta hala tuju jabatan-jabatan di bawahnya. Silakan Yang Berhormat.
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteriโ
ุจุณู ุงููู ุงูุฑุญู ู ุงูุฑุญูู ุงูุญู ุฏ ููู ุฑุจ ุงูุนุงูู ููุ ูุงูุตูุงุฉ ูุงูุณูุงู ุนูู ุณูุฏูุง ู ุญู ุฏ ุฃุดุฑู ุงูู ุฑุณูููุ ูุนูู ุขูู ูุตุญุจู ุฃุฌู ุนูู.ุงูุณูุงู ุนูููู ูุฑุญู ุฉ ุงููู ูุจุฑูุงุชู, terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian. Sebelum Jawatankuasa ini membincangkan peruntukan Jabatan Perdana Menteri dan jabatan-jabatan di bawahnya, kaola ingin memohon keizinan Yang Berhormat Pengerusi untuk mengongsikan secara ringkas tumpuan dan keutamaan Jabatan Perdana Menteri bagi Tahun Kewangan 2020/2021 ini. Ia bertujuan memandu perbincangan supaya lebih fokus dan terarah kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan hal-ehwal belanjawan yang akan dibincangkan.
ุฅู ุดุงุก ุงููู belanjawan Jabatan Perdana Menteri ini mendukung Tema Belanjawan Tahun Kewangan 2020 / 2021 iaitu "Pelaburan Untuk Masa Depan" (Investing in Our Future) dengan 4 fokus utamanya.
Yang Berhormat Pengerusi. Seperti mana jua Rang Belanjawan 2020/2021 yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II secara umumnya rang tersebut memberikan tumpuan kepada elemen-elemen penting bagi merealisasikan hasrat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan kerajaan baginda untuk melihat taraf kehidupan rakyat benar-benar dalam keadaan yang selesa.
Berdasarkan tema dan fokus Belanjawan Tahun Kewangan 2020/2021, perancangan dan pelan tindakan Jabatan Perdana Menteri adalah seperti berikut:
- Meningkatkan Aktiviti Pelaburan dan Memudah Cara Perniagaan
Dalam mendukung usaha-usaha bagi meningkatkan aktiviti pelaburan dan memudah cara perniagaan, beberapa inisiatif telah dapat dilaksanakan. Antara lainnya termasuk perancangan dan langkah-langkah berterusan Jabatan Perdana Menteri selaras dengan inisiatif Ease of Doing Business (EODB). Hasil daripada usaha yang berterusan ini, Laporan World Bank 2019 telah mencatatkan penambahbaikan kedudukan Negara Brunei Darussalam bagi 2 petunjuk iaitu Petunjuk Penguatkuasaan Kontrak (Enforcing Contract) dan Petunjuk Penyelesaian Insolvensi (Resolving Insolvency).
Demikian juga dari aspek keberkesanan kerajaan World Bank Government Effectiveness Index iaitu negara ini telah berjaya meraih kedudukan di tangga ke-28 pada tahun 2018 berbanding kedudukan di tangga ke-31 pada tahun sebelumnya.
Dalam pada itu, Jabatan Perdana Menteri menerusi Jabatan Perkhidmatan Pengurusan akan meneruskan program-program seperti Kaji Selidik Tumpuan Pelanggan (KSTP), Tekad Pemedulian Orang Ramai (TPOR), Program Penggredan Prestasi Sektor Awam (3PSA) dan Anugerah Inovasi Perdana (AIP). Ini adalah selaras dengan usaha ke arah memudah cara perniagaan, membina kecekapan dan keberkesanan pentadbiran awam serta menggalakkan inovasi.
Sukacita dimaklumkan bahawa pemberian Anugerah Inovasi Perdana (AIP) juga akan turut dilaratkan kepada agensi bukan kerajaan yang berjaya meningkatkan tahap perkhidmatannya melalui peningkatan inovasi. Dalam usaha meningkatkan aktiviti pelaburan dan mempelbagaikan ekonomi negara, kerjasama erat bersama Republik Singapura akan terus diperkukuhkan melalui Young Leaders Programme (YLP) agar negara beroleh manfaat dari perkongsian amalan-amalan terbaik Republik Singapura yang merupakan salah satu hala perdagangan yang strategik dan penting di rantau ini;
- Sumber Manusia Yang Kompeten (Employable)
Dalam usaha mendukung sumber manusia yang kompeten dan employable, usaha-usaha yang akan dilaksanakan termasuklah meneruskan program-program pembangunan kepimpinan dan kapasiti di bawah Civil Service Leadership Pipeline (CSLP) seperti Young Executive Programme (YEP), Development Program For Middle Management Officers (EDPMMO) dan Executive Programme For Senior Goverment Officers (EDPSGO).
Di samping itu, Institut Perkhidmatan Awam juga sedang mengusahakan penambahbaikan dalam kurikulum program-program yang berjalan pada masa ini sebagai usaha ke arah mewujudkan Centre of Excellence;
- Memelihara Kesejahteraan Awam
Jabatan Perdana Menteri akan terus mendukung usaha dalam memastikan kesejahteraan awam negara ini berterusan dipelihara.
Usaha-usaha yang akan disaksikan, yang akan dilaksanakan antara lainnya untuk terus memberikan tumpuan sewajarnya kepada kemudahan dan keperluan asas golongan-golongan tertentu termasuk golongan daif, fakir dan miskin melalui Projek Bantuan Perumahan di bawah pembiayaan Majlis Ugama Islam yang juga dikenali sebagai Project Quick Win.
Melalui Jawatankuasa Ad-Hoc Syarikah, Majlis Ugama Islam Brunei. Menteri di Jabatan Perdana Menteri menjadi Pengerusi dijawatankuasa tersebut dalam melaksanakan kajian segera berhubung dengan soal atau isu-isu kemasyarakatan yang ada hubung kaitnya dengan kejadian kes-kes curi dan sebagainya dengan mencari sebab atau punca serta cara mengatasinya.
Bagi memastikan komunikasi secara dua hala antara pihak kerajaan dengan orang ramai, usaha seperti program muzakarah penerangan dan program sua muka di samping program masyarakat bermaklumat terus dilaksanakan oleh Jabatan Penerangan dengan kerjasama pihak Radio dan Televisyen Brunei dan dengan dukungan kuat Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.
Kesimpulannya, dengan izin ุงููู ุณูุจูุญูุงูููู ููุชูุนูุงููู jua dalam kita menyahut hasrat Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk mewujudkan sebuah Perkhidmatan Awam yang benar-benar bersih, amanah, cekap dan berkesan melalui sokongan padu semua pihak selaras jua dengan amalan whole of nation approach sebagai usaha berterusan dalam merealisasikan Wawasan Brunei 2035. ุฅููู ุดูุงุกู ุงููู Negara Brunei Darussalam dengan mengamalkan hidup berteraskan konsep Melayu Islam Beraja akan terus maju, aman, makmur dan sejahtera.
Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Sebagaimana yang kaola telah kemukakan pada Majlis Mesyuarat pada tahun-tahun yang lepas. Jabatan Perdana Menteri memegang falsafah โBiar cangkir jangan putusโ dan akan sentiasa berjimat cermat dan berhemah serta memastikan setiap perbelanjaan mengutamakan value for money serta mendatangkan manfaat kepada negara dan penduduk dalam jangka pendek dan jangka panjang.
Ini termasuklah dalam memberikan perhatian kepada projek penambahbaikan dan pemeliharaan aset bagi memastikan suasana dan persekitaran kerja yang kondusif kepada semua pihak. Pada masa yang sama Jabatan Perdana Menteri akan terus berusaha untuk meningkatkan hasil kerajaan melalui perkhidmatan-perkhidmatan sedia ada.
Di samping mengukuhkan lagi sistem pengutipan hasil bagi memastikan hasil dikutip dalam tempoh yang ditetapkan berasaskan prinsip-prinsip di atas, Jabatan Perdana Menteri dan jabatan-jabatan di bawahnya bagi Tahun Kewangan 2020/2021 telah disokong untuk disediakan peruntukan bagi Gaji Kakitangan dan Peruntukan Perbelanjaan Berulang-Ulang berjumlah sebanyak $366,021,500.00 iaitu berlebihan sebanyak $7,091,670.00. Terima kasih Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II. Daripada peruntukan Tahun Kewangan 2019/2020 pertambahan ini mengambil kira penyerapan Brunei Intellectual Property office (BruIPO) dan Manpower and Employment Council (MPEC). Tidak ketinggalan juga pengurusan jabatan baharu iaitu Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah (BKISHAB) yang telah diisytiharkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Sempena Sambutan Majlis Ilmu 2019 untuk diletakkan di bawah jagaan Jabatan Perdana Menteri.
Perbelanjaan Kemajuan yang disokong pula berjumlah $65,490,880.00 menjadikan peruntukan keseluruhan Jabatan Perdana Menteri dan jabatan-jabatan di bawahnya yang disokong berjumlah $431,520,380.00.
Sekianlah sahaja secara ringkas yang dapat kaola terangkan tentang cadangan belanjawan Jabatan Perdana Menteri dan jabatan-jabatan di bawahnya bagi Tahun Kewangan 2020/2021 dan disudahi dengan dua pantun:
Rumah kecil tiang seribu,
Rumah besar tiang sebatang,
Semasa kecil ditimang ibu,
Sudah besar ditimang gelombang.
Bijaksana akal bercahaya ilmu,
Jika berbelanja jangan besar pasak dari tiang,
Putera Maharaja gelaran mulia,
Pendikar Alam gagah perkasa.
Bersama berjuang
mengharumkan negara,
Tidak dikira siapa di sini siapa di sana,
Besar peruntukan tidak menjadikan alpa,
Berjimat berhemat tuntutan ugama.
Yang Berhormat Pengerusi. Sebelum mengakhiri, kaola ingin mengulang sekali lagi apa yang telah Yang Berhormat Pengerusi sebutkan tadi iaitu bahawa 5 buah jabatan di bawah Jabatan Perdana Menteri adalah jabatan-jabatan yang tertutup iaitu Biro Kawalan Narkotik, Biro Mencegah Rasuah, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri, Pasukan Polis Diraja Brunei dan Jabatan Penyelidikan Brunei.
Oleh sebab jabatan-jabatan ini berkaitan langsung dengan hal ehwal strategik keselamatan negara isu-isu yang akan dibincangkan perkara yang sensitif dan tidak bersesuaian untuk dibincangkan secara terbuka. Maka kaola memohon pertimbangan Yang Berhormat Pengerusi supaya peruntukan bagi jabatan-jabatan tersebut tidaklah perlu dibincangkan.
Sekian, ูุจุงููู ุงูุชูููู ูุงููุฏุงูุฉ ูุงูุณูุงู ุนูููู ูุฑุญู ุฉ ุงููู ูุจุฑูุงุชู
Yang Berhormat Pengerusiโ
Terima kasih Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Ahli-Ahli Yang Berhormat. Tajuk SA01A hingga Tajuk SA07A dibuka untuk dibahaskan. Saya mempunyai senarai Ahli Yang Berhormat yang suka untuk turut serta dalam membincangkan tajuk-tajuk yang berkenaan ini.
Saya persilakan sekarang Yang Berhormat Awang Haji Mohaimin bin Haji Johari @ Jahari.
Yang Berhormat Awang Haji Mohimin bin Haji Johari @ Jahariโ
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
ุจุณู ุงููู ุงูุฑุญู ู ุงูุฑุญูู ุงูุญู ุฏ ููู ุฑุจ ุงูุนุงูู ููุ ูุงูุตูุงุฉ ูุงูุณูุงู ุนูู ุณูุฏูุง ู ุญู ุฏ ุฃุดุฑู ุงูู ุฑุณูููุ ูุนูู ุขูู ูุตุญุจู ุฃุฌู ุนูู.dan salam ุงูุณูุงู ุนูููู ูุฑุญู ุฉ ุงููู ูุจุฑูุงุชู sejahtera.
Yang Berhormat Pengerusi. Saya suka untuk membawakan beberapa perkara dalam perbincangan Tajuk SA01A โ Jabatan Perdana Menteri.
- Pada masa kini dilihat syarikat-syarikat penaja kepada kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan nampaknya diberikan keistimewaan dalam majlis-majlis atau acara-acara kementerian atau jabatan-jabatan dan juga adanya kemesraan antara pihak kerajaan dan penaja-penaja. Ini menunjukkan sesuatu perkara yang boleh membawa keistimewaan bagi urusan perniagaan kepada penaja-penaja seperti tender-tender atau apa jua yang berkepentingan dengan perniagaan dan ini ada unsur-unsur kawan yang "kapkun" maka di sini "bisai" ia ditukar kepada corporat obligation atau corporats constribution. Jika obligation atau contribution ini dibuat maka mohon kebijaksanaan pihak Jabatan Perdana Menteri mengatur agihan sumbangan hasil daripada corporat obligation dan contribution kepada masyarakat atau pertubuhan-pertubuhan seperti Majlis Perundingan Kampung dan Mukim dan mana-mana pertubuhan yang memerlukan.
Dengan adanya corporate obligation atau contribution syarikat-syarikat penaja tidak berurusan langsung dengan kementerian atau jabatan yang mungkin saja tempat syarikat penaja berurusan bagi mendapatkan urusan perniagaan.
Diharapkan Jabatan Perdana Menteri akan melihat perkara ini sesuatu yang serius bagi mengelakkan ketidakadilan dalam pelayanan dan urusan pada syarikat-syarikat perniagaan di negara kita. ุฅู ุดุงุก ุงููู Dengan cara ini tidak akan ada syarikat-syarikat penaja yang dapat keistimewaan dari kementerian-kementerian atau di jabatan-jabatan kerajaan. Layanan akan sama sahaja dengan syarikat-syarikat yang tidak membuat penajaan.
- Bantuan membina rumah bagi pemohon-pemohon kategori daif sekitar 5-10 tahun yang lalu yang dikelolakan oleh Jabatan Daerah Brunei dan Muara, boleh dikatakan agak cepat tetapi sejak masuknya Project Quick Win di bawah Jabatan Perdana Menteri bantuan rumah kepada pemohon bantuan membina rumah kategori daif agak lambat.
Dipohonkan statistik permohonan pembinaan yang sudah dilaksanakan dalam jangka 5 tahun.
Sekian terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteriโ
Terima kasih Yang Berhormat kerana pertanyaan-pertanyaan bersangkut paut dengan tender-tender ataupun permohonan-permohonan bagi pembiayaan-pembiayaan sesuatu projek-projek tertentu dan menyebutkan perkara-perkara yang bersangkut paut dengan kawan-kawan ataupun 'kapkonnya'. Saya kurang fahamlah apa 'kapkon' ini Yang Berhormat Pengerusi. Tapi yang ternyata ialah setiap permohonan atau tender yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri melalui beberapa proses yang begitu ketat terutamanya dari segi head tender board ataupun jawatankuasa tender yang sentiasa melihat sesuatu itu dengan penglihatan yang terperinci dan berhemah dan sebagainya.
Jadi, sebelum perkara-perkara itu dibawakan ke Tender Board, satu jawatankuasa akan juga memberikan pandangan-pandangan dan melihat kelayakan-kelayakan yang ada dipohonkan atau yang ada pada penender-penender tersebut. Perkara ini untuk mengelakkan daripada terjadinya perkara-perkara yang tidak diingini iaitu pemilihan ataupun berat sebelah dan sebagai pilihan kawan-kawan atau yang digelar 'kapkon' itu tadi.
ุฅู ุดุงุก ุงููู perkara ini akan sentiasa diberikan perhatian yang berat oleh Jabatan Perdana Menteri dan kalaulah terjadi perkara tersebut maka perkara itu akan sentiasa diberikan perhatian dan dielakkan seboleh-bolehnya.
Mengenai rumah daif yang diselenggarakan oleh Jabatan Perdana Menteri bersama dengan Majlis Ugama Islam yang digelar dengan quick win. Seperti yang telah dimaklumi dari perkataannya sudah quick (tidak perlahan) kerana perkara ini lebih mengutamakan kepada atau melihat kepada peserta-peserta yang bakal menerima bantuan-bantuan rumah tersebut.
ุงูููุญูู ูุฏู ูููููฐูู dengan proses-proses yang berjalan sekarang, program atau pun rancangan-rancangan pemberian ataupun bantuan rumah kepada golongan daif sudah dapat dijalankan dan ุฅููู ุดูุงุกู ูฑูููููฐูู kita akan melihat barangkali seakhir-akhirnya dalam bulan puasa ini. Kita akan melihat ada sebanyak 27 buah rumah akan diberikan kepada peserta-peserta atau penerima-penerima yang termasuk dalam golongan daif yang berkehendaknya.
Itulah sahaja Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusiโ
Saya persilakan Yang Berhormat Awang Haji Mohimin bin Haji Johari @ Jahari.
Yang Berhormat Awang Haji Mohimin bin Haji Johari @ Jahariโ
Yang Berhormat Pengerusi. Yang kaola maksudkan bukan semata-mata tender tetapi semua urusan. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteriโ
Begitulah juga apa yang dimaksudkan adalah untuk semua. Terima kasih.
Yang Berhormat Pengerusiโ
Saya persilakan Yang Berhormat Awang Iswandy bin Ahmad.
Yang Berhormat Awang Iswandy bin Ahmadโ
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. ุจุณู ุงููู ุงูุฑุญู ู ุงูุฑุญูู
Saya ingin menyentuh mengenai Tajuk SA01A โ Jabatan Perdana Menteri mengenai dua perkara iaitu Kod Akaun 001/002 - Pengurusan dan Pentadbiran. Wawasan Brunei 2035 seperti yang diketahui adalah hala tuju negara untuk menghadapi cabaran masa depan dan ุฅู ุดุงุก ุงููู ia telah dilancarkan lebih 10 tahun yang lalu dan ุฅู ุดุงุก ุงููู pada tahun ini Wawasan Brunei 2035 itu 15 tahun sahaja lagi untuk dicapai.
Di sini saya ingin mencadangkan dan bertanya mengenai dua perkara:
- Perlunya ada mekanisme yang dibuat untuk memastikan kita mencapai keputusan, fokus dan penanda aras kunci dalam mencapai rangka kerja wawasan tersebut. Seperti contohnya kitani dapat membuat mid-term review progress untuk susulan dan mengkaji secara menyeluruh kemajuan dan pelaksanaan bagi mencapai pengisian Wawasan Brunei 2035. Setentunya barang ini baik sekiranya dapat dikongsikan secara telus dengan orang ramai kerana sering ditanyakan oleh orang ramai apakah status negara dalam persiapan mencapai Wawasan Brunei 2035.
- Setentunya negara memikirkan sehingga 2035 malah bukanlah terlalu akhir jika kita memikirkan setelah 2035. Soalan saya iaitu:
i. Apakah persiapan kita ini tentang perkara ini dari segi foresighting dan coordination?
ii. Kod Akaun 006/000 di bawah Mainpower and Employment Council. Merujuk Tajuk 1119 - Sumber Tenaga Manusia. Menurut data dari Jabatan Perancangan Ekonomi dan Statistik, jumlah peratus pengangguran pada tahun 2018 adalah 8.7% dan di beberapa negara mempunyai agensi kerajaan yang mengawal sedia mengenai mobility of skilled workers seperti apa yang disebutkan dalam ASEAN Economic Community Blueprint dan juga ASEAN Qualification Reference Framework yang pernah kita ini bincangkan di Dewan yang mulia ini.
Mungkin sudah tiba masanya ada usaha untuk mengeksport tenaga kerja kita ini yang berminat, berkemahiran dan juga bersesuaian untuk bekerja di luar negara memandangkan kita ini ada skilled workers yang layak untuk diambil bekerja di mana-mana sahaja terutama sekali graduan yang mempunyai kelayakan yang boleh diterima di luar negara.
โBisailahโ ada sebuah agensi seperti sebuah jabatan atau sekretariat yang bersesuaian untuk menyelarasnya.
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteriโ
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat Awang Iswandey bin Ahmad mengenai Wawasan Brunei 2035 dan sebagainya. Terima kasih atas segala sokongan yang telah diberikan dalam sama-sama menjayakan Wawasan Brunei 2035, terutama sekali dari segi memperkasakan belia dalam Wawasan Brunei 2035. Berhubung dengan soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat mengenai mekanisme berkaitan penetapan bidang-bidang keutamaan dalam wawasan serta Petunjuk Prestasi Utama secara fokus dan mengambil kira kaedah-kaedah seperti foresighting dan juga kaitannya dengan komitmen di peringkat antarabangsa termasuk United Nations Sustainable Development Goals (SDGs).
ุงูููุญูู ูุฏู ูููููฐูู, Majlis Tertinggi Wawasan Brunei 2035 selaku autoriti utama yang berperanan dalam memastikan pelaksanaan dasar-dasar dan strategi Wawasan Brunei 2035 telah dan akan terus memastikan bidang-bidang yang dikenal pasti sebagai fokus atau keutamaan akan berupaya memberikan impak besar ke arah merealisasikan ketiga-tiga matlamat Wawasan Brunei 2035 dalam tempoh yang ditetapkan ุฅููู ุดูุงุกู ูฑูููููฐูู, penentuan bidang-bidang ini termasuklah KPI kebangsaan serta sasaran-sasarannya adalah berasaskan kepada perundingan dan penelitian awal antara Sekretariat Tetap Wawasan Brunei 2035 bersama pihak-pihak yang berkepentingan khasnya peneraju-peneraju iaitu kementerian-kementerian, jabatan-jabatan serta pihak-pihak berkepentingan lainnya.
Pendekatan yang diambil ini bukan sahaja dihasrat untuk memperolehi persefahaman dan persetujuan mengenai bidang - bidang dan KPI kebangsaan berkaitan serta keupayaan pihak berkenaan dalam merealisasikannya sebagai subject matter expert malah lebih penting ia menjurus kepada mewujudkan rasa sense of ownership di pihak berkenaan sendiri yang setentunya akan menjamin pencapaian keberhasilan yang hendak digarap. Namun, dalam memutuskan perkara ini ia diasaskan kepada data-data tertentu bagi mendapatkan gambaran secara realistik dan ketetapan yang dibuat adalah bersifat evidence based.
Menyentuh mengenai foresighting dalam penyelarasan mengenai SDGs dengan mengambil kira perkara ini boleh dikatakan hanya diperkenalkan beberapa tahun ini, kebelakangan ini, namun ุงูุญูู ูุฏู ูููู, pendekatan sedemikian khasnya foresighting di pihak Sekretariat Tetap Wawasan Brunei 2035 telah turut diberikan keutamaan.
Sebahagian pegawai kanan Sekretariat Tetap Wawasan Brunei 2035 mempunyai pengetahuan mengenainya melalui kursus-kursus yang dihadiri dan telah mengadaptasi kaedah tersebut dalam operasi unit berkenaan pada hari ini. Dari kursus-kursus foresight ini pihak sekretariat menggunakannya untuk membuat analisis mengenai bidang-bidang keutamaan pada masa depan dan analisis jurang terhadap kerangka kerja Wawasan Brunei 2035 termasuk memastikan ia selaras dengan trend serantau dan antarabangsa.
SDGs serta hala tuju pergerakan antarabangsa serta komitmen negara dalam pelbagai agenda dalam pembangunan global juga turut dijadikan sandaran dan diselaraskan dengan bidang-bidang yang menjadi keutamaan pada masa kini. Namun penyelarasan mengenainya adalah juga pada mengambil kira konteks dan keperluan negara sebagaimana yang bersesuaian.
Untuk makluman juga satu sesi perkongsian bersama wakil United Nation dan Sekretariat Tetap Wawasan Brunei 2035 telah diadakan tidak lama sebelum ini dan wakil tersebut telah menyambut baik fokus yang terkandung dalam Wawasan Brunei 2035 setakat ini dari sudut SDGs.
Bagi strategi Wawasan Brunei 2035 melihat kepentingan penanda aras (benchmarking) dan kajian strategik masa hadapan (strategic foresight) dalam apa jua perancangan jangka panjang menuju tahun 2035. Oleh sebab kita berhadapan dengan masa depan yang cepat berubah dan tidak menentu, kita perlu bersedia dengan menggunakan metodologi pandangan jauh dalam penyediaan dasar-dasar dan pelan strategik bagi memastikan pelan tindakan negara akan bersedia untuk berhadapan kepada masa hadapan (future ready) untuk menghadapi strategic surprises dan driving forces.
Kesemua ini hanya dapat dilaksanakan dengan penglibatan semua pihak untuk sama-sama meningkatkan keberkesanan dan pensejajaran inisiatif-inisiatif ke arah pencapaian Wawasan Brunei 2035 sebagaimana yang dijalankan dalam beberapa inisiatif seperti perangkaan dasar perubahan iklim, digital economic blueprint dan economic blueprint.
Dalam mengorak dan menggerak langkah ke hadapan ini, sudah setentunya perkara ini mencabar terutama sekali dari segi mengkoordinasi usaha dan memastikan momentum dalam berterusan. Namun kita akan terus memastikan kesediaan negara bagi menghadapi masa depan dengan semua pihak dari sektor kerajaan, sektor swasta dan orang ramai untuk bersatu demi untuk mencapai aspirasi dan impian bersama.
Semua ini agar negara akan terus mengorak langkah dan tidak ketingalan dalam persaingan ke arah kestabilan ekonomi dan pembangunan negara yang mampan serta kesejahteraan dan keselamatan rakyat terjamin. ุฅู ุดุงุก ุงููู semoga kita akan terus sama-sama memikul tanggungjawab ini dalam memberigakan dan merealisasikan Wawasan Brunei 2035. Terima kasih. Saya persilakan untuk seterusnya.
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi IIโ
Terima kasih Yang Berhormat. Untuk menjawab soalan daripada Yang Berhormat Awang Iswandy bin Ahmad tadi mengenai export of skill workers dari Brunei. Barangkali ini lain daripada export of product, ini skill workers dalam negeri, ini mesti kita fikirkan juga ada minat masing-masing seseorang tapi dilihat masa ini jumlah orang Brunei yang bekerja di luar negeri meningkat kalau dibandingkan beberapa tahun yang lalu.
Memang ada satu peluang untuk kita mencari supaya orang kita ini dapat jua ambil experience di luar negeri ataupun bekerja tetap di luar negeri. Sebelum kita ni melaksanakan inisiatif ini, ada baiknya dibuat satu survey dalam negeri dan juga lebih memahami cabaran-cabaran kalau orang kita bekerja di luar negeri.
Walau bagaimanapun, cadangan dari Yang Berhormat tadi adalah satu good initiative yang boleh difikirkan di bawah manpower planning dan implement council nanti ุฅู ุดุงุก ุงููู. Terima kasih.
Yang Berhormat Pengerusiโ
Yang Berhormat Pengiran Haji Ali bin Pengiran Maon.
Yang Berhormat Pengiran Haji Ali bin Pengiran Maonโ
Yang Berhormat Pengerusi. Kaola menarik diri daripada membawa perkara dalam Tajuk ini kerana perkara tersebut telah pun disuarakan oleh rakan sejawatan Yang Berhormat sebentar tadi, terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusiโ
Terima kasih. Yang Berhormat Pengiran Haji Mohamed bin Pengiran Haji Osman @ Othman. Ini kalau banyak bercakap susah sedikit ni. Jangan laju.
Yang Berhormat Pengiran Haji Mohamed bin Pengiran Haji Osman @ Othmanโ
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
ุจุณู ุงููู ุงูุฑุญู ู ุงูุฑุญูู ุงูุณูุงู ุนูููู ูุฑุญู ุฉ ุงููู ูุจุฑูุงุชูYang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. ุงูููุญูู ูุฏู ูููููฐูู lebih dahulu kaola merakamkan penghargaan dan terima kasih atas mukadimah yang disampaikan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Di Jabatan Perdana Menteri mengenai Anggaran Perbelanjaan 2021 bagi Jabatan Perdana Menteri dan jabatan-jabatan di bawahnya. Kaola ingin membahaskan soalan menyentuh Tajuk SA01A โ Jabatan Perdana Menteri, jumlah yang diperuntukkan sebanyak $33,554,260.00.
ุงูููุญูู ูุฏู ูููููฐูู kaola akan membahaskan dan membincangkan Jabatan Perdana Menteri ini mengenai merakyatkan Wawasan Brunei 2035. Seperti yang kita maklumi dan ketahui Wawasan Brunei 2035 mengandungi 3 matlamat utama yang membawa arah tujuan masa depan negara dan di setiap matlamat itu ada penerajunya yang memainkan peranan penting bagi menjayakan mencapai matlamat berkenaan.
Yang Berhormat Pengerusi. Matlamat-matlamat yang dimuatkan dalam wawasan berkenaan ialah:
- Rakyat yang berpendidikan, berkemahiran tinggi dan berjaya;
- Kehidupan rakyat yang berkualiti tinggi; dan
- Ekonomi yang dinamik dan berdaya tahan.
Soalan kaola, apakah pendekatan dan tindakan yang akan dibuat oleh pihak peneraju dan Urus Setia Wawasan Brunei 2035 bagi merakyatkan wawasan ini supaya semua lapisan masyarakat akan dapat mengetahui akan tujuan, matlamat serta komitmen semua pihak dalam Wawasan Brunei 2035 ini?
Di samping itu, kaola ingin juga mencadangkan kepada Jabatan Perdana Menteri untuk membolehkan Wawasan Brunei 2035 diketahui dan difahami oleh rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam. Kita mencadangkan supaya Urus Setia Wawasan dan kementerian-kementerian merancang dan membuat pendekatan bagi merakyatkan wawasan ini supaya semua lapisan masyarakat dapat mengetahui akan tujuan, matlamat serta komitmen semua pihak dalam Wawasan Brunei 2035 ini.
Sekian Yang Berhormat Pengerusi, terima kasih.
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteriโ
Terima kasih Yang Berhormat Pengiran Haji Mohamed bin Pengiran Haji Osman @ Othman. Tadi Yang Berhormat mahu โlakasโ, soalan Yang Berhormat panjang iatah โmembarinyaโ lambat ni. Mengenai bersangkut paut tentang matlamat-matlamat Wawasan Brunei 2035 yang ada 3 iaitu:
- Rakyat yang berpendidikan, berkemahiran tinggi dan berjaya;
- Kehidupan rakyat yang berkualiti tinggi; dan
- Ekonomi yang dinamik dan berdaya tahan.
Semua ini menghendaki satu penerangan ataupun satu kupasan yang begitu panjang lebar, Yang Berhormat. Walau bagaimanapun, peramba mengucapkan terima kasih atas keprihatinan Yang Berhormat dalam perkara Wawasan Brunei 2035 ini.
ุงูููุญูู ูุฏู ูููููฐูู, semua perkara yang bersangkut paut dengan matlamat-matlamat Yang Berhormat telah sebutkan dan tuju aras ataupun KPI yang bersangkut paut dengan matlamat tersebut telah pun diberikan ataupun disampaikan kepada peneraju-peneraju yang ada di seluruh negara.
Bila Yang Berhormat menyebut peneraju-peneraju maka peneraju-peneraju itu adalah terdiri daripada setiap individu di setiap kementerian, di setiap jabatan yang mempunyai dan memahami setiap hala tuju dan matlamat yang perlu mereka lakukan untuk mencapai KPI yang tertentu. Jadi untuk perkara ini, peneraju-peneraju akan memberikan maklumat-maklumat yang dikehendaki seperti mana Yang Berhormat yang telah disebutkan tadi.
Mengenai merakyatkan Wawasan Brunei 2035 supaya ia diketahui dan difahami oleh rakyat dan dicadangkan pada urusetia untuk menjalankan apa-apa jua langkah yang bersesuaian bagi Wawasan Brunei 2035 ini diketahui dan difahami oleh masyarakat umum.
Terima kasih sekali lagi Yang Berhormat Pengiran. Perkara ini memang sentiasa di dalam pemikiran dan memang jua diambil langkah-langkah yang tertentu bagi memberi ataupun mempromosikan apa dia Wawasan Brunei 2035 untuk kanak-kanak sekecil-kecilnya hinggalah kepada orang-orang dewasa yang sebesar-besarnya.
Maka merakyatkan Wawasan Brunei 2035 memang sentiasa dijalankan dan ุฅููู ุดูุงุกู ุงููู Yang Berhormat akan mendengar dan melihat beberapa promosi yang akan dikeluarkan melalui media massa kita tidak berapa lama lagi mengenai dengan apa dia Wawasan Brunei 2035, apa dia hala tuju-hala tuju atau pun matlamat-matlamat.
Sebenarnya perkara ini sudah pun dijalankan sebelum lagi kita bercakap ini, ada sudah aktiviti-aktiviti atau pun kerja-kerja atau pun usaha-usaha yang telah pun dijalankan oleh sekretariat dalam memberikan maklumat atau pun merakyatkan Wawasan Brunei 2035 ini. Terima kasih.
Yang Berhormat Pengerusiโ
saya mempersilakan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Putera Maharaja Dato Paduka Awang Haji Abdul Ghani bin Pehin Datu Pekerma Dewa Dato Paduka Awang Haji Abdul Rahim.
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Putera Maharaja Dato Paduka Awang Haji Abdul Ghani bin Pehin Datu Pekerma Dewa Dato Paduka Awang Haji Abdul Rahimโ
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Kaola ingin menyentuh mengenai Tajuk SA02A-Jabatan Adat Istiadat Negara. Kaola tertarik dengan bahasa ataupun kata-kata merakyatkan. Kaola juga ingin sama-sama menyarankan supaya perkara ini dapat kitani fikirkan.
Sesungguhnya Negara Brunei Darussalam adalah negara berdaulat, negara yang beradat-istiadat. Di sana sini kita melihat melalui media massa raja โkitaniโ, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berangkat ke daerah-daerah, ke tempat-tempat sama ada yang berjadual ataupun lawatan tidak berjadual. Di sana nampak melalui siaran televisyen atau akhbar sebagainya rakyat berduyun-duyun menyambut keberangkatan baginda.
Yang ingin kaola timbulkan di sini ialah terdapat di antara orang-orang kita ni yang menjunjung ziarah Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang kadang-kadang berasak-asak, berebut-rebut dan dalam keadaan-keadaan tertentu orang ramai lupa menggunakan terasul-terasul yang betul dan tepat Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan juga pembesar-pembesar negara yang lain.
Aspek terasul ini, kaola ingin mencadangkan supaya benar-benar dirakyatkan. Media massa seperti akhbar-akhbar dan juga Radio Televisyen Brunei harus berperanan memberitahu perkara ini. Kaola sendiri sering dibahasakan, diperambakan dan terdapat juga orang-orang kita ni yang belum faham penggunaan bahasa-bahasa dalam, bahasa-bahasa adat istiadat dan sebagainya. Isu terasul ini patut diterapkan seawal mungkin, janganlah diterapkan dalam kalangan kanak-kanak yang masih โdamitโ tapi sepatutnya pada peringkat menengah telah kita terapkan bagaimana berbicara dengan pengiran-pengiran, pehin-pehin dan sebagainya.
Nilai-nilai adat istiadat ini haruslah kita terapkan seawal mungkin kerana Negara Brunei Darussalam merupakan satu-satunya negara Melayu yang masih kukuh dan dianggap unik di kawasan sebelah sini dan kita harus mempertahankan adat-istiadat kita itu. Itulah satu aspek yang memertabatkan adat-istiadat negara kitani.
Diharap semua pihak akan mengambil perhatian akan perkara ini jangan โdisembaranakanโ khazanah negara kitani dengan mengajar terutamanya golongan muda, golongan belia. Kaola sendiri mendapati banyak jua kalangan orang tua-tua yang silap jua menggunakan perkataan-perkataan itu.
Itu sahaja pandangan kaola, mudah-mudahan negara kitani akan sentiasa menghargai adat kitani yang turun-temurun ini menjadi asas teras kekuatan bangsa Brunei yang berdaulat. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteriโ
Terima kasih Yang Berhormat. Mengenai adat-istiadat dan disentuh juga keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam lawatan-lawatan yang tidak berjadual dan sebagainya, bahawa kedapatan beberapa perkara yang kurang manis dan kurang โbisaiโ dilihat.
Walau bagaimanapun, perkara tersebut kitani anggap perkara itu adalah semata-mata hasrat rakyat terhadap raja yang mereka kasihi sehingga kadang-kadang perkara tersebut tidak disedari ุงูุญู ุฏ ููู.
Terima kasih Yang Berhormat mengenai terasul ini. Kaola memang menganggap perkara-perkara yang bersangkut paut dengan bahasa-bahasa ataupun terasul-terasul kepada seorang itu suatu perkara yang perlu diambil berat dan bagi kita di Brunei ini. Ia adalah suatu perkara yang paling unik kerana di Brunei ini adat-istiadat dalam memberikan terasul kepada seseorang itu adalah penting. Kaola Yang Berhormat Pengerusi bukan sahaja yang digelar diperambakan, kaola sendiri pun dikaolakan juga banyak kali tetapi kalau sudah terlampau kaola itu Pehin kaola sambut sahaja ุฃู ูู.
Penyebarluasan pengetahuan adat-istiadat merupakan peranan utama Jabatan Adat Istiadat Negara bagi mendukung visinya iaitu untuk memberikan masyarakat Brunei pengetahuan dan pemahaman tentang adat-istiadat, maksudnya merakyatkan pemahaman terhadap adat-istiadat. Usaha-usaha dan tindakan-tindakan yang dijalankan oleh Jabatan Adat Istiadat Negara terlalu banyak sekali dan seperti Yang Berhormat katakan hendaklah dimulai daripada anak-anak muda atau anak sekolah lagi; sebenarnya perkara ini telah pun dijalankan dan menjadi projek daripada Jabatan Adat Istiadat Negara.
Antara usaha tindakan bagi memperkasakan lagi penyebarluasan pengetahuan adat-istiadat ialah menyampaikan taklimat, ceramah mengenai adat-istiadat kepada pelajar-pelajar dari prasekolah, maktab-maktab, sekolah-sekolah menengah, sekolah-sekolah rendah di negara ini mengikut perancangan jadual dan permintaan.
Dengan usaha itu juga ialah melaksanakan projek tahunan Jabatan Adat Istiadat Negara iaitu perkampungan adat istiadat belia diadakan dengan kerjasama Majlis Melayu Islam Beraja Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan serta Majlis-Majlis Belia Brunei.
Menyusun program yang dinamakan Menyusur Daerah Mukim dan Kampung bagi menyampaikan pemahaman adat-istiadat juga telah dibuat oleh Jabatan Adat Istiadat Negara demi untuk memperkasakan lagi pemahaman orang ramai dan masyarakat terhadap adat istiadat yang kita ini sanjung di Negara Brunei Darussalam ini.
Banyak lagi langkah usaha inisiatif memastikan supaya amalan-amalan kita ini di Negara Brunei Darussalam ini dalam hal ehwal istiadat akan sentiasa dipelihara dan disanjung tinggi.
Sekian terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusiโ
Saya persilakan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pendikar Alam Dato Paduka Seri Awang Haji Hasrin bin Dato Paduka Haji Sabtu.
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pendikar Alam Dato Paduka Seri Awang Haji Hasrin bin Dato Paduka Haji Sabtuโ
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
ุจุณู ุงููู ุงูุฑุญู ู ุงูุฑุญูู ุงูุณูุงู ุนูููู ูุฑุญู ุฉ ุงููู ูุจุฑูุงุชูKaola lebih dahulu ingin menyatakan 2 soalan iaitu satu soalan pendek dan satu soalan panjang sedikit.
Saya ingin menyentuh mengenai konsep Tekad Pemedulian Orang Ramai (TPOR) khususnya di kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan. Seperti yang sudah kita maklum TPOR adalah satu kenyataan atau komitmen atau janji bertulis tentang piawai atau standard perkhidmatan sesebuah jabatan kepada orang ramai. Ia merupakan salah satu strategi dalam memeduli dan menangani keperluan orang ramai yang menghendaki perkhidmatan awam yang cekap dan efisien.
Adalah diambil maklum juga melalui Jabatan Perkhidmatan Pengurusan pelaksanaan TPOR di kementerian-kementerian dan jabatan kerajaan dipantau dan dikemas kini dari semasa ke semasa.
Soalan kaola:
-
Apakah hasil pemantauan pihak Jabatan Perkhidmatan Pengurusan mengenai pelaksanaan TPOR ini? Apakah status pengemaskinian TPOR di kementerian-kementerian dan jabatan kerajaan, kerana masih sahaja boleh dilihat sebilangan kementerian dan jabatan menggunakan dan mempamerkan TPOR yang lama dan tidak lagi relevan dengan keadaan semasa?; dan;
-
Saya ingin menyentuh mengenai program pembelajaran dan perkembangan kapasiti warga Perkhidmatan Awam. ุงููุญูู ูุฏู ูููู pihak kerajaan khususnya melalui Institut Perkhidmatan Awam sebagai pusat pembelajaran dan tulang belakang pembinaan kapasiti warga Perkhidmatan Awam ada mengadakan pelbagai jenis kursus dan latihan yang sememangnya dilihat penting dalam memastikan setiap pegawai dan kakitangan Perkhidmatan Awam dilengkapkan dengan ilmu pengetahuan, pendidikan serta kemahiran yang bersesuaian dan relevan.
Yang Berhormat Pengerusiโ
Yang Berhormat saya kira soalan Yang Berhormat itu ada baiknya kita tunggu dahulu apabila kita membincangkan Tajuk SA11A - Jabatan Perkhidmatan Pengurusan di sana boleh bertanya secara detail, boleh bertanya mengenai soalan TPOR dan seumpamanya.
Masa ini kitani membincangkan Tajuk SA01A hingga Tajuk SA07A. Jadinya, ada baiknya kita tumpukan. Masa pun berlalu waktu ini dan barangkali kitani pun โngalihโ sudah, kitani tumpukan bagi perkara yang kita bincangkan.
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pendikar Alam Dato Paduka Seri Awang Haji Hasrin bin Dato Paduka Haji Sabtuโ
Kaola ambil maklum. Terima kasih.
Yang Berhormat Pengerusiโ
Dipersilakan Yang Berhormat Awang Haji Abdul Hamid @ Sabli bin Haji Arshad.
Yang Berhormat Awang Haji Abdul Hamid @ Sabli bin Haji Arshadโ
ุจุณู ุงููู ุงูุฑุญู ู ุงูุฑุญูู ุงูุณูุงู ุนูููู ูุฑุญู ุฉ ุงููู ูุจุฑูุงุชู dan salam sejahtera, terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Kaola ada juga menyentuh dengan TPOR tapi ia berkenaan dengan satu tajuk pada sebuah jabatan iaitu Jabatan Audit. Pada masa kini semua kementerian mempunyai misi dan visi masing-masing dan juga TPOR dan KPI mereka tertentu.
Apa yang masih terjadi pada masa ini masih banyak keluhan orang ramai yang berurusan dengan jabatan-jabatan yang di bawah kementerian masing-masing yang berhubung rapat dengan keperluan orang ramai yang belum dapat dilaksanakan dalam masa yang diharapkan, kadang-kadang terpaksa balik-balik dan macam-macam lagi tambahan lagi melibatkan beberapa kementerian yang lain.
Soalan dan cadangan. Adakah ada bidang kuasa Jabatan Audit untuk melihat dan menegur memberikan laporan jika TPOR atau KPI itu tidak selaras dan mengikut apa yang dipamerkan dimaklumkan untuk orang ramai. Pastikan TPOR benar-benar mencapai sasaran keperluan orang ramai ataupun adakah perlu dicadangkan untuk dikaji semula untuk tidak mengelirukan orang ramai.
Sekian terima kasih.
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteriโ
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Kaola belum menangkap apa yang disampaikan, โpasal apaโ Audit dan TPOR. Jadi kalau dapat Yang Berhormat mengulang sekali lagi.
Yang Berhormat Awang Haji Abdul Hamid @ Sabli bin Haji Arshadโ
Terima kasih. Apa yang dimaksudkan itu kaola sendiri pernah bekerja di Jabatan Audit juga Yang Berhormat Pengerusi. Apa yang dimaksudkan itu adakah Jabatan Audit ada kuasa untuk menegur atau memberikan, mengecek balik apakah TPOR itu berjalan dengan baik selaras apa yang dipamerkan di papan-papan tanda yang orang ramai melihatnya.
Yang Berhormat Pengerusiโ
Jabatan Audit.
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteriโ
Terima kasih Yang Berhormat Awang Haji Abdul Hamid @ Sabli bin Haji Arshad. Mengenai kuasa Jabatan Audit. Untuk makluman Yang Berhormat, dari nature jabatan tersebut memang sudah kita ketahui kerja mereka ialah mengaudit, mengira, meneliti, menyelidik bahkan nya orang Brunei 'mengurik-mengurik' rahsia.
Jadi, nature tersebut akan terbawa-bawa kepada tindakan-tindakan tersebut dalam perkhidmatan pada orang ramai dan Jabatan Audit memang sentiasa memberikan teguran-teguran kepada siapa sahaja yang di bawah pengauditan, apatah lagi mengaudit jabatan-jabatan tertentu dan biasanya selepas audit itu dijalankan Kementerian Jabatan Audit akan memberikan laporan-laporan audit itu kepada jabatan-jabatan tersebut yang merupakan sama ada cadangan yang kedua, dapatan-dapatan dan ketiga ialah tindakan-tindakan yang perlu dijalankan. Jadi, dalam perkara ini memang dalam kuasa audit untuk memberikan teguran-teguran kepada siapa saja. Terima kasih.
Yang Berhormat Pengerusiโ
Saya persilakan Yang Berhormat Awang Haji Ramli bin Haji Lahit.
Yang Berhormat Awang Haji Ramli bin Haji Lahitโ
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
ุจุณู ุงููู ุงูุฑุญู ู ุงูุฑุญูู ุงูุณูุงู ุนูููู ูุฑุญู ุฉ ุงููู ูุจุฑูุงุชู dan salam sejahtera. Ahli-Ahli Yang Berhormat.
Dalam kementerian ini kaola ingin bercakap mengenai Tajuk SA03A โ Jabatan Audit yang diperuntukkan berjumlah $5,820,960.00. Dalam Jabatan Audit ada wujud lagi satu iaitu Audit Alam Sekitar. Oleh itu, apakah sebenarnya peranan Audit Alam Sekitar ini diwujudkan dalam Jabatan Audit? Apa yang kita ketahui dalam Kementerian Pembangunan ada wujud Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi yang mempunyai dasar dan peraturan tersendiri untuk memantau segala kegiatan yang berkaitan dengannya.
Jika berbeza peranannya maka kaola turut mencadangkan supaya jika belum ada, perlu diwujudkan beberapa Pegawai Perunding Alam Sekitar yang memastikan bahawa klien mematuhi segala peraturan alam sekitar dan peraturan industri.
Dengan adanya Perunding Alam Sekitar ini ia bertanggungjawab dalam berbagai-bagai bidang aktiviti alam sekitar termasuk menyediakan perkhidmatan pembinaan seperti Asbestos Hazard Assessment atau Lead Hazard Assessment atau melakukan laporan due diligence untuk membersihkan pelanggan daripada kemungkinan hukuman. Bidang lain seperti pemantauan pengurusan sisa pepejal dan toksik dalam kata lain untuk memastikan semua aktiviti yang mesra alam.
Sekian terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteriโ
Terima kasih Yang Berhormat Awang Haji Ramli bin Haji Lahit mengenai Audit Alam Sekitar. Mula-mula kaola kira alam sekitar, ini adalah bersangkutpaut dengan Kementerian Pembangunan, tidak sangka ada juga termasuk dalam Jabatan Audit. Walau bagaimanapun, perkara ini kaola dengan secara rendah hati mengambil perhatian apa yang telah diperkatakan oleh Yang Berhormat itu. Sekian terima kasih.
Yang Berhormat Pengerusiโ
Ahli Yang Berhormat saya kira cukup sekian kita membincangkan mengenai Tajuk-Tajuk yang berkenaan ini dan sekarang Tajuk-Tajuk ini akan kita undi. Yang bersetuju dengan Tajuk SA01A hingga Tajuk SA07A sila angkat tangan.
(Semua Ahli mengangkat tangan tanda bersetuju)
Yang Berhormat Pengerusiโ
Nampaknya semua Ahli Yang Berhormat bersetuju.
Yang Mulia Timbalan Jurutulisโ
Tajuk SA01A hingga Tajuk SA07A dijadikan sebahagian daripada Jadual.
Yang Berhormat Pengerusiโ
Ahli-Ahli Yang Berhormat ada baiknya mesyuarat Jawatankuasa ini ditangguhkan dahulu dan kita bersidang semula di Persidangan Majlis Mesyuarat Negara.
(Mesyuarat Jawatankuasa ditangguhkan)
(Majlis Mesyuarat bersidang semula)
Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kita sekarang bersidang semula di Persidangan Majlis Mesyuarat Negara. Saya ingin mencadangkan supaya kita tangguhkan persidangan kita ini.
ุฅู ุดุงุก ุงููู kita akan bersidang semula pada esok hari, iaitu hari Khamis, 12 Mac 2020, pukul 9.15 pagi.
Sekian, ูุจุงููู ุงูุชูููู ูุงููุฏุงูุฉ ูุงูุณูุงู ุนูููู ูุฑุญู ุฉ ุงููู ูุจุฑูุงุชู
(Majlis Mesyuarat ditangguhkan)
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.