Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Source: https://www.majlis-mesyuarat.gov.bn/wp-content/uploads/2025/09/Penyata-Rasmi-MMN-Ke-16-Tahun-2020.pdf

HARI KE-4

Rumusan Bacaan

๐Ÿ“– Masa membaca: 115 minit
๐Ÿ“Š Bilangan kata: 23,080 kata

12HB MAC 2020โ€‹

Mesyuarat mula bersidang pada pukul 9.15 pagi

Yang Dimuliakan Jurutulisโ€‹

ุจุณู… ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูŽู†ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญููŠู’ู… Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Keenam Belas Majlis Mesyuarat Negara bersidang pada hari ini, iaitu hari yang keempat didahului dengan Doa Selamat.

DOA SELAMATโ€‹

Doa Selamat dibacakan oleh Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Awang Hamidon bin Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Seri Setia Haji Abdul Hamid.

Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ€‹

ุจุณู… ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูŽู†ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญููŠู’ู… ุงู„ุณูŽู‘ู„ุงูŽู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒูŽุงุชูู‡ู Kita bersyukur ke hadrat ุงู„ู„ู‡ ุณูุจู’ุญูŽุงู†ูŽู‡ู ูˆูŽุชูŽุนูŽุงู„ูŽู‰ kerana dengan limpah, rahmat dan izin-Nya jua, kita dapat meneruskan hadir dalam mesyuarat pada pagi ini. Kita telah bersidang bagi hari yang keempat dalam Majlis Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Keenam Belas Majlis Mesyuarat Negara. Selawat serta salam ke atas Junjungan Besar kita ู†ุจูŠ ู…ุญู…ุฏ ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… kaum kerabat, para sahabat serta pengikut-pengikut Baginda yang taat lagi setia hingga ke akhir zaman.

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Persidangan pada pagi ini akan kita mulakan untuk membahaskan Perkara VI - Soalan-Soalan Yang Diberi Notis. Saya mencadangkan supaya kita memberikan peluang kepada dua soalan untuk dijawab sebelum kita menyambung kepada perkara yang lain.

Yang Dimuliakan Jurutulisโ€‹

Perkara VI - Soalan-soalan Yang Diberi Notis. Soalan No.7 daripada Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pendikar Alam Dato Paduka Seri Awang Haji Hasrin bin Dato Paduka Haji Sabtu kepada Yang Berhormat Menteri Kesihatan.

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pendikar Alam Dato Paduka Seri Awang Haji Hasrin bin Dato Paduka Haji Sabtuโ€‹

Terima kasih.

ุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุงู„ุฑู‘ูŽุญู’ู…ูŽูฐู†ู ุงู„ุฑู‘ูŽุญููŠู…ู ุงู„ุณู‘ูŽู„ูŽุงู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒูŽุงุชูู‡ู

Penggunaan kaedah perubatan tradisional dan komplementari ataupun dikenali sebagai Traditional and Complementary Medicine (TCM) sememangnya mendapat tempat dalam kalangan rakyat dan penduduk di negara ini.

Kaedah perubatan ini juga mendapat perhatian dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia khususnya melalui Strategi Perubatan Tradisional 2014 hingga 2023. Antara lain menyentuh mengenai potensi dan sumbangan perubatan tradisional dan komplementari kepada kesihatan, di samping mempromosikan dan menggalakkan penggunaan kaedah perubatan tradisional dan komplementari ini secara selamat dan berkesan. Soalan kaola:

i. Apakah Kementerian Kesihatan mempunyai perancangan dalam mengintegrasikan perubatan tradisional dan komplementari secara optimum ke dalam sistem penjagaan kesihatan kebangsaan bagi mencapai pendekatan holistik dalam meningkatkan kesihatan serta kualiti kehidupan selaras dengan Strategi Perubatan Tradisional tahun 2014 hingga tahun 2023 Pertubuhan Kesihatan Sedunia?; dan

ii. Apakah pula pendekatan atau inisiatif yang telah, sedang dan akan diambil oleh pihak Kementerian Kesihatan dalam memastikan kualiti dan keselamatan perubatan tradisional dan komplementari ini?

Sekian, ูˆุจุงู„ู„ู‡ ุงู„ุชูˆููŠู‚ ูˆุงู„ู‡ุฏุงูŠุฉ ูˆุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒู… ูˆุฑุญู…ุฉ ุงู„ู„ู‡ ูˆุจุฑูƒุงุชู‡

Yang Berhormat Menteri Kesihatanโ€‹

ุจุณู… ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุฑุญู…ู† ุงู„ุฑุญูŠู… Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.

ุงู„ุณู‘ูŽู„ูŽุงู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒูŽุงุชูู‡ู dan Salam Sejahtera. Lebih dahulu kaola ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pendikar Alam Dato Paduka Seri Awang Haji Hasrin bin Dato Paduka Haji Sabtu atas soalan yang diutarakan.

Pada menjawabnya Kementerian Kesihatan mengambil maklum akan perkembangan dan permintaan yang meningkat terhadap perubatan tradisional dan komplementari di Negara Brunei Darussalam. Oleh itu, Kementerian Kesihatan telah pun menubuhkan Unit Perubatan Tradisional Komplementari dan Alternatif pada bulan Mei 2008. Pada tahun 2015, peranan dan objektif ini telah dikemas kini dan telah ditukar menjadi Unit Perubatan Tradisional dan Komplementari atau pun TCM.

Jenis-jenis amalan perubatan tradisional dan komplementari yang dikawal dan dipantau oleh Kementerian Kesihatan ialah seperti berikut:

i. Perubatan Tradisional Melayu; (Traditional Malay Medicine)
ii. Perubatan Tradisional China; (Traditional Chinese Medicine)
iii. Perubatan Tradisional India; (Traditional Indian Medicine)
iv. Akupunktur;
v. Osteopathy;
vi. Chiropractic;
vii. Homeopathy;
viii. Urut;
ix. Refleksologi;
x. Bekam; dan
xi. Ahli Herba atau pun Dispenser.

Peranan utama unit ini ialah untuk memperkukuhkan jaminan kualiti dan keselamatan Unit Perubatan Tradisional dan Komplementari Unit melalui pengawalan amalan dan pengamal T&CM dengan:

  1. Menyediakan garis panduan dan peraturan yang bersesuaian bagi tujuan memantau dan mengawal perkara-perkara yang berkaitan dengan amalan dan pengamal perubatan tradisional dan komplementari;

  2. Membuat penyemakan dan pengesahan kelulusan pengamal dari luar negeri yang diambil bekerja di negara ini dan seterusnya memberikan surat sokongan kepada pemohon ataupun pemilik syarikat bagi membolehkan mereka mendatangkan pekerja warga asing (pengamal T&CM tersebut);

  3. Merekodkan nama-nama pengamal T&CM warga asing dan tempatan (administrative registration);

  4. Merekodkan nama-nama premis ataupun syarikat yang memberikan perkhidmatan T&CM;

  5. Memberikan surat sokongan kepada pemohon yang memohon untuk mendaftarkan syarikat serta untuk mendapatkan lesen perniagaan seperti yang dipersyaratkan oleh ROCBN; dan

  1. Berkomitmen dengan ASEAN SOMHHD Health Cluster 3 yang terkandung dalam Strengthening Health Systems and Access To Care (Traditional Medicine).

Statistik premis/syarikat yang memberikan perkhidmatan perubatan tradisional dan komplementari di Negara Brunei Darussalam.

Brunei Muara Tutong Belait Temburong

Menurut rekod catatan Unit TCM sejauh ini, terdapat 146 buah syarikat yang berdaftar memberikan perkhidmatan perubatan tradisional dan komplementari di negara ini.

TCM registration from Year 2017-2019

(Statistik permohonan surat sokongan pengambilan pekerja warga asing (pengamal TCM) 2017 hingga 2019)

Jumlah permohonan bagi tahun 2017

Januari3
Februari4
Mac4
April1
Mei20
Jun3
Julai5
Ogos6
September8
Oktober9
November7
Disember8
Total:78

Jumlah permohonan bagi tahun 2018

Januari1
Februari5
Mac13
April13
Mei8
Jun5
Julai9
Ogos16
September11
Oktober11
November10
Disember11
Total113

Jumlah permohonan bagi tahun 2019

Sejak tahun 2017 hingga 2019 terdapat peningkatan permohonan pengambilan pekerja warga asing pengamal TCM yang mengandaikan bahawa wujudnya permintaan perkhidmatan perubatan tradisional dan komplementari terutama perkhidmatan urut refleksologi, bekam dan akupunktur.

Practitioner fieldMaleFemaleTotal
Reflexology325082
Acupuncture8513
Masseur83190273
Homeopathy-11
TCM Therapist112
Cupping325
Herbal dispenser1-1
128249377

Laporan WHO, Traditional Medicine Strategy 2014/2023 menggariskan 2 matlamat iaitu:

  1. Memanfaatkan potensi sumbangan perubatan tradisional kepada kesihatan, kesejahteraan dan pencegahan kesihatan untuk rakyat; dan

  2. Mempromosikan penggunaan perubatan tradisional yang selamat dan berkesan dengan mengawal selia, menyelidik dan mengintegrasikan produk-produk perubatan tradisional, pengamal dan amalan ke dalam sistem kesihatan yang bersesuaian.

Strategi ini juga menyenaraikan 4 objektif utama iaitu:

i. Dasar yang mengintegrasikan perubatan tradisional ke dalam sistem penjagaan kesihatan kebangsaan jika boleh dilaksanakan dengan mengadakan dan menerapkan dasar dan program kebangsaan mengenai perubatan tradisional;

ii. Keselamatan, keberkesanan dan kualiti - mempromosikan keselamatan dan keberkesanan serta kualiti perubatan tradisional dengan cara menyebarluaskan pengetahuan asas dan memberikan bimbingan mengenai pengawalan dan piawaian jaminan kualiti;

iii. Akses yang meningkatkan ketersediaan dan mampu membayar perkhidmatan perubatan tradisional dengan memberi penekanan kepada kemudahan mendapatkan perkhidmatan tersebut kepada penduduk yang kurang berkemampuan; dan

iv. Penggunaan rasional - menggalakkan terapi perubatan tradisional yang sesuai dan selamat oleh pegamal dan pengguna.

Sistem penjagaan kesihatan di Negara Brunei Darussalam masih lagi berasaskan perubatan barat ataupun moden. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui Kementerian Kesihatan menyediakan perkhidmatan kesihatan tersebut secara percuma dan boleh diakses dengan mudah oleh rakyat dan penduduk di negara ini.

Perkhidmatan perubatan tradisional dan komplementari disediakan oleh premis-premis kesihatan swasta yang boleh diperolehi dengan dikenakan bayaran. Perkhidmatan perubatan tradisional ini dianggap sebagai perkhidmatan kesihatan komplementari iaitu sebagai rawatan sokongan tambahan sahaja pada rawatan perubatan barat ataupun moden.

Buat masa ini belum ada keperluan untuk mengintegrasikan perkhidmatan perubatan tradisional dan komplementari dalam sistem penjagaan kesihatan kebangsaan kerana perlu mengambil kira beberapa faktor seperti tenaga kerja terlatih atau pun pakar, penyediaan akta dan peraturan serta penguatkuasaan dan yang sangat penting ialah mengenai keselamatan dan bukti kukuh akan keberkesanan rawatan tersebut secara evidence-based.

Bagi menjawab soalan kedua. Jabatan Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan bertanggungjawab untuk mengawal selia produk ubat-ubatan tradisional dan supplement kesihatan untuk memastikan produk-produk tersebut memenuhi keperluan kualiti, keselamatan dan keberkesanan dan faedah tuntutan.

Walaupun pada masa ini, ubat ataupun produk tradisional dan supplement kesihatan tidak memerlukan lesen dari Jabatan Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan untuk pengimportan dan penjualan produk tersebut, Jabatan Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan telah dan sentiasa terus mengambil inisiatif dari segi kawalan administrative dengan menerima permohonan bagi pengimportan dan penjualan produk tersebut yang dihadapkan secara sukarela oleh penjual, pembekal, pengimportan serta pengilang produk.

Demi memastikan produk ubatan-ubatan tersebut yang dipasarkan di Negara Brunei Darussalam memenuhi kriteria kualiti dan keselamatan produk. Bagi produk yang dipohonkan bahan kandungan produk akan disemak untuk memastikan ia tidak mengandungi bahan-bahan yang dilarang. Di samping membuat saringan bahan kandungan produk jabatan ini juga akan menilai dan memastikan label produk tersebut mematuhi garis panduan piawaian perlabelan.

Jabatan Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan melalui Program Pemantauan Semasa (Post-Marketing Surveillance (OPS)) juga menjalankan pemantauan dan pemeriksaan iaitu secara rutin berjadual dan mengejut ke atas premis-premis perniagaan seperti kedai runcit, kedai kiub, kiosk, kedai ubat cina, establishment kesihatan dan kecantikan, pasar raya dan gerai-gerai petak jualan, tempat penganjuran pameran perdagangan ekspo di keempat daerah di Negara Brunei Darussalam. Pemeriksaan ini dibuat bagi memastikan produk ubat-ubatan tradisional dan suplemen kesihatan yang dipasarkan mematuhi peraturan dan undang-undang di bawah Akta Racun 1956, Perintah Ubat 2007 dan Peraturan Ubat (Produk Kosmetik) 2007. Di bawah program pemantauan ini juga sampel produk ubat-ubat tradisional dan suplemen kesihatan diambil dari pelbagai premis di pasaran dan dihantar ke perkhidmatan makmal farmasi untuk dianalisis bagi mengesan pencemaran bahan-bahan yang terlarang yang dikawal di bawah Akta Racun.

Untuk melindungi kesihatan orang awam, siaran khabar juga akan dikeluarkan untuk memaklumkan orang ramai tentang apa-apa produk ubat-ubatan tradisional dan suplemen kesihatan yang didapati telah dicemari dengan bahan yang dilarang sama ada hasil dapatan keputusan ujian makmal ataupun maklumat dari perkongsian negara-negara anggota ASEAN yang lain melalui Post Marketing Alert System.

Dalam pada itu, bagi pelan jangka masa panjang pengawalan produk ubat-ubatan tradisional dan suplemen kesihatan ini, Jabatan Perkhidmatan Farmasi juga ikut serta secara aktif dalam perbincangan di rantau ASEAN di mana ketika ini deraf Perjanjian Rangka Kerja Pengawalseliaan ASEAN untuk produk ubat-ubatan tradisional dan suplemen kesihatan adalah masih lagi dibincangkan untuk dimuktamadkan. Setelah perjanjian tersebut dipersetujui dan ditandatangani oleh negara-negara anggota ASEAN serta undang-undang bagi produk ini dilaksanakan di Negara Brunei Darussalam maka peraturan dan pengawalseliaan produk ubat-ubat tradisional dan supplement kesihatan akan dikuatkuasakan sepenuhnya secara mandatori.

Sudah setentunya salah satu matlamat utama Kementerian Kesihatan ialah untuk memastikan kaedah rawatan dan perubatan yang diberikan sama ada oleh Kementerian Kesihatan mahupun yang diberikan oleh pihak swasta adalah yang terbaik, berkualiti, efektif dan selamat untuk orang ramai dan ini termasuklah perkhidmatan rawatan perubatan tradisional dan komplementari.

Pada dasarnya, Kementerian Kesihatan telah pun mengimplementasikan secara langsung ataupun tidak beberapa inisiatif saranan yang digariskan dalam Strategi Perubatan Tradisional Perubatan Kesihatan Sedunia 2014/2023. Antara inisiatif yang telah, sedang dan yang dalam perancangan oleh kementerian dalam usaha memastikan kualiti dan keselamatan perubatan tradisional dan komplementari di negara ini terjamin ialah:

  1. Menyediakan peraturan dan garis panduan bagi pengamal dan amalan perubatan tradisional dan komplementari seperti:
    โ€ข Traditional and Complementary Medicine Policy and Guidance on Practice;
    โ€ข Guidelines on registration of T&CM Practitioners; dan
    โ€ข Guidelines on Infection Control related to T&CM practices

  2. Akan terus dari semasa ke semasa menderaf dan menyediakan peraturan dan garis panduan yang kesesuaian dan mengikut keperluan semasa, di samping mereviu dan memperkukuhkan lagi peraturan dan garis panduan yang sedia ada.

  3. Membuat penyemakan ataupun verifikasi mengenai kesahihan pengamal, sijil dan kelulusannya, verifikasi ini sebahagian daripada proses pengesahan kesahihan pengamal perubatan tradisional warga asing yang berhasrat untuk bekerja di negara ini. Surat sokongan dari kementerian diperlukan bagi urusan mendapatkan kelulusan lesen pekerja asing dari pihak Jabatan Buruh.

  4. Pegawai dan kakitangan Unit Perubatan Tradisional dan Komplementari juga diberi peluang dari semasa ke semasa meningkatkan kefahaman dan pengetahuan mengenai perubatan tradisional dan komplementari sama ada melalui penglibatan dalam mesyuarat (di dalam dan luar negeri), Joint Working Group, menghadiri bengkel serta lawatan kerja ke luar negeri.

  5. Isu-isu perubatan tradisional dan komplementari memang dibincangkan di peringkat ASEAN, Unit TCM dilantik menjadi focal point bagi Kementerian Kesihatan. Dengan adanya platform ini Unit TCM dapat bekerjasama dengan lebih rapat dengan agensi-agensi perubatan tradisional dan komplementari dari negara-negara ASEAN yang lain terutama dalam urusan memverifikasi kesahihan pengamal, sijil kelulusan dan institusi-institusi latihan yang memberikan sijil kelayakan tersebut.

  6. Salah satu rancangan dan cadangan pada masa hadapan bagi pendekatan pengawalan pengamal dan amalan perubatan tradisional dan komplementari di negara ini ialah dengan mengujudkan akta atau peraturan negative licensing seperti yang diterapkan oleh negara Australia iaitu satu akta telah dikuatkuasakan iaitu Health Complaint Act 2016 yang memberi kuasa untuk menyiasat dan mendakwa pengamal-pengamal kesihatan atau pelaku amalan kesihatan yang didapati melanggar Kod Tingkah Laku ataupun Code of Conduct yang terkandung dalam akta tersebut. Akta ini berperanan sebagai pelengkap pada akta-akta profesional kesihatan yang sedia ada terutama jika pelaku yang diadukan bukannya pengamal yang berdaftar di lembaga atau majlis profesional kesihatan.

Sekian terima kasih.

Yang Berhormat Awang Haji Abdul Hamid bin Haji Muminโ€‹

Yang Berhormat Yang Di-Pertua, kaola mohon izin bagi membuat soalan tambahan.

Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ€‹

Yang Berhormat ada soalan tambahan mengenai ubat-ubatan tradisional? Adakah soalan Yang Berhormat sebagai soalan tambahan kepada perkara yang ditimbulkan Yang Berhormat terdahulu mengenai dengan ubat-ubatan tradisional?

Yang Berhormat Awang Haji Abdul Hamid bin Haji Muminโ€‹

Mengenai dengan perubatan-perubatan tradisional khususnya di Negara Brunei Darussalam iaitu para pakar perubatan yang berhubung kait dengan ubat-ubatan di Negara Brunei Darussalam, kita juga mengetahui bahawa banyak pakar-pakar yang boleh memberikan ubat-ubatan kepada masyarakat di negara ini khususnya pada zaman dahulu di kampung-kampung ada ubat-ubatan di hospital dapat dikenali seperti sekarang, maka pengamal-pengamal ubat-ubat tradisional yang telah berjasa atau memberikan bakti memberikan ubat-ubatan. Dalam perkara ini dihubungkaitkan bahawa pihak Kementerian Kesihatan telah pun juga memberi kerjasama yang baik seperti memberikan pengesahan-pengesahan dan sijil-sijil bagi mereka yang dikenal pasti.

Walau bagaimanapun, dalam perkara ini, untuk memastikan lagi kaola ingin menambah soalan supaya pakar-pakar ubat tradisional yang akan di negara ini akan dapat mengadakan perjumpaan bersama untuk memastikan dan merumuskan secara lebih dekat daripada hanya melalui permohonan sahaja, ertinya sama-sama duduk membincangkan apakah jenis perubatan yang boleh membantu pada masa sekarang.

Kita merasakan bahawa perubatan tradisional yang terdapat di negara kita ini kemungkinan saja memberi kesan yang membantu dalam perubatan secara moden. Bolehkah supaya diadakan perjumpaan bersama perawat-perawat atau pengamal-pengamal tradisional yang memberikan jasa bakti kepada masyarakat.

Sekian terima kasih.

Yang Berhormat Menteri Kesihatanโ€‹

Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Pada menjawab soalan Yang Berhormat tadi, untuk mengumpulkan orang-orang yang tradisional practice tidak ada masalah dari Kementerian Kesihatan.

Apa yang saya terangkan tadi dengan panjang lebar pengamal-pengamal ini kalau diiktiraf mestilah beregister. Because we need some sort of qualification untuk diiktiraf there are certain procedures that needs to be followed and certain qualification that need to be assess. Memang difahamkan orang tua-tua kita ni ada petua, ada mengamalkan petua atau ubat-ubatan tradisional, itu kita ni mesti separate it from what we are going to use for actual penyakit di hospital. Seperti yang saya terangkan tadi, Kalau ada keperluan memang we are open to it but there must be some sort of evidence based kerana at the end of the day keselamatan pesakit adalah diutamakan.

Sekian terima kasih.

Yang Berhormat Dayang Khairunnisa binti Awang Haji Ash'ariโ€‹

Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Izin kan saya mengutarakan soalan tambahan. Kementerian Kesihatan biasanya memberikan kenyataan ataupun amaran bagi ubat-ubatan tradisional dan produk-produk kecantikan yang mempunyai kesan sampingan dari segi kesihatan. Apakah ianya akan dilaratkan bagi miracle products iaitu produk-produk yang membuat miracle health claims. Sebagai contoh ada produk air yang mendakwa mampu mengurangkan kesakitan, minyak untuk mengubati kanser, stokin untuk mengubati gout, diabetes dan strok.

Menurut U.S Food and Drugs Administration, mana-mana produk yang mendakwa dapat bagi mengubati kanser adalah berunsur penipuan. Adakah penguatkuasaan Kementerian Kesihatan juga mengambil kira hal ini walaupun produk-produk tersebut tidak semestinya mempunyai kesan sampingan yang membahayakan? Kerana biasanya produk-produk tersebut dijual dengan harga yang tinggi sedangkan health claims tidak diauthorize oleh Kementerian Kesihatan. Terima kasih.

Yang Berhormat Menteri Kesihatanโ€‹

Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Ahli-Ahli Yang Berhormat. Terutama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih pada Yang Berhormat mengenai soalan yang diajukan. I think that question is very relevant to our daily life. Seperti orang semua maklum masa ini banyak produk ataupun seperti yang diterangkan tadi ada air, claiming to be curing a few things. Di sinilah pentingnya we improve our public health literacy. Kefahaman orang awam mengenai penyakit and how medicines are done is very important, ini memang 'ditunduki' to ensure that our public health literacy will be improving as the years goes by.

Untuk menjawab specifically for that question, we are actually looking into it and we are trying to improve our law, there few laws to it. Baru-baru ini ada mungkin soalan kemudian dijawab, mengenai advertisement. That's where we want to improve the law there, so in future anybody who wants to claim that they are beneficial, they must give evidence based, otherwise they'll be prosecuted. Ini dikira boleh menipu orang ramai and our job is to ensure that orang ramai tidak tertipu dengan this kind of recommendation. But, like I said we are looking into it in a different aspect and we are trying to improve the laws that can handle that as well.

Mengambil kesempatan ini, saya berseru kepada orang ramai it is quite common sense, if it works 'inda kan' the modern medicine don't take it, even one cent profit they will go for it. Ini kononnya untuk membaiki or merawat kanser dengan elektrikkah, apakah, if it's really true the company will be billionaire by now. In medicine there are chances what we call is by chance that we call, forgot the word. Anyway, when we do study, 100 orang we want to make sure the result is statistically significant.

Memang dalam 100 orang itu bagi ubat 'A', 50 orang air diberi ubat 'A', 50 diberi air. Some yang air itu memang akan sembuh because the mind is very strong. This is by chance, yang 2, 3 orang itu memang sembuh dengan air, dengan kehendak ุงู„ู„ู‡, dan he's positive and then he might be cured. But, if you take 'A', 40 will survive, that's more significant. Of course we will take 'A' not 'B', air yang 2 orang sahaja yang sembuh which consider it by chance. The word is placebo. Placebo ini it works in a various way. Even in modern medicine will take ubat hypertension. 100 people tidak semestinya 100 will improve in the same manner. Ada orang yang mengambil buah ini baik, but it's for him. Each individual is different, each individual on his own eco-system. In medicine we only learn from what has happen and we learned from that so we take conclusion from it. That's how modern medicine works. It's not by just because orang itu baik, semua baik.

Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.

Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ€‹

Yang Berhormat Awang Haji Mohimin bin Haji Johari @ Jahari.

Yang Berhormat Awang Haji Mohimin bin Haji Johari @ Jahariโ€‹

Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Pertanyaan kaola sedikit sahaja. Masih terdapat requirement yang sukar memasukkan perubatan tradisional seperti mana yang pernah diadukan oleh sensei Cina yang mempunyai kedai menjual ubat tradisional.

Sekian terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.

Yang Berhormat Menteri Kesihatanโ€‹

Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua. In traditional medicine ini tidak ada halangan, they just need to declare what it is, the ingredients and other persyaratannya. Kementerian Kesihatan actually prepare a few guidelines for importation. Jika ia mematuhi it shouldn't be any problem.

Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.

Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ€‹

Kita dapat memerhatikan bahawa beberapa tahun ini ada banyak ubat-ubatan yang telah pun diharamkan oleh Kementerian Kesihatan. Kita ikutlah nasihat dari Kementerian Kesihatan. Tidaklah seorang itu hitam mukanya boleh menjadi putih, tidakkan air itu tadi boleh jadi baik dengan penyakit yang sudah tenat. Kita harus bagaimana yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Menteri Kesihatan 'common sense' must prevail. Terima kasih.

Yang Dimuliakan Jurutulisโ€‹

Soalan No.8 daripada Yang Berhormat Awang Iswandy bin Ahmad kepada Yang Berhormat Menteri Kesihatan.

Yang Berhormat Awang Iswandy bin Ahmadโ€‹

ุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ู‡ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูฐู†ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญููŠู’ู…ู.

ุงู„ุณูŽู‘ู„ูŽุงู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒูŽุงุชูู‡ู, terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Soalan saya mengenai pemasaran dan pengiklanan makanan tidak sihat serta strategi menggalakkan makanan sihat. Pada tahun 2017, menurut maklumat dari Kementerian Kesihatan di Negara Brunei Darussalam kira-kira 47% daripada jumlah kematian dalam usia 30 hingga 69 tahun dan 5 penyebab utama kematian adalah terdiri daripada penyakit tidak berjangkit seperti kanser, penyakit jantung, diabetes mellitus, cardiovascular disease dan hypertensive disease.

Manakala menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia pada tahun 2010 juga menyatakan pengiklanan dan lain-lain bentuk pemasaran makanan dan minuman kepada kanak-kanak adalah sangat berleluasa dan produk utama yang dikhuatiri mengandungi kandungan lemak, gula atau garam yang tinggi.

Terdapat juga bukti menunjukkan bahawa pengiklanan televisyen telah mempengaruhi pilihan makanan kanak-kanak, permintaan pembelian dan corak penggunaan. Berbagai-bagai teknik telah digunakan untuk memasarkan produk ini bagi mengambil perhatian kanak-kanak di sekolah, prasekolah iaitu nursery dan pasar raya sama ada melalui televisyen, internet dan juga daripada sumber-sumber lain seperti kain rentang ataupun billboard, di tepi-tepi jalan ataupun pasar-pasar raya, iklan-iklan digital fast food.

Soalan saya:

  1. Apakah usaha pihak kerajaan dalam memastikan pemasaran dan pengiklanan makanan yang tidak sihat oleh franchises atau syarikat yang mampu melaksanakan pemasaran secara ini dapat dikawal?; dan
  1. Adakah perlu diberi inisiatif kepada pengusaha-pengusaha makanan seperti memperkenalkan strategi seperti fast food tags sebagaimana juga dikenakan cukai bagi minuman manis yang bergula di samping dapat juga meningkatkan kutipan cukai negara?

Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.

Yang Berhormat Menteri Kesihatanโ€‹

Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Ahli-Ahli Yang Berhormat. Pada menjawab soalan dari Ahli Yang Berhormat tadi itu, salah satu tindakan di bawah Multisectoral Task Force for Health 'Cross Functional Team (CFT)' ialah Giving Every Child The Best Start In Life ialah untuk menghasilkan dan melaksanakan dasar pengiklanan makanan dan minuman kepada kanak-kanak. Tindakan ini juga telah dimasukkan sebagai salah satu inisiatif di bawah Pelan Strategik Kementerian Kesihatan 2019-2023, SG2: Pencegahan dan Pengawalan Penyakit-Penyakit Tidak Berjangkit.

Tindakan ini selaras dengan resolusi yang diluluskan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semasa Perhimpunan Kesihatan Sedunia Ke-63 pada Mei 2010. Satu set cadangan mengenai pemasaran makanan dan minuman tanpa alkohol kepada kanak-kanak telah disahkan dan disarankan untuk menegakkan tanggungjawab negara-negara ahli terhadap pemasaran makanan yang mengandungi lemak, gula atau garam yang tinggi dan juga minuman tanpa alkohol. Kajian-kajian di luar negara telah menunjukkan bahawa pengawalan pemasaran makanan dan minuman adalah tindakan yang kos efektif dalam mengurangkan kadar NCD (Noncommunicable diseases) terutama sekali dalam kalangan kanak-kanak.

Dalam merangka dasar tersebut beberapa sesi dialog bersama agensi-agensi kerajaan dan swasta yang berkepentingan dalam mengawal pengiklanan makanan dan minuman di negara ini telah pun diadakan sejak tahun 2018. Pihak Kementerian Kesihatan juga telah berkesempatan untuk menghadiri mesyuarat khusus mengenai perkara ini yang telah dianjurkan oleh pihak WHO pada tahun lepas dengan mengambil kira panduan serta saranan yang telah diberikan di samping itu juga mengambil iktibar dari pengalaman negara-negara ahli yang lain. ูฑู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏู ู„ูู„ูŽู‘ูฐู‡ู, hasil dari segala perbincangan tersebut. Sebuah deraf 'Code of Responsible Advertisement of Food And Beverages to Children' telah dihasilkan bagi kawalan pengiklanan makanan dan minuman tidak sihat kepada kanak-kanak di negara ini. Pada masa ini, deraf dokumen tersebut sedang diteliti dan dikemas kini melalui beberapa perbincangan bersama agensi-agensi yang relevan termasuk industri makanan dan pengiklanan sebelum ia disosialisasi dan dilaksanakan secara berfasa seperti mana yang disarankan oleh pihak WHO.

Deraf dokumen yang telah dikemas kini telah pun diteliti lagi dan diendos oleh pihak Kementerian Kesihatan. ุฅู† ุดุงุก ุงู„ู„ู‡ ia akan dikongsikan dengan agensi-agensi kerajaan yang relevan dan akan diberigakan kepada pihak-pihak yang berkepentingan dan orang awam secara berfasa pada tahun ini.

Pada menjawab soalan kedua, setakat ini kajian mengenai pencukaian terhadap makanan secara amnya adalah terhad dan buktinya tidak diketahui disebabkan beberapa faktor yang kompleks termasuk definisi makanan segera.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kaedah pencukaian bagi makanan dan minuman tidak sihat yang telah disyorkan berdasarkan saranan pihak WHO dan juga pengalaman dari negara-negara lain seperti mana yang dihuraikan di bawah nanti.

Salah satu daripada kaedah pencukaian yang telah disyorkan ialah pencukaian minuman tinggi gula (sugar sweetend beverages).

Di Negara Brunei Darussalam cukai eksais terhadap minuman yang tinggi gula telah diperkenalkan di negara ini pada 1 April 2017 oleh Jabatan Kastam dan Eksais Diraja iaitu sebanyak $4.00 bagi setiap 100 liter minuman yang mengandungi 6 gram gula atau lebih bagi setiap 100ml. Kesan daripada dasar tersebut yang telah dikongsikan oleh pihak Jabatan Kastam dan Eksais Diraja telah menunjukkan dari Tahun 2017/2018 ke Tahun Kewangan 2018/2019 bahawa jumlah pengimportan minuman tinggi gula menurun sebanyak 7.8%. Manakala pengimportan air botol meningkat 40% dan susu segar meningkat 11%. Data juga menunjukkan bahawa pengimportan minuman kurang gula iaitu minuman yang mengandungi kurang daripada 6 gram pula meningkat 41%.

Respons daripada pengusaha-pengusaha minuman bergula juga pada amnya menunjukkan tren yang menggalakkan dengan mendapati bahawa para pengusaha minuman bergula telah mengurangkan kandungan gula dalam produk minuman mereka.

Menurut satu kaji selidik yang dijalankan di pasar-pasar raya penjualan yang tidak mengandungi gula ataupun kurang gula meningkat 50% daripada tahun 2015 ke tahun 2019. Perubahan sedemikian sangat-sangat menggalakkan kerana ia menyumbang kepada persekitaran yang lebih kondusif bagi membuat pilihan minuman yang lebih sihat di Negara Brunei Darussalam.

Sebagai langkah seterusnya Kementerian Kesihatan dengan kerjasama Kementerian Kewangan dan Ekonomi II sedang membuat penelitian terhadap kategori-kategori makanan dan minuman bukan asasi yang tidak ataupun kurang mengandungi zat makanan bagi cadangan pencukaian. Perbincangan dan bengkel bersama pihak-pihak yang berkepentingan (Stakeholder Engagement) telah dijalankan bagi tujuan penelitian kategori-kategori makanan dan minuman tersebut dengan menekankan dan mengambil kira implikasi terhadap kos pentadbiran pencukaian, ekonomi, perdagangan perusahaan mikro kecil dan sederhana dan kesejahteraan penduduk. Hasil perbincangan dan bengkel tersebut beberapa cadangan telah diusulkan untuk dipertimbangkan termasuk:

  1. Mengenakan cukai eksais pada beberapa kategori makanan dan minuman bukan asasi yang mengandungi gula atau garam yang tinggi seperti sos, keropok, manisan (sirap) dan kordial seperti oren campur.

  2. Memperuntukkan tempoh penangguhan ataupun (grace period) bagi memberikan peluang ataupun kesempatan kepada pengilang produk makanan dan minuman untuk membuat tindakan yang berpatutan seperti mengurangkan kandungan gula atau garam dalam produk makanan dan minuman.

  3. Melaksanakan kempen media massa yang strategik bagi meningkatkan tahap kesedaran orang ramai mengenai makanan dan minuman tinggi gula dan garam.

Perbincangan dengan pihak-pihak yang berkepentingan akan diteruskan lagi bagi penelitian dan ketetapan kategori-kategori makanan dan minuman yang bukan asasi yang tidak ataupun kurang mengandungi zat makanan.

Sekian, terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.

Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ€‹

Terima kasih Ahli-Ahli Yang Berhormat. Saya kira cukup sekian kita membahaskan Soalan-Soalan Yang Diberi Notis dan soalan-soalan tersebut telah pun dijawab dengan panjang lebar secara lisan juga.

Pada ketika ini kita masih berhadapan dengan beberapa perkara yang penting yang perlu kita selesaikan. Ahli-Ahli Yang Berhormat. Majlis Mesyuarat Negara seterusnya akan meneliti Rang Undang-Undang (2020) perbekalan 2020/2021 satu per satu yang telah dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II.

Maka, bagi membolehkan perkara ini dibuat sedemikian, saya tangguhkan Persidangan Majlis Mesyuarat Negara ini dan kita akan bersidang semula di Peringkat Jawatankuasa sepenuhnya.

(Majlis Mesyuarat ditangguhkan)

(Mesyuarat Bersidang Sebagai Jawatankuasa)

Yang Berhormat Pengerusiโ€‹

ุจุณู… ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุฑุญู…ู† ุงู„ุฑุญูŠู… Ahli-Ahli Yang Berhormat. Sekarang Majlis ini bersidang di Peringkat Jawatankuasa sepenuhnya bagi menimbangkan Rang Undang-Undang (2020) Perbekalan, 2020/2021 satu persatu yang telah dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II.

Persidangan yang kita adakan pada sebelah petang semalam telah meluluskan beberapa buah Tajuk SA01A hingga Tajuk SA07A Jabatan-jabatan di bawah Jabatan Perdana Menteri. Kita masih ada beberapa buah jabatan di bawah Jabatan Perdana Menteri yang perlu diteliti dan diluluskan.

Walau bagaimanapun saya difahamkan bahawa Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri tidak dapat hadir atas urusan-urusan rasmi yang lain, maka saya ingin mencadangkan agar kita berubah, beralih Tajuk-Tajuk dari Jabatan Perdana Menteri kita tangguhkan dulu untuk kita berbincang dan berpindah ke Tajuk-Tajuk ke kementerian seterusnya.

Yang Dimuliakan Jurutulisโ€‹

Kementerian Pertahanan โ€“ Tajuk SB01A hingga Tajuk SB04A.

Yang Berhormat Pengerusiโ€‹

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Sekarang Mesyuarat Jawatankuasa beralih kepada Kementerian Pertahanan - Tajuk SB01A dan SB04A. Saya difahamkan bahawa Kementerian Pertahanan pada kebiasaannya jua adalah sebuah kementerian yang tertutup kerana ia berkaitan langsung dengan hal-ehwal strategik keselamatan negara dan sangat sensitif dan tidak bersesuaian untuk dibincangkan secara terbuka.

Walau bagaimanapun, Yang Berhormat Menteri Pertahanan II suka untuk membuat pendahuluannya atau mukadimahnya tentang penyediaan belanjawan bagi Kementerian Pertahanan. Saya sekarang mempersilakan Yang Berhormat Menteri Pertahanan II.

Yang Berhormat Menteri Pertahanan IIโ€‹

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

ุจุณู… ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุฑุญู…ู† ุงู„ุฑุญูŠู… ุงู„ุญู…ุฏ ู„ู„ู‡ ุฑุจ ุงู„ุนุงู„ู…ูŠู†ุŒ ูˆุงู„ุตู„ุงุฉ ูˆุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ู‰ ุฃุดุฑู ุงู„ู…ุฑุณู„ูŠู†ุŒ ูˆุนู„ู‰ ุขู„ู‡ ูˆุฃุตุญุงุจู‡ ุฃุฌู…ุนูŠู†.

ุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒู… ูˆุฑุญู…ุฉ ุงู„ู„ู‡ ูˆุจุฑูƒุงุชู‡ dan salam sejahtera. Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat yang dirahmati ุงู„ู„ู‡ dan yang peramba kaola saya hormati.

Lebih dahulu izinkan kaola merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Yang Berhormat Yang Di-Pertua untuk mengongsikan mukadimah kaola di bawah Kementerian Pertahanan bagi Tahun Kewangan 2020/2021 di Dewan yang mulia di pagi hari khamis pada bulan Rejab yang penuh keberkatan ini.

Dalam kesempatan ini, kaola bagi pihak Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dengan penuh hormat dan takzim bagi menyembahkan ucapan setinggi-tinggi menjunjung kasih Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atas kurnia penyediaan peruntukan sebanyak $606,270,220.00 untuk perbelanjaan tahun kewangan kali ini. Jumlah tersebut meningkat sebanyak $1,618,260.00 atau 0.27% daripada peruntukan yang telah diluluskan pada Tahun Kewangan 2019/2020 dan peningkatan sebanyak $28,860,971.85 atau 5% daripada jumlah pada Tahun Kewangan 2018/2019.

Dalam menyahut sama tema belanjawan Tahun Kewangan 2020/2021, "Pelaburan Untuk Masa Depan" (Investing In Our Future). Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei akan terus komited bersepadu dan bersemangat memainkan peranannya dalam memelihara kedaulatan dan keamanan negara tercinta. Amanah yang dipertanggungjawabkan dan dipikul akan digalas dengan pendekatan yang lebih holistik bahkan cermat dalam menjalankan strategi-strategi pertahanan dan sentiasa siap siaga dalam memainkan peranan sebagai supporting role mahupun leading role yang penting dalam pelbagai isu pertahanan dan keselamatan. Pertahanan merupakan public good yang memberikan manfaat di pelbagai peringkat dan dapat dirasakan oleh semua warganegara.

Bagi memenuhi peranan dan misi kementerian iaitu mempertahankan kedaulatan, keutuhan wilayah dan mendukung perlembagaan dan falsafah Melayu Islam Beraja, Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei sentiasa bersedia dan berkorban bagi memastikan sumbangan dalam aspek pertahanan dapat dibuat semaksimum mungkin. Dalam masa yang sama usaha-usaha untuk memperkasakan kapasiti negara dan rakyat dan terus diungkayahkan. Ini adalah penting bagi sama-sama menyumbang dan memastikan kestabilan dan kesejahteraan negara yang kita nikmati selama ini akan terus berkekalan. ุฅู† ุดุงุก ุงู„ู„ู‡ Wawasan Brunei 2035 negara juga akan dapat bersama kita jayakan.

Yang Berhormat Pengerusi, keadaan geopolitik di luar negara pada kebelakangan ini terus dilihat tidak menentu seperti persaingan di antara kuasa-kuasa besar yang akan jadi faktor dalam membentuk kestabilan rantau Asia-Pasifik khususnya negara-negara Asia Tenggara. Akhir-akhir ini jua, kita sering mendengar frasa rantau Indo-Pasifik sering digunakan oleh sesetengah kuasa dunia. Di samping itu, cabaran-cabaran keselamatan bukan tradisional termasuk jenayah rentas sempadan, keganasan, keselamatan siber dan penyakit menular juga perlu diberikan perhatian dan ditangani dengan sewajarnya.

Cabaran-cabaran ini menimbulkan kemungkinan berlaku ketidakstabilan dan menggugat keselamatan tidak terkecuali di rantau ini dan justeru perlu difahami oleh semua pihak kerana ia banyak dan mudah berlaku tanpa disedari atau tanpa amaran.

Misalnya, isu perairan Laut China Selatan yang terlalu dekat dengan kita semakin kompleks, memerlukan kerjasama yang bersepadu dari negara-negara ASEAN dan antarabangsa untuk mencari jalan bagi mempertahankan kestabilan dan keamanan di rantau ini dan memastikan laluan utama perekonomian ini tidak akan terjejas.

Dalam masa yang sama, penyebaran wabak Novel Coronovirus 2019 (COVID-19) yang hangat kita bicarakan dan sedang ditangani telah meragut jiwa dalam bilangan yang besar di China, kini merebak keluar termasuk di negara kita, menyebabkan ketidakpastian kepada ekonomi antarabangsa. Gangguan kepada rangkaian bekalan serantau dan telah menjejaskan antaranya sektor pengangkutan udara dan pelancongan. Oleh kerana situasi geopolitik pada masa ini bersifat saling berkait iaitu interconnected, ternyata tidak ada negara yang dapat berfungsi secara berkesan tanpa menangani isu-isu yang kompleks secara kolektif.

Dalam mukadimah kaola kali ini, kaola tidak akan banyak mengulangi ucapan kaola pada musim permesyuaratan yang lalu kecuali yang masih relevan. Ahli-Ahli Yang Berhormat juga atas beberapa sebab tertentu, tidak berkesempatan memenuhi undangan Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei bagi Sesi Muzakarah sebelum Musim Pemesyuarat Keenam Belas ini.

Dalam menangani cabaran-cabaran keselamatan yang sedang berlaku, Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei akan sentiasa terus memberikan tumpuan kepada 3 tonggak utama iaitu:

  1. Keupayaan Cegah Rintang dan Respons (deterrence);
  2. Diplomasi Pertahanan; dan
  3. Pertahanan Holistik.

Yang Berhormat Pengerusi. Bagi memastikan tonggak utama Keupayaan Mencegah Rintang dan Respons berfungsi dengan baik dari segi kapasiti dan kemampuan, Kementerian Pertahanan sentiasa memberikan perhatian khusus kepada keupayaan pertahanan dan persenjata serta latihan-latihan yang diperlukan. Keupayaan dan persenjataan untuk mengekalkan kesediaan dan kesiapsiagaan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei tidak boleh dipandang ringan. Tonggak pertama ini merupakan pasak benteng pertahanan negara yang membawa kepada keyakinan dan kesejahteraan penduduk untuk hidup dalam suasana aman damai dan harmoni. Negara yang aman damai adalah negara yang akan terus makmur membangun.

Kementerian Pertahanan berusaha untuk memastikan pelan perkembangan dapat direalisasikan bagi melengkapkan kesiapsiagaan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dalam mengatasi ancaman-ancaman global dan serantau yang dinamik, pantas dan merentas sempadan. Oleh yang demikian, pemerolehan aset pertahanan dan persenjataan bagi mengurangkan jurang keupayaan mahupun juga keupayaan baharu diperlukan untuk memenuhi tugasan dan tanggungjawab semasa.

Dengan adanya keupayaan tersebut, ruang dan sempadan darat, maritim dan udara negara kita akan terus dapat dijaga daripada sebarang aktiviti pencerobohan atau anasir negatif iaitu melalui perondaan dan keberadaan pasukan secara konsisten. Tidak diragukan lagi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) memegang peranan utama dalam hal ini.

Sebagai sebuah negara maritim, Negara Brunei Darussalam mempunyai sempadan laut yang panjang dan luas. Keluasan perairan negara adalah jauh melebihi jumlah kawasan daratnya. ุงูŽู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏู ู„ูู„ู‘ูฐู‡ู dengan kurnia rahmat dan nikmat ุงู„ู„ู‘ูฐู‡ู ุณูุจู’ุญูŽุงู†ูŽู‡ู ูˆูŽุชูŽุนูŽุงู„ูŽู‰ jua, kawasan perairan kita ini juga kaya dengan sumber alam seperti perikanan dan bahan galian hidrokarbon menjadikan ianya lebih strategik dan mesti dijaga dan awasi pada setiap masa.

Adalah menjadi tanggungjawab Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), sebagai benteng pertahanan negara untuk melindungi dan mengekalkan kekayaan sumber alam yang ada di perairan negara kita daripada sebarang ancaman maritim melalui keupayaan cegah rintang laut yang teguh dan jitu.

Ia diusahakan melalui pemerolehan kapal-kapal peronda Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) dan juga penyediaan pemeliharaan dan sistem dukungan bagi memastikan ketersediaan yang optimum untuk menangani anasir-anasir asing termasuk kegiatan lanun, aktiviti penangkapan ikan secara tidak sah iaitu illegal, unreported and unregulated fishing serta menjamin keselamatan pelantar-pelantar minyak.

Pemerolehan keupayaan ini tidak dijalankan secara berasingan ataupun secara in silo. Sebagai contoh, seperti yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II sebelum ini, perkhidmatan pemeliharaan dan pembaikan bagi armada Angkatan Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) diusahakan melalui Syarikat Muara Maritime Services Sdn Bhd iaitu satu usaha joint venture antara Darussalam Assets Sdn Bhd dan Lรผrssen Internaval GmBH dari Jerman. Usaha dan pendekatan baharu ini akan menjamin keupayaan dan kesiapsiagaan dalam jangka masa panjang bagi Armada Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) untuk mempertahankan kedaulatan maritim dan keutuhan wilayah Negara Brunei Darussalam.

Selain itu, program-program pemerolehan yang lain seperti pemerolehan Bot Tempur KH-27 Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) juga dihasratkan untuk memenuhi peranan dan tanggungjawabnya terhadap keselamatan persekitaran perairan sungai-sungai di Negara Brunei Darussalam. Kesemua ini adalah usaha berterusan untuk meningkatkan keupayaan dan kapasiti Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB).

Kementerian Pertahanan juga sedang berusaha dalam waktu yang terdekat ini untuk menjayakan pemerolehan keupayaan Unmanned Aerial System (UAS) yang bertujuan memenuhi keperluan keupayaan pertahanan dalam bidang perisikan, pengawasan dan peninjauan (Intelligence, Surveillance and Reconnaissance) Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).

Inisiatif-inisiatif ini antara lain telah menyumbang secara signifikan kepada peningkatan Keupayaan Cegah Rintang dan Respons, ketersediaan dan kesiapsiagaan anggota, aset dan prasarana tentera yang diwujudkan ke tahap operational readiness yang lebih perkasa dan tempoh masa respons yang semakin pantas dari setahun ke setahun. Tahun lalu, antara lain kaola juga menghuraikan dinamik dan kepentingan Teluk Brunei telah berubah dengan pembangunan pesat di persekitarannya termasuk terbinanya tempat-tempat utama atau key points negara yang perlu dikawal atau dipantau seperti terbinanya Jambatan Penghubung Daerah Brunei Muara dan Daerah Temburong yang perlu dikawal atau dipantau.

Di arena siber pula, Kementerian Pertahanan mengambil serius terhadap ancaman-ancaman siber yang berniat jahat dengan menubuhkan sebuah Unit Pertahanan Siber (Cyber Defence Unit) khas bagi menangani ancaman baharu. Kerjasama dan perkongsian maklumat dengan negara-negara sahabat juga dijalinkan dan dikukuhkan melalui latihan bersama terutamanya dengan adanya ASEAN Defence Ministers Meeting (ADMM) Plus Expert Working Group on Cyber Security.

Walaupun demikian, keupayaan cegah rintang dan respons tidak boleh beroperasi semata-mata dengan aset pertahanan dan persenjataan. Sebahagian besar daripada keupayaan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) adalah hasil daripada keberkesanan latihan-latihan ketenteraan. Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) mempunyai institusi-institusi dan akademi latihannya sendiri untuk menjalankan latihan-latihan serta kursus-kursus yang diperlukan bagi melahirkan dan memahirkan para anggotanya serta turut dihadiri oleh anggota dan agensi kerajaan yang lain dan juga angkatan tentera-tentera negara sahabat sebagai salah satu usaha mengukuhkan diplomasi pertahanan.

Keperluan sumber tenaga manusia yang berwibawa dan terlatih juga merupakan satu Key Performance Indicator (KPI) Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang penting. Antara institusi latihan yang dibangunkan ialah Sekolah Pegawai Kadet Akademi Pertahanan, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah berjaya melahirkan pegawai-pegawai tentera yang dilengkapkan dengan kepakaran dalam military leadership, command and management di samping memiliki daya pemikiran dan kepimpinan. Semenjak satu dekad penubuhannya, Sekolah Pegawai Kadet Akademi Pertahanan, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), ูฑู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏู ู„ู„ู‡ู telah berjaya melahirkan produk dalaman harapan seramai 523 pegawai tentera yang bertauliah.

Di samping itu, Kementerian Pertahanan telah pun membangun Pejabat Pengambilan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang baharu iaitu sebuah pusat dan pemudah cara bagi kesemua pendaftaran dan pengambilan pegawai-pegawai kadet dan rekrut-rekrut Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB). Pejabat ini bertanggungjawab dalam mentadbir proses pemilihan dan pengambilan bakal-bakal anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) seperti pengambilan bakal-bakal pegawai dan lain-lain peringkat. Pejabat ini juga akan menjadi sebuah one stop hub dengan proses pengambilannya dijalankan secara lebih bersepadu dan menyeluruh.

Tumpuan terhadap latihan ketenteraan ini telah membolehkan anggota-anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei untuk membuktikan kemahiran dan kemampuan mereka. Buat julung kalinya Rejimen Pasukan Khas (RPK) Angkatan Bersenjata Diraja Brunei telah menjadi juara dalam 11th Annual Warrior Competition 2019 di Jordan. Pertandingan ini merupakan landasan bagi semua pasukan elit tentera di dunia untuk bersaing secara harmoni dan profesional sambil dapat bertukar-tukar pengetahuan dan pengalaman. Ia juga bermatlamat untuk memupuk semangat kerjasama antarabangsa di samping mengekalkan hubungan persaudaraan serta meningkatkan kefahaman dalam bidang operasi khas dan menentang pengganas iaitu Counter Terrorism.

Inisiatif-inisiatif yang dibuat oleh kementerian ini akan terus dioptimumkan bagi memastikan sumber daya pertahanan akan sentiasa dalam keadaan bersedia, boleh diatur gerak dan dapat dikerah pada bila-bila masa. Kesemua ini bukan sahaja untuk menangani konflik konvensional tetapi juga untuk melaksanakan tugas-tugas lain seperti operasi mencari dan menyelamat, bantuan bencana dan Kemanusiaan serta penglibatan dalam misi-misi luar negara yang menyumbang kepada kestabilan dan keamanan sejagat di samping dapat menaikkan kredibiliti profil dan imej Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).

Yang Berhormat Pengerusi. Meskipun Negara Brunei Darussalam merupakan sebuah negara yang kecil, tonggak kedua iaitu Diplomasi Pertahanan Secara Dua Hala dan Pelbagai Hala akan membolehkan peranan dan pengaruh negara kita dapat diperluaskan di peringkat antarabangsa. Tonggak ini dicapai dalam melaksanakan jalinan hubungan pertahanan yang kuat dan mesra secara aktif bersama negara-negara sahabat ke arah memupuk kefahaman, keyakinan dan ketelusan antara satu dengan yang lain.

Sehingga kini, Kementerian Pertahanan telah menandatangani pelbagai memorandum persefahaman dalam bidang kerjasama pertahanan, teknologi dan ketenteraan bersama 18 buah negara di dunia. Ini adalah satu pengiktirafan atas kredibiliti kementerian ini di peringkat serantau dan antarabangsa.

Dalam aspek keselamatan serantau, Kementerian Pertahanan terus aktif dan komited dengan ASEAN Defence Ministers Meeting (ADMM) dan mesyuarat-mesyuarat yang berkaitan dengannya. Menerusi mekanisme dan landasan ini, ia telah berjaya membina kepercayaan antara angkatan-angkatan tentera dan negara-negara sahabat serta mempertahankan dasar luar Negara Brunei Darussalam yang berkecuali dan tidak mencampuri hal-ehwal dalaman negara lain.

Baru-baru ini semasa ASEAN Defence Ministers Meeting (ADMM) Retreat di Viet Nam pada 19 Februari 2020 lalu yang kaola hadiri, Menteri-menteri Pertahanan ASEAN telah mengeluarkan kenyataan bersama antara lain mengenai kerjasama pertahanan melawan penyakit berjangkit yang menekankan solidariti ASEAN Defence Ministers Meeting (ADMM) dan semangat komuniti yang sepadu dan responsif dalam menangani wabak Novel Corona Virus 2019 (COVID 19).

Di masa lalu Kementerian Pertahanan juga telah membuktikan kemampuan untuk memikul dan melaksanakan dengan jayanya peranan sebagai Pengerusi Bersama bagi ADMM Plus Expert Working Group on Maritime Security pada tahun 2014 hingga 2017; Pengendalian mesyuarat ASEAN Air Chiefs Conference pada 2019; hos kepada dua latihan besar iaitu ADMM Plus HADR Maritime Security Exercise pada tahun 2013; dan ADMM Plus Maritime Security / Counter Terrorism Exercise pada tahun 2016.

Tahun ini, Negara Brunei Darussalam sekali lagi mendapat sokongan dan kepercayaan untuk menjadi pengerusi bersama bagi ASEAN ADMM Plus Expert Working Group iaitu dalam bidang Military Medicine atau Perubatan Ketenteraan bersama Australia selama 3 tahun iaitu sehingga tahun 2023. Di peringkat awal, ini sudah terpanggil untuk melaksanakan sesuatu yang positif demi menyahut seruan kenyataan bersama ADMM Militrade di Hanoi yang kaola nyatakan di atas tadi.

Kerjasama erat di antara Negara Brunei Darussalam dan Australia dalam bidang pertahanan setentunya akan dapat menambaheratkan lagi hubungan dua hala yang baik antara kedua buah negara selama ini dan hanya beberapa hari yang lalu Tentera Laut Diraja Brunei telah juga menghoskan lawatan kapal selam HMAS dechaineux dari Australia yang merupakan kapal selam yang buat pertama kali membuat lawatan dan memasuki perairan Negara Brunei Darussalam.

Seterusnya lawatan-lawatan dan kunjungan-kunjungan hormat dan muhibah antara pegawai-pegawai kanan seperti pemerintah-pemerintah angkatan tentera juga sering diadakan untuk berkongsi pendapat dan maklumat serta untuk mempertingkatkan daya usaha dalam confidence building. Ini termasuk penglibatkan aktif dalam pertukaran perisikan di peringkat serantau seperti Asia Pacific Intelligence Chief Conference (APICC) dan Asian Military Intelligence Informal Meeting (AMIIM).

Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei terus diberikan kepercayaan bagi menyertai Pasukan Pemantau Antarabangsa atau International Monitoring Team (IMT) di Mindanao Republik Filipina yang memasuki 16 tahun penglibatan pada tahun ini.

Pada hari Jumaat, 28 Februari 2020 yang lalu, team baharu Independent Decommissioning Body (IDB) dari Angkatan Bersenjata Diraja Brunei baru sahaja berlepas ke Mindanao Selatan Filipina bagi meneruskan usaha pelucutan dan permusnahan senjata-senjata pihak-pihak yang bertikai di dalam proses damai.

Selain itu, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei juga terlibat selama lebih satu dekad sejak tahun 2008 dalam Misi Pengamanan United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL). Ini diikuti dengan penempatan berterusan pegawai-pegawai Angkatan Bersenjata Diraja Brunei sebagai International Liaison Officer (ILO) di International Fusion Centre dan Regional HADR Coordination Centre di Republik Singapura dan Common Watch Captain di Combined Taskforce 151, di Teluk Aden.

Sebagai sebahagian usaha dalam menjayakan dan memperluaskan diplomasi pertahanan, kapal-kapal Tentera Laut Diraja Brunei telah membuat pelayaran jarak jauh ke negara-negara serantau dan antarabangsa serta terlibat dalam eksesais-eksesais yang membolehkan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei mengukuhkan dan mempertahankan hubungan strategik yang mantap bersama negara-negara sahabat lain di samping mengekalkan tahap operasi (operational capability) dan interoperability yang tinggi.

Antara penyertaan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei adalah seperti berikut:

i. Pada tahun 2014 kapal-kapal Tentera Laut iaitu KDB DARUSSALAM dan KDB DARULAMAN telah membuat pelayaran jarak jauh ke Hawaii, Amerika Syarikat buat pertama kalinya. Untuk menyertai Eksesais Maritim Antarabangsa terbesar di dunia iaitu Rim of the Pacific Exercise (RIMPAC). ุฅู† ุดุงุก ุงู„ู„ู‡ pada tahun ini Tentera Laut Diraja Brunei akan sekali lagi ikut serta dalam siri eksesais tersebut. Selain itu, TLDB juga menyertai ASEAN United State Maritime Exercise yang julung kali diadakan dan South East Asia Coorporation and Training (SEACAT) bersama Tentera Laut Amerika Syarikat dan Tentera Laut angkatan sahabat yang dilaksanakan pada setiap tahun;

ii. Pada tahun 2017, KDB DARUTTAKWA telah menyertai International Fleet Review dan 1st ASEAN Multilateral Naval Excercise yang dihoskan oleh Negara Thailand;

iii. Manakala pada tahun 2018, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei telah menghantar kapal yang sama bagi menyertai International Fleet Review bersempena sambutan ke-70 tahun penubuhan Angkatan Bersenjata Republik Korea (70th Anniversary of Republic of Korean Armed Forces) dan Western Pacific Naval Symposium (WPNS) di kepulauan Jeju Republik Korea;

iv. Sementara pada tahun lepas (2019), kapal KDB DARUTTAKWA juga telah menyertai ASEAN-China Maritime Exercise (ACMEX) latihan yang kali pertama diadakan dan ikut serta di dalam Multinational Naval Activities bagi memperingati Hari Ulang Tahun penubuhan Tentera Laut Peoples Revolution Liberation Army Republik Rakyat China yang ke-70 tahun. Dengan penyertaan dalam International Fleet Review bertempat di Qingdao, Republik Rakyat China;

v. Pada tahun 2019 juga, KDB DARUTTAKWA telah buat pertama kalinya membuat lawatan muhibah ke Republik Kesatuan Myanmar dan sekali gus menyertai Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa di Langkawi (LIMA 19);

vi. Inisiatif negara bagi penubuhan ASEAN Direct Communication Infrastructure (ADI) semasa Negara Brunei Darussalam menjadi pengerusi ASEAN Summit pada tahun 2013 bertujuan untuk mewujudkan hubungan yang lebih erat dan kuat antara negara-negara ASEAN dan kini diperpanjangkan kepada negara-negara lain bagi menangani cabaran-cabaran keselamatan serantau dengan cara yang terbuka, telus dan inklusif; dan

vii. Selain komitmen di peringkat tertinggi, Kementerian Pertahanan juga akan terus melaksanakan dan menyertai aktiviti-aktiviti di bawah Memorandum Persefahaman dan Kesepakatan dua hala seperti mesyuarat-mesyuarat, Join Defence Working Committee (JDWC), latihan-latihan tentera, mesyuarat-mesyuarat pertukaran perisikan, pertukaran lawatan anggota-anggota dan lawatan-lawatan kapal tentera.

Yang Berhormat Pengerusi. ูฑู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏู ู„ู„ู‡ู Kementerian Pertahanan juga telah menghulurkan sumbangan bantuan kepada negara-negara jiran yang dilanda bencana alam misalnya bantuan kemanusiaan kepada mangsa Taufan Haiyan di Tacloban, Republik Filipina pada tahun 2013 dan kepada mangsa di Nepal yang dilanda gempa bumi pada tahun 2015.

Pada bulan Julai 2018 yang lalu, Kementerian Pertahanan juga mengungkayahkan sumbangan bantuan kemanusiaan Negara Brunei Darussalam bagi Hospital Medan Kerajaan Malaysia untuk mangsa pelarian Rohingya di Cox Bazaar, Bangladesh.

Usaha-usaha bantuan kemanusiaan ini adalah sebahagian daripada sumbangan negara kepada masyarakat antarabangsa selaras dengan penekanan yang dinyatakan di dalam Kertas Putih Pertahanan. Ia dilakukan kerana manfaatnya yang cukup besar bukan sahaja bagi anggota yang terlibat dan imej Angkatan Bersenjata Diraja Brunei sendiri malahan juga bagi negara dalam di bidang diplomasi pertahanan.

Secara kesimpulannya, manfaat dan kesan yang diperolehi melalui bantuan-bantuan tersebut jelas berlipat ganda walaupun secara tidak langsung dan tidak ketara namun impaknya terhadap imej negara adalah luar biasa. Seperti yang kaola huraikan misi mempertahankan keselamatan dan kedaulatan negara bagi tempoh jangka panjang memerlukan kerjasama yang berterusan daripada rakan-rakan serantau dan antarabangsa. Ianya merupakan suatu pelaburan yang berbaloi dan memberikan pulangan sangat bermanfaat ุฅูู†ู’ ุดูŽุงุกูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู

Yang Berhormat Pengerusi. Tonggak ketiga iaitu Pertahanan Holistik melibatkan pelaksanaan strategi dan dasar di peringkat kebangsaan melalui pendekatan whole of nation. Antara penglibatan Kementerian Pertahanan bersama agensi-agensi kerajaan yang lain adalah melalui Jawatankuasa Keselamatan Negara (JKN) yang kaola juga mempengerusikannya dan jawatankuasa-jawatankuasa kerja di bawahnya. Selain daripada itu, Kementerian Pertahanan juga menghulurkan bantuan bagi tugasan-tugasan tertentu dalam bidang kesepakatan kepakaran khusus dan keupayaan aset seperti Pelupusan Bom, Mencari dan Menyelamat, Bantuan Kemanusiaan, Pengangkutan Udara iaitu MEDIVAC (Medical Evacuation) dan CASEVAC (Casualty Evacuation).

Bagi mendukung hasrat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam memajukan hala tuju negara ke arah memanfaatkan teknologi semasa dalam era Fourth Industrial Revolution (4IR) dan era maklumat di hujung jari, Kementerian Pertahanan ini telah memanfaatkan kemudahan latihan yang bertaraf dunia iaitu melalui usaha joint venture CAE Brunei Multi-Purpose Training Centre (MPTC) yang telah beroperasi sejak tahun 2014. Pusat Latihan ini lengkap dengan Full Flight Simulator bagi keperluan latihan juruterbang-juruterbang Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) dan merupakan salah satu kemudahan latihan simulator helikopter terbesar di rantau ini.

Di samping itu, Kementerian Pertahanan juga tidak ketinggalan dalam kemajuan sistem dan infrastruktur Teknologi Maklumat yang akan diperkenalkan dalam penerbitan Rangka Kerja Strategi Digital Pertahanan selaras dengan usaha kebangsaan untuk menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah negara smart nation.

Penyelidikan perkembangan dan inovasi dalam sains dan teknologi tidak dapat dinafikan memainkan peranan penting dan menjadi sebahagian daripada keutamaan mana-mana sektor kerajaan dan swasta. Kementerian Pertahanan juga tidak terkecuali dan sedang mengemas kini strategi-strategi kementerian yang berkaitan dengan bidang sains dan teknologi seperti Rangka Kerja Dasar Sains dan Teknologi yang diterbitkan pada tahun 2016. Ia bertujuan untuk meningkatkan pemahaman dan pengetahuan warga kementerian dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei mengenai penggunaan sains dan teknologi dalam bidang pertahanan.

Pada bulan September 2019 yang lalu, kementerian ini telah menandatangani dua memorandum persefahaman (Mou) mengenai kerjasama Penyelidikan Inovasi dan Teknologi dengan Universiti Brunei Darussalam (UBD) dan Universiti Teknologi Brunei (UTB). MoUs tersebut diharapkan akan dapat mempereratkan hubungan kerjasama dalam penyelidikan dan inovasi keupayaan pertahanan dan teknologi serta memperkembangkan kapasiti bersama kedua-dua institusi pengajian tinggi tempatan tersebut melalui pelancaran Komuniti Penyelidikan dan Teknologi Pertahanan.

Inisiatif ini juga akan dapat memberikan peluang kepada warga kementerian untuk bekerjasama dengan pakar-pakar tempatan, serta untuk membantu golongan belia yang berkemahiran dalam sains dan teknologi pertahanan untuk mendukung keperluan negara pada masa hadapan. Di penjuru yang lain juga, Universiti Brunei Darussalam juga adalah training provider bagi Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

Yang Berhormat Pengerusi. Mengenai isu pengambilan kerja, Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei sedar bahawa terdapat beberapa cabaran yang dihadapi oleh kerajaan dan rakyat jelata di Negara Brunei Darussalam selama ini. Ke arah itu, kementerian ini dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei telah mengambil serius aspek pengurusan dan perkembangan sumber tenaga manusia serta meneruskan dan mengekalkan pengambilan melalui 5 saluran asas:

i. Pertama, melalui pengambilan pegawai-pegawai kadet (bakal pegawai) yang boleh mengambil maksimum seramai 100 orang setahun;

ii. Kedua, melalui pengambilan rekrut-rekrut yang telah dipertingkatkan persyaratan pendidikan termasuk rekrut lelaki dan wanita secara keseluruhannya lebih daripada 450 orang setahun;

iii. Seterusnya, melalui pengambilan skim perkhidmatan awam dengan seramai 70 orang pegawai dan kakitangan telah pun melapor diri pada tahun 2019;

iv. Tambahan lagi melalui Program Biasiswa Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei telah pun menghasilkan seramai 105 orang scholars sejak diperkenalkan pada tahun 2005;

v. Akhirnya, melalui pengambilan Skim Bahagian Pemeliharaan dan Kelengkapan Teknikal (BPKT) yang pada tahun ini ุฅู† ุดุงุก ุงู„ู„ู‡ akan menawarkan sebanyak 65 jawatan berkontrak dalam bidang Kejuruteraan Teknologi Maklumat dan Penyelidikan.

Ini jelas menunjukkan bahawa Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei terus menawarkan dan memberikan banyak peluang pekerjaan khususnya kepada golongan belia yang belum bekerja dan yang memiliki berbagai-bagai jenis kelulusan dan kemahiran yang diperlukan. Jenis-jenis perjawatan di Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei juga akan ditambah dalam masa yang terdekat ini mengikut perkembangan dan keperluan kementerian ini.

Mengenai peri pentingnya pemeliharaan nilai-nilai kenegaraan dan jati diri, Kementerian Pertahanan juga turut berusaha bersama dengan beberapa kementerian dan institusi-institusi tertentu untuk terlibat sama menjayakan program-program dan aktiviti-aktiviti seperti Program Khidmat Bakti Negara (PKBN) yang diterajui oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) dan aktiviti-aktiviti Pasukan-Pasukan Kadet Tentera bersama Kementerian Pendidikan di samping menentukan dan memantau kegiatan-kegiatan Askar Simpanan Melayu Diraja Brunei (ASMDB) dan Persatuan Veteran Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (PERWIRA).

Juga dititikberatkan ialah sumbangan pihak kementerian ini dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei terhadap kebajikan masyarakat melalui kempen bantuan kebajikan yang dihulurkan setiap tahun sempena Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei melalui Projek Titian Amal yang lazimnya berbentuk pembinaan dan pembaikan prasarana dan kemudahan-kemudahan awam untuk kebajikan individu dan pihak yang memerlukan. Tahun ini beberapa projek amal juga akan dilaksanakan bersama Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB).

Yang Berhormat Pengerusi. Ketiga-tiga tonggak utama yang telah kaola kongsikan sebentar tadi dilaksanakan secara bersepadu yang menitikberatkan strategi-strategi pertahanan dalam jangka masa panjang. Dengan ini sukacita kaola memaklumkan bahawa Kementerian Pertahanan sedang menyediakan satu Kertas Putih Pertahanan (KPP) baharu atau kemas kini kepada Kertas Putih Pertahanan yang terdahulu yang menggariskan prinsip dan strategi pertahanan serta pelan pembangunan keupayaan terkini Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Ianya mustahak bagi memastikan dasar pertahanan negara dapat menangani cabaran semasa dan mendatang.

Kertas Putih Pertahanan ini ุฅู† ุดุงุก ุงู„ู„ู‡ akan direalisasikan penerbitannya menjelang usia signifikan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei yang akan menyambut Jubli Intan enam puluh (60) tahun pada tahun hadapan dan juga bersempena dengan Negara Brunei Darussalam selaku Pengerusi ASEAN pada tahun 2021 itu.

Sejajar dengan namanya, Kertas Putih Pertahanan berfungsi meningkatkan ketelusan serta kefahaman masyarakat terhadap kepentingan pertahanan dan keselamatan negara sekali gus mengajak masyarakat untuk turut sama menggalas tanggungjawab mempertahankan negara daripada ancaman-ancaman keselamatan. Hakikatnya, kaola ulangi seperti yang lalu, isu keselamatan khususnya keselamatan negara adalah tanggungjawab bersama dan sesuatu yang tidak boleh dikompromi.

Kaola yakin bahawa Kertas Putih Pertahanan yang giat disiapkan akan membolehkan Kementerian Pertahanan untuk menghadapi cabaran kini dan mendatang dengan lebih fokus dan mampan membangun keupayaan, kepakaran dan kewibawaan angkatan bersenjatanya. Di samping itu juga, ia dapat merangka hala tuju peranan dan sumbangan Kementerian Pertahanan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa secara lebih menyeluruh.

Yang Berhormat Yang Pengerusi. Keselamatan dan pembangunan berfungsi seiringan dan senada. Ini bermakna pembangunan hanya akan dapat diraih jika keselamatan negara sentiasa terjamin dan juga sebaliknya. ุงูŽู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏู ู„ูู„ู‘ูฐู‡ู dengan kurnia rahmat dari ุงู„ู„ู‘ูฐู‡ู ุณูุจู’ุญูŽุงู†ูŽู‡ู ูˆูŽุชูŽุนูŽุงู„ูŽู‰ dan berkat daulat serta kebijaksanaan kepimpinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, negara kita ini terus menikmati kedua-dua aspek utama ini dengannya pembangunan mampan negara dapat dilaksanakan.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena menyambut Tahun Baharu Masihi 2020 telah mengurniakan titah antara lain:

โ€œKeamanan dan kesejahteraan sangat penting untuk pembangunan. Tanpa keamanan dan kesejahteraan, pembangunan pasti tergendala bahkan rancangan-rancangan atau usaha-usaha merealisasikan matlamat-matlamat wawasan juga akan terjejas. Di sinilah harga keamanan ituโ€.

Walau bagaimanapun, pada hakikatnya kita tidak boleh berpuas hati atau complacent dengan pencapaian-pencapaian yang telah kaola bentangkan. Konsep pertahanan menyeluruh juga merangkumi aspek kerohanian yang merupakan benteng dalaman yang perlu dimiliki oleh setiap anggota.

Kita menyedari tentangan terhadap anutan agama Islam dan penyelewengan amalan dan akidah dalam Islam untuk kepentingan individu-individu yang tidak bertanggungjawab juga adalah salah satu ancaman yang semakin ketara dan boleh menggugat kestabilan sesebuah negara.

Pemahaman tentang ilmu agama dan akidah akan sentiasa diperkukuhkan agar tidak mudah terpesong. Jabatan Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (JAMAAT) dengan bekerjasama dengan pihak-pihak berkepentingan kebangsaan terus berperanan ke arah ini. Penerapan amalan keugamaan unsur-unsur spiritual sentiasa diambil serius di dalam apa jua latihan, pembelajaran dan aktiviti yang dijalankan dalam memperkasa konsep falsafah Melayu Islam Beraja dan Negara Zikir yang berpandukan kepada ajaran al-Quran dan as-Sunnah.

Yang Berhormat Pengerusi. Kesimpulannya kita tidak mempunyai pilihan lain selain untuk melaksanakan semua inisiatif pertahanan dan keselamatan yang telah dirancangkan kerana kita sekali-kali tidak akan rela menggadaikan keselamatan rakyat dan negara. Pertahanan negara hendaknya kukuh dan ampuh, tidak mudah diceroboh dan runtuh. Dengan penuh tawakal dan keyakinan, tanah air tercinta Negara Brunei Darussalam akan dipertahankan dan keselamatan rakyat dan penduduknya dijamin dari sebarang pencerobohan anasir-anasir yang berbahaya. ูฑู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏู ู„ูู„ู‘ูฐู‡ู sehingga kini, kegiatan-kegiatan pertahanan telah berjaya memastikan negara kita terlindung daripada ancaman konvensional. Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata akan terus menyasarkan pelaksanaan strategi sejajar dengan fokus-fokus pertahanan yang telah kaola huraikan yang akan dijiwai dengan pendekatan whole of nation agar semua pihak berkepentingan termasuk Ahli-Ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini akan berusaha sama mencapai matlamat pertahanan dan keselamatan negara yang sentiasa terjamin dan dinikmati oleh seluruh penduduk dan rakyat. Oleh yang demikian, pertahanan negara kekal menjadi keutamaan dalam strategi kebangsaan secara keseluruhan.

Yang Berhormat Pengerusi. Dalam kesempatan ini, izinkan kaola membawa abis Ahli-Ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini untuk sama-sama memberikan penghargaan yang tinggi kepada semua anggota pertahanan dan keselamatan negara khususnya Angkatan Bersenjata Diraja Brunei yang sentiasa bersemangat penuh tawakal dalam pengabdian tulus mempertahankan kedaulatan negara, raja, agama dan bangsa serta keamanan negara. Semoga segala jasa bakti dan pengorbanan luhur mereka baik yang masih berkhidmat atau yang telah bersara dan yang pergi ke alam baka akan dikurniakan ganjaran pahala yang setimpal oleh ุณูุจู’ุญูŽุงู†ูŽู‡ู ูˆูŽุชูŽุนูŽุงู„ูŽู‰ jua.

Yang Berhormat Pengerusi. Sebelum mengakhiri mukadimah ini, seperti juga pesanan Yang Berhormat Yang Di-Pertua pada awal-awal tadi, seperti lazimnya kaola ingin menyatakan bahawa Peruntukan Kewangan Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei serta jabatan-jabatannya tidak akan dibahaskan secara terbuka di Dewan yang mulia ini memandangkan ia boleh mendedahkan isu-isu keselamatan dan perihal pertahanan strategik dan negara yang disifatkan sensitif dan sulit.

Sekian, Yang Berhormat Pengerusi. Kaola sudahi dengan ucapan penghargaan setinggi-tingginya dan terima kasih.

ูˆุจุงู„ู„ู‡ ุงู„ุชูˆููŠู‚ ูˆุงู„ู‡ุฏุงูŠุฉ ูˆุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒู… ูˆุฑุญู…ุฉ ุงู„ู„ู‡ ูˆุจุฑูƒุงุชู‡

Yang Berhormat Pengerusiโ€‹

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Pertahanan II, yang telah menyampaikan mukadimah yang dibentangkan dengan cukup jelas dan sememangnya tidaklah lagi perlu kita bahaskan. Maka Tajuk ini sekarang saya undi, yang bersetuju sila angkat tangan.

(Semua Ahli mengangkat tangan tanda bersetuju)

Yang Berhormat Pengerusiโ€‹

Semua Ahli bersetuju, maka Kementerian Pertahanan diluluskan.

Yang Dimuliakan Jurutulisโ€‹

Tajuk Kementerian Pertahanan - Tajuk SB01A dan Tajuk SB04A dijadikan sebahagian daripada Jadual.

Yang Berhormat Pengerusiโ€‹

Ahli-Ahli Yang Berhormat saya berpandangan ada baiknya Mesyuarat Jawatankuasa ini ditangguhkan dulu untuk kita berehat selama 15 minit.

(Mesyuarat Jawatankuasa berehat sebentar)

(Mesyuarat Jawatankuasa bersidang semula)

Yang Berhormat Pengerusiโ€‹

ุจูุณู’ู…ู ูฑู„ู„ูŽู‘ูฐู‡ู ูฑู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูŽู€ูฐู†ู ูฑู„ุฑูŽู‘ุญููŠู…ู Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kita masih lagi membincangkan dan meneliti Rang Undang-Undang (2020) Perbekalan, 2020/2021 satu per satu. Sebentar tadi kita telah pun meluluskan Tajuk di bawah Kementerian Pertahanan - Tajuk SB01A hingga Tajuk SB04A dan sekarang kita akan berpindah ke tajuk kementerian yang lain.

Yang Dimuliakan Jurutulisโ€‹

Tajuk SC01A - Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri.

Yang Berhormat Pengerusiโ€‹

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Mesyuarat Jawatankuasa beralih ke Tajuk seterusnya iaitu Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri. Sebelum saya membukakan Tajuk ini untuk dibahaskan, saya telah difahamkan bahawa Yang Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II ingin untuk membentangkan mukadimahnya tentang asas dan dasar belanjawan kementerian yang berkenaan ini. Saya persilakan Yang Berhormat.

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Luar Negeri IIโ€‹

ุจูุณู’ู…ู ูฑู„ู„ูŽู‘ูฐู‡ู ูฑู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูŽู€ูฐู†ู ูฑู„ุฑูŽู‘ุญููŠู…ู

Yang Berhormat Pengerusi. Ahli-Ahli Yang Berhormat. Lebih dahulu kaola ingin menjunjung kasih Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muโ€™izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar โ€™Ali Saifuddien Saโ€™adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, atas kurnia titah baginda semasa Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Keenam Belas Majlis Mesyuarat Negara, pada 14 Rejab 1441 bersamaan 9 Mac 2020.

Baginda telah menitahkan perkara-perkara strategik ke arah penambahbaikan dasar kerajaan bagi kepentingan negara dan kesejahteraan rakyat terutamanya terhadap pertumbuhan ekonomi dan imbangan fiskal dalam jangka pendek dan panjang.

Yang Berhormat Pengerusi. Kaola ingin juga merakamkan penghargaan dan ucapan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II dalam sama-sama menyediakan Rang Undang-Undang (2020) Perbekalan, 2020/2021. Kaola mengucapkan terima kasih atas pembentangan peruntukan bagi Gaji Kakitangan dan Perbelanjaan Berulang-Ulang Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri di bawah Tajuk SC01A - sebanyak $113,904,600.00. Peruntukan tersebut membolehkan kementerian ini melaksanakan tugasnya bukan saja dalam menegakkan dasar luar Negara Brunei Darussalam, tetapi juga sebagai fasilitator dan penghubung diplomatik dan persahabatan bersama negara-negara lainya.

Melalui pendekatan whole of nation, menerusi kerjasama kementerian-kementerian serta agensi-agensi yang berkenaan, kementerian ini akan terus memelihara dan memajukan kepentingan-kepentingan Negara Brunei Darussalam iaitu:

  1. Menjamin kedaulatan raja;
  2. Mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara;
  3. Mengekalkan identiti Negara Brunei Darussalam dari segi politik, kebudayaan dan agama; dan
  4. Menggalakkan kedamaian, kestabilan dan kemakmuran serantau dan antarabangsa;

Yang Berhormat Pengerusi. Dalam melaksanakan tugas dan tanggung-jawabnya, kementerian ini akan terus mengamalkan prinsip-prinsip yang selaras dengan konsep falsafah negara Melayu Islam Beraja dengan mengamalkan berbaik-baik bersama semua negara, saling menghormati kesaksamaan semua negara iaitu equality of all nations serta tidak campur tangan dalam hal-ehwal negara-negara lain (non interference policy).

Dasar luar negara yang positif ini akan memastikan hubungan akrab dengan negara-negara lain terus terjaga dan imej baik Negara Brunei Darussalam terus terpelihara. Ini dilaksanakan melalui pendekatan secara dua hala dan pelbagai hala melalui pertukaran-pertukaran lawatan dan mesyuarat-mesyuarat serta juga bekerjasama dalam pertubuhan serantau mahupun antarabangsa.

Negara Brunei Darussalam telah banyak beroleh manfaat melalui pendekatan ini baik dari segi memberi kefahaman mengenai adat dan tradisi kebruneian ataupun mengenai apa-apa kebimbangan Antarabangsa (international concerns) ke atas komitmen negara dalam melaksanakan perjanjian-perjanjian antarabangsa. Kita juga telah banyak menimba pengalaman, meningkatkan keupayaan dan kepakaran dalam pelbagai bidang serta juga menambah peluang-peluang perdagangan dan pelaburan. Ini tidak terhad kepada Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri sahaja bahkan dilaratkan dan dimanfaatkan oleh agensi-agensi kerajaan yang lain dan juga pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan.

Contohnya pembabitan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan telah banyak mengambil manfaat dalam kerja-kerja dan program di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu seperti United Nations Environment Programme (UNEP), WHO, WTO, World Bank, IMF, Commonwealth, APEC dan juga ASEM.

Melalui ASEAN dan ASEAN bersama rakan-rakan dialognya juga, beberapa kerjasama dan dana telah ditubuhkan yang boleh memberi peluang mengadakan aktiviti bersama terutamanya dalam meningkatkan kefahaman, kesefahaman, keupayaan, kepakaran dan juga peluang-peluang ekonomi negara-negara ahli.

Yang Berhormat Pengerusi. Oleh yang demikian adalah amat penting bagi negara untuk terus mengukuhkan lagi hubungan diplomatik serta kerjasama dengan negara-negara sahabat bagi memastikan strategi dan pendapatan dasar luar negara kita dapat dijalankan dengan baik. Apatah lagi dalam dunia yang mengalami pergolakan geopolitik dan geoekonomi yang sangat tidak menentu pada masa ini seperti pertikaian pengeluaran minyak mentah, pertikaian perdagangan, penyakit COVID-19, perubahan iklim serta ancaman kepada terorisme dan keganasan ekstremisme. Negara Brunei Darussalam sebuah negara yang kecil dan membangun, tidak dapat bersendiri dalam dunia yang sudah connected dan globalised ini.

ูฑู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏู ู„ูู„ู‘ูฐู‡ู setakat ini negara telah menjalin hubungan diplomatik dengan 171 buah negara. Negara Brunei Darussalam juga akan terus berpegang kepada prinsip multilateralism, menyokong tujuan dan prinsip-prinsip United Nations Charter serta mematuhi undang-undang dan komitmen antarabangsa yang sudah kita sertai secara penuh.

Yang Berhormat Pengerusi. Pejabat-pejabat Perwakilan Negara Brunei Darussalam yang bertempat di negara-negara asing memainkan peranan penting sebagai point of contact antara agensi-agensi di Negara Brunei Darussalam dan agensi-agensi di negara berkenaan. Ini dimaksudkan awal tadi, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri adalah pemudah cara ataupun fasilitator bagi kerjasama antara Negara Brunei Darussalam dan rakan-rakan luar dalam pelbagai bidang seperti kerjasama ekonomi, perdagangan, pelaburan, pertahanan dan juga pendidikan.

Kementerian ini akan terus memberikan sokongan padu kepada agensi-agensi yang berkaitan dalam mencapai hasrat dan matlamat-matlamat yang telah ditetapkan dalam sama-sama mendukung Wawasan Brunei 2035 dengan pendekatan whole of nation.

Selain itu, kementerian ini melalui pejabat-pejabat Perwakilan Negara Brunei Darussalam di luar negara juga akan terus berusaha menyediakan perkhidmatan konsular dan membantu rakyat dan Penduduk Tetap Negara Brunei Darussalam yang berada di luar negara jika sekiranya diperlukan. Bantuan seperti ini mencerminkan sikap prihatin dan pemedulian Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Sebagai contoh pada bulan Februari yang lalu Kedutaan Besar Negara Brunei Darussalam di Beijing Republik Rakyat China telah bekerjasama dengan agensi-agensi yang berkaitan untuk membawa balik dua orang rakyat Negara Brunei Darussalam yang berada di Bandar Wuhan, Wilayah Hubei yang menjadi groundzero wabak Coronavirus ataupun COVID-19 dengan menggunakan sebuah pesawat chartered khas. Kaola ingin merakamkan berbanyak-banyak terima kasih kepada agensi-agensi yang berkenaan atas kerjasama dan bantuan mahupun dari dalam negeri dan dari luar negeri.

Memandangkan wabak COVID-19 yang diisytiharkan oleh World Health Organisation sebagai kecemasan global dan baru-baru ini iaitu semalam telah dinaiktarafkan jangkitan tersebut ke taraf pandemik. Kesemua Pejabat Perwakilan Negara Brunei Darussalam telah sedari awal dan sedang memantau perkembangan di negara-negara pejabat-pejabat perwakilan tersebut ditempatkan dan akan bekerjasama rapat dengan kementerian-kementerian yang berkenaan demi menjamin keselamatan warganegara kita yang berada di luar negara terutamanya penuntut-penuntut di negara berkenaan.

Dalam hubungan ini, kaola sekali lagi menyarankan kepada semua rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam yang tinggal dan melancong untuk sentiasa mendaftar dalam sistem e-Register di laman web Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri. Ini akan memudahkan pihak perwakilan untuk berhubung dengan mereka sekiranya terjadi sebarang kecemasan di mana mereka berada. Tambahan pula dalam memastikan kesejahteraan rakyat Negara Brunei Darussalam yang berada di luar negara, kementerian ini menggalakkan rakyat dan penduduk tetap untuk mendapatkan insurans kesihatan atau perjalanan sebelum ke luar negeri. Ini merupakan salah satu sikap yang bertanggungjawab setiap individu apabila hendak ke luar negeri atas urusan peribadi.

Yang Berhormat Pengerusi. Negara Brunei Darussalam memberi keutamaan kepada keahlian dan kerjasamanya dalam ASEAN semenjak menjadi ahli pada tahun 1984 setelah mencapai sepenuhnya kemerdekaan. Sebagai satu pertubuhan yang menggalakkan perbincangan dan kerjasama serta mencapai keputusan secara konsensus antara ahli-ahlinya dan rakan-rakan serantau, ASEAN memainkan peranan penting dalam menjadikan rantau ini antara rantau yang paling stabil dan makmur.

Secara kolektif bersama negara ahli ASEAN yang lainnya Negara Brunei Darussalam boleh memainkan peranan yang lebih besar terhadap perkara-perkara serantau dan antarabangsa yang secara bersendirian kita sudah tentu tidak mempunyai keupayaan ataupun suara besar seperti dalam isu perubahan iklim, perdagangan antarabangsa, serta juga terorisme dan bencana alam.

Negara Brunei Darussalam juga diberikan peluang untuk berinteraksi bersama negara-negara rakan dialog ASEAN dan seterusnya mendapat sokongan serta bantuan daripada negara-negara organisasi berkenaan termasuk Amerika Syarikat, Republik Rakyat China, Republik India, Jepun, Korea, Australia, Kesatuan Eropah (EU), New Zealand dan Kanada.

Penyertaan dalam proses serantau dan antarabangsa tersebut sememangnya satu tanggungjawab yang besar dan dalam kita komited melaksanakannya kesemua ini dapat memberikan pendedahan positif kepada rakyat Negara Brunei Darussalam termasuklah para belia melalui program-program memperkasa belia seperti ASEAN Youth Fellowship, ASEAN Youth Organisation and ASEAN Youth in Climate Action.

Pada tahun hadapan Negara Brunei Darussalam akan sekali lagi mempengerusikan ASEAN. Dengan ini, kita akan dapat memperlihatkan lagi keupayaan kita dalam mengadakan mesyuarat yang bertaraf antarabangsa dengan berkesan. Kita seterusnya boleh mengambil peluang untuk mengeratkan hubungan dengan negara-negara anggota ASEAN dan rakan-rakan dialognya untuk bekerjasama antara satu sama lain bagi mencapai matlamat bersama serta mempamerkan dan mempromosikan negara kita sebagai sebuah negara yang aman dan damai. Penduduknya hidup harmoni antara satu sama lain serta juga mempromosikan potensi sebagai destinasi pelaburan dan pelancongan. Ia juga akan memberikan peluang bagi rakyat dan orang ramai untuk memahami lebih lanjut dan menghargai apa ertinya menjadi sebahagian masyarakat ASEAN (ASEAN Community) yang tetap berorientasikan dan berpusat kepada kepentingan rakyat.

Dalam membuat persiapan ASEAN 2021 ini, Jawatankuasa Kebangsaan ASEAN 2021 telah ditubuhkan sejak tahun lepas berserta juga jawatankuasa-jawatankuasa kerja berkenaan bagi memulakan persiapan-persiapan dari sudut substantif mahupun logistik dalam memastikan sidang-sidang kemuncak dan mesyuarat-mesyuarat dalam pelbagai peringkat yang akan diadakan di Negara Brunei Darussalam dapat dilaksanakan dengan lancar dan teratur. ุฅู† ุดุงุก ุงู„ู„ู‡ dengan adanya doa dan kerjasama dari kesemua pihak dan dengan usaha secara whole of nation, kita akan mempengerusikan ASEAN dengan jayanya.

Bagi mengakhiri mukadimah kaola ini, kaola berharap rang peruntukan bagi Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri pada Tahun Kewangan 2020/2021 dapat diterima. Peruntukan tersebut akan digunakan secara berhati-hati, telus, berhemah dan berjimat cermat bagi menampung kos perbelanjaan kementerian ini ke arah melaksanakan dasar-dasar yang kaola maklumkan tadi termasuk kesemua 43 buah pejabat-pejabat perwakilan Negara Brunei Darussalam di luar negara.

Akhirnya kaola juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat lainnya.

Sekian, ูˆุจุงู„ู„ู‡ ุงู„ุชูˆููŠู‚ ูˆุงู„ู‡ุฏุงูŠุฉ ูˆุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒู… ูˆุฑุญู…ุฉ ุงู„ู„ู‡ ูˆุจุฑูƒุงุชู‡

Yang Berhormat Pengerusiโ€‹

Terima kasih Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II atas penerangan yang dibentangkan itu tadi yang cukup jelas dan terperinci. Maka Tajuk ini sekarang saya buka untuk dibahaskan. Saya mulakan dengan menjemput Yang Berhormat Awang Haji Mohimin bin Haji Johari @ Jahari.

Yang Berhormat Awang Haji Mohimin bin Haji Johari @ Jahariโ€‹

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

ุจุณู… ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุฑุญู…ู† ุงู„ุฑุญูŠู… ุงู„ุญู…ุฏ ู„ู„ู‡ ุฑุจ ุงู„ุนุงู„ู…ูŠู†ุŒ ูˆุงู„ุตู„ุงุฉ ูˆุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ู‰ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ ุฃุดุฑู ุงู„ู…ุฑุณู„ูŠู†ุŒ ูˆุนู„ู‰ ุขู„ู‡ ูˆุตุญุจู‡ ุฃุฌู…ุนูŠู†.

ุงู„ุณู‘ูŽู„ูŽุงู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒูŽุงุชูู‡ู dan salam sejahtera. Yang Berhormat Pengerusi. Saya suka untuk membawakan beberapa perkara dalam perbincangan Tajuk SE01A - Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri. ุงู„ุญูŽู…ู’ุฏู ู„ู„ู‡ atas penerangan Yang Berhormat tadi dapat memberikan gambaran bagaimana fungsi-fungsi Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri. ุฅูู†ู’ ุดูŽุงุกูŽ ุงู„ู„ู‡ kaola akan membawa sedikit perkara.

ุงู„ุญูŽู…ู’ุฏู ู„ู„ู‡ sekitar 171 negara diplomatik dan sekitar 36 negara bilateral dan beberapa buah negara multinasional. Salah satu forum antarabangsa yang Negara Brunei Darussalam sebagai ahlinya yang ditubuhkan sejak tahun 2002 iaitu The ASIA Corporation Dialog (ACD) yang dianggotai oleh 34 buah negara, betulkan kalau saya salah. ACD mengenal pasti 19 bidang kerjasama utama yang sebahagiannya seperti energy, poverty, elevation, agriculture, transport, exchanges dan lain-lain. Mudahan dengan adanya keahlian Negara Brunei Darussalam dalam forum ini akan mendatangkan manfaat kepada negara dan rakyat. Sejauh ini apakah manfaat-manfaat sudah diperolehi? Berapa jumlah rakyat Brunei telah mendapat scholarship dan grant learning opportunities abroad melalui ACD?

ุงู„ุญูŽู…ู’ุฏู ู„ู„ู‡ seperti hujah-hujah Yang Berhormat tadi telah disebutkan bantuan-bantuan kementerian di luar negara, walau bagaimanapun kaola ingin tahu bagaimanakah peraturan atau prosedur pihak Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri menghulurkan bantuan kepada rakyat Brunei jika menghadapi kesusahan sama ada kesulitan kewangan atas sebab-sebab tertentu seperti musibah kecurian atau apa jua atau berkenaan kesihatan seperti mana yang telah disebutkan tadi.

ุงู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏู ู„ูู„ู‘ูฐู‡ู masa kini orang kita ni sudah mempunyai kesedaran yang tinggi untuk mengambil insurans perjalanan, mudah-mudahan perjalanan rakyat kita di luar negeri akan sentiasa mendapat lindungan ุงู„ู„ู‡ dan perhatian daripada Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri. Masih kedengaran terdapat di negara-negara antarabangsa kekurangannya pengenalan dan pengetahuan tentang Negara Brunei Darussalam. Disarankan supaya Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri lebih proaktif dalam memperkenalkan secara berterusan Negara Brunei Darussalam di persada antarabangsa dengan membuat pameran-pameran kebudayaan dan lain-lain seperti mana negara kita juga sering menerima pameran dari negara-negara sahabat contohnya pameran kebudayaan, pameran-pameran diadakan di muzium-muzium kita di samping yang sedia ada melalui media massa, memberikan pengetahuan dan menarik minat dunia antarabangsa dalam jangka panjang dalam industri pelancongan.

Bagi mengakhiri hujah kaola pagi ini, kaola mohon izin kerjasama pihak Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri bagi kaola untuk โ€œbedudunโ€ ke kementerian Yang Berhormat bagi mengutarakan isu-isu yang tidak dapat dibawakan dalam Dewan yang mulia ini. Sekian terima kasih.

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Luar Negeri IIโ€‹

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Terima kasih atas hujah daripada Yang Berhormat. Ada beberapa perkara yang kaola dapat ambil perhatian. Satu antaranya mengenai ASIA Corporation Dialog. ASIA Corporation Dialog ditubuhkan pada tahun 1990-an khususnya bagi merapatkan lagi hubungan antara ASEAN bersama Northeast Asean, South Asean Continent dan juga sebahagian daripada timur tengah.

Corporation dibawah ACD ini sangat digelar in English "loose", kalau Melayu "longgar" mungkin kurang tepat. Jadinya, kerjasama-kerjasama yang diadakan menerusi ASIA Corporation Dialog adalah lead by champion, sekiranya ada yang merasakan mereka mempunyai advantage ataupun expertise dalam sesuatu bidang.

Dalam pada itu, dari segi komitmen ia adalah voluntary step by step dan progresif. Pada masa ini, kementerian merasakan kerjasama ACD masih lagi pada tahap awal yang perlu ditangani dan dimata-matai secara berterusan. Bukan seperti kerjasama yang diadakan di bawah ASEAN ataupun APEC (ASIA Pacific Economic Corporation) atau pun di bawah ASEM (ASIA Europe Meeting) dan seterusnya.

Dari segi scholarship yang diterima ataupun bantuan-bantuan, data tersebut berkurangan tetapi sekiranya Yang Berhormat Pengerusi membenarkan, kaola akan mendapatkan maklumat-maklumat tersebut dan menyampaikan kemudian.

Dari segi bantuan yang dihulurkan oleh mission ataupun pejabat-pejabat Negara Brunei Darussalam di negara-negara luar, memang itu adalah satu term of reference bagi mission tersebut khususnya dalam memberikan consular assistant ataupun bantuan konsular. Ini adalah bagi mempermudahkan rakyat-rakyat Brunei sekiranya dalam kesusahan ataupun emergencies.

Walau bagaimanapun, seperti mana yang kaola nyatakan dalam mukadimah tadi adalah digalakkan semua yang ingin ke luar negeri atas urusan peribadi, mendapatkan insurans bagi memudahkan juga mereka sendiri sekiranya kehilangan kewangan, jatuh sakit ataupun sebagainya.

Mengenai kefahaman ataupun pengetahuan tentang Negara Brunei Darussalam memang secara berterusan. Dengan adanya 43 mission mempromosikan Brunei kepada dunia semasa mengadakan hari-hari kebesaran ataupun hari-hari utama seperti National Day ataupun kadangkadang hari raya secara persendirian.

Memanglah tugas Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri memberi kefahaman tersebut seperti tahun lepas, Negara Brunei Darussalam pun menjadi well-known akibat isu-isu dalaman yang disalahfahamkan dan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri terus melaksanakan, usaha-usaha memberikan kefahaman lebih lanjut mengenai tatacara tradisi, agama dan kehidupan kebruneian kita. Akhirnya Yang Berhormat Pengerusi, kaola sangat-sangat menyambut baik niat untuk "berdudun" ke Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri, cuma kaola juga extend the invitation to all Yang Berhormat sekiranya mereka juga dapat datang bersama supaya penerangan yang lebih terperinci dan spesifik dapat kaola berikan. Terima Kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusiโ€‹

Saya persilakan Yang Berhormat Fdr. Ar. Dayang Siti Rozaimeriyanty binti Dato Seri Laila Jasa Haji Abdul Rahman.

Yang Berhormat Fdr. Ar. Dayang Siti Rozaimeriyanty binti Dato Seri Laila Jasa Haji Abdul Rahmanโ€‹

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat atas mukadimah tadi. Saya ada 3 soalan:-

  1. Adakah terdapat sebarang pencapaian bagi Pejabat Perwakilan Negara Brunei di luar negeri dalam membantu mempromosikan produk-produk dan juga perkhidmatan services tempatan bagi membantu meningkatkan imej Brunei di arena antarabangsa?;

  2. Di bawah Rancangan Kemajuan Negara, pengurusan pejabat perwakilan luar negeri ada beberapa buah projek bangunan awam yang sedang dijalankan. Adakah terdapat penglibatan ataupun pendedahan syarikat-syarikat tempatan dalam menyediakan perkhidmatan seperti penyediaan kontrak, pengurusan projek, input dari segi reka bina, reka bentuk dan sebagainya?; dan

  3. Kutipan hasil daripada penyewaan Pusat Persidangan Antarabangsa selalu menunjukkan hasil yang positif seperti pada tahun 2018/2019, kutipan hasil kerajaan adalah sebanyak $721,347.52. Akan tetapi pada tahun 2020/2022, sasaran kutipan hasil menurun sebanyak $75,000.00 sahaja. Walaupun Brunei menjadi tuan rumah ASEAN pada tahun 2021,

  4. bukankah kutipan hasil dari penyewaan dewan tersebut masih diterima dari kementerian-kementerian yang mengadakan mesyuarat-mesyuarat secara JV.

Sekian terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Luar Negeri IIโ€‹

Terima kasih Yang Berhormat atas pertanyaan-pertanyaan tersebut. Dari segi menjawabnya, Yang Berhormat Pengerusi, kaola akan do it in reverse. Pada Tahun 2020/2022, dianggarkan pendapatan ataupun kutipan dan hasil daripada Pusat Persidangan Antarabangsa menurun. Ini mengambil kira bukan sahaja penggunaan ICC pada tahun tersebut akan disekat penggunaannya disebabkan oleh persediaan-persediaan yang perlu diadakan, satu antaranya adalah persediaan bagi mesyuarat-mesyuarat peringkat Menteri-Menteri ASEAN khususnya Menteri-Menteri Social Cultural, Menteri-Menteri Ekonomi dan Perdagangan dan Menteri-Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Keselamatan.

Walau bagaimanapun, dalam mempersiapsediakan ICC bagi mesyuarat-mesyuarat tersebut beberapa kerja-kerja pengubahsuaian akan diambil bagi dilaksanakan dan ini mengambil jangka masa yang panjang supaya persediaan-persediaan tersebut adalah teratur.

Pada menjawab soalan yang menyatakan kalau kementerian-kementerian tersebut meminjamnya mereka akan membayar dari bajet kementerian-kementerian tersebut. Bagi ASEAN SUMMIT, ia kebiasaan kementerian-kementerian yang mengadakan The Main Ministerial Meeting, that is the social cultural economical and foreign ministry serta juga The ASEAN Summit itself semuanya adalah akan ditanggung oleh kerajaan dan the cost of using the ICC ataupun penggunaan ICC itu tidak akan diambil daripada kementerian-kementerian tersebut. Jadinya, itulah yang memberikan anggaran tersebut menunjukkan pengurangan.

Mengenai penglibatan pakar-pakar seperti arkitek ataupun seni bina dalam kontrak-kontrak pembinaan ataupun pengubahsuaian mission pejabat-pejabat di luar negara, kontrak-kontrak tersebut memang ditawarkan kepada syarikat-syarikat tempatan untuk membuat reka bentuk dan juga keperluan-keperluan architecturenya dan ini Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri bekerjasama dengan Kementerian Pembangunan dalam membuat tawaran-tawaran tersebut.

Dari segi terdapat pencapaian, missions di luar negara terhadap menarik pelaburan dan meningkatkan perdagangan, memanglah usaha Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri menerusi missions tersebut sebagai wakil agensi-agensi kerajaan yang di Brunei seperti mana sekiranya kita mahu mengeksport barangan ke luar negeri, isu-isu untuk mengenal pasti apakah standard requirement ataupun standardization requirement negara tersebut selain dari itu juga sekiranya agensi-agensi ataupun government companies yang memerlukan bantuan untuk approach beberapa syarikat yang mereka rasakan berkepentingan maka missions tersebut akan membuat perjumpaan-perjumpaan tersebut sebagai perjumpaan awal.

Jadinya dari segi pencapaian menyatakan ia ada ataupun tidak barangkali bukan dalam list mission di luar negara cuma yang akan ada ialah beberapa perjumpaan ataupun lawatan yang dibuat kepada negara tersebut ataupun kepada Negara Brunei Darussalam, terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusiโ€‹

Saya persilakan Yang Berhormat Pengiran Haji Ali bin Pengiran Maon.

Yang Berhormat Pengiran Haji Ali bin Pengiran Maonโ€‹

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

ุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒู… ูˆุฑุญู…ุฉ ุงู„ู„ู‡ ูˆุจุฑูƒุงุชู‡ kaola ingin menyampaikan cadangan secara ringkas. Dicadangkan supaya pihak kedutaan atau pejabat perwakilan di luar negara memaparkan atau memberigakan usaha-usaha, kegiatan-kegiatan atau ucapan-ucapan dengan memuat turun dan mengemaskinikan laman web mereka sebagai salah satu wadah maklumat yang lebih berkesan kepada orang awam bagi menjadikan mereka akan lebih peka dengan tugas dan fungsi kedutaan dan perwakilan. Lebih-lebih lagi ia akan lebih berguna kepada masyarakat negara luar seperti ahli urus niaga yang ingin mengetahui mengenai latar belakang Negara Brunei Darussalam dan mencari peluang-peluang ekonomi yang ada atau menarik minat pelanong-pelancong asing serta maklumat mengenai pendirian Negara Brunei Darussalam terhadap beberapa isu global semasa.

Yang Berhormat Pengerusi sebagaimana seruan Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II mengenai perkhidmatan e-Register, kaola menyambut baik seruan agar semua rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam yang akan membuat perjalanan ke negeri bagi mengetahui tujuan keberadaan di mana kitani berada semasa di luar negeri.

Hanya kaola ingin menambah sedikit apakah langkah yang diambil seterusnya oleh pihak kementerian atau kedutaan selepas pendaftaran e-Register dibuat bagi menjamin kesejahteraan mereka semasa berada di negara itu dan adakah juga pendaftaran ini turut melibatkan pegawai-pegawai kerajaan yang menghadiri mana-mana seminar, mesyuarat atau jemputan di luar negeri? Sebagai satu cadangan kaola agar e-Pendaftaran ini dijadikan sebagai satu syarat atau peraturan bagi mana-mana individu yang ingin membuat perjalanan ke luar negara. Sekian Yang Berhormat Pengerusi.

ูˆุจุงู„ู„ู‡ ุงู„ุชูˆููŠู‚ ูˆุงู„ู‡ุฏุงูŠุฉ ูˆุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒู… ูˆุฑุญู…ุฉ ุงู„ู„ู‡ ูˆุจุฑูƒุงุชู‡

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Luar Negeri IIโ€‹

Terima kasih Yang Berhormat. Kaola berterima kasih atas cadangan-cadangan yang dinyatakan oleh Yang Berhormat. Khususnya dalam meningkatkan usaha-usaha menampilkan kegiatan-kegiatan dan peluang-peluang mengenai Negara Brunei Darussalam di luar negara. Memang pada masa ini setiap pejabat perwakilan bila mengadakan hari-hari kebesaran ataupun national day event akan terus mengambil peluang tersebut untuk mempamerkan bukan sahaja mengongsikan perdagangan, pelaburan tetapi juga mengenai pelancongan, tradisi dan culture di negara ini. Walau bagaimanapun, kaola akan memastikan usaha - usaha tersebut untuk ditingkatkan lagi pada masa-masa akan datang dengan bekerjasama dengan lebih rapat dengan agensi-agensi kerajaan dan juga agensi-agensi bukan kerajaan.

Mengenai e-Register memanglah maklumat-maklumat yang diterima apabila seseorang individu membuat registeronline dikirakan sebagai confidential dan tidak disebar-siarkan atau tidak dikongsikan kepada sesiapa pun. e-Register ini adalah mustahak bagi pihak-pihak pejabat perwakilan untuk tahu di mana seorang individu itu berada sekiranya terjadi sebarang bencana alam ataupun apa-apa kecemasan supaya pihak pejabat perwakilan dapat terus menanganinya sekiranya mereka memerlukan bantuan daripada pejabat perwakilan.

Walau bagaimanapun ia juga dapat memberikan pejabat perwakilan berhubung terus dengan individu-individu tersebut untuk bertanya adakah mereka dalam keadaan selamat ataupun tidak sekiranya terjadi perkara-perkara yang tidak diinginkan.

Cadangan bagi pegawai kerajaan juga untuk e-Register apabila menghadiri mesyuarat ataupun keluar negeri atas urusan rasmi pada masa ini memanglah perkara tersebut ini tidak dimestikan memandangkan memang sudah pihak-pihak kedutaan mengenal pasti perjalanan pegawai-pegawai tersebut memandangkan persediaan-persediaan pegawai-pegawai yang ke luar negeri tersebut akan juga dibuat oleh pejabat-pejabat perwakilan. Walau bagaimanapun, perkara ini akan dikaji selidik lagi dan sekiranya diperlukan akan dilaksanakan kemudian hari, terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusiโ€‹

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II, kalau saya tidak silap soalan yang pertama itu berhubung dengan webpage pejabat-pejabat kita ini di luar negeri menurut Yang Berhormat ini harus dikemaskinikan supaya dapat dilihat bukan sahaja kita ini bahkan orang luar negeri juga.

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Luar Negeri IIโ€‹

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Kadang-kadang kalau beranak-anak, kaola selalu lupa soalan yang awal itu; sebab itu kaola selalu menjawab dari belakang. Mengenai updating ataupun mengemaskinikan webpage pejabat-pejabat perwakilan di luar negeri memang perkara ini terus menerus diadakan dan diteliti khususnya dari segi standardization maklumat yang perlu dikeluarkan dan maklumat yang spesifik kepada pejabat-pejabat perwakilan tersebut. Walau bagaimanapun, kaola akan meneliti perkara ini pada masa akan datang. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusiโ€‹

Saya persilakan Yang Berhormat Dayang Khairunnisa binti Awang Haji Ash'ari.

Yang Berhormat Dayang Khairunnisa binti Awang Haji Ash'ariโ€‹

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Beberapa Ahli Yang Berhormat telah memberi banyak cadangan tentang sistem e-Register dan Kaola juga ingin memberi cadangan tambahan. Kaola berpendapat peranan kementerian terutama sekali pejabat perwakilan Negara Brunei Darussalam di luar negeri haruslah lebih proaktif dalam mendapatkan maklumat terkini melalui pejabat perwakilan luar negara di Negara Brunei Darussalam dengan lebih kerap. Terutama sekali bagi penuntut yang menyambung pelajaran di luar negara secara persendirian ataupun di bawah biasiswa dari luar negara mahupun mereka yang bekerja di luar negara. Selalunya mereka ini perlu memohon visa melalui perwakilan dari luar negara tersebut di Negara Brunei Darussalam sebelum bertolak tetapi tidak melapor kepada kementerian mungkin atas sebab terlepas pandang ataupun menganggap sudah diketahui.

Di samping itu, kaola berpendapat sistem e-Register tersebut boleh diperluaskan lagi sebagai contoh dengan menyimpan maklumat ataupun QR Code ataupun kiosk untuk mengisi maklumat mereka di lapangan terbang antarabangsa bagi mengingatkan orang ramai yang akan keluar negeri.

Biasanya, walaupun kita membaca dalam suratkhabar sudah akan belayar tidak lagi ingat. Jadi, ada baiknya kitani lebih proaktif dengan mengingatkan juga orang ramai dan lebih aktif berhubung dengan pejabat-pejabat yang di dalam negeri ini. Sebab kita pun faham manusia ini kadang-kadang lupa, sudah emergency baru 'terkapai-kapai' untuk mencari contact embassy tersebut. Jadi dengan memastikan maklumat adalah terkini ia membolehkan Pejabat Perwakilan Negara Brunei Darussalam di luar negeri akan lebih bersedia apabila berlakunya kecemasan sebab biasanya sudah ada kecemasan baru hendak mencari orang-orang Brunei tersebut. Jadi sepatutnya lebih proaktif.

Apakah peranan pejabat perwakilan luar negeri dalam menganjurkan program diplomasi di negara-negara yang ditempatkan? Sebagai contoh dialog ataupun makan malam bersama pihak-pihak yang berkepentingan untuk menyambut hari antarabangsa seperti Hari Wanita Antarabangsa ataupun aktiviti bagi menyambut sebagai contoh Hari Hutan Antarabangsa.

Ini membukakan peluang bagi pertukaran maklumat, networking dan mampu menarik lebih ramai orang ke negara ini dan menyumbang kepada KDNK negara apabila lebih banyak perhatian yang positif diberikan dalam meneroka peluang yang ada di Negara Brunei Darussalam, terima kasih.

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Luar Negeri IIโ€‹

Terima kasih Yang Berhormat atas pertanyaan dan cadangan tersebut. Memang sistem e-Register pada masa ini yang diadakan belum boleh dikatakan sempurna. Kalau diteliti dari sistem-sistem e-Register di luar negara ada yang sudah mempunyai apps bukan saja kiosk dan dapat digunakan oleh individu tersebut semasa mereka di luar negeri menerusi apps yang dimuat turun. Walau bagaimanapun memang e-Register ini akan dipertingkatkan dan diperluaskan maklumat mengenainya.

Cadangan-cadangan Yang Berhormat itu tadi akan saya ambil maklum dan akan sampaikan kepada pihak konsular untuk meneliti semula cadangan-cadangan dan kesesuaian yang ada. Memang sekarang dengan adanya Online Registration System yang memudahkan kita, pendaftaran perlulah dibuat secara lebih mudah dan senang.

Peranan pejabat-pejabat perwakilan terhadap Program Diplomasi ataupun hari-hari tertentu seperti Hari Wanita Sedunia ataupun Hari Perhutanan. Tertakluk kepada kesesuaian dengan negara tersebut juga. Kita bukan saja membuat perjumpaan-perjumpaan ataupun mengundang perwakilan-perwakilan negara-negara lain dan juga daripada agensi-agensi kerajaan di negara-negara tersebut untuk menghadiri majlis-majlis tertentu secara rasmi dan tidak rasmi sebab kadang-kadang pihak kedutaan mempunyai inisiatifnya tersendiri juga untuk mengadakan perjumpaan-perjumpaan bersama pihak-pihak daripada kementerian luar negara-negara tersebut ataupun dengan rakan-rakan mereka dari perwakilan-perwakilan negara lain.

Dari segi program-program ataupun majlis-majlis yang diadakan memang kementerian menggalakkan perwakilan-perwakilan untuk mengadakan tetapi tertakluk juga kepada kesesuaian dan yang paling penting peruntukan yang mencukupi. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusiโ€‹

Saya persilakan Yang Berhormat Awang Iswandy bin Ahmad.

Yang Berhormat Awang Iswandy bin Ahmadโ€‹

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

ุงู„ุณู‘ูŽู„ูŽุงู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒูŽุงุชูู‡ู ุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ู‡ู ุงู„ุฑู‘ูŽุญู’ู…ูฐู†ู ุงู„ุฑู‘ูŽุญููŠู…ู

Seperti yang kita ketahui Brunei adalah ahli kepada beberapa perhimpunan seperti United Nation General Assembly, Paris Agreement, ASEAN Summit serta beberapa perhimpunan organisasi besar yang lainnya serta telah dikongsikan tadi oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Luar Negeri mengenai penglibatan belia kita ni di platform seperti ASEAN Youth Action dan ASEAN Youth and Climate Action, terima kasih.

Soalan saya ialah:-

  1. Apakah kesinambungan dari tahap penglibatan belia di dalam foreign polisi kita ni atau dasar luar negara ini?; dan

  2. Adakah peruntukan khas yang diberikan dalam perkara ini termasuk penglibatan dalam program-program yang disebutkan tadi?

Sebagai pemikiran kerana banyak sudah belia kita ni yang dihantar ke luar negeri tetapi di sana sahaja tinggal ilmunya seperti contoh di dalam negeri sahaja seperti Hari ASEAN ataupun Hari Commonwealth sunyi sedikit di sini. Saya percaya jika di luar negara berbangga dengan aktivis belia mereka seperti Greta Thunberg yang turut bergerak bersama pemimpin dunia dalam pengamatan dan penglibatan, saya bersama belia kita ni tidak kurang hebatnya juga belia Brunei. Terima kasih.

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Luar Negeri IIโ€‹

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Laju Yang Berhormat itu membuat question. Tapi apa yang dapat kaola tangkap tadi mungkin dari segi penglibatan belia dalam dasar luar negara ataupun dalam aktiviti-aktiviti dasar luar Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri. Buat masa ini memang Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri menerusi pertubuhan-pertubuhan ataupun bila menganggotai pertubuhan yang mengadakan perjumpaan ataupun conference bagi belianya, memang Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri menyokong usaha-usaha pertubuhan-pertubuhan tersebut.

Kaola sendiri telah membuat perjumpaan dengan beberapa belia yang menghadiri ataupun ikut serta program-program belia di bawah Commonwealth Asia Europe Meeting dan di bawah ASEP itself yang mereka punya penglibatan ada yang daripada guru sekolah, PHD student adalah untuk merangka kerjasama serantau yang lebih berkesan kepada bukan saja belia yang di Brunei termasuk juga belia dalam organization tersebut seperti Commonwealth dan ASEM. Apabila mereka kembali ke Brunei mereka sentiasa diundang oleh Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri apabila ada beberapa majlis tertentu untuk meneliti dan mendapatkan feedback hasil daripada penyertaan mereka di pertubuhan-pertubuhan ataupun mesyuarat-mesyuarat tertentu.

Jadinya, perkara ini memang on going dan diteruskan. Dari segi penglibatan belia dalam dasar-dasar luar masa ini memang perbincangan menerusi ASEAN Youth Program dapat berinteraksi untuk memberi input kepada dasar-dasar yang akan dilaksanakan secara bersepakat di dalam negeri ataupun dalam rantau ASEAN. Isu tersebut bukanlah menjadi satu isu baharu tetapi memang dari segi youth involvement dalam ASEAN ataupun dari youth involvement dalam ASEAN kita dapat mengenal pasti juga dasar-dasar yang perlu diselaraskan ataupun diberi kesinambungan dalam usaha-usaha Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusiโ€‹

Saya persilakan Yang Berhormat Awang Haji Abdul Hamid bin Haji Mumin.

Yang Berhormat Awang Haji Abdul Hamid bin Haji Muminโ€‹

ุจุณู… ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุฑุญู…ู† ุงู„ุฑุญูŠู… ุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒู… ูˆุฑุญู…ุฉ ุงู„ู„ู‡ ูˆุจุฑูƒุงุชู‡

Yang Berhormat Pengerusi, terima kasih atas keizinan juga yang diberikan kepada Kaola.

Kaola sukacita ingin bercakap juga dalam Tajuk SC01A - Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri. Kementerian ini yang dibekalkan peruntukan sebanyak $113,904,600.00 bagi Tahun Kewangan 2020/2021.

Yang Berhormat Pengerusi. Kaola dengan hormat mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri atas mukadimah yang jelas diterangkan bagi arah tuju kementerian ini. Nampaknya Yang Berhormat Pengerusi, dalam pandangan Kaola bahawa pihak Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri sudah pasti akan meningkatkan lagi tugas dan tanggungjawab bagi memberikan kerjasama, pengawalan ke luar masuk pelawat dari luar negeri ke Negara Brunei Darussalam dan juga komunikasi dengan negara-negara luar untuk mengenal pasti kemasukan orang-orang dari luar negeri terutama yang bekerja ke Brunei bagi membantu menjamin dan mengekalkan rekod keselamatan dalam negeri dari berbagai-bagai anasir yang negatif dan memastikan tidak ada yang mempunyai rekod seperti rekod jenayah bagi menjamin dan mengawal keselamatan dalam negeri.

Yang Berhormat Pengerusi. Dalam sudut yang lain, kita juga mengharapkan kementerian ini akan terus berperanan secara berpanjangan untuk membantu mempromosikan anak-anak Brunei Darussalam untuk peluang pekerjaan di luar negeri. Di samping itu mengongsikan maklumat dan informasi.

Adalah perlu juga menubuhkan satu unit perkhidmatan dan juga untuk mendidik dari segi psikologi dan melatih secara intensif bagi persiapan berada di luar negeri kepada penuntut yang berjaya bagi menjadikan mereka mempunyai siap sedia dari segi mental dan fizikal yang baik.

Selain itu, Yang Berhormat Pengerusi, kaola rasa harus juga diambil kira antara masalah mungkin dihadapi oleh pelajar ialah mengenai tempat tinggal sebagaimana yang difahamkan mereka ini terpaksa mencari sendiri rumah sewa. Secara umumnya, bagi yang sudah berpengalaman mungkin perkara itu tidak menimbulkan masalah.

Dengan hal yang demikian, adalah dicadangkan agar Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri akan dapat berperanan membantu sebaik mungkin dan memastikan kediaman itu sesuai dan selamat dan ini amat memudahkan juga kepada kementerian mengetahui tempat tinggal warga Brunei di luar negeri jika sekiranya ada kejadian yang tidak diingini atau masalah yang dihadapi oleh mereka.

Yang Berhormat Pengerusi. Itu sahaja yang dapat dikongsikan.

Yang Berhormat Pengerusiโ€‹

Barangkali Yang Berhormat, ada baiknya kalau sekiranya soalan itu kita timbulkan nanti kalau kita menimbangkan belanjawan Kementerian Pendidikan. Di sana mempunyai peruntukan scholarship dan penghantaran penuntut-penuntut ke luar negeri dan seumpamanya. Perkara ini barangkali tidak sesuai untuk dibincangkan oleh Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri.

Yang Berhormat Awang Haji Abdul Hamid bin Haji Muminโ€‹

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusiโ€‹

Saya persilakan Yang Berhormat Awang Haji Ramli bin Haji Lahit.

Yang Berhormat Awang Haji Ramli bin Haji Lahitโ€‹

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

ุงู„ุณู‘ูŽู„ูŽุงู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒูŽุงุชูู‡ู dan salam sejahtera. Yang Berhormat Pengerusi. Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri yang diperuntukkan $113,904,600.00 sebagai nadi perhubungan antara-bangsa dan dasar luar negara. Selain itu, menjaga kepentingan nasional negara serta menyumbang kepada masyarakat antarabangsa dengan adil dan saksama melalui diplomatik yang proaktif. Antara lain, dipertanggungjawabkan mengenai hubungan diplomatik dan hal-ehwal kaunselor.

Menyentuh tentang hubungan diplomatik, soalan kaola, bagaimanakah kementerian ini mengatasi atau menyelesaikan jika berlaku satu permasalahan dari negara yang ada hubungan diplomatik yang menyingung integriti atau kedaulatan negara yang kadangkala menyebabkan rakyat juga ikut terasa? Oleh itu, diharap agar penyelesaian yang dilaksanakan membolehkan hubungan dengan negara berkenaan masih tetap utuh dan harmoni ibarat โ€œmenarik rambut dalam tepung, rambut jangan putus, tepung jangan terburaiโ€.

Menyentuh tentang hal-ehwal kaunselor pula, apakah bentuk kerjasama yang lain yang telah dilaksanakan secara segera dengan negara yang ada hubungan diplomatik selain contoh permasalahan COVID-19 di China yang baru dijelaskan oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II tadi.

Sekian, terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Luar Negeri IIโ€‹

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi dan terima kasih juga Yang Berhormat bagi soalan pertama, bagaimana Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri menjamin hubungan rapat. Terjalinnya hubungan rapat antara Negara Brunei Darussalam dengan negara-negara lain terjamin adalah menerusi seperti mana yang kaola berpandukan kepada konsep Melayu Islam Beraja, bermesyuarah, menjaga kepentingan bersama dan juga tidak intervene dalam hal-ehwal negara luar yang lain.

Jadinya sekiranyalah sebagai contoh terjadi isu-isu yang boleh menimbulkan ketegangan hubungan diplomatik Kementerian Luar adalah the frontliners untuk membuat perundingan secara rasional dan tenang. Bagi membincangkan tatacara mengatasi masalah-masalah sekiranya ada dan untuk memahami kenapa ia dianggap sebagai masalah di pihak luar tersebut dan kemudiannya membincang bagaimana untuk mengatasi masalah tersebut dengan tenang dan damai. There is no standard operating procedures atau tiada tatacara yang standard bagi setiap isu, cuma ia perlu dan berdasarkan kepentingan ini adalah tidak dinyatakan secara terang hubungan baik di antara bukan sahaja negara tetapi dari menteri-menteri kabinet negara tersebut dan ketua kerajaan negara tersebut dengan negara kitani.

Kadang-kadang Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri ini selalu dibrand sebagai suka belayar "belayar saja Dato Erywan atu eh, kenapa tia batah di Brunei kali ani?โ€ Sebenarnya itu adalah tugas dan tanggungjawab di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri sebagai Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II untuk merapatkan hubungan dengan pihak-pihak di luar negara. Jadinya, itulah landasan dan foundation fundamental dalam mengeratkan hubungan bersama negara-negara lain. Sekiranya terjadi apa-apa we are always on the call, ditelefon sahabat-sahabat, kawan-kawan sejawatan bertanyakan apa masalahnya.

Dari segi konsular bukan sahaja sebagai contoh dinyatakan tadi mengenai 2 orang rakyat Brunei di Wuhan, Hubei Provinsi China tetapi consular system ini mustahak dan ia berkait dengan e-Register kerana dengan adanya e-Register pejabat konsular di Brunei mahupun di perwakilan-perwakilan di luar negeri dapat dengan serta merta alert ada rakyat Brunei di kawasan tersebut dan perlu bantuan sekiranya terjadi gempa bumi ataupun banjir, kebakaran seperti di Australia setiap kali ada bencana alam pejabat-pejabat perwakilan sudah ada berapa nombor rakyat Brunei ataupun penduduk Brunei yang berada di kawasan tersebut dan menghubungi mereka secepat boleh untuk mengetahui keadaan sebenarnya on the ground dan kalau perlu mereka juga akan pergi ke tempat-tempat berkenaan untuk berjumpa dan meneliti keadaan sebenar rakyat dan penduduk di Brunei. So consular system lebih efektif sekiranya ia tahu di mana rakyat Brunei itu berada dan untuk mengetahui di mana rakyat Brunei berada ia perlu mengadakan membuat e-Register. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusiโ€‹

Saya mempersilakan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Putera Maharaja Dato Paduka Awang Haji Abdul Ghani bin Pehin Datu Pekerma Dewa Dato Paduka Awang Haji Abdul Rahim.

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Putera Maharaja Dato Paduka Awang Haji Abdul Ghani bin Pehin Datu Pekerma Dewa Dato Paduka Awang Haji Abdul Rahimโ€‹

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Kaola hanya akan menanyakan satu soalan sahaja dan cadangan. Yang satu lagi ini ialah untuk mengucapkan terima kasih kepada pegawai-pegawai di Kementerian Hal Ehwal Luar yang pernah abis kaola ke luar negeri menghadiri mesyuarat-mesyuarat rasmi Majlis Mesyuarat Negara (MMN).

Mereka itu sudah bekerja dengan bertungkus-lumus memeduli abiskaola di luar negeri dengan cemerlang dan kaola ingin merakamkan, mencatatkan tahniah dan terima kasih atas pemedulian mereka itu.

Kaola mendapat tahu ada beberapa tapak tanah yang telah dibeli oleh Kerajaan Brunei di luar negeri yang diniatkan untuk membina bangunan kedutaan Negara Brunei Darussalam di negara tersebut yang antaranya masih kosong setelah beberapa lama. Soalan ini pernah kaola timbulkan pada tahun 2017 dan Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Luar Negeri waktu itu menjawab belum ada bajet.

Jadi, kaola merasa jika terlampau lama dibiarkan kosong tanah itu dengan kitani menyewa bangunannya arah lain tentulah menggunakan kewangan yang banyak. Jika boleh pada tahun ini atau tahun depan disediakan bajet yang khas untuk membangun bangunan kedutaan itu. Especially kaola mention sebutkan di sini ialah bangunan kedutaan Brunei di Jakarta. Jakarta ataupun Indonesia adalah negara besar dalam ASEAN dan jiran kitani. Kaola rasa jika ada bangunan sendiri dengan design yang kitani sesuaikan dengan kemudahan-kemudahan yang ada untuk keperluan pegawai dan juga keperluan negara seperti surau dan lain-lain yang memenuhi keperluan kitani.

Itu sahaja Pengerusi. Kaola harapkan tanah yang sudah lama kosong itu, kaola kira-kira lebih kurang 20 tahun lebih sudah jua dan jika dikumpulkan sewanya "barangkali" boleh sudah membangun bangunan sendiri dengan lebih sempurna, terima kasih.

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Luar Negeri IIโ€‹

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat di atas saranan dan juga soalan Yang Berhormat itu tadi. Memang di Negara Brunei Darussalam pada masa ini sudah menubuhkan sebanyak 43 buah pejabat-pejabat perwakilan di luar negara dan kerajaan juga melalui Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri berusaha untuk membeli tapak-tapak tanah bangunan ataupun membina bangunan sendiri dijadikan sebagai pejabat-pejabat perwakilan dan kediaman rasmi ketua-ketua perwakilan serta bangunan kediaman pegawai-pegawai perwakilan yang berada di luar negeri.

Pembelian tapak tanah dan bangunan dibuat setelah memastikan tempat dan kawasan berkenaan bersesuaian dari segi kemudahan perhubungan keselamatan dan lainnya, kos juga merupakan faktor utama dalam penilaian pembelian aset-aset tersebut.

Terdapat juga keadaan di mana persetujuan dicapai untuk bertukar tanah ataupun bangunan dengan memperuntukkan kawasan tanah di Brunei bagi perwakilan yang datang dari luar dan juga diberikan kepada Brunei di negara-negara tersebut. Jadinya setakat ini kerajaan memiliki 15 buah bangunan pejabat-pejabat perwakilan dan beberapa rumah kediaman rasmi bagi ketua perwakilan. Pada masa ini juga kementerian memang merancang dan terus merancang untuk mengendalikan pembinaan bangunan-bangunan pejabat perwakilan serta kediaman perwakilan di luar negeri menurut prioriti keperluan semasa tertakluk kepada peruntukan yang ada.

Pada masa ini, menjadi keutamaan peruntukan yang dicadangkan dalam peruntukan kemajuan kediaman rasmi ketua perwakilan luar negeri dan pejabat perwakilan di Riyadh dan Berlin sedang diteliti untuk dimajukan bersama juga rumah kediaman perwakilan rasmi di Canberra.

Memanglah hasrat kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk memiliki sebanyak mana bangunan di luar negeri bagi keperluan pegawai-pegawai perwakilan kerana bagi mengurangkan kos penyewaan. Oleh yang demikian, kawasan tanah-tanah kepunyaan Negara Brunei Darussalam di bawah Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dari semasa ke semasa akan dimajukan dan untuk lebih spesifik, Jakarta salah satu kawasan negara yang sedang diteliti kesesuaian untuk membina pejabat perwakilan di sana. Walau bagaimanapun, kita mengambil maklum bahawa Indonesia akan memindahkan ibu kotanya dari Jakarta ke Kalimantan. Perkara ini akan diteliti berterusan untuk jangka masa pendek dan juga jangka masa panjang.

Yang Berhormat Pengerusiโ€‹

Ahli-Ahli Yang Berhormat kita telah pun membincangkan mengenai belanjawan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan soalan-soalan yang ditimbulkan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat telah dijawab oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II, maka sekarang saya ingin mengundi Rang Belanjawan ini. Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju, sila angkat tangan.

(Semua Ahli mengangkat tangan tanda bersetuju)

Yang Berhormat Pengerusiโ€‹

Semua Ahli Yang Berhormat bersetuju, maka Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri diluluskan.

Yang Dimuliakan Jurutulisโ€‹

Tajuk SC01A - Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dijadikan sebahagian daripada Jadual.

Yang Berhormat Pengerusiโ€‹

Ahli-Ahli Yang Berhormat saya kira cukuplah dulu kita membincangkan dan menimbangkan rang undang-undang ini saya cadangkan mesyuarat ini kita tangguhkan dulu kita bersidang semula ke Persidangan Majlis Mesyuarat Negara.

(Mesyuarat Jawatankuasa ditangguhkan)

(Majlis Mesyuarat bersidang semula)

Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ€‹

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kita sekarang bersidang semula di Persidangan Majlis Mesyuarat Negara. Saya ingin tangguhkan mesyuarat kita ini untuk kita berehat sebelah tengah hari dan ุฅู† ุดุงุก ุงู„ู„ู‡ kita akan bersidang semula pukul 2.30 petang.

Sekian, ูˆุจุงู„ู„ู‡ ุงู„ุชูˆููŠู‚ ูˆุงู„ู‡ุฏุงูŠุฉ ูˆุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒู… ูˆุฑุญู…ุฉ ุงู„ู„ู‡ ูˆุจุฑูƒุงุชู‡

(Majlis Mesyuarat ditangguhkan)

(Majlis Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang)

Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ€‹

ุจุณู… ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุฑุญู…ู† ุงู„ุฑุญูŠู… ุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒู… ูˆุฑุญู…ุฉ ุงู„ู„ู‡ ูˆุจุฑูƒุงุชู‡

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kita masih lagi membahaskan dan meneliti Rang Undang-Undang (2020) Perbekalan, 2020/2021 yang telah dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II. Maka bagi membolehkan kita meneliti tajuk-tajuk yang seterusnya dalam Rang Undang-Undang ini, saya tangguhkan Persidangan Majlis Mesyuarat Negara untuk membolehkan majlis ini bersidang di Peringkat Jawatankuasa sepenuhnya.

(Majlis Mesyuarat ditangguhkan)

(Mesyuarat bersidang sebagai Jawatankuasa)

Yang Berhormat Pengerusiโ€‹

ุจุณู… ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุฑุญู…ู† ุงู„ุฑุญูŠู…

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Mesyuarat Jawatankuasa disambung lagi bagi membincangkan dan meneliti Rang Undang-Undang (2020) Perbekalan, 2020/2021 satu persatu. Sekarang kita akan berpindah ke tajuk kementerian seterusnya.

Yang Mulia Timbalan Jurutulisโ€‹

Kementerian Kewangan dan Ekonomi di bawah Tajuk SD01A hingga Tajuk SD09A.

Yang Berhormat Pengerusiโ€‹

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Sekarang Mesyuarat Jawatankuasa beralih untuk meneliti Kementerian Kewangan dan Ekonomi berserta jabatan-jabatan di bawahnya.

Sebelum tajuk-tajuk kecil ini atau tajuk-tajuk ini dibuka untuk dibahaskan saya suka memberikan peluang kepada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II untuk memberikan pendahuluannya tentang penyediaan belanjawan bagi Kementerian Kewangan dan Ekonomi ini. Saya persilakan sekarang Yang Berhormat Menteri.

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi IIโ€‹

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. ุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒู… ูˆุฑุญู…ุฉ ุงู„ู„ู‡ ูˆุจุฑูƒุงุชู‡ ุจุณู… ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุฑุญู…ู† ุงู„ุฑุญูŠู… dan salam sejahtera. Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Peruntukan Kementerian Kewangan dan Ekonomi serta jabatan-jabatan di bawahnya bagi Tahun Kewangan 2020/2021 secara keseluruhannya adalah berjumlah $853,014,315.00. Peruntukan ini adalah untuk membiayai:

  1. Gaji Kakitangan sebanyak $65,949,619.00 iaitu peningkatan sebanyak kira-kira $2.95 juta dengan mengambil kira penerapan 87 jawatan di bawah portfolio perindustrian di Kementerian Tenaga (Tenaga dan Tenaga Manusia) dan Perindustrian pada ketika itu ke kementerian ini mulai 19 November 2019;

  2. Perbelanjaan Berulang-Ulang berjumlah $697,678,626.00 iaitu berkurang sebanyak kira-kira $31.5 juta daripada Peruntukan Tahun Kewangan 2019/2020. Dari jumlah tersebut sebanyak 78.7% iaitu kira-kira $549,327,129.00 adalah diperuntukkan di bawah Perkhidmatan Rampaian iaitu untuk keperluan guna sama setiap kementerian yang memerlukan antara lainnya seperti berikut:

i. Sejumlah $2 juta untuk membiayai persediaan-persediaan Negara Brunei Darussalam untuk menjadi Pengerusi kepada Mesyuarat ASEAN pada tahun 2021.

ii. $30 juta untuk membiayai Perkhidmatan Perubatan di JPMC;

iii. $4.45 juta untuk memajukan Daerah Temburong;

iv. $28 juta untuk pembayaran Elaun Pelajaran termasuklah;

v. $10 juta untuk membiayai Elaun Pelajaran kepada mereka yang mengikuti pendidikan tertiary di negara ini;

vi. $15 juta untuk menangani Bencana Alam dan Wabak Penyakit.

vii. $4.87 juta untuk mendatangkan tenaga pakar dan mengajar kemahiran bagi literasi dan numerasi;

viii. $34.5 juta untuk membiayai projek-projek khas kementerian-kementerian yang telah dibenarkan; dan

ix. Manakala di bawah kategori Perbelanjaan Kemajuan pula peruntukan sebanyak $89,386,070.00 dengan harga rancangan sebanyak $515,435,500.00. Antara lainnยญya untuk membiayai Projek Penubuhan Bursa Saham Negara Brunei Darussalam, Projek Pembangunan Teluk Brunei Pulau Muara Besar dan banci dan kajian sosioekonomi.

Yang Berhormat Pengerusi, dengan peruntukan yang disediakan ini Kementerian Kewangan dan Ekonomi akan terus bekerjasama dengan kementerian-kementerian dan agensi-agensi yang berkenaan ke arah meningkatkan lagi tahap produktiviti serta pemberian perkhidmatan yang berkualiti kepada orang ramai. Ini termasuklah untuk memastikan keberkesanan, kutipan hasil-hasil kerajaan serta menggalakkan pertumbuhan ekonomi melalui Pelaburan Langsung Asing, perkembangan industri dan perdagangan di dalam dan luar negeri.

Memandangkan kaola telah menerangkan secara terperinci semasa Pembentangan Belanjawan Negara bagi Tahun Kewangan 2020/2021 tempoh hari, kaola hanya akan mengongsikan secara ringkas sahaja inisiatif-inisiatif kementerian ini. Antaranya meneruskan Fiscal Consolidation Program meneliti kesesuaian untuk menguruskan pengurusan fasiliti ataupun facility management secara out sources atau PPP. Menyediakan economic blue print dan industry road map.

Meneroka dan menggalakkan peluang-peluang dan aktiviti pelaburan dengan menarik Pelaburan-Pelaburan Langsung Asing yang berkualiti bagi mempercepatkan lagi usaha pembangunan sektor swasta di negara ini. Sekali gus dapat menjana peluang pekerjaan, mempertingkatkan kapasiti dan kemahiran sumber tenaga manusia pegawai dan kakitangan di Kementerian Kewangan dan Ekonomi dan jabatan-jabatan di dalamnya.

Melalui pelaksanaan Program Pembangunan Kapasiti yang berstruktur dan berterusan dan mengadaptasi Revolusi Perindustrian 4.0 (Industrial revolution 4.0). Ekonomi digital dengan melaksanakan beberapa projek antaranya seperti centralized business and finance database system kebajikan negara. One Command Billing System, Treasury Accounting And Financing Information System 2 (TAFIS 2).

Pengintegrasian TAFIS 2 dengan Government Human Resources Management System (GHRMS) untuk menggantikan System Government Employee Management System (GEMS). Menaik taraf Brunei Darussalam National Single Window (BDNSW 2). Vehicle exit entry system, penyediaan elektronik certificate of origin melalui ASEAN Single Window dan e-General data Dissemination System untuk penyebaran perangkaan melalui online.

Yang Berhormat Pengerusi. Sekianlah yang dapat kaola kongsikan sebagai makluman dan panduan Ahli-Ahli Yang Berhormat, kaola percaya dengan kerjasama sokongan semua pihak hasrat Kementerian Kewangan dan Ekonomi ke arah memastikan kedayatahanan serta kestabilan fiskal dan kepelbagaian ekonomi akan dapat dicapai.

Sebelum kaola menutup seperti mana jua lazimnya dibuat pada tahun-tahun yang lalu, kaola memohon izin bagi peruntukan Pejabat Penerbangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atau HMFS yang disifatkan sebagai jabatan yang tertutup untuk tidak dibincangkan.

Sekian Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusiโ€‹

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Saya kira kenyataan yang dibentangkan oleh Ahli Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II tentang hala tuju Kementerian Kewangan sudah cukup jelas. Saya sekarang ingin membukakan Tajuk ini untuk dibahaskan.

Saya mulakan dengan Yang Berhormat Awang Iswandy bin Ahmad.

Yang Berhormat Awang Iswandy bin Ahmadโ€‹

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

ุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ู‡ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูฐู†ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญููŠู’ู…ู ุงู„ุณูŽู‘ู„ุงูŽู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒูŽุงุชูู‡ู

Saya ingin menyentuh mengenai Kod Akaun 004/000 โ€“ Kutipan Hasil Cukai. Lebih dahulu mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II kerana mengongsikan bajet kementeriannya.

Menurut data dari Brunei Darussalam Statistical Year Book 2018 nilai transaksi kiriman wang ke luar negara adalah $723.8 juta pada tahun 2018 dan golongan yang menggunakan perkhidmatan ini kebanyakannya adalah pekerja-pekerja dari luar negara yang berada di sini untuk bekerja. Saya ingin memberi pendapat bagi 2 perkara:

  1. Saya berpendapat sudah tiba masanya kitani mengenakan cukai kiriman wang kerana jumlah tersebut tadi adalah cukup tinggi dan jika ia dikenakan cukai yang bersesuaian dapat memberi hasil pada negara yang signifikan; dan

  2. Dengan kehadiran pelancong yang berjumlah 278,136 orang pada tahun 2018, mungkin sudah tiba masanya jua kitani memperkenalkan cukai yang bersesuaian untuk pelancong yang datang berkunjung ke negara kitani. Memberi contoh cukai tersebut bolehlah dimasukkan ke dalam tempahan penginapan hotel-hotel kitani ataupun syarat pakej. Seperti cukai pelancong, cukai tempat tinggal, cukai bagi tempat-tempat menarik dan sebagainya.

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi IIโ€‹

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Ada 2 soalan Yang Berhormat Pengerusi:

  1. Mengenai cukai bagi orang menghantar wang ke luar negeri. Barangkali perkara ini mungkin boleh dikatakan currency control jua Yang Berhormat Pengerusi. Perkara ini mesti difikirkan lebih mendalam kerana ada banyak lagi implikasi negatif kepada kitani; dan

  2. Mengenai tourist tax. Sebenarnya di mana-mana negeri memang dikenakan tourist tax walaupun di negeri Islam, sebagai contohnya, di Dubai memang dikenakan tourist tax.

Tapi kita fikirkan jua mengenai tourism industry kitani. Masa ini sudah majukah ataupun masih dalam pembangunan tourism industry kitani. Jadi kalau dikenakan tourist tax ini adakah nanti kitani punya effort untuk pembangunan tourism industry kitani. Perkara ini akan dirundingkan dengan Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan sebelum difikirkan sesuailah atau tidak cadangan ini dilaksanakan. Terima kasih.

Yang Berhormat Pengerusiโ€‹

Saya persilakan Yang Berhormat Pengiran Haji Ali bin Pengiran Maon.

Yang Berhormat Pengiran Haji Ali bin Pengiran Maonโ€‹

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

ุงู„ุณู‘ูŽู„ูŽุงู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒูŽุงุชูู‡ู, seperti yang kita maklum telah beberapa banyak projek Pembangunan Rancangan Kemajuan Perumahan diungkayahkan seperti Projek Rancangan Perumahan Mengkubau, Tanah Jambu, Katok, Lugu dan sebagainya.

Rancangan Perumahan yang merangkumi pembinaan kemudahan atau prasarana seperti sekolah dan masjid sememangnya sudah diketahui telah dirancang lebih awal. Tapi yang nyatanya kebanyakan pembangunan rancangan perumahan rata-rata masih belum mempunyai masjid atau sekolah kerana peruntukan bagi pembinaan prasarana tersebut telah dipertanggungjawabkan kepada kementerian masing-masing.

Kita sedia maklum bahawa pembinaan tersebut memerlukan peruntukan yang besar dan pada lazimnya pelaksanaannya mengikut keutamaan kementerian-kementerian tersebut. kaola ingin mengetahui jika pihak kerajaan khususnya Kementerian Kewangan dan Ekonomi sebagai kementerian yang berperanan dalam melaksanakan perancangan dan pengurusan belanjawan kerajaan.

Mengkaji dan membuat penilaian analisis kos faedah sama ada peruntukan bagi sesuatu rancangan perumahan termasuk pembinaan prasarana seperti masjid dan sekolah dapat disatukan dan diberikan secara menyeluruh kepada satu kementerian sahaja. Contohnya Kementerian Pembangunan untuk melaksanakan di bawah satu tajuk projek.

Cadangan ini jika sesuai pada pendapat kaola mungkin akan memberi kesan positif dari segi aspek pengurusan dan berpotensi mengurangkan kos pembinaan dan perbelanjaan secara keseluruhan.

Sekian Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi IIโ€‹

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi dan terima kasih jua Yang Berhormat atas soalan yang diajukan tadi.

Perkara ini boleh dikategorikan Town Country Planning sama ada perumahan kita ni atau dibangun, diselajurkan difikirkan sekolah dan masjid. Bukan sebenarnya sekolah sama masjid saja kita ni boleh fikirkan untuk komersial, kedai-kedai, tempat makan, restoran dan sebagainya. Inilah ada satu kira township planning yang memang atas tanggungjawab Kementerian Pembangunan.

Perkara ini sebenarnya kaola memang bekerjasama dengan Yang Berhormat Menteri di Kementerian Pembangunan memikirkan kalau dilihat pada masa ini kita punya perumahan yang ada pada masa ini banyaknya hanya disediakan rumah ataupun tempat tinggal tapi tidak disediakan kedai, tempat makan.

Masjid memang ada disediakan di sebahagian perumahan. Sekolah pun tidak semua ada tetapi memang ini satu way forward, Kementerian Kewangan dan Ekonomi memang sedang membincang perkara ini dengan Kementerian Pembangunan. Untuk bersama-sama memikirkan macam mana 'bisainya' kita memajukan pembangunan perumahan di masa depan.

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusiโ€‹

Seterusnya saya persilakan Yang Berhormat Dayang Khairunnisa binti Awang Haji Ash'ari.

Yang Berhormat Dayang Khairunnisa binti Awang Haji Ash'ariโ€‹

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Merujuk kepada Tajuk SD04A. Kaola menyambut baik usaha kerajaan dalam memastikan kedai-kedai tidak menaikkan harga barang-barang keperluan sewaktu COVID-19 ini, terutama sekali bagi penutup muka dan pencuci tangan.

Kaola ingin mendapat kepastian adakah tindakan akan diambil juga bagi mereka yang telah membeli barang keperluan tersebut dengan banyak ataupun hoarding dengan tujuan menjual dengan harga yang tinggi melalui media sosial. Sekiranya ada, adakah channel orang ramai boleh melaporkan perkara tersebut?

Yang kedua, cadangan ini bersangkut paut dengan isu peraturan pemasaran yang telah kaola bangkitkan tadi pagi. Contoh, tadi yang kaola berikan ialah berkaitan dengan health claims yang tidak sah. Oleh yang demikian, kaola ingin memberi beberapa cadangan sekiranya belum diperluaskan ataupun dikuatkuasakan seperti berikut:

  1. Memastikan health claims ada sumber ataupun certification, memaparkan harga dengan terang ataupun nyata, memastikan terma dan syarat nyata; dan

  2. Mengelakkan stereotype yang berunsurkan perkauman. Ini bagi mengurangkan risiko penipuan dan jua memastikan suasana perniagaan yang lebih berdaya saing.

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi IIโ€‹

Terima Kasih Yang Berhormat Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat.

Soalan pertama mengenai harga yang barang-barang keperluan seharian yang pada masa ini yang dalam price control di bawah Jabatan Perancangan, Ekonomi dan Statistik. Tidak termasuk semua barang-barang keperluannya hanya macam sudah musimnya seperti Ramadan ataupun hari raya memang jabatan ini giat survey harga-harga yang essential items supaya peniaga-peniaga ini tidak mengambil kesempatan untuk menaikkan harga.

Tetapi barang-barang, tidak semua barang atu, macam sekiranya minuman ringan dan sebagainya tidak di bawah price control tetapi kalau macam yang ada masa ini, ia ada few essential item saja. Tapi memang perkara ini kalau musim sekarang ini mengenai dengan this virus, memang ada orang mengambil kesempatan untuk naikkan harga topeng muka dan sebagainya seperti mana dalam press conference semalam kaola sudah menerangkan Kementerian Kewangan dan Ekonomi mengeluarkan satu press release supaya kita encourage orang, peniaga-peniaga tidak mengambil kesempatan, but thereโ€™s no law to force them, ikut demand and supply jua situation di mana-mana negeri pun we shouldnโ€™t be terlampau control segala-galanya. We allow demand and supply situation but in the time of crisis emergency macam ini. Then we would try to talk to the business and so they don't practice thing which are not ethical, itu saja.

Boleh kaola minta terangkan second question Yang Berhormat Pengerusi. Kaola tidak berapa jelas tadi.

Yang Berhormat Dayang Khairunnisa binti Awang Haji Ash'ariโ€‹

Minta maaf tadi sebenarnya soalan kalau was actually referring to social media users because Iโ€™ve read the press conference statement, I also agree with that action advising companies tetapi itu akan melibatkan orang-orang yang menjual melalui Facebook and Instagram, itu ada berlaku masa ini. I am not sure kalau ada tindakan ataupun any advice is given to individual users yang mengambil kesempatan time krisis ini jua.

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi IIโ€‹

I think soalan ini pernah diajukan pada tahun sebelum ini. The online is base on willing buyer willing seller. Jadi kalau kitani rasa harga terlampau tinggi tidak semestinya kitani beli. Online itupun bukan semestinya semuanya dari Brunei. Macam manakan autoriti di agensi kerajaan di Brunei akan control harga yang online, orang supply itu tidak diketahui dari mana. Itโ€™s up to kitani kalau rasa harga atu berpatutan kitani beli kalau tidak nobodyโ€™s gonna force you.

Yang Berhormat Dayang Khairunnisa binti Awang Haji Ash'ariโ€‹

Maybe I can follow up with the kementerian outside of this mesyuarat Yang Berhormat Pengerusi untuk menerangkan lebih lanjut tentang permasalahan yang sedang berlaku mengenai mereka yang telah menghoard segala muka topeng dan pencuci tangan sewaktu krisis ini maksudnya bukan referring to product-product biasa berjual.

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi IIโ€‹

Memang masa ini mesti sebagai agensi kerajaan kita memang 'ingau' mengenai perkara ini. So we tried to control peniaga di dalam negeri kitani, boleh nasihatkan mereka supaya jangan dinaikkan harga kerana itu tidak berpatutan.

Kalau dilihat di negeri-negeri lain pun sama jua tu bukannya senang-senang dicontrol. Kalau kita pergi ke Thailand masa ini Yang Berhormat Pengerusi, satu face mask, sekeping itu saja USD $1. So what can you do? Tapi negeri kita kecil, senang sikit menasihatkan peniaga supaya tidak menaikkan sampai harganya tidak reasonable. Itu saja Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Dayang Khairunnisa binti Awang Haji Ash'ariโ€‹

And then tadi soalan kedua direphrase โ€˜kaliahโ€™. Jadi sebenarnya itโ€™s just more on guideline untuk marketing sama ada is there a standard on marketing yang businesses have to comply?

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi IIโ€‹

Dalam business world, we are not gonna teach the business people how to do their marketing. Bukannya tanggungjawab kerajaan untuk mengajar orang macam mana untuk marketing atau dihadkan cara-cara mereka marketing. As long as itโ€™s legal, jangan melanggar peraturan-peraturan itu saja. So kalau sekiranya mereka akan marketing produk mereka, kita as consumer mesti jua ambil tanggungjawab sendiri.

Itulah sahaja barangkali, we inda dapat semua jualan dicontrol*,* di mana-mana negeri jua pun kaola rasa termasuk negeri kita ni semua jualan dicontrol. We have to allow some open market forces. Bukannya segala-galanya kerajaan control ini, kerajaan control itu. There's a market forces in the business world in the commercial world we have to allowed that. Itu saja jawapan Kaola.

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusiโ€‹

Terima kasih Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II. Sekarang kita beralih kepada Yang Berhormat Awang Haji Mohimin bin Haji Johari @ Jahari.

Yang Berhormat Awang Haji Mohimin bin Haji Johari @ Jahariโ€‹

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

ุจูุณู’ู…ู ูฑู„ู„ูŽู‘ูฐู‡ู ูฑู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูŽูฐู†ู ูฑู„ุฑูŽู‘ุญููŠู…ู ูฑู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏู ู„ูู„ูŽู‘ูฐู‡ู ุฑูŽุจูู‘ ูฑู„ู’ุนูŽูฐู„ูŽู…ููŠู†ูŽุŒ ูˆูŽูฑู„ุตูŽู‘ู„ูŽุงุฉู ูˆูŽูฑู„ุณูŽู‘ู„ูŽุงู…ู ุนูŽู„ูŽู‰ูฐ ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู ุฃูŽุดู’ุฑูŽูู ูฑู„ู’ู…ูุฑู’ุณูŽู„ููŠู†ูŽุŒ ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ูฐ ุขู„ูู‡ู ูˆูŽุตูŽุญู’ุจูู‡ู ุฃูŽุฌู’ู…ูŽุนููŠู†ูŽ.

ุงู„ุณู‘ูŽู„ูŽุงู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒูŽุงุชูู‡ู dan salam sejahtera. Yang Berhormat Pengerusi. Saya suka untuk membawakan beberapa perkara dalam perbincangan Tajuk SD01A โ€“ Jabatan Kementerian Kewangan dan Ekonomi.

Yang Berhormat Pengerusi. Kaola menyentuh sedikit berkenaan pendaftaran syarikat. Walaupun tatacara Pendaftaran Syarikat Sendirian Berhad amat mudah, sebahagian orang kitani hanya tahu menjadi partner dengan orang luar tanpa mengetahui apa peranan sebenarnya dalam syarikat. Cukup hanya sekadar menerima imbalan bulanan yang diterima daripada rakan kongsi dan ini menggalakkan orang ramai mencari sumber pendapatan dan mendorong orang luar membuka kompani lebih dari sebuah syarikat.

Kenapa orang luar membuka syarikat sendirian berhad? Ini memudahkan mereka membawa ahli keluarga dan membolehkan mereka untuk tinggal lama apalagi berpeluang memperolehi taraf penduduk tetap. Kalaupun Registry of Companies and Business Names (ROCBN) melantik agensi yang berkelayakan untuk mendaftarkan syarikat, hendaklah memastikan agensi berkenaan benar-benar menjalankan peranan mereka. Mengikut maklumat, servis Pendaftaran Syarikat Sendirian Berhad, ada yang mencapai $2,500 ke $3,000 untuk proses Pendaftaran Syarikat Sendirian Berhad berbanding sendiri mendaftarkan ke ROCBN hanya $300 sahaja.

Seterusnya, Tajuk SD04A โ€“ Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi. Seperti mukadimah Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kerana mengusahakan dan merealisasikan Bursa Saham Brunei. Mudahan ia mendatangkan manfaat dalam jangka panjang, ุฅู† ุดุงุก ุงู„ู„ู‡

Terima kasih, ูˆูŽุงู„ุณู‘ูŽู„ูŽุงู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒูŽุงุชูู‡ู

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi IIโ€‹

Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi dan terima kasih juga atas soalan yang diajukan oleh Yang Berhormat.

Mengenai soalan pertama, orang luar mendaftar syarikat sebagai sendirian berhad di ROCBN, partner dengan orang tempatan. Sebenarnya menggunakan orang tempatan dan dibayar yuran bulanan yang rendah, lepas itu ambil kesempatan. ROCBN sebenarnya mengambil berat mengenai perkara ini sejak bulan Oktober 2019. ROCBN akan memanggil setiap syarikat yang akan didaftar yang melibatkan orang luar, untuk menemuduga orang tempatan berkenaan sama ada mereka memahami perniagaan yang akan ditubuhkan tersebut atau sebaliknya. ROCBN juga mendapati bahawa kebanyakan orang tempatan ini hanya digunakan nama mereka untuk mendaftarkan syarikat berkenaan.

Jadi kalau ada menerima kes-kes begini, ROCBN tidak akan meluluskan pendaftaran syarikat tersebut. Sejumlah besar permohonan syarikat yang hendak didaftarkan melibatkan orang luar sejak bulan Oktober 2019 di ROCBN itu telah ditolak (rejected). Mudah-mudahan syarikat-syarikat yang telah diluluskan tersebut adalah mereka yang benar-benar menjalankan perniagaan di negara ini.

Mengenai pendaftaran syarikat menggunakan khidmat ejen itu tertakluk kepada individu atau service provider, jadi mana-mana negeri pun, orang kitani kalau hendak mengambil senang, melantik ejen yang bukan sahaja mendaftar syarikat tetapi memproses urusan buruh dan sebagainya. Itu dikira sebagai satu perkhidmatan yang diberikan kepada sesiapa yang menggunakannya. This is a service industry, mana-mana negeri pun sebenarnya service industry ini, is a big part of their KDNK. Jadi di Negara Brunei Darussalam ini, kalau ada orang menawarkan perkhidmatan tersebut, dan kalau ada orang memerlukan, it is up to them, again, is willing buyer and willing seller. Itu saja.

Mengenai bursa saham, ุฅูู†ู’ ุดูŽุงุกูŽ ูฑู„ู„ู‘ูฐู‡ู pada masa ini masih dalam pelaksanaan membuat projek ini. Mengenai sistem itu, akan siap pada tahun ini tetapi kejayaan bursa saham ini tertakluk kepada beberapa stakeholders termasuk institusi-institusi kewangan, accounting firm dan sebagainya. ุฅูู†ู’ ุดูŽุงุกูŽ ูฑู„ู„ู‘ูฐู‡ู, we will try to get this done as soon as possible.

Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusiโ€‹

Yang Berhormat Dayang Nik Hafimi binti Abdul Haadii.

Yang Berhormat Dayang Nik Hafimi binti Abdul Haadiiโ€‹

Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi.

ุงู„ุณู‘ูŽู„ูŽุงู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒูŽุงุชูู‡ู dan salam sejahtera. Kaola merujuk kepada Tajuk SD05A โ€“ Jabatan Perbendaharaan. Mengenai kenyataan prestasi utama paras penyimpanan stok beras dan gula tidak kurang 6 bulan dan juga laporan siaran media kelmarin, Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II mengesahkan bahawa simpanan beras di Jabatan Perbendaharaan adalah mencukupi untuk memenuhi keperluan.

Melihat kepada situasi masa kini, dan berkaitan dengan keselamatan makanan atau food security kepada Negara Brunei Darussalam, Kaola ingin memahami prosedur tindakan iaitu contingency yang akan berlaku dari segi penyimpanan biasa, stok makanan asas di Bahagian Perkhidmatan Perbekalan, Jabatan Perbendaharaan dan kepastian supply chain perbekalan dari negara-negara serantau.

Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi IIโ€‹

Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat, atas soalan mengenai stok beras. I think, press release kelmarin itu sudah cukup terang, Yang Berhormat Pengerusi.

Kaola sudah kongsikan bahawa stok beras dan gula memang cukup dan tadi Yang Berhormat menyebut stok kurang daripada 6 bulan itu tidak betul. Stok beras dan gula kita itu melebihi daripada 6 bulan yang sedia pada masa ini. Hari Sabtu nanti, ada lagi satu shipment datang dan bulan April ada lagi satu shipment. Beras dan gula kita sentiasa lebih daripada 6 bulan stok. Kalau sekiranya demand, kalau orang banyak membeli, kita sudah membuat perjanjian dengan pembekal kalau ada immediate requirement mereka boleh terus membekalkan.

Sebenarnya, tadi pagi pihak Kementerian Kewangan dan Ekonomi di bawah Jabatan Perbendaharaan telah pun menghubungi pembekal di Thailand, kalau kita berkeperluan pada bila-bila masa, mereka akan menghantar bekalan dan akan sampai dalam tempoh 2 minggu. So, don't worry. Itu saja jawapan kaola, Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusiโ€‹

Bagi orang yang tidak makan nasi, barangkali tidak perlu khuatir.

Saya persilakan Yang Berhormat Fdr. Ar. Dayang Siti Rozaimeriyanty binti Dato Seri Laila Jasa Haji Abdul Rahman.

Yang Berhormat Fdr. Ar. Dayang Siti Rozaimeriyanty binti Dato Seri Laila Jasa Haji Abdul Rahmanโ€‹

Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi.

Petang kelmarin, saya ada memberi penjelasan kepada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, mengenai soalan yang saya bangkitkan yang bersangkut-paut dengan Rang Undang-Undang. Untuk rumusan, saya telah membangkitkan perkara mengenai:

  1. Fiscal Consolidation iaitu langkah-langkah yang akan ataupun telah diambil oleh kementerian-kementerian untuk mencapai sasaran untuk mengurangkan perbelanjaan;

  2. Mengenai tunggakan kerana ada masih terdapat tunggakan-tunggakan di bawah tanggungan kementerian-kementerian yang belum dijelaskan daripada projek-projek RKN yang lalu. Diharap tunggakan ini akan dapat dijelaskan secepat mungkin;

  3. Saya juga ada memberi cadangan mengenai bajet Kemajuan oleh kerana setiap tahun ada sasaran yang tidak dapat dicapai. Dapatkah peruntukan perbelanjaan Kemajuan dikurangkan supaya peruntukan perbelanjaan negara dapat ditambahkan?;

  4. Menyediakan contingency di bawah rampaian, to avoid memohon supplementary budget; dan

  5. Memberi cadangan mengenai aligning report format bagi projek-projek RKN yang terdapat dalam Buku Anggaran Hasil dan Perbelanjaan Negara supaya ia dapat diselaraskan kepada tema โ€œBelanjawan Empat Fokusโ€ seperti Yang Berhormat jelaskan kelmarin. Ia akan dapat dilihat jelas mengenai status serta kedudukan projek yang terkandung di bawah matlamat dan juga aligning Petunjuk Prestasi Utama supaya ia dapat diselaraskan dengan Strategic Plan dan KPI kementerian-kementerian yang lain.

Diharap supaya Yang Berhormat dapat memberi maklum balas mengenai isu-isu yang saya bangkitkan.

Saya ada satu soalan sahaja di bawah Tajuk SD01A merujuk kepada petunjuk prestasi utama di bawah Lembaga Tawaran Negara di Jabatan Kementerian Kewangan. Pada tahun 2018/2019 TPOR proses permohonan bagi Lembaga Tawaran Negara diproses dalam tempoh tidak melebihi satu bulan hanya dapat mencapai 6% sahaja. Bagaimanakah proses permohonan LTN ini dapat dipercepatkan supaya ia tidak akan menjejaskan kelambatan dalam meluluskan projek tersebut kerana ini dapat membagikan impak yang negatif ataupun delay dalam pengurusan projek-projek termasuklah projek di bawah RKN?

Sekian, terima kasih.

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi IIโ€‹

Terima kasih. Yang Berhormat Pengerusi. Terima kasih atas soalan yang diajukan oleh Yang Berhormat.

Soalan mengenai proses TPOR Lembaga Tawaran Negara. Kenapa hanya 6%. Sebenarnya perkara ini kaola sedang teliti. LTN ini ada bermacam-macam isunya, kadang-kadang ada dokumen yang tidak lengkap ataupun sokongan-sokongan dari kementerian-kementerian masing-masing itu tidak mengikut prosedur, ada yang dikembalikan yang menyebabkan semua tidak dapat diproses dalam sebulan. Tetapi peratus itu adalah peratus yang rendah, so ia akan diteliti dan diperbaiki ุฅูู†ู’ ุดูŽุงุกูŽ ุงู„ู„ู‡.

Mengenai komen-komen yang diberikan kelmarin, kaola mengambil kesempatan untuk menjawab jua. Memang pada masa ini dengan harga minyak dan gas yang rendah, perlulah kita bekerjasama antara semua kementerian, sama-sama memikirkan bagaimana cara kita untuk mengurangkan lagi perbelanjaan kita.

Sejak Kementerian Kewangan dan Ekonomi memperkenalkan Fiscal Consolidation Programme ini, Kementerian Kewangan dan Ekonomi pernah berjumpa dengan setiap kementerian individually untuk membincangkan apakah langkah-langkah yang boleh kita ambil untuk sama-sama mengurangkan perbelanjaan.

Apa lagi pada masa ini waktu harga minyak serendah USD31. ุฅูู†ู’ ุดูŽุงุกูŽ ุงู„ู„ู‡ ini memang bukannya isu satu kementerian individually yang membuat tetapi bekerjasama dengan Kementerian Kewangan dan Ekonomi secara whole of nation approach.

Mengenai tunggakan. Seperti mana kita sudah maklum, smart meter electric dan meter air telah dilancarkan, ini adalah satu cara untuk kita mengurangkan tunggakan. Bulan lepas Kementerian Pembangunan mula menggunakan One Common Billing System, itu pun satu cara kita sama-sama mengatasi isu tunggakan.

Mengenai bajet RKN, ia tidak dicampur dengan peruntukan yang biasa. Cadangan untuk menggunakan bajet RKN dalam bajet biasa, barangkali perkara ini perlu difikirkan lebih mendalam. Itulah saja yang kaola dapat menjawab.

Sekian terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusiโ€‹

Saya persilakan Yang Berhormat Awang Naim bin Haji Kamis.

Yang Berhormat Awang Naim bin Haji Kamisโ€‹

Terima kasih. Yang Berhormat Pengerusi. Barangkali petang ini kaola / saya hanya ingin memberikan pendapat ataupun cadangan yang mungkin boleh digunapakai iaitu mencadangkan supaya pihak kementerian ataupun jabatan kerajaan dibenarkan untuk menubuhkan satu anak syarikat iaitu joint venture terus dengan pemaju tempatan untuk mempercepatkan satu-satu projek seperti memajukan tanah kosong misalannya ataupun bangunan terbiar yang di bawah kawalan jabatan ataupun kementerian yang berkenaan tanpa melalui proses express interest ataupun request for proposal.

Dengan adanya anak syarikat itu nanti, ianya boleh mengumpul dan menjana kewangannya sendiri melalui modal kongsi sama bersama sektor swasta berkenaan untuk kegunaan kementerian atau pun jabatan berkenaan dalam kerja-kerja pemuliharaan ataupun kemajuan lainnya.

Bagi tujuan ini barangkali adakah pihak Kementerian Kewangan dan Ekonomi berhasrat untuk meneliti balik dasar ataupun peraturan kewangan yang sedia ada bagi sama-sama mendanai apa-apa cadangan perubahan dasar di kementerian lain yang berkaitan dengan kewangan yang menjurus kepada memudah cara keterlibatan sektor swasta?

Sekian, terima kasih.

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi IIโ€‹

Terima kasih. Yang Berhormat Pengerusi. Terima kasih jua kepada Yang Berhormat atas soalan mengenai peluang untuk kerajaan berusaha sama dengan peniaga tempatan ataupun individual sama-sama memajukan bangunan yang terbiar ataupun diberikan RFP kepada orang tempatan.

Sebenarnya kalau dilihat beberapa usaha sama antara kerajaan seperti Darussalam Asset dengan beberapa rakan kongsi mereka, kriteria yang akan selalu dilihat kalau memajukan satu projek itu, siapakah rakan yang akan dibawa usaha sama berkenaan, sama ada mereka terdapat technical expertise yang kita tidak terdapat ataupun kita akan menggunakan teknologi yang ada pada mereka supaya mereka dapat menolong kita untuk memajukan projek-projek bersama berkenaan.

Memang kalau ada peluang orang tempatan juga seperti multi storey car park di bandar dan Bumiputera Centre sudah dibukakan. Jadi kalau ada peniaga tempatan atau persendirian berminat dengan expertisenya, bolehlah kita sama-sama memikirkan adakah peluang untuk kita joint venture.

Jadi cadangan Yang Berhormat tadi itu, apakah contribution dari peniaga tempatan kepada joint venture itu dari segi expertise, financial, technology dalam usaha sama itu nanti? Jadi, kalau hanya untuk ikut serta dalam joint venture itu ia different proposal. Kalau kita lihat kita punya joint venture dengan Larson di Jerman, kita memilih Larson di Jerman kerana mereka mempunyai expertise dalam ship repair dan sebagainya. Kita ni joint venture dengan Beibu Gulf Hong Kong sebab mereka mempunyai expertise for management. Kita joint venture dengan beberapa syarikat seperti Simpur Pharma yang memang mereka mempunyai expertise pharmaceutical. Jadi kalau hendak joint venture sama local seperti yang Darussalam Assets Sdn Bhd pernah membuat beberapa joint venture, we have to look at this criteria. Tetapi, kalau sekiranya joint venture for the sake of orang-orang kita untuk ikut sahaja then there is a different proposal.

Itulah sahaja yang dapat kaola kongsikan.

Yang Berhormat Pengerusiโ€‹

Saya persilakan sekarang Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pendikar Alam Dato Paduka Seri Awang Haji Hasrin bin Dato Paduka Haji Sabtu.

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pendikar Alam Dato Paduka Seri Awang Haji Hasrin bin Dato Paduka Haji Sabtuโ€‹

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Kaola hanya ingin menyentuh mengenai Skim Pencen Mandatori untuk tenaga kerja yang diwajibkan di bawah Akta TAP dan Perintah Amanah SCP.

Pada masa sekarang, mengikut akta dan perintah ini, kadar sumbangan mandatori bagi TAP adalah 5% manakala SCP pula ialah 3.5%. Dari apa yang kaola difahamkan, ada terdapat segelintir pesara yang berada di bawah Skim TAP dan SCP telah mendapat jumlah yang tidak mencukupi bagi mengekalkan gaya hidup semasa atau untuk memenuhi keperluan household sewaktu persaraan.

Apa yang kaola takuti adalah apabila terjadinya sedemikian, pesara-pesara ini terpaksa memohon bantuan kepada pihak kerajaan untuk perbelanjaan keperluan household mereka serta tanggungannya sewaktu bersara. Dalam pada itu, objektif kaola ialah ingin untuk menyuarakan satu cadangan bagi memastikan jumlah dana persaraan mencukupi untuk mereka hidup semasa persaraan.

Cadangan kaola ialah dalam menangani perkara tersebut, kaola cuba ingin mencadangkan ada baiknya jika kadar mandatori yang disumbangkan oleh peserta dan kerajaan ditambah ataupun dinaikkan. Walaupun dengan peningkatan sedikit, akhirnya akan menyumbang kepada jumlah dana persaraan yang lebih mencukupi dan memberi kehidupan persaraan yang lebih selesa. Adalah perlu juga kaola tetapkan anggapan ini dibuat tanpa pertimbangan prestasi pelaburan dana di bawah urusan TAP. Apa yang kaola maksudkan semata-mata cadangan untuk peningkatan jumlah dana in principle sahaja. Pada mencapai hasrat tersebut, kaola juga difahamkan bahawa pihak TAP menggalakkan sumbangan voluntary atau sukarela dan adalah suatu inisiatif yang baik akan tetapi cadangan kaola di sini adalah hanya untuk meningkatkan kadar caruman mandatori.

ูˆุจุงู„ู„ู‡ ุงู„ุชูˆููŠู‚ ูˆุงู„ู‡ุฏุงูŠุฉ ูˆุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒู… ูˆุฑุญู…ุฉ ุงู„ู„ู‡ ูˆุจุฑูƒุงุชู‡

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi IIโ€‹

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi dan terima kasih juga kepada Yang Berhormat atas soalan yang diajukan tadi.

Ini mengenai TAP dan SCP. Pengerusi TAP tidak ada dalam Dewan yang mulia ini. Kaola ุฅู† ุดุงุก ุงู„ู„ู‡ akan cuba menjawab juga. Sebenarnya perkara ini kita sedia maklum bahawa TAP dengan caruman 5% dan SCP sebanyak 35% memang tidak mencukupi dan memang satu isu yang kita mesti memikirkannya.

Daripada government top up sahaja bukanlah cara untuk menyelesaikan isu ini. Voluntary contribution pun tertakluk kepada individu sama ada mereka rasa cukup berguna dana untuk yang lain dan tidak cukup dimasukkan sebagai contribution TAP. Perkara ini memang satu isu yang Kementerian Kewangan dan Ekonomi sedang berunding dengan TAP mencari satu jalan untuk members TAP itu supaya apabila mereka sudah mencapai umurnya 55 tahun ataupun 60 tahun nanti yang akan mereka terima sewaktu pencen nanti mencukupi untuk daily expenses.

Pada masa ini, ada satu kajian yang sedang dibuat dan ุฅู† ุดุงุก ุงู„ู„ู‡ hampir selesai dan kalau sudah ready nanti akan dibincangkan lagi dengan beberapa stakeholders sebelum ianya dilancarkan. Memang tujuan itu untuk menjaga members interest supaya mereka merasa cukup sewaktu umur mereka sudah mencapai umur persaraan. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Pengerusiโ€‹

Saya persilakan Yang Berhormat Awang Haji Ramli bin Haji Lahit.

Yang Berhormat Awang Haji Ramli bin Haji Lahitโ€‹

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Oleh sebab isu ataupun usul mengenai SCP telah pun dijelaskan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II tadi dan yang terlibat tidak ada dalam majlis ini, maka kaola menarik diri untuk menyoal ataupun memberikan penerangan sehingga hadirnya nanti pihak yang berkenaan. Terima kasih.

Yang Berhormat Pengerusiโ€‹

Jadi Yang Berhormat tidak mahu menyoal mengenai Kementerian Kewangan dan Ekonomi?

Yang Berhormat Awang Haji Ramli bin Haji Lahitโ€‹

Yang Berhormat Pengerusi. Ia ada hubung kait dengan SCP sahaja iaitu berhubung apa yang dijelaskan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II tadi tetapi dalam isu yang berlainan dan cara sudut yang lain.

Yang Berhormat Pengerusiโ€‹

Saya persilakan sekarang Yang Berhormat Awang Haji Abdul Wahab bin Apong.

Yang Berhormat Awang Haji Abdul Wahab bin Apongโ€‹

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Kaola bercakap dalam Tajuk SD01A - Jabatan Kementerian Kewangan dan Ekonomi. Ada 2 isu yang akan kaola sampaikan:-

  1. Peranan atau fungsi Brunei Economic Development Board (BEDB) selain membantu dan memperkasa pengusaha-pengusaha tempatan juga mendapatkan pengusaha-pengusaha atau Pelaburan Langsung Asing untuk membuat pelaburan di Negara Brunei Darussalam selain untuk meningkatkan KDNK negara juga sebagai usaha memberi peluang pekerjaan kepada belia di Negara Brunei Darussalam ini.

Sejauh pengamatan kaola, penempatan industri-industri sama ada besar ataupun sederhana ditempatkan di tapak-tapak tertentu sahaja terutamanya di kawasan Brunei Muara dan beberapa tempat di Seria dan Daerah Belait. Cadangan kaola, dalam usaha memberi peluang pekerjaan kepada belia dan orang ramai yang memerlukan pendapatan sederhana, maka dicadangkan penempatan industri atau perusahaan sederhana ditempatkan di setiap daerah atau sekurang-kurangnya akan memberikan peluang pekerjaan dan dapat dinikmati di kawasan tersebut. Sebagai contoh penempatan perusahaan pemeliharaan lembu berkandang di kawasan Batang Mitus, Daerah Tutong telah dapat memberikan peluang pekerjaan hampir 60 orang di kawasan tersebut; dan

  1. Kaola bercakap mengenai koperasi. Melihat perkembangan badan-badan koperasi di Negara Brunei Darussalam yang telah diperkenalkan sejak tahun 70-an adalah masih belum dilihat menyerlah sebagai salah satu penyumbang kepada penjana perekonomian negara hingga kini.

Selain itu aliran perubahan semasa dan proses globalisasi dunia masa kini yang memerlukan gerakan korporasi yang lebih berdaya maju juga mencabar keutuhan koperasi untuk mengekalkan identiti konsep falsafah untuk bertahan. Dalam perubahan tersebut, maka adalah perlu untuk badan koperasi dengan bantuan kerajaan untuk menilai peraturan bagi mengukuhkan kedudukan dan meningkatkan daya saing dan daya tahan setiap koperasi yang mengekang perkembangan koperasi selama ini seperti pengurusan kewangan, kepimpinan dan penglibatan ahlinya.

Ke arah itu untuk meningkatkan pergerakan koperasi agar terus berdaya saing, maka isu-isu tersebut perlu ditangani dengan bijaksana, terutama penglibatan dan bantuan pihak kerajaan agar badan koperasi menjadi salah satu penyumbang kepada kekuatan ekonomi negara.

Soalan kaola, dari perkembangan tersebut apakah ada perancangan dan pendekatan pihak berkenaan atau agensi berkaitan untuk menangani isu-isu yang mengekang kemajuan koperasi di negara ini untuk menjadikan badan koperasi Negara Brunei Darussalam agar lebih berdaya saing dan berdaya tahan sebagai salah satu badan penyumbang kepada kesejahteraan dan kekuatan ekonomi negara.

Sekian, terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi IIโ€‹

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat atas dua soalan yang dikemukakan:-

  1. Mengenai Tapak Industri. Berkenaan tapak industri untuk diberi peluang kepada orang tempatan. Soalan berkenaan kaola kurang faham Yang Berhormat Pengerusi. Mengikut kefahaman kaola adakah tapak industri itu diberi peluang kepada orang kita ni yang berpendapatan sederhana.

Yang Berhormat Pengerusiโ€‹

Kalau saya dapat memberi interpretasinya. Yang Berhormat, bahawa apa yang ditanyakan supaya tapak-tapak industri ataupun tempat-tempat membuat industri itu disebarkan bukan saja di satu dua tempat tetapi di tempat-tempat lain supaya ia dapat dimanfaatkan oleh orang-orang dari daerah-daerah yang berkenaan. Contoh yang diberikan oleh Yang Berhormat ialah Batang Mitus.

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi IIโ€‹

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Pada masa ini, site industry ini di bawah jagaan DARe Darussalam Enterprise. Pada masa ini terdapat 25 tapak industri di keempat-empat daerah, bukannya disatukan di Daerah Brunei dan Muara sahaja. Di Daerah Tutong, Daerah Belait, Daerah Temburong pun ada. Daerah Brunei dan Muara memanglah ada.

Jadi, dibukakan kepada SME jua, tidak semestinya kepada orang FDI sahaja ataupun kilang besar-besaran sahaja. Jadi jika ada perusahaan yang kecil pun dapat jua sama ada mereka mengambil tapak dan bangunan dan kilang sendiri ataupun menggunakan fasiliti yang sedia ada seperti workshop dan sebagainya. Memang disediakan untuk orang kita bukannya untuk FDI sahaja. Barangkali untuk memajukan lagi tapak baharu memang Darussalam Enterprise sentiasa mereviu jika sekiranya ada keperluan untuk membukakan lagi tapak industri yang baharu memang mereka dengan sendirinya akan dibukakan.

  1. Mengenai Koperasi.

Memang koperasi ini satu inisiatif kerajaan dari dulu untuk disokong tetapi jika dilihat kebanyakan koperasi masa ini aktiviti tersebut terlibat dalam stesen minyak sahaja.

Perkara ini boleh dibawa berunding dengan Darussalam Enterprise bagi sama-sama memikirkan sama ada bidang-bidang lain boleh difikirkan bagi memberikan mereka peluang dan mempelbagaikan aktiviti-aktiviti koperasi berkenaan dan bukannya concentrate kepada stesen minyak sahaja.

Itu saja Yang Berhormat Pengerusi. Terima kasih.

Yang Berhormat Pengerusiโ€‹

Saya persilakan Yang Berhormat Awang Haji Emran bin Haji Sabtu.

Yang Berhormat Awang Haji Emran bin Haji Sabtuโ€‹

ุงู„ุณู‘ูŽู„ุงูŽู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒูŽุงุชูู‡ูุŒ ุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ู‡ู ุงู„ุฑู‘ูŽุญู’ู…ูฐู†ู ุงู„ุฑู‘ูŽุญููŠู’ู…ู terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Saya menyentuh dua tajuk iaitu Tajuk SD01A dan Tajuk SD04A - Kementerian Kewangan dan Ekonomi dan Jabatan Perancangan Kemajuan Ekonomi.

Dalam pembentangan peruntukan 2020/2021 semalam yang disampaikan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II menyebutkan sektor utama keempat iaitu Industri Pelancongan melalui Autoriti Kemajuan Daerah Temburong (AKDT).

Jadi, di sini saya ingin memohon penjelasan lanjut mengenai projek-projek bagi menaikkan status Daerah Temburong, "Permata Hijau" termasuk projek pelancongan, sumber daya alam dan penggunaan teknologi rendah karbon yang membawa pelabur-pelabur luar negeri. Bila jangka masa ia akan dilaksanakan?

Selain itu, projek-projek yang sedang giat dilaksanakan bagi menjana ekonomi Daerah Temburong pada masa yang sama juga, saya ingin mengetahui sejauh mana penglibatan anak-anak tempatan dalam perniagaan khususnya dari Daerah Temburong?

Mengenai pengaliran pengeluaran mata wang negara seperti yang disentuh oleh Yang Berhormat tadi, saya tidak lagi menyentuh mengenainya. Walau bagaimanapun, saya ingin menyentuh pengaliran keluar mata wang negara melalui pintu keluar masuk ke negara-negara jiran seperti Negeri Sabah dan Sarawak.

Apakah usaha dan tindakan kementerian dalam mengimbangi isu tersebut dan adakah dalam perancangan kementerian bagi membina duty free complex atau shopping mall berdekatan pintu-pintu keluar masuk setiap pos kawalan negara seperti yang terdapat di Langkawi dan Labuan. Jika ada saya mengalu-alukan dan jika belum saya berpandangan cadangan ini dapat diteliti akan kepentingannya terutama dalam usaha kita menjana ekonomi negara.

Sekian, terima kasih.

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi IIโ€‹

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Terima kasih juga kepada Yang Berhormat menyuarakannya.

  1. Mengenai AKDT dalam mana ia sendiri adalah seorang Ahli AKDT. Pada tiap-tiap kali mesyuarat beliau pun turut datang mesyuarat. Kenapa lagi bertanya soalan-soalan ini? Adalah kaola rasa hairan sedikit. Barangkali kaola tidak akan menjawab soalan-soalan ini kerana Yang Berhormat sendiri tahu sudah apa yang kita usahakan untuk menolong Daerah Temburong supaya dapat dimajukan lagi untuk mempelbagaikan ekonomi di Daerah Temburong bagi peluang pekerjaan untuk anak-anak tempatan.

Untuk memajukan Daerah Temburong ini bukannya satu usaha dapat dicapai dalam jangka pendek. Jadi apa yang kaola akan jawab, ataupun sebenarnya its not going to be the full story. So, barangkali ini adalah satu projek kita continue to work on it. So barangkali kalau sekiranya projek-projek yang dihasratkan tidak dapat dicapai pada setahun ini, kita berusaha lagi untuk dalam beberapa tahun yang akan datang ini.

Barangkali tidak perlulah kita terlampau detail pada masa ini seperti mana yang kaola terangkan tadi Yang Berhormat sendiri seorang ahli AKDT, barangkali soalan ini boleh ditanya waktu dalam mesyuarat itu nanti. Apakan dikongsikan memang tujuan dalam AKDT itu untuk memajukan perekonomian di Daerah Temburong dan juga menjana peluang-peluang pekerjaan untuk anak-anak tempatan dan juga menggunakan Daerah Temburong itu sebagai satu tarikan kepada pelancong-pelancong luar negeri datang ke Brunei.

  1. Nampaknya banyak orang kita berbelanja di negeri jiran, kenapa kita tidak membangun shopping mall di sebelah Brunei. Kita mesti lebih faham kenapa orang keluar negeri sama ada mahu shopping di negeri jiran disebabkan harga lebih murah ataupun mereka ke sana untuk makan angin saja. Walau sekiranya ada shopping centre di sini, kalau orang akan makan angin tertakluk kepada โ€˜diorangโ€™ sama ada akan makan angin dalam negeri atau di luar negeri, perkara itu tidak dapat kita larang.

Kalau sekiranya shopping kita ni lihat juga tarikan barang yang dijual dengan harganya. Satu isu yang kita tidak dapat control sahaja masa ini bukannya tidak ada shopping centre. Kalau dilihat di Kuala Belait, sebelum kita menyeberang ke Miri, sebelum naik Jambatan Rasau ada sudah kedai di sebelah sini. Kenapa tidak ada orang membeli di sini? Kenapa orang beli di sebelah Miri? Kita ni mesti jua faham barangkali harga lain dari sini ataupun variety suasana lain sikit tidak diketahui. Mungkin satu solution kita ialah perlu concentrate domestic tourism supaya orang ramai ada juga tempat-tempat yang dikunjungi dalam negeri bukannya semestinya keluar negeri untuk makan angin, kalau datang musimnya bulan Disember di hotel-hotel di sini kadang-kadang ada special offer supaya tidak keluar negeri, try to stay di dalam negeri sebagai satu domestic tourism punya effort.

Itu sahaja Yang Berhormat Pengerusi. Terima kasih.

Yang Berhormat Pengerusiโ€‹

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Saya kira perbincangan kita mengenai Tajuk Kementerian Kewangan dan Ekonomi ini sudah cukup diadakan dan ada baiknya kementerian ini kitani undi. Yang bersetuju sila angkat tangan.

(Semua Ahli mengangkat tangan tanda bersetuju)

Yang Berhormat Pengerusiโ€‹

Nampaknya semua ahli bersetuju. Maka Kementerian Kewangan dan Ekonomi diluluskan.

Yang Mulia Timbalan Jurutulisโ€‹

Tajuk SD01A hingga SD09A - Kementerian Kewangan dan Ekonomi dijadikan sebahagian daripada Jadual.

Yang Berhormat Pengerusiโ€‹

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Saya kira cukuplah dulu kita membincangkan dan menimbangkan Rang Undang-Undang ini. Saya sekarang bercadang Mesyuarat Jawatankuasa ini kita tangguhkan dahulu dan kita bersidang semula di Persidangan Majlis Mesyuarat Negara.

(Mesyuarat Jawatankuasa ditangguhkan)

(Majlis Mesyuarat bersidang semula)

Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ€‹

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Sekarang kita bersidang semula di Persidangan Majlis Mesyuarat Negara. Dengan keadaan yang dihadapi ketika ini, maka ada baiknya kita tangguhkan dahulu mesyuarat ini. ุฅู† ุดุงุก ุงู„ู„ู‡ kita akan bersidang semula pada hari Sabtu, 14 Mac 2020 mulai pukul jam 9.15 pagi.

Sekian, ูˆุจุงู„ู„ู‡ ุงู„ุชูˆููŠู‚ ูˆุงู„ู‡ุฏุงูŠุฉ ูˆุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒู… ูˆุฑุญู…ุฉ ุงู„ู„ู‡ ูˆุจุฑูƒุงุชู‡

(Majlis Mesyuarat ditangguhkan)

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.