Langkau ke kandungan utama
For Informational Purposes Only

Source: https://www.majlis-mesyuarat.gov.bn/wp-content/uploads/2025/09/Penyata-Rasmi-MMN-Ke-16-Tahun-2020.pdf

HARI KE-1

Rumusan Bacaan

๐Ÿ“– Masa membaca: 8 minit
๐Ÿ“Š Bilangan kata: 1,557 kata

9HB MAC 2020โ€‹

Mesyuarat mula bersidang pada pukul 10.00 pagi

Yang Dimuliakan Jurutulisโ€‹

ุจุณู… ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุฑุญู…ู† ุงู„ุฑุญูŠู… Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Keenam Belas Majlis Mesyuarat Negara bersidang pada hari ini, hari Isnin, 14 Rejab 1441 bersamaan 9 Mac 2020, didahului dengan Doa Selamat.

DOA SELAMATโ€‹

Doa Selamat dibacakan oleh Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Awang Hamidon bin Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Seri Setia Haji Abdul Hamid.

Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ€‹

ุจุณู… ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุฑุญู…ู† ุงู„ุฑุญูŠู… ุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒู… ูˆุฑุญู…ุฉ ุงู„ู„ู‡ ูˆุจุฑูƒุงุชู‡ kita memanjatkan rasa kesyukuran ke hadrat ุงู„ู„ู‡ ุณูุจู’ุญูŽุงู†ูŽู‡ู ูˆูŽุชูŽุนูŽุงู„ูŽู‰ kerana dengan limpah rahmat dan izin-Nya jua kita dapat bersama-sama berkumpul hadir pada pagi ini, di Majlis Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Keenam Belas Majlis Mesyuarat Negara. Selawat serta salam ke atas Junjungan Besar kita ู†ุจูŠ ู…ุญู…ุฏ ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู…, kaum kerabat, para sahabat serta pengikut-pengikut Baginda yang taat lagi setia hingga ke akhir zaman.

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Sebentar lagi, selepas ini kita akan menjunjung keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muโ€™izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, bagi Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Keenam Belas Majlis Mesyuarat Negara, maka kita akan segera perlu menyelesaikan perkara-perkara seterusnya.

Yang Dimuliakan Jurutulisโ€‹

Perkara II - Meneliti dan mengesahkan Minit Persidangan Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Kelima Belas yang telah bersidang selama 11 hari bermula pada 30 Jamadilakhir hingga 16 Rejab 1440 bersamaan 7 hingga 23 Mac 2019, bertempat di Dewan Persidangan Majlis Mesyuarat Negara, Dewan Majlis, Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat, Negara Brunei Darussalam.

Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ€‹

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Di hadapan kita sekarang adalah Minit Persidangan Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Kelima Belas yang telah pun dikelilingkan terdahulu kepada semua Ahli Yang Berhormat. Saya percaya, Ahli-Ahli Yang Berhormat semua telah pun meneliti minit mesyuarat tersebut, maka saya ingin sekarang memberikan peluang kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat, jika ada yang ingin memberikan pendapat ataupun pindaan atau sebaliknya terhadap minit mesyuarat ini, maka saya persilakan Ahli-Ahli Yang Berhormat untuk membuat kenyataan mereka.

Nampaknya, tidak ada Ahli-Ahli Yang Berhormat yang ingin untuk membuat sebarang kenyataan ataupun pindaan, maka saya membuat kesimpulan isi kandungan Minit Persidangan Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Kelima Belas yang telah bersidang selama 11 hari tadi adalah catatan yang betul. Maka dengan itu, saya luluskan minit mesyuarat ini.

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Sebentar lagi, Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Keenam Belas Majlis Mesyuarat Negara akan dirasmikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muโ€˜izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar โ€˜Ali Saifuddien Saโ€˜adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, maka bagi membolehkan majlis ini menunggu dan menjunjung keberangkatan baginda ke majlis ini, maka saya tangguhkan Persidangan Majlis Mesyuarat Negara ini.

Sekian, ูˆุจุงู„ู„ู‡ ุงู„ุชูˆููŠู‚ ูˆุงู„ู‡ุฏุงูŠุฉ ูˆุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒู… ูˆุฑุญู…ุฉ ุงู„ู„ู‡ ูˆุจุฑูƒุงุชู‡

TITAHโ€‹

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH MU'IZZADDIN WADDAULAH IBNI AL-MARHUM SULTAN HAJI OMAR 'ALI SAIFUDDIEN SA'ADUL KHAIRI WADDIEN, SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM SEMPENA ISTIADAT PEMBUKAAN RASMI MESYUARAT PERTAMA DARI MUSIM PERMESYUARATAN KEENAM BELAS MAJLIS MESYUARAT NEGARA PADA HARI ISNIN, 14 REJAB 1441 HIJRAH BERSAMAAN 9 MAC 2020 MASIHI BERTEMPAT DI BANGUNAN DEWAN MAJLIS, JALAN DEWAN MAJLIS, BANDAR SERI BEGAWAN, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM.

ุงู„ุณู‘ูŽู„ูŽุงู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒูŽุงุชูู‡ู ุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ู‡ู ุงู„ุฑู‘ูŽุญู’ู…ูฐู†ู ุงู„ุฑู‘ูŽุญููŠู…ู ุงูŽู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏู ูู„ู„ู‡ู ุฑูŽุจู‘ู ุงู„ู’ุนูŽุงู„ูŽู…ููŠู†ูŽุŒ ูˆูŽุจูู‡ู ู†ูŽุณู’ุชูŽุนููŠู†ูุŒ ุนูŽู„ูŽู‰ ุฃูู…ููˆุฑู ุงู„ุฏู‘ูู†ู’ูŠูŽุง ูˆูŽุงู„ุฏู‘ููŠู†ูุŒ ูˆูŽุงู„ุตู‘ูŽู„ูŽุงุฉู ูˆูŽุงู„ุณู‘ูŽู„ูŽุงู…ู ุนูŽู„ูŽู‰ ุฃูŽุดู’ุฑูŽูู ุงู„ู’ู…ูุฑู’ุณูŽู„ููŠู†ูŽุŒ ุณูŽูŠู‘ูุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ู‘ูŽุฏูุŒ ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุขู„ูู‡ู ูˆูŽุตูŽุญู’ุจูู‡ู ุฃูŽุฌู’ู…ูŽุนููŠู†ูŽุŒ ูˆูŽุจูŽุนู’ุฏู.

ุงูŽู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏู ูู„ู„ู‡ู kita merafakkan syukur ke hadrat ุงู„ู„ู‡ู ุณูุจู’ุญูŽุงู†ูŽู‡ู ูˆูŽุชูŽุนูŽุงู„ูŽู‰ kerana dengan izin-Nya jua dapatlah kita berkumpul jua di Majlis Persidangan bagi Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Keenam Belas Majlis Mesyuarat Negara.

Harapan kita sangatlah tinggi untuk melihat Majlis Mesyuarat Negara menjadi wadah strategik bagi memikir dan membahas perkara-perkara yang diperlukan oleh rakyat dan negara.

Apa jua usul dan hujah yang dikemukakan dalam persidangan hendaklah berasaskan kepada pemikiran dan penelitian yang rapi disokong oleh fakta-fakta yang betul dan tepat dan memfokus hanya kepada isu-isu yang relevan.

Pada pengamatan beta, Persidangan Majlis Mesyuarat Negara tahun demi tahun masih sahaja memerlukan pemerkasaan, kerana kedapatan sesetengah Ahli Yang Dilantik cuma lebih banyak bertanya dari memberi buah fikiran ini menjadikan perbahasan kurang menarik.

Situasi ekonomi dunia pada hari ini didapati sebagai tidak menentu. Namun ุงู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏู ู„ูู„ู‘ูŽู‡ู negara kita masih saja mampu untuk mencatatkan kadar pertumbuhan yang menggalakkan di samping juga dapat menikmati beberapa pembaharuan di segi infrastruktur mahupun yang berbentuk dasar.

Ketidaktentuan itu digawatkan lagi oleh pergolakan geopolitik dunia yang tidak berkesudahan kemudian secara mendadak, pasaran kewangan dunia pula terutama di rantau Asia mengalami masalah teruk akibat penularan wabak COVID-19. Kesan daripada wabak ini telah menjejaskan perkembangan dan pertumbuhan ekonomi di kebanyakan negara di dunia, termasuk menjadi sebab kurangnya permintaan minyak dan gas dunia yang secara automatik menjadikan harga kedua-dua komoditi ini jatuh.

Ini boleh menyebabkan negara mengalami defisit setelah mencatat lebihan baki fiskal pada Tahun Kewangan 2018 / 2019. Namun kita tetap bersyukur kerana negara ditakdirkan bebas daripada wabak yang menggerunkan ini. Kita berharap Negara Brunei Darussalam akan terus mendapat perlindungan ุงู„ู„ู‡ daripada serangan virus COVID-19.

Pada hemat beta, ini adalah kerana berkat Brunei sentiasa menghayati doa, di masjid-masjid kita berdoa, di rumah-rumah kita berdoa dan di majlis-majlis kita berdoa. Pendeknya Brunei Darussalam adalah cukup makmur dengan doa. Maka beta berharap supaya kita meneruskan amalan berdoa sebagai budaya bangsa.

Turut juga disyukuri kerana sepanjang tahun 2019 kerajaan beta masih dapat meraih beberapa pencapaian yang signifikan, antaranya transformasi Sektor Telekomunikasi yang mampu bertindak meningkatkan inovasi untuk mengubah landskap ekonomi negara ke arah era digital โ€œThe Fourth Industrial Revolutionโ€ melalui penubuhan Syarikat Unified National Network Sendirian Berhad, Syarikat UNN yang 100% dipunyai oleh kerajaan beta.

Berkaitan dengan sumber tenaga manusia pula, beta telah memperkenankan bagi Manpower Planning and Employment Council (MPEC) ditempatkan di Jabatan Perdana Menteri bagi memikirkan langkah-langkah berkesan ke arah meningkatkan peluang-peluang pekerjaan dan menangani isu pengangguran.

Dasar-dasar yang ada juga mustahak diteliti, misalnya yang berkaitan dengan kemasukan pekerja-pekerja asing; halangan atau proses yang boleh menyekat komuniti bisnes dari berkembang; mengadakan latihan-latihan bagi membantu pencari-pencari pekerjaan, mereviu syllabus yang berkaitan dengan program latihan, mereviu proses mempercepatkan pengisian jawatan-jawatan kosong dalam perkhidmatan awam dan lain-lain.

Beta juga telah memperkenankan penubuhan Autoriti Kemajuan Daerah Temburong bagi tujuan menjana aktiviti perekonomian serta meningkatkan kualiti kehidupan rakyat dan penduduk di daerah ini.

Mengenai dengan perbelanjaan kerajaan, kita menyedari bahawa perbelanjaan itu terus sahaja meningkat tahun demi tahun. Oleh itu, setiap agensi kerajaan dikehendaki supaya berhati-hati dalam menggunakan peruntukan yang telah disediakan.

Perlu diingat hasil pendapatan yang banyak tidaklah semestinya mampu untuk menjamin kestabilan dan kekukuhan kewangan andainya hasil itu tidak diurus dengan betul dan cekap. Tetapi dengan adanya amalan berhemah dan usaha-usaha mempelbagaikan ekonomi maka ุฅู† ุดุงุก ุงู„ู„ู‡ kita akan dapat mengukuhkan kestabilan makroekonomi dan kedudukan kewangan negara.

Dalam pada itu, sangatlah penting diingat mengenai cara penggunaan wang kerajaan. Cara ini mesti benar-benar telus dan amanah. Jangan mentang-mentang wang kerajaan kita pun secara sewenang-wenang membuat projek walaupun projek itu kurang penting atau memang ada kecenderungan berbelanja besar sebab peruntukan dari kerajaan. Atau mungkin juga di sebalik peruntukan besar itu berlaku sandiwara pintu belakang dengan pihak-pihak tertentu di luar kerajaan dan lebih malang lagi kalau hanya pandai membuat projek sedang pengawasan terhadap kerja-kerja projek sangat lemah sehingga apabila siap projek itu didapati banyak kerosakan atau kekurangan berlaku.

Mengapa ini terjadi? Pertama, kerana pengawasan lemah dan kedua, apabila pengawasan lemah maka mudahlah berlaku penyelewengan seperti penyelewengan menggunakan bahan-bahan yang murah atau rendah kualiti.

Di sini, beta ingin menyeru khasnya kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat Yang Dilantik supaya menyuarakan pandangan-pandangan mereka tanpa ragu-ragu. Suara mereka adalah diperlukan untuk kebaikan.

Sekian ูˆุจุงู„ู„ู‡ ุงู„ุชูˆููŠู‚ ูˆุงู„ู‡ุฏุงูŠุฉ ูˆุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒู… ูˆุฑุญู…ุฉ ุงู„ู„ู‡ ูˆุจุฑูƒุงุชู‡

DOA SELAMATโ€‹

Doa Selamat dibacakan oleh Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan, Negara Brunei Darussalam.

(Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muโ€™izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar `Ali Saifuddien Saโ€™adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan ahli kerabat diraja berangkat meninggalkan majlis diiringi oleh Yang Berhormat Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara dan pembesar-pembesar negara).

Yang Berhormat Yang Di-Pertuaโ€‹

ุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ู‡ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูฐู†ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญููŠู’ู…ู Ahli-Ahli Yang Berhormat. Lebih dahulu kita merafakkan rasa kesyukuran ke hadrat ุงู„ู„ู‡ ุณูุจู’ุญูŽุงู†ูŽู‡ู ูˆูŽุชูŽุนูŽุงู„ูŽู‰ kerana dengan limpah dan keizinan-Nya jua Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Keenam Belas bagi Majlis Mesyuarat Negara, telah pun selesai disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muโ€™izzaddin Waddaullah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar โ€˜Ali Saifuddien Saโ€™adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang juga telah berkenaan untuk mengurniakan titah.

Maka, bagi membolehkan majlis ini untuk menjunjung Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan ahli kerabat diraja berangkat untuk bergambar ramai bersama-sama dengan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara dan seterusnya untuk meninggalkan bangunan ini, saya tangguhkan Persidangan Majlis Mesyuarat Negara ini dan kita akan bersidang semula pada esok hari, iaitu hari Selasa, 15 Rejab 1441 bersamaan 10 Mac 2020 pada pukul 9.15 pagi.

Sekian ูˆุจุงู„ู„ู‡ ุงู„ุชูˆููŠู‚ ูˆุงู„ู‡ุฏุงูŠุฉ ูˆุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒู… ูˆุฑุญู…ุฉ ุงู„ู„ู‡ ูˆุจุฑูƒุงุชู‡

(Majlis Mesyuarat ditangguhkan)

Help Needed
Help needed with proof-reading, verification of content extracted from PDFs, and Jawi and Arabic characters, please email pr@queeniecy.com if you have experience with Markdown.
Disclaimer
The information presented on this webpage is based on processed PDFs downloaded from the official website using OpenAI technology. We have taken steps to ensure accuracy, but if you identify any discrepancies or issues, please kindly notify us at pr@queeniecy.com so that we can make necessary adjustments. Thank you for your understanding and cooperation.
Disclaimer
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.