HARI KE-2
๐ Masa membaca: 104 minit
๐ Bilangan kata: 21,189 kata
10HB MAC 2020โ
Mesyuarat mula bersidang pada pukul 9.15 pagi
Yang Dimuliakan Jurutulisโ
ุจุณู ุงููู ุงูุฑููุญูู ูฐูู ุงูุฑููุญูููู ู Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Keenam Belas bersidang pada pagi ini iaitu bagi hari yang kedua didahului dengan Doa Selamat.
DOA SELAMATโ
Doa Selamat dibacakan oleh Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Awang Hamidon bin Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Seri Setia Haji Abdul Hamid.
Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ
ุจุณู ุงููู ุงูุฑููุญูู ูฐูู ุงูุฑููุญูููู ู ุงูุณูููุงูู ู ุนูููููููู ู ููุฑูุญูู ูุฉู ุงูููู ููุจูุฑูููุงุชููู ุงูููุญูู ูุฏู ููููู kita bersyukur ke hadrat ุงูููู ุณูุจูุญูุงูููู ููุชูุนูุงููู kerana dengan limpah rahmat-Nya jua kita dapat bersama-sama hadir pada pagi ini bersidang bagi hari yang kedua dalam Majlis Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Keenam Belas Majlis Mesyuarat Negara. Selawat serta salam keatas junjungan besar kita ููุจูู ู ูุญูู ููุฏ ุตููููู ุงูููู ุนููููููู ููุณููููู , kaum kerabat, para sahabat serta pengikut-pengikut Baginda yang taat dan setia hingga ke akhir zaman.
Ahli-Ahli Yang Berhormat, dengan rahmat ุณูุจูุญูุงูููู ููุชูุนูุงููู Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Keenam Belas Majlis Mesyuarat Negara telah selamat selesai disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizzadien Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Saโadul Khairi Waddien Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada hari Isnin 14 Rejab 1441 Hijrah bersamaan dengan 9 Mac 2020 Masihi. Majlis ini sepenuhnya ingin menyembahkan menjunjung kasih setinggi-tingginya atas keberangkatan baginda bercemar duli dan mengurniakan titah dalam Majlis Pembukaan yang berkenaan.
Ahli-Ahli Yang Berhormat, titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizzadien Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Saโadul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sebagaimana yang telah dapat kita dengar bersama amat mendalam dan mempunyai pandangan jauh dan jelas mencerminkan keprihatinan baginda terhadap kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara ini secara berpanjangan.
Baginda ingin melihat persada Persidangan Majlis Mesyuarat Negara ini terutamanya, supaya lebih perkasa dan mantap dalam mengetengahkan hal isu-isu negara. Saya percaya Ahli-Ahli Yang Berhormat akan memberikan sentuhan yang berbeza daripada tahun-tahun yang lalu dalam memberikan buah fikiran masing-masing dan tidak lagi terhad dengan membangkitkan isu-isu ataupun soalan-soalan yang sama yang telah pun dibangkitkan pada tahun-tahun yang sudah.
Baginda menekankan supaya kita bijak dan berhemah dalam membelanjakan kewangan negara serta memfokuskan perbelanjaan yang lebih efisien kepada perkara-perkara yang akan meningkatkan ekonomi dan produktiviti negara demi memelihara kebajikan dan kesejahteraan hidup rakyat dan penduduk di negara ini dengan menerapkan pendekatan whole of nation, supaya semua usaha dan inisiatif tidak akan menjadi sia-sia dan akan membuahkan hasil seperti mana jua yang kita sama-sama hasratkan.
Dalam masa yang sama, kita hendaklah bersyukur atas limpah rahmat kurnia ุงููู ุณูุจูุญูุงูููู ููุชูุนูุงููู kerana kita mempunyai pemimpin raja yang amat memeduli kepentingan dan kesejahteraan rakyat keseluruhannya dengan menekankan amalan berdoa sebagai budaya bangsa kita.
Saya berharap Ahli-Ahli Yang Berhormat akan memberikan suntikan rangsangan efektif untuk menjelaskan dan mengupas lebih lanjut lagi perkara-perkara seterusnya semasa kita nanti menghadapi Usul Junjung Kasih dalam Perkara V.
Ahli-Ahli Yang Berhormat, di hadapan kita masih ada lagi beberapa perkara yang perlu kita selesaikan dulu, sekarang segera kita berpindah ke perkara seterusnya.
Yang Dimuliakan Jurutulisโ
Perkara IV - Kertas-kertas yang dibentangkan di atas meja. Kertas No. 1 Tahun 2020 oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Negara Brunei Darussalam.
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeriโ
ุงูุณููููุงู ู ุนูููููููู ู ููุฑูุญูู ูุฉู ุงูููู ููุจูุฑูููุงุชููู ุจูุณูู ู ุงูููู ุงูุฑููุญูู ูฐูู ุงูุฑููุญูููู ู. Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, saya dengan segala hormat memohon izin kepada Yang Berhormat Yang Di-Pertua untuk membentangkan di atas meja Kertas No. 1 Tahun 2020 iaitu Senarai Perintah-Perintah Darurat yang telah diluluskan dalam tahun 2019 dan 2020 menurut Fasal 83 dari Perlembagaan Negara Brunei Darussalam.
Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.
Yang Dimuliakan Jurutulisโ
Kertas No. 2 Tahun 2020, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Negara Brunei Darussalam.
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi IIโ
ุจุณู ุงููู ุงูุฑุญู ู ุงูุฑุญูู ุงูุณูุงู ุนูููู ูุฑุญู ุฉ ุงููู ูุจุฑูุงุชูYang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Saya dengan segala hormatnya memohon izin kepada Yang Berhormat Yang Di-Pertua untuk membentangkan di atas meja Kertas No. 2 Tahun 2020 iaitu Anggaran Hasil dan Perbelanjaan Negara bagi Tahun Kewangan 2020/2021.
Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.
Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ
Ahli-Ahli Yang Berhormat, sebentar tadi Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri telah membuat kenyataan untuk membentangkan Senarai Perintah-Perintah Darurat yang telah diluluskan dalam tahun 2019 dan 2020 menurut Fasal 83 dari Perlembagaan Negara Brunei Darussalam.
Manakala Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II ingin membentangkan Anggaran Hasil dan Perbelanjaan Negara bagi Tahun Kewangan 2020/2021.
Maka saya izinkan Ahli-Ahli Yang Berhormat tersebut, untuk membawa dan membentangkan kertas-kertas yang dimaksudkan itu.
Yang Dimuliakan Jurutulisโ
Perkara V - Usul-Usul Yang Telah Diberi Notis akan dicadangkan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Di-Raja Dato Laila Utama Awang Haji Isa bin Pehin Dato Perdana Menteri Dato Laila Utama Awang Haji Ibrahim, Penasihat Khas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Yang Berhormat Penasihat Khas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Menteri di Jabatan Perdana Menteriโ
ุจูุณูู ู ุงูููู ุงูุฑููุญูู ูฐูู ุงูุฑููุญูููู ูุงูุณูููุงูู ู ุนูููููููู ู ููุฑูุญูู ูุฉู ุงูููู ููุจูุฑูููุงุชููู dan salam sejahtera. Segala puji dan syukur ke hadrat ุงููู ุณูุจูุญูุงูููู ููุชูุนูุงููู kerana dengan limpah kurnia rahmat serta izinโNya jua, kita dapat samaโsama hadir untuk meneruskan Persidangan Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Keenam Belas Majlis Mesyuarat Negara pada hari ini. Selawat serta salam ke atas Junjungan Besar kita ููุจูู ู ูุญูู ููุฏ ุตููููู ุงูููู ุนููููููู ููุณููููู , kaum kerabat, sahabat serta pengikutโpengikut Baginda yang taat lagi setia hingga ke akhir zaman.
Yang Berhormat Yang DiโPertua dan AhliโAhli Yang Berhormat. ุงูููุญูู ูุฏู ูููู Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Keenam Belas Majlis Mesyuarat Negara pada tahun ini telah selamat disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muโizzaddin Waddaulah ibni AlโMarhum Sultan Omar โAli Saifuddien Saโadul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, kelmarin hari Isnin, 14 Rejab 1441 bersamaan 9 Mac 2020.
Majlis ini menjunjung kasih setinggi-tingginya atas keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Keenam Belas Majlis Mesyuarat Negara dan atas kurnia titah baginda di istiadat tersebut.
Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam itu sesungguhnya adalah sangat padat dan bernas serta mengandungi banyak nasihat dan pendapat untuk kita junjung, amat-amati serta jadikan panduan dan iktibar, ia jelas menggambarkan kepimpinan, kebijaksanaan, keprihatinan dan pemedulian serta pandangan jauh baginda terhadap pembangunan, kemakmuran dan kesejahteraan rakyat dan negara khususnya untuk memperkasa pertumbuhan ekonomi dalam mengharungi arus perubahan ekonomi global yang kian mencabar.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Di Dewan yang mulia ini saya dengan sukacita mencadangkan satu Usul yang berbunyi:
โMajlis ini bersetuju meluluskan satu Usul menyembahkan menjunjung kasih setinggi-tingginya Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muโizzadin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddin Saโadul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atas keberangkatan dan titah baginda di majlis ini kelmarin, hari Isnin, 14 Rejab 1441 bersamaan 9 Mac 2020 sempena Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Keenam Belas Majlis Mesyuarat Negara.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sekali lagi telah melahirkan harapan terhadap majlis ini sebagai wadah untuk membahaskan perkara-perkara yang diperlukan oleh rakyat dan negara. Perbahasan dan soalan-soalan yang diajukan dalam majlis ini hendaklah memfokuskan kepada isu-isu yang strategik dan relevan kepada pembangunan negara. Ia juga hendaklah berkaitan dengan Rang Undang-Undang (2020) Perbekalan, 2020/2021 yang membahaskan dasar-dasar perancangan dan inisiatif-inisiatif yang diungkayahkan oleh kerajaan agar lebih tersusun dan terarah.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, di sebalik kadar pertumbuhan yang menggalakkan, situasi pergolakan geopolitik dan terjejasnya pertumbuhan ekonomi dengan kemunculan dan penularan wabak coronavirus (COVID-19) telah memberi kesan dan menjejaskan hasil pendapatan negara yang masih banyak bergantung kepada sumber minyak dan gas. Ini akan menyebabkan negara mengalami defisit, namun demikian, ุฃูููุญูู ูุฏู ูููููฐูู dengan kepimpinan, bijaksana Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, kerajaan masih mampu melaksanakan pelbagai pembaharuan dari segi infrastruktur mahupun berbentuk dasar.
Kita setentunya juga wajib bersyukur dan berasa amat beruntung kerana selaku rakyat dan penduduk di negara ini kita masih terus dikurniakan beberapa bentuk bantuan dan subsidi dan menikmati pelbagai kemudahan dan perkhidmatan yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan seperti kesihatan dan pendidikan.
Selaku rakyat dan penduduk yang bertanggungjawab amatalah wajar dan menjadi kewajiban kita semua untuk memanfaatkan segala kemudahan yang disediakan dengan sebaik-baiknya. Berterima kasih dan memberi sokongan kepada inisiatif-inisiatif kerajaan serta sentiasa taat setia dan bersedia untuk menabur balik jasa dan mencurahkan bakti kepada raja, bangsa dan negara melalui apa jua cara sekalipun.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, dengan pengesanan kes pertama jangkitan COVID-19 di negara ini, orang ramai dinasihatkan untuk mengamalkan langkah-langkah pencegahan termasuk menangguhkan perjalanan ke negara-negara yang terjejas bagi mengetatkan lagi kawalan kemasukan penyakit tersebut ke negara ini.
Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan akan terus memantau dan maklumkan kepada orang ramai mengenai perkembangan kejadian jangkitan ini selaras dengan maklumat dan garis panduan yang dikeluarkan oleh pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Marilah kita berdoa agar Negara Brunei Darussalam akan terselamat dan terlindung daripada segala bencana dan wabak penyakit dan akan sentiasa makmur kerana amalan berdoa ini adalah amalan budaya bangsa kita.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, meskipun berdepan dengan pelbagai cabaran dan keadaan ekonomi global yang tidak menentu, ุงูููุญูู ูุฏู ููู melalui kepimpinan berwawasan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Pertuan Negara Brunei Darussalam, kerajaan telah mencatatkan beberapa pencapaian yang signifikan sepanjang tahun 2019. Salah satu pencapaian tersebut ialah transformasi sektor telekomunikasi yang menjadi pemangkin dalam mengubah landskap ekonomi negara ke arah era Digital Fourth Industrial Revolution melalui penubuhan Syarikat United National Networks Sdn Bhd. Kita berharap supaya kemajuan dalam era digital ini akan dapat mempertingkatkan iklim perniagaan dan pemberian perkhidmatan di sektor awam dan swasta di negara ini.
Dengan adanya inisiatif-inisiatif seperti ini, ุฅููู ุดูุงุกู ูฑูููููฐูู aktiviti-aktiviti Pelaburan Langsung Asing (FDI) di negara ini akan terus meningkat sekali gus menambahkan hasil pendapatan negara.
Sumber tenaga manusia khususnya golongan belia merupakan aset yang sangat bernilai bagi sesebuah negara. Masa depan negara terletak pada keupayaan dan peranan golongan belia untuk meneruskan agenda pembangunan negara. Menyedari akan hakikat ini, Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah melaksanakan pelbagai inisiatif termasuk penubuhan Manpower Planning and Employment Council yang berperanan untuk menangani isu-isu pengangguran di negara ini secara lebih efisien dan terarah. Antara langkah yang perlu dipertingkatkan ialah mengukuhkan jalinan kerjasama dengan sektor-sektor industri dan institusi-institusi pendidikan di negara ini dalam usaha untuk meningkatkan tahap employability dan marketability anak-anak tempatan lepasan universiti dan pendidikan teknikal.
Selaras dengan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, dasar-dasar kemasukan pekerja-pekerja asing, dasar-dasar pemberian latihan dan proses pengisian jawatan-jawatan kosong dalam perkhidmatan awam hendaklah diteliti. Dalam pada itu, golongan belia diseru untuk tampil ke hadapan dalam menyahut titah-titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam agar mereka sentiasa berusaha untuk memajukan diri dan membina keperibadian serta kebolehan masing-masing. Rebutlah peluang dan kemudahan yang disediakan dengan melibatkan diri secara aktif dalam program-program pembangunan dan dalam bidang pekerjaan dan perniagaan supaya golongan belia menjadi pemangkin kepada pertumbuhan sektor perniagaan di negara ini.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, dengan siapnya pembinaan Jambatan Penghubung Daerah Brunei-Muara dan Daerah Temburong dan penubuhan Autoriti Kemajuan Daerah Temburong (AKDT). ุฅู ุดุงุก ุงููู rancangan-rancangan pembangunan Daerah Temburong akan dapat dilaksanakan dengan lebih pesat dan tersusun. Kemajuan-kemajuan ini sudah setentunya akan meningkatkan kualiti kehidupan rakyat dan penduduk Daerah Temburong dan menjana lebih banyak aktiviti perekonomian di daerah tersebut sekali gus menjadi penyumbang kepada kemajuan ekonomi negara. Perbelanjaan besar yang telah dikeluarkan untuk membiayai pembinaan jambatan dan rancangan-rancangan pembangunan Daerah Temburong jelas menggambarkan komitmen rasa kasih dan tanggungjawab Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam memeduli kebajikan dan kesejahteraan seluruh rakyat dan penduduk di negara ini dan dalam memastikan kemajuan luar bandar yang inklusif seiring dan menyeluruh.
Dalam menjana pembangunan negara Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam akan terus komited untuk menyediakan peruntukan bagi pembiayai projek-projek dan inisiatif-inisiatif pembangunan.
Mengambil kira sumber pembangunan negara yang masih terhad, setiap agensi kerajaan berkewajipan untuk mendukung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam supaya sentiasa berhati-hati dalam merancang dan mengurus perbelanjaan. Segala projek dan inisiatif yang dilakukan hendaklah dipantau, ditadbir dan diurus dengan cekap dan telus serta amanah agar ia dapat mencapai sasaran outputs atau outcomes yang telah ditetapkan.
Agensi-agensi yang lain juga disarankan untuk tidak โcamah mataโ dalam sama-sama memantau projek-projek yang dilaksanakan selaras dengan tanggungjawab masing-masing. Melalui amalan berhemah dan usaha-usaha untuk mempelbagaikan ekonomi ุฅู ุดุงุก ุงููู kita akan dapat mengukuhkan kestabilan kedudukan kewangan negara dan ekonomi negara akan terus membangun dengan lebih yakin. Dengan izin ุงููู ุณูุจูุญูุงูููู ููุชูุนูุงููู dan berkat kepimpinan bijaksana Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam negara kita akan secara berterusan menikmati kemakmuran dan kekal menjadi sebuah negara yang berdaulat yang sentiasa dilimpahi rahmat ุขู ูู. ุขู ูู ูุง ุฑูุจูู ุงููุนูุงููู ูููู. ุงูููู ุณูุจูุญูุงูููู ููุชูุนูุงููู
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kebawah Duli Yang Maha Mulia juga bertitah bagi Ahli-Ahli Yang Berhormat Yang Dilantik untuk memberikan buah fikiran dan cadangan yang bernas disokong dengan fakta-fakta yang betul dan tepat, fokus serta relevan agar perbahasan akan lebih produktif.
Saya percaya dan penuh yakin Ahli-Ahli Yang Berhormat akan terus menerus mendukung dan menjunjung setinggi-tingginya titah dan aspirasi murni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam dengan melipatgandakan usaha masing-masing ke arah pembangunan bangsa dan negara khususnya dalam mencapai Wawasan Brunei 2035. Mudah-mudahan segala usaha yang kita laksanakan akan membuahkan hasil yang kita hasratkan.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Pada mengakhiri ucapan saya ini, saya ingin mengulang seruan supaya kita semua di Dewan yang mulia ini โmenanaiโ titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam dan seterusnya menunaikan kewajipan yang diamanahkan oleh baginda kepada kita semua dengan sebaik-baiknya.
Sekian, ูุจุงููู ุงูุชูููู ูุงููุฏุงูุฉุ ูุงูุณูุงู ุนูููู ูุฑุญู ุฉ ุงููู ูุจุฑูุงุชู
Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ
Terima kasih kenyataan daripada Yang Berhormat Penasihat Khas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga mengemukakan satu usul maka saya meminta sekarang seorang ahli untuk menyokong usul yang telah dikemukakan oleh Yang Berhormat Penasihat Khas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini bagi kita untuk membolehkan membahas usul yang dikemukakan oleh Yang Berhormat.
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteriโ
ุจูุณูู ู ุงูููู ุงูุฑููุญูู ูฐูู ุงูุฑููุญูููู ู ุงูุณูููุงูู ู ุนูููููููู ู ููุฑูุญูู ูุฉู ุงูููู ููุจูุฑูููุงุชููู dan salam sejahtera.
ุงูููุญูู ูุฏู ููููู ุฑูุจูู ุงููุนูุงููู ูููููุ ููุงูุตูููุงูุฉู ููุงูุณูููุงูู ู ุนูููู ุณููููุฏูููุง ู ูุญูู ููุฏู ุฃูุดูุฑููู ุงููู ูุฑูุณูููููููุ ููุนูููู ุขูููู ููุตูุญูุจููู ุฃูุฌูู ูุนููููู. ุงูููุญูู ูุฏู ููููู Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, kaola menyokong sepenuhnya usul yang telah dicadangkan oleh Yang Berhormat Penasihat Khas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Terima kasih Yang Di-Pertua.
Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Sebentar tadi Yang Berhormat Penasihat Khas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri mencadangkan satu usul bagi menyembahkan sepenuh-penuhnya menjunjung kasih Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muโizzaddin Waddaullah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar `Ali Saifuddien Saโadul Khairi Waddien, Sultan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam atas keberangkatan baginda ke majlis ini pada hari Isnin, 14 Rejab 1441 bersamaan 9 Mac 2020.
Kenyataan usul ini telah disokong sepenuhnya oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Maka usul ini sekarang saya bukakan kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat untuk membahaskan. Saya mempunyai senarai yang agak panjang bagi Ahli-Ahli Yang Berhormat yang suka untuk turut serta membahaskan usul yang berkenaan.
Maka untuk memulakannya saya mempersilakan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Putera Maharaja Dato Paduka Awang Haji Abdul Ghani bin Pehin Datu Pekerma Dewa Dato Paduka Awang Haji Abdul Rahim.
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Putera Maharaja Dato Paduka Awang Haji Abdul Ghani bin Pehin Datu Pekerma Dewa Dato Paduka Awang Haji Abdul Rahimโ
Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua. ุจูุณูู ู ุงูููู ุงูุฑููุญูู ูฐูู ุงูุฑููุญูููู ู Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Sesungguhnya semalam di Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama Dari Musim Keenam Belas Majlis Mesyuarat Negara di Dewan yang mulia ini, kita telah mendengar dan mengikuti kurnia titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Sesungguhnya titah baginda itu amat kita hargai dan kita junjung tinggi dan sesungguhnya titah baginda itu juga ibarat lampu pelita yang menerangi jalan kita yang panjang menuju kemajuan dan pembangunan bangsa dan negara. Negara makmur sejahtera ุจูููุฏู ุทููููุจูุฉู ููุฑูุจูู ุบููููุฑู dan ุงููู itu maha pengampun.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Antara kandungan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam kita hayati antaranya isu pekerja asing dan penglibatan warga asing dalam kegiatan perniagaan. Sesungguhnya isu ini telah banyak dibincangkan dalam berbagai-bagai forum. Antaranya dalam muzakarah bersama kementerian-kementerian yang berkenaan. Namun sejauh ini belum menghasilkan natijah yang dihasratkan.
Dari itu kaola berpendapat satu pendekatan baharu yang lebih praktikal harus dicari khasnya bagi menarik golongan pencari kerja yang terdiri daripada belia-belia negara supaya kekal dan suka serta mencintai bidang pekerjaan yang akan mereka ceburi. Umpamanya, dengan memberikan mereka insentif yang lebih menarik khasnya skim perkhidmatan yang lebih sesuai dan menarik termasuk upah dan gaji yang lebih tinggi.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam juga mengingatkan supaya seluruh jentera kerajaan dan penjawat awam akan bekerja dengan penuh jujur amanah, telus dan berintegriti dan sentiasa menjunjung tinggi falsafah Melayu Islam Beraja sebagai landasan berfikir dan bertindak bagi kebaikan bangsa dan negara.
Dalam persidangan pagi ini, di Dewan yang mulia ini, kaola menyembahkan menjunjung kasih Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dengan iringan doa mudah-mudahan baginda akan sentiasa dikurniakan kesihatan, rahmat dan keberkatan oleh ุงููู ุณุจุญุงูู ูุชุนุงูู dalam memimpin rakyat dan negara menuju ke mercu jaya.
Sekian, ูุจุงููู ุงูุชูููู ูุงููุฏุงูุฉ ูุงูุณูุงู ุนูููู ูุฑุญู ุฉ ุงููู ูุจุฑูุงุชู
Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ
Saya persilakan Yang Berhormat Awang Haji Emran bin Haji Sabtu.
Yang Berhormat Awang Haji Emran bin Haji Sabtuโ
ุจูุณูู ู ุงูููููู ุงูุฑููุญูู ูููฐูู ุงูุฑููุญููู ู ุงููุญูู ูุฏู ููููููู ุฑูุจูู ุงููุนูุงููู ููููุ ููุงูุตููููุงุฉู ููุงูุณููููุงู ู ุนูููู ุณููููุฏูููุง ู ูุญูู ููุฏู ุฃูุดูุฑููู ุงููู ูุฑูุณููููููุ ููุนูููู ุขูููู ููุตูุญูุจููู ุฃูุฌูู ูุนูููู.Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kaola lebih dahulu dengan tulus ikhlas menyembahkan setinggi-tinggi menjunjung kasih atas keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muโizzadin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar โAli Saifuddien Khairi Waddien Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke Istiadat Pembukaan Rasmi Majlis Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Keenam Belas Majlis Mesyuarat Negara dan atas limpah kurnia titah baginda.
Kaola juga menyokong penuh Usul daripada Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Di-Raja Dato Laila Utama Haji Awang Isa bin Pehin Datu Perdana Menteri Dato Laila Utama Haji Awang Ibrahim, Penasihat Khas Kebawah Duli yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menyembahkan ucapan berbanyak-banyak menjunjung kasih Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atas keberangkatan dan telah bercemar duli berangkat ke istiadat perasmian semalam.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semalam merupakan kurnia yang amat besar nilainya dan sama-sama ditunggu-tunggu oleh keseluruhan lapisan masyarakat. Setiap butir titah baginda kita amat-amati jelas terpancar gagasan penuh dengan pesanan yang bijaksana. Begitu juga baginda berpandangan sejak sekian waktu berulang kali menegaskan kepentingan kesejahteraan rakyat dan penduduk negara di kehadapan, nasihat dan teguran menggambarkan baginda sangat mengambil berat serta sangat dekat di hati baginda akan isu-isu semasa yang menuntut kita selaku Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara serta rakyat dan penduduk di negara ini berganding bahu bekerjasama untuk memantapkan lagi perekonomian negara, menyejahterakan masyarakat, memberkati negara, memperkuatkan beragama serta menjaga dan mengamalkan akhlak yang mulia dan etika kerja yang baik.
ุงูุญู ุฏ ููู Daerah Temburong โPermata Hijauโ sangat bertuah dan beruntung kerana Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah mengurniakan titah perkenan bagi penubuhan Autoriti Kemajuan Daerah Temburong (AKDT) yang bertujuan menjana aktiviti perekonomian serta meningkatkan kualiti kehidupan rakyat dan penduduk di Daerah Temburong.
Kaola dalam kesempatan ini dan bagi mewakili rakyat dan penduduk Daerah Temburong merafakkan sembah menjunjung kasih ke hadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan meraikan kesyukuran ke hadrat ุงููู ุณุจุญุงูู ูุชุนุงูู. Ia merupakan wawasan baginda yang jauh dan merupakan tanda kasih baginda kepada rakyat dan penduduk bagi negara ini khususnya bagi Daerah Temburong. Umum mengetahui iaitu pembinaan jambatan penghubung antara Daerah Brunei Muara dan Temburong. Dengan adanya jambatan tersebut Daerah Temburong akan bertukar wajah dan rupa, kemajuan bertambah, kemakmuran kebahagiaan akan dinikmati, pelancongan dan perekonomian bertambah pesat, penantian sekian lama akan berakhir pada tahun ini 2020 ุฅู ุดุงุก ุงููู, sedikit masa nanti akan dibuka rasmi.
Dengan terbentuknya AKDT ini, apa yang diharapkan kepada agensi-agensi berkenaan bersama-sama dengan pihak Urus Setia AKDT bagi memastikan projek-projek yang dilaksanakan mesra alam, berjalan dengan lancar berlandaskan tempoh masa yang telah ditentukan. Seperti yang Kaola difahamkan, beberapa projek telah dikenal pasti terutama menjadikan Daerah Temburong sebagai destinasi utama ekopelancongan serta dalam memfokuskan beberapa kawasan di daerah ini seperti di kawasan Labu, Pekan Bangar, Batang Duri dan Ulu Temburong untuk dimajukan. Kaola juga berseru kepada rakyat dan penduduk Daerah Temburong yang berkenaan akan dapat mengambil peluang daripada rancangan yang disediakan oleh Autoriti Kemajuan Daerah Temburong (AKDT).
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kita bersyukur ke hadrat ุงููููู ุณูุจูุญูุงูููู ููุชูุนูุงููู negara kita ditakdirkan bebas dari serangan COVID-19 yang pada hemat baginda adalah kerana berkat Brunei sentiasa menghayati doa. Doa adalah senjata orang mukmin yang ampuh. Baginda mengharapkan supaya amalan berdoa sebagai budaya bangsa. Sehubungan dengan itu, kaola amatlah menyokong saranan baginda itu di samping kita memperbanyakkan berdoa, kita juga dituntut untuk memperbanyakkan beristighfar, pengamalan pembacaan Saidul Istighfar telah pun juga diamalkan di majlis-majlis rasmi negara dan alangkah eloknya juga jika amalan pembacaan Saidul Istighfar itu diamalkan dan dibacakan juga di Majlis Mesyuarat Negara seperti ini kerana manfaatnya sangatlah besar.
Menyentuh mengenai perbelanjaan kerajaan dan cara penggunaan wang kerajaan mestilah benar-benar telus dan amanah seperti contoh pemberian projek-projek kerajaan. Kaola mencadangkan perlunya kita memikirkan dan menggunakan kaedah dalam agama Islam untuk memberi dana projek-projek kerajaan dalam menentukan kepentingannya dan skop manfaatnya dengan klasifikasi iaitu:
-
Daruriyat yakni sesuatu yang wajib, contohnya pembuatan sekolah, masjid dan penggunaan awam;
-
Hajiโiyad, ia tidak wajib tetapi masih diperlukan; dan
-
Tahโsiniat, tidak menjadi masalah jika tidak dibuat, contoh seperti tempat hiburan.
Begitu juga dalam perbelanjaan jabatan-jabatan kerajaan, tiba masanya kaedah tersebut diteliti oleh pihak berkepentingan dan dengan menempatkan maklumat serta kemahiran-kemahiran daripada pihak tertentu jika ia dapat membantu urusan kewangan dengan lebih mantap. Pada masa yang sama, saranan baginda supaya pengurusannya lebih berkesan, jika perlu mereka yang terlibat diambil tindakan dengan menegaskan peraturan yang sedia ada agar penyelewengan tidak berulang pada masa akan datang.
Marilah kita bersama-sama memohon doa ke hadrat ุงูููููู ุณูุจูุญูุงูููู ููุชูุนูุงููู semoga negara kita dijauhkan daripada wabak penyakit dan bala bencana, sebaliknya dilimpahi dengan berkat, kemakmuran yang berpanjangan. Kita berdoa semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan kerabat diraja beroleh kesejahteraan, rahmat, petunjuk serta perlindungan dan hidayah daripada ุงููู ุณุจุญุงูู ูุชุนุงูู.
ุขู
ูู... ุขู
ูู... ูุง ุฑุจู ุงูุนุงูู
ูู
Sekian, ูุจุงููู ุงูุชูููู ูุงููุฏุงูุฉ ูุงูุณูุงู ุนูููู ูุฑุญู ุฉ ุงููู ูุจุฑูุงุชู
Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ
Saya persilakan sekarang Yang Berhormat Pengiran Haji Mohamed bin Pengiran Osman @ Othman.
Yang Berhormat Pengiran Haji Mohamed bin Pengiran Haji Osman @ Othmanโ
ุจุณู ุงููู ุงูุฑุญู ู ุงูุฑุญููุงูุณููููุงู ู ุนูููููููู ู ููุฑูุญูู ูุฉู ุงูููู ููุจูุฑูููุงุชููู dan salam sejahtera. Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat yang kaola hormati sekalian. ุงูููุญูู ูุฏููููููฐูู, kaola dengan penuh hormat dan takzim sukacita menyokong sepenuhnya dan bersetuju atas Usul Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Di-Raja Dato Laila Utama Haji Awang Isa bin Pehin Datu Perdana Manteri Dato Laila Utama Haji Awang Ibrahim, Penasihat Khas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan menyembahkan sepenuhnya menjunjung kasih Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muโizzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar โAli Saifuddien Saโadul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atas keberangkatan baginda bercemar duli ke Istiadat Pembukaan Rasmi Majlis Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Keenam Belas, Majlis Mesyuarat Negara pada 14 Rejab 1441 bersamaan 9 Mac 2020.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua, kaola amat menjunjung tinggi titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muโizzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar โAli Saifuddien Saโadul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang merupakan satu titah yang berpandangan jauh lagi telus dalam mengingatkan kita semua akan tanggungjawab untuk memfokuskan segala perbincangan mengenai perkara-perkara yang strategik yang boleh memberikan kesan kepada kesejahteraan dan kemakmuran rakyat dan negara.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua, titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sangat signifikan dan relevan bagi kita yang berada di Dewan yang mulia ini dan juga mereka yang ada di luar sana untuk dimengertikan, dilaksanakan dan โditanaiโ dengan penuh kejujuran, ketaatan, kesetiaan yang tidak berbelah bagi. Titah yang sangat penting dan perlu dijadikan rujukan kepada semua yang berada dalam Dewan yang mulia ini dan di luar sana. Inti pati setiap perkara yang baginda sentuh dalam titah pembukaan Majlis Mesyuarat Negara semalam mempunyai sandaran, alasan dan fakta yang kukuh dan tidak dapat disangkal akan kebenarannya. Dari inti pati titah yang telah baginda titahkan, adalah pengamatan dan pemantauan baginda yang luar biasa dan sangat teliti ke atas apa yang sudah berlaku, sedang berlaku dan yang akan berlaku. Jika semua pihak yang diberikan tanggungjawab kurang teliti dan kewaspadaan pasti akan merugikan negara dan rakyat.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua, titah baginda itu juga merupakan directive (misi yang jelas) untuk kita semua merancang dan bertindak dalam menentukan hala tuju tanggungjawab yang kita pikul dan diberi mandat dan diberikan amanah untuk melaksanakannya. Dengan titah baginda itu juga setiap kita perlu merangka strategik untuk kemajuan dan pencapaian kejayaan ke atas fungsi yang menjadi tanggungjawab kepada kita semua di dalam Dewan yang mulia ini sebagai perwakilan dan teras kepimpinan di bahagian masing-masing.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua, merujuk tajuk perkara yang disentuh dalam titah baginda, Majlis Mesyuarat Negara menjadi wadah strategik untuk memikir dan membahaskan perkara-perkara yang relevan diperlukan rakyat dan negara dengan pemikiran dan penelitian yang rapi disokong dengan fakta yang sahih serta tepat.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menegur bahawa sesetengah Ahli Yang Berhormat lebih banyak bertanyakan daripada memberikan buah fikiran. Dalam perkara yang dititahkan baginda juga menyebut pergolakan dunia dari segi geopolitik dan juga penularan COVID-19 yang banyak menjejaskan perkembangan ekonomi serta juga menjejaskan harga minyak dan gas di seluruh dunia.
ุงูุญู ุฏ ููู, Negara Brunei Darussalam masih dapat mencatatkan pertumbuhan yang menggalakkan dan seterusnya dapat menikmati pembaharuan, infrastruktur berbentuk dasar. Dalam menangani COVID-19, walaupun ia ada sudah berlaku di negara kita ini, ุฅู ุดุงุก ุงููู seperti mana titah baginda supaya kita dapat mengamalkan budaya kita iaitu berdoa di masjid-masjid, di rumah-rumah, di majlis-majlis, agar kita mengharapkan COVID-19 dapat terhindar daripada merebak seterusnya.
Pada tahun 2019 juga kerajaan telah meraih pencapaian yang signifikan dalam sektor telekomunikasi yang membawa perubahan landskap ekonomi ke arah digital dan the fourth industrial revolution melalui penubuhan UNN Sendirian Berhad yang 100% dimiliki oleh kerajaan kita. Seterusnya baginda menyentuh tentang pengurusan tenaga kerja dan penubuhan MPEC di bawah Jabatan Perdana Menteri ke arah meningkatkan peluang pekerjaan dan menangani isu pengangguran serta mempercepatkan pengisian jawatan kosong di sektor kerajaan.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua, penubuhan Autoriti Kemajuan Daerah Temburong memberikan masa depan lebih cerah untuk Negara Brunei Darussalam. Baginda juga menyentuh berhemah membelanjakan peruntukan yang diberikan serta berusaha mempelbagaikan ekonomi dan seterusnya baginda memperingati supaya pemantauan ke atas projek perlu dibuat supaya tidak berlaku penyelewengan dengan menggunakan bahan yang tidak berkualiti.
Kita yang ada di dalam Dewan ini dan semua mereka yang di luar sana, sama ada penjawat-penjawat awam atau semua lapisan masyarakat perlu mengingati titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang menyentuh banyak perkara yang mesti diambil perhatian dan dilaksanakan secara bersatu padu dan berganding bahu dan membantu kerajaan baginda bagi memakmurkan dan memajukan negara dan rakyat serta dapat merealisasikan hasrat negara seperti yang terkandung dalam Wawasan Brunei 2035.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua, akhir kalam kaola sekali lagi ingin sama-sama menyembahkan setinggi-tinggi menjunjung kasih Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atas titah baginda yang jelas lagi menekankan dan menyeru khasnya kepada kita semua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat ini supaya sama-sama menyuarakan pandangan tanpa ragu-ragu dan suara kitani diperlukan untuk kebaikan negara dan rakyat.
Sekian, ูุจุงููู ุงูุชูููู ูุงููุฏุงูุฉ ูุงูุณูุงู ุนูููู ูุฑุญู ุฉ ุงููู ูุจุฑูุงุชู
Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ
Saya persilakan Yang Berhormat Awang Haji Umarali bin Esung.
Yang Berhormat Awang Haji Umarali bin Esungโ
Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.
ุจุณู ุงููู ุงูุฑุญู ู ุงูุฑุญูู ุงูุญู ุฏ ููู ุฑุจ ุงูุนุงูู ููุ ูุงูุตูุงุฉ ูุงูุณูุงู ุนูู ุณูุฏูุง ู ุญู ุฏ ุฃุดุฑู ุงูู ุฑุณูููุ ูุนูู ุงูู ูุตุญุจู ุฃุฌู ุนูู.ุงูุณูููุงูู ู ุนูููููููู ู ููุฑูุญูู ูุฉู ุงูููู ููุจูุฑูููุงุชููู dan salam sejahtera.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, terlebih dahulu kaola mengucap syukur ke hadrat ุงูููููู ุณูุจูุญูุงูููู ููุชูุนูุงููู kerana dengan limpah kurnia dan hidayah-Nya jua maka kaola dapat berucap di Majlis di Dewan yang mulia ini, ุฃูููุญูู ูุฏู ููููููู, menyentuh mengenai titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semalam kaola menyokong penuh usul daripada Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Di-Raja Dato Laila Utama Awang Haji Isa bin Dato Perdana Menteri Dato Laila Utama Haji Awang Ibrahim, Penasihat Khas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menyembahkan ucapan berbanyak-banyak menjunjung kasih kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bercemar duli berangkat ke Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Keenam Belas Majlis Mesyuarat Negara pada hari Isnin, 14 Rejab 1441 bersamaan 9 Mac 2020.
Kaola menjunjung kasih setinggi-tingginya atas titah baginda dan dengan sedaya upaya selaku Ahli Yang Berhormat mengemukakan cadangan-cadangan yang lebih relevan dan fokus kepada keperluan rakyat dan negara seperti mana yang baginda hasratkan, ุฅู ุดุงุก ุงููู. Sebagai seorang pemimpin Negara Brunei Darussalam yang sentiasa menekankan Islam sebagai pegangan ke arah kecemerlangan negara kita akan terus dilindungi dan diberi perlindungan oleh ุงููู ุณูุจูุญูุงูููู ููุชูุนูุงููู jua. Selaku rakyat kita sewajarnya melihat ini sebagai landasan ke arah mencipta kehidupan yang lebih sumul sejajar dengan titah baginda agar kita terus menerus mengamalkan doa sebagai budaya hidup.
ุงูุญู ุฏ ููู, kekuatan doa telah pun mampu memeliharakan Negara Brunei Darussalam daripada bala bencana. Selain daripada itu, baginda juga menyeru agar kita mensyukuri nikmat kemajuan yang dikecapi terutama sekali di dalam kemajuan teknologi digital dengan tertubuhnya sebuah syarikat milik kerajaan bagi mengimbangi komunikasi terkini dengan ini ianya dapat mewujudkan satu pemikiran baharu sebuah negara pintar yang lebih maju ุฅู ุดุงุก ุงููู.
Sehubungan dengan itu, sudah tiba masanya negara kita mencapai peluang-peluang baharu khususnya di dalam ekonomi digital yang dapat diserap oleh golongan belia bagi mencetuskan promosi di dalam gerak kerja produkti dan budaya hidup seharian tanpa mengetepikan nilai-nilai hidup berugama berpandukan berkonsepkan Melayu Islam Beraja iaitu MIB.
Dalam belanjawan kerajaan, budaya berjimat cermat juga menjadi keutamaan baginda terutama dari dahulu hingga sekarang. Dalam hal ini kaola pula berharap biar pihak-pihak yang berkenaan dapat mencadangkan projek-projek yang berimpak tinggi kepada hasil ekonomi rakyat khususnya di kawasan luar bandar untuk mewujudkan peluang perniagaan yang lebih maju dan berdaya saing. Kaola juga menyokong sepenuhnya penubuhan majlis pekerjaan yang dirancangkan tenaga kerja MPEC dan Authoriti Kemajuan Daerah Temburong (AKDT) serta berharap agar agensi-agensi berkenaan dan seluruh rakyat memberikan kerjasama yang padu dalam sama-sama memajukan Negara Brunei Darussalam.
Sekian, ูุจุงููู ุงูุชูููู ูุงููุฏุงูุฉ ูุงูุณูุงู ุนูููู ูุฑุญู ุฉ ุงููู ูุจุฑูุงุชู
Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ
Ahli-Ahli Yang Berhormat, saya berpendapat ada baiknya persidangan ini kita tangguhkan dulu selama 15 minit untuk kita berehat.
(Majlis Mesyuarat berehat sebentar)
(Majlis Mesyuarat bersidang semula)
Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ
Ahli-Ahli Yang Berhormat, kita masih lagi membincangkan Perkara V iaitu Usul Yang Telah Diberi Notis yang telah dicadangkan oleh Yang Berhormat Penasihat Khas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan usul tersebut telah mula dibincangkan oleh beberapa orang ahli dan kita masih lagi mempunyai senarai yang agak panjang daripada ahli-ahli yang ingin turut serta dalam membincang usul ini. Saya sekarang mempersilakan Yang Berhormat Awang Iswandy bin Ahmad.
Yang Berhormat Awang Iswandy bin Ahmadโ
ุจุณู ุงููู ุงูุฑุญู ู ุงูุฑุญููุงูุณููููุงู ู ุนูููููููู ู ููุฑูุญูู ูุฉู ุงูููู ููุจูุฑูููุงุชููู Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Saya menyokong sepenuh-penuhnya akan usul yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Di-Raja Dato Laila Utama Haji Awang Isa bin Pehin Datu Perdana Manteri Dato Laila Utama Haji Awang Ibrahim, Penasihat Khas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam bagi menyembahkan ucapan menjunjung kasih kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam yang telah bercemar duli berangkat ke Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Keenam Belas Majlis Mesyuarat Negara dan berkenan mengurniakan bertitah pada hari tersebut.
Sesungguhnya titah baginda penuh dengan nasihat kewibawaan serta harapan baginda yang sentiasa memeduli rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam ini di bawah naungan rahmat ุงููู ุณูุจูุญูุงูููู ููุชูุนูุงููู jua.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Saya menyeru Ahli-Ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini serta nasihat untuk diri saya sendiri jua untuk mengubah pola pemikiran kita supaya berfikir secara strategik dan mencari inovasi serta mencadangan penyelesaian bagi isu-isu yang kita bincangkan baik dari segi peruntukan mahupun dasar.
Cukuplah kita membawakan isu-isu yang lama namun begitu perlu juga ada kemas kini atau update dari pihak-pihak yang berkenaan mengenai isu-isu yang sudah dibangkitkan. Kalau belum ada jawapannya pada persidangan yang lepas maka tidaklah perlu ditanya lagi semula baru kita bincangkan. Malah besarlah harapan saya supaya update ini disampaikan secara telus dan suasana yang harmoni. Jika lemah kita ini kuatkan, jika salah kita ini betulkan dan jika perlu dibuat semula kita ini sama-sama memikirkan dan mengambil tindakan yang perlu.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Negara kita baru kelmarin dikejutkan dengan mengesan kes pertama COVID-19 dan dengan kesiapsiagaan Kementerian Kesihatan dan agensi-agensi yang lain kita ini berdoa dan berharap supaya perkara ini tidak berlarutan dan dapat dikawal.
Saya menyarankan di samping amalan-amalan dan mengikut tatacara pengawalan virus ini mengikut nasihat Kementerian Kesihatan โbisai juaโ kita ini mempersiapkan perkhidmatan-perkhidmatan kerajaan kita ini termasuk juga perniagaan-perniagaan dan perusahaan-perusahaan supaya dapat mengurangkan impak COVID-19 ini.
Antara saranan saya:
-
Memastikan mana-mana pekerja yang dijangkiti COVID-19 baik di sektor swasta mahupun kerajaan yang menjalani cuti kuarantin untuk tidak dipotong cuti sakit apatah lagi cuti tahunan;
-
Memberi pertimbangan untuk memberi sokongan kepada orang yang mungkin berisiko seperti yang mempunyai existing medical condition, usia yang lebih lanjut dan lain-lain untuk tidak menghadapi stigma mahupun diskriminasi baik sebagai pekerja atau pelanggan;
-
Memberi garis panduan yang sesuai untuk bekerja secara remote atau teller working bagi sektor yang dapat diaplikasi cara ini; dan
-
Menyediakan contingency plan. Disediakan untuk apa jua persiapan supaya memastikan tiada gangguan atau kurang gangguan bagi penyampaian perkhidmatan di sektor kerajaan ataupun swasta contohnya jika perlu pengambilan pekerja-pekerja baharu bolehlah menjalaniya secara online test dan interview atas talian atau perkhidmatan di kaunter bolehlah digantikan dengan talian telefon; juga pekerja yang menjalani kuarantin masih boleh diberi tugasan secara teller working dan lain-lain
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. ุงูููุญูู ูุฏู ูููููฐูู negara telah menubuhkan *Mainpower Planning *and Employment Council (MPEC)* untuk menangani isu-isu pengangguran. Di sini saya berminat sekali untuk mendengar dan mengetahui apakah perancangan ke hadapan majlis ini. Beberapa perkara saya lihat masih perlu pembaikan untuk pemerhatian kitani jua iaitu:
-
Perlunya ada usaha berterusan kitani dalam upscaling, rescaling dan live long learning kursus, pada masa sekarang ia masih โbertempiratanโ dan bersifat in a silo ertinya penjawat kerajaan adalah di bawah jagaan SPA dan IPA;
-
Kementerian Pendidikan untuk perbelanjaan sepanjang hayat secara formal dan Kementerian Hal Ehwal Ugama untuk pendidikan Islam. Saya mencadangkan penyelarasan untuk dapat dibawa ke majlis ini; dan
-
Rescaling dan upscaling pekerja kitani, ุงูููุญูู ูุฏู ููู ada sudah usaha latihan di peringkat kerajaan seperti di Institut Perkhidmatan Awam mahupun kursus pendek di IBTE serta latihan-latihan yang disediakan oleh pihak swasta seperti short scale training dan kemahiran teknikal. Malah kursus di atas talian bersifat massive online open course mode juga ada. Namun begitu latihan-latihan ini walaupun ada usaha untuk memastikan ianya dapat dibayar secara berpatutan namun bagi seorang pencari pekerjaan ataupun seorang baru sahaja diberhentikan kerja untuk membayar kursus yang berharga $100.00 ataupun sekadar sepuluh ringgit pun terasa berat. Sudah tiba masanya kita ini memikirkan supaya adanya subsidi ataupun kredit kewangan dalam perkara ini.
Dalam titah baginda juga baginda ada menyentuh mengenai menilai semula proses mempercepatkan pengisian jawatan-jawatan kosong dalam perkhidmatan awam. Adalah dimaklumi bahawa kita ini hendaklah memastikan ianya efisiensi dan effectiveness, penjawat awam kita ini melalui berbagai usaha dan saya memuji usaha kita ini semua dalam perkara ini. Namun masih ada satu kekurangan yang ketara dalam perkara ini iaitu jawatan-jawatan yang dipangku. Pada pendapat saya jika seorang pegawai tersebut cuma menjawat jawatan tersebut secara memangku dan menunggu untuk ditetapkan tidaklah menjadi apanya. Akan tetapi jika seorang pegawai tersebut mempunyai dan memangku dua jawatan bukankah ianya menjadi satu kerugian dimana salah satu jawatan tersebut dapat diisikan oleh orang lain.
Isu memangku terlalu lama juga mungkin dapat kita sama-sama memikirkan dan penyelesaiannya. Contoh saja mengikut kajian saya 2 buah kementerian yang mana 50% pegawai kanannya di dalam jawatan memangku. Malah ada sebuah kementerian rata-rata semua pegawai kanan adalah jawatan memangku. Saya berharap perkara ini janganlah berlarutan terlalu lama kerana ia menampakkan kelemahan kita ini dalam human capital development di dalam succession planning kita ini.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Terakhir sekali pemikiran jauh baginda terbukti dengan ingin melihat inovasi dalam perekonomian negara di dalam era Fourth Industry revolution (FIR). Kita ini masih lagi menanti-nantikan apakah perancangan kita ini dalam menghadapi FIR ini di peringkat nasional. Saya berharap perkongsian di Dewan yang mulia ini namun begitu izinkan saya memberikan pendapat FIR ini:
-
Memberi beberapa peratus dari KDNK di dalam research and development;
-
Memastikan pendidikan STEAM iaitu Science, Technology, Engineering, Arts dan Matematik diberi pengkhususan dan laluan kerjaya atau career path disediakan;
-
Mengukuhkan lagi ekonomi digital kita dengan meningkatkan kepakaran dan pemerkasaan serta menyediakan infrastruktur yang diperlukan;
-
Menggalakkan pengusaha-pengusaha kita untuk berkecimpung ataupun sekurang-kurangnya mengadaptasi teknologi dalam perusahaan mereka; dan
-
Terakhir sekali seperti mana kita mempunyai program Civil Service Leadership Pipeline (CSLP). Saya mencadangkan kita mempunyai Program Bruneian Talent Tag Pipeline untuk mempersiapkan generasi perintis seterusnya dalam bidang teknologi. Perkara ini boleh diusahakan bersama oleh konsortium universiti-universiti kita, sektor-sektor perniagaan dan orang-orang yang dalam industri ini sebagai satu inisiatif membuatnya ia secara sistematik untuk mengembangkan bakat anak-anak muda kita.
Sekian dan terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.
ูุจุงููู ุงูุชูููู ูุงููุฏุงูุฉ ูุงูุณูุงู ุนูููู ูุฑุญู ุฉ ุงููู ูุจุฑูุงุชูYang Berhormat Yang Di-Pertuaโ
Sekarang saya persilakan Yang Berhormat Awang Haji Ramli bin Haji Lahit.
Yang Berhormat Awang Haji Ramli bin Haji Lahitโ
Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.
ุจุณู ุงููู ุงูุฑุญู ู ุงูุฑุญูู ุงูุญู ุฏ ููู ุฑุจ ุงูุนุงูู ููุ ูุงูุตูุงุฉ ูุงูุณูุงู ุนูู ุณูุฏูุง ู ุญู ุฏ ุฃุดุฑู ุงูู ุฑุณูููุ ูุนูู ุขูู ูุตุญุจู ุฃุฌู ุนูู.Yang Berhormat Yang Di-Pertua, Ahli-Ahli Yang Berhormat. Sesungguhnya kaola wakil dari Daerah Tutong bagi Zon 2 juga mewakili rakan kaola dari Zon 1 menyokong cadangan Yang Berhormat Penasihat Khas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Kaola dan rakan mengambil kesempatan menyembah setinggi-tinggi menjunjung kasih Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar โAli Saifuddien Saโadul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atas keberangkatan baginda seterusnya mengurniakan titah dalam Majlis Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Keenam Belas Majlis Mesyuarat Negara pada hari Isnin, 14 Rejab 1441 bersamaan 9 Mac 2020.
Kaola dengan sedaya upaya menunaikan hasrat yang dititahkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar โAli Saifuddien Saโadul Khairi Waddien Haji Hassanal Bolkiah Muโizzaddin dan Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam mengikut kebolehan dan fikiran kaola bagi memberi buah fikiran dan cadangan mengenai isu-isu yang dianggap relevan terutama sekali yang berkaitan dengan keperluan rakyat dan negara, ุฅู ุดุงุก ุงููู,
Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Titah baginda seterusnya mengenai penularan wabak COVID-19 yang menjejaskan perkembangan dan pertumbuhan ekonomi di kebanyakan negara di dunia menyebabkan kurangnya permintaan minyak dan gas maka mengakibatkan harga kedua komoditi ini jatuh, tidak terkecuali negara kita yang masih bergantung pada hasil sumber minyak dan gas sebagai hasil utama. Hal ini menyebabkan negara mengalami defisit. Baginda menekankan setiap agensi kerajaan untuk berhati-hati dalam menggunakan peruntukan iaitu berbelanja secara berhemah di samping usaha-usaha mempelbagaikan ekonomi. Mengenai cara menghindar dari wabak COVID-19, selain doa-doa semua agensi yang berkenaan perlu bekerjasama mengadakan kawalan ketat kemasukan individu-individu dari mana jua negara terutama dari negara-negara yang dijangkiti penyakit berkenaan dan menyiarkan maklumat dari semasa ke semasa akan kewaspadaan dan kesiapsiagaan kepada rakyat yang akan mengadakan perjalanan ke luar negara dan individu yang merasa dirinya kurang sihat sekembali dari luar negara diwajibkan berjumpa doktor secepat mungkin.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Menyentuh mengenai titah baginda mengenai pengangguran, bagi mengatasi perkara ini baginda memperkenankan bagi Manpower Planning and Employment Council (MPEC) ditempatkan di Jabatan Perdana Menteri. Setentunya MPEC perlu memikirkan melaksanakan projek pelaburan yang membuka luas ruang pekerjaan dan terbaharu. Di samping itu, mengadakan latihan-latihan dan menyediakan syllabus kemahiran bagi menanamkan semangat keusahawanan dari peringkat sekolah dan maktab-maktab.
Sebenarnya apabila sebahagian besar seseorang memiliki semangat keusahawanan maka tidak perlu dirisaukan akan sedikitnya ruang pekerjaan. Jika seseorang mempunyai jiwa keusahawanan mestinya ia dapat membina perusahaan sendiri bahkan dapat memberi pekerjaan kepada orang lain.
Inisiatif untuk menghidupkan Job Center Brunei (JCB) merupakan satu cara mengurangkan pengangguran kerana JCB mempertemukan antara majikan dan pencari kerja. Dengan cara ini pencari kerja tidak susah mendapatkan maklumat pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan dan keupayaan, hanya dicadangkan supaya ada wakil dari pihak Job Center Brunei (JCB) untuk menyertai dalam temu duga syarikat-syarikat berkenaan untuk memastikan pekerjaan yang ditawarkan oleh syarikat tersebut benar wujud dan peluang pekerjaan harus dilakukan dengan transparent atau dengan telus iaitu dengan tidak ada praktikal untuk peluang pekerjaan "pintu belakang".
Kaola mendapat maklumat, ada 6,000 lebih pekerjaan yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat menerusi JCB tetapi hanya 2,000 sahaja pekerjaan yang diisi. Jika ini benar apakah masalahnya?
Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Kemasukan pekerja asing juga menjadi perhatian baginda iaitu dasar-dasar mustahak diteliti kerana kebanjiran pekerja asing menjejaskan pencari kerja anak tempatan. Walau bagaimanapun, bukanlah bermaksud negara langsung tidak memerlukan pekerja asing kerana ada pekerjaan yang tidak dapat dilakukan oleh anak tempatan, maka pekerja tenaga asing masih diperlukan. Hanya perlunya pihak berkenaan khususnya MPEC mengkategorikan jenis pekerjaan untuk anak tempatan yang masih dijawat oleh pekerja asing yang belum pernah dipegang oleh anak tempatan. Namun, umur syarikat berkenaan mencecah satu abad dan jawatan-jawatan penting ini masih lagi dimonopoli oleh pekerja-pekerja asing.
Bagi mengatasi perkara ini, pihak majikan dan pengurusan yang terdiri daripada orang asing hendaklah betul-betul jujur mencurahkan ilmu mereka dan memberikan peluang kepada anak tempatan memegang jawatan berkenaan setelah tamat kontrak dan bukannya memberikan dengan pelbagai tekanan menyebabkan anak tempatan berhenti dan akhirnya pekerjaan tersebut diberi peluang pengganti kepada orang asing berterus-terusan hingga berpuluh tahun dengan alasan anak tempatan tidak tahan bekerja atau memilih pekerjaan.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Baginda inginkan ada usaha-usaha mempelbagaikan ekonomi oleh perusahaan yang kecil mahupun bagi perusahaan yang besar. Tetapi bagi perusahaan kecil adalah sukar untuk melaksanakan jika tidak ada bantuan khusus. Oleh itu, bagi membantu perusahaan kecil sokongan pihak kerajaan adalah penting misalannya memberi latihan kemahiran, pengalaman Pendidikan dan pemantauan serta modal yang mencukupi. Dengan cara ini akan mengurangkan pengangguran kerana mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan perniagaan untuk warga tempatan. Menggalakkan penyertaan apabila dapat dibantu dari segi infrastruktur dan kemudahan yang pro-bisnes.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Baginda bertitah menyentuh tentang pengawasan projek yang sangat lemah menyebabkan kerosakan, kekurangan dan penyelewengan seperti penggunaan bahan-bahan yang berkualiti rendah dan murah. Dalam hal ini, pegawai luar yang jujur dan amanah sangat perlu diwujudkan dari agensi-agensi yang berbeza bagi memantau setiap projek kerajaan dan melaporkan setiap perincian kemajuan projek selepas pemantauan.
Akhirnya sebagai penutup, kaola berpendapat bahawa dari titah baginda amat jelas pemedulian, keprihatinan dan kebijaksanaan baginda dalam menangani semua permasalahan negara. Kaola sangat menjunjung tinggi akan titah ini. Oleh itu, marilah kita bersama-sama berdoa semoga negara kita dijauhi dari segala wabak penyakit dan sentiasa dalam aman dan makmur serta Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan kerabat diraja beroleh kesejahteraan rahmat serta hidayah daripada ุงููู ุณูุจูุญูุงูููู ููุชูุนูุงููู jua.
Sekian, ููุจูุงูููู ุงูุชููููููููู ููุงููููุฏูุงููุฉู ููุงูุณูููุงูู ู ุนูููููููู ู ููุฑูุญูู ูุฉู ุงูููู ููุจูุฑูููุงุชููู
Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ
Sekarang saya persilakan Yang Berhormat Awang Naim bin Haji Kamis.
Yang Berhormat Awang Naim bin Haji Kamisโ
Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.
ุจูุณูู ู ุงูููู ุงูุฑููุญูู ููู ุงูุฑููุญูููู ู ุงูุณูููุงูู ู ุนูููููููู ู ููุฑูุญูู ูุฉู ุงูููู ููุจูุฑูููุงุชููู dan salam sejahtera. Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Pertama-tama marilah kita bersyukur ke hadrat ุงููู ุณูุจูุญูุงูููู ููุชูุนูุงููู atas rahmat dan nikmat yang dilimpahkan ke atas negara kita sebagai negara yang aman makmur seperti yang kita nikmati selama ini. Kita baru sahaja menyambut Hari Kebangsaan Ke-36 tahun iaitu satu tempoh yang boleh dikatakan sudah cukup matang dan dewasa. Kita telah berjaya memartabatkan negara di dunia antarabangsa dan menempa banyak kemajuan. Ini atas usaha gigih pemimpin kita Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Sultan dan Yang di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan juga setiap rakyat dan penduduk negara ini.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kaola berdiri di sini dengan tulus ikhlas menyokong Usul yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Penasihat Khas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi menyembahkan sembah ucapan junjung kasih yang setinggi-tingginya Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atas keberangkatan baginda dan seterusnya mengurniakan titah dalam Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Keenam Belas Majlis Mesyuarat Negara pada hari Isnin, 14 Rejab 1441 bersamaan 9 Mac 2020.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Dalam titah baginda, baginda dengan jelas menunjukkan keprihatinan yang tinggi terhadap isu-isu yang berkaitan dengan keadaan ekonomi, sosial dan politik dan baginda terus mengharapkan dan ingin melihat Majlis Mesyuarat Negara ini menjadi wadah strategik bagi memikir dan membahas perkara-perkara yang diperlukan rakyat dan negara. Titah ini sangat disanjung tinggi kerana memberikan semangat kepada Ahli-Ahli Berhormat untuk memberikan pandangan yang difikirkan boleh membantu kerajaan bagi membangun ekonomi, sosial, politik negara dan rakyat negara ini yang menjurus kepada dasar dan strategik untuk mempercepatkan negara menuju sasaran Wawasan Brunei 2035 yang hanya tinggal kurang lebih 15 tahun lagi.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Dalam pada itu baginda juga menekankan mengenai perbelanjaan berhemah, ke arah itu sangat penting bagi kerajaan atau pihak yang berkenaan untuk fokus membuat perbelanjaan yang dapat membantu menjana pekerjaan seperti usaha untuk menarik pelaburan asing ke negara ini yang boleh menjana pekerjaan. Pihak kerajaan atau yang berkenaan juga perlu membantu peniaga-peniaga tempatan, pihak-pihak yang terlibat dengan pelancongan, pertanian dan perikanan dengan cara mengadakan pakej bantuan yang berpatutan. Pihak kerajaan juga mestilah mengubah minda dan mentaliti sentiasa fikir perbelanjaan berhemah dan melaksanakan projek yang memberi kesan value for money yang selaras dengan matlamat Wawasan Brunei 2035. Dalam menentukan sama ada sesuatu program atau projek itu adanya value for money. Setiap kementerian haruslah bijak meneliti serta menilai dan bukannya main teka atau berandaian sahaja. Menyentuh mengenai hemah berbelanja juga kerajaan dan masyarakat perlulah mengurangkan aktiviti atau majlis-majlis yang kurang perlu dan hendaklah berbelanja secara berpatutan sahaja.
Dalam masa yang sama perlunya perubahan minda yang ketara, sebab masih ada lagi pegawai kerajaan yang berfikiran untuk melaksanakan sesuatu projek itu mesti ada bajet, โno budget no goโ. Perlunya pegawai berkenaan berfikiran probisnes dan faham selok belok kemahuan sektor swasta dan komuniti bisnes. ุฅู ุดุงุก ุงููู kalau pegawai berkenaan berfikiran bijak dan memadam perkataan โatu payah tu ehโ adalah dipercayai memang ada cara lain untuk suatu projek atau inisiatif itu dibuat tanpa perbelanjaan atau kurang perbelanjaan kerajaan dengan bersifat profesional dan etika kerja serta berintegriti tinggi ุฅู ุดุงุก ุงููู unsur rasuah dapat dielakkan.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Mengenai kesan COVID-19 perlunya penduduk di negara ini sentiasa mengamalkan kebersihan diri setiap masa dan di mana saja berada termasuk juga pekerja-pekerja asing yang berada di negara ini. Akta-akta atau undang-undang kesihatan perlulah dilaksanakan supaya memberi kesan kepada mereka yang melanggar akta atau undang-undang yang dikuatkuasakan.
Berkenaan dengan pengawasan dan sandiwara โpintu belakangโ, teguran ini bukan saja untuk satu projek tertentu tetapi menyentuh seluruh projek pembangunan yang terdapat kurang dari segi proses penilaian tawaran sehingga pemantauan semasa pembinaan dan juga pasca pembinaan.
Sukacita dan perlu dicadangkan tatacara dan proses yang sedia ada perlu direviu untuk memastikan bangunan atau infrastruktur yang dibuat akan ada yang memantau semasa dibina. Ini termasuk agensi-agensi kerajaan berkenaan membawa kepada konsultan dan pihak profesional yang terlibat dari peringkat perancangan hingga pembinaan siap dan beroperasi dan juga ditambah pasca pembinaan perlu pemantauan sebab banyak penggunaan ataupun infrastruktur yang setelah siap kurang pemeliharaan dan ini menyebabkan ia cepat rosak. Dalam hal itu perlu dicadangkan juga iaitu sebagai contoh kalau dapat peruntukan pemeliharaan bangunan dan kawasan untuk jangka masa sederhana atau panjang dimasukkan dalam jumlah keseluruhan kos projek.
Dalam hubungan ini, pihak penyiasat perlulah diperkuat dan mempunyai integriti yang tinggi dan cekap dan dalam pada itu juga keadilan undang-undang perlulah diperkuat; misalnya hukuman bagi mereka yang pecah amanah, penyelewengan wang kerajaan, wang rakyat dan rasuah perlulah diberikan hukuman yang lebih berat jika dibandingkan dengan jenayah-jenayah lain seperti penyeludupan rokok dan sebagainya.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Mengenai pengambilan pekerja asing perlulah dihadkan sementara; Akta Buruh dan Imigresen perlulah diteliti semula dan diperketatkan terutama mengenai dasar-dasar yang sudah lama dan tidak lagi serasi atau selaras dengan keadaan semasa perlulah diubah suai.
Dasar-dasar baharu juga perlu diperkenalkan untuk memastikan mana-mana projek atau inisiatif yang tidak dapat dibuat disebabkan oleh dasar dan peraturan yang tidak sesuai akan dapat dilaksanakan mengikut keadaan semasa dan memenuhi matlamat Wawasan 2035. Perkasakanlah penglibatan sektor swasta dan pelabur dengan bukan saja kementerian-kementerian berkaitan memudah cara tetapi juga mengubah dasar supaya apa yang dicadangkan oleh sektor swasta atau pelabur itu akan dapat dilaksanakan dengan mengambil kira aspek win-win-win iaitu win kepada sektor swasta atau pemaju yang akan menikmati keuntungan dan win kepada pihak kerajaan yang akan dapat pendapatan daripadanya tanpa mengeluarkan kos perbelanjaan yang tinggi dan win kepada rakyat yang akan dapat pekerjaan dan kemudahan yang disediakan.
Kadar-kadar bayaran seperti visa dan pas kerja perlulah dinaikkan dari kadar yang ada sekarang dan ada baiknya jua gaji minimum untuk pekerja tempatan diselaraskan untuk menggalakkan mereka terus bekerja dengan pihak swasta secara berterusan.
Berhubung dengan Penubuhan Autoriti Kemajuan Daerah Temburong amatlah disanjung tinggi dan ianya nanti dapat memastikan pembangunan di daerah berkenaan dan boleh menyumbang kepada ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat di daerah berkenaan. Oleh itu, dasar dan strategi perlulah lurus dan cepat dibuat dan bukannya untuk sesetengah pihak mengambil kesempatan yang mungkin menjejaskan kemajuannya dan tidak memberi manfaat kepada penduduk setempat.
Akhirnya marilah kita bersama-sama berdoa agar Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam serta kerabat, serta rakyat Negara Brunei Darussalam beroleh rahmat, hidayah serta kesejahteraan yang berpanjangan. ุฃู ูู
Sekian, ูุจุงููู ุงูุชูููู ูุงููุฏุงูุฉ ูุงูุณูุงู ุนูููู ูุฑุญู ุฉ ุงููู ูุจุฑูุงุชู
Terima Kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.
Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ
Saya persilakan sekarang Yang Berhormat Pengiran Haji Ali bin Pengiran Maon.
Yang Berhormat Pengiran Haji Ali bin Pengiran Maonโ
ุจุณู ุงููู ุงูุฑุญู ู ุงูุฑุญูู ุงูุญู ุฏ ููู ุฑุจ ุงูุนุงูู ููุ ูุงูุตูุงุฉ ูุงูุณูุงู ุนูู ุณูุฏูุง ู ุญู ุฏ ุฃุดุฑู ุงูู ุฑุณูููุ ูุนูู ุขูู ูุตุญุจู ุฃุฌู ุนูู.Yang Berhormat Yang Di-Pertua, Ahli-Ahli Yang Berhormat.
ุงูุณูุงู ุนูููู ูุฑุญู ุฉ ุงููู ูุจุฑูุงุชู dan salam sejahtera. ุงูุญู ุฏ ููู dengan memanjatkan syukur ke hadrat ุงููู ุณุจุญุงูู ูุชุนุงูู dan atas limpah dan kurnia-Nya jua maka kaola dapat bersama-sama dalam sidang yang mulia bagi menyokong penuh Usul yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Penasihat Khas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi menyembahkan sembah ucapan menjunjung kasih Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bercemar duli, berangkat dan seterusnya berkenan mengurniakan titah di Majlis Istiadat Pembukaan Rasmi Majlis Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Keenam Belas Majlis Mesyuarat Negara bagi tahun 2020 ini.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Berhubung dengan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, kita amatlah menyanjung tinggi dan titah baginda penuh dengan nasihat, mandat dan amanat kepada Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat untuk membincangkan perkara-perkara strategik yang memberi tumpuan kepada aspek pertumbuhan ekonomi negara serta melindungi kesejahteraan rakyat dan penduduk. Titah baginda berhubung dengan kesejahteraan hidup rakyat dan penduduk perlu diambil perhatian. ุงูููุญูู ูุฏู ูููููฐูู kita bersyukur ke hadrat ุงููููฐูู ุณูุจูุญูุงูููู ููุชูุนูุงููฐู kerana mengurniakan kehidupan yang sihat, selamat dan sejahtera di bumi Brunei Darussalam ini. Kehidupan yang sihat seharusnya Dibudayakan sebagai amalan hidup seharian sekali gus dengan izin ุงููู dapat mengekang segala anasir, wabak dan penyakit dari merebak di bumi tercinta ini.
Agama Islam amat mementingkan gaya hidup yang sihat, kesihatan akan dapat dipelihara dengan baik jika kita dapat mengamalkan tabiat hidup yang diatur dengan baik menurut ketetapan dan kehendak syarak dalam menjaga prinsip syariah iaitu menjaga agama, harta, keturunan, akal dan menjaga nyawa. Kita sedia maklum kerajaan telah mengeluarkan perbelanjaan yang tinggi dalam memastikan kesihatan dan kesejahteraan penduduk dengan mengamalkan gaya hidup sihat akan mengurangkan risiko dijangkiti pelbagai wabak dan penyakit. Apatah lagi risiko penularan wabak yang menjadi isu global sekarang ini.
Penurunan jumlah pesakit akan dapat memberikan kesan positif dalam mengurangkan peruntukan rawatan kesihatan sekali gus dapat membantu menstabilkan ekonomi negara. Bercakap mengenai ekonomi ini, penurunan ekonomi terjejas di antara penyebab utama ialah penurunan harga minyak mentah pada tahun kebelakangan ini. Walau bagaimanapun pengeksportan LNG ke luar negara telah membantu mengurangkan jurang penurunan yang memberikan kesan positif hasil dapatan negara.
Dalam pada itu, tumpuan bagi memperluaskan dan mempelbagaikan asas ekonomi negara perlu di ketengahkan dalam memastikan ekonomi negara tidak hanya bergantung kepada pengeluaran minyak dan gas. Kaola menyambut usaha baik kerajaan, di mana projek penanaman padi secara komersil di kawasan Kandul Fasa Satu yang telah siap sepenuhnya, bagi Fasa Dua akan dilaksanakan pada tahun ini. Ini yang dihasratkan untuk meningkatkan keluaran dan tahap sara diri bekalan beras di negara ini dan memastikan sekuriti bekalan beras negara adalah terjamin.
Dalam era Industri Revolusi 4.0, penyaluran peruntukan kewangan ke arah penggunaan teknologi tinggi perlu ditekankan bagi memastikan usaha ini mempunyai produktiviti yang tinggi dan berdaya tahan dan mampu bersaing dengan negara lain. Berhubung dengan sumber tenaga manusia, sejak dua tiga tahun kebelakangan ini masalah penganggur di kalangan belia menjadi topik utama dalam perbincangan sesi-sesi muzakarah yang lalu. Dalam hal ini, beberapa inisiatif dan program telah diperkenalkan dan diusahakan oleh kerajaan terutamanya daripada sudut pendidikan dan latihan kemahiran. Kaola berpendapat penyediaan kepada syllabus yang menjurus kepada latihan kemahiran perlu disediakan seawal-awal peringkat persekolahan menengah lagi agar para pelajar atau belia tidak tercicir dari ilmu latihan dan kemahiran.
Jika melihat kepada belanjawan negara, suntikan peruntukan kewangan yang amat besar telah disalurkan ke arah objektif pengurangan kadar pengangguran di negara ini, terutama para belia. Justeru, kaola berharap pihak kerajaan akan meneruskan pemantauan program ini melalui Petunjuk Prestasi Utama yang benar-benar mencerminkan keberkesanannya agar ia dapat dinilai dan diperbaiki serta berdaya tahan. Manakala semua itu, dari sudut pendidikan dan latihan kemahiran, pihak kerajaan harus menekankan ke arah sudut penyediaan peluang pekerjaan yang mencukupi yang sudah sememangnya dirancang.
Dengan tertubuhnya Manpower Planning and Employment Council (MPEC), langkah-langkah keberkesanan akan dapat difikirkan. Salah satu langkah yang turut perlu diterokai kesesuaian untuk dilaksanakan ialah insentif pendapatan kepada pekerja dan majikan di sektor swasta. Ini bermaksud graduan yang belum mempunyai pekerjaan tetap melebihi suatu masa akan menerima insentif gaji selama suatu tempoh sebagai tambahan kepada gaji yang diterima. Manakala majikan juga akan menerima insentif pengambilan pekerja bagi tempoh yang sama.
Ini termasuk bagi warganegara bagi menggantikan pekerja asing. Objektif utama ialah bagi kesamarataan kos pengambilan pekerja untuk mengalihkan kebergantungan pada pengambilan pekerja asing yang berpendapatan rendah. Langkah ini juga bagi membina modal insan dalam kalangan pencari pekerjaan untuk menjadi pekerja berdikari dan menyumbang secara produktif kepada pasaran buruh.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Titah baginda dalam menyarankan gagasan amalan dalam penggunaan wang kerajaan perlu diberi penekanan sepenuhnya. Dalam projek perumahan sahaja, rungutan serta aduan sering diterima daripada orang ramai menggambarkan pengurusan projek yang kurang efektif terjadi akibat pengawasan projek-projek yang lemah dan penggunaan bahan-bahan yang murah atau berkualiti rendah. Ke arah ini, kaola cadangkan agar satu badan atau jawatankuasa terdiri daripada jurutera-jurutera agensi kerajaan dan syarikat-syarikat kejuruteraan swasta yang difikirkan sesuai serta ahli-ahli akademik dari Universiti Teknologi Brunei, umpamanya, perlu ditubuhkan bagi mengendalikan penyelidikan dan pembangunan atau research in development. Objektif utama badan atau jawatankuasa ini ditubuhkan adalah bagi tujuan:-
-
Penyelidikan berterusan dan pembaikan ke atas dasar manual jaminan dan kawalan kualiti;
-
Penerokaan bangunan teknologi tinggi dan inovatif dalam melaksanakan projek serta pengawasannya; dan
- Penyelidikan mengenai amalan terbaik antarabangsa dalam pengendalian projek-projek terutamanya dari segi dasar peraturan dan kaedah.
Semoga apa yang kaola sampaikan ini dapat difikirkan dan diterima baik sebagai satu cadangan penambahbaikan.
Sekian saja, Yang Berhormat Yang Di-Pertua.
ูุจุงููู ุงูุชูููู ูุงููุฏุงูุฉ ูุงูุณูุงู ุนูููู ูุฑุญู ุฉ ุงููู ูุจุฑูุงุชูYang Berhormat Yang Di-Pertuaโ
Sekarang saya persilakan, Yang Berhormat Dayang Khairunnisa binti Awang Haji Ash'ari. Saya memerhatikan bahawa ada juga antara Ahli-Ahli Yang Berhormat dari pihak sebelah kerajaan yang suka untuk turut serta memberikan kenyataan tetapi saya memberikan kesempatan dahulu di sebelah sini untuk memberikan apa jua pandangan-pandangan mereka dan selepas itu nanti, kita akan mendengar daripada pihak sebelah Yang Berhormat Menteri-Menteri yang berkenaan untuk menyuarakan kenyataan-kenyataan masing-masing. Jadi, sekarang saya persilakan Yang Berhormat Dayang Khairunnisa binti Awang Haji Ash'ari.
Yang Berhormat Dayang Khairunnisa binti Awang Haji Ash'ariโ
ุจูุณูู ู ุงูููู ุงูุฑููุญูู ูฐูู ุงูุฑููุญูููู ู ุงูุณูููุงูู ู ุนูููููููู ู ููุฑูุญูู ูุฉู ุงูููู ููุจูุฑูููุงุชููู dan salam sejahtera. Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.
Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam benar-benar mencerminkan keprihatinan baginda dalam memastikan rakyat dan penduduk di Negara Brunei Darussalam sentiasa hidup aman damai dan penuh kemakmuran.
Kaola ingin menyampaikan rasa berterima kasih kepada pihak Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, yang telah membuat pelbagai persiapan dan tindakan yang cepat dalam menangani dan mengurangkan risiko jangkitan COVID-19 di negara ini terutama sekali apabila satu kes telah didapati positif dalam ujian permulaan baru-baru ini.
ุงูุญู ุฏู ููู penyakit tersebut sedang ditangani agar risiko penularannya di negara ini dikurangkan. Namun, seperti yang telah disebut dalam titah baginda kelmarin, Negara Brunei Darussalam juga tidak terkecuali daripada impak global penyakit tersebut seperti harga minyak yang telah turun ke $33.00 setong, kesan kepada industri pelancongan dan sebagainya. Dalam menangani isu COVID-19, kerjasama antara semua pihak adalah sangat penting. Negara ini akan melalui satu era yang sangat mencabar disebabkan keadaan ekonomi yang defisit. Pelbagai perubahan dan persediaan perlu dibuat bagi memastikan kemampanan sumber-sumber yang ada di samping membolehkan perkhidmatan harian berjalan dengan lancar.
Baginda menyentuh tentang beberapa pencapaian Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam seperti dalam bidang telekomunikasi. Kaola bersetuju ini adalah sangat diperlukan terutama sekali pada era globalisasi dengan pelbagai peningkatan dapat dibuat dalam bidang perniagaan dan pendidikan melalui kemudahan telekomunikasi yang lebih meluas.
Selain itu, baginda juga menyentuh tentang sumber tenaga manusia. Dengan penubuhan Manpower Planning and Employment Council (MPEC), diharap ia akan dapat membantu mengurangkan kadar pengangguran rakyat Brunei yang kini berada di tempat yang tinggi dengan 9.3%. Ini bukanlah bermaksud rakyat haruslah bergantung pada kerajaan 100%. Kita sebagai rakyat juga mempunyai peranan sebagai individu dan masyarakat untuk membuat perubahan meningkatkan kapasiti diri sendiri dan menjadi lebih berani dalam menempuhi cabaran.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. ุงูููุญูู ูุฏู ููู kita dapat melihat pelbagai peningkatan bagi belia dan wanita di negara ini. Seperti yang dikongsikan oleh Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan sempena โHari Wanita Antarabangsa 2020โ pada dua hari yang lalu, 55% daripada 50,768 tenaga pekerja perkhidmatan awam adalah kaum wanita namun cuma 38% kaum wanita dalam tenaga kerja sektor swasta.
Dalam pendidikan pula, lebih ramai wanita yang telah menamatkan pelajaran di institusi pengajian tinggi termasuklah dalam bidang sains dan teknologi. Belia juga telah diberi banyak peluang untuk memperlihatkan kebolehan diri. Ini termasuklah penglibatan mereka dalam menganjurkan aktiviti berskala nasional dan juga pencapaian-pencapaian dalam bidang kesukarelawanan dan keusahawanan sama ada tempatan mahupun antarabangsa.
Negara Brunei Darussalam dijangka menjadi an aging society kerana lebih daripada 10% penduduknya berusia di atas 60 tahun. Maka kita perlu membuat banyak persiapan bagi memastikan rakyat dan penduduk di negara ini akan dapat menikmati penuaan sihat dan menerima perkhidmatan kesihatan dan kebajikan yang lebih baik termasuklah perkhidmatan care giving. Tetapi yang penting sekali ialah financial awareness and independence bagi mengurangkan permasalahan pada masa akan datang seperti hutang yang tidak dapat dibayar dan sebagainya.
Dalam menangani isu kesihatan mental, saya ingin menyuarakan penghargaan kepada Kementerian Kesihatan dalam meningkatkan kesedaran orang ramai tentang kepentingan kesedaran kesihatan mental terutama sekali dengan menubuhkan Mental Health Hotline. Tidak dinafikan isu ini masih perlu diberikan perhatian terutama sekali dalam menangani stigma masyarakat dan juga perlindungan dari segi undang-undang. Di samping itu, khidmat bantuan ataupun hotline tersebut masih perlu dipertingkatkan bagi membolehkan masyarakat mendapat bantuan yang diperlukan.
Pencemaran plastik juga satu isu yang dihadapi di negara ini, disebabkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Sekiranya dibiarkan ia berpotensi untuk mengakibatkan kerugian kepada kerajaan dari segi kos membersihkan dan menghapuskan plastik. Tidak dinafikan juga pencemaran sampah terutama sekali plastik telah menjadi satu isu apabila ia melibatkan impak kepada alam sekitar dan pelancongan. Baru-baru ini Green Brunei dengan kerjasama beberapa buah kementerian telah menjalankan kempen "Bandarku Bersih" dan kempen "Bandarku Bebas Botol Plastik" sewaktu sambutan Hari Kebangsaan Ke-36 dan juga sewaktu acara Riadah Berbasikal sebagai satu inisiatif untuk mengurangkan penggunaan botol plastik di negara ini.
Selain itu, saya juga ingin menyampaikan penghargaan kepada Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat atas inisiatif untuk mengurangkan botol plastik dalam mesyuarat ini di Dewan yang mulia ini.
Kaola/saya berharap dalam mesyuarat pada tahun ini kita akan dapat membincangkan isu-isu dan cadangan bagi kemajuan negara termasuklah kekurangan Standard Operating Procedure (SOP) Pemantauan Petunjuk Prestasi Utama, latihan bagi penjawat awam di setiap peringkat, Program Jangkauan Masyarakat yang lebih menyeluruh dan juga memperkasa akar umbi masyarakat untuk lebih aktif memajukan sosioekonomi kampung dan mukim dalam menangani pelbagai masalah sosial.
Sekian, ูุจุงููู ุงูุชูููู ูุงููุฏุงูุฉุ ูุงูุณูุงู ุนูููู ูุฑุญู ุฉ ุงููู ูุจุฑูุงุชู, Terima kasih.
Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ
Saya persilakan Yang Berhormat Awang Haji Mohimin bin Haji Johari @ Jahari.
Yang Berhormat Awang Haji Mohimin bin Haji Johari @ Jahariโ
Terima kasih. Yang Berhormat Yang Di-Pertua.
ุจุณู ุงููู ุงูุฑุญู ู ุงูุฑุญูู ุงูุญู ุฏ ููู ุฑุจ ุงูุนุงูู ููุ ูุงูุตูุงุฉ ูุงูุณูุงู ุนูู ุณูุฏูุง ู ุญู ุฏ ุฃุดุฑู ุงูู ุฑุณูููุ ูุนูู ุขูู ูุตุญุจู ุฃุฌู ุนูู.ุงูุณููููุงู ู ุนูููููููู ู ููุฑูุญูู ูุฉู ุงูููู ููุจูุฑูููุงุชููู dan salam sejahtera.
ุงูููู ุณูุจูุญูุงูููู ููุชูุนูุงููู ุฃูุญูู ูุฏู ููู syukur ke hadrat dengan izin-Nya jua kita memulakan persidangan Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Keenam belas Majlis Mesyuarat Negara Tahun 2020.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Di Dewan yang mulia ini kaola menjunjung kasih kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atas perkenan baginda mengurniakan titah dalam Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Keenam belas Majlis Mesyuarat Negara Tahun 2020.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua, kaola menyokong penuh Usul menjunjung kasih yang telah dicadangkan oleh Yang Berhormat Penasihat Khas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi menyembahkan ucapan setinggi-tinggi menjunjung kasih Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Di Dewan yang mulia ini, kaola menjunjung kurnia dengan memetik beberapa titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam seperti di bawah:-
- "Harapan kita sangatlah tinggi untuk melihat Majlis Mesyuarat Negara menjadi wadah strategik bagi memikir dan membahas perkara-perkara yang diperlukan oleh rakyat dan negara. Pada pengamatan beta Persidangan Majlis Mesyuarat Negara tahun demi tahun masih saja memerlukan pemerkasaan, kerana kedapatan sesetengah Ahli Yang Dilantik lebih bertanya dan memberikan buah fikiran, ini menjadikan perbahasan kurang menarik.โ
Kaola menjunjung kasih dan mengambil positif titah berkenaan. Mudah-mudahan suara-suara kita akan mendatangkan manfaat bagi kemajuan rakyat dan negara;
- Seterusnya Kaola memetik titah yang berbunyi:
โTurut disyukuri kerana di sepanjang tahun 2019 kerajaan beta masih dapat meraih beberapa pencapaian yang signifikan, antaranya transformasi sektor telekomunikasi yang mampu bertindak meningkatkan inovasi untuk mengubah landskap ekonomi negara ke arah era digital The Fourth Industrial Revolution melalui penubuhan Syarikat Unified National Network Sendirian Berhad.โ
Dalam Dewan yang mulia ini, Kaola menjunjung kasih atas kebijaksanaan kepimpinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atas kurnia penubuhan Syarikat UNN tersebut yang sangat diharapkan mendatangkan manfaat kepada rakyat dan negara;
- Kaola juga memetik titah yang menekankan usaha-usaha mempelbagai ekonomi yang berbunyi:
โTetapi dengan adanya amalan berhemah dan usaha-usaha mempelbagaikan ekonomi, maka ุฅู ุดุงุก ุงููู kita akan dapat mengukuhkan kestabilan makro ekonomi dan kedudukan kewangan negara. Di sini beta ingin menyeru khasnya kepada Ahli-Ahli Yang Dilantik supaya menyuarakan pandangan-pandangan mereka tanpa ragu-ragu. Suara mereka adalah diperlukan untuk kebaikan.โ
Dengan titah ini adalah satu suntikan semangat bagi menyuarakan isu-isu rakyat dan negara. Maka kita sangat berharap suara-suara yang akan dibentangkan akan benar-benar diambil perhatian dan jika memerlukan follow up (perbahasan) sangat-sangat diharapkan sehingga ke titik solusi terbaik yang akan mendatangkan manfaat kepada agama, bangsa dan negara.
Sebagai rakyat kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang tinggal berkampung, bermukim dalam negara sendiri mengharapkan kehidupan yang terbaik dengan menguasai semua bidang dan saya suka mengkhususkan bidang sosioekonomi rakyat.
Salah satu perniagaan yang patut diusahakan oleh rakyat kita ialah bidang kedai runcit yang dikirakan mendatangkan hasil keuntungan jutaan ringgit setiap bulan. Tetapi sayangnya perniagaan ini dimonopoli oleh orang asing yang mengguna pakai lesen orang Brunei dan sekarang ini sudah mula berdaftar atas pendaftaran sendirian berhad. Sudah sampai masanya kita membuat transformasi perniagaan ini supaya dikuasai oleh orang Brunei.
Salah satu cara mentransformasi perniagaan ini dengan melaksanakan penguatkuasaan dan menambah garis panduan syarat-syarat pendaftaran syarikat persendirian dan juga syarikat sendirian berhad.
Pendaftaran syarikat sendirian berhad hendaklah meningkatkan syarat-syarat kepada orang asing yang boleh mendaftar seperti mereka mesti membawa dan mempunyai kewangan dari negara asal mereka dengan kadar sekurang-kurangnya ratusan ribu ringgit Brunei. Kita patut mengawasi dan melaksanakan undang-undang yang ada untuk mengekang penyalahgunaan lesen perniagaan. Hendaknya garis panduan pendaftaran Sendirian Berhad dikemas kini. Kerana mengikut maklumat terdapat orang lain yang tidak bertanggungjawab menyalahgunakan syarikat sendirian berhad sehingga menjadikan sebilangan orang kita ini sebagai sleeping partner menjadi mangsa. Makanya diusulkan supaya pihak ROCBN akan menambah peraturan, garis panduan yang membenarkan orang asing mendaftar syarikat di bawah sendirian berhad. Kemudahan yang amat mudah mendaftar di bawah syarikat Sendirian Berhad, makanya akan menjadikan mereka mudah untuk memenuhi keperluan (requirement) untuk membawa keluarga mereka memasuki ke Negara Brunei Darussalam.
Maka diusulkan in a whole of nation approach supaya pihak-pihak berkaitan akan menggunakan bidang kuasa masing-masing bertindak mengeluarkan pendatang asing yang melakukan kerugian kepada rakyat Negara Brunei Darussalam seperti jenayah perniagaan atau apa jua unsur-unsur aktiviti yang bersalahan dengan akta dan peraturan negara;
- Seterusnya kaola memetik titah yang berbunyi:
โBeta ingin menekankan di sini bahawa amanah adalah wajib diamalkan oleh setiap warga perkhidmatan awam, tidak ada maknanya berkhidmat tanpa amanah, amanah adalah tiang seri keadilan. Rakyat mesti dilindungi dan dibela dengan keadilan. Tidak ada gunanya bercakap mengenai undang-undang sedangkan jenayah dan pelanggaran terus dibiarkan berlaku tidak ditangani.โ
Titah sempena Sambutan Hari Perkhidmatan Awam kali ke-26 Tahun 2019. Di Dewan yang mulia ini, kaola lebih cenderung sebagaimana Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam mengenai amanah adalah tiang seri keadilan.
Rakyat mesti dilindungi dan dibela dengan keadilan. Daripada ungkapan titah ini, saya melihat pentingnya setiap yang diberikan tanggungjawab dalam menjalankan tugas hendaknya melindungi kepentingan dan hak-hak rakyat, jangan sampai ada kepentingan rakyat dimonopoli orang lain seperti perniagaan yang sepatutnya dijalankan oleh rakyat Negara Brunei Darussalam. Itu namanya keadilan kepada rakyat.
Kepentingan rakyat diutamakan. Siapa sahaja boleh berniaga tetapi mengikut lunas-lunas undang-undang Negara Brunei Darussalam. Contohnya Lesen Kontraktor kelas 1 dan 2 adalah khas untuk orang tempatan tetapi sewenangnya dijalankan oleh orang lain kerana kurangnya penguatkuasaan mencegah perkara ini berlaku.
Sekian lama kontraktor kelas 1 dan kelas 2 sudah diperuntukkan kepada orang kita ni Brunei, sampai masanya tahun-tahun mendatang kelas 3 juga sepatutnya dijalankan oleh orang kita ni dengan sokongan semua pihak dan whole of nation approach seperti kemudahan mendapatkan pinjaman kewangan;
- Seterusnya kaola memetik titah yang berbunyi:
โNiat kita membangun adalah semata-mata untuk rakyat dan negara. Rakyat dikelinga dan negara pula dibela. Ini adalah ajaran ugama kita. Sesama rakyat dituntut untuk tidak camah mata. Mana-mana yang kuat hendaklah menolong yang lemah dan yang senang menolong yang susah. Inilah rukun hidup kepimpinan Islamโ
Titah sempena sambutan Maulud Nabi Muhammad S.A.W bagi tahun 1441 Hijrah. Daripada titah ini, benar-benar Kebawah Duli Yang Maha Mulia menyatakan daripada hati baginda bagaimana baginda melihat kepentingan rakyat dengan melahirkan niat baginda membangun semata-mata untuk rakyat dan negara. Maka apa jua unsur pembangunan adalah untuk rakyat. Rakyat 'dikelinga' dalam membina negara ke arah Wawasan 2035.
Di sini kaola fokus kepada generasi muda kita. Maka diusulkan, berikan keyakinan kepada belia muda kita menjalankan perniagaan, berikan mereka kepercayaan dapat kemudahan pinjaman, bisnes tetap, berikan mereka ruang perniagaan yang luas, berikan mereka ilmu perniagaan yang terbaik, contoh terbaik yang menunjukkan generasi muda adalah generasi yang mampu diberikan kepercayaan sebagaimana di zaman ุฑุณูู ุงููู ุตูู ุงููู ุนููู ูุณูู , memberikan kepercayaan kepada sahabat-sahabat muda belia seperti sahabat Usamah bin Zaid bin Harithah diangkat sebagai panglima perang umur 18 tahun. Sahabat Anas bin Malik berumur 10 tahun sewaktu kewafatan ุฑุณูู ุงููู ุตูู ุงููู ุนููู ูุณูู . Beliau adalah sahabat yang banyak meriwayatkan hadith. Sahabat Abdullah bin Abbas ุฑุถู ุงููู ุนูู berumur 15 tahun sewaktu kewafatan ุฑุณูู ุงููู, 17 tahun duduk bersama para ilmuan semasa Khalifah Sayyidina Abu Bakar Assidiq, 18 tahun sudah mengajar sebagai seorang ilmuan yang luar biasa. Inilah contoh terbaik yang patut kita kaji dan laksanakan dengan memberikan kepercayaan kepada muda belia kita.
ุฃูููุญูู ูุฏู ูููููฐูู kita juga menunjukkan bukti memberikan keyakinan dan kepercayaan dengan pelantikan 2 orang belia sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Negara masa kini. Generasi muda masa kini adalah penerus generasi mendatang;
- Seterusnya kaola memetik titah berbunyi:
โMelihat kepada kepentingan ilmu ini, inilah makanya kerajaan beta sejak dari sekian zaman lagi telah melaksanakan Dasar Pendidikan Percuma di samping terus konsisten mengurniakan biasiswa-biasiswa kepada mereka yang berkelayakan. Tidak diragukan lagi para pelajar atau penuntut adalah golongan yang berpotensi untuk masa depan. Mereka adalah calak zaman untuk melakar sejarah bangsa dan negara. Tanpa mereka jalan sejarah akan didapati lain dari sepatutnyaโ.
Titah di majlis bersama rakyat dan penduduk serta penuntut Negara Brunei Darussalam yang berada di Kaherah, Republik Arab Mesir pada 4 Zulhijjah 1440 bersamaan 5 Ogos 2019.
Daripada petikan titah berkenaan, saya suka mengambil kesempatan mengusulkan, di samping penuntut-penuntut yang diberikan kemudahan biasiswa, terdapat penuntut yang kurang bernasib baik yang keputusan peperiksaan mereka tidak mencapai untuk mendapatkan kemudahan biasiswa. Maka diusulkan mereka ini dipermudahkan untuk mendapatkan pinjaman pendidikan tinggi dalam negeri atau di luar negeri.
Bermacam-macam faktor penuntut yang kurang bernasib baik ini menyebabkan mereka kekurangan bagi memenuhi keperluan atau requirement untuk mendapatkan biasiswa. Yang penting mereka berkeinginan untuk melanjutkan pendidikan hingga berjaya. Maka kita patut mengambil risiko dan memberikan kepercayaan kepada mereka untuk mendapatkan pinjaman berkenaan.
Belia masa kini hendaklah berilmu dan yang akan melakar sejarah bangsa kita. Maka bangsa kitalah yang patut dipersiapkan untuk melakar sejarah yang sepatutnya dalam semua segi seperti sosioekonomi dan sebagainya. Seperti mana petikan ceramah Yang Berhormat Pehin Mufti Kerajaan โEkonomi adalah separuh daripada kehidupanโ; dan
- Seterusnya kaola memetik titah yang berbunyi:
โBeta yakin Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Kementerian Pendidikan telah pun melangkah ke arah merancang satu kurikulum pengajaran al-Quran dan ugama di sekolah-sekolah menengah dan swasta. Di mana salah satu yang turut menjadi keutamaan ialah pelajaran Sejarah Islam. Adapun skop pelajaran Sejarah Islam itu amatlah luas meliputi al-Quran dan al-Hadith. Bukankah apa-apa jua telah dikhabarkan berlaku dalam al-Quran atau al-Hadith itu sejarah?โ
Titah sempena Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Negara tahun 1440 hijrah / 22 Mei 2019.
Dalam konteks Negara Brunei Darussalam, sejarah kedatangan Islam dan kesinambungan Islam seperti mana era pujian Brunei sebagai sebuah kerajaan Islam mempertahankan daripada penaklukan bangsa asing yang tercatat dalam Perang Kastila.
Makanya diusulkan kajian dan penulisan yang lebih aktif sejarah kedatangan Islam seawal kesultanan pertama hingga kini dengan juga menggiatkan penemuan tapak arkeologi terbaharu untuk membuktikan perkembangan Islam dalam Negara Brunei Darussalam.
ุงูููุญูู ูุฏู ูููู Islam amat bersinar di Negara Brunei Darussalam dengan Perlembagaan 1959. Hadiah kepada bangsa dan negara daripada Paduka Ayahanda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Al-Marhum Sultan Haji Omar `Ali Saifuddien Saadul Khairi Waddien terkandung dalam Perlembagaan 1959 yang menjadikan Ugama Islam sebagai ugama rasmi negara dan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Inilah hadiah yang tidak ternilai dalam sejarah pemodenan Negara Brunei Darussalam.
Sekian terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.
Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ
Saya persilakan sekarang Yang Berhormat Awang Haji Abdul Hamid @ Sabli bin Haji Arshad.
Yang Berhormat Awang Haji Abdul Hamid @ Sabli bin Haji Arshadโ
ุจูุณูู ู ุงูููู ุงูุฑููุญูู ูฐูู ุงูุฑููุญูููู ู ุงูุณููููุงู ู ุนูููููููู ู ููุฑูุญูู ูุฉู ุงูููู ููุจูุฑูููุงุชููู dan salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat yang dihormati sekalian. Kaola menyokong sepenuhnya usul yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Di-Raja Dato Laila Utama Haji Awang Isa bin Pehin Datu Perdana Menteri Dato Laila Utama Haji Awang Ibrahim, Penasihat Khas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Dengan rendah diri, kaola menyembahkan banyak-banyak menjunjung kasih Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muโizzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar โAli Saifuddien Saโadul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang telah bercemar duli berangkat ke Majlis Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Keenam Belas Majlis Mesyuarat Negara dan berkenan mengurniakan titah pada hari Isnin 14 Rejab 1441 Hijrah bersamaan 9 Mac 2020 Masihi.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Kaola amat menjunjung kasih yang setinggi-tingginya Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muโizzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar โAli Saifuddien Saโadul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, yang antara petikan titah baginda:-โDalam keadaan ekonomi yang tidak menentu pada ketika ini, pasaran kewangan yang teruk akibat COVID-19 serta kurangnya permintaan minyak dan gas global yang menjurus kepada jatuhnya harga minyak dan gas. Maka perlulah kita sama-sama mengambil langkah bijak bagi jangka masa pendek dan panjang bagi mengurangkan spending atau perbelanjaan yang menjurus kepada pengaliran wang keluar dari negara bagi meningkatkan aktiviti kewangan atau merangsang perniagaan domestik yang mana aliran wang kekal dalam negara.โ
Usaha-usaha juga perlu ditingkatkan dalam menarik pelabur langsung asing atau Foreign Direct Investment (FDI) dalam bidang-bidang yang sudah dikenal pasti berpotensi. Adalah diharapkan peluang perniagaan dan pekerjaan akan diambil kira untuk diberikan kepada anak-anak tempatanโ.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Transformasi sektor telekomunikasi melalui penubuhan Syarikat Unified National Network Sendirian Berhad juga telah memberi manfaat kepada rakyat negara ini. Pengguna mempunyai banyak pilihan untuk menjadikan mereka lebih bijak dalam memilih perkhidmatan yang ditawarkan yang sesuai dengan keperluan dan kemampuan mereka. Jangkauan ke internet atau accessibility to internet semakin mudah dan berkualiti.
Ini dengan sendirinya era digital mampu berkembang dengan potensi yang lebih pesat dan board industrial division pun semakin relevan fungsinya dan pencapaiannya jurang digital atau digital divider yang akan semakin berkurangan. Ada juga mutu perkhidmatan yang lebih baik daripada service provider.
Ini juga akan dapat membuka ruang yang lebih luas dalam bidang e-commerce seperti e-wallet, online payment dan sebagainya. Manpower Planning And Employment Council (MPEC), Jabatan Perdana Menteri juga amat diharapkan akan dapat menghasilkan perancangan atau pelan tindakan yang mampu menangani isu-isu pengangguran secara holistik merancang jauh ke hadapan dengan mengambil kira keadaan situasi negara yang sebenarnya.
Kaola juga amat menjunjung kasih atas perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muโizzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar `Ali Saifuddien Saโadul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atas penubuhan Autoriti Kemajuan Daerah Temburong (AKDT). Mudah-mudahan dengan adanya pengurusan serta perancangan yang lebih rapi nanti akan dapat menarik minat pelabur-pelabur asing untuk melabur dalam pembangunan Daerah Temburong khasnya, di samping untuk memberikan manfaat kepada negara.
Apa yang lebih penting lagi ialah limpah kemajuan dan pembangunan yang seiring dengan meningkatkan aktiviti ekonomi rakyat serta penduduk di Daerah Temburong khasnya dan penduduk lain amnya.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Seperti yang sama-sama kita maklumi bahawa kes pertama COVID-19 sudah ada di negara ini. Adalah diharapkan pemantauan yang rapi sentiasa dibuat oleh pihak-pihak yang berkaitan bagi mengurangkan merebaknya atau penularan kes COVID-19 di negara ini. Sama-samalah kita berusaha dan berdoa agar rakyat dan penduduk negara ini sentiasa dalam lindungan ุงููู ุณุจุญุงูู ูุชุนุงูู daripada virus ini. ุฅู ุดุงุก ุงููู dengan usaha gigih semua pihak apa yang kitani usahakan dan rancangkan akan berjaya ุขู ูู. ุขู ูู ูุง ุฑุจ ุงูุนุงูู ูู
Sekian, ูุจุงููู ุงูุชูููู ูุงููุฏุงูุฉ ูุงูุณูุงู ุนูููู ูุฑุญู ุฉ ุงููู ูุจุฑูุงุชู
Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.
Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ
Saya persilakan Yang Berhormat Awang Haji Abdul Hamid bin Haji Mumin.
Yang Berhormat Awang Haji Abdul Hamid bin Haji Muminโ
Kaola sukacita merakamkan ucapan berbanyak-banyak terima kasih atas izin Yang Berhormat Yang Di-Pertua.
ุจุณู ุงููู ุงูุฑุญู ู ุงูุฑุญูู ุงูุญู ุฏ ููู ุฑุจ ุงูุนุงูู ููุ ูุงูุตูุงุฉ ูุงูุณูุงู ุนูู ุณูุฏูุง ู ุญู ุฏ ุฃุดุฑู ุงูู ุฑุณูููุ ูุนูู ุขูู ูุตุญุจู ุฃุฌู ุนูู.Yang Berhormat Yang Di-Pertua, Ahli-Ahli Yang Berhormat.
ุงูุณูุงู ุนูููู ูุฑุญู ุฉ ุงููู ูุจุฑูุงุชู dan selamat sejahtera.
Dalam peluang keemasan ini, kaola selaku wakil Zon 1 bersama Yang Berhormat Zon 2 Daerah Belait amat bersyukur dengan ketulusan hati abis kaola jua. Sukacita menyatakan sokongan sepenuhnya Usul yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Di-Raja Dato Laila Utama Haji Awang Isa bin Pehin Datu Perdana Menteri Dato Laila Utama Haji Awang Ibrahim, Penasihat Khas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Usul setinggi-tinggi menjunjung kasih Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atas keberangkatan baginda bercemar duli ke Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Keenam Belas Majlis Mesyuarat Negara pada hari Isnin, 14 Rejab 1441 bersamaan 9 Mac 2020. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam mengurniakan titah yang amat terang dan nyata lagi membawa makna yang amat tinggi nilainya. Di samping peringatan dan nasihat yang amat padu untuk dijunjung, ditanai dan dihayati serta ke arah apa jua tindakan, apa jua pembetulan sikap agar tidak mengganggu kelancaran hasrat pembangunan dan Wawasan Brunei 2035 yang tercinta ini. Kita sebagai warga bumi tercinta ini merafakkan cinta yang mendalam kepada negara dan taat setia yang tidak berbelah bahagi pada raja yang dikasihi dan disayangi.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Abis kaola selaku pemimpin akar umbi tetap menjunjung tinggi titah limpah perkenaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan tidak akan kendur-kendur menjunjung titah dan terus berusaha bersama akar umbi dalam menangani isu dan usul sebagai wadah yang harus ditangani dalam Dewan yang mulia ini.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Abis kaola dengan penuh berkeyakinan bahawa rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berasa amat benar-benar terharu betapa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam raja yang dikasihi rakyat dan pemimpin yang penuh prihatin dan tidak jemu-jemu turun padang berangkat bersama bercemar duli ke institusi atau di mana jua agensi-agensi berkenaan untuk meninjau sendiri sebagai lawatan tidak berjadual di samping menangani masalah di tempat yang berkenaan.
Berhubung kait dengan perkara ini, terdapat sebilangan rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ingin membuat usul dan pandangan kepada mana-mana jua institusi atau agensi-agensi supaya akan sentiasa membuat langkah-langkah pemedulian yang berterusan dalam membenteras atau mengatasi sikap sebahagian yang mempunyai prestasi yang lemah dan mengganggu kesempurnaan perjalanan institusi atau agensi-agensi yang berkenaan. Sikap pemedulian dan ketelusan tugas dan tanggungjawab mana-mana agensi dapat menghindarkan pengawasan dan tugas kerja yang lemah dan penyelewengan boleh saja berlaku yang menjadi beban masalah dan merugikan negara.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Perkara ini selaras dengan antara sebahagian titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Keenam Belas Tahun 2020.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Kita akan terus berdoa setiap masa semoga Negara Brunei Darussalam negara tempat kelahiran kita ini iaitu Negara Zikir agar terus dilindungi ุงููู dan jua dengan berkat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Seiring dengan berkat doa yang tidak putus-putus di seluruh negara sepanjang masa baik di masjid-masjid, surau-surau dan di rumah atau di mana saja sebagai amalan kita budaya bangsa Negara Brunei Darussalam. Semoga kita terhindar dari wabak COVID-19 yang menular di seluruh pelosok dunia.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Kita juga bersyukur kepada ุงููู dengan tertubuhnya MPEC (Mainpower Planning and Employment Council) atau Majlis Perancang Tenaga Kerja dan Pekerjaan, kita berharap semoga semua dasar yang berkaitan dengan perniagaan akan diteliti agar masyarakat boleh berniaga dengan lebih efisien dan adil saksama di semua peringkat.
Kita juga memanjatkan doa semoga Autoriti Kemajuan Daerah Temburong (AKDT) agar berkembang maju di Daerah Temburong. Kita mengharapkan bahawa tidak mustahil pada suatu hari nanti AKDT ini akan dilaratkan lagi ke daerah lain.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Kaola amat berharap agar titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam akan benar-benar dihayati dan dipraktikkan sebaik mungkin sebagai peringatan dan nasihat penyuluh jalan ุฅู ุดุงุก ุงููู.
Sekian, ูุจุงููู ุงูุชูููู ูุงููุฏุงูุฉ ูุงูุณูุงู ุนูููู ูุฑุญู ุฉ ุงููู ูุจุฑูุงุชู
Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Saya kira cukup dulu kita mendengar kenyataan yang telah pun dibuat oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat mengenai usul yang telah dikemukakan. Saya ingin menangguhkan persidangan ini bagi membolehkan kita berehat pada sebelah tengah hari. ุฅู ุดุงุก ุงููู kita akan bersidang semula pada pukul 2.30 petang
Sekian, ูุจุงููู ุงูุชูููู ูุงููุฏุงูุฉ ูุงูุณูุงู ุนูููู ูุฑุญู ุฉ ุงููู ูุจุฑูุงุชู
(Majlis Mesyuarat ditangguhkan)
Majlis Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang
Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ
ุจุณู ุงููู ุงูุฑุญู ู ุงูุฑุญูู ุงูุณูุงู ุนูููู ูุฑุญู ุฉ ุงููู ูุจุฑูุงุชูAhli-Ahli Yang Berhormat. Kita masih lagi membahaskan Perkara V โ Usul-usul Yang Telah Diberi Notis yang telah dicadangkan oleh Yang Berhormat Penasihat Khas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Pada persidangan yang telah kita adakan di sebelah pagi tadi, kita telah mendengar kenyataan-kenyataan daripada Ahli-Ahli Yang Berhormat, membahaskan usul ini.
Walau bagaimanapun, bersama saya di sini masih lagi ada senarai Ahli Yang Berhormat yang suka untuk turut serta dalam membahaskan usul ini. Sekarang untuk memulakannya, saya mempersilakan Yang Berhormat Fdr. Ar. Dayang Siti Rozaimeriyanty binti Dato Seri Laila Jasa Haji Abdul Rahman, silakan.
Yang Berhormat Fdr. Ar. Dayang Siti Rozaimeriyanty binti Dato Seri Laila Jasa Haji Abdul Rahmanโ
Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.
ุจุณู ุงููู ุงูุฑุญู ู ุงูุฑุญูู ุงูุณูุงู ุนูููู ูุฑุญู ุฉ ุงููู ูุจุฑูุงุชูKaola menyokong sepenuhnya akan usul yang telah dicadangkan oleh Yang Berhormat Penasihat Khas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi menyembahkan ucapan banyak-banyak menjunjung kasih Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang telah bercemar duli berangkat ke Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Keenam Belas Majlis Mesyuarat Negara dan berkenan mengurniakan titah pada hari Isnin 14 Rejab 1441 bersamaan 9 Mac 2020.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kaola berdiri di Dewan yang mulia ini bagi mengutarakan usul yang dalam pemikiran kaola mustahak untuk dibincangkan dan diteliti. Sepanjang empat tahun kaola dilantik menjadi salah seorang daripada Ahli-Ahli Yang Berhormat, telah banyak perubahan positif yang nampak ketara seiring dengan peredaran ekonomi kita yang semakin mencabar. Ini satu pencapaian yang sangat menggembirakan namun ada juga sedikit sebanyak inisiatif-inisiatif kita yang masih memerlukan pembaikan dalam sama-sama membangunkan negara kita.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Melalui titah baginda kita telah mendengar akan sikap prihatin Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam memberikan kesempatan untuk kita memberikan usul dan hujah yang bernas untuk difikirkan penting untuk membangun rakyat dan negara.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah bertitah apa jua usul dan hujah yang dikemukakan dalam persidangan hendaklah berasaskan kepada pemikiran dan penelitian yang rapi. Disokong oleh fakta-fakta yang betul dan tepat dan memfokus hanya kepada isu-isu yang relevan.
Melalui titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam kaola berpendapat bahawa kita haruslah tetap membincangkan dan menekankan beberapa perkara atau isu-isu yang besar walaupun pernah dibangkitkan. Ini kerana kita masih tidak nampak adanya perubahan ataupun pembaikan yang telah dilaksanakan walaupun sering kali dibangkitkan terutamanya dalam menangani masalah ekonomi dan masalah pengangguran yang semakin meningkat.
Kita sering menekankan mengenai sistem pentadbiran sebagai jentera kerajaan bagi merealisasikan dan menjayakan Wawasan Brunei 2035. Bukan itu sahaja, kita juga sentiasa mengamalkan whole of nation approach bagi meningkatkan produktiviti dan kecekapan dalam pelaksanaan dan penggubalan dasar-dasar negara.
Ketelusan atau transparency antara kerajaan dan masyarakat itu adalah penting. Ini tidak bermaksud ia terhad kepada pelaksanaan akta-akta, garis panduan tetapi juga termasuk pemberigaan maklumat, program-program masyarakat, inisiatif-inisiatif pihak kerajaan dan merancang kemajuan yang telah ada dan yang akan dirancang oleh pihak kerajaan.
Inisiatif Kementerian Kewangan dan Ekonomi melaksanakan Pelan Fiscal Consolidation secara whole of government approach adalah disambut baik. Kaola berharap agar setiap kementerian akan dapat mencapai keseimbangan balanced budget masing-masing kerana satu perkara yang dapat membantu dalam mengawal perbelanjaan negara. Oleh itu, kaola merasakan isu-isu yang lalu yang telah dibangkitkan itu masih lagi relevan untuk dibahaskan dalam Dewan yang mulia ini.
Dalam pada itu, kaola juga tidak menafikan adanya peningkatan dan pencapaian ketara dari pihak kerajaan, antaranya dari Kementerian Kewangan dan Ekonomi, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Kementerian Pembangunan dengan mengadakan penglibatan perkongsian bersama dengan orang awam dan pihak-pihak yang berkepentingan dalam memberigakan informasi-informasi pelan-pelan strategik, local business development plan yang telus supaya orang awam serta stakeholders lebih peka dengan apa yang pihak kerajaan ingin capai dan sasarkan.
Pandangan-pandangan dari pelbagai pihak sering diterima termasuklah pandangan-pandangan dan usul-usul dari Ahli-Ahli Yang Berhormat sendiri mengenai pelbagai perkara yang telah dibahaskan. Jika pandangan-pandangan ini tidak diendahkan ia adalah sukar untuk kita memulakan langkah-langkah pembaikan.
Kaola berharap melalui Majlis Mesyuarat Negara, apa sahaja pandangan dan usul-usul yang dibangkitkan akan diberikan pemantauan dan perhatian yang teliti kerana ia satu usaha yang penting dalam meningkatkan keupayaan dan pencapaian kita dalam menuju Wawasan Brunei 2035 yang merangkumi banyak faktor.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Kaola dengan rasa rendah diri ingin memohon supaya kaola jangan disekat dari membincangkan beberapa perkara yang telah dibangkitkan ุฅู ุดุงุก ุงููู dengan kesempatan ini nanti, kaola akan turut memberikan suntikan semangat dan pandangan yang efektif.
Baru-baru ini juga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berbesar hati bercemar duli dengan membuat lawatan tidak berjadual ke beberapa buah jabatan kerajaan. Baginda juga telah mendengar beberapa keluhan daripada rakyat dan juga pelajar-pelajar dari beberapa universiti negara ini. Baginda ada menyebut mengenai ketiadaan pelaksanaan yang dibuat untuk memastikan beberapa isu yang ada untuk dikendalikan dengan sebaik mungkin. Kaola berasa risau kerana kita terutama pihak-pihak kementerian agak sukar untuk meramalkan hala tuju dan keberadaan kita untuk mencapai Wawasan Brunei 2035. Kaola ingin mengingatkan bahawa kita cuma mempunyai 15 tahun sahaja lagi untuk mencapai Wawasan Brunei 2035 dan dua setengah RKN lagi bagi merealisasikan projek-projek di bawah Rancangan Kemajuan Negara.
Kaola juga sering bertanya-tanya adakah prestasi ataupun keberadaan kita pada masa ini cukup untuk kita merealisasikan Wawasan Brunei 2035. Lima belas tahun bukanlah satu masa yang panjang jika difikirkan sedalamnya. Kaola juga berfikir adakah kita telah mengusahakannya dengan baik dan sebaik mungkin dan cukupkah sudah usaha kita setakat ini. Kita sering menyebut impian untuk mencapai Wawasan Brunei 2035 tetapi Kaola khuatir juga kerana masih jauh lagi untuk merealisasikan matlamat Wawasan Brunei 2035.
Kita haruslah bijak dalam mengaturkan usaha dan inisiatif dalam pelbagai bidang terutama dalam bidang pendidikan serta mengukuhkan lagi kluster-kluster di bawah fokus Kementerian Kewangan dan Ekonomi untuk kita melangkah maju dalam mencapai matlamat-matlamat Wawasan Brunei 2035.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Petang kelmarin Kementerian Kesihatan telah mengesahkan satu kes yang positif COVID-19 di negara kita. Sama-samalah kita berdoa agar pesakit diberikan kesembuhan dengan secepatnya dan sentiasa berdoa supaya negara kita akan sentiasa dilindungi oleh ุงููููฐูู ุณูุจูุญูุงูููู ููุชูุนูุงููู.
Dalam pada masa yang sama jua, perlu juga diingatkan kepada orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan memastikan langkah-langkah protective dan sentiasa peka dengan maklumat terkini yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan termasuklah standard guideline on cleaning disinfection bagi sekolah, workplace, hotel, perumahan mengenai infectious disease outbreak.
Kaola dan Ahli-Ahli Yang Berhormat di sini adalah sangat berharap bahawa apa yang bakal kita bincangkan dan bahaskan dalam Dewan ini lebih kukuh, konsisten dan bermanfaat dan janganlah isu-isu ini hanya dibahaskan dan diutarakan tanpa adanya susulan pelaksanaan. Perlulah dilihat apa yang sudah dicapai dan sekiranya belum maka perlulah membuat kaji selidik akan mengapa keberkesanan itu belum dapat dilihat. Ahli-Ahli Yang Berhormat sangat mengalu-alukan permuzakarahan susulan dan perbincangan yang terbuka serta telus demi mencapai kesepakatan dan hasil positif untuk pertumbuhan komuniti masyarakat dan negara.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Sebelum kaola mengundur diri izinkan kaola memberi ucapan โSelamat Hari Wanita Antarabangsaโ kepada para wanita yang berada dalam Dewan yang mulia ini serta seluruh kaum wanita. Pada 8 Mac 2020, baru-baru ini adalah โHari Wanita Antarabangsaโ dan ia selalu diraikan dengan penuh keceriaan pada setiap tahun sebagai penghargaan kepada sumbangan para wanita di seluruh dunia. Secara tidak langsung, negara kita juga meraikan pencapaian para wanita dalam negara yang telah membentuk dan bertindak sebagai pemacu perubahan dan kejayaan negara yang dinamik, khususnya dalam merealisasikan pendekatan holistik dalam membangun masyarakat.
Tema Hari Wanita Antarabangsa tahun ini ialah I am Generation Equality: Realizing Womenโs Right dan Kempen Kesedaran Wanita Sedunia pula membawa tema Each For Equal. Yang menekankan kepada memperkasa hak-hak wanita dan imbangan gender yang sama. Ia adalah hari global yang meraikan kejayaan sosial ekonomi, kebudayaan dan politik wanita di samping menyeru untuk bertindak dalam mempercepatkan ketidaksamaan dengan menjadi ejen-ejen perubahan yang signifikan dalam kalangan masyarakat.
Para wanita sememangnya berkebolehan dalam mewujudkan keseimbangan dalam pelbagai aspek kehidupan. Perubahan-perubahan ini bukan hanya dengan pencapaian-pencapaian dalam majlis-majlis yang penting, kejayaan-kejayaan dalam melaksanakan undang-undang atau perjanjian-perjanjian antarabangsa tetapi ia juga merangkumi cara kita bercakap, cara kita berfikir dan bertindak setiap hari yang boleh memberikan kesan yang memberi manfaat kepada masyarakat sekelilingnya.
Kaola yakin tema Hari Wanita Antarabangsa kali ini, memberikan suntikan semangat yang tinggi kepada wanita-wanita bukan sahaja di negara kita bahkan di seluruh dunia kerana Kaola percaya pemerkasaan wanita dari berbagai-bagai aspek sangat penting dan akan memberikan perubahan yang sangat signifikan kepada pertumbuhan negara di seluruh dunia. Kita semua adalah sebahagian daripada keseluruhan komuniti dunia dan tindakan individu, perbualan, tingkah laku dan minda kita boleh memberi kesan yang besar kepada masyarakat kita. Lakukan apa yang kita mampu untuk membuat perbezaan yang positif untuk wanita di seluruh dunia.
Kaola ingin mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan semua wanita bahawa mereka mempunyai motivasi mereka yang sedang menunggu untuk dibangunkan dengan kepercayaan sendiri. Kaola juga ingin memetik kata-kata dari Malala:
"No struggle can succeed without women participating side by side with men. There are two powers in the world; one is the sword and the other is the pen. There is a third power stronger than both, that of women."
Ladies this is for you, Selamat Hari Wanita Antarabangsa, each for equal. Terima kasih, Yang Berhormat Yang Di-Pertua.
Sekian, ูุจุงููู ุงูุชูููู ูุงููุฏุงูุฉ ูุงูุณูุงู ุนูููู ูุฑุญู ุฉ ุงููู ูุจุฑูุงุชู
Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ
Saya tidak ada mempunyai komen apa-apa mengenai apa yang disarankan oleh Ahli Yang Berhormat mengenai wanita. Walau bagaimanapun, saya kira ada banyak kebenarannya dengan apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Siti Rozaimeriyanty binti Dato Seri Laila Jasa Haji Abdul Rahman tadi.
Saya persilakan sekarang, Yang Berhormat Dayang Nik Hafimi binti Abdul Haadii.
Yang Berhormat Dayang Nik Hafimi binti Abdul Haadiiโ
Terima kasih, Yang Berhormat Yang Di-Pertua.
ุจุณู ุงููู ุงูุฑุญู ู ุงูุฑุญูู ุงูุณูุงู ุนูููู ูุฑุญู ุฉ ุงููู ูุจุฑูุงุชู dan salam sejahtera. Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, seperti rakan-rakan yang berhormat tadi pagi kaola ingin juga menyokong sepenuhnya atas usul yang telah dicadangkan oleh Yang Berhormat Penasihat Khas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi menyembahkan ucapan menjunjung kasih ke hadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang telah bercemar duli berangkat ke Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Keenam Belas Majlis Mesyuarat Negara dan berkenan mengurniakan titah.
Baginda mengumumkan mengenai pembaikan sektor telekomunikasi negara yang menyokong infrastruktur sebagai langkah pertama ke arah transformasi digital. Mengenai strategi transformasi digital, Negara Brunei Darussalam sejak beberapa tahun kebelakangan telah mencapai kedudukan tinggi dalam pemakaian media sosial. Walau bagaimanapun, kita perlu memastikan persediaan masyarakat dalam memahami dan melaksanakan transformasi digital.
Di bawah tajuk ini, memang beberapa definisi transformasi digital telah digambarkan tetapi secara amnya kita memahami transformasi digital sebagai penyepaduan teknologi digital kesemua bidang operasi secara asasnya mengubahkan cara kita beroperasi dan menyampaikan nilai.
Ia juga merupakan perubahan budaya yang memerlukan organisasi untuk terus mencabar status quo, bereksperimen dan responsif dengan pembelajaran adaptif. Kajian dari Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD) pada tahun 2017, dan dalam kajian Mckinsey pada tahun 2018 menyenaraikan pelbagai isu utama yang membolehkan transformasi digital dan menunjukkan lima faktor kejayaan yang berkepentingan iaitu:
-
Yang mempunyai kepimpinan digital yang bijak;
-
Membina keupayaan tenaga kerja masa depan;
-
Memperkasakan rakyat untuk bekerja dengan cara yang baharu;
-
Memberikan alat seharian, peningkatan digital; dan
-
Berkomunikasi secara kerap melalui kaedah tradisional dan digital.
Adalah diharapkan bahawa faktor-faktor tersebut dapat diintegrasikan dalam Economic Blueprint, inisiatif di bawah Majlis Ekonomi Digital.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Dengan menyokong kenyataan rakan Yang Berhormat yang lain tentang Wawasan Brunei 2035 dan road map pelaksanaannya, saya ingin menambah bagaimana kita berkesan whole of nation approach. Sebagai langkah ke hadapan Wawasan Brunei 2035, inisiatif kebangsaan whole of nation mesti mempunyai kesan dan harus didorong dan dilaksanakan oleh pelanggan utamanya dan rakan sokongan dari pihak kerajaan, sektor swasta dan masyarakat sivil (civil society).
Dengan panduan dan kekuatan rangka kerja eksekutif dan perundangan negara, salah satu inisiatif yang bercontoh whole of nation adalah Sistem Kebajikan Negara (SKN) yang akan dilancarkan tidak lama lagi. Beberapa inisiatif yang boleh dicadangkan seperti berikut:
Pergabungan sukarelawan kesihatan dalam bahasa inggerisnya health inclusive volunteer exchange. Inisiatif high boleh dimulakan menerusi platform secara digital dengan memberi tumpuan kepada impak pusat perubatan dan pusat kesihatan kerajaan dengan tujuan menjadi sistem berasaskan cara sukarela.
Dalam mengisi kekurangan kapasiti manusia dari semasa ke semasa dalam perkhidmatan kesihatan terutama dalam jawatan atau perkhidmatan yang non medical related. Inisiatif yang sedemikian seiring dengan KPI untuk mendukung matlamat wawasan kedua.
Salah satu lagi inisiatif yang dicadangkan adalah platform pembelajaran peer learning platform. Beberapa kajian telah menunjukkan pembelajaran rakan sebaya menjadi salah satu cara yang paling berkesan untuk meningkatkan kemahiran, menggalakkan kepercayaan komuniti dan perpaduan masyarakat.
Platform seperti ini boleh dimulakan secara sukarela dan akan membolehkan peningkatan akses sokongan pendidikan yang berkualiti kepada mereka yang memerlukan seperti contoh juga perantisan atau apprenticeship telah menghasilkan artis-artis yang bukan sahaja memacu kegiatan industri kreatif tetapi mampu membuat dalam komuniti mereka selain itu contoh urban farmers yang mementingkan terhadap hasil pemakanan dan perkembangan sistem pertanian makro untuk menyokong masyarakat.
Ini telah didorong program pembelajaran rakan sebaya, inovasi dalam augmented reality dan artificial intelligence yang diperkembangkan oleh syarikat-syarikat tempatan perlu digalakkan untuk meneroka cadangan sedemikian. Cadangan inisiatif ini membolehkan KPI mendukung matlamat wawasan ketiga.
Sebagai akhir kata, pendekatan yang sama juga perlu dilakukan dalam cara pelan-pelan yang dibentangkan oleh kementerian-kementerian dan saya berharap senarai belanjawan tahun 2020/2021 meneruskan objektif dan valuable yang mencerminkan tujuan ke arah wawasan. Kami merayu kepada pihak kerajaan untuk mempertingkatkan lagi pemberigaan pelaksanaan pelan tindakan Wawasan Brunei 2035 dengan keseluruhannya.
Sekian terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.
Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ
Saya persilakan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pendikar Alam Dato Paduka Seri Awang Haji Hasrin bin Dato Paduka Haji Sabtu.
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pendikar Alam Dato Paduka Seri Awang Haji Hasrin bin Dato Paduka Haji Sabtuโ
Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.
ุจูุณูู ู ุงูููู ุงูุฑููุญูู ูฐูู ุงูุฑููุญูููู ู ุงูุณูููุงูู ู ุนูููููููู ู ููุฑูุญูู ูุฉู ุงูููู ููุจูุฑูููุงุชูููYang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat yang dihormati sekalian. Kaola lebih dahulu dengan rendah hati dan jernih hati menyembahkan setinggi-tinggi menjunjung kasih atas keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muโizzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar โAli Saifuddien Saโadul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Keenam Belas Majlis Mesyuarat Negara dan atas limpah kurnia titah baginda.
Kaola juga menyokong sepenuhnya usul yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Setia Bakti Di-Raja Dato Laila Utama Haji Awang Isa bin Pehin Dato Perdana Menteri Dato Laila Utama Haji Ibrahim, Penasihat Khas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam menyembahkan ucapan berbanyak-banyak menjunjung kasih ke hadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di Dewan yang mulia ini adalah amat telus, padat, bernas dan amat jelas. Baginda sentiasa prihatin terhadap kesejahteraan dan kebajikan rakyat dan penduduk di negara ini.
Titah baginda juga jelas mencerminkan kebijaksanaan, pemedulian dan pemandangan jauh baginda dalam memastikan setiap lapisan masyarakat dapat bersatu padu bersama-sama mengorak langkah dalam semangat bersepakatan khususnya dalam memperkasa dan memantapkan lagi pertumbuhan dan landskap ekonomi negara.
Menyentuh mengenai dengan landskap ekonomi negara, kaola percaya sudah tiba masanya untuk kita semua menyahut hasrat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk meningkatkan dan merancakkan lagi perkembangan dan penerokaan sumber hasil baharu berlandasan ekonomi digital.
ุฃูููุญูู ูุฏู ูููููฐูู infrastruktur bagi memudah-carakan lagi ekonomi digital di negara ini sedang giat dilaksanakan. Sumber tenaga manusia termasuklah dalam kalangan orang-orang Brunei kitani ada yang sudah mempunyai kemahiran, pengalaman dan kepakaran untuk membantu memacu perekonomian digital di negara ini. Pihak kerajaan pula nampak sentiasa memainkan peranan sebagai pemudah cara atau fasilitator. Persoalan yang tinggal hanyalah adakah orang Brunei kitani khususnya dalam kalangan belia berani tampil untuk menyahut cabaran meneroka dan meraih peluang dari perdagangan global tanpa sempadan ini? Jika sekiranya cabaran ini tidak diberikan penekanan sewajarnya negara boleh saja jauh ketinggalan khususnya dalam persaingan ekonomi di peringkat antarabangsa.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Berhormat. Dalam kita sibuk mengejar impian dan aspirasi negara janganlah pula kita lalai atau leka dengan menguatkuasakan undang-undang dan peraturan-peraturan yang sedia ada.
Tujuan undang-undang dan peraturan adalah untuk mengekalkan dan mewujudkan ketenteraman dan keamanan dalam masyarakat. Perkara seperti ini hendaklah sentiasa dititik beratkan serta dipergiatkan dan diperkukuhkan lagi agar tidak berlaku sebarang ketirisan dalam melaksanakan undang-undang dan peraturan berkenaan.
Ini adalah selaras dengan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena sambutan Hari Perkhidmatan Awam kali ke-26, 2019 yang baginda antara lain bertitah:
โJika perkhidmatan awam lemah melaksanakan keadilan maka kepentingan rakyat pasti terjejas kerana itulah undang-undang digubal untuk dilaksanakan. Tidak ada gunanya bercakap mengenai undang-undang sedangkan jenayah dan pelanggaran terus dibiarkan berlaku tidak ditangani secara positifโ.
Kaola menyambut baik setiap usaha dan inisiatif yang telah dilaksanakan oleh semua pihak dalam sama-sama membangunkan negara bagi kita mencapai Wawasan Brunei 2035. Banyak perkembangan dan program pembaikan telah dapat kita kecapi di sepanjang tahun lepas, adalah diharapkan agar segala usaha kita termasuk dari segi dasar rangka tindakan dan program akan dapat terus dipergiatkan dan dilaksanakan secara pendekatan whole of nation dengan semangat persepakatan dan perpaduan.
Sekian, ูุจุงููู ุงูุชูููู ูุงููุฏุงูุฉ ูุงูุณูุงู ุนูููู ูุฑุญู ุฉ ุงููู ูุจุฑูุงุชู
Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ
Terima kasih. Nampaknya senarai saya yang terdiri daripada Ahli-Ahli Yang Berhormat sudah selesai dan sekarang saya mempersilakan Ahli Yang Berhormat Ahli Rasmi kerana Jawatan untuk membuat kenyataan mereka. Saya persilakan sekarang Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar, Menteri Pembangunan.
Yang Berhormat Menteri Pembangunanโ
ุจุณู ุงููู ุงูุฑููุญูู ูฐูู ุงูุฑููุญูููู ู ุงูุณูุงู ุนูููู ูุฑุญู ุฉ ุงููู ูุจุฑูุงุชูYang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kaola lebih dahulu menyembahkan setinggi-tinggi menjunjung kasih kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muโizzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar โAli Saifuddien Saโadul Khairi Waddien Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atas keberangkatan dan limpah kurnia titah baginda bersempena Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Keenam Belas Majlis Mesyuarat Negara pada hari Isnin, 14 Rejab 1441 bersamaan 9 Mac 2020.
Kaola sukacita menyokong usul yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Di-Raja Dato Laila Utama Haji Awang Isa bin Pehin Datu Perdana Manteri Dato Laila Utama Haji Awang Ibrahim, Penasihat Khas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi menyembahkan setinggi-tinggi menjunjung kasih ke hadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muโizzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar โAli Saifuddien Saโadul Khairi Waddien Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atas titah baginda yang telah dikurniakan semasa Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Keenam Belas Majlis Mesyuarat Negara kelmarin.
Melalui titah baginda dan dengan mengamat-amatinya sesungguhnya sangat padat dan bernas, yang mengandungi nasihat dan mencerminkan keprihatinan dan kebijaksanaan baginda dalam memastikan kemakmuran dan kesejahteraan rakyat dan negara sentiasa terjamin.
Kaola ingin menyentuh mengenai kualiti sektor pembinaan di negara ini yang telah dititahkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan menekankan keperluan pengawasan dalam memastikan projek-projek dilaksanakan dengan baik dan teliti serta penggunaan wang kerajaan agar digunakan dan diurus secara telus dan amanah.
Selaku agensi yang dipertanggungjawabkan bagi pemudah cara industri pembinaan dan pengurusan projek-projek kerajaan, Kementerian Pembangunan sangat menjunjung kasih atas titah baginda itu dan akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan kualiti sektor pembinaan di negara ini. Izinkan kaola melalui Dewan yang mulia ini mengongsikan beberapa inisiatif seperti berikut:-
-
Pegawai Projek atau Pegawai Pengawas yang ditugaskan di tempat-tempat projek ke arah memastikan kualiti pembinaan sentiasa pada tahap yang memenuhi keperluan sebagai seorang pengawas termasuk juga kualiti bahan binaan yang memenuhi kehendak spesifikasi kontrak. Melalui garis panduan kualiti supervision manual yang disediakan oleh Jabatan Kerja Raya merupakan dokumen rujukan bagi semua Pegawai Projek atau Pegawai Pengawas yang telah diguna pakai dalam memastikan tatacara prosedur pengawasan projek-projek kerajaan yang lebih efektif dan teratur menurut piawaian kontrak. Garis panduan ini juga akan diedarkan kepada semua pihak berkenaan yang dipertanggungjawabkan bagi mengurus dan mentadbir projek-projek pembinaan. ุฅู ุดุงุก ุงููู pihak kementerian akan sentiasa menambah baik garis panduan ini dari semasa ke semasa mengikut peredaran masa dan keadaan; dan
-
Mengenai bahan binaan pula kesemua produk yang akan diguna pakai dalam projek-projek kerajaan adalah dikehendaki untuk mendaftar dengan Kementerian Pembangunan melalui pembekal yang berdaftar. Penubuhan Jawatankuasa Pendaftaran Produk Bahan-Bahan Binaan (JKPPBBB) di bawah Kementerian Pembangunan, berperanan untuk mendaftar bahan binaan yang digunakan dalam industri pembinaan serta meneliti dan menilai laporan ujian yang dihadapkan oleh syarikat pembekal dari semasa ke semasa sebelum mendapat kebenaran untuk produk tersebut didaftarkan dan diguna pakai bagi projek-projek kerajaan.
ุฅู ุดุงุก ุงููู pihak kementerian bersama dengan agensi-agensi yang berkenaan akan terus berusaha untuk mempertingkatkan lagi usaha dan inisiatif dalam menangani projek-projek kerajaan dan akan sentiasa membuat pemantauan agar tidak berlaku penyelewengan seperti penyelewengan menggunakan bahan-bahan yang murah atau rendah kualiti dan menjunjung kasih atas beberapa cadangan dan saranan serta buah fikiran daripada Ahli-Ahli Yang Berhormat untuk sama-sama menambah baik inisiatif yang sedia ada.
Itulah sahaja yang dapat kaola sampaikan bagi menanai dan menjunjung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di Dewan yang mulia ini.
Sekian, ูุจุงููู ุงูุชูููู ูุงููุฏุงูุฉ ูุงูุณูุงู ุนูููู ูุฑุญู ุฉ ุงููู ูุจุฑูุงุชู
Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ
Saya persilakan Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Abdul Muttalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof, Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi.
Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasiโ
ุจุณู ุงููู ุงูุฑุญู ู ุงูุฑุญูู ุงูุณูุงู ู ุนูููููููู ู ููุฑูุญูู ูุฉู ุงูููู ููุจูุฑูููุงุชููู Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Mula-mula sekali kaola ingin merakamkan sokongan penuh kepada usul yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Di-Raja Dato Laila Utama Haji Awang Isa bin Pehin Datu Perdana Manteri Dato Laila Utama Haji Awang Ibrahim, Penasihat Khas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri serta rakan-rakan menteri dan Ahli-Ahli Yang Berhormat yang lain bagi menyembahkan setinggi-tinggi menjunjung kasih kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atas keberangkatan baginda bercemar duli ke Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Keenam Belas Majlis Mesyuarat Negara pada hari Isnin, 14 Rejab 1441 bersamaan 9 Mac 2020 dan juga pengurniaan titah semasa istiadat berkenaan.
Titah baginda merupakan amanah dan hasrat yang perlu ditanai dan disemai dengan sebaik-baiknya, khususnya dalam memastikan kemakmuran negara walau dalam menghadapi berbagai-bagai cabaran globalisasi agar sentiasa terlindung dengan izin dan rahmat ุงููู ุณูุจูุญูุงูููู ููุชูุนูุงููู jua. Kita sama-sama menjunjung tinggi titah baginda supaya secara bersepadu, strategik dan melalui pendekatan menyeluruh iaitu whole of nation kita akan sentiasa sama-sama meningkatkan lagi kualiti kehidupan dan kesejahteraan rakyat dan penduduk negara ini.
ุงูููุญูู ูุฏู ูููููฐูู kaola dengan penuh rasa bersyukur menjunjung kasih dan menjunjung jua setinggi-tingginya titah baginda mengenai beberapa pencapaian negara yang utama dalam sektor telekomunikasi sebagai antara langkah transformasi berlatar belakangkan Industri Revolusi Keempat.
Dengan kebijaksanaan kepimpinan dan pandangan jauh baginda inisiatif ini merupakan satu usaha besar kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang diharapkan akan dapat mempercepatkan lagi agenda digital negara menuju ke arah Fourth Industrial Revolution.
Penubuhan Syarikat Unified National Network Sendirian Berhad (UNN) sememangnya bertujuan mencapai keberkesanan dari segi penjimatan kos dalam penyediaan infrastruktur dan bagi membolehkan infrastruktur untuk disediakan dengan lebih meluas di negara ini.
Pada masa yang sama langkah ini juga membukakan platform bagi penyedia-penyedia perkhidmatan untuk lebih berdaya saing dan fokus dalam strategi perniagaan dan perkhidmatan telekomunikasi masing-masing. Dalam hal ini dengan adanya persaingan ianya dihasratkan akan menggalakkan lagi inovasi dan kreativiti dalam kalangan penyedia perkhidmatan telekomunikasi dan memberikan lebih banyak pilihan kepada para pengguna seiring dengan kepesatan teknologi.
Bagi memanfaatkan lagi pencapaian dalam sektor telekomunikasi ini, inisiatif-inisiatif dalam meningkatkan sumbangan sektor telekomunikasi ke pembangunan negara juga sedang giat dijalankan dengan kerjasama padu antara agensi-agensi kerajaan dan swasta iaitu melalui
Kementerian Kewangan dan Ekonomi dan pihak Darussalam Asset (DA) selaku peneraju utama. Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan pihak AITI selaku pengawal selia dan pemudah cara dari segi dasar regulatory, pelesenan dan penjagaan kepentingan orang ramai dalam menikmati perkhidmatan-perkhidmatan telekomunikasi yang berkualiti dan mempunyai pelbagai pilihan sekali gus bagi memudah cara perniagaan dan aktiviti-aktiviti perekonomian dan pelaburan.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, turut menjunjung tinggi titah saranan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bagi mengambil langkah-langkah yang bersesuaian dan berkesan bagi membukakan peluang pekerjaan dan mengurangkan kadar pengangguran di Negara Brunei Darussalam.
ุงูุญู ุฏ ููู melalui pendekatan whole of nation dan dalam mendukung juga dasar strategik Man Power and Employment and Council (MPEC). Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, telah pun dan akan meneruskan pelaksanaan beberapa inisiatif bagi meningkatkan peluang pekerjaan terutama sekali untuk anak-anak tempatan. Antara inisiatif tersebut ialah Program AITI Apprenticeship yang telah dilaksanakan tahun ini bagi membantu meningkatkan kemahiran serta tahap marketability dalam mencari peluang pekerjaan mahupun dalam menerokai bidang perniagaan.
Akhir sekali, kaola sekali lagi menyembahkan setinggi-tinggi menjunjung kasih Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atas kurnia titah baginda yang jelas menekankan agar semua perancangan dan usaha untuk disasarkan kepada matlamat utama negara yang semakin menghampiri kita iaitu Wawasan Brunei 2035.
Sekian, terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.
Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ
Untuk menggulung perbahasan kita mengenai perbahasan usul ini, saya persilakan sekarang Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteriโ
ุจูุณูู ู ุงูููู ุงูุฑููุญูู ูฐูู ุงูุฑููุญูููู ู ุงูุญู ุฏ ููู ุฑุจ ุงูุนุงูู ููุ ูุงูุตูุงุฉ ูุงูุณูุงู ุนูู ุณูุฏูุง ู ุญู ุฏ ุฃุดุฑู ุงูู ุฑุณูููุ ูุนูู ุขูู ูุตุญุจู ุฃุฌู ุนูู. ุฃู ูุง ุจุนุฏูdan salam ุงูุณูููุงูู ู ุนูููููููู ู ููุฑูุญูู ูุฉู ุงูููู ููุจูุฑูููุงุชููู sejahtera. Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kaola lebih dahulu mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas ruang yang diberikan kepada kaola untuk berucap sebagai menyokong Usul yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Penasihat Khas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri iaitu Usul Menjunjung Kasih Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muโizzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar โAli Saifuddien Saโadul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atas keberangkatan dan limpah kurnia titah baginda bersempena Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Keenam Belas Majlis Mesyuarat Negara pada hari Isnin, 14 Rejab 1441 bersamaan 9 Mac 2020.
Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tersebut sesungguhnya amat berhemah, berwawasan, bernas dan berpandangan jauh, mengandungi nasihat dan pengamatan tajam serta bijaksana baginda dalam mentadbir Negara Brunei Darussalam.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Seiring dengan titah tersebut, kerajaan sebagai jentera utama pembangunan negara akan sentiasa mengukuhkan dan mempertingkatkan lagi tadbir urus yang baik atau good governance dalam semua peringkat dan sektor bagi memastikan kualiti perkhidmatan yang diberikan kepada orang ramai adalah yang terbaik, efisien, efektif dan yang pentingnya ialah mesra rakyat, memudahkan orang ramai untuk membuat urusan.
Di samping untuk sentiasa berjimat cermat dan berhemah serta memastikan setiap perbelanjaan mestilah mengutamakan value for money serta mendatangkan manfaat dan keuntungan kepada negara dan penduduk dalam jangka pendek dan jangka panjang. Keadaan ekonomi dunia dengan harga minyak tidak stabil nampaknya akan terus memberikan impak kepada peruntukan belanjawan negara, tambahan lagi wabak COVID-19 yang sedang melanda di sebilangan negara yang terjejas telah banyak memberikan impak kepada perniagaan industri pelancongan, perhotelan dan sebagainya.
Dalam apa juga keadaan, pihak Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam masih terus sahaja menyediakan peruntukan yang besar bagi jentera kerajaan untuk melaksanakan program-program bagi kepentingan semua rakyat dan pihak yang berkenaan di Negara Brunei Darussalam. Oleh itu, setiap orang dari kita tanpa kecuali mestilah menunaikan tanggungjawab untuk menjadikan semua sektor lebih efisien dan efektif (berkesan).
Khusus di sektor kerajaan, dasar, peraturan dan inisiatif lain hendaklah dilaksanakan oleh semua agensi kerajaan melalui fiscal consolidation. Selain meneliti kesesuaian kaedah-kaedah seperti pengkorporatan atau pengkongsian awam/swasta perlulah diberikan sokongan padu dari semua pihak untuk kebaikan negara dengan pendekatan sepadu a whole of nation approach.
Dalam hal-ehwal perkhidmatan awam pula, Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui agensi-agensi perkhidmatan awam khususnya Jabatan Perkhidmatan Awam, Institut Perkhidmatan Awam, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan Jabatan Perkhidmatan Pengurusan berganding bahu menangani projek-projek yang dijalankan yang antaranya ialah projek Civil Service Leadership Pipeline (CSLP), Young Executive Program (YEP), Executive Development Program for Middle Management Officer (EDPMMO), Executive Development Program for Senior Government Officer (EDPSGO).
Setelah sekian lama dilangsungkan dan telah mengeluarkan lulusan-lulusan beratus malah mungkin beribu ramainya. ุฅููู ุดูุงุกู ุงููู ุงููุญูู ูุฏู ูููููฐูู lulusan-lulusan tersebut mempunyai potensi yang tinggi untuk memajukan jentera perkhidmatan awam, merekalah ejen kemajuan, merekalah pemangkin dan pemerkasa (sucession planning) dalam perkhidmatan awam.
ุฅููู ุดูุงุกู ุงููู kita akan merasa gembira dan berpuas hati kerana mereka inilah nanti pengisi jawatan-jawatan kosong dengan tidak perlu lagi memangku ataupun kalau memangku jawatan tersebut tidaklah akan memakan masa yang panjang dan tidak akan selama-lamanya memangku.
Dalam hal yang telah disebutkan tadi, kaola menjunjung tinggi titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam usaha-usaha ke arah menggembeleng dan menanai bersama sektor kerajaan dan sektor swasta serta seluruh rakyat dan penduduk dalam kata lain sektor kerajaan, swasta dan penduduk negara ini mestilah berganding bahu dan bekerja sebagai satu pasukan yang 'ampuh' seperti mana peribahasa berbunyi:-
"Ke bukit sama didaki; ke lurah sama dituruni; Bersatu teguh bercerai roboh"
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Di dalam Dewan yang mulia ini, marilah kita sama-sama menyumbangkan buah fikiran dan pandangan-pandangan yang bermanfaat untuk negara di samping mengetengahkan perkara-perkara strategik demi kesejahteraan rakyat dan penduduk dengan disokong hatta penelitian yang betul dan mengurangkan percakapan-percakapan dan soal jawab seperti mana jua dititahkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada pagi kelmarin.
Akhirnya, kaola ingin menyembah sekali lagi setinggi-tinggi menjunjung kasih Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muโizzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar โAli Saifuddien Saโadul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atas limpah kurnia titah baginda.
Sekian, ูุจุงููู ุงูุชูููู ูุงููุฏุงูุฉ ูุงูุณูุงู ุนูููู ูุฑุญู ุฉ ุงููู ูุจุฑูุงุชู
Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kita telah pun membincangkan dan membahaskan usul yang telah pun dikemukakan pada pagi ini tadi dan disambung pula pada sebelah petang ini dan nampaknya tidak ada lagi Ahli Yang Berhormat yang ingin untuk membahaskannya.
Maka usul yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Penasihat Khas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi menyembahkan sepenuh-penuhnya menjunjung kasih Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muโizzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar โAli Saifuddien Saโadul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang berkenan berangkat ke Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Keenam Belas Majlis Mesyuarat Negara Brunei Darussalam pada hari Isnin, 14 Rejab 1441, bersamaan 9 Mac 2020.
Maka saya berpandangan ada baiknya usul ini sekarang kita undi. Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila angkat tangan.
(Semua Ahli mengangkat tangan tanda bersetuju)
Terima kasih, nampaknya semua Ahli yang bersetuju sepenuhnya dengan usul yang dikemukakan ini, Maka usul ini diluluskan.
Ahli-Ahli Yang Berhormat, saya telah difahamkan bahawa Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II ingin membuat kenyataan dan saya persilakan Yang Berhormat untuk membuat kenyataannya.
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi IIโ
Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua, kaola ingin mencadangkan bahawa menurut Peraturan 4(3) daripada Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Negara membolehkan supaya Perkara VII Rang Undang-Undang dan Perkara VIII subsection 2 Ketetapan Di Bawah Bab 4 (2) dari Akta Kumpulan Wang Kemajuan (Penggal 136) akan lebih dahulu dibincangkan dalam persidangan yang diadakan pada petang ini. Perkara ini kaola cadangkan kerana rang ini amat mustahak disegerakan dan dibincangkan sebelum penutup tahun kewangan kita berakhir pada 31 Mac 2020.
Oleh yang demikian, kaola berharap cadangan ini akan dapat dipersetujui oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat yang lain. Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeriโ
ุจุณู ุงููู ุงูุฑุญู ู ุงูุฑุญููYang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kaola menyokong sepenuhnya cadangan daripada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, terima kasih.
Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ
Ahli-Ahli Yang Berhormat setelah mendengar kenyataan cadangan yang disampaikan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II yang telah disokong sepenuhnya oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri maka saya berpendapat perkara ini jelas dan tidak perlu dibahaskan. Saya memberikan kesimpulan Ahli-Ahli Yang Berhormat semua bersetuju.
Yang Dimuliakan Jurutulisโ
Perkara Ke VII Rang Undang-Undang yang akan dicadangkan oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II.
Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekarang persidangan berpindah ke Perkara VII Rang Undang-Undang. Saya difahamkan bahawa Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II ingin sekarang untuk membuat kenyataan tentang Rang Undang-Undang tersebut, sila Yang Berhormat.
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi IIโ
Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.
ุจูุณูู ู ุงูููููู ุงูุฑููุญูู ููู ุงูุฑููุญููู ู ุงูุณููููุงู ู ุนูููููููู ู ููุฑูุญูู ูุฉู ุงูููููู ููุจูุฑูููุงุชูููYang Berhormat Yang Di-Pertua dengan segala hormatnya kaola memohon izin untuk mengemukakan bagi pihak Kebawah Duli Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam satu Rang Undang-Undang yang bergelar โSuatu Akta Untuk Membekalkan Sejumlah Wang Daripada Kumpulan wang Yang Disatukan Bagi Perkhidmatan Tahun Kewangan 2020/2021 dan bagi memperuntukkan wang yang tersebut itu bagi maksud-maksud tertentuโ untuk bacaan kali pertama, terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.
Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ
Ahli-Ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, sebentar tadi telah mencadangkan bagi Rang Undang-Undang tersebut untuk dibaca bagi kali yang pertama.
Yang Dimuliakan Jurutulisโ
Satu Rang Undang-Undang yang bergelar:-
โSuatu Akta untuk membekalkan sejumlah wang daripada kumpulan wang yang disatukan bagi Perkhidmatan Tahun Kewangan 2020/2021 dan bagi memperuntukkan wang yang tersebut itu bagi maksud-maksud tertentuโ.
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi IIโ
Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Kaola ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas izin Yang Berhormat Yang Di-Pertua untuk kaola mencadang-kan supaya Rang Undang-Undang yang bergelar:-
โSuatu Akta Untuk Membekalkan Sejumlah Wang Daripada Kumpulan Wang Yang Disatukan Bagi Perkhidmatan Tahun Kewangan 2020/2021 Dan Bagi Memperuntukkan Wang Yang Tersebut Itu Bagi Maksud-Maksud Tertentu.โ dibaca bagi kali yang kedua.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Tujuan Rang Undang-undang ini adalah untuk membenarkan pengeluaran sejumlah $5.86 bilion dari Kumpulan Wang Yang Disatukan Bagi Perkhidmatan Tahun Kewangan 2020/2021 dan untuk diperuntukkan bagi maksud-maksud yang dinyatakan dalam Jadual, dalam berbuat demikian...
Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ
Saya kira, sebelum Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II meneruskan ucapan ada baiknya mengikut urutan peraturan-peraturan pembentangan Rang Undang-Undang yang sesudah kita membaca kali pertama, maka Yang Berhormat memohon untuk menggantung bagi mengemukakan bacaan kali kedua dan ketiga.
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi IIโ
Mohon maaf Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Terima kasih. Kaola memohon izin bagi memaklumkan kepada majlis ini. Bahawa kaola ingin mengemukakan cadangan untuk bacaan kali yang kedua dan yang ketiga bagi Rang Undang-Undang yang bergelar:-
โSuatu Akta Untuk Membekalkan Sejumlah Wang Dari Kumpulanwang Yang Disatukan Bagi Perkhidmatan Tahun Kewangan 2020/2021 Dan Untuk Memperuntukkan Wang Yang Tersebut Itu Bagi Maksud-Maksud Yang Tertentuโ pada persidangan hari ini juga.
Sesuai dengan peraturan Majlis Mesyuarat Negara kaola bercadang untuk mengemukakan cadangan Rang Undang-Undang ini untuk bacaan kali yang kedua dan yang ketiga pada hari ini juga.
Maka kaola mohon izin kebenaran Yang Berhormat Yang Di-Pertua supaya digantung Peraturan-Peraturan Tetap Majlis Mesyuarat Negara supaya membolehkan dibuat cadangan-cadangan sedemikian pada hari ini juga. Permohonan ini semata-mata bagi membolehkan majlis ini memudahkan tugas-tugasnya dengan lebih lancar dan teratur lagi. Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.
Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Setelah saya mendengar alasan-alasan dan keterangan serta sebab-sebab yang dikemukakan Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, maka saya izinkan supaya Peraturan-Peraturan Tetap Majlis Mesyuarat Negara dibolehkan digantung bagi membolehkan Rang Undang-Undang yang bergelar:-
โSuatu Akta Untuk Membekalkan Sejumlah Wang Dari Kumpulan Wang Yang Disatukan Bagi Perkhidmatan Tahun Kewangan 2020/2021 Dan Untuk Memperuntukkan Wang Yang Tersebut Itu Bagi Maksud-Maksud Yang Tertentuโ Untuk dibaca bagi kali yang kedua dan ketiga menurut Syarat 48(3) Perlembagaan Negara Brunei Darussalam.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II. Maka saya menangguhkan mesyuarat ini selama 15 minit.
(Majlis Mesyuarat berehat sebentar)
(Majlis Mesyuarat bersidang semula)
Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ
ุจุณู ุงููู ุงูุฑุญู ู ุงูุฑุญูู Ahli-Ahli Yang Berhormat sekarang persidangan kita disambung semula untuk membincangkan Rang Undang-Undang (2020) Perbekalan, 2020/2021 yang dipohonkan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II untuk dibaca bagi kali yang kedua dan ketiga menurut Syarat 48(3) Perlembagaan Negara Brunei Darussalam yang saya telah pun membenarkan perkara itu dilaksanakan.
Maka saya kira cukuplah dulu persidangan yang kita adakan pada hari ini. ุฅู ุดุงุก ุงููู kita akan bersidang semula pada esok hari iaitu hari Rabu, 11 Mac 2020, pukul 9.15 pagi.
Sekian, ูุจุงููู ุงูุชูููู ูุงููุฏุงูุฉุ ูุงูุณูุงู ุนูููู ูุฑุญู ุฉ ุงููู ูุจุฑูุงุชู
(Majlis Mesyuarat ditangguhkan)
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.