Hari Ke-14
π Masa membaca: 87 minit
π Bilangan kata: 18,533 kata
(Mesyuarat mula bersidang pada pukul 9.30 pagi)
Yang Mulia Jurutulisβ
Bismillahir Rahmanir Rahim. Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Ke-21 Majlis Mesyuarat Negara bersidang pada hari ke-14 pada hari ini, Khamis, 19 haribulan Ramadan 1446 bersamaan 20 haribulan Mac 2025 dan didahului dengan Doa Selamat.
DOA SELAMATβ
(Doa Selamat dibacakan oleh Yang Dimuliakan Pehin Khatib Dato Paduka Awang Haji Emran bin Haji Kunchang).
Yang Berhormat Yang Di-Pertua: Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi ta'ala wabarakatuh. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataβala kerana dengan limpah rahmat-Nya jua kita dapat bersama-sama berkumpul hadir pada pagi ini lagi untuk bersidang bagi hari ke-14 dalam Majlis Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Ke-21 Majlis Mesyuarat Negara. Selawat serta salam ke atas junjungan besar kita Sayyidina Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kaum kerabat, para sahabat-sahabat serta pengikut-pengikut Baginda yang taat lagi setia hingga ke akhir zaman.
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kita akan memulakan hari ini dengan Urusan Mesyuarat seterusnya.
Yang Mulia Jurutulisβ
Waktu Pertanyaan bagi Jawab Lisan.
Yang Berhormat Yang Di-Pertuaβ
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Waktu Pertanyaan pada hari ini saya mulakan dengan soalan pertama iaitu dari Yang Berhormat Dayang Chong Chin Yee kepada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II. Silakan Yang Berhormat.
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi IIβ
Terima kasih Yang Berhormat Di-Pertua. Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Kaola terlebih dahulu mengucapkan terima kasih atas soalan Yang Berhormat Dayang Chong Chin Yee mengenai kadar penghuni tapak-tapak industri di negara ini yang di bawah kawal selia BEDB khususnya di Daerah Tutong dan Daerah Temburong. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pihak BEDB senantiasa memantau dan mengurus kadar penghunian tapak industri sedia ada bagi memastikan penggunaan tanah perindustrian yang optimal serta menyokong pertumbuhan sektor perniagaan dan pelaburan di negara ini.
Setakat ini kadar penghuni bagi tapak-tapak perindustrian di bawah kawalan BEDB adalah sekitar 61% secara keseluruhannya. Masih terdapat beberapa lot tapak yang telah diperuntukkan bagi pelaburan baharu terutama dalam sektor pembuatan logistik dan perkhidmatan. Di samping itu, Kompleks Ready-Built Factories yang dibina khusus untuk PMKS tempatan turut mencatat kadar penghunian yang memberangsangkan iaitu sekitar 81% yang menunjukkan perkembangan yang positif di kalangan PMKS tempatan terhadap kemudahan yang sedia ada.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berkenaan dengan perkembangan terkini mengenai kadar penghuni tapak industri sedia ada di Daerah Tutong dan Daerah Temburong adalah seperti berikut. Bagi Daerah Tutong, di Tapak Serambangun Industrial Park, mempunyai kadar penghuni sebanyak 75%. Tapak Perindustrian Bukit Panggal yang pada masa ini masih lagi kosong namun sedang giat aktif untuk diiklankan kepada pengusaha. Manakala bagi tapak perindustrian di Daerah Temburong pula iaitu di Tapak Perindustrian Batu Apoi setakat ini mempunyai kadar penghuni sebanyak 7% dan Di Tapak Komersial dan Perindustrian Labu Square A, setakat ini sedang dimajukan dengan prasarana dan kemudahan seperti bilik sembahyang dan tandas awam. Tapak ini dijangka siap, insya-Allah pada suku kedua tahun ini.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Berdasarkan kepada statistik yang kaola kongsikan tadi, memandangkan kadar penghuni di tapak perindustrian adalah masih dikira rendah di kedua-dua daerah ini, maka tiada keperluan untuk menambah tapak perindustrian buat masa ini. Walau bagaimanapun, pihak kerajaan melalui BEDB akan sentiasa bersedia untuk menambah tapak baharu dengan prasarana asas jika permintaan dijangka meningkat dari semasa ke semasa.
Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat jua, kerajaan telah bersedia dan akan mewartakan beberapa tanah-tanah perindustrian tambahan untuk dimajukan di Daerah Tutong dan Daerah Temburong, jika ada permintaan tambahan nanti. Di antara tapak-tapak yang telah dikenal pasti adalah termasuk, Satu, Kampung Bukit Pasir, Zon 1 sebesar 500 hektar; Kedua, Kampung Bukit Pasir, Zon 2 sebesar 98 hektar; Ketiga, Kampung Bukit Beruang sebesar 10 hektar; dan Keempat, Kampung Labu Estate sebesar 4 hektar.
Sekian sahaja yang kaola dapat sampaikan untuk makluman Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Terima kasih, Yang Berhormat Yang Di-Pertua.
Yang Berhormat Yang Di-Pertuaβ
Soalan yang kedua iaitu dari Yang Berhormat Awang Mohammad bin Abdullah @ Lim Swee Ann, yang ditujukan juga kepada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II.
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi IIβ
Terima kasih, Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Bismillahir Rahmanir Rahim.
Terima kasih di atas soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Awang Mohammad bin Abdullah @ Lim Swee Ann, mengenai dengan peruntukan bagi Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara Yang Dilantik dalam mewakili daerah-daerah dan membantu kementerian-kementerian berkepentingan untuk mengatasi masalah yang timbul, seperti kerosakan jalan raya, rumah, dan bantuan asasi lain.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, peruntukan yang disediakan oleh kerajaan bagi setiap kementerian dan jabatan adalah khusus untuk membiayai operasi dan core business kementerian dan jabatan berkenaan. Sebagai contoh, peruntukan untuk pembaikan jalan raya adalah di bawah tanggungjawab Jabatan Kerja Raya, manakala bantuan kepada masyarakat yang memerlukan adalah di bawah Jabatan Pembangunan Masyarakat.
Sekiranya berlaku kejadian atau masalah yang tidak dijangkakan dan tidak termasuk dalam peruntukan yang telah ditetapkan untuk sesuatu jabatan seperti kejadian tanah susur atau kerosakan besar yang memerlukan bantuan segera, agensi yang berkenaan bolehlah memohon peruntukan kepada Kementerian Kewangan dan Ekonomi. Di samping itu, peruntukan khas untuk bencana alam juga telah disediakan dan boleh digunakan untuk menangani keadaan darurat yang melibatkan kerosakan besar yang memerlukan tindakan segera.
Dengan ini, setiap agensi berkaitan mempunyai prosedur-prosedur tertentu untuk memohon peruntukan jika berlakunya keperluan mendesak yang tidak dapat ditangani oleh peruntukan tahunan yang telah ditetapkan. Oleh itu, peruntukan-peruntukan yang telah pun disediakan akan disalurkan dengan mengambil kira keutamaan dan kesesuaian dengan keadaan semasa. Sekian saja yang dapat kaola sampaikan. Terima kasih, Yang Berhormat Yang Di-Pertua.
Yang Berhormat Yang Di-Pertuaβ
Soalan yang ketiga daripada Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abd. Rahman bin Haji Ibrahim, yang juga ditujukan kepada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II.
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi IIβ
Terima kasih, Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Bismillahir Rahmanir Rahim.
Kaola terlebih dahulu mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abd. Rahman bin Haji Ibrahim, di atas pertanyaan mengenai dengan langkah pihak Manpower Planning and Employment Council ataupun MPEC dan pihak berkepentingan untuk menangani labour turnover yang tinggi di sektor swasta. Mengambil kesempatan ini, kaola juga ingin menjawab mengenai manfaat gaji minimum yang ditanyakan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abd. Rahman bin Haji Ibrahim semasa Peringkat Jawatankuasa pada 12 Mac yang lalu.
Isu labour turnover ini sememangnya lumrah di dalam pasaran kerja yang dinamik dan kompetitif, sama ada di negara lain mahupun di Negara Brunei Darussalam. Pekerja wajar akan bertukar tempat kerja jika ditawarkan kemudahan dan benefits yang lebih menarik, tempat kerja yang lebih kondusif dan sebagainya. Walau bagaimanapun, labour turnover mungkin memberi cabaran tertentu kepada operasi perniagaan para syarikat di sektor swasta.
Pada tahun 2024, Jabatan Perdana Menteri melalui Pejabat Perancangan Tenaga Manusia ataupun MPEC, telah mengendalikan satu kajian Employer-Based Survey yang bertujuan untuk mengetahui pengalaman dan cabaran yang dihadapi oleh para majikan di sektor swasta dengan pengambilan pekerja baharu dan local employee retention. Lebih 500 buah syarikat telah memberi maklum balas dalam mana lebih 60% daripada majikan menghadapi cabaran dalam mengekalkan pekerja tempatan ataupun local employee retention. Mereka menyuarakan bahawa pekerja tempatan lazimnya beralih kepada pekerjaan baharu disebabkan oleh peluang pekerjaan yang ditawarkan adalah lebih baik sama ada dari segi gaji mahupun peluang perkembangan kerjaya. Hasil dapatan adalah serupa dengan kagi selidik sebab-sebab job hopping di kalangan pencari kerja.
Pihak syarikat mengongsikan langkah-langkah yang telah dilaksanakan dalam menangani isu labour turnover, termasuk mewujudkan suasana kerja yang lebih baik, menawarkan gaji, allowance dan faedah yang lebih kompetitif dan menghargai sumbangan pekerja masing-masing. Langkah-langkah ini sangat dialu-alukan bagi menarik dan mengekalkan anak-anak tempatan di sesebuah pekerjaan memandangkan perkara ini bukanlah untuk ditangani oleh pihak kerajaan sahaja. Ianya memerlukan usaha sama dari kesemua pihak.
Berhubung gaji, pihak kerajaan telah memperkenalkan Perintah Pekerjaan Upah Minima 2025, sebagai salah satu usaha untuk memastikan pekerja-pekerja di sektor swasta menerima pendapatan yang berpatutan dan menggalakkan amalan pekerjaan yang adil atau fair employment practices.
Perintah ini meliputi tujuh industri yang telah dikenal pasti iaitu Pertama, Perbankan dan Kewangan; Kedua, Teknologi Infokomunikasi; Ketiga, Sekuriti; Keempat, Pelancongan dan Penginapan; Kelima, Arkitek, Kejuruteraan Profesional, Ukur Bahan dan Ukur Tanah; Keenam, Perubatan dan Pergigian; dan Ketujuh, Pendidikan Tinggi Swasta.
Insya Allah, Perintah Pekerjaan Upah Minima 2025, ini akan dilaratkan kepada sektor-sektor lain pada masa akan datang. Jabatan Buruh telah melaksanakan pemantauan ke atas pelaksanaan Perintah Upah Minimum Fasa Pertama yang menunjukkan bahawa pekerja tempatan telah memperolehi manfaat dari penguatkuasaan Perintah Upah Minimum, di mana pekerja-pekerja yang menerima gaji di bawah kadar upah minimum telah diberikan gaji pada kadar yang ditetapkan dan ada sebilangan dari mereka telah menerima gaji yang melebihi $500 sebulan.
Manakala berdasarkan analisa gaji pekerja bagi Fasa Kedua pula, seramai 700 orang dijangka menerima gaji di bawah kadar upah minimum di mana gaji mereka akan dinaikkan kepada sekurang-kurangnya $500 sebulan. Walau bagaimanapun, impak sebenarnya hanya akan diketahui setelah penguatkuasaan Jabatan Buruh di mana syarikat-syarikat terlibat akan menghadapkan declaration form dan salinan perjanjian pekerjaan mereka kepada Jabatan Buruh.
Di kesempatan ini, kaola ingin menekankan bahawa upah minimum ini adalah gaji asas dan bukanlah bertujuan untuk digunakan sebagai asas gaji kompetitif. Selain itu, tujuannya juga adalah bagi manangani isu kadar labour turnover yang tinggi. Oleh itu, kaola ingin menyeru para majikan dan pengusaha untuk menawarkan pakej gaji yang bukan sahaja berpatutan namun juga berdaya saing sebagai daya tarikan untuk menarik dan mengekalkan bakat yang berkemahiran di sektor swasta. Kajian Employer Based Survey terus mendapati bahawa lebih dari 35% majikan yang menghadapi cabaran local employee retention adalah disebabkan oleh pekerja yang berhenti tanpa notis.
Oleh itu, kaola ingin menyeru kepada para pekerja dan pencari kerja untuk mengamalkan etika dan tatacara bekerja yang profesional termasuk menjalin komunikasi yang telus dengan majikan agar dapat memelihara reputasi dan integriti pekerja dalam industri dan sekali gus memberi manfaat kepada peluang kerjaya pada masa hadapan. Dari sudut peluang perkembangan kerjaya dari sektor swasta pula, Salary Guideline Edisi 2023 telah disediakan sebagai garis panduan gaji untuk membantu syarikat swasta dalam menentukan gaji dan aliran kerjaya yang lebih kompetitif di sektor swasta. Usaha garis panduan ini, juga diperkukuhkan lagi dengan adanya rangka kerja kompentensi seperti Brunei ICT Industry Competency Framework bagi industri ICT di Negara Brunei Darussalam yang membolehkan perkembangan kerjaya secara berstruktur dan diharap akan menggalakkan anak-anak tempatan untuk memilih pekerjaan dan membina kerjaya di sektor swasta.
Dari segi menimba pengetahuan dan kemahiran yang bermakna, majikan dan pekerja di sektor swasta boleh memanfaatkan program upskilling dan reskilling melalui kursus-kursus pendek di bawah program Skills Plus, program SPIN dalam bidang perakaunan dan HSE Competency Apprenticeship Programme yang dianjurkan oleh Pusat Pekerjaan Brunei.
Dalam hubungan ini, kaola ingin menyeru semua pihak termasuk pencari kerja, majikan dan pekerja di sektor swasta untuk merebut peluang ini bagi meningkatkan kemahiran dan keupayaan diri masing-masing melalui program-program yang disediakan. Sokongan dari berbagai pihak jua amat diperlukan dalam mengongsikan inisiatif-inisiatif yang disediakan untuk membantu peningkatan jumlah penyertaan dan seterusnya memberi impak yang lebih meluas kepada golongan sasaran yang ditetapkan. Selain itu, izinkan kaola jua mengongsikan beberapa kemungkinan alasan positif berlakunya job hopping seperti berikut Pertama, job hopping boleh berlaku apabila pekerja berkeinginan untuk meningkatkan taraf pekerjaan apabila majikan sedia ada tidak dapat menawarkan peluang kemajuan selanjutnya dan oleh itu, pekerja cenderung mencari peluang untuk beralih ke jawatan yang lebih tinggi, pekerjaan yang lebih berkualiti atau pekerjaan yang dapat menawarkan prospek kemajuan yang lebih baik pada masa hadapan; dan Kedua, job hopping jua akan lebih kerap berlaku seiring dengan perkembangan dan diversifikasi ekonomi negara yang secara beransur-ansur akan mewujudkan pasaran buruh yang lebih kompetitif dan sengit dan seterusnya menyumbang kepada kos pengambilan pekerja yang lebih tinggi.
Oleh yang demikian, sokongan yang berterusan daripada Ahli-Ahli Yang Berhormat dalam sama-sama memberigakan perkara ini akan dapat membantu pihak kerajaan menyediakan tenaga kerja yang berkemahiran dan memperkukuh daya saing sektor swasta seiring dengan perkembangan ekonomi. Sekian terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.
Yang Berhormat Yang Di-Pertuaβ
Soalan yang keempat, iaitu soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Awang Haji Daud bin Jihan dan ditujukan kepada Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi. Silakan.
Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasiβ
Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Sejahtera dan selamat pagi. Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, terima kasih kepada Yang Berhormat Awang Haji Daud bin Jihan dengan soalan mengenai Talian Darussalam 123. Bagi menjawab pertanyaan tersebut, terlebih dahulu izinkan peramba, kaola, saya untuk mengongsikan sedikit latar belakang kewujudan Talian Darussalam, TD123.
Talian ini merupakan Pusat Panggilan Kebangsaan yang telah ditubuhkan pada 20 Mac 2014 dan beroperasi 24 jam setiap hari dengan seramai 102 pekerja warga tempatan kini bertugas untuk mengendalikan perkhidmatan talian berkenaan. Melalui talian tersebut, orang awam boleh membuat aduan pertanyaan dan mendapatkan maklumat mengenai perkhidmatan-perkhidmatan utama kerajaan yang berbentuk bukan kecemasan. Sejumlah 21 buah agensi telah menggunakan talian ini bagi sebanyak 413 jenis perkhidmatan.
Sejak 10 tahun penubuhannya, perkhidmatan TD123 telah menerima dan memproses sebanyak dekat 5 juta panggilan melalui saluran-saluran seperti nombor talian 123, aplikasi mudah alih TD123, aplikasi WhatsApp dan juga platform media sosial seperti Facebook, Instagram dan X. Dari segi perkhidmatan, TD123 dibahagikan kepada 4 peringkat iaitu Pengguna peringkat pertama, Level 1 yang mana telah melibatkan agen panggilan yang menerima aduan daripada orang ramai melalui saluran-saluran TD123; Peringkat kedua, Level 2 adalah pengguna jabatan yang mengambil tiket aduan dan membuat kerja sehingga selesai atau pengguna jabatan yang mengedarkan tiket aduan kepada pengguna; Peringkat ketiga, Level 3 mengikut zon masing-masing. Peringkat ketiga, Level 3 adalah pengguna jabatan mengikut zon yang mengambil tiket aduan dan membuat kerja sehingga selesai.; dan Peringkat keempat adalah pengguna centralised coordination team yang mana agen penggilan TD123 yang menghubungi orang ramai untuk memastikan jika kerja-kerja telah selesai dilaksanakan dengan sempurna oleh jabatan sebelum menutup tiket aduan.
Untuk makluman Yang Berhormat, Pusat Panggilan TD123 beroperasi di bawah pengiktirafan piawai ISO 9001, iaitu Quality Management Systems dan ISO 18295-1 iaitu berhubung dengan customer contact centres dan telah mencapai pengiktirafan tersebut pada bulan November 2019. Sudah setentunya di bawah piawaian ini, hal ehwal pelanggan adalah diambil titik berat oleh TD123.
Dalam hubungan ini, tahap kepuasan pelanggan yang dicapai melalui Petunjuk Prestasi Utama yang telah ditetapkan telah mencapai markah 4.5 daripada 5. Ini mencerminkan keberkesanan serta kepercayaan orang ramai terhadap Perkhidmatan TD123 tetapi tidak dinafikan masih ada banyak peluang untuk penambahbaikan.
Oleh yang demikian, tindakan-tindakan utama bagi mencapai perkhidmatan yang lebih cemerlang akan ditumpukan kepada yang berikut Satu, adalah mengkaji semula SOP Talian Darussalam 123 yang mana sedang giat dijalankan dengan tujuan untuk memberikan perkhidmatan yang cepat dan pantas. Kajian tersebut dijangka akan selesai pada suku ketiga tahun ini dan hasil kajian awal mendapati bahawa aliran kerja perlu dikemas kini untuk memastikan pengemaskinian status tiket aduan dilakukan secara konsisten oleh agensi-agensi kepada agen-agen TD123 untuk disampaikan kepada orang ramai dan juga untuk memastikan penyelarasan TPOR bagi agensi-agensi yang terlibat khususnya di bawah pengguna peringkat 2 di mana real-time dashboard untuk peringkat tersebut juga dijangka akan diperkenalkan suku kedua tahun 2025 kepada ketua-ketua agensi kerajaan bagi tujuan memantau tiket dan memastikan perkhidmatan yang disediakan memenuhi TPOR yang telah ditetapkan.
Satu projek juga sedang giat dilaksanakan iaitu projek pemedulian yang dikendalikan oleh EGNC dengan kerjasama pihak Jabatan Perdana Menteri melalui pihak Jabatan Perkhidmatan Pengurusan, MSD yang akan dilancarkan pada bulan April tahun ini. Projek ini akan menjadikan sebuah platform dimana orang ramai juga boleh memberikan maklum balas mengenai perkhidmatan kerajaan yang sedia ada dan meningkatkan penggunaan teknologi seperti Kecerdasan Buatan, AI bagi membantu dalam pengurusan aduan dan penyampaian maklumat kepada orang ramai.
Pihak EGNC akan terus memantau talian ini bagi memastikan perkhidmatan-perkhidmatan yang diberikan oleh setiap agensi adalah terbaik untuk rakyat dan penduduk di negara ini. Sebelum mengakhiri, peramba, kaola, saya juga ingin menarik perhatian bahawa selain daripada talian TD123, terdapat juga talian-talian khusus yang juga dapat dihubungi terus bagi perkhidmatan-perkhidmatan specialise contohnya Talian Anak 121, Talian Harapan 145, Talian Kebajikan 141 dan juga Brunei Weather 114 dan sebagainya. Dengan itu, sekian disampaikan dan terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.
Yang Berhormat Yang Di-Pertuaβ
Soalan yang kelima dari Yang Berhormat Awang Mohammad bin Abdullah @ Lim Swee Ann yang ditujukan kepada Yang Berhormat Menteri Pembangunan.
Yang Berhormat Menteri Pembangunanβ
Bismillahir Rahmanir Rahim. Bacaan Selawat. Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Awang Mohammad bin Abdullah @ Lim Swee Ann di atas soalan yang diutarakan menanyakan perancangan kementerian untuk membina Skim Perumahan Negara Luar Bandar yang berskala kecil sebagai contoh 50 hingga ke 60 buah rumah bagi setiap mukim di luar bandar bagi mengekalkan keberadaan penduduk di kampung atau mukim yang semakin berkurangan dan tidak hanya tinggal sebagai nama kampung sahaja.
Kementerian Pembangunan mengambil pandangan ini adalah satu cadangan yang mempunyai merit dan relevannya. Dalam hal ini, Kementerian Pembangunan juga mengambil pandangan bahawa perancangan ini perlu diteliti dan dibuat kajian lanjut terlebih dahulu sebelum sebarang pertimbangan untuk membina Skim Perumahan Negara Luar Bandar yang berskala kecil seperti yang dicadangkan ini.
Satu ialah untuk memastikan akan sambutannya projek ini di kawasan luar bandar. Sambutannya dan juga ia akan berkesan sebagai satu penempatan dan kehidupan yang selesa bagi penduduk yang akan menempatkan tempat ini. Pada masa ini, Kementerian Pembangunan memberi tumpuan yang memfokuskan pembangunan perumahan di kawasan yang sudah mempunyai atau berdekatan dengan kemudahan asas sedia ada seperti sekolah, kawasan komersil dan kemudahan-kemudahan awam yang lain.
Dalam hubungan ini, beberapa pusat pertumbuhan luar bandar yang dikenal pasti boleh, yang dikenal pasti oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa sebagai tapak yang boleh difikirkan untuk melaksanakan Skim Perumahan Infill secara lebih terancang. Antara lokasi yang dikenal pasti ialah di antaranya pertama, Pusat Pertumbuhan Kampung Sungai Mau di Daerah Belait. Ada tapak yang sudah difokuskan untuk tujuan ini jika ia mendapat pertimbangan dan kelulusan nanti dan jua Pusat Pertumbuhan Kampung Labi, di Daerah Tutong Pusat Pertumbuhan Lamunin Menengah di antara kawasan yang difokuskan untuk tujuan ini dan jua selain itu ada kawasan Sungai Supon Besar di Tutong.
Perancangan pembinaan perumahan di pusat-pusat pertumbuhan ini adalah antara usaha kementerian supaya mukim luar bandar mempunyai penempatan yang terancang. Melalui penempatan yang terfokus di kawasan-kawasan tersebut, penduduk kampung dapat terus kekal di mukim asal mereka dalam persekitaran lingkungan sosial dan keluarga dan mempunyai kemudahan asas yang mencukupi.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua, perlu jua dinyatakan di sini bahawa kawasan yang disebutkan ini adalah kawasan yang boleh dimajukan untuk tujuan yang dimaksudkan. Tertakluk juga kepada beberapa pertimbangan penting. Kajian lanjut perlu dibuat. Pertama yang perlu diambil pertimbangan ialah jika kawasan yang disebutkan ini mendapat sambutan dari pemohon-pemohon, yang penting ialah kita tidak mahu melihat nanti jika apabila penempatan ini dibina nanti, rumah-rumah tidak berpenghuni. Atulah jawapan yang dapat kaola sediakan untuk soalan ani. Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.
Yang Berhormat Yang Di-Pertuaβ
Soalan yang keenam yang diterima daripada Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin dan yang ditujukan juga kepada Yang Berhormat Menteri Pembangunan.
Yang Berhormat Menteri Pembangunanβ
Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Terima kasih juga kepada Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin, soalan mengenai dasar Kementerian Pembangunan mengenai strategi penganugerahan tender projek mega kepada konsortium luar negara bagi memastikan kontraktor-kontraktor tempatan mendapat manfaat.
Dasar Kementerian Pembangunan menetapkan bahawa tawaran bagi setiap projek pembangunan hendaklah dibuat sama ada secara terbuka atau secara selective mengikut kebenaran Lembaga Tawaran Negara selaras dengan Peraturan Kewangan. Bagi mana-mana projek mega yang melibatkan konsortium syarikat luar negara, dasar ini mewajibkan penglibatan syarikat tempatan melalui kerjasama usahasama iaitu joint venture. Langkah ini memastikan kontraktor tempatan mendapat manfaat antaranya melalui pemindahan Kemahiran, skill transfer kepada kakitangan tempatan, pemberian sub-contract kepada syarikat tempatan serta perbelanjaan projek yang memanfaatkan ekonomi tempatan.
Di samping itu, projek-projek berskala besar juga dipecahkan kepada pakej-pakej kontrak yang lebih kecil agar lebih banyak kontraktor tempatan berpeluang mengambil bahagian mengikut bidang masing-masing. Ini adalah pendekatan yang sistematik yang diambil sejauh ini dengan menekankan kesinambungan penglibatan syarikat tempatan dari peringkat perancangan hingga pelaksanaan bagi satu-satu projek besar di bawah kawal selia Kementerian Pembangunan.
Satu contoh ialah pertama Jambatan Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien. Projek mega pembinaan Jambatan Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien juga dikenali sebagai Jambatan Temburong telah dianugerahkan kepada sebuah konsortium syarikat dari China dan Republik Korea dan dilaksanakan melalui joint venture bersama syarikat-syarikat tempatan. Secara keseluruhan, 14 buah syarikat konsultan tempatan terlibat dari peringkat awal hingga penyiapan projek ini, antaranya sebagai perunding utama, pengurus projek, perunding penilaian impak alam sekitar, jurutera independent checking, juruukur, pembekal bahan dan lain-lain.
Projek jambatan ini juga dilaksanakan melalui pakej-pakej secara berfasa dan melibatkan lebih banyak syarikat dan anak tempatan. Secara keseluruhannya, 4 pakej iaitu pakej pembinaan jejambat marin sepanjang 13.4 kilometer, pakej pembinaan jambatan laluan perkapan sepanjang 1.1 kilometer, pakej pembinaan jejambat darat di Temburong sepanjang 11.8 kilometer dan pakej sistem kuasa lampu jalan dan CCTV telah melibatkan sejumlah 115 pekerja tempatan iaitu 28 pekerja dalam bidang pengurusan dan profesional serta 87 pekerja dalam bidang pekerja mahir atau separuh mahir di bawah kontraktor utama. Selain daripada itu, 40 syarikat subkontraktor tempatan untuk kerja-kerja permukaan jalan, saliran, utiliti seperti pemasangan elektrik, pembersihan tapak, fotografi udara, pemantauan alam sekitar dan sebagainya, dan 10 syarikat pembekal tempatan yang membekalkan bahan utama seperti konkrit, batu baur kasar dan halus, simen, peralatan komunikasi VHF.
Contoh kedua, projek besar yang dibuat sejauh ini ialah Projek Skim Perumahan Negara di Kampung Lugu. Selain projek infrastruktur tersebut, Kementerian Pembangunan juga memastikan projek-projek besar lain turut memberikan manfaat kepada syarikat tempatan, contohnya Projek Skim Perumahan Negara Lugu yang bernilai $108.6 juta telah dianugerahkan kepada kontrak utama tempatan. Syarikat ini mempunyai 14 orang pekerja tempatan dalam bidang pengurusan dan profesional. Di samping itu, projek perumahan tersebut melibatkan 3 syarikat perunding tempatan dengan seramai 36 orang kakitangan tempatan, merangkumi arkitek, civil engineer, jurutera mekanikal elektrikal dan juruukur bahan, bagi penyediaan pelan induk, reka bentuk perumahan dan infrastruktur, penilaian alam sekitar serta kuantiti ukur. Projek ini turut dipecahkan kepada kerja-kerja berasingan yang dilaksanakan oleh 8 syarikat subkontraktor tempatan termasuk bagi pembinaan rumah teres, pemasangan sistem elektrik infra, pembinaan takungan air, sistem bekalan air, pembinaan loji rawatan kumbahan, kerja-kerja pembentungan, pemasangan elektrik perumahan dan pembinaan longkang. Selain itu, 10 syarikat pembekal tempatan terlibat membekalkan pelbagai bahan kelengkapan seperti bahan kalis air, papan gypsum dan sebagainya.
Contoh ketiga ialah Skim Perumahan Negara Tanah Jambu. Di samping itu, Projek Skim Perumahan Negara Tanah Jambu bernilai $96.97 juta juga menunjukkan penyertaan aktif kontraktor dan perunding tempatan. Projek ini dilaksanakan oleh konsortium, sebuah company tempatan selaku kontraktor utama dan mempunyai 14 orang pekerja tempatan dalam bidang pengurusan dan profesional. Bagi projek ini, 6 syarikat perunding tempatan dilantik melibatkan 36 orang tenaga tempatan merangkumi khidmat arkitek pelan induk, jurutera awam untuk perumahan dan infrastruktur, jurutera mekanikal elektrikal, jurukur bahan, perunding alam sekitar serta perunding kawalan kualiti. Di peringkat pelaksanaannya, projek ini turut melibatkan 4 syarikat subkontraktor tempatan bagi kerja-kerja elektrikal perumahan dan infrastruktur, pembinaan sistem pembetungan dan saliran, pemasangan mekanikal loji kumbahan serta kerja-kerja elektrikal loji kumbahan.
Di samping itu, 13 syarikat pembekal tempatan membekalkan bahan seperti komponen bumbung, paip, papan siling, cat, pintu, kabel elektrik dan sebagainya. Selain projek-projek yang disebutkan ini, Kementerian Pembangunan juga telah menubuhkan Jawatankuasa Pembangunan Perniagaan Tempatan iaitu Local Business Development pada 6 Ogos 2024. Penubuhan jawatankuasa ini bertujuan memperkukuhkan kapasiti dan keupayaan syarikat serta tenaga kerja tempatan dalam industri pembinaan. Melalui inisiatif ini, program-program pembangunan keupayaan, capacity building, latihan peningkatan kemahiran dan kerjasama strategik akan digiatkan bagi memastikan syarikat tempatan mampu bersaing dan terus mendapat manfaat daripada pelaksanaan projek-projek pembangunan berskala besar di negara ini.
Yang Berhormat Yang Di-Pertuaβ
Yang Berhormat Yang Di-Pertua, sebagai kesimpulan, Kementerian Pembangunan akan terus berusaha untuk melibatkan penyertaan kontraktor dan pekerja tempatan dalam projek-projek yang dilaksanakan melalui usaha-usaha yang disebutkan tadi. Perkara-perkara seperti latihan kakitangan, subkontrak dan pembekalan tempatan serta pembahagian projek akan terus dipertingkatkan bagi manfaat syarikat-syarikat tempatan. Melalui pendekatan ini, kontraktor tempatan diharapkan akan terus mendapat peluang daripada projek-projek pembangunan sejajar dengan matlamat meningkatkan sosio-ekonomi dan kemahiran warga tempatan dalam jangka panjang. Sekian, atu sahaja yang kaola dapat, terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.
Yang Berhormat Yang Di-Pertuaβ
Soalan yang ketujuh dari Yang Berhormat Awang Lawi bin Haji Lamat dan ditujukan kepada Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukanβ
Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Bismillahir Rahmanir Rahim. Terima kasih juga kepada Yang Berhormat Awang Lawi bin Haji Lamat atas pertanyaan yang ketujuh iaitu PL118, mengenai kaedah pembayaran Pencen Umur Tua.
Sebenarnya, soalan ini pernah ditimbulkan semasa sesi muzakarah Ahli-Ahli Yang Berhormat bersama kaola sebelum ini. Walau bagaimanapun, sebagai makluman kepada masyarakat umum, kaola akan memberikan penjelasan mengenainya.
Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan sebenarnya telah menjalankan kaji selidik tatacara pembayaran pencen umur tua pada 25 Oktober 2022. Hasil kajian mendapati bahawa sebanyak 72% iaitu 782 orang daripada penerima, daripada jumlah 1,088 responden kepada kaji selidik berkenaan, lebih cenderung untuk menerima pembayaran secara tunai di rumah ketua kampung dan bukannya melalui bank. Dikongsikan juga, antara cabaran utama yang dikenal pasti termasuk iaitu yang pertama kesukaran penerima, kesukaran akses kepada bank akibat ketiadaan kenderaan atau kesukaran mendapatkan tempat letak kereta.
Yang kedua, tidak mempunyai akaun bank atau kekurangan wang pendahuluan iaitu deposit ataupun jumlah minimum requirement untuk membuka akaun. Ketiga, penerima lebih selesa menerima bayaran di rumah ketua kampung kerana dapat berinteraksi dengan rakan-rakan sebaya. Keempat, masalah kesihatan termasuk faktor usia dan keadaan fizikal yang membatasi pergerakan penerima.
Kelima, kurang celik digital terutama dalam penggunaan perkhidmatan perbankan dan transaksi dalam talian. Di samping itu, kaedah pembayaran melalui ketua kampung memberikan manfaat tambahan yang mana penghulu dan Ketua Kampung dapat memantau kemaslahatan anak buah kampung mereka. Alhamdulillah dikongsikan juga setakat bulan Februari 2025 jumlah penerima pencen orang tua yang menerima pembayaran melalui bank telah pun meningkat kepada sejumlah 19,907 orang iaitu hampir 20,000. Ini merupakan sebanyak 45% daripada keseluruhan 44,405 penerima berbanding kepada tahun 2020 cuma 10% saja semasa kaedah pembayaran ini diperkenalkan pada tahun berkenaan.
Pihak kerajaan sebenarnya memahami cabaran yang dihadapi oleh warga emas dalam beralih kepada sistem pembayaran digital dan setentunya akan memastikan pendekatan secara inklusif serta langkah-langkah sokongan yang bersesuaian dilaksanakan sebelum sebarang perubahan dibuat. Jadi sekian saja jawapan kaola. Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.
Yang Berhormat Yang Di-Pertuaβ
Soalan yang kelapan iaitu daripada Yang Berhormat Dayang Chong Chin Yee yang ditujukan kepada Yang Berhormat Menteri Pembangunan.
Yang Berhormat Menteri Pembangunanβ
Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Dayang Chong Chin Yee atas pertanyaan mengenai Sistem Penjejakan Digital, Digital Tracking khususnya bagi pemohon Rancangan Perumahan Negara.
Pada masa ini Kementerian Pembangunan melalui Jabatan Kemajuan Perumahan hanya menyediakan kemudahan sistem dalam talian bagi urusan pembayaran sahaja iaitu melalui one common billing system. Proses lain berkaitan permohonan perumahan awam termasuk penyemakan status permohonan dan mendapatkan sebarang maklumat yang dikemas kini masih dijalankan secara fizikal. Kaunter bahagian pengurusan permohonan di Jabatan Kemajuan Perumahan dibukakan kepada para pemohon untuk menyemak status permohonan atau mengemas kini maklumat mereka. Itulah kaedah pengurusan dalam apa tu pengurusan maklumat yang ada pada masa ini. Jadi mengenai dengan cadangan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi, Kementerian Pembangunan mengambil pandangan yang sama akan faedah dan kebaikan bahawa Sistem Penjejakan Digital, Digital Tracking bagi permohonan perumahan awam memang berpotensi memberikan pelbagai manfaat.
Antara manfaat sistem ini termasuklah peningkatan ketelusan proses permohonan di mana pemohon dapat menyemak status permohonan mereka pada bila-bila masa secara online.
Seterusnya sistem ini akan meningkatkan kecekapan perkhidmatan kerana pemohon tidak perlu lagi berulang-alik ke kaunter Jabatan Kemajuan Perumahan bagi mendapatkan status terkini.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Jadi mengambil pandangan ini, jadi Kementerian Pembangunan akan meneliti perkara ini dan melihat di mana dapat mengambil satu kaedah untuk merealisasikan sistem Digital Tracking seperti yang dicadangkan ani. Atu saja yang dapat kaola. Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.
Yang Berhormat Yang Di-Pertuaβ
Soalan-soalan yang seterusnya iaitu soalan kesembilan yang diterima daripada Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan. Soalan kesepuluh daripada Yang Berhormat Awang Lau How Teck. Soalan kesebelas daripada Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman. Soalan kedua belas iaitu daripada Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof. Soalan-soalan ini telah pun dijawab oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri melalui kenyataan Yang Berhormat Menteri itu. Jadi saya kira tidaklah perlu kita menjawab soalan-soalan yang berkenaan sekarang.
Jadi dari itu, Ahli-Ahli Yang Berhormat. Sekarang kita akan beralih kepada urusan mesyuarat seterusnya.
Yang Mulia Jurutulisβ
Rang Undang-Undang dan Usul Ketetapan Kumpulanwang Kemajuan Perbahasan Peringkat Jawatankuasa.
Yang Berhormat Yang Di-Pertuaβ
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Persidangan Majlis Mesyuarat Negara masih lagi membincangkan Rang Undang-Undang 2025 Perbekalan, 2025/2026 dan Usul Ketetapan Kumpulanwang Kemajuan. Sekarang saya tangguhkan persidangan ini dan kita seterusnya akan meneruskan perbahasan Peringkat Jawatankuasa.
(Majlis Mesyuarat ditangguhkan)
(Mesyuarat bersidang sebagai Jawatankuasa)
Yang Berhormat Pengerusiβ
Bismillahir Rahmanir Rahim. Ahli-Ahli Yang Berhormat. Persidangan Majlis Mesyuarat Negara persidangan ini sekarang bersidang dalam Peringkat Jawatankuasa dan Rang Undang-Undang dan Usul kita bincangkan dan kita akan menyambung penelitian ke atas Tajuk-Tajuk seterusnya.
Yang Mulia Jurutulisβ
Tajuk SN01A hingga SN09A, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi.
Yang Berhormat Pengerusiβ
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Tajuk Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi sekarang saya bukakan untuk dibahaskan. Sebagaimana lazim yang kita lakukan, saya akan membaca ada nampaknya 16 orang Ahli Yang Berhormat Yang Dilantik suka untuk membahaskan Tajuk ini dan saya akan membacakan 6 orang Ahli Yang Berhormat nama 6 orang Ahli Yang Berhormat dulu kemudian diikuti dengan kumpulan yang kedua dan kumpulan yang ketiga. Dari itu saya akan memulakan dengan menjemput Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan, diikuti dengan Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abd. Rahman bin Haji Ibrahim, Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin, Yang Berhormat Dayang Chong Chin Yee dan Yang Berhormat Haji Md. Salleh bin Haji Othman. Silakan.
Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdanβ
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Pengerusi. Alhamdulillah. Terima kasih di atas peluang membahaskan belanjawan bagi Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi serta jabatan-jabatan di bawahnya di dalam Belanjawan Negara 2025/2026. Kaola merujuk kepada Tajuk SN05A, Jabatan Pengangkutan Darat. Petunjuk prestasi utama jumlah transaksi dalam penggunaan kaedah pembayaran online dan tanpa wang tunai, cashless berjumlah $150,000. Pembayaran secara online membolehkan orang ramai menyelesaikan transaksi dengan cepat tanpa perlu beratur di kaunter. Dengan hanya beberapa klik pembayaran boleh dilakukan melalui aplikasi yang disediakan. Kaola merujuk kepada permohonan untuk membaharui lesen memandu melalui aplikasi TransportBN yang masih tidak konsisten dari segi masa sehingga melebihi tempoh masa yang dinyatakan iaitu 3 ke 5 hari waktu bekerja untuk orang ramai menerima melalui penghantaran ke rumah pemohon.
Kaola merujuk kepada masalah yang disuarakan oleh orang ramai. Sehubungan dengan ini, kaola memohon agar perkara ini dapat diteliti dengan sewajarnya ke arah menambah baik perkhidmatan berkenaan. Berkenaan dengan status Lesen Memandu Kelas 3 Negara Brunei Darussalam, apakah ianya boleh digunakan di negara-negara luar?
Akhirnya, kaedah dalam talian semakin diterima sebagai kaedah sah untuk pelbagai pemohon termasuklah permohonan kerajaan, kewangan dan pendidikan. Sehubungan dengan ini, apakah ada akta dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kerajaan berkaitan dengan Akta Tanda Tangan Digital dan Akta Perlindungan Data Peribadi di dalam penggunaan online di Negara Brunei Darussalam? Sekian terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Mohd Yusufβ
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Kaola ingin merujuk Tajuk SA01A Jabatan Kementerian Pengangkutan dan Komunikasi - Kod 004/000: Pengurusan Transformasi Digital dan Inovasi.
Memandangkan skop Pusat E-Government dan AITI adalah sangat penting, yang berpotensi besar untuk memajukan ekosistem digital negara yang juga boleh menyumbang kepada peluang-peluang melahirkan syarikat ICT tempatan yang lebih berdaya tahan dan tidak bergantung semata-mata kepada syarikat luar negeri untuk berkembang dan berdaya maju. Di samping menjana pelbagai peluang pekerjaan berkemahiran, ia juga memacu dan meningkatkan KDNK negara.
Adalah tidak dinafikan, alhamdulillah, dengan inisiatif pihak-pihak berkepentingan khususnya yang didukung oleh Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, AITI dan juga agensi, menganjurkan pertandingan BICTA, APICTA, CIPTA dan Hackathon telah dapat melahirkan peserta di kalangan anak tempatan dan syarikat-syarikat start-ups menempa kejayaan-kejayaan yang membanggakan bukan saja dalam malahan jua di luar negeri.
Ini membuktikan negara ini tidak ketandusan dengan mereka yang mempunyai talent jika diberikan peluang dan dipupuk bakat-bakat mereka ini ke arah memajukan capacity building dalam pelbagai kepakaran, berpendidikan dan kemahiran di mana ianya selaras dan ke arah mencapai Wawasan Brunei 2035.
Dalam hal ini, sukacita mendapat pencerahan sejauh manakah Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan agensi-agensi yang berkepentingan menawarkan peluang kepada syarikat-syarikat start-ups yang mempunyai potensi untuk terus berkembang maju dalam memberikan projek-projek kecil dan sederhana bagi mengurangkan kebergantungan semata-mata kepada syarikat-syarikat luar negeri dalam berkeperluan membangunkan aplikasi dan perkhidmatan transformasi digital kerajaan sama ada yang dirancangkan pada masa ini termasuklah projek-projek rancangan kemajuan. Pada masa yang sama, ini juga memastikan aliran tunai kekal di dalam negara dan juga mengukuhkan bahan kepampanan ekonomi negara.
Keduanya, kaola ingin merujuk kepada 004/002: Pengurusan Smart Nation Office. Sepertimana mukadimah Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi pada 20 Mac 2024 pada Musim Permesyuaratan yang lalu telah menyatakan Digital Identity merupakan salah satu flagship projek di bawah Pelan Induk Digital Economy dijangka siap pada penghujung tahun 2024.
Sebagai projek flagship negara ke arah pembentukan Smart Nation yang mempunyai impak signifikan terhadap transformasi digital adalah diharapkan projek tersebut dapat merungkaikan penyelesaian yang berinovatif, bukan saja mengintegrasikan data-data maklumat peribadi malahan meningkatkan efficiency, tadbir urus, memudah cara perkhidmatan awam di samping mengandungi ciri-ciri keterjaminan keselamatan.
Memandangkan projek Digital Identity adalah salah satu daripada projek transformasi utama dalam Pelan Induk Digital Economy yang sekian lama telah dirancangkan, sejak tahun 2020 maka sukacitalah dipohonkan pencerahan sama ada projek ini diselaraskan dan diintegrasikan dengan agensi-agensi berkepentingan misalnya Kementerian Kesihatan, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan, Jabatan Buruh dan Jabatan Pengangkutan Darat. Ini juga bertujuan bagi mengelakkan duplikasi data maklumat yang bertindih-tindih sekali gus menjimatkan perbelanjaan kerajaan secara lebih cost-effective. Kaola juga ingin memohon pencerahan setakat manakah sudah status perkembangan perlaksaΒnaan Projek Digital Identity tersebut dan seterusnya bilakah ianya akan dilancarkan?
Ketiga, kaola ingin menyentuh 001/000 Jabatan Penerbangan Awam Perkhidmatan Korporat di bawah Tajuk Objektif Menyumbang Kepada Kecekapan dan Keberkesanan Ke Arah Pertumbuhan Industri Penerbangan.
Dalam usaha menjadikan Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei menjadi setelah sebuah hab rantau ASEAN dan berupaya untuk berdaya saing lagi sustainable apatah lagi seperti yang diperhatikan, di lapangan-lapangan antarabangsa secara global yang berdaya maju telah dicorporatize termasuk di rantau ASEAN seperti yang telah dilaksanakan di Malaysia, di bawah Malaysian Airport Holding Sendirian Berhad dan Singapore Changi Airport Group dalam airport management yang telah mengubah landskap pengurusan lapangan terbang mereka daripada state-run kepada badan korporat yang dilihat semakin berkembang maju, dinaik taraf dan berteknologi tinggi yang canggih bagi menampung potensi penambahan penerbangan dan penumpang-penumpang di airport berkenaan ke arah yang lebih berdaya saing, efisien, efektif, kondusif, environmentally friendly dan mesra business.
Lapangan Terbang Antarabangsa sebagai gateway berperanan penting bagi menggerakmajukan dan perkembangan pelbagai sektor dan aktiviti perekonomian terutama sekali industri pelancongan dan juga industri aliran serta spin-off economic effect. Dalam hubungan ini yang dimaksudkan di atas, kaola ingin mohon pencerahan adakah perancangan bagi Autoriti Pengurusan Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei untuk transformasi kepada corporatization sebagai yang diamalkan oleh kebanyakan negara-negara di peringkat antarabangsa mengikut piawaian dan standard best practice. Sekian, wabillahi taufik walhidayah. Wassallamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Kaola mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahimβ
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Alhamdulillah Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah pun menyediakan sejumlah $146.5 juta dalam Perbelanjaan Berulang-Ulang bagi melaksanakan Pelan Transformasi Digital.
Untuk itu, beberapa projek telah dilaksanakan oleh kementerian-kementerian yang berkepentingan. Antaranya termasuklah Program Manpower Management System, TAFIS 2.0, One MOHA System, EPRS bagi Kementerian Pendidikan, upgrading Bruhealth, MOD Integrated Platform, SKN, Utility Billing System dan banyak lagi sistem-sistem yang lain.
Persoalannya, dengan adanya berbagai keperluan agensi-agensi dalam kerajaan ini, sudah setentunya ianya akan memerlukan penyelarasan yang kukuh dan synchronization yang mantap supaya sistem-sistem yang sedia ada mahu pun yang akan dimajukan oleh kementerian-kementerian dan agensi-agensi kerajaan ini akan beroperasi dengan lancar, value for money dan tidak akan terdapat pertindihan dan duplikasi bagi mengelakkan pembaziran sumber wang dan tenaga.
Jadi dengan mengambil kira perkembangan serta input kementerian dan agensi-agensi yang telah melaksanakan transformasi ini dan juga hasil maklum balas orang ramai terutamanya para peniaga, pengusaha tempatan, persoalan yang ingin kaola ketengahkan ialah adakah kita telah benar-benar menepati objektif transformasi ini? Maksud kaola adalah program transformasi digital yang dirancang dan dilaksanakan ketika ini adalah bertepatan dengan tujuan dan milestone yang disasarkan bagi mencapai aspirasi Connected Smart Nation negara? Ini terutamanya dalam usaha kerajaan untuk memacu dan memperkesankan produktiviti perkhidmatan awam dan dalam waktu yang sama mendatangkan impak yang diharapkan dalam meningkatkan ekosistem bisnes dan kemampuan ekonomi secara menyeluruh.
Di samping itu juga, kaola mohon pencerahan adakah Kementerian Perhubungan dan Infokomunikasi juga berperanan dalam nasihat dan memantau change management sistem-sistem yang dilaksanakan oleh kementerian-kementerian ini supaya ia berjalan seperti yang dirancang? Dan adakah sudah diadakan assessment menyeluruh dalam menilai keberkesanan sistem-sistem ini setakat ini?
Kedua, kaola perhatikan bahawa dalam Belanjawan 2025/2026 ini, kementerian telah diperuntukkan pertambahan bajet sebanyak lebih kurang $2.3 juta. Pertambahan ini nampaknya adalah bagi Kod 004/001: Pengurusan Keselamatan Siber. Sebagaimana yang kita sedia maklum dengan perkembangan digitalization yang makin pesat begitu jugalah peningkatan ancaman siber ini. Ancaman ini bukan sahaja spesifik berlaku dalam sektor awam malahan juga meluas di sektor swasta, misalnya seperti di institusi-institusi kewangan dan perniagaan-perniagaan lain terutamanya mengambil kira perkembangan pesat antaranya dalam fintech, wallets, payment platforms dan lain-lain sistem yang berkaitan. Ke arah itu, kaola ingin memohon pencerahan apakah inisiatif-inisiatif yang telah dilaksanakan dalam memantapkan cyber security negara ini dan bagaimana kementerian Yang Berhormat Pengiran Dato mengukuhkan lagi kerjasama dengan agensi-agensi yang berkepentingan dalam kerajaan mahupun di sektor swasta dalam menangani dan membendung jenayah ini secara bersepadu dari berleluasa.
Ini bukan saja dari segi penggubalan peraturan dan undang-undang malahan dalam memperkesankan lagi sistem pemantauan yang proaktif dan berterusan, meningkatkan public awareness dan memperluaskan lagi latihan kepakaran pegawai-pegawai yang terlibat dalam mengenal pasti dan mengawal ancaman siber ini dari berkembang dengan lebih meluas di negara ini.
Dan yang terakhir, kaola tertarik dengan KPI baharu Pusat Kebangsaan E-Kerajaan mengenai Number of Digital Services Introduced yang disasarkan sebanyak 25 pada Tahun Kewangan 2025/2026 ini dan meningkat ke 30 pada Tahun Kewangan pada tahun hadapan dan seterusnya melonjak ke 45 dua tahun yang akan datang.
Mohon pencerahan, apakah sebenarnya program yang terkandung dalam KPI ini dan berapa peratuskah sudah bilangan Digital Service yang sudah diperkenalkan setakat ini berbanding kesemua jumlah yang telah dikenal pasti dan akan dilaksanakan. Adakah sudah dikenal pasti keperluan manpower kepakaran dan teknologi yang diperlukan bagi menyelaraskan dengan sasaran-sasaran yang ditetapkan dalam jangka waktu 3 tahun ke hadapan dan beyond? Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddinβ
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi yang bijaksana.
Yang pertama ialah Tajuk SN01A Kod 002/002 - Pengurusan Ehwal Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya. Baru-baru ini atau mungkin juga sudah setahun ini kitani tidak perasan penggunaan telefon bimbit semasa memandu berleluasa, maksud kaola berleluasa ini adalah memandu pemandu yang memegang telefon bimbit ke telinga mereka dan texting dengan sebelah tangan dan sebelah tangan lagi memegang steering. Menggunakan telefon bimbit semasa memandu ini adalah salah satu dari kelibat-kelibat yang boleh melibatkan terjadi kemalangan dan risikonya ialah 4 kali ganda. Memandu kenderaan dengan had laju yang terlampau tinggi juga berleluasa terutama sekali di lebuhraya negara ini.
Kaola faham yang program pendidikan dan kesedaran awam sudah dilaksanakan dan ini untuk jangka masa sederhana dan panjang. Walau bagaimanapun, kedua kelibat ini memang menunggu masa sahaja lagi untuk terjadi kemalangan. Soalan kaola, apakah langkah kementerian bersama dengan Ahli-Ahli Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya dalam membendung kelibat ini dalam masa terdekat dan berterusan, apakah status dan perkembangan sistem demerit yang beberapa tahun lalu telah berkesan dalam memastikan pemandu mematuhi peraturan jalan raya termasuk dua kelibat ini.
Yang kedua, Tajuk SN05A Kod 1208 - Memantapkan Kecekapan Sistem Pengangkutan, Jabatan Pengangkutan Darat. Seperti yang kitani maklumi sistem teksi e-hailing iaitu Dart sudah beroperasi hampir 9 tahun sejak tahun 2016. Sistem pengangkutan awam ini telah banyak memberi manfaat kepada sesetengah pengguna dari kalangan rakyat dan pelancong ke negara ini. Ia telah dapat menawarkan harga tambang yang lebih rendah dari teksi bermeter dan juga telah banyak membuka peluang pekerjaan kepada rakyat sama ada sebagai tetap atau sambilan.
Soalan kaola iaitu sementara menunggu projek Sistem Pengangkutan Bas Awam yang masa ini masih lagi dalam proses penilaian cadangan-cadangan dari sektor swasta, apakah perancangan kementerian untuk memastikan khidmat e-hailing ini supaya akan dapat lagi memudahkan pergerakan orang ramai dan pelancong dengan harga tambang yang lebih rendah lagi dari harga tambang yang ada sekarang.
Adakah perancangan untuk mewujudkan satu lagi platform e-hailing di negara ini? Yang ketiga, Lagi mengenai e-hailing, Dart Services kali ini pula di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei didapati; pertama, kekurangan papan tanda untuk perkhidmatan e-hailing, kalau pun ada papan tanda tersebut nampak syukur-syukur sahaja. Ini menyebabkan penumpang Dart inda tertelus akan tempat pengambilan atau meeting point bersama pemandu Dart. Yang kedua, laluan yang jauh dan gelap ke kawasan letak kereta P2 di lapangan terbang. Yang ketiga, terdedah kepada hujan; dan yang keempat, menyulitkan para pelancong dan pengguna Dart.
Ingin kaola mengatakan ini sekali lagi bahawa pengusaha Dart adalah terdiri daripada warga-warga tempatan yang memberikan perkhidmatan secara bersistematik bukannya sesuka hati meletakkan harga tanpa mengikut meter. Malah pemandu-pemandu Dart ini, yang kaola fahamkan, perlu melalui beberapa proses pemilihan dan tapisan sebelum mereka diberi kebenaran untuk menjadi seorang Dart driver. Soalannya, mengapakah perlu dibezakan-bezakan di antara pemandu teksidan pemandu Dart sedangkan rata-ratanya pemandu Dart telah memberikan perkhidmatan yang baik kepada pengguna tempatan dan pelancong.
Perkhidmatan Dart ini memberikan imej yang baik dan menggambarkan sekurang-kurangnya ada perkhidmatan pengangkutan awam yang berkualiti dan reliable. Cadangan ada baiknya perkhidmatan Dart ini diberikan juga sekurang-kurangnya perbaikilah kemudahan untuk perkhidmatan Dart di lapangan terbang. Apa yang kaola tekankan ini adalah untuk menjadikan perkhidmatan pengangkutan awam di negara ini lebih accessible accessible. Jika pemandu dan pengusaha teksi merasa tergugat oleh perkhidmatan Dart, mereka boleh sahaja belajar menggunakan platform tersebut dan menjadi juga pemandu Dart. Perkara ini tidaklah ganjil dan adalah lumrah juga di luar negara.
Seterusnya ialah minta maaf (batuk) seterusnya ialah Kod 004/000 - Program Perkhidmatan Kawal Selia, Jabatan Penerbangan Awam. Sebelum ini dan jua baru-baru ini, kita sudah sedia maklum mengenai kejadian di Korea Selatan dan ada beberapa kejadian tragedi pesawat di luar negara. Beberapa rumusan punca kejadian telah dikongsikan termasuk gara-gara burung melanggar bahagian pesawat, bird strike yang mengakibatkan emergency landing. Sebagai pengawal selia, regulator dan pada masa yang sama bertanggungjawab ke atas ruang udara Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, apakah perancangan dan langkah-langkah Jabatan Penerbangan Awam untuk menangani isu berkaitan bird strike? Apakah tahap ketersediaan, preparedness negara dalam menangani insiden tragedi pesawat yang tidak diingini supaya ia tidak terjadi?β
Yang seterusnya ialah Program Perkhidmatan Korporat, Jabatan Penerbangan Awam khusus mengenai pemantauan bilangan kakitangan latihan dan seminar. Pada tahun 2022, kitani digambarkan dengan berita mengenai penubuhan sebuah syarikat tempatan yang akan beroperasi di negara ini. Dalam hal ini, mengambil kira juga perkembangan industri penerbangan awam yang melibatkan lapangan terbang negara, kaola maklum yang Lapangan Terbang Brunei memang mampu dari segi infrastruktur dan kapasitinya untuk menampung pertambahan penerbangan dan pengendalian penumpang nanti. Walau bagaimanapun persoalan kaola ialah adakah Jabatan Penerbangan Awam sudah membuat risk assessment dan meneliti ketersediaan, preparedness pegawai-pegawai yang ada dari segi keupayaan dalaman jabatan sebagai regulator atau pengawal selia terutamanya dari segi human resources dan peraturan serta perundangan yang diperlukan?
Sekian Yang Berhormat Pengerusi yang bijaksana.
Yang Berhormat Dayang Chong Chin Yeeβ
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi, selamat pagi dan salam sejahtera.
Pertama sekali kaola ingin bertanya tentang perkembangan mengenai Pusat Anti Scam Kebangsaan yang telah kaola bangkitkan pada tahun lalu. Adakah status terkini mengenai penubuhan pusat ini. Seperti yang kaola telah nyatakan pada minggu lepas, laporan terkini menunjukkan bahawa sebanyak $5 juta telah terjejas akibat penipuan dalam talian pada tahun 2024. Jumlah ini hampir sama dengan peruntukan yang diberikan kepada Jabatan Pelancongan. Ini adalah satu tanda jelas bahawa tindakan segera amat diperlukan.
Seterusnya, kaola ingin mengucapkan tahniah kepada Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi atas pengenalan Personal Data Protection Order. Perintah ini diperkenalkan pada waktu yang kritikal memandangkan peningkatan kes penipuan dalam talian, maklumat palsu dan kebocoran data. Mengukuhkan perlindungan data bukan sahaja memastikan privasi rakyat terjamin tetapi juga meningkatkan keselamatan siber, serta membina kepercayaan dalam digital ekonomi negara.
Kaola juga ingin memuji kerajaan sebagai salah satu antara dua negara perintis bersama dengan Fiji bagi menggunakan peralatan AI seperti StrategusAI untuk merangka dasar dan garis panduan. Inisiatif pemandangan jauh ini boleh membawa potensi bagi mengubah proses pembuatan dasar di kementerian kita, membolehkan tadbir urus yang lebih kukuh dan berasaskan data.
Perkara yang terakhir, kerajaan di seluruh dunia memeluk teknologi sumber terbuka ataupun open-source technology kerana ia menawarkan penjimatan kos, keselamatan, fleksibiliti dan peningkatan perkhidmatan. Berbanding dengan sistem proprietari yang mahal, sumber terbuka mengeluarkan kandungan kepada vendor tentu mengurangkan kos dan mempercepatkan inovasi.
Negara-negara peneraju seperti Estonia dan Perancis telah mengintegrasikan sumber terbuka dalam garis panduan digital mereka. Sebagai contoh Estonia telah mewajibkan semua perisian awam untuk bersifat terbuka, bermakna semua penyelesaian perisian yang dibangunkan untuk kerajaan disimpan dalam repository kod awam yang boleh diakses oleh semua pihak manakala Perancis telah melaksanakan Open Source Software dan Digital Commons Action Plan bagi menggalakkan penggunaan penyelesaian sumber terbuka dalam pentadbiran awam. Selain itu, negara-negara membangun bukan mendapat manfaat dari sumber terbuka malah turut menyumbang kepada pengembangannya.
Sebagai contoh Kemboja dan Sri Lanka telah mengadaptasi penyelesaian dari Open Government Products Singapura tanpa perlu membangunkan sistem baharu dari awal sementara itu Siara Le-own telah membangunkan Open-GtoP, satu Digital Public Good yang memberi peluang untuk kerajaan di seluruh dunia bagi mendigitalkan dan mengautomasiΒkan proses penyampaian manfaat sosial dari pendaftaran penerima sehingga pengagihan panduan dan pemantauan. Secara keseluruhan, contoh-contoh ini membuktikan bahawa kerjasama dalam sumber terbuka mendorong kemajuan negara dan meningkatkan infrastruktur digital mereka dengan lebih cekap serta menjimatkan kos.
Oleh itu tidak ada keperluan untuk sentiasa mencipta semula dari awal apabila penyelesaian yang tersedia terbukti berkesan. Jadi, apakah tindakan yang harus diambil dengan $146.5 juta telah diperuntukkan untuk transformasi digital kita mempunyai peluang untuk memanfaatkan sumber terbuka bagi menyediakan perkhidmatan kerajaan yang kos efektif, selamat dan user-friendly. Dengan itu kaola mencadangkan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi menubuhkan sebuah bahagian khusus bagi meneroka perlaksanaan dasar sumber terbuka dahulu yang mengutamakan penyelesaian sumber terbuka kecuali jika terdapat keperluan keselamatan atau operasi yang memerlukan sebaliknya. Langkah ini akan membantu mengurangkan kos, meningkatkan ketelusan dan mengelakkan kebergantungan kepada vendor tertentu.
Sebagai permulaan, projek perintis berskala kecil boleh dijalankan dengan melibatkan pembangunan tempatan dan rakyat untuk memberi maklum balas dan menambah baik bagi memastikan perkhidmatan digital kerajaan benar-benar memenuhi keperluan rakyat. Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Perkara ini lebih daripada sekadar teknologi. Ia menyentuh soal tadbir urus, ketelusan dan kemajuan negara. Sumber terbuka adalah masa depan kerajaan digital yang cepat, menjimat kos dan berdaulat. Kaola harap usaha terhadap mengatasi, melabur dengan bijak, menyediakan perkhidmatan digital bertaraf dunia boleh direalisasikan untuk rakyat kita.
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi dan maaf atas mengambil lebih masa.
Yang Berhormat Awang Salleh bin Haji Othmanβ
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Yang Berhormat Pengerusi. Kaola menyentuh berkenaan dengan Tajuk SN05A - Jabatan Pengangkutan Darat. Inginkan pencerahan berkenaan dengan sistem warna plat lesen di Brunei Darussalam membantu membezakan jenis penggunaan kenderaan. Satu, apakah sistem plat lesen kenderaan berwarna hijau masih lagi digunakan?; dan dua, apakah perancangan ke arah menjadikan plat lesen kenderaan ini sebagai produk dengan kadar harga yang tertentu ke arah menyumbang kepada revenue kerajaan seperti plat lesen custom atau plat lesen khas peribadi (personalized plate), iaitu PP membolehkan pihak kenderaan membolehkan memilih nombor atau huruf tertentu yang unik dan berbeza daripada siri biasa yang dikeluarkan sepertimana yang disediakan oleh negara-negara lain. Seperti contoh Jabatan Pengangkutan Jalan, Perak, Malaysia mengutip hasil sebanyak RM2.36 juta bagi nombor pendaftaran kenderaan siri khas ANU, Bernama, 31/12/2024, 23.58 MYD. Seterusnya yang ketiga, apakah langkah-langkah strategik kerajaan ke arah mengurangkan kesesakan kenderaan di jalan raya menjelang tahun 2035.
Sekian saja Yang Berhormat Pengerusi. Terima Kasih.
Yang Berhormat Pengerusiβ
Bagi kumpulan yang kedua, Saya akan menjemput Yang Berhormat Haji Awang Sulaiman bin Haji Nasir, diikuti dengan Yang Berhormat Dayang Hajah Rosmawaty binti Haji Abdul Mumin, Yang Berhormat Awang Zainol bin Haji Mohamed, Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin, Yang Berhormat Awang Mohammad bin Abdullah @ Lim Swee Ann, Yang Berhormat Dayang Hajah Safiah binti Sheikh Haji Abd Salam. Silakan.
Yang Berhormat Haji Awang Sulaiman bin Haji Nasirβ
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Pengerusi.
Alhamdulilah, kaola ucapkan ribuan terima kasih ke atas peluang yang diberikan bagi membahaskan Belanjawan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan jabatan-jabatan di bawahnya bagi Peruntukan Kewangan 2025/2026.
Kaola suka merujuk pada Tajuk SN04A - Jabatan Penerbangan Awam Serta Jabatan-Jabatan Yang Berkaitan. Kod 003/001 - Perkhidmatan Aerodrome Menjadikan Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei Darussalam Berkedudukan 100 Teratas melalui Anggaran Peruntukan 2025/2026 berjumlah $7.9 juta dan $5.51 juta untuk Perbelanjaan Berulang-Ulang. Kaola merujuk kepada letak kereta orang ramai di kawasan Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei Darussalam yang memerlukan penambahbaikan bagi mengambil kira kualiti perkhidmatan pada orang ramai dan pelancong.
Yang pertama, pembayaran letak kereta alternatif dalam bentuk self-service perlu disediakan yang penerima pelbagai bentuk pembayaran ke arah penambahbaikan sistem pembayaran yang sedia ada atau menggunakan sistem nombor plat automatik, Automatic Number-Plate Recognition, ANPR. Yang kedua, pintu keluar exit gate yang sering tidak beroperasi sepenuhnya mengakibatkan kesesakan kenderaan pada waktu-waktu ketibaan perlu diberikan perhatian. Yang ketiga, kemaskinian dari segi keseragaman model kenderaan teksi dan warna yang lebih menarik sepertimana teksi-teksi di luar negara seperti New York Yellow Cab, Amerika Syarikat dan Bluebird Taxi, Indonesia. Yang keempat, kawasan pick up untuk e-hailing hendaklah disediakan untuk kemudahan kepada orang ramai.
Sekian sahaja yang dapat kaola sampaikan. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Wabilahi taufik walhidayah. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Yang Berhormat Dayang Hajah Rosmawatty bin Haji Abdul Mominβ
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Bismillahir Rahmanir Rahim. SN05A Jabatan Pengangkutan Darat.
Kaola ada 2 perkara yang dibangkitkan Yang Berhormat Pengerusi. Merujuk Kod 1213 Pengukuhan Infrastruktur ICT Teknologi Maklumat dan Infoomunikasi bagi Jabatan Pengangkutan Darat. 1213 027 Smart Transportation System (STS) dengan keseluruhan peruntukan $15.7 juta. Yang pertama, National Land Transport Policy, Integrated Land Transport Planning with Land Use Planning, Car Park-and-Ride, Park-and-Ride and Car Pooling. Kaola menyambut baik usaha pihak Kementerian dalam mempertingkatkan serta menambahbaik sistem pengangkutan awam khususnya dalam aspek ketersambungan dan kebolehpercayaan rangkaian laluan. Soalan kaola, sejauh mana inisiatif ini turut merangkumi pengenalpastian serta pelaburan dalam infrastruktur fisikal yang diperlukan bagi melaksanakan strategi pengangkutan darat yang lebih berkesan. Hal ini penting bagi memastikan perancangan pengangkutan bersepadu dengan pembangunan guna tanah selaras dengan pelan pembangunan utama seperti National Land Use Master Plan, pelan-pelan daerah serta perancangan bagi kawasan pembangunan strategik. Soalannya, adakah pihak kementerian mempunyai hala tuju khusus yang mengintegrasikan perancangan pengangkutan darat dengan perancangan guna tanah. Sebagai sebahagian strategi ini, perancangan dan pemeliharaan untuk lokasi pertukaran penumpang (passenger interchange) amat penting.
Kemudahan tempat letak kereta awam juga perlu dipertimbangkan di kawasan pertukaran ini kerana ia membuka potensi kepada sistem Park-and-Ride yang lebih efisien sepertimana yang telah dilaksanakan bagi kemudahan awam pergi dan balik (to and fro) dari Hospital RIPAS dan JPMC. Kaola mengambil maklum bahawa kemudahan sistem Park-and-Ride pernah dicadangkan dalam kajian bersama dengan CSPS sepertimana dalam kajian National Master Plan for a Sustainable Land Transportation System. Adakah pihak kementerian mempunyai rancangan untuk mengambil kira cadangan ini dalam rangka dasar perancangan pengangkutan darat. Kaola percaya bahawa sistem Park-and-Ride ini boleh diaplikasikan dalam pembangunan berorientasi transit, transit-oriented development di kawasan-kawasan strategik seperti bangunan kerajaan, institusi pengajian tinggi, hub commercial dan kawasan perumahan berimpak tinggi.
Dengan adanya kemudahan ini, ianya dapat menggalakkan pengangkutan awam, mengurangkan kesesakan di pusat bandar serta menyokong inisiatif carpooling dan commuting yang lebih sistematik di sepanjang koridor perjalanan utama. Di samping itu, pelaksanaan Park-and-Ride yang berkesan, memerlukan penyediaan kemudahan sokongan seperti laluan bas perantaraan, shuttle bus services, zon berbasikal serta pejalan kaki bagi memberikan accessibility yang lebih baik dari kawasan letak kenderaan ke pusat-pusat tumpuan utama. Apakah perancangan pihak kementerian dalam menyediakan insentif atau kemudahan tambahan untuk menggalakkan lebih ramai pengguna jalan raya beralih kepada sistem ini? Tambahan pula, apakah modal pembiayaan dan perkongsian awam-swasta, public-private partnership yang sedang dipertimbangkan boleh membolehkan penggunaan pembangunan Park-and-Ride dapat direalisasikan dengan lebih mampan dan menarik minat pelabur swasta. Akhir sekali, bagaimana pihak kementerian memanfaatkan kajian dan pelan terdahulu termasuk cadangan pembangunan Light Rail Transit System sebagai persediaan jangka masa panjang?
Yang kedua, car-free Bandar Seri Begawan telah menukar minda untuk menggunakan pengangkutan awam, changing attitude towards public transport. Brunei merupakan negara dengan kadar pemilikan kenderaan persendirian yang tertinggi di dunia.
Tahap kesesakan lalu lintas meningkat dan menjadi masalah yang ketara di lokasi tertentu serta pada waktu puncak manakala liputan kecekapan dan kualiti pengangkutan awam di Brunei adalah masih rendah. Kadar ini bukan sahaja mengurangkan daya tarikan kepada pengguna sedia ada, tetapi juga menghadkan potensinya sebagai alternatif yang tidak mahu berdaya saing kepada kenderaan persediaan. Penyelesaian ini perlu penelitian dan pengusahaan pertubuhan pemilikan dan penggunaan kenderaan persendirian selari dengan penambahbaikan pengangkutan alternatif.
Kaola menyambut baik usaha kementerian dalam penyediaan perkhidmatan pengangkutan awam mempunyai perancangan kehadapan, namun apakah strategi kementerian dalam mempengaruhi sikap dan peningkatan kesedaran masyarakat (mindset) agar lebih memilih pengangkutan awam sebagai pengangkutan utama. Selain itu, adalah terdapat langkah pengurusan permintaan perjalanan (travel demand) yang sedang atau akan dilaksanakan untuk mencapai peningkatan penggunaan kenderaan persendirian?
Contohnya, adakah terdapat perancangan untuk melaksanakan kawalan tempat letak kereta, mengenakan charge kesesakan dikawasan sibuk atau menyediakan kawasan khas untuk pengangkutan awam bagi memastikan perjalanan yang lebih lancar dan cekap.
Dengan populariti inisiatif Bandarku Ceria yang menjadikan Bandar Seri Begawan car-free pada setiap hari Ahad, kaola mencadangkan agar pihak kementerian dalam usaha memupuk sikap positif terhadap mode pengangkutan alternatif, mempertimbangkan untuk memperluaskan atau meningkatkan kekerapan pelaksanaannya sebagai sebahagian daripada strategi pengurusan permintaan perjalanan yang lebih menyeluruh.
Langkah ini perlu selari dengan pembangunan infrastruktur perkhidmatan awam dan memperkenalkan kemudahan pertukaran penumpang seperti perkhidmatan hop-on, hop-off di seluruh bandar. Selain itu, ia berpotensi untuk menghidupkan semula Bandar Seri Begawan dengan menjadikan lebih dinamik, mesra penduduk dan menarik pada pelancong serta pelabur.
Sekian, Yang Berhormat Pengerusi. Maaf melebihi daripada masa.
Yang Berhormat Awang Zainol bin Haji Mohamedβ
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Kaola ingin membahaskan tajuk SN05A Jabatan Pengangkutan Darat dengan memberi perhatian kepada Belanjawan Kemajuan Kod 1208 dalam memantapkan kecekapan sistem pengangkutan awam dan infrastruktur berkaitannya.
Kaola mengambil maklum akan usaha kementerian dalam mempertingkatkan kecekapan sistem pengangkutan awam. Pengangkutan awam yang berkesan bukan sahaja membantu mengurangkan kesesakan jalan raya tetapi juga memainkan peranan penting dalam menyediakan kemudahan mobiliti yang inklusif untuk semua lapisan masyarakat. Sehubungan itu, kaola mencadangkan agar aspek accessibility dijadikan keutamaan dalam pembangunan infrastruktur pengangkutan awam. Sebagai sebahagian daripada usaha ini, penyediaan bas yang mesra OKU dan warga emas perlu terus dipertingkatkan.
Ini termasuk menambah bilangan bas yang mempunyai lantai rendah (low-floor buses), ruangan khas untuk pengguna kerusi roda serta sistem audio dan visual dalam bas untuk panduan penumpang. Selain itu, pemasangan ram automatik dan butang permintaan khas bagi golongan berkeperluan juga perlu diperluaskan dalam armada bas baharu. Kemudahan perhentian bas turut memainkan peranan penting dalam memastikan pengangkutan awam lebih inklusif. Pada masa ini, sebilangan perhentian bas masih tidak menyediakan kemudahan asas yang mencukupi, terutama bagi warga emas dan OKU.
Oleh itu, kaola mencadangkan agar perhentian bas dinaik taraf dengan tempat duduk yang bersesuaian, laluan mudah akses serta papan maklumat digital yang lebih jelas untuk waktu perjalanan bas.
Selain itu, perlindungan daripada hujan dan panas juga perlu diambil kira bagi memastikan keselesaan pengguna. Selain itu, integrasi sistem maklumat pengangkutan perlu diperluaskan dengan ciri masa nyata (real-time tracking) bagi membantu merancang perjalanan mereka dengan lebih baik. Pengguna OKU penglihatan boleh mendapat panduan suara mengenai lokasi bas tersebut, manakala warga emas boleh menerima notifikasi mengenai ketibaan bas mengikut laluan yang telah mereka tetapkan.
Langkah ini bukan sahaja meningkatkan kemudahan pengguna tetapi juga memastikan perkhidmatan pengangkutan awam lebih responsif kepada keperluan sebenar rakyat. Kaola juga berpandangan bahawa terdapat ruang untuk penambahbaikan dalam memastikan ketersambungan yang lebih menyeluruh antara laluan utama dan laluan luar bandar. Kekurangan akses yang mencukupi di kawasan tertentu boleh menyukarkan mobility harian bagi mereka yang bergantung sepenuhnya kepada pengangkutan awam.
Oleh itu, kaola ingin mencadangkan agar kajian terhadap rangkaian laluan bas diperluas dengan mengambil kira keperluan kawasan yang kurang mendapat liputan serta meneroka inisiatif seperti perkhidmatan micro mobility termasuk bas mini atau van shuttle bagi meningkatkan kemudahan di kawasan luar bandar.
Dengan adanya sistem pengangkutan awam yang lebih mesra pengguna, inklusif dan efisien, kita bukan sahaja dapat meningkatkan kadar penggunaan pengangkutan awam tetapi juga memastikan setiap individu tanpa mengira fizikal dan sosioekonomi mereka mendapat akses kepada kemudahan yang setaraf.
Yang Berhormat Pengerusi, kaola ingin memohon izin juga menambah sedikit hal-hal lain jika dibenarkan. Dalam perbahasan kaola bagi sesi ini telah sampai ke penghujungnya, kaola ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa yang tinggal beberapa hari lagi dan selamat menyambut hari raya aidil fitri yang bakal tiba. Semoga kita semua diberkati dengan kesihatan dan keberkatan dalam setiap usaha yang kita lakukan.
Sepanjang sesi ini, kita telah melalui pelbagai perbincangan yang bermakna dengan bimbingan penuh hikmah daripada Yang Berhormat Yang Di-Pertua serta sokongan berterusan daripada pihak Urusetia MMN. Dalam suasana yang sejuk di dalam Dewan ini, namun perbincangan tetap hangat, mencerminkan komitmen kita dalam membahaskan isu-isu yang penting demi kemajuan negara.
Sekian, mohon maaf mengambil masa sedikit lama kali ani.
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidinβ
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi taβala wabarakatuh.
Terima kasih Yang Berhormat Pehin Pengerusi. Izinkan kaola membincangkan beberapa isu.
Topik pertama, SN05A Jabatan Pengangkutan Darat, kod 002/000 Pengurusan Dasar Pengangkutan, A002/000 Pengurusan Ehwal Majlis Keselamatan Jalan Raya Negara dan kod 003/000 Pengurusan Dasar Infokomunikasi. Keselamatan di jalan raya merupakan keutamaan dalam memastikan kelancaran trafik serta mengurangkan risiko kemalangan. Memandangkan Jabatan Pengangkutan Darat ialah agensi utama dalam Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya MKKJR, kaola berpendapat sudah masanya pemantauan lalu lintas di Lebuhraya dan jalan-jalan utama negara dengan perkembangan teknologi melalui CCTV dan drone serta sistem pengawalan awal.
Soalan kaola ialah bagaimanakah kementerian merancang untuk memperluaskan penggunaan pemasangan CCTV dan menggunakan drone bagi meningkatkan pemantauan trafik serta mengurangkan kadar kemalangan dan kesesakan jalan raya terutama di highway dan tempat-tempat yang terlalu mendapat perhatian? Apakah rancangan-rancangan kementerian untuk mengenal pasti memperkenalkan sistem notifikasi awal bagi memaklumkan pengguna jalan raya mengenai kesesakan, kemalangan atau keadaan kecemasan di lebuh raya secara masa nyata yakni real time dan menyediakan journey management yang lebih berkesan untuk para road commuters? Perkara ini kaola fikir adalah sejalan dengan smart transportation system yang akan diperkenalkan bagi meningkatkan kecekapan sistem pengangkutan darat dan pengangkutan awam.
Isu kedua, ini menitikberatkan kepentingan jalan lebuhraya utama yang menghubungkan antara daerah. Kita telah mengetahui bahawa ada insiden baru-baru ini, di mana sebahagian jalan lebuhraya antara Bukit Beruang dan simpang Telisai putus akibat banjir, telah menimbulkan persoalan mengenai ketiadaan laluan alternatif antara Daerah Belait, Tutong dan Daerah Brunei Muara. Kejadian ini walaupun berlaku pada waktu malam, tetap menyebabkan gangguan trafik yang serius dan menimbulkan kebimbangan terhadap kesiapsiagaan infrastruktur kita dalam menghadapi insiden yang serupa di masa depan.
Demi memastikan kelancaran pengangkutan darat yang strategik, adalah penting untuk mengenal pasti laluan alternatif agar kita tidak terlalu bergantung pada dua batang jambatan kecil yang melintasi Sungai Penyatang dan Sungai Danau.
Apakah strategi kementerian dalam mengenal pasti dan membangunkan laluan alternatif bagi memastikan kesinambungan hubungan darat khususnya sebagai laluan evakuasi sekiranya jalan yang sedia ada mengalami kerosakan dan terputus akibat bencana alam dan kemalangan yang menghalang menggunakan jalan tersebut berpanjangan? Begitu juga bagaimana kementerian dapat mengambil pengalaman dalam pengurusan Jambatan Sultan Omar `Ali Saifuddien yang dapat menukar dua lane highway kepada single carriageway apabila ada insiden di atas jambatan supaya perjalanan di jambatan tidak terjejas? Masa kini, apabila ada insiden di mana-mana highway, perjalanan terganggu, terputus hingga jalan raya dibuka semula.
Izinkan kaola menyambung sedikit. S002/001 Pengurusan Dasar Pengangkutan. Membangun industri marine, kesiapsiagaan bagi membangun maritime pada masa hadapan. Kaola sudah membincangkan tentang land connectivity dan rail, hab udara. Kini benarkan kaola berbincang tentang maritime. Sebagai sebuah negara maritime yang kaya dengan sejarah pelayaran, termasuk legasi Nakhoda Ragam, Brunei Darussalam mempunyai potensi besar dalam membangunkan industri maritime.
Dengan kedudukan geografi yang strategik serta aspirasi negara untuk menjadikan pelabuhan transhipment yang dinamik dan offshore industry yang sedang yang memang berkembang maju Brunei perlu memastikan bahawa semua kapal yang beroperasi di perairan negara Brunei berdaftar di bawah bendera Brunei dan dikendalikan oleh pelaut serta krew marine tempatan yang bertauliah.
Oleh itu, menubuhkan akademi maritime yang telah dikenal pasti sebelum ini amat penting bagi melahirkan tenaga kerja tempatan yang kompetent sekali gus memperkukuh daya saing industri maritime negara di peringkat serantau atau antarabangsa. Apakah rancangan kementerian dalam memperkukuhkan industri maritime negara agar selari dan dapat merealisasikan manfaat Road Belt Initiative serta perkembangan industri maritime serantau?
Dua, adakah terdapat strategi khusus bagi memastikan semua kapal yang beroperasi di perairan Brunei berdaftar di bawah negara Brunei serta dikendalikan oleh krew dan pelaut tempatan yang memiliki kelayakan dan sijil yang diiktiraf? Dan ketiga, memandangkan kepentingan tenaga kerja tempatan dalam sektor maritime, sejauh manakah kemajuan dalam penubuhan akademi maritime yang telah dikenal pasti sebelum ini bagi melahirkan lebih ramai pelaut dan krew marine yang kompetent.
Dan keempat, apakah langkah-langkah yang sedang dan akan diambil bagi memastikan pembangunan industri maritime negara kekal mampan serta berdaya saing di peringkat antarabangsa?
Terima kasih kerana membagi laluan, Yang Berhormat Pehin Pengerusi. Assalamualaikum warahmatullahi taβala wabarakatuh.
Yang Berhormat Awang Mohammad bin Abdullah @ Lim Swee Annβ
Terima kasih Yang Berhormat Pehin Pengerusi.
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih atas ruang bagi membahaskan Belanjawan Peruntukan Kewangan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan jabatan-jabatan di bawahnya bagi Tahun 2025/2026. Kaola menyentuh tajuk SN01A Jabatan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan Majlis Keselamatan Jalan Raya MKKJR. Kaola menyambut baik usaha-usaha dan inisiatif pihak kerajaan dan pihak-pihak yang berkepentingan di dalam memastikan sistem jalan raya sentiasa selamat digunakan oleh orang ramai.
Ini termasuklah pemasangan-pemasangan lampu-lampu isyarat di kawasan-kawasan jalan yang berpotensi mempunyai kepadatan kenderaan terutama sekali pada waktu-waktu bekerja. Sepertimana yang kita sedia maklum bahawa sistem jalan raya di negara kita kebanyakannya menggunakan sistem jalan dua hala. Ini termasuklah di kawasan bandar dan pekan.
Sehubungan dengan ini, kaola mencadangkan agar sistem jalan satu hala boleh diguna pakai di kawasan-kawasan strategik, kepentingan jalan satu hala adalah, Pertama, mengurangkan kesesakan kerana satu laluan kenderaan tidak perlu berdepan dengan trafik bertentangan menjadi aliran lebih lancer. Kedua, meningkatkan keselamatan; Ketiga, menambah ruang letak kereta; dan Keempat, memudahkan kawasan lalu lintas.
Akhirnya, kaola memohon pencerahan berkenaan dengan statistik jumlah kenderaan jalan raya. Kemalangan jalan raya yang melibatkan kenderaan warga asing dalam tempoh dua tahun kebelakangan.
Sekian, terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Yang Berhormat Dayang Hajah Safiah binti Sheikh Haji Abd Salamβ
Bismillahir Rahmanir Rahim Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Kaola merujuk Tajuk SN04A Jabatan Penerbangan Awam bagi Perbelanjaan Berulang-Ulang Akaun 2106 Penyelenggaraan dan Pembaikan Aset dengan anggaran perbelanjaan sebanyak $8 juta bagi Tahun Kewangan 2025/2026, iaitu pengurangan lebih $700,000.00 ataupun 8.3% berbanding $8.8 juta peruntukan yang telah diluluskan pada Tahun Kewangan yang lalu.
Kaitan dengan itu, mohon pencerahan daripada Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi, apakah langkah-langkah yang telah diambil untuk memastikan pengurangan ini tidak akan menjejaskan keberkesanan penyelenggaraan aset di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei? Bagaimanakah kementerian merancang untuk mengimbangi keperluan penyelenggaraan aset yang berkualiti dengan cabaran-cabaran sumber yang dihadapi? Memandangkan lapangan terbang memainkan peranan penting dalam memberikan tanggapan pertama ataupun first impression kepada pelawat dan pelancong yang memasuki negara ini melalui jalan udara.
Apakah inisiatif strategik kementerian untuk memastikan pengurusan aset-aset yang nampak ataupun visible asset management di lapangan terbang tidak menjejaskan imej negara dan sentiasa berada dalam keadaan optimum selaras dengan perancangan pemodenan lapangan terbang dan aspirasi untuk menjadikan Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei Darussalam berada dalam kedudukan 100 ke atas. Bagaimanakah kementerian memastikan bahawa pemeriksaan dan pemeliharaan aset-aset dijalankan secara konsisten dan efektif dan apakah indikator utama yang digunakan untuk menilai keberhasilan proses ini?
Akhir sekali, mengambil kira penglibatan orang ramai selaku pengguna lapangan terbang dalam melaporkan secara langsung mengenai kerosakan-kerosakan yang memerlukan pembaikan segera adalah sangat penting dan efektif. Kaola ingin mencadangkan agar pihak kementerian menyediakan mechanism yang ringkas dan berkesan seperti talian khas ataupun aplikasi mobile untuk mengintegrasikan laporan-laporan yang diterima daripada pengguna dan maklum balas segera mengenainya ke dalam Pelan Tindakan Penyelenggaraan Aset yang dilaksanakan.
Seterusnya kaola ingin menarik perhatian kepada Petunjuk Prestasi Utama yang baru yang ditetapkan di bawah Tajuk SN01A Jabatan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, iaitu menghasilkan 3 orang penyiasat kemalangan pengangkutan yang terlatih menjelang tahun 2025. Sasaran KPI ini adalah seorang penyiasat terlatih bagi Tahun Kewangan 2025/2026 dan dua orang bagi setiap Tahun Kewangan dari tahun 2026 sehingga 2028. Alhamdulillah, kaola menyambut baik KPI ini mengambil kira pentingnya siasatan kemalangan yang efektif dan profesional sebagai salah satu strategi untuk menambah baik langkah keselamatan pengangkutan dan mengurangkan risiko kemalangan di negara ini.
Namun kaola memohon pencerahan mengenai ketidakselarasan yang kaola dapati antara kenyataan KPI dengan sasaran yang ditetapkan dalam jadual Tahun Kewangan 2025/2026 di dalam buku perbekalan yang mana hanya seorang penyiasat disasarkan pada jadual tersebut sedangkan kenyataan KPI menyasarkan untuk menghasilkan 3 orang penyiasat menjelang tahun 2025. Kaola berpandangan adanya keperluan supaya KPI tersebut dikemaskinikan dan menetapkan jumlah sasaran yang lebih tinggi. Apakah langkah-langkah strategik kementerian yang sudah dirancang untuk memastikan KPI ini dapat dicapai sepertimana yang dirancang.
Dengan perancangan yang teratur, kaola yakin pencapaian KPI ini mampu memberikan impak positif kepada pertumbuhan industri pengangkutan dan keselamatan termasuk membukakan peluang-peluang pekerjaan baharu kepada para belia dan memberikan laluan kerja yang berpotensi kepada pegawai yang sedang dalam perkhidmatan, bukan hanya sebagai pegawai penyiasat kemalangan semata-mata tetapi juga menjadi pakar-pakar dalam sektor ini seperti pakar forensik pengangkutan, pakar keselamatan pengangkutan ataupun konsultan keselamatan.
Dalam hal ini, kaola ingin mencadangkan supaya Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan melalui institusi-institusi pengajian tinggi di negara ini untuk menawarkan modul-modul pengajian dan program-program latihan bersesuaian untuk melahirkan penyiasat kemalangan yang kompeten dan menepati standard piawaian antarabangsa.
Sekian terima kasih Yang Berhormat Pengerusi, mohon maaf atas masa tambahan yang diambil.
Yang Berhormat Pengerusiβ
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Sekarang kita beralih kepada kumpulan yang ketiga dan saya akan menjemput Yang Berhormat Awang Lau How Teck diikuti oleh Yang Berhormat Dr. Awang Haji Mahali bin Haji Momin, Yang Berhormat Awang Haji Mohamad Danial @ Tekpin bin Yaβakub dan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Suyoi bin Haji Osman. Silakan.
Yang Berhormat Awang Lau How Teckβ
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Kaola memohon maaf, kaola ingin menarik diri dari berbahas sebab perkara ini telah pun dibangkitkan oleh rakan Ahli Yang Berhormat, terima kasih.
Yang Berhormat Dr. Awang Haji Mahali bin Haji Mominβ
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Bismillahir Rahmanir Rahim Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Kaola sukacita merujuk kepada Tajuk SN04A Jabatan Penerbangan Awam, Kod 003/000 Perkhidmatan Aerodrome, Menjadikan Lapangan Terbang di Kedudukan 100 Teratas. Berkenaan ini telah disentuh juga oleh teman-teman Ahli Yang Berhormat pada awal-awal tadi.
Di sini kaola memohon pencerahan mengenai inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan dari segi menarik pelancong dan membukakan peluang pekerjaan, apakah tempoh masa kementerian untuk mencapai objektif yang ditetapkan, serta bagaimana ia memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi, peningkatan peluang pekerjaan, dan penambahbaikan dalam fasiliti perdagangan. Adakah kerjasama awam-swasta, private-public partnership akan terlibat dalam inisiatif ini?
Seterusnya kaola merujuk pada Kod 1213/028 Pendigitalan Perkhidmatan-Perkhidmatan Pengangkutan Darat. Mohon pencerahan terperinci mengenai projek pendigitalan perkhidmatan-perkhidmatan pengangkutan darat, DriveBN dan impaknya ke atas kecekapan dan keberkesanan sistem pengangkutan di negara kita. Bagaimanakah kementerian memastikan bahawa peruntukan $7 juta ini akan digunakan secara efisien dan efektif untuk pencapaian tujuan projek.
Seterusnya SN09A Pusat Kebangsaan E-Kerajaan. Petunjuk Prestasi Utama Number of Security Incidence. Pada tahun 2023/2024 sasaran KPI ini adalah 0, namun jumlah sebenar adalah 7 insiden. Mohon pencerahan mengenai 7 insiden ini. Adakah insiden ini di tahap yang masih dapat di kawal atau jumlah yang membimbangkan dengan potensi risiko tinggie, high risk potential. Apakah langkah-langkah yang di ambil untuk memastikan insiden kiranya berisiko tinggi tidak berulang? Sekian Yang Berhormat Pengerusi. Terima kasih.
Yang Berhormat Awang Haji Mohamad Danial @ Tekpin bin Yaβakubβ
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bismillahir Rahmanir Rahim. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Kaola suka menyentuh berkenaan dengan Tajuk SN01A Jabatan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi di jabatan yang berkaitan. Menyentuh di kawasan pendalaman, akses kepada internet masih menjadi cabaran utama. Ini, kemungkinan disebabkan beberapa faktor seperti infrastruktur terhad, kos penyediaan yang tinggi dan keadaan geografi yang menyukarkan pembinaan rangkaian. Namun pada itu ke arah menyediakan fasiliti yang sama di dalam masyarakat di kawasan pendalaman adalah penting.
Sehubungan dengan ini, kaola memohon pencerahan mengikut rekod atau catatan pihak kemeterian, adakah ada beberapa kawasan penempatan penduduk yang di kenal pasti masih menerima liputan internet yang sangat rendah dan apakah usaha-usaha dan perancangan ke arah meningkatkannya.
Seterusnya, kaola menyambut baik usaha-usaha pihak kementerian melalui pihak AITI iaitu pada bulan Julai 2024, telah mengemaskinikan Buku Panduan Keselamatan Dalam Talian termasuk maklumat mengenai langkah-langkah untuk melindungi kanak-kanak daripada kandungan yang tidak sesuai dengan peringkat umur. Sehubungan dengan itu, apakah buku ini di edarkan dalam bentuk fizikal dan digital kepada masyarakat awam?
Akhirnya berkenaan dengan inisiatif-inisiatif di dekarbonisasi di sektor pengangkutan yang mana inisiatif ini bermula tahun 2020 melalui penubuhan Electric Vehicle Joint Task Force dan KLTSP Strategic Area. Kaola ingin tahu adakah di sediakan peruntukan bagi pelaksanaan inisiatif berkenaan di dalam Belanjawan Negara 2025/2026 dan apakah langkah-langkah seterusnya bagi merealisasikan inisiatif berkenaan? Mohon pencerahannya mengenai perkara ini. Sekian terima kasih.
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osmanβ
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Kaola mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi atas pembentangan tempoh hari mengenai kementeriannya. Kaola rasa tidaklah ada banyak lagi yang akan kaola bangkitkan. Untuk pencerahan saja, kaola melihat salah satu program Jabatan Penerbangan Awam seperti 003/001, ialah menjadikan lapangan terbang di kedudukan 100 teratas. Kaola kurang pasti di mana kedudukan lapang terbang kitani pada masa ini. Namun kaola menyambut baik usaha ke arah ini.
Lapangan terbang adalah sebagai gateway ke negara ini dan first impression akan menentukan sama ada pengunjung memandang positif atau sebaliknya tentang negara kita. Maka dengan itu, kaola berpendapat mustahak kita berusaha agar first impression memberi pengalaman yang positif dari mula-mula turun pesawat hingga masuk ke kenderaan membawa pengunjung ke hotel atau tempat penginapannya. Bukan saja dari fasiliti di airport yang disediakan, perkhidmatan yang diberikan oleh ground staff malah dari pegawai imigresen baggage handling dan lain-lain yang bersangkutan dengan keselesaan pengunjung masuk ke negara ini.
Tanpa menyatakan dengan terperinci, di sini kaola berpendapat Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei masih memerlukan banyak penambahbaikan. Kaola mengambil maklum di bawah Kod/Akaun 1208/007 iaitu meningkatkan infrastruktur aerodrome kemudahan di lapangan terbang antarabangsa di bawah RKN-12 ada peruntukan sebanyak $20,013,450 juta disediakan. Kaola berharap pihak kementerian mengambil tindakan yang bersesuaian dan startegik untuk meningkatkan infrastruktur aerodrome dengan tidak hanya menumpukan kepada kerja-kerja yang besar saja tetapi juga yang sekecil tetapi impaknya besar kepada pengunjung.
Seterusnya kaola ingin merujuk SN09A Pusat Kebangsaan E-Kerajaan yang diperuntukan sebanyak $52,993,680 juta bagi tahun 2025/2026 yang hampir keseluruhannya ialah perbelanjaan biasa, emolumen dan perbelanjaan berulang-ulang. Kaola menyambut baik empat program yang di atur dan objektif yang ingin di capai terutamanya 002/000 iaitu Transformasi Digital, Penyediaan perkhidmatan digital yang memberi impak kepada pihak kerajaan dan orang ramai.
Kaola memohon pencerahan sejauh mana jentera kerajaan dan tenaga kerja pada keseluruhannya menghayati embrace digital transformation sebagai satu budaya kerja yang baru. Memang pada amnya, perkara ini sudah di terima umum cuma sebagai amalan kerja seharian ia masih belum lagi mencapai tahapnya. Ini mungkin berpunca dari beberapa perkara yang perlu pendekatan antaranya mempromosi digital literacy yang secara berterusan kerana masih terdapat jurang di kalangan tenaga kerja kerajaan tentang penggunaan IT. Ini menyebabkan perkhidmatan menghadapi cabaran untuk mencapai tahap efisiensi dalam penggunaan IT.
Soalan kaola, dengan bertambahnya digital literacy di kalangan generasi tenaga kerja dan pelajar-pelajar pada masa ini, penambahbaikan infrastruktur ICT dan penjanaan ekosistem yang kondusif pada penggunaan digital (fostering a digitally conducive ecosystem), bilakah kiranya negara dikatakan sudah mencapai transformasi digital penuh? Adakah kita mempunyai definasi tertentu mengenai transformasi digital ini. Kaola berpendapat untuk mencapai digital transformasi ataupun transformasi digital, kompetensi setiap tenaga kerja dalam penggunaan IT mestilah sama agar penggunaannya berkesan. Di samping itu, ia memerlukan coordinated effort semua pihak, pihak kerajaan, sektor swasta dan masyarakat umum untuk menjana persekitaran yang mendokong perkembangan penggunaan IT. Sekian saja Yang Berhormat Pengerusi.
Akhir sekali kaola ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Yang Berhormat Pengerusi kerana telah memberi kesempatan kepada kaola untuk ikut serta dalam semua perbahasan dan terima kasih jua atas kepimpinan dan kebijaksanaan Yang Berhormat Pengerusi mempengerusikan mesyuarat sepanjang Persidangan Mesyuarat Musim Permesyuaratan Ke-21 diadakan hingga ke hari ini.
Alhamdulillah, di bawah kepimpinan Yang Berhormat Pengerusi, mesyuarat ini telah berjalan dengan lancar, teratur, penuh muhibah, saling hormat-menghormati dan bersatu untuk mencapai objektif permesyuaratan dalam kita sama-sama menyokong Tema Perbelanjaan Negara Tahun 2025/2026 iaitu βBersatu Membawa Masa Depan Yang Lebih Makmurβ. Kaola juga mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Yang Mulia Puan Dr. Jurutulis dan pegawai-pegawai sekretariat MMN atas kelicinan perjalanan persidangan ini. Sekian, Wabillahi taufik walhidayah. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Yang Berhormat Pengerusiβ
Terima kasih Ahli-Ahli Yang Berhormat. Sekarang saya akan memberikan laluan kepada Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi untuk memberikan responnya terhadap beberapa perkara yang ditimbulkan dalam perbahasan yang telah dibuat oleh 16 orang Ahli-Ahli Yang Berhormat Yang Dilantik. Silakan Yang Berhormat.
Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasiβ
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan selamat pagi. Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.
Terlebih dahulu peramba/kaola/saya sukacita ingin mengucapkan setinggi-tinggi menjunjung kasih dan terima kasih di atas pandangan-pandangan, soalan-soalan dan juga cadangan-cadangan daripada Ahli-Ahli Yang Berhormat dalam perbahasan di peringkat Jawatankuasa bagi Rang Undang-Undang Perbekalan 2025/2026 berkenaan dengan Tajuk SN01A hingga SN09A di bawah Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi.
Sudah setentunya perkara-perkara yang menjurus kepada penambahbaikan kepada penyampaian apa jua perkara di bawah bidang tugas kementerian ini yang juga bersandarkan kepada value drivers iaitu ke arah menjamin keselamatan penyediaan perkhidmatan cemerlang dan memudah cara bagi mendukung kemajuan ekonomi dan pembangunan negara yang mampan adalah diterima baik.
Sebelum menyahut serta menjawab kepada perkara-perkara yang telah ditimbulkan dan disoal oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat, sukacita kaola / peramba / saya untuk mengongsikan bahawa belanjawan kementerian ini juga telah disediakan dengan menyahut Tema Belanjawan iaitu βBersatu Membina Masa Depan Yang Lebih Makmurβ yang telah dikekalkan bagi Tahun Kewangan 2025/2026.
Tema tersebut berperanan sebagai panduan strategik untuk memastikan penggunaan sumber negara secara optima dengan memberi penekanan kepada pembangunan yang mampan dan inklusif bagi membina ekonomi yang dinamik dan berdaya tahan dan seterusnya memastikan kesejahteraan rakyat dan penduduk terus terpelihara.
Belanjawan juga telah disediakan dengan mengambil kira usaha kerajaan untuk menangani defisit fiskal melalui Program Penggabungan Fiskal iaitu Fiscal Consolidation Program. Ini termasuk menyemak perbelanjaan jabatan, mengurangkan pembaziran dan meningkatkan efficiency perbelanjaan serta mengenal pasti aliran hasil baharu dan menyemak semula kadar-kadar caj supaya sejajar dengan standard perkhidmatan.
Ini juga termasuk menggerakkan penglibatan pihak swasta dan juga badan-badan berkanun di dalam membuat pelaburan dan mendokong agenda pembangunan negara. Ia tidak terhad kepada perbelanjaan kerajaan sahaja. Dalam pada itu, apa yang dikongsikan adalah bertujuan untuk memberi konteks pengurusan belanjawan yang memerlukan kita untuk menyusun keutamaan dan pelaksanaan secara berfasa.
Oleh yang demikian, pandangan-pandangan mengenai pendekatan moden dan inovatif untuk meningkatkan kecekapan, meningkatkan produktiviti, mengurangkan kos atau memenuhi permintaan pelanggan dengan lebih berkesan akan dipertimbangkan. Apa lagi jika ia bertujuan untuk menjadikan perkhidmatan, proses atau situasi lebih baik dan pelaksanaannya boleh membawa kepada hasil yang positif dan kejayaan jangka panjang.
Dengan berlatar belakang konteks ini, insya Allah peramba/kaola/saya akan memberi respons secara ringkas dan lebih terperinci bagi maklumat yang sedia ada kepada perkara-perkara dan juga soalan-soalan yang diajukan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat yang amat meluas yang mana saya akan ikut urutan dan pada itu respons yang terperinci juga akan diberikan secara bertulis bagi memastikan respons adalah tepat dan sahih.
Bermula dengan soalan Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan, mengenai tempoh pemprosesan permohonan lesen memandu yang masih tidak konsisten seperti mana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat, kelewatan tersebut antaranya adalah disebabkan oleh keadaan sistem pengangkutan darat yang sedang dalam proses penaiktarafan dan akan diganti dengan sistem baru melalui Projek DriveBN. Pada masa yang sama, kementerian melalui Jabatan Pengangkutan Darat telah merangka inisiatif untuk meningkatkan perkhidmatan pengangkutan darat dalam Rancangan Kemajuan Negara Ke-12.
Inisiatif ini dikenali sebagai Projek Pendidigalan Perkhidmatan Pengangkutan Darat yang lebih dikenali dengan nama DriveBN. Projek ini melibatkan penggunaan lesen digital dan digital ID untuk memudahkan dan mempertingkatkan pengalaman pengguna dalam membuat permohonan-permohonan perkhidmatan pengangkutan darat. Insya Allah, melalui projek DriveBN di bawah RKN-12 yang dikongsikan sebentar tadi, juga telah mengambil pendekatan Business Process Improvement yang mana selain daripada penyediaan sistem projek tersebut juga berhasrat untuk mengemaskinikan proses-proses kerja di Jabatan Pengangkutan Darat supaya ia lebih mesra pelanggan.
Bagi soalan mengenai lesen memandu Kelas 3, sama ada boleh digunakan di negara-negara luar menurut Perjanjian Pengiktirafan Lesen Memandu Domestik yang dikeluarkan oleh negara-negara ASEAN pada Tahun 1985 yakni 1985 Agreement on The Recognition of Domestic Driving License issued by ASEAN Countries, lesen memandu yang dikeluarkan oleh Negara Brunei Darussalam adalah sah untuk digunakan di negara-negara ASEAN tanpa perlu mendapatkan lesen baru. Ini bermakna lesen memandu Kelas 3 di Negara Brunei Darussalam mempunyai pengiktirafan yang baik di kalangan negara-negara ASEAN. Namun, adalah disarankan juga untuk mendapatkan permit memandu antarabangsa yakni International Driving Permit yang diiktiraf di bawah Convention on Road Traffic 1949, di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Convention tersebut antaranya membolehkan seorang pemandu untuk memandu di negara-negara yang telah menyertai convention berkenaan yang melibatkan sebanyak 103 buah negara termasuk Negara Brunei Darussalam. Dalam kesempatan ini, adalah dinasihatkan supaya pemegang lesen sentiasa peka terhadap peraturan-peraturan dan undang-undang di negara yang mereka lawati. Pada masa yang sama, pemegang lesen perlu menyedari bahawa cara memandu dan peraturan lalu lintas mungkin bebeza di setiap negara. Dengan itu, adalah penting bagi pemegang lesen mematuhi peraturan-peraturan lalu lintas seperti had kelajuan dan mendapatkan keperluan insurans.
Mengenai tandatangan digital, Negara Brunei Darussalam mempunyai akta yang berkaitan yang dikenali sebagai Electronic Transactions Act, Chapter 196. Akta ini yang mula berkuatkuasa pada 1 Januari 2008, menyediakan rangka kerja undang-undang bagi transaksi elektronik dan tandatangan digital di mana juga mengemaskankan rekod serta tandatangan elektronik diiktiraf secara sah. Ini memudahkan perdagangan elektronik dan komunikasi digital yang selamat serta efisien di negara ini.
Untuk makluman Yang Berhormat seterusnya, akta ini juga adalah selaras dengan piawaian antarabangsa terutamanya Model Law Electronic Commerce yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai undang-undang perdagangan antarabangsa. Dan ini akan memudahkan penyertaan Negara Brunei Darussalam dalam perdagangan digital di peringkat antarabangsa dengan lebih berkesan.
Secara berterusan, kementerian ini akan meneliti akta ini bagi memastikan ia adalah selaras dengan kemajuan teknologi digital terkini agar kekal relevan dan berkesan dalam menyokong perkembangan ekosistem digital negara. Seperti yang telah dinyatakan, Perintah Perlindungan Data Peribadi 2025 atau Personal Data Protection Order 2025 telah diperkenankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 8 Januari 2025. Perintah ini juga telah diwartakan dan Allah akan berkuatkuasa sepenuhnya pada 1 Januari 2026, insya Allah. Sukacita dimaklumkan bahawa Perintah Perlindungan Data Peribadi ini juga telah dikongsikan secara meluas dalam kenyataan lebih awal.
Seterusnya, berhubung dengan soalan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Md. Yusof berhubung dengan peluang-peluang bagi startup companies untuk menerokai peluang perniagaan dan seumpamanya untuk menyertai projek-projek kerajaan, insya Allah perkara ini akan ditunduki di mana pemikiran awal adalah untuk menjemput mana-mana syarikat startup untuk menyertai hackathon bagi projek-projek atau ICT kerajaan nanti. Tapi ini adalah masih dalam pertimbangan, insya Allah apa jua perkembangannya akan dikongsikan nanti.
Berhubung dengan Smart Nation Office khususnya mengenai dengan Digital ID, perkara ini juga telah dikongsikan yang mana projek Digital ID ini akan memasuki fasa percubaan selama 6 bulan bermula sedikit masa lagi. Inilah sebelumnya dilanjutkan kepada penggunaan secara lebih meluas. Dalam hubungan ini, sepertimana disarankan tempoh percubaan projek ini akan melibatkan beberapa agensi termasuk pihak swasta dan juga syarikat-syarikat GLCs untuk memastikan ianya payu sebelum ia diperkenalkan secara lebih meluas.
Seterusnya berhubung dengan airport corporatization, ini adalah salah satu perkara yang memang dalam Strategic Plan MTIC pada jangka panjang. Langkah-langkah permulaan mengenai dengan ke arah airport corporatization ini sedang dipertimbangkan yang mana salah satu perkara yang sedang dilaksanakan pada ini adalah untuk memajukan more on the cargo site lebih terdahulu, di mana perkembangan dengan kemudahan di lapangan terbang tersebut akan dimajukan oleh melalui Public-Private Partnership melalui sebuah GLC. Seterusnya pertimbangan untuk airport corporatization selanjutnya akan dilaksanakan di masa akan datang.
Berhubung dengan soalan yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abd. Rahman bin Haji Ibrahim terutama yang mengenai dengan projek-projek ICT kerajaan yang mana menimbulkan mengenai isu apa ni pelaksanaan sama ada ia mencapai hasrat yang dihasratkan. Dalam hubungan ini, beberapa penambahbaikan telah diperkenalkan melalui ICI Forum untuk memastikan projek-projek digitalization kerajaan dikawal selia untuk memastikan mengelakkan duplikasi dan juga memastikan alignment di antara kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan dilaksanakan. Sepertimana yang dikongsikan juga dalam ulasan dan juga kenyataan, business process improvement, kaedah ini juga diperkenalkan di dalam proses pelaksanaan projek-projek ICT, ini juga berhubung kait dengan perkara yang telah ditimbulkan oleh Yang Berhormat Dayang Chong Chin Yee bahawa projek-projek digitalisasi ini bukan hanya terhadap pada sistem tetapi juga adalah tatacara kerja. So atulah salah satu perkara perubahan yang ditekankan pada masa ini, dimana proses improvement adalah tujuan utama projek-projek digitalisasi ini.
Seterusnya, kepada soalan Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin. Pertama, berhubung dengan penggunaan telefon bimbit yang semakin berleluasa. Tidak dinafikan ia adalah salah satu perkara yang di dalam pemantauan MKKJR dan dalam hubungan ini, berhubung dengan jumlah kemalangan yang berlaku di Negara Brunei Darussalam ini, dukacita tidak dapat dipastikan sama ada ia adalah diakibatkan oleh penggunaan bimbit sebab kekurangan evidence.
Namun begitu, tatacara penggunaan CCTV dan serupanya akan pada masa ini ada juga sudah diperkenalkan tetapi belum ada any dakwaan lah yang telah dilakukan melalui penggunaan kaedah tersebut. Tapi apa yang lebih merungsingkan atau membagi perhatian pihak MKKJR pada masa ini adalah more on speed management yang mana ia berhubung kait juga sama ada tidak menggunakan telefon bimbit atau tidak, pemanduan laju adalah dikenal pasti sebagai punca utama berlakunya kemalangan pada masa ini. Dalam hubungan itu, usaha utama adalah terhadap speed management tersebut. Berhubung dengan perancangan mengenai e-hailing dan juga memperkembangkan DART, memang itu adalah salah satu perancangan yang akan berjalan selaras dengan inisiatif public transport yang akan dilaksanakan yang sedang ditunduki pada masa ini. Memang diakui penyerapan perkhidmatan di antara DART dan teksi, perkhidmatan teksi yang ada pada masa ini adalah hala tuju ke hadapan. Dalam hubungan itu, selain daripada sistem DART yang pada masa ini, di dalam projek Smart Transport System adalah untuk mewujudkan e-hailing platform yang mana boleh diguna pakai oleh mana-mana pihak yang mana insya Allah penyedia perkhidmatan teksi juga dikehendaki untuk menggunakan platform tersebut. Dan untuk memperluaskan perkhidmatan DART khususnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, memang ini dalam rundingan dan insya Allah akan dapat dimajukan tidak dalam masa tidak lama lagilah.
Berhubung dengan strategi pesawat yang berlaku terutama di penghujung tahun lepas dan juga diantaranya berlaku disebabkan oleh bird strike, pihak kementerian melalui Jabatan Penerbangan Awam telah meninjau insiden-insiden tersebut dan juga melihat keadaan negara kitani yang mana telah sudah setentunya usaha untuk meningkatkan capability atau kekerapan wildlife management di lapangan terbang akan dikendalikan. Alhamdulillah, dalam hubungan ini insiden-insiden bird strike yang berlaku hanyalah yang jenis ringan lah tapi insya-Allah ia apa ni usaha untuk wildlife management ini akan dipertingkatkan lagi untuk mengelakkan insiden seperti tersebut tidak berlaku.
Dari segi kemampuan untuk respons pada apa jua kejadian di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, dalam hubungan ini latihan terakhir dilakukan adalah pada tahun lepas di mana accident emergency response, incident training was conducted di lapangan terbang dan juga terdapat apa ni equipment-equipment baru khususnya dalam aircraft recovery juga telah ditested lah. Berhubung dengan risk assessment mengenai dengan kemampuan atau kepakaran di Jabatan Penerbangan Awam, ini adalah memang salah satu risk factor yang dikenal pasti yang mana apa ni pengisian jawatan- jawatan dengan ada kompetensi- kompetensi yang diperlukan masih perlu penambahbaikan khususnya di dalam menerokai perkembangan memperkenalkan juga apa ni syarikat-syarikat penerbangan baru nanti untuk menilai kemampuan syarikat tersebut untuk menjalankan operasi di Negara Brunei Darussalam.
Seterusnya, kembali kepada Yang Berhormat Dayang Chong Chin Yee mengenai dengan Scam Centre. Dalam hubungan ini, saya sukacita mengongsikan pada penghujung tahun lepas juga Jawatankuasa Kebangsaan Keselamatan Siber juga telah membuat lawatan kepada Singapura untuk melawat dan melihat setup Scam Centre mereka dan operasi mereka dan Insya-Allah, rekomendasi-rekomendasi daripada lawatan tersebut akan dibincangkan dan dilaksanakan. Tetapi di antara perkara yang diperolehi daripada lawatan tersebut juga yang mana telah dikongsikan sewaktu menjawab salah satu soalan lisan, ialah kita juga melihat akan kemungkinan untuk menggunakan fraud intelligence system di negara kita juga untuk mengatasi dan memantau scam center ini.
Berhubung dengan penggunaan AI deployment especially in the policy development. Ini adalah salah satu perkara yang kita inda dapat lari lah. Insya Allah, dengan bertambahnya penggunaan platform AI ini, sudah setentunya agensi-agensi kerajaan akan mula menggunakannya khususnya dalam apa pekerjaan seharian lah, termasuk dengan policy development. Tetapi, pada masa yang sama, kita jua mengakui dalam menggunakan AI ini, we need also to train the AI untuk menyesuaikannya kepada keadaan kita sendiri. Because, we cannot be using on a general platform. So, bagi policy, penubuhan policy kita, ianya mestilah disesuaikan dengan keadaan kita.
Berhubung dengan open source, (diaml buat seketika).
Berhubung dengan open source ini sukacita dikongsikan bahawa pihak EGNC pada masa ini, menundukinya dan basically berpendapat ia merupakan ada pros and cons berhubung dengannya yang mana pada masa ini pihak EGNC..
Yang Berhormat Pengerusiβ
Pengiran, ada baiknya kalau sekiranya Pengiran just apa namanya ni skip to mana-mana main topics yang dikemukakan without giving so much detail, kalau sekiranya detail-detail itu dapatlah dijawab secara bertulis. Kitani pun kesejukan di dalam dewan ani, barangkali jua (ketawa) kalau terlalu lama. Silakan.
Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasiβ
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Seterusnya, diantara soalan-soalan seterusnya adalah mengenai dengan. yang telah disentuh sudah ialah mengenai lapangan terbang dan seumpamanya. So, seterusnya yang main topic yang di timbulkan juga adalah mengenai dengan memajukan perkhidmatan marine sector.
Dalam hubungan ini, memang ianya sepertimana juga dikongsikan di dalam Ulasan, marine sector adalah satu penyumbang kepada apa ni hasil kepada kerajaan melalui pertumbuhan daripada industri hiliran dan juga bertambahnya jumlah kapal-kapal trafik yang melalui memasuk perairan Negara Brunei Darussalam. Dalam hubungan ini, memang dalam perancangan pihak MPABD untuk memperkembangkan lagi sektor ini dengan termasuk juga apa yang telah disarankan mengenai dengan Talent Development atau apani local employment opportunities yang boleh di diberikan oleh sektor tersebut. Memang itu adalah salah satu perancangan yang mana melalui The Brunei Darussalam Marine Week pada tahun lepas, ini adalah salah satu, kita melancarkan inisiatif ini dan Insya Allah, perkembangan-perkembangan dan inisiatif terbaru akan dikongsikan dari masa ke semasa.
Selain daripada itu, itu sahaja kali Yang Berhormat Pengerusi. Usulnya amat meluaslah soalan ani, iata ani ikut urutan. So, we do not mengumpulkannya. Tetapi salah satu lagi saranan tadi adalah, berhubung kait dengan contohnya, meningkatkan hasil kerajaan daripada peluang-peluang contohnya yang dikongsikan menggunakan plat-plat nombor apa ni personalized dan seumpamanya. Dengan ini, sukacita mengongsikan contohnya sahaja daripada proses Click and Bid bagi nombor-nombor TPK, satu dan dua angka yang telah berlangsung sepanjang dua minggu pada penghujung tahun lepas. Yang mana sebanyak 500 nombor telah di offer dan 300 lebih nombor telah dibeli, telah menghasilkan dekat $2 juta.
Oleh yang demikian, memanglah diakui apa ni dari penjualan nombor-nombor TPK yang you know khas atu, ini akan menghasilkan pendapatan pada kerajaan. Dalam hubungan ini, lebih banyak lagi nombor yang belum lagi dapat dikeluarkan. So Insya Allah, ini adalah menjadi penjana hasil. Setakat ini setelah Jabatan Pengangkutan Darat memperkenalkan sistem Click and Bid, semenjak beberapa tahun ini, yang mana bukan melibatkan nombor khas sudah menjana hasil lebih daripada $5 juta kepada kerajaan. Oleh demikian, peluang-peluang demikian, memang akan sentiasa ditunduki dan dilihat untuk oleh pihak kementerian untuk menjana hasil kerajaan.
Kali di sini sahaja kali Yang Berhormat Pengerusi, di mana setiap soalan-soalan yang telah ditanyakan akan diberikan apa ani jawaban terperincilah secara bertulis. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Pengerusiβ
Terima kasih Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi. Sekarang saya kira ada baiknya Tajuk ini kita undi. Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju, sila angkat tangan.
(Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju mengangkat tangan) setelah undian
Yang Berhormat Pengerusiβ
Terima kasih nampaknya semua Ahli bersetuju. Maka Tajuk ini kita luluskan.
Yang Mulia Jurutulisβ
Tajuk SN01A hingga Tajuk SN09A - Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dijadikan sebahagian daripada Jadual. Tajuk SP01A - Kemajuan.
Yang Berhormat Pengerusiβ
Ahli-Ahli Yang Berhormat, sebelum kita melihat Tajuk SP01A β Kemajuan, saya cadangkan kita berehat dulu selama 15 minit dan kita akan kembali bersidang semula nanti.
(Mesyuarat Jawatankuasa berehat sebentar)
(Mesyuarat Jawatankuasa disambung semula)
Yang Berhormat Pengerusiβ
Bismillahir Rahmanir Rahim. Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kita bersidang semula dalam Jawatankuasa dan kita sekarang menunduki Tajuk SP01A β Kemajuan.
Memandangkan Tajuk yang berkenaan ini telah pun kita bincangkan semasa kita membahaskan Tajuk-Tajuk kementerian-kementerian yang berkenaan, saya kira tidaklah perlu kita membahaskan Tajuk ini dengan panjang lebar lagi. Maka saya membukakan Tajuk ini untuk kita undi. Ahli-Ahli Yang Berhormat, yang bersetuju Tajuk Kemajuan, sila angkat tangan.
(Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju mengangkat tangan) setelah undian
Yang Berhormat Pengerusiβ
Terima kasih. Nampaknya semua Ahli bersetuju. Maka Tajuk ini kita luluskan.
Yang Mulia Jurutulisβ
Tajuk SP01A β Kemajuan dijadikan sebahagian daripada Jadual.
Yang Berhormat Pengerusiβ
Ahli-Ahli Yang Berhormat, Alhamdulillah kita telah selesai membahaskan perincian Tajuk-Tajuk Rang Undang-Undang 2025 Perbekalan 2025/2026 dan Usul Ketetapan Kumpulanwang Kemajuan di Peringkat Jawatankuasa. Saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat di atas kerjasama yang diberikan dan sekarang ada baiknya Mesyuarat Jawatankuasa ini kita tangguhkan dan kita bersidang semula di Peringkat Persidangan Majlis Mesyuarat Negara.
(Mesyuarat Jawatankuasa ditangguhkan)
(Majlis Mesyuarat bersidang semula)
Yang Berhormat Yang Di-Pertuaβ
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kita bersidang semula dalam Persidangan Majlis Mesyuarat Negara dan kita akan berpindah ke Urusan Mesyuarat seterusnya.
Yang Mulia Jurutulisβ
Rang Undang-Undang Bacaan Ketiga.
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi IIβ
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Dengan segala hormatnya kaola membacakan Rang Undang-Undang yang bergelar βSuatu Akta Untuk Membekalkan Sejumlah Wang dari Kumpulanwang yang disatukan bagi Perkhidmatan Tahun Kewangan 2025/2026 dan untuk memperuntukkan wang yang tersebut itu bagi maksud-maksud tertentuβ untuk bacaan kali yang ketiga yang telah pun dipertimbangkan dan diteliti satu persatu dalam Persidangan Jawatankuasa dan telah dipersetujui dengan tidak ada apa-apa pindaan. Kaola mencadangkan agar Rang Undang-Undang ini diluluskan.
Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.
Yang Berhormat Yang Di-Pertuaβ
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II sebentar tadi telah membaca Rang Undang-Undang bagi kali ketiga. Saya mempersilakan Ahli Yang Berhormat yang suka untuk menyokong perkara ini.
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan IIβ
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Kaola menyokong sepenuhnya.
Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.
Yang Berhormat Yang Di-Pertuaβ
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Rang Undang-Undang telah mendapat sokongan daripada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II dan sekarang dibukakan untuk diundi.
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan ini sila angkat tangan.
(Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju mengangkat tangan) setelah undian
Yang Berhormat Yang Di-Pertuaβ
Terima kasih. Nampaknya semua Ahli Yang Berhormat bersetuju. Maka Rang Undang-Undang (2025) Perbekalan, 2025/2026 ini kita luluskan.
(Tukul diketuk)
Yang Mulia Jurutulisβ
Satu Akta Untuk Membekalkan Sejumlah Wang dari Kumpulanwang Yang Disatukan bagi Perkhidmatan Tahun Kewangan 2025/2026 dan untuk memperuntukkan wang yang tersebut itu bagi maksud-maksud tertentu adalah diluluskan. Usul Ketetapan Kumpulanwang Kemajuan.
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi IIβ
Bismillahir Rahmanir Rahim. Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Kaola memohon untuk mencadangkan bagi Majlis ini mengikut Bab 4 (2) Akta Kumpulanwang Kemajuan (Penggal 136) membuat ketetapan iaitu perbelanjaan sebanyak $480 juta untuk dibenarkan diperuntukkan dan dipohonkan dari Kumpulanwang Kemajuan untuk maksud-maksud tersebut dalam Anggaran Perbelanjaan Kemajuan 2025/2026.
Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.
Yang Berhormat Yang Di-Pertuaβ
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Adakah Ahli Yang Berhormat yang suka untuk menyokong Usul yang dikemukakan tadi.
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugamaβ
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. (Doa dibaca). Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Kaola menyokong sepenuhnya Usul ini Yang Berhormat. Terima kasih.
Yang Berhormat Yang Di-Pertuaβ
Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-Ahli Yang Berhormat. Usul ini telah mendapat sokongan daripada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama. Sekarang Usul ini adalah dibukakan untuk diundi. Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju akan cadangan ini sila angkat tangan.
(Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju mengangkat tangan)setelah undian
Yang Berhormat Yang Di-Pertuaβ
Terima kasih. Nampaknya semua Ahli Yang Berhormat bersetuju. Maka Usul bagi Ketetapan Kumpulanwang Kemajuan ini adalah diluluskan.
(Tukul diketuk)
Yang Mulia Jurutulisβ
Usul bagi Ketetapan Kumpulanwang Kemajuan (Penggal 136) adalah diluluskan. Usul Ketetapan bagi senarai perintah-perintah yang telah diluluskan di bawah Perkara 83 (3) daripada Perlembagaan Negara Brunei Darussalam 1959 oleh Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major Jeneral (B) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II.
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan IIβ
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.
Kaola mencadangkan bagi Majlis ini membuat ketetapan menurut Perkara 83 (7) Dari Perlembagaan Negara Brunei Darussalam 1959 bahawa tiap-tiap perintah yang dibuat di bawah Perkara 83 (3) Dari Perlembagaan Negara Brunei Darussalam adalah masing-masing mulai dari tarikh perintah-perintah dibuat diluluskan. Perkara ini adalah merujuk kepada lima perintah-perintah yang terdapat dalam Kertas Majlis Mesyuarat Negara Bilangan 1/2025.
Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.
Yang Berhormat Yang Di-Pertuaβ
Terima kasih Yang Berhormat. Adakah seorang Ahli Yang Berhormat yang suka untuk menyokong Usul yang telah dikemukakan oleh Yang Berhormat itu tadi.
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugamaβ
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kaola menyokong sepenuhnya terhadap Usul itu. Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.
Yang Berhormat Yang Di-Pertuaβ
Terima kasih. Ahli-Ahli Yang Berhormat. Usul ini telah mendapat sokongan sepenuhnya daripada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama. Sekarang Usul ini kita undi untuk diluluskan. Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju akan cadangan ini sila angkat tangan.
(Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju mengangkat tangan) setelah undian
Yang Berhormat Yang Di-Pertuaβ
Nampaknya semua Ahli Yang Berhormat bersetuju. Maka Usul ini adalah sekarang diluluskan.
(Tukul diketuk)
Yang Mulia Jurutulisβ
Usul ketetapan bagi Perkara 83 (7) daripada Perlembagaan Negara Brunei Darussalam 1959 bahawa tiap-tiap perintah yang di bawah Perkara 83 (3) Dari Perlembagaan Negara Brunei Darussalam adalah masing-masing mulai daripada tarikh-tarikh perintah-perintah dibuat telah diluluskan.
Usul bagi Penangguhan di bawah Peraturan Mesyuarat 35(1).
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan IIβ
Yang Berhormat Yang Di-Pertua, mengikut Peraturan Mesyuarat 35(1), kaola mohon untuk mencadangkan bahawa Mesyuarat Majlis Mesyuarat Negara sekarang ditangguhkan memandangkan semua Urusan Mesyuarat telah selesai dan kaola mencadangkan bagi Majlis Mesyuarat Negara ditangguhkan sehingga ke suatu tarikh yang tidak ditetapkan.
Yang Berhormat Yang Di-Pertuaβ
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Adakah Ahli Yang Berhormat suka untuk menyokong Usul ini.
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugamaβ
Bismillahir Rahmanir Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. (Doa dibaca).
Yang Berhormat Yang Di-Pertua, kaola menyokong Usul tersebut. Terima kasih, Yang Berhormat Yang Di-Pertua.
Yang Berhormat Yang Di-Pertuaβ
Terima kasih Yang Berhormat. Usul seperti yang dikemukakan tadi telah dipersetujui.
Alhamdulillah, kita bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataβala, kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya jua Persidangan Majlis Mesyuarat Negara telah bersidang selama 14 hari dalam suasana hormat-menghormati, penuh harmoni dan aman. Lebih bermakna adalah persidangan pada tahun ini telah berlangsung dalam bulan Ramadan, bulan yang penuh dengan keberkatan.
Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat atas kerjasama dan sokongan yang telah diberikan dalam menjayakan persidangan ini. Ucapan penghargaan juga saya tujukan kepada Jurutulis dan Urusetia Majlis Mesyuarat Negara termasuk semua kakitangan sokongan, pegawai-pegawai SkiPPA serta interns, petugas laporan dan Pemberita Majlis yang telah bertungkus lumus menyediakan penyata rasmi, Petugas Teknikal dan Bangunan, Bentara Dewan, pembantunya serta Atendan Dewan serta sokongan dari agensi-agensi dan jabatan-jabatan lain seperti media masa, paramedik, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Perkhidmatan Elektrik, Jabatan Kerja Raya, Keselamatan dan mungkin banyak lagi yang saya tidak dapat menyebutnya di sini.
Semua mereka yang terlibat ini telah menjalankan tugas dengan penuh komitmen dan dedikasi. Walaupun kebanyakan mereka ini mungkin tidak kelihatan kerana berada di belakang tabir, akan tetapi sumbangan mereka amat berharga dalam memastikan persidangan kita berjalan dengan lancar dan licin.
Alhamdulillah, dalam Mesyuarat Pertama dari Musim Persidangan Ke-21 ini, sebanyak 187 pertanyaan telah pun dikemukakan dan selesai dijawab. Ahli Majlis Mesyuarat Negara telah berbahas dengan panjang lebar, contohnya, dalam Peringkat Jawatankuasa, lebih dari 400 isu telah dibangkitkan dan menteri-menteri yang telah memberikan ulasan atau respons yang mana kalau dikira Ahli-Ahli Majlis telah berbincang dan berbahas selama lebih kurang 57 jam.
Izinkanlah saya untuk menggunakan beberapa petikan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sewaktu Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama dari Musim Persidangan Ke-21 Majlis Mesyuarat Negara yang baru ini, untuk dijadikan sebagai asas dan sandaran bagi meneliti kerja yang dilaksanakan oleh Majlis Mesyuarat Negara.
Pertama, menjunjung kasih atas titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenaan perubahan terhadap kekerapan persidangan majlis daripada satu kali setahun kepada dua kali setahun dan pengemaskinian ke atas prosedur dan proses kerja menurut peraturan mesyuarat atau standing orders. Saya amat menghargai sokongan dan kerjasama Ahli-Ahli Yang Berhormat dalam menyokong Penguatkuasaan Peraturan Mesyuarat termasuk menepati had-had masa yang telah ditetapkan. Ada yang laju bercakap seperti berlari sehingga tidak tertarik nafas, tetapi setelah terbiasa, Ahli Yang Berhormat nampaknya telah dapat membiasakan diri dan bercakap dengan tenang dan teratur. Saya juga telah menyaksikan perubahan dari segi fokus yang ditujukan oleh semua Ahli Yang Berhormat. Ini adalah peranan peraturan mesyuarat untuk membantu Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara melaksanakan kerja dengan lebih baik dan melaksanakan tugasan dengan lebih berkesan dan berhemah.
Kedua, adalah harapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam agar Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara untuk membahaskan perkara-perkara utama termasuk memberikan maklum balas terhadap setiap dasar kerajaan supaya benar-benar menghasilkan impak positif terhadap kesejahteraan rakyat. Jika saya renung balik persidangan yang telah baru kita jalankan, saya berpendapat bahawa perbahasan dan ulasan yang terbaik adalah ringkas, padat tetapi apa orang Brunei katakan, berisi. Kualiti perbahasan yang tinggi berdasarkan fakta setentunya akan mampu melahirkan idea atau pandangan alternatif terhadap dasar yang dikemukakan oleh pihak kerajaan. Majlis Mesyuarat Negara harus menjadi medan perbahasan yang hebat dengan penghujahan luar biasa berpaksikan kepada fakta dan saya ingin menyeru agar Ahli-Ahli Yang Berhormat akan senantiasa mendalami isu dan menyemak ketetapan maklumat bagi mengelak Dewan mulia ini digunakan bagi tujuan mengelirukan fakta atau pun meragui kredibiliti mana-mana pihak.
Ketiga, adalah menjunjung kasih atas titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenaan keperluan bagi menggubal Kod Etika bagi membantu melaksanakan tugas dan lebih berkesan dan berintegriti tinggi bagi mencerminkan kematangan dan profesionalisme. Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara adalah menggalas tanggungjawab besar dan ke arah itu, etika, Kod Etika yang akan mula digubal akan menggariskan tatatertib yang terperinci mengenai kelakuan dan conduct Ahli-Ahli Yang Berhormat semasa di dalam dan di luar dewan, sebagaimana yang dilaksanakan di beberapa negara yang maju.
Yang keempat dan yang terakhir, adalah menjunjung titah peringatan bahawa perjalanan menuju Wawasan Brunei 2035 memerlukan kerjasama, inovasi dan semangat juang yang tinggi dari semua pihak. Ahli-Ahli Yang Berhormat, Persidangan Majlis Mesyuarat Negara diadakan pada masa dan detik yang penting. Dunia sudah beralih, ketidakpastian adalah tinggi, ketegangan geopolitik meningkat, ekonomi sedang dibentuk semula, kuasa-kuasa baru dan masa depan lebih tidak menentu dibandingkan dengan keadaan sebelumnya. Seperti setiap negara lain, termasuk Negara Brunei Darussalam, kita perlu bersedia menghadapi keadaan ketidakpastian masa depan kita ini.
Pelbagai perkara yang telah dibincangkan di dalam Dewan yang mulia ini, merangkumi ekonomi, pendidikan, kesihatan, keselamatan dan pelbagai isu kehidupan yang memberi kesan kepada kehidupan harian rakyat, termasuklah golongan yang memerlukan lebih perhatian seperti kanak-kanak, warga emas dan orang kurang upaya. Berhadapan dengan isu dan cabaran, memerlukan kita untuk bertindak dengan berani dan tidaklah menjalankan cara atau rutin biasa. Ekspektasi rakyat terhadap kerajaan amatlah tinggi. Semakin banyak kemajuan yang dicapai oleh negara maka demand daripada pihak berkepentingan juga akan semakin meningkat, seiring dengan pembangunan negara. Dunia persekitaran sentiasa berevolusi dan tidak statik serta setiap hari ada perkara baru yang timbul.
Justeru itu, saya berharap pihak kerajaan dan Ahli-Ahli Yang Berhormat Yang Dilantik akan senantiasa bekerjasama bagi menyempurnakan amanah kepada rakyat ini. Kita mencari jalan terbaik dengan lebih gigih untuk memastikan negara kita ini boleh mengemudi ketidakpastian dengan jelas dan berani.
Saya percaya, bahawa senantiasa ada ruang untuk menambahbaikan dan untuk terus maju dan dengan menepati matlamat KPI yang lebih jelas insha Allah, kita pasti akan berjaya. Ini memerlukan semua pihak untuk mempunyai fokus dan hala tuju tinggi dan mencabar pertukaran minda dari business as usual kepada out of the box.
Saya percaya setiap langkah ke hadapan perlulah dengan semangat dan kerja keras serta rasa bertanggungjawab bersama, saya menyeru semua pihak termasuk Ahli-Ahli Rasmi Kerana Jawatan dan Ahli-Ahli Yang Dilantik dan saya sendiri untuk bergerak ke hadapan dengan yakin, dengan keazaman, dengan komitmen yang tidak berbelah bahagi untuk senantiasa melakukan yang terbaik untuk Negara Brunei Darussalam. Itulah sebenarnya asas utama yang kita gelarkan tindakan Whole of Nation.
Selalunya speaker ini tidak bercakap menurut tradisi parlimen British yang kita warisi, tetapi saya tertarik dengan perbahasan yang kita lakukan sepanjang 14 hari yang lalu ini dan dengan penuh tulus ikhlas saya mengucapkan sekali lagi terima kasih kepada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat atas sumbangan yang telah diberikan.
Insya-Allah, kita akan berjumpa lagi, bermesyuarat dalam mesyuarat kedua yang akan diaturkan dari Musim Permesyuaratan Ke-21 Majlis Mesyuarat Negara pada tahun ini.
Wabillahi taufi walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
(Majlis Mesyuarat ditangguhkan)
In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.
Through this website, you may be able to link to other websites which are not under our control. We have no control over the nature, content, and availability of those sites. The inclusion of any links does not necessarily imply a recommendation or endorse the views expressed within them.
Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, we take no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.